2022-05-31

Orang yang pandai manage duit tak akan menyusahkan hidup orang lain.


Ada follower mencurahkan perasaan tentang adik-beradiknya yang terlalu nak berjimat untuk hari tua sampai menyusahkan orang lain.
Sorry, aku tak dapat nak letak conversation tu kat sini sebab panjang dan berserabut.
Hanya aku dah dia je paham.

Isu lebih kurang macam ni aku pernah tulis dulu, tak sure kat blog atau FB sebab aku pun pernah melayan perangai spesis yang nak menabung bagai nak rak tapi takde timbang rasa kat orang lain.
Inilah yang dikatakan, terlampau mengejar dunia.
Jangan ingat orang yang bershopping sana sini saja dikatakan cintakan dunia.
Kalau terlampau berjimat samlai jadi kedekut dan menyusahkan orang lain, juga dinamakan mengejar dunia.
Nampak je macam berjimat, macam pandai manage kewangan, padahal kedekut taik idung masin.
Bab dia, kemut. Bab orang lain, kaut.

Dalam satu hadis ada menyebut "Dunia itu sifatnya menipu".
Maksudnya, jangan tertipu dengan dunia.
Kadang kita rasa macam kita ni berjimat-cermat dan suka menabung, padahal kita sedang sayangkan dunia.

Berjimat tu tak salah.
Menabung tu amalan yang bagus.
Tapi kalau sampai rumah pun tak nak beli, sanggup duduk bersempit-sempit dalam rumah mak bapak yang kecik, kereta dah separuh nyawa pun taknak ganti, ini namanya SAKIT.
Padahal bukan takde duit, tapi sayang sangat dengan duit.
Konon untuk emergency. Untuk simpanan hari tua.
Kot panjang umur. Kot tak?

Simpanan untuk masa-masa terdesak tu memang perlu.
Tapi, patut padanlah sikit dengan keadaan.
Aku tengok life kau dengan kereta semput tu pun dah macam terdesak. Dah patut tukar pun.
Nak tunggu masa terdesak tu terdesak yang bila? Patut pakai duit simpanan tu beli kereta baru.
Ini tak. Kereta semput tu yang dipakainya.
Esok nak balik kampung menumpang kakak abang.
Alasannya mudah - kereta tak sesuai bawak jalan jauh.
Ewah, senangnya hidup? Kau pikir selesa kau je.
Kau tak pikir keluarga kakak abang terpaksa bersempit-sempit dalam kereta semata-mata nak bagi space kat pantat kau yang besar tu.

Itu baru cerita menumpang. Belum cerita menghulur lagi.
Jenis yang berjimat-cermat (padahal kedekut) ni bukan reti hulur-hulur duit minyak ke, duit tol ke.
Karang kalau kita mintak, dia kata kita berkira.
Sesekali menumpang pun nak mintak duit minyak katanya.
Abis tu? Tak nak kalu, pi naik bas.

Aku senang je nak ajar orang macam ni. Memang aku bagi je sedas.
Nanti kat belakang kita dia katalah kita takde timbang rasa, dengan keluarga sendiri berkira, buat keluarga macam orang luar, kedekut - semua ni nanti dia jadikan bahan nak mengumpat kita.
Tapi aku berani potong jari, jenis ni dia takkan berani cakap depan-depan. Why?
Sebab dia takkan sanggup dengar kebenaran yang kita akan tabur depan dia nanti.
Dia takut kita kata dia kedekut, sebab itulah kebenarannya.
Dia takut kita kata dia takde common sense, sebab itulah kebenarannya.
Dia takut dengan fakta yang dia sebenarnya hidup menyusahkan orang lain.

Nak cerita pasal duit, this is something complicated to talk about.
Dalam menguruskan keperluan yang melibatkan duit, kita selalu disarankan supaya berhati-hati, supaya jangan overspend dan jangan lupa buat simpanan untuk hari tua.
However, it turns out that there are two types of people in terms of how they manage kewangan.
Yang satu berjimat, yang satu lagi kedekut.
Sekali imbas nampak macam takde beza sebab dua-dua ni mengamalkan konsep suka menyimpan.
Hakikatnya, ada beza yang besar.

Yang pertama, orang yang berjimat takkan menyusahkan hidup orang lain.
Manakala orang kedekut bersifat pentingkan diri sendiri.
Nak berjimat sangat, dibelinya kereta kecik.
Tapi bila time nak berjalan jauh, pinjam kereta adik-beradik dengan alasan kereta besar selesa untuk jalan jauh.
Anak-anak lebih selesa duduk lama-lama dalam kereta katanya.

Nampak tak perangai orang kedekut macamana?
Dia bukan takde duit tau. Siap boleh pergi bercuti lagi.
Apalah salahnya sewa kereta untuk kau jalan anak-beranak.
Ini tak. Nak jugak meminjam kereta adik-beradik.
Ini bukan apa, kalau pinjam kereta adik-beradik, tak payah bayar sewa.
Pastu buat post "Tips melancong 6 hari 5 malam dengan hanya RM500". Pirahh.
Tang dia pinjam kereta adik-beradik dia tak cerita.
Konon macam pandai manage duit, pahahalll.

Tu namanya sakit otak!
Memanglah kau tak pinjam kereta tu selalu.
Tapi SELALUNYA, asal nak jalan jauh kau pinjam, kan?
Dah tau anak makin membesar, berderet pulak tu, pergilah beli kereta baru hendaknya.
Orang macam ni dia tak tahu beza antara membazir dengan investment.
Bagi dia, beli kereta baru tu membazir. Pakai je lah kereta kecik.
Sebab bukan selalu jalan ramai-ramai katanya.
Kereta yang ada tu pun hanya dia guna untuk pergi kerja.
Tapi setiap kali nak berjalan sekeluarga, pinjam kereta orang.
Lepas tu bila orang dah mula berkata-kata, dare pula cakap "Jangan sombong dengan harta".
Halah-halahhh play victim pulak.
Sejenis Amber Heard kau ni.

Lagi satu jenis yang dah tau nak berjalan-jalan, tapi tak put aside duit untuk kos penginapan.
Datang melancong anak-beranak tapi tumpang rumah sedara-mara sampai berhari-hari.
Lepas tu buat rumah orang macam hotel, sukati dia nak balik pukul berapa.
Dah satu hal tuan rumah kena bangkit dari tido semata-mata nak bukakkan gate untuk kau.
Bershopping bukan main banyak tapi tido hotel taknak, nak jugak tido free.

Jangan ingat semua yang katanya pandai simpan duit ni benar-benar tau uruskan kewangan, ya.
Kebanyakannya feeling je.

Orang yang kedekut selalu minimize-kan keperluan.
Dia akan kurangkan keperluan sebanyak yang boleh supaya tak payah spend banyak.
Selagi boleh share hak orang, dia akan take advantage.
Bila orang dah mula berbunyi, dia katalah orang tu tak ikhlas, takde tolak-ansur, berkira dengan dia, dengki dengan dengan dia, etc.
Nak dengki apa dengan kau?
Ce cakap apa benda yang kau ada yang aku nak dengki?
Nak dengki dengan kebodohan kau ke camana.

Dulu pernah orang viralkan kisah sorang budak yang "pandai berjimat" sampai boleh buat rumah sendiri.
Rumah yang dia buat tu takdelah besar sangat, just nice untuk sefamili.
Rupanya berjimat atas kepayahan orang lain.
Melalui ceritanya, aku boleh rasakan ada orang yang terpaksa berkorban semata-mata kerana dia nak merealisasikan impian.

Kisahnya, menumpang rumah mak bapak selama 10 tahun selepas berkahwin.
Padahal mak bapak duduk flat saja.
Standard kalau dah namanya flat, besar manalah sangat.
Paling banyak pun 3 bilik, itu pun kecik.
Aku pernah menyewa rumah jenis ni jadi aku tau bilik besar mana.
Alangkan aku, En Wan, bibik Yani and Redza yang masa tu umur 1 tahun pun dah terasa sempit.
Inikan pulak 5-6 orang dewasa dengan anak-anak (cucu) duduk sekali.
Boleh bayanglah dia punya sesak macamana.

Dalam cerita budak tu, dia kata adik-beradik semua memahami.
Adik-beradik tak kisah kena tidur hall bertahun-tahun.
Ya ampunnnn, selfishnya!
Of cos adik-beradik takkan berbunyi sebab kau anak sulung, tapi tak bermakna dorang tak mengutuk dalam diam.
Inilah namanya terlampau "berjimat" sampai menyusahkan orang lain.
Hanya semata-mata kau nak realisasikan impian untuk buat rumah "banglo", maka semua orang kena bertimpa-timpa dalam satu rumah selama 10 tahun.
Lepas tu bangga canang betapa kau pandai manage duit dan berjaya buat rumah banglo di usia muda. Seriously?

Bukan main bangga budak tu cerita berjaya buat rumah banglo 4 bilik.
Setiap anak dia (3 orang) ada bilik sendiri.
Dah la 'mengorbankan' keselesaan orang lain selama 10 tahun demi nak realisasikan banglo kau tu, alih-alih buat 4 bilik cukup-cukup untuk kau anak-beranak je.
Takde terfikir ke nak buat satu bilik untuk guest datang tido, kot adik-beradik nak bertandang?
Halah halah, perangaiiiii.
Perangai orang kedekut memang macam ni, dia pikir untuk dia je.

Berbeza dengan orang yang pandai menguruskan duit, they know how to priotize things and dia tau apa yang dia wajib beli.
Dia tahu anak semakin ramai, dia tukar ke kereta besar sikit.
Dia tahu anak semakin membesar, maka dia berpindah ke rumah yang lebih selesa.
Dia tahu berjalan-jalan bawa famili bukan selalu, maka dia simpan duit untuk bawa anak-anak tidur hotel, bukan tido rumah sedara-mara berhari-hari.
Dia tahu ofis buat pot luck hanya setahun sekali, maka dia spend lebih sikit order laksa Johor.
Ni tak, asal pot luck je, balik-balik muka kau jinjit pisang.
Tapi makanan orang lain bawak kau tala cukup-cukup macam tak penah makan, siap tapau bawak balik.

Lagi satu perangai kedekut yang bajet-bajet berjimat ni, dorang susah nak keluarkan duit.
Nama pun kedekut, kan.
Kalau ajak tong-tong makan sedap-sedap, bukan main liat.
Cuba kalau dibelanja, dia yang mencekik paling banyak.
Oh, this is not about ikhlas or tak ikhlas, tapi nak tunjuk beza perangai orang yang pandai manage duit dengan orang yang tak pandai manage duit.
Jangan kita ingat asal berjimat, asal suka menyimpan, namanya pandai uruskan kewangan.
Kalau tak membebankan orang lain, yes kau pandai.
Tapi kalau kau kaya dengan menyusahkan orang lain, pegilah mati.

Yang preach pasal money management ni lagi satu.
Kalau life dia pun hauk, jangan berdegar-degar cakap pasal money management depan aku.
Pengurusan kewangan bukan semata-mata menyimpan, sometimes it really can be better to spend than to save.
Ada duit, penuhi basic needs dulu.
Beli rumah, beli kenderaan yang selesa untuk keluarga.
Ada lebih, sesekali go spend on valuable life experience.
Jangan asik pikir nak menyimpan dan menambah duit je.
Buy memories. Invest time dengan family, pergi jalan-jalan.
Invest time dengan friends, lepak-lepak have good food and chit chat.
Sesekali belikan hadiah.
Bila dah tua esok, bukan duit je yang kita perlukan tapi network dan bond yang strong dari keluarga dan kawan-kawan.


2022-05-30

Berebut makan KFC.


Semalam aku nampak orang share post FB orang ramai berebut nak ambil KFC dari penganjur satu majlis raya.
Tak sure majlis di mana.
Macam-macam netizen komen.
Ada yang kata ini sikap orang Malaysia, suka barang free.
Ada yang kata agaknya dorang ni orang susah.
Nak tergelak pulak aku baca.
Asal berebut macam tak cukup makan, semua dibantainya orang susah.
Ingat Malaysia ni macam mangsa kebuluran kat Afrika tu ke sampai nak berebut-rebut makanan.
Ini isu sikap. Bukan kerana susah. Kerana sikap.
Benda free katakan.

Aku masa kecik dulu pun orang susah. Tapi tak kebulur pun.
Takdelah sampai nak berebut makanan.
Datang majlis kawan yang have-have pun takde nak menggelapu sauk makanan sana sini macam tak cukup makan.
Situasi macam ni senang jumpa kat hotel theme park.
Kau tengoklah nanti masa buffet breakfast.
Kebanyakannya macam tak pernah jumpa makanan.
Berebut satu hal, ambik makanan sebanyak-banyak ada satu hal lagi.
Makanan berselipat kat tepi kaunter dengan lantai pun satu perangai lagi.
Ini semua SIKAP.

Dulu jarang dapat makan KFC.
Nak makan KFC kena bersebab.
Kalau exam tak dapat nombor 1,2 atau 3, jangan haraplah Mak Aji atau Pak Aji nak belikan kitorang adik-beradik KFC.
Dapat tengok iklan KFC je lah.

Betapa KFC tu satu meal yang luxury 35 tahun dulu.
Seingat aku, dulu di KFC makan dalam plate.
Siap bagi pisau ngan garfu.
Tak main la sudu plestik ni. Sudu besi, ok?
Ko bayangkan makan KFC dengan pisau and garfu.
Hazab aku nak settlekan seketul peha.
Tu nasib baik kalau dapat peha. Kalau dapat wings? Jenuh aku nak korek isi.
Penyudahnya ayam bersepai, aku tak kenyang-kenyang.
Belum lagi dengan bunyi pisau garfu berlaga-laga.
Kejap-kejap Mak Aji menjeling pandang aku.
Asal terbunyi sikit je, menjeling kat aku.
Stress gila makan KFC.
Tak berbaloi betul rasanya dapat nombor 1 tapi makan dalam keadaan stress 😆.

Tapi itulah hakikatnya.
Padahal KFC takde lah mahal mana pun dulu.
Tapi sebab bukan dari keluarga senang, jadi terasa mahallah juga.
Sebab tulah nak makan KFC pun kena bersebab.

Masa KFC baru buka kat Kajang, everytime Pak Aji cakap nak pi Kajang, kitorang mesti nak ikut dengan harapan dapat makan KFC.
Walaupun tahu dah potensi nak dapat makan KFC tu veruy unlikely, tapi manalah tau khennnn.
Mana tau Pak Aji ngan Mak Aji tiba-tiba kesian tengok muka anak-anak selenga semacam, untung-untung dapat makan KFC.
Dapat tak dapat belakang cerita, janji usaha ikut.

Parking kereta dah cun dah betul-betul depan pintu KFC, tapi rupanya melintas depan kedai KFC je.
Rupanya mak bapak aku nak gi Great Wall ambik belanja barang-barang dapur.
Aku dengan Ima sengaja je jalan slow-slow depan KFC sebab nak ambik bau KFC, jadiklahhhh.

Sekarang, Redza and Rayyan sampai tak lalu dah bila aku bawak balik KFC.
Dorang dah sampai level muak.
Mak dorang ni je belum pernah bosan lagi dengan KFC.
Aku boleh makan KFC hari-hari. Belum boring.
Harap-harap takkan boring. Sebab KFC sangat sedap.

Dulu everytime dapat result exam yang bagus, aku adik-beradik jarang nak mintak hadiah selain dari makanan.
Kalau hadiah tu, sorang je dapat.
Tapi kalau makanan, sama-sama boleh dapat.
Mak bapak aku takkan sampai hati nak bawak aku sorang makan KFC ye tak?
Mestilah angkut adik-adik aku sama. Jadi sama-sama dapat makan.
Dulu aku dengan Ima seronok kalau salah sorang excel dalam exam.
Tau dah malam tu mesti dapat makan best punya.
Tak KFC, satey Kajang. Heaven!

Dulu KFC je lah fast food yang ada.
Itu pun kat Kajang.
Bandar Baru Bangi apa je lah yang ada kat situ. Jin bertendang ada la.
Bila pegi KL nampak McD and AnW, masing-masing memandang dengan penuh rasa kagum.
Everytime tengok orang masuk AnW, aku selalu rasa orang tu kaya.
Makan dalam kedai beraircond kot, haruslah orang have-have je mampu.

Ada satu kali tu dapat masuk AnW.
Masing-masing baru dapat duit raya, kitorang cakap takpelah, kitorang belanja mama papa makan. Gituuu.
Bila dah masuk, tak tau nak order apa 😆.
Nak order hotdog, tak reti makan.
Nak menyebut pun tak lepas.
Nak order burger, takut tak sedap.
Karang tak habus kena luku dek Mak Aji pulak.
Terbayang-bayang suara Mak Aji "Nak sangat masuk, kan? Nak sangat makan, kan? Kau makan sampai habis. Tak habis, siap!"

Apa ntah aku order, tapi makanan yang selamatlah. Ayam kot.
Tengah-tengah makan nampak orang sebelah makan hotdog, eh macam sedap pulak.
Nampak orang makan waffle with ice cream, melopong tengok.
Aku jadi sangat jakun.
Apa benda orang tu makan?
Naluri budak-budak ada rasa ingin tau yang tinggi.
Lalu aku tanya Ima "Dia makan apa tu?"

Tak sempat Ima nak jawab, aku dah kena tengking dek Mak Aji ""Macam tak penah makan!".
Lah, memang tak pernah makan pun tu pasal aku tanya 😆.
Maybe Mak Aji malu bila anak dia macam peghak masuk AnW semua benda tak pernah makan, tu pasal aku kena tengking.
Now, AnW tu dah macam tempat wajib masuk everytime aku balik Terengganu.
Kalau AnW Batu Burok tu ada sistem point, banyak dah point aku agaknya.
Tapi sampai sekarang masih tak reti makan burger AnW.
Makan hotdog pun mintak yang classic with no ketchup.
Buta-buta roti and sosej je.
Kalau order Spicy McChicken Mc Donald, aku mintak yang no sayur and no mayo.
Hanya roti and ayam saja.

Masa aku Form 2 aku dapat nombor 1.
Excited balik nak bagitau Mak Aji aku dapat nombor 1.
Sebab tak pernah dapat nombor 1 selama ni.
Tahun tu aku paling terer. Hahaha.
Aku expect dapatlah hadiah yang best sikit.
Masa tu kan dah remaja.
Nampak kawan-kawan pegi latihan sukan pakai sport shoe, bawak walkman, teringin gak nak ada satu.
Tapi jauh sangatlah mimpi aku nak dapat walkman tu.
Aku cuma dapat makan satey Haji Samuri je malam tu.
Itulah hadiah sempena dapat nombor 1.
Masa tu aku terfikir, kalaulah hadiah nombor 1 hanya dapat makan satey, nombor berapa lagi aku nak kena pulun untuk aku dapat walkman?
Maka, itulah nombor 1 terakhir dalam hidup aku.
Aku dah malas kejar nombor dah pastu.
Aku santai-santai je sudeyyy 😆.

Aku start bermaharajalela dengan KFC di zaman matrik.
Dah pegang duit sendiri katakan (duit MARA), terasa diri kaya kejap.
Asal duit masuk je, KFC. Asal ada duit je, KFC. Asal KFC je, maknanya aku ada duit.
Memang aku ni kejenya makan je.
'Asuhan' sejak kecik tak disogokkan dengan hadiah-hadiah, membuatkan sampai dah ke tua ni pun tak kisah tak dapat hadiah untuk tarikh-tarikh penting.
Bawa je aku pi makan, settle.




2022-05-28

Mula-mula aku rasa ini adalah nikmat. Lama-lama aku realized ini sebenarnya ujian.


Sekarang Subuh kat tempat aku dah 5.49am.

Sejak seminggu dua ni aku selalu terfikirkan sesuatu bila Subuh.
Lebih-lebih lagi waktu hari berkerja.
Subuh 5.49am, around 6.10am dah ramai jiran-jiran aku keluar pi kerja.
Terdetik jugak dalam hati, cepat gila kau solat.
Rasanya orang masjid pun tak habis solat lagi ni.

Bukan apa, teringat kat diri sendiri.
Tahun 2003, aku kerja di KL, di Prudential Jalan Sultan Ismail.
Aku sebagai Medical Underwriter.
Waktu tu belum ada lesen walaupun dah ada kereta Kancil, Mak Aji belikan.
Aku takde pilihan melainkan naik komuter.
Ofis start 8.30am. Kalau dari Subang Jaya, aku kena catch train 6.30am.
Ini train paling lewat aku kena ambil.
Lewat dari 6.30am, maknanya punch kad aku merah.

Waktu ni aku duduk di USJ21.
Dari USJ 21 nak ke stesen komuter Subang Jaya tak dekat, ya.
Dengan berapa banyak traffic lite kena tempuh.
Traffic lite semuanya simpang 4 pulak tu.
Paling lewat aku keluar rumah pukul 6am.
Itupun seram sejuk takut sangkut kat mana-mana.
Cara-cara keluar 6am pun masih kena berlari nak beli tiket, nak melintas jejambat (sebab train ke KL adalah di seberang sana).
Dibuatnya train buat gila sampai awal 5 minit, mahu tersungkur aku berlari nak kejar.
Usain Bolt pun kalah kalau berlari dengan aku time ni.
By the time masuk dalam komuter, ketiak aku dah lecak.

Apa yang aku nak cerita ni, sepanjang kerja di kat KL, aku banyak qada' Subuh and Maghrib.
Dulu aku siap ada buku untuk log solat supaya aku ingat solat mana yang aku belum qada.
Lebih kurang aku tulis macam ni:

Isnin: Subuh
Selasa: Maghrib
Rabu: Subuh
Khamis : Subuh

...and the list goes on.

Kerja aku asyik lah mengqada' solat.
Kadang-kadang terbabas ke minggu depan baru sempat qada' Subuh minggu ni.
Lepas 9 bulan, aku resign.
Aku tak rasa ini life yang aku nak.
Terkejar-kejar, balik kepenatan, balik hanya untuk tidur, esok bangkit awal ulang rutin yang sama, etc.
Lagipun aku tak pernah imagine diri aku ada sangkut-paut dengan KL.
Aku tak rasa sanggup nak berulang dari Subang Jaya ke KL bertahun-tahun. Jadi aku quit.

Berhenti dari Prudential, aku dapat kerja di USJ7, company Biotech.
Inilah company Biotech pertama aku kerja.
Dekat dengan rumah, 10 minit je. Masuk 8.30am.
Aku keluar dari rumah rilek je tenang-tenang pukul 8.10am siap boleh berhenti tepi jalan tapau mee goreng.
Ofis dekat, tak payah lalu tol, pakai Kancil minyak save.
Syurga betul rasanya dapat kerja dekat dengan rumah. Kerja Sales and Marketing.

Tetapi, company ni chinese punya.
Surau tak disediakan.
Nak solat, kena solat dalam store.
Tapi disebabkan aku banyak habiskan masa di luar ofis, solat tak menjadi masalah sebab aku boleh singgah mana-mana surau time jumpa customer.
Selalunya, aku tumpang surau universiti.
Tak pun kalau ada kerja kat Bangi, aku balik jap rumah Mak Aji untuk solat.
Masa ni Mak Aji masih berkerja, tapi dia selalu tinggalkan kunci dalam kasut.

Kali ni ujiannya berbeza.
Walaupun masa untuk solat tu ada, aku masih terkejar-kejar.
Tau je lah kan, kalau dah jumpa customer tu bukan boleh fixkan masa.
Kena pulak time customer ajak bersembang sampai 2 jam, ke laut lagi solat aku.
Lepas habis customer A, rush pi customer jumpa B pula.
Kadang-kadang ada gap setengah jam je.
Mana nak solat, mana nak bersiap semula, mana nak bawak kereta berkejar ke next customer, mana nak melilau carik parking lagi.
Time ni kalau solat pun sekadar solat buat cukup syarat supaya tak payah qada'.
Solat laju-laju. Doa dan zikir takde. Khusyuk jauh sekali.
Buat sekadar cukupkan syarat dah bersolat.

Tahun 2005 aku naik jadi Sales Manager.
Masa ni anak-anak buah pula yang lebih banyak buat sales.
Aku hanya pegang key account. Legalah sikit.
Company pun dah berpindah ke tempat yang lagi besar, and disediakan surau. Alhamdulillah.

Tahun 2007, aku jump ke company lain.
Dalam company ni aku sorang je Islam.
Bilik solat tak ada. Kena solat dalam store.
Tapi store bersih siap ada aircond sebab kebanyakkan kit perlukan suhu sejuk.
Lagi sekali aku terpaksa lalui situasi 'solat cukup syarat'.
Terkejar-kejar nak solat.
Kadang-kadang terbabas, balik rumah qada sampai 3 waktu sekaligus!

Di company ni aku Head of department.
Key account company ni jauh lebih banyak.
Kerja aku dah tak tentu masa.
Balik pukul 11pm tu biasa.
Dah lah balik lambat, sambung buat kerja kat rumah lagi sampai 2 pagi.
Gaji lebat, komisyen aku sedap.
Tapi deep down aku tak tenang.
Macam incomplete. Aku mudah rasa lost.

One day, ex-bos aku email selepas hampir setahun kitorang tak berhubung.
Lepas 2-3 kali jumpa and talk about future, aku nekad resign.
Kitorang setup company sendiri, which is XZIZ Biotech sekarang.
However, setahun selepas company ni wujud, partner aku resign sebab nak ikut suami ke UK.
Terkontang-kanting aku.
Tapi alhamdulillah dari tahun 2008 sehingga sekarang, I am still here.

Tahun pertama tu sakit sikit la sebab dah biasa gaji sedap tetiba kena ambik RM1500 je sebulan sebab nak cut cost kat banyak benda.
Tahun kedua dah selesa banyak.
Tahun 2010 aku pindah ofis ke Putra Heights, laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagiiii selesa banyak. Dari tingkap ofis dah boleh nampak bumbung rumah aku.
Pulak tu aku ada pilihan nak masuk opis pukul berapa, nak balik pukul berapa, nak masuk opis ke tak, nak solat kat surau or dalam bilik sendiri, nak solat kat opis atau balik rumah kejap.
Happy.

Mula-mula aku rasa ini adalah nikmat.
Lama-lama aku realized ini sebenarnya ujian.
Dan betullah ujian kesenangan tu lebih susah sebab seringkali kita rasakan itu adalah nikmat.
Allah bagi aku bisnes sendiri, ada company sendiri, ada staff yang boleh assisyt aku, ofis dekat dengan rumah - Dia sebenarnya sedang menguji.

Seolah-olah DIA kata "Now aku bagi kau ofis dekat, bisnes sendiri tak peru terima arahan majikan, sekarang kau tak ada masalah masa. Aku nak tengok apa lagi alasan kau".

Tak ada alasan untuk tak solat awal waktu.
Tak ada alasan untuk tak berzikir lepas solat.
Tak ada alasan untuk tak baca Quran lepas solat.
Tak ada alasan untuk tak buat solat sunat lepas solat fardu.

Sungguh, memang tak ada alasan dah.
Nak pulak sekarang aku lebih banyak work from home. Lagilah takde alasan.

Bila nampak jiran keluar kerja pagi-pagi Subuh, buatkan aku rasa segan kalau aku sama-sama terkejar sedangkan aku tak ada alasan untuk terkejar-kejar.
Jiran tu terkejar-kejarnya mungkin berpahala kerana dia ada amanah lain untuk dipikul.
Aku kalau sama naik terkejar-kejar juga for no reason, mungkin aku dapat terkejar-kejar yang sia-sia.

Orang yang makan gaji mungkin berat sikit nak bangun pukul 4 pagi solat sunat.
Mereka penat, perlu rehat sebab kejap lagi lepas Subuh dah nak keluar berkerja.
Bukan tak boleh. Boleh.
Tapi aku pernah kerja makan gaji.
Memang berkira-kira nak bangun awal sebab takut mengantuk di ofis.

Tapi kalau aku yang tak payah terkejar-kejar ke tempat kerja masih lagi susah nak bangun awal, apa alasannya?
Orang yang berharta akan disoal kelak apa yang dibuat dengan hartanya.
Orang yang berilmu akan disoal apa yang dibuat dengan ilmunya.
Orang yang ada kelapangan masa juga disoal apa yang dibuat dengan kelapangan masanya.
Jadi aku harap aku dah pun menjawab soalan 2-3 orang reader sebelum ni yang tanya kenapa aku bangun pagi awal sangat.

Mungkin nilah yang dikatakan ujian Allah tak sama.
Nampak macam nikmat, padahal satu ujian.
Ujian kelapangan waktu ni nampak best di mata, tapi berat bahu yang memikul.
Nampak macam "Kau takpelah, kerja sendiri. Boleh masuk kerja pukul 10am".
Tapi kalau kelebihan itu buatkan kita bangkit tido pun lambat, Subuh pun gajah, makin takde masa nak mengaji - ini bukan nikmat, tetapi musibah.

Jangan menilai rezeki itu pada wang ringgit semata-mata.
Rezeki datang dalam perbagai bentuk, dengan pelbagai cara.
Orang yang kita nampak pagi-pagi gelap dah tersekat dalam jem, kesian kita kata.
Tapi dari sudut pandang yang lain, setidak-tidaknya Subuhnya pasti di awal waktu sebab dia kena bangun awal untuk ke ofis.
Itu rezeki yang besar tu.

Kadang kita tengok life orang tu macam best, macam boleh bersantai-santai, kita mahukan life seperti tu. 
Tapi boleh jadi kita sebenarnya belum bersedia untuk lalui bebanan ujian itu.
Allah lebih tahu, kan.
Boleh jadi kalau kita dapat life seperti dia, kita jauh lebih hanyut. 

Aku tak tahu if apa yang aku ada sekarang satu kelebihan atau kekurangan.
Aku cuma harap aku gunakan peluang ini sebaiknya supaya menjadi hujah kuat aku di depan Allah esok.
Aku doakan kalau ada sesiapa yang sedang berada dalam situasi aku dulu 'solat cukup syarat', mudah-mudahan Allah angkat kesempitan tu dan beri kemudahan melakukan ketaatan.
Insyallah, bila kita dulukan urusan Allah, Dia akan uruskan yang lain-lain.


2022-05-27

Smart people know when to play stupid.


"Kenapa Kak Di tak buat email baru?"

Post semalam tentang aku pakai khidmat Muni untuk send and receive email En Wan.
Aku baca soalan ni, senyum.
Dari soalan tu aku boleh predict anda telah melalui sejarah percintaan yang selamat.
Tahniah, kerana anda tak bercinta dengan orang yang bermasalah. Syabas! *tepuk bahu*

Kalau kau bercinta dengan manusia seperti Amber Heard, buatlah 10 email baru pun, dia boleh tahu juga akhirnya.
Orang macam ni, pelik.
Kita yang normal ni takkan terfikir nak korek berapa banyak email pasangan kita ada.
Jangankan kata nak korek, nak ambik tahu pun malas.
Sejak kawen dengan En Wan, wallet dia pun aku pernah kelebet.
Entah ada surat nikah lagi satu ke ntah.
Lagikan henfon. Lagikan PM atau DM di FB.
Password FB and IG dia pun aku malas nak tanya.
Itu tanda aku sihat. Hahaha.

Lain jadinya orang-orang seperti Amber Heard.
Kau rasa kalau buat new email dia tak tahu? Dia boleh tahu!
Cara apa dia tahu aku tak tahulah sebab aku tak mental.
But somehow dia boleh tahu.
Sebab itulah bila email aku kena hack, aku stop hantar email kat En Wan.
Padahal masa ni aku dah 'diceraikan' oleh dia.
Tapi sejenis Amber Heard, dia yang provoke kita tinggalkan dia, bila kita tinggalkan, dia play victim and spin "Mana ada saya setuju?". Kimek.

Sebab tu aku pilih Muni. Why Muni?
Kenapa bukan Dusty Pink Tits?

Sebab yang pertama, Dusty Pink kawan-kawan rapat.
Aku tak nak kawan-kawan aku tahu kisah cinta yang tragis ini.
Masa ni kawan-kawan aku tak tahu aku ada 'masalah'.

Sebab yang kedua, Muni bukan kawan rapat.
Aku perlu someone yang tak rapat dengan aku supaya takde siapa syak Muni adalah posmen aku.

Walaupun bukan kawan rapat, Muni selalu datang lepak bilik aku dulu.
Sebab aku pun selalu datang bilik dia.
Tapi dulu aku datang bukan untuk jumpa dia tapi jumpa kawan satu course. Muni fakulti lain.
Yang buatkan kitorang boleh klik sebab Muni rajin tulis cerpen (tapi tak pernah publish di mana-mana).
Dia suka share tulisan dia kat aku. Aku suka baca. Ngamlah tu.

Bila aku dilanda masalah, aku bagitau Muni problem aku.
Aku rasa Muni antara orang terawal tahu problem aku.
Even Dusty Pink masa ni tak clear lagi keadaan aku.
Aku bagitau Muni surat-surat aku dah mula hilang dari pigeon hole.
Walaupun En Wan hantar ke nama lain, tetap hilang.
Just imagine betapa gigih dia check pigeon hole dari huruf A sampai Z.
Kalau aku, tak terpikir surat tu akan dihantar ke nama lain.
Tapi dia boleh terfikir. Gigih hari-hari check.

Muni suggest En Wan email kepada dia.
Fakulti dia ada computer lab sendiri.
Takde siapa syak kalau hari-hari dia check email.
Fakulti aku takde lab komputer. Lab biotek banyaklah.
Kalau aku nak check email kena pi library.
Kalau kerap sangat dia nampak aku ke library untuk check email, that will trigger him.
Aku taknak create benda tu.
Aku taknak masuk library pun. So Muni adalah pilihan terbaik.

Smart people know when to play stupid.
Ya, biarlah nampak bodoh padahal tengah observing and planning.
Biar nampak macam tak reti buat keputusan, padahal sedang memikirkan jalan terbaik untuk selamat.

Korang followlah trial JD and AH nanti korang tahu macamana rasanya hidup dengan orang seperti AH.
Kau takde pilihan melainkan play stupid, kena banyak diamkan diri, biarkan dia nak buat apa saja.
Because kau penat nak bertekak dan malas nak layan drama dia.
Nothing is simple around orang macam ni.
Aku jadi penat. Bila dah penat, lantak kaulah nak cakap apa pun, aku diam je.

Orang seperti AH kalau berdrama memang luar jangkaan.
Aku tengok trial AH sangat boleh relate.
Bukti dah nyata pun dia masih deny.
Mati-mati punya deny ni.
Lepas tu nangis, cakap dia mangsa keadaan.
Somehow orang macam ni akan spin the story, jadikan story tu convincing enough untuk orang nampak kaulah punca segala-galanya.
Saling tak tumpah dengan si anu tu.
Dah kena caught red handed dengan member pun masih nak deny pastu buat muka toye tak bersalah.
Hujung-hujung dia kata aku punca dia bersikap macam tu.
Konon dia sebenarnya budak baik tapi sikap dia berubah kerana stress dengan aku.
Lah?? Kau yang buat jenayah aku yang kena?

Kalau kau dengar trial AH semalam, tengoklah how dia mencebik-cebik macam nak nangis tapi setitik airmata tak keluar.
Berlakon pun bodoh.
Dia kata sejak trial ni kerap dapat ugutan bunuh.
Dah tu, kau yang start siapa suruh.
Kalau kau tak start, orang pun tak hingin nak ambil tahu pasal kau, let alone nak membunuh.
Tapi aku tak percaya AH dapat ugutan bunuh. Sumpah tak percaya.
Dorang ni berhalusinasi tau.
Berangan ramai orang petarikann dia, ramai ambil tahu pasal dia, ramai orang dengkikan dia, ramai orang nak jatuhkan dia.
Halah halahh, nak jatuh kau apa, kau memang dah kat bawah pun. Feeling!

Hidup seorang narcicist macam tu lah.
Selalu anggap diri sempurna dan tak bersalah walaupun terang-terang dah salah.
Suka pass blame kat orang lain.
Bila tak dapat buktikan diri di pihak yang betul, dia pusing cerita kita punca semua tu terjadi.
Dia tak dapat job, orang lainlah penyebabnya.
Dia tak dapat attention, orang lainlah penyebabnya.
Dia tak lulus exam pun orang lain penyebabnya.

Si anu tu fail aku yang disalahkan.
Dia tulis email kat mak aku, tunjuk result dia yang hauk tu and cakap "Sebab dialah saya dapat 1 pointer. Makcik kena bertanggungjawab".
Eh dah mak aku pulak kena bertanggungjawab. Barua.

Narcicist macam ni lah.
Dia akan buat apa saja asalkan intention dia terpenuhi.
Jangan haraplah kau nak tengok dia mengaku salah.
Walau bukti dah jelas pun, dia takkan mengaku.
Sebab tu aku faham kenapa JD pada awalnya malas nak saman AH.
Sebab dia tahu AH takkan mengaku punya.
Kau letaklah bukti penuh satu court pun, dia akan buat muka kejung konfiden "berani kerana benar".
Masalahnya banyak bukti tunjuk kau salah. Takyah nak konfiden sangat.

Tak salah aku trial JD dah habis semalam.
Now tengah tunggu keputusan juri.
Kes defamation selalunya payah nak dibuktikan.
Kalau JD menang, memang tepat pada waktunya.
Kalau JD kalah, there's something wrong with the system.
Katakanlah AH menang pun, she's going no where.
Nak berlakon? Sape je lah nak ambik dia.
Dia dapat Aquaman tu pun sebab JD lobby pengarah.
Ke mana-mana pergi lepas ni konfem orang maki.
Lebih baik kau jangan menanglah. Mati murung kau nanti.


2022-05-26

Anak aku dah cecah 18 tahun. Aku jadi takut kalau dia jatuh cinta.


Tahun ni Redza umur 18 tahun.
Masa aku umur 18 tahun, aku dah start bercinta!
Ya ampunnn, kenapa dulu aku tak rasa pun aku gatal budak-budak lagi dah bercinta?
Kenapa bila anak aku dah cecah 18 tahun aku jadi takut kalau dia jatuh cinta?

Selalu aku cakap kat En Wan takutnya kalau esok Redza sambung blaja, tau-tau dah bercinta.
En Wan selalu marah aku "Biarlah dia dah besar. Sampai bila nak duduk celah kita je?"

Ya, aku tahu tu.
Aku tahu anak-anak ni macamanapun esok akan terpisah dari kita juga.
Kalau tak dia yang keluar rumah selepas kawen, maybe terpisah bila kita mak bapak mati dulu.
Cuma, entahlah. Masa aku 18 tahun rasa happy bebas dari rumah, sambung blaja jauh-jauh dari mak bapak. Lagi jauh lagi best.
Bila tang anak sendiri, nampak dorang macam masih kecil lagi di mata kita *nangis*.
Macam apesal kejap sangat korang membesar ni?
Aku dulu nak tunggu besar jenuhnya menunggu. Lama betul rasa 😆.

Aku bercinta buat pertama kalinya masa umur 18 tahun, kat matrik.
Umur-umur Redza ni lah.
Gatal pulak rasanya baru umur 18 dah bercinta.
Tapi lagi gatal korang, kan.
Kat sekolah lagi dah bercinta. Hahahaha.

Kadang aku terfikir what if one day, Redza bagitau aku dia tengah couple dengan sorang budak perempuan kat U?
Atau tup-tup je dia bawak balik awek dia ke rumah jumpakan dengan aku like what I did masa bercinta dengan ex aku dulu?
Tapi kan, segarang-garang Mak Aji, bila aku tunjuk kat dia gambar ex aku (masa tu bf lah), Mak Aji senyum je.
Tanya aku budak ni orang mana, dulu belajar kat mana, mak bapak kerja apa.
Sikit dia tak marah. Pelik pulak aku.
Maybe sebab Mak Aji berkerja di universiti.
Dia biasa nampak dah budak-budak U bercouple.
Maybe dia rasa ini adalah waktu yang normal untuk bercinta.
Ataupun Mak Aji tak marah kerana bersyukur anak dia laku gak. Kahkahkah.

Dulu masa aku kenal cinta, excited sangat.
Excited nak share the happy news dengan Mak Aji.
Aku tak sure apa sebenarnya isi hati mak aku bila aku cakap aku couple dengan budak ni.
Now, membayangkan yang one day Redza akan kenalkan aku dengan awek dia, dah buatkan aku sebak.

Sejak Redza ada kat rumah, aku ambik peluang share dengan dia apa saja video, atau artikel atau quote berkenaan life, especially tentang love.
Macam-macam aku pesan.

"Kalau takde niat nak jadikan anak orang as isteri, jangan dekat".

"Jangan mengorat anak orang kalau hanya suka-suka. Kita tak tahu masa bila kita tergelincir"

"Kalau berkenan kat mana-mana girl, peratikan dulu lifestyle dia. Tengok mampu ke tak kau nak provide apa yang mak bapak dia provide. Kalau tak boleh bagi at least apa yang mak bapak dia bagi, toksah dekat. Menyusahkan anak orang je nanti"

Tapi yang paling aku pesan "Tanya dulu nama bapak dia siapa".
Kahkahkah.

Masa aku jumpa En Wan pertama kali pun aku angkut mak bapak aku sekali.
Niat aku cuma nak mak bapak aku sama-sama jumpa En Wan pada hari pertama aku jumpa.
Biar mak bapak aku perati-peratikan gerak geri En Wan supaya kisah cinta tragis lama tak berulang.
Niat aku masa tu, taknak sorok apa-apa dari parents.
Tapi, aku tak sure apa ada dalam hati mak bapak aku.
Adakah dorang gembira?
Atau adakah dorang sedih macam apa aku rasa sekarang?

Walau macamana pun, aku tetap always doa anak-anak aku bertemu jodoh yang baik-baik.
Tak adil pula rasanya nak halang dorang dari bercinta, kan.
Sebab umur-umur macam ni biasa la tu bila dah mula ada perasaan dengan opposite jantina.

Wow, pernah panggil aku Baby rupanya.
Entah bila, aku pun dah lupa.
Nampak nau panggilan tu dah tak wujud sekarang. Kahkahkah.

Surat-surat lama zaman bercinta dengan En Wan ni masih disimpan walau dah almost 24 tahun.
Dulu time bercinta, tido pun letak surat bawah bantal.
Sampai naik bacin surat tu berkepam bawah bantal.
Bangun tido cium surat, nak tido cium surat, nak pi kelas pun cakap kat surat "Di pegi class dulu ya".
Eh bangang pulak rasa.

Time tu kalau rindu menerjah, aku tekapkan surat rapat-rapat kat dada.
Kalau boleh buar tembus ke dalam tetek.
Biar betul-betul dekat kat hati kekdahnya.
Kadang kalau rindu teramat-amat, bawak sekeping surat ni masuk dalam bag.
Peneman pegi kelas gitu.
Ya Allah menggeletis sungguh perangai kau, kan.
Now terperuk dalam kotak sumbat atas lemari semua surat ni. Dok kau situ diam-diam.

Tu diaaaa, engagement anniversary pun dia ingat.
Siap hantar flower delivery dari Jepun lagi.
Masa aku kerja kat MOSTI ni kejap-kejap aku dapat bunga.
Sampai jaki je akak-akak andartu tengok aku.
Mesti dia kata "Biasa-biasa je muka budak ni. Lekat jugak boifren eh?"
Begitulah sangkaan ku, sekadar berburuk sangka. Hahaha.

Biasalah, benda belum dapat memang menebal kasih-sayangnya.
Tak cukup dengan bunga, hantar teddy bear. Hantar bracelet. Hantar lingerie.
Helok pulak tu muat tetek aku dengan saiz yang dia hantar.
Hantar duit pun pernah oi.
Belum kawen lagi dia dah bagi aku RM500, pernah bagi RM1000 dengan pesanan "Nah, untuk shopping shopping".
Sekarang, aku ajak masuk Xixili beli coli, dia boleh kata "Takyah pakailah, membazir".
Aku peratiiiii je dia ni.

Ini pun simpan, guyssss.
Masa exbf aku buat perangai, aku terpaksa mintak tolong kawan aku Muniratulazni untuk jadi posmen sebab dia asyik hack email aku.
Hari-hari dia check email aku untuk tapis email-email dari En Wan.
Jadi, En Wan hantar email to Muni untuk di pass kepada aku.
Everyday Muni akan print email ni untuk aku.
Memang tebal lah muka aku.
Kalau En Wan tulis benda-benda censored pun, secara lojiknya Muni akan tau dulu.
Tapi Muni profesional. Dia klik and print terus. Tak baca pun.
Dia kata lah 😆.

Seksa betul nak bercinta sampai kena pakai third party sebagai perantara.
Padahal masa ni dah break untuk kali ke berapa kali ntah.
Aku sendiri jadi konfius, bukan ke aku dah break dengan dia?
Apesal aku macam masih connected dengan dia lagi?
Haaa...gitulah agaknya apa yang JD alami bila Amber buat perangai kejap break kejap belum.
KD juga mengalaminya. Gitewww.

Tulisan En Wan. Buruk, kan?
Kalau zaman aku skolah dulu, tulisan-tulisan buruk macam ni semuanya hasil tangan stok-stok student yang memberuk kat belakang kelas.
Aku rasa dia ni salah sorang la 😆.

Masa ni belum bercinta lagi. Masih pen-pal lagi.
Masih baru nak kenal-kenal tapi dia dah spent belikan aku jam sempena birthday.
Pos dari Jepun lagi.
Tapi takde rezeki jam tu aku nak dapat sebab hilang tak sampai-sampai.
Tak tahulah hilang ke, atau kena sorok sebab masa ni rajin makhluk tu check pigeon hole untuk buang surat-surat aku.

En Wan pesan kat Redza, nak bagi hadiah kat girlfren jangan pakai duit pelajaran.
Cari kerja, pakai duit dari hasil kerja.
Duit belajar jangan sentuh.
Sebab itulah cara En Wan buat dulu dia kata.
Dia tak sentuh duit study.
Tak macam aku, duit MARA spent beli macam-macam kat ex. Bodoh.

Halah halahhhh lomentiknya beliau.
Gantikan jam yang tak sampai tu dengan penanda buku yang dia punya sendiri.
Macam pengganti diri la konon.
Macam "aku bagi kau barang yang ada sentuhan aku". Gitewww.
Boleh tahan cara dia ni.

Ntah mana hilangnya penanda buku tu.
Ada baru-baru ni aku nampak kat bilik Rayyan.
Bukan penanda buku dari kertas, tapi dari pewter.

Kemain kat surat siap mention "2.30am".
Nak membuktikan dia bersengkang mata tido lewat balas surat aku lettewwww.
Sekarang toksah kata 2.30 pagi, pukul 11 malam dah terabak-rabak mulut dia menguap.
Siap suruh aku tutup lampu kalau aku still nak continue membaca.
Dia nak tido katanya.
Konfius betul aku. Mamat mana sebenarnya yang bercinta dengan aku kat Jepun dulu?

Selain dari dikelilingi oleh kawan-kawan yang willing untuk jadi pelindung, posmen, tukang larikan aku, tukang sorok, aku juga dianugerahkan oleh adik pompuan yang boleh jadi tukang belikan kad birthday merangkap tolong tulis and pos sekali kad tu.
Lengkap pakej dia bagi.
Ni semua sebab takut ex aku dapat detect aku beli kad birthday untuk En Wan.
Macamana dia nak detect aku tak tau.
Yang aku tau, dia boleh buat apa yang aku tak terfikir.
Jadi, aku harus ada plan lain untuk mengelakkan dari dia tahu.
Nasib baik family aku semua dah tahu situasi aku masa tu, jadi adik aku tak kisah kena buat semua ni untuk aku.
Aku di Kuching, Ima di Bangi.
Tetapppp kad birthday sampai ke Jepun on time. Syabasss!

Surat-surat dari aku kepada En Wan berwarna warni dan bermacam style.
Nampak sangat perempuan kalau bercinta, dia punya effort memang extra.
Sanggup ni kelebet sampul berejam-jam semata-mata nak bagi cantik and look outstanding.
Everytime nak tulis surat, aku always membayangkan yang surat aku ada satu trademark.
Biar dari dalam bakul posmen lagi dia dah nampak "Ok, style sampul macam tu, konfem dari awek aku". Gitu.
Tak tau apesal aku masih membayangkan posmen Jepun hantar surat naik basikal.
Banyak tengok cerita Oshin aku ni.

Baideway, sampul harus bercolor-color, ya.
Barulah dia tak boring and excited nak baca.
Tak cukup ngan sampul bercolor, bubuh pulak sticker love love, star star bagai.
Kalau tak setia gak tak tau la.

Beria aku prepare envelope yang berwarna-warni.
Sanggup ni menapak dari SIRIM ke Kompleks PKNS (masa ni praktikal) semata-mata nak beli envelope kaler.
Dalam lab sementara tunggu DNA aku siap, tulis surat dulu.
Memanfaatkan masa betul aku.

Tapi tulah, gini je dia balas.
Envelope yang standard, putih and cekelat.
Most guys macam ni lah agaknya, kan.
Janji envelope dia kata. Yang penting surat sampai.

Masa ni terpaksa pakai nama pelsu.
Supaya surat masuk ke pigeon hole huruf W, bukan D.
Tapi lama-lama ex aku dapat detect juga.
Sejenis gigih check pigeon hole satu-satu nak trace stem dari Jepun. Takut, kan?
Tu yang lepas tu guna email Muni je tu.  

Nampak tak satu perbezaaan antara surat aku kepada En Wan dengan surat En Wan kepada aku?

Surat aku kepada En Wan dibuka dengan penuh hati-hati.
Siap pakai pembukak envelope.
Punyalah tertib En Wan ni.
Membawak sampai ke sekarang dia punya perangai nak perfect tu.
Tapi bini dia bukak surat macam gorilla jumpa pisang tanduk.
Main siat rabakkan aje.
Kesah pulak aku nak bukak selow-selow.
Envelope kau pun murah je. Cuba bagi envelope color-color, mesti aku bukak dengan penuh keayuan.

Ok dah la mengimbau. Aku nak masak.


2022-05-25

Setiap duit yang dilaburkan untuk marketing MESTI dapat balik.


Post semalam tentang "feeling kaya", aku ada mention pasal founder produk yang akhirnya menyepi.
Ada yang nak tahu siapa gerangannya.
Memang aku takkan reveal-lah.
Tapi aku pernah blog about this tahun 2017.

Kisahnya, aku pun tak tahu rupanya dia ni blog reader aku juga.
Masa tu aku jaga live chat GreenAard.
Tak sure kenapa dia boleh join live chat.
Maybe aku ada bagitau kat FB atau di blog yang aku akan jaga live chat pada sekian-sekian waktu.
Ini screen shot chat tu:


Macam dia cakap, dia buat marketing sebab trend.
Tak dinafikan semua channel yang dia buat tu bagus.
Masuk paper, masuk majalah, pasang billboard, buat iklan, hire artis, bayar instafemes, bayar blogger.
Semua tu marketing yang ramai orang buat.
Ada yang success, ada yang habis duit gitu je.

As a person yang involved in offline and online sales & marketing for almost 20 years, izinkan aku bagi pandangan sikit.
Kalau boleh pakai, pakailah. 
Kalau taknak pakai, letak tepi.

Pastikan apa juga bentuk marketing yang kita pilih, bukan kerana nak tunjuk kita adalah big brand.
One thing you must know is, big brand and big player adalah 2 benda berbeza.
Masa aku start XZIZ Biotech tahun 2008, my company was just a small brand, but Diana Ishak adalah big player.
Tak susah untuk aku buat sales walaupun company aku baru start.
Kerana, yang small adalah company aku, tapi brand "Diana Ishak" aku dah pacak since 2003.
Nama Diana Ishak aku dah build di kalangan customer aku dari hujung ke hujung.
So when you are a big player, people don't really care how big or small your company is sebab orang tahu YOU are the key person.

Bila customer dah kenal aku, tak banyak kerja marketing aku perlu buat.
Maka when competitor biotech lain buat free workshop, free seminar atau giveaway, aku tak follow the trend sebab takde keperluan untuk aku buat semata-mata orang lain buat.
Aku guna resources yang ada je.

Kita kena tahu kendali our business, including marketing plan. 
Jangan tembak semua jenis marketing tanpa tujuan. 
Setiap apa yang kita buat mesti ada plan. 
Orang buat A, tak semestinya kita mesti buat A juga.
Quite many people yang jump into business keliru dengan marketing.
Ada yang buat mass marketing keluar paper, keluar majalah, keluar semua channel, dan kebanyakan kita bila nampak produk tu keluar paper, produk ni keluar iklan, produk tu dapat award - kita sangka itu adalah tanda aras kejayaan.
Alasannya, bukan semua orang mampu keluar duit untuk buat marketing besar-besaran.
Kalau mampu buat marketing yang gempak, maknanya bisnes itu berjaya.

The fact is, not necessarily.

Tujuan marketing adalah untuk marketkan produk.
Setiap duit yang dilaburkan untuk marketing MESTI dapat balik. MESTI.
Marketing bukan untuk tunjuk kat semua orang kita berjaya, atau kita banyak duit, tetapi sebagai medium untuk tarik lebih banyak sales.

Tapi ye lah aku faham, salah satu cara untuk tarik lebih banyak pembeli adalah dengan memportray bisnes kita besar.
Bila kerap masuk paper, majalah, atau iklan sana sini, of cos orang jadi lebih percaya pada this brand. Itu betul juga.
Tapi hakikatnya...?
Haa, yang penting HAKIKATNYA tu.
Satu contoh dah ada dah - ex-founder yang chat dengan aku ni.
Dia kata billboard pernah ada 24 keping kat hiway.
Kontrak iklan dalam majalah setahun.
Perbelanjaan marketingnya tinggi, tapi untung tak banyak.
Bukan tak untung lansung cuma sepatutnya keuntungannya jauh lebih banyak considering amount yang dia dah letak untuk buat marketing.
Aku tak tau berapa untung dia yang dia kata tak banyak tu.
Tapi aku dapat agak keuntungan tak setimpal dengan amount yang dia dah spent.

Contoh macam Dato Vida.
Dulu dia pernah taja pasukan bola, kan?
Tak lama lepas tu dia kata kecewa dah spent banyak, depan stadium letak kiosk Qu Puteh, jual jersi Qu Puteh tapi orang beli yang tak ori juga.
Orang tak support pun produk Qu Puteh. Rugi dia taja.

Of cos dia tak jadi miskin pun projek tu tak jalan sebab dia ada banyak bisnes lain.
Tapi kecewalah, keuntungan yang dia spent untuk that projek tu zero!
Maksudnya marketing untuk that projek hangus, tak dapat balik.
Itu yang kita tak nak sebenarnya.
Orang nampak seolah-olah kita gah, kaya, brand besar, mampu taja itu ini, mampu iklan sana sini tapi HAKIKATNYA, kita saja tau.

Sebab itu, apa yang kita buat jangan kerana ikut-ikut orang, ikut-ikut trend.
Kalau tak buat bukan bermakna kita tak berjaya, bukan makna kita tak besar.
Kena cari balik objektif kita berbisnes. Tujuannya apa.
Sometimes bila terlalu nak bersaing, nak tunjuk konon kita success, lebih hebat, lebih gah, kadang-kadang kita hanya dapat gah saja.
Dah itu niat kita, kan. Kita niat nak gah, Tuhan bagilah kita gah.
Tapi sales kita tak dapat.
Ni aku bukan perli Dato Vida, ya.
Ni general statement untuk mengingatkan diri aku juga.

Kenapa aku tak buat marketing besar-besaran?

Sebab aku tak target untuk jual kat semua orang.
Halal Kit aku fokus pada existing customer biotech.
Kemudian dia tersebar dengan sendirinya kepada new customer.

Program Diploma aku fokus pada follower dan FB ads.

GreenAard awalnya aku play di kalangan follower sahaja, kemudian tersebar ke kawan-kawan mereka dan orang yang tak kenal aku.
  
Aku start dengan fokus pada reader and follower sebab dorang dah kenal aku dari zaman jahiliah lagi.
Dorang tahu aku background aku apa.
Dorang tahu work history aku apa.
Lebih mudah untuk aku explain tentang produk.
Kerja marketing aku pun jadi tak banyak.
Dan follower-follower ini jugaklah yang baik hati pi promote kat kawan-kawan lain.

Kebanyakkan orang target nak jual kat semua, that's why kos marketing jadi tinggi.
Kerana, bila kau jual kat semua, kau terpaksa buat marketing kaw-kaw.
Mass marketing buatkan duit banyak habis sebelum bermula apa-apa.
Buatlah marketing sikit-sikit dulu.
Jangan nak sekali rap kau tapau semua.
Cuba bertenang. Buat one step at a time.
Brand je besar tapi salesnya tak besar tak guna juga.
Sales berjuta-juta tapi lepas tolak kos sana sini, untungnya paras hidung. Ini lagi tak guna.

"Sales kami RM7 juta"


Bila check profit, dapat 2 juta je.
Memanglah profitnya 2 juta tapi lagi banyak duit keluar dari masuk.
Lepas tu duit yang tinggal 2 juta tu nak buat new marketing dah tak cukup.
Bila dah start dengan mass marketing takkan nak slow down, karang orang kata bisnes nak melingkup.
Maka gagahkan jugak continue mass marketing.
Terpaksa meminjam pula kat bank demi nak continue lifestyle supaya orang nampak kita masih berjaya.
Ujung-ujung dah takleh carry, habis gitu je.

Ada beza tau antara menutup kekurangan dengan menipu.
Kalau takde, buat cara takde.
Tunjuk pakai kereta besar padahal bukan kereta sendiri, itu menipu.
Lambak duit mengaku duit untung business, padahal duit main forex, itu menipu.
Canang dapat award the best Asia produk, padahal award beli, itu menipu.

Dalam dunia bisnes bukan semua channel marketing membuahkan hasil.
It depends on banyak faktor dan objektif kita.
Check balik apa objektif.

By the way, staff aku minta aku bagitau those yang hari tu tanya size Middellyf Shaping Brief, please whatsapp 012-7728976 sebab dia tak larat nak scroll balik untuk follow up semula.
Stok baru dah ready.
Kalau korang antara yang bertanya tentang size tapi sizenya dah habis hari tu, please whatsapp nombor tadi sebelum dijual kepada orang lain.


2022-05-24

Kalau beli everything on credit, that’s not success.


Bilalah agaknya trend "tunjuk kita kaya" ni akan habis.
Mula-mula aku perati je lepas sorang, sorang.
Yang bergambar depan private plane, padahal fotoshop.
Yang tayang beli sport car, padahal sewa.
Yang katanya berjaya beli rumah di usia muda padahal menyewa.
Yang katanya jutawan sangat, rupanya scam duit orang.
Yang tabur duit. Yang campak duit. Yang pijak duit.
Bila nak habis laaa?

Kenapalah menggelabah sangat nak tunjuk diri outstanding padahal tidaklah segah yang diportray.
Why? Whyyyyyy?

Aku tengok pun penat.
Yang menipu ni tak penat ke?
Tak rasa terbeban ke everyday pikir jalan cerita semata-mata nak tunjuk yang diri masih relevan untuk diidolakan oleh BBNU?
Aku tak sure if ini salah satu cabang 'business'.
Berlakon jadi kaya supaya dapat perhatian, dan maybe dapat duit dari situ (hasil dari views video yang tinggi).
Maybe ini satu cabang 'kerjaya' zaman baru kot. Entah, I don't know.

Sejak aku join internet sebagai blogger since 16 tahun lepas, aku menyaksikan ramai yang jatuh setelah memportray diri ada segala-galanya.
Ujung-ujung ketahuan segalanya fake.
Yang pernah jadi founder dengan billboards yang banyak sepanjang hiway pun boleh jatuh.
Yang start bisnes dengan launch di hotel mewah.
Yang pakai duta. Yang buat giveway hadiah grand beribu-ribu.
Lepas sorang, sorang hilang dari market.
Some of them aku kenal.
Some of them bercerita dengan aku how they spend luar dari kemampuan sebab nak kekal relevan.


Kadang-kadang kita jatuh bukan sebab orang lain lebih hebat tetapi kerana kita tak kenal diri kita.
Penting sangat ke orang tahu kita berduit?
Perlu ke bayar puluh-puluh ribu untuk dapat award baru boleh dikatakan berjaya?
Perlu ke ada kereta mewah baru boleh dikatakan success?
Perlu ke campak duit kepuk-kepuk baru boleh dikatakan kaya?
Entahlah, maybe aku dah terlalu tua untuk layan karenah gini.

Tapi bila orang-orang seusia aku spend so much on things yang tak perlu untuk kekal relevan, this is sad.
To me umur 40-an dah umur untuk be realistik dalam tindakan.
Dah boleh pikir patut tak patut. Tak payahlah buat perangai budak.
Inilah natijahnya bila kita pancing perhatian dengan sesuatu yang kita tak punya.
Kita tidaklah sekaya yang kita tunjuk, tapi dek kerana kita dah start memancing dengan gaya mewah, nak tak nak terpaksalah continue the lifestyle walaupun sendiri seksa.
Nak bayar duit tempah baju designer nilai 4 angka, pinjam duit member.
Dare pulak tu pakai alasan "Baju ni kalau aku bawa solat nanti, kau jugak dapat pahala".
Ya sangatlah kau bersolat dengan baju macam nak lalu red carpet Oscar tu.
Dah la menipu lifestyle, menunggang agama pulak tu.

Tak, memang ada orang kisah ke apa kau ada dan takde?
I mean those people ambil tahu about what you have and don't have, are they really ambil tahu because ter-inspired dengan 'kejayaan' kau atau sekadar menunggu masa kau jatuh?
Aku ni whatsapp group member pun tak terbaca, lagikan nak ambik tahu apa dorang ada.
Kawan-kawan aku pakai kereta apa pun aku tak tahu.
Tak kuasa aku nak bertanya.

Penting ke untuk orang tahu apa kita ada?
Penting ke untuk nampak outstanding sentiasa?
Kalau kita outstanding dengan tak perlu berhempas-pulas lain cerita.
Ini jenis yang beria-ia nak buktikan dia terpaling segalanya sampai menjerut leher sendiri, what is your point?
Habis kuat pun tepek gambar pakai baju mahal kat IG. Lepas tu? Lepas tu apa?

Kalau sampai pinjam duit member untuk penuhi kehendak yang bukan-bukan, ini namanya sakit.
Dah 40-an dah pun, jadilah matang sikit
Zaman bersaing-saing pada material ni passlah kat budak-budak.
Takde siapa pun nak peratikan kita bila dah tua-tua ni, kita je yang rasa orang dok perati kelebet atas bawah.
Orang pandang pun sekali limpas je. Done.

Bila mencari perhatian dengan mengada-adakan sesuatu yang kita tak ada, akhirnya penat sebab try too hard untuk meyakinkan orang kita adalah seperti apa yang kita tonjolkan.
Berjaya ni tak semestinya kena tunjuk dengan material.
Kalau beli everything on credit, that’s not success.
Tapi ye lah, nak buat macamana kan, dah zaman sekarang orang ukur kejayaan dengan material.
Tu yang agaknya ramai yang terpaksa tunjuk.
Kalau tak tunjuk karang orang pandang lekeh pulak.
Hmm...sukati. Buatlah kalau itu satu-satunya cara untuk bagi orang yakin kita juga success.
At the end hanya kita saja yang tahu apa kita rasa.
Entah ye ntah tak.


2022-05-23

2022 vs 2017.



Gambar belah kanan tu bukan gambar yang distretch-kan, tapi nampak macam stretched, kan?

Tahun ni bulan puasa aku tak check pun berapa berat badan aku.
Tak teringat lansung. Sebab aku dah lama tak buat kerja menimbang berat.
Aku lebih suka pakai baju-baju lama and see if I can still fit them.
Tu yang aku aim nak raya tahun ni nak pakai baju kurung 10 tahun lepas.
Baju tu pulak saiz S, just nice lah nak jadikan benchmark.

10 tahun lepas, tahun 2012 berat badan aku sekitar 50-51 kg.
Tak jauh beza dengan sekarang.
Hari ni aku timbang berat aku 53.1kg.
Berat tak jauh beza tapi muka dulu dan sekarang jauh beza.
Muka 10 tahun lepas lebih sharp.
Masa tu struktur tulang muka masih cantik.

Seiring dengan usia, struktur tulang and elastin serta kolagen dan berkurangan menyebabkan muka lebih jatuh.
Yang ni kita takleh elaklah.
Walaupun togok Gloei everyday, sangat mustahil nak dapat balik struktur muka waktu muda.
Kalau memperlahankan aging tu insyallah boleh.
That's why replenish kolagen tu perlu.

So far berat 61kg adalah berat paling tinggi dalam sejarah seorang Diana setakat ni.
Mengandung Redza cukup bulan pun baru 58kg.
Maybe sebab aku bermula dengan underweight, jadi berat akhir tak banyak mana.
Lepas bersalin Redza, berat aku naik sikit ke 44-45kg.
Slowly menaik dan menaik.
Tahun 2010, masa aku mengandung Rayyan berat aku 50kg. Masih ideal weight.
Tapi masa ni orang dah start tegur aku "Gemuk, eh sekarang?".
Berat akhir 58-59kg, tapi Rayyan keluar at 31 weeks.
Kalau cukup cukup 9 bulan mahu 65kg kot.

Selepas bersalin Rayyan, berat aku turun ke 50-51kg.
Lama aku kat range ni, until tahun 2014 berat aku menaik ke 58kg.
Kau dah kenapa kan, tak mengandung pun badan boleh naik.
Tapi masa ni aku dah 37 tahun.
Metabolisme dah berkurangan, kira lojiklah berat menaik.
However dalam tempoh setahun aku dapat turunkan ke 52kg.

Masa bila berat badan aku cecah 61kg?

Around 2017.
Inilah berat paling tinggi aku pernah capai.
Dia punya naik tu bukan hanya kat muka, kat pinggang ya ampunnn!
First time kena beli seluar size 30 inci.
Muka aku jangan cakaplah, dia punya kembang satu macam sampai hidung aku jadi pesek dek kerana pipi tu tembun sangat sampai tarik hidung.
En Wan terperanjat aku dah mula berdengkur masa tidur.
Actually masa ni aku takde pilihan lain melainkan biarkan diri aku gemuk sebab masa ni aku tengah RnD 2 produk GreenAard.
Tahu jelah bila tengah RnD, setiap batch of produk aku test ke atas diri sendiri.
Badan start jadi haywire sebab kejap aku try ni, kejap aku try itu.
Masa ni aku terpaksa biarkan badan aku kau nak gemuk ke, kembang ke, lantak.
Lepas dah settle, produk pun dah release, barulah slow-slow berat aku kembali turun.

Apa yang aku boleh kata, masa berat 61kg, aku mudah mengah.
Bila mengah, asyik mengantuk dan manjang je malas.
Bontot macam ada pemberat.
Once dah duduk, malas nak bangun.
Bila dah gemuk, selera makin lama makin bertambah.
Padahal baru lepas makan, tapi masih nak mencari jajan untuk kunyah-kunyah.
Bila size perut dah besar sikit, makin banyak ruang kosong untuk diisi.

Yang paling menyampah sekali bila duduk tahiyat akhir.
Boleh terasa berlipat-lipat kulit kat pinggang belah kanan.
Bila berdiri nak solat, boleh terasa betis kanan bersentuh betis kiri.
Betis ok, betis! Bukan paha.
Kalau paha tu biasa kita dengar, tapi ni betis.
Selama ni time berdiri tu tak pernah betis aku bersentuh each other.
Bila dah jadi gemuk, mulalah stress everytime nak solat.
Rasa nak marah je. Nak marah kat siapa pun aku tak tau.
Marah sebab tak selesa maybe.

Aku start makan balik GC Plus bila body fat waktu tu cecah 34%.
Lebih kurang 3-4 minggu macam tu, body fat aku turun ke 32%.
Jenuh jugak nak turun lemak. Sebulan baru turun 2%.
Now, kembali ke berat badan ideal.
Tak kurus mana, berisi juga ni tapi masih dalam range ideal weight.
Aku dah tak ambil GC PLUS hari-hari.
Kalau termakan banyak je baru aku makan GC semula.

Letih dan berat badan memang saling berkait.
Bila badan jadi berat, kita kena kerja lebih untuk buat pergerakan walaupun simple movements like naik tangga atau berdiri lama.
That's why orang yang badan besar tak larat nak solat lama-lama.
Sebab berdiri lama je pun dah jadi penat, bayangkan nak terawikh macamana. Bercinta!

Turunkan berat badan memang simple, seminggu maybe dah lose 5kg, tapi boleh jadi itu berat air saja, sedangkan lemak masih belum berkurang.
Nak tau lemak kau berkurang atau tak, ukurlah pinggang.
Aku tak bercadang nak turunkan berat sampai 45kg sebab body fat aku dah cecah ideal body fat for women.
Dah dalam range ideal ko nak apa lagi, ye tak?
Range ideal/healthy body fat untuk perempuan from 25%-31%.
Kalau body fat korang range 30% pun kira ok lagi.

Yang penting BODY FAT ya, bukan berat pada penimbang tu.
Ada orang, berat pada penimbang tak menunjukkan dia over weight tapi dia punya body fat 32%.
Pinggang kerengga tapi peha besar.
Badan sekeping tapi perut buncit.
Itu bermakna, lemak dalam badan banyak tapi otot mengecut.
Kalau boleh beli penimbang yang dapat check body fat, lagi bagus.
Tapi kalau takde pun takpe, just ukur pinggang.

Yang sebenarnya, nak kurus tak susah.
Yang susah tu bila kita nak diri nampak kurus di mata orang lain.
Nak orang notice kita kurus.
Nak orang approve kita dah kurus.
Nak jadi paling kurus antara yang lain.
Nak kerempeng.
Hat ni la yang orang kata "Susahnya nak kurus!"

Sebenarnya tak susah mana. Aim saja ideal weight.
Ambik dulu hat paling hujung.
Kalau tinggi kau 155cm macam aku, kau aim dulu berat paling borderline iaitu 58kg.
Dah berjaya cecah 58kg nanti, aim for 57kg pulak.
Gitulah cara terbaik untuk weight management.
Bukannya dari 70kg terus aim nak 50kg, memang nangislah kau situ.
Tu pasal ramai giveup.
Bukan give up sebab tak kurus-kurus, tapi give up sebab journey weight loss tu seksa sangat.
Dah kau yang nak menyeksa diri letak target tinggi sangat siapa suruh.

Lagi satu yang kita kena tahu, jangan hanya pikir nak nampak slim tapi pikir sama kesan akibat terlampau kurus.
Especially bila umur dah 40an, jangan aim untuk jadi kurus sangat, tetapi aim for ideal weight.
Ingat ya, umur 40an ni umur yang menghampiri menopause.
Being underweight or to skinny boleh menyebabkan early menopause.

Lagi satu bab muka.
Struktur muka kita memang akan berubah bila umur bertambah, that's why orang yang terlampau kurus di usia 40an ke atas, lebih cepat nampak tua.
Manusia memang bangga kalau umur 40-50an masih kurus.
Dia tak tahu orang nampak dia macam jerangkung.
Fokuslah nak capai ideal weight, jangan pikir nak kerempeng because being too thin will age your face.

Untuk orang berumur BAWAH 40-an, makin kurus, nampak muda.
Semaakin berat, nampak berusia.

But for those OLDER THAN 40, it's the other way around.
Semakin kurus, nampak semakin tua dari usia sebenar.
Semakin bersisi (bukan gemuk, ya), look younger.

Ini kerana, ketika umur 40an, muka akan loss volume.
Loss volume akan menyerlahkan rahang and kedut pada muka especially kedut tepi mata jadi semakin obvious.
Semakin kita tua, our face gets depleted.
That's why bila semakin kurus, perubahan pada muka akan nampak dulu.
Muka nampak macam orang sakit sebab jaw mula timbul dan mata lebih nampak tersembul (sebab sarung mata tenggelam).

Struktur muka kita masa muda (20-30an) lebih kepada heart shape, atau bujur.
Tapi semakin tua, struktur muka slowly berubah jadi persegi.
That's why kalau kurus di usia 40 ke atas, muka nampak berpetak sebab rahang keluar.
Yang dah 40an ke atas tu, aim for ideal weight je sudey.
Dah tua dah pun, takkan di usia tua ni kau masih nak bertanding siapa lebih kurus, siapa lebih gemuk?
Zaman muda dulu tak puas lagi compete?


2022-05-22

Mak call majikan minta naikkan gaji.


Ini conversation aku dengan kawan aku.
Kami sama-sama majikan.
Banyak perkara tentang management kami share antara satu sama lain.
Baru-baru ni, dia bagitau mak kepada staff dia call dia suruh naikkan gaji anak dengan alasan anak dah dapat diploma.

Ok kejap.
Kasi aku digest balik screenshot ni untuk kali ke-54735.

Tak, aku pelik macamana mak dia boleh terfikir nak call majikan anak dia mintak naikkan gaji?
Why, mak? Why?
Mak pikir mak salah seorang Board of Directors ke camana?

Inilah dilema majikan yang pekerja dan orang awam maybe tak tahu.
Majikan zaman sekarang hati memang betul-betul kena kering, especially bila terpaksa hadap perkara tak masuk akal macam ni.
Tanyakan kerja kosong, mak yang call.
Tanya result interview, mak yang call.
Cuti kena beku, mak call opis merayu untuk bagi pelepasan cuti untuk anak.
Now, mak call majikan minta naikkan gaji anak. Seriously??
Lain kali buat company sendiri ya, mak.
Nak tengok mak boleh naikkan gaji anak berapa hengget tiap-tiap tahun.
Silap-silap melingkup awal.

Kawan aku senang je, seperti mana cadangan aku, dia bagi notis terus kat staff dia.
Pergi cari kerja lain. Habis cerita.
Ya lah, tak puas hati dengan gaji kat company tu, carilah kerja tempat lain.
Apesal tak cari?
Sebab, dia sebenarnya dah cari kerja lain tapi tak dapat, kan?

Kawan aku ni punyalah baik, dari awal lagi dia tahu budak ni tak competent, tapi dia bagi peluang.
Sebab apa? Sebab nak tolong orang melayu.
Kalau tak bagi pendedahan mana nak datang pengalaman katanya.
Tup tup kerja tak sampai setahun dah demand nak naik gaji.
Apa dia ingat increment berlaku tiap-tiap bulan ke?

Tu belum lagi cerita staff yang ada masters perasan bagus.
Boleh pulak buat group dalam opis untuk lawan bos.
Hello? Ingat ni makan gaji dengan kerajaan ke.
Kalau majikan kau kerajaan lainlah, tak undi dia pun, position kau tak berusik.
Dia takkan buang kerja kau.
Ini kerja dengan company orang.
Company tu 'rumah' orang.
Umpama masuk rumah orang, kalau rasa tak betah, sila keluar.
Bukannya kau buat rumah orang macam rumah sendiri.
Nak berpakat melawan tuan rumah pulak, akai ada?

Selalunya yang buat perangai ni tak ramai.
Dalam ofis maybe sorang je.
Dia nak kerja kat situ, tapi nak buat kepala dia.
Untuk membolehkan dia boleh rule the place, dia hasut sana hasut sini supaya ada sokongan.
Bila ada sokongan, besarlah kepala dia.
Yang bestnya, kalau dia kena buang, yang lain tak ikut pun sekali.
Yang lain tetap stay situ kerja macam biasa.
Maka terpinga-pingalah kau.
Barulah tahu langit tinggi rendah.

Tak, bukan nak kata majikan boleh buat sesuka hati.
Tapi sebagai pekerja, kalau rasa tempat lain boleh offer gaji lebih tinggi, pergilah try tempat lain.
Kalau mak tu rasa anak dah ada diploma layak gaji tinggi, pergi minta anak cari kerja lain.
Cuba tengok boleh dapat ke tak.
Kalau boleh dapat, pergi.
Kalau tak dapat, maknanya anak tu belum bagus lagi sampai nak dapat gaji yang tinggi, walau dah ada diploma.

Look. Aku tak tahulah di tempat lain macamana.
Tapi kalau di company aku, aku mengutamakan skill lebih dari kelayakan akademik.
Tak semestinya kena 3 pointer untuk kerja dengan XZIZ Biotech.
Yang penting kena tahu apa yang patut kau tahu bila dapat post tu nanti.

Contoh, staff customer service aku bukan budak degree.
Tapi dia ada sijil tertentu.
Boleh guna Office, boleh buat copywriting, boleh buat tik tik video.
Itu skill yang aku mahu dan dia ada. So, you got the job.

Graphic designer aku graduate Lim Kok Wing.
Ada degree dan skill dalam bidang yang sama kerana untuk post ni aku perlu kedua-duanya.
Dia ada, you got the job.

Food technologist.
Of course perlu ada ilmu dalam food science.
Tahu rangka formula yang bagus berpandukan guideline yang aku bagi.
Perlu skill? Tak perlu.
Tapi mesti power dalam food science. So, you got the job.
Tapi disebabkan aku perlu Halal Exec, jadi upskill dia ambil sijil Halal Executive.

Kalau kerja dengan private company, majikan lebih memandang skill.
Ada diploma, atau degree belum menjadikan kita apa-apa lagi.
Zaman sekarang kelayakan akademik semua orang dah ada.
Yang membezakan kita dengan orang lain adalah skill.
Sebab tu, ketika datang interview kalau ada sijil-sijil tambahan contoh HACCP cert, GMP cert, MESTi cert, Halal Executive cert --- chances are you were selected even if your CGPA is not up to 3.5.
Toksahlah bangga sangat dengan "dah ada diploma" sedangkan skill tak tinggi mana.

Zaman aku dulu, 30 tahun lepas, nak cari kerja orang tengok CGPA.
Sekarang, alangkan nak masuk asrama pun kena lalu interview dulu sebab kalau select dari keputusan exam terlampau ramai.
Budak-budak dah ramai yang pandai.
Inikan pula nak cari kerja.
Setakat academic cert tu kita selak sekali lalu je.
Ada cert lain barulah added points.
Masa aku nak ambil new staff, resume budak-budak fresh grad sekarang berlambak-lambak addtional cert.
Yang dah ada HACCP, yang dah ada GMP, yang dah ada Halal Exec.
Mereka dah prepare awal-awal.
Dah makin payah aku nak pilih sebab ramai yang ada macam-macam skill.

Good news.
Our Halal Executice Course dah boleh dapat 30 mata MBOT.
Sesi seterusnya adalah pada 30 July.
Payment boleh secara online transfer, e-perolehan, goverment local order, credit card atau installment.
Meh ramai-ramai upgrade skill. Pastu boleh minta majikan naikkan gaji :).
Tak pun minta company sponsor ambil course ni, untuk kemudahan dia jugak nanti.


2022-05-20

Amber gila.


Sejak kes Amber and Johnny start, boleh dikatakan aku follow jugalah, walau tak follow rapat sangat.
Memandangkan bersepah-sepah information pasal trial ni kat internet, mustahil kau tak terfollow.
Boleh dikatakan hampir 100% favor kepada Johnny.
Entah siapa gila nak sokong Amber tu.

Some people kata susah nak cari siapa betul siapa salah sebab kedua-duanya pelakon.
Ok, you have the point, tetapi dari pengalaman aku kalau nak tahu siapa yang salah ni senang je.
Kau tengok siapa yang lebih loud.
Siapa yang kuat sangat mencanang 'penderitaan'?
Siapa yang melebih-lebih tunjuk rasa sedih?
Siapa yang mengadu kat sana sini?
Orang tu lah sebenarnya yang buat hal.

Amber ni dari awal lagi statement dan action dia tak konsisten.
Hari ni dia cakap menderita, esok, boleh berparty.
Hari ni dia kata kena tumbuk, esok berposing sakan dengan kawan-kawan.
Hari ni dia kata kena pukul, esok elok je orang spot dia bershopping.
Deritalah sangatttttt.
Masa Dr Shannon Curry cakap Amber ni ada borderline personality, aku dengan sennag hatinya setuju.
Dr Curry bercakap dari sudut ilmu yang dia tahu.
Aku boleh bercakap dari sudut pengalaman.

Everytime aku berblog pengalaman cinta lama, aku bet mesti ada yang kata "Tak move on lagi ke?", betul tak?

No, ini bukan masalah belum move on dari cinta lama.
Cinta tu dah lama mati dah. Menyampah lagi ada.
Yang aku selalu highlite adalah pengalaman dan trauma yang aku lalui.
Trauma ni maybe aku takkan lupa sampai bila-bila.
I remember so it doesn't happen again.

Orang yang tak lalui relationship toksik macam ni takkan boleh faham kenapa sampai sekarang aku masih sakit hati.
Dia macam ni lah, tengok je Johnny.
Johnny Depp punya trauma dan menyampahnya dengan si Amber ni, sampaikan sepanjang trial dia pakai sunglasses supaya Amber tak nampak mata dia lagi sampai bila-bila.
Gitu dia punya menyampah.
Jangankan nak pandang Amber, Amber nak tengok mata dia pun dia tak kasi.
 


Pisau dan Saiko berpisah tiada. Itu aku boleh jamin.
Orang saiko suka anything to with pisau.
Sambil duduk-duduk kat PUBLIC, main-main pisau lipat atas meja.
Asal bertekak, keluarkan pisau.
Asal ugut nak bunuh diri, bawak keluar pisau.
Amber hadiahkan pisau.
Bukan apa tu, dia 'hadiahkan' pisau tanda amaran kepada Johnny.
Supaya Johnny beringat yang dia akan bunuh diri kalau Johnny tinggalkan dia.
Faham sangat dah aku dengan 'amaran' gini.
Orang saiko ni sama je modus operandinya.

Dalam video tu ada lagi satu point yang maybe Dr Curry can spot, iaitu cara Amber jawab soalan Camille.
Orang saiko suka beat around the bush.
She can just jawab yes or no tapi dia menjawab dengan cara mengulang pertanyaan Camille. Why?
Yang pertama, untuk spin soalan.
Kedua, untuk nampak tenang.

Cara mereka mendapat tenang adalah dengan menjawab soalan dengan cara mengulang pertanyaan.
Biasalah, orang kalau buat salah mesti nak pusing selagi boleh.
Umpama budak yang tak reti jawab soalan exam, dia akan jawab dengan ayat panjang asalkan nampak macam bijak padahal tak menjawab soalan.
 


Masa aku tengok video ni, lagiiiiilah aku senyum.
Ini another trademark seorang saiko.
Selain dari suka mencanangkan 'penderitaan' dalam percintaan kepada kawan-kawan, dia juga suka berlakon jatuh sakit.
Kalau ada darah lagi bagus.
Nampak tisu ada tompokan darah atas meja, kita ni risau.
Tanya "Kenapa ada darah?".
Lantas dia jawab "Sebenarnya dah lama nak bagitau awak. Saya sebenarnya sakit".
Terus in karakter, kan?
Dan partner yang bodoh pun mula menggelabah.
Sakit apa? Kanser ke? Since when? Kenapa rahsiakan?
Ah gitulah kebodohan pasangannya, percaya bulat-bulat.
Rupanya, baru lepas kena tumbuk sebab buat taik dengan member.

Kelakar tau bila orang-orang saiko seperti Amber ni berlakon sengsara semata-mata nak buatkan pasangannya rasa bersalah.
I mean these people memang seriously sakit otak.
Dia akan buatkan kita rasa bersalah hingga kita berbelah-bagi nak tinggalkan dia.
Nampak kejam sangatlah pulak kalau tinggalkan dia dalam keadaan dia sedang sakit, kan. Padahalll.
That's why aku faham kenapa Johnny bertahan dalam hubungannya.
Bukan sebab dia sayangkan Amber sangat pun, tapi rasa serba-salah.
Macam kita pulak penyebab dia sengsara.



Dengar video di atas.
Ini adalah satu bukti when people answer just for the sake of replying, not to understand.
Ujung-ujung nampaklah bodohnya.
Terang-terang Camille cakap pasal kes tahun 2009, tapi dia punya nak tunjuk yang semua benda Johnny salah, kes tahun 2009 tu pun dia kata team Johnny yang buat cerita. Bladihel.
Tahun 2009 Johnny kenal kau pun belum, celah mana yang dia buat cerita?

Yang sebenarnya, trial ni mendedahkan sisi perangai sebenar Amber.
Bagus juga kes ni berlaku, kalau tak orang tak tahu kes sebegini dan orang saiko sebegini wujud.
Untuk menyedarkan ramai orang, maka Johnny Depp lah yang terpilih untuk menjadi mangsa.
Sebab dia famous kan, jadi kes ni dapat liputan meluas.
Barulah orang lain celik mata.
Padahal kes macam ni berlaku je kat rakyat marhaen tapi sape je nak dengar, betul tak?

Aku rasa Johnny bukan nak menang sangat.
Dia nak bersihkan nama dia je.
Kalau kalah pun dia tak kisah.
Yang penting, puas hati public tahu sisi sebenar Amber.
Kalau Amber menang pun kau rasa dia boleh pegi jauh ke?
Dia tu bernasib baik je dapat Johnny, kalau tak, sampai ke sudahlah berangan nak jadi pelakon.

Cuba tengok Katie Holmes.
Katie pun hanya artis C list berlakon drama je sebelum jumpa Tom.
Hanya bila kawen dengan Tom baru orang berani ambik dia berlakon filem.
Apa jadi lepas bercerai? Habis gitu je.
Berlakon pun tak ke mana.
Cuma bezanya Katie tak saiko.
Tapi nak tunjuk contoh itulah jadinya bila diri bukan siapa-siapa, tidak ada rupa dan tidaklah berbakat sangat.
Orang ambil berlakon sebab kita adalah pasangan kepada artis yang popular.
Once hubungan tu dah takde lagi, takde sape pandang dah.

Some penyanyi pun aku parasan ada trend ni.
Masa kawen dengan komposer, kejap-kejap ada new album.
Bila bercerai, sepi.
Si Amber ni kemain bangga dapat watak dalam Aquaman.
Padahal kalau tak kerana dia isteri Johnny, orang tak hingin nak panggil audition.
Dapat audition pun sebab Johnny. Halah halahhh.



Hah! THIS! Orang saiko memang macam ni.
Dia always rasa dia 'pegang' kita.
Dia always rasa hanya dia yang kita ada.
Dia always rasa kita hadap sangat ke dia.
Provoke-provoke orang untuk break, bila kita dah fedap and nak break, ehh dia buat u-turn pulak.
Masa tu lah dia perihatin kat kau sesangatnya.
Masa tu lah kejap-kejap I love U.
Even kau dah break dengan dia, dia akan buat macam kau masih ada connection dengan dia.
Panggil kau sayang, belikan makanan, beli hadiah.
Bila kau buat dek, nanti dia gunakanlah segala pemberian dia tadi sebagai point untuk canang kat kawan-kawan kekejaman kau.
Kononnya dia dah buat yang terbaik, dia bagi yang terbaik, dia dah spend macam-macam tapi kau tak kenang budi. Saiko, kan?
Tang kau buat dek kat dia tu dia canag merata.
Tang dia hentak pukul kau tu tak pulak dia bagitau.
Kalau sesiapa tak percaya cerita aku, kau percayalah video Johnny ni.
Manusia mental seperti Amber itu wujud.
Payah pulak nak mati tu walaupun kejap-kejap ugut nak mati.



Video broken bed ni jelas sangat manipulation si Amber.
Kelakar sangat bila dia kata semasa kejadian ni berlaku, dia dipukul oleh Johnny dan bed dia ada kesan darah (pada cadar).
Dia kata Johnny tendang katil sampai katil tu terkopak macam dalam video.

Yang lawak tu pada gambar tu ada pisau lipat atas katil.
Terlupa nak sorok pisau ke tewww?
Sendiri umpil kayu katil, sendiri lupa simpan pisau.
Yang peliknya, kau sempat ambil gambar katil pecah tapi kau tak ambil sekali gambar cadar ada kesan darah?
Seriously kau sebodoh tu? Halahhhhh.

Kalau aku ada kat court nak je aku cakap "Udah udahlah tu. Makin kau bercakap makin banyak bodohnya".

Sesungguhnya berada di tempat Johnny sangat susah.
Inilah antara sebab kenapa Johnny tak bertindak apa-apa masa awal-awal Amber buat op-ed dulu.
Dia telan je apa si Amber tu canang.
Johnny tahu kalau dia bertindak, masuk court, jadi ginilah.
Cerita jadi panjang, banyak orang yang terlibat, tak memasal adik-beradik, staff, kawan-kawan dan kenalan semua kena bagi keterangan.
Dah menyusahkan orang pulak.
Tu belum lagi segala kisah dalam kain terbukak luas.
Elok-elok orang tak tahu, dah semua jadi tahu.

Aku salute Johnny berani untuk saman balik Amber.
So that orang tahu kisah sebenar dan orang buka mata bahawa manusia mental macam Amber ni ada dan tindakan mereka ni tak terjangkau dek akal.
Yang tak merasa mesti akan kata cerita dibuat-buat.
Mesti kata "Apa yang susah sangat nak lupakan dia?".
Dey, nak lupa dia tu senang.
Yang tak boleh lupa tu adalah trauma yang ditinggalkan.


2022-05-19

Jannah ke SHAH Pekan.


Terima kasih atas ucapan tahniah kepada Jannah, anak sedara aku yang dapat masuk SHAH Pekan.
Ada yang tanya "Jannah ni ke yang Jane tu?"
Wow, tak sangka aku ada juga yang ingat nama timangan pemberian Malong dia.
Ya, Jannah nilah Jane.
Masa dia lahir aku tanya Ima apa nama anaknya. Dia cakap Nur Jannah.
Panjang sangat aku nak sebut, aku bagi nama Jane.
Biasalah, Malong kan sejenis Aniston.
Nama anak sedara pun biarlah ada tempias gitu juga.

Kitorang gerak asing.
Ima dari JB terus ke Pekan lalu Mersing.
Aku dari sini bawak Mak Aji and Pak Aji sekali.
Pakkal Ibal tak cuti, kalau tak sekampung gerak sekali ke sana. Macam nak hantar orang menikah pulak.
Isnin, pukul 12 tengahari kitorang gerak dari sini.
Pukul 3 sampai exit Gambang sebab hujan selebat-lebatnya kat Karak. Satu macam dia punya lebat.

Just nice sampai sana masing-masing pun belum lunch, En Wan terus stop kat Hijau.
Dah beberapa kali juga kitorang singgah sini.
Tapi ini kali pertama dapat bawak Mak Aji and Pak Aji makan sama.
Pilihan lauk sangat banyak, dari satu hujung ke satu hujung.
Pukul 3 lebih masih dorang replenish nasi baru.
Orang sentiasa ada. Dah pukul 4pm masih ramai yang masuk makan nasi.

Tengah-tengah makan Ima call.
Dia dah sampai Pekan sebab gerak dari Johor akan jumpa Pekan dulu.
Kitorang sama-sama book Ancasa Hotel.
Satu-satunya hotel yang grand di Pekan adalah Ancasa.
Ima dah pergi check in sekali ada hal jadi.
Rupanya sejak semalamnya hotel tu takde aircond. Boleh?
Hanya lobby saja yang ada aircond, bilik semua aircond rosak.
Takkan nak aku berlendir semalaman kot.
Tak ke kalut semua orang sebab dah sampai Pekan tapi hotel ada masalah.
Yang si hotel ni pun satu, patutnya benda dah jadi semalamnya, kau call la guest bagitau hotel ada masalah.
At least bolehlah kitorang book tempat lain.
Ini dah sampai Pekan, dah nak check in baru dia bagitau bilik ada masalah.

Jem kejap kitorang.
Dahlah tengah makan.
Laju-laju gugel cari homestay.
Dah alang-alang semua ada kat sana, kita cari homestay je lah senang.
Tapi nak mencari homestay yang kena dengan syarat seorang Diana, agak menggagau jugalah nak mencari.
Kebanyakan homestay yang kitorang tengok entahlah, lagi cantik rumah arwah nenek aku kot.
Aku dah hampir pasrah.
Ambik je la homestay apa-apa pun sabit nak tido satu malam je.
Nak tido Kuantan macam jauh juga, kesian Ima sebab pendaftaran pukul 9 pagi.
Nak breakfast lagi, nak bersiap lagi, pukul berapa pulak dia nak gerak dari Kuantan tu, kan.

Alhamdulillah, call sana, call sini dapat satu homestay.
Homestay pulak jenis WOW.
Kebetulan pulak takde orang booking hari tu.
Tapi guest baru check out, jadi dia mintak 1 jam setengah untuk panggil cleaner bersihkan.
Sementara nak tunggu dia bersihkan rumah, kitorang lepak kat Murtabak Mengkasar.
Tak jauh mana, depan area homestay ni je.

Padahal baru je lepas makan nasi tak sampai 1 jam, kan?
Bila berjumpa siap order mertabak lagi. Pastu makan lagi.
Aku makan metabak macam belum makan nasi. Kemain bertambah-tambah.

Ini rupa murtabak Mengkasar. Sedap rupanya. Bukan macam murtabak benyek kat pasar malam.
Murtabak Mengkasar ni tebal. Tapi takleh lawan murtabak Singapore lah. Tapi sedap je Mengkasar ni.
Kitorang order sampai 4 plate. Lawan pulak dengan teh tarik. Kem salam diet.

Inilah homestay kitorang.
Rezeki dapat homestay yang ok walaupun last minit booking.
Harganya RM450/malam.
Tak salah aku harganya RM400 je satu malam tapi maybe kitorang book on the same day, dia caj extra sebab nak kena panggil cleaner lain datang kemas. Agaknya lah.
Tapi tak kisahlah sebab berbaloi.

Mula-mula masa masuk kawasan perumahan ni aku macam "Betul ke? Tengok dalam gambar macam tak lojik kat sini rumahnya".
Kawasan perumahan ni perumahan lama.
Bentuk rumah pun boleh tahu lama. Jalan pun sempit je.
Rumah satu tingkat tapi semi-D.
Bila dah sampai depan rumah barulah nampak homestay tu berbeza dengan rumah-rumah lain.
Dia buat mega renovation sampaikan terasa berada dalam kawasan perumahan yang berbeza.

Kereta dia kata muat 2 buah.
Tapi ikut jenis kereta kot.
Kalau MyVi insyallah parking selesa.
Kalau kereta kitorang ni muat-muat je.
Orang belakang nak masuk kena gerakkan kereta ke depan sikit baru boleh bukak pintu.
Tapi takde masalahlah, dua-dua kereta dapat park kat dalam.

Bilik tido ada 3, yang master bedroom katil king size.
Ima anak-beranak muat satu katil.
Aku ambik bilik paling last dekat dengan dapur. Mak Aji bilik tengah.
Bilik aku and Mak Aji katilnya sama, jenis yang ada matress kat bawah.
Jadi Rayyan boleh tido bawah.
Redza taknak tido dalam bilik, dia nak tido depan TV. Silakan.

Yang bestnya homestay ni ada pool!
Takde lah budak-budak ni boring sangat.
Lagipun dorang dah tahu akan duduk hotel, siap bawak baju mandi bagai.
Rezeki doranglah ni dapat homestay yang ada pool juga. Rare ni.
Yang bestnya homestay ni, tepi pool dia siap sediakan baju mandi untuk perempuan and lelaki.
Agak-agak kau nak pinjam, sarunglah.
Siap ada shower lagi kat tepi pool untuk bilas badan.
Dia punya lawn ada disediakan tempat untuk buat BBQ.
Lengkap barang-barang BBQ-nya.
Kalau dah tahu nak duduk sini, memang boleh plan buat BBQ.
Ini check in mengejut, tak dapatlah nak guna facilities yang dia provide.

Bilik air ada 2, kedua-duanya ada toilet and shower.
Tapi satu shower ada heater, satu lagi takde.
Tapi takpe sebab dua-dua bilik air cantik seperti bilik air hotel. Maaf lupa ambik gambar.
Tapi aku ni sejenis cerewet dengan bilik air.
Kalau aku cakap bilik air tu ok, maknanya oklah.
Sebab aku piawai bilik air agak tinggi makamnya 😆.

Setiap bilik dia bagi 2 helai towel, maknanya 6 helai.
Kali ni aku bukan saja bawak bantal sendiri tapi comforter and towel sendiri.
Tak tau apesal. Mujurlah bawak towel sendiri, ada jugak towel extra.
Kalau tak, nak pakai 2 helai towel share berempat, konfem lencun.
Kitchen dia terpalinggggg best!
Bukan saja ada periuk kuali pinggan mangkuk lengkap, tapi siap ada beras, tepung gandum, bawang cili - kau boleh buat nasi goreng pagi-pagi.
Teh, kopi, gula semua ada. Coffee maker pun ada.
Memang puas hati lah bayar RM450 satu malam kalau gini jenis homestaynya.

Kalau korang balik beraya bolehlah lepak sini.
Silap-silap tak keluar beraya sebab duduk rumah lagi best 😁.
Netflix ada, wifi ada. Kedai makan pun banyak kat depan tu.
Secret Recipe ada, 7-11 ada, McD pun dalam 3 minit drive je dah sampai.

Plannya malam karang order Grab aje lah sebab malas nak keluar makan.
Rezeki lagiiii, kawan En Wan yang sama-sama belajar kat Jepun datang bawak makanan. Banyak!
Nasi kenduri ayam masak merah.
En Wan kata last jumpa kawan dia ni masa kat UTMKL, sebelum masing-masing fly ke Jepun and terpisah belajar di tempat yang berbeza.
Tak sangka selepas lebih 25 tahun berjumpa di Pekan.
Anak kawan dia ni pun di SHAH juga, tapi Form 2.

Azrul junior En Wan setahun (dia sama umur dengan aku).
Disebabkan junior setahun, jadi Azrul kenal dengan kawan En Wan ni.
Masa Azrul datang kerja kat Jepun, pernah lepak dengan kawan ni.
Tapi masing-masing tak tahu kawan ni duduk Pekan.
Nasib baik ada FB. Connecting people.
Maka hari tu terjadilah mini gathering student Jepun di Pekan.

Dah nampak macam berhidang kat rumah sendiri je.
Sebab pinggan mangkuk lengkap.
Senonoh la sikit nampaknya nak makan ramai-ramai.

Berbapakkan Wan Mohd Ridzuan ginilah. Takde de dia nak cutikan kau dari tusyen.
Ke mana-mana dia angkut laptop. Siap print kertas latihan. Pukul 8 malam kelas tetap bermula.
Kali ni, dengan Jannah join sekali 😁.

Malam-malam lepas makan, dua beranak ni mandi pool.

Hari yang ditunggu telah tiba - hari pendaftaran. Aku yang berdebar lebih.
Maklumlah satu-satunya anak sedara perempuan dalam keluarga. Kira macam anak perempuan akulah ni. Aku pulak yang over ke depan mendahului semua orang ambil tempat duduk 😆.

Atok and Redza lepak luar dewan je, malas nak memenuhkan kat dalam.
Senyum je Redza tengok budak-budak mendaftar. Teringat memori lama la tu.

"Tak sangka Redza dah habis sekolah"

Tu ikut ke Pekan agaknya sebab rindu suasana sekolah.

Proses mendaftar smooth.
Lepas mendaftar, pegi bayar yuran sekolah pulak, lepas tu ke koperasi pilih baju outing, lepas tu taklimat, lepas tu masuk asrama letak barang, last sekali gi tempah baju batik.
Macam skolah Redza baju batik dah ready made, tinggal pilih saiz.
Tapi sekolah ni bagi peluang budak-budak custom ukuran sendiri, jadi parents kena bawa anak-anak pi tailor (yang sekolah dah hire) untuk ukur baju.
Nanti baju dah siap dihantar ke asrama.

Kau tengok siapa yang paling concern dengan Jannah?
Dia pulak yang sibuk berdiri kat meja pendaftaran untuk ambik tahu.
Kesian juga tengok Rayyan.
Selama ni dorang berdua sentiasa online di rumah. Online game sama-sama.
Terpekik-pekik kalau main game.
Yang si Rayyan terpekik kat sini, yang Jannah terpekik dari sana.
Balik je dari sekolah meluru ke PC main game.
Ni takde dah aku tengok.
Elok je balik dari sekolah melepak dalam bilik aku.
Baru kau tau nak cari mak kau, kan.

Elok juga bila Jannah masuk asrama, kurang-kurang Rayyan tahu dia pun mesti usaha untuk masuk asrama.
Dan kalau ada rezeki dia nanti, dia dah at least mentally prepared sebab dah ada 2 contoh dia nampak yang masuk asrama - abang dia and Jannah.

Ambik satu kat perkarangan sekolah, buat kenangan.

Pergi koperasi pun berbondong-bondong semua pergiii. Kecoh gila, kan?
Padahal nak gi beli baju outing je.
Kau nampak warden besar tengah perati tu?
Kau salah pilih saiz cucu dia, siap.

Koperasi ni dekat dengan kantin.
Rayyan excited nampak vending machine.

"Ma, adik sukalah sekolah ni, sebab ada vending machine. Boleh minum macam-macam air"

Tak banyak permintaan dia rupanya.
Cukuplah sekolah ada vending machine.

Suka Rayyan nampak kat dataran perhimpunan ada ruang Public Speaking.
Tu agaknya kalau dapat peluang bercakap kat depan konfem mic tu dia punya sorang.

Kitorang takleh masuk asrama, hanya sorang je boleh naik.
Jadi kitorang tang ramai-ramai ni keluar cari makanan.
Jumpa Warung Pekan Lama. Warung tempat lepak celebriti rupanya ni.
Banyak gambar-gambar orang-orang terkenal makan kat sini termasuk Sultan.
Not bad pilihan makanan banyak.
Kitorang sampai hari tu around 10.30am, masih pagi tapi lauk-pauk dah siap.
Aku makan nasi lemak lauk ikan selar goreng.
Nampak tempting sangat ikan tu.
 
Nasib baik Jannah masuk Pekan. Kalau tak Malong tak tahu ada kedai makan best kat sini.
Malong apa-apa hal pun makan jugak yang kena best.

Lepas makan, pusing-pusing kejap town nak tengok apa ada.
Nak tengok esok Jannah kalau nak beli barang kat supermarket mana, kalau dia outing esok ada tempat makan apa lagi selain McD, jauh ke tak dia nak ke pekan. Tu semua seorang Malong kena ambik tahu, ya.

Sebelum orang tanya, ni nama homestay ni. Silakan google dan buat booking.

Semoga Jannah selesa dan happy di SHAH.
 Insyallah bila-bila Malong balik Tganu boleh kona kejap masuk SHAH jumpa Jannah.

Gambar ni diambil masa Jannah balik kejap homestay selepas ukur baju. 
Lunch semua kat rumah dulu. 
Kitorang kena check out 2pm, just nice lah sebab Jannah pun kena dihantar balik ke sekolah by 2pm. 
Program orientasi bermula awal, sekolah taknak tunggu sampai 6 pm. 
Selalunya kan last mak bapak boleh berada dalam kawasan sekolah 6pm.
Aku hantar sampai porch ni je. 
Aku takut aku yang merembes. 

Dari DM dan PM yang aku terima setakat ada 4 orang blog readers yang anaknya di SHAH juga. 
Alhamdulillah, bolehlah tengok-tengokkan Jannah, ya.
Cikgu SHAH ada tak kat sini?
Malong nak mengaktifkan CCTV di SHAH pula. 

Weh jangan tak tahu, masa pendaftaran pagi tu Palong dia yang dah bergenang airmata. 
Mujur takde anak perempuan. 
Kalau ada, aku rasa dia bercamping dalam kawasan sekolah.

Aku pesan kat Ima "Kau jangan merembes tau. Kau kena kering hati sikit masa nak balik nanti"
Ima cakap memang dia sedut segala tangisan biar muka rileks. 
Bukan apa, aku dah ada pengalaman ni, masa nak tinggalkan Redza dulu, dari awal pagi lagi aku dah sedut segala airmata. 
Strepsil tu berbijik-bijik aku telan demi nak distract dari menangis. 
Sampai ke sudah aku berjaya tahan air mata.
Tapi bapaknya penyepoil. 
Da merembes masa peluk anak dia, dah tak tentu arah aku palingkan muka aku nak kesat air mata taknak kasi Redza nampak. 
Tapi naik je flight, berjurai airmata aku turun.
 
Yang sebenarnya, bila anak-anak masuk asrama, ujian tu bukan saja kat anak tapi mak bapak juga. 
Silap-silap anak tak apa-apa, mak bapak yang homesick. 
Alhamdulillah, Redza dah habis di Langkawi, aku pass baton pada Ima pula. 
Selamat ukur jalan JB-Pekan.