2015-07-31

Ni jenis manusia yang tak layak ditolong



Ini keadaan rumah arwah nenek Tampin aku.
Macam ni la keadaan dalam rumah dia sekarang.
Ibal snap senyap-senyap baru-baru ni time ikut Mak Aji balik Tampin.

Last week, Mak Aji balik Muar and Tampin, balik beraya jumpa sedara-mara yang masih ada kat Muar. On the way balik Bangi, dorang singgah Tampin nak tengok kubur atuk and Pak Unggal. Lalu depan rumah ni, singgah sekali kebetulan penyewanya ada.
Dah ada peluang tu kan, apa lagi, masuk la.

Aku tak tau la apa perasaan Mak Aji masuk rumah dia tengok dalam rumah lagi teruk dari reban ayam lama nenek aku. Series, aku dulu tukang kemas reban. Reban arwah atuk dulu 2 tingkat. Tingkat atas dijadikan rumah burung merpati, tingkat bawah reban ayam. Tiap pagi and petang (kalau cuti sekolah balik kampung), aku ngan Ima akan bagi makan ayam, jadi kitorang sangat familiar dengan keadaan dalam reban. Reban memang jauh lagi bersih dari keadaan rumah nenek aku sekarang ni.

Tapi aku paham sangat la Mak Aji ngan Pak Aji jenis sangatttttttttttttttttt berbudi bahasa.
Sampaikan rumah dah jadi macam ni pun masih lagi boleh nak bersabar.
Sorry la kalau kena kat aku. Memang aku tabur cukup-cukup depan penyewa ni.



Dah macam rumah hape je aku tengok dari luar.
Yang aku pelik tu ada jugak jenis orang macam ni yang boleh selesa tinggal dalam rumah keliling penuh semak.
Hello! Beruk pun taknak tinggal dalam semak okeh.

Aku sakit hati Mak Aji and Pak Aji tak buat apa-apa.
Sorry la, kalau nak berbudi bahasa pun biarla kena pada tempatnya.
Mak bapak aku ni jenis segan ngan orang sikit, nak cakap pun tapis-tapis sangat.
Dah jadi macam ni depan mata pun masih lagi nak berbudi bahasa?
Apa ingat kita je kena berbahasa?
Jenis tak paham bahasa macam ni, bahasa paling mudah is bahasa tangan je.

Rumah ni dah la rumah lama. Bukan rumah baru.
Alangkan rumah baru pun kalau tak dijaga boleh buruk, apetah lagi rumah dah sedia lama.



Ni rumah Mak Long aku.
Rumah ni duduknya berdepan dengan rumah arwah nenek aku skarang.
Rumah Mak Long ni adelah rumah nenek Mak Aji (moyang aku).
Moyang aku ni adelah mak kepada arwah atuk.
Bila atuk pencen dari keje kat Singapore, dia balik bawak anak bini dia ke kampung, buat rumah depan rumah mak dia.

Ko leh imagine tak berapa punya lama rumah Mak Long aku ni.
Dari zaman moyang aku lagi tau tak rumah ni dah ada.
Tapi rumah ni jauhhhhhhhhhhhhhhhhhh lagi cantik dari rumah arwah nenek aku sekarang.
Mak Long aku duduk sorang. Perempuan single.
Umur tua dari Mak Aji.
Tapi kederat dia yang tua ni, lagi ok dari kederat penyewa rumah arwah nenek yang lelaki muda tu.
Dah la penyewa tu duduk berkeluarga, patutnya lagi ramai boleh tolong kemas-kemaskan rumah.

Akai ada??

Bukan nak suruh kau beli barang-barang baru untuk rumah nenek aku tu.
Kau kemas je pun dah bagus.
Lagipun kau kan duduk dalam rumah tu sendiri.
Apa yang payahnya kau nak kemas rumah sendiri?
Kalau rasa-rasa biasa duduk dalam keadaan bersepah macam tu, baik kau duduk kat tempat pembuangan sampah je. Dah tentu-tentu kau takyah berkemas.




Rumah ni dulu 'disewa' (read : mengangkang duduk free macamkan rumah tu mak bapak dia punya) oleh adik dia. Bila adik dia blah, dia masuk. So now dia tengah usaha nak settlekan hutang sewa lama adik dia.

Fine.

Tapi, apa kena-mengenanya 'tengah settlekan hutang lama adik' dengan tak boleh kemas rumah?

Ada kaitan tak ko rasa?

Kau nak settlekan hutang adik kau, kau settlelah.
Yang sampai rumah takleh berkemas ni apekejadahnya?
Takde sangkut-paut okeh.

Ni bukan apa.
Ni sebenarnya memang jenis pemalas.
Mentaliti tipikal orang menyewa.
Kalau dah nama menyewa, maknanya rumah tu bukan milik sendiri. Jadi, tak payah la jaga.
Esok-esok dah ada rumah sendiri baru jaga betul-betul.
Sorry to say la, selalunya orang jenis gini memang lambat la nak merasa duduk rumah sendiri.
Alangkan Tuhan bagi yang ni pun kau takleh jaga, apa jaminannya ada harta sendiri nanti kau akan jaga dengan baik?

Aku pun orang berniaga jugak.
Dulu before ada opis, rumah aku ni jugak la aku letak semua stok-stok kit aku.
Tapi takde pulak aku lambakkan semua stok aku tengah-tengah hall rumah, bodoh!

Aku syak dia sebenarnya perlukan stor untuk letak barang-barang niaga dia.
Orang macam ni tak perlukan rumah pun.
Dia boleh tido dalam khemah.
Objektif dia cuma nak letak barang berniaga.
Maka rumah nenek aku lah jadi mangsa.

Aku tak tau camne lagi aku nak aku racun mak bapak aku supaya halau penyewa ni dari rumah tu.
Sakit hati okeh dapat penyewa takde hati perut macam tu.
Kalau ikut mendidih aku ni, aku halau je.
Pedulik apa aku kau ada anak kecik ke apa ke, sometimes kalau nak kesiankan orang pun tengok keadaan jugak la.
Rasanya adelah lebih baik simpan sikit kesian tu untuk orang yang layak.
Jenis manusia tak tau terima kasih macam ni tak layak nak dapat kesian.

Aku just imagine satu hari nanti kalau mak bapak aku dah takde, and Ibal tetiba nak beli rumah lain pulak.
Agak-agak apa kata jiran-jiran kalau rumah Bangi tu aku sewakan kat orang tak berjenis macam tu?

"Kesian rumah Ishak ni, dulu masa orang tuanya ada lagi, tiap pagi dia sapu depan, sampai depan-depan rumah jiran pun habis dia sapunya sekali"

"Anak-anak semua keje besar, tapi rumah mak bapaknya buruk takde sape nak balik tengok-tengokkan"

Aku syak inilah jugak apa jiran-jiran kampung nenek aku dok kata.

Aku berharap Mak Aji terbukak hati untuk tukar nama rumah tu kepada nama aku secepat mungkin.
Senang sikit aku nak buat aktiviti BERSIH, TEBAS, CANTAS, CAMPAK DAN TENDANG kat rumah nenek aku tu.



2015-07-29

Clearance



Ni aku nak clearkan shelf.
Sebab nak get ready new product untuk masuk bulan August, jadi mana yang tinggal sikit-sikit ni aku nak bagi harga clearence sale. Kasik clear rak aku.

Size ADWA Kurung yang available now :

a. No 1 : SOLD OUT semua size.
b. No 2 : SOLD OUT semua size.
c. No 3 : SOLD OUT semua size.
d. No 4 : XS (1), L (2)
e. No 5 : M (1)
f. No 6 : S (1), M (2)

Harga asal kurung ADWA RM157 (tak termasuk pos), now price dia cuma RM100 (tak termasuk pos).



Size Jubah ORLIN yang masih available :

a. No 1 : M (1)
b. No 2 : S (1), M (1), L (1), XL (1)
c. No 3 : S (1)
d. No 4 : M (1), XXL (1)
e. No 5 : M (1), L (1), XL (2)
f. No 6 : S (1), M (2), L (1), XL (1), XXL (1)

Harga asal Jubah ORLIN RM157 (tak termasuk pos), now price dia cuma RM100 (tak termasuk pos).



Size Jubah AWLIYA yang masih available :

a. No 1 : L (1), XL (1), XXL (2)
b. No 2 : S (2), L (1), XXL (1)
c. No 3 : S (1), M (1), L (1), XL (2), XXL (1)
d. No 4 : L (1), XL (1), XXL (1)
e. No 5 : S (1), M (2), XL (1), XXL (1)

Harga asal Jubah ORLIN RM146 (tak termasuk pos), now price dia cuma RM89 (tak termasuk pos).

Boleh beli di website www.fleurbymrshim.com.
Go to tab RAYA 2015 and klik dropdown menu.
Pilih nak beli apa, samada Adwa, Awliya atau Orlin.




Takde masalah kalau nak teruskan dengan caffein kerana normally caffein ni bagi tenaga.
Dia takkan ganggu the process.
Tapi aku pernah sekali tu try stop terus minum teh, memang lagi lancar ke jamban oii.



Tak semua orang dapat kesan secepat 3 hari.
Selain aku, salah satu contoh lagi customer ni, dia pun alami berak-berak walaupun baru start makan.
Jangan risau, itu proses detox.
Cuma pastikan minum banyak air, nanti badan layu tak pasal-pasal.
Aku masa awal-awal ambik dulu sehari sampai 7 kali, sampai melepek kejap.
Lama-lama dia dah slow sikit sebab badan dah mula nak pecahkan lemak degil.
Teruskan je lah makan sehingga dapat berat yang ko nak.
Jangan expect bulan ni makan, bulan depan dah selim-melim.
Kena ingat, berapa tahun pulak kau ternah lemak. 
Ingat sebulan boleh hilang terus lemak-lemak kau? Nehi ya, nehi.

Tapi, ni ada berita tak berapa best.
Malam ni aku terpaksa stop jual E-Slim Burner.
Aku ingatkan bila aku tukar setting ke Pre-Order, sambutan jadi slow, rupanya makin banyak.
Yang paling aku takut sebab kebanyakkan yang buat pre-order ni terus bayar sedangkan aku dah bagitau product delay.

Total pending delivery aku dah terlalu panjang. Aku takut stok yang sampai tak cukup, semakin lama lah lagi korang kena tunggu. Aku tak selesa pegang duit orang lama-lama.
Aku tengah work out dengan team camana cara nak bagi stok masuk dengan lebih cepat and mudah.
Doakan aku supaya dapat ilham camana nak dapatkan jalan ni. Harap-harap aku tak pause lama.
Terima kasih sebab support.

Sorry, mana yang dah order, dah bayar mahupun belum, nama korang dah ada dalam sistem, sekiranya stok mencukupi, kita akan contact mana-mana yang belum buat payment.

Thank you.



Ringkas je



Ni entry ringkas saje sebab nak bagi clear some pertanyaan dalam email.
Ramai email tanyakan if E Slim Burner safe untuk G6PD, HBP, heart disease and a few more disease.

Ingredient dalam E Slim Burner takde yang bahaya, sebab semuanya natural products/herbs.
Tapi kat dalam tu ada Hawthorn fruit.

Hawthorn fruit ni tak bahaya pun, in fact banyak digunakan dalam fruit jelly TETAPI bila korang ada ambik ubat-ubatan lain (especially ubat untuk penyakit masing-masing), di situ la kerisauannya. Hawthorn fruit ni tak bahaya, but ia ada kebarangkalian untuk jadi bahaya sekiranya dia bertindakbalas dengan ubtat-ubatan tadi (ubat HBP contohnya).

Atas sebab itulah aku tak suggest korang ambik, melainkan nak consult ngan dokter dulu.

Ada sorang customer sape ntah nama dia lupa pulak, dia dah order. Then bila dia baca kat blog aku tak kasik yang HBP ambik, dia nak cancel. Tetiba semalam dia email nak proceed sebab dia tanya dokter and dokter kata pill ni ok dengan keadaan kesihatan dia sebab semuanya natural products.

Jadi, kalau yang ada sakit apa-apa and ambil ubat dokter, gi tanya dokter dulu okeh.

Kepada yang berpuasa, boleh ikut instructions yang aku bagi dalam printscreen tu.

Sekian, aku nak gi jumpa customer. Bye.

Oh by the way, aku nak buat sale untuk Kurung ADWA sebab ada beberapa helai je lagi left (ada yang tinggal satu size je untuk satu design), aku nak clearkan shelf. Harga hilang akal punya aku bagi.

Nanti malam-malam ada masa aku up kat blog.



2015-07-28

Time traveller



Berangan la kejap ada anak pompuan, pinjam jap anak orang.
Nak pulak anak orang tu dengan En Wan. Selama ni dia taknak ngan orang selain makbapak dia. Kali ni nak pulak. Sama kaler agaknya. Nasib baik Rayyan ok je. Pandai pulak dia bahasakan diri dia abang.

"Adik nak jadi abang ke? Nak panggil abang apa ni? Abang Rayyan ke?", aku tanya.

Dia jawab "Abang Adik".

Hah, elok lah tu.
Dah jadi abang masih nak pegang tittle adik.



Regarding E-Slim Burner, ada tanya air panas segelas tu macam mana?
Sukati la besar mana pun, selalunya aku pakai mug macam ni,
Ni pun sebenarnya aku tengah minum air panas putih sebab nak makan pill tu la.
Makan pill kat rumah orang.


Lama gila aku tak jejak pasar.
Selalunya keje pi pasar ni keje En Wan. Dia lagi pandai pilih ikan udang sotong dari aku.
Tapi hari tu aku pegi la jugak. Saje nak ubah angin.
Jumpa lak ubi kayu, pehhhhhhh.
Jawa dan ubi kayu memang berpisah tiada.



Sape penah pegi restoran ni? Kat Puchong, satu deret dengan kedai lampu murah paling popular kat Puchong. Aku baru je pergi last week, on the way balik dari Pasar Borong, En Wan singgah sini untuk makan.

Pelik jugak bila ada restoran macam ni kat kawasan tu.
Sebab aku tak rasa kawasan ni sesuai ada restoran macam ni sebab area tu macam tak berapa nak hidup je aku tengok.
Kawasan perumahan ada, tapi access ke sana pun macam tak berapa nak senang.
So aku syak tokey kedai ni orang kaya, bukak kedai just for fun.

Kerana.....



See?
Kedai dia macam show room barangan lama.
Macam sesaje je bukak kedai makan suka-ska kan?
Tapi makanan dia boleh tahan sedap.
Memang boleh maju.
Patutnya kedai macam ni buat kat Bangi, konfem beratur orang nak masuk.



Seronok tengok barang antik dalam ni.
Ni baru betul namanya SULATKABAR LAMAAAAAA.




Mana nak jumpa typewriter pesen ni dah?
Dengan tulisan JANGAN SENTOH tu sekali ejaan lama dia bubuh.

Cerita pasal typewriter ni, on the same day ada 2 cerita pasal typewriter.

Mula-mula si Redza.
Dia tanya aku nak gi mana, aku cakap nak keluar beli typewriter.
Dia tanya typewriter tu apa?
Aku describe la sikit pasal typewriter,
Pastu dia kata "Ohhhh, Redza tau. Kat skolah Redza ada"

Aku : Kat Pejabat Am kan? (sebab aku selalu tengok kakak kerani skolah aku guna typewriter dulu)

Redza : Bukan. Kat library. Kat ruangan sejarah.

RUANGAN SEJARAH okehhhh!!
Tua sangat ke aku ni sampai typewriter zaman aku skolah dulu dah jadi bahan sejarah?

*selak rambut check uban*

Keduanya, on the same day gak, kat Harvey Norman.
Aku tengok online, Harvey Norman ada typewriter katanya.
Bila masuk sana En Wan tanya salesman situ "Dik, typewriter ada tak?"

Salesman : Apa dia?

En Wan : Typewriter.

Salesman : Kejap bang, macamana eh barang dia? Macam pernah dengar typewriter.

MACAM PERNAH DENGAR dia kata okeh!
Sampaikan salesman dia sendiri tak tau apa itu typewriter.
Aku kat belakang En Wan pun buat muka blur, konon-konon aku pun tak tau la menatang apa typewriter ni. Percubaan nak nampak remaja gak aku ni. Kah Kah Kah.

Hari tu aku ngan En Wan terasa macam kitorang ni time traveller pulak,



Aku rasa memang nasik lemak Ipoh style dia camni.
Nasik dia jenis yang berderai, senang nak makan.
Memang sama macam Restoran Nuin kat Bangi, also restoran makanan Ipoh (Perak) jugak.

Oh ni aku nak cerita satu game.

Redza ajak aku main satu game dia download kat iPad.
Apa tajuk dia pun aku tak tau, tapi best jugak.
Permainannya, kita fikirkan satu karakter, dan dia (Pak Arab) dalam game ni akan teka siapa karakter yang kita dok imagine tu.

Mula-mula aku tak paham gak camana main dia, tapi layankan je la si Redza.

So, macam biasa la, karakter aku of cos la ehem ehem.
Bukan En Wan, tu yang pastinya.

Macam-macam soalan dia tanya.



OF COS!



NEHI!



Wow! Yes, yes!!



Dengan muka kereknya tanya soklan ni kat aku.
As if "Aku tau dahhh...tapi saje je aku nak buat-buat ramah".



YES!!!
YES!!!

Tak pueh hati punya pasal, aku main lagi.
Kali ni imagine karakter lain pulak.



Oh, yes!



Memang cina pun.



Wah wahhh,,,macam dah tau je ni.



Tengok la tu, sambil tanya pasal mati sambil senyum.



Gila kerek muka tanya soklan ni.
Yes, yes, Member of a team.
Betul dah tu.



Masa ni aku dah gelak dah.
Aku tau dia jumpa dah jawapannya.



Terer. Terer!!



YEAHHHHHHHHHHHHHHH!!!!

Betapa glemernya karakter aku.

Malangnya semua dah mati.

Aku try gak imagine karakter Shaheizy Sam.
Tapi takde dalam rekod dia kauuu.
Berbulu je aku.
Gila glemer kot Shaheizy Sam ni.
Tapi takpe, aku dah masukkan dalam rekod game ni.
Pasni korang try imagine Shaheizy, konfem ada dah. Sebab aku dah update database dia.



2015-07-27

Pamah Kulat


Terima kasih yang menjemput aku gi open house hujung minggu ni.
Sampai aku lupa dah siapa yang menjemput.
Tapi minta maaf tak dapat datang sebab Jumaat ni aku gerak balik Tganu semula, abang En Wan kawenkan anak. Haruslah cheer leader balik kan, kang tak meriah majlis orang okeh.
Jimat kalau jemput aku datang majlis kawen, sebab takyah sewa pembesar suara. Insyallah suara aku desibelnya tinggi, nak nak lagi kalau anak aku berpencak kat majlis orang, memang lagi tinggi pitching boleh pergi.

Ada juga yang jemput datang ke wedding, tapi aku lupa minggu ni ke, minggu depan.
Pun minta maaf tak dapat attend, nak buat camne, bertembung ngan majlis keluarga sendiri.
Tapi tima kasih la menjemput.

Ada yang tanya aku tak buat open house ke.
Tahun ni memang belum plan lagi nak buat ke tak.
Sebab minggu ni dah kena balik Tganu.
Minggu depan aku naik Bandung semula.
Jadi, aku blom plan apa-apa lagi.



Nampak ni apa??

Aku boleh la pulak lupa nak order sambal itam dak Ernie ni bulan puasa hari tu.
Padahal dalam kepala ni dok la teringat nak order tapi sampai abis puasa tak order-order gak.
Last-last raya ni la baru dapat makan.

Ni sambal itam salah sorang reader blog.
Tak salah aku dah 3 kali paket gak aku merasa sambal itam dia.
Dulu-dulu masa dia start bisnes ni, sambal itam dia masuk dalam clear plastic je, very simple.
Tapi tu la kan, don't judge a book by it's cover kata Brad Pitt.
Bukak dulu, kasik tengok dalam apa rasa.

MEMANG SEDAP!

Tapi masa aku beli first time, gila bapak pedas oiiiii!
Aku dah la tak leh makan pedas sangat, jenuh nak mengahabiskan sesudu sambal itam.

Bila pakej baru sampai kelmarin, wahhhhhh, dah maju bisnes budak ni. Alhamdulillah.
Seronok tengok bisnes orang maju.
Now dah dalam bekas tupperware (by request). Masih dalam plastic clear tapi kalau nak, plastic tu nanti dimasukkan dalam bekas tupperware. Jadi kiranya beli sambal dapat free container la konsepnya. Hahaha.
Kalau nak jimat, takyah request container, nanti dia pack dalam paket plastic je. Bukan apa, kalau pakai container nanti pakej jadi berat and besar, yang kena bayau mahal kang korang gak. So, untuk jimat space, lebih ekonomi kalau takyah mintak container, pakai plastic je sudeyy. Bukan ko nak makan container tu pun, Melainkan nak buat hadiah ke, cantik la sikit kan kalau ada container sekali.

Eh tapi bagus jugak idea ni.
Sebab takyah susah-susah aku nak pakai bekas aku.
Koyakkan plastik, masukkan dalam bekas yang dia bekalkan ni, pastu boleh teruskan panaskan dalam microwave.
Tak abis kalu, tutup, simpan dalam fridge.
Settle.

Dulu takde sticker, now dah ada.
Seronok pulak aku tengok bisnes dah ada peningkatan. Bagus la macam ni kan.
Now tak salah aku, dia buat sambal itam ni pakai mesin pengacau. Sebab order terlampau banyak, dah tak larat nak kacau sambal sendiri, terpaksa guna mesin.
Pernah sekali tu dia mintak aku naikkan status kat FB mintak kot followers aku ada pokok belimbing buluh kat rumah. Aku rasa dia nak pajak pokok tu kot. Sebab sambal itam dia ni guna belimbing buluh. Korang kalau ada pokok belimbing buluh area Bangi/Kajang, boleh la hantar proposal kat dia. Dia buat bisnes sambal.
Kau buat bisnes pajak pokok belimbing buluh.
Ok pe.



Sedap dimana begitu aje tagline sambal itam ni sebenornya.

Now sambal itam dak Ernie ni dah macam sos Nandos.
Kau boleh request nak regular pedas, pedas or extra pedas.
Yang aku rasa now ni rasanya pedas, bukan extra pedas. Sebab dia pernah bagi aku yang extra pedas mak aiiiiii, boleh tertanggal kulit jubo kau. Gila bapak punya pedas. Dia punya kepedasan tu bukan takat kat tekak je tapi sampai ke bontot okeh. Sape yang betul-betul tahan pedas je dialu-alukan order yang Extra Pedas.

Tu kat gamba tu kemain jelas nombor phone Ernie, korang go whatsapp sendiri.

Nak self collect pun boleh, tak salah aku dia ni tinggal kat Bukit Mahkota.
Kalau sekitar sana, or Bangi boleh kot nak COD.
Tapi tak tau la kot kot now dia dah tak buat COD sebab bisnes dah semakin busy. Mana sempat wei.
Tapi mana tau dia dah ada runner kan. Silakan order sendiri.



Biasa kan korang tengok orang makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis?

Ok, ni aku buat ubi goreng makan ngan sambal itam.
Memang SEDAP!
Boleh try kalau tak caya. Tapi kalau nak makan style gini, aku suggest order sambal itam 2 bekas terus la. Konfem tak cukup punya.

Kalau ada sesape yang bangsa pemalas macam aku, aku recommend buat nasik goreng guna sambal itam.
Penah sekali dulu aku lapar pagi-pagi tak tau nak makan apa, tengok dalam periuk ada nasik sejuk.
Nak makan tapi malas nak tumbuk cili ngan bawang.
Aku masukkan nasik, masukkan sambal itam, pecahkan telur sebijik, masukkan garam sikit, terus goreng.
Sedap pulak tu!
Cuma nasik aku tak jadi merah la, jadi hitam-hitam sikit. Hahahahha.
Tapi takpela, janji sedap. Dan tak menyusahkan aku nak menumbuk cili bawang segala.

Kekdah ni sesuai kalau ko nak guna time puasa hari tu.
Pagi-pagi nak tumbuk sambal kang mengganggu keheningan pagi lak.
Jadi tuang je sambal itam, goreng. Abis cerita.


Takde serunding daging nak lawankan dengan ketupat palas?
Sambal itam pun bolehhhhh.
Makcik-makcik kalau buat kuah lontong takde sambal, takyah gelabah makcik. Hidang je sambal itam ni. Konfem pastu makcik gelabah tengok lontong makcik habis sekelip mata.
KONFEM!


Agak-agak malas nau nak masak atau dah tak tau nak masak apa hari ni, goreng je telur mata, pastu lawankan dengan sambal itam.
Pun laju aku cakap kau.
Camne aku tau?
Sebab aku selalu buat la, aku kan malas masak, tak tau ke? 


Ok ni rare.
Spageti with sambal itam.
Sape kata tak boleh? Boleh aje.


See??
Kan aku kata, makan ubi rebus takyah tunggu sambal tumis.
Makan je ngan sambal itam.
Sama je, cuma kaler je lain. Tetap sambal.
Jauh lebih sedap.
Kena pulak ngan teh O panas. Pehhh!


Mamak lupa tapaukan kuah kari?
Ape adehalllll.
Tenyeh roti canai ngan sambal itam je sudeyyy.


Pek adelah pelbagai.
Kalau 180g kau dapat dalam bekas tupperware.
Kalau 360g, dapat dalam botol Prego ni.




Ni antara testimoni pembeli-pembeli yang pernah beli dengan dia.
Ala,..sambal dak Ernie ni sebenarnya dah takyah guna testimoni dah.
Memang dah ketahuan sedap. Takyah risau.
Dia guna ikan bilis kecik-kecik je, tak keras.
Yang sedap tu dia punya ramuan. Memang kena ngan tekak aku.

Boleh la try.

Khas untuk pembaca blog ni, dia kata ada promosi :

Beli 5 paket free 1 bermula hari ni 27-31 Julai.

Harga untuk setiap paket mengikut level kepedasan adelah seperti berikut. Sepaket 180g :

1. Regular RM12
2. Extra Pedas RM14
3. Extra Masam RM16

Pos laju charge 1-4 paket RM6
Pos laju charge 5-15 paket RM9

Whatsapp terus ke Ernie 012-3306743