2013-02-28

Extend



Aku ni dari semalam keheranan apesal email-email customer Ephyra semua "harap saya masih sempat..", "harap Kak Di sempat baca email saya..."

Aku macam apesal ni?

Sempat apekah?

Check-check balik oh rupanya aku ada bagitau promo habis hari ni ye?
Hahah...sorry la, faktor usia.
Maafkanlah ahkak.

Ok aku extend promo sampai 13th March.
Sebab selepas waktu tu aku dah start travel ke utara then ke east coast, so next week sampai 13th tu insyallah keadaan boleh dikawal. Ni pun esok aku Melaka, tapi akan disettlekan urusan pos by tomorrow.

Kepada yang belum terima tracking number dari aku, mintak tunggu ya.
Tu maknanya aku belum pos lagi.
Batch pertama aku pos sebelum gi umrah.
Batch kedua Isnin baru ni, hari yang aku ke Penang.
Batch ketiga semalam. Tapi sikit je sempat pos sebab aku ada banyak sebut harga nak buat.

Dalam list aku ada around 35 sets (105 kotak) yang belum dipos. Yang ni yang place order Selasa until today. Rasanya sebahagian yang order Selasa, aku sempat pos semalam. So between Selasa sampai today kalau belum terima tracking number, maknanya korang punya yang dalam 35 set tu. Sorry ya, aku quite busy sikit, akan cuba pos esok.

Yang tanya if boleh dapat Ephyra ni kat HQ, yes, boleh dapatkan Ephyra ni kat HQ tapi takkan dapat harga crazy RM189, sebab harga yang crazy hanya dapat dari orang yang crazy. Hahah.





Makkah Day 2 and 3


Melihat Kaabah buat pertama kali memang tak tau nak describe perasaan dia camne.
Yang pastinya, sebak.

Masa aku jejak kaki kat dataran Al-Haram pun aku ter-stop kejap nak yakinkan diri aku yang aku dah sampai kat Al-Haram. Macam tak percaya aku sampai sini. Rasa takut nak masuk dalam masjid. Takut nak tengok Kaabah.

Masa En Wan tarik tangan aku masuk masjid, aku just ikut je tangan En Wan.
Memang tak berani nak angkat muka. Aku rasa macam kau tak payah la nak bangga sangat masuk Al-Haram, kau tak ditunggu pun. Something like that la. Aku terbayangkan kalau orang yang baik-baik tu, kalau dia masuk ke Al-Haram, malaikat-malaikat tertunggu-tunggu tercarik-carik mana satu orangnya. Kalau aku yang masuk..alahaiii.

Tapi, aku cuba yakinkan diri aku yang aku juga adalah tetamu Allah.
Mungkin disebabkan aku jahil serba-serbi maka aku dijemput ke sana.

Aku pernah dengar satu rancangan pasal jemputan Haji/Umrah, penceramah tu cakap semua yang dapat ke sana adalah atas jemputan Allah, bukan jemputan sesiapa. Jadi, masing-masing jangan main-main dengan tetamuNYA. Sebab tu kita di sana disuruh banyak bersabar dan selalunya ada silap sikit, kat sana jugak dibayar cash.

Masa aku langkah masuk masjid, pandangan aku blur sebab airmata aku dah bergenang. Aku tak tau la kenapa aku sensitif sangat kat sana. Airmata ni kalau ditadah penuh sebaldi agaknya. Orang banyak dosa agaknya memang macam ni. Aku just ikut je tangan En Wan tarik aku sampailah ke tebing dataran tawaf, aku angkat muka and......berderai airmata. Masa tu aku menangis sepuas-puasnya, cuma mampu berdoa dalam hati je. Aku dah tak boleh nak bercakap apa pun. Aku mengadu sehabisnya dengan airmata. Kata-kata tak boleh nak luahkan apa yang aku rasa, cuma airmata je yang terangkan segalanya.


 


Lama aku berdiri kat tebing tu.
Sampai En Wan tarik aku untuk masuk tawaf.
Tawaf pertama aku adelah waktu siang. Malam masa mula sampai tu aku masih period. Alhamdulillah, kat Makkah period habis and aku dapat buat umrah and ibadah lain dengan tenang, takyah pikir pasal period segala.

Waktu siang ni tak seramai waktu malam.
Sebab siang ni kurang berangin and panas sikit banding malam. Lagipun waktu siang ramai ambik kesempatan sight-seeing, pi Gua Hira' ke, Gua Tsur ke...jenjalan. Malam baru buat umrah. Kitorang takde plan nak ke mana, so bantai je la buat umrah.




Lepas habis umrah, akan terus park-kan bontot kat saf, untuk dapatkan view paling hampir dengan Kaabah, Tapi selalunya aku habis umrah dalam kul 11am macam tu. Memang takkan dapat saf depan punya la, makcik-makcik arab berumah-bertangga kat saf depan tu, so ni je la pun spot paling best aku boleh dapat, sejam setengah sebelum zuhur. Tapi best, sambil mengaji sambil pandang Kaabah. Agak-agak penat, lunjurkan kaki sambil tengok Kaabah. Peaceful and heaven!

Cuma sesekali kepala kau akan dijadikan 'titi' untuk makcik-makcik arab nak melangkah je la.
Pada yang tak biasa kepalanya dipegang, harap biasa-biasakan diri la.
Sebab orang belah-belah sana ni maybe dah biasa pegang-pegang kepal orang, so kita nak kata apa kan. Redho je la cara dia. Dia punya pegang kepala tu bukan takat kuis tau, tapi dia pegang and tekan kepala kau. Memang berdengung kejap aku. Mau tak. Tengah-tengah kau baca Quran tetiba kepala kau kena tekan sebab dia nak lalu melangkah kau. Berdengung dan bingung. Kalau macam kita, kita takkan pegang kepala orang, kot nak tersungkur pun akan pegang bahu, tapi dia tak. So, diamkan aje.

Lagi satu time tawaf.
Set-set dorang ni datang segerombolan. Ada yang bangsa bertawaf dalam kumpulan and each other akan ikat tali pada badan masing-masing supaya they stay in the group, jadi dorang akan redah and langgar kau janji dorang tak berpisah group. Ni pun, sila sabaaarrrrrrrrr.

And dorang ni pun jenis yang sangat 'excited' kalau aku boleh katakan macam tu.
Kau tengah tawaf-tawaf sambil baca apa-apa yang patut, tetiba dorang terpekik kat sebelah sekuat-kuat ada "BISMILLAHI ALLAHUAKBAR!!!". Terperanjat aku. Terus terlupa jap apa aku baca tadi.





Ni waktu Subuh.
Aku sampai sejam before Subuh pun keadaan dia dah macam ni.
Patut la ada yang datang 2 jam sebelum Subuh.
Ni pun dah syukur rahmat dapat solat dalam masjid, kalau tak, sila bentang sejadah kat dataran.

Oh yes, ni nak cerita pasal solat Subuh hari Jumaat.
Masa hari Jumaat, solat Subuh dia baca surah Sajadah.
Lepas imam baca ayat "..sujadawwasabbahu....." sampai ke hujung ayat, Imam akan takbir and terus sujud. Pastu bangun balik and sambung surah tu sampai habis then baru rukuk.

Yang lelaki En Wan kata semua sujud. Tak sure la semua ke tak sebab dia nampak kiri kanan depan dia je. Yang perempuan, aku nampak macam aku sorang je sujud. Ni pun berdasarkan apa yang aku nampak orang kiri, kanan and depan aku. Aku sampai teragak-agak nak sujud sebab macam aku pulak yang salah. Pastu dah habis solat orang kiri kanan terpandang-pandang aku. Sardin je la muka aku kan. Aku tak sure if aku ke yang salah? Lepas balik tu aku tanya En Wan, aku salah ke? En Wan kata betullah tu, memang terus sujud pun pastu bangun balik. So, kepada yang bakal pergi, ingat ya, waktu Subuh di Hari Jumaat, imam akan baca surah sajadah rakaat pertama. Lepas ayat "..sujadan.." tu terus sujud. Biaq pi la orang sebelah menyebelah rukuk pun. Jangan jadi macam aku, nak sujud pun terus jadi was-was.


Kat sana rajin orang-orang arab bagi sedekah makanan.
Nanti dia berdiri atas lori pikap dia and hulur-hulurkan nasik.


Aktiviti mengupas kulit telor kerana......



...salah satu menu di pagi hari di sana adelah mee rebus.
Mee rebus kuah sikit, ala-ala spageti.


 
 Walaupun kita di Makkah, aktiviti gambar berdikari tetap berjalan seperti biasa. Tiada halangan...
 Masa ni tengah siap-siap nak turun for ziarah.

Ada reader tanya aku pakai blusher ke sebba pipi aku merah. 
Gila ape nak pakai blusher kat sana. Hahah. Kosser aku, kang kejap-kejap nak kena ambik wuduk, bazir je blusher aku. Tak, aku kat sana pakai celak je, ambik sunah :)
Mekap semua tinggal kat rumah, tak bawak. Tapi kan aku rasa sebab ambik wuduk dengan air zam zam pun, berseri je. Heheh. Mewah aku kat sana okkkk, ambik wuduk taknak pakai paip biasa, nak pakai air zam zam ajeeeee.

Tapi muka aku cam berbirat sikit, sebab kat sana aku buat umrah siang, so terbakor la sikit.
Takde hal la, aku memang dah hitam pun. Hahah.
 

 

Ziarah pertama that day ke Jabal Tsur.
Tapi tak naik, lalu je. Tak jauh mana, 5km je dari Makkah.
Insyallah ada rezeki datang ke sana lagi, nak cuba naik sini. Tapi bukan calang-calang boleh naik ke atas, kalau Tuhan pinjamkan tenaga untuk kita, insyallah sampai le ke puncak. 

Tapi kalau nak pergi kena pegi sendiri la kot, kalau pergi dengan group ni selalunya payah sikit. Nak pulak UTAS sampai 100+ jemaah jadi payah gak kot nak tunggu sorang-sorang daki sampai atas. Memang selalunya bas akan stop kat bawah Jabal Tsur ni je and ustaz akan ceritakan pasal Jabal Tsur dalam bas.

Jabal Tsur ni ada banyak puncak tapi salah satu tu ada Gua Tsur yang Rasulullah saw and Abu Bakar bersembunyi.


 
 Padang Arafah

Kosong je Arafah, sebab bukan musim haji. Kalau musim haji memang padat.
Memang lapang and luassssssssssssssssssss sangat Arafah ni.
Memang betul lah, berada di Arafah sewaktu wukuf dengan panas terik matahari, memberi gambaran and peringatan kepada kita macamana keadaan di Padang Masyar nanti.


 
 Jabal Rahmah, tempat pertemuan semula Adam dan Hawa


 
 Boleh tahan tinggi Jabal Rahmah ni.

Ustaz kata, walaupun tak setinggi Jabal Nur and jabal Tsur, tapi kalau takde daya, tak sampai juga. Jadi masing-masing start berdoa supaya diberi kekuatan nak daki. Kat Makkah ni takleh nak eksyen-eksyen sangat suka-suki cakap nak naik nak naik sebab apa-apa boleh berlaku. Ustaz cakap dulu ada sorang ni so excited nak naik, muda lagi. Kalau tengok badan, memang rasa konfem boleh sampai. Tapi belum sampai 5 anak tangga, tersadung terus terkehel. Nauzubillah, takut dengar. 
Alhamdulillah, aku and En Wan gigih nak daki jugak. Sambil naik sambil berdoa biarlah boleh sampai atas. Boleh tahan mengah oi.

En Wan la yang beria-ia, "Abang nak naik!"
Nak doa apa tu bang...jangan salah doa ya. Lain jadinya kang.


 
 Tapi dah macam kemerepekkan je bila aku tengok tiang ni ada yang siap tulis nama pasangan masing-masing, nak lekat jodoh katanya. Ustaz kata bida'ah. Kita doa and mintak yang baik-baik je. Tapi jangan keliru, ramai yang berdoa mengadap tiang ni. Dah macam mintak sesuatu dari tiang pulak. Tiang ni macam tanda je, berdoa silalah hadap Kaabah juga. 


 
 Ada yang solat sunat sekali kat atas tu.


 
 Mintak yang baik-baik ye bang....


 
 Ada gaya Ain Hawani?
Ecehh.


 
 Sebelum turun, ambik feel dulu atas batu-batu


 
 Mina.
 Kitorang lalu je tempat ni.
Pun kosong and lengang, penuh dengan khemah-khemah je.


 
 Tengok khemah je dah boleh bayangkan betapa ramainya umat yang berkumpul masa musim haji.
Yang kat khemah jauh-jauh tu alahai....bagilah aku kekuatan Ya Allah.
Pak Aji kata dia pernah berjalan sejauh 6km nak melontar. Amazing kan, Tuhan bagi tenaga kat kita. Kadang-kadang kita tengok macam takde daya takleh sampai je, tapi kuasa Tuhan takde sape boleh lawan.


 
 Jabal Nur (Gua Hira')
Tempat Rasulullah selau bersendirian sehingga lah dapat wahyu pertama.


 

Nampak yang putih-putih atas bukit?
Itu antara jemaah yang mendaki.
Group kitorang tak stop pun sini, lalu je.
Tu la yang tak bestnya pergi ramai-ramai ni, payah nak stop sebab takut banyak makan masa sebab nak kejarkan zohor kat Al-Haram.
Takpelah, mungkin tak stop tu adelah lebih baik untuk jemaah kitorang.

Tapi kawan aku yang selalu jadi bahan rujukan aku tu dah sampai kat atas ni.
Dia kata seronok, bila dapat bersolat kat atas, dalam gua.
Atas ni ada kedai jual-jual tasbih bagai.
Insyallah, harap dapat datang lagi. Kali ni semoga boleh naik.


 
 Perjalanan balik ke Al-Haram, lalu kat satu kawasan perkuburan.
Di sini lah makan Siti Khadijah. Tapi tak nampak dari dalam bas.


Sebelum balik, kitorang singgah di Ji'ranah, miqat di sini.
Kalau ikut aku, aku taknak miqat kat situ hari tu sebab membayangkan buat tawaf matahari terik atas kepala. En Wan memang setiap masa nak buat umrah, so dia memang bawak siap-siap kain ihram nak miqat kat sini.

Bila Ustaz kata, Ji'ranah adelah miqat Rasulullah, kalau Tanaim tu miqat Aisyah.
Terus aku miqat kat sini jugak.
Tawaf panas pun panas la.

Tapi kan, alhamdulillah, lansung tak migrain walaupun tawaf matahari atas kepala. Cuma berbirat je la. Tapi tu takde hal la. Yang surprise tu bila aku lansung tak migrain kat sana. Ponston aku tu bawak sesaje je, lansung tak bermakan. Alhamdulillah sangat-sangat semuanya dipermudahkan. Lagi satu yang aku perasan, kaki aku. Kaki aku yang terpeleot masa kat Legoland tu sebenarnya sehingga ke hari aku berangkat tu masih sengal-sengal. Certain-certain angle, dia akan terasa sengal. Kat sana bertawaf bersaie berkali-kali, tak rasa lansung sengal kaki aku. Bumi Makkah ni betul-betul lain.


2013-02-27

Sumbangan Iklhas








Kalau sesiapa yang nak beri sumbangan, boleh masukkan ke akaun bank di atas, DAN email kan transfer slip tu pada Taufik : mtaufikyusof@gmail.com.

Thank you.


2013-02-26

Catatan Umrah : Madinah Last Day and Makkah Day 1




 
En Wan sanggup tunggu melanguk kat masjid semata-mata nak ambik video payung ni bukak.


 
 Breakfast hari last di Madinah - nasik goreng + sosej + chicken finger + timun sebagai hiasan tapi tak makan + teh O.


Makan memang best.
Takyah kalut nak masak meggi bagai. Memang insyallah kenyang.
Cuma kena cepat. Kalau lambat dapat makan timun je la.

Hari ni last day di Madinah, Rabu 13 Feb.
Alhamdulillah, malam sebelumnya ditakdirkan Allah, period aku tiba-tiba stop. The moment aku sedar period aku stop, aku takde time nak pikir eh apesal cepat sangat stop?
Takde de.
Aku terus mandi and zassss ke masjid untuk Maghrib. Masa ni En Wan dah pegi dulu. So dia tak tau aku ada kat masjid. Tapi tak kisah la, apa nak takut kan. Masjid tu wakaf, bukan rumah orang. So redah je la carik tempat. Memang dah lambat dah time aku datang tu, lagi 10 minit nak azan. Konfem takkan dapat tempat punya sebba kat dataran pun dah bersusun rakyat jelata.

Tapi aku tak sedap hati. Aku takut anytime period aku datang balik, so masa-masa yang sikit ni harus dipastikan aku masuk solat dalam masjid. Aku takde pilihan, terpaksa membontoti makcik-makcik arab dan Turki. Dorang ni kalau bab-bab menyelit dalam saf cukup terer. Aku ikut dorang masuk masjid terus ke dalam tapi tempat semua dah penuh, last-last aku solat tepi tong air zam zam. Jadiklah, janji dalam masjid.

Orang-orang kita cukup anti dengan set-set perangai arab yang macam ni. Anti dengan bab-bab menyelit ni. Bukan apa, makcik-makcik Arab ni kalau nak solat memang nak masuk dalam masjid je. Taknak lepak dataran. Tapi datang lambat. Pastu menonong kalau boleh nak ke saf depan terus. Kalau datang sorang takpela jugak kan, ni bangsa yang datang dengan anak beranak 4-5 orang, pastu semua 4-5 orang tu dia nak sumbat berderet satu saf. Taknak berpecah saf lansung. Habis dia tolak-tolakkan kita biar dorang anak-beranak boleh masuk sederet.

Aku ni kalau nak kata hangin tu tak la sebab mungkin sebab aku bergerak secara solo, so kalau dia suruh aku ke tepi, aku try la ketepi sikit, takde hal sebab aku takde geng. Takat nak alihkan bontot aku sorang je. Macam kebanyakkan set-set akak-akak kita yang kat sana tu datang berkumpulan like dengan anak-anak, dengan mak, dengan kawan-kawan so aku paham la kalau dorang sakit hati pun. Nak pulak kalau yang bawak mak yang dah tua, of cos nak duduk sebelah mak kalau solat. Yang bawak anak, of cos nak pastikan anak kecik sama satu saf. Tapi makcik-makcik arab ni perangainya, dia nak duduk satu saf, nak solat dalam masjid, tapi datang lambat. Bila tempat dah penuh, dia tolak-tolak kita ketepi. Dalam waktu Maghrib tu je, 2 insiden gaduh aku nampak. Bukanlah gaduh besar sangat pun but ada insiden sound-menyound. Satu makcik Malaysia tu siap sound "Their bum kalau kecik takpe. Bum dia je dah 3 badan kita! Pastu nak masuk saf kita".

Yes, aku secara peribadi pun rasa makcik arab tu tak patut buat macam tu.
Dah datang lambat, jangan ambik tempat orang. Semua datang ke sana nak bersolat dalam masjid. Takde yang nak bersolat tepi jalan. Kalau dah tau macam tu, silalah datang awal.
Tapi, bak kata Pak Aji, kita tak tau dengan sape yang kita carik pasal tu.
Mana nak tau Allah 'hantar' orang tu sebagai dugaan untuk kita. Sakit hati memang sakit. Tapi anggap la itu salah satu cara Allah nak 'neutralize'kan dosa-dosa kita sekiranya kita bersabar.

Aku juga tak terlepas dari kena dugaan ni.
Tapi aku kena dengan set-set satu kumpulan.
Masa tu perjalanan dalam bas nak ke Mekah.
Akak kat seat depan aku tu dia kesejukkan, dia tutup aircond atas kepala dia.
Tup-tup kan dia bangun and tutup sekali aircond yang ada atas kepala aku.
Aircond atas kepala aku tu takde kena-mengena dengan dia tapi dia bangun and papppppp terus tutup.
Boleh tak agak-agak?
Terkebil-kebil kejap gue.
Pastu aku pandang En Wan, En Wan pandang aku.
Sabor je la aku kata. Laju je tasbih aku beristighfar sambil menahan panas hati. Seb baik tak terbarai bijik tasbih aku. Hahah.

 
 Gambar pagi Rabu, di mall

Subuh hari last day tu pun aku dapat solat, tapi kat dataran sebab aku datang sejam awal seblom azan. Kalau nak dapat tempat dalam masjid, harus 2 jam awal ye. Ni masjid Nabawi, bukan Al-Haram. Al-Haram tu besar, takpe.

Subuh tu last aku bersolat di Nabawi sebab lepas tu period aku datang balik.
Tapi, aku tak kecewa, sekurang-kurangnya Dia bagi aku peluang bersolat kejap.
Kalau yang nak pergi, Ustaz pesan kalau boleh tak payah la ambik pil menahan menses. Sebab pernah terjadi satu kes, satu akak ni ambik pil tu dengan harapan period dia tak datang. Tapi di sana keadaan jadi jauh lebih teruk bila period dia datang and stop dengan cara tak teratur.
Datang 2 jam, kering 5 jam.
Elok dah mandi, datang balik for 4 jam. Pastu stop for 2 jam.
Then datang balik sejam, stop 3 jam.
Jadi dia sentiasa dalam keadaan yang tak selesa dan was-was.
Ustaz pesan, benda tu Dia yang bagi, Dia jugak yang berentikan.
Kalau tak dapat bersolat dan kita patuh dengan arahanNYA supaya tak bersolat ketika uzur, itu juga adalah satu bentuk ketaatan. Juga dapat pahala. 

Aku pun mula-mula sedih tak dapat bersolat.
Tapi kuasa Tuhan, period aku stop kejap membolehkan aku bersolat Maghrib, Isyak and Subuh esoknya. Around sejam lepas Subuh kot, dia datang balik.


 
Azan Subuh di Masjid Nabawi, Rabu, 5.44am, 13 Feb 2013



Lepas En Wan solat zohor, kitorang buat ziarah wada' ke makam Rasulullah.
Sedih sangat nak tinggalkan Madinah.
Mungkin sebab kenyataannya jasad Rasulullah ada di situ, so macam rasa sangat tenang and 'selamat'.

Ucap selamat jalan pada Rasulullah lagi sekali buat aku menangis.
Rasa sayu betul hati nak tinggalkan Madinah. Lebih-lebih lagi Rasulullah, sebab aku tak tau if that will be the last time aku jejak kaki ke sana. Tapi insyallah Rasullullah, ada rezeki kami akan datang lagi.


2.30pm, bas bergerak ke Bir Ali untuk miqat.
Ni masjid di Bir Ali.
Bir Ali ni setengah jam je perjalanan dari hotel. Aku mula-mula ingatkan Bir Ali tu dah nak sampai Makkah. Rupanya tak. Dari Bir Ali ke Makkah ada lagi 6 jam perjalanan.


Bergerak tinggalkan Madinah selepas Bir Ali.


 
 
Talbiah oleh Ustaz.
Dulu, aku dengar talbiah kat TV everytime musim haji, sikit pun tak rasa apa.
Sebab aku tak tau apa maksudnya pun. Tak pernah tergerak lansung nak mencarik maksudnya.
Jahil sungguh.
Bila dah berada di sana dalam keadaan bersedia nak memenuhi undanganNYA, barulah betul-betul terkesan kat hati. 
Ustaz yang mengiring tu cakap "Tuan dan Puan adalah tetamu Allah. Kita semua dalam perjalanan ke rumahNYA, jadi kita kena bagitau DIA kita nak datang ni. Caranya, Labaika Allah, Labaika Allah (Aku datang Ya Allah. Aku datang Ya Allah)"

Tak boleh nak digambar apa aku rasa bila diri sendiri yang ucap talbiah, memang serta-merta bergenang airmata. Terbayang banyak betul buat dosa. Pastu nak ke rumah Dia dengan bawak dosa menggunung? Ya Allah, zalimnya aku dengan diri sendiri.
 
 
Dalam bas, on the way ke Mekah.

Ustaz pesan, kalau penat bertalbiah, lebih baik tido dari bercakap-cakap.
Sebab tido juga adelah ibadah.
Ha kau, tak kasik chan. En Wan terus membuta!


Bas stop jap kat mana ntah, untuk lepak-lepak regangkan otot sebab lama sangat.
Tapi nasib baik bas pun best, beraircond (sebelom aircond aku kena tutup dek akak depan), and absorber bas pun tak menhentak-hentak.


Meggi pun jalan je mamat ni.
Aku tak makan, minum pun tak sebab rasa so excited dalam kecuakan nak masuk Mekah.


Masuk je Border of Haram, terus nampak clock tower. 
Dah berdebar-debar dah masa ni.
Sampai hotel around 10.30pm waktu Makkah. Terus check in, letak barang dalam bilik and turun ke bawah makan dulu apa-apa hal. Kang nak bertawaf pitam lak tak makan dari tengahari.



Pemandangan Al-Haram around 12am.
Tak pernah kosong, sentiasa ada orang. Nak pulak waktu malam.
Kat sana ramai yang buat umrah waktu malam sebab suasana lebih segar.


Umrah pertama, diiringi mutawwif.


Tawaf tak pernah berhenti. Sentiasa ada orang bertawaf.

Tak banyak gambar yang dapat disnap masa umrah pertama sebab nak fokus pada umrah.
So mana yang ada ni je la.
Umrah pertama selesai around 3am.
Tido for sejam setengah, dan bangkit semula get ready untuk Subuh.

Kat Makkah satu benda yang aku notice adelah tenaga.
Tak tau mana datang tenaga pada jemaah. 
Padahal setiap pagi bangun pukul 3-4pagi untuk bersiap-siap Subuh. 
Lepas Subuh, balik hotel breakfast.
Lepas breakfast, siap-siap nak ke Tanaim untuk miqat umrah.
Balik dari Tanaim, terus buat umrah untuk 2-3 jam. Bertawaf 7 pusingan, saie 7 kali.
By the time umrah habis, around 10.30-11am.
Balik hotel mandi, siap-siap, ke masjid get ready untuk zohor.
Lepas zohor balik hotel lunch, rehat 1-2 jam then ke masjid untuk asar.
Dari asar sampai isyak memang di masjid terus.
Balik dari isyak, kadang-kadang buat umrah lagi sampai 12.30-1am.
Pukul 3am dah bangun nak ke masjid for Subuh semula.

Allahuarabbi.
Mana datang tenaga?
Kalau nak ikutkan hati memang penat, tapi alhamdulillah Allah pinjamkan kekuatan untuk sentiasa ada tenaga nak buat ibadah. Sebab tu agaknya selama ni ada yang bercerita seblom pi Makkah sakit-sakit lutut. Sampai sana, sihat belaka.
Tenaga yang Tuhan bagi pinjam ni memang betul-betul buat aku insaf kejap.
Kalau kat rumah tu pantang terletak je kepala terus padam. Asal terletak je kepala, padam. Macamkan penat sangat.
Tapi kat Makkah, tido sehari dapat 2-3 jam pun dah lega padahal hari-hari jalan berbatu-batu.


Subuh esoknya.
Padat. Pandai-pandai la nak selitkan bontot masing-masing.


Kat sana setiap lepas solat fardhu mesti ada solat jenazah sekali. Setiap masa ada orang meninggal. Kadang-kadang berderet 4-5 jenazah.
Macam ni, jenazah dibawa keluar dari masjid selepas Subuh. 
Tak sempat kita nak tolong angkat, sebab terlalu ramai yang menadah tangan nak sambut jenazah. Sekali pandang macam kau tengok jenazah tu terbang sebab laju sangat pergerakkan dia dari masjid nak ke van jenazah.


Ni miqat waktu siangnya di Tanaim.
Masjid Tanaim ni miqat Aisyah. Ni miqat paling dekat dengan Al-Haram, 8km je.
Kalau naik van, dia charge SR3/person tapi kau kena tunggu sampai van penuh baru driver nak jalan. Kadang-kadang kau dah rasa padat dah tapi si driver ni pulak satu hal, selagi tak bertimpa-timpa kat dalam van tu selagi tu dia sumbat. Jadi, kalau nak cepat, silalah ambik taxi. Tapi taxi mahal la sikit, SR60 pergi balik. Selalunya kitorang pergi miqat dengan taxi, balik naik van sebab van kat Tanaim melambak.


Tawaf.
 
Kalau tengok tang jauh macam takleh masuk je dalam kawasan tawaf ni, tapi percayalah, akan ada space kat dalam tu, siap boleh cilok-cilok lagi. Tapi satu benda yang aku tak berapa suka tengok masa tawaf ni, ada yang taksub. Ketaksuban melampau sampaikan terpaksa ada pegawai-pegawai and polis yang jaga kat dinding-dinding Kaabah sebab kebanyakkan dorang  ni, mostly Pakistan, Bangla and some arab-arab ni yang dah macam menyembah Kaabah pulak. Siap tarik-tarik kelambu Kaabah, meraung-raung tepuk dinding Kaabah, tumbuk-tumbuk dada sendiri, mengempas-hempas melalak. Aku tengok pun konfius mula-mula. Bila nampak pegawai-pegawak ni tolak dorang ke tengah and buat isyarat tangan supaya berdoa, then baru aku tau yang dorang ni ketaksuban melampau.


 

Cuba tengok tangan-tangan yang bersenggayut kat depan pintu Kaabah tu.
Tu pun set-set yang pastu kena hambat dengan polis.
Ada sorang hamba Allah ni lagi la siap panjat makam Ibrahim.
Panjat okeh! 
Apa yang kau carik kat atas makam yang sampai nak memanjat tu? Ya ampunnnnnnn.

Pastu depan Multazam selalu jem.
Tetiba berlaga-laga dengan orang depan. Rupanya tengah-tengah dunia tu ada orang benti bersolat. Punyalah masing-masing nak bersolat depan multazam sampaikan menyebabkan orang lain eksiden. Tu pun kena hambat dengan polis. Kadang-kadang aku tak paham gak dorang-dorang ni. Nak beribadat kalau dah sampai menyusahkan orang, rasanya tak bagus.

Aku pernah dengar satu ceramah.
Ustaz tu kata, bersolat sunat ni bagus. Tapi kalau bersolat depan pintu masjid sampai halang orang keluar masuk tu dah tak bagus.
Berwirid tu bagus, tapi kalau berwirid lama-lama dalam surau yang sempit sedangkan di luar ramai yang menunggu giliran untuk bersolat, itu dah tak bagus.
Jadi, agak-agak lah ya.
Ingatan untuk diri sendiri juga.


Saie.



Safa
 
 
 Ni la aktiviti aku lepas umrah. Singgah mall cari makanan nak kunyah-kunyah.
Padahal makanan kat hotel dah sedap-sedap dah.
Tapi dah sampai sana sesekali kan, apa salahnyaaaaaaaaa.
 
 
 Lunch kat hotel.
Selalunya kalau time makan, memang lauk ada 3-4 macam, tapi ada yang aku tak reti makan, so ambik apa yang boleh makan je la.
 
 
 Suasana lepas isyak di dataran Al-Haram. 
 
 
Dinner.
Ada satu ikan yang kitorang spot kat Madinah and Makkah ni, sedap sangat.
Tak tau apa tajuk ikan tu tapi goreng ke, masak gulai ke, memang sedap.
 

Malam tu, lepas isyak, jalan-jalan sekitar Al-Haram usha apa-apa yang patut.


Jumpa Baskin n Robbin :)


Depan pintu hotel.
Hotel ni adalah hotel UTAS. Dalam ni semua jemaah under UTAS Travel.