2015-12-31

Umrah 2015 - Part 2


Aku terima banyak respond dari reader yang baca entry Umrah Part 1. Thank you.
Ada sorang tu tanya camana nak tau if nikmat yang kita terima tu sebenarnya adalah ujian?

First of all, aku tak pandai bab-bab mengajar ni.
Tapi apa yang aku tuliskan kat sini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri.
Kalau boleh diikut, ikutlah. Kalau tak sesuai, tinggalkan.
Aku tulis semata-mata niat nak share apa yang aku lalui agar maksud sebenar penceritaan sampai.
Mohon Allah jauhkan dari rasa riak.

Ok.
Nikmat boleh jadi ujian bilamana kita dah mula leka dan semakin menjauhiNYA.

Aku bagi contoh aku sendiri.
Setiap kali lepas solat aku ajar diri aku buat satu rutin.

Everyday, lepas Subuh mesti baca Yassin.
Lepas Asar mesti baca Al-Waqiah.
Lepas Maghrib mesti baca Al-Mulk.
Seblom dan selepas solat fardhu mesti rawatib (yang muakkad sahaja).
Dan setiap kali lepas solat mesti baca Al-Fatihah, Qursi, 3 surah terakhir Al-Baqarah, dan satu set tasbih, tahlil, tahmid, takbir and istighfar 30 x each.
Baca Quran 2 muka surat.

Itu rutin yang aku wajibkan.

Aku boleh tau nikmat yang datang adalah ujian apabila aku tak sempat buat semua tu dah.

Sejak ada GreenAard aku bertambah sibuk. Dan aku mula sedar apa yang aku dapat ni bukan nikmat semata-mata tapi berserta ujian apabila lepas Subuh, aku start skip Yassin sebab nak terus buat kerja.

Lepas solat, aku skip yang lain-lain, hanya baca Al-Fatihah and Qursi je semata-mata nak kejarkan kerja.

Kadang-kadang skip rawatib, buat yang fardhu saja. Time ni mulalah hati tu berkata-kata "Takpelah, sunat je pun. Yang penting solat fardu jangan miss".

Aku mula berkira-kira nak baca Quran. Kadang-kadang nak sedapkan hati aku baca juga tapi separuh muka surat. Nak buat syarat kononnya.

Yang paling teruk, leka sangat buat keje sampai lagi 15 minit nak masuk Asar baru aku nak Zuhur.

Kadang-kadang kita rasa seronok dan ghairah bila kita banyak duit. Kita rasa kita dirahmati Allah dengan rezeki yang melimpah.
Itu betul.
Tapi kalau dengan kemewahan itu buatkan kita leka, itu adalah ujian.
Kalau sibuk dengan kerja menjadikan kita semakin menjauhiNya, itu ujian.
Kalau bahagia yang akhirnya buatkan kita leka padaNya, itu ujian.
Apetah lagi bila tengah seronok mengejar kekayaan.
Allah menguji HambaNya dalam pelbagai cara.



Hari kedua di Mekah, free activity.
Mutawwif suruh berehat je sebab umrah malam semalam tu habis lewat pagi.
Tapi terlalu excited nak ke masjid.

Sebelum ke tanah suci, aku berdoa siang malam supaya aku jadi tetamuNya yang paling istimewa.
Aku harap Dia bagi keistimewaan supaya aku dapat beribadat dengan tenang.
Sebab aku kan bawak panglima.
Aku takut nanti dek kerana anak, aku jadi berlebih kurang dengan urusan ibadah.
Sedangkan seumur hidup berapa hari sangat kita ada kat sana.
Kalau umrah ni satu-satunya peluang untuk ke sana, maknanya sepanjang 38 tahun hidup baru 20 hari dapat beribadat kat Mekah and Madinah.
Aku mintak sangat biar aku boleh tunai solat di masjid, dapat bangun malam berqiamulail, dapat khatamkan Quran sepanjang 10 hari di sana and dapat jaga hati aku.

Hati ni pengaruh dia sangat besar dalam kehidupan.
Kalau hati tu busuk, ia akan jadi punca kepada macam-macam masalah dalam kehidupan kita sendiri.
Belum lagi hubungan dengan orang lain.
Nak jaga hati ni kita perlu selalu berdamping dengan DIA.
Hati kita, kita jaga.
Hati orang, biarlah dia jaga. Kita doa je biar kita terlindung dari kejahatan hati manusia.
Uruskan hati sendiri sudah.

Jumaat lepas breakfast, around 9.30am kitorang dah ada dalam Masjidil Haram.
Spot kat mataf, pagi tu aku nak solat pandang Kaabah, bukan pandang sejadah.


Orang lain pi masjid bawak Quran, dia bawak botol susu.

Cuaca kat Mekah tak sesejuk Madinah, tapi boleh tahan lah terasa sejuknya, around 24C.
Sejuk-sejuk aircond.


Ruangan construction sebelah luar, tak kacau sangat bahagian dalam masjid.
Dalam masjid pun dah lebih selesa nak bersolat.
Ruang solat sangat banyak.
Tapi aku pelik ramai nau yang awal-awal ambik spot kat dataran lur masjid.
Padahal kat dalam memang banyak lagi.
Sometimes kita takkan dapat solat kat ruangan ber-carpet, tapi ruangan tak bercarpet masih ada.
Pada yang belum ke sana, bila ada rezeki pi sana nanti, cubalah usaha untuk solat dalam masjid jugak. Jangan solat kat luar alau boleh.



Alhamdulillah, walaupun dari 930am melapak kat sini sampai waktu solat Jumaat, Rayyan tak meragam. Maybe sebab cuaca sejuk jadi dia rasa best je. Alhamdulillah dapat solat sunat and baca Quran kat sini dengan tenang. Sesekali berhenti jap buat tawaf sunat gilir-gilir dengan En Wan. Lepas tawaf sambung baca Quran and solat lagi. Ya, Allah, seronoknya.

Ruangan kat bawah ni tak sesesak dalam masjid. Sebab kawasan yang aku duduk ni kawasan lelaki.
One thing yang aku boleh nampak kat sana (dan di Malaysia juga), dalam banyak keadaan wanita lebih beremosi dan lebih gengster. Tak kiralah kau pakai tudung labuh sampai buku lali pun, kalau dah nama pompuan, mesti emosi.

Contohnya tempat solat.
Nak bersolat pun boleh bergaduh.
Nak keluar masuk masjid pun bertolak-tolak.
Siap ada yang tak kasi orang solat sebelah dia sebab dia cop-kan untuk kawan.
Masalahnya kawan dia belum masuk masjid pun lagi kau nak cop.
Lainlah kalau kawan kau pergi toilet kejap.
Tu belum lagi kat Hajar Aswad, kat dalam Hijr Ismail, ya ampunnnnn.
Yang bergasak kat situ bukannya lelaki, tapi pompuan.
Kau tolak dia, dia tolak kau. Kau tengking dia, dia tengking kau.
Tau la Hijr Ismail tu antara tempat makbul doa. Semua nak masuk.
Tapi janganlah sampai dah nak berdoa pun kita sempat buat dosa.



Tak dinafikan Mak-Mak Arab ni perangai dia lain sikit.
Macam yang aku cakap, orang Arab ni hati dia kering.
Dia masuk masjid lambat tapi nak menyelit bersolat sebelah kita sedangkan kita dah sempit sangat nak sujud pun muat-muat dahi je.
Badan dorang ni kalau kecik-kecik kita ada ampun lagi.
Ni bangsa yang bontot boleh muat 3 orang. Camne la nak bagi space. Takkan aku nak solat atas riba kau kot kan.

Tapi, orang kita sebenarnya lagi bahaya.
Walaupun nampak macam diam and sopan, tapi bila bab orang nak selit bersolat, masing-masing akan buat pekak. Taknak berganjak. Ada tu aku perati sengaja duduk bersila besar-besar supaya nampak macam saf penuh.
Masing-masing nak bersolat dengan selesa.
Alasan, nanti tahiyat akhir terduduk atas kaki orang sebelah.
Sedangkan duduk seperti tahiyat akhir (tawarruk) tu bukan wajib. Boleh je duduk macam tahiyat awal.
Tahiyat awal tu duduknya begitu supaya permudah nak bangun sebab kita ada sambungan rakaat lain.
Tawarruk tu duduknya begitu sebab bacaan lebih panjang dan kita dah tak ada rakaat lain nak sambung. Itu saja.
Jangan sampai macam tu. Bukan kita sorang nak kumpul pahala besar. Orang lain pun nak juga.
Kalau ada ruang, bagi. Kalau betul takde ruang, dia sendiri nanti akan nampak memang takde ruang.


Beginilah keadaan ruang mataf hari Jumaat.
Sebab orang Mekah pun masuk untuk bersolat Jumaat, jadi ramai sangat orang bertawaf sunat.
Ini baru sikit.
Kat Padang Mahsyar nanti lagi ramai.
Boleh cari agak-agak?



Lepas Zuhur kitorang balik hotel and rest.
Asar selalunya terus lepas Masjid sampai Isyak.
Elok jugak, boleh aku habiskan bacaan aku.
Memandangkan panglima dengan En Wan, jadi dia la paling banyak sekali bertawaf sunat ikut apaknya.

Selalunya En Wan buat kat ring atas, tak buat kat bawah sebab bawah sesak sikit.
Ring atas tu walaupun tawafnya lebih besar (orang kata nanti lambat habis), sebenarnya lebih cepat habis berbanding tawaf kat bawah sebab ring atas tak seramai di bawah. Cuma kau kena hati-hati la dengan wheel chair. Ring atas tu sebenarnya untuk wheel chair. Yang tukang tolak ni kadang-kadang main tolak je. Nak-nak lagi yang ambik upah menolak tu. Dia main rodok je sesape kat depan.
Pun aku nampak 2-3 orang jugak bertekak kat atas tu sebab kena rodok.

Bicep En Wan berketul-ketul naik dek kerana bertawaf sambil mengangkat 'beban' ni.
Bukan calang-calang beban ni oi, 16-17kg gak.
Nak tawaf 7 round ya. Fuhh! *lap peluh*
Alhamdulillah, En Wan tak kisah pun terpaksa jaga anak.
Mula-mula tu aku kesian juga. Ye lah, aku dapat baca Quran dari Asar ke Isyak, dapat solat sunat banyak kali, tapi dia terpaksa layan anak.
Tapi En Wan kata dia maybe tak dapat bersolat macam aku, tapi dia dapat buat banyak tawaf sunat.

Hmm..betul jugak.
Kita rasa disebabkan anaklah, kita tak dapat duduk diam baca Quran dalam masjid.
Tapi tanpa kita sedar, disebabkan anak yang tak reti duduk diam tu lah maka kita akhirnya bertawaf sunat.
Allahu.

Yang ada anak-anak, jangan risau pikir camana sok nak bawak anak pi buat umrah.
Bawak je, insyallah Allah tolong.



Kan aku cakap aku banyak berdoa sebelum ke umrah biar aku dibagi kelapangan untuk beribadat sebab aku takut aku berbelah bagi nak beribadat bila bawak anak.

Di sana semuanya jadi mudah.

Pertama, mungkin doa itu makbul.

Second, ia mengajar aku kalau kita bersungguh, semua pun jadi.
Kalau mintak dengan bersungguh, lagi lah Tuhan tolong.
Bukan hanya dalam beribadat, tapi apa pun kalau kita buat dengan bersungguh mesti jadi.

Aku niat nak bangun malam sebab aku nak khatam Quran di sana.
Kalau aku banyak tido, konfem aku takkan khatam.
Ni aku bukan buat haji ada 40 hari.
Aku buat umrah je, ada 10 hari je untuk aku khatam. Jadi aku kena bersungguh.

Padahal kat rumah pun boleh je kalau nak khatam 10 hari.
Tapi liatttttt.
Nak bangun malam pun siap ada snooze 3-4 kali baru bangkit. Tu pun hazab ya ampun nak paksa diri.
Di sana sangat mudah nak bangun malam.
Tak perlu alarm. Tido lambat pun mesti senang nak terjaga.
Sebab apa?
Sebab ada kesungguhan.
Kalau tak bersungguh tu memang banyak la dolak-daliknya.

Pukul 2.30 pagi tanpa alarm, aku dah terjaga. Sabtu pagi tu aku pi masjid alone pukul 3 pagi.
First time bergerak sendiri tanpa En Wan. En Wan balik lambat malam sebelumnya, so dia bangun lewat sikit.

Gambar di atas, gambar breakfast lepas balik dari Subuh.
Le Meridien sangat best. Hotel 5 star.
Tapi kurang best la banding ngan hotel kat clock tower tu. Yang tu 6 star.
Bilik Le Meridien cantik, siap ada bathtub, makanan sedap, service bagus.
Kalau sesape ambik pakej dengan Maghfirah, go for pakej Diamond Plus.
Sebab yang ambik pakej Executive kata even dorang duduk hotel lagi best, tapi makanan tak best.
Sebenarnya bukan tak best tapi hotel yang super duper best ni selalunya ramai pak arab.
Jadi pihak hotel akan buat makanan selera Arab. Mana la sama ngan tekak kita.
Macam Le Meridien ni ramai orang Asia duduk. Indo, Malaysia and Singapore ramai kat sini.
Jadi makanan dia lebih kepada tekak kita.
Tempe berlado pun ada wei!



Keadaan kat masjid selalunya sesak time habis solat.
Semua pakat bergasak depan pintu nak keluar.
Selalunya aku akan lepak dulu sambung bacaan.
Lepas Subuh hari tu, aku lepas dalam 30 minit gak bagi clear semua baru aku balik.
Makcik kat sebelah aku tu orang Malaysia, dia tanya aku tak balik hotel ke.
Aku cakap nak balik la ni tapi tunggu pintu tu clear dulu.
Dia kata dia balik hotel sekali je, lepas Isyak.
Aku tanya nape tak balik, waktu pagi ni panjang lagi. At least balik berehat dulu, nanti datang balik untuk Zuhur pastu sambung duduk sampai Isyak.
Dia kata hotel dia jauh. Tiap kali datang kena bayar tambang teksi 20 rial.
Terperanjat aku.
Jauhnya duduk!

Dia kata "Entah lah. Hari tu masa tempah, agency cakap hotel dekat, pastu boleh duduk sebilik dengan keluarga. Tiba-tiba duduk asing-asing. Suami hotel lain, saya hotel lain. Tapi hotel memang jauh. Nak berjalan tak larat, kena ambik teksi. Ambik teksi pun sehari habis 20 riyal"

Kesian makcik tu.
Takde la makcik-makcik sangat, dalam 50an je.
Tapi paham la kan kalau dah kena berjalan jauh pergi balik masjid, memang la sakit kaki.
Terpaksa ambik teksi, tapi kena berhabis kat teksi la pulak.
Jadi sudahnya nak jimat duit teksi punya pasal, duduk la orang tua tu dari pagi sampai ke malam kat masjid.

Sebab tu la kenapa ada orang sanggup berhabis duit untuk duduk hotel mahal.
Bukan sebab nak tunjuk kaya or lawan sape paling kaya ambik pakej mahal.
Tapi sebab mengenangkan kita nak ulang-alik ke masjid biar mudah. Kalau boleh biar setuap waktu solat dalam masjid. Jadi hotel nak dekat senang nak berulang alik freshkan badan. Kalau seharian duduk dalam masjid tak mandi pun boleh mendatangkan ketakselesaan jugak time beribadat nanti.

Selalunya pakej yang mahal-mahal ni hotelnya tak jauh mana dengan masjid.
Kalau pakej exec tu duduk kat clock tower, yang tu 9K. Jarak perjalanan 70m je.
Macam aku duduk kat Le Meridien pakej Diamond Plus, 8K. Jarak perjalanan 120m. Masih dekat lagi sebenarnya. Cuma sape duduk Clock Tower lagi dekat.
Tapi kalau sampai kena menapak 500m pergi balik, memang letih.
Nak-nak lagi untuk yang berusia.

Tapi macam yang aku kata tadi.
Di sana kita kena mintak banyak-banyak biar ibadat kita dipermudahkan dan biar kita jadi bersungguh.
Sebab kadang-kadang hotel terlampau dekat dan terlampau selesa pun boleh jadi asbab untuk kita tak pergi ke masjid. Alasan, solat dalam hotel lagi selesa, takyah berebut saf, takyah bersempit. Dalam Mekah jugak whattt?

Hotel jauh pun boleh jadi asbab untuk kita tak ke Masjid.
Sebab kita rasa penat and letih nak berulang. Solat kat bilik je dah la. Tak penat.

Semoga kita semua dipermudahkan urusan ibadat tak kira kita di Tanah Haram atau Tanah Halal.

Aku taknak bagi makcik tu mengeluh, aku bagitau dia sebelum aku keluar masjid "Takpe makcik. Makcik untung. Dalam ramai-ramai tetamu Dia kat sini, Allah pilih makcik untuk beriktikaf lama dalam masjid. Hotel jauh tu asbab je makcik. Yang sebenarnya Allah nak bagi pahala free-free kat makcik".

Berubah muka makcik tu. Terus dia senyum.
"Ye lah kan. Betul cakap awak tu".

Masa aku jalan balik aku nampak makcik tu bangun ambik Al-Quran.

Semoga saya dapat pahala yang sama dengan pahala makcik.



Aku pakai sarung tangan sebab nak jaga wuduk, kang bergesel ngan pakwe aku tu kang tak pasal je.
Sebab aku malas nak turun kat masjid Ji'ranah nanti.
Dah pergi dah dulu, toilet dorang bukan macam RnR kita yang selesa. 
Nanti bersampuk-haruk dengan jemaah lain kang satu hal nak beratur lagi, so better aku jaga je wuduk aku.

Seronok bila di sana kita sentiasa berwuduk.
Nak solat pun boleh terus je solat takyah sarung telekung.
Aku harap sangat aku istiqomah sehingga dapat pakai macam ni dengan selesa.

Kat sana, aku kurang sangat minum air sampai bibir aku kering menggelupas.
Kulit pun kering semacam.
Mak aku kata sebab perubahan cuaca.
Sebenarnya tak.
Dulu aku pi Jepun pun musim sejuk gak tapi takde sampai pecah-pecah bibir.
Kat Mekah aku kurang minum air sebab nak iktikaf dalam masjid. 
Toilet dorang tu belah bawah and terlalu ramai orang.
Jadi nak mengelakkan dari asik terkencing, aku kurangkan minum air.
Hasilnya, muka aku berkerak. 
Dah la kat sana jangan kata bedak. Krim muka pun aku tak pakai.
Bertambahlah berkeraknya.

Sabtu, ziarah ke Jabal Rahmah, Gua Tsur, Gua Hira' and Padang Arafah.
Kalau ikut hati aku, aku malas nak ikut, nak duduk masjid je.
Tapi kesian kat mak. Kang dia takde geng pulak.
Lagipun hari tu miqat di Ji'ranah untuk sesape yang nak buat badal umrah. So aku nakbuat jugak.

Ada jemaah yang buat sampai 7-8 kali umrah untuk diri sendiri. 
Sebenarnya Rasulullah saw sendiri tak menyuruh para sahabat buat umrah berkali-kali dalam satu perjalanan. Rasulullah saw buat umrah 4 kali je. Dan setiap umrah tu dalam 4 trip berbeza. Maknanya setiap trip hanya 1 umrah. Berbeza sangat dengan jemaah sekarang yang rajin buat umrah siang malam. Bila kita di sana yang harus diperbanyakkan adalah tadarus, tawaf sunat dan banyakkan doa. Bukan buat umrah berkali-kali. 1 kali cukup, melainkan kita ada niat untuk buat badal.


Ini je jemaah dalam grup kitorang.
Sikit je.
Bila sikit macam ni barulah senang mutawwif nak handle.
Ziarah pun lebih banyak pengisian rohani.



Port pertama - Jabal Tsur.
Mutawwif tanya "Ada yang nak panjat?"

Takyah Jabal Tsur lah.
Tangga opis aku ni pun kalau boleh aku nak naik sekali time datang, turun kang sekali time nak balik.
Malas nak panjat memanjat tangga.

Jabal Tsur ni tinggi okeh.
Takleh aku imagine how Asma' Abu Bakar dalam keadaan sarat mengandung panjat bukit tu everyday nak hantar bekalan makanan kat bapak dia and Rasulullah.
Hebatnya iman orang Islam zaman Rasulullah.
Aku ni nak beli makanan kat bawah pun mintak orang tapaukan. Gila pemalas.


Macam biasa la, kalau bergambar memang payah nak cukup korum.
Redza pi mana ntah masa ni.

Oh yes, jangan ingat aku tengah dengar lagu Leslie ya.
Yang tu semua jemaah pakai supaya senang nak dengar mutawwif bagi tazkirah.
Jadi, tak perlulah mutawwif terpekik-pekik.


Sape hari tu masa kat Mekah ada mesej aku bagitau aku pergi ni under travel agency kawan dia, Zai.
Tu Ustazah Zai.



Jabal Rahmah, again.
Kali ni pergi dengan anak-anak.
Tapi tak naik pun kat atas tu sebab malas memanjat.
Dulu pergi ngan En Wan kitorang naik sampai atas, nak menengok apa ada atas tu.
Tapi kat atas tu dah macam khurafat pun ada.
Ada yang berdoa mengadap batu tu. Nak buat apa la berdoa hadap batu. Baik hadap Kaabah.
Pastu siap ada tulis nama bagai kat batu tu. Konon ambik berkat letak nama biar lekat jodoh.
Tapi tulis nama je. Len kali tulis la nombor telifon sekali, baru lah jodohnya tau mana nak cari. Mbahahaha.

Kali ni takyah lah naik, kang aku ke mana, anak aku ke mana.

Ramai yang ke Jabal Rahmah berdoa minta ditemukan jodoh.
Sebenarnya tempat ni tak ada apa-apa keistimewaaan melainkan 9 Zulhijjah sebab Jabal Rahmah ni letaknya di di Arafah.
9 Zulhijjah adalah Hari Arafah dan hari mustajab berdoa.
Jadi tempat ni takde apa-apa istimewa melainkan 9 Zulhijjah.
Berdoalah 9 Zulhijjah kat tempat ni, baru istimewa.


Lama gak dorang ni kat Jabal Rahmah.
Aku turun kejap je layan bergambar pastu naik bas. Lepak kat dalam sambung bacaan.
Rupanya dorang lama sebab mutawwif belanja eskrim. Cis.


2015-12-30

Planner 2016


Pause kejap update pasal Umrah 2015, nak bagi laluan kat promo ni.
Kesian Admin aku menggelabah menjawab pertanyaan apesal promo Y.E.S ni hanya dibuat kat FB. Tak dibuat kat blog.

FB tu bukan aku yang handle. Tu admin handle.
Jadi dia tak dapat nak update kat blog sebab blog ni aku yang punya.
Sebut lagi sekali.
Siapa yang punya??
Aku yang punyaaaaaaaaa *jin Ahmad Albab*

Maka dengan sebab tu aku pause update entry umrah sebab nak bagitau tentang promo-promo yang sedang berlansung ni.



Mula-mula sekali GreenAard.
Siapa yang beli GreenAard start hari ni akan dapat Planner 2016 edisi terhad.
3000 copies sahaja available.
Yang COD dengan agen tanya dulu ada planner ke tak.
Sebab Planner ni ada dalam new stok.
Kalau agen tu dah replenish new stok baru akan dapat, kalau dia belum replenish maka dia tak ada Planner.
So jangan nanti ada yang tanya apesal dah beli kat agen tapi agen tak kasi planner.

Dan sehingga 10 January 2016, harga GreenAard juga kita bagi harga YES iaitu cuma :

RM78/botol (Semenanjung)
RM88/botol (Sabah/Sarawak)

Macam biasa, FREE POS.

Nak beli kalu, KLIK SINI.




Yeahhhhh!!

Ini yang ditunggu-tunggu.
Ephyra YES (hanya di blog ini saja).
Tapi hanya Ephyra Collagen saja yang valid 10% diskaun.
Inteemor and Skin Bar harga biasa.

Akan tetapi, reader blog ni akan dapat rebate RM20 tambahan.

Caranya, mula-mula beli dulu Ephyra Collagen. Lepas tu kita akan bagi special code yang membolehkan you all beli 2nd purchase dengan tambahan diskaun RM20.
Kalau taknak beli extra collagen pun takpe, beli skin bar atau inteemor dan gunakan code RM20 tadi.

Extra diskaun berganda!

KLIK SINI untuk beli Ephyra Diskaun 10%.




New Jubah dah launch Isnin lepas kat FB and website tapi aku tak sempat nak announce kat blog.
Ini jubah rare sebab gabungan heavy pleats kat bawah.
Takde la nampak macam jubah yang selalu-selalu kita pakai tu kan.
Walaupun kain dia kosong, tapi pleats tu bagi kelainan.
Dari jauh nampak macam dress, padahal ia jubah sebab cutting dia tak berpinggang. Masih mengekalkan cutting Abaya.
Nursing friendly and wudu' friendly.

Begini punya design heavy pleats, cuma RM123 je you olls.

Nak beli, KLIK SINI.



2015-12-29

Umrah 2015 - Part One



Alhamdulillah, kitorang selamat sampai KLIA semula pada 27 Disember, 830am.
Bergerak dari Madinah pukul 7.45 malam on 26th.

Umrah pertama untuk Redza.
Umrah kali kedua untuk aku and En Wan.
Umrah ketujuh untuk mak mertua.
Rayyan, buat syarat je...dan jugak buat kecoh.

Awal tahun ni memang aku plan nak ke umrah lagi.
Dah lama sangat dah tak ke sana sejak kali pertama tahun 2013.
Hujung bulan 10 baru betul-betul confirm and ditetapkan hati ke sana.
Alhamdulillah, semua proses nak ke sana went well.
Yang penting tercapai hasrat En Wan nak bawak mak dia pi sana lagi.

Dulu ambil pakej dengan UTAS Travel.
Kali ni dengan Maghfirah.
Pergi dengan Maghfirah lebih seronok sebab jemaah dia tak ramai.
Macam UTAS hari tu lebih dari 100 dalam 1 group jadi pengisian rohani sangat kurang, dan lawatan ziarah pun kejap-kejap je sebab agensi payah nak handle group yang besar.



Kitorang terus ke Mekah, direct flight.
Jadi semua kena berihram siap-siap supaya tak kalut kat atas nanti.
Punyalah kalut aku ngan ngan mak mertua nak siapkan kain ihram Rayyan, sekali dia taknak pakai lansung!
Memang aku buatkan kain ihram dia pun setakat buat syarat je. Buatkan yang berjahit sarung getah bagi tak terlondeh. Tapi dia taknak pakai. Dia kata malu nampak ketiak. Sukati kau lah.
Redza memang wajib pakai ihram betul, dia pun so excited nak buat umrah.

Ok, apa yang aku ceritakan di sini adalah pengalaman peribadi baik dari sudut rohani mahupun jasmani.
Aku mohon ampun kepada Allah dan aku harap dijauhkan dari perasaan riak semasa menceritakan pengalaman ni, kerana niat aku supaya penceritaan aku lebih sampai maksudnya.
Ampunkan aku, Ya Allah.

Dulu aku pernah tulis kat blog, ujian nikmat sebenarnya jauh lebih payah dihadapi berbanding ujian kesusahan.

Bulan 9 aku launch GreenAard and sambutannya sangat di luar jangkaan.
Aku jadi terlalu sibuk, everyday and night dengan kerja kerja kerja. Penat tapi seronok.
Sampaikan aku terpaksa tunda semua plan aku untuk outstation hanya kerana GreenAard ni.
Aku tak dapat nak lepaskan tanggungjawab ni lagi pada orang lain sebab produk ni masih baru.
GreenAard membuatkan aku terpaksa buat major renovation pada ofis, ditambah lagi dengan rezeki Fleur by Mrs Him pulak nak bukak show room.
Semua tu nikmat Allah yang tak dapat aku nak jelaskan dengan kata-kata.
Tapi nikmat ni kalau tak betul-betul difahami, akan buatkan manusia hanyut.
Baru 1 bulan handle GreenAard saja, kesibukkan dan nikmat tu dah mampu buatkan aku lupa dengan plan aku nak ke umrah tadi. Astagfirullahalazim. Betapa nikmat itu adalah satu ujian.

Setiap malam sebelum aku decide ke umrah, aku mintak dilapangkan jalan and ikhlaskan hati aku untuk ke sana. Kalau betul tahun ni aku layak dipanggil tetamu Allah, lepaskan hati and fikiran aku dari risau tentang kerja. Dan jika aku dipanggil menjadi tetamuNya, jadikan aku tetamu yang paling istimewa. Istimewa dari sudut dibukakan mata hati untuk nampak hikmah disetiap kejadian yang berlaku. Itulah harapan aku kali ni.

Satu pagi tu, En Wan tanya "Jadi tak nak pi umrah?"

Aku jawab "Jadi".

Terus keluar pi Maghfirah and book pakej untuk 5 orang.
Kitorang booked pakej Diamond Plus.
Maghfirah ada a few pakej : Pakej Executive, Pakej Diamond Plus, Pakej Diamon and Pakej Gold.
Pakej Exec ni RM9K/orang.
Pakej Diamond Plus 8K/orang.
Ambik yang 8K je lah.

Dua hari selepas tu sorang reader aku nama dia Lang tanya if aku nak join ke tak Bazaar Lepak kat Shah Alam by FaizDickie.
Terus meloncat aku. NAK!
Dan aku pun terus pilih booth.
Sekali tengok tarikh 20 Disember.
Tarikh aku berangkat 17 Disember. Memang tak dapat lah.
Aku bagitau En Wan, aku nak participate gak, biar budak-budak handle.
En Wan tak kasi. Sebab dia kata GreenAard is technical product, kena ada orang yang tau dari segi saintifik untuk explain pada pengguna.
Ok, kalau macam tu kita tukar tarikh pergi umrah!
Terus call Maghfirah nak mintak tukar ke tarikh lebih awal - 2 Dec.
Tinggal pakej Exec je available katanya.
Takpe. Esok pagi datang tukar ke pakej Exec.

Esoknya ke Maghfirah, nak tukar pakej.
Pakej Exec habis!
Pusing kot mana pun takde celah aku nak masuk supaya aku boleh join Bazaar Lepak.
Aku pujuk hati, takpelah.
Agaknya bukan rezeki aku di Bazaar Lepak.
Rezeki aku maybe di Mekah nanti.
Aku pujuk hati.

Nak tau apa jadi pastu?

Tarikh 2 Dec tu rupanya aku datang period.
Ya Allah, terdiam sekejap aku.
Bayangkan masa aku nak tukar ke pakej Exec tu, aku call malam sebelumnya dia kata pakej tu available.
Tapi the next morning aku pergi awal pagi around 10am pakej tu boleh habis.
Tak ke pelik sangat tu?

Rupanya Tuhan nak elakkan aku dari pergi 2 Dec.
Kalaulah 2 Dec tu aku dapat ke Mekah, maknanya aku akan pi sesaje je sebab period aku selalunya 10 hari.
Dengan kata lain, sepanjang 10 hari di sana nanti aku tak dapat solat di mana-mana masjid, be it AlHaram atau Nabawi.
Allahuakbar.
Belum pergi lagi Allah dah tunjuk sesuatu betapa kita ni manusia lemah yang suka je nak merancang macam-macam ikut sedap hati padahal bodoh tak tau apa-apa.


 Cucu nenek Bangi.
Kalau Rayyan tu cucu nenek Tganu.

Tak sangka seminggu sebelum aku berangkat Lang whatsapp aku tanya aku taknak bagi sponsor apa-apa ke untuk Bazaar Lepak? Of cos lah nak!
Tuhan tak bagi kita rezeki berniaga di event tu tapi bagi kita rezeki bersedekah.
Ini nikmat namanya.


 Budak ni excited nak pegi Mekah.
Tiap-tiap malam dok tanya pukul berapa nak pegi Mekah.
Kau ingat Mekah tu tempat apa, dik?
Pagi nak ke airport tu dia bangun awal.
Bila dah siap-siap, dia tunjuk kat aku goggle dia "Ma, camana nak bawak ni, dah rosak"
Hoihh! Kau ingat Mekah tu ada swimming pool nak bergoggle bagai?
Aku berdoa Le Meridien ada bath tub. Jadiklah ada bath tub.



Persiapan ke umrah kali ni untuk aku - takde apa.
Bawak jubah 3 helai, jubah yang aku dah beli masa aku ke umrah 3 tahun lepas. Boleh pakai lagi.
Kasut, pakai kasut pengawas je.
Selipar angkut yang ada kat rumah je.
Telekung bawak 3 helai je.
Baju kaftan 3 helai.
Stokin and sarung tangan semua pakai yang dah sedia ada.

Kali ni persiapan ke Mekah memang untuk Rayyan Redza and En Wan je.
Ke sana this time aku cuma excited nak cuba khatamkan Quran sepanjang 10 hari di sana. Itu antara aim aku. And aku nak beriktikaf lama kat dalam masjid.
Tapi melihatkan kali ni aku mengiringi panglima, aku tak sure pengujungnya aku iktikaf kat masjid ke, kat hotel.


 Dah macam Padaiyappa anak aku ni.



Kali ni ke umrah ramai orang Terengganu turun untuk hantar sebab mak pergi sekali.
Last mak ke Mekah 25 tahun dulu.
Jadi bila kali ni mak ke sana, ramailah yang turun airport menghantar.


Nasib baik la kat dalam ada bendalah ni tau.
Kalau tak satu hal aku nak melayan perangai dia.
Memandangkan tak ramai budak kecik pi Mekah, jadi dia je la yang meng-abangkawasan-kan bendalah ni.



En Wan satu tempat duduk dengan anak-anak dia.
Aku ngan mak kat depan dorang.
Redza alhamdulillah masuk-masuk je kapal membuta.
Yang si Rayyan ya ampunnnnn sangatlah bubbly kat atas tu.
Semua orang dia tegur, semua benda dia nak tanya. Tapi nasib baik dia tak merengek kebosanan kat atas tu sebab flight 9 jam 15 minit.

Flight ke Mekah ni considered commercial flight sebab dia landing kat Jeddah, jadi makanan semua sedap-sedap and stewardess masih pakai kebaya macam biasa.
Kalau chartered flight (masuk Madinah) baru stewardess bertudung dan selalunya makanan tak sedap. *makan je kejenya*

Flight 9 jam 15 minit yang smooth.
Ada la jugak gegar sikit-sikit.
Tapi surprisingly aku tak menyawan kat atas.
Maybe sepanjang 9 jam tu baca Quran sangat membantu. Kurang sikit datang rasa takut. Hati pun tenang je. Perasaan aku tu kalau mati pun dalam iman lah agaknya.


Airport Jeddah.
Kitorang sampai pukul 1 tengahari waktu sana (same day).
Keadaan airport seperti yang dijangka memang sesak.
Muka aku pun dah bersememeh 9 jam melepak kat atas tu sampai lenguh bontot aku semua.




Ini suasana sehari sebelum kitorang sampai (bukan suara laki aku, tapi whatsapp dari jemaah yang sampai sehari sebelumnya).
Kat KLIA lagi mutawif dah mintak semua jemaah bersedia dengan ujian pertama yang bakal dihadapi iaitu kesesakan di airport Jeddah.
Ada yang stuck 5 jam. Ada yang stuck 12 jam.
Baiklah, bersedia. Istighfar banyak-banyak.

Kadang-kadang Tuhan tak hantar dugaan selepuk atas kepala tapi melalui manusia lain.
Macam kat airport Jeddah ni, selalunya di sinilah dugaan tetamu Allah bermula dengan kaunter imigresen.
Orang Arab ni bak kata mutawwif, hatinya keras sikit.
Sebab tu Islam turunnya di sana.
Kalau Islam tu turun kat Malaysia, konfem takkan tersebar punya. Sebab orang Malaysia ni hatinya mudah sentap. Kang kena sergah sikit, terus merajuk taknak sebar dah.

Pegawai imigresen dorang tak pilih kasih.
Kau Arab ke, kau Cina ke, kau India ke, kau kena beratur.
Dan kau kena tunggu and ikut cara dia. Dia tak makan komplen punya.
Sebab tu ramai jemaah yang stuck.
Bila dipikir-pikirkan balik, yang dok mengata macam-macam kat negara sendiri tu, eloklah sesekali pegi tengok negara orang, perhatikan dengan mata hati. Sistem negara kita tak seteruk mana sebenarnya. Janganlah over sangat kalau nak mengutuk.

Sejam setengah beratur, aku bagitau En Wan aku nak asar dulu.
Rasa macam lama lagi ni.
Maunya tak, kalau sorang sampai 20 minit. Padahal bukan check apa pun, passport je kot.
Tapi biasalah bila dia sama dia bersembang macamkan airport ni takde orang.
Rilek je dia tinggalkan cubicle pi bersembang ngan orang sebelah padahal kat depan dia dah tertonggok orang berdiri tunggu turn.

Time Asar memang aku berdoa biar mudah sikit laluan kitorang anak-beranak melepasi imigresen. Kesian mak mertua aku berdiri lama. And aku takut Rayyan meragam pulak nanti.

Alhamdulillah, kuasa Tuhan, bila masuk time En Wan je, member cubicle sebelah keluar kejap.
Jadi pegawai yang uruskan passport En Wan tu takde geng nak bersembang, kemain elok laju je dia check. Aku lepaskan anak-anak and mak dulu, kendian baru aku. Alhamdulillah, kitorang anak beranak ambik masa 30 minit je.
Terasa istimewa dilayan macam tu.
Benda simple macam tu je dah buat airmata aku bergenang.

Pertama, betapa doa itu kalau dibuat dengan bersungguh-sungguh dan yakin, Allah makbulkan.

Kedua, terbayang di mata aku secara tiba-tiba macam ni lah agaknya esok suasana di akhirat kelak bilamana ramai menunggu berjam-jam, tunggu turn untuk dihisab!
Sampai dah penat menunggu, sampai give up.
Ada yang tak sedar mulut mengutuk apesal lambat sangat.
Di airport tu dah nampak 'bunga-bunga' suasana bagaimana di akhirat nanti ada orang yang hisabnya berat (lambat), hisabnya ringan (cepat) dan ada juga berlalu tanpa dihisab.

Ketiga, punyalah ramai manusia kat airport tu, kalau kau terpisah dengan klorga kau 20 saat, konfem payah nak jumpa balik.
Macamana la agaknya di Mahsyar nanti nak mencari balik orang yang kita aniaya, yang kita kutuk, yang kita seronok gossipkan dulu.



Team Maghfirah sambut kitorang dengan nasik ayam penyek.
Dia takut kitorang lapar, padahal kat hotel dah sedia makanan jugak.
Kitorang tinggal kat Le Meridien Makkah.
Masa ni semua dah kelemauan tapi sabar tunggu masa nak umrah.
Nasib baik si panglima tu masih segar bugar.

3 tahun tak jejak Al-Haram, memang sentimental bila dijemput kembali ke sana.
Kali ni dapat pulak pergi sekeluarga, mungkin aku ni tumpang rezeki anak, alhamdulillah.
Redza terpegun tengok Kaabah depan mata.
Sambil tawaf sambil terdongak-dongak kepala dia pandang Kaabah.
Walaupun kedaan dari luar nampak sesak, tapi sebenarnya kat kawasan mataf tu masih ada ruang nak bertawaf.

Saie lebih relax sebab selalunya kawasan saie ni tak ramai orang, hanya yang buat umrah je.
Lebih ramai lagi orang di kawasan tawaf sebab campur dengan orang yang buat umrah dan tawaf sunat.
Rayyan paling enjoy kat saie sebab dia dok aim lampu hijau kat atas tu.
Everytime sampai kat lampu hijau tu, orang lain semua berlari-lari anak, dia sorang je lari pecut macam Watson Nyambek. Jenuh bapaknya nak mengejar. Bila bapak dia kejar dia makin laju lari. Dia ingat bapak dia ajak main kejar-kejar tengah-tengah malam.

Kemain suka dia "Papa kalah! Papa kalah!"

Aku habis saie lambat sebab aku berjalan dengan mak.
Aku biorkan En Wan dengan anak-anak dia je.
Sampai Bukit Marwah (last), En Wan ngan anak-anak dia dah rilek je bertenggek tepi batu tunggu kitorang.
Disebabkan kitorang sampai hotel tadi tak sempat nak bukak beg baju, jadi pi buat umrah tak bawak gunting. Gunting mana boleh bawak naik hand luggage kan.
So pi la tadah kepala kat mana-mana Mak Arab mintak tahalul-kan kepala aku ni.

Elok je selesai, aku ternampak Aagym (Abdullah Gymnastiar)!
Ya Allah!!!
Pakkal aku kat Mekah. Kalau kat Malaysia mau dah menjerit dah.



Ni antara koleksi ceramah A'aa yang aku simpan kat opis.
Kat kereta ada sikit.
Kat rumah ada sikit.
Everytime aku ke Bandung memang berharap sangat nak tgerserempak dengan A'aa.
Tapi kau pi Bandung pun balik-balik ke Pasar Baru kan, camana lah nak terserempak ngan A'aa kat situ. Lain lah kau pi masjid.

Aku pernah simpan hasrat kalau payah sangat nak jumpa A'aa ni aku pegi je la nanti ke Darul Tauhid (pesantren dia) di Bandung. Nak bersembang susah kot, dapat dengar ceramah live jadiklah.
Memang ini antara ulamak yang aku kagum.
Everyday memang aku ulang-ulang MP3 dia.




Nah!

Di Bukit Marwah, aku ditakdirkan dapat berjumpa dengan A'aa.
Bukan hanya dapat jumpa, tapi dapat berbual secara berdepan.
Dah la takde orang lain kacau.
Tak perlu bersesak dengan orang lain nak berbual dengan A'aa.
Yang paling penting, tak perlu lalui sebarang protokol untuk bersembang.

Ya Allah, sungguh aku rasa sangat istimewa.

Dalam salah satu ceramah A'aa, dia kata Rasulullah itu keperibadiannya kalau berjumpa dengan orang, dia dulu yang akan bagi salam dan hulur tangan.
Masa A'aa terperasankan aku dengan muka excited memandang dia, dia terus hulurkan tangan kat En Wan. Dia tau kita kenal dia, dia tak tunggu-tunggu kita datang jumpa dia tapi dia yang hulur tangan pada kita. Memang A'aa sangat mencontohi keperibadian Rasulullah. Maknanya dia buat apa yang dia sampaikan.

Sampai sekarang lagi aku dok teringat-ingat pasal ni.
Betapa ajaibnya kuasa Allah.
Punyalah aku berharap boleh jumpa A'aa kat Bandung everytime pi sana, tak siapa sangka kat bumi Mekah aku jumpa dengan cara yang sangat istimewa.
Sungguh, Allah memberikan segala sesuatu secara tepat kepada kita.
Dia lebih tau bila waktunya yang sesuai untuk kita.








2015-12-21

Doa


Salam dari Makkah Al Mukaramah.

158 pesanan doa dari semua yang berkirim doa dah pun aku sampaikan. Mudah-mudahan makbul, amin.

Aku buka peluang untuk sesiapa yang nak berkirim doa di sini bukan untuk test power doa aku makbul. Tapi sebab nak rebut peluang malaikat mendoakan aku pula.

Kerana Allah dah sebut barangsiapa yang mendoakan saudaranya, Dia akan menghantar malaikat untuk mendoakan kita pula. 
Secara lojiknya, antara doa aku untuk diri sendiri dengan doa malaikat untuk aku, dah tentu doa malaikat lebih makbul. 
Atas sebab itu, aku harap dengan menyampaikan doa-doa dari semua, doa aku juga akan diperkenankan.
Sama-sama kita doakan each other ya?

Tapi, kat sini aku nak ingatkan juga.
Ingatan untuk diri sendiri pun.

Imam Ibnu Atha'illah ada berkata - Jangan sampai doamu kepada Allah engkau jadikan alat untuk mendapat pemberianNya.

Maksudnya, kalau kita mintak sesuatu dari Allah, jangan anggap bila kita mintak maka Allah akan bagi. 
Kalau kita beranggapan macam tu maksudnya kita yang mengatur Allah.
Kita mintak. Allah bagi. Kita mintak. Allah bagi.
Salah anggapan tu.

Doa cuma ikhtiar kita.
Dia nak bagi ke tak itu urusan Dia.
Kita diperintahkan untuk banyakkan doa bukan sebab nak bagitau Dia keperluan kita sebab Dia Maha Mengetahui lebih dari apa yang kita tahu.
Apa yang kita mintak tu pun kita tak tau sesuai ke tak dengan kita.
Yang kita terima sekarang ni pun ada yang kita tak mintak pun tapi Dia tetap bagi.
Itu tandanya memang kita sebenarnya tak tau apa yang sesuai untuk diri kita.

Yang penting dalam setiap doa bukanlah terkabulnya doa itu tapi sejauh mana doa itu membuatkan kita rasa rendah dan tunduk pada kebesaranNya.
Jangan sampai setiap doa kita itu seolah-olah mengarah Allah buat sesuatu.
Kalau doa kita itu boleh membawa kita ke la haulawala kuataillabillah, itu dah cukup menjadikan doa itu berhasil.

Apa-apa pun dalam setiap doa harus disertakan dengan usaha yang sungguh-sungguh. Insyallah doa-doa kita diperkenankanNya.

-Al-Haram tunggu Isyak-





2015-12-18

10%



Hi All.

Tak, aku bukan type entry di dari Makkah.
Entry ni auto-publish.

Semalam (Khamis) aku dah launch Year End Sale untuk Ephyra di website www.greenaard.com.
Jangan sesape dok carik Ephyra kat website lama pulak. Dah takde.
Semua aku pindahkan ke website www.greenaard.com.

Tapi sesiapa yang dah memang ada dalam list aku, yang pernah beli Ephyra dari aku, semua dah terima blast email  di atas sejak Selasa lagi.
Sesiapa yang tak terima email tu maknanya korang tak dapat lah redeem RM20 kupon.
Kot nama korang tercicir dari list aku tak tau. Sebab aku blast to nama-nama yang ada je. Jangan kecik ati kalau tak dapat, nanti balik dari umrah aku masukkan nama korang.

Maknanya kat sini, kalau korang dapat cari friends yang sama-sama nak beli Ephyra, korang akan dapat RM20 kupon untuk setiap kawan yang korang invite tu.
Kalau dapat sorang pun dah save RM20 untuk beli skin bar (contoh).
Kalau dapat 9 orang kawan lagi best, terus boleh redeem Ephyra sekotak PREE. 

Apa-apa pun yang terpaling best adalah semua orang pun boleh dapat 10%.
Cuma loyal customer je dapat RM20 kalau boleh invite friend.
Nanti balik aku try buat sistem point pulak ya?

Bye.



2015-12-17

Away


Ya Allah,

Aku datang ke dua rumah yang mulia itu.
Aku datang lagi dengan izinMu.

Kau jemputku ke sana bukan kerana amalanku.
Kerana amalanku terlalu sedikit.
Kau jemputku ke sana bukan kerana akhlakku.
Kerana akhlakku sangat buruk.
Kau jemputku ke sana bukan kerana ikhlasku.
Kerana hatiku penuh dengan rasa riya'.

Aku tak ada apa-apa, Ya Allah.
Aku datang kerana belas ihsanMu, kerana rahmatMu, kerana Kau Maha Mengasihani.

Maafkan aku.
Kerana bertangguh menziarahi lagi ke dua rumah itu.

Maafkan aku.
Selalu lengah lalaikan solat.
Dalam solat pula teringat pelbagai tempat.
Nampak ada sujud dan ada rukuk.
Tapi dalam hati banyak tak khusyuk.

Puasaku sama seperti yang lain berpuasa.
Bukan kerana takwa tapi kerana budaya.
Sungguh, aku hanya dapat lapar dan dahaga.

Aku kedekut wakaf dan derma.
Leka dengan akhirat asyik tumpu hal dunia.

Aku beli handphone ribu-ribu.
Aku beli handbag beribu-ribu.
Aku renovate rumah dan ofis beribu-ribu.
Aku beli aircond beribu-ribu.
Aku beli TV LCD beribu-ribu.
Aku beli LCD kereta beribu-ribu.
Aku beli barang sendiri beribu-ribu.
Aku melancong beribu-ribu.

Maafkan aku.

Tolong terima aku di sana.
Di sana aku tak ada sesiapa.
Tolong terima aku yang banyak dosa ini.
Yang jahil ini.
Yang lemah ini.
Pelihara aku.
Lindungi aku.
Cukupkan aku.
Mudahkan semua urusanku.

Sembunyikan aib.
Ampunkanlah dosa.
Tutupkan lemahku.
Redhokan syurga buatku.
Terimalah amalanku.
Hapuskan kejahatanku.
Ikhlaskanku dalam hidupku.

Sudikanlah kiranya dianggap hamba.
Kalau bukan hamba, aku tak ada apa-apa.

Allahuakbar.

Labbaika, labbaika.


-Umrah 17-27 Dec 2015-


i. segala urusan jualbeli berjalan seperti biasa.
ii. delivery juga macam biasa.





2015-12-16

Pelik ke tak pelik ke, tetap kena kutuk.



Ni nak bagi ingat kot ada sesape yang duduk berhampiran Shah Alam, ramai-ramai gi Bazaar Lepak VillagePeople by Faiz Dickie hari Sabtu Ahad ni. Ada 10 artis yang akan bukak booth kat sana antaranya Che Ta (jual tudung and perfume), Erra Fazira (tudung), Rita Rudaini (perfume), Yana Samsudin (tudung)...dan beberapa lagi aku tak ingat.

Semalam organizer dia (Lang Abdullah) dah collect 300 trial pack GreenAard dari aku.
300 tu takde la banyak mana kalau nak bandingkan dengan pengunjung Bazaar Lepak yang mungkin beribu. Tapi kalau korang datang awal, maybe boleh dapat.
Sesiapa yang nak try GreenAard, this is your time.
Kalau pueh hati, boleh beli actual product pulak.
Boleh beli direct dengan aku atau kalau nak COD boleh semak senarai agen GreenAard DI SINI.



Bazaar lepak bukan macam event-event biasa yang fokus hanya kepada jualan, tapi kat Bazaar Lepak lebih kepada FUN.
Kat Bazaar Lepak nanti ada OLIMPIK KAMPUNG!

Tunjukkan kehebatan korang main sukan-sukan zaman kecik-kecik dulu.
Baling Selipar.
Galah Panjang.
Tarik Upih.

Tu semua permainan HIPSTER tau.
Budak-budak sekarang tak sempat nak kenal galah panjang.
Meh kenalkan kat dorang game ni. (Psttt! Takpe dorang tak tau main game ni boleh merangkak untuk sep orang).
Yang menang OLIMPIK KAMPUNG ni akan dapat tiket percutian dari travel agency yang gempak-gempak ya.
Bukan calang-calang event Bazaar lepak ni. Ajak anak-anak pegi sekali.
Biar dorang tengok mak bapak dorang pulak main.

Sebut pasal hipster ni, udah-udah la perli dorang yang buat event makan pakai pampers tu.
Pelik memang lah pelik.
Macam korang makan shell-out jugak la.
Korang cakap hipster. For fun.
Aku cakap gila.
Elok-elok ada pinggan, sibuk nak makan berlambak atas meja. Cepuh sana, cepuh sini.

Amacam, sentap?

Sekarang ni suka sangat orang viralkan majlis-majlis orang lain.
Majlis kawen ada makcik-makcik tengah joget lambak - diviralkan.
Bila ditanya apesal viralkan?
"Ohh...apa salahnya viral sebab makcik tu memang dah mengaibkan diri dia sendiri berjoget khalayak orang".
Tapi kena ingat khalayak tu mungkin di kalangan keluarga dia juga.
Keluarga dia upload di FB for fun, mungkin untuk tunjukkan kemeriahan majlis.
Bukan untuk suruh kau pi ambik, pi viralkan dengan caption menghina!

Kawan aku pun pernah buat baby shower.
Kawan aku dulu buat makan dalam baby tray, minum dalam botol susu. Semua yang datang pulak kena pakai baby bib sebab tisu tak disediakan.
Yang lelaki semua kena dipakaikan pampers. Tapi pakai kat luar seluar je la. Ke hulu-hilir suami masing-masing berjalan dengan pampers.
Walaupun tak makan dalam pampers, tapi kalau diviralkan, insyallah kawan aku tetap kena kutuk sebab buat benda yang pelik.

Sebenarnya kan, kau buat majlis pelik pun kena kutuk.
Kau buat majlis terlampau grand dan tersusun macam wedding Che Ta pun kena kutuk.

Kutuk ni dah budaya mainstream.
Apa kata kita diam je.
Sebab diam di zaman sekarang dah jadi hipster.




2015-12-15

Hipster sangat



Hari ni bersepah-sepah orang up status pasal hipster.
Sebenarnya lama dah aku nak tanya apekejadahnya HIPSTER ni.
Tak kuasa pulak aku nak kelebet dictionary check natebewok apa hipster ni.
Until today kecoh orang cerita pasal event hipster, baru la tergerak nak tanya.
Rupanya hipster ni sesuatu yang rare dan out of mainstream.

Aku memang sah-sah la takkan masuk geng hipster ni kan.
Dah kalau playlist pun SM Salim, DJ Dave, Sharipah Aini, Broery....hipster pebendanya kau.
Takpela, biar la aku kekal retro.
Korang hambik la hipster tu. Tapau semua pun takpe.

Rupanya hipster ni boleh jadi makanan, minuman, pakaian, event.....semuanya!
Asalkan ia rare dan tak pernah dibuat orang, maka itulah hipster.

Minum air dalam tabung uji - hipster.
Minum jus dalam balang jar - hipster.
Makan berlambak atas meja takde pinggan - hipster.
Pakai baju kebaya with leggings - hipster.

Esok-esok pakai helmet terbalik pun masuk kategori hipster gak.

Untuk makluman adik-adik ahkak sekalian, kalau zaman ahkak kecik-kecik dulu benda yang tak pernah dibuat orang macam ni kita tak panggil hipster.
Kita panggil Buang Tebiat.

Now Food Truck pun dah jadi hipster rupanya.
Ye lah, zaman sekarang mana ada orang jual makanan atas lori bergerak.
Semua pun pakai restoran. Jadi bila ada sorang start jual makanan atas lori, semua kekaguman seketika.
Padahal zaman aku kecik dulu food truck ni bersepah kat pasar malam.
Mana yang terlebih rajin tu, bawak lori lalu-lalang depan rumah dengan loud speaker jual laksa, jual karipap.
Dulu takde kehinginnya orang nak beli makanan kat food truck ni.
Kotor la, makanan terdedah habuk la, lalat la. Banyak lak cengkadaknya. Now sampai beratur 1km punyalah nak beli makanan hipster.
Tak mustahil esok lusa lalu-lalang depan rumah jual karipap atas basikal pun dipanggil hipster.

Bukan makanan je.
Fashion pun sama.
Pendek kata anything yang tak sama macam orang normal praktikkan, ia dipanggil hipster.
Seluar senteng pun dipanggil hipster fashion.
Pakai spek itam malam-malam buta pun hipster.
Simpan jambang dan janggut panjang sampai boleh buat tocang pun hipster.
Yang paling aku takleh brain gi melepak kat mall dengan pakai kemeja siap ber-tie kasut kulit kilat padahal padahal kau budak-budak skolah je pun - gaya tu pun dipanggil hipster rupanya. Gila betul.
Maknanya as long as no one looks like you when you leave your neighborhood, itu namanya hipster.

Yang paling best, memakai spek bingkai plastic yang tebal pun hipster.
Cilanat betul.
Kau tau tak aku dulu pakai spek bingkai plastik kena kutuk?
Tetiba korang ramai-ramai tak rabun pun nak pakai spek. Spek bingkai besar lak tu.
Kegilaan apekah iniiiii??

Aku tunggu saat dan ketikanya orang menggila nak itamkan kulit sebab kulit itam adelah hipster.
Aku tunggu.



Lu 2015 baru nak hipster.
Guwa 1989 dah hipster dengan spek tebal rambut John Lennon.
Nak celen?

Voleh vlahhh.



2015-12-14

Bersidai depan restoran sehari suntuk



Semalam perasmian/pembukaan Restoran FizoMawar kat Bangi.
Aku tak pergi pun, aku nampak kat newsfeed je.
Alhamdulillah, ada jugak tambahan port aku nak melepak kalau ke Bangi nanti.

Tapi macam biasa la, asal ada sangkut-paut dengan Fareeda je, mesti ada yang hentam.

Contohnya semalam ada jugak la orang kondem apesal sampai nak beratur panjang sehari suntuk depan restoran macamkan restoran tu besok tak bukak.
Restoran kott. Besok lusa pun boleh datang apa.

Aku tak pelik dengan yang beratur panjang tu.
Tapi aku pelik dengan yang tak puas hati.
Asal sabit si Fareeda atau ada kena-mengena dengan suku-sakat Fareeda je, mesti ada orang tak puas hati.
Orang beratur depan kedai tudung pun kena hentam.
Ni orang dok beratur panjang nak masuk restoran pun kena hentam.
Padahal trend bersidai depan kedai ni rasanya kebanyakkan butik muslimah dah start buat dah, tapi takde pulak aku dengar orang hentam butik-butik tu.
Jangan double standard. Nak hentam, biar semua kena hentam.

Sebenarnya kita kena tau, itu semua marketing strategy.
Dan marketing strategy sebegini memang tengah 'in' kat Malaysia.
Ini sebenarnya diakui oleh salah seorang fotografer terkenal yang selalu buat liputan grand opening butik-butik brand ternama.
Dia sendiri share experience dia dengan aku how butik-butik ni gather crowd sampai berkilometer orang beratur depan butik.
Padahal bukan semua yang beratur tu datang nak beli produk butik tu.

Perasan tak sekarang trend mana-mana butik kalau nak launch kedai akan kumpulkan sponsor?
Kadang tu ada yang sponsor kukis, ada yang sponsor tudung, ada yang sponsor brooch.
Macam-macam.
Dan kebanyakkan yang beratur sedari semalam tu sebenarnya datang untuk dapatkan goodie bag tu.
Ini diakui sendiri oleh fotografer yang cerita kat aku tadi.
Dia cakap now dah satu macam trend orang suka ambik gambar kemeriahan manusia yang bersidai berjam-jam kat luar butik.
Itulah yang akan jadi bahan marketing.

Tapi tak bermakna semua yang datang tu nak goodie bag semata-mata.
Memang ada yang datang hanya sebab tu.
Tapi ada juga yang datang sebab butik tersebut tawarkan harga diskaun untuk 100 pengunjung pertama (contohnya).
Itu semua marketing strategy.
Mereka perlu semua tu di-capture atau direkodkan untuk create repo and build reputation company.

Jadi, jangan bingit-bingit kalau nampak orang bersidai berjujuk depan butik/restoran.
Ada sebab kenapa dorang buat macam tu.

Sama lah macam kes aku beratur untuk Mood Republik hari tu.
Kalau nak ikutkan apa perlunya Mood Republik buat undang-undang macam tu? - kena beratur berkumpul kat PWTC untuk dapatkan nombor untuk pilih booth. Untuk apa?
Sedangkan organizer lain buat keadah yang jauh lebih simple. Cuma pilih booth secara online, buat payment, and done. Gempak jugak event dorang, crowd ramai jugak.

Tapi itulah yang dikatakan strategy pemasaran.
Lain orang lain strategi-nya.

Kalau tengok balik apa yang restoran FizoMawar offer semalam boleh bajet yang datang tu bukan sebab nak makan.
Dorang pun tau besok lusa boleh datang makan.
Tapi dorang beratur panjang sebab nak rebut peluang 500 terawal cabutan bertuah menang iPhone.
Bila dapat nombor tu nanti baru layak masuk contest.
Gila kau taknak beratur?? Invest RM20, tetiba ada peluang dapat iPhone yang harga RM3K.

Ada sesetangah orang yang berduit, 3K tu sap sap soi.
Ada sesetengah orang, tak kisah berhabis masa kat depan kedai sehari suntuk untuk mencuba nasib.
Keperluan kita tak sama.









2015-12-13

Naysayers


Aku ada attend satu kelas.
Speaker tu cakap, ramai manusia yang semasa kecilnya bercita-cita tinggi nak buat macam-macam tapi bila besar buat benda lain.
Dan bila umur dah semakin lewat, baru nak realisasikan balik apa yang dia cita-citakan dari kecik.
Semua tu berlaku sebab terlalu dengar apa orang sekeliling cakap especially the naysayers.
Lama-kelamaan kita lupa dengan apa yang kita cita-citakan and start to do something mengikut arus walaupun arus tu bukan pilihan kita. Tapi sebab semua orang buat kita pun buat.
Dan semakin kita dewasa kita semakin tak tau nak buat pilihan sebab kita seringkali memikirkan 'apa orang lain cakap'.

Speaker tu kata budak-budak are very good at visualizing what they want.
Macam kita di zaman kecik-kecik dulu.
Apa yang kita kerap buat time kecik, itu sebenarnya adalah minat kita tapi 99% tak teruskan minat tu bila dewasa but do something else.

Membuatkan aku ingat balik zaman kecik-kecik dulu.
Dari kecik, aku suka main baju-baju Mak Aji.
Almost everyday.
Seriesly almost everyday, aku akan berangan dengan baju-baju Mak Aji.
Padahal baju-baju mak aku habis kuat pun baju kurung je.
Tapi aku akan gayakan ikut style aku.
Boh tali pinggang la, pakai scarf kat peha la, pakai scarf ala-ala gypsi la, dia punya clip brooch aku pakai as subang pun pernah.

Mak Aji ada simpan banyak baju-baju pengantin yang dia sewakan (dulu la, now takde dah).
Baju-baju tu semua disimpan bawah katil, dalam beg besar.
Hari-hari aku punggah bawak keluar all the wedding gown, baju Jawa, baju Arab (jubah), baju Minang, cheongsam.....semua aku pakai.
Tak jemu-jemu.

Kalau melukis, aku suka lukis gamba perempuan pakai dress off shoulder atau one side off shoulder dress.
Rasa macam dah habis style dah dress macam tu.
Aku always bayangkan one day aku jadi fashion designer.

Tapi, minat tu tinggal minat je la.
Sebab tak ada dorongan.
Mak bapak dulu-dulu (aku percaya semua mak bapak kita), tend to encourage kita jadi lawyer, dokter, akauntan, engineer, arkitek....semua yang professional.
Mak Aji kata aku kuat berangan.
Lama-lama aku pun percaya apa yang aku buat tu semua bukanlah minat tapi hanya berangan.

Dan aku selalu jugak berangan jadi bos.
Kalau main ofis-ofis, aku akan jadi bos. Ima jadi secretary aku.
Aku always jadi bos sebab aku macam tau apa aku nak buat bila jadi bos.
Kalau jadi secretary, aku jadi tak tau nak buat apa.
Aku berangan sign cheque, aku berangan pegi outstation, aku berangan ada meeting la apa la...
Bisneswoman la konon.

Tapi disebabkan takde dorongan, aku jadi keliru.
Tak dapat dipastikan itu minat atau berangan.

Dan akhirnya aku ikut arus.
Orang kata macam ni bagus, aku buat.
Orang kata yang tu tak boleh, aku tak buat.

Actually, bila difikir-fikirkan balik, apa yang aku berangankan time kecik dulu - jadi fashion designer and jadi bos syarikat - adalah satu benda yang sama.
Fashion designer - you own the design.
Bos - you own the company.

Aku keje dengan company lama, aku buat produk company tu macam produk sendiri.
Sesuka hati aku buat promosi, sesuka hati aku bagi hamper, sesuka hati aku bagi free gift - as long as I put money on the table, every month hit sales target. Jadi bos aku tak bising pun.

8 tahun selepas grad baru aku realized sebenarnya aku perlu run company sendiri. Gila lambat nak sedar.
Maknanya, sedari kecik aku berangan nak jadi bos dan nak run bisnes sendiri, bila dah umur 31 baru aku patah balik pada cita-cita aku time kecik dulu. Baru aku sedar itulah sebenarnya yang aku nak jadi.
Membuatkan apa yang speaker tu cakap adalah BENAR!
Yang mana, semasa kita di zaman- budak-budaklah kita dah dapat visualized apa yang kita nak tapi semakin kita dewasa semakin kita menjauhi minat kita tadi hanya disebabkan orang kata apa yang kita minat tu tak boleh dicapai atau takde prospek kehidupan.
Sedangkan yang kata tak boleh capai tu dia tak buat pun. Dia cakap je. Berdasarkan pemerhatian dia je. Rasa-rasa je.

Tapi sehingga hari aku decide nak run company sendiri pun, masih ada lagi orang yang takde keyakinan dengan keputusan tu.
Mak Aji yang terpaling tak setuju lah.
Second, En Wan.
Dorang ni boleh dikatakan naysayers lah.
Ada percubaan untuk mengalih cita-cita.

"Buat apa nak benti keje nak berniaga. Gaji kau dah besar dah"
"Takde keturunan kita yang berniaga"
"Kita baru nak rasa selesa dengan life, tiba-tiba nak benti keje berniaga. Ini semua backwards"

Padahal semua yang tak kasik ni, semua tak pernah buat pun lagi.
Aku tak tau apesal dia tak kasik.
Maybe macam En Wan cakap lah, hidup baru nak selesa, anak dah ada, tetiba nak ambil risiko berniaga yang belum tau untung rugi.

Aku tau apa aku buat and aku tau apa aku nak buat, but everything seemed to be moving slowly and aku selalu get really confused about everything bila naysayers ni semua start tanya macam-macam like "Boleh buat ke ni....", "Pikir balik...".

Tu cara-cara berdepan dengan naysayers di kalangan famili dan suami.
Jangan ceritalah naysayers di kalangan outsiders yang sometimes when you’re out there on your own trying hard to push the boundaries and achieve something amazing, dia akan start with all the negative words yang macam-macam. Biasalah kan bila kita hidup dalam era media sosial, manusia lebih suka share gosip-gosip and fitnah-fitnah.

One thing yang bestnya jadi blogger ni, atau jadi celebriti atau public figure, golongan ini selalu dapat attention masyarakat (atau kelompok followersnya sendiri). Dan golongan ni dah dibiasakan dengan feedback dari masyarakat samada positive or negative feedback.
Lama-lama, dorang ni jadi lali dan kebal dengan apa juga feedback.
Kata-kata pujian pun dah bukan sesuatu yang perlu dikinja-kinjakan.
Kata-kata sumpahan pun dah bukan sesuatu yang perlu diambik peduli.

Mungkin inilah yang dikatakan blessing in disguise.
Bukan ke Tuhan tu mengajar hambaNya melalui pelbagai cara?
Mungkin inilah caraNya mempersiapkan diri kita untuk menghadapi sesuatu yang lebih hebat dari tu.

Tapi kadang-kadang orang lain tak kata apa pun, but hati kita sendiri yang jadi penghalang.

Love to write tapi risau nanti kalau aku tulis ada orang baca ke?
Love to sing tapi risau nanti orang kata suara tak sedap.
Nak join pertandingan ratu cantik, tapi risau orang kata kau cantik ke?
Ni namanya overprotective.
Ujung-ujung apa pun tak buat.
Lepas tu apa orang lain buat, kita dengki.

Kalau kita tak start, camana kita nak tau how to overcome masalah tu?
Contohnya anak menangis.
Mula-mula jadi ibu, agak tunggang langgang jugak la nak bagi dia berhenti nangis. Habis keluar segala bunyi katak, bunyi ayam, bunyi itik tengah-tengah malam nak bagi dia benti menangis.
But after a while kita tau dah what works best, especially since a baby often cries for different reasons.

When someone doubts you or doesn’t believe in you, kena ingat yang kita hanya ada satu saja kehidupan atas dunia ni untuk achieve all the amazing things you want to achieve, so stay strong, keep the faith and trust that what you want to happen is a done deal.

Bak kata pepatah,
Nak seribu daya.
Usaha tangga kejayaan.
Yang paling penting - rezeki Allah yang bagi.



Show room Fleur by Mrs Him.
Belum bukak lagi.
Soon.

Dari kecik berangan, umur 38 baru nak jadi.

Insyallah.