2024-04-30

Datang majlis orang dengan bawa kaum-kerabat yang tak diundang oleh tuan rumah.


Aku tak faham jenis orang yang datang majlis orang dengan bawa kaum-kerabat yang tak diundang oleh tuan rumah.
What are they thinking?

Last week aku beraya rumah pakcik aku.
Pakcik hantar invitation melalui whatsapp.
Aku peram invitation tu, tak panjangkan pun invitation tu ke sedara-mara yang lain, walaupun aku tahu obviously cousin-cousin aku kenal that pakcik. Why?
Sebab pakcik tak pesan "Nanti tolong invite cousin lain, ya?"

But ada orang, dia merasa macam dia ada share dengan majlis orang.
Memandai-mandai dia datang dengan segerombolan orang lain yang tak dijemput oleh tuan rumah.
Sengih-sengih salam tuan rumah "Family mak mertua and adik ipar datang rumah, saya bawa sekali ni". 3 kereta. Kau rasa?
Dah sampai depan pintu, tuan rumah nak cakap apa?
Terpaksalah terima walau dengan muka kelat dan tak ikhlas.

Tapi, orang-orang macam ni dan sekutu dengannya akan cakap "Tetamu membawa rezeki".
Orang-orang takde otak macam ni memang suka bercakap lapik agama.
Sebab tahap agama dia sampai situ je dia tahu.
Dia tak tahu kalau tuan rumah tak halal sebiji nasi masuk dalam, tetamu yang tak diundang tu, dengan kau-kau sekali tanggung esok.

Tak payahlah kau pulak nak bercakap bagi pihak tuan rumah sama ada dia patut menjemput si polan dan si polan, atau terima saja sesiapa yang datang atas dasar "tetamu membawa rezeki".
Rumah dia. Majlis dia. Dia berhak jemput siapa yang dia nak jemput dan tidak mengundang sesiapa yang dia tak mahu undang.
Apa pun reasonnya, bukan urusan kau untuk bincangkan.
Boleh jadi kerana budget, atau ruang terhad, atau tak mahu sesak dengan ramai jemputan.

Konsep tuan rumah menjemput siapa yang dia mahu, tak jauh beza dengan tuan rumah yang bagi duit raya RM2 dan RM5.
Suka hati dia lah nak bagi berapa pun, duit dia.
Bukan urusan kau untuk persoalkan kenapa hanya bagi RM5.
Urusan kau datang jemputan, makan apa yang ada, silaturrahim, dan balik.
Kalau datang semata nak duit raya banyak, nak makan sampai terbelahak, nak makan selesa anak-beranak satu meja - kau pegi book mana-mana hotel.
Dorang ada buat Raya buffet.

Last year rumah aku buat open house, tapi bukan jemputan kami suami isteri.
Hanya jemputan dari En Wan sahaja untuk client-clientnya.
Dan En Wan ada jemput beberapa orang saudara terdekat.  
Aku as isteri pun tak berani jemput sedara-mara aku datang.
Mak bapak aku pun aku tak ajak.
Sebab aku RESPECT majlis En Wan.
Dia nak meraikan client-clientnya, jadi biarlah majlis tu tentang client sahaja.

Tapiiiii ada yang tak paham bahasa. Siap datang bawa pekerja!
Staff aku sendiri aku tak invite. Kau pulak memandai bawa pekerja datang jemputan rumah orang.

Some people memang tak dibekalkan dengan akal kot. Hanya ada otak. Kosong.
Dia ingat asal ada jemputan kenduri, atau open house raya, boleh bawak sesiapa kerana ini adalah majlis makan free.
Sumpah mendidih je aku perati orang macam ni.
Kau kalau nak belanja staff makan, pergilah bawak pi Anwar Maju tu.
Koman betul bawa pekerja datang makan kat open house orang. Ceh!


2024-04-28

Narcissist susah nak lepaskan walau seorang, melainkan kau lari


Ramai yang minta aku buat post kes si A.
Aku tak berminat nak mengulas kisah cinta dia.
Sebab aku tak pernah ambil tahu pun pasal si A ni.
Tup-tup mendonia entah mana datang, macam tak sesuwei pulak aku nak mengulas.
Sebab orangnya pun aku tak pasti apa achievement beliau.

Tentang kes yang tengah panas ni, setakat take note apa yang sedang berlaku je lah.
Terima kasih kepada kawan aku yang also A yang telah memberi link demi link kisah si A tadi, untuk aku baca.

Aku nak cakap pasal NARSISTIK.

Orang yang narsistik salah satu cirinya adalah possessive.
Dia takkan senang-senang nak lepaskan kau macam tu je.
Dia suka pegang banyak benda.
Dia nak pegang kau. Dia nak pegang si anu. Dia nak pegang yang itu. Nak pegang yang ini.
Walaupun dia tahu dia takkan boleh handle semua, dia takkan lepaskan.
Sebab apa? Sebab JUST IN CASE.

Just in case yang nombor 1 tak layan, ada nombor 2.
Kalau nombor 1 and 2 both tak layan, ada nombor 3.

And people tertanya-tanya apa yang best sangat pada si narcissist sampaikan ramai perempuan nakkan dia dalam masa yang sama.

No. Bukan the narcissist, tetapi perempuan-perempuan yang terkejar-kejarkan dia compete with each other to win him!
Perempuan-perempuan inilah yang buatkan si narcissist nampak macam best.
Padahal dia biasa-biasa je. It's the girls!

Perempuan, biasalah.
Bila pakwe syok kat orang lain, of course rasa tercabar.
Bila tercabar, masing-masing tak nak mengalah.
Ditambah pulak dengan nature seorang narcissist yang takkan lepaskan wanita-wanitanya, of cos si narcissist membagi kata-kata manis yang membuatkan the girlfrens stay.
Kalau lelaki dah bagi harapan, kau rasa the girls tak nak stay ke? Dah tentu stay.
Tu pasal walau berkali-kali si narcissist buat perangai, entah apa dia punya ayat manis, the girls mesti stick around.
Sanggup menaburkan budi lagi.

Aku taknak cerita panjang bab narcissist sebab dah banyak blog post aku tulis pasal ni.
Setiap tahun mesti aku tulis pasal ni.
Now aku nak membagi nasihat pada wanita-wanita yang terjebak dengan relationship with narcissist.

RUN!

Satu kali terkena, oklah. Lesson learnt.
Tapi kalau berkali-kali terkena masih nak bagi peluang. Dah-dah lah.

Memang susah nak terlepas dari seorang narcissist.
Dia takkan lepaskan kau dengan mudah, sebab dia suka menjadikan kau JUST IN CASE.
Kalau now dia ada 10 orang, percayalah cakap aku, sepuluh-sepuluh ni sebenarnya masih ada.
Nature seorang narcissist adalah, suka buat orang sebagai collection.
Dia susah nak lepaskan walau sorang, melainkan the girl run.

Narcissist enjoys attention.
Dia sangat suka kalau dirinya digilai, disayangi, dan sentiasa ada tempat nak melepaskan boring.
Walaupun kau hanya pemain simpanan, kau tetaplah di situ. Dia tak buang.
Dia cuma letak kau kat tepi.
Nanti bila teringat, dia carilah kau.
Umpama si narcissist ada dalam sebuah rumah.
Korang yang 11 orang ni ada kat luar rumah.
Sorang kat depan pintu masuk. Sorang kat bucu belah kiri. Sorang kat bucu kanan. Sorang atas bumbung. Bersepah-sepah.
Tapi kau tetap tak boleh masuk rumah dia.
Dia akan keluar dapatkan kau bila dia nak.

That's why aku cakap, RUN!
Kau yang kena move.
Selagi kau tak move dia akan always make sure kau stay.
Dia akan keep you in the loop.
Dia nak maintain control and keep you within their sphere of influence.
Dia nak kau stay bukan sebab sayang pun. Sebab JUST IN CASE.
If anything happens, dia masih ada kau.

Untuk apa?
Untuk validation. Untuk admiration. Dan untuk merasa bernyawa.
Kalau kau met a narcissist at the wrong time, lagi sakit!
Sebab dia hanya jadikan untuk fill the gap saja.
Dia jadikan kau sebagai distraction dari their heartbreak dengan previous relationship.
Kau jadi talian hayat dia je.
Once dia healed, atau jumpa dengan someone yang buatkan they feel alive again, slowly kau akan diletakkan di luar pintu saja.
Tapi dia tak buang. Sesekali dia "Hi" kau just to keep the relationship warm.
Padahal takde rasa sayang pun.
Dia cuma nak kau keep ada dalam capaian dia. Just in case. You got what I mean?

Kau tengok je lah mana-mana narcissist, even dah terkantoi big time, dia akan kata "I takkan lepaskan you".
Inilah perangai dorang. Controlling others.

Dan dorang pakar manipulate situations supaya they get what they want.
Macamana sekalipun dia akan putar putar putar selagi boleh supaya at the end dia nampak betul.
Sebab itulah dia takkan lepaskan kau.
By keeping you close, they can continue to control you through emotional manipulation.
Memang sakit jiwa kita melayan.

Kalau nak buat dia pulak sakit jiwa macamana?

Tinggalkan dia. Angkat kaki, jalan. Jangan patah balik.
Macamana orang kata dia dah berubah, atau dah insaf, atau dah bertaubat, gasak dia.
Good for themlah kalau dah berubah.
Tapi itu bukan syarat untuk kau kembali pada dia. NEVER.
Entahlah, aku memang takde yang positif kalau dengan narcissist.
To me, dorang takkan berubah.


2024-04-22

Kenapa si kaya dapat special treatment


Hari tu aku tulis post pasal 'kenapa si kaya dapat special treatment'.
Tak sangka pulak post tu ramai yang boleh relate.
Masalahnya dorang tanya kenapa aku sangat husnuzon dengan orang yang dapat special treatment.
Takkan takde sekelumit rasa sedih katanya?

Look. Siapa yang tak sedih bila tak dilayan special.
But at the same time, kita kena cari sekecil-kecil reason kenapa orang lain dapat layanan yang lebih istimewa.
In my case, aku bukan didera. Aku bukan dihina. Aku bukan dijadi hamba. Tak.
Kitorang cuma tak mampu nak bagi lebih.
Jadi, bila orang lain boleh bagi lebih, kita kenalah faham kenapa.

Please jangan ada mindset macam orang yang semuanya nak ditolong, semuanya nak dibantu.
Mentang-mentang susah, balik-balik guna modal susah tu untuk request layanan lebih.
Sebijik macam geng-geng poor mindset yang sebab anak dia tak cemerlang, maka anak orang lain yang score exam tak boleh diraikan.
Anak dia tak dapat masuk SBP, dia salahkan kuota T20.
Anak dia tak dapat join konvo Darjah 6 kat hotel, dia salahkan sekolah sebab tak belanja anak dia. WAKLU!!
Please jangan jadi geng-geng ini.

Benci betul aku geng-geng yang 24 jam meratib minta dibagi bantuan.
Aku pernah susah masa kecil.
Aku merasa apa rasanya bila terpaksa pujuk diri sendiri nampak orang lain dapat layanan istimewa.
Memang tak mudah nak terima kita takde apa yang orang lain ada.

Aku terima aku bukan lahir dari orang senang.
Aku terima orang kata aku buruk, hitam, pakai basikal buruk, baju raya buruk. Aku terima.
Bezanya, aku tak meratib.
In fact, aku berazam nak keluar dari hidup yang macam tu.
Bukan nak jadi kaya-raya sangat, but at least lebih baik dari keadaan dulu.
Mak Aji tak ajar anak-anaknya meratib apetah lagi berdengki dengan apa yang orang lain dapat.
Kau nak dapat macam orang lain, kau kena jadi macam dorang.
Kalau kau tak nak jadi macam dorang, jangan asyik meratib nak dibantu.

Yang selalu meratib ni bukan orang yang susah sangat pun, tapi PEMALAS dan PENDENGKI.
Combo 2 perangai.
Orang yang susah, dia tak bising-bising.
Apa yang orang lain dapat, dijadikan semangat untuk berjaya.
Jenis yang bising ni lah yang asyik merungut nak dibantu, sikit-sikit nak disponsor, sikit-sikit salahkan orang lain.
Semua orang salah. Dia tak pernah salah.

Environment yang betul sangat penting.
Aku bersyukur walau Mak Aji tu melahar je kerjanya, tapi bab-bab melibatkan common sense ni, boleh pakai.
Dia ajar kitorang untuk sedar diri.
Dah tahu susah, jangan dengki bila orang lain dapat lebih.
Ada sebab kenapa nenek layan dorang special.
Ada sebab kenapa kena bagi dorang cedok lauk dulu.
Ada sebab kenapa bagi dorang cop tilam and bantal dulu.
Jangan nak emosional tak tentu hala.

Ada satu masa dulu, makcik-makcik aku dari Singapore balik kampung.
Kitorang semua berkumpul kat Tampin ramai-ramai.
Then this one nite, aunty ajak makan ikan bakar kat Pengkalan Balak.
Masa tu Mak Aji and Pak Aji keluar, tak sure gi mana.
Dorang semua dah bersiap.
Aku dah get ready nak tinggal rumah je dengan nenek (nenek memang tak suka ikut berjalan malam).
Sekali mak bapak aku balik.
Terus aunty aku ajak semua sekali ikut.
Mak Aji menolak. Dia kata dia penat.
Tapi macam tak best pulak semua adik-beradik pergi, dia pulak tak pergi.

Aku tahu kenapa mak aku taknak join.
Yelah, takkan nak makan saja, kan.
Paling tak mesti nak kena tong-tong duit. Duit minyak lagi.
Entah kereta Pak Aji ada minyak ke tak masa tu tak tahulah.
Tengok muka mak aku yang serba salah nak ikut tu pun aku faham dah dorang takde duit sebenarnya.

Masa order ramai-ramai kat sana, aku and Ima tak order air manis. Air putih saja.
Padahal aunty aku offer "Tak nak fresh orange?". Kitorang geleng kepala.
Orang lain order ABC, telan air liur je tengok.
Orang lain order nasi goreng, mi goreng.
Aku and Ima makan apa yang mak bapak aku makan only.

That night, aku tak cuit lansung ikan bakar walaupun sedapnyaaaa nampak.
Sebab Ima dah cuti sikit. Jadi aku makan nasi putih with telur dadar only.
Tak, takde siapa larang kitorang ambil lauk.
Tapi aku sedar diri. Jangan makan lebih dari orang yang bayar.

Ya, memang sakit sebenarnya bila terpaksa sedar diri sampai macam tu sekali.
Asyik kena beralah. Asyik kena dahulukan orang lain. Asyik kena pendam.
Tapi itu hakikat, kan?
Kita sebenarnya susah nak terima bukan kerana situasi itu tetapi menerima hakikat kita susah, betul tak?
Bila tak nak terima hakikat tu pasal kau dengar orang merungut salahkan T20, salahkan kerajaan, salahkan sekolah, salahkan semua orang.

Aku bersyukur walaupun keluarga kitorang berbeza taraf ekonomi, kitorang rapat.
Sampai ke tua ni masih rapat.

Nanti karang ada yang cakap "Keluarga kaya-kaya kenapa tak bantu korang?"

Itulah dia mindset yang poor.
Kerjanya asyik cari orang untuk minta bantu.
Abis orang tu takde kerja lain asyik nak bantu kau dari dulu sampai sekarang?
Orang tu ada kehidupan juga, ada impian juga.
Asal ada orang kaya semuanya kau suruh dia membantu orang susah. Yang kau buat apa?

Masa aku Form 2, cousin aku from Singapore datang KL.
Dia nak sambung belajar kat kolej di sini.
Kitorang sekeluarga pun temanlah dia tengok a few kolej kat sini, antaranya KDU.
Dapatlah aku jalan-jalan tengok kolej-kolej swasta.
Lepas round-round a few kolej, dia cakap kat Mak Aji "Jom, kita pegi makan aiskrim?"
Dalam kepala aku terpikir conetto je.
Wuii dapatlah makan conetto jap lagi ni. Kahkahkah.
Rupanya kedai aiskrim, ya!
Dia ajak mak bapak aku bawa dia ke Swensen's.
Terkesima aku masuk situ.
First time aku tahu rupanya wujud kedai yang hanya jual askrim. Siap ada menu.

Tak tentu arah nak memilih aiskrim.
Semuanya aiskrim gabak-gabak, dan mahal.
Nak pilih pun takut. Karang camana mak bapak aku nak bayar.
Aku and Ima decide nak share.
Tapi cousin aku insist pilih sorang satu. Rupanya dia belanja.
Last-last dia yang pilihkan. Besar gila aiskrim tu,
Sekali dia datang hah kauuuu 5 scoops setan!
Nak muntah aku habiskan.
Atas aksrim tu ada gula batu yang dinyalakan api.
Aku tenung je aiskrim tu masa dia sampai.
Tak tahu nak start makan kat mana. Kena makan api dulu ke camana?

Lepas makan aiskrim, dia nak beli barang kat mall.
Pak Aji bawa ke Subang Parade.
Dulu Subang Parade tempat orang have-have je.
Masuk sini memang ukur jalan je lah, tak mampu nak beli apa-apa dalam ni.
Cousin aku ajak masuk groceries. Nak beli barang-barang nak buat sandwich katanya.
Dia beli cheese, green sprouts and a few more.
Itulah pertama kali aku kenal green sprout.
Balik tu dia buat sandwich makan sayur mentah-mentah gitu, pastu minum susu dengan fresh orange.
Memang tekak have-have.
Mesti dia takleh masuk style makanan kitorang pagi nasi goreng dengan teh O. Macam nak pegi menoreh. Kahkahkah.

Masa cousin ni nak datang lepak rumah 4-5 hari, dalam tempoh itu jugalah aku and Ima tido berpanas okeh?
Bilik kitorang dulu takde kipas siling. Pakai kipas duduk.
Jadi, bila cousin datang, kenalah bagi kipas kitorang kat dia.
Itupun kitorang takut dia tak selesa sebab sah-sah kat rumah dia pakai aircond.
Heater pun takde. Mak Aji tanya anak sedara dia, nak pakai air panas tak untuk mandi.
Kalau nak, nanti dia buatkan.
Nasib baik cousin aku ok je mandi air sejuk.
Kalau tak, mesti akulah yang kena masakkan air tu.

That's how aku diajar untuk melayan tetamu.
Kita buat sehabis baik setakat yang kita mampu.
Bukan sebab kita susah dan dia kaya maka kita kena hambakan diri. Bukan.
Tapi kita offerlah apa yang kita boleh.
Jangan sebab kita susah maka "Ah, kau ada duit, patut kaulah beli untuk kitorang!"
Orang sekarang ramai macam tu.
Bukan main seronok jadi susah.
Asal ada orang kaya shopping je dia suruhnya orang tu bersedekah.
Dia tak tahu sebab orang tu banyak sedekahlah maka sentiasa kaya.
Yang kau??

Nasib baik juga cousin aku sedar diri.
Dia menumpang, jadi dia berlebih kurang dengan apa yang ada.
Semalam aku baca sorang ni buat post pi open house.
Katanya pukul 2.30 pm makanan dah habis.
Panjang dia membebelkan tuan rumah. Konon nak bagi tips meraikan tetamulah.
Tak payah buat open house kalau budget tak cukuplah. 
Tak payah jemput ramai orang lah. 
Penat datang dari jauhlah. Ehh banyak pulak bunyik kau.
Ni kalau dapat kat aku memang kat situ juga aku talkin sampai rebeh. 
Tetamu dari neraka namanya.

Kau ingat orang tu buat open house nak bagi kau mentekedarah sampai kenyang?
Orang tu buat open house nak jumpa kawan-kawan sekali harung.
Sambil-sambil sembang, ada la makanan boleh dicuit-cuit.
Takde lah boring sangat bersembang nanti.
Yang kau, datang open house bukan nak jumpa orang tapi nak mentekedarah sampai terbelahak.
Dah tahu datang dari jauh, singgah lah Select ke, 7-11 ke beli roti-roti buat alas perut.
Tahan kau dari jauh datang berlapar, eh? Dasarrrr!
Ni kalau buat perangai ni kat rumah aku meh tengok kau dapat makan ke kau dapat lutut.


2024-04-18

Bila kita nak beli baju yang merelip dan heavy lace, kita kena be prepared dengan cara penjagaannya sekali.


Geramnya aku dengan review-review kat TikTok.
Aku rasa dorang ni semua affiliate yang ambil komisyen dari jualan produk orang lain.
Entahlah, maybe apa yang dorang review tu up to their standard sahaja, tak kena dengan selera kita.
Masalahnya aku beli 4 perfume based on their review, semua tak kena dengan hidung aku.
The problem is, tak kena dengan hidung En Wan and Rayyan juga.
So adakah hidung kitorang bermasalah? 😭

En Wan dah warning aku takyah beli perfume-perfume kat online. Beli je kat kaunter.

Aku ni naklah mencuba. Kotlah perfume yang harganya murah ni best.
Kenalah husnuzon. Manalah tau kan sekali jumpa dengan yang best dan murah, kan.
But so far ada 4 ketul kat bilik aku ni, spray masa first time pakai je, lepas tu tak guna dah.
Ada satu perfume artis ni, bau dia tengik gila.
Tak tahu celah mana yang bestnya bila ramai nau review kata wangi.
En Wan lagi over, masuk bilik terus spray Glades Sakura.
"Awak sembur Glades ni je lah kat baju, lagi best". Kuang hasam.

Ingatkan nak beli yang murah. Around RM40-50.
Akhirnya tak pakai. Tak ke membazir namanya, kan?
Murah tapi tak pakai, apalah maknanya?
Baik beli Jadore Milk terus. Kurang-kurang puas hati.
Eii sakitnya hati aku tengok 4 botol kat rumah ni.
Aku nak bagi kat bibik esok.
Sorry, aku tak dapat nak jual murah-murah kat kat korang. Let alone nak bagi free.
Karang jadi hal pulak ada yang viralkan perfume-perfume yang tak kena kat hidung aku ni. Biarlah rahsia.

Susah nak percaya pada review-review kat TikTok.
Manjang je "BEST GILA KORANGGGGG!".
Aku pukkk baru tahu.

Bila baca review-review berderet "Kain sedap. Cantik!"

Bila beli, hampehnya lahaiiii. Sakittttt hati aku.
Tapi betul juga bak kata En Wan.
Tak boleh samakan selera kita dengan selera orang.
Orang lain biasa pakai baju kurung RM30. Sesekali dapat beli baju kurung RM50, of cos dia rasa puas hati.
Yang kau beli kain saja dah RM300, belum masuk tempah.
Takleh samakan dengan kualiti baju RM50 sepasang.

Hari tu masa raya bersepah orang komen baju melayu berbulu lepas hanya sekali pakai.
Elrah, Bulan Bintang and Jakel.
Masalahnya, En Wan anak-beranak pun pakai Jakel.
Tapi tempahlah, bukan ready-made. Kain dan sampin memang dari Jakel. Tak pulak berbulu.
Boleh pakai bertahun-tahun.

Bila pikir-pikir balik, some people beli nak murah.
Nak beli baju melayu siap jahit yang harga RM150 sekali sampin, sekali butang, tapi nak fabrik kayangan.
Sampin free by Jakel tu kau tak rasa dulu ke keras kejung benangnya?
Nak yang best, lain kali beli kain dari Jakel, pastu hantar tempah.
Sampin beli juga dari Jakel, tempah jahit. Jangan ambil yang free.
Baru puas hati. Nak kayangan sangat, kan.

Lagi satu aku nampak video orang komplen beli baju berlace penuh di depan baju, harga sampai RM300-400 tapi sekali pakai dah tercarik bahagian lengan kat tepi tetek.
Aku syak sebab tercarik-carik dengan manik di bahagian dada baju.
Dia komplen baju tu gunakan fabrik lace and chiffon paling rendah kualiti.

Ok, you have your point. Meh dengar point aku pulak.

Dua-dua ni baru sekali pakai.
Yang merah tu kain dia chiffon satu badan.
Ada lace premium di hujung tangan and depan baju.
Dah pakai, dah basuh. Tapi, aku hantar dry cleaning. Tak masuk mesin.

Same goes to baju berbunga.
Kain jenis silk ada batu-batu kecil meriah.
Aku basuh pakai dry cleaning. Dua-dua baju ni RM300 each.

Dia macam ni tau, dik.
Bila kita nak beli baju yang merelip dan heavy lace, kita kena be prepared dengan cara penjagaannya sekali.
Tak boleh main hempuk dalam mesin basuh. Kena hantar dry clean.
Dan, baju-baju meriah batu and manik ni bukan boleh dipakai time kau basuh pinggan-mangkuk sehari suntuk kat dapur.
Baju manik lace memang akan mudah mencarik-carik lengan baju bila kita banyak menggerakkan tangan.

Mana-mana jenis lace pun, walaupun French lace baju pengantin, kalau kau kasar, tetap tercarik.
Cuba tengok baju pengantin, helok je lacenya.
Sebab pengantin tak bergerak kasar macam ungka.
Makan pun orang sendukkan.   
Kadang aku perati dak-dak yang pakai baju merelip, with heavy lace dan kain mermaid meleret.
Kau duduk dapur membasuh, menghidang, memasak di pagi raya dengan baju tu.
Dik, baju-baju gitu orang yang tak masuk ke dapur je pakai.
Kerana baju-baju tu mesti dijaga dengan elok, tak boleh kasar-kasar.

Aku kalau raya pertama seharian kat dapur, memang lenjan pakai baju yang takde lace, yang takde manik.
Kalau boleh yang fabrik breatheable. Senang nak bersilat.
Baju-baju merelip ni kita pakai time beraya je sebab dah tentu kita tak ke dapur.
Ini tak, kau lenjan baju tu sehari suntuk kat dapur, kejap ke depan, kejap kebelakangan, kejap angkat periuk, kejap angkat cerek.
Bila baju tu tersiat, kau cakap fabrik murah.

Tengok orang-orang kayangan pakai baju raya kain meleret, lengan puffy, kau pun nakkkk.
Orang tu makan pakai sudu garfu siap berhidang.
Kau baru satu kali senduk rendang dah terkena lengan baju. Camano?
Tu belum lagi cerita dari pagi angkat periuk, basuh pinggan, buang sampah.
Pakai baju kurung kedah je lah senang.


2024-04-17

Kalau kita mahu berfikir, insyallah akan faham kenapa si kaya dapat special treatment



Dari video atas ni, bolehlah disimpulkan, kalau kita kaya, kita berduit, orang lebih sayang.
Itu hukum dunia.
Dari dulu sampai sekarang. Sama je flow-nya.
Dari kecil aku dah lalui benda-benda gini.
Yang tak kaya tu mak bapak aku. Tapi dengan aku-aku sekali kena tempiasnya. Dah kenapa?
Padahal kita budak-budak lagi masa tu.

Aku tahu siapa di kalangan keluarga yang tak berapa suka kitorang.
Aku ingat. Tak lupa. Ima pun ingat.
Cuma malas nak ungkit, atas dasar hormat orang tua. Tapi berbekas di hati.
Tak dendam, cuma takkan lupa.
Masa kecil apa jelah yang kita mampu buat?
Habis kuat pun, terasa hati. Jauhkan diri.
Buat-buat macam takde apa berlaku padahal pedihya sampai sekarang kalau diingat-ingatkan balik.

Bila dah besar, dah ada life sendiri, slowly boleh nampak.
Semakin kita ada sesuatu, orang mula mendekat.
Tiba-tiba crowd kau jadi besar.
Tiba-tiba orang jadi peramah dengan kau.
Tiba-tiba orang kata dia kenal kau. Kenal mak bapak kau. Pernah satu sekolah. 
Gitulah hukum dunia.
But that's good. Itu menunjukkan kita ada improvement.
 
Actually, bila orang mula berbaik-baik dengan kita, for whatever reason, itu tandanya kita ada sesuatu.
Just like video tadi kata.
Bank suka orang kaya.
Makin kau kaya, makin banyak kelebihan kau dapat dari bank.

Masa aku pakai kredit kad dulu, payment aku cantik.
Beberapa kali bank call nak naikkan credit limit. Aku tak nak.
Masa tu aku realized, bila kita bayar cantik, and on time, dorang bagi kita peluang berhutang lebih banyak.

Samalah macam kau bagi hutang kat member.
Kalau member tu jenis berhutang dan bayar on time, next time dia susah, kita berkira-kira tak nak bagi hutang? Of cos tak.
Sebab history menunjukkan dia tak culas bayar.
Yang jenis tak reti nak bayar lepas tu buat macam kita pengemis meminta-minta dari dia, hat ni memang patut dibuat bodo.
Kadang tu dia kata "Adik-beradik aku takde duit nak tolong".
Ye sangatlah. Entah-entah kau berhutang kat adik-beradik tak reti nak bayar, tu pasal dorang malas tolong kau lagi.

Maka tak hairanlah banyak cerita-cerita pasal balik kampung raya sampai ke pengetahuan aku.
Ramai betul share kena double standard balik raya hari tu.
Balik awal ingat nak cop bilik best, rupanya mak mertua dah savekan bilik paling best kat menantu kesayangan.
Tak, salah tu. Sebenarnya bukan untuk menantu kesayangan, tapi anak kesayangan!
Tak caya tanya suami awak. Betul tak mak lebih sayangkan anak yang itu dari dia.

Hal-hal double standard di kalangan keluarga ni, biasa.
Maksud aku, bukan perkara baru.
Dalam drama-drama melayu pun ada tunjuk.
Yang kaya sesekali balik, ditatang. Yang miskin, tak dilayan sangat.

Memang ada kaitan dengan duit.
Yang kaya, bagi duit kat mak bapak banyak.
Mak bapak serba-salah kalau sesekali si kaya balik dibaginya makanan yang biasa-biasa.
Karang anak menantu kaya kata apa pulak.
Duit bagi beratus setiap bulan, takkan takat itu je masakannya.
Nak tak nak, kenalah masak special.
Memandangkan dorang bagi duit lebih, sebagai balasan, mak pun beri bilik yang paling best untuk dorang tido beberapa hari.

Perkara ni kalau kita mahu berfikir, insyallah akan faham kenapa si kaya dapat special treatment.
Mak Aji kan, masa kitorang kecik dulu, everytime nak tido malam, dia tak bagi aku and Ima cop bantal.
Bantal kena kasi makcik-makcik and cousin-cousin Singapore pilih dulu.
Walaupun bukan dorang mintak, tapi Mak Aji ajar begitu.

Sebab?
Sebab adik-adik dia yang kat Singapore semua dah biasa dengan keselesaan.
Rumah dorang selesa sangat.
Anak-anak semua ada bilik yang selesa. 
Semua dah biasa dengan keselesaan.
Jadi Mak Aji tak mahu ketidakselesaan duduk di kampung buatkan anak-anak sedaranya nanti tak mahu balik lagi lepas ni.
Jadi, bagilah dorang bantal yang terbaik yang nenek ada di rumah.
Tilam terbaik. Selimut terbaik. Bagi dorang selesa.
Lagipun dorang sesekali balik. Tak macam aku sebulan sekali balik kampung.

That kind of mindset yang Mak Aji dah terapkan buatkan aku jadi faham dan tak terfikir pun nak sentap bila tak dapat special treatment.
Dapat bantal lembik-lembik takde hal, janji ada tempat nak tido.

Bab mengemas pun sama.
Mak Aji akan arahkan aku and Ima tukar langsir rumah nenek, tukar sarung kunsyen, mengelop, basuh longkang, kemas stor, kemas cabinet.

Yang pertama, sebab kitorang berdua saja cucu yang boleh diharapkan waktu tu.
Yang lain semua kecil lagi.

Kedua, like I said before, kalau tak dapat contribute duit yang banyak, kau contribute kederat.
In my case, Mak Aji menggunakan kitorang 2 beradik untuk contribute kederat.
Sebab tu on every hari raya aku and Ima takde hal bersilat kat dapur tanpa Mak Aji tolong.
Dah biasa. Dari kecil kena kerahan tenaga :).

Kita akan mudah berasa hati bila balik-balik kita je yang kena mengemas, kita je kena membasuh.
Tapi tengok keadaan juga.
Dalam kes aku, kitorang bukan orang senang.
Makcik-makcik aku yang Singapore balik bawa kek prune, kukis gabak-gabak.
Dorang sponsor udang besar-besar untuk buat sambal udang pagi raya.
Jadi, sebagai orang yang tak dapat contribute banyak duit, kita balancelah dengan kederat.
Makcik-makcik and cousin-cousin aku semua baik.
Takde pilih-pilih kasih, tapi kita kena SEDAR DIRI.

Sometimes, kita ni nak segalanya sama-rata.
Kita mengemas, nak orang tu pun mengemas.
Kita membasuh, nak orang tu pun membasuh.
kalau boleh nak kira berapa pinggan aku basuh, berapa pinggan kau basuh.
Karang kalau orang tu listkan berapa duit dia contribute and mintak kau bagi sama rata, nangis karang.

Pernah satu kali, kitorang beraya dari Tampin ke Muar. Day trip.
Kitorang tak tahu yang kakak Mak Aji on the way dari Singapore balik beraya di Tampin, also day trip.
Dorang nak buat surprise kat nenek.
Dulu takde henfon. Pak Aji pulak berjalan raya unplanned.
Tau-tau dari Tampin, ke Melaka, ke Pagoh, pastu know-know arrive Muar.
Di Muar, singgah rumah nenek aku kat sana.
Mak Aji suruh aku call nenek Tampin bagitau kami ada kat Muar, lepas Isyak balik semula ke Tampin.
Nenek Tampin marah bila tahu kitorang ada kat Muar.
Dia cakap "Orang kat rumah ni makan lauk ikan goreng je!".

Aku sebagai cucu tak tahu apa-apa just sampaikan saja kat Mak Aji.

"Ma, nenek marah. Dia kata tak payah balik!"

Aku pelik juga, what is wrong with makan ikan goreng? Tak faham.
Tapi lepas tu aku jadi faham.

Dua orang makcik aku tu duduk Singapore. Jarang balik kampung. 
Perjalanan jauh, mestilah nenek nak masak sedap-sedap untuk anak-anak dia.
Takkan ikan goreng satu lauk je.
Kebetulan masa tu takde lauk nak masak di rumah. Entah, aku tak sure.
Maybe nenek berhajat kalau kitorang ada bolehlah ajak Pak Aji ke pasar kejap beli apa-apa.
Nak dijadikan cerita kitorang pi beraya sampai malam tak balik-balik. Mana tak blow nenek aku.

Sekali imbas nampak macam specialnya treatment makcik-makcik aku dapat. Mentang-mentanglah kaya.
Sebenarnya bukan macam tu.
Sebab dorang sesekali balik. Nenek nak meraikan. Itu saja.

Sometimes, menerima hakikat bahawa kita memang miskin, itu pahit.
Menerima hakikat orang lain layak dapat special treatment lebih dari kita, itu pahit.
Menerima kita always kena beralah kerana kita tak kaya, itu pahit.  
Lalu kita berlebih-lebihan dalam beremosi, bersangka itu dan ini.
Kalau ada sindir-menyindir, kutuk-mengutuk, that is another story.
Tapi kalau situasi macam aku lalui tu, rasanya kita kena pakai common sense.

Mak mertua aku pun lebih kurang gitu juga.
Pernah aku masak udang besar-besar buat lemak cili api.
Tiba-tiba cucu-cucu dia datang ke rumah (rumah aku).
Dia sorokkan seperiuk udang lemak cili api dalam kabinet pinggan mangkuk!
Aku nak ambil pinggan nampak eh kenapa lauk ni ada kat dalam?
Mok kata, lauk tu kita masak sikit sebab tak sangka dorang nak datang.
Kalau tak dihidang, orang berasa hati. Bila dihidang tak cukup pula.
Mok takut En Wan tak dapat merasa.
 
See? Semua ada reason di sebaliknya.
Kita cuma perlu tahu reason sahaja.


2024-04-15

Raya 2024


Aku ni kan kalau tak kerana nak menjadikan bahan bukti, malas aku nak update pasal raya kat blog.
Menjak post-post aku jarang bubuh gambar, dah banyak aku menulis tepek kat IGS and FBS saja. Malas letak kat blog.
Tapi bab raya, I is kena gagahkan diri juga.
Roommate aku tu bukan boleh.
Tiba-tiba datang amnesia dia, tahun ni raya Tganu, tahun depan pun dia kata turn Tganu. Oh I is kenot.

Tahun ni turn Bangi.
Bila turn Bangi, takde berapa kalut sangat nak balik awal sebab dekat.
Kita bagi semua kereta balik kampung dulu.
Dah tenang-tenang hiway, baru kita gerak.

Jumaat 5 April lepas Zohor aku dah gerak ke KMB ambil Redza.
First time jalan masuk ke KMB jem.
Tahun-tahun sebelum ni, hanya junior saja boleh balik beraya.
Final year students tak boleh balik raya.
Tahun ni rezeki budak-budak final year boleh balik beraya juga.
Hah kau. Jem terus pintu KMB berjujuk mak bapak collect anak awal.
Agaknya semua pakat terus balik kampung lepas tu.

Boleh je nak ambil Redza lewat petang, tapi kesian.
Sekarang musim panas. Dorang banyak melepak library.
Bukan sebab nak study tapi sebab nak aircond.
Tu yang awal-awal aku ambil dia. Biar rest kat rumah.
Kat rumah nak on aircond 24 jam pun takpe. Bapak kau bayar. Kahkahkah.



Ini gambar berbuka puasa last di rumah sendiri. 
Sebelum malamnya berangkat balik Bangi.
Semua beli - nasi lemak, samosa dan ayam goreng ala-ala KFC.
Popia and nugget goreng kat rumah.
Sandwich telor buat sendiri.

Dari KMB nak patah balik ke Putra Heights, jalan dah start jem, padahal baru pukul 3 pm.
1 jam dari KMB ke PH, padahal selalunya 20 minit je.
Gila penangan raya tahun ni.
Jumaat dah penuh kereta atas jalan.
Mok balik Tganu esoknya dengan Kak Ngah. Balik pagi.
Masih ok lagi katanya. Banyak kereta tapi tak melekat.
Aku memang dah tak masak kat rumah dah sejak hari tu.
Semua beli je untuk berbuka. Tak kuasa nak sepahkan dapur.
Nak kilat-kilatkan rumah. Cadangnya gitulah.

Tetapiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Hah, panjang harakat aku.
Hari Sabtu, En Wan dah bawa masuk contractor untuk renovate sikit hall rumah.
Aku dah agak dah. Sebelum-sebelum ni pun gitulah penyakit dia.
Asal nak raya je mesti dia menghuru-harakan rumah aku.
Aku ni dah datang mood nak berkemas. Hancus!
One whole day orang tu bertukang.
Masalahnya tak sempat siap sebab stok shortage. Kau rasa??

Ni sampai ke hari ni, masih in progress lagi.
Semalam dia upah orang datang measure kitchen kabinet pulakkkkk.
Aku pandang mok, mok pandang aku. Malas nak bersuara.
Ni karang kalau serabut sangat, aku angkat kaki balik Bangi.
Lantaklah nak terbalik rumah tu. Dahlah kuih raya takde!

Tak habis-habis aku dengan masalah kuih raya.
Yang follow IG mesti tahu permasalah aku yang menjadi problem tahun ni, iaitu kuih raya takde.
Bulan puasa hari tu aku sibuk mengorder kuih raya untuk Mak Aji and staff ofis.
Lansung tak beli untuk diri sendiri.
Cadangnya untuk diri sendiri nak beli kacang-kacang je. Lepas raya pun sempat.
Sekali, bila rumah aku dah jadi huru-hara dengan batang besi bergantung segala ni, terus terlupa nak beli kacang-kacang.
3 hari aku ke sana sini cari kuih raya.
Nak cari yang sedap masalahnya. Tu yang payah.
Kalau nak cari sebarang-sebarang kuih, beli je kat Giant tu ada.

Ok berbalik pada cerita raya.
Isnin aku kerja lagi. Lepas Isyak, baru gerak balik Bangi.
Jalan selengang-lengangnya.
Redza pun terkejut apesal lain macam punya lengang jalan?
Itu tandanya ramai perantau kat Selangor ni, termasuklah bapak kau.

Ima pun sampai malam yang sama.
Aku balik Bangi angkut selimut sendiri, bantal sendiri, towel sendiri.
Kuali, pisau, sudip and papan pemotong pun bawak sendiri punya.
Tak boleh pakai barang dapur Mak Aji, karang terkial-kial aku buat kerja.
Pakai barang sendiri baru laju.



Esoknya dah start buat rendang.
Disebabkan aku malas nak masak for berbuka, aku cadangkan order nasi Arab je untuk berbuka.
Malas nak memasak banyak sebenarnya.
Karang lepas berbuka dah start nak masak untuk raya pulak.
Tak kuasa memenuhkan dapur dengan macam-macam lauk.
Jadi, siang tu dapatlah aku, Redza and En Wan jalan-jalan ke IOI City Mall.
Bahagianya masuk mall lengang, boleh parking betul-betul depan entrance.
Lepas shopping sikit lebih kurang, balik.
Singgah beli Nasi Arab, pastu beli lemang.
 


Setiap kali menutup Ramadan di Bangi, inilah aktivitinya.
Pukul 6.30 masing-masing dah ambil tempat untuk baca Yasin ramai-ramai, and tahlil sikit. Lepas tu baru berbuka.
Alhamdulillah settle Ramadan tahun ni.
Yang belum settle hanyalah mengganti puasa.
Kita start hari ni. Jenuh ya, jenuh.

Malam tu seperti yang dirancang, makan Nasi Arab je sudey.
Lepas Isyak gelanggang silat dibuka untuk aku and Ima.
Tahun ni staff dapur short sorang. CT balik beraya Kelatan.
Macam lipas kudung aku and Ima buat kerja.
Mak Aji tak terlibat. Taknak bagi dia terlibat.
Karang dia jadi warden kat tepi aku, terus garing kering sambl goreng aku nanti.
Malam raya hanya buat sambal goreng, dan prep barang-barang untuk masakan esok pagi-pagi.

Sambal goreng yang aku buat ni bukan Jawa punya sambal goreng, tapi sambal goreng pengantin (Singapore style).
Ini menu raya wajib sejak aku lahir.
Maybe juga sejak arwah nenek lahir keluarga dia dah biasa dengan menu raya yang satu ni.
Cousin-cousin aku tak buat sambal goreng. Semua pakai makan kat rumah Mak Aji.
Tak ramai yang nak buat sebab RENYAH!
Nak kena goreng tempe dulu. Tauhu dulu. Hati dulu. Udang dulu.
Pastu hiris serai, kacang panjang, cili, halia.
Tumis lada. Pakai santan. Pakai air asam. Makannya 10 minit je.
Tapi disebabkan aku yang tak boleh kalau raya takde sambal goreng, jadi aku willing untuk buat setiap tahun!
Dalam banyak-banyak lauk raya memang sambal goreng akan habis dulu.

Esok pagi set alarm pukul 5 pagi.
Aku and Ima berdua kelentang-kelentung kat dapur.
Hari tu masa first hari raya aku up gambar aku berbaju blouse biasa je, tanpa baju raya.
Flat seharian. Tak sihat.
Ada yang tanya kenapa bangun awal sangat 5 pagi? Masak apa yang kena bangun awal?

Rumah Mak Aji jadi rumah tumpuan sejak arwah nenek takde.
Semua kumpul sini beraya sama-sama sebab Mak Aji yang tua.
Jadi, volume lauk-pauk raya tu bukan untuk makan sekeluarga tetapi untuk menjamu sekali orang yang datang. Kapasitinya besar.
Tak pakai periuk-periuk kecik. Sebab itulah kena bangkit awal.
Ima handle kuah lodeh. Aku handle sambal sotong, nasi minyak Tganu dan ketupat palas.
Pagi tu je kena goreng 50 ketupat palas dulu.
Then throughout the day penggorengan akan bersambung-sambung selagi ada tetamu datang.
Apa-apa pun 50 biji kena goreng dulu.

Inilah hidangan pagi raya, tak termasuk rendang 2 jenis - rendang paru and rendang daging.
Lupa nak snap gambar.
Kek tu beli, takde kerja nak buat sendiri.
Lepas ni kena beli kek yang besar sikit.
Beli kat IOI City Mall, dah last minit, manalah nak jumpa kek 2 kg?
Semuanya 1 kg. Ni pun mujur.

Nasi minyak Tganu aku laku, wei!!
Cuma nasi tu kurang minyak sapi pulak.
Biasalah, jarang-jarang masak kuantiti besar. Tak reti nak bajet. Tapi habis.
Sambal sotong tak sempat jumpa petang, pun settle. Alhamdulillah.
Berbaloi memasak sampai kena makan panadol. Hahahaha.

Sorang tak teringat nak bawa balik tripod stand.
Aku lagilah tak teringat. Aku cuma ingat nak bawak balik kuali je.
Itu yang terpenting. Kalau tertinggal, rela aku patah balik ambil.
Maka ini je lah angle paling best boleh buat untuk gambar raya sekeluarga.
Sebelum aku sadaqallah. Muka nampak ceria kemain, padahal dah nak tumbang tu.

Tahun ni panas gila! Dah lah memasak main dengan api. Bertambahlah panas.
Aku dengan Ima memasak sambil telan panadol.
Berdoa janganlah tumbang.
Naya raya mak aku kalau kitorang tumbang. Siapa nak settlekan semua ni.

Nasib baik badan masing-masing bertahan hinggalah ke salam raya.
Sempat siap semua hidangan. Sempat bersalam raya. Sempat bergambar 3-4 snap.
Pastu aku pun sadaqallah.
Makan ponston, letak minyak angin dan bye bye.
Sedar-sedar je dengar suara makcik aku bergelak-gelak kat dapur. Oh dah ramai rupanya.
Ada yang datang dan dah balik pun, aku yang tak sedar-sedar.

1 Syawal tu aku tak makan-makan dari pagi sampailah ke pukul 4.30 petang. Memang flat.
Dapat tido dalam bilik aircond pula tu, memang sedaplah.
Nasib baik En Wan cover line.
Dia bagitau asal Mak Aji tanya "Diana tido lagi ke?", dia jawab "Ya, Ma. Tak sihat sangat tu". Selamattttt.

Aku pernah raya pertama melepek macam ni.
Tahun 2019 kalau tak salah. Raya Tganu.
Kes panas sangat gak tu.
Dah bangun pukul 4 pagi siap mandi shampoo rambut segala sebab too hot.
Nak solat Subuh takleh diri dah. Kepala sakit sangat.
Try solat duduk. Masa nak rukuk, membuak muntah keluar.
Terus jem sampai pukul 3 petang.
Tak pakai baju raya lansung. Tak makan lansung. Let alone bersalam raya apa semua pun tak.
Lepas Maghrib raya pertama tu juga En Wan ajak balik PH.
Dapat duduk dalam aircond, terus lega kepala aku.

Ni gambar baru bangun tido, tau-tau rumah dah ramai orang.
Terus je lah keluar dengan pakai baju biasa.
Malas nak sarung baju kurung dah.

Tahun ni punya raya kira okla lagi la sebab sempat masak sempat salam sempat bergamba.
Tapi pakai baju raya 1 jam je.
Lepas tu sepanjang hari pakai baju biasa je.
Nasib baik baju raya tak beli. Takde la rasa terkilan sangat.

Tak banyak cerita raya pertama tahun ni sebab aku tak berapa raya.
Raya kedua pagi-pagi lagi pakcik (adik Pak Aji) datang beraya sebab dia nak ke Korea tengahari tu.
Jadi kena check in pagi.
Lepas tu kitorang laju-laju bersiap ke rumah makcik (adik Mak Aji) di Bangi dan ke Banting rumah adik Pak Aji.
Mana yang sempat je pergi dulu.
Kalau tak, memang tak pergi nanti.
Sumpahannya memang gitu.
Rumah Mak Aji, time-time raya kalau dapat keluar, pergi keluar.
Sebab kalau kau ada rumah, konfem ada orag datang.
Rumah orang tua, biasalah. Ramai yang nak ziarah.
Betul pun, petang tu lepas balik dari Banting, anak-anak sedara Pak Aji pulak datang 2 family.
Bersilat kembali di dapur. Nasib baik aku dah sihat sikit.

Walaupun beraya kat Bangi lebih penat dari beraya kat Tganu, tapi puas.
Aku lebih suka guest datang beramai-ramai sekali harung sementara kitorang adik-beradik ada.
Kalau datang masa kitorang semua dah balik, kesian mak bapak aku tunggang-langgang siapkan semua sendiri.
Jadi masa kitorang ada ni meh meh meh datang.

Hari raya ketiga pagi, Ima balik Senggarang (rumah mertua).
Aku balik PH around 11 pagi.
Elok je sampai rumah, beg baju tak bawak turun lagi, client En Wan cakap nak singgah untuk sign document.
Bersilat terus aku kat dapur.
Dahlah kuih raya takde. Nasib baik mihun ada. Selesai masalah.

Hari Jumaat tu (raya ketiga), kitorang spend time at home saja.
Golek-golek layan TV.
Entah apa cerita raya aku tak tahulah, main tengok je. Semuanya boring.
Last-last aku layan je Tamil-Tamil kat Netflix.
Aku suggest kat stesen TV kalau takde cerita raya yang best, korang keluarkan je lah balik Toll Gate Girl ke, Pondok Buruk, Quran Buruk, Cantiknya Buruk, Daun Ketupat Kering, Sinar Lailatulqadar.
Ni tak. Ntah hape-hape cerita rayanya.
Susah-susah sangat, kau tayangkan balik Sangam. Pun boleh.

Tu je lah cerita raya aku. Gambar raya banyak juga ni, tapi malas letak sini sebab aku dah letak kat FB and IG. 
Post ni sekadar buat syarat supaya ada bukti beraya kat Bangi tahun ni.
Kalau beraya kat Bangi memang tak berjalan sangat sebab semua orang datang rumah Mak Aji.
Kalau beraya kat Tganu selalunya berjalan raya sebab rumah mok tutup on hari raya.
Nanti insyallah time open house aku spam gambar banyak sikit.  


2024-04-08

Kalau dia boleh dapat apa yang dia nak, dia nak tunggu kau untuk apa?


Post pasal narsistik semalam, aku dapat pertanyaan dari seorang follower lelaki.
Dia tanya selain tak suka lelaki narsistik, apa lagi yang perempuan tak suka.

Post aku semalam bukan mengajak perempuan supaya select-select lelaki.
Cumanya, kalau dah terang-terang that lelaki merosakkan your mental health sampai mengganggu emosi, dah develop anxiety, dah dapat darah tinggi -- what's the point bertahan? That's my point.

Aku bukan menghasut.
Sekadar nasihat kerana aku ada pengalaman bercinta dengan narcissist.
Bukan semua orang kuat untuk laluinya, ya.
Kawan-kawan aku yang tahu cerit aku pun pelik macamana aku boleh harung and battle in silence.
That's why aku bagi cadangan untuk angkat kaki.
Kerana kalau kau tak kuat, kau yang gila nanti.

Aku bersyukur dapat lalui dengan agak baik.
Walaupun waktu-waktu peak tu agak lunyai juga emosi.
Impak keadaan aku masa tu telah diterjemahkan dalam bentuk result exam.
Semester tu result aku drop ke 2.98.
Tak dapat nak focus pada study sebab sentiasa dalam keadaan takut.

Aku taknak cerita pasal apa yang perempuan suka.
Aku nak bagitau apa yang aku TAK SUKA.
Rasanya tak jauh beza dengan perempuan-perempuan lain.

Orang perempuan ni bukan susah sangat nak dijaga.
Kalau kau jaga dengan baik, apa je dia sanggup buat.
Contoh video Ridzokumura ni:



Orang tanya dia, macamana dia didik isteri sampaikan isteri bagi layanan special.
Hari-hari memasak bagaikan kat hotel.
 
Ada orang komen "Sebab Ridzo kaya that's why bini dia stay"

Salah. Bukan semua perempuan yang dapat laki kaya nak bersusah-payah memasak bagaikan hotel.
Kebanyakannya hire maid, termasuklah aku.
Cuma aku bukan kawen dengan lelaki kayalah. Laki I biasa-biasa.
Cara-cara gitu pun aku malas.
Kalau dapat laki kaya gamaknya pemalas tahap neraka ketujuh perginya.

Some perempuan walau suaminya tak kaya, tetap melayan suami macam raja.
Pagi buat breakfast, tengahari masak lunch, petang buat kuih, malam masak lagi sekali.
Rumah berkemas. Anak berderet dijaga rapi.
Baju raya anak-ana dijahit sendiri.
Berkebun boleh. Berjual kuih boleh.
Itulah arwah neneK Tampin aku.

Arwah atok pegawai bomba.
Tahun 50-an dah jadi pegawai, kira boeh tahanlah gajinya.
Tak kaya mana tapi idoklah melarat.
Anak ada 6. Duduk kat berek bomba (kuarters).
Pegawai bomba anak 6 nak disuap makan.
Boleh senang tara manalah sangat.
Tapi atok PROVIDE.

Nenek nak buat kuih untuk jual.
Atok sediakan kelengkapan. Anak-anak tolong jual kat berek.

Time raya, atok belikan kain SEKAYU.
Enam-enam semua corak baju raya yang sama tapi pesen lain-lain.
Yang nak gaun, nenek buatkan gaun. Yang nak kebaya, nenek buatkan kebaya.
Semua dari kain sekayu yang sama.

Lepas pencen, atok buat rumah sendiri di kampung (Tampin).
Tak bawak isterinya duduk serumah dengan mertua.
Atok buat rumah sendiri atas tanah berdepan rumah moyang.
Atok provide tempat tinggal yang selesa untuk keluarganya.
Tak mewah, tapi selesa. Serba ada.

Lelaki tak perlu kaya-raya untuk dapat layanan baik isteri. Cukup kau PROVIDE.
Tempat tinggal yang selesa untuk isteri duduk di dalamnya.
Kelengkapan rumah lengkap. Barang dapur cukup.
Barang masak tersedia. Pakaian isteri dibelikan.
Bagi perhatian secukupnya. Bagi kasih sayang tak berbelah bagi.
Dannnnnn bagi duit belanja.
Kalau semua yang basic ni memuaskan, insyallah kekal.



Ridzo kata isterinya suka duduk rumah, suka bersih-bersihkan rumah, suka memasak dan uruskan anak.
Kau rasa sebab apa isteri dia tak suka keluar?

Sebab, laki dia provide lebih dari sekadar cukup-cukup.

Ini tak. Suami provide bare minimum, tapi nak layanan mantop.
Cuba kau hire maid gaji rendah, bagi makan telur kicap hari-hari, barang nak mengemas rumah pun tak disediakan tapi suruh berkemas sampai berkilat rumah, dedoran ubat gigi berus gigi bedak tak dibelikan lepas tu kau merentan kata bibik kau berselipat dan busuk.
Expect dia buat kerja menambun non-stop.
Tengok lama mana maid tu bertahan.

Benda ni fitrah manusia.
Kalau bos naikkan gaji, mesti kau termotivasi nak buat kerja lebih baik lagi, kan?
Samalah dengan wife.

Lagi satu, perempuan suka attention dari partner. Emotional support.
Sekadar sediakan segalanya tapi attention takde pun tak guna.
Bukannya kawen dengan tiang letrik takde perasaan.
Walau kau beri segala kemewahan, kalau kau tinggal dia bodoh tanpa perhatian, tanpa communication, tanpa sentuhan -- good luck.
Tunggu masa je ada lelaki lain bagi attention. Bye bye jawabnya.

Providing financially and being attentive to the emotional needs perlu bergerak seiring, bukan salah satu.
Bukan hanya lambakkan duit pastu kau tak balik rumah 10 hari.
Bila bini minta cerai kau merentan kata bini curang.
Puncanya kau tak cerita pulak?

Inilah point si anu dulu.
Dia jaja kat semua orang aku curang, tinggalkan dia kerana nak laki kaya.
Itu je lah balik modal dia jaja.
Punca kenapa aku angkat kaki dia tak cerita pulak.
Padahal kalau aku kejar lelaki kaya, dah tentu-tentu aku tak pilih dia dari awal. Heh!
Nasib dia tak baik sebab aku tak kisah lansung nama aku diburukkan, janji aku selamatkan diri dulu.
Kau nak merentan, merentanlah. I am finally freeeeeee.
Tak kaya tapi kalau reti jaga perasaan, insyallah kekal.
Ini dahlah tak berapa nak ada, perangai pulak. Bodoh sangatlah kalau stay.

Kalau perempuan tu berkerjaya, ada duit sendiri, boleh bring food to the table -- hat ni lagi kena jaga perasaannya.
Sebab perempuan jenis ni, duit is not a problem.
Kau tak bagi dia banyak pun takpe, dia ada duit sendiri.
Tapi kalau kau tak jaga perasaan dia, senang-senang je lah kena tinggal.
Takde sebab dia nak stay.
Kalau dia boleh dapat apa yang dia nak, dia nak tunggu kau untuk apa?

Tak complicated sangat, kan?


2024-04-06

Narcissist tak boleh dipercayai. TAK BOLEH! Fullstop.



Ya, betul. Narcissist tak boleh dipercayai. TAK BOLEH! Fullstop.
Aku memang takkan percaya kalau orang kata "Dia dah berubah sekarang". Takde maknanya.

Narcissistic adalah sejenis mental disorder tau. PENYAKIT! Tau tak penyakit?
Orang kata penyebab narcissist adalah environment.
Yang sebenarnya penyumbang terbesar adalah genetik. Keturunan.
Tak percaya, kau tengok narcissist.
Mesti mak bapak, atau salah sorang narcissist juga.
Dalam DNA dorang ada genetic variations yang buatkan dorang lack of empathy, pentingkan diri sendiri, nakkan validation, attention, selalu nak dipuja-puja, dan insecure kalau perhatian orang lain tidak pada dia.

Bab nakkan perhatian atau nak jadi terpaling best - ni aku tak kisah lagi, sebab tak kacau hidup aku.
Tapi perangai yang paling aku cannot tolerate, dorang ni ada poor boundaries.
Tak kira itu personal space ke, privacy ke, dia rempuh semua.
Sebab dia merasa entitled untuk rempuh.
Macam babi. Babi kan suka merempuh.
Dia tak kisah orang lain punya boundaries. Dia rasa dia nak langgar, dia langgar je.

Orang yang takde boundaries, kau agak apa je yang boleh diharap dari dia? NOTHING!
Dorang ni takde perasaan.
So tak payahlah nak cakap "Dia dah berubah". Berubah waklu.
Dia tak akan berubah! Dia cuma belum nak tunjuk perangai je.
Sampai masanya, perangai babi tu timbul balik.

Narcissist sangat pandai main dengan emosi. Sweet talker.
Katakanlah kau serik dengan dia.
Kau pun bagi silent treatment for a while.
When they know you stay away, or keep quiet for a while, they will keep quiet too.
Tapi, jangan lupa dorang ni sejenis tak boleh kalah.
Jadi dia takkan bertanya kau "Kenapa senyap?". No.
Dia akan buat keras sama! Konon macam "I got nothing to lose" lah.
Padahal dia memerhati kau 24/7.
Yang kau pulak jenis lembut hati.

One day kau pun start a conversation dengan dia just nak berbasa-basi.
Masa tu dia serta-merta bagi terpalingggg perhatian kat kau dan buatkan kau rasa special.
Dan slowly kau merasa dia dah berubah sejak kau "tinggalkan" dia.
Dan kau pun bagi peluang semula. BINGO!!
Cycle ni akan berulang.
Bila dia tengok kau dah boleh terima, slowly perangai lama keluar balik.

DAH, CUKUP!
Aku sangat berpengalaman bab kena kitai dek narcissist.
Menyakitkan hati.
Kau takkan boleh menang kalau nak perang mulut dengan dorang.
Nak deep talk heart to heart? Lagilah jangan harap!
Satu cara je - angkat kaki, jalan.
No turning back. Jalan terusssssss.
Kalau pun one day nampak macam dia dah berubah, NEVER start a conversation. NEVER!
Sebab, kau dengan dia ada history.
Dia mungkin takkan buat perangai dengan orang lain tapi dengan kau they will again.

Contohnya, kes pasangan retis yang tengah hot dengan kes rumahtangga dorang sekarang.
Si isteri nak cerai, tapi suami taknak lepaskan.
Padahal macam nak kiamat kat Malaysia heboh kes suami dia kantoi.
Kata si suami nak pertahankan rumah tangga demi anak-anak.

Ok, jangan cepat cair. Itu adalah ciri-ciri lelaki narcissist.
Aku pernah lalui SEBIJIK perangai gitu.
Macam-macam perangai dia buat.
Merendek dengan exgf. Contact gf skolah.
Bila kantoi, dia twist situasi ugut nak bunuh, ugut dengan pisau, pecah masuk bilik hostel dan geledah barang-barang, selongkar laci dalam bilik rumah mak bapak aku.
Bila tak jalan, dia ugut mak bapak aku pulak.
Alasannya, sangat sayangkan aku. Tak boleh hidup tanpa aku.
Kimak dia. Helok je pun hidup gemuk sampai sekarang.

Jenis macam artis tadi.
Si suami nak pertahankan perkahwinan.
After all he did, masih nak pertahankan marriage.
Kau tau sebab apa?
Sebab tak nak kalah!

Aku paham dah pesen ni.
Si anu tu dulu gini juga.
Dia bukan sayang kat aku, cuma dia tak nak aku terlepas kat orang lain.
Dia nak aku ada, just in case.
Aku ni level just in case saja.
Just in case takde duit, boleh menagih kat aku.
Just in case nak balik cuti takde duit nak beli tiket flight, boleh menagih kat mak aku.
Just in case nak makan takde duit, aku ada.
Konon temankan aku makan.
Takkan kita gamak nak makan sorang, kan? Dah tentu kena belanja dia sekali.
Itulah pesen narcissist.
Dia pegang kau bukan sebab sayang tapi sebab kepentingan diri sendiri.

Si anu tu dulu mati-mati taknak lepaskan aku. Ramai kata dia sayangkan aku. Waklu. Dia taknak lepas aku sebab dia merasa tercabar kerana dia tahu aku boleh hidup tanpa dia.
Spesis ni jenis ego. Taknak rasa kalah.
Suka kalau pasangan dependant, apetah lagi mengharap pada dia. Dorang rasa in power.
Cuba kau buat bodo, buat macam dia tak penting dalam hidup kau.
Terus dia boleh jadi gila. Lembik telo.

Hari tu masa kes ni tengah berjujuk-jujuk keluar kat FB, En Wan tanya kalau aku, aku buat apa.
Kalau aku, aku pack baju, keluar je dari rumah. Kisah apa.
Gasaklah kau nak kata syurga bawah tapak kaki suami.
Kalau kau memang bagi syurga lain cerita.
Ni hari-hari kau bagi neraka, buat apa aku nak stay. Panas.
Orang yang tak pernah merasa situasi ni memang mati-mati suruh kita stay.
Menakut--nakutkan nanti takde siapa dah nak kat kita.
Better stay. At least ada pasangan.
Heh! Kalau pasangan tu senonoh nak juga aku consider.
Ini menambahkan beban aku. Mental jadi rabak. Emosi koyak. Pastu nak membela dia lagi. Eh, pegilah mati.
Hidup pun menyusahkan orang buat apa.
Mana-mana yang independant, ada duit sendiri, ada kerjaya, ada kawan-kawan, ada keluarga - kau ada pilihan.
Pilihlah untuk sayangkan diri sendiri.

Never love a man so much that you ignore the truth about him.
Kalau belum pernah kena, that's another story.
Tapi kalau dah terkena sekali, pleaselah. That's it.
Jangan bagi peluang kedua dah. Tak berbaloi.
Tak payah nak husnuzon one day dia akan berubah.
Halo? Itu sejenis mental disorder tau. Selagi tak berubat, tak pulih.
Maka kau jangan bagi peluang kedua mahupun kesebelas selagi dia tak berubat.
Nak pulak dapat environment yang menyokong ke-narcissis-an tu.
Lagiiiiilah melekat perangai tu sampai ke tua.

Ladies, kau kena faham yang a relationship should be your happy place.
Kalau tak happy, tinggalkan.
Regardless apa pun orang kata. TINGGALKAN.
Lepas tu slow-slow cari jalan untuk make it legal.
Yang penting angkat kaki dulu. Barulah kau boleh pikir dengan tenang.
Selagi kau berada dalam loop yang toksik, kau takkan jumpa jalan keluar.

Aku dulu gitu. Bila dah keluar baru cerah mata kepala nak pikir next step.
Walaupun masa aku keluar dari relationship dengan si anu aku takde benda nak disandarkan, takpe.
Accept je En Wan. Pastu baru pikir next step. Janji aku angkat kaki dulu.
Serious, selagi kau tak angkat kaki, kau terikat. Takleh pikir apa.
Relationship bukan tempat untuk kita merayu-rayu supaya pasangan berubah.
Dia taknak berubah, gasak dia. Tapi kau kena berubah.
You are not a tree. Move!

Lagi satu, jangan percaya pada perkataan. Tengok pada effortnya.
Normalize seeing someone's lack of effort as their lack of interest in you regardless of what they tell you.
"I sayang kat you. I masih sayangkan you. I care for you. I miss you" tapi action yilek, kau takpayahlah tunggu.
Inilah modal narcissist.
Sebab tu ramai perempuan bertahan dengan relationship walau toksik.
Sebab termakan dengan kata-kata sweet talker.
Orang yang sweet talk selalunya narcissist.
Romantik tak dinilai pada perkataan, ya. Tapi perbuatan.


2024-04-02

Dinyatakan dengan JELAS bahasa student LI tak boleh cuti.


Tadi kat IGS and FBS aku up video bercakap pasal topik internship.
Ni sambung pulak kat blog :)

Bukan apa. EXCITED.
Punyalah selama ni aku bercakap pasal masalah intern yang asyik nak bercuti, kali ni baru pertama kali jumpa surat pengesahan penempatan pelajar yang dinyatakan dengan JELAS bahasa student LI tak boleh cuti, kecuali public holiday.

Tapi jangan risau, kita tak kejam.
Kalau perlu cuti, boleh je kita luluskan.
Dengan syarat task siap.
Dan of cos kena bagi surat tunjuk sebab kenapa ambil cuti.

Jangan mengeluh, dik.
Ini adalah proses biasa yang korang bakal lalui bila dah kerja esok.
Dah kerja nanti, tak boleh sembarang cuti.
Adakalanya, cuti kena beku. Adakalanya cuti tak lulus.
Kalau EL, kena bagi surat tunjuk sebab. Sakit pun kena hulur MC.
Takde yang mudah di dunia ini, ya.
Segalanya mesti ada reason yang valid.

Alhamdulillah, terima kasih institusi ini yang membantu meringankan masalah majikan.
Masalah terbesar majikan-majikan bila ambil pelajar LI adalah attitude.
Selalunya masalah kerap cuti, nak balik awal, dan nak masuk lambat.
Maybe peralihan culture buatkan dorang konfius.
Masa kat kolej, kelas tak straight 9-5 pm.
Tiba masuk LI kena hadap kerja 9-5 pm with break 1 jam only.
Tu yang stress agaknya masing-masing.



Macam video ni. Intern ni stress kerja 9-5.
Dia tak sanggup nak hadap long working hours macam ni bila dah kerja nanti.
Tu pasal agaknya ramai budak-budak muda sekarang pilih untuk jadi TikTokers.
Tak kisahlah, dik. Nak jadi TikTokers, silakan.
Yang penting habiskan belajar.

Kerja 9-5 memang tak mudah, melainkan ada BIG WHY.
Orang yang takde komitmen memang tak faham kenapa orang tahan kerja long hours.
Gitulah mak bapak kita dulu.
Walau gaji tak besar mana, tetap teruskan kerja 9-5 sampai pencen.
Sebab mereka ada BIG WHY, nak membesarkan anak-anak, nak provide keselesaan pada keluarga, nak buat harta, nak menyimpan untuk hari tua, etc.
Bila ada BIG WHY, setakat 9-5 tu, minor issue saja.

Kepada majikan yang belum pernah ambil interns, bersedialah.
Minggu pertama kedua tu please expect masalah seperti masuk lambat, MC dan "saya ada hal kena balik awal" 😆.
Hat ni memang konfem ada punya.
Aku layankan je, sebab dah faham sangat.
Transition culture dari pelajar kepada "pekerja" tu buatkan dorang cepat lemau.
Nak pulak bulan puasa. At least kalau bulan tak puasa tu boleh gak makan-makan release tension.
Nasib baik bulan puasa ni ofis aku balik pukul 4 pm. Kurang sikit stressnya.

Mak bapak wajib mesti faham tentang LI.
Selalunya mak bapak suka merancang cuti pada waktu yang bukan-bukan.
Dah tahu anak tu ada LI, dibantainya buat holiday planning.
Ada yang plan buat umrah bagai.
Dah tahu anak ada LI, yang buat holiday planning tu kejadahnya.
Maybe some parents tak aware yang LI ni adalah KELAS.
Dia ingat anak bekerja part time.
Suka-suka suruh anak ambil cuti sampai 4 hari straight.
Yang pelik tu, bila ditanya sama ada pernah ke ambil cuti untuk gi holiday dalam tempoh belajar selama ni. Tak pernah katanya.
Dah tu kenapa time LI tiba-tiba buat holiday plan? Bukan ke LI adalah KELAS?

Mak bapak, tolonglah jangan kacau jadual belajar anak.
Time LI sibuk nak pi umrah segala.
Kat situ je dah burn berapa hari.
Respectlah sikit pada company yang dah susun program untuk anak awak.
Karang bila company minta anak kerja lebih masa untuk ganti waktu LI, kau merempan pulak.

Oh yes, jangan tak tahu.
Majikan boleh minta student ganti hari yang dia bercuti tau.
Macam sekolah. Nak cuti raya panjang, boleh. Tapi Sabtu kena datang untuk ganti.
Gitulah juga dengan LI.
So, daripada kau kena extend 2 jam setiap hari, baiklah kau datang work at normal working hours.

Lagi satu bab ALLOWANCE. Ini pun topik hangat gak ni.
Zaman sekarang interns memang request aloowance.
Walaupun dalam surat penempatan tak dinyatakan pasal alowance, aku tak tahu mana datang idea minta allowance.
Company aku memang bagi allowance, jadi takde masalah.

Pernah bersembang dengan kawan yang sama-sama ambil intern.
Dia kata ada intern yang request boleh tak allowance naikkan ke RM1000?
Aku macam, WHATTT??

Bukan nilai RM1000 tu yang aku terkejutkan, tapi mana datang konfiden mintak increase allowance?
Kau belajar pun tak habis lagi. Entah ye entah tak reti buat kerja.
Awal-awal dah minta allowance increase.

Tak, sekarang ni siapa yang perlukan tempat LI?
Siapa yang perlu cukupkan leaning hours kalau nak grad?
Siapa yang kena lulus LI?
Zaman sekarang ni, banyak company yang sesak.
Tak boleh bagi allowance tinggi.
Some, takde budget untuk bagi allowance, tapi mereka boleh tawarkan tempat untuk you belajar.
Dapat tempat LI jauh lebih penting!
Masa aku advertise pencarian interns, ramai yang apply adalah lelaki.
Lelaki aku tak ambil.
Student LI yang lepas, dah sebulan di company ni tiba-tiba tanya boleh tak accept sorang lagi sebab kawan dia takde tempat LI. Lelaki.
Sanggup takde allowance janji dapat tempat sebab takut tak grad.
Tapi aku tak ambil sebab entahlah, nak biar perempuan je dalam opis ni.

Tu cerita yang tak dapat, sampai sanggup merayu. Takde allowance pun takpe.
Yang dah dapat tempat, kemain pulak demandnya.

Entahlah, maybe aku ni pemikiran old-skool kot.
Kalau aku dapat tempat LI, dan aku tahu LI subjek paling senang nak score untuk cover GPA, takde allowance pun takpe.
Janji LI aku lepas. Marks tinggi.
LI ni paling senang nak score sayangggggg. Senang!
Kau tak payah jadi terpaling power kat company tu.
Majikan tahu kau pelajar dan sedang belajar.
Jarang jumpa majikan nak marah student LI sebab mereka tahu kau sedang belajar.
Kau hanya perlu meet deadline, attitude jaga, dan ringan tulang.
Insyallah lulus cemerlang LI kau. Percaya cakap aku.

Orang-orang yang dalam company tu ada antaranya dibayar ratusan ringgit per hour untuk bagi talk ke agensi dan institusi lain.
People pay to listen to them. Pengalaman mereka bertahun-tahun. Expert dalam bidang mereka.
Tapi awak dapat peluang belajar secara PERCUMA dengan dorang, tak payah bayar. Yang anehnya, awak demand macam-macam. Pelik.


2024-04-01

Ramai yang meluahkan perasaan, adik-beradik balik beraya melenggang.


Berbulu je aku dengan post selalu lelaki terpaling berkuasa dalam rumahtangga dan terpaling power mendidik isteri menjadi taat.
Katanya isterinya tak pernah bantah bila setiap tahun balik beraya rumah keluarganya.
Dia bajet post dia tu bakal mengundang kekaguman.
Berangan la tu ramai yang tanya macamana dia didik isteri jadi taat.
Sekaliii, berjujuk-jujuk kena kecam.
Tu la bahananya kalau niat tak betul.
Konon nak tunjuk terpaling suami.
Ujung-ujung tertunjuk terpaling narsistik!

Tak faham betul suami yang takde timbang rasa.
Setiap tahun nak balik beraya rumah mak dia.
Padahal mak bapak isteri ada lagi.
Lepas tu bangga kata isterinya taat. Tak pernah bantah.
Sorry. Aku tak rasa perempuan jenis ni taat.
Kalau bodoh, maybe.
Ataupun isterinya dependant. Takde income.
Bila takde income, dia tiada pilihan. Tak boleh bagi cadangan.
Kena ikut cakap suami narsistik.
Tapi bagus juga bila manusia terpaling suami muncul kat media sosial.
At least aku tahu se-annoying-annoying En Wan, ada lagi yang lebih annoying dari dia.
At least En Wan ada timbang-rasa.

Tak retilah aku ada mak bapak tapi tak balik beraya bertahun-tahun.
Kalau kau kat Amareka lain cerita.
Ini kat dalam negara, apa alasan kau tak balik beraya?
Badan tengah muda ni yelah, tak nampak future.
Busy nak jadi terpaling suami.
Esok dah umur 70, kerja pun tak kuat, adik-beradik pun jauh tak larat nak berkumpul sama, kawan-kawan dah ramai mati, anak pula tak balik beraya, baru kau tau nasib.
Masa tu harap ingatlah apa yang kau dah buat kat mertua.
What goes around, comes around.
Tak lama pun kita ni. Pejam celik je dah umur 60 tahun.
Good luck, ya.

Hari tu aku bersembang dengan geng nenek-nenek kat masjid.
Sorang nenek ni cerita, masa dia kawen, arwah ayah belikan set bilik tidur.
Semua anak-anak baik lelaki atau perempuan yang berkahwin, akan dapat set bilik tido.
Nak pindah, bapak dia hadiah barang dapur.
Ada yang dapat set periuk. Ada yang dapat set pinggan mangkuk. Ada yang dapat set kuali dan sudip.
Bila anak kawen, nenek ni buat benda yang sama macam arwah ayahnya praktikkan dulu.
Ni lepas raya, cucu nak kawen.
Anak menantu buat benda yang sama.
Dah tempah set bilik tido untuk bakal pengantin.

Nampak tak? Apa yang kita semai, kita tuai.
Anak melihat apa mak bapaknya praktikkan.
Meraka akan buat benda yang sama.
Hidup ni jangan nak pakai kuasa veto sangat.
Walau kau suami, tak bermakna telunjuk kau semua betul.
Adakalanya kau ada bodoh juga.
Tinggal lagi maybe kau pun dapat bini bodoh, jadi bini kau tak tahu dia sedang diperbodohkan.
Dapat kat aku, selesai tapak kaki aku kat muka kau.

Mak Aji dulu buat perkara yang sama macam nenek kat masjid tu buat.
Kitorang adik-beradik dapat set bilik tido sorang satu masa kawen.
Aku pindah keluar dari rumah, Mak Aji hadiahkan set pinggan Arcopal.
Dan aku dapat kuali kecil.
Kuali tu arwah atok bagi Mak Aji as hadiah kawen.
Kuali turun-temurun namanya. Yang jenis berat tu.
Kalau terhempas kat ibu jari kaki, kiamat perasaannya.

Insyallah, anak-anak aku kawen esok aku bakal buat perkara yang sama.
Pesan Mak Aji "Jangan bagi anak keluar rumah sehelai sepinggang. Belikan barang"

Ni nak raya ni, walau tak banyak, aku usahakan beli kuih raya.
Usahakan berkemas cantikkan rumah.
Usahakan beli baju baru untuk anak-anak.
Bukan apa, nak bagi dorang contoh supaya dijadikan kebiasaan.
Kalau kita terbiasa takde persiapan raya, takde beli/buat kuih raya, apetah lagi tak balik kampung beraya, takut esok anak-anak kita akan buat benda yang sama pada keluarga dorang.
Sebab apa? Sebab dia tak biasa tengok mak bapaknya buat persiapan.

Sistem giliran dah lama dipraktikkan dalam family aku.
Dari zaman Mak Aji muda kitorang dah terbiasa tengok sistem giliran Tampin-Muar.
Kalau tahun ni raya Tampin dulu, tahun depan mesti Muar dulu.
Walaupun beraya kat Muar agak hazab sebab jamban kat luar, kena angkut air bila nak berak, dan rumah yang tidak seselesa rumah nenek di Tampin, tetap ikut giliran.
Now, aku praktikkan benda yang sama.

Zaman mok duduk Tganu, balik rumah mok.
Sekarang rumah mok dah jadi rumah tinggal, tetap balik bila tiba giliran.
Cuma kali ni sewa homestay.
Tapi balik tetap balik.
Supaya anak-anak aku tahu this is the sistem yang dah dipraktikkan dalam keluarga.
Biar dorang nampak timbang rasa antara mak bapak menyusun giliran balik beraya. Insyallah, akan jadi ikutan.

Ada lagi satu isu tentang balik beraya, iaitu persiapan raya di kampung.
Ramai yang meluahkan perasaan, adik-beradik balik beraya melenggang.
Tak menyumbang duit untuk masak-masak pun.
Hanya harap mak bapak keluarkan belanja. Mentekedarah banyak pulak tu.
Maka ramai cadangkan, adik-beradik kena chip in sorang RM200.
Berkeluarga atau tak, RM200 kena bagi.
Ini untuk beli bahan mentah, beli kuih raya, untuk bayar bil letrik, etc.

Bagi aku, ini good idea.
Walaupun tak pernah letakkan nilai untuk contribute, kitorang adik-beradik praktikkan ini dalam famili
Berapa adik-adik bagi, aku tak ambil tahu.
Aku ambil tahu apa yang aku nak bagi saja.

Rumah Mak Aji tumpuan makcik-makcik dan cousin sebab di Malaysia, Mak Aji paling tua.
Sejak arwah nenek takde, semua berkumpul rumah Mak Aji.
Dah tentu persiapan masak-memasak bukan sikit-sikit.
Takkan nak harap mak bapak aku keluar duit, kan.
Jadi, masing-masing mengamalkan konsep common sense.
Sebab dah tahu memang rumah ni akan dapat kunjungan ramai. Jadi, sendiri paham.

Kalau kat Tganu takde masalah sebab kitorang duduk homestay.
Tapi di Bangi, balik beraya berangkut comforter, towel and bantal sendiri.
Malas nak punggah barang-barang Mak Aji.
Nanti kitorang dah balik dia kena basuh banyak towel, cadar and selimut pulak.
So, takyah. Aku dekat. Nak berangkut banyak barang pun takde hal.
Kuali, pisau and sudip pun aku bawak dari rumah, ya!
Senang nak masak-masak pakai barang sendiri.

Memang wujud jenis adik-beradik yang balik kampung bawak puki dengan telor semata.
Dahlah tak membantu. Mentekedarah laju.
Bersiap kemain lama pulak tu.
Retinya nak bercantik 24 jam. Siapa nak tengok dia ntah.
Balik kampung nak healing katanya. Taknak berpenat-penat.
Kau kalau aku tampor, hilangkan nak healing, dengan kau kau sekali aku heal biar hilang terus.

Aku dengan Ima kalau bab memasak raya, insyallah takde masalah setakat ni.
Kalau masak berdua saja pun ok.
CT, dia memang duduk sana.
Sesekali kitorang balik ni, aku masak berdua dengan Ima je pun takpe.
Kesian juga CT. Serba-salah duduk rumah mertua.
Karang tak membantu kat dapur orang kata apa pulak.
Padahal dia hari-hari memasak kat rumah tu.
Jadi, kitorang tak pernah paksa dia bantu.

Kepada yang tak bersetuju kena chip in, takpe.
Cuma, kena pakai common senselah.
Dah tahu kita tak menyumbang duit, jangan kedekut sumbang kederat pulak.
Jangan memerap je dalam bilik, manalah orang tak panas hati.
Kalau tak nak membantu, sila duduk homestay. Orang pun tak sakit hati tengok.
Kalau RM200 tu berat, bawaklah 5 kg beras. Tak pun minyak masak 5 kg sebotol.
Jangan asyik nak suruh orang consider kita manjang, 
Kita pun kena consider juga orang lain.
Kadang yang menyumbang duit tu bukannya berduit sangat, tapi common sensenya tinggi.