2007-07-29

IMPIANA


Elok je Redza discharged, dan dan tu jugak aku rasa tekak aku perit.
And...kesudahannya aku demam sampai la di saat dan ketika aku menaip entry ni. Tapi esok kena gak pi opis sebab dah bederet appointment aku kenselkan.

Skang ni, aku kat hall, melepak sambil tengok Bujang Lapok buat ke-seratus juta kalinya, and mak metua aku baru sampai petang tadi nak jaga cucunya yang berpangkat Laksamana ni. Mak aku dah bising suruh carik maid jugak. Dia tak sampai hati nak letak cucu dia kat day care. Bukan taknak Mak Ajiiiiiii, kalau dapat yang senonoh takpe, ini dapat yang bangang tak ke buang duit aku je bawak masuk dia kat sini. Tapi aku rasa someday aku akan carik maid jugak. Laki aku pun macam willing nak gamble balik semula kat maid ni.

Aku pun rasa takleh nak handle semua benda sekaligus. Boleh tu boleh la, tapi tak le seperfect mana. Penat tuuuuuuuuuuu. Skang ni menyapu and mop umah pun dah skip, kalau dulu hari-hari, skang dah selang sehari, selang dua hari...mau esok sebulan tak bersapu. Baru la berkerak.

Aku balik Tganu Jumaat lepas.
Aku sampai umah from opis dalam kol 7.30pm macam tu, terus mandi, makan and gerak. Letih okkkkkk. Mintak nyawa gitu.

Laki aku pun gatal.
Dah tau penat, nak jugak balik malam tu jugak. Sudahnya aku terlibat sama mendrive. Tapi sampai Kuantan je, pastu dia sambung.

Esoknya, kol 11am baru aku bangun. Redza pulak masa tu asal malam je shivering, ubat masuk kot mulut, kot bontot semua dah habis, sampai kena beli kat farmasi Kuala Trengganu, demam still tak kebah.

Tapi laki aku still nak bawak aku pi Cherating gak.
Sebagai ganti sebab aku tak jadi ikut dia pi Tokyo.

Ada ke Tokyo nak dibandingkan ngan Cherating???
Baik bawak aku pi Kajang je. Boleh gak makan satey.

Tapi memang suprise la.
Dia bawak aku stay kat Impiana.
Bilik dia........BESTTT!!!!!
Laki aku kata dia upgrade bilik tu. RM270++ per nite. Kira ok la.
Apa-apa je la, tapi yang penting bilik dia BEST!
Hotel dia BEST!
















Yang kurengggg sket sebab masa tu Redza tak sihat.
So kesian gak kat dia.
Waktu siang dia ok, time malam je, macam burung hantu aku ngan Wan berjaga gilir-gilir. Harus la masing-masing mata macam spotlite.
Tapi kalau tengok gambar2 Redza kat sini ...hmmmm dia macam orang sakit ke??












Malam tu aku plan nak makan dalam bilik je, boleh lepak tengok TV.
Laki aku insist nak makan kat coffee house gak, dia nak aku makan tenggiri steak sebelah kolam. Apa kena entah. Aku pun ikut je la, sambil bawak laptop, bleh gak check email.








Elok je makanan sampai, Redza dah terbatuk-batuk muntah. Demi menutup kemaluan diri sebab orang lain dok toleh-toleh kat table aku, aku mintak dorang hantar semua makanan lam bilik. Akhirnyaaaa candle lite lam bilik.






Dah, takleh citer banyak-banyak. Aku baru lepas telan ubat selsema ngan batuk, high jap. 






2007-07-27

Redza sakit..


A very quick update.
Aku busy and takde masa ni.
Actually balik from Tganu on Selasa, tapi Rabu, Redza dah admitted kat Sunway Medical Centre due to lung infection. Not really a penumonia, cuma ada sikit phlegm kat lung.

So, pagi tadi dalam kol 5pg, dah masuk air yang ke 4 botol, and nebuliser dah pakai 3 kali, antibiotics pun masuk kot drip je, sebab masuk kot mulut tak jalan.

Tapi so far since semalam and pagi ni before aku gi keje tadi, temperature ok, hopefully boleh discharge tomorrow. Aku dah tak larat berjaga wehhhhhhhh, sampai smlm aku masuk opis, orang ingat aku bergaduh ngan laki aku sebab mata aku hitam macam kena tumbuk. Jadi, haruslah tidak mempost gambar aku kat sini dalam seminggu dua.

Ingat aku suka sangat ke nak masuk opis terkejar-kejar dari hospital ni semua?
Tapi sebab keje banyak, so aku ngan laki aku gilir2, smlm dia half day off PM, aku AM. So today, aku hall day off PM, dia tengah khusyukmengeghoh lagi atas katil jemaah ngan Redza.

So bebila aku free, aku update gambar aku gi Cherating.
Opssss...hahahahh ROZIE, aku jadik pi Cherating rupanya.
Tetapi $wee+666, aku tak sompek nak pose ngan baju ko.











Gambar 1 : Redza on Wed, kat emergency room, baru lepas kena inject.
Gambar 4 : Redza and atuk tengah main Bob the Builder atas katil.
Gambar 5 : Pesakit tak diundang...sian laki aku, penat dia berjaga Redza.

2007-07-19

Sumie, kalau ko idup lagi, komen kat blog aku nih!!!!


Semalam kan aku mimpi benda yang pelik sesangat.
Aku mimpi SUMIE kena bunuh, mati pulak tu.
Padahal aku tak penah pun jumpa ko SUMIE hoihhhh!
Takpe, panjang umur....

Lagi satu, semalam $wee+666 call aku.
Hihihi..muka brutal okk.
Tapi suara ko alahaiiiiii, macam budak bawah umur Zie.
Lembut sangatttt.
Tergoda aku..hihi.

Baru jap tadi (kol 10.10pm), Idd datang umah aku deliver T Shirts yang aku order from $wee+666.

YIHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

Gumbira okkkkkk.
T Shirt yang akan ku peragakan dengan belagaknya di merata tempat sebab aku tau takkan ada sesaper pun sama T Shirt ngan aku.

Dengan ini, dengan segala kuasa yang ada pada saya, saya memberi mandat kepada $wee+666 untuk meneruskan bisnes LAIN dan menghentikan pengeluaran design 'MY PARENTS MET ONLINE'.
Ko paham tak apa aku tulis tu Zie?
Aku nampak ada orang lain pakai design yang sama, aku culik Fenriz.
Haaaa...berani?? Berani?
Tau takuttttttttttttttttttttttt.

Redza kemain lagi, dan dan time tu jugak dia rasa panas, berpeluh la, sebab nak tukar baju baru. Hangin je aku. Badan dah la masam.

Esok aku balik Tganu, aku pose maut ngan baju ko, pakai baju je, suar takyah. Posing nonggeng atas keta laki ala-ala calendar girl (saper la yang nak beli kalendar ni wehh?)

Tadi kat opis, aku ngan anak buah aku takde keje sangat, pi retrieve balik all internal emails yang informed bila si Kote Pendek tu EL, MC or AL.

To our surprise...gila bapakkkkkkk banyak dia ambik AL. Keje baru setahun (masuk sini bulan 6 tahun lps), tapi dah ambik 19 AL, 7 MC. EL aku tak kira lagi tu.

19 AL okkkkkkk.
Ko keje berapa tahun bang, yang buleh ambik AL sampai belas-belas hari ni? Kot ye pun ko bos tapi ko keje blom sampai setahun setengah, adelah harus AL ko sama banyak cam aku yang dah keje ompek tahun ni. Aku yang dah senior ni pun tak berani ambik MC lebih 5 hari, ko pulak yang lebat ambik MC.

Oh, lupa pulak, ko kan bos.
Bos mestila selalu sakit, sebab banyak sangat berfikir tentang bagaimanakah meningkatkan profit kompeni kan?
Dan bos juga boleh ambik AL berapa banyak pun tak kisah, sebab nama pun bos, haruslah duduk di rumah saje, kerana banyak kuli batak bapak ko yang nak buatkan keje ko kat opis ni kan?

Heran la, apesal big bos tak penah tergerak nak kira AL ngan MC yang si kote ni dah ambik. Ke dia dah kira tapi buat-buat tak tau sebab nak cover malu? Sukati ko la, kompeni ko. Kalau bankrupt pun ko sorang tanggung.

Oh, ye. Bulan September nanti, secara officialnya aku keluar dari Board of Directors. Itu lebih baik daripada saham aku gone bila kompeni ni bankrup esok. Aku pun takyah susah-payah nak collect buku cheque, ko ingat tak penat ke nak beratur kat kaunter Maybank tu?

Dan tak payah la jugak aku nak kena datang opis walaupun hari tu aku cuti semata-mata nak sign TT la, bank guarantee la, tok nenek la, apa la. Dan yang paling syorga, apabila aku takyah dengar segala penipuan korang bila time nak bagi profit hujung tahun. Manjangggggg je profit tak banyak, tapi bila aku check akaun, mencanak-canak duit masuk.

'Oh, tak boleh kuarkan duit ni, sebab kita nak kena dulukan ordering, old invoice, gaji pekerja.'

Abis aku bukan pekerja?
Ke memang aku bos?
Nguah nguah nguah nguah.

Senin lepas ada meeting tergempar (manjang je tergempar..ptuihhhhhh!).
Last week aku komplen pasal aku kena jaga banyak sangat customer. Sampai tak bernyawa, terkejar-kejar. Mana nak monitor anak buah, nak monitor sales, nak communicate ngan principals, nak prepare promotion, nak conduct training, boleh tak kasik aku dok opis dendiam buat keje?

So last Monday masa meeting dorang rombak area and target.

Cilakooooo!
Aku ingatkan target aku makin turun, lagi banyak 000 kat belakang.

Ok.
Aku surrender.
Korang memang pedajal aku kan?
Silakan.
Aku ni memang pantang kalau orang plan nak pekena aku.
Mula la membuak darah kepahlawanan Daeng Parani.
Tak semena-mena aku semangat gila buat keje.
Secara otomatiknya 2 hari ni graf sales aku bergerak secara exponential.
Sila pedajal aku lagi.

Semalam aku gi Mydin.
Pastu lalu depan slimming centre.
Sekali salesgirl tu tahan aku, tunjuk promotion flyers.

'Kak, cuba la treatment kita, 2 jam je dah boleh kurang 2cm'

Soalan:
Adakah statement itu membuatkan anda merasa teruja untuk mentry treatment tersebut atau bagi penampar kat muka pompuan itu? Sila pilih jawapan anda :


a) Ye, saya konfem akan tampar dia.

b) Ye, saya akan tampar dia tapi untuk lebih happening saya ajak husband dan mak metua saya melempang bersama.

b) Penampar? Mungkin tidak. Adelah lebih bagus jika saya bagi backhand, lagi memberikan kesan mendalam terhadap objek itu.

c) Semua jawapan di atas.

Pilih..pilih.

Mendidih je aku pandang muka budak tu.
Aku dah 47 kilo pun ko nak suruh aku kuruskan badan lagi.
Aku tak gemuk la. (ayat penyedap jiwa)
Tetek saya yang besar. Sila salahkan tetek saya.

Stress aku cenggini okk.
Dari zaman skolah, sampai matrik, sampai skang pun collegue aku selalu tanya pesal tetek aku boleh jadik besar? Tetek aku yang bersalah, dia yang buatkan aku nampak gumok.
Dia yang bersalah. Tangkap dia!

Hoih, korang ingat bertetek besar itu suatu kebanggaan?
Berat bahu memikul tau.
Part nak pilih baju sungguh menerakakan sekali.
Nak pilih L, besar tang pinggang, nak pilih M, tak boleh butang kat dada pulak.
S toksah cerita la, masa berat aku 40 kilo je aku buleh pakai S, itu pun sengkak kat dada.

Ada sesaper jumpa kedai buat rawatan mengecikkan tetek?

2007-07-16

Indah nian syorga loka


Laki aku dah balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!
Gumbira!! Gumbira!!!
Semangat gila aku kemas umah siap masak siap buat keje opis sket.
Tetiba je roh kerajinan masuk badan.
Kalau tak manjang je nak bad mood.

Kol 7pm, aku dah mandi get ready nak fetch Wan.
Last time dia touched down kol 8.30pm tapi aku kena melangok kat airport tu sejam sebab bagage lambat keluar. So this time, aku cakap kat mak metua aku, kita kluar rumah kol 8.15pm. Biar dia sampai sana dulu, by the time kita sampai kat arrival gate tu, dia dah kluar.


Redza dah ready nak fetch papa dia. Siap suruh aku snap gambar lagi. "Mama cepat ma, Eja nak se-mail (smile)"




Sangkaan meleset, aku kena gak tunggu dalam 15 minit gitu. Tak lama, tapi sebab bawak Redza tersaa sangat la lama gila. Kat situ banyak shop, so menggigil kejap anak aku nak masuk kedai tu masuk kedai ni. Hangin je aku.

Lepas fetch Wan, kitorang balik rumah tapi dropkan mak metua aku kat rumah kakak ipar jap. Take turn la pulak. Takkan lepak umah kitorang je, kang cucu kat sana cakap apa pulak. Nenek asik lepak rumah Redza je.

Sampai umah, terasa sangat la berseri harum kasturi rumah aku.
Rasa macam di syorga loka.
Rasa cam tak caya nampak laki aku lam umah tu.
Rindu gila beb....

Pastu dia kluarkan hadiah untuk Redza.
Walaupun dunia tau aku memang tak suka kucing, tapi kucing yang dia bawak ni memang cute. Bulu dia macam bulu kucing betul, siap boleh jalan kedepan kebelakang, meow-meow, goyang-goyang ekor, hangguk-hangguk geleng-geleng paler bagai. Macam kucing betul je.






Cute kan kucing tu? Redza bawak ke mana-mana skang. Risau je aku kalau kucing tu just bertahan seminggu.

Untuk aku dia sempat belikan T Shirt je sebab dia busy.
Takpe. Tak kisah pun. Macam la ko tak pegi lagi lepas ni kan? Tapi aku suka T Shirt dia sebab material dia sedap and fabrik yang dia guna untuk gambar depan tu is fabrik kimono. Lembut gila cam sutera. Tapi macam je la, bukan sutera betul pun.




Yang atas tu aku punya. Yang no. 2 tu Redza punya, gambar Ninja. Terus dia tanggal baju nak pakai baju Ninja tu jugak.


Pastu semalam kitorang merayap.
Laki aku nak redeem Maybank credit card dia kat Midvalley. Aku yang duduk Mesia pun tak tau apa benda pasal redeem meredeem ni, dia yang baru balik tau ada bendalah ni Kat Midvalley.

Tetiba dia tanya "Di nak beli apa?"


"Takde apa, malas. Nak makan je. Lapar"


"Pegi la beli baju ke, kasut ke. Abang tunggu sini"


WAH WAH WAHHHHHHHHHHHHHHHH.
Sesuai ke nak menolak permintaan suami suruh kita shopping?
Tak sesuai kan?
Derhaka okkkkkk kalau tolak permintaan suami.

Maka aku pun men-try a few bajussssss.


Lepas tu pi carik beg. Beg aku kan bibik gila tu dah angkut sekali masa dia berhijrah hari tu. So ingat nak beli beg biasa je, alih-alih jumpa beg ni.


Kecik je beg tu tapi cute. Karer pun brue....suke..suke. Redza terus punyakan. "Ini Eja munyeeee. Eja nak pi skola"






AFUNDI KELUAR_REDZA


2007-07-14

H.A.P.P.Y.B.I.R.T.H.D.A.Y


Saje aku taknak call ko tahun ni.
Aku nak wish ko kat blog aku.
Sila ucapkan tima kasih ye.

p/s : Sila pilih menu paling murah kat TGI nanti.

I hope that for every candle on your cake you get a wonderful surprise.
May whatever you want most in life, it comes to you, just the way you imagined it, or better.
MERRY BIRTHDAY ROZIE!


2007-07-12

Aku adelah Ms Stoberi with no chocolate pleaseeeeeee


You Are Strawberries with Cream
Fresh and uncomplicated, you are always enjoyed but often overlooked (huagh huargh huarghhh, pedulik haper aku).
You're confident in who you are. You don't need a facade to feel better about yourself.

Aku baca blog eyzzros tadi, and tergatal la pulak jari-jariku-sakit-semua-kerna-membasuh-setiap-hari ni. Memandangkan aku amatla stress pagi ni sebab boss aku buat cilaka tulis email praise everyone yang dah hit target sebagai satu cara lain nak hint 'apesal ko tak hit taget Diana?????'.

Weh bahalul.
Aku bukan tak hit target la nganggggg.
Aku punya sales mencanak okkkkkkk. Tapi ko yang tak order barang saper suruh?
Barang tak sampai camne aku nak invoice?
Formula paling simple camtu pun tak reti-reti lagi?
Lagi satu..apesal aku kena hit pulak???
Bukan ko yang kata aku buat sales untuk cover area-area yang susah je ke?
So that explains why aku tak hit target..so sadapppppppppppppppp you!

Aku rasa faktor penyumbang utama kenapa aku asik nak melenting je minggu ni is sebab laki aku takde. Aku kan pencinta wanita (read : pencinta sejati), so adelah tak munasabah seorang pencinta wanita untuk berjauhan dengan kekasih hati. Amat sendu di dada okkkkkkkk.

Sian Redza, asik kena pelempang aku je minggu ni. Asal laki aku outstesen je aku jadik mambra, asal outstesen je saka waris jari hantu aku sampai.

Sat lagi aku nak pi Bangi, Cyberjaya pastu lunch pastu gi UIA pulak. Maknanya???

Yeahhhhhhh.
Aku menjadik muslimah lagi hari ni.
Kali ni semua PINK.

2007-07-11

My rant...vent my spleen for all to enjoy!


Semalam aku gayut ngan ex bos aku, KM.
KM bagitau that she is leaving soon.

Whoaaaaaaaaaaaaaaaaa??????

Apsal?

"The fucker (nama timangan) is killing me", KM bagitau aku.

Aku dah agakkkkk.
Jantan kote pendek ni memang modus operandi dia nak hapuskan semua core-core people dalam building tu. Biasa la kan, orang kalau bangang, tapi ada hati nak jadik big bos, apekah cara yang boleh buatkan dia jadik bos dengan cepat melainkan buat tektik keji?

Dari dulu lagi the ground people dah sok sek sok sek. The moment I learned that our bosses (KM and KZ) kena transfer pi unit lain yang kononnnnnnnn nya being promoted (lancauuuuu), one thing been circling inside my head was these 2 people are about to be kicked out very very soon. It was just another way of showing their 'pukimak-haram-punya-gratitude' towards them.

And now...the game has just started.

KM has been transferred to Management and Training Unit, basically handling things related to seminars, workshops, labs, RnD and also administration. Previously the head of this unit is Mr Kote Pendek. Due to WTF reasons, re-grouping la bagai, si kote ni been upgraded (lancau lagi dan lagi) to Senior Manager of Technical and Operation Unit yang aku tak nampak what is the significance. Sabit nak kasik power lebih kat dia je.

So, dulu KM ni involved in sales so position dia kira strong sebab nature of bisnes kita memang trading, selalunya people yang buat sales dorang takkan kacau. Nak mampos carik pasal ngan kitorang? Aku tak kuar buat sales kang, mampos ko mintak sedekah tepi longkang.

Dulu dia takleh kacau KM and KZ sebab dua-dua ni main contributor kepada gaji dia. Jadik, dia nak kick these 2 people pun payah. So, he came out with this madafakka so-called viola idea - REGROUPING. Bila regrouping, all bussiness unit akan bersatu and position pun bertukar. So, KM and KZ dari elok-elok parking kat sales, dia pi hantar kat unit lain, yang bukan buat sales. KM kena campak kat management. Dia bagi gaji lebih sket la. Umpannnnnn.

Bila dah campak kat sana, jeng jeng jenggggggggg, tanduk pun keluar.
Si kote pendek ni hari-hari jadik pencacai dok mengevaluate keje KM and secara sukarelanya pi buat assessment report pasal KM and hantar kat CEO. Apekejadahnya ko susah payah nak buat segala assessment appraisal semua ni? Ada dia kacau telor ko ke yang pantat ko jadik panas semacam tak reti dok diam ni?

Regrouping baru sebulan, dia pepandai cakap KM tak perform. Kepala pantat mak kauuu!

Itu baru sebulan la bacul. Ko duduk kerusi tu 6 bulan aku taknak apa yang perform pun. Tunggang langgang siap 10 orang benti serentak lagi ada. KM baru pegang sebulan ko pi canang kat CEO dia tak reti buat keje.

Yang sangat cilaka pantek nya bila dia pi suruh CEO keluarkan KM terus dari building ni. Not even a thot of downgrading her, terus nak sack??

You dismiss someone from a job, usually because they have done something wrong or badly, or sometimes as a way of saving the cost of employing them. Tapi bukan sack them without solid reasons! Is that a valid reason to fire someone?

Lapan tahun KM keje sini, just because of sebulan dia tak perform ko nak tendang dia? Yang sebulan tu ko nak berkira, yang lapan tahun tu ko taknak kira? Ke nak aku tolong kirakan?

Yang CEO aku pulak, tahun ni makin menjadik-jadik pulak bangangnya. Ada ke dia boleh termakan cakap si pundek ni and bagi warning kat KM, "If you can't really perform at management, proof to me that you can bring at least 1M to your RnD unit"

Cilaka kan?
Dasar tak kenang budi.
Ko start the bisnes dengan bukak kompeni kat shop lot. Orang tu grad Manchester with honest boleh sanggup nak keje kat kompeni cikai macam ni, bawak masuk berjuta, kasik ko tukar keta 5-6 kali, and now you are talking about proof????

If this is the game that you play, I rather quit than put in 10 hours busy as all hell.
I am willing to tolerate when you increased my wage but took out my small portion in the company share atas alasan re-grouping for I see I have future in this company and I wanna burn myself into this job. But if KM pun boleh ko buat macam ni, apetah lagi nasib aku yang baru 4 tahun keje kat sini. Sesedap tapak kaki ko nak sepak aku esok lusa.

I regret for losing my share to some pantat like you.
That sucks horrible amounts of butt!!

It sounds like it's time to start looking for another job, kan?
HAHAHHAHAHAH.

For the last time I tell you this.
You have no idea who are you messing about with.
You know what is submarine connection?
No?
Good, coz I do not want you to know.
I want you to feel the heat soon.

I absolutely love this job but I hate you for being here, sibuk-sibuk ikut bontot aku. I do enjoy working here actually but due to some reasons I think I need to have a second thought. Leave is a good option. People always leave anyway..:) But not that easy. Kasik aku plan sumthing first.

Ape kesssss nak blah camtu kan? Manusia pergi meninggalkan nama okkkkkkk. Kasik aku tepek nama aku kat paler otak dorang bagi dorang ingat nama aku sampai mampos.

Anyways, thanks to you si kote pendek for making me realized that I can be better than staying here.

2007-07-08

Baru hari AHAD...


Now kul 10.33pm.
Redza dah tido.
Aku belum.
Sebab takleh tido........rindu laki akuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!

Laki aku kena pi Japan lagi. Malam tadi baru berangkat. Dia tak kasik aku hantar sebab konfem aku melalak punya. Memang aku melalak pun sejak Jumaat lepas. Asal tido je aku melalak.

Takleh aaaaa.
Antara sebab kenapa aku suka keje aku skang adelah kerana aku dah takyah gi outstesen lagi. Everytime aku outstesen, muka aku mesti masam mencuka bila nak gi airport, pastu aku akan takde mood nak wat keje, asik kira hari nak balik umah.

And now, dia pulak yang asik kena pi Japan. Pastu lepas ni kena pi Shanghai. Aku tinggal tolong tengokkan ikan dia. INI TIDAK ADILLLLLLLLLLLLL!!!

Mula-mula kitorang plan nak pi sekali, tapi aku ngan Redza pi lambat, dalam hari Rabu camtu. So dia akan tunggu kat sana. Dah siap tengok room rate kat Disneyland Resort. MAS pulak ada promotion, pegi balik to Tokyo just RM2K je. Kira ok la kan.

Tapi biasala, perosak rancangan sememangnya aku. Bos aku laaa. Mana dia nak lepas aku time-time saat-saat genting macam ni. Mana dia boleh tengok rakyat jelata nak bepoya-poya. Tak approve cuti. Sialannnnn.

Laki aku pi seminggu je.
Walaupun seminggu kurasakan sungguh sengsaranya diri menanggung rindu.
Rindu serindu-rindunya!

Aku ni pantang kalau laki aku takde. Mula la aku buat keje semua tak kena, nak mengamuk la, stress la, jam tu la jugak aku nak menopos segala. Dah la skang aku asik banyak keje. Kalau tak, asal balik umah je aku repot semua benda yang aku tak puas ati kat laki aku, hilang gak stress. Abis skang nak repot kat sapa? Repot kat Redza?

Cilaka la bos laki aku. Kata dulu sekali je kena pi Japan, alih-alih ni kena pi lagi. Pastu balik jap 2 minggu kena pi balik. Hangin satu badan camni.

Tadi aku dah install siap-siap YM kat notebook laki aku. Harap-harap dapat la chat esok..:). Entah dia ingat lagi ke tak cara nak chatting.

Macam geli-geli je dengar aku punya 'kesengsaraan' ni kan? Kalau la kawan aku yang laki dia kena tinggal kat Abu Dhabi sampai tahun 2010 baca blog ni, mampos aku kena maki. Dia kena tinggal bertahun takde apa-apa. Aku baru kena tinggal 2 jam dah menggelupur.

Itu namanya cinta abadi okkkkkkkkkkkk.

Aku still tak sempat nak masuk blog korang baca, tapi Rabu ni aku cuti. So aku akan marathon baca blog korang. Sila tulis best-best. Sebab aku tengah sengsara, jadik jangan tulis yang sedih-sedih. Sila bagi aku happy.













Ngeh ngeh ngeh.
Ngeh ngeh ngehehhehehehehehehhehhehe.
Hek hek hek hek hek hek hekkkkkkkk.
Sangat tak sesuaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

2007-07-06

Ini saje yang aku sempat citer


...$wee+666..., ko tau tak, aku ni asal bukak laptop je terpikir nak update blog, tapi tak update-update gak. Lama gila sehhh aku tak bukak blog aku, main publish komen from email je. Nak reply komen pun takde masa.

Boleh gila aku macam ni. Keje macam hanjing okkkkkk.
Sengsara batin aku tak dapat update blog.

Disebabkan si HANIM dah sound suruh update, maka aku pasrah untuk update blog ni.

Aku nak citer, 2 hari lepas ada satu insiden road-bully telah berlaku di persimpangan masuk USJ kira-kira jam 9 pagi. Melibatkan seorang mat rempit bermotor kapcai berperangai bodoh dengan suatu wanita ayu yang sungguh muslimah penampilannya.

Ye...seploh markah untuk anda.
Wanita ayu penuh muslimah itu sememangnya saya.
NGAH NGAH NGAH NGAH.

Nak tau kenapa?
Sebab pagi tu aku ada appointment kat UIA so nak masuk UIA kena la respect sket kan, pakai la tudung. Kang aku sorang je gonjeng kat situ. Jaga la adap dan tatasusila di tempat orang (pesanan penaja).

Nak jadikan cerita, masa kat simpang, time tu lampu merah, so semua benti. Walaupun simpang tu ada dua lane, tapi lane tu quite rapat gak, kalau motor nak menyelit tu sila berhati-hati kalau taknak kena penampar aku. Masa tengah tunggu green lite tu, from the side mirror, aku dah nampak satu motor ni dok menyelit. Jenis motor yang ada tempat letak helmet kat blakang tu. Mamat ni dah tau sempit, mencilok. Aku dah bajet dia takkan lepas punya kalau lalu sebelah keta aku.

So, masa dia nak sampai ke arah keta aku lampu dah hijau. Keta sebelah aku dah mula nak gerak. Kalau aku pun gerak sama, konfem mamat ni tersepit kang, so aku taknak gerak dulu, kasik keta sebelah aku ni jalan.

Si mamat rempit bangang ni, dah tau tempat tu sempit, ko sure dah nampak keta sebelah aku dah mula offkan handbreak, ko benti la dulu hendaknya. Oh taknak ni. Nak cilok gak. Dia nak elakkan keta sebelah aku tu himpit dia, dia terhimpit aku lak.

Gedegangggggggggggggggg!!
Tempat helmet dia hentam side mirror aku. Memang la takde apa, cuma side mirror aku terpeleot 90 darjah.

Dah la tak benti or toleh say sorry ke, angkat tangan ke....dia boleh toleh siapkan angkat kepala lagi. Cantekkkkkkkkkkk perangai??? Ko langgar cermin aku pastu ko boleh angkat-angkat kepala lak kat aku? Mentang-mentang aku cas muslimah hari tu, ko ingat aku boleh let go?

Aku ingat nak kejar je. Tapi Tuhan itu Maha Kaya. By the time dia sampai kat depan, lite dah merah balik. Masa tu keta aku kira nombor empat dari depan.

Jeng jeng jengggggggggggggggggggg.

Hantu mana dah rasuk aku pagi tu. Aku tak kasik cannnnnn.
Aku keluar dari keta, aku lari ke depan. Sampai kat moto dia, aku sepak tayar blakang dia 'Never say sorry ha???'

Ada la 4 motor kat depan tu, semua toleh kat aku siap bukak wiser lagi. Pastu si mamat rempit ni, toleh then cakap 'Sorry ye..sorry'. Sengih-sengih.

Dah kena terajang baru nak say sorry?
Ko ingat aku takut nak tengking kau? Seb baik lampu merah, kalau lampu hijau, konfem aku kejar pastu sodok motor ko biar ko berguling kat tengah jalan pastu kena gelek ngan bas.

Mampos laaaa...
Ko dah buat salah, ko taknak say sorry, dah kena malu kat public baru terkial-kial nak mintak mahap. Silap pompuan la ko nak tunjuk otai.

Lepas tu aku bejalan ke keta aku. Sepanjang lalu sebelah 3 buah keta, semua orang dalam keta tu pandang aku. Pesal lak pandang-pandang? Tak boleh kalau aku nak naik hantu?
Masuk je keta baru aku perasan aku pakai tudung.
Halamakkkkkkkkkkkk!!!!

Kesimpulannya :
Mintak mahap la kaum Hawa....aku memalukan korang rupanya.

Sure yang tak tau apa yang berlaku kata samada 'Mat rempit tu ex boifren dia kot, pompan ni kena tinggal, tu pasal dia tendang moto laki tu' atau 'Teruknya pompan ni, tak padan dengan bertudung, perangai cam sundal' atau 'Kesiannnnn...muda-muda dah gila'.

Apa-apa aje laaa..u think I care?
I don't give a shittt.