2019-08-27

Tanda-tanda dia tak lagi interested dengan kita


Dulu masa belum kawen, there is a point dalam tempoh relationship tu aku tertanya-tanya "Dia ni masih sayang aku ke tak? Dia ni betul sayang aku ke tak?"

Kalau bf and gf duduk setempat maybe persoalan ni jarang terlintas dalam kepala.
Macam aku and En Wan dulu terpisah negara.
Kenal pun masa dia di luar negara, bercinta pun dia di luar negara.
Nasib baik dah kawen ni dia reti duduk setempat.
Tak berjauhan lansung pulak tu, sampai keje pun seopis.
Ofis pun muka dia, balik rumah pun muka dia.

Selalunya dalam mana-mana long distance relationship, soalan ni senang sangat nak timbul especially bila kelakuan pihak lagi satu dah tak sama macam dulu.
Kalau aku, aku akan tanya direct.
Aku memang sejenis tak suka serabutkan kepala.
Aku lebih suka tanya terus, biar ada clear cut.

No, I don't mind if his answer hurts me, at least he is being honest.
Lagi senang nak atur hidup kita awal-awal.
Ni ada jenis yang tak sampai hati nak bagitau the truth.
Dia simpan je kita bertahun-tahun padahal dia dah takde hati kat kita, tapi tak berani nak voice out.
Maybe dia takut kita kecil hati, atau dia takut kita marah, atau dia kesian, atau dia tak mau orang nampak itu adalah salah dia.

Actually kalau kita tak tanya pun kita boleh tahu samada dia masih mahukan kita atau tak.
Kita pun bukannya bodoh sangat sampai tak boleh baca perubahan kelakuan dia.
Cuma tak bestlah bila kita hanya bersangka-sangka, kalau boleh biar ada confirmation terus.
It's like "Kau nak aku lagi ke tak? Kalau nak, cakap. Kalau taknak, aku blah".
Haa gitu.

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, ini aku nak share sikit point-point untuk kenal pasti samada dia masih mahukan kita atau tak.
Don't worry. There is no such thing as reading someone else's mind.
Ini cuma sekadar berkongsi signs you can recognize.


1. Kebiasaan bermesej dah berubah.

Ini paling senang nak detect.

Adat orang kalau tengah dilamun cinta, nak pulak long distance, henfon tu dah jadi sebahagian dari tubuh badan.
Mana pegi angkut henfon.
Tido letak henfon bawah bantal.
Tak dapat call, dapat sms/whatsapp pun jadiklah.
Bangun tido hantar mesej.
Nak pi keje hantar mesej.
Tengah bawak kereta hantar mesej.
Tengah makan hantar mesej.
Sometimes tengah meeting pun sempat lagi relay mesej.
Dah takde mesej orang lain dah kat henfon tu, memang mesej dari dia je dari celik mata sampai nak tido.
Jadi, kalau one day this trend berubah, that is the first sign.

Lagi satu, kalau dulu kau hantar mesej pukul 10am, dia akan reply at 10.02am.
Kau hantar mesej 12 midnight, reply dia masuk at 12.03am.
Bila satu ketika nanti dia tak lagi balas mesej kau dengan cepat, that is also a sign.

"Maybe dia tengah busy that's why lambat reply mesej"

Halahh...jangan nak husnuzon sangat.
Itu kan partner kau, takkan kau tak kenal-kenal lagi dia macamana.
Kalaupun busy bagai dikata, somehow dia akan find ways to inform us in advance atau somehow let us know that dia tak boleh contact us dalam waktu-waktu tertentu.

Ini tak.
Bangsa yang besok baru dia reply mesej kita.
Padahal dia dah nampak dah mesej kita tu.
Lansung takde rasa nak reply kejap bagitau dia macamana.
Yang kita ni macam orang bangang dok tunggu dia reply.


2. Kau bukan lagi his/her priority

Bila kita tanya kenapa lambat reply mesej?
Kenapa dah payah nak dapat mesej dari dia sekarang?

Dia akan jawab "Busy sikit sekarang"

T.A.H.I.

Come on lah...mat rempit sangat alasan tu.

We can always rely on people's actions, especially when it's about priorities.
Takde istilah BUSY, yang ada cumalah LESS PRIORITY.

Dulu masa asmara tengah membara, segalanya sempat dibuat.
Tak sempat call, dia email.
Tak sempat email, dia sms/whatsapp.
Now, kenapa semuanya tak sempat?

Look.

Kita semua ada banyak benda on our plate.
Kita sama-sama ada kerja nak buat, ada keluarga, ada personal goals, ada deadlines to meet, ada appointments to catch.
Tapi lumrah bila tengah bercinta, we treat the person we love as our priority.
Bukan nak kata kita sanggup tinggalkan segalanya demi dia [tapi ada gak yang buat gini], tapi bila ada dia, kita tak tergamak nak biarkan dia tercangak-bangak memikirkan pasal kita.
Sibuk macamana pun, kita akan terdorong untuk update dia apa yang kita buat now.
Pendek kata, dia jadi orang yang sangat penting, you prioritize spending time with him/her.

Bukan susah sangat nak faham.
Benda simple je ni.
If he/she loves you, he/she will make the time to be with you, even if it is hard.
Kalau dia dah mula missing in action, dah kurang call/whatsapp, whatsapp pun dibalas lambat berjam-jam, ok ini adalah sign.
Yang sebenarnya bukan tak sempat dan bukannya busy sangat, tapi kau bukan lagi his/her priority.
"BUSY" tu hanya his/her excuse to avoid being with you.


3. Ada orang lain yang dah ambil tempat kita

Dulu, masa tengah hangat bercinta, dia selalu ada masa untuk kita.
Padahal kita sama-sama tahu masing-masing ada benda lain nak dibuat tapi still dia make time untuk selalu contact kita.
Walaupun jauh, kita tak rasa jauh sebab dia sentiasa ada.

So one day bila semua tu dah tak berlaku lagi, benda pertama yang wajib lalu kat otak kita bukanlah "Agaknya dia banyak kerja kot", tetapi "Mesti dia ada orang lain now".

Aku bukan ajar berfikiran negative, tapi itu adalah hakikatnya.

Mana ada orang kerja 24 non-stop?
Mana ada orang busy sampai macam tu sekali?

Bukan nak suruh dia hadap kita all the time.
But come to think of it, macamlah tak biasa belek phone dalam toilet.
Tak boleh ke call kejap waktu ni?

Macamlah tak biasa hantar mesej time drive [atau time stop kat traffic light].
Tak boleh send mesej kejap time ni?

Yang sebenarnya, hati dia dah bukan kat kita lagi.
Boleh jadi dia ada teman baru.
Now hati dia dah ada pada yang lain.
Tengah sibuk melayan orang baru lah tu.

Aku kalau berkenan kat satu barang, selagi tak dapat selagi tu aku kelebet and google sana sini untuk tengok.
Tak dapat beli, dapat tengok pun jadilah konsepnya.
Gitulah jugaknya dengan cinta.
Kalau hati kita ada pada someone, kita sentiasa cari jalan untuk ambil tahu pasal dia.
Tapi kalau hati dah takde, haaaa....inilah antara sign dia.


4. Dia tak berminat untuk mengingat kenangan bersama kita.

Lalu depan mall kita tanya "Ingat lagi tak bangunan ni?" 
Konon-konon nak hint that is where you guys first met, alih alih dia senyum je.
Takde lansung excited nak reminisce kenangan tu.

Oklah, maybe dia memang lupa.

What if kita tunjuk pula screenshot mesej/email yang pernah kita terima dari dia.
Mesej yang ada bunga-bunga cinta yang pernah dia hantar dulu, dengan harapan it will a ring a bell.
Malangnya dia reply "Dah la...kita cerita pasal lain".

Sometimes dia respon dengan senyuman je.
Tu pun senyuman sekadar nak menjaga hati.
Lansung takde respond pada soalan kita.

Itu adalah sign, ya. Sign!


5. He/She did not return your praise

Orang yang sedang bercinta sangat pemurah dengan pujian.
Mereka saling memuji di antara satu sama lain.

"You look great!"
"You look good"
"I suka rambut you today, on point"
"Nice shoes"

Ini statement-statement biasa orang bercinta - saling memuji.
Bukan satu benda yang pelik.
Ia hanya jadi pelik bila dia lansung tak puji kita.
Membalas pujian kita pun tak.
Dia senyum je.

Helo..?
Pujian bukan cheap talk tau.
Bukan sekadar kata-kata manis.
It is an important element to ensure strong relationship.
Kita rasa dihargai, kira rasa di-cared for like when he/she tells you that your clothes look beautiful.
Tapi kalau dia dah tak lagi memuji kita, itu adalah petanda bahawa dia dah mula malas ambil tahu.
Lantaklah kita cantik ke, selekeh ke, dia don't care anymore.


6. Tak berminat untuk bersama dengan orang-orang yang rapat dengan kita

Magiknya percintaan, masing-masing akan cuba blend dengan kawan-kawan atau keluarga pasangan.
Tak serasi pun somehow masing-masing akan cuba untuk keserasian.
Masing-masing tertarik untuk spend time bersama-sama ahli keluarga dan kawan-kawan pasangan.

Bila kita diperkenalkan pada kawan-kawan atau ahli keluarganya, kita jadi seronok because we know he/she is serious with this relation.
Dan sebagai orang baru selalunya masing-masing cuba sehabis baik untuk sesuaikan diri dalam kelompok pasangan and look forward to meet again.

Tapi jika one day dia dah mula beri alasan every time diajak lepak bersama, kerap cancel appointment bila tiba harinya dan dah tak berkunjung lagi rumah keluarga kita [dulu bukan main lagi singgah bertanya khabar!], jaga-jaga....lambat-laun dengan kita-kita sekali dia akan jauhkan diri.


7. Tak jumpa pun tak apa

Sepanjang aku bercinta dengan En Wan, dia hanya balik Malaysia 3 kali saja.
Setiap kali dia balik macamana payah pun mesti kita nak jumpa.
Dah lah masa tu aku di Sarawak, maknanya aku pun kena balik KL kalau nak jumpa dia.

Tahun 1999 aku tarik diri wakil Malaysia ke Fukuoka.
Tahun tu under program Kementerian Pendidikan, aku kena pi Fukuoka untuk bagi speech kat Fukuoka Tower.
Dah siap dapat tajuk, aku dah prepare apa nak cakap.
Dah terbayang-bayang aku melontarkan vokal "World Peace!" kat depan-depan ribuan manusia.
Sekali En Wan bagitau dia nak balik bercuti.
Dek kerana cinta punya pasal, aku hantar surat ke KPM untuk tarik diri.
Punyalah nak jumpa pakwe sampai sanggup sia-siakan peluang emas tu.

Tu aku nak tunjuk betapa orang kalau bercinta, mesti nak berjumpa kalau ada peluang.
Tak dapat jumpa lama, jumpa kejap pun jadiklah.
Kawan aku dulu cakap, time balik cuti semester, dapat pandang bumbung rumah awek pun jadiklah.
Betapa panahan cinta itu sangat luar biasa!

So bila kita dan dia berjauhan, ada peluang nak berjumpa tapi dia mengelak, hmm...sesuatu sangat di situ, ya.

Cubalah sesekali test dia.
Esok nak jumpa, malam tu kau tanya "You ok ke nak jumpa esok ni? Kalau you busy, it's ok."

Bila dia pun macam "Oklah kita jumpa next time..", maka sah!
You are ni longer in his/her heart.


8. Dah tak ada yang nak diceritakan

Dulu, semua benda nak cerita.
Takde yang kita tak tahu tentang dia.
Apa saja yang dia buat, dia dapat, semua dia update kat kita.
Sampailah nanti satu ketika, kita dah macam tak kenal dia lagi.
Apa yang dia buat, kita tak tahu. Kita dapat tahu dari orang lain.
Segala berita tentang dia, kita tahu kerana kita yang mencari tahu, bukannya datang dari mulut dia.

Bila kita tanya "Kenapa I tak tau pun you sambung blaja?"

Dia jawab "Takde yang special pun. Baru sambung blaja je.."

Kalau you guys dah sampai tahap macam ni, bolehlah bersedia untuk ditinggalkan atau meninggalkan.
This is the biggest sign.
Bila dua orang bercinta tetapi takde apa yang nak dikongsikan lagi, this is the biggest sign that you are on the edge of your relationship.

Apa-apa pun, kalau kita rasa kita dah buat yang terbaik, tak payah sedih atas apa yang berlaku.
Tak payah sedih kalau dia pilih untuk tinggalkan kita.
Walaupun kita terluka, percayalah, ada waktunya nanti dia akan ingat balik semua ni.



p/s : Ada free gift untuk setiap pembelian GreenAard. Whatsapp sini.