2011-01-28

Kau takde keje ke????




Ni komen yang aku dapat tadi.
Aku tengah makan dengan Redza now ni, Redza ada bagitau yang Cik Mas (van driver) bagitau dia ada budak kena culik.

Elok-elok je tengah sembang aku tengok komen ni masuk. Meremang bulu roma kejap.
Not sure kejadian ni kat mana but please hafal no plat keta ni and call Mr Rashid.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


From: Sofia Atirah <noreply-comment@blogger.com>
Date: Thu, 27 Jan 2011 22:13:37 -0800 (PST)
To: <aveo757@yahoo.com>
Subject: [walk on wings, tread in air] New comment on I will love you forever.

Sofia Atirah has left a new comment on your post "I will love you forever":

Salam Kak D....Minta tolong paparkan dalam blog akak, boleh?
friend of friend info : Sila sebarkan sekiranya nampak kereta myvi putih bernombor WUS948 dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau seorang wanita bertudung sila hubungi rashid 0196267828. Suspek telah melarikan anak pompuan beliau berumur 1 tahun dari nursery baru sebentar tadi.

Publish
Delete
Mark as spam

Moderate comments for this blog.

Posted by Sofia Atirah to walk on wings, tread in air at 2:13 PM

2011-01-27

I will love you forever



A bf gave a challenge to his gf to live a day without him.

No communication at all and said if she passed it he'll love her forever. The gf agreed.

She did not text or call him the whole day without knowing that her bf has only 24 hours to live because he's suffering from cancer.

She excitedly went to her bf house the next day. Tears fall as she saw his bf lying on the coffin with a note on the side.

"You did it baby, can you do it everyday? I LOVE YOU".




P/s : jangan segan-segan nak nangis. Aku dah melalak dah pun baca ni.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah sampai. Tima kasih.


Again, terima kasih yang tak terhingga to my readers and bloggers yang hantar gifts for Rayyan. Sorry gamba-gamba ni dah lama berkepam, baru hari ni ada masa nak upload (padahal hari-hari ko update blog kan?).


Ini from .... alamak, aku lupa nama dia.

Kalau tak salah SHAE kan? Yang keje kat MOX tu, betul tak?
Sorry dik, akak terpaksa bukak hadiah ni sekerat je.
Kalau Redza nampak bendalah ni konfem dia ajak aku main masak-masak.
Pandai ko pilih kaler kan? Green apple lagi.
Akak makan kat mangkuk ni bleh?


Kalau tak silap aku, ini from Kancilbiru @ Baizura...?
Betul?

Actually dia hantar ni dengan nice decoration, bukan sejibik-sejiban macam ni keluar-keluar dari kotak. Cantik dia decorate, dalam bentuk bulatan lagi. Pandai ko decorate.
Tapi kannnnnnnnnnnn.
Masa package ni sampai, separuh kotak dah rabak, so the decoration pun entah ke mana-mana. But aku leh imagine macamamana dia decorate coz some of the pampers masih dalam keadaan intact.



Ok, aku baru dapat komen dari tuan yang buat the decoration. Her name is Byzura, yang hadiahkan nama dia Niza. Sorry girls.

So, ni gamba Diaper Cake yang sepatutnya sampai begini kat aku. Akhirnya dia sampai begitu....*sad*

Nak order?
Go to http://twinkywinkystars.blogspot.com

Banyak okkk dia bagi pampers ni.
Jimat duit pampers aku (dengan anak pun berkira). Ehhh, kita mesti berkira.
Dah cukup baik aku bagi pampers, aku dulu pakai napkin je. Tu pasal bontot aku berkerak sampai sekarang.


Ni dari Nurul Azlan.

Dia juga adelah customer pertama yang sampai ke rumah aku untuk collect macaroni bakar.
Tima kasih banyak-banyak for the kasut, walaupun booties and mittens pun Rayyan masih belum pakai. Tapi takpe, once dah boleh guna akan ku upload lagi kat blog sebagai bahan bukti kasut tu kekal cantik, dengan harapan Redza tak jumpa menatang ni. Kalau dia jumpa, konfem dia sarungkan kat kaki transformers dia. Bukan ko tak tau kreativiti anak aku kan?


Ini dari viruspadu @ Zaimah.

Masa aku dapat envelope tu aku dah boleh agak mesti minah ni bagi aku tudung sebab dia jual tudung (click banner dia kat side bar).
Dan jawapannya adelah 10 markah untuk aku!

Yang bestnyaaaaaaaaaaaaaa, dia hadiahkan aku shawl yang aku suka tu. Wawawawawwa.
Kira berjaya la modus operandi aku puji tudung tu kan? Servis bertukar tangan skarang okkkk. Wakakakkaka.


Ini bukan kain pelikat En Wan ye. Aku lempang kang.

Ada dua cara pemakaian ye puan-puan.
Boleh dipakai sebagai selendang, (spek tidak termasuk dalam pakej), dan agak-agak dada kau selambak sangat, boleh la dipakai bagi menutup dada dan bahu.

*motif bergamba dengan spek depan webcam adelah kerana meja study ada lampu, jadi pencahayaan yang tepat beserta pixel camera yang jelas membuatkan muka menjadi luar biasa glownya*

Cuba ko padamkan lampu tu.
Hazabbbb.


Bukan setakat selendang, Jemah pakejkan sekali dengan kain ela kaler green apple lagi :). I lap u very strong lah!!


Suatu waktu dahulu dia begini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Now.
Thank you kepada semua yang mendoakan Rayyan.

p/s : semua gamba Rayyan ni disnap masa dia tengah mamai nak tido. Dia memang suka wat perangai sengih-sengih, juling-julingkan mata, gelak-gelak before tido.

2011-01-25

Homework



Tiap-tiap malam Redza di-tuitionkan oleh bapak dia. Everynite lepas Maghrib, En Wan akan check wallet Redza dulu. Macamana dia check purse aku, macam tu jugaklah dia buat kat Redza. Tergagap-gagap anak aku explain apa dia buat dengan belanja skolah lima ringgit dia. Yang anak pulak satu hal, kemain lagak macam bapak kau tokey lombong!

Minum tak cukup satu. Dah minum teh o ais, order pulak teh bunga.
Sotong ball tak dua batang tak sah. Tu dah empat ringgit dah.
Selalunya dalam wallet at least ada tinggal lagi seringgit, hari ni kosong.
Laaaaaaa, beli plastesin pulak kat ko-op. Pandai singgah ko-op dahhhh. Tabung tinggal tabung je la jawabnya...

Dah selesai soal jawab wallet, sEn Wan akan check beg skolah pulak, tengok ada homework ke tak, ada baju PJ ke tak kat dalam tu, ada bawak balik barang orang ke (mana la nak tau kannn).

Sebijik macam Mak Aji.

Mak Aji dulu suka nau geledah beg skolah aku. Siap selak-selak buku teks aku lagi nak tengok kot ada surat cinta terselit. Gojes sangatlah anak kau ni kan yang nak berutus surat cinta segala. Ada sekali tu selak punya selak jatuhlah biodata aku. Dulu kan semua budak skolah ada tebiat pass-pass biodata. Padahal budak tu sekelas je tapi disebabkan budak tu lelaki so haruslah malu-malu sikit. Kang paparazzi nampak ko sembang macam nak rak dengan jantan jawabnya esok ko buat homework depan HEM.

Itu kalau anak kau hotttttt.
Masalahnya anak kau dengan perkataan HOT tu jauh macam langit ngan bumi!

Biodata aku tu cuma untuk adik angkat.
Yang aku ni pun satu, dengan adik angkat pun nak berbiodata segala. Wadehel kan??

Helo??? Kasiklah aku chance. Orang lain berasak-asak bagi biodata, aku cuma takat tulis biodata siap=siap 2-3 keping buat stok kot-kot la ada orang mintak. Last-last aku jugak yang baca balik biodata aku.

Aku rasa budak-budak laki skolah aku dulu semua takde taste. Diorang gagal menilaikan mana satu satu permata, mana satu kaca.

Oh, berbalik pada cite Mak Aji tadi, aku kena belasah disebabkan biodata. Tapi aku tak heran kena belasah. Yang aku heran tuuuuuuuuu, apa ke jauh sangat angan-angan Mak Aji ni??

Masa dia belasah aku cukup-cukup tu, mulut dia terpekik-pekik 'Apa nak jadik ko ni, aku suruh blaja ko menggatal! Dah pandai ada boifren sekarang ni!!!!'

Zapppp.
Zapppppp!!

Pastu sambung lagi 'Pegi skolah aku bagi duit belanja, ada hati nak ada boifren. Muka berkerak tak sedar diri!!'

Zappp.
Zappppppp!!

Sambung lagi 'Blaja dulu Diana. Kau tu dah la takde rupa, kalau tak berotak kau ingat ada orang nak kat kau?'

Zapppp.
Zappppppppp!!

Pastu 'Kalau dah teringin sangat dengan jantan tu, habiskan blaja dulu. Pas grad sok, nak kawen, kawen lah!'

Masa ni dah slow sikit menyebat aku tapi still ada lagi 1-2 libasan manja.

Alih-alih 'Anak sape budak tu? Mama kenal?'

Eh-eh.
Dalam pada melanyak aku tu, nak jugak tau.

Tapi aku diamkan diri je.
Dia macam kecewa la bila aku tak jawab.
Tapi kalau aku jawab konfem dia lagi kecewa. Sebab aku ni toksah kata boifren, adik angkat pun rejek *lap airmata*

Time sedih-sedih macam ni aku selalu pujuk diri sendiri, berkata-kata sendirian 'Apesal aku tak cantik? Mesti la sebab baka kan?'

Wakakakakkaka.

Sebenarnya aku cerita pasal Redza tadi kan?

Ok, sambung..

Redza : Pa, dia kata tulis 5 benda hidup. Benda hidup tu apa?

En Wan : Benda bernyawa.

Redza : Bernyawa tu apa?

Aku : Things that can grow.

Redza : Like?

En Wan : Pokok.

Redza : Ohhhhh. Ok, Ija tau. Like flower?

En Wan : Yup.

Redza : Cat?

En Wan : Yup.

Redza : Hair?

En Wan : Yup.

Redza : Bird Ija?

En Wan : Huh??

Redza : Dia can grow what?

Aku : Dia boleh grow ke, Ja?

Redza : Ija rasa boleh.

Aku : How?

Redza : Ija pun tak tau. Tapi kalau Ija nak kencing dia mesti jadi tegak.

Aku : Ohhhh, baru mama tau. Macam tu rupanya. Kalau tegak tu grow la?

Redza : Tak grow lagi. Kalau macam papa punya dah grow.

En Wan : Ehhhhh..tu belum betul-betul grow lagi, Ja.
*gelak-gelak sambil nak picit tetek aku*

BLAH LA!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Mari mari mariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!



OFFER 1

GIVENCHY - Prisme Again! Eyeshadow Quartet - # 1 Zen Pastel 4g/0.14oz

• Provides vivid, versatile, wearable eye colors
• Classic & harmonious color combination
• 2 intense shades with delicate finish & soft creamy texture for comfort
• 2 luminous shades with shimmering highlights & long-wearing quality
• Creates your own look that perfectly reveals your character & beauty

Never been used/tested
Been keeping it for someone else

Selling at RM100 (usually priced at RM150)
Email to : petichantek@gmail.com



OFFER 2


GIVENCHY - Rouge Interdit Satin Lipstick - #11 Rose Desire 3.5g/0.12oz

• An exceptionally smooth, longwearing lipstick
• Gives sexy, light-reflective color to lips
• Nourishes & hydrates lips with powerful anti-oxidants
• Offers absolute comfort & protection
• Instantly soothes & softens
• Its black & silver tube is adorned with a ribbon at one end

Never been used/tested
Been keeping it for someone else

Selling at RM60 (usually priced at RM75)
Email to : petichantek@gmail.com



OFFER 3

MISS SIXTY - Rock Muse Eau De Toilette Spray 75ml/2.5oz

• A modern chypre fragrance
• Top notes are graperfruit, bergamot, redcurrant
• Heart notes are heliotrope, jasmine, yerba mate, frosted rose
• Base notes are patchouli, sandalwood, vetiver, basmati rice, musk
• Perfect for all occasions

Selling at RM90
Email to :
petichantek@gmail.com



OFFER 4



Nine West LilyAllen – Bronze Leather Sling Back
Size: 8

• Leather upper.
• Man-made sole.

Worn more or less only 3 times
The usual worn out signs, x brape nampak sangat

Selling at RM100
Original price: RM190
Email to : petichantek@gmail.com

Peguam syariah dicari



Siapa-siapa antara pembaca saya adelah seorang peguam syariah wanita atau mengenali mana-mana peguam syariah wanita yg boleh tolong uruskan kes perceraian fasakh area selangor (serdang specifically), please contact aku :

aveo757@yahoo.com


I'm helping a friend.


Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii



Kejap tadi, kul 11.30pm camtu, tengah-tengah menunggu mat salleh USA ni masuk skype, aku try on FB chat.
Wahhhhh ramai gila yang tak reti nak tido.
Adekah kesemuanya ini penduduk obersea??

Pop!
Ada dua orang budak ajak chat.

Sorang nama GATAL BUAH.
Sorang lagi BUAH TAK LAKU.

Apa-apa pun, thanks sebab memberi peluang untuk aku add orang lain pulak ke dalam list.


Main apa?
Main tunjuk-tunjuk buah kah?
Lestik baru tau.


Alahai. Baca pun tau konek kau apa saiz. Ceh, simpan je la.



Adik-adik sekalian,

Kalau nak carik bahan buat modal tengah-tengah malam pun tengok-tengok la dengan saper ko nak mintak bahan tu. Jangan belasah konfiden buah kau semorang kemaruk nak tengok. Akak ni takat buah-buah separuh masak tak layan hokeyyy.
Dah la dik, pegi tido. Esok korang nak skolah.


2011-01-24

Nyaris-nyarissssssssss. Mujur aku sempat mengucap!



Tadi aku ada hal kat Pos Laju Shah Alam.
Sampai kat sana, hujan turun gila punya lebat. Sampai nak kuar dari kereta pun takut padahal aku park betul-betul depan pintu Pos.

Kat dalam kemain ramai orang beratur. Yang kat luar lak, keta bersusun-susun tengah carik parking.. Ni kalau aku tunggu dalam keta, mau habis nombor kang. Nak tak nak, aku keluar gak. Padahal jarak antara kereta dengan pintu masuk tu just empat kali pembaris kuning cikgu skolah pakai tu (tak tau la if pembaris tu ada lagi skang), kiranya dalam 4 meter je. Tapiiiiiiiiiiii kuyup!!! Menjejeh-jejeh air kat muka aku. Macam kena simbah.

Kat dalam pos tu punyala ramai orang beratur.

Ada la satu akak ni.
Kejap-kejap dia kuar barisan gi beratur kat kaunter sebelah. Kang kejap lagi dia masuk balik barisan tadi. Selamba je dah kuar queue pastu masuk balik kat tempat yang sama. Orang semua pandang-pandang tapi tak berani tegur. Takkan la aku pulak nak tegur padahal aku jauh lagi kat belakang. Takde kena mengena sangat kalau aku nak tegur pun walaupun aku agak hangin jugak la tengok gelagat akak tu.

Dengan sebelah tangan pegang envelope and purse, sebelah tangan lagi kepit payung dengan beg plastik. Pastu kejap-kejap masuk baris sana, patah balik baris sini. Dah macam darat sangat aku tengok.

Entah macamana, tiga orang kat depan aku beralih ke kaunter lain sebab kaunter sebelah tu buat pengumuman apa ntah, tapi takde kena-mengena ngan urusan aku. Jadi skang, aku berdiri belakang akak tu.

Depan akak tu ada lagi 3 orang.
Baris sebelah ada 3 orang. Kira kalau akak tu pindah kaunter sebelah pun takde makna sebab sama je. Tapi kan, kejap-kejap aku tengok kaki kiri dia macam nak keluar baris, bila aku anjak ke depan, ehhhh masuk balik pulak. Aku dah la bawak kotak dengan muka aku berair-air. Berat okk kotak tu. Aku terpaksa usung gak kotak tu sebab nak tutup bahagian depan. Baju aku dah melekat-melekat, basah punya pasal.

Alih-alih dia kuar baris pi baris sebelah.
Whatever la kak.

Lebih kurang 15 minit, tinggal sorang je lagi depan aku, si akak ni boleh masuk balik baris???!!!
Selamba tapir beratur depan aku. Boleh??

Mau bersabar lagi?
Atau mau dilempang saje akak ini?


Aku : Excuse me, kak. Tolong beratur kat blakang boleh? Akak main masuk queue je ni.

Akak : Tapi akak kat sini tadi. Awak pun nampak kan?

Aku : Ye, akak kat sini tadi. Tapi 10 minit lepas akak dah beratur kaunter sebelah.

Akak : Ye la. Tapi akak asalnya beratur kat sini tadi.


Gila annoying akak ni.
Kalau dia sebaya ngan aku, mau aku sepak je.

Malas nak bertekak, aku just cakap "Akak len kali boleh duduk setempat tak? Kejap sana, kejap sini".

Dia menjeling kat aku and cakap "Awak nak ambik barang cepat sangat pun bukan boleh balik. Hujan kan?"


Eh, macam la hujan tu turun atas kepala aku sorang je!

Malas layan, aku biarkan je. Lepas ambik barang, aku kuar, tengok akak tu berdiri kat luar tunggu hujan benti. Aku pun tunggu kejap sebab lebat lagi, tapi takde kehinginnya aku nak berdiri sebelah dia.

Tetiba dia sound aku 'Awak ambik barang lambat pun takleh balik jugak kan?'

Dengan nada perli.

Perli gua siallllllllllllllllllllllllllllllll.
Perli aku ehhhhhhhhhhhhhhhhhhh??????

Disebabkan kau perli aku, maka aku terpaksa meredah hujan membiarkan baju aku kuyup sekali lagi, tapi kali ni aku tak berlari but berjalan dengan eksyennya ke arah kereta.

Heloooooooooo!!
Tak main la tunggu hujan stop.
I ada kereta hokeyyyyyyyyyy.

Aku start enjin, rem lebih kurang, zassssssssssss.

Sila makan asap.


2011-01-23

R3 Persona





Anyone interested?

Please contact : sixth6th_in_line@yahoo.com


RALAT


Sungguh sajak sekali anak aku kan? Dah la terkangkang tido, siap di-manicure-kan lagi.


Ok, memula aku nak buat pembetulan sikit.

Entry aku yang UNIT TRUST tu sebenarnya bukan unit trust. But KOMODITI. Mintak mahap banyak-banyak kepada remiser-remiser dan anyone yang terlibat dengan saham. Aku ni memang blur. Lain yang aku pikir, lain yang aku sebut. Yes, it's KOMODITI cilakabanat.

Aku tak jumpa lagi dengan mana-mana orang yang terjebak dengan komoditi yang kaya-raya. Kalau ada pun berapa kerat sangat?
Aku tak sure if KOMODITI and MLM secara asasnya gunakan pendekatan yang sama. Sebab dua-dua aku tak berminat sangat nak ambik tau. Bukan menolak mentah-mentah tapi belum datang minat.

Tak sure penah cerita ke tak but the only produk MLM yang aku penah beli adelah Spirulina (brand dirahsiakan). Memang dari dulu aku tak penah layan produk-produk MLM or any produk yang berasaskan catalog yang dijaja dari rumah ke rumah. Sebab aku tak paham kenapa dia mahal sangat padahal aku tak penah dengar nama produk tu pun.
But demi membantu member, aku beli la jugak. Satu botol ada 1200 biji tablet, harga RM800 lebih.Series aku beli bukan sebab kebaikan spirulina tu but membantu kawan. Kawan yang aku kenal baru sebulan. Puihhhhh.

Sebab apa aku cakap sekadar membantu kawan? Sebabbbbbb this kawan hanya tau jual tapi bila aku tanya spirulina tu apa, dia tergagap nak jawab. Dah la menjawab gagap pastu merepek meraban sampai ke bab klorofil, gout, fotosintesis gelap, batu karang segala, last-last aku beli je la. Kang aku tak beli, dia berumahtangga pulak kat rumah aku sampai esok.

Tu je la pun last aku invest MLM, pastu sampai sudah aku tak beli. Kau nak explain boleh, tapi jangan paksa aku beli. Yang takat promote tu aku tak berapa sakit sangat, ni yang stok-stok memaksa ni yang aku rasa nak hempuk ngan lutut.
Sampai skang kalau aku tengok brand spirulina tu aku menyampah. Kalau advantages setakat menguruskan berat badan, kurangkan kolestrol, darah tinggi, haluskan kulit, bla bla bla fucker bla bla bla...TAK PAYAH!!!

FYI, produk-produk yang seumpama di atas hanyalah FOOD REPLACEMENT bukan SUPPLEMENT. Kekdahnya adelah dengan mengantikan meal yang selalu kau ambik dengan bendalah tu. Benda tu semua berasaskan fiber, of cos ko akan rasa kenyang and tak perlu makan nasik.

Sama jugak kalau kau gantikan dinner kau yang sepatutnya nasik + ayam golek with sayur saje. Konfem turun berat badan jugak. Tak caya?? Silakan buat.
Aku dulu masa matrik berat 54kg. Tanyalah kawan-kawan aku (macamlah korang kenal, huah huah huah). Semester break aku just makan biskut Jacobs High Fiber with teh O for 3 months. Seminggu sekali aku ambik nasi tapi sesenduk je but ratah lauk banyak. The day aku masuk balik new sem, berat badan aku 42kg. Kekal berat ni sampai aku kawen. Cuma skang punya berat ko jangan berani-berani tanya.

Tak pun, agak-agak nak buat pahala, ko puasa. Lagiiii turun. Dengan syarat jangan lah kau bedal sehendak hati time berbuka, memang la takkan turun sebab kau qada' puasa kau sepanjang hari dengan 6 pot nasik.

Same goes kekdahnya dengan food replacement tu. Tu semua high fiber jadi ko kenyang bila makan. Melainkan ko bela hantu. Memangla takkan kenyang-kenyang.
Tapi if you are looking for more than menguruskan badan, and kebetulan kat rumah kau tak cukup makanan yang boleh bekalkan kau protein, CHO and vitamin, jadi tak salah kalau nak beli produk-produk food relacement ni.

But kalau beli mahal-mahal setakat aim nak kurus, baik kau beli Kaplet Surut Mustika Ratu. Baru RM18. Kurus pun kurus, berak pun laju. Kalau tak kurus pun kau tak ralat.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2011-01-22

Madam



Lupa nak bagitau, aku dah ada bibik baru!!!

Lepas bibik lama aku balik bulan July lepas, rumah aku takde maid. Sebab tu la Mak Aji ngan Pak Aji lepak sini. Sebab dorang tau nak harapkan aku handle segala chores dalam rumah ni waktu tu memang takde la aku nak buat. Masa tu kan aku pregnant dengan bleeding la, uri ke bawah la. Pulak tu En Wan pi Japan, jadi dorang la penyeri dalam rumah ni.

Mana tak penyeri kan, masak ada orang buat, cakap nak makan apa konfem Mak Aji buat. Redza gi skolah, balik skolah Pak Aji jemput. Nak kemana-mana Pak Aji jadi driver. Of cos la berseri-seri hidup aku time tu.

So this new bibik dah sampai 2 minggu. Bibik aku ni penah bekerja kat Arab Saudi dari 1982 - 2008 but as tukang jahit and pendandan rambut. And dah 16 kali pegi haji! Aku?? Ok takyah tanya.

So korang agak-agak, best tak pakej yang aku dapat?

Seorang bibik yang bukan saje boleh kemaskan rumah, gosok baju, sapu laman, uruskan anak, malah boleh menjahit baju dan menggunting rambut. Siap boleh ajarkan Redza buat homework Bahasa Arab lagi. Kelasss!

Disebabkan bibik aku kali ni bertudung, aku segan pulak nak pakai short duduk rumah. Short aku bukan saje pendek okkkk, malah mendedahkan separuh bontot. Tu cara-cara duduk sopan, kalau aku duduk mengangkang, kau tau la ko jumpa apa.Nasib kau la.

Jadi, aku skang sedang berjinak-jinak memakai suar panjang kat rumah. Sape tau ini permulaannya untuk aku berubah menjadi lebih baik kan? (Dari dulu ko cakap macam tu Diana, tapi nan ado).

Tapi tu la, bibik ni umur pun dah 50an, keje pun slow. BUT teliti.
Kalau dia bersihkan bilik-bilik kat atas only, dari kul 10am, sampai kul 3pm baru siap. Bilik air aku ni berkilat-kilat jadiknya (nampak nau dulu bekepam eh?). Pastu cara dia bekemas macam gaya hotel. Lepas kemas-kemas, dia akan spraykan air freshner pastu tutup pintu. So that bila majikan balik dari keje penat-penat masuk bilik, bau wangiiiii. Terus majikan pun berasa hendak beromen dengan bersungguh-sungguh.

Hari tu aku balik keje masuk bilik siap ada bunga hidup lagi atas bantal aku. Macam Maid in Manhattan pulak.

Banyak-banyak bibik, bibik ni je yang panggil aku Madam and En Wan, Mister.

Madam okkkk. Terasa macam zaman kolonial gitu.

Cuma dia siang-siang bagitau yang dia tak tau masak sebab lebih 20 tahun kat Arab, dia tak penah masak. Semua majikan dia yang belikan, dia cuma tau potong rambut and jahit baju je. Ala, tak kisahlah kalau tak tau masak pun. Semua keje dia buatkan, takkan la masak pun dia nak buat jugak kan? Nama pun pembantu, jadi haruslah membantu aje. Core task biarlah Madam yang buat. Dah kalau semua dia buat, abis Madam nak buat apa? Kira bulu? Jadi, sebelom Madam berevolusi menjadi dugong, baiklah Madam buat sikit-sikit keje rumah juga.

Lagipun elokla aku yang masak, terjaga sikit kebersihannya (macamlah kau pembersih sangat padahal bibik tu pakai tudung duduk rumah, konfem masak rambut tak jatuh. Kau????), lagipun aku troma bila ingatkan balik how bibik yang second dulu masak. Main lebur je sayur dalam periuk. Tak basuh. Macamana dia keluarkan dari fridge, macam tu jugak dengan batang-batang bayam besar-besar ibu jari kaki tu dia masukkan dalam periuk. Terbayang-bayang cacing berenang-berenang kuak lentang dalam lauk aku. Ciss puiiiihhhhh.

Yang bibik ketiga aku pulak suka bereksperimentasi. Masak untuk dinner tu tak la, sebab aku join sekali masak. Tapi kalau tengahari aku tak sempat nak masak, macam-macam lauk yang tak penah aku tengok, dimasaknya. Ada sekali tu aku balik mengejut time lunch nak perati apa dia buat, dia masak sup. Bila aku tengok dalam periuk tu ada sayur kobis, cauliflower, kaki ayam, pedal ayam, ikan bilis dengan telur rebus semua sekali berkumpul jadi satu. Ohhhhh, memang makanan berkhasiat. Satu lauk macam-macam ada. Vitamin ada, fiber ada, protein, CHO semua lengkap. Sampai kuah sup tu pun naik berkeladak aku tengok! Tu baru tengok, belum rasa lagi.

Kembang tekak aku kejap.

Nasib baik dia keje tip top, so aku boleh abaikan je la eksperimen-eksperimen dia tu. Nama aku nak makan, takde la.

Cuma bibik aku yang first je yang best. Masak ok, jaga anak ok, kemas rumah ok. Kira boleh harap la. Cuma dia peramah sangat, habis semua lelaki melintas dia tegur.

Yang bibik kedua tu pulak, aku tak paham apa motif dia datang keje kat Malaysia. Dah la tak tau masak, pegang penyapu kejap-kejap terlepas, rupa pun darat sangat aku tengok, nampak macam tak larat nak buat keje tapi mentekedarah laju macam bela jin. Everytime eskrim Mat Cool lalu, dia tahan. Siap mencangkung kat depan gate makan eskrim. Balik Tganu bukannya dia reti menolong buat keje. Dia sama naik main polis sentri ngan anak-anak sedara En Wan. Padahal anak dah dua, perangai macam budak bawah umur. Terencat ke apa dia ni pun aku tak tau la.

Ada sekali tu aku dengar dia bergaduh dengan Redza sebab berebut remote, Redza nak tengok katun, dia nak tengok citer Indon. Aku tak tahan, aku letak password kat channel 105 tu. Boleh dia gigih call aku kat opis tanya aku apa password!!!!!

Oh, kalau tang tengok tv, bergayut kat tepon, main kat taman, mentekedarah, membuta, memang cukup pandai. Cuba kau suruh dia basuh baju. Seploh kali ajar guna mesin basuh yang auto pun tak paham-paham. Tapi pasang DVD siap connect dengan home teater pandai pulak! Tak payah diajar lak tu. Aku sendiri sampai skang tak reti guna home teater En Wan ni. Remote dia pun aku tak tau yang mana satu.

Bila diingatkan balik pasal bibik yang sorang ni memang troma. Tapi terpaksa la jugak ambik maid, sebab aku memang perlukan bantuan maid kerana aku malas nak buat keje rumah. Hahaha.

Tapi kan, semua bibik aku ni, termasuklah bibik gila tu, suka sangat gosok baju. Kadang-kadang dah takde benda sangat nak gosok, alas kaki tu pun dia belasah gosok. Dorang ni terlebih rajin or tak penah jumpa seterika? Dengan coli-coli aku sekali dia gosok. Sampai putus la tali g-string aku iron punya pasal.

Oh yes, siang tadi bibik lipat baju sambil sembang ngan mak mertua aku. Aku dok kat tepi baca sokabar. Tau-tau dia tanya aku 'Ini apa Madam? Apa emang kayak ini atau koyak?' sambil angkat g-string aku. Betul-betul depan muka mak mertua gue.

Dem!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2011-01-21

Unit trust



Semalam aku terbaca iklan kat newspaper mana ntah pasal vacancy keje dengan tagline feveret stok-stok penipu ni semua yang tak lain dan tak bukan :

'Gaji 1x,xxx'.


Gila lumayan kauuuuu.
Starting keje tak payah experience buta-buta leh dapat at least 10K.

- ada kenderaan sendiri
maknanya keje kau lagi banyak di luar ofis bebanding dalam ofis

- kelulusan minima SPM
maknanya keje ni takde sangkut-paut dengan apabenda yang ko blaja kat U tak kisahla apa CGPA kau sekalipun. Ko tak grad pun takpe

- self- driven
maknanya ko kena pandai-pandai buat keje kau sendiri takde sape nak pedulikkan kau

- willing to travel in and out of the country
kelasssss, boleh naik katerbang selalu. Ni sebenarnya ayat pencair hati. Konon la obersea padahal over the sea tu pun setahun tak sekali

- pendapatan lumayan
Sape yang nak keje gaji ciput dowhhh? Semua nak lumayan. Boleh tak sebelum hantar kat paper check balik kelojikan requirements yang ko nak tu?

Tapi dia lupa letak satu lagi requirement penting, iaitu MESTI TAU KENCING ORANG.

Kalau ada ciri-ciri ni semua, MUNGKIN kejenya adelah bersangkut-paut dengan saham.
Sebab aku ada pengalaman. Dalam erti kata lain aku juga bangang boleh terjebak dalam kancah penipuan sejagat ni tapi terjebak separuh jalan je.

Citer dia gini..

Masa tu aku keje kat MOSTI. Ntah hapa gatal tetiba nak carik keje lain, konon gaji gov ciput. Nak kaya cepat punya kes la ni. So aku dengan member bangang seangkatan pergi la interview, building mana aku lupa lak.
Tapi kat KL la. Yang aku ingat aku turun kat LRT Masjid Jamek.

Brader yang interview tu amatlahhhhh hensem. Masuk-masuk je bilik, aku baru je duduk, dia cakap :


He : Secara kasarnya awak dah diterima bekerja.

Me : Oh ye ke?

He : Esok boleh datang keje?

Me : Saya masih bekerja. Notis kena letak 30 days.


Bla bla bla..apa lagi yang dia merepek aku tak ingat.
Tapi bila aku balik rasa tak sedap hati.

First, dia tak tanya if aku ada pengalaman bekerja macam yang dia nak or not.

Second, dia macam tak berminat nak tau apa-apa pasal aku tau-tau 'awak diterima bekerja'. At least tanya la serba sedikit pasal working experience ke, if time blaja dulu aku ada blaja tentang anything related to the work yang dia offer ke. Ini haram.

Third, dia tak bincang lansung pasal salary. Apa ingat aku buat community service??

Fourth, the interviewer sendiri tak nampak berkaliber lansung untuk menjadi seorang Manager macam kat namecard dia. Muka je harap hensem.

Walaupun macam tu, aku ngan kawan aku tetap pi training dia next weeknya.

Dalam bilik training tu, ha kauuuu, jangan kata fresh graduate macam aku, yang dah pencen pun ada. Cuak dah ni, keje apekah ini? Jual bodikah? Eh kalau jual bodi, si pakcik tua ni apa bikin sini? Jual bontot kah?

Takpe, takpe..jangan melatah.
Kita try tengok apa training dia nak bagi.

Dia bukak mulut 'Keje ni flexible, you create your own income'

Sah!
Unit trust.

Siap kencing baikkkkk punya 'Dulu I manager Hewlet Packet (sori aku malas nak check spelling betul ke tak). Gaji I dah 8K but I resign sebab I rasa keje ni can make more money'.

Buat duit banyak ye banggggg?
Kalau abang banyak sangat duit awat pakai kancil?????

No offense ye.
Aku pun time ni pakai kancil, cuma bezanya aku ada keta tapi tak tau bawak so pi keje naik LRT.
But since dia bermegah-megah sangat pasal gaji 8K pun tak heran sebab gaji unit trust lagi banyak, so yang kau pakai kancil je apehal?? Bukanlah maksud kancil tu murah sangat boleh beli timbang kati, tapi kalau benar bagai dikata gaji kau lebih dari 10K, pegi overseas 3-4 kali setahun utk holiday, jumpa orang besar-besar, takkanlah ko pakai kancil je pi keje? Bukankah ko perlu impresskan orang besar-besar tu supaya invest kat kau?

Tapi demi bersangka baik, aku anggapla BMW kau pi hanta servis, Celica kau hantar pi boh enjin turbo, Lexus awek kau pinjam balik kampung, yang tinggal hanyalah kancil. Ok, fine.

Dia pun mula la ajar cara-cara nak main saham bla bla bla boring. Break lunch, aku blah balik. Boleh dia tefon henfon kawan aku tanya mana kitorang pegi. Siap suruh kitorang patah balik lagi. Merayu-rayu sampai ke malam tefon suruh datang training. Menggagau la member kan, bakal downline tarik diri. Hahaha. Padan muka. Tu la, menipu aku lagi. Aku ni bijak okkk. Bukan takat bijaksana, malah bijaksini juga.

Kau teruskanlah penipuan kau tu.
Bukan lah kata saham tu keje menipu. Cuma cara dorang tackle orang supaya bekerja dengan dorang tu yang aku benci. Memula mati-mati tak mengaku ini unit trust. Last-last itu jugak rupanya. Kan bagus ko cakap je dari awal? Ko pun tak buang masa kena buat training sampai bebuih mulut, aku pun tak buang masa memaki kau.

Eh, memang aku maki brader tu.
Masa dia call, aku tabur dia cukup-cukup. Tau je la mulut aku kan?

Ntah apa jadik ngan brader tu skarang aku tak tau. Aku berharap dia jadi kaya macam yang dia nak.

Sejak dari tu aku dengar unit trust je aku bolayan. Mungkin aku belum nampak apa kebaikkannya, tapi aku dah boleh agak keburukannya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pengeksyen-pengeksyen tegar



Kali ni aku nak blog about pengeksyen.

Ini bukan serkap jarang, tapi pengalaman berdepan depan para pengeksyen.


Pengeksyen Pertama.

Hari Rabu baru-baru ni gi check ROP (mata) Rayyan kat Serdang.
Kebetulan masa tengah tunggu turn, one of the dokter yang jaga Rayyan kat NICU ada sekali, hantar mak dia check mata. Dokter tu tak pakai anything yang melambangkan dia adelah seorang dokter, maybe dia bercuti hari tu. Tapi dia kenal aku (ewah, dia pulak yang kenal aku), so aku pun tegur la dia. Tengah-tengah borak tu, aku ambik peluang dapatkan nasihat free sebab badan Rayyan naik ruam. Aku tak sure if itu ruam or penyakit sebab Rayyan tak meragam pun. Kalau ruam some babies merengek siang malam mintak penampar.

Dokter tu belek-belek leher Rayyan and cakap it could be virus, tapi dia kata kita treat as ruam dulu. Dia suruh beli Hydrocort 1%. Tengah-tengah dia bagi nasihat free, ada sorang budak gaya nampak macam sebaya aku tapi aku rasa dia lagi muda dari aku sebab dah banyak kali aku jumpa orang yang akan-akan baya aku tapi rupanya dia jauh lagi muda sebab aku awet muda (ewahhh. Ni sape sebenarnya yang eksyen nih??)

Budak ni selamba je potong cakap dokter tu sambil belek leher Rayyan :


Pengeksyen : Ni fungal infection ni. Anak saya pun dulu kena macam ni. Awak beli kat pharmacy cream fungal, seploh ringgit je.

Aku : Dah penah bagi cream tu dulu, tapi takde apa-apa pun.

Dokter : You cari hydrocort ye? Saya rasa ni ruam biasa je. Leher ni kilang peluh.

Pengeksyen : Ni fungal ni. Memang fungal.


Boleh bayangkan tak betapa malunya aku kat situ berdepan dengan dokter?
Of cos la dia tak tau yang tu dokter sebab tu konfiden bagi nasihat.
Tapi cara dia tu macam terlampau konfiden sampai aku terpaksa mintak diri sebab taknak memalukan dia depan dokter. Kau yang eksyen, aku pulak yang malu.

Certain orang takde rasa segan silu nak tolak pendapat orang bulat-bulat padahal dia sendiri pun tak sure dengan apa yang dia cakap. But still nak belasah cakap jugak.

And the doctor was right.
Memang Rayyan kena ruam biasa je, sebab aku apply Hydrocort 1%, ruam pun getting better.

Pegi mamfus dengan kau punya fungal.



Pengeksyen Kedua.


Ok yang ni aku rasa bakal membangkitkan umpatan di kalangan kawan-kawan esok lusa. Tapi aku pedulik apa, sebab orang lain tak berani nak tegur, meh sini aku bahasakan.
Actually benda ni dia pernah cakap kat aku last year, tapi aku balas secara gelak-gelak padahal memang aku maksudkan pun.

Lately ni aku dengar gossip (sedap la sikit bunyiknya dari "mengumpat" walaupun tetap benda yang sama) from friends dia ni makin over eksyennya.

Suatu waktu dulu :


Pengeksyen : Weh Diana, ko beli handbag baru eh?

Aku : Ha'ah. Mana ko tau?

Pengeksyen : Aku baca blog kau la.

Aku : Oh, lupa pulak.

Pengeksyen : Apesal beli Bonia?

Aku : Apesal tak boleh ke?

Pengeksyen : Trend skang designer beb. Paling-paling pun angkat la Coach. Beli je yang paling murah, RM1500 ada.

Macam lah aku ni takde duit sangat sampai suruh beli pun yang paling murah.
Memang takde duit pun, tapi kalau ada duit pun aku takde la nak bazirkan beli handbag, baik aku beli benda lain.


Aku : Tak minat Coach. Design ntah hapa-hapa.

Pengeksyen : Oi, yang ntah hapa-hapa tu selalunya yang mahal tau.


Right!

Walaupun design macam sampah tapi sebab ia adelah designer handbag dan mahal pulak tu maka marilah beramai-ramai beli.
Kau pakai handbag tak bukak tag harga ke sampai nak bangga sangat dengan harga mahal?


Aku : Mahal ke, murah, takde saper yang tau bai.

Pengeksyen : Designer tak pernah murah hokey?

Aku : Dey, walaupun Bonia tu murah dari Coach kau, tapi konfem ori ok? Sebab barangan buatan Malaysia takleh diciplak. Tapiiiiiiiiiii Coach kau saper pun yang tau if itu ori? Kau je yang tau. Hahahahahah

(gelak dengan bersungguh-sungguh sebab dapat kenakan dia dengan pengakhiran checkmate!)


Betul apa aku cakap?

Yang ko nak banggakan sangat dengan designer stuff tu apehal?
Sorry lah, aku takde masa nak mendengki ngan sesape yang beli barang mahal-mahal ni, sukati kau la, duit masing-masing. Kawan-kawan aku ada gak 2-3 orang yang obses dengan branded stuff, takde aku kisah pun. Sebab dorang jenis yang tak merendah-rendahkan taste orang lain.

Tapi aku memang sakit hati kat orang yang taksub sangat dengan barang yang mahal macamkan barang murah tu takde kualiti lansung.
And jangan tak tau, aku penah ada kawan yang mekap branded, bag branded, sandal dia pun yang atas RM200. Tapiiii, coli pakai Scarlet, sama macam aku. Hek elehhh. Angkat la Vic Secret ke, paling-paling pun LaSenza. Tak punnnnn. Sebab apa? Sebab kat dalam takde saper nampak, tu pasal belasah yang murah-murah je. Cuba kalau tetek tu adelah benda yang wajib ditayangkan, mau berhimpit-himpit orang tempah bra kat Habib Jewel.

Ini nasihat free dari aku.
Kalau nak beli beg ribu-ribu pun sukati kau la, bukan kau mintak duit aku pun.
Tapi kalau beli semata-mata sebab barang tu mahal dan mengikut trend terkini, so that ko rasa ko up to date dan kelihatan sangat berada pada level-level orang ada-ada, renti kan lahhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Sebab bagi aku, bukan semua orang mampu kelihatan gojes dan mewah bila pakai barang mahal-mahal ni. Kau beli kasut harga dua ribu, beg lima ribu tapi kalau kau tak boleh carry dengan baik, ilangkan nak nampak posh, kau nampak macam batak!

Tak caya?
Percayalah!


Pengeksyen Ketiga.

Ni aku terbaca kat satu blog.
Budak ni cerita pasal mekap MAC.
Ye, aku tau ramai pakai mekap ni. Memang mekap ni cantik pun. Aku je yang belum ada nafsu nak beli. Kalau ada yang nak sponsor mungkin nafsu aku sampai.

One thing yang aku meluat is bila this girl (abis, takkan lah boy pulak) cakap dia sampai takleh tido malam sebab pikirkan pasal eye brush MAC. Konon tempting la sangat.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Gila aku tak paham kenapa yang ko tak boleh tido hanya disebabkan sebatang eye brush?

Aku tak tau la apa bezanya brush yang dia gilakan tu banding dengan brush yang ada sekali dalam L'oreal set aku. Mungkin kualiti dia berbeza, or bulu dia rasa lain kot.
Buttttttttttttt, still aku tak paham kenapa sampai tak boleh tido?

Pastu kejap-kejap cerita pasal mekap tu, mekap ni, itu best, ini tak best.
So aku macam teruja nak tengok gamba dia.

Archive punya archive maka terjumpa lah.

Taknak la cakap banyak kan, sebab orang kata aku mengutuk kejadian Tuhan pulak.
Bukan aku nak mengutuk rupa dia, but secara peribadi aku rasa takde apa yang cantik dengan mekap yang dia taksubkan sangat tu.

It's either cara dia pakai mekap tu tak cantik.
Or mekap tu yang menyebabkan dia nampak tak cantik.

Eva Longoria tu pun pakai L'oreal je tau!
Cantik je aku tengok.
Takde pun dia kecoh nak canang pasal kehebatan mekap MAC tu walaupun aku tau sebenarnya Eva pakai jugak MAC dendiam.

Yang aku nak cakap ni bukan pasal MAC tak bagus.
Yang aku cakap ni pasal obses tahap ekstrem terhadap MAC, mati-mati taknak pakai mekap lain selain MAC, mati-mati taknak kuar rumah selagi tak jumpa lipstik MAC padahal kau pakai MAC ke, MOK ke rupa kau tetap ala-ala sakai.

Cuba tengok sape ntah pelakon tu, pakai Silky Girl je tapi sweettttttttttt.
Sebab dia dah memang cantik.

Kengkadang aku tak paham dengan para-para pengeksyen ni.
Dorang rasa kalau pakai barang mahal, kau akan nampak gojes.
Pakai mekap mahal kau akan nampak sangat prettyyyyyyy.

Can sumone tolong betulkan wayar dorang ni semua?











Kot ye pun nak bereksperimentasi..




Semalam aku day trip ke KT and KB with En Wan. Dia ni merangkap driver sebab nak harapkan aku yang drive kat KT, insyallah ada harapan sesat. Let alone KB. Mampus sampai ke Siam.

Asalnya plan nak ke Tganu dengan keta, boleh bawak mak mertua aku balik sama jenguk rumah. Tapi since dia pun dah lama tak balik rumah, dia cakap rumah tu konfem berabuk. Kesian pulak ngan Rayyan nanti. Lagipun fridge memang dah kosong, sengaja dikosongkan sebab dia nak tinggalkan rumah lama kali ni. Actually takde hal bab fridge kosong sebab aku ngan En Wan memang tunggu peluang je nak pi makan kat town, tapi bab rumah bersawang tu adelah sedikit masalah sebab aku pi sana bekerja, takde masa nak tolong berkemas pulak. Kalau ada masa pun belum tentu aku nak kemas sebab err..errrr...sebab bukan rumah aku??

Lagipun aku kan tetamu, tetamu haruslah bersila panggung saje, bukankah?

PANGGGGGGG!
Sedas.

Last-last En Wan ajak naik flight je, kat sana sewa keta. Maka, pergilah kami berdua.

Gila penat!!
Dan juga sakit tekak.
Dari mula sampai KT, sampai lah ke KB, aku jumpa total 10 customer dan bercakap tak benti. By the time habis, aku masuk keta senyap tak bercakap-cakap sebab sakit tekak.

Ni kali terakhir aku buat keje gila pi KT and KB day trip. Pasni, kena at least tido satu malam. Atau takyah datang lansung, skype je ngan customer.

Yang pentingggggg, nampak gamba tu?

Tu gamba aku snap kat salah satu tempat yang aku gi semalam, pandangan dari dalam toilet, betul-betul kat jamban.

Masa aku snap ni, aku tengah kencing and posisi aku betul-betul atas toilet bowl.

Kelassss!

Kau berak, sambil berborak dengan orang atas.

Ni design baru ke apa pun aku tak tau. Yang aku tau, aku lebih ngeri menjadi orang kat atas tu banding yang kat bawah sebab kebarangkalian aku nak melihat objek lain kat toilet bowl tu adelah 99.9%. Lagi 0.01% tu adelah apabila yang masuk toilet tu tetiba tak jadi nak buat bisnes.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tu pun susah ke?



Membaca blog itu, aku terpikir kejap.

Apalah yang susah sangat nak bersumpah?

Benda ni basic la.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Susah sangat ke nak buat?

Melainkan memang kau salah, of cos la jadik susah.



p/s : Takyah komen.

2011-01-17

Haish!



Migrain.

Do not disturb!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada rahsia




Ini email dari Zura.
Actually email ni lama dah masuk, tapi aku malas nak reply (hahaha) sebab aku tak tau apa nak reply.
Tapi disebabkan entry aku pakai spek dari zaman kecik sampai ke besar tu ada la pulak 3-4 orang hantar email tanya 'Apekah rahsia- Apekah rahsia'.

Rahsia pekebenda la.
Ape teruk sangat ke muka aku dulu?

Boleh lah tahan teruk..
Tapiiiiiiiiiiiii, disebabkan spek itulah maka aku terhindar dari gangguan seksual, flasher mahupun godaan pria-pria yang hanya mendambakan tetek lebih dari sekeping hati yang luhur.
Itu punnnn asal aku balik skolah lambat je Mak Aji tanya 'Mana kau pegi ni? Dating??'

Dating?????? Aku ni kalau dapat adik angkat pun mujur okeh. Dating konon.

Kalau muka cam aku boleh berdating, orang pertama yang resign adelah cikgu disiplin aku.
Sian cikgu disiplin aku dulu tau, hari-hari nak kena settlekan masalah couple-couple yang berleluasa. Disebabkan bantuan aku lah maka couple-couple itu dapat dikesan dan dibumbankan ke dalam detention class. Lantakkkkkkkk!

Biasa la kan, orang kalau takde boifren memang suka buat keje-keje amal macam ni. Siap volunteer lagi nak pi tangkap mangsa. Cikgu tak suruh pun aku buat jugak. Hari-hari mesti ada nama-nama pasangan yang aku hantar kat HEM walaupun sebenarnya aku pun tak suka dengan HEM tu. Tapi disebabkan aku pun ada buat salah seperti tuang kelas Add Maths dengan Timbalan Ketua Pengawas sebab balik rumah ikut pintu blakang skolah. Balik goreng keropok. Kau berani? Haha.
Jadi untuk mengelakkan aktiviti ponteng kelas tu dihidu HEM, aku terpaksa la kona baring sikit, bukak topik lain. Topiknya adelah Hapuskan Cinta Monyet. Sebab ini je yang aku takkan mungkin terjebak.

Agak-agak Add Maths dua masa dah nak habis, kitorang datang skolah balik dengan muka takde efek. Konon ada meeting tergempar, padahall. Patutla Add Maths aku hampir-hampir nak lingkup.
Lagi satu, kelas Fizik. Oh dem!!!

Tapi kelas Fizik aku takleh buat cam kelas Add Maths, sebab kelas Fizik selalunya subject last. Kang kalau aku tuang kelas balik goreng keropok kena patah balik skolah nak ambik beg. So terpaksa la hadap matapelajaran yang sangat bohsan ni. Kalau kau nak kuruskan berat badan, bacalah buku teks Fizik. Konfem muntah tanpa henti 3 hari. Boring sialll. Kalau dalam lab Fizik tu ada 8 meja, meja ke lapan tu aku duduk. Kalau boleh duduk dalam tong sampah kat blakang kelas tu, memang aku gi duduk.

Takde, takde!
Aku takde rahsia.
Takde apa yang berubah pun, kecuali aku dah tak pakai spek.
Selebihnya tetap sama.
Rambut still hitam.
Kulit memang hitam.
Badan je dah gemuk sikit (nak jugak mention 'sikit').


Muka kontrol depan webcam. Takleh sengih lebih-lebih sebab nanti nampak lagi tembam.
Sama macam muka aku 1st year dulu kan?


2011-01-16

Tolong!




Aku tengah desperate nak carik desktop calendar macam ni, anyone boleh bagi link utk aku download?

Yang peting FREE DOWNLOAD. Sebab aku adelah seoreang perempuan kedekut dan sangat berkira. Benda-benda macam ni memang aku nak free je.

Dulu aku pernah ada, tapi lepas format laptop, menatang ni terus hilang.
Dah try google tapi tak jumpa.
Aku suka calendar macam ni, senang nak check appointment dengan client (ceh, macam busy sangatlah bunyiknya, padahal).

So please anyone kalau ada, tolong ye?

Kenapa saya punya potong half?





Redza : Ma, kenapa girl kena potong semua bird dia?

Aku : Huh????? Kenapa?

Redza : Ye la, boy semua kena potong bird half aje. Tapi girl potong semua. Abis, mama kencing kat mana?

En Wan : Bontot. (gelak-gelak)


Aku tak sempat jawab apa pun lagi, si tukang menyebarkan dakyah palsu ni kalau bab menjawab merepek-repek memang laju.


Redza : Ohhhhhh, patut la girl kena kencing duduk ye, Ma? Sebab dia kuar kat bontot?

Aku : Mana ada girl kencing kuar kat bontot. Bapak kau ni kalau merepek nombor satu!

En Wan : Girl takde bird, Ija. Dia ada lain.

Redza : Ada apa?

En Wan : Pussycat. (sambil tahan gelak sebab aku jegilkan mata kat dia)

Redza : Ohhhhhhhhhhhhh. Pussycat rupanya. Mesti lagi banyak rambut dia kan, Pa?


En Wan gelak macam nak mati.

Ni yang aku menyampah kalau semuanya lelaki dalam rumah.
Ni baru Redza, kalau Rayyan dah besar sok memang balik-balik aku je la yang kena.


p/s : Renti-rentikanlah mandi dengan anak bang oiiii, anak dah bujang dah tu.



2011-01-14

Kalau nak mata cantik....



Create your own banner at mybannermaker.com!

Kau nampak mata tu??
Nampak apa kaler mata dia?
Biru hokeyyyy.
Kau ada?

Kalau takde, klik banner tu and order.


Tuan punya kedai kata, harga dia adelah RM47 termasuk postage. Boleh pakai sampai 3 bulan. 3 bulan tau! Aku punya ni pun boleh pakai sebulan je. Tapi kalau bulan tu aku sengkek, aku carry forward sampai bulan depan. Tapi selalunya tak sempat sampai sebulan aku dah beli lain. Sebab manjang je lupa bukak contact lense time tido. Bangun-bangun tido tengok selepet melekat kat bantal. Sodoqallahualazimmm.

Setakat ni, aku belum ada nafsu nak pakai color contact lense.
Lagipun aku tak yakin aku kelihatan gojes bila pakai mata berkaler.

(pakai color lense untuk nampak gojeskah?)

Habis tu? Kalau bukan untuk nampak gojes baik pakai clear lense je. Alangkan clear lense pun asal-asal tujuannya nak bagi nampak gojes.

Tak caya???

Meh aku bentangkan evolusi seseorang yang dahulukalanya memakai spek.

.

.

.

.

.

.

.

.


Ni tahun 1989. Darjah 6.


Laksamana je yang duduk macam ni tau. Kau ada? Kalau takde, diam.

Ko ada rambut macam ni dulu?
Aku adaaaaaaaaaa.
Bukan calang-calang makhluk yang berani kuar rumah dengan rambut senget-benget tang depan tu.

Takut kan tengok muka aku?
Gengster pun boleh gostan balik kalau nampak muka aku time ni.

Tapi aku bukan nak cerita pasal muka or rambut. Aku nak citer pasal spek.
Ni spek pertama aku, kaler pink.
Biasa la, girls next door katakan.

Tahun 1993 - Form 4.


Spek sudah tukar kaler biru. Spek panca sitara nama dia.
Ntah hapa perasaan aku masa pilih spek ni ntah. Perasan cun kot.

Masa ni trend remos.
Biar kaki pendek beb, janji remos tinggi.

1997 - First year


Masa ni dah pandai pakai spek bingkai besi.
Konon nak bagi nampak efek bijak dan juga cantik (sikit la).
Padahal....

Tapi aku rasa dah habis cun dah time ni, sebab masa ni aku dah ada pakwe. Orang cun-cun je yang ada pakwe hokey?? Pakwe aku PALAPES lagi. Abang askar tau. Gagah perkasa. Disebabkan gagah la maka habis aku dilempangnya. Saiko!

Oh dem! Aku tengah pegang jacket si Tungau rupanya masa ni.



Aku tergerak nak pakai contact lense bila one time tu aku bergamba dengan member, tapi aku bukak spek. Gila eyebag okkkkkkkk. Macam kena penumbuk.
Dah la kulit kau hitam kan, pastu mata lak lebam.
Tapi berangan nak pakwe hensem.
Boleh?
Boleh blah.

Lalu, aku pun menggatalkan diri pi beli contact lense.
Hasilnya....boleh tengok muka aku kat header blog.
Begitulah hasilnya.
Takde la gojes sangat mata tu, tapi kira ok la kan takde kesan lebam dah bawah mata.
Tapi rabun tetap rabun.


Baru-baru ni aku try sample Acuvue free Nuffnang blue kaler. Hasilnya aku mabuk sampai muntah sebab tak biasa dengan persekitaran yang biru. Biru filem aku biasa.

So, pada sesiapa yang dah biasa pakai, or teringin nak pakai, bolehlah tanya-tanyakan pada tuan punya kedai.

1. Yang belum biasa pakai contact lense berkaler, sila hati-hati. Anda mungkin boleh muntah seperti saya. Ke, aku je yang muntah?

2. Yang tak rabun tapi teringin nak menukar mata menjadi hijau, sila dapatkan nasihat pakar dulu sesuai ke tak mata kau pakai contact lense walaupun takde power. Kang ilangkan nak dapat mata hijau terus dapat mata kaler putih. Nanti aku hantarkan tongkat satu.

3. Yang tak penah lansung pakai contact lense tapi nak blaja pakai, sila tanya tuan punya kedai kot-kot la dia boleh ajarkan cara nak pakai. Jangan tanya aku. Aku punya cara pakai ikut mazhab lain.

Dulu, masa memula pakai, Cina kedai tu yang ajar. Aku tak tau la dia ajar salah ke, or aku yang tak makan dek ajar ke, sakit gilaaaaaaaaaa. Sampai berair-air mata tapi aku pakai jugak sebab aku ingatkan itu efek biasa untuk orang memula pakai contact lense. Kejap-kejap aku gosok mata, sampai merah-merah bengkak-bengkak. Last-last mata aku luka sebab rupanya masa aku gosok tu lense tu dah terkoyak kat dalam. Ngeri tak?? Ngeriiiiiiiiiii.

Eh, aku ni tengah promote kan?
Apesal aku citer macam ni?

Dah, dah.
Pergi klik kat banner tuan punya kedai yang ala-ala Ayat-Ayat Cinta tu, dan beli!


Tudung berVirus



Agak-agak kalau aku promote tudung ada orang nak beli tak?

Pastu orang yang beli tudung tu hadiahkan kat aku pulak.
Baru padan muka aku kan?

Ok camni.
Aku bukan jual tudung.
Aku tolong kawan promote online shop dia yang menjual tudung.
Padahal dia ni dah glemer dah, takyah mintak tolong aku pun takpe.

Ke, modus operandi kau nak bagi aku insaf, Jemah????

Sila klik banner ni untuk kelajuan maksima ke kedai dia.



Tudung-tudung dia not bad, very stylo-mylo one.
Takde la jenis yang serbah serbih tu.
Yang Jemah jual ni ala-ala tudung wanita korporat gitu.
Ada ropol-ropol lagi.
Tak sure pulak if tudung ni pesen baru, or aku yang baru tengok pesen ni. Al-maklumlaaaa, orang tak pakai tudung. Mana nak tau. Tudung yang ada kat rumah aku pun telekung je. Selendang pun rembat Mak Aji punya.



Aku promote tudung ye, bukan orangnya.
Melainkan kau nak rasa pelempang En Laloque.

Tengok harga-harga kat gamba Jemah tu, murah-murah kan?
Tudung dia cantik especially yang kotak-kotak belah kanan atas tu.
Aku teringin nak belikan untuk Mak Aji tapi hati mesti mau tabah la.
Sebab konfem dia akan sembur aku balik 'Yang kau ni bila nak pakai tudung agak-agak? Nak mati sok baru nak pakai?'

Pehhhhh. Makan dalam okkk.
Kalau kau tak cekal, elok-elok kau sihat, terus boleh mati.

Ok, kepada sesape yang nak beli tudung, boleh klik ke Shop-Pink Viruspadu.