2009-12-31

Memang selebet pun



Satu kejadian yang best berlaku semalam adelah tetiba ramai gila yang anonymous komen kat blog aku. Aku pun tak tau mana datang ramai-ramai ni. Tima kasihlah kerana dalam pada menyampah tu masih berminat nak ambik tau life aku.

Semalam otw balik dari keje, singgah rumah Mak Aji. Aku memang tak sabar gila nak tunjukkan magazine Impiana kat dia. Sebabbbbb, dulu time kecik-kecik aku rajin belek majalah Jelita dia. So ada ruangan dekorasi ke apa ntah dalam tu. Biasala kan budak-budak mana tau mak kita ada duit ke tak, tau mintak je. So aku suruh lah 'Ma, belila kerusi macam ni', 'Ma, belila TV besar macam ni', bla bla bla. Sebab aku kagum gila ngan rumah-rumah yang dalam mags tu, gila bapak besar pastu cam kemas sepanjang masa. Rumah Mak Aji takde la bersepah, tapi takde la sampai mengkagumkan tetamu yang datang kan.

So bila aku selalu suruh dia beli tu belini, ubah tu ubah ni, dia cakap 'Aku nak tengok rumah ko sok apa aje yang ada!'.

Gila bengkek orang tua ni ngan aku.

Tapi aku pun satu halllll. Dapat baju pun setahun sekali, lagi nak suruh dia tukar setti tetiap tahun. Seb baik dia cuma sound je, kalau dia bagi pakej libasan kanggg.

So semalam dengan sangat bermotifnya tujuan aku ke Bangi, dengan belagaknya aku bentangkan magazine depan dia and ingatkan balik apa dia pernah cakap kat aku dulu.

'Ma, ingat tak masa kecik-kecik dulu mama cabar Diana?'

Terus dia senyum tak bercakap-cakap.

Yeahhhhh. Puas hati dapat kenakan mak sendiri. <---- ciri-ciri anak yang sangatlah solehah.

Yes, aku pun heran apesal En Wan boleh senyum lam magazine tu. Series aku bengang. Kalau bergamba dengan aku tu boleh jadi bergaduh nak suruh dia senyum, kalau orang lain yang snapkan dengan girangnya sengih. Tapi satu benda yang dia alergik adelah flash kamera. Tak caya tengok balik gamba semalam. Mata dia lebih sepet dari biasa. Memang dia takleh lansung bergamba kalau ada flash. Lain la aku kan. Aku tak boleh takde flash. Wakakakaka.

Dia memang takleh lansung ngan flash kamera, mesti mata dia tertutup. Masa kawen dulu pun lagi banyak gamba dia yang direjek dari diaccept, semua sebab mata dia tertutup. Aku pun tak tau apehal yang ko takut sangat ngan flash. Lainlah kalau flasher.

Those yang tanya apesal aku sopan gila babi masa interview tu,apa ko ingat aku nak cakap bersusun rapi macam tu? Gila tidak okkk. Tidakkkkkkkkkkkkkkkkk.

Memang la isi dia memang macam yang aku cakap. Tapi takde la aku bergitu punya santun nak buat ayat 'malar hijau', 'segenap ruang', 'penjelmaan kabinet', 'memudarkan hasrat', ohhhhh. Aku sendiri tak pernah terfikir adanya perkataan such as 'segenap'. Like ayat '..saya dan suami memilih menggandingkan batu granit sebagai kemasan kaunter top. Keteguhan dan kualiti material granit bukanlah sesuatu yang asing. Kami percaya keupayaan batu granit adalah pilihan tepat. Coraknya mampu menyuntik elemen dekorasi yang menarik'.

Sumpah.
Kalau macam ni la ayat BM aku, menangis pemeriksa kertas SPM aku baca okk. Konfem best buddy aku Prof DiRaja Ungku Aziz.

Padahal, ayat sebenar yang keluar dari mulut aku 'Kitorang memang suka granit, sebab dia tak senang calar. Nak potong sayur takyah pakai alas, potong je atas tu pastu lap. Tapi kitorang pakai gak alas kayu tu sebab sayang'.

Tapi gila ayat macam ni dia nak publish satu Malaysia baca?
Bukan takat report dia, dengan dia dia sekali kena humban lam tong sampah.

Bak kata sorang pengkomen, 'Orang lain masuk mag, pakai baju merelip. Kak Di sempoi je'.

Tu bukan sempoi dikkk.
Tu namanya selekeh.
Mak Aji pun sound 'Apesal ko macam bibik si Wan je aku tengok?'

Tak agak-agak tau dia ni kalau nak bandingkan aku.

Tapi lojik apa.
Yang nak difokuskan dapur, bukan aku.
Pehal aku lak nak over-over. Lainlah kalau yang datang tu Covergirl. (besar tak cita-cita aku?)

Tapi memang aku selekeh pun.
Ni semua salah dia --->> MAK AJI.
Sebab asal aku nak pakai bedak je, 'Tak payah nak berbedak segala takat nak pegi skolah. Ko nak buat apa? Nak mengorat?'

Hek elehh, ada ke aku yang nak mengorat orang.
Of cos lah orang yang mengorat aku.
Lalalala.

2009-12-29

India gaduh


Redza : Ma, naper Santa ni tak datang rumah kita lagi? Ija dah penat tunggu dia.

Aku : No. Kita tak celebrate Krismas. Kita Malay. Malay celebrate Hari Raya.

Redza : Cina?

Aku : Kong Xi Fatt Choi.

Redza : Ha, apa tu?

Aku : Ala, yang lagu Ija nyanyi dulu kong si kong si kong si ni. (sambil jadik naga)

Redza : Ohhhhhh. Ok. Ija ingat dah. Kalau India gaduh? 
 

(anak aku punya panggilan untuk orang India adelah 'India Gaduh' sebab dia asik meneman bibik tengok citer Tamil. Biasa la kan citer Tamil mesti ada belasah-belasah. Asal ada citer Tamil je dia panggil bibik 'Bik, cepat Bik, cerita india gaduh dah start')

Aku : Orang India celebrate Deepavali. Yang ada api tu.

Redza : Oh, ok.

Dalam pada dia 'ohhhh' tu keluarlah pulak satu mamat ni kat TV. Rasanya aku tengah tengok citer Bahang Ravina kot.



Lantas, anak aku tanya dengan muka selamba 'Ma, dia ni Deepavali ke?'

Adeh.
Kalau la si Black ni betul-betul ada depan mata aku tak ke satu hal aku nak tukar topik lain. Seb baik dia tak tanya 'Mama pun Deepavali ke?'

Memang aku jawab ngan tapak tangan.






Petang tadi, tengah-tengah melayan YM ngan saper nama budak tu lupa pulak aku, then masuk satu komen

Anonymous has left a new comment on your post "Talk, talk, eat, eat, drink drink..money coming!":
cepat sumeorg pi beli mag impiana dapur... cantek betui la dapur kak di... kak di pun canteekk...

Publish this comment.
Reject this comment.
Moderate comments for this blog.
Posted by Anonymous to walk on wings, tread in air at 1:56 PM




Memang aku tau dia akan keluar January, tapi sebab still December so tak terfikir lansung. 




Ini bukan dapur aku. 

 


Ini baru dapur ahkak.



 


 Pemilik rumah yang gemuk. Petanda bahawa dia memang rajin memasak. Ngeh ngeh.




 
Ruang kabinet yang dia fokus tu lah satu-satunya tempat yang masih lagi kosong. Aku lom pikir lagi nak simpan apa. Simpan sokabar lama boleh lah kot.



KONSEP DAPUR : TROPIKA.
Sumpah aku tak tau pulak dapur aku konsep Tropika. I thot konsep SUKATI?



Percayalah cakap aku, sink tu memang sangat dalam okkk. Esok kalau aku ada baby baru, memang takde de aku nak beli besen baby, aku jirus anak aku lam sink tu je.


Sape yang hari tu ada tanya aku pasal kitchen cabinet, kalau berminat boleh la pi jumpa si Eric ni. Bersedialah dengan tagline dia 'Tak berapa mahal sangat lah'.

Kalau dia suggest ko tambah apa-apa kan, nanti dia punya standard ayat 'Cuma ada tambah sikitttt saje lah, dalam tiga ribu'.

Ye sangat lah Eric. Sikit.

Kitchen this time, aku sangat puas hati.
Sebab apa yang aku nak, dia dapat transformkan ke realiti sebijik macam yang aku imaginekan. Actually before jumpa Reno Concept ni, kitorang pegi a few places jugak usha-usha design and tanya harga. Tapi dorang macam nak taknak je layan bila kitorang cakap budget we all dalam 15K.

Takpelah kalau taknak layan.

Bila jumpa Eric, dia takde pun bolayan bila we all cakap budget just 15K.
Actually kitorang pun tak tau 15K tu banyak mana, sikit sangat ke, banyak sangat ke. So main cakap je. Aku rasa macam dah banyak gila dah tu. Lagipun kitchen aku yang dulu around 16K, so ingat nak maintain around tu jugak. Bila tunjuk pelan dapur, and bagitau apa yang aku nak kat dapur tu, sekali dia kuarkan quotation, ambik kauuuu. Tapi sebab kitorang sangat-sangat puas hati dengan design, pejam mata aje la. But aku just ambik cabinet and accessories dalaman je ngan Reno Concept. Hood, microwave and oven beli asing sebab lagi murah. Kalau beli semua ngan Eric konfem aku makan ikan bilis je sampai skang. Senang-senang berat aku leh cecah 38kg.

Sekian pembentangan tesis dari saya.

p/s : walaupun saya camwhore tapi percayalah bahawa gamba saya tengah pegang bunga tu adelah 7 kali take. Ini jelas menunjukkan bahawa saya sememangnya pemalu. Auw.


2009-12-28

Talk, talk, eat, eat, drink drink..money coming!


Jumaat lepas adelah wedding anniversary Pak Aji ngan Mak Aji yang ke-35.
Macam selalu, aku tukang beli kek sebab aku je yang tak suka makan coklat, so kek kena ikut selera aku. Kalau tak, aku boikot tak balik Bangi enam tahun.

Mak Aji dari pagi asik call aku, tanya bila nak balik, jangan lupa bawak ni, kang singgah kedai belikan ni. Padahal aku tau dia tak puas hati kenapa aku lom wish dia. Selalunya pagi-pagi aku dah wish. Tahun ni kitorang adik beradik sepakat nak buat dek. Kasik panas sket. Aku dah tentu-tentu la jauh di mata, tak kisah sangatlah kalau lambat wish. Yang depan mata tu ha, Ima ngan Ibal terpaksa bukak topik lain semata-mata taknak bagi Mak Aji terasa apesal la anak-anak wat dek je hari tu.

Kul 5.30pm baru la celebrate, itupun tunggu si itam tak balik-balik dari beli hadiah. Lembab.



Jangan beli kek ni, tak sedap!!
Seb baik ada kacang, kalau tak, fail berganda-ganda rasa dia. Aku lupa apa nama kek ni, tapi SR kata ni kek terbaru. Ni macam punya secret resipe, ko simpan je la. Tak bagi resepi kat aku pun takpe. Menyesal aku beli. 




Dipersilakan Pak Aji memainkan sebuah lagi sempena anniversary sendiri...

Dah lama gila aku tak dengar Pak Aji layan bendalah ni.
Dulu masa skolah, time-time Pak Aji main piano, masa ni la best nak lipat baju ke, gosok baju ke, kopek ikan bilis ke. Sebab bila buat keje sambil dengar Pak Aji main adelah sangatlah kill the time. Kalau takkkkkkk. Memang haram nak nampak aku dengan rela hatinya gosok baju. Sure aku hempas-hempaskan iron tu. Tu yang kejap-kejap terbakar kain Mak Aji aku kejekan.

Pastu berbirat belakang aku kena hanger.




Hadiah from si itam.
Untuk pengetahuan kau Ima, gelang yang mama pakai tu aku dah cop. Haha.

Everytime mak aji gi tempah barang kemas, mesti dia tanya aku if cantik tak kalau dia buat camni, buat corak camni, bla bla bla. Dah tanya aku kan, of course la aku akan menasihati dia agar mendesignkan gelang-gelang yang sesuai digunasama oleh aku di masa-masa terdesak nanti. Jnagan yang tebal-tebal, yang kiut-kit je. Kaler mesti campur-campur. Jangan terang sangat kaler gold dia, kulit aku ni al-maklom lah. Walaupun tak suka pakai barang kemas, tapi kalau dah free tu aku ambikkk. Nama nak beli mintak mahap lah. Baik aku beli handbag baru.


Apesal la mak aku ni tombam sangat?

Anak sedara aku dah makin bulat. Tapi omak dia laaaaagi bulat. Dah macam mengandung balik aku tengok. Anak dia punya lah halus, dah nak masuk 4 minggu pun still baju tido sampai ke buku lali, takyah pakai seluar.

Every week aku kena pastikan aku balik Bangi selagi Ima ada. Bukan aku nak jaga dia. Tapi nak gossip. Memandangkan dia sangat kat rumah tak gerak-gerak jadi menjadi tanggungjawab aku mengupdatekan dia dengan berita-berita terkini. Bukan selalu dapat bergossip every week. Gossip kat sms tak feel.



Aku pun ada misai okkk, apa ingat si Sekar tu je ke yang ada?


Sabtu, sepupu aku kawen.
Sepupu ni belah Pak Aji, so agak islamik sikit.
Memula aku gelabah carik selendang. Nak pakai tudung la konon. Habis wardrobe Mak Aji aku punggah. Ada la dalam 20 minit aku bega-begakan tudung tu last-last...hmmphhh.

Memang aku jugak la yang paling jahil kat dalam dewan tu. (antara sedara-mara la).
Tapi macam la baru first time gi wedding tak pakai tudung kannnnn. Kecoh.




Well, every wedding yang kitorang pegi mesti la snap gamba sendiri kan. Gamba pengantin tak snap takpe, janji gamba aku banyak. Sendiri punya kawen, sendiri snapla, apa nak suruh aku snapkan pulak.

Tahun ni je aku dah pakai baju yang sama untuk empat wedding.
Sebab aku memang malas nak gosok baju batik, malas nak gosok baju Thai silk dan juga malas nak pi hantar dry celaning baju-baju yang lain. Orang pemalas macam aku memang layak pakai baju macam ni. Ko gelek baju tu ngan bulldozer pun tak apa-apa.

Eh, aku dah kurus kan?
Lalalala.



Kiri : Muka takde efek.
Kanan : Camwhore


 
Redza snapkan.




Mesti ada yang pernah dapat flyers macam ni kan? Selalunya dorang selit kat newspaper.

Entah la ye. Tapi bagi aku, gaya penyampaian dalam flyer tu pun dah tak meyakinkan.
Ada sesaper yang boleh bagitau aku apa bendanya bisnes ni? Aku memang suka kalau takyah masuk opis, melepak je kat mamak tau-tau akaun aku dah ada patratustujuhbelas juta.       

2009-12-25

Merry X'mast Ho Ho Ho


Pukul 3.30am tadi aku terjaga and terus bangun sebab kepala dah mabuk membuta dari kul 8pm tadi. Memang penat gila today. Padahal dah janji ngan En Wan nak kuar malam tadi gi bank la, gi beli barang la, siap berangan nak tengok Santau bagai, sekali kauuu aku disantau sampai tak bangun-bangun.

Today adelah Wedding Anniversary Mak Aji.
So, memang kena balik Bangi today jugak. Tapi lom plan nak buat apa. Maybe buat bodoh je. Sure berbulu je orang tua tu tengok anak-anak dia buat dek kat anniversary dorang.


Hadiah anniversary gua yang ke-11. Cantik, bukankah?
 

Tapi percayalah, beg duit itu lagi mahal dari duit yang ada kat dalam purse tu sendiri. Sedih aku tengok isi dalam purse tu. Banyak sampah dari duit. Minggu ni En Wan lupa nak letakkan duit. Aku pun tak teringat nak mintak. Maka hiduplah aku dengan selamba selama seminggu pegi sana sini dengan duit ada RM40 je dalam tu tak usik-usik. Aku ni pulak satu hal punya penyakit, keluar rumah memang tak check lansung purse ada duit ke tak. Main keluar je. Seb baik this week takde customer yang ajak pi lunch sama. Kalau takkkkkk. Memang saya lah yang kamu nampak tengah mencangkung tepi besen kat dapur tersebut.

Tapi satu pencapaian yang membanggakan bila minggu ni satu sen pun tak kuar dari purse aku. Wang terkumpul kekal RM40. Bila aku dengan bangganya bagitau En Wan duit aku tak gerak-gerak, dia reply 'Ok, so takyah tambah la kan?'

Yeah, right!



Mataku sepet sebelah. Inilah akibat dari selalu melihat lelaki tak pakai spender.


Redza : Ma, nantikan, nak Krismas kan, Santa datang rumah kitaaaaaaaa.


Aku : Santa bagitau nak datang ke?

Redza : Dia tak bagitau, tapi nanti dia datang. Kita tido dulu, lepas kita bangun kan, kita dapat present. Ija dah wish dapat basikal.

Ahh, sudah!!
Terus aku call En Wan bagitau mimpi ngeri ni.
Terpaksa la aku ngan En Wan jadi Santa semalam pi carik basikal.
Tapi since dia ikut sekali, so kitorang cakap Santa dah masukkan duit kat bank papa suruh belikan Ija basikal. Santa tak dapat datang sebab dia chicken pox.

Ini macam tetiap tahun kalu, kopak duit aku.





Ok, macam biasa, UJIAN AKHIR TAHUN.

Soalan ke-satu (bak kata Redza)
Which one gets more attention? Beautiful face or big boobs?


Beautiful face - Cun gilaaaaa.



Tetek gulai kawah - Gila.


2009-12-24

Apa yang aku jumpa tadi eh?



Dua situasi di dua tempat berbeza.

Situasi Pertama

Aku dalam lift lagi.
Ni lagi pelik dari kes serangan kentut semalam.

Aku masuk lift, ada sorang perempuan dalam tu. Rambut panjang, pakai baju kurung kaler hijau bunga-bunga, tak bawak apa-apa tapi tengah pandang kat corner, facing the wall. Tegak je pandang dinding tak gerak-gerak.
Gila annoying.

Memula aku buat dek je. Tapi gila kau tak cuak ke? Dah la aku period, nak baca apa pun tak boleh. Tapi kalau boleh baca pun aku rasa aku akan baca dengan lintang-pukang. Memang takut jugak la tadi, cuma sebab takleh lari mana, so aku buat-buat cool dengan harapan janganlah kau pusingkan muka. Aku takde la terfikir sangat if tu hantu, sebab hari pun siang. Cuma apesal dia pandang kat corner tak gerak-gerak? Pengsan berdiri kah??

Dah la aku terjebak dengan perang kentut semalam. Takkan jumpa hantu lift pulak hari ni.

Tapi aku rasa itu hantu.



Situasi Kedua

Kat Pos Office, tengah tunggu turn.
Ada la sorang Chinese girl ni dok sebelah aku.
Ko imagine eh, kat Pos Office tu ada 5 orang, 3 orang dok kat opposite row, aku ngan dia dok sebelah-sebelah. Semua tengah senyap tunggu giliran.
Out of nowhere, dia bangun sambil pandang aku and jerit 'EUWWWWWW!!'. Dengan siap buat muka kura-kura tersepit telor.

Apehal ko syaitonnnn?

Satu Pos Ofis pandang aku.

Disebabkan aku blur kejap (sebenarnya terperanjat sebab Cina tu tiba-tiba terpekik), aku macam tak buat apa-apa selain dari pandang dia, pastu pandang orang-orang yang tengah tenung aku, then aku baca buku aku balik.

Tapi sebenarnya aku tak baca pun.
Kepala aku dok memikir apakejadah dia euw euw kat aku? Aku terkentut ke?
Oh plis eh, bontot aku belum kuang ajar sampai ke tahap tu lagi.

Tapi segan jugak la, dah la turn aku lambat lagi.

On the way nak ke car park, aku nampak the same lady tengah berdiri kat tepi Hinode, sambil 'Meow..Meow' kat satu pakcik.

Sah pompuan mental.
Tapi dia hebat la sebab buat aku malu gia babas tadi.
Bahabi.

2009-12-23

Orang yang suka hantar mesej macam ni jarang nak tunjuk gamba dia, betul tak?



Menyampah aku baca mesej sent by one of budak dalam FB :

'I nak cilok gambar-gambar you buat modal melancap boleh tak?'

Takat nampak cleavage pun dah gelupur nak melancap segala.
Spesis macam ni kalau tengok DVD blue konfem melancap sampai tertanggal kote.
Apesal nak melancap pun nak bagitau orang? Motif?

Gila pervert.

Sebenarnya orang macam ni dia bukan heran sangat pun dengan gamba yang takat nampak lurah. Tapi saje je nak test kot-kot la aku reply 'Takkan nak tengok gamba I je? I ada webcam tauuuuu'.

Semua laki masturbate la. So ko tak payah nak let people know yang kau tengah melancap like aku kisah??? Aku ada a few good frens yang gila kamceng selalu buat joke macam ni bila aku tanya 'Tengah buat apa?'.

'Melancap'.

Well, that's different.
Coz aku dah kenal dorang in and out and aku tau dorang ni semua musibat selalu respond macam tu kalau aku tanya.

But this guy dah la aku tak kenal.
Tetiba je hantar mesej cam cilaka.
Apa ko ingat semua pompuan yang pakai dedah-dedah ni cool gila boleh diajak sembang 18SX all the time? Agak-agak la wei. Memang aku open to any topic. Tapi kau takde common sense ke, dah la ko tak kenal aku, tau-tau nak ajak sembang pasal melancap segala. Cuba la bagi mukadimah yang sedap sket kalau nak berkenalan. Kan dah tak pasal je aku delete ko dari frenlist. Tapi ko pun bukan kisah tak berkawan ngan aku kan, ko just nak carik bahan buat modal je. Apa kata ko lepak kat depan La Senza, konfem orgasma berganda.

Jenis orang macam ni, ko letak la gamba pakai apa sekali pun. Ko pakai kain batik dia cakap 'I suka ladies yang pakai kain batik, look so sexy'.

'I suka T Shirt you ni. Tapi kenapa the word BUM Equipment kat dada tu tak even eh?'.

'I suka u pakai baju kurung, seksi bila angin tiup'.


See the point tak?










2009-12-22

The kentut game



Tadi aku masuk lift sekali ngan 3 orang mamat tah datang dari hutan mana ntah. Melayu. Age muda lagi mayabe around belasan tahun, tapi below dari 22 la kot. Sebab perangai dia bodoh gila so aku rasa maybe budak-budak lagi. Budak yang bodoh sangat-sangat.

Lift tu pulak antara lift paling lembab gila babi yang pernah aku jumpa.
Padahal aku nak naik tingkat 13 je tapi dia punya lama tu macam nak ke tingkat 346.
Ok la takpe.
Time tu pun pagi lagi.
So aku malas nak bentan-bentankan diri. Banyak lagi agenda aku hari ni.

3 ekor beruk ni boleh main lawan-lawan kentut ngan sendawa kat dalam tu!!!! Pukimakharamjadah.
Sikit tak respek aku ngan sorang lagi budak pompuan kat dalam tu.
Perasan dia kelakar sangat la game lawan-lawan sendawa. Sendawa kalau bau kuih batang buruk aku leh accept lagi. Ini bau dah macam muntah kucing.

Pastu dah sendawa tolak-tolak sama sendiri 'Dia sendawa, dia, dia'. Then gelak-gelak.
Eh, kalau nak berjenaka tu boleh tak yang kelakar sikit?
Kalau taraf ni punya lawak, aku lagi sanggup mengadap Man Belon tiga bulan.
Tapi takpelah, kenyang sangat kot, apa sangat lah sendawa kan.

Sekali kentut pulakkkkk.

Masa memula dia kentut tu, aku terus baca ayat Qursi.
Aku pun tak tau kenapa. Cuma kepala aku macam terasa-rasa dia nak pukaukan kitorang.
Pikir-pikir balik, pukau dengan kentut?
Aku teruskan je baca walaupun aku sendiri nak tergelak apehal la orang tu kentut aku serta-merta baca ayat Qursi?
Whatever, janji aku selamat.

Yang aku heran tu sikit takde malu ngan orang pompuan.
Boleh main passing-passing lak. Sini pret, jap lagi sana menyahut prot, pastu sini sambung pret. Eh bodoh la ok. Bodoh!!!!

Apehal eh ngan budak-budak ni punya la bangkainya perangai.
Series tak pakai otak.
Kot ye pun ko nak tunjuk ko selamba, takyah la sampai kentut pun selamba lepas merata-rata. Tu keparat namanya.

Sorry la kalau ko rasa apa yang ko buat tu dah habis kelakar. Rasa nak tendang lagi ada. Aku memang tak kuasa la nak pandang muka sekor-sekor. Saje je aku pandang henfon padahal tengah tahan muntah. Busuk pelentung. Makan bangkai tupai ke apa?

Pandai pulak mintak maaf bila aku nak keluar lif.

'Sorry ye...sorry ye...'
Sengih-sengih.

Aku libas ngan handbag ni kang melekat sorang-sorang kat pintu lift.

Sampai skarang aku terbau-bau lagi kentut dorang.
Camne nak makan nasik ni?????

Berat ape eh?


Weekend lepas aku lepak Bangi lagi.
Almaklom le, orang dah ada anak sedara, mesti la nak lepak ngan baby baru.
Maka dunia telah menyaksikan aku mendodoikan baby untuk kesekian kalinya pada pukul 2 pagi sebab maknya dah terbongkang tak larat. Bapak dia naik syok pulak tengok aku sanggup bersengkang mata jaga anak dia, siap pesan 'Diana, minggu depan ko balik Bangi lagi kan? heheh..'

Tapi takpe.
Kena la practise dari sekarang.
Mana la tau kot usaha En Wan membuahkan hasil.
Selama ni takde hasil, asik menghadap buah je kejenya.

Sabtu ni, aku busy menjadik tukang buat-buat sibuk kat wedding cousin aku kat mana ntah, tapi dewan UKM.
Sabtu depan pulak, masih buat-buat sibuk jugak tapi untuk majlis aqiqah anak sedara gue. Yang pastinya aku tau aku tak berapa sibuk sebab dua-dua majlis adelah catering so nak sibuk apebendanya kan?

Dulu, asal ada orang kawen je, mesti mak aji ajak aku sekali. Memang cukup aku menyampah gi rumah orang yang aku tak kenal ni. Entah sape-sape punya rumah la dia ajak. Yang heran tu semua makcik-makcik ni kenal aku. Pastu semuanya bagi statement yang tak membantu menaikkan saham aku.

'Ohhh, ni la dia yang kecik-kecik tak suka pakai baju tu kan?'
'Ni ke yang lembikk je dulu, menangis je keje dia?'

Lagi horror ada satu time tu, ntah makcik mana la dok berdepan ngan kitorang time makan. Anak laki dia dok sekali situ. Sekali makcik tu sound kat aku 'Diana ingat lagi tak abang Ajin ni? Dulu masa sekolah tadika dulu abang Ajin ni la yang selalu mandikan Diana'.

Terasa diri dirogol dikhalayak ramai okkk.
Apa punya kesiyal la.

Walaupun ape sangat la yang ko boleh ingat takat mandikan budak umur 5 tahun, tapi sebab abang tu ada depan aku, segan jugak la. Rasa nasik yang aku makan tu macam pasir je rasa dia.




And this is another reader of blog yang takde ilmiah ni punya wedding, Ahad baru-baru ni. Thank you for the invitation. Congrats to both of you - Zuno and Zue. Marvelles reception ko dik. And kuih onde-onde itu adelah sangat best okk. Akak tak makan nasik, makan kuih ngan cendol je. Konon nak jaga badan padahal ambik onde-onde sampai lapan bijik. Tu pun seb baik queue panjang, kalau tak akak bangun gi ambik lagi.

Seronok aku tengok wedding reception zaman skarang. Grand gila. Mula la aku nak mengungkit ke-kampungan majlis aku kat En Wan.
Tu yang En Wan malas nak bawak aku gi rumah orang kawen sebab ni la.
Sepanjang jalan balik umah tu nanti aku dok tanya dia apesal kawen kita dulu takde potong2 kek?
Apesal kita kawen dulu pakai kanopi belang2?
Apesal kita kawen takde flower girl?
Apesal kita kawen tak gamelan? (apa ko ingat ko kawen ngan Tengku Mahkota???)
Apesal kita kawen kat jalan?
Apesal kita kawen tak grand?

En Wan jawab 'Ok lah. Esok kalau abang kawen lagi Di buatkan grand-grand'.

Aku serkupkan kepala ko ngan gong gamelan tu baru tau.



Pipi saper lagi tembam? Aku ke, budak yang pakai baju merah belang-belang tu?
(gila saiko dengan budak-budak pun nak carik jaki)


Memang lately ni aku banyak makan.
Maybe sebab nak period. (tapi takkan naik sampai 2 kilo kan, cakap je la ko memang kuat mentekedarah)
Tapi pelik la badan aku ni.
Macam pagi tadi kan, aku timbang 46.9kg. Tak breakfast.
Pastu tengahari kang timbang 46.0kg.
Pastu 47.1kg.
Now timbang 47.2kg.

Berat apekah ini??????
Tetiba aku terbayang cerita Thailand yang laki tu timbang berat dia asik naik rupanya ada hantu dok atas bahu dia. Tapi berat laki tu melampau-lampau sampai 200kg. Lojik la kan.
Aku ni takat naik sekilo je dah kecoh.
Tapi kalau toyol duk atas bahu aku, lojik tak berat dia naik sekilo?

Ok. Now tetiba aku takut. Sebab jam dah pukul 2.37 pagi.
Sendiri bukak cerita hantu, sendiri takut.

2009-12-17

Mimpi happy



Dah 4 kali aku mimpi En Wan ada pompuan lain.
Tapi aku tak nangis.
Aku happy gila.
Apehal huh?

Takkan aku begitu pemurah nak share laki aku ngan orang lain kot?

Mustahil!
Sangat mustahil!!
Nehi.

Tapi takkan sampai empat kali mimpi yang sama aku tetap happy je tengok dia berkepit ngan pompuan tu?

Ada kemungkinan tak aku ni memang ada ciri-ciri penerima payung emas?
*uhuk uhuk tersedak pulak makan jambu ni*

Or...maybe aku happy tengok dia ngan pompuan tu sebab masa tu sebenarnya aku dah mati?
Possible kan?

Mati awal kot aku ni.

2009-12-14

Feringgi


Jumaat lepas, bangun kul 3am, siap-siap and terus gerak pi Penang. Gila semangat nak pi Penang tak sempat nak tunggu siang.

Aku kena sampai Penang kul 9am untuk catch appointment dengan customer. Kalau ikut hati, nak gerak malam beforenya. Tapi En Wan yang nak drive, so aku amat yakin dengan kebolehannya, jadi silakan lah. Jangan ko sodok belakang bas sudah.

Redza paling excited. 2 hari before nak pegi, kitorang dah belikan siap-siap beach play set. So sepanjang dua hari tu la dia ke hulu-hilir bawak play set tu macamkan selama ni tak pernah ada. Asal nak pi bercuti je aku kena belikan mainan baru. Disebabkan this time aku tak kasik dia bukak play set tu selagi tak jejak beach, tu yang macam jakun tak penah jumpa mainan. Tido pun peluk beach play set.

Sampai Tapah around 5.30am, benti lepak.
Lepas dah siap-siap breakfast, gerak.

Tepat kul 8.30am, En Wan telah mencatat sejarah diri sendiri sebab dah jejak Jambatan Pulau Pinang.

Adehh.

Straight pi USM dulu settlekan keje.
Kesian laki aku tunggu dalam keta. Dua jam jugak kat aku kat USM before gerak ke Feringgi.

Gila kagum aku ngan Feringgi.

First time aku jejak was tahun 1987. Darjah empat. Masa tu aku rasa apa benda ntah dorang bawak aku pi Feringgi ni? Tahapa yang bestnya pun aku tak tau. But now, sujuddddd. Aku rasa Feringgi and Phuket lebih kurang je. Especially nite life dia. Cuma Phuket happening sikit je sebab bapuk bersepah.

Hajat di hati tu nak duduk Shangri-La Rasa Sayang, tapi seafacing room dia sangat lah feeling-feeling diva. RM1023/nite.

Gila bapak mahal okkk.
Ini macam punya rate, bayar pakai duit campur ngan bulu aku and En Wan pun tak lepas lagi.

Tapi aku tetap nak Shangri-La jugak, camne eh?

Then, baru la aku tau Shangri-La ada dua hotel. Another one is Golden Sands Resort which is sebelah dia je. Hotel baru. And pool dia lagi best. Rate dia untuk seafacing room RM640/nite. Lojik la sikit harga dia kan.

Sampai je hotel, masa tu baru kul 11.55am. Terus check-in.
Bilik sangat lah best. At least berbaloi la dengan harganya.
Tapi sebab suasana adelah kecoh sebab si Redza macam tak penah jumpa pool, En Wan pulak ajak pi lunch, aku lupa nak snap gamba bilik.



Tapi ini lah bilik yang aku duduk. Seafacing deluxe room.
Sangat lah best bangun-bangun pagi terus nampak laut.
Tenang je pikiran.
Itu kalau lautnya tenang la.
Kalau lautnya tak berapa nak tenang, konfem aku la yang kena simbah dulu. Betul-betul je bilik aku ngadap laut.
Kalau ombak tu tinggi sikitttt je lagi, pandai-pandai la mengucap.







Ini namanya mervellesssss!!

Disebabkan Redza gelupur nak masuk pool tengah-tengahari buta, maka aku tinggalkan dia ngan bibik kat pool. Aku ngan En Wan nak berdua-duaan makan KFC.





Nampak objek yang tengah mencangkung itu? Itulah suami saya.


Petang dalam kul 5pm, En Wan ajak pi beach.
Padahal dua-dua takut mandi laut, tapi saje je la cuci-cuci mata kot-kot ada rezeki nampak mat saleh bogel atas pantai. Tapi takde pulak orang yang bogel.Jadi biarlah aku je yang menseparabogelkan diri, sambil mensunbathingkan kulit yang dah sedia kelabu.



Tengah syok naik korek pasir ngan Redza, En Wan ajak naik kuda.



Ye, saya ada taik lalat kat belakang.


Lagi sekali kebatakkan aku disaksikan oleh pelancong-pelancong.
Terjerit pekik.
Kuda tu pun konfius tengok apehal pompuan ni cam sakai terlepas.
Padahal nak naik kuda je. Aku punya jerit tu macam kena rogol ngan kuda.
Kalau kuda tu campakkan aku kat laut pun memang patut.



Muka kontrol kejung.


Gayat siallll.
Kejung aku kat atas tu.
En Wan sengaja je tepuk-tepuk bontot kuda. Pastu gelak-gelak.
Suka-suka lah sangat. Kang kuda tu naik sheh kang dia lari cas watson Nyambek baru tau.

Sesekali berdua-duaan naik kuda bersama-sama berjalan di pasiran pantai ok gak. Asik En Wan je yang dikudakan selama ni. Wakakaka. **Dush!!!!**

Lepas naik kuda, En Wan tarik aku naik jetski pulak.
Ya Allahhhh, kenapalah kau kurniakan idea-idea yang cukup bernas dalam kepala laki aku ni?
Dia dah tau aku tak pandai swim, and aku sangat takut ngan laut, lagiiii dia nak bawak aku kat tengah-tengah tu.




Aku rasa dah cukup laju dah En Wan bawak, sampai lencun-lencun aku kat tengah tu.
Tapi orang jetski tu cakap kitorang la paling slow macam kayuh basikal.
Banyak bunyik la kau.
Aku sempat khatam separuh mukaddam kat tengah laut tadi ko kata slowwww??????

Apa-apa pun aku tetap rasa jetski tu dah laju gila.
Lagi aku menjerit, lagi laju En Wan speed. Macam ada sensor pulak. Sekali aku pekik, sekali dia press. Dua kali aku pekik, dua kali dia press. Agaknya kalau aku pekik ketiga kali, konfem aku ngan dia dah ada 6 kaki bawah tanah.

Aku rasa En Wan ni memang ada plan nak bunuh aku kot. Saje je dia langgar ombak biar jetski tu melambung-lambung. Aku ni terlambung-lambung kat blakang. Seb baik aku pakai swimming suit one piece. Kalau aku pakai 2-piece, konfem tetek aku dah terkeluar.



Ni je la sukan yang tak kesampaian.


Cita-cita kemain besar lagi, nak paragliding.
Tapi takut-takut berani.Banyak takut dari berani.
Orang lain yang naik, aku yang terkencing kat bawah.
Takpelah, tima kasih. Bayar seribu pun aku tak naik.

Penat kat beach, masuk pool pulak.
Padahal tak tau berenang, tapi gatal nak masuk pool.
Orang lain masuk kolam, berenang.
Aku masuk kolam, berdiri sampai ke sudah.
Harap kat tangan je lebih-lebih kuak.
En Wan nak ajar aku berenang, 'Meh abang pegang'.

Kem salammmmm.

Aku tak percaya ngan dia ni.
Mula-mual dia pegang and tarik aku kat level 2.0m. Pastu mesti dia lepaskan aku.
Apa ingat aku akan terpedaya lagi??





 Diana tak suka bergaya seksi.
(caption standard majalah Mangga kalau gamba-gamba macam ni)



Lama jugak la aku ngan En wan berendam.
Redza ngan bibik kat kolam lain.
Takpe, anak aku kalau dah nampak pool memang dia tak carik makbapak dia punya.
So, aku leh beromen ngan En Wan lam kolam tanpa gangguan. 




Jacuzzi pool


Bibik : Kak, (dia lagi tua tapi tetap panggil aku kakak. Sukati kau lah) tak sakit ke badan mandi dalam kolam tu? (sambil tunjuk kat jacuzzi pool).

Aku : Takde lah. Kenapa nak sakit?

Bibik : Itu airnya mendidih.


Alahaiiiii.
Tak sampai hati aku nak gelak.
Terus aku ajak dia masuk sekali.




Baju pink tu bukan aku punya. This time En Wan warned 'No more pink plissss'


Malam, gi ronda town Feringgi carik makan.
Ternampak pulak Hard Rock Penang, haruslah masuk kan.
Dan wajiblah beli merchandise kat dalam tu.
Lantas makan pekena seafood kat gerai2 depan Hard Rock. 





Tempat yang aku nak masuk tapi mimpi je la jawabnya nak makan kat sini kalau gi ngan En Wan. Dia ni memang pantang makanan western yang melampau. steak-steak ni semua memang payah la nak masuk kat tekak dia. Mungkin owner The Ship ni kena create steak baru 'Ribeye steak with budu sause served with fish sausage and paung bun'. Mungkin masa tu aku boleh masuk The Ship hari-hari.

Nite life kat Feringgi not bad.
Aura-aura Phuket sikit.
Tapi choices of barang limited.
Try gak cari painting and barang-barang perhiasan rumah tapi takde yang best sangat.
But, kalau barang tak ori like beg, glasses, baju memang banyak. And cantik-cantik.
En Wan dah berkenan ngan satu Picasso plate. Dua malam pi tempat yang sama. Pegang-pegang letak. Pegang-pegang letak. Last-last letak forever. RM180/plate. Takkan nak beli satu je kan? Kurang-kurang empat, baru la cantik sikit nak gantung kat dinding. Last-last beli magnet je.

Memang lah kalau berjalan ngan En Wan, tak kira la ko pi overseas or dalam negara je, tetap penat. Dia akan explore setiap tempat tu dengan bersungguh-sungguh macam dah taknak datang lagi lepas ni. Sampai melecet tapak kaki aku berjalan. Yang si selipar ni taknak pulak putus. Kalau putus dah selamat dah aku beli selipar baru.

Malam tu aku tido memang sangatlah nyenyak.
Dan berapa malam aku tak cukup tido. Kalau tido pun kejap-kejap terjaga. Stress gila lately pikir pasal keje. But malam tu Tuhan kembalikan nikmat tido kat aku. Bangun pagi gila segar terbuntang bijik mata.



Bersama anak bujang gua.



Buat kesekian kalinya, jangan terpedaya dengan plate yang kecik. Itu adelah pinggan roti canai (dok hotel pun nak carik roti canai lagi). Before plate kecik ni, di depan aku adelah 3 plate yang besar. Nasik lemak, char kuey teow and scramble egg with toast and sosej 3 bijik.

Ambik kau. Alhamdulillah.... 





Ini adelah tugas wajib seorang bapa. Kerana ibu-ibu sudah penat melayan bapa di malam hari, jadi di waktu siang, bapa-bapalah yang kena mengambik tugas melayan anak pulak. Sebab ibu-ibu mau mentekedarah sepuas hati bagi mengumpul tenaga untuk next round. 



 
Padahal bawak laptop tapi tinggalkan dalam keta.
Still lagi nak bekerja. Tapi sempat check email je. Sebab kalau aku dah start bukak FB jawabnya program aku pagi tu tinggal program je. 




Program pagi Sabtu adelah ke Bukit Bendera.
Padahal aku paling pantang pegi tempat sesak-sesak macam ni.
Tapi sebab Redza ngan bibik belum pernah sampai, so layan je la.
Ni pun En Wan yang beria-ia. Kalau ikut programa aku, membuta je kat bilik sampai petang.

Tapiiiiiiiiiiii..misi gagal
Punya lah panjang aku beratur, elok je tinggal laki 5 orang kat depan, kaunter tu bagitau, next train will be at 1.30pm. Masa tu baru kul 10.15am. Wadepakkk.

Terus balik hotel.

Second program, masukkan Redza kat Adventure Kids Club.
Bayar RM21 untuk 2 jam. Kalau outsiders, kena bayar RM30.




Masa ni Redza takut-takut lagi. Dia ni penyegan tak bertempat. Mula-mula ye ye nak masuk. Bila dah masuk taknak main. Alasan 'Ramai sangat la kawan dalam ni'.
Padah dah biasa dok sorang. Ramai kawan sikit je dah gabra. 




Ni gamba cilok kat website Shangri-La sebab adults takleh masuk kat dalam ni, jadi takde gamba sangat. Tapi memang best la club ni. Letak 2 jam pun tak cukup. Pakkal je aku takleh join sekali. Kalau tak, mesti aku dok ulang-ulang naik slide ni sampai terkoyak kulit bontot. 



Tapi kejap je. Bila enjin dia dah panas, boleh jadik bergaduh kat dalam tu ko nak suruh dia keluar.



Siapa pernah tengok cerita ni?


























Tadaaaaaa!!!!!!!
Kereta dorang parking betul-betul sebelah kereta aku.
Itu pun aku tak perasan lagi sampailah En Wan tunjuk.

Omigoddddddddddddd!!!!

Terus aku call Ima kat rumah.
Seb baik masa tu dia tengah bersantai.
Kalau tengah dokong anka dia konfem anak dia terlepas.

Terus aku redah beach carik dorang.




Tang pakai pario yang mahal tu.



nTV7 tengah interview.





 Yesserrrrrrrrrrrrrrrr!!!






Kata minat kan, haruslah standby match dorang.
Walaupun panas, aku tahan jugak.
Migrain belakang kira.

Not bad la dorang main.
Ye la, dengan keadaan dorang yang auw auw macam tu, sekali dia smash, kauuuuu.
Yang tak boleh blah everytime dorang dapat point mesti main sep-sep kat situ pekik 'Auwwwwwww!!'.
Tapi takde orang ajuk-ajuk dorang la.
Maybe sebab orang dah tau kehebatan dorang kan, so macam tak boleh nak ejek-ejek la. Kang dia smash bola tu kat buah kau baru tau nikmat dunia.



Inilah baju Hard Rock baru saya.


Lunch, aku kuar ngan En Wan je.
Terasa nak makan nasik putih.
Ada satu restoran ni aku lupa nama dia apa.
Tengah aku nak tengok lauk-lauk, anak tuan punya restoran tu tegur 'Akak ni ke green apple?'

Adehhh.

Dah sampai Feringgi rupanya blog aku.
Serta-merta aku turunkan sikit skirt aku.
Tapi gagal.
Dah gatal pakai mini skirt tu sape suruh kan.
Takyah la nak cas gadis ayu.

Tima kasih ye dik baca blog akak kau ni.



Malam, aku bawak En Wan makan kat Gurney Drive.
Sampai 2 pinggan char kuey teow dia belasah.
Aku order laksa and pasembur.
Aku haruslah makan lebih dari orang lain.
Tengok lah badan kan.

But apesal macam tak banyak choice makanan dia eh?
Ke sepatutnya aku pegi tempat lain? 


Redza yang snap. Ok laaa.



I love this pic walaupun gamba blur. One day bila dia dah besar, nak ke dia lepak-lepak macam ni ngan papa dia?


Round-round kejap lam mall tu, then balik hotel sebab Redza dah tak sabar nak bukak habuan dia - Ben 10.

Sampai kat hotel, En Wan suruh aku naik dulu bawak Redza. Dia nak cari parking.
Aku baru je nak salin baju, dia call 'Jom jalan-jalan?'

Turunnnn balik.

Rupanya nak ajak aku ronda-ronda lagi carik barang sambil naik beca.
Wahhh, lama gila gua tak naik beca. Nak pulak beca ada lampu kelip-kelip. Ada loceng, ada bunga-bunga. Dah macam pokok krismas beca tu.





Lagi sekali pi belek Picasso.
Pun tak beli-beli jugak.
Elok lah tak beli.
Aku pun tak tau nak letak kat mana nanti.

Bestnya naik beca malam-malam.
Kalau kitorang ringan, aku dah suruh pakcik tu kayuh sampai Putra Heights.






Breakfast, semalam.















Mak long and the newborn.
Masih boleh pegang baby dengan selamba. Tidak kekok sama sekali...hehe.