2015-10-29

Rotan




Suka aku tengok clip ni.
How seorang Sultan confessed yang kena pukul dengan cikgu time skolah tu benda biasa.
Dan dulu-dulu, mengadu hal kena rotan dek cikgu ke mak bapak adelah satu tindakan yang salah dan jugak bodoh.
Sebab takde mak bapak yang akan backing anak-anak dia.
Kau mengadu kau kena sebat dek cikgu sekali, nanti dia tambah 3 kali kat rumah.
Bukan light-light punya sebat dia bagi ya.
Kalau Mak Aji dulu dia memang bagi satu kali je sebat tapi guna hanger. Jadi kau dapat 2 kali calit terus. Senang, jimat masa kata dia.

Aku memang tak berani mengadu dengan mak bapak especially Mak Aji kalau kena denda kat skolah.
Rela lagi aku kena denda dek cikgu dari kena balun dek Mak Aji.
Cikgu apa ajelah prop dia kat skolah tu. Paling besar pun pembaris kuning.
Kalau kena masuk kat bilik HEM and Pengetua pun habis kuat kena sebat.
Takde la sampai kena hempuk ngan meja.
Sakit memang la sakit. Nama pun kena sebat.
Kalau kena sebat tapi tak sakit tu bukan kena sebat namanya. Tu namanya kena raba.

Tapi tu la, budak-budak sekarang ni manja sebab kita mak bapak yang manjakan dorang.
Toksah cerita hal orang la, si Rayyan tu last month, aku jemput dia balik skolah, nangis-nangis.
Bila aku tanya apesal nangis?

"Adik tak pandai jawab, Ma"

Dalam hati memang kesian.
Ye lah, anak kan. Sape la tak rasa kesian tengok anak kita nangis.
Tapi, dah kau lembs sangat sape suruhhhh.
Kalau aku ajar kat rumah tu, manjang je NO-NO!
Aku ajar A, dia sebut B. Aku ajar C, dia sebut D.
Nama dia nak ikut aku ajar tu memang tak.
Pastu ada hati nak mengadu kat aku tak pandai jawab.
Apesal kau tak NO-NO-NO kan je cikgu kau macam ko buat kat rumah?

Terus senyap.

Tapi lepas tu, aku angkut dia pi mencukai kat Select.
Itru je la habis kuat aku boleh pujuk.
Nama aku nak mengiakan kau tu tak lah. Tak kuasa aku.

Redza pun sama.
Tak dapat nombor 1 tak apa.
Tapi kalau cikgu panggil aku datang sekolah sebab kau tak buat homework, kau buat bising dalam kelas, kau buat perangai macam musibat, kau siap!
Memang sakit kau aku keje kan.
Haaaaaa....ada bunyik-bunyik macam mak tiri tak?

Maybe sebab tu lah jugak dia tak penah dapat nombor 1.
Sebab mak dia macam bagi green light gitu.

Cikgu-cikgu aku dulu kan sangat memahami.
Dorang akan sedaya upaya carik kelebihan anak murid untuk bagitau kat mak bapak on report card day.
Agak-agak keputusan aku macam gaya-gaya balik rumah kena balun ngan Mak Aji, nanti cikgu bagitau "Tapi Diana ni rajin. Dalam kelas tak malu bertanya..."

Sejukkkkk hati orang tua tu dengar.
Selamat betis aku hari tu.
Kalau tak, mau mendapat pangkat sarjan.

Walaupun aku jarang kena sebat dek cikgu (1-2 kali je kot tu pun sebab tak potong kuku), tapi kalau denda light-light ni selalu jugak.
Aku ni kerap tak bawak buku atau salah bawak buku.
Sebab aku tak penah salin jadual kelas.
Aku main call kawan-kawan tanya esok blaja apa.
Lama-lama hafal.
Tapi dalam pada hafal tu kadang-kadang kalau blur aku sampai, esok hari Rabu tapi aku bawak buku jadual Khamis. Memang selamat sejahtera la jawabnya.
Selalunya kena denda diri atas kerusi.
Ok lagi tu, dari kena berdiri luar kelas.
Tapi kalau kena berdiri luar kelas pun, asal orang lalu je aku buat-buat la betulkan tali kasut.
Padahal kasut takde tali. Kah Kah Kah.
Cover beb....takkan kau nak satu skolah tau kau kena denda. Jangan bangang sangat, boleh?



Aku rasa aku takde mention pun kat blog ada GIFT untuk pembelian GreenAard kat booth.
Dan aku tak pesan pun kat budak-budak di booth yang ada gift nanti.
Eh tetiba ada orang dah tau. Cis. Baru nak buat surprise.
*suprise lah sangat*

Aku takde kat booth today sebab aku ada keje kat UPM.
Tapi budak-budak aku ada di sana.
Sebab aku bajet hari ni crowd tak ramai sebab hari keje.
Maybe start esok tengahari dah ramai orang sebab gap solat Jumaat yang panjang.
Weekends diharap ramai juga orang kat sana, insyallah esok aku lepak booth.


Ni gambar awal pagi tadi, semua vendor still menyusun-nyusun barang.


Budak-budak ni tengah gosok baju aku rasa.
Sementara pameran belum bukak, kau gosok dulu baju-baju tu ya.
Booth dia kecik je, so aku ambik 2 terus, sebelah for GreenAard, sebelah nun Fleur by Mrs Him.
Pameran start 10 pagi.


Ni dah tengahari sikit, dah ada orang yang rasanya terdiri dari staff-staff kat Kraftangan jugak kot ni.
Tak pun pejabat-pejabat di sekitar Kompleks Kraf.
Kat sini macam-macam ada, ada jual pantings, ada jual comforter, ada jual jual kerepek-kerepek.
Tapi banyak baju la.


Disebabkan kompleks pameran besar, ada disediakan free shuttle.
Jangan risau, korang tak perlu menapak.


Esok aku akan jadi maskot tepi ni.
Siapa ada FAQ tentang GreenAard dijemput datang.


Aku rasa esok aku pegi sini dulu lah.
Nak carik kot-kot ada kerepek tempe ngan kerepek keladi.


Free gift ni tak banyak.
Yang free-nya bawah tu dalam box. Yang atasnya kena beli okeh.
Saja je aku prepare as a thank you token kepada yang bertuah.
Datang la awal ya.


Ni lagi sekali aku naikkan flyer yang dah dibetulkan (tadi ada typo) :


Harga ni valid kat booth saja ya.







2015-10-28

Yev Vazhi Thani Vazhi *zas zas zassssssssss*



Penuh wall aku dengan news pasal Rajinikanth datang Malaysia.
Semua pakat menge-tag aku.
Konfius kejap aku tengok page sendiri.
Dah macam Page Rajinikanth Die Hard Fans.

Gambar ni rare, sebab tu ramai gila orang share.
Femes kawan Ibal (pilot) ni.
Tu la saper suruh hantar gambar ni kat Ibal.
Pastu Ibal share kat whatsapp, terus aku viralkan.

Yang ber-hi-hi dengan pilot ni, mohon lupakan saja niat murni itu ya.
Ni bapak orang ni. Hahaha.
Ni best fren Ibal dari sekolah ni, bangsa yang tido baring kat rumah Mak Aji.
Kalau tak silap aku, dia ni antara Kapten yang bawak balik jenazah MH17 trip ke-3.

And now aku dah tak senang duduk dah ni.
Boleh la pulak tadi aku dok mikir apa cara aku nak pi carik Rajinikanth ni kat Melaka.
Ni kalau dulu zaman skolah buat perangai menggelitis kat artis-artis memang masak aku dengar suara Mak Aji memetir.

Come to think of it kan, dulu masa zaman skolah, zaman di mana aku hanya mampu berangan nak jumpa artis, dia punya semangat die-hard fans tu tebal gila.
Jenis hati kering sanggup ponteng tusyen semata-mata nak tengok rancangan yang aku tak paham bijik butirnya.
Padahal semalam baru kena belasah ngan hanger, tapi hari ni buat balik perangai memonteng.
Memang jenis hati kering betul lah.
Berhimpit celah ketiak orang dalam bas pun takpe, janji aku dapat sampai rumah sebelum Jade Solid Gold start.
Seminit pun aku taknak miss.
Cerita dah habis dah keluar nama-nama sponsor pun aku tunggu gak depan TV biar sampai betul-betul habis, manalah tau hujung-hujung kang keluar muka Leslie.

Sanggup tak spend duit belanja sebab nak beli kaset yang aku tak paham bijik butirnya.
Sanggup redah kedai cina semata-mata nak beli majalah hiburan cina, padahal gambar Leslie ada lah besor sikit je dari ibu jari kaki bapak aku, tetapppppp beli!
Sanggup tebalkan muka pi kecek member-member yang beli majalah Galaxy mintak tolong guntingkan artikel pasal Leslie.

Kalau ingat-ingat balik, camana la tak asik kena lempang ngan Mak Aji.
Mak Aji gamaknya risau anak dia kena rasuk dek hantu cina.
Padahal anak dia yang hantunya.

Itu dulu.
Time diri tak ada apa-apa.
Tapi dia punya angan-angan tinggi. Masa tu rasa macam taknak pi tempat lain dah kat dunia, nak pi Hong Kong je. Pernah berangan nak blaja kat universiti Hong Kong. Padahal naik kapal terbang takut.

Punyalah minat ngan artis HK sampai sanggup bermatian-matian.
Kena sesah ngan batang paip pun, esok tetap buat balik perangai yang sama.
Yang aku pelik tu mak aku tak penat-penat ke belasah aku?
Eii, kalau aku givap dah.

Tapi now, bila dah ada duit (takde banyak tapi at least kalau nak beli merchandize artis tu lepas lah), asik la ada kekangan masa.
Aku beli collection of Leslie punya movie, punyalah banyak.
Tapi tak tengok-tengok pun.
Kumpul je dulu, janji time nak tengok sok, dah ada. Gitu konsepnya.

Ni si Rajinikanth ni datang, alahai, takat Melaka tu dekat nau!!
Esok pun boleh start enjin kereta, zassssssssssssssssssssss *dan-dan ada sound efek*.
Tapi, esok aku full, Khamis ada visitor, Jumaat-Ahad berkampung kat Jalan Conlay.
Dah bila tahunnya aku nak jumpa Rajinikanth kalau macam ni??

Dah ada kat Melaka dah oiiii.
Bukan Kat Perlis nun.
Bukan kat Kelantan nun.
Kat Melaka jeeeee!!!!!!

*HISTERIA*




Oh by the way, Khamis-Ahad GREENAARD and FLEUR BY MRS HIM akan ada di KRAFTANGAN Jalan Conlay untuk Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman.
Sesape yang ada plan nak mencantikkan rumah dan laman, boleh datang sana. Kot la nak beli kolam ikan ready made ke, nak beli kerusi-kerusi kayu jati ke, not sure if wallpaper punya vendor ada ke tak. Boleh la pi sana tengok-tengok.

Selain dari tu dia bukak 15 booth untuk barangan lain macam booth baju-baju, food, etc.
Booth BOB (Pelikat Pants Afdlin) and Zeta En Rawdah (Che Ta) pun ada sekali.

Those yang nak dapatkan limited gifts untuk GREENAARD silakan datang.
Aku akan ada kat sana, so that boleh bagi explanation apa-apa yang korang nak tentang GreenAard.
Boleh lepak-lepak sembang-sembang.
Kalau rasa-rasa nak usha budak-budak praktikal, silakan datang perkenalkan diri.
And of course ada special gift pembelian istimewa GreenAard.



Siapa pernah beli semi-instant shawl Hannah printed dulu?
Ok ni Hannah Denim semi-instant shawl pulak.
Kain dia dari lycra. Lycra jenis sejuk and shiny, tapi bercorak denim.
This shawl kita launch di booth nanti ya.







2015-10-26

OKTO-FFER



1. Aku tak sempat nak tulis entry panjang-panjang now, tapi kena update jugak sebab aku dah nampak since semalam orang start order Ephyra. Ada banyak benda aku nak update tapi tak dan lagi ni.

2. Jadi, sebelum korang kerugian beli sampai RM197/kotak bulan ni, ni aku naikkan new promo OKTO-FFER DEAL.

3. Kalau beli sekotak masih RM197. Tapi kalau beli 2 kotak, sekotak boleh dapat dengan harga cuma RM167. Jadi, pandai-pandai lah kongsi ngan kawan-kawan. Share-share supaya boleh beli dengan harga murah.

4. Sila klik sini beramai-ramai untuk beli OKTO-FFER DEAL




Lagi satu, siapa yang beli produk Fleur by Mrs Him, rajin-rajinkan diri buat flatlay and join our FLATLAY CONTEST sebab kita nak bagi free store credit berjumlah RM200!

This RM200 ni korang boleh redeem APA SAJA produk yang ada dalam www.fleurbymrshim.com.

APA SAJA.

Tak kira Ephyra ke, GreenAard ke, atau produk Fleur by Mrs Him sendiri.

Redeem SATU KALI saja.

Caranya :

1. Ambil gambat flatlay produk Fleur by Mrs Him.

2. Share di blog/FB/IG. Kalau korang share di FB and IG sila tag kita. Our FB is Fleur by Mrs Him, manakala our IG is @fleurbymrshim.

3. Gunakan hashtag #fleurbymrshim #flatlay.

4. Contest valid sehingga 30 Oktober 2015.



2015-10-25

Komen


Semalam aku browse-browse internet, tau-tau sampai kat satu isu.
Rupanya isu ni dah sebulan lebih. Tak salah aku time nak raya haji hari tu.
Biasalah, aku ni apa aje la yang aku baru tau. Nak-nak lagi gosip.

Isu tentang seorang public figure.
Aku pun tak sure dia ni sebenarnya kategori apa, nak kata selebriti bukan, tapi followers dia 500k lebih.
Tapi tu bukan isunya.

Yang jadi isu adalah apabila orang kutuk dia kaw-kaw.
Kutuk kat page dia sendiri.
Aku pun tak paham apa isu yang buatkan ramai orang kutuk dia ni.
Yang aku pelik ni dah kenapa dengan manusia sekarang, kebanyakkannya tegur ("nasihat") orang dengan cara yang mengaibkan.
Ke memang sekarang trend menegur orang macam tu?

Salah satu komen yang aku baca "Korang ni yang tegur-tegur dia ni tak takut kena block ke? Dia ni pakar memblock orang. Pantang kena tegur sikit terus block"
Lebih kurang macam tu lah ayat dia.

Ok, kat sini aku ada sikit pelik.

Kau tegur dia boleh.
Tapi dia block kau, tak boleh?

Cubalah jangan marah kalau dia block kau.
Sekurang-kurangnya dia tak maki kau macam kau maki dia.
Dia block kau pun kau marah. Kang dia maki kau balik kau marah gak.
Abis, kau nak dia buat camne skarang ni?

Dah memang jadi satu keseronokan bila attack page orang dengan bertujuan menyakitkan hati, kenapa?

Lepas dapat sakitkan hati orang, dapat malukan orang, so pastu kau dapat apa?

Kepuasan?

Kepuasan dari segi apa?

Puas sebab dapat bagi nasihat, atau puas dapat bash dia?

Tanya balik, betul ke kita nasihat tadi sebab nak tegur kesilapan?

FB ni ada butang MESSAGE tau.
Saja je lah aku nak bagitau, kot-kot ada yang tak tau.

Butang MESSAGE tu ada tak diwujudkan saje-saje.
Ada tujuannya.

Agama dah ajar kalau nak menasihatkan orang mesti dalam keadaan sembunyi dan menjaga air mukanya.
Kalaupun nasihat secara sembunyi pun tak bermakna kita boleh bash dia sesedap rasa.
Cara penyampaian pun kena penuh hikmah.
Seolah-olah kita membayangkan dia itu adalah diri kita yang sedang menerima nasihat.

Kesalahan yang sering dilakukan ramai orang abila menegur adalah kita tak dapat bezakan antara orang yang ditegur dengan kesalahan yang membuatkan dia ditegur.
99.9% yang menegur secara terang-terangan sebenarnya cenderung menegur orang itu sendiri berbanding dengan kesalahannya. Sebab itulah teguran tu suka dibuat di depan umum supaya orang yang ditegur mendapat malu.
Itu tujuannya.

Tak ada satu patah perkataan pun yang kita ucapkan hilang dari pendengaran Allah.
Tak ada satu patah kata pun yang kita ucapkan kecuali pasti dipertanggungjawabkan di depan Allah.

Setiap manusia diberi modal oleh Allah.
Dan modal tu adalah waktu/masa.

Manusia yang bijak adalah manusia yang memanfaatkan modalnya (masa) untuk keuntungan dunia akhirat.
Sedangkan sebodoh-bodoh manusia adalah orang yang membuang modalnya (waktu).
Everytime kita bukak mulut confirm gunakan modal, iaitu waktu.
Zaman media sosial macam sekarang memberi komen dikira sebagai berkata-kata lah.

Kemuliaan dan kehormatan sebenarnya dapat dilihat dari apa yang diucapkan manusia.

Ramai sangat orang yang bila bagi komen merasakan dia berkata benar.
Berkatalah benar walaupun pahit katanya.

Kalau nak berkata dengan benar, pastikan kata-kata tu bersih dari bahasa kesat, kata-kata yang bertujuan untuk mengaibkan dan mengandungi fitnah supaya kata-kata tu dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya.
Jangan bercakap/tulis apa-apa yang kita sendiri tak yakin dengan apa yang kita katakan.
Dan jangan berkata-kata/tulis semata-mata nak bagi orang terkesima, suka, popular.

Tak semua kata-kata/komen tu sesuai untuk semua situasi dan tempat.
Dan tak semua tempat sesuai dengan perkataan yang kita nak cakap/komen.
Kena tengok jugak siapa yang kita nak nasihat/tegur tu.

Menasihatkan budak-budak caranya jauh beza dengan menasihatkan orang tua.
Bercakap dengan remaja pun ada beza.
Sebab tu dulu kat sekolah ada guru kaunseling, ada Pembimbing Rakan Sebaya.
Approach-nya berbeza-beza.
Berpada-pada lah bagi teguran.
Apetah lagi secara umum.
Kerana orang yang tak berketrampilan dalam memberi nasihat/teguran, walaupun niatnya betul, tapi kalau caranya salah, hasilnya pasti tak menjadi.
Kadang-kadang kita rasa macam kita tengah bagi nasihat, tapi sesungguhnya kalau tak hati-hati menyusun kata, kita free-free dapat dosa.

Mulut manusia ni umpama muncung teko.
Muncung teko hanya mengeluarkan isi teko.
Kalau dalam teko ada kopi, maka yang keluar pun kopi.
Kalau dalam teko ada air putih, maka yang keluar pun air putih.
Macam tu lah ibaratnya mulut dan hati manusia.

Semoga faham.





2015-10-22

Anggaran Kos Hidup



Tadi kat newsfeed nampak orang share tentang ni.
Ni tak tau la bila punya Wanita Hari Ini. Recent episode kot.

Aku baca la jugak komen-komen kat bawah tu.
Rata-rata mengiakan yang gaji RM4500 masih sesak nak survive. Kategori miskin.
Ada juga yang beri komen positif.

Terpulanglah masing-masing punya pandangan,
Yang pastinya, selantang mana kita mengeluh di media sosial, sebanyak mana kita mengeluh pada manusia, yang berkuasa atas segala-galanya hanya Allah.
Jadi, kalau nak terus-terusan mengeluh di media sosial, silakan.
Kalau nak mengeluh pada Allah, itu lebih baik.

Allah tak membahagikan rezeki secara merata.

Contohnya hujan.

Dalam satu perjalanan, kadang-kadang hujan turun kat satu tempat selebat-lebatnya, tapi di satu tempat lain kering.
Di highway yang sama.
Orang tua-tua kata 'hujan lari'.

Hujan turun kat KL, tapi kat Bangi, tak.
Hujan turun kat kawasan gunung, tapi tak di kawasan gurun.
Macam tu lah perumpamaannya.

Selalu hujan dikaitkan dengan rahmat.
Tapi jangan lupa, hujan pun boleh bawa musibah.
Ingat lagi macamana hujan yang menyebabkan banjir besar akhirnya menenggelamkan kaum Nabi Nuh?

Begitulah jugak dengan harta dan dunia yang kita asyik kejar dan salah-menyalahkan antara satu sama lain.

Allah tak bahagikan kekayaan merata pada setiap orang.
Ada yang kaya, ada yang miskin dan ada yang sederhana.

Manusia memang selalu bajet tau semua benda.
Manusia selalu membayangkan kalau banyak duit, banyak harta, maka kehidupan akan jadi jauh lebih selesa, fikiran pun makin tenang, segala masalah selesai.
Aku pun tak terkecuali.
Kadang-kadang terbabas juga beranggapan macam tu.

Sedangkan harta/kaya ada yang bermanfaat bagi manusia, kadang-kadang dengan harta juga mampu membawa manusia menjadi lebih derita.

Sayangnya kita terlalu sombong dengan Tuhan.
Macamkan kita tau je apa sepatutnya kita dapat.
Apa sepatutnya yang lebih baik untuk kita.

"Keje banyak, suruh buat macam-macam, tapi gaji bagi sikit!"

"Semua benda naik, tapi gaji aku tak naik-naik gak".


Itu sebenarnya kita mengeluh pada siapa?

Sedangkan dah tau rezeki diatur oleh Allah.

Pernah terfikir tak kenapa kita masih susah walau sudah bertahun-tahun kerja, sedangkan orang lain dah mewah?

Kita sering menyalahkan orang lain bila taraf hidup sendiri tak berubah.
Kalau taraf hidup semua orang tak berubah, that is another story.
Tapi kenapa ada yang hidupnya semakin senang, ada yang semakin susah, dan ada yang statik?

Tak terlintas ke di fikiran kita bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya?

Well, akan ada yang tanya kalau dah hidup susah bertahun-tahun. di mana hikmahnya? Apa hikmahnya?

Kan?

So, mana kau tau kalau mewah mendatangkan ketenangan?
Kalau Tuhan kata kemewahan untuk engkau akan lebih mendatangkan mudarat, how?

Bersangka baiklah dengan Tuhan.
Entah-entah Tuhan nak selamatkan kita dari jadi sombong, jadi boros, jadi kedekut.
Sebab tu Dia tak bagi kita kaya macam orang lain.
Dia lebih tau apa yang terbaik. Dia lebih tau kita bagaimana orangnya.

Ada orang mengeluh kalau makanan yang dimasak isteri tak best.
Tapi sebelum kita mengeluh tentang makanan yang dah terhidang depan mata, fikirkan tentang orang-orang yang menitiskan air mata menahan sakitnya perut akibat kelaparan.

Ramai yang mengeluh gaji tak cukup, gaji rendah.
Tapi sebelum mengeluh dengan rezeki Allah yang nampaknya seperti tak cukup-cukup, fikirkan tentang homeless yang cuma ada tanah sebagai lantai dan langit sebagai bumbung.

Silakan tulis apa pun kata-kata keluhan kat media sosial tentang betapa tak adilnya hidup ni, tapi sebelum mengucapkan kata sia-sia tolong fikirkan sama tentang orang bisu yang menangis tiap-tiap malam hanya agar dapat berkata-kata supaya kepayahan dan keperluannya didengari.

Tapi kalau dengan mengeluh tentang nasib diri di media sosial mampu merubah nasib, buatlah.
Semoga berjumpa jalan keluar dari kesulitan.

Manusia memang selalu rasa apa yang dia ada sekarang tak cukup.
Sedangkan apa yang kita ada sekarang dah sememangnya the best yang Allah boleh bagi.
Jangan sampai semua yang 'tak cukup' tu diambil kembali.







2015-10-19

Berpeluh, mengantuk, letih, kentut bersepah-sepah.



Aku cuba elakkan dari bercakap too much about GreenAard kat blog sebab kalau aku banyak sangat cakap pasal ni, penyudahnya blog aku akan jadi blog nutrisi dan kajian herba.
Dan sejak 2 minggu lepas aku dah create FB Page untuk GreenAard.
Semua testimoni, FAQ dan apa saja update tentang GreenAard akan ditepek kat sana.
Supaya senang admin nak simpan rekod testimoni and trace customer sebab aku tak always available untuk jawab email, so kalau korang PM di sana, insyallah cepat sikit dapat respond.

Disebabkan aku tak shout kat blog tentang kewujudan FB Page GreenAard, jadi hari-hari aku terima email soalan yang sama (thru email) tentang macamana nak makan, siapa agen, sebotol ada berapa biji, breasfeed boleh ambik ke tak, bla bla bla....

Jadi, aku nak bagitau kat sini yang kita dah ada FB Page untuk GreenAard.
Boleh ke sana ya.
Kita ada letak testimoni-testimoni kaw-kaw kat sana.
Testimoni dari brestfeed mom pun ada.
Tapi sebab ada contest GreenAard sedang berlansung, jadi aku nak tepek update GreenAard kat sini.

Mula-mula sekali of cos la perkembangan (pengecutan) terkini tuan tanah :


Kiri : Gambar raya haji tahun lepas.
Kanan : Gambar 17 Oktober 2015.

Takyah tanya berat badan aku berapa now, just tengok je beza dulu and now.
Walau sama-sama pakai baju kurung tapi boleh nampak bezanya.
Sebab yang kiri tu size M, yang kanan size S.

Memang sangat makcik-makcik sekali gambar belah kiri tu.
Ya, aku tau aku memang taraf makcik pun.
Tapi rasanya orang beranak 12 pun badan tak macam badan aku pakai baju oren tu.
Yang aku berbulu tu En Wan sikit tak pernah sound badan aku naik. Dia wat dekkkk je.
Bila aku bagi dia tengok gamba perbezaan ni eh boleh tanya "Siapa tu?".

Alhamdulillah, GreenAard Garcinia Plus ni memang serasi dengan aku.
Walaupun awal-awal ambi dulu pantat aku macam nak melecet asik kuar masuk jamban, sehari sampai 7 kali, tapi now dah slowly berkurang. Kadang-kadang 2 kali je sehari.

Ramai gak yang mintak boleh tak ambik malam sebab tengah-tengah meeting sekali nak terberak. Sampai biru-biru muka tahan sakit perut.
Sebenarnya tak kisah kau nak malam sebelum tido tapi lebih efektif makan waktu siang sebab siang kita banyak pergerakan, jadi nak bakar lemak tu lebih cepat.
Jadi, pilihan di tangan anda.



Ada juga certain pengguna tanya is it normal kalau period tetiba jadi tak teratur?
Yes, normal.

Ini period log aku.
Aku start makan March, lebih kurang 2 bulan period aku tunggang-langgang (April and May).
Lepas tu dia balik pada asal, tak lari banyak hari.
Macam kau guna Ephyra pun macam tu jugak.
Mula-muloa tu dalam 1-3 bulan period jadi haywire sikit, lama-lama ok.
Tapi tak ramai yang dapat efek period berterabur.



Aku terima 2-3 email tanya sesuai ke tak kalau lelaki guna.
Ni mesti kes konfius antara GreenAard and Inteemor (Ephyra).
Yang ada bahan untuk benefit wanita tu adelah Inteemor, bukan GreenAard.
GreenAard memang sesuai diambik oleh lelaki and wanita. Jangan risau. Lelaki yang makan GreenAard takkan mengalami pembesaran buah dada.

Lagi satu, again aku nak bagitau yang BERAK-BERAK bukan satu kemestian bila ambik GreenAard.
GreenAard bukan pil julap yang wajib keluar masuk jamban lepas makan.
GreenAard adalah persediaan tradiosional untuk dapatkan berat badan ideal.
Tapi memang kat dalam tu ada herba-herba untuk cantikkan kulit as well, cuma itu bukan bahan utama. Tapi insyallah, kesan pada kulit tu ada.

Jangan risau kalau tak berak-berak bila makan ni, sebab itu cuma side effect je.
Ada yang dapat effect berpeluh, mengantuk, letih, ada yang kentut bersepah-sepah.
Oii, aku lagi rela dapat efek berak oi dari efek kentut. 
Tapi kalau ada yang kata dia dapat effect semakin lapar bila ambik GreenAard, itu memang masalah.
Aku ada buat entry pasal ni kat FB Page GreenAard. Pi baca sana.



Aku tak hide nama Siti Mvnirah ni sebab dia buat pengakuan turun 5kg ni kat timeline aku, so semua pun boleh baca.
Kisahnya, aku buat routine checking mesej-mesej kat FB GreenAard, saje nak tengok how admin respond to enquiries. Sekali nampak mesej budak ni bagitau testimoni dia.
Aku rasa macam budak ni ada dalam FB list aku.
Rupanya betul. Orang yang sama.

5kg lost. Padahal botol pertama tak habis lagi.
Ada sorang brader navy, sama kes macam Mvnirah ni. Lost 5kg pada botol pertama.
Aku pun terperanjat tengok dorang hilang 5kg sebulan.
Aku rasa lemak aku ni kategori ketegaq macam tuannya jugak. 
Now dah perabis 5 botol baru lost 9kg.
Tapi takpela, sebab aku dah cecah ideal weight jadi proses nak turunkan tu macam hampir-hampir takde dah ni.

Korang kalau dah dapat ideal weight, takyah continue GreenAard lagi ya.
Takyah nak kurus-kurus sangat la. Nanti tetek kecik, tak best.

Aku suka bila ramai yang bagi respond GreenAard kurangkan rasa nak makan.
Lega rasa bila formula menjadi.
Tapi untuk pesakit GASTRIK, please makan macam biasa.
Sebab GreenAard memang akan bagi rasa kurang lapar, tapi pesakit gastrik jangan pulak ikutkan rasa tak lapar tu. Korang special kes, kena makan jugak. Sikit pun takpe, janji makan.
Kena tau schedule makan korang.



Ni ada contest I WANT FREE GREENAARD.
Kita akan bagi free GreenAard.
Tapi kena ikut syarat-syarat di atas.
Contest ni berakhir 30 Oktober.
Silakan join and share with your frens news ni, ok?

Ni kat bawah ni aku update list agen-agen GreenAard yang the latest.
Kalau nak COD, pi ambik kat dorang.
Kalau takde agen berhampiran, order kat aku macam biasa, klik kat link bergambar di penghujung entry ni.










2015-10-18

Kalau tak mahu merana...



Ni artikel dalam BH 17 Oktober 2015.
Kalau tak jelas, klik pada gambar pastu baca.

Dulu aku pernah tulis pasal isu ni.
And apa yang artikel ni tulis lebih kurang sama je point-point-nya.

Konsepnya sama dengan NAK MAKAN and PERLU MAKAN.
Kalau 3 hari tak makan, maka dia PERLU MAKAN supaya tak mendatangkan mudarat.
Tapi kalau NAK MAKAN, mungkin dia dah makan tapi nak makan lagi.

Macam tu la kebanyakkan manusia.
Dah ada henfon, tapi bila keluar model baru, tak tentu arah nak tukar henfon.
Kalau mampu lain cerita.
Tapi ni bangsa henfon lagi mahal dari gaji tu yang aku tak paham.
Dan kebanyakkan pengguna henfon zaman sekarang berlumba-lumba tukar henfon sebab 'gamba lebih cantik'. Betul tak?
Beli henfon mahal tapi kita sendiri tak tau macamana nak gunakannya.
Apps yang diguna tak seberapa pun, banyak guna kamera je.

Orang yang banyak keinginan selalunya tak tenang sebab takut keinginannya tak dapat dipenuhi.
Semakin banyak keinginan, semakin kurang rasional pemikirannya.
Sebab bila dia nakkan sesuatu, dia akan carik bermacam-macam alasan supaya dapat apa yang dia nakkan.
Dan alasan-alasan tu dia yang cipta sendiri.

Contohnya macam henfon.
Bila kita berkeinginan nak tukar henfon, tiba-tiba je henfon yang ada sekarang nampak buruk, nampak tak user-friendly, masa tu la jugak nampak semua gamba yang kita ambik blur dan tak cantik.

Masa aku contemplating nak beli new phone pun camtu gak.
Time tu la aku nampak henfon aku sekarang kejap-kejap jem la, lembab la, apa la.
Hampir-hampir aku nak angkat new henfon.
Tapi aku switch pi beli tab sebab kebetulan tablet Rayyan buat hal, daripada dia asik lenjan henfon aku tengok Upin Ipin, baik aku beli tab baru.
Bila dah beli, esoknya, tablet lama Rayyan dah ok. Elok je pulak tu sampai sekarang.
And henfon aku pun tak jem-jem dah.
Bila aku 'muhasabah henfon', comparekan henfon dengan tablet, aku tak nampak apa yang kurangnya kat henfon aku. Semua sama, semua masih ok, except tablet aku ada stylus which lagi senang aku nak buat keje.
Yang lain-lain semua ok.
Of cos always ada henfon yang better, tapi untuk kegunaan aku, apa yang ada ni dah ok. Tu pun aku tak abis explore lagi. Tak semua apps aku guna pun.

Bukan tak boleh tukar new henfon, tapi kebanyakkan budak-budak yang gaji tak sampai 3K ni tak tau apa itu PERLU and INGIN.
Ramai dah aku jumpa budak-budak muda yang pakai henfon harga half dari gaji masing-masing.
Ada tu harga henfon lebih dari gaji!
Dan aku tau dia bukan dari background orang senang.
Tapi macam artikel BH tu cakap, masing-masing tak ukur baju kat badan sendiri. Seronok ukur baju kat badan orang.

Kalau diingat-ingat balik, tempoh perjuangan kita dengan macam-macam alasan nak dapatkan henfon baru dengan sesudah dapat henfon tu - tak lama.
Dia punya perasaan membuak-buak nak beli tu sampai takleh tido, sampai tak lalu makan, gelisah tak tentu arah.
Tu sebenarnya Tuhan sedang tarik nikmat tenang, nikmat kenyang, nikmat lena....tapi bila dah dapat beli henfon, habis kuat pun seminggu je belek-belek.
Pastu entahlah...sama je kot dengan henfon lepas.

Apa-apa saja yang kita ingin, keseronokkannya takkan lama.
Sebab INGIN itu adalah nafsu. Dan nafsu sifatnya tak pernah puas. Dia akan nak lagi, nak lagi, nak lagi.

Contohnya barangan elektrik, katakanlah food processor.
Food processor canggih, bangsa yang masuk kentang, keluar-keluar terus jadi fries siap goreng.
Teruja gila tengok.
Harga pulak cuma RM90/sebulan.
Alah, RM90 je.
Terus beli.
Balik rumah, excited nak masak.
Sebab nak guna food processor.
Nak masak menu untuk 4 orang (laki bini and anak umur 11 and 5 tahun).
Bulan pertama excited la guna.
Dapat bil letrik hujung bulan, insaf.
Nak simpan sayang sebab tak abis bayar lagi ni. Hutang ada lagi 23 bulan nak bayar.
Tapi kalau guna, bil letrik mencanak-canak pulak.
Ujung-ujung menderita dalam diam.

Tak salah, nak beli apa pun.
Tapi kena ukur baju kat badan sendiri.
Kadang-kadang time beli tu kita tak ambik kira faktor-faktor lain.
Nak beli senang. Nak maintain tu yang berat.

Kadang-kadang kita beli bukan sebab kita perlu tapi kerana mengejar penilaian orang.
Zaman sekarang ni orang lebih pandang kebendaan jadi secara tak sedar terikut-ikut sehinggakan kita tak enjoy dengan apa yang beli tapi semata-mata follow the trend.

Henbeg contohnya.
Ni pengalaman sendiri.
Beli Chanel, beli Dior.
Tapi nak sumbat macam-macam dalam beg tu sayang, sebab beg mahal.
Last-last pakai balik beg murah. Sumbat selagi ada dalam beg bila berjalan. Hati tenang sebab beg murah, rosak pun takpe sumbat macam-macam.
Sampai sekarang yang aku pelik tu beg murah ni tetap tak lunyai-lunyai.
Jadinya, henbeg mahal-mahal tu ternyata Tuhan bagi rezeki untuk beli saja, tapi Tuhan tak bagi rezeki untuk guna.
Maka, duduk la kau dalam kotak.
Tak ke rugi namanya.

Memang seronok dapat beli barang mahal sebab selalunya barang mahal ni berkualiti (selalunya, tapi tak semua).
Jadi berlumba-lumba orang mengejar jenama kerana lambang kemewahan.
Padahal mewah tu bukan terletak pada harga tapi sesuatu yang melampaui keperluan.
Pakai kasut Bata harga RM40 je, tapi kalau sampai ada 100 pasang kasut Bata dalam koleksi, itu pun namanya mewah sebab melampaui keperluan.


 Ni purse aku sekarang yang aku dah lenjan hampir 2 tahun.
Ni bukan LV ori ni, tapi semua ingat yang ni ori.
Ni hadiah dari reader, dia bagitau siang-siang ni bukan ori.
Aku pakai, takde hal.
Selama aku pakai ni semua ingat yang ni ori.


Ni ori tapi nampak cam tak ori kan?
3 tahun lenjan sampai naik haus.
Now, tempatnya dalam laci.
Nak buang tak sampai hati, nak bagi orang buruk sangat pulak.
Kan dah satu masalah tu?


Aku ada a few entrepreneur frens yang pendapatan sebulannya paling bangsat pun RM100K. Setakat LV tu boleh beli timbang kati. tapi they choose to pakai henbeg tak ori. Disebabkan personaliti dorang tu lebih 'berjenama' dari jenama LV, maka apa yang dia pakai semua nampak mahal di mata kita.

Jangan menyeksa diri beli sesuatu untuk dapatkan kekaguman orang.
Orang kagum 2-3 hari je, pastu semua buat hal masing-masing.
Yang bengkok membayar hutang kau sorang.

Beli apa yang kita mampu, beli apa yang kita enjoy, dan beli biar berbaloi.
Kalau mampu, lain cerita.






2015-10-16

Perit 80%


Sana sini orang dok bercakap pasal tol naik.
Biasa lah, isu masih panas jadi lojik lah orang masih dok bincangkan isu ni.
Sama macam isu minyak.
Bising la jugak dalam seminggu. Now dah senyap.
Sebab ujung-ujung semua pun tak nampak apa pilihan yang ada melainkan move on.
Walaupun dengan kepayahan.

Isu tol baru-baru ni, alhamdulillah aku tak terlibat.
En Wan pun laluannya ke opis tak memerlukan tol.
Jadi, masing-masing pun senyap, takde isu.

Tapi aku paham sangat keperitannya bila tol naik sampai 80%.
Ada orang sangat terkesan dengan kenaikkan ni.
Ada yang dah tak tau nak jimat celah mana dah.
Memang ramai jugak yang merungut kat status-status FB.
Walaupun merungut tu takkan menyelesaikan masalah, tapi mungkin dapat melegakan apa yang terbuku di hati.
Tak apelah, masing-masing ada caranya.
Kalau dengan cara itu boleh merasa lebih tenang, buatlah.
Asal jangan memaki hamun melampau-lampau.
Semoga Yang Maha Melihat setiap tindak-tanduk kita, setiap bisikan hati kita, memberikan kita hidayah sehingga kita selalu ada di dalam jalan yang diredhaiNya.

Dalam menjalani hidup ni yang perlu kita hati-hati bukanlah kejadian yang menimpa diri kita.
Tapi yang perlu kita hati-hati adalah sikap kita ketika berdepan dengan kejadian tu.
Sebab, selagi kita hidup, akan ada sesuatu yang kita tak berkenan atau yang tak sesuai dengan harapan kita.
Kita takkan hidup atas dunia ni dengan segalanya menyeronokkan.
Dalam 100 kejadian, akan ada 1 kejadian yang kita tak suka.

Pepatah melayu ada sebut 'Sediakan payung sebelum hujan'.
Maksudnya, hujan ke, tak hujan ke, payung kena ready.
Secara lojiknya orang yang bawak payung akan berjalan dengan lebih tenang berbanding yang tak bawak payung. Nak beli barang pun takyah tergesa-gesa nak balik sebab kalau hujan kita ada payung nak redah.
Dalam erti kata lain, dalam hidup ni, harus bersedia menghadapi kejadian yang sesuai dan yang tak sesuai dengan kita.
Sebab hidup ni mustahil selalu sesuai dengan keinginan kita.
Kalau setiap keinginan kita Allah kabulkan, konfem hidup ni jadi huru-hara.
Jadi, harus bersedia akan segala kemungkinan kerana yang kita nak belum tentu terbaik menurut Allah.

Kalau segalanya telah kita buat, mengamuk pun dah, mengadu pun dah, berjimat pun dah, buat keje part time pun dah, tapi masih lagi tak menampakkan perubahan, jalan akhir adalah REDHA.

Redha ni memang payah nak dibuat.
Lebih-lebih lagi dalam situasi harga minyak naik, harga tol naik.
Mungkin ada yang rasa tak sesuai kot nak cerita pasal redha dengan isu tol naik sebab itu perbuatan manusia, bukan bencana alam like banjir yang kita nak kena redha.
Ya, aku pun pernah terfikir perkara yang sama.
Tapi, kalau kita tak redha pun, benda dah jadi.
Nak taknak kena terima jugak.

Yang terkesan dengan kenaikkan tol, ini ujiannya.
Yang tak terkesan dengan kenaikkan tol, akan ada ujian lain yang Tuhan dah spare.
Sombong namanya kalau kita rasa kita boleh pilih-pilih ujian mana satu yang kita perlu redha, ujian mana satu yang tak sesuai nak redha.
Yakinlah segala yang terjadi ada dalam kekuasaan Allah. Dia takkan tinggalkan kita dengan kesulitan tanpa jalan keluar.

Orang yang dari kecik sampai ke besar diejek Hitam Hitam Hitam Hitam, kita kata yang tu kena redha sebab itu ciptaan Tuhan.
So kalau tol naik, minyak naik, barang mentah naik, gaji tak naik, bukan urusan Tuhan lah?
Atas dunia ni kalau bukan Tuhan yang urus, siapa lagi yang urus agak-agak?

Sikap redha akan mendatangkan rasa tenang dalam jiwa.
Kerana rasa sakit yang kita rasakan ketika kita mengutuk sesuatu kejadian yang kita tak suka tu bukanlah disebabkan kejadiannya, tapi disebabkan sikap kita sendiri yang tak redha pada kejadian tu.

Dan redha pun bukanlah maknanya kena pasrah berserah macam tu je.
Redha adalah keterampilan kita untuk menerima kenyataan, at the same time berikhtiar memperbaiki diri.
Contohnya kalau sakit gigi, takkan nak redha macam tu je menahan bengkak gusi dari pagi sampai ke malam.
Apa-apa pun mula-mula kena redha terima ujian sakit gigi, dalam masa yang sama bergerak ke klinik gigi untuk ikhtiar hilangkan sakit.
Tu namanya redha.

Ustaz dalam satu ceramah yang aku attend ada bagitau, di waktu susah dan sempit, diduga dengan macam-macam perkara, sebearnya waktu inilah masa yang sesuai untuk kita evaluate diri.
Boleh jadi itu adalah cara Allah menegur kita.
Boleh jadi juga dia turunkan ujian kerana Dia nak kita meminta-minta padaNya.

Inilah masanya.






2015-10-14

Ujian dalam berniaga


Salah satu ujian dalam perniagaan adalah ujian kedengkian.
Especially those yang berniaga berdekatan atau yang berniaga produk yang sama (ataupun yang tak jauh beza produknya).
Berniaga berdekatan ni macam berniaga kedai sebelah-menyebelah, ataupun sama-sama berniaga kat opis.
Berniaga produk yang sama pulak persaingan antara agen yang jual produk yang 100% sama dari segi kualiti dan jenama ataupun jual 2 produk yang berlainan brand tapi tujuan yang sama (contoh jual sambal itam).

Tu semua contoh saja.

Tak semua orang mampu berdepan dengan persaingan.
Jangankan kata persaingan berniaga.
Zaman sekarang ni semua benda nak bersaing.
Kalau dah takde harta sangat nak disaingkan pun, bersaing siapa paling ramai followers pun jadik!
Janji namanya bersaing.

Persaingan ni kalau disingkapi dengan hati yang terbuka, akan jadi ibadah.
Tapi kalau persaingan dihadapi dengan hati yang berkeladak bak kata Prof Muhaya, memang merana.
Merana dalam diam.
Dan seterusnya akan jadi musuh berpanjangan.

Orang yang merasakan gagal dalam bisnes adelah berpunca dari persaingan sebenarnya adalah orang yang sombong.
Sebab dalam pada tak sedar dia sedang mengakui kehebatannya berniaga.

Bila dah seronok berniaga, seronok kira untung, adakalanya kita terlupa setiap orang yang berniaga tu dilahirkan dengan satu pakej rezeki masing-masing.
Kalaupun dia tak berniaga, kalau dah rezekinya memang ditakdirkan jadi jutawan, tetap jadi jutawan.
Contohnya pakcik-makcik Felda yang tiba-tiba jadi jutawan. Adekah dorang berniaga? Tak pun.
Tapi kalau dah kata rezekinya jutawan, duduk rumah jaga anak 24 jam pun tetap boleh jadi kaya.
Jadi jangan sombong merasakan kita kaya kerana usaha kita.
Kita tak payah usaha apa-apa pun boleh jugak Allah bagi kaya kalau Dia nak bagi.

Nak baca hikmah disebalik persaingan perniagaan pun bukannya senang.
Untuk orang yang iman tak berapa nak tinggi macam aku ni, memang makan masa nak baca hikmah.
Tapi satu benda yang aku perasan bila kita ada competitor dalam bisnes, hikmahnya adalah kita lebih banyak belajar.
Setiap hari dalam setiap solat, kita berdoa untuk diberikan petunjuk dalam setiap hal yang kita nak buat.
Dan Allah kabulkan.
Tapi Allah tak bagi pentunjuk secara lansung macam cikgu mengajar kita kat sekolah. Nah! Ambik kau ni petunjuk.
Tapi petunjuk itu datang secara tak lansung.
Contohnya, dari persaingain perniagaan.

Dah elok-elok kita berniaga sorang bertahun-tahun, tetiba ada pulak orang sewa kedai sebelah jual benda yang sama lak tu.
Macam Pizza Hut kat Putra Heights.
Elok je dia bukak kedai sebelah Dominos Pizza.
Gila selamba.
Apa la agaknya manager Dominos cakap?

Tapi sebenarnya itulah pelajaran dan pentunjuk yang Allah nak bagi.
Mungkin itu 'teguran' Allah supaya kita perbaiki cara kita berniaga.
Bertahun-tahun berniaga takde persaing, takde sape buat check and balance.
Tanpa pesaing kita takkan tahu samada produk kita masih relevan atau tak dengan perkembangan semasa.
Mungkin juga dalam tak sedar rasa ujub timbul bila kita rasa kita mampu mempertahankan bisnes.
Apetah lagi bila kita satu-satunya yang berniaga produk tu, kita rasa kita hebat.
The one and only!
Pioneer!
Atas sebab itu Allah datang 'menyelamatkan' kita supaya kita belajar memperbaiki cara berniaga dan belajar untuk turunkan sikit rasa sombong tadi.

Pesaing hadir bukan bertujuan untuk mendatangkan perasaan tak suka apetah lagi bila pesaing lebih berjaya dari kita.
Pendengki memang sifatnya susah melihat orang lain senang, dan senang melihat orang lain susah.
Rasa dengki ni lah selalunya yang membuatkan kita mula mencipta macam-macam reason kenapa bisnes kurang laku.
Sebenarnya kita yang sombong taknak belajar mencari hikmah disebalik kegagalan.

Kalaupun nanti competitor kita lebih berjaya, itu bukan masalah kita. Itu memang rezeki dia.
Kita ni yang sepatutnya belajar cara mana boleh berjaya seperti dia. Share experience. Bukannya berdengki dan membuat fitnah macam-macam.
Satu perkara yang kita kena ingat, kedengkian kita pada orang lain takkan mengubah takdir Allah kepada orang tersebut.
Kalau dah memang Allah nak bagi rezeki kepada seseorang, pasti sampai.
Macam tu gak kisahnya kalau Allah nak bagi rezeki kepada kita, sure sampai pada kita.
Walaupun jin dan manusia bersatu nak halang rezeki kita, kalau Allah tak izinkan, ia takkan berlaku.
Jadi jangan bersusah-payah.

Orang yang beriman, takkan kotorkan dirinya dengan berdengki dalam berniaga.
Luruskan niat dalam berniaga. Selalu bersyukur atas apa yang Allah berikan kepada kita.
Dan, happy bila senang melihat orang lain dapat rezeki dari Allah.

Mungkin belum masanya kita dapat keuntungan yang besar, tapi setiap hal kecil yang kita lalui dalam perniagaan haruslah menjadi amal soleh, agar bernilai ibadah dalam penilaian Allah.






2015-10-13

SALE!



It's SALE TIME!!

Shawl Najya 2 ada beberapa helai je lagi.
Sakit mata aku tengok kalau tinggal setakat 2-3 helai satu corak.
Orang nak beli satu design yang sama pakai untuk 7-8 orang pun tak cukup korum.
Jadi sebelum aku naik menyampah tengok stok sikit-sikit macam ni, meh sini aku nak let go murah-murah.

Ada warna yang tinggal sehelai je lagi, tu kira nasib-nasib la sape cepat dia dapat.

Harga dulu RM38/pc.

Harga sale today just RM19/pc!!

Sila KLIK SINI untuk beli.

Disebabkan warna memang tinggal tak banyak, jadi aku allow payment dibuat dalam masa 24 jam sahaja. Jangan jadi macam kes shawl Neelofa yang lepas. Aku dah pesan, payment dalam masa 15 minit selepas booking. 8 minit je dah sold out tapi petang baru nak buat payment. Memang takde la jawabnya, sebab aku dah bukak offer ke orang lain. Dah satu hal aku nak kena refund duit sorang-sorang.

Untuk shawl Najya ni aku bukak payment 24 jam selepas booking dibuat. Sebab dia kurang glemer  dari Neelofa kan, so 24 jam la. Hahaha.


2015-10-12

Rezeki itu urusan Allah




Banyak kali aku baca balik printscreen ni.
Conversation ni aku printscreen and simpan.

A single mum, yang struggle to put food on the table seorang diri.
Alhamdulillah, mungkin GreenAard ni berkesan untuk kebanyakkan customer dia, now dia decided untuk jadi stokis pulak.
Bukan semua orang senang nak keluarkan 12K untuk dapatkan harga stokis.
Duit is satu isu lain, tapi isu yang lebih besar adalah keyakinan.
Ada orang, duit ada tapi keyakinan takde.
Ada orang duit takde, tapi keyakinan ada.
Selalunya the latter akan lebih berjaya sebab bila dia yakin, segala bentuk benda positif akan sampai pada dia.
Macam pepatah melayu 'nak seribu daya taknak seribu dalih'.
Kalau nak buat, mesti kita cari jalan untuk bagi berjaya.
Dan selalunya jalan tu takkan mudah yang disangka.

Tapi bila dia kata "saya nak keluarkan duit tabung haji....." aku rasa sebak.

Sebab itulah jugak yang aku buat masa aku start bisnes.
Masa tu aku belum jejak Mekah pun lagi.
Sampai kering duit tabung haji aku keluarkan.
Aku contemplating nak keluarkan ke, nak simpan, nak keluarkan ke, nak simpan.
Mekah tak sampai lagi, tapi duit dah gunakan untuk buat something yang belum nampak lagi berjaya ke tak.
Dalam masa yang sama aku tak sure betul ke tak apa yang aku nak buat ni.
Maksudnya, keluarkan duit tabung haji untuk run bisnes ni adekah cara yang betul?

Tapi, masa tu aku dah takde cara lain.
Kepala otak aku dah ada plan untuk bisnes, dah macam nak pecah simpan dalam kepala, and I need to let it out.
Akhirnya aku guna jugak duit tabung haji aku.
Masa tu aku janji dengan diri aku, apa pun jadi, every month aku kena masukkan minimum 1K dalam Tabung Haji untuk ganti balik. Nak hilangkan rasa bersalah sebenarnya.

Alhamdulillah, takde masalah untuk ganti balik duit tu every month.
Malah aku boleh masukkan lebih dari that amount.
Slowly baru aku realized, aku ni sebenarnya dulu takut kehabisan rezeki.
Tapi pelik pulak bila aku lansung tak takut kalau takde keyakinan terhadap yang Maha Pemberi Rezeki.
Kesian aku.

Aku terlalu yakin duit yang disimpan tu boleh menyelamatkan aku dari kesusahan kendian hari.
Formula tu sebenarnya betul, kita mesti ada savings tapi bila terlampau yakin dengan 'kekuasaan' simpanan, tanpa kita sedar, keyakinan kita terhadap kekuasaan Allah akan hilang.

Jika kita jemput rezeki dengan cara yang halal, dengan cara yang Allah redha maka sebelum kita bertemu dengan yang akan kita jemput pun Allah dah limpahkan kita dengan rezeki-rezeki lain yang boleh jadi kita tak sedari, iaitu ketenangan dan kemudahan dalam urusan.

Allah dah lengkapkan kita dengan ikhtiar lahiriah dan ruhiah.
Kita memang perlu pakar-pakar ekonomi, penasihat kewangan, savings, mentor kekayaan, bla bla bla.....yang boleh menggerakkan potensi diri kita untuk berjaya.
Itu perlu.
Tapi, meningkatkan taraf ekonomi diri tak hanya bergantung kepada teori kewangan, pemasaran, dan ekonomi semata-mata tapi harus selari dengan teori bagaimana Allah membimbing kita dalam menjemput rezeki.

Kalau kita ada masalah dengan rezeki, maka kena evaluate sikap kita terhadap rezeki yang Allah bagi.

Ada orang yang dan dibagi rezeki, tapi rezekinya bertukar jadi musibah sebab salah mentafsir rezeki.
Allah dah bagi banyak, tapi kita kufur nikmat.

Tengok pulak bagaimana usaha kita.
Entah-entah ikhtiar kita belum betul-betul bersungguh.

Usaha tanpa ilmu pun tak boleh jugak.
Dan ilmu ini bukan datang dari buku semata-mata, tapi dari pengalaman orang lain, perkongsian orang lain.
Sebab tu jangan ada iri hati dengan kawan yang dah berjaya.
Patutnya, buat kawan dengan orang berjaya dan sama-sama kongsi ilmu.

Rezeki Allah takkan tertukar.
Cuba tengok kat tepi jalan time bulan nak raya, berderet orang jual lemang.
Sepanjang-panjang 2km penuh ngan gerai lemang kiri kanan jalan.
Camne dorang nak untung agaknya kalau competitor kiri kanan depan belakang?
Toksah kata nak untung camni gaya nak balik modal pun belum tentu lepas!

Tapi adekah bermakna kalau kau sorang-sorang je jual lemang kat tepi jalan maka konfem ada orang berhenti beli?

Tak.

Urusan rezeki itu urusan Allah.
Urusan kita cuma ikhtiar.