2014-11-26

#thecollectivebyreniandfriends



Ok ladies and gentleman.
Ni aku nak war-warkan program cooking for homeless yang diconduct oleh Reni Diana (founder of KREE, dulu co-founder Ephyra). Nama group ni adelah #thecollectivebyreniandfriends.
Ni kerja sukarela - cooking for homeless.
Aku tau ramai yang nak menyumbang pada keje-keje kebajikan macam ni cuma tak semua orang diberikan kelebihan dari segi masa dan tenaga. Pada yang berminat nak membantu, this is your opportunity.

Reni and friends memerlukan sumbangan seikhlas hati untuk projek ni terus berjalan.
Tapi, projek ni TIADA PUBLISITI ya. Ni kerja-kerja yang Reni buat sendiri suka-suka, but slowly dah ada 100 volunteers, alhamdulillah. Masak-memasak akan diketuai oleh Reni sendiri di rumahnya, dan selepas tu barulah makanan di-distribute ke area-area yang dah ditetapkan.

Korang yang berminat boleh masukkan sumbangan seikhlas hati kat akaun yang ada kat atas tu. Tu akaun adik dia. No worries, Reni boleh dipercayai.



Baca tak tu?
Now dia tengah cari fund untuk program birthday celebration dengan OKU.
Terus-terang, they plan untuk sediakan KFC for 150pax. Celebration ni will be on 27th Disember 2014. Kita ada masa lebih kurang sebulan to make this happen. Tak banyak, 150pax je.

And lagi satu, kalau ada yang willing to sediakan candy booth untuk event ni sangat-sangat diucapkan terima kasih. Tapi macam yang aku cakapkan tadi, projek ni adelah projek sukarela. TIADA PUBLISITI. Tapi, di sini aku dengan rendah dirinya offer medium aku (blog ni) untuk bagi publisiti bagi sesiapa yang nak offer candy booth. Kalau korang rasa blog aku ni boleh dijadikan medium untuk expand your crowd, aku bersedia untuk naikkan iklan and bagi publisiti. Kalau ada sesiapa yang willing untuk provide candy booth bagi event birthday celebration for OKU ni, boleh bincang dengan Reni Diana (follow IG dia). Kalau dah ada persetujuan, korang boleh email aku pulak untuk provide details bisnes/product supaya aku boleh iklankan di blog, FOC.


Ni aktiviti #thecollectivebyreniandfriends bagi bulan December.
Boleh bagi sumbangan wang, boleh bagi sumbangan tenaga dan boleh juga bagi sumbangan props (kalau diperlukan).



Cantik tak casing henfon aku ni? Custommade u'olllsss...
Dengan baik hatinya reader aku Hazwan buatkan. Tapi masa ni url blog aku masih lagi panjang. Elok je benda ni sampai kat aku, url aku dah pun bertukar. Tapi seb baik url ni aku direct pi www.dianaisahak.com. Secara lojiknya, url lama masih lagi boleh pakai.

Aku tak tau berapa harga untuk sebijik ni. Korang boleh pegi view hasil kerja Hazwan kat Instagram @oracarec_gallery. Tak salah aku dia ada buat untuk botol air aluminium sport flask sekali. Sedang elok la kalau korang nak tempah botol air custommade untuk anak-anak nak naik skolah nanti. Gamba Upin Ipin ke, gamba Princess Elsa ke, gamba Otromen ke...semua boleh. Tak pun ko mintak dia combine gamba anak-anak kau dengan katun feveret dorang. Mesti dorang suka silap-silap esok mati-mati nak pegi skolah jugak sabitkan nak bawak botol air baru. Ni kalau buatkan kat Redza bagus ni. Botol air manjang je hilang. Kalau dah letak muka sendiri pun boleh hilang jugak aku tak tau la nak cakap apa.



@oracarec_gallery pun ada offer design 3D. Cun la sikit kan.
Takyah susah-payah nak berondoh-randah satu family pi kedai dia. Korang whatsapp je 3-4 gamba and @oracarec_gallery akan designkan semua macam yang korang nak. Cakap je nak suruh buat apa - combine gamba, tukar background, tukar color - NO PROBLEMO.

Follow IG @oracarec_gallery for more photos and stories.
Tu ada phone number sekali kat gamba, boleh call terus.