2014-11-18

Mah


Udoh-udoh le share pasal cerita laki si Mah yang mengote dengan orang lain tu.
Yang mintak aku bagi respon, ya, aku dah baca cerita tu semalam.
Tapi nak bagi respon ni pun sebenarnya serba salah.
Sebab cerita tu macam nak dekat sama je dengan email yang aku dapat dari reader bulan-bulan lepas.
Tapi yang aku dapat tu luahan hati isteri.
Husband dia mengaku pada dia (wife) yang selama ni dia (suami) memang ada skandal ngan perempuan lain. Tapi email ni rasanya dah 3-4 bulan lepas kot. Bila aku baca cerita laki si Mah semalam, aku macam eh si Mah ni reader aku ke apa. Lebih kurang je cerita dia.
Cuma aku harap cerita Mah ni cerita rekaan semata-mata je.
Mungkin rekaan cerita dari lelaki yang nak para isteri lebih menjaga penampilan selepas berkahwin.
Biasa la kan, kebanyakkan pompuan kan takut kalau laki kena kebas. Jadi cerita-cerita macam ni je yang mampu menginsafkan para isteri dan mula work out untuk membentukkan badan seperti Kim Kardashian.

Kisah rumahtangga ni payah kita orang nak luar nak judge.
Sebab yang merasainya saja yang tau camana nak handle.
Ada yang bagi komen Mah ni bodoh sebab maafkan suami dia.
Eh kau pulak yang susah. Biar la dia nak maafkan laki dia. Tu maknanya dia menerima kelebihan dan kekurangan suami.

Seorang isteri takkan semudah tu nak maafkan suami melainkan dia sedar dia jugak bersalah.
Si Mah tu maafkan suami sebab dia tau apa yang laki dia cakap betul.
Mungkin betul dia tak jaga badan, dia berbau, rambut busuk, kuku kecut...bla bla bla.
Atas sebab itu maka dia maafkan sebab dia pun tau dia tak menjaga diri dia macam dulu.

Ada yang question kenapa dari awal lagi tak sound si Mah ni supaya cantikkan diri.
Eh, mana ko nak tau dia tak sound?
Entah-entah dia penah bagi hint tapi si Mah ni je yang tak ambik port.
Sebab aku pun seorang isteri jugak. Aku paham sangat la perangai isteri-isteri ni.
Kalau dah malas tu kan memang banyak je alasan.

Contohnya diri aku sendiri la.
Kalau balik keje petang tu terus bersilat kat dapur. By the time laki aku balik, aku baru nak naik ke bilik. Dari balik keje tadi tak sempat-sempat nak naik bilik sendiri.
En Wan kadang-kadang tegur "Ni apesal dah nak Maghrib tak mandi lagi ni?"

Sebab aku penat, maka aku jawab "Di balik tadi baju pun tak sempat bukak tau. Terus pi dapur masak sebab abang balik nak makan. Abang tu kalau boleh tunggu sampai pukul 9 baru makan takpelah jugak. Ni before Maghrib nak makan nasik. Mana sempat orang nak mandi semua".

Haaaa...gitu jawapan sedepa aku bagi. Sila jangan contohi.

Aku tau teguran En Wan tu sebenarnya nak kasitau "Kau ni kenapa selekeh masam sangat ni?"

Bukan aku tak paham, aku paham.
Tapi sengaja kan, jangan kan tidak nak menjawab.
Ha, jangan ingat aku tak tau la si Mah ni pun agaknya macam tu gak.
Bukan laki dia tak tegur, tapi dia yang malas ambik port teguran/hint suami.

Suami pun kena ada consideration.
Nak isteri bercantik 24/7, tolong sediakan orang gaji tiga orang.
Supaya aku boleh menggentel kau doplohpatjam.

Cuma tak boleh salahkan suami jugak bila suami mementingkan kecantikan isteri 24/7.
Dah itu bini dia. Hari-hari dia nak mengadap orang yang sama sampai ke mati. Of cos kalau boleh dia nak bini dia sentiasa menyelerakan.
Kecantikan tu kan subjektif orang kata.
Ada lelaki yang memandang kecantikan tu dari sudut fizikal.
Ada yang memandang kecantikan tu dari hatinya.
Nak buat camana kalau dah laki si Mah tu memandang kecantikan luaran. Kan manusia tu berbeza-beza kehendaknya. Kalau semua lelaki tak kisah pada kecantikan rugilah aku jual Ephyra takde sape nak beli. Kah Kah Kah *tetiba*.

Aku suka bila ada reader lelaki email aku "Kak, boleh tak akak wrap Ephyra ni and letak kad, ni untuk isteri saya".

Suami mana yang nak isteri selebet?
Semua suami kalau boleh nak isteri dia nampak berseri.
Fitrah manusia memang sukakan kecantikan. Takyah nak kata sangat lah kecantikan hati lebih penting. Sama je pentingnya. Sebab selalunya bila kita cantik di luar baru ada orang yang nak hampiri kita untuk kenal hati budi kita pulak.

Ada suami yang tak kisah badan isteri dia gemuk.
Asalkan dia jaga m akan minum keluarga.
Tak salah.
Itu pilihan dia.

Ada suami yang nak isteri dia stay gojes sampai ke tua.
Tido malam pun kena pakai lipstik.
Pun tak salah.

Yang salah cuma bila kau nak isteri kau cantik tapi kau tak bagi duit untuk dia mencantikkan diri.
Kau nak bini kau melayan kau dengan hebat tapi kau biarkan dia kepenatan uruskan rumah macam orang gaji.

Aku suka point laki si Mah tu kata "Abang bagi duit tapi Mah habiskan untuk beli perhiasan rumah and barang kemas".

Benda ni selalu terjadi. 
Suami bagi duit kat wife tapi wife buat beli henbeg, kasut, new henfon...
Bak kata Ustaz Kazim, bukan kau nak pakai henbeg tu dalam rumah pun.

Kes si Mah ni, ramai yang kata tak boleh terima alasan suami dia berzina hanya kerana isteri dah tak cantik macam dulu. Tak lojik katanya.

Kenapa pulak tak lojik?
Tak percaya hanya disebabkan isteri hilang kecantikan maka lelaki berskandal dengan perempuan lain?

Selain dari faktor lelaki tu sendiri yang mata keranjang, atau mereka ada masalah rumahtangga yang orang lain tak tau, adelah sesuatu yang boleh diterima akal bila suami berskandal dengan orang lain sebab isteri dah kurang cantik.

Sebab 80% kes suami kawen lain pun ko ingat sebab nak membela kebajikan wanita ke.
Nan ado.
Bukan ramai sangat yang kawen lebih dari satu tu berkahwin sebab nak membela kebajikan wanita.
Ramai kawen ngan anak dara muda belia bergetah jugak.
Isteri kedua tu selalunya lebih cantik, lebih muda dari isteri pertama.
Tak semua, tapi selalunya macam tu lah.
Menunjukkan betapa kecantikkan luaran tu sememangnya mainkan peranan.

Yang aku tak suka kes si Mah ni bukan sebab alasan berzina tu.
Aku tak suka bila dia memainkan hati si janda tu.
Dalam kes ni kita anggap je la janda tu wanita yang baik. Maksudnya dia jadi janda bukan sebab perangai dia gatal.
Kesian janda tu bila dijadikan stok persinggahan untuk laki si Mah ni lepaskan nafsu.
Mentang-mentang la orang tu pun janda, tak luak katanya.
Kalau betul nak, buatla cara yang betul.

Apa-apa pun bak kata pepatah "Trust is like a paper. Once it's crumpled, it can't be perfect"