2026-10-19

Medical Card: MediAsas


Ya, betul. Start Januari 2027, kerajaan akan launch pelan asas Medical and Health Insurance/Takaful (MHIT) yang dikenali sebagai MediAsas.

Diulangi.

PELAN ASAS / BASIC PLAN
PELAN ASAS / BASIC PLAN
PELAN ASAS / BASIC PLAN

Johnny Huang pesan benda penting kena mention 3 kali. Hehe.

Tu pasal hari tu aku ada bagitau siapa nak buat personal medical card, atau nak review medical card sekarang, PLEASE BUAT NOW.

Ceritanya, kerajaan nak launch medical card yang lebih murah, tapi macam biasalah, bila lebih murah maka pelannya basic saja. Tapi dah rakyat yang nak sangat benda murah, kan. Maka kerajaan tunaikan. Maka, pelan sedia ada di PruBSN now dah takkan ada tahun depan. Siapa yang dah ambik, bagus.

Medical card yang kerajaan launch ni bukan free tau. Jangan ingat free pulak. Cuma lebih murah.

Apa yang membuatkan dia murah?

Yang pertama, MediAsas punya had tahunan RM100K saja. Perlindungan asasnya standardised, dengan struktur co-payment and caruman direka untuk lebih mampu milik. Manakala PruBSN AnugerahMax pelannya lebih banyak pilihan and protection lebih luas.

Yang kedua, MediAsas is a standalone medical plan. PruBSN AnugerahMax pula pelan takaful yang ada perlindungan kematian, total permanent disability (TPD), Medic TotalCare and manfaat tambahan lain yang kita boleh pilih sesuai dengan keperluan.

Yang ketiga, MediAsas takde investment-linked or savings benefit bersekali. PruBSN AnugerahMax ada.

Yang keempat, pilihan hospital panel limited. BUKAN semua hospital boleh pakai MediAsas. Tapi hospital panel untuk medical card PruBSN AnugerahMax lebih banyak.

Dan...yang paling kena faham, supaya tak menyalahkan agen di kemudian hari adalah...MediAsas punya contestable period adalah 7 TAHUN!

Matilanakkkk. Yang sekarang 2 tahun pun ada yang merungut. Inikan 7 tahun. Tapi ye lah, dia dah bagi kau murah caruman, takkan bagi murah saja-saja ye tak? Mestilah ada lebih dan kurangnya.

Apa maksud 7 TAHUN CONTESTABLE PERIOD?

Bermaksud syarikat takaful ada had masa selama TUJUH tahun untuk semak semula rekod kesihatan dan sejarah sakit pencarum. Maknanya kalau dalam tempoh 7 tahun tu tiba-tiba kau kena sakit jantung, atau kanser, atau diabetis, underwriter akan siasat polisi tu kalau-kalau ada kemungkinan non-disclosure semasa apply medical card.

Contoh situasi.

Katakan kau ambik MediAsas Januari 2027.

Tahun 1-7 (dari 2027 sampai 2033), kalau kau ada buat claim ke atas penyakit, underwriter still boleh siasat rekod kesihatan yang dulu. Katakan tahun ke-5 tiba-tiba kau ada kanser. I tell you, this is MASAK namanya. Sebab underwriter akan siasat. Sementara nak tunggu dorang investigate, kau kena bayar sendiri semua bills, takleh claim. Sekali siasat punya siasat, rupanya simptom dah wujud pada tahun ke-4 MediAsas. Maka, confirmed, claim tak lepas.

Pelan medical card sekarang, contestable period 2 tahun saja. Maknanya kalau kau kena buat heart surgery pada tahun ke-3, chances are surgery kau ditanggung sebab dah habis tempoh 2 tahun. 

7 tahun is tempoh yang panjang sebenarnya untuk kita tunggu kepastian samada kita dicover sepenuhnya. Maknanya dalam tempoh 7 tahun tu kena jaga kesihatan baik-baik. Supaya claim tak kena reject. Medical card dengan contestability period 2 tahun, caruman memang mahal tapi datang dengan protection yang masuk akal.

MediAsas ni tak semua syarikat takaful dapat jual. Antara syarikat yang kerajaan pilih untuk carry MediAsas is PruBSN. Disebabkan kerajaan dah pilih PruBSN carry, maknanya pelan sedia ada dalam PruBSN akan dibatalkan. Tu yang En Wan sekarang siang malam siapkan quotation. Berduyun-duyun apply medical card pelan sedia ada. Dia kata ingatkan bila kerajaan keluarkan option medical card yang lebih murah, ramai nak tunggu pelan murah. Rupanya ramai kelam-kelibut ambik pelan sedia ada.

Aku dengan slay-nya cakap, "My blog readers bijak-bijak belaka. Dorang tahu beza cost and worth"

COST AND WORTH are two different things. Kerajaan keluarkan MediAsas sebab rata-rata rakyat bising kata medical card mahal. Maka, kerajaan bukak MediAsas. Tapi, seiring dengan caruman yang rendah, protection pun rendah juga.

Dan ada satu lagi impak yang mungkin orang tak nampak now, iaitu servis dari agen.

Secara logiknya tak mungkin agen akan bagi the same service untuk semua client sebab sistem komisyen MediAsas berbeza. Konsepnya sama macam kita jual barang kat customer. 

Kalau customer beli sampai RM400, sometimes kita bagi free gift. Yang beli RM60 takkan dapat free gift, ye tak? 

Yang duduk ekonomi dapat standard service. Yang duduk business class of cos service-nya lebih tip top, right?

Samalah konsepnya dengan agen yang jual MediAsas ni esok. Jangan komplen apesal agen tak bagi merchandize, tak bagi planner, tak visit client, tak hantar hamper. Because komisyen scheme MediAsas tak sama. 

Aku tanya En Wan, macamana agaknya dia nak handle client yang berbeza ni? En Wan kata dia malas pikir lagi bab tu. Tengah nak pulun siapkan quotation dulu. Tahun depan baru dia pikir nak jual MediAsas ke tak. Kalau malas, dia jual hibah je. 

Kerajaan wujudkan MediAsas ni takde masalah, tapi patutnya TAMBAHKAN sebagai option. Sesiapa yang nak beli medical card personal pelan still boleh ambil. Siapa nak murah, boleh ambil MediAsas. Ni kau suruh company buang pelan lain and jual MediAsas saja. Apo? Padahal ramai je yang masih nakkan coverage tinggi. Bukan semua orang nak medical card murah tapi coverage rendah. 

Sesiapa yang ambil MediAsas ni esok harapnya fahamlah pelan ni bagaimana. Tujuan kerajaan buat MediAsas ni untuk bagi peluang rakyat ada medical card, tapi dia tak janji pelannya premium. Tapi kira oklah, semakin ramai ada peluang buat medical card.

But I tell you, had tahunan RM100K di zaman sekarang adalah sikit. Untuk some treatment yang berganda dan kompleks, RM100K coverage tak cukup especially penyakit kritikal. Ini bukan nak menakut-nakutkan sesiapa, tapi realiti. 

Contohnya bil ni. Pesakit kanser. Ubat kanser tak free, ya. Mahal. Walaupun masuk hospital kerajaan, ubat beli sendiri. Waiting list nak diagnose dan dapatkan treatment pun lama. Ikut nasib. Sebab orang lain pun que nak dapatkan treatment juga. Bil ni dari pesakit kanser yang kena beli sendiri ubat cancer kat farmasi. Satu cycle almost RM69K. Kalau 7-8 cycle?

Actually, bila pilih pelan medical card bukan tanya berapa banyak caruman kena bayar, tapi berapa banyak manfaat yang kau kena korbankan untuk jimatkan caruman bulanan.

Ini bukan fearmongering, dik. Kalau awak yakin dengan plan awak untuk sentiasa apply kerja kat company yang provide medical card, then kenapa mesti kata agen fearmongering? Melainkan awak tak berapa konfiden dengan apa yang awak percaya. Awak benaunya risau juga kalau apa yang agen cakap tu berlaku pada awak, kan? Tapi awak mati-mati tak nak ambil medical card. Isokay kalau tak nak ambik, pakai je medical benefit company. Tak perlu rasa takut atau merasa ditakut-takutkan. 

Actually you are looking at the issue from a very narrow perspective. The problem is not simply whether you can change jobs to find majikan that provides family medical coverage.

Medical card syarikat terikat dengan pekerjaan. Berhenti kerja, bersara atau diberhentikan, protection akan stop immediately. Masa tu kalau baru nak ambil medical card, umur pun dah banyak. Penyakit maybe dah ada. Kat company kau kerja dulu kau dah pernah masuk hospital and claim. 

Bila nak apply medical card sendiri, semua rekod claim akan keluar. Mulalah nanti ada exclusion sana sini, ataupun maybe declined terus because of your medical history. Ini fakta. This is not fearmongering. It's looking beyond the argument.

You are looking at the surface. Padahal the underlying issue is much deeper. Apa kata cari company yang buatkan personal medical card untuk setiap staff. Yang mana company bayarkan medical card tu selama mana kau berkerja di situ. Bila dah tak  bekerja di sana nanti, medical card tu kau punya, bukan company punya. 

This is apa yang aku buat kat company aku. Sebab kalau aku tak buat gini, budak-budak muda ni tak teringat nak buat medical card sebab masing-masing tengah kuat and sihat. Esok bila umur dah banyak baru nak apply medical card, caruman dah tinggi. Tau je lah kan, dak-dak ni kalau kita tak buatkan, dorang tak terpikir nak buat medical card. Takpelah, company bayar. Esok kalau pindah kerja lain, medical card ni kau punya, boleh sambung bayar sendiri.

Aku ni kat opis dah jadi macam mak dorang mikirkan ada ke tak medical card, dah makan ke belum. Kalau hujan lebat aku perambat suruh balik awal takut jalan jem banjir. Sebijik macam mak-mak.




Sama macam aku nak pesan, jangan meggelibas nak terminate medical card yang ada semata-mata nak kejarkan medical card MediAsas. Ramai yang terminate sebab ingatkan protection yang sama. Takkkkk. Jangan buat kerja gila. Kena fahamkan dulu apa yang korang bakal dapat and apa yang bakal hilang. 

Untuk yang belum pernah ada medical card maybe rasa MediAsas bagus, tapi untuk yang dah pernah ada premium medical card, aku takut kau merentan je nanti bila tahu protection-nya tak besar.

Memang kita semua terkesan dengan kenaikan caruman medical card. Ada yang rasa dah tak mampu nak bayar caruman dan nak consider downgrade. Ya aku faham tu. Tapi ingat, caruman yang lebih murah tak semestinya bagi perlindungan yang sama. 

Sebelum terminate polisi sedia ada, compare dulu annual limit still sama? Macamana pulak room & board? Ada deductible atau co-payment? Macamana dengan protection penyakit kritikal and continuous treatment? How about waiting period dan tempoh contestability? Kalau ada penyakit or previous medical history, MediAsas boleh terima tak dengan protection yang sama?

And jangan lupa, bila kita ambil new polisi, kita tertakluk kepada proses underwriting yang baru. Belum tentu kita akan dapat protection yang sama macam polisi lama.

MediAsas can be a safety net BASIC untuk kita dapatkan access to treatment kat hospital. Tapi jangan ingat ini replacement kepada comprehensive private medical card. Both ada skop, limitations and fungsi yang berbeza. Before terminate polisi lama selagi kau belum betul-betul faham pelannya, jangan replace. 

Jangan cuma compare berapa banyak kau boleh jimat setiap bulan, tapi comparekan juga berapa banyak yang maybe kau kena keluarkan daripada poket sendiri bila emergency. Jangan sampai kau berjaya jimat RM100-RM200 sebulan, ujung-ujung kena bear ribuan ringgit sebab protection yang kau lepaskan dulu rupanya lebih baik.

Think carefully before you make that decision. Medical protection is not something you should downgrade without understanding what you are giving up.
 
Yang dah ada medical card, mintak agen check balik atau review balik annual limit and pelan yang ada now. Kalau boleh upgrade, please upgrade. 

Yang mana agent dah tak aktif, boleh tanya En Wan untuk mintak review. 

Yang masih belum ada medical card, boleh grab sekarang. Tak sampai 2 bulan je lagi sebelum semua pelan dihentikan dan diganti dengan MediAsas. 

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
Wan Mohd Ridzuan
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027 & COT 2027)


2026-10-18

GreenAard: Fat loss is a proses, not an overnight result.

Terima kasih yang participate dalam Buy 1 Free 1. Dah tamat semalam. Kita tak extend promosi ni sebab bakal merugikan kita. Kahkahkah.

Banyak customer baru kita dapat dari promo kali ni. Aku nak jawab soalan dari new customer. Mostly tanya:

"Kalau ambil 2 biji saja sehari tak boleh ke? Macam banyak sangat 4 biji"

"Kalau makan selang sehari ok ke, atau kena makan everyday?"


Dik, kita dah calculate optimum dosage yang diperlukan untuk mencapai result yang sepatutnya, jadi please ikut cadangan pengambilan. Kalau kita kata ambil 4 biji sehari, usahakan ambil 4 biji sehari. Kalau kita kata ambil dengan rutin, tolong jangan ambil celum-celum. Biasakan mendengar arahan, ya. Hahahaha.

Dia gini. SATU kapsul GC Plus ada 400mg bahan aktif. 400-800 mg ni sebenarnya tak cukup optimum untuk dia bertindak dengan efisien. 

Kenapa kena empat kapsul, bukan satu atau dua?

Dalam formulation science, jumlah kapsul yang perlu diambil bukan ditentukan dengan suka-suka. When a product is being formulated, jumlah bahan bagi setiap serving kena ambil kira a few things. Antaranya dos setiap bahan aktif. 

Every bahan aktif ada komposisi and ciri tersendiri. Dorang ada profil fitokimia yang berbeza, safety profile yang berbeza and tahap serapan and metabolisme yang berbeza. Kalau ambil 1-2 kapsul saja, maknanya kau ambil cuma 25% daripada kuantiti bahan yang terkandung dalam serving 4 kapsul.

Ada juga yang tanya kena cut nasi ke? Kena avoid tepung ke?

Ok macam ni. Ussualy bila nak lose weight, benda pertama yang terlintas dalam kepala is kurangkan makan dan kurangkan nasi. Tapi sebenarnya, weight loss dan fat loss bukan benda yang sama. Yang kita nak sekarang is fat loss, bukan semata-mata kurangkan berat.

Badan kita boleh lose weight sekejapan dek kerana hilang air dan hilang jisim otot. Hari ni berat kau lose 2 kg, lagi dua hari berat naik balik. Sebab air turun naik dalam badan. Tapi lemak stay tak berganjak dalam masa 2 hari tu. 

Matlamat utama is nak kurangkan lemak. Lemak ni bukan setakat tersimpan kat perut, paha atau lengan. Lemak is sumber energy juga. Badan kita simpan energy berlebihan dalam bentuk lemak. Bila badan perlukan energy, simpanan lemak ni akan digunakan.

Ada macam-macam mekanisme biologi nak pecahkan lemak. The interesting part is, ada a few herbs yang dah dikaji boleh influence fat loss. 

Bahan paling utama dalam GC Plus is Garcinia cambogia. Dalamnya ada bahan aktif namanya HCA. HCA boleh merencatkan aktiviti enzim yang terlibat dalam pembentukan lemak. So secara teori, bila aktiviti enzim ni dihalang, pembentukan lemak pun berkurang.

Adakah ni bermakna GC Plus can burn fat?

TAK.

GC Plus bukan fat burner. Dia block formation of new fat. Bila formation of new fat berkurangan, maka cara badan untuk dapatkan energy adalah dengan menggunakan lemak sedia ada. That's why selepas ambil GC Plus kau akan nampak pingang mengecil. Itu petanda badan start gunakan lemak sedia ada.

Tapi tak bermakna bila makan GC Plus, lemak baru lansung tak terbentuk. Bukan macam tu. Badan kita tetap produce and simpan lemak because this is a normal metabolisme process. Cuma apa yang menentukan samada lemak dalam badan bertambah atau berkurang is KESEIMBANGAN antara energy yang masuk (makanan) dengan energy yang badan guna (lemak). 

GC Plus is not just about preventing new fat formation. It is about creating the right metabolic and energy balance for your body to use its existing fat stores.

So, perlu ke ambil GC Plus hari-hari? 
Kalau hari ni ambik, esok tak, ok ke?
Kalau dah habis sebotol tak repeat, lagi 3 bulan baru sambung makan GC Plus semula, adakah keberkesanannya terjejas?

Aku takkan jawab YES or NO. Aku nak jawab dengan cara yang korang boleh pikir sendiri.

Dia macam ni. Bahan aktif tumbuhan tak semestinya bagi kesan yang kekal dalam badan. Some diserap, dimetabolismekan dan kemudian disingkirkan dari badan ikut tempoh tertentu. Disebabkan fitrah bahan aktif tumbuhan macam ni, that's why pengambilan GC Plus dengan konsisten akan bagi badan pendedahan yang lebih teratur kepada bahan aktif tersebut berbanding pengambilan sekali-sekala.

Tapi tak bermakna ambil GC Plus hari-hari PASTI fat loss akan berlaku banyak gini untuk jangkamasa sekian-sekian. Tak. Sebab fat loss bukan bergantung kepada GC Plus semata-mata. There are other factors yang menentukan whether our body actually taps into stored fat for energy atau badan sebenarnya guna sumber lain as tenaga.

Antara PUNCA UTAMA kenapa orang yang makan GC Plus tapi lansung tak berkurangan ukuran pinggang adalah, dia makan too much sugar. Sugar kat sini bermaksud gula putih atau other source of karbohidrat. The key word is BERLEBIHAN. 

Badan kita lebih sukakan sugar dari lemak sebagai sumber tenaga. Bila kau makan carbs berlebihan + gula manis, badan akan STOP pecahkan lemak dan terus gunakan glukosa atau sucrose sebagai tenaga.

Kalau kau makan GC Plus tapi kau banyak makan carbs (termasuk sugar), badan takkan sempat nak gunakan lemak as tenaga. Badan terus switch kepada menggunakan carbs ini sebagai tenaga. Jadi, lemak sedia ada dalam badan tu tak berusik! 

Kena faham juga yang carbs ni bukannya diguna as tenaga semuanya. Selebihnya akan jadi lemak. Maka, lemak kau pun bertambah-tambah. Dah la lemak dalam badan tak berusik, ditambah lagi dengan lemak baru.

"Tapi kan GC Plus ada HCA yang block enzim yang terlibat dalam pembentukan new fat, kenapa enzim ni tak block?"

Actually, this is a very good question. Tapi ada satu benda penting untuk difahami kat sini.

HCA DOES NOT BLOCK ALL FAT ACCUMULATION, NOR DOES IT AUTOMATICALLY FORCE THE BODY TO BURN STORED FAT.

Menghalang satu enzim dari membentuk lemak baru tak bermaksud badan akan menghalang 100% pembentukan lemak baru. 

HCA is an enzyme inhibitor, bukan mematikan terus fungsi enzim tu. Maksudnya, HCA boleh mengganggu aktiviti enzim tu tapi tak semestinya merencatkan 100% aktivitinya. Kalau kau makan too much carbs, dose 4 kapsul GC Plus takkan mampu nak tahan pembentukan new fat. Apetah lagi kalau kau makan GC Plus celum-celum, lagilah.

Fat loss is a proses, not an overnight result. Ramai orang ingat bila start berdiet, changes akan nampak dalam masa a few weeks. Tak. 

Nak pecahkan lemak, badan kena lalu a few proses biologi dan proses ini ambik masa. Lemak yang dah sedia ada dalam tisu lemak takkan hilang dengan cepat. Dia kena lalui proses lipolysis and proses fat oxidation. Tu belum lagi dengan water retention, glycogen storage, ambik garam, perubahan hormon, etc. 

Ceritanya, fat loss is a long process. You didn't accumulate body fat overnight, and you won't lose it overnight either. Yang penting, disiplin, jangan awal sangat givap. 


2026-10-17

Every business kena stop jadi people pleaser.

Kepada yang menekan-nekan staff GreenAard, "Nak beli 2 GC Plus! Saya nak beli 2 takkan tak boleh?"

Aku ingatkan Coffee Bean je ada masalah bila buat promo. Rupanya ini masalah setiap kali ada diskaun dan promosi di mana juga anda berada.

Yang staff aku pulak hati tisu "Camana ni, kak. Ada orang nak beli 2"

Baranlah aku, khennn.

"Dah jelas kan TnC tulis pembelian satu kali saja untuk setiap produk. Kat mana yang tak fahamnya?"

Haaa kan. Mulalah pagi-pagi aku dah naik pitching.

Aku mintak check history of purchase. Ternyataaaaaaaa....yang menekan-nekan ni yang last purchase was tahun 2025. Kau rasa??

Aku dah boleh agak dah, yang menekan-nekan ni usually beli masa promo je. Mintak mahap aku cakap. Sepanjang aku dalam bisnes, baik jual barang-barang biotech, baju, shawl atau GreenAard, pattern customer ni sama je. Yang menekan-nekan dan demanding bukanlah regular customer. Sometimes, itu je la sekali dia beli, tapi dia punya demand macamkan VIP customer.

Aku tahu promosi Buy 1 Free 1 ni sangat berbaloi dan menguntungkan customer. Maknanya kau jimat RM90 beli GC Plus. Bayar untuk sebotol, tapi dapat 2 botol. Siapa je yang tak nak. Tapi, kita pun ada TnC juga. Kita tahu kalau takde syarat, konfem orang beli sampai 5 botol, boleh dapat terus 10. Tu pasal kita buat syarat 1 kali pembelian saja untuk setiap produk. Itu pun sebenarnya dah sangat menguntungkan customer. Maka, peluang yang ada ni gunakan sebaiknya.

Kita buat Buy 1 Free 1 ni ada target benaunya, bukan saja-saja.

Yang pertama, kita nak collect customer data dari Shopee. Shopee kan sorok identiti pembeli. Tapi caj kat kita cekik darah. Macamkan platform dia jualkan produk aku. Padahal yang beli direct lebih ramai. Kat Shopee aku sengaja naikkan semua harga barang RM15-20 lebih mahal dari beli direct dengan kita. Sebab Shopee suka-suka bagi promosi pastu fee merepek-repek. 

Maka, aku nak tarik customer beli direct. Aku perlukan maklumat dorang so that senang kalau ada future promotion kita boleh blast to them. Dapat harga yang lebih murah and pakej yang lebih bagus. Itru tujuan pertama buat promo Buy 1 Free 1 ni.

Yang kedua, kita nak collect feedback lagi 2 bulan. GC Plus, Maaltyd and Gloei bukan produk yang kau pakai kejap-kejap untuk dapatkan hasilnya. Perlu konsisten. Jadi, beli 1 GC Plus dapat another bottle free. Maknanya tempoh penggunaan 2 bulan. Cukup untuk dapatkan perubahan pada ukuran pinggang. Paling tak pun 2 botol ni pinggang kau akan mengecil 2 inci. 

Maaltyd ada 15 sachet setiap pek. Kalau beli 1 dapat free lagi satu. Maknanya total penggunaan dapat sebulan. Sebulan cukup untuk ubah rutin pengambilan makanan korang. Kalau setiap hari korang skip 1 meal dan gantikan that meal dengan Maaltyd, dalam masa 30 hari you will see difference in weight loss.

Gloei paling berbaloi. Tapi sebab promo Gloei dah ditarik balik, maka aku taknak cerita pasal ni.

Ceritanya, asal ada promo, memang akan jumpa customer pelik-pelik. Zaman buat biotech dulu gini jugak. Belinya jarang, sikit pulak tu. Tapi demand nak free gift, nak payment 120 hari, nak latest expiry date. Pastu hujung tahun mintak sponsor. Beli barang tak sampai RM10K, mintak sponsor RM5K. Logo syarikat akan diletakkan pada banner katanya. 

Tak payah!

Bila aku cakap pasal CHEAP CUSTOMER, ada yang terasa hati. Tapi apa yang berlaku kat promo Coffee Bean semalam, mak-mak merentan anak tak dapat free cake and drinks sebab promo distop awal, ditambah pulak dengan ada customer GreenAard menekan-nekan nak beli lebih dari syarat, buatkan aku takde rasa bersalah lansung menulis pasal cheap customer hari tu.

Kes Coffee Bean tu sangatlah kelakar. Yang merentan-rentan tu, nampak nau kalau takde promo, kau takkan masuk pun cafe tu, kan?

Ya, aku tahu semorang suka dapat value for money. Yang jadi masalah now bila someone OBSES nak dapat lebih, sampai rasa diri tu entitled! Dia punya bingit macamkan anak tu dapat straight As SPM! UPKK je padahal tapi dia punya menggelupur tak dapat free cake sumpah pelahap! Haaa, kan geram aku.

Yang nak meratib cakap Coffee Bean zalim tu kau dah kenapa? Yang dapat A-nya sorang anak je. Tapi yang merempan, sekeluarga. Benaunya mak bapak yang nak makan kek tu, kan? Padahal kalau ikut logik, kalau promo distop-kan awal, setakat 1 anak punya mulut, kau belikan je lah. Anak kau, kan. Kau as mak bapaklah yang patut bagi reward.

Nak berjimat itu hak. Tapi memaksa orang bagi lebih daripada apa yang dioffer, itu BUKAN hak customer. Every promotion ada terms. Kalau tak setuju, tak perlu beli. As simple as that. 

Please jangan confuse between bargain hunting dengan entitlement. Bargain hunter tu bila kau cari the best offer. Tapi entitled customer akan always rasa semua offer kena ikut kehendak dia. Bila tak dapat, merentan.

Apperciatelah kemurahan hati business owner yang willing to korbankan sedikit keuntungan untuk give back to you. Business people pun ada kos nak jaga. Walaupun kita buat promo, ia tetap bisnes. Bukan charity.

Jangan salah faham maksud aku. Cheap customer bukan semestinya orang yang tak mampu beli kalau takde promosi. Tapi cheap customer is orang yang merasa diri layak untuk dapat lebih dari sepatutnya.

Dalam kes Coffee Bean, aku rasa the business kena stop jadi people pleaser, la. Kau tak payah nak buat promo yang tidak-tidak gini. Sebab kau akan invite the wrong customer. Not every customer is worth keeping. Sometimes, hilang sorang customer yang banyak cengkadak lebih menguntungkan daripada kekalkan customer yang tak pernah rasa cukup.

LAST DAY TODAY:



2026-10-16

Terpaling duduk hotel

Kelako pulak aku tengok post orang yang terpaling stay hotel bila gi overseas ni. Some people bila tengok orang lain pi overseas duduk Airbnb, dia membayangkan Airbnb tu yang hauk-hauk je. Dia tak tahu Airbnb yang aku duduk kat Europe lagi mahal dari bilik Ritz Carlton KL.

Honestly, statement "only poor people stay in Airbnb" itu sangat superficial quiet classist.

Accommodation is a travel preference, not a measurement of someone's financial status. Kita kena faham hotel dan Airbnb offers experience yang berbeza. Bila gi overseas, ada tempat aku stay hotel, ada tempat aku stay airbnb. Tengok mana yang lebih praktikal.

Contoh, masa gi Gold Coast tahun 2010, kitorang duduk hotel. Masa tu Redza baru 6 tahun. Boleh duduk sebilik. Tak perlu duduk sebesar-besar apartment setakat 3 orang. Maka, duduk hotel lebih praktikal.

Tahun 2015, kitorang sekeluarga 5 orang ke umrah. Booked hotel yang ada 2 bedroom. Redza, Rayyan and mok in one bedroom (2 queen bed). Aku and En Wan dalam master bedroom (king bed). Ini namanya praktikal, berbanding nak book 2 bilik berbeza.

Tahun 2019, kitorang ke Korea. Masa ni dah start kena 2 bilik sebab Redza dah 15 tahun, Rayyan dah 9 tahun. Tak muat dah nak bergumpal dengan mak bapak sebilik. Dorang pun tak nak sebilik dengan mak bapak. Dah pandai nak privacy.

Tahun 2023, aku and En Wan berdua saja ke Europe. Di Paris, Zurich and Milan stay hotel. Tapi di Interlaken stay Airbnb. Sebab di Inaterlaken hanya ada 1 restoran halal, itupun makanan India. Takkan aku nak hadap makanan India 5 hari straight? Jadi, lebih praktikal duduk Airbnb, boleh masak-masak. Boleh main kejar-kejar juga dengan laki aku. Kahkahkah. Walaupun namanya Airbnb, harganya RM1500/nite, ya. Kat KL pun aku tak gamak nak stay hotel RM1500 satu malam tau!

Kat UK lagilah tak duduk hotel. Semua ramai, bawak Pak Aji and Mak Aji pulak tu. Tau je lah orang tua, bab makan fussy sikit. Aku anak beranak kalau hadap fosh and chips 5 hari pun tahan lagi, tapi warga emas ni lain. Kena masak. Jadi disebabkan nak masak-masak dan berlonggok beramai-ramai, lebih praktikal duduk Airbnb. Tapi Airbnb aku tak cokia la, okeh.

Kat Birmingham duduk Airbnb 3 storey house. 3 bilik tido, 2 bilik air. Both bilik air ada bath tub. Disebabkan kitorang duduk 9 hari, host bagi special rate RM900/nite.

Kat York banglo house 3 bed room. Ada terrace untuk buat BBQ. Rumah selesa dan cantik. RM2000/nite.

Kat Ediburgh Airbnb paling cantik antara semua. Petempatan elite. RM3000/nite.

Kat Liverpool also Airbnb. RM1500/nite.

Kat London Airbnb juga. Jenis apartment. Mengadap Thames River. Bukak-bukak balkoni je dapat tengok sunset. RM2000/nite.

Ceritanya aku nak cakap sekarang, kau ingat semua Airbnb tu cokia ke? Silap-silap Airbnb yang aku pegi lagi mahal dari hotel yang kau duduk. Kelakar bila some people pandang rendah dengan pilihan orang nak duduk AirBnB bila ke overseas as if orang tu takde duit nak duduk hotel. Kau duduk hotel pun entah-entah takat hotel 3 star je banyak bunyik pulak.

AirBnB ni ok je tapi kena pandai pilihlah. Kalau fokus kau nak jimat, tak kisah tempat tido yang selesa, asal boleh tido saja — bolehlah consider AirBnB yang simple-simple. Yang at least ada katil selesa.

Kalau aku, space matters. Banyak hotel kat overseas especially Europe biliknya kecil. Kalau bawak family ambiklah Airbnb besar sikit. Kat Paris aku duduk Le Meridien. Hotel nama gah, tapi biliknya comel je. Tak sama macam Le Meriden Putrajaya. Le Meridien Putrajaya tu besau biliknya. Aku dah 2 kali staycation kat sana. Even Le Meridien Mekah pun besar. Tapi bila masuk Le Meridien Paris, alahaiiii. Nak solat pun kena alihkan beg baju. Dahlah takde hose. Tak feel pakai portable bidet.

Kat Zurich kitorang duduk hotel juga. Pun sama, kecil je biliknya, tapi rega RM3000/nite. Kalau kat Malaysia, boleh dapat executive suite harga ni. Tapi sebenarnya ada je hotel yang lebih murah, cuma hari tu kitorang nak dekat dengan train station. Maka, duduklah area Bahnhofstrasse. Tak tahu pulak Bahnhofstrasse ni area branded shop. Patutlah hotel mahal area ni. Kira macam Bukit Bintang area la ni. Walking distance je nak ke LV, Gucci, Dior, Prada segala. Tapi aku walk-walk je la depan tu. Hahahaha.

Lagi satu kelebihan duduk Airbnb is cooking convenience. Duduk Airbnb mudah sikit nak masak because nak makan makanan yang kena dengan selera tekak ni kadang payah nak jumpa. Maka memasak pilihan terbaik. Nak-nak lagi bawak anak-anak yang kejap nak makan ni, kejap nak makan tu. Ni bukan soal takde duit nak duduk hotel. Tapi adakah pemilihan tempat tinggal tu praktikal atau tak dengan keadaan kita.

Kitorang tengok tempat juga. Kalau tempat tu menyeramkan macam kat Milan tu, maybe lebih selamat duduk hotel. Lebih bagus duduk hotel yang ada nama, sebab hotel-hotel macam ni security-nya lebih kuat.

Aku takde hal nak duduk Airbnb pun. No problem. But like I said, kalau bawak aku keluar dari rumah untuk tujuan bercuti, maka aku expect keselesaan. Kau jangan bawak aku tido tempat merepek-repek. Aku punya energy ni strong. Kalau aku bengang tempat tinggal tak selesa, sepanjang holiday tu aku akan sebarkan dark energy sampai kau givap terus rasa nak balik awal. Jangan main gila dengan aku.
 






2026-10-15

Jangan macam-macam sangat bila nampak orang sexy atau kembali free hair. Dia bukan buat jahat dengan kau.

Tadi pagi baca DM ada someone tunjuk kat aku video influencer yang pernah free hair kemudian bertudung pastu now free hair balik. Selepas free hair, dia jadi lebih ranggi.

So this someone cakap “padahal Kak D lebih dasyat dulu, tapi boleh je istiqomah bertudung sampai sekarang..”

Takde, dik. Takde siapa yang lebih baik. Akak kau ni cuma bertudung je, tapi ketawa aku tetap mengilai macam dulu. Takde apa yang berubah pun.

Penampilan kita ni, anytime boleh berubah-ubah. Tapi HATI kita jauh lebih penting. Sometimes, orang-orang yang free hair-bertudung-free hair ni, dia cuma takleh istiqomah dengan penampilan saja tapi hatinya sama baik dari dulu sampai sekarang.

Idoklah makna kata takyah bertudung janji hati baik. Bukan gitu maksud aku. Maksud aku, jangan cepat menghukum orang hanya berdasarkan penampilan. Sebab penampilan boleh berubah ikut perjalanan hidup, tahap kefahaman dan kekuatan diri masing-masing.

Ada orang belum bertudung, tapi dia tak buat jahat kat orang. Hati dia baik. Apa dia buat, ikhlas.

Ada jugak penampilan kemain sempurna, tapi apa yang ada dalam hati, Tuhan je tahu macamana jahatnya dia.

Ini aku nak cerita pengalaman sendiri. Aku tak kata aku baik, tapi aku tahu aku takkan cakap yang bukan-bukan kat orang, apetah lagi nak fitnah. Melainkan aku ada bukti, aku akan cakap depan-depan terus. 

Dulu zaman daring, kat internet orang hukum aku masuk neraka everyday. Everyday, ya. Hanya kerana dorang nampak gambar-gambar aku yang nampak cleavage segala. Kat opis pulak, everytime close big deals orang kata aku gunakan keseksian aku untuk jual barang. Everytime kat exhibition bila ramai customer lelaki kenal and approach aku, sembang-sembang, orang kata aku jenis melayan lelaki.

Yang bercakap tu semua penampilannya memang solehah betul, tapi hati kemain busuk! Penampilan baik, tapi hati jahat dengan orang lain.

Everytime aku dapat pujian from bosses sebab berjaya close big deals, kau tuduh aku istidraj. Konon orang macam aku memang Allah mudahkan hidup kat dunia sebab esok kat akhirat terus masuk neraka.

Padahal kau tak check hati sendiri. Kurang-kurang aku tak jahat dengan orang. Aku takde buruk sangka dengan orang. Lagi orang tu berjaya, lagi aku mendekat sebab aku pegang kata-kata “If you can’t beat them, join them”. Sebab tu aku berjaya.

Tapi kau? Makin aku berjaya, makin kau fitnah and buruk sangka. Makin kau burukkan aku kat orang lain. Adakah kau semakin improve lepas fitnah aku? Tak pun. Gitu jugak sampai ke sudah. Pastu pelik apesal solat tak tinggal, mengaji tak tinggal, tutup aurat sempurna tapi masih susah nak close deal. Hello? Apa yang kau buat tu BASIC je. Bukan kau sorang solat tak tinggal. Aku pun solat. Aku pun mengaji. Aku pun bayar zakat. Cuma bezanya, aku tak busuk hati.

Again, aku tak kata aku baik. Tapi aku kenal diri aku. Kalau aku tak suka someone, aku blah. Aku tak ambik tahu pasal dia. Supaya aku takde benda nak bercerita pasal dia. But some people, makin dia tak suka, makin dia follow rapat. Siap boleh purak-purak berkawan baik. Padahal kat belakang dia gunakan peluang rapat dengan kau tu untuk memburukkan kau. Apa jenis setanlah manusia gini.

Betul, tutup aurat tu tuntutan agama. Cuma, jangan sampai kita jadikan penampilan untuk menilai sejauh mana orang tu baik. Istiqomah tu sangat susah. Jangan senang-senang hukum orang yang bergelut nak kekal konsisten dalam hijrah. Especially kalau kau bukan starting dengan free hair. 

Kalau kau dari kecik atau dari zaman sekolah dah bertudung, chances are, lingkungan kau adalah orang-orang bertudung juga. Jadi kau lebih mudah mempertahankan tudung sebab bertudung adalah something yang biasa untuk kau. But someone yang baru nak bertudung, environment dorang berbeza. Strugglenya pun berbeza. Dorang dah biasa dengan rambut lepas, baju ketat, kain singkat. Bila nak berubah ke pemakaian yang betutup-litup, sangat susah. Aku pernah ada kat tempat tu. Ada hari tu rasa kuat, ada hari rasa nak givap.

Aku percaya walaupun orang-orang ni failed to pertahankan tudung, ada benda lain yang dia masih usaha pertahankan. Maybe dia usaha jaga solat 5 waktu. Maybe dia usaha mengaji. Maybe dia usaha buat baik dengan manusia. 

Bab mengaji ni aku nak sentuh. Hari tu nampak kat Thread orang tanya “Korang yang sempat mengaji hari-hari ni macamana korang buat eh?”

Aku baca post tu terfikir rupanya ada orang yang jarang mengaji.

Why aku terdetik gitu?

Because KEBIASAAN. Someone yang biasa mengaji everyday akan rasa pertanyaan tu pelik. Macam tu la jugak dengan bertudung. Someone yang dah biasa dengan bertudung, konfem rasa “Apa yang susahnya kau nak istiqomah bertudung? Kau free hair bukannya cantik pun!”

No. Ini bukan masalah cantik atau tak. Tapi kebiasaan tu takde. Nak membiasakan diri tu yang susah. Especially bila environment tak menyokong. Dia jadi struggle sorang-sorang. Tu pasal orang yang free hair mudah nak lepaskan tudung semula sebab environmentnya tak berubah.

Tahun 2012 aku dapat job iklan Olay. Shooting tu dibuat di rumah aku. Dari petang sampai ke malam, SORANG crew pun tak berhenti solat. Padahal dalam rumah aku tu. Boleh je nak tumpang solat. Tapi takde. Sorang pun tak. Aku pulak yang segan sebab rumah aku ada bibik, mok and En Wan. Dorang mesti tertanya apesal takde yang stop solat? 

En Wan beria mintak bibik kosongkan bilik so that orang-orang ni boleh solat kat dalam. Bukan nak kata kitorang ni terpaling jaga solat tapi kalau kau tak culas bab ni, benda pertama yang kau pikir mesti “Nak solat kat mana”, betul tak?

Tapi bila tengok dorang macam tak nak stop shoot, aku pulak jadi segan nak bagitau “Siapa nak solat masuk bilik ni, ya”

Aku takut dorang yang segan dengan aku. Tapi yang bagusnya masa tengah azan, dorang semua senyap and stop kerja. Mungkin ini satu benda yang at least dorang pertahankan. Itulah kebiasaaan environment tu agaknya. Solat boleh qada. Janji job jangan drag. Gitulah agaknya. Hanya yang kuat saja boleh harungi environment gini.

Makna kata, semua orang ada benda yang dorang tengah perjuangkan yang kita tak nampak. Team crew yang shooting tu, sebelum alihkan barang-barang rumah aku (sebab nak setup prop), dorang ambil gambar dulu. So that lepas shoot dorang dapat susun balik barang seperti asal.

Maknanya apa? Maknanya dorang ni tak menyakitkan hati tuan rumah. Orang yang tak buat jahat dengan manusia, ada kebaikan yang Allah akan bagi kemudian. Mungkin kebaikan tu dalam bentuk hidayah.

So jangan macam-macam sangat bila nampak orang sexy atau kembali free hair. Dia bukan buat jahat dengan kau. Itu jahat dia dengan Allah, anytime Allah boleh ampunkan, boleh bagi hidayah, boleh bolak-balikkan hati. Tapi jahat dengan manusia, kau tunggulah nasib kau. Kalau kau rasa dah ikut perintah Allah tapi masih struggle dengan life, tengok balik apa kau dah buat kat orang.


2026-10-14

Kenapa sekarang susah sangat nak jumpa orang yang betul-betul nak kerja sungguh-sungguh, especially dalam bidang sales.

Aku nak cakap pasal keluhan kebanyakan business owner kat Thread iaitu, pasal staff yang TAK NAK buat kerja. Kebetulan hari tu ada orang tanya, kenapa sekarang susah sangat nak jumpa orang yang betul-betul nak kerja sungguh-sungguh, especially dalam bidang sales.

Actually, bukan takde orang kerja. Ramai. Tapi nak cari orang yang nak kerja dalam sales, susah. Because sales ni ada target. Zaman sekarang orang tak nak kerja yang ada target. Dorang nak kerja yang masuk opis, duduk depan laptop, masuk meeting, cukup masa balik. Ada yang nak kerja yang cukup sekadar hadir. Cukup sekadar buat apa yang disuruh. Sekadar habiskan waktu kerja. Cukup bulan collect gaji.

Nak lebih daripada itu? 

Takde inisiatif. Takde rasa nak improve pun. Takde plan nak pergi lebih jauh daripada kedudukan sekarang. Bila hujung bulan tak perform, kau akan dengar la statement-statement like:

"Boss kena pandai motivate staff"

"Leader kena tahu macam mana nak push team"

"Management kena sediakan training"

"Company kena bagi environment yang bagus"


Betul. Aku tak kata semua ni salah. Memang betul. Leadership memainkan peranan yang sangat besar. Boss yang tak tahu lead, tak tunjukkan contoh yang baik, tak sediakan sistem kerja yang bagus, jadi punca anak-anak buah gagal perform.

Tapi as majikan, aku nak tambah satu lagi perspektif.

Not every underperforming employee is a result of bad leadership. Sometimes, the problem is simply the person himself. Aku ambil contoh maid-maid aku.

Aku ada ramai maid sejak Redza umur 43 hari, sampailah Rayyan Darjah 1, rumah aku sentiasa ada maid. Maknanya 13 tahun aku ada pekerja di rumah, selain pekerja di ofis. And sepanjang pengalaman aku ada maid, aku dah jumpa macam-macam jenis perangai and cara kerja.

Ada maid yang bagus, ada yang biasa-biasa, ada yang kena suruh baru bergerak. Ada yang aku tak payah pesan everyday, dia sendiri tahu apa yang dia kena buat. Jenis yang pagi-pagi bangun dah sapu rumah, sapu laman, tarik langsir. 

Tapi ada gak yang sekali ketuk, sekali jalan. Hari-hari kena pesan sapu laman. Kalau tak pesan, tak buat. Bagi dia, hari ni dah menyapu, esok takyah, melainkan disuruh. Ada gak maid yang kalau aku tak berdiri sebelah dia, jangan harap nak buat kerja. Pegang penyapu pun terkibai-kibai. Ni kalau kerja dengan Mak Aji, dengan kau-kau sekali mak aku sapu.

So now my question is, adakah semua maid aku ni dapat tunjuk-ajar yang berbeza?

Tak.

Dorang semua diajar oleh aku. Dari cara nak kemas rumah, apa yang nak dibuat, resepi masak, macamana cara guna electrical appliances - semua aku ajar. SOP sama. Majikan sama. Arahan sama. Tapi hasil kerja tak sama. Why?

Sebab setiap manusia ada tahap tanggungjawab, inisiatif, kesungguhan dan sikap yang berbeza. Dan ini terpakai untuk semua orang, termasuklah yang kerja kat opis.

Maksud aku, bukan semuanya salah leader. Memang ada manusia yang MALAS buat kerja. Dia kerja cuma nak gaji. Tak kisah kalau makan basic rendah. Takde drive nak dapat lebih. Bagi dia, apa yang ada ni syukur.

Ada beza antara hadir bekerja dengan hadir ke tempat kerja. Ini benda pertama yang majikan kena peratikan. Because ada orang attendance cantik. Tak pernah lewat. Tak banyak MC. Duduk office dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. But, adakah dia really bekerja?

Pada aku, ada beza someone yang hadir ke tempat kerja dengan someone yang hadir untuk bekerja.

Orang yang hadir ke tempat kerja hanya memenuhi keperluan untuk hadir ke tempat kerja saja. Orang yang hadir untuk bekerja pulak datang dengan tujuan untuk produce something.

Contohnya dalam sales. Kau datang office pukul 9. Bukak laptop. Tengok whatsapp. Layan internet. Balas a few mesej. Pukul 12 pergi lunch. Sambung kerja pukul 2 petang. Pukul 5.45 dah get ready nak balik. Hujung bulan, sales tak hit target. Bila boss tanya, kau jawab:

"Market sekarang slow"
"Customer tak membeli"
"Orang takde duit"
"Competition banyak"


All those reasons ada kebenarannya, and aku tak nafikan market conditions can affect sales. Tapi, sepanjang hari bekerja tu, berapa ramai customer/prospect yang kau approach? Berapa ramai existing customer yang kau follow up? Berapa banyak effort kau buat untuk get new customer/client? Berapa banyak new strategi kau try? Kalau semua benda ni kau tak buat, macamana nak expect boleh hit target?

Buat sales ni bukan tunggu customer datang. Kalau kau bukak je pintu kedai, customer masuk, tu namanya 7-11. Takyah cari customer. Kau tunggu je kat kaunter nanti customer masuk. Tapi untuk kebanyakan bisnes, sales kena cari customer, effort kena lebih. Jangan salahkan market semata-mata. Cara kerja kau tu yang kena improve.

Apa yang aku belajar daripada pengalaman menguruskan maid, ada orang kita tak payah suruh untuk buat kerja. Nampak ada benda yang perlu dibuat, dia terus buat. Dia pakai common sense.

Contoh, siang ikan. Kalau aku beli barang pasar hari Sabtu, maid aku selalunya akan siang semua right away. Bukanlah siang semua benda. Macam udang kecik-kecik tu, dia kopekkan kulit siap-siap. Pastu sotong pun siang siap-siap. Ayam basuh and lemak-lemak tu buang. 

Hari ni Sabtu, esok Ahad. Maknanya esok lori sampah tak datang. Jadi, dia akan freezekan dulu sampah-sampah ikan udang ni. Isnin pagi-pagi dia letak dalam tong, supaya tong sampah tak berbau semalaman. Ini namanya maid yang hadir berkerja. Satu kali ajar dia dah faham sampai bila-bila.

Tapi maid yang bengap, kalau setahun berkerja, setahun tu jugaklah aku kena ingatkan "Bik, esok lori sampah tak datang, bekukan dulu sampah-sampai ikan ni", itu pun kadang-kadang dia lupa. Macamana aku tak baran? 

Tu pasal kalau aku baca kat Thread pekerja komplen itu ini, aku malas nak percaya sangat. Selalunya dia spin the story supaya orang nampak dia sebagai mangsa keadaan. Dia nak orang simpati, nak orang validate perasaan dia, nak orang percaya segala masalah kat tempat kerja tu berpunca daripada company, bos atau management. Hari-hari komplen, tapi kat situ juga tak gerak-gerak.

Aku ni jadi majikan kat rumah pernah, majikan kat opis pun pernah. Sekilas perangai aku dah dah boleh baca apa sebenarnya yang berlaku. Selalunya yang beria komplen macam-macam, dialah paling hauk sekali performance and attitude kat opis.

Ada salesperson yang bila dibagi target, dia akan fikir macamana nak hit that target. Dia plan macam-macam and datang jumpa boss mintak pandangan and approval for the plan. Tapi ada juga salesperson yang tunggu boss bagi database. Tunggu boss bagi skrip. Tunggu boss bagi leads. Tunggu boss plankan promosi. Tunggu boss bagitau apa nak buat hari ini. Kalau boss tak suruh, tak buat. Padahal sales target dia jauh lagi ni, tetap takde inisiatif nak kejar target. Why?

Sebab ada gaji basic. Tak hit target pun gaji tetap masuk. 

Dik, kalau boss tarik awak masuk sales tapi bos yang kena pikirkan cara nak increase sales, baik dia buat sendiri kerja tu. Tujuan boss hire awak adalah kerana awak bertanggungjawab bawak masuk sales. 

Some people masa accept job offer, dia tak realize job scope dia. Dah tahu kau as sales person, maknanya kau ada tanggungjawab bawak masuk sales. Takde rasa bersalah ke duduk opis sepanjang hari, satu sales pun tak boleh close? Kalau aku, malu.

Dulu, aku accept kerja as sales sebab motivation aku is MONEY. Kerjaya sales kalau betul-betul fokus, memang boleh buat duit. Aku dah merasa zaman tu. Umur 29, aku dah hit gaji 5 angka setiap bulan (basic + komisyen). 

Even seorang pelakon pun adalah "sales person". Cuma produk yang dijual bukan barang fizikal, tapi bakat, kredibiliti, personaliti dan kemampuan carry watak. Production house beli servis dan bakat dia. Dorang invest duit kat pelakon so that the pelakon dapat bagi pulangan dalam bentuk views, rating, platform subscribe and collection wayang.

Kat China, pelakon yang bagus, walaupun tak duduk di bawah mana-mana agensi, masih boleh bring sales (pendapatan) buat diri sendiri sebab dia ada inisiatif untuk menyakinkan producer ambil dia as pelakon. Tapi pelakon yang duduk bawah agensi macam traffic actor adalah jenis yang tunggu arahan baru buat kerja. Kalau terlepas dari agensi, konfem hanyut.

Inisiatif adalah ASET paling berharga dalam diri seorang pekerja. Leader boleh ajar kau teknik, tunjuk cara nak buat, sediakankan tools and bagi guidelines. But the willingness to take initiative has to come from within. Tak boleh letakkan 100% tanggungjawab pada boss. Leadership is a responsibility. But personal accountability is also a responsibility.

Dari pengalaman aku as majikan, apa aku boleh kata, sebenarnya memang ada orang yang tak nak improvement. Dia cuma nak kekal selesa. This might be a bit of a sensitive topic. Tapi aku rasa some people bukan tak mampu buat lebih baik. Dia cuma tak nak. Dia just selesa dengan apa yang ada. Gaji RM2500, ok. Tak dapat bonus, ok. Tak dapat increment, ok. Takde career progression, ok. Takde recognition, ok. Asalkan hujung bulan gaji masuk. Janji tak kena buang. 

Aku tak kata semua orang mesti ada cita-cita nak jadi manager, CEO atau jutawan. Not everyone has the same definition of success. Ada orang memang nak kerja yang stabil, tak stress kejar target. Itu pilihan masing-masing dan tak salah. Tapi kalau kau dah duduk dalam role SALES, jangan salahkan majikan atau sesiapa saja bila kau tak gerak-gerak macam orang lain. You can't expect extraordinary results from putting in just average effort.

Dalam sales, kita tak boleh bergantung kepada mood. Sales bukan kerja yang dibuat hanya bila kau rasa rajin. Hari ini mood baik, kau call 20 orang. Esok mood tak baik, kau tak nak cakap dengan sesiapa. Lusa customer reject, kau down. Minggu depan sales tak masuk, kau mula rasa kerja ni tak sesuai dengan kau. Macam ni susahlah, dik.

Sales requires consistency. Ada hari kau akan dapat banyak closing. Ada hari kau akan dapat banyak rejection. Some day, customer layan kau baik. Some days, langsung tak balas whatsapp. Ada yang bertanya panjang lebar tapi tak membeli. Ada yang dah sikit lagi nak closing, tiba-tiba senyap. That's all part of the sales game. Aku selalu percaya in sales, consistency can beat talent when talent lacks discipline.

Belajar buktikan pada diri sendiri bahawa kau ada potensi. Sales ni bukan bertanding siapa lagi banyak closing, tapi kejar target diri sendiri. Kau tak compete dengan sesiapa pun. Kerja sales paling senang nak bertahan dalam company. Sebab kau tak payah melobi management untuk kekal, dan kau tak payah compete dengan colleague untuk buktikan siapa lebih baik.

Kerja sales ni kau duduk dalam lane kau. Katakan lane kau nilainya RM80K. Kau duduk situ sampai hit RM80K sales. Done. Katakan colleague kau pun dalam lane RM80K, kau bukannya berlawan dengan dia siapa hit target dulu. Tak. Kau tetap kejar target kau saja.

Jangan jadikan keadaan ekonomi as alasan. I know times are tough right now. Persaingan makin sengit. Kuasa membeli dah berubah. In sales, cabarannya memang besar. But if the economy is struggling, shouldn't that be all the more reason to get creative? Sebab semua orang is facing with the same economic situation. Competitor kau pun ada masalah dengan kos operasi yang sama. Salesperson lain pun berdepan dengan customer yang nak berjimat. But have you ever wondered why some people are still managing to make sales?

Ok tu kau pikir pulak jawapannya.

At the end of the day, your career is your responsibility, not your boss's responsibility. Sometimes, the biggest obstacle to your growth is not your boss, your company or the economy. It's your own unwillingness to grow.


2026-10-13

Bukan semua benda yang kita ada, kita dapat, kita beli, kita capai atau kita banggakan orang seronok nak tahu.

Sebab tu aku cakap kita ni macamana best pun, macamana baik pun, macamana ramai followers pun — tetap ada orang tak suka. Bukan semua benda yang kita ada, kita dapat, kita beli, kita capai atau kita banggakan orang seronok nak tahu.

Contohnya macam lady yang buat post atas ni. Tak tahulah apa yang dia bitterkan. Takde kaitan dengan hidup dia pun.

Just komen banyak-banyak kat post yang kau suka nanti lama-lama algorithm kau berubah. Kau akan nampak post yang kau suka je pastu. Yang tak kau tak suka takkan lalu dah. Aku dah lama praktikkan "kalau tak suka, jangan ambil tahu". 

Umpama tengok TV, tiba-tiba keluar pelakon yang kau menyampah. Kau terus tengok or tukau channel? Kalau waras, kau akan tukar channel. Tapi kalau kau mental aku tak tahulah, kan.

This is the reason juga kenapa aku kurang berminat nak bercerita apa aku beli atau apa aku dapat. Banyak kali dah orang tanya "Kak Di shopping apa kat sana?". Selalunya aku jawab "Ada la sikit-sikit". 

Walaupun orang tu tanya privately, tetap aku malas nak bagitau. Sebab dalam ramai-ramai yang bertanya, sebenarnya ada orang yang tak suka. Orang-orang ni dalam mode standby. Ada je peluang nanti, dorang ni akan ke depan.

Tu pasal kalau kau tengok, bila ada bad things happen kat mana-mana influencer, kena cerai ke, bisnes lingkup ke — tetiba ramai haters muncul. Selama ni ingatkan influencer tu hanya ada penyokong je. Rupanya lagi ramai haters. Cuma dulu haters ni semua senyap sebab takde peluang nak strike.

Dulu masa aku tengah dalam prime time blogging, one day aku share beli henbeg Coach. Aku beli 3 biji sekaligus. Sebenarnya aku nak share bisnes kawan aku, dia PS henbeg from US. Aku beli dari dia. Bila beg sampai, aku share kat blog jenis-jenis beg tu, sekali harung nak tunjuk free gift yang aku dapat dari kawan aku kalau sesiapa beli dari dia. 

Tak sangka rupanya ada blogger sakit hati dan CREATE CERITA aku beli pakai installment. Kau rasa??

Sampai tahap tu ya kalau orang tak suka. Dia boleh create story dengan konfiden sekali. Memandangkan dia pun ada followers, dah tentulah ada orang percaya cakap dia. Padahal henbeg tu aku beli dari kawan aku sendiri. Member Dusty Pink Tits. Beli dengan member takkan pakai installment. Aku bayar full terus sebab support bisnes member. Aku bayar full amount pakai cheque sebab amountnya besar. 

Maka, terpaksalah aku publish bukti bank statement. Tapi bila aku publish bukti dikatanya aku berlagak nak tunjuk duit dalam bank. Pulekkkk. Halah halahhhhh.

Bagi aku, kalau benda yang aku tak suka tu berlaku dalam media sosial, lebih senang nak manage. Just like aku cakap tadi, ignore. Scroll laju-laju. Jangan follow. Kan simple tu? 

Tak faham jenis yang bitter dengan orang lain kat media sosial. Benda mudah kot. Tak suka, jangan tengok. Ni tak. Kau tak suka, tapi hari-hari kau tadah diri baca post aku.

Benda yang lebih susah sebenarnya adalah share story di luar medium media sosial. Ini kena read the room.

Tak salah pun nak share apa saja good news. Kalau kau beli kereta baru, kenapa pulak tak boleh share the news? Kalau anak kau dapat anugerah kat sekolah, kenapa pulak kena rasa bersalah nak share the news, kan? Tapi to some people, certain things bawa maksud yang berbeza.

Contoh, kau beli new henbeg. To you, itu sekadar henbeg. Memang kau suka kumpul henbeg. But untuk orang yang duit sentiasa tak cukup, dia payah nak berdamai dengan post kau tu. Rasa bitternya membuak-buak. Padahal kau takde salah apa pun, cuma kesempitan hidup dia buatkan something yang biasa-biasa pada kau jadi benda yang menyakitkan hati dia.

So, adakah tak perlu cerita apa-apa ke?

Bukan macam tu, cuma tengok dengan siapa kau tengah bercakap and dalam situasi apa kau share cerita tu.

Contohnya, bab pencapaian anak-anak.

Kawan-kawan kau tengah sembang hal anak-anak. Anak-anak dorang biasa-biasa saja keputusannya, sedangkan anak kau luar biasa hebat. Of course kau bangga. But JANGAN share pasal achievement anak-anak kau SELAGI TAK DITANYA. 

Layankan saja kawan-kawan kau bersembang hal anak-anak dorang. Bukan apa, bila kau share achievement anak kau yang tak terjangkau dek akal tu, percayalah cakap aku, cerita kau akan nampak sangat sombong dari perspektif dorang.

Kau kena ingat. Dalam ramai-ramai tu, anak kau je paling hebat. Anak-anak dorang semua lebih kurang je levelnya antara satu sama lain, sedangkan anak kau bertingkek-tingkek level atasnya. Tiba-tiba kau bercerita anak kau 24A SPM. The vibe of the room konfem berubah. Cerita kau akan nampak angkuh.

Tak salah nak cerita pasal anak kau Add Maths A+ atau Dekan sepanjang tahun. Cuma sekarang ni anak kau lahir di zaman yang berbeza. 

Zaman sekarang ni, kalau anak kau sangat pandai, lebih baik DIAM. 

Kalau achievement kau di tempat kerja sangat outstanding, lebih baik DIAM. 

Kalau bisnes kau hit juta-juta, lebih baik DIAM. 

Sebab zaman sekarang tak sama macam dulu. Dulu, semakin kita miskin, kita diam. Semakin kita bodoh, kita diam. Semakin kita tak berjaya, kita diam. Maksud "diam" kat sini adalah sedar diri.

Tapi zaman sekarang lain. Zaman sekarang tak ramai boleh terima ada orang lebih dari dia. Yang lebih hebat selalunya kena kecam. Yang biasa-biasa ni biarkan mendonia sebab selalunya dorang ni lebih ramai. Nanti kau kena attack berjemaah. 

Aku pernah lalui ni masa makan gaji dulu. That month, buat pertama kalinya aku hit lebih dari 1 juta sales. Masa meeting, CEO mintak aku ke depan share cara aku buat sales. Beza achievement aku dengan sales exec lain macam langit dengan bumi. Yang bawah dari aku rata-rata RM200-300K production saja. Not bad jugaklah achievement dorang, cuma aku tersangat outstanding bulan tu.

Bila CEO mintak share, aku pun sharelah. Ikhlas memang nak share. Dalam pikiran aku, kalau ramai buat juta-juta sales, bonus konfem sedap hujung tahun. Aku pun bagilah tips begitu begini. Rupanya-rupanya, tips aku takde siapa kisah. Aku akhirnya jadi bahan umpatan. Ada yang kata aku senang close sales sebab aku gunakan keseksian aku. Kau rasa?

From there aku belajar untuk read the room. Kalau dalam group tu aku sorang je yang paling outstanding, aku takkan share apa-apa. Kalau aku terpaksa share pun, aku akan share yang general-general saja. Bukan kedekut ilmu, tapi takde orang suka dengar cerita from someone lagi hebat dari dia. 

Selalunya aku diam and tunggu orang tanya baru aku cerita part aku. Selagi tak tanya, aku layankan je cerita orang lain. Walaupun ada orang tak kisah pun kalau aku share betul-betul, cukuplah sekali terkena. Aku prefer diamkan saja dulu.

Beli barang pun sama. Kadang apa yang kita beli tu bukan apa sangat pun, tapi entahlah. Zaman media sosial ni, cara orang tengok post dan gambar bukan sekali lalu. Dorang zoom in zoom out. Seram, ya. 

Kalau dia perasan aku pakai new henbeg, biarlah. Kalau dia perasan aku beli gelang baru, biarlah. Kiranya kalau kau nampak, nampaklah. Tapi aku takkan bercerita. Melainkan barang yang aku beli tu sebenarnya ada konteks. Contohnya hari tu kat Istanbul aku tunjuk pakai kasut baru. Bukan nak tunjuk kasut tu benaunya. Aku nak bagitau aku berjaya menjejaki foot print Johnny Huang di store ECCO Istanbul.

Dengan En Wan aku pesan benda yang sama. Aku cakap client memang suka agen yang ada outstanding achievement. Sebab semakin banyak agen tu ada achievement, bermakna that agen serius nak stay lama dalam bidang ni. Takdelah potensi kena terminate. 

Tetapi, belum tentu kawan-kawan seangkatan seronok dengan achievement kau. Jadi, jangan share beria sangat. Reward macam percutian ke, hadiah ke, takyahlah cerita. Kalau AWARD takpe, sebab award ni untuk menyakinkan client and new prospek.

Aku cukup takut everytime En Wan dijemput untuk bagi sharing. Sebab pengalaman aku sharing tips buatkan aku tak nak benda yang sama jadi kat sesiapa especially En Wan. Because I tell you, takde orang suka sebenarnya kalau kau terlampau sukses. One day kau akan create haters tanpa sedar. Dan haters ni selalunya bukan orang luar tapi dalam lingkungan kau sendiri. Yang bertepuk-tampar dengan kau tu belum tentu genuinely happy for you.

Janganlah naif sangat anggap semua orang dalam ofis tu kawan yang always support kau. Ada yang profesional. Ada yang bersaing secara sihat. Tapi ramai yang tengok your successful as threat. Sebab tu be careful. Share je lah benda-benda bodoh.