2025-12-31

GreenAard: Kalau malam kau dah makan nasi pukul 8, tapi pagi lapar gila, something wrong with your body.

Someone tunjuk kat aku screenshot:

"Uji diri sendiri. Makan hanya 3 biji telur pada pukul 7 pm. Kemudian stop makan. Tido. Esok pagi kalau terlalu lapar, you have a big problem"
 
Dia tanya kenapa big problem.

Itu soalan twist je benaunya. 7 malam hingga 7 pagi tu 12 jam berpuasa. Sama tempohnya macam berpuasa bulan Ramadan. Korang semua tahan berpuasa 12 jam, kan? 

Badan manusia direka untuk boleh berpuasa. Ini fakta biologi. Nenek moyang kita dulu takde konsep “kena makan setiap 2-3 jam, kalau tak gastrik”. Dorang makan bila ada makanan. Bila takde makanan, badan tahu apa nak buat. Badan kita berupaya untuk dapatkan sumber tenaga daripada lemak bila sumber glukosa takde.

Tiga biji telur at 7 malam. Dari segi kalori, kat situ ada lebih kurang 210-240 kcal. 

Dari segi protein, around 18-21 gram. Lemak pun ada. 

Eggs are packed with nutrients. Kalau kau makan 3 biji telur, kemudian tidur, dan bangun pagi dalam keadaan TERLALU lapar, lapar sampai menggigil, pening, tak boleh fokus, itu bukan lapar. Itu namanya simptom. Kat sinilah maksud “you have a big problem”. Masalah tu bukan pada telur tapi pada sistem kawalan tenaga badan.

Lapar yang betul datang dengan perlahan. Dia buat kita rasa oh lapar tapi badan masih boleh berfungsi. Masih boleh tunggu. Kalau lapar pagi itu datang dalam bentuk pening, mabuk, berasa nak muntah, nak tumbang, itu selalunya withdrawal gula. 

Badan yang healthy, dengan insulin yang stabil, dengan metabolisme yang fleksibel, sepatutnya boleh bertahan 10-12 jam without food tanpa rasa sengsara. Kita tidur pun 6-7 jam. Itu pun puasa. Tambah 3-4 jam selepas bangun, itu normal. Kalau tak boleh, itu petanda badan terlalu bergantung kepada glukosa luaran.

Masalah pertama yang usually berlaku ialah insulin resistance. Bila someone makan terlalu kerap, makan tinggi karbohidrat ringkas (kek, mee, biskut, roti), tinggi gula, insulin sentiasa naik. Lama-lama sel jadi ‘pekak’ dengan insulin. Glukosa susah masuk ke dalam sel. Ujung-ujung walaupun gula ada dalam darah, sel masih lapar. Otak pun keluarkan signal “Tak cukup tenaga! Makan lagi!" Inilah punca kenapa orang boleh bangun pagi dengan perut kosong, gula darah tinggi, tapi masih rasa lapar yang extreme.

Masalah kedua ialah hormon lapar dah rosak. Kita ada dua jenis hormon kawalan lapar iaitu ghrelin and leptin. Ghrelin bagi signal lapar, leptin bagi signal kenyang. Tapi bila pola makan dah haywire, tidur tak cukup, gula tinggi, leptin resistance akan berlaku. Otak dah tak dengar signal kenyang. Akibatnya, lapar jadi extreme.

Masalah ketiga ialah badan tak mampu bakar lemak sendiri. Our body has a huge energy reserve stored as fat. Walaupun kau kurus, masih ada ribuan kalori tersimpan. Tapi ramai orang tak boleh akses simpanan ni. Why? Sebab insulin sentiasa tinggi. Jadi bila makanan terakhir dah habis diproses, badan tak boleh beralih kepada lemak sebab insulin bermasalah (pankreas bermasalah). Maka datanglah lapar yang melampau.

Ramai orang hidup dengan insulin yang sentiasa tinggi sebab makan terlalu kerap, tinggi gula, tinggi karbohidrat ringkas, dan jarang beri badan masa untuk insulin turun. Bila insulin sentiasa tinggi, badan takde access untuk guna lemak sebab badan secara fitrah lebih suka guna gula as tenaga. Jadi lemak akan kekal tersimpan tak kurang-kurang.

Dalam badan yang healthy, insulin akan turun. Bila insulin turun, badan start guna lemak. Enzim pembakar lemak diaktifkan, asid lemak dilepaskan, otak dapat tenaga, dan kita rasa stabil. Tapi dalam badan yang insulin tinggi, badannya tak pernah dapat isyarat untuk buka stor lemak. Jadi bila glukosa dari makanan habis, gula dah rendah tapi badan takleh access lemak. Itu yang buat menggigil. Itulah maksud "you have a big problem".

Insulin bukan sekadar hormon yang turunkan gula. Fungsi utama insulin sebenarnya membagi arahan kepada badan supaya hentikan pembakaran lemak. Maka setiap kali insulin menaik, mesejnya “Tenaga sedang masuk. Jangan guna simpanan lemak”.

Masalah keempat ialah ketagihan nak makan. Ini jarang orang nak mengaku. Ramai tak lapar, tapi berasa nak makan. Selalunya berasa nak makan sebab dah jadi kebiasaan. Makan sebab dah pukul 8 pagi. Makan sebab tengok orang lain makan. Makan sebab sunyi, bosan, stress, penat, atau nak reward diri sendiri. Ini bukan isu perut. Ini isu otak.

Setiap kali makan, terutamanya makanan manis, bertepung, atau highly processed, otak akan lepaskan dopamine. Dopamine bukan hormon lapar, tapi hormon ganjaran. Dia buat kita rasa lega, tenang sekejap, dan berasa lega. Disebabkan kebiasaan inilah lama-lama, otak mula kaitkan makan dengan rasa selesa, bukan dengan keperluan tenaga. 

Bila jadi kebiasaan, signal pun bercelaru. Otak mula mintak makan walaupun badan tak perlukan tenaga. Perut tak lapar mana pun tapi fikiran tak tenang. berasa nak kunyah something walaupun baru habis makan. Inilah sebab kenapa ramai orang rasa susah nak skip satu meal. Rutin terganggu. Otak tak suka perubahan. Bila waktu makan yang biasa dah hilang, otak dah menggelabah suruh makan, walaupun perut sebenarnya takde rasa apa. 

Inilah masalah dengan some people yang guna GC Plus atau Maaltyd. Kenapa masih lapar dia tanya. 

No, you bukan lapar, tapi badan you masih terbiasa dengan rutin makan berjadual. Pagi mesti sarapan. Lunch mesti makan. Malam mesti makan. In between nak pisang goreng, kepok lekor, jajan, celekat, aiskrim. Itu lapar psikologi namanya. Lapar ni datang tak spesifik. Nak benda tertentu. Nak yang manis-manis, nak yang rangup-rangup, nak yang berlemak. Itu petanda bukan permintaan perut, tapi permintaan otak.

Masalah ketagih nak makan ni agak tricky. Sebab bukan perut yang lapar, tapi otak yang meminta. Bila benda ni repeat hari-hari, badan jadi susah nak baca signal lapar yang sebenar. Kat sini actually GC Plus can help a bit sebab dia stabilkan metabolisme dan kawal cravings. Bahan aktif dalam GC Plus help you feel satisfied sooner and tahan daripada rasa nak makan terus. Perfect for anyone looking to cut sugar or skip unnecessary snacks.

Bila gula darah lebih stabil, insulin tak naik mendadak, dan badan dapat gunakan tenaga dari lemak dengan lebih efisien. Maksudnya lemak yang disimpan boleh diakses, dan risiko lapar ekstrem berkurang. In short, GC Plus is not just for weight loss, but to get your body and brain working as a team.

Telur dalam ujian tadi hanyalah tools untuk test kalau badan masih tak boleh cope, itu bermakna you ada isu dalaman. Tanda metabolisme you tak sihat. Ini bukan isu gemuk atau kurus lagi dah tapi metabolik rosak. Badan yang sihat sepatutnya tenang je bila makanan takde. Dia akan guna simpanan lemak. Kalau malam kau dah makan nasi pukul 8, tapi pagi lapar gila, something wrong with your body.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2025-12-30

Medical Card: Sesiapa yang ada medical card pastu ada niat nak terminatekan medical card tu, PLEASE FIKIR BALIK BAIK-BAIK.


Nampak ni:
Sesiapa yang ada medical card pastu ada niat nak terminatekan medical card tu, PLEASE FIKIR BALIK BAIK-BAIK.

Seboleh mungkin usahakan untuk kekalkan. Jumpa agen korang and mintak dia revise balik pelan. Kalau boleh downgrade, silakan downgrade. Biar bulan-bulan murah sikit. Tapi JANGAN TERMINATE.

Benda ni jadi kat client En Wan yang juga blog reader aku. Yang cerita kat aku ni blog readernya sendiri. Kisahnya, dulu dia ada medical card. Dah ambik 5-6 tahun. Tak pernah guna. Lepas tu dia terminate no point ambil medical card bila company ada medical card juga. Maka dia pun terminate medical card.

3 tahun selepas dia terminate medical card, dia resign sebab dia ada anak autism yang perlukan perhatian. Dia kata susah nursery tak nak ambik jaga. Lepas bincang-bincang dengan suami, ok dia resign.

Nak dijadikan cerita dia kena buang hysterectomy (buang rahim). Terpaksa keluarkan RM30K pakai duit sendiri sebab dah tak kerja, company apa yang nak tanggung, kan. Medical card pulak dah terminate. Masa tu baru dia realized if only dia maintain medical card, at least RM30K masih ada dalam ASB now. Padahal bulan-bulan bayar medical card tak sampai RM300 katanya. Tapi bila duit sendiri habis RM30K, terasa betul.

Pastu dia sign-up dengan En Wan. Tapi disebabkan dia sign up at age yang not so young anymore, plus dah ada medical history buat histerectomy, jadi medical cardnya ada exclusion. Tapi dia ambil juga sebab dah rasa sakitnya kena keluarkan duit sendiri.

Aku nak je cerita kat orang yang buat post Thread tu pasal ni. Tapi dia tak kenal aku, karang dia rasa aku nak influence dia ambil medical card dengan laki aku pulak. Takyahlah cerita.

Cuma based on cerita dia, dia kata starting bayar RM120. SELEPAS 10 tahun, up jadi RM200. Maknanya selepas 10 tahun naik RM80 saja, dik. Dalam tempoh 10 tahun tu gaji kau dah naik lebih dari RM80. Patutnya takde masalah. Melainkan kau buat komitmen yang melebihi perbelanjaan sedia ada.

I tell you, kalau sesak sangat, better terminate hibah daripada medical card. Medical card usahakan untuk maintain sebab medical card kau boleh guna. Hibah tu hanya berfungsi bila kau dah takde. Kalau mampu, biar ada dua-dua. Kalau tak mampu, drop hibah dan kekalkan medical card.

Ini actually bukan soal mana lebih penting tapi pasal fungsi. Medical card untuk protect selagi kita masih bernafas. Kau takdir jatuh sakit, kos rawatan datang serta-merta. Itu perlukan cashflow dan coverage on the spot. Kalau kau terminate medical card, you’re basically gambling that your body will always cooperate with you.

Medical card bukan semata-mata tentang claim atau tak claim. It’s about having the right to get treated without having to worry about money first. Bila doktor cakap “kita nak operate awak segera”, masa tu kita cuma nak fokus buat keputusan perubatan, option mana lebih baik, bukan financial decision.

Baca aku tulis ni baik-baik.

Medical card yang kau terminate today mungkin kau tak boleh dah nak ambik esok. Hibah kau boleh buat bila financial dah stabil. Medical card belum tentu. Sebab masa tu umur dah naik, risiko naik, penyakit dah mula muncul. Semua tu boleh buat kau uninsurable without you even realizing it.

Kawan-kawan aku now at our age dah ada yang start makan ubat darah tinggi and kencing manis. Nasib baik semua zaman muda dah buat medical card. Now apa-apa jadi boleh guna medical card. Kalau now baru nak apply memang declinelah, confirm.

Dengar pesan aku. Korang muda-muda ni jangan pikir yang korang takkan tua, ya. Kalau umur panjang, kau akan lalui umur 40-50 an. Waktu ni badan dah mula keluarkan simptom-simptomnya. So jangan terminate medical card. Revise kalau nak kurangkan harga. Yang belum ambil, please please ambil.

Sekarang ni, walaupun masuk hospital kerajaan atau macam IJN, kes jantung bukan terus dapat rawatan, ya. Kawan se-kilang En Wan baru-baru ni kata dia punya turn IJN setahun! Untuk buat bypass, ada yang kena tunggu 6–7 bulan.

Same goes to kes accident. Hospital kerajaan memang bagus, tak dinafikan. Tapi untuk some peralatan, implant atau prosedur kecemasan, tetap patient kena sediakan duit. Paling tak RM10k-20k kena ada. Sebab kos peralatan bukan sikit-sikit. Kalau ada savings, takpe. Kalau takde, masa tu treatment decisions dah bukan based on medical needs lagi. Dah start based on what you can afford pulak.

Semua orang tahu hospital kerajaan memang ada kepakaran yang sangat tinggi. Doktor-doktor kat sana lebih berpengalaman. Ramai yang jadi pakar rujukan. Itu fakta. Masa Rayyan sakit dulu pun, doktor Avisena refer doktor PPUM. Tapi realiti sistem hari ni, patient dah terlampau ramai berbanding kapasiti doktor kat hospital kerajaan.

Sekarang kalau pergi hospital kerajaan, doktor akan tanya “Ada medical card tak?”

Sebab dorang tahu betapa panjangnya list queue yang menunggu. Rawatan susulan seterusnya maybe 2–3 bulan lagi, sometimes more. Ada kes yang sebenarnya tak payah tunggu lama, tapi terpaksa jugak tunggu sebab the sistem tak mampu tampung semua serentak.

Tahu tak ramai doktor pakar kat hospital kerajaan juga practice kat private hospital? So jangan terkejut kalau appointment kat hospital kerajaan kau dapat date 3 bulan lagi, tapi bila pergi private, minggu depan dah boleh jumpa doktor yang sama. Ilmu, kepakaran, orang yang sama. Bezanya cuma akses dan masa menunggu.

Inilah beza besar antara ada medical card dan takde. Ni bukan soal nak pilih hospital mahal. Ia soal MASA. Bila sakit, masa tu sangat kritikal. Ada penyakit yang kalau lambat treat, akibatnya boleh jadi kekal.

Medical card bukan bermaksud hospital kerajaan tak bagus. Ia bermaksud kau ada pilihan. You don’t have to be stuck in the waiting system when your health actually needs faster action.

Aku baca komen-komen ni pun seram. Semua komen penyakit mula datang at age 40 ke atas.

Ya, kita boleh berharap sihat. Tapi dalam masa yang sama kena bersedia sebab terminate medical card bukan macam terminate Netflix. Ini keputusan yang hanya nampak logik selagi badan kau sihat. Time sakit nanti, keputusan ni akan jadi keputusan paling mahal pernah kau buat.

Medical card wujud sebab manusia tak boleh jamin akan sentiasa sihat. Kalau semua penyakit boleh dirancang, takde siapa perlukan medical card. Masalahnya, kecelakaan datang tiba-tiba.

Medical card bukan makin murah bila umur makin naik, ya. Ia bukan je makin mahal, tapi makin ketat dan makin susah nak lulus. Yang sekarang bergantung pada medical card company, please buat medical card personal. Sebab one day kalau kau sakit, company takkan nak kau lagi. Sebab masa tu kau dah tak boleh kerja, cannot perform. Waktu tu pulak dahlah sakit, umur pulak dah banyak. Medical card konfem tak lepas. Please, ya. Pastikan buat personal medical card.

Masa muda, masa sihat, you are basically buying the right to be taken care of when you get sick later on. Bila kau terminate, kau bukan sekadar berhenti bayar tapi kau sedang buang hak tu.

Jangan tunggu atau bertangguh. Let alone nak terminate yang sedia ada. Ramai yang terminate always keluar ayat “Nanti aku ambil balik.”

Ini ayat paling bahaya dalam dunia takaful. Sebab bila “nanti” tu datang, selalunya dah terlambat. En Wan dah ramaiiiii client gini. Yang bila dibagi quotation mintak pikir dulu. Lepas tu senyap. Oklah, En Wan ingat maybe dia ambil company lain. Tup-tup lepas setahun dua, contact En Wan nak sign up.

Bila buat medical check up, rupanya darah tinggi dah muncul dalam satu rekod. Pernah satu kali gula naik. Pernah satu kali doktor tulis “monitoring”. Inilah yang aku palinggggg tak suka time jadi medical underwriter dulu. Sebab walaupun SATU rekod, itu cukup untuk kitorang keluarkan requirement for further check up nd pasti ada loading atau exclusion.

Yang ada medical card, please maintain. The medical card you have now is for the future version of yourself, not who you are today. Hari ni kita sihat, esok belum tentu. Hari ni kita kuat, esok belum tentu. Medical card adalah hadiah paling praktikal yang kita boleh bagi kepada diri sendiri di masa depan.

Jangan terminate sebab ikut orang. Jangan terminate sebab rasa “aku tak guna pun setakat ni”. You are not paying for what’s already happened. You’re paying for what you can’t predict.

Kalau lepas baca ni masih rasa nak terminate, terpulang. Tapi sekurang-kurangnya buatkah keputusan dengan mata terbuka, bukan sekadar nak jimat. Sebab in realiti, jimat yang paling mahal ialah jimat yang dibuat sebelum musibah datang.

By the way, hujung-hujung tahun ni medical underwriter lembut hati sikit sebab dorang nak close case. Applylah medical card atau hibah now. Mudah nak lulus ni.

Baideway, ESOK last HIBAH MURAH RM250K. Hadiahkan wife atau diri sendiri (bayar sendiri) hibah. Pasni takde dah hibah murah gini. 

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
Wan Mohd Ridzuan 
(MDRT 2024, 2025, 2026)

2025-12-29

Macamana aku handle emosi bila dapat tahu Rayyan disleksia.


Ini request yang dah delay berbulan-bulan (maybe tahun). Aku jarang dah now update pasal hal family kat blog, tak macam zaman dulu. Sekarang hal anak-anak and family, aku banyak update kat IG. Sebab ringkas takyah tulis panjang sangat. Cerita pi holiday pun dah malas nak update kat blog. Kalau dulu rajin kemain siap Part 1 Part 2. Tapi tu lah. Now bila tak tulis kat blog, nak cari balik gambar dah tak jumpa 😆.

Gini. Ada orang mintak aku ceritakan balik macamana aku handle emosi bila dapat tahu Rayyan disleksia. Ceritanya, this lady anaknya di-diagnosed dengan disleksia tapi now anak dah Darjah 3 baru tahun. Mula-mula dulu masa Darjah 1 dia ingatkan normal bila anak membaca slow sebab kawan-kawan sekelas lain ramai yang takleh membaca lagi. Mengaji pun sama. Slow. Tapi now dah Darjah 3, tahun depan nak Darjah 4 masih slow lagi.

Macam Rayyan, kitorang discover dia ada dyslexia masa Darjah 1, bila buat latihan maths, dia tak boleh jawab soalan "2+2". Soalan yang sangat-sangat simple. Padahal dia pernah buat calculation yang lebih susah dari ni. Maksudnya, dia tak konsisten. Kadang boleh buat, kadang tak boleh. Aku terus terfikirkan Dyslexia, lantas bawa Rayyan pi buat assessment. Result assessment kata betul, Rayyan ada dyslexia, tapi mild.

Untuk pengetahuan, dyslexia adalah learning problem. Most dyslexia dicirikan dengan masalah MEMBACA. That's why dulu ramai followers interested nak tahu macamana Rayyan boleh lancar membaca walaupun dah di-diagnosed disleksia. Kids with dyslexia memang ada masalah membaca, tapi bukan semua. Their reading challenges aren’t all the same. Some tak boleh padankan bunyi dengan ejaan/huruf. Eja lain, sebut lain. Rayyan dulu eja KETAM:

K E = ke
T A M = reb

KEREB! (crab) 😆😆
Kau tak hangin dengar??

Some anak-anak disleksia read very slowly. Some tak kenal atau tak dapat identify huruf. Nampak huruf bergerak/berpusing/terbalik. Ada juga yang dapat gabungan semua masalah ni. Masa buat assessment, the pakar identify Rayyan as visual dyslexia tetapi very mild. Rayyan memang ada delay in reading. Umur 6 tahun masih merangkak membaca. Tapi masuk Darjah 1 dia dah lancar membaca.

Jadi, semasa buat assessment dia tak ada masalah membaca.  Menulis pun ok tetapiiiiii, tulis kejap condong ke atas, ke bawah. Bila menulis atas blank page, ok. Kalau bagi dia menulis atas examination pad, kejap ke bawah, kejap ke atas. Pakar cakap, Rayyan punya disleksia is visual problem. Garisan tu pada mata dia bergerak-gerak.

Lagi satu, bila pakar buat test menyambungkan titik-titik (connecting dots), Rayyan always termissed dots. Because dia nampak dots bergerak-gerak. Masa tulah aku dapat jawapan kenapa dia payah kenal huruf Jawi. Masa Darjah 1 masih belum kenal huruf Jawi sepenuhnya. Rupanya dia nampak titik-titik pada hurud Ba, Ta, Ya, bergerak-gerak. Aku syak itulah juga punca dia tak boleh jawab soalan "2+2", maybe dia nampak "z+z", that's why dia ambil masa yang lama untuk jawab.

Lepas buat assessment, aku tanya pakar if aku patut letak Rayyan di sekolah khas. Pakar kata tak perlu, sebab Rayyan tak heavy dyslexia sampai require special class. Jadi, aku beranikan Rayyan teruskan belajar di sekolah aliran perdana. But, ada kerja keras yang mesti dibuat iaitu LATIH TUBI. Bukan dia yang latih tubi, dengan aku aku sekali bertubi-tubi kena buat kerja extra. Everyday kerja aku and En Wan melatih dia menulis, membaca and menyambungkan dots. Beli buku menulis and connecting dots banyak-banyak. Bagi dia buat. Membaca memang hari-hari. Macamana penat balik kerja pun, tetap kena settlekan learning intensive untuk Rayyan. Aku sangat percaya learning problem boleh dirawat. Maybe takkan jadi se-perfect budak-budak yang "normal", tapi mesti ada improvement, itu dah achievement hebat dah.

Alhamdulillah, Rayyan tak pernah dapat nombor lebih dari nombor 10 dalam kelasnya. Darjah 1 and 2 dia dapat naik stage hujung tahun. Dia kekal top 10 pun aku dah rasa big achievement untuk budak dyslexic, kalau dapat naik pentas tu bonus. Dia tamatkan sekolah rendah dengan jadi Anugerah Top 5 Akademik and Tokoh Ko-Kurikulum. Dan dia juga dapat tawaran ke STAR. Satu achievement yang orang takkan sangka kalau tengok permulaan dia bagaimana. Aku sendiri tak sangka dia boleh lancar membaca, siap wakil daerah untuk public speaking.

Parents yang ada anak-anak dyslexia, satu je aku pesan - jangan letakkan pressure pada anak dan diri sendiri. Jangan pressure dia untuk jadi the best, untuk dapat anugerah cemerlang, untuk jadi sangat hebat. NO NEED. Buat saja yang penting.

Anak speech delay?
Fokuskan pada speech. Biar ada improvement.

Anak tak boleh membaca?
Teman dia baca everyday. Belikan banyak buku bergambar supaya dia minat membaca.

Anak tak boleh mengira?
Bagi latihan biar dia cekap mengira sesuai dengan tahapnya.

Dia jadi top atau tak itu belakang cerita, janji dia kuasai apa yang sepatut dia kuasai sesuai dengan umur. Bukan tak nak bagi dia jadi the best, tapi biar patut padan sikit kita ni pun. Kita tak berada di tempat dia, tak tahu how hard dia try untuk catch up dengan kawan-kawan "normal" yang lain. Dia dah try cukup hard untuk belajar. Kita tak tahu maybe itu dah maximum effort dia dah.

En Wan dulu selalu terbabas bab ni. Kadang-kadang aku rasa macam dia ni yang dyslexia sebenarnya. Because, ciri-ciri dyslexia yang utama adalah susah memahami arahan dan tak boleh accept multiple directions. Apak dia gitulah. Berbuih aku cakap "Rayyan tu dyslexic, awak tak boleh ajar dia maths macam awak ajar Redza". Takkkk. Dia pulun ajar Rayyan maths sampai budak tu jadi blur. Rayyan punya tahap 'takut' bila bapak dia ajar Maths, sampaikan substraction dengan addition dah tak boleh beza. Kau rasa? Memang bertempik la aku kat rumah tu.

Aku selalu cakap kat En Wan, jangan treat Rayyan macam Redza. Redza lain. Redza macam kita. Rayyan bukan, dia special, thus perlukan special approach juga. Tapi biasala kan, En Wan sejenis budak cream jadi mengajar anak-anak cara budak cream. Semua nak cepat faham, semua nak laju. Eh kau ni. Nasib baiklah aku ni hidup lagi. Akulah yang memujuk and memotivasikan Rayyan.

Rayyan memang ada masalah memahami arahan. Now masih macam tu. Kalau aku nak mintak tolong buat apa-apa, arahan aku satu per satu.

“Adik nanti tolong angkat baju letak dalam bakul biru ok?”

Bila dah angkat nanti aku sambung “Bakul tu nanti bawak naik bilik mama”

“Nanti tolong susunkan semula hanger yang adik angkat dari ampaian letak dalam bakul merah”

Kasi dia settle buat arahan pertama baru aku bagi second instruction. Tapi lepas tu aku takyah arah banyak-banyak dah. Next round aku mintak angkat baju dia dah tahu flow — angkat, masuk dalam bakul biru, bawak naik bilik, turun susun hanger.

Ini memang ciri special budak dyslexia iaitu susah memahami arahan. Nak buat macamana, itu adalah dia. Jadi kita kena buat cara dia.

Dulu pernah lepas online tusyen maths, ada exam. Cikgu bagi arahan jawab kat examination pad then snap, then hantar thru whatsapp. Habis exam, kitorang masuk bilik nak tengok. Atas examination pad tu huru-hara. Situlah pengiraan, situlah jawapan. Dengan takde nombor soalan bagai. Arahan yang dia faham cuma "Jawab soalan". Yang lain dia tak faham sebab cikgu bagi arahan satu napas. En Wan masa tu terus amukan. Bengang dia Rayyan tak faham arahan. Lepas tu En Wan pulak aku amuk-kan. Ni karang silap-silap bapaknya aku hantar pi buat assessment. Sejenis tak paham apa orang cakap gak orang tua ni. Geram aku.

Bila dah bagitau cikgu masalah Rayyan barulah cikgu faham. Tapi cikgu surprised sebab dia kata Rayyan yang paling pandai maths dalam kelas. Kiraan dia laju cuma tunggang-langgang kertas tu dia buat. Situlah jalan kira, situ conteng, situ jawapan.

Anak-anak dyslexia ni special, begitu juga anak-anak yang ada kelainan upaya lain. Jangan kita as parents merasa kekurangan pada anak-anak macam ni. Jangan juga kita rasa tertekan bila anak-anak kita tak sepandai anak orang lain asbab dia dyslexia. Tengok diri kita dulu. Kita yang normal ni apa je achievement yang kita dah capai? Boleh dibanggakan ke tak? Asyik harap achievement anak-anak je, nampak sangat kita as a person takde apa yang boleh dibanggakan. Tu yang nak nompang anak je tu.

Anak-anak dyslexia ni dah berjanji dengan Allah semasa dalam rahim. Allah tanya "Aku akan jadikan kau dyslexia. Sanggup tak?"

Dia kata "Aku sanggup"

Demi nak keluar ke dunia, nak jumpa mak bapaknya, nak jumpa adik-beradik yang lain, anak ini sanggup ambil ujian Allah menjadi anak dyslexia. Dia tak mintak, tapi Allah bagi dan dia terima.

Aku ingat lagi masa first time aku melawat Rayyan kat NICU lepas bersalin, size dia sagat kecik. Doktor letakkan dia dalam bekas macam tupperware, dalam incubator. Dada dia turun naik kuat bernafas. Nurse lalu depan aku cakap "Budak ni semangat nak hidup dia kuat".

That's why aku sebak bila everytime Rayyan kena marah dengan En Wan time study. Sebab aku tak tahu apa kesanggupan dia masa berjanji dengan Allah dulu demi nak penuhi impian aku nak anak kedua. Berani dia berjanji sanggup dilahirkan tak cukup bulan, sanggup lalui hidup dengan bantuan pernafasan selepas lahir, sanggup speech delay, sanggup slow progress dari kawan-kawan lain, sanggup kena marah dengan mak bapak everytime tak faham belajar, sanggup dianggap lembab berbanding abang dia….😭 Dia sanggup semua demi nak jumpa mak bapak. Sebak bila aku kenang-kenangkan balik.

Kelebihan Rayyan yang aku nampak, dia kuat mengingat, tapi malas membaca. Budak dyslexic memang tak suka membaca. Itu perkara paling last dia akan buat. Tapi kalau terpaksa, dia akan mengingat dengan cepat. Masa Rayyan join story telling competition, aku surprised dia boleh hafal word by word 8 pages A4 punya story. Surah Mulk 30 ayat dia dapat hafal dalam seminggu. Dah besar-besar ni baru nampak dia minat membaca, tak tu lah buku english saja. Buku melayu tak minat. Tu pasal BM dia manjang ke laut. Tapi alhamdulillah exam baru ni BM dapat B. Rayyan mendapat B dalam BM adalah achievement, ya! Kalau dapat A, aku hantar pisang kat masjid.

Apa yang boleh aku cakap, anak yang normal, kalau kita ajar cara normal, dorang boleh excellent. Tapi anak-anak dyslexia, untuk dorang jadi "normal", kita kena double the effort so that dia boleh at least sama level dengan budak-budak lain. Jadi, caranya latih tubi. Buat reading everyday, menulis everyday. Bagi dia buat apa dia minat, sebab ciri dyslexic is creative. Tu pasal dulu aku biorkan je Rayyan berexperimentasi dengan tudung-tudung aku. Yang penting, parents kena bagi sokongan. Orang luar nak pandang serong ke, pandang lekeh ke, itu hal dorang. Tapi kalau parents sendiri perlekeh anak-anak ni, siapa lagi yang boleh develop self-esteem dorang?

Sebahagian besar kids with dyslexia tak yakin dengan kemampuan akademik mereka. Ini yang buatkan dorang low self-esteem. Ramai anak-anak disleksia sebenarnya ada IQ yang tinggi, tapi tak berpeluang memanfaatkan kelebihan yang ada. As parents, kita ada pengaruh yang besar dalam mengembangkan kekuatan dan minat anak kita. Bina hubungan dengan luangkan masa untuk kenalpasti minat dan kekuatan anak. From here kita dapat tahu not only his kekurangan tapi bidang mana yang dia cemerlang. Bila anak ni diletakkan pada sesuatu yang dia suka, kau akan tengok dia bloom.

Kita semua belajar dengan secara berbeza. Same goes to anak dyslexia, keupayaan dorang berbeza. Tapi itulah kekuatan sebenar dorang. Cuma dikebanyakkan sekolah, pengajaran disesuaikan untuk pelajar auditori/lisan. Sebilangan besar pembelajaran adalah melalui teks, jadi kurang sesuai untuk profil pembelajaran anak-anak dyslexia. Jadi terpulang pada parents, kalau rasa anak boleh follow aliran perdana, teruskan. Kalau rasa heavy, masukkan dalam aliran khas. Toksah nak malu-malulah dengan orang lain hanya kerana anak kita masuk "sekolah pendidikan khas". Pikir besok kalau kita mati, anak-anak ni boleh jaga diri sendiri. Jadi kita kena bagi dia pembelajaran yang sesuai dengan pace dia, because they are SPECIAL.


2025-12-28

Yang Yang memang kayu


Salah sorang international fans backup Yang Yang yang dikecam sebab lakonannya kayu. Beria betul dia mem-backup siap kata Yang Yang tu stiff sebab dia dulu belajar kat Military Uni. Hahahaha. Memanglah tapi dia belajar course DANCE! Bukannya dia jadi askar kat situ.

Betul kata netizen Weibo, international fans selalu dapat information yang salah tentang entertainment news kat China.

Semalam ada sorang ni kat TikTok cakap betapa hebatnya lakonan Chen Zheyuen dalam The White Olive Tree. Dia tak tahu kat China, Chen Zheyuen sampai kena buat video say sorry kat peminat atas lakonan buruk dalam drama tu. Hahaha. Dalam drama tu watak Wang Tianchen lagi menyerlah, mau tak hangin fans dia, hero kena overshadow? Tapi yang international fans beria kata the best lakonan sedap nak mati.

Pastu sorang lagi fans Yang Yang, also kat TikTok ulas pasal kenapa Yang Yang hiatus 2 tahun. Dia kata Yang Yang hiatus sebab drama last dia Fireworks of My Heart tak dapat sambutan padahal lakonan Yang Yang and Wang Churan dalam drama tu sangat best. Ya ampunnn. Since when Yang Yang berlakon best weh?? Pastu kau cakap Wang Churan pun best?? Mata kat kepala lutut ke camana. Dua-dua ni kombo kayu terbaik, ya! Tak caya pergilah tengom drama tu. Wang Churan kayu-sekayu-kayunya. Yang Yang tu kita fahamlah, memang dari dulu kejung.

Hakikatnya, drama Fireworks of My Heart kena bash teruk kat China. Siap kena kecam dengan firefighters sebab ada scene main-main dengan fire extinguisher. Padahal kau tu carry watak firefighter, boleh pulak main-main dengan bendalah tu. Actually jalan cerita drama tu ok je, cuma pemilihan pelakon sangat failed. Kalau nak kekalkan Yang Yang, at least ambiklah female lead yang boleh berlakon. Ini kau gabungkan 2 kayu, camana tak flop drama tu.

Yang Yang ada buat statement kat Weibo, dia hiatus 2 tahun pertamanya sebab dia buat operation kaki. Keduanya, dia rasa orang dah tak suka dia sejak lakonan dia dalam Fireworks of My Heart. Lemah aku dengar statement macam ni. Bagi aku, Yang Yang was so unprofesional buat statement macam tu. Kau bukan BBNU. Dah 34 tahun, dah senior dalam industri, dan kau masuk dalam entertainment dengan kelebihan sebab mak kau pun artis. Kau tak bersusah-payah pun. Tu pasal kena kecam sikit, lembik. Merajuk 2 tahun. Dah memang kau kayu nak buat camana.

Aku rasa kalau apa yang Johnny kena meletakkan dia di tempat kedua, takde siapa nak duduk tempat pertama. KONFEM. Bukan setakat kena kecam. Kena banned, kena boikot, kena fitnah. Tapi dia lalu je apa je depan dia. Kau baru kena kecam lakonan out dah merajuk 2 tahun. Lempang karang!

Dulu muka-muka comel macam Yang Yang and Chen Zheyuen ni kira laku keras. Sebab fan base tinggi. But lately dah nampak trend kat China, kau muka cantik ke hensem ke, kalau lakonan kau hauk, memang kena kecam. Cuma international fans je yang tak nampak lagi hakikat ni. International fans mostly suka tengok muka.

Lagi satu kalau jadi pelakon 10 tahun tapi balik-balik genrel idol drama, tu bukan pelakon. That’s just a character model. A real actor proves their skill by living through all kinds of roles. Kau asik berlakon nak nampak cantik je, muaklah. Ambiklah genre lain. Barulah orang boleh nampak version kau yang berbeza. Barulah kau nampak kau sebenarnya ngam kat genre macamana. Sesekali ambiklah karakter bongok-bongok ke, selekeh ke, gengster ke, orang miskin ke. Ni tak. Nak watak cantik sokmo.


2025-12-27

Punishment 2. CHAOS!


Ya Allah, semalam chaos gila! Padahal aku takde kat China, tapi dia punya gelupur tu macam aku menetap kat sana. Baran betul aku dengan iQIYI. Tahap baran tu sampai aku email complaint dan bantahan. Kat email, FB, IG, semua aku hantar. Gerakan menfailkan komplen beramai-ramai semalam.

Ok cerita dia camni.

Dari minggu lepas lagi iQIYI kata Punishment 2 akan tayang 25 hb (semalam). Tapi, sampai ke sudah takde official poster, takde official announcement, takde trailer, takde apa! Senyap. 

23 hb dorang dah bukak reservation kat iQIYI apps CHINA SAHAJA. Tak faham apesal kau block international audience dari buat reservation. Dari 23 sampai 25 hb, dalam tempoh 2 hari saja, reservation hit lebih 1.4 juta. This is new record for iQIYI. Takde lagi drama yang cecah reservation sebanyak ni in just 2 days tanpa trailer! 

Kau imagine, drama nak keluar tapi trailer ZERO! iQIYI hanya share behind the scenes video clip saja, itupun 2 yang tak sampai 15 saat. Poster pulak cuma 2 keping. Maknanya orang made reservations sampai 1.4 juta tu semata-mata kerana ada nama JOHNNY HUANG JINGYU. Senang betul iQIYI makan gaji buta. Team marketing lansung tak buat kerja! 

Semalam Weibo penuh dengan post-post yang push iQIYI bila nak release drama sebab dah 25hb tapi takde official announcement lagi kat page iQIYI. Tup-tup semalam pukul 4.30 pm iQIYI kata licence tayangan dah release. Tau-tau je 6 pm terus keluar kat apps iQIYI. Takde announcement, takde marketing, takde mukadimah, TRAILER PUN TAKDE!! 

Malam tadi high index mencanak-canak naik. Pagi ni, tak sampai 24 jam tayang, Punishment 2 hit 7,400 heat index!

Indicator good drama adalah 5,000 ke atas. Maksimum is 10,000 heat index. Drama sebelumnya which is Chasing the Undercurrent hit 10,000 high index (Punishment 1). Now Punishment 2 break rekod, baru hari pertama, tak sampai 24 jam dah cecah 7,400 heat index.

Pastu pagi ni iQIYI buat post apa kau tau?

"We know full well that the phrase 'Huang Jingyu catching criminals' alone is enough to attract viewers so we do not spend much on marketing"

Pastu berlawak kata Huang Jingyu kalau pakai uniform polis, audience semua akan react macam "cats react to catnip, instant and uncontrollable attraction"

Kau rasa kau kelakar?? Mentang-mentang Johnny jenis boleh dibawak berbincang dan takkan saman kau, sesuka hati buat drama dia gitu. Selamba mengaku tak perlu buat marketing sebab nama Huang Jingyu cukup besar untuk attract viewers. 

Ini bukan first time dorang buat gini. 

Tahun 2023, drama Bright Eyes in the Dark pun ada hal juga. Tahun yang sama drama Fireworks of My Heart (lakonan Yang Yang) released. Drama Bright Eyes in the Dark and Fireworks of My Heart sama-sama pasal firefighter. Tapi drama Yang Yang dorang keluarkan dulu. Biasalah kan, traffic actor katakannnnn.

Bila audience start bising-bising apesal tak release Bright Eyes in the Dark, barulah tahu rupanya iQIYI edit drama Bright Eyes in the Dark sebanyak DUA KALI sebab ada plot yang lebih kurang sama dengan drama Fireworks of My Heart. 

Lahhh?? Biarlah kalau sama pun, apa salahnya? Pelakon kan lain-lain. Bukan apa tu, takut lakonan Yang Yang kena compare dengan Huang Jingyu la tu. Jauh beza kot Yang Yang and Huang Jingyu punya acting. 

Disebabkan edit 2 kali, tarikh tayangan pun dianjak ke belakang. Fireworks of My Heart released July 2023, Bright Eyes in the Dark released September 2023. Rupanya Bright Eyes in the Dark jauh lebih best. Yang Yang kena kritik kaw-kaw sebab lakonan sangat kayu berjemaah pulak dengan tunggul kayu Wang Churan (female lead). Inilah punca Yang Yang hilang dari entertainment 2 tahun sebab teruk kena kritik.

Last year, drama Johnny Love Song in Winter kena sebijik macam Punishment 2. iQIYI released 20 December 2024. Sekali pandang nampak seolah-olah iQIYI released drama ni sempena winter. Padahal tak, ya. Politik semua ni. 

Dorang released 20 Dec sebab nak pecahkan rating. Drama Love Song in Winter ada 36 episod. Bila pecah tahun, bermakna rating kat Yunhe pun berpecah. Payahlah drama ni nak menang dengan drama-drama lain. Bijak kan dorang punya strategi? Akan tetapi, Love Song in Winter tetap menang The Most Watched Drama in 2025! Padahal release tahun 2024. Tu la dia. Plannya nak buat taik, last-last menang juga.

Love Song in Winter kena lebih teruk dari Bright Eyes in the Dark. Tarikh tayangan dianjak 4 kali. Dalam tempoh tayangan, takde lansung poster di homepage iQIYI. Kena search baru jumpa. Half way drama disiar, iQIYI keluarkan option Express VIP Pass. Siapa nak tengok semua episod sekaligus, kena bayar extra. 

Bila iQIYI release Express VIP Pass, dorang terus stop update drama ni kat website and media sosial. Dorang anggap semua episod dah habis tayang sebab dah ada orang beli that pass. Terus dorang start promosi drama orang lain. Cibai.

And semalam, Punishment 2 pulak kena game.

1. Dua behind the scenes keluar 20 Disember & 22 Disember
2. Satu poster keluar 23 Disember
3. Lesen hak tayang keluar 24 Disember tapi dorang announce 25 Disember pukul 3.30 pm.
4. Trailer pertama keluar 25 Disember pukul 5.57 pm.
5. Tup-tup pukul 6 pm dah tayang. 

Kau rasa??

Inilah perangai jahat puak-puak iQIYI kat almost semua drama Johnny. Aku rasa Johnny pun dah lali. Janji kau tayang, dah. Aku ada kerja nak buat dia kata. However gempak tak gempaknya hanya dengan 1 tayangan, this drama terus hit 7,258 heat index.

Ini heat index pertama selepas beberapa jam tayang - 5,917.

Masa ni dak-dak Weibo dah standby untuk hit 6000.

Semalam 11 malam, rating terus mencanak naik ke NO. 1. Drama Chasing the Undercurrent (Punishment 1) yang tahun 2022 tu pun naik ke nombor 3. Penangan nak tengok sequel, terpaksa tengok dulu Chasing the Undercurrent.

Gigih dak-dak ni peratikan rating tengah malam buta.

Yang kelakar hari ni kejap-kejap iQIYI keluarkan poster setiap kali heat index Punishment 2 naik. Nak credit. Padahal kau tak promote pun. Semua audience yang buat kerja.

Ok itu satu cerita. 

Semalam dalam pada orang tengah kecoh-kecoh mem-push iQIYI bila nak tayang Punishment 2, iQIYI buat announcement drama Our Dazzling Days. Ini drama Johnny yang dorang janji nak tayang bulan May 2025. Aku reserve lama dah. Tapi tak tayang-tayang jugak. 

iQIYI announced episod dipotong dari 35 menjadi 30 saja. Pastu tajuk pun tukar, dah bukan lagi Our Dazzling Days tapi Years with Affection. Ntah hape-hape. Tu mesti ada drama lain nak pakai tajuk Our Dazzling Days tu. Entahlah, aku dah tak boleh husnuzon dan dengan iQIYI ni. Memang buruk je sangkaan aku kat iQIYI now.



Pastu pagi tadi gamaknya panas hati kena hencap berjemaah, pagi ni iQIYI keluarkan poster filem Pegasus 3. Filem ni filem Johnny and Shen Teng. Shen Teng ni ketua kumpulan rancangan Natural High. Pegasus 1, Pegasus 2 semua ada Johnny and Shen Teng. Tetiba Pegasus 3 keluar poster muka Shen Teng only. Johnny takde. Kahkahkah. Bitter lettew.

Tapi fans Johnny tak macam fans Dilreba. Kau kalau buat gini kat Dilreba, kena kutuk berjemaah dengan fans dia. Fans dia tu nama artis lain keluar sebelum nama Dilreba pun dorang mengamuk. Tapi we ok je.

Tak nak keluarkan poster muka Johnny?
We okkk.

Tak nak keluarkan trailer?
We okkk.

Tak nak buat marketing?
Ok jugakkkk

Sebab we dah biasa. Tengok je la our captain camana punya cool, kan? So we pun cool.
Tapi kalau we bentang statistik, please be readyla, ya.

Letih sebenarnya jadi fans Johnny sebab kena hadap benda-benda macam ni. Tapi seronok sebab bila kita fight, kita fight pakai data and statistik. Seronok tengok semalam semua menganjing iQIYI pakai data. Jangankan tarikh, time pun kita ingat. Tu yang sampai iQIYI terpaksa buat post explain kenapa dorang tak buat marketing. Konon sebab nama Johnny sangat besar, tak perlu marketing. Eleh, nak ambik ati fans la tu. Hanat.


2025-12-26

Medical Card: Komisen tu BUKAN duit client yang ditarik keluar daripada akaun. Ini memang sebahagian daripada kos marketing syarikat.


Aku nampak post ni hari tu. Jawapan ringkas aku begini, ya.

Honestly, kalau medical card naik jadi RM269, benda pertama kena tengok bukan harga, tapi tengok coverage. Medical card ni benda yang kau betul-betul perlukan bila keadaan sangat terdesak. RM269 mungkin nampak mahal, tapi kalau coverage dia besar, annual limit tinggi, dan takde exclusion, itu sebenarnya murah untuk apa yang dia protect.

Tapi kalau rasa RM269 tu memang genuinely membebankan setiap bulan, then downgrade atau tukar plan lebih rendah pun tak salah. JANGAN TERMINATE! Kalau kau stop terus, literally kau kembali jadi uninsured. Kalau tiba-tiba kena masuk hospital, satu malam dah boleh telan RM2-3K. Masa tu baru rasa RM269 tu sebenarnya nothing.

Plan RM70 sebulan? Boleh je. Tapi kena pikir logik. 

Caruman kecil bermakna coverage juga kecil, ward biasa-biasa, limit pun rendah. Kalau itu je yang mampu, ambil dulu, takpe, tak salah. Sekurang-kurangnya ada basic protection. So my POV, kalau mampu, kekalkanlah medicakl card atau mintak agen adjust sikit. Kalau rasa berat, please downgrade, tapi jangan stop entirely. 

Kalau RM70 je mampu, ambiklah daripada langsung takde. Tapi jangan tengok harga je, kena tengok apa yang dia cover. Kalau sabit nak bayar murah tapi time nak guna esok banyak benda yang tak cover, itu jauh lebih merugikan. Medical card ni bukan pasal mahal ke murah, tapi bila sakit, perlu keluar ribu-ribu atau tak.

Hari tu ada orang buat post bengang. Dia ambil medical card pastu nak surrender sebab tak larat bayar. Aku tak ingat berapa lama dia ada medical card, tapi dia bengang sebab surrender value yang dia dapat hanya RM3K. Tak berbaloi dengan apa yang dia bayar selama ni katanya. Pastu dia babit-babitkan duit caruman buat bagi reward kat agen. 

Ok bab ni aku suka nak jawab panjang. Benda macam ni takleh jawab sikit-sikit nanti jadi argument. Kena tulis panjang sikit so that senang nak faham.

Ramai orang tak faham tentang isu surrender polisi (medical card). Ramai ingat bila bayar caruman every month, especially bila tak pernah claim langsung, duit tu akan tersimpan kat satu tempat dan boleh diambil semula kalau tak pernah claim). Dah bayar bertahun-tahun, bila surrender dapat hanya RM3-4K, dorang rasa tertipu. Macam unfair katanya.

Rasa marah tu actually comes from not understanding how it works, bukan sebab syarikat takaful menipu. That's why aku nak explain kat sini how policies actually work. Where your caruman bulanan go, why the surrender value is low, and kenapa reward agen langsung takde kaitan dengan caruman client.

Pertama sekali semua kena faham yang takaful BUKAN TABUNG SIMPANAN yang hasilkan keuntungan tetap. Sistem takaful is pooling money. Caruman tu dikumpulkan dalam satu tabungan besar. Siapa yang dapat musibah, akan terima claim dari situ. 

Ini sistem perlindungan risiko. Bila someone bayar caruman, dia sebenarnya bukan masukkan duit dalam tabung untuk dirinya sendiri, tapi berkongsi risiko bersama pemegang polisi lain. Kalau someone sakit, kemalangan, meninggal atau ditimpa apa-apa musibah, caruman yang dibayar oleh semua pemegang polisi lain digunakan untuk bayar claim.

Konsep ini sama macam kita bayar security guard kat taman perumahan. Kalau rumah kita tak berlaku kecurian, boleh ke kita ambil balik duit tu? Tak. 

Kita bayar insuran rumah, kalau rumah kita tak terbakar boleh ke kita dapat duit balik? Tak. 

Kita bayar bukan untuk claim balik. Kita bayar sebab kalau sesuatu terjadi, ada pihak yang akan settlekan masalah kita. Medical card juga macam tu. Kita bayar untuk risk management, bukan mengumpul kekayaan.

Caruman yang kita bayar every month without failed tu actually get split into a few different components. Dalam polisi protection atau polisi term, almost semua caruman pergi kepada kos perlindungan. Dalam polisi investment-linked, hanya sebahagian kecil saja masuk “saving” dalam bentuk unit amanah. Kebanyakan caruman digunakan untuk bayar medical rider, hospitalisation benefit, and total permanent disability protection dan macam-macam lagi.

Selain itu, setiap polisi ada mortality charge yang makin meningkat ikut umur. Bila umur meningkat, risiko kematian atau penyakit also meningkat, dan kos perlindungan pun meningkat sama. Jadi dari tahun ke tahun, a big chunk of your caruman is really going toward covering the rising cost of your protection. Bila kos perlindungan makin tinggi, bahagian yang tinggal untuk cash value makin kecil.

Inilah antara sebab orang yang bayar bertahun-tahun tapi tak pernah claim dapat cash value yang rendah. Bukan syarikat ambil duit tu tapi duit tu dah digunakan untuk perlindungan sepanjang tahun-tahun yang kita bayar. Walaupun tak pernah claim, risiko TETAP WUJUD and the company is still providing that coverage for you. 

Perlindungan yang company bagi tu bukan free. It gets paid every month from the caruman you are already contributing. Jangan pernah terfikir bila tak claim, duit tu kekal. Tak. Duit tu dah dibelanjakan untuk bayar kos perlindungan sepanjang tempoh polisi berjalan.

Katakan kau bayar RM190 sebulan selama 9 tahun, the total amount paid adds up to around RM20K. Kalau polisi tu gunakan majoriti caruman untuk perlindungan, tak peliklah kalau cash value yang tinggal sekitar RM3-4K. Itulah cara polisi insurance-linked bekerja. Bahagian saving dalam polisi tu bukan macam kita simpan dalam ASB. Ni bukan fixed deposit. Ni cuma LEBIHAN selepas tolak cost of insurance. Kalau cost of insurance setiap tahun tinggi, maka lebihan tu kecil, dan cash value pun kecil.

Dalam plan investment-linked, caruman tak fixed sebab kos perlindungan meningkat setiap tahun ikut umur. Awal-awal ambil polisi, umur masih muda, risiko pun rendah, jadi caruman murah. Tapi bila umur meningkat, walaupun secara automatik pelan tu masih berjalan, kos di belakang tabir dah makin mahal. Untuk tampung kos itu, syarikat kena deduce lebih banyak unit daripada cash value. Bila cash value tak cukup untuk tampung kos meningkat tu, barulah syarikat hantar notis bahawa caruman perlu dinaikkan. Bukan tiba-tiba naikkan harga suka-suka.

Orang ingat bila caruman naik seolah-olah syarikat nak kaut untung. Padahal kenaikan tu bukan profit. It’s to make sure your policy doesn’t lapse. Bila caruman tak naik, cash value akan dipotong sikit demi sikit. Bila cash value habis, polisi akan tamat secara automatik. Jadi sebenarnya, notis kenaikan caruman adalah amaran bahawa polisi berada dalam bahaya dan perlu diselamatkan. 

Tapi tu lah, ramai tak faham benda ni. Always assume kenaikan is ketidakadilan, especially pada orang yang tak pernah buat claim. Sedangkan dalam dunia takaful, takde claim tak bermaksud kos perlindungan tak wujud. Kau cuma bernasib baik je selama ni.

Semalam aku visit lagi sekali colleague En Wan yang dapat kanser. Yang aku cerita dia 27 tahun with medical card, sihat tak sakit. Tapi 2 bulan lepas dapat kanser. Imagine kalau kita berada di tempat dia. Semalam aku gi tengok, dia dah makin lemah. Dia kata sekarang kalau duduk, bangun nak kena ada orang tolong. Nasib baik juga duduk private hospital, sentiasa ada nurse jaga, doktor masuk everyday even on weekend just untuk bercakap-cakap bagi semangat. Keluarga boleh datang anytime berlonggok dari siang ke malam beramai-ramai takde masalah. Boleh orang teman sebab bilik sangat besar selesa untuk peneman tumpang tido, siap ada meja untuk bekerja kalau peneman perlu work from hospital.

Bak kata dia, semua ni mungkin takkan pulihkan her sakit, tapi meringankan banyak beban. At least dalam waktu-waktu sekarang dia boleh tumpukan pada healing and treatment tanpa fikir kos. Her medical card ada benefit contributor protector yang mana dalam keadaan tak boleh lagi bekerja seperti sekarang, dia tak perlu bayar caruman lagi. Polisi kekal aktif sampai bila-bila. 

Kita memang tak nak sakit, nauzubillah. Tapi kalau berlaku, sekurang-kurangnya ada persediaan yang boleh meringankan beban. Kalau boleh, bila sakit tak nak pikir bab kos. Kita nak pikir apa option yang doktor ada supaya kita boleh buat treatment.

Lagi satu isu yang selalu jadi bahan umpatan marhaen is reward and trip agen. Ohhh kalau bab ni kemain ramai menyindir kononnya agen pakai duit client. Konon kalau client tak bayar, tak merasalah agen-agen holiday obersea. Sombong nau kau, kan. Masalahnya kalau betul takpe gak. Ni dah lah sombong, bodoh pulak tu.

Meh sini aku cerita. Reward atau trip agen TAK GUNA duit caruman client. Syarikat takaful ada bajet reward, komisyen dan marketing. Ini bukan duit yang datang daripada caruman. Duit caruman kita yang RM190 sebulan tu untuk kita saja. Bonus and reward adalah duit hasil dari investment company. 

Malaysia ni ada Bank Negara as pengawal selia. Setiap sen yang dibayar oleh client mesti digunakan ikut garis panduan yang sangat ketat. Syarikat tak boleh sesuka hati ambil caruman client untuk belanja agen pergi holiday.

Trip agen adalah hasil daripada performance agen tu sendiri. Bukan semua agen dapat reward. Dari 20,000 agen seluruh Malaysia, tak sampai 2000 yang dapat reward setiap tahun. Setakat tak sampai 2000 orang tu boleh sangat syarikat nak belanja, tak pakai duit caruman client pun. Mana-mana company memang ada bajet marketing untuk spend kat agen/employee kalau hit target. Company kereta, company farmasi, company aku pun ada bajet marketing. Janganlah risau. Duit caruman kita tak menghantar agen ke Switzerland pun. Caruman kita semua pergi ke tabung risiko (risk pool), management fee and protection cost yang ditetapkan Bank Negara. Bukan ke akaun reward agen.

Tak tahulah kenapa dengan mindset zaman sekarang. Asal bos tukar kereta baru, ohhh boss salah guna duit company. Asal founder kaya je, ohhh customer mengkayakan founder. Asal agen gi trip overseas, ohhh itu dari duit caruman client. Sebenarnya orang-orang macam nilah yang always merasa entitled. Jenis macam nilah yang membeli hanya masa sale. Dah dibagi sale mintak free gift lagi. Dah dibagi free gift mintak free postage. Inilah orang-orangnya. Dia always rasa ada hak kat semua benda.

Agen tak dapat komisyen seumur hidup pun dari caruman kita. Kalau caruman kita RM300/bulan, agen punya komisyen RM21 je, nok. Kalau sebulan tu dia jual 10 polisi, dapatlah RM210. Duit minyak sendiri, duit tol sendiri, duit parking sendiri. Takleh claim pun. Yang RM210 sebulan ni yang kau memekak-mekak sangat. Dengan komisyen RM21 tu la agen turun naik hospital settlekan medical report kau, menunggu setengah hari doktor isi requirement form, pastu naik jumpa management kalau perlu appeal kau punya kes. Tu harganya RM21. Kau nak buat kerja macam ni?

Tu pasal agen kadang malas nak appeal bila kes kau sangkut, sebab tak padan dengan komisyen pun sebenarnya. Ramai agen hanya nak jual hibah saja sebab tak payah berlelah. Tak payah servicing. Tunggu mati je esok baru buat kerja. Maka bila dapat agen yang baik, jangan naik tocang please? 

Jangan ingat duit caruman kita masuk poket agen. Komisen tu BUKAN duit client yang ditarik keluar daripada akaun. Ini memang sebahagian daripada kos marketing syarikat. Sama macam syarikat keluarkan duit untuk kos iklan TV, kos billboard dan kos promosi. Bezanya syarikat takaful guna agen as saluran marketing, jadi agen dibayar untuk kerja itu. Tak pakai duit kau pun nyahhhh.

Ini aku nak bagitau satu pelan. Pelan ni sebenarnya ada lama dah tapi maybe ramai tak tahu.
Critical Illness Compensation Plan namanya.

Kalau korang tak nak ambil medical card pun takpe. Boleh ambil ini saja. Pelan ni akan activate bila ditakdirkan dapat penyakit kritikal. Contohnya:

Heart Attack
Strok
Kanser
Kidney Failure
PMajor Heart Surgery
Organ Transplantation
Liver failure
Total permanent disability

...ada 30-50 lagi critical illness.

Bila kau dapat penyakit-penyakit ini, dalam keadaan disahkan tak boleh bekerja lagi, takde sumber pendapatan, korang akan dapat pampasan dari pelan ni. Colleague En Wan yang dapat kanser tu her medical card ada ambil this pelan juga. Jadi, now medical card dia tak perlu bayar lagi sampai bila-bila, dan dapat duit pampasan dari pelan critical illness ni.

Nak buat apa dengan duit ni?

Duit ni boleh buat hire care taker. Care taker cecah RM5K/sebulan, ya. Jangan main-main. Boleh beli katil. Beli wheelchair. Beli tank oksigen. Beli supplement. Ni semua pakai duit sendiri. Bila dah sakit belanja makin besar. Masa tu nanti baru nampak apa fungsi protection plan ni semua.

Siapa yang dah ada medical card, boleh tambah benefit Critical Illness Compensation Plan.
Siapa yang tak nak ambil medical card (sebab nak pakai hospital kerajaan), tapi nak ambil Critical Illness Compensation Plan saja pun boleh.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
Wan Mohd Ridzuan
(MDRT 2024, 2025, 2026)


2025-12-25

GreenAard: Kenapa admin perlu tanya dah kawen ke belum bila nak beli HRR, apa kaitan?


Kelmarin aku tulis pasal faraj tak perlu wangi sangat. Then ada orang tanya kenapa Herba Rahsia Rimba tu ada cara penggunaan lain-lain untuk lain-lain kelompok pengguna? Dia order Herba Rahsia Rimba dari admin and admin tanya samada dia dah kawen ke belum.

Aku tahu mesti ada yang pelik dah kenapa admin mesti tanya dah kawen ke belum, apa kaitan ye tak?

Kalau kita perasan, banyak produk kesihatan wanita kat luar sana bagi cara makan yang standard. Tak kira kau baru lepas bersalin ke, belum kahwin ke, tengah period ke, semua dia bantai "BOLEH". Hakikatnya, suplemen yang melibatkan herba TAK BOLEH dimakan dengan cara yang sama, dos yang sama oleh semua orang. Hat ni ramai tak tahu. Aku pun tak tahu apesal seller bantai semua orang boleh makan dengan cara yang standard.

Tak boleh, ya. Sebab herba hutan ni sifatnya panas, tak macam herba dapur like halia, bawang putih, or pepper. Ni semua herba dapur. Herba hutan ni kalau makan tak kena gaya, badan jadi tak selesa sebab hormon huru-hara. Herba Rahsia Rimba (HRR) dari dulu sampai sekarang kita perlu pastikan pengambilan ikut biologi badan. Setiap fasa hidup wanita berbeza. Hormon lain, kitaran period lain, keperluan rahim lain, keadaan darah lain, jadi tahap penyembuhan dalaman pun lain. Logiknya cara pengambilan pun kena lain.

Siapa nak ambil HRR, kalau dia ibu berpantang kena ambil 14 hari berturut-turut. Kalau dia wanita dah berkahwin, kena mula pada hari ke-7 haid. Kalau dia anak dara, tak payah ambil everyday. Masa period kena stop ambil. Semua arahan ni ada logik saintifik di sebaliknya.

Kalau korang loves knowing the why, atau memang pengguna HRR, this post is for you. I will show you how detailed and carefully HRR is formulated for women.

Untuk faham kenapa cara makan berbeza, kita kena tahu dulu apa yang herba-herba dalam HRR boleh buat. Contohnya, dalam HRR ada Urena lobata. Yang ini ada kesan pelancar period. Bukan ubat period, tapi dia bantu supaya darah tak tersekat. Sebab tu siapa ada irregular period, boleh try HRR.

Hari tu dalam post faraj tak perlu wangi, aku ada sebut pasal phytoestrogen. Dalam HRR ada bahan aktif ni. Phytoestrogen is a hormon tumbuhan yang menyerupai estrogen. Hormon wanita paling sensitif is estrogen. Bila estrogen tak seimbang, mood kau kacau, period kau kacau, keputihan kau melambak. So cara kita nak balancekan estrogen adalah dengan tambah phytoestrogen. Phytoestrogen ni bukan estrogen macam dalam badan kita tapi struktur dia sama menjadikan dia can immitate real estrogen. Jadi, bila ambil HRR dia boleh seimbang estrogen. So that mood ok, tenaga stabil and period lebih teratur.

Dalam HRR ada komponen bioaktif. Ini rahsia wanita bersalin zaman dulu. Komponen bioaktif boleh kecutkan rahim selepas bersalin dan keluarkan sisa darah nifas. Tak semua herba boleh bagi kesan ni. Ini memang untuk pemulihan postpartum. Ramai perempuan ada isu chronic low-grade inflammation dalam pelvis yang jadi reason period pain and jangkitan faraj. So this komponen bioaktif stabilkan tisu faraj and kurangkan period pain. In other words, komponen bioaktif jaga bab inflammation.

Dalam mana-mana produk kesihatan dalaman wanita, seller lebih fokuskan kepada seks. Kasi rapat, kasi ketat, kasi ghairah. HRR TAK PERNAH fokus bab ni walaupun dia ada bahan untuk semua tu. Dalam HRR memang ada Serapat (Kacip Fatimah). Ini “queen” herba wanita. Tapi kita tak highlight bab ni sebab dari perspektif sains, kalau hormon estrogen ok, keputihan takde, period lancar, dengan sendirinya libido kau naik. Libido ni sebenarnya side effect natural bila kesihatan dalaman kita stabil.

Ramai seller tak faham mekanisme badan perempuan. Dorang cuma tahu jual. Mintak mahaplah kalau terasa ya, sebab aku tengok banyak dah macam ni. Padahal dari sudut biologi, libido naik bila hormon stabil. Jadi, hormon tu kena perbetulkan dulu. Estrogen, progesteron, testosterone. All of these things play a role in your sexual interest. Kalau estrogen drop, faraj jadi kering. Bila kering, kau sakit waktu bersama. Secara tak lansung, libido pun jatuh. So tak guna sembur-sembur nak bagi ghairah kalau basic hormon pun tak stabil.

Lagi satu bila faraj takde jangkitan dah pH faraj normal, badan jadi lebih responsive. Keputihan yang tak normal, berbau kuat, gatal-gatal - all of this messes with woman’s comfort zone. Bila ada discomfort, naturally badan in shutdown mode. Badan kita kena comfortable baru desire muncul. Kalau tak selesa, macamana nak rasa ghairah. Sebab itu dos and timing sangat penting. Herba bukan macam vitamin C makan bila-bila pun ok. Herba ni bekerja ikut kitaran biologi.

Now aku explain kenapa ibu bersalin yang nak makan HRR kena mula pada hari ke-30 selepas bersalin?

Ok, bila baru bersalin, rahim dalam keadaan trauma. Ada luka dalam rahim, ada pendarahan dalaman, ada sisa-sisa darah nifas, dan hormon masih kelam-kabut sebab tiba-tiba estrogen & progesteron merudum selepas bersalin.

So kenapa mula hari ke-30?

Untuk bagi ruang badan heal dulu. Hari 1–30 rahim tengah sibuk bekerja. Kalau herba yang ada sifat mengecutkan rahim masuk terlalu awal, boleh menyebabkan pendarahan lambat stop and badan jadi terlalu letih. Sebab itu HRR tidak disarankan terus makan selepas bersalin. Tunggu rahim cool down dulu. Lepas 30 hari, rahim dah mula mengecut secara stabil. Usually minggu ke-4 luka dalaman banyak dah sembuh, darah nifas pun makin kurang. Waktu ni hormon slowly naik semula and badan lebih stabil. Masa inilah HRR boleh bantu pulihkan.

Kenapa kena ambil 14 hari berturut-turut?

Sebab selepas bersalin badan perlukan pemulihan intensif. Kalau makan selang-selang, lambat kesannya. Badan kena bersihkan darah yang tertinggal, badan kena tolong kecutkan rahim dan naikkan semula tenaga. Hormon kena stabil dengan cepat. Tisu dalaman kena kuat semula. That's why HRR bagi dos konsisten 14 hari berturut-turut. Itu fasa pemulihan paling aktif. Lepas 14 hari baru boleh ambil selang-selang.

Ramai tanya kenapa yang dah berkahwin dengan mula ambil HRR pada hari ke-7 period? Kenapa bukan day 1?

Jawapannya, sebab herba HRR ada ramuan yang boleh ubah cara darah bergerak. Dalam HRR ada bahan aktif yang lancarkan darah, yang kuatkan rahim dan yang stabilkan estrogen. Bila kita tengah period, (selalunya heavy flow hari 1–6), waktu ni rahim luruhkan endometrium. Badan banyak hilang darah. Hormon tengah turun naik. Rahim tengah sensitif to anything that can trigger contractions. Kalau makan masa tengah heavy bleeding, boleh buatkan haid lambat habis, atau lebih sakit. Sebab itu HRR tetapkan mula pada hari ke-7. Waktu ni darah dah light sikit. Dah nak habis.

"Tapi kenapa ambil 7 hari berturut-turut?"

Sebab fasa selepas haid (follicular phase) adalah masa terbaik untuk stabilkan hormon, untuk kuatkan rahim, untuk penghasilan telur dan betulkan mood and tenaga. Estrogen naik pelan-pelan kat fasa ni. Phytoestrogen dalam HRR akan sync dengan peningkatan estrogen. Lepas 7 hari baru ambil selang-selang sampai period seterusnya. Waktu ni badan tak perlukan lagi rangsangan hormon everyday. Kalau terus ambil everyday, nanti hormon jadi “terlampau”. Bila hormon dah terlampau breast jadi sakit.

Anak dara!

Nak ambik HRR boleh, tapi tak perlu ambil everyday.

Sebab perempuan yang belum berkahwin biasanya hormonnya lebih “muda”. Rahim juga lebih sensitif. Period cycle selalunya lebih pendek, sometimes tak menentu. Korang punya badan pun tak pernah melalui proses hamil atau perubahan rahim yang major. Sebab tu HRR tak bagi dos intensif. Kalau ambik everyday, estrogen jadi kacau-bilau. Bila kacau-bilau, period cycle jadi lebih pendek. Boleh trigger senggugut juga. Jadi kena ambil HRR selang-selang. Hari ke-7, ke-9, ke-11....seterusnya. Makan selang-selang ni cukup untuk kuatkan rahim, betulkan cycle and kurangkan keputihan. Takkan sampai mengganggu cycle. Lagipun anak dara tak perlukan pengecutan otot rahim yang kuat. Jadi dos selang-selang is just nice.

Bila makan HRR, time period MESTI STOP. Ini peraturan paling strict.

Sebab masa period, rahim sedang tengah luruhkan dinding endometrium. Badan tengah fokus keluarkan darah lama. Masa ni rahim sensitif pada kontraksi tambahan. Kalau masa ni kau ambil HRR, boleh buatkan bleeding jadi lebih heavy. Period jadi lebih lama. Bila period panjang, kau cepat letih. Bila letih, mood swing. Jadi, STOP makan HRR masa period. Sambung semula hanya pada hari ke-7.

Cara pengambilan HRR sebenarnya sangat logik dari sudut sains. Aku ringkaskan kat sini so that korang senang nak tengok kenapa aku kata logik:

Selepas bersalin - rahim needs more intense recovery dose sebab trauma and hormon lembik.

Dah berkahwin - perlu dos sesuai untuk stabilkan hormon, ikut progression kitaran haid.

Belum berkahwin - ambil dos yang rendah saja sebab hormon masih muda and rahim tak perlu stimulation yang kuat.

Masa period - stop ambil HRR sebab rahim tengah bekerja.

Semua ni sangat selari dengan biologi badan perempuan. Mana boleh bedal "Sesiapa pun boleh makan. Boleh je!"

Herba ni bukan jajan. Tak boleh makan sama banyak setiap hari untuk semua orang. Kita rumuskan HRR ikut biologi, bukan ikut suka.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.

2025-12-24

Tak semua simpati menyembuhkan. Ada simpati yang actually poisonous.


Semalam aku respond pada satu post kat Thread. This lady tulis ni:

Assalammualakikum

Suami aku seorang yang sangat kedekut. Bukan sekadar kedekut, dia pernah panggil aku pencuri hanya kerana RM50.

Ceritanya aku takde duit sebab lagi beberapa hari nak gaji, aku mntak nak pinjam RM50, dia tak bagi. Aku merayu sebab takde duit nak isi minyak dan makan. Dia kata makan je apa ada, minyak tu pandai-pandai la korek duit mana-mana. Aku memang terdesak masa tu, nak pinjam kawan-kawan memang segan. Dah kawin kan. Dia buat bodoh dan tidur, jadi aku decide untuk masuk acc bank dia dan transfer RM50.

Atas nama Allah memang niat transfer balik lagi 3 hari, gaji. Aku ingat ok, dia tak perasan. Bangun-bangun dia cek fon dan mengamuk. Dia panggil aku pencuri. Dia maki hamun aku kata aku perompak. Puas maki aku, dia call mak aku. Dia kata "Mak anak mak ni pencuri! Dia curi duit saya! Tolong ajar anak mak ni. Saya dah tak boleh percaya dia langsung”

Sedihnya mak aku. Bila mak aku tanya apa yang dia rompak, dia mcm malu-malu nak cakap, dia kata "Duit saya".

Berapa mak aku tanya, dia kata "Tak kisahlah berapa, duit jugak! Mak ajar anak mak ni!"

Mak aku terus suruh pas fon. Mak tak tau tu loud speaker. Mak tanya, berapa duitnya? Aku bgtau RM50. Mak aku istighfar, "Ko tak mntak dulu kat dia ke, kakak?"

Aku cakap dah. Aku bgtau niat nak ambik nak isi minyak sementara 3 hari lagi gaji, duit dalam bank dia ada 10K+. Mak kata takpe mak bayar balik. Aku cakap tak payah mak sebab masa mengamok-amok tadi dia dah suruh aku transfer balik RM50 tu on the spot. Hati aku terluka sangat. Hancur. Sebab aku tak berkira dengan dia. Masa tu takde anak lagi. Aku terimbas balik kenangan pahit ni. Banyak benda aku diamkan dan masih bertahan. Aku kena pukul, api aku tak pernah buat report sebab aku fikir dia akan berubah. Bodoh, kan? Sekarang dah ada anak, anak aku pun benci dia, tapi aku suruh anak aku hormat.


Itulah dia post-nya. Aku reply macam ni:

“I wanted to be angry at your husband, but after reading everything, especially how you stayed and tolerated it, I ended up getting upset with you instead. Honestly, you don’t need to tell the story here because it feels like you’re the one who’s never going to change”

Lepas tu dia reply komen aku:

“If u are in my shoes, you will feel the stress of my feet that always wanted to run but I couldn’t. I just need some moral support to tell me that I am doing the right thing. To live with narcissistic is not easy, but thank you. Today I am brave enough to share this out and I know I/m in a right path. Thank you very much”

KAU RASA??

Kau rasa apa pompuan macam ni?

Tadi dia kata "Bodoh, kan?". Nak je aku jawab YA, AWAK BODOH.

Dulu aku pernah tulis some perempuan bercerita mengadu kat media sosial macam nak rak kepahitan hidup dengan suami tapi ujung-ujung dia pilih untuk stay. Macam perempuan ni, kau dah tahu kau membodohkan diri pastu ada hati mintak moral support "that I am doing the right thing"??? Seriouslah? 

Lepas tu cakap "I know I'm in a right path"

Dah tu kejadahnya kau merentan kat Thread? Kita ni beria baca sampai habis ingatkan dia blah. Rupanya stay. Dahlah stay, siap kata she is doing the right thing. Sorry to saylah ya, patutlah pun dapat laki bodoh. Kau dengan dia sekufu.

Sometimes in life, manusia suka sangat menipu diri sendiri. Sebab benda yang paling menakutkan dalam hidup orang-orang macam ni selalunya bukan penderitaan, tapi perubahan. At least itu yang aku nampak daripada cerita perempuan ni.

Kita anggaplah cerita perempuan ni betul. Anggap je la ini kejadian pertama dia ambil duit suami.

Mana-mana orang normal akan terluka and kecewa bila suami panggil isteri sendiri pencuri hanya sebab RM50. That alone already shows how little her husband actually values her as a wife. Yang aku bengang tu, after all the insults, after being treated like penjenayah hanya sebab nak isi minyak untuk pergi kerja, pastu kena pukul, dengan mak sendiri terpaksa dengar anak dia dipanggil pencuri, dia masih kata dia “perlukan moral support".

Moral support apa yang kau nak benaunya?

Pattern perempuan "bijaksana" yang terperangkap dalam marriage toksik, 9 dari 10 akan jawab benda yang sama:

“Saya nak kekuatan, aya nak sokongan”

Tapi dari tahun ke tahun, apa yang berubah? Almost takde. Masih dengan orang yang sama, masih ulang pattern yang sama, bagi alasan yang sama, hidup dalam cycle yang sama. Pastu meratap mintak pandangan orang. Itulah yang diulang-ulang. Hujung-hujung "Dia takdelah jahat semua...at least dia..." Ah burit kaulah!

Yang peliknya, dorang ni bukannya tak tahu. Dorang tahu. Dorang sedar. Tapi nak terus stay. Lepas tu marah orang bila ditegur. Aku tu kau nak apa? Penampo nak?

Itulah yang aku rasa bila dia reply komen aku tadi. Kalau dia hencap aku tak kisah sangat. Tapi bila dia kata "I am in the right path", aku macam nak maki je balik. Nada dia pun bukan nada orang yang nak berubah. Nada dia nada orang yang nak justify kenapa dia stay. Bila dia cakap, “If you are in my shoes... " dia benaunya nak pujuk diri sendiri, bukan nak bagitau aku apa-apa.

Nak cakap pasal narsistik dengan aku? Ok come.

Dengar sini, ya. Orang yang yang betul-betul nak lari dia takkan tunggu kasut koyak dulu. Dia lari jugak walaupun berkaki ayam!

Sebab tu aku annoyed. Bukan aku tak faham situasi dia. Aku boleh faham, malah sangat faham. Situasi tu aku faham. Yang aku tak faham tu, dia. Dia sendiri defend benda yang memusnahkan hidup dia. Manusia kalau dah terbiasa dengan derita, derita tu akan jadi zon selesa.

Bunyinya macam tak logik, tapi itulah realiti. Ramai orang lebih takut hidup tanpa pasangan, daripada hidup dengan pasangan yang menyakitkan. Ramai lebih takut hidup sorang, daripada hidup dengan pasangan yang hamun maki everyday. Ramai lebih takut making a big decisive move, daripada enduring the same small pain over and over again. Itu sebenarnya yang sedang terjadi kat perempuan ni.

Tahan dia stay. Dia rasa dia kuat, padahal dia stay sebab takut. Takut kehilangan, takut keadaan akan jauh lebih teruk kalau berpisah. Dan bila aku cakap benda tu secara jujur, dia terasa. Sebab apa? Sebab dia tahu aku cakap benda yang betul.

Look. Kalau kau takleh bergantung pada suami, semua kau kena buat sendiri, buat apa stay? Kau tak hilang apa-apa pun. Kau hilang kote je. Kalau pinjam RM50 pun (pinjam tau, bukan ambil terus) suami takleh consider, sumpah kau tak hilang apa-apa pun kalau berpisah dengan dia. Kalau semua benda pakai duit kau selama ni, why takut nak keluar dari marriage yang toksik?

Dia cakap dia perlukan moral support. Tapi yang dia nak sebenarnya bukan support untuk keluar. Dia nak support untuk terus bertahan. Sebab itu je yang dia sanggup buat. Kalau betul dia nak support untuk keluar, dah lama keluar. Tak payah support dari sesiapa. Sebab takde satu pun alasan yang logik untuk justify kekal dengan lelaki yang panggil kau pencuri hanya sebab RM50 padahal dalam bank dia ada RM10K. 

Kalau lelaki tu miskin, susah sama-sama, struggling sama-sama, maybe aku boleh faham dia emo. Tapi ini bukan isu duit. Ini ego punya issue. Issue tentang control. Power. Laki kau bukan kedekut. Dia ABUSIVE. Dia memang nak isteri dia rasa kerdil, rasa bergantung, rasa takut nak bersuara.

Kau pun kata laki kau narcissist? Pastu kau stay lagi buat apa? Dah tahu dia narcissist, kan? Blah jelah!

“Kalau aku keluar, macam mana masa depan anak?”

“Kalau aku keluar, nanti orang cakap aku isteri derhaka”


Semua skrip ni aku dah dengar banyak kali. Takde siapa yang bercakap. Kau je yang tak nak berubah. Kau dah selesa dengan penderitaan. Dah jadi comfort zone kau.

Aku kesian dengan dia. Bukan aku tak nak cuba faham, tapi aku faham perangai perempuan macam ni. Rasa kesian kita tak boleh override realiti. Kalau kau expect moral support like “You are strong, you can do this” without bagi reality check, itu bukan support. Itu ENABLING namanya. Itu macam kau bagi sorakan gemuruh "You can do this! You can do this!" kat orang yang tengah lemas. Patutnya campakkan pelampung. 

Katanya “brave enough” untuk bercerita. Hello, setakat bercerita tapi takde tindakan buat apa. Bercerita bukan keberanian, ya. Itu sekadar VENTING. Keberanian tu bila ada tindakan selepas penceritaan tu. Kalau takde tindakan, itu kau just melepaskan emosi. Esok lusa, sambung balik kehidupan macam tu. Pastu stress, emosi balik. Pastu ok balik. Baik kau diam je lah.

Mula-mula baca aku marah kat si suami. Ujung-ujung frust dengan dia. Sebab kau kena tanggungjawab pada hidup kau sendiri. Kau boleh salahkan suami untuk hari pertama. Kau boleh salahkan dia untuk hari kedua. Tapi bila bertahun, dari belum ada anak sampai dah ada anak, sampai anak dah cukup besar untuk tak suka bapaknya sendiri, itu bukan masalah suami kau. Itu hasil dari decision kau. 

Kau rasa anak kau benci bapak dia sebab bapak dia jahat. Yang benaunya anak kau benci bapak dia sebab kau enabler. Anak tu sebenarnya benci kau sama sebab dia harus hidup dalam keluarga yang macam tu. Tapi dia terpaksa memilih antara dua, jadi dia pilih untuk benci bapak.

Benda paling BODOH adalah bila someone ulang benda yang sama sambil menunggu hasil berbeza. Lepas tu kau cakap itu sabar? Itu bukan sabar. Itu denial.

Bila dia cakap, “I’m on the right path” aku rasa nak pelangkung je. Right path jadahnya? Jalan mana yang kau nampak betul tu? Sebab dari cerita, jalan tu cuma cycle yang sama. Pusing-pusing tempat sama. Tak bergerak pun. Itu yang kau panggil path?

Jenis ni tak nak berubah pun. Dia yang tak nak keluar. Sebab cara jawab pun defensive. Dia hanya justify kenapa tak boleh lari. Inilah realitinya bila kau memilih untuk stay dalam penderaan mental. You are normalizing your own suffering. Lama-lama, kau akan mula mencari logik kenapa patut bertahan. Kau mula fikir, “Dia tak selalu pukul pun. Dia baik bila mood dia ok. Dia tak perfect, aku pun tak perfect”

Anak ni tak bodoh, ya. Aku umur 4-5 tahun duduk dengan pengasuh, kena double standard treatment, sampai sekarang aku ingat. Now kau kata kau suruh anak tetap hormat ayahnya. Tahu apa yang lebih merosakkan daripada kena pukul? Bila anak tengok maknya dipukul, ditengking, dimarah, and suffer tapi maknya sendiri tak buat apa-apa!

Itu trauma yang takkan hilang sampai mati. Kalau anak tu lelaki, dia akan membesar dengan inherit culture yang dia bawa dari rumah. Dia bantai and maki bini dia pulak. Sebab why not? Mak aku ok je kena maki dia kata. Kalau anak kau perempuan, dia akanm inherit "kesabaran" kau. Apa laki dia buat pada dia, dia redha sebab itu yang dia nampak dan belajar dari mak sendiri. Bertahan walaupun menderita.

Anak tu bukan benci sebarangan, ya. Dia benci sebab dia nampak kebenaran yang mak cuba tutup. Dia nampak realiti yang mak terlalu takut nak hadap. Dia nampak apa yang tak patut dia nampak pada usia sekecil tu.

As seorang mak, bila kau stay dengan marriage yang macam tu, kau sedang ajar anak bahawa penderaan adalah normal. Pastu kau mintak moral support. For what? Untuk terus hidup macam tu so that anak kau ulang pattern yang sama? Tolonglah, mak. Berhentilah jadi bodoh.

Aku tahu tulisan aku ni harsh. Some people might say "Janganlah harsh sangat, trauma like this bukan senang nak hadap”

Yes, ok. As someone yang pernah lalui trauma like this aku tau memang tak mudah. Tapi trauma bukan alasan untuk berhenti berfikir! Jangan bertahan dengan situasi yang sama dan panggil itu takdir.

Ada orang keluar dari hubungan abusive dengan takde backup planning. Dia keluar terus. Apa nak jadi kat depan langgar je, janji yang belakang ni dah ditinggalkan. Ada yang lari malam-malam bawa anak kecik. Ada yang tumpang tidur rumah kawan. Ada yang start balik dari kosong. Susah, ya. Sakit, ya. Tapi dorang berubah sebab dah hit titik “enough.” Bila kau tak sampai titik tu, kau memang takkan bergerak. Aku bercakap dari pengalaman. Bukan cakap kosong. Aku rasa perempuan ni belum sampai titik “enough”. Sebab itu dia masih defend, masih justify, masih beralasan.

And please, bila masuk bab-bab gini aku MENYAMPAH dengan nasihat berbaur agama like:

"Macamana pun dia tetap suami"  

"Apa yang dia buat pada awak, itu antara dia dengan Allah, yang penting isteri tetap kena hormat suami"

"Jangan mintak cerai, bergegar Arasy"

DIAMLAH KAU!

Sorry, cerita perempuan ni aku tak bersimpati. Tak semua simpati menyembuhkan. Ada simpati yang actually poisonous. The kind that just prolongs the suffering and keeps someone stuck in a toxic cycle. 

POV aku simple. Kalau kau betul-betul nak moral support, kau akan move. Support tu tak berguna kalau penerimanya tak nak bergerak. Kalau kau just nak support untuk rasa kau betul, mintak mahap. Self-delusion sangat.


2025-12-23

Takyah side mana-mana sebab nanti ujung-ujung tahu jugak siapa yang buat perangai.


Rakyat Malaysia takyahlah nak speculate macam-macam dengan kes Kamal-Uqasha tu. Sebab masih kat peringkat awal lagi ni. Kasi dia jalan dulu. Kasi dia keluarkan masing-masing punya version dan cerita, ujung-ujung nanti tau juga kisah sebenar.

Ramai ni mintak aku bagi POV pasal kes rumahtangga dorang berdua ni, tapi aku malas. Sebab aku dah masak sangat pattern macam ni - yang bila break je akan ada sorang saja beria nak cerita kebaikan dia dan keburukan lagi sorang. Lagipun. Aku sedang mereadykan mental untuk menghadapi tsunami hujung tahun yang berlaku setiap tahun, iaitu Johnny vs Amber Heard China (WYX) 🤣.

Ini adalah battle yang belum jumpa penghujungnya. Walaupun dah naik court, dan Johnny menang SEMUA pertuduhan, tapi si WYX dan coach-coach cerainya masih tak putus asa. Every year dorang akan keluarkan alasan-alasan baru tanpa bukti. Macam sama je kan dengan kes yang tengah berlaku kat Malaysia, ni? Hahaha.

Cuma bezanya yang kat Malaysia ni keluar macam-macam alasan sebab nak bercerai. Yang WYX tu dah break dengan Johnny, pastu kawen and bercerai dengan ex-husband, tapi masih nak attack Johnny lagi. Nak apalagi tak tahulah. Nak Johnny balik la kot. Menyesal lettew tinggalkan Johnny.

Banyak dah kisah-kisah macam ni kita tengok. At least dari apa yang aku observe, ada 3 kisah yang lebih kurang sama:

1. Johnny Depp and Amber Heard
2. Johnny Huang and WYX (Amber Heard China)
3. Diana Aniston and si anu

Kes Johnny Depp vs Amber Heard dulu. Sampai trauma si Johnny melayan perangai saiko Amber. Kena tuduh pukul sampai lebam-lebam. Katanya mangsa penderaan fizikal dan emosi sepanjang perkahwinan. Amber kata Johnny kuat mabuk. Setiap kali mabuk dia kena tampar, tumbuk, tendang. Pastu kena serang secara sexual.

Ujung-ujung rupanya dia yang saiko. Mujur kes tu naik mahkamah, habis keluar segala video and bukti-bukti jahat di Amber. Paling aku takleh brain yang dia berak kat katil. Kau dah kenapa berak atas katil masa Johnny tengah tido? Gila!

Memanglah Johnny Depp tu alcohol addict tapi sampai ke sudah TAKDE bukti dia pukul bini. Even ex gf and ex wife pun mengaku Johnny bukan kaki pukul. Punyalah selama ni Hamba Allah tu diam kena tuduh macam-macam, kena hencap dengan netizen sampai kena banned dengan Disney (Disney kan?), last-last baru kebenaran muncul. Dah lunyai member tu kau fitnah itu ini.

Kes Johnny Huang and WYX. Ini kes yang sangat sangat sangat UGLY. Sampai sekarang Johnny masih dihencap netizen. Walaupun dah menang dan takde bukti dia pernah lakukan keganasan, sampai sekarang haters masih gunakan modal tu untuk create naratif buruk pada Johnny.

Sama macam Johnny Depp, Johnny Huang pilih untuk senyap. Tak pernah lansung dia respond atau buat sebarang kenyataan balas bila dituduh macam-macam sebab dia tahu takde bukti. Yang si WYX pun bangang, macam-macam kau tuduh, bukti mana?? Siap kena saman fitnah lagi. Punnnnn tak serik-serik. Johnny makin famous, makin laku, makin fly high. Kau? Sedihhhhh.

Diana Aniston pun sama gak. Masa awal-awal break, si anu paling bingit bercerita pung pang pung pang konon aku ni jahat, curang, tak kenang budi, tinggalkan dia sebab pilih lelaki kaya. Aku? Diamkan aje.

Persamaan antara Johnny Depp, Johnny Huang dan Diana Aniston (nak jugekkkk nama ala-ala celebriti) adalah SENYAP bila dihencap oleh ex dan netizen. Diana Aniston pilih untuk senyap sebab malas nak argue. Misi aku bukan untuk menang. Misi aku adalah untuk KELUAR DARI RELATIONSHIP. Kau cakaplah aku apa pun, kau burukkanlah aku macamana pun. Orang keliling nak keji, I don’t care. Sukati. As long as aku berjaya loloskan diri dari kau, I’M OKAY! 💪🏻. Aku syak dua-dua Johnny tu senyap pun reason yang sama. Asalkan dah takde relation dengan korang, cakaplah apa pun. Gitu.

Tapi kesan mensenyapkan diri ni, nama kau jadi busuk. Puas la orang keliling kutuk keji kau. Johnny Depp rasai. Johnny Huang rasai. Aku pun dah rasai. Bertahun-tahun aku senyap and simpan. Elakkan diri dari jumpa kawan-kawan lama sebab aku tahu ramai yang tak suka aku masak tu. Aku kan jahatttt tinggalkan boifren untuk kejar lelaki lain. Lagipun aku tak nak En Wan jadi mangsa kutukan. Taknak nanti orang sok sek sok sek “Ohhh inilah jantan yang rampas Diana dari si anu”. Jadi, awal-awal dulu aku jarang join gathering.

Tahun 2007 post pertama aku di blog aku bercerita santai-santai pasal kisah cinta dengan si anu, that post went viral sampaikan kawan-kawan yang kenal aku mula tahu kisah tu. Then barulah dorang can connect all the dots.

“ohh patutlah masa tu…”

“ohh aku perasan ada satu time tu…”

“no wonder dia…”


Semua baru realized rupanya akulah mangsa. Tapi dah puaslah bertahun aku kena keji baru semua nak realised. Isokay, tak kesahhhhh. I am happier now.

Sebab tu masa kes Johnny Depp aku follow rapat. Siap pi celebrate makan-makan dimsum bila Johnny menang. Dan kes Johnny Huang pun aku follow and masih mendefend him setiap kali WYX buat gila. Because aku SANGAT FAHAM pattern ni. Pattern yang beria bercerita mengeluarkan alasan itu alasan ini tapi bukti tarak.

Kekal mendiamkan diri dan tak bercerita hal sebenar ketika orang keliling mengeji, is not easy sebenarnya. A part of you rasa nak mengamuk, nak belasah semorang and nak jerit kuat-kuat bagitahu hal sebenar. Tapi IQ 3 digit aku suruh pikir jangka panjang. Pikir misi sebenar. Berbalah statement takkan bawa aku ke mana-mana. Setakat menang mulut dan menang sokongan ramai nak buat apa? Misi aku adalah keluar dari relation tu. Itu the real victory.

Si WYX tu memanglah cantik. Model katakan. Tapi menjak break dengan Johnny sampailah sekarang macam meroyan. Padahal lepas break dia dah kawen lain, pastu bercerai. Tapi masih nak ungkit pasal Johnny. Nampau nau bitter Johnny makin success without her.

Tu yang macam-macam cerita dia keluarkan. Kejap kata kena pukul. Tunjuk gambar muka lebam-lebam. Pastu kejap kata Johnny curang. Kejap kata keguguran sebab stress. Kejap kata dua kandungan mati dalam perut kena pukul dek Johnny. Kejap nak bunuh diri, tapi tak mati-mati gak aku tengok. Eh letih kitorang melayan perempuan gila. Tunggu gak hujung tahun ni apa modal dia. Tak zabarrrrr. Tak sabar nak maki.

Dari kisah dua orang Johnny ni, aku nampak masalah utama bukan pasal penderaan, tapi tuduhan yang tak dapat dibuktikan, bercanggah dengan bukti, dan buatkan reputasi dua-dua Johnny hancur.

Johnny Depp menang kes. Johnny Huang menang kes. Tapi reputasi dorang drop walaupun dah menang, kan? Sebab haters gonna hate.

Menang kat mahkamah tapi tak menang di mata semua orang. Keputusan undang-undang adalah fakta dan bukti, tapi reputasi banyak bergantung pada persepsi. Dan persepsi ni, especially zaman media sosial, memang susah nak kawal sebab orang suka tengok majoriti.

Johnny Depp menang kes, tapi label dia, meme yang menganjing dia, naratif lama, semua tu masih orang buat main sampai sekarang. Sama macam Johnny Huang. Walaupun dah dibuktikan tak bersalah, tetap ada yang tak puas hati, yang masih menunggang isu lama, fandom wars bertahun-tahun.

So apa yang tengah berlaku dan pernah berlaku kisah-kisah rumah tangga retis, kau biarkan je dorang keluarkan statement sama sendiri. Takyah side mana-mana sebab nanti ujung-ujung tahu jugak siapa yang buat perangai. Tapi selalunya makan tahun la nak tahu real story.


2025-12-22

Johnny di-CP-kan dengan Jin Chen

Ok backdated punya cerita. Cerita dari Weibo.

Johnny di-CP-kan dengan Jin Chen 🥰.

Kat sana ada kelompok fans yang dipanggil CP Fans. CP fans ni golongan yang suka pada couple-couple pilihan. Ada lagi satu kelompok namanya Solo Fans. Solo fans ni tak kisah actor tu nak kawen ke, nak bercinta ke, gasak. Solo fans hanya fokus pada career actor saja. Like me, aku kategori solo fans.

Kali pertama Johnny di-CP-kan adalah between him and Timmy Xu. Ini impak dari drama Addicted. Yang CP-kan dorang ni adalahg geng-geng main bontot kat sauna.

Kali kedua di-CP-kan adalah baru-baru ni. Between dia and Jin Chen! 🤣 Unsangkarable dorang berdua ni boleh di-CP-kan. Oh baideway between Johnny and Dilreba bukan CP, ya. Itu gossip saja. CP is couple gossip yang “diapproved” oleh netizen.

Ceritanya gini, Natural High season kali ni, Johnny nampak close dengan Jin Chen. Selalu sangat dorang berdua ni duduk sebelah-sebelah. Salah sorang member Natural High is Shen Teng. Shen Teng ni big brother yang disegani. Dia punya EQ, high. Dia jenis yang takkan bercakap sesuatu yang dia tak tahu.

Ada beberapa episod Shen Teng cakap kat Jin Chen and Johnny:

“Stop acting out a romantic drama there”

“Top-tier actors are here performing just for you”

“If you can’t finish it, share with him”


Shen Teng takkan berseloroh kalau benda tu tak betul. Umur Shen Teng tu baya aku, 48. At this age I tell tu, it’s either we say or we don’t. This age takde masa nak berbasa-basi sembang kosong. So when Shen Teng cakap macam tu, antara dua je. Either Shen Teng knows a whole lot more than what’s shown on screen, OR he’s deliberately pushing them together because he sees something we’re all seeing too. Aha!

Johnny and Jin Chen belum pernah ada drama bersama. Dorang start kerjasama last year dalam Natural High Season 2. Masa tu Johnny hanya guest member. Then tahun ni dorang sama-sama terlibat dengan program variety Top Car Racer. Jin Chen satu-satunya perempuan racer dalam program tu. Dalam that program, dia banyak aktiviti pair dengan Johnny. And Johnny menjaga dia sepanjang program tu. Tapi masa tu takdelah nak kecoh sangat sebab Jin Chen sorang je perempuan. Logiklah kalau dia dijaga.

Bila dua-dua ditemukan balik dalam Natural High Season 3 tahun ni, this is the 3rd time dorang kerjasama. Maknanya dah boleh get along. Ahli Natural High pulak jenis bongok-bongok perangai semuanya. Jadi dorang semua rapat. Susah nak nampak samada dorang berdua dah start bercinta.

Ahli-ahli Natural High ada persamaan iaitu masing-masing pernah collab with each other. Contoh:

1. Johnny + Shen Teng = Pegasus 1, Pegasus 2 and Pegasus 3
2. Johnny + Jia Bing = Our Dazzling Days
3. Jin Chen + Wang Anyu = Falling into You
4. Jin Chen + Bai Jingting = Always on the Move

Natural High banyak buat aktiviti bongok-bongok. Peluang Johnny and Jin Chen nak close tu ada. Tapi penonton masih ok je lagi time ni. Tak expect apa-apa pun sebab tahu ahli-ahli Natural High memang sporting semuanya.

Until-lah kat Milan. Kejadian dorang berdua share ice-cream meledak kat Weibo. Johnny jarang ada candid moments macam tu dengan mana-mana perempuan. Even dengan co-star pun takde. Dia always dengan hal sendiri. Video share ice cream tu trending 3 hari kat Weibo. Sampai orang kata takde orang boleh naik story kat Hot Topics hanya kerana makan aiskrim, but Johnny 😆. Sejak dari tu audience follow rapat and peratikan je dua orang ni dalam episod-episod seterusnya.



Sekarang Natural High dah habis. Dah takde peluang nak tengok hint-hint macam ni lagi. Tapi kat Weibo masih ada yang ship dorang berdua.

Kalau dari pandangan mata aku, Johnny and Jin Chen nampak close tapi gaya-gaya bercinta tu macam takde. Itu dari observation aku lah. Sebab now pun Johnny back to filming tapi tak tahulah kot-kot dorang masih at early stage. Cuma yang best tu sebab CP between Johnny and Jin Chen tenang and takde bangkangan dari sesiapa. Macam semua pun approved. Maybe sebab karakter Johnny and Jin Chen sama-sama gila and lasak. Both of them pun tak pretentious or jenis nak menjaga imej 24/7. Sekufulah nampaknya. Tu yang audience rasa dorang sherashi bershama agaknya.

Hint terkuat sekarang adalah Shen Teng. Sebab ada beberapa kali Shen Teng tease dorang with I-know-something-you-don’t know smile 😆. Sangat suspicious cara Shen Teng senyum. Orang-orang yang makan garam ni observe lebih sikit selalunya. Anyways, if this turns into a real-life CP one day, we all saw it coming. Sebab fans follow rapat dari rancangan Top Car Racer lagi.
 


Kalau tengok part ni pun dah sesuatu. Dalam aktiviti ni, dorang kena melakonkan watak confession pada someone yang dorang suka. Skrip semua buat sendiri. Masa ni Shen Teng cakap "Johnny, you only needs courage.." Masa ni belum kat Milan. Masih di China. Hari tu masa tengok ni takde rasa apa-apa. Now tengok balik, like wow Shen Teng, is this your biggest hint to us?

If Johnny betul dengan Jin Chen rasanya fans takde masalah. Sebab dua-dua low profile, jenis buat hal sendiri, sama-sama bukan traffic actor dan perangai gila-gila. Johnny sesuai dengan perempuan macam ni. Dulu kena gossip dengan traffic actor macam Dilreba tu ya ampunnn kecohnya macam nak kiamat! Ni kena CP dengan Jin Chen aman-aman je aku tengok. Age-wise, Johnny 33, Jin Chen 35. No problem at all sebab Johnny gayanya matang. Tak nampak muda dari Jin Chen lansung.



Then ada satu lagi cerita, on birthday Johnny hari tu, ada satu post went viral. Iaitu post dari bekas assistant Johnny. Aku translate siap-siap untuk korang baca. Sangat heart-breaking 💔. Tapi so much thanks kepada ex-assistant dia sebab berani buat post ni.

I worked as Jingyu's assistant for 4 years, from 2019 to 2023, witnessing his highlights, but I also saw him hiding in the hotel room wiping out tears. Last year, due to illness in the family, I resigned. Before I left, he gave me a red envelope, saying, "Over the years you've worked hard, take good care of your family from now on," in a tone so light that he didn't seem to want to bother me.

Come to think of it, if he's so careful even with an assistant, how could he be the "negligible man" who circulates online?

Now, the announcement of his new drama Winner has been shared by the CCTV channel, many praising him for "fighting and turning around in the wave of the season."


When CCTV starts saying your name, that’s when you know you’re not just ordinary. Finally Jingyu is officially recognized.

Looking at the screen for a while, I felt like revealing some things that have been in my heart. What you see is the story "the heartthrob wrapped in six years of rumors is still reborn," but you don't know that at the height of rumors of pregnancy in 2023, he nearly gave up his career.


[rumours pregnancy ni between dia and Dilreba. Orang tuduh dorang berdua ada anak luar nikah]

At the time, rumors were circulating that "the actress" was pregnant with him. Someone even forged exams, with details: "Private doctor in Shanghai for pregnancy rest."

I remember that once, at 3 am in the morning, he took me to the hotel room, with a pile of screenshots of angry comments from netizens. The cruelest comment said "Huang Jingyu, get out of the entertainment, don't get in the way of her!!


[“Her” tu referring to Dilreba]

He asked me “Did I really make a mistake?” with red eyes. He cried.

On another day, we were surrounded by people with signs calling Johnny a "negligible man" and shouting accusations about "her." They even threw a bottle of water near him. I tried to stay in front of him, but he pulled me back and took the bottle, politely throwing it in the trash, without saying anything.

In that period, many suggested that he go public to defend himself. Evidence was gathered. I gathered all documents that could, that in minutes could clear his name. But he just shook his head and said, "If I talk, I can hurt someone who doesn't deserve it."

[Bab inilah yang aku pernah sembang dengan team Whale Guardian dulu. Kitorang assume salah satu sebab Johnny tak pernah buat statement pasal gossip dia and Dilreba adalah kerana dia taknak memalukan Dilreba. Nanti fans bongok Dilreba anggap seolah-olah Dilreba kena reject pulak]

So he asked me to send everything to “her” team, saying they would know what to do. He preferred to be attacked in to allow his response to put even more pressure on “her”.


He is a person who doesn't chase hype. When Ace Troops won the Eagle Awards he didn't go to the red carpet, he preferred to stay filming Bright Eyes in The Dark. He’s always been like that. Award events simply aren’t his thing. Just look at today, despite it being his birthday, he didn’t cancel filming and continued working as usual.

In 2021, an appearance on a reality show would pay 3x more than he would earn in acting. He declined politely, “I'm just an actor, not a star." He still thinks he’s not the kind of star people want to see.

In 2022, the great director Yimou invited him to a special participation in a S+ movie, a good opportunity to get him out of the rumors, but he refused because he had just received offer for The First Shot where director waited 4 year for him to play the role.

For the role of Lin Luxiao (watak dia dalam Bright Eyes in the Dark), Johnny trained and worked at firefighters stations for 4 months and wrote everything down. When the director saw it, the director said, “This role can only be of intelligence, he understands intelligence better than I do."

The day I left, he himself drove me to the train station. We talked about family and he handed over the red envelope and said “Do the right thing, don't be afraid to wait".


Fame was never his focus. And staying silent when the rumors spread was never about guilt, it was his way of refusing to hand more weapons to the people trying to tear him down.

Sedih baca post ex-assistant ni. Part yang pukul 3 pagi dia kejut assistant sambil bawak all print outs komen-komen hatred and tanya “Did I make a mistake?” — Allah sedihnya.

Kalau aku jadi assistant dia, aku cakap YES! Your mistake adalah bersetuju berlakon dengan traffic actor (Dilreba). Traffic actor punya fans mostly cibai. Fans dorang semua berlagak. Actor dorang terpaling best, terpaling hebat and terpaling famous. Siapa berlakon dengan actor dorang semua kena cop menumpang glamour. Masalahnya traffic actor kat China satu award prestige pun tak pernah sangkut! Nomination pun tak lepas!! Famous sebab imej je lebih.

Aku takde masalah dengan actor, tapi fans dorang. Contohnya fans Dilreba. Terpaling cibai. Sampaikan kat poster drama dorang berdua, production letak nama Johnny depan dari nama Dilreba pun dorang sakit hati and edit the poster letakkan nama Dilreba di depan. Macam tu sekali cibainya perangai.

Ini screenshot semalam. Aku kan sedang istiqomah menge-share drama The First Shot. Kalau IGS tu tak limit sampai 100 stories, aku dah tepek semua episod dah. Bersabar ya kepada yang menonton. Aku share sampai habis. This drama memang best. Best Drama 2024 kot! Dan yang paling best, ini adalah kategori S+ drama.

S+ ni kategori drama/movie yang very high impact. Producer drama The First Shot is Zhang Yimou. Zhang Yimou ni filem under dia banyak Box Office. Dah tua dah, umur 75 tahun. Dia ni la yang peram skrip The First Shot 4 tahun sebab nak Johnny carry watak utama. Panjang umur nak tengok Johnny berlakon production dia. 

Cerita ni bertambah best sebab 2 orang pelakon terbaik Asia ada dalam satu frame. Johnny won Best Newcomer di Asia Film Award tahun 2019, at the same time Zhang Yu (yang jadi jahat, Jiang Xiao Hai) menang Best Supporting Actor di malam yang sama. Seeing two Asian award recipients in one drama is just wow!

By the way, bila tengok balik video-video ni kan aku notice yang Johnny "berubah" sejak kawan dengan Jin Chen. Dia mana pernah layan buat video-video gini before this. Tapi dengan Jin Chen somehow dia let loose. Hilang sungguh karakter polis and military dia.