2024-12-31

Kenapa boss jarang sakit


Tadi kat Thread Nampak satu post ni "Kenapa boss jarang sakit eh? Nak lepak-lepak dalam ofis pun tak senang sebab dia asyik datang kerja"

Pastu berjujuk bosses and business owner jawab post:

Tapi dalam banyak-banyak komen ada la yang bitter dengan boss.

"Sebab boss datang opis 4 jam je, pastu dia balik. Memanglah payah nak sakit, tak stress"

"Sebab bos masuk lambat, balik awal. Banyak rehat"


Nak je aku reply "Bos kau tak masuk opis pun, gaji kau tetap dia pastikan dapat setiap hujung bulan". Tapi takpelah, malas. Sebab kat Thread reply sikit-sikit macam tu bakal mengundang kecaman. Nak puas, meh aku tulis kat blog macam ni.

Yang memekak-mekak bitter dengan bos tu sahih tak pernah jadi boss, dan maybe takkan pernah merasa jadi boss dengan perangai gitu. TAK AKAN. Ni set-set kerja berkira, tapi nak gaji besar. Lunch nak panjang, rehat nak lama, kerja nak sikit, balik nak awal. Tapi gaji nak besar. Tu semua set-set yang memekak tu lah.

Meh sini someone yang pernah jadi pekerja dan dan sekarang jadi business owner nak menjawab kenapa bosses jarang sakit (tapi masa aku jadi pekerja pun aku jarang MC).

Mula-mula kena faham yang kerja bos TAK SAMA dengan kerja pekerja. Ini adalah sebab utama kenapa business owner tak duduk di ofis 9-5. Because, the type of work they do is very different compared to employees. Employees biasanya involved in daily tasks yang memerlukan dorang berada di ofis. Contohnya, those yang terlibat dengan operation (packing order) dah tentu-tentu kena datang ofis. Yang buat kerja pakai sistem ofis, mestilah kena ada di ofis kalau tak kau tak boleh nak access pada system ofis. HR, kena ada di ofis. IT personnel kenalah ada di ofis kalau system down ke apa ke, kau perlu ada. 

Lainlah kalau buat outdoor sales, memang tak perlu ada di ofis. Yang perlu adalah sales masyuk setiap hujung bulan. Kau tak nak masuk sebulan pun boss tak cari. Tapi kalau hari-hari keluar jumpa customer tapi sales ciput, bersedialah nak kena tembak dengan bos.

Itu employee. Kalau seorang bos, atau business owner pula, kerja-kerjanya lebih kepada tugas strategik like plan the direction of the company and make big decisions, most of which do not require them to be in the office all the time. Merancang visi dan misi company, make financial decisions, cari peluang business, merancang marketing plan, merancang production new product, and discuss with stakeholders or key customers or suppliers. Sebahagian besar tugas ini dibuat di luar ofis. Sometimes, kau dah sampai rumah, bos masih lagi meeting dengan supplier.

Tu pasal kadang-kadang weekend aku masuk ofis untuk siapkan kerja. Malam pun pernah masuk ofis kalau ada benda nak disiapkan. Kau malam ada kat mana? Tengah melayan Netflix. Bos kau? Masih mengadap laptop tak settle-settle siapkan paperwork. Tak payahlah nak merasa terpaling buat kerja. Sometimes yang terpaling masuk ofis ni, sekadar hadir ke tempat kerja saja, bukannya hadir untuk bekerja! Main banyak, melangok banyak, bersembang banyak, melayan internet banyak. Kau ingat bos kau tak tahu? Bos maybe tak masuk ofis 9-5, tapi dia observe, ya.

Macam bos Devil Wears Prada aku dulu ginilah. Dia masuk paling awal pun 10 pagi. Jarang dia stay sampai 6 pm. Habis kuat pun 3 atau 4 pm dia balik. Tak surelah dia balik ke rumah atau ke appointment. Itu kitorang tak ambil tahu. Yang kitorang tahu, sales kalau tak hit, bersedialah anda pasti dilempar dengan sales report anda sendiri. Walaupun dia takde di ofis sepanjang hari, tapi apa-apa soalan aku tanya be it tentang produk, tentang jet customer, tentang marketing strategi - apa-apa sahaja - semua dia boleh jawab. For me this is more important than her coming to office everyday. As long as she can be reached at all times, and she always has a solution for every problem, aku takkan question walau dia tak masuk ofis setahun.

Walaupun bos tak nampak "sibuk" di ofis, they may focus more on aspects of business that require deep thinking, long-term planning, and interaction with external parties. Ini adalah jenis kerja yang lebih fleksibel dan kurang bergantung pada physical attendance. 

Ni bukan nak up pasal diri sendiri, tapi nak bagi pandangan based on observation aku bertahun-tahun makan gaji. Business owners or bosses are also USUALLY better at time management and task delegation. Dorang ada kelebihan atau keupayaan untuk manage their time wisely dan bagi tumpuan kepada important aspects that need their attention. Sementara tugas-tugas rutin yang lebih kecil dan tak perlukan kepakaran dorang, akan diserahkan kepada employee yang kompeten.

Seorang bos tak perlu ada di ofis 9-5 untuk pantau every detail. Bos ada cara untuk memantau kerja-kerja korang. Tak payah ada CCTV pun bos boleh tahu korang buat kerja ke tak. Ada cara nak tahu. Yang ni aku simpan dulu. Hahaha. 

In other words, peranan bos adalah untuk pastikan berfungsi dengan lancar dan buat keputusan penting kalau ada masalah timbul. This doesn't mean that bosses don't work, but they work in a more efficient way and focus on things that have the biggest impact on the business.

Aku harap takde staff aku yang berani cakap "Kami hari-hari buat sales, bukan akak yang buat!"

Trylah cakap gitu. Nanti aku tunjuk sales tu masuk tak kalau aku stop doing my part. 

Dulu, ada sorang ex-staff pernah question macam ni tau. Dia submit task always lewat, pastu tak meet expectation. Dia grafik designer. Dia perasan yang tanpa dia buat design, GreenAard takkan ada marketing material. Aku cakap ok, aku stop bagi dia task marketing selama 3 hari. Selama 3 hari tu aku minta dia buat marketing material berkaitan GreenAard. Hari ketiga tu dia tender resignation sebab dia tuduh aku buli dia. Kahkahkah.

Itulah dia dak-dak sekarang. Some of them cakap je lebat, tapi hampeh. Dia tak tahu kenapa aku hire dia. Aku hire kau, bukan sebab aku tak boleh buat marketing material. Aku cuma TAK SEMPAT nak buat, that's why aku hire orang yang boleh buat. Aku supply kau dengan content sahaja. Kau maybe boleh buat grafik, tapi kau tak pandai buat content-nya. Jadi, jangan merasa terpaling sangat. Bukan semua yang jadi boss atau business owner tu anak daddy Megah Holdings. Grad je, terus mewarisi jawatan CEO. Ramai je bosses yang asalnya berkuli dahulu sebelum duduk kerusi boss tu. Jangan ingat dorang tak pernah buat apa yang kau sedang buat sekarang.

Pelik aku dengan scenario sekarang. Bos kau tak masuk ofis, bos kau balik awal, itupun jadi masalah. Pergilah tukar tempat dengan bos tu, tengok kau boleh buat tak apa dia buat sekarang.

Berkenaan dengan kenapa bos jarang sakit. Jawapannya bos sakit. Tapi selalunya time sakit tu lahhhhhh dia tak boleh tinggalkan kerja dan mesti masuk ofis, mesti attend meeting dan appointment. At least itulah yang jadi kat aku. Time batuk tu lah aku kena chair meeting. Time demam tu lah aku ada appointment dengan factory. Time period pain tu lah aku ada submit proposal. Tapi oleh kerana ada benda yang lebih penting nak dibuat, redah je lah sambil berdoa tak tumbang.

Especially business owner. Business owners have a strong motivation to ensure their business continues to run. Ini antara factor utama kenapa daya tahan boss terhadap penyakit lebih tinggi. Tapi takleh nak kata gak. Masa aku jadi employee pun aku jarang MC. Sangat-sangat jarang. Hari tu masa nak apply new polisi takaful, disebabkan dah umur 46 tahun, and ada history of pre-eclampsia, underwriter minta rekod hospital. Kau tau sebab apa? Sebab dalam sistem dorang, last rekod perubatan aku adalah tahun 2014. 10 tahun yang lepas. Itupun rupanya aku buat urine test sebab kena UTI.

Badan kita ni ada rohnya. Sel-sel badan ada rohnya. Kalau kepala kau dah tune PENAT dan MALAS, asyik pikir cara nak cuti memanjang, dari tak sakit pun boleh jadi sakit. Tapi kalau kau always ada benda nak look forward the next day, sakit pun hilang gitu je. Semalam aku batuk teruk. Masa tengah meeting dengan staff kejap-kejap aku batuk. Tapi selepas tu aku kena attend appointment dengan kilang. Sampai je kat kilang, hilang batuk aku. Sepanjang discussion landing tak berdehem sikit pun. Elok je sampai rumah, kong kong kong kong batuk balik. Sebab apa? Sebab dalam kereta aku dah tune "Balik karang nak makan ubat and tido". Terus dia batuk non-stop. Saitan sungguh.

Lagi satu aku agak. Ini aku agak saja, boleh jadi betul atau tak betul. Business owners atau boss dorang ada kelebihan dalam pengurusan tekanan dan stres. Run a business dengan macam-macam benda nak pikir, dengan perangai staff, dengan perangai supplier, semua ni ama-lama buatkan dorang jadi berdaya tahan dan kental. Dah biasa menangani tekanan tanpa terlalu mengganggu kesihatan fizikal. Tapi tak bermakna bos tak terdedah kepada stres atau tak pernah sakit. Bos pun manusia biasa. Apa yang membezakan adalah, dorang lebih terbiasa dengan cara untuk mengatasi situasi tersebut dengan cara yang lebih efisien.

Employees may not always fully understand the burden of responsibility faced by their boss. Walaupun employee rasa dorang lebih penat, lebih banyak kerja, kerja lebih susah, you must know that tugas kau berbeza daripada tugas seorang bos. You should also remember that while you may work harder in the office, you don't have to run the business. You are appointed to carry out specific tasks, while boss has major responsibility to ensure that the business runs smoothly. Tapi kalau nak ambil tempat bos, cakaplah. Boleh bincang.


2024-12-30

Our Captain is busy you know?


Ramainya tanya aku pasal Zhou Lusi. 

Actually aku tak follow sangat kisah dia tu. Dah a few days juga orang speculate something happened kat dia sebab takde update apa-apa kat akaun Weibo. Pastu ada orang up video dia dibawa turun dari dalam wheelchair, tapi video tu tak jelas but yang ambil video tu mati-mati mengaku itu memang Zhou Lusi. 

So, SWEETHEART (fans Zhou Lusi) try korek sana sini nak tahu cerita sebenar sebab management tak bagi apa-apa statement. Until kawan Zhou Lusi yang buat statement Zhou Lusi di-diagnosed with Aphasia, keadaan di mana pesakit tak boleh communicate. Tapi dalam kes Zhou Lusi dia bukan saja takleh communicate tapi takleh membaca dengan laju. Setakat ni belum tahu apa progress, tapi dah send for treatment. So far takde yang kata it is due to brain damage atau jatuh kat lokasi ke apa. Masih menunggu official release dari management dia. Kesian pulak aku tengok. Muda lagi orangnya. Harap-harap boleh sembuh.

Yang tanya pasal ALICE, hmmm malas aku nak cakap pasal ni. Sebab retisnya takde apa-apa, fans yang lelebih. ALICE tak suka Dilreba rapat dengan Johnny. Sejak dorang berlakon saam tahun 2020, ALICE sentiasa mengutuk Johnny. Aku tak berapa pasti apa benda yang dia sakit hati sangat. Tak jumpa reason yang solid selain dari taknak Dilreba kena abuse. Tahun 2019, Johny naik court sebab ex-wife dia yang saiko tu tuduh semasa dorang kawen (2015-2017), Johnny pernah pukul dia. 

Kerana, tahun 2019 adalah breaktrough Johnny dalam entertainment industry. Sejak dia menang Best Newcomer kat Filem Asia, dia jadi sangat laku. Banyak offer dapat, banyak sign jadi brand spokesperson. Tiba-tiba ex muncul and claim she is Johnny's ex-wife dan mengadu masa kawen dulu selalu kena pukul. Tiba-tiba je baru nak claim. Dah lah takde bukti. Plus, kau bercerai tahun 2017, apesal tahun 2019 baru kau nak kecoh pasal ni? Kau ingat kau ex-wife, Johnny nak diam je ke. Memang naik courtlah apa lagi. Pastu terbukti Johnny tak bersalah.

Tahun 2020, masa drama Johnny and Dilreba nak release, ex dia buat hal lagi sekali. Dia ungkit-ungkit lagi hal yang sama, padahal dah settle. Johnny tulis kat status Weibo "Please stop damaging my reputation", dan tag ex dia. Ex dia kata dia bengang Johnny tak buat apa-apa untuk stopkan fans dari bercakap buruk pasal dia. 

Eh kau siapa?? Bini dia ke? Hilang ingatan la tu. Tapi si Johnny malas nak panjangkan cerita, maybe sebab dia tahun ex dia saiko, so Johnny tulis kat Weibo "I hope we all can move forward with our lives. To my family member and a friend, [nama saiko] all the best to you."

Bangga la tu Johnny cakap dia "family member". Kahkahkah. Pastu dah takde lagi dia buat hal lepas tu. Mungkin dah 6 kaki bawah tanah agaknya. Keadaan dah reda, tapi geng-geng ALICE tak nak Johnny and Dilreba cinta lokasi, jadi dorang dok ungkit balik kes abuse ni. Supaya Dilreba beringatlah kononnya. Rasanya yang buat cerita Johnny gay pun geng ALICE ni juga.

Johnny takde fanclub. Dia berada di bawah management syarikatnya sendiri, Huang Jingyu Studio (HJYS). Jadi, bila ada kes-kes fitnah macam ni, selalunya kat Weibo tu penuh kecaman pada Johnny, tapi takde backup. Sebab dia takde fan club. Yang ada hanyalah fans macam aku ni yang keep on posting and talk about him and his projects. Sebab tu aku cakap, apa-apa post pasal Johnny, always tentang kerjaya dia saja, bukan personal. Sebab kitorang tumpu pada informtion dari HJYS only. Mulut-mulut paparazzi ni we don't ambik port. Kau nak cakap dia gay ke, dia pukul bini ke, bertempiklah sorang-sorang. Takde siapa layan kau.

Takyah tanyalah pasal ALICE tu. Fans Johnny lansung tak pernah mention apa-apa pasal Dilreba. Banyak lagi aktiviti Johnny yang nak dikongsi, tak cukup masa nak cerita. Eh tup-tup bila orang puji drama Love Song in Winter adalah drama romance paling best dari Johnny, ALICE sentap pulekkkk. Bengang agaknya lepas ni orang akan bercakap pasal gandingan Johnny and Sun Qian pula. 

Yang benaunya kau suka idol kau digossip dengan Johnny sebab boleh menumpang famous, kan. Now bila dah takde orang mention, nak sakit hati pulak. Kau dengan ex Johnny boleh masuk satu fanclub sebab korang sama-sama saiko.

Malam ni, nak tengok love streaming sambutan New Year di Weibo. Johnny akan nyanyi 2 lagu. Semalam dia dah sampai dari Changzhou (lokasi shooting), esok dia akan patah balik ke lokasi. Our Captain is busy you know, dia takde masa nak layan kau punya gossip. Kitorang pun busy ni, esok nak update ke seluruh dunia pasal show Johnny malam ni. 

p/s: Kalau nak tengok how bignya HJYS management, dalam drama Love Song in Winter ada scene dalam cinema. Scene yang Johnny pegang tangan Sun Qian. Dalam cinema tu semua yang duduk kat kerusi tu adalah employee Johnny. Dia bawa semua staff berlakon sekali (tapi jadi pak pacak je lah). Yang lelaki duduk sebelah seat dia dalam cinema tu adalah his real bodyguard. By the way, lagu tema penutup setiap episod adalah nyanyian Johnny. Tajuknya "Day and Night". Aku syak malam ni dia nyanyi lagu tu.


2024-12-29

Some lelaki especially yang tak mampu match level perempuan-perempuan macam ni, dia akan gunakan kecaman untuk justify ketidakmampuan dia.



Kalau sekali dengar, nampak macam "Berlagaknya kau! Macamlah cun sangat!"

Tak. Ini bukan masalah CUN. Tapi realiti.

Bercinta dengan perempuan berstatus lebih tinggi dan lebih incomenya, tak salah. Tetapi ada cabarannya, especially if her lifestyle significantly exceeds your current means. Walaupun keserasian dari segi kewangan orang kata bukanlah segalanya, di zaman ni keserasian kewangan tetap jadi faktor penting dalam relationships. 

Some lelaki especially yang tak mampu match level perempuan-perempuan macam ni, dia akan gunakan kecaman untuk justify ketidakmampuan dia. Nanti dia katalah kononnya dia tak suka perempuan bermekap 24 jam. Suka yang natural beauty. Tak suka perempuan yang bergaya, suka yang simple-simple je, lebih sweet. Tak suka perempuan yang bersosial lepak dengan kawan-kawan kat high-end restaurant. Kononlah. Pastu lagi 10 tahun dia ada skandal dengan type perempuan yang dia "tak suka" tu. Sebab apa? Sebab now dah mampu. Dulu tak mampu, tapi tak nak mengaku diri tu tak mampu.

Terima sajalah hakikat her lifestyle is beyond your means. Undur diri dengan tenang-tenang. Jangan bitter tak tentu arah. Atau, bak kata video tu, elevate your financial situation to meet her level. Simple, kan? Tapi tak. Kau nak jugak mengkondem perempuan tu. Sebab tak dapat. Cuba kalau perempuan tu nak kat kau. Terus menggelupur kote.

Perempuan tu dah berada dalam lifestyle yang begitu SEBELUM kau kenal dia. Dia cantik, dia bergaya, dia menarik, dia gojes - itu semua ketika dia dalam lifestyle begitu. Kau terpandangkan dia, lalu terpikat. Patutnya kau yang masuk dalam lifestyle dia, bukan ajak dia keluar dan join lifestyle kau yang serba simple tu. Tak adil. Kalau betul sukakan perempuan yang simple, yang tak bergaya, yang tak high maintenance, kau takkan peduli pun dengan perempuan yang level kayangan ni.

Aku suka lelaki bijak. Di sekolah dulu, pandangan aku always terarah pada group lelaki-lelaki bijak. Dan aku akan bercakap pasal group ni saja, sebab minat aku pada group tu. Tak kisahlah sepadan ke tak dengan aku, that's another story. Yang penting, aku suka lelaki bijak. Yang tak masuk dalam kategori bijak ni, aku tak ambil port. Ye lah, buat apa aku nak kisah benda yang aku tak minat, betul tak? So, bila kau suka perempuan simple and natural beauty, your focus and conversation should be directed at that group only. Bukan mengecam group lain. Entahlah aku tak tahu orang lain macamana. Memang ada kot jenis orang yang makin dia kata tak suka, makin perbualan dia berkisahkan perkara yang dia tak suka.

Pada aku, that is her life. Dia pilih lifestyle begitu because it reflects her values, goals, and priorities. Macamana dia spend duit dia, semua tu berlaku sebelum kau kenal dia. Itu adalah her financial habits. Kalau kau boleh minta dia berubah menjadi lebih sederhana, dia pun boleh mintak kau berubah jadi macam dia. Fair?

Lelaki-lelaki yang kondem kononnya perempuan hi-maintenance ni membazir, kau sedar tak kata-kata kau tu doesn’t reflect your preference, but t reveals your insecurity? Statement like "Membazir je beli mekap mahal-mahal, nanti kena basuh muka jugak" - ini namanya belittling and controlling. Sukati dia lah nak pakai mekap tebal 14 inci pun. Dia pakai duit sendiri. Kalau tak suka, move. Bagi laluan orang lain masuk. Jangan tunjuk kau punya perangai tak matang tu.

The issue now is not her. It’s you. If her lifestyle is out of sync with what you can afford, the respectful choice is to step back. Ini bukan tentang rendah diri. Ini tentang KESERASIAN. Relationships work best bila both of you berkongsi value yang sama. Kalau her spending habits buat kau rasa tak selesa or strain your budget, jangan expect dia downgrade hidup dia untuk kau. Dia kerja keras untuk reach financial freedom supaya dapat enjoy lifestyle yang dia nak. Asking her to live “below her means” to accommodate your financial limitations is UNFAIR.

Orang yang suka bercantik-cantik ni ada aim. Dari awal lagi dia dah tunjuk penampilan yang mewah supaya yang mendekat pun adalah dari golongan yang mampu. Jimat masa dia. Tak perlu nak filter because yang berani approach her pun tak lari jauh dari kriteria yang dia mahu. Kadang-kadang yang mampu pun tak mendekat. Kau yang tak mampu ni pulak nak masuk, pastu ajak dia hidup susah bersama kau. Konfiden eh?

Nak cuba tak salah, tapi kalau kena reject jangan bitter. Sebab dari awal patut dah sedar diri. Instead of dragging her down why not be honest with yourself. Tanya diri, berapa lama aku sanggup bersama dengan perempuan high maintenance macam ni? Kalau aku teruskan, adakah aku akan terkilan hilang dia? Kalau aku teruskan, adalah aku akan terkilan sebab akhirnya membebankan? Sanggup tak aku skip certain things untuk bela lifestyle macam ni? If the answer is no, then undurlah dengan aman and cari yang sekufu, atau yang financial expectations aligned dengan kau. Takde apa yang nak dimalukan untuk terima hakikat you are not compatible.

Tapi, kalau lepas pertimbangkan banyak perkara dan kau rasa kalau terlepas perempuan ni kau akan rasa terkilan, then consider taking the second option iaitu improve your financial standing. Aku rasa bab ni tak perlu sampai satu level dengan her spending power. Cukup dengan kecilkan gap supaya her lifestyle tak terlalu membebankan kau. Ni bukan tentang barang mekap tau. Ini tentang nafkah bila kawen nanti. Makan dia, tempat tinggal dia, pocket money dia - must match dengan lifestyle yang dia dah terbiasa. Kalau selama ni dia spend RM2K untuk lifestyle dia, kalau kau boleh cover 3/4 dari tu pun dah memadai. Itu kalau dia spend RM2K sebulanlah. Kalau RM4K, sendiri kiralah sanggup ke tak.

Untuk orang marhaen macam kita memang akan rasa kau makan apa, pakai apa, sampai RM4K sebulan? Ye lah, sebab kita shopping time sale je. Hamba Allah tu shopping time new arrival. Tak sama, ya. Tak payah nak kritik her choice. Perlu ke beli mekap mahal? Perlu ke beli tudung mahal? Sekarang ni kau nak dia ke tak? Kalau nak, hadap. Kalau taknak, blah. Senyap. Jangan banyak bunyik.


2024-12-28

Betullah apa dia cakap, kena ada saving, just in case ada emergency. Eh salah ke?

One thing yang aku tak berapa gemor menulis kat Thread, kau tak boleh tulis something like this ringkas-ringkas. Mampus kena kecam se-Malaysia. That's why apa-apa aku prefer menulis di blog. Puas, dapat tulis panjang lebar. Menulis ringkas-ringkas ni kau tak dapat explain dengan precise. Belum apa-apa karang dah kena hentam. Terus down. Macam post budak atas ni. Kesian, kat komen kaw-kaw dia kena. Sebab bila terlampau ringkas, orang yang membaca akan membaca dengan nada hatred.

Aku boleh faham apa yang dia nak maksudkan. Betullah apa dia cakap, kena ada saving, just in case ada emergency. Eh salah ke?

Tapi tu lah, bila cakap gitu, ada yang terasa. Nanti dia kata kau takde empati pulak. Masalahnya itu pun hakikat yang semua kena realize. Jangan terus jump into conclusion seolah-olah si penulis tak pernah berada di tempat orang tu. Kadang-kadang sebab pernah berada di tempat itulah, dia cakap macam tu. Supaya beringat. Ni tak, bila cakap gitu je, “Kau tak tahu susahnya orang lain, gaji pun cukup-cukup makan je,”

Hello? Sebab cukup-cukup makanlah lebih kena beringat. Makin tak cukup, makin kena beringat. Kena pikir esok kalau ada emergency, nak tadah kat siapa? Takkan asal terdesak je mintak tolong adik-beradik, mintak tolong saudara-mara, mintak tolong kawan, mintak tolong jiran, mintak advance gaji, etc? Satu dua kali terdesak ok lagi. Kalau dag kerap, orang naik menyampah. Balik-balik kau je terdesak. Patutnya lepas terkena sekali, beringat. Ini tak. Bila orang tak tolong, tuduh takde empati, sombong. Siap pulak dia tazkirahkan kita "Rezeki kau tu pun Tuhan bagi, jangan berlagak". Lahh?? 

What she (penulis tadi) is trying to convey is something that is very important for the long term, bukan saja untuk diri sendiri, tapi juga untuk orang-orang yang kita sayang. Kalau hidup kau sorang, sebatang kara, lain cerita. Kalau dah berkeluarga, dah ada anak-anak, tolonglah usahakan paling tak RM30-40 sebulan ketepikan. Nak membesarkan anak-anak sekarang MAHAL! Tak macam dulu. 

Ni tadi aku nampak ada sorang perempuan tanya "Kalau anak dapat tawaran ke MRSM nanti, ada bantuan persiapan beli baju sekolah tak?"

DEY!!! Ini yang aku marah!

Patutnya bila dah pasang impian nak anak belajar di MRSM, dari 2 tahun lepas dah start simpan duit. Patut masa kau isi borang permohonan tu dah start menyimpan. Jangan tunggu dan berharap ada bantuan. Bukan anak kau sorang yang menunggu bantuan. Ramai! MRSM takkan bantu semua. 

Oklah, bab yuran, buku tu semua nanti boleh settle dengan sekolah. Habis takkan persiapan baju kasut dan kelengkapan anak nak masuk MRSM pun tak bersedia. Takkan itu pun nak maktab sediakan duit.

Ya, aku faham, hidup ni tak mudah. Everyone has their own challenges and needs. Ada yang gajinya cukup-cukup untuk bayar bil dan daily expenses. Some have to live from month to month very strictly. Even so, we still have to understand that no matter how small the amount we save, it can have a big impact in the future. 

Aku pun pernah bergaji RM1600. Ceritanya, gaji RM1600 ni kalau belanja ikut kehendak hati, memang tak cukup. Tapi setiap kali dapat gaji, aku simpan sikit. Macamana pun, simpan sikit. Kalau bulan tu komisyen masuk, simpan lebih sikit. Selebihnya spend. Tak payahlah simpan semua. Rasalah juga duit komisyen tu sesekali nak makan sedap, nak belanja famili, nak beli baju and skincare yang best sikit. Sebab tu aku pulun komisyen kaw-kaw. Dengan komisyen tu lah nak merasa sedap sikit bulan tu nanti. 

Tup-tup age 31, aku resign. Tak pernah terpikir pun akan resign seawal tu. Ingatkan saving tiap-tiap bulan untuk simpanan hari tu. Tak sempat tua dah keluarkan and invest RM20K untuk start own bisnes.

RM20K tak banyak, tapi alhamdulillah masa tu ada. Bila ada savings, aku tak rasa teragak-agak nak berhenti kerja. Resign dan start bisnes. Bukan nak kata bila ada duit tu kita secure, but having savings gives us choices, and it's those choices that bring freedom. Lega betul rasanya ada simpanan masa tu. Sayang sebenarnya nak guna sebab nak kumpul pun tak senang, tapi itulah gunanya ada simpanan. Bila sampai waktunya, benda dah ada. 

Jangan tengok pada berapa yang disimpan, tapi tengok impaknya bila ada simpanan. We cannot predict what will happen in future. Masa belum kerja, pendapatan kitorang cuma dari En Wan sorang. Dialah bayar itu ini, dan dia jugalah menyimpan. Kalau nak ikut kehendak, memang tak cukup. Tapi terpaksa cukupkan apa yang penting. 

Bila aku dah start kerja (Prudential), barulah ada pertambahan pendapatan. Nak makan sedap-sedap pun tak segan mintak kat suami. Paling sedap pun, Mamak Seri Melur. Everytime gaji, upgrade ke Khalifah (mamak juga tapi bistro). Tak pun ke kedai kuetiaw USJ, apa nama ntah, lupa aku. Kalau pi mall sekadar cuci mata. Balik dari mall, makan di rumah, atau mamak Seri Melur. 

Masa tu aku elakkan dari attend mana-mana kenduri kawen. Sebab kalau datang jemputan, takkan berlenggang. Paling tak, kena bawak duit. Itu budi bahasa. Bila takde duit, duduk dendiam je kat rumah.

Duit simpanan hanya untuk yang benar-benar penting, contohnya balik kampung (Tganu), atau emergency kot-kot kereta atau rumah rosak. Nak balik Tganu belanja boleh tahan. Dengan tol, dengan minyak, nak hulur kat mok lagi. Takkan balik kampung nak makan kat rumah je. Paling tak, belilah barang makan sikit. Semua tu nak pakai duit. Jadi, nak tak nak, kena menyimpan. Tu belum cerita raya lagi. Lagi 3 bulan nak raya dah start simpan - untuk baju raya, untuk duit raya mak bapak, duit raya anak-anak sedara, minyak, tol, makan, etc. 

Masa arwah ayah meninggal mengejut, kitorang terus book flight ke Tganu. Nasib ada simpanan. Kalau takde, how? Konfem tak sempat jumpa jenazah. Bab emergency macam nilah yang kena pikir kenapa perlu ada simpanan. So bila orang kata "Takkan RM300 pun takde?", jangan sentap. Jangan anggap orang tu menghina. Jangan anggap orang tu takde empati. Tapi muhasabah pada diri sendiri. Orang tu bercakap sebab dia pernah tak ada RM300. That's why dia nampak apa akan jadi kalau takde savings.

Aku tak kata mesti menyimpan sampai ratusan ringgit sebulan. Cukuplah ketepikan sikit, dan jangan sentuh lansung duit tu. Kalau mampu simpan RM50 atau RM100 sebulan, lama-lama akan terkumpul jadi jumlah yang besar juga. Ya, tahu. Semua orang ada keperluan hidup yang berbeza. Sebab itulah jumlah yang perlu disimpan tu boleh berbeza ikut kemampuan masing-masing. Ada orang mampu simpan RM20, isokay. Yang penting, konsisten dalam menyimpan, bukan berapa banyak yang disimpan.

Ramai yang sentap ni bukan apa. Dia ingat menyimpan tu hanya untuk yang berduit. Padahal orang yang berduit, dia tak simpan. Dia laburkan lagi ada. Yang takde duitlah patut menyimpan. 

Sebenarnya semua orang boleh menyimpan, tak kira berapa banyak gaji. Even if you can't save a lot, the effort to save is more important. It shows that you are concerned about your future. Menyimpan sikit setiap bulan lebih baik daripada langsung tak menyimpan.

Berbalik pada orang yang berpendapat “kau tak tahu susahnya orang lain”, maybe yes, kita kena faham setiap orang ada cabaran masing-masing. Yes, I don't fully know what you are going through, but you also need to understand that most financial problems come from the way you manage money. Tengok je lah isu-isu yang jadi now. Yang ada duit banyak pun, kalau money management tak betul, habis. So it's not about how much money we have, but how we manage what we have. 

Bila cakap gini karang, orang melihat pada apa yang kita miliki now. Dia tengok kita yang dah stabil. Dia tak tengok zaman kita gaji RM1600 dulu. Dia tak tahu kita dulu pernah beli perfume RM30. Kasut, RM29.90. Henbeg beli kat kiosk. Underwear, Scarlett RM10/helai. Kosmetik, Guardian. Sabun mandi, Lux buku. Everything hanya yang basic! Sebab belum mampu. Maka, gaji aku RM1600 dulu, alhamdulillah cukup. Nak lebih? Pulun komisyen kaw-kaw.

Susah sebenarnya nak educate people di zaman ni, sebab kat media sosial bersepah-sepah tunjuk lifestyle yang mewah. That's why mereka always rasa gaji yang dorang dapat tak setimpal, dan susah nak menyimpan, serta serba tak cukup. Sebab dorang percaya lifestyle yang normal adalah yang dorang nampak kat media sosial tu - shopping, healing minum kopi mahal, holiday, reward diri 7 kali sebulan, etc. Tu pasal payah nak menyimpan sebab nak menikmati kehidupan "normal" macam dalam media sosial.

Look. Simpanan tu adalah untuk kita sendiri, bukan untuk orang lain. Imagine being in a situation where we need money immediately dan kita ada simpanan - lega betul rasanya! Tak tertekan atau susah hati. Kena faham, menyimpan tu bukan perkara yang susah, tapi perkara yang perlukan disiplin dan kesabaran. Jadi, bukan bermakna kita mesti simpan banyak. Asalkan konsisten.


2024-12-27

Majlis wedding, guest tak nak berganjak



Aku rasa setiap tahun aku ada buat blog post pasal masalah tetamu yang datang majlis orang, especially open house. Ternyata ini bukan masalah aku sorang, tapi ramai orang. Tinggal lagi nak viral atau tak je. Yang tadi kisah majlis wedding, guest tak nak berganjak. Selalunya yang tak berganjak ni nak tunggu sampai pengantin datang. Pastu nak tunggu turn bergambar apa semua. Jadi, walaupun dia dah habis makan, dia takkan bangun! Kau berpusing-pusinglah kat tepi dia 14 kali bawak pinggan penuh makanan, dia wat dek je. Nanti dia kuis-kuislah kuih yang tinggal sejemput depan mata tu. Yang benaunya kuih tu dia dah taknak makan, tapi nak jadikan props konon macam belum settle makan lagi. Ada la reason dia tak bangun.

Benda macam ni payah nak kawal. Jadi as tuan rumah, kena siap-siap sediakan ruang untuk sedara-mara makan. Aku dulu kawen kat rumah. So takde masalah. Sedara-mara nak makan boleh masuk dalam rumah, terusssss ke dapur. Memang guest tak masuk dalam, semua makan kat khemah. Ima and Ibal kawen kat dewan. Ada bilik-bilik khas untuk saudara-mara nak melepak, berehat atau solat. At the same time, Mak Aji securekan 3 meja kat bahagian belakang dewan tulis RESERVED. Dewan-dewan Ibal and Ima dulu memang besar. Jadi meja reserved tu jauh sikit dari meja-meja lain. Sekali pandang pun orang tahu itu meja khas, bukan untuk guest. Tapi kalau dewan kecil, kau memang kena tulis besar-besar "FAMILY ONLY".

Aku dah plan dengan En Wan. Esok kalau buat majlis kawen anak-anak, aku nak buat sistem datang ikut jam macam style Singapore. Buat kat dewan. Datang ikut masa jemputan. Setiap sessi pintu hall akan ditutup untuk elakkan the next group masuk. Bagi masa 2  jam saja. Selesai 2 jam, boleh balik. Group lain pulak masuk. Lebih tenang, terkawal dan pasti takde masalah takde tempat duduk. Cara ni belum jadi kebiasaan di sini. Tapi boleh je nak praktikkan especially kalau buat kat dewan. Kalau buat kat rumah takleh lah buat gini. 

Open house pun sama. That's why open house aku buat khemah. Supaya guest ada tempat untuk makan. Yang sedara-mara boleh masuk dalam rumah untuk makan. Tapi ada jugekkkk guest yang terussss masuk dalam rumah. Ambil makanan, pastu makan dalam rumah. Pandai-pandai dia je letak gelas air atas coffee table aku. Takde ke dia terpikir meja tu nanti berbekas air? Aku yang tuan rumah pun minum kat coffee table tu letak coaster. Benda-benda macam ni kalau aku cakap karang, ada orang sentap. Ada orang marah. Nanti dia kata "Harta dunia je meja tu". Ha'ah memang. Memanglah harta dunia, tapi meja tu bukan free. Jangan samakan meja rumah aku dengan meja rumah kau yang beli bundle tu (hah kauuu!).

Guest-guest macam ni bahaya. Nanti dikatanya kau tak ikhlas. Sebab dia rasa bila dia dijemput, tuan rumah kena ikhlaskan semua benda! Entahlah kadang-kadang aku pelik dorang ni takde common sense, atau aku yang sensitif? Lagi satu, jenis yang bila dah jumpa meja nak duduk, dia terteleng-teleng kepala cari tukang bersihkan meja. Pastu marah-marah "Dik, meja ni tak bersih lagi". Ini aku baru nampak 2 minggu lepas kat majlis akikah anak sedara En Wan. Geram je aku perati. Kalau catering tengah sibuk, apalah salahnya kau kemaskan. Kau yang duduk meja tu kan? Kumpulkan pinggan and gelas setempat. Pastu duduk. Nanti nampak dak catering, barulah minta dia angkat and kemaskan sikit meja tu. Budi bahasa tu jangan tinggalkan kat rumah boleh? Bawak sekali datang jemputan. Jangan bawak perut semata.

Hari tu aku pi Ikea. Weekend. Penuh cafe. Penuh nak gila! En Wan beratur, dia minta aku cari meja. Aku pusing pusing pusing pastu ada sorang tu macam dah habis and tengah kumpul-kumpulkan tisu yang dia dah guna masuk dalam pinggan. Aku terus approach "Dah sudah ya?"

"Ya, dah. Kejap ya"

"Takpe, takpe, saya kemaskan"


Kita nak meja, kan. Kita lah kemas. Nak tunggu cleaner kemas karang, ada pulak yang standby kat tepi. Jadi sebelum dia bangkit, aku offer untuk kemaskan. Takpe, cik boleh balik. Biar saya settlekan. Susun semua pinggan and gelas setempat. Panggil cleaner angkat. Pastu aku keluarkan wet tissue and hand sanitizer, spray and lap. By the time cleaner tu patah balik nak lap meja, meja aku dah wangi. Settle.

Itu cara-cara ada cleaner. Kalau kat majlis wedding orang, takkan kau nak tunggu meja kau dikemaskan. Dah la datang sefamili 8 beranak bagi salam kat RM20 je, pastu nak jadi boss pulak. Eh kau.


2024-12-26

GreenAard: Berapa lama boleh dapat berat badan ideal dengan GC Plus.


Ni penjelasan ringkas menjawab pertanyaan kat DM. Aku share terus di sini senang semua boleh baca.

Dia baru nak cuba GC Plus. Dia tanya secara general, berapa lama boleh dapat berat badan ideal dengan GC Plus.

Yang ni bergantung pada pelbagai faktor. Yang pertamanya, berat badan awal (sekarang) dan berat sasaran. Kalau berat badan yang kau kena turunkan banyak, lebih banyak masa yang diperlukan. Semakin tinggi berat badan, semakin banyak effort dan masa yang diperlukan. Katakan kau sekarang obese. Dalam sebulan ambil GC Plus dah nampak penurunan berat yang ketara. Yang ini normal. Awal-awal memang laju. Sebab, bila kau mula ambil GC Plus yang mengubah diet, badan akan mula keluarkan simpanan air dan glycogen. Glycogen adalah karbohidrat yang disimpan dalam otot dan hati. Glycogen menarik air, jadi bila glycogen mula dikeluarkan, air yang terkumpul akan turut hilang. Sebab tu awal-awal guna GC Plus berat badan kau turun dengan sangat cepat. Tapi ini berat air tau, lemak belum jalan lagi.

Semakin dekat dengan ideal weight, penurunan jadi lebih slow. Sebab pada tahap ni, badan perlukan lebih banyak masa untuk bakar lemak yang tersimpan. Pada peringkat awal hari tu, badan akan bakar lemak yang lebih mudah diakses terlebih dulu, macam lemak bawah kulit dan bahagian-bahagian yang lebih mudah dibakar. Tapi bila berat badan semakin berkurang dan semakin menghampiri ideal weight, badan start bakar lemak yang lebih susah diakses, macam lemak yang lebih dalam (visceral fat) atau yang terkumpul di kawasan tertentu macam perut, pinggul, atau paha. Ini semua port lemak-lemak degil yang payah nak diburn. That's why sampai satu tahap kau tak nampak sangat progress bila menimbang berat. Tapi, kalau ukur lilitan pinggang, kau akan nampak ada progress.

Lagipun, bila badan start losing weight, fitrah semulajadi tubuh badan adalah - menyesuaikan diri. Contoh, bila lose weight, badan kau tak perlu banyak tenaga untuk jalankan aktiviti harian macam dulu. Dulu naik tangga je dah guna banyak tenaga sebab badan kau besar. Maksudnya, dulu badan bakar lebih kalori. Semakin hampir pada ideal weight, badan tak perlu banyak tenaga macam dulu untuk kau buat aktiviti harian. Sebab badan kau semakin ringan. That's why at this stage, losing weight seems harder. Padahal progress sedang berlaku, cuma tak nampak on surface. Kat dalam badan dia masih bekerja membakar lemak. That's why aku suggest konsisten dengan GC Plus. Jangan givap awal.

Badan kita pun tak bodoh. Bila dia sense lemak badan dah semakin berkurang, dia start bakar lemak dengan lebih perlahan sebab badan perlu lemak untuk memastikan ia cukup tenaga untuk berfungsi. This is one of the ways your body protects you from hunger or lack of energy. Dia macam ni tau. Bila kau losing weight and body fat, badan anggap kau dalam zon kebuluran. Secara otomatik dia perlahankan metabolisme untuk elakkan pembakaran lemak yang terlalu cepat. This is a natural defense mechanism untuk make sure kita tak hilang too much fat or the energy it needs.

Contohnya, awal-awal badan start losing weight, badan bakar lemak dengan cepat sebab kau ada banyak excess fat yang boleh digunakan. However bila semakin kurus, simpanan lemak makin sikit, dan untuk elakkan kehabisan tenaga, badan slow down pembakaran lemak. This explains why weight loss slows down as we get closer to our ideal weight. This is why after beberapa bulan, kau merasa badan kau berada dalam stagnant weight. Kau kata "Badan saya dah immune dengan GC Plus". Bukan imun, tapi perubahan tu tak nampak obvious dah di luar. At this stage, walaupun kau topup dengan bersenam, badan tetap slowkan fat burning sebab dia nak protect badan dari hilang lebih banyak lemak.

Tu pasal ada yang givap "Saya buat IF, saya makan GC Plus, saya jogging tapi berat maintain"

Nasihat aku, DO NOT OVER-DO. Makin extreme kau berdiet, makin lambat berat kau turun sebab badan nak protect apa yang dia perlu protect. Kalau lemak terlampau kurang, hormon kau jaid imbalance. Tu pasal aku cakap kalau terlampau kurus, haid boleh berhenti. Menopos awal kau nanti. Kalau lelaki pulak, if fat terlampau sikit dalam badan, testosterone levels akan drop, impacting sexual health and energy levels. Tu belum lagi cerita immune function. Semua ni akan chaos bila fat too low.

Nasihat aku dari dulu -- bila guna GC Plus, bagi perhatian pada ukuran pinggang. Kalau pinggang kau less than 31 inci, maknanya kau dah capai ideal weight. Jangan tengok penimbang sebab berat pada penimbang adalah berat seluruh badan - tulang, air, lemak, otot. Kita aim nak lose fat. Dan fat yang paling degil adalah pada paha, pinggul and perut. So what you must do, setiap bulan, ukur lilitan bahagian-bahagian ni. Buat carta. Follow up. Bila pinggang dah hit 31 inci, oklah tu. Nak stop GC Plus pun boleh dah masa ni. Kau maintain je berat. Kalau male, ukur lilit aim untuk less than 37 inci. Cukup. Jangan extreme sangat. Pinggang aku now 26 inci. Tapi jeans aku pakai 27 supaya selesa bila membongkok. Saja je lah nak bagitau. Kasi bakor line.

Jom order GC Plus sementara harga Y.E.S masih ada. Whatsapp sini - 013-7557424 atau 012-7728976.


2024-12-25

Ingat jadi influencer ni tak pressure ke?


Tadi aku nampak kat Thread screenshot muka depan NST (versi online maybe) gamba2 Vivy, Che Ta and Dato Vida. Aku lupa apa tajuknya. Tapi something like "flying first class but in debt" - lebih kurang ginilah tajuknya. Tak baca sangat pun, tengok tajuk newspaper je. Vivy dah dalam siasatan. Che Ta pun dah start lelong barang-barang. Yang Dato Vida ni kes apa eh? Aku malas nak google. Tanya korang je lah 😆.

Aku taknak cakap pasal 3 orang ni. Yang aku nak cakap now is, social media. Sebenarnya punca semua ni adalah social media. Kalau social media takde, semua benda ni tak jadi. Sumpah, takkan jadi. Almost all aspects of our lives are now related to online platform. Dari segi communication, engtertainment, kerja, shopping, belajar pun online, atau saja-saja nak isi masa lapang - semuanya boleh buat online. Inilah life kita sekarang. Bukan trend, tapi inilah kehidupan zaman sekarang.

Memandangkan kita menetap dalam talian, haruslah cara hidup pun cara online. Makan, upload. Shopping, upload. Vacation, upload. Celebration, upload. Tunjuk tak salah, tapi masalah besar timbul bila kebergantungan pada social media jadi tak terkawal. Berlumba nak nampak sempurna, nampak berjaya, gaya hidup mewah, nak dapat recognition dengan "likes" dan "followers". Tadi kat Thread aku nampak sorang ni dia screenshot jumlah shares 800, tapi likes cuma 100. Dia kata pelik. Kenapa tak like and follow her? Aku macam...kau memang tengok statistik berapa shares, berapa likes, berapa followers everyday ke? Pastu nak buat apa?

Aku tak nafikan social media ni boleh jadi baik kalau kita guna dengan betul. Platform for self-expression, connection, and business opportunities. Bagus. Tapi ia juga its darker side, iaitu tekanan untuk membandingkan diri sendiri dengan life orang lain, especially those influencer yang gaya hidupnya over the top. Kita dibiasakan dengan success is equals to luxury lifestyle. Sebab itulah influencers influencers cenderung nak showcase lifestyle yang mewah, designer clothes, luxury vacations, high-end cars. Oh now setakat beli kereta mewah is so yesterday katanya. Now, beli kereta CASH baru "in"!

Takpelah, bagus. Your posts may seem inspiring , tapi untuk kita yang menengok ni kena ingat what we see online is often a highlight reel, not the full story. Sikit masa hari tu pernah viral sorang influencer yang jual tudung. Dulu kemain gah lagi tunjuk lambakan stok sampai. Pastu lambakan packaging pos laju. Laku keras la ni ceritanya. Tup-tup keluar berita hutang supplier tak bayar, siap kelepet duit sumbangan lagi. Dah tu yang stok melambak-lambak laku keras katanya tu betul ke tak? Ke tiap-tiap hari packing untuk bergambar, pastu koyak balik sampul Pos Laju tu?

Ramai influencer suka menggambarkan imej success, but the reality behind their glamorous lives is not always as it seems. Ini bukan serkap jarang. Kita semua tengok kan makin banyak kes-kes macam ni. Pakai Lambo, jual skincare. Tup-tup ada kaitan dengan dadah. Beli kereta cash, kaya jual produk. Rupanya main forex. Tak, tak kisah kau nak main forex ke, nak main dadah ke, nak penggubahan wang haram ke - itu pilihan kau. Tapi bila kau misleading lifestyle kononnya kau berjaya dalam bisnes, itu yang orang jadi muak!

Dulu yang kita tahu takat main forex, cuci duit, jual dadah. Tahun ni ada yang baru - kelepet duit sumbangan, duit dana, duit loan. Tergamak eh nak maintain appearances, sanggup berhutang untuk sustain gambaran hidup berjaya tu. Masa kecoh-kecoh kes Che Ta, aku terbaca satu komen. Dia kata sekarang dah ada bisnes sewa designer bags, and khidmat pinjam rumah dan kereta untuk bergambar. Seriouslah sampai itu boleh jadi bisnes? Tapi lojik bisnes gitu, sebab ada demand. Cuma yang aku tak faham mana datang bahagia dengan life yang fake gitu? I mean ok lepas kau sewa henbeg, sewa mansion, sewa rumah, pastu? Salin baju biasa dan kembali ke rumah PPRT (no offense). Pastu esok repeat benda yang sama?

Aku tak tahulah kalau itu satu bentuk investment. Kot la dengan cara tu dapat close projek juta-juta. This is another story. Tapi kalau kau bergambar just for the sake nak dapat kekaguman marhaen, nak dapat followers and likes rentikanlah. Sebab sampai bila takkan habis. Because setiap hari akan muncul orang yang macam kau juga. Penyudahnya kau sama dia berhabis-habisan demi seketul likes. Aku yang tengok pun letih. Kau yang berhempas pulas ni tak reti penat ke?

Why do you feel the need to showcase a lifestyle you may not genuinely afford?

Kalau setakat nak dapat validation, kau takka puas sampai bila-bila. Because sociak media punya game is thrives on likes, comments, and shares. Ini semua metrics that feed the human desire for approval. For influencers, menayangkan imej-imej success akan attract more followers, sponsorship deals, and brand partnerships. Realitinya, usaha untuk dapat semua ni ada kosnya. Sementara nak dapat approval tu, mahu beratus ribu kena spend. Tu yang ada businessman sanggup pinjam berjuta-juta nak buat modal meng-impress orang.

Macam bos lama aku dulu. Nak dapatkan dana, dia buat loan dulu untuk bina lab. Beratus ribu habis. Bila lab dah siap, dia pun apply dana. Investor pun datang tengok opis. Oh kagum company ni ada lab. Investor pun invest. Pastu duit tu dia buat rolling bisnes, buat bayar loan, buat itu buat ini. Last-last tak jadi apa. Tak sampai 2 tahun aku blah dari situ, lab tu pun bungkus. Sayang je. Beria sangat nak impress orang konon kau success. Padahal 4 tahun aku kerja situ, helok je operating dengan lab yang sekangkang kera. Make profit. Pastu tak sabar nak tunjuk konon kau berjaya, pi pinjam duit. Hancus.

Kita-kita yang follow influencer "kejayaan" ni, the impact can be equally damaging. Sebab bila everyday tengok life dorang yang "having it all", akan wujudkan unrealistic expectations dalam diri kita, yang membawa kepada perasaan tak cukup atau takut ketinggalan (FOMO = fear of missing out). This pressure boleh buatkan ramai orang buat keputusan yang salah contonhnya baju tu tak perlu pun, tapi teringin. Padahal tahu dah baju tu akan pakai sekali je, tapi sebab nak join the crowd, beli juga. Beli kalau mampu takpe. Ni jenis yang beli kemain lagi tapi duit PIBG tertunggak, loan PTPTN sangkut, hutang member mintak halal. Eh kau.

Aku nak bagitahu yang true financial success is VERY VERY different from what’s portrayed on social media. Kekayaan, hidup mewah dan kejayaan is built through years of discipline, hard work, and smart investments, bukan melalui berbelanja mewah dengan CONSTANT. Sekali tempah baju 40 helai. Kejap-kejap beli designer brands. Bukan itu indicator berjaya. Tapi tu lah, slow and steady road to success payah nak jadi content yang viral, jadi slow and steady path ni jarang dapat ditunjukkan.

Yang ramai tak tahu, influencers sama macam kita semua. They struggles they don’t always reveal. Behind the scenes, boleh jadi dorang stress. Stress dengan competition. Stress dengan hutang. Stress pikir apa lagi content nak buat. Stress camana nak kekalkan gaya hidup yang dorang tunjukkan ni. Pressure to maintain a perfect image tu pun dah satu hal. Percaya tak, social media influencers lah yang paling ramai dapat anxiety and depression. Seabb dorang sentiasa nak pamerkan life yang flawless and successful.

Kadang-kadang kita tengok orang tu kaya, berjaya, famous, glamour, kita pun teringin. Kau tanya dulu pressure apa yang dia hadap in order nak dapat life macam tu?

Ni aku nak cerita kisah malam tadi. Semalam menangis aku tengok live streaming Johnny Huang and barisan pelakon Love Song in Winter. Ada something berlaku semalam, yang isunya meledak kat Weibo seharian today. 

Ceritanya, semalam cast of Love Song in Winter ada meet and greet dengan fans and press. Live streaming kat Weibo and Douyin. Semua dah excited ni sebab Johnny fly from tempat shooting semata-mata untuk sesi greet ni. Dari siang lagi fans dah gila meng-update - flight Johnny dah sampai Beijing. Johnny check in hotel. Johnny keluar untuk preparation, Johnny di sini. Johnny di situ. Etc.

Masa sessi interview, ada sorang mamat gemuk macam babi request Johnny angkat Sun Qian (female lead). Aku syak si babi ni CP fans. CP fans memang suka buat request pelik-pelik. Dorang suka kenen-kenenkan karakter dalam drama pastu nanti dorang buat gossip and fitnah macam nak rak. Aku tak sempat nak rekod video tu, tapi fanclub Vietnam sempat rekod. Ni aku pinjam video dia. Kalau kau tengok video bawah ni boleh jelas nampak muka Johnny macam tak selesa.



Si gemuk tu PAKSA Johnny angkat Sun Qian. Johnny tolak secara baik. Dia kata perlu ke sampai nak angkat sebab Johnny kata dia tak suka ada sentuhan kalau bukan urusan kerja. Pastu si babi ni kata kalau tak angkat maknanya betul Johnny now in a relationship dengan Wang Ziqi. Pastu dia start panggil Johnny "Husband! Husband!" Kat sana tengah viral dorang gelarkan Johnny husband, Ziqi wife. Masa dia panggil "Husband! Husband!" tu, muka Johnny kau tengok, macam lost kan? Dia macam terpinga-pinga eh kenapa sesi ni jadi macam ni? Sun Qian punya muka dah tak selesa. Yang MC bongok pulak tu. Tak reti nak kawal keadaan.

Johnny insist tak nak angkat Sun Qian. Si babi tu kata "Kalau taknak angkat Sun Qian, kau kena angkat aku". Dah la gemuk macam babi. Johnny layankan je angkat dia. Pastu dia boleh request nak pegang muscle kat dada Johnny! 

"Can I touch your breast?"

Macam sial!! Terbakor fans-fans yang tengok online. Konfem dia ni gay! Aku punya geram sampai menangis depan laptop, ya! Sakit hati dari tahun 2016, dorang ni tak move-move on lagi dengan watak gay yang Johnny berlakon dalam Addicted. Sampai sekarang asyik kaitkan Johnny dengan lelaki (actor). Dorang nak sangat Johnny ni jadi gay. Sick!

Tengahari semalam Weibo marak terbakar. Management Johnny terpaksa keluarkan statement minta fans bertenang. Johnny kata, selagi dalam urusan kerja, dia akan selesaikan sebaik mungkin walaupun keadaan chaos macam semalam. Kalau berlaku di luar waktu kerja that is another story. Fans Johnny pun akur and tarik balik semua post-post berapi semalam. Video tadi pun fanclub Vietnam turunkan. Patuh sungguh dorang ni. Nasib aku tak join membakor. Kalau tak, jangan harap aku nak turunkan post. Tambah post lagi ada

Tadi sembang dengan sorang fans, namanya Eyka. Dia fanclub Johnny Paris. Dia kata that's the price Johnny has to pay untuk berada di tahap ni. Betul juga aku kata. Apa je lah yang dia tak pernah kena? 

- Kena banned dengan kerajaan China dari berlakon dengan Timmy. 
- Semua variety show yang ada dia tak dibenarkan tayang. 
- Brand ambassador ditarik serta-merta. 
- Tak dibenarkan keluar kat mana-mana program TV kerajaan. 
- On top of that sampai sekarang orang tuduh dia gay.

Tu belum lagi dulu dia kena betray dengan crew program game show. Game yang Johnny main dah leading, eh tiba-tiba dorang tukar cara pengiraan. Sedih bila ingat-ingat balik. Gigih benau orang nak menjatuhkan dia. Dahlah drama Addicted tu belum sempat habis tayang, dah kena banned. Dulu dia runway model. Bila tiba-tiba kena banned, dia nak patah balik ke kerjaya model dah tak boleh sebab designer taknak bagi dia pakai baju-baju dorang. Buruk nama brand katanya. Dia sanggup ambil job as pelakon extra.

Dia punya breakthrough was tahun 2018 bila menang Best Newcomer Actor di Asia Film Award. Lepas tu non-stop job masuk sampai now. Dulu kena banned dengan kerajaan, now dia adalah poster boy and spokesperson untuk military and firefighter recruit. Setiap kali military ambil new recruit, iklan-iklan semua muka dia sebab dia actor yang paling banyak bawa role military. Kiranya dia influencer untuk military. That's why dia ada nickname kat sana - Huang Sir. 

Dulu brand batalkan kontrak. Now tak cukup tangan dia nak sign kontrak ambassador - Dior, Fila, Pantene, Brietling, Johnny Walker, Ducati, etc. This year bila dia buat comeback to runway sempena VOGUE Fashion Event hah baru tahu abang besar kembali ke dunia catwalk.
 


Tu la dia, ramai nak jadi terkenal, nak jadi influencer, nak success macam orang tu, nak life macam orang ni, tapi kau tak nampak pressure apa dia harung. Ingat jadi influencer tak pressure? Kalau easy-peasy aku pun nak jadi influencer. Hakikatnya, hanya mereka dan keluarga mereka saja tahu.


2024-12-24

It’s dangerous to have jealous people around you


"It’s dangerous to have jealous people around you. They look at you as a competition while you look at them as family or friends" - quote.

Ramai yang berkongsi cerita dengan aku pasal kawan masing-masing yang always nak membanding-bandingkan everytime berjumpa. Tak, masalahnya kau berkawan dengan siapa ni? Dah kenapa masih berkawan sampai sekarang padahal tau perangai masing-masing gitu? Jangan semata-mata nak kekalkan "friendship" yang kononnya dah 15 years atau 20 years, maka kau sanggup hadap perangai gitu. Tolonglah! Kalau aku, takde kawan pun takpe daripada berkawan dengan orang macam tu.

Dia macam ni, ya. Dari observation aku, selalunya orang yang berkumpul sama-sama pastu banding-membandingkan antara satu sama lain - ini bukan kawan rapat. Ini macam gathering sesekali. Kawan-kawan rapat takde buat kerja compare-mengcompare dah sebab dorang rapat. Dorang saling follow-mengfollow kat media sosial. Dorang tahu kau sekarang buat apa, kerja apa, hari tu holiday mana, tadi kau makan apa, semalam kau beli apa - dorang tahu. Yang dok bersembang gaya-gaya kayangan bila berjumpa ni semuanya jarang berjumpa. Bila jarang berjumpa dorang rasa perlu "show off" kelebihan masing-masing. Dengan kawan rapat, tak ada keperluan nak buat "catch-up" panjang lebar sebab dorang dah sedia maklum apa yang berlaku dalam hidup kau.

Contoh, aku ada kawan yang follow media sosial aku. Tapi aku tak add dia as friend sebab bukannya rapat pun. Now tiba-tiba nak jadi kawan baik pulak. Everytime aku up post, dia akan DM and PM komen setiap post aku. Dan selalunya dialah paling best sekali.

Aku up makan kat sekian-sekian fine dining resturant.
Dia komen "Aku sebulan 2-3 kali datang makan sini. Biasa-biasa je. Dah tak larat nak telan"

Aku up pergi bercuti kat sekian-sekian tempat.
Dia komen "Pernah pergi dah. Bagi free pun taknak. Biasa-biasa je tempat ni"

Bila aku up gi buffet breasfast dengan Dusty Pink Tits.
Dia komen "Takdelah aku nak spend RM120 untuk breakfast. Kalau dapat voucher baru aku pergi. Kalau tak, takdelahhhh"

Aku terus reply "Sebab tu aku tak ajak kau join group kitorang. Sebab kau voucher-only living punya type". Pastu aku block. Settle.

Kadang aku kesian dengan orang-orang macam ni. Sebab dia begitu gigih nak bagitahu life dia pun best juga. Mana tempat kita pergi tu dia pun dah pergi katanya.

Dey! Memang kita pergi tempat yang sama. Tapi kau ambik pakej marhaen, aku ambil pakej kayangan. Sebab tu kau rasa tempat yang kita sama-sama pergi tu biasa-biasa je. Sebab kau pakej marhaen! 

Haaa gitu makan dia. Dengan orang gini kau jangan bagi chan. Kau bagi betul-betul. Dia memang memintak. Maka, BAGI!

Selalunya, type 'kawan' macam ni, dia tak rapat pun dengan kita. Dia tengok kita and kawan-kawan se-group yang lain macam sekufu, so dia try hard untuk tunjuk yang tempat-tempat yang aku selalu pergi tu adalah tempat yang dia biasa pergi juga. So why not kau tarik aku masuk group kau sekali sebab kita at the same level? Haaa, gitu. Memang taklah! Kau ingat kitorang berkawan sebab material? Halah halahhh shallownya mindset kau.

Yang pesen gini, dorang ada unspoken rule where they have to prove themselves. Dorang rasa perlu tunjuk siapa lebih berjaya, siapa lebih kaya, siapa lebih “perfect life.” Sebab apa? Sebab they don't know anything about you, and you don't know anything about them, so dorang try mempamerkan versi terbaik dorang. Hat ni adalah perilaku "normal" untuk type-type tu. Since they don’t truly know what’s happening in each other’s lives, they must rely on outward appearances to fill the gaps. Sebab tu dorang cenderung tanya kau pakai kereta apa, luxurious vacation apa kau pergi, keluarga siapa lebih bahagia, etc.

Nak tahu samada "kawan" kau adalah jenis yang nak compete dengan kau atau tak, tak susah. Trylah share pasal beli rumah ke, beli kereta baru ke, atau planning nak holiday overseas (especially tempat yang dia belum pergi), nanti kau tengok dialah paling tak interested sekali. Dari raut muka je dah nampak dia menyampah dengan kau. Silap-silap dia terus tukar topik lain.

Kawan rapat tak judge kau dari achievement atau dari apa yang kau ada. Dorang already in the loop through social media updates, casual chats, or regular meet-ups. They know the details of each other’s highs and lows. There’s no need for over-the-top performances. Kawan-kawan ini tahu kisah silam kau, buruk baik kau, perangai setan kau, your messy side - semua! Sebab itulah bila kau achieve sesuatu, they celebrate your wins, sebab dorang tahu susah-payah derita kau. At this stage, the bond dah bukan tentang competing or impressing lagi. Kita dah sampai ke tahap understanding. Yang dok banding-membanding ni biasanya lebih fokus pada penampilan luaran. That's why they try to wujudkan satu ilusi kelebihan masing-masing. Kalau jumpa kawan macam ni, anggap je lah sekadar hiburan sosial. Ada gak bahan kau nak mengumpat dengan kawan-kawan baik kau nanti. Kahkahkah.

Tapi antara semua, yang paling tak bleh blah, jenis 'kawan' yang dia tengok apa kau buat, apa kau pakai, apa kau beli, atau apa kau minat, dan bila dia ikut, dia buat macam idea dia sendiri. Hat ni, kalau dari kalangan blog readers yang pernah memplagiat post-post aku, mengaku rumah aku adalah rumah dia, gambar percutian aku adalah percutian dia, aku tak kisah sangat. Sebab bukan kawan. Tapi kalau pelaku adalah someone yang kau kenal (bukan kawan, tapi kenal) - ini adalah saiko. Jangan cakap banyak, terus buang dia dari friendlist kau. Tak payah explain, tak payah nak pikir patut ke tak aku buang dia ni. PATUT! Sebab jenis ni kau takkan terpikir jauh mana dia boleh buat. Jangan feed orang-orang macam ni dengan kebaikan kau. Dia akan mengambil kesempatan. Esok bila dah terbiasa, dia akan manipulate kononnya kau yang tiru life dia. Sebelum dia buat kau jadi gila, kau lari dulu.

Aku pernah ada pengalaman orang gini. Dia blog reader. Dulu aku buat biotech sales selalu ke sana sini. Everytime ke X, aku bagitau dia aku ada di sana. Dia always free her time untuk makan-makan dengan aku. Takpelah, kitorang pun sembang-sembang macam biasa. Aku tak pernah letakkan diri aku as star mentang-mentang blogger. Blogger je kot, level tinggi mana nau jadi blogger ni. So aku santai-santai je sembang macam kawan-kawan. Bila aku start bertudung, dia mula perli-perli kat FB yang aku pakai Ariani sebab dia pun pakai Ariani dari dulu. Aku macam, takkanlah kerana kau pakai Ariani (sebab dia memang bertudung), bila aku start bertudung dan beli Ariani maknanya aku tiru style kau? 

Everytime ada sale Ariani aku selaku share apa aku beli dan encourage ramai-ramai pergi beli. Pastu ramailah yang up kat FB beli Ariani and tag aku "ni semua gara-gara @DianaIshak, aku terjebak". Nak dijadikan cerita yang tag aku ni ofismate dia! Dia bengang sebab katanya dia pakai Ariani lagi awal dari aku. Mentang-mentang aku blogger semua orang nak tag aku katanya. Lahhhh??

Sorrylah, aku block. Aku malas nak panjang-panjang cerita. Apa yang semakkan kepala, aku buang. Kau nak cakap apa kat belakang aku, atau nak jaja cerita kononnya aku plagiat gaya kau - sukati. Aku ada banyak kerja nak buat daripada melayan fitnah.


2024-12-23

Kita bukan nak compete dengan idol kau!


Pagi ni ada yang tanya aku "Kak, saya dah start tengok drama Johnny. Bestnya dia berlakon!! Natural sangat!"

"Kak, part dia makan roti kat bekas tempat gigit Lu Yan tu, pastu dia pandang Lu Yan, kenapa smartttttttt??"

"Cara dia pandang ex dia masa first time jumpa tu, muka dia full of sadness yang tak terluahkan!"

Hah, baru kau tahu kat mana penangan Johnny ni, kan? Give him unscripted role pun, dengan riak muka pun dah boleh deliver 1001 emosi. Aku pun sebak masa first time dia jumpa balik Lu Yan. Cara dia pandang Lu Yan tu macamana nak cakap entah. Macam 8 tahun punya derita terpancar kat muka. Mana dia dapat emosi tu tak tahulah. 

Aku memang suka lakonan Johnny. Acting skill dia satu macam. Sebab tu semua drama dia setakat ni VIP. Kitorang semua tengah tunggu if drama ni berjaya hit 10,000 Heat Index. Semalam 9,000 dah. Kalau hit 10,000 memang dia kekalkan record SEMUA dramanya VIP list. Aku kalau tengok drama dia, asyik dok perati gaya dia bercakap. Kadang tu rewind banyak kali sebab nak tengok balik macamana dia sebut sebijik-sebijik skrip tu. Natural gila.

Banyak kali aku cakap, dia ni umpama Beto Kusyairi. Beto tu, fans dia besar ke? Tak. 
Hensem ke? Tak. 
Popular ke kat media sosial? Tak. 
Tapi setiap kali Beto punya projek keluar, konfem boom! Dan mana-mana advert yang ada Beto mesti aura advert tu jadi lain macam.

Johnny tu begitulah di sana. Dia punya fandom tak besar macam actor lain. Tapi setiap kali new projek release, baru nampak pengaruh dia besar mana. Hari Ahad baru ni, viewers untuk drama Love Song in Winter hit 50 million SEHARI! Padahal sebelum drama ni release, reserved seat 3.5 million. Once released, 50 juta perginya hanya untuk hari Ahad. 

Tapi kalau personal record Johnny, nilai 50 juta ni belum pecah record lagi. Sebab drama pertama dia, Addicted (tahun 2016) pernah hit 100 million viewers SEHARI.

Ini ☝🏻. Isnin punya viewers cecah 84.797 million. Only yesterday. Kenduri betul fans Johnny kat Weibo and Xiaohongshu. Kat Douyan pun meriah dengan klip-klip video Love Song in Winter.

Oh lagi sorang tanya aku "Kenapa suara dia macam pakai dubbing. Sekejap lain, kejap lain?"

Hat ni dari tayangan hari pertama (Jumaat) lagi dah ada yang bertanya soalan yang sama. So this pengkritik filem jawab:

Itulah kelebihan Johnny. Dia bukan dapat skrip terus berlakon. Dia mengkaji skrip. Dia sengaja buat gaya suara yang sedikit lain untuk scene semasa belajar di kolej dan semasa dah kerja. Bukan suara yang berubah, tapi gaya suara tu. Which is logiklah. Zaman budak-budak, gaya percakapan lain, dah matang gaya bercakap lain. 

Tapi aku kureng bersetuju bila dia kata Johnny hensem 😆. Kalau dari pandangan mata aku, dia bukan kategori lelaki cantik. Handsome pun idoklah sangat, but dia smart. Aura dia berbeza. Personaliti dia buatkan dia nampak menarik di mata orang. Hat ni la yang ramai fandon actor lain bengkek dengan Johnny. Dorang macam questioned apesal Johnny always dapat naskhah yang bagus and always jadi 1st male lead. 

Bulan May hari tu new movie dia released - Formed Police Unit. Dalam movie tu ada Wang Yibo sekali. Awal-awal hari tu fans Yibo bising-bising kenapa gambar Johnny kat poster lebih ke depan dari Yibo. Tepuk dahi aku baca. Benda macam tu pun kau nak bising.

Masa drama Ace Troops release pun sama gak. Fans Xiao Zhan mengutuk-ngutuk kat Weibo si Johnny tak layak jadi lead sebab tarikan drama tu adalah Xiao Zhan katanya. Kenapa Johnny yang dapat kawen dengan female lead? Uiii marah betul dorang.

Sama macam fans Wang Ziqi. Macam sial. Ziqi tu punyalah baik dengan Johnny. Tapi fans dia buat hal. Baru-baru ni Ziqi berlakon lagi sekali dengan Johnny tapi hanya watak cameo. Fans Ziqi bengang Ziqi tak diambil as main actor dalam drama tu. Dorang kata drama The First Shot hari tu boom sebab ada Ziqi, bukan Johnny.  Ya Allah, nak terkencet aku baca. Konfiden gila. 

Pastu ada sorang fans Johnny bengang, dia pi susun fakta dan bukti baekkkkk punya untuk semua baca. Bukti yang mengatakan dalam drama Bright Eyes in the Dark, Ziqi di-auditioned. Bukan macam Johnny yang mana skrip tu memang disimpan untuk Johnny. Dalam drama The First Shot pula, role yang Ziqi pegang tu kosong. Nama Ziqi tak pernah ada dalam list pelakon The First Shot. Dorang auditioned ramai actor tapi tak jumpa yang sesuai. Johnny yang suggest ambil Ziqi untuk pegang that role, barulah director setuju. Sebab Johnny suggest, ya. Kalau tak, Ziqi menganggur tau! Eh geram pulak aku. Boleh pulak dia kata drama-drama tu semua boom sebab idol kau? Eh beli mana konfiden tu? Alibaba.com? 

Ini aku tak cakap fans kat Malaysia tau. Ini fans sana. Fans China memang pelik. Dorang punya idol kena terpaling. Tak boleh setara. Mesti kena lebih!

Masalahnya, idol kau tak boleh carry watak Johnny. Kalau boleh carry dah lama watak tu dapat kat idol kau. Lagipun idol kau berlakon dengan Johnny, bukan dengan Jongos. Kalau dengan Jongos maybe idol kau boleh jadi hero. Mentang-mentang idol dorang lebih hensem, terus kena jadi first male lead. Kau ingat syarat jadi male lead ni kena hensem je ke?
 


Kau rasa idol kau boleh carry watak bongok macam ni, dengan muka yang tak bermekap, bare face macam apek jual kangkung? Takde maknanya nuka-muka jambu nak bawa watak bongok gini. 

We have no problem if Johnny jadi first lead atau second. Kitorang nak tengok Johnny-nya. Dia jadi villain pun takde hal. Tak dinafikan actor-actor lain lebih hensem but kita bukan nak compete siapa paling hensem. Kita tahu dari segi rupa Johnny memang kalah kalau berdiri sebelah idol korang tu, tapi bersyukurlah idol korang jadi second male lead bergandingan dengan Johnny. Patutnya proud sebab your actor is acting with one of the A-List actor too. Tak reti bersyukur? 

Dia umpama Tomok berlakon dengan Beto. Memanglah Tomok lagi hensem, tapi aura Beto lain. Sebab itu Beto jadi hero dalam Istanbul Aku Datang. Faham? Oh ye lah, kau tak faham sebab kau orang China. Kahhhh!

Johnny ada satu filem namanya Pegasus. Masa Pegasus 1 dia jadi main lead. Masuk Pegasus 2, dia jadi supporting role. Fans Johnny lansung tak kisah dia jadi supporting role dalam Pegasus 2. Malah sangat happy sebab watak Johnny diwujudkan lagi dalam Pegasus 2 walaupun as support role. Sebab dalam Pegasus 2 dorang masukkan scene lain yang ada hero baru as daya penariknya. We are ok with that.

Dalam filem Soldiers of the Wind, lagilah. Johnny masuk as extra sahaja. Dorang wujudkan watak Johnny kesinambungan dari watak Johnny dalam Operation Red Sea. 4 minit je Johnny keluar dalam filem tu tapi balik-balik klip video yang 4 minit tu lah yang dishare beramai-ramai kat Weibo. Itulah yang dinamakan AURA. Keluar 4 minit pun viral. 

Tak faham aku jenis yang minat idol sebab muka jambu. Pastu nak paksa orang recognize idol dia terpaling semua. Esok kalau idol kau dah berkedut, orang tengok history of achievement, ya. Kalau achievement tak mendonia, kau rasa generasi akan datang nak kisahkan idol kau walau hebat mana kau bercerita pasal dia?

Ce tengok Leslie. 21 tahun mati. Dia ada new fans yang umur 20-an. Why? Sebab achievement dia becomes source of reliance. Lagu-lagu dia banyak yang best. Movie-movie dia banyak menang award. Achievement dia mendonia internationally.  

Dari Leslie, Wong Ka Kui and Johnny, hanya Leslie je idol yang aku minat, yang ada baka complete pakej. Dia ni memang baka rare. Muka hensem. Menyanyi sampai pegang Asia. Berlakon sampai menang international award. Dia ada pakej lengkap seorang celebriti.

Wong Ka Kui aku minat sebab dia true musician. Beyond tak pernah nyanyi lagu selain ciptaan dorang sendiri. 80% lagu-lagu Beyond adalah ciptaan Wong Ka Kui. The rest ciptaan ahli Beyond yang lain. And for that aku minat dia. Because dia ada skill yang band lain takde. 

Johnny aku suka acting skill dia. Dia takde rupa yang orang kata sekali pandang kau boleh tertoleh lagi. Takde. Tarikan dia adalah pada acting skill. So tak heran bila beberapa orang DM aku cakap Johnny is so natural dalam drama. Yes, itulah kekuatan dia. Tu pasal fans tak kisah walau dia berlakon role extra sekalipun. Kita bukan nak dia jadi terpaling dalam mana-mana drama, cukup nak tengok acting dia saja. 



2024-12-22

Buat apa saya apply medical card kalau tak cover


Ada beberapa orang macam upset bila aku cakap application medical cardnya MUNGKIN direject atau ada loading kerana dah ada penyakit sedia ada. Dia kata "Buat apa saya apply medical card kalau tak cover".

Ya, aku faham kekecewaan korang. Sengaja aku tak reply DM-DM tu sebab aku tahu kalau explain ringkas-ringkas korang lambat nak faham. Lagipun aku nak kasi korang bertenang dulu. Memang ramai yang keliru dan kecewa bila dapat tahu penyakit sedia ada (pre-existing condition) tak ditanggung oleh medical card. Dah ada penyakit, tiba-tiba medical card taknak cover penyakit tu. Buat apa apply? Ok, aku faham perasaan tu.

Tapi korang kena faham dulu FUNGSI medical card. Tujuan medical card adalah untuk protect financial risk from unexpected illness or injury IN THE FUTURE. Bermakna, penyakit sedia ada dah dianggap sebagai risiko yang pasti, bukan lagi risiko yang “mungkin”. Oleh sebab itu, takaful hanya cover perkara yang belum berlaku, bukan masalah yang kita dah tahu. Contohnya, now korang sihat. Medical card lulus. But you get diagnosed with appendicitis tahun depan. Medical card akan cover kos treatment appendicitis tu sebab it was an unforeseen risk when you signed up.

Dalam situasi apa medical card tak cover? 

Ok, kalau semasa apply medical card kau dah ada high blood pressure. It is considered a known risk. Jadi medical card tu tak akan cover treatment untuk segala tok nenek komplikasi yang melibatkan high blood pressure, seperti stroke, because it’s already a condition you were aware of. 

That's why waktu terbaik apply medical card adalah sewaktu masih sihat. Analogi yang mudah untuk korang faham, gini. Imagine kau beli insurans kereta, tapi kereta tu pernah terlibat dalam kemalangan. Adil ke untuk mintak insurans bayar kerosakan lama? The same goes for medical card. It is not designed to pay for problems that existed before the policy began.

Katakanlah kau ada penyakit X. Tapi medical card lulus cuma ada exclusion (penyakit X dikecualikan dari ditanggung), JUST ACCEPT IT. Sebab katakan nanti in future dapat pneumonia ke, bronchitis ke, patah kaki ke, denggi ke, viral fever ke - at least medical card tu boleh guna untuk bayar kos rawatan.

Lagi satu yang tanya aku kenapa medical card tak diluluskan untuk anak autism.

Jawapan aku sama macam tadi - sebab keadaan sedia ada (pre-existing condition). Sebelum memohon, anak dah di-diagnosed dengan autism. Lagi satu, autism ada risiko untuk mencederakan diri sendiri. Ketidakpastian perkembangan masa depan dan potensi ada komplikasi tambahan juga menyebabkan application ditolak. 

However, autisme hanya boleh dikenalpasti ketika anak-anak ni berumur 12-18 bulan. Tanda-tanda awal dah boleh nampak masa ni. Tapi formal diagnosis biasanya dibuat masa umur 2-4 tahun bila ciri-ciri autisme lebih jelas. So aku nasihatkan, kalau baby normal, dia lahir je kau terus apply medical card. Apply, jangan tangguh. At least by the time buat formal diagnosed, polisi takaful dah matang.

Harap penjelasan aku ni korang faham. Please jangan marah-marah. I don't have the authority to approve a medical card, but I can give some enlightenment. Nak tanya pasal pelan apa yang available atau sesuai untuk keadaan korang dan bajet korang, please whatsapp En Wan 012-4407757. Aku tak tahu apa pelan yang sesuai untuk korang. Yang ini produk knowledge. Agen saja tahu. Gi tanya dia. 

Lagi satu, korang kalau apply medical card, please plan your budget. Jangan oh saya nak bilik single, saya nak medic booster 1 juta, saya nak cancer protection, saya nak itu ini - tapi bajet takde. Bayar sebulan dua pastu halimunan sampai medical card lapse. Jangan. Just bagitau En Wan apa bajet korang. Nanti dia akan designkan pelan yang sesuai dengan bajet. Misinya sekarang mampu bayar medical card. Walaupun pelan bilik berdua, cover RM250K saja setahun, no medic booster - tak apa! Janji ada medical card dan mampu bayar.


2024-12-21

Influencer ni sama je macam kita. Dorang pun ada masalah.


Aku pernah tulis post tentang influencer beberapa tahun lepas. Aku tulis tentang menjadi influencer ni sangat mainkan peranan menyebarkan maklumat. Baik untuk tujuan bisnes, atau khidmat masyarakat, peranan influencer sangat besar. Ramai orang cari influencer untuk hebahan maklumat.

Tapi perasan tak bila influencer dapat musibah, kesnya jadi perhatian ramai. Tak kira lah artis, instafamous, blogger, public figure. Sama. Yang kes cerai, kes kena pukul, kes rebut anak, kes tak bayar nafkah, kes kena kelepet, kes duit kena scam, etc. Padahal orang awam pun dapat juga musibah yang sama. Tu pasal orang selalu perli-perli "Alah, orang biasa pun bercerai juga, tak kecoh macam kau!"

Ni bukan pasal bercerai tapi IMPAK. Being an influencer orang nampak ohhh best. Banyak opportunities. Tapi ada natijahnya juga. Bila berlaku satu-satu isu yang tak best, walaupun isu tu sebenarnya isu biasa je, influencer akan dapat perhatian lebih. The impact is much different because of the attention they get from audience. 

Contohnya kes cerai. Cerai je. Bukannya kes bunuh. Cerai ni berlaku everyday, sama banyak dengan permohonan kawen. Bila influencer bercerai, kes dorang jadi sensasi sebab influencer dikenali dan ramai follower (juga haters). Ramai yang merasa dorang "kenal" influencer tu, so everyone has something to say walaupun sebenarnya dorang hanya tahu apa yang ditunjukkan saja. Yang influencer tak tunjuk, they have no idea. Tapi bab komen macamkan duduk serumah.

Lately macam-macam isu jadi pada public figure. Kita jadi faham ohh rupanya influencer ni sama je macam kita. Dorang pun ada masalah. Hidup dorang bukannya hari-hari best. Cuma sebab dorang influencer, hal mereka jadi perhatian, maka dorang takde pilihan lain selain tunjuk yang best-best je. Alah, jangan cakap dialah, kita yang orang awam ni pun kalau boleh nak tunjuk yang best-best je. 

Masalah duit? Yes, dorang pun ada. Mungkin marhaen kata "Dorang takde duit pun, boleh pergi bercuti overseas". Yes, betul. Tapi mungkin percutian tu adalah percutian yang dah di-downgrade. Contoh, dulu bercuti dengan first class seat, 6 start hotels, luxury places, etc. Now, masih bercuti juga tapi dah tak over the top macam dulu.

Masalah rumahtangga? Yes, dorang pun bergaduh laki bini kat rumah just like orang lain. Bezanya rumah tangga dorang ramai yang nak ambil tahu. Rumah tangga kita takde siapa heran.

Masalah anak-anak? Yes, dorang pun ada masalah dengan anak masing-masing. Yang tak sihat, yang tak suka belajar, yang bebas laku, etc.

Untuk orang yang tak mahu berfikir, dia merasa musibah tu semua adalah kerana kifarah influencer tadi. Padahal orang awam pun merasa ujian yang sama, tinggal lagi takde siapa kisah. Tapi untuk mereka yang mahu berfikir, akan berasa lega sebab dia tahu dia pun ada masalah yang sama tapi dia dapat simpan aib tu rapat-rapat. Padahal kalau gali hikmah dari musibah orang tu, bertepek-tepek kena kat muka sendiri rupanya.


2024-12-20

Bila jadi diri sendiri, apa yang kita buat, konsisten


Macamana Kak Di maintain minat cerita cina, minat Leslie...etc.

Jawapan: Sebab ahkak memilih untuk jadi diri sendiri.

Bila jadi diri sendiri, apa yang kita buat, konsisten. Bukan ikut-ikut orang. Bukan ikut trend.

Samalah macam berblogging. Aku start blogging tahun 2006. Masa tu memang tengah trend orang berblogging. Time tu blogging macam tak bermanfaat sebab tak tahu apa yang bakal dapat dari menulis everyday. En Wan pernah kata aku buang masa berblogging. But, I don't care. Memang aku suka bercerita dan menulis. Mungkin sebab itulah aku masih blogging sampai sekarang. Makin panjang lagi ada post-post aku. Gambar je dah malas nak tepek. Gamba letak kat IG je sudey.

Perangai suka menulis ni bukan start tahun 2006, tapi sejak sekolah. Aku pernah cerita karangan aku always dapat A, kan? Itu petanda suka menceceh. Orang yang banyak menceceh insyallah menulis karangan takde masalah. 

Dulu, asal naik dari cuti sekolah je, cikgu mesti bagi tajuk karangan APA YANG SAYA BUAT KETIKA CUTI SEKOLAH. Walaupun aku tak ke mana-mana, paling jauh pun balik kampung, karangan aku konfem A, mengalahkan yang pergi bercuti. Ni bukan riak tau, ini cerita betul. Apa kau ingat aku balik kampung duduk sesaje? Tak. Aku tolong arwah atok buat tut kat pokok mangga, tebas kebun, panjat pokok rambutan, kutip manggis, teman nenek pi rumah orang kawen bawak bakul sia. Banyak yang aku boleh tuliskan. Karangan aku walau hanya balik kampung tapi penuh dengan knowledge, ya 😆.

Masa Form 1, ada sorang cikgu BM lelaki. Aku tak pasti itu cikgu sandaran atau cikgu pelatih. Yang aku ingat, dia hensem dan tinggi (sebab tu penting cikgu hensem, mudah diingati). Dia minta kelas buat lakonan, ikut group. Lepas group aku perform, dia tanya "Siapa buat skrip ni?"

Aku angkat tangan dengan seram sebab takut kena kitai.

Cikgu jawab, "Bagus ya, Diana! Pandai awak buat skrip". 

Umur 13 tahun dah kena puji skrip I mantap. Kau rasa?? Yang puji hensem pulekkk.

Tapi biasalah. Apa yang kita buat, yang nampak macam membodohkan diri dan tak bagi pulangan, akan selalu dikondem. Masa aku habiskan masa menaip (pakai typewriter Pak Aji) skrip untuk lakonan kelas, Mak Ajilah orang paling mengkondem aku.

"Orang lain sibuk study, kau membodohkan diri buat skrip sorang-sorang. Panggillah semua sekali tolong!"

Memang nampak macam aku buat kerja bodoh. Masa yang patutnya aku guna untuk study, aku habiskan buat skrip. Tapiii, kau rasa kalau berlonggok sama-sama pikir apa nak letak dalam skrip ni boleh jalan ke kerja tu? Takkan punya, sebab tak semua orang kreatif dan ada idea. Bersembang banyak je jadinya. Berlonggok berjam-jam pikir skrip, last-last skrip tu jadi bodoh. Lagi buang masa. Baik aku buat skrip, pastu dah siap serahkan pada team. Korang baca, and komen. Kalau ok, proceed. Kalau tak ok, ubah. Lagi jimat masa.

Salah satu subjek dalam course Acting and Teater yang aku ambil masa kat U, was Playwriting. Student kena tulis skrip. Aku dapat B+ untuk subjek ni. Kira ok dah ni budak sains tulis skrip teater boleh dapat B+. Kalau budak Arts dapat B+ lainlah cerita, kan. Harus di-question credibility-nya. Bila dapat B+ untuk Playwriting, aku rasa pengalaman buat skrip dan karangan dari sekolah, banyak membantu. Maknanya selama ni aku tak buat kerja bodoh. Cuma advantages dari "kerja bodoh" tu bertahun baru nampak hasilnya.

Konsistensi level teratas adalah masa berkawan dengan En Wan. Seminggu 2 kali aku tulis surat kau! Setiap helai, depan belakang penuh. Bukan depan je, ya. Entah apa yang aku cerita pun aku tak tahulah. Kena check balik kotak simpan surat. Itulah aku. I write and share stories because I enjoy it and love sharing my perspectives.

Samalah macam minat Leslie, minat Beyond, tengok cerita cina, and dengar lagu cina. Konsisten sejak umur 12 tahun, sampai sekarang. Sebab minat. Walaupun zaman sekolah ramai ikut trend minat NKOTB. Kemain lagi masing-masing dengan NKOTB, tapi aku masih dengan lagu-lagu cina. Even now Beyond dah disbanded, Leslie dah mati, aku tak pernah stop. Masih lagi dengar lagu yang sama, masih lagi seronok bercerita hal yang sama. Orang yang kenal kegilaan aku, especially kawan-kawan sekolah tahu inilah seorang Diana. Diana and retis Cina bergabung, meletop! Aaaa gitu.

En Wan awal-awal dulu pelik dengan "kerja-kerja bodoh" aku like layan lagu cina, kumpul VCD Leslie and Beyond, spend banyak untuk collect DVD movie Leslie, pastu blogging everyday. Dia always kata benda-benda ni tak mendatangkan faedah. Eh gasaklah nak cakap apa pun. Aku bukan obsess, tapi minat. And I am always like this dari kecil. Bagi aku, it's totally fine to be passionate about something you love. Lagu cina, artis cina, cerita cina. Being a fan doesn’t always mean obsession. It’s just a genuine interest. Everyone has their own interests, and as long as it brings you joy, it’s perfectly valid!

Macam hobi. Kumpul setem. Mewarna. Decorate planner. Apa benda yang boleh dapat dari situ? Dah lah duit habis. Tapi itulah namanya MINAT. Walaupun those things nampak macam membuang masa dan buang duit, but they bring joy and satisfaction. 

Macam aku melepak Weibo, melepak Xiaohongshu. Yang tak minat memanglah kata pelik. But I enjoy and it doesn’t harm or inconvenience you, so apa masalahnya? Look. People have different ways of spending their time, and it’s okay to be passionate about what makes you happy. Janji kau buat sebab kau minat, bukan ikut-ikut orang. Nak tahu samada perkara tu kau buat sebab kau suka, atau sekadar ikut trend, check if kau rasa terbeban atau tak. Kalau rasa terbeban nak buat, tinggalkan. Passion kau bukan kat situ.

Benda kalau dah minat, itulah yang bagi kau happiness. Aku tak kisah Mak Aji masuk kereta aku komplen apesal pasang lagu cina. Dah lambat nak question aku pasal ni. Dari kecik kot aku minat. Jangan dilarang-larang, makin kuat aku putar volume karang. 


2024-12-19

Why are you trying so hard to show that you're living like you are swimming in cash?


Dalam 2 minggu ni banyak betul cerita-cerita kekayaan dan kemewahan influencer and celebriti terbongkar. Rupa-rupanyanya yang nampak mewah selama ni idoklah mewah mana. Rupanya berhutang. Rupanya berkongsi bayar. Rupanya dapat fund. Rupanya sponsor. Tak, but seriously, why are you trying so hard to show that you're living like you are swimming in cash? Kau nak buktikan apa sebenarnya?

Aku bukan nak tuduh sesiapa. Ini sekadar observation aku. Sebelum ada zaman influencer menayang harta-benda ni, aku ada pengalaman real life colleague yang ada culture shock macam ni. Pattern orang-orang macam ni tak jauh beza. Jenis yang beria "berkongsi" kemewahan kat media sosial ni SELALUNYA ada trauma kemiskinan or being looked down upon masa kecil dulu. Bila besar, dorang ada KETAKSUBAN pada kekayaan, kemewahan dan lifestyle mewah has become the main theme. 

Masa kerja dulu ada 2-3 orang colleague aku yang dulu dressing macam kampung. Pergi ofis pakai baby-T dengan skirt A-line bunga-bunga. Sebijik macam nak pi pasar malam. Selepas beberapa tahun, gaji pun dah naik, gaya pun berubah. Dia punya gaya tu dah macam fashion victim. Pakai koktel dress paras paha yang sikitttt je lagi nak nampak celah kangkang.

Aku pun daring juga dulu, tapi idoklah pakai koktel dress ke ofis. Kalau aku pakai skirt, it is pensil skirt, bukannya micro skirt! Agak-agaklah nak bergaya. Pegi ofis kot. Kalau aku pakai tube sekalipun, it must come with blazer. Bila jumpa customer, blazer butang sampai atas. Ceritanya, bukan tak boleh bergaya tapi biarlah ada common sense. Kau pakai koktel dress ke ofis, kejadah apa. Maybe dulu IG tak wujud. Kalau tak pakai macam tu karang kawan seopis tak tahu pulak kita seksi. Maka kenalah pakai ke opis 🙄.

Samalah keadaannya sekarang. Platform media sosial like IG and TikTok dan YouTube have created a new era of "visibility", yang mana influencer gunakan their platform untuk tunjuk as if they are living in the lap of luxury. Hakikatnya, dari a few cases yang timbul lately, life media sosial dorang hanyalah satu persona yang dorang create, yang sebenarnya jauhhhhh dari hakikat life sebenar. Yang ambik loan, yang dapat dana, yang disponsor, yang present dari orang tersayang - ujung-ujung semua terlondeh.

Orang yang TRAUMA dengan financial hardship in the past, selalunya akan taksub dengan material success. This is a way for them to compensate for the struggles yang dorang dah lalui. Memanglah life dorang sekarang lebih better dari dulu, tapi taklah seperti yang dorang tonjolkan tu. Cuma entahlah, maybe because they feel the need to establish a sense of control over their circumstances dan membuktikan dorang dah "berjaya". Mungkin itu cara dorang nak heal.

Some people tak jumpa happiness at home. Cara dorang heal adalah dengan vent di luar. Membuli orang lain.

Some people tak dapat perhatian dari pasangan. Cara dorang heal adalah dengan mengkondem those happy couple kat luar.

Some people tak dapat life yang dia mahukan. Cara dorang heal adalah dengan create a different persona bahawa life dorang sangat perfect.

Macam-macam cara orang nak heal. Tak kisahlah kalau kau nak fake until you make it pun. Cuma bila dah terkantoi gini, segala image yang kau bina bertahun-tahun tu memakan diri. Dan yang paling bengang mestilah follower. Dorang berhabis-habisan tiru lifestyle kau sebab nak jadi "berjaya", entahkan bergolok-bergadai, rupa-rupanya life kau kat media sosial selama ni jauh dari realiti.

Dulu, zaman aku kerja sales, aku jumpa ramai orang. Most of them middle class people macam aku. Di kalangan collague aku sendiri, ramai yang middle class. Gaji dorang lebih kurang aku. Komisyen dorang pun tak pernah dapat tetiap bulan pun. Tapi habiskan sebahagian besar gaji untuk beli branded stuff. Kebanyakannya, pendapatan bersama suami adalah sekitar RM5000-6000. Tapi aku tak faham how they can justify spending so much money on non-essential items. Beli branded item tak salah, tapi beli dalam keadaan kita tahu kita tak mampu dan tak perlu - ini salah.

Sebenarnya golongan ni tak sedar they can't afford that. Tapi dek kerana didedahkan (atau maybe mendedahkan diri) kepada source yang memancing kehendak untuk memiliki branded goods, akhirnya terjebak. Lama-lama jadi ketagihan. Obses dengan lifestyle mewah. Terperangkap dalam angan-angan menjadi orang kaya. Yang silapnya, dorang ni bersungguh untuk nampak kaya, bukan jadi kaya. Jenis yang nak nampak kaya ni, they actually want to be seen. 

Branded items adalah last resort to appear powerful. Zaman aku buat biotech sales tu aku dah observe pattern ni. Datang pitching dengan suit, dengan henbeg gempak, dengan rambut set, dengan gajet gempak. Segalanya gempak. Tak cukup sorang, angkut sampai 3 orang assistant. Nak buat apa ramai-ramai pun aku tak tau. Nak appear to be powerfullah agaknya. Nak bagi competitor lain gabra. Bila presentation tergagap-gagap sampai kena suruh stop.

Aku rasa kebanyakkan orang yang "takde apa" memang selalu gunakan gaya sebagai senjata untuk gain respect from others. Look, bukan tak boleh lifestyle kayangan. Tapi kalau sampai jadi kedana dek kerana nak menang gaya, buat apa? Nak guna credit card, silakan. Nak buat personal loan demi berholiday ke Amareka, silakan. Tapi hutangnya bayor lah. MAMPU adalah bila kita boleh set priorities. Kalau beli the latest iPhone lebih penting dari bayar sewa rumah on time, that is how your priority goes. Tak salah beli latest model kalau ada keperluan. Tapi kalau betul mampu, mesti kedua-duanya kau boleh afford to pay on time, kan?

Dulu ada sorang reader mintak pinjam RM1000 sebab nak beli pam susu. Dia janji akan bayar sikit-sikit. Oh sorry. Clearly tak mampu tapi nak berhabis demi baby, macamkan aku ni tak pernah ada anak pulak. Barang yang dia nak beli tu pun aku tak pernah ada. Elok je anak aku membesar. Kegilaan apakah takde duit masih lagi terpikir nak beli luxury item? Plus, the idea of 'paying it off later' never seems to work out. At least untuk kes-kes meminjam duit aku ni, 90% menghilangkan diri.

Berimpian untuk bagi anak yang terbaik, itu bagus. Tapi kalau RM1000 pun takde dalam savings, maknanya you tak mampu. Ni bukan apa. Terlampau nak follow parenting tips yang kononnya menyusukan anak sampai 2 tahun is the best mom. Mak-mak kena spend untuk bagi yang terbaik pada anak katanya. Halah halahhhhh. Kau tanya balik orang-orang yang 20 tahun lepas megkondem mak-mak yang bagi anak susu formula, ce tanya anak dia jadi apa sekarang?

The truth is, you also don't know if influencer-influencer yang menayang lifestyle mewah can really afford that kind of lifestyle. Dulu aku always try untuk berfikir yang baik-baik. Aku always anggap dorang ni memang berjaya so they deserve untuk lifestyle kayangan. Not an ounce of envy at all. Tapi bila dengan macam-macam news jadi lately, slowly aku jadi muak. Muak dah tengok orang menayang lifestyle yang over the top ni.

Dulu masa aku sekolah menengah, Pak Aji ada relative yang sakit. Masa cuti sekolah, famili dari kampung datang KL nak ziarah. Dari kampung nak ke KL, naik bas, dengan kemeja lengan panjang, tuck in, seluar slack, kasut kulit. Macam nak pi interview. Ni bukan menghina tau tapi aku nak tunjuk itulah dia bila orang tak biasa masuk KL, dia ingat orang-orang KL bergaya gitu. Samalah macam sekarang. Rata-rata yang beria tunjuk kaya kat media sosial ni, dorang ingat lifestyle orang kaya gitu. Padahal orang yang dah biasa kaya dari kecil, hidup memang mewah tapi gaya dorang biasa-biasa je. Betul tak?


2024-12-18

Macamana dorang boleh tak jatuh cinta masa berlakon?



Semalam lalu video atas ni kat Weibo. Hari ni drama Love Song in Winter release. Meriah Weibo dengan fans Johnny update video. Semalam dah bersepah-sepah fans update macam-macam post pasal ni. Yang gambar, yang trailer. Tapi banyak post video behind the scenes (BTS). So video tadi is one of the BTS. Banyak komen kata "Macamana dorang ni dah berpeluk-peluk BTS, pastu kissing on scenes, tapi tak pernah fall in love dengan co-stars?"

That's why ACTING bukan semua orang boleh buat. Kerjaya dorang selalu di-misunderstood. Asal ada scene yang intimate, mulalah fans kata dorang jatuh cinta. Ada la juga berlaku macam tu, contohnya couple Crash Landing on You and couple Decendants of the Sun. But majoroti actors jarang in love dengan co-stars. Kalau jadi kawan baik tu, yes. Dorang ada professional boundaries yang perlu di-maintained by actors. Orang-orang yang asal tersentuh jari je dah fall in love, toksah jadi pelakonlah. Buat semak market je.

Masa kat U, aku ambil course Acting & Theatre as generic course. Kononnya nak cari course yang tak payah membaca so that kurang sikit ambil exam sebab course biotech dan kena banyak menghafal. Malas nak penuhkan otak dengan fakta sains. Nak cari bidanh lain. Lalu, aku pun ambil acting course. Salah sorang student adalah Azhan Rani. Famous dia sekarang. Tapi dia tak sama kelas dengan aku. Dia memang pure budak art jadi kelasnya berbeza.

Rupanya, acting ni SUSAHHHHHH!!! Susah nak lakonkan ikut kehendak skrip. Susah nak terjemahkan dalam bentuk emosi. Dan susah nak score! Sebab bila berlakon kita dapat feedback terus dari penonton. Kalau penonton tak bagi good respond, sadaqallahulazim lah score kau semester tu. Punca-punca pointer kau jatuh pun boleh jadi dari course acting yang kononnya tak banyak membaca senang nak score tu *nangis*

Half way of the course, aku start notice benda ni. Aku cakap ini kalau aku tak buat betul-betul, masak pointer aku. Bersengkang mata buat assignment, buat lab report, hadap exam - sekali course acting dapat C. Tak ke naya? Jadi, aku kena pulun. Buang rasa malu, buang rasa segan, be professional. Dek kerana nak 'professional' sangat, masa kitorang kena perform teater "Tanah Bernanah" (kalau tak silap aku ini tajuknya), aku berkemban dengan kain batik atas pentas, ya! Teater tu kisah tentang petempatan setinggan. Setiap kali nak guna air, mesti berebut dengan orang kampung. Paipnya 1, getah paipnya 10. Jadi, kitorang kena pikir macamana nak potray watak masing-masing berdasarkan skrip.

Masa tu baru aku tahu yang pelakon kena kaji skrip. Betullah kata Kak Ogy, "You kena gali skrip!". Sumpah memang gila lah part menggali skrip ni. Kena explain kenapa kau nak pakai macam ni, kenapa kau nak buat tone suara macam tu, kenapa kau nak kena tolak dia, kenapa kau perlu tampar dia -- semua ni kau kena kaji and explain why. Bukan skrip tu dah sedia-sedia tunjuk step by step kau kena buat apa. Kau as pelakon yang kena pikir. Patutlah gaji actors tinggi. Susah rupanya.

Terperanjat lecturer aku (En Hamzah. Tak sure if now dah Dr) bila aku kata aku nak berkemban kain batik keluar atas pentas with towel bergulung atas kepala. Sebab aku tengah mandi tiba-tiba air cut. Mestilah dalam keadaan berkain batik. Masa rehearsal, kawan aku suruh aku lepaskan towel and cover dada sebab cleavage aku obvious. Kahkahkah. Dalam teater yang sama, si anu pun berlakon sekali. Ada scene aku tampar dia. Jenuh juga aku rehearse nak tampa bagi nampak real. Aisss, masa tu tengah bercinta katakannnn. Akhrinya dapat gak feel menampo tu setelah beberapa kali prektis. Kalau sekarang dapat buat balik, aku bagi dengan pakej pijak sekali.

Masa tengah get ready kat belakang stage, masing-masing dah dengan costume. Aku dengan berkemban tu lah. Ke sana sini berkemban. Tapi sorang pun tak kisah. Baik laki, baik perempuan. Duduk sebelah-sebelah pun sembang macam biasa. Aku dapat relate dengan pertanyaan kat Weibo semalam. Sebab bila kita dah dalam karakter, fokus dah lain. Kalau masa tengah bergaduh atas pentas tu ada scene lelaki peluk aku untuk leraikan pergaduhan, agaknya aku pun tak rasa apa-apa feeling. Because masa berlakon aku berada dalam dunia fiksyen, bukan realiti. Perasaan yang dizahirkan dalam bentuk lakonan, be it marah, sayang, cinta takde kena-mengena dengan realiti. Eh susah aku nak explain benda ni.

Sama macam naik moto dengan member lelaki, makan berdua, share air, balik sekolah sama-sama. Some people bila nampak aku pakai beg si A, dah mula dia gossip "Diana couple dengan A". Padahal aku pakai beg Hamba Allah tu sebab dia suruh aku jagakan kejap. Dia ada latihan padang. Mula-mula aku duduk padang, pastu beralih ke kantin. Takkan nak tinggal beg dia kat padang. Aku pakailah begnya. Itupunnnnn jadi gossip.

Tu belum lagi naik moto dengan member lelaki. Aku bangsa kalau naik moto memang akan pegang pinggang rider. Reasonnya mudah - kalau aku jatuh, aku akan pastikan kau jatuh sekali, bukan aku sorang. So, you like it or now, aku akan paut pinggang kau. Tapi habis kat situ je lah. But to some people, once pegang paut pinggang, itu maknanya couple. Allah, letih gini wei!

Jadi aku boleh relate dengan video Sun Qian peluk Johnny masa naik basikal tadi. Itu BTS, bukan scene dalam drama. But biarlah dia nak naik beskal berdua. Lagipun dorang co-stars, mesti nak create chemistry. So the must get used dengan physical touch. Tapi tu lah, ada fans yang tak faham semua ni. Kat China ada 2 jenis fans. Satu, loyal fans. Satu lagi coupling fans (CP fans). Yang buat semak adalah CP. Dorang ni lah yang menghuru-harakan life actors. 

CP fans adalah kelompok yang obsess dengan relationship between characters. Jenis yang sanggup cari bukti intimacy between characters. Contohnya, selepas drama Only for Love lakonan Dylan Wang and Bai Lu, CP fans start couplekan dua pelakon ni. Semua benda dorang kaitkan dengan couple ni. Katakanlah hari ni Dylan pakai topi hitam. Pastu minggu depan they spotted Bai Lu pakai topi hitam juga, terussss tersebar "kesahihan" sedang bercinta. Pastu kalau Dylan bersembang dengan co-star yang lain, mampus co-star tu kena kecam dengan CP fans.

CP fans tak terhad pada coupling between male and female je. Dalam drama The First Shot, watak Johnny Huang and Wang Ziqi adalah rakan sekerja yang sangat baik. Sampai sekarang wujud CP Fans nama BEIRAN (gabungan watak zheng BEI and gu yi RAN dalam drama tu). Now kat sana, tengah panas isu konon Johnny and Wang Ziqi adalah couple gay. Johnny bawak kereta Ziqi pun dah dikatanya bercouple. Ziqi datang celebrate birthday Johnny kat lokasi pun dikatanya couple. Now dorang gelarkan Johnny as husband and Ziqi as wife. Ini bukan menganjing tau, tapi dorang memang suka. Dorang nak relationship tu jadi realiti. Sumpah pelik perangai CP fans. Saiko.

Berbalik pada isu "kenapa tak jatuh cinta dengan co-star", dalam kebanyakan kes, actors anggap apa yang dorang buat adalah KERJA. Walau kena kissing, it's a part of the script and dorang kena buat dengan baik. Done kissing scene, dah. Asia punya culture sebenarnya tak macam ni. Many of Asians be it kat Korea, Japan, Malaysia, China, India -- kissing, hugging and touching -- is NOT a norm. Ini dibuat dengan orang yang special saja. 

Tapi now entertainment industry dah makin daring. Kissing and hugging dah bukan special lagi kalau dalam lakonan. Itu dianggap sebahagian dari kerja. Maybe sebab tulah dorang ni walau kena repeat kissing scene atau bed scene 14 kali, tak rasa apa. Hari tu aku tengok BTS drama Road Home. Scene BTS on bed antara Seven Tan and Jing Boran yang sangat intimate siap bertindih lagi, rupanya masa Jing Boran nak baring atas badan Seven Tan berkali-kali director kena betulkan. Scene yang nampak simple tu pun susah sebenarnya bila berlakon.



Itu tadi video masa iQIYI Award Night 2 minggu lepas. Johnny semeja dengan Elaine Zhong and Bai Lu. Tiga-tiga ni berlakon sama dalam Ace Troops. Elaine jadi girfren Johnny dalam Ace Troops. Berapa banyak kissing and hugging scene dorang dalam tu? Banyak. Tapi habis kat situ je lah. Tak bercinta pun. Setakat kawan je. Their physical closeness dalam drama hanyalah TOOLS untuk expresskan the character's feelings, tak imply any real emotional connection pun antara keduanya. That's why actor macam ni kita panggil Professional Actors, bukan asal boleh berlakon. Yang kau, asal berlakon je, cinta lokasi. Asal berlakon je, cinta lokasi. Eh takde kerja lain?