2025-05-31

Aku tengok LOVE SONG IN WINTER lebih 15 kali!



Video klip ni adalah LOVE SONG IN WINTER. Boleh tengok kat iQIYI atau WeTV. Cerita ni released December tahun lepas. Drama yang jadi kontroversi di Weibo. Drama yang sengaja nak dibenamkan oleh press dan haters-haters di Weibo. Tapi takpe, itu nanti kendian aku sembang.

Aku dah ulang drama ni lebih 15 kali. Takde skip-skip tau, tengok dari awal sampai habis walaupun dah pernah tengok berkali-kali. Kenapa Love Song in Winter aku tengok banyak kali?

Ya, salah satu sebab Johnny Huang. Itu dah pastilah. Drama dia takde yang aku tak tengok lebih dari sekali, kecuali Bright Eyes in the Dark. Yang lain insyallah lebih 1 kali. Tapi Love Song in Winter ni special sikit, cuma idoklah aku tengok lebih 15 kali hanya kerana dia. Ada something special dengan drama ni yang buat aku tak boleh tinggal. Dah cuba layan a few drama yang kononnya best sangtttttt. Tengok pelakon lelaki yang try too hard nak jadi romantik, menyampah pulak aku nak teruskan.

Antara banyak-banyak drama Johnny yang bergenre cinta, aku suka Love Designer. Ini chemistry paling best between hero and heroin. Dorang punya chemistry punyalah real, sampaikan dari tahun 2020 sampai 2025, orang masih ingat dorang memang bercinta. Tertunggu-tungu dorang officially declare bercinta rupanya nan hado. Kesian netizen berharap. Hahaha.

Chemistry between Johnny Huang dan Dilraba dalam Love Designer (boleh tengok kat iQIYI juga), dorang bawa vibe “power couple” yang betul-betul hidup. Every scene ada spark. Bergaduh pun macam real bergaduh. Emosi tu sampai. Their relationship dalam drama tu feels strong and real, sebijik macam couple you could actually see in real life. 

Aku sangat suka watak Zhou Fang (Dilraba). Zhou Fang adalah karakter perempuan yang ramai orang admire. Independent, steady, tak bergantung pada sesiapa walau kena kecam, kena fitnah, kena sailang. Dia karakter strong woman yang tahu apa yang dia nak and she won't settle. Dia hadap semua dengan kepala tegak. Aku suka betul karakter macam ni. Zhou Fang punya strength datang dari her emotional stability and strong sense of self. This is something we rarely see dalam drama.

Zhou Fang bercouple dengan Song Lin (Johnny Huang). Yang buatkan Love Designer best adalah sebab dua-dua watak ni saling support career masing-masing. Dorang macam team mate. Bukan hanya couple yang bercinta. They know when to step back, when to offer support, and when it’s time to put their career first walaupun terpaksa tolak tepi perasaan sendiri. Benda ni rare dan inspiring, sebab dalam dunia sebenar pun, relationship yang berjaya biasanya macam ni. Bukan yang sentiasa romantik meleseh-leseh, tapi relationship yang built on compromise and genuine support for each other.

Tapi bila aku start tengok Love Song in Winter, terus rasa lain. Drama ni bukan jenis drama cinta yang cliche. Relationship between Jiang Chengyi (Johnny Huang) dan Lu Yan (Sun Qian) lain sangat. Tak sama langsung dengan vibe Zhou Fang dan Song Lin. Kalau Love Designer was all about strength and trust as a team, Love Song in Winter leads us to love yang lebih deeper, calmer, and more gentle.

Aku suka cara Jiang Chengyi dan Lu Yan berinteraksi. Tak banyak drama, tak ada konflik besar yang buat kita marah-marah, yang buatkan drama tu drag. Takde. Sebab Jiang Chengyi jenis cepat bertindak. Sesuailah dengan watak dia as polis. Dia tahu apa dia nak, and dia shoot terus. Dia suka, terus cakap. Dia rindu, terus cakap. Kita yang tengok pun tenang tak merentan. Sebab Jiang Chenyi tak drag rasa cinta. Dia cakap terus. 

Lagi satu, Jiang Chengyi dan Lu Yan both are soft. Tegas, tapi soft. Every glance, every small smile, every light touch semuanya carry so much meaning. Kau boleh rasa their love. It doesn’t feel scripted. Yang penting, dorang betul-betul pilih untuk utamakan satu sama lain secara emosi. 

Love Designer, lebih kepada teammate couple yang saling sokong apa yang partner buat walau terpaksa ketepi perasaan sendiri. Tapi in Love Song in Winter dorang jaga perasan masing-masing. Maybe sebab kisah cinta dorang pernah terputus 8 tahun, dan now bila berjumpa semula, dorang both willing untuk ketepikan semua benda dan utamakan relationship dorang. Ada kind of soft energy in their relationship yang buatkan kita rasa calm, safe, and appreciated. Cara dorang bercinta tu bukan nak show off to the world doranglah terpaling romantik. No. Segalanya sweet yang relax-relax je. Yang penting they genuinely want to be each other’s safe place.

Aku rasa skrip writer ni sangat mengkaji logik antara personaliti Jiang Chengyi as pegawai polis dengan Lu Yan as pakar bius. Jenis orang sibuk macam ni takde masa nak layan daring lovey-dovey in public. Jadi, sesuai sangat karakter dorang dengan personaliti tu.

Lagi satu, Love Song in Winter ni bukan kisah cinta yang over-the-top. Tak ada babak melutut tengah hujan atau jerit-jerit declare cinta. However kita tahu dorang adalah couple yang mengambil berat. Faham tanpa perlu cakap banyak. Semuanya rasa sangat natural. Mature love. Aku suka macam mana Jiang Chengyi dan Lu Yan tak cuba nak jadi “power couple”. Dorang tak kejar status atau nama. Dorang cuma nak kekal bersama. That’s it. And honestly, that’s the truest kind of love. The kind that makes you feel safe, seen, and truly valued. Bukan sebab pasangan tu sempurna, tapi sebab dorang pilih untuk setia dan saling menjaga, walaupun tak sempurna.

Bila aku compare dua drama ni, antara Love Designer dan Love Song in Winter, of cos dua-dua ada kekuatan tersendiri. Tapi yang buat Love Song in Winter lebih melekat kat aku adalah sebab cerita cintanya lebih personal. It's about two souls healing each other. Macam mana pentingnya jadi gentle dengan hati orang lain. Macam mana cinta tak perlu keras untuk jadi kuat. 

Kadang-kadang, bila kita tengok drama macam ni, kita mula reflect balik pada diri sendiri. Kita mula faham, true beautiful love is not the loudest but consistent. Yang membuatkan kita jadi diri sendiri and our partner will always be there for us. Kadang kita rasa cinta tu kena ada spark. But honestly, the kind of love that really hits deep is the kind yang macam cool winter breeze. You can’t see, but feel all the way to your bones. Maybe sebab itulah namanya Love Song in Winter.

Satu lagi aku suka of cos sebab lakonan Johnny Huang. Dia bukan jenis hero yang terlalu dominan. Dia tak try hard nak jadi hero terpaling. Bila dia marah, kita faham kenapa. Bila dia senyum, kita rasa tenang. Dia bukan hero yang banyak cakap, tapi setiap gerak tubuh bercerita. Ini kekuatan Johnny Huang. Dia tak payah overacting, tapi emosi dia sampai. Aku tak tahu macam mana dia buat, tapi dia buat aku percaya Jiang Chengyi itu wujud. Dia ni kalau takde skrip pun, memek muka dia boleh menyampaikan cerita.

Walau macamanapun, aku tak berapa suka Johnny berlakon banyak genre cinta. WASTED. Skill dia elok berlakon skrip yang heavy. Melainkan skrip ada watak military atau polis, takpe. Kalau cerita cinta saja, apetah lagi jadi CEO smart kejung 24/7, takyahlah. Bagi je watak tu kat muka-muka hero comel. Dorang bukannya boleh carry heavy script pun. Kahkahkah.


2025-05-30

Orang yang penat akan merentan

Aku tak sangka at age 47 aku jumpa orang bertanya soalan ni:

Soalan macam ni kalau muncul 20 tahun lepas, kau kena kecam, dik. 

Kalau sesiapa follow blog zaman umur aku 20-an dulu, mesti tahu aku pernah dengan sangat jujur-nya bagitahu yang aku tak nak berpenat-penat balik kerja kena masak, kena urus anak, kena basuh baju. Aku balik kerja dah penat, aku cuma nak rehat terlentang depan TV tengok movie (VCD) dengan En Wan sambil-sambil main Lego dengan Redza. Hoiiii aku kena kecam weh! Masa tu tiada yang lebih dikecam melainkan Diana Ishak.

"Baik takyah kawenlah kalau tak nak urus anak"

"Eloklah bagi laki makan air tangan bibik hari-hari. Lepas tu laki kau kawen dengan bibik"

"Kesian anak dapat mak macam ni"


Perspekstif aku masa tu susah nak diterima oleh kebanyakan perempuan. Padahal aku belajar dari pengalaman. 

Dari umur 9 tahun aku dah menggosok baju kerja mak bapak untuk seminggu sekali harung. Baju sekolah 2 beradik untuk seminggu sekali harung juga. Umur 9 tahun, ya. Darjah 3 baru. Kasut bapak aku pun aku yang kiwikan setiap hujung minggu. Kau ada jumpa anak-anak zaman sekarang Darjah 3 ambil tugas menggosok baju kerja mak bapak? Ada? 

Balik dari sekolah letak je beg, salin baju, makan. Pastu terus kerahan tenaga - basuh baju, sidai. Pastu lipat baju yang semalam punya. Then kemas and sapu rumah (everyday!) Rumah mak aku double storey. Atas bawah kena sapu, ya. By the time settle dah pukul 4 pm. 4.30 pm Mak Aji balik dari kerja. Masa tu la baru nak buat homework. Selalunya aku tertidur kepenatan. Malam karang baru buat homework.

Mak bapak aku dulu takde tanya "Ada kerja sekolah nak buat ke? Nak study ke?" Tak. Time dia masak aku kena turun tolong walaupun minggu exam. Kemas rumah tetap diteruskan macam biasa. 

"Aku dulu pun sekolah juga. Tapi takde pulak sampai tak boleh tolong buat kerja rumah!"

Gitu ayat Mak Aji. Because dorang perlu bantuan aku. Sebab dorang balik kerja dah penat. Jadi, aku yang diharapkan untuk tolong. Pada waktu tu tolong mak bapak lagi utama dari buat kerja sekolah. Sebab itu bila kawen (actually sebelum kawen pun dah plan), aku tak nak repeat this culture. Biar habis kat aku je. Aku nak ada maid, yang boleh uruskan rumah, masak, jaga anak, so that aku balik kerja dapat berehat.

Tapi ye lah, pemikiran macam aku ni some people rasa macam too wild. Jadi isteri dan ibu kena berkorban, kena berpenat katanya. 

NO WAY! Aku nak enjoy life. Maksud enjoy is, aku tak nak buat dah kerja-kerja rumah ni. Puas dah aku buat masa kecil. Aku nak fokus building career, have sweet time dengan suami and anak-anak, nak pi tengok midnight movie, dan nak keluar melepak mamak berdua dengan suami at 11 malam. Kalau itu dilabel sebagai "mak apa macam ni?", I am ok with that. Kalau kau nak proceed dengan menjadi mak yang ok berpenat-penat, that's your choice. Aku tetap nak enjoy life walau dah jadi mak.

Now, at this age, bila terpandangkan post Thread tadi, teringat balik semua kecaman dulu. Senyum jelah. Sebab apa? Because I don't regret my decision at all. Aku tahu decision aku masa tu tak ikut majoriti. Nasib baik aku kalis kecaman. Cakap je la apa kau nak kalau itu buatkan kau bahagia. Aku cuma tak nak repeat pattern hidup zaman aku kecil. Aku tak nak jadi mak yang menaga 24 jam sebab stress penat. Aku tak nak perangai aku buat orang lain pun stress. Aku tak nak demi nak jadi mak yang ikut majoriti akhirnya aku murung, burnout, dan marah-marah tak tentu hala.

Bukan aku regret dengan cara didikan parents aku. Tak. Apa yang dorang buat dulu adalah dengan kapasiti yang dorang ada. Dorang tak mampu gajikan pembantu rumah, jadi akulah orang harapan. Dorang takde pilihan. Tapi now aku ada pilihan. Rezeki aku ada duit lebih sikit, maka aku gajikan maid. Gasaklah dulu orang kecam kata aku selfish sebab prioritize rehat. But look now. Ramai isteri confess PENAT. Mana nak kerja. Balik kerja nak kemas rumah lagi. Mana nak masak lagi. Nak urus anak lagi. Nak tengok homework anak. Pastu nak melayan suami lagi. Esok nak bangkit awal siapkan anak ke sekolah pula. Aku dengar pun letih. 

Memang penat. Ada yang penat sangat sampai menangis. Ada yang rasa lost lepas jadi mak. Some people jealous tengok orang lain boleh bercantik-cantik, look young, boleh layan midnight movie dengan suami bukan sebab orang lain tu lebih segalanya. Tapi sebab dia penat! Bila penat, nak lampiaskan kemarahan kat anak-anak and suami tak boleh. Tu yang jadi bitter tak tentu arah kat media sosial. Berdengki dengan life orang 24/7. Sebab penat!

Orang yang penat akan merentan "Tak faham dengan mak bapak yang boleh tinggalkan anak kat maid, pergi honeymoon"

"Tak fahamlah dah jadi isteri and mak masih lagi nak me time dengan kawan-kawan"

"Tak fahamlah jadi mak tapi hari-hari order Grab"


Hello? Dia order Grab bukan maggi goreng, ya. Tu ha Absolute Thai proper meal. Dapur tak kecah. Makanan pun sedap.

Aku ni nampak je macam tak jaga anak. Padahal aku jaga, cuma aku tak buat semuanya sendiri. Ada beza antara tak jaga anak, dengan delegate tugas supaya kita boleh jadi versi ibu yang lebih tenang dan waras. 

Balik dari kerja, lepas mandi, makan berdua dengan En Wan. Lepas makan, kitorang duduk depan TV tengok berita sambil teman Redza buat homework. Masa tu la bersembang, gurau-gurau, main Lego. Bila Redza dah tido, kitorang berdua baring berdua depan tv tengok VCD. Kitorang tetap ada masa untuk anak and pasangan. Toksahlah kau assume macam-macam. Yang takde masa nak buat semua tu, kau je. Hanya kerana kau cannot find time buat semua tu, jangan ingat orang lain jalani life yang sama juga. You choose that life, enjoy je la. Aku pilih cara aku.

I don't believe in the idea of ​​"women have to do everything". Kalau lelaki boleh balik kerja dan terus baring tengok TV, kenapa perempuan tak boleh? Kenapa bila perempuan buat macam tu dicop tak bertanggungjawab? That's why I was very firm from the beginning. I NEEDED HELP. Aku ambil maid. 

Gap antara bibik Yani balik Indonesia dengan nak tunggu new bibik masuk, aku simplify-kan hidup. Letak Redza kat nursery. En Wan beli makanan luar. Baju hantar dobi siap gosok. Sebab we both tak nak penat. Kalau penat, nanti sama-sama stress. Bila stress, nanti anak jadi mangsa. Kita nak happy-happy.

Orang yang paling selalu orang lupa dalam rumah tangga ialah, ISTERI. Semua nak jaga hati suami. Nak jaga anak. Nak jaga rumah. Tapi siapa nak jaga hati isteri? Ada siapa tanya isteri "Are you okay today?"

That's why I drew the line early on. I didn't wait for people to understand me. I had to make my own decisions. Dan sebenarnya En Wan pun tak pernah kisah. Sebab dia nampak effort aku dari cara lain. Aku support dia dengan berkongsi expenses, dan bagi dia kebebasan untuk fokus pada kerja. Sometimes dia kena masuk kilang pukul 1-2 pagi, and some more or weekends. Isokay. Kita simplify mana yang boleh. 

Our house is not perfect, tapi tak ada jerit marah anak sebab stress. Tak ada muka monyok sebab penat urus rumah sorang-sorang. Bila rumah tenang, anak insyallah membesar dalam suasana yang stabil. Menjadi mak bukan tentang masak hari-hari. Bukan tentang basuh baju sendiri. But about being present emotionally and mentally for the family. And to do that, kau kena ada ruang untuk diri sendiri. Kau tak boleh bagi dari gelas yang kosong. So isi gelas kau dulu dengan rehat, dengan tenang, dengan freedom, dengan entertainment. Baru kau boleh bagi dengan ikhlas kat keluarga.

And today, aku masih dengan prinsip yang sama. Walau orang kata pelik, I know I am happy. Kalau kau rasa perlu jadi mak yang masak sendiri, urus semua benda sendiri, dan kau enjoy buat semua tu, go ahead. I respect that. Tapi kalau kau macam aku yang tak nak ulang penat lelah zaman kecil, and want to live a little more than the kitchen and the washing machine, buatlah apa yang kau seronok. Kita semua mak-mak. Tapi mak yang bahagia tak semestinya mak yang sentiasa penat. Kalau jadi “mak moden” tu salah, biarlah aku jadi salah yang bahagia.


2025-05-29

GreenAard: Bila gula dalam darah tinggi, diabetis bukan satu-satunya masalah

Orang yang ada kencing manis, masalah utama dorang adalah, badan tak boleh proses gula (glukosa) dengan betul.

Badan kita ni macam pejabat pos. Glukosa ni macam parcel yang sampai setiap hari. Tugas insulin (hormon dari pankreas) ialah menjadi posmen, tolong hantar parcel ni ke tempat yang sepatutnya, iaitu sel-sel badan. Tapi dalam badan seorang diabetic, posmen ni jadi malas, tak cekap, atau langsung tak wujud. Akibatnya, parcel makin banyak bertimbun kat pejabat. Dalam kes ni, gula makin banyak berkumpul dalam darah. Masa ni, gula bukan sekadar banyak, tapi dah jadi liar.

Darah kita ibarat highway. Gula yang terlalu banyak adalah ibarat lori-lori besar yang rempuh semua benda. Lori adalah gula yang merosakkan lapisan dalaman salur darah. Lapisan salur darah kita yang sepatutnya licin, macam jalan freshly tarred tapi bila kena attack dengan gula yang tinggi setiap hari, jalan tu mula berlubang-lubang, kasar, dan ada rekahan. Kat sinilah permulaan kepada masalah lain, selain diabetis, pesakit diabetis juga ada masalah KOLESTEROL TINGGI.

Bila salur darah dah rosak, kolesterol pun datang melekat kat kawasan yang rosak tu. Terutamanya kolesterol jenis jahat (LDL = Low Density Lipoprotein). Ibarat macam simen, bila ada dinding retak, orang akan simenkan kawasan rentan tu, betul tak? Tapi kolesterol LDL bukanlah tukang simen baik. Dia cuma tampal-tampal je sampailah kawasan tampak tu menebal hingga menyumbat laluan darah. Inilah yang dipanggil plak kolesterol. Dan inilah yang buatkan arteri makin sempit, aliran darah makin perlahan, dan risiko serangan jantung pun meningkat.

So kat sini aku ringkaskan kaitan antara diabetis dengan kolesterol tinggi:

Gula tinggi = salur darah rosak.

Salur darah rosak = kolesterol mudah melekat.

Kolesterol melekat = risiko jantung meningkat.

Ramai pesakit diabetes ada LDL yang lebih banyak dan dari jenis yang melekit. Jadi LDL dalam pesakit diabetis lebih mudah melekat kat dinding salur darah. Kombinasi ni sangat bahaya.

Ramai orang hanya pantau bacaan gula, tapi tak tengok bacaan kolesterol. Bila dah kena serangan jantung baru nak check semua. Padahal dua benda ni saling berkait. Ramai juga terpaksa ambil statin (ubat turunkan kolesterol). Tak salah nak ambil, tapi statin ada side effect dan bukan semua orang serasi. Kalau ada alternatif yang lebih natural, why not tak cuba alternative?

GreenAard ada satu produk namanya Nutrijuice yang memang KHUSUS untuk stabilkan bacaan kolesterol. Takde gula dalam ni. Kita guna stevia (pemanis semulajadi yang tak naikkan gula darah). Ini penting sebab pesakit diabetes sangat sensitif dengan gula. Bahan-bahan lain dalam Nutrijuice help lower cholesterol naturally, melalui sokongan kepada fungsi hati, sistem peredaran darah dan pengurangan oksidatif stress dalam badan. Konsep dia, bantu badan pulih dari dalam. Bukan sekadar turunkan bacaan atas kertas.

Dan satu lagi bahan penting dalam Nutrijuice yang ramai tak tahu, adalah sterol tumbuhan. Ini bukan bahan rare, tapi keberkesanannya sangat power, terutamanya untuk turunkan kolesterol jahat (LDL). Sterol ni wujud secara semula jadi dalam sayur and buah. Struktur dia hampir sama dengan kolesterol, tapi tak memudaratkan, malah bantu lawan kolesterol jahat dalam badan.

Fungsi dia mudah. Bila kita makan, kolesterol dari makanan diserap masuk ke dalam darah melalui usus. Tapi bila ada sterol, dia block laluan kolesterol jahat daripada diserap. Hasilnya, lebih banyak kolesterol jahat akan keluar melalui sistem pencernaan, dan kurang yang masuk dalam darah. Macam security kat pintu masuk club. Yang lulus requrement je boleh masuk. Yang tak lepas, semua kena tolak.

Nutrijuice BUKAN ubat diabetis, ya. Tapi ia mampu stabilkan bacaan kolesterol yang tinggi. Ini penting untuk pesakit diabetis. Kenapa?

Sebab bila ada diabetes, gula darah yang tinggi boleh rosakkan salur darah dari dalam. Salur darah yang rosak ni jadi tempat kolesterol jahat (LDL) melekat. Lama-lama, salur darah jadi sempit, aliran darah tak lancar. Inilah punca sakit jantung dan strok yang sangat biasa berlaku dalam kalangan pesakit kencing manis. Jadi, bila kolesterol jahat turun, risiko masalah jantung, tekanan darah tinggi, dan stroke pun turun sama.

Kalau korang tengah ikhtiar cari cara turunkan kolesterol tanpa ubat, Nutrijuice adalah pilihan yang boleh dicuba. Minum konsisten 2-3 bulan dulu dan tengok perubahan. Lihat progress dari segi bacaan kolesterol (LDL, HDL, total cholesterol), tekanan darah, tahap tenaga, kekerapan rasa kebas, penat, atau susah tidur. Setiap orang lain-lain kesan. Tapi satu je yang pasti - kalau tak mula, kita takkan tahu.



Sementara masih ada baki 3 hari lagi sebelum PAY DAY MAY tamat pada 31 May, sempat lagi nak grab pakej ni. Beli 4 botol, dapat 1 free. 4 botol ni tahan pakai untuk 2 bulan. Dapat xtra sebotol, tahan la 2 bulan lebih. Whatsapp 013-7557424 atau 012-7728976.


2025-05-28

Medical Card tak boleh beli beras katanya.

Baru-baru ni kat Thread:


Tak tahulah dia tuju kat siapa. Dan kenapa dia bitter nau dengan adik tu, tak tahulah. Mungkin niat asalnya nak ‘menyedarkan’ orang tak terlalu bangga ada medical card. Malangnya, ayat ni bukan sahaja kelakar hambar tapi menunjukkan betapa ramai rakyat Malaysia yang masih tak faham apa tujuan medical card. Ni bukan nak marah, bukan juga nak hentam. Tapi nak buka minda dan bagi kesedaran. Dengan harapan, lepas baca ni, tak ada lagilah yang buat komen-komen konfiden bodoh macam ni. 

Pertama sekali, kalau nak kaitkan dengan beli beras, kena faham yang medical card bukan kad debit, bukan kad diskaun, dan confirm bukan kad untuk beli beras. This is a health protection card yang datang bersama pelan takaful perubatan. Bila kita sakit, kena masuk hospital, dan kena buat operation atau treament yang berterusan, medical card tolong bayarkan kos rawatan tu.

Contoh, kau masuk hospital private untuk appendicitis. Kos-nya boleh mencecah RM8-12K. 

Accident, patah kaki, masuk wad, kos boleh cecah RM20K. 

Kena kanser? Treatment can easily hit RM200K ke atas. 

Without medical card semua kos tu kena keluar dari poket sendiri. Kalau sihat dan kerja, alhamdulillah. Tapi lama mana company boleh bagi gaji? Eventually dia bagi cuti tanpa gaji. Kalau private, lagilah. Takde dia nak simpan kau lama-lama kalau takleh datang kerja. Konfem kena terminate. Bila sakit, duit gaji tak masuk, kerja tak boleh buat (tak dapat cari kerja lain), pastu savings habis untuk hospital, masa ni kau terpaksa pilih juga antara teruskan rawatan dengan beli beras.

Betul, medical card tak boleh buat beli beras, tetapi medical card selamatkan duit savings kita. Kalau tak perlu keluar RM50K untuk pembedahan, maknanya duit tu masih boleh guna buat beli beras, bayar sewa, bayar susu anak. Kalau tak ada medical card, dan terpaksa korek savings (atau worse terpaksa berhutang), dengan apa lagi kau nak teruskan hidup? 

Tak semua benda perlu ditukar untuk jadi berharga. Ada yang berfungsi sebagai penyelamat bila masa susah. Realitinya, bila jatuh sakit, keadaan sekeliling jadi tertekan. Apetah lagi bila tak dapat bekerja, income stop. Sedangkan bil tetap jalan. Makan tetap kena makan. Anak tetap kena sekolah. Loan rumah tak stop. Sewa tak automatik jadi free. Isteri tak tiba-tiba jadi kaya. Semua masalah ni akan jadi beban besar one takde income. 

Kat sinilah tujuan ada medical card. Medical card umpama ada orang bayarkan treatment. Having a medical card bukan nak tunjuk kita mampu bayar caruman bulanan. Tak. Yang tak mampulah lagi kena ada medical card untuk kurangkan beban kewangan masa saat paling sukar dalam hidup.

Bayangkan tengah terbaring kat hospital, sakit, badan lemah, otak pula serabut fikir bil hospital yang makin naik everyday. Masa tu, nak tenang pun susah sebab kita tahu setiap jarum cucuk, setiap ubat masuk, setiap kali doktor masuk check - semuanya ada harga. Kalau tak ada medical card, kita yang kena bayar semua tu. Anak-anak masih perlu makan. Isteri masih perlu duit untuk urus rumah. Hidup tak stop walaupun kita sakit.

Betul, medical card bukan penyelesaian semua masalah. But at least it cuts down on one big burden iaitu treatment costs. Kalau ada medical card yang cover penuh, kita tak perlu keluarkan duit simpanan. Duit dalam akaun tetap selamat untuk kegunaan keluarga. Kita boleh fokus untuk sembuh, bukan risau nak cari duit.

Ramai masih salah faham. Dorang ingat, "Alah, government hospital kan ada"

Betul. Tapi government hospital pun ada limitnya. Kalau penyakit biasa, mungkin okay. Tapi kalau kes berat, rawatan tertentu, kau tetap kena tunggu giliran, ya.

"Aku sihat je sekarang"

Ni statement paling kelakar. Seolah-olah macam kau kata, “Aku tak pernah accident pun, buat apa pakai seatbelt?”

We prepare for the worst, hoping it never comes. Tapi kalau datang, kita ready. Tu namanya tanggungjawab. Sekarang memang sihat. Tapi penyakit tak ketuk pintu sebelum datang. Bila dah sakit, dah terlantar, baru nak ambil medical card, masa tu dah tak layak. Sebab medical card BUKAN untuk orang yang dah sakit. Ia untuk orang sihat yang belum dapat sakit.

Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta. Look. Takde siapa kata hospital kerajaan tak bagus. Tapi kita juga kena jujur yang hospital kerajaan yang always penuh. Giliran panjang. Ini mungkin menyebabkan treatment delay. 

Hospital swasta pula boleh masuk terus. Rawatan cepat. Pilihan ubat lebih luas dan of cos lebih selesa untuk patient and family. Masa Rayyan kena push dari Avisena ke PPUM dulu pun, sebab doktor Avisena tu ada connection dengan UM. Kalau tak, memang kitorang kena queue untuk buat biopsi. Alhamdulillah, masuk today, lusa dah biopsi. Lagi 2 hari result biopsi clear, terus discharge and transfer semula ke Avisena. 

Nauzubillah, tolonglah jauhkan aku and family dari repeat keadaan ni lagi. I mean the whole thing, bukan masalah hospital. Trauma aku nak lalui the process. Tapi "kena sidai" itu wujud, ya. 

Medical card bukan isu riak, tapi tanggungjawab. Kalau someone share pasal medical card cover RM200K, jangan cepat triggered. Mungkin dia baru recover dari penyakit berat. Mungkin dia cuma nak buka mata orang lain untuk ambil langkah sama. Kenapa bila orang tunjuk achievement kita tepuk tangan, tapi bila orang tunjuk medical card kita tuduh dia riak? Mindset tu kena upgrade.

“Baik beli beli beras dari bayar medical card"

Siapa kata tak boleh buat dua-dua? Duit belanja untuk kegunaan harian. Medical card untuk kegunaan waktu krisis. Dua-dua penting. Sama macam kau bayar bil air dan bil elektrik. Bukan boleh pilih salah satu.

Well, medical card ni kalau benar-benar tak mampu memanglah perlu pilih. Takde paksaan pun. Tapi selalunya yang beria menghencap medical card bukannya tak mampu, tapi entahlah bitter tak kena gaya. Maybe komitmen dia dah tinggi, nak buang rasa bersalah maka dia kecam orang yang ada medical card, kecam agen, kecam sistem takaful. Padahal tak pernah pun sesiapa PAKSA beli. Hanya sharing saja. Tapi sebab hati dah berserabut, jadi semua yang buat pilihan berbeza dari dia nampak salah. 

Yang peliknya, kalau orang beli iPhone baru takde pula dia kecam. Yang pilih untuk medical card dikata buang duit, terpengaruh, kena game dengan agen, etc. Padahal, kalau difikir logik, handphone pun tak boleh cover bil hospital!

Maybe orang-orang yang selalu guna alasan "baik beli beras", dia pernah ambil pelan takaful tapi tak faham tujuannya, jadi dia kecewa. Atau mungkin dia pernah ada pengalaman agen yang pushy, yang tak telus, yang lebih pentingkan komisen dari keperluan klien. If that's the case, be angry with the agent, not the whole concept. Don't just reject all protection opportunities because of one bad experience. Kalau dulu ambil pelan yang salah, sekarang ambil pelan yang betul. Cari agen yang telus. Baca polisi. Tanya sampai faham. Sebab yang tanggung nanti bukan agen, tapi kita dan keluarga kita.

Again, medical card memang tak boleh beli beras. Tapi dengan medical card, duit savings tetap kekal. Dengan medical card, isteri tak menangis fikir nak bayar bil. Dengan medical card, anak-anak masih boleh teruskan sekolah. Jadi sebelum kita hina orang lain yang buat persediaan, tanya diri kita dulu, "Kalau aku sakit esok, cukup tak aku jaga keperluan family aku?” Kalau jawapannya "tak pasti" atau "belum lagi", then today is the best day to start taking action. Jangan jadi orang yang pandai bagi punchline sarkastik, tapi tak buat apa-apa untuk protect orang tersayang. Medical card tak boleh beli beras. Tapi mungkin ia menjadi punca kenapa beras masih ada masa kau terlantar nanti.

Hari tu ada orang tulis "Rasa tak berbaloi pulak bayar hibah every month. Entah merasa ke tak duitnya"

Hoi! Siapa agen budak ni? Tolonglah bagi pencerahan. Ni mesti dia ingat hibah tu investment yang duitnya bakal dapat kat dia. Ini adalah contoh client yang beli payung tapi kecewa sebab tak hujan-hujan.

Dik, hibah takaful bukan untuk kau merasa, tapi untuk waris hidup selesa bila kau dah tak ada nanti. Hibah BUKAN skim pelaburan. Ini tabung kasih sayang, bukan tabung self-reward. Bayar hibah tiap bulan tu bukan rugi, tapi tanggungjawab. Sebab kalau kau dah takde esok, duit hibah tu akan bantu pasangan, anak-anak, atau mak ayah yang kau tinggalkan. Itulah fungsinya. Bukan untuk kau pakai buat shopping di hari tua.

Bayar hibah ni sama macam kau pasang alarm kat rumah. Bayar bulan-bulan. Tapi kalau rumah tak pernah kena pecah masuk, kita bersyukur kan? Bukan merungut, “Eh, rugilah alarm ni, tak pernah pun pencuri datang". Adehhh.

Jangan banding hibah dengan ASB, Tabung Haji, atau saham. Tu semua tempat menyimpan dan menggandakan duit. Hibah adalah tempat make sure orang yang kita sayang tak terkapai-kapai bila kita dah tiada. Fungsinya berbeza. Hibah bukan untuk kau enjoy. Hibah untuk legasi. Kalau nak rasa hasil, buat investment. Prudential pun ada pelan investment.

Realitinya, ramai orang muda mati awal. Tak sempat pun nak “balik modal”. Tapi bila ada hibah, at least ada sesuatu yang tinggal untuk keluarga. Boleh bayar hutang, boleh sara anak-anak terus sekolah, boleh bantu isteri survive. Nak ke anak isteri start hidup baru dengan hutang dan derita? Atau nak dorang teruskan hidup dengan tenang dan lega sebab kita dah sediakan sesuatu?

So tolong, jangan jadi selfish. Kalau betul-betul tak faham apa tu hibah, jangan buat statement yang misleading. Ramai orang lain yang tengah buat decision penting untuk lindungi keluarga dorang. Jangan jadi batu penghalang dengan perkara yang tak cukup info. Nak ambil hibah atau tak, itu hak masing-masing. Tapi kalau tak nak ambil, jangan kelirukan orang yang ambil. Orang yang ambil tu bukan nak rasa duit dia. Dia cuma tak nak keluarga dia rasa susah bila dia dah tak ada.


2025-05-27

Janganlah Jadi Judge-Jury-Executioner Beg Orang

Kat Thread aku terbaca satu post cakap “Dalam banyak-banyak bag, elaklah beli Longchamp. Orang-orang Bangsar buat bag tu as recycle bag untuk groceries”.

Terus aku macam, haihhhh. Dah kenapa pelik ya orang-orang sekarang. ELAKKAN BELI sebab beg tu orang lain pakai buat angkut groceries? Apa masalahnya kalau dibuat angkut grioceries? Adakah kau nak kata tak payahlah hadap dengan Longchamp ni? Dey, sukati dialah nak beli Longchamp.

Dulu masa Coach tengah mendonia, ada juga yang kata "Kat US, Coach ni cashier je yang pakai". 

Why eh some people seakan-akan bitter gitu? Adakah kau nak mention yang sebenarnya takyah hype-kan Coach sebab bukannya luxury pun. Tahap-tahap cashier je pakai. Gitu ke?

Aku pelik bila ada orang obses dengan imej sampai nak dictate apa yang patut orang beli or pakai, based on siapa yang layak pakai benda tu. Macam, kalau Longchamp dah jadi beg groceries kat Bangsar, automatik terus kena blacklist ke camne? Since when status barang di-determined by the function that other people use it for?

Kalau ikut logik tu, bermaksud kita semua kena check dulu orang Bangsar buat apa dengan setiap brand sebelum decide nak beli? Kalau esok ada Datin angkut beras guna Prada tote, kita semua kena campak Prada kita? Come on lah. It’s just a bag. Orang beli barang ikut apa yang practical untuk dorang, bukan untuk your approval.

Dulu sekitar 2006-2007, Coach tengah hangat kat Malaysia. Masa tu design dia buruk betul tapi sebab brand dia famous, maka sana sini orang bercakap. Bloggers ramai yang beli Coach masa tu. Then orang start cakap "Coach ni cuma cashier kat US je pakai".

So what kalau cashier pakai? Itu bermakna cashier tu ada taste. Kalau cashier boleh afford, good for them. Kita pun patut celebrate, bukan downgrade barang sebab “tak exclusive sangat rupanya”. 

Masa Coach tengah hot, ramai sangat yang berasa entitled nak declare apa classy dan apa murahan. The thing is, any barang yang stylish tak semestinya kena mahal gila atau limited edition. Ada orang suka Longchamp sebab ringan, tahan lasak, boleh lipat masuk bag, waterproof pulak tu. Even orang yang ada duit banyak pun still beli Longchamp bukan sebab tak mampu LV, tapi sebab Longchamp memang convenient.

Benda paling kelakar bila orang kutuk Longchamp ni sebenarnya diam-diam pun ada seketul dua kat rumah. Heh! Cuma bila dengar orang guna buat groceries, terus rasa down. Padahal fungsi beg tu still sama, untuk angkut barang. Whether kau isi dokumen ofis atau sayur kangkung, benda tu still beg. Dan jangan lupa, ada Longchamp yang limited edition, ya. Orang collect sebab design dia rare. Beli kat overseas masa musim tertentu. Tak semua orang beli Longchamp dari outlet biasa. So pleaseeeeeee *rolling eyes sampai juling*

Sebenarnya isu ni bukan pasal beg pun. Ni pasal mentaliti sesetengah orang yang letak value diri dia based on apa orang lain pakai. Dia rasa validated bila pakai barang yang exclusive, dan dia rasa lebih tinggi bila orang lain tersalah pakai benda yang dia anggap kelas bawah. That’s the real issue. Rasa superior sebab barang. Tapi come on. Orang beli barang bukan sebab nak impress sesiapa. Orang beli sebab fungsi, sebab suka, sebab kenangan, sebab warna match dengan kasut baru. Ikut suka dialah. Hidup ni dah cukup stressful, tak payahlah tambah dengan rules tak masuk akal macam ni.

Honestly, bila ada yang kata elakkan pakai Longchamp, aku rasa macam… that is a bit excessive. Sampai nak kena elak elak. Dah kenapa? Lainlah kalau kata “If nak beg yang banyak compartment, Longchamp mungkin tak sesuai” - ha, tu logik. Ni nak suruh orang elakkan sebab driver Datin guna isi groceries? Sorry, that’s just snobbish. Kalau beg kau mahal tapi attitude murah, still tak classy, ya. So let’s stop judging people based on their bags. Sometimes, the most down-to-earth people pakai beg yang paling simple. And honestly? That’s more stylish than any logo.

First of all, aku sendiri ada a few Longchamp. Tapi tu lah, aku tengah berpikir-pikir kat mana aku letak Longchamp aku? Aku ni dah lah mencari Kitchen Aid mixer pun tak jumpa lagi. Ini nak mencari beg yang boleh dilipat-lipat pulak. Boleh jumpa ke tak agaknya ni. 

Teringat aku ada satu Longchamp beli kat Osaka dulu. Spring Limited Edition. Sumpah aku lupa mana simpan. Ni lah jadinya bila kau bukan jenis terlalu attached pada beg. Aku ni asalkan cantik, tahan lama, dan ringan, aku beli. Tak kisah pun brand apa.

Longchamp ni beg nylon. Ringan. Lipat pun senang. Kalau pakai hujan, tak serap air macam leather. Kalau masuk barang berat sikit pun masih boleh tahan. Of course ramai orang beli. Kalau nak guna as beg groceries pun memang sesuai je. Masalah dengan kita ni satu je. We like to value people through the things they use. Padahal barang tu pada asasnya, hanyalah objek. Fungsi utama beg untuk simpan barang. Tapi kita dah twist fungsinya jadi satu status symbol.

Dulu aku ada Chanel GST (Grand Shopping Tote). Yang besar gabak tu. Nak riba pun tak praktikal. So ada satu masa tu En Wan drive, aku ambil gambar beg tu kat celah kaki. Tak salah aku caption aku "Dah berani bawak keluar beg ni dengan En Wan.." Yang tahu, tahulah kenapa aku tulis gitu. Malas pulak nak cerita balik.

Sekali ada orang komen “Kalau ori, sayang nak letak kat kaki”

Aku baca...kau dah kenapaaaaaaa. Sampai ke situ dia boleh terpikir? So beg mahal kena letak atas bantal ke camana? Tak boleh direct contact dengan lantai kereta? Helo? Kereta aku bersih ya. Tak macam kereta kau berkerak. Ada roti, ada resit lama melekat kat lantai, ada stokin busuk bergulung segala.

Aku beli Chanel GST tu bukan untuk impress orang. Aku suka design dia, saiz dia ngam dengan kegunaan aku masa tu, dan aku ada rezeki lebih. Simple. Tapi bila orang judge kita macam tu, aku jadi entahlah, malas ada. Meluat ada. Sebab apa pun kita buat, mesti ada yang judge. Hanya kerana dia rasa beg tu sangat mahal dan tak sepatutnya letak atas lantai kereta, maka kalau aku buat, makannya beg tu bukan ori. Ah gasaklah. Kalau kau rasa dengan anggap beg aku tak ori boleh buat kau lega dan tenang, silakan.

Aku tak jumpa mana gambar neg celah kaki yang aku snap tu. Tapi aku jumpa gambar ni. Ini gambar tahun 2014. Tak salah aku, aku beli beg GST maybe dalam tahun-tahun itu juga. Saja nak tunjuk inilah keadaan lantai kereta aku. Kebanyakan masa lantai kereta aku memang bersih dan wangi, ya. Sebab yang tukang jaga En Wan.

Korang tahu tak sebenarnya ramai beli branded bag bukan sebab dorang nak guna tapi sebab nak masuk dalam circle pakai henbeg branded. Nak approval dalam circle tertentu. Padahal diri sendiri tak enjoy the bag. Takut tercalar, tak boleh letak atas meja, tak boleh bawak pergi hujan, lepas pakai kena lap dan simpan balik dalam kotak. Sebab kalau tak buat macam tu nanti orang kata beg kau tak ori. Eh kesah pulak aku. Kalau setiap kali pakai nak kena lap balik, simpan dalam dustbag, masuk balik dalam kotak. Renyahnya!

Aku beli sebab aku suka. Dan barang tu kena praktikal dan memudahkan hidup aku. That is the smartest purchase. Longchamp to me is that. Dia tak menyusahkan kita. Dia tak mintak kita spare kain untuk lap kalau hujan turun. Dia tak mintak kita polish every week. Dia buat kerja dia, iaitu angkut barang. Dan dia tetap nampak classy. Kalau ada orang guna Longchamp untuk angkut groceries? Power to them. Bag tu tahan. Why not? Sama macam orang guna LV Neverfull besar gedabak tu untuk letak pampers anak, botol susu, atau tuala. It doesn’t mean beg tu jatuh standard. Itu maksudnya orang tu bijak guna barang dia.

Lagipun, taste orang tak sama. Some people buy it for daily use. Some people buy it because of sentimental value, maybe hadiah. Ada juga yang beli sebab collection. The same goes for people who use high end items for ordinary things. Dorang bukan tak hargai nilai barang tu. Tapi dorang beli untuk guna, bukan untuk tayang. Sama macam pinggan Corelle. Walaupun mahal, tapi guna harian je. Nak makan nasi lemak ke spaghetti ke, tetap guna pinggan tu.

We all need to start buying things for our own use, not for display. Kalau hati rasa suka, barang tu praktikal, dan kita mampu, beli. Tak perlu tunggu greenlight daripada netizen Bangsar *julingkan lagi mata*. 

Nak pakai Longchamp isi sayur? Silakan. Nak pakai LV letak barang groceries? Go for it. Nak guna tote RM10 dari Shopee pun tak ada masalah. Asalkan kau bahagia dan barang tu memudahkan hidup, that’s enough. Let's not discourage people who use things differently than us. You never know the story behind each purchase. Ada orang beli beg tu hasil kerja keras buat OT. Ada yang dapat hadiah dari mak ayah. Ada yang beli sebab celebrate diri sendiri lepas achieve something. Kalau dia nak treat that Longchamp as barang luxury, biar. Bukan kau yang bayar beg dia pun.


2025-05-26

GreenAard: JANGAN LEBIH DARI 31 INCI!

Woman, tinggi 164 cm, berat 68 kg.

Aku sebenarnya lebih suka korang kurangkan inci pada pinggang berbanding berat badan. Ramai orang masih terlalu fokus dengan angka pada penimbang. Everytime naik penimbang, when the number doesn't go down, terus rasa demotivated. Tapi pernah tak perasan satu benda, iaitu sometimes berat tak turun banyak, tapi seluar dah longgar? Maknanya apa tu?

Maknanya turun inci lebih penting dari turun kg.

Ini bukan ayat penyedap hati. Ini sains.

Based on this customer punya details, tinggi 164 cm, berat 68 kg. Gemuk ke tak? 

Ok, kita tengok dulu ukuran yang biasa orang guna, iaitu BMI (Body Mass Index). Dulu masa aku jadi medical underwriter kat Prudential, aku banyak handle kes berat badan (overweight/underweight) dan high blood pressure. Kitorang guna BMI untuk lulus atau reject permohonan. Kalau korang perasan, dalam application form medical card, helaian pertama adalah details berat badan. Kalau BMI tak lepas, aku tak tengok dah belakang-belakang tu. Consider tak sihat untuk dapat medical card. Reject.

If agen appeal, baru proposal tu akan masuk balik untuk medical underwriter buat second assessment. Inilah juga yang aku buat untuk client-client En Wan yang saringan pertamanya kena reject due to BMI. Aku tolong En Wan buat surat appeal. Dalam surat tu selalunya kita buat argument based on science. Alhamdulillah, setakat ni semua client En Wan yang direject saringan pertama due to BMI, lulus medical card.

Aku tak berapa suka dengan pengiraan berat melalui kekdah BMI, walaupun itu standard pengiraan berat badan. Bila melibatkan berat badan ada banyak faktor yang boleh diambil kira. Angka BMI dan penimbang bukanlah satu-satunya.

Berbalik pada customer tadi, kalau ikut formula BMI: Berat (kg) ÷ (Tinggi dalam meter)²
= 68 ÷ (1.64)²
= 68 ÷ 2.6896
≈ 25.3

Based on BMI chart (WHO):

Kurang dari 18.5 = Underweight
18.5 hingga 24.9 = Normal
25 hingga 29.9 = Overweight
30 ke atas = Obesity

Jadi, 25.3 tu baru masuk kategori overweight, bukan obes. Tapi, BMI ada kelemahan besar, iaitu dia tak ambil kira komposisi badan. This is point terbesar yang aku always argue dalam appeal letter untuk client En Wan. 

So apa maksud BMI tak mengambil kira komposisi badan?

Maksudnya, kau banyak otot ke, banyak lemak ke, dia tak kira. Kau atlet ke, suri rumah ke, dia tak kira. Bentuk badan curvy atau straight, dia tak kira. Dalam erti kata lain, BMI hanyalah angka kasar. It’s like judging a book by its cover. 

Everytime customer GreenAard ambil GC Plus, aku always minta dorang UKUR LILITAN PINGGANG. Tak payah naik penimbang. That's why dulu setiap pembelian GC Plus kita bagi measuring tape sekali. 

Ukur lilit pinggang lebih tepat dari BMI sebab perut buncit adalah risiko kesihatan yang lebih besar. Ukuran pinggang shows how much visceral fat you have (lemak yang balut organ dalaman macam hati, jantung, pankreas). Lemak visceral bukan jenis 'nampak gemuk' je tapi juga jenis senyap tapi bahaya. Lemak viseral berkait dengan risiko untuk dapat diabetes, risiko tekanan darah tinggi, risiko sakit jantung, risiko kolesterol tinggi, dan lain-lain masalah metabolik.

So, berapa ukuran pinggang yang sihat untuk perempuan?

JANGAN LEBIH DARI 31 INCI!
JANGAN LEBIH DARI 31 INCI!
JANGAN LEBIH DARI 31 INCI!

(Johnny Huang ajar setiap perkara penting kena mention 3 kali. Gituuu)

Ukuran pinggang 31.5 inci = Risiko rendah
Ukuran pinggang 31.5 – 34.5 inci = Risiko sederhana
Ukuran pinggang 34.5 inci ke atas = Risiko tinggi

Kalau tinggi 164 cm dan berat 68 kg, tapi ukur lilit pinggang bawah 31 inci, walaupun dari segi BMI adalah overweight, kau sebenarnya lebih sihat dari orang yang kurus tapi perut buncit.

It is important to understand that weight does not necessarily reflect health. Contoh, dua orang perempuan dengan berat sama 68 kg. Sorang banyak lemak. Sorang lagi banyak otot hasil dari workout yang konsisten. Orang yang berotot akan nampak lebih fit, lebih ramping, walaupun berat badan sama. Sebab otot lebih padat dari lemak. Otot berat, tapi saiznya kecil sempat dia mampat. Inilah sebab kenapa kau boleh nampak lebih kecil, lebih firm, tapi berat tak turun banyak pun. Lemak pula sifatnya bersize besar dan mengambil ruang. That's why orang yang gemuk badannya ada bonjol-bonjol dan bila jalan lemak terbuai-buai. 

Aku pernah cerita agen pernah cari aku kat ofis sebab bengang proposal client kena declined. Waktu tu tahun 2003. Zaman-zaman tu, agen masih boleh jumpa medical underwriter. Now tak dapek. Agen tak puas hati dengan underwriter mesti kena bercakap dengan customer service saja, melainkan underwriter contact agen untuk clarify a few important things. 

Client ni pendek, tapi berat badan dia exceed normal BMI. Memang takde pikir panjanglah, aku reject terus. Agen punyalah bengang, dia bawak client jumpa aku.

"You see? You see? Where got overweight?"

Rupanya client ni abang body, gaissss. Ketak-ketak badan. Tapi pendek. Patutlah BMI tinggi. Lepas check medical history semua clean, kita pun luluskan. Happylah agen.

Sebab tu aku tak suka tengok BMI. Mesti UKURAN PINGGANG. Sebab pinggang adalah tempat simpanan lemak paling besar. Tujuan kita untuk kurus sebab apa? Nak kurangkan lemak, kan? Jadi kita kena fokus pada pingganglah. Kalau fokus pada penimbang, belum tentu lemak berkurangan. Sebab penimbang menunjukkan berat badan keseluruhan - otot, tulang, darah, air, lemak = semua. Kita tak nak orang berdiet macam nak rak, berlapar tak makan, ujung-ujung yang mengecut adalah otot. Yang lemak masih maintain.

Lagipun, naik penimbang everyday boleh bagi kau pressure. Especially bila berat statik je. Lain ceritanya bila kau ukur pinggang, peha, lengan dan nampak perubahan. Kau akan rasa termotivasi. And you know what? Berat boleh naik sebab air dan hormon. Datang bulan? Naik. Kurang tidur? Naik. Minum banyak air? Naik. Makan makanan tinggi garam? Naik. Padahal semua tu bukan lemak. Jadi kalau kau obses dengan penimbang, you are easily misinterpreted. Padahal badan tengah dalam progres untuk kurus.

"Macam mana nak tahu progress kalau tak guna penimbang?"

Banyak cara. Kalau takde measuring tape, boleh guna baju lama. Baju makin longgar? Maknanya lemak berkurang. Guna cermin pun boleh. If nampak bentuk badan lebih defined, maknanya lemak berkurang. Guna gambar before and after pun boleh. Snap every 2 weeks. 

Aku sampai sekarang ada jeans Giordano yang bersize 25 yang dibeli pada tahun 2007. Masa ni berat aku 45, gaisss. Now kem salam nak muat jeans 25. Tapi I simpan juga, buat muhasabah diri. Now seluar aku size 27-28. Kalau Uniqlo aku can fit size 26-27. Tapi kalau jeans aku ambil 29 sebab kain jeans keras, biar longgar sikit bagi selesa aku nak menonggeng.

Tak payah nak jadi terpaling size S. TAK PAYAH! Aim untuk pinggang TIDAK LEBIH DARI 31 INCI. Cukup. Buat apa kau nak pening-pening kepala nak jadi terpaling size S. Kau model runway ke? Tak, kan? So, tak payah aim rendah sangat.

Kalau customer Nutrijuice tadi tanya patut ke start dengan GC Plus dengan tinggi 164 cm dan berat 68 kg? Jawapan jujur aku, tengok pada komposisi badan.

Kalau awak aktif, ukuran pinggang bawah 31 inci, naik tangga tak mengah, maka tak payahlah ambil GC Plus. Tapi kalau nak turunkan berat juga, pastikan niat betul. Bukan sebab nak nampak kurus semata, bukan sebab orang ejek, tapi sebab nak rendahkan risiko untuk dapat penyakit.

Jangan jadi hamba penimbang. Berat badan is just a small data. Kau mungkin tak kurus ikut definisi BMI, tapi kalau pinggang kau less than 31 inch, tak cepat penat, tidur lena - ini dah ok. So lepas ni, kalau berat tak gerak tapi seluar dah makin longgar, celebrate itu sebagai satu achievement. Sebab bila ada penurunan inci, bermakna lemak makin kurang. Your progress is on track.

Siapa nak try GC Plus, boleh whatsapp staff GreenAard 013-7557424 atau 012-7728976. Lepas tu masuk website download Weight Loss Tracker. Dalam masa 10 har pertama, jot down ukuran lilit pinggang. Insyallah with GC Plus pada hari ke-10 if you sihat, takde masalah thyroid, takde guna birth control apa semua, your pinggang can easily drop 2-3 inch. 


2025-05-25

Medical card lindung risiko yang berlaku selepas TEMPOH TERTENTU, bukan serta-merta.

Aku faham ada yang frust bila medical card tak dapat digunakan pada saat diperlukan, especially bila anak sakit. Tapi penting untuk kita faham cara medical card berfungsi, sebab sistem ni memang berdasarkan prinsip perlindungan risiko, bukan “bayar terus boleh claim apa saja”. Aku explain dalam bahasa paling mudah, supaya kita semua faham tanpa perlu jadi agen takaful.

Ini dari sudut underwriting. Kenapa kes anak medical card-nya tak lulus untuk diguna, padahal dah ada?

Dari screenshot tu ada dua situasi berlaku:
1. Kes demam dan warded: Medical card baru aktif 3 bulan.
2. Kes surgery hernia: Medical card ditolak sebab dianggap pre-existing disease.

Now aku explain satu-satu.

Medical card ada waiting period. Biasanya 30 hari untuk penyakit biasa, dan 120 hari (lebih kurang 4 bulan) untuk penyakit tertentu macam tonsil, batu karang, hernia, buasir, dan lain-lain. Dalam kes Puan ni, medical card baru 3 bulan, dan anak nak warded sebab demam. Kalau demam tu bukan kecemasan atau bukan penyakit yang boleh dilindungi dari hari pertama (contohnya accident), memang TAK LEPAS sebab tempoh menunggu belum habis.

Dia sama macam kau baru beli insurans kereta hari ni. Lusa, kereta kau terbakar. Syarikat insurans akan siasat dulu sebab baru sangat beli. Risiko penipuan tinggi. Medical card pun sama. Ia lindung risiko yang berlaku selepas TEMPOH TERTENTU, bukan serta-merta.

Yang seterusnya, pre-existing condition (penyakit sedia ada). Ini isu besar dalam mana-mana takaful. Kalau penyakit atau gejala dah wujud SEBELUM medical card diambil atau SEBELUM habis tempoh menunggu, ia dikira “pre-existing” dan TAK DILINDUNGI. Dalam kes ni, anak dia ada hernia masa medical card baru 5 bulan. Tapi bila hernia tu mula wujud? Kalau ada simptom, diagnosis, atau treatment yang menunjukkan hernia dah ada sebelum medical card aktif sepenuhnya (sebelum habis waiting period 4 bulan), maka automatik ia dikira penyakit sedia ada.

Selalunya hernia dah wujud lebih awal daripada waktu simptom keluar. Cuma tak perasan je. Sesetengah orang dah ada hernia sejak lahir, tapi tak nampak atau tak bersimptom sampailah besar. Ada juga hernia yang muncul slowly disebabkan kerap angkat barang berat, sembelit kronik (asal berak je kena meneran), batuk kronik atau overweight. At first maybe tak nampak atau tak sakit langsung, tapi bila saiz makin besar atau pressure makin tinggi, baru rasa sakit, benjol, atau tak selesa. Ramai hanya mula sedar masa hernia dah terkeluar.

Secara logiknya, syarikat takaful tak boleh ambil risiko penyakit yang dah bermula. Ini bukan sebab tak kesian, tapi dari segi perniagaan, ia mestilah adil kepada semua. Kalau semua orang beli medical card lepas dapat sakit, nanti kau juga yang rugi sebab caruman naik melambung, dan sistem akan bankrap.

Ya aku tahu “Bukan kita minta baby jadi sakit”. Betul. Tapi ini bukan isu salah siapa. Takde siapa minta sakit. Tapi takaful bukan sistem “kalau kau bayar, kau mesti dapat”. Tak. Ini adalah sistem perlindungan risiko masa depan. Kalau sakit tu belum berlaku dan kita dah ada perlindungan, barulah sistem boleh berfungsi dengan adil. Kau beli rumah dan nak ambil insurans kebakaran. Tapi sebelum insurans activate, rumah kau dah terbakar. Logik ke nak claim insurans tu? Mestilah tak, sebab perlindungan belum bermula. Sama juga dengan takaful.

"Kenapa ejen takaful suka komen bila isu begini timbul?"

Sebab dorang tahu ramai orang tak faham sistem ni. Dan bila orang kecewa, selalunya akan salahkan produk atau sistem, tapi taknak fahamkan flow sistem tu. Agen kadang hanya nak betulkan kefahaman. Tapi yelah, ada juga agen yang tak pandai nak explain, asyik nak menjual je.

So, adakah medical card satu scam?

Tak. Medical card bukan scam, tapi sistemnya perlu difahamkan betul-betul. Macam mana polisi berfungsi, apa yang dilindungi, bila mula aktif, dan apa yang terkecuali. Semua ni kena jelas dari awal. Sama macam kita langgan plan internet. Kalau tak faham had data, fair usage policy, dan speed cap, nanti kita marah bila internet slow. Padahal benda tu dah tertulis.

That's why waktu terbaik untuk apply medical card adalah ketika masih sihat. Jangan bila dah ada sakit baru nak apply. Bukan tak boleh apply, cuma maybe caruman tinggi sikit sebab dah ada penyakit sedia ada (pre-existing condition). Penyakit sedia ada tak semestinya sakit yang kau dah start makan ubat. Kalau kau sendiri dah tahu atau dah perasan, walaupun belum jumpa doktor, atau dah pernah dapat nasihat kesihatan untuk sakit tu, ini semua dikira as pre-existing condition. Tak akan dilindungi.

Contoh, dah tahu ada darah tinggi tapi belum makan ubat. Pernah kena gastrik teruk dan masuk hospital tahun lepas. Pernah buat check-up dan nampak fatty liver. Ada simptom kerap sakit dada, walaupun belum tahu puncanya. Semua tu dikira penyakit sedia ada.

"Tapi saya tak pernah buat check-up, maknanya tak tahulah ada penyakit"

Jangan silap. Kalau ada simptom tapi tak pernah periksa, itu tetap dikira pre-existing kalau kau perasan simptom tu. Dah 2 tahun asyik pening, tapi tak pernah check darah tinggi. Atau perut kerap kembung dan muntah, tapi tak pernah buat endoskopi. Kalau simptom tu dah berlaku sebelum apply, tapi kau sengaja tak declare, itu namanya NON-DISCLOSURE dan claim boleh ditolak bila kau masuk hospital nanti.

Medical card bukan skim ubat penyakit. Ia pelindung kos rawatan untuk penyakit yang TAK dijangka. Katakan kau pernah patah kaki, masuk besi. Now nak apply medical card. Medical card boleh diluluskan TETAPI ia takkan cover segala rawatan berkaitan kaki yang patah tu. Itu dikira sakit yang dah wujud sebelum apply medical card. However, medical card tu boleh digunakan sekiranya dapat sakit lain. Dalam erti kata lain, jangan disebabkan kau dah ada penyakit, kau taknak apply medical card. Sebab penyakit bukan satu je dalam dunia ni. Banyak.

Apa jadi kalau apply medical card setelah ada penyakit?

Boleh je apply. Tapi syarikat akan buat salah satu dari 3 ni:

1. Samada dikenakan loading (caruman lebih tinggi)
2. Atau dikenakan exclusion (medical card sah, tapi penyakit tu tak dilindungi)
3. Worst case scenarion, permohonan medical card decline (permohonan ditolak terus)

Sekiranya, korang dapat (1), nasihat aku, AMBIL! Jangan drop the offer. Sebab bila dikenakan caruman tinggi bermakna syarikat berani tanggung risiko penyakit sedia ada. AMBIL!

Apply medical card masa tengah sihat, masa rekod kesihatan bersih. Insyallah kejap je lulus. Dan semua penyakit akan dilindungi selepas waiting period.

Situasi 1:
Ali umur 30, sihat, ambil medical card hari ni. Tahun depan dia dapat batu karang. Ali DILINDUNGI. Sebab masa ambil medical card dulu dia sihat.

Situasi 2:
Siti umur 32, dah tahu ada cyst tapi belum operate. Tiba-tiba nak ambil medical card sebab takut cyst makin besar. Kemungkinan cyst tu tak cover, walaupun medical card lulus.

Boleh faham, kan?

Kemarahan dan rasa kecewa tu wajar. Bila anak sakit, kita cuma nak dia dirawat secepat mungkin. Tapi sistem takaful tak boleh guna emosi untuk menentukan kelayakan. Ia berdasarkan fakta dan garis masa kesihatan. Kalau semua orang hanya beli medical card selepas sakit, atau guna medical card untuk penyakit yang dah wujud, bayangkan macam mana sistem ni nak bertahan? Syarikat akan rugi, dan akhirnya orang lain yang bayar awal-awal pun tak dapat perlindungan, sebab dana habis.

Kita boleh rasa marah, tapi kita juga kena ambil tanggungjawab untuk faham sistem yang kita apply ni. Macam kita beli ubat. Kalau tak baca cara guna, salah kita ke salah ubat bila kesan tak jadi? Sama juga dengan takaful. Faham dulu, baru guna dengan betul. Dan kalau ada pengalaman buruk, jangan simpan. Jangan juga terus label semua agen takaful penipu. Mungkin kita cuma dapat agen yang tak pandai explain. Ada ramai agen yang trusted dan aktif di luar sana. Tapi kalau rasa tertipu, boleh buat aduan ke Bank Negara, atau terus ke syarikat takaful. Tapi sebelum tu, pastikan kita betul-betul faham kenapa medical card kita ditolak.

Semoga penjelasan ni dapat bantu orang faham. Jangan tunggu sakit. Masa sihat, masa itulah kita kena bersedia. Nak tahu pelan sesuai dengan budget, contact En Wan 012-4407757. 


2025-05-24

Lelaki yang gaji above RM7K selalu lepak kat mana, eh?

Aku forward kat En Wan screenshot dari Thread. This lady tanya kat post dia "Lelaki yang gaji above RM7K selalu lepak kat mana, eh?"

Wow! Style juga dak-dak Gen Z cari jodoh. Begitu direct sekali. Tanya gaji terus.

Baguslah gitu. Dia tahu apa dia nak. Cuma harapnya suami-suami kita takde kat situlah. 

Realitinya, memang ramai dah malas nak trial and error dalam relationship. Dah penat invest emosi, masa, duit, last-last dapat yang tak ada direction dalam hidup. Baik terus je tanya "Gaji RM7K ke atas lepak mana?". To me, ini adalah cara dia tapis awal-awal. Dia tak nak after berkawan dua bulan, baru tahu lelaki tu hidup masih ditanggung mak bapak.

Pastu ada sorang ni komen "Zaman sekarang dah tak kisah rupa. Asal kaya, oto jadi hensem"

Gila daring betul dak-dak Gen Z. Tapi betul juga apa dia kata. Zaman sekarang, financial stability adalah 50% attraction. Bukan sebab mata duitan, tapi sebab semua benda sekarang mahal. Takkan nak kawen atas nama cinta je.

Lelaki yang kaya, bijak, dan ada rupa secara automatik masuk dalam kategori BERJAYA. When someone is successful, we tend to respect them. Otak kita akan mula melihat dia as more attractive, lebih berkualiti, dan lebih “betul”. 

Contoh mudah, lelaki A biasa naik motor. Kita nampak dia biasa-biasa je. Tapi kalau lelaki yang sama, dengan rupa yang sama, tiba-tiba turun dari sport car, berpakaian kemas, and speak confidently, persepsi kita berubah terus. Padahal orangnya sama. Yang berubah adalah setting dan status dia di mata kita. You know why?

Sebab, otak manusia secara semula jadi terprogram untuk tertarik kepada status. Ini bukan perkara superficial, but a very strong evolutionary instinct. Orang zaman sekarang sebut SELECT.

Yang sebenarnya, ada konsep yang dipanggil STATUS BIAS. Kita cenderung lebih respect, lebih trust, and lebih attracted to someone yang have high status. Contohnya cara berpakaian, jenis kereta yang dia bawa, gaya bercakap, konfiden level, and material success. 

Dalam sejarah kemanusiaan zaman Pak Malau dulu pun, someone yang ada status tinggi biasanya ada akses kepada pengaruh, sumber makanan, protection dan safety. Maksudnya orang-orang ni kedudukannya lebih stabil. Minda bawah sedar kita akan fikir “Kalau dia berjaya, maknanya dia lebih bijak, lebih berpengaruh, dan lebih berpotensi jadi protector”. Ni bukan mata duitan tau, tapi otak tengah menilai kualiti pasangan.

Samalah macam iklan. Kenapa produk yang di-packaging cantik lebih cepat orang beli? 

Sebab manusia lebih percaya apa yang dia nampak, bukan apa yang dia tahu secara fakta. Padahal itu cuma presentation, tapi presentation triggers perception. Same goes to bila someone ada satu kualiti positif, otak kita akan secara automatik anggap dia ada kualiti positif lain juga. Bila orang tu handsome bergaya, kita anggap dia juga lebih bijak, lebih baik, dan lebih dipercayai. Padahal semua tu belum tentu betul. Tapi otak buat shortcut untuk jimat tenaga kau berfikir.

Ramai orang tak sedar yang bijak tu sebenarnya sangat menarik. Aku pun tertarik pada lekaki yang bijak. Bijak ni tak semestinya in akademik semata. Contoh Johnny Huang. Dia bukan jenis yang selalu tayang achievement. Tapi dari cara dia carry watak dalam setiap skrip menunjukkan dia bijak sebab apa yang dia present tak cliche. Cara dia bercakap dan berinteraksi pun boleh nampak jelas dia bukan lelaki biasa-biasa. 

Pernah tengok macamana dia jawab soalan dari wakil United Nations? Seolah-olah dia adalah polis yang ranking tinggi. Sangat bernas jawapan dia. Padahal itu siaran live. Lagi satu tengok macamana dia respond pada kecaman-kecaman fans gila. Dia tahu bila nak ke depan, bila nak step back. Dia tak over. Tak fake. Dan itu salah satu bentuk kebijaksanaan yang jarang orang ada, iaitu emosi stabil dan ego terkawal.

Bagi aku, orang bijak ada kebolehan selesaikan masalah, kebolehan buat keputusan bijak, always ada strategi jangka panjang, dan ada kebolehan bertindak tenang waktu krisis. Otak bawah sedar aku akan fikir "Kalau aku hidup dengan orang ni, it is possible that my life will be more manageable and safer”. Toe me, that’s attractive.

SELALUNYA, orang bijak tahu apa dia cakap. Tak awkward. Tak blur-blur. Bila dia bercakap, ada isi. Ada fakta. Ada logik. It’s not just what they say but how they say it. Dia ada gaya komunikasi yang yakin tapi tak bongkak. Cuba bayangkan dating dengan someone yang asyik cerita benda kosong vs someone yang buat kita berfikir, ajak kita explore idea, dan membuka perspektif baru. Which is more interesting? 

Aku tak tahulah taste orang lain, tapi aku suka lelaki yang mencabar otak aku untuk berfikir. Kalau bergaduh biar berbaloi. Jangan nak argue benda yang nonsense atau yang beat around the bush. Balik-balik kau pusing benda yang sama. Please, bagi strong argument sikit, ya.

Lelaki yang bijak dan berjaya biasanya yakin diri, dan keyakinan tu memancorrrr. Cara bercakap, cara jalan, cara bawa diri, semua ada karisma. Perempuan boleh tangkap vibes tu tanpa sedar. Kadang-kadang lelaki tu biasa je mukanya, tapi sebab dia tahu how to carry himself, terus nampak 10 kali lebih hensem.

Orang berjaya (dan kaya) biasanya lebih peka dengan penampilan. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi sebab dia sedar pentingnya first impression. So kita faham lelaki macam ni, yang berpakaian kemas, grooming tip-top, ada gaya dan confident, selalunya memang menarik. Tambah kalau cara dia layan orang pun humble dan beradab. Lagilah. 

So kesimpulannya, lelaki yang kaya, bijak dan ada rupa memang akan nampak lebih complete. Bukan sebab dia sempurna, tapi sebab cara otak dan instincts interpret trustworthiness. Combination of success, looks, intellect and lifestyle creates a perception that he really has high standards. Tapi ingat! Semua ni persepsi luaran. Nak tahu budi pekerti, kesetiaan, tanggungjawab dan cara dia melayan orang, kau kena ada relationship dengan dia dulu. 

Nak suka orang kaya tak salah. Nak kagum dengan yang bijak pun bagus. Tapi pastikan kita juga nampak jelas siapa dia sebagai manusia, bukan sekadar siapa dia on paper. Kadang aku meluat tengok some people cakap "Saya tak pilih rupa, saya pilih akhlak". Tahiklah! Kalau dia takde rupa, kau pun tak nak datang dekat bertanya nama, betul tak? Sebab dia ada rupalah kau mengorat. Bila dah bercinta baru tahu perangai hauk. Nyampah aku beria kata tak pilih rupa, tapi pilih hati. Muntohhhhhhhhhh!




2025-05-23

Weight of Justice, new drama dari Johnny Huang

Tak mencabar betul masuk Weibo sejak semalam. Maybe akan berlanjutan hingga 2-3 bulan, at least sehingga filming drama Weight of Justice habis 😆. Selalunya setiap kali Johnny ada new drama, akan ada babi-babi belaan Weibo termasuk perempuan gila akan sibuk naikkan post and troll Johnny and fans. Sejak semalam sepi. Berdengung je Weibo macam takde orang. Balik-balik gambar Johnny on day 1 shotting lalu-lalang.

Ekskius me. Gelak jap.
KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH

Tahu kenapa Weibo sepi?
Sebab kali ni drama Johnny bukan calang-calang producer, director dan skripwriter-nya.
Ok jap jap. Aku flashback sat.

Last Johnny shooting adalah pada hujung bulan 2. Itu drama Punishment 2.

Selepas tu Johnny hilangkan diri dalam sebulan.

Pastu dia muncul di Guangzhou untuk promosi Fila.

Pastu ke Shanghai promosi Breitling. Then hilang kejap.

Tup-tup shooting program realiti dengan Youku. Baru habis last week.

Pastu tiba-tiba semalam terus pelancaran drama terbaru bersekali dengan shooting Day 1 terus. Terpana haters tiba-tiba je ada kejutan gini.

Hello? Kau je yang terkejut, setan. Kitorang fans Johnny lansung tak terkejut sebab dah biasa dia muncul untuk shooting terbaru tanpa ada sebarang marketing. Tau-tau je start.

Tapi kali ni agak berbeza. Aku rasa babi-babi Weibo masih cuba menghadam macamana Johnny boleh dapat MAIN ROLE untuk drama Weight of Justice tanpa lalui casting.

Again, izinkan aku gelak.
KAHKAHKAHAKHAKHAKHAKAHKAHAKAH.

Kau ingat Johnny tu macam actor idola kau? Kena casting dulu sebelum diterima berlakon? Deyyy! Skrip ni awal-awal lagi skripwriter dah picture Johnny pegang this watak. Memang tak payah casting. Hanya tunggu jadual Johnny clear je, terus on.

Drama kali ni adalah drama pertama gred S+ oleh iQIYI untuk tahun 2025. “S+” bermaksud drama bajet besar. Director drama ni adalah penerima Magnolia Award (award berprestij). Skripwriter pula adalah the most respected person yang digelar GOLDEN PEN of China. Kau rasa mau tak garing babi-babi Weibo nak menerima hakikat ni?

Dan yang paling MANTAP sekali drama kali ni dico-produced oleh DUA badan berkanun di China. In other words ini drama bersama dengan kerajaan China. Berani kau nak bising argue pasal casting? Ke dalam kau nanti.

Dah tentu-tentu produksi dah duduk berbincang and sepakat pilih Johnny. Yang best tu semalam Akaun Weibo Badan Berkanun naikkan post khas memperkenalkan Johnny Huang as MAIN LEAD. He was given a separate, spotlighted name credit. This is a RARE honour dalam industry. I tell you this kind of recognition many actors can only hope for such a chance in a lifetime. Tu pun kalau ada la.

Aku tak tahulah kali ni apa press nak buat. Nak tak nak kau terpaksa buat marketing kaw-kaw sebab ini co-produce oleh kerajaan China. Beranilah kau benamkan drama ni macam kau buat kat Love Song in Winter. Dengan kau-kau sekali terbenam 6 kaki bawah tanah.

Kadang kesian aku tengok Johnny. Dia buat hal sendiri pun kena hentam. Dia takde awek orang tuduh dia gay. Dia ada awek orang kata dia abuse girlfren. Dia takde relationship orang paksa dia mengaku ada relationship. Yang memekak pun sekadar memekak, tak pernah tunjuk bukti. Ni aku nak tengok kalau ex-gf dia yang saiko tu buat hal lagi memang aku terpaksa exercise jari-jemari. Aku dah ready 2 lagi akaun extra just incase kena block. Hahahha. Belajar dari pengalaman. Kali ni kalau perempuan tu berdecit sikittttt je, siap. Aku maki in bahasa melayu terus. Biar berbuih dia translate.

Tak rugi support Johnny. Semua drama dia berkualiti. Acting pun tak kejung. Dia sangat pandai pilih skrip. Skrip yang dia pilih semua ada growth in character. Dia tak kejar trend punya orang. Nak jadi actor yang popular selalunya kekal pada genre cinta. Tapi Johnny tak hadap nak duduk kat genre yang sama. Dia kejar growth sebab tu dia punya drama banyak heavy drama. Dia tak compete dengan sesiapa sebab genre yang dia pilih semuanya yang actor bibir merah tak boleh carry 🙄.

Semalam masa aku menganjing tanya mana pergi drama actor-actor yang always dalam TOP 10 HANDSOME ACTOR? Ada yang tanya apa lagi drama Johnny yang belum release. Banyak, dikkkk. Banyak.

Johnny ada 3 filem masih dalam queue:
1. Guns & Kidneys - tarikh tayang 2028 (!)
2. Light of Firefly - tarikh tayang 2026
3. The Explosion - yang ni baru habis opening caremony, belum start shoot.

Pastu drama ada a few:
1. Cat and Thieves, 30 episod - jangka 2026
2. Sea of Dreams, 12 episod - jangka 2026
3. Soldiers Come From the Wind (ini dia watak cameo) - jangka 2025
4. Our Dazzling Days, 35 episod - hujung May ni)
5. The Punishment, 40 episod - jangka 2027
6. Weight of Justice, 40 episod - jangka 2026

Ini semua yang kita tahu. Yang dia dah sign contract belum reveal tu tak tahulah berapa yang ada.

Nasihat aku pada beruk-beruk TikTok dan Weibo yang selalu mengagungkan idola dorang terpalinggggggggg hensem dan popular, hello, kau tak tahu apa maksud popular, ya. Setakat duduk kat ranking terpaling hensem based on syok sendiri punya polling, tak payahhhh. Padahal sendu. Setahun dan release 1 drama pun jenuh. Dah tahu idola kau sendu, berbuat-baiklah dengan kami-kami fans Johnny ni. Nanti kitorang highlitekan idola korang. Tapi sebab korang siapalis punya kerek, ah mampus kau situlah.


2025-05-22

Yang tak faham akan tetap marah walaupun dah kuyup.

Baru-baru ni viral kat Thread post seorang agen takaful. Agen ni tulis tentang salah seorang anggota FRU yang meninggal tu bakal dapat pampasan RM700K. Tapi post tu dikecam netizen. Katanya menunggang isu kematian orang lain dengan tujuan nak jual hibah.

This is the reason kenapa aku suka berblogging berbanding menulis post sikit-sikit di IG, FB atau Thread. Sebab kita tak dapat explain dengan panjang, menjadikan post tu senang nak disalahertikan. Padahal apa yang post tu maksudkan adalah fakta. Jumlah pampasan RM700K tu pun kita tahu itu adalah pampasan berganda akibat meninggal accident. Nilai sebenar hibah yang dia ambil adalah MINIMUM, iaitu RM350K. Nilai RM350K ni maybe caruman bulanan tak sampai RM200 pun.

Dalam perjanjian hibah, sekiranya meninggal, waris akan dapat nilai hibah yang dibeli, iaitu RM350K (kalau dia beli RM350K). Sekiranya meninggal due to accident, nilai hibah akan digandakan, menjadi RM700K. Aku tak nampak apa yang menunggangnya kat sini. Because ini adalah fakta. Yang kata agen tu takde empati sebab menggunakan kesempatan ni untuk promote hibah, I was like...kau dah kenapa? Apa yang takde empatinya?

Kalau kita fikir logik, apa salahnya highlight benda yang memang relevant dengan situasi semasa? Bukan dia reka cerita. Dia cuma gunakan contoh real-life untuk educate orang tentang pentingnya hibah, especially untuk frontliners, polis, tentera, bomba, atau sesiapa yang kerja high-risk. Kalau bukan waktu macam ni, bila lagi orang nak tersedar yang benda ni penting? 

Sama lah macam kes paip meletup kat Putra Heights hari tu. Bila dah terjadi ramai pulak yang tanya:

"Ada ambil insurans tak?"

"Boleh claim insurans"

"Nasib baik ada ambil medical card, at least tak payah keluarkan cash waktu-waktu kritikal macam ni"


Ah pandai pulak masa ni kau nak sembang pasal insuran, pasal medical card segala. Bila dah jadi dekat orang sekeliling baru semua nak kalut cari info, baru nak ambil tahu.

Aku rasa netizen ni ramai yang triggered dulu, baca separuh, lepas tu buat andaian sendiri. Benda fakta pun nak disalahkan. Sedangkan kalau agen tu cakap benda sama dalam seminar atau blog, takde siapa pun nak kecam. Tapi bila di-post kat platform yang limit ruang dan tak cukup penjelasan, terus jadi bahan kecaman. 

That’s why aku memang rasa blogging still relevant. Kita boleh cerita penuh, explain dengan baik, dan bagi konteks. Kadang bukan isu empati pun, tapi isu orang malas membaca sampai habis.

Ramai orang suka kecam isu hibah bila agen takaful mula guna contoh kematian untuk beri kesedaran. Kononnya tak sensitif. Tapi dari sudut underwriting dan logik, sebenarnya apa yang agen tu buat adalah satu bentuk pembelajaran yang sangat penting. Sebab dalam industri takaful, hibah bukan sekadar produk untuk dijual, tapi ia adalah lifeline untuk keluarga yang ditinggalkan. Jadi, kalau masih ada yang triggered bila dengar isu hibah, maybe kau sebenarnya insecure sebab kau tak buat hibah. Kau rasa akward bila kau tersedar kau takde plan apa-apa untuk tinggalkan pada waris, that's why kau merentan.

Aku tak nak explain dari perspektif agen. Aku explain dari sudut underwriting. 

Dari sudut underwriting, hibah yang kau ambil akan go thru proses penilaian risiko. Contohnya, umur, status kesihatan, PEKERJAAN, dan gaya hidup. Kalau kau smoker, umur 40-an, kerja offshore atau polis FRU misalnya, risiko kematian kau lebih tinggi berbanding kerani sihat umur 25 tahun. Jadi, caruman bulanan pun berbeza. TETAPI, ada satu konsep penting iaitu nilai pampasan yang kau terima nanti tetap jauh lebih besar dari apa yang kau bayar setiap bulan.

Contoh. Kau ambil hibah RM350K dan caruman hanya RM150/bulan. Lepas 1 tahun, kau meninggal. Waris kau tetap akan terima RM350K padahal kau baru bayar RM1800 je. Adil tak? Adil sangatlah kalau duit tu dapat kat waris. Tapi bila kau dengar orang lain meninggalkan waris duit hibah, kau tak, tu pasal kau kona lipat kata menungganglah, menonggenglah. Yang benaunya kau insecure sebab kau tak plan apa-apa untuk keluarga kau. 

Kalau kita tengok dari sudut praktikal dan tanggungjawab, agen tu cuma buat kerja dia. Dia educate masyarakat tentang pentingnya perlindungan. Salah ke? Kau ingat kerja agen ni cuma jual polisi dan diam lepas tu? Tak. Dorang bertanggungjawab untuk pastikan client faham kenapa plan tu penting. Bayangkan keluarga hilang ketua keluarga tanpa apa-apa pampasan. Tinggal anak kecil, rumah belum habis bayar, simpanan tak banyak. Siapa nak tanggung? Kau?

Jadi bila ada contoh real, contohnya anggota FRU yang meninggal dan waris dapat pampasan hibah RM700K, itu bukan menunggang. Itu bukti yang hibah BERFUNGSI.

Kita suka bandingkan orang dulu dengan orang sekarang. 

"Eh, mak ayah kita dulu takde pun hibah, ok je semua." 

Yes, sebab dulu, kos hidup tak tinggi macam sekarang. Takde komitmen hutang macam sekarang. Rumah boleh beli RM90K dapat double storey (rumah mak aku). In fact hibah takaful pun belum wujud. Sekarang? Kau ada hutang PTPTN, kereta, rumah, insurans kereta, yuran anak sekolah, bil internet. Kalau kau mati, semua tu tak hilang. So logically, kalau kau hidup, kau bayar semua tu dengan gaji. Kalau kau mati, siapa nak teruskan bayar? Jiran?

Jawapannya, HIBAH.

Hibah bukan ganti nyawa. Tapi alat untuk kurangkan beban keluarga bila kau dah tak ada. Kau yang dah mati tu tinggal tunggu jawab soalan kubur je. Yang tinggal atas dunia ni nak menjawab hutang bank, hutang pelajaran, yuran sekolah, yuran uni, belanja dapur. 

Analoginya mudahnya. Masa panas, kau tak rasa perlu payung. Tapi bila hujan, baru kau tahu betapa pentingnya payung. Yang ada hibah, boleh berteduh. Yang tak ada, basah kuyup. Atau dalam kes ni, keluarga bakal hidup susah. Tapi peliknya, bila ada orang bercerita pasal hujan dan promote payung, ramai melenting.

"Kenapa promote payung masa saya dah basah kuyup gini. Sensitif la sikit!"

Padahal masa tulah kita patut bagitahu kenapa payung penting! Bila hujan turun dan orang tengah kuyup, kita datang dan bagitau “Ramai basah sebab tak bawa payung. Kalau bawa, tak susah macam ni.” - tujuannya bukan nak “tunggang hujan” tapi supaya orang sedar next time, bersedia. Kalau kita hanya nak cerita pasal payung masa panas terik, orang takkan faham kenapa benda tu penting. Sama juga dengan hibah. Kalau kita hanya promote masa semua tengah gembira, ramai takkan ambil serius.

Bila ada kematian, especially kes high-profile, itu waktu terbaik untuk educate masyarakat. Kalau bukan waktu tu, bila lagi? Kalau kau triggered sebab tak faham, itu biasa. Tapi kalau kau kecam tanpa cuba faham, itu BODOH namanya. Sebab agen tu tak paksa sesiapa beli. Fakta yang dia kongsikan tu betul. Tak ada unsur fitnah, tipu atau manipulasi. Jadi apa yang salah? Emosi kau tu yang tak stabil. Bila orang cerita benda logik, kau rasa "Eh, dia ambil kesempatan". Padahal kau yang failed membezakan antara education dan exploitation.

Hibah bukan isu sensasi. Ia isu tanggungjawab. Dan dari sudut underwriting, semua plan hibah dibina atas asas statistik dan risiko. Lagi tinggi risiko, lagi tinggi potensi pampasan. So bila kau nampak agen guna contoh real-life kematian, jangan cepat triggered. Baca, hadam, dan fikir. Kalau kau tak ready ambil hibah pun takpe. Tapi jangan sesekali hina orang yang cuba buat orang lain sedar. Sebab bila tiba giliran kau nanti dan keluarga kau langsung tak dapat apa-apa, baru kau tahu, hibah tu bukan "jual insurans", tapi satu bentuk kasih sayang yang tak ternilai. 

Tak semua yang bercakap masa musibah tu menunggang. Kadang dia cuma pegang payung dan nak tolong cover kau daripada basah. Tapi biasalah, yang tak faham akan tetap marah walaupun dah kuyup.

Sekian.


2025-05-21

Bila isteri willing to share, kita berharap apa yang kita berikan akan dihargai.

Terima kasih banyak atas soalan yang sangat jujur. It's true that more and more women are thinking about this topic, especially bila dah banyak kali tengok marriage yang tak jadi, termasuklah kes-kes viral macam Mun and her ex-husband.

Konsep “willing to share” ni aku praktik ikut nasihat Ketua Program Biotek aku dulu, Prof Kopli Bujang (now dah pencen). Ceritanya masa tu aku dapat offer dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengiring Junior Ambassadors ke Fukuoka Jepun. Ingat tak aku cerita masa age 12, aku antara 40 students yang wakil Malaysia ke Asian Pacific Children Convention (APCC)? That was 1989. 

Tahun 1999, bersempena dengan 10 tahun anniversary, APCC minta setiap negara pilih seorang wakil pada tahun 1989 kembali ke Fukuoka untuk bagi speech kat sana. KPM offer aku. Speech semua aku dah readykan. Aku pilih untuk talk about World Peace. Dah terbayang-bayang dah bergema suara aku melaungkan "WORLD PEACE" dengan tumbukan padu ke udara (ahh gitu over-nya berangan). Tapi takde rezeki sebab berlakunya kes si anu ugut nak bunuh aku.

Aku bertunang 7 Ogos. Anniversary APCC in on August. Sepatutnya minggu tu aku ada di Fukuoka. Dek kerana si gila tu buat perangai, En Wan ajak bertunang, maka aku terpaksa batalkan attendance ke Fukuoka. Aku terpaksa buat surat tunjuk sebab. Kesian KPM, masa dah suntuk untuk cari wakil. Tak salah aku yang ganti aku is wakil dari Tganu, Tay Lay Hua. Frust betul aku masa tu. Itu kalau aku pergi, that was resume termahal aku ketika tu. Imagine bercakap depan menteri and duta negara? Setan betul si anu tu. Dia punya pasal la ni. Cibai.

Takkan aku nak buat surat tunjuk sebab "Kerana saya bertunang"? Jadi aku pun bercerita dengan Prof Kopli. Prof tahu berita desas-desus aku dengan si anu. Aku mintak Prof buatkan surat mengatakan aku kena pegi field trip. Masa ni lah Prof ambil peluang nasihat kalau dah kawen esok, usahakan berkongsi beli barang-barang rumah. Kalau beli sofa, bayar half-half. Beli meja makan, bayar half-half. Bila setiuap barang dalam tu berkongsi, agak susah sikit nak berpisah sebab kita akan berkira-kira. Takkan nak belah sofa jadi dua? Takkan nak potong meja makan jadi separuh-separuh? Kalau sesiapa berkeras nakkan barang-barang tu, kena bayar half. Dan disebabkan fitrah manusia suka berkira (dia kata), ujung-ujung kita akan work together to strengthen the relationship. 

Tapi kebanyakan kita sekarang (termasuk aku) berkongsi cara - aku beli sofa, kau beli katil. Aku beli tilam, kau beli langsir. Bila jodoh tak panjang, memang konfemlah senang nak mintak balik. Sebab kita beli barang bayar asing-asing. 

So adakah cara itu salah? Tak salah.
Boleh je nak ambil balik. Apesal pulak tak boleh, kan.

Betul, tak semua isteri bernasib baik. Bila isteri willing to share, kita berharap apa yang kita berikan akan dihargai. But when the relationship doesn't work out, rasa tu boleh bertukar jadi regret. Ramai isteri beli barang rumah, renovate rumah, beli sofa, dapur, TV, langsir, tilam - all with love and hope. Tapi bila bercerai, semua tu menyakitkan mata sebab benda jadi kenangan. Nak tinggal, sayang. Nak ambil, orang cakap kita berkira.

Walaupun rumah tangga tu dibina bersama, tapi bila jodoh tak panjang, barang yang kita beli dari hasil titik peluh sendiri secara automatik kita rasa nak simpan. Bukan sebab kedekut. Bukan sebab tak redha. Tapi sebab kita manusia biasa yang pernah berharap, pernah berkorban, dan tak nak orang ambil mudah atas kebaikan kita. Apa yang Mun buat adalah itu. Dia tak hadap pun barang-barang tu semua. Menyakitkan hati lagi ada kalau disimpan, tetapi, dia ambil balik sebab tak mahu ada orang ambil kesempatan. 

Dalam screenshot snippets conversation aku dengan Mun hari tu, aku ada suggest pada dia to let go barang yang tak dapat ambil. Apa yang dah dapat, simpan. Tapi aku tak suruh dia sedekah. Yang belum dapat, tuntut dengan cara lain, legally. Tapi itulah. Hakikatnya, tuntutan harta sepencarian ni ambil masa, perlukan bukti (resit), dan boleh jadi stres emosi. Ramai isteri tak sempat tuntut pun sebab penat nak lalui proses mahkamah. Maka ambil semula barang yang boleh diambil balik adalah cara paling cepat. Cuma hari tu berlaku chaos sikit pada plan dia. Aku pun tak sure kenapa jadi chaos.

Jangan memandai-mandai nak suruh dia sedekah, ya. Aku baca ada orang perli-perli suruh dia sedekah sebab dah kaya. Betul. Dari sudut spiritual, memang itu mindset yang baik. Sedekah. Tapi sebagai manusia biasa, kita ada limit. Nak sedekah pun biar dari hati yang lapang. Bukan dari hati yang luka. Bukan semua orang mampu let go dengan tenang, especially if we know that our ex-husband is not the appreciative type or maybe cheating. Contohhhhhh.

Ambil balik barang selepas cerai tu bukan kedekut atau tak redha. Itu cara reclaim maruah. Sebab kita pernah memberi, dan sekarang kita ambil semula untuk protect diri kita.

"Masa tengah sayang dulu boleh je share bayar, bila dah cerai nak ambil balik? Tak ikhlas ke?”

Gitu antara perlian yang aku baca kat Thread.

Dey, Bro! Ni bukan soal ikhlas tak ikhlas. Perasaan boleh berubah. Hak tetap kekal!

Ikhlas tak bermaksud melepaskan hak secara kekal. Kena faham, ikhlas masa beli barang tu bermaksud kita rela keluarkan duit tanpa berkira, MASA ITU. But that doesn't mean we lose ownership of the item forever, ya. 

Imagine kau bagi kawan pinjam kereta sebab kau ekhlassss tolong dia masa tu. Lepas 3 tahun, hubungan dah tak baik. Kau nak ambil balik kereta, tiba-tiba kawan tu cakap, "Dulu kau ikhlas bagi pinjam, kenapa sekarang nak ambik balik? Tak ikhlas ke?"

Kau rasa logik tak? Tak logik kan? Sebab hak milik tetap hak milik. Ikhlas pinjam tak bermaksud ikhlas lepaskan terus.

Bila kahwin, memang banyak benda dibuat bersama. Beli rumah, beli furniture. Sometimes even business is together. Tapi tak bermakna semua benda automatik jadi harta bersama. Kalau isteri guna duit sendiri untuk beli, dan tak pernah ikrar nak bagi sebagai hadiah kepada suami, itu masih milik dia. Bila bercerai, dia ada hak untuk ambil semula. Bukan sebab dendam. Bukan sebab tak ikhlas. Tapi sebab itu hak dia.

Please jangan guna ‘ikhlas’ untuk manipulasi emosi.

"Kenapa nak ambil balik? Tak ikhlas ke?”

Itu ayat gaslighting. Tujuannya nak buat si isteri rasa bersalah atas hak dia sendiri. It’s like saying "Kalau kau betul-betul ikhlas, kau takkan tuntut balik hak kau walaupun kita dah cerai”, which is manipulative and unfair. Helo? Bila cinta habis, hak tetap kena kira. Cinta ni macam kontrak tanpa kertas. Ada rasa, ada emosi. Tapi harta dan barang rumah adalah material yang boleh dinilai dengan bukti.

Nak jadi lelaki sejati please hormat hak bekas isteri. Lelaki yang betul-betul matang takkan persoalkan kenapa bekas isteri tuntut balik barang yang dia beli. Dia akan hormat dan akui itu milik isteri. Kalau masa kahwin dulu tak kisah isteri bayar semua benda, jangan pula bila dah cerai, nak claim semua benda tu sebagai "kongsi". Fair is fair. Bila dah bercerai, masing-masing bawa haluan DAN bawa keluar apa yang memang milik sendiri. Itu bukan tanda tak ikhlas. Ia tanda orang tu tahu harga diri dia.

Yang kita-kita kat luar ni, jangan pulak takut nak berkongsi dengan husband hanya kerana ada contoh perkahwinan yang gagal. Kadang-kadang kita terbawa-bawa emosi dan pengalaman orang lain sampai takut nak buat benda baik. Betul, kita semua ada instinct nak protect diri. Tapi kena ingat satu benda. Marriage is not about fear of losing, but about trusting and striving to win together.

Memang ada contoh-contoh perkahwinan yang tak menjadi. Tapi itu bukan tiket untuk kita anggap semua lelaki akan buat hal. Sama macam kalau kita dengar satu kes keracunan makanan kat restoran, takkan kita nak stop makan kat luar terus? Tak logik, kan?

Kalau kita nak tunggu jaminan 100% baru nak memberi, itu bukan perkahwinan. Itu stock investment. Perkahwinan bukan tentang "apa aku dapat kalau aku bagi", tapi lebih kepada "apa aku boleh bina kalau kita sama-sama bagi". 

Bila kahwin, kita buat pilihan untuk percaya. Dan bila kita percaya, kita kena bagi ruang untuk pasangan menjadi versi terbaik dia. Tak boleh ada mindset "Takpe, ini aku beli. Tapi kalau kau tinggalkan aku, aku ambik balik semua". Kita boleh berhati-hati, set boundaries, and have open discussions early on but jangan completely shut the door to trust and sharing. Jangan biar kisah perkahwinan orang lain make you a suspicious wife. Ambil pengajaran, not fear.

Fear is not wrong. It’s a natural defence mechanism. Umpama kita takut fail exam, takut kena marah bos, takut kereta kena langgar. But, if we live only in fear, kita akan stuck dan tak buat apa-apa. 

Analoginya, kita takut naik motor sebab pernah jatuh. Adakah bermaksud motor tu jahat? Yang penting, belajar dari jatuh tu. Pakai helmet, slow down, tengok kiri kanan, baru jalan. 

Sama juga dengan perkahwinan. If you've seen someone else being betrayed, don't blame marriage. Dan jangan curiga pada pasangan sendiri. Tapi kena ada plan B. Let’s be real. Kita tak boleh kawal manusia 100%. Even the most loving partner boleh berubah kalau diuji dengan godaan. So, it's a good idea to provide some protection. Duit kena ada dalam tangan. Savings kena ada. Kereta paling tidak ada satu nama kita. 3 benda ni dulu usahakan. Lain kita bincang kendian.


2025-05-20

Sebenarnya kau bukan resah sebab tak nampak cantik, tapi kau rasa resah orang lain boleh bercantik-cantik tapi kau tak boleh, kan?

Topik ini sangat penting, especially for women who are in the process of hijrah atau yang masih dalam state nak teruskan bertudung ke tak, nak bertudung ke tak. Nampak tak cantik bila bertudung dan susah nak jadi fashionable katanya. Aku pernah lalui fasa ni. Aku mula bertudung secara istiqomah bermula 2012. Sebelum 2012 adalah zaman jahiliah aku. 

Hari tu aku ada nampak satu komen yang bitter pada post Nora Danish nak let go kasut-kasut dia. Orang tu komen "Selalunya yang baru start bertudung dah extreme macam ni, takkan lama (bertudung)". 

Wah wah wahhh kemain lagi dia sakit hati dengan hijrah orang, eh?

Aku rasa aku ada 'kelayakan' nak bercakap pasal ni. Aku start dengan free hair. Bukan setakat tak bertudung tapi pakaian aku pun mintak ampun. Yang pernah tengok, tahulah dressing aku camana. Seorang Diana kalau pakaian blouse yang tak nampak cleavage tak sah. Itu pun dah dikira "menutup aurat" dah tu sebab nampak cleavage sikit. Selalunya lebih daring. Salah satu punca aku ramai haters dulu maybe sebab ini. Sebab aku terlalu selesa letak gambar daring di blog. Setakat ni aku tak jumpa lagi influencer yang berani letak gambar pakai swimming suit kat blog.

Aku punya daring tu bukan untuk content, ya. Zaman dulu post demi content tak wujud. Apa yang ditonjolkan, itulah realitinya. Zaman tu, berpakaian daring is my lifestyle. Skirt belah sampai pangkal paha. Baju kalau tak tunjuk cleavage, mesti yang see thru nampak warna bra. Kat ofis, bukak blazer, hanya pakai tube. Aku sangat selesa dengan gaya macam tu. Until one day aku mula bertudung.

Awal-awal bertudung, SANGAT SUSAH. For someone yang biasa bergaya daring, baju dedah sana sini, tiba-tiba bertudung, segalanya jadi susah. Baju-baju aku takde yang sesuai lansung nak dipakai dengan tudung. Even baju kurung aku semua jenis see thru. Orang dah biasa pakai skirt pendek tiba-tiba nak pakai seluar panjang yang loose, baju loose, tambah dengan tudung - gila babi punya susah. Hampir give-up. 

Aku jadi semakin give-up bila customer yang dah biasa dengan aku sbeelum ni mula mengelak dari berjumpa aku. Maybe dorang jadi segan dan don't know what to sembang. Padahal aku hanya berubah dari free hair ke bertudung. Tapi ye lah, perubahan aku walaupun sikit tetap nampak extreme di mata orang lain sebab dulu sebelum bertudung aku terlalu daring.

So what I did, I enrolled myself dalam kelas agama. Aku perlu cari crowd yang mendukung hijrah aku, supaya aku istiqomah. Position aku masa tu fragile. Kalau tak kuat, konfem tudung ni tanggal semula. Tiga tahun aku join kelas agama. 

Perasan tak awal-awal dulu aku pakai jubah hitam? Itulah zaman-zaman aku belajar agama. Bukan sebab aku nak pakai macam tu tapi itu cara aku hilangkan rasa resah bila tengok cermin. Bila everyday ada kelas agama, everyday kena pakai jubah, everyday crowd aku pakai begitu, aku jadi selesa, aku jadi biasa, dan aku jadi tak kisah dengan pandangan orang sebab alasan aku sangat kuat masa tu iaitu aku pakai jubah sebab everyday aku ada kelas. Senang nak solat pun ye jugak, tak yah bawak telekung.

Lama-lama hati aku tak lagi resah everytime tengok cermin. Bila dah faham tujuan bertudung, aku tak rasa terbeban lagi. Nak buat tu tak mudah. Kau akan rasa jangal dan pelik kalau kau sorang je berjubah di tengah-tengah crowd yang pakai seluar jeans. That's why aku sengaja circle yang 'sekufu' untuk create foundation dulu. Bila pilih circle yang betul, Allah bantu mudahkan.

Selama 3 tahun aku biarkan diri aku pakai macam tu supaya selesa dengan tudung, selesa dengan baju loose, dan nak didik hati untuk istiqomah. Crowd macam tu penting supaya takde orang judge. Nak memupuk kebiasaan bertudung, aku kena cari crowd begitu so that tumpuan aku tak pada penampilan tapi pada ilmu.

Seronok dalam kelas tu. Baca Quran, hafalan, belajar munakahat, etc. That's why bila terbaca Nora Danish nak jual kasut-kasut yang banyak dan bagi baju-baju lama kat kawan, I am not surprised. Aku percaya dia sedang berada dalam new crowd untuk kekal istiqomah. Orang yang tak faham akan nampak perubahan dia macam extreme. Sebenarnya tak. Dia sedang belajar istiqomah dan prosesnya memang begitu. Orang macam dia lagila nak kena betul-betul istiqomah sebab dia dalam entertainment industry yang tak friendly dengan wanita bertudung. Pengaruh lama masih ada.

Jangan cakap yang free hair saja. Yang dari kecil bertudung pun tak ramai mampu labuhkan tudung/shawl sampai sekarang, kan? Masih selesa dengan lilit kat leher. Because? Because kita dibesarkan untuk "pakai tudung" bukan untuk "menutup aurat". Kita ikut budaya, bukan kefahaman. Jadi bila dah besar, kita rasa bertudung tu cukup sekadar ada atas kepala. Tak rasa keperluan untuk tutup dada, tak rasa salah pun bila sanggul tinggi, atau bila tudung tu lebih jadi aksesori daripada cover rambut. Bila kefahaman tak mengiringi amalan, kita akan selesa dalam 'cukup-cukup'. Tapi bila kita mula belajar, mula faham maksud sebenar hijab bukan fesyen tapi ketaatan, insyallah perlahan-lahan hati jadi lembut untuk perbaiki cara bertudung. It’s a journey. Dan setiap orang ada timing dia. Don't worry, I don't judge.

Secara saintifik, humans are naturally attracted to what is revealed. Otak manusia bagi perhatian lebih kepada visual yang menarik, contohnya skin color, bentuk muka, rambut, etc. This is a basic biological reaction. Bukan salah siapa-siapa. So tak pelik bila orang yang baru bertudung rasa diri kurang cantik, kurang menyerlah, atau tak fashionable. That's why people started to explore cara pakai tudung biar nampak bergaya dan cantik. But let me tell you, pakai tudung memang bukan untuk cantik tapi untuk tutup cantik. So if kau rasa kenapa aku pakai tudung tak cantik, it's normal.

Sebenarnya kau bukan resah sebab tak nampak cantik, tapi kau rasa resah orang lain boleh bercantik-cantik tapi kau tak boleh, kan? That’s okay to admit, because healing starts with honesty. Tapi jangan salahkan tudung bila rasa diri tak cantik. Tudung tak pernah halang kecantikan. Tudung cuma halang pandangan yang tak sepatutnya. 

Aku ingat lagi ustaz dalam kelas agama cakap "Bila mula bertudung, yang kena mantapkan adalah ilmu, bukan tutorial tudungnya".

Sesiapa yang baru bertudung, my advice, pi enroll kelas agama dulu. You need crowd yang berbeza yang mendukung you untuk terus istiqomah. Bukan buang kawan-kawan sekarang, tapi ada new crowd untuk you istiqomah. Untuk bagi kau selesa dengan penampilan baru. Once kau dah terbiasa dengan bertudung, insyallah, kau dah heran dah dengan siapa lebih cantik.

Dulu rambut aku berkaler, ya. Setiap 6 bulan rebonding, treatment, kaler. Banyak aku invest untuk rambut. Perasan lawa betul aku bila free hair. Hahaha. Macam-macam style rambut aku buat untuk pi kerja. Terasa lebih konfiden bila rambut aku di-set cantik every morning. 

Bila bertudung, terus nampak macam makcik-makcik. Nak pi jumpa customer dah malas. Sebab rasa muka macam tak siap. Dahlah bertudung, kena pakai loose blouse pulak tu. Sumpah macam makcik-makcik. Tahun 2011-2012, kita belum ada fashion untuk wanita berhijab. Habis kuat pun, jubah and pakaian muslimah yang lansung tak cantik. Sumpah buruk. Dah la pakai tudung kena labuh tutup dada, makinlah selekeh nampak.

Agak konflik identiti juga aku dulu. Tu belum lagi dengan pengkomen-pengkomen yang nasihatkan macam-macam.

"Tudung kena tutup dada"

"Takleh pakai candy jeans. Ketat"

"Baju jangan singkat sangat, tutup bontot"

"Warna baju you menyerlah sangat. Tabarruj"

Ya ampunnn. Boleh givap kalau tak kuat. Sebab tu kebanyakan artis yang berhijrah, lepas tu tanggal tudung semula sebab banyak sangat desakan-desakan yang tak perlu. 

Look, orang tu dari free hair ke bertudung pun dah satu achievement. Kau tak tahu betapa dia struggle untuk buat decision bertudung. Now dia dah bertudung kau nak dia ubah semuanya dengan drastik. Tak boleh itu, tak boleh ini. Berilmu tapi tak bijak. Bagilah dia ruang untuk biasakan diri. Kalau dia nak bertudung lilit leher and still pakai skinny jeans - let them. Bagi dia selesa dengan new penampilan dulu. Slowy dia akan belajar ubah. Kau tak payah susah.

Aku tak faham kenapa ada orang nak judge those yang baru bertudung yang nak buang baju-baju lama dan kasut-kasut lama dikatakan extreme. Padahal itu tanda dia betul-betul bersungguh. Bila hati dah terbuka untuk berubah, benda pertama yang kita buat memang buang apa je yang mungkin boleh menarik kita ke diri kita yang lama. Itu bukan extreme, itu namanya hijrah dengan sedar.

Masa aku start bertudung, aku buang baju-baju yang boleh buatkan hati aku berbolak-balik. En Wan suruh simpan dalam kotak. Aku cakap, selagi baju tu ada dalam rumah ni, walau duduk dalam stor sekalipun, aku tahu dia ada di sana dan possibility untuk aku punggah balik, ada. Lagi bagus berambuskan terus dari rumah ni. Tapi baju-baju yang biasa aku pakai di rumah, aku simpan. Sebab baju tu memang untuk dipakai kat rumah, tak pernah dipakai untuk pi kerja. Kasut aku pun banyak. Yang jenis tali-tali tu. Semua aku humban ke tong. Pastu laju-laju beli kasut pengawas Bata.

Orang luar mungkin nampak perubahan ni macam over, tapi orang yang pernah melalui proses tu tahu, this is survival. Bukan drama. Bukan untuk content. Tapi untuk diri sendiri. So biar orang nak kata apa. Asalkan Allah tahu kita bersungguh, itu dah cukup.