2017-04-30

Objektif



Macam biasa, kalau status FB aku lain macam je, itu samada buang tebiat atau ada new post aku nak tulis kat blog. Supaya tak terlupa, aku akan naikkan status yang berkaitan. Kalau tak, nanti aku lupa nak update apa kat blog.

Sabtu lepas salah sorang reader singgah beli barang kat booth Shah Alam. Dia memang datang nak jumpa aku sekali katanya. Maka sesi luahan perasaan pun bermulalah...

Dia cakap dia dah buat macam-macam bisnes. At the same time dia masih kerja makan gaji. Kiranya buat partime bisnes la ni. Jual kerepek penah, jual kuih raya, jual barang kosmetik, jual tupperware - macam-macam jugak dia berniaga. Tapi dia kata masih tak kaya-kaya.

Aku tanya "Nak kaya yang macamana?"

"Nak kaya macam Kak Di" dia jawab.
Hek elehh. Gelak aku dengar.
Ada ke aku yang dijadikan contoh. Cubalah gunakan Dato Vida barulah sedap sikit angan-angan tu 😂.

Meh sini aku nak share sikit pandangan.

Memang kebanyakkan orang berbisnes sebab tujuan utamanya nak kaya.
Sebab kita dok perati orang yang kaya. Yang dah sedia kaya. Yang bisnesnya dah berjaya.
Tak ramai yang nak selidik laluan Hamba Allah tu sebelum dia jadi senang.
Tak mustahil orang tu pun pernah gulung tikar 2-3 kali, pernah dalam akaun ada RM1000 je, pernah jual kereta, pernah refinance rumah - semata-mata nak ada kesinambungan dalam bisnes.
Yang ni selalunya orang tak tau sebab tak nampak.
Kita hanya nampak bila dia dah berjaya je, sebab tu rasa teruja nak berbisnes jugak.
Bila laluan kita payah, kita tertanya-tanya apesal aku tak kaya-kaya macam orang tu padahal aku buat lagi macam-macam bisnes dari orang tu.

Aku tak tau lah objektif orang lain.
Tapi objektif aku bisnes adalah kerana aku dah puas keje makan gaji.
Lagipun masa aku keje dengan orang pun aku membantu bos aku punya bisnes jugak.
Jadi bila aku berenti dan buat bisnes sendiri, rasa macam takde beza sangat antara keje dulu dengan keje sekarang sebab masih buat sales & marketing jugak. Bezanya, dulu tetiap bulan konfem ada gaji, sekarang belum tentu ada gaji tiap-tiap bulan.

Aku punya reason nak bisnes tu lebih kepada nak bebas.
Bebas buat apa yang aku nak, bebas masa, bebas kewangan. Flexible.
Masa aku start bisnes dulu aku punya impian takde tinggi mana - cukuplah kalau aku boleh dapat gaji sama banyak dengan apa yang aku dapat masa aku makan gaji.
Kalau makan gaji aku dapat 5K, dan aku boleh dapat jumlah yang sama bila buat bisnes, itu dah kira bagus. Sebab sekurang-kurangnya aku tak perlu hadap bos lagi, hadap tekanan orang atasan, tak perlu masuk keluar keje ikut masa, tak perlu nak stress pikir pasal tinggalkan anak time outstation, tak perlu pikir nak EL kalau anak sakit. Kira ok la tu kan kalau still dapat gaji sama macam makan gaji pun.

Maksudnya kat sini, asalkan keadaan tu tak lebih teruk dari makan gaji - alhamdulillah.

Kalau dulu masa makan gaji aku bercuti ke luar negara setahun sekali bawak anak, aku harap bila buat bisnes, paling tak setahun sekali tetap boleh gi jalan-jalan overseas. Kalau dapat pegi lebih, alhamdulillah. Kalau tak boleh, maknanya lebih baik aku makan gaji.

Kalau masa makan gaji aku boleh enjoy makan luar 3 kali sebulan, paling tak bila dah bisnes 3 kali jugak boleh makan luar sebulan. Kalau dapat seminggu 3 kali, syukur takyah masak 😂. Tapi kalau sebulan sekali pun tak mampu nak bawak anak-anak makan luar, maknanya bisnes aku teruk. Lebih baik aku makan gaji.

Kalau masa makan gaji boleh menyimpan RM300, aku harap bila dah bisnes paling tak RM300 jugak aku simpan. Kalau dapat simpan lebih, syukur. Kalau sampai RM30 pun payah nak simpan, baik aku benti bisnes cari keje lain je lah.

Aku punya objektif memang always simple. Sebab aku bukan bisnes-minded person sangat. Aku just nak mudahkan hidup je. Kalau ada rezeki lebih, alhamdulillah. Kalau rezeki aku masih sama macam aku makan gaji dulu pun alhamdulillah. Walaupun gaji masih sama, at least aku tak perlu bangun pagi-pagi hadap jem pi keje semata-mata nak kejar punchcard, pastu kena stayback ikut arahan bos, belum lagi stress cuti tak approve.

Memang kebanyakkan orang berbisnes sebab nak lebih banyak duit.
Bila duit banyak, impian and wishlist cepat sikit tercapai.
Bila banyak wishlist tercapai, orang yang memandang pun rasa kagum dengan kita. 'Kasta' pun naik sikit di mata orang, ye tak?

Dalam bab ni aku kadang-kadang segan dengan Sang Nila Utama.
Sebab dia ni sangat mampu kalau setakat nak beli BMW newest model tapi dia masih lagi melenjan Golf dia. Alasannya mudah - kereta kecik, senang parking, laju, compact, nak bawak pi site pun senang mencilok tak perlu kereta fancy.
Nak beli lot banglo pun boleh sangat tapi dia duduk teres 2 tingkat - alasan dia selalu outstation jadi dia perlukan jiran yang dekat supaya senang sikit tinggalkan bini and anak-anak.
Baju anak-anak beli kat kiosk kat Billion je - alasan budak-budak cepat membesar, bukan dorang tau pun baju tu mahal ke murah, janji tak selekeh sangat. Tapi dia kata ada la jugak 1-2 helai baju yang branded buat pakai majlis-majlis tertentu. Dia tak reti masuk Parkson Metrojaya ni semua dia kata. Let alone lah shopping kat KLCC Pavi ni segala memang tak la kot.

Tapi aku proud bila dia spent duit dia beratus ribu untuk wakafkan lot kedai jadi surau.
Bukan calang-calang orang ada "kekayaan" macam tu.
Takyah la banding ngan Dato Vida, itu memang multi millionaire.
Ini aku cerita tentang someone yang bukanlah kaya tahap jutawan lagi tapi dia 'memberi' dah sama level macam jutawan punya memberi.

Aku pernah saje pancing soklan kat dia, aku tanya apesal dia tak hidup semampunya? Maksudnya dia tak hidup seperti apa yang dia ada - dengan title yang dia pegang, dengan jawatan dia, dengan gaji dia. Why?
Dia pandang kereta dia pastu jawab "Yang ini pun tak tau la berapa lama kena soal jawab esok (dihisab)".
Aduhhh, pedih gila okeh. Malu aku.

Kita takkan pernah jadi kaya sebab kaya tu takde limit.
Kalau aim kita untuk jadi kaya (duit & harta), besar harapan takkan jumpa penamat.
Dan takkan pernah puas.
Sebab kita asik dok nampak oh orang tu kaya, aku kena sama kaya macam orang tu.
Pastu esok lusa jumpa lagi mentor kekayaan yang lain, oh aku nak kena jadi kaya macam dia pulak.
Neverending story. Itu semua punca-punca stress.

Tapi depends lah pada pendapat masing-masing.
Ini cuma pandangan aku, dan aku share objektif aku berbisnes.
Nak kata taknak jadi kaya pun bukan, nak jadi kaya sangat pun bukan.
Asalkan jangan jadi lebih teruk dari zaman makan gaji, cukuplah.
Kalau ada lebih tu alhamdulillah, rezeki suami, rezeki anak-anak, rezeki makbapak.




LAST DAY TODAY.

MOOD REPUBLIK katanya mungkin tutup 1 pagi.
KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM tutup 9 malam.

2017-04-28

FleurMEN Khalifa Vol 4


Sebelum aku tayang semua gambar koleksi FleurMEN yang baru, aku nak bagitau yang kitorang dah tukar booth.
Adoiiiii, lawak betul la semalam.
Dah setengah hari kitorang kat sana baru tau kitorang salah booth! Kah Kah Kah.
Tak tau la level konfiden tahap berapa kitorang ni. Selamba badak masuk booth orang setup jadi booth sendiri. Aku macam nak tergolek gelakkan En Wan semalam.

Actually kan masa baru sampai tu En Wan kata booth nombor B1.
Aku tengok signage apesal nama kompeni lain?
En Wan dengan jauh lebih konfiden dengan muka-muka sekali konfiden reply kat aku "Orang ni sebenarnya let go booth ni, pastu PKNS offer kita".
Aku pun sebagai seorang pekerja yang menurut perintah anggukkan aje.
Pastu dah setengah hari organizer datang booth bagitau booth kitorang ni salah. Ni booth orang lain. Mbahahahahahhaha.
Dah setengah hari okeh!
Yang si kompeni satu lagi tu pun elok pulak tak datang-datang setup booth.
Sampai kitorang tutup pun dia tak datang lagi.
Haihh, memang rezeki team GreenAard semalam dapat layan DVD free kedai depan.

Masa sampai kat booth semalam aku ok je.
Alhamdulillah la dapat booth kat depan kedai DVD aku kata. Takde la sangkak sangat budak-budak ni jaga booth. Rupanya PKNS bagi booth kitorang CORNER la baiii.




Ni booth kitorang hari ni sampai Ahad. Semalam B1. Hari ni B4.
Kalau datang sini hari ni, silakan ke B4.
Makeup Remover memang kaw-kaw dapat sambutan dek kerana video semalam agaknya. Laku jugak muka aku ni jadi model. Kahkahkah.
Hari ni tinggal 2 row kat atas tu je.
Kalau habis, maka habislah sebab kat opis pun stok habis angkut ke Mood Republik.
En Wan sangat optimis, habis makeup remover dia angkut.
Aku yang gelabah kat sini bila Makeup Remover tinggal 2 row tu je. Event sampai hari Ahad lak tu.
Insyallah, bulan May kita akan keluarkan Makeup Remover untuk home used. Botol 125g lebih besar. Puas pakai! Jadi, sebelum 2 row kat atas rak tu licin, cepat-cepat datang sana pi beli. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

FLEURMEN
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KHALIFA VOL 4
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.











.
.
.
.
.
.
.
Kita launch HARI INI di FB.
Kat website tak letak. 

Sape beli sekarang ada diskaun.

Kurta ni En Wan dah angkut ke Mood Republik Penang.
ESOK AND AHAD jumpa En Wan and the team kat sana.
GreenAard and FleurMEN akan ada di Penang.



Nampak tak aku dah highlite warna hijau?
Booth GreenAard (dan FleurMEN) dekat dengan Main Stage.

Aku, esok akan ada di Kompleks PKNS Shah Alam.
Hari ni anak-anak GreenAard je ada sana.
Kalau agak-agak nak grab Makeup Remover tu takut tak sempat esok, takyah lah tunggu aku esok, korang pegi je la beli hari ni.

SEE YOU THERE!


2017-04-27

Ramai yang tunggu aku naikkan gambar ni.


Semalam mood Fleur by Mrs Him.
Hari ni bertukar ke mood GreenAard.
This week memang padat sikit sebab ada 2 event serentak, satu di Shah Alam, satu di Penang.
At the same time FleurMEN pun release - ESOK.
Tapi seronok bila terkejar-kejar macam ni, so that kepala tak sempat nak khayal.

Pagi ni aku ngan team GreenAard setup booth kat Ruang Legar Kompleks PKNS.
Kalau korang masuk dari pintu depan (yang ada McD tu), korang terus ke ruang legar, then ambik kiri.
Kat ruangan legar tu memang banyak booth yang belum di setup. Kebanyakkannya booth dari sekolah-sekolah seluruh Selangor.
Esok ada Promosi Protune and PPU - ni event skolah.
Tapi belah kiri ada are booth untuk vendor luar. GreenAard kat situ.
To be precise, GreenAard berdepan dengan kedai CD/DVD. Memang kenyang la tadi aku layan kejap kedai depan tu tayang cerita Revolusi apa ntah - Zuil Ariffin berlakon.

Tadi pagi tak ramai booth yang setup.
Sebab perasmiannya Sabtu ni, siapa rasmi pun aku tak tau lah.
So aku rasa booth budak-budak skolah ni semua akan setup paling lewat esok.
Tapi event dah bermula hari ni, sampai Ahad.




Walaupun GreenAard terdiri dari wanita, tapi semua multitasking okeh.
Pasang kerusi meja boleh, panjat meja gantung backdrop sampai meja orang jahanam pun boleh, angkut karpet dari kereta dah macam bangla dari jauh pun boleh. Tinggal lagi aku belum test repair kereta je. Kalau yang ni pun lulus, konfem hantaran RM50K.



Dia bagi bontot kat aku bila aku nak ambik gamba.



Kali ni lega aku tengok booth lapang macam ni.
Bukan sebab booth besar. Booth ni standard size je. Cuma kali ni takde barang FleurbyMrsHim, sebab tu lapang sikit. That's why boleh angkut meja ngan kerusi tambahan, so kalau nak discuss apa-apa dengan customer lebih selesa.

Kat rak produk tu (kiri) kalau korang tengok bawah sekali ada paper bag GreenAard, kan?
Ok dalam tu dah isi siap-siap free shawl.
Setiap hari 10 orang terawal akan dapat free shawl. Shawl macam yang aku pakai tu, tapi ada 8 warna lagi. Semoga korang korang dan korang antara yang bertuah.

Semalam aku cakap Nutrijuice harga RM55/botol, kan?
Salah. Rupanya RM50/botol!

So kesimpulannya, harga kat booth Kompleks PKNS Shah Alam :

GC Plus, RM78/botol
Nutrijuice, RM50/botol
Makeup Remover, RM35/botol.

Tadi kat IG ada yang tanya kalau beli banyak harga sama jugak ke.
YES, sama. Sebab tu kita bagi harga diskaun. Itu dah harga the best kita bagi setiap kali kita kat booth.



Pagi tadi lepas settle setup, aku buat demo sikit untuk Makeup Remover.
Nanti hujung minggu depan aku akan cuba buat demo basuh terus muka dengan makeup remover ni.
Biar aku mekap tebal-tebal dulu 😂😂.

So, korang boleh pi Kompleks PKNS Shah Alam now.
Insyallah hari Sabtu ni aku akan ada lagi kat sana pagi-tengahari memandangkan ada perasmian so aku nak standby kat sana.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadi masa bukak blog ni nampak pop up window Promo Ephyra kan?
Dah faham kan apa promosinya?
Kalau tak faham, cuba refresh balik page ni nanti window tu keluar lagi.
Dah buat payment, email kita tau.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Dari semalam orang dok tanya aku pasal kurta ni.

Aku akan release kurta Khalifa Vol 4 ni esok.
Kurta ni hanya ada 400 helai saja.
Tak banyak sebab ini tailormade, bukan factory.
Detail kat dada tu sikit punya payah nak buat, jahitannya sangat perlukan ketelitian sebab tu kurta kita tak berani mintak factory buatkan, nanti jahitan jadi kasar.
So, hanya ada 400 saja.

Tapi yang ada kat kedai cuma half only sebab lagi half in May baru sampai.
Yang ada ni kita kena share between Mood Republik Penang and online customers.
Aku takkan letak kat website dulu sebab kes-kes yang lepas, letak kat website, tak sampai 2 hari licin sedangkan stok cuma ada half je kat tangan.
So aku akan bukak offer kat blog readers saja dulu dan Mood Republik Penang.

10 warna.
Esok.


2017-04-26

Studio fotoshoot hari ni


Hari ni ber-live update dari studio.
Sebab pagi nau kena masuk studio untuk shooting FleurMEN, jadi aku terpaksa angkut laptop untuk siapkan keje. Ni sekali harung la update blog.

Tahun ni insyallah ada shawl Fleur printed. Kali ni print tu memang design sendiri, doakan semua berjalan dengan ok. Insyallah shawl tu in May kita release. Esok kita release FleurMEN dulu.
Ini gambar kat studio sekarang...



Kali ni guna 2 model sekaligus jugak, biar cepat sikit habis shooting. Model kali ni tinggi-tinggi. 170cm.



The girls tengah select pose.



MUA belah kanan. Kiri my girl.



My bos.



Model.



Kiri : Hasirol (fotografer), Ika (MUA), Diana Aniston (seorang bekas model), dan Gee (staff guwe)



Bagi briefing sikit shot macamana yang aku nak.



Kau nampak tak camana bekas model beraksi?



Tukang betulkan baju model pun aku, tukang pegangkan kertas pose pun aku.
.
.
.
.
.
.
Ok, now sambung update kat opis pulak.
Tak leh concentrate mengupdate kat studio sebab nak uruskan model.
Ni sambung update kat opis.
Insyallah aku akan release new kurta FleurMEN Jumaat ni di blog saja.
Dan the same baju akan dibawa ke Mood Republik Penang Jumaat ni. 
Orang Penang boleh dapatkan baju-baju ni kat Sunway Carnical Convention Centre.
Jumaat ni aku release exact size and gambar.



Selain dari Mood Republik Penang, esok GreenAard akan ada di Ruang Legar Kompleks PKNS Shah Alam :

Khamis - Ahad
27 April - 30 April
10 pagi - 10 malam

Kita tak boleh bawak koleksi FleurMEN kat Shah Alam sebab PKNS tak benarkan vendor jual baju sebab dorang taknak kacau peniaga yang sewa kedai dalam kompleks tu. Jadi hanya GreenAard saja yang kita akan bawak. Pagi esok aku akan ada kejap kat sana untuk setup, maybe 9-11am. So kalau ada nak beli GreenAard sambil tanya apa-apa kat aku, jom jumpa kat sana.

Kesimpulannya :

1. Mood Republik Penang
29-30 April
10am-12pm
GreenAard & Fleur by Mrs Him
20 terawal setiap hari akan dapat free shawl.

2. Kompleks PKNS Shah Alam
27-30 April
10am-10pm
GreenAard
10 terawal setiap hari akan dapat free shawl.


Harga di kedua-dua booth :

😍 GC Plus RM78/botol (harga asal RM90)

😍 Nutrijuice RM55/botol (harga asal RM59)
Tapi kalau beli 2 botol, boleh dapat dengan harga RM100 saja.

😍 Makeup Remover RM35/botol (harga asal RM39)


2017-04-24

FB Puberty Challenge


Sejak seminggu lepas aku nampak orang dok buat challenge ni letak kat FB.
Aku pun nak gak join tapi memikirkan gambar aku kat FB profile dulu semua jenis tak cukup kain, macam banyak pulak keje aku nak pixel sana-sini. Dulu aku agak rajin jugak berganti gambar profile.
Tapi takde lah banyak sangat aku bertukar profile sampai 5-6 kali setahun. Cuma dulu tu memang kerap benar berselfie. Sebab aku dulu obses dengan rambut. Rambut aku kan rajin bertukar kaler dulu, siap rebonding bagai. So selalu la aku feeling-feeling model iklan rambut depan cermin. Kejap terteleng sana, terteleng sini.

Dan kebanyakkan gambar profile aku dulu memang tak cukup kain.
Bukan sengaja taknak salin baju time bergambar, tapi memang itulah pakaian aku di dalam dan di luar rumah. Kalau orang kata aku sengaja bergambar dengan pakaian macam tu, memang silap. Sebab kat opis pun kadang-kadang aku pakai tube je.
Cuma kalau balik rumah mak bapak aku or Tganu, aku akan pakai 'sopan' sikit. 'Sopan' tu maknanya tak menampakkan cleavage dan tak singkat tetapi see thru 😂.

Ini picture profile aku menjak aku berjinak-jinak dengan FB :







Disebabkan rajin nau berselfie sejak dulu, bila dah tua ni rasa macam 'puas berselfie'. Sampai malas dah tukar gambar profile FB. Gasak kau la situ dari 2013. Agak-agak kedutan kat wajah bertambah, aku tukar la gambar baru. Sebenarnya ada satu lagi gambar (FB9), tapi gambar tu aku dah delete. Gambar tu aku pakai shawl warna grey kalau tak salah, tapi gambar tu nampak half je muka. 

It's good aku ada blog, dan aku ada simpan gambar-gambar ni semua.
At least ada kenangan. Bolehlah jugak tengok perjalanan perubahan aku dulu dan sekarang.
Bila tengok balik gambar pertama and gambar now, mesti mak bapak aku sendiri tak sangka aku boleh berubah macam ni 😂.
Mudah-mudahan perubahan tu kepada kebaikan.

Orang selalu cakap, kalau dah terbiasa pakai daring macam ni, susah dah nak tinggal. Sebab tu payah nak nampak kekal bertudung. Sebab tak tahan godaan nak pakai macam tu balik.

Sebenarnya tak jugak.
Kalau niat ko pakai asal-asal pun memang nak gain attention, payah la sikit nak berubah kot.
Kau akan rasa sakit ati je bila nampak orang lain pakai seksi. Membuak-buak rasa nak tayang balik badan.
Tapi kalau memang dari awal ko pakai baju macam tu sebab kau memang suka pakai macam tu, insyallah, once bila kau dah decide untuk tinggalkan, kau takkan patah balik. Kau dah 'puas pakai'. Dah tak rasa apa dah bila nampak orang lain pasang badan.
Macam kes aku, aku masih pakai lagi, tapi kat rumah je la sebab itu memang perjanjian dengan En Wan dulu. Cuma takde la daring sangat macam dulu. Nak mampus? Mak mertua aku duduk sekali oiii. Elok-elok mata mak mertua aku cerah terus rabun jadiknya asik hadap cleavage aku siang malam. 

Seronok sebenarnya berselfie time free hair ni.
Sebab ada banyak benda kita boleh 'tunjuk'.
Rambut, earrings, necklace, choker, dan cleavage. Eh.
Tapi bila bertudung ni takde apa sangat yang kau nak gambarkan. Especially bila kau pakai tudung labuh menutup dada. Takde apa. Paling-paling pun tudung je la bersilih ganti. 
So, aktiviti tu dah tak fun. Maybe sebab tu aku pun dah malas nak berselfie. 




Satu benda bestnya bila ada blog, semua kenangan ni aku simpan. Bukti bahawasanya aku pernah kurus satu masa dulu. Mbhahaha.
Of cos dalam album pun ada satu copy.
Zaman-zaman datang concert Redza dengan 3/4 jeans, dengan blouse off-shoulder, baju mengandung pun nak yang nampak cleavage je tau 😂.
Bila free hair, perasaan nak bergaya tu membuak-buak.
Lagipun waktu tu aku free hair. Kalau pakai baju ketat pun, orang tak kata. Sebab selaras dengan penampilan waktu tu. Jadi pilihan bergaya tu banyak.

Bila aku dah start bertudung, pilihan tu dah tak banyak. Nak pakai baju ketat-ketat rasa macam tak berapa sesuai pulak dengan bertudung. Tapi sebab nak bergaya jugak, aku beli candy jeans. At least kalau pakai dengan baju labuh and longgar, masih menutup bontot. Itu je la pilihan gaya yang ada.

Bila tudung pun dah cover dada, baju pun labuh longgar - keseronokkan nak bergambar tu slowly hilang. Lama-lama dah tak kuasa nak bergambar. Apetah lagi nak bersiap lengkap semata-mata nak bergambar. Ye lah kan, kalau dulu pakai spagetti strap sambil melepak kat rumah pun boleh bergambar. Now, nak kena salin baju dulu, cari tudung dulu - eh malas pulak aku. Sometimes aku terfikir mungkin inilah cara Tuhan nak lindungi wanita. Disebabkan kita disuruh bertutup, akibatnya naluri kita nak bergambar, tayang badan, bercantik-cantik - slowly hilang. Boleh jadi macam tu la. Wallahualam.



2017-04-23

IGCSE



Tadi pagi aku and En Wan gi UM attend talk tentang Program IGCSE di MRSM.
Kat Malaysia, ada 15 MRSM yang ada program ni, salah satunya Langkawi.
Tadi kat dalam tu masa bersalam-salam, "Saya Parit (MRSM)". Aku jawab "Saya Langkawi".
Dah macam dalam parlimen. Main sebut kawasan je, tak pakai nama sendiri 😂.

Aku and En Wan sebenarnya tak berapa clear sangat dengan program IGCSE ni masa kitorang hantar Redza dulu. Yang aku tau MRSM IGCSE ber-backgroundkan English and ada exam khas masa Form 4. Tu je aku tau.
Kat row rumah aku ni ada 2 orang jiran yang anaknya kat MRSM jugak.
Bila sembang-sembang, En Wan cakap Redza kat Langkawi, dorang punya respond "Ohh Langkawi. Speaking saje budak-budak situ".

Baru tadi aku tau rupanya IGCSE ni lebih dari sekadar 'speaking english'.
Program IGCSE ni international school dah buat 20 tahun lepas lagi.
Sistem pendidikan awam kita je baru start exam IGCSE 3 tahun lepas , itupun kat MRSM. Itupun 15 MRSM je tawarkan program ni.

Barulah aku tau dengan lebih clear lagi yang program MRSM IGCSE ni tak sama dengan MRSM lain.
Kalau skolah lain, exam - PMR and SPM. Tapi IGCSE, examnya start dari :

Form 2 (checkpoint utk IGCSE).
Form 3 (PT3).
Form 4 (IGCSE).
Form 5 (SPM).

Dan semuanya in English.
Start Form 1 lagi student IGCSE dan blaja Fizik, Kimia and Biologi.

Patut la aku check buku Redza hari tu ada subjek ni.
Aku macam apehal Form 1 dah blaja Fizik ni? Dah la in English.
Rupanya sebab Form 2 nanti dorang dah start ada test checkpoint.

IGCSE punya exam focus kat 3 subjek :

Maths (Maths & Add Maths)
English
Science (Bio, Fizik, Kimia).

Kiranya IGCSE ada 6 paper.
Dan yang aku tekejut tu Prof tu kata Add Maths IGCSE adalah 40% deeper dari Add Maths SPM.
Aku macam....kalau aku yang ambik ni mampus awal-awal lagi dah fail.

Bila aku fikir-fikir balik, shallow-nya sesetangah kita ni bila pandang lekeh dengan student yang blaja international school. Kita anggap itu skolah anak-anak orang kaya, tak pandai pun takpe janji ada duit. Padahal international school punya silibus (IGCSE), jauh lagi susah dari silibus skolah awam. Tapi kita perlekehkan keputusan exam dorang tu as if exam dorang tak valid.

Tadi masa dalam dewan kuliah tu, ada mak bapak yang agak tegang sikit.
Sebab selama ni mak bapak tak berapa clear apa kejadahnya program IGCSE ni.
Bila Prof bagi penerangan terasa macam alahaiiii boleh ke anak-anak kita carry silibus heavy macam ni. Patut la Redza hari tu sampai nak menangis siapkan homework. Dia kata homework memang kaw-kaw cikgu sana bagi. Abis nak buat camana, next year je dah start test.

Ada mak bapak yang risau kalau tetiap tahun ada big exam, macamana preparation untuk PT3 and SPM. Burn out pulak nanti.
Prof kata, bukan semua orang boleh carry IGCSE program.
Sebab tu hari tu ada buat interview. Yang layak je dapat. So kena percaya anak-anak.

Betul gak tu.
Kadang kita ni mak bapak yang risau over-over.
Padahal yang tak boleh carry kita. Anak kita entah-entah boleh je cope dengan silibus tu.

Tadi aku rasa macam agak stress jugak berada di kalangan mak bapak yang too concern dengan pelajaran anak-anak. Sampai Prof tu pun serba-salah nak menjawab. Aku ngan En Wan memang dari dulu agak relaks sikit bab-bab blaja ni. Bila tadi ada di kalangan mak bapak yang too concern aku macam "Apesal dorang risau sangat ni?". Tak sure lah samada aku patut risau jugak atau dorang yang terlampau ambik berat sampai stress-kan diri sendiri. Entah.

Ada parents yang pertikaikan apa perlunya program ni kalau tak menjamin anak-anak dapat ke luar negara. Dia kata anak dia last year dapat 11A tapi tak dapat pun mana-mana tawaran ke luar negara.

Ye lah, kita pun faham frustration mak bapak yang anak masuk boarding school, dapat 11A, tapi terpaksa sambung blaja kat Malaysia sama dengan budak-budak yang dapat 5A. Macam no point la gitu.

So this Prof kata, competition sekarang is very high.
Entah-entah zaman Redza esok 11A tu dah beribu orang dapat. Dah takde nilai dah.
Sebab tu la ada program-program baru macam IGCSE ni.
Prof cakap last year 159 orang student MRSM IGCSE dipanggil untuk screening ke overseas.
Dorang dapat tawaran tu selepas exam IGCSE. Maknanya selepas Form 4 tu boleh keluar terus dari MRSM untuk buat A level.
Dari 159 yang berjaya ke kolej tanpa lalu Form 5, 20 adalah from MRSM Langkawi.

Dulu kita rasa SPM macam the biggest exam kan. Rupanya now dah ada IGCSE sebagai 'point tambahan'. Tapi kalau balik overseas esok kau nak keje ngan kerajaan kau kena ambik exam BM and Sejarah lah, sebab kau tak ambik SPM hari tu. Kalau nak kerja kerajaan, kalau taknak, takyah.

Tadi aku agak berangin jugak la dengan certain parents yang asik nak pertikaikan MARA macam takde effort nak usahakan jugak budak-budak MRSM IGSE ni fly. Bagi dorang, these students berbeza dengan budak-budak lain sebab exam dorang setiap tahun. Struggle dorang lebih dari yang lain. So kalau dorang dapat 10As patutnya layak ke overseas, layak dapat scholar.

Kesian Prof nak kena tenangkan mak bapak.
Prof sempatlah perli jugak mak bapak ni.
Dia kata, yuran MRSM IGCSE RM2000 je setahun. Sedangkan yuran IGCSE kat international RM2000 sebulan. Buku untuk program IGCSE Mara bagi free. Sedangkan buku IGCSE kat MPH RM200-300 sebijik. Apa lagi yang MARA tak tolong.

Some parents macam taknak take ownership atas anak-anak.
Dia rasa bila dia hantar anak kat skolah asrama - done. Cikgu punya responsibility.
And bila habis blaja esok kerajaan punya responsibility pulak untuk hantar anak blaja pi overseas.

Sekarang ni dah tak macam tu dah.
Zaman berubah. Takleh nak harapkan kerajaan atau biasiswa semata-mata.
Kita kena juga standby duit untuk anak-anak kita sambung blaja.
Nak anak gi overseas, kita kena standby gak duit. Mana tau kalau takde rezeki dia dapat biasiswa, kita hantar je lah sendiri.

Of course mak bapak mana yang tak nak anak dia blaja overseas.
Proud kalau anak blaja luar negara.
Tapi lepas habis blaja tu, ke mana? Jadi apa?
Itu sebenarnya yang lebih penting.

Ada sorang parent tadi cakap dia dulu dah pernah buat silap.
Anak dia carry 3 bag berlainan - skolah biasa, skolah agama, and kelas tahfiz.
Dia push anak dia kaw-kaw.
Sampai anak dia burn out.
Dia cakap dia start realized something wrong dengan anak dia bila anak dia balik bercuti, anak dia macam blur. Tak tau nak buat apa.
Paper Add Maths dapat 0. Bapak dia kata ni 100 ke 0? Anak dia jawab 0.
Memang burn out. Dah sampai Form 5 anak dia masih belum hafal Quran lagi sampai cikgu kata takde harapan sebab anak dia macam stress sangat.
Last-last dia kata dia leave it to anak dia. Buat la yang the best. Dia takkan paksa.
Alhamdulillah, dalam tempoh 1 tahun anak dia hafal Quran and score in exam.
Memang dia kata dia taubat sangat nak paksa anak-anak lagi.
Apa dia buat now just bagi dorongan je.

Pandangan that parent memang sangat membuka mata. Aku rasa sebak sangat.
Kadang-kadang kita ni as parent tak perasan kita teruk paksa anak buat something semata-mata nak penuhi impian kita yang tak tercapai.
Aku percaya kita-kita (at least yang sebaya dengan aku) mesti ada pengalaman yang sama.
Pengalaman di mana mak bapak kita dulu yang tentukan kita kena jadi apa.
Kita dipaksa untuk percaya kalau blaja bagus, dapat pergi overseas, balik nanti kerja besar, boleh jadi kaya!

Formula tu betul.
Blaja bagus = dapat keje bagus.
True.
Tapi kita parents ni nilai 'bagus' tu macamana?

Kalau dulu 6A dah bagus dah. Sebab dulu sistem agregat, kalau dapat 6A maknanya agregat 6, paling best, dah tentu fly.
Now, anak dapat 11A belum tentu kita nilai bagus kalau tak dapat fly.
Hanya kerana tak dapat fly maka ia jadi tak cukup bagus.
Kesian anak-anak tanggung tekanan macam tu.

Bila dengar pandangan parent tadi, aku teringat cara En Wan monitor Redza dulu.
Redza tak pernah lepas dari main game and laptop and baca komik Lawak Kampus everyday except minggu exam. Everyday En Wan allow dia buat apa yang dia nak. Asalkan malam-malam kau blaja. En Wan kata, Redza memang kena blaja tapi dalam masa yang sama dia masih budak. Dia ada hak lalui zaman budak dia - main game, baca komik. So allow him.
Mungkin cara tu menjadi.
Sebab inilah jugak cara yang sama di skolah asrama pun. Ada masa main, ada masa blaja. Rutin.
Maybe.
Boleh try.


2017-04-21

Mak bapak tak sokong



Mak bapak aku sangat harapkan anak-anak dorang keje ngan kerajaan.
Sebab dorang pun sama-sama keje kerajaan of cos ada bias sikit kat situ.
Aku bukan tak suka keje kerajaan, in fact aku pernah keje kerajaan.
Tapi mak bapak aku ni suka kalau anak-anak dia keje pensyarah atau cikgu je.
Dorang punya reason - orang perempuan bagus keje kerajaan sebab senang kalau nak bersalin. Aku pun tak tau apa kaitannya, macamlah aku nak beranak tetiap tahun kan. Kalau bapak aku pulak suka aku jadi cikgu sebab dia kata cikgu keje setengah hari, petang dah rest kat rumah. Dia refer cikgu dulu-dulu la kot. Sekarang jangan harap. Jiran sebelah rumah aku cikgu gak tapi aku tengok kul 3-4pm baru sampai rumah.

Aku tak salahkan mak bapak aku bila dia prefer aku keje kerajaan - lecturer atau cikgu.
Bapak aku dulu cikgu, environment dia dikelilingi dengan cikgu. Tapi dia guru biasa je bukan pengetua. Of cos jawatan paling hebat kat skolah adalah Penolong Kanan atau Pengetua. Sebab tu dia berharap aku jadi cikgu, mudah-mudahan aku dapat jawat jawatan tu bila dah tua esok.

Mak aku pulak keje kat UKM. Tapi dia kerani, bukan pensyarah. Kat universiti, jawatan paling hebat of cos pensyarah. Dah tentulah dia nak anak dia jadi pensyarah sebab dalam dunia dia, itulah jawatan paling hebat.

Sama lah macam yang kerja nurse, of cos dia nak anak dia jadi doktor sebab dalam dunia kerja dia, doktor yang paling hebat.
Yang keje kat legal firm mesti nak anak dia jadi lawyer.
Yang keje kat bank mesti nak anak dia jadi akauntan.

Tu biasa la tu.
So, aku tak salahkan mak bapak aku bila dorang beria nak aku jadi cikgu or pensyarah.
Masalahnya, aku memang tak minat nak mengajar, nak buat macamana.

Memang susah nak convincekan mak bapak aku yang aku nak kerja swasta.
Actually aku tak pernah pun argue apa-apa tentang keje kerajaan or swasta sebab aku pun tak pernah plan nak keje swasta. Aku cuma tak pernah plan nak jadi pensyarah or cikgu je. So, kalau dioffer keje kat IPTS sekalipun aku takkan pergi sebab aku tak minat. Jadi, isu keje kerajaan and swasta ni tak pernah timbul.

Cuma nasib aku baik sikit sebab lepas setahun grad, aku kawen.
Bila kawen, aku kena ikutlah mana laki aku pegi.
Bila En Wan ajak pindah, maka aku pun kena pindah.
Bila dah pindah tu memang merdeka la jawabnya kan. Kahkahkah.
Dorang nak cucuk-cucuk aku keje kat UKM tu pun dah tak jalan sebab aku dah keluar dari rumah.
Cuma selama setahun lebih selepas grad tu memang agak hazab la nak menjawab soalan yang sama tetiap hari. Dalam tempoh tu aku duduk ngan dorang lagi. Boleh katakan hari-hari tanya soalan yang sama.

Mak aku sangat beria nak suruh aku keje gak kat UKM.
Habis semua jabatan dia suruh aku pi interview, tak kisahlah mana-mana asalkan aku masuk UKM.
Aku bukan apa, mak aku tu kira otai kat UKM. Nombor pekerja dia 556 kot. Orang yang ke 556 di UKM. Pioneer UKM. So by the time aku habis grad, dia dah kenal ramai orang dalam tu. In fact masa aku apply blaja kat UKM tu, time perkenalkan diri, Dekan tu dengar nama aku terus menyahut "Oh, ini anak Kak Dahlia, kan?".
Ya ampunnnnnnn. Dekan pun kenal mak aku. Ini kalau aku monteng lecture ni, konfem mak aku punya pekik harus terbelah bumi UKM tu.

Tu belum lagi masa aku masuk pejabat nak submit credit hours, satu pejabat tu "Oh, anak Kak Dahlia kan? Besar dahhhh. Dulu kecik je ikut mak dia datang opis".
Hah kauuuu. Dari aku pakai pampers lagi dia dah kenal.
Ko bleh imagine betapa aku kena kontrol ayu everytime masuk UKM sebab spy mak aku ramai?

Kalau aku nak keje kat UKM memang senang dapat. In fact konfem dapat aku rasa.
Kalau nak jadi tutor or pensyarah pun dah boleh dapat. Kabel mak aku boleh tahan besar kat situ dulu. Mak aku uruskan lecturer so ramai lecturer baik ngan dia. Tapi the thing is bukan aku tak suka UKM, tapi aku rasa cukup-cukuplah kot dari kecik aku masuk UKM, bior la dah besar ni aku carik tempat lain pulak.

Tu belum lagi time skolah.
Masa aku skolah, bapak aku dah jadi Pegawai Disiplin and Kaunseling kat Jabatan Pendidikan Selangor.
Satu sekolah kat Selangor kenal bapak aku.
Kalau skolah tu ada masalah displin memang ada la muka bapak aku sampai kat situ.
Masa aku kawen, jemputan bapak yang paling ramai. Yang datang di kalangan cikgu-cikgu disiplin satu Selangor jugak.

Masa aku kat sekolah menengah, Form 4 and 5, aku conduct training untuk pengawas.
So selalu la skip kelas sebab nak uruskan banyak benda.
Pengawas lain yang terlibat sampai kena marah dengan cikgu sebab tak masuk kelas.
Aku, siap cikgu HEP keluarkan surat khas membenarkan aku skip kelas atas sebab nak uruskan kem pengawas okeh? Besar tak pangkat aku dalam tu?
Everytime aku masuk pejabat, mesti cikgu-cikgu Penolong Kanan, HEP and akak-akak kerani dalam tu "Ini anak En Ishak JPS ni....".
Aku sengih je la. Terpaksa la kontrol kan. Bapak pegawai Disiplin oiii. Anak kena lah disiplin sikit dalam skolah. Dalam skolah je la. Kahkahkah.

Masa aku bagitau aku keje sales, mak aku macam tak berapa berkenan.
"Keje apa jual-jual barang ni. Kan elok kalau kau keje kat UKM hari tu".
Aku diam je la, malas nak argue. Takyah argue dah masa tu sebab aku dah tak duduk ngan dorang. Layan kan ajelah dorang bising 1-2 jam, lepas tu aku balik la rumah aku.

Masa aku bagitau aku nak buat bisnes lagiiiiii la dorang macam cuak je.
"Boleh ke kau bisnes ni? Keturunan kita takde yang bisnes-bisnes. Bisnes ni takde jaminan tau. Ada bisnes ada gaji, takde bisnes takde gaji".
Macam-macam la diorang cakap. Again, layan kan aje.
Bila bisnes aku ok "Moyang kau dulu orang berdagang. Ada jugak cicit dia yang mengikut"
Eh, tetiba ada pulakkk keturunan buat bisnes, hari tu kata takde.
Hmm..layankan ajelahhh.

Jangan kecik atilah kalau mak bapak tak sokong apa yang kita nak buat.
Bukan dorang tak suka, tapi dorang sayang kat kita sebenarnya. Taknak kita susah.
Dorang dah lalui pengalaman yang sama jadi dorang bagi buah pikiran berdasarkan pengalaman sendiri. Tapi, kalau kita nak cuba haluan lain, kita kena prove kan kat dorang pilihan kita berbaloi.
Kita kena tunjuk kat dorang apa yang kita pilih ni boleh bagi kita makan, boleh bagi kita mampu sara anak-anak - cukup.
Mak bapak kita ni bukan nak tengok kita jadi kaya raya sangat. Dia cuma taknak tengok kita susah je.

Masa aku bukak first booth GreenAard kat Kraftangan tahun 2015, selang setengah jam mak aku whatsapp "Ramai orang singgah booth ke?"

Aku macam alahaiii mak aku ni.
Kalau aku cakap adalah 4-5 orang, mesti dia frust.
Mesti dia kata "Kan mama dah cakap, bisnes ni tak menjamin!".

So aku explain kat dia.
Aku join booth pertama kali ni bukan nak harap terus-terus orang ramai serbu sampai booth aku roboh. Tujuan join booth ni nak create awareness that we are doing real bisnes. Bukan hanya berselindung di balik online je. Kita nak pacakkan brand kita biar orang notice oh brand ni wujud.
Barulah dia faham.

Biasa la orang tua kan.
Apa yang kita buat ni dia tak pernah buat, tak pernah lalui. Jadi, kita kena explain baik-baik biar faham. Mak bapak ni dia akan restu apa jugak anak-anak dia buat kalau dia nampak kita bersungguh dan kita memang buat. Sama la macam mak mertua aku. Masa En Wan bagitau dia nak berenti keje, Allah susah betul hati dia. "Bakpe la nak benti. Dah jadi enjinier, dah jadi menejar (manager). Dah sape nak bayar rumoh nanti?". Bila En Wan explain, baru dia faham.

Mak-mak kita ni semua taknak kita susah hidup melarat je. Biar tak kaya, tapi jangan sampai sedih sangat hidup tu. Itu je.







PHEW!!!! Akhirnya sampai jugak ke last day.
Kalau yang nak join contest ni, sempat lagi. Klik gambar.

2017-04-20

Trust yourself


Ada reader PM aku semalam bagitau dia cuba untuk be positif tapi always gagal.
Puncanya, dia menyesal ikut cakap kawan.

Cerita dia macam ni.
Dia kata a few years back, dia nak buat bisnes jual jubah and tudung.
Tapi everytime dia nak buat mesti kawan dia cakap "Orang lain dah buat dah pesen ni".
Everytime dia nak buat nanti kawan lain pulak cakap "Mana ada orang pakai dah pesen ni".
Eh tup-tup pastu ada orang buat design yang lebih kurang je dengan design yang dia plan, dan jubah orang tu ramai pulak yang beli.
Dia frust sangat-sangat sampai sekarang rasa terkilan and terus hilang semangat sebab orang sekeliling takde yang positif dia kata.

Look.
People's words affect you as much as you let them.
Kita tak boleh salahkan orang yang tak menyokong.
Kita tak boleh salahkan orang yang mempengaruhi kita untuk jangan buat.
Salahnya pada kita sebab kita let our tindakan dipengaruhi oleh orang lain.

Kan aku pernah cakap, hanya kita saja boleh ubah diri kita sendiri.
Kita tak boleh ubah orang.
Jangan expect orang untuk jadi sepositif kita.
Kalau dia tak membantu kita untuk jadi positif, then you move!

Aku ni lagi la tidur sebantal dengan orang yang always kondem apa aku buat.
Masa aku nak jual tudung mula-mula dulu tahun 2011, dia la yang kondem "Orang tak pakai la tudung pesen ni".
Kalau ko dapat soalan macam ni ko tanya balik "Orang yang tak pakai tu orang yang macam mana?".
Aku jual shawl dulu sebab aku yang nak pakai.
So bila En Wan cakap "Orang dah tak pakai pesen macam ni", aku macam terfikir abis aku yang nak pakai ni aku bukan orang ke? Aku beruk? Eh sakit pulak ati.

Tapi, aku buat jugak.

INI SHAWL AKU YANG PERTAMA, tahun 2011 aku bawak masuk.
Masa ni aku dah buat tailoring bisnes tapi belum buat shawl sendiri lagi, ni aku bawak masuk dari China melalui kit-kit biotek aku. Distributor biotek aku kat sana tolong carikan.
Baru nak test market, aku beli sikit-sikit je. Lagipun sebab aku tumpang shipment kit biotek so takleh angkut banyak-banyak.
Masa tu sardin je aku tulis kuantiti available, setakat 2, 3 helai je.
Apa sangat la setakat 2, 3 helai punya bisnes orang kata kan. Orang lain jual 500-1000 helai.
Eh lantaklah, bisnes aku. Sukatila aku nak jual setengah helai pun.
Masa ni shawl mahal, sebab kain dia silk.
Tapi alhamdulillah, ada yang beli. Sold out semua shawl "pesen ni takde orang pakai" yang aku bawak masuk ni walaupun harga mahal sikit.
Masa En Wan tengok aku membungkus shawl-shawl untuk delivery, dia tanya "Ada orang beli ke?"
Aku senyum je lah. Well, actions always prove why words mean nothing. *flip boobs*

Yang paling best sekali shawl paling last tu - Moschino inspired.
Masa tu En Wan kata "Shawl katun? Sape la nak pakai".
Tapi cuba tengok sekarang berlambak-lambak orang jual shawl katun-katun.
Yang shawl, yang bawal, yang instant, berlumba-lumba nak buat design katun.
Dari dulu lagi aku dah terasa-rasa shawl macam ni mesti 'in'.
Tapi ye lah, sebab aku bukan sape-sape jadi Hamba Allah tu kejenya nak mengondem aku je 😂😂.

Apa yang kita nak buat, kalau kita rasa betul - BUAT!
To be a champion, you have to believe in yourself when nobody else will.
Orang lain berhak bagi pandangan, tapi kita juga berhak buat pilihan.
Jangan salahkan orang lain bila plan kita tak jadi sebab kita yang allow diri kita dipengaruhi oleh pandangan orang lain.
Kita semua ada hak untuk buat pilihan, jadi buatlah.
Bila kita salahkan kawan sebab dia kita tak jadi buat sesuatu benda, itu tak best lah macam tu.
Sedangkan kita yang setuju untuk ikut pendapat dia. Bila pendapat dia silap, kita salahkan.

Ada sorang lagi reader hari tu chat ngan aku, dia kata nak buat lipstik. Tapi takut sebab saingan banyak. Lagipun takut orang kata dia meniru.
Ya ampunnnnn, lipstik tu dari zaman Cleopatra lagi dah wujud tau.
Apa kebenda yang menirunya?

Masa peplum aku dicopy, aku tak marah.
Aku cuma marah bila dia guna gambar aku je.
Nak copy design aku takde hal.
Sebab dalam bisnes, sangat susah untuk jumpa produk yang tak overlap.
Sikit sebanyak mesti ada, especially dalam fashion industry. Improvise lah sikit. Itu biasa.
Tapi janganlah sampai the whole konsep bisnes orang tu kau tiru. Tu biadap namanya.

Masa aku nak buat weight loss, aku tau dah banyak produk weight loss kat pasaran.
Tapi aku yakin takkan sama dengan aku punya brand.
Bahan-bahan mungkin lebih kurang sama dengan produk lain.
Itu lojik lah sebab kalau dari 100 tumbuhan kat dunia ni, maybe 50 yang dikenalpasti bagus untuk weight loss. Dah tentu balik-balik yang 50 ni je orang dok rotate guna. Of cos ada overlap. Tapi, yang membezakan dah tentu formula. Yang tu konfem takkan sama. Formula berbeza, hasil pasti berbeza.

Kalau kita buat silap paling teruk pun kena kutuk "Kan aku dah cakap, pesen ni takde orang nak pakai! Kau tak caya cakap aku".
Ok fine, kita buat silap, kita belajar sesuatu.

Tapi kalau kita tak buat and tetiba tengok orang lain buat berjaya kebabom, apa kita rasa?

Lagi sakit yang kedua tau.






2 HARI LAGI.
JOIN THE CONTEST. DAPAT DISKAUN RM10.
DOUBLE POINTS.
KLIK GAMBAR.

2017-04-19

"Kesian kat orang yang tak mampu"


Semalam masa tengah basuh pinggan kat dapur, aku tengok progress rumah belakang punya renovation. Hari tu aku tak perasan lansung dia tengah renovate, kali ni dah jelas sebab bumbung dah naik so belakang tu jadi gelap sikit. Sambil-sambil basuh pinggan tu aku dok terfikir pasal dulu kan pernah viral tentang kalau makan jangan update kat FB nanti kesian orang lain yang tak dapat makan, jangan update kalau pegi melancong nanti kesian kat orang yang tak mampu melancong, etc.

Aku terpikir kalaulah semua benda kita nak buat kena pikir apa orang lain rasa, camanalah hidup kita agaknya. Nak renovate rumah pun tak boleh, nanti orang sebelah menyebelah kata apa pulak tengok kita besarkan dapur. Nak buat kenduri pasang 3 biji khemah nanti apa pulak kata orang sebelah dia tak mampu buat kenduri besar. Nak beli kereta baru apa pulak kata orang sebelah nampak kita mampu tukar kereta. Ya ampunnn payahnya hidup.

FB sama lah macam 'rumah'.
Kita cuma 'jiran'.
Takkan kita nak marah tuan rumah share gambar dia pi makan kat hotel? Dia bukan share gambar tu kat 'rumah' kita pun.

Salah sorang yang ada sifat timbangrasa yang tinggi yang payah aku nak brain adelah Pak Aji.
Pak Aji kan kalau aku nak buat BBQ kat Bangi, nanti dia kata "Beli la lebih sikit, nanti jiran sebelah nampak kita buat BBQ apa pulak dia kata, boleh ajak dia sekali".
Aku macam...dah kenapa kalau dia nampak kita buat BBQ nak kena ajak jiran sekali sedangkan kita nak buat untuk family gathering?
Dah satu hal pulak lepas ni asal nak buat makan-makan kena book hotel biar jiran tak tau.
Dah kalau macam tu setiap kali aku nak buat makan-makan untuk family, aku kena put budget lebih sikit untuk pelawa jiran sebelah-menyebelah, depan rumah dan mungkin untuk yang lalu-lalang depan rumah.

Sifat timbangrasa tu memang mulia.
Tapi disebabkan terlalu memikir orang tu kata apa, orang ni kata apa, penyudahnya setiap kali buat makan-makan, rumah tu jadi penuh dengan manusia.
Sebab tak nak pasang khemah.
Nanti kalau pasang khemah apa pulak kata jiran, kita buat makan-makan tak panggil dia sekali.
Padahal bajet kita bukannya besar sangat, hanya untuk famili kita yang 50 orang tu je.
Jadi bila mengenangkan 'apa orang kata' maka, terpaksa la semua 50 orang ni sumbatkan dalam satu rumah.

Maybe konsep ni la yang berjangkit kat FB.
Penyakit 'apa orang kata'.

Masa aku buat akikah Rayyan, aku pasang 4 khemah terus.
Tapi tak kuasa aku nak jemput satu row tu punya penduduk.
Aku jemput 5-6 rumah sebelah, rumah belakang and 5-6 rumah depan.
Yang lain aku jemput frens and family. Itu je pun dah 300 orang.
Just imagine kalau asal kita buat kenduri pasang khemah je kita nak kena jemput satu row penduduk kat situ, tak ke dah jadi satu beban pulak kat kita nak keluar bajet lebih hanya semata-mata 'apa orang kata nanti?'
Dah satu cerita pulak semata-mata taknak 'apa orang lain kata', maka tuan rumah terpaksa buat kenduri tanpa khemah, konon-konon macam kenduri kecik-kecik je tapi sumbat segala sanak-sedara dalam satu rumah makan bertimpa-timpa? Series, aku tak leh hadam konsep ni.
Eh tapi wujud lagi ke zaman sekarang orang yang kisah dia tak dijemput datang kenduri?

Aku rasa jiran yang sebenar pun tak kecoh.
Even yang fren dalam FB pun tak kuasa nak terasa apa-apa kalau kawan dia upload gamba makanan. Selalunya yang kecoh lebih ni yang entah sape-sape. Apa benda yang dia menyirap sangat entah.

Isu ni adalah disebabkan salah tafsir hadis kot.

Memang dalam hadis ada cakap kalau jiran tu terbau masakan kita, kita wajib hantar lauk. Kalau kita taknak bagi jiran makan buah yang kita beli, kita kena sorok buah tu dan jangan makan depan dia".

Tapi bak kata Umar, sesuaikan ajaran dengan zaman.

Aku pernah dengar Ustaz Kazem cakap tentang hadis solat berjamaah bila dengar azan.
Hadis tu kata, ada seorang buta datang menemui Rasulullah saw - "Wahai Rasulullah, saya tak memiliki seseorang yang boleh menghantar saya ke masjid, apakah ada keringanan bagi saya untuk solat di rumah?" Rasulullah tanya "Adakah engkau mendengar azan?" Dia menjawab "Ya". Maka Rasulullah saw kata "Maka penuhilah".

Maknanya kat sini, yang buta pun takde keringanan untuk solat kat rumah kalau dia dengar azan dari masjid.

Ustaz Kazem kata hadis itu betul, tapi zaman dulu masjid tak pakai speaker.
Jadi, kalau bilal azan (tanpa speaker), dan kau boleh dengar, itu maknanya rumah kau sangat dekat dengan masjid maka kau dah jatuh hukum wajib solat kat masjid.

So, aku rasa (maybe sape-sape boleh betulkan kalau salah), hukum wajib hantar makanan kat jiran tu pun hanya terpakai bila ada syarat-syarat tertentu.
Rumah kita sekarang semua rapat-rapat, bukan macam rumah zaman dulu jauh-jauh.
Apetah lagi yang duduk rumah flat.
Kalau dah hari-hari masak, konfem rumah sebelah bau.
Ce imagine kalau hari-hari jiran kau bau apa kau masak? Jawabnya hari-hari la kau buat kenduri sebab nak kena hantar lauk je kejenya.

Sama lah juga dengan isu tunjuk gambar makanan, gambar bercuti, gamba besday anak, etc.
Tak adil untuk larang orang share apa yang dia ada hanya semata-mata sebab 'nanti apa rasa orang yang tak mampu'.
Bukan semua orang sedih bila tengok orang lain lebih mampu dari dia.
Ada yang sangat berterima kasih kalau ada yang share gambar makanan, apa dia beli, kat mana shopping, berapa harga - ada orang yang perlukan information ni semua.
Sekarang people get connected thru online. Lebih mudah dapat info kat online berbanding kita nak meredah setiap satu kedai untuk cari barang. Kat sinilah the beauty of sharing.
Aku ok je kalau nampak orang share gamba bershopping. At least aku tau kat mana ada buat sale. Kalau semua benda nak bantai 'kesian apa orang yang tak mampu kata nanti' maknanya takleh up gamba kawen kesian kat orang yang belum kawen, takleh up gamba pi umrah kesian kat yang tak mampu pi umrah, takleh up gamba diri sendiri nanti kesian kat orang OKU takde tangan kaki kecik ati tengok kita ada tangan ngan kaki, takleh up gamba anak nanti kesian kat orang yang takde anak lagi --- hoih kau dah kenapa?? Semua benda nak kesian kesian kesian tak sudah-sudah. Semaklah pulak kepala otak aku ada isu-isu remeh macam ni.






3 HARI LAGI.
DISKAUN RM10 MASIH LAGI ON SAMPAI 21 APR.
DOUBLE POINTS. KLIK GAMBAR.


2017-04-18

Ombak Villa


Khamis lepas, kitorang ke Langkawi.
Tapi pagi tu masuk opis dulu. Tunggu Rayyan balik skolah baru gerak ke airport.
Minggu lepas Redza ada minggu bermalam, 2 malam.
Dah alang-alang boleh bermalam tu, kitorang naik Langkawi terus, boleh bawak dia keluar jumpakan dengan Rayyan. Kalau nak suruh dia balik rasanya nanti macam penat la pulak. Lagipun setakat 2 malam, aku takut takde masa nak bawak dia ke mana-mana. So better kitorang je naik sana. Boleh la lepak kat hotel je. Budak-budak ni nampak kolam je pun jadik, takyah bawak pi tempat lain dah.



Bendalah ni memang aku bawak kemana-mana, bukan untuk sapu kat tangan.
Tapi aku buat untuk sapu meja.
Kadang-kadang meja kat restoran kan hamis bau dia walaupun dah lap. Ni kat KFC KLIA2, hanyir je aku bau meja ni. Apa lagi, macam biasa la kan, tuang sikit atas meja and lap. Terus transform jadi bau buah delima meja aku. Baru la selera nak makan. Dulu aku bawak wet wipes Dettol tapi macam berat la pulam nak mengakung sebekas ke hulu-hilir. So kali ni aku angkut BBW hand gel, lagi wangi. Korang semua sila angkut seketul jugak. Sekali harung buat hand gel boleh, buat lap meja pun boleh.

Tahun ni dah 3 kali aku ke Langkawi. Insyallah bulan 7 and 9 kalau tak salah Redza ada minggu bermalam lagi. Dah tentu-tentu naik Langkawi lagi pasni. Memang Tuhan nak suruh aku melancong kat Langkawi je agaknya tahun ni. Boleh la pasni aku jadi pen-review hotel-hotel kat Langkawi 😂.

Dan semoga dengan kerapnya turun naik Langkawi, besarlah harapan saya penyakit sawan flight saya hilang. Tapi flight yang baru-baru ni aku tak sempat nak berzikir. Naik je, terus padam. Rasa letih gila badan. Bagus jugak macam ni, tapi En Wan kata flight smooth je memang tak bergegar pun.



Sampai skolah Redza around 6.30pm macam tu.
Excited nak jumpa Redza.
Sekali Redza sambut kitorang dengan "Pa, henfon Redza hilang la.."
Aik?? Baru je pukul 6pm tadi mak kau call bagitau dah on the way nak gi ambik kau, boleh la pulak sekejapan hilang?
Dia kata dia letak barang dia kejap kat foyer sebab nak pi kiosk.
Bila patah balik, henfon yilekkk.
Hmmm, ada jugak toyol kat skolah ni. Betul la orang kata skolah berasrama ada banyak hantu 😆😆.

Malas panjang-panjang cerita, aku tengah ada mood nak bercuti ni. Aku call Celcom, block sim.
Dah la, lagi 10 hari nanti ko balik KL, kita pi carik henfon baru. Kali ni aku belikan ko yang RM79.90 punya henfon je sudeyy.



Kitorang stay kat Ombak Villa. Dah malas nak duduk pekan Kuah. Memang plannya kali ni nak melepak saja. Sebab tu sengaja pilih resort biar cerah sikit mata tengok pemandangan. 

Ombak Villa ni kat Padang Matsirat, dekat nau ngan airport. Tapi tempat dia tersorok sikit. Dari tepi jalan takkan nampak. But bila masuk kawasan ni wahhhhhhh macam satu tempat yang lain! Kat sini ramai mat saleh and pak arab. Dorang kan suka tempat-tempat macam ni. Seronok jugak pegi bukan musim cuti, barulah namanya bercuti - tenang je pikiran. Yang penting, kat coffee house tak sesak. Kolam pun tak padat. Kalau tak, mesti geli nak terjun kolam. 



Welkam drink.
Air klorofil.
Sebab kaler hijau.
Redza cuak nak minum "Hah? Air klorofil?" 😂.
Sebenarnya ni air pineapple. Best!




Aku punya bilik Family Suite - 1 twin and 1 single bed.
Rate boleh check kat Agoda.
Twin dia Queen je, tapi boleh la muat aku 3 beranak atas tu. Redza katil single.
Room memang spacious.
Aku suka dengan bilik air dia sebab kemas, lapang and lantai tak licin.
Almari dia 4 pintu, memang muat sangat la untuk sekeluarga punya baju nak gantung dalam tu.
Memang puas hati dengan room dia.
Aku lupa nak ambik gambar pantry dia. Selesa untuk yang bawak anak kecik. Sebab ada sink sekali, and ruang yang besar untuk kau buat susu anak. Takyah berebut-rebut nak guna sink bilik air.



Dah senja dah waktu ni, nak berlari tengok sunset pun tak larat.
Ambik gambar dari katil je la. 



Ni pun satu benda yang aku surprise sangat.
Dah macam cyber cafe gayanya dari jauh.
Berbaloi la bapak dia angkut laptop Redza and buku Rayyan dari rumah, memang selesa sangat budak-budak ni nak buat keje. Dengan apaknya sekali malam tu stay up mengadap laptop buat keje. Maklumlah kan dah monteng setengah hari. 



Tak tau la fokus ke tak ngan buku tu bila iPad kat depan, and headfon kat telinga.



Tapi disebabkan esok tu ponteng sehari, jadi bapak dia angkut buku latihan.
Seruipa kau kena pi skolah jugak la nampaknya, dik.
Seb baik bapak aku dulu tak macam ni, kalau tak, baik takyah cuti lah.



Dah sampai hotel malam, tapi masing-masing menggeletis nak mandi kolam jugak, jadi jawabnya berkubang dalam bathtub sampai kecut. Ni la satu sebab kenapa bilik air aku takide bathtub. Sebab budak-budak ni walaupun telur dah besar penumbuk, kalau jumpa kolam walaupun besen sekalipun, tetap nak berendam. Si Redza tu kalau mandi kat rumah, ada baldi je pun jadi. Sardin je dia masuk dalam baldi tu, mandi sambil berdiri dalam baldi. Walaupun tak muat nak masuk dalam kan, berdiri pun jadi la janji ada hawa-hawa tenggelam sikit kaki tu dalam air. En Wan sibuk suruk renovate bilik air nak bubuh bathtub, aku cakap jangan nak mengada. Satu hal nanti si jendul tu tido baring kat dalam tu taknak keluar-keluar.



Next morning.
Feeling-feeling mat saleh bangun pagi ngadap laut kauuu.
Memang cantik la view ni. Bila duduk resort barulah terasa yang kalau tak pi overseas pun takpelah, Langkawi pun cantik gak.

Eh tapi kan, bila aku pikir balik, bajet melancong dalam negara kadang dah sama banyak dengan bajet gi overseas je. Serius. Sebab kalau pi overseas selalunya duit kita habis kat flight tiket. Hotel selalunya kita tak duduk yang gempak-gempak sangat sebab kita banyak habiskan masa kat luar nak tengok tempat orang. Tapi bila melancong dalam negara, duit banyak spend kat hotel sebab selalunya bila melancong dalam negara kita lebih kepada nak berehat bukan berjalan, jadi selalunya akan pilih hotel yang best-best. So bila kira-kira balik eh macam tak jauh beza je bajet pi overseas ngan duduk dalam negara.




Sejenis kegigihan.
Bangun pagi celik mata terus ambik buku buat keje kat luar feeling-feeling ambik ilham mengadap laut. Rayyan ni memang rajin sikit banding ngan abang dia. 
Nak pulak bila papa dia bagi syarat "Nak mandi kolam, kena siapkan keje sampai muka surat sekian sekian". Memang sanggup dia bangun awal nak siapkan keje semata-mata nak mandi kolam.



Dah siap keje, baru boleh ikut papa and abang gi jalan kat beach.
Emaknya tak kuasa. Sementara korang berjalan, baik aku mandi.



Yang ni another hotel sebelah Ombak Villa. Kalau tak salah aku Langkawi Langoon.
Yang ni katanya ada yang dibuat sewa. Aku pun tak pasti macamana. 



Ni trio belum mandi pagi namanya.




Pemandangan sekitar bilik kitorang. Tengok gamba pun dah rasa tenang je. 




Dah siap mandi, barulah pi breakfast.
Ni actually pintu belakang. Pintu depan lain. Tapi pintu belakang la yang best sebab dekat ngan beach, kolam and coffee house.



Semua makan mee mamak first round pagi tu.
Sekali sedap la pulak mee mamak diaaaaaaa.
Sedap gila!
Nak tambah takut kenyang sangat nanti, sayang tak dapat makan makanan lain.
Aku makan mee mamak, roti canai, roti and cheese and omelette.



Ni baru pintu depan.
Time ni kitorang nak ke pekan Kuah sebab nak hantar baju Redza untuk didobi.
Sebab dia dah keluar minggu tu, nanti takut tak sempat dia nak basuh baju on weekdays.
Jadi kitorang dah suruh dia bungkus siap-siap semua baju kotor.
Baju bersih tak payah bawak sebab kitorang bawakkan dari rumah.



Lega sikit aku tengok Redza dah tak baca buku katun lagi.
Now ke mana-mana dengan buku apa ntah aku pun tak tau, tapi macam buku agama je aku tengok. Insaf kejap mak kau ni.



Porche Carrera kitorang selama 2 hari kat Langkawi.
Paling murah dapat, RM60/sehari.
Nak contact? Tanya En Wan, aku tak tau.



Redza bawak kitorang pi beli ice blended tempat dia always beli time outing.
Boleh tahan sedap. Aku pilih pineapple and lemonade.
Lepas tu baru kitorang pi lunch, pi dobi, pi topup makanan Redza.
Oh kali ni takde gambar tempat makan.
Nak tau sebab apa?
Sebab aku tak join makan sekali. Aku duduk dalam kereta je.
Dorang 3 beranak je yang keluar makan.
Sebab aku takut kucing. Warung kat sana banyak kucing la. Terjerit-pekik aku.
Givap aku nak makan. Last-last aku duduk dalam kereta je tunggu dorang habis makan.
Aku makan kat restoran tertutup je. Walaupun KFC pun takpe, janji takde kucing.



Contohnya, Marrybrown.
Marrybrown boleh sebab tertutup.
En Wan fedap nak cari kedai makan tertutup siang-siang hari tak tau nak pi mana, last-last dia bawak kitorang pi makan kat Marrybrown Airport je. Dia kata, "Konfem kucing tak masuk sini". Kuang asam. Tak penah-penah aku pi bercuti pi makan kat airport. First time. Dah la makan nasik kandar Marrybrown 😂😂.



Ni pemandangan waktu tengahari sekitar pintu belakang bilik aku.



Ni kreativiti namanya.
Baca pakai goggle.
Dah get ready dengan goggle and seluar mandi sekali bapak suruh baca buku dulu pulakkk.
Tu yang membaca sambil pakai goggle tu. 



Ni kat taman depan pintu masuk bilik.
Area ni penuh dengan mini gym.
Tapi aku tengok takde orang pun naik. Balik-balik anak aku je yang penuh kat depan ni.
Orang lain semua berhibernasi dalam bilik agaknya.



Beria Rayyan hayun bendalah ni. Aku risau je tercampak besi ni dia kejekan 😆.



Pool time.
Nasib baik bapak dia nak melayan anak. Aku sorry la nak berendam dalam ni.
Dengan matahari merelit, aku rasa aku boleh berpeluh sambil mandi nanti. Jadi lebih baik aku jadi paparazzi je.



Suara anak aku je kan yang memekak kat pool ni?
Macamkan bapak dia chartered satu resort.





Ni kolam kids. Tapi dia sorang je dalam ni.



Lepas gambar ni, aku tak tau dah mana peginya goggle yang dia pegang tu.
Sampai sekarang tak jumpa.
Memang setiap kali nak pi bercuti, mesti beli new goggle. Asal balik cuti je, goggle hilang.



Laluan belakang bilik.



The next morning, lepas breakfast.
Baru 3 bulan duduk Langkawi, dah kurus dah Redza. Berkat main tennis tetiap petang katanya.
Semua orang duduk asrama kurus. Yang duduk asrama makin gemuk aku rasa Ima sorang je 😆😆.

Sekian saje lah, cuti ke Ombak Villa 3 hari 2 malam.
Duduk 2 malam je, poket tetap rabak.
Khamis depan Redza balik dah cuti 4 malam.
Yang tu memang kitorang suruh dia balik sebab kitorang ada Mood Republik Penang, tak dapat nak ke Langkawi. Jadi dia yang kena balik.
Pasni pikir lagi nak duduk hotel mana pulak untuk next trip ke Langkawi.
Memang agaknya rezeki aku la sepanjang Redza duduk sana, aku cuti kat Langkawi je lah tempat lain toksah pegi.







4 HARI LAGI.
DISKAUN RM10 MASIH LAGI ON SAMPAI 21 APR.
DOUBLE POINTS. KLIK GAMBAR.