2025-02-28

Johnny kena declare relation nak buat apa ngok?

Seperti yang dijangka, ex-wife Johnny buat hal balik. Kahkahkah. Tak susah nak predict seorang narcissist, betul tak aku cakap? Dari Day 1 lagi kitorang (consists of 5 orang) dah sebut ini konfem jadi balik macam 2017 and 2023 karang. Eh betul pun! 

Sebagai seorang narsisist yang bitter duda dapat jalani hidup bahagia lepas berpisah, mestilah bila ada gossip panas gini dia nak enterframe. Karang orang lupa pulak dia pun pernah couple dengan Johnny.

Ini fans Johnny menganjing. Dia kata fans Johnny semua dalam keadaan baik — blood pressure ok, semua ok. Hahahahah. Sebab apa? Sebab kita dah biasa. Dah biasa handle janda gila. Dah biasa handle fans gila. Dah biasa handle bloggers and paparazzi gila. Apalah sangat dengan sekeping gambar candid 😆. Siap pesan sediakan pop-corn awal-awal. Drama perempuan gila dah bermula. Aku bukan setakat pop corn, askrim keto pun standby kat tepi ni. Sejukkan hati. 

Yang aku pelik tu, dorang semua ni kemain lagi kata Johnny tak relevan. Tak popular. Semuanya taklah. Tapi dah masuk hari ketiga tak habis-habis lagi dorang kisahkan si Johnny. Apa ntah yang bising macam nak kiamat tentang Johnny ada girlffen? Bukannya dia ada wife pun. Lainlah kalau dapat tangkap dia ada skandal. Lojiklah nak dibisingkan. Ini just a girlfren. Yang sampai nak Johnny buat declaration kejadah hapenya? Dah macam satu crime pulak asal celebriti ada relationship kena declare publicly. Masalahnya, yang suruh Johnny declare tu fans orang lain! 


Kau nampak tak beza TRUE fans Johnny dengan non-fans? True fans semua ada common sense. BERCINTA je kot! He is a single man. He is already 33. He is a straight guy. Apa masalahnya kalau bercinta pun?

Yang benaunya dorang ni mostlah are CP-fan (coupling). Dorang yang beriya ship-kan Johnny dengan orang tu orang ni. Sampai ke tahap mengkaji gambar-gambar, gerak-geri, cara menulis post — semata-mata nak fulfill their own fantasy kononnya idol dorang memang sedang bercouple dengan Johnny.

Contohnya CP Timmy-Johnny. 9 tahun dorang berfantasi kononnya Timmy and Johnny masih berhubungan. Kononnya Timmy kawen sebab kecewa kena banned dari berjumpa Johnny. Kononnya masa Timmy declare dah kawen Johnny kecewa and bawa diri ke Korea, kononnya Johnny masih tak boleh lupakan Timmy. Kepala otak dorang ni berharap yang Johnny and Timmy benar-benar gay macam dalam drama Addicted.

Yang CP Li Qin-Johnny pun kecewa gak. Ni set-set takleh move on dari drama My Dear Guardian. Terlampau carried away dengan kisah cinta Liang Muze dengan Xia Chu, sampai terbawak-bawak until today. Beria mengkaji gestures Li Qin masa iQIYI Scream Night. Kononnya masa Johnny ambil award, orang lain dah berhenti tepuk, Li Qin masih lagi tepuk tangan. Itu tandanya dorang ada relationship katanya. Kahkahkah. Delusi betul. Masa kat iQIYI Scream Night Johnny and Li Qin kebetulan pakai jogger pants sama warna (lain brand) punnnn dikatanya itu hint dorang sedang bercouple. Matilanakkkk gini takleh pakai sama warna dengan semua orang 😆.



Yang paling sedih CP Ziqi-Johnny. Dorang pakat-pakat share video ni. Kenangan terindah katanya. Kahkahkah. Sedih benau post sorang sorang cinta tak kesampaian. Dorang pulak yang lebih-lebih "Kami tahu Johnny takde pilihan. Demi nak menjaga career, dia terpaksa bersama wanita lain". Kajadah apa, saitan? Kimek. Dasar main bontot punya orang.

Patutlah celebriti kat sana takut nak bercinta. Sebab netizen dorang lain macam punya berhalusinasi. Dorang bukan saja shipping, tapi juga banyak berangan. Kat sana adalah satu perkara yang normal kalau dorang buat blog mereka-reka cerita shipping antara satu artis dengan artis yang lain. 

Contohnya, Love Song in Winter dah habis setakat Jiang Chengyi (Johnny) and Lu Yan (Sun Qian) tengah mencari tempat untuk honeymoon, kan? Dorang sambungkan cerita tu, ya. Dorang sambung sampai ke tahap Jiang Chengyi and Lu Yan berkahwin, ada anak, pakwe lama mengorat- macam-macam. Ada pulak yang membaca siap minta sambungan bagai. Lain macamlah netizen kat sana. Sebab tu dorang boleh kontrol artis. Kuasa fans lagi tinggi dari kerajaan.

Kerajaan kat sana banned LGBT. Cerita yang ada unsur boy's love pun dibanned. Johnny and Timmy 9 tahun kena banned daripada berlakon sama gara-gara drama Addicted. Drama and pelakon sama-sama kena banned. Masalahnya, yang tu je kemain lagi dibanned. Fans-fans yang dok men-couple-kan Johnny and Ziqi takde pula diambil tindakan. Tu pasal galak dorang menshippingkan lelaki sesama lelaki.

Apa-apa pun anugerah fans paling jahanam jatuh kepada fans Dilreba. Bukan fans Malaysia ya, tapi kat China. Sumpah jahanam gila! Dia pulak yang lebih-lebih mintak Johnny buat declaration tak ada apa-apa dengan Dilreba. Aku takleh brain. Benda memang tak pernah berlaku, nak declare apanya? 5 tahun gossip semata-mata. Bukti video takde. Bukti gambar takde. Hanya cakap-cakap orang saja yang kau pegang selama ni, tup-tup bila gambar Johnny and gf tersebar kau mintak Hamba Allah tu declare?? Dah ada bukti bergambar between Johnny and his gf, kira dah declare dia takde apa-apa dengan Dilreba la tu.

Ni bukan apa, benaunya MALU. Sebab dorang kan perasan Dilreba tu BEAUTY GODDESS. Konon macam selama ni Johnny tergila-gilakan Dilreba. Tup-tup Johnny ada gf. Menyiraplah bila Johnny pun taknak kau punya Beauty Goddess. Hahahhah.

Kesian aku tengok Dilreba. Umur dah 33. Single. Cantik. Tapi tu lah disebabkan kau bergantung pada image “single and available”, tau-tau je dah tua. At this age, paling tak pun mestilah nak lelaki yang same age atau lebih tua. Malangnya kebanyakan lelaki dah kawen dah umur-umur gini. Yang available pun tak ramai. Yang available dan wealthy lagilahhhh tak ramai.

Aku tak nak touch pasal ex-wife. Tak worth it untuk diceritakan. Sebab dia tu gila. Orang macam ni 10 perkataan dia cakap, 11 aku tak percaya. Yang ini biarkan dia melalak sorang-sorang kat Weibo. Tak tahu hujung pangkal tiba-tiba nak enterframe. Fans Johnny lagilah malas nak layan. Semua tak kuasa. Semua dah start balik promote drama-drama Johnny.

Yang kat Weibo bising-bising tu bukannya fans Johnny pun. Dorang tu sebenarnya sangat tergugat dengan kredibiliti and pengaruh Johnny dalam industry. Selagi Johnny ada, semacam bagi saingan kuat kat idola dorang. Bab acting memang dorang takleh pertikaikan sebab tu dorang always attacke personal life Johnny. Itu je cara nak jatuhkan.

Kalau tanya aku pasal gambar candid tu, takde apa masalah pun. People fall in love. People date. People get married. That is life. It’s normal. Tak perlu explanation apa-apa. Dan Johnny tak perlu nak explain why he chooses her. Sukati dia nak kawen dengan siapa pun. Tak perlu korek. Baru bercinta. Dah kawen sok dia reveal lah. Entah-entah bukan gf. Entah-entah casual companionship kat Vietnam je. Benda ni biasa kat sana. Thailand pun ada service ni. Tengok mak saleh berpegang-pegang tangan dengan nyonya-nyonya Siam. Bali pun ada service ni. Malaysia tak tahulah ada ke tak. Siapa pun that girl, GASAK! Yang aku nak tahu now, apa next projek Johnny. Tu je.

Pastu ada yang kata “zaman kejatuhan Johnny bakal bermula”. Kahkahkahkahkahkah. Tiberrr je kau. Nak jatuh apanya? Sebab bercinta? 

Macam mana bercinta boleh sama dengan kejatuhan career? Kita dah masuk tahun 2025, bukan zaman dulu yanh mana selebriti kena sorok kehidupan peribadi untuk terus relevan. Kejayaan celebriti sepatutnya dinilai berdasarkan bakat, bukan status relationship. Kalau masih ada yang terfikir bercinta = “bunuh karier,” konfem lama sangat duduk dalam gua.

Maybe culture kat sana yang sengaja kekalkan imej “single” untuk jaga peminat, tapi Johnny tak pernah main game macam tu. Career dia dibina atas prestasi sebenar, bukan fan service. Fans dia baik local baik international bukan jenis yang mengamuk hal peribadi sebab we respect him as a profesional actor. So kalau anggap gossip bercinta ni akan cause his downfall, tu memang kelakar. Kelakar ngatttttt!

Yang pelik tu, bertahun-tahun orang mock Johnny tak laku, kononnya dia cuma ada “300 fans.” Tapi bila keluar gossip bercinta, terus trending habis. I is confuse you know. Betul ke Johnny tak relevan? Atau dia sebenarnya cukup besar sampai status relationship dia alone dah boleh gegarkan internet? Hahahaha. Gotcha!!

Look. Bila non-fans tiba-tiba sibuk pasal dia, itu sendiri dah tunjuk betapa besarnya pengaruh dia kat sana. Korang je yang denial selama ni, khennnnn.

Dorang lupa satu benda. Pelakon A-list takkan hilang kerja semata-mata sebab bercinta. Johnny ialah pelakon yang disegani, dan ada good relationship dalam industri, reputasi kukuh, dan projek yang berterusan. Selagi dia tak terlibat dalam skandal betul, karier dia takkan terjejas. Yang cakap dia akan jatuh tu jelas tak faham cara industri ni berfungsi.

Setiap kali ada poll ataun voting “Celebriti Paling Popular,” nama Johnny tak pernah masuk list. Tapi bila ada gosip, balik-balik dia yang semua orang kecohkan. Dan yang paling banyak bising bukan fans dia, tapi orang luar yang tiba-tiba ada banyak sangattttt benda nak cakap. Malangnya, career Johnny bukan dibina atas gossip. Dia berjaya sebab disiplin, bakat, dan dedikasi. Semua tu takkan berubah hanya sebab dia bercinta.

Johnny tu lelaki umur 33 tahun, single. Dia tak berhutang penjelasan dengan sesiapa, apatah lagi dengan manusia yang selama ni tak pernah sokong dia pun. Pathetic.


2025-02-27

GreenAard: JERAGAT TAK BOLEH HILANG.

Ni nak menjawab soalan tentang jeragat. Kenapa jeragat susah nak hilang katanya.

Ok, first sekali kita kena faham yang jeragat bukan boleh hilang dengan scrub atau facial cleanser biasa. Punca jeragat adalah daripada melanin yang BERLEBIHAN dalam kulit. Melanin ni kita semua tahu adalah pigmen yang bagi warna pada kulit. Bila kulit exposed too much pada cahaya matahari, sel melanocyte dalam kulit akan produce lebih banyak melanin as sistem pertahanan untuk protect kulit daripada UV. Masalahnya, melanin ni tak tersebar dengan sekata. Dan inilah penyebab jeragat muncul. Jeragat tu adalah melanin yang berlonggok setempat. That's why JERAGAT TAK BOLEH HILANG.

Jeragat susah nak hilang sebab pembentukannya berlaku dalam lapisan kulit yang lebih dalam. Jeragat tak duduk atas permukaan kulit. Dia “melekat” pada lapisan dermis (di bawah permukaan kulit). Jadi, produk biasa yang bersihkan lapisan luar kulit macam pencuci muka takkan cukup kuat nak buang jeragat sepenuhnya. Lagipun kulit kita ada memori. Bila pernah ada jeragat, sel melanocyte dah biasa hasilkan melanin berlebihan. Dia akan hasilkan lagi dan lagi. Kalau tak jaga betul-betul (contohnya tak pakai sunscreen), jeragat akan cepat muncul balik.

Bagi sesetengah orang, jeragat muncul sebab hormon tak stabil. Contohnya umur 40-an (mendekati pre-menopause). Umur-umur gini hormon dah start tak konsisten. Ini buatkan kulit lebih mudah keluarkan melanin secara berlebihan. Sebab tu, walaupun dah cuba macam-macam produk, jeragat masih degil. Yang konsisten ambilbirth control pun mudah naik jeragat.

Jeragat juga ada kaitan dengan genetik. Kalau mak ayah ada jeragat, chances untuk kau dapat jeragat adalah tinggi. Tambah pulak bila umur bertambah, sel kulit tak lagi replenish dengan cepat, membuatkan melanin terkumpul lebih lama. Senang cerita cakap, sekali jeragat dah muncul, TAK BOLEH hilang sepenuhnya.

Menipu sangatlah kalau ada produk claim kata jeragat boleh hilang. Tak, jeragat TAK BOLEH HILANG. Yang boleh dibuat hanya kurangkan warnanya so that nampak lebih pudar. Maknanya kita boleh kontrol jeragat dari dalam badan, bukan hanya dari luaran.

Benda paling mudah, start jaga hormon. Maknanya kurangkan stress, dan pastikan cukup tido. Umur 40 dah boleh start ambil supplement yang boleh kawal keseimbangan hormon. GreenAard ada Herba Rahsia Rimba. Ini memang untuk internal health for women. Boleh je kalau nak ambil ni. Memang untuk kurangkan simptom menopaus pun. Jeragat adalah salah satu simptom menopaus.

Lagi satu, increase kolagen. Sebab jeragat bermula dari dalam kulit. Memandangkan jeragat yang dah terbentuk tak boleh hilang, kolagen dapat cerahkan kulit secara semula jadi. Jadi, bila kolagen bertambah, kulit jadi cerah, secara tak lansung area jeragat tu memudar sikit.

Then, kena jaga hati. Hati dalam badan kau tu yang kena jaga. Sebab hati kerjanya tapis toksin dalam badan. Bila hati terbeban, toksin boleh ganggu hormon. Bila hormon terganggu, jeragat jadi lebih teruk. Nak tahu hati ada banyak toksin ke tak, indicatornya adlaah berat badan. Kalau hati terbeban dengan toksin, pembakaran lemak jadi perlahan menyebabkan berat badan susah turun. Kat sini boleh jadi petunjuk. Maknanya, kalau berat badan susah nak turun (atau gemuk), chances untuk dapat jeragat lebih tinggi.

Jeragat memang tak boleh hilang serta-merta, tapi boleh dikawal kalau kena caranya. Dulu kita pernah buat kombo Cleansing Gel & Gloei. Ini kombo untuk luaran and dalam kulit. Tapi now kombo ni kita tak buat dah, tapi dua-dua ni sekarang kalau beli ada gift (refer poster sebelah). Tapi beli dari whatsapp only.


2025-02-26

Mak-mak, SILA BERTAHAN!

Dah settle dah anak-anak yang masuk SBP and MRSM, kan? Belum seminggu lagi, tapi dah 2-3 orang mak mengadu kat aku, anaknya homesick. Nak balik.

Mak-mak, SILA BERTAHAN!

Dengar sini aku nak bagitahu. Ini based on pengalaman aku masuk SBP, pengalaman Redza di MRSM dan Rayyan di SBP.

Minggu pertama selalunya anak mengadu homesick. Sebenarnya bukan. Dorang tak homesick tetapi culture shock. 

Minggu orientasi adalah minggu paling kritikal. Ramai student quit pada bulan pertama sebab trauma dengan minggu orientasi. Minggu orientasi selalunya schedule padat. Lepas satu program, ke satu program. Bangun awal, tido lambat. Kurang rehat. Anak-anak terkejut dengan perubahan aktiviti yang mendadak. Dorang belum biasa. Lama dah rest kat rumah masa cuti hari tu, kan. Tetiba kena lalui aktiviti yang padat, dengan environment yang berbeza -- semua ni datang serentak membuatkan dorang rasa terbeban.

Redza dulu pun mintak balik juga. Pernah sehari tak mandi sebab tak sempat. Belum biasa dengan sistem booking shower, pastu terkejar-kejar solat jemaah, then ke dining hall, pastu ke dewan pula. Dorang belum biasa manage masa. Tak tahu nak estimate. Ini yang buatkan Redza dulu menangis call aku, call En Wan, call nenek, call Acu - mengadu dan mintak keluarkan dia dari situ. 

Mak Aji kata "Sedih mama bila Redza cakap kenapa mama hantar dia sekolah kat sini. Susah ke jaga dia kat rumah?" 

KAU RASA?? Aku yang kena bambu dengan nenek dia masa tu. Dia ungkit-ungkitnya "Kau dulu pun taknak stay asrama, tapi anak kau, kau paksa!"

Tak, masalahnya dia berlakikan lelaki yang lembut hati. Bapak aku tak sampai hati tengok aku mintak balik. Aku berlakikan lelaki annoying. Henfon aku dirampasnya everytime Redza call, "Jangan jawab!!". Aku yang berendam airmata tau. Macam aku pulak yang masuk MRSM masa tu. Kahkahkah.

Tapi, elok je settle orientasi, Redza ok. Dia happy. Yang benaunya orientasi yang membuatkan student homesick. Bukanlah aku suruh mansuhkan orientasi. Biar kekalkan. Cuma aku nak bagitau anak-anak tu bukannya homesick. Orientasi dengan jadual padat yang buatkan dorang terkejut sikit, lantas mintak quit. That's why aku cakap mak bapak yang kena bertahan tempoh ni. Sebulan ni kau tahan airmata tu. Jangan anak tu nangis, kau pun melalak sama. Makin tak nak duduk sana budak tu nanti.

Rayyan dulu pun pernah sehari tak mandi sebab tak sempat. Tak salah aku ramai yang tak sempat mandi sampai cikgu sound dalam grup minta budak-budak ni mandi pagi. Kahkahkah. 

Rayyan tak pernah mintak nak balik. Dia cuma mengadu susah nak bergerak, susah nak mandi, susah nak ke toilet sebab bertongkat. Dia rasa susah bila dari kelas nak ke lab atau ke kelas-kelas lain terpaksa minta kawan bawakkan buku and beg sebab tangan dah pegang tongkat. Dia rasa macam diri dia menyusahkan semua orang. Tu belum lagi dengan 3 kali jatuh sampai berangkut ke hospital. 

Aku keluarkan Rayyan bukan sebab dia homesick, tapi sebab kesian dia struggle kat sana dalam keadaan kesihatan dia belum betul-betul ok. Belum lagi cerita every week kena balik nak follow up dengan doktor and fisioteraphist. Rayyan tu masuk STAR pada waktu yang salah.

Tapi siapalah kita nak menafikan takdir. Bukannya kita tak usaha. Dia pun cuba bertahan 3 bulan, akhirnya aku and En Wan bawa dia balik supaya dia boleh heal dengan lebih baik. Hati aku pun tenang takyah pikir ok ke anak aku kat sana dengan bertongkat segala. 

Kalau anak-anak korang takde masalah kesihatan, bertahanlah. Dengar cakap aku - BERTAHAN. Sebab realiti sekolah harian dan sekolah SBP/MRSM ni jauhhhhhhh beza. Environment sangat berbeza. Kena monitor closely kalau anak-anak di sekolah harian. I mean dari segi pembelajarannya.

Aku frust dengan sekolah harian. Last year kan aku cerita Rayyan punya BM dapat D. Aku tanya cikgu "Takde kelas tambahan ke untuk budak-budak yang lemah macam anak saya ni?"

Cikgu jawab "Ini ok lagi ni.." 

KAU RASA??

BM anak aku D dia kata masih ok lagi! Aku cakap kat Rayyan "You see?? Kalau kat STAR, dapat C tak boleh outing and terus kena masuk kelas tambahan setiap Sabtu and Ahad. That's why student SBP cemerlang. Sebab cikgu nak kekalkan prestasi sekolah"

Diam dia kena tarbiyah dengan aku.

Tu belum cerita pergi dan balik sekolah lagi. Pagi pukul 6.15 pagi van dah ambil. Bangkit pukul 5.30 pagi untuk bersiap. Tak sempat Subuh kat rumah. Subuh kat sekolah. Balik pulak 1.50 pm. Van round hantar budak-budak lain dulu, almost 3 pm baru sampai rumah. Buang masa.

Kat SBP/MRSM, pukul 3 pm budak-budak dah start prep, anak aku baru nak sampai rumah. Belum cerita nak makan dulu, nak solat dulu, nak rehat. By that time settle, dah pukul 4 pm. Pukul 4 pm dah bukan waktu sesuai untuk belajar (secara biologi). Petang adalah waktu riadah. Sebab tu budak-budak asrama prep sampai 4.30 je.

"Sekolah mana-mana pun OK".

Ya, betul. Aku and En Wan pun sekolah harian. Sekolah memang ok kat mana-mana pun. Tapi disiplin dan support tu berbeza. Yang kita nak kejar ni adalah disiplin dan support. Kat rumah, kau tak boleh monitor semua ni. Tak sempat.

Walaupun dulu aku tak boleh bertahan di SBP, aku akui TKC punya sistem is good. Aku pun quit bukan sebab homesick, tapi tak boleh adapt dengan sistem SBP. Aku kan degil. Nak belajar ikut time sendiri, nak main ikut time sendiri, nak bangun ikut time sendiri. Bukan semua orang boleh follow sistem SBP dan bukan semua orang sesuai di sekolah harian. En Wan sesuai sekolah harian. Tahun 90-an, budak-budak pandai tak seramai now. Dulu, kalau kau boleh fly lepas SPM memang kira pandai nau dah. Without supervision dan dikelilingi dengan environment yang tak suka belajar, En Wan masih rajin belajar dan boleh score SPM. Dia adalah sekolah harian punya material. 

Cuti sekolah hari tu Rayyan join group Form 3 SAS (Sekolah Alam Shah) online tusyen BM. Bukan main fokus and tepat aja jawapan dia bagi cikgu. Asal cikgu tanya je, boleh jawab. Tapi kat skolah apesal tahun lepas BM kau dapat D??

Itulah pengaruh environment. Bila dia tahu dia belajar bersama-sama cream student, dia terdorong untuk give his best shot. Sebab dia tahu kalau dia tak buat betul-betul, dia akan nampak sangat ketinggalan.

So mak-mak, please bertahan. Buatlah apa pun, as long as anak tu stay. Anak dah dapat environment yang baik. Perlukan masa je. Kalau kau perlu datang sana jenguk tetiap minggu, buatlah. Kalau boleh rasuah dia dengan Grab Food yang sedap-sedap, hantar. Bagi dia tenang dan seronok sementara nak adapt dengan environment baru. Dan kau pun jangan melalak sama. Simpan air mata tu untuk salam pagi raya nanti.


2025-02-25

Trending di Weibo. Ada orang terserempak dengan Johnny with his girlfriend, di Pu Quoc Island, Vietnam.

Trending lagi Johnny kat Weibo since malam tadi. Tak payah susah-susah nak beli hot search. Terus jadi trending No. 1.

Kisahnya, ada orang terserempak dengan dia dalam gym sebuah hotel di Pu Quoc Island, Vietnam. Yes, we all know dia sedang bercuti, cuma tak tahu ke mana. Sejak 9 hari dia "hilangkan" diri, takde sorang pun di kalangan fans tercari-cari dia kat mana. Semua aman-aman saja. Sebab this is not first time dia "hilangkan" diri. Nanti dah habis rehat, dia akan muncul balik kat Weibo.

Tup-tup semalam ada orang share gambar Johnny di gym with seorang perempuan yang duduk kat kerusi, ada Johnny nearby. That girl sarungkan baju Johnny di badannya. Dengan sepantas kelajuan cahaya jadi trending. Yang yang pelik tu, fans idol lain yang beria! Nak-nak lagi fans Dilreba. 

Masalahnya, semua tu dulu kata Johnny tak relevan dalam industri. Tak popular katanyaaaaaa. Eh tiba-tiba semalam dorang yang terpaling interested ambil tahu hal Johnny. Kahkahkah. Nampak sangatla selama ni memerhatikan dari jauh dengan penuh kejakian, kan? Takpe, faham.

Paling gila sekali fans Dilreba. Eh tiba minta Johnny buat clarification hubungan dia dengan perempuan tu supaya Dilreba bebas dari digossip dengan Johnny lagi. Kau rasa???

Tak, sejak bila Johnny pernah mention dia bercouple dengan Dilreba? Sejak bila fans Johnny pernah ship Johnny dengan Dilreba? Bukan ke korang yang ASSUME sejak 5 tahun lepas kononnya Johnny couple dengan Dilreba? Korang yang create the issue, pastu now dah termalu-malu sendiri pastu minta Johnny buat official statement. Gila ke apa.

Since when Johnny pernah buat statement tentang his private life? Dah kenapa dia kena buat statment "Tidak, saya tak pernah bercinta dengan Dilreba". WHAT FOR? Memang dari awal tak berlaku pun. Korang yang gelabah beruk. Bukan ke dulu korang yang beria kata kalau Johnny couple dengan Dilreba, dah taknak sokong Dilreba lagi? You should be happy now bila gambar Johnny with his gf leaked. Korang patutnya boleh bertenang dan fokus menaikkan career Dilreba yang dah nak menjunam tu. Tak payah sibuk dengan relationship yang takde kena-mengena sejak awal.

Aku pernah tulis hari tu, 5 tahun digossipkan dengan Dilreba tapi SATU gambar berdua pun tak pernah ada. Sangat mustahil dalam masa 5 tahun tak pernah orang terserempak dorang berdua tengah dating. Semalam bila gambar Johnny and his gf tersebar, hah ini baru betul! Siap ada bukti. Sah-sah dalam gambar tu bukan Dilreba sebab Dilreba kat Beijing.

Sejak 2016 Johnny masuk dalam entertainment, inilah pertama kali gambar privacy dia tersebar. Selama ni orang dok ship dia dengan orang itu dan ini, gambar pun takde. Cakap-cakap saja. But this time, ada bukti. Walaupun masih samar-samar, it's ok. The fans tak nak ambil tahu siapa perempuan tu. Johnny dah 33 tahun, just about time untuk dia ada family. Berita ni pun dah cukup baik, at least baseless rumours kononnya dia gay dengan Timmy Xu, dengan Wang Ziqi, dengan lelaki-lelaki lain tu dah boleh bungkus tanam kat jirat cina, ya.

Kau tengok antara post-post dari fans Johnny. See how happynya dorang sokong siapa dan apa pun pilihan Johnny. Tak macam fans si anu tu yang asal idol kena gossip je, merentan. Dia pulak sibuk nak couplekan idol dengan pilihan sendiri. Eh gila.

Tu pasal aku cakap fans Johnny tak pernah kisah pasal his private life. All they want to see is career Johnny berterusan. Ini baru namanya fans!

Cuma kesianlah dengan Johnny. Mesti dia tak sangka dia sangat popular sebenarnya sampaikan kat Vietnam pun orang boleh kenal dia. Mesti tak tenang nak bercuti kat Weibo tengah trending pasal dia. Orang tu baru nak holiday 9 hari after setahun bekerja non-stop. Dah terbantut agaknya. Whoever this lady is, memang salutelah dengan kesabaran dia hadap rumours kononnya Johnny gay, couple dengan itu dan ini, dengan schedule Johnny yang padat sepanjang tahun, cuti raya pun sehari je - she stays support Johnny. Betullah kata pepatah, di belakang kejayaan seorang lelaki, pasti ada perempuan yang hebat.


2025-02-24

Kalau sampai umur 70 tahun belum mati, dapat tak duit hibah tu pada pencarum?

Ada orang tanya aku pasal hibah. Dia tanya "Kalau sampai umur 70 tahun belum mati, dapat tak duit hibah tu pada pencarum?"

Jawapannya, TIDAK.

Hibah TAK AKAN dapat kat kita (pencarum). Kona ikut mana pun, takkan dapat kat kita.

Hibah tujuannya untuk bagi kepada waris. Sebelum ambil hibah kena ada tekad, nak bagi ke tak. Kalau nak bagi, bayarlah caruman hingga mati. Kalau masih berbelah bagi nak bagi pada waris, tak perlu ambil. Senang. So that you pun tak rasa terbeban nak bayar tiap-tiap bulan dan tak perlu pikir untung rugi buat hibah.

One thing you must understand, hibah takaful BUKAN simpanan atau pelaburan. Ia adalah perlindungan kewangan. Kalau pencarum masih hidup sehingga tamat tempoh polisi (contohnya umur 70 tahun), duit caruman bulanan dan hibah TAK AKAN DIBERIKAN.

Ok katakanlah korang langgan servis ‘roadside assistance’ untuk kereta. Setiap bulan bayar RM50 supaya kalau kereta rosak tepi jalan, towing dan servis kecemasan semua cover. Tapi kalau sepanjang tahun tu kereta korang tak pernah rosak, adakah syarikat towing tu akan pulangkan balik duit RM50 sebulan tu? Tak, sebab servis tu wujud untuk jaga kalau jadi kecemasan, bukan untuk simpan duit kita.

Ok aku bagi satu lagi analogi. Korang beli tiket masuk theme park, RM100 untuk sehari. Tapi bila dah masuk, korang sibuk bergambar je, tak naik satu pun permainan. Bila nak balik, boleh ke korang minta refund sebab tak guna semua fasiliti dalam taman tema tu? Tak boleh, sebab tiket tu dibayar untuk akses, bukan ikut berapa banyak permainan yang korang naik.

Tak pun, bayangkan korang beli payung mahal. Lepas setahun, langsung tak hujan. Boleh ke korang tuntut balik duit sebab “Eh, aku tak pakai pun payung ni sepanjang tahun”. Jawapannya, TAK BOLEH. Sebab fungsi payung tu adalah sebagai persediaan.

Sama juga dengan hibah takaful. Kalau ‘hujan’ (kematian) tak berlaku dalam tempoh perlindungan, duit caruman tu takkan dikembalikan kerana ia adalah bayaran untuk ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jadi, hibah takaful bukan tempat simpan duit atau cari keuntungan untuk diri sendiri, tapi ia adalah ‘payung’ perlindungan untuk keluarga kita bila kita dah mati nanti.

Kita bayar caruman bulanan untuk perlindungan kewangan, supaya kalau berlaku kematian, waris terus dapat duit pampasan tanpa tunggu urusan harta pusaka yang lama. Kalau nak simpan duit untuk diri sendiri, lebih baik guna instrumen lain macam akaun simpanan atau pelaburan. Tapi kalau nak pastikan keluarga tak terkapai-kapai bila kita dah tak ada, hibah takaful adalah pilihan terbaik.

Hibah takaful mungkin tak bagi untung dalam bentuk cash kepada pencarum, tapi keuntungan sebenarnya datang dalam bentuk perlindungan kewangan untuk waris.

KEUNTUNGAN 1
Kalau pencarum mati, waris dapat duit hibah tanpa perlu lalui proses faraid. This is important lebih-lebih lagi kalau ada hutang rumah, kereta, atau komitmen lain. Once kita mati je, bank akan cari waris terdekat dulu, iaitu pasangan. Dorang takkan tunggu kita tenang baru mintak hutang, ya. Lgi cepat settle, lagi bagus konsepnya. Hibah akan release kepada waris dalam tempoh 2 minggu. Just nice untuk ringankan beban waris sebelum pemiutang datang cari.

KEUNTUNGAN 2
Dengan hanya bayar caruman bulanan yang berpatutan (ikut umur), pencarum boleh tinggalkan pampasan yang jauh lebih besar berbanding duit yang dicarumkan tiap-tiap bulan tu. Contohnya, kita bayar RM100 sebulan, tapi waris boleh dapat RM350,000 (minimum) bila berlaku kematian. Ini lebih ‘untung’ berbanding nak kumpul sendiri jumlah yang besar dalam masa singkat. Kalau RM100 tu kita save setiap bulan dari umur 20 sampai 70 pun takkan cecah RM350K.

KEUNTUNGAN 3
Kalau pencarum adalah pencari nafkah utama, hibah takaful ni ibarat “insurans” untuk keluarga. Bila dah tak ada nanti, anak-anak tetap boleh teruskan pelajaran, pasangan pun tak terkapai-kapai nak bayar komitmen, dan kehidupan keluarga tetap stabil. Aku encourage suri rumah buat hibah. Adik aku, Ima tak bekerja. Azrul (adik ipar) dah buat hibah siap-siap. As kakak, aku lega suaminya beringat. CT pun Ibal buatkan hibah dah. Ibal tu aku yang peringatkan sebab anak-anak dia waris kuat family kitorang. Anak-anak aku and Ima dah bawa keturunan bapak masing-masing. Tinggal The Widads je yang bawa keturunan Ishak. So, kau jangan nak tinggalkan anak-anak kau buta-buta takde protection aku cakap. Medical card buat. Hibah untuk isteri pun buat. Alhamdulillah dia buat dah.

KEUNTUNGAN 4
Proses tuntutan hibah takaful tak lama pun. En Wan ada 2-3 orang client yang dah meninggal, dan hibah dah pun release, in 2-3 weeks saja. Jauh lebih cepat berbanding urusan harta pusaka yang boleh makan masa bertahun. Ini namanya untung sebab waris tak perlu tunggu lama untuk teruskan hidup.

Cut short, hibah takaful ni bukan soal “dapat duit balik” kalau panjang umur, tapi lebih kepada perlindungan yang boleh bagi keuntungan besar pada keluarga bila kita dah mati. Kalau fikir panjang, inilah pelaburan terbaik untuk pasangan.

Semalam aku dengar En Wan bercakap dengan potential client dia. Aku suka ayat dia "Encik tak perlu ambil hibah yang tinggi kalau membebankan. Ambil paling rendah pun tak apa asalkan ada sesuatu untuk waris. Itu lebih penting dari tak tinggalkan apa-apa".

Aku terpaksa akui En Wan bagus bab ni. Bukan nak puji laki sendiri, tapi masa kitorang nak ambil hibah dulu, pernah jumpa beberapa agen. Some of them pujuk kitorang ambil semaksimum yang boleh. Semalam dengar En Wan suggest ambil hibah paling rendah pada potential client dia, sejuk hati aku. Biarlah kita buat kerana benar-benar nak bantu orang, bukan nak gemukkan poket kita semata.

Aku teringat awal-awal dia join Prudential, kebetulan bulan tu adalah bulan promosi Hibah Lestari. Prudential buka hibah untuk orang sakit buat pertama kalinya. En Wan fokus kat jual polisi hibah je. Ramai yang ambil minimum 50K sahaja. Bila yang beli hibah semua ambil minimum, maknanya komisyen dia rendah sajalah. Tapi masa tu dia tak kisah. Dia kata dia nak orang-orang sakit ni ada hibah walaupun yang paling rendah sebab kesian nanti waris tak dapat apa. Semalam sampai pukul 1.30 pagi dia bekerja buat calculation untuk customizedkan premium supaya client tak terbeban nak bayar bulan-bulan.


2025-02-23

Kalau selepas setahun ambil medical card tiba-tiba di-diagnose dengan diabetis, macamana?

Aku nak jawab ringkas je sebenaunya ni. Tapi aku tak percaya dengan diri sendiri. Selalunya aku punya ringkas tu pun at least 3 story. Takpe, sis cuba.

Ada yang bertanya pasal diabetis untuk pemegang medical card. Dia DM aku pagi, baru nak reply now sebab aku takleh menulis dalam kereta, mabuk.

Soalannya gini: Now belum ada medical card. Nak buat. Tapi sejarah keluarganya ada diabetis. Sekarang dia belum ada diabetis lagi. Kalau selepas setahun ambil medical card tiba-tiba di-diagnose dengan diabetis, macamana? Adakah medical card cover rawatan diabetis tu?

Gitu soalannya.

Ini aku boleh jawabkan. Kalau tanya En Wan pun dia boleh jawab sebab dia ada 3 client yang selepas ambil medical card di-diagnosed pula dengan diabetis. Ketiga-tiganya medical card tanggung, TANPA EXCLUSION.

Dia gini. Diabetes biasanya develop slowly, maybe 2-3 tahun sebelum ia dikesan. Kes macam ni memang tricky untuk medical card. Kalau masa kau ambil medical card, tak ada simptom, tak pernah buat check-up, tak pernah ada tanda-tanda awal diabetes, tak pernah ada simptom diabetis, biasanya medical card akan cover kalau kau di-diagnose selepas tempoh waiting period (120 hari). Tapi kalau sebelum ambil polisi kau dah ada simptom (contohnya kerap haus, luka lambat sembuh, kerap kencing waktu malam) atau pernah buat check-up yang tunjuk bacaan gula agak tinggi, takaful boleh anggap itu sebagai pre-existing condition. Jadi ada risiko medical card tak cover atau maybe cover dengan syarat tertentu (contohnya loading tambahan atau exclusion/pengecualian).

En Wan ada 3 client yang tak tahu pun dorang dah ada diabetis. Tak pernah buat checkup. Dijadikan cerita, masing-masing kena hospitalized untuk penyakit lain. Kat hospital bila doktor buat blood test, gula tinggi (HbA1c). Time nak claim, doktor tulis kat report client juga ada diabetis. Terus takaful hold payment. Dorang nak siasat. Kenapa kena siasat? Sebab macam aku cakap tadi, diabetis takkan muncul secara tiba-tiba. Selalunya dah develop dalam badan at least 2-3 tahun, cuma simptom tak keluar lagi. Melainkan buat HbA1c test, konfem nampak result gula tinggi.

Hasil siasatan terbukti client memang tak tahu dia ada diabetis. Dan tiada rekod rawatan atau medication diabetis di mana-mana hospital. So, kesemua client En Wan ni, medical cardnya cover diabetis. So, kalau dah ada sejarah family berpenyakit, tak kiralah diabetis ke, darah tinggi ke, kanser ke, ambiklah medical card semasa badan still sihat. Ada peluang besar medical card cover sekiranya one day dapat penyakit-penyakit keturunan tu. Jangan tunggu sampai dah nampak simptom. Nanti bila medical underwriter request buat medical check up, jeng jeng jenggggg, dah ada tanda-tanda. Konfem medical card tak cover.

Sebab tu penting ambil medical card awal, sebelum ada sebarang masalah kesihatan. Medical card ni ibarat payung. Kalau hujan dah turun baru nak beli payung, confirm basah kuyup dulu, kan? Sama juga dengan medical card. Kalau dah ada penyakit baru nak apply, memang takkan cover sebab itu dah dianggap pre-existing condition. Tapi kalau ambil awal, sebelum apa-apa berlaku, kau boleh guna bila tiba-tiba hujan (sakit). Tak perlu risau pasal kos sebab dah ada perlindungan. Jadi, jangan tunggu sampai sakit baru nak fikir. Medical card ni bukan untuk penyakit yang dah ada, tapi untuk cover kau daripada kos rawatan bila sesuatu yang tak dijangka berlaku, samada kemalangan atau dapat penyakit. Senang cerita, lebih awal ambik, lebih tenang jiwa.

Katakanlah selepas setahun ambil medical card tiba-tiba dapat kanser. Ada potensi tak medical card tak cover rawatan kanser tu?

Ya, ada.

Kalau ambil medical card dalam keadaan sihat, lepas setahun tiba-tiba di-diagnose dengan kanser, biasanya medical card akan cover rawatan kanser tu. Sebab masa kau sign up, kau belum ada penyakit tu, jadi itu tak dianggap pre-existing condition. Tapi ada beberapa benda kena check:

1. Tempoh waiting period
Biasanya ada tempoh menunggu (contohnya 120 hari untuk penyakit kritikal). Kalau kanser tu di-diagnose selepas tempoh 120 hari, medical card cover. Kalau dalam tempoh 120 hari, ada potensi tak di-cover.

2. Had tahunan & seumur hidup
Pastikan pelan kau cukup untuk tanggung rawatan jangka panjang. Treatment kanser ni lama dan banyak pakai kos. Kalau ada bajet, tambah medic booster 1 juta. Kalau takde bajet, tak apa. Ambil basic plan saja. At least dapat cover sikit kos rawatan.

Lagi satu, untuk those yang dah ada medical card, kalau ada bajet, boleh tambah pelan critical illness. Pelan Critical Illness (CI) dengan Medical Card berfungsi dengan cara berbeza:

1. Medical Card – Cover kos rawatan hospital, macam bil surgery, ubat, kemoterapi, dan lain-lain.

2. Pelan Critical Illness – Kalau kau di-diagnose dengan penyakit kritikal (contohnya kanser, jantung, stroke), kau dapat cash money sekaligus (lump sum). Duit ni kau boleh guna untuk apa saja, sama ada nak bayar komitmen bulanan, ganti gaji kalau dah tak boleh kerja, atau bayar rawatan yang mungkin tak di-cover dalam medical card.

In other words, Pelan Critical Illness ni membantu kos sara hidup. Kalau dapat penyakit kritikal, mungkin kau tak boleh kerja berbulan-bulan atau bertahun. Company mungkin tak boleh accept kau lagi. So, duit CI ni boleh tampung keperluan harian. Boleh guna untuk benda yang medical card tak cover (contohnya rawatan alternatif, supplement, caregiver).

Kalau nak perlindungan yang betul-betul lengkap, combine medical card + CI. Ini pilihan terbaik. Tapi kalau takde bajet, apply medical card dulu. Sebab medical card ni boleh guna untuk rawatan lain macam demam, jangkitan kuman, food poisoning, kemalangan, jatuh. Jangan takut "Kalau dah buat medical card tiba-tiba dapat sakit jantung, medical card cover ke?"

Ramai takut kalau tiba-tiba dapat sakit jantung, atau diabetis, atau kanser, nanti medical card tak cover. Tapi orang lupa satu benda penting. Medical card bukan untuk satu penyakit je, tapi untuk semua jenis rawatan yang dilindungi. Kalau risau pasal kanser, baguslah sebab kita memang kena ambil berat. Tapi fikir juga, macam-macam lagi penyakit dan kecederaan lain yang boleh berlaku - batu karang, apendiks, kemalangan, demam denggi, demam viral, pembedahan tak dijangka - semua ni pun boleh makan kos berpuluh hingga ribu. Kalau sebab takut tak cover diabetis atau kanser kau tak ambil langsung medical card, nanti bila tiba-tiba kena penyakit lain, langsung tak ada perlindungan. At least kalau ada medical card, banyak penyakit lain masih boleh dicover.

Ringkas kan aku explain? Hahahaha.
Nak tanya lagi, sila whatsapp En Wan - 012-4407757.


2025-02-22

Kepada fans-fans idol lain, berenti mencucuk yang tidak-tidak, ya

Semalam kat Weibo fans gila kembali merempan. Idol-nya tak gila. Fans-nya yang gila.

Takde hujung takde pangkal tetiba ungkit pasal drama Love Designer. Aku syak fans Dilreba Dilmurat ni semua ada masalah mental.

Asalnya, dorang mengkondem drama salah seorang male actor yang pernah berlakon dengan Dilreba. Dorang mengutuk yang Hamba Allah tu kononnya sejak habis berlakon dengan Dilreba, now semua dramanya tak berapa laku. Tup-tup dia petik drama LOVE DESIGNER sebagai contoh. Kau rasa??

Kemain feeling dorang kata selepas Johnny berlakon dengan Dilreba dalam drama tu, drama-drama Johnny yang lain tak berapa laku. KAHKAHKAHKAH. Dorang claim drama LOVE DESIGNER sangat berjaya sebab idol dorang yang berlakon. Oklah fine. Kasik chance dia nak pulun credit sorang.

Mula-mula takde orang layan. Semua dah maklum perangai gila dak-dak ALICE. Eh lepas tu dia naik tocang pulak. Dia tuduh production drama sabotaj Dilreba and sengaja letakkan Johnny as nama paling utama. Dorang argue kenapa dalam setiap post Weibo, iQIYI, YouKu dan media lain termasuk TV, asal mention senarai pelakon LOVE DESIGNER je, mesti mention nama Johnny dulu? KAU RASA??

Apakegila fans dak Dilreba ni ntah. Nama Johnny appear dulu on screen pun dia dipertikaikan. Masalahnya drama tu dah 5 tahun berlalu dah. Move on move on la. Dalam masa 5 tahun ni dah berlambak drama Johnny. Kau masih nak ungkit drama 5 tahun lepas?

Dalam post sebelum ni aku ada cakap kalau sesiapa petik nama Johnny dan menfitnah hal peribadi, takkan ada siapa meloncat. Fans Johnny malas layan gossip. Tapi kalau kau petik bab kerja and achievement, siap. Dorang akan korekkkkk segala detail pencapaian idol kau and buat comparison. Semalam bersusun naik bahan bukti.

Tu antara yang aku compilekan dari perang kat Weibo semalam. Tu baru semalam. Hari ni aku tak masuk lagi.

Tak pasal-pasal dari orang tak tahu achievement idola kau, dah jadi tahu. Aku pun jadi tahu rupanya Dilreba ni idoklah hebat sangat achievementnya. Berlakon memang bagus tapi takde impak sebab genre dia hanya romance and fantasy je.

Sejak awal, drama LOVE DESIGNER dah letakkan Johnny as main lead (billing order kat semua platform utama macam Tencent, iQIYI, Youku, dan Weibo Drama tunjuk nama Johnny yang pertama disebut). Fans Dilraba marah. Dorang kata patut nama Dilreba yang disebut dulu sebab lebih popular di kalangan international viewers. Tiberrrr.

Padahal masa drama ini mula tayang, fans Dilraba ugut tak nak promote. Keji kan, perangai? Dorang dengan riaknya cakap inilah drama pertama Dilreba yang dorang takkan promote and takkan tengok sebab tak suka Johnny. Dorang punya menyampahnya dengan Johnny sampaikan kalau ada gambar drama ni yang dorang nak naikkan, dorang blurkan muka Johnny.

Tup-tup LOVE DESIGNER meletop-letop. Dengan tak malunya tiba-tiba dorang berubah, ambil credit kononnya Dilreba yang buatkan drama tu boom. Eh tiberrrr. Padahal kau tak promote, kan? Itu menunjukkan tak promote pun drama tu laku, sebabbbbb..?? Haaa jawab sendiri.

Johnny bukan aktor yang bergantung pada gosip cinta (fake-relationship gossip) atau fanservice untuk popular. Dia lebih terkenal dengan genre action, crime and military, so fams Dilreba kata Johnny sebagai pasangan romantik tipikal. Peminat Dilraba pula suka “ship” Dilreba dengan male actor (co-star) and create naratif kononnya pasangan tu ada romantic relationship. Memandangkan Johnny nampak kasar (bad-boy vibe), dorang kurang berminat nak ship. Apa dia ingat Johnny kisah?? Eh ada banyak benda lain dia nak pikir.

Drama LOVE DESIGNER tu release tahun 2020. Kebetulan 2019-2020 adalah peak kes Johnny and “ex-wife”. Masa tu banyak gosip negatif about Johnny, termasuklah rumours kononnya Johnny berpisah dengan ex-wife sebab ada hubungan songsang (gay) dengan Timmy Xu (co-star Johnny dalam drama Addicted). Ada spekulasi kata sebahagian besar gosip ni disebarkan oleh fans Dilreba sendiri untuk jejaskan reputasi drama LOVE DESIGNER. Until now fans Dilraba gunakan gosip gay as reason untuk terus hate Johnny, walaupun takde bukti.

Masalahnya, dari segi DATA, kalau nak bandingkan Johnny dengan Dilraba, dari segi kejayaan keseluruhan as pelakon, jauh sangat. Jauhhhhh! Dari segi drama, most of his drama adalah genre action. Bermakna bukan simple-simple punya skrip. Johnny pegang main lead dalam semua projeknya dan jarang sekadar support actor. Dilraba pulak lebih kepada genre romantik dan fantasi. Genre macam ni memang popular tapi tak mencabar. Dahlah tak mencabar, melambak-lambak pulak tu genre macam ni kat sana. Tak dinafikan Dilreba memang cantik. Sebab itu dia always dapat perhatian kerana visualnya, bukan lakonan. In fact, lakonannya pun asyik kena kritik sebab tak versatile.

Kalau dari segi filem, Johnny punya filmography lebih strong compared to Dilreba. Operation Red Sea – Box office RM 5 bilion (salah satu filem China terlaris sepanjang zaman). Then ada filem The Prucurator, Pegasus, and Mao Zedong 1949. Ini semua pecah rekod tayangan. Dilreba kurang cemerlang dalam filem. Filem-filem dia tak dapat big impak. Namiya dan Saga of Light pun marketing je lebih, tapi sendu je. Setakat ni, Dilreba TAK ADA filem box office yang benar-benar letakkan nama dia as pelakon filem utama.

Kalau dari segi rating and viewership, Johnny lebih banyak drama yang view countnya tinggi, termasuk yang melebihi 100 juta viewers SEHARI (drama Addicted). Dilraba ada drama popular, tapi selalu bergantung pada faktor “pasangan” (ship) dengan male lead. Dari segi ni obvious Johnny lagi stabil sebab dia tak perlu gossip untuk lakukan drama.

Kalau nak compare award and recognition, Johnny pernah menang “Best Newcomer” untuk filem Operation Red Sea di Asia Film Award. Dan banyak kali nominated dalam acting award (jury-based). Last year dia awarded “The Most Influential Actor of the Year”. Dilreba pun menang beberapa award macam Golden Eagle Goddess, tapiiiiii kebanyakannya lebih kepada populariti berbanding lakonan (vote by audience). Kat sini je Dilreba tinggal berpuluh tapak kat belakang. Dari segi populariti MAYBE Dilreba atasi Johnny, tapi when you jump into acting, dah tentulah acting kena lebih power dari popular. Kalau sabit nak popular, jadi Tiktokers pun popular.

Dari segi pengaruh, orang-orang dalam industry entertainment tahu Johnny punya pengaruh di kalangan director and producers sangat kuat. Johnny selalu dipilih dan diberi watak high impact. Directors tahu dia boleh perform stunt sendiri and sanggup masuk kem untuk hidup as army and train latihan ketenteraan sebenar demi nak realisasikan watak. Contohnya untuk Ace Troops, Johnny tinggal dalam kem lebih sebulan. Untuk Operation Red Sea, Johnny duduk kem and dilatih oleh marine army untuk pegang watak sniper. Untuk Police Formed Unit, Johnny spent 2 weeks dengan UN Police Peacekeeper. Yang pelik tu, kau nak comparekan idola korang thru VOTING macam bawah ni?

Kelako pulak aku tengokkan. Nak jugekkkk kata idola dorang terrrrrpaling army. Suka-suka kau je letak Johnny nombor 5. Track rekod tunjuk pelissssss??

Jangan sampai fans Johnny bentangkan fakta achievement idola masing-masing macam Dilreba kena semalam, ya. Habis londeh. Elok-elok international fans ingat Dilreba tu hebat nau, rupanya selama ni setakat popular je. Hampeh.

Dilreba banyak buat projek endorsement. Sebab dia cantik. Orang kalau cantik memang senang nak pergi. Tapi pelik bila beria sokong idol hanya sebab dia cantik. As fans patutnya celebrate talent, bukannya mengidolakan rupa paras. Ntah hape hape. Dilreba tu dah 33 tahun. Banyak mana lagi dia boleh berlakon genre romance? Sampai umur 40? Masa tu kau nak ship dia dengan siapa? Jacky Chan?

Tu pasal dulu, masa heboh kononnya Johnny and Dilreba bercinta, ada yang kata it was a good ‘investment’ by Dilreba sebab pengaruh Johnny di kalangan director kuat. Kerjaya Dilreba boleh bertahan lama sebab Johnny boleh try dapatkan good skrip untuk aweknya. Mengamuk dak-dak ALICE. Tak boleh terima bila kata Johnny lagi berpengaruh dari idol dia.

Kalau nak kata siapa lebih berjaya, dari segi acting, versataliti, box office, kepercayaan dalam industri and achievement — Johnny lebih outstanding. Tapi kalau ukur dari segi popular, marketing, fanbase dalam negara and international, Dilreba lebih menonjol. Tapiiiiii sampai bila kau nak bertahan kalau bergantung pada populariti semata-mata. Dalam dunia entertainment, populariti boleh turun naik. Kepercayaan dari industri dan achievement sebenar lebih bermakna. In this aspect, Johnny lebih berjaya as pelakon walaupun takde fanclub, takde promo dan takde connection dengan media.

Kalau nak banding dari segi fans pun jauhhhhhh. Fans Johnny lebih suka bercakap pasal his career and achievement. Fans Dilreba, balik-balik nak lawan siapa paling cantik, siapa paling popular, siapa paling banyak endorsement, siapa paling trending, siapa paling ramai followers. Tengoklah semalam dia ajak bertekak pasal apa? Pasal nama siapa yang patut disebut dulu. Kahkahkah. Bongoknya takde kerja. Kau kalau nak cari pasal boleh tak yang berbaloi sikit. Tak pasal-pasal orang punggah habis semua data milestone Johnny compared to Dilreba. Tak pasal-pasal dah malu. Kita rilek-rilek, dia gi cucuk. Dah kena cucuk macam ni, merentan berjemaah. Kalau aku kena punggah gini, aku deactivate terus akaun Weibo. Kahkahkah.

Today iQIYI keluarkan data Full Year Financial Report:

Bawah kanan — LOVE SONG IN WINTER tersenarai dalam 5 drama terbaik iQIYI 2024.

Despite minimal promotional efforts, with without prior publicity, drama ni achieved impressive results. Despite banyak sangat challenges in promotion dan bias dan segala negative rumours sepanjang tayangan, drama ni mampu masuk senarai Top 5 drama in 2024. So, kepada fans-fans idol lain, berenti mencucuk yang tidak-tidak, ya. Jangan nak mengusik sangat. Orang rilek-rilek, kau mencucuk. Jangannnn. Sebab banyak lagi data yang akan dibawa keluar. Kau dengan kau punya poll yang tak habis-habis “Siapa lebih Popular, Siapa lebih Handsome” BOLEH JALANNNNNNN.


2025-02-21

GreenAard: The good news is, kalau turunkan LEMAK badan, sensitiviti insulin boleh bertambah baik.

Dapat good question dari someone yang nak beli GC Plus dan Maaltyd. Dia takde ambil any ubat so far. Cuma kontrol. Now dia nak ambil produk GreenAard. Memandangkan dia tahu aku tak bagi anyone yang dah start diabetis medication ambil GreenAard, dia bertanya:

"Blood sugar saya tinggi lebih 7.8 lepas 2 jam makan karbohidrat. Masuk jam ke-tiga, barulah blood sugar mula turun ke paras normal. Dalam keadaan biasa, blood sugar normal je. Setiap kali makan protein dan sayuran, juga normal. Hanya bila makan karbohidrat blood sugar lambat turun. Tapi akan kembali ke paras normal selepas 3 jam. Saya diabetis ke?"

Ini aku jawab berdasarkan sains makanan, ya. Nak diagnosis tepat boleh jumpa doktor.

Ok, based on what you have shared, it's likely not diabetes, but there could be an issue with how your body handles blood sugar after consuming carbohydrates.

Dalam keadaan biasa, blood sugar biasanya naik lepas makan, especially makanan yang tinggi karbohidrat. Sistem badan akan bekerja untuk turunkannya ke paras normal. Kalau gula darah you naik melebihi 7.8 selepas dua jam makan karbohidrat, this could indicate that your body needs a bit more time to process the blood sugar. Sebab bila you kata your blood sugar kembali normal pada jam ketiga, itu menunjukkan your body masih mampu untuk mengendalikan blood sugar dengan baik, cuma prosesnya lambat sikit. Ini maybe disebabkan insulin yang lambat bertindak selepas makan karbohidrat.

Berbeza dengan diabetic, paras blood sugar kekal tinggi walaupun dalam keadaan tak makan karbohidrat, atau sedang berpuasa. Ini kerana badan dorang tak dapat produce atau menggunakan insulin dengan efektif untuk kawal gula dalam darah. Jadi, kepada orang yang bertanya aku ni, based on apa yang dia bagitahu, aku agak dia belum lagi diabetes tapi kena pantau makanan dan try to increase sensitiviti insulin.

Selalunya orang yang ada masalah sensitiviti insulin ni, faktor utama adalah GEMUK, atau lemak badan terlalu tinggi, terutama lemak di bahagian perut. Lemak kat area perut selalunya membalut organ dalaman macam hati dan pankreas. Ini boleh ganggu cara badan guna insulin. 

Macam ni lebih kurang cara dia berfungsi:

1. Lemak yang berlebihan akan keluarkan bahan inflamasi yang kacau isyarat insulin dalam badan. Walaupun insulin ada, sel badan jadi ‘degil’ dan susah nak serap gula dari darah.

2. Bila gula tak dapat diserap dengan baik, pankreas kena hasilkan lebih banyak insulin untuk cuba kawal gula darah. Lama-lama, pankreas jadi penat dan tak mampu hasilkan insulin secukupnya.

3. Kesannya? Gula darah susah nak turun dengan cepat lepas makan karbohidrat, dan kalau dibiarkan lama-lama, risiko untuk dapat diabetis.

But the good news is, kalau turunkan LEMAK badan, sensitiviti insulin boleh bertambah baik. Badan akan lebih responsif terhadap insulin. Bila lemak perut berkurang, kurang inflamasi, jadi badan boleh guna insulin dengan lebih baik. Kesannya, gula darah menjadi lebih stabil.

Badan kita ni, kalau lemak terlalu banyak, ia boleh ‘bocor’ ke dalam darah dan masuk ke otot serta hati. Akibatnya, organ-organ ni jadi kurang cekap untuk uruskan gula. Itu menjadi sebab insulin tak berfungsi dengan baik. That's why benda pertama yang kena buat bila blood sugar tak stabil adalah TURUNKAN TAHAP LEMAK BADAN (BODYFAT). Jangan semata-mata tengok angka penimbang. Angka tu belum tentu menurun sebab lemak. Kadang-kadang air je tu.

Tu yang aku pesan, ukur pinggang. Ukur pinggang. Ukur pinggang. Inilah petanda sama ada badan kita gemuk atau tak. 

Ingat! Pinggang perempuan borderline adalah 31 inci. Lebih dari ini bermakna anda overweight! Tapi tak perlu turun sampai jadi terlalu kurus, cukup turun 5-10% dari berat asal pun dah boleh nampak kesan positif.

"Boleh ke sembuh dari diabetes kalau turunkan berat badan?"
 
Dalam banyak kes, diabetes (jenis 2) boleh masuk fasa "remission" (gula darah kembali normal tanpa perlu ubat) kalau berjaya turunkan berat badan (lemak) dengan KETARA. Walaupun istilah “sembuh” jarang digunakan sebab diabetes boleh datang balik kalau berat naik semula, kajian menunjukkan dengan kurangkan lemak badan memang boleh bantu kawal gula darah secara semula jadi dan buat insulin berfungsi lebih baik.

So kepada sesiapa yang nak kawal blood sugar dengan cara kurangkan lemak badan, kalau korang takde ambil sebarang medication diabetis, boleh ambil GC Plus. GC Plus ni aku jamin akan ada perubahan pada lilitan pinggang. Dah banyak testimoni kita dapat. Tapi jangan pulak ingat GC Plus ni ubat diabetis. Ini bukan ubat untuk kawal blood sugar, ya. Tapi untuk kurangkan lemak so that your blood sugar level jadi better.

Februari ni ada free gift untuk pembelian GC Plus. Refer video.



2025-02-20

Ramai yang tak faham yang hospital kerajaan ada sistemnya sendiri.



I totally agree with this doctor. Ramai yang tak faham atau maybe tak nak faham yang hospital kerajaan ada sistemnya sendiri. Diorang bukan suka-suka nak lambatkan rawatan, tapi kena ikut keutamaan. Mana-mana kes yang kritikal atau yang can pose threat will be prioritized. Itu standard mana-mana hospital kerajaan, dari zaman aku patah kaki tahun 1999 dulu, sampailah sekarang. Bukan sebab staf nak lepak-lepak atau saja nak menyusahkan pesakit.

Tahun 1999, aku tergelincir masa turun bukit. Retak tulang kaki, dekat ankle. Unsangkarable, padahal bukan jatuh tergolek pun. Macam tergelongsor sikit je, punnnnn boleh retak kaki aku. Masa tu aku balik bercuti untuk buat praktikal kat SIRIM. Penyudahnya, orang lain praktikal 3 bulan, aku buat sebulan je. Nasib baik sempat buat 1 eksperimen. Terus SIRIM bagi lulus. 

Itulah pertama kali pengalaman ke hospital sebab sendiri jatuh sakit. Medical card dah masuk Malaysia tahun 1990-an, tapi family aku belum ada pencerahan and pendedahan pasal ni. Lagipun mak bapak aku kerja kerajaan, apa-apa hal memang ke hospital kerajaan je lah.

Lama betul kena menunggu kat Hospital Kajang. Aku jatuh tengahari, dah nak senja baru settle. Itupun bukan simen tau, tapi sekadar bandage letak palang kayu kat kaki tak nak bagi tulang bergerak. Besoknya baru pergi balik untuk simen pulak. Kau rasa?? 

Dari mula jatuh sampailah turn nak bandage tu, kaki aku dah membengkak. Masa tu Mak Aji naik angin juga kenapa lambat sangat sebab kaki dah bengkak. Nurse and doktor datang tengok, belek-belek sikit, "Ok, tunggu nanti kita panggil". Nak meraung rasa bila dia suruh tunggu lagi.

Nak meraung tu bukan apa. Sakit satu hal. Pastu takut satu hal lagi. Sebab kita tak tahu what to expect bila kaki dah membengkak. Karang dapat penyakit lain pulak. Pastu keadaan pula tak selesa. Berejam duduk melangok. Panas satu hal lagi. Yang aku dah tentulah duduk atas wheel chair. Yang mak bapak aku ni kena berdiri sebab kerusi lain semua pesakit yang tunggu giliran dah duduk. Belum lagi dengan mikir anak-anak lain kat rumah belum makan apa semua. Inilah yang aku kata, bila jatuh sakit, ada banyak benda yang kau kena pikir yang menambahkan serabut. Kalau bab treatment ni boleh settle cepat, at least kurang sikit serabut tu.

Macam dalam kes yang doktor ni cerita - anak patah tangan. Tapi patah jenis close fracture, iaitu tulang patah tapi tak ada luka terbuka. Ini dikira sebagai bukan kes emergency. Inilah agaknya kes kaki retak aku dulu. Doktor datang hanya belek-belek, "Ok tunggu kita panggil". Sebab kes macam tu memang boleh tunggu. Tak cemas sampai kena buat dalam masa 24 jam. Kalau open fracture (patah sampai ada luka terbuka), barulah hospital bagi priority sebab risiko jangkitan tinggi. Itu yang hospital bergegas buat rawatan sebab kalau dibiarkan boleh jadi lebih serius. So, kalau kau nak cepat sangat, aku cadangkan masa kaki tu patah, apa kata kau toreh sekali. Biar luka. Kahkahkah.

Just like doktor tu cakap, kebanyakan yang mengamuk tu bukannya apa. Sebab kena menunggu lama. Mengamuk and marah-marah staf hospital. Ugut nak viralkan. Nak report sana sini. 

Kau mengamuk pun, apa je yang boleh doktor buat kalau queue still panjang? Dalam keadaan sakit, semua orang pun cemas. Semua orang pun nak dirawat cepat. Tapi doktor ada SOP yang dia kena follow. Kalau ada pesakit lain yang betul-betul perlukan rawatan segera, contohnya accident atau cedera parah, atau someone ada komplikasi jantung. Should patients like this be overlooked just because kita nak kes kita yang patah kaki tu didahulukan?

Itulah yang ramai orang tak fikir. Atau maybe belum tahu. Hospital ada sistem yang perlu diikut so that semua pesakit dapat rawatan yang adil mengikut keperluan masing-masing. So now, bila dah tahu sistem hospital kerajaan macam ni, atau maybe dah berpengalaman hadap situasi macam tu, dah boleh get ready kalau perlu lalui lagi sekali. 

Pertama sekali, tak payah nak marah-marah. Pindah hospital lain pun, ini jugalah yang bakal dihadap because bak kata that doktor, inilah realiti hospital kerajaan. Ini bukan benda baru. Kalau tak nak menunggu lama, atau kalau nak dapat rawatan tanpa perlu ikut giliran, jawapannya mudah — kena ada medical card atau simpan cash so that boleh pergi hospital swasta.

Ini bukan soal kaya atau miskin, tapi soal persediaan. Kalau mampu, lebih baik ada pilihan sendiri. Hospital swasta memang lebih cepat sebab list dorang tak sepanjang hospital kerajaan. Surgeon pun on-call hampir setiap masa. Kalau pergi hospital kerajaan, kena ikut giliran sebab bilangan pesakit ramai gila. Tapi kalau di hospital swasta, prosesnya lebih lancar sebab dorang ada kapasiti yang lebih fleksibel untuk uruskan pesakit. 

Masa Rayyan patah kaki dulu, mula-mula kitorang masuk Avisena, dan kemudian kena transfer ke PPUM. Memang terasa betul gap-nya. Di PPUM, Rayyan kena sidai kat luar bilik X-Ray punyalah lama. Itu sebelum. Selepas X-Ray pun kena sidai lagi sebab menunggu giliran ke bilik lain pulak. Bila dipanggil, katil pulak takde. Akhirnya dorang tempatkan Rayyan kat bilik rawatan Covid (PCR room). Nama je single room, tapi kerusi untuk aku duduk pun takde. Bersila atas lantai.

Time ni dah la kitorang serabut mikir what will be the next step, sebab Rayyan kena buat biopsi. Bila dapat bilik macam tu, plus tak boleh ada peneman lebih dari seorang, makanan hospital yang aku sendiri tak lalu telan - ini semua menambahkan lagi serabut. Esoknya doktor kata result biopsi maybe ambil masa SEBULAN! Aku macam, whatttt??? Aku kena berulang sebulan ke sini ke? Anak aku kena duduk sini sebulan ke? Stress terus jadinya. 

Menangis je kerja aku everyday. Mikir Rayyan. Mikir En Wan yang kena tido atas lantai. Mikir kena berulang everyday. Mikir si Rayyan boleh makan ke tak lauk hospital. Semuanya atas batu jemala patik. Mujurlah segalanya settle in a week. Settle ke, laju-laju mintak discaj ke Avisena semula. PPUM takde available ambulan untuk hantar. Takpe. Aku sanggup bayar private ambulan. Janji nak keluar cepat-cepat dari situ.

Tak, bukan aku benci hospital kerajaan. Tapi keadaan dan situasi membuatkan aku sangat stress. Aku nak cepat-cepat keluar dari environment tu. At least kat Avisena, walaupun Rayyan kena stay sebulan lebih lagi di situ, at least serabut tu berkurang. Di Avisena environmentnya lebih tenang. Secara otomatik kita pun lebih tenang. Single room yang sangat selesa. We both boleh tido dalam tu jaga Rayyan. Boleh WFH (work from hospital) sebab ada meja menulis. Nak baring pun ada tempat tido yang selesa. TV ada. Astro ada. Wifi ada. Makanan pun boleh pilih dari menu. Tinggalkan Rayyan sorang-sorang kejap untuk pergi makan pun tak risau sebab nurse sentiasa masuk untuk tengok dia. Ini semua mengurangkan tekanan. 

Bila sakit, kita mudah jadi serabut. Apa yang boleh kita kurangkan, kurangkan. Bila hati tenang sikit, banyak hal menjadi lebih baik. 

Aku faham, tak semua orang mampu pergi hospital swasta dengan duit sendiri. Sebab tu, kalau kita ada bajet lebih, ambillah medical card. Kita tak tahu bila akan sakit, atau bila kita perlukan rawatan segera. Time sakit, bukan setakat nak fikir bab rawatan, tapi juga kena fikir duit, tempat tinggal, cuti kerja, keluarga, etc. Semua ni datang serentak. Dalam keadaan macam tu, otak memang serabut. Itu yang kadang-kadang tengok orang tiba-tiba jadi emosi, hilang sabar, marah-marah kat hospital. Bukan sebab dorang jahat, tapi sebab fikiran dah bercelaru.

Jadi, kalau nak kurangkan tekanan dan nak pastikan kita ada pilihan bila perlu, sediakan backup plan dari awal. Kalau mampu, ambil medical card. Bukan sebab nak demand layanan istimewa, tapi supaya bila tiba waktu genting, kita tak terkandas dalam sistem yang memang kita tahu kena ikut giliran. Dengan medical card, kita ada option. Boleh terus pergi hospital swasta dan dapatkan rawatan cepat. Kalau tak nak guna medical card, at least ada duit simpanan sebagai persediaan.

Ada yang cakap medical card ni hanya untuk orang kaya, hanya untuk kaut duit orang. Betul ke?

Ok macam ni. Medical card ni bukan soal kaya atau miskin, tapi soal BACKUP PLAN. Sama macam kita beli insurans kereta. Bukan sebab kita nak eksiden, tapi kalau terjadi benda yang tak dijangka, at least ada perlindungan. Sama juga dengan medical card. Kita bayar setiap bulan supaya bila something berlaku, tak perlu susah payah fikir nak cari duit ribu-ribu untuk bayar bil hospital.

Orang selalu salah faham dan ingat kalau ada medical card, maksudnya kena pergi hospital swasta dan bayar mahal-mahal. Pergi hospital kerajaan pun boleh, tapi pay and claim lah. Macam kes Rayyan dulu, untuk di PPUM kita pay and claim kemudian dari Prudential. Ok je. 

Sebenarnya, kalau kita ambil pelan yang sesuai dengan bajet, kita boleh dapat coverage yang cukup baik tanpa merasa terbeban bayar caruman. Masalahnya, ada yang selera tinggi. Nak pelan yang paling bagus, tapi nak caruman murah. Nak pelan yang hebat, tapi akhirnya culas bayar tiap bulan. Ini yang jadi masalah kendian hari. Jangan sampai kita pilih pelan hebat, tapi akhirnya tak konsisten bayar. Caruman yang murah memang nampak menarik, tapi coverage dan manfaat yang kita dapat pun kena seimbang dengan kemampuan dan keperluan kita. Sebaliknya, kalau pilih pelan yang berpatutan, kita bukan saja tak terbeban membayar tapi masih dapat akses rawatan yang bagus

Realitinya, bila sakit atau kemalangan, kos rawatan jadi sangat tinggi. Tengok jelah bil hospital swasta. Masuk wad satu malam pun dah ratus-ratus, belum kira doktor, ubat, rawatan lagi. Kalau kena buat surgery, boleh cecah puluhan ribu. Kalau ada medical card, at least semua ni boleh cover, tak payah pening kepala fikir nak cari duit segala. 

Orang yang kata medical card ni untuk kaut duit orang sebenarnya tak faham konsep medical card. Betul, kalau kita bayar bulan-bulan tapi tak jatuh sakit, rasa macam rugi sebab tak guna medical card. Tapi, itu kalau tak sakit. What if sakit? Tak ke lagi rugi bila kena bayar sendiri sampai habis duit simpanan? Bayangkan kalau kena duduk wad lama-lama, hilang pendapatan sebab tak boleh kerja, lepas tu kena fikir duit rawatan lagi.

Kita bukan berharap sakit, tapi kita juga tak boleh yakin akan sihat selamanya. Lagi-lagi bila umur makin meningkat, risiko penyakit makin tinggi. Kalau ada pilihan untuk lindungi diri sendiri dan keluarga dari beban kewangan akibat sakit, why not ambil peluang ni? Benda ni selagi kita tak rasa, kita takkan tahu. Orang yang kata medical card ni untuk orang kaya je, cuba tanya balik. Bila sakit nanti, kau ada duit ke nak bayar bil? Kalau tak ada, memang optionnya ke hospital kerajaan. Tapi tetap kena ikut giliran, dan masa tu kau akan berharap sangat kau ada pilihan lain.

Ramai yang ingat rawatan di hospital kerajaan semuanya free. Sebenarnya, tak semua benda free. Memang betul kos jauh lebih murah berbanding hospital swasta, tapi ada yang patient kena bayar sendiri. Contohnya, kalau masuk wad. Pesakit tetap kena bayar caj wad ikut kelas yang dipilih. Kalau pilih wad kelas ketiga memang murah, tapi kalau nak keselesaan lebih sikit, kena bayar lebihlah. Ubat-ubatan tertentu pun ada yang tak ditanggung sepenuhnya, especially kalau pesakit nak ubat yang lebih berkualiti atau tak termasuk dalam senarai subsidi kerajaan. Kalau perlukan rawatan khas atau prosedur tertentu yang tak dicover sepenuhnya, pesakit kena bayar sendiri terutama kalau melibatkan pembedahan besar macam heart surgery.

Bagi aku, kalau orang kata medical card ni membazir sebab hospital kerajaan ada, cuba fikir balik. Kalau tiba-tiba kena penyakit yang perlukan rawatan segera atau ubat mahal, duit siapa nak guna? Sebab hakikatnya, tak semua benda free di hospital kerajaan, dan tak semua benda boleh dapat dengan cepat. 

Takaful perubatan ni bukan macam skim cepat kaya yang nak kaut duit orang. Orang kata bayar medical card ni macam melabur dalam benda yang tak jelas. Duit akan hilang kalau tak guna. 

Salah tu. Takaful perubatan BUKAN untuk kaut duit orang. Syarikat takaful ada sistem yang mengumpulkan caruman daripada ramai orang, dan bila ada orang yang perlukan rawatan, dorang salurkan dana tu. Konsepnya sangat simple – kita bayar sedikit untuk perlindungan yang besar. Itu sebenarnya cara mereka beroperasi, bukan nak ambil duit orang macam skim cepat kaya.



2025-02-19

Sejarah dah banyak kali tunjuk, berebut harta pusaka bukan jalan untuk jadi kaya.



Betul tu, Pak! Sejarah dah banyak kali tunjuk, berebut harta pusaka bukan jalan untuk jadi kaya. Kalau ada yang fikir boleh hidup senang dengan cara tu, silap besar. Biasanya, orang yang tamak dengan harta pusaka akhirnya hilang semuanya, baik harta, silaturrahim, ketenangan - silap-silap tido pun tak lena dah.

Kalau difikirkan balik, harta yang datang bergolek ni memang jarang bertahan lama. Pengalaman keluarga terdekat dah banyak dah tunjuk. Kau dapatlah puluh ribu ke, ratus ribu ke, penyudahnya hidup kau back to suare one. Kenapa? Sebab orang yang tak bersusah payah cari sendiri biasanya tak reti nak appreciate apa yang dia dapat. Ujung-ujung, duit habis kat benda yang bukan-bukan. Beli barang mahal yang tak perlu, berjoli sana-sini, beli yang tidak-tidak. Padahal tak perlu pun, tapi sebab tak biasa pegang duit banyak. Selagi tak habis, selagi tu dia pakai. Ini namanya tak berkat. Duit tu tak lekat kat tangan. Dah buat beli macam-macam pun tetap hati tak puas.

Bila duit makin nipis, mulalah perangai pun pelik. Ada yang terjebak dengan hutang, ada yang bergaduh dengan adik-beradik, dan ada yang sanggup buat benda tak elok demi duit. Padahal duit dia pernah banyak, tapi end up berhutang. Paling klise, duit pusaka/warisan ni banyak ‘lesap’ sebab ada yang gatal nak kahwin lagi. Kononnya dah kaya, boleh tambah bini. Lama-lama duit kau habis, rumah tangga pun huru-hara ranap.

Kalau pun duit warisan tu digunakan untuk benda baik, misalnya nak berniaga, itu pun tak menjamin kejayaan kalau tak ada ilmu. Berniaga ni bukan setakat ada modal, kena ada strategi dan disiplin. Kalau setakat labur duit tapi malas belajar cara urus bisnes, alamatnya bisnes pun lingkup. Selalunya orang yang dapat duit mudah ni, mudah juga nak spend pada benda yang tak perlu. Nak guna untuk buat bisnes katanya. Biar duit beranak. Tapi kau perabiskan buat modal yang besar. Belum apa-apa dah ada kedai. Belum apa-apa dah bawak masuk stok banyak. Belum apa-apa dah buat ofis cantik macam Megah Holding. Nak aura berjaya katanya. Ujung-ujung, sadaqallah.

Nak guna duit tu untuk haji pun belum tentu bawa berkat kalau niat tak betul. Kalau cara kau dapatkan duit tu dengan hati yang hasad, tamak, dan busuk hati kat ahli keluarga sendiri, haji pun takkan rasa ‘menggelegak’. Akhirnya, semua benda yang dibuat hanya menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling. So kalau nak kaya, jangan harap duit warisan. Nak hidup senang? Jangan fikir nak kaut harta orang. Lagi bagus usaha sendiri, sebab rezeki yang datang dari titik peluh sendiri tu lebih berkat dan tahan lama.

Samalah macam kes faraid. Bila sebut pasal faraid, masing-masing laju datang menuntut hak. Tapi bila masuk bab tanggungjawab menjaga waris yang kematian suami, terutama si balu dan anak-anaknya, terus senyap, buat-buat tak nampak.

Ramai yang salah faham konsep faraid ni. Faraid bukan sekadar pembahagian harta saja, ya. Dalam Islam, ada tanggungjawab yang datang sekali dengan bahagian yang kau dapat tu. Kalau dapat bahagian besar, maknanya tanggungjawab pun besar. Tapi realitinya? Ramai yang hanya sibuk ambil harta. Bab menjaga amanaha, semua hilang meruyup tak nampam batang hidung. Selagi belum dapat bahagian dia, balik-balik muka dia je depan mata tak nampak orang lain. Cuba kalau dah dapat bahagian, bila kesusahan semua yang dapat bahagian tadi buat macam-macam alasan. Yang sibuklah, yang kata tak mampulah, yang tiba-tiba hilang ingatan macam tak pernah ada pertalian darah pun hade!

Yang lagi menyedihkan, ada yang bukan je tak nak jaga, menyusahkan lagi waris si mati lagi ada. Banyak kes yang mana balu and anak-anak yang sepatutnya ada hak atas rumah sendiri, dipaksa keluar sebab ahli keluarga si mati yang lain nak jual rumah tu untuk bahagi-bahagikan duit. Tak fikir langsung nasib menantu dan cucu. Nampak sangat dari abangnya hidup lagi dorang dah aim harta. Tunggu masa je.

Islam itu adil, tapi manusia yang buat jadi tak adil. Kalau betul nak ikut hukum faraid, ikutlah sekali dengan adab dan tanggungjawabnya. Jangan ambil hak faraid semata-mata, tapi tinggalkan amanah yang patut kau pikul. Kalau betul-betul nak jadi waris yang bertanggungjawab, bukan sekadar datang tuntut harta, tapi pastikan sekali waris-waris yang ditinggalkan tu terbela. Kalau tak sanggup nak jaga, tapi harta nak kaut, itu bukan faraid. Itu zalim.

Ini bukan soal nak menafikan hak faraid, tapi common sense lah. Kalau kau laju nak harta, logiknya tanggungjawab pun kau kena pikul. Masalahnya, ramai yang bila bab duit, rumah, tanah, semua datang beratur. Tapi bila bab jaga waris yang kematian suami, atau support anak-anak yatim, tiba-tiba semua jadi halimunan.

Kita tak cakap faraid tu tak betul, tapi Islam itu bukan hanya tentang “ambil hak” semata-mata. Islam tu tentang keadilan. Faraid itu adil kalau diamalkan dengan tanggungjawab. Contoh mudah, kalau kau dapat bahagian besar sebab kau abang sulung, kau pun kena jadi big brother yang sebenar. Pastikan anak-anak arwah adik kau tak terabai. Itu baru betul. Tapi yang selalu jadi apa? Harta nak, tapi waris yang patut dijaga tak ada siapa nak ambil tahu. Paling sadis, ada yang sampai paksa balu keluar dari rumah sebab “rumah ni kena jual, nak bahagi ikut faraid”. Kau nak suruh dia duduk mana? Anak-anak dia nak hidup macam mana? Tak fikir ke dulu, si arwah suami tu la yang selama ni sara isteri dan anak-anak dia. Bila dia dah tak ada, bukannya datang tolong. Sibuk nak bahagi harta macam kau ada share!

Ye lah, secara hukumnya mungkin kmau ada share, tapi secara teknikalnya kau takde penglibatan pun dalam harta peninggalan arwah. So, kalau nak ambil hak tu, biarlah dengan ada perasaan malu sama. Malu tu tunjukkan dengan cara menjaga amanah lepas dapat bahagian. Malu sikit dengan arwahnya. Esok kat sana, kau kena mengadap dia juga, ya.

Ini bukan soal nak tolak faraid, tapi common sense. Kalau betul-betul ikut Islam, kita akan faham faraid bukan sekadar hukum, tapi ada nilai kemanusiaan dan tanggungjawab di dalamnya. Kalau kita boleh pakat dan bertolak ansur bab duit, kenapa bab menjaga waris si mati tak boleh? Kalau harta boleh kau rebut, tanggungjawab pun kau kena pikul. Jangan nak ambil separuh-separuh.


2025-02-18

Entertainment kat China memang tak bagi ruang untuk Johnny

Tak sangka aku ramai juga fans Johnny dalam follower aku di FB and IG. Berminat betul korang nak tahu pasal entertainment China, ya? Tapi semalam ramai tanya kenapa iQIYI double standard sedangkan Johnny one of the share holder.



Aku syak, Johnny bukan shareholder iQIYI China, tapi Hong Kong. Video ni adalah semasa iQIYI Scream Night tahun lepas, dorang buat kat Macau. Johnny sorang je celebriti yang dijemput and dihantar dari airport ke hotel dengan 5-6 orang bodyguard iQIYI. Maybe dia shareholder iQIYI HK.

Kitorang ada sembang-sembang gak tadi pasal hal iQIYI hari tu, apesal dia double standard sangat dengan Loev Song in Winter. Sorang member ni salah satu sebab maybe kerana Love Song in Winter ni production Johnny. Terus kitorang macam DANGGGGG!!! It make sense!! 

Ok look. Entertainment kat China memang tak bagi ruang untuk Johnny dan sebarang projek Johnny dapat perhatian sebab Johnny tak berada di bawah mana-mana agensi. Ok this one kita faham. Tapi bila teringatkan balik yang syarikat Johnny adalah co-producer Love Song in Winter, barulah jelas now kenapa iQIYI double standard.

Kat China, industri hiburan sangat kompetitif. Setahun release 5000 drama & movie kot. Mau tak bergasak masing-masing nak promote?

Kat sana, promosi drama tak hanya bergantung pada streaming platform macam iQIYI, Tencent Video, atau Youku. Agensi pelakon, syarikat produksi, dan bahkan broadcast rights holder akan melobi dan bayar streaming platform and TV untuk increase exposure drama dan pelakon dorang. Antara strategi dorang, bayar untuk iklan di homepage atau carian utama platform iQIYI. Kalau tengok kat homepage iQIYI, korang boleh perasan senarai "Recommended". Hat ni belum tentu lagi ceritanya best. Tapi yang pasti agensi bayar untuk letak kat homepage.

Inilah yang berlaku masa tayangan Love Song in Winter. Disebabkan Johnny tak berada di bawah mana-mana agensi, iQIYI taknak letak poster Love Song in Winter. Agensi-agensi lain pula ambil peluang kekuatan pengaruh Johnny untuk promote drama sendu pelakon masing-masing. Sebab dorang tahu mesti ramai yang masuk iQIYI untuk tengok Love Song in Winter, so dorang gunakan peluang ni bayar iQIYI untuk letak poster and banner drama kat homepage. Malangnya, tetapppppp drama kau takde orang klik. Rela orang type search Love Song in Winter daripada klik poster drama kau. Heh!

Lagi satu, agensi boleh beli Weibo Hot Search. Dulu masa aku newbie kat Weibo, aku pelik apesal nama Johnny takde kat hot search? Dia ni tak popular ke? Lama-lama aku tahu kat Weibo tu kalau kau nak trending sepanjang tahun, kau kena beli hot search. Agensi bayar untuk masukkan nama drama atau nama pelakon dalam senarai trending. Kat Weibo tu kalau hot search memang takde nama lain - Xiao Zhan, Yibo, Xukai, Dylan Wang -- pendek kata nama-nama pelakon yang sama. That's why setiap kali Weibo Award Night balik-balik nama yang sama je dapat award. Sebab dorang je yang "trending" sepanjang tahun.

Cuma last year, Weibo Night 2024, Johnny datang Weibo Night sebab dapat award. Jarang Johnny melayan award-award event yang based on populariti macam ni. Tahun lepas exception sebab dia dapat The Most Popular Actor Award kat Weibo TANPA BELI HOT SEARCH. Kau tahu kenapa? Ini semua gara-gara dia "mati" dalam Bright Eyes in the Dark. Mengamuk satu China bila ending drama tu dia mati sampai jadi trending kat hot search. Terus menang award.

Kalau kat Douyin, kau nak video artis kau trending, kau kena beli hashtag. Haaa, gitu China buat duit. Kita tak Tiktok sukati hashtag buat sendiri je. Kat sana, nak hashtag trending, kena beli. Konon macam kau popular sangatlah kat sana, padahallll.

Lagi satu, variety shows. Nak masuk variety shows pun kena bayar. Last Johnny dipanggil untuk variety shows was 2020, with Dilreba untuk promosi Love Designer. Itupun aku rasa agensi Dilreba yang bayar untuk Dilreba, tapi disebabkan male leadnya mesti ada sekali, jadi show program kena invite Johnny sekali. Last dia join 2020, and latest tahun 2024 (last year), dua kali! Yang first dia join Natural High Season 2 ATAS JEMPUTAN, tak bayar apa-apa.

Dalam program variety show ni, Johnny datang sendiri tanpa ada co-star dari mana-mana dramanya. Maknanya dia dijemput as guest, bukan untuk promote drama. However, dia adalah guest paling lama bersiaran dalam sejarah program Natural High, iaitu 8 weeks! Heat Index program ni pecah rekod 27,000! (Even Love Song in Winter yang pecah rekod tu pun takat 10,000 je). Producer Natural High kata dorang pada mulanya tak berani nak invite Johnny sebab dorang semua tahu Johnny tak berapa suka join variety show. Surprisingly Johnny setuju.

Dorang shoot program ni week by week. Selepas 2 minggu recording, dorang releasekan episod pertama dulu. Episod pertama je dah hit 26,000 Heat Index. Then dorang terus shoot untuk following week punya episod. Patutnya 4 weeks je sebab Johnny kena kembali ke set lakonan. Tapi sebab views sangat banyak, trending kat Weibo pulak tu, dorang mintak Johnny stay untuk tambah 4 minggu lagi. He stayed. Dan akhirnya pecah rekod Heat Index, 27,000. Netizen minta Natural High ambil Johnny as permenent member, tapi Johnny tak nak. Dia nak fokus kat acting.

Ni tadi aku kat Weibo naik post ni. Chen Zheyuan buat video nak nangis sebab performance dia dalam The Olive White Tree tak meet standard. So it's clear la now, kenapa beria iQIYI promote The Olive White Tree. Sebab sendu. Agensi Chen Zheyuan bayar iQIYI and Weibo untuk buat marketing rupanya, sampai iQIYI sanggup double standard kat Love Song in Winter. But isokay, Love Song in Winter dah pun membuktikan its success.

No wonderlah The Olive White Tree delay dia punya release. Taknak bertembung dengan Love Song in Winter rupanya. Dia release tahun ni, sekali sendu pulak. Kesian Chen Zheyuan. Dia ni berlakon bagus. Cuma satu je lah aku nak cakap. Harap takde fans idol lain kecik hati. Sebab aku menulis based on FAKTA.

Actor lain, kalau nak berlakon genre pasukan beruniform, especially military, buatlah preparation betul-betul. Jangan ambil mudah. Sebab korang dah ada King of Uniform yang benar-benar solid bawa karakter macam ni. Jangan bersandarkan pada muka jambu, fanclub besar and duit agensi untuk promosi. Kalau drama hauk, kau akan menjunam sekali. 

Kau nak pegang watak military, kau kena at least satu par dengan Johnny. Tak caya tengoklah The Olive White Tree. Lakonan Chen Zheyuan ok, tapi karakter dia tak kena. Dahlah sekeping, muka jambu pulak tu. Nampak lembik. Kau nak carru watak military ni, kau kena ada vibe "bad-boy" macam Johnny. Baru kena.

Dalam The Olive White Tree, watak Chen Zheyuan tenggelam padahal dia male lead. Watak Tian Cheng (Benjamin) lebih menyerlah. Nak tahu kenapa?
 


Nampak tak Tian Cheng kata untuk carry watak Benjamin, dia training dengan JOHNNY!!! Betapa bijaknya dia. Dia pun tahu pada siapa dia kena refer kalau nak carry watak macam ni. Siap pi gym sama-sama dengan Johnny. Johnny train badan dia. 

Memang dia lebih menyerlah dalam The Olive White Tree. Sebab dia train dengan "bad-boy". Dia dapat carry "bad-boy" vibe tu. Now kat Xiaohongshu orang dok post klip-klip video dia je. Ramai dah start jatuh cinta dengan dia. Semua terlupa dialah si saiko Wen Peng dalam Love Song in Winter hari tu. Hahahaha. Aku harap one day dia boleh pair dengan Johnny dalam military genre. Memang kena gandingan ni - Captain Liang Muze X Benjamin. Konfem letopsss!

Video ni fresh semalam naik kat Weibo. Aku risau Tian Cheng kena hencap dengan haters Johnny sebab buat pengakuan gini. Takpe, fans Johnny boleh backup. Kita team Special Force Liang Muze. Ready war anytime *sambil exercise jari-jemari*

Ini semalam kat Thread. Aku pun sebenarnya terkejut bila Lusi keluar kat public dalam keadaan bertongkat (sebab masih sakit) TAPI dia pakai high heels! Kau rasa?? Jahat tak jahatnya agensi dia. Orang tu dah jatuh sakit sampai takleh bercakap, tak boleh berjalan dengan betul, kau masih nak suruh dia keluar bergaya dengan pakai heels. Orang tu bertongkat kot! Sumpah toksik entertainment kat sana.

Tapi tu lah, dorang ni aku bukan nak kata apa la. Kebanyakan dorang ni selalu berlakon drama idol (drama cinta). Drama macam ni memang senang nak popularkan diri sebab agensi boleh bayar Weibo untuk create fake-relationship gossip. Tapi, kesan drama-drama macam ni, industry reputation tak strong. Directors and producers tak nampak potential sebenar kau. Drama idol tak perlu perlakon hebat. Kayu pun boleh. Janji muka jambu. Kalau kau dah sampai ke tahap director sanggup simpan skrip semata-mata tunggu jadual kau free, tu maknanya you are recognized, walaupun tak trending.

Pagi tadi lalu kat FB satu poster fans buat. Polling watak-watak army. Aku rasa macam dah save poster tu, tapi tak masuk pulak dalam galeri. Bladihel. Ada 6 orang actor dalam tu - Xiao Zhan, Yang Yang, Bai Jingting, XuKai, Johnny and sorang lagi aku tak ingat. Johnny dia letak nombor 5. Hahahahah. Aku biorkan je lah dorang nak melayan perasaan. Cuma aku nak share video ni:



Itu video rancangan khas sempena National Day China. Lagu Under the Red Flag ni dinyanyikan oleh Johnny and penyanyi perempuan. Padahal Johnny bukan penyanyi. Kenapa dia yang dipilih untuk nyanyi Under the Red Flag? Pikir sendirilah. Malas sembang panjang.

Banyak benda sebenarnya yang buatkan Johnny "layak" untuk di-hate dalam entertaintment industry di sana. Walaupun dia bergerak sendiri, dia kekal relevan. Projek dia actually tak sebanyak actor-actor so-called "popular", tapi setiap drama and movienya box office. At this moment, total box office dia cecah 6 billion. Most actor lain, projek banyak tapi belum ada yang hit box-office. Kalau ada pun maybe 1-2, not yet cecah billions.

That's why netizen and entertainment industry kat sana kalau cari pasal dorang tak pernah sentuh acting Johnny. Sebaliknya, dorang gossip pasal hal peribadi. Sebab kalau nak debat pasal achievement dorang memang kalah punya. If you insist on starting petty arguments, kau siap. Berduyun fans Johnny yang selama ni senyap, akan keluar. We will come for your idol's track record pulak. We will compare their career milestones directly with Johnny's, and believe me, the results won't be pretty for you.