2014-10-31

Bisnes apa macam ni ntah.





Tu semua bukan aku tulis ya.
Takde masa aku nak kelebet video dinasaur, game Graal ntah apa benda ntah ni semua.
Ni semua terjadi sebab aku lupa iPAD yang Redza pakai tu aku log in siap-siap password YT and Google. Rupanya ni keje dia. Patut la kejap-kejap tanya aku 'Ma, camne nak eja bla bla bla bla...'.
Siap pulak kau nak menghantar komen bagai. Mudah-mudahan tak pening orang baca. Muka dah la muka aku. Haihh. Terus aku sign out semua. Dengan gmail sekali aku sign out. Patut la kadang-kadang aku dapat PM yang pelik-pelik je tanya pasal bola la, restoran Jepun la hape la..rupanya bapak dia pun sama. Pi komen kat blog-blog orang pakai akaun gmail aku. Elok la tu kan...bersepah komen dari Green Apple, tapi sleng Tganu.


Ni printscreen email reader pasal tuntutan tribunal kes dia ditipu oleh party planner. Aku capture sikit je la bagi mukadimah. Kesian dia, hire party planner yang katanya professional tapi service tak seperti yang dicatat pada quotation. Party pack mintak lain dapat lain.

Aku tak berapa paham sangat  prosedur tuntutan tribunal saman-menyaman ni. Tak tau dalam situasi apa sebenarnya yang pengguna boleh buat tuntutan and bagaimana. Kalau ada anyone yang tau, maybe boleh share kat aku (email). Nanti aku tepek kat blog.

Masa keje ngan company lama dulu penah ada colleague yang buat tuntutan tribunal pasal duit komisyen yang company hold, atau erti kata lainnya - taknak bayar. Tapi company tu memang musibat pun. Aku punya komisyen pun dia peram. Cuma aku malas nak tuntut. Malas nak semakkan kepala. Kau hadap sangat komisyen aku? Hambikkk.

Punca colleague aku tuntut komisyen tu mulanya sebab dia benti keje.
Dia jumpa big bos bagitau tak puas hati dengan kebaikkan gaji. Dia ada bentangkan point kenapa dia harus dapat kenaikkan yang lebih. Aku pun tak ingat dah apa point dia tapi dia memang pandai buat sales pun. Company aku keje ni pulak nama je bos lelaki tapi spesis telur tersumbat. Bini dia yang housewife takde kena-mengena dengan ofis pulak yang rule the ofis. Apa-apa keputusan bini dia mesti bagi kata putus. Ntah apa-apa. Padahal share pun takde dalam tu. Sabit bos tu laki dia je.

So this perasan lady boss taknak bagi komisyen colleague aku ni. Takde la banyak mana, dalam RM3k je tapi namanya duit gak kan. Ntah apa kena dia taknak bagi. Agaknya selama ni dah biasa buat kat staff-staff lain takde orang berani bersuara, tu yang dia berani ugut-ugut taknak bagi komisyen. Pastu wan aku direct pi tribunal. Dalam 2 bulan kot baru settle. Kawan aku menang kes tu. Malu gila bini bos. Besoknya terus keluar polisi baru syarikat pasal komisyen. Aku lupa apa new polisi tapi yang berpihak pada dia je la. Memang takkan ada win-win situation punya. Kompeni dia la katakan.

Spesis buat bisnes ikut kepala sendiri pun ada.
Spesis buat bisnes ASAL BUAT pun ada.

Baru-baru ni balik raya haji kat KT kitorang buat kenduri sikit. Tempah makanan kat caterer.

Raya Haji hari Ahad.
Kenduri kitorang buat Isnin.

Lepas sembelih lembu, kita bagi daging kat caterer on the same day. Pastu konfemkan sekali menu untuk kenduri besoknya.
Kak long aku dah pesan menu nasi putih, gulai daging (daging sendiri), ikan sweet sour (ikan sendiri), sayur campur, air and kuih-muih. Daging and ikan kitorang supply. Kiranya caterer tu tolong masakkan lauk je. Sayur je kita pakai sayur dia.
Kitorang resquest SAYUR CAMPUR.

Esoknya, menu yang sampai : gulai daging tetel, daging goreng, ikan sira sos manis, 4 jenis ulam, telur masin, and sayur dhal.

???????!!!!!!!!

Pelik la mak mertua aku bila nampak lauk yang sampai tak macam kitorang nak.
Dah la daging goreng tu berbau.
Pastu mintak sayur campur goreng tapi dapat sayur dhal??
Ulam?
Telur masin?
Bila masa mintak daging goreng?
Hoih!

Tau tak apa caterer tu cakap?
'Semalam kami buat kenduri jugak, banyak dhal and sayur kacang panjang extra jadi kami buat sayur dhal je la'

Oh! Sukati tok nenek dia je ubah menu orang.
Pastu kak long aku tanya apesal ada daging goreng, telur masin, ulam, .... and kenapa ikan sira ngan sos manis pulak? Bukan mintak ikan sweet sour ke?

Selamba je dia cakap tu semua bahan-bahan lebih.
Agaknya bahan mentah untuk kenduri dia semalam tu banyak, dia taknak bazir, dia guna pakai apa yang ada. Sukati dia je. Tak hormat lansung permintaan kita. Dah la tak bagitau apa-apa, tetiba hari kenduri tengok lauk yang dihantar lain dari yang kita mintak. Melopong je kitorang tengok. Aku heran gak apesal daging berkuah, pastu sayur berkuah, ikan pun berkuah. Macam tak masuk je mensu ni semua. Setau aku masa subjek Kemahiran Hidup dulu cikgu aku ajar lauk kena pelbagai. At least SATU lauk berkuah and SATU lauk kering. Ni dah semuanya berkuah, memang berlendir la nasik aku dalam pinggan macam ni.

Pastu dia kan ada tambah menu like daging goreng, ulam, telur masin semua tu. Kita tak mintak pun. Dah la daging goreng berbau. Risik punya risik baru tau cerita kenapa daging goreng berbau. Rupanya lepas kitorang hantar daging korban, dia tak bukak-bukak pun plastic isi daging tu sampailah ke hari besoknya nak masak baru dia bukak. And daging tu berkepam semalaman tak masuk freezer pun!!
Kuang ajar kan?
Daging korban doa buat macam tu.
Takde rasa hormat lansung barang customer. Pikir untung dia je.

Buat menu salah, pastu pandai-pandai tambah lauk, ujung-ujung kita kena bayar.
Ingatkan dia bagi extra lauk sebab nak kontrakan dengan menu yang dia tak dapat buat.
Dah satu hal pulak kitorang bayar extra.
Lauk yang dimintak tak dapat tapi kena pulak bayar lebih dari perjanjian untuk lauk yang kitorang tak request pun! Bila kita cakap eh kita tak mintak pun semua ni, awak yang sediakan. Dia buat dek. Bisnes apa camni ntah. Memang last la pakai service dia.



Teaser, new shawl.



2014-10-30

Kerana apa?


Jika kita solat kerana mak bapak kita suruh solat, maka kita solat kerana mak bapak suruh kita solat.

Jika kita solat kerana kawan-kawan kita pun solat, maka kita solat kerana kawan-kawan kita pun solat.

Jika kita solat kerana memang kita hari-hari solat, maka kita solat kerana kita memang hari-hari solat.

Jika kita solat kerana memang sudah masuk waktu solat, maka kita solat kerana memang sudah masuk waktu solat.

Jika kita solat kerana pak mentua ajak kita solat, maka kita solat kerana pak mentua ajak kita solat.

Jika kita solat kerana dalam jadual kursus kita ada waktu solat, maka kita solat kerana dalam jadual kursus kita ada waktu solat.

Jika kita solat kerana ada surau atau masjid berhampiran, maka kita solat kerana ada surau atau masjid berhampiran.

Soalan untuk kita, kita solat kerana apa?

Pandai syaitan menipu kita.

‎Berhati-hatilah.

Wallahu'alam, wassalam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana



2014-10-29

Boria


Masa kecik dulu, segala-galanya harus sama between aku and Ima.
Mak Aji and Pak Aji seboleh-bolehnya nak bagi kesamarataan kat kitorang.
Dari kecik sampaila ke skolah menengah kot aku terpaksa memboria dengan Ima, at least time raya. Baju mesti nak kena sama. Takde chan lansung nak pakai baju sendiri-sendiri. Asal nak kat raya je soklan default aku "Baju sama ke, Ma?"

"Sama je. Jangan nak mengada-ngada! Kau ingat mak kau cop duit?"

Laa...aku tanya je. Tu pun hangin.

Rasanya start aku matrik baru hilang team boria ni.
Lega.
Bukan malu, tapi rimas.
Dari kecik membawak ke tua kau kena pakai baju sama bentuk ngan adik kau, mau tak rimas?
Seb baik ada kelonggaran sikit time pilih kasut raya. Sebab tu time beli kasut aku suka. Time ni la baru boleh pilih ikut citarasa. Tapi takat ada citarasa je tak jalan ya. Duit mesti mau ada gak. Selalunya berakhir dengan pilihan mak bapak jugak sebab duit dorang kan. Terjeling-jeling je aku tengok kasut harga RM40 tak dapat beli. Tapi takpela, tak dapat beli tapi dapat test. Seb baik dulu aku takde henfon, Kalau tak boleh test sambil ambik gambo. Test sampai 10 pasang pastu blah, tak beli.

Dulu RM40 ni dah macam RM100 jugak la nilai dia. Sekarang kasut pengawas Bata aku tu je dah nak RM60. Kasut pengawas je pun!


Boria 1

Tahun bila dah lupa.
Tapi kalau berdasarkan spek mata aku tu, rasanya dalam Form 2. 
Ni time raya haji. Yang baju hijau tu Mamot aku from Singapore (adik Mak Aji). Ni gamba kat Tampin. Baju ni kain cotton, corak bunga lily kaler pink.


Boria 2

Ni kat Kampung Sarang Buaya.
Kampung kau ada nama macam ni? Takde kan? Hahaha.
Ni kat kampung Pak Aji. Time raya. Pasti. Ni pun time sekolah menengah berdasarkan keadaan spek. Rasanya yang ni Form 3.
Ni sebenarnya baju kurung moden kitorang yang pertama.
Dah naik Form 3 baru merasa pakai baju kurung moden on hari raya kauuuu.
Kalau tak, wajib baju kurung asli. Mak Aji tak suka kalau pagi raya pertama pakai baju kurung moden. Dia cakap macam tak raya je gayanya. Sebenarnya mak aku tu tak suka anak-anak dia bergaya macam orang tua dengan baju kurung moden. Tu je sebenarnya pun.

Aku ingat lagi design baju kurung moden ni aku yang buat.
Leher bentuk V. Dan sepatutnya kat dua-dua belah bahu tu ada kain kaler orange ke merah-merahan seakan-akan warna bunga pada kain baju tu jugak. Kiranya aku nak bagi naik kaler baju sebab kaler baju tu kusam nau. Dah la kulit pun tak berapa nak terang. Apesal la mak aku pi pilih warna malap. The kain orange tu nanti aku boleh ikat buat bentuk riben. Jadi, akan ada riben kat tengah-tengah dada tu. Patutnya macam tu la. Tapi, akak tailor tu agaknya pening banyak nau tempahan nak dibuat, boleh la pulak dia terlupa. Mak Aji tak kuasa nak tunggu dah, dia ambik je. Maka terhasillah baju kurung moden hidup segan mati tak mahu nama dia.


Boria 3

Ni obviously time sekolah rendah sebab Ibal kecik lagi time ni (Ibal baju hijau).
Time ni celebrate besday 3 orang serentak sebab tu ada 3 kek. Tapi bukan besday aku ngan Ima. Besday Ibal, Anuar (yang kiri sekali tengah standby nak cucuk cake) and Nabila (yang belah kanan sekali baju bunga-bunga). Ni kat Tampin jugak.
Baju yang aku and Ima pakai tu blouse putih with skirt kaler mint green bunga-bunga putih. Sweet sangat combination dia, macam pastel-pastel. Tapi fail bila kitorang pakai sebab masing-masing kulit lebam.

Yang si Ima tu apehal tunjuk middle finger tu?
Oh ye la, time ni kecik lagi. Toksah kata middle finger, finger pun tak tau apadia. Mbahahaha.


Boria 4

Yang ni pasti tahun 1988, masa aku Darjah 5.
Sebab tahun 1988 la buat pertama kalinya aku jejak bahagian utara Malaysia sebab ikut Pak Aji outstation cover dari Perak sampai ke Langkawi.
Ni kat Bukit Bendera. Rilek je melancong ke Bukit Bendera pakai selipar pasar malam. Gila sakai oih. Mak Aji lagi best. Seluar track. Jadiklahh. Janji sampai Bukit Bendera ye tak?

Baju yang kitorang pakai tu adelah baju raya tahun tu.
Jangan kata baju kurung raya wajib sedondon, baju moden raya pun wajib sepesen. Beza kaler takpe, janji pesen kena sama. Pesen rambut pun sama, tak tahan.


Boria 5

Ni tahun 1988 jugak.
Sebab ikut Pak Aji outstation. Ni kat Tambun Inn, Perak.
Walaupun pakai selipar jamban, gaya mesti mau ada pakai spek ala-ala aviator. Bongok gila Ima.
Ima ni memang dari kecik suka bergaya. Aku pulak jenis tak kisah bergamba, tapi jangan suruh aku senyum atau bergaya. Aku bergaya ke, tak bergaya ke, hasilnya tetap macam batu. Seriesly, tak pandai. Kebanyakkan gamba-gamba aku masa kecik, Ima la yang ajar aku pose. Tu pun cam nakharom je jadiknya.

Baju ni kitorang panggil baju mekanik.
Kalau sekarang jumpsuit la orang panggil.
Sampai skarang pun aku masih lagi panggil pesen baju cenggini - Baju mekanik.

Now korang tau kenapa sampai skarang aku tak kisah walaupun ke sana sini pakai kasut pengawas. Itu adelah suatu peningkatan sebenarnya. Sebab time kecik aku ke sana sini walaupun melancong, sarung selipar jamban je. Peningkatan tak? Suatu peningkatan kan?


Boria 6

Ni kat Singapore. Konfem! Tak sure la ada majlis apa ni. Tapi memang time kecik kitorang selalu keluar masuk Sinagpore. Adik-beradik Mak Aji ramai kat sana lagipun arwah nenek aku memang orang Singapore jadi kira macam balik kampung ikut nenek.

Pesen rambut sama.
Pesen baju sama.
Cara duduk, lain.

Ima memang suka terkangkang tersiat macam tu. Sampai skarang pun kalau kitorang tetiba naik syok bersembang, secara otomatik kaki-kaki semua naik ke atas. Terkangkang, terlibas, terkibai, semua ada. Termasuklah aku sebenarnya pun tapi dalam gamba ni aku sopan sikit. Mungkin sebab aku tak pakai spender.


Boria 7

Ni kat Changi Airport. Rasanya ni time hantar arwah nenek (baju kurung hitam) gi umrah. Tahun berapa tak pasti tapi berdasarkan cekak rambut aku tu, nampak gayanya macam Form 2. Aku meriba sepupu aku. Baju kurung yang ni antara yang cantik la zaman kitorang kecik dulu sebab kalerful. 

Sebab apa kain baju ni cantik sikit?

Sebab yang ni nenek aku belikan kain. Hahahahaha.
Kalau Mak Aji jangan harap la nak belikan kitorang kain berkilat-kilat macam ni. Dia tak suka kitorang bergaya macam orang tua katanya. Bagi Mak Aji, budak-budak kena bergaya macam budak. Pakai baju cotton, kasut jangan menggatal nak pakai ada heels, bedak pun kalau boleh jangan pakai. Biar berkerak. Lambang seorang budak-budak gitu. Rambut pendek. Jangan mengada nak berambut panjang segala. Nanti rambut cepat masam. Kejap-kejap kena shampoo rambut. Shampoo mahal oi. Shampoo pun takat shampoo je, jangan nak sentuh conditioner mama. Conditioner ni rambut orang tua je boleh pakai. Gitu tazkirah mak aku dulu.
Arwah nenek good taste. Lagipun nenek banyak duit. Jadi cucu-cucu yang tak berapa mewah macam kitorang ni selalu la dapat hadiah dari nenek. Nenek pulak suka beli kain. Kalau kebetulan kitorang ada sekali, dia suruh je kitorang pilih kain apa nak. Silk pun boleh. Time tu dapat pakai silk, berjalan pun kejung semacam. Punyalah bangga dapat pakai silk.


Boria 8

Ni tahun 1987. Darjah Ompek. Memang konfem.
Sebab tahun 1987 buat pertama kali kitorang ke East Coast, ikut Pak Aji outstesen.
Seb baik masa ni Pak Aji dah jadi Pegawai Pendidikan kat Jabatan Pendidikan Selangor. Dapatlah kitorang merasa berjalan jauh sikit. Kalau tak balik-balik muzium, tugu negara, muzium, tugu negara, dayabumi, dayabumi, dayabumi. Naik mabuk asik keluar masuk situ je.

Tapi dah nama pun ikut bapak gi keje kan.
So takat ikut je la. Walaupun merasa duduk hotel, takde la nak mewah-mewah breakfast kat coffee house segala. Bapak aku je btreakfast kat hotel, kitorang pandai-pandai la ikut Mak Aji tapau makanan kat warung. Jangan banyak cengkadak eh, dapat berjalan dah cukup baik. Jangan mintak macam-macam, aku tak bagi penampar dah cukup bagus. Haaa, gitu pesanan Mak Aji. Berani kau nak mintak?

Kau tengok la si Ima punya pose. Kemain menyenget.
Pose aku tu pun Ima la suruh buat tapi macam siapalis je aku pose. Kayu!

Aku suka baju yang ni.
Depan tu macam vest. Boleh bukak kalau nak.


Boria 9

Kat Tampin.
Ni samada Darjah 6 atau Tingkatan 1 sebab aku pakai spek jenis ni cuma 2 tahun je. Sebab masa kat Maahad (Form 1), spek ni barai.

Bukan takat baju berjalan je sama. Baju tido pun sama okeh! Mana aku tak sakit jiwa.
Semua benda nak kena boria.
Aku rasa Mak Aji ni teringin nau nak dapat anak kembar kot. Habis aku ngan Ima jadi bahan ujikaji.

Lama dah aku ngan Ima tak boria bersama menjak size badan dah macam dipam-pam ni kan. Payah nau nak carik pesen baju sedondon.
Tapi insyallah, kitorang akan kembali memboria time wedding Ibal nanti.
Dengan Mak Aji Mak Aji sekali aku boriakan. Biar dia rasa kena pakai baju sepesen. Mbhahahahaha.



2014-10-27

Agak-agak la kalau nak bagi tazkirah.



Fuiyoooooooooo!!!

Seriesly kah????

Jangan bagi aku sakit otak boleh?

Melampau kot sampai nak buat solat sunat taubat nasuha beramai-ramai secara LIVE kat TV3?
Kah Kah Kah.
Sorry la. tapi ini memang klaka.

Kamon la bang, namanya pun solat sunat. Buat kat rumah sendiri-sendiri senyap-senyap lebih afdal.
Nak bertaubat nasuha pun kena tunjuk kat semua orang ke.
Tak ke niat tu pun dah nampak menyimpang. Kalau aku jadi dia pun stress nak taubat nasuha pun tak tenang kameraman beratus kat tepi zoom muka aku. Hoih, agak-agak la kalau nak pedajal orang.
Orang tu dah sanggup tebalkan muka buat permohonan maaf live satu Malaysia tengok, lagi mau suruh dia buat macam-macam ke. Alahaiii.

Ni la dia orang-orang 'bijak pandai'.
Mula-mula dia desak budak tu buat permohonan maaf secara terbuka.
Bila dah buat, dia up pulak mintak buat solat sunat taubat.
Kalau budak tu ikut cakap kau, aku jamin benda tu takkan stop kat sini je. Mesti ada je lagi yang tak kena kat mata dorang. Kena buang negara terus kot baru pueh hati.

Aku 'suka' peratikan komen-komen 'alim' macam ni.
Nak lagi kalau isu pakai tudung. Pehhh. Like never ending okeh.

Contoh, kalau keluar kat news rakyat Malaysia dapat triple PhD.
'Kat akhirat esok Tuhan tak tanya berapa banyak PhD kau ada'
Katanya!

Ye, betul.
Memang kat akhirat Tuhan tak tanya berapa banyak PhD yang dia ada.
Tapi Tuhan akan tanya apa yang dia buat dengan kelayakan dia yang banyak tu.
Kita mana nak tau apa sumbangan dia.
Mana tau dengan kebijaksanaan dia, dia hasilkan sesuatu untuk manfaat manusia sejagat.
Mana tau dengan kelebihan ilmu tu, dia perturunkan pulak ke anak-anak bangsa.
Mana tau dengan kelayakan dia tu menjadikan dia layak dapat gaji besar dan dia gunakan sebahagian pendapatan dia kepada kebajikan.
Kita tak tau apa-apa.
So takyah la nak judge macam-macam.
Macamkan dia sorang je kena jawab soalan Tuhan.
Abis kita? Konfem melenggang kangkung masuk syurga?

Baru-baru ni kes anak Scha and Awal.
Aku pun baru je tau semalam, anak sedara En Wan bagitau pasal majlis akikah anak dia.
Pastu aku pun baru tau jugak anak dia ada akaun Ig.
Aku terperanjat juga dengar kejadah apa anak dia nak ada akaun?
Pastu aku pikir balik, ye la...tu anak selebriti.
Alangkan anak aku yang omaknya tak selebriti pun kejap-kejap ada yang tanya 'Kak, bila nak up gamba Rayyan lagi?'
Tu cara-cara aku yang ntah sape-sape. Inikan Scha ngan Awal kan. Haruslah ada yang nak tengok perkembangan baby dia. Yang tak suka cuma 5000 je. Yang suka 500,000 kot. Apa nak kisah.

Tapi, aku jadi kisah bila baca komen-komen yang menghentam majlis akikah anak Scha.
Ya Allah, tak tau la ni penyakit orang Malaysia ke, atau penyakit orang melayu ke, atau penyakit orang alim wannabe.
Sorry ya, aku bukan peminat Scha and Awal. Takde bias-bias pun kat sini.

Apesal la yang nak pertikaikan kenapa dorang nak buat majlis grand.
Perlu ke pertikaikan kenapa dorang laki bini bergaya macam nak bersanding lagi sekali kat majlis tu.
Pastu pertikaikan pasal akaun Ig anak dia.
Hoih, duit dia kottttt. Sukati la dia nak buat majlis pelamin berendoi lapan tingkat pun kau pedulik apa. Dia tu kaya ok. Macam-macam job dia buat. Aku dengar cerita Scha jadi duta produk kosmetik apa ntah, setahun dibayar almost RM500K! Tu baru satu job. Abis laki dia punya job lagi kau taknak kira?
Kalaupun majlis akikah dia bernilai 100K, small the pieces je bagi dorang berdua nak bayor. Lebih dari mampu. Kita ni je yang rasa membazir sebab kita tak berduit. Cuba kalau kita berduit. Kita pun buat jugak.

Yang kita nampak dia membazir.
Semua kutuk pembaziran yang dorang buat. Majlis gempak sangat. Tak patut la. Bersederhanalah. Bla bla bla bla.
Sederhana pada kita takat RM1000. Sebab duit kita dalam bank RM50K tak sampai.
Duit dorang ratus-ratus ribu, kalau belanja 80-100K kira sederhana lah tu.
Peliknya manusia, dia nampak yang zahir je. Tapi tak cuba membaca apa yang ada disebalik 'pembaziran' tu.
Yang di-highlite oleh media cuma pelaminnya, anaknya, baju mak bapaknya.
Tapi yang tak dihighlitekan (yang ni sebenarnya boleh pikir sendiri) adelah majlis yang 'membazir' tu sebenarnya majlis menjamu orang makan.
Tahu apa ganjaran orang yang menjamu makan?
Check sendiri and baca.
Ye, ye, dorang jemput orang kaya-kaya je.
Memang dorang hanya jemput tetamu dikalangan klik-klik dorang je.
Walaumacamanapun namanya tetap menjamu orang makan, insyallah ada ganjarannya.
Kita pun kalau buat majlis makan-makan kebanyakkan yang hadir tu pun set-set kita juga. So ada beza? Takde beza kita dan dia.

Tu belum lagi yang poyo 'Bukan anak ulamak pun'.
Hahahhaha. Ni klaka. Sebab komen macam ada baur-baur alim tapi mangkak.
Iman tak boleh diwarisi bang.
Ada aje anak Pak Imam yang anaknya jadi setan. Ada.
Dan ada mak bapaknya artis, tapi anaknya hafiz. Lupa ke dengan Sharifah Aini?

Letih aku membebel.
Dah dah dah.



Tadi pagi macam biasa, every morning aku akan check seller center kat Lazada untuk tengok new order. Pastu aku check kat Muslim Product, under 'Recommendation', page pertama lagi dah feature Jubah Rania and Shawl Arana by Arekay.
Pandai Lazada.
Memang shawl Arana kaler Dusty Blue tu la yang hot sekali.
Tu pun sebab awal-awal Dusty Pink, Brown, Cream Pink/Burgundy dah sold out, tak sempat aku nak submit kat Lazada. Kalau Dusty Pink sempat masuk Lazada agaknya sehari dah sold out. Sebab Dusty Pink up kat blog aku yang tak berapa nak lazada ni pun sehari je abis.

Ni aku nak bagitau on 29 Oktober, Lazada akan buat sale.
Tadi dia dah call aku bagitau yang dia dah pun pilih 20 jenis product (SKU) dari label aku untuk dipromokan. Ada less, of cos la. Nama pun sale. Tapi aku tak tau produk mana satu. So boleh la rajin-rajin usha kat Lazada ya. Boleh TERUS KLIK SINI

Bila aku check invoice dari Lazada, baru aku tau yang kalau beli sehelai shawl, transport charge adelah RM15! Gila ahhh. Aku selama ni letak RM7 je. Padahal budak tu kat Sungai Buloh je. Nak je aku call budak tu "Dik, kalau beli selai, meh beli direct kat website akak".
Tapi certain amount, memang transport tu waive.
So korang check sendiri la kat Lazada korang kena hit amount berapa ringgit baru dorang waive transport.

Bye.



Sleng


Aku boleh terima lagi kalau orang Tganu and Kelantan bercakap dengan dengan ada hawa-hawa bunyik Kelantan/Tganu.
Takpe, takde hal.
Sama la citer dia kalau orang utara cakap bunyik utara. Pun takde masalah.

Tapi aku sakit telinga kalau dengar laki aku mengontrol dialek Tganunya. Series, sakit telinga.
Dia tau aku tak suka tapi dia tak berdaya untuk buat apa-apa, katanya.
Mula-mula dulu masa aku sound "Nak cakap Tganu tu cakap je la, takyah la kontrol", dia tak terima. Dia cakap mana ada dia kontrol.
Tapi sebenarnya dia memang kontrol.
Aku tak paham apesal ngan aku bini kau sendiri pun kau nak kontrol.
Kalau dengan orang luar aku paham la kenapa kau nak kontrol. Sebab nak create impression.
Tapi aku ni dah 13 tahun hidup bersama kottttt. Nak kontrol pebendanya lagi. Let it go sudah la. Nak kena aku nyanyi Let It Go ke camne ni.

Contoh.

Jumaat lepas Redza tak sihat.
Muntah-muntah. Lembik satu badan.

Dia cakap kat aku "Di, tolong tengokkan Redza tu camne. Abang rasa macaN demaN"

Aku sound dia.
"Bang! Demam bang.. demam. Bukan deman. Macam, bukan macan."

Aku dah tahap stress dengar dia kontrol dialek dia.
Bukan apa, aku kesian tengok dia sebenarnya.
13 tahun lepas, masa mula-mula kawen, aku penah dengar member-member  se-Jepun selamba bahan and gelakkan sebab dia kontrol bercakap. Sehabis daya dia nak hilangkan bunyik Tganu tu.
Tak perlu ok. Tak perlu.
Sebab buruk nau jadiknya.

Aku tanya kenapa mesti kontrol?
Dia cakap dia tau ramai orang tak suka orang pantai timur.
Tak kira camna ok pun orang tu, tak banyak sikit, mesti ada anggapan yang tak seronok sikit tentang orang pantai timur. Dia cakap dia taknak disebabkan itu, orang tak selesa nak bergaul dengan dia.
Sebab tu dia berusaha untuk hilangkan sleng dia tu bila bercakap dengan orang bukan Tganu.
Dia rasa dia dah buat habis daya.
Yang pastinya dia tak pernah berjaya. Hahaha.
Makin dia kontrol, makin merapu bunyik yang keluar sampai aku tak paham.

Masa awal-awal kenal dulu, dia sangat pendiam.
Skarang pun takde la banyak cakap sangat pun tapi takde la membatu macam topekong Siam everytime ikut aku jumpa member. 
Dia tak banyak cakap bukan sebab dia tak reti bersembang.
Tapi dia taknak sleng dia terbabas.
Dia taknak orang tak selesa dengan bunyi-bunyian dia.

Kawan-kawan aku ada juga orang Tganu Kelantan, tapi some of them bila bercakap biasa dengan orang bukan pantai timur, sleng memang hilang terus. Sampai tak perasan pun dia orang Tganu/Kelantan. Tapi En Wan spesel kes. Sleng dia memang pekat. Aku tak tau la masa blaja kat Jepun dulu lecturer dia ada masalah nak memahamkan apa dia cakap ke tak.

Kalau dia ajar Redza english lagi la.
Dengan aku aku sekali konfius.
Terkebil-kebil anak aku nak memahamkan apa yang bapak dia cakap.

Ni pun kes last week jugak. Sebab nak nak exam week kan, jadi En Wan memang akan pulun tetiap pagi petang siang malam latih tubi Redza.

Malam buat revision English.

"SHIK."

Aku dengar je dari jauh.
Aku toleh tengok Redza terpisat-pisat pandang muka bapak dia. Muka blur.

Disebabkan aku dah lebih lama hidup ngan dia jadi dalam kepala aku ada beberapa kemungkinan.
Boleh jadi SHEEP, SHEET, SHIP atau SHIT.

Sekali betul pun.
SHEEP!

Kau halalkan aje la sebutan bapak kau tu Redza.

Sebab tu kalau En Wan tanya apa-apa word kat aku, aku akan suruh dia bagi ayat penuh supaya aku boleh agak apa yang orang tua ni nak sebenornya. Kalau tak, dengan aku-aku sekali stress mikir pebenda dia sebut.


Shik pun Shik la bang.
 *aku terpaksa edit gamba ni so that kulit En Wan tu dapat dikurangkan kecerahannya supaya sedondon dengan aku. (Raya Haji, Manir, 2014)*



2014-10-25

Ephyra : Promo : DI-scount



Haaa...tu dia.
Kau ingat AEON je ada card?
Aku pun hade laaaa! Sebab tu kad aku ada gamba green apple.

Nama kad di atas adelah 'Di-scount Card'.
Khas untuk customer Ephyra.
Discount card ni bukan life-time ya. Ni ada sekian-sekian period.

Citer dia camni.
Discount ni only applicable kalau kau beli 3 kotak at RM540 (RM570 Sabah/Sarawak).
Kalau korang beli 3 kotak, kita akan bagi Discount Number.
Nama korang akan dimasukkan dalam database sebab sesiapa yang beli 3 kotak, maka dia entittled to get harga RM160/sekotak, sebanyak 2 kotak, untuk next purchase.

Contohnya, katakan besok ko beli 3 kotak dengan harga RM540.
Masa provide tracking number, kita akan bagi sekali Discount Number.
Pastu bulan Januari sok ko nak beli lagi kan, just email semula kat kita, bagitau nak beli sekotak Ephyra menggunakan Discount Number.
Kita akan trace your discount number, history of purchase and lain-lain details dalam system.
Dan untuk that purchase, korang akan dapat harga RM160/kotak.

Kalau kotak pertama yang ko beli dengan harga RM160 tu dah habis, nak repeat, gunakan kekdah yang sama. Email us and bagi Discount Number. So maknanya kat sini, ko dah pun guna habis kuota 2 kotak tadi.
Kalau nak beli sekali 2 kotak pun boleh. Maknanya beli dengan harga RM160 + RM160 sekaligus. Pastu kuota habis. Settle.

Ok, ni ahkak nak explain sikit lebih kurang berdasarkan ilmu yang tak berapa nak banyak sebab ahkak dulu dalam lecture hall selalu lepak belakang. Tapi boleh la ingat sikit-sikit.
Ramai antara yang beli Ephyra ni akan tanya soklan "Kalau ambik caffeine menggangu tak kesan Ephyra?"

Pertama sekali, kesan apa yang korang maksudkan?
Adekah pada penghasilan collagen?

Kalau samada caffeine mengganggu penghasilan collagen, jawapannya TAK.
TAPI, kena tengok jugak berapa banyak kau mencekik caffein dalam sehari.
Kalau ambik caffeine in moderation, it will not impact on collagen renewal.
Sebenarnya, coffee, caffeine tak interfere pun collagen production. Malah, dari segi sains, banyak kebaikan ambik caffein ni. Salah satunya bagi kau lebih fokus and yang terbaru katanya mengurangkan risiko diabetis. Tapi diabetis type berapa aku tak tau.

Akan tetapiiiiiiiii...caffein boleh trigger acne!

Maksudnya kat sini, kau memang akan berpotensi untuk dapat masalah kulit sekiranya kau ambik caffeine. Apetah lagi kalau memang dah sedia ada penyakit kulit contohnya jerawat. Proses healing akan jadi lambat.

Why lambat?

Remember dulu aku ada cakap kenapa kesan tidakbalas Ephyra berbeza untuk setiap orang?
Salah satunya adelah tindakbalas badan terhadap healing process.

Katakan la kau ada masalah jerawat (atau kulit kematu, atau jeragat, atau kulit kering).
Kau ambik Ephyra. At the same time kau minum kopi.
Sedangkan kopi ni boleh trigger penyakit kulit. Kau dah ada jerawat, lagi kau togok kopi, memang huru-hara la badan tu.
Bila masalah kulit timbul, badan akan hasilkan banyak sel-sel secara semulajadi untuk 'merawat' kulit.
Proses nak merawat ni guna banyak tenaga.
Sedangkan tindakbalas Ephyra dalam collagen reneal juga perlukan tenaga.
Bila banyak tenaga dah diperlukan untuk merawat kulit (ini secara semulajadi by antibodi), tenaga yang tinggal untuk collagen renewal dah sikit.
Jadi proses menghasilkan collagen tu jadi kurang/lambat.
Sebab tu aku cakap kesan Ephyra berbeza-beza. Tak sama semua orang. Bergantung pada keadaan badan kita jugak.

Ada yang sampai kotak ke-5, baru masalah kulit nampak berkurangan.
Ada yang seawal 4-5 hari tumit dah licin.
It all depends.

Kopi tu bila kita minum sewaktu makan atau lepas makan kita minum kopi, dia akan menggangu badan dari menyerap mineral dari makanan tadi. Sedangkan kalau badan kurang zinc and iron boleh memburukkan lagi masalah kulit. Dia senang cerita, takyah ambik caffeine lansung. Tapi kalau tak mampu nak stop minum coffee, kita kurangkan sudah la. Tapi bersabar je la dengan collagen renewal. Macam aku memang tak minum kopi, tapi teh O tu sehari 2-3 kali jugak. Tu kalau breakfast lunch kat luar. Kalau duduk rumah memang 1-2 kali je. Kadang lupa minum teh.

Jadi, jangan takut.
Kalau rasa nak minum kopi, sila sila sila.
Dia tak ganggu. Dia mungkin at some cases, cuma melambatkan proses collagen renewal saja.



2014-10-24

Salam Tahun Baru Hijrah


Gambar digugel


Asalamu'alaikum,

Malam ini malam Tahun Baru Hijrah.
Kalendar Hijrah bermula dari Muharram sehingga Zulhijjah.
Tetapi perlu diketahui bahawa Nabi SAW bukanlah berhijrah pada 1 Muharram.
Cuma tahunnya "disifarkan" pada tahun di mana Nabi mula berhijrah.
Oh satu lagi, Nabi SAW tidak juga berhijrah pada bulan Muharram.
Carilah jawapan kalau kita berminat.

Kalendar Islam tahun ini menginjak 1436 tahun, bukan bermakna Islam baru 1436 tahun.
Islam sudah ada sejak awal kejadian manusia.
Semua Nabi adalah "Muslimuun".
Boleh rujuk Al Quran, antaranya direkodkan dalam Surah Al Baqarah ayat 136.
Bacalah dari ayat 132 untuk cerita lebih jelas.

Nabi Isa pula lahir lebih kurang 2014 tahun yang lalu.
Jarak antara 2 Rasul mulia ini adalah beberapa ratus tahun.

Masihi 2014 tahun sejak kelahiran Nabi Isa Alaihissalam.
Hijrah berlaku 1436 tahun lalu sejak Nabi Muhammad dan Sahabah berhijrah.

Nabi berdakwah di Mekah sebelum Hijrah ‎selama 10 tahun.
Nabi SAW menerima kenabian pada usia 40 tahun.
Maknanya Nabi berhijrah pada usia 50 tahun.
Ini matematik kasar. Ketepatannya ada boleh dirujuk dalam rujukan muktabar. Banyak ada.

Nabi Isa diwafatkan dengan cara diangkat ke langit pada usia 36 tahun. Ada dalam Surah Ali Imran, ayat 55.
Cerita tentang kelahiran Nabi Isa pula ada dalam surah sama mulai ayat 42. Bacalah.

Nah, sekarang boleh dicari jarak tahun ‎antara 2 Nabi ini. Itupun kalau berminat. ‎

Hijrah membawa makna besar, nak diceritakan di sini takkan cukup halaman.
Ia satu keputusan strategik dengan panduan Ilahi ‎bagi satu hikmah yang sangat besar.
Oleh kerana ia satu peristiwa besar lantaran dipilih sebagai "Tahun Bermula" bagi kalendar Islam. ‎
Kita diberitahu Nabi SAW lahir pada Tahun Gajah, 12 Rabi'ulawwal.
Oleh kerana Nabi SAW lahir setelah kalendar Masihi berjalan, maka Nabi SAW juga ada tarikh lahir mengikut kalendar Masihi.
Carilah kalau berminat.

Kita pula oleh kerana lahir pada zaman kalendar Masihi menunjangi dunia disamping ada juga kalendar Islam dalam masa yang sama, kita juga ada tarikh lahir mengikut kalendar Islam kita sendiri.
Soalannya, adakah kita tahu tarikh lahir kalendar Islam kita?

Bukanlah satu kewajipan untuk tahu, dan bukan satu dosa kalau tak tahu.
Cuma kita kurang perihatinlah...
Carilah, kalau berminat.

Sebenarnya, kita ni banyak yang tak tahu. :(

Wallahu'alam, wassalam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana



Lainnya muka dia!


Aku terperanjat baru-baru ni bila nampak gambar terbaru Renee Zellweger.
Totally different!!!!
No, cosmetic surgery dia nampaknya tak memburukkan muka tapi terus dah jadi muka orang lain.
Muka dia yang baru ni cantik jugak, tapi dulu pun takde yang buruk. Aku lagi suka muka dia yang dulu. Ok apa. Dia ni macam tembam-tembam sikit, tapi bukan lah gemuk. Muka dia kategori muka penuh. Ok je. Yang tetiba dia nak buat kosmetik surgeri, aku tak paham apesal. Dah jadi macam pelik pulak tengok muka dia now. Dah la nama dia tu one of a kind kot. Tapi muka jadi lain. Gila tak boleh digest aku.


Kiri : Renee Zellweger lama
Kanan : Renee Zellweger baru (??????)


Kiri : Renee Zellweger baru
Kanan : Renee Zellweger lama


Memang la cantik jugak. Tak dinafikan.
Tapi 100% jadi muka orang lain kot. Totally unrecognisable.
Selalunya orang buat cosmetic surgery ni nak bagi nampak muda, nak tegangkan kulit, nak bagi nampak batang hidung. Hasilnya takde la nampak muka kau jadi lain terus. Masih lagi ada keaslian pada wajah. Tapi si Renee ni dah jadi macam orang lain aku tengok. 
Muka dia yang baru ni macam muka biasa nampak. Macam gabungan muka Darryl Hannah + SJP.


Kan?
Muka dia dah macam ala-ala muka dua orang ni je.


Sayang betul la dia ubah muka dia jadi lain.
Ntah hape yang dia fedap sangat ngan muka lama ntah. Frust pulak aku muka asal dah takde. And takkan jumpa dah!
Ape la masalah orang yang suka buat kosmetik surgery ni.
Dah terbukti berapa kerat sangat yang jadi cantik lepas buat operation?
Kalau pun berjaya, berapa lama nau bertahan?
Dah nama pun buat oleh manusia. Manusia sendiri tak kekal, apetah lagi benda yang dia buat.
Kan ke boleh mekap je muka bagi cantik.
Makan collagen ke *ewahhh, sempat lagi*, buat urutan wajah ke apa ke.

Hidung aku kan dulu masa kecik pesek.
Now nampak jugak la batang hidung walau tak mancung macam Mak Aji.
Petuanya dari zaman sekolah arwah nenek aku ajar bangun tido and everytime lepas mandi, urut hidung tu. Cara urutan : tolak dari bawah ke atas. Pelan-pelan.
Yang buatkan aku perasan hidung aku ada perubahan, bila kawan Mak Aji zaman bujang dulu-dulu datang rumah and nampak aku, dia cakap kat Mak Aji "Ha, mancung pun idung dia skarang bila dah besar. Yang kau kata penyek penyek sangat tu"
Sebab tu Mak Aji dulu suka cakap muka aku penyek. Sebab memang masa kecik hidung aku takde batang.

Now lagi senang, teknik mekap dah ada.
Cakap je kau nak hidung kau tinggi camana. Small the pieces MUA buatkan.
Mata tak cukup besar? Nak besar mana kau cakap. Nak jadikan mata kau terbelolok pun boleh.
Masa aku kawen dulu, Mak Andam tenyeh lipstik kat mulut aku sampai terkeluar dari bibir. Aku ni ye ye je lap ngan tisu. Pastu dia jerit "Eh jangannnnnnn!!! Mulut awak nipis, biar nampak tebal sikit"
Bila hasilnya dalam gamba eh cantik pulak aku tengok bibir aku. 

Tak caya mekap boleh ubahkan wajah?

Tengok ni...



Kau tengok pipi dia belah kiri (after mekap) tu sikit punya berlekuk. Nampak runcing je muka. Tu namanya teknik shading. Buku kening dia pun macam bertokak je aku tengok, tapi dengan mekap boleh aje nak bagi nampak lebat and terurus. Kan ke cantik tu? 
Ye ye, aku tau JLo ni pun ada gak buat face surgery katanya, tapi lepas mekap tetap nampak lebih cantik dari sebelum mekap kan. So, apa nak buang duit sangat ubah muka kau. Lain la kalau muka kau cacat ke, melecur ke. Ada reason. Ini muka dah ok, tinggal nak touch up sikit-sikit je lagi mau buat surgeri. Sangkak kepala otak aku mikir.



Kulit berkusam, freckles, pun boleh je nak hide dengan mekap untuk tambahkan keyakinan.
Bukan setakat kita akan jadi confident nak berjumpa orang, orang pun tak heart attack tengok muka kita. Tolong ada belas kasihan sikit pada orang lain ya. Apa ko ingat ko sorang je nak idup lama?



Macam nak heart attack jugak la aku tengok muka Tyra Banks before mekap. *cewah, macamkan muka kau lawa sangat*
This is the power of mekap.
Tyra ni bukan la kata tak cantik. Muka dia cantik. Cukup sifat.
Hidung ada batang. Mata memang dah besau. Muka pun tak tembam macam aku.
Tinggal lagi nak naikkan seri dia je lagi sikit.
Dia ni bukti kuat yang menunjukkan kita tak perlu nak ubah wajah tanpa sebab. Dalam Islam pun membenarkan kalau untuk tujuan perubatan, macam kulit kau melepuh ke apa ke. Tapi kalau sesaje nak bagi cantik, tadahkan je diri kat MUA. Tau la dorang highlite apa yang boleh dihighlite kat muka korang. Takyah nak operate segala.



Ingat boleh bertahan lama mana buat plastic surgery, tokek sana, tarik sini, buang sana, tampal sini.
Takde maknanya kekal sampai mati. Toksah le.
Yang buat liposuction pun, lama mana sangat bertahan. Kalau dah nama kuat mentekedarah exercise tak mau, memang keje ko kejap-kejap buat liposuction je la jawabnya.
Tu tengok video tu kasik paham the ill effects of plastic surgery.


Kan ke gojes tu.


Claudia Schiffer, sape sangka muka dia tanpa mekap macam tu?
Boleh je kalau dia nak operate bagi tambah kelopak mata kan, tapi bila dah mekap besau jugak mata jadiknya. Settle.


Kecuali dia ni.

Ni rasanya konsep mekap ala-ala fun fair rumah hantu.
Muka kau belah kiri tu tenung aku dah cukup ngeri dah, toksah la nak beria sangat.
Ni kalau muka macam ni tetiba terpacul depan makcik-makcik kuat melatah konfem kena sepak. Tanjat makcik dia kata.



2014-10-22

Jangan cuba-cuba nak suwit. Block tetap block!



Bila aku dapat invitation dari member aku ni tetiba aku teringat kalau tak salah aku ada invitation dari reader on 1st and 8th...tapi aku lupa invite kat email atau FB (PM), sebab kad memang takde atas meja aku. Dah banyak sangat email lately, yang tak berbaca pun banyak nau, jadi kalau sesape rasa dia ada invite aku ke majlis dia on 1st and 8th, tolong forwardkan jemputan lagi sekali ya. Sorry.

Si Bulat ni punya majlis kalau aku tak muncul, konfem maki berpanjangan aku dapat.
This is one of good fren aku since sekolah. Lelaki, of cos. Sebab aku lagi ramai close fren lelaki dari perempuan zaman skolah dulu. Dah masuk U je baru berjinak-jinak nak berkawan rapat ngan pompuan sebab nak blaja teknik-teknik menjadi gojes. Biasa la kan, time U la nak menggatal carik balak pun. Jadi terpaksa la gunakan budak-budak pompuan ni. Walaupun aku tak penah mintak dorang ajak aku secara directly untuk berubah menjadi 'perempuan', bila aku nampak dorang pakai cream muka, at least terbukak jugakla hati aku nak men-try cream muka. Tapi penyudahnya macam tu jugak la rupa aku. Cuma kurang sikit berkerak je.

Hampir kesemua kawan lelaki kenal mak bapak aku.
Macam si Bulat ni, kalau jumpa Pak Aji ngan Mak Aji tengah jalan boleh je bersembang beria. Macam family.
Apa tak macam family kan, ni semua bangsa masuk rumah Mak Aji terus lepak dapur. Mak Aji pun kemain suka la budak-budak ni tadah diri nak tolong apa-apa yang patut. Silapnya dulu aku tak bagitau dorang aku kena hentak ngan exbf. Kalau aku bagitau, mau lunyai exbf aku kena tenyeh dek budak-budak ni. Hnss..hnsss..hnsss *menahan marah*



Tapi dalam banyak-banyak lelaki, lelaki ni jugak la yang paling kesian sekali.
Lelaki lain boleh je aku add dalam FB. Tapi yang satu ni, toksah kata nak add, aku block terus.
Bila aku dapat capture ni dari cousin aku, alahaiiiii..kenapa la boleh men-suwit- sebegini sekali bang oiiiiii. Agak tergugat jugak kebatuan yang ada dalam diri. Sikitttt lagi aku nak unblock dia. Hahahah.

Tak sangka rupanya dia masih rajin lagi membaca blog aku.
Kalau kat rumah tu macam buat tak reti je.
Apa keje aku buat semua dia tak nak tanya. Aku pun tak hingin nak bagitau. Biar kat rumah kita create cerita pasal rumah je. Boring la cerita opis pun bawak pi rumah kan. Tu pasal aku block dia dari FB aku. Kalau semua benda dia tau, aku takde apa nak cerita kat dia. At least kalau kata la ada orang gossip ngan aku kat timeline ke, ada gak benda aku nak cerita kat dia. Kang kalau aku cerita pasal apa jadi kat timeline aku "Abang tau dahhh...". Boring.

Rupanya dia concern jugak pasal aku ya.
Siap update kat status lagi. Auwww...mengapa suwit sangat niiiii. *PANG sedas. Gedik nau kau ni*



Tapi yang aku kagum tu bila aku nampak tu "...feeling Alhamdulillah"
Hoih!!! Aku sendiri tak reti nak buat tu okeh. Camne citer dia sekarang ni. Apesal dia boleh tau, aku tak. Eh camne nak buat?



Malam semalam aku update kat FB pasal perbezaan blog/FB/Twitter/Insta dari sudut pandangan aku.
Aku pilih blog and FB.

Blog sebab memang aku suka bercakap/bercerita panjang-panjang, jadi blog tempat paling sesuai.

FB tempat untuk aku update aktiviti harian yang tak perlu berjela-jela. Tapi kadang-kadang terbabas jugak. Meleret je aku cerita. Dah macam blog gak.

Aku dah sebulan rasanya register Insta.
Tapi sampai skarang aku tak nampak lagi apa fungsi dia.
Aku rasa Insta ni lebih kepada bagi keuntungan kalau kau buat online shop.
Kalau personal macam...hmm..ntah la. Ramai yang aku tengok update baju pegi keje baju pegi outing. Besar harapan aku delete akaun aku ni. Jadi macam Twitter, rasa macam tak paham apa konsep ni, terus aku delete. Maybe aku kot yang tak boleh 'masuk' dalam dunia IG and Twitter.

Tapi yang best pasal status yang aku up semalam adelah komen yang aku highlite ngan kotak merah.
Tak pepasal je aku teringat balik kes plagiarism tahap dewa langit ke tujuh - kes Zara Dania Zarith Hakimi. Oh dem!!!

Mana pegi budak ni agaknya.

Dulu macam menakutkan jugak sebab tu first kes plagiat yang dikenalpasti. Tu pun reader yang inform. Disebabkan tu kes first so aku agak gabra jugak la. Sebab memang agak menakutkan kes ni. Series aku lupa nama penuh budak ni until la si Shuhada ni mention. Gila kentang betul siap boleh ingat lagi nama penuh pem-plagiat tu.

Hmm..tetiba seronok pulak bila tau ada pembaca tegar kat sini.
Rasa macam nak buat kuiz pulak.
Full marks dapat $$$$$. Nak? Mbahahaha.

Oh tetiba rindu style blog zaman dulu.
Penuh dengan tag and meme.

Mana pegi tagging game skarang??




2014-10-21

Masa II


Manusia yang menguruskan diri bagi mendapatkan masa, ada 3 jenis.

Pertama, mereka yang melewati masa, janji jam dua muncul jam tiga.
Mereka ini yang ramai sekali dan mudah dijumpa.
Dan mereka ini kategori yang teruk.

Yang kedua, mereka yang ‎menepati masa, janji jam dua muncul jam dua.
Mereka ada, tapi bak kata Ahlul Nujum, "kaddang, kaddang".
Mereka ini biasa sahaja.
Mereka biasa kerana mereka sekadar menepati masa.

Ketiga, mereka yang mendahului masa, mereka ada, tapi "jarang-jarang".
Janji jam dua, jam satu lima puluh lima sudah ada.
Mereka ini hebat.
Mereka boleh menguruskan diri bagi mendapatkan‎ masa dengan sumpurna.
Kalau kelewatan, mereka akan gelisah dan bertanggungjawab memaklumkan.

Kadang-kadang berlaku kita tidak dapat mendahului atau menepati masa.
Biasalah, dengan halangan dan perkara luar jangka.
Keadaan ini boleh dibenarkan sekali dua, tetapi ambillah tanggung jawab untuk memaklumkan ke pihak satu lagi.
Jangan biarkan orang yang dijanji menunggu kita.

Perbuatan kita kalau dibuat sekali maka dinamakan ia sebagai TINDAKAN.

Tindakan kita, iaitu perbuatan kita berkali-kali maka dipanggil ia sebagai TABIAT.

Tabiat kita yang diulang berkali-kali atas tindakan kita yang hasil daripada ‎perbuatan kita berkali-kali membentuk SIKAP kita.

Sikap kita atas sesuatu perbuatan akan dipandang orang lain sebagai NILAI diri kita.

Perbuatan yang berulang-ulang, dibuat berkali-kali, menjadi tabiat dan seterusnya tabiat itu lekat pada kita, menjadikan ia sebagai sikap kita, dan sikap itulah yang dinilai oleh manusia lain sekeliling kita.
Andai sikap yang baik, maka baiklah "nilai" kita di mata orang ramai.
Andai sikap yang buruk maka begitulah juga "nilai" buruk kita di mata orang ramai.

Jika manusia lain mengatakan kita "kaki lewat", itulah cerminan sikap kita selama ini dengan dia. Kalau bangsa lain boleh menamakan jam kita berbeza dengan jam dia, maka ia satu tanda yang tidak elok.

Pernah dengar "jam melayu"?
Kenapa timbul perkara ini?
Siapa yang perlu membetulkan hal ini sekarang?

Sungguh banyak kerja kita rupanya, kesian kat kita.

In sha Allah bersambung...

Wallahu'alam. Wassalam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana




2014-10-20

Tokyo Kitchen and Tagging Game


Pergerakan tangan aku akan menjadi sedikit slow hari ni sebab tangan kanan aku bengkak.
Tak boleh nak bengkok sangat. Maka, hari ni aku duduk rumah je la jawabnya.
Puncanya, Sabtu lepas aku beria kemas rumah. Lain macam punya kemas. Segala benda aku nak angkat, segala benda aku nak sental. Tetiba saka aku rajin pulak nak buat keje jadi layankan aje lah.
Sekali bangun Ahad pagi rasa awat sengal semacam lengan kanan aku ni. Ingatkan tido tertindih badan En Wan ke apa ke. Aku pun sambung menyental mengemop membasuh segala tok nenek benda dalam rumah ni. Mengemas macam baru mausk rumah baru je kekdahnya. Pastu bila time nak masak, baru terasa yang tangan aku betul-betul sakit. Bila aku nak angkat bekas garam, bekas tu terlepas dari tangan sebab gila sakit tangan aku!!! Bekas garam je padahal.
Bangun pagi ni time ambik wuduk nak basuh tangan, tangan aku takleh bengkok. Menegak je.
Mak mertua aku cakap maybe buat keje beria sampai terkehel kat mana-mana.
En Wan cakap "Orang dah lama tak buat keje mengemop macam tu la..."
Gila santai je sound aku. Mentang-mentang mak dia ada kat depan. Takpe..aku halalkan.

Tapi series, memang tangan aku sakit. Tapi demi menaip blog, aku gagahkan jugak bengkok tangan.


Amacam?
Stailo tak saya?
Orang lain pakai sunnies yang biasa-biasa, saya punya sunnies yang luar biasa.
Cermin mata 3D!
Gasak kau lah nak.
Janji gaya mau ada.



Sabtu lepas aku malas nak masak, lagipun semua orang pi rumah Kak Ngah En Wan.
Redza pulak tusyen.
So aku ajak En Wan makan Sushi King. Tapi En Wan malas nak merayap sampai ke IOI tu, jadi dia ajak pi tengok kot-kot ada Japanese food kat One City.

One City ni sepelaung je dari rumah aku, tapi aku tak berapa suka sangat datang sini sebab tak best. Sebab takde tempat shopping. Tempat makan je bersepah. Pastu kebanyakkan restoran dia yang pelik-pelik nama aku tak penah dengar. Jarang jumpa kat kebanyakkan mall.





Tokyo Kitchen.

Ok jugak tempat dia.
Ambience dia macam coffee house Nikko Hotel kat Osaka.
Dengan bau-bau dia sekali macam tu.

Ok la jugak tempat dia, tapi kalau dibagi pilihan aku suka Sushi King lagi sebab tempat ni macam fine dining sikit. Aku suka tempat santai-santai. Dah la malap. Nyampah betul aku makan tempat malap-malap macam ni.

Tempat ni macam kebanyakkan Japanese restaurant yang lain, susah nak jumpa restoran Jepun yang ada cop Halal. Kebanyakkannya Pork Free. Tokyo Kitchen is one of them.



Tapi bila aku masuk restoran ni, betul-betul terasa macam aku kat Osaka, maybe sebab suasana dia saling tak tumpah macam coffee house Nikko Hotel. Bezanya kali ni boleh makan dengan tenang. Masa kat Osaka dulu hiruk-pikuk ngan suara Rayyan bergasak ngan Redza. Terbuntang-buntang mata aku nak telan nasik sambil melayan karenah dorang.

Yang bestnya bila masuk restoran yang penuh ketenangan macam ni, boleh dating dengan En Wan.
Dating dalam erti kata bersembang dengan penuh fokus and tenang.
Maka bermulalah plan En Wan nak ke Jepun lagi. Aku wat dekkkk je. Malas nak bagi sokongan sebenarnya sebab aku pun bukan berani sangat nak naik flight.
Tapi bila dia kata "Kali ni kita pegi dari Osaka turun ke bawah sampai Fukuoka pulak"
Hmm..macam best je idea tu.
Aku pun teringin nak carik balik mak bapak angkat aku kat Fukuoka tu. Kalau bawak En Wan best sikit ada tukang translate.
Lagipun aku rasa Jepun memang best untuk dilawati sebab aku suka suasana dia.
Bila En Wan bagitau plan dia kat sana nanti kita nak pegi mana, kita nak stay mana...rasa cam excited!!
Pastu bila dia kata "Lepas kawen Ibal nanti kita terus book flight dulu"

Ok, tang BOOK FLIGHT tu terus kepala aku jem kejap.
Nanti aku pikir dulu ya.
Kena kumpul kekuatan dulu.


Ni namanya salah pilih menu.

Aku ingatkan ni Ebi Sushi yang biasa tu, rupanya ni lain.
Masa plate ni sampai aku macam hmmm....??? Apsal lain macam je ni. Dah la udang kurus. Lembik lak tu. Rupanya memang buka Ebu Sushi yang aku biasa makan, apa ntah nama dia ni. Tapi tak sedap. En Wan test dulu, pastu dia kaat "Di tak leh makan ni rasanya".
Rupanya udang tu tak masak lansung, dia golek-golekkan atas pan je sabit nak kasik kulit turn gold. Padahal dalam lembik hanyir lagi. Pastu terus aku order Ebi Sushi lain.


Miso soup ni lain dari miso yang pernah aku makan, even kat Jepun sendiri aku tak jumpa pesen gini.
Dia punya tofu gabak-gabak dalam soup. Baru best!


Beef teriyaki dia sedap cuma liat.
Tak sesuai nak makan nga chopstick, kena makan ngan fork and knife baru jalan.
Beef teriyaki paling best aku penah makan kat Sakae Sushi. Lembut gila! Takyah gigit. Kau sedut je pun daging dia dah bercerai. Baru la boleh makan ngan chopstik.
Tapi best of the best memang wagyu la.
Macam nak kena cari wagyu beef nampaknya ni.


Apa ntah nama dia ni. Agedeshi kalau tak salah. Seploh kali makan pun tetap sploh kali aku lupa. Yang aku tahu benda ni tauhu.
Tapi kalau makan, mesti aku buang kulit dia sebab masin sangat.


Aku tak penah jumpa restoran Jepun hidangkan soft shell crab besar cam ni.
Memang besar!




Semalam aku update IG gamba 'apa ada dalam henbeg aku'.
Ni sebab ada reader mintak aku buat tagging game untuk blog.
Rasanya ni new reader, dia tak tau aku dah penah buat tag ni tahun 2007. Hehe.
Apa-apa pun thank you sebab invite main tag. Lama nau aku tak main tag-tag ni.

Beg aku dulu dengan skarang jauh beza.
Dulu aku minat pakai beg kecik. Betul, beg aku dulu comel-comel je.
Zaman muda kan, masih nak bergaya beria-ia. Larat nak angkut beg 2-3 macam. Henbeg lain, beg dokumen lain, beg telekung lain. Now takde. Semua aku sumbat satu tempat. Senang aku nak carik. Sebab tu sekarang aku suka beli/pakai beg besar-besar.

Dulu barang-barang aku semua kiut-kiut. Henfon pun comel je, boleh muat dalam genggaman.
Tapi walau kiut pun, disebabkan aku sumbat semua setempat, beg aku jadi kembung jugak.
Now dalam beg aku ada :

1. Satu buku untuk baca sebab aku malas nak melanguk time tunggu customer.
2. Pastu buku cheque and company stamp.
3. Jurnal and pen.
4. Telekung.
5. Satu beg kecik untuk aku isi mekap.
6. Wet wipes Dettol and Nivea. (Dettol untuk lap-lap kerusi meja ke apa ke. Nivea untuk basuh mekap)
7. Barang-barang emergency seorang wanita.

Dulu, dalam henbeg aku ada satu buku kecik Majmu' Syarif Kamil.
Nenek aku bagi buku ni kat aku sebab ada satu ayat tu dia suruh aku baca kalau bertentang mata dengan si tungau. Tapi dulu kan aku free hair, bila aku keluarkan buku ni dari henbeg orang yang nampak mesti macam buat muka taik kat aku. Seolah-olah macam "Kau pandai baca ke??"
Now, sejak dah ada smartphone ni, lega aku.
Bagus sebenarnya pakai smartphone ni. Nak baca Quran pun takde segan-segan. Some people bukan boleh nampak tu semua, ada je dia nak komen "Macam bagus je kau ni tunggu customer pun nak baca Quran". Ok fine. Sukati kau lah.


KLIK SINI UNTUK BACAAN LANJUT

Link atas tu bukti aku pernah buat game ni. Boleh klik untuk baca.
So, maknanya takyah buat dah game ni kan, sebab aku dah penah buat.
Lega.




2014-10-17

Masa


Semua orang di dunia dianugerahkan masa yang sama.
Kalau kita di Stesen Angkasalepas akan dapat masa yang berbeza.
Kita ada 24 jam sehari, masa yang manusia sendiri uruskan sejak dulu.‎

Allah mencipta masa, dan memasukkan kita dalam sistem masa, sedangkan Dia tidak berada dalam sistem masa, Allah tidak bermasa dan tidak terikat dengan masa.
24 jam itupun diurus manusia dengan ilham Allah.
Dari segi pembahagian minit dan saat, jam dan hari, hari ke minggu, minggu ke bulan, bulan ke tahun, semuanya ilham Allah.

Manusia "mengurus" sahaja, yang "menjalankan masa" ialah Allah.
Tapi hakikatnya masa tidak boleh diurus. Masa berlalu pergi. Yang boleh diurus ialah manusia.
Mengurus diri. Ya, mengurus diri untuk mendapatkan masa!

Allah "melatih" manusia setiap hari untuk mendapatkan masa.
Tetapi oleh kerana ia urusan seharian yang boleh dijumpa sehari-hari, kita tidak akan hargainya. Kalau manusia boleh menguruskan diri untuk mendapatkan masa maka manusia akan ada masa.
Tapi kalau manusia tidak dapat mendapatkan masa maka dia gagal uruskan diri.
Hal ini kerana kalau dia matipun masa tetap berjalan.
Maknanya, masa tidak "hairan" dengan dia. Masa dengan gah terus berjalan, sehingga Allah suruh berhenti.
Walaupun kita hidup di dalam alam masa sehari-hari, sayangnya kita gagal hargai masa.
Walaupun Allah "melatih-tubi" kita setiap hari.

Bagaimana Allah "melatih" kita?

Perhatikan waktu solat kita, bagaimana bentuknya?
Adakah waktu solat berbentuk "quarterly" macam yang kita amalkan dalam urusan seharian?
Sepuluh suku...Sebelas setengah...Dua Empat puluh lima...Duabelas tepat..?

Masa-masa solat kita bukan begitu.

1:32 - Zohor.
4:36 - Asar.
7:27  -Maghrib.
8:16 - Isyak.
5:52 - Subuh.

Pernah kita terfikir kenapa agaknya waktu Zuhur 1:32.
Kenapa tak dibundarkan sahaja ke 1:30. 

Kalau waktu Maghrib di bulan puasa masuknya jam 7:31 malam, bolehkah kita mula makan jam 7.30 malam?

Makanlah.
Pastu qado puasa.
Batal puasa.‎ Seminit sahaja beza. Tetap batal.

Begitu hebatnya Allah "melatih" kita tentang masa.
"Appointment" kita denganNYA untuk Zuhur mesti 1:32pm.
Bukan 1:45pm. Bukan 2.00pm. 

Bayangkan, kalau kita ada temujani dengan client pukul 3.30pm.
Apetah lagi jika client itu client yang sangat penting, pasti paling kurang 5 minit sebelum 3.30pm kita sudah menunggu beliau. Betapa pentingnya client tersebut bagi kita.

Tapi, berapa ramai yang menunggu waktu solat?
Berapa ramai yang menunggu waktu Subuh?
Berapa ramai yang menunggu waktu Zohor?
1:32pm Zohor, 1:25pm kita sudah bersedia atas sejadah. Menunggu azan Zohor. Menunggu "appointment".

Allah. Allah.

Dengan waktu solat sebenarnya Allah mengajar kita betapa besarnya masa.
Nampaknya "latihan" menetapi masa ini gagal kita hayati walaupun kita buat sehari-hari.

Dalam urusan harian walaupun untuk kemudahan kita, kita "quarterly" masa kita, ia tidak salah.
Tapi walaupun dengan tindakan memudahkan masa begitupun, ada sesetengah manusia yang masih lagi buat-buat mudah dengan masa. Kita masih gagal uruskan diri untuk menepati masa.

Tepati masa bukan ciri-ciri kaum tertentu.
Ia sebenarnya salah satu dari tanda mukmin yang baik.
Kalau gagal kita dalam urusan tepati masa ‎untuk urusan seharian, ia tanda kita ada masalah dalam menguruskan diri.

Perhatikan diri kita. Berubahlah.
Hormati masa untuk urusan dunia kita, nescaya kita akan dihormati.

(bakal bersambung, ins sha Allah)

Wallahu'alam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana




2014-10-16

Persiapan



Pagi-pagi ni dapat email dari Lazada yang Fleur by Mrs Him dah go live.
KLik here : Fleur by Mrs Him @LAZADA

Alhamdulillah.
Bermula dari tahun 2011, asalnya beli shawl untuk pakai sendiri.
Beli untuk diri sendiri, sambil beli lebih 2-3 helai untuk jual kat blog.
Puncanya, bila aku selfie, nanti ada yang PM ke email ke, tanya kat mana aku beli shawl yang aku pakai. Jadi, aku beli extra 2-3 helai setiap kali aku beli untuk diri sendiri.
Lepas tu slowly bawak masuk cardigan and candy color jeans.
Then, gamble je lah keluar modal untuk produce sendiri cardigan, jubah and shawl.
Alhamdulillah, dari mula-mula 2-3 helai, now 500pcs setiap design.
Thank you for your support. Aku tau ramai customer Fleur by Mrs Him adalah dari kalangan pembaca blog merepek ni jugak. The rest dari FB Fleur by Mrs Him dan bantuan pemborong.
Terima kasih banyak-banyak.
Thank you again.

Orang lain setahun je dah gah.
Aku lembs sikit.
Nak buat camne, ada keje lain sama nak dibuat.
Tapi jauh lagi la kalau nak banding dengan top-top online brand kat Malaysia ni.
Fleur by Mrs Him ni belum apa-apa pun lagi nak banding ngan brand lain.
Harapnya Lazada boleh expand-kan market label aku ni. Nak harap aku buat semua benda tak menang tangan.

Harga kat Lazada sama je dengan harga di blog and FB.
Jadi boleh pilih nak berbelanja di mana.



Nak beli melalui our website pun boleh : www.fleurbymrshim.com
Kalau nak beli melalui blog ni pun boleh je. Klik kat sidebar belah kiri, atas sekali - HIGHLITE.
Situ ada form untuk korang isi.
Tapi shawl Arana belum masuk dalam website lagi.

Tadi ada yang tanya stok shawl Aleesya plain (dalam gamba website atas ni).
Aku dah pun update warna apa yang available. Banyak yang dah sold out. Tapi boleh la tengok kot-kot ada warna yang korang berkenan : KLIK SINI

Ok stop cerita Lazada.

Now, 'kepanasan' melanda.
Dah nak habis bulan 10 ni kan, so the heat tu dah rasa - preparation kawen si itam.
Ya ampunnnnn. Aku rasa macam nak kawenkan anak!
Dah la aku je manusia yang available berdekatan Bangi kan. Memang takleh nak lari dah.
Ima kat JB. Jauh. Memang terselemat la dia.
Ibal tu takyah la nak diajak berbincang bab-bab pilih door gift ke pelamin ke apa ke. Dia semua belasah boleh je. Gila tak berseni okeh.
Pak Aji boleh diajak berbincang, tapi jangan mintak dia bagi idea la ya. Memang jahanam.



Mak Aji beria whatsapp cerita pasal door gift pesen ni..pesen tu kat kitorang.
Tetiba je bapak aku tunjuk 'door gift' paling ekonomi - tupperware buat puding gula hangus tu.
15 sen je dia kata.
Memang tak la okeh.
Aku boleh imagine Mak Aji membebel 2 jam hanya disebabkan idea Pak Aji ni.

Aku ingatkan nak buat theme tradisional. Nak bagi door gift style dulu-dulu balut telur ngan kertas tisu kaler merah tu je. Klasik apa, kan.
Tapi si itam ni nak pakai coat la bagai. Kensel plan aku.
Takpela, aku buat untuk kawen Redza je esok.


Hmm....boleh tahan idea ni.
Envelope CD je. Settle.



Bahasa Cina kat atas tu abaikan.
Kitorang memang tak paham, tapi Aiman paham. Jadi dia translatekan sekali untuk renungan bersama.
Aku kena kerahan tenaga tolong Mak Aji carikkan door gift.
Gila jenuh nak pilih. Nak acu kaler lagi, nak pilih konsep, nak pilih design pelamin, bla bla bla.
Ntah sape yang nak kawen ni pun aku tak tau la.
Mak Aji nak color block bagai untuk door gift. Layankan aje.
Berejam pilih bunga nak acukan kat tin turquoise tu, dah satisfied sekali orang kedai tu kata bunga cuma ada 100pcs je. 
Hoih!!! Dari tadi aku memilih kau tak cakap bunga takde stok. Dah berlendir ketiak aku pilih pesen bunga apa nak pakai baru kau cakap bunga takde. Penyudahnya terpaksa rombak balik konsep, cari bunga kaler lain, cari tin color lain. 



Tema adelah gabungan pastel color purple and turquoise.
Jawa kan? Gituuuu.
Of cos la. Kata perkahwinan anak Pak Aji. Elemen jawa tu jangan diketepikan.
Cuma nak kurangkan sikit kejawaan tu, kita jangan la ambik kaler bright sangat, pastel-pastel sudehh.
Next week ada food taste-testing. Aku nak tengok ada tak lauk tempe. Kalau ada, memang sah pilihan Pak Aji lauk ni.

Masa kawen Ima lagi best barkat-barkat Mak Aji prepare untuk sedara-mara bawak balik.
Kerepek ubi, tempeyek, tapai.
Kau ada?

Tapi yang bestnya bila aku memainkan peranan untuk kawen Ibal ni, aku akan cuba me-minimize-kan perkara-perkara yang boleh menyusahkan aku di kendian hari.
Contohnya apa nak diisi dalam bekas tin tu.
Mula-mula Mak Aji kata nak isi kukis.
Hoh??? Kukis???
Bekas ada 1100. Takkan nak letak kukis seketul je kot. Paling kurang 5-6pcs satu bekas.
Dah sape pulak nak menggentel kukis banyak-banyak ni??

*toleh kiri toleh kanan*

Memang takde sape yang boleh dikerah. Aku ngan Pak Aji je mangsa yang ada.
Oh no mannnnnnnn!
Nehiiiii.
Aku saiko Mak Aji supaya dia letak telur.
Alhamdulillah, akhirnya pilih untuk bagi telur.
Kan ke bagus bagi telur. Kembali ke zaman dulu-dulu. Kawen kalau takde telur tak best. Tak feel the kenduri.
Gituu...
Padahalllll.

Mula-mula aku plan nak bagi cokelat Ferero Roche je untuk tetamu VIP.
VIP bukan Dato Datin ya.
VIP ni adelah klorga dari belah tunang Ibal kat Kelantan nun and maybe boss or Ketua Jabatan tempat dia keje.
Mak Aji kalau boleh nak bagi bekas VIP kukis dia jugak.
Ok lah ok lah...tetamu VIP tak bagi telur. Bagi kukis.

Pastu Mak Aji "Eh! Telur dapat jugak!"
Hoihhhhhhh.
Berapa banyak nak kasik niiii.

Dah settle pilih door gift, Mak Aji pilih bunga pahar pulak.
Now main beli je semua. Aku takkan offer diri untuk buat bunga pahar. Cukup la sekali aku gentel bunga pahar untuk kawen sendiri. Sampai melecet okeh. Dulu boleh la, anak dara. Takde keje sangat. Ni dengan keje opis, keje kat rumah, kang bunga ke mana pahar ke mana. Nak nak lagi tukang gentel bunga pahar ada sorang dalam rumah ni. Memang suka sangat beliau kalau dapat 'membantu'. Kang orang lain kawen berbunga pahar, adik aku kawen semata-mata lidi je atas pahar tu. Bunga takde.

Kitorang tak buat adat merenjis ni semua. Just panggil sedara-mara and keluarga bersalam ngan pengantin atas pelamin nanti. So aku cakap takyah la bagi bunga pahar. Nanti MC akan bagitau setiap orang yang dipanggil bersalam atas pelamin tu untuk bergamba lepas salam, then turun makan. Takyah bagi apa-apa dah. 
Oh kenot okkkkkkkkkkkkk.
Pak Aji kata nehi!
Walaupun tak merenjis, lepas salam pengantin atas pelamin tetap kena bagi something kat dorang.
Maka, belilah jugak bunga pahar. Bagi bunga telur je la kat dorang. Settle.



Kan?
Hantaran anak-anak sedara En Wan semua aku buatkan.
Tetiba hantaran adik sendiri main order je.
5 dulang je dari pihak kitorang.
Ibal kata "Jangan banyak-banyak kak, nanti Siti balas 7. Sape nak bawak balik. Kau? Aku naik flight"

Pemalas punya budak.
Hantaran dia, aku yang kena bawak balik.

Pheww!!
1st phase : Pilih venue and caterer - DONE.
2nd phase : Pilih pelamin and baju pengantin - DONE
3rd phase : Door gift and segala tok nenek hantaran - DONE

Tetiba aku pulak yang kena buat checklist bagai.

Next, baju family and dulang girls.
Ok yang ni best sikit sebab ada kena mengena ngan aku.
Sebab aku family, aku akan pakai the baju too. 
Jadi aku akan pilih kaler yang sesuwei ngan kulit aku.
Kalau tak sesuai ngan kulit korang, ada aku kesah?? Mbahahahahahaha.