Sabtu lepas aku join program En Wan dengan company dia kat Bangsar.
Tak plan nak join pun.
Memandangkan En Wan busy yakmat dengan kerja dia Sabtu lepas, dia insist aku ikut ke Bangsar.
Maybe nak meng-cover rasa bersalah hari cuti pun kerja.
Maka sebelum bini dia melahar keluar api, dia buat damage control dengan mengajak aku ikut dia ke program di Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar.
Tapi sebelum tu singgah Mahbub.
Hari tu dia makan sini, balik rumah cerita kat aku Mahbub ni ramai gila customer and nasi beriyani pun sedap.
Beria dia cakap one day nak bawa aku makan situ.
Tercapai Sabtu lepas.
Queue boleh tahan panjang tapi staff ramai, makan order semua dapat cepat.
Orang yang makan kat dalam pun jenis tak melepak lama-lama sebab meja dia agak rapat antara satu sama lain, kau konfem taknak berlama-lama punya kat dalam tu. Tapi selesalah nak makan.
Cuma nak bersembang tu macam tak best sangat sebab bising sikit.
Aku order nasi beriyani ayam goreng -- sedap.
En Wan nasi beriyani kambing -- aku paw kambing dia, pun sedap.
Patutlah ramai orang, sedap rupanya.
Tapi aku prefer makan dalam suasana tenang, jadi lepas ni, samada makan bungkus atau makan kat JM Bariyani je lah.
Satu yang best sikit kat Mahbub adalah bau dia. Bau dia macam restoran kan Mekah.
Sebut pasal Mahbub, teringat Insaf. Ada lagi ke Insaf ni?
Dulu inilah paling kayangan. Premium habis nasi beriani dia.
Walaupun dulu bukan orang senang, sesekali dapat gak merasa Insaf bila Pak Aji gaji.
Rasanya dulu RM8-9 je sepiring. Itu pun dah cukup menginsafkan.
RM8-9 dulu dah macam RM18-19 sekarang. Now agaknya berapa harga Insaf sepiring.
En Wan tak permah masuk Insaf rupanya.
Lojiklah, kan. Dia bukan duduk KL.
Time dah duduk sini, kitorang dah malas nak masuk KL.
Tapi aku ingat nak ajak dia pi Insaf kalau ada lagi kedainya.
Saja nak mengundang memori and see if rasanya masih lagi se-premium dulu.
Company En Wan ada buat majlis tahlil and doa selamat di masjid sempena achievement menang cash RM100K dari Prudential.
Kebetulan hari yang sama di masjid ada ceramah Ustaz Azhar Idrus, so they decided untuk buat agihan makanan di sini.
Waktu Asar ada, lepas maghrib pun ada.
Tapi En Wan datang Asar saja, lepas tu kitorang balik, tak tunggu malam.
Kitorang dengan live kat FB ceramah UAI.
Lepas Asar, bos En Wan ajak kopi-kopi kat Coffee Beans.
Company En Wan ni rajin lepak makan-makan. Maka aku pun terjoin sekali.
Akulah yang paling banyak makan sekali walau aku takde kena-mengena dalam group tu. Kahkahkah.
Esoknya Ahad, pukul 8.15 pagi dah keluar ke Breakfast Room di Bukit Jelutong.
Bertiga dengan Redza. Kebetulan dia balik, barulah sedap nak makan tempat-tempat macam ni.
Kalau tak kerana nak bawa anak, aku dengan En Wan breakfast kat mamak je sudah.
Aku suka bersembang dengan anak-anak time makan.
Kalau kat rumah, susah nak berkumpul sembang.
Bapaknya dengan kerja, Redza dalam bilik sama ada study atau main game, Rayyan dengan henfon and komputer dia.
Selalunya aku lah terpinga-pinga kat rumah - sama ada layan Tamil, atau baca buku.
Jadi, aku plan breakfast hari tu ke Breakfast Room.
Tempat yang best-best macam ni sedap bawa anak, sambil-sambil dia explore new menu, new places, boleh berborak sekali.
Breakfast Room ni secluded, kalau tak kerana kuasa media sosial, tak jumpa cafe ni.
Tak salah aku, signboard kedai pun takde.
Tapi ramai orang pergi.
Menu dia memang menu breakfast sahaja, tapi sampai 6 petang.
Lebih kurang macam Kenny Hills Bakers, cuma Breakfast Room takde pastry and cakes.
Staff dia just nice, tak menyebabkan customer menunggu lama.
Budak-budak muda sukalah tempat macam ni sebab instagramable.
Aku perasan kat sini ada 2 stall -- satu jual protein bar, another one jual macam perhiasan kecil-kecil -- something like frame.
Aku cakap kat En Wan, "Stall macam ni kalau bukak kat Giant, takkan laku. Tapi dia pandai pilih tempat iaitu di tempat orang mampu untuk beli".
Kemain ramai orang beli protein bar. RM20 satu pek.
Yang beli pun orang-orang yang makan kat cafe tu.
Kau dapat tak apa aku nak sampaikan?
Sometimes, kita jual makanan punyalah pelbagai tapi untung tak banyak mana.
Mengeluh penat. Sebab kita jual di environment yang mahu harga murah baru beli.
Jualan memang habis, tapi ROI low.
Ada orang yang lain menjual benda yang to us kadang-kadang "Apa benda kau jual ni. Ada orang nak beli ke?" -- but memandangkan they sell di crowd yang betul, tetap laku.
Sama ada dia sell di crowd yang memang mahukan that product, atau dia berniaga pada crowd yang tak takut berbelanja.
Yang paling best adalah bila menjual di lingkungan orang-orang yang mampu beli.
Atas kiri, Redza punya -- toast and scramble egg.
Roti dia tebal, macam garlic bread sikit rasa.
Scramble egg banyak.
Aku punya macam biasalah, big breakfast. Barulah berbaloi nak ke sini lalu tol.
Bukan macam En Wan, ada ke dia order toast and kaya?
Aku cakap, kalau datang sini setakat nak makan ini, kat Anwar Maju pun ada.
Tapi aku prefer big breakfast kat Kenny lagi, sebab lebih big 😁.
Tapi kat sini sosej dia sedap. Macam sosej buat sendiri.
Lama takde gambar dengan anak yang paling susah nak bergambar.
Cuma dah besar ni, boleh tahan la lagi.
Time kecik dulu lagi hazab, boleh bawak bergaduh kalau nak ajak bergambar.
Redza adalah sejenis foodie. Dia boleh layan bab mencuba makanan.
Part ni maybe ada ikut aku sikit.
Kalau Rayyan, picky eater. Nak bawak dia pi tempat makan macam ni, aku yang kena berpikir panjang dulu.
Karang tiba-tiba dah sampai, semua benda dia taknak, ujung-ujung minta aku belikan McD. Mulalah aku nak bertukar jadi bola-bola api.
Kejap-kejap outing bermalam dah Redza sekarang.
Nasib baiklah dekat. Kadang aku tanya juga "Kawan-kawan Redza yang rumah jauh, buat apa weekend kat kolej?"
"Lepak-lepak je, Ma. Kadang-kadang outing".
Gitulah agaknya dia masa kat Langkawi.
Time orang boleh outing bermalam, kau pandai-pandailah bawak diri kat maktab.
Tapi kita mak bapak je yang rasa kesian, dorang sama dorang tak kisah pun tak balik rumah.
Cuma kali ni peluang tu dah ada, dia pun mintak nak balik, alhamdulillah. Balik je lah sementara tengah dekat ni.
Belakang aku tu Breakfast Room.
Dia bahagian belakang jalan. Dari luar jalan takkan nampak kedai ni.
Aku tak tahu business centre ni kenapa dia buat gini.
Kalau kau melilau-lilau kat luar memang tak perasan dalam ni ada banyak kali kedai lain.
Tempatnya cantik, macam ada park. Ramai orang jogging sini.
Lepas jogging 300 kalori, breakfast 300 kalori 😁.
Dari jauh nampak seluar aku dulu, kan?
Masa ni En Wan dah start nak demam, tapi sebab nak melayan tekak bini, digagahkan juga bawa aku ke sini.
Balik je rumah, makan ubatm terus tumbang.
Bangun pukul 2.30pm, siap-siap terus keluar jumpa client.
Kalau jumpa client tu sihat sejahtera pulak aku tengok.
Balik je rumah nampak muka aku, dan-dan mengerang "Di, nak ubat Di. Abang tak sihat Di.."
Halah halahhhhhh. Kecik besor kecik besor je aku tengokkan.