2013-06-29

Feeling


Today ada shooting untuk brand Kree.
Kree ni founder dia adelah ex-co-founder Ephyra - Reni Diana.
Oh, bukan gabungan nama aku ngan dia ya. Takyah nak lesbian sangat.
Tu memang nama dia sendiri.

This session actually untuk iklan promo yang bakal appear kat blog aku and Peej Burhan sebab kitorang dua orang dipilih untuk meggedik depan kamera today. Aku ni kalau ambik gamba depan cermin memang cemerlang. Tapi kalau suruh posing untuk photoshoot macam ni, besar harapan hasil gambar tu menuju kehancuran abadi.

Initially Fleur Closet was supposed to work together dengan Kree.
Aku ingat lagi our first meeting kat Old Town Bangi, masa tu before aku ke umrah.
Dia nyer arrangement was Fleur Closet akan supply shawl for Kree. Meaning that all shawl for Kree datang dari Fleur Closet. Tapi aku takkan sempat kot nak handle semua benda at one time. Masa tu pulak aku busy nak ke umrah, kalut aku settlekan semua benda especially pilih material untuk baju-baju and shawl, never-ending discussion sampai aku rasa cepatlah aku pi umrah, aku nak lupakan kejap semua keje-keje ni. Lama-lama aku fikir macam bakal menyusahkan Kree je nanti kalau shawl aku tak dapat siap on time ke apa kan. So takpe, kita takde rezeki work together, kita help each other in promoting masing-masing punya product je. Lebih friendly gitu :)

Tadi shooting kat studio di Sri Hartamas.
Cis, main hartamas hartamas je budak-budak Kree ni.
Kau ajak pulak blogger blur kan. Memang pening la ko nak melayan. Dengan aku punya sesat barat lagi. Sampai kena berjemput la baru jumpa studio. Blom apa-apa dah diva nak kena jemput bagai. Model lain pi shooting bawak beg tarik. Aku datang shooting selenga angkut paper bag isi shawl. Kalau paper bag Gucci gah la sikit kan. Ni paper bag Kinokuniya. Gila stylo aku. Puii.

Aku sampai Peej takde, dia gi makan. Lone ranger je minah tu makan sorang. Kalau aku awal sikit mesti aku dah join sekali. Lapar kot.
Dorang bagi aku a few baju untuk test.
Tang test baju ni yang aku lemah ni.
Baju tahap-tahap designer ni semua ukuran supermodel.
Kebanyakkan baju yang aku try mesti sangkut kat tetek. Si Reni siap pegang tetek aku lagi nak test betul ke tidak sendat. Lepas tu lepas la, la tapi kesian tetek aku. Dah macam bukit kena tarah. Leper je muncung dia.

Ok sabar ya.
Ini bukan actual promo. Ini cuma entry teaser saje.
Iklan akan menyusul kendian.



Masa ni aku dah half-way dimekap. Pastu Reni nak kena shoot dulu so masa Reni tengah touch-up tu Peej ambik gamba aku berdua ngan Reni. Pastu Peej kata 'Apesal mata kau macam ngantuk?'
Aku tengok balik gamba aku dah macam pompuan tengah stim. Separuh je nampak mata.
Berat rupanya okeh bulu mata pelsu. Tu pun kira dia pasang yang very light punya untuk aku. Antara nampak ngan tak nampak je. Aku tak tau camana Reni ngan Peej boleh larat tampung berat bulu mata sebab tak salah aku dorang punya yang jenis lebat tu. Kalau aku pakai yang tu mesti semua gamba aku mata terkatup.

Aku kagum dengan Che Ta boleh pakai bulu mata all the time walaupun tengah main netball.
Mati-mati aku ingat bulu mata dia memang ori sebab dulu kat sokabar ada cerita pasal artis-artis punya match netball kot. Bulu mata dia lentik gila okkk. So aku ingat tu bulu mata ori. Lojiknya sape dia kat dunia ni main netball pakai bulu mata weh? Budak-budak Kree ni gelakkan aku bila aku kata bulu mata Che Ta ori. Aku teringin nak tengok mata Che Ta tanpa bulu mata, how eh.



Turn Peej dimekapkan.
Peej ni putih, duduk bawah sebijik kalimantang pun nampak lagi.


Team Kree with us
Terbuktilah bahawa aku memang pendek.


Hambik kau.
Aku dah kata aku letak punya gamba ni kat blog.
Aku pakai shawl dia pun sama naik nak bersaing dengan shawl aku.





Kemain lain aku menggedik dengan designer, Afiq.
Laki tak join sekali lah katakan. Haha.
Cantik kan dress ni?





Masa ni aku dah nak balik.
Pastu dalam keta aku try la tarik bulu mata aku. Series tak reti. Sampai keluar air mata nak korek. Apesal la susah nak tanggal ni. Ko pakai gam UHU ke hape. Gila ketat.
Rupanya aku pi tarik bulu mata sendiri. Cam haram. Gila peghak tak tau nak buang bulu mata palsu.
Sampap mesej Afiq camne nak cabut.
La, rupanya cara dia just kuis hujung mata and siat slowly, memang akan tanggal. Sikit tak rasa sakit. Sia-sia je aku kena marah ngan En Wan dalam keta sebab sampai nangis nak tarik bulu mata.
En Wan siap marah "Sape suruh pakai?????"
Rupanya bini kau yang vangang. Sorry. Hahaha.

Tapi dalam 15 minit gak la aku duduk dalam keta dengan sebelah mata terjuntai bulu mata sebelum aku jumpa teknik yang betul tu. Dah la nangis sebab tak reti buang bulu mata, pastu kena marah lagi. Double tangisan aku.
Pastu dah berjaya buang, benti makan jap kat SR.
Aku yang kena bayar.
Triple tangisan.





Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here

2013-06-28

Pembersihan

 

Tadi tengah drive balik dari appointment, bibik call bagitau Rayyan pi basuh tab aku.
Time tu pulak aku tengah sakit perut gila babi.
The moment aku dengar dia basuh tab aku seb baik aku tak terkencet.
Aku ni bukan boleh benda-benda terperanjat macam ni.

Selalunya memang aku bawak tab tu. nak jadikan cerita agaknya kan, pagi ni aku sakit perut balik, so kepala cam serabut sikit la mana nak pikir nak ke jamban, mana nak pikir kejar appointment, mana nak pikir ada ke tak toilet tepi jalan nanti, oii semua benda aku nak kena pikir okeh. Last-last tab tertinggal.

Yang bibik pulak agaknya nak cool down-kan aku la sebab Rayyan basuh tab aku tu.
Aku hargailah jugak usaha dia.
Tapi adekah itu membantu bila dia kata "Madam, tadi Rayyan basuh iPAD (tab)........."

Aku terus jerit "Huhhhh???!!!"

Pastu dia sambung "...tapi aku dah jemur"

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Terus rasa nak langgar divider.

Elok sangatlah gandingan dua orang ni.
Yang anak gi basuh.
Yang bibik gi jemur.
Takpe, malam kang biar aku lipat.

Si Rayyan ni memang tak pernah takde keje.
Hari-hari ada je 'surprise' yang dia buat. Aku ni pakkal takde sawan. Kalau tak agaknya dah lama berbuih-buih mulut aku melayan surprise dia. Sekarang dia dah tak usik pad-pad, spender-spender aku semua. Now dia dah naik pangkat jadi cleaner. Apa saje sangkut-paut dengan air memang dia ada dalam scene tu. Selang 5 minit cuci tangan. Macamkan pembersih sangat padahal nak carik jalan naik main air. Dulu asal abang dia mandi, dia pun nak mandi. Ada satu kali tu En Wan mandi dia nak ikut sekali. Hah kauu. Terus sampai skarang tak berani kacau orang mandi dah. Kalau bapak dia masuk shower, mencecet-cecet dia keluar. Gamaknya troma tengok objek yang dia blom dapat kenalpasti sehingga skarang. En Wan kata masa first time mandi sama tu dia cam tegak je pandang En Wan. Budak tu kalau berdiri ada la sama tinggi ngan buah En Wan tu. Mau tak pening budak tu pikir eh apa benda ni, sama tinggi lak dengan aku dia kata. Hahha.

Oh yes, semalam jugak aku menyaksikan seorang lelaki yang macho tapi perangai cam flasher sedang mengaru bijik kerandutnya di khalayak ramai, di Shell. Dia ni betul ke tak? Pakai kemain smart lagi, bawak keta bagai tapi sambil tangan isi minyak, tangan sebelah lagi mengeruk buah pelir. Dan la berdepan ngan aku je dia isi minyak. Aku selamba je sambil isi minyak sambil pandang je kelaku dia tu. Gila tak malu lansung orang lain tengah pandang dia. Nak kata buta tak nampak orang, kau bawak keta. Ke dia tengah shuffle? Kemain sedap lagi menggaru sampai terangkat-angkat kaki. Beria-ia. Aku takut tercampak je buah dia kat lantai. Spender dia ada kemuncup kot eh?

Kesian aku perasan ada 2 orang budak dalam keta lagi satu tengah melopong muka masing-masing macam nampak hantu. Hantu kote. Ada kakak naik motor dia nak benti kat belakang keta mamat tu. Dia dah bentikan moto dah pun. Pastu dia pandang je mamat tu dalam 10-15 saat, terus dia blah. Tak jadi lansung nak isi minyak. Eii..orang sakit otak ada di mana-mana.

 

Ni bukan stokist Ephyra.
Tapi ni adelah kotak-kotak Ephyra yang aku park kat rumah Mak Aji untuk dia pack-kan kukis-kukis agen. So agen-agen yang dihormati sekalian, sila jangan lupa collect kukis masing-masing pada tarikh yang telah korang sendiri tetapkan. Kalau tak ambik, aku bawak balik Tganu buat kuih raya. Pak Aji dah siap letak nombor bagai untuk elakkan jadi confuse.

Betul kan aku cakap, rumah Mak Aji dah macam kilang kukis.
Tetamu adelah dinasihatkan supaya tak payah menjengah ke dalam. Borak kat porch je sudah. Aku sendiri nak pitam masuk rumah Mak Aji. Sejak kukis ni bermula 3 tahun lepas, cenggini la gayanya rumah Mak Aji everytime nak puasa. Ni kira boleh tahan lagi. Masa first year dulu lagi cam tongkang pecah. Dengan botol bertimpa-timpa, tu belum lagi kotak-kotak tepung yang di-put-aside untuk jadi tempat nak bungkus kukis for delivery. Aku selalu je melarikan diri dari stay lama-lama kat Bangi. Singgah jap tengok apa ada kat dapur je. Dah kenyang, aku blah. Hahaha.

Ok, ni senarai agen-agen kukis. Selepas 10th, kalau sesape nak kukis, sila contact agen-agen di bawah sebab aku akan stop supply. Kalau nak kukis now pun boleh contact agen-agen ni semua. Ada antaranya yang dah collect kukis. Mana yang rasa kawasan korang tak listed kat bawah tapi agak berhampiran, try tanya agen kot-kot dorang leh hantarkan :




Kalau nak beli direct, sehingga 10 July saje, email aku : aveo757@yahoo.com




Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here

2013-06-27

Go random


Random 1


Sorang lagi berjaya dihasut!

Kannnn.
Tu la aku cakap Mr Food ni boleh tahan steak-steak dia.
Memang tak gah macam Milwaukee Steak House, TGI, Windmill, Victoria Station, tapi boleh consider kalau rasa-rasa nak makan steak tu. Untuk aku yang malas jalan jauh-jauh (sebab malas nak bersiap), memang sedang elok la Mr Food tu ada kat Putra Heights. Aku kalau setakat nak bergerak dalam kawasan PH ni memang pakai seluar jeannie je. Makan dalam kawasan 'kampung' kita kan, takyah la nak bersiap sangat.

Aku memang suka mash potato Mr Food. Tekak aku rasa cam lazat bebenau.
Boleh la consider nak gathering kat Mr Food ni.
Kalau tetiba time korang datang tu Mr Food tutup, gathering je la kedai sebelah - Anwar Maju. Pun best gak. Cuma nasib-nasib la. Dapat jenis mamak yang pekak, kau mintak lain dia hantar lain. Aku kalau masuk Anwar Maju ni time order je mesti pitching aku tinggi sikit sebab dah banyak kali aku mintak lain sampainya lain. Sardin je pulak muka sekor-sekor aku dah kata order ni salah, dia letak jugak pinggan tu atas meja pastu blah. Melampau sangat pulak tahap blur-nya. Ngalahkan aku.


Random 2


Ingat tak entry aku pasal En Wan hampir-hampir kena kelepet dek 'operator' TM pasal orang pakai cc dia sampai RM3000? Rupanya ada jugak di kalangan reader blog ni yang kena kes yang sama. Kalau agak-agak esok lusa korang dapat sms and call yang sama, tolong makikan sekali bagi pihak aku. Kuang ajar. Tau la raya nak dekat masing-masing nak pakai duit tapi takyah la jadi kaki kelepet. 


Random 3


Kemain riang lagi korang gelakkan gamba aku ngan En Wan kan?
Takpe..takpe..ambik la rasa sorang sikit gelak.
Gamba ni aku jumpa masa aku kemaskan folder.
Masa ni dua-dua darjah 6.
Sorang kat Tganu, sorang kat Selangor.
Sorang pengawas, sorang lagi kakak kawasan.
Sorang bajet hensem, sorang lagi bajet Chan Ho Nam.
Dua-dua tak reti senyum time begamba.
En Wan memang sampai skarang tak reti senyum. Aku pulak dulu tak suka senyum sebab aku rasa cam aku sangat cantik bila buat muka series. Macam ala-ala Posh Spice kan?
PANGGGGGGGG sedas.

Tapi heran camana aku leh tahan dengan rambut yang tutup mata?
Kalau skarang ni pantang terjurai je aku terus ponjotkan rambut ke atas. Gila rimas!
Dulu tahan pulak aku dengan rambut menjurai tutup mata. Style la kot dulu tu. Ntah aku pun lupa.
Tapi masa ni aku dah pakai spek cuma aku cam perasan mata aku memukau jadi asal time nak bergamba je aku bukak spek.
Sambil merenung tajam ke arah kamera.
Sengetkan muka, jeling sikit, bajet seksi.
Padahal tetek blom tumbuh.

Aku tunjuk FB aku kat En Wan tadi.

Aku : Bang, katakanlah Di satu sekolah dengan abang dulu, abang tekel Di tak?

En Wan : Kalau Di satu kelas dengan abang pun abang takkan notice.

Pehhhh. Eksyen kauuuu.
Kemain lagi statement. Bajet hot siallllll.
Ooooo, tak notice aku kononnnnnn. Macamkan orang notice je dia kan?
Kena diri atas kerusi dulu baru nampak dia. Hahaha.
Kau pun sama je dulu berkerak macam aku bang. Toksah nak bajet sangat okeh.
Sleng tu kasik bunyik Kay Ell dulu boleh?

Apa lah kriteria dia ni yang sampai terpilih jadi pengawas.
Takde calon lain kot. Kahhhh!
Kalau suruh semua pengawas beratur, mesti dia yang duduk depan sekali kan? Wakakakka.


Random 4



Apa ko ingat korang je berbondong-bondong nak pi terawikh?
Anak dara kemetot pun nak jugak pi terawikh okeh.
Kan ke kiut budak-budak kecik pakai telekung macam ni. Nampak suwit and seronok nak perform solat. Jangankan budak, kalau telekung polkadot ni dibagi kat aku pun aku suka.

Pakkal la aku ni takde anak dara.
Kalau tak mesti aku antara yang join beli telekung ni.
Aku berkenan pulak dengan telekung gambar first, yg kat tengah tu. Macam english style sikit. Sweet je. Dah la karer pink! Agak-agak kalau aku pakai comel tak?

Aku tak sure apa material telekung, nampak macam cotton. Tapi korang boleh ke sini KLIK
Sila tanya dengan tuan punya FB.
Telekung Eiman ni kepunyaan isteri kepada kawan aku sama-sama sekolah dulu.
Aku rasa model-model ni mesti anak kau kan, Pyan? Macam muka kau je ni.

Tak salah aku tadi aku tengok ada jugak telekung jenis corak-corak macam ni dia design untuk orang dewasa. Boleh sepasang anak ngan mak. Ce try tengok ok?


Random 5



Random 6



Random 7







Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here

2013-06-26

Kill them


Ahad lepas En Wan boring-boring tak tau nak pi mana bawak aku pi IPC.
Aku tak penah dengar pulak mall nama IPC.
Bila dia kata nak pi IPC aku ingatkan nak pi tempat macam Jom Heboh, MATA Fair, Pesta Buku tu semua.

La rupanya Ikano.
Darat sungguh aku ni. Ikano pun tak tau. Tapi ngaku orang Kay Ell. Puii.

Masuk IKEA rembat la 3-4 barang.
Mula-mula dah semangat dah ni aku nak beli cabinet and mirror untuk ofis aku. Siap nak beli sofabed bagai. Mana la tau kan kot tetiba terasa nak wild sikit. Eh.
Ujung-ujung bila nak collect kat shelf, cabinet takde stok, mirror takde stok. Cam haram je. Hilang mood aku. Last-last jangankan tidak dah merayap jauh-jauh tak bawak balik barang, belilah jugak container nak isi mainan Redza, pastu rug untuk dapur, tong sampah la segala. Cam merepek sangat. Takat nak beli tong sampah Giant pun ada.

Seb baik ada Sushi King. Kurang sikit menggelegak darah aku.


 

Tak selera aku tengok Ebi Tempura kat sini. Melempai-lempai besor jari kelingking aku je.


Terpaksa la umpankan dia dengan apa-apa je lah janji senyap.
Atas meja tu kan penuh dengan segala macam piring sos, tisu, chopstick. Memang riang la dia main semua benda tu. Seb baik dia tak nampak button call. Kalau tak konfem aku anak-beranak dah kena halau dari situ.


Mister punya


Bibik punya


Kreatif kan anak aku?
Orang lain sibuk mentekedarah, dia main Uno Stacko!



I am wearing Shawl Double Border by Fleur
Masih tak sempat nak buat entry new shawl.
Lain kali.


Aku rasa aku ni tertelan julap kot.
Dari petang semalam berkampung dalam toilet. Lembik dah badan aku ni.
Kalaulah ada pilihan memang aku tak gi keje hari ni. Tapi hari ni pulak lah kena attend meeting jauh-jauh yang tak boleh nak dipospond-pospond. Kepala aku dah takleh pikir fakta-fakta sains lagi dah time ni. Asik pikir mana jamban terdekat je. Sebelum keluar rumah tadi rasa nak masukkan je sekali jamban dalam keta. Dua kali aku stop kat public toilet. Toilet bau cam bangkai biawak pun aku redah jugak. Janji lega. Kang kalau tahan-tahan aku pulak yang orang bau cam bangkai. Kalau pampers Rayyan tu fit pantat aku dah lama aku sarung.

Dari semalam aku cirit-birit. Tadi drive nak tekan minyak pun tak larat. 60km/hr je aku bawak hari ni. Tak berani aku nak tekan minyak kuat-kuat. Aku takut nanti aku tekan lebih-lebih terus terkencet. Hahaha. Tak ke satu hal. Tak tau la lama mana keciritan ini akan berlanjutan. Jangan sampai melecet sudah.

Lepas cerita pasal sushi cerita pasal cirit.
Bagus kan aku?



Berzaman dah email ni dalam inbox aku.
Sorry la ya dik. Bukan taknak reply, tapi tak sompek.

Ok pasal email ni kalau tanya pendapat orang lain mungkin lain pandangannya.
Benda ni berlaku kat mana-mana. Bukan takat online biz je.
Aku involve dalam sales and marketing since 2003. Tikam belakang, plagiat business proposal, under table, memburukkan kita, memburukan produk, semua aku dah pernah rasa. Apetah lagi bila kita bekerja dengan orang (bukan bisnes sendiri) kita ada komisyen. Memang kalau tikam belakang ni dah macam pesta. Hasil keje kita, dia mengaku hasil keje dia. Deal kita, dia kata deal dia. Tapi bila kena demo or present depan customer masing-masing berat pantat. Tapi bila kita close deal, dan-dan tu dia kata dia pun contribute sama.

Dulu aku naif sangat la dalam bisnes ni. Konon nak share informasi. Bagi aku, kita keje for the company so apa salahnya share info. Aku kan jenis kuat bersembang dengan customer so tak dinafikan ramai customer yang rapat dengan aku stok-stok boleh cerita pasal anak bini semua. Bila dah rajin bersembang tu maka banyaklah info aku dapat. Kang jap lagi orang tu bagitau lecturer ni dapat grant 500K, pastu ada new lab nak bukak bajet RM3M, etc. So aku pun share la stories dengan member-member. Tapi aku lupa yang company ada sistem komisyen. Disebabkan tu lah masing-masing "terpaksa" tikam member untuk kaya di hujung bulan.
Well, sape suka kita hidup senang kan?
Ada ke suka orang lain lebih dari dia?
Ada la jugak.
Tapi lagi ramai yang tak suka kan?

Sama lah kes-nya pada reader dalam email tu.
First, kita memang kena bersangka baik. Mungkin kawan dia yang suka komen produk orang lain tu benar-benar tau pasal produk tu.
Maybe...

Tapi kalau dah selalu sangat komen, asal orang jual barang ni kau komen, orang jual barang tu kau komen, dan komen semuanya negatif, sendiri paham sudah la kan orang tu jenis camana. Sometimes kita kena biarkan je orang-orang macam ni buat apa yang dorang suka. Sebab dorang tak suka berniaga. Dorang suka kondem je. Jadi biarlah dia buat apa yang dorang suka. Kalau kau suka berniaga, kau buat. Kalau kau suka melukis, kau buat. Kalau kau suka makan, kau buat. So macam yang suka komen tu, dia tak suka berniaga, dia suka komen je. Jadi, biarkan.

Ustaz Kazim pernah cakap dalam one of his ceramah series, "biarlah isteri kita nak membebel sebab itu boleh menggembirakan dia". Kalau suami tu faham the konsep "kegembiraan" isteri tadi, dia akan pekakkan telinga. Lama-lama dah penat benti jugak kan? So asalkan dia happy lantaklahhhhhhh.
Same thing goes to kes pengkondem-kondem ni.
Dah itu je cara yang boleh buat dorang happy, kasik chan je la. Mungkin kalau dorang berbisnes dorang akan jadi stress, so biarlah dia cari sedikit happiness. 

Lagi satu, pernah dengar peribahasa anjing yang menyalak tak pernah berjaya runtuhkan bukit?
Bukit rilek je tak, tapi anjing memekak. Ntah apa yang dia pekikkan pun kita tak tau. So biar je la dia terpekik. 

Maksudnya kat sini, kalau kita tau apa yang kita buat, orang kondem kita macamana pun takkan ada efek seinci pun pada kita. Biarkan orang yang kondem tu dengan tujuan dia. Kita fokus dengan tujuan kita. Settle.
Bagi aku, penjual harus tau role masing-masing. Kena kenal produk.
Kalau kita jual produk for the sake of orang lain jual kita pun jual tapi kita tak tau hujung pangkal, or just for the sake of nak dapat extra money, percayalah cakap aku yang kita akan mudah jatuh bila ada manusia kondem sebab kita sendiri tak tau apa yang kita jual. Bila tercuit sikit terus terkehel.

Banyak sebenarnya email-email macam ni aku dapat.
Ada satu email tu aku pernah tulis entry jugak tahun lepas kot.
Reader tu mintak nasihat how nak berdepan dengan orang yang suka jatuhkan orang lain (in biz especially).

Orang yang suka jatuhkan orang dalam bisnes ni sebenarnya dia tak boleh berbisnes.
Tapi orang nak bisnes dia pun nak.
Orang macam ni sebenarnya dia tak mampu nak jual produk dia.
Dia hanya boleh jual produk dia bila dia takde saingan.
Disebabkan itulah dia busy menjatuhkan pesaing supaya orang lain nampak dia.
Kalau dia tak jatuhkan pesaing, sampai ke sudah orang tak notice.

Jenis macam ni, dia sebenarnya tak sedar yang orang lain berdiri tapi dia sorang je yang tengah mencangkung. Camana orang lain nak nampak kau kan?
Disebabkan dia mencangkung, jadi dia kena buat pesaing di sekeliling dia tertiarap barulah orang lain nampak dia. Bila pesaing dia terlentang, wah dia happy. Padahal dia tak sedar yang dia sebenarnya bukan tengah berdiri pun. Dia kekal mencangkung. Orang yang pernah berdiri, walaupun tertangkup macamanapun dia akan boleh berdiri semula sebab dia pernah blaja how to berdiri. Tapi kalau orang yang tak pernah berdiri, hah, sendiri jawab.

Nasihat aku toksah layan orang macam ni.
Dia nak cakap apa pun cakap lah.
Dia nak burukkan kau pun kasik chan la. Tu je la pun habis kuat dia leh buat.
Just remember that dogs bark if they don't know the person.
Kalau kita yakin dengan apa yang kita buat, just concentrate.
And keep smiling...because it kills them.






Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here

2013-06-24

Haze (tajuk omputih gitu)




Kalau tak kerana sub-station TNB depan rumah aku ni, dah lama aku gebang rumah aku kat Switzerland.

Hari ni aku dah mula rasa sakit tekak and pening-pening.
Makcik aku yang from Singapore datang KL Ahad lepas siap dah muntah belahak sebab suffocated sangat dengan jerebu kot. Dek kerana jerebu ni, aku yang paling liat nak minum air putih dah jadi macam ketagih air putih. Kejap-kejap aku refill botol air aku dengan air masak. Dan kejap-kejap jugak la aku terkencing. Seb baik jamban duduk tau. Kalau jamban cangkung mau terkehel dah lutut aku kejap-kejap nak kena mencangkung.

Tak tau la apa hikmah disebalik jerebu ni.
To us, rasa macam seksa.
To some, masa ni la nak buat bisnes jual 3-ply mask and masa ni la masa terbaik nak promote air purifier.
Tuhan je la yang lebih tau.

Ni rasanya jerebu kedua yang teruk after year 1998.
Masa 1998, aku kat UNIMAS.
Kebetulan masa jerebu tengah teruk tu time semua nak balik bercuti. Tak tau la cuti sebab apa. Nak balik raya kot. Eh, entah la.
Yang aku ingat, malam tu bas UNIMAS dah standby depan bilik MPP untuk ambik those yang dijadualkan balik malam tu. Antaranya aku and encik saiko. Masa tu Kuching dah diistihar darurat tapi sebab tiket dah beli so masing-masing ganble je la tunggu kat airport. Malam tu kitorang semua melepak memenuhkan ruang airport. Melepak means MELEPAK DUDUK ATAS LANTAI okeh? Bukan melepak jenis bersidai kat mall tu.

Yang set-set sopan tu duduk bersila. Yang set-set takde tatasusila macam aku ni terkangkang melunjur kaki bagai atas lantai tu. Siap terlentang berbantalkan beg baju punyalah nak tunggu gate bukak. Esoknya dalam pukul 4.30am macam tu tengok the staffs dah busy siap-siap macam nak bukak kaunter. Excited semorang. Ni mesti dah boleh fly dah katerbang ni. Masing-masing dah pegang troli siap-siap tinggal tunggu nak pecut je ni. The moment kaunter bukak je, seranggggggggggggggggggggggg. Memang masa tu semua berdoa supaya dapat balik KL. Tiket dah invalid, cuma harap kat waiting list je. Tu pasal semua pakat merempit troli masing-masing ke kaunter, nak dapatkan seat punya pasal.

Time tengah kalut nak kejarkan kaunter ni la si saiko tu sempat kelepet purse aku. Pastu buat muka toye. Lempang sekali mau terkancing gigi kau. Dah satu keje pulak pastu member-member punggah satu airport nak mencarik purse aku. Dalam tu ada RM300 ke RM600 kalau aku tak salah. Dah la duit MARA. Kalau duit aku sendiri takpelah jugak kan. Seb baik duit MARA takyah bayar balik. Kalau tak, dah jadi keje aku nak membayor duit yang aku tak guna. Puiii.

Tapi gila drama la budak-budak ni kat airport. Macam tak jejak Malaysia 30 tahun.
Bila boarding je, masing-masing berpeluk-peluk antara satu sama lain. Gila syahdu la konon akhirnya dapat jugak keluar dari Kuching. Macam terlepas dari tahanan je masing-masing. Padahal jerebu je pun. Elok je cecah rumah, malam tu berita cakap Kuching darurat balik semula. Masa tu rasa cam lantaklah ko nak IPU 2000 pun, janji aku dah sampai rumah. Hahah. Keji gila.

Dulu mentang-mentang budak lab, time jerebu rembat je mask kat lab.
Now, rembat je mask kat store.
Kalau rasa-rasa nak mask free, meh la datang rumah aku. Al-maklom lah, company pun ada jual mask lah katakan. Main angkut je la dari opis ke rumah. Eh terbelagak pulak tetiba. Hahha.






Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here

Muka



Gituuuuuu.
Siap tanya aku pakai skincare apa kan.

Rasa pelik pun ada orang tanya aku pasal skin. Sebab memang kalau bab-bab skin, penjagaan kulit muka, apetah lagi produk-produk pencerahan wajah, memang semua ni tak pernah terbayang la one day ada orang nak discuss dengan aku pasal beautycare. Macam-macam ala-ala bayangan gurauan gitu.

Tapi takpe, aku share jugak apa produk yang aku guna.
Kalau rasa bagus, boleh jadi rujukan.
Agak-agak tak bagus, kau jadikkan je la aku ni pedoman.

Actually aku dah slowly tinggalkan Clinique. Aku dah start guna Shu Uemura sejak last year.
Tapi ada la jugak Clinique yang aku masih guna macam mask and toner dia, tu pun sebab blom habis lagi. Lipstik Clinique pun aku guna lagi. Rasanya aku kekal dengan lipstik ni kot sebab aku suka kaler dia. Tapi aku ni jenis asal sempat je. Kadang-kadang kalau barang dah habis aku sauk je apa yang ada dalam shower tu. Kadang-kadang tu pencuci muka En Wan pun aku bedal. Janji muka aku bersabun. Kalau susah sangat shower gel Dettol tu pun boleh ajeeee. Aku sebenarnya bukan jenis yang concern sangat la pasal muka and kulit. Sebab tu aku boleh dikatakan tak pernah pakai lotion badan. Bukan jenis yang sapu-sapu lotion before tido. Nama je beli night cream tapi selalunya tak pakai pun. Aku simpan je buat emergency. Agak-agak sok day cream aku habis, aku tenyeh je night cream. Janji cream.

Aku jenis ambik yang basic.
Janji sabun badan.
Janji sabun muka.
Janji rambut shampoo.
Janji muka pakai bedak.
Sebab aku ni pemalas sikit. Tu pasal agaknya dulu muka aku berkerak.
Skarang kurang la sikit cuma kaler je takde perubahan.



Kotak belah kiri tu terbalik. Sorry la ya, aku nak cepat gi keje pagi tadi. Main snap je.
Dari kiri :

1. Vitalizing Refining Lotion Red Juvenus (toner)
2. Mosturizing Emulsion Deepsea Hydrability
3. Tsuya Skin (serum)
4. Intense Revitalizing Concentrate Red Juvenus (serum)

Actually toner Red Juvenus tu aku baru je start guna last week. Sebelum ni aku guna toner dari range Deepsea (biru). Before aku tukar je Deepsea toner, aku masih lagi pakai toner Clinique kaler pink (No. 2 kalau tak salah). Deepsea toner ni best sangat. Aku dapat rasa beza dia dengan toner Clinique. Muka aku tak berat sangat bila sapu the toner. So baru-baru ni sales tu suggest aku guna toner Red Juvenus ni so aku gamble je la. Tapi not bad la toner ni, lebih kurang macam Deepsea jugak. Cuma maybe komponen dia dalam tu je khas untuk wanita berusia.

Pastu mosturizing emulsion tu aku stick tu Deepsea punya range.

But yang palingggggggggggg aku suka is Tsuya Skin.
Tsuya skin ni jadikan kulit kau nampak radiant and lichennnn. Now ada promo RM320 sebotol. Dulu RM350. Beli Tsuya Skin ni, ko dapat travelling pack botol sebelah tu - Intense Revitalizing Concentrate. Yang ni pun serum gak tapi dia lebih fokuskan pada anti-aging. Aku pakai sekali je baru. Nanti kalau aku outstation mana-mana baru aku bawak and pakai.

Tu je la pun 3 benda aku tepek kat muka before pakai bedak.
Step dia : Toner + Tsuya + Mosturizer.
Lepas mosturizer terus pakai bedak.
No foundation base. No concealer. No entah apa-apa lagi krim tambahan tak reti aku.
Aku rasa macam muka aku boleh jadi berat kalau pakai banyak benda.



Yang ni pulak pencuci muka and mask.
Aku guna cleansing oil kaler biru. Konon la kan ada effect whitening bagai. Dah masuk botol ke-ompek tang mana yang putih pun aku tak tau la. Maybe kulit aku skarang ni dah consider putih la kot. Putih la sikit dari budak Bawani tu. Kahahahaha *gelakkan diri sendiri*

Botol biru dah nak abis so aku standby beli botol pink. Sama je cleansing oil gak cuma yang pink ni lagi fresh and soft. Bau pun lagi sedap. Biru tu pekat sikit. Yang pink ni cair. Tapi aku pakai ni kalau muka aku bermekap je. Kalau muka aku takde apa aku sabun pakai Dettol je sudah.

Yang botol biru kecik tu mask.
Mask dia bukan peel off, bukan clay.
Tapi macam liquid yang melekit. Dia tak mengeras pun. Kau boleh bercakap bergelak segala, takpe. Sapu je kat muka and lepas 15-20 minits bilas. Tu je. 

Yang 2 botol last tu sample aku beli Tsuya Skin.
Tu pun cleasing oil gak. Tapi yang kaler kuning and hijau punya. Cleasing oil Shu Uemura ni pelbagai. So far aku lom try lagi yang 2 botol kecik ni. Tapi pada aku kalau dah nama pembersih muka tu aku pedulik apa kau kaler hijau ke, biru ke, itam ke, janji boleh buat muka aku bersih. Done.



Hari tu aku letak gamba aku duduk ala-ala Laksamana Bentan mengadap Sultan Mahmud kat FB. Cam siyallll je budak ni siap buat comparison bagai. Cihibssss.
Status cam haram : Jangan disangka yang BURUK.....
Betapa lahhhhh berterus-terangnya reader-reader aku kan.
Puiiii.

Elok la tu.
Lepas type panjang-panjang pasal Shu Uemura, ujung-ujung aku tepek gamba ni.
Kesian Shu Uemura. Nasib kau la.

Ok, Sabtu lepas ada shooting new design Fleur by Mrs Him.
Modern kurung.
Masih mengekalkan konsep peplum cuma tak berapa kembang sangat. Aku buat ala-ala kebaya je.
Kali ni lari dari material chiffon.

Material silky velvet (top) and songket (bottom).
Full lining.
Jahitan manik disekeliling pinggang.

Hoih, jangan mintak diskaun eh, sebab penat tailor menjahit manik tu.
Kalau pi Jakel dah sah-sah dia charge kau RM300/meter untuk manik sahaja!
Lagipun songket tau je la kan harga camana.
Aku jahit full lining lagik.

Kalau nak tengok more gamba, boleh ke FB : Fleur by Mrs Him.
Jangan masuk Fleur Closet, dalam tu blom letak apa-apa gamba lagi sebab web developer tengah design new shopping cart.







 Code : Mustard
 
 Code : Blue Tusca
 
  Code : Pink
 
 Code : Fuschia

 Code : Lavender






Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here

2013-06-21

Tganu - 2


Malam lepas rombongan ke TTI, kitorang pekena ikan bakor kat Restoran Hairudin Omar (Hai-O).
Jangan tanya aku kat mana.
Aku tak tau tapi rasanya dekat dengan Masjid Terapung sebab malam tu lepas makan aku gi hantar Ephyra kat sorang jejaka UiTM KT. Jarak antara restoran Hai-O dengan UiTM KT tu dekat bebenau, so aku rasa restoran ni area masjid terapung tu. Nama tempat tak tau.
Tapi dia masuk ke dalam sikit.

Boleh tahan ramai orang kat situ.
Padahal aku datang around 9pm kot but sotong, udang, ketam semua habis.
Seb baik ikan banyak lagi. So kitorang pilih ikan siakap bakar, ikan pari bakar, tomyam campur and telur bistik.



Ni je la gamba paling clear En Wan boleh snap.
Kawasan ni memang gelap. Aku nak melangkah puntakut kaki termasuk lubang.



Ikan siakap dia comel-comel je. Kalau ikut tekak aku, sekor tu memang cukup-cukup aku ngan En Wan belasah berdua. Sebab tu ambik ikan pari lagi sekor.
 
 
 
Ruang restoran yang ciri-ciri desa.
 
 

Ruang membakor ikan.
Mentang-mentang la restorang pemain bola, dia nyer skrin tayang bola manjanggg.



Tomyam dia sedappppppppppppppp tapi pedas (pedas ikut lidah aku la)
Kuah dia pekat.
Best!
 


Telor bistik.
Sos bistik dia sedap. Cuma selalunya aku makan telor bistik mesti ada terselit udang 2-3 ekor tapi yang ni cuma sayur je. Agaknya sebab udang dah habis.



Ikan bakor.
Sedap sambal dia, macam ada rasa petai-petai sikit tapi tak pulak aku nampak petainya.
Dia genyeh sekali dengan cili kot.
 
Takde apa sangat la ko nak expect datang sini.
Biasa-biasa je tempat dia. Cuma ikan dia boleh tahan sedap, tomyam marvelles, service cepat. Kiranya menepati semua ciri kedai makan yang ok.
Orang pi kedai makan mesti la nak makanan tu sedap and cepat kan. So kira ok dah tu Restoran Hai-O ni. Tapi nama retsoran ni bykan Hai-O. Apa ntah nama dia. Sri Ayu kot.

 


Nama pun 10 tahun sekali jejak Tganu kan, so haruslah kita sebagai tuan rumah bawak jalan-jalan.
Mak Aji ngan Pak Aji lom penah tengok waterfront KT, so kita bawak la dorang.
Tapi blom ada apa sangat pun kat sini. Malap je la pulak aku tengok malam tu. Dulu aku pegi kemain meriah lagi dengan lampu.
 
 

Ahad, aku keje kat UMT.
Memandangkan keluar pagi-pagi, jadi kita breakfast dulu kat Manir.
Lagi sekali jangan tanya apa tajuk restoran. Aku kalau pi makan jarang nak tengok nama kedai. Aku tengok apa lauk ada je.

Tapi kedai ni memang terkenal dengan nasik dagangnya.
Aku takleh nak makan nasik dagang kat sana sebab semua pakai ikan aya.
Kalau aku makan konfem pastu resdung aku bergembira. Jadi selalunya kalau teringin nak makan nasik dagang, mak aku akan buatkan tapi aku nyer lauk adelah ayam goreng. Spesel kan aku?

Pagi tu aku pekena nasik minyok.
Tapi sebab aku leka dengan henfon tak sempat nak tahan makcik tu dari tuang kuah and sambal atas nasik. Jadi, agak kureng sikit aku nak telan nasik minyok hari tu. Aku tak suka makan nasik minyok berkuah. Suka makan kering-kering.



En Wan punya.
Nasik dagang.



Nasik minyok aku.



Tu diaaaaa...nasik dagang sekawah.
 
Tapi kan, yang aku kagum sangat dengan makcik-makcik kat kedai makan, kat pasar payang, baik yang jual kain, baik yang jual ikan masin, semuaaaaaaaaaaaaaaanya pakai baju kurung batik sutera!
Kau mampu?
 
Masa aku gi pasar payang hari tu, kat pasar basah bawah tu, rilek je sorang makcik ni duduk bersila jual keropok-keropok, sotong kering segala, pakia baju batik sutera yang terkini tu. Yang siap ada batu-batu merelip satu badan. Kita ni je yang poyo simpan baju batik merelip nak buat pakia pi event-event gempak. Makcik pasar payang gila selamba jual ikan masin pakai batik sutera crepe okehh. Nangis aku.
 
Jadi marilah kita jangan poyo sangat simpan baju batik crepe merelip hanya untuk pi wedding kat hotel-hotel. Pakailah walaupun nak pegi pasar malam. Sila malu dengan makcik pasar payang ya.
 
 
 
Lepas habis keje, singgah kantin Kak Long kat Batu Rakit. Kat sekolah Padang Kamunting.
Dasyat gila budak-budak skarang pi skolah bawak moto sesaje. Tak main la bawak BMX. Zaman-zaman aku dulu kalau bawak beskal tu dah habis gempak. Now boleh jalan ya. Gwa main moto-moto je.
 
 

Belah kiri anak Kak Ngah. Dia balik bercuti.
Belah kanan anak kak Long. Nurse-nurse kat HKT boleh standby ya. Hehe.

Hari tu aku datang pekerja Kak Long semua terdiri dari anak and menantu.
Tapi aku pegi dah pukul 12 lebih so budak-budak pun dah takde. Baru aku plan nak tolong jual sekali. Bila lagi nak merasa kan. Mengimbas kembali zaman budak-budak berebut beli nasik lemak kejung. Ingat lagi dulu, kalau waktu rehat tu gila hiruk-pikuk kat kantin.

'Kak, nasik lemak satu!'
'Kak, sirap satu!'
'Kak, goreng pisang singgit!'
'Kak, pepsi!'
'Kak, keropok singgit!'

Anak-anak kak long cakap, skarang pun sama gak.
Dah dibagitau kepok habis, still lagi 'Kak, kepok seriyal! Kak kepok dua riyal!'



Kebersihan adelah penting ya.
Ini dua orang lagi anak dara Kak Long.
Yang tengah basuh tu akan masuk Kolej MARA Isnin ni.
Yang dok menyapu tu another dokter, errr...rasanya mintak posting Sabah kalau tak salah aku.
 
 

Kak Long, tokey kantin tengah goreng pisang.
Aku tanya apesal dah habis waktu rehat pun nak masak lagi?
Oh rupanya balik dari sekolah nanti budak-budak ramai gak singgah kantin beli pisang goreng and kepok pulak. And sometimes the cikgu-cikgu pun beli lauk tengahari bungkus.
 


Tempat makan bilik guru
 
 

Kantin.
Siap ada alas meja bagai.



LIHATLAH DUNIA!!

Petang tu En Wan bawak pi makan kat Warung Pok Nong kat Batu Rakit.
Ni pun Intan (menantu Kak Long) yang suggest. Tapi dia dah bagitau awal-awal. Kalau pi warung Pok Nong ni kena standby sotong betul-betul depan kaunter. Sebab selalunya sotong sampai je, tak sampai 10 saat dah tinggal dulang.

Kebetulan ada email masuk dari reader also suggest tempat yang sama :


 
So pasni kalau korang nak pi makan sotong, boleh consider Warung Pok Nong.
Warung ni tak besar, tapi penuh!
Pastu murah gila!
Aku ambik sotong 5 ekor. Sotong besaq-besaq okkk, rasanya ada la dalam sekilo aku ambik)
Pastu ikan 2 ekor, udang 10 ekor, kepok 10 keping, air kelapa 1, teh o ais 3 = RM52 saje!
 
 

Agak-agak sesat boleh la kot call nombor henfon tu.
Bagitau sekali aku buat promo tambahan eh? Haha.


 
Ni namanya tak makan saman.
Orang lain semua ambik kat depan kaunter.
Dia ambik kat dalam kaunter. Punyala takut tak dapat sotong sampai masuk ke dalam kedai.
Sardin je muka dia kan?



Sama kaler baju ngan pinggan.



Setiap meja dia siapkan gunting untuk menggunting sotong sebab sotong dia gila bapak besar!



Bibik Lenny hanya mampu memandang je sebab dia tak makan sotong and udang.
Jadi, silakan makan ikan and kepok saje.


 
M.A.H.V.E.L.L.E.S
 
 
 
Alololo....tembunnya pipi tuan tanah.
Rasa nak sagat ngan kertas pasir je.




On the way balik dari Batu Rakit, benti jap beli kepok lekor kat Manir.
Sini lah port aku beli. Tak main dah kepok Losong. Tak sedap. Ngahaha.
Tapi pegi pun dah petang sangat so memang ngam-ngam kepok tinggal RM40 je.
Maka aku beli la semua sebab ada reader order.
Jadi bermulalah kerjaya ku sebagai supplier kepok pulak.

Disebabkan syrofoam box aku semua standard size muat-muat isi kit-kit aku, jadi tak muat la pulak aku nak masukkan kepok ni dalam box. Jadi aku potong siap-siap, bungkus balik ngan sokabar, masukkan dalam styrofoam boz and letak icepack untuk bagi suhu dia maintain cool. Jadi bila reader tu dapat, segalanya sudah siap dipotong. Anda hanya perlu mengukus semula (kalau nak), kalau taknak, boleh terus campakkan dalam kuali. Tidak perlu memotong lagi.
Best tak servis aku? Mih mih mih.





Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here