Showing posts with label knowledge. Show all posts
Showing posts with label knowledge. Show all posts

2026-06-20

Kalau bahan aktif pun susah nak tembus kulit sehingga ke dalam badan, macamana krim kosmetik biasa boleh sampai ke tisu lemak dan kelenjar buah dada lalu "membesarkan” buah dada tu?


2 minggu lepas aku buat post yang lebih kurang sama issue dengan post dalam gambar. Orang tanya aku, aku jawab. Hari ni aku nampak Public Health Malaysia ni pulak naikkan post yang issue lebih kurang sama. Sebenarnya ada isu apa ya? Maklumlah hakak busy kat bergaduh kat China, tak dapat nak perati isu-isu kat Malaysia. Gossip apa ya ni?

Memandangkan aku belum clear apa isu sebenarnya, takpelah. Aku nak bercakap LAGI SEKALI pasal tetek. Sebab ramai nau yang berminat nak besaukan and tegangkan tetek nampaknya.

Nak start macamana pun tak reti. Maybe aku start dengan basic dululah.

Aku start dengan macamana buah dada terbentuk. Apa ada dalam buah dada.

Ramai orang ingat buah dada ada otot. Maka ramailah yang tanya ada tak exercise nak besarkan and tegangkan balik buah dada.

TAKDE.

Disebabkan buah dada TAK ADA otot, exercise tak membantu membesarkan atau menegangkan.

Tetek korang ni ada tisu lemak + tisu kelenjar susu + saluran susu + salur darah + saraf + kulit. 
Bawah buah dada ada otot, tapi otot tu BUKAN sebahagian dari buah dada.

Ok boleh dapat tak apa aku explain ni? Simple je, kan.

Apa yang aku explain ni penting sebab bila kita dah faham struktur anatomi buah dada, senang aku nak cakap pasal apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan oleh sesuatu krim pada buah dada.

Kulit.

Kulit kita ada skin barrier. Ini lapisan paling luar kulit, yang direka untuk halang kebanyakan bahan daripada tembus terlalu dalam. That's why bukan semua benda boleh meresap melalui kulit. Nak hasilkan ubat yang boleh meresap pun tak senang. Ada teknologi khas, ada certain molekul tertentu, and ada test yang ketat.

Kalau bahan aktif pun susah nak tembus kulit sehingga ke dalam badan, macamana krim kosmetik biasa boleh sampai ke tisu lemak dan kelenjar buah dada lalu "membesarkan” buah dada tu?

Ini sebenarnya soalan yang patut ditanya. Sebab takde krim yang boleh besar atau tegangkan buah dada.

Tapi takdelah makna kaya semua breast cream tu takde function lansung. Ada.

Apa functionnya?

Ok, selalunya krim ada bahan pelembap macam glycerin, hyaluronic acid, ceramide atau emollient lain. Kulit boleh jadi lebih lembap, lebih lembut dan lebih licin bila sapu krim ni. Kulit yang cukup lembap akan nampak lebih tegang and healthy. Tapi buah dada tu tak tegang dan tak besar. Kulitnya sahaja.

Kulit yang lebih lembap TAK SAMA dengan tisu buah dada yang bertambah.
Kulit yang lebih tegang TAK SEMESTINYA bermaksud buah dada jadi lebih besar.
Kulit yang lebih licin BUKAN BUKTI bahawa sel-sel lemak di dalam buah dada bertambah.

Inilah yang ramai salah faham. Ramai ingat breast cream can firm-kan buah dada, boleh besarkan buah dada and cantikkan balik buah dada. NO. Yang berubah cuma kulit saja. Perubahan tu pun bersifat sementara.

Perubahan cuma berlaku pada permukaan kulit.
Perubahan struktur buah dada pula mesti melibatkan pertumbuhan tisu.
Those are two completely different things.

"Tapi bila saya pakai, berkesan" - kata si anu.

Ya, takde siapa kata tak berkesan. Macam aku cakap tadi, krim ada pelembap. Of cos akan ada kesan. Tapi, kesan yang macamana?

Yang pertama, kalau kita urut buah dada everyday sambil pakai ANY CREAM, urutan tu sendiri boleh meningkatkan aliran darah. Kulit akan jadi lebih lembap (sebab dalam krim ada bahan pelembap). The combination of these two things yang kadang-kadang buat kita rasa buah dada kita lebih “penuh”.

Yang kedua, posisi badan, jenis bra yang kita pakai, cara berdiri, cara duduk - ini semua bagi effect berbeza pada visual buah dada.

Kalau produk tu membantu melembapkan kulit dan buahkan kulit terasa lebih lembut, itu adalah benefit yang masuk akal. Tapi kalau kata menegangkan, menambahkan saiz, mengangkat balik buah dada yangh jatuh hanya dengan krim, itu tak mungkin. Because secara biologi, takde apa dalam buah dada yang boleh jadi perantara antara krim dengan isi buah dada yang membuatkan dia firm semula. Takde.

Dalam buah dada TAK ADA otot yang boleh ditrain oleh krim.
 
Dalam buah dada TAK ADA ligamen yang tiba-tiba mengetat semula hanya kerana disapu sesuatu pada permukaan kulit.
 
Dalam buah dada TAK ADA laluan biologi yang buatkan bahan-bahan dalam krim sampai ke tisu lemak lalu membesarkan dan menaikkan bentuk buah dada.

Kena bezakan antara apa yang kita nampak pada kulit dengan apa yang actual berlaku pada struktur buah dada. Kulit yang lebih lembap memang boleh buatkan kulit nampak lebih licin, lebih tegang untuk sementara waktu. Pada waktu yang sementara tulah kita nampak macam buah dada lebih cantik. Itu masuk akal.

Tapi bentuk, saiz, atau kedudukan buah dada kena bergantung pada jumlah lemak, ligamen, umur, hormon, hamil atau tidak, menyusu atau tidak, weight loss and weight gain.

Kalau betul sekadar sapu-sapu krim boleh angkat balik buah dada yang dah kendur, plastik surgery doctor tak payahlah susah-susah buat breast lift.

Again, bukan bermaksud krim tu takde manfaat langsung. Cuma manfaatnya kenalah selari dengan apa yang sains dan biologi mampu jelaskan.


2026-06-10

Exercise untuk sihat, BUKAN untuk kurus.


Aku tengok video podcast sorang lelaki gemuk cakap dia T20. Siapa ntah laki tu, tak kenal. Ramai orang kecam that lelaki. Dalam ramai-ramai tu ada sorang aku baca komennya "Aku kalau duit banyak, aku signup gym"

Hahahaha. Ya, betul-betul. Tak pun beli gym set park kat rumah. Tapi tulah, mamat tu kata B40 je suka pi gym.T20 takde masa gi gym sebab busy cari duit. Kau rasaaaaa? Kahkahkah.

Tapi aku tak nak cakap pasal gym. Aku nak cakap pasal exercise. Bukanlah nak kata apa yang mamat T20 tu cakap betul. Sebab GEMUK MEMANG TAK AWESOME. Dia tak betul semua, tapi exercise memang BUKAN untuk kurus. Exercise tak akan menyebabkan korang kurus, ya. Hanya dengan berdiet saja boleh. 

Exercise ni untuk sihat. Ramai yang pergi gym tu aku tak sure dorang pergi sebab nak sihat atau nak kurus. Sebab kalau kau pi gym everyday sebab nak kurus, trust me, kau akan letih dan kecewa.

Ramai yang cakap "Saya gym 4 kali seminggu", "Saya jogging everyday", "Saya practice 10,000 steps a day" -- tapi berat tak turun banyak.

Majoriti yang nak lose weight fokus kat exercise. Bangun awal pagi nak berjoging. Berpeluh sejam atas treadmill. Join zumba. Cycling. Macam-macam lagi. But at the same time air manis everyday, makan macam takde besok, ambil food yang kalori tinggi daripada apa yang badan perlukan. Kebanyakannya kata "Because I rajin exercise, sebab tu I tak kisah kalau makan banyak". Pastu pelik kenapa dah exercise everyday tapi berat tak turun banyak.

Pastu start salahkan umur. Salahkan hormon. Salahkan genetik. Padahal the issue is, terlalu harapkan exercise. Dorang imagine kalori yang burn semasa exercise tu banyak sangat.

TAK BANYAK, DIK.

Briskwalk atas threadmil at pace 5.2 selama 1 jam, burn tak sampai pun 300 kalori. Nasi lemak sepiring lagi tinggi dari ni kalorinya. Tu pasal berdiet lebih penting dari exercise, kalau nak kurus. Tapi kalau nak sihat, yes kena exercise.

Berjaya burn sekitar 250-400 kalori on threadmill bunyinya macam banyak. Tapi, teh ais segelas dah cecah 200 kalori. One slice of cake can easily hit 300-500 kalori. Sepinggan nasi lemak complete set pun dah lebih 700 kalori. Maksudnya apa?

Maksudnya, kalori yang masuk dalam badan lagi cepat dari kalori yang keluar. Nak bakar kalori yang masuk perlu masa yang jauh lebih lama. That’s why you can’t outrun a bad diet. Kalau everyday makan banyak, you need a lot of exercise to offset those extra calories. Inilah sebab kenapa diet plays a big role kalau nak lose weight.

Katakan pagi kau memang cari nasi lemak. Kat situ je dah 600-700 kalori. Kalau kau boleh kurangkan daily calorie intake sebanyak 500 kalori sehari, it already puts you in a big calorie deficit without any running involved. 

Ramai je yang berjaya lose weight walaupun langsung tak exercise. Aku salah sorang. 

Rumah ada gym bicycle, theradmill and yoga mat. Selalunya aku threadmill selepas makan nasi atau roti. Reasonnya untuk kawal blood sugar supaya tak spike sangat. Otot kita guna sugar (glukosa) sebagai tenaga. Bila berjalan lepas makan, sebahagian gula dalam darah diserap oleh otot. Jadi, blood sugar tak spike sangat. 

Blood sugar ni kalau lama sangat dalam keadaan tinggi, dia membentuk lemak kat perut. Jadi, everytime makan nasi, aku naik threadmill untuk 20 minit, cukuplah. Bukan nak kurus, cuma nak sihat. Tu pasal exercise nui untuk sihat. Kau takkan kurus dengan run 1 jam atas threadmill tu sebab sepinggan nasi yang kau makan sama lebih banyak dari berlari 1 jam. 

Nak kurus kena kawal portion makanan. Badan kita tak kisah pun samada defisit tu datang daripada exercise atau daripada diet. As long as ada defisit, berat akan turun. Tapi tu lah, nak kurangkan kalori yang masuk dalam badan tu yang payah. Sebab kita semua dah terbiasa makan 3 kali sehari. Nak skip 1 meal tu payah. Nak stop makanan yang rutin jauh lebih payah!

Pagi dah biasa makan nasi lemak yang kalorinya 600. Now kau nak suruh dia skip nasi lemak ganti dengan Maaltyd, mana maunyaaaaaaa. Of coslah nak nasi lemak jugak. Masalahnya, yang merungut badan tak turun-turun ni, nasi lemak tak nak tinggal. Karipap nak everyday. Latte nak every morning. Tapi nak kurus. Acane?

Jangan salah faham. Bila aku kata diet lebih penting daripada exercise, bukan maksudnya exercise tak penting. Cuma, exercise BUKAN main tools untuk lose weight. Tujuan sebenar exercise adalah untuk badan maintain otot. Bila otot jisim otot bertambah, dia akan burn lemak dengan lebih cepat. 

Exercise akan increase sensitiviti insulin dan kuatkan tulang. Bila insulin sensitivity tinggi, blood sugar cantik. Basically all these untuk kesihatan. Tapi kebanyakan orang buat exercise sebab nak makan banyak.

“Aku dah jogging sejam, jadi aku boleh makan extra"

That’s where the problem begins. 

Most people terlebih budget kalori yang dibakar semasa exercise. Dorang ingat dah burn 1000 kalori, padahal baru 300-400 kalori. Pastu celebrate "kejayaan" dengan makan makanan yang ada 800 kalori. Elok-elok burn 400 kalori, dah double dapat balik.

Badan kita boleh adapt dengan baik. Bila hari tu kau exercise, your body naturally lowers overall activity levels throughout the day. Contohnya lepas exercise 1 jam, kau akan tend to banyak duduk, lebih banyak berehat dan kurang bergerak sepanjang hari. Selalunya gitulah. 

Aku kalau lepas buat threadmill 5 km, lepas mandi apa semua, rasa nak mengangkang je depan TV. Sebab merasa ok aku dah run 5 km kottt. Terus capai Chachos and eksrim. Kahkahkah. So the actual number of extra calories burned is not as high as expected. That's why ada orang sangat aktif tapi berat badan liat nak turun.

Ada sorang perempuan area rumah aku, every petang nampak dia jogging. Rasanya bertahun dah, tapi dia kekal gempal. Jadi aku buat kesimpulan bukan jogging sebab nak kurus, tapi nak sihat. Maybe dia nak turunkan blood sugar. Maybe.

Tapi itulah bukti yang exercise takkan meng-kurus-kau. However takleh nafikan exercise boleh MEMBANTU lose weight, cuma bukan main playerlah. Main player-nya tetap diet. Kalau eating behavior kau tak terkawal, exerciselah banyak mana pun, itu bukan cara paling efektif untuk kurus. 

Tapi nak kawal makan semata-mata sangat susah. Terseksa bila kena berlapar and tahan craving. Tu pasal certain supplement untuk weight loss takde formula fat burner. Macam our GC Plus, bukan fat burner. Dia tak burn your fat. Dia akan BLOCK enzim yang tukarkan glukosa kepada fat. 

Maaltyd pun bukan untuk weight loss. Dia kurangkan rasa lapar dan bagi rasa kenyang supaya kau boleh skip 1 meal tanpa rasa terseksa. Aku dah ajar korang, pilih meal korang yang paling tinggi kalorinya. Kalau breakfast kau paling tinggi kalori, gantikan breakfast tu dengan Maaltyd. Nanti lunch kau makanlah macam biasa. Kalau dinner kau paling tinggi kalorinya, ganti dinner dengan Maaltyd. Kau takkan rasa terseksa sangat. Percayalah cakap aku. 

Yang bagusnya, buat dua-dua sekali exercise + diet. Tapi kalau tak nak buat dua-dua, pilihlah diet only. Diet without exercise boleh turunkan berat badan. 


2026-05-28

Wajah boleh berubah


Semalam aku tepek poster pasal “wajah bole berubah”. Ni aku bagi contoh. Sebab dia ni natural takde plastik surgery. Cameron Diaz.

Ramai jugalah yang konon terkejut apesal Cameron Diaz jadi macam ni. HABIS TU?? Nak yang macamana? Dia yang gojes meletop pun berubah wajah bila dah tua, apetah lagi kau yang zaman muda pun orang tak mandang. Dah diam!

Ni Mak Aji zaman muda. Dia lagilah macam hindustan cuma kulit tak gelap je. Lainlah yang sebelah tu, dari kecil jelas kemalapannya. Kahkahkah.

Muka kita memang boleh berubah bila bertambah umur. Takyah tunggu tua sangat. 10 tahun pun dah ada beza. Bukan kata berubah tang kulit je, tulang muka pun berubah. Sometimes ada orang muka dia makin tua muka makin masam walaupun bukan tengah marah.

Hidung pun sama. Makin tua, tulang rawan kat area hidung making soft. Nak pulak bila makin tua, kulit dah tak solid macam zaman muda. Jadi hujung hidung tend to jatuh sikit m. Bila jatuh, struktur hidung pun berubah sama. Hidung kau boleh nampak makin panjang atau makin besar. Tapi, jangan samakan dengan orang yang buat hidung. Hidung takkan jadi semakin mancung seiring dengan usia kalau asal-asal hidung kau memang tak mancung.

Tapi paling nampak jelas is kulitlah. Sebab kulit ada kolagen and elastin. Yang bagi kulit kuat is kolagen. Yang bagi kulit tegang is elastin. Bila umur bertambah, kulit kita jadi lebih nipis. Bila nipis, dia mudah dry. Bila dry, dia senang berkedut. Raut muka boleh berubah disebabkan ini.

Reason aku suka berselfie dari zaman muda sebab muka. Bukan perasan cantik, tapi aku memang dah realized muka boleh berubah dengan ekspressi, dengan gaya rambut, dengan mekap. Tu yang buat aku excited nak berselfie everyday. Mekap and gaya rambut boleh buat muka aku lain. Dulu rambut aku panjang. Jadi banyak benda aku boleh buat kat rambut aku ni supaya muka aku nampak lain everyday.

Sampai sekarang tebiat aku macam ni. Sekarang pun aku selfie everytime lepas mekap. Aku jarang selfie dengan tudung. Sebab gaya tudung aku sepesen dari dulu sampai sekarang. Aku tak pandai bertudung macam orang lain, kejap ikat pesen lain, kejap lilit pesen lain. Jadi no point aku selfie dengan tudung. Takde beza banyak. Tapi berselfie dengan free hair, muka kau boleh berubah banyak. Hari ni I can look macam budak baik, esok I can look bitchy, lusa I can look professional, tulat I can look muka berlagak. Kahkahkah. Seronok gila bereksperimentasi dengan muka sendiri.

Dulu bermain dengan mekap sangat best! Especially makeup mata. Dulu aku terer gila makeup mata. Dulu lah tapi. Sekarang tak kuasa dah. Dulu bersiap gi kerja siap duduk depan cermin. Punyalah lamanya mekap sampai kena duduk. Kadang bersila! Terer gila aku blend makeup mata. Bulu mata aku panjang tapi tak lentik. Gigih aku pakai clip yang lentikkan mata tu sebelum apply maskara. Maskara apply 2 jenis, ya. Nak bagi lentik cantik. Gigih betholll.

COO opis dulu nama Rozana. Dia selalu cakap “Muka you ni prominent. Kalau mata nampak mataaaa dulu. Kalau hidung nampak hidunggg dulu. Kalau mulut nampak muluttttt dulu” — dengan ekspresi kekaguman dia bercakap 😆.

Seronok everyday tengok muka sendiri berubah-ubah. Kejap muka aku macam bitch, kejap muka aku macam gadis innocent, kejap muka aku macam sombong. Tak caya trylah buat. Kau akan impress muka kau berubah hanya dengan styling rambut, mekap and ekspresi wajah. Lagi 5 tahun kau tengok balik gambar-gambar tu kau akan rasa lega kau simpan memori ni semua. Aku dah 20 tahun berblogging, everyday kerja aku itulah...SELFIE! 20 tahun aku selfie, kau rasa berapa banyak gambar aku hade?? Fikirkan.

Kau kena tahu, kita hidup dengan graviti setiap saat. Masa muda, kulit kita, otot, lemak ni semua ada kekuatan yang cukup untuk lawan graviti. Tapi after 10-20 tahun, struktur ni semua makin lemah. Masa tu graviti dapat kontrol muka kita sikit demi sikit. That's why compare gambar dulu dengan sekarang, ada yang kening nampak jatuh sikit, bulu kening pun dah berkurang, kelopak mata jatuh, pipi jatuh, jaw pun dah tak obvious macam dulu, etc.

Kenapa ada orang nampak awet muda?

Ok ni aku nak jawab soalan. Ada sorang ni kata aku awet muda.

Awet muda tu wujud, tapi dalam kes aku, aku belum tua sangat. Jadi belum terbukti lagi keawetannya. Cuma yes, kita semua akan lalui proses aging yang sama. The question is, kenapa ada yang nampak jauh lebih muda daripada umur sebenar?

First, kita takleh nafikan genetik influence. Hat ni mainkan peranan besar. Tu pasal orang dulu-dulu kata “nak anak perempuannya, tengok maknya macamana”. Oranglah kata. Bukan aku kata. Because some people badan dia produce kolagen semulajadi dengan lebih baik. Kalai dia makan suplemen, badan dia cepat stimulate kolagen untuk produce banyak. Jadi kulit, ligamen and soft tissue kat muka akan lambat kendur berbanding orang lain.

But that doesn’t mean tulang muka atau struktur hidung akan jadi lebih sharp atau lebih mancung. Kolagen yang banyak helps jaga kualiti kulit, bukan ubah bentuk asas jaw dan hidung. However bila kolagen bertambah, boleh melambatkan aging. Some people yang lain ada struktur tulang muka yang can give support untuk tempoh lebih lama. Contoh, tulang pipi and rahang yang dah sedia strong. Tulang-tulang ni boleh support soft tissue kekal pada kedudukan yang lebih baik bila umur bertambah. That’s why ada orang nampak lebih muda daripada usia sebenar walaupun tak cucuk apa-apa.

Lifestyle pun mainkan peranan. Weight management, routine skincare, tidur cukup, stress management — ni semua ada peranannya. Kalau kau jenis happy-happy, suka gelak-gelak, insyallah lambat nampak tua. Bukan makna kata lagi banyak kau gelak, lagi muda. Bukan. Cumanya, bila kita always happy-happy, less stress, badan akan produce banyak hormon kegembiraan macam endorfin and dopamin. Hormon kortisol (hormon stress) akan drop. Tu pasal orang yang happy-happy mukanya lambat tua. Tapi, kalau kau banyak gelak, but kau tak cukup tido, asik melayan Korea sampai 1-2 pagi, skincare tak rajin pakai, beli Gloei banyak-banyak tapi kejap makan kejap tak (contohhhhh) — tetaplah aging cepat.

Jangan salahkan umur kalau kita yang tak jaga diri. Skincare kena pakai everyday! Tak kiralah kau beli kat counter atau drug store, kena pakai dengan konsisten. Sebab moisturiser protect skin barrier. Bila kulit cukup lembap, otomatik nampak gebu, tegang, wrinkles pun kurang, tak kusam, tekstur kulit licin takde lopak-lopak and takde jeragat.

Aku masa sekolah tak terdedah dengan skincare. Tak pernah ada pun. Masa matrik baru start kenal krim muka. Dari Oil of Ulan, Ponds, Nivea, Oil of Olay, Clinique, Shu Uemura, SKII — semua aku bedal janji muka aku tepek moisturiser. Tapi yang paling konsisten adalah Clinique. Almost 20 years oready. Puas hati dengan Clinique, serasi dengan kulit.

Yang aku pakai 👆🏻. Dulu aku pakai white series je. Dah masuk 40-an pakai purple series sebab itu untuk aging.

Tak kisah apa brand pun janji skincare kena pakai. Tak complete set pun takpe. Tapi basic MOISTURISER and SUNCREEN mesti ada. Yang lain-lain takde ok lagi. Dua ni kena ada. Hari tu sunscreen Clinique habis, aku singgah Watson capai sunscreen Skintific warna biru. Ok juga, tak berminyak.

Eye cream sebenarnya takyah pun takpe. Aku beli tapi tak pakai sangat. Fungsi eyecream cuma nak hydrate bawah kulit supaya tak kering. Kulit sekitar mata paling nipis, senang nak kering and kedut. Tapi kalau kau hari-hari dah pakai krim muka, dah memadai. Sekali harung jadi eye cream.

Aku ni takleh jadi influencer jual eye cream. Konfem aku cakap “takyah pakai takyah beli, pakai krim muka je boleh” 😆

Actually UV rays penyebab utama aging. Maka, sunscreen jangan tinggal, walau duduk dalam bangunan. Especially kalau workstation kau dekat dengan tingkap, sila pakai. Aku duduk rumah pun pakai sebab meja kerja aku dalam bilik tido adalah tepi tingkap. Cahaya masih boleh masuk. Jadi, suncreen pakai.

Gambar-gambar aku yang aku share semalam semua masa umur 20-an and awal 30-an. Now umur aku dah nak masuk 49 tahun, memang nampak beza dari segi struktur muka. Berat aku 51 kg hari ni tak menghasilkan wajah yang sama semasa aku 51 kg at age 33. TAK SAMA. Another 10 years akan beza lebih banyak. Kita tak hilang muka asal. Muka kita sekarang bukanlah muka yang "defect". Ini cuma bukti kita dah lalui perjalanan hidup yang panjang. Every changes kat bentuk mata, hidung, mulut, rambut, rahang - semua kesan facial expression, experience, hormon and perubahan biologi bertahun-tahun.

Biasalah tu muka berubah. Tulang muka berubah. Lemak muka dah bergerak. Otot dah tak solid. Kulit dah hilang anjal. Tapi, OTAK KITA boleh kenal muka kita yang dulu. Maka aku akan teruskan berselfie sampai tua. Esok cicit aku nampak gambar moyang zaman muda takdelah berselipat nau. Tak dapeklah dia nak perlekeh Gen Fossil macam kita ni.


2026-04-17

Kepada interns, bring a “ready to learn” attitude.

Terus terang, dari sudut pandang seorang majikan yang juga pernah jadi supervisor kepada intern, situasi macam screenshot atas boleh dikatakan “normal”.

Normal sangat jumpa student yang cari tempat buat internship tapi demand macam-macam. Aku tak faham ini masalah student atau memang trend begini.

Kalau nak kata trend, ada je intern-intern yang senonoh pernah buat praktikal kat ofis aku. Tapi aku cakap kau, yang tak senonoh memang wujud. Kadang aku pulak yang rasa malu bila dorang demand macam-macam. Masalahnya berani pulak tu nak demand!

Macam screenshot tu. Dahlah mintak minimum allowance, tak nak interview pulak tu. Nak terus start. Dare eh request gitu?

Aku dulu lansung tak expect apa-apa, janji ada tempat sebab tak nak extend.

Zaman aku dulu, fakulti dah carikan siap-siap tempat praktikal BERSERTA dengan tajuk kerja lab. Course lain tak pasti macamana, tapi course biotech, fakulti dah listkan siap-siap tempat praktikal. Setiap tempat ada tajuk kerja lab sekali. So kitorang sebenarnya bukan pilih tempat tapi pilih tajuk lab work. Ini lebih penting.

Aku pilih tajuk “Laboratory Study on Sugar Production Using Aspergillus niger through Biotechnological Processes”

Tempatnya di SIRIM, Shah Alam. Masa pilih tajuk tu tak terpikir lansung camana cara nak ke Shah Alam hari-hari. Dah pilih baru start pikir. Nasib baik Pak Aji kerja Shah Alam. Bolehlah tumpang. Tapi hari yang Pak Aji outstation, aku kena naik komuter.

Datang lapor diri dan terus belajar buat projek lab. Takde terpikir lansung nak tanya pasal allowance. Aku tak sure since when company kena provide allowance. Zaman aku dulu takde allowance. Masing-masing guna duit MARA. Memang dah tahu salah satu subjek yang kena buat adalah Latihan Praktikal, jadi kena prepare simpan duit.

Yang benaunya takde hal kalau nak allowance tapi kau janganlah demand sedangkan yang memerlukan tempat praktikal tu kau. Masa dah suntuk, tempat praktikal tak dapat lagi, tapi masih lagi nak demand. Patutnya dah sesak gitu, tumpukan pada dapatkan tempat dulu. Entahlah, aku tak sure camana dorang ni punya planning.

Maybe zaman sekarang orang kata permintaan that student adalah satu benda yang biasa, but actually it reflects something bigger iaitu cara berfikir, level of preparedness and attitude someone sebelum masuk the real working environment.

As majikan, RM800 is not an issue. Dalam banyak keadaan, allwance kita boleh bincang. Ada je company yang can give RM800, lebih pun boleh. Kalau student tu ada potensi, company akan bagi extra dari yang dijanjikan. But what’s more worrying is the request to skip the interview process. Hat ni aku rasa too much.

Aku takleh brain ada student boleh request takyah di-interview. Boleh dorang terpikir eh nak skip part ni. Kau siapa, dik? Orang yang dah diuji kelayakan akademiknya pun tetap kena datang interview. Kau grad pun belum, boleh nak skip interview. Seriously?

An interview is not just a formality. It’s an important process for both sides, the employer and the student. Dari sudut majikan, time interview nilah peluang untuk faham who the person is. How they communicate, their attitude towards learning, and how ready they are to take guidance.

Aku takkan terima intern hanya untuk cukupkan syarat universiti. Ni bukan kerja main-main tau. Bila ambik intern, aku kena invest masa, tenaga, dan attention untuk guide dia so that dia really dapat manfaat daripada pengalaman praktikal tu. So it’s fair for me to assess first whether the student is a good fit or not.

Dari sudut student pula, kenapa nak skip interview? Korang tau tak interview session tu lah peluang sebenarnya. Masa tu lah peluang untuk diri korang dinilai. Masa ni lah peluang untuk kau tunjukkan apa kau boleh bagi. Tanpa interview, both sides actually lose the chance to make a better decision. So bila someone openly says tak nak go through interview process, nampak sangat yang dia belum ready untuk masuk dalam professional world.

But the most important ‘red flag’ kat sini adalah CARA permintaan tu dibuat. The way you do things shapes how people see you. Bila kita memulakan dengan syarat nak allowance sekian sekian, tak nak interview, and set-kan permintaan-permintaan lain without first showing your own value, it just comes off as immature. 

Dalam real working world, value comes first, then negotiation. Bukan kita yang letakkan terms macamkan company tu pulak yang kena prove something to kita! Kebanyakan majikan (supervisor) mencari intern yang datang dengan attitude nak belajar, rendah diri and be open to grow. Bukan datang dengan senarai request and demand sebelum membuktikan apa-apa.

Aku ada sikit pengalaman kerja dengan student intern. Most of them datang dengan background akademik yang so-so, tapi some of them attitude luar biasa bagus. Jenis yang rajin tanya, nak belajar buat macam-macam, cepat belajar dan willing go go extra mile. 

Some of them on paper cemerlang, tapi attitude kurang sikit. Yang attitude hauk ni I tell you, kau takkan pergi jauh walaupun pointer tinggi.

Adik-adik yang nak buat internship kena faham internship ni BUKAN KERJA SEPENUH MASA. Ini subjek dalam course masing-masing. Maknanya ini fasa pembelajaran. Nama pun belajar, jadi kena datang dengan attitude nak belajar. Jangan ponteng, siapkan task on time, dan ambil peluang untuk bertanya, observe, dan improve diri. Jangan masuk company dengan mindset “Aku nak buat kerja yang aku tahu", "Aku nak buat kerja yang ada kaitan dengan apa aku belajar saja", atau "Aku nak pilih-pilih kerja".

Internship bukan tempat untuk demand, ya. Ini tempat untuk build foundation. 

Masa acik kau ni praktikal dulu, projek yang acik kena buat kat SIRIM tu lansung tak pernah aku buat! Aspergillus niger tu sendiri adalah type of fungus (kulat) sedangkan acik kau ni budak bacteria. Kejadah apa aku duduk dalam lab fungi? Memang menempah fail namanya. 

Tapi acik buat, nak. Acik tak tunjuk lansung yang acik tak pernah handle Aspergillus niger. Acik bukak buku cari natang apa Aspergillus niger, cara nak ekstrak, and segala yang berkaitan dengan projek. Biar tak nampak bangang sangat.

Nak cerita yang EFFORT tu penting. Bangang tu dah pasti, sebab kita masih belajar. Tapi kalau effort takde, nak semua yang senang-senang je, memang bangang abadilah penyudahnya.

Jangan kata acik duduk lab tak kena buat kerja susun fail, fotostet, buat air. Dalam lab memang takleh makan and minum. Tapi, acik jadi cleaner lab, ya. Tukang basuh radas, tukang penuhkan balang air suling, tukang lap autoclave, tukang susun balik semua chemical and solution. 

Kadang bancuh 70% ethanol siap-siap, penuhkan dalam balang supaya orang lain boleh guna. Kadang prepare KOH (Potassium Hydroxide, 10-20%) untuk orang lain guna, padahal aku tak guna pun. Kadang acik preparekan Sabouraud Dextrose Agar (SDA), padahal projek aku tak guna pun agar ni. Tapi I am willing to do sebab inilah masanya acik nak belajar. Rugilah dapat praktikal kat SIRIM tapi nak buat kerja senang-senang. 

Pegawai kat dalam tu kalau buat talk kat universiti, uni kena bayar dorang RM1000 per hour tau. Acik dapat belajar free one-to-one. Rugilah kalau time internship nak rilek-rilek. Apedaaaaa.

January lepas ada career fair di Warwick Uni. Redza pergi. Dia dapat buat internship di salah sebuah company dalam gambar atas ni.

Sebelum interview, dia call kitorang tanya tips. Aku pesan just tell them apa yang dah dipelajari and APA YANG YOU NAK BELAJAR FROM THEM. 

As majikan, hanya 10% dari intern yang datang interview bagitahu apa yang dorang nak belajar dari company. Kebanyakannya tanya "Ada cuti tak?" "Ada allowance tak?". Tak ramai yang kata nak belajar sesuatu atau nak mintak kita ajarkan sesuatu.

Aku bagitahu Redza, yang participate ni semua big players, they don't entertain nonsense. Jauh-jauh dorang datang nak cari quality intern. Kat sana ramai yang nak dapatkan tempat dalam big company. So jangan buat cikai masa interview. Come prepared.

Aku cakap benda yang sama pada Redza, dorang ni semua kalau kita mintak jadi tenaga pengajar mewakili pihak industri, mahal nak mateyyy harganya. Aku yang cikai ni pun dulu UTHM bayar RM700/hour untuk bagi talk 45 minit. Kalau big company lagilah mahal. So bila internship nanti, korek sebanyak ilmu from them.

Alhamdulillah, Redza berjaya. Today dia interview, esok terus dapat jawapan. Dia balik June ni insyallah.

Hari tu aku nampak kat Thread ada orang kata zaman datang interview ni dah lapuk. Sekarang patut dah boleh buat interview kat zoom saja. Aku diam je lah. Sebab aku tengok anak aku datang dari Birmingham ke Warwick naik train 1 jam 45 minit. Pergi sahaja dah nak 2 jam. Tambang £11 (RM58) sehala. Pergi balik dah RM100+. Ni kalau kat Malaysia, company tu dah konfem kena viral, siap kena cop "red flag".

ADAB kita yang nak placement, kenapa kita pulak yang demand? Patutnya kita nak tempat untuk praktikal, kitalah kena datang jumpa dorang. Aku rasa most of us dah sangat selesa berada dalam negara sendiri. Apa-apa boleh demand. Tak dapat, boleh viral. Student kat overseas jauh lebih struggle sebenarnya. Tapi disebabkan struggle tu dah biasa for them, takde yang berdecit.

Tentang allowance. Aku ok je bab bagi allowance. Intern aku semua dapat allowance. Tapi aku rasa kebanyakan student yang last minit masih takde tempat nak praktikal ni mostly demand allowance tinggi dan nak kerja dalam bidang yang dia tahu saja. Tu pasal tak dapat-dapat placement. 

Aku pernah dapat student yang tak nak buat kerja selain yang dia dah belajar. Kau rasa??

Agaknya dia ingat apa yang dia belajar tu dah habis tinggi agaknya. Kalaulah dulu aku bawak perangai ni kat SIRIM "Saya belajar bakteria, saya nak buat bakteria saja, tak nak buat fungus". Elok-elok bakteria yang kena stain, aku yang dia simbahkan dengan stain nanti.

Kalau kau belajar Human Resources, kau sebenarnya tak perlu buat internship HR semata-mata. You can also do internship dalam bidang lain yang ada kaitan dengan people management atau organizational skills, contohnya operations (belajar workflow and coordination), atau customer service (develop communication skills), atau recruitment / talent sourcing (handle hiring, walaupun bukan official HR), atau project management (handle projek and team collaboration). Kenapa mati-mati nak internship kat department HR juga?

Kalau belajar biotech, tak perlu buat internship dalam lab. You can do quality control / quality sssurance (belajar standard, compliance and documentation), buat product development, buat sales and marketing, buat technical writing macam buat manual/flyers product, SOP atau content educational.

Kenapa nak stuck dalam satu bidang je?

Masa ni lah nak mantapkan resume dengan skill yang kau tak jumpa kat uni. That’s a long-term investment.

As a supervisor, I’m more likely to choose students who might not be perfect but show effort. Yang sanggup datang interview walaupun gugup. Yang honest dengan kekurangan diri. Yang really nak belajar. Sebab orang macam ni usually lebih mudah dibentuk dan lebih appreciate peluang yang dia dapat.

So, bila nampak situasi macam tadi (kes dalam screenshot tadi), it’s not just about one internship request. It’s an EARLY SIGN of how someone might operate in the real working world. Majikan kena hati-hati buat pilihan, because every intern we bring on is an investment, bukan saja masa, tapi reputasi dan work culture.

Kepada interns, bring a “ready to learn” attitude. Tunjukkan effort, walaupun kecik. Hormati proses, termasuk interview. Dalam dunia sebenar, your attitude matters more than just what you ask for.


2026-03-28

Disleksia takde “perangai khusus” macam autism.


Ramainya yang respond kat post semalam pasal Rayyan.
Maka ini adalah post nak menjawab beberapa soalan yang aku rasa best untuk aku jawab panjang.

1. Disleksia tu ada perangai tak?

Takde. Disleksia takde “perangai khusus” macam autism. Disleksia cuma difficulty understanding and processing language especially membaca, mengeja dan menulis. Sometimes dorang nak memproses arahan bertulis pun ambil masa. 

Disleksia BUKAN gangguan tingkah laku. That's why disleksia masih boleh bersekolah di aliran perdana, macam Rayyan.

Rayyan punya difficulty dulu adalah menulis. Dia nampak garisan pada buku bergerak, jadi tulisan dia kejap ke bawah kejap ke atas. Tapi dia menulis elok, takde alphabet yang terbalik. Mengaji sampai sekarang tak laju walaupun dah khatam 2 kali. Bulan puasa ni, insyallah kali ketiga. 

Walaupun dia boleh mengaji sendiri, aku tetap pilih untuk mengaji dengan dia sebab sometimes dia stuck bila nampak titik-titik pada huruf seolah bergerak-gerak. Kalau dia ter-stuck, aku biarkan kejap. Kalau dia masih stuck, baru aku guide dia membaca.

Dulu masa kat KAFA, dialah student paling slow and always dapat markah rendah dalam exam sebab always tak sempat siap buat exam. Because difficulty nak memproses arahan. Aku cakap kat ustazah, misi aku cuma nak dia kenal huruf saja. Kalau dia tak boleh membaca Quran takpe, sebab aku tahu dia ada difficulty. Fokuskan pada menghafal supaya dia boleh solat. Dalam hafal 10 surah lazim dah ok bagi aku.

Kat rumah aku mengaji dengan dia everyday. Nak harap ustazah buat semua payahlah. Anak aku bukan macam orang lain, laju. Takkan ustazah nak habiskan masa berejam kat dia sorang, kan. Jadi, aku kena bantu kat rumah. Miracle, masa Rayyan Darjah 5, dia berjaya khatam Quran. Allah, menangis aku. Unsangkarable.

Samalah macam awal-awal dia Darjah 1 dulu. Rasa macam takde harapan dia nak tengok dia menulis dengan baik sebab garis buku always bergerak-gerak di mata dia. Tapi aku tak peduli. Everyday train menulis. Biarlah aku macam topekong Siam hari-hari kat sebelah tengok dia menulis. Now, tulisan dia:

Lagi cantik tulisan dia dari aku yang tak disleksia ni. Ni kalau aku tunjuk Mak Aji mesti dia kata "Entah-entah kau yang disleksia tapi aku tak tahu." Kahkahkah.

Personaliti disleksia macam orang lain juga. Macam normal. Dia boleh bersosial, dia boleh bersembang, dia boleh deep talk, dia boleh faham emosi orang, dia boleh communicate normal. Takde masalah. Yang nampak berbeza selalunya yang berkait dengan pembelajaran, contohnya ambil masa lebih lama untuk membaca, mudah confuse bila arahan terlalu banyak or terlalu panjang, dan cepat penat bila banyak teks nak kena baca.

Ingat tak aku selalu cakap si Rayyan ni asal tusyen dengan bapak dia, belum start dah tanya "Pukul berapa habis?"

Dia bukan malas, tapi ini memang kriteria disleksia. Mental dorang letih bila study lama-lama. Kalau nak dorang belajar lama-lama, jangan gunakan teks. Kena campur-campur dengan video dan hands-on. Memang menguji kesabaran sikitlah. 

En Wan dulu kerap jugaklah hangin sebab Redza sejenis laju. Explain sekali, faham dah. Buat apa pun cepat. Rayyan agak ambil masa. Aku pasrah je lah kalau dia kata "Ma, adik tak sempat siapkan test tadi sebab soalan dia banyak sangat"

Dalam hati aku cakap "Bukan soalan yang banyak. Kau yang slow"

Tapi aku tak cakaplah terang-terang. Kesian pulak dia. Tapi kita fahamlah. Takpelah, janji mana yang kau sempat buat tu, full marks.

Dengan Rayyan, itulah cara aku pujuk diri aku. Dia maybe tak sehebat abang dia. Tapi apa yang dia boleh buat, itu kita raikan. Kalau dari 50 soalan dia hanya sempat buat 35, yang 35 ni kalau boleh full marks. 

Itulah kriteria Rayyan (dan maybe anak-anak disleksia lain). Bila maklumat terlampau banyak, dia jem kejap. Itu biasa, sebab processing load tinggi. Tapi ada juga yang disleksia heavy, yang menulis terbalik, cannot read at all, cannot write at all. Yang ni mungkin kena masuk kelas khas. 

2. Macamana Rayyan belajar?

Dia belajar macam biasa, macam anak-anak normal yang lain. Masuk pun sekolah biasa sebab dia tak layak masuk aliran khas. Terlalu mild disleksia. Dari segi penulisan, membaca, menjawab soalan, takde masalah cuma bab menerima arahan tu agak slow. Tapi, dia kuat mengingat. Especially with numbers. Pernah tengok video dia explain pasal iPhone? That's how kuat ingatan dia. Anything yang melibatkan tahun, dia boleh ingat.

Kalau nampak dia sedang memerhatikan sesuatu, jaga-jaga. Dia observe. Bukan sekadar pandang biasa. Otak dia memikir macam-macam. Tu yang aku seram bila dia perati aku bersiap, tetiba kulit aku dikatanya colour industrial white. Kau rasa??? Entah berapa lama agaknya dia observe warna kulit aku nak kaitkan dengan industrial white tu. Warna kelabu asaplah agaknya, nak bagi sedap sikit dia cakap industrial white. Kahkahkah.

Budak disleksia sebenarnya visual thinker. Dorang lebih senang faham bila nampak gambar, atau ada contoh depan mata, atau guna warna and guna diagram. Sebab otak dorang lebih kuat dalam visual-spatial processing berbanding teks. 

Dulu masa nak exam UPKK (KAFA), aku bagi task khas kat staff grafik designer buatkan diagram untuk setiap topik. Aku bagi semua details, staff aku terjemahkan dalam bentuk diagram atau nota bergambar. Memang banyaklah sikit kerja nak meluluskan budak Rayyan ni. Alhamdulillah 7A1B UPKK.

Ustazah terkejut Rayyan boleh dapat result sebagus ni, looking at his condition. Ustazah tak tahu di belakang tabir ada ammak yang bertungkus-lumus siapkan diagram bersama staff grafiknya. Hahaha.

Masa kat STAR, aku pernah bagitahu sorang cikgu, lupa cikgu apa. Rasanya cikgu kelas. Aku bagitahu yang Rayyan mild disleksia. Saja je la nak notify so that kalau tiba-tiba Rayyan blur-blur tu cikgu tahu condition dia. Pastu cikgu tanya "Macamana dia ada disleksia tapi masuk STAR?"

Sebab kita tak ajar dia ikut sistem yang sama. 

Selalu orang joke "Boleh lukis tak?"

Haaa, itulah cara aku and En Wan ajar dia kat rumah. Diagram. Melukis. Peta minda. Bagi contoh. Siapa follow FB aku mesti tahu aku selalu dijadikan contoh dalam kelas tusyen En Wan. Nakbagi anak paham punya pasal, aku yang kena bahan.

We adjust cara belajar ikut cara otak dia bekerja. Budak disleksia bukan tak pandai. Dorang cuma belajar dengan cara yang berbeza. Maybe ramai ingat asal disleksia je, ada problem learning. Yang sebenarnya dorang ada problem memproses maklumat saja. Benda ni yang kita kena adjust. Once dorang faham konsep, dia boleh ingat. Cuma bila suruh explain dengan tulisan, slow. 

3. Buat assessment kat mana?

Gugel je mana-mana pusat disleksia, boleh buat assessment kat situ. Ciri-ciri awal - speech delay. Rayyan dulu speech delay. Tapi sebab dia dijaga oleh mok (neneknya), kau tahu la nenek-nenek ni mana boleh kata cucu dia something wrong. Jadi, aku pun percayalah bila mok kata "Biasalah ni, budak".

Until umur 6 tahun, dia masih tak boleh membaca lancar. Oh this kenot be, man. Aku bayar fee tambahan untuk another hour kelas membaca saja. Cikgu spend 1 hour hanya untuk ajar Rayyan membaca. Everyday. Kat rumah aku membaca lagi dengan dia. Repeat rutin yang sama everyday. Lama-lama lancar.

Masuk Darjah 1, dia macam tak konsisten dengan maths. Kadang-kadang boleh jawab, kadang-kadang soalan yang sama tak boleh. Kitorang pun hantar KUMON. Kumon ajar konsep routine and repetition. Lama-lama dia ok.

Then satu malam tu 2+2 dia takleh jawab. Mengamuklah En Wan. Dah spend kat KUMON segala, tapi 2+2 takleh jawab. Masa tu aku nampak Rayyan macam blur-blur. Terdetik anak aku ni ada disleksia ke? Maklumlah ammak ex-medical underwriter, jadi simptom dan risiko tu dah boleh nampak. Terus contact Pusat Disleksia Shah Alam, kata nak buat assessment.

Sekali betul. Tapi mild disleksia. Tak perlu tak masuk aliran khas. Aku tak kisah kalau kena masuk aliran khas pun, janji dia boleh belajar ikut pace dia. Tapi doktor kata tak perlu sebab Rayyan boleh membaca and kenal huruf cuma bila diminta connect the dots, dia tak boleh buat sebab mata dia nampak dots tu bergerak. 

Perasan tak ada buku connecting the dots? Kau beli buku tu. Kalau anak asyik salah connect dots, chances are anak kau ada disleksia.

Doktor encourage aku letak Rayyan kat sekolah biasa sebab Rayyan punya kes tak heavy. Tahun tu sekolah masih practice streaming class. Rayyan masa tu kelas ke-3. Lepas mid-exam, dia punya result layak ke kelas ke-2. Tapi takleh tukar kelas lagi kena tunggu hujung tahun. 

Hujung tahun Darjah 1 dia dapat nombor 1 dalam kelas, dan ranking 28 seluruh darjah. Bermakna dia layak ke kelas pertama. Unsangkarable.

Tu pasal aku sangat sokong streaming class. Supaya anak kita belajar ikut pace yang dia mampu terima. Kita hantar anak ke sekolah supaya dia boleh faham apa yang dia belajar. Malangnya ada parents yang marahkan sistem streaming. Konon anak stress bila duduk kelas belakang. Yang benaunya kau yang stress sebab malu, kan? Dah anak kau memang tak pandai, tolonglah dia jadi pandai. Cara nak tolong, biarkan dia belajar dalam kelas yang sama pace dengan diri dia. Faham?

Oh lagi satu bahasa. Rayyan boleh berbahasa English, BM and he learn some Mandarin too. Tapi dia lebih selesa guna English in daily speaking. Bukan aku mengada-ngada ajar anak cakap omputih. Disleksia ni banyak berkait dengan memproses bunyi.. Belajar satu bahasa pun dah guna banyak tenaga mental dorang, kalau mix satu lagi bahasa boleh buat otak dorang terlebih load. Bagi budak disleksia, perubahan bunyi boleh buatkan dorang ambil masa nak adapt. Boleh tu boleh, tapi slow.

Dorang perlukan satu bahasa yang jadi bahasa paling selesa. Anchor language. Jadi, aku pilih english sebab lebih senang untuk dia bersosial. That's why dalam environment orang bercakap bahasa melayu, dia banyak berdiam. Kalau dia nak join bersembang, vocab BM dia tak tinggi. Karang cakap omputih kena cop berlagak pulak. Jadi dia diam. Tapi kat rumah dia cuba juga bercakap bahasa melayu, cuma bersepahlah. Sakit telinga aku dengar.

Rayyan: Mama, boleh tak malam ni mama tak payah memberi adik homework sebab adik ada banyak pending homework kena buat.

Ammak: Apesal pulak homework kau ada pending?

Rayyan: Kan hari tu student Japan datang, cikgu pilih adik untuk termasuk dalam program tu.

Ammak: TERLIBAT.

Rayyan: Oh sorry. Terlibat.

Banyak pulak kerja aku ni. Jadi cikgu tusyen. Jadi pemerikan kertas exam. Jadi translator. Jadi medical underwriter bapak kau lagi. Patutnya mahal hantaran aku dulu ni. Tapi tu lah, nak mintak backdated pun dah 25 tahun berlalu. Mahbub je la.


2026-03-26

Budak-budak disleksia ni ada certain-certain time angin confuse dia datang.


Weekend lepas Rayyan keluar dengan En Wan cari gift untuk bagi pada student Jepun. Sekolah Rayyan every year jadi host untuk program pertukaran pelajar Jepun. Tahun ni Rayyan terpilih untuk jadi partner salah sorang student Jepun tu. Student Malaysia yang terlibat diminta sediakan gift untuk bagi kat partner masing-masing.

Teringat tahun 1989 aku ke Jepun. Bawa gift setem and duit syiling untuk exchange gifts. Tak sangka anak aku merasa program yang sama, bezanya dia jadi tuan rumah.

En Wan belikan cap I Love Malaysia, coklat and candy durian dengan fridge magnet KLCC sekali.

Balik dari beli barang, aku and En Wan nak gerak ke Penang. Rayyan tinggal rumah. Masa nak keluar, dia turun hantar kitorang ke pintu. Aku terperasankan singlet yang dia pakai. TERBALIK. Belakang ke depan, depan ke belakang.

Gitulah Rayyan. His disleksia buatkan dia confuse mana satu depan, mana satu belakang, especially kalau baju tu plain. Kalau jenis label baju yang printed lagilahhhh dia confuse. Kadang-kadang left and right pun dia konfius. Benda ni tak selalu berlaku tapi ada. Akan ada waktu-waktu dia jadi tersangat konfius sampai pakai baju pun terbalik.

Selalunya kalau dia start confuse aku bagi dia bertenang dulu sebab kita tak tahu apa yang sedang berlaku dalam minda dia ketika tu. Budak-budak disleksia ni ada certain-certain time angin confuse dia datang. Kalau angin blur dia sampai, memang blur sungguh. Aku risau kalau blur dia sampai masa tengah ambil exam. Matilanakkkk.

Aku tak boleh letak Rayyan di laluan yang sama dengan Redza, let alone expectation yang sama. Redza dah create benchmark yang tinggi untuk bakal anak-anak dia, bukan untuk adik dia. Rayyan kena create his own benchmark. Tapi tetap kena push dia buat the best dan belajar tetap kena sampai uni. Cuma approach tu berbeza.

Kenapa aku cakap berbeza?

Sebab disleksia ni dorang sangat bergantung pada rutin. Dorang belajar melalui pattern dan kebiasaan. Bila rutin berubah, dorang mudah blur. Sebab dorang perlukan masa untuk adjust. Dorang dah biasa guna certain strategi untuk cope dengan pembelajaran. Berubah je strategi ni, dia jadi haywire sikit. Orang kata disleksia ni masalah pembelajaran. Betul, tapi tak bermaksud dorang slow atau lemah.

Jangan salah faham. Disleksia BUKAN masalah kecerdasan, tapi masalah cara otak dia memproses bahasa. Their brains just work differently. Sebab tu ada yang susah membaca atau mengeja, tapi dalam masa yang sama sangat kuat mengingat.

Dorang strong kat visual thinking, problem solving and looking at a “big picture”. Sebab tu kita selalu jumpa orang disleksia sangat berbakat dengan design, arts atau entrepreneurship. Sebab bidang-bidang ni perlukan creativiti. Dorang maybe ambil masa sikit untuk faham teks atau arahan, tapi bila dah faham, dorang boleh fikir lebih kreatif daripada orang lain.

Ingat tak dulu aku cerita Rayyan nak jadi fashion designer, pastu tukar ke grafic designer? Inilah ciri-cirinya. Dari kecik dah ada, cuma aku tak faham. They tend to be stronger in visual, hands-on, and creative work. Now dia minat menulis. Kalau menulis esei fiksyen, pehhh, aku macam berasa "Kau ni kuat berangan eh?" sebab kreatif sangat jalan cerita tu. Ala-ala Padayappa.

Minggu pertama puasa aku kejutkan sahur Rayyan tak bangun. Aku dah siap makanan, dia tak turun-turun. En Wan nak kejutkan, aku cakap NO. Biar dia rasa satu kali lewat macamana. Sebab bas sekolah pickup 6 pagi. Hari tak puasa memang dia akan bangun 5.30 am juga. Jadi, takde beza sangat dengan hari berpuasa, tetap kena bangun awal.

That day, bas datang dia tak turun lagi. Pukul 6.15 aku naik atas gendang pintu. Aku cakap dah pukul 6.15, kau tak yah pergi sekolah hari ni. Kalau cikgu tanya, kat group tu aku nak cakap "Anak saya bangun lambat! Tolong denda!"

Pukul 6.45 am dia masuk bilik aku "Ma, adik pergi dulu. Adik dah order Grab"

Wow! Grab. Aku sendiri tak terpikir nak panggil Grab. Pandai pulak kau settlekan masalah, kan. Maka pagi tu dia macam anak orang have-have pergi sekolah naik Grab. Biar dia rasa. Lepas tu terus tak lewat bangun dah.

Approach kitorang buat untuk Redza and Rayyan tak sama. Because disleksia banyak guna visual memory dan struktur untuk fahamkan sesuatu. Bila struktur berubah contohnya arahan berubah, atau cikgu sekolah explain sesuatu topik berbeza dengan cikgu tusyen, atau layout kerja berubah, otak dorang kena proses balik.

Kat sekolah, cara pembelajaran banyak pakai teks. Sedangkan budak-budak disleksia banyak guna visual memory. Tu pasal disleksia student start bloom semasa kat uni. Sebab kat uni, tak semua bergantung pada teks. Ada lecture, video, discussion, practical and presentation.

Benda yang simple pada orang lain macam ikut arahan and memahami teks sangat guna banyak tenaga mental dorang. Jadi kalau aku nak bagi multiple arahan, aku wasap:

Kalau aku tak buat camni, maklumat ni semua bercampur aduk dalam kepala dia, terus dia jem. That's why dengan Rayyan aku tak paksa dia ikut cara belajar yang sama macam orang lain. Dia punya cara belajar mesti yang sesuai dengan cara otak dia bekerja. 

Tapi memandangkan sistem sekolah lebih banyak guna teks, no choice dia terpaksa follow lah. Bak kata En Wan, habiskan saja sekolah tu, nanti nak masukkan ke Uni mana kita pikir kendian.


2026-03-23

GreenAard: YANG TURUN TU BERAT AIR, BUKAN LEMAK.

Ohh rupanya ada tips viral, aku baru tahu. Patutlah start puasa hari tu aku nampak ramai buat post kat Thread pasal bersahur dengan telur 3 biji, berbuka pun dengan telur. Pastu berderet kata seminggu puasa dah turun 4-5 kg. 

Tup-tup tadi nampak post dari Public Health Malaysia kata YANG TURUN TU BERAT AIR, BUKAN LEMAK. Kahkahkah. 

Adoilaaa. Memang dari awal nampak post-post tu aku dah terpikir diet apa benda yang dorang buat ni yang konon kurus 5 kg in a week? Sedangkan FAKTA SAINS dah kata lemak takkan turun secepat tu.

Benda pertama kita kena faham, lemak adalah simpanan tenaga. Bila badan nak bakar lemak, dia kena lalu dulu proses metabolik yang konsisten. Bukan sehari dua punya proses. Bukan seminggu hilang 1-2 kg.

Basically, 1kg lemak lebih kurang 7700 kalori. Maknanya kalau nak turunkan 1kg lemak, kita kena buang kalori sebanyak 7700. Itu cara-cara nak turunkan 1kg je. Imagine orang claim turun 5kg seminggu. Mereput kau tak makan maknanya.

5kg lemak bersamaan 38,500 kalori (lebih kurang). Itu bersamaan 5500 kalori defisit SEHARI. Logik ke badan boleh buang 5500 in a day? Sedangkan keperluan kalori harian around 1600-2500. Ni kau nak buang 5500 kalori sehari demi nak loss 5kg seminggu, agak-agak apa cara? Tak makan langsung? Lari marathon everyday? Itu pun belum tentu. 

Atlet yang aktif berlatih everyday pun kadang-kadang turun 1kg je dalam 5 hari. Normal orang biasa TAK BOLEH turun 1kg lemak dalam 5 hari, let alone 5 kg seminggu (!!).

Jadi bila ramai claim berat turun banyak dalam masa 5 hari lepas amalkan diet telur, itu BUKAN LEMAK. Yang hilang tu air dan glikogen.

Badan kita simpan karbohidrat dalam bentuk glikogen. Setiap gram glikogen pegang 3-4 gram air. Bila kau makan telur only (maknanya tak makan nasi, tak makan roti, tak makan buah), simpanan glikogen menyusut sebab badan ambil tenaga dari situ. Setiap kali glikogen menyusut, air yang dia pegang ikut keluar sekali. Sebab tu berat turun mendadak dalam minggu pertama buat diet telur. Air hilang dengan banyak bila glikogen menyusut.

That's why diet jenis keto, yang makan protein semata-mata, atau extreme low carb memang selalu bagi “wow effect” awal-awal. Berdesup-desup "berat" turun kat penimbang. Tapi yang turun tu majoritinya air. Nanti one day kau nak cheat day makan balik karbohidrat secara normal, glikogen akan refill. Masa tu kau nampak berat kejap je naik. Why?

Sebab badan kau cuma isi balik apa yang memang normal untuk dia ada. Itu memang fungsi fisiologi normal. Badan perlukan glikogen untuk stabilkan blood sugar, untuk tenaga, untuk fungsi organ dan sel. Jadi once karbohidrat masuk badan, glikogen akan bertambah balik. Glikogen bertambah bermakna air pun bertambah. Maka berat kembali ke asal.

Lemak takkan turun cepat sebab lemak perangainya DEGIL.

Badan manusia ni survival mode. Kalau kau kurang makan, badan akan adapt. Secara otomatik metabolisme jadi lebih perlahan. Hormon lapar (ghrelin) meningkat. Hormon kenyang (leptin) menurun. Hormon stress (kortisol) naik. Dalam keadaan badan stress, LEMAK SUSAH NAK TURUN. Sebab bila metabolisma perlahan, pembakaran lemak juga slow.

Weight loss yang normal is around 0.5 hingga 1kg SEMINGGU, itu pun bukan semuanya lemak. Maknanya kalau sebulan berat turun 2 kg pun dah bagus. Sebab kalau kita paksa badan dengan diet ekstrem, badan akan melawan balik. Bagi badan, kekurangan kalori yang mendadak adalah threat. Dia akan stop bakar lemak terus dan slowkan metabolisme. Jadi yang "turun" tu semua air, sedangkan lemak kekal dalam badan tak terusik lansung.

Berat air boleh turun naik 1-3kg sehari semalam hanya dengan perubahan sodium (garam), hormon, period dan makan karbohidrat. Tu pasal ada orang timbang pagi lain, malam lain. Ini semua berat air, bukan lemak. 

Orang kita mudah percaya tips-tips merepek macam ni. Sebab manusia suka hasil yang cepat. Kita hidup dalam era screenshot timbang berat before & after 5 hari berpuasa. Kau tunggu 3 hari raya nanti berani tak sorang-sorang nak tepek screenshot before & after.

Kalau betul nak fokus kesihatan dan bentuk badan, lebih baik tengok ukuran lilitan pinggang. Sebab lemak yang kita kena turunkan adalah yang duduk kat perut. Penimbang cuma tunjuk total weight - air, otot, lemak, makanan dalam perut pun dia kira sekali. Dia tak tunjukkan komposisi. That's why ada orang berat pada penimbang maintain, tapi pinggang makin kecil. Itu tanda lemak turun dan otot naik.

Siapa hari tu DM aku bagitahu pinggang dia dari 41 turun ke 36 inch dengan GC Plus? Tapi berat tak banyak turun. Boleh send balik DM tu? Sebab ada benda aku kena explain.

Basically, ukuran pinggang berubah dari 41 inch ke 36 inch, inilah yang aku cakap tadi tentang komposisi badan. Penimbang cuma tunjuk berat total. Dia tak tunjuk apa yang turun atau naik. Tapi dengan ukuran lilitan pinggang, kita fokus pada lemak abdominal. Lemak ni yang kita kena buang. Berat penimbang tak penting, yang penting is ukuran pinggang.

"Tapi kenapa berat tak banyak turun?"

Yang pertama, lemak turun tapi air maintain. Badan simpan semula glikogen and air pada paras normal. So net weight nampak macam tak turun banyak tapi seluar semua dah longgar.

Yang kedua, lemak turun, at the same time muscle bertambah. Otot kita bentuknya lebih padat sedangkan lemak menggeleber. Lemak mengambil ruang yang banyak. Otot pula padat dan berat. Bila lemak berkurang dan dalam masa yang sama berat otot bertambah, tu pasal penimbang macam tak berganjak sangat, padahal inchloss banyak dah.

Kau obses turun 5kg. Tapi seluar jeans masih maintain size 34. Tak guna juga. Lainlah dulu pakai jeans 36 inch now 30 inch, tu baru betul body recomposition improvement.

Aku bukan nak kecam orang buat diet telur. Cuma nak ramai faham dan bezakan antara fakta dan hype. Turun cepat tak semestinya turun lemak. Turun banyak tak semestinya sihat. Yang viral pun tak semestinya betul.



Ni aku nak explain sikit pasal Maaltyd. Tadi aku masuk opis untuk semak-semak order yang dah dihantar bulan Feb. Rupanya banyak betul stok Maaltyd keluar bulan lepas. Penangan lama nau menunggu gamaknya, ya. Berdedai orang membeli. Dan maybe juga kita launch new price sempena new packaging, jadi ramai ambil peluang jadikan stok.

Nak menjawab soklan customer Maaltyd ni, YES, Maaltyd lebih pekat kali ni sebab kita tambah dari 10 gram ke 15 gram. Tapi, cara penyediaan kekal sama iaitu 120-150 ml air. Jadi, hasilnya pekatlah sikit. Kalau membantu kenyang cepat, that's baguslah. Sebab itulah pun tujuannya.

Macam yang pernah aku cakap sebelum ni, nak turunkan berat sangat mencabar kalau kita terpaksa berlapar. Kita perlukan something yang buatkan weight loss journey ni kurang sengsara. Maaltyd melambatkan rasa lapar, maka dia membantu.

Actually kalau nak bercakap pasal mekanisme sebenarnya Maaltyd, dia TAK mengurangkan berat secara lansung. Our formula lebih kepada nak stabilkan blood sugar. Bila blood sugar stabil, insulin tak keluar banyak sangat. Kita nak elakkan insulin spike sebab bila insulin banyak, dia akan kumpulkan lemak di perut. Itu yang buatkan berat badan bertambah tanpa sedar.

Kau kata kau makan kuih-kuih je. 

"Saya makan karipap 2 ketul je for dinner"

Ya, nampak je macam 2 ketul tu tak menambahkan berat. Tapi karipap tu tepung. Tepung ni naikkan blood sugar dengan sangat cepat. Bila gula darah naik mendadak, insulin keluar dengan banyak. Bila insulin banyak dalam badan, lemak akan terkumpul di perut. Tu yang kau heran apesal makan tak banyak tapi berat naik. Bukan kerana berapa banyak makan, tapi apa yang dimakan.

That's why kita formulakan Maaltyd dengan mekanisme berbeza. Dia tak tuju terus pada burn fat tapi stabilkan gula. Bila gula stabil, kita kurang merasa lapar, kenyang lebih cepat dan yang paling penting insulin tak keluar dengan banyak lantas kurangkan potensi pengumpulan lemak kat perut.

Buat masa ni Maaltyd masih dalam Ramadan Speacial. Dari RM88 ke RM75. Selepas Ramadan baru kita keluarkan new price. 




2026-01-26

Terpedaya dengan overclaim "makan boleh jadi pandai"


Aku tak sure pandangan orang lain, tapi aku tak berapa suka dengan produk-produk atau apa saja statement yang overclaim. Especially suplemen untuk bagi anak bijak. Like, seriously??

Kadang-kadang aku rasa macam orang kita ni terlalu senang terpedaya dengan tagline magik. Asal nampak perkataan “bijak”, “senang hafal”, terus rasa macam itu kunci kejayaan anak. Padahal benda paling asas adalah BELAJAR.

Dulu produk IQ booster like this melambak. Tak sure now wujud lagi ke tak. Serious aku tak ingat nama brandnya dulu tapi target crowd dia kanak-kanak and budak-budak sekolah. Maka ramailah parents belikan anak-anak produk tu dengan harapan dapat jadi pandai.

Aku pernah cakap dengan En Wan "Founder ni esok kalaulah anak dia sendiri tak bijak, konfem dia stop jual produk ni”

Aku tak sure apa jadi dengan produk tu sekarang, sama ada masih wujud atau tak.

Dulu ada sorang blog reader hantar email panjang lebar bercerita produk yang dia bagi kat anak-anak yang katanya boleh senang absorb ilmu. Dia tak mention produk apa. Dia tanya if aku ada bagi anak-anak supplement untuk perkembangan otak sebab dia rasa macam tertipu dengan produk tu.

Aku bagi anak-anak aku dulu makan appeton and Scott’s Emulsion saja. Now dah besar-besar ni Redza aku tak tahu dia ambil apa. Rayyan aku bagi multivitamin and Nutrijuice saja. Sebab dia ni picky eater. Sayur tak makan, ikan tak makan, udang tak makan. So sumbatkan vitamin je senang. Yang lain-lain tu terpaksa la belikan dia makanan yang dia nak makan, janji dia makan. Kalau sehari tu dia nak mentekedarah koko krunch and susu, aku biarkan. Janji makan.

Sebenarnya dalam food study, memang ada komponen dalam makanan yang can stimulate this and that. Tapi sebagai seller, tolonglah jangan bagi statement yang misleading.

10 tahun lepas aku pernah join satu group marketing. Kitorang diminta buat satu pitching memperkenalkan produk. Antara point yang wajib ada adalah "selling point tagline".

That tagline mesti yang crowd pulling. Contohnya macam “kunyah kunyah jadi cantik", atau “cuba sebotol, konfem UPSR straight As". Gitulah tagline yang dia minta.

Aku punya - "Being well shouldn't be difficult" (tagline GreenAard).

The so-called sifu kata tagline aku tak strong untuk sell. Dia kata tak cukup crowd pulling. Dia cakap marketing ni kena main emosi.

Aku tanya dia "Bukan ke itu namanya overclaim?"

Pastu dia marah aku. Dia cakap "Awak nak menjual barang ke nak jadi pensyarah?"

Aku bagitau yang aku tak selesa nak overclaim atas kapasiti apa sekalipun. Nak pull crowd memang senang. Buat video bodoh pun dah boleh pull crowd. Tapi aku nak GreenAard bertahan kerana memberi manfaat bukan kerana viral. For that reason aku perlu jual sambil educate people, bukan main emosi. Rugilah masa dan tenaga aku study buat produk kalau setakat fokus nak menjual tanpa educate. Baik aku beli formula produk OEM je, pastu re-branding letak logo GreenAard. Tak buang masa aku.

Pastu dia tanya "Apa tujuan awak berbisnes? Sebab nak dapat lebih banyak duit, betul tak?"

Geram gila aku dengan sifu ni. Mulut aku ringannnn je nak sebut "Saya dah banyak duit sebelum saya produce produk ni lagi", tapi dek kerana rasa hormat pada dia sebagai 'guru', jadi aku tak cakaplah. Aku bagitau "Saya buat produk ni sebab ini background saya. Saya memang buat biotech business and analysis. Produk yang saya bakal keluarkan ni salah satu cabang background saya. Saya nak terjemahkan ilmu yang saya belajar dalam bentuk yang orang dapat manfaatnya".

Dia senyum hambar and kata "Oklah, good luck".

Maybe mulut dia masin, benar-benar luck rupanya aku. 10 tahun dah GreenAard bertahan. Sebaliknya, 3 orang dalam group aku tu, bisnes dah mati. Aku tanya salah sorang yang bisnes dah padam tu, dia kata dah buat macam-macam like sifu suruh. Awal-awal dah habis dekat RM10K untuk marketing saja, tapi tak jadi apa. Last-last dia pulak yang dikatanya tak cukup aggresive and suruh top up lagi duit untuk tambah marketing. Balerrrr.

Inilah yang aku menyampah bila orang yang takde produk membagi coaching cara menjual produk. Last-last suruh top up duit untuk buat marketing. Itu je la modalnya.

Deyy, duit kalau banyak takyah pergi kelas kau lah. Baik bagi duit tu kat profesional suruh dorang run kan bisnes je. Kitorang duduk kat rumah mengangkang tengok Netflix, settle.

Aku tahu ramai yang guna teknik marketing memancing emosi, contohnya macam produk bagi bijak pandai.

“Kemam-kemam jadi pandai”

Contohhhhhhh.

Memang some food ada komponen untuk brain function, tapi kau tak boleh jual tagline tu semata-mata. Kena ada TETAPI-nya.

TETAPI, you must belajar dengan konsisten.
TETAPI, you must pastikan tidur cukup.
TETAPI, you must disiplin.

The moment ada perkataan "TETAPI", mesti drop keyakinan orang nak membeli, kan? Kat situlah sebenarnya skill marketing kita as seller, untuk meyakin dan membuktikan the produk can help.

Mana-mana manusia pun nak benda senang.
Makan, terus cantik.
Makan, terus pandai.
Makan, terus kurus.

Semua orang nak magic. Tapi aku tak boleh nak bagi orang harapan macam tu tanpa educate them you must help with this and that. 

Masak maggi walaupun janjinya “2 minit dah siap”, tapi tu cuma basic. Kurang sedap. Nak lagi sedap kena masuk cili api, bawang, kalau ada telur lagi umpphh. Nak power lagi campak sosej atau isi ayam. Begitulah ibaratnya. Kita kalau nak keajaiban lebih, effort kena lebih. 

Aku tak reti nak menjual buta-buta gini. Rasa tak puas kalau tak explain biar paham. Sebab bila dah explain, aku suka customer buat keputusan. Bukan aku yang decide for them. That's why GreenAard nampak macam produk yang susah nak dijual sebab banyak TETAPI-nya.

Maybe yang suka overclaim ni tak berpengalaman buat the produk from scratch. Dia tak study the produk. Dia tak tahu betapa penatnya RnD produk. Test tak menjadi, test tak menjadi. Duit keluar macam air setiap kali nak repeat test.

Mungkin juga dorang ni jual OEM produk. Formula dah ready kat kilang, tinggal re-branding saja. Jadi dorang tak faham the science disebalik produk tu. Disebabkan dorang tak berapa faham knowledge of the product jadi dorang fokus pada marketing saja, maka terkeluarlah segala janji bulan dan bintang. Hujung-hujung tak cerita pasal produk tapi busy recruit affiliates.

Dah tu mana pegi cerita pasal produknya?
Hilanglah begitu saja, sebab busy untuk fokus dapat menjual dan janji stok jalan.

Dalam bisnes online, ramai orang ikut apa yang tengah viral. Semua affiliate and dropship benda sama. Semua promote cara sama. Semua iklan copy paste ayat sama. Semua berlari ke platform yang sama. Bila majoriti buat benda yang sama, competition makin tight. Margin jadi kecil, terpaksa price fight, akhirnya ramai yang give up. Yang survive selalunya bukan yang ikut trend, tapi yang create ruang sendiri.

Knowledge aku tak banyak, mana yang aku tahu, aku suka share and aku akan pertahankan. Tapi marketing cara overclaim is still a BIG NO for me. Walaupun kau jadi kaya, tapi takde etika. Aku taknak cerita urusan dosa pahala, sebab dosa aku pun banyak. Yang pasti cara itu takde etika.

Berbalik pada blog reader yang kecewa produk untuk kanak-kanak tu tak menjadi, nasihat aku, takpe. Apa yang dah dimakan tu, ada kebaikannya di sudut yang lain. Maybe it did improve brain function. Bezanya kita terkilan kerana terpedaya dengan overclaim "makan boleh jadi pandai". Takpe, let's move on.


2025-11-17

Panty kena tukar setiap kali lepas mandi.


Kadang aku rasa, benda paling susah nak ajar manusia bukan subjek biologi, bukan sains, bukan matematik, tapi common sense. Benda yang kau ingat semorang tahu, rupanya ada yang langsung tak tahu. 

Baru-baru ni kat Thread, this lady cerita dia pernah ada sorang kawan yang everytime duduk bersila, keluar bau busuk. Lepas ditanya-tanya barulah tahu bau tu datang dari celah kelengkang kawan dia tadi. Rupanya kawan tu tak tahu yang seluar dalam kena tukar setiap kali mandi. Kau rasa??

Imagine dia tak tahu benda basic macam tu? Bila ditanya, katanya mak tak pernah ajar. Aku baca pun macam...ok jangan cerita pasal pantyliner la, memang konfem dia tak tahu.

Aku baca post tu pun dah terbau-bau hamis. Keputihan katanya keluar warna hijau! Just imagine keputihan sampai keluar warna hijau? Tak gatal ke camana? Ke dah terbiasa sampai boleh tolerate dengan bau busuk and gatal? OMG.

Ini bukan cerita pasal busuk, ini pasal mindset dan didikan asas.

Selalunya bila cerita-cerita macam ni keluar, ramai ingat orang tu mesti datang dari keluarga miskin, yang duduk jauh peruk kat hujung dunia, yang takde access to proper education or basic hygiene.

Toksah pikir sampai teruk macam tu lah, ya. Kot ye nak husnuzon pun pakailah logik sama. Kita dah tahun 2025. Maklumat semua di hujung jari. Harga seluar dalam RM15 pun dah boleh dapat 3 helai. So, ni bukan pasal miskin. Ini pasal mindset.

Teringat Prof UiTM dulu cakap "aku memang takleh duduk dengan B40". Dulu kita ingatkan dia bercakap pasal pendapatan, pasal budak miskin. Rupanya MINDSET B40. Sebab mindset determines everything. Bukan background, bukan position, tapi cara fikir. Kalau mindset tu betul, orang tu akan ambil tahu. Akan cari tahu. Akan belajar, walau benda tu nampak kecik. Like, takkan tak terfikir nak bertanya kenapa bawah tu berbau, kenapa berlendir..?

Kalau kita boleh tanya kawan pasal skincare, pasal serum, pasal jerawat, pasal jeragat, macamana nak bagi muka glowing, kenapa tak boleh tanya pasal benda yang jauh lagi penting like private part? Seriously, it’s the same body. Kau jaga muka sebab nak nampak cantik depan orang, tapi lupa nak jaga bahagian lain that actually determines your overall health.

Bila mindset tu betul, kita takkan malu nak belajar. Malah kita akan curious, nak faham kenapa benda tu jadi. Orang yang ada mindset betul tahu beza antara menutup bau dan mencegah punca bau. Badan kita ni bukan benda yang kena malu. It’s part of you. Kalau kau sendiri tak ambik tahu, siapa lagi?

Budak tu kata maknya tak pernah ajar. Aku tak sure bab ni. Yang aku tahu anak-anak patut dah diajar basic kebersihan diri. Macamana cara nak cebok. Lepas cuci bontot kena sabun tangan. Mandi at least 2 kali sehari. Mandi kena pakai sabun. Aku malas nak pikir bab period dia. Kalau seluar pun tak ganti 3 hari, please jangan mintak aku imagine pad dia, ya. Entah-entah sekali pakai 1 pad je dari siang sampai ke malam. 

Kebanyakan kita masih anggap ini topik yang memalukan. Aku bercerita pasal period pun ada yang kagum. Kagum katanya aku berani bercakap pasal period terang-terangan.

Why nak malu? Nak malu dengan siapa? Dengan lelaki? Kat sekolah dulu kita semua belajar sains kot. Subjek sains tingkatan 3 bab pertama sekali pasal pembiakan. Terang-terang dalam buku teks gambar struktur penis and ovari. Siap label mana satu clitoris, testis, segala. Nak malu apanya? Tapi tu lah, ramai anggap ini topik malu. Konon nanti anak terlebih tahu, nanti terpengaruh. Padahal inilah ilmu yang boleh selamatkan anak daripada malu in future.

Kat sekolah cikgu terang-terang cakap pasal ovum, uterus, sperma, tapi bila nak cakap atau bertanya pasal penjagaan alat sulit sendiri, malu? Come on, anak lelaki ke perempuan ke, esok dorang ada pasangan sendiri, ada keluarga sendiri, semua tu akan jadi knowledge.

Parentslah orang pertama yang patut ajar anak (perempuan) pasal haid, keputihan, dan private part. Bila anak perempuan faham cara jaga diri, she won’t feel ashamed of her body. She will know when something is not normal, and she will know bila perlu jumpa doktor. Tapi kalau dari kecik dah dibiasakan dengan malu bertanya, or “takpelah nanti tahu sendiri”, jadiklah macam si kawan yang celah kangkang bau hanyir tu.

Tak tukar panty bukan small matter, ya. Aku ni kalau melipat baju, siap kira berapa banyak spender En Wan and anak-anak. Biar banyak, jangan sikit. Kalau sikit, memang aku tanya "Apesal sikit sangat spender kat bakul ni? Tak tukar spender ke?"

Tapi selalunya dorang akan reply "malam takyah pakai spender". Kalau weekend pun tak pakai spender. Ni si Rayyan seminggu tak sekolah sebab sekolah dah start SPM, konfem seminggu ni aku basuh 2 helai spender dia. Konfem punya.

Perempuan please, ya. PANTY KENA TUKAR SETIAP KALI LEPAS MANDI. Panty liner kena tukar setiap kali lepas ke tandas. Kalau sehari tu kencing 14 kali, 14 kali lah kau tukar pantyliner. Aku takde keputihan tapi sebab bawah tu berkepap takde udara, jadi setiap kali ke tandas aku tukar pantyliner. Tu cara-cara takde keputihan. Kalau kau ada keputihan pleaselah tukar dengan lebih kerap. Especially bila start ada bau, atau discaj yang banyak daripada biasa, atau gatal. That's your body tells you something’s not right down there. Cepat treat. Jangan buat donno.

Lagi satu, aku tak tahu siapa yang ajar konsep spray perfume kat bawah. Please stop. Bau wangi takkan hilangkan bakteria. Busuk tu datang dari dalam, bukan kat seluar dalam kau. 

Keputihan sebenarnya perkara normal. Itu cara badan kita self-cleaning. Dia keluarkan sel mati dan bakteria yang jaga faraj. Tapi yang normal hanya bila keputihan tu jernih, tak berbau, dan tak gatal. Kalau dah warna kuning, hijau, lendir pekat berketul, bau hanyir, itu namanya infection. Samada bakteria atau fungus. Antara puncanya, seluar dalam.

Bila panty lembap, especially kalau tak tukar lepas mandi atau lepas berpeluh, area tu jadi tempat bakteria membiak. Tambah kalau jenis suka pakai seluar ketat, fabrik tebal. Bawah tu tak bernafas. Mula-mula memang tak rasa apa. Nanti slowly start gatal. Lama-lama keluar lendir. Lepas tu warna keputihan berubah. Tau-tau je keluar macam bau bangkai tikus tersepit bawah kerusi.

Orang perempuan kena tahu apa bau yang "biasa". Kita punya bawah ni ada baunya. Bukan tak berbau lansung. Ada. Bau yang "biasa" sepatutnya natural dan tak menusuk. Macam bau badan yang normal. Ada, tapi tak sampai buat orang lain tanya “bau apa tu?”. 

Benda ni penting sebab ramai perempuan ingat bawah tak boleh ada bau langsung, jadi ada yang sembur perfume, sapu lotion, letak bedak nak bagi wangi. Please jangan nak memandai-mandai letak wangi-wangian kat bawah tu, ya. Kita ada normal flora yang boleh bersihkan bawah tu. Makin kau sapu macam-macam, makin rosak normal flora, makin banyak rengsa nanti.

Yang jadi masalah now, ramai perempuan tak pernah diajar kenal apa yang normal dan apa yang tak. Kebanyakan yang nak beli Herba Rahsia Rimba bila ditanya ada masalah apa, dia cakap ada keputihan, Aku always tanya keputihan tu macamana. Kalau tak gatal, tak bau, tak banyak, THAT'S NORMAL. Sebab badan kita ni ada phase tertentu yang memang akan keluarkan discaj.

Fasa subur (ovulation phase) contohnya. Selalunya pertengahan cycle period (hari ke 12-16 kalau period kau regular 28 hari). Waktu ni estrogen tengah tinggi dan badan keluarkan lendir. Warnanya jernih-jernih, licin, dan quite banyak. Macam putih telur mentah. Discaj jenis ni tujuannya nak mudahkan sperma hidup lebih lama dalam rahim kalau kau tengah TTC. Ini discaj yang NORMAL. Jangan gelabah.

Fasa before and after period pun sama. Ada discaj. Masa ni progesteron tengah tinggi. Kau akan nampak warna discaj lebih pekat, macam putih susu, sometimes ada yellowish sikit tapi selalunya tak berbau. Ini pun NORMAL sebab badan tengah bersedia untuk self-cleaning.

Kalau cuaca panas atau lepas bersenam pun ada discaj. Kadang sebab peluh, stress, atau perubahan hormon. Keputihan keluar lebih banyak. Tapi selagi tak berbau busuk dan tak gatal, this is NORMAL.

Herba Rahsia Rimba (HRR) memang untuk hilangkan keputihan tapi tak bermakna faraj kau kering terus. Tak. HRR akan treat keputihan jenis penyakit. Yang gatal, yang berbau, yang berwarna, yang banyak sampai basah panty kau. Kalau keputihan keluar sesekali and tak gatal, itu discaj yang biasa.

Tukar panty every time lepas mandi tu bukan gaya orang bandar, ya. Itu basic hygiene. Kalau hari tu kau mandi dua kali, tukarlah dua kali. Kalau tiga kali, tiga kali lah. Jangan kedekut. Bukannya spender kau pakai benang emas pun. Pantyliner pun sama. Kalau ada, pakai. Aku takde keputihan tapi aku sentiasa pakai pantyliner sebab just in case ada discaj keluar, sayang kat panty.

Apa-apa pun, kalau pepek kau gatal-gatal and keluar discaj, PLEASE RAWAT. Jangan buat biasa. Kadang kita ni terlalu bertahan dalam keadaan tak normal, sampai lupa apa itu normal. Semua benda bermula dari cara fikir. Kalau kau masih assume “alah, spender bertahi lalat je, bukan orang nampak pun”, jangan peliklah one day celah kangkang kau berkerak, hitam, menggerutu and berbau.

Kalau ada yang rasa, “Ala, benda ni simple je. Takyahlah explain panjang lebar”

Trust me, banyak masalah kesihatan perempuan today berpunca daripada benda “simple” yang diambik mudah. Dari panty yang tak disalin, dari sabun yang tak sesuai, dari mindset yang malas. Kalau benda semudah tukar panty pun dikata susah, aku tak tahu nak cakap apa dah. Mindset determines everything.


2025-11-02

Ilmu tu bukan sekadar untuk cari makan. Tapi untuk jaga maruah!


Atas ni aku capture from Thread and aku share kat Redza and Rayyan. Aku cakap see, betapa kecewanya mak ayah bila dah provide everything tapi anak taknak belajar. Bukan suruh anak membanting tulang cari duit pun, just suruh belajar tapi anak tak nak. Sedih mak bapak.

“For me, my daughters somehow tak mahu ke menara gading. Honestly, I don’t understand why. Di mana silap didikan saya sebagai ayah? I’m still a bit disappointed sebab all kids kena ada papers for successful life in general… tak boleh harapkan semua pada suami masing-masing. For me, tak akan ada gambar anak-anak ambil ijazah universiti atau kolej. Entahlah.”

Ayat last tu, “Entahlah”. Sumpah, siapa yang ada anak mesti faham rasa tu. Bila anak tak nak belajar, dah bukan rasa marah tapi kecewa!

Bapaknya as lelaki pun tahu anak perempuan jangan letakkan sepenuh pergantungan pada suami. Nak jadi suri rumah sepenuh masa later, isokay. Tapi belajar kena habiskan! Because education is not just about getting a job. It’s about having options. 

Life can flip anytime. Hari ni maybe boleh pilih untuk tak bekerja, tapi kalau one day terpaksa berdikari? A degree, skills, or even basic financial literacy can change everything. Perempuan bijak bukan sekadar tolong suami. Dia sebenarnya protecting her future. So yes, be a housewife if that’s your choice, but make sure it’s a choice, not your only option.

Anak-anak zaman sekarang maybe tak tahu, betapa susahnya mak ayah dulu (gen X seperti aku) nak sampai ke tahap sekarang. Zaman dulu bukan semua datang dari keluarga senang. Zaman acik dulu, orang kaya pakai Benz tu rare, ya. Dapat nombor 1 pun belum tentu dapat hadiah. Habis kuat pun KFC tak pun satey Kajang. Itu kalau dapat nombor 1. Nombor 2 atau 3 tak dapat apa. Memang dari kecil aim nak masuk uni sebab tahu belajar ke peringkat tinggi adalah jalan keluar dari susah.

Tak tahulah apa ada dengan sistem parenting and education dulu. Macam semua sepakat "Belajar sampai masuk Uni". Mak bapak and cikgu sama-sama pasakkan goal yang sama - mesti masuk universiti. 

Bukan nak kata semua yang lulusan universiti tu hidup senang, tapi mindset tu sebenarnya betul dalam banyak hal. Masuk universiti still matters. Bukan sebab status, tapi sebab exposure, discipline, and mindset yang kita dapat dari situ. At least ada foundation untuk bina hidup sendiri. Education will never go out of style.

Hari ni, bila mak bapak dah berjaya sediakan kehidupan yang lebih selesa untuk anak-anak, cukup makan, cukup pakai, ada telefon, internet laju, rumah selesa, sekolah pergi berhantar balik berjemput, tapi bila anak kata tak nak belajar, tak minat masuk universiti, ni bukan kecewa dah. Ni dah rasa macam pengorbanan kita (parents) tak dihargai langsung.

Tahu tak apa mak ayah rasa masa tu? Dorang rasa macam gagal. Macam semua penat lelah sia-sia. Rasa macam anak yang dibesarkan dengan takde apa yang kurang dibagi, tiba-tiba jadi macam orang lain. 

Ini bukan soal parents expect something dari anak, atau nak anak membanggakan mak bapak, tapi lebih kepada rasa terluka. Sebab education is about securing your future. Mak bapak bukan marah sebab anak tak nak ikut jalan yang dorang plan, tapi mak bapak takut. Takut anak susah. Takut anak menyesal kendian hari. Melihat life anak-anak lagi teruk dari dorang adalah perkara yang paling meluluhkan hati.

Mak ayah tak mintak dibalas, tapi bila tengok anak tak hargai peluang, hati tu macam disiat-siat. Padahal mak bapak tak dapat pun peluang macam tu dulu. But they struggle and hustle supaya anak-anak dapat peluang yang dorang tak dapat. Universiti tu bukan sekadar tempat belajar. Itu simbol usaha nak bagi anak hidup yang lebih baik.

Rayyan and Redza pernah tanya kenapa aku suka beli and baca buku. Aku cakap sebab dulu aku tak dapat peluang ni. Aku belajar dengan buku teks. Takde buku latihan yang banyak. Buku latihan yang cikgu suruh beli untuk belajar dalam kelas kadang tu aku buat dulu, punyalah excitednya dapat buku. 

Buku cerita jangan mimpilah. Buku cerita Ladybird pertama yang aku dapat was masa Darjah 1. Aku dapat hadiah subjek English terbaik. Hadiahnya buku The Shoemaker. Baca sampai tercabut kulit buku, ya! 

Set Tidurlah Intan yang kemain trending dulu pun aku tak pernah ada. Pinjam kat library je. Aku pernah ambil upah sharpkan color pencil kawan sebab nak pinjam buku Tidurlah Intan dia. Itupun dia bagi pinjam baca dalam kelas je. Sanggup! 

Tu belum lagi kena bantai dengan Mak Aji masa Darjah 1 sebab dia jumpa aku sorok buku tepi katil. Masa tu kat sekolah ada syarikat buku datang jual buku kat kantin. Hari pertama datang tu dorang lambakkan buku-buku. Siapa nak, kena order. Aku teringin satu buku tu tapi tahu aku takkan dapat punya kalau mintak kat mak bapak aku duit. Jadi, aku korek tabung. 

Darjah 1 tak reti lagi mengira duit. Aku pun gamble bawak 2 genggam duit syiling. Masa nak collect buku, aku keluarkan 2 genggam duit syiling dari poket pinnafore and serahkan kat orang tu. Aku rasa aku kena cam. Syiling tu banyak. Dia ambil semua tak kira pun!

One day, Mak Aji terjumpa buku tu. Dia bantai cukup-cukup sebab ingat aku mencuri. Sedih betul bila ingat balik. Kalau cerita kat anak-anak, memang keluar air mata aku. That's how tak berduitnya keluarga aku dulu. Bukan macam bapak kau, buku tak habis baca. Sebab tu jangan pelik apesal mak kau hari-hari baca buku. Sebab dah besar ni baru dapat peluang tu.

Ya, betul. Dunia dah lain. Tak semua kejayaan datang dari universiti. Ramai orang berjaya tanpa degree. Tapi tolonglah, jangan guna alasan tu untuk malas belajar.

“Tak perlu degree pun boleh berjaya”

Tapi orang yang berjaya without degree tu bukan pemalas! They are learning something different and super hardworking. Disciplined, gritty, consistent. Yang kau belajar pun malas, lagikan kerja. Masalahnya, ramai budak-budak sekarang bukan tak nak masuk universiti sebab nak belajar benda lain. Dorang malas. Sebab tak nak susah. Nak hidup senang takyah pressure.

Some kids nowadays macam tu. Susah sikit, dah give up. Tak minat satu subjek, cakap, “Belajar ni buang masa”.

Nak, everyone’s struggling. Tak ada jalan yang senang. Mak ayah korang pun dulu bukan minat semua benda yang dorang belajar. Tapi dorang belajar juga, because they understand one truth. Life is not just about passion. It’s about responsibility.

Tadi aku reply ada satu post ni:

Ramai nak kerja senang, tapi nak banyak duit. Dibagi peluang, tak nak pulun. Pastu salahkan satu dunia.

Look. Kau takkan selalu dapat buat apa yang kau suka. Kau kena belajar buat apa yang perlu. Sebab dunia ni tak tunggu orang yang ikut mood. Kadang kau kena buat benda yang kau tak suka, just to build the life you want later. That’s how you grow. By showing up, even when you don’t feel like it. Kalau everytime nak ikut “tak minat”, memang takkan ke mana. Life is not about comfort, it’s about progress. The ones who win are not always the most talented tapi the ones who stayed consistent when others gave up.

Ramai anak-anak ingat mak ayah pushy. Konon mak ayah paksa masuk universiti sebab nak tayang kat orang. Tak, nak. Bukan macam tu. Mak ayah tak perlukan likes kat FB. Dorang nak jaminan masa depan kau je.

Ni sebijik macam En Wan cakap kat Redza sebelum dia SPM dulu.

"Papa nak Redza score at least 7As, bukan untuk papa berbangga. Papa dah capai semua lebih awal. Result SPM papa bagus. Papa best student sekolah. Papa dah fly. Papa balik jadi engineer. Papa dah buat diri papa proud dah. Papa cuma nak Redza hit miniumum requirement untuk apply JPA and MARA. For you, not for me".

Mak bapak yang push anak-anak buat yang terbaik di sekolah, bukan push sebab ego. Mak bapak ni push sebab takut. Takut nanti bila dorang dah takde, korang tak tahu nak hidup macam mana kalau takde pelajaran yang bagus. Takut you will get taken advantage of. Sebab hidup ni keras, nak.

Mak ayah tu berleter sebab sayang. Sebab dorang tak tahu macam mana lagi nak tolong. Dorang cuma nak anak belajar. Bukan nak anaknya jadi paling pandai, tapi sebab dorang tahu bodoh tu mahal!

Tak semua orang perlu degree, tapi semua orang perlu ilmu. Kitorang as mak ayah pun tahu bukan semua orang sesuai dengan akademik. Tapi apa pun jalan yang korang pilih, satu benda tetap wajib iaitu belajar. Kalau tak belajar kat uni, belajar kemahiran. Kalau tak suka teori, belajar praktikal. Kalau tak nak kerja pejabat, belajar bisnes. Tapi belajar, belajar, belajar.

Sebab orang yang berhenti belajar adalah orang yang akan ketinggalan. Kalau bukan sekarang, nanti. Esok dunia makin canggih, orang lain makin laju tapi kau terkapai-kapai. Masa tu baru tahu apa rasanya menyesal tak belajar dulu.

Ramai anak sekarang nak cepat berjaya. Nak jadi influencer, nak buat duit cepat, nak viral. Tak salah, tapi kalau niatnya sebab nak senang tanpa usaha, that’s not success. That’s a trap. 

Kejayaan sebenar datang dari disiplin, usaha, dan sanggup belajar benda susah. Your parents didn’t have shortcuts back then. Kitorang kerja takde work-life balance. Berjimat. Buat silap, jatuh, bangun balik. Anak-anak nak semua benda instant. Nak result cepat. Nak duit cepat. Nak gaji besar tapi kerja nak sikit. 

You know the difference between successful people and those who fail? 

Successful people don’t run from hard things.

Sekarang mungkin korang tak nampak, nak. Korang rasa mak ayah berleter, rasa dorang kolot, tak faham kehendak korang jiwa muda. Apa kau ingat mak bapak kau tak pernah muda? Sebab dorang pernah mudalah dorang nak korang belajar.

Esok masing-masing dah kerja, dah rasa apa itu susah, bila tengok orang lain senang dapat kerja sebab ada good certificate and skill, masa tu kau akan teringat balik semua benda yang mak ayah bebelkan dulu. Sekarang memang tak rasa sebab semuanya ditanggung.

Redza hari tu balik ke sana transit Doha. Dia kata jalan-jalan kat airport nak cari gadjet.

"Jumpa tak?"

"Ada, tapi mahal gilah. Barang-barang kat Doha mahal"


Aku cakap "Barang tu mahal sebab bukan papa bayar. Kalau papa bayar mesti murah, kan?"

Gelak je dia.

Betul! Budak-budak ni ingat semua benda murah, semua benda senang dapat. Dia tak tahu hidup dia selesa sebab mak bapak dia hustle dari dulu.

Mak ayah ni bukan nak semua anak jadi doktor atau engineer. Dorang cuma tak nak tengok kau kerja membanting empat kerat siang malam, tapi hidup tak ke mana. Mak ayah tak nak anak-anak hidup dalam penyesalan. Itu saja.

Ayah dalam posting tadi tulis “All kids kena ada papers… tak boleh harapkan semua pada husband masing-masing".

Aku as perempuan pun setuju dengan kata dia. Anak perempuan, jangan terlalu percaya pada jodoh untuk tentukan masa depan. Dunia ni kejam, nak. Knowledge and education are what allow you to stand on your own two feet. Kalau suami baik, alhamdulillah. Kalau tak? One day dia berubah, atau dia dah takde? Ilmu tu yang akan jadi benteng kau. Mak ayah bukan seksis bila cakap macam ni. Dorang cuma dah pernah tengok realiti hidup yang anak-anak belum nampak.

Kalau sayang mak ayah, belajarlah walaupun susah. Bukan mintak kau jadi genius. Cuma nak tengok usaha. Cubalah, walau tak perfect. Tak semua orang mudah belajar. Ada yang struggle, ada yang lambat faham. Tapi jangan jadikan alasan untuk berhenti.

Hargai peluang yang mak ayah bagi. Kau tahu berapa ramai budak kat luar sana nak belajar tapi tak mampu? Ni mak ayah dah bayar yuran, belikan buku, belikan laptop. Kadang sampai berhutang. Tapi  tak dihargai. Itu namanya tak bersyukur. Pastu esok meratib apesal semua benda buat tak menjadi. Sebab apa yang ada depan mata dah dibagi pun tak di-appreciate, buat apa Tuhan nak bagi lebih?

You are free to choose your own path, yes. Just don’t let your choices be the reason your parents menangis dalam diam. Kalau pun kau tak nak ke uni, at least tunjuklah yang kau serius dengan masa depan. Learn something, achieve something, buktikan yang kau bukan lari dari cabaran tapi cuma pilih cabaran lain. 

Ingat pesan acik. Ilmu tu bukan sekadar untuk cari makan. Tapi untuk jaga maruah!