2019-03-30

Pay Day Clearance Sale



Offer ni dah start semalam, tapi aku lupa nak inform kat blog.
Jadi, yang follow page Fleur by Mrs Him je yang dah start shopping semalam.
Untuk blog readers aku extend 1 hari lagi, hingga Senin, 1 April.



















1. Nama
2. Email
3. Shawl Abalone, RM28
Cinnamon, RM28
Denim Blue, RM28 [1 piece left]
Levender Purple, RM28
Rose, RM28
Rich Cream, RM28
Peanut Shell, RM28
Orange Sandstorm, RM28
Light Jade, RM28
Oil, RM28
Teal, RM28
Summer, RM35
Winter, RM35
Autumn, RM35
Spring, RM35
4. Address
5. No Tel
6. Note

2019-03-29

Hadapi sindiran


Antara perkara yang kita wajib lalui bila berhijrah adalah SINDIRAN.

Semalam aku terima satu email dari blog reader.
Ceritanya dia ni baru je bertudung Januari lepas tapi selalu disindir oleh bukan saja kawan-kawan tapi mak dia sendiri sebab mak dia belum bertudung.
Memandangkan dia ni single lagi, jadi tekanan tu terasa lebih sebab masih duduk dengan keluarga.
Aku rasa aku boleh faham apa yang dia rasa.

Bila kita sorang-sorang berjuang mempertahankan apa yang kita percaya tanpa ada support dari orang sekeliling especially dari orang-orang penting dalam hidup kita, dah tentu cabarannya extra sikit.
Apetah lagi situasi dia sekarang, hari-hari mengadap orang yang sama.
Kat luar berdepan dengan kawan-kawan yang sama yang dok perli-perli.
Kat rumah pulak kena hadap mak yang menyindir.
Bukan calang-calang orang yang mampu bertahan dengan torture macam ni.
Besar ujian budak ni.
Dan sepanjang dia bertahan dan bersabar, maka pahalanya juga besar, insyallah.

Selalunya dalam keadaan yang biasa, kita semua tend to follow the majoriti.
Kalau semua orang buat A, maknanya A betul.
Kalau sikit orang follow B, maknanya B salah.
Tetapi dalam urusan takwa, pilihan majoriti tak selalunya selari dengan tuntutan agama.

Contohnya masalah blog reader ni.
Dari segi majoriti, dia kalah dah sebab dalam persekitaran dia, dia sorang je yang percaya berhijrah ke penampilan yang lebih baik adalah sesuatu yang betul.
Tapi dari segi takwa, dia menang.

But since dia bergerak sorang-sorang di laluan yang tak ada orang nak pegi, silap-silap dia akan patah balik dan ikut laluan majoriti.
Itulah sebabnya bila kita berhijrah, kalau boleh jangan duduk di persekitaran yang tak membantu hijrah tu.
Kalau persekitaran tak membantu, kita yang kena keluar cari persekitaran yang lain.
Untuk blog reader ni, tak perlulah dia keluar dari rumah, cukup sekadar dia cari kelas-kelas agama atau join mana-mana taklim untuk tambah ilmu.
Kalau sokongan kawan-kawan and keluarga takde, tapi ilmu ada, insyallah dengan ilmu tu akan buatkan kita kuat.

Setan datang dalam macam-macam bentuk.
Ada yang datang dalam bentuk orang yang direct kutuk kita.
Ada juga setan yang muncul dalam bentuk orang yang instead of mengutuk, dia menyindir.

Contoh, bila kita cuba labuhkan sikit tudung kita, dia cakap "Adududu....dah semakin solehah. Bukan hanya cover dada, dengan perut-perut pun dia cover".

"Masyallah....labuh dah tudung dia. Bakal dapat suami ustaz ni!"

"Alalalala.....panjangnya tudung, nak lawan Batman eh?"

"Dulu nama dia Diana Ishak. Sekarang dah tukar, Solehah binti Ishak"

Nampak macam klaka, kan?
Tak kelaka pun sebenarnya.

Yang pernah disindir kerana hijrah, jangan risau.
Ketika kita berada dalam level-level begini [disindir], itu maknanya Allah sedang menaikkan iman kita ke level yang lebih tinggi.
Ketika kita merasa kata-kata orang dah mula menyakitkan hati, itu sebenarnya pengakuan Allah yang disampaikan melalui lisan orang tersebut bahawa keimanan kita sedang diangkat.

Blog reader aku ni kata mak dia cakap "Kenapa pakai macam ni? Tutup aurat yang biasa-biasa je sudahlah..."

Boleh jadi mak dia segan dengan diri sendiri sebab dia belum kuat lagi nak buat perubahan macam anak dia.
At least kalau anak dia pakai scarf biasa kuranglah sikit segan dia agaknya.
Tapi tak apa, cubalah jawab baik-baik "Ma, yang iman biasa dah ramai, saya nak cuba buat keimanan dan ketaatan yang luar biasa. Mudah-mudahan dengan iman ini saya lebih mendoakan mama. Semoga apa yang saya amalkan ini, pahalanya ada untuk mama".

Gunakan psikologi dan bahasa yang baik, insyallah, dia akan faham.
Sila-silap, dia turut hijrah sama.
That's why penting untuk kita beradab terlebih dulu dalam menyampaikan ilmu, sebelum kita menyampaikan ilmu.
Adab akan always menang berbanding fakta ilmu tu sendiri.
Dalam satu cerita Tamil yang aku tengok, dia kata "kalau nak bunuh someone, bunuhlah dia dengan kebaikan", which is true.
Begitu juga dengan balasan komen.
Jawapan terbaik adalah jawapan yang ada moral.
Jawapan pedas tapi takde moral takkan ke mana. Kau syok sendiri je lah jawabnya.

Hadapi sindiran dengan elegan.
Tak perlu always balas sindiran, kalau diam je pun tak apa.
Siapa pun yang menyindir kita ketika kita berhijrah, they must have the pupose untuk pancing emosi kita.
They want you to react with anger.
Kalau rasa perlu balas, balas dengan tenang
Sometimes orang yang menyindir ni kurang ilmu atau tak clear apa yang kita sampaikan atau tak faham letak duduk suatu perkara.
If you feel the need to explain, do it with style.




Nah teaser new book : Walk on Wings, Tread in Air Vol 2.
Insyallah very soon.
Mengandungi 100 post yang tak pernah release di FB, IG atau blog.


2019-03-27

Jangan lupa kejar rezeki



Ada duit, belum tentu ada rezeki nak guna duit tu.

Dah beli kasut, belum tentu ada rezeki nak pakai.

Dua satu bangunan yang sama, belum tentu ada rezeki nak berjumpa.

Dah bertunang tapi belum tentu ada rezeki dapat hidup bersama.

Gitulah konsep rezeki.
Yang ada dalam genggaman kadang-kadang terlepas.
Yang tak pernah terbayangkan eh tau-tau dapat.

Ada cash dalam tangan, ada duit dalam bank, belum tentu duit tu kita dapat guna.
Macam blog reader ni cakap, dia kata aku ada REZEKI nak pi bercuti cuma aku takut naik flight.
Sebenarnya aku yang takde rezeki pi bercuti jauh-jauh.
Aku cuma ada duit tapi takde rezeki nak berjalan jauh sebab aku takut naik flight.

Semalam aku terbaca satu status bertulis "Simpan-simpan duit, tiba-tiba adik nak kawen mak mintak sponsor. Simpan-simpan duit, tiba-tiba adik nak sambung blaja. Simpan-simpan duit, sekali mak mintak bayarkan loan rumah tertunggak".

Kat situ dah nampak ternyata duit yang kita cari belum tentu kita boleh guna.
Apa yang memang jadi hak kita seperti jawatan dan kedudukan pasti Allah bagi tapi apa yang bukan hak kita, walau dah berselisih bahu orang kata, tetap takkan jadi hak kita.

But the thing is sekarang ni kat mana-mana pun perlukan duit, jadi tak hairanlah kalau manusia mentafsirkan duit sebagai rezeki.

Gaji yang besar - rezeki.
Banyak order - rezeki.
Banyak job - job.
Banyak simpanan kat bank - rezeki.
Banyak aset - rezeki.
Banyak kereta - rezeki.

Pendek kata, anything yang menggunakan duit atau melibatkan transaksi duit, adalah rezeki.
Apa-apa yang tak melibatkan duit, bukan rezeki namanya.

Dulu aku pun gitu juga, mentafsirkan rezeki sebagai duit.
Ada duit, boleh shopping.
Ada duit, boleh makan best-best.
Ada duit boleh gi bercuti.
Ada duit boleh beli rumah.
Ada duit boleh tukar kereta.

Agaknya disebabkan aku anggap rezeki adalah duit, that's why dulu aku kepenatan cari duit.
Bagi aku, nak dapat semua benda perlu duit.
Tapi slowly aku nampak lepas satu, satu, berlaku depan mata orang lain dapat sesuatu tanpa perlu keluar duit.

Contoh, bibik-bibik aku.
Gaji dorang RM700-800 je sebulan.
Kalau nak ikutkan gaji banyak tu, apa ajelah yang dapat beli kat Malaysia ni?
Silap-silap makan pun kena catu.

Tapi, betapa besarnya rezeki yang Allah bagi kat dorang, kerja di sini dapat bilik sendiri, tak payah bayar sewa, boleh tengok TV tak perlu bayar elektrik, bilik air siap ada heater, aircond nak pasang silakan.
Kalau aku pi berjalan aku bawak sekali.
Aku stay hotel, dorang pun stay hotel yang sama.
Dapat berjalan and makan sana sini tanpa keluar duit.
Every week, makan ayam, sotong, udang, ikan, daging, sampai bibik aku kata dia penat makan sejak duduk dengan aku.
Kalau aku order pizza, MekDi, KFC, dorang join sekali makan.
Pad, deodoran, berus gigi, shampoo, sabun, bedak - semua aku supply.
Baju raya pun aku belikan.
Duit gaji boleh simpan terus kalau nak.

Just imagine betapa besar rezeki dorang.
Gaji memang tak besar, tapi rezeki dorang besar.
Allah dah tetapkan itu rezeki dorang.

Tapi tak semua bibik dapat rezeki macam tu.
Karang semua orang nak jadi bibiklah pulak 😂.
Bukan nak kata dorang keje dengan aku beruntung, tak, bukan gitu.
Cuma tak dinafikan ada je bibik-bibik yang nasibnya kurang baik di sini.
Jadi, soal duit dan rezeki tu berbeza.

Of course kita tak boleh buta-buta tadah tangan mintak Alah turunkan rezeki selepuk depan mata.
Usaha kena buat juga, cuma, sikit atau banyak duit yang kita dapat tak menentukan berapa besar rezeki.
Kerana duit adalah dari manusia tapi rezeki dari Allah.

Bibik-bibik aku, gaji tak sampai RM1K pun, tapi alhamdulillah aku nampak besarnya rezeki dorang.
Aku anggap itu rezeki yang barokah sebab niat dorang datang bekerja jauh-jauh ni ikhlas.

Lagi satu contoh tentang rezeki adalah blog reader aku yang share-share cerita kat aku.
Aku syukur sangat setiap kali dorang share cerita mesti dorang doakan aku sekali.

"Semoga Kak Di murah rezeki"

"Semoga Kak Di istiqomah"

"Saya doakan Kak Di terus sihat dan dapat menulis..."

Allahuakbar...rezeki aku pada doa yang banyak.
Bayangkan kat luar sana ada orang yang kena keluar duit upah untuk didoakan.
Tapi alhamdulillah, ada yang sudi doakan aku walaupun tak pernah jumpa muka.
Dorang kenal aku, aku tak kenal dorang.
Tapi baiknya hati sudi nak doakan aku.

Kadang tu aku reply "Doakan akak istiqomah".

Nanti ada yang reply "Sepatutnya saya yang minta akak doakan saya, tapi akak pula yang mintak didoakan".

Ada reason kenapa aku mintak didoakan.
Kerana korang sedang dalam bermasalah.
Ada yang mengadu masalah duit, masalah rumahtangga, masalah sakit, etc.
Dalam keadaan ditimpa musibah macam tu, doa korang lebih laju menembus langit.
That's why aku mintak tolong doakan aku sama.

Kalaulah ada yang tanya apa yang bestnya jadi blogger, maka itulah jawapan aku.
Aku tak buat income dengan blog, jadi nak harap jana duit dari blog memang takde.
Tapi aku syukur Allah berikan aku rezeki blog readers yang sudi doakan aku.
That's the best.
Boleh jadi apa yang aku ada ni 10% je usaha aku, selebihnya doa orang lain.
Mudahan-mudahan 'investment' korang mendoakan aku ni Allah pulangkan dengan faedah yang tinggi kat akhirat esok. Amin.

So to you out there, yang always anggap rezeki adalah duit, maybe kita dah boleh tukar pemahaman kita.

Duit is duit.
Rezeki is rezeki.
Duit tu tak banyak mana.
Tapi rezeki meliputi ruang yang jauh lebih besar.

Jangan hanya kejar duit sampai lupa 'kejar' rezeki.



Ok, pemenang 5 marble cosmetik bag GreenAard ni aku akan anounce di blog insyallah on 31st Mac nanti. Sempat lagi kalau nak cuba nasib. Tak susah, share je VIDEO NI.
Jangan lupa tag GreenAard (FB).

2019-03-26

Kerana nak kenangkan jasa dan budi



PM di FB ni panjang tapi aku screenshot sikit je lah.
Kisahnya, this girl dah kembali ke fitrah, dah jumpa lelaki yang sayangkan dia and nak kawen dengan dia. Alhamdulillah.
Cumanya, memandangkan dia and her "ex" masih kerap bertembung sebab bekerja di tempat yang sama, jadi dia dihantui rasa bersalah sebab tinggalkan her "ex".
Dia berhasrat nak berbaik-baik and continue berkawan atas dasar mengenang budi.

Nasihat aku, DON'T!

Aku setuju juga bila ada yang anggap berkawan dengan ex adalah bukti kita semakin dewasa dan matang.
Ya betul, provided korang berpisah secara baik, dan takde dendam dalam hati dan yang paling penting takde lagi berbekas rasa cinta dalam hati [gitu ayat aku, kalah S Amin Shahab].
Kalau salah sorang masih ada rasa sayang, lebih baik jangan rapat-rapat.
Sometimes kita kembali kepada ex bukan kerana cinta tapi kerana budi.
Banyak sangat kenangan kita dengan dia buatkan kita rasa terhutang budi.
Aku pernah lalui benda ni dah sebab tu aku tau.

Masa aku decided untuk terima En Wan sebagai boifren [masa ni belum bertunang lagi], aku dan ex masih belajar di tempat yang sama.
Hari-hari jumpa.
Masa tu pulak dah final year, kitorang semua dah duduk luar kampus.
Nak pi kampus kena naik bas, nak makan pun kena menapak jauh, kalau nak makan kat warung-warung luar kolej kena naik motor.

Sebelum break dengan dia, ke mana-mana memang berdua.
Pulak tu Pak Aji kirimkan moto dia untuk ex aku guna [sebab ex aku ada lesen so aku boleh tumpang gi kelas. Ya, bapak aku benarkan anak dia naik moto berdua dengan ex. Jangan kecam bapak aku].
Bila kitorang dah break, dia masih lagi stop depan rumah aku untuk bawak aku gi kelas.
Masa tu hati aku sangat-sangat berat.
Part of diri aku cakap "Tumpang je la, tu kan motor bapak aku".
Another part of me cakap "Kau dah break dengan dia..."

Pulak tu dia bagi ayat power "Saya jemput awak gi class sebab ini amanah. Papa kirim moto ni untuk mudahkan saya bawa awak pi class".

Allahhhh....rasa luluh kejap jantung.
Mulalah hati tu berbolak-balik.
Mulalah hati tu kata "Betul jugak, aku susah nak gerak ke mana-mana dia yang tolong. Wan mana masa aku susah? Elok je duduk overseas, call seminggu pun sekali je, itupun 3 minit. Surat jarang dapat...bla bla bla...."

Haaa...mula dah kan?
Lupa dah aku kena terajang kena hempuk segala, hanya kerana dia offer nak hantar aku pi kelas.

Mujurlah kawan-kawan aku spesis hati kering, nak-nak lagi roommate aku.
Dorang yang banyak ingatkan aku, JANGAN!
Kawan aku si Rozie sampai 'pinjamkan' boifren dia kejap untuk hantar aku ke town sebab aku nak keluarkan duit.
Punyalah tak bagi dah aku terhutang budi apa-apa dengan ex aku.
Merasa aku peluk Ijad atas motor. Kahkahkahkah! [matilanakkk bergaduh laki bini ni karang baca blog aku].

Lepas tu kawan-kawan aku buat plan untuk outing ke town dengan girls saja.
Selama ni kalau outing semua pakat berdua dengan boifren.
Lepas aku kembali "single", sesekali dorang buat plan keluar ramai-ramai tinggalkan pakwe masing-masing sebab taknak aku keluar dengan ex aku.
Dan sejak aku break, seingat aku lah, kalau weekend, mesti ada sorang yang stay kat rumah temankan aku sebab dorang takut ex aku tetiba datang dan aku cair kembali.

Bak kata roommate aku masa dia brainwash aku dulu "Setakat nak kenang budi, apa dia sorang je ke yang berbudi sepanjang korang couple? Abis kau tak pernah berbudi? Kalau dia kenang budi kau dia tak hentak kau lah".

Which is, betul juga.
Bukan kita nak lupakan terus budi baik dia tapi kalau kita yakin si dia masih mengharap kita kembali, buat apalah nak torture perasaan dia lagi?
Nanti kita jatuh kesian, then simpati.
Hubungan yang berasaskan simpati tak akan kekal, percayalah.
Kerana yang satu berkorban perasaan, yang satu lagi happy sebab cinta dibalas.

Berbeza kalau korang berpisah cara baik, masing-masing clear cut tentang situasi masing-masing, dah tak ada rasa sekelumit cinta dalam hati, ok takpelah kalau nak berbaik.
Dalam situasi yang macam ni, berbaik dengan ex ada banyak sisi positif sebab dia dah kenal kita, pernah rapat dengan kita dan mungkin dah faham sangat kita ni macamana.
Dia boleh jadi tempat kita share stories, dia boleh jadi BFF [kalau nak lah..].

Actually kalau taknak berbaik dengan ex pun takpe, cukup sekadar tak bergaduh.
Salah satu tanda kita dah matang adalah bila kita boleh berada di satu tempat yang sama dengan our ex tanpa ada rasa sakit hati.
Itu je pun dah cukup membuktikan kita semakin dewasa, tak perlu berbaik-baik as if tak ada apa-apa pernah berlaku between you two.

Pada yang senasib dengan this blog reader yang dah ada new boifren tapi masih nak berbaik-baik dengan ex atas dasar mengenang jasa, fikirlah baik-baik.
Kalau ex tu masih mengharap, better jauhkan diri.
Letakkan diri kita di tempat dia.
Kalaulah kita jadi dia apa kita rasa bila ex sibuk nak berbaik-baik, nak bergurau-gurau macam dulu hakikatnya now hanya kawan biasa?
Tak sedih ke?

Dia dah cukup sedih dah tu bila kita pilih untuk berpisah, so tak payah nak menambahkan beban lagi.
Kalau bekerja di tempat yang sama, cukup sekadar senyum kalau berselisih.
Tak perlu cari alasan untuk ambil tau tentang dia.
Hari jadi dia esok, hantar whatsapp wish, cukup.

Bukan apa, kalau kita sibuk nak menjaga hati sana, nak jaga hati sini, lama-lama kita mula salahkan diri sendiri.
Bila start salahkan diri haaa mulalah nanti hati berbelah bagi.
Lupa habis dah segala punca dan penyebab kau berpatah arang dulu.

Dulu aku pun gitu juga.
Hajat hati tu nak berbaik-baik sebab kita dah kenal lama.
Masing-masing dah kenal keluarga masing-masing.
Kalau boleh taknaklah habis macam tu je.
Tapi lama-lama aku tak nampak kesudahan.
Yang aku ni sah-sah dah ada En Wan.
Yang dia hari-hari bukak cerita sedih yang buatkan aku rasa bersalah sangat.

"Dulu waktu-waktu macam ni kita mesti tengah makan kat....."

"Sekarang kalau pi outing lalu depan kedai aiskrim yang awak suka dulu...."

"Dulu selalu beli blueberry cheese cake untuk awak, tadi masa singgah beli roti kakak cashier tu tanya tak beli cheese cake ke?"

Adududududududu......camana lah aku nak move on gini?
Sekali imbas nampak akulah yang jahat ni.

Inilah punca-punca kenapa kita tak perlu nak berbaik-baik dengan ex.
Cukup-cukuplah tu.
Kita dan dia pernah ada 'masa' bersama dulu, tapi kita sama-sama tak gunakan masa tu dengan baik.
Now bila 'masa' tu dah takde, kenapa baru sekarang nak reminisce macam-macam?
Dah lah, tak payah nak kenang-kenang sangat.
Kita create new memories pulak dengan new partner, insyallah kali ni jauh lebih baik.




Korang yang beli Gloei silakan share gambar SUS Straw Set ni ya.
Share kat FB atau IG.
Tag GreenAard (FB) atau @greenaard_official (IG) and gunakan #strawgreenaard.
I give you RM5 off untuk beli apa-apa produk GreenAard.




2019-03-25

Pengaruh pasangan



Post aku hari ni takde kaitan dengan kes kat Christchurch.
Aku cuma seronok baca ayat last dia.
Aku tak sure apa pe'el En Wan yang sama dengan husband dia, tapi apa yang aku nak cakap kat sini adalah, perangai suami dan isteri boleh mempengaruhi attitude masing-masing.

Dulu pernah viral satu kisah tentang this guy yang buat confession how dia regret sangat abaikan perasaan isteri sebab terlalu ikut cakap adik-beradik.
Masa dorang masih suami isteri, apa je yang isteri dia buat mesti adik-beradik suami ni kondem.
Tak pandai buat air lah, tak pandai masaklah, tak pandai bergaul lah, macam-macam.
Sampai satu tahap tu dia cakap kelakuan isteri dah berubah.
Dari lembah-lembut dah mula bentak-bentak, dah mula tengking and dah mula cakap "Bodoh!".
Bila isteri dah mula jadi kasar, mulalah dia semakin setuju apa yang adik-beradik dia cakat [read : hasut].

Dia ceraikan isteri dia pun kerana hasutan adik-beradik.
Kononnya jangan bagi isteri muka, kena ajar sikit.
Dia ingatkan bila dia ceraikan isteri, isteri akan menyesal and merayu kat dia untuk rujuk, rupanya tak.
Lansung isteri senyapkan diri, even duit nafkah anak yang dia sengaja taknak bayar pun isteri tak pernah tuntut.
Until one day dia terserempak dengan anak dia time slat terawikh, tengah solat sebelah ayah baru (suami baru bekas isteri).
Masa tu dia realize suami baru tu sangat berlembut, sebab itulah isteri dia pun tak berkasar, even anak pun sayangkan ayah yang baru.

Tak sure lah itu cerita betul atau tak, tapi ada teladan yang kita boleh blaja.
Hakikatnya pasangan kita sangat mempengaruhi attitude kita.
Kalau kita adalah someone yang tak bertanggungjawab dan lepas tangan, tak mustahil pasangan kita akan berubah perangai.
Kalau pun dia tak dapat nak lempiaskan marah dia kat rumah di depan kita, dia akan lepaskan rasa tak puas hati tu pada orang lain.

Salah satu contoh kenapa wujudnya orang (perempuan) yang berdengki dengan kelebihan orang lain, boleh jadi sebabnya kerana dia tak dapat apa yang sepatutnya dia dapat dari pasangan dia.
Maybe nafkah tak pernah dapat.
Atau dia menanggung sebahagian besar perbelanjaan keluarga.
Atau segala urusan anak-anak dia yang ambil alih sorang (kepenatan).

Ok itu bab tanggungjawab.

Sikap kedekut, boros, sombong dan keras kepala pun boleh mempengaruhi pasangan.
Kalau sikap buruk ni lebih mendominasi, tak mustahil pasangan yang dulunya pemurah boleh bertukar jadi kedekut, yang dulunya humble boleh menjadi sombong.

Manusia mudah dipengaruhi oleh persekitaran.
Bukan memilih kawan je penting tapi salah pilih pasangan pun boleh buatkan hidup huru-hara.
Psychological situation suami isteri sangat dipengaruhi oleh sikap masing-masing.
Husband's psychological situation boleh dipengaruhi oleh attitude isteri.
Wife's psychological situation pun boleh di-influenced oleh husband's attitude sebab our feelings are interconnected jadi they always have an impact on others.

Aku ada sorang kawan lelaki yang dulunya biasa-biasa je.
Dia selesa dengan kerja yang rutin.
Dia bukan tak mampu buat lebih dari biasa, tapi dia takde motivasi untuk buat lebih sebab apa yang ada dah ok.

So dia akhirnya kawen.
Isteri dia ni kalau tengok sekali pandang macam biasa-biasa je.
Muka lembut, cakap pun lembut tapi motivasi tinggi pompuan ni.
Masa dia kawen dengan pompuan ni, budak ni baru habis blaja dan takde keje.
Tak pernah keje pun walau hanya kerja sementara.
Akhirnya dia sambung blaja......sampailah PhD.
So now dia lagi tinggi level education dari kawan aku ni.
Slowly kawan aku pun sambung blaja.
Dia yang dulunya hanya "biasa-biasa" dan suka kerja yang tak menyusahkan diri dia, akhirnya now jadi someone yang sangat explore banyak benda dengan kerjaya dia.
Aku happy sangat tengok growth dia.

Ada sorang lagi kawan aku, perempuan.
Dia ni boleh tahan pembersih dulu tapi sejak kawen aku tengok dah selekeh melampau.
Tak makeup and selekeh adalah dua benda berbeza ya.
Tak makeup is tak makeup tapi tak semestinya selekeh.
Tapi kalau selekeh dah pastinya form top to toe ada something wrong.
Tapi kitorang tak salahkan dia sebab dari awal dia bercouple dulu pun dah faham sangat perangai boifren dia macamana, jenis yang hmmmm...entahlah.
Jenis yang korek gigi depan-depan meja makan siap kelebet kat jari dulu baru buang. Macam pant!
Malas aku nak cerita panjang, apa yang boleh aku cakap member aku tu pun dah terjebak jadi tak bersih macam laki dia.

Memang genetik have some part in forming attitudes tapi most important in shaping them is the environment especially family environment termasuklah pasangan hidup.
Kalau seseorang berada dalam persekitaran yang kepekaaannya terhadap agama (contoh) kurang, maka the sensitivity also becomes less.
Dia punya spirit defense towards agama tak wujud.
Sebaliknya, kalau seseorang berada dalam persekitaran yang dapat buatkan dia bersemangat membela agama, insyallah, walau sekecil apa pun perkara tu tetap akan jadi perhatiannya.

Setiap orang ada sisi baik and sisi buruk.
Tetapi setiap sisi ini bersifat pasif only if there is no influence and pressure from outside.
Kalau ada 'gangguan' maka sisi buruk akan aktif.
Tapi kalau takde 'gangguan', sisi baik akan aktif.
That's why persekitaran sangat penting lebih-lebih lagi dengan siapa kita spend time with.
Mudah-mudahan kita semua dapat pasangan yang sikap baiknya lebih dominan sehingga boleh melenyapkan sikap buruk kita atau semangat kentalnya lebih dominan sehingga membuatkan sikap senang berputus asa dalam diri kita kalah.

Dalam marriage aku, En Wan lagi dominan.
Kalau tak, takkan lah dengan mudahnya beliau merampas jawatan dalam kompeni. Eh.




Tahniah lah kat korang yang gigih vote kat FB and IG, yang share and like beramai-ramai demi nak dapat harga penjimatan.
Kalau tempoh voting panjang sikit maybe boleh cecah 1000 likes tu.
Apekan daya, tempoh 3 hari je.

Anyways, boleh beli Cleansing Gel and Makeup Remover 125g KAT SINI.
Boleh dapat harga offer tu.

Terima kasih kerana  mengundi. Kita ke Putrajaya! *tetiba*


2019-03-23

Talk



Dear suami-suami yang penyayang,

There are many things more important in a relationship dari sekadar cinta, sayang dan setia.
Untuk berkahwin, yes, kita perlukan cinta.
Tapi untuk mempertahankan marriage, tak boleh hanya sekadar cinta.
Jangan nak hopokritlah kalau cakap cinta saja memadai.
Kalau hari-hari say "I love you" tapi takde top up dengan pengisian lain, lama-lama bosan juga.
Even kalau hari-hari makan sedap dan mewah, lama-lama tekak ni teringin gak nak makan ikan masin with sambal belacan.
Inikan pula kalau hari-hari mencekik ikan masin, dah tentu sesekali teringin nak makan steak.

Kita takyah cerita pasal trust, love and respect lah ya.
Itu memang essential dalam sebuah relation.
Tetapi, selain dari cinta dan setia, I think happiness is really important.
Happiness ni subjektif.
Kita rasa tengok movie tu dah habis seronok dah untuk release tension tapi untuk orang lain mungkin dia perlukan lebih dari sekadar tengok movie.
Benda ni bukan nak selalu, sesekali je.
When you add some happy time once in a while, percayalah, relation tu akan menjadi lebih baik.

Benda-benda macam ni kadang-kadang buatkan pasangan kita terfikir kenapa eh masa bercinta dulu dia nampak sangat memahami?
Kadang-kadang perkara tu baru terlintas dalam kepala, tapi si dia dah boleh baca.
Baru terniat nak makan kek, eh tau-tau malam karang dia hantar kek.

Time bercinta kita semua jadi terlebih caring.

Rajin tanya khabar, rajin call, rajin whatsapp just nak tanya "Dah bangun?". "Dah mandi?", "Dah makan?", "Makan apa?", "Buat apa now?"

Asal hujung minggu je "Jom keluar jalan?", "Jom tengok wayang?", "Jom kita gi makan-makan?"

Bila dah kawen "Duduk rumah kan best...sama-sama lepak tengok tv".

Kenapa jadi macam ni eh?

Tak dinafikan bila dah ada anak-anak peluang nak spend time bersama tu agak terbatas sebab segala-galanya dah become "less" - less time, less communication, less sleep, less money, less privacy, etc.
Ye lah, bila dah ada anak nak pi bercuti tu budget pun makin bertambah tapi usahakanlah cari jalan untuk berdua-duaan.
Selalunya, bila kita ada masa berdua-duaan yang cukup, dengan secara tak lansung kita dah membina keintiman, membuka ruang untuk berkomunikasi dengan lebih baik and strengthens our marriage, insyallah.

Ok ini cadangan aku je lah ya sebab aku and En Wan pernah buat gini jugak dulu, masa masing-masing masih makan gaji.
Waktu tu Redza kecik lagi, Rayyan belum wujud.
Nak keluar berdua time weekend rasa tak sampai hati tinggalkan Redza kat rumah sebab hari-hari pun dia duduk rumah dengan bibik.

Jadi apa yang kitorang buat, kitorang sama-sama ambil half day off (petang).
Pagi tu, samada En Wan akan hantar aku masuk ofis, atau aku hantar En Wan masuk ofis (sebab nak pakai satu kereta je).
Lunch hour kitorang keluar makan sama-sama then terus merayap.
Kadang-kadang gi shopping sama-sama, tapi most of the time tengok movie.
Petang atau malam baru balik.
Korang yang letak anak kat nursery pun boleh buat macam ni jugak.
Balik sama macam waktu bekerja hari-hari, padahal hari tu korang cuti spend time sama-sama.

Kalau nak bercuti berdua maybe tak semua orang sanggup tinggalkan anak, ataupun takde tempat nak letak anak, so buatlah macam aku cadang tu.
Kalau duduk KL, setakat 1 hari kau laki bini nak merayap kat Genting dari pagi ke petang pun sempat lagi.
Jangan buat plan yang kompleks-kompleks sangat.
Misinya adalah untuk berdua-duaan saja, jadi buatlah sekadar yang sempat dan mampu dulu asalkan dapat quality time tu.

Lagi satu, get some good food.
Ni aku cakap bukan kerana aku suka makan tapi hakikatnya memang itulah.
Bila kita makan makanan yang lain dari kebiasaan, it will trigger our mood.
Sesekali pi order steak, makan kat rumah.
Jangan masak, tapi order.
Food Panda bersepah sekarang, personal shopper pun ramai.
Mintak je PS tapaukan food dari hotel, hantar ke rumah.
Percayalah, makanan yang di luar kebiasaan kita makan hari-hari akan bawa perubahan pada mood.

Tapi janganlah selesa dengan keadaan ni untuk tempoh yang lama.
Sesekali cari jalan untuk bercuti berdua, kalau tak pun, bercutilah [maknanya bawak-anak-anak sekali].
Keluar dari persekitaran yang biasa kita tengok ke places you have never been to - pi pantai, pi gunung, pi tempat sejuk, pi tempat yang cantik.
Tak payah ke tempat yang perlu naik flight pun takpe [kata seorang penakut. kahkahkah].
Kita pi bercuti bukan nak tunjuk kat orang kita mampu pi bercuti, tapi sebab kita perlukan cuti, jadi bercutilah.

Isteri-isteri pun, kalau nak sesuatu, bercakaplah dengan suami.
Bukan sekadar bagitau, but bercakap. Communicate.
Jangan just "Bang, kawan saya kan pi bercuti tau.."

Memang dapat terus jawapan "Hmm..ok".

Instead of bagitau, cubalah bercakap. Real talk.
Find time untuk bercakap.
Suami kita tak sama, ada yang susah nak decipher maksud isteri kalau kita main hint-hint gitu.
TALK.





Semalam aku naikkan kat IG and FB tentang hadiah ni.
Aku nak bagi ini kepada 5 orang saja.

Caranya senang, just like and share salah satu di bawah, jangan lupa tag us.

1. Untuk FB : KLIK SINI. Like and Share and tag us GreenAard.
2. Untuk IG : KLIK SINI. Like and Share and tag us @greenaard_official

Siapa yang dapat banyak LIKES, dia dapat bag ni.
Tak susah pun, takyah keluar duit, hanya exercise jari je.

2019-03-22

Rayyan


Last Saturday aku up gambar Rayyan berlatih hoki kat IG.
Ramai pulak yang tanya kat mana Rayyan berlatih, berapa fees, kenapa ambik hoki kenapa tak ambik suka lain, etc.

Kelas hoki ni En Wan yang cari.
Puncanya sebab tahun depan Rayyan dah darjah 4, dah wajib ada satu sukan.
Sekolah Rayyan ni pulak sangat aktif dengan netball and hoki.
Jarang skolah power in hoki tapi skolah Rayyan terer hoki [aku pun baru tau sebenarnya].
Bila tengok update kat FB skolah dia, memang kejap-kejap team hoki menang sana sini.
So En Wan decide untuk masukkan Rayyan kelas hoki.
Lagipun hoki kan play dalam team, less stress sebab kau bekerja dalam kumpulan.
Kalau lumba lari tu kau kena terer sorang-sorang, stress lebih.
Hoki mana boleh main sorang-sorang.



Kitorang punya expectation tak tinggi mana, just nak jadikan Rayyan ni lasak sikit.
Dia ni kan bakal fashion designer.
Fashion designer mana suka kekerasan, 24 jam nak smart and cantik je.
Peluh-peluh ni mana suka. Hahaha.

Jadi kitorang masukkan dia ke hoki biar dia melasak sikit.
Awal-awal blaja dulu memang nampak malu-malu and takut.
Tapi alhamdulillah last week [baru minggu ketiga] dan start main, nampaklah jugak dia dah start melibatkan diri berebut bola.
Kalau tak, mana ada dia nak join berebut-rebut macam tu.
Beli makanan kat kantin pun taknak sebab tak suka bergesel dengan orang berebut beli makanan.
Rayyan ni pecah rekodlah dari Darjah 1 sampai sekarang masih kekal bawa bekal pi skolah.
Kalau abang dia jangan harap, tak macho bawak bekal.
Tapi heloklah jugak Redza tak bawak bekal.
Orang lain bekal bertahan at least sebulan, dia bawak bekal hari kedua pi skolah tupperware aku dah hilang.

"Mana Redza letak tupperware tak bawak balik?"

Kau rasa-rasa apa jawapan dia?

Ya betul!

"Tak pasti"

Jadi, biarlah aku memastikan bahawa dia pi skolah hanya bawak duit, takyah bawak bekal.



Nama kelab yang Rayyan join ni - Hockeylah (IG).

Tak mahal mana, setiap sesi RM30 je untuk 2 jam
Tapi ada registration fee, dia punya jersi pun kena beli kalau tak salah RM100/helai.
Beli sehelai je dah sebab kelas seminggu sekali je.
Kayu hoki tu pun dia akan ukur ikut ketinggian student, itu semua dorang provide tapi kena bayarlah.
Then accesorries pun nanti dorang akan bagi harga pakej sekali dengan kayu hoki.
Registration fee boleh check sendiri kat IG Hockeylah.
Not bad jugak kelas dia, dia punya coach pun ex-player Hoki.

Week 1 : Blaja lambung bola hoki guna tangan untuk biasakan dengan bola.

Week 2 : Blaja lambung bola hoki guna kayu hoki dalam kiraan 5-10. Yang ni siap prektis dengan bapaknya kat rumah. En Wan siap beli kayu hoki untuk diri sendiri punyalah nak latih anak dia.
Laki aku ni kalau bab ajar anak memang dia sungguh-sungguh, aku yang tengok ni stresssssss.

Week 3 : Blaja passing bola and start main dalam kumpulan.

Esok patut ada kelas tapi cuti skolah kan ramai yang ada plan dengan family jadi coach bagi cuti.
Dapatlah aku balik Bangi esok, kalau tak, hari Sabtu memang takleh ke mana-mana dah.

Sekarang ni lagi lah payah dah nak berjalan ke mana-mana.
Nak berjalan pun tunggu Ahad sebab Sabtu petang Rayyan ke hoki.
Nak holiday pun kena tunggu Redza balik, apaknya syahdu kalau pi mana-mana tak cukup korum.
Tapi tahun ni postpone semua program holiday sebab semua cuti skolah apak dia dah daftarkan Redza kelas tambahan, tahun ni PT3.
Nak holiday tunggu hujung tahun je lah, tu pun kalau aku tak sawan atas flight.



One thing hikmah yang aku nampak bila main hoki ni, Rayyan kuat sikit minum air putih.
Dia ni sangat liat nak minum air putih, apa-apa pun Milo, tak pun orange, tak pun vitagen.
Kalau takde air sangat nak minum, dia mintah teh o ais.
Nama dia nak minum air putih memang tak.
Main hoki ni barulah dia start blaja minum air putih. Lega rasanya.

Tapi yang klaka tu, orang lain minum air togok gitu je sambil berdiri, anak aku duduk okeh, siap bersimpuh. Adeh..😂😂.
Takpelah dik, lemah-lembut takpe, jangan bapok.
Aku kerat-kerat kote kau nanti.

Kelas ni bermula dari 5pm-7pm.
Jangan risau, ada surau sekali kat situ, memang selalu En Wan asar hari Sabtu kat situ je.
Oh lupa nak bagitau, dorang punya latihan ni kat PJ Futsal Centre.



Aku baru last week pi tengok Rayyan berlatih.
En Wan tak ajak aku join selama ni sebab tempat tu takde aircond, panas berbahang.
Aku senang nak dapat migrain kalau ada heat.
Tapi last week aku teman En Wan, kesian pulak dia menunggu 2 jam sorang-sorang.

Sebelah court ada cafe mamak.
Apa lagiiiiii, pekena mamak la aku hari tu.
Boleh tahan mee goreng basah dia.
Rasa macam boleh join tiap-tiap minggu kalau macam ni.
Aku ni ada makanan je, semua masalah insyallah settle.



Ni cerita semalam, masukkan Rayyan ke Maths Competition.
Ni apak dia punya cerita.
Dia risau skolah tak buat exam (sekarang kan dah takde test), jadi dia pi cari organizer yang buat test-test macam ni so that anak dia boleh masuk.

Bukan apa pun, ni just nak dedahkan Rayyan je.
Biar dia berdepan dengan stress masuk hall, ambik exam dengan orang yang bukan di kalangan kawan-kawan, di tempat yang berbeza selain skolah.
Of course lah kitorang tak hantar buta-buta je gitu tanpa preparation, ada la buat preparation sikit.

Exam ni serentak buat semalam seluruh negara.
Tak wajib ambil, siapa yang nak boleh daftarkan diri.
Kitorang tak tau rupanya Redza pun ambil test ni, dia bayar senyap-senyap tak bagitau kitorang.
Tap disebabkan sekolah dia last day Rabu (sebab Langkawi takde air jadi student boleh balik awal), dia ambik test awal sehari.
En Wan kata kalau takde sebab kukuh dorang takkan bagi budak-budak ambik test awal untuk elakkan soalan bocor.

Aku tanya En Wan "Rasa-rasa Redza tu sejenis yang kisah ke nak membocorkan soalan. Kalau orang tanya apa soalan keluar pun agaknya dia jawab TAK PASTI". 😂😂



Instructions in English sebab anak mat saleh pun ada sekali ambik test ni.
Soalan ada 3 jenis bahasa - english, malay and chinese.
Untuk age 9-10 macam Rayyan ni soalan dia 20.
Untuk age Redza soalan 24.
Dia punya soalan semua KBAT style.



Masa ni mak bapak dah start diminta keluar dewan.
Tapi macam biasa la, ada mak bapak yang siap selak dulu soalan atas meja anak sampai kena sound dengan pengawas peperiksaan.
Macam tu sekali dorang serius dengan exam ni macam nak ambik SPM gayanya.
Yang aku takat saje nak dedahkan anak dengan exam. Adehh. Beza nau perangai.



Kertas soalan tak boleh bawak keluar tapi ini soalan-soalan yang lepas-lepas kitorang beli untuk Rayyan buat latihan kat rumah. Kat bawah ni contoh soalan :







Ada banyak private test macam ni, cuma nak kena rajin cari je.
Insyallah nak masukkan Rayyan dengan lebih banyak private test.
Apaknya dah cakap hari tu, memandangkan now dah takde exam untuk budak darjah 3, jangan harap kau nak bersenang-lenang, apaknya yang akan carikan test untuk dia. 
Laki aku ni kalau jadi cikgu agaknya tetiap minggu dia buat test.
Mujurlah tak jadi cikgu, karang bersusun mak bapak datang skolah jumpa pengetua.



Semalam aku naikkan kat IG and FB tentang hadiah ni.
Aku nak bagi ini kepada 5 orang saja.

Caranya senang, just like and share salah satu di bawah, jangan lupa tag us.

1. Untuk FB : KLIK SINI. Like and Share and tag us GreenAard.
2. Untuk IG : KLIK SINI. Like and Share and tag us @greenaard_official

Siapa yang dapat banyak LIKES, dia dapat bag ni.
Tak susah pun, takyah keluar duit, hanya exercise jari je.


2019-03-21

Pilih yang mana




Quote kat atas ni - somehow it is true.

Our ex make us see what we definitely don't want.
Kerana dia, kita nampak apa kualiti yang benar-benar kita nak pada seorang partner dan apa yang kita taknak.
Kerana dia, kita nampak kekurangan dan kelebihan diri, perbaiki mana yang tak ok, dan enhance mana yang ok.

To be fair, awal-awal bercinta, especially at flirting stage tu, everything about our ex kita suka.
Dia tak berapa kelakar pun kita rasa dia dah kelakar sangat.
Muka dia berselipat dengan peluh main volleyball pun kita nampak sangat hensem.
Pakai seluar palazo bunga-bunga macam badut sarkas pun di mata kita nampak ok je.
Tak pasti samada cinta itu memang buta atau jiwa kita sangat besar waktu tu sampaikan semua benda pun kita terima seadanya.

Kelakar pulak rasa bila dulu segalanya tentang dia kita suka.
Seiring dengan waktu, dah mula nampak ada banyak perkara tentang dia yang kita tak berkenan.
Sadly, selalunya sewaktu kita dah mula sedar, relation tu dah lama.
Yang hati kering sanggup je putuskan relation walaupun dah bercouple lama asalkan masalah tak berpanjangan.
Yang tak jiwa lembut [atau maybe tak kuasa nak panjangkan cerita], teruskan juga dengan relation yang redha-tak-redha tu.

I guess we have all been there, haven't we?
Kita lalui proses breakup dan dalam tempoh tu kita wonder how in the world we are going to go on living life without him/her.
But somehow kita dapat laluinya dengan baik.

To some people, akan cakap "Sayangnya...dah bercouple lama, alih-alih putus. Manusia mana ada yang perfect, terimalah dia seadanya".

Ya, betul juga tu.
Manusia mana ada yang sempurna.
Tapi selagi belum berkahwin, semua orang berhak memilih yang terbaik di matanya.

Loyalty is such a big part of a relationship that everyone needs.
Tapi apalah gunanya setia kalau hanya sebelah pihak saja yang sanggup berkorban.
Kalau setia pada perhubungan semata-mata kerana nak nampak "setia" padahal merana, itu namanya bodoh.
Stop expecting loyalty from people who can't give you honesty.
And please stop looking for happiness in the same place that you lost it.

Aku tak tau lah orang lain.
Maybe ada orang yang boleh break berkali-kali dengan orang yang sama.
Kalau aku tak boleh.
Once aku dah break, that's it.
Agaknya tu lah sebab kenapa aku senang sangat buang barang.
Takde masa aku nak mengenang memori barang tu.
Kalau dah tak pakai, aku buang je.
Aku hanya simpan barang-barang yang praktikal saja.
Yang jenis sayang nak buang barang tu, maybe jenis yang setia.

Dalam setiap perpisahan pasti ada hikmah yang kita tak nampak pada awalnya.
Tapi tak lama lepas tu, kita always berjumpa dengan someone better, selalunya macam tu lah.
Jadi, hikmah terbesar dalam setiap perpisahan adalah kita akan jumpa someone yang kriterianya lebih menepati apa yang kita mahukan.
Selalunya lepas kita break, kita akan jadi lebih cerewet [berhati-hati] dalam memilih new partner.
Yang pasti, karakter ex takkan ada pada future partner dah, hat ni kita dah filter awal-awal.



Semalam aku naikkan status ni, saja nak buat survey apa kriteria yang diutamakan dalam memilih pasangan.
Aku letak 4 pilihan saja.

Mostly bagi jawapan lebih utamakan nombor 3 atau 4 sebagai pilihan pertama.

Don't worry, ini bukan nak cari siapa salah, siapa betul.
Itu pilihan masing-masing jadi tak kisah nak pilih mana satu, sukati kau lah laki kau kan [hahaha].
Aku cuma nak buat survey je.

Dulu, aku always pilih nombor 4 - penampilan.
Teruja je kalau nampak mamat hensem and bergaya, biasalah kan teenagers kan always tengok rupa dulu walaupun rupa sendiri sangatlah desa.
Tapi kalau dia tak hensem tapi kemas, pun ok.
Tak semestinya kena hensem sebab aku pun bukannya lawa pun.

Reason pilih penampilan sebab aku membayangkan esok dah kawen kena tengok dia hari-hari.
Kalau penampilan tak semenggah tak larat rasanya aku nak hadap hari-hari karang.
Nak pulak kalau dapat jenis yang rambut pun serabut, baju tak reti gosok, bau masam, muka berlengas 24 jam - sorry, aku tak boleh tolerate ini.
Hitam takpe, sebab aku pun hitam juga tapi janganlah berkerak sangat.
Takde baju mahal pun takpe, asal kemas.

Tetapi, nombor 4 ni boleh berubah tempat kalau nombor 2 aku tak berkenan.
Aku pernah bagitau dulu masa mula-mula aku kenal En Wan.
Semua dah set ok, alih-alih aku tau bapak dia somebody di Tganu, terus aku nak break.
Cuak je En Wan, berkali-kali dia pujuk aku dia orang kampung, mak bapak orang kampung, bla bla bla.
Aku cuma tak nak mak bapak aku rasa rendah diri bila duduk dengan orang kaya-kaya, that's why aku nak back off.
Tu je pun reasonnya.

Bagi aku, mak bapak sangat penting.
Dari segi restu, memang penting.
Satu lagi kalau mak bapak ada perangai yang kita tak berkenan, payah sikit la nak harmoni.
Perangai pasangan insyallah kita boleh influence, tapi kalau mak bapak ada perangai selalunya payah sikit kita nak ubah.

Aku bercinta zaman blaja, masing-masing belum bekerja jadi pilihan ketiga dah tentulah bukan kerjaya.
Pilihan ketiga mestilah "personaliti".

Tapi kedudukan "personaliti" di tempat ketiga akan kekal selagi pakwe aku tak buat perangai.
Once dia buat perangai je, aku akan naikkan "personaliti" ke tempat kedua.
Kau dengan kau punya muka hensem boleh jalannnnnnn.
Muka je lawa tapi perangai menyakitkan hati buat apa.

Jadi, kalau aku, pilihan aku adalah :

1. Bakal mertua (2)
2. Penampilan (4)
3. Personaliti (3)
4. Kerjaya (1)

Ok, belum habis lagi ni.
Belummmmmmmmmm.

Itu pilihan sebelum berkahwin.
Perasan tak, bila kita dah kawen bertahun-tahun, yang sebenarnya "penampilan" tu akan duduk paling bawah sekali.
Paling bawah tu bukan nombor 4 tau, tapi nombor 14 maybe.
Kerana lepas kawen baru kita nampak banyak lagi kriteria yang kita terlepas pandang dulu.
Or maybe dulu kita anggap kriteria tu tak berapa penting. Taknak cerewet sangat.

Yang financially unstable, akan berharap dulu dia letakkan "kerjaya" di pilihan pertama.

Yang dapat suami pemalas, berharap dulu dia letakkan "personaliti" di pilihan pertama.

Yang ada masalah dengan keluarga mertua berharap dulu dia letakkan nombor 2 di pilihan pertama.

Semua kedudukan yang kita pilih sebelum kawen selalunya akan berubah bila dah berkahwin.
Tapi yang pasti penampilan dah bukan pilihan utama.
Badan isteri dah naik sikit pun ok je.
Perut suami dah buncit pun ok je.
Rambut suami dah sulah pun ok je.
Dah mula berlebih kurang dengan penampilan pasangan, asalkan masih sedap mata memandang konsepnya.
Sebab banyak lagi kriteria yang jauh lebih penting dari penampilan demi kelansungan hidup berumahtangga.


2019-03-20

A tak penting katanya


Jiran aku anak dia dapat 11A [9A+ and 2A].
Pandai-pandainya lah budak-budak sekarang.

Aku anggap A+ tu bersamaan A1.
Zaman aku SPM dulu, nak capai A1 tu jenuh jugaklah.
Same goes tu SRP. Tak ramai yang dapat 5 agregat kat skolah aku dulu.
Untuk yang tak tau sistem aggregate, ni akak nak cerita.

5 aggregate tu adalah aggregrate paling tinggi sebab ada 5A1.
Pengiraan zaman SRP dulu based on 5 subject terbaik.
Tapi BM wajib dikira, so kalau BM kau dapat C6 tapi 4 subjek lain dapat A1, maknanya total aggregate kau adalah 10 agg.
Untuk dapatkan 5 aggregate, 5 subjek termasuk BM mesti dapat A1.
A1 tu maknanya A+ lah kot kalau ikut sistem sekarang.

Same goes to SPM zaman ahkak dulu.
4 subjek teras and 2 subjek elektif mesti dapat A1 baru dapat 6 aggregate.
Zaman kitorang dulu kalau dapat 6 aggregate paling pandailah.

The thing is, aku rasa zaman aku dulu nak dapat A1 ni jenuh!
Baik SRP atau SPM, memang jenuh.
That's why aku cakap budak-budak sekarang pandai-pandai.
A bersepah-sepah dapat, sampaikan nak masuk universiti pun makin lama makin susah.

Tapi masih ada juga yang perlekehkan budak-budak yang dapat straight As.
Muak aku baca setiap kali keputusan SPM keluar, mesti ada je yang keluarkan statement "Belum tentu lagi dapat straight As SPM boleh carry subjek kat U. Ramai je yang quit, siap ada yang bunuh diri tak tahan pressure".

Apa susah sangat ke nak cakap tahniah?
Dah kenapa nak menakut-nakutkan budak-budak ni.
Subjek SPM tu pun boleh tahan heavy untuk their age, so bila dorang excel, cakap je lah tahniah. Simple.
Takyah nak bagi bayangan-bayangan yang mengerikan kat budak-budak ni as if subjek SPM dorang tu takde makna apa-apa.
Kalau ye sangat subjek SPM tu senang, kau dulu dapat berapa?

Ada yang lagi bengong, "Abang dulu 1A pun takde, siap ada subjek yang fail, tapi sekarang income abang lagi tinggi dari Profesor".

Alahai bang oii.
Janganlah cerita bab abang dah berjaya.
Cuba cerita sekali bab abang bersusah-payah sebelum capai apa yang dapat sekarang, bergolok-bergadai, berlapar - apesal tak cerita sekali?
Jangan bagi misleading info kat budak-budak bang. Aku tenyeh kau karang.

Memang bilangan As tak bagi jaminan esok kita bakal dapat kerja besar dan gaji besar, tapi setidak-tidaknya peluang untuk sambung blaja ke universiti dan dapat course yang dorang nak, lebih tinggi.
Kerja besar and gaji tu cerita lain.
Kita cerita step by step, toksah membayangkan kerja and gaji dulu.

Memang ada je kawan-kawan aku yang lansung tak sambung universiti.
Ada yang halfway je kat kolej, then quit.
Alhamdulillah, boleh je beli rumah, beli kereta, skolahkan anak, boleh pi bercuti.
Tak dinafikan kita semua memang boleh.
Salah satu contohnya mak bapak aku sendiri.
Tak masuk universiti pun, tapi alhamdulillah ada kerja, boleh beli rumah, boleh beli kereta, boleh skolahkan anak-anak TETAPI......

Haa...ada tetapinya.

....Tetapi mak bapak aku melaluinya dengan susah-payah.

Merasa naik turun bangunan mintak kerja.
Bapak aku merasa jadi conductor parking kereta sebelum jadi cikgu.
Merasa menyewa rumah walaupun anak dah 2 sebelum dapat duduk rumah sendiri.
Merasa pakai kereta Volkswagon buruk yang kejap-kejap semput sebelum dapat pakai Honda.
Merasa sekeluarga balik kampung heret anak-anak naik bas lompat-lompat dari Bangi ke Tampin, berdiri!

Slowly, rezeki bertambah mulalah merasa senang sikit.
Nak kata mewah memang tak, tapi lega lah sikit.

Jadi, kalau kita nak kata kita tak blaja pandai pun tapi boleh hidup selesa, please jangan cerita keselesaan kita sekarang tapi ceritalah sekali susah-payah kita sebelum kita merasa senang.

Aku cakap kat En Wan "Dulu Di berangan senang dapat kerja bila result bagus. Bangga rasanya pegang akademik transkrip. Rupanya, takde lah senang mana. Merasalah keluar masuk interview nak cari gaji yang sedap sikit".

En Wan pulak "Abang dulu ingat balik dengan title engineer, grad Japan, gaji tinggi. Rupanya gaji engineer kilang tak tinggi mana pun".

Isunya kat sini, blaja tinggi pandai-pandai with excellent results memang tak menjamin boleh dapat kerja best and gaji besar tapi kelebihannya peluang jadi lebih cerah.

Macam En Wan balik Malaysia kerja dah tunggu dia, tinggal nak lapor diri je.
Dengan kelebihan Nihongo yang dia ada, allowance dia tinggi.
Peluang naik pangkat pun tinggi.

Macam aku, walaupun takde kerja yang menanti, tapi alhamdulillah semua interview yang aku pergi, semua aku dapat kerja kecuali satu je yang aku tak lepas - interview cikgu.
Aku rasa aku banyak sangat bagi pendapat aku dalam tu sampai inteviewer tu menyampah kat aku. Hahaha.
Aku interview 5-6 kali je tapi semua aku dapat.
Tapi aku land kat 4 company je sebab lagi 2 tu aku reject offer (berlagak gila, dah dapat pi rejek).
Aku kan dulu buat sales, jadi bila jumpa customer biotech banyak kelebihan pada aku berbanding colleague aku yang non-biotech background.
Aku nak close sales pun senang.

So, kalau nak kata blaja tinggi pandai-pandai kumpul 45 biji A tak menjamin esok dapat kerja yang bagus dan gaji besar, yes, aku setuju.
Tapi bezanya adalah pada PELUANG.
Kalau results bagus, peluang untuk di-shortlisted adalah tinggi.
Kalau invitation datang interview pun takde, apa peluangnya pulak untuk dapat kerja?
Dah tentu lebih susah.

Tak patut nak memperkecilkan usaha budak-budak yang dah berjaya ni.
Kalau nak gunakan statement "Abang dulu 17D dik, tapi sekarang abang jutawan" sebagai motivasi pada budak-budak yang kurang berjaya, ok takpe.
Tapi jangan cerita part berjaya tu je.
Ceritakan sekali susah-payah macamana, biar dorang tau takde apa yang boleh dapat dengan mudah.
Jangan dorang ingat nak jadi jutawan tu senang sangat sampai tak perlu tempuh apa-apa.




Ni ada offer untuk pengguna Cleansing Gel atau Makeup Remover.
Pilih sendiri nilai diskaun based on LIKES.
Ajak kawan-kawan like so that jumlah likes meningkat, kalau boleh biar cecah 1000 likes so that dapat harga murah.




2019-03-19

Lagi kes tetamu [sebenarnya mak bapak punya perangai]




Benda-benda macam ni berlaku setiap kali hari raya.
Kalau tak percaya kau tengoklah mesti raya tahun ni ada lagi kes macam ni.
Dan seperti biasa parents yang denial akan cakap "Biasalah, budak-budak...".
Tak pun "Lain kali tak payah buat open house!".
Nak yang lagi hamlau dia cakap "Harta dunia tak bawak ke mati!".

Aku tunggu je orang cakap macam tu kat aku.
Jam-jam tu jugak aku akan mintak ganti rugi.
Eh dah kau kata harta dunia tak bawak ke mati kan, hah bak la sini bayor ganti rugi apa yang anak kau dah buat.
Kau rasa dia bayar? Takde!
Cakap je lebat.
Ni semua set-set flat earth ni sebab otak leper forever tu pasal tak boleh nak mikir.

Sebenarnya tuan rumah bukan marah kat anak tapi mak bapak.
Apa tak nampak ke anak-anak dia tengah membuas kat rumah orang, usik barang tu, usik barang ni, naik turun tangga, masuk bilik sana, masuk bilik sini, main kejar-kejar dalam rumah.

Ya, betul.
Anak-anak mesti dibiarkan bermain.
Biar lasak, biar aktif, barulah namanya sihat.
Tapiiiii, jangan buat kat rumah orang.
Kau nak berpencak ke, nak terbalik ke, nak terlungkup ke, buatlah kat rumah sendiri.
Bila masuk rumah orang, cuba disiplinkan anak tu sikit.
Janganlah buat diam je bila anak melasak.

Serious aku memang tak reti jenis mak bapak gini.
Macamanalah agaknya rupa rumah dia.
Mesti jenis rumah yang macam tongkang pecah berselerak 24 jam.
Takpelah, itu rumah dia.
Masalahnya sekarang ni masuk rumah orang, takkan nak anak bawak perangai yang sama.
Tak reti nak marahkan anak tu ke.
Apa boleh terbantut ke tumbesaran anak-anak tu kalau dimarah, ditegur?

Macam blog reader ni tulis, selagi tak kena kat batang hidung sendiri memang takkan rasa.
Dah terkena baru rasa.

So far belum ada lagi barang yang pecah dalam rumah selama aku menjamu tetamu datang.
Tapi kalau bukak tutup lemari perhiasan, keluar masuk bilik, tumpahkan makanan tu biasa dah.
Bab tumpahkan makanan tu perkara normal, takde masalah sangat.
Adatlah bila dah ramai-ramai tu kan.

Yang jadi masalah bila ada mak-mak (selalu bapak makan kat khemah) dah tau anak dia tumpahkan makanan, dia bukan tau nak kutip makanan tu ke apa ke, dia boleh "Adikkk, makan elok-elok".
Gitu je, pastu sambung bersembang.
Habis makanan yang bersepah tu hamba tebusan mana pulak nak tolong bersihkan?

Benda-benda macam ni sensitif kalau nak cakap terang-terang.
Nanti orang kata kita jamu tetamu tak ikhlas.
Tang mana yang tak ikhlasnya pun aku tak tau lah.

Nak kita ikhlas macamana lagi?
Ikhlaskan barang-barang kita yang pecah?
Ikhlaskan makanan yang sengaja dibazir-bazirkan?
Ikhlaskan rumah kita sengaja dikotorkan?
Eh hello, tuan rumah jemput kau datang takde pun suruh kau bawak buah tangan ke apa.
Memang jemput kau datang untuk makan je, tak cukup ikhlas lagi ke?

Air tertumpah atas lantai, itu tak sengaja.
Tapi kalau kau as mak bapak boleh buat dek je takde effort nak pi dapur mintak kain buruk untuk lapkan tumpahan tu, ok ini namanya sengaja.

Makan bersepah atas lantai, itu tak sengaja.
Tapi kalau sengaja korek-korek udang dalam cucur, lempar atas lantai, baling-baling vitagen, ni namanya sengaja.

Aku tak boleh brain ada mak bapak bila ditanya "Anak-anak you mana?"

Dengan sardinnya dia jawab "Ada tadi nampak naik atas."

Dah tu?

Gitu je?

Takde rasa nak panggil anak tu duduk bawah ke apa ke, takde?

Bila ada barang rosak kat atas, barulah dia panggil anak dia "Dah dah...turun. Cukup-cukup tu. Kita balik".

Sardin 18 tin kan perangai?
Takde kata nak ganti ke, nak apa ke, yang dia tau nak selamatkan diri.

Kalau sedara-mara lain cerita.
Memang aku suruh naik atas sebab dorang dah tentu lama kat rumah aku ni, jadi kalau bersembang lama-lama kat bawah dah takde space pulak untuk guest lain nak duduk.
Jadi, sedara-mara memang always boleh naik atas and lepak dalam guest room.

Tapi untuk orang yang bukan sedara-mara, agak pelik bila dia boleh buat dek je anak berkuntau dalam rumah orang siap berlari turun naik tangga.

Ada satu kali tu anak orang naik bilik atas, aku tengah solat.
Dia gendang pintu aku sekuat hati "Bukak! Bukak! Nak masuk, bukak!"

Mendidih je aku tengah solat.

Pastu aku dengar dia gendang pintu bilik Redza.
Redza takde kat rumah tapi aku dah kunci siap-siap.

"Bukak! Bukak! Bukakkkkk!"

Aku tengok budak tu dalam hati aku cakap "Apesal budak ni perangai macam ni?"
Macam takde lansung rasa takut.
At least kalau tak takut dengan tuan rumah pun, takkan takde rasa takut dengan mak bapak sendiri?
Ni mesti mak bapak dia buat tak kisah je bila dia mengganas, tu pasal anak tak takut dengan orang.
Rasanya kita dulu zaman kecik-kecik tak berani nak sentuh barang-barang kat rumah orang.
Bukan takut tuan rumah marah, tapi takut mak sendiri marah.

Bila aku ajak turun and bawak dia jumpa mak dia, aku cakap "Ni ha, nak masuk bilik. Tapi takde budak-budak kat atas".

Mak dia cakap "Nak cari mainan la tu. Masuk rumah sape-sape pun mesti cari mainan".

Oh, dah tu, aku kena redha je lah ni?

Mujurlah kunci pintu, kalau tak, konfem habis dipunggahnya semua barang dalam bilik nak cari mainan.

As mak bapak, kita faham akal budak-budak, nak expect lebih-lebih pun payah.
Dah namanya pun budak.
Budak umur 10 tahun kalau dah berjumpa dia sama dia kadang-kadang perangai dah jadi serupa budak 5 tahun jugak.

Persoalannya, mak bapak apa kejenya?
Perati gitu je?
Takde nak tegur ke apa ke.
Takkan nak tunggu TV pecah baru nak tegur kot.
Takkan baling-baling makanan masih dianggap kelakar?

Kalau tak boleh nak bagi senang kat tuan rumah, tolonglah jangan tambahkan susah.
Tu je mintak.


2019-03-18

Weekend


Jaga-jaga orang yang berpuasa....banyak gambar makanan dalam ni.
Jangan kata akak tak sound.

Dah lama aku tak order makanan dari kawan aku sebab dua tiga menjak ni, aku cukup rajin masuk dapur.
Biasalahkan, Ramadhan dah tinggal tak sampai 50 hari lagi.
Kena buat rajin dari sekarang sebab bulan puasa karang dijangka dapur aku senyap.
Sekarang adalah waktu membeli jiwa suami.
Esok dah masuk Ramadhan kalau tak masak pun takde la rasa bersalah sangat sebab sebelum ni dah rajin masak.

Sabtu lepas aku order risolles ayam dari kawan aku, Aisyah.
Plan asalnya aku nak order nasi ayam [nasi ayam pun malas nak buat okeh].
Tapi Aisyah ada plan kat luar jadi tak dapat nak ambik order aku.
Eh elok je aku bangun pagi nampak whatsapp dia hantar malam tu "Cuma kalau nak selit order untuk kuih, aku ada buat cara berlauk and risoles"

Tapi dah pagi baru aku nampak whatsapp tu so aku pun reply "Ala baru baca mesej kau ni"

Sekali dia reply "Risoles ko aku dah goreng gak. 20pcs je sebab tak tau ko nak berapa".

Kahkahkahkah.
This is my pren okehhh.
Dia dah paham sangat, sampai aku takyah bagitau pun dia dah boleh agak aku memang nak punya.
Moralnya di sini, korang esok kalau nak cari rumah, carilah dekat dengan kawan-kawan yang pandai masak.
Kalau dia masak, dia akan buat lebih.

Aku kalau pindah mana-mana nanti, rumah ni aku jual mahal tau.
Sebab korang bukan setakat dapat rumah tapi jiran kiri kanan belakang yang baik hati selalu pass makanan.
Pastu Aisyah pun dekat, senang korang nak order makan. Mbhahahaha.
Makan aje keje aku.



Risolles ayam aku Aisyah buatkan special sebab dia tau aku memang suka cheese jadi yang aku punya ni extra cheese.
Minggu lepas aku ada order sekali bawang goreng and sambal kicap dari dia.
Bawang goreng pun order okehhhh.
Aku dah cakap dah, korang takleh celen aku punya tahap pemalas masak.
Sampai bawang goreng dengan sambal kicap pun nak order.



Ada sebab kenapa aku order sambal kicap and bawang goreng Aisyah.
Yang pertama, aku malas.
Yang kedua, dia punya sambal kicap memang cenggini haaaa 👍👍👍.
Dulu kalau aku buat ikan cencaru bakar mesti nak kena tumbuk cili pad and bawang tuang kicap.
Sekarang takyah, aku main cedok je sambal kicap Aisyah.
Lagi satu, kalau makan tempe goreng cicah sambal kicap memang jajan terbaik lah.
Tak sedar tau-tau dah habis je tempe tu.

Bawang goreng Aisyah ni garing, sedap, tak macam beli kat Giant atau supermarket keras kejung.
Aku jarang pakai bawang goreng untuk masak, itu just untuk aku kunyah-kunyah je.
Aku memang mengunyah bawang goreng.
Memang letak dalam bilik balang ni, senang aku nak kunyah-kunyah time tengok movie.

Tempe sira tu produk terbaru Aisyah, so yang tu dia bagi free.
Aisyah ni orang Johor, so sedia maklumlah orang Johor especially Jawa memang tak lari dari tempe.
Cuma aku tak suka tempe sira.



This is my version of tempe goreng.

Rumah aku ni tempe memang tak boleh tak ada.
Aku dan tempe adalah satu. Gituuuu.
Ini je lah bukti yang tinggal bahawa aku ada darah Jawa.
Nak cakap Jawa memang tak pandai, dapat pandai makan tempe jadiklah.

Seminggu total 15 keping tempe aku makan.
Tauhu pun at least 15 keping.
Orang Jawa tempe and tauhu takleh tinggal.
Sesiapa yang follow IG aku mesti dah tau setiap hidangan aku tak lari dari tempe and tauhu.

Jajan aku yang simple-simple je - bawang goreng and tempe goreng.
Kedesaaan sungguh! 😂
Every week aku akan potong tempe kecik-kecik macam ni and goreng.
Kadang-kadang aku buat gini je [gambar], kalau rajin sikit aku goreng bilis and kacang tanah and gaul sekali.
Tapi kering je, takde sira sambal.
Yang gambar atas ni semalam punya jajan, sekali goreng 2 keping tempe, sekali hadap aku sorang makan.



Ok balik pada risolles.
Aku tak tau apa fungsinya cili tabur ni, yang pasti aku kutip and simpan dalam esbok.
Esok lusa nak masak lemak cili api aku pinjam cili tu.



Gini isi dalam dia - ada ayam, kentang, karot and cheese.
Sedap sangat.



Nampak sedap kan bawang goreng ni?
Dah setengah balang settle.



Yang ni produk baru dia tempe sira.
Siapa rasa nak beli makanan, atau order boleh whatsapp Aisyah 019-2812880.

Ni paid review ke?

Tak.
Aku ni kalau bab makan asal benda tu sedap, insyallah aku tepek kat blog.
Ada ke nak hantar aku makanan untuk aku test?
Kalau yang jual kuih siput atau kuih gunting tu silakanlah hantar. Hahahaha.




Ni dua gambar atas ni semalam makan dinner ngan En Wan kat Sunway Putra Mall, lepas balik dari MATTA Fair.
Macam biasa lah, laki aku kan tak boleh kalau tak mencemar duli kat MATTA Fair tu.
Padahal dia dah pegi hari Sabtu dengan Kak Long [Kak Long nak beli pakej ke umrah].
Balik dari situ sampai ke malam dia dok berzikir kat tepi aku "Di...jom lah pi jalan Di....jom lah..."
Aku buat dekkkkkkkkkkkkkk je.

Aku dah bagi green lite dah, kalau nak pi overseas, pegi je lah.
Bawak Redza tu.
Taknak.
Nak jugakkkkk angkut aku sekali.
Aku taknak pi jalan naik flight ni.
Paling jauh setakat ni memang Mekah je aku pegi, 9 jam, itupun naik bisnes class aku tetap menyawan kat atas.
So the issue here bukan first class atau economy seat.
Masalahnya sekarang aku takut naik flight.

Semalam petang, lepas Asar aku turun lunch.
Dia pun turun sekali and aku dengar dia cakap "Boringnya duduk rumah tak buat apa..."

Aku cakap "Jom teman Di nak beli barang-barang Clinique Di".

Dia suruh aku siap.
Clinique ada kat 2 tempat je - Sunway Piramid and Subang Parade.
Cara-cara dia bawak kereta tu macam nak menghala ake Sunway Piramid.
Aku pun dah bajet dalam kepala boleh la makan Sushi King and beli Aunty Annes sekali.

Pastu dalam kereta dia dah bukak balik topik "Pi Turki, nak?"

Aku dah jem.
Dalam kepala aku, orang tua ni selagi aku tak ikutkan kehendak dia, selagi tu dia menyanyi-nyanyi kat telinga aku tak habis-habis.
Last-last aku cakap "Hah, jom lah pi MATTA Fair tengok apa ada".

Hilangkan nak beli barang aku, dah santak ke PWTC aku pegi.

Sampai kat sana dia terus tuju kat booth yang offer pakej ke Turki paling murah.
Pakej Winter RM4400/person.

Beria-ia lah dia tanya kat salesperson tu tempat-tempat yang akan dilawati kat sana, makan, transport segala.
Pastu dia tanya aku "So, Di? Camana? Nak tak?"

Aku punya soalan simple je "Berapa jam flight?"

Sales tu cakap "11 jam"

Aku menjerit kat situ "Sebelas?????"

Cuak muka laki aku tengok bini dia teriak kat situ.
Orang meja sebelah pun toleh kat aku.
Aku terus dah downnnnn.
Aduiiii, 11 jam memang tak lah wehhh.
En Wan cuba pujuk aku naik transit, stop kat Tehran pastu ke Turki.
Lagi la aku menjerit taknak.
Elok-elok satu kali je aku berdebar time take off, ini nak tambah dua kali berdebar pulak.
Memang tak lah.

Gitu gini gitu gini, tak jadi ambik.

Pastu lalu depan booth lain, Dubai.
Journey makin dekat 8 jam je.
Pakej RM5900/person.
Aku taknak sebab panas.

Pastu masuk booth Beijing, nak pi tengok Great Wall.
Dalam RM3K something per person.
En Wan sibuk nak main ski.
Pastu salesperson tu cakap kalau bawak budak-budak macam tak sesuai sebab penat nak mendaki and berjalan kat Great Wall tu.
Kalau sabit nak main ski, dia offer pi Korea.
Ski kat Korea lagi moden dari Beijing.

Ok Korea pulak, makin dekat dah ni 6 jam je.
Dia offer transit kat Hong Kong, so maknanya flight dari KL-HK cuma 3 jam setengah.
Takde lah lama sangat aku kat atas tu.
Pastu dari HK-Incheon dalam 2 jam lebih.
En Wan pujuk pujuk pujuk....aku pun macam dah mula nak redha kena naik flight.

Sekali aku tanya soalan "Hotel ada hose tak?"

Dia kata "Takde"

Ok dah jom balik.
Kahkahkahkah.
Sekianlah cerita MATTA Fair tahun ini.

Aku dah cakap awal-awal dah, nak ajak aku berjalan ada 3 syarat :

1. Taknak tempat jauh-jauh, aku takut naik flight.
2. Toilet mesti ada hose.
3. Kalau bilik tido aku lagi selesa dari bilik hotel, memang aku takkan duduk situ.

Tiga je syarat aku, susah ke?
Mbahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahhaha *gelak syaiton*