2017-07-26

PASH Malaysia



Cantik tak?
Lipstik baru in the market gituuu.
Tapi bukan lipstik GreenAard le. Ni orang lain punya, dia bagi aku try ko tau berapa batang? SEPULUH!
Jenuh nak habiskan pakai 10 hari selang-seli warna lain bibir aku.
Setakat ni aku baru pakai 2 kaler. Not bad jugak selection of colors dia.
Masa aku terima gift ni aku just tengok warna-warna dari luar kotak je. Dalam hati aku "Alamak, merah nau ni. Sesuai ke aku pakai terang-benderang macam ni? Nampak macam terbalik bibir aku nanti".

Bila bukak kotak baru nampak the real color.
Rupanya ada je warna yang sesuai dengan taste aku like warna macam cokelat sikit, and another one yang aku pakai semalam warna macam Huda Beauty Vixen. Cantik!



PASH nama brand ni.
Ini bukan Malaysian made, from Sydney, Australia.
Dorang baru je launch their Everyday Collection - 10 warna. Warna-warna yang aku dapat ni semua warna untuk Everyday Collection. PASH ni ada their own lab so animal testing semua dorang buat sendiri.

Dorang punya lip matte ni aku dah try dah.
Macam biasa, lip matte memang long lasting, tak melekit, tak melekat pada gelas atau sudu. Maknanya, jimatlah sebab tak payah apply banyak kali. Lepas makan sapu, sebelum makan sapu. Takyah. Sekali je kau sapu, kalau sampai petang tak memerlukan kau basuh mekap, makananya kekal lah lipstik tu sampai ke petang. Aku dah try pun. Minggu ni aku 'off'' so aku test sendiri memang warna dia lekat dari pagi sampai ke petang.

Ingredients dia tak jauh beza dengan kosmetik-kosmetik lain.
Semuanya memang bahan-bahan yang biasa digunakan dalam mana-mana kosmetik macam c10-13 isoparaffin and Trimethylsiloxysilicate. Trimethylsiloxysilicate ni mana-mana maskara and lipstik yang waterproof ada pakai sebab dia tak larut air. Jadi sesuai sangat untuk waterproof kosmetik.



Antara 10 warna dalam koleksi Everyday Collection ni, ada 4 warna yang aku minat.
4 warna atas ni macam sepadan sangat dengan warna kulit ni.
Dari kiri ke kanan : Roma, Kerrie, Venus and Sarina.

Yang Roma tu akan-akan warna Vixen Huda Beauty kalau kena kat bibir.
Yang Kerrie tu ala-ala Trendsettter Huda Beauty tapi a bit cokelat-orange sikit.
Siapa yang pakai Spice Girl Huda Beauty, aku rasa korang boleh try Venus.
Sarina ni warna merah dia macam warna Red Beans Clinique.
Empat warna ni memang aku berkenan sangat.



Yang ni demo sikit aku pakai warna Kerrie.
Warna ni la yang aku cakap macam Trendsetter Huda Beauty tu tapi terang sikit. 
Yang Huda Beauty malap sikit.

✔ warna cun.
✔ nak apply senang.
✔ tak viscous sangat, lancar je apply kat bibir.
✔ packaging nice.


Lagi 6 warna ni :



Atas kiri ke kanan : Elaine, Young and Primrose.
Bawah kiri ke kanan : Manilla, Grace and Ballina.

Tiba-tiba nampak macam Primrose tu pun cun gak. Nanti lah esok-esok try pakai.

Walaupun aku bukanlah sejenis pengumpul lipstik, kalau beli pun balik-balik kaler yang sama je, tapi sesekali bila nampak 10 warna sekaligus macam ni rasa seronok jugak. Rasa macam takde masalah nak keluar berjalan sebab semua shades of red lipstik ada dalam laci. Pompuan ni kumpul lipstik bukan apa, lipstik ni sebenarnya macam perfume juga. Kena pakai ikut mood dan occasion. Sebab tu perempuan ada masalah nak pikir hari ni nak pakai lipstik apa, nak sembur perfume apa. Semua benda kena ikut kesesuaian sebab kalau tak sesuai, akan menyebabkan blow satu hari. Kalau pompuan dah start blow, silap-silap beralih paksi bumi ni. Sebab tu kalau dorang kejap-kejap beli lipstik - biorkannnnnnn.

Lagipun, lipstik PASH ni bukan mahal nau.
Lagi mahal Lancome tu sampai RM145 aku beli collection L'AbsoluRouge. Seketul je padahal.
Yang tu kalau nak beli 10 batang agak cirit jugak la.
Kalau PASH ni sebatang baru RM49.90 (tak termasuk kos pos).
Tapi sekarang ada harga promosi RM39.90 (tak termasuk kos pos).
So kalau nak beli 3-4 batang sekaligus pun terdaya lagi ni.




Empat batang pertama dari kanan tu semua warna feveret aku.
Aku dah adaaaaaaa. Korang bila nak ada? Hahaha.

PASH ni ada duta tau, artis juga. Tapi artis dia akan start carry the produk bulan 10 nanti.
Tapi sebelum artis tu carry task dia, kasik aku endorse dulu produk ni. Sebab aku murah sikit. Mbahahahaha.

Ok, korang kalau nak beli, boleh terus contact :

✔ Aida 019-9624654
✔ Zu 017-3001882

IG : @house.of.pash
FB : PASH Malaysia

Harga promosi sekarang RM39.90 sebatang (tak termasuk kos pos). Promo sampai hujung tahun.

Silakan semua.



2017-07-23

Jujur?



Tu dia, mukadimah entry hari ni.

Aku ingat dah masuk tahun 2017 ni, di zaman semua orang sibuk nak keluarkan produk sendiri, seharusnya semua dah faham dan kenal produk sendiri. Maka, tak perlulah nak cilok ayat marketing orang lain untuk jual produk sendiri. Oh rupanya, masih ada yang tak makan saman.

Gambar atas tu comparison marketing ads yang aku buat untuk Nutrijuice di page GreenAard. Ads tu aku tulis sendiri August 2016. Dah nak setahun ads in on tak pernah stop. Tau-tau ada pengguna Nutrijuice bagitau ada orang tiru sebijik-bijik ayat aku untuk jual produk dia. Aku takde hal dengan competitor. Aku dah biasa bersaing dengan competitor secara one to one semenjak tahun 2003 lagi. Jadi, aku takde masalah dengan mana-mana competitor. Tapi aku memang ada masalah sejak dulu lagi dengan orang yang suka ambik 'hak' orang untuk cari rezeki.

Dulu, gambar baju Fleur aku dijajanya merata. Konon produk yang dia jual sebijik sebijon macam dalam gambar. Yang ni Nutrijuice pulak.

Kamon lah, benda-benda science ni semuanya benda fakta. Kau tak perlu nak tiru ayat orang sebijik sebijon. Kalau kau faham fakta, maka kau akan faham flow produk kau dan apa produk kau boleh buat untuk selesaikan masalah pengguna. Yang menjadi masalahnya bila kau tak faham apa produk kau boleh buat, dan kau juga tak paham apa benda yang kau buat. Bila kau tak faham, tapi nak jugak berbisnes, end up jadi macam ni lah. Terpaksa tiru sebijik sebijon ayat orang lain sebab kau tak sendiri tak faham apa benda yang kau jual. Ni kalau kena present product depan researcher atau lecturer yang memang faham tentang teknikal, memang hangus kau kat depan kena fire.

Aku taknak sentuh pasal berkat tak berkat rezeki, halal haram rezeki. Itu Tuhan punya kerja.
Tapi aku nak sentuh tentang honesty.
Apetah lagi ini produk makan.
Bila kau tak faham tentang produk yang kau jual, kau akan tend untuk bantai semua pun boleh.
Bila orang tanya "Saya ada sakit ni, boleh tak kalau saya ambik produk awak ni?"
Kau bantai "Boleh!".
Sebab apa?
Sebab motif utama kau bisnes untuk dapat duit, bukan untuk selesaikan masalah orang.
Bila kita niat buat produk untuk selesaikan masalah, kita akan ada usaha untuk buat research tentang bahan-bahan, buat bacaan atau jumpa pakar minta nasihat, guinea pig-kan diri sendiri, etc.
Bukan 2 bulan lepas start produk, hari ni dah release.
Bila orang tanya apa fungsi produk, kau google and tepek.

Masa aku nak buat GC Plus (weight loss), aku buat appointment dengan ramai orang. Alhamdulillah, kebetulan aku kenal ramai researcher, jadi dorang bagi input macam-macam. Aku jumpa pakar surgery tau mintak pendapat dia tentang weight loss, mana lebih ok - dengan cara makan atau sapu. 3 kali RnD and aku test kat diri sendiri. Bila masalah berat aku sendiri selesai, baru aku berani release kat market.

Sama macam Cleansing Gel. Aku buat sebab nak selesaikan masalah ekzema Rayyan.
Nutrijuice, sebab aku and En Wan sendiri kolesterol tinggi.
Makeup Remover sebab aku taknak pakai Shu Uemura cleansing oil lagi sebab berminyak.

Niat biar betul.
Kalau niat betul, kita tercenderung untuk usaha fahamkan produk lebih dari sekadar nak dapat duit tetiap hari.
Ni tak, orang buat produk, kau pun nak buat. Lepas tu kau sendiri tak paham apa produk kau boleh buat, terpaksa plagiat ayat marketing orang lain.
Orang lain susah payah keluar modal masuk kelas marketing berhabis ribu-ribu.
Kalau tak tau, len kali belajar. Tanya orang. Jangan sombong dengan ilmu.
Ni mujur la menjak dah cecah 40 tahun ni aku punya skill maki dah tone down. Kalau 10 tahun lepas jadi macam ni, berbuih aku maki dalam ni.




Ini video semalam.
Selalu kalau halfday ni aku takde keje sangat nak buat, jadi aku buat video.
Tapi tak pakai mekap pulak, jadi aku tenyeh dengan maker pen and company stamp.
Tu cuma nak tunjuk how effective this makeup remover tanggalkan kesan degil dalam masa kurang dari 1 minit. Bukan nak suruh korang tepek cop tu kat muka saje-saje.

Makeup Remover is always a makeup remover. Fungsi memang sama mana-mana makeup remover pun.
Tapi USP GreenAard Makeup Remover ni, dia boleh tanggalkan mekap tebal dalam masa 1 minit je. Proven.
And tak berminyak. Dalam video aku tu, sampai ke sudah aku tak bilas muka aku dengan air. Sebab lepas lap dia kering macam tu je. Tak berlengas lansung. So, kalau korang tak jumpa air pun takde hal lah. Masih boleh basuh mekap.



Ni kebetulan pulak ada reader yang tanya boleh ke tak kalau nak jadikan Makeup Remover tu sebagai pencuci muka je sebab dia tak pakai mekap.

TAK PAYAH!

Makeup Remover ni walaupun fungsinya 2 dalam 1 (boleh cleanse sekali), tapi fungsi utama untuk tanggalkan mekap. Kalau setakat nak cuci-cuci muka, pakai sabun Lux pun boleh. Bukan apa, Makeup Remover aku ni takde lah mahal mana. Yang dah pernah beli aku yakin mesti rasa berbaloi dengan harganya. Tapi kalau setakat nak guna untuk basuh-basuh muka, beli je lah face cleanser yang murah-murah sikit pun boleh. Tapi kalau memang nak guna sekali untuk remove mekap, boleh beli produk aku ni.

Elok pulak reader ni balas balik "...kalau seller lain semua dibolehkannya..".

Ini lah yang aku maksudkan awal-awal tadi.
Bila kita tak tau fungsi produk, maka semua benda kita bantai boleh.

Tak dinafikan kebanyakkan produk ada lebih dari 1 kebaikkan.
Macam GC Plus pun ada lebih dari 1 kebaikkan, tapi itu semua good side benefit saja.
Nutrijuice pun ada lebih dari 1 kebaikan, tapi aku tak berani nak sell menggunakan good side effect, walaupun dah ada a few testimoni. Tetap aku jual kerana fungsi utamanya. Kalau kebetulan kau dapat good side effect tu, alhamdulillah.

Teringat arwah bapak mertua aku cakap "Berniaga ni payah nak jujur.."
Arwah memang orang bisnes, tapi dia sendiri akui berniaga paling payah nak jujur.
Tapi tak bermakna tak boleh jujur. Boleh.
Mula-mula aku ingat apabenda yang tak boleh jujurnya?
Jangan menipu timbangan, duit balance kena bagi walaupun 1 sen, jual produk yang betul - buat semua ni. Bukan susah sangat nak jadi jujur.

Rupanya bila dah involve in bisnes, baru aku tau.
Jujur tu bukan setakat pulangkan duit baki je, tapi lebih dari tu.

Jujur hantar barang tepat pada waktu. Kalau overlooked cakap overlooked. Bukan salahkan pos laju lambat hantar.

Jujur bagitau produk is selling fast, tinggal 2 helai je lagi.. Bukan menipu cakap produk tinggal 2 helai padahal ada lagi 200 helai.

Jujur bagitau kebaikan produk yang sebenar, bukan semua jenis kebaikkan walau kebarangkaliannya hanya 2% tapi point yang 2% itu yang kau canang-canangkan.

Zaman online ni lagi lah.
Ayat marketing pun cilok orang lain punya.
Belum menjual lagi dah tak jujur. Camana?

Rezeki ni kadang-kadang bukan datang dalam bentuk duit semata.
Ada orang duit banyak sebab niat dia memang nak duit banyak, jadi Allah bagi. Tapi Allah tak bagi dia jalankan perniagaan atas landasan yang benar.
Ada orang rezeki dia cukup-cukup bayar duit gaji staff, bayar sewa, bayar gaji sendiri. Tak mewah mana. Tapi Allah pegang hati dia supaya jauh dari berlaku tak jujur dalam mencari rezeki.

Pilihlah mana satu kita nak.
Selagi kita masih bernafas, kita masih boleh buat pilihan.



PU LEATHER BAG UNTUK SETIAP PEMBELIAN MANA-MANA PRODUK GREENAARD BERNILAI RM150 DAN KE ATAS.

Valid only di FB and Whatsapp 012-7728976.


2017-07-20

Suami letak password kat henfon.


Ada reader ni tanya apa nak buat kalau tiba-tiba suami tukar password kat henfon. Selama ni ok je tetiba tukar password. Nak tanya suami terasa takut pulak. Nanti nampak sangat selalu skodeng henfon dia. Tapi hati tu tak tenteram pikir apa agaknya yang suami cuba sorokkan.

"Pendapat Kak Di camne?"

Haaaaa gitew.
Aku kan, bab-bab kisah laki bini ni aku cuak je nak masuk campur.
Nak bagi pendapat pun tak berani.
Dan selalunya aku ambik jalan tengah, cerita pasal benda lain. Tapi kalau kau pandai read between the lines, kau paham lah kot apa yang aku nak sampaikan.

Aku rasa aku antara isteri paling 'sedih' atas muka bumi ni.
Password IG, email and FB laki sendiri aku tak tau.
Wallet dia aku tak bukak.
Password online banking pun aku tak tau.
Nombor pin dia pun tak tau.
Henfon dia aku tak pernah check. Gambar dalam henfon dia pun aku tak penah nak try tengok.

Tapiiiiiiiiiiiiiiii...

✔ Password FB, IG and email aku dia tau.

✔ In fact aku punya phone lagi satu, dia yang pegang. Laptop dia pakai adalah asalnya laptop aku. FB aku pulak tak pernah sign out, jadi dia boleh bukak FB aku di laptop dia dan henfon aku yang dia pegang tu. Sebab tulah kalau orang PM aku, kadang-kadang aku tak tau, sebab dia dah baca dulu jadi kat henfon aku dah tak nampak notification. Kadang-kadang dah 2 minggu baru aku perasan ada orang PM.

✔ Kad ATM, kad kredit aku, bukan saja dia tau pin, malah dia pegang terus ðŸ˜‚😂.

✔ Purse aku dia boleh check bila-bila masa sebab memang dia tukang buang segala resit-resit kat dalam tu.

✔ Henfon aku ada password, tapi dia tau password.


Sebenarnya, lagi stress kalau kita tau apa yang partner kita buat.
Tau sikit-sikit tu ok lah. Tapi kalau semua benda kita nak ambik tau, sebenarnya kita yang mengundang penyakit.

Takdir kita ni macam ais tau.
Kita genggamlah ais tu kuat mana pun, dia akan cair dan air akan meleleh keluar ikut celah-celah jari.
Kita tak boleh nak kawal.
Macam tulah dengan takdir, tak boleh kawal.

Sentiasa nak siasat 24 jam apa pasangan kita buat, nak ambik tau segala password akaun media sosial, password henfon, password segala tok nenek perkara - untuk apa?
Untuk jaga diri dia?
Atau untuk sedapkan hati sendiri?

Kita rasa bila kita dapat kawal gerak-geri pasangan maka kita berjaya prevent perkara-perkara yang tak patut jadi. Tapi sebenarnya kita sedang serabutkan fikiran kita dan jauhkan hati dari rasa tenang.
Hati kita jadi tak tenang, hati pasangan pun tak tenang.

Pernah dulu ada reader yang cerita pasal kes dia dengan suami. Suami kantoi curang.
Lepas tu suami minta maaf. Dia kata dia susah nak maafkan.
Dia cakap dia maafkan tapi sebenarnya sejak hari tu dia dok spy apa je yang suami dia buat.
Henfon suami dia kelebet, email suami dia hack, sampaikan dia penah ambik EL semata-mata nak check betul tak suami dia pi opis.
Dia rasa dia tengah cuba nak kawal situasi tapi last-last bercerai jugak budak tu.
Kan penat je kau stress sorang-sorang skodeng apa laki buat last-last habis macam tu jugak.

Rasulullah saw dah pesan, hati kita ni Allah yang pegang.
Hati kita sendiri berbolak balik, lagikan pulak hati orang.
Alangkan hati kita sendiri kita payah nak kawal, kejap ikhlas, kejap dengki. Ada hati sibuk nak kawal hati orang.

Kadang-kadang apa yang terjadi sebenarnya kita yang mulakan. Kita yang cari penyakit.

Contoh, kita skodeng si anu punya FB dan kita nampak dia tulis status macam ada hawa-hawa perli kita. Lepas tu kita sakit hati.

Siapa yang mulakan sebenarnya?
Dah elok-elok tak tau jadi tau.
Kau yang sibuk pi kelebet FB orang tu, lepas tu sentap.

Ramai je yang macam ni.

Haters.
Tak suka katanya , tapi pi kelebet juga IG orang tu hari-hari without fail, sanggup buat fake IG semata-mata nak skodeng aktiviti orang di sinun. Lepas tu sakit hati.

Isteri pertama.
Sakit hati laki kawen dua.
Tapi hari-hari pi skodeng apa laki dia buat dengan bini kedua. Pegi mana, shopping apa, makan kat mana. Pastu balik rumah mengongoi nangis tumbuk bantal "Sampai hati abang! Sampai hati abang!"

Berniaga.
Sibuk pi kelebet apa pesaing buat. Maju ke dia? Dah bungkus ke dia?
Sekali pesaing kaut juta-juta sales.
Pastu kau terus stress, kemurungan, bunuh diri.

Syarat nak hati tenang bukan dengan cara kawal kedaaan.
Bukan dengan cara ambik tau semua benda demi nak sedapkan hati sendiri.
Tu bukan caranya.
Formula hati tenang adalah kurang-kurangkan menyibuk hal orang!
Kalau dah tau orang tu boleh buatkan kita rasa tak selesa dan sakit hati, maka jauhkanlah diri. Jangan ambik tau. Yang kau sibuk nak intai dia dah kenapa kau?

Aku ada baca quote from Saidina Ali, dia kata "Aku sudah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup dan yang paling pahit ialah berharap kepada manusia".

Aku sendiri pernah rasa macamana sakitnya hati bila kita berharap pada orang lain untuk jaga hati kita. Ya Allah memang sakit! Apetah lagi bila berkaitan dengan pasangan. Tak heran lah kalau ada yang gila bila putus cinta. Sebab dia letak pengharapan pada pasangan sangat tinggi. Hakikatnya kita tak boleh kawal sesiapa. Nak lagi zaman semuanya di hujung jari ni. Apa je yang tak boleh?

Kalau kau geram sangat tak jumpa password suami pastu kau rendamkan henfon dia dalam mesin basuh, rasa-rasa esok dia tak boleh beli henfon lain?

Kalau kau hack password FB dia, kau yakin itu je akaun FB yang dia ada?

Kalau kau follow dia ke tempat keje just nak pastikan dia benar-benar ke opis, ko rasa kat dalam opis tu dia tak boleh main mata ngan orang lain?

Kadang-kadang kita orang pompuan ni pun ada penyakit juga.
Penyakit suka trigger sesuatu yang tak ada.
Padahal benda tu tak wujud pun tapi bila kita terlampau berimaginasi yang bukan-bukan, lama-lama apa yang kita dok pikir tu jadi.

Contoh, dah tau kerja suami banyak berurusan dengan orang, tapi isteri saja buat tak paham.
Nak jeles tak tentu pasal. Nampak laki berbual dengan pompuan lain, mula lah nak jeles membabi buta. Babi betul.

Bila suami balik, perli-perli "Best ke dapat sembang ngan customer pompuan?"
"Seronok keje kan? Ramai customer pompuan"
"Patut la seronok sangat keje situ, ada peluang bersidai ngan pompuan".

Sekali dua, suami suka lah. Terasa diri disayangi bila isteri jeles-jeles manja gitu.
Tapi kalau dah kerap sangat kau ada-ada kan benda yang tak ada, lama-lama dia fedap.
Bila dia fedap, masa tu lah dia betul-betul cari peluang nak bersidai ngan pompuan.
Sedar tak sedar pompuan tu jadi tempat suami luahkan perasaan stress. Lama-lama dorang rapat.
Masa tu baru kau tau tindakan kau acah-acah jeles tu yang akhirnya merapatkan laki kau dengan perempuan tu. Kau yang bukak jalan sebenarnya.

Pompuan memang kuat jeles. Aku pompuan aku tau lah.
Especially kalau melibatkan lelaki/suami. Terasa macam lelaki/suami tu lah segala-galanya.
Kalau boleh taknak hilang, nak punyakan sorang. Sanggup kerat-mengerat kalau melibatkan suami.

Dah lah.
Buat sakit hati je nak jaga nak kawal orang. Baik jaga diri sendiri.
Letakkan sepenuh kepercayaan kat Allah. Jangan seksa diri sendiri dengan kelakuan orang lain. Kita ada hak untuk hidup tenang.





JULY SPECIAL BERMULA HARI INI SAMPAI 31 JULY 
(atau kalau beg habis dulu, kira habislah).

Beli mana-mana produk GreenAard berjumlah RM150 akan dapat satu free PU LEATHER BAG. Warna boleh pilih sendiri. Pembelian sah kat whatsapp je - 0127728976. 

Tapi pembelian sah kat whatsapp je - 0127728976 tau.
Beg ada 100 keping.


2017-07-18

Masukkan anak kelas music tak bagus?


Semalam aku up story pasal Rayyan punya art school.
Pastu ada sorang reader tanya ada tak sesape perli-perli bila aku masukkan anak kat skolah tu sebab dia hantar anak dia kat music school ada kawan-kawan start perli. Kononnya, orang lain sibuk masukkan anak kelas tahfiz, kelas tarannum, tapi dia masukkan anak skolah music.

Alhamdulillah takde pulak yang perli-perli aku. Dorang pun tak kosser agaknya, buat penat je.
Tapi zaman Redza dulu ada.
Zaman Redza dulu mak dia pakai skirt pendek. Kalau pakai skirt pendek ni jangankan blaja music, kau cakap kau blaja agama pun orang perli.

Nape ntah nak kesah anak orang blaja music. Macamkan orang tu kat rumah tak ajar anak dia agama lansung. Nak-nak pulak kat Selangor ni, PSRA tu wajib ambik. Dah tentu-tentu kena blaja agama. Pebenda ntah manusia kalau dah start kepoh. Yang tak penting pun dia nak jadikan isu.

Zaman Redza dulu, aku masukkan Redza english kindergarden pun kena kutuk.
Aku masukkan Redza art school pun kena perli.
Belum apa-apa aku dah kena hukum masuk neraka.

Aku bukan sejenis jahil dari kecik.
Kalaulah arwah ustazah aku masih hidup, mungkin dia boleh jadi bukti untuk ceritakan macamana aku masa kecik dulu.

Aku belajar mengaji umur 6 tahun, di rumah. Pak Aji yang ajar.
Umur 7 tahun, aku belajar mengaji kat rumah orang. Belajar dengan arwah Cik Mah.
Masa aku mula datang ke rumah dia, dia taknak terima pelajar baru dah. Sebab student yang datang kat rumah dia untuk blaja mengaji dah penuh satu hall. Ramai yang memekak pulak tu. Maybe itu faktor kenapa dia taknak terima new student. Tapi mungkin muka aku muka sedih, jadi dia accept juga. Oh by the way, aku pi sana sendiri tau. Pak Aji suruh aku mendaftar sendiri. Aku pi rumah Cik Mah ikut geng jiran, then kenalkan diri mintak nak masuk kelas mengaji.

Mungkin aku jenis terang hati, Cik Mah seronok ajar aku.
Aku khatam muqaddam sebelum tamat Darjah 1, lepas tu terus naik Quran.
Masa belajar Quran, Cik Mah ajar aku tarannum. Hanya aku sorang yang diajar tarannum. Dia ajar kat mana nak tarik nak suara, kata mana nak jatuhkan suara. Part mana nak kena berlagu macam ni, part mana nak berlagu macam tu.

Umur 8 tahun aku dah khatam Quran.
Lepas khatam Quran, aku dah tak payah datang kelas Cik Mah lagi.
Cik Mah suruh ulang-ulang khatam kat rumah je.
Umur 11 tahun baru buat majlis khatam. Masa tu aku dah khatam 4 kali.
Walaupun after 3 years left the class, masa majlis khatam Mak Aji tetap ajak Cik Mah untuk duduk depan aku (and Ima) perdengarkan bacaan kitorang masa majlis tu.
Alhamdulillah, it was perfect. Takde error lansung. Phewww lega.
Apa kau tak cuak mengaji bila ustazah kau depan mata. Macam present tesis rasanya!
Nak mengabiskan Ad-Dhuha sampai 3 Qul tu macam 3 hari lamanya. Berpeluh misai aku.

Lepas majlis tu, aku masuk kelas dia waktu malam, belajar berzanji. Kelas ni tak ramai, yang minat saja. Aku belajar berzanji sampai khatam satu buku berzanji. Lagu berzanji Cik Mah sangat sedap.

Time skolah menengah subjek agama paling senang aku nak score.
Walaupun aku macam penyangak kat skolah, tapi subjek agama aku tak pernah dapat below than 95 marks. Konsisten. Masa aku Form 4 and Form 5, ustazah yang mengajar agama adalah ustazah yang sama. Ustazah tu cakap "Ada sorang budak kelas ni saya rasa dia ni memang special la. Jawapan dia sebijik-sebijik dalam nota. Macam menyalin nota!".

Masa Form 4 ada pertandingan kuiz agama peringkat negeri, aku wakil.
Satu-satunya wakil yang tak bertudung. Tapi masa join kuiz tu kena lah sarung tudung kan. Pinjam tudung member.

Sabar...sabar.
Ini bukan bragging. Ada benda aku nak cerita sebenarnya.

Kalau ikutkan 'sejarah' aku di atas, aku bukanlah budak jahat.
Aku berani cakap asas agama aku agak strong.
Ustazah dan arwah Cik Mah mesti jangkakan aku jadi budak yang baik-baik bila besar.

Blog ni dah boleh jadi tavelog hijrah aku.
Yang baca sejak zaman dulu sampai sekarang mungkin boleh relate entry ni.
Tentang macamana perjalanan hijrah dan struggle aku untuk istiqomah dengan jalan yang aku pilih.
Aku dah macam living proof bagaimana someone yang pernah jadi excellent student in religious subjects turned out to be - lain dan jauh langit dengan bumi.
Ilmu agama yang aku ada tak menjamin pun aku kekal praktikkan apa yang aku dah blaja.
Kerana hidayah tu tetap Allah yang punya.

Pernah dulu masa zaman daring, aku up status "Jom solat" (something like this) and ada orang komen "Boleh percaya ke solat ni?".

Terasa hati?
Tipulah kalau aku tak terasa hati.
Tapi at the same time aku faham kenapa.
Dia tengok pic profile aku baju low cut and rambut karat pun dia dah boleh imagine takkan lah orang macam aku boleh teringat nak solat, ye tak?

Tapi tu lah.
Aku tau dah tayang aurat tu salah, tapi tetap jugak derhaka.
Makin banyak skirt pendek yang aku beli.
Tapi dalam pada masa yang sama, dalam setiap sujud akhir, aku merayu tolong bagi aku hidayah. Sebab aku tau aku tak kuat tanpa kekuatan yang Allah bagi.

Satu hari tu, aku attend majlis akikah anak kepada bos En Wan.
Masa aku sampai, serentak dengan orang berzanji sampai. Jadi, aku pun 'terpaksa' join sekali.
Dalam kelompok tetamu yang ada di situ, jelas hanya aku sorang je yang boleh ikut berzanji tanpa buku. Dan kebetulan lagu group berzanji tu aku boleh ikut. Macam pernah dengar. Masa tu aku hati aku terdetik "Eh aku ingat lagi berzanji ni?". Padahal berpuluh tahun aku tak pernah pegang buku berzanji let alone nak berzanji.
Masa berzanji tu aku menangis. Menitik-nitik airmata aku.
Aku tak sure aku nangis sebab apa?
Lagu tu sayu ke?
Aku rindu arwah Cik Mah ke?
Aku rindu zaman kecik berzanji ke?
Entah tak sure apa dia. Tapi macam sayu je rasa kat hati.

Hari yang sama, aku pindah opis (ofis lama kat Seri Kembangan).
Moving truck sampai around 4pm macam tu.
Aku cakap kat En Wan aku nak balik salin baju dulu, taknak pakai baju kurung.
Aku balik rumah naik bilik salin baju.
Dan aku turun bawah dengan pakai jeans, blouse......................... and tudung.
Tak tau lah kenapa. Tapi aku nekad. Aku nak bertudung.
That was a very wonderful day bila akhirnya Allah bagi apa yang aku minta-minta.

Aku tak sure apa yang mendorong aku untuk capai shawl petang tu.
Aku main lilit je asal cover rambut. Elok pulak shawl tu tak buat hal petang tu.
Agaknya kalau buat hal, tak jadi hijrah aku petang tu.
Yang bestnya, minggu tu aku baru lepas shopping new skirt and blouse.
Tapi petang tu aku tak teringat pun pasal ni lagi.
Malam tu bila pikir esok nak pakai apa jumpa customer, baru aku ternampak ada a few baju belum tanggal pricetag lagi. Ya Allah, rasa terkilannya. Dah bershopping bagai nak rak, tetiba lupa pulak ada new skirt. Kebetulan pulak customer yang aku nak jumpa ni customer lama. Terasa janggal jugak, apa ni baru 3 hari lepas jumpa denagn pakai skirt belah sampai peha, tetiba esok aku nak pakai tudung bagai. Hati....memang berbelah bagi. Tapi alhamdulillah, sampai sekarang aku masih diberi kekuatan untuk terus perbaiki hijrah aku.

Itu cerita aku menjaga hidayah dari aspek aurat.
This is just an example we can use for life's entire life.
Betapa di kalangan kita-kita ni ada je yang tengah stuggle untuk berhijrah dan istiqomah.
Ada yang tengah struggle untuk keluarkan diri dari maksiat untuk jadi hamba Allah yang taat.
Tapi dalam masa yang sama kita ada syitan yang menghasut, ada nafsu yang provoke dan orang sekeliling yang asyik berprasangka buruk. Itu biasalah. Ujian Allah kadang-kadang datang melalui perangai manusia. Hidayah ni bukan benda kecik-kecik. Ini benda besar. Jadi nak dapat pun memang kena lalu banyak halangan. Kena perli, kena kutuk itu anggap saja ujian Allah sementara hidayah tu nak sampai. Kena kuat.

Kuncinya, jangan berhenti minta hidayah! Jangan asyik minta rezeki tapi lupa minta hidayah.
Ulamak dah pesan kalau berdoa mintak lah yang besar-besar. Dan yang besar itu bukan duit, tapi hidayah.
Sebab itu, sejahat mana pun kita, jangan tinggal solat!
Sebab solat itulah yang akhirnya akan bawa kita pada hidayah Allah.

Hantarlah anak ke skolah apa pun, kelas apa pun - blaja swimming, ballet, music, tahfiz, biarlah. Budak nak blaja kan.
Cuma jagalah solat.
Insyallah bila jaga solat, hidayah Allah akan datang.




Nak dapatkan diskaun ni, please SHARE POST INI


2017-07-17

Art school and open house


Last week GreenAard ada buat contest geli-geli untuk menang Nutrijuice.
Saje je nak merehatkan minda, jadi kita buat contest.
Ramai yang share and komen tapi ada yang tak cukup syarat.
Ada yang share tapi tak set to public jadi kita tak dapat lihat post yang korang share tu.
Ada yang share tapi tak komen.
Ada yang komen tapi tak share.

Ok, boleh dengar siapa nama pemenang dalam video ni :




Ok jadi kesimpulannya, pemenang Nutrijuice :

1. Zunaidah Zahudi
2. Ida Haryani
3. Azreena Abu Bakar

Kita akan retrieve nama korang dalam sistem, sekiranya nak bertukar alamat, please whatsapp 012-7728976 atau PM FB GreenAard. Kalau tak, kita pos ikut alamat yang sedia ada dalam sistem.

Ok now cerita weekend.

Raya.
Dulu kalau pi beraya, sibuk nak bergambar.
Habis rumah orang punya buffet aku snap satu-satu.
Now, datang untuk makan je. Sebab henfon aku dah sepenuhnya milik Rayyan.
Elok macam tu, biar tenteram aku makan. And dia pun tak berkuntau.
Jadi, gambar memang limited sangat.




Yang follow IG aku dah tau cerita pasal baju-baju yang aku pakai ni.
Kan hari tu aku cakap aku takde baju raya tahun ni, kan?
Sebenarnya aku ada 5 helai 'baju raya'.
Tu pun baru perasan Sabtu lepas masa nak gi beraya, pilih-pilih baju dalam lemari nampak eh ada baju yang aku tak tau pun kewujudannya.

Aku beli kain untuk buat baju ni kat Vietnam (Vietnam silk) tahun 2015 sebelum aku pi umrah.
Lepas balik Vietnam terus pi tempah tapi lupa nak ambik.
Pi umrah Dec 2015, balik dari umrah aku dah start pakai jubah, terus kepamkan baju kurung ni dalam lemari mak mertua aku sampailah Sabtu lepas baru perasan baju ni. Mujur lah tak buruk dalam simpanan. Sedang elok lah baju ni pun jenis tak payah bergosok, zasssssssss terus sarung. Eh muat lagi. Ok cun. Jom jalan beraya.

Gambar 4 & 5 tu gambar hari Sabtu, jalan beraya rumah sedara-mara En Wan. Si Rayyan terlampau bangga dengan baju art school dia sampai taknak tanggalkan baju, gi beraya dengan baju skolah tu je.

Gambar 1-3 gambar semalam.

Gambar 1 : rumah tokey Ephyra, Miza. Kat KL.
Gambar 2 : rumah blog reader, Nurul. Kat Putrajaya.
Gambar 3 : rumah kawan satu uni, Cheq, tokey Oohmybags. Kat Puncak Alam.

Nampak tak betapa gigih aku ukur jalan dari satu hujung ke satu hujung?
Lepas tu balik rumah migrain.
Rayyan pagi ni terus demam. Agaknya penat campur berpanas.

Ada 2 lagi jemputan aku tak dapat datang. Dua-dua dari blog reader.
Minta maaf banyak-banyak. Memang dah kepenatan sangat, plus migrain. Aku ni kulit je kelabu, tapi kalau berjemur bawah panas memang cepat migrain.

Minggu depan ada satu lagi round, nak kena susun jadual baik-baik.
Aku pun dah kalut mana satu nak pi ni.

Open house rumah aku?
Oh, tahun ni En Wan kata open house akan dibuat lepas raya.
Sebab rumah aku macam tongkang pecah sekarang. En Wan bulan-bulan raya baru sibuk nak renovate sini sana. Orang lain bulan raya rumah dah siap segala, dia bulan raya baru nak baraikan semua. Jadi, insyallah lepas raya lah. Sama-sama lah kita berdoa ya. Bukan apa, laki aku ni punya 'lepas raya' boleh jadi tahun depan.

Lagi satu, aku nak share pasal ni.
Gambar ni aku ada share kat IG, ada yang tanya pasal skolah yang Rayyan masuk ni.




Aku masukkan Rayyan kat Global Art Putra Heights 2 minggu lepas.
Redza dulu pun aku masukkan kat art school jugak tapi Da Vincci. Rayyan masuk tempat lain la pulak, tukar angin. Dia kan kuat menghabiskan kertas aku, habis dia contengnya. Kalau pensil kaler tu 27 kotak setahun kot. Asal pi popular je mesti beli kaler. So kitorang masukkan dia kat skolah ni. Alhamdulillah nampak seronok. Sekolah tu seminggu sekali je, dia question aku pulak apesal skolah ni sehari je skolah rendah sampai 5 hari? Aku jawab skolah rendah tu PREE, skolah art ni BAYOR! Cantek muka kau nak hari-hari?

Skolah ni ada a few classes. Ada yang lebih kepada artwork, ada yang drawing, ada yang coluring.
Aku ambikkan Rayyan colouring class dulu. Nanti bila dah habis class ni kalau dia nak continue aku try ambikkan artwork pulak sebab Rayyan ni macam suka main ngan gunting and gam.



Week 1, first class.



Week 2, second class.

Nampak ada improvement sikit teknik colouring dia.
Untuk class ni pakai oil pastels.

Masa register dia provide beg, album untuk isi semua hasil kerja, buku mewarna, oil pastels 48 colors, pencil case dan alatan artwork, baju and beg macam kat bawah ni :



Untuk registration RM650. Tapi lepas tu bulan-bulan RM150.
Dah dia minat arah ni, aku masukkan je lah arah ni. Mana tau boleh jadi kemahiran yang boleh dia jadikan kerja satu hari nanti.




Ni aku nak tanya ni awat korang yang beli GreenAard ni taknak redeem point eh? Aku risau je kot ada yang tak reti nak check point atau ada yang tak tau menahu dorang dapat point. Pount boleh start redeem bila dah cecah 600 point. Ni ada yang dah sampai beribu point masih tak redeem lagi ni. Kalau tak tau camana nak check point, whatsapp 012-7728976 ok?






Nak dapatkan diskaun ni, please SHARE POST INI


2017-07-14

Status FB kena spesifik next time?


Raya tahun ni aku dapat a few emails dari reader.
Raya kedua pagi je dah masuk 2 email share cerita pasal masalah masing-masing.
Macam yang aku pernah cakap selalu, selalunya bila dah ramai-ramai berkumpul satu rumah, mesti ada kes 'terkehel' punya. Itu biasa. Tinggal lagi kes heavy atau kes light-light je dia punya 'terkehel' tu.

Ada yang petang raya dah cabut balik KL sebab terkehel dengan mak mertua.
Ada yang pagi raya salam maaf tak bersambut dek kerana terkehel sesangatnya di malam raya.
Banyak email aku tak respond lagi ni.
Hari ni aku nak respond kat satu email. Tapi email dia banyak pakai shortform jadi aku takut serabut sikit korang nak baca so aku ringkaskan kat sini.

Ok camni cerita dia.

2 hari sebelum raya, this lady balik kampung. Kebetulan pulak balik kampung suami.
Nak dijadikan cerita, dia baru beli kereta (the wife).
Cut story short, ada satu hari tu, anak sedara suami makan coki-coki, kesat tangan kat kusyen kereta.
Hamba Allah tu punya kereta pakai white kusyen pulak tu.
This lady sentap jugaklah sebab kereta tu kereta baru, belum jumpa raya dah kotor.
Tapi dia kata dia tak membebel pun, cuma orang dalam rumah tu (ipar duai) nampak lah dia tertonggeng-tonggeng mengelap bahagian dalam kereta. The husband pulak lepak dalam rumah. Maybe orang dalam rumah pelik apehal bini kau yang beria menjaga kereta ni, so kakak ipar keluar bertanya apekeheynya asik menonggeng dalam kereta tu.
Dia bagitau budak-budak tumpahkan coki-coki. Dia kata dia tak mention anak sape pun, cuma cakap 'budak-budak'.

Bila dia masuk ke dalam kakak ipar lagi satu (yang anaknya punya keje kesat tangan kat kusyen) cakap "Tuan punya kereta cool je tak kisah pun.."

Mula-mula dia diamkan je sebab dia tak faham sangat apa maksud akak ipar dia.

Malam tu pulak dia nampak anak sedara suami main ipad dia. Budak tu main punyalah kasar.
Ipad tak baru jugak tapi belum sampai 2 bulan beli.
Dia ambik ipad tu dari tangan anak sedara tapi cakap baik-baik "Eh, jangan buat macam tu. Nanti pecah".
Nak dijadikan hal, yang main ipad tu anak sedara yang sama yang kotorkan kereta dia.

So, si mak budak tu dengar and sentap. Agaknya dia terasa hati kan tadi siang anak dia kesat coki-coki, so dia ingat the wife sengaja nak cari pasal, so akak ipar cakap "Dah! Dah! Bagi je balik kat aunty. Susahnya berkira dengan anak sedara".

Dia terkejut.
Tapi belum sempat explain, mak mertua bersuara "Barang tu kan ***** (nama suami) yang punya. Biarlah budak tu nak main. Semua benda kau nak kawal. Bukan kau yang bayar pun".

Dia cakap darah dia menyirap sampai ke kepala.
Kebetulan malam tu suami dia pi bertakbir kat masjid.
Dia kata punyalah rasa bengang sampai tak tau nak cakap apa. Nak menjawab balik kat mak mertua pun tak terkeluar suara.

Cut story short, rupanya suami dia yang mulakan semuanya.
Dia syak selama ni dia jadi bahan umpatan di kalangan ipar duai.
Maybe sebab tu lah mak mertua pun berani sound macam tu.

This lady tak ada FB. Suami dia ada.
Rupanya, suami dia always update kat FB yang benda-benda tu seolah-olah suami yang beli (keluar duit).

Contoh, masa wife dia beli kereta baru tu, suami dia ada update kat FB gambar stereng kereta with status "Alhamdulillah, rezeki kereta baru".

Yes betul la, ada kereta baru tapi suami tak mention tu pun itu kereta siapa.
Actually tak perlu mention pun takpe sebab laki bini kan, so apa nak kisah. Benda sepencarian.
Tapi adik-beradik si suami ingatkan itu kereta adik dia sorang.

Then kes ipad tu, suami pernah update kat FB "...new ipad, beli kat ******. Cheaper".
Status tu lebih kepada memberi informasi tentang tempat nak beli.
Cuma suami tak mention itu ipad siapa.
Tapi adik-beradik dia ingatkan ipad tu adik dia yang punya.

Lepas tu this lady cakap dia baca semua status FB dia, then barulah dia faham kenapa ipar duai dia macam tak suka dia.
Suami dia banyak update stories pasal dorang sefamili kat FB,. Update tu takde yang tak ok, semua ok je.
Pergi travel, pegi makan kat nice restaurants, celebrate anniversary. Tapi, semuanya nampak macam dia menumpang harta suami.

Suami dia update "Bawa isteri celebrate anniversary".
Dia cakap kat aku memang la dia (suami) yang bawak, tapi saya yang bayar! Hahahahahah. Gelak aku baca.

Hmmm susah jugak kalau jadi gini kan?
Tapi tu lah, ini adalah bukti betapa orang akan menilai kita berdasarkan apa yang kita ada (tunjuk).
Orang anggap apa yang kita tunjuk, itulah yang kita ada.
Yang kita tak tunjuk maknanya kita tak ada.
Sedangkan boleh jadi yang kita tak tunjuk tu jauh lebih banyak dari yang kita tunjuk.

No wonder lah ramai yang lebih suka tunjuk benda yang best-best yang mereka ada sebab orang sekeliling akan pandang rendah bila kita nampak macam takde apa-apa.
Contohnya macam kes this lady.
Kesiannya dia. Tak pasal-pasal jadi mangsa. Hanya kerana dia tak tunjuk apa yang dia ada maka orang nampak dia menumpang harta suami. Silap-silap kena label pengikis. Padahal dia pun ada contribute.

Nak salahkan si suami pun tak jugak.
Boleh jadi suami memang taknak mention siapa yang beli, siapa yang punya. Tak penting kot nak emphasis siapa punya harta.

Maybe kalau korang nak update apa-apa kat media sosial lepas ni, kena be spesifik la kot, takut orang lain salah faham ðŸ˜‚😂.

Gambar tayar kereta.
Status : "Beli kereta baru. Kereta nama wife. Wife bayar bulan-bulan. Aku bayar roadtax je"

Gambar ipad.
Status : "Pinjam ipad wife kejap"

Gambar food atas meja.
Status : "Celebrate ulang tahun kawen. Kawen sama-sama, bayar dinner sama-sama"

Menunjuk-nunjuk memang sifat semulajadi manusia. Sebagai makhluk yang bersosial, tak banyak sikit, mesti ada perasaan nak lebih menonjol berbanding orang lain. So, menunjuk-nunjuk adalah salah satu cara untuk menonjolkan diri. Menunjuk-nunjuk baik di dunia realiti ataupun media sosial sama-sama beri kesan buruk. Be it untuk orang yang menunjuk-nunjuk atau orang yang meluat dengan perangai orang yang suka menunjuk-nunjuk.

Tapi, bila kita cerita sesuatu di media sosial, sebenarnya ada fine line yang membezakan antara menunjuk-nunjuk atau memberi informasi.
Dan cara menginterpretasi tu terpulang pada cara setiap orang berfikir.
Ada orang anggap bila someone bercerita tentang ke mana dia bercuti, apa yang dia buat semasa bercuti adalah menunjuk-nunjuk.
Tapi ada juga yang anggap that's a very good info.

Dalam zaman media sosial, orang akan lebih senang menganggap apa yang kita upload di media sosial adalah untuk menunjuk-nunjuk. Sebab apa?

Kalau di dunia realiti, bila kita bercerita tentang apa yang kita beli, ke mana kita pergi, selalunya kita akan bercerita dengan kawan-kawan atau ahli keluarga. Dorang ni semua kenal kita. Tapi bila kita bercerita di media sosial, apa yang kita share tu perginya lebih meluas, sampai ke seluruh dunia. Dan kebanyakkan yang tengok status kita tu tak kenal kita pun. Mereka akan interprete kita berdasarkan status tu alone. That's why dunia media sosial lebih kejam berbanding realiti. Dorang menilai dan hukum kita melalui apa yang mereka nampak. Takde inisiatif pun untuk selidik luar dalam.

Tapi some yang kenal kita kadang-kadang ada 'penyakit' jugak.
Penyakit tak boleh tengok orang lebih dari dia. Tapi dia buat secara halus, tak ketara sangat.
Contohnya, kita ambil gambar depan rumah atau depan kereta, ada yang ingatkan kita nak tayang kereta atau tayang rumah. Kadang-kadang kereta tu nampak sikit je, tapi yang sikit tu lah yang dia sibuk nak ambik tau. Yang kita tertonggok depan-depan kereta tu takde pulak dia nak komen apa-apa.

Itulah namanya dunia maya.
Orang mudah buat persepsi. Terpulanglah nak handle camana. Kalau rasa apa yang kita bakal upload kat media sosial tu boleh buat bergaduh dan sentap-menyentap, tak payah lah update. Tapi kalau kau jenis hati kering, silakan lah update.

Dan pada yang tak suka atau meluat, rasa-rasa kalau takde komen yang baik-baik nak dibagi, janganlah komen apa-apa lansung. Itu lebih baik. Kalau kita meluat, jangan letak komen apa-apa pun. Bila kita tak bagi respon apa-apa, dengan sendirinya si peng-upload sedar apa yang dia upload tu orang tak suka atau tak heran. Kalau dia memang berniat nak menunjuk, lama-lama nanti dia akan bosan sendiri and berhenti menunjuk. Tapi, kalau kau meluat but kau hencap dia kaw-kaw, itu dah macam bagi 'semangat' kat dia untuk up lagi status-status yang akan buat kau bertambah mendidih. Jadi, buat dek je sudey. Tak pun, unfollow je lah, habis cerita. Dah kata meluat kan, buat apa follow.





FREE NUTRIJUICE UNTUK 3 ORANG BERTUAH.
HARI ISNIN KITA BUAT VIDEO CABUT UNDI..



2017-07-12

Personaliti


Baru-baru ni aku let go shawl-shawl aku. Pre-loved.
Kebanyakkannya Ariani. Ada a few Radiusite and 3 helai Duckscarves.
Tapi dari pagi, orang dah call opis tanya duckscarves ada lagi ke tak.
Ada sorang tu duduk jauh, dia kata nak semua duckscarves tu. Aku cakap aku tak pos, sebab ini pre-loved. Biar korang tengok sendiri, kalau ok baru beli. Tapi dia kata takyah tengok-tengok, dia nak aku pos je. But aku tolak. Aku taknak.

So now, the question.
Agak-agak kenapa orang berebut beli duckscarves walaupun pre-loved?
Kenapa ada orang yang berani tak tengok dulu macamana kualiti dia kot ada tetas sikit ke apa ke tapi terus yakin nak beli.
Memang lah aku jual harga lebih murah dari harga beli. Berapa aku jual tak sure but definitely not 50% off dari harga beli sebab shawl tu aku tak guna and kotak pun aku dah buang.
But still ada orang nak beli jugak.

Tudung Fareeda pernah jadi satu fenomena dulu.
Ramai orang kata tudung dia mahal sangat tak padan dengan design.
Same goes to Ariani.
Ariani orang kata cekik darah tudung sampai RM500-600 sehelai.

Mula-mula aku tak perasankan benda ni tau.
Sampailah masa aku up tudung-tudung yang aku nak let go tu, ada sorang reader PM aku.
Dia kata "Banyak gila shawl Ariani Kak Di ada. Shawl Ariani tak pernah less than RM250 sehelai. Berapa ribu Kak Di labur kat Ariani?"

Lepas tu aku terfikir.
Haah, shawl Ariani sebenarnya pun mahal juga.
Kalau nak banding dari segi harga, sebenarnya Ariani jauh lebih mahal.
Dan shawl Ariani kebanyakkannya 100% silk. Duck most of it satin. Ada juga material lain tapi banyak satin silk.
Same goes to Fareeda, mahal juga. Roughly RM100+ untuk design yang non-exclusive.
Tapi kenapa Duckscarves jadi kegilaan walaupun hanya plain shawl?

Aku berpendapat, Duckscarves istimewa bukan kerana designnya tapi kerana Vivy.
Of course design dia not bad juga, but how do you explain plain shawl?
Plain shawl je kot, tapi orang berebut juga.

Aku percaya 95% orang beli Duckscarves kerana pengaruh Vivy.
Vivy berjaya memberi lambang kemewahan kepada Duck.
Pesonaliti Vivy yang menarik, kaya, bijak, berjaya, cantik - ini semua pakej lengkap untuk jual Duck sehinggakan apa saja yang dia pakai, walaupun hanya shawl Duck plain warna putih, tetap nampak cantik dan mahal.
Duck nampak sangat ekslusif dan jadi lambang kemewahan pada sesiapa yang berjaya memilikinya kerana 'bayang-bayang' Vivy.
Ramai yang berebut nak miliki Duck. Dapat beli sehelai pun dah bangga. Sebab memiliki Duck membuatkan diri nampak kaya di mata orang. Naik satu standard kata orang.

Oh sebelum aku menceceh lebih panjang, please eh, entry ni takde kaitan nak membash Duck atau Vivy. Sabaq dulu sebelum nak sembur aku. Aku belum habis tulis lagi ni.

So, macamana pula dengan Ariani?
Ariani pun sangat ekslusif dan mahal. Siapa yang beli Ariani tau Ariani memang mahal.
Fabrik Ariani kebanyakkannya 100% silk, design dia memang cantik-cantik.
Sebab tu kalau Ariani buat sale, berjujuk manusia beli.
Duck, beli sehelai RM300 orang dah kata "Kayanya kau!"
Aku beli shawl Ariani RM500 sehelai dan berhabis RM3000 in a single resit kat Ariani, tetap tak nampak kaya. Kahkahkah.

Walaupun Ariani ekslusif dan mahal, takde pulak aku tengok orang buat flatlay Ariani tepek kat IG lepas beli Ariani. Macam takde orang proud beli Ariani. Why?

Aku berpendapat macam ni.
Semua ni ada kaitan dengan personaliti.
Ariani takde spokesperson yang personalitinya seperti Vivy.
Ariani hanya ada Duta yang bertindak sebagai model saja. Brand Ariani melambangkan produk semata-mata.
The duta tak carry personaliti yang rakyat Malaysia mahukan. Dia tak carry personality yang mewah, kaya, bergaya, bijak, dan berjaya.
Bukan bermaksud dutanya tak bijak, tapi personalitinya tak menunjukkan begitu. Boleh jadi kontraknya hanya sebagai model saja. Mungkin sebab tu Ariani tak nampak 'special'. It is just another brand.

Same goes to Fareeda.
Spokespersonnya bertindak hanya sebagai model.
Dia cantik, kaya, tapi dia tak nampak sebijak dan sebergaya Vivy.
X Factor tu takde.
Selalunya bila someone ada X factor, dia pakai apa pun nampak cantik.
Pakai selipar Jepun dengan seluar senteng pun tetap orang kata stylo.
Cuba aku pakai camtu, besar harapan viral kena kutuk.

Apa yang boleh disimpulkan kat sini, di zaman media sosial, untuk jual produk, kau kena jual personaliti sama. Personaliti kau menarik, produk lebih mudah terjual. Kerana sebenarnya personaliti jauh lebih mahal. Kalau tak, takkan ada orang menyamar jadi orang lain kan?

Orang zaman dulu membeli lebih cerewet - tengok kualiti, tengok harga, tengok itu, tengok ini. Tu pun lepas pikir-pikir tetap tak beli.
Tapi di zaman media sosial di mana orang lebih senang shopping online, personality counts.
In fact, 70% orang membeli kerana personaliti. Bukan kerana produk. Lebih-lebih lagi untuk produk yang tak terlalu teknikal macam produk pakaian and beauty regime, lebih mudah terjual kalau personaliti kau bagus. Sebab tulah ramai yang gunakan pengaruh influencer like bloggers, instafamous and lantik celebriti untuk jadi spokesperson. Kerana mereka tahu pengaruh personaliti tu sangat mainkan peranan.

Penah kan ada spokesperson satu brand tu ditamatkan kontrak sebab kes dia kawen ngan laki orang.
Sampai macam tu sekali impak personaliti.
Padahal kalau produk tu bagus, ia tetap bagus. But still personaliti mainkan peranan penting.
Some pengguna beli sebab nak kelihatan seperti spokesperson.

Shawl Duck yang aku let go hari tu tanpa kotak.
Ada reader tanya apesal aku buang kotak.
Aku cakap kotak je kot, buat apa nak simpan.

See? Sampai macam tu sekali orang sayangkan Duck.
Kotak pun simpan.

Cerita pasal kotak ni kan aku teringat satu cerita aku dengan sorang kawan.
Masuk Metrojaya nak cari kotak.
Dia belek-belek satu kotak transparent, cantik. Bercermin kilat. Ada kusyen baldu kat dalam.
Aku tanya "Nak simpan jam ke?"
Sebab sebelum tu dia pi shopping 2 bijik jam.
Dia jawab "Nak letak Quran. Kemas sikit dari letak atas rehal. Biar nampak dalam".
Tersifu-sifu ai. Malu taw.

Tapi Vivy memang bagus. Dia berjaya tepek satu label pada Duck - MEWAH.
Personalitinya yang dari background mewah, berjaya, bijak, cantik - lengkap.
Dia ada X Factor. Sebab tu walaupun dia hanya pakai plain shawl putih, nampak cantik.
X Factor inilah yang sebenarnya 'menjual' Duck.
Aku rasa kalau Duck ini (kualiti dan design yang sama) di carry oleh Mawar Fareeda, atau Che Ta, impaknya berbeza walau kualiti yang sama.

Cuma aku harap takde la orang yang beli Duck sebab nak nampak cantik macam Vivy. Because seriously, you will fail miserably.
Aku selalu nampak orang tanya Vivy, "Macamana u lilit shawl u tu? Nampak simple je tapi cantik terletak".
Honestly, kau takkan nampak secantik Vivy. Kau akan nampak secantik diri kau saja.
Belilah sebab kau nak pakai, bukan sebab nak nampak cantik macam dia.

Macam ramai juga reader tanya inner yang aku pakai (yang hitam tu) beli kat mana.
Aku cakap inner magic je tu, beli online RM10.
Tak pun pi beli kat kedai kelengkapan umrah kat Kompleks PKNS tu ada jual.
Ada a few yang bagitau bila dorang pakai tak nampak terletak pun macam aku pakai.
Seriously, belum tentu apa yang kita beli, walaupun benda yang sama, akan nampak sebijik sebijon macam kawan kita pakai.
Macam aku tak sesuai pakai anak tudung Neelofa. Beli sekali 5 helai lak tu, tapi pastu tak kena pulak pakai sebab dahi aku sempit. Terus bagi kat orang. Memang kepala aku ni sesuai ngan inner RM10 je.

Belilah, dan pakai ikut cara kita.
Beli sebab kita nak pakai.




Share POST NI untuk dapat diskaun RM5


2017-07-10

Kes open house lagi.



Status FB semalam.
Dari luahan hati seorang reader blog.
Aku simpati, tapi aku takleh buat apa-apa, ko lap je lah wallpaper tu pelan-pelan dik.

Isu anak-anak kecahkan rumah tuan rumah sentiasa berbangkit setiap kali bulan raya. Dah jadi isu wajib. Tapi selalunya yang berani luahkan pandangan dan teguran memang Chef Wan sorang je la.
Bila Chef Wan dah mula bersuara, barulah satu pelosok negara nak bersuara juga.
Tapi memandangkan yang bersuara tu Chef Wan, jadi respon yang dia dapat lebih banyak negatif dari positif. Cuba kalau yang sound tu someone yang disegani macam Dato Siti, maybe respon berlainan.

Sebenarnya apa yang Chef Wan tegur tu memang betul, tapi entahlah, maybe sebab Chef Wan tu laser sikit, jadi ramai yang panas bontot walhal apa yang dia tegur tu sebenarnya betul.
Yang dia tegur bukanlah anak-anak, tapi mak bapak kepada anak-anak. Paham tak? Mak bapak. Bukan anak.
Tapi biasalah Malaysia ni ada masalah rakyat tak suka membaca. Kalau baca pun lambat hadam. Ramai yang ingat Chef Wan tak suka budak-budak datang rumah. Kalau dia tak suka budak-budak, aku rasa cucu dia yang kena halau keluar dari rumah dulu.
Maybe mak bapak yang terasa tu tak boleh terima kesalahan anak atau tak boleh terima orang kata anak dia nakal atau sejenis yang benak tak paham apa yang Chef Wan cuba sampaikan.

Honestly kalau apa yang jadi pada reader ni jadi kat aku, mintak mahap la, memang aku sound direct. Maybe aku tak melaser macam Chef Wan tapi memang aku akan cakap depan-depan.

Apa punya maklah macam ni.
Boleh pulak dia yakinkan tuan rumah yang kesan coklat tu boleh dilap je?
Of cos boleh di lap, that's the beauty of wallpaper tapi itu tak bermakna kita boleh rasa lega dengan apa yang anak kita dah buat.
Tu mujur ber-wallpaper, kalau rumah orang tu takde wallpaper?
"Takpelah, ni boleh cat balik ni". Gitu ke?

Rata-rata orang dok meratib "Budak-budak kadang-kadang aktif sangat, memang tak terkawal".

Betul.
Memang kalau dah namanya budak-budak, memang payah nak dikawal.
Payah nak dikawal bukan bermaksud tak boleh kawal. Boleh.
Jangan gunakan alasan anak-anak payah dikawal untuk justify anak terkinja-kinja kat rumah orang.
Kalau kita mengharapkan orang faham kita, kita juga kena faham orang lain sama.
Jangan asyik mintak orang lain faham situasi kita. Yang kita bila nak blaja faham situasi tuan rumah?

Kena blaja faham yang rumah orang tu cantik, tak macam rumah kita yang macam kapal karam.
Kena faham yang rumah orang tu banyak perhiasan, tak macam rumah kita yang takde perhiasan.
Paling penting, kena fahamkan anak-anak itu rumah orang, bukan rumah sendiri.

Kalau bersepai gelas pinggan pasu rumah orang tu, kalau reti ganti takpe. Ni tak, mintak maaf dan berlalu macam tu je.
Bukan semua orang boleh terima perkataan maaf dari kita.
Ini bukan isu harta duniawi.
Kita tak tau apa susah payah tuan rumah sebelum dapat beli perhiasan yang anak kita pecahkan tu.
Boleh jadi itu pemberian someone. Boleh jadi itu satu-satunya kenangan yang dia ada dari si pemberi.
Kau mana nak pikir semua tu?
Balik-balik hujah kau harta dunia tak boleh dibawak mati.
Hah kalau macam tu kau pegi mati sekarang.
Hidup lama-lama pun bukan boleh bawak apa pun masuk kubur kan?

Adik aku, Ima, anak dia jenis yang tak reti duduk diam jugak. Asik bergerak je.
Kalau pi beraya, kadang tu dia take turn dengan laki dia jaga anak.
Mula-mula laki dia makan, lepas tu dia pulak makan.
Masing-masing take turn jaga anak. Jarang nak dapat makan sama.
Kadang tu kalau terlampau aktif sangat, bapak dia sanggup tunggu anak dalam kereta je.
Bila adik aku dah selesai makan, adik aku pulak masuk kereta jaga anak, bapak keluar makan.

Bukan nak mengasingkan anak-anak dari masyarakat.
Tapi mak bapak perlu tau, jangan rosakkan majlis orang.
Kalau kehadiran anak-anak kita boleh buatkan tuan rumah kecik hati, boleh mencacatkan majlis orang, tolonglah jangan ego sangat. Sendiri boleh bajet anak masing-masing macamana kan. Simpan anak tu kat rumah dulu. Tak pun buat macam adik aku, gilir-gilir jaga.

Dan ini juga bukan issue mengasingkan anak-anak istimewa.
Please lah, tak payahlah time-time ni baru nak beria defend anak-anak istimewa.
Berapa kerat sangat kes anak istimewa yang sepahkan rumah orang?
Yang menyepahkan tu banyak anak-anak yang sihat walafiat je.

Anak-anak memang melasak. Itu memang fitrah anak-anak.
Tapi yang berbulu tu bila mak bapak takde ikhtiar nak perati and tegur anak.
Sebagai mak bapak patut dah boleh baca dan faham perangai anak masing-masing.
Kalau boleh diperati-peratikan, sila perati.
Kalau rasa tak boleh kawal, you have no choice, tak payah bawak keluar pi beraya rumah orang.
Atau kalau ada khemah luar rumah, makan bawah khemah je lah. Jangan masuk dalam rumah. Selalunya bila mak bapak masuk rumah, anak-anak mula mengikut.

Janganlah nak menyalahkan orang lain pulak bila mereka tak boleh bertolak ansur.
Kita sebagai tetamulah yang patutnya ada rasa toleransi. Kita datang rumah orang, masuk dalam kawasan orang biar ada adab. Jangan sibuk highlite apa tuan rumah patut buat pada tetamu, tapi kita sebagai tetamu pun ada adabnya. Sibuk sangat nak highlite tuan rumah kena muliakan tetamu. Yang kita sebagai tetamu agak-agak ada ikut apa yang Nabi pesan?

Kalau nak cerita pasal hak, meh sini kita sama-sama tengok apa hak orang lain sama.


Hak tuan rumah yang dilupakan 1.

Rasulullah saw bersabda, "Berilah hadiah di antara kalian! Niscaya kalian akan saling mencintai." (HR. Bukhari).

Tapi ramai yang tak buat pun kan?
Dah la datang melenggang, buat sepah rumah orang pulak tu.
Bab muliakan tetamu kita suka nak highlite, tapi bab kita kena muliakan tuan rumah taknak pulak highlite.


Hak tuan rumah yang dilupakan 2.

Lagi satu yang orang rajin buat bila ke majlis open house adalah suka bawak orang yang tak diundang.
Tuan rumah ajak kau, kau pi bawak 2-3 orang kawan.
Ada hadis tentang ni tau.

"Ada seorang laki-laki di kalangan Ansar yang dipanggil Abu Syuaib. Dia mempunyai seorang anak tukang daging. Kemudian, dia berkata kepadanya, "Buatkan aku makanan yang dengannya aku bisa mengundang lima orang bersama Rasulullah saw. Kemudian, Rasulullah saw mengundang empat orang yang orang kelimanya adalah beliau. Kemudian, ada seseorang yang mengikutinya. Maka, Rasulullah saw berkata, "Engkau mengundang kami lima orang dan orang ini mengikuti kami. Bilamana engkau redha, izinkanlah dia! Bilamana tidak, aku akan meninggalkannya." (HR. Bukhari) 

Yang ni hak tuan rumah. Tapi tak ramai tetamu yang tau hak ni kan?
Angkut selagi ada manusia yang boleh dengan alasan "Kitorang beraya sekali, tu yang singgah sini terpaksa bawak dorang sekali".

Tuan rumah selalunya tak kisah apa pun alasan kita.
Dah kalau kita segerombolan terpacul depan pintu rumah dia, takkan dia nak say no kan.
Tapi perlu tau yang perbuatan tu adalah salah. Sepatutnya sebelum datang kena minta izin.
Kalau tak, kawan-kawan kau tu makan tanpa diundang, rasa-rasa apa hukumnya?

Wajib bertaubat dan ganti balik harga makanan yang kawan kita dah makan.
Wajib ganti balik walaupun dah lama.
Hukum memakan makanan di majlis orang (kenduri/open house) tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri.
Dalam kitab Feqab bab walimah, ada sebut tentang ni.
Siapa yang datang makan ke majlis yang dia tak diundang, hukumnya haram makan makanan di situ.
Tapi kalau hanya datang saje, takpe.
Tapi untuk mudahkan cerita, pegi jumpa tuan rumah, minta maaf dan nyatakan kesalahan kita.
Dalam kes anak-anak, takpe, biasaanya bila tuan rumah yang tau kita sudah berkeluarga, jemputan bermaksud dengan anak-anak sekali.


Hak tuan rumah yang dilupakan 3.

Ada yang kata "Kita nak beraya mestilah nak sembang-sembang dulu. Takkan lepas makan terus balik?".

"Bila kamu selesai makan, keluarlah!" (Al Ahzab : 53).

Yang ni pun hak tuan rumah. Ada sesape pernah kisah hak yang ni?
Ayat Quran atas ni dah sound awal-awal.
Dah settle makan, balik. Itu lebih baik.
Especially kalau rasa tak boleh kontrol anak, lebih baik baik balik awal.
Kita berkunjung pun untuk memenuhi jemputan, bukan untuk bersembang berjam-jam.
Kalau rasa-rasa keadaan famili kita terkawal, tuan rumah pun mengizinkan kita lepak lama-lama takpe. Tapi patut padan lah, kalau kau dah nampak ramai orang datang takde tempat duduk, tak payah la kau bersembang lama-lama. Angkatlah bontot tu balik. Tak pun, sembang berdiri.

Cukup 3 hak je dulu.

Isu anak-anak terkinja-kinja kat rumah orang ni isu biasa. Nama pun budak.
Tapi itu bukan tiket untuk kita anggap ini perkara biasa. Berlaku pada semua orang.
NO! Tak berlaku pada semua orang. Jangan ingat bila anak kita melasak, maka anak orang lain pun jenis yang melasak sama. Melasak anak kau tak sama dengan melasak anak dia.
Melasak anak dia berkeliaran sana sini. Melasak anak kau tabur kuih atas sofa rumah orang.

Anak-anak nak terkinja macam pelesit kat rumah sendiri, silakan.
Tapi anak-anak wajib tau beza rumah sendiri dengan rumah orang.
Rumah orang bukan zoo, jadi jangan berkuntau sangat.

Aku pernah datang beraya rumah kawan En Wan kot, atau mungkin rumah sedara-mara dia. Lupa dah rumah sape. Open house. Ramai orang. Dia tak buat khemah, jadi semua tetamu memang duduk dalam rumah. Kat tepi aku ada 2 orang mak tengah bersembang, aku tak kenal. Aku dah perati dah anak dia bersenggayut kat langsir rumah orang macam tarzan. Anak umur 4 tahun macam tu kot. Yang si mak ni kat tepi elok je usap-usap bontot anak dia dengan suara lemah lembut "Baik-baik dik, nanti jatuh".

Hoi panasnya aku kat tepi.
Anak dia pulak yang dia risaukan. Anak kau bersenggayut menghayun langsir tuan rumah ke kiri ke kanan lagi mau tegur lembut-lembut ke?
Patutnya risaukan harta rumah orang tu dulu. Langsir tuan rumah tu kot tetas ke, koyak ke, tak pun railing tu jatuh timpa anak kau. Nak je aku lempang bontot anak dia "Boleh benti tak! Besi atas ni jatuh hempap kau karang mati!"

Tak lama lepas tu tuan rumah lalu, tuan rumah pulak yang cakap "Eh, jangan senggayut kat langsir tu, nanti besi jatuh".
Sebenarnya aku tau tuan rumah takut langsir dia koyak tapi tak gamak nak cakap macam tu.
Biasalah orang kita ni kalau tuan rumah cakap macam tu nanti kena kecam "sayang sangat harta dunia, bukan boleh dibawak mati".

Tau si mak buat apa?
Dia boleh cakap dengan gelak-gelak "Ni nak mintak maaf in advance tau kalau kayu (railing) ni jatuh, (gelak-gelak). Kat rumah I pakai roman blind. Tak pernah jumpa langsir macam ni tu yang seronok sangat tu". (sambung gelak).

Anak tengah berseronok dia kata!

Astaga, mendidihnya aku dengar.
Nak je aku bagi satu kali tepuk kat dahi dia cakap "Kau ni apesal bodoh sangat? Tak paham ke hint tuan rumah?"

Parents macam ni la yang wajib kena carut dek Chef Wan.
Bangsa yang yang bodoh tak boleh diajar.
Cakap berlapik pun tak paham, bila cakap laser dia kata kita mulut macam longkang. Padahal kau yang tak boleh terima teguran. Abis kalau semua benda tak boleh terima, penampa boleh terima?

Ada satu artikel aku baca tentang kes open house juga :



Aku dapat rasakan kepedihan brader ni.
RM650 gone macam tu je.

True, semua yang terjadi Tuhan izinkan. Bila dah jadi macam ni, kita hilang minat nak jemput dia lagi lepas ni. Dan boleh jadi juga bila jadi macam ni, sebenarnya Tuhan yang nak jauhkan kita dari orang yang takde common sense macam tu.

Ada satu lagi artikel aku baca, penulis tu kata "Kalau taknak anak-anak kacau barang rumah, pastikan rumah bersih dari sebarang perhiasan yang mudah pecah...."

Seriously...???
Sebab kau nak datang, maka aku kena sorok segala isi rumah aku?
Apa kata kau je sorok anak kau kat rumah. That will be much easier.

Apekehal kita yang kena sorok segala isi rumah semata-mata nak invite orang datang?
Patutnya sebagai tetamu, kau yang kena sedar kau sedang masuk compund orang. Jadi, bila dah masuk kawasan orang, kenalah beradab. Jangan buat kepala sendiri.
Sometimes ada mak bapak yang bila masuk rumah orang, dia pulak suruh tuan rumah alihkan barang "Tolong alihkan pasu ni boleh tak? Anak I main kat sini takut pasu terjatuh".
Ewah, kita pulak kena alihkan barang kita di rumah kita.
Patutnya dia yang kena alihkan anak dia.
Serious, jem kepala otak aku macam ni.

Parents macam ni, mesti spesis yang kalau kejap-kejap dia EL dia nak bos kena faham yang dia ada masalah.

Kalau dia masuk opis lambat hari-hari, bos tak boleh potong gaji sebab bos kena faham rumah dia jauh.

Kalau dia terpaksa ambik waktu lunch lebih setiap hari bos tak boleh marah sebab bos kena faham dia nak kena ambik anak kat skolah and angkat kain kat rumah.

Kalau ambik anak lambat, nursery tak boleh caj extra, sebab nursery kena faham dia balik tempuh jem.

Semua benda dia nak orang consider masalah dia. Tapi dia taknak pikir pulak situasi orang lain.

Another artikel tulis "Kalau taknak orang masuk rumah, lain kali buat kanopi banyak-banyak...".

*sigh*

Maybe orang yang tulis ni tak pernah buat open house atau majlis yang besar. Sebab tu dia tak tau yang orang Malaysia ni kau buatlah 10 khemah pun kat depan, tetap akan masuk dalam rumah jugak. Masuk untuk macam-macam sebab, ada yang nak jumpa tuan rumah, ada yang nak tengok rumah, ada yang nak lepak dalam rumah. No such thing bila buat khemah tetamu takkan masuk rumah. Nehi.

Aku tetiap tahun buat open house.
Pasang khemah selalunya 3 kanopi terus. Sebab jemputan aku selalunya up to 300 orang.
Tapi kalau aku tengok mak-mak yang bawak anak kecik, aku sendiri yang akan pelawa masuk ke rumah. Sebab kesian, anak-anak berpanas bawah khemah. Takut tak selesa. Walaupun khemah ada kipas, tapi bahangnya lain kalau duduk dalam rumah. Dalam rumah ada aircond, sejuk sikit.

Aku memang tak kisah tetamu nak masuk rumah.
Memang aku pelawa masuk. Aku pasang khemah tu sebab aku tau rumah aku tak boleh muat sampai 300 orang. Cuma tetamu kena tau, bila mana-mana tuan rumah allow kau masuk ke dalam rumah dia, bukan bermakna kau special dari orang yang kat bawah khemah maka kau boleh buat apa saja yang kau suka. Adab pegi rumah orang masih kena jaga.

Janganlah cakap kita jenis tak kisah kalau anak orang buat macam tu kat rumah kita.
Jangan samakan rumah kita yang macam tongkang pecah tu dengan rumah orang yang cantik.
Rumah kita dah memamg sedia bersepah, apa nak kisah.
Tapi rumah orang lain kemas, cantik, jadi kenalah faham tu.

Kalau kereta kita ada orang sengaja calarkan, marah tak?
Kalau orang tumpahkan air coke atas kusyen kereta, marah tak?
Tak marah, tapi menyumpah dalam hati jugaklah kan.

Anak-anak kena diajar, tangan kalau kotor, pegi basuh. Bukan kesat kat dinding atau sofa rumah orang.

Pensel, pen, watercolor tulisnya atas kertas. Bukan atas dinding rumah.

Dari anak tu kecik kena tegur. Esok dah besar kepala dah payah.
Jangan gelap mata dengan kecomelan muka anak.
Anak kalau mula merangkak ke arah barang perhiasan, belajar gertak dia dengan tepuk lantai kuat-kuat. Budak-budak kalau dengar bunyik kuat ni dia takut sikit. Biar dia tau mana boleh sentuh mana tak boleh.

Budak-budak memang semua benda dia nak ramas.
Kita makbapak yang dah ada otak ni kenalah bijak sikit.
Ada tangan tepukkan ke lantai.
Tepuk bontot dia.
Gunakan isyarat jari kalau nak suruh senyap, atau nak say no no no.
Gertap bibir kita tanda marah.
Jegilkan bijik mata.
Last resort, jeritkan je.
Tak payah nak ajar anak kekdah psikologi sangat. Tak lut.
Nak guna piskologi tunggu anak tu dah remaja esok.
Time masih budak-budak ni guna tangan jugak baru jalan.




The Moroccan Caravan



Sejenis kegilaan terbaru.

Lama dah aku aim beg ni tapi asik tangguh-tangguh je nak beli.
Raya lepas aku tengok straw bags colourful sequins ni macam tak mampu untuk di-ignore-kan lagi lalu mengorderlah. Nasib ada stok. Sabtu baru ni dapat juga :).
Bukan satu tapi TIGA! Hahahahah.



Actually aku beli 1 je tapi dapat free 2 bijik. Tanjat ai dapat 2 free.
Orang dah bagi tu hambik je lahhhhh.

Beg ni sejenis straw bags. Handmade.
Original from Morocco.
First straw bag Coach, tu pun aku beli pastu bagi kat adik aku. Malas pulak rasa nak pakai.
Tetiba terminat pulak nak pakai straw bags Morocco ni.

Memandangkan beg ni handmade, jadi stok sangat limited, bergantung pada kerajinan tukang buat. Yang buat ni bukan pusat kraftangan ke apa ke, tapi orang perseorangan.
The seller redah dari satu tempat ke satu tempat, jumpa sendiri dengan pembuat, and beli dari mereka. So, kalau dorang dapat bawak 50 jenis bag, maka grab lah cepat-cepat kalau berkenan kat hati sebab belum tentu lagi kau akan jumpa the same design akan datang.



Dalam dia macam ni.
Dia ada kain jerut macam ni untuk cover isi beg. Takde la beg kau tu terkangkang je pulak kan.
Tapi kalau aku, memang aku sejenis suka kangkangkan beg.
Apa beg yang aku pakai pun memang jarang aku zip atau tutup. Selalu kena sound ngan En Wan tapi tetap aku malas nak tutup. Malaslah kejap zip, kejap unzip, kejap zip balik. Jenuh. Mungkin straw bags ni sesuai benar dengan aku.

Dalam dia kosong je, takde compartment apa-apa. Jadi, korang kena beli handbag organizer sendiri.
Tapi selalunya beg-beg nacam ni orang tak buat untuk everday use. Untuk jalan-jalan sesekali sesuai lah. Tapi aku lenjan aje bawak pi opis pun. Takpe, aku bukan keje jumpa customer dah sekarang, so takde hal nak bawak pi opis hari-hari. Biar merelip sikit opis aku.



Sejenis OCD sangat tak sesuai pakai beg ni sebab nampak tak dalam gambar atas finishing bukaan beg tu senget - tak rata?

Itu bukan defect tau. Itu memang normal untuk mana-mana produk handmade.
Jadi jangan pulak bila dapat barang kau komplen kata barang defect.
Barang handmade memang macam ni, biasa lah.
Jadi kalau kau sejenis yang sukakan keseimbangan, kiri kanan kena sama, permukaan kena sekata, susunan warna kena ikut turutan - kau tak sesuai pakai beg ni.



Bagi aku, beg ni ok je. Jahitan ok. Kukuh.
Yang penting aku suka colorful sebab tu aku pilih sequin beg ni.



Setiap beg dapat 1 tassel. Tapi sebab aku special ðŸ˜‚😂, beg aku dapat 2 tassel! 



Ni salah satu straw beg free yang aku dapat. Tima kasih lah banyak-banyak.
Ni mesti adik aku aim jap lagi ni.

Harga beg ni RM250/pc.
Patut padan dah ni dengan hasil kerja, ambik kira kos seller pegi sendiri ke sana redah dari satu kampung ke satu kampung untuk cari produk. Kau ingat Morocco tu selang 3 pintu dari rumah kau?
RM250 ni dah patut padan dah ni.

Brand yang carry produk ni nama dia The Moroccan Caravan. Based in Malaysia tapi the seller tu original from Morocco. Kampung dia memang di sana. Jadi, kalau korang ada specific produk Morocco yang nak dia carikan, maybe boleh request dari dia juga.

Kalau nak tau, Fashion Valet pernah invite dorang and interested untuk masukkan dorang dalam brand FV tau. Dah pi discuss segala kat opis FV tapi disebabkan antara syarat yang FV kenakan is setiap bulan mesti ada new produk, dan setiap produk sekurang-kurangnya ada 8 SKU, jadi maybe The Moroccan Caravan is not for FV yet. Not yet. Sebab untuk barang handmade, susah untuk kita jangkakan availability of product, belum tentu setiap bulan ada stok baru. Dan untuk dapatkan 8 SKU setiap produk memang susah. Itulah jugak sebabnya kenapa Fleur by Mrs Him hanya setahun je dengan Lazada. Lepas tu aku withdraw. Sebab setiap bulan nak kena keluar new produk, aku tak boleh buat tu. Dan setiap design kena ada 8 SKU laaaaaaaaaaaaagi aku belum ready nak buat. Selama ni produk aku kalau baju kurung 5 warna je. Itupun dah buat beratus helai. Kalau sampai 8 SKU, and tiap bulan kena ada new produk, matilanakkkk. Not yet not yet.

Ce tengok customer-customer ni bergaya dengan straw bags Moroccan Caravan :





Yang rambu ramba ni pun cun gak. Ala-ala Apache.



Nak exactly macam ni, tapi takde dah :(



Ni antara koleksi straw bags yang dorang pernah bawa.
Yang pom pom straw bags tu macam kiutttttttttt je.
Aku tak sure if bag-bag ni masih ada stok ke tak. Boleh tanya dorang sendiri :



Next from Moroccan Caravan, aku aim kusyen ni.
Faizal Tahir dah pre-order kat dorang tau tak.
Tak boleh jadiiiiii kena rembat seketul dua gak ni.
Best tak bestnya kusyen ni, dia pakai organik cotton.
Organik cotton oiii!
Sape yang jenis sukakan barang-barang organik, silakan beli kusyen ni jugak.



Pagi ni guwe melaram pi opis pakai beg ni le apa lagi khennnn.

Kalau nak beli :

Whatsapp : http://www.wasap.my/60142668773 (lebih suka whatsapp)
Instagram : @themoroccancaravan
Website : https://www.themoroccancaravan.com/