2022-11-29

Golongan B40 mewarisi gelaran B40 kerana mentaliti ibubapa.


Hari tu aku ada up satu quote berbunyi - "Ramai golongan B40 mewarisi gelaran B40 kerana mentaliti ibubapa mengharapkan anak sebagai insuran hari tua".

SANGAT BETUL.
Ada mak bapak yang bila anak habis je sekolah, cukuplah.
Kena cari kerja. Bantu keluarga.
Cukuplah sekolah 11 tahun. Bagi mak bapak berehat pulak.
Padahal mak bapak belum tua sangat pun. Baya-baya umur aku je.
Tapi dah nak berehat, nak hidup senang makan hasil anak.
Itu ada ampun lagi. Ada yang jenis yang asal anak dapat gaji je, mula mintak itu ini.
Macamkan anak tu bekerja untuk lambakkan harta kat dia semata-mata.
Minta duit nak besarkan dapur. Minta anak buat loan sebab nak beli moto.
Tau-tau je beli gelang emas tapi anak kena bayar ansuran bulanan.
Mak bapak macam ni memang tak berjenis.
Alasannya, aku dah banyak berhabis membesarkan kau, sekarang kau kena balas jasa.
Inilah yang buatkan anak-anak baru nak merasa keluar dari kepompong kemiskinan, akhirnya mewarisi status B40.
Bukan kerana anak-anak tu tak berusaha, tapi sebab mak bapaknya toksik!

Aku kesian dengan anak-anak yang berada dalam environment macam ni.
Budak-budak ni perlu ditarik keluar dari kelompok tu.
Tapi tu lah, bak kata pepatah "nak seribu daya, taknak seribu dalih".
Some of them dah terikat dengan permintaan mak bapak.
Mak bapak pulak jenis yang drama. Buat teruk.
Anak jadi tak sampai hati bila tak tolong.
Maka ikatlah perut si anak demi nak menyenangkan hidup mak bapak.
Yang mak bapak pakat-pakat guna dalil "Bila lagi nak berbakti dengan orang tua?".
Macamanalah anak tu tak berbelah-bagi?

Salah seorang candidate yang pernah minta kerja dengan aku dulu ginilah.
Dia tak cakaplah, tapi kitan boleh tahu masalah dia.
Minta kerja remote (work from home).
Aku cakap aku perlu staff datang ofis.
Sekarang dah takde keperluan untuk work from home macam dulu sebab semua dah hidup normal.
Segala aktiviti dan berjalan seperti biasa. Jadi dia kena masuk ofis.
Tapi dia minta boleh tak setiap Rabu nak half day dan Jumaat kerja dari rumah.
Alasannya, Jumaat nak tolong mak bapak berniaga kat pasar malam.
Preparation kena buat dari pagi.
Rabu kena ambil adik balik dari sekolah pukul 4 petang. Takde siapa nak ambil. Kau rasa??

Aku cakap, "Adakah you expect majikan bertolak-ansur dengan jadual ni sepanjang tahun? Ini unfair untuk pekerja lain. Kalau pekerja lain boleh usaha datang ofis setiap hari, you sepatutnya ada effort yang sama".
Dia kata mak bapak minta hari Jumaat bantu mereka.
Aku tanya balik "So maknanya setiap Jumaat you bercuti la, kan? Sebab you takkan boleh buat kerja ofis from home pun sebab sibuk bantu parents that day. Setiap Rabu kena half day pula, sepanjang tahun. I think you are not ready for work".

Intern aku ada sorang gini juga masalahnya.
Dia nak dibenarkan bercuti pada bila-bila masa sebab bila mak perlukan bantuan, she has to be there.
Aku cakap internship mana boleh cuti. Ini adalah kelas.
Student punya cuti hanya weekend and semester break je. Hari kelas, kena hadir.
Tapi sebab nak tolong, aku allow buat internship from home.
One day, task tak submit. The following day tak submit juga.
Aku tanya mana task? Dia kata wifi belum bayar.
Ok kalau macam tu kenalah masuk ofis. Tak boleh, sebab kena tolong keluarga.

Entahlah kan, aku tak tahu nak tolong macamana lagi.
Sometimes, ada orang mahu ditolong. Ada yang tak mahu ditolong.
Dorang mahu berada dengan kebiasaan yang sama. Comfort zone.
Hakikatnya kedudukan mereka lansung tak comfort.
Tapi tu lah, bila dah terbiasa, mereka tak sedar yang kedudukan mereka sekarang bukanlah selesa.
Orang yang dah selesa dengan hidup susah, berusaha untuk keluar dari kesusahan adalah satu nightmare untuk dorang.
Rela dia terus hidup begitu dengan macam-macam alasan.
Alasannya, biarlah hidup sederhana.
Biarlah tak berjaya macam orang lain asalkan dapat bantu mak bapak.
Biarlah tak sambung belajar asalkan dapat berbakti pada orang tua.
Biarlah berhenti kerja asalkan dapat buat mak bapak gembira.

Salah cara orang-orang ni mengintepretasikan "berbakti pada orang tua".
Seolah-olah kita-kita yang berhijrah duduk jauh dari mak bapak ni tak berbakti pulak.
Helok je pun ramai berjaya. Dengan kejayaan itulah mereka guna untuk berbakti pada mak bapak.

I tell you, comfort zones are where dreams go to die. Comfort zone is dangerous.
Bila dah selesa dengan sesuatu keadaan, itu petanda kita bakal berdepan dengan danger.
Patutnya mak bapak yang B40 ni, bagi semangat dan ruang untuk anak-anak mengubah nasib mereka.
Kita dah merasa susah, takkan nak anak keturunan mewarisi kesusahan yang sama.
Dah lah zaman sekarang nak cari kerja payah, nak cari kerja yang yang gaji besar jauh lebih payah, apetah lagi kalau anak takde kelulusan.
Bila anak ada peluang sambung belajar, support.
Bila anak buat internship, support.
Kasi ruang anak buat intership dengan baik supaya majikan puas hati dapat serap terus jadi permanent staff. Kan senang.
Ini tak. Anak tu intership dia kacau kejap-kejap minta anak ambil cuti.

Yang anak pun slow talk la patutnya dengan mak bapak. "Mak, sekarang saya masih belajar, belum kerja lagi. Intership ni belajar. Kena habiskan. Tak boleh cuti. Kalau saya bagus, ada potensi dapat kerja tetap terus di situ. Gaji lebih besar dari alowance sekarang".
Some mak bapak mungkin tak tahu, jadi sebagai anak yang bijak, kenalah bagi pencerahan.
Nak keras sikit, "Mak nak hidup senang, kan? Jadi mak kena bersabar. Tunggu saya habiskan belajar. Buat masa ni kita semua kena berkorban. Saya berkorban habiskan belajar, mak berkorban uruskan hal mak sendiri sementara ni".

Kadang-kadang majikan bukan tak nak bantu. Dah habis bagi peluang dah.
Tapi kalau sentiasa hidup beralasan pun payah juga.
Nak seribu daya, taknak seribu dalih.
Jangan katalah aku tak lalui.
Intern sekarang, masing-masing ada laptop. Aku dulu takde pun.
Assigment aku tetap bersiap walau tulis tangan.
Tulis tangan pun tulislah, janji assignment berhantar.
Nasib baik masa pratikal, makcik aku bagi komputer kotak.
Dapatlah guna buat lab report.
Kalau tak, ke cybercafe la kita.

Aku pernah keja part time kat UKM jaga exam.
Balik jalan kaki sebab waktu balik tak sama dengan Mak Aji.
Memandangkan Mak Aji pun tumpang kereta orang, takkan orang nak tunggu aku kot. Balikla sendiri.
Jenuh menapak dari UKM ke Fasa 3.
Bawak payung. Kalau panas, takpe lagi. Kalau hujan, lencun sampai ke spender.
Tapi dek kerana nak merasa pegang duit yang tak sampai RM600 tu, tetap aku pergi kerja.
Kena menapak pun menapaklah.
Susah kita memang tak sama, tapi setiap kesusahan pasti ada jalan keluar kalau bersungguh.
Kalau dah memang tak nak tu, memang tak dapek nak nolong lah.

Aku seboleh-bolehnya tak nak memanjakan budak-budak muda ni dengan work from home, boleh masuk lambat, boleh balik awal, boleh kejap-kejap ambil cuti.
Bukan tak mahu bertolak-ansur tapi some of them naik lemak bila dibagi peluang demi peluang.
Boleh nampak bezalah budak-budak muda ni dengan permanent staff aku yang dah kerja 7 tahun.
Jauh beza - dari segi cara komunikasi, cara kerja, tanggungjawab - beza sangat.
Padahal staff aku masa baru masuk kerja dulu, muda juga.
Bukan duduk KL, masing-masing hijrah dari kampung.
Task yang aku bagi semua dorang usaha buat. Tak tahu, belajar.
Aku boleh cuti pi umrah 3 kali lah lepaskan semua hal ofis dorang uruskan.

Yang anak-anak muda ni, aku pulak yang risau masa depan dorang.
Boleh je aku nak buat bodoh, tapi aku mak tau.
Dorang ni baya-baya anak aku je.
Tak sampai hati nak tengok cara hidup yang gitu.
Kalau boleh nak je aku tarik dorang keluar dari environment yang tak membantu dorang jadi lebih baik.
Tapi masing-masing ada mak bapak lagi. Entahlah. Nasib baik anak orang.


2022-11-26

Kalau setakat tunggu PRU baru kita nak cakap berdegar-degar pasal politik, to me, lebih baik simpan sendiri.


Sedang elok aku nak buat post pasal ni, ternampak pulak post Puan ni.
Pinjamlah terus status dia.

Gini, ada sorang pembaca blog PM aku kat FB.
Dia bagitau ada orang order makanan sempena sambutan hari kanak-kanak kat sekolah area tempat tinggal dia next week.
Dah tempah sebelum PRU lagi sebab kuantiti agak banyak.
Tapi dia belum beli barang lagi, tunggu customer buat payment last week.
Sekali customer kensel.
Aku cakap oklah tu sebab awak tak rugi apa-apa, barang belum beli. Modal tak keluar lagi.
Dia setuju, cuma terkilan sebab dah seronok dapat order yang banyak.
Aku cakap, takpelah, takde rezeki. Habis kat situ.

Tapi lepas tu dia cakap "Kak, customer tu kensel order sebab parti dia kalah"

😆😆😆

Lepas stalk FB customer tu, dia come with that conclusion.
Aku tanya balik, "Dah tu apa kaitannya dengan kensel order? Bukannya dia order untuk celebrate PRU. Dia order untuk majlis hari kanak-kanak"

Kisahnya, yang PM aku ni dok buat status pasal politik everyday.
Biasalah, tengah vibe PRU katakan.
Agaknya ada pihak yang berasa hati (atau maybe meluat?).

Dia ginilah, ya.
Kita boleh anggap customer tu childish, atau tak profesional, atau tak berlapang dada, atau apa sahaja.
Tetapi at the same time, tengok diri kita.
Adakah kita profesional? Adakah kita berlapang dada? Adakah kita tak childish?

Bak kata Puan Ainon (screeshot tadi), bila berniaga, kita kena pelihara hubungan baik.
Memang kita boleh cakap "Suka hatilah aku nak sokong siapa. Kalau tak suka, itu masalah kau".
Ya, betul. Kita ada hak untuk suka siapa dan apa sahaja.
Tapi lepas tu janganlah pulak terkilan bila customer kensel order.
Sebagaimana kita mahu hak untuk sokong siapa, dia juga ada hak untuk beli dari siapa.
Hat tu kita kena beringat.
Mulut memanglah cakap "Tak kisahlah kalau dia kensel order. Rezeki Allah tentukan", tapi hati? Bengkek, kan?
Kalau kita benar-benar terima konsep rezeki, maka sepatutnya takde masalah bila orang kensel beli dengan kita, betul tak?

Sebenarnya aku pun terkejut juga bila ada cerita macam ni.
Sebab aku tak pernah ada pengalaman macam ni so far.
Bunyinya macam kelakar juga, tapi ye lah, dah orang taknak beli, dah dia nak kensel, takkan kita nak paksa.
Kalau berasa terkesan dengan cancellation tu, lain kali kena beringat. Simpan sikit galak tu.
Nampak macam customer tu tak profesional. Tapi boleh jadi itu teguran Allah supaya kita juga perlu kaji balik tindakan sendiri.

Duduk dalam negara berbilang kaum, agama dan demokrasi, sensitiviti terhadap perkara-perkara ini perlu dijaga.
Jangan galak sangat secara terang-terangan.
Kau merempan dalam whatsapp group je sudah.
Nak beria-ia sangat nak buktikan apa.
Entahlah, aku pun pi gak mengundi tapi idok le galak nau berpolitik kat media sosial.
Tak update pasal politik tak bermakna kita tak ambil tahu. Berpatut-padanlah.

Bukan apa, culture dalam Malaysia ni ada banyak perkara yang boleh mencetuskan kontroversi.
Soal kaum, agama, politik, kenegerian -- ini antara topik-topik sensitif.
Boleh putus kawan dibuatnya.
Kalau kita ni sekadar 'berpolitik' masa PRU, toksah la beria sangat update itu ini tentang politik.
Bagi yang ahli saja buat kerja tu, yang memang kita tahu dia seorang yang konsisten dengan berita-berita politik.
Kalau setakat tunggu PRU baru kita nak cakap berdegar-degar pasal politik, to me, lebih baik simpan sendiri.

Dah tak memasal hilang customer untuk satu projek besar.
Bukan aku suruh mengampu customer. Tak.
Cuma kalau dah tahu kita ni sales tak banyak, nak dapat big order pun bukan selalu, maka lebih baik tumpukan pada business development dulu.
Biar politik ni orang yang lebih pandai manage. Kita manage periuk nasi kita.

Yang ada akaun dengan GreenAard, boleh whatspp sini tu untuk check baki points. Points valid setahun je. Rugi dah kumpul point banyak tapi lepas tu burn.

2022-11-25

Dah alang-alang orang tanya. Kita ceritalah.

Dah alang-alang orang tanya. Kita ceritalah.

Leslie mati tahun 2003. Masa tu aku kerja di Prudential HQ, Jalan Sultan Ismail.
Kat ofis takleh on internet. Mengadap kes 24 jam.
Pagi tu masuk ofis, nampak amoi-amoi berlonggok baca newspaper and bersembang beria-ia.
Dengar jugak tempias nama "Leslie", tapi aku buat bodo je.
Ternampak Utusan Malaysia muka depan. Muka depan, ya. Ada gambar Leslie, berita kematian.
Terkesima kejap beberapa saat. Aku baca berulang kali. Eh betul ke ni?
Yang buat aku tak percaya tu bila dia bunuh diri.
Kenapa nak bunuh diri? Apa masalah? Apa yang kurang?

Seharianlah teringat-ingat. Nak buat kerja pun tak senang.
Nak on internet tak dapat.
Rumah aku sendiri masa tu belum ada internet (rumah sewa).
Maka, majalah je lah harapan.
Minggu tu kedai bawah ofis jual majalah merata-rata berita Leslie.
Leslie yang mati kot. Kalau Utusan boleh letak berita dia mati kat muka depan, imaginelah how besar pengaruh dia kat Asia.

Dia mati bukan di zaman kejatuhan.
Movie dia baru release tahun tu.
Beberapa minggu selepas mati ada Hong Kong Film Awards and dia tercalon.
Maknanya dia masih popular.
Tu pasal impaknya sampai sekarang setiap tahun masih ada orang berkumpul depan Mandarin Oriental on 1 st April (hari dia mati).
Orang macam masih tak boleh terima kematian dia.

Dia mati sebab ada clinical depression.
Anak sedara dia cakap Leslie selalu tanya "Kenapa aku mesti depress? Aku ada segalanya".
Dr yang treat dia cakap Leslie refused untuk ambil ubat.
Leslie hanya nak rawatan luaran (psychological counseling) sebab taknak hidup bergantung dengan ubat.
This is the biggest reason yang contribute to his struggle, sebab dia melawan sakit sorang-sorang tanpa bantuan ubat.
Lagi satu, dia taknak once dah ambil ubat, media akan found out kaitkan dengan macam-macam perkara.
Tau je la media kan. Nanti dia kata orang tu sakit jiwalah, tekanan perasaanlah, gila lah.

Hari yang dia mati tu, dia tak plan untuk mati pun.
The day went well. Ada macam-macam program.
In fact petang tu at 6 pm dia ada appointment dengan manager kat Mandarin Oriental.
Masa di hotel, dia call si Daffy tu (boifren) untuk ambilkan baju sukan sebab dorang nak main tenis lepas appointment.
Maknanya, dia tak plan nak mati pun.
Tak tahulah camana, agaknya gesaan nak suruh terjun tu datang tiba-tiba.
Padahal tengah lepak kat cafe makan epal (menurut kata waiter).
Tau-tau je dia mintak pen and kertas, jalan ke balkoni, terjun. Habis gitu je.
Macamanalah semua orang tak terkejut? Dah la 1 April.
Bila berita tu tersebar semua ingat April Fool.
Tapi bak kata Ekin Cheng, "Takde siapa berani main-main dengan nama GorGor (Leslie). Kalau berita macam ni tersebar, maknanya itu betul".

Kesian. Dia terdorong untuk bunuh diri akibat medical condition, bukan kerana masalah keluarga, atau masalah kewangan, atau masalah kerja.
Dia mati dalam keadaan masih popular.
Takde reason untuk dia bunuh diri, melainkan clinical depression.
Clinical depression is the more-severe form of depression.
Tak sama dengan kemurungan yang disebabkan kematian, atau tiroid.

Aku sama-sama 'berkabung' bila Leslie mati.
Menangis dalam komuter balik kerja. Menitik-nitik airmata.
Risau je orang sebelah-menyebelah.
Kena tinggal dek pakwe ke, dik? Gitu.
Dahlah masa tu aku belum pakai henfon.
Nak mencurahkan perasaan sedih kat En Wan pun tak dapat.
Dah malam baru mengongoi nangis peluk En Wan "Bang, Leslie mati".
Nasib baik laki aku kenal dah Leslie.
Dia layankan je tebiat aku. Hujung bulan dapat gaji dia layankan aku nak cari CD Leslie.
Dia sama naik selak CD "Yang ni ke Di? Bukan? Yang ni? Pun bukan?" Team work habis.

Ada lah dalam 2 bulan rumah tu diperdengarkan dengan lagu-lagu cina sahaja.
Masuk kereta pun lagu cina jugekkkkk.
Masa tu En Wan masih pakai Prelude. 
Kereta dia lengkap CD, DVD, MP4 (MP4 famous kat Japan).
Masuk je kereta, sumbat CD Leslie.
Aku pakai Kancil. Kancil ada caset player je.
Masuk kereta aku sumbat kaset Beyond pulak. Ni mazhab lain.

Aku pun tak sangka aku masih minat Leslie, masih dengar lagu-lagu, masih tak jemu tengok movie dia - sampai sekarang.
Mak Aji sure jauh lebih tak sangka kasih sayangku pada Leslie tidak pernah berubah.
Mesti dia cakap "Penat aku koyakkan poster budak ni dulu, tak makan saman lansung!" 😆
Well, bila aku dah cinta, selamanya cinta!!
*PANGGG* pelempang Mak Aji sampai.


2022-11-24

Ini real world, dik. Real world. Bukan zaman uni lagi.


Haihhh *melepaskan nafas yang berat*

Yang pelik-pelik je perangai budak-budak yang datang interview.
Yang bagus tu memang bagus - dengan resume bagus, communication bagus, common sense lengkap.
Kalau yang hauk ni, benar-benar hauk dia bagi. Takde diskaun lansung.
Belum apa-apa dah bagitau "Saya duduk dengan mak. Mak saya single parent. Kalau mak perlu bantuan, saya kena cuti".

"Tak apa, asalkan plan cuti. Cuti ada 14 hari setahun. Tahun-tahun seterusnya akan bertambah".

"Hah? 14 tahun je cuti? Saya perlu at least 3-4 kali cuti sebulan sebab kena tolong mak"

"Kalau macam tu, saya rasa baik awak bantu mak saja. Sebab mana-mana syarikat tak prefer pekerja yang kerap bercuti".


Aku malas nak deal panjang-panjang.
Beza kalau dia adalah staff.
Kalau staff tiba-tiba ada masalah keluarga, aku can consider.
Tapi kalau belum apa-apa dah macam ni, macam tu, eh malas aku nak serabutkan kepala otak. Biar reject awal-awal.
Bukan apa, budak-budak ni tak desperate nak bekerja pun, tu pasal try luck mintak itu ini.
Cuba kalau desperate, takde de dia nak mintak diskaun itu ini.
Sure dia akan usaha atur hidup supaya dapat datang kerja everyday.

Ada sorang tu interview untuk intern. Ini lagi best. Intern tau.

"Saya nak mintak buat internship dari rumah sebab takde transport nak pergi kerja. Mak tak bagi saya keluar sorang-sorang"

Jem otak aku.

"Ok, maybe awak boleh cuba cari tempat intership yang dekat-dekat rumah saja".

Tu dah habis susun atur lembut dah ayat aku.
Kalau ikut hati, aku nak suruh dia melekat bawah tetek mak dia je.
Belum start apa-apa dah letak macam-mavam syarat.
Good luck lah dengan masa depan kau, nak.

Tu belum lagi yang takde good communication semasa interview.

"Ye, kot"
"Maybe, kot"
"Boleh kot"


Apa benda kot kot ni?
Ini kalau dapat kat bos aku dulu, zasssss buku terbang kat muka.
Bos aku dulu paling tak suka words yang menunjukkan uncertainty macam "kot", "I thought", "I think".
Dalam meeting kau janganlah sebut perkataan think and thought tu. Boleh terbalik meja meeting dia buat.

Colleague aku pernah sekali kena tembak kaw-kaw sampai menangis.
Kisahnya, colleague aku ni jumpa customer untuk bincang equipment harga RM300K.
Lepas bincang, the customer call bos mintak nego price.
Bos aku cakap dia akan check dulu apa yang colleague aku offer.
Dia expect colleague aku akan balik ofis so she can discuss.
Yang si colleague aku ni habis jumpa customer around 7pm, dia tak masuk opis dah.
Dia ingat nak bincang esok pagi je.

Esoknya, meeting belum start, bos aku dah kena tanya pasal ni.
Kawan aku jawab, "Because it is already late so I thought you went back oready".

Bos aku hempas folder atas meja.

"YOU THOUGHT?"

Nak terkencing aku. Tinggi gila pitching dia. Perfect pitch bak kata Ramli MS.
Dia punya konsep - never thought apa-apa? Semua mesti ada clear cut.
Never thought! Never assume!
Henfon kan ada, patutnya terus call. Check if dia masih di ofis.
Jangan nak thought thought sangat.

Pernah dulu ada sorang budak datang interview untuk post grafik designer.
Aku bagitau job scope.
Awal-awal dia kata "Saya tak reti ni. Saya tak boleh ni".
Terus aku potong nama dia dari list walaupun qualification dia menepati keperluan.

Look. Namanya pun fresh graduate.
Kita tak suruh awak pandai semua.
Tapi kalau awal-awal dah kata "Saya tak pandai ni. Saya tak reti ni" - ini indicator you are not a person yang willing to learn, let alone accept new challenges.
Jenis yang nak buat benda yang sama sampai bila-bila.
Nak buat benda yang dia tahu saja.
Yang dia tak tahu taknak buat dan tak mahu belajar.
Macamana nak naik gaji dan pangkat kalau setiap hari asyik buat task yang sama je.
Hidup mesti ada improvement. Mesti mahu belajar benda baru.
Ini real world, dik. Real world. Bukan zaman uni lagi.
Tak boleh setakat mahu tahu and practice apa yang dah dipelajari saja.
Lain kali cuba cakap "Saya belum pandai, tapi saya boleh usaha belajar".

Oh satu lagi. Ada sorang candidate untuk sales & marketing.
Belajar business tapi tak nak buat sales.
Bila aku tanya apa yang dia expect, dia kata masa belajar dulu learn about account, finance, global business, buat sales analysis.
Aku terus potong - "Agak-agak apa cara you nak buat sales analysis kalau you tak berada dalam dunia sales tu sendiri?"
Soalan aku tu pun takleh jawab ada hati nak buat sales analysis.
Kadang-kadang budak-budak ni kuat berangan, eh.
Berangan lepas grad kerja pakai suit, ada bilik sendiri, meeting dengan client besar-besar.
Ni semua penangan Megah Holdings la ni. Bladihel.

Sebelum aku kerja dengan Devil Wears Prada, aku dah ada 4 tahun experience.
Masa interview, siang-siang dia bagitau yang aku kena develop new department.
Kena buat segalanya - sales, marketing, campaign, workshop, talk, flyers - semua.
Di ofis lama kerja aku hanya buat sales. Marketing orang lain buat. Operation orang lain buat.
Tapi during interview, aku jawab YES I CAN. Belasah je.
Sebab kadang-kadang kita ni imagine benda tu macam berat dan susah sangat, padahal bila dah buat nanti, somehow kita akan cari jalan untuk siapkan juga.
Itulah cara belajar yang paling baik sebenarnya.

Aku punya first incoming call adalah hari pertama aku kerja, pagi.
Masuk-masuk je opis, PA tunjukkan meja aku, and done.
Pandai-pandai aku cari kerja apa nak buat.
Hari pertama kerja adalah Isnin. Isnin adalah meeting day.
Aku nak tanya orang pun tak berani tengok masing-masing terkejar sana sini siapkan report segala.
Bila call masuk, dorang minta aku angkat.
Dengan konfidennya aku angkat.
Nasib tak baik, call adalah dari Dr Tan Mei Lan (now Prof), USM.
Waktu tu dia Vice Director iPHARM.
Dr ni 'berangin' macam bos aku jugak.
Dia tanya pasal PCR tubes yang fit dengan instrument dia. Waktu tu dia sebut kod produk je.

"I need tubes for 9700 ProFlex. What's the price?"

Mampus. Kejadahnya dia cakap ni? Apabenda Proflex? Apa yang 9700?
Gelabah teruk aku nak menjawab sampai Dr tu kata "If you are not competent, please do not answer any call. Pass to someone. Get me another staff. Don't waste my time!".

Disebabkan hari pertama dah kena sound, first day tu juga aku stayback sampai malam menghafal dan memahamkan produk.
Hari pertama dah bawa balik folder invoice, DO, a few jurnals and catalog untuk baca.
Orang lain baca novel, aku baca invoice.
Kenapa aku baca invoice?
Sebab nak tengok apa favourite produk yang selalu customer order, supaya aku hafal kod favourite product tu semua.
Walaupun aku tau takkan boleh ingat semua ni dalam satu malam tapi at least aku start malam tu jugak.
Sekurang-kurangnya kalau aku start malam tu, aku boleh minimize-kan kebodohan aku esok pagi.

Isnin depannya aku dah start present sales.
Padahal baru seminggu kerja dah kena buat presentation.
Tapi ye lah, aku bukan fresh grad kan, takde alasan untuk tak pandai buat sales presentation.
Tak banyak sales waktu tu tapi nasib baik dia faham.
Tapi week 2 adalah week yang aku ingat sampai sekarang. Maybe ingat sampai mati.
Minggu itulah sales report dicampakkan ke muka aku.

Kisahnya, dia minta aku extract sales data dari tahun 2002 (tahun dia setup company) hingga 2007.
5 tahun punya data nak kena extract dalam seminggu. Memang tak perfectlah.
Banyak data missing.
BABBBBB dia lempar report kat muka aku. Pening lalat kejap.

Tapi itulah pelajaran yang bermakna.
Dah kena hempok baru aku belajar dan cari cara untuk buat sales report yang bagus.
Aku takleh imagine kalau budak-budak yang aku pernah interview tu dapat boss macam ex-bos aku, mesti hari-hari merempan kat twitter.
No wonderlah boss aku dulu make more than 20M every year. Padahal staff 9 orang je.
Kerana dia tak pilih orang yang banyak cengkadak.
You want to work with me, you follow my requirements konsepnya.

Ex-bos aku walaupun kejadiannya seperti mambra, dia garang bertempat.
Dia tak bully staff. Kerja siap, sales naik - ini je dia mintak.
Dia bukan kategori bos toksik. Dia hanya akan terpekik pada hal kerja saja.
Kalau ahli keluarga sakit, dia suruh kita balik "You don't want to go home? Take half day, go home". Janji kerja siap.

Every month ada company's lunch.
Every staff rotate tugasan book tempat and menu.
Aku sempat dapat task ni, aku book Hilton terus.
Masa makan, dia round kat meja kitorang "You guys want more food? Please ask" "Who wants ice-cream? Please ask".

Task beli groceries pun ada.
Setiap staff rotate tugasan ni.
Setiap bulan company allocate RM300 untuk beli barang-barang pantry. Memang mewah.
Air kotak, air gas, vitagen pun ada, coklat, eskrim.
Tapi kalau kerja kau tak siap memang berdesing dia perli time meeting "Kalau makan, laju. Asal penuh pantry je dia makan dulu. Tapi kerja lembab!" (ni aku translate).
Maknanya, takde yang terlepas dari pandangan mata dia. Dia tengok apa kita buat.
Kau kuat makan pun dia tau.
Konsepnya, kalau kerja tip top, kau mencekik sampai habis barang kat pantry pun dia takkan kisah.
Aku terpikir kalau orang-orang kita kena sound gini, dah konfem timbul isu perkauman.
Tang kena sound dia ceritalah kat semua orang, tang punca dia kena sound sebab tak hit sales tu takkan cerita.

Di ofis aku, aku follow konsep penuhkan pantry ni.
Tapi zaman sekarang semuanya di hujung jari, kita order online sudey.
Staff akan whatsapp apa dorang perlukan untuk pantry, aku order.
Pantry akan ditop-up 2 kali sebulan.

Ex-bos aku tak pernah buat company trip.
Gaji sedap, komisyen ada, ruang kerja ok, ada company's lunch, pastry best - nak apa lagi, kan.
Yang kita ni sales baru cecah RM1 juta, sibuk request nak company trip.
Zaman sekarang, nak suruh orang buat sales, kena lambakkan dengan senarai imbuhan dulu. Kalau tak, tak jalan.
Buat sales baru 3K, tapi nak imbuhan macam-macam.
Nak trip lah, nak gift lah, nak periuk lah. Perasan macam dah buat banyak sangat.

Kat company tu, takde orang IT, takde orang akaun.
Orang akaun hanya akan datang 3 hari setiap hujung bulan untuk clearkan gaji and buat filing.
Orang IT, akan datang upon request.
Takde admin, takde operation, takde storekeeper, takde tea lady, takde cleaner.
Semua staff ada tugas, minggu ni siapa cuci toilet, siapa vacuum, siapa lap tingkap.
Key in sendiri order/barang dalam sistem, buat Invoice and DO sendiri, sometimes training and commisioning pun sendiri.
High-end instrument saja panggil engineer buatkan.
Packing sendiri, deliver barang sendiri.
Kalau barang tu banyak, angkut troli dalam kereta pastu tolak sepanjang-panjang koridor untuk hantar barang.
Memang tak gojes la wehh pakai skirt belah depan tapi tolak troli.
Dah la kalau troli tu lalu kat jalan tar Grrrr Grrrr Grrrr. Semua toleh kat kau.

Kat ofis aku now, inilah juga aku praktikkan.
Sabtuday selalunya agak relax, jadi sebulan sekali kita mengemas, menvacuum.
Aku selalunya cuci toiletlah. Sebab aku suka main air.
Staff yang baru masuk terperanjat bila ada tugasan mengemas dan membasuh toilet. Hahaha.
Well, this is the culture yang aku terapkan. Mohon suaikan diri, ya.


2022-11-23

Kalau selalu sangat be nice tak kena tempat, one day kau serabut.


Ada quote "BE NICE TO PEOPLE, EVERYONE IS BATTLING SOMETHING".

Aku setuju untuk be nice, tapi kena tengok keadaan. Not all the time.
Apetah lagi bila people treat you so poorly, atau kau tahu dia akan treat kau poor again and again, what's the point of being nice?
Memanglah kena buat baik, bersangka baik, ikhlas dan sebagainya, but some people are so difficult and inconsiderate.
People can be mean, even if you are nice.
That's why takleh be nice membabi buta.

Orang yang NICE, akan elakkan diri dari mencetuskan konflik.
Manakala orang yang GOOD, sanggup pertahankan apa yang dia rasa betul, dan dia tahu cara nak menyampaikannya.

Orang yang NICE willing untuk mengalah.
Manakala orang yang GOOD, dia hanya accept win-win situation.

Orang yang NICE susah nak cakap 'no' walaupun dia nak cakap 'no', dia selalunya end up cakap 'yes'.
Orang yang GOOD takde hal nak cakap 'no'.

Aku up lagi satu contoh.
Ini kisah sendiri 10 tahun lepas masa buat training DNA analysis.
Dah dibagitau dalam kelas tak boleh bawa anak.
Ada sorang participant datang LAB bawa anak dengan alasan takde orang jaga.
Was I being nice? No.

Masa tu bukan aku tak perasan ada some yang sok sek sok sek kat belakang.
Nak cakap aku takde budi bicaralah tu.
Look. Arahan dah dikeluarkan lebih awal.
Jelas arahan kata tak boleh bawa anak kerana kita tak nak ada gangguan dalam kelas.
Apetah lagi itu dibuat dalam LAB.
Makmal ya, makmal. Ini bukan makmal komputer tau. Ini makmal biotek.
Dalam tu bersusun bikar, kelalang kon kaca, dengan reagents dah diletakkan atas meja siap-siap.
Anyone boleh kata "Anak saya behave".
This is not about behave, ini adalah dasar keselamatan.
Kita buat kerja lab, bukan buat kerja dapur, ya.
Kena pakai lab coat, gloves, mask.
Alih-alih anak kau kat tepi duduk dalam stroller takde safety wear. Boleh macam tu?

This participant minta juga bawa masuk anak dalam kelas.
Dia bagi alasan dah drive jauh, dah bayar, bla bla bla bla.
Geram jugak aku sebenarnya.
Alasan tu tak kuat walau nampak macam kuat.
Yang pertama, arahan dah dinyatakan dengan jelas lebih awal.
Yang kedua, semua orang pun bayar bukan dia sorang, so point lansung tak valid.
Patutnya dari awal nak join program dah kena ada Plan A Plan B.
Kalau aku allow dia bawa masuk anak, apa kata participants lain.
Participants lain pun ada gak anak, tapi they susun urusan dengan baik.
Dibuatnya anak tu mengganggu kelas, dah satu hal.

Malas nak bertekak [serius kalau bertekak dengan orang macam ni, tak jadi apa], aku allow dia masuk tapi anak dia duduk luar, aku tolong jaga.
Allow dia masuk kelas, this is I am being good.
Tolong jagakan anak, this is I am being nice.
Mujurlah talk pagi tu bukan giliran aku, dapatlah jagakan kejap.
Lepas lunch, aku masuk bagi talk, kawan aku pula jaga.
Kan dah namanya menyusahkan orang tu?
Dah tahu nak pi talk, arrangelah awal-awal anak tu nak letak kat siapa.
Ini tak, main angkut pastu ugut macam-macam alasan.
Jenis manusia nak lepaskan beban tengkuk sendiri je ni.
Dah boleh faham pattern jenis ni macamana.

Mesti korang ada pengalaman yang sama, situasi berbeza.

“I’m so good to everyone, but people always take advantage of me”

Kalau dah namanya "always take advantage of me", most likely you are "nice", not good.
Ada beza yang sangat besar antara dua ni.
Being good is actually hard. Nak-nak lagi zaman media sosial ni.
Mudah orang nak salah anggap tindakan kau.
Selalunya, nice person akan ambil kira apa orang lain kata.
Dan akhirnya dia stress sebab terpaksa mendahulukan kehendak orang lain berbanding diri sendiri. Jadi people pleaser.

Just imagine situasi ni.
Kau adalah seorang public figure.
Setiap kali keluar rumah ada je orang kerumun nak sign otograf, nak ajak selfie, nak ajak bersembang.
Komen kat IG kena reply semua. Kalau tak, orang kata kau sombong.
Eh larat nak buat tu selama-lamanya?

A nice person memang melayan semua ni tetapi hati dorang tetap ada rasa rimas.
While, a good person tahu bila nak say yes, bila nak say no.
A good person tahu bila masa nak layan permintaan, dan bila masa they need their 'me time'.
Tapi tu lah, orang good selalu jadi bahan kecaman.
Dikata sombonglah, kereklah, berlagaklah, tak kenang budi segala macam.
Padahal kalau allow sorang selfie, ramai lagi akan datang nak berselfie.
Bila dah ramai kerumun, terpaksa panggil bouncer.
Ni cerita kalau kau celebriti lah, bukan aku.

A good person senang dianggap jahat.
Aku ni kategori jahat sebab kalau sesiapa datang rumah aku takde adab, menonong masuk ke dapur terus bukak fridge macam dia ada share, memang kenalah.
Apetah lagi jenis yang know know arrive.
A nice person memang diam dan senyum dengan situasi macam ni, tapi hati mendidih-didih.
Stress sorang-sorang.
Buat apa nak torture diri sendiri? Kau sembur je.
Jenis macam ni tak payah cakap baik-baik, kasi satu das biar dia terasa.
Tapi lepas tu kau dicop jahat foreverlah.

Tapi tak lah bermakna kau kena be good all the time atas alasan menegakkan kebenaran.
Adakalanya kita kena be nice.
Bila makcik kau membawang apesal kau tak mengandung-mengandung walau dah 20 tahun kawen.
Be nice to her, senyum je lah walau rasa nak kahakkan beliau.
Kita be nice sebab hormat dia sebagai adik-beradik mak kita. Contoh.

Nice people always do nice things.
Dalam banyak keadaan, they do because they don’t like tension, because they want to be liked, appreciated, respected, approved of, and agreed with.
Nice people terlalu mengambil berat perasaan dan pendapat orang lain.
Bukan dia nak sangat be nice but if they disagree with someone, it might impact the rapport and connection with the other person.
Maka sebab itu they are being nice.

Takde masalah nak be nice. Buatlah kalau itu lebih baik.
Cuma kadang-kadang bila terlalu nice, kita tak jujur dengan diri sendiri. Buat kerana nak disukai.
Lepas tu merasa orang ambil kesempatan.
Memanglah akan ada orang ambil kesempatan sebab kita membuka ruang untuk diambil kesempatan.
Manusia ni kau kena bagi dia option.
Jangan kau bagiiiii je sampai ke sudah, lemaklah.

Contoh, kau buat sale. Semua barang ada diskaun.
Tapi siapa hit certain amount, akan dapat free gift.
Dalam ramai-ramai tu mesti ada yang nak jugak free gift padahal beli seketul je.
Adakah kau akan be nice or be good?
Some people cakap "Bagi je la. Berkira betul".
No. Ini salah. Inilah yang akan buatkan people like them keep coming back ask for more.
Beli sikit tapi nak free gift, nak free delivery, etc.
Kalau selalu sangat be nice tak kena tempat, one day kau serabut.
You will realise you don’t even know who you are anymore because you became who others wanted you to be.

Actually, nobody really likes “nice people”.
There is something about them we cannot trust.
They seem to lack character, kan?
Nice people ni macam pemanis tiruan. Manis, tapi ada weird aftertaste. Hahahaha.
Tapi don't get me wrong. Nice people are not necessarily bad people.
Dorang ni selalunya terlalu baik hinggakan dorang tak set boundary dengan jelas.
Itulah sebabnya orang lain ambil kesempatan dan exploit them.
Macamana kita nak buat baik sekalipun, kena set your boundaries, otherwise others will set boundaries for you and it will be in a way that works for them, not for you.

Good people buat benda yang betul. Bukan what feels nice.
Good people tahu what their truth is, dan tak takut untuk menyatakannya.
Good people ada prinsip yang jelas, dan dia selaraskan dengan tindakan.
Good people ada integriti.
Good people willing to rock the boat kalau dia rasa apa yang dia buat adalah benda betul.
Good people lebih suka dihormati daripada disukai (which makes them likeable as well).
Good people has strong character kerana keyakinan tu datang dari dalam, bukan dari approval orang lain.
Good people are hard to offend sebab kata-kata orang doesn’t define them.

Jadi good people ni susah, apetah lagi kalau kita orang melayu.
Orang melayu dibiasakan dengan "Takpelah, sikit lebih kurang. Toksah berkira" kind of thing.
Payah nak jadi good people sebab it is uncomfortable at times and you will burn some bridges, tapi one thing kebaikan jadi good people ni kau tak payah nak kipas orang.

Being nice sebenarnya agak menyakitkan hati.
Being good pula kebarangkalian besar kau akan dibenci.
Jadi, buat jelah apa yang kau rasa nak buat.
Samada nak be nice, atau be good, make sure kau buat dengan rasa happy.


2022-11-22

Bila stress, badan dengan sendirinya membentuk lemak, WALAUPUN BERDIET.


Nak turunkan berat tak susah sangat sebab badan kita ada air.
Puasa 2 hari, insyallah kat penimbang tu turun 1-2 kg.
Tetapi, itu adalah hilang air. Bukan hilang lemak.
Nak tengok banyak mana lemak hilang adalah pada pinggang.
Simpanan lemak adalah pada pinggang dan perut.
Bila pinggang berubah inci, itu tandanya ada pengurangan lemak.

Bukan senang nak turunkan lemak, naikkan lemak memang senang.
Lemak bukan bertambah semata-mata sebab banyak makan saja.
Stress pun boleh buatkan lemak bertambah. Hat ni yang ngeri.
Beria diet macam nak rak, bersenam sampai keras betis, alih-alih berat statik.
Statik takpe lagi. Yang bertambah tu?

STRESS.
Bila stress, badan akan keluarkan hormon kortisol.
Hormon kortisol yang berlebihan boleh menyebabkan penambahan berat badan.

Macamana cara kortisol tambahkan berat badan?

Ok, here.
Bila stress, badan release kortisol.
Kortisol buatkan insulin tak dapat berfungsi dengan baik.
Rintangan insulin menyebabkan kalori tak boleh masuk ke dalam sel menjadikan paras gula darah meningkat.
In other words, stress can affect your blood sugar levels.
Increase in blood sugar bermakna potensi lemak bertambah adalah tinggi.
That's why bila stress, badan dengan sendirinya membentuk lemak, WALAUPUN BERDIET.

Itu antara sebab kenapa GC PLUS buat biasa-biasa punya weight loss pill.
Kita tak buat GC PLUS untuk bakar lemak.
Kita buat GC PLUS untuk bantu badan manage weight dengan salah satu caranya memberi rasa tenang (kurang stress).
That's why mekanisme GC PLUS adalah release serotonin.
Serotonin adalah neurotrasmitter yang kawal mood.
Bila mood tenang, badan kurang merasa stress.
Bila badan kurang stress, kortisol akan disimpan.

Jangan lupa bahawa kortisol merangsang hormon lapar (ghrelin).
Sebab itu orang yang stress kuat makan.
Jadi, bila badan kurang stress, maka kurang juga rasa nak mengunyah/lapar.

Boleh nampak dah kan, kenapa those yang ambil GC PLUS in 10 days dah nampak perubahan inci kat pinggang?
Konsep inilah yang kita ambil.
GC PLUS tak bakar lemak.
Dia help dengan cara yang berbeza.
Insyallah, you will see the difference.

Jangan underestimate loss "hanya 2 inci kat pinggang". 2 inci tu banyak, ya.
Lemak tak hilang sekelip mata tau. Perlu masa.
Jadi, sekiranya dalam masa 10-14 hari berjaya kurangkan 2 inci, itu dah petanda your body is working really hard already.
Aku sekarang 28 inci.
Masa berat aku 47 kg dulu, jeans aku size 25 inci je wehhh.
Itupun dulu orang cakap "Gemuk kau sekarang eh?" 🙄.
Tapi aku masih simpan jeans Giordano yang aku beli kat HK tahun 2009 dulu, size 25.
Dengan harapan satu hari nanti pinggang kembali ke size tu.
Kahkahkahkah kelakar pulak cita-cita aku ni.

Berat pada penimbang memang senang nak turun.
Like aku cakap tadi, kau puasa 2 hari, konfem turun.
Tapi hakikatnya yang turun tu air saja, lemak belum turun lagi.
Tu pasal GreenAard bagi weight lost tracker card untuk korang catat kehilangan inci dalam tempoh 10 hari.
Hilang inci tu sebenarnya lebih penting dari hilang berat badan.

Salah satu cara nak tau samada kita overweight atau tak, kau naik tangga.
Kalau selepas naik tangga kau rasa mengah satu macam, kemudian slowly reda, itu tanda badan out of shape, walaupun nampak macam tak gemuk.
Tapi kalau tak naik tangga, berjalan di tanah rata pun boleh mengah, ok yang tu maybe ada penyakit lain. Silakan jumpa dokter.
In many cases, menurunkan berat badan boleh bantu atasi masalah semput/mengah.

Ini email dari pengguna GC PLUS. Sakit lutut. Aku screenshot sikit je ni.
Ini memang one of the complicatios yang paling biasa untuk orang overweight.
Kalau dah memang sedia ada sakit lutut, just a small weight loss dah boleh lega. Tak percaya, cubalah.
Dapat turunkan sikit je berat jadilah, insyallah hilang sakit lutut tu.

Setiap 400 g berat yang berjaya diturunkan akan kurangkan tekanan pada lutut sebanyak 1.6 kg.
Cuba bayangkan kalau turun berat 2 kg, tu bermakna dah reduce 8 kg tekanan pada lutut.
That's why this pengguna kata lutut dia dah tak sakit selepas turun almost 9 kg, kerana tekanan pada lutut dah berkurang.

Itu satu.
Yang satu lagi, bila sakit lutut berpanjangan (akibat berat badan), lama-lama boleh datang komplikasi yang lebih teruk, selalunya rheumatoid arthritis (RA).
Obesity and being overweight are known risk factors for rheumatoid arthritis.
Awal-awal dulu masa aku distribute sample GC Plus, ada sorang pengguna dah biasa ambil steroid untuk kurangkan sakit kaki sebab dia ada RA.
Selama mencuba GC Plus for 10 hari, dia tak ambil lansung steroid sebab tak rasa sakit.
Katanya doktor pernah minta dia kurangkan steroid tapi sebab tak tahan sakit, dia ambil juga.

Aku bagitau dia, GC Plus pengganti steroid in terms of mengurangkan rasa sakit.
Disebabkan berat badan dia berkurangan sikit selepas cuba GC Plus, itu yang buatkan dia tak rasa sakit macam dulu.
In other words, kurangkan berat badan, insyallah tekanan pada lutut berkurangan.

Jangan salah anggap ya. GC PLUS tak rawat RA.
Being overweight yang buat simptom rheumatoid arthritis makin teruk.
Jadi, GC PLUS bantu kurangkan berat badan so that simptom RA berkurangan.
Dia macam ni tau.
Lemak yang berlebihan akan bebaskan sitokin tahap tinggi
/ Sitokinin ni protein yang boleh menyebabkan keradangan di seluruh badan.
Sitokin adalah protein yang sama dihasilkan oleh tisu sendi dalam RA.
So by reducing weight, kita boleh kurangkan risiko untuk dapat RA.

GreenAard dah letak reminder siap-siap dalam website that those yang ada gastrik TAK BOLEH ambil GC Plus.
Tapi nampaknya GC Plus ni terlepas juga kat orang yang ada gastrik.
Gastrik berpunca dari sistem digestive yang lemah.
Ada some pengguna kata bila guna GC Plus dia dapat gastrik.
Dalam erti kata lain, dia nak cakap yang GC Plus menyebabkan dia dapat gastrik.

Ok aku bukan nak menangkan produk sendiri tapi this is fakta.
Yang menyebabkan punca gastrik adalah digestive sistem yang lemah.
Ramai orang salah faham antara food allergy and food sensitivity.
Food allergy melibatkan tindakbalas protein.
Food sensitivity pula melibatkan tindakbalas BUKAN protein.
Gastrik adalah satu cabang food sensitivity.
Jadi bila orang kata lepas makan GC Plus jadi gastrik, itu bukan kerana ada bahan-bahan alergik dalam GC Plus tetapi badan pengguna itu sendiri yang sensitif pada bahan-bahan dalam GC Plus.
In other words, digestive sistem mereka yang tidak boleh tolerate dengan bahan-bahan tersebut.
The problem in within you, bukan dari produk.

Bunyinya macam nak menangkan produk sendiri, eh? Hahaha.
Tapi this is fakta yang aku perlu jelaskan.
Kalaulah puncanya produk, bermakna orang yang paling awal kena gastrik adalah aku sebab aku paling lama guna GC Plus menjak dari zaman RnD lagi.
Alhamdulillah, pengguna yang aku screenshot emailnya di atas came out with testimoni bahawa gastriknya berkurang selepas ambil GC Plus.
Itu adalah bukti bahawa GC Plus bukan punca gastrik.
Gastrik itu terhasil kerana sistem penghadaman seseorang lemah dan tak boleh bertindakbalas dengan bahan-bahan dalam GC Plus.
You have food sensitivity that you aren't aware of until you took GC Plus.

Oh by the way, ingat tak aku ada bagi tips kalau makan below 1500 kalori selama 1 minggu, berat lemak akan turun 400g?
Ada sorang pengguna GC Plus kata memang cepat berat dia turun guna tips aku tu plus ambil GC Plus sekali.
So dia dengan bijaksananya, dia kurangkan makanan bawah dari 1000 kalori selama 2 minggu tapi hasilnya berat dia naik 1.3 kg.
Lepas tu dia kata badan dia dah immune dengan GC Plus, tak boleh turun dah, makin naik.

Ok dengar sini ya.

Kita tak boleh makan kurang dari 1000 kalori.
Kalau kita makan kurang dari nilai ni, badan akan anggap kita berada dalam zon kebuluran so dia stop terus bakar lemak sebab nak simpan tenaga.
On top of that, badan akan gunakan otot untuk dapatkan tenaga. Jadi otot makin lama makin mengecut.
Bila otot dah mengecut, maknanya lemak akan dibakar dengan sangat slow. One day korang start makan dengan normal semula, berat naik mendadak. Why?
Kerana ketika dalam "zon kebuluran", otot sudah mengecut.
Nak tunggu otot bertambah, ambil masa.
Sementara nak tunggu otot bertambah sempatlah badan naik sampai 10kg dulu 😂😂.
Jadi, jangan memandai-mandai sekat makan melampau-lampau ok? Binasa masa depan.

Memandangkan aku dah cerita pasal GC Plus, sesiapa yang beli GC Plus HARI INI, akan dapat free gift Rempah Ayam Perap, 50 gram.
Harap-harap boleh faham penjelasan aku ni.
Siapa yang nak cuba GC Plus boleh Whatsapp sini
Nak tanya apa-apa pun boleh, insyaallah.


2022-11-21

Life’s too short untuk menangis dan stress setiap hari.


Last week ramai share video seorang lelaki yang dera isterinya.
Yang tak best tu bila anak tengok bapak dera mak. Katanya bapak tiri.
Tak kisahlah bapak tiri atau tidak. Masalahnya sekarang suami mendera isterinya.
Isteri ni takde istilah isteri tiri atau tak.
Bila kau pilih dia jadi isteri, maknanya kau wajib melindungi isteri.
Mana tempat yang paling selamat untuk isteri kalau bukan dalam rumahnya, di sisi suami?
Dah kalau dengan suami sendiri pun tak selamat, nak harapkan siapa lagi.
Entah apalah salah si isteri sampai diseret macam binatang.
Kot ye pun ada salah, boleh ke dibuat macam tu?
Kalau sayang, simpan. Kalau tak sayang, lepaskan. Senang.
Yang buat teruk pi simpan jadikan stok nak lepaskan marah nak buat apa? Bingai.

Selalu kita dengar - "kita adalah dengan siapa kita berkawan".
Yang jarang kita dengar - "kita adalah dengan siapa kita berkahwin".
Who you marry shapes your entire life. Trust me.
Aku bukan relationship expert, tetapi selepas berada dalam hubungan yang salah, I should share some of my insights.

Zaman belum kawen aku (or maybe ramai juga macam ni) berangan yang best-best je untuk bakal suami.
Nak yang hensem (walaupun muka sendiri desa).
Nak yang bijak. Nak yang berduit. Nak yang macho.
Nak yang baik. Nak yang berjaya.
Beriman tu hampir tak teringat nak masukkan dalam list.
Bukan tak teringat, ingat. Tapi masa tu diri sendiri pun iman tonggeng-terbalik, jadi aku sedar diri.
Asal bakal suami solat tak tinggal cukuplah. Gitu.

Itu cara berfikir orang belum kawen.
Yang indah-indah saja.
Rupanya bila kita dah berkahwin (atau ber-relation), ada perkara yang penting dari sekadar rupa, kaya dan bijak.

My previous relationship, although it started off great, in the end became toxic.
Walaupun aku tidak ada pengalaman bercinta ketika tu, tetapi aku dah biasa dengan environment yang toksik (zaman-zaman orang ejek aku, hina aku, perkecilkan aku).
Aku biasa dengan environment ni dan aku dah tahu when to leave.
Red flags dah nampak merata cuma masa tu aku masih memberi peluang untuk diri sendiri.
Aku anggap aku tidak ada pengalaman dalam bercinta jadi aku perlu bagi masa pada diri sendiri.

Now when I say, “who you marry is important”, it means anything that looks like it - be it dah nikah, atau bertunang, atau sedang bercouple - this applies to you too.
Dalam membina hubungan, tak boleh sekadar you like the person and they liked you back, it meant you should be together. Tak semestinya kena macam ni.
Yang paling kena check adalah are you both on the same page for your future.
Kalau dalam tempoh bercinta tu dah nampak point-point pada dia yang kau tak boleh get along - JANGAN DISKAUN!
JANGAN BERLEBIH KURANG hanya semata-mata takut tak laku.
Ada beza antara 'jual mahal' dengan 'know what to look in a partner'.

A wise person says, "If it's not going to matter in five years, don't spend more than five minutes being upset by it".
Samalah macam pilih partner.
Kalau kau rasa boleh accept flaws dia in another 5 years, go ahead.
Tapi kalau ada perangainya yang kau tak boleh hadap walau in 5 months, LEAVE.

Jangan salah faham. 
This is not about blaming someone outside of yourself for the success or failure of your relationship.
Obviously, everyone has the power to take control of their own lives, but I think it’s important to recognise how much impact the person you share your life with has on you.

Dulu aku pernah cerita sorang follower bagitau betapa kecewanya dia dengan diri sendiri sebab tak kuat berpegang pada apa yang dia percaya.
She finally gave up dengan sikap suami yang selalu kondem and kritik apa yang dia buat.
Dia buat food business - home-cooked.
Mula-mula tu ok saja. Lama-lama suaminya start kondem balik.
Isteri tak pandai marketinglah, suruh naikkan hargalah, suruh naikkan caj penghantaranlah.

Hmm..selalunya macam tu lah.
Tak kiralah dengan pasangan atau dengan sesiapa saja, waktu kita start the bisnes, waktu kita tengah merangkak-rangkak tu, takde sape nak ambil tahu.
Tapi bila dah semakin berjaya, yang tak ambil tau tu lah yang lebih sudu dari kuah macamkan dia tahu semua benda.
Inilah yang dikatakan "Ramai yang tahu, tapi tak ramai yang buat".
Cakap pandai, sembang kencang tapi buatnya tak.
Bila isteri dah berjaya, dia pulak yang sibuk bagi buah pikiran itu ini.
Buat tak pandai pun. Cakap je pandai.

Bak kata Johnny Depp - One day the people that didn't believe in you will tell everyone how they met you. 
Lebih kurang macam nilah perangai orang-orang yang aku cakap tadi.
Mula-mula dia tak nak ambil tahu, ujung-ujung dia yang lebih-lebih as if dia business advisor kita pulak.

Susah nak jumpa pasangan yang shares our ambitions, goals, and dreams.
Sebab tu aku cakap tadi, sebelum ada relationship, pur aim untuk pasangan sekadar yang sedap di mata saja.
Dalam mana-mana perhubungan, kita mesti mahu lebih dari sekadar rupa dan gaya.
Nak duduk bersama sebumbung tido sekatil ni tak boleh semata-mata bersandar pada cinta dan muka cantik je.
Kalau perangai menyakitkan hati, pegilah mati awal.
Apetah lagi dapat suami yang kaki pukul, kaki baran, tahu ikut kepala otak dia je.
Sanggup bertahan dengan perangai gini?

Hubungan suami isteri bukan sekadar hubungan romantik tetapi lebih dari tu kerana ia sangat mempengaruhi kerjaya kita in major ways.
Kalau sokongan tak betul, bukan saja boleh mendatangkan stress tapi boleh buatkan kita give up nak teruskan impian.
Kalau sama-sama on the same wavelength, selalunya lebih senang dan cepat kita capai apa yang kita nak kerana suami dan isteri satu team.
Malangnya, tak semua pasangan adalah satu team.

Ramai dah share dengan aku cerita tentang macamana dorang tak jadi nak buat perkara yang dorang nak buat sebab pasangan masuk campur.
Bila bisnes isteri maju, suami mula melebih-lebih.
Tak respect kerjaya dan usaha isteri.
Merasa title suami membuatkan dia ada share in the business too.
Akhirnya bisnes melingkup sebab isteri give up nak teruskan kerana malas nak layan karenah suami.
Yang peliknya tu, si 'business advisor' ni tak nak pulak run the business bila isteri back off.
Tapi bila isteri buat business, macam-macam dia kondem.
Ada je perkara yang isteri buat, tak betul.
Kau je lah yang pandai. Padahal pandai cakap je.

Ramai yang bila look for a partner melihat pada something yang looks “good on paper”, such as ada kerja bagus, rupa helok, financially stable.
Aku tak terkecuali. Aku pun tengok ini juga.
Dan kita totally forget to ask ourselves - "Is this person good for me?"
Sedangkan siapa yang kita kahwini akan membentuk hidup kita.
Your views on the world will be impacted by the person you are spending your life with.
Tu pasal kalau tengok orang yang always bitter dengan life orang lain, atau kejap-kejap merungut dan merempan kat FB, orang itu salah, orang ini salah -- pasti ada yang toksik dalam kehidupannya.
Maybe parents, keluarga, pasangan, atau diri sendiri yang penuh dengan masalah.
We are shaped by our environment and by the people around us, even dengan siapa kita berkawan, di mana kita belajar, the books we read, etc.
So remember the person you share your life with, will shape who you are.

Lelaki dan wanita yang hidup berumahtangga kena jadi satu team.
Tapi satu team tak bermakna serasi sepanjang masa.
Berbeza pendapat tu lojiklah ada, asalkan masing-masing faham konsep berbeza pendapat tak seharusnya berakhir dengan bergaduh.
Some people berkahwin tapi they are not a partnership.
A lot of them were in competition with each other.
Suami takleh tengok isteri lebih dari dia, isteri pula takleh tengok suami terlalu menyerlah.
Rather than working together, they are working against one another.

Percayalah cakap aku, kalau berada dengan pasangan yang salah, mental health kau akan terganggu.
Which means all aspects of your life suffered as well.
Hari tu aku dah cerita kawan aku kerja siang ke malam, malam ke siang.
Sekali pandang nampak macam dia gila duit sebab kerja non-stop.
She threw herself into work and worked crazy hours.
Sebab apa? Sebab mental health dia terganggu bila suami kawen lain.
Bila mental health terganggu, itulah jadinya.
Nampak macam suka bekerja, padahal dia sedang mahu mengelak dari satu masalah lain.
Work become her escape. Her business is doing well, but she is not.

Hubungan yang baik dengan pasangan menentukan kebahagiaan keseluruhan.
Walaupun itu bukan satu-satunya faktor dalam kehidupan but personally, I would rather be single than in a bad relationship.
Tapi aku can relate kenapa ada isteri-isteri yang bertahan hidup dengan pasangan yang macam walaun.
Because leaving is “too hard”, kan?
Sometimes you get scared that your husband is your only option, and so you settle. Kan?

"Takde siapa nak kat aku, biarlah aku bertahan asalkan aku ada suami dan anak-anak ada ayah, walaupun hidup aku miserable".

Ini bukan kuat, ya. Ini bodoh.
Kuat tu macam one of relative aku yang bertahan berpuluh tahun hidup bermadu, menyorokkan berita suaminya berkahwin lain dari seluruh keluarga dan anak-anak sehingga anak-anak dah berjaya baru dia buka rahsia.
Ini adalah contoh wanita yang kuat.
Dia bertahan kerana mahu anak-anak hidup dalam keluarga yang sempurna.
Suaminya pun baik, cuma kahwin lagi satu saja.
Tetapi, kalau laki kau kaki pukul, atau menyakitkan hati, dan engkau bertahan - ini bukan kuat, ya. Ini _______ (pandai-pandailah nak isi apa).
Masa aku bertahan dengan relationship yang dulu pun aku tak bertahan bodoh-bodoh.
Dalam dia aku cari jalan keluar. Tahu-tahu je aku balik bertunang. Tersentak dia.

Of cos kita takkan jumpa someone yang perfect atau 100% meet kriteria yang kita mahukan.
Mesti ada flaws punya.
But there are deal breakers that you need to address.
For me, I need someone who I can sit for hours and have philosophical conversations sebab aku suka deep conversation.
I also need love, support and care.
Someone I can grow with and become better as a result.
These are the things that are important for me.
Wajah yang helok pun nak juga 😆.
Tapi yang paling penting, dia mesti bijak.
Tak tak tahu kenapa, kalau tak hensem+bijak, aku pilih ni berbanding hensem+tak bijak.

Adik-adik yang belum kawen tu, tulislah kriteria pasangan atas kertas. Tepek depan meja.
This is like goal writing and the power of intention.
Even if you don’t remember what you wrote, your subconscious mind knows what to look out for.
Jangan tulis kriteria fizikal saja, tulis sekali what is it you looking for. Get really specific.
Kalau tak dapat semua-semua 20 point pun, at least mana-mana yang sangkut tu ada dalam kriteria yang kau nak.
Lepas tu decidelah nak proceed ke tak.

Ini sekadar sharing saja.
I have been in good relationships and I have been in a bad ones.
A good one is where you respect each other and push each other up, you make each other better.
The wrong relationship will bring out the absolute worst in you.
So, choose wisely. Life’s too short untuk menangis dan stress setiap hari.






2022-11-18

Bottom line is, masing-masing ada susah dan senangnya.


Pernah tak terfikir kenapa ya ada orang dilahirkan kaya dan ditakdirkan untuk terus menjadi kaya-raya.
Banyak contoh yang kita nampak di media sosial now.
Tertanya juga dia ni buat apa, apa kerjanya sampai mewah sangat.
Asyik cerita pasal bercuti je.
Kalau buat launching produk bukan main mewah lagi, padahal produknya accessories rantai gelang subang dari batu-batu sungai (contoh).
Produk demand ke ni? Ada ke yang nak beli?
Kenapa beria sangat launchingnya padahal produk ni entah sape-sape nak pakai.
Pernah tak terfikir macam tu?

Dan kita pun mengeluh sebab tak ditakdirkan menjadi kaya, atau tak lahir dari keturunan yang kaya.
Segalanya perlu dilalui dengan susah-payah.
Walaupun dah berusah-payah masih lagi tak mencapai tahap kaya si anu.
Demotivated sangat rasanya. Betul, tak?

Aku pernah tanya seorang yang berilmu, dia kata apa yang kita dapat ni Allah memang tak bagi kat semua orang, tetapi kalau kita mahu berfikir, kita akan nampak semua ni adalah sama.
Segala yang kita dapat di dunia tak kiralah miskin, kaya, ada pasangan, takde pasangan, ada anak, takde anak, keluarga bahagia, keluarga toksik - segalanya jambatan untuk ke syurga, cuma kekdahnya berbeza.
Manusia selalu aim untuk hidup selesa di hari tua. Sampai situ je aim manusia.
Sedangkan aim sepatutnya ke syurga.
Disebabkan aim untuk selesa di hari tua, itu yang always rasa tak cukup-cukup.
Berbeza kalau aim ke syurga, pasti apa yang ada sekarang dimanfaatkan untuk raih syurga. Gitu kata dia.

Contoh, kau miskin.
Kau merungut miskin sebab aim kau hanya untuk dunia.
Sedangkan miskin itu boleh menjadi asbab ke syurga jika bersabar. Lebih kurang macam tulah maksudnya.
Aku tak pandai sangat nak explain, tapi aku faham apa dia sampaikan.
Betul juga kata dia.
Kita (aku) letak aim singkat sangat - untuk hari tua.
Berkejar nak saving, nak invest, nak kumpul harta supaya ada pasif income di hari tua, nak bersara awal, etc.
Tu pasal kelam-kelibut kerja macam nak mati sebab aim-nya hanya hari tua.

Kalau sekarang umur 30, pasti hari tuanya 50 tahun.
Yang 40an macam aku, hari tua untuk aku adalah 60 tahun.
Untuk yang sekarang 50 tahun, hari tuanya maybe 70 tahun.
Masing-masing punya definisi TUA itu sendiri berbeza-beza.
Disebabkan masing-masing punya "HARI TUA" adalah 20 tahun lagi, tak heranlah masing-masing hidup kelam-kelibut.
Sebab hari tua tu 20 tahun je lagi, takut tak sempat nak kumpul savings.
Nak pastikan "hari tua" hidup selesa.
Maka kalau zaman sekarang rebut kuasa, rasuah, sailang bisnes orang, kejar pangkat menjadi normal, memang patut pun.
Kerana masing-masing mengejar hari tua.

Seorang ustaz dalam ceramahnya cakap, kalau semua orang dapat yang best-best, maka apa alasan untuk dimasukkan ke syurga?
Orang A kaya. Kekayaan itu menjadikannya banyak bersedekah. Dia ke syurga.
Orang B miskin. Kemiskinannya membuatkan dia bersabar. Dia masuk syurga.
Ini maknanya apa yang Allah bagi, ada alasan - iaitu alasan untuk membuatkan kita layak ke syurga.
Kita ni alim pun tidak, bukan ahli Al-Quran, jadi da'i pun tak, wali kutub tak, wali abdal tak, imam pun tak adil, sabar pun tak, miskin pun tak.
Jadi apa jalan kita ke syurga? Memang kau ada kabel kat sana nanti?
Maka sebab itu tak semua orang dapat benda yang sama.
Supaya apa yang kita dapat itu kalau kita manfaatkan dengan baik, boleh menjadi alasan untuk ke syurga.

Tapi tidaklah bermakna semua kena bercita-cita jadi miskin sampai menyusahkan orang lain pulak.
Kalau menjadi kaya boleh menjadi peluang ke syurga, bukan ke lebih baik jadi kaya. Betul tak?
Cuma bila ada yang bertanya kenapa ada orang hidupnya smooth dan selesa dari sejak lahir sampai ke tua.
Lahir atas duit. Hidup bergelumang harta. Dihormati. Disanjung.
Sedikit sebanyak macam rasa tak adil, kan?

*hela nafas yang panjang*

Sebenarnya kan, yang kita nampak kaya tu pun ada masalahnya.
Tapi mungkin masalahnya bukan pada duit.
Yang kita nampak keluarga bahagia tu pun ada masalahnya.
Tapi masalahnya bukan pada kasih sayang.
Yang nampak hebat dan berjaya tu pun ada masalahnya.
Tapi masalahnya bukan pada kerjaya yang hebat.
Percayalah, semua orang Allah bagi nikmat dan masalah, tinggal lagi nikmat dan masalah tu tak sama.
Yang tak berduit, kaya kasih sayang.
Bagi kita yang perlukan duit, memanglah tak mandang kasih sayang sebab kasih sayang yang kita dapat cukup.
Tapi untuk orang yang ada duit tapi takde kasih sayang, duit tak bermakna bagi dia.
See? Sama je masalahnya.

Aku ada kawan yang dari sudut kewangan, sangat establish.
Takde masalah nak beli property cash.
Tapi takde luck dalam perkahwinan.
Beberapa kali dah bercerai.
Kebanyakan dari kitorang kawan-kawan cakap "Takpelah, kau berduit. Boleh je dapat pengganti".
Bukan nak kata dia boleh 'beli' wife dengan duit tapi bila lelaki berduit, tak ada masalah untuk mencari pengganti.
Itu kata kita, tapi bagi dia, duit banyak pun tak boleh beli bahagia.

Ada seorang lagi kawan, kerjayanya hebat. Successful.
Hakikatnya dia lonely.
Berkahwin tetapi sekadar mempertahankan perkahwinan kerana anak-anak.
Suami kawen lagi satu. Dia terpaksa sibukkan diri dengan kerja supaya tak bersedih.
Kitorang cakap "Takpelah laki kau kawen sorang lagi, yang penting poket kau penuh, kau success".
Sebab apa? Sebab kitorang belum se-success dia, maka to us duit jadi lambang success.
But to her, duit berkepuk tak bermakna bila kena berkongsi kasih sayang suami.
Pergi bercuti dengan anak tanpa suami.
Beraya dengan anak tanpa suami. Sedih, kan?

Bak kata seorang kawan, kalau dah usaha sehabis baik tetapi masih belum capai apa yang kita nak, anggap sajalah memang kita tak ditakdirkan untuk capai apa yang kita mahu tu.
Apa yang kita nak maybe baik untuk orang lain, tapi boleh mendatangkan buruk pada kita.

Aku pernah tengok Bersamamu TV3, sorang perempuan asalnya berkerjaya.
Ditakdirkan mak sakit lumpuh.
Dia nekad berhenti kerja untuk duduk kampung jaga mak.
Duit simpanan habis uruskan mak, sampai masuk Bersamamu. Punyalah dah susah.
Surprisingly dia nampak tenang. Dari tutur kata nampak dia content.
Walaupun tak senang dari sudut kewangan, tapi hatinya senang dekat dengan mak dan dapat berbakti pada mak.
Kita nampak dia susah, tapi maybe dia sendiri tak rasa susah mana.
Yang kita ni ada orang duit, ada kerja, tapi cuti tak lulus. 
Menangis tak dapat balik jenguk mak.

Bottom line is, masing-masing ada susah dan senangnya.
Terpulang cara kita menyingkapi takdir masing-masing.
Kalau ada sikit, kita manage dengan cara sikit.
Ada banyak, kita manage dengan cara banyak.
Kalau pendapatan hanya banyak ini, uruskanlah hidup dengan banyak itu dulu. Kendian usaha lagi.
Asyik mikir kenapa orang tu kaya, kenapa orang tu tak pernah susah, kenapa orang tu buat semua menjadi -- takkan mengubah hidup kita pun.
Tapi ye lah, realizing that there are people who are struggling just like us, makes it a little less lonely.
Kalau macam tu, luahkan. Share the problems with your people. 
Hiding problems not making your days better. 
Kadang-kadang keadaan kita tak teruk mana, tapi imaginasi kita yang buat teruk. 
Sesekali bila meluahkan dan dapat buah pikiran orang lain barulah kita sedar ohhh keadaan aku taklah teruk mana.




2022-11-16

LI adalah subject, bukan kerja.


Semalam aku dah buat video pasal Intern, ok hari ni aku nak menulis pulak.
Sebab semalam lepas buat video tu, ramai betul share experience masing-masing dengan intern, di tempat kerja.
Gelak-gelak aku baca. Aduiii macam-macam perangai.
Bukan apa, sebab aku pun pernah jadi intern, jadi some of perangai dorang ni aku takleh brain.
Kadang terfikir, apalah yang buatkan some of them ambil mudah dengan internship.

Aku ada 2 orang kawan yang sama-sama run business.
Aku cerita part dorang ni dulu.
Kawan aku yang pertama ambil intern dalam 3-4 orang.
Niat dia, kalau semua ni bagus, nak terus serap.
Sebenarnya untung tau intern zaman sekarang sebab internship dibuat pada semester akhir.
Ada peluang diserap jadi permanent staff tanpa perlu lalu probation period.
Zaman acik dulu, intership adalah pada tahun 2 tau Habis 3 bulan, takde peluang kau nak kerja situ terus sebab kena balik Uni habiskan final year.
By the time acik habis belajar, dah kena re-apply.
Tu pun mujur kalau ada kekosongan, kalau tak?
Terpaksa apply tempat lain, lalu balik training and probation period.
Dah buang masa kat situ.

Salah satu tujuan Latihan Industri (LI) dibuat pada semester akhir adalah untuk bagi persediaan pada student belajar real work dalam industri sebelum anda diserap masuk sebagai PEKERJA.
Sengaja aku pakai capital letter kat situ sebab some intern perasan dorang sudah dapat kerja, sedangkan mereka sedang dalam LI.
Bila perasan dah bekerja, maka dorang mahukan hak-hak yang sama seperti pekerja lain iaitu cuti, OT, gaji, etc.
Ok hat ni aku touch jap lagi.
Nak habiskan cerita kawan aku dulu.

My friend berada dalam bidang food business.
Bukan semua orang ada skill dalam bidang ni, that's why dia prefer ambil intern, boleh melatih dorang dalam masa 3 bulan ni dulu.
Agak-agak bagus, serap je terus.
Akan tetapiiiii, intern-intern tersebut perasan bagus.
Mereka perasan yang majikan (kawan aku) perlukan mereka kerana nak mengambil kesempatan.
Hanya disebabkan dorang tak entitle untuk dapat cuti sama seperti pekerja lain, dorang tuduh dorang sedang dipergunakan.
Gelak gila aku dengar kawan aku bercerita.
Tinggi sangat skill sampai ingat majikan nak gunakan kau, kan.
Ingat majikan tu cap ayam ke takde skill yang sama?
Skill majikan tu dan pengalamannya silap-silap tak boleh dicompete.
Kalau majikan tu takde skill, takkan boleh sustain the company bertahun-tahun siap dapat projek besar-besar.
Tapi takpelah, dah kau nak feeling sangat, kan.

Kawan aku cerita intern dia dalam meeting tak pernah ambil notes, macamkan faham.
Bila dibagi task, takleh buat sebab lupa apa yang dah diajar.
Pukul 11.30 meja dah clear untuk untuk tido.
Aku dengar macam...hah? Tido?
Macamana dia boleh terfikir untuk tido?
Aku dulu nak keluar lunch pun tunggu bos keluar dulu, punyalah takut nak keluar awal dari bos.
Yang dia siap boleh tido pukul 11.30 pagi semasa bos ada dalam bilik!
Yang paling best, kawan aku bawa intern ni ikut jumpa client.
Si intern sama-sama menyoal bos (kawan aku).
Contoh client tanya "Product ni bila agaknya boleh siap?"
Nanti intern sambung tanya "Produk ni ada expiry date tak?"
Kahkahkah. Aku konfius siapa yang client ni?
Aku syak client kawan aku tu pun sama konfius.

Lagi sorang kawan aku, internnya pesan "Setiap hari Jumaat saya kena balik pukul 5pm (office hour habis at 6pm), sebab pakwe saya yang jemput. Kalau lambat nanti jalan jem". Kau rasa??

Boleh eh budak-budak sekarang minta balik awal bodo-bodo gitu je?
Setiap minggu pulak tu.
Dahlah alasan bukan main rempit -- "pakwe jemput".
Aku syak esok kalau pakwe mati, sampai bila-bila hari Jumaat dia tak kerja sebab dah takde pakwe nak jemput 🙄.

Macamana eh nak bagi budak-budak ni faham LI adalah subject, bukan kerja.
You come to the office bukan untuk bekerja tetapi untuk belajar.
LI adalah kerja kursus.
LI adalah sebahagian dari mata pelajaran dalam course yang diambil.
Subject LI tidak diajar dalam dewan kuliah, tetapi di industri.
Segala task yang company bagi adalah assignment yang mesti dibuat dengan baik because itu carry marks.
LI adalah peluang untuk anda dapat 4.0 flat!
Maka wajib datang setiap hari seperti anda datang ke kuliah setiap hari.
Siapkan tugasan yang diberi dengan baik.
Ambil peluang belajar banyak benda dari syarikat.
Ambil hati majikan because dalam tempoh 3 bulan ini majikan adalah your lecturer.
Dia menentukan marks anda untuk subjek ini.

Aku terfikir, budak-budak ni baca tak Learning Outcome subjek LI?
Kalau ada anak-anak yang baca post ni, acik nak bagitau yang setiap subject ada Learning Outcome.
Zaman acik belajar dulu, dapat je module, acik cari Leraning Outcome dulu.
Kat Learning Outcome ni kita boleh predict apa yang keluar exam esok.
Kat Learning Outcome ni juga kita boleh predict macamana kiraan marks.

Ini contoh Learning Outcome [LO] yang aku buat untuk course Food Safety.
Nak mengeluarkan LO ni boleh bawa bertekak jemaah meeting.
Punyalah nak memastikan candidates dapat sesuatu yang benefit them dari module ini nanti.

Dari LO ini kita bina module pembelajaran dan soalan exam.
Senang je nak predict bentuk soalan yang bakal keluar hujung sem nanti - kau baca je LO.
Apa yang dorang mahukan dari student semua ada kat LO tu.
Kalau LO kata student akan dapat keupayaan untuk membezakan antara hazard dah risk, maka itulah antara soalan yang bakal keluar nanti.

Dalam Latihan Industri juga ada LO-nya.
Antaranya, meneroka alternatif kerjaya sebelum tamat pengajian, atau carry out performance objectives, atau develop work habits and attitudes.
Kat sini je boleh tengok apa sebenarnya yang kau kena achieve.
Kalau task buat ala kadar, balik nak awal sokmo, asyik nak cuti segala, kau rasa sikap tu kena tak dengan "develop work habits and attitudes"?
Memang taklah!
Lepas tu jangan purak-purak frust kalau gred LI teruk.
Sendiri mau ingatlah. Omputih kata what you sow is what you reap.

Jangan merasa diri tu entitled untuk dapat cuti dan segala keistimewaan lain seperti gaji, OT atau claims sama seperti pekerja lain.
Pekerja tu bekerja di syarikat itu.
Awak bukan bekerja, awak sedang menjalani latihan industri.
Dalam ertikata lain, awak adalah student yang sedang belajar.
Sijil pun takde, nak kerja amendanya.
Maka, segala keistimewaan yang pekerja lain dapat awak tak boleh komplen kenapa awak tak dapat.
Hanya terpulang pada budi bicara company.
Kalau company tak bagi, awak tak boleh kata company mempergunakan intern. No such thing, dik.

Dulu masa aku praktikal kat SIRIM, jauh ya dari Bangi ke Shah Alam everyday.
Pergi dengan Pak Aji. Pukul 6.30 pagi dah keluar.
Kalau kena hari Pak Aji outstation atau dia ada meeting di tempat lain, aku pergi SIRIM naik komuter.
Aku tak minta cuti, ya. Apetah lagi nak gunakan alasan "Saya takde transport nak datang". NO.
The moment you decide to buat LI di sesuatu tempat, perkara pertama kena consider adalah transport.
Because you nak kena attend "class" everyday.
Maka transport kena pikir dulu. Bukan cuti, atau gaji, atau boleh balik awal ke tak.
Jangan mengharap boss consider masalah transportation kita.
You yang nak buat LI di tempat itu, you kena settlekan transport.

Kadang aku rasa some budak-budak ni lemak.
Dibagi task minta siapkan on tarikh sekian-sekian, "Boleh tak extend? Sebab hujung minggu ni saya balik kampung. Kat sana internet slow".
Kampung dia yang takde internet, kita pula kena settlekan kerja dia.
Nak suruh stayback karang, nangis pulak satu hal aku nak menjawab kat mak bapak dia.
Biasakan diri MAKE TIME.
Kalau nak tunggu ada masa, memang tak bersiaplah kerja tu.
Maka, kena MAKE TIME.
Kalau perlu stayback siapkan kerja, stay back.
Kalau perlu bawak balik kerja ke rumah siapkan sebelum balik kampung, maka buat.

Aku pernah cerita macamana aku bawak kerja balik Bangi tumpang internet jiran sebelah bila mana majikan aku tak perasan aku dah apply leave untuk aku ke Phuket esoknya.
Dia tak perasan leave application aku.
Adakah dia bagi aku perlepasan gitu je? Tak, ya.
Memandangkan presentation depan customer tetap kena buat esok, dia minta aku siapkan slide dan submit kat dia malam tu juga.
Dia akan tolong presentkan.
Boleh tak aku cakap "Please....I kena balik Bangi malam ni. Rumah mak saya takde internet".
Kau rasa bos Devil Wears Prada aku kisah?
Aku siapkan juga slide tu malam-malam. Nak seribu daya, ya.

Haaa, sebut pasal mak ni aku nak cerita hal pernah jadi kat aku.
Ofis tengah cari junior graphic designer.
Ada sorang budak ni minta interview secara zoom. Ok aku layankan.
Nampak macam ok, dia ada skill yang aku mahu.
Cuma dia minta untuk work from home.
Aku tak boleh accept sebab my requirements, staff mesti berada di ofis.
Jadi aku tolak secara baik. Settle dah.
Sekali esoknya, MAK dia call.
Diulangi, MAK dia call.
Mak dia punya statement "Dik, takkan tak boleh tolak ansur".

Panassss hati aku.
Hal kerja nak libatkan parents ni yang aku cukup tak berkenan.
Dah lah panggil aku "Dik".
Bukan nak minta dihormati, cuma be profesional sikitlah, at least panggil Puan.
Bila aku cakap "Maaf ya, boleh panggil saya Puan?"
Mak dia reply "Ya, saya tahulah awak Puan, tapi awak ni baya-baya adik saya je".

Dah la mula-mula kau address aku "Dik". Lepas tu "Awak".
Again, aku bukan someone yang beria sangat dengan title.
Staff-staff aku panggil aku "Kak" je.
Cuma aku bengang bila kau takde kena-mengena dengan company, mintak kerja on behalf of anak kau, tapi tak pakai proper salutation.
Ingat ni bersembang dengan jiran belakang rumah ke apa.

Kawan aku ada pengalaman handle parents gak, tapi bukan intern.
Budak nak cari kerja. Dah dapat dah kerja tu.
So this parents agaknya nak tengok letak duduk company kawan aku ni di mana.
Biasalahkan kita tengok ofis anak kita kat mana.
Dah nampak ofisnya kat mana, dahlah. Balik.
Tapi this parent tak, ya.
Dia siap masuk dalam ofis nak tengok workstation anak dia di mana, panas ke tak ofis tu, apa lagi kemudahan ada dalam ofis, etc.
Kawan aku bercerita dengan mata terbeliak-beliak menahan marah, aku boleh imagine bengkeknya dia. Hahahah.
Last-last budak tu dia tak confirmkan.
Dia kata tak sanggup aku dibuatnya esok apa-apa hal, mak bapak dia sampai dulu kat opis.

Parents pun, agak-agakla kalau ye pun nak tengok sama ada anak dapat tempat kerja yang ok or not.
Takkan sampai ke workstation, pantry, toilet segala nak dikelebet.
Ini bukan menghantar anak masuk boarding school, segala nak ditengok.
Anak tu dah berbulu atas bawah, belajarlah lepaskan anak berdikari.

Intern aku lepas sebulan mintak berhenti.
Aku tanya kenapa nak berhenti. Dia kata dia perlu settlekan masalah keluarga.
Aku tanya masalah apa yang besar sangat sampai perlukan bantuan awak?
Masalah perangai adik-beradik katanya yang mengkusutkan fikiran mak. Ayah dah takde.
Aku cakap "Tinggal 2 bulan je lagi, nak berhenti? Kalau berhenti tak graduate tau. Jangan pikir singkat. Esok masalah adik-beradik settle, masalah awak yang takde sijil ni ada dorang nak settlekan?"

Aku paling pantang budak berhenti belajar atas sebab yang bukan dari dia tetapi masalah keluarga.
Benda boleh settle.
Aku bagi dia task siapkan kat rumah.
Task mesti siapkan, itu saja aku nak sebab aku nak bagi grad.
Sayang, tinggal 2 bulan je lagi.
"Takpe, akak bagi buat kerja kat rumah. You must grad next year", aku cakap.
Ni kalau Redza ada ni mesti dia kata "Welcome to my world, dude". Hahhahaha.


2022-11-15

"SAYA DAH IKHTIAR TAPI SAMPAI BILA NAK SABAR?"


Pos Sabtu lepas, pasal "No more expectation, now is requirements", ada 2-3 orang tanya tentang paragraph ni - "SAYA DAH IKHTIAR TAPI SAMPAI BILA NAK SABAR?"

Ok, macam ni.
Yang pertama sekali, aku tak tahu apa situasi korang, atau how buruk situasi korang sekarang, atau sejauh mana ikhtiar yang memberi impak, atau apa masalah dan siapa yang korang berdepan (suami/bf/tunang/ayah/bos)?
Aku tak boleh selesaikan masalah korang.
Kalau berpeluang pun aku tak mahu.
Aku sekadar memberi pencerahan melalui pengalaman sahaja.
At least you have some ideas what to do sekiranya melalui situasi yang sama.

Tentang lama mana nak sabar, itu bergantung pada your AIM.
Like I said, sabar bukan duduk saja-saja, tetapi mesti disertakan dengan usaha.
Setiap usaha mesti disandarkan kepada AIM.
Kalau takde aim, sampai bila kita nak berusaha, betul tak?
Situasi aku dulu, aku sendiri tak tahu sampai bila aku harus berdepan dengan masalah cinta yang mensaikokan hidup aku, tetapi aku ada AIM.
Aim aku simple:

1. Grad dengan pointer yang bagus kerana aku tak mahu bayar balik pinjaman.
2. Pastikan tidak ada kes sampai aku dibuang Uni.
3. Jangan ada kes undang-undang (melibatkan polis) yang buatkan aku kena stay di Kuching lebih lama. Aku nak balik.

Ini 3 aim aku. Dan semuanya berkait.
In order untuk aku grad dengan flying colors, aku kena pastikan aku complete belajar.
In order untuk complete belajar, aku tak boleh kena buang dari uni.
In order untuk aku tamat belajar dengan aman dan tenang pada waktu yang ditetapkan, aku mesti bebas dari sebarang tindakan undang-undang.

Tak kira betapa teruk keadaan aku ketika tu, aku berpegang pada 3 aim ini.
Apa nak jadi, jadilah.
Kalau kena bersabar dengan perangai dia, aku sabar asalkan aku complete 3 aim ini.
Kalau perlu nampak bodoh oleh orang keliling kerana ikutkan perangai dia, aku akur asalkan misi aku accomplished.
Aku memang pegang pada 3 aim ini saja.
Plan aku, settle je aim ni semua, aku akan berdepan dengan dia dan cakap "FUCK OFF!"

Bukan apa, masa ni mesti aku dah balik Semenanjung.
Support sistem aku kuat - ada mak bapak aku, adik-beradik, saudara-mara, dan kejiranan yang strong.
Dan aku pun duduk rumah mak bapak, bukan hostel yang sesuka hati dia nak ceroboh masuk.
Bolehlah dianggap situasi aku di rumah jauh lebih selamat. Plan aku macam tu lah.
Tapi takdir Allah, dalam perjalanan menghabiskan aim itu, aku kenal dengan En Wan.
The whole plan pun bertukar, iaitu di pertangahan journey aku selamat bertunang.
Maka, keadaan menjadi lebih baik.
This chapter aku tak pernah merancang.
Memang tak pernah ada dalam plan untuk kenal sesiapa waktu tu. Masih dalam mode serik.
Tapi tu lah kan, hint-nya dah ada, cuma kita tak perasan.

Kisahnya, balik bercuti, makcik aku from Singapore bagi komputer lama.
Komputer jenis kotak tu.
Jadi, Mak Aji pasang internet.
Aku balik rumah ajar Ima main chat.
Nak tunjuk cara nak start chat dengan orang, aku pilih satu nama. Aku klik kat nama KIMUTAKU. Inilah En Wan.
Tapi masa tu tak sembang apa pun, sekadar nak tunjuk kat Ima cara nak mulakan chat. Lepas tu aku blah.

Naik balik semester, aku lalui rutin biasa as student, sampailah ke cuti semester berikutnya, balik rumah teringin pulak nak masuk chat sebab dah lama tak masuk.
Saja nak kill the time orang kata. Eh, nampak balik nama KIMUTAKU.
Aku pun tegurlah dia. Aku bagitau aku pernah chat kejap dengan dia dulu.
Dia ingat aku.
Wow hebatnya aku chat kejap pun masih diingati. Kahkahkah.

Dari situlah aku chat dengan En Wan agak kerap.
Tak hari-hari sebab takde kepentingan nak chat hari-hari.
Dia pun chat sekadar nak tunggu next class je.
Yang buat aku jadi rapat tu sebab ada satu kali tu, budak nama MEEN chat aku, marah-marah sebab aku nak sailang KIMUTAKU.
Aku macam, ehh? Kau pehal? Bila masa aku nak sailang.
Rupanya, budak-budak chat pada ketika tu dah tahu KIMUTAKU dan MEEN kerap chat sama-sama.
Jadi, dorang kenen-kenenkan budak berdua ni.
Aku pun bagitau si KIMUTAKU yang awek dia sound aku sebab kacau pakwe dia.
Si KIMUTAKU terperanjatlah "Mana aku ada awek kat sini?".
Wahhh gitu ayat dia.
Dia pesan "Kau jangan nak hanyut sangat dalam chat ni. Sini tempat release tension je. Mana ada orang bercinta dengan orang yang dia tak pernah jumpa?"

Balik uni, aku dah jarang chat dengan dia.
Sesekali je, itupun kalau ada PC kosong kat lab.
Kitorang bersembang melalui email saja.
Itupun sembang kosong, cerita pasal study mostly.
Sebab dia budak chemical engine, aku budak biotech -- sama-sama budak lab.
Seronoklah bersembang sikit.
Bila aku balik ke Uni, aku tak masuk chat.
Rupanya dia mencari aku.
Dia mencari budak-budak dari UNIMAS yang kenal aku.
It so happen, batch aku ramai gila main chat.
Mudah untuk KIMUTAKU sampaikan pesanan kepada aku melalui kawan-kawan.
Salah sorang kawan aku bagitau dia "Diana tu ada pakwe la kat sini".
Padahal masa tu aku dah break lama tapi ramai tak tahu sebab aku terpaksa mengawal keadaan supaya takde kejadian gila isim berlaku dalam kolej 🙄.

Mengamuk KIMUTAKU dalam email. Kahkahkah.
"Kawan kau cakap kau dah ada balak? Kau tak cakap kat aku pun? Aku nak penjelasan kau. Aku tunggu kau kat Server 2A petang nanti".

Blur kejap aku. Dah kenapa kau ni?
Bukan hari tu kau yang kata "Mana ada orang bercinta dengan orang yang dia tak pernah jumpa?" 
Ni namanya ayat makan tuan. Mbahahahaha.

Cut short, KIMUTAKU minta gambar.
Aku bagilah sekeping, dengan perjanjian kena pulangkan balik gambar tu in his next surat.
Dia tak pulangkan pun.
In his chat dia cakap "Aku taknak pulangkan gambar kau, aku nak simpan".
Wah gituuuu beliau bagi hint.
Sorang kawan dia di sana (junior) nama Omar.
Omar ni baya aku, dia satu batch dengan Azrul (adik ipar aku).
Omar ni pun chatting gak.
One day tu Omar cari aku kat chat.
Dia kata saja nak kenal dengan awek senior dia.
Aku cakap bila masa aku jadi awek kawan kau? Jumpa pun belum.
Omar kata "Masa surat kau sampai, dia panggil kitorang (junior-junior dia). Dia tunjuk gambar kau lepas tu dia warning - aku nak mengorat budak ni. Korang semua jangan kacau".
Gengster jugak KIMUTAKU, ya. Hahahahaha.

Ok sampai situ je la aku cerita sebagai iklan.
Korang dah tahu pun endingnya apa.
Dalam tempoh yang kejap tu Allah jumpakan aku dengan someone yang willing untuk tukar my whole mission menjadi lebih mudah.
Kalau En Wan tak come into the picture mungkin jalan untuk aku tamatkan mission aku lebih susah.
Boleh tercapai tapi laluannya mungkin susah sikit.

My point is, kita boleh bersabar, tetapi mesti ada aim.
Takkan boleh nak bersabar sampai bila-bila.
Kena tetapkan satu tempoh sampai bila kita mahu bersabar.
Bila ada aim, barulah ikhtiar tu jadi lebih senang untuk kita rancangkan.
Kalau hanya sabar tak tahu arah, itu yang buatkan seseorang stress "Sampai bila nak sabar?".
Jadi, persoalan "Sampai bila saya nak kena sabar" itu bukan aku yang menjawabnya, tetapi you all.
You yang tentukan sampai bila nak bersabar.
Wajib setkan satu limit. Kalau perlu bersabar, listkan aim sampai bila.

Sampai hujung tahun?
Sampai hujung tahun depan?
Sampai anak-anak dah habis sekolah?
Sampai anak-anak dah kahwin?

Aku ada relatives yang suaminya berkahwin lain.
Tapi dia simpan rahsia tu tak bagi anak-anaknya tahu kerana taknak anak-anak terganggu emosi.
Hanya bila anak-anak semua dah grad, baru dia bagitau yang selama ni setiap kali ayahnya "outstation" sebenarnya ayah balik rumah bini muda.
Begitu sekali dia bersabar tetapi dia letakkan aim until anak-anak habis belajar.
Lepas anak-anaknya habis belajar, dia pindah duduk dengan anak dan serahkan terus suaminya untuk dijaga oleh isteri kedua.
Ambiklah, jaga terus.
Walaupun dia terpaksa menangung sabar yang sangat lama, at least dia ada aim.
Maknanya dia tak plan untuk bersama suaminya hingga akhir hayat.
Dia aim hingga tempoh anak-anak boleh berdikari.  
Maybe dia tahu kalau berpisah awal, ada potensi nafkah anak-anak terabai.
Untuk itu dia bersabar sehingga aim dia completed.

Itulah juga yang aku buat masa nak lepaskan diri dari si anu.
Kalau ikut hati memang nak memberontak, dan nak lepaskan semua.
Tapi, as much as kita mahu ikutkan hati, jangan sampai otak tinggalkan kat belakang.
Kena pilih mana yang menguntungkan.
Kalau perlu bersabar 3 tahun untuk achieve apa aku nak, aku sanggup.
Future aku lebih penting.

Sabar, ikhtiar dan tawakkal adalah tiga perkara yang ada hubung kait. 
Semuanya mesti bergerak secara dinamik. Tak boleh salah satu. 
Sebab itu, dalam setiap ikhtiar, letakkan limit/aim/goal supaya kita tak buat perjara yang sia-sia dan at the same time boleh track productivity. 
Kadang-kadang perkara yang kita kena sabar ni perlu masa yang sangat panjang. 
Maka wajar kita setkan threshold tertentu supaya perjalanan sabar tu jadi lebih tenang-tenang.


2022-11-13

Malas solat


Kalau tak nampak nak baca, meh aku tulis semula tapi aku ringkaskan.
Basically she asked — “Masa Kak Di free hair dulu, Kak Di jaga solat atau “malas”? Saya bertudung dari kecil tapi masih malas solat. Macamana nak istiqomah?”

Iman manusia wajar ada turun naik.
Bila iman turun, kualiti solat wajar berkurangan, tetapi jangan tinggalkan lansung!
Apa maksudnya dengan WAJAR KUALITI SOLAT BERKURANGAN?
Maksudnya, kalau selama ni kita baca surah-surah panjang, atau zikirnya panjang, atau sebelum dan selepas solat kita buat solat sunat -- ketika iman menurun (terasa malas/penat), yang panjang-panjang tu nak skip pun tak apa, tetapi solat fardu jangan tinggal.
Biasakan buat qada solat kerana kita tak tahu bila kita pernah meninggalkan solat.
Maybe masa kecil dulu pernah.
Atau maybe ada solat-solat yang tak berkualiti.
Aku tak pasti if qada' solat ini memadai bagi menggantikan solat yang kita tinggalkan dulu, tapi bak kata seorang ustaz, buat sajalah.
Semoga Allah nilai usaha kita mengqada' tu sebagai ibadah.

Free hair atau bertudung atau cara berpakaian adalah bukti sejauh mana kita mahu taat pada perintah Allah, tetapi tidak ada kaitan dengan solat.
Ada orang free hair, tapi solat fardunya tak tinggal.
Ada yang bertudung litup tapi solat lompong-lompong.
Walau bagaimanapun masing-masing ada usaha untuk meninggalkan kejahatan.
Yang sorang berusaha untuk jaga solat, yang sorang berusaha untuk jaga aurat.
Jangan tengok buruknya, tapi carilah cantiknya.
Insyallah, setiap apa yang kita buat kerana Allah akan dimudahkan.
Yang paling penting, apa pun keadaan kita waktu tu, baik rambut kaler ke, pakai skirt belah sampai nampak seluar dalam ke, baju see thru ke - solat usahakan buat.
Bak kata Prof Muhaya, apapun keadaan kita ketika ini, jika solat yang kita buat itu betul, satu hari nanti solat itulah yang akan bawa kita pada hidayah Allah.

Ada perempuan bila rambut berkaler, otomatik tak nak solat.
Sebab orang kata mewarnakan rambut tak sah solat jadi dia tak solatlah.
Jangan macam tu. Buatlah apa yang kita boleh buat dulu.
Aku pun dulu sejenis rambut merah juga.
Pakaian aku...yang tau tu tau lah.
Apa ajelah yang orang tak kata kat aku.
Siap buat muka pelik bila aku masuk masjid nak tumpang solat dengan pakai skirt.
Ya, aku tahu aku tak beradab masuk masjid pakai macam tu, tapi aku nak bersolat.
Jadi, mana yang lebih penting?

Masa aku rambut merah, bukan takde orang perli-perli "Solat ke ni?". Ada.
Pernah satu masa dulu, kat Masjid Subang Jaya -- tak ingat masjid tu nama apa, tapi kat area Subang Parade.
Padahal Subang Parade dengan Putra Heights (rumah aku) bukan jauh sangat.
Tapi aku dah bajet memang tak sempat nak Asar kat rumah.
Aku stop solat kat masjid tu.
Itu zaman pakai skirt belah depan sampai paha.
Kebetulan hari tu aku pakai skirt tu.
Laju-laju lari bersolat.
Berselisih dengan 2 orang makcik kat tempat wuduk (maybe around 40s macam aku sekarang tapi sebab dulu aku 20s, jadi dorang pangkat makciklah. Hahaha).
Ya ampunnn dia punya toleh siap menjeling kemudian geleng-geleng kepala.
Dia nampak aku serupa setan agaknya.
Aku malas nak bertegur sapa, sebab dah lambat.
Lepas solat, baru perasan 2 orang makcik tu bersolat di belah kanan aku.

Lepas bersolat, aku tak terus bangun sebab aku kan pakai skirt pendek.
Jadi, dengan hanya buka telekung (kain tak bukak), aku touchup muka aku.
Ingat lepas dah touchup baru nak simpan telekung and zasss balik.
Makcik tu sound "Toksah nak mekap-mekaplah, sini tempat solat bukan tempat nak melawa".
Motif?? Macamlah kat tepi dinding tu takde cermin siap ada bench nak letak barang solek untuk touchup.
Entah apa yang dia sakit hati sangat kat aku. Agaknya pakaian aku kot.
Inilah punca orang takut nak bercampur masjid sebab puak-puak malaikat wannabe ni suka nau judge orang.
Patutnya, syukur orang tu walaupun begitu, tetap jaga solat.
Kalau tak boleh nak bercakap yang baik-baik, baik sambung zikir.

Solat ni memang berat. Sangat berat.
Kalau bukan niat kerana Allah, beratnya lebih dari biasa.
Zaman kita skolah dulu ada qiamullail.
Berat nau nak bangun. Sebab? Sebab qiamulail tu atas arahan warden.
Kalau tak datang, kena denda. Tu pasal rasa berat.
Tapi ketika kita bangun solat malam kerana kita mahu buat solat, tak payah pakai alarm pun boleh terjaga sendiri. Insyallah.

Solat memang mesti dipaksa. Tak boleh tinggal. Kena paksa.
Kalau perlu tido dulu kejap, tidolah.
Kalau perlu makan dulu, makanlah.
Asalkan lepas tu boleh solat.
Kadang balik opis 4 pm. Lagi 20 minit dah Asar.
Kalau mengantuk sangat, aku tido dulu.
Biarlah bangun 5.30 pm baru solat.
Bukan apa, kalau aku solat dalam keadaan letih, nescaya solat tu aku buat asal boleh.
Bacaannya ke mana, zikirnya ke mana, silap-silap doa pun malas.
Jadi, lebih baik aku tido dulu.
Tapi jangan amalkan selalu, sebab solat awal waktu lebih baik.

Aku pernah ke HUSM Kubang Kerian dulu, ada kerja di sana.
Masa ni free hair lagi. Tak pakai skirtlah, pakai seluar panjang tetapi baju lengan pendek.
On the way balik, tumpang solat kat satu surau ni.
Tak ingat nama surau. Masa tu dah pukul 6 pm.
Aku nak balik ke Tganu rumah mok. Jadi berenti solat dulu.
Pukul 6 pm, siapa je lah ada kat surau tu kan.
Orang surau semua dah balik. Surau tu sunyi and gelap.
Lone ranger pulak aku bersolat dalam tu. Tak pulak takut.

Lepas solat, ada sorang pakcik tengah sapu-sapu kat tangga, dia tegur. Cakap Kelantan.
Dia tanya dari mana (obvious sangat nampak aku bukan orang local agaknya sebab rambut I is merah).

"Dari Kuala Lumpur pakcik. Datang sini ada kerja kat HUSM. Singgah tumpang solat kejap".

Pakcik tu cakap "Baguslah. Kerja macamana sibuk pun jangan tinggal solat".

Sikit pun dia tak pandang slack kat pakaan aku.
Sikit pun dia tak kondem rambut aku.
Dia lebih fokuskan pada solat aku.
Sampai sekarang aku ingat kisah ni, tapi tak ingat dah muka pakcik tu.
Aku harap itu benar-benar orang la.
Sebab masa aku masuk surau tu, takde orang. Eh seram pulak.
Tapi kalau itu adalah manusia, aku akan jadi saksi depan Allah bahawa pakcik itu pernah berbuat baik pada aku, pernah sampaikan nasihat untuk aku.

Malas solat ni penyakit common.
Dalam Islam, malas adalah sejenis penyakit hati.
Dah namanya penyakit, mesti ada punca dan gejala, kan?
Kalau buat sesuatu yang kita suka, dah tentu tak malas.
Tak makan pun tak apa, sebab kita suka nak buat.
Tapi kalau kena buat perkara yang kita tak suka atau tak selesa, itulah penyebab kenapa kita tend to menunda-nunda kerja.
Jadi kesimpulannya, punca malas adalah bila kita tak sukakan sesuatu perkara.
Malas bersolat tandanya bukan sahaja tak suka bersolat malah solat itu sendiri kita tak suka.
Tak ada ubat untuk malas solat kecuali paksa diri untuk buat.

Aku pernah baca salah sorang sahabat Rasulullah saw cakap "Aku pernah tak terdaya menjalankan solat tahajud selama 5 bulan hanya kerana 1 dosa yang aku lakukan".
Maksudnya kat sini, dosa menjadi punca datangnya rasa malas bersolat.
Kadang-kadang kita tak buat dosa besar pun.
Dosa kecil yang kita pandang remeh tapi dibuat secara konsisten pun boleh menyebabkan datang rasa malas untuk solat.

Solat kena buat. Macamana penat pun mesti buat.
Kalau ada baby yang belum pandai berjalan tu, letakkan saja tepi sejadah.
Biar dia golek-golek situ (letaklah alas, jangan letak buta-buta atas lantai pulak).
Baby ni dia nak nampak muka mak dia je. Asal nampak muka diamlah dia.
Kalau dia nangis pun, biarkan je kejap.
Ada kat tepi kita je kan, bukan pi mana.
Solatlah 5 minit, biar dia melalak situ. Lepas solat angkatlah.

Dulu, walaupun ada bibik, everytime balik dari kerja aku akan bawa Rayyan naik ke bilik.
Time dia belum pandai meniarap, aku letakkan je atas katil. Pastu aku solat.
Time dia dah pandai merangkak, aku letakkan je atas lantai, tutup pintu biar jangan merangkak keluar. Pastu aku solat.
Kejap je. 5 minit done.
Bila dah pandai berjalan, aku ingatkan dia akan merayap jauh. Rupanya tak.
Asal aku solat je dia senggayut belakang badan aku. Bertabahlah. Tapi takpe, maknanya dia ada.

Penat memang penat.
Sekarang ni pun walau anak dah besar-besar tetap penat.
Penat memang takkan habis.
Balik kerja nak sambung masak, malam teman anak mengaji, sambung buat notes, sambung baca buku, etc.
Menjadi manusia memang penatnya takkan habis tapi janganlah sampai tak ada masa nak bersolat.
Itu tanda-tanda musibah bila kita tak diberikan kekuatan untuk beribadah.
Gosok baju can wait. Masak can wait. Tunggu doktor perempuan sambut bersalin can wat (tiber). Makan can wait.
Makan pukul 8 malam dengan makan pukul 11 malam, namanya tetap makan, tetapi solat please jangan tinggal.