2012-07-31

17


Aku ingat nak publish ni Sabtu sebab this time all shawl akan digayakan oleh model. Model free Sabtu.
However ramai yang email aku nak book shawl ni sebab aku dah up-kan status kat FB Fleur by Mrs Him.

Ni lah satu-satunya shawl yang aku bawak masuk 3 kali.
Yang first time aku gamble bawak masuk 300pcs, habis. Alhamdulillah.
Pastu ada yang minta restock. Restock aku bawak masuk 120 helai je. Pun habis.
Heran apesal ramai yang beli this shawl. Memang shawl ni tak dinafikan sangat cantik. Tapi sampai 420 helai semua habis??? Hmmm...

Pastu baru la aku dapat tau dari reader yang rupanya shawl ni ada dijual kat Jalan TAR and KLCC tapi dengan harga RM150 sehelai!
Gila bapakkkkkkkkkkkkkk mahal.
Masa tu shawl yang sama aku jual RM63 only. Kalau beli 5pcs harga jadi RM57/pc.
Patut la berbondong-bondong manusia beli.

Ok this time aku bawak masuk 60pcs je. Rasa ni last la aku bawak masuk. Dah 3 kali design yang sama.

Embroidery pattern dia lain but material, size, colour semua sama.
Sape pernah beli Shawl 9 yang dulu, mesti perasan shawl yang biru lain corak dia dari shawl-shawl lain. So this time, shawl yang datang pattern dia macam shawl yang biru tu. Harga pun dah jadi lain sikit. Sebab tu aku rasa aku perlukan naikkan entry ni dengan kadar segera supaya yang booking-booking ni semua tau harga sebenar.

Material : 100% silk
Style : Embroidery
Size : 170 x 50cm
Price : RM79/pcs
Bulk purchase price : RM73/pc (min purchase 5pcs or more)

Email me at aveo757[at]yahoo[dot]com.



 PATTERN 1












PATTERN 2

Yang purple ni pattern dia lain.
Harga murah sikit.

Price : RM73/pc
Katakan lah korang nak beli 4pcs dari shawl  Pattern 1 + 1pc dari Pattern 2, we can give you price at RM73/pc. So altogether RM365.

Harga adelah tetap, termasuk delivery.


p/s : Shawl 16 sangkut kat kastam. Dah sampai nnt aku notify semua yang dah book. Ada dua color yang dah sold out. Boleh check kat link SHAWL 16.

Nak suruh aku berhimpit kat stadium sorry the morry. Kalau nak berhimpit kat shopping mall boleh.

Hari Ahad lepas, En Wan bawak aku masuk stadium tengok training ManCity.
Dari dulu lagi dia dok mengajak aku teman dia tengok bola. Kalau tengok kat rumah tu gagah lagi la. Kalau nak suruh aku sama naik bertempik kat stadium memang tak la.

En Wan kata PM bagi free tix tapi kena buat slogan ke apa ntah kat website 1 Malaysia. So dia buat sekali menang. So dapat seat RM388. Dapat 2, sekali dengan 2 pass untuk tengok training.

Dia bukannya nak tengok ManCity pun. Laki aku ni bukan layan sangat bola-bola omputih, takat ambik tau berita ada la. Tapi kalau nak tengok dia berjaga malam layan bola, kumpul jersi bagai memang tak. Aku tanya dia, dah tu apesal beria nak pi tengok? Dia cakap, kalah memang konfem kalah la. Tapi dia nak pegi sebab saje nak tengok ManCity kena sebijik dua gol dari Malaysia. Jadiklah kan. Hahahha.

Petang Ahad tu dia pujuk-pujuk aku, ok lah, aku layan.


Memula taknak bawak Redza sebab pass masuk pun dua keping je. Tapi aku cakap better bawak Redza. Si Redza ni kalau tension-tension kena tinggal kang tau-tau dia pi bukak puasa. Sesia je dah pukul 5 petang time tu.


Seperti yang dijangka, memang 2 orang je boleh masuk. Yang takde pass, sila tinggal luar.
En Wan kemain lagi memujuk brader kat entrance ni.
Yang brader ni pun gamaknya tengah puasa, kepala pun tak berapa nak betul sikit, pi tanya kitorang "Budak ni umur berapa?"


En Wan : 8 tahun.


Brader : Oh, tak boleh. Kalau 3 tahun ke bawah baru boleh masuk.


Aiseyman bro.
Takkan la kau tak nampak anak aku tu besar mana.
Sah-sah la bukan 3 tahun.
Yang kau pi tanya umur tu apesalla???
Oh, mungkin nak beramah-mesara agaknya.



Taknak bagi masuk takpe.
En Wan pi beli satu pass. RM10 je pun. Takpelah.
So kitorang bertiga masuk tengok training.
















Masa dorang semua bersorak bila nampak the players keluar untuk warm up, semua bersorak siap berdiri.
Aku cam blur-blur. Nak sorak apa pun aku tak tau. Bukan aku kenal pun.

Rasa macam aku sorang je yang tak berapa nak excited jumpa players ManCity sebab aku sumpah tak kenal haram sorang pun. En Wan explain ok yang tu menantu Maradona, yang tu coach, yang tu ini,  yang ini itu la, gini, gitu. Aku angguk je. Menantu Maradona?
Maradona pun aku ingat-ingat lupa.
Yang aku kenal Safiq Rahim.
KFCM.
Safee Sali.
Hasbullah Awang.

Aku tak selesa dengan keadaan hiruk-pikuk.

Aku memang takut sikit kalau dengar orang bersorak, menjerit,  berkumpul rapat-rapat pastu bangun diri atas kerusi nak rebut bola. Aku dah nangis dah time tu sebab takut. Ngeri la keadaan dalam stadium. Memang takleh masuk betul. Dah la panas. Pastu ketiak orang sebelah gila bapak hamis. Hilang bau perfume aku. Padahal aku just pakai tudung instant je, takde shawl-shawl bagai tapi peluh menitik-nitik. En Wan pun heran apesal aku duduk diam-diam pun boleh berpeluh. Aku rasa aku berpeluh sebab takut kot. Tak reti la aku berhimpit-himpit ni. Maybe sebab tu la aku tak pernah pegi Jom Heboh, tengok konsert, mahupun demonstrasi jalanan. Alangkan  masuk pasar ramadhan pun aku nak keluar cepat-cepat. Mabuk.

Last-last setengah jam je kitorang kat dalam tu sebab nak balik pun ye jugak, kang stuck kat tengah jalan bulan-bulan puasa ni sangatlah azab.

Tapi yang bestnya gi stadium ni sebab kat luar ada jual banyak makanan.
Macam pasar ramdhan.
Dengan burger, goreng-goreng, hotdog, snacks, best la.
Kalau ajak aku lagi sekali pi stadium mungkin aku just duduk tepi gerai je.

Semalam kan, salah satu barang yang aku order dah sampai.
Masa oredr tak ingat.
Main order je. Bila dah sampai dia punya rasa cuak tu satu macam okeh?

Nak tau aku order apa?

Ngeh ngeh ngeh.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
Untuk kesekian kalinya....



Kali ni Shah bagi aku gift sebab dia kata aku dah banyak beli dari dia.
Seb baik ko takde jual Chanel and CDior Shah.
Kalau tak, konfem aku regular customer.




Semua perfume lama-lama. Bukan baru pun.
Cuma aku pun tak tau apesal aku nak collect perfume.
Pakainya tak jugak.
Kadang-kadang sembur atas katil je before tido.
Tak pun sembur kat toilet.
Aku susah sikit nak beli perfume baru sebab takde banyak reference. Kalau aku tengok ramai kata best ke apa ke, baru aku beli. Macam perfume atas ni memang konfem best punya sebab aku pun penah pakai Clinique Happy dulu. Flora pun Mak Aji guna. The Beat dah penah bau cuma belum pernah beli.

Aku tengah carik sesape yang jual Chanel and CD online.
Silalah bagitau aku.

Aku tak boleh beli kat kaunter.
Kalau beli kat kaunter En Wan konfem ada sekali. Susah kalau ada dia ni. Kang aku kena bagi 10 dalil kenapa nak kena beli perfume. Nak pulak kalau aku beli sekali rap macam ni, silap-silap kena tepuk kat dahi. Kalau beli online ni best sikit. Dia tak tau. Hahah. Tau-tau dah sampai. Takleh buat apa dah masa tu. Pasrah je la bang...




Tapi tu la kan.
Nak sorokkan pun dari suami sendiri.
Dah lebih 12 tahun dia kenal aku, so dah paham sangat dah tebiat bini dia.

Padahal semua perfume ni aku simpan.
Kotak semua dah buang. Siap bungkus dalam plastik hitam lagi.
Sorok-sorok buang kat luar. Dah macam pencuri je gaya.

Tetiba tak tau apesal, aku jadi senyap semacam je semalam.
Dia pun heran apesal aku tak bising.
Aku mana pernah senyap.
Kat rumah ni memang aku je yang bercakap. Kalau aku tak bercakap memang senyap je la. En Wan lagi la, mana nak bercakap. Kalau aku tak mulakan percakapan, sampai ke sudah la sepi.

Pastu aku macam nak mengelakkan dari pandang muka dia.
Gila lah...tak boleh nak dibayangkan kecuakkan dalam diri.

Masa aku nak masuk bilik air nak mandi tetiba dia tanya "Beg apa ni?"

DEMMMMMMM!!!!

Gift beg yang Shah bagi tu aku letak atas meja study.

Great.

Kan aku cakap, En Wan ni takde satu benda barang-barang aku yang dia tak kenal.
Dia memang boleh perasan apa barang yang aku baru beli walaupun sepit rambut.

Padahal En Wan just tanya "Beg apa ni" kan?

Tapi sebab gabra punya pasal, meluncur laju je statement aku "Hari tu Di beli perfume, so tadi dah sampai. 6 je. Ala takpe la, Bang. Eh? Takpe eh?"

Pastu baru terfikir, apa ke bangangnya la aku pi bagitau.
Padahal jawapan takde kena-mengena dengan soalan.

Tapi takpela, dia dah tak marah aku beli perfume lagi :)




2012-07-30

Perhatian!

Iklan 1 





Dan email di bawah ni mohon sumbangan anda :

Email 1





Email 2



BI...

Semalam En Wan ajak jalan-jalan kat Sunway Piramid, saje nak menghabiskan boreh.
Duduk kat rumah cuti-cuti ni memang la akan membuta sepanjang hari.
Abis nak buat apa.
Aku nak buat ini, bibik aku kata "Takpe Madam, aku bisa buat."
Kang aku pegang sana "Biar Madam, nanti aku buat".
Habis kalau dah semua kau buat, aku nak buat apa.
Buat tak tau je la kan. Tido.

Kebetulan En Wan nak carik new henfon.
Lepas dah settle part henfon dia, carik barang Redza pulak.
Dari seminggu lepas dok memekak-memekak kat telinga aku nak Tech Deck.
Kejadah apa Tec Deck ni aku tak tau la. Macam rupa skateboard je aku tengok. Ntah, tak paham.
Yang aku paham, lepas settlekan barang-barang dorang, aku nak pi carik VCD Beyond.
Aku nak kumpul balik kaset-kaset Beyond yang ntah mana meruyup hilang. This time of cos la carik VCD/DVD. Tapi takde pulak. Actually memang aku nak order je online. Tapi En Wan biasa la kan, mahal la, apa la. Dia mana biasa order barang online. Kalau ikut aku, main redah je.

Tapi takpe, aku telahpun meng-order pagi tadi. *wink*

Aku dah kata kan, aku ni kalau dah kata aku nak tu, memang aku carik sampai dapat.
Ni En Wan tak tau apa lagi aku dah kejerkan secara online.
Barang sampai nanti aku letak kat blog. Haha.
Takpe, bulan puasa ni dia takleh nak sound aku lebih-lebih. Nanti kurus pahala puasa dia marahkan aku.

Semalam masa dok mencarik VCD/DVD Beyond tu, banyak la kedai kat Sunway Piramid tu aku masuk.
En Wan pun sama naik tolong carikkan.
Tapi yang aku tak tahan tu, everytime masuk kedai VCD dia dengan konfiden yang tak berbelah bagi terus gi tannya budak sales "VCD Biyong ada?"

BIYONG okeh?

Sales Cina pun tercangak-bangak kejadah apa la BIYONG?
Sales melayu lagi la kan, nak jumpa sales yang kenal BEYOND pun payah, apetah lagi BIYONG!

Yang aku heran tu kemain cepat pulak tindakan dia pi tanya kat kaunter.
Tak sempat-menyempat aku nak tahan dia.
Gila sayang bini okehhh. Haha.

Aku bukan apa, usaha dia tu aku puji.
Ingat senang nak jumpa laki yang willing melayan tebiat bini suka kat lagu-lagu Cina?
Sampaikan sanggup tadah telinga dengar lagu-lagu Cina aku.
Tapi bab konfiden dia tu yang aku tak sanggup. Menonong je pi tanya sales.
Kesian kat dia sebenarnya.
Sebab dia konfiden dia sebut betul, padahalll. Wakakaka.

Malam semalam masa nak tido biasa la borak-borak dulu.
Aku tanya dia "Bang, abang perasan tak tadi abang tanya sales kat kedai CD tu - BIYONG?"


En Wan : Mana ada?

Aku : Iyeeee. Abang sebut BIYONG. (gelak) Abang tak perasan sebab abang memang takleh sebut BEYOND. Macam makan, cuba sebut makan?

En Wan : Makang.

Aku : Ha kan?? MAKANG! Abang memang takleh sebut. Kecik-kecik dulu abang mandi air budu ke apa? 

En Wan : Eh, sebab budu tu la orang pantai timur bijak-bijak tau.


Puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!


Aku : Ok kita test lagi sekali. Cuba sebut pinggan.
En Wan : Pinggan.

(bantai gelak sebab gila punya kontrol taknak bagi huruf G terkeluar)


Aku : Makan
En Wan : Makan

(lagi sekali bantai gelak sebab dia punya kontrol nak sebut MAKAN tu macam ada dengung idgham maalghunnah sikit. Hahahah)


Aku : Beyond.
En Wan : BIYOM.


Kan????
Dah kau tu spesis tak boleh nak sebut N, takyah la nak kontrol sangat.
Tak pasal je aku tekencing dalam pantyliner gelakkan kau semalam bang oiii.




2012-07-28

Tutup


Sape beli majalah Hijabista?

Aku baru 3 kali beli.
Reason aku beli pun sebab nak bagi bibik aku simpan so that kalau ada orang nak tempah baju ke apa, customer boleh rujuk kat situ kot ada yang berkenan.

Tapi bila aku belek-belek magazine ni, aku dah makin konfius dengan cara pemakaian tudung zaman skarang. Memang la tak salah bergaya, tapi bak kata Wardina perkataan "Pakai tudung pun boleh bergaya" tu kadang-kadang boleh jadi merbahaya.

Sejujurnya aku tak berapa berkenan dengan sesetengah gaya muslimah.
Dah macam pokok krismas pun ye.
Macam hamster terselit celah tudung pun ada.
Macam tenggiling tido atas kepala pun ada.

Dah sarat sangat.
Tak cukup dengan satu 2 tudung, sampai empat tudung sekali lilit.
Pastu dengan cekak rambut, dengan anting-anting bejuntai tepi kepala, aksesori berlapis-lapis.
Ni yang sarat-barat sampai bengkok badan mengangkut aksesori ni semua korang nak ke mana?
Nak pegi keje pakai macam ni?
Nak pegi jumpa client pakai macam ni?
Oh, don't tell me korang nak pi class.

Ada sekali tu aku solat kat IKEA.
Masa tu aku belum bertudung.
Kalau kat depan cermin ni berasak-asak hijabista melilit-lilit tudung.
Kalau pin/jarum peniti ni ada la kot sepuluh batang atas kepala.
Tak ke dah tak jadi keje tu?
Dah kalau sehari suntuk berjalan, 2-3 kali benti solat, aku takleh imagine betapa cekalnya hati masing-masing nak melilit tudung yang berlapis-lapis tu berkali-kali. Elok-elok boleh siap 15 minit, terus jadi 45 minit. Tu kalau sekali benti solat. Kalau dibuatnya keluar pagi santak ke malam? Tak ke 3x45minit habis masa kat melilit tudung je?


 Kalau macam ni masih manis lagi.


Lagi satu yang aku sakit mata tengok masing-masing dah macam overdo.
Pakai skirt A line paras betis, kat dalam pakai leggings, pakai wedges tinggi 3-4 inci.
Pakai jacket, pakai baju belah dalam, pakai tali pinggang kat luar jaket.
Tudung 3-4 lapis, siap pakai sepit rambut pulak kat tudung (motif??), pastu letak anting-anting kat tepi tudung.
Mak aiiiiii, tak berat masing-masing?

Memang la tak salah.
Aku pun tak kata pakai macam tu salah.
Cuma kadang-kadang aku rasa apa yang Wardina cakap pun ada betulnya jugak.
"Sekiranya kita memakai hijab dengan mendandannya seolah-olah ianya "rambut" kita, dengan pelbagai fesyen, gaya, aksesori dan rupa maka hilanglah motif utama untuk berhijab. Kita tidak lagi sederhana dan merendah diri kerana kita berhijab untuk "dilihat" untuk menarik perhatian"

Tutup yes, tutup.
Tak siapa kata berpakaian begitu salah.
Cuma dah jadi kurang tepat la kot.
"...Bertudung tak menghalang kita untuk bergaya? Gaya yang macamana? Seperti peragawati dalam majalah VOGUE kemudian cuma dililitkan tudung, terus menjadi muslimah dan dibolehkan?.." - Wardina

Maybe aku old fashion.
Memang dari dulu lagi kalau aku perlu sarungkan tudung, mesti aku akan carik baju longgar untuk dipakai.
Sebab aku rasa memang tak kena gaya pakai tudung tapi pakai baju ketat and seluar sendat.
Dari segi pandangan mata, nampak gila tak sesuai.
Dari segi hukum, wallahualam, sila tanya yang lebih arif.

Dari sebelum aku bertudung lagi aku konfius dengan gaya muslimah/bertudung.
Tapi masa tu aku lagi la tak bertudung lansung kan, so takat pandang and cakap dalam hati je la.
But even masa tu aku tak bertudung pun aku konfius apesal orang yang bertudung pakai serupa aku? Tinggal lagi dia bertudung and aku tak. Kang bila ditegur, konfem lah ayat pertama yang keluar "..at least aku bertudung. Yang kau?"

And aku percaya kalau sekarang aku tegur, dia tetap mempertahankan diri dengan berkata "..at least aku tutup aurat.."

Memang dari zaman free hair lagi aku cukup tak berkenan dengan orang yang bertudung tapi pakai baju ketat and skinny jeans. Sakit mata wei.
Aku rasa orang yang berpakaian macam ni, she wanna be seen.
Dia nak pakai macam apa yang orang free hair pakai tapi nak cukupkan syarat, maka dia bertudung.
Yes, just nak cukupkan syarat!

Bak kata Ustaz Don "Menutup aurat dan membungkus aurat adelah dua benda berbeza"

Sejak Ustaz Don kata (kawan yang selalu jadi bahan rujukan aku tu pun pernah cakap benda yang sama), "Inner tu pun sebenarnya tidak tepat untuk dipakai sebab ianya ketat", aku cuba mengelakkan diri dari pakai inner. Memang nampak macam makcik-makcik la aku sekarang.



Macam makcik-makcik je aku bila lepak dengan Elly, kan?
Padahal sama umur.
Dan bila bergandingan dengan orang kulit putih melepak, aku kelihatan sangat hitam melepak (wahh, nak jugak letak melepak).

Masa En Wan tengok gamba ni, dia cakap "Nampak pelik pulak bila awak pakai macam ni and bergambar dengan orang tak bertudung. Nampak awak lain sangat"

Ye, aku paham maksud laki aku tu.
"Lain sangat" sebab sumpah aku nampak tua sepuluh tahun dari umur sebenar with my baju besar dan longgar with tudung sampai ke dada. Seriesly like Cik Senah- Cik Senah. Sebab tu aku masih mengekalkan the old Diana kat rumah. Aku have to be fair to him. Dia kenal aku sebab aku macam tu dulu. So bila aku pilih untuk jadi macam sekarang, tak fair bila dia kena tengok aku berbungkus-bungkus at home.

That's the reason jugak kenapa aku lari-lari bila ada reader datang rumah. Ada sekali tu reader datang mengejut, tau-tau dah depan gate. Maybe dia baru baca blog aku kot, dia nampak terkejut bila tengok aku dengan mini skirt and baju low cut V-neck. Mungkin sebab terperanjat tu yang habis rambut aku pipi aku semua dia belai dia picit tu. Nak make sure tu betul-betul aku kot.

Aku rasa aku paham kenapa sesetengah perempuan yang bertudung susah nak pakai baju longgar, tudung labuh. Sebab akan jadi macam aku. Very the makcik-makcik. Luckily aku memang level makcik-makcik dah pun, so apa adehal orang nak panggil aku makcik sekalipun. Memng tak menarik pun pakai baju kembang serbah serbih ni. Aku sendiri dulu menangis tengok diri sendiri depan cermin sebab buruk sangat pakai baju besar. But luckily aku ada imaginasi yang cukup baik untuk membayangkan reflection pada cermin adelah Beyonce.

Tapi ladies, kalau korang harus memakai skinny jeans, cuba untuk pakai baju longgar labuh tutup bontot. Kalau harus memakai baju pendek, cuba untuk  pakai seluar yang tak sendat. Kalau harus memakai tudung singkat cuba untuk pakai baju longgar. Sebab dari kacamata seorang yang pernah tak bertudung, bila dulu aku tengok those yang bertudung pakai sendat ketat singkat, hati aku lansung tak terdetik nak bertudung. Seriesly aku tak nampak apa pointnya untuk aku bertudung kalau orang bertudung masih pakai ketat-ketat and singkat macam tu. Takde beza dengan aku. Anytime aku boleh pakai mini skirt with leggings and just lilit scarf sabit nak tutup kepala je pun kan? Ditambah lagi dengan persepsi orang yang bertudung terhadap yang tak bertudung, terus mati selera aku nak berubah.

True, kita tak boleh judge orang berdasarkan cara pemakaiannya.
Setidak-tidaknya mereka yang bertudung tapi berpakaian sendat tu sedang berusaha mentaati perintah Allah (pakai tudung). Dalam masa yang sama, yang bertudung pun janganlah mengutuk those yang tak bertudung. Takde sudahnya kalau mengutuk dia pun. Sebab kita tak tau mungkin dia juga sedang belajar dan berusaha. Dan siapa tau sekiranya dia ditakdirkan bertudung, mungkin dia lebih sempurna dari kita. 

 
 Kalau rasa-rasa pakai tudung instant macam ni nampak very the Cik Senah, kita pakai shawl atas dia....



 Kalau pakai shawl nampak la macam Cik Paris sikit....auww!

2012-07-25

Kepala batu

Now aku tau kenapa Mak Aji sedaya upaya nak bagi aku lupa Leslie and segala keminatan aku terhadap artis HK. Sebabnya macam ni lah....


Konsert 1989 (pandai-pandai pahamkan sendiri)



Konsert 1997 (with English sub)


Aku dah jumpa complete version konsert Leslie tahun 1989 and tahun 1997!

Tahun 1997 tu baru-baru ni ada keluar kat Astro masa ulangtahun dia mati, tapi aku tak record.
Yang 1989 ni yang aku paling carik. Today jumpa la pulak. Memang tak jadik keje la kan. Sudahnya aku kensel semua appointment aku. Tutup segala folder-folder dan file.

Tang mengkenselkan appointment dah mengistiharkan taknak pegi keje tu yang benda paling Mak Aji dan En Wan tak berkenan kat aku.

Tapi memang macam ni la perangai aku.
Dari kecik sampai ke tua. Nak kata keras hati tu pun mungkin jugak. Kepala batu pun boleh la jugak. Haha.
Aku bangsa yang aku tau apa aku nak.
Kalau aku dah decide untuk TAKNAK ikut cakap kau, kau jangan susah payah nak promote, nak desak, nak hasut, nak nasihat, memang aku takkan ikut punya. Tapi kalau aku kata aku NAK, susah macamana pun aku akan buat. Takyah la nak halang, nak kondem, nak marah, takde aku pedulik punya. Aku buat jugak.

Perangai aku ni Mak Aji ngn Pak Aji dah masak sangat dah.
Masa aku dapat masuk boarding school dulu, aku taknak pegi pun sebenarnya tapi biasa la kan, mak bapak mana yang tak proud anak dia dapat masuk best school. Anak pulak muka selebet. So kalau dapat masuk skolah terbaik tu ada la jugak benda yang nak dibangga-banggakan. Orang melayu ni pulak yang aku perasan (kebanyakkannya la), kalau budak tu tak bijak sekolah maka budak tu bangang forever. Konfem besar esok tak jadi orang budak ni. Apetah lagi kalau budak bangsa takde rupa memang sorrylah nak ada orang notice. At least itulah yang aku perasan dari kecik until now.

Kalau ikut hati aku memang aku selesa dengan sekolah harian.
Tapi sebab Mak Aji and Pak Aji excited sangat, aku ikutkan je.
Tapi tu la kan, benda kalau buat separuh hati memang tak selesai.
Aku dah kata aku taknak tu, memang aku takkan nak forever la. Biar la orang kata budak sekolah asrama pandai-pandai, ada aku kesah??
Last-last seminggu je aku kat Maahad.
Oh don't get me wrong ye, aku keluar Maahad bukan sebab aku taknak pakai tudung. Tapi sebab aku memang tak suka duduk asrama. Lagipun masa tu aku macam konfius dengan identiti. Tahun yang aku masuk tu 1990, minggu orientasi tu juga adelah minggu Juara Lagu 1989 yang Isabella menang. Siang tu akak-akak senior basuh kitorang dengan hafal Asma Ul Husna, hafal doa taubat, hafal lagu sekolah (lagu Maahad bahasa arab okeh), at the same time rampas walkman aku dengan alasan kat sini tak boleh dengar hiburan. Tetapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii masa Juara Lagu, dorang (maybe tak semua) susup-susup tengok Juara Lagu kat bilik mana ntah. So aku rasa tertipu and kalau senior yang dah duduk bertahun kat situ pun perangai lebih kurang aku, better aku duduk luar. Maybe kalau aku stay kat sana aku akan jadi jauh lebih baik dari sekarang.
But maybe yes, maybe not. Ntah.

Sorry to Maahadians, bukan aku kondem korang, but ini point of view aku sebab aku pernah berada di sana satu waktu dulu.

Mati-mati aku taknak duduk sana.
Mak Aji melawat aku hari-hari nak pujuk aku supaya stay.
Bawakkan aku coklat la, fast food la, snack la (aku bukan dari keluarga senang sangat so kalau dapat cokelat hari-hari tu dah kira macam orang kaya dah ni) tapi dah aku kata aku taknak tu kan. Memang tak la. Bagi cokelat aku makan. Tak makan bazir. Bazir amalan syaitonnnnnnn. Tapi quit sekolah tetap quit.

Sama macam aku kat TKC.
Mak Aji and Pak Aji sooooooooooo excited bila sekolah call cakap aku dapat TKC.
Well, aku tau la TKC tu antara 7 SBP terbaik kat Malaysia. Tap aku taknakkkkkkkkkkkkkkkk.
Aku nak duduk sekolah harian, boleh balik rumah hari-hari, boleh tengok tv bila-bila aku nak, boleh terbongkang sesuka hati. Tapi aku tetap pegi jugak. Layan kan je la. Lagipun aku ni jenis yang tak tolak bulat-bulat. Aku akan cuba jugak, tapi bila aku dah cuba and aku sangat yakin benda tu tak sesuai dengan aku, memang aku blah la.

Aku nak quit tak boleh sebab kebetulan masa mid exam aku dapat keputusan yang ok, takde sebab untuk aku dibuang sekolah. Jadiiiiii kita nak buat apa supaya kita di-kick out dari sekolah?

Yezzerrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Kita flyyyyyyyyyyyyy malam-malam.
Biar kena tangkap dek pak guard.
Pastu pak guard akan bawak kita jumpa pengetua.
Yes! Yes!

Tapi pak guard to bodo.
Aku fly pun dia tak sedar. Dasar kuat membuta.


Kau mampu fly malam-malam ikut pintu utama???
Orang lain fly ikut pagar belakang.

Mengadap pengetua kena la sedas. Fedap kot dia dengan aku.
Tapi aku kat rumah lagi teruk kena berdas-das dek Mak Aji macam topedo.
Bukan takat rotan, dengan tali pinggang, dengan hanger, dengan pembaris, dengan buku. Pehh. Mak Aji ni memang selayaknya jadi tukang sebat, bukan jadi kerani.

Memang macam-macam perangai la aku buat supaya aku ditendang keluar dari TKC.
Seb baik Ima tak ikut perangai macam aku.
Masa dia masuk SMSAH (Jitra) dulu, aku bajet dia akan buat perangai jugak tapi tak. Dia jenis degil tapi kental. Aku lain. Aku jenis tak degil tapi kepala batu. Ha, achaner tu?

Orang lain mesti rasa ape kebangangnya la kensel kerja padahal konsert tu boleh ditengok balik malam karang.

Kan?

Tapi aku yakin, aku takkan boleh concentrate buat keje kalau aku tak habiskan konsert ni dulu.
Jadi, silalah buat keje anda.
Aku nak sambung tengok.




2012-07-24

Hei Fun Nei




Nampak tu???? 

Tu namanya hantu cina dah masuk badan. 

Bulan-bulan puasa boleh nak layan konsert eh? 
Dasarrrrrrrr! 

Actually aku mencari bahan untuk didownloadkan dalam mp3 player, boring la balik-balik lagu sama je kan. So nak tukar lagu. Sekali ter-bumped kat video konsert Beyond 1991. 

Ohmaigaddddddddddddddddd.
Terus terlayan sampai pukul 2.30pagi. 

Selain dari Leslie Cheung, aku juga gila kat group Beyond ni.
Beyond ni indie grup asal-asalnya. Time tu indie kat Malaysia belum bersepah lagi.
Tapi pastu dorang masuk mainstream and terus kebabommm.
Aku suka dorang sebab semua lagu-lagu dorang cipta sendiri and semua best gila.
And yang bestnya, semua empat-empat orang tu menyanyi.
Masa vokalis dia mati tahun 1994 (terjatuh dari stage masa perform kat Japan) aku ngan Ima melalak-lalak sampai bengkak-bengkak mata. Kitorang pernah hantar surat ke Beyond (tak tau la dapat ke tak) but surat tu panjang gilaaaaaaaaaaaaaaaaa. Kitorang pakai kertas printer Pak Aji. Kertas printer ke fax ke, aku tak tau la. Lupa. Tapi yang pastinya kertas tu panjang and kitorang tampal gambar-gamba and keratan-keratan akhbar and majalah and everything about Beyond. Punyalah meggilanya dengan Beyond. Lepas siap tampal-tampal and tulis sikit-sikit terus pos. Aku harap dorang dapatlah. Penat aku gunting majalah Galaxy. Dengan majalah majalah Jelita Mak Aji sekali aku gunting konon nak buat kolaj la. Atas kegilaan melampau-lampau tu la yang Mak Aji risau je anak-anak dia kawen dengan Cina. Apa nak risau pun aku tak tau la. Tup tup bakal dapat menantu cina. 
Eh, terbagitau pulak. 
Sorry Ibal. 
Hahah. 

Apa la nasib aku kan, semua penyanyi yang aku minat semuanya mati.
Aku tak tau kenapa until now, aku tak boleh nak minat segila-gila punya minat macam aku minat kat Leslie and Beyond. Atau dalam kata lainnya aku rasa aku lagi kenal artis Hong Kong dari artis Malaysia. Tapi artis Hong Kong dulu la, yang skarang ni aku tak layan dah. Rasa cam tak best lansung. 

Masa vokalist Beyond ni, Wong Ka Kui, mati, aku siap ponteng tuition bagai. Punya la nak tengok berita kematian and funeral dia kat Jade Solid Gold. Sanggup tak makan time rehat semata-mata nak simpan duit beli Galaxy. Skarang ada lagi ke mags Galaxy? Galaxy tu dulu banyak cerita artis Hong Kong. Masa Wong Ka Kui mati, berpage-page story kat Galaxy. Terkemut-kemut aku nak sorokkan majalah Galaxy ni dari Mak Aji. Gila okkk, dah la nak SPM, ponteng tusyen bagai, siap kumpul majalah hiburan, memang kalau Mak Aji nampak konfem aku meninggal hidup meninggal hidup empat kali. Tu yang satu kali tu Mak Aji bukak almari baju aku nampak poster Leslie dalam lemari habis poster tu dia siat-siatnya. Stress aku. Rasa macam nak lari dari rumah. Tapi kau nak lari mana kan. Duit belanja skolah pun mak bapak bagi. Takyah nak berani-berani sangat la buat keje lari-lari dari rumah ni. Lari setempat je sudah.

Kitorang sebenarnya ada video tape Konsert Beyond ni.
Tapi percaya atau tidak, kitorang layan video ni berulang-ulang kali sampai putus tape dia.
Haa...kau mampu?
Aku rasa jiran-jiran Mak Aji dulu konfius apesal rumah kitorang asik pasang lagu cina.
Kalau ada orang datang mintak derma ke, jual keropok ke, mesti tak jadi nak masuk sebab rumah ada lagu cina. 
Eh tapi bagus apa macam tu. Boleh prektikkan ni. Ngahaha.

Hari-hari keje aku dok pasang video ni sebab nak hafalkan lagu.
Tak cukup dengan video, semua kaset Beyond aku beli.
Aku tak tau mana pergi kaset-kaset tu now. Aku rasa aku dah buang kot masa nak pindah rumah lepas kawen. Tapi takpe, mp3 player aku now masih ada lagu-lagu Leslie and Beyond.
Sape masuk kereta aku memang pening.
Dah la ada lagu Cina, lagu melayu pun stok-stok DJ Dave, Uji Rashid, Razis Ismail, D'lloyds.
Sorry la, lagu-lagu zaman skarang ni aku belum boleh masuk sangat.

Minat tu memang minat.
Tapi masa aku drive sensorang dari Penang kul 3.15am dulu, pandai pulak skip bila sampai ke lagu Leslie. Takut wooo. Malam-malam drive sensorang pastu pasang lagu orang dah mati.
Hari tu balik dari Penang sampai rumah dah nak maghrib, sekali keluar lagu Whitney Houston. Pun aku skip jugak. Hahah. Bodo gila. Tu pun nak takut.
Tapi sebenarnya takut gak wei.
Ko tau je la kan lagu I Will Always Love You tu camne.
Part last sekali tu kan dia nyanyi "Love youuuuu.....youuuuuuu...youuuuuuuuuuuu"
Mana tau tetiba "you....youuuuuu...youuuuuu..uuuuu..huuuu..huuu..huuuuuu..hi...hiiiii...hiiiiiiii"
Tak pasal je.

Dulu kawan sekelas aku, Leong Kok Hong nama dia.
Budak ni la yang selalu jadi mangsa kena translatekan semua lagu-lagu dalam album Beyond.
Sape suruh jadi satu-satunya student chinese dalam kelas kan? Kan dah jadi mangsa aku.
Budak ni pulak minat Beyond jugak, lagi la. Terus jadi besfren. Hahahha.

Actually aku kenal Beyond ni hari yang sama aku discover Leslie.
Masa tu tahun 1989 (Darjah 6), aku tengok TV2 cerita For Your Heart Only.
Dua-dua berlakon dalam filem yang sama.
Pastu aku pun minat gila kat dua-dua.
Ujung-ujung dua-dua pun mati. Cis.

Tak sangka semalam dok layan konsert Beyond ni, 80% lagu-lagu dia aku masih hafal.
Tapi takat hafal je la, pahamnya tak.
Kalau faham apa lagu tu cerita tu tau la.
Tapi nak translate sebutir-sebutir memang tak le.

Sebenarnya kan, masa aku gi Hong Kong dulu, antara motif aku adelah sebab nak cari cemetary Wong Ka Kui ni. Nak carik kubur Leslie tu memang tak jumpa la kan sbb dia cremated.
Aku ingat lagi masa kitorang nak ke hotel, bus tu lalu kat satu lereng bukit, and lereng bukit tu mengadap laut. Aku rasa tu kawasan cemetary sebab kat Galaxy ada tulis WKK ni dikebumikan kat cemetery lereng bukit yang mengadap sea. Tapi takde la sampai nak gi menyembah pulak, dapat melintas jadilah.Masa dalam bus tu aku cakap kat Mak Aji "Ma, nak carik kubur Leslie dengan Ka Kui la"

Mak Aji "Kalau aku tampa ko nak?"

Ala, dia ni. Aku acah je.

Dulu kan aku pernah tanya Mak Aji :


Aku : Ma, apesal mama takut sangat kitorang layan artis Cina. Takut terkawen dengan Cina eh?


Mama : Kau tu bukannya betul (terer agama) sangat. Hilangkan nak bentuk orang, kau yang tak terbentuk nanti.


Aku :  Ala, apa salahnya kalau kawen dengan Cina pun.


Mama : Cina mana yang nak kat kau ni? Kulit melekit ada hati nak kawen dengan cina.


Tak dapat kawen dengan cina, dapat chinese look pun jadiklahhhhhhhh.

Masa aku  bawak balik En Wan dulu, Mak Aji cakap "Takde ke yang lagi sepet kau nak bawak balik rumah?"

Mesti stress Mak Aji.
Ko tak bagi aku kawen dengan Cina, aku bawak balik Melayu yang muka cam Cina. Amacam?



Lagu Beyond yang aku paling suka - No More Hesitation

2012-07-23

"I'm back!" kata shawl

New shawl ladies....
Please book, shawl akan sampai next Monday.
Aku tak bawak banyak this time.
Kaler pun random.
So kena book dulu, sape book awal aku bagi dia dulu.

Material : 100% silk voile
Pattern : Printed with lace
Size : 180 x 68cm
Price : RM50/pc with delivery
Bulk purchase price : RM45/pc (minimum purchase 5 pcs)

Please email me : aveo757[at]yahoo[dot]com


 

 
Red



 Pink



 Peach



 Green



 Orange



Brown



Cream
SOLD OUT



Shocking Pink



Yellow



Purple



Grey
SOLD OUT

Ada masa dengar ni ok?

Ni ceramah dari Imam Masjid di Madinah, Sheikh Ali Soleh.
Dia memang orang Saudi tapi fasih berbahasa Indonesia sebab wife dia org Indonesia.
Ceramah ni lama, so harap pakai earphone la ye.
Kang kalau bukak kuat-kuat kena masuk bilik bos jap lagi.

Thank you.


Puasa 1

Alhamdulillah, dah nak masuk hari ke-3 aku "berpuasa".
Even "berpuasa" dalam keadaan period yang heavy flow, tapi so far masih bertahan.
Hari pertama bersahur tu aku bagi bibik-bibik aku sorang sepaket Ephyra, saje nak kasik dorang strong sikit first day, hari-hari lain kalau ko nak korang beli lah. Semalam bibik Lenny tanya "Madam, ubat apa Madam kasi aku semalam? Aku tak bisa tidur". Baru kau tau penangan dia?? Ingatkan nak bagi Redza minum sekali tapi bapak dia tak kasik pulak.


 Testi 1

Kan aku dah cakap BF mother boleh minum Ephyra ni ye. Jangan risau. Dah ramai BF monthers guna :)


 Testi 2



Tapi alhamdulillah Redza ok je first day tu, luckily Sabtu kan. Hujung-hujung dah nak pukul 7 tu je dia buat hal "Ija dah nak mati dah ni. Tolong Ma, Ija nak mati dah ni haus sangat. Tolongggggg". Drama gila anak aku ni. Sekali aku tampa kang berlumba-lumba anak tekak kau masuk dalam perut. Yang si Rayyan pulak makin abang dia menangis-nangis kehausan, makin dia togok air Ribena betul-betul depan batang hidung abang dia. Siap bunyi telan air lagi "Gulp! Gulp! Gulp!". Lagi la meraung si Redza.




Penangan Pasar Ramadhan first day.
Biasa la kan, hari pertama, masing-masing menggelupur nak beli itu ini.
Aku rasa macam aku tak jumpa-jumpa jalan keluar.
Asik benti je lepas satu stall, satu stall.
Macam semua nak beli.
Sampai menyenget aku duduk sebab kat kaki penuh dengan makanan.
Tapi biasa la kan, yang meniaga pun berpuasa.
Masakan pun macam mamakotai je la rasa dia.

En Wan hari pertama berbuka je dah buat hal.

Orang tua ni kan bangsa degil.
Everytime berpuasa dia mesti nak mentekedarah air tebu.
Dah la se-jug dia sorang balun.

First day tu dia beli air tebu jugak.
Aku dah sound "Jangan. Kang letih!"
Oh, taknak dengar ni. Nak beli jugak.
Ha beli, beli.

Elok je azan Maghrib, dia teguk air tebu sampai 2 gelas!
Aku ni dah la period, puasa lak tu.
Tapi aku takleh nak concentrate kat makan.
Sebab aku konfem jap lagi laki aku ni mesti tumbang.

Betul pun!
Tak sampai 15 minit, tetiba aku nampak muka dia merah.
Pastu dia bangun cakap pening kepala.
Dia bangun gi fridge ambik air sejuk, minum.
Pastu dia cakap "Tolong Di, abang nak muntah".
Dia berlari ke toilet depan. Aku berlari-lari follow sebab aku tau anytime dia mesti jatuh punya.

Elok je sampai toilet, terus rebah.
Kannnnnnn?????
Pakkal la suami tau. Kalau pangkat adik-beradik, memang aku ambik kepala dia masukkan dalam jamban, flush! Habis cerita.

Sakit hati betul.
Dah dicakapkan tadi jangan minum air tebu, jangan minum air tebu. Dia punya degil tu Ya Rabbi!
Orang lain buka puasa minum air panas dulu. Teh O ke apa ke. Dia belasah air tebu sampai 2 gelas.
Mana tak berangin perut. Dah la En Wan ni jenis perut yang sensitif. Lauk masak siang kalau bawak ke malam pun dia takleh makan. Konfem sakit perut. Inikan pulak minum air tebu time perut kosong. Saje je la ni nak carik pasal.

Tapi menggagau jugak aku time tu.
Dia punya keadaan tu macam nazak je. Dengan muka panas, badan berpeluh-peluh, pastu rebah pitam.
Mak lagi la gelabah kan tengok anak kesayangan dia camtu.
Pastu aku buatkan eno nak kasik angin keluar. Lepas minum eno, baru segar.

Pasni kalau berani-berani nak bawak masuk air tebu dalam rumah ni, siap. Aku letak julap terus.



Saper perasan American Brownies dah ada balik kat SR?

Aku noticed pun last week.
Masa tu hantar Redza kat Enopi, pastu balik singgah Giant nak belikan dia cheese cake, then masa tengah tunggu turn tu mata aku terpandangkan brownies ni.
Walaweiiiiiiiiiiiiiiiiii ada balik?????
Terusssssssssssssssssssssssss order sebijik.
Aku tak tau apesal dia stopkan kejap production American Brownies ni, yang aku tau memang rugi sangat-sangatnya kalau dia stopkan. Sebab cake ni la dah super sedap. Nak lagi kalau panaskan dulu before makan. Dia punya cokelat tu meleleh-leleh, pehhhhhhhhhhh! Aku yang susah nak makan cokelat pun boleh ketagih dengan Amerivan Brownies.



Semalam aku beli Almond Biscotti dari Ms Marlena from Fea Cookies.
Actually dah 2-3 minggu dia mintak aku tolong advertisekan kat blog tapi aku ni main transferkan je semua request-request reader/blogger dalam folder untuk aku baca kendian-kendian. Last-last terlupa. Baru kelmarin teringat.

Bila aku bukak attachment dia bagi, laaaa ni ke namanya Almond Biscotti?

Aku memang lama dah carik biskut ni.
Dulu time sekolah rendah, tetiap tahun nenek sedara aku buat kuih ni.
Tapi dia punya biscotti ni lagi colorful, siap dengan hirisan cherry, pastu ada pulak buah kaler hijau (aku rasa macam cherry jugak. Ada ke cherry ijau?) then of cos ada almond ni. Memang kalau gi rumah dia, kuih ni la yang habis dulu. Lepas dia pindah duduk dengan anak-anak dia, aku dah tak jumpa biscotti ni kat mana-mana.

Lepas kawen dengan En Wan (eceh, pernah kawen dengan orang lain ke dulu...?) aku jumpa biscotti ni kat Sogo. Terus beli.

Semalam Marlena ni sekali lagi email aku, nak hantar sample untuk aku rasa.
Eh, tak payah.
Memang aku nak beli pun sebab dah pernah makan almond biscotti ni.
Terus order 8 balang and semalam jugak dia hantar ke rumah tapi masa tu aku dalam bilik air, so tak dapat jumpa.

So kalau korang nak order ni, sila contact : feacookies@gmail.com (Marlena)
Harga : RM17/balang only.