2007-12-31
Happy New Year All
Azam tahun baru.
Menjelang tahun baru 2008, azam aku ialah mengupdate diri aku dengan membaca blog-blog korang semua. Yesser!!!!!
Kalau baca blog korang pun aku takleh buat, maka tak payah la aku proceed ngan resolution yang seterusnya sebanyak 18 ni.
Mata aku sangat layu dan kuyu serta merah-merah sket sebab aku letih sangat. Gila penat. Masuk toilet tadi boleh lak termenung jap atas toilet bowl. Entah kemana-mana aku pikir. Siap leh pikir apa nak cakap kat customer Rabu ni. Jauh punya planning. Hari ni pun belum malam lagi, dah pikir Rabu. Baru aku tau kenapa orang panggil bilik termenung. Memang pencetus idea la.
Semalam aku ambik bibik baru. Aku dah ada bibik baru hoihhhh.
Bibik baru aku ni dah tua, age 40+, sedara kepada first bibik aku yang superb tu. So, aku harap dia pun sesuperb first bibik dulu. Pagi ni aku tengok everything ok. Cuma anak aku tu je yang eksyen taknak kat bibik baru. Ko tak tau ko nak kena tinggal ngan bibik tu pasni. Banyak lak cengkadak ko.
Kalau ikut aku la, memang taknak pikir dah nak ambik bibik segala. Tapi En Wan punya alasan kesian tengok aku balik malam-malam penat nak uruskan rumah. Kang tengah-tengah malam nak bangun balik sambung wat keje.
Ala, sebenarnya ko yang tension seminggu empat lima kali kena makan kat luar kan?
Aku bukannya tak larat nak buat, laratttt.
Sungguh.
Tapi biasa la kan, sebab aku penat, so mulut aku berjalan lebih dari tangan kaki. Adat orang dah penat. Tapi aku buat gak keje. Cuma pepandai la ko tahan telinga ko dari bernanah dengar aku berleter.
Now ada bibik pulak kat umah aku.
Dah takleh beromen kat hall depan tv.
Muahahahahahahahah.
Rumah aku tengah ramai orang, anak-anak sedara En Wan, mak metua pun ada, pastu ada lak bibik. Di kala kepenatan melanda, bibik ada, mak metua pun ada. Just on time. So boleh lah boleh aku membongkang sepuasnya malam ni. Bestnya pikir, takyah basuh baju, takyah lipat baju, takyah gosok baju, takyah siram pokok, takyah vacum rumah, takyah mop dapur, takyah MASAK, tak payah tak payah tak payah dan tak payah. Walahweiiiiiiiiiii, boleh imagine la badan aku jadik cam tenuk tahun depan.
Semalam aku beli another DVD Leslie. Yang bestnya, aku tak mintak pun. Lalu depan Speedy En Wan tanya 'Taknak carik cerita cina awak?'
Cepat betul dia beradaptasi.
Memang sesuai jadik laki aku.
Gambar DVD nanti malam aku snap. Ni kat opis. Nak sambung wat keje.
2007-12-24
Penat and malas
Baru balik dari Tganu.
Letih and mengantuk tapi still gigih bukak laptop nak siapkan keje and plan apa nak wat esok.
Dak faisal gatal mengingatkan aku tentang exam.
Erghhhhh.
Actually hari tu tak sempat nak wat exam.
Bagi kuiz je.
Macam taik.
Dah lama aku tinggalkan segala tok nenek DNA, RNA, siRNA, miRNA bla bla bla hak tuihhh bla bla bla. Berkarat gila paler hangguk aku nak kuarkan balik segala bendalah ni. Tapi takde la bangang sangat kan, kira boleh la. Itupun seb baik aku selak-selak gak notes, kalau tak melopong gak pikir apa nak jawab. Kalau objektif boleh gak aku tembak. Ni subjektif. Dah la bos yang tanya. Apa tak ko tembak je aku kasik mati dari tengok muka sarcastik ko sengih-sengih bila aku takleh jawab.
Tapi mampos la kan dengan muka SARKAStic ko.
Dia kata anytime lepas final training dia akan come out with questions. Final training dalam minggu depan kot. Aku balik Tganu dengan penuh kesengsaraan. Orang lain beraya, aku dok depan laptop sambil baca notes. Time SPM pun aku tak study maut cam ni okkk. Esok nak exam, hari ni aku leh lagi bukak majalah REMAJA dulu baru bukak buku skolah. Seb baik MANGGA lom wujud lagi, kalau tak panjang jawabnya menung aku lam exam hall.
Takpe, aku berazam study gila-gila pasni. Tak exam pun study gak. Everyday satu bab kena habis and fahamkan. Lepas tu aku nak ko soal aku. Soal la berapa banyak pun. Kalau semua soalan aku jawab betul, aku hempok paler ko. Ko yang ambik aku dok situ, pastu ko nak test test pulak.
Bingai.
Oh yes, ingat lagi kawan aku yang suka test-test lirik lagu ngan aku?
Sebab aku busy hamat, aku telah digelar sebagai MAK ACI kerana tak aci ambik lebih masa nak hafalkan lagu I'll Be Missing You.
Yenadeyyyyyyyyyyyyyyyyy!
Takat lagu Puff Daddy tu apa lah susah? Lagi payah nak hafal lagu skolah aku dulu.
So tadi aku nyanyi la jugak guna mic laptop ni. Walaupun aku tau dia tau aku nyanyi ambil bukak Lyricsearch.com. Cam aku tak tau ko sebenarnya nak dengar suara aku je kan?Wakakakakkakka.
"To R**a A***n H***y a.k.a King, congrats on your engagement this X'mast.
My warm wishes for a lifetime of joy and togetherness.
Kawen sok la I datang ok? Sorry terDC from YM and malas nak log in balik.
I know you are reading this. About the question, my answer will be - 'I PROMISE' "
2007-12-16
Dia sudah besar
Tuesday ni aku ada exam. Tak boleh terima kenyataan sunggoh dah nak masuk umur 31 still nak kena sit untuk exam. Ughhh, sengal. Macam tak percaya aku lepak hall sensorang sampai kol 1am sambil mentelaah. Kalau stay up sebab nak surf internet aku tak penah berkira tapi kalau bab nak studi, buku pelajaran pulak tu, sangat la tolonggggggggggggggggggggggg.
Jumaat lepas balik keje, nampak satu parcel atas meja.
From Hong Kong!!!!
Yesserrr.
DVD and VCD Leslie yang aku order from HK dah sampai. Gila maraton Jumaat lepas, sampai kol 3 pagi aku abiskan semua cerita. Dan seperti yang dijangka, aku senyum sensorang sepanjang cerita. Ada satu movie tu Leslie pakai singlet Pagoda. And malam tu En Wan tido pakai singlet yang sama. Jangan cerita la aku punya berangan peluk Leslie. Satu macam punya melekat aku kat En Wan.
Tebiat.
Jap lagi aku nak masuk sensasian.com and order lagi 4 DVD. Tapi kena pikir dulu apa nak ayat En Wan.
Semalam gi JJ kat area Taman Botani (ye ke nama ni?). Nak masuk KL takut kena sembelih ngan Hindraf, so lepak Klang je. Gila bapak besar JJ kat sini.
Bermula lah sessi shopping.
Aku nampak satu kedai ni, yang aku memang berangan nak masuk. Tapi cam segan sebab yang masuk semuanya cam tiang letrik, nampak sangat aku perasan kurus kalau aku masuk kedai tu. Tapi mampos la kan. Aku nak masuk je, lom tentu aku beli.
Ternyata, semua baju yang aku try semua saiz 4. Kira kalau kat Mesia saiz L la kot. Setau aku model-model US semua saiz 2. Pedulik la.
Dua-dua baju ni akhirnya aku beli. Tengah gila kat baju yang ada tali-tali kat pinggang. Kerek gila minah sales kat fitting room tu. Muka tak pas hati tengok aku nak try baju. Ye la, aku kan plump, kat situ semua badan ala-ala model (read = keding dan kecut takde tetek). Siap belek saiz baju aku lagi masa nak ambik hanger. Gelak lam hati la tu semua baju aku size L.
Taik la kau. Bukan aku mintak ko bayarkan pun.
Asal aku ambik saiz M, tetek mesti tak lepas, pinggang ok. Saiz S lagi la takyah citer. Zaman saiz S dah berlalu. Lepas bersalin ni tetek aku dapat lebih zat, mengalami tumbesaran berganda. L pun L la, macam la label L tu ada kat luar baju.
Lantak ko la nak kembang kuncup tang mana pun. Aku dah tak kosser nak ambik tau. Tapi saya berbangga tetek saya besar.
2007-12-13
Azie & Meng - The Wedding
Bestnya dapat pegang laptop sendiri.
Rindunya kat Dr Mus aku ni.
(Dr Mus adelah nama manja laptop aku)
Nak cerita pasal penat and busy dah naik muak.
Tapi aku nak bercerita jugak tentang kegedikkan aku berjalan-jalan kat HUKM petang tadi.
Aku ada appointment ngan satu doktor ni, nak bincang pasal mRNA. Punyalah department Dr ni dekat ngan main lobby, aku nak jugakkkk menapak jauh-jauh semata-mata nak merayap carik bilik yang ada tulis nama Dr Mus.
Hahahahahha.. GATAL!
Ok, tu je nak cerita.
Esok tengahari aku ada sessi beramas-mesra dengan Santa Claus di Hilton KL.
Bos *** open table untuk Krismas lunch. Terpaksa la ajak aku sekali walaupun aku sorang je yang tak sambut Krismas, saper suruh ajak aku lepak kompeni ko kan?
Apa lagi, ni la masanya nak join Kelab Melayu Mabuk.
Muehehehehe.
Dajal. Dajal.
Sori la, aku sejak lepak *** ni memang tak berapa nak tune sket.
Kejap nak mengamuk, kejap nak berhibernasi, kejap nak menangis, kejap nak mengawan. (yang ni selalunya tak berapa nak sekejap).
Ahad lepas wedding kawan aku yang sesama lepak Kenny Roger's last week, AZIE.
Ada gak orang nak kawen ngan ko..
Memula tak plan nak gi. Ingat nak gi Ahad ni kat rumah Meng (laki dia). En Wan sibuk pulak Ahad lepas nak bawak bala tentera Jepun dia shopping kat Petaling Street la, Chow Kit la, apa benda kejadah lagi ntah aku pun tak tau. Last-last tak jadik sebab si jepun ni semua dah keluar sendiri.
**aku tanya Azie, pesal elok-elok nama Faizal boleh tukar jadik Meng?? Azie kata, dulu masa kat boarding school, laki dia suka fly curik mangga kat luar pagar skolah. So, kengkawan panggil dia Meng sebagai penghormatan kepada MENG-go (Manggo)**
Rindunya kat Dr Mus aku ni.
(Dr Mus adelah nama manja laptop aku)
Nak cerita pasal penat and busy dah naik muak.
Tapi aku nak bercerita jugak tentang kegedikkan aku berjalan-jalan kat HUKM petang tadi.
Aku ada appointment ngan satu doktor ni, nak bincang pasal mRNA. Punyalah department Dr ni dekat ngan main lobby, aku nak jugakkkk menapak jauh-jauh semata-mata nak merayap carik bilik yang ada tulis nama Dr Mus.
Hahahahahha.. GATAL!
Ok, tu je nak cerita.
Esok tengahari aku ada sessi beramas-mesra dengan Santa Claus di Hilton KL.
Bos *** open table untuk Krismas lunch. Terpaksa la ajak aku sekali walaupun aku sorang je yang tak sambut Krismas, saper suruh ajak aku lepak kompeni ko kan?
Apa lagi, ni la masanya nak join Kelab Melayu Mabuk.
Muehehehehe.
Dajal. Dajal.
Sori la, aku sejak lepak *** ni memang tak berapa nak tune sket.
Kejap nak mengamuk, kejap nak berhibernasi, kejap nak menangis, kejap nak mengawan. (yang ni selalunya tak berapa nak sekejap).
Ahad lepas wedding kawan aku yang sesama lepak Kenny Roger's last week, AZIE.
Ada gak orang nak kawen ngan ko..
Memula tak plan nak gi. Ingat nak gi Ahad ni kat rumah Meng (laki dia). En Wan sibuk pulak Ahad lepas nak bawak bala tentera Jepun dia shopping kat Petaling Street la, Chow Kit la, apa benda kejadah lagi ntah aku pun tak tau. Last-last tak jadik sebab si jepun ni semua dah keluar sendiri.
**aku tanya Azie, pesal elok-elok nama Faizal boleh tukar jadik Meng?? Azie kata, dulu masa kat boarding school, laki dia suka fly curik mangga kat luar pagar skolah. So, kengkawan panggil dia Meng sebagai penghormatan kepada MENG-go (Manggo)**
Elok je lepas pengantin potong kek, diorang naik pelamin jap nak begambar. Ntah makcik saper la nak potong kek tu, sekali kek tingkat atas tu jatuh, hempap kek bawah. Betul-betul depan bijik mata aku ngan Ann. Makcik tu punya muka aku cakap ko, toreh lima kali ngan pisau Gillette pun tak kuar darah. Ambik koooooo...mana nak nyorok.
Boleh dikatakan agak penat jugak la aku tunggu duorang ni kawen. Kejap gaduh, pastu baik, pastu gaduh balik. Gaduh benda-benda yang menggelikan pusat aku. Benci!!
Bila tengok muka Meng ni, ingat balik kes pusat.
Meng : Pusat I gatal la.
Azie : Apsal?
Meng : Entah. Pusat I kena resdung kot.
Aku agak benci jugak la ngan Meng ni kalau terbayang muka selenga dia.
Ann yang sentiasa lone ranger ke majlis-majlis rasmi. Boifren sorok kat rumah. Payah betul kalau nak ajak MatNor join. MatNor ni saper??? Ke laki aku? Hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Si gemuk dan si keding.
Macam mengandung pulak pakai baju Mak Aji ni. (nak salahkan baju jugak)
2007-12-09
PAUSE
Aku memang sangat busy okkk.
Bukan purak-purak.
So, aku rasa aku takkan busy blogging macam dulu atau maybe invisible kejap buat masa ni.
Rasa cam nak pinjam tangan orang siapkan keje. Tempat ni sangat macam cilaka.
Penuh dengan garis-garis panduan untuk menjadi usahawan hebat.
Tolong la.
Aku cuma nak keje je kat sini, bukan nak ambik kompeni ko pun. So takyah nak ajar aku benda-benda yang aku tak perlu tau. Sebab aku pun malas nak ambik tau. Dok kira hari je ni.
And disebabkan aku takde masa nak membaca blog orang, let alone memblogging, so kira fair la kalau aku pause kejap.
Tapi sebelum aku pause tu aku nak bagitau kepada peminat blog aku "pu20rm". Selalunya "pu2rm". Alih-alih aku tengok dah bertambah lak nombor. Tak tau la orang yang sama ataupun orang lain, yang aku tau ko memang peminat setia aku kan?
pu20rm has left a new comment on your post "Miranda Priestly version Asia": boring sunggoh blog ini sekarang. kaler yang cukup poyo. layout berterabur. tangan sakit eh, sebab tu layout berterabur?
Publish this comment.
Reject this comment.
Moderate comments for this blog.
Apa-apa aje la.
Untuk pengetahun ko, blog ni life jurnal aku, boring ke tak boring ke, itu life aku, and takde kena-mengena ngan kau. Dan aku rasa life ko lagilaaaaaaaaaaaaaa boring sebab tu ko balik-balik masuk blog aku. Takde keje nak buat ke?
Tapi, boring-boring pun ko masuk gak blog aku kan? Dah tau boring yang ko nak masuk gak pesal. Semata-mata nak stalk aku? Semata-mata nak tengok life aku happening ke tak? Too bad, memang aku sentiasa happening.
Nasihat aku, kalau rasa-rasa nak carik pasal ngan aku tak payah la menyembunyikkan kebaculan dengan cara 'beranonymous'. Itu kaedah sangat keji dan berIQ rendah. Tapi aku rasa ko memang IQ cetek pun. Terang-terang dah kat blog aku ada tulis I WARN. Baca la. Ke tak paham bahasa omputih? No problem, aku leh translatekan.
Kalau rasa takut nak tunjukkan diri sebenar, dipersilakan call aku. Aku tau ko ada HP number aku. Kalau takat nak membambu blog aku ni, aku tak heran la beb. Blogging ni cuma cebisan dari jurnal harian aku. Realitinya lebih menakjubkan dan konfem ko kekejangan kalau tengok kehappeningan life aku.
Muahahahahhahaha.
Ok guys.
Aku nak mandi, nak gi umah orang kawen.
Kalau ada mood aku blogging la, tapi tak janji, sebab aku amat tensi ngan working env aku skang.
2007-12-04
Miranda Priestly version Asia
Hari kedua aku kat sini.
Kat mana?
Kat ***.
Ingatkan takde internet, seb baik ada. Takde la aku sembab sepanjang hari.
Aku ada benda nak wat kat sini for 6 mths. Kiranya jauh sket aku menapak dari biasa.
Semalam aku wat keje cam biasa. Tengahari lady boss panggil meeting dari kol 2pm santak ke kol 6pm. Patutla budak-budak ni suruh aku get ready. Naik kebas bontot aku. Dah la tetiap Isnin kena meeting sampai 4 jam. Apa benda yang ko nak cakap lama-lama ni?
Tapi ni la kali pertama secara livenya aku jumpa bos yang sebijik cam bos The Devil Wears Prada.
Yang tengah duduk tu aku.
Sebijik. Memang betul-betul punya sebijik…style je la. Muka konfem jauh dari panggang dari api. Tough gila babi pompuan ni. Yang lain-lain muka cam sialll je focus dari awal sampai ke sudah. Aku yang rebel ni jangan harap la, kekejap aku menguap, batuk sikit, pastu jawab call, takde incoming call pun aku wat-wat cam ada call masuk.
Aku malas ok nak dengar project tu project ni yang memang aku dah mengadap sejak 4 tahun lepas. Boleh tak ko bukak cerita lain? Yang aku heran budak-budak ni benda basic pun nak kena ajar. Camne boleh duduk lam *** pun aku tak paham.
Berlagak gila cara aku cerita ni.
Mampos ahh.
Tapi semalam aku penat sangat. Ngan kepala aku stress pikir keje kat ***.
Aku memang pantang keje ngan manusia-manusia so-called menakjubkan ni. Rasa cam aku la paling bodoh dalam group. Mula la aku gubra tak tentu raba. Tiba-tiba rasa nak berdiri tengah jalan biar kena hentam ngan bas pastu boleh tersadai kat spital sampai cukup enam bulan.
Urghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Tensi!
Tensi!
2007-12-02
Green apple yang dilelilingi buah oren
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang telah memberikan aku kesabaran yang tinggi nak menyiapkan lay out baru ni. Sangat-sangat menguji kesabaran. Jangan ditanya berapa hari aku siapkan bendalah yang tak mendatangkan faedah ni. Buat pun sorok-sorok. Al-maklum, En Wan pantang kalau nampak aku terlampau fokus ngan menatang ni sampai makan malam pun kena pospon sebab dah kol 8.45pm aku tak masak apa pun lagi.
Gila la menatang ni. Buat aku lupa diri kejap. Seb baik En Wan tak berapa nak hangin. Itupun sikittt je lagi dia nak wat laptop aku lempar cakera.
Ini tangan aku.
Semalam aku sangat hardworking. Nak wat kacang hijau untuk minum petang. Sebab nak buktikan kat jiran-jiran yang aku buleh masak bubur kacang hijo secepat 20 minit. Elok je pressure cooker aku padam, aku terus bukak lid dia.
Pufffffffffffffffffff!!!
Wap panas kuar.
Gila sakit jari akuuuuuu. Terloncat-loncat aku kat dapur.
Seb baik kepala aku bagi warning pressure cooker tu mahal. Pedih-pedih pun aku pegang gak lid. Kalau ikut sakit ni, lama dah lid tu terlepas dari tangan.
Sebab takut nak tunjuk kat En Wan, aku sapu ngan Colgate pastu masak guna tangan kiri. Tangan kanan terkibai-kibai. Makin pedih boh Colgate. Kalau aku bagitau En Wan on the spot dia berkuntau depan aku sebab dia dah kata taknak minum petang, tapi aku gatal nak wat jugak.
Malam kang nak masak camne? Kalau guna satu tangan jawabnya kol 11 pagi besok pun blom tentu makan.
Lepas maghrib, aku hulur tangan aku kat En Wan 'Tengok tangan Di, tadi kena wap panas bang. Macam nak menggelembung. Mesti esok tangan Di gemuk pastu kulit dia terkoyak. Mesti nanti kalau dah kering dia menggelupas kan?'.
Exaggerate gila akucerita sambil wat muka toye depan dia.
Dan-dan tu dia kuar gi pharmacy. Siap sapukan ubat lagi.
'Dah, Di tak yah basuh pinggan, biar abang buat'.
Mueheheheheh.
Saya sangat-sangat juara meruntunkan perasaan lelaki.
Esok aku akan bekerja kat satu tempat yang tak boleh guna internet selama sebulan. Aku tak dapat bayangkan betapa azabnya sebulan itu.
Sila doakan kebahagiaan aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)