2007-08-30

Merdeka!


Good morningggGGGGGGG!!!!!!
Hahahahahahahaha.

Aku kembali di arena ini setelah nak seminggu aku demam, tersadai kat rumah.
Jumaat lepas aku masuk opis, pastu dah nak tengahari tu rasa cam sejuk-sejuk je. Ingatkan aura udara segar hari Jumaat, rupanya aku demam. So dapat la MC untuk that day.

Monday gi opis lagi, tapi kol 11am rasa tak larat, pi klinik dapat MC lagi.
The next day, sampai je opis, dok lam setengah jam, pi klinik balik. Dapat MC 2 hari.

Dr suspect aku ada bacterial infection. So Dr tukar dadah, kasi dadah yang lebih cengkaman. Seploh minit aku telan antibiotik tu, aku pun padam dari 12.15tgh sampai 7.30mlm. Bangun-bangun je baju kurung aku pakai gi keje that day dah basah dengan peluh.

Kali ni demam memang terangkat laaaa.
Nak sangat lepak umah kan, hambik!

Redza pun demam gak.
Semalam dia buat suspen.
Bangun je pagi, dia mengensot, jalan taknak.
Dia kata kaki dia sakit, dua-dua takleh gerak. Bila aku angkat, dia jatuh. Aku acah-acah nak tinggalkan dia pun dia dokkkkk je, tak bangun. Selalunya kalau aku acah-acah dia camtu dah menggelupur lari nak ikut, tapi semalam dia mengensot kejar aku.

Mula la aku ngan laki aku gabra ni.
Kaki dia jadi kejang semacam. Aku dah nak melalak kat situ, terbayang kot-kot anak aku cacat ke sebab demam terlampau lama.

Bawak pi hospital SAMC and Paed check kata takde apa-apa. Tapi macam muscle dia stiff sikit. So, dia bagi ointment.

Pagi ni elokkkkkkkkkk je aku tengok dia menyepak bola. Bila nampak muka aku je, dan dan tu kaki dia terbengkok. Auta betul. Saje je taknak kasik aku gi keje suruh mengadap muka dia kat umah.

p/s : Siapa tengok bola semalam???????????????????????? Hangin aku ngan Myanmar okkkk. Nak lagi ngan Maung Lwin tu. Asik nak menyiku orang je. Meh sini ko melintas depan aku, tengok sket berani ke tak.

Ok la geng...MERDEKA!!!

2007-08-25

Don't send anything




Date : 24 August 2007
Venue : Office
Time : Morning

Nampak itu bunga?
Nampak itu bunga disemadikan kat mana?
Thank you but NO.

2007-08-23

Bodoh ke aper?


Sejak aku pi jumpa mamat ni last 2 weeks, HP aku tetiap hari masuk nombor dia.
This mamat gila-gila offer aku keje ngan dia. Ok la, aku pun pi jumpa dia that day.

Ofis cun.
President dia somebody.
Environment sangat-sangat best, MOSTE pun tak sebest macam ni.
Post pulak memang line aku.
Takde yang tak best, semua macam OK.

Tapi bila aku letak value aku, dia cam tersentap sket.
Abis, dah ko tanya kan.
Macam aku tak perasan la muka ko yang tersentap tu lantasssss dia bagi alasan.

Dia kata dia takleh absorb aku lam kompeni ni sebab skang dia kata aku dah stabil. Company dia baru nak launch satu product dari projek IRPA. And aku akan jadi project leader untuk assignment ni. Since projek ni baru, dia takut kalau tak menjadi, aku akan demotivated and resign.

Sakit hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Ko beria-ia nak ambik aku, sepatutnya ko percaya aku boleh buat. Boleh ko kata 'takut tak menjadi'. Aku ada kat depan ko nih.

Kalau takut, takyah suruh aku datang. Ko buat sendiri.

Mamat ni CEO. Aku rasa President company ni kawan bapak dia. Sebab bapak dia pun Datuk-Datuk gak. Kalau ikut nama kat kad dia macam aku penah dengar je nama bapak dia ni.

Dia macam reluctant nak ambik aku sebab aku letak harga over sangat kot.
Sukati aku la.

Lepas aku buat muka tak berminat, dia pun buat satu plan.

Suruh aku keje underground.
Maknanya aku still keje kat company skang, tapi bila aku jumpa customer aku switch them to product company baru ni.
So unethical!!!

Dia ingat aku pelahap sangat nak duit lebih?
Memang la takde siapa yang gila nak tolak duit, tapi biar la ikut jalan yang betul. Aku ni dah la menambun dosa, takyah la ko susah-payah nak tambah lagi.

Bila aku cakap kalau nak aku, then commit.
Kalau taknak, aku memang tak buat keje-keje underground ni.

Aku ingat dia paham bahser. Rupanya tak.
Boleh pulak sms aku cakap, 'apa kata everytime you jumpa customer, I ikut, boleh I jumpa customer'.

Hoih!
Customer siapa ni? Customer aku ke kau?

Lojik tak, aku nak angkut dia sama everytime aku ada appointment ngan customer?
Aku jumpa nak discuss potential deal dengan kompeni aku. Ko pulak sibukkk nak join.

Semalam dia text aku, tapi aku ada seminar kat Sunway Pyramid.

Dia : I tau, u nak jadik biotech entrepenur kan? Organize by MBC. Takpe, I pun boleh guide. Bila u free?

Aku : Esok full dengan appointment. Lusa training.

Dia : Malam? --------- boleh terima akal tak?? Padahal resume aku terang-terang cakap aku ni berkeluarga. Malam of course la aku nak lepak umah. Anak aku nak menetek, paham!!!!

Aku : Malam takleh. Kena grounded.

Dia : Ala, ajak husband pun takpe. Nak kaya tak?

Ni la dia.
Tau nak kayaaaaaaaaaaaaa je.
Duit banyak, buat bisnes. Tapi apa produk yang ko nak bisneskan tu ko tak tau sepatah haram jadah. Tapi nak kaya.
Pastu ko sendiri tak yakin dengan bisnes sendiri.
Tak yakin kalau orang bawah boleh buat keje.

Kalau rasa tak yakin produk ni boleh jalan, ko jangan gatal nak commercialkan.
Kalau rasa orang bawah takleh buat keje, then blaja buat sendiri.
Kalau rasa takut rugi spend duit banyak bayar gaji, jangan carik orang yang berpengalaman, melambak fresh grad nak keje. Bagi diorang peluang.

Hari ni aku kat UiTM dia call, aku tak angkat sebab ada discussion.
Pastu aku kat UNISEL dia call aku tengah discussion gak.
Then aku gi SIRIM, memekak je so aku angkat call.

Dia : Kat mana?
Aku : SIRIM. Later I call u back.
Dia : Can I come?

Blur ke apa dia ni??
Dia ingat kalau dia datang aku nak kenalkan customer aku kat dia?

Typical Malay.
Nak buat bisnes pun nak berteman.
Nak keje mudah, tapi nak untung cepat.
Taknak carik network sendiri.
PEMALAS.

2007-08-22

Sila buat ayat dengan perkataan 'CUN'


Sebelum aku start meroyan, memula aku nak tanya adekah anda suka makan nasik lemak?

Nasik lemak sotong?
Nasik lemak kerang?
Nasik lemak kosong?

Oh, aku bukan nak jual nasik lemak.
Sebab last Sunday aku gi makan nasik lemak kat satu restoran ni.
So, aku ngan laki aku pun mintak nasik lemak kerang.
Pada pengalaman aku yang dah makan nasik lemak kerang selama lebih seploh tahun, kalau aku mintak 'bagi saya nasik lemak sotong', of course la aku mintak sambal sotong kan?

Kalau aku mintak nasik lemak kerang of course la sambal kerang, betul tak?

Tapi this kedai, aku mintak nasik lemak kerang, dia bagi aku ni :




Nasik lemak dengan kerang. Sambal satu piring lain. Pandai-pandai ko la nak golek-golekkan kerang tu lam sambal.

Dan itulah kesudahannya nasik lemak aku. Tak lalu aku nak makan. Ntah mana punya resepi istana zaman silam dia bawak masuk dapur. Kembang tekak aku.

Okehhh. Sessi meroyan.

Semalam, ada satu kongkang terlepas dari zoo tup tup termasuk lam Yahoo Mail aku.
Dah la tak tau mana asal usul. Nak kutuk aku tapi tak berani nak tunjuk identiti. Sanggup lak create satu mail account khas semata-mata nak kutuk aku tu.

Kongkang ni kata aku perasan cun.
Letak gambar yang cun-cun aje dalam blog.
Belagak nak tunjuk dapat husband hensem.
Kontrol cun manjangggg.

Kesian..kesian.
Cenggini la.
Apa kata ko baca blog aku dari awal sampai habis. Tengok adekah aku tak penah letak gambar aku di era kegendutan?
Di waktu selenga?
Di waktu muka aku melekit?

Yang ko susah hati muka aku ok ke, sememeh ke, pesal?
Aku sendiri tak penah kesah muka aku camne pun.
Tak tau pulak aku ada orang rajin bukak blog ni semata-mata nak tengok muka aku camne hari ni. Apa kata secara otomatiknya aku lantik ko jadik perunding imej aku? Ko sebenarnya nak dapat tempias aku kan?
Ngahngahngah.

Sebagai memenuhi permintaan ko, aku bagi la gambar eksklusif dari aku untuk ko print and buat tido.

Dariku untukmu...

Cukup?
Tak cukup?
Aku up lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cukup untuk hari ni.
Pueh ati????
Aku takde mood nak carut kat orang hari ni sebab aku pose.
Tapi aku ade mood nak pakai baju raya.
Ok tak baju raya aku ni?
Aku dah pakai dah last Sunday gi kenduri kawen member aku.
Raya lambat sangat la, mana la tau kot tak sempat raya tahun ni, aku dah pakai dulu.
Lagi 2 pasang baru tempah semalam. Kalau siap awal, baju tu bakal menerima nasib yang sama.
Aku pakai baju lama pun bukan orang kampung aku perasan kan?


Gambar PERAHSAN CUN dari aku.

Sebenarnya ni bukan la baju raya sangat. Sebab aku beli baju je, kain aku dah ada lama. Tetiba macam aku PERASAN CUN pulak bila pakai baju ni. So aku beli. RM49 hengget je okkkkkk. Nak beli sila pegi Giant Shah Alam. Jangan beli sama ngan aku. Aku terajang perot kang.

CUN tak baju tu?
CUN tak aku?
CUN tak aku?

wakakakakakka.

p/s : aku pose hari ni. Jangan naikkan darah aku.


2007-08-21

Aku sedang selsema...tapi sedang ingin makan eskrim


Aku masuk opis lambat today, kol 10 baru sampai.
Sebab aku rasa tak sihat, so aku gi klinik dulu.
Apa kan daya, doktor itu sangat baghal.
Aku selsema teruk, siap migrain lagi, dia boleh tak nak kasik aku MC!
Alasan paling bangang penah aku dengar dari orang yang bertittle doktor :

'I tengok u berseri-seri je pagi ni, tak sakit sangat kotttttttttt'

Bodoh tak doktor ni??
Dah namanya hari bekerja, of course la pagi-pagi lagi aku dah bersiap nak pi keje.
Tetiba aku rasa macam kenok gi (cannot go), so aku drive ke klinik. Itu pun salah ke? Kalau aku sakit maka aku takleh make up laaa?? Muka aku kena bersememeh baru ko nak bagi MC?

Tapi masuk opis today, aku ceriaaaa.
Sebab big bos takde, immediate bos aku pun takde.
So, aku la bos.
wakakakakaka.

Angin apa yang melanda unit aku today. Tetiba semua group aku pakai beju belang-belang hitam.



Gambar blur, seb baik yang lain ada exhibition, kalau tak, sure lagi memboria. Seb baik si Lilian tu tembam, kalau tak maka haruslah aku memegang tittle itu.



Ceria kan muka orang sakit?? Memang patut sangat tak dapat MC.


2007-08-16

Kenapa saya suka hari ni? - PART II


Aku ada kat umah parents aku ni. Semalam laki aku dah pi JB, balik esok. So semalam aku paksa parents aku datang temankan aku ngan Redza. Pastu pagi ni, bapak aku angkut cucu dia balik Bangi. Dia pulak paksa aku tido bangi malam ni. Mak bapak aku risau tinggalkan aku berdua ngan Redza bukan sebab takut ada orang kacau. Tapi takut aku lenjan Redza, kang masuk spital lak budak tu.

Ingat aku mental ke nak belasah anak sampai masuk spital.
Tapi mak aku lebih mengenali anak dia kan..so, kasik can la dia nak bambu aku. Anak dia kan singa..grrrrrr.

Malam besday tu, laki aku bawak pi dinner kat restaurant mana ntah, tapi cun gila tempat tu. Siap makan dalam pondok lagi. Makanan dia superb, western food dia banyak gila. Tapi sebab tekak aku kemelayuan ditambah pulak dengan lapar gila, aku carik nasik gak. Yang aku konfius tu, makanan dia melayu ngan western je, takde makanan dasar pandang ke timur pun. Tapi sepanjang aku mentekedarah kat situ, dia dok putar lagu Jepun. Apekes.

Seb baik aku bawak translator. Tanpa disuruh-suruh dia translatekan apa bijik butir lagu tu.



Translator. Entah betul ke tak apa dia bagitau aku. Asik nak mengenakan aku je..



Budak nakal yang french fries datang pun dia belasah lagu 'Happy Birthday' gak. Tapi bukan untuk aku, 'Pear pear pe yu yu Ijaaaaaaa' (Happy Birthday to you Redza)
Mungkin sebab pondok-pondok jadian dia ala-ala jepun so sebab tu dia belasah lagu jepun.

Aku makan tak hengat. Aku order satu pinggan terak nasik lemak sotong. Gila bapak besar sotong dia. Nasik dah habis pun sotong ada lagi semangkuk. Pastu aku order lagi cendol, pastu sandwich and mushroom soup. Untuk Redza aku order fries (yang aku belasah jugak sampai kering).

Lepas makan tu...jeng jeng jeng.
Laki aku kan suka buat surprise.
Last year ke, last 2 yrs, dia buat surprise bawak aku gi tengok midnite movie cerita King Kong. Malam tu dia buat lagi satu surprise untuk celebrate besday aku yang membuatkan aku tersangat-sangat la surprise gila sampai malas nak cakap.

Dia bawak aku gi tengok ROYAL LONDON CIRCUS.
I was like...???? Ape ke heyyyy la ko hayak aku tengok badut bodo berpassing-passing bola dengan beruk ni?

Tapi takpela, sebab Redza pun seronok aku layan je.
Best gak, cuma dia tau pasal circus ni pun last minute, maka tercampak la kitorang ke seat blakanggggggggggg. Seat depan semua penuh. Tapi bagus gak tak dapat seat depan. Yang dok depan ada la 3-4 orang kena tarik atas stage bertomoi ngan badut.
Kosserrrrrrrr!

Sebab masuk dalam takleh bawak kamera ngan videocam, so aku curik-curik ambik gambar ngan HP aku. Tapi gambar fail. Dok jauh, pastu lupa nak adjust setting. Ni je yang aku dapat snap. Itupun curik-curik sebab takut kena rampas ngan guard.



Ni first show, diorang lumba lari atas wheel gedabak ni. Mamat yang lari tu dah nak jatuh dah. Aku rasa dia pun cuak gila. Sure lepas show buat kenduri baca doa selamat. Kalau jatuh, konfem bersepai pankreas.



Yang ni lawak jenaka sungguh. 4-5 kali jugak la jatuh atas net. Seb baik rakyat Mesia bertatasusila tinggi. Kalau kat negara lain konfem dapat boo.

Tapi kitorang tak abis tengok. Show 3 jam. Kol 10.30pm Redza dah merengek nak tido. Aku pun dah tersangap-sangap sebab penat sangat. Dah la dalam tu sejuk nak mampos, terkejung-kejung aku tahan kencing. Tak dapat la kalau nak suruh aku kencing kat kontena luar tu. Hancing pering!



2007-08-14

Kenapa saya suka hari ni?


HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO DIANAAAAAAA
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUU.

"Thank you academy. Thank you! (sambil buat muka terharu). Thank you for giving me your support. What a treat"

WAKAKAKAKKA. Saje berangan pegang Oscar.

So, hari ni genap la umur aku tiga ploh tahun. (sebut pelan-pelan).
Lama betul aku idop ye? Sukorrrrrrr.

Dua hari laki aku bawak aku dari satu mall ke satu mall suruh aku pilih hadiah.
Aku memang gatal sket. Kalau kat umah tu, pantang nampak kat mata semua aku nak. Asal belek CLEO, lepas satu, satu brand aku baca kat telinga laki aku. Bila dia suruh pilih, aku blur.

Tetiba je dua hari lepas aku blur sesangat.
Tak tau la sebab terlampau banyak pilihan sampai tak tau nak pilih ke?
Terlampau banyak sangat barang yang aku nak sampai tak tau nak sebut mana satu ke?
Or semua barang yang display kat mall semua dasar MURAHAN kot.
Ngahngahngah...kejiii.

Asal masuk mall, plan nak beli hadiah aku, balik-balik barang Redza jugak yang bapak dia belikan. Dan balik-balik dia belikan anak dia lori. Apa nak suruh anak ko jadik kelindan besar besok ke?

Malam tadi lepas makan laki aku tanya nak kek apa?

'Tak nak cake la tahun ni. Gemuk'
'Abis nak apa?'
'Nak Baskin N Robin'
Dia pandangggggg je muka aku.

Dia suruh aku pilih antara jam dengan perfume.

Ala, setakat perfume takyah tunggu birthday pun boleh beli kan?
Asal habis je aku beli la nanti.
Lagipun aku tak suka kalau dapat hadiah dari laki aku benda yang tak kekal. Perfume kalau dah habis boleh re-fill?

Aku pulak jenis tak pakai jam. Ape kedarah lak aku nak pakai jam tetiba.

Laki aku dah warning NO MORE BAGS!
Hek ele, aku baru susun ayat nak mintak beg lagi.

Lepas dua hari kuar masuk mall, aku still terbangang-bangang carik X-factor utk present aku tahun ni. Sudahnya aku mintak sandal. Jadik la.

Apa la yang susah nak belikan aku hadiah? Hari-hari aku hadap muka ko, hari-hari aku usha duit lam wallet ko. Ko je yang tak perasan kengkadang duit ko ilang. Agak-agak nak beli barang, aku kebas je la tiga pat ploh ringgit.

Tetiba dia bagi ni...






PINK. Peberet kaler. And ada love-love. Ahhhhh, sunggoh aku chenta padamu!!
Dan terpaksa la aku pakai jam mula tika dan saat ini.
Tapi, kenapa FOSSIL? Kenapa tak BONIA?
Eh, bukan ko kata ko tak suka pakai jam ke? Hambik je la.


2007-08-09

Tuhan itu ADIL


Pagi-pagi lagi bos panggil tanya kenapa aku tak puas hati dengan re-issual of promotion letter.

So aku bagitau la aku tak puas hati sebab apekejadah nak re-issue balik sedangkan aku memang dah pegang post tu lama. And kalau betul re-issue sebab kita dah regrouping ok, fine. Tapi kenapa kena siap ada probation?

Kalau betul ada probation, meaning mesti ada increment lepas probation kan?
Tapi dia kata takde.

'Ok la, I guess I'm the unwanted one. Maybe I should tender this time.'

'If that is what you want, it's up to you'.
Ooooooooooo...up to me ekkkkk???

Aku terus kuarkan ini :






'Ok, before I resign, I nak tengok account report, PnL, stock, and what is my portion. I'm on the BOD list since 2005. Maybe you can ask our auditors to perpare my cheque'.

HAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!
TAU TERGAMAM!!

Ko ingat aku tak prepare semua menatang ni?
Aku dah ambik semua file director aku kat Maybank siap suruh diorang stamp certified true copy lagi.

SO, WHAT NOW?
Tadi berlagak sangat dengan aku kan?

Lepas sejam tadi, big bos aku datang bagitau diorang akan review balik package aku.

Kang senang macam tu.
Yang ko nak carik pasal pehal?

Aku dah agak dah, bos baru aku tu yang lelebih.
Saje je nak tunjuk pandai.
Tapi sebenarnya bodoh.
Sebenarnya takde increment pun takpe, director fee aku tak hilang. Tapi, jangan la carik hal pulak dengan aku. Aku tak kacau pantat ko pun.


2007-08-08

Nak main masak-masak tak? Meh masuk kompeni aku.


Hari ni aku tak masuk opis.
Bengang and takde mood.

Wah wah wahhhh..sungguh selamba tapir sekali.
Suka suka kau je taknak masuk opis kan?

Pedulik haper aku?

Petang semalam bos panggil nak tunjuk promotion letter (konon laaaa..) and package baru secara officialnya.

Resultnya : Macam puki mak dia.

Konon nak promote aku, bila aku tanya lepas probation, berapa package I?
Menggagau-gagau nak jawab.

'Later kita come out with new package'.

Aku tau la later ko kuarkan package baru bodohhhhh.
Aku nak tau berapa ko nak bagi.
Kalau rasa-rasa increment macam kek bantat, takyah cerita pasal promotion la dengan aku.



Sekali dia jawab, takde increment la. Yang ni surat secara official je.
Oooo...main masak-masak la ni????
Macam ni ke caranya public listed company buat keje?????? PUBLIC LISTED KONONNNNNNNNNNNNNNNNNN!
Yang aku bengang tu, dari 2 tahun lepas lagi aku dah being promoted.
Ko takyah la nak kuarkan surat promotion baru. Siap bertarikh 1 August 2007 lak tu. Kena probation period 3 mths lagi. Macam gampang.

'Apsal I kena probation pulak?'

'No la, it is just a procedure. Kita kan baru lepas re-grouping. Kena guna letterhead baru'
Ntah hapa hapa.
Ko nak bersatu ke, berselerak ke, sukati la.
Yang ko pi kuarkan satu letter baru siap dengan PROBATION pekejadahnya? Aku dah nak berenti pun nak bagi probation lagi ke? Aku dah pegang tittle ni 2 tahun okk. Ko nak test apa la gi kat aku? Aku hempok kanggg.

Pastu dapat surat chenta.
OVERTAKEN EMERGENCY LEAVE.



Mula-mula kena puji sebab good performance pastu hulur surat chenta..macam cilaka.
Setahun cuma boleh ambik 3 kali je.
Aku baru terlebih sehari. Ingat plan nak ambik lagi 3 hari.
Eleeh, bukan aku saje nak ambik. Kalau aku nak memonteng tu senang sangat. Cakap je pi appointment. Takyah de aku nak guna alasan EL ni. Aku EL pun sebab anak aku sakit la, jatuh tangga la, bibik sakit mata la, bibik 'berhijrah' la.

Itu baru terlebih sehari. Siap bagi warning 'you are not allowed to take any EL again this year.' Cam aku kebulur nak ambik EL????


2007-08-06

Mana nak carik kipas yang ada kelajuan kuasa kuda?


Aku dah bukak website company kat Putrajaya tu. Setahun jagung pun tak sampai. Baru set up Sept 2006. Tapi apa salahnya kan? Mana la tau kot-kot lepas aku join diorang terus untung berlipatganda? Tak ke magic fuiyoo tu. Perah-saaannnnn.

Aku rasa kompeni aku sejak setahun kebelakangan ni makin semput dari segi management. Dulu kan aku ada story pasal satu minah HEAD-ache yang dapat jadik bos tapi sijil hapah pun tarak, pastu keje pun macam cilaka bodoh baru nak dapat first job tapi alih-alih dapat jawatan tinggi sebab menang Pertandingan Siapa Tiup Bontot Bos Paling Lama.

So this HEADache jadik Head of ************ unit. Konon unit dia ni akan monitor segala stock kuar masuk, ordering, correspond dengan principal bla bla bla. Tapi belum sampai sebulan, 70% of job scope dia tu jatuh atas division aku. Dengan alasan 'I banyak keje nak handle'.
Ok fine la, ko banyak keje. Takpe, kitorang buat keje ko. SHIT CLEARENCE.
Alih-alih, belum masuk bulan kedua, kuar pulak citer yang dia tak jadik head of that unit lagi. Jadik Sales Manager pulak.

Woitttttt???
Sales Manager division mana la pulak?
Setau aku manager ada dua orang je kat kompeni ni.

Aku pun tanya anak buah aku, dia manager division mana?

Anak buah aku cakap Equipment Division.

Aku : Lorrrr, abis HJY resign ke? Kena tendang?

TR : Tak la, HJY still lead equipment division.

Wohoooooooooooooooo!!!!!
Kalau macam tu, aku la yang kena tendang ni???????
Apsal aku buleh tak tau yang kerusi aku orang lain nak duduk pagi ni?

TR : Eh, bukan ambik post you, dia ada division lain.

FUCK!

Korang bayangkan, under Sales and Distribution Department ada 2 division. Satu is Equipment of Clinical and Life Science product dan satu lagi Consumables of Clinical and Life Science product. HJY lead bahagian equipment, aku lead bahagian consumables. So, we have only 2 managers here.

Apabila di suatu pagi yang bangsat, aku dah dengar cerita yang baghal ni naik jadik sales manager (sebenarnya bukan naik, tapi turun. Tapi dia rasa dia still kat atas lagi sebab ada tittle manager. Sah bodoh), bontot aku punya temperature sudah naik.

Apesal takde meeting, takde apa, tetiba ada satu lagi post manager? And ko ni manager division apa?

INDUSTRY DIVISION.

Aku pun buat muka terbangang-bangang.
Apa kejadahnya tetiba ada division INDUSTRY ni?

Setau aku kita cuma ada division EQUIPMENT (ALATAN MESIN) and CONSUMABLES (BAHAN KIMIA).
Tak kisah la customer ko keje kat Universiti ke, hospital ke, private lab ke, ladang ke, kilang ke, INDUSTRY ke, division kita cuma terbahagi kepada ALATAN MESIN and BAHAN KIMIA. Tak paham lagi ke? Aku dah cakap bahasa melayu ni.

Pong pang pong pang, baru kitorang tau yang dia ni sebenarnya (secara tak sedarnya) didowngradekan sebab tak perform. So, daripada HEAD turun jadik Manager. Tapi memandangkan yang jadik manager sekarang ni dulu junior dia, so tak rugged la nak keje bawah aku kan? So management pun secara otomatiknya buat satu division khas untuk dia yang tak significant lansung lansung lansung!!

Ok, takpe. Lantak ko. Aku bagi ko sebulan je, sure melingkup.
Yang kitorang heran tu, dah turun pangkat tu, brambosla hendaknya dari bilik ko, masuk la ke bilik kecik. Tapi dia stay lagi kat bilik HEAD tu sampai skang.

And HEAD yang replace post dia tu dah masuk dah last Friday, tapi duduk kat cubicle.
Apa kesssssss???

Management akan buatkan bilik baru untuk HEAD yang baru. Yang si baghal ni tetap akan duduk dalam bilik lama dia (bilik entitled utk HEAD)

Aku bukan la hingin sangat kat bilik ko. Takde de aku nak duduk kat kerusi yang ko dah kentut 45 kali tu. Tapi aku hangin apekah susuk yang kaldai ni pakai sampai big bos treat dia so special????

Atau adekah aku perlu memasang aircond kat bontot bos, kasik angin kuat sket?

2007-08-05

Apa kata aku update blog seminggu sekali je?


Hari ni aku memang takde mood sangat nak masuk opis setelah semalam aku out for ‘outstation trip’ sehari suntuk (huah huah huah). Dengan berat hati aku gi la jugak opis, masuk pagi lak tu dengan paksa rela nak wat keje. Masuk je opis aku tergerak nak tanya anak buah aku dia dah dapat package baru ke belum. Dia kata dah.

DAH?????
DAH!!!!!!

Babi!

Apsal aku blom?

Aku pun turun tingkat 1 jumpa KM.
Mengadu domba la, apa lagi.

KM pun surprised bila aku bagitau kawan aku dah dapat package baru sedangkan aku tak dapat lagi. KM pun tak dapat lagi. Ini sudah betul-betul punya special case nampakkkkkkkkk.

Makin takde mood la aku nak wat keje.
Dan semakin bersemangat aku nak resign. KM bagi aku satu lead. Kat Putrajaya.

Aiseyyy, Putrajaya la pulak. Jauh tuuuuuuu.
Tapi takpela, malam kang aku check.

Tapi aku memang semakin tak puas hati dengan management yang double-tripple-threesome standard ni. Keje aku makin banyak, siap suruh aku pi Santa Cruz la, Phuket la handle case sana sini. Package baru mana??? Ko ingat aku buat kerja kemasyarakatan? Ada ke suruh aku pi USA 2 minggu nak kena bond setahun??? Dah la kena bond, takide kenaikkan pangkat lak tu. Ko ingat ko hantar aku tu kengkonon aku rasa amat terharu la? Kalau ko tak hantar maka sampai kiamat aku tak jejak US tu?

Dengan bengang-bengkek nya, maka aku pun ajak Rozie pi TGI. Dah sebulan aku ‘hutang’ malaun ni. Dari dulu aku berjanji nak belanja dia tak sompek-sompek. So, hari ni aku langsaikan la. Since Kak Nenie pun join sekali, and birthday dia 30 Ogos ni, maka sekali harung la aku celebrate untuk dua ekor ni, dengan ucapan :

SELAMAT HARI JADI. LAGI 9 HARI, BIRTHDAY AKU PULAK. SILA JANGAN BUAT-BUAT LUPA. CHILIS ADELAH SANGAT LAZAT BILA DIMAKAN TANPA MEMBAYAR SE-SEN PUN (kalau tak paham gak hint aku sah bangang)

Ngah ngah ngah ngah.


Kak Nenie and Rozie.


Kak Nenie tengah pilih apa benda nak makan. 


Kitorang tolong perabihkan roti yang dah betebarai ni.



Menatang ni la aku makan sampai nak pitam. Ko bubuh wine ke haper dalam nih???
On the way back, aku rasa macam nak pitam. Maybe sebab aku blom sihat betul, pastu stress pulak, ditambah lagi dengan mentekedarah satu plate besar BBQ Beef Sandwich and tolong perabiskan chicken finger Kak Nenie, so sampai je opis, aku rasa macam nark muntah, nark pengsan, badan bepeluh-peluh, sampai anak buah aku menggagau carik minyak cap kapak.

Dalam setengah jam aku settlekan apa-apa yang patut kat opis, then terus blah jumpa customer jap. Pastu balik umah. And that was 4 sumthing. By the time aku sampai kat porch umah aku, baru jam 4.40pm.

Apsal aku dok kat porch?

Tu la dia.
Laki aku pi bawak kluar kunci umah dari keta aku bagi kat mak dia. Sebab kak ipar aku fetch mak metua aku and Redza kol 10am, so kunci mesti dia kena pegang. Kang pintu umah aku ternganga la pulak. Aku pun melepak lam keta sampai kol 6pm. Seb baik ada laptop, bulehhhhhhhhh buat karangan. Ni aku tengah ada lam keta la ni.

Haaa!!!!!!!
Dan yang menambah kan stress aku bila laki aku bagitau aku yang harga baru Aveo lepas kerajaan rombak cukai-cukai, cuma RM60K je!!!! (hoih, aku buat promosi ni karnival membeli belah ni)

Pantekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Kalau aku tau harga merudum macam ni, baik aku tunggu sampai skang baru beli. Aku beli lom sampai 2 tahun lagi. Macam tak caya je, dulu aku beli Aveo ni 82K, lagi a few thou je dah boleh angkat Vios. Skang dah 60K.
Kurenggggggggggggggggg. Kureng sekureng kurengnya!