2011-11-30

Kawan

Ni aku nak bagi korang teladan sikit.
Benda ni sebenarnya semorang dah aware dah cuma sometimes kita tak boleh nak elak atas sebab-sebab tertentu.

Citer dia cenggini...

Beberapa tahun lepas aku ada set up satu company dengan kawan lama.
Kawan ni dulu keje dengan aku.
Satu hari tu dia cakap dia bukak satu company dengan kawan dia.
Ok la, aku memang takde hal lansung walaupun aku tau eventually dia akan jadi competitor aku punya. Tapi aku memang percaya padaa rezeki. Takde hal la kalau member jadi competitor, janji kau jangan buat taik dengan aku.

Dipendekkan cerita, dia run company dia, aku run company aku.
Sampai la satu hari tu dia kata one of the Director resigned. Dia nak pakai nama aku.
Oh nooooo wayyyyyyyyyy!!
Pakai pakai nama ni aku taknak.
So aku bagi cadangan company dia and company aku work together.

Kawan aku ni nak buat lab tapi dia tak cukup resources.
Dalam ertikata lain dia tak tau lubang mana nak ambik bisnes sebab dia jenis malu nak jumpa orang. Kalau malu memang susah la kan kau na berbisnes. Nak bisnes mana leh malu. Lagipun apa yang kau nak malu? Kau bukan jual minyak angin, kau jual service.

Jadi aku cadangkan kat dia, dia buat service.
Maknanya dia tak perlu keluar daria lab tu pun.
Kejer dia adelah buat service and sediakan marketing tools.
Aku yang akan handle sales. Maknanya company aku akan carik customer, jumla orang segala.
Dapat prospek, aku pass kat dia.
Tapi dengan syarat.
Syaratnya adelah SEMUA reagents and kits yang dia guna untuk provide the service, dia kena beli dari company aku. So, aku carikkan customer, aku promote service dia. Dia pulak dapat customer and boleh jual service. Setiap kali dia buat service, setiap kali tu jugakkah dia akan beli barang-barang dari company aku. So kat sini, aku bukan saje dapat contract order (lab dia konfem akan beli barang dengan company aku every month), malah protfolio company aku lenih besar dari sebelumnya sebab aku bukan saje market own product tapi marketkan service dari comoany dia. Jadi ada synergy kat situ.

Akan tetapi, this kawan aku pun tak tau apa penyakitnya.
Maybe angan-angan terlampau tinggi kot sebab kat namecard tulis DIRECTOR, so mindset dia adelah 'I'm the boss'. Bila terlampau rasa diri bos, otomatik jadi malas nak bekerja. Sampai ke satu peringkat aku tak dengar apa-apa news lansung pasal keje dia. Tapi sebab aku pun ada company aku sendiri, so aku bauat hal aku je la. Memang takde perjanjian hitam putih pun dengan company dia selain dari nama aku ada dalam syarikat dia. Tapi nama je la. Aku plan takkan ambik apa-apa percentage pun, sebab aku just nak ada kesinambungan bisnes je.

Ujung-ujung kan, company secretary and auditor carik aku sebab dia hilang entah ke mana.
Hilang, boleh????

Nak hilang tu hilang la, settlekan la apa-apa yang patut.
Ni tak.
Dengan aku aku sendiri tak tau mana dia pergi.
Aku memang takde la bertanya khabar apa-apa selama dia menghilang tu sebab pada aku buat apa aku nak tanya pasal bisnes dia. Aku memang takde sangkut-paut pun cuma aku cadangkan dia dan aku ada usahasama, tu je.

Bila semua dah start cari aku, and orang-orang yang bekerja dengan dia pun start call aku, ohemjiiiiiiii. Aku tak cuak, tapi aku bengang!!!!!
Bila aku suruh company secretary aku hantar surat mintak dia resigned supaya senang aku nak strike off the company, dia senyapkan diri. Call tak berangkat, email tak berjawab.
Bila company secretary sekali lagi hantar email berserta consequences-consequences yang dia akan hadapi kalau tak resign, baruuuuuuuuuu nak respond.

Tapi tu la kan, setakat respond tu je la.
Bil teryunggak, invoice yang pending lama sape nak settle?????????
Of cos la aku kannnnnnnnnnnnn.
Sebab nama aku ada kat company tu.

Lanch kan?

Punyalah selama ni aku ingat takpela, kawan.
Baik punya pasal, kesian punya pasal, nak tolong member biar sama-sama success, last-lasttttttttt. SUCKsess la sangattttttt!

Tadi aku settlekan bil bil dengan auditor semua.
Walaupun aku sakit hati aku kena keluarkan duit tak tau hujung pangkal, tapi takpelah. Janji aku dah selamatkan nama aku.

Alhamdulilah Tuhan lapangkan hati aku kali ni so that aku tak berapa nak merempan sangat.
Cuma aku berharap aku takkan jumpa or terserempak dengan dia lagi dah, sampai mati.

Guys, korang kalau nak baik baik dengan sesape pun, buatlah as long as tak melibatkan duit.
Anything yang melibatkan duit, please ada clear cut.
Biarlah orang nak kata kau berkira ke apa.
Kalau sesape nak pinjam nama kau untuk bukak company ke apa, kau mintaklah Director Fee. Mintaklah sampai berapa ribu pun sebulan, at least kalau dia buat taik kat korang, korang tak ralat sangat. Macam kes aku ni, sebab pikirkan member sangat la, member makan member jadinya.
So, guys, ingat ye. Before member makan member, kau bagi member kau makan penampa dulu.

2011-11-29

Hadiah apa nak beli

Advertorial post.
Post baru kat bawah.


Dari kecik lagi aku suka everytime Christmas.
Tak tau apesal.
Maybe sebab colorful kot.
And maybe jugak dulu time skolah, everytime cuti hujung tahun aku ikut nenek ke Singapore so some of aunty-aunty aku mix marriage, jadi aku adelah antara yang join sekaki hiaskan Christmas tree.

 

Kek Sabrina buat untuk Christmas.
Dem yuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!
Tergamak kau pos kat wall aku gamba kek ni ye, Sabrina??
Series terliur!

Terus aku jadi bersemangat nak "celebrate" Christmas this year.

Actually tetiap kali nak Christmas, aku sangat lah excited gi shopping.
Kebetulan wedding anniversary Mak Aji adelah on the 25th of Dec, of cos akan celebrate punya.
Jadi semakin bersemangat lah aku bershopping.
Best shopping time Christmas ni bukan apa, dah la sale berganda-ganda, pastu gift-gift semua best-best.
Yang paling best adeah wrapping dia sangat pelbagai.
Geram-geram aku tengok wrapping paper dia.

 

Agak-agak kalau tahun ni aku hadiahkan diri sendiri Samsung Galaxy SII melampau ke tak?



Ni semua sebab video demo ni.
Kuang hasam betul.

Masa aku pakai HTC touch screen dulu aku dah bersumpah takkan beli any touch screen phone dah sebab HTC yang aku pakai dulu sangat sux. But lepas tengok Samsung Galaxy SII ni aku rasa macam minat balik nak guna touch screen. Henfon aku yang mula-mula pun Samsung tapi yang flip punya. Dulu semua dok la pakai Nokia. Aku pakai Samsung semua buat tak layan je. Skarang aku tengok semua gelupur nak ambik Samsung.


Ok yang ni memang sangat best.
Ini aku sangat-sangat konfem takde dalam BB.
If only BB ada this application, dah selamat dah aku instruct dia "Galaxy, bukak blog aku. Type ni - bla bla bla bla bla..."
Settle!
Takyah aku type-type entry dah.
Sambil terbongkang atas katil pun boleh siap tigablas entry sehari.

Aku rasa dalam entry sebelum-sebelum ni aku dah explain ciri-ciri Galaxy SII ni.
Yang aku belum bagitau adelah harganya.
Now, this slim and vivid smartphone korang leh dapat dengan harga just RM1,899.00!

Bunyik macam mahal.
Tapi kalau is memudahkan keje, ape ade hal nak angkat 2 bijik!

Yeayyyyyyyy...dia sudah mariiiiiiii


Hari tu ada ramai yang email aku tanyakan pasal chocolate kat meja VIP kawen cousin aku. Tapi masa tu aku tunjuk kotaknya aje. Ni aku tunjuk isinya pulak.

Coklat ni home-made, ciptaan cousin aku bersama aweknya.

Don't worry, konfem sedap.
Dan sangat teliti dua-dua orang ni buat keje.

The 'pasu' tu coklat yang dibuat asing.
'Inti' tu rasanya mixture of karamel and choc. Maybe ada perasa lain, aku tak tau. Kena tanya dorang.

Kalau nak order, go direct to :

Wan 017-2992980 (cousin aku)
Jua 012-2899881 (awek dia)

email : jua.wan1985@gmail.com

*Free delivery for those living at Bandar Baru Bangi, Kajang, Serdang & Putrajaya.
*Other places (local and outstation) there will be some delivery charges.
*Order seminggu awal (dorang ni dah start dapat tempahan dari caterer-caterer tak silap aku, so kalau korang nak order kena cakap awal-awal so maybe dorang boleh buatkan untuk korang sekaligus)
* Harga, tanya sendiri.

2011-11-27

Good news

Ini advertorial post.
Post baru ada kat bawah.

First time aku sentuh komputer masa Darjah 3.
Masa tu sekolah aku ada tubuhkan Kelas Komputer (bukan Kelab Komputer).
Tak ramai parents yang bagi anak-anak dia join kelas ni sebab masa tu tak ramai yang nampak kepentingan komputer ni sebab masing-masing selesa guna typewriter.
Rumah aku dulu pun ada typewriter and believe it or not, at the very age of 8, aku dah boleh type 40 perkataan seminit guna typewriter. Sebab Pak Aji dulu cikgu, so apa-apa soalan exam ke apa ke, dia akan type. Jadi aku macam kagum gila tengok Pak Aji menaip laju. Asal dia leka je, aku take over typewriter tu.
Pulak tu, dulu aku ngan Ima suka main ofis-ofis.
So aku kejap-kejap jadi bos, kejap-kejap jadi secretary.
Secretary haruslah pandai type kan.
Memang jahanam la typewriter tu aku kejekan.

Bila aku masuk kelas komputer tu, aku rasa kagum gila sebab keyboard dia tak berbunyik ketung ketang ketung ketang bila type.
Pastu takyah pakai liquid paper kalau ada salah.
Pastu boleh lukis butterfly!!!!

Sape penah guna komputer dulu-dulu zaman screen hitam, word kaler hijau, mesti tau apa aku maksudkan dengan lukis butterfly.

Dia something like this :

INPUT 0 = "FCYTF JYBUGUBU"
INPUT 1 = "GUYFXCH BIUYTIUGKJHV"
INPUT 2 = "BUYFYUTF&(VJHBJHB"

Pastu bila tekan ENTER terus keluar gambar butterfly.

Pehhhhh.
Masa tu masing-masing dan dan cita-cita nak jadi programmer.

Now, aku rasa teknologi dan semakin berkembang sangat-sangat pesatnya sampai aku nak beli gajet baru pun macam 'Lek duluuuuuuu. Kang bulan depan keluar yang ni pulak".

Contohnya desktop.
Kebanyakkan ofis skarang pun dah tak sediakan desktop, semua pakai laptop.
Supaya kau takde alasan untuk tak boleh siapkan keje sebab laptop boleh bawak balik rumah.

Henfon dulu takat boleh call je.
Pastu boleh hantar mesej.
Pastu berkaler.
Ada kamera.
Bla bla bla bla bla.......now tabphone.

Tabphone punya harga pun dah nak sama macam laptop.
Jadi fungsinya pun haruslah sama.
Yang lebih penting, ia harus lebih memudahkan.

Thanks to Samsung Galaxy Note.
So far lepas buat beberapa entry, aku rasa Samsung Galaxy Note is the best.
Dulu kalau timbul gajet-gajet macam ni, orang akan cakap 'Eleh, orang gila gajet je yang gila beli benda-benda macam ni. Mahal nak mampos. Padahal takde pun takpe".

But aku percaya Samsung Galaxy Note ni akan jadi satu fenomena luar biasa.
Sebab bukan takat yang obses dengan gajet je akan beli, but semua orang akan rasa tak rugi beli Samsung Galaxy Note sebab ia ALL in ONE.

It is a Tabphone.
Bukan sekadar smartphone.

CELCOM IS LAUNCHING THE SAMSUNG GALAXY NOTE!!!


11th November 2011, 10am – 10pm!
Check out :

Pavilion KL (La Bodega)
JUSCO AEON Tebrau, JB
Queensbay Mall, Penang

Pergi tempat-tempat di atas and see how you can get Samsung Galaxy Note dari Celcom dengan plan yang terbaik untuk korang.

Kalau korang pergi, please make sure korang bagi perhatian yang lebih kat features-festures ni :

• High speed performance
• 5.3” HD Super AMOLED display
• S Pen stylus.
• 8 mega-pixel rear camera and 2MP front camera
• memory of 16GB, upgradable to 32GB with microSD.


Oh lagi satu.

Korang takyah berkira-kira untuk beli ke tak, beli ke tak.
Sebab Celcom has the widest coverage kat Malaysia tak kira lah kau kat luar rumah, dalam rumah, kat hiway, kat pulau, kat Kampung Pulau Bahagia sekalipun.
Network quality is also the best so takyah risau nak layan live streaming. Takde sangkut-sangkut punya. But the best of all adelah sebab plan yang dia offer.

Kalau nak tau lebih detail, boleh ke sini

Merepek lah!

akum..kak di..sy nak mntk kak di buat satu enty..
mcm sy dah berkawin,kami suami isteri ade akaun fb..biaselah kdg bila isteri hntr msj kat fb suami langsung suami tak reply tp bila tgk kat fb suami rajin plak die komen kat fb pompuan lain.sbnrnye sy jrg nak ambk tahu psl fb suami tp bila hati ni rasa nak check ade mcm2 ayat pulak yg tersentuh bila baca komen yg suami reply kat pompuan lain..mgkn bg suami ia sekadar main2 tp bg isteri ia amat mengecewakan..n isteri anggap tu perkara serius.kdg bila sy hilang sabar sy bertanya dkt suami n jawapan die knp bukak fb die.

Thank you, dik.

Actually before aku terima mesej ni ada 2 orang kalau tak salah yang mintak khidmat nasihat (pehhh nasihat okkk) untuk kes yang lebih kurang sama.
Tapi aku belum ada masa nak reply masa tu.

Benda ni sebenarnya sangat tak susah.
Yang buatkan susah bila kita expect benda yang tak sepatutnya kita expect.
Benda yang tak perlu sebenarnya.

Kenapa kita perlu bermesej-mesej dengan suami kat FB sedangkan kita ada option yang lebih mudah?
Bukan ke lebih mudah kita angkat telifon and call dia direct?
Apa perlunya kita nak bermesej kat FB dengan suami kita kalau bukan kerana nak menunjukkan kasih-sayang kita pada umum?

Sorry dik, ini bukan satu attack.
Ini general.
Akak mintak maaf adik or any reader terasa hati.
Tapi kalau betul korang dah biasa dengan cara aku menulis, aku harap korang tau ini bukan attack kepada sesiapa tapi lebih kepada general opinion.

Kita sebenarnya kena tau fungsi social network ni.
Tak perlu nak sentap-sentap kalau kita hantar comment/mesej pada suami tapi suami tak balas.
Kenapa nak sentap bila suami tak reply comment kita tapi dia reply comment orang lain?
Tak perlu sentap sebenarnya.

Suami kita reply comment orang lain bukan tandanya dia menggatal.
Kalau dia nak menggatal, dia takkan add kau sebagai fren pun.
And dia takkan bagitau pun dia ada FB.

Dia reply komen orang lain sebab dia taknak orang di sana ada second thoughts bila dia buat dek. Dia nak menjaga silaturrahim, jaga airmuka. Bukan bermaksa\ud dia tak reply komen kita maka dia tak suka kita.
Dia tak reply comment kita sebab ada sesetengah lelaki yang merasakan kasih-sayang ni tak perlu ditunjukkan pada umum. Dia ada kawan-kawan. Mungkin dia malu bila kawan-kawan dia perli dia. Lagipun orang lelaki ni bila kita selalu sangat hantar komen-komen kat wall dia, bukan takat dia saje yang rimas, malah kawan-kawan dia pun takut nak tegur dia sebab rasa bini dia sentiasa memerhatikan dia. Tak pasal laki kau kena cop queen control. Kesian dia nanti.

Kita kena ingat jugak yang orang lelaki ni biasa la kan, sometimes dia sama dia kalau bersembang mesti tak banyak pun, sikit ada selit-selit double meaning, blue story la apa la, so bagi lah dorang sikit ruang and kebebasan untuk menjadi "lelaki". Bukan menjadi "buaya" ok?

Aku percaya lelaki yang membenarkan laman sosialnya dimasuki oleh isteri adelah suami yang loving sebenarnya. Dia tau kat mana dia patut tunjuk kasih-sayang dia. Rasanya kat FB tu bukan tempat yang selayaknya untuk kita mintak dilayan oleh suami. Kita tinggal dengan dia. Kita jumpa dia hari-hari kat rumah. Kalau tak tinggal bersama pun, kita ada no telifon dia. Kita boleh call dia anytime, mesej dia bila-bila masa, so apesal nak rasa sentap? Orang lain dalam frenlist dia mungkin takde email dia pun, let alone no phone. Tapi kita bukan saje ada email dia, phone number dia tapi kita dah dapat pun orangnya!

Jadi please jangan create sesuatu yang akan lead kepada masalah yang lebih besar.
Melainkan suami kita di rumah pun dah perangai lain macam then that will be another story. Selagi dia di rumah ok, apa lagi yang kita perlu harapkan?

Aku pun kalau nak ikut rasa cuak, memang cuak.
Laki aku ni bangsa yang balik lambat.
Sometimes malam-malam buta orang call.
Tau-tau tengah malam ada orang sms.

Kalau ikut hati memang aku check henfon dia.
Check wallet dia.

Tapi buat apa?

Kenapa mesti nak korek segala benda?
Check wallet.
Check henfon.
Check bil telifon.
Check bil card credit.

Heloooo.
Kau takde keje ke?

Aku punya prinsip dari mula kawen memang aku tak akan check henfon and wallet En Wan. Let alone nak geledah resit-resit kat poket dia ke apa ke. Sebab pada aku, lebih baik aku tak tau dari aku tau. Sebab kalau aku tau, aku jadi stress. Cukuplah stress aku kat opis je. Aku tak larat nak carik stress baru.

Aku cuma berharap and berdoa segalanya berjalan dengan baik.
Itu je.

Jadi, isteri-isteri kat luar sana, jangan kerana suami orang tu layan siteri dia kat FB maka kita pun nak suami kita layan kita macam tu. Jangan paksa suami kita jadi orang lain. Dan yang lebih penting, jangan buat sesuatu yang bukan diri kita. Orang perempuan ni banyak sangat kehendaknya. Sometimes dia bukan tak sedar, dia sedar benda tu tak penting pun sebenarnya tapi sebab orang tu buat, orang ni buat, maka dia pun nak jugak.

Tak payah la buat benda-benda ni semua ok? Merepek je.
Baik kita pikir petang kang balik keje nak masak apa bagi laki kita makan.

2011-11-25

Tak payah susah-susah nak urut

Ini advertorial post. Scroll bawah untuk latest updates.

Hambik kau first time Raya Haji dok melapah daging (En Wan je, aku tengok tang jauh), memindah-munggah barang-barang for kenduri, mengangkut periuk-periuk segala, mengangkat carpet segala.

*fuhhhh*

And malam tu aku ngan En Wan mengerang kesakitan.

Yang En Wan melapah 3 bahagian daging sampai terkoyak kulit jari, aku pulak mengangkut benda-benda berat gamaknya, sampai sakit kat bawah perut and lutut aku rasa lenguh gila. Belakang bahu pun sengal semacam. Kiranya memang sakit la satu badan.

En Wan lagi la, member dok melapah-lapah daging dekat 3 jam. Bayangkanlah duduk memotong daging sambil membongkok. Mau tak lenguh?

Selalunya kalau time sakit-sakit macam ni aku sapu Tiger Balm. Korang pun mesti ada benda ni kan?


Aku ni memang particular sikit dengan benda-benda macam ni. Sebab tu aku suka lepak kat Guardian lama-lama. Aku suka simpan benda-benda yang come in handy macam ni. 

Tiger Balm ni aku memang dah pakai since 12 tahun lepas. Product ni dah over 100years dah pun. Kiranya dipercayai zaman-berzaman gitu. Mula-mula aku pakai Tiger Balm ni sebab bau dia sedap sikit dari bam gamat. Bila dah try, eh macam best je Tiger Balm ni. Nak lagi kalau kau period, sapu Tiger Balm memang konfemmmmmmmm settle! Rasa panassssssssssss je perut. Boleh terasa crett crettt keluar period kau
*mati la explanation macam ni*

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii now ada satu benda yang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii berbaloi-baloi untuk dibawa kemana-mana. 



TIGER BALM PLASTER!!

Luckily aku memang simpan Tiger Balm Plaster ni dalam beg. Salah satu compartment dalam beg aku dah jadi macam First Aid Kit, dalam tu wajib ada :

1. Relief plaster (Tiger Balm Plaster BOTH warm and cold)
2. Cetrizine
3. Piriton
4. Minyak angin
5. Ponston
6. Ubat migrain

Cukup enam-enam ni baru aku boleh bejalan dengan senang hati.

Nasib baik time lenguh-lenguh ni ada Tiger Balm Plaster. Kalau tak jenuh aku nak ke town semata-mata na carik bendalah ni. Kampung En Wan ni kalau ada Guardian ke, Watson ke, takpela jugak. Pharmacy pula raya-raya ni mana nak bukak. So benda-benda basic macam ni memang perlu ada so that ko boleh relief-kan sikit the pain sementara nak tunggu kot nak ke klinik ke apa ke for further check up.

Korang wajib adaTiger Balm Plaster ni.
Dulu, aku pakai Salonpas tapi Salonpas kecik sangat pastu dia senang tanggal.
Korang sure penah guna Cool Fever kan? Ok, Tiger Balm Plaster ni punya hidrogel sebijik macam Cool Fever tu.  Tiger Balm Plaster ni datang dalam dua jenis - Warm and Cool. Kalau kau pakai plaster yang cool, terasa berangin sejuk-sejuk gitu. Kalau ambik yang warm akan terasa berangin bahang-bahang tapi tak perit malah syok!
And yang paling penting, disebabkan dia guna hidrogel technology ni, plaster ni lebih long lasting and tak senang tertanggal macam Salonpas.




Putih kan laki aku? Kahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Punya la lenguh belakang dia sebab lama sangat membongkok time potong daging, sampai 2 plaster terus dia mintak aku tepekkan. Yang En Wan pakai ni small size, dalam lebih kurang 10cm x 7cm. Small size ni lebih sesuai untuk letak kat leher, lengan, kaki or bahagian pelipat (lutut/siku). Tapi sebab aku cuma ada small pack je dalam beg, belasah je lahhhhh.

Setiap pack WARM and COOL, datang dalam dua saiz. Saiz yang besar dalam 10am x 14cm. Yang ni sesuai kalau ko nak letak kat bahu or belakang badan.

Sebenarnya Tiger Balm Plaster ni ada additional adhesive tapi kau still boleh guna tanpa guna additional adhesive ni sebab plaster ni sangat kuat tapi tak meninggalkan kesan pada kulit kau. Masa aku pakaikan En Wan ni, aku tak guna pun additional adhesive tu, tu pun dah kuat. Buktinya kan, En Wan guna plaster ni kat belakang badan kan? Even dia tido 3 jam bergolek-golek atas katil tu, plaster ni tak tanggal pun. Haaaaaa....dasyat tak?

En Wan pakai ni waktu tido 3 jam pastu sambung lagi 5 jam, then dia bukak sebab nak mandi.
Masa aku tanggalkan plaster tu, the gel still ada lagi.
Maksudnya kau boleh pakai plaster tu untk jangkawaktu lebih dari 8 jam sebenarnya.


 *bukan kaki aku* 

Yang best tu dia stretchable. 
Tak macam ordinary koyok-type plaster yang bersifat plastik. Tiger Balm Plaster ni kau leh strech-strechkan dia especially kalau kau nak guna kat joint area macam siku ke, lutut ke. Gambar kat atas ni aku tampalkan kat lutut anak sedara En Wan. Even kau bengkokkan lutut ke apa ke, dia tak tertanggal pun! Sebab dia stretchable.

Kebetulan malam tu aku sakit bawah perut, tak tau la angin ke, peranakan jatuh ke, sebab memang siangnya aku mengangkat barang berat. Memang azab gila tahan sakit pinggang especially bila berdiri lama. Nak panggil orang mengurut mana ada orang nak datang, semua nak beraya. Nak bertungku, batu tungku pulak takde. Last-last aku tepekkan aje Tiger Balm Plaster ni, aku pakai yang WARM punya.

Alhamdulillah, pagi esoknya ok! Kalau aku tau dia boleh hilangkan sakit bawah perut aku ni, dari awal lagi aku dah letak. Memang berbaloi la plaster ni, kira ada value for money. Tak rugi punya.
Korang boleh dapatkan Tiger Balm Warm & Cold Plaster ni kat any pharmacies yang berhampiran.

Murah jeeeeeeeeee.

Kawen

Kesian kawan aku.
Laki dia ceraikan dia sebab kawen dengan pompuan lain.

Actually aku tak tau la if punca bercerai tu ada sebab-sebab lain selain dari ada perempuan lain. Sebab aku dengar pun cerita sebelah pihak je. Tapi melalui cerita-cerita yang selama bertahun-tahun aku dengar melalui kawan aku ni, aku lebih berat kepada menyalahkan laki dia. Puncanyakan...hmmmm alahai. Aku nak cakap pun segan. Sebab terang lagi bersuluh bangangnya.

Puncanya adelahhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Sebab bini dia tak keje.

Bila bini dia tak bekerja so takde income.
Bila bini takde income, jadi bini adelah menyusahkan. Menambahkan beban.
Padahal kawan aku tu kredit kad takde, henfon pun takde.
Plis bagitau aku tang mana yang menyusahkan tu?
Takkan setakat nak bagi bini makan pun jatuh kategori menyusahkan kot? Akai ada ka?

Tu la kan, orang nak kawen, kau pun nak kawen. Orang tau tanggungjawab, kau tak.
Pada pandangan laki tu, bini kena sama-sama keje. Kalau bini tak keje maka kau adelah beban. Padahal dia tau dah bini dia (kawan aku) tu bukannya taknak bekerja tapi benti keje tahun lepas sebab suami kena transfer tempat lain. Belum ada rezeki nak dapat keje baru lagi.

3 bulan lepas kawan aku benti keje, laki dia dah start buat perangai. Apa bini buat semua tak kena. Balik keje senyap sepi tak bercakap-cakap. Ujung-ujung baru laki dia bagitau yang dia rasa terbeban sebab bekerja sorang. Ya Allah, keciknya ati aku dengar kalau laki aku sendiri cakap macam tu. Bukan ke isteri tu dah jadi tanggungjawab kau?

Kawan aku ni kuarkan duit tabung haji nak settlekan credit card, stop guna henfon, kereta jual kat adik sendiri. Duit jual kereta yang untung RM4K tu dia bagi kat laki dia. Aku tanya apesal kau bagi laki kau? Simpan la balik dalam tabung haji.

Kawan aku cakap dia taknak laki dia ungkit-ungkit dia membebankan. So dia bagi the RM4K tu as 'bayaran' sebab dah sara dia selama dia tak bekerja ni.
Sedih kan?
Yang lagi buat aku sedih bila laki dia ambik duit tu!!!!!
Sumpah buta perut punya jantan!
Kau takde perasaan ke time ambik duit bini kau?
Helooooo. Itu isteri okkk.
Makan minum pakaian tempat tinggal semua kau kena sediakan. Kami isteri-isteri bukannya bodoh, kami tau suami cuma perlu sediakan keperluan takat yang mampu. Agak-agak kami nak lebih, kami tau sendiri la bayar. Aku tak rasa kawan aku jenis meminta-minta. Kalau betul dia jenis mengikis duit laki, dah lama dah tukar henfon dia dulu. Sebab bila aku ajak dia tukar BB supaya senang aku nak bersembang kat BBM, dia cakap 'Aku takde duit la nak beli baru. Kalau aku ada duit mesti aku yang call kau. Ni asik-asik kau yang call aku'.

Ok, aku rasa nak nangis ni.

Sampai hati laki dia buat kawan aku macam ni. Apa sangat la takat nak sara 2 mulut (kawan aku cuma ada sorang anak)? Banyak sangat ke duit kau habis takat nak bagi makan 3 beranak? Rumah pun setau aku laki dia dapat elaun RM800 sebulan. Paling tak, RM800 dah save. Kereta boleh tahan. Tapi tu kereta kau. Kau yang beli kereta tu. Bukan kereta kawan aku. Takkan disebabkan kau nak pakai kereta besar, duduk rumah besar maka kau harap bini kau sama-sama bekerja? Kalau bini kau bekerja, fine. Itu bonus. Habis, kalau dapat bini yang tak bekerja takkan itu kau jadikan alasan untuk tak boleh beli rumah besar, kereta besar, takleh shopping, takleh bercuti, bla bla bla?

Bukan lah maksudnya kau kena berusaha untuk mewahkan keluarga kau. Yang aku question-kan sekarang, kenapa mesti anggap wife tu adelah beban dan punca kau tak boleh bermewah-mewah?
Tu kan wife. Memang tanggungjawab kau. Dah cukup baguslah bini kau tak mintak gaji dia masak and kemas rumah segala. Kalau aku dapat laki macam ni, aku charge semua benda. Lipat spender kau selai 80sen. Basuh spender kau selai RM80 sen. Sidai spender selai RM1.10 (ni mahal sikit la sebab kena berjemur bawah panas).
Laki macam ni patut diajar je.

Tapiiiiiiiiiiiii kawan aku ni pulak mithali sangatttttt. Nak mithali, tapi pastu nangis-nangis ngadu kat aku. Kalau aku la, laki jenis bodoh macam ni tak patut nak mithali-mithali. Kau jerut je leher dia dengan tali baru ada akai!

Kawan aku ni punyalah sabar, sampai ke satu tahap dia tipu mak bapak dia. Dia bagi alasan tak dapat balik raya tahun ni sebab laki dia raya kedua kena keje (spesel kes la konon). Padahal kan, laki dia sialpalis. Laki dia cakap kalau nak balik rumah mak ayah dia (kawan aku) boleh, tapi bayar duit minyak ngan tol sekali. Laki macam ni layak dapat penerajang ok?

Adoi la..plis la ye jantan-jantan sekalian.
Jangan la buat bini kau ni macam hamba. Mentang-mentang kau SUAMI, maka sedap anak tekak je kau buat bini kau macam kuli batak. Ada sesetangah suami ni bukannya paham sangat pun tanggungjawab suami ni. Pada dia, aku suami, syurga bawah tapak kaki aku, kau tak ikut cakap aku, maka kau zasssssss ke neraka jahanam.
Kopi tak manis panggggggg pelempang.
Baju lupa nak gosok setepek seterika panas kat muka bini.
Jeles, simbah asid.
Eh senangnya berbini kan?

Until la kawan aku bagitau yang laki dia nak kawen lain. Kalau aku tak tergerak hati nak call dia memang sampai ke sudah aku tak tau cerita. Gamaknya dia dah terlampau memendam perasaan kot, bila aku tanya tanya tanya, terus dia cerita everything.

Yang aku rasa kelakar tahap lawak gila babi stok tepuk-tepuk lantai was bila kawan aku tanya 'Diana, betul ke kalau kita bagi laki kita kawen lain kita dapat payung emas kat syurga?'

Aku terus jawab 'Bukan takat payung nok. Kau dapat kanopi emas terus!'

Pelissssssssss lah!
Ada ke istilah 'payung emas'?
Hanya wanita yang dimadukan saje ke yang dapat payung emas?
Isteri yang suaminya tak kawen lain, how?
Oh, takde eh?
Rugi la kot isteri-isteri yang suaminya tak bernikah lagi, tak dapat apa-apa lah kita ni ye tak?

Aku ada bertanya kat someone pasal ni. Dia kata setahu dia, takde lansung istilah payung emas ni disebut kat mana-mana hadith, let alone dalam Quran. Bukan aku kata kau bagi laki kau kawen lain tu kau bodoh sebab takde ganjaran bagi isteri yang suaminya berkahwin lain. Of cos benda yang baik tu ada ganjarannya but payung emas?? Seriesly?

Then kalau betul istilah 'payung omeh' tu takde, maka apa tujuannya ia diwujudkan? Nak bagi sejuk hati bini?

This is not mempertikaikan poligami. Semua tau poligami tu dibolehkan, so kita jangan persoalkan benda yang dibolehkan ni. Yang aku nak tanya ni kalau betul bagai dikata tiada istilah payung emas, maka apa tujuan ia direka-reka? Siapa yang mereka-reka?

Kau kalau nak kawen boleh tak jangan saiko orang lain? Dah banyak dah story-mory asal sentuh bab kawen lagi je, mesti ada orang sebut pasal 'payung emas'. Antara dua ni. Kalau tak kerana 'sunah Nabi', mesti 'payung emas'. Balik-balik itu.

Padahal sebenarnya kau kawen bukan sebab sunah Nabi tu sendiri. Nabi pun kawen bukan sesaje nak kawen ramai okk. Semua perkahwinan dia ada kelebihan. Antaranya sebab nak angkat darjat Abu Bakar, sebab tu kawen ngan Aisyah. Nak naikkan darjat Umar, dia kawen dengan Hafsah. Dia kawen dengan Salamah sebab Salamah tu janda. Kawen dengan anak org Yahudi atas sebab nak berdakwah. Semua perkahwinan Nabi ada kelebihannya. Yang kau apa yang lebih? Bini je lebih!

Kamon la.
Kalau kau nak berbini lain, boleh tak benti gunakan sunnah Nabi sebagai reason? Tang berbini lagi boleh pulak kau transform jadi alim-alim. Tetiba tau sunah hadith segala. Tang bagi nafkah kat bini, kau menyetan.
Tolong ok?
Bagi la alasan yang konkrit sikit.
Semua tau poligami tu ada disebut dalam sunah. Tapi semua pun tau itu bukan alasannya pun yang menyebabkan kau nak kawen lagi.
Cakap je la kau tu nak kawen lagi sebab kau gatal.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

School Holiday Program

From: Nadiah Kamarozaman (nadiahkamarozaman@yahoo.com)
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tuesday, November 22, 2011 11:59 AM
Subject: School Holiday Program
Salam Kak Di,

Nak minta tolong publish kan School Holiday Program organized by MAS Academy. For children age 13-19 years old.

Ada 4 programs:


1. "Mirror, Mirror on the Wall"
Objective: To build self confidence through image projection and create a lasting impression
Special highlight: Skin Food will come and do a demo on skin care and make up. Each participant will get a goody bag from Skin Food!
Date: 30 Oct-1 November 2011
Price: RM199


2. Read with Speed
Objective: The speed helps improve concentration and comprehension and in this course, you will be able to read faster, understand better what you have read, remember more on your revision, assist in your revision, you can write better, save time and have more time for other activities, and get better exam grades
Date: 20 - 21 December 2011
Price: RM399 (Public price: RM450)


3. Click! Click! Click! (Photography)
Objective: To learn basic photography techniques and to polish children’s talent in photography
Date: 5 December 2011 & 22 December 2011
Price: RM199


4. FLY program (school holiday camp, teambuilding, communication, motivation)
Objective: To develop personal growth and effectiveness in self-confidence, communication, and cohesive teamwork skills in a fun and challenging learning environment.
Details: 2 days and 1 night program, accommodation is provided (MAS Academy Hotel)
Date: 13-14 December 2011
Price: RM280


 

Registration and payment made for more than one child by 25 November 2011 boleh dapat 10-20% discount. Fee includes: Handout, meals, and certificate!

All programs will be conducted at MAS Academy, Kelana Jaya.

Form and program details are as attached.

Thank you so much!

2011-11-24

Masing-masing ada tugas. So buatlah tugas kau, jangan sampai ada orang tolong 'ingatkan'

Disebabkan ramai yang tanya apesal aku tetiba hilang kat Twitter, maka terpaksa la aku buat pengakuan yang memang aku dah delete akaun Twitter aku.

Puncanya?

Takde punca.

Tetiba aku bangun pagi aku rasa malas nak ber-twit dah.
Rasanya aku belum layak lagi kot nak ada Twitter sebab aku ni bukannya kaki sembang.
Aku tengok those yang rajin twit ni semua yang jenis rajin join Twitup la, organize sendiri punya get together la, and semua macam kenal each other and tau perihal masing-masing. Bila aku tengok timeline, aku rasa macam gila bagus budak-budak ni. Kenal je anak orang tu sape nama, semalam dia buat apa, laki dia keje apa, gossip-gossip terkini apa semua, yang aku??? Asik la tanya orang apabenda ni, apabenda tu. So aku rasa tak payah la aku menyemakkan diri aku kat Twitter, ujung-ujung aku tak kenal sesape, and aku sendiri tak tau apa aku buat.

Terima kasih yang sudi follow aku, and rajin tegur aku kat Twitter.
Walaupun sebenarnya everytime ada orang tegur aku, aku macam 'ah sudah, ni siapa ye?'. Kang kalau tak kenal orang kata aku menyombong. Bila tanya nama kang orang tu ingat aku diva la pulak semua orang aku tak kenal. Tapi sebenarnya memang gitu lah. Aku tak berapa kenal reader and followers aku. Jadi aku malu sendiri sebab orang kenal aku, aku tak kenal orang. So, aku rasa biar aku continue bersembang kat blog and FB je la kot.

Ok stop takat sini.

Now masa untuk menghilangkan tension.

Ni malam tadi punya cerita.
(penyabar kan aku? Malam semalam sakit hati, malam ni baru nak cerita)

Semalam aku ada satu package penting nak deliver kat UMT.
Dah la barang tu sangkut kat Canada seminggu. Kastam sana taknak release.
Dokumen ni tak cukup la, tu tak cukup la.
Series menyusahkan.
Bawak masuk dadah lagi senang. Selit kat celah pepek je.

Puas aku pujuk customer aku.
Nasib baik aku sertakan sekali bahan bukti dari kastam Canada.

Barang tu di-deliver via FEDEX.
Once dah shipped out, principal terus email aku bagi airwaybill number semua.
Lusanya, aku terus track parcel aku kat FEDEX online.
Ok good.
Package dah sampai KLIA.
Tunggu kastam release.
Dalam hati berdoa janganlah ada tax.

Petang aku check balik online tracking.
Aik? Apesal still kat KLIA lagi?
Tak boleh jadik.
Aku call customer service FEDEX.
Aku tanya apesal kat online tracking ni status barang aku tak bergerak-gerak dari KLIA. Dah pukul 3 lebih takkan tak keluar-keluar dari kargo?
Dia cakap, lori FEDEX sampai KLIA kul 10am lebih.
Aku punya package kastam release 11.30am. So dorang tak boleh tunggu. Esok baru diorang datang ambik.

Berapi la aku kan.
Takkan lori kau sekali sehari je ambik barang kat KLIA?
Lojik sangat la kan ambik barang sekali sehari?

Aku takleh tunggu sebab package tu -20C punya barang.
Kalau aku tunggu the next day baru nak ambik memang cair la jawabnya ais kat dalam tu.

Customer service tu cakap, kalau nak cepat, aku kena ambik sendiri.
Aku tanya takkan takde apa-apa surat ke aku nak tunjuk kat kastam time nak collect barang nanti? Aku cakap macam Pos Laju dia akan fax surat pemeberitahuan samada aku nak datang sendiri or mintak Pos Laju hantarkan.
Orang FEDEX ni cakap tak perlu apa-apa surat sebab barang aku tak kena tax.

Pelik gak.
Takkan takde surat lansung.
Tapi since CUSTOMER SERVICE yang cakap macam tu, maka kita percaya je la.
Sebab pada aku dia lebih tau service dia.

Menapak la aku pukul 4pm tu ke Kargo Sepang.
Sampai kat kargo, cipet betul officer tak kasik masuk sebab kena ambik pas dulu.
Aku tanya kat mana nak ambik pass.
Nu haaa, patah balik ke Klinik PUSRAWI dekat ngan Maybank tepi jalan tu untuk ambik pas.

Lojik sangat la kan?
Kargo nu kat sana, ambik pass kat hujung sebelah sini.
Bagus gila.
Ni apa jenis punya perancang bandar ni?

Maka aku pusing la balik ambik pass.
Dah naik tingkat 1 nak ambik pass, polis tu mintak surat dari FEDEX.
Ha kannnnnnnnnn?????
Rasa jam tu jugak nak terbakar tudung aku ni.
Surat apa la pulak ni encikkkkkkkkkkkk??

Polis tu cakap mesti ada surat dari FEDEX yang mengatakan barang tu ada di FEDEX Kargo.

Ok kejap.
Kasik saya check dulu the CUSTOMER SERVICE FEDEX yang bijaksana ni.

Aku call balik FEDEX.
Kali ni orang lain pulak angkat.
Aku dah penat nak cakap baik-baik dah. Terus pung pang pung pang.

Orang tu check shipment aku and bagitau 'Ohhh. Barang Puan dah ada kat FEDEX Batu 3 dah ni'

Kimak kan?

Tadi kau kata lori kau sekali sehari je ambik barang.
kau hayak aku ke Sepang kutip barang aku sendiri.
Tau-tau barang aku dah tersadai kat Batu 3.

Aku ni dah nampak macam terbangang-bangang bersiar-siar kat Kargo tak tentu arah.

Aku tanya dia FEDEX Batu 3 tutup pukul berapa?
Konfem aku boleh ambik snediri petang ni jugak?
betul tak payah tunjuk segala tok nenek surat menyurat?
Sekali kang kalau dia tetiba mintak surat, ada jugak aku terbalikkan semua van FEDEX kat situ.

Dia kata "Puan tunjuk airwaybill number saje".

Ok, aku terus pi Batu 3.

Sampai kat sana, FEDEX tak jumpa pulak barang akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
Ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Apelah susahnya nak ambik barang niiiiiii.

Aku tak kira.
Aku suruh dia carik jugak sampai dapat sebab customer service dorang yang cakap barang ada kat situ.

Setengah jam jugak carik, baru lah jumpa.
Alhamdulillah.
Selesai satu kes.

Tapi kalau aku jumpa customer service yang pertama tu, memang aku siku-siku kan.

So semalam, pagi-pagi lagi aku kuar gi MOX beli dry ice yang sufficient untuk pack barang tu untuk dihantar ke Trengganu. Dah la beli dry ice sampai 10 kilo.
Ice pack toksah kata la.
Memang besar packaging aku sebab aku nak pastikan barang ni sampai ke Trengganu dalam keadaan sejuk.

Dah pack-pack segala, aku terus call Pos Laju Pickup Hotline.
Aku call masa tu tengahari.
Customer service siap bagi aku pickup number untuk tracking.
Dia cakap pickup paling lambat 6pm.

Ok takpe.

Pukul 5.30pm aku tengok barang aku still belum berambik lagi.
Takpe, aku tunggu sampai kul 6pm.
Kul 6 pm tak sampai, terus aku call Pos Laju.
Memang sorry la nak berangkat kan.

Ok, takpe.
Kau tak nak angkat eh?
Takpeee.
Aku call customer service hotline.

Aku cakap aku tak kira, barang ni kena keluar dari ofis aku hari ni jugak, sebab aku nak pastikan barang ni masuk flight pertama ke Tganu esok pagi. Budak tu kata dia takpasti ada lagi tak posmen nak ambik.

Ok jangan bagi aku carut kat kau okkkk.
Sebab aku tau yang patut dicarut adelah posmen yang tak datang ambik package aku tu.
Tapi kalau aku dah bengang, aku tak kira dah.
Tak pasal je kang kau kenyang makan maki aku petang-petang ni.
Aku suruh dia trace either Pos Laju Glenmarie or Puchong, usahakan sampai dapat posmen ambik barang ni today gak!
Oh plis jangan nak bagi suggestion 'Kenapa cik tak hantar sendiri?'

Aku ada akaun dengan kau ok?
Sebab tu kau yang kena datang sini ambik.
Bukan aku yang pi hadap kau hantar barang.

Pukul 7pm, takde return call dari Pos Laju, let alone nak tengok posmen datang ambik. Fakyu betul la.
Aku start enjin terus zassssssssssss pi Pos Laju Glenmarie.
Aku tau Pos Laju tutup pukul 8pm.
Dalam kepala aku memang dah bersusun-susun buah tangan aku nak bagi kat kaunter Pos Laju ni.

Dah nak sampai ke Glenmarie, terima call dari Pos Laju Puchong cakap diorang terima laporan yang barang aku tak berambik. Dorang nak datang ambik pukul 7.30pm.
Ok, silakan datang.
Aku nak kau rasa pulak camana tensionnya aku.
Aku tunggu kau, kau tak datang kan.
Now, kau pegi la opis aku for nuthing!

Kat Pos Laju Glenmarie, kaunter tu tengok consignment note aku ada nombor akaun.
Dia tanya 'Kenapa hantar sendiri?'

Oh berani kau tanya aku soklan ni eh?

Tapi sebab kat kaunter tu ramai orang, malas la nak create scene kat sini.
Kalau aku diva boleh la jugak nak berdrama.

Pagi tadi, officer dari Pos Laju mana ntah call aku cakap dia terima forward email dari Pos Malaysia Berhad HQ.
Semalam tu aku dah bengang, aku tulis email kat Pos Laju siap cc Jabatan Penjagaan Pelanggan, kat semua agensi pos-pos yang bersangkut paut sampailah kat Kementerian Penerangan dan Komunikasi. Walaupun aku rasa mungkin takde saper kisah, pedulik la, janji aku cc. Cuma aku tak terfikir nak cc kat TV3 je. Kat email tu aku tulis pasal kes yang tak datang ambik semalam, kes yang tak datang ambik 6 bulan lepas, kes barang aku yang dulu hilang tapi Pos Laju bagi gantirugi tak mencukupi, segala-galanya aku ungkit balik.

Ye, memang aku jahat.
Tapi aku rasa kalau tak buat macam ni, orang atasan takkan tau apa orang-orang bawahan ni dah buat. Kadang-kadang pegawai tak tau menahu tebiat staf bawahan dia ni semua.

And now lega, sebab this officer yang call aku tanya pasal kes semalam bagi no henfon dia terus, just in case kalau terjadi apa-apa lagi kes macam semalam, and pejabat pos tak dapat dihubungi, just call henfon dia terus.

Sometimes aku rasa aku ni melampau sangat.
But aku takde choice.
I just do my part.

2011-11-22

Aku memang takde efek lansung bila tengok ni, sebab aku rasa ini bukan satu penghinaan terhadap kita tapi memang budaya sesetengah mereka.


Percuma aja loe bakarin bendera kami.
Malaysia kuat bukan pada benderanya dong, tapi pada mentaliti rakyatnya!

Ok, semua boleh teruskan bekerja.

Semuanya diatur dengan cantik. Samada kita boleh terima atau tak je.

Sejak akhir-akhir ni aku semakin nampak dan faham dengan phrase "everything happens for a reason".

Awal tahun dulu kan ada satu competitor ni buat taik dengan aku.
Competitor ni carry brand yang sama dengan aku tapi dia tak buat keje pun. Aku namakan brand ni Brand A.
Sebab memang dari tahun 2008 aku je yang distribute this brand A.
Until la, principle (the manufacturer) design satu kit yang compatible dengan satu system yang di-carry oleh competitor ni, so the distributorship tu share between company aku dengan that competitor.

Fine.

Tang tu aku tak kisah.
Sebab aku sangat percaya pada fair play and rezeki.
So aku buat keje macam biasa.
Rezeki kau, kau ambik.
Rezeki aku, aku ambik.

Tapi, this competitor tak buat keje yang sepatutnya.
Instead of pi market the product, dia cuma "market" kan price je.
Maksudnya kat sini, dia tau aku dah buat the marketing part since 2008 (sebab aku yang carry brand A ni dari awal), so most of the customer dah tau kewujudan this brand. Jadi, this competitor dah save satu keje. Dia takyah buat marketing dah.
So now, dia cuma fight dengan price je.

Tapi cara dia fight the price tu memang tak masuk akal lansung.

Caranya, dia offer customer dengan harga jauh lebih rendah sampai ruin the whole market. Bukan saje dia compete dengan aku, tapi dia compete dengan semua brand yang ada kat Malaysia ni sampai keadaan jadi sangat huru-hara.

Anyone in this line akan tau yang kau tak boleh turunkan harga barang dengan terlampau rendah sedap anak tekak kau sampai create confusion dalam market. Nak turunkan harga boleh tapi biar lojik.

This competitor tau the potential of this brand A.
So dia tau kalau dia nak hasut the pronciple untuk kick aku out of the distributor list memang tak dapat la sebab aku dah prove kat principal aku buat keje. Kalau dia nak kick aku boleh, tapi kau kena buktikan yang kau pun boleh buat la kan.

Tai sebab perangai tu TAMAK and BUSUK HATI, dia sanggup rugi awal.
Caranya, dia buat free service to customer.
Barang yang cost price USD420 (contoh), dia jual kat customer dengan harga RM1000.
Lojik?

And customer pun ambik la peluang tu kan.
Dah kau murah hati nak "belanja" customer sampai sanggup rugi, customer mana yang taknak. Competitor ni punya aim is dia nak jual sebanyak mungkin. Secara lojiknya, bila dia jual banyak, dia akan order barang tu dari principal dengan lebih kerap berbanding aku. Jadi, bila principal tengok kejap-kejap dia order barang, mestilah principal rasa dia lagi terer buat sales banding dengan aku (company). Lama-kelamaan principal akan kick aku from th edistributor list and letakkan dia as a sole distributor.

Masa tu aku memang faced a hard time.
In fact masa tu aku memang demotivated gila.
Aku write to principal, explain situasi yang berlaku now, hentam sikit lebih kurang, pastu dah lega aku teruskan keje macam biasa.
Tapi aku tak fokus sangat dah pada that brand.
Luckily aku memang carry a few brand lain but not in a competing line la.
So aku buat keje aku macam biasa.
Sebab aku rasa takde point la aku nak explain kat sorang-sorang customer yang competitor tu sanggup rugi sebab nak kick aku, main kotor, bla bla bla.
Aku tak rasa ada customer nak kisah pun dengan story aku, sebab to them, whoever yang offer harga lagi rendah, pedulik apa dorang sape main kotor ke apa kan?

Selama beberapa bulan aku buat dek je dengan that brand.
Lantak kau la.
Tup tup last week, that principal call aku, from Cape Town.
Dia tanya aku apesal dah jarang dapat order from aku.
Ha kauuuu.
Memang macam machine gun aku tabur.
Tapi tabur dalam english memang tak berapa nak makan dalam sangat.
Aku yang men-spund ni pun rasa tak puas.
Lagipun omputih ni memang jenis yang upfront, so kalau kau sound diorang tapi benda yang kau sound tu benda yang lojik dan betul, memang dorang boleh terima punya.

Rupanya principal ni cakap dorang dapat komplen dari brand-brand lain yang this competitor dah ruined the market dengan jual barang dengan tersangat murah.
Bila barang jadi terlampau murah, customer akan query the quality.
Last-last brand tu jadi macam brand runcit je.
Takde value.

And this principal cakap, competitor tu sebenarnya tak buat keje pun.
Dia cuma offer price lagi rendah je tapi when it comes to technical part, haram jadah tak tau. Lama-lama customer dah start buat komplen sebab competitor ni tau jual barang je, bila customer ada pertanyaan pasal produk je, masing-masing senyap hilangkan diri.

And now, this brand kembali kepada aku :)
Alhamdulillah.

Tapi yang beauty-nya disebalik kejadian ni was, dulu aku terlampau ghairah market this brand sampai aku abaikan brand-brand yang lain.
Bukanlah kata abandoned terus brand lain, cuma aku tak la buat promosi and sales segalak brand yang satu tu. Sampaikan email aku pun aku letak signature brand A ni.
Mana-mana aku pergi, aku promote brand A dulu.

Rupanya Tuhan bagi aku "rest" kejap dari promote brand A ni selama beberapa bulan.
Dalam waktu "rest" tu, aku fokus kat brand-brand yang lain. Bila aku fokus kat brand-brand lain, maka secara tak lansung aku akan lebih belajar tentang other product and carik new info berkenaan technology baru. And dah tentu aku akan jumpa dengan new-new customer jugak. Dalam waktu "rest" ni dalam aku tak sedar, sebenarnya aku dapat buat new market.

Bila new market ni dah semakin mendapat tempat, DIA pulangkan balik brand A pada aku. Cantik kan aturanNYA?

Itu satu.

Keduanya, 3 bulan lepas aku ada ambik satu sebutharga kat satu U ni.
Dah la nak ke sana drive jauh gila.
Aku rasa aku dah check betul-betul dah nombor sebutharga yang aku nak bid.
Memang aku yakin aku dah check betul-betul the nombor.
Bila abang kaunter tu bagi aku the sebutharga, aku tak tergerak hati lansung nak check if abang tu bagi aku sebutharga yang betul. Aku main ambik envelope tua and blah je. Selama ni aku memang akan check balik setiap envelope yang aku dapat untuk bid sebutharga/tender. Hari tu boleh tak teringat nak check.

Pulak tu, bila balik opis, aku tak bukak lansung the sebutharga.
Aku letak atas meja aku and aku buat keje-keje lain dulu.
Esoknya baru aku start bukak.
Bila aku bukak, LANCHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!
Macamana boleh salah beli sebutharga niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Nak patah balik memang tak la bai.
Jauh okkkk.
Nak tak nak aku buat je la walaupun aku tau sebutharga tu cuma 30% je ada kena-mengena dengan aku. Mula-mula memang aku rasa macam nak terbalikkan meja. Tapi aku salahkan diri sendiri je la sebab yang kau tak check envelope sape suruh kan?
Memang tu la makan dia.

Sabtu lepas aku terima surat penerimaan tawaran.
Semua 30% yang aku bid tu aku dapat!
Gila terdiam kejap aku masa tengok surat tu.
Series masa tu aku insaf sangat.
Sebab tu la agaknya kenapa DIA aturkan semua ni, sebab DIA lebih tau apa yang terbaik untuk kita. Agaknya kalau aku dapat sebutharga yang aku nak tu entah-entah aku tak menang lansung.
Alhamdulillah.

And yang ketiganya, semalam.
Aku rasa mungkin ada di antara kita yang sedar akan benda ni.

Pasal bola.

Dari awal lagi dengarnya (sebab kita tak berada di sana), macam-macam yang kontinjen kita lalui. Dengan cerita pengadil bias, pengadil pelik, pengadil yang takde kena-mengena dengan game tau-tau boleh jadi pengadil, player kena boo, player kena keji, bla bla bla bla...

Rupanya DIA dah rancang yang terbaik untuk kita.
DIA lebih tau bahawa 1000 gold medal memang takkan sama dengan 1 gol medal yang satu tu. Ibu segala gold medal - bola sepak.

DIA dah susun cantik-cantik dah.

DIA bagi kita kalah game lain sebab kekalahan adelah lebih baik untuk kita.
DIA bagi kita menang bola sepak sebab kemenangan skuad bola sepak adelah lebih baik untuk kita.
DIA tau kita kuat apabila di-boo.
Tapi kita mungkin takkan kuat untuk menerima kekalahan bola sepak.
Jadi menang adelah lebih baik untuk kita.

Terima kasih Tuhan.

Good job Harimau Muda.

2011-11-16

Bonus banyak-banyak simpan pun buat apa derrr...angkat la satu!

Ini adelah advertorial post. New updates ada kat bawah.


Anyone yang berminat dengan Samsung Galaxy Note, point-pointkat bawah ni adelah antara elemen-elemen yang menjadikan Samsung Galaxy Note outstanding dari smartphone yang lain.

Sebab apa ia outstanding?

Kerana ia adelah Tabphone.

Kalau nak dig more information pasal Samsung Galaxy Note, silakan.
Yang aku sediakan ni cuma quick view saje, but it helps.

Aku kan memang jaranggggggggggggggg baca blog, check FB apetah lagi nak membaca news online guna BB sebab skrin dia, insyallah boleh buat mata aku juling. So, jangan nak menyeksa mata korang membaca BH online ke, Utusan online ke, Harakah online ke from henfon yang screen kecik. Juling mata sok, tak pasalhantaran turun harga. Elok-elok boleh dapat 20K terus 2K je.



Screen dia besar so kalau nak membaca or nak tengok movie memang puas hati. Pulak tu ko boleh slide-slide je. Macam BB aku ni asik la nak kena bukak menu and klik 'switch application' everytime nak bukak window lain. Kalau dia baik hati takpe, tapi selalunya hang, tak pun lembab.




Aku sebenarnya carik software macam ni la!!!
Kat BB takde, just viewing je.
iPAD2 lagi la, kena beli application dia. Aku kan kedekut, mana nak beli-beli ni. Kalau free memang aku suka. Sebab tu untuk korang yang memang perlukan Office tak kira masa, Samsung Galaxy Note is the best option for now sebab dia ada Polaris Office - ada Excel, Word, Powerpoint pun adaaaaaaaaaaaa.



Tapi banyak-banyak features kat Samsung Galaxy Note ni, aku rasa S-Pen jugak la yang added value kepada tabphone ni. Sebab dia bukan macam stylus HTC aku yang lama dulu. Stylus HTC aku tu sabit nak cucuk-cucuk je boleh la. S-Pen ni sangat lain.

Try klik video kat bawah ni :



S-Memo ni pulak allows korang untuk hantar instant memo.
Contoh la, kau view online shopping pastu berkenan kat henbeg.
Kau nak suruh member kau kat US tolong carikkan henbeg tu.
What you do is kau boleh crop gambar tu and send kat member kau right away and kau boleh jugak write a simple note kat atas gamba henbeg tu "Check sikit harga dia berapa?"

Kira senang sangat kalau guna S-Memo ni.
Cuba cerita sikit henfon lain ada ke tak application ni??

Nan adooooooooooooooo! (takpe, aku jawabkan)




Aku bandingkan S-Planner ni dengan planner kat iPAD2 aku.
Tapi planner kat iPAD tu pun bukan datang free-free, kena beli gak.
Sebab yang free macam takde function sangat.
Aku rasa kalau nak dibandingkan S-Planner dengan iPAD planner ni, lebih kurang je.
Better ambik Samsung Galaxy Note je sebab at least kau tak payah berangkut 2 device at one time.





Just like Samsung Galaxy SII, Samsung Galaxy Note pun nipis gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Super slim.
And berat dia cuma 178g!
Berat lagi spender aku.

2011-11-15

Wedding cousin

Khamis lepas aku cuti konon nak merewang kat rumah makcik aku kan, sudahnya aku melepak kat Little White Cafe. Jumaat memang the whole family dah sibuk sebab hari tu cousin aku menikah.
Aku memang suka kalau ada majlis-majlis sedara kawen ni.
Pergi kenduri kawen je aku tak suka.
Kalau sedara kawen, aku memang suka.

Jumaat lepas aku and En Wan ambik half day off, lepas solat Jumaat diorang gerak dari Bangi, aku je gerak dari Putra Heights. Tunggu kat tepi hiway nak berkonvoi sama-sama.



Orang lain yang menikah, aku ngan En Wan yang sibuk nak pakai sedondon bagai.

Tak paham apesal aku nak gabra sampai naik berlengas muka aku berpeluh.
Dulu time aku kawen tak gabra pun. Bersongket setengah hari berarak tengah-tengah hari buta pun tak berpeluh. Ni pakai baju kurung kain nipis pun aku dah berlendir naik ke muka.




Kereta Pak Aji adelah kereta pengantin lelaki.

Masa ni hari memang mendung dah nak hujan.
First time aku masuk Rahman Putra.


Rombongan masuk ke kawasan rumah pengantin perempuan.


 Masa ni kitorang stop kat masjid berhampiran untuk Zohor and bersiap-siap before gerak ke rumah pengantin. Masa ni tetiba aku teringat kat makcik yang sound aku kat masjid hari tu. Kalau betul la makcik tu kata dalam masjid takleh pakai mekap, kenapa tok kadi tok imam izinkan majlis nikah dalam masjid?

Makcik...jawab makcik.


 Orang berprofil tinggi je layak bawak sirih junjung ni okkkk.
Ni kalau takde orang penting ni, majlis tak bermula ye anak-anak.

Masa agih-agihkan hantaran, aku tengok semua pakat ambik hantaran kasut la, beg la, cincin la, takde pun yang nak ambik sirih junjung ni. Maka aku pun angkat la.
Sekali kauuuuu, hambik!
Patut la takde orang angkat.
Gila berat!!!

Renyuk baju I tau.


Hantaran from both sides.
Yang dalam kotak from pihak perempuan.
Yang dalam raga putih from pihak kitorang (lelaki).



Cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nombor.

Pinjam sikit nombor '1' tu boleh?



Yang kawen ni cousin aku, Anuar. Anak kepada adik bongsu Mak Aji.
Tua setahun je dari Ibal.
Dah kawen dah.
Ibal dari dulu sampai ke sekarang tak abis-abis jadi pengapit je keje kau.

Alhamdulillah, sekali lafaz je.


 Ye, dik.
Anuar itu lah cousin akak.


 


Masa ni kitorang dah blah dah.
Lapar wehhhhhhh.
Lantak korang la pengantin, aku dari awal lagi masa masuk rumah si Naimatul ni dah ternampak mihun goreng kat meja luar.
Hilang fokus aku kejap kat pengantin.
Bila mak pengantin pelawa minum je, terus masing-masing zassssssssssssssss.
Nenek pengantin pesan 'Jangan malu-malu makan'
Don't worry, Nek.
Kitorang memang tak pernah malu-malu kalau sampai bab makan.
Memang laju je.
Nenek masuk lah kat dalam tengok cucu nenek bersanding, kang kalau nenek tengok kitorang makan takut nenek pulak yang naik malu nak mengaku bersaudara dengan kitorang ni.



Apesal la brader ni selebet maut sangat dengan tak bersampin pergi majlis nikah?
Laki saper ni?



Pengantin with :

Dari kiri belakang : En Wan, adik pengantin lelaki, bapak pengantin lelaki (terselit) dan adik ipar Mak Aji.

Dari kiri depan : adik pengantin lelaki, cousin pengantin lelaki, adik pengantin lelaki, adik Mak Aji, adik Mak Aji, adik Mak Aji, adik pengantin lelaki dan adik Mak Aji lagi.

Soalannya : Berapakah usia Mak Aji sekarang?



 Ni semua anak-anak dara baru nak naik. Manis-manis kan SEMUA?



Ewah ewahhhh kemain kan? Macam bujang teruna kau kan?

Cukup suka kalau bergandingan dengan anak-anak dara.
Kemain manisssss lagi senyum.
Cuba kalau bergambar dengan aku tu, kelattttt je. 


Actually keluarga belah Mak Aji memang dah lama sangat tak buat kenduri kawen.
Rasanya ada la kot 5-6 tahun?
Ke lagi lama dari tu?
Aku pun dah lupa.
So bila ada cousin yang nak kawen je, memang satu family excited macam anak masing-masing yang nak kawen.



Ni on the way nak ke majlis bersanding rumah pengantin perempuan, esoknya.



Sebahagian dari adik-beradik and sepupu-sepapat Mak Aji.
Sepesen je kan muka dorang?

Dari kiri no. 3,4 and 5 je tinggal kat Malaysia.
Yang lain semua kat Singapore.
Ni pun cuma 8 orang je yang datang, lagi 5 orang tak dapat datang.



Best okkk jadi Raja Sehari.
Sampai stokin pun orang pakaikan.

Masa ni la nak tengok kasih-sayang cousin terhadap cousinnya.

Oh yes, cousin aku yang sarungkan stokin ni (Hasif) dengan Ibal siap organizekan Bachelor Party lagi.
Bila aku tanya Ibal dia celebrate apa, mati-mati dia taknak bagitau.
Siapalis betul.


Korang pernah nampak tak pengantin jalan dulu, tapi payung kat belakang?

Tak pernah kan?



Ibal ni memang dari dulu sampai ke umur 27 ni asik laaaaa jadi pengapit. Ntah bila aku nak tengok dia pulak yang diapit. Jangan esok Redza kawen kau jugak yang jadi pengapit sudah.


Inii antara penyeri majlis


Aku tunggu jugak kot ada tol-tol ke, berbalas pantun ke, tapi aku tengok tang jauh takde kayu or parang ke dia bawak keluar, so maknanya takde la tu.

Macam aku dulu siap pengacau nasi kawah tu makcik aku bawak keluar nak buat tol.
Seb baik aku dah sound En Wan siap-siap adat keluarga aku pesen macamana. Maklom la belum ada keluarga dia yang kawen dengan orang luar dari Kelantan / Trengganu. Kang tak pasal ada scene amukan kat tepi khemah.



'Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa jadik PENANTIN' kata Redza


Masa ni berenti depan pintu rumah Naimatul, nenek dia sambut kitorang dengan kelopak rose. Pastu ada selawat sekali. 

Ibal dah kipas diri sendiri time ni sebab lama sangat berdiri. Kitorang memula ke depan, pastu aku tengok slow-slow je makcik-makcik aku gostan ke bawah khemah.


Mak pengantin lelaki (adik Mak Aji)


Bapak pengantin lelaki


Makcik-makcik aku (adik-adik Mak Aji) menepung tawar.


Haaaaaa.....ingat aku tak tau merenjis??

Sampai terbang bunga rampai tu atas kepala pengantin aku kejekan.
Air mawar dia pun macam segan-segan je nak keluar, bila aku tonggengkan botol ha kauuuu baru dia keluar.

Ibal kat tepi sound 'Oii, sikit-sikit dah la'

Ye, aku tau la.
Time ni aku renjis sikit-sikit.
Time kau esok, aku simbahkan terus air mawar tu biar kuyup kau bersanding kat atas tu.


Sabrina merenjis dengan sikit punya sopan.
Sejemput-sejemput bunga rampai tu dia letak atas tangan pengantin.


Oh yes, masa majlis kat rumah perempuan ni ada 2 reader tegur aku, one of them adelah cousin kepada pengantin perempuan. Thank you sebab tegur. Lupa kita nak ambik gamba sama-sama.

Tapi takleh celen time kat majlis pihak lelaki.
Sorang reader tu slow je duduk sebelah aku tegur 'Kak Di kan?'

Aku : Ye, saya.

Reader : Saya baca blog Kak Di. Tak sangka jumpa akak kat sini. Akak dengan pengantin ni siapa?

Aku : Pengantin lelaki ni cousin akak.

Reader : Eh, ye ke? Pengantin laki ni keluarga belah saya jugak.

Check punya check, dua pupu aku rupanya.
Hambik kau.
Aku lupa nak tanya dua pupu aku tu 'Amacam, sesal tak ada sedara macam aku?'


Cousin-cousin aku.

Yang belah kiri tu dah ada orang booking.
Yang belah kanan tu tak sure. Kalau berkenan rajin-rajin la singgah UiTM Arau.



Peluk la cousin kau ni puas-puas sebelum dia jadi bini orang.



Inilah masa yang kita nantikan.
Disebabkan kita kategori VIP, so makanan konfem marvelles!!!

Tapi series la, dia punya kuzi daging pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Balik rumah ketagih okkk.
Gigil-gigil punya ketagih sebab sedap sangat!


Everytime pengantin potong kek mesti aku emo.
Skrip yang sama aku bacakan kat telinga En Wan 'Apesal kita kawen dulu takde potong kek?'

Kejam.




Esoknya (Ahad) majlis kat belah lelaki pulak.
Memang lepas habis je majlis kat belah perenpuan, kitorang dah start busy, sentuhan terakhir nak prepare for majlis kat Bangi pulak.
Malam tu lepas mandi-mandi, aku kerah En Wan balik Bangi gak, tak kira.
Aku nak tolong gak apa-apa yang patut kat dewan.
Nak tolong pacak tanda arah memang semua cousin lelaki dah ambik part.
Sudahnya aku jadi tolong tengok je. Sebab semua macam dah ada orang buat, so aku tolong buat bising je la kat dalam dewan.


Pelamin kat dewan


The kek.

Again, aku emo.


Coklat kat meja VIP.

Coklat ni jangan tak tau, adik lelaki pengantin lelaki sendiri yag bancuh, 6000 biji okkk.
Dia berdua ngan awek dia je bancuh kat dapur.

Aku cakap kau, aku tak pernah rasa coklat homemade yang rasa macam Ferrero Roche dark coklat!
Series tak tipu.
Aku ingatkan dia akan buat coklat yang sama macam coklat-coklat orang dok jual online ni semua (sebab aku pernah beli 2-3 kali coklat online and aku tau rasa semua sama), but this is TOTALLY different.

Actuallu semua tetamu dapat coklat but yang VIP dapat coklat yang lagi best dari tetamu lain.
But still coklat tetamu lain sedap.
Berebut-berebut kitorang menge-paw coklat VIP.
Aku tak sure if cousin aku ni ambik tempahan lagi ke tak now sebab dia dok buat tempahan untuk caterer-caterer skarang ni.

Kalau berminat boleh contact makcik aku (sebab aku takde nombor dia) - 019-6332610 (Puan Nor)




Gambar atas dari kiri  : adik Mak Aji, Mak Aji, kakak Mak Aji.

Gambar bawah dari kiri  : adik Mak Aji, mem besar (nenek), bibik mem besar. Belakang adelah Mak Aji.


Pengapit untuk majlis kat dewan adelah Ibal (balik-balik dia), and cousin aku yang akan berkahwin next month pulak.

Again, another wedding very very soon.
Yeah!

Hoi Ibal, kau ni bila la?

Sementara orang belum ramai lagi ni, marilah kita bergamba dulu, Bonda.

Kenapakah muka anakanda dan Bonda adelah sama lebarnya?

 Ima and aku.

Aku memang alergik betul kalau yang mengambik gambar tu adelah Ibal.
Dia tinggit melangut pastu ambik gambar mesti dari atas.
Aku yang pendek ni dah macam bantut dan gemuk gila dalam gambar. Padahal aku slim. Eh.


...with cousins yang semuanya gila


 
Gambar ni aku nak korang jadikan pedoman di masa depan ye.
Moralnya adelah, kalau kau gemuk, janganlah berposing sebelah orang kurus.
Hasilnya memang saling tak tumpah macam dugong tua.
This is wife kepada cousin aku (belah Pak Aji) yang juga reader blog ni. Kesian kau kan dik, rajin baca-baca blog aku sekali terkawen dengan cousin aku.

Menyesal tak ada akak sedara macam ni?


Yang buat coklat tu adelah budak laki belah kiri ni.
Belah kanan tu laki aku.
Laki aku ni kau nak suruh buat coklat memang tak la.
Gorengkan kepok lekor boleh kot.




Finally I met RAYHAN (anak Sabrina)
Sopan je anak dia.
Diam je.
Macam tau je ni majlis orang.
Good boy!




Adik Mak Aji dan bakal menantunya.

Ohhh, aku nk kena prepare macam-macam dah ni.
Next year ada 2 wedding kat Singapore.
Marilah mengumpul duit sebanyak yang mungkin kerana adelah tidak best pergi negara orang kalau tak bershopping.


Malam ni pergi wedding, esoknya hambat pengantin bawak kitorang gi Universal Studios.


Amacam pengantin?
Boleh ke?


Hoiiii pengantin, dengar takkkkkkkkkkkkkkkkk???




Pengantin sampai.

Tapi masa ni aku tengah sibuk seeblah abang DeeJay nak pastikan dia baca teks aku dengan betul.
Gigih aku tulis pantun bagai.



Keluarga pengantin lelaki




Aku suka baju pengantin perempuan ni, very tradisional look.
Dah tak ramai yang pakai songket bunga tabur macam ni.
Selalunya pakai songket bunga penuh.
And pengantin ni pakai hiasan kepala cucuk sanggul. Very nice.
Dan lama tak nampak orang pakai cucuk sanggul, asik-asik tiara, asik-asik bunga, asik-asik veil.
Korang kalau nak kawen sok, pakai cucuk sanggul ok? Cun sangat.

Untung orang kulit cerah, boleh pakai kuning.
Aku kalau pakai kaler kuning, insyallah lebam.



Kakak Mak Aji with nenek.

Nenek aku ni dah uzur sangat.
Telinga pun dah tak berapa dengar.
Dulu aku rajin ajak dia bersembang. Now dah taknak. Bukan aku taknak bersembang, tapi aku terpaksa kuatkan suara. Dah macam kuang ajar pulak tepekik-pekik kat orang tua. So lebih baik aku diam je la.


Muka ceria seorang mak pengantin.
Dah ramai orang konfius antara Mak Aji dengan Busu Noi aku ni.
Lebih kurang je muka and saiznya.



Gaya seorang bisneswoman - tak lekang dengan iPAD
Ini dua pupu aku.



Future family member from Singapore.


Kecoh la ok budak-budak ni. Aku nak suruh susun bontot masing-masing tepi pengantin pun susah.
Cuba tengok aku.
Awal-awal lagi aku dah mengambil tempat.


Some of the cousins dari Malaysia and Singapore.
Yang kat tepi belah kanan tu anak angkat nenek aku (yang juga sepupu sepapat Mak Aji jugak).
Aku ada cerita pasal Pak Unggal aku ni dalam entry-entry yang lama.