Last Friday, buat kali keduanya aku ke HCM.
Untuk kali kesekian jugaklah En Wan kena ambik cuti sebab menemankan aku. Nak pi sorang takde de dia bagi. Aku pun taknak pi sorang kang sape nak teman aku tido. Tak pasal 3 hari aku check-in takat sampai lobby hotel je.
Ambik first flight sebab nak catch appointment pagi. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiii pospon.
Tu yang aku menyampah. Aku ni bangkit pukul 3am semata-mata nak pastikan semua urusan ikut schedule, dah sampai sana boleh pulak pospon.
Menjak KLIA2 dah cantik macam shopping mall ni, kemain suka lagi aku naik Air Asia.
Ni kali kedua aku gerak dari KLIA2, tetap pagi-pagi buta.
Dan kali ni aku discover kat mana patut Subuh.
Jangan Subuh kat surau area gate korang berlepas, konfem penuh punya. Sudahnya kau akan jadi lambat jugak sebab tunggu turn solat. Aku discover right after turun escalator (at least untuk gate P and L), akan ada surau and tandas kat tepi. Situ memang clear. Silakan lah. Tapi kalau clear sangat sampai takde orang takyah la kot. Kang apa-apa hal jadik takde orang tau. Kalau aku pun takut.
Orang tak ramai lagi kat airport HCM.
The Room (cilok dari website)
Cute kan, masuk-masuk bilik je nampak anjing tertonggok atas katil.
..ke rabbit ni?
Kali ni aku duduk kat Liberty Central Saigon.
Hotel dia ok la, takde la gah sangat macam New World. Aku tak tau menahu pun apa bentuk hotel yang bakal aku stay kali ni. Bila taxi benti depan hotel ni, hmmmm....ok takpe. Kita masuk dulu tengok apa ada dalam.
Maybe sebab before ni aku duduk New World, so bila tengok Liberty Central yang sederet dengan rumah kedai, aku macam cuak sikit. Sebab honestly aku tak berapa yakin dengan orang-orang kat sana. Cukuplah stress di luar, kalau boleh dalam hotel jangan ada stress.
Mujur la jugak duduk Signature Room, boleh terus check-in walaupun baru pukul 9am.
Selama aku duduk kat mana-mana hotel, including big names like Hilton, belum pernah lagi dorang benarkan executive guest check-in awal (pagi) melainkan kau nak bayar extra. Tapi kat Liberty Central aku sangat-sangat surprised bila executive guest dibenarkan check-in pagi. Alhamdulillah rezeki, boleh check-in kul 9am, takyah bayar extra charge pun. Kalau tak, puas gak aku nak pusing satu town sementara nak tunggu pukul 3pm. Hoih, berlengas okeh.
Korang kalau yang ke sana sampai pagi-pagi, duduk la Liberty Central Saigon Hotel, ask for samada Suite atau Signature Room, boleh terus check-in. Aku tak duduk Suite sebab no point, besar sangat dengan ada living hall segala. Aku duduk Signature Room je, dalam Agoda aku check tadi price dia dalam RM630/nite. Tapi tak ambik with breakfast. Lepas check in pagi tu sompek la lelapkan mata kejap sebab tak tahan ngantuk. Lagipun masa sampai sana baru lepas hujan, jadi tarikan magnet ke arah katil tu kuat gila.
Macam biasa, kena check jamban dulu.
Ada hose!
Ok, mana-mana hotel yang ada hose kat tepi toilet, hotel itu dah dikira 5 star hotel dah untuk aku.
Tapi takde de aku dapat lelapkan mata lama sikit sebab dah nama pun bawak En Wan kan.
Dia mana reti duduk diam dalam bilik. Dia macam sakit hati tau selagi tak perabiskan duit.
Sebab kesian punya pasal member sanggup ambik cuti nak temankan aku, ok lah, aku layankan permintaan dia. Jom lah kita keluar jalan.
Dulu duduk kat New World, tak lalu jalan ni.
Bila duduk Liberty, baru lalu kedai-kedai jual fresh flowers ni.
Gold Rose.
Kau hade???
Cantiknya la hai buah-buah kat sini.
Selera je aku tengok. Tapi takat selera je la, aku mana layan sangat buah-buahan.
Kalau nak suruh aku layan gak, tolong kopekkan. Nama aku nak kopek sendiri, takde.
Eh ini buah apa huh?
Gila besar, macam ciku, tapi takkan besau nau?
Macam biasa, port breakfast haruslah kat Kampung Melayu.
En Wan punya.
Tajuk : Nasi Goreng Santai
Aku punya.
Tajuk : Mee mamak.
Telur goreng request tambahan. Ayam goreng cilok En Wan punya.
Kemain lagi tudung Fareeda bersepah-sepah.
Jenuh nak merampas ni.
Kedai feveret aku.
Cewah, kedai feveret konon, pegi baru 2 kali. Poyo.
Nama kedai ni Jamilah. Depan dengan restoran yang aku makan tadi.
Aku suka kedai ni sebab chiffon dia georgette. Dia tak pakai chiffon yang murah.
Manik dia kualiti, tak longgar barai macam baju kurung kat kebanyakkan kedai di HCM.
Harga dia mahal sikit dari kedai lain tapi percayalah cakap aku, kualiti chiffon dia berbeza. Baju kurung chiffon yang tergantung-gantung ni range RM120-130 je.
Ni pun kurung chiffon Jamilah.
Kadang-kadang aku tengok design manik orang Vietnam ni ada yang over the top. Sampai rimas pulak aku nak pakai. Merelip sungguh. Sikit-sikit sudah la kan.
Kali ni kat sini aku tak beli apa-apa pun untuk diri sendiri, beli kiriman orang je.
Ni kedai lain pulak.
Not bad jugak kedai ni tapi kedai ni fokus lebih kat Korean silk and Korean lycra.
Korean lycra ni macam jenis kain baju Prof Muhaya, tebal and tak panas.
Range harga dalam RM120-130 jugak.
Yang aku pegang tu setakat pegang je, tak beli pun sebab kulit i itam u'olls, lebam i pakai kaler tu.
Kedai yang sama, tapi ground floor.
Kebanyakkan baju printed fabric.
Kat sana musim durian kot, kemain bersepah manusia jual durian.
En Wan takat boleh ambik gamba je la. Berani nak makan depan aku?
Pasar Bin Than ni memang takde lansung dalam agenda.
Tapiiiiii, kalau dah nama jalan ngan En Wan tu kan, wajib masuk gak sebab dia nak carik frame and pasu-pasu hiasan.
Eric kalau nak pencen jadi pengacara boleh ambik laki aku ganti.
Deco bersama Ridzuang.
Teringin nak ada baju kurung pesak Japanese cotton tapi tak jumpa corak yang berkenan kat mata, terus aku pi kedai kain. Beli kain and tempah terus.
Cantik tailor dia jahit and jauh lebih murah dari Bandung.
Kat Bandung aku tempah saja RM120-RM130, dengan alasan siap dalam sehari jadi harga jadi mahal sikit.
Ok, fine. Lojik.
Kat HCM, fabric sekali dengan tempah - RM130.
Jahitan cantik, pakai terletak, bahu tak rebeh.
Tapi aku lupa kedai ni nama apa. Walking distance je dari Liberty.
Ni la bab yang best kalau duduk Exec Room - free flow throughout the day.
Boleh la nak alas perut sikit-sikit. Aku kan kuat mengunyah.
Exec Lounge dia tak besar mana, tapi food selection dia banyak. Cumanya tak semua boleh dimakan.
Nyum nyum nyummmmmmmmm.
Petang tu, aku layankan permintaan En Wan nak meronda. Laki aku ni kan pengkaji sejarah. Memang dia suka sangat la kalau pergi tempat-tempat sejarah ni. Petang tu kitorang pegi Reunification Palace (Independence Palace).
Dulu gi HCM pakai sport shoe.
Kali ni pakai kasut pengawas. Memang kasut ni jugak la paling best. Harap nyawa dia panjang lagi.
Aku cuak je bila dia minat nau ngan sejarah Vietnam.
Dia ni keturunan komunis ke hape.
Reunification Palace ni antara landmark HCM. Ni kediaman rasmi presiden South Korea time Vietnam War dulu. Building asal sebenarnya dah demolished kena bom, yang aku visit ni new building yang di buat semula tapi atas tanah yang sama. Tapi takde fungsi sangat, memang tempat tumpuan pelancong je.
Banquet Hall
Meeting Room
Meeting Room ni masih digunakan sampai sekarang untuk meeting-meeting tertentu.
Ruang menerima tetamu luar negara
President's office.
Gila luas. Boleh main galah panjang.
Bilik ni pun aku tak tau bilik apa, tapi before masuk bilik Presiden kau kena lalu dulu bilik ni.
Ni aku tak tau bilik apa.
Bilik makan Presiden anak-beranak kot.
Heli untuk kegunaan Presiden
Presiden juga perlu riadah okeh. Kau ingat kau sorang je nak bersenggang?
Ni bilik main mahjong and bar.
Ada banyak lagi bilik dalam building ni, malas nak snap.
Sesungguhnya memang mewah kalau jadi Presiden.
Vincom Mall
Tadi tempat En Wan.
Ok ni tempat aku pulak.
Dulu datang takat boleh tengok je mall-mall ni dari jauh sebab nak pi tempat-tempat lain.
Kali ni sebab tempat lain banyak dah pegi, jadi sempat la aku masuk. Aku memang teringin nak masuk mall kat HCM ni sebab mall-mall dia cantik-cantik.
Kalau tengok keadaan pasar Bin Than tu, ko tak sangka HCM ada mall macam ni.
Tak beli...tak beli...
Tengok-tengok aja.
Sales tu pun malas agaknya nak pelawa aku masuk, muka takde duit punya worang dia kata.
Comel beg Furla ni, tapi aku blom reti pakai beg-beg macam ni, so aku snapkan untuk korang cuci mata ya. Baik kan aku?
Nilah sebenarnya tempat tujuan aku.
Beli baju raya Redza and Rayyan.
Padahal dah rembat kat Bandung tapi macam tak cukup pulak, so pi beli lagi kat sini.
Kau tau je la kan anak-anak aku ni semua taraf-taraf panglima hulubalang laksamana, kalau berjalan mana-mana wajib bawak baju spare sebab semuanya jenis kuat berkuntau. Tak tahan aku bacin bau baju sekor-sekor. Jadi, baju harus banyak.
Vietnam ni bekas jajahan France, aku perasan kebanyakkan brand dorang dari France.
Termasuklah baju-baju kids kat sini.
Ya Allah, cantik-cantik gila!!
Maybe sebab the brand takde kat Malaysia, jadi semuanya nampak pelik and cantik kat mata.
Nak kata murah tu takde la murah sangat, cuma seronok membeli sebab jumpa brand yang takde kat KL.
Aku cakap kat En Wan, kalau ada rezeki, tetiap tahun nak raya beli baju kat Vietnam je la senang. Sebab cantik-cantik. Pastu baju kurung pun beli je terus kat sini sebab dah jumpa tailor yang bagus, siap sehari pun baru RM130. Tinggal lagi takde la sempat tailor tu nak jahit manik bagai kan. Tapi takpe, baju bermanik-manik banyak kat sana. Nak kena gigih mencarik je.
Kalau tanya aku, aku lagi prefer shopping kat Vietnam banding ngan Bandung.
Bukan sebab kualiti, tapi sebab persekitaran. Kat Vietnam kurang gangguan.
Mungkin jugak faktor bahasa, jadi the Vietnamese pun takde la banyak cerita sangat bila kita kata "No thank you". Kebanyakkan yang menjual tu, English and Bahasa setakat so and so je. Berbeza dengan Bandung, since we share the same language, lebih mudah untuk dorang berkomunikasi and memaksa kita beli. Jadi, suasana nak berjalan-jalan tu dah tak jadi seronok sebab banyak gangguan.
Memandangkan kat Bandung dah borong beria sebab tak sangka akan ke HCM dalam bulan yang sama (gila penat aku ni), so kat mall ni beli takat 5-6 helai je lagi buat tambah-tambah. Jadiklah, duit pun bawak takat 6K je bukan 16K.
AGAIN!!
Ntah hape yang dia carik kat dalam ni tak paham aku.
Macam biasa, aku cuma jadi pemerhati je. Ni bukan tempat aku.
Kau cuak tak, kalau laki kau tetiba cari baju budak.
Bila aku cakap "Tu kecik tu, adik tak muat pakai"
Dia jawab "Ni untuk anak kawan abang la"
Tapi kan, cara dia memilih baju tu macamkan pilih baju untuk anak dia.
Kirai-kiraikan baju. Acu-acukan baju kat badan..
En Wan : Budak tu umur 2 tahun. Besar budak tu. Tak muat baju ni.
Mak aiiiiii, berderau je darah aku. Camana leh tau size badan budak tu?? Hamboiii.
Jangan bang...jangan. Aku kata jangan, jangan.
Aku ni keturunan Laksamana Bentan. Kang ada yang bentan aku kejekan.
Ni salah satu trademark kat sana - kabel yang berselirat.
Malaysia patut ada macam ni satu.
Boleh jadi tumpuan pelancong jugak.
Dinner sini again - Halal Saigon.
Sotong goreng tepung
Crab meat dibungkus dengan tolo
Fish sweet and sour soup
Kat Vietnam ni makan tak mahal mana.
Macam lauk-lauk yang aku makan ni, dalam RM70-80 je.
Mungkin certain food tu terasa mahal but again, makanan kat luar negara mana yang murah?
Nak lagi kalau makanan tu halal food. Dia tau kau mesti akan carik halal food punya, kat situ la dia nak tekan harga pun. Tapi takpelah, bukan duduk sana forever pun. Takat 2-3 hari. Pejam mata je la kalau kena bayar mahal sikit. Janji aku tido lena tak berlapor. *sedapkan hati sendiri*
Balik Malaysia kang cover balik. Makan sardin ngan telor goreng mata seminggu.
See? Dont look me no eyes eh.
HCM also got Chanel okeh.
Up to you only, you want to go or not.
You want to go, go.
You don't want, then snap from far like me only.
Kedai ni tepi hotel aku je.
Dah nak balik hotel boleh pulak terlalu depan kedai ni. Takkan lalu je kot. Masuk la kejap kan.
Kedai ni jual borong. Tapi boleh la kalau nak beli selai dua. Cuma mahal sikit.
Tapi tak mahal sangat. Kalau sehelai baju tu boleh dapat RM45. Kalau beli borong dia kira 3 RM100. Tapi kena pandai-pandai pilih jugak. Yang mana murah-murah sangat tu aku tengok cotton dia jenis yang kejung. Rasa kain dia je aku dah boleh imagine betapa lecaknya ketiak bila pakai. Tu belum sarung lagi.
Baju dia kat gantung-gantung tu nampak cantik sangat. Bila aku rasa kain alahaiiii....chiffon dia aku rasa yang jenis kalau kat Malaysia jual RM7-8/meter. And jahitan manik dia kasar. Maybe sebab tu dia can offer murah sikit dari kedai lain.
Tapi kurung Japanese cotton dia boleh tahan, cuma takde la banyak manik-manik.
Aku tak suka sales kedai ni. Jenis memaksa orang beli.
Bila size yang kita mintak M, and dia cuma ada size S, mati-mati dia kata kita boleh fit size S.
Bila kita mintak size L, yang ada size XL, dia paksa-paksa kita ambik size XL dengan alasan baju kurung pesak cantik kalau pakai besar-besar. Tengkorak kau. Kau sendiri tak penah pakai baju kurung lagi mau ceramahkan aku yang dari kecik sampai ke besor pakai baju kurung.
Aku palinggggggggggggggggggg suka kedai ni.
Ni kedai Vietnam silk.
Tailor-made, bukan factory potong. Dia jual kain sekali, and menerima tenmpahan jugak. Baju-baju yang dia jual semua dari kain dia.
Kali ni aku ke sana, 3 kali aku masuk kedai ni, selamat 8 pasang aku rembat. Yang dia tengah jolok tu aku dah beli ya. Yang baju hujung sebelah shocking pink tu pun aku dah rembat. Kalau nak datang raya rumah aku, pakai kaler lain ya. Hahaha.
Ima, yang dibulatkan tu kau punya.
Yang hitam/kelabu pun aku rembat.
Oh yes, jangan risau, walaupun kain dia sedap Vietnam silk, tailor-made, manik cantik, harga dia just RM140/sepasang. Terperanjat aku. Tu yang sampai 8 pasang aku sebat. Kalau kat Malaysia tak dapat harga ni beb. Nak lagi kalau dah masuk butik, memang tak la dorang nak jual bawah RM200.
See, punyalah bersusun kain-kain dia.
Yang belakang bontot aku tu semua Japanese cotton.
On the way nak balik, nampak pakcik ni tengah exercise.
Aku tak paham apa benda yang dia naik tu tapi macam best je.
Agak-agak kalau aku diri atas tertanggal tak engsel besi tu?
Malam tu kitorang pekena roti tolo....
Kedai uncle ni tingkat 3, tapi disebabkan faktor kasihan kat rakyat Malaysia yang tak larat nak panjat sampai tingkat 3 tu, uncle ni turun ke bawah, set tempat tebar dia kat kaki lima kedai.
Warung dia berdepan dengan Restoran Serai ni.
Feeling-feeling macam setahun tak balik Malaysia menggelupur nak makan roti telur padahal malam before berangkat tu aku dah bedal 2 keping roti canai.
Nama pun kat kaki lima kan, memang betul-betul tepi jalan meja kitorang duduk ni.
Kalau lah ada beca terbabas, memang aku dengan meja-meja ni konfem berterbangan di udara.
Balik bilik nampak ni atas meja.
Sekali dia bagi cekelat la pulak. Dah la aku baru lepas baca pasal hal Cadbury.
Kecik besor kecik besor je aku tengok cekelat ni.
Esok paginya, before ke appointment, kasik penuh perut dulu ya.
Nasik lemak kat Restoran Serai.
Telur tu bukan aku request sebijik ya, tapi memang dia bagi sebijik.
Lepas breakfast terus keje sampai petang, balik hotel tido kejap.
Malam bangun untuk makan dan bagi perabis duit.
Malam, lobby hotel.
Nak keluar dinner.
Tomyam campuq
Tauhu dibungkus oleh tolo
Sotong goreng tepung
Ni aku makan kat Kampung Melayu.
Sotong goreng tepung dia jauh lagi best dari Halal Saigon.
Tomyam dia pun best dari kebanyakkan tomyam yang aku penah rasa kat Malaysia.
En Wan buat keje gila.
Moto takde, tapi beli helmet. (yang dia pakai tu)
Sebab helmet Vietnam cantik-cantik dia kata.
Lantak ko lah bang. Janji bahagia.
Agak-agak helmet tu ilang sok, ce cari kat dapur. Maybe aku terguna buat tapis sayur.
Lepas beli helmet, balik hotel jap sementara nak tunggu next appointment.
Kebetulan masih dalam waktu Happy Hour, so kitorang naik lounge tengok apa ada.
Macam-macam adaaaaaaaa.
Tapi ni je la yang aku belasah.
Aku sungguh tak paham dia ni.
Bangga nau ngan helmet baru.
Makan dengan helmet. Motif??
Takut siling runtuh?
Esoknya, time to go home.
Breakfast kat Kampung Pandan.
Restoran Kampung Pandan ni milik uncle yang tebar roti canai semalam.
Dia ada 2 restoran kat sana. Kaya gila.
Again...roti tolo.
Meh ramai-ramai kirakan kalori aku. Hahaha.
Kedai ni aku rasa semua yang jejak HCM penah masuk.
Kedai glemer ni, Tuanku Permaisuri, Tun Hasmah, penah masuk and shopping sini.
Selama ni bila aku dengar kedai ni VVIP masuk, aku imagine kedai ni baju dia cantik gila. Tapi sebenarnya takde la camtu pun. Sama je ngan kedai-kedai lain. Baju-baju kat kedai Vietnam silk tu lagi cantik pada pandangan mata aku. Cuma mungkin kedai ni lebih ekslusif design dia, and lebih selesa untuk VVIP shopping.
Don't worry, walaupun nampak ekslusif tapi tak mahal mana.
Baju-baju kat belakang tu harga dia RM90-RM100 je sebab aku beli selai yang kaler plain kelabu tu.
Ni namanya sessi perabiskan saki-baki duit.
Banyak kedai-kedai designer henbeg kat dalam airport ni tapi duit yang berbaki hanya mampu untuk beli beg dalam kedai ni je.
Oh yes, masa aku up gambar aku pagi tu kat FB, ada yang tanya shawl aku pakai ni mana beli.
Ni shawl Fleur Closet, aku lom sempat up kan lagi. Takde masa. Tengok lah, satu dua hari ni kalau sempat.
Bahagia...walaupun duit dalam purse tinggal RM100 cukup-cukup buat tambang taxi airport.