Semalam baca artikel tentang student Malaysia bunuh diri kat Jepun sebab kemurungan.
Sedih bila baca kes-kes macam ni.
Tak dapat dipastikan apa punca sebenar kemurungan the student.
Tapi benda dah jadi kan, takde apa kita nak cerita lanjut pasal dia.
Selalunya orang yang murung ni dah giveup nak buat apa pun aperah lagi nak ajak bercerita tentang masalah dia.
That's why kes-kes kemurungan susah nak dirawat, tapi bukan tak boleh lansung.
Perlu ada kerjasama dua-dua pihak - yang menolong dan yang nak ditolong.
Yang pasti, depression ni takkan menyerang tanpa sebab.
Apa-apapun mesti bermula dengan satu reason yang menyebabkan diri tertekan.
Untreated stress somehow boleh kontrol our body.
Kadang bila kita baca reason orang-orang yang bunuh diri, sometimes macam remeh sangat masalahnya.
Level kerumitan masalah dan ketahanan mental setiap orang berbeza.
Ramai orang anggap masalah yang dihadapi lebih berat dari orang lain, padahal kita yang tengok dari sudut pandang yang luas, ada ramai lagi yang face the same problem bahkan lagi berat berbanding dirinya.
Respon seseorang pun berbeza.
Ada yang tetap optimis waktu berdepan dengan masalah.
Ada yang pesimis, merasa tak sanggup dah nak lalui dan merasa hidup takde makna lagi.
Respon seseorang dipengaruhi oleh ketahanan mental dan ketahanan mental ada kaitan dengan pembentukan karakter seseorang.
Ada orang tertekan sebab jerawat tumbuh kat muka.
Stress sampai hilang keyakinan, sampai rendah diri sangat-sangat.
Ada orang lain jerawat batu bersepah dari jendul sampai ke leher pun masih konfiden jelita.
Ada murid kulit cerah tertekan bila cikgu paksa join merentas desa. Takut nau jadi hitam.
Siap beli MC punyalah taknak join.
Ada budak yang dah sedia hitam rilek je melenggang sepanjang 10km (sebab penat berlari), tak pakai topi pun.
"Apa adehal kulit berbirat", kata beliau.
Tekanan-tekanan 'simple' macam ni to some, sangat membebankan.
Jadi, susah untuk kita kata those yang dapat depression tu sejenis yang 'tak kental'.
Kerana ketabahan manusia berbeza-beza dan ujian pun tak sama.
Aku salah sorang yang selalu jadi stok dibahan member time skolah, especially skolah rendah.
Asal cikgu bagi contoh benda hitam je, semua pandang aku.
Asal keluar pantun "hitam-hitam si tampuk manggis" je, semua toleh kat aku.
Macamkan aku yang paling hitam dalam skolah tu.
Siap letak watermark kau, ntah sape je la nak plagiat gambar ni. Kahkahkah.
Gambar atas tu masa umur 12 tahun.
Oklah fine, memang aku hitam, tapi ada yang lagi hitam dalam skolah tu tapi apesal aku yang jadi bahan gelak?
Tipulah kalau aku kata aku tak tertekan.
Everytime ada word 'hitam' dalam buku teks, aku dah ngeri.
Bersedia je lah kena jap lagi ni.
Dulu masa Darjah 2 ada lagu Ali, Ah Meng dan Muthu, kan?
Alah, yang lagu "Ada seorang kawan namanya Ah Meng. Dia juga berkawan namanya Muthu. Kami berkawan baik sama sedarjah...."
"Bagi Diana je lah jadi Muthu.."
Pastu gelak gelak.
Macam vavi perangai.
Tapi aku balas dengan senyuman je everytime orang bahan aku.
Seolah-olah aku sporting.
Maybe kat situlah silapnya, sebab aku diam dan balas dengan muka takde perasaan.
That's why dorang ingat aku ok dan gunakan modal yang sama untuk ejek aku again and again.
Tapi aku memang tak kuasa nak membalas.
Disebakan torture yang aku terima dari kecik, aku jadi segan nak bersiap-siap macam pompuan lain.
Kalau lepas PJ kita salin baju kat toilet, aku nak pandang cermin lama-lama pun malu.
Aku rasa macam orang cakap "Beria bersiap pandang cermin macamkan kau cantik!"
Aku anggap aku takkan jadi cantik pun sebab kulit aku hitam.
Masa skolah menengah, program merentas desa, waktu tu dah Form 4 dah pun.
Aku dah semangat nak join merentas desa, siap pakai topi bagai.
Pastu ada sorang budak laki ni cakap "Ko apsal nak pakai topi? Kau takkan putih punya kalau pakai topi tu".
Sakit hati okeh.
Tapi again, aku diam je.
Aku kalau menyampah dengan orang memang aku diamkan je.
Tapi ada spesis manusia dia ingat bila kita diam bermakna kita kalah dan dia menang.
Padahal aku tak kuasa nak melayan kau.
Dalam hati aku cakap "Eleh, kau tu menang kat putih je tapi bangang masuk kelas sastera".
Hahahhahahah.
Ya, aku tau perangai aku macam budak-budak.
Tapi bezanya aku tak cakap, aku pendam dalam hati je.
Oh by the way, no offense untuk budak-budak sastera yang lain ya.
Ni aku bengang dengan budak laki tu je.
Ada lagi sorang, masa aku Form 3.
Dia kata "Lelaki kalau hitam takpe. Pompuan kalau hitam sape nak?"
Kalau time skolah rendah kena ejek takpe lagi.
Masa tu jiwa masih jiwa budak.
Tapi kalau dah Form 4 masih ada orang bahankan aku dengan warna kulit, aku ada gak perasaan malu wei.
Dah anak dara kot time tu tapi masih lagi jadi stok gelak dek jantan-jantan keberet.
So aku ada satu akal!
Aku start jadikan lelaki kawan baik.
Aku banyak spend time dengan kawan-kawan lelaki.
Aku melepak dengan member lelaki.
Dorang gi padang main bola, aku join, walaupun jadi pemerhati.
Aku brung breng brung breng dengan dorang naik moto.
Sampai mak aku dah berkira-kira mesti salah sorang dari lelaki-lelaki yang selalu datang rumah ni akan jadi menantu dia.
Itulah jalan keluar yang aku pilih.
Aku anggap aku perlu berkawan dengan lelaki dan ada kawan-kawan baik di kalangan lelaki.
Bila aku baik dengan lelaki, dorang pun dah membahan aku lagi.
Ye lah, aku kan dah jadi member baik dorang.
Lelaki lain pun segan nak bahan sebab dia tahu support system aku kuat.
Yang pompuan pun jadi respek sikit dengan aku sebab aku ramai lelaki nak berkawan dowhhhhhhhhhhhhh.
Tektik aku berjaya rupanya.
Bila naik Form 5, aku lagi ramai member lelaki dari perempuan.
Dah takde orang dah ejek aku hitam hitam hitam.
Konfius kejap aku, aku ni dah putih ke? Kahkahkahkah.
Tapi tu la dia, dari kecik kena ejek hitam sekali aku dapat suami kulit putih.
Pernah terserempak dengan kawan yang kata kat aku "perempuan hitam takde sape nak" kat McD Bangi.
Kenalkan aku dengan awek dia.
Alahaiii, sepesen je pun kaler ton dengan aku.
Samada awek dia hitam tapi dia tak perasan, atau aku memang dah cerah sikit.
Tapi aku rasa aku masih hitam. So maknanya awek dia hitam. Hahaha.
Bak kata orang bijaksana, masalah kita ni cuma 10%.
Lagi 90% adalah bagaimana kita respon terhadap masalah tu tadi.
Kes-kes kemurungan sampai ke tahap bunuh diri actually kategori paling tinggi.
Selalunya kalau sampai ke tahap takde mood lansung sampai nak mandi pun dah takde mood, bercakap pun malas, this is major depression oready.
Tanda-tanda awal kemurungan sebenarnya kita boleh nampak lebih awal, tapi ussually kita pun tak perasan yang tu adalah sejenis tanda-tanda kemurungan.
Kenapa agaknya orang jadi pemabuk?
Kenapa orang jadi penagih?
Kenapa ada laki silap sikit pukul bini, pukul anak, panas baran tak boleh diajar?
Tu semua tanda-tanda awal depression sebenarnya tapi belum sampai ke tahap clinical depression lagi sampai hilang mood, mati emosi dan asik rasa nak bunuh diri.
Walaumacamanapun, kalau untreated, boleh sampai ke tahap yang paling major juga akhirnya.
Cuba tengok kat atas ni.
Customer ni berjaya dapatkan diskaun beli GC Plus kat website.
Caranya :
1. Masuk website : www.greenaard.com
2. Pilih produk mana yang nak beli.
3. Shopping macam biasa.
4. Nanti selepas check out ada pop out window yang kata "Nak jimat? Kongsi produk ini di Facebook atau Instagram. Kami akan hantarkan one-time kod diskaun berdasarkan berapa ramai followers anda!"
5. Website akan detect berapa banyak follower korang. Based on follower tu, korang akan dapat diskaun di bawah :
5% discount for 100 - 500 followers
7% discount for 501 - 1500 followers
9% discount for 1501 - 3000 followers
11% discount for 3001 - 50000 followers
6. Tak caya, cubalah sekarang :)