2022-01-31

Tauhu Bergedil Le Nany


First time aku makan tauhu bergedil pada zaman dia tengah viral dulu.
Biasa makan tauhu sumbat je.
Aku kan peminat tauhu.
Barang yang sentiasa ada tak putus stok dalam fridge aku antaranya tauhu.
Sekali beli minimum 8 keping.
Kadang buat lauk, kadang buat ratah-ratah.
Agak-agak boring tak tau nak kunyah apa, aku goreng je tauhu tuang sambal kicap, ratah sambil tengok TV.
Nak lagi best kalau ada tempe.
Potong tempe nipis panjang-panjang, goreng garing-garing.
Dah macam biscotti ala Jawa.
Cecah sambal kicap.
Jadi je aku buat jajan sambil tengok TV.

Tauhu bergedil orang kata senang sangat resepinya.
Tapi kalau ada orang willing nak buatkan, lagi senang.
Nak pulak kalau yang buat tu pandai.
Aku rajin jugak beli tauhu bergedil jual kat pasar malam atau beli dari gerai-gerai jual nasi lemak pagi-pagi.
Ada yang boleh makan, ada yang itulah last aku beli.
Tauhu bergedil ni yang buat sedapnya bergedilnya tu.
Ada orang bergedilnya buta-buta kentang je.
Kata ada daging, celah mana daging dia tak berasa pun.
Maybe too sikit atau dah too blend dengan kentang sampai tak berasa.

Haaa ini dia tower tauhu bergedil.
Tak cukup dengan ribbon, dia bagi love sekali.
Gigih seller ni.

Kalau orang kata "Apa je lah beza tauhu bergedil ni dengan orang lain. Sama je kot".

Tak sama, ya.
Like I said, bezanya adalah pada bergedil.
Kalau selama ni korang makan tauhu bergedil intinya rasa tak berasa daging, meh sini rasa yang aku makan ni.
Aku rasa inilah bergedil pertama isinya banyak daging dan dagingnya berasa dalam mulut.
Dagingnya dicincang agak besar.
Boleh nampak dagingnya dalam bergedil.
Tapi janganlah kau expect daging tu datang besar-besar biji dadu.

Ini maksud aku.
Boleh nampak kan daging kat bergedil tu?
Memang puas hati makan.
Setiap gigitan berasa daging.
Aku tak sure kalau ada orang buat bergedil ayam atau vege bergedil (letak mushroom).
Maybe sedap juga. Tapi aku suka daging.

To be honest, memang aku belum jumpa lagi tauhu bergedil yang intinya nampak jelas cebisan daging, DAN banyak pulak tu! Sumpah tak kedekut ni.
Jarang nak jumpa inti tauhu bergedil meriah dengan daging macam ni.
Nak lagi kalau kat pasar malam. 
Murah memang murah tapi entahlah, aku ni jenis yang enjoy food.
Food kalau mahal sikit tapi sedap takpe. Seronok makan.
Ini kalau murah je lebih tapi rasa cincai-bancai, lagi terasa rugi spend duit kat makanan macam tu.

Aku tahu kebanyakan orang malas beli makanan online sebab tak kuasa nak membayar cost delivery.
Entahlah, masing-masing punya pilihan, kan.
Aku ni pulak kalau dah teringin nak makan, rela berhabis duit delivery.
Pernah order chocolate roll dari Kajang, delivery pakai grab sampai RM40, sedangkan harga roll nya RM48. 
Dah macam order 2 tray roll. 
Tapi takpelah, nak makan sangat, pejamkan mata je.

Insyallah aku dah rasa tauhu bergedil ni.
Korang pun boleh tengok inti penuh daging tu, memang puas hati.
Tong-tong dengan member-member seopis, order sekali banyak, bolehlah jimat duit delivery.  

Setiap tempahan akan disertakan dengan hirisan daung bawang, hirisan cili api and bawang goreng yang dipack asing.
Sambal kicap dah pasti.
Hari tu dia buatkan aku sambal kicap kurang pedas.
Disebabkan kurang pedas, maka aku dapat enjoy makan berketul-ketul.
Lawan pulak dengan teh O panas. Memang cenggini haaa 👍🏻.

Aku tak sure minimum pack berapa biji.
Tapi yang pastinya the seller has been doing this ONLY for years.
Dia hanya jual ini saja.
Dan the business is so good sampai sehari up to 200-300pcs dijual.
Bila aku dah makan the tauhu bergedil, yes, memang nampaklah gaya orang yang "master" in tauhu bergedil.
Ye lah, kalau ini je yang dia fokus mau tak master? Alhamdulillah sedap.

Insterested, boleh terus whatsapp/call Puan Rozana 019-5345689.
Dia based in Mantin Negeri Sembilan tapi delivery ke Klang Valley tetap dibuat.

2022-01-29

En Wan tak kisah ke Kak Di sound dia?



Semalam aku tengok satu video ustaz Don (atas ni)
Dia bercakap tentang ciri-ciri seorang isteri yang solehah versi Bani Melayu (orang kita).
Katanya, gambaran seorang isteri yang solehah yang selalu kita dengar sekarang seperti lembah-lembut, tak meninggi suara, akur perintah suami 24 jam - ini adalah gambaran yang SALAH.
 
Ustaz Don kata Saiditina Aisyah sendiri pernah mengamuk dengan Rasulullah.
Sampaikan Saidina Umar tak percaya isteri-isteri Rasulullah pernah meninggikan suara dengan Baginda, lalu Saidina Umar bertanya pada anaknya Hafsah (Hafsah also isteri Rasulullah saw).
Saidina Umar tanya betul ke korang ni pernah meninggi suara pada Rasulullah.
Hafsah jawab "Ya, biasa".

Ini aku snap dari buku Shahih Muslim.
Kisah tentang bagaimana Rasulullah saw pernah berdepan situasi dimana isteri-isteri baginda minta wang belanja sedangkan Rasulullah tak punya apa-apa waktu tu.
Aisyah [anak Abu Bakar] and Hafsah [anak Umar] kena pukul dek bapak masing-masing depan Rasulullah sebab buat Rasulullah saw macam tu.
Dalam kes Rasulullah saw ni bukannya belanja dapur tak cukup tetapi mereka [isteri] minta Rasulullah beli barang-barang sebab cemburu sesama sendiri.
Bila dah cemburu, mulalah masing-masing buat 'perangai'.

Dalam buku yang sama, ada kisah bagaimana Aisyah menghempaskan pinggan bila nampak Rasulullah balik bawa bekal dari pemberian isteri lain.
Pada waktu itu, dalam rumah ada tetamu (sahabat Rasulullah).
Tapi Rasulullah rilek je, sebab dia tau Aisyah hempaskan pinggan kerana cemburu.

Dalam video di atas Ustaz Don kata Aisyah cakap kat Rasulullah something like this "Cakap betul-betul, jangan tipu".
Kan ke pelik bila Aisyah warning Rasulullah saw "Jangan tipu" sedangkan Rasulullah sifatnya mana pernah menipu?
Itu nak tunjuk bahawa even Ummul Mukminin pun pernah marah suaminya.
Baiknya Rasulullah saw, bila di rumah dia menanggalkan 'nametag' Rasulullah di luar.
Di rumah, dia adalah suami kepada isterinya.

Orang kita?

Oii, lebih dari lebai kalau bab ni.
Pantang isteri tertinggi suara sikit habis segala hadis dia korek bawak keluar.
Tapi yang peliknya, punca isteri tertinggi suara dia taknak kaji pulak.
Dia spin cerita selagi boleh biar nampak dia betul, dan bagi nampak orang perempuan semua salah.

Semalam post aku pasal aku sound En Wan bab nak pi ziarah rumah orang tu, ramai betul yang respond kat post ni.
Ramainya menceritakan pengalaman sendiri.
Ada sorang follower tanya "En Wan tak kisah ke Kak Di sound dia?"

Aku rasa maybe bila aku tulis post tu, orang dok imagine hari-hari En Wan kena bancuh dengan aku cukup-cukup as if dia tu betul bendul.
Tak, bukan macam tu ya sayang-sayang sekalian.
Laki aku tu bukannya terencat semua benda dia tak reti.
Kalau dia bodoh sangat, dah lama aku angkat kaki tinggalkan dia.

Aku tak nafikan dulu En Wan memang macam 'takde function'.
Tapi banyak perubahan pada En Wan sekarang, berbanding mula kawen dulu.
Tak tahulah samada berkat kena 'training' dengan aku, atau dia belajar melalui pemerhatian.
Ye lah, sebab dah bertahun-tahun duduk sekali, kan.
Orang kata kita adalah sebagaimana 5 orang yang rapat dengan kita.
Antara orang yang rapat dengan En Wan dah tentulah aku.
Samada aku terpengaruh dengan cara En Wan, atau En Wan akan dipengaruhi oleh cara aku. Antara dua ni je.
Tapi nampaknya perangai aku lebih mendominasi, sebab banyak perubahan pada diri En Wan sekarang.
Aku rasa kalau dibiarkan En Wan tinggal serumah dengan Mak Aji mungkin lagi cepat dia belajar. Hahaha.

Aku suka En Wan yang sekarang [walaupun perangai annoying dia tu masih ada, takpelah kira halal lah].
Dulu, masa awal-awal kawen, terdetik juga rasa menyesal dalam diri sebab terlalu banyak perangai dan tabiat En Wan yang clash dengan aku.
Terasa menyesal kawen cepat sampai tak sempat nak kenal dia betul-betul.
Tapi boleh jadi itu memang cara Allah nak kami belajar antara satu sama lain.
Kalaulah En Wan duduk dekat dan aku berkesempatan dating dengan dia berkali-kali sebelum kawen, agaknya awal-awal aku dah blah.
Semak melayan karenah macam tu.

Lepas makan, pinggan tinggal je dalam sink.
Tak reti basuh bilik air.
Tak reti nak menyapu.
Tak reti nak mengemop.
Tak reti lipat baju.
Tak reti gosok baju!

Aku jadi pelik macamana dia survive kat Jepun bertahun-tahun?
Dia kata kat sana semua tu boleh hire orang buatkan. Tak payah menyusahkan diri.
Dalam hati aku, hmmm untunglahhh lahir atas duit.
Kalau aku nak tunggu semua benda orang buatkan, jangankan toilet, dengan aku-aku sekali berlumut.

En Wan dulu, kalau sesat taknak berhenti tanya orang sebab malu dikata bodoh tak reti tengok map.
Ntah siapa ajelah nak mengata dia.

Kalau bayar parking duit kertas kena reject, malu.
Padahal duit kena reject je kot.

Kalau lalu tol, palang tak angkat, malu.
Hat ni memang aku takleh brain. Nak malu apabenda aku tak tau.

Nak tanya orang kat kaunter (tak kiralah kaunter klinik, kaunter pertanyaan kat mall, kaunter kat telco), tak berani sebab malu.

Makan kat kedai nak mintak extra tissue pun malu!

Kalau beli barang kat kedai, tak jumpa barang yang dicari, dia takkan tanya orang, sebab malu.
Rela dia terpusing-pusing sampai 3 kali dalam kedai tu.
Nama dia nak tanya, tak.

Pegi kenduri kawen malu nak tanya mana satu bapak pengantin keluarga lelaki.
Aku pulak yang dia tolak ke depan suruh tanyakan, boleh?
Padahal itu majlis kawan dia.

Pernah kitorang berada dalam satu majlis wedding kawan dia yang sama-sama blaja kat Jepun.
Wedding kat hotel.
Kitorang duduk semeja dengan guest belah perempuan.
Kawan sekerja bapak kepada pengantin perempuan agaknya.
Ada 2 pairs of Datok and Datin.
The Datok tanya "So, you guys friend of the bride or groom?"

Aku ni mengharapkan dia jawab, sebab ya lah majlis kawan dia kot.
Dia boleh buat senyap tunduk. Hangin betul aku.
Aku pun tolong jawab "Groom. My husband studied with the groom while in Japan".
Penyudahnya aku yang bersembang dengan Dato and Datin tu macam aku pulak se-geng dorang.
Seb baik Datok tu tahu aku datang dengan suami, kalau tak mesti dia berkenan nak kenen aku dengan anak laki dia. *tiberrr*

Mujur masa tu Redza belum ada lagi.
3 tahun pertama kawen aku masih takde anak.
Ada juga hikmahnya belum dapat anak waktu tu.
Dapatlah 3 tahun tu aku membrain wash dia.
Kalaulah masa tu dah ada anak, mesti anak aku konfius apesal bapak dia macam takde function?

Inilah yang buatkan Redza pernah tanya aku "Kenapa mama nampak macam tak power?"
Kerana dia membesar melihat segala-galanya bapak dia uruskan.
Bapak dia yang siapkan dia waktu pagi.
Bapak dia hantar ke sekolah.
Bapak dia ajar buat homework.
Bapak dia ajar dia semua subjek.
Bapak dia ajar main bola.
Bapak dia bercerita itu ini.
Semua bapak dia.
Nampak macam bapak dia yang paling hebat.

Redza pernah tak sangka aku belajar sampai universiti.
Sejak ada anak, aku mengurangkan 'penguasaaan' aku di rumah.
That's why bila Redza tanya kenapa aku nampak macam tak power sedangkan certificate aku power-power, aku jawab "Kalau mama seperti mama yang dulu, orang takkan nampak role papa Redza".

Sebab memang macam tu.
Banyak benda dulu En Wan tak reti dan semua benda malu nak buat.
Aku takde pilihan melainkan train dia untuk jadi orang yang ada function.
En Wan ni bijak, sangat bijak.
Aku boleh kata dia cream student.
Cuma dia terlampau manja [maybe dimanjakan] sampai takde sorang pun dalam keluarga dia izinkan dia keluar dari kampung untuk masuk sekolah berasrama walaupun dia lebih dari layak.
Sampaikan dia jadi takut nak keluar dari comfort zone sebab tak mahu hidup bawah daripada apa yang keluarga dia provide.
Ye lah, duduk asrama semua benda kau kena buat sendiri. Bilik tido pun kongsi.
Dia pulak hidup tak pernah berkongsi.
Di rumah, mok nak masuk bilik dia pun kena ketuk dulu.
Kalau mak aku, gedegangggg. Kalau kunci pintu bilik memang kena sebat.
Itu mak aku lah.

Mujurlah dia jenis cemerlang dalam pelajaran.
Maybe itulah asbab untuk dia kena keluar dari kampung, belajar hidup sendiri.
Bukan kata keluar dari kampung, Allah terus bagi dia keluar dari Malaysia.
Duduk kau sana kat negara orang.
Eh survive pulakkkkk.
Bagus juga dia belajar Jepun, barulah jadi orang sikit.
Kalau tak, lagi teruk aku kena repair dia ni agaknya. 

Maybe inilah kekurangannya bila membesar dalam persekitaran yang sangat mewah, banyak benda dia tak tahu buat.
Actually bukan dia tak tahu buat, tetapi tak biasa buat.
Bila membesar dalam persekitaran keluarganya dikenali, maka dia tak perlu memperkenalkan diri.
Semua orang tahu dia anak siapa.
Nak pulak dulu boleh dikatakan satu kampung tu bekerja di syarikat bapak dia.
Dah tentu bukan saja bapaknya dihormati, malah anaknya juga.
Apa dia nak, belum mintak dah depan mata.
Maka tak hairan dia jadi pemalu tak bertempat, kerana dia tak biasa meminta tolong.
Dia hanya perlu bagitahu nak apa, benda akan ready depan mata.

Dulu En Wan tak suka aku beli-beli tisu dari orang buta yang datang dari meja ke meja.
Kalau aku bagi duit kat orang-orang buta yang main muzik tepi jalan, dia marah.
Kalau dia dah nampak ada orang jual tisu atau main muzik tepi jalan, dia akan tarik aku pi tempat lain atau dia akan pegang tangan aku supaya aku terus jalan tak sempat nak berhenti untuk hulur sedekah.
Kerana dia tak biasa bagi sedekah cara tu sebab keluarga dia dulu kalau bersedekah sekali banyak.
Orang kaya punya style lah. Nah! Sebeban. Nah! Sebeban.

Bila dah hidup sebumbung dengan aku, dapat pulak bini yang jenis takleh tolerate perangai lembik,  memang hilang terus azam aku nak jadi isteri mithali.
Dah tak kuasa aku nak memendam rasa dan berlemah-lembik.
Meluap-luap aku nak membancuh. 
Memang aku tak bagi chan lansung.
Apa yang aku tak puas hati, direct aku tembak.
Tapi sambil-sambil tembak, sambil ajar.

"Boleh tak jangan nak mengamuk palang tol tu tak berangkat. Gostan la kejap. Bukannya takde duit dalam kad tu, dia takleh detect je pun".

"Berentilah kejap kat tepi tanya orang dalam kedai tu mana alamat ni. Tahan dia pusing 40 kali sampai habis minyak. Nak malu apa tanya orang, dah sah-sah kita bukan orang sini".

"Kenalkan sajalah diri tu. Cakap, Pakcik, saya kawan pengantin. Sama-sama blaja kat Jepun dulu. Nak segan apanya. Bukannya tak dapat jemputan".

"Awak tak penat ke tawaf kedai ni dah setengah jam cari barang? Tanya je adik tu. Dia kerja sini, dia tahu mana tempat dia susun barang. Takdenya dia nak gelakkan awak".

Benda simple je. Orang kata benda yang tak pakai pikir hard.
Tapi bagi dia, itu satu beban.
Nak bertanya orang adalah satu benda berat untuk dia buat.

Alhamdulillah, berkat selalu 'meninggikan suara', En Wan banyak perubahan.
Dulu, kalau balik kampung, ke sana sini hanya dengan aku saja.
Macam takde kawan. Macam kena buang negeri.
Rupanya itulah puncanya - sebab berat mulut.
Pemalu tak bertempat sampai takde kawan.
Now, bukan main meriah dengan kawan.
Barulah nampak yang laki aku ni diterima masyarakat kampung rupanya.

Now dah takde dah dia yang dulu.
Now dah pandai mengemas. 
Kain baju dia cuci, dia sidai, dia lipat.
Walaupun sakit mata aku tengok hasil lipatan tu, aku biarkan je.
Masak nasi pun pandai.
Goreng-goreng lauk sikit-sikit pun tau dah.
Menguruskan anak-anak paling dia power. Aku cuci tangan bab ni.
Sekarang dah tak malu-malu lagi. Semua benda dia redah sekarang.
Projek komuniti setempat, sekolah anak-anak, sekolah dia, group bisnes - semua dia join sekarang.

Lega aku bila anak-anak membesar dengan nampak role seorang ayah lebih besar dari maknya.
Sampaikan anak tak percaya maknya blaja sampai universiti.
Berjaya maknya 'membodohkan' diri demi nak menampakkan bapaknya power di mata anak-anak.

Adakalanya bila isteri dapat pasangan yang 'tak berapa function', kita kena bantu suami supaya dia keluar dari comfort zone yang boleh menjahanamkan future dia.
Cukup-cukuplah dia membesar dalam suasana yang dimanjakan dan ditatang bagai minyak yang penuh.
Masa bujang, mak bapak hidup lagi, bolehlah nak manja-manja gitu.
Dah kawen, dah ada isteri, dah anak anak-anak, takkan nak hidup dalam kebiasaan lama.
Dah satu keje pulak esok bini nak mendidik anak at the same time nak menatang suami yang macam cacat semua benda tak reti buat.
Macamanalah bini tak stress.
Lepas tu harap bini jadi solehah menurut kata 24 jam.

Eh kosser aku.
Biarlah orang kata aku queen control ke apa.
Aku memang pekakkan telinga je.
Aku memang terer bab-bab buat pekak ni. Gasak kau situ.
Yang penting, aku tahu apa kita buat and we both happy dengan cara sendiri.



2022-01-28

Aku queen control?

Ini post IG Ahad lepas.
Ramai yang DM cerita tentang 'dominan' dalam rumah tangga.
Ya, aku baca semua tapi tak semua aku dapat reply sebab aku plan nak jawab panjang lebar dalam blog.

Dulu masa Redza sekolah rendah, dia pernah kelebet sijil-sijil aku.
Then dia tanya "Powernya certificate mama. Tapi apesal mama nampak macam tak power?" [ya, dia sembur aku gitu je guys].

Aku jawab "Kalau mama carry exactly macamana mama dulu, mama akan nampak dominan, dan orang takkan nampak role papa Redza".

Atau dalam bahasa paling mudah, kalau aku carry the same Diana yang dulu, nescaya bapak kau tak pandang aku. Hahaha.

Itu yang dulu mak mertua aku pelik apesal yang datang open house rumah aku kebanyakkannya kawan lelaki.
Aku banyak kawan perempuan masa kat U je.
Kawan-kawan sekolah aku yang close kebanyakkannya lelaki.
Jangankan kata sekarang, dari zaman sekolah lagi yang datang beraya kat rumah 95% lelaki.
Sampaikan Mak Aji suspek jodoh anak dia adalah dari kalangan budak-budak yang datang melepak kat rumah.
Dia tak tahu takde orang pun nak kat anak dia kat sekolah tu.
Semua layan aku macam jantan juga sebab aku agak kasar.

Aku pernah terbabas tunjuk perangai gengster masa exbf aku "dituduh" mencuri.
Masa ni aku tak tahu yang dia buat cerita kena tuduh.
Aku benganglah orang tuduh-tuduh pakwe aku, kan [gituuu].
Aku cari budak yang tuduh tu, aku cekang kolar baju dia.
Padahal dia tinggi dari aku ya.
Tak taulah apa ada dalam kepala otak aku masa ni.
Berani buat perangai gitu dalam kawasan hostel lelaki pulak tu!
Nasib baik budak tu lelaki tu gentle, dia tak balas pun aku tengah menyinga masa tu.

Masa awal-awal kawen dulu aku memang berazam untuk jadi isteri mithali yang lemah-lembut.
Memang nak tinggalkan perangai dominan aku ni.
Tapi tak bolehlah.
Sebab En Wan tak dominan lansung. Hahaha.
Maksud aku, banyak benda yang dia tak tahu dan aku kena didik dia.

En Wan ni smart student. Jenis book smart.
Hidupnya membesar dalam keadaan serba ada. Tinggal mintak je.
Jadi, banyak benda yang dia tak tahu.

Masa mula-mula kawen dulu dia ajak pergi wedding keluarga dia tak bawak apa.
Melenggang. Bersiap untuk attend kenduri je.
 
Aku tanya "Mana hadiah?"

Dia jawab "Hadiah apa?"

"Bawaklah hadiah untuk pengantin. Kalau tak, bawak duit. Nanti salam makcik awak bagi duit".

Dia jawab "Nak buat apa bagi duit, kita keluarga, bukannya tetamu".

Hanginlah aku, kan.
Dengan sepantas kilat aku bidas "Kalau dah tau keluarga, patutnya pagi-pagi tadi dah pergi tolong apa yang patut. Bukan dah tengahari baru nak datang macam tetamu lain".

Diam terus member.
Aku paksa dia singgah kedai beli apa-apa yang patut jugak.

Lepas tu pergi rumah orang. Rumah Kak Ngah masa tu.
Selamba ajak aku pergi rumah kakak dia melenggang bawak kote je, tak bawak buah tangan pun.

Aku cakap "Meh singgah gerai cari goreng pisang ke apa".

Again, dia marah aku, "Nak buat apa? Kak Ngah ajak datang rumah dia untuk makanlah".

"Eh hello? Dia nak jamu kita makan itu cerita dia. Kita ni datang rumah orang at least bawak goreng pisang walau seplastik. Ini namanya adab".

Masa tu aku terfikir, orang-orang kaya ni memang datang majlis berlenggang je ke?

Masa awal-awal kawen, aku ni nampak lebih kepada anak daripada menantu, sebab aku yang lebih peramah dari dia.
Dia punya diam and pemalu tu takleh bawak bincang sampai hangin aku.
Kau dah kenapa dengan sedara sendiri pun nak pendiam, kan.

Tengok macam sedara-mara aku.
Dari hujung ke hujung asal berkumpul je walapun setahun time raya aje berjumpa, tetap kecoh dan mesra.
En Wan cakap dia tak dibiasakan.
Dulu masa kecik-kecik, asal ada orang datang, dia disuruh naik atas (bilik).
Kerjanya study 24 jam.

Mak Aji punya style, siapa je yang datang rumah, kau kena turun dulu.
Salam. Jangan sampai tak kenal sedara, bak kata Mak Aji.
Kau esok nak exam ke, apa ke, kalau orang datang kena turun bawah salam pastu gi buat air.
Dah hidang, nak naik atas, naik.
Sebab tu aku kenal ramai sedara, malah kawan-kawan Mak Aji pun.
Tu pasal kalau nak bersembang hal sedara-mara ke, kawan-kawan dorang ke, aku boleh masuk.
Sebab aku kenal.
En Wan, sampai sekarang kalau hari raya, time nak susun duit raya tu aku yang kena aturkan anak cucu Kak Long berapa, anak adik dia berapa, anak orang tu berapa.
Aku pulak yang lagi hafal.

That's why dalam keluarga, orang mudah nak nampak aku macam queen control.
Sebenarnya aku bukan queen control, tetapi terpaksa jadi dominan.

Masa awal-awal kawen dulu everytime nak balik ke KL semula, aku akan tanya En Wan "Ni nak balik esok ni, dah ready duit nak bagi mok? Mok Ndong (mak tiri)?"

Dia diam. Blur.

Maka aku ajar dia duit kena bagi.
Mak-mak tu bukannya berkerja.
Bukan nak suruh bagi banyak, tapi nak berkat dia tu saja.
En Wan bukan tak tahu tau benda ni semua tapi dia macam tak pasti perlu ke buat semua ni. Haa, gitu. Ko faham tak maksud aku?
Dia macam tak sure kena bagi duit ke? Kena bawak buah tangan ke? Kena tolong rewang ke?

Aku ingat lagi first duit yang En Wan hulur kat mak tiri dia adalah RM20.
Masa tu dia salam sambil selit duit.
That was the moment arwah ayah nangis bila akhirnya dia tengok anak lelaki dia berbaik dengan isteri keduanya.
Kak Long kata hanya En Wan sorang saja yang tak pernah tegur mak tirinya dari kecik (umur 7 tahun) sampailah ke hari tu (tahun 2001).
Aku pun sebenarnya tak tahu sekeras itu hati dia dari kecik sampai dah kawen masih tak approve mak tiri.
Mak and adik-adik tiri tak akan masuk rumah mok kalau abangnya ada (En Wan).

Masa Kak Long bawa aku jumpa Mok Ndong selepas kawen, En Wan lansung tak turun dari kereta.
Dia biar aku turun dengan Kak Long.
Kau imagine, aku sebagai orang baru dalam family dia terpaksa kenalkan diri aku sendiri sebagai menantu baru.
Yang dia duduk dalam kereta buat keras dia.
Dia tak tau masa ni yang bini dia lagi keras.
Maklumlah selama bercinta dating baru 3 kali, tak sempat nak tengok perangai sebenar aku.
Lama juga aku brainwash En Wan. Aku bancuh cukup-cukup.
Lepas tu dia cuba berlembut dan akhirnya dia hulur duit RM20 tu sebagai tanda dia accept mak tiri dalam hidup dia.
Happy aku masa tu bila nampak bergenang air mata arwah ayah.
Depan mata aku witnessed moment ni.
Masa tu kat hall, kitorang dah nak balik.
Ada arwah ayah, mok and Mok Ndong.
Tahun depannya, ayah meninggal.

Selama mok duduk sini sepanjang 11 tahun, everytime mok balik ke Tganu naik flight.
Kalau ikut En Wan, dia hantar mak balik dengan bas.
Kemain bangga lagi bagitau aku dia book bas paling selesa untuk mok.
Aku cakap "No, hantar mok naik flight".
Orang tua kot. Aku yang belum tua ni pun sampai lembik bijik aku duduk berjam-jam dalam kereta from KL to Tganu.
Ko expect orang tua naik bas dah cukup selesa?
Kesian orang tua nanti nak benti kencing gerak ke toilet sorang-sorang.

By now aku rasa En Wan dah cukup kenal perangai aku.
Aku memang jenis bising. Mulut aku ni takde filter.
Kalau aku tak puas hati memang aku cakap.
Tapi aku tak cakap benda bodoh yang kosong.
Aku akan cakap benda yang lojik walau bunyinya menyakitkan.

Baru-baru ni ada tahlil kat rumah anak sedara dia kat Shah Alam. Bibik dia meninggal.
Mok and Kak Long datang dari Tganu. Kak Ngah pun.
And semua anak-anak sedara dia di sini berkumpul for tahlil.
Aku tak tahu cerita bibik dia meninggal.

Petang tu En Wan ajak "Jom pegi rumah Afiq. Mok and Kak Long datang. Nak jumpa mok".

Aku balas "Yang awak nak pegi ni rumah orang, tau. Pergi tanya Afiq dulu boleh tak datang rumah dia".

En Wan balas "Alah, anak sedara saya ok".

Ohh hanginnnn aku.
Aku cukup pantang perangai macam ni.

"Ya, saya tahu itu anak sedara. Itu rumah anak sedara awak. Tapi jangan lupa, anak sedara awak tu ada isteri. Itu rumah isteri dia juga. Kena mintak kebenaran dulu nak datang".

Oh member tak nak kalah.

"Takkan nak jumpa mok tak boleh".

"Bukan tak boleh jumpa mok. Tapi mok tu ada di rumah cucu dia. Bukan di rumah dia. Kita ni nak jumpa mak kita yang berada dalam rumah anak sedara. Rumah tu bukan rumah mak yang kita boleh sesuka hati datang. Lagipun dia ada jemput ke kita datang tahlil?"

En Wan balas "Dia sibuk, lupa agaknya. Tapi Kak Long ajak datang".

Aku bagitau selagi dia tak call anak sedara dia tanya boleh datang ke tak, kau pegi sorang. Aku takkan ikut.
Aku paling tak suka perangai sesuka hati singgah masuk rumah orang tanpa tanya tuan rumah.
Walaupun tuan rumah tu pangkat anak atau adik, ia tetap rumah orang!
Jangan ingat kita lebih tua kita anggap kita entitled sangat, ya.

En Wan kata "Takkan abang nak pegi tak bawak awak. Nanti apa orang lain kata".

Oh, kisah pulak apa orang lain kata, ya.
Aku ni lagi kesah masuk rumah orang tanpa dapat jemputan.
Last-last dia call anak sedara dia.
Anak sedara dia pun ajak kitorang join tahlil.
Ok, aku setuju untuk ikut.
Pastu aku pesan "Pegi singgah bakery, beli kek-kek sikit untuk buah tangan. Kita ni datang mengejut, tak sempat nak menolong, jadi biar ada budi bahasa sikit. Bawak buah tangan".

Sekali imbas aku tahu aku kelihatan seperti queen control dan nampak macam En Wan tu takut bini.
Hakikatnya tak begitu.
Ada masa-masanya En Wan menyerlah role sebagai suami and ayah.
Tapi selalunya benda-benda yang melibatkan common sense ni aku kena ke depan.
Bukan nak kata aku lebih bijak, tapi upbringing En Wan tak mendedahkan dia pada perkara-perkara macam ni.

Upbringing aku dah biasa datang rumah makcik-pakcik jangan jadi macam tetamu.
Terus ke dapur tanya apa nak tolong.
Dah habis makan, masuk dapur basuh pinggan mangkuk.
Kalau dalam sink ada pinggan mangkuk tuan rumah belum berbasuh, basuhkan sekali.
Jangan berkira kederat.
Orang dah jemput kita makan takkan tolong basuhkan periuk belanga dia dalam sink pun nak berkira, bak kata Mak Aji.

Dalam rumah tangga kita perlu ada check and balance macam ni.
Orang luar jangan sibuk-sibuk nak labelkan si bini queen control atau si suami takut bini.
Bukan semua benda berlaku seperti yang kita sangka.


2022-01-26

URBAN FARM

Guys, dengar sini aku nak bagitau satu service yang rare.
Ramai orang buat service penghantaran barang-barang basah, tapi tak ramai buat yang a bit technical macam URBAN FARM.
Nama pun URBAN u olls, haruslah teknologi canggih juga.
So what's so urban about URBAN FARM?

Urban Farm ni company yang buat bisnes barang-barang basah.
Basically dia membekalkan/menjual makanan laut tempatan sejuk beku like ikan, ketam, udang, sotong, etc.
Sejak PKP 1.0 rasanya ramai dah start beli barang-barang basah secara online, kan?
Tak terkecuali aku. 
Sampai terkial-kial dah nak menyiang ikan sekarang dek kerana dah terbiasa order online saja.
Musim-musim Covid tak tentu aah ni, bukan setakat selamat tak perlu bersesak-sesak kat pasar, tapi lebih convinient.
Barang-barang basah ni semua sampai dalam keadaan dah siap bersiang, bersih dan pack cantik.
Tinggal nak susun dalam freezer je.
Untuk orang yang macam aku, yang malas nak serabutkan kepala menyiang sebesen barang basah setiap minggu, bisnes-bisnes seumpama ni sangatlah memudahkan.

Uniknya URBAN FARM, setiap satu produk dibeku menggunakan teknik IQF [Individual Quick Frozen].
Kaedah IQF agak special sebab teknik ni membekukan semua produk secara individu.
Contoh, kalau bekukan anggur guna teknik IQF ni, segugus anggur tu tak akan bergumpal dan beku bersama-sama.
Sebaliknya, setiap biji anggur diasingkan dalam kelompok.
Produk jadi lebih mudah untuk disimpan.
 
Not only that, produk dibekukan dengan speed yang laju so that seafood kekal segar.
Ok yang ni aku tak tipu, sebab stok seafood yang sampai kat aku dari URBAN FARM hari tu kekal fresh macam baru naik dari laut walaupun hakikatnya dah dibekukan. Amazing kot!

Ini set yang sampai kat aku hari tu. Dalam cool box.
Dalam tu penuh dengan ikan siakap, ikan merah, ikan kerapu, tenggiri, cencaru 4 ekor, kembung 8 ekor, sotong, isi kerang and udang putih. Semuanya dah siap cuci, ikan siap bersiang (siakap, kerapu and merah). Yang best tu kan, kerang. Kerang masa sampai kat aku walaupun beku tapi masih segar. Warnanya tak lebam pun.

Hari tu masa barang-barang ni sampai dia pack ikut portion masak yang sederhana. Maknanya, once kau thaw the packing, terus masak habis. That day, tenggiri aku dapat 12 keping yang dipack dalam pack 4-4. Satu pack ada 4 keping. Just nice nak masak.

Cara TERBAIK adalah merendam seafood tanpa membuka plastiknya. Itu kalau kau nak kekalkan kesegaranlah. Tidaklah bermaksud kalau kau bukak semua sekaligus seafood tu jadi busuk atau lebam. Cuma kalau kau tak bukak semua sekaligus, the seafood kekal fresh sehingga waktu nak diguna. 

Nampak tak ni ikan tenggiri yang dah dibersihkan, dipotong dan di-IQF-kan. Kemain cantik warna isi tenggiri. Tengok pun tahu segar lagi. Aku rasa besar gila tenggiri dia bagi ni sebab ada 12 keping kesemuanya.

Setiap keping dibalut, ya. Yang pertama supaya kesegarannya kekal.
Yang kedua, supaya tak melekat isi tenggiri tu antara satu dengan yang lain. Senonohlah masa nak masak nanti. Tapi memang aku geramnya tengok tenggiri ni. Memang cantik. Puas hati! Barang-barang ni sampai Jumaat. Hari Ahad Mak Aji datang rumah aku untuk celebrate birthday Pak Aji, dia pun kata cantik freshnya ikan-ikan ni.

Ikan merah dan ikan-ikan besar yang lain memang dia akan siangkan.
Aku tak sure kalau korang boleh minta potongkan siap-siap.
Kalau boleh potongkan siap pun bagus juga ni sebab aku memang fail bab nak potong ikan besar.
Boleh barai isi ikan aku kerjakan nanti. 

Cuba kau tengok ikan merah ni datang dalam keadaan berbalut juga. 
Teliti betul konsep IQF ni.

Ok aku tahu mesti ada yang tanya apa benda yang special sangat teknologi IQF ni?
Setakat nak bekukan satu-satu je? Untuk apa? Membanyakkan kerja?

Ok kalau sebelum ni aku pernah explain tentang kebaikan teknologi RETORT untuk memanjangkan hayat produk, kan?
IQF tujuannya lebih kurang sama, tapi lebih kepada memanjangkan kesegaran barang basah.
 
RETORT melibatkan pemanasan pada suhu yang sangat tinggi, IQF pula melibatkan pembekuan yang cukup pantas.
Bila pembekuan berlaku dengan cepat, hablur ais yang terbentuk dalam produk (seafood) adalah lebih kecil 
Kalau kaedah pembekuan yang biasa, pembekuan terbentuk secara perlahan-lahan.
Hablur aisnya pun jadi lebih besar.
Hablur ais yang besar merosakkan sel dan tisu produk.
That's why makanan sejuk beku yang biasa sometimes ada freeze burn.
Freeze burn ni boleh jatuhkan kualiti seafood.

Inilah concept behind the process of IQF.
Makanan dan hasil yang dibekukan secara biasa, proses pembekuan tu berlaku perlahan.
Jadi, makanan cenderung jadi kering and rosak bila kita thaw.
Hablur ais yang terbentuk pun lebih besar dan boleh rosakkan dinding sel dan mengurangkan kualiti makanan.
Pembekuan secara IQF ni betlaku cepat jadi proses pembentukan hablur ais yang besar tak berlaku.
IQF bekukan makanan dengan sangat cepat sehingga memintas zon pembentukan hablur ais. Hasilnya, makanan yang dibekukan tak ada peluang membentuk kristal ais, thereby maintaining product quality.

Siakap ni baru settle tadi. Aku goreng garing-garing. Puas hati!

Sotong ni aku lupa berapa ekor, tapi sekali masak je aku buat. Banyak juga.
Elok je ha dah siap bersihkan. Besar boleh tahan.

Udang putih ni dalam 10 ekor kalau tak salah. Besar.
Hat ni aku dah siap kerat kepala.
Kepala harus dikerat, kemudian rebus dan air rebusan simpan dalam freezer. Buat stok.
Time nak masak apa-apa nanti, curah sikit barulah sedap.

Amacam kerang, fresh kan? Kemain cantek lagi kalernya.
Kalau beli kat Giant selalunya lebam-lebam warnanya.
Hat ni cantik bukan main!

Bukan ini saja range seafood yang URBAN FARM carry, ada banyak lagi.
Macam-macam jenis fresh seafood and processed food dia offer.
Tapi produk utama adalah makanan laut tempatan yang kebanyakannya dari Kuala Selangor, Sungai Besar, Sabah, dan Selat Melaka dan kesemuanya disejukbeku menggunakan teknik IQF.
Kalau kau taknak yang IQF, pegi beli kat pasar borong je sudeyy.
Tapi kalau imported seafood, dia tak guna IQF but standard freezing method.
Dia ada popiah ikan salmon, salmon croquettes, soft shell crab, flower squid, oyster half shell, etc.
Harga-wise, setanding dengan kualiti.
Boleh ke SINI untuk tengok-tengok produk and harga.

Kalau korang nak try their service and rasa kesegaran teknik IQF, boleh ke link tadi and order di sana.
Tak payah nak cari mana physycal shop, memang takde.
Dorang hanya ada warehouse setakat ni untuk simpan stok.
Which aku rasa ini lebih penting sebab dorang bukan jual seafood naik dari laut tetapi seafood yang dibekukan secara IQF fresh-fresh dari laut.
Buat masa ni delivery hanya sekitar Lembah Klang.
ORDER HARI NI, DELIVERY ESOK, kecuali kalau dorang boleh selit delivery on the same day, they will let you know.
Bukan apa, membasuh, membeku, mengpack, semua ni ambil masa.
Ni bukan kerja cincai.

Oh by the way, kalau korang ada special request nak siang atau nak potong ikan (termasuk ikan kecil-kecil), mungkin ambil masa DUA HARI. 
Yang ni standard lah sebab mana-mana tempat aku order barang basah dia takkan hantar on the same day.
Banyak kerja kot nak menyiang segala.
Bukan order kau sorang dia nak handle.
Items preorder pula (imported) ambil masa maximum 3 hari untuk dorang proses dan buat delivery.

Dorang ada offer Seafood Hamper.
Yang ni hot selling item.
Ada 2 jenis hamper, boleh refer kat website.
Yang ni nak beli untuk diri sendiri pun boleh, nak hadiahkan untuk aku pun boleh. Kahkahkah.

Tapi yang paling best ni.
Haaa gitu offernya. 15% OFF u olsss.
Jangan lupa tepek kod tu masa order - DIANA15.


2022-01-24

MZY Kepok Lekor and Nasi Kenduri Kawen


Lama sangat tak buat post review makanan, kan? Berderet sebenarnya review makanan ni.
Makanan dia bukan main lama dah makan, review tak lagi.

Hari ni aku nak review 2 jenis makanan.
Kedua-duanya masuk dengan tekak aku DAN tekak En Wan [dia pun join sekaki].

1. Keropok Lekor MZY

Hat ni katanya 100% kepok kelor Tganu. Ok good.
Memandangkan ada sorang tekak Tganu dalam rumah ni, meh kita bagi dia rasa betul ke tak ini kepok 100% from Tganu.
Aku yang tak original Tganu pun dah pandai rasa jenis kepok samada Tganu or tak Tganu. Hahaha.

Dia macam ni tau, bukannya boleh tahu sama ada kepok tu from Tganu atau tak.
Tetapi, kepok lekor ni kebiasaannya rasa ikan tu banyak berbanding tepung.
Ada je kepok dari Tganu tapi liut semacam, banyak tepung berbanding ikan.
Contohnya, kepok lekor kat pasar malam.
Ada 2 jenis, satu yang keras pelantung, satu lagi jenis liat.
Dua-dua tu claim from Tganu.
But to me itu bukan 'original kepok lekor'.
Pure kepok lekor tak keras nak mampus gitu. Dan juga tak liat-liut.
Kepok mestilah berasa ikan lebih banyak.
Sometimes kepok tu warnanya gelap.
Itu salah satu indicator banyak ikan.

Aku dah rasa macam-macam jenis kepok.
Yang Seberang Takir, yang Losong, yang Baru Rakit, yang Manir, yang entah mana pelosok Kak Long and mok mertua aku belikan.
Selama bertahun-tahun kawen dengan orang Tganu, tak kira apa jenis kepok yang aku makan, always aku patah balik ke kepok lekor Manir.
Hat Manir memang kena betul dengan tekak aku.
Kedainya dari dulu sampai sekarang gitu gak tak besar-besar pun, tapi memang itu yang aku tuju.

Tidaklah bermakna kepok lain tak sedap.
Sedap juga, cuma aku berkenan hat Manir.
Kepok lekor MZY ni salah satu yang aku boleh makan.
Maksudnya, rasa ikan tu ada, tak liut dan keras. Just nice.
Aku pernah makan jenis ini dari Losong dan rupanya kepok MZY ni juga dari Losong.

Kepok lekor MZY ni di pack dalam pek vakum.
Sepaket ada 18 batang.
Batangnya dia tak panjang macam kepok lekor Manir.
18 ni samada kau boleh pong 3 atau nak goreng sebatang gitu pun boleh.
Aku tetap potong-potong sebab nak bagi garing.
Harga sepaket RM10. Boleh sangat dah ni.
Aku ada 4 paket. Kebetulan last week Kak Long postkan another 4 bungkus kepok lekor dari Manir.
Memang stok kepok lekor tengah meriah dalam freezer aku.
Tiap-tiap malam marathon dengan En Wan makan kepok lekor. Heaven!

Ini rupanya dari dekat.
Garing dan rangup kulit luarnya tapi isi lembut.
Berasa ikan, itu yang paling penting.
Kepok ni tak datang sekali dengan sos, ya.
Sos boleh beli asing, dia ada jual sos per botol.
Tapi aku pakai sos cili Life je.

Review jujur aku, banding dengan kepok Manir, aku lagi suka Manir TETAPI kepok lekor MZY ni lebih sedap berganda-ganda dari kepok lekor pasar malam.
To me, kepok lekor MZY ni adalah 100% Tganu.
Ginilah rasa kepok lekor sebenar, bukannnya yang pasar malam tu.
Kalau stok kepok aku dah habis, aku no problem untuk consider beli MZY ni.
Memang boleh makan. Sedap berasa ikan.

Selain tu, MZY ada keluarkan kepok lekor cheezy katanya.
Hat ni first time aku jumpa.
Balik Tganu yang paling latest hari tu pun aku tak jumpa pesen ni.
Basically hat ni kepok lekor yang diletakkan bebola cheese di dalam.
Cheesenya bukan yang leleh punya, tak tau cheese apa ni. Sebab warnanya putih.

Ikhlas dari aku, berbanding dengan kepok lekor yang biasa, yang cheeze ni kureng sikit di tekak aku.
Rasa ikannya pun berbeza. Lagi sedap hat panjang tadi.
Cuma ye lah, yang ni satu improvisasi kepok lekor.
Itulah daya penariknya.
Asyik makan kepok lekor panjang je boring juga, kan.
Sesekali tukar kepada lekor cheezy ball.

Cheesenya tak banyak.
Ada yang bila dah digoreng, cheese keluar semua, dalam ball dah kosong takde cheese dah.
Aku syak cheesenya pun tak banyak.
Dia letak buat syarat sebab dah namanya cheeze ball.
Bolehlah nak makan ni. Maybe ada yang suka.
To me, aku prefer yang panjang tadi.

Ini aku zoom sikit nak bagi tengok rupanya.
Hat yang aku goreng ni hampir semua ball cheesenya terkeluar dan garing di luar.
Bila makan ball, dah takde rasa cheese.
Tapi ok je, aku makan.
Harga Cheezy Ball Lekor ni RM18 untuk 20 biji. Bolehlah.
Tak mahal mana pun. Berminat nak cuba boleh whatsapp 6018-2315805.


2. Nasi Kenduri Kahwin

Yang ni dah lama si Lang nak hantar.
Dari hari aku balik Tganu bulan 11 yang lepas.
Aku on the way ke Tganu dalam kereta dia whatsapp bagitau nak hantar nasi kenduri kawen.
Lepas tu postpone hinggalah last week nasi ini sampai ke rumah.


Excited gila masa dapat bungkusan ni.
Betapa klasiknya set ni sampai kat korang nanti dalam kain batik lepas yang diponjot macam ni!
Kau percaya tak masa En Wan bukak bungkusan ni, aku macam nak nangis.
Sebab aku berangan dengan En Wan esok kalau Redza kawen aku nak buat kenduri style kenduri-kendara kampung macam ni.
Penanggah aku semua pakai baju pagoda and kain pelekat.
Makan berhidang macam ni.
Telur rebus tu aku nak balut tisu saja.
Semua ahli keluarga pakai baju kurung BERKAIN BATIK gini.
Bunga pahar aku nak buat style bunga telur zaman dulu yang warna emas-emas klasik takde lace-lace ni semua.
Wah gitu perancangannya.

Kenapa mesti kawen Redza, bukan Rayyan?

Sebab Redza ____________ [isi tempat kosong, 5 markah].
Siapa dapat jawab tepat memang cemerlang lah 😆😆.

Kain batik takleh pilih, ya. Apa dia bagi kau ambik je.
Tapi jangan pulak expect kau dapat kain batik yang boleh dipakai.
Yang ni dia dah potong untuk balut set ni saja.
Tapi bolehlah kau basuh and gosok balik kain tu buat alas meja, atas alas-alas dulang.

Kalau siapa perasan ACHARE ni also buat biskut raya.
Raya yang lepas aku dapat hamper raya from them juga.
Dalam tu ada lilin, kaktus and biskut raya.
Kuih bangkit and tart nenas dorang sedap u olsss!
Insyallah tahun ni akan kutunggu tart nenasnya.

Kebetulan pulak masa ni aku tengah busy membagi online talk, dalam kepala dah terfikir lambat la aku masak ni karang.
Tup-tup orang call kata nak deliver makanan dari ACHARE.
Memang rezeki sangat ni. Rezeki takyah masak 😆.
Betul-betul macam makan kenduri aku hari tu.
Setiap set adalah untuk 2 orang makan. Korang akan dapat:

2 Bekas Nasi Minyak
1 Bekas Ayam Masak Merah
1 Bekas Daging Ketuk
1 Bekas Dalca
1 Bekas Acar Timun/Jelantah
2 Biji Telur
2 Bekas Kuih Tradisional
2 Plastik Papadom

Semua ni hanya RM55.00 saja, exclude delivery.

Tapi kan, korang takleh order hari ni and expect esok sampai, ya.
Benda ni hanya release SEBULAN SEKALI sahaja.
Haaa..begitulah ekslusifnya.
Kau nak makan, ko order sekarang untuk masuk slot next month.
Maka, sesiapa yang nak order set ini, boleh order sekarang di 6019-6437721 [Lang].
Insyallah nanti in Feb dia akan hantar sekaligus semua order.

Ini sekali masak pakai kawah u olls.
Nasi dia aku suka, memang real macam kenduri.
Siap dengan kismisnya, dengan gajusnya, dengan bawang gorengnya.
Tinggal takde pengantin je lagi.
Nak lagi feel, sambil makan pasang lagu Selamat Pengantin Baru.
Bertambah-tambah nasi kau nanti.

Tapi aku faham, nak menyiapkan nasi kenduri in kenduri style-cooking buat mudah.
Bukan boleh dimasak hari-hari benda ni.
Nak pulak geng-geng ACHARE bukan buat ini sahaja.
Dorang ni banyak buat interior designing dan event.
Jadi, ambik order sebulan sekali tu sangat faham.
Kalau nak rasa set nasi kenduri dorang ni, sila whatsapp order anda ke 6019-6437721 [Lang].

Kalau nak hantar produk/service untuk direview, send email kepada aku di diana[at]xzizbiotech[dot]com.


2022-01-21

RFID, BOOSTER and HE.


Ok ini sesi menjawab soalan peminat [gitu feelingnya].

RFID

Nampaknya ramai yang bermasalah dengan RFID.
Ramai juga update kat FB masalah-masalah yang dihadapi.
Yang paling selalu orang update adalah kerja menggohed-gostan kat lorong RFID.
Tak terkecuali aku.

Pengalaman pertama aku guna RFID hari Rabu baru-baru ni, untuk ke Tanjung Malim.
Tol Putra Heights memang dah takde lansung lorong Smart Tag, digantikan dengan RFID.
Dengan tawakkal aku redah. Lepas. Alhamdulillah.

Sebab aku lalu Guthrie jadi aku kena lalu 3 lagi RFID tol sebelum tol terakhir di Tanjung Malim.
Kat tol ni aku stuck.
Dah lah aku kena catch meeting dengan UPSI pukul 9.30am.
Beria aku set meeting 9.30am tapi aku yang lambat.
Aku sampai tol Tg Malim 9.15am.
Dah bajet memang boleh sampai kampus sebelum meeting punya sebab dekat dah tu. Sekali stuck.
Jenuh jugaklah dorang nak identify apesal aku punya takleh read.
Kereta belakang pulak kemain dekat lagi follow aku, RFID dah boleh scan dia punya.
Tapi sebab aku tak lepas, kau kena tunggu belakang la, siapa suruh rapat sangat.

Sampai 3 orang staff tol keluar nak cari punca aku punya takleh scan.
Nasib baik juga ada bukti kat e-wallet aku memang lalu RFID sepanjang perjalanan.
Sebab awal-awal akak tu kata takde rekod menunjukkan aku keluar tol guna RFID.
20 minit juga aku stuck situ.
UPSI dah called "Puan Diana kat mana?"

Saja aku cakap kuat-kuat "Ya, Dr. Saya stuck kat tol Tg Malim ni. RFID takleh scan tag kod saya".

Pastu CEO MJA pulak call "You kat mana?"

CEO ni aku tak pernah panggil dia Dr.
Tapi saja nak bagi staff tol gelabah, aku cakap kuat-kuat "Yes, yes, Dr. Saya dah kat tol Tg Malim ni. Stuck kat RFID. Dr proceed dulu".
Wahhh aku pulak yang mengarah CEO 😆.

Staf tol tengok dah 2 kali call masuk cari aku.
Macam urgent nau bunyinya, kan.
Last-last dorang stop identify.
Terus manual scan. Settle.

Situasi ni mengingatkan zaman aku berkejar ke USM hantar sample DNA.
USM rajin order ATCC dengan aku [American Type Culture Collection].
ATCC ni once sampai kat Malaysia, aku sendiri yang akan pi clearkan shipment kat kargo KLIA tu sebab culture ni kena sentiasa dalam suhu sejuk.
Aku tak yakin nak lepaskan kepercayaan kat orang kargo.
Satu culture tu harganya around RM3k.
Naya karang kalau orang kargo tak handle with care.
Once KLIA inform dah sampai, pagi ke, petang ke, aku terus ke kargo untul release barang aku.
Lepas tu terus shoot pi hantar ke USM.
Ada beberapa kali aku kena tahan dengan polis sebab speed.
Setiap kali aku lepas sebab aku bawak ATCC ni.

"Laju sangat ni cik".

"Ya, saya tau saya bawak laju, bang (panggil abang gitu). Tapi saya kena cepat. Saya bawak sample DNA ni." [lantas keluarkan storage box tunjuk dalam tu ada ice pack and dry ice berkepul-kepul asap ais keluar].
Kau rasa polis dah nampak asap kepul-kepul tu dia nak tahan? 
Dia pun ada timbang rasa u ollsss.

"Ok cik, boleh jalan tapi hati-hati, ya?"

Pernah sekali aku kena jat Jawi ke Juru.
Tak ingat dah. Polis tu siap nak tolong escort aku.

"Nak hantar ke mana ni, cik?"

"USM, saya dari KL. Benda ni takleh hold lama. Rosak nanti, bang" [abang lagiiiii].

"Bridge banyak kereta waktu ni. Perlu bantuan?"

Aku syak dia nak tolong escort. Seram pulak aku.
Karang dia bawak terlampau laju, makan asap aku kat belakang.

Hari tu masa ke Tanjung Malim aku speed pergi balik 160km/hr.
Pergi sebab nak catch meeting.
Balik sebab nak catch appointment kat UiTM.
Sejujurnya, kalau bab speeding ni serahkan pada budak-budak sales.
Budak sales dan speeding berpisah tiada.
Nak lagi kalau nak serah tender.
Dia punya speed, zon kamera tak zon kamera. Langgar je.
Saman datang tu nanti kendian pikir.
Tender submission kena on time.

Aku witness kawan-kawan sales aku yang bawak kereta dari Kelana Square (ofis lama) ke MPOB Bangi in 20 minutes.
Submit tender punya pasal.

Kawan aku dari Glenmarie ke KLIA in 30 min.
Yang ni aku sampai sekarang takleh bayangkan macamana aku boleh berani duduk dalam kereta tu.
Memang macam pelesit dia pecut.
Melantun-lantun tetek aku dia speed.
Sampai je KLIA dia terus terjun keluar dari kereta, pastu aku drive kereta dia bawak balik ofis.

Aku pernah bawak ATCC dari Putra Heights hingga ke depan building Biologi USM Penang, in 3 hours.

Bawak kereta laju sangat sebenarnya tak best tau.
Sebab sepanjang perjalanan aku dalam keadaan stress.
Mujurlah itu berlaku di zaman muda.
Orang muda handle stress masih ok lagi.
Now dah tua-tua ni kadang aku enjoy duduk lane paling kiri sambil layan lagu.
Kadang lori over take aku. Kahkahkah.

Berbalik pada kisah RFID kat tol Tanjung Malim tadi, masa nak patah balik ke KL, aku terpandangkan Smart Tag atas dashboard.
Aku syak mesti scanner tu konfius nak scan mana satu sebab lorong RFID and Smart Tag di tol sana, disekalikan.
Agaknya masa aku masuk lorong tu, scanner tu also scan Smart Tag aku. 
Tu yang dia stuck tu.
Sebab, masa aku balik, lepas aku cabut Smart Tag, helok je pun lalu lorong tu tak stuck.

Tapi masa patah balik lalu salah satu tol kat Guthrie memang stuck kejap.
Kena gohead gostan baru lepas. Tak tahulah apa masalahnya.
Tapi bagus juga hari tu nak ke sana aku dah pasang RFID. Sebab ramai yang belum pasang.
Lorong Touch N Go sesak gila.
Terasa macam mencemar duli betul aku tetiba melintas potong semua orang terus masuk lorong RFID.
Jadi, marilah kita ramai-ramai pasang je RFID ni. Tak rugi pun.


Vaksin

Ok ni ramai yang tanya aku pasal booster.
Alhamdulillah, aku dah cucuk booster 15 Jan lepas.
Kepada yang takut-takut nak cucuk booster, aku nasihatkan satu je.
There's nothing wrong with the vaksin.
Hanya penerimaan badan berbeza-beza terhadap vaksin.
Tu yang kejap dengan orang kata "Siang ok lagi, malam start demam".

"Hari pertama ok lagi, tunggulah esok. Lembik!"

"Hari pertama and kedua ok lagi. Hari ketiga tangan takleh angkat".


Aku tak kata itu semua bullshit.
Sebab aku memang faham tindak balas mencerminkan ciri unik sistem imun individu.
Tapi aku and En Wan antara yang tidak ada sebarang side effect baik dari 1st jab, 2nd dan booster.
Mak Aji and Pak Aji pun dah booster, takde side effect.
Jadi, jangan takut kalau dengar orang tu kata dia pitam, atau demam gigil-gigil, atau tangan kaki takleh angkat.
Itu semua bukan wajib dapat selepas kena vaksin.
Semuanya bergantung pada ciri unik sistem imun individu.
Each one of us makes a different kind of immune response.
Umur, jantina, genetik, keadaan sedia ada, persekitaran dan juga pemakanan kita influences bagaimana sistem imun kita bertindak balas.

Dia macam ni flownya.
Bila vaksin dicucuk kat lengan, imun sistem di kawasan lengan akan segera serang protein dalam vaksin.
Serangan sistem imun ni yang buatkan lengan jadi sakit and bengkak.
Some akan berlanjutan hingga ke sakit satu badan and demam.
Sakit-sakit ni semua nanti akan activatekan Sel B (yang buat antibodi) and Sel T (yang coodinate future attack).
Proses activate Sel B and Sel T yang membentuk satu memori yang hidup dalam badan selama berbulan-bulan hingga bertahun-tahun.
Jadi, in future kalau ada attack dari protein yang sama, badan dan keluarkan antibodi terus.

Jadi, kalau korang demam atau sakit tangan selepas kena, it’s a sign your immune system is working.
Kalau takde side effect, jangan pulak tanya "Apesal aku tak demam pun?".
Walahwei, tak demam pun question kah?
Nothing to worry.
Respon badan kita semua tak sama.
Yang penting tujuannya supaya ada antibody dihasilkan.

Memang tak dinafikan ada some unusual side-effects may also occur, tapi yang tu depending on how a person reacts to the vaccine.
Bukan vaksin tu yang problem.
Kalau vaksin tu yang problem dah tentu semua orang akan dapat effect yang sama.

Vaksin ni bukan hazard. Hazard adalah virus Covid.
Aku pakai contoh food poisoning.
Kalau makanan terkena racun Salmonella, semua yang makan PASTI akan dapat food poisoning cuma berbeza-beza tahapnya.
Maka, Salmonella adalah hazard.
Some dapat diarrhea dan demam.
Ada yang dapat diarrhea dan bloody stools.
Ada yang dapat stomach cramps.
Most people recover within 4 to 7 days tapi ada yang dapat severe diarrhea sampai ke masuk hospital dan kena masuk antibiotik.
Bila masuk antibiotik, legala sikit.

Sama macam Covid, kalau kena the virus ada yang habis kuat pun demam je, atau hilang deria bau.
Yang paling teruk dah tentulah hospitalized, dan ada yang membawa maut.
Maka, Corona virus adalah hazard, bukan vaksinnya.
Tapi dengan vaksin, insyallah legalah sikit.
Kena tak kena selepas dah jab, itu cerita lain.
Yang kita nak jaga now supaya kesannya tidak heavy sangat bila terkena.

Siapa yang nak jab booster, right after jab tu terus telan panadol and monitor panadol intake evfery 4-6 hrs, selama 24 jam.
Aku hari tu gitu aku buat.
Setiap 4 jam telan sebiji panadol hingga 12 jam.
Selepas tempoh 12 jam tu aku monitor sendiri-sendiri je. Insyallah, sihat.


Program Halal Executive

New session untuk Halal Executive dah release.
Aku sangat-sangat encourage student yang ambil Food related studies tak kira ambik kulinary ke, food sains ke, food tech ke, food safety ke, syariah mahupun pharmacy, please please go one step further dengan mengambil Halal Executive course ni.
Seriously hari tu masa aku select resume dari Penjana, ramai gila yang score pointer 3.5 ke atas.
Ramai budak pandai sekarang.
Nak compete dengan graduan lain untuk dapat 1 post, kalau hanya dengan pointer tinggi, rasanya dah kurang relevan.

Dulu zaman acik tu ye lah, tak ramai yang jejak 3 pointer ni.
Zaman acik dulu, Price Water House Coopers tulis kat requirement "at least CGPA 3.0".
That was 25 tahun lepas, ya.
Zaman tu 3.0 susah nak lepas sebab tu dia mintak at least 3.0.
Zaman sekarang silap-silap company minta at least 3.8.
Itupun baru lepas untuk shortlisted datang interview je.
Belum tentu dapat lagi sebab yang datang interview tu sah-sah cream macam korang jugak.
Jadi, apa kelebihan yang korang nak tunjuk pada bakal majikan sedangkan korang pun fresh grad, pengalaman takde.
Haaa...pandai pun!
Kat sinilah certificate-certificate seperti Halal Executive ni jadi satu kelebihan.

Hari tu masa aku select resume, boleh dikatakan sebahagian graduan fresh graduate ni dah ada sijil Halak Exec, ada HACCP cert, ada ambil ISO22000 training, ada yang ambil kursus Pengendali Makanan.
Maknanya certain graduan dah prepare nak masuk industry.
Ini bukan nak perlekeh sijil ya, tapi pengalaman aku berada dalam industry [dan juga sebagai majikan], kalau hanya ada sijil universiti, peluang untuk diambil bekerja agak payah.
Sebab orang dalam industry perspektif dia lain.

Dalam industri, perlukan sesuatu yang lebih selain teori.
Kami perlukan someone yang industri-ready.
Maknanya yang ada skill perkara-perkara yang industri perlukan.
Kalau korang hanya ada sijil uni, majikan akan banyak habis masa dan duit untuk hantar korang pi training HE, HACCP, GMP, ISO.
Itu baru nak training, belum tentu lulus lagi.
Kalau korang datang interview dengan pakej industry-ready, percayalah cakap aku, walau pointer korang setakat 3.17, majikan lebih prefer you berbanding orang lain yang bawa pakej standard.

Kadang aku kesian juga tengok resume yang cream dari PMR straight As, SPM excellent, CGPA 3.8.
Tapi itu sahaja 'modal' yang mereka ada.
Whereas yang tak se-excellent itu datang dengan bawa sijil industry-ready.
Walaupun sebagai parents, aku bangga kalau anak-anak excellent macam tu, tapi sebagai seorang majikan, aku tetap pilih those yang datang dengan pakej industri, walaupun hakikatnya mereka frsh grad.
Kerana aku perlukan pekerja yang ada added value ini.

Kepada student yang baca post aku ni, atau parents yang ada anak-anak yang sedang belajar, atau korang yang bekerja sebagai pensyarah food, atau bekerja dalam industri makanan, own a food business atau anda majikan.
Encourage people di bawah anda untuk take this course.
Tak perlu ke mana-mana sebab segalanya online.
Dan kita run class ni on weekend sahaja.
Tapi perlu attend 10 hari ini kerana requirement JAKIM perlu lengkapkan 71 jam class.

Klik sini untuk register : HALAL EXECUTIVE MEGA JATI ACADEMY JAKIM CERTIFIED.

Atau nak pertanyaan lanjut boleh email aku: diana[at]xzizbiotech[dot]com.


2022-01-18

Peluang tu datang dalam bentuk yang berbeza.


Pernah ada yang bagitau aku, melalui penceritaan aku tentang kisah aku dari kecik sampai besar, hidup aku penuh dengan peluang.
Peluang dapat wakil Malaysia ke Jepun.
Peluang ke sekolah berasrama penuh premier.
Peluang wakil sekolah, daerah dan negeri dalam pelbagai competition.
Peluang wakil Universiti berjumpa Perdana Menteri.
Peluang dapat course yang benar-benar aku boleh kuasai.
Peluang dapat kerja yang sama dengan bidang aku belajar.
Peluang kenal orang-orang berpengaruh yang akhirnya membawa aku jump ke dunia bisnes.
Peluang this and that...

*melepaskan lelahan yang panjanggggg*

Tadi aku extract email lama sebab aku nak buat case study pasal kolagen.
Selain menggunakan produk sendiri [Gloei] sebagai input case study, aku nak guna projek aku dengan customer dulu sebagai bahan men-defend case study.
Aku pernah ada projek dengan customer pasal kolagen.
Jenuh aku malam-malam scroll sampailah ke email tahun 2014, akhirnya jumpa!

Jellyfish collagen project.
Salah satu projek tentang kolagen I worked on, with customer.

Ini another collab dengan customer pada tahun 2012 (lebih awal dari projek jellyfish), also berkaitan kolagen.
Tapi masa ni aku nak buat analisis DNA untuk pastikan DNA collagen tu bukan dari sumber babi.
Aku akhirnya come out with protokol untuk extract DNA dari minuman berkolagen.
Dr Jong ni senior aku masa kat UNIMAS, we share the same lab and supervisor.
Tapi masa aku bersoseh buat final year, dia tengah buat PhD dalam lab tu.
Bia dah kerja, eh jumpa balilk. Jadi customer aku pulak tu.

Masa aku buat projek ni lansung tak terlintas dalam fikiran untuk keluarkan produk berkolagen.
Padahal ilmu dah ada sikit.
Pengalaman pun dah ada sikit.
Kenal beberapa pakar yang boleh collab untuk keluarkan produk berkolagen sendiri, tapi masa tu tak pernah terfikir.
Waktu tu aku seronok buat biotech work.
Lansung tak terfikir rupanya kerja-kerja ni adalah persiapan and latihan yang Allah nak aku jalani sebelum DIA pass GreenAard kat aku.

Bila teringat orang pernah kata hidup aku penuh dengan peluang, hmm...
Selalunya bila orang nampak kita dah berjaya, segala apa yang kita capai kelihatan seperti satu peluang dan luck.
Nampak macam apa yang kita buat jatuh tepat pada waktunya.
Macam path kita smooth gitu.

Sebagai contoh, sedang aku dalam mood nak buat case study tentang kolagen, aku dah ada actual produk iaitu Gloei, yang dah pun dipasarkan, dan ada banyak testimoni.
Gloei bukan produk berkolagen tapi the konsep adalah untu stimulate kolagen.
Dalam masa yang sama aku pernah berkerjasama dengan customer buat another kolagen project (haiwan).
Semua ni material yang membantu aku menyiapkan case study.
Kelihatan macam aku ada segala yang aku perlukan untuk siapkan kerja aku.
At the same time, aku ada staff grafik yang boleh preparekan presentation slide yang menarik.
Aku tak perlu susah-payah macam orang lain semua nak buat sendiri.
Aku hanya perlu prepare apa yang aku nak tulis dan sampaikan, nanti staff aku terjemahkan dalam bentuk persentation slide.
Nak konsep animation? Konsep profesional? Cakap je, nanti dia buatkan.

Nampak macam "Beruntungnya dia. She is so LUCKY!"

Sedangkan behind the scene, pada tahun 2014, masa aku turun naik lab dengan customer bersengkang-mata siapkan paper work dan segala tok nenek RnD untuk projek kolagen ni, satu orang tak tau.
Satu orang tak nampak aku ke sana sini dengan sample, dengan reagent, dengan kits, balik rumah buat paper work sampai malam, sambung ke besok.
Pada ketika tu, semua aku buat sendiri.
Presentation slide buat sendiri.
Present sana sini untuk cari dana for commercialization, pun buat sendiri.

Sebenarnya no such thing as LUCK semata-mata.
We need luck but we should not only leave things in our luck because - "99% hard work and only 1% luck can achieve success”.
Apa yang kelihatan seperti "peluang dan luck" sebenarnya banyak dibantu oleh pengalaman.
Pengalaman dulu banyak membantu memudahkan apa yang diusahakan sekarang.
Sekarang pun tak mudah sangat, cuma pengalaman yang lepas-lepas tu membantu bagi clear sikit jalan sekarang.

Dulu masa aku join customer buat projek kolagen, buat projek saffron, aku tak tahu pun what I will get in return.
Aku cuma rasa aku tengah berkerja.
Walaupun orang kata aku buat kerja bodoh suka-suka nak tolong customer buat projek padahal nama aku tak tertulis pun dalam jurnal dia.
Yes, maybe aku memang suka menyibuk-nyibuk nak terlibat dalam projek orang lain.
Tak dapat apa-apa pun takpelah, aku cuma suka bernetwork.
Dapat sama-sama memahamkan projek customer and help apa yang aku boleh.
Sama naik aku mengkelebet jurnal pastu highlite point-point penting and pass kat customer.
Dah kenapa aku menyibuk sangat ntah.

Little that I know rupanya aku akan produce produk sendiri yang melibatkan kolagen, melibatkan penggunaan saffron, melibatkan penggunaan Garcinia and pegaga, etc.
Masa nak buat nampak macam wow semua resources aku dah ada.
Dah pernah ada pengalaman buat itu.
Dah kenal orang ini.
Dah ada resources itu, resources ini.  
Ketika tu nampak macam semuanya jatuh tepat pada waktunya, padahal dia punya 'training' dah start beberapa tahun sebelum tu tanpa aku sedar.

Setahun yang lepas, masa aku buat case study tentang overnutrition, penilai projek cakap aku punya case study agak solid inputnya.
Agaknya sebab ketika ni dah ada produk weight loss sendiri, ada supporting testimonials pulak tu, dan pernah buat projek dengan customer.
Semua tu serba sedikit membantu aku menulis case study aku dengan agak baik.

Alhamdulillah semua ni bukti kebesaran Allah.
Hanya DIA tahu kenapa dia meletakkan kita di kedudukan itu dahulu.
Kerana DIA dah susun takdir kita akan lalui ini dan itu selepasnya.
Sekarang, kalau toleh belakang and tengok perjalanan kita, mesti kita nampak kenapa kita berada di situ pada ketika tu.
Kerana kalau kita tak lalui perkara tu, kita takkan jumpa kedudukan sekarang.
 
Kedudukan sekarang pun satu hari nanti bila toleh belakang barulah faham "Oh, patutlah dulu DIA bagi aku buat tu, kerana aku boleh buat ni hari ini".

Perjalanan kita ni berpindah dari satu takdir ke takdir yang lain.
Kita je yang mengaku-ngaku dah berjaya. Padahal belum apa-apa pun lagi. 
Hanya berpindah takdir saja.
Maka, ketika kita berada di titik ni, buat sehabis baik.
Itu saja formulanya.

Ini lagi satu takdir. Tahun 2014 juga ni.
Email pertama dari Ayda.
Alahhh, Ayda kawan aku yang buat Halal tu.
Yang sekarang menyetan bersama-sama aku tu. Hahahah.

Suami Ayda adalah pembaca blog aku. Ayda bukan pembaca blog.
Ayda got to know aku dari husbandnya bila Ayda mencari company yang boleh buat DNA analysis, dan she got to know me.

Dulu aku panggil dia Salma, gitu.
Sekarang "Wei setan, jom lepak Gula Cakery" 😆.
Bukan main lagi sopan aku punya reply kepada Ayda.
Ini kalau Ayda baca balik email ni konfem dia bladihel-kan aku. 

Aku buat DNA analysis (halal), manakala Ayda buat pengurusan Halal.
Bila CEO Mega Jati Academy minta aku buat program Food Biotek and Halal, aku tarik Ayda sekali.
Sekali imbas nampak macam peluang tu datang begitu je, kan?
Hakikatnya benda dah mula awal.
Aku je tak sedar semua yang aku buat dulu membawa kepada satu takdir yang baru.
Allah dah susun aku akan buat apa, kemudian berkenalan dengan siapa.

Dulu takdirnya buat Halal DNA analysis dan kerja-kerja lab.
Kemudian berpindah ke takdir mengeluarkan satu program akademik yang ada kaitan dengan kerja-kerja terdahulu.
Benda yang tak pernah terpikir dan tak pernah dirancang, tapi Allah susun perjalanannya supaya akhirnya aku boleh buat satu benda yang baru.
Tak tau apa lagi selepas ni. Buat jelah dulu apa yang ada.

Begitulah jalan takdir.
Hanya bila kita dah dikedudukan yang agak selesa, orang assume segala yang kita capai adalah mudah.
Jarang orang nak acknowledge our hardwork, kerana menganggap kerja kita senang dan siapa-siapa pun boleh buat.

Sebenarnya kita semua memiliki peluang yang sama cuma peluang tu datang dalam bentuk yang berbeza.
Peluang tak datang dalam bentuk yang obvious.
Selalunya ia datang dalam bentuk yang kita tak sangka bahawa itu sebenarnya adalah peluang.
That's why Richard Brandson cakap "If someone offers you an amazing opportunity, and you are not sure you can't do it, say YES and learn how to do it later".

Kalau terasa-rasa macam nak join Program Diploma Food Biotek kat UPSI tu, join saja.
Siapa tahu, ini adalah titik tolak satu takdir baru in future. 


2022-01-17

Program Diploma Bioteknologi Makanan dan Operasi Halal dah nak mula intake pertama.


Semalam aku naikkan post ni di FB [KLIK SINI].
Insyallah intake pertama program Diploma ni akan memulakan pengambilan pelajar Mac ini.
Alhamdulillah sejak naikkan post tu malam tadi, dah start orang bertanya-tanya.
Ramai rupanya berminat nak sambung belajar tapi masalah utama bukan duit, but kekangan masa.

Aku letakkan diri aku sebagai contoh orang yang berkerja yang suka ambil short-short courses.
Kalau course satu tahun atau satu tahun setengah tu, aku boleh layan lagi.
Tapi kalau panjang dari tu ditambah pula nak kena buat projek besar, kena attend kelas - rasanya dah bukan aku misi aku dah.
Dulu zaman umur 20an yes, masa tu tapak belum kukuh, tanggungjawab pun belum banyak, waktu terluang bersepah-sepah.
Memang laju je kalau disuruh sambung belajar.
Now, aku ambil courses yang relevan dengan kerjaya aku sahaja.
I mean terus ambil course yang melibatkan module yang aku memang akan guna pakai di tempat kerja.
Subjek-subjek yang takde kena-mengena setakat nak mencukupkan kredit, tak perlu.

Atas sebab itulah Program Diploma Bioteknologi Makanan dan Operasi Halal ni dibangunkan kurikulum dan syllabusnya sesuai dengan jadual orang yang sudah berkerja.
Contohnya dalam course Food Biotech ni aku tak masukkan topik DNA extraction, water activity, jenis-jenis microbe atau segala tok nenek yang melibatkan banyak teori.
Dalam course ni syllabusnya disusun mengikut kehendak industri.
Contohnya korang akan belajar tentang food safety in food service industry, food hazards, management in food industry, regulation and legislation, food quality, food fermentation, GMO in food, halal in food, hilosophy of halal, crop production and management, hygiene, etc.
Topik Halal lagilah terus tembak pada apa yang sebuah syarikat dan produk perlu praktikkan.
Takde kona-kona teori lagi dah.
Maksudnya dalam course ni hanya belajar perkara yang orang industry praktikkan hari-hari.

Hari tu masa aku pilih calon dari program Penjana, ramai gila graduan yang hantar resume.
Pointer bukan calang-calang.
Kalau zaman aku dulu pointer 3.5 and above ni boleh kiralah.
Resume yang aku select hari tu semuanya pointer 3.7 and above.
Dan some of budak-budak ni bukan saja ada sijil Bachelor degree tapi dah siap ambil sijil Halal Executive.
Ada yang go to an extend ambil sijil attend training HACCP (bayar RM3000 kalau tak salah aku).

Sebagai majikan, kalau dah nampak resume yang lengkap ada Halal Exec and HACCP, aku tak pandaing hat lain dah.
Ye lah, dalam urusan aku, ada Halal Exec tu satu kelebihan.
Senang nak audit produk-produk aku.
In future nak produce more product, aku dah ada in house Halal Executive untuk buat paper work nak submit kat Jakim and KKM.
Ada sijil HACCP lagi bagus.
Ada sijil GMP laaaaaagi bagus.
Mana-mana industry yag melibatkan food, pharmacy, supplement, mempraktikkan HACCP and GMP.
Kalau bakal pekerja dah ada knowledge and certified dua benda ni, why not ambil dorang je, betul tak?
Maksudnya kat sini, keperluan untuk ada knowledge tambahan sangat menguntungkan.
Majikan sayang pekerja yang ada kepakaran macam ni. Sayang nak buang 😆.
Buat apa ambil orang lain kalau pekerja sedia ada rajin upskill diri.
Naikkan gaji je sudey, tak payah buang masa ambil and training orang baru.
Kelebihan untuk kita bila upskill, nak jumpa ke company lain peluang diterima juga juga cerah.

Tengok meme ni, berasa takut pun ada.
Bila kemajuan pesat, kalau kita masih di tahap knowledge dan kepakaran yang sama tak bertambah-tambah, macam tak secure je dengan kerjaya sekarang.
Hari tu aku gi makan kat mamak Mr Roti Canai Putra Heights, mak aiii dah siap ada robot penghantar makanan dah.
En Wan ada tunjuk Shopee ke Food Panda ntah yang tengah test robot penghantar makanan juga.
One day kedai-kedai yang takde robot ni boleh dikatakan akan ketinggalan dan boleh jadi akan beri effect pada sales juga. Maybe. I don't know.

Satu masa dulu proses pembelajaran Gen Z pendekatannya yang sangat linear dan satu dimensi, agak formal dan diandaikan akan bertahan lama.
Now apa jadi? Dah banyak perubahan.
Sejak Covid rupanya kita jadi tahu, belajar tak semestinya datang ke kelas.
Life-long learning dah jadi satu trend.
Pelajar boleh belajar self-pace di rumah.
Yang dah berkerja masih boleh sambung belajar tanpa perlu ambil cuti kerana semuanya dibuat secara online.
Nampaknya trend ni macam akan berterusan hingga tak tahu bila.

Today, jangka hayat pengetahuan cepat menyusut, therefore kemahiran berkurangan dengan ketara.
Oleh itu, pembelajaran harus berterusan.
Maka dibangunkan konsep lifelong learning.

Program Diploma Bioteknologi Makanan dan Operasi Halal ni 100% secara online, you learn at your own pace.
Ada certain topik yang perlu real time class dengan tenaga pengajar (tapi masih secara online).
Ada quiz, assigments, assessment, case study dan exams macam biasa.
Bezanya, tidak ada final project.
Selain dari sijil Diploma yang bakal diterima di hari konvokesyen UPSI nanti, pelajar akan menerima sijil Halal Executive certified by Jakim dan also sijil dari Mega Jati Academy. 3 sijil sekaligus.
Anda bergraduat dengan pakej industry-ready.

Semasa aku menaip ni, aku sambil-sambil bercakap dengan pensyarah di UPSI.
Aku cakap aku nak tambah topik genetic manipulation in food manufacture.
Best tau tajuk ni.
Jangan takut, program ni khas untuk yang sudah berkerja (pengalaman dalam food industry at least 2 tahun atau ada sijil berkaitan).
Orang yang dah berkerja, dah ada pengalamanan.
Setakat nak buat assignment and exam tu pejam-pejam mata je, dah tak segelabah undergraduate dulu.
Sebab sekarang belajar dalam keadaan sudah ada pengalaman berkerja di bidang yang sama.
Kalau mencekik pil minda maybe lagi senang nak jawab.

Please email aku diana[at]xzizbiotech[dot]com untuk tanya berkenaan program ini sebab UPSI belum siapkan lagi link untuk registration di website.

2022-01-16

Terpedaya dengan overclaim 'makan boleh jadi pandai'.


Korang perasan tak dulu ada satu produk untuk kanak-kanak.
Aku tak sure apa jenis produknya tapi they claim boleh buatkan anak bijak.
Katanya (based on testimoni), anak-anak yang makan produk tu lancar membaca, rajin belajar, mudah mengingat alphabet.
Lebih kurang macam tu lah.
Dan dulu kalau tak silap aku, banyak juga billboard kat tepi-tepi jalan.
Tapi sekarang dah takde aku nampak (maybe aku tak perasan).

Aku tak sure pandangan orang lain, tapi aku tak berapa suka dengan produk-produk atau apa saja statement yang overclaim macam ni.
Serious aku tak ingat nama brandnya tapi target crowd dia kanak-kanak and budak-budak sekolah.
Maka ramailah parents belikan anak-anak produk tu dengan harapan dapat jadi pandai.
Aku pernah cakap dengan En Wan "Founder ni esok kalaulah anak dia sendiri tak bijak, memang nayaaa".
Aku tak sure apa jadi dengan produk tu sekarang, sama ada masih wujud atau tidak.

Baru-baru ni ada sorang blog reader hantar email panjang lebar bercerita tentang produk yang dia bagi pada anak-anak yang katanya boleh jadikan budak senang absorb ilmu [dalam erti kata lain, jadi lebih bijak].
Dia pun tak mention produk apa, jadi aku tak sure if ada brand lain yang produce produk seumpama brand yang aku terfikirkan tadi.
Dia tanya if aku ada bagi anak-anak aku apa-apa supplement untuk perkembangan otak ke tak sebab dia rasa macam tertipu dengan produk tu.

Tak, aku tak bagi anak-anak aku sebarang supplement untuk brain development selain dari appeton untuk bagi dorang berselera makan sebab masa kecik dulu dorang ni picky eater.
Bila dah besar-besar ni dorang just makan apa yang ada je.
Susu kotak, Milo, nasi and lauk - itu la kot kalau yang berkhasiat sikit.
Tapi yang pasti kena ada adalah - BELAJAR.
Hat ni kalau tak buat, kau minum air rebusan buku pun tetap tak jalan.

Sebenarnya dalam food study, memang ada komponen dalam makanan yang can stimulate this and that. Memang ada pun.
Tapi sebagai seller, tolonglah jangan bagi statement yang misleading.
Teringat beberapa tahun lepas masa join satu group marketing ni.
Kitorang diminta buat satu pitching memperkenalkan produk, antara point yang wajib ada adalah "selling point tagline".
That tagline mesti yang crowd pulling.
Contohnya macam - 'kunyah kunyah jadi cantik', atau 'cuba sebotol, konfem UPSR straight As'.
Gitulah tagline yang dia minta.
Aku punya - "Being well shouldn't be difficult".
The so-called sifu kata tagline aku tak strong untuk sell.
Dia kata tak cukup crowd pulling. Dia kata marketing ni kena main emosi.

Aku tanya dia "Bukan ke itu namanya overclaim?"

Pastu dia marah aku. Dia cakap "Awak nak menjual barang ke nak jadi pensyarah?"

Aku bagitau aku tak rasa selesa nak overclaim atas kapasiti apa sekalipun.
Nak pull crowd memang senang.
Zaman sekarang ni buat video bodoh pun dah boleh pull crowd.
Tapi aku nak produk ni bertahan kerana memberi manfaat bukan kerana viral.
Sebab itulah aku perlu educate people.
Aku bukan nak menjual semata-mata.
Rugilah masa dan tenaga aku study buat produk kalau setakat fokus nak menjual.
Baik aku beli OEM produk je. Pastu re-branding. Tak buang masa aku.

Pastu dia tanya "Apa tujuan awak berbisnes? Sebab nak dapat lebih banyak duit, betul tak?"

Masa tu aku geram gila.
Mulut aku ringannnn je nak sebut "Saya dah banyak duit sebelum saya produce produk ni lagi", tapi dek kerana rasa hormat pada dia sebagai 'guru', jadi aku tak cakaplah.
Aku bagitau "Saya buat produk ni sebab ini background saya. Saya memang buat biotech business and analysis. Produk yang saya bakal keluarkan ni salah satu cabang background saya. Saya nak terjemahkan ilmu yang saya belajar dalam bentuk yang orang dapat manfaatnya".

Pastu agaknya dia givap dengan aku, dia kata "Oklah, good luck".

Maybe mulut dia masin, benar-benar luck rupanya aku.
Sebaliknya, 3 orang dalam group aku tu, bisnes dah mati.
Aku tanya salah sorang yang bisnes dah padam tu sebab budak ni blog reader aku juga.
Dia kata dah buat macam-macam like sifu tu suruh, berhabis nak dekat RM10K attend class, tapi tak jadi apa.
Last-last dia pulak yang dikatanya tak cukup aggresive and suruh top up lagi duit untuk tambah marketing.

Inilah yang aku menyampah bila orang yang takde produk bagi coaching cara menjual produk.
Last-last suruh top up duit untuk buat marketing.
Deyy, duit kalau banyak takyah pergi kelas kau lah, baik bagi duit tu kat profesional suruh dorang run kan je.
Kitorang duduk kat rumah mengangkang tengok Netflix, settle.

Aku tahu ramai yang menggunakan teknik marketing memancing emosi, contohnya macam produk kanak-kanak tu lah.
'Makan boleh jadi pandai'.
Well, memang some food ada komponen untuk brain function tapi, kau tak boleh jual tagline itu semata-mata. Kena ada BUT-nya.

But, you must belajar dengan konsisten.
But, you must pastikan tidur cukup.
But, you must disiplin.

Aku tahu the moment ada perkataan "BUT", mesti drop keyakinan orang nak membeli.
Kat situlah sebenarnya skill marketing kita bermula.
Meyakinkan semula mereka yang produk tu can help.
Mana-mana manusia pun nak benda senang.
Makan, terus cantik.
Makan, terus pandai.
Makan, terus kurus.
Semua orang nak magic.
Tapi, aku tak boleh nak bagi orang harapan macam tu tanpa educate them you must help with this and that. 
Dey, masak maggi memang 2 minit dah siap.
Tapi tak sedap.
Nak sedap sikit kena masuk cili api, bawang, kalau ada telur lagi umpp. 
Nak power lagi campak sosej atau isi ayam.
Itulah juga umpamanya - kalau nak magic lebih, effort kena lebih. 

Aku tak reti nak menjual buta-buta gitu.
Tak puas kalau aku tak explain biar paham.
Sebab bila aku dah explain, aku suka customer buat keputusan. Bukan aku yang decide for them.
That's why GreenAard ni nampak macam produk yang susah nak dijual oleh agen sebab banyak BUT-nya.
Maybe yang suka overclaim ni tak buat the produk tu from scratch.
Dia tak study the produk.
Dia tak tahu betapa penatnya RnD produk, test tak menjadi, test tak menjadi.
Duit keluar macam air setiap kali nak repeat test.
Mungkin dorang jual OEM produk.
Bezanya dia pandai buat marketing.
Bila terlampau fokus pada marketing maka terkeluarlah janji-janji bulan dan bintang.
Hujung-hujung tak cerita pasal produk pun tapi busy recruit more agent.
Dah tu makan pegi cerita pasal produknya?
Hilang begitu saja, sebab busy untuk fokus dapat reward itu dan ini.

Misi aku memang to share knowledge.
Knowledge aku tak banyak, mana yang aku tahu dan kuasai, aku share and aku pertahankan.
Bermula dengan jual biotech supplies, kemudian aku jump ke biotech custom lab projects, kemudian ke Halal analysis, kemudian ke produce own product, and the latest is producing academic program di universiti.
Selagi mana aku boleh share knowledge, aku akan share, sambil-sambil jual produk dan projek.
Aku tau takkan stop sampai situ saja. I have more in the pipelines.
Tapi marketing cara overclaim is still a BIG NO for me.
Walaupun kau jadi kaya, tapi takde etika.
Aku taknak cerita urusan dosa pahala, sebab dosa aku pun banyak.
Yang pasti cara itu takde etika.

Berbalik pada blog reader yang kecewa produk untuk kanak-kanak tu tak menjadi untuknya, nasihat aku, tak apa.
Apa juga produk yang dah dimakan tu, ada kebaikannya di sudut yang lain.
Maybe it did improve brain function.
Bezanya kita terkilan kerana terpedaya dengan overclaim 'makan boleh jadi pandai'.
Takpe, let's move on.