2022-07-27

Ada ilmu dan ada credential - ini akan membantu.


Aku masih lagi terima ucapan tahniah untuk Redza.
DM kat IG aku tu dah macam IG Redza.
Berderet-deret ucapan tahniah.
Terima kasih, aku jawabkan bagi pihak, ya.
Minggu ni nampaknya aku dengan En Wan bersesoh nak menguruskan hal Redza.
Dengan medical checkup, dengan isi borang penjamin, dengan ke pesuruhjaya sumpah, ke LHDN mati stem, etc.
Minggu ni agak heavy sikit.
Dahlah 2 hari lepas anniversary Gloei yang ke-ompek.
Mujurlah ada staff kat ofis handle semua ni, kalau tak, tertiarap En Wan nak handle semua.
Hujung minggu ni baru nak keluar dari cadar dan tok nenek segala.

Tak sangka aku akan lalui momen ni sekali lagi.
27 tahun lepas, masa nak prepare masuk matrik, gini gak kekecohannya.
Tapi rasanya dulu at least ada jugak gap dalam 2-3 minggu untuk siapkan semuanya.
Bezanya, dulu hampir semua hal aku uruskan sendiri.
Masa aku ke matrik, umur Pak Aji sama macam umur aku sekarang, 44 tahun.
Pak Aji kerja makan gaji, tak boleh suka-suka minta cuti.
Kereta pulak sebiji je.
Kalau ada 2 biji pun tetap aku kena uruskan sendiri sebab Mak Aji tak boleh drive.
Nak tak nak, gagahkan juga menapak dari satu hujung ke satu hujung men-settlekan banyak perkara.
Dulu, kedai-kedai banyak kat Fasa 1.
Menapak aku berpayung panas-panas dari Fasa 3 ke Fasa 1 untuk ambik gambar passport.
Lepas tu, naik bas sendiri ke Kajang buat medical check up kat klinik Dr Sockalingam.
Lepas tu pi Pejabat Daerah untuk urusan cop-cop. Itupun, sendiri pergi.

Nak buat macamana, takde pilihan.
Kalau ada pilihan, dah tentu mak bapak aku tolong uruskan.
Mak aku punya konsep "Yang nak belajar kau, pi uruskan sendiri".
Yang sebenarnya dia takleh ambik cuti.
Kalau boleh, mesti dia tolong uruskan.
Untung anak-anak sekarang, mak bapak sanggup ambil cuti buat sama-sama.

Tak kurang juga yang berkongsi rasa sedih dan terkilan bila anak dan anak saudara tak dapat tawaran yang dimohon.
Ada yang tak dapat UPU first choice, ada yang tak dapat program first choice, ada yang langsung tak dapat apa-apa tawaran.
Aku tumpang sedih sama. Aku faham sangat perasaan tu.

Dulu, masa aku isi borang permohonan ke U, first choice aku minta UIA, second choice USM.
Yang seterusnya aku tak ingat.
Dua yang pertama je aku ingat.
Aku pilih UIA sebab aku nak ambik law.
Even masa isi borang ITM (dulu belum U lagi), aku mohon law untuk first choice.
Lama aku tunggu tawaran. Tak sampai-sampai.
Hampir putus asa. Sebab masa tu aku tak ambik Form 6.
Aku yakin aku akan dapat tawaran.
Sekali, kad ITM sampai. Dia bagitau permohonan diterima dan sedang diproses.
Tapiiiii, kat kad tu dia tulis permohonan aku.

Pertama: Accounting
Kedua: Banking

Aku macam, eh?? Masa bila aku mohon course ni?
Rupanya, Pak Aji gi tukar permohonan aku.
Bapak aku ni bukan apa, terpengaruh dengan cakap-cakap kawan dia yang course accounting and banking in demand.
Memangla in demand. Masalahnya, aku tak ambik subjek akaun pun.
Memang out lah permohonan aku.
Apa je yang ada untuk aku masa tu, hanya tunggu panggilan U.

Bila surat tawaran sampai, aku dapat UNIMAS.
Aku macam...aku letak ini pilihan ke-berapa?
Oklah, maybe UIA aku tak lepas.
Tapi, takkan USM pun tak lepas? Tak boleh jadiiii.
Kecewa sangat sebenarnya.
Orang lain dapat tawaran ke U, happy. Aku tak.
Tak ready nak pergi sejauh tu. Tak tahu apa nak expect.
Tapi disebabkan masa tu takde tawaran lain sampai, aku terima je dengan hati terbuka.
Lepas seminggu aku di sana, barulah surat USM sampai 😭😭😭.
Apesal lambatttttt?

Boleh je nak balik, tapi bila Mak Aji cakap aku kena matrik 1 tahun di Labuan lepas tu baru balik ke Penang, terus tak jadi.
Masa tu aku membayangkan 1 tahun sangat lama. 
Labuan sangat jauh. Taknaklah.
Kelakar pulak rasanya. 1 tahun Labuan kau tak nak. 
Tapi 5 tahun kat Kuching boleh pulak bertahan.
Maybe di UNIMAS dah tertulis rezeki aku.
Kalau dah bukan rezeki ke USM tu, tetap bukan rezeki.
Bolehlah pulak surat sampai lambat kan. Hmmm..

Jadi, aku boleh faham perasaannya bila kita mohon, tak dapat.
Tapi percayalah, kalau dah usaha sebaik mungkin tapi tak dapat apa yang kita nak, maka apa yang kita dapat pasti yang terbaik.
Sakit memang sakit untuk terima kenyataan.
Contohnya Redza. Redza sebenarnya nak ke Jepun.
Dia dah excited awal-awal belajar cakap Jepun, ada buku Nihongo bagai.
Dia memang aim ke Jepun macam papa dia, bezanya dia taknak ambil engineering. Dia nak sains komputer.

JPA and MARA sama-sama ada program ke Jepun tapi MARA hanya fokus ke engineering.
JPA ada engineering dan sains komputer.
Tapi, sains komputer Jepun tak sebaik UK.
Jepun ni kalau engineering powerlah.
Redza nak jugak ke Jepun.
Oklah, kitorang serahkan pada dia.
Ini cerita angan-angan sebelum ambik SPM.

Bila SPM keluar, Redza dapat straight As, tapi dia ada satu A-.
Dan A- itu adalah BM.
Biasalah kan, anak-anak aku BM memang paling ke laut antara subjek lain.
JPA punya subjek requirement semua Redza lepas, hanya BM saja tak lepas.
Requirement BM mesti sekurang-kurangnya A.
Oleh sebab itu, Redza tak layak JPA.
MARA punya requirement pula takde lansung BM, hanya English, add maths dan subjek sains.
Redza lepas untuk semua requirement ni.
Tapi, MARA punya program ke Jepun hanya engineering.
Bila dia dapat YTP MARA, agaknya betullah, sains komputer untuk Redza lebih baik di UK. Situ rezeki dia.

Kepada mak-mak yang luahkan rasa terkilan anak tak dapat tawaran yang dimohon, you are not alone.
Redza juga sebenarnya kecewa tak dapat ke negara yang dia nak, tapi orang tak tahu kan?
Kalau anak kita hanya dapat 1 tawaran, syukurlah.
Kalau dapat matrik saja, syukur.
Kalau dapat program kemahiran, syukur.
Kalau anak kita tak dapat sebarang tawaran dan dia bersedih kerana tak dapat, syukurlah sebab itu petanda anak NAK BELAJAR.

Dalam situasi sekarang, zaman tik tok youtuber instafamous bermaharajalela, tak ramai anak-anak nak sambung belajar.
Semua sibuk nak kaya awal.
Bila anak-anak masih mahu belajar, SYUKURLAH MAK BAPAK.
Usahakanlah hantar di ke mana-mana tempat asalkan dia nak belajar.
Sedih tengok dapatan kata 71% anak-anak muda tak mahu sambung belajar.
Tak mahu ambil SPM, tak mahu sambung degree.
Semuanya sebab taknak bergaji kecil.

Ni semua pengaruh persekitaran.
Sekarang ni anak-anak muda berlumba-lumba nak jadi famous dan nak jadi kaya.
Akal mereka hanya nampak duit adalah segala-galanya.
Ye lah, tengah muda. Muka tengah cantik untuk orang tengok.
Muka tengah laku untuk buat video hari-hari.
Badan masih kuat bekerja. Memang segalanya nampak duit.
Ilmu tak penting. Yang penting duit, boleh beli rumah cantik, kereta mewah, travel sana sini.

Dulu aku kerja sales.
Badan tengah muda, laratlah nak berkejar sana sini.
Pagi kat Melaka, petang dah ada kat Penang.
Esok dah ada kat KL balik. Merayap ke sana sini buat sales.
Badan tengah kuat katakan.
Muka pun muda, orang masih seronok tengok kita.
Lama-lama semakin tua, badan pun dah tak larat nak buat kerja yang sama hari-hari.
Nak travel melompat ke sana kejap, ke sini kejap, dah bukan aku dah.
Nak pakai skirt pendek belah depan pun dah bukan umur nak bergaya macam dulu.
Orang pun taknak tengok muka-muka tua buat sales, nak tengok muka-muka fresh dan muda pulak.
Mujurlah ada ilmu sikit, ada kelayakan akademik.
Dapatlah juga gunakan ilmu tu untuk beralih bidang.
Buat formula untuk produce produk, buat teaching, buat program dengan universiti.
Ada pula company lain hire untuk jadi product specialist dorang pula. Alhamdulillah.

Tak, bukan nak kata aku power.
Tapi nak tunjuk kelebihan bila ada ilmu, bila ada kelayakan akademik.
Lain, ya. Lain.
Akan sampai satu masa, famous dan glamour dah bukan milik kita.
Tak selamanya kita kekal di tempat itu.
Zaman aku blogging awal-awal dulu, ramai je yang famous.
Sampaikan dek nak jadi famous, orang sanggup memplagiat post dan personaliti orang lain.
Cerita cinta kita jadi cerita cinta dia 🙄.
Now, berapa kerat je yang masih relevan.
Mostly pilih untuk kehidupan yang lebih low profile.
Ada yang dah sibuk dengan kerjaya lain. Being famous dah bukan lagi priority.
Aku sendiri dah tak banyak menepek gambar kat blog.
Kita semua akan sampai ke satu tahap di mana kita dah tak kuasa nak menonjolkan diri lagi.
Masa tu, kalau ada ilmu dan ada credential - ini akan membantu.

Belajar kat Uni bukan wajib dapat kerja dalam bidang yang sama, hat ni anak-anak kena faham.
Getting a degree tu dah pastilah tujuan utamanya untuk improve job prospects.
Tapi ada perkara yang kita dapat, iaitu soft skills.
Our degree mengajar kemahiran insaniah yang kita perlu untuk thrive di tempat kerja.

"Kemahiran insaniah tu apa, makcik?"

Soft skills.
Kualiti yang membantu kita menjayakan apa juga tugas yang kita dapat sama ada keupayaan bekerja dengan baik dalam satu pasukan, atau menyesuaikan diri dengan perubahan dalam persekitaran.
Degree yang kita dapat tu actually show we have gained more from university than just a degree.
Contohnya, communication skills.
Ada beza cara bercakap orang belajar tinggi dengan orang tak belajar tinggi. Ada beza.
Kita boleh spot perbezaan tu.
Contohnya, suku-sakat datok kerek yang menyewa sebelah ofis aku dulu.
Aku tak tahulah staff-staff dia pungut kat ceruk mana.
Walaupun pakai kereta mewah, dari cara bercakap dah tau stok-stok tak belajar tinggi.
Aku tak reti nak explain, tapi kalau kau tahu, kau tahulah.

Kenapa aku cakap communication skills?
Because as a student, you have probably had to write A LOT.
Kau maybe involved dengan student journalism, tulis essay for your course, buat banyak bacaan untuk assignment, etc.
Even kalau course kau tak involve a lot of writing, kau masih kena correspond with tutors and supervisors via email.
Masa aku buat proposal program akademik dengan Uni, kitorang banyak kali kena produce surat, rombak syllabus, rombak kurikulum, lots if meetings and discussion.
Sampaikan big bos aku boleh tahu siapa yang type dokumne tu - "Ini bukan pensyarah yang type ni, ini mesti kerani dia. Kalau pensyarah takkan type macam ni sebab PhD requires a lot of editing".
Kau nampak tak? Jangankan communication, dari cara menaip proposal boleh tahu orang tu siapa.
That's why, belajar di universiti can greatly improve your written communication.

University bukan saja bantu you write, tapi bantu improve your ability to interact face-to-face with others.
Yang ini yang selalu aku perati dalam setiap interview yang aku buat.
Communication skill aku tengok dulu.
Aku tak tengok dah kelayakan akademik sebab aku tahu dari segi academik dia memang layak that's why aku panggil interview.
Aku nak tengok cara komunikasi.
Dan aku always ingatkan Redza, dalam mana-mana interview - BERCAKAP.
Cara kita bercakap memperlihatkan ilmu kita.
The way we talk, what we talk, bagaimana kita express pandangan - membezakan antara orang berilmu dengan tak.
Orang berilmu walau sembang kosong, kosongnya ada isi.

Keupayaan untuk bercakap memang ter-developed kat universiti sebab di sana kita banyak buat presentations.
Aku bersyukur masa kat Uni, setiap kali group project, aku jadi presenter.
It helped me a lot semasa interview.
Tak sangka pula aku jumped into sales. Lagi banyak kena buat talking.
Nak lagi kena present depan board of directors and ketua-ketua pengarah setiap kali nak masuk tender.
Lots of employers are desperate for employees with strong presentation and public speaking skills.
Sesiapa yang bercakap dengan baik semasa interview will greatly increase your chances untuk dapat that job.

Lagi satu soft skills yang dapat semasa di uni adalah critical thinking and problem-solving.
Masa kat U terlalu banyak task yang kita terima yag pada mulanya dianggap mustahil nak buat.
Sama ada soalan assignment, atau mathematical problem, atau kerja-kerja lapangan, you will have had to think outside the box, approach the problem from new angles, dan kadangkala terpaksa buat more research.
Inilah skill yang majikan nak kalau sesuatu projek stops running smoothly.
Majikan nak kita tahu cari inisiatif untuk teruskan projek tu.

Kalau kita ambil soft skills ni sebagai satu bentuk pembelajaran di uni, bukan semata-mata ijazah, insyallah keluar dari uni boleh hidup walaupun tak daoat kerja dalam bidang yang sama.
Kat uni secara tak lansung kita belajar importance of wellbeing, cara mengurus emosi, cara melibatkan diri dengan orang lain, cara bekerja dalam kumpulan, cara untuk jalinkan positive relation dengan orang lain – dan yang paling kritikal, how to have meaning in life.

Walaupun aku run a business, tak pernah terpikir nak anak-anak kerja dengan aku lepas habis SPM.
Tak pernah lansung berbincang hal ni.
Dan dorang pun tak terfikir.
Aku rasa dorang pun taknak kerja dengan bapak dia 😆.
Macamana pun kitorang always motivate them untuk sambung belajar.
At least habiskan degree. Lepas tu kau nak kerja apa pun, buatlah.
Ada beza orang berilmu dengan takde.
Sama beza antara orang yang pernah berkuli dengan tak pernah. Beza.
Cara berkomunikasi beza, confident level beza, perspektif berbeza, etc. 
Ada orang matang dengan ilmu. Ada orang matang dengan pengalaman.
Kalau dapat pengaruh yang baik, matang dengan cara baik.
Kalau dapat pengaruh tak baik, matang dengan cara susahlah jawabnya.

Satu benda yang kitorang takut hari tu masa Redza habis sekolah, adalah ketika dia merasa pegang duit gaji.
Inilah punca paling kuat kenapa anak-anak tak nak sambung belajar - sebab dah merasa pegang duit banyak.
Biasalah, takde pegang tanggungjawab besar.
Takde anak bini nak dibagi makan, takde hutang rumah, takde groceries yang nak disediakan, takde barang pasar nak dibeli, takde bills dan expenses tok nenek lain nak dicover - gaji RM1000 pun boleh rasa banyak.
Inikan pula kalau dapat sebulan RM30-40K, lagilah ke langit ke-7 terawang-awangnya.
Tu yang syok sendiri rasa hidup dah berjaya sangat.
Rasa selamanya akan dapat banyak sampai tak perlu dah sambung belajar.

Mak bapak, encouragelah anak-anak kita sambung belajar. Usahakan.
Taknak sambung bidang akademik, sambunglah bidang kemahiran.
Biar ada kemahiran, ada kepakaran, ada kelulusan.


2022-07-25

Kau merempan macamana pun, memang kena ada kuota ni.


Terima kasih pada semua yang wish tahniah pada Redza semalam.
Tak tereply semuanya.
Ramai betul mak pak angkat Redza.
Kalau aku mati, ramai boleh tolong-tolong peratikan dia.
Terima kasih atas ucapan yang baik-baik dan doa. Semoga doa yang baik-baik kembali kepada korang.
Dapat orang yang sudi mendoakan anak-anak kita pun dah satu rezeki, kan? Alhamdulillah.

Redza pilih untuk ambil program YTP di Kolej Mara Banting.
Diploma 2 tahun di sini kemudian sambung 4 tahun di luar negara, insyallah.
Aku cakap kat Redza, ini bukan usaha kita sepenuhnya. Ini rezeki.
Masa aku join menghantar dia interview hari tu, punyalah ramai di-shorlisted.
Dari sekolah dia je dah berapa orang.
Belum lagi budak MRSM lain, budak SBP, budak sekolah harian.
Memang tawakkal je lah jawabnya.
Kitorang pesan buat sajalah yang terbaik.
Nak compete pun calon yang layak untuk interview sangat ramai.
Muka-muka pun berkaliber je aku tengok.
Kalau tahap aku dulu berdiri kat luar pagar je 😆.

Pengambilan di Banting around 250 saja (if I’m not mistaken).
Jadi, aku bagitau Redza, competition is very high.
Semua pun berentap untuk tawaran yang sama.
Kalau dapat memang rezekilah.
Sebab di peringkat ini, takde apa sangat yang kita boleh buat.
Interview pun 1 jam saja in a group.
Rasanya di tahap ini, penemuduga dah tak tengok keputusan akademik lagi sebab yang dishortlisted semua memang layak.
Kat dalam tu dia nak tengok calonnya saja.
Dari sudut apa dinilai, kita pun tak tahu.
Maka, kalau dapat, bukan kerana kita sangat bagus tetapi sebab Tuhan dah janji nak bagi. Itu saja.

Redza sedih jugalah some of his friend tak dapat.
Dia tanya aku "Ma, kenapa XX tak dapat? XX tu english proficiency ok. YY pun kategori budak-budak prophecy dalam batch".

Kesian pulak bila Redza tertanya-tanya kenapa kawan-kawan yang sama-sama straight A's tak berjaya.
Itulah yang aku cakap pada Redza, di peringkat ni, kalau kita berjaya, bukan sebab kita hebat tapi memang Allah sengaja nak bagi.
Yang orang lain tu ada bahagian yang Allah dah standby.
Pengajaran juga untuk aku - kalau dah usaha sungguh-sungguh, dah doa, tapi apa yang aku usahakan tak dapat hasil seperti yang aku nak, boleh jadi apa yang aku nak bukan yang terbaik untuk aku.
Boleh jadi tak ada yang salah pada usaha kita, cuma bahagian kita bukan di situ. Agaknyalah.

Tahniah kepada anak-anak yang dapat tawaran sambung belajar.
Tahniah pada mak bapaknya juga.
Marilah kita lintang-pukang uruskan hal-hal nak mengantor anak-anak ni. Ada seminggu je lagi kan.
Kemengahan dah mula terasa.
Tapi bak kata En Wan kali ni Redza dah dekat. Banting je.
Insyallah boleh gagah-gagahkan diri pi jenguk bila-bila masa.
Kalau dulu tu ye lah, Langkawi. Kalau barang tertinggal, jenuh nak mengepos bagai.

Post pasal Redza di FB mengundang banyakk DM and PM dari mak-mak mintak tips macamana cara Redza belajar, macamana cara aku besarkan anak, apa amalan dan doa-doa aku buat untuk anak-anak, etc.

Redza tu belajar kat MRSM.
Budak-budak ni ada jadual dan cara belajarnya sendiri.
Balik rumah pun, ada homework dan kelas cikgu bagi.
Jadi, aku tidak terlibat secara lansung.
Setakat bagi motivasi tu ada lah sikit-sikit.
Tang amalan-amalan pun biasa-biasa saja.
Amalan orang awam, sekadar buat yang basic.
Rasanya kalau bab ni lebih baik minta panduan dari ustaz/ustazah.
Dorang lebih tahu bab-bab amalan ni.

Aku dapat ni semalam, follower bagi.
Isu ni, bagi aku adalah isu yang dimulakan oleh orang yang bitter anaknya tak dapat masuk boarding school.
Kalau dia ada dalam kelompok parents yang anaknya belajar di boarding school, dia pasti tahu dalam mana-mana boarding school ada QUOTA untuk orang have-have.
Bukan semua yang masuk boarding school tu anak-anak T20.
Quota orang have-have ni tak ramai sebenarnya. Sikit yakmat.
Tapi oleh kerana parents T20 lebih menyerlah dan selalunya lebih aktif dalam group, maka orang nampak macam mereka ramai dalam tu.
Yang sebenarnya takkkk.
Yang ramai adalah B40 and M40. Percayalah cakap aku.

Ok kita cakap pasal sekolah harian lah, ya.
Dalam pemilihan jawatankuasa PIBG sekolah, perasan tak yang menjawat jawatan atasan sama ada berduit, berjawatan atau berkedudukan. Perasan tak?
Ada keperluan kenapa orang-orang macam ni diangkat menjawat jawatan utama.
Sebab, PIBG perlukan orang yang ada pengaruh untuk cari dana sekolah.
Perlu orang yang berduit untuk menggerakkan program sekolah.
Perlu ada orang yang berkedudukan kerana network mereka membantu menambahkan dana.
Perlu orang yang berkaliber untuk jumpa orang sana sini bagi mendapatkan dana.
Kau rasa kerajaan nak bantu semua benda ke?
Nak harap duit PIBG, paham-pahamlah betapa “senangnya” nak mintak mak pak bayar.
RM80 setahun pun ramai yang culas.
Setakat RM80 setahun apa sangat program yang kita boleh buat untuk anak-anak?
Tengok duit tabung sekolah cina, berlebih!
Sebab tu PIBG dorang boleh supoort belikan itu ini untuk sekolah dan buat program anak-anak.
Orang kita pun jadi suka hantar anak-anak ke sekolah cina sebab nampak macam sistematik, betul tak?
Yang membuatkan sekolah tu boleh jadi sistematik adalah kerana kerjasama PIBG-nya.
Mak bapak tak culas bayar yuran PIBG. 

Sebab tu di boarding school ada kuota untuk orang have-have.
Memang kena ada. Kau merempan macamana pun, memang kena ada kuota ni.
Orang-orang inilah yang banyak gerakkan program untuk anak-anak because they have money, they have connection, they have sources.
5 tahun Redza di MRSM, setiap kali parents nak anjurkan program untuk anak-anak, mak bapak yang berduit ni laju je chip in money.
Yang have-have dengan senang hati put extra money sebab masing-masing tahu tak semua orang mampu.
Tapi disebabkan nakkan program untuk anak-anak berjalan, takpelah chip in extra. Asal manfaat sampai.
Bayangkan kalau takde kuota untuk orang-orang T20 ni, kau rasa sekolah ada banyak dana nak buat macam-macam?

Masa Langkawi takde air dulu, laju mak bapak chip in supaya boleh hantar bekalan air pada anak-anak.
Sorang dapat 2 tong kalau tak salah.

Masa jemput speaker untuk program motivasi, budget juga dari parents.
Tak murah, ya.
Dengan tiket flight, dengan hotel, dengan segala tok nenek miscelleous.

Masa anak-anak nak exam, pakai duit tabung parents untuk sediakan makanan dan kudap-kudapan tambahan supaya budak-budak ni tak lapar malam-malam nak study.

Masa konvo, mak bapak belikan semua pelajar bouquet of flower biar semua orang dapat dan tak rasa left out tengok parents lain hantar bouquet pada anaknya, parents dia tak hantar.
Parents nak semua happy, jadi semua orang dapat.

Apa yang aku boleh nampak, parents have-have tak berkira duit.
Semua anak-anak jadi anak dia.
Tapiiii yang suka buruk sangka dan busuk hati ni la yang selfish.
Set-set nilah yang selalunya pikir diri dia je.
Bab contribute duit bising, tapi demand macam-macam dari sekolah.

"Sepatutnya T20 tak payah masuk lansung. Sebab anak-anak orang kaya bawa budaya yang buruk dalam sekolah asrama. Budaya bergaya, budaya nak makan kat cafe tak nak malam kat dewan makan”.

Mampu geleng kepala aku layan mindset macam ni.
Bila yang bercakap tu jenis cakap tak pakai otak tapi pakai emosi, itulah yang jadi.
Yang bercakap tu pun bukan muda. Baya-baya aku. Umur 40an.
Dah berkerja. Dah berkeluarga.
Dah bercampur gaul dengan masyarakat, tapi masih lagi berfikiran sempit macam tu.
Umur dah banyak pun pemikiran tak up to standard.
Agak-agak berapa punya hazab cikgu dia mengajar zaman skolah dulu?

Ada satu komen di post yang sama, someone tulis "Yang bergaji RM10K sebulan boleh je nak masukkan anak ke skolah international, tapi saja nak sibuk ambik hak orang miskin kat SBP".

Aku nak gelak pun tak sampai hati.
Rasa kesian pulak sebab dia tak tau skolah international tu yurannya berapa sebulan.
Setakat RM10K pendapatan isi rumah boleh tunggu kat pintu gate international school je, bang.

Aku rasa tahun depan selain buat saringan kelayakan akademik, buatlah sekali test kat parents.
Mana-mana parents yang dangkal tu, ambik anak dia masuk boarding school.
Biar anak-anak dorang berada di persekitaran yang lebih baik so that pemikirannya tak terikut-ikut oleh pemikiran singkat mak bapak sendiri.

Bila golongan have-have "sibuk" nak masukkan anak ke boarding school, dianggap ambik hak orang lain.
Padahal parent yang "sibuk" itulah yang selalu come out with ideas untuk buat program itu ini.

Parents yang "sibuk" itulah yang banyak mengemukakan usul untuk penambahbaikan.

Parents yang "sibuk" itulah always bagi maklumat buku-buku tambahan yang good in the market, dan sebarkan info kelas-kelas tambahan dan seminar untuk anak-anak join.

Dek kerana parents yang "sibuk" tu mahukan the best untuk anak-anak, dorang willing bayar lebih duit tabung supaya boleh cover cost anak-anak yang tak berkemampuan.

Parents yang "sibuk" tu suka buat aktiviti untuk anak-anak supaya anak-anak dapat lebih dari apa yang skolah bagi.

Aku tak faham kenapa di zaman sekarang, bila ada orang gagal mencapai sesuatu yang hebat, maka orang yang berjaya mencapai kehebatan tu dikecam. Why eh?
Sedangkan kita suka kalau dapat peluang hebat tapi bila orang lain dapat, kita sakit hati.

Zaman aku kecik-kecik dulu, yang tak hebat ni lah yang kena brain wash kaw-kaw supaya jadi hebat.
Zaman sekarang terbalik.
Yang tak hebat jangan diusik.
Kena bagi peluang sentiasa.
Kena bagi bantuan sentiasa.
Perasaannya perlu dijaga.
Sebab dia sorang je ada perasaan, orang lain takde 🙄.

Kalau ye pun anak-anak orang have-have tak nak makan di dewan makan dan memilih untuk makan di cafe, apa kaitan dengan anak kita?
Budak tu masuk cafe sebab nak makan di sana, nak tukar selera.
Mak bapak dia bagi duit poket untuk makan, bukannya curi duit anak kau.
Apa yang kau susah hati sangat? Bladihel.

Tak faham macamana dia boleh terfikir anak-anak yang makan kat cafe membawa pengaruh buruk?
Ni mesti spesis manusia yang pandang slack member-member seopis minum air Stabak.
Kalau dah balik-balik makan lauk itu, lama-lama tekak kembang juga.
Sesekali nak gak merasa masakan lain.
Alangkan kita yang duduk luar dengan macam-macam pilihan makan pun boleh boring tak tau nak makan apa.
Lagikan yang kat sekolah asrama tu.
Balik-balik hadap ikan jaket jemu juga.
Biarlah dia nak makan kat cafe pun.

Dia macam ni lah, ya.
Kalau kita kecewa dengan hidup kita, jangan pindahkan rasa kecewa tu dengan menafikan hak orang lain.
Daripada salahkan anak orang, lebih baik cakat kat anak sendiri "Kita ni orang susah, jangan terikut-ikut dengan gaya anak orang kaya".
Itu lebih betul daripada menyalahkan anak orang bawa pengaruh buruk konon.

Pasakkan dalam otak anak bagaimana keadaan financial kita.
Biar anak tahu keluarganya bukan orang senang.
Bukannya nafikan anak orang lain tak boleh beli itu, jangan beli ini, jangan tayang itu, jangan tayang ini, jangan makan kat cafe, jangan beli kelengkapan yang mewah-mewah. Hoih, akai ada?

Hidup ini sentiasa ada persaingan.
Kalau tak di skolah pun, satu hari nanti mereka akan berdepan dengan persaingan sama ada di Uni, di tempat kerja, dengan komuniti tempat tinggal, dengan masyarakat, etc.
Belajarlah terima hakikat dalam dunia ni ada orang lain lebih hebat dari kita.

Itu baru anak bersekolah, belum lagi anak masuk U, belum lagi zaman bekerja nanti.
Crowd-nya lebih besar. Pengaruh lebih besar. Competition lebih besar. Pressure lebih tinggi.
Kalau anak orang makan kat cafe skolah pun dah dijadikan isu, please ambik ubat darah tinggi siap-siaplah.
Sebab kat luar tu lagi banyak dan besar isu yang anak kau bakal jumpa, tak tertanggung pressure dia nanti.

Ni hari ni ramai share pasal artikel katanya budak-budak dah malas nak sambung belajar sebab lepas grad nanti gaji pun kecil je, plus kena bayar balik loan pengajian.
Ok, kau sabajap. Aku ambik napas dulu. Nanti aku reply. 


2022-07-23

Insecure sangat anak dia tak cantik macam anak orang lain.


Isu yang takde kesudahannya.
Dari aku kecil, sampai dah umur 44 tahun, inilah isunya - kulit hitam.
Tak sangka ya, ada mak yang malu anaknya hitam.
Putih tu cantik sangat ke?
Aku tengok artis-artis kat India tu, lebih kurang kulit aku je.
Ada yang jauh lebih dark, tapi kemain cantik lagi dengan hidung sharp, mata galak, muka bujur sirih.
Yang kau, hidung pesek, mata terbenam, muka macam loyang. Harap putih je. Cantik ke?

Haaa...panas hati tak aku cakap macam tu?
Kalau kita cakap macam ni, jap nanti berbondong-bondong tazkirahkan kita.

"Tak baik menghina ciptaan Allah".

Hah, tau pulakkk.
Bab takut anak kulit hitam tak pulak terasa diri tu menghina ciptaan Allah.
Sebab tak sebut kan mulut, kan?
Padahal dalam hati kemain risau dapat anak kulit hitam.
Insecure sangat anak dia tak cantik macam anak orang lain.

Terus-terang aku cakap.
Lantaklah kalau nak terasa.
Mak bapak jenis ni sebenarnya takde apa yang boleh dibanggakan.
Diri dia sendiri tak apa yang boleh dibanggakan.
Sebab itu dia berharap anak dia putih melepak so that ada la benda yang dia nak proud of.
Jadi dia mengharap anak dia ada sesuatu yang buatkan orang tak nampak kekurangan yang ada pada diri dia.

Aku setuju Dr Imelda sound that woman.
Entah apa yang dia hadap sangat dengan anak kulit putih ntah.
Dah kalau kau atau laki kau kulit tak berapa cerah, be prepared la anak kau pun mungkin tak cerah.
Tu lah, kat sekolah dulu cikgu mengajar sains, kau melangok kat belakang. Dah tua, bodoh.
Esok kalau anak tak bijak, ntah siapa yang dia nak salahkan pulak.

Aku tak faham apa lah yang takutnya dapat anak kulit gelap.
Hello, kulit gelap dan kulit berdekir adalah dua benda berbeza.
Kalau berkulit gelap tetapi bebas jerawat, bersih, tona sekata, tak berminyak - this is good skin.
Kulit putih tapi berkerak, berlopak - ini baru namanya kulit bermasalah.

Kesian budak-budak nak hadap diskriminasi warna kulit.
Dari mak bapak sendiri pulak tu.
Inilah punca kenapa budak-budak kecik dah pandai mengejek kawan tu hitam, kawan ni hitam.
Mesti mak bapaknya pernah menakut-nakutkan anak dengan warna kulit.
Cuba bayangkan anak kita tanya "Mak, kenapa mak kawan saya kaya tapi mak tak?"
Tak banyak sikit mesti marah, kan?
Rasa sedih. Rasa terkilan. Rasa loser.
Bayangkan kalau anak tahu dalam diam mak memandang kulit gelapnya sebagai satu kekurangan. 
Sakit ya, sakit.

Tak, yang aku pelik tu mana datang kerisauan dengan kulit hitam ni?
Apa yang kau seram sangat anak berkulit hitam?
Jadi apa kalau dapat anak hitam. Kau jadi miskin ke apa.
Dah macam satu kecacatan besar pulak bila berkulit gelap.
Jijik nau di mata orang, ya?

Gitulah yang aku hadap zaman sekolah.
Eh jangan kata kawan-kawan, yang tua-tua pun sama naik mengeji aku.

"Apo lain bona anak? Tak macam omak eh, putih".

Aku peratiii je makcik-makcik yang mengutuk aku ni.
Kau pun bukannya cerah mana pun.
Mujur aku ada, nampaklah kau cerah sikit.
Kalau aku takde, kaulah yang paling gelap sekali kat situ.

Kadang aku sakit hati bila orang tua-tua lepas menziarah orang bersalin, balik bercerita "Dapat anak perempuan. Tapi gelap".

Apa kaitan jantina dengan warna kulit?
Anak perempuan wajib putih ke camana?

Teringat kawan aku pernah say it to my face "Laki hitam takpe. Perempuan hitam siapa nak?"

Dia nak justifikasi kulit dia gelap tapi takpe, sebab dia lelaki.
Hak memilih ada pada tangan dia. Konon.
Macam aku ni perempuan, takde hak untuk memilih.
Dia lupa agaknya perempuan pun ada hak untuk menerima.
Ingat perempuan nak pilih suami harap kat kulit semata ke?
Ada lelaki putih dan bijak. Ada juga lelaki putih dan tak bijak.
Tapi kawan aku tu lelaki hitam dan bodoh.
Tambah satu lagi - tak hensem tapi feeling lebih. Huh!

Yang perempuan-perempuan ni, aku nak pesanlah.
Jangan insecure dengan warna kulit yang gelap.
Kalau dunia meng-kelaskan kulit gelap sebagai second class, it's ok.
Ada banyak lagi point untuk serlahkan diri.
Tak menang kat warna kulit, kita menang kat lain.
Jangan compete dengan sesuatu yang kita tak boleh menang.
Dah tahu kau tak cerah, janganlah masuk bertanding kulit siapa paling putih.
Memang kau tak menanglah.
Maksudnya, apa yang kita tak boleh ubah, terima saja.
Berdamai dengan takdir.
Cari benda yang kita boleh menang.
Banyak lagi kelebihan kat diri kita ni.
Cari, dan gunakan kelebihan tu.
Ini tak, warna kulit dah gelap sejak azali, nak meratap. Nak buat apa.

Yang produk-produk pemutih ni pun satu.
Suka nau provoke pakai ayat menakut-nakutkan orang.

"Kulit putih, barulah suami sayang".

Huh. Ayat iklan pun macam otak rempit SPM repeat 3 kali. 

Aku rasa pernah share dalam blog cerita sorang blog reader yang hidup dalam insecure sebab environment keluarga yang toksik.
Aku dah lupa cerita penuh.
Yang aku ingat dia kata setiap kali dapat result exam, maknya mesti nak anak dia yang paling best antara kawan-kawan.
Contoh, kalau anak dapat nombor 3, mak tanya kenapa tak boleh dapat nombor 1 macam si anu.
Mak dia sangat competitive.
Dia cakap kat aku, hati dia sentiasa memberontak sampai pernah rasa nak tonyoh mulut mak dia.

Memang ada ya parents jenis macam ni.
Dia tahu request je.
Nak anak cantik macam orang tu, nak anak bijak macam orang tu, nak anak hulur duit banyak macam anak jiran sebelah, nak anak sponsor holiday macam anak jiran belakang rumah, etc.
Tapi dia tak tengok pulak cara jiran tu besarkan anak.
Anak orang tu bijak sebab mak bapaknya support dengan tusyen, dengan memberi motivasi, sama-sama ajar anak buat homework.
Yang kau? Ada buat macam mak bapak orang tu buat? Tak.

Orang tu tak kedekut dengan mak bapaknya.
Rajin hulur duit, sesekali bawak berjalan, sesekali bawak makan-makan.
Yang kau dengan mak bapak sendiri pun kedekut kedaung, seduit tak pernah hulur, ada hati berharap anak berbakti macam anak jiran.
Pelajaran pertama bermula dari rumah, ya.
Eh emosi pulak aku dengan mak bapak jenis ni.


2022-07-22

Luaskan pemilihan kerjaya.


Semalam kat LinkedIn nampak satu post dari this one lady.
Dia kata dia dah sampai ke tahap hampir depression mencari kerja tak dapat-dapat.
Graduated in business admin. Pernah bekerja contract 3 bulan.
Lepas tu terus tak dapat-dapat kerja sampai sekarang.
Allah..sedih aku baca. Sampai nak depression dia.
Rasanya belum berkahwin.
Selalunya perempuan yang dah berkahwin ni, kalau suaminya bekerja, insyallah dia tidaklah stress sangat.
Aku nak tolong pun, aku belum ada kekosongan buat masa sekarang.
Boleh tolong pass kat kawan-kawan yang own business,tapi dorang pun takde kekosongan.
Yang aku boleh tolong, tolong komen je lah supaya post dia dapat better reach.

Aku takde pengalaman menganggur macam ni.
Tapi pengalaman interview sana sini tu ada lah.
Sebelum dapat kerja, hanya ada 1 kali interview iaitu dengan UKM. Aku dapat kerja tu.
Diletakkan aku di Kementerian Sains sebagai Research Assistant. Alhamdulillah.

Masa kerja dengan Kementerian, pernah cuba-cuba pergi intreview satu syarikat kat KL.
Post Management Trainee katanya.
Rupanya syarikat komoditi.
Training belum habis, aku dah blah.
Malas kerja dengan team yang mengencing orang 24 jam.
Aku kekal dengan Kementerian selama 1 tahun 7 bulan sebelum berhenti untuk sambung belajar.

Tahun 2003 aku minta kerja dengan biotech company kat Kelana Jaya.
Namanya Research Instrument. Alhamdulillah dapat.
Kerja  1 bulan lepas tu aku quit.
Sebab aku have no idea apa benda aku buat.
Hari-hari pergi kerja tapi tak faham apa benda aku buat.
Orang suruh aku buat DO aku buat.
Orang suruh buat Invoice aku buat.
Orang suruh aku prepare inventory list aku buat.
Tapi aku can't relate antara satu sama lain. Aku quit.

Lepas tu aku try apply post event company kat Ampang. Dapat. 
Helok je dapat offer company ni, aku dapat call dari Prudential untuk datang interview.
Dah tentu-tentulah Prudential tu lagi besar namanya, kan.
Aku gamble drop offer dari event organizer company tu.
Event organizer tu famous juga, lupa nama dia.
Dia pernah organize travel event kat PWTC.

Aku berjaya melepas all 3 stages interview di Prudential. 
Dapat kerja as Medical Underwriter.
Stay di sana selama 8 bulan sahaja.
Bukan tak seronok tapi agak jauh nak travel everyday.
Aku quit untuk cari kerja yang lebih dekat dengan tempat tinggal.
Semasa di Prudential, aku tak mencari kerja lain.
Quit dari Prudential baru start cari kerja.
Tapi tak lama, dalam 3 minggu macam tu dah dapat panggilan interview dari another biotech company, iaitu BioSynTech. 
Kerja di company ni selama 4 tahun.
Tahun 2007, dapat offer dari Applied Biosystems Malaysia.
Ini adalah company terakhir aku makan gaji sebelum aku run own company.

Boleh dikatakan semua panggilan interview, aku dapat tawaran kerja.
Bukan sebab aku bagus tapi boleh jadi kerana aku tak memilih.
Mana yang agak-agak aku boleh carry, aku apply je. 
Macam komen dari screenshot di atas kata, kalau degree kau in Chemistry, jangan mencari kerja betul-betul bidang tu.
Maksudnya, jangan aim untuk kerja dalam lab sahaja.
The flow is not like that.

Aku graduate in Biotech.
Kalau ikutkan imaginasi, mestilah aku akan kerja dalam lab, kan?
Tapi tak berlaku macam tu.
Kalau semua graduate Biotech nak kerja dalam lab, siapa pula yang nak jadi cikgu sains, cikgu bio, lecturer?
Bidang Biotech ni luas hanya kalau kita mahu mencuba kerjaya di luar field lab.

Aku sendiri tak pernah terfikir biotech boleh ada kaitan dengan sales. 
Rupanya ada.
Yelah, kalau takde company jual lab supplies untuk barang-barang biotech, macamana orang research nak buat kerja, betul tak?
Dah tentu kena ada graduate biotech yang kerjanya jual barang lab supaya end user dapat khidmat nasihat yang betul dari orang yang ada ilmu dalam bidang berkaitan.

Aku bekerja dalam bidang biotech sales selama 12 tahun.
Dari pemerhatian aku, postgraduate student sentiasa bersilih ganti tetapi tak ramai yang bekerja dalam lab (research) selepas graduate.
Ada lebih kurang 7-8 orang customer aku semasa mereka buat postgraduate, yang kemudian aku jumpa dorang berkerja dalam lab di agensi lain.
Contohnya, sorang student graduate dari UMT bekerja di lab di Gertak Sanggul, Penang.
Sorang student UPM kemudiannya aku jumpa dia bekerja di Veterinary Research Ipoh.
Sorang student di UPM kerja di Innobio.
Yang lain-lain tak tahu mana pergi, maybe kerja di bidang lain.
Most of them yang buat kerja lab akhirnya sambung PhD.
Sama ada memang minat sambung belajar, atau tak jumpa kerja dalam bidang research.
Yang undergraduate pula, bila tak dapat kerja dalam bidang berkaitan, sambung Masters atau mohon jadi cikgu. Mostly.

Kekosongan jawatan dalam research field memang terhad.
Malaysia ni tak besar mana.
Tapi kita jangan kecilkan scope pekerjaan.
Graduate in Chemistry tak semestinya end up jadi scientist.
Boleh pergi ke industrial management, quality assurance, quality controller, waste management, science policy analyst, product development.

Dulu aku tak pernah terfikir boleh jadi Medical Underwriter kat Prudential.
Tak terfikir they will accept biotechnology graduate to fill up that post.
Bila dah join baru nampak, "Laaa, berguna rupanya subjek X yang aku belajar dulu yang boleh apply dalam job ni".

Sekarang ni, keputusan exam baik di sekolah mahupun di universiti tidak menjanjikan kerja yang kita mahu.
Keputusan cemerlang hanya menjanjikan pilihan yang lebih banyak.
Banyak A dalam UPSR belum tentu dapat ke boarding school, tetapi peluang untuk terpilih lebih tinggi dari orang lain.
Banyak A dalam SPM belum tentu dapat sambung ke tempat yang kita mahu, tetapi pilihan untuk memilih bidang dan tempat, lebih banyak.
Boleh memilih orang kata.
Sekarang nak masuk program Asasi kena tengok merit. 
Kalau merit tak tinggi, nak dapat top Uni macam, UM and UKM tu payah sikit.
Kalau banyak A, peluang untuk terpilih ke universiti ni lebih besar.
Takdelah kau dapat course lelong, itu sahaja.

Esok lepas grad, pointer tinggi pun belum tentu lagi dapat kerja di company yang best dengan gaji tinggi. Belum tentuuuuu.
Tapi yang pasti, peluang untuk dipanggil interview lebih tinggi dari orang yang keputusannya kurang bagus.

Dari sudut pandang aku sebagai seorang majikan, kebanyakkan yang datang interview semuanya layak.
Cuma pada hari interview kami nak tengok orangnya saja - bagaimana dia berinteraksi, gaya bahasa, penampilan. Itu saja.
Masa interview kami tak tanya dah pasal result exam atau tau buat ini dan itu tak sebab segala yang kami nak tahu dah dinyatakan dalam resume.
Yang membuatkan seseorang tidak dipilih, mostly disebabkan oleh penguasaan bahasa dan komunikasi.
English tak lancar, bercakap bahasa melayu pun guna bahasa pasar.
Ada sebab kenapa penguasaan bahasa tu penting sebab nanti dah kerja, kita bukan buat kerja itu dan itu saja.
Ada waktu-waktunya kena buat benda lain.

Seorang sales executive, pastilah kena buat sales.
Tapi ada waktunya dia juga kena buat demo, buat presentation, conduct training, kena buat marketing material, kena organize seminar.
Sebab itu penguasaan bahasa dan komunikasi penting.
Tapi inilah bab yang ramai terpeleset.
Masa interview bercakap pun macam malas.
Banyak sengih masa interview.
Cakap sikit, sengih. Cakap sikit, sengih. Eiiii aku.

Lagi satu, takut buat kerja.
Nama jawatan - Admin Exec.
Bila ditanya "Boleh buat copywriting? Sebab kat sini maybe awak kena buat copywriting bila diperlukan".

Dia boleh jawab "La, kerja admin kena buat itu ke?"

Ayat dia bertanya tu pun dah OUT.
How can you say "La, kerja admin kena buat itu ke?"
As if dia lebih tahu kerja admin tu sepatutnya apa.

Look. This is her company, not you parent's company.
It's up to her nak susun job scope admin dia macamana.
Budak-budak ni bukan apa, dia tak nampak itu adalah peluang untuk dia belajar benda baru.
Dia ingat kalau post admin tu buat rutin clerical work sampai bila-bila.
Memanglah awal-awal tu kita bagi buat rutin admin work.
But along the way, akan ada tambahan kerja-kerja yang related dengan admin.
Nak tak nak, you must learn something new.
Nak naik pangkat, nak naik gaji tapi taknak ada tambahan ilmi baru. How lah?
Dorang ni belum cuba dah imagine diri terbeban dengan work load.
Padahal kerja tu simple je.

Masa aku dapat offer sales exec dulu, kalau ikut job scope hanya buat sales.
Ingatkan buat sales tu maknanya jumpa customer-promote-jual.
Sebenarnya lebih dari itu.
Kena buat workshop, buat teaching class, buat program itu ini.
Nampak macam takde kaitan dengan sales, tapi bila dah berada dalam tu nanti dengan sendirinya kau faham keperluan buat semua tu.

Jadi, janganlah takut bila bakal majikan tanya "Boleh buat ini tak? Bersedia tak kalau kena outstation? Bersedia untuk stay back bila diperlukan?".
Macamlah kita ada pilihan lain nak memilih kerja.
Kalau ada pilihan lain, takpe.
Ini takde pilihan tapi memilih.
Grab dulu, cari pengalaman.
Nanti pengalaman tu akan membawa kita kepada bidang kerja yang lain pula.

Ex boss aku dulu grad from Manchester. Grad biochemistry.
Balik Malaysia, join company biotech, jual barang biotech.
Tapi disebabkan dia ada ilmu dalam biotech, senang je dia buat sale.
Makan komisyen kaw-kaw.
Last position dia sebelum aku quit dari company tu, dia dah jadi COO.
Masa aku resign, dia tengah sambung MBA kat UIA.
Sesuatu yang dia kata tak pernah terfikir untuk belajar sebab ingatkan balik Malaysia jadi scientist.
Last-last jadi expertist in marketing, theoretically and in practice.
Kita tak tahu path mana yang ditakdirkan untuk kita, kan?  

Kepada yang actively cari kerja (especially fresh grad), luaskan pemilihan kerjaya.
Jangan sempitkan pada satu jenis kerjaya saja.
Dalam hidup ni, tak semua benda kita dapat pilih.
Kalau kerjaya yang kita nak tak dapat, pilihlah untuk terima bidang kerjaya yang lain.
Bila dah kerja nanti, jangan terbawa-bawa lagi dengan sejarah akademik kita dulu.
Kat tempat kerja kita dah tak tengok sejarah kecemerlangan akademik.
Bab tu dah lepas. Dah boleh simpan.
Now kita nak tengok skill, cara bekerja, kebolehan berkomunikasi, adab bekerja, daya tahan stress dan BOLEH BUAT KERJA.


2022-07-21

1992


Tahun 1992 aku Form 3.
Takde masalah kalau terjaga pada tahun ni semula.
Aku memang suka pun life 90an.
Tak mewah, tapi cukup.
Apa yang aku perlu, ada. Apa yang aku takde, aku tak perlu sangat.

Tahun 1992, zaman rock kapak.
Masa aku tengah angau dengan Bagio Damasutra.
Takde duit nak beli kaset, tapi takpe. Rumah ada radio.
Boleh tunggu Pilihan Bersama pukul 9pm orang hantar request lagu-lagu best.
Umpama Mimpi Dalam Mimpi tu boleh dikatakan hari-hari keluar Pilihan Bersama.
Aku hanya perlukan kaset kosong untuk rekod lagu-lagu sedap.

Tapi, kaset kosong takde.
Duit nak beli kaset kosong pun takde.
Bak kata aku tadi, apa yang aku perlu, ada. Kan?

Jadi, apa yang ada?

Ya, benarrrr.
Kaset-kaset lama bapak aku. Kahkahkah.

Bapak aku simpan banyak kaset kat kabinet bawah.
Kaset-kaset lama macam kaset Ottawan, Bee Gees, Engelbert Humperdinck.
Dalam timbunan kaset-kaset tu ada la beberapa kaset yang dah lama, yang aku tak pernah dengar bapak aku pasang pun.
Antaranya kaset Khatijah Ibrahim, album inggeris dia tajuk Everyday Girl.
Korang pernah dengar lagu ni? Pi dengar. Sedap.
Lagu ni sampai sekarang ada dalam playlist aku.

Aku pun apa pagiiii.
Aku ambik kaset Khaty tu padam buat rekod lagu-lagu dalam Pilihan Bersama.
Alhamdulillah, aku selamat sampai sekarang.
Bapak aku tak tau pun kaset tu aku dah lenjan buat rekod lagu Damasutra.
Silap-silap dia pun terlupa kewujudan kaset tu.
Happy betul aku dapat rekod lagu sedap-sedap dalam satu kaset. Bijak kan aku? 😆

Tapi tu lah, dah rekod lagu sedap tapi nak dengar kena ikut time.
Sebab radio dalam rumah aku dulu ada satu je.

Macam ni la rupa radio aku waktu tu, tahun 1992.
Setiap malam, lepas dengar Pilihan Bersama, aku kena bawak turun radio ni semula ke dapur.
Karang esok pagi mak aku bangun nak dengar radio takde, masak aku.
Balik dari sekolah dapatlah dengar kaset sambil mengemas rumah sebab mak bapak aku tak balik kerja lagi.
Dalam pukul 4pm macam tu dah kena stop dengar kaset, karang mak aku balik dia raba radio panas, panjang tazkirah dia.
Malam, baru boleh guna balik radio sebab malam mak bapak aku tengok TV.
That's why aku boleh dengan Pilihan Bersama dengan tenang.
Nampak macam aku masuk bilik awal sebab nak study, padahallll.

Tahun 1992 boleh dikatakan aku "budak baik".
Tak banyak buat hal kat sekolah. Banyak buat hal sendiri.
Maybe environment aku ketika tu buatkan aku jadi baik sikit.
Tahun 1992 aku masuk kelas khas.
Kelas budak-budak terpilih orang kata.
Semua kat dalam tu budak bijok-bijok. Aku je yang banyak main.
Duduk dalam kelas budak suka belajar, dengan aku-aku sekali jadi jem terpaksa belajar.
Dulu aku keluar TKC sebab tak suka environment macam ni, last-last Form 3 dapat environment yang sama.
Bezanya, kali ni tak duduk asrama, boleh balik rumah.

Tahun 1992, lepas SRP baru banyak main.
Sebab dah takde apa nak belajar, tapi masih kena datang sekolah, jadi cikgu-cikgu bagi kitorang task yang best iaitu - cat mural.
Meriah betul dinding sekolah waktu ni.
Dinding depan, dinding tepi, dinding belakang - pantang ada kosong cikgu suruh cat.
Waktu ni cikgu yang handle adalah Cikgu Nizam.
Dia cikgu Pendidikan Seni yang ajar dari Form 1 sampai Form 3.
Aku tak sure masa Form 4 dia ada lagi ke tak sebab dah takde subjek Pendidikan Seni dah waktu tu.

Cikgu Nizam ni ada bilik sendiri iaitu kelas Seni.
Dia tak duduk bilik guru.
Kalau budak-budak perempuan lain lepak bilik dia, dia akan suruh keluar.
Tapi kalau aku, tak. Dia tak kisah aku lepak dalam tu.
Aku tau sebab apa.
Sebab, budak-budak perempuan lain tu semua lawa-lawa.
Cikgu takutlah nanti guru-guru lain cakap apa pulak sebab Cikgu Nizam bujang masa tu.

Aku tahu kenapa aku bebas melepak kat dalam tu.
Yang pertama, sebab aku selalu tolong Cikgu Nizam melukis.
Gambar yang aku bulat tu, hasil kerja aku.
Ada 2-3 lukisan aku yang dia tampal kat dalam bilik dia.
Bukan lukisan kerja sekolah tapi lukisan yang aku saja-saja conteng masa melepak bilik dia.
Kiranya aku dah jadi macam assistant dia untuk melukis demi nak cantikkan bilik Seni.
Kebanyakan lukisan dalam bilik cikgu bukan lukisan student tapi hasil lukisan Cikgu Nizam sendiri.
Dia sangat-sangat pandai melukis.
Maybe cikgu tengok aku suka melukis kot, jadi dia benarkan aku melepak and menconteng kat dalam tu.
Gambar atas tu adalah gambar lepas SRP.
Pergi sekolah pakai baju biasa with seluar track sebab nak mengecat dinding.

Yang kedua, sebab aku tak cantik.
Takde siapa nak gossipkan Cikgu Nizam dengan aku. Kahkahkah.
Sebab tu cikgu selesa aku lepak dalam bilik Seni. Agaknyalah.

Masa ada pementasan Ibu Mertuaku, dari pagi ke lewat petang aku bersidai dalam bilik Seni siapkan prop.
Kau tau aku kena buat apa? Aku kena cat kubur!
Cikgu Nizam minta aku warnakan kertas surat khabar jadi seakan-akan warna tanah.
Surat khabar tu nanti dorang nak tampal kat permukaan kubur atas pentas.
Masa pementasan tu, semua orang kagum dengan lakonan pelajar.
Aku kagum dengan tanah-tanah kubur atas pentas tu.
Tak sangka real betul jadinya kubur tu. Kahkahkah.
Syabas Diana, syabas! *tepuk bahu sendiri*
Nak jadi pelakon tak dapat, cat kubur pun jadiklahhhh.


2022-07-19

Pleaselah, jangan cakap "I did it all".


Satu kebaikan berada di zaman media sosial, semua orang mampu jadi celebriti.
Kalau dulu hanya artis and mereka yang berkedudukan saja.
Tak pun, yang bijak-bijak.
Group-group ni lebih mendapat tumpuan.
Dululah. Zaman 80-90s dulu.

Di zaman media sosial sekarang, sesiapa boleh jadi famous.
Tak semestinya kaya, cantik, berkedudukan, belajar pandai atau apa saja kelebihan.
Kekurangan pun boleh jadi tumpuan.
Sesiapa saja boleh jadi famous zaman ni.
Dan disebabkan itu tak hairanlah trend sekarang orang mencari jalan apa saja asalkan boleh jadi titik tumpuan.
Dan ketika sudah mendapat tumpuan, selalunya keluar perangai pelik-pelik.
 


Semalam aku nampak satu video.
Dari seorang founder yang aku tak sure dia jual apa.
Samada jual kosmetik atau skin care.
Tapi aku tertarik dengan komen di atas.
Rupanya bukan aku sorang yang blur-blur melihat trend founder-founder yang banyak mengetengahkan lifestyle berbanding produk yang dijual.
Terpikir juga aku dulu, dorang ni jual apa.
Kejap-kejap nampak video, tapi macam video bersembang-sembang gitu.
Dia ni siapa? Artis ke?

"Founder".

Oh, ok. Founder rupanya.
Tapi jual apa?
Kenapa jarang nampak dia bercerita tentang produk.
Kat mana relevannya hari-hari buat video bersembang yak takde kena-mengena dengan produknya?
Gitu aku bertanya-tanya.

Bila aku baca komen tadi, barulah aku faham.
Lojik juga apa yang dia cakap tu.
Kebanyakan founder bukan menjual pada customer, tetapi agen.
Their target crowd bukanlah end-user tetapi agen.
Oleh sebab itulah dia mesti tunjuk lifestyle berbanding bercerita tentang produk supaya orang-orang yang teringin nak jadi seperti dia akan tertarik menjadi agennya.
Dan agen-agen pula semakin bersemangat nak menjual supaya dapat lifestyle seperti dia.

No wonderlah founder-founder ni semua patternya sama je - tayang kereta, tayang beli henbeg, tayang beli emas - rupanya untuk tarik crowd agen.
Ok, now that make sense.
Patutlah aku tak kenal produk-produknya.
Yang aku ni pesen suka nak dengar orang bercakap pasal produk so that aku ada ilham untuk marketing, atau produce new produk, atau penambahbaikan produk.
Tapi most of them tak bercerita pasal produk in detail.
Habis kuat pun "Produk ni boleh hilangkan jerawat, boleh bagi glow, boleh bagi kulit tegang".
Itupun so general, masih tidak menceritakan how it works.
Tapi itu masih bagus lagilah berbanding founder yang buat video bercakap pasal pegi shopping, hiasan dalam rumah, baju baru tempah kat designer sekian-sekian, etc.
Konfius, dia ni jual baju ke? Buat real estate ke?
Rupanya jual kosmetik. Plot twist betul.

Lagi satu, bila dah dikenali, dan kemudian ditemuramah untuk berkongsi kejayaan, dan-dan kejayaan tu milik dia sorang.
Yang bukan-bukan statementnya.
Pernah dulu aku terbaca satu artikel tentang sorang yang I don't know, maybe public figure atau instafamous...entah tak sure.
Aku pernah cerita kat blog pasal ni dulu.

Kisahnya, this lady share kejayaan dia. Tak ingat dia buat bisnes apa.
Maybe dia adalah icon ibu dan isteri yang hebat ketika itu.
Kan ramai orang suka cerita-cerita macam ni - wanita berkerjaya, membina bisnes, ada anak-anak yang kecil, ada suami yang perlu diberi perhatian.
Kita semua nak jadi wanita seperti ni. Wonder woman gitu.

Until aku baca soalan temuramah tanya macamana dia juggle time between isteri, ibu, dan run her business, jawapan dia "Saya seorang yang sangat organized".

Terus aku..wow! Seriously??
Seriously, aku sangat kecewa [or maybe menyampah?] dengan jawapan tu.

Why?

Because kau ada massive platform.
Someone yang katanya seorang public figure.
Dah tentu influencenya besar.
Mesti ramai wanita looking up to her and hoping for some guidance or inspiration.
Malangnya dia tak gunakan that platform sebaiknya.
Padahal kau ada peluang to tell all what it really takes to live life and have a business while raising your kids, tapi peluang tu tak digunakan sepenuhnya.
Dia gunakan that peluang dan platform untuk meng-up dirinya seorang.

Pleaselah, jangan cakap "I did it all".
Kat luar sana bukan semua orang tak pernah lalui apa yang kau lalui.
At least ada aku yang pernah lalui jalan yang hampir sama macam kau because aku juga buat bisnes.
There is a ZERO percent chance kau tak dibantu oleh sesiapa. ZERO percent chance!
Because aku faham sangat nak membangunkan bisnes, kita mesti ada bantuan dari orang lain.

Bantuan yang macamana?

Paling tak pun, ada maid untuk bantu jaga anak-anak di rumah.
Atau ada mak tolong tengokkan anak-anak sewaktu kita bertungkus-lumus membina kerjaya.
Atau kita letak anak kat daycare.
Tak pun kita ada weekly bibik.
Nak-nak lagi tahap celebriti, dah tentu-tentu ada helper. Tak pun assistant.
Jadi, jangan temberanglah kata "I am super-organized".
Inilah antara sebab kenapa ramai payah nak bersyukur dengan diri sendiri dan always anggap orang lain lebih best.

Contohnya, kita nampak gambar si anu upload kat IG.
Bukan main hebat lagi menu masakan dia.
Padahal kau tau hari tu dia ada photoshoot all day [kau tahu sebab kau stalk IG dia hari-hari].
Terus kau rasa kau tak cukup hebat kerana tak jadi macam dia boleh prepare meal best-best walaupun sibuk dengan kerjaya.
Kau ni punyalah struggle balik kerja nak mandikan anak, dengan anak sorang lagi melalak kat depan, dengan kain baju belum berangkat, inikan pula nak siapkan dinner 4 jenis lauk.
Mulalah terasa stress ni bila orang lain boleh cope dengan baik, kau tak.

Sedangkan yang kita tak nampak di sebalik IG tu, entah-entah dia balik kerja ada orang tolong jagakan anak.
Sebab itu dia boleh memasak dengan tenang.
Entah-entah rumah dah siap berkemas sebab har tu weekly maid dia datang.
That's why dia boleh siapkan 4 jenis lauk dalam masa 1 jam siap settle mandi sekali.

No, aku bukan mengajak semua berfikiran negative atau busuk hati.
Aku cuma nak someone please be transparent about this.
Yes, maybe bisnes tu kau sorang buat.
Aku dulu macam tu juga.
Aku buat sales, aku buat presentation, aku buat tender, aku packing barang, aku hantar barang, aku ke sana sini outstation.
Semua tu aku buat sendiri.
I mean that particular kerja, aku buat sendiri.
Tetapi, aku takkan boleh fokus pada that kerja kalau takde orang bantu aku di rumah.

In order nak ke outstation 3-4 hari, aku perlukan someone di rumah yang boleh uruskan rumah, anak and makan pakai suami aku.
In order nak packing 100 order, aku perlukan someone tolong sidai baju and basuh baju.
In order nak kejarkan appointment dengan customer at 8am, someone kena tolong hantar anak-anak aku ke sekolah.
I needed help. Yang orang nampak aku boleh run bisnes.
Yang orang tak perasan, di rumah aku ada maid dan mak mertua yang help aku manage apa yang aku tak sempat manage.

Aku faham, sometimes we feel akward mintak tolong orang because we hate admitting to anyone, especially ourselves, that we need help.
Kita rasa kalau kita tak boleh buat semua, kita tak hebat.

Helo adik-kakak sekalian.
The most powerful people in the world pun delegate kerja kat orang lain tau.
Takde de nak buat semua kerja sendiri.
Dorang ada bibik kemas rumah, bibik jaga anak, bibik masak, ada personal assistant, ada driver, ada manager, ada staff, everthing dari mengemas rumah sampailah expanding business overseas.
Semua dia delegate kerja.
Takde de dia nak sibuk kaut semua kerja semata-mata nak prove kat orang dia hebat can do all.
They ask for help too.

Tapi kita?
Kita dengan bisnes yang baru nak bernafas, dengan kain baju 3 bakul tak berlipat, dengan 2-3 orang anak yang sorang nak menetek, yang sorang nak terkencing, yang sorang mintak suap - kau nak buat semua ni sendiri? Halah halaahhhhh.
Kita punya perception tentang success tu salah sebenarnya.
Kita ingat success tu bila berjaya buat semua sendiri. Padahal tak.
Ask for help. Minta tolong pasangan kita.
Minta tolong mak bapak tengokkan anak kejap semasa kita jumpa client.
Atau mintak tolong adik-adik kejap.
Tak pun bayar extra kat day care untuk ambik anak lambat sikit.
Bayar jiran untuk tumpang letak anak kejap.

Masalahnya kita ni pun nak mintak tolong free saja.
Tak reti nak hulur goreng pisang sepiring ke apa ke.
My point is, kita always ada banyak cara untuk dapatkan pertolongan.
Because nobody does this alone.

Dulu, aku keluar gelap, balik pun gelap.
Drive dari satu hujung ke satu hujung for business trips.
Akulah sales, akulah marketing, akulah present paper, akulah delivery, akulah clear barang kat kastam KLIA.
Bertahun-tahun lamanya I had the idea of doing it all on my own.
Slowly aku mula faham takde sorang pun yang really "do it all", sebab mustahil sangat kau nak bina bisnes atau bina kerjaya entirely by yourself.
Yang sebenarnya aku ada a team of people yang bantu membina kerjaya aku.

Mak mertua aku, bibik-bibik aku, En Wan - ini front liner.
Ini orang-orang penting yang membantu aku membereskan hal-hal di rumah sementara aku membina kerjaya.
Masa aku tesadai kat hospital sebulan mengandungkan Rayyan, mak bapak aku kat Bangi duduk rumah aku sebulan lamanya took care of Redza and En Wan.
Aku di hospital rileks buat quotation and close sales dengan tenang takyah pikir anak and laki aku makan apa kat rumah sebab ada orang take over tugas aku.
Aku ada staff di ofis yang tolong jumpa customer on my behalf masa aku outstation, masa aku demam, masa aku ada adhoc meeting.
These people helped me build my company over the last decade.

Aku pi umrah 3 kali, delivery tak pernah sangkut, kan?
Semua emails and whatsapp berespon.
Aku pi holiday, balik kampung, demam melepek kat rumah, alhamdulillah bisnes masih berjalan macam biasa.
Itu semua kerana ada orang tolong.
Kalaulah aku kena buat sorang, mampuih lembik bijik aku. Eh.

Masa XZIZ Biotech started to scale bigger sampai aku tak rasa aku boleh properly run it alone anymore, aku telan ego and asked for people's help.
Aku minta tolong kawan-kawan semak formula aku.
Aku minta tolong En Wan take over some task.
Aku minta tolong staff apa yang perlu ditolong.
Sometimes aku mintak tolong staff buatkan kerja yang di luar job scope dorang.

Masa aku nak ambil Profesional Certificate 2 tahun lepas, at the same time run business, at the same time menyiapkan projek dengan UPSI - tapi blog aku tetap berupdate, kan?
Dan ketika aku finish study ramai yang bagi ucapan tahniah.

"Macamana Kak Di boleh sempat study?"

Because ketika itu, En Wan ambil alih most of kerja aku di ofis.
Kat rumah pun dia ambik alih banyak task supaya aku boleh study.
Mak mertua and weekly bibik also membantu.
One of the reason kita senang nak burn out atau give up adalah bila kita nak buat semua benda serentak.
Kita nak jadi isteri yang hebat. Nak jadi ibu mithali.
Nak jadi pekerja yang cemerlang.
Nak buat part time. Nak buat charity work.
Semua benda nak buat, lama-lama lemau dan lunyai.
So I have learned. I ask for help.

Seriously I have so much help.
Ini pun aku masih mencari cara nak free up more of my time, nak delegate kerja so aku boleh fokus on my values.
Kalau korang follow page GreenAard [FB atau IG], korang akan perasan sehari ada at least 2 post.
Setiap post ada design yang berbeza and infomation yang berbeza.
Kebanyakkannya adalah technical/infographic post.

2 post FB everyday.
Nak update blog lagi. Nak respond to emails, whatsapp and live chat lagi.
Nak buat sales lagi.
Hoih! Kalau aku yang kena buat semua ni sorang, gugur bebulu aku.
So please teach yourself untuk minta tolong.
Jangan semua benda nak buat sendiri.
Kalau perlu bayar upah orang tolong, bayar.
Kalau tak, hulurlah apa-apa yang patut sebagai tanda terima kasih.
Belikan coklat Cadbury satu bar pun orang dah seronok dah.
Kalau nak luahkan perasaan, boleh lah email aku.
Aku boleh tolong dengar.

The point of all this is, kita kena tahu kemampuan kita sampai tahap mana.
Kalau tengah struggle nak buat sesuatu, atau banyak benda nak dibuat and kau tak cukup masa, atau tak cukup tangan nak buat, remember that your struggles does not mean that you are weak.
Itu adalah bukti kau adalah manusia biasa.
Bila rasa perlu orang tolong, just ask for help.
Tak hebat manalah setakat bagitau kat semua "Because I am very organize person, I did all by myself".
Membongak.



Cash back offer tamat esok. Whatsapp 012-7728976 atau 013-7557424.


2022-07-18

Rezeki tahun ini makin kurang sedangkan ibadah lebih baik dari tahun lepas.


"Kenapa rezeki saya makin kurang kebelakangan ini sedangkan ibadah saya lebih baik dari tahun lepas. Solat lima waktu makin terjaga. Jauh lebih baik dari sebelum".

Ini soalan yang susah, bukan aku yang layak menjawab.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan "rezeki saya makin kurang"?
Adakah maksudnya duit?

Rezeki merangkumi apa saja, bukan sekadar duit.
Tak selalunya rezeki datang dalam bentuk material.
Sihat badan jauh dari penyakit pun namanya rezeki.
Dalam keadaan sekarang penyakit bersepah-sepah, kalau diri kita masih sihat, itu adalah bentuk rezeki yang sangat mewah.

Ada rezeki yang perlu dicari dan ada yang dah ada dengan sendirinya sejak azali.
Allah datangkan setiap makhluk dengan pakej rezekinya sendiri.
Takkan sama dengan orang lain, jadi tak perlulah bandingkan pakej kita dengan jiran sebelah.
Memang takkan sama.
Ada sebab kenapa jiran sebelah lebih mewah dari kita.
Ada sebab kenapa orang lain pendapatannya lebih banyak dari kita.
Takde kaitan dengan ibadah atau solat tak solat.
Itu adalah pakej dia. Kita ada pakej kita.
Nanti esok di akhirat kita akan dihisab berdasarkan pakej yang kita dapat.
Kalau pakej kita banyak, banyaklah hisabnya.
Kalau pakej sikit, mungkin sikitlah hisabnya.

Jangan rasa nasib kita kurang baik bila kawan dapat bonus 6 bulan, atau penjawat awam dapat kelebihan itu ini.
Itu pakej dia. Kita ada pakej sendiri.
Yang kita punya ni pun belum tahu lagi lepas ke tak nak jawab esok.
Toksah kisah pakej orang.
Kalaupun pakejnya kelihatan lebih istimewa, itu di mata kita saja.
Yang dapat pakej istimewa tu agaknya masih rasa tak cukup dengan apa yang dia dapat.
Pepatah kan ada sebut "Besar periuk, besar keraknya".
Dapat banyak, banyaklah juga belanjanya.
Suka mengeluh kerana tak puas dengan apa yang dimiliki pun termasuk kebiasaan yang menghambat rezeki.

Tidak akan berkurang rezeki yang Allah dah janjikan dalam pakej kita, walau sebutir nasi.
Dan yang penting, rezeki yang dijamin Allah PASTI halal dan baik.
Dalam rezeki disertakan dengan berkah, halal dan haram.
Pendek kata, kalau rezeki itu halal, cenderung baik.
Yang haram, pasti buruk.
Rezeki haram sebenarnya tak ada.
Tapi ia wujud kerana manusia memaksanya untuk wujud dengan cara mencarinya sambil melanggar norma dan peraturan agama.

Jadi agaknya kenapa this follower musykil semakin banyak ibadah, semakin terjaga solat, tetapi semakin berkurang rezekiya (maybe dia maksudkan duit). Why?

Ini pandangan aku saja, berdasarkan hukum lojik aku saja.
Boleh pakai, kalau mahu pakai.
Kalau tak mahu pakai, abaikan.

Ketika kita sudah memperbaiki urusan ibadah, ketika sudah terjaganya solat, pasti dalam setiap doanya meminta diberikan rezeki yang halal dan barokah.
Dan apabila Allah mengabulkan doa itu, rezeki yang dulu yang kategori rezeki yang tidak baik sudah terputus dari dia.
Yang tinggal hanyalah rezeki yang baik-baik.

Solat mencegah perbuatan mungkar.
Rezeki tidak boleh dimurahkan asbab rajin solat.
Rezeki kekal dan mungkin bertambah jika terus istiqomah.
Boleh jadi rezeki (duit/pendapatan) berkurang kerana doa awak makbul.
Allah hanya bagi awak rezeki yang halal dan baik.
Rezeki haram telah diputuskan. Maka, bersyukurlah.

Dah alang-alang ni, nak share juga satu pertanyaan follower.
Dia kata life dia makin backwards sejak suami diberhentikan kerja masa PKP.
Now suami masih tak ada kerja tetap, tolong-tolong buat online sales.
Katanya dulu 2-3 bulan sekali sedekah kat tahfiz, rumah anak yatim and buat makan-makan kat untuk anak-anak tahfiz.
Now dah tak dapat buat macam tu lagi.

Sedekah pun selalu disebut-sebut sebagai amalan yang boleh mendatangkan rezeki.
Hakikatnya ramai yang mengeluh dah bersedekah tetapi rezeki masih gitu-gitu je.
Mungkin ada di kalangan kita salah sorang yang sedang melalui fasa ni - makin banyak bersedekah makin tak cukup.
Sedangkan banyak juga kisah-kisah yang orang share tentang keajaiban sedekah.
Katanya pagi tu sedekah RM10, petang dapat cabutan bertuah RM1000 (contoh).
Ajaib ya, terus dibalas Allah.
Tapi kenapa certain people tak berlaku keajaiban yang sama?

Adakah betul kerana sedekah maka rezeki bertambah (again, rezeki konteks ini selalu berkisarkan tentang DUIT).
Jawapannya, dah tentu TIDAK.
Kerana ramai yang lebih konsisten bersedekah tetapi tidak mengalami keajaiban rezeki (duit).

Jadi apa yang menyebabkan keajaiban?

Yang sebenarnya, bukan sedekah yang salah, bukan juga Allah tak menunaikan janji, tetapi akal manusia itu sendiri yang menjadikan sedekah itu sia-sia. Ramai yang menyalahkan Allah.

"Saya dah bersedekah, tetapi rezeki saya tak bertambah, makin tak cukup".

"Saya rajin bersedekah, tetapi business saya bakrup dan saya muflis".

"Saya bersedekah setiap hari dengan niat anak saya sembuh dari penyakit, tetapi anak saya tak sembuh-sembuh".


Semua amalan mestilah berdasarkan pemahaman yang betul.
Selama ini kita hanya diajar tentang amalan, kena buat A, kena buat B, kena baca C dan sebagainya.
Tetapi takde pun yang nak mendalami apa maksud sebenar di sebalik amalan tu.
Ramai yang tak mahu "berfikir" tentangnya, hanya ikut-ikut saja bila disuruh.
Pernah tak terfikir tentang maksud amalan sedekah?
Atau buat saja tak pernah ambil tahu pun maksudnya?
Kalau tak mahu berfikir bermakna kita tidak melaksanakan perintah Allah.
Sedangkan jika mengaku mempunyai Tuhan, maka kita harus BERFIKIR.

Kunci bertambahnya rezeki bukan terletak pada amalan bersedekah, bukan pada banyak atau sikit yang kita sedekahkan, tetapi terletak pada pemahaman kita.
Jika kita tak tahu definisi rezeki yang jelas, maka sedekah akan jadi sia-sia.
Kenapa sedekah jadi sia-sia?
Sebab ketika rezeki tidak bertambah, kita sedang menolak janji Allah yang mengatakan bahawa dengan sedekah dapat mengembalikan rezeki berkali-kali lipat.
Allah tak janji rezeki yang berlipat itu datang dalam bentuk cash.
Tapi Allah janji "tidak akan miskin orang yang bersedekah".
Dalam Quran tak disebut pun tentang miskin.
Yang ada hanyalah - CUKUP.
Jadi, ketika dulu boleh menjamu anak-anak tahfiz setiap bulan dan sekarang tidak, itu tak bermakna kita miskin.
Cuma tak boleh buat majlis makan macam dulu saja.
Hakikatnya tetap boleh bersedekah, cuma maybe portion yang lebih kecil.
Umpamanya RM10 sehari. Itu bermakna, kita masih cukup.

Kadang-kadang, kita tak sedar yang kita suka mempamer-pamerkan sedekah kita.
Pamerkan sedekah tu tak apa, tapi bila niat mempamerkan tu ada, boleh jadi dengan berkurangnya rezeki (duit), itu cara Allah tunjukkan kasih sayangnya pada kita.
Dia tak mahu kita terbabas dalam menjaga niat.
Jadi, daripada niat bersedekah tu lari, lebih baik Dia tak izinkan kita mampu buat majlis besar lagi. Boleh jadi begitu.


2022-07-16

Bila kawan meninggal.


Last week kawan En Wan meninggal.
Nampak dia sugul je seharian.
Pagi-pagi lagi dia dah keluar untuk tengok jenazah.
Tau lama dah kawan dia ni sakit - on-ff masuk keluar hospital. Ada kencing manis.
Pernah sekali melawat, lepas tu discharged dah ok.
Dan last sekali admitted ke hospital 2 hari kemudian meninggal.
Terkilan betul En Wan.
Dia ingatkan nak pergi melawat on weekend, tak sempat.

Kawan dia ni aku kenal sama-sama masa zaman chatting.
Aku kan kenal En Wan dulu, baru kenal arwahnya.
Zaman dulu, budak-budak Jepun ramai kat www.alamak.com.
Kalau kau cari sorang budak Malaysia study Jepun, insyallah satu kaum dalam chatroom tu boleh carikkan budak tu untuk kau. Tak susah.
Masa aku mula-mula kenal En Wan, aku tak kenal budak-budak Jepun lain dalam chatroom tu.
Hanya selepas En Wan announce kat kawan-kawan dia yang dia tengah mengayat sorang chatter (aku), barulah ramai budak-budak Jepun lain aku kenal.
Sebab dorang pun sama naik mencari siapalah yang si Wan ni nak ayat.

Antara kawan pertama En Wan yang aku kenal melalui chatroom was arwah ni.
Semasa di Fukuoka, sorang je yang sama-sama satu batch dengan En Wan kat sana.
Kiranya untuk batch En Wan, hanya 2 orang di Ariake.
Yang lain bertebaran di bahagian lain di Jepun.
Jadi En Wan rapatlah dengan arwah sebab dorang berdua je kalau nak harap pun.
Bila baca En Wan tulis dorang sama-sama pergi beli groceries naik basikal, sungguh aku respect dengan budak-budak yang belajar overseas.
Mana nak pegi kelas, mana nak study, mana nak masuk lab, mana nak buat assignment, nak memasak, nak beli groceries - semuanya kena hadap sendiri.
Kalau breakdown pun pandai-pandailah menangis pujuk diri sendiri.
Takde siapa nak tolong kau kat sana melainkan diri sendiri.

Zaman aku belajar, tak pernah aku sibuk-sibuk nak beli groceries bagai.
Pegi je cafe, tapau makanan.
Agak-agak nak ubah selera, pegi town makan fast food.
Tapi En Wan, takde pilihan.
Nak ubah selera, kena pandai masak.
En Wan kata dia pernah sebulan makan ikan kering and ikan masin with nasi sebab takde masa nak masak lama-lama.
Banyak kerja nak kena siapkan.
Aku tanya tak bosan ke hadap makanan yang sama hari-hari.
Dia kata kalau bosan sangat makan benda yang sama, hari tu dia tak makan. Boleh?
Boleh eh dia hidup gitu 😆.

Macam yang pernah aku cakap, salah satu benda yang aku takut adalah ketika hari di mana ada antara kawan-kawan yang rapat pergi dulu.
Because the memories we had terlalu precious.
Especially kawan-kawan yang bond-nya masih strong hingga sekarang.
Things will never be the same if ada ahli yang dah takde.
Like a part of you is missing.

Mana-mana kematian orang terdekat pun sama.
Kehilangan orang yang rapat memang sakit untuk diterima, tetapi kematian kawan can be particularly difficult to bear.
Macam En Wan dan kawan dia tu - they've known since 18.
Sejak sama-sama berhijrah dari kampung ke bandar untuk persediaan ke Jepun.
2 tahun stay dorm yang sama.
Kemudian di Jepun dorang semua berpecah ikut kolej masing-masing.
En Wan dan arwah dapat kolej yang sama.

Sama-sama pertama kali duduk negara orang, belajar hidup sendiri bersama-sama, dah tentu banyak bitter sweet memories yang dah dilalui.
Berlapar sama-sama, stay up study sama-sama, pergi beli groceries sama-sama, ke kelas sama-sama, masak sama-sama, makan sama-sama.
Friendship yang bermula dengan susah bersama-sama selalunya meninggalkan kenangan yang susah nak lupa.
Kalau orang yang tak faham atau tak pernah ada bond seperti ini memang susah nak terima bila kita bersedih kawan meninggal.
To them takde significantnya friendships berbanding romantic relationships or familial bonds.

Sebab tu masa aku up screenshot (IGS)  pasal Alan Tam masih 'berkabung' mengenangkan Leslie walau dah 19 tahun Leslie mati, I can relate.
Oh by the way, ada yang tanya Alan Tam and Leslie ni gay ke?
Tak, yang gay tu Leslie sorang.
Alan ni ada wife tapi marriage dia habis macam tu je bila isteri dia pilih untuk join buddha, jadi sami.
Lagipun dorang takde anak, maybe itu salah satu punca kenapa isteri dia nak jadi sami.
So Alan tinggal sorang.
Mati esok meninggalkan harta yang berjuta-juta untuk siapa tak tahulah.

Aku boleh faham bila Alan kata dia rindu Leslie.
Tahun 80an hanya ada 4 nama besar Cantopop - Leslie, Alan, Danny and Anita Mui.
Danny mati lebih awal dari Leslie.
Mati bunuh diri juga kalau tak salah aku. Overdose.
Leslie mati terjun bangunan.
Hujung tahun yang sama, Anita pula mati due to cancer.
Jadi aku faham bila Alan feel alone and lonely.
Bini dah lari. Kawan-kawan seperjuangan mati.
Dia pula semakin tua. Boleh feel la kesunyian tu.

Ingat tak last year kawan and also blog reader nama Izan meninggal?
Inilah post terakhir di FB dia, iaitu post dari aku.
Masa ni aku berharap bila dia sedar dari koma dia baca mesej aku.
Tapi Izan meninggal esoknya.
Maka kekallah komen aku yang terakhir di FB dia.
Izan ni tak se-close kawan-kawan Dusty Pink, tapi dia ada.
Ada masa kami sembang. Dan dia antara pen-support GreenAard.

Points dia paling tinggi dalam sistem GreenAard sebab dia dah takde untuk redeem semua point ni.
Aku rasa kalaulah dia masih ada, mesti Middellyf Shaping Brief tu sampai 3 helai terus dia beli, because she was that kind of person.
Kadang-kadang aku tanya "Kau kenapa nak beli GC? Kau tak perlulah".
Ada je alasan dia untuk support aku. "Aku sukalah makan GC kau sebab lawas. Perut aku dah tak buncit".
Celah mana buncit aku tak tahulah. Padahal saiz dia kecik je.

Hari yang Izan meninggal, BP aku naik mencanak sampai 150-160.
Aku punya jantung laju. Rasa nak rebah.
Terkejut, campur sedih, campur tak percaya, campur terkilan.
Dalam 3 hari macam tu BP aku masih lagi kekal tinggi.
Macam tak percaya because baru je birthday aku dia wish.
Panjang dia tulis.
Siap pesan aku jangan berubah, dia nak aku kena maintain gila-gila macam sekarang (ketika itu).
Macam dah tahu nak pergi pesan panjang-panjang macam tu.
Betul pun, tak lama lepas tu dia meninggal.

Ramai orang ingat hilang kawan ni tak besar mana impaknya sebab kawan bukan hari-hari kita tunjuk kat semua orang.
Tapi with some friends, kita ada kenangan yang tak dilalui dengan keluarga mahupun pasangan kita.
There’s no easy way to say this, but healing requires time.
It’s OK to miss them and cherish fond memories, even if it hurts you deeply.


2022-07-15

Kenapa kerap kentut dan berbau.


Beberapa hari lepas staff aku tanya "Kak, ada customer tanya, memang kentut baby jadi busuk kalau mak makan Herba Rahsia Rimba ke?"

Ok, cerita pasal kentut ni, jarang orang nak bercerita tentang kentut.
Kenapa kentut bunyi kuat, kenapa bunyi halus, kenapa kentut bau telur, kenapa kentut tak berbau, kenapa ada kentut yang lepas tak berapa nak lepas, eh macam-macam!
Aku rasa kalaulah ada tajuk kentut dalam mana-mana buku sains, mau loya satu kelas.

Actually kentut boleh bagi petunjuk apa yang sedang berlaku dalam badan kita.
Jangan pandang lekeh dengan kentut, ya.
Nampak je macam tak ada fungsi, tapi sebenarnya banyak yang kita boleh tau dengan mendalami proses pengentutan. Kahkahkah.

Kentut is a biological process yang keluarkan gas hasil dari proses penghadaman.
Maksudnya, kalau sistem penghadaman ok, mesti korang akan kentut dan buang air besar dengan lawas.
Yang payah kentut, pertu kembung dan berak seminggu 2 kali itulah yang bermasalah sebenarnya.

Manusia yang normal kentut 10-23 kali sehari. Range ini normal.
Sama macam baby, kalau baby kentut dalam range ini, maknanya anak itu normal.
Tak payah nak takut sangat “Apesal anak saya kejap-kejap kentut?”.
Kalau tak kentut-kentut tu baru kau kena risau.
Ataupun kalau kentut lebih dari 23 kali sehari.
Itu mungkin petanda kepada masalah lain. Kena check doktor.
In some cases, kentut tak berbunyi dan tak berbau. Ini pun biasa.
Busuk, biasa because some foods or medications can cause smelly farts.
Tapi, kalau terlalu busuk sampai kau sendiri tak comfortable, hat ni masalah.

Dalam badan kita ada bakteria.
Bakteria akan pecahkan gula and kanji yang kita makan.
Proses pemecahan gula and kanji hasilkan gas.
Gas tu kena dikeluarkan dari badan.
So, kalau korang kentut, maknanya korang sihat sebab bakteria dalam usus sedang bekerja dengan baik.
Kalau tak kentut-kentut atau kentut less than 10 times/day, itu menunjukkan ada masalah penghadaman.
Jangan lega bila kentut sikit. Itu penyakit namanya.

Sebenarnya dalam setiap hembusan kentut, bau yang keluar hanya 1%.
1% je tau. Itu pun kita dah bising "Busuk! Busuk!". Baru 1% padahal.
Cuba bayangkan kalau bau yang keluar tu 10%. Mati agaknya satu rumah.
Bau kentut yang biasa adalah hidrogen sulfida.
Ini adalah bau kentut level-level 'biasa'.
Kebanyakkan makanan yang sihat ada sulfur.
Jadi, kalau kentut berbau level biasa-biasa, itu maknanya korang makan makanan yang sihat dan berzat.

Ok berbalik pada soalan customer tadi adakah kentut baby boleh berbau busuk kalau dia (mother) ambik HRR.
Jawapannya - boleh jadi.
Maksudnya, kentut baby boleh berbau busuk bila mak makan HRR. Why?

Sama macam kita, baby ada bau kentut yang berbeza bergantung kepada apa yang dimakan (atau apa yang dimakan ibu).
Aku faham, ada mak-mak yang concern dengan bau kentut baby sebab boleh jadi selama ni kentut baby tu tak berbau.
Tiba-tiba lepas mak makan HRR, kentut babu berbau.
Actually, kentut baby ada dua sumber.
Satu dari udara yang ditelan. Satu lagi dari sumber makanan.

Kalau dari sumber udara, ia masuk dalam badan everytime baby menangis.
Kalau baby banyak menangis, kentutnya banyak tetapi tak berbau.
Kentut tak berbau pun merupakan petunjuk badan yang sihat.
Tak semua badan yang sihat mesti keluarkan kentut yang berbau.
Kadang-kadang kentut yang tak berbau ni mengandungi angin je akibat banyak minum air gas.

Yang kedua adalah dari makanan yang dia makan (atau susu ibu).
Kentut jenis ni berbau.
Macam aku cakap tadi, hampir semua makanan sihat ada sulfur.
Makanan yang ada sulfur tinggi antaranya sayur.
Makanan berherba seperti HRR dan GC Plus are considered as high fiber foods.
Kentut mungkin berbau seperti telur busuk kerana sulfur kaya serat.
Sulfur baunya memang macam telur rosak.
Banyak sayur-sayuran yang kita biasa makan adalah tinggi sulfur.

Korang yang selalu blend sayur untuk anak makan jangan terperanjat kalau kentut anak berbau sebab sayur memang tinggi sulfur.
Kalau korang sendiri makan banyak sayur, konfem kentut berbau extra sikit especially bila makan brokoli, kobis and cauliflower.
So, kalau korang banyak makan sayur, maknanya anak yang menyusu badan juga akan dapat tempias sulfur yang tinggi melalui susu ibu.
Lagi banyak sayur atau herba yang korang makan, lagi banyak sulfur dalam badan.
Bila bakteria pecahkan sebatian sayur and herba ni, lagi masam la kentut korang sebab dalam sayur also ada kanji and serat.
Tetapi, jangan ingat sayur je ada sulfur. Daging pun ada.
Cuma sayuran and herba sulfurnya lebih tinggi.

Tetapi, my personal view on this issue, certain medications memang boleh buatkan kentut berbau extra busuk.
Jangan kata ubat-ubatan herba, antibiotik pun boleh buatkan kentut busuk.
Biasa kan, kalau makan certain ubat, especially antibiotik nanti kau punya bau najis and kentut lain macam sikit?
Ok hat ni bukan kerana ubat tu tinggi sulfur tetapi sebab antibiotik kerjanya membunuh patogen berbahaya dalam badan.
Dalam pada dia bunuh patigen, dia juga boleh bunuh some of the “good” bacteria yang membantu penghadaman.
Tanpa good bakteria ni, gas mungkin berbau.

"Saya vegetarian, kentut saya takdelah busuk sangat".

Ya, sulfur memang tak busuk sangat, tetapi berbau kan.
Rangenya sekitar mild ke strong.
Ada kentut yang lebih seram dari bau sulfur.
Hat tu spesis busuk pelantung.
Yang busuk pelantung tu ada penyebab lain.
Kausabajap, aku belum habis tulis lagi ni.

Ok. Let's berpijak di bumi yang nyata.
One thing for sure - TAK ADA kentut yang wangi dalam dunia ni.
Semua kentut pun busuk, kalau ada pun, kentut yang tak berbau.
Tapi hakikatnya tak ada kentut yang wangi.

Ada bau kentut yang agak menyeramkan. Bau dia macam bangkai.
Bukan macam telur busuk tau. Telur busuk tu disebabkan high sulfur.
Contoh, kalau korang banyak ambik makanan dari produk tenusu (susu, keju, telur).
Kalau jam-jam tu juga rasa nak terkentut, itu menunjukkan badan ada masalah memproses laktosa (lactose intolerance).
Ia juga boleh jadi petunjuk kepada masalah yang lebih kronik tentang usus ataupun mungkin jangkitan gastroenteritis.
Hat ni yang kentutnya level busuk pelantung.
Tapi jangan risau, tak semua kentut yang terlalu busuk tu petanda penyakit tersebut.
Tapi tak salah kalau ke klinik untuk buat further check, kan?

Sama macam baby.
Kalau kentut baby falls into kategori busuk pelantung macam bau belerang, boleh jadi itu pentanda sama ada infection atau poor absorption of nutrients.
Lebih-lebih lagi kalau susu atau baby food ada laktosa, please discuss dengan paed.
Kalau nak tau samada kentut tu disebabkan oleh infection atau tak, tengok stool dia.
Sometimes baby muntah. Ini pun indicator infection.
Tapi kalau setakat bau-bau busuk tu, more likely because of high sulfur.

Kesimpulannya, adakah baby kentut busuk kalau mak ambik HRR, jawapan aku yes, ada kemungkinan.
Kerana HRR adalah produk berasaskan tumbuhan.

"Macamana nak kurangkan kentut?"

Tadi aku dah cakap kalau makan makanan high sulfur, kentut jadi kerap dan berbau.
Jadi, secara lojiknya, nak kurangkan kentut, kurangkanlah makanan yang tinggi sulfur.
Tapi KURANGKAN SAJA, BUKAN STOP TERUS.
Balancekan diet. Kurangkan brokoli, kobis, cauliflower, halia, bawang putih.
Oh yes, baru teringat.
Those yang makan GC Plus selalu kata kerap sendawa and kentut.
Puncanya itulah, GC Plus ada bawang putih and halia 😊.
Walaupun kerap kentut, tapi perut jadi lawas, kan? Perut tak kembung, kan?

Hah tapi aku nak bagitau, bunyi kentut takde kaitan dengan faktor kesihatan, ya.
Kentut kuat atau perlahan atau tak bunyi lansung takde bagi petunjuk pada kesihatan, tetapi postur badan semasa kentut.
Jadi, mungkin teori mengepit tu benar.
Nak kentut halus, pandai-pandailah kepit.
Kalau terer, dia takkan keluar bunyi lansung. Kahkahkah.



By the way semalam aku share kat IGS rekod period aku tahun ni - dari Jan hingga bulan ni. Alhamdulillah, masih cantik pattern ni. Tak lari jauh date dan cycle-nya. 
Untuk orang yang tak menggunakan sebarang protection, mendapat pattern yang tak lari jauh setiap bulan adalah penting.
Sebab aku kira guna biological clock. Salah kira, Rayyan dapat adik lagi. 
Naya dah 44 tahun beranak kecik. Tak sanggup aku.

Aku mengalu-alukan testimoni pengguna Herba Rahsia Rimba yang periodnya dah regular selepas ambil HRR. Whatsapp testimoni ke 013-7557424, ok?
Bukan apa, tujuan aku produce HRR ni pun sebab utamanya untuk melancarkan haid yang tersangkut-sangkut.
It's good to have some feedbacks dari pengguna.
Ini bukan new produk, dah produce since 2018.
Sejak dari tahun tu kami dah dapat banyak good feedbacks cuma kalau ada yang nak share lagi, sangat dialu-alukan.