2012-06-29

Ye ke meluat kak?

Tadi masa aku tunggu customer datang, lepak-lepak jap pekena teh tarik. Rasa macam dah lama sangat tak dapat bersantai macam ni. Asik nak rush je. So bila customer kata 'I lambat sikit', aku macam fuh legaaa. Silalah lambat, aku nak menikmati teh tarik dengan tenang.

Tepi meja aku ada a group of ladies, budak-budak muda tapi working la kot sebab pakai office attire. Yang best tu sebab dorang tengah gossip. Aku dah la macam tercampak kat planet zuhal, cerita pasal artis ni memang selalunya lambat aku nak tau. Aku dengar dorang gossip pasal Era Fazira. Baru aku tau dia bercerai eh? (Eh, ke baru begaduh?)

Dapat la dengar dorang mengumpat Era. Bertambah la sikit aku pasal informasi hiburan negara. Tapi macam kelakar la jugak sebab gaya ngumpat tu macamkan kau kenal sangat Era.

'Eleh dulu dia tu...blablabla'.
'Mak dia tu pun sebenarnya...blablabla'

Ntah apa-apa, tetiba je masuk bab mak-mak. Macam budak-budak taska bergaduh pulak nak main mak-mak tak pepasal.

Tup tup kan termasuk bab blogger.
Seb baik aku tak terkenal so nama aku tak dibincangkan. Hahaha.

Blogger yang dorang gossip ni aku dengar-dengar nama je, tapi aku tak baca blog dia but memang semua kenal kot. Hehe. Tapi tu bukan soalnya. Yang a bit funny tu bila ada sorang tu cakap "Meluat aku baca cerita dia", pastu sambung "Kau baca tak yang pasal dia cakap......". Pastu masing-masing "Ha'ah! Ha'ah! Berlagak kan?". Pastu ada lagi bagi nasik tambah "Yang entry dia...blablabla..lagi meluat!"

Blablablablablabla...

MELUAT.
Tapi semua entry dia kau tau.
Maknanya kau follow la kan blog dia?
Kalau MELUAT, mengapakah anda menfollow?

Ada BIG question mark dan exclamation mark kat situ.

Aku tak tau la kalau zaman sekarang ni pesen MELUAT cenggitu gayanya.

Kalau aku punya pesen MELUAT, aku tak layan dah lepas sekali dua baca.
Just like kalau aku tengok rancangan kat TV, kalau ada keluar celebriti yang aku tak suka, "PAP!" terus tukar channel lain. Settle.

Takde keje aku nak hadap rancangan yang aku meluat.
Tapi bila ada orang yang meluat dengan someone (dalam kes ni that blogger), but kau hari-hari bukak and baca blog dia, aku rasa tu bukan meluat kot. Tu namanya DENGKI.

Orang yang dengki je yang buat perangai macam ni. Gamaknya nak cantas orang tu tak dapat, so ngumpat la kan buat sedapkan hati sendiri. Tapi dalam hati sebenarnya mengharap dapat berada di tempat blogger tu. Cheh! Shame on you la beb.

Spesis-spesis hidup segan mati tak mau je yang suka berdengki cara macam ni. Kot nak berdengki pun biarlah yang membina and bagi motivasi pada diri sendiri. But since kau kata kau MELUAT so rasanya ko tak kisahlah kot apa orang tu nak buat kan? Dia kaya ke, dia show off ke, dia camho ke, dah namanya meluat so apa nak kisah betul tak?

But selalunya orang kalau meluat, dia tak kosser nak ambik tau. Tapi kalau kau "meluat" but at the same time kegelupuran tiap-tiap pagi check if orang tu update blog ke tak, aku rasa kau patut meluat dengan perangai ko sendiri kot.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2012-06-28

Kepenatan seorang walking zombie

3 hari je aku outstation tapi mailbox aku penuh macam outstation 3 bulan.
Ye ye je aku mengangkut laptop bagai, konon malam-malam nak check email, nak buat quotation, bla bla bla....harammmmmm.

Aku gerak dari rumah pukul 7am, singgah UPSI, gedebak gedebuk sambung perjalanan tapi stop jap kat Tapah, lone ranger pekena nasik lemak. Kepala aku serabut dengan macam-macam benda nak pikir, sampaikan kepala aku dok pikirkan nasik lemak + telo goreng + paru goreng tapi mulut aku tersebut nasik lemak + telor goreng + kerang. Pastu boleh pulak aku sound akak tu "Eh, saya mintak paru".
Tak pasal je aku kena sound balik dengan akak tu "Tadi kata kerang".
Oh ye ke?
Boleh lah...

Lepas tu terus zasssssssssss ke Penang.
Tapi stop jap kat RnR Juru bagi cookies kat reader.
Aku rasa this time aku outstation lagi banyak bawak cookies dari bawak barang opis.
Boot aku penuh dengan kotak isi cookies.
39 balang semuanya.
Aku pun konfius aku sebenarnya tengah keje ke, hantar cookies?

Kat Island kejap je, dalam 2 jam.
Sorry la to Hazwan, Azlina (kot) and another reader lupa pulak nama dia yang email aku ajak jumpa.
Maybe lepas baca entry aku yang "gila panjanggggg" aku ada kat USM so that dorang ajak lepak.
Tapi masa aku baca email tu aku dah ada kat Bertam.
Memang hari tu full sesangatnya schedule aku.
Aku pun tak tau apesal aku suka buat keje gila packkan schedule aku. Mencungap jugak la dari Island kul 1.30pm nak kejar ke Bertam catch another appointment at 2pm.
Seb baik customer tu macam tau-tau je aku tak sempat, dia ajak jumpa kul 2.30pm.
Dapat la aku mentekedarah Secret Recipe.



Aku rasa Secret Recipe Bertam la aku paling familiar sekali berbanding dengan Secret Recipe tempat lain. Sebab tempat lain aku pergi sekali dua je tapi asal aku datang Bertam memang aku akan masuk Secret Recipe. So aku dah boleh paham cara dia.

Dalam banyak-banyak Secret Recipe yang aku penah masuk, aku rasa SR Bertam ni macam "lain" sikit.
First, makanan dia selalu habis.
Tak pernah sekali pun aku pergi, makanan yang aku order selalu ada.
Mesti aku kena tukar menu aku.
Manjang je "Dah habis".

Just like menu atas ni la, aku lupa apa nama dia.
Memula aku order lain, tapi terpaksa tukar menu dalam gambar.
Bila menu sampai presentation dia lain dari yang selalu aku makan.
Ussually, kentang dia bentuk empat segi, tapi yang ni bentuk sukati.
Pastu...salad????
Bukan selalunya asparagus ke?

Tak kisahlah.
Blasah.
Habis jugak aku bedal.
Aku makan hanya 10 minit sebab nak rush jumpa customer.

Lepas habis jumpa customer, aku rasa macam nak pitam. Migrain sangat-sangatnya.
Sebab dah la aku bangun 5.15am, pastu drive all day, rush sana sini, makan laju-laju, air kurang.
Seb baik tak mati (wah gila over)

By the time sampai hotel, aku dah lemau.
Terus kensel plan nak check email ke apa ke.
Aku rasa sempat reply email 5-6 je kot.
Sebab tu aku mintak korang sabar, sebab aku betul-betul pack. Bila aku dah free, aku dah terlampau penat.

Khamis pagi, bangun-bangun, mak mertua aku cakap Rayyan demam.
Sepanjang malam orang tua tu tak tido sebab Rayyan meragam.
Tapi dia tak kejutkan aku sebab dia tengok aku penat sangat.
Oh memang penat.
Kul 9.30pm dah tido.

So pagi Khamis tu bawak Rayyan pi klinik.
Tapi rupa orang sakit adelah begini :



Ni tengah sakit ok?
Tapi habis satu klinik dia round, dia punggah, takde satu kerusi yang dia tak panjat.

Demam.
Yeah rite!

Tapi badan dia panas, selsema, batuk and dada dia berombak macam ada lendir kat paru-paru.
Dokter bagi nebuliser.
Ya Rabbiiiii aku nak bagi nebu tu macamkan nak pergi berperang.
Bersilat-silat aku atas kerusi taknak bagi dia meronta. Berpeluh-peluh jadiknya.
Padahal nak mengepit tangan and kaki dia je.
Dia punya pekik macam kena toreh.
Lepas habis je nebu, terus sengih.
Auta lebih.

Lepas hantar Rayyan and mak balik rumah, aku terus pi appointment kat Ampang, then patah balik ke Nilai.
Patutnya aku pos Ephyra promo set today tapi ada masalah sikit.

Tapi sebelum tu aku nak bagitau tentang packing aku.
Khamis lepas yang aku pos 10 set tu aku main lilit-lilit dengan masking tape je.
Alhamdulillah semua selamat sampai.
Aku actually cuak je masking tape tu tertanggal, kang ada pulak yang dapat just 1 kotak je.

Pastu Jumaatnya aku pos 8 set, but this time aku guna kertas minyak.
Aku lilit Ephyra tu dengan masking tape, pastu aku balut dengan kertas minyak biar berbungkus.
Tapi bila dah pos, aku terfikir sekali dibuatnya masa dorang kat kargo dia hempas-hempas sekali kertas minyak tu rabak, tak ke bersepai-sepai Ephyra tu?
Tapi alhamdulillah semua 8 set selamat sampai.

Pastu Monday hari yang aku gerak ke utara tu, malam sebelumnya aku dah siap-siap packkan lagi 10 set dalam kotak-kotak. Yang ni paling horror sekali.



Siapa antara yang 10 orang tu dapat kotak-kotak ni?
Heheh..

Malam Ahad tu terkangkang-kangkang aku menggunting kotak-kotak ni semua sampai lembik bijik aku.
Kotak ni semua besar, aku nak isi 3 bijik je Ephyra each box so takkan nak pos dengan kotak gedabak-gedabak macam ni kan. Jadi terpaksa la aku memodifiedkan kotak ni. Memang macam-macam bentuk la kotak tu jadiknya. Sape yang dapat kotak ni tau la akan kekreatifan aku memacgyverkan kotak tersebut.



Ini pulak Ephyra set yang aku sepatutnya pos today.
Ni buktinya,aku memang dah pack.
Naik kebas pantat aku duduk atas simen ni membungkus.
Ada 17 promo set kesemuanya dan 3 loose pack ready to be delivered.
Kali ni aku guna kertas sokabar je. Hahaha.
Aku balut Ephyra set ni dengan masking tape, pastu aku balut dengan kertas sokabar then aku balut dengan bubble wrap.

Done.

Akan tetapi!!!!

Ye, ada tetapinya.

Akan tetapi aku tak dibenarkan pos.
Seb baik aku tak pos ok??

Founder Ephyra call aku mintak hold dulu sebab dia kata batch yang ni ada sikit masalah.
Bukan masalah apa pun, khasiat tetap sama cuma rasa tuti fruitti dia kurang.
Jadi, bila rasa buah tu kurang, korang akan rasa ikan tu lebih. Kang ada yang terbelahak nanti.
Aku try gak 1 sachet, tapi ok je.
Tak tau la, bagi aku yang dah ada experience bergelumang dengan bacteria culture selama satu semester, aku rasa dah takde benda yang lagi busuk dari bacteria. So aku boleh je telan.
Tapi kita kena fikir jugak, setiap orang ada deria rasa yang berlainan.
So atas sebab itu aku hold this package dan kita gantikan dengan yang baru.

Actually untuk this batch, the factory kehabisan perasa tutti frutti.
Supplier tutti fruitti pun kehabisan stok, so the factory ambik flavor tutti fruitti ni dari supplier lain and it turns out that perasa tutti fruitti tu kurang. Jadi bau hanyir ikan tu ada sikit. But the khasiat semua sama, analysis report tunjukkan takde perubahan cuma dari segi bau je la kurang sikit.

So, tadi the founder dah hantar new stok.
So aku akan re-pack semula tapi tak dapat pos esok la, sebab dah Jumaat, jadi aku akan pos Isnin.
Sape yang nak order Ephyra promo boleh order so that aku can pos sekaligus on Monday.
Ada SEMINGGU LAGI sebelum Ephyra promo habis.

Jadi, aku harap kepada yang nak ambik loose pack Ephyra (yang dah bayar), korang boleh datang ambik start esok (Jumaat). Tapi please call aku dulu sebab yang pastinya esok aku takde kat rumah la kan. So kalau nak datang tu aku boleh call orang kat rumah untuk siap-siapkan.

Yang order promo set (17 orang tu), sorry sangat-sangat, aku hanya boleh pos Isnin depan, insyallah.

Sekian, aku nak tido.
Oh tak sabarnya nak weekend, aku nak rehat puas-puas. Aku ni dah macam walking zombie.
Malam ni ingat nak rehat, tapi laki aku tak tido-tido lagi la pulak.
Apa la yang orang tua ni nak agaknya.
Cis!

2012-06-27

Sabarrrrrrrrrrr...

Ladies and gentleman,

Yang order kukis and ephyra, give me some time plis. Aku masih outstation. Balik today.

Series tak tercapai tangan dan kaki untuk menrespond to all enquiries.

Thank you.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2012-06-25

Kejap

.....Kejap ye, aku kat USM ni. Malam2 kang aku reply email, insyallah.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2012-06-24

Production

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!


Alhamdulillah dari Jumaat lepas, sehingga Jumaat yang baru ni, production kukis for year 2012 telah bermula. Ingatkan nak bukak oredr 1 July tapi sebab ada yang mintak nak buat for kunyah-kunyah, for wedding, yang mengidam, so aku bukak awal. Tapi aku tak dapat nak tolong buat, sebab aku pun busy dengan keje. Mula-mula Mak Aji offer pembantu dia keje start 10 July, konon untuk tempahan nak raya nanti. Sekali bila order berlumba-lumba masuk, terus dengan Pak Aji Pak Aji sekali kena menggentel kukis. Terpaksa la kan, nak harap aku memang payah la sebab aku pun ada keje lain nak buat. Nak panggil pembantu datang awal, dia pun ada keje nak settlekan jugak.

Jumaat baru-baru ni baru aku dapat luangkan masa tolong.
Tapi aku pun tolong part letak choc chips and susun dalam balang je sebab Mak Aji lepas subuh lagi dah siapkan adunan. Kalau nak tunggu aku sampai baru nak start buat memang tak bersiapla order orang.


Lambakan kukis yang dah siap untuk disusun dalam balang.



Kukis panas-panas baru kuar oven



Kukis yang dah siap susun tinggal tunggu nak dipos/dicollect.



Ada request masuk mintak buatkan kukis tanpa badam. Dah siap. Sila collect :)



Petang, lepas solat Jumaat, buat lagi a few adunan.
Mak Aji guna scoop khas supaya semuanya sama besar.



Lepas tu, adunan akan dipenyekkan secara sekata supaya aku senang nak tepekkan choc kukis.



Kukis siap!!!


Ni kat atas meja makan aku dah bersusun-susun balang dalam plastik untuk customer collect. Sila la datang ye sebab duit korang dah bayar. Kalau tak ambik kang, aku yang makan. Tapi esok aku dah start travel, sesiapa yang aku dah email untuk collect kukis, kalau ank ambik datang je la rumah. Rumah sentiasa ada orang. Aku dah tulis kat plastik siap-siap nama korang supaya senang bibik aku ambikkan.


Kalau nak order : aveo757[at]yahoo[dot]com


Tengkiu :)

2012-06-21

Kerana mulut....

Tadi aku beli kertas minyak untuk pack Ephyra. Senang kot macam ni. Tadi kalut sangat balik je rumah busy nak packing Ephyra pulak sampai tak terfikir nak balutkan promo pack tu jadikan macam kotak. Vangang betul.

Jap tadi aku balut siap-siap promo pack tu. Baru lah cantik sikit, nampaklah semenggah bentuk kotak. Tengah-tengah terkangkang-kangkang membalut, mak mertua aku tanya :


Mak : Ni apa? Ubat ke?

Aku : Ubat untuk kulit, Mak.


Tetiba je anak sape ntah menyahut dari dapur "Nok kasik kulit putih, Mok. Cuba tengok Diana. Melepok!"

Cam haremmmmmmmmm.

Aku diam je la.
Pakkal mak kau duduk depan aku ni. Terpaksa la aku berdendam dalam diam buat muka bajet cool.

Aku ingat bila aku diam dia pun diam la sama.
Oh tak okeh??
Dia sambung lagi "Mok terai la. Minum malang (malam) ni, esok putih doh. Selepok putih! Diana minung (minum) sekotok tu yang putih sangak-sangak doh ni. Kaloh adik (nama panggilan dia) akang keputihangnya"

Pastu gelak-gelak.

Siapalisssssssssssssssssssss.

Takpe.
Takpe!
Lawak kasar dengan aku hari ni yeeee.
Takpe.
Ko jangan bang.
Ko lupa ni malam Jumaat bang...





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Begini lah bentuknya


Ni aku nak tunjuk gamba bentuk packaging PROMO SET EPHYRA RM580 supaya korang tak terperanjat la kan bila sampai nanti. Aku takde kotak yang boleh fit 3 kotak Epyra so aku menggunakan kaedah "IT WORKS!" iaitu dengan men-selotape-kan 3 kotak ni sekaligus.

Untuk hari ni, aku cuma dapat courier out 10 set Ephyra promo.
Yang selebihnya esok ye sebab consignment note aku dah habis. Tunggu Pos Laju datang sat lagi pick up barang-barang ni and bagi aku new consignment note.

Don't worry, promo sampai 5th July.
Sempat lagi nak tunggu gaji ke apa ke.

Promo ni nak bagi korang save sikit.
At least for the next 3 months dah takyah beli.

Kalau tak, korang kena spend another RM228 + RM228 + RM228 dalam masa 3 bulan akan datang.
Kalau beli promo set ni, korang dah save RM104.

Kepada yang nak masukkan duit next week, di harap dapat hantar address and nombor henfon dulu kat aku.
So that aku boleh tulis siap-siap address kat CN.
Sebab next week aku outstation.
Once payment dah masuk, aku leh instruct dorang untuk pack and tampal CN je terus.
Melainkan nak tunggu aku balik Khamis depan.

Selamat minum Ephyra.


2012-06-20

FB

Facebook ni kalau tak betul-betul jaga memang akan menghuru-harakan hidup. Banyak dah kan cerita pasal lakibini bercerai-berai sebab FB. Aku rasa FB benar-benar berjaya "connecting" people.

Apekah perasaannya kalau orang yang ko dok usha-usha time skolah dulu now beria-ia nak jadi kawan ko?

Begitulah soalan mukadimah syarahan saya pada hari ini.

Dulu this brader adelah senior aku. Abang ni memang tergolong dalam lelaki dambaan semua budak perempuan kat skolah tu termasuklah aku. Tapi sebab aku sedar diri dan sedar ruang, so the minat tu tinggal minat je la. Takde de aku berancang nak mengenali dengan lebih dekat. Aku takut nak dekat-dekat, tak pasal histeria abang tu nanti tengok aku.

Orang kalau takde harapan nak dapat laki yang dia nak, dapat tengok tang jauh pun dah angau seminggu. Kalau abang ni lalu sebelah kelas aku, pehh macam ada satu perasaan berdesup straight ke jantung. Apesal aku nak menggelabah pun tak tau la. Yang pastinya memang glabah.

Pernah sesape rasa bentuk kegelabahan sebegini?

Lagi satu kalau time rehat. Kebetulan sesama dalam kelompok junior, so waktu rehat sama. Selagi aku tak nampak abang tu kat kantin, selagi tu la hati aku tak tenang nak makan. Tapi makan tetap makan la, cuma tak tenang. Tapi habis.

Abang yang aku admire gila ni takde la kategori gila bahabi punya hensem. Tapi memang ada la rupa, gaya. Tapi aku rasa yang menjadi tarikan tu sebab abang ni noty but bright student. Spesis yang nama dia memang tak lekang dari mulut HEM dan cikgu disiplin. Dia bukan jahat but noti. Tapi bijak. Dan muka boleh tahan. Dan anak orang kaya. Macam ciri-ciri tipikal lelaki drama spektra kan? But true. Abang ni adelah lelaki spesis tu.

Akan tetapi jejaka-jejaka hot macam ni ada kesah dengan muka kauuuuuu???

Takde okeh?

Bukan maksudnya dia tak layan muka cam aku ni (eceh, mempertahankan muka sendiri nampak?) tapi sebab terlampau banyak yang menadah diri nak kat dia sampai dia tak terpandang dah. Tapi aku tak kisah. Bukannya aku nak kau dia as if aku nak kawen dengan dia. Just minat-minat gitu. Sumber inspirasi nak pegi skolah katakan. Eishh, mesti mau ada inspirasi macam ni ok? Apa ko ingat best sangat pegi skolah hari-hari? Biar bangang, tapi jangan malas pegi skolah.

Tapi Tuhan tu lebih tau.
DIA tak kejam.
Kau nak sangat kan?
Ok now DIA bagi aku mengenali abang tu.

Ada satu time tu aku kena masuk kelas abang tu sebab cikgu yang iring aku untuk Pesta Pantun mengajar kat kelas tu. Cikgu tu nak tengok pantun-pantun aku. Biasa la kan, set-set yang noti ni boleh la duduk bersidai kat tepi meja guru tu saje mengendeng nak dengar aku baca pantun kat cikgu.

Ada satu part tu turn aku baca pantun, aku ingat lagi line pantun yang aku baca tu, something like this :

Hilang terang timbullah kelam,
Sinaran bulan di celah cemara,
Rambut manusia samalah hitam,
..........


Aku lom sempat sambung, abang tu sahut "hitamlah lagi kulit saya"

Sialpalis bahabi punya barua.

Aku macam nak nangis sebab dorg satu kelas gelak. Satu kelas okeh?????
Dengan cikgu-cikgu tu sekali tersenyum-senyum.

Memang sedih sangat aku rasa time tu.
Malu pun ada.
Dah la aku pakai blazer pengawas time tu. Blazer dah la kaler cokelat. Makin birat kaler kulit aku.

Terus masa tu hilang rasa minat kat abang tu. Maybe dia pun takde niat and just rasa benda tu lawak sampingan but menjadi seorang budak perempuan yang hitam adelah tak best nak pulak dulu orang mark kulit hitam ni macam satu penyakit. Semua taknak jadi hitam. Kalau hitam tu orang akan membayangkan selekeh, pengotor, bodoh dan miskin (ape kaitan pun aku tak tau. Maybe bila hitam, kulit nampak berkerak macam tak bersabun. Tak mampu beli sabun maknanya miskin la kan? Haha)

Lama pulak dorang gelak-gelak. Rasa nak bangun pelupuh sorang-sorang. Aku macam wei dah la weiiii. Tak klaka pun. Lepas tu terus aku rasa down gila-gila. Pantun aku pun tunggang-langgang jadiknya.

Lepas tu terus aku troma nak minat sesape dah. Biar aku minat Leslie sorang je.

Abang tu?? SORRYYYYYYYYYY aku nak minat kau dah.

Baru-baru ni abang tu mesej aku kat FB nak berkenalan.

Walahweiiiiiiiiiiiii.
Kau ingat aku tak cam kau????
Tapi aku malas la nak perkenalkan diri. Macam la dia ingat pun kalau aku cakap "abang ingat tak abang pernah malukan sorg budak perempuan hitam kat kelas..."
Kot dia ingat pun takkan nak ngaku kan.
Alah lagipun malas la.
Macam la aku dah putih pun skarang. Wakakkaka.

Lagipun FB aku dah takleh add sesape dah, so aku reply-reply cenggitu je la. Until la dia dapat tau aku junior dia time sekolah dulu. Maybe dia nampak profile aku kat mutual frens kot. Bila tau aku ex-junior dulu wah wah wahhhh kemain lagi kemesraannya. Macamkan aku dulu satu geng dengan dia pulak. Asal pagi je mesej "Morning, Diana dah breakfast?"

"Dah. Makan pulut itam!"

Memang selalu aku reply soalan-soalan dia dengan jawapan yang ada word HITAM. Tapi tu la, dia tak perasan aku perli dia sebab sah-sah dia tak ingat aku pun kan. Sukati ko la bang. Aku pun tak kosser nak perkenalkan diri. Dia pun tak perasan agaknya dia penah jadikkan aku bahan lawak. Tapi memang ajaib la now abang tu baik dengan aku. Cuma dah tak berapa thrill la sebab aku dah tak minat ko. Kalau aku still minat dia mesti hari-hari aku buat keje sambil nyanyi Cinta Muka Buku.

Puiiiiiii.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Baju sape?


Aku jarang check tailor (bibik) aku buat apa.
Cuma aku akan check log book untuk tengok sape yang order, tu je.
Lepas balik dari Singapore ni aku busy sikit so jarang aku masuk bilik dia untuk tengok baju-baju yang dia dah jahit.

Semalam, aku masuk and nampak blouse ni.

Aku macam....hmmmm sapekah yang tempah blouse ni?
Kain dah la see thru kan, so aku bajet anak-anak dara seksi manakah??

Bibik aku cakap customer ni datang bagi kain and mintak buatkan apa-apa blouse untuk pakai gi jalan-jalan. Taknak buat lining pulak tu. Gila seksi kau.

So bibik aku pun design la blouse yang sesuai dengan kain.

Bila aku tanya "Sape punya ni, Bik?"

Bibik aku cakap "Ituuuu...bibiknya Lan Pet Pet"

DANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!

Bibik dia punya baju?????????????
Kelas kau Maria.
Mentang-mentang majikan kau retis, kau pun kemain lagi blouse-nya.

Lan Pet Pet memang duduk area depan rumah aku ni.
Asal lalu depan rumah dia ada je aku nampak Murano sebijik.

Rupanya bibik-bibik ni semua satu geng.
Kalau pi playground bawak anak-anak dok sembang-sembang, jadi bibik aku pun tau majikan dia artis.

Tergugat kejap aku bibik dia pakai blouse cenggini.
Transparent lagi.

Tak boleh jadik!
Tak boleh jadik!!
Skarang jugak aku pi Jakel carik kain.

Explanation

Ok, yang ni about promo Ephyra yang the latest.
This promo hanya boleh didapati di blog ini.

Ada yang email nak try satu kotak je dulu tapi nak dapat price RM193 (RM580/3).

Macam ni ye.
This promo is di-designed meant for return customer.
Sebab hanya yang pernah guna Ephyra saje tau kat mana keistimewaannya. Hanya yang dah pernah minum Ephyra je tau apa ksan-kesan positif lepas guna Ephyra. Atas sebab itulah, we come out with this promo supaya yang pernah guna Ephyra dapat beli in bulk.

Untuk yang belum pernah guna, takkan nak beli sekaligus 3 kan?
So, korang boleh beli sekotak dulu which the price is RM228 (termasuk transport).
Tapi kalau yang first timer nak beli 3 kotak sekaligus pun dialu-alukan sebab memang murah, tambahan lagi Ephyra ni storage life dia sampai 2014 (for current batch number). Tak rugi beli banyak simpan stok.

However sebab harga dia sangatttttt memikat, to those yang nak beli sekotak sahaja, I would suggest :

1. Cari member lagi 2 orang yang nak sama-sama beli Ephyra so that each one of you can enjoy the RM193 price. Aku akan deliver pada satu address je. Pandai-pandai la ko nak distribute macamana.

2. You can still buy walaupun takde geng nak beli sama  but, kena self pickup kat rumah aku.

Kalau berminat email at : aveo757[at]yahoo[dot]com



Untuk yang guna Ephyra please remember :

1. Drink a lot of water. Ephyra ni enhance skin metabolisme. Kalau kurang air dalam badan, konfem skin ko dry.

2. Air cuma HALF GLASS saje, then tuang Ephyra.

3. Recommended to take 1 sachet per day. However kalau nak 2 kali makan sehari pun sukati.

4. BF mother boleh ambik Ephyra. Tapi yang pregnant, please consult dengan doctor dulu. Ephyra tak merbahaya, dia cuma food supplement for skin tapi paham-paham ajela, orang mengandung ni benda yang tak bahaya pada orang lain pun akan jadi sensitif pada dia.

5. Kalau yang nak mengandung and nak kurus, jangan invest kat Ephyra. Ephyra is skin food. Jadi fokus utama dia adelah untuk attack skin. However dia memang ada element sampingan untuk reduce weight. Ramai yang bagi respon Ephyra bagi rasa kenyang. But kalau korang purchase semata-mata nak aim for kurus, lebih baik invest kat slimming product.


Sekian.

2012-06-19

Ephyra : Testimoni : Promo


Ladies and gentleman,

Another big promo untuk anda semua.
Only at comatosewithbraindamage.blogspot.com.

Dulu kita launch price at RM198/kotak.

Now dah kembali ke standard price RM228/kotak.

Today, get 3 boxes at only RM580 nett!
No need to tanya if ada transportation charges. All in.

Kekdahnya, macam biasa, email aku at aveo757[at]yahoo[dot]com and aku akan bagi banking details.

Bila promo ni hampir ke penghujung, aku akan announce kat blog.
Biar misteri sikit.
So grab now!



Another testimoni :)


Iklan

Iklan 1



Jersey ni semua original, letting go half the price.Memang  beli as collectors item.
ORIGINAL LIVERPOOL JERSEY
Excellent condition, worn once.
Letting go at RM140 each(negotiable)
Direct contact : dinie 0149718425
Looking for quick buyer.




Iklan 2

From: Norlaili bin Ahmad Kabir
To: "aveo757@yahoo.com"
Sent: Wednesday, June 6, 2012 8:41 PM
Subject: Rumah sewa penang

Assalamualaikum Kak Di,
Saya nak minta tolong Kak di kalau boleh. Saya tahu ramai yang baca celoteh Kak Di kat blog (termasuk la saya). Saya baru start keje di USM. Saya tengah carik rumah sewa. Tk tahu dah nak tengok di mana. Di mudah sudah, forum sudah, 7E pun sudah. Semuanya luar budget saya. Saya baru pindah Penang dari KL, so takde ramai kawan kat sini nak mintak tolong. Ini detail saya kalau kak di boleh tolong siarkan di blog. Saya mencari rumah sewa di sekitar USM. Apartment untuk single perempuan. Jika anda ada rumah untuk di sewa. hubungi saya melalui email di norlailikabir@usm.my Terima kasih Kak di.





Iklan 3


New Jimmy Choo for sale.
Sangat baru, tak pernah pakai, beli on April 2012.
Metallic Gold, Size 37.
Harga beli: SGD 1899
(Selling price is highly negotiable)
For more details kindly email to faralamode@gmail.com

2012-06-18

Babai MAC

Setelah beberapa hari merempan-rempan dengan MAC powder, semalam keberempanan itu telah pun berhenti setelah berjaya menrasuah En Wan untuk ke Sunway Piramid. En Wan ni kalau hari Ahad memang bercinta sikit nak keluar rumah. Kalau tak bantai membuta, dia mesti akan me-macgyver-kan isi rumah. Tapi sebab tiap-tiap hari aku nyanyi-nyanyikan kat telinga dia muka aku berminyak la, berlengas, berlengit la, dia pun fedap lantas bersetuju bawak aku pi Sunway Piramid.




Sebab tu la dia malas bawak aku pi shopping.
Asalnya nak beli compact powder, last-last aku menggila kat dalam butik tu.
Dan selalunya aku akan cakap "Alah..alang-alang dah sampai kan..."

Aku dah dapat rasakan slowly aku akan meninggalkan Clinique.
Dulu aku just pakai Shu Eumura untuk mekap-mekap je.
Clinique pulak khas untuk facial care.
But lepas guna cleansing oil 2 in 1 Shu, aku sangat-sangat puas hati. Now dah botol ketiga.
Satu botol, boleh tahan sampai 6 months.
Ok la tu kira berbaloi dengan harga dia.
Sebab dulu aku konon nak murah, beli L'oreal kat Guardian tapi 2-3 weeks dah habis sebotol.
Memang la murah, tapi kalau dah sebulan sampai 2 botol, dah RM40+ dah kat situ.
Kalau sampai 6 bulan, dah lebih kurang harga Shu Eumura ni jugak.
Baik aku guna Shu, dah tentu-tentu sekali dalam 6 bulan je beli.

Kalau ikut plannya, lepas pi Shu, nak singgah Clinique beli serum pastu nak singgah Guardian beli eyeliner.
Tapi biasa la kan, masuk tempat berpuaka memang payah la kau nak keluar sesaje je.
Dia cuci muka aku and bagi aku try their newest product - yang botol kecik dalam gamba tu.
Ni facial mask tapi ada serum sikit.
So, another 2 in 1 produk.
Aku kan kemain suka lagi dengan 2 in 1, 3 in 1, 15 in 1.
Sebab senang sekali jalan.
Kebetulan aku memang nak carik serum, so aku rembat je la produk baru ni.
Lagi seminggu nanti aku update apa terjadi kat muka aku.

Pastu semalam aku tak pakai eyeliner sebab memang eyeliner aku dah habis pun.
Sales tu cakap "Mata u sangat besar. U tak mau pakai eyeliner kah? Lagi sharp mata u. I kasik u try black eyeliner"


Terus macam DANGGGGGGGGGGGGG!

Ni bukan sharp ye amoi.
Ni namanya BUNTANG!

Macam terbelolok mata aku.

Siap la pulak menkondem bulu kening aku.
Suruh aku trim la apa la.
Kosser de!


 
 Oh! Bahagia rasanya powder ni kembali ke dakapanku.
MAC telah selamat aku pass kat Mak Aji.


 
Yang sebelah kiri tu muka kepuasan dapat apa yang dihajati.
Yang belah kanan tu muka ...... ermm dia ni memang spesis muka takde efek. Takyah layan la.


 
 Lepas tu kita pekena Okonomiyaki.
En Wan punya.
Tapi aku bedal jugak la sikit.
Sharing is caring katakan.


 
 Ni aku punya.
Tak agak-agak.
2 sekali order.
Dah la taknak share dengan sesape.


 
 Sebab jalan berdua je, so makan pun kat kaunter je la.



 
 Bubble tea.
Air ni mengingatkan aku kat satu air zaman aku budak-budak tu.
Macam ni la jugak konsep dia.
Tapi air dulu tu dia asalnya serbuk.
Kita kena tuang dalam air sejuk kot kalau tak salah pastu nanti the serbuk bertukar jadi bijik-bijik jeli macam ni.
Bila minum best je boleh kunyah-kunyah sekali.
Tapi bubble tea ni lagi best kunyah dia.
Sebab bijik dia besar-besar so sekali sedut mau la 5-6 bijik dalam mulut.
Comel-comel je penuh kat mulut.


 

Taraaaaaaaaaaaaaa!!!

Kasut baru :)

Kasut pengawas aku yang RM19.90 tu dah barai.
Kira berbaloi la beli RM19.90 tapi tahan nak kat setahun gak.
Ke mana-mana aku pergi aku dok melenjan kasut tu.
Pi opis, pi jumpa customer, pi outstation, pi USS, pi beach, semua kasut tu aku tadah.

Yang baru ni masih mengekalkan imej seorang pengawas tapi kali ni senonoh sikit la.
BATA.
Hahahah.
Budak sekolah pun taknak masuk BATA ok?

Tapi yang ni mahal sikit la - RM49.00. Hihihi.
Yang dulu tu main sarung je.
Yang ni ada zip zap ala-ala Pallas Zap-On.

Aku rasa macam lagi selesa pakai kasut cenggini.
Mana aku nak campak high heels aku dalam lemari tu pun aku tak tau.




Baru dapat gamba ni.

Ni wedding one of reader aku.
Dia jemput, aku pegi.
Terharu je aku, padahal aku ni ntah saper-saper je ntah tapi ada gak orang nak jemput aku datang makan kenduri. Aku ok je kalau bab makan ni. Nak pulak nasik kenduri. Nak tunggu jemputan member-member, semua member aku dah kawen. Nak tunggu member buat kenduri sambut menantu, ada la kot lagi 20 tahun sok. Kot umur aku pun panjang nak datang. Kot panjang umur pun kalau terlarat. So now ada reader-reader nak kawen, dapat jemputan walahweiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nasik minyak oiiiii.

Sebenarnya kan aku ada snap gamba dengan budak ni atas pelamin (gamba yang dalam henfon aku tu la) tapi pastu terdelete. Keje Rayyan la, apa lagi. Bila dapat gamba ni dari dia, ada gak kenangan bergamba dengan reader.

Thank you jemput :)

p/s : nampak tak BB aku ada kesan gigi Rayyan? Sebab tu la now BBM aku tak berfungsi agaknya. Asik kena gigit ngan kena hempas je.

Bukti


Ni la dia keje si Rayyan.
Asal masuk bilik aku je tolak pintu lemari baju and keluarkan pad aku.
Nasib baik ni pad baru, kalau tak dah konfem menjejeh-jejeh pad aku atas lantai.
Tak paham apesal dia cukup berkenan dengan benda-benda yang takde sangkut-paut dengan dia.
En Wan kata "Letak la pad tu tempat lain"
Helloooo, apelak aku nak letak tempat lain??
Sah-sah ni bilik aku.
Lainlah kalau aku letak pad tu atas meja makan. Ha, tu baru la boleh nak sound-sound aku.
Ni dah memang pad tu dalam bilik, dalam lemari baju. Abis kalau tak dalam lemari baju, aku nak simpan lam mana? Lemari pinggan mangkuk?

Kalau aku letak tinggi mana pun, still no point.
Sebab dia akan still bongkarkan segalam macam benda yang dia boleh capai dengan tangan.
Dah satu keje pulak shelf bawah semua aku kena kosongkan.
Tu la kan, dulu konon nak stylo, buat wardrobe main sliding-sliding, taknak berkunci bagai. Now gelupur.

Kitorang memang tak belikan Rayyan mainan sebab dia memang tak berminat.
Hari tu bapak dia belikan piano budak-budak tu, ala yang boleh tekan-tekan keluar bunyik tu.
Rayyan rilekkkk je test bunyi piano guna kaki. Dia pijak. Dia pijak. Dia pijak.

Tapi kalau botol mineral water, brush rambut, sudu, straw, pad, plastik, tupperware oooo yang tu cukup berkenan. Ada satu time tu nenek dia mandikan pastu dia taknak keluar. Sebab dia nak main air. Aku jentik-jentikkan tangan dia suruh lepaskan baldi kecik pun dia genggan kuat-kuat. Last-last terpaksa jugak pakaikan pampers dengan tangan dia memegang baldi. Boleh?

Awal tahun ni ye ye je aku ngan En Wan plan nak renovate living hall, pasang build in cabinet untuk tv.
Melihatkan kepada cabinet tv aku sekarang yang hidup segan mati tak mau dikerjakan si Rayyan, terus kensel plan aku. Biarlah dia besar sikit baru aku hiaskan rumah ni. Cabinet tv aku sekarang, takde yang senonoh! Tinggal roboh je belum.


2012-06-17

Chocolatelicious


Ni namanya cokelat.
Tapi cokelat ni diletak dalam kon eskrim kecik-kecik.
Jadi nampak macam eskrim, padahal dia cokelat.

Harga normal adelah RM50/50pcs.
Ada 10pcs each flavor.

Tapi untuk raya (tempahan dibuka now), harganya adelah RM38/50pcs!!
Grab ye, jangan tak grab.

Yang ni memang senang la nak buat as kuih raya.
Nak pulak kalau ada yang nak buat opne house ke, party ke apa ke dalam masa nak raya ni, memang bakal jadi kuih terlaris dalam rumah la jawabnya.

Berminat, sila buat tempahan kat :

Ridhwan (017-2992980) atau Juanita (017-8797669)
jua.wan1985@gmail.com

Boleh tanya pasal flavor, delivery, etc to them.

Singapore - USS Part 2


Budak ni sangat-sangatttttttttttt lah teruja nak masuk 3D Transformers.
Aku ni memang tak hingin pun nak masuk tapi sebab aku bawak penyaiko datang USS kan, so this penyaiko mana boleh tenteram hidup kalau tak pedajal aku sekali, balik-balik dia "Apa ko nak takut kak, takde apa. 3D je. Kau tak bergerak pun. TV tu je yang bergerak".

Ada aku kesah sape yang bergerak pun?

Aku ni jenis yang paranoid sikit.
Kang tak pasal je dek kerana fobia dengan 3D Transformers ni, ada jugak 18 tahun nanti aku tak masuk-masuk Singapore.
Tapi sebab membayangkan mau sejam jugak aku menunggu dorang keluar, so aku pasrah je la masuk sama. Tapi sambil berjalan sambil menyumpah seranah.




Bersusun orang masuk 3D ni.
Aku pun tak paham apa yang seronok sangat.
Tapi macam real la bendalah-bendalah kat dalam ni. Sebijik macam masuk set Transformers.

Masa ni aku bukan seronok sangat.
Takut je lebih,
Masa kat Hong Kong aku tengok 3D Mickey Mouse je tapi aku punya pekik kat dalam tu macam tengok King Kong. Ini kan nak tengok Transformers. Aku dah leh bajet mesti nanti Megatron tu hulurkan tangan dia nak lempang aku. Pastu all the jet-jet alien berterbangan atas kepala aku. Pastu nanti dorang baling bom betul-betul kat muka aku. Bla bla bla..

Last-last ........ keluar pi beli merchandize Transformers je.
Hahahahahhahahahahahah.

Best! Best! Best!

Sebab, tetiba kan ada technical error.
Semua kena keluar.
Frust la semua dah beratur sikit punya panjang sekali takleh tengok.
Aku sikit tak frust.
Haha.



Bergambo je la dengan replika ni sudah.



Masa lalu kat mug ni Redza cakap "Ma, mama tau tak WTF tu apa? WTF tu kan maknanya What The Fuck".

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mana la budak-budak ni tau perkataan ni.
Aku ni pun baru 5 tahun lepas je tau WTF tu apa.

Aku tanya balik "What the Fuck tu apa?"

Redza "What the Fuck tu bergaduh"

Yeah rite.

Aku tak sure la kat mana dia jumpa perkataan ni.
Tapi aku rasa dalam kartun pun dah ada.
Pernah dulu masa dia age 6 tahun kot, dia main-main polis-polis dengan cousin-cousin dia belah En Wan. Kemain sedap lagi telinga aku dengar "Hey, you want a piece of me?"

Macam nak terjatuh bijik mata aku jegil kat dia.
Dia leh datang kat aku tanya balik "Nape, Ma?"

Pengaruh Spongebob.

Time pi sini aku dah tak larat.
Cuaca dah panas sangat.
Dah betul-betul feeling-feeling kat padang pasir.
The Mummy lah sangattttt.



Last-last balik.
On the way nak balik nampak Beetlejuice ni.
Sian anak aku "Sape ni, Ma?"

Aku tak sure menatang ni ada lagi ke tak now.
But zaman-zaman aku dulu Beetlejuice ni satu fenomena.



Ko penah tengok pengantin yang semalamnya bersanding sampai malam, pastu hari ni elok je bersantai kat USS bersama sedara-mara?

Ini pengantin tak tau penat punya orang.




Jujurnya, ni tempat paling best aku masuk kat USS. Steven Spielbergs's movie.
Kat sini dia tunjuk how Speilberg buat teknik-teknik hujan, ribut, terbakar, meletup, bla bla bla.
So set dia cuma ni je. Ada air depan kau, pastu bot-bot.
And then tetiba nanti dia turunkan hujan, pastu petir, kilat, ribut, pastu kilat menyambar, terbakar tingkat pecah, atap terbukak, bot bergerak macam nak terbalik bla bla bla...
Best gila!
Boleh bayangkan la kan aku punya jerit macamana.
Memang tak sangka sangat elemen-elemen surprise yang ada dalam ni.
Mana leh cakap kan. Kang ko rag pegi dah tak seronok pulak.
Tapi yang best tu sebab Ibal and En Wan pun terpekik sama.
So bukan aku sorang je la yang jakun kat dalam ni. Hehe.

Orang lain before masuk ambik gamba kat globe.
Aku tak.
Dah round satu USS, dah berlengas muka ketiak semua baru nak bergamba depan globe.




Sebelum keluar dari Singapore, singgah HR Cafe dulu apa-apa hal.


Tak sempat nak shopping pun sebab masa ni dah pukul 3pm. Dah lambat sebab nak balik KL hari tu jugak. So sempat ambik gamba shopping mall je. Takpe, bila-bila nanti boleh gi lagi. Another cousin akan kawen bulan 10, kalau aku tak busy insyallah datang lagi :)

2012-06-15

USS - Part 1

Ahad lepas kitorang masuk USS.
Disebabkan kitorang dok JB, so kira 2 kali la kuar masuk Singapore.
But this time cuma aku, En Wan, Redza and Ibal je. Mak Aji ngan Pak Aji dah masuk USS last time so malas nak pegi, nak lepak rumah Ima.

Sejujurnya aku memang takde mood nak masuk USS. Sebab macam tak sampai hati nak berpeleseran kat dalam tu tapi Rayyan tinggal. Macam ada satu perasaan keji "Emak apekah ini????"

Lagipun aku macam dah boleh membayangkan betapa punya berlendir la badan aku kat USS nanti. Kalau kat Disneyland Hong Kong and Movir World Gold Coast dulu lain. Kat sana cuaca dia sejuk, so matahari terik atas kepala pun tak rasa panas sebab sojuk. Tapi sebab En Wan beria-ia ajak "Alang-alang dah sampai Singapore niiiiiiii", masuk leeee. Lagipun cousin-cousin aku ada yang masuk sama.



Kau pernah jumpa perempuan pemalas macam aku, pegi jalan bawak sehelai shawl je?
Ada?
Takde kan?
Hahahahha.
Padahal shawl tu berapa gram sangat la berat dia, punya la taknak beratkan beg sanggup bawak 2 helai je shawl.

Pantang benti kat traffic lite, konfem snap gamba.

Lengang.
Hari Ahad la katakan...


Here we come!!!!!

Kitorang sampai USS, pintu pun belum bukak lagi.
Before pegi USS ni ramai yang pesan jangan bawak keta sebab parking susah.
Tak susah punnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Sebab kau datang lambat of cos la susah.
Cuba ikut cam aku, gigih datang awal sampai pintu pun tak bukak lagi.

Tapi tak lama sangat beratur, dalam 10 minit je.
Alhamdulilllah la, sampai sana just on time.

Tapi pelik jugak aku bila ada yang kata, queue gila panjanggggg.
Nak masuk pun berejam.
Nak main satu-satu game sampai sejam beratur.
Rezeki kitorang agaknya hari tu, paling lama beratur kat tempat game pun 15 minit je.

Bukti yang menunjukkan MAC powder memang tak serasi dengan aku.

Ok lah, aku mengaku la aku memang hitam.
Itu tak payah disangkal lagi.

Tapi yang aku tensi tu, masa ni pagi lagi, mendung lagi tapi muka aku dah berlengas.
Macam berat and panas je muka aku.
Sialpalis betul.

Punyalah paranoid.
Sampaikan pop corn pun aku tak berani beli sebab takde tanda halal.
Hahaha. Bodo gila.


 
Masa ni tengah tunggu si Ibal pegi kencing.
Ibal pun satu.
Macam tak pernah masuk Singapore.
Dia kata tunggu sampai 15 minit beratur masuk toilet, sekali masuk takde air. Ada tisu je.
Terus termasuk balik taik, tak jadi berak.

Orang lain semua rilek je masuk USS.
Kitorang cam sakai terlepas.

Masa ni on the way nak masuk Madagascar

Ibal hanya mampu merenung jauh je bendalah ni.
Dia kata "Kalau aku tak tahan berak dah lama aku naik. Ni masalahnya aku sakit perut. Ada yang aku terberak kat atas"
Ala, kau tak payah nak saiko aku la. Kat Hong Kong dulu, roller coaster lagi rendah dari ni pun kau dah mengucap 43 kali.



Madagascar

Motif??
Berseni la kot ambik gamba camni...

Masa ni baru nak bergerak masuk ke dalam gua

Seriesly ni candid muka cuak.
Time ni memang aku baru lepas jerit padahal bukan apa-apa pun, bot tu jerk sikit je.
Macam terhempas sikitttttttttttttt je sebab nak masuk dalam air tapi aku punya pekik tu konfius mat saleh kat blakang.
Ni la yang aku malas sebenarnya masuk theme park.
Aku ni berholiday nak bersukaria ok.
Kalau main game stress-stress macam ni baik aku duduk je diam-diam dalam hotel berhantu tu. Sama je stressnya.









Gambar tak berapa nak clear sebab En Wan sama naik seronok kat dalam tu. Tangan sebelah pegang kamera, lagi sebelah sibuk nak tunjuk sana-sini. Tu yang gamba semua macam parkinson.




Shrek Castle ni aku tak masuk.
Sempat ambik gamba je.
Sebab kitorang aim kena keluar dari USS kul 2pm, so mana sempat nak cover semua tempat.
Kena pi tempat yang penting-penting je.
Lagipun Shrek aku dah jumpa kat Gold Coast tu hari, so kira halal la tak jumpa kat USS.


Jurassic Park.

Masa ni memang dah berdekir kulit-kulit aku semua.
Payung dah bukak.
Aku siap beli payung dulu kat Watson JB before masuk USS.


Masuk-masuk Jurassic Park, layankan Redza naik menatang ni dulu.
Benda ni punnnnnnnnnnnn aku naik boleh terlolong-lolong.
Memang stress la En Wan layankan aku.
Benda ni kan ada button untuk naikkan dia.
En Wan tekan button macam nak rak. Saje je nak bagi aku terpekik-pekik.



Redza pun sama penakut macam aku jugak.
Acu dia pedajalkan dia tekan button banyak-banyak kali.
Turun dari benadalah ni terus taknak kawan Acu dah.
Hahahah.



Lepas turun dari bendalah tu, En Wan nampak menatang ni.
Dia pandang aku.
"NO!!"
Kau nak naik, naik sorang.
Aku belum nak mati lagi.




Tapi tu la kan, dek kerana advenuroussssssss la sangat-sangatnya terus tak sempat nak ambik gamba apa dah. Ni je la pun sebijik dapat dia ambik lepas tu terus macam kena tsunami masing-masing dalam bot.



 
Keluar-keluar semua dah macam ni.
Lencun!!!!!

Dah tau nak naik benda ni, taknak prepare baju spare siap-siap.
Sampai ke petang masing-masing pakai spender basah.
Gila kepam.



Sama la dengan pakcik ni.
Terus pi beli baju Jurassic Park sehelai.
Melayang SGD30 tak pasal-pasal.



Dalam pada ngeri-ngeri tu naik jugak roller coaster.
Tapi tak daya nak naik yang tinggi 14 tingkat tu. Dulu masa zaman muda memang dia naik segala roller coaster. Umur dah masuk 36 ni, naik yang sendu-sendu je dah la. Kang gugur bulu-bulu naik yang extreme. Satu keje pulak aku nak mengutip bulu-bulu dia.



Naik dengan Ibal.
Aku ngan Redza jadi pom-pom girl je kat bawah bantai gelak.
Kau ingat orang lelaki ni berani sangat naik benda ni?
Buat-buat berani je boleh la. Hahah.


Berani kau???
Bayar aku SGD10K pun aku tetap berpikir 300 kali nak naik ke tak.
Dibuatnya time aku naik tu la dia nak jadi macam Final Destination camne?



Nak tengok Optimus Prime kejap...



Jumpa Charlie Chaplin tengah jalan.

En Wan menambahkan bengang aku bila cakap "Apesal tangan awak lagi putih dari muka?"

Memang kelakar sangat la ok.



Masa ni sebenarnya aku menahan diri dari migrain.
Sejujurnya aku rasa theme park like this elok buat kat tempat yang sejuk je la.
Memang series punya berlendir!
Aku nak jalan pun dah tak seronok.
Sebab dengan muka melekit, panas, sakit kepala.
Memang aku tak enjoy sangat kat sini sebenarnya sebab badan jadi tak selesa. Kepala asik ingat nak balik cepat, nak masuk keta cepat, putar aircond kuat-kuat.
Tempat dia best cuma weather tak best.



Dia ni kalau bab-bab aksi over memang serah kat dia je la.
Sivaji the boss pun angkat topi kat dia.



Kau ingat kau je boleh beraksi.
Aku pun bolehhhhhhhhhhhhhhhh.



Ni la tempat yang paling nak dituju



Bila lagi nak feeling-feeling geng Transformers.
Tekan je la apa pun jadi nampak cam real.



Aku tekan dia pun sibuk nak tekan jugakkkk




...ok aku nak tengok Karoot Komedia.
Esok sambung.