2012-04-27

Deal

Today hidung aku dah start srot-sret srot-sret, badan pun dah rasa panas-panas.
Aku ni kalau gi outstation je mesti akan demam.
Tapi kali ni memang penat la.

Rabu baru ni, pagi aku keluar ke UPSI, dengan tak minum setitik air pun.
Makan apetah lagi.
Kul 10.30am baru keluar dari Tanjong Malim, time ni tekak haus gila. So aku stop kat Tapah, lone ranger mentekedarah KFC. Tapi sebab masa tu dah 11 lebih so aku makan pun laju-laju, air pun tak sempat habiskan sebab nak kejarkan appointment kat Penang.

By the time cecah USM cun-cun pukul 2pm.
Kali ni aku bawak gila berhemah sebab asal aku balik dari outstation je mesti dapat saman. So no choice, kali ni aku set autocruise 105 je. Sampai migrain la aku duduk dalam kereta punyalah lembab kereta tu berjalan nak cecah Penang.

Dari pukul 2pm sampai ke 5pm busy bercakap dengan customer.
Lari bangunan sana, masuk lab sini, keluar building sana, masuk ofis sini.
Habis kul 5pm, cepat-cepat aku brambos dari island sebab taknak tersekat kat bridge.
Terus keluar ke Bertam sebab esoknya aku ada appointment kat USM sana pulak.
By the time aku settle down kat hotel dah pukul 6.30pm.
Dan itulah kali keduanya dalam hari Rabu aku minum air. Macam nak merekah anak tekak aku.



Aku call room service "Apa makanan yang paling cepat boleh buat untuk saya?"

"Semua cepat, Cik".

"Yang paling cepat apa?"

"Sandwich"

"Ok, bagi egg and cheese sandwich, orange juice, teh tarik. Cepat ye?"


Tak pernah-pernah aku segelojoh macam ni order makanan.
Tapi memang betul cepat.
15minit dah sampai ke bilik.

Aku minum orange juice tu tak sampai 20 saat!
Tak main la straw-straw ni.
Campak straw ke tepi, terus gulp gulp gulp gulp.
Pastu buerrrrrrrrppppppppp!

Ahh, lega.

Dah dapat togok air segelas, baru la boleh makan roti dengan tenang.
Pastu pekena tek tarik pulak.
Pehh, sorga duniawi!

Lepas Maghrib je aku terus pengsan.

Ok, kali ni kalau pi outstation, aku nak buat macam ni.
Biar betul-betul pack, pastu jangan makan, kurangkan minum air, bila dah letih, haus, lapor, konfem aku akan tido awal dan takde masa nak pikir bilik ni ada hantu ke tak.
Maka, bolehlah tido dengan tenang.



Abaikan muka melekit.
Yang aku nak cerita now is baju aku tu.

Baju ni aku pakai Rabu.
Tapi semalam pun aku pakai baju yang sama.
Cuma seluar je ganti.

Puncanya adelah, aku lupa bawak tudung.
Baju yang aku patut pakai semalam is biru.
Jadah apa aku nak pakai suar putih, baju biru, tudung hijau kan?
Dah macam mamakotai je.

So aku terpaksa la spray perfume extra sikit kat baju tu.

Tapikan, ada hikmah rupanya pakai tudung ni 2 kali.
Tengahari semalam, customer aku berkenan gila dengan shawl aku pakai ni.
Siap tanya beli kat mana, brand apa.
Aku malas la nak open strory tudung ni aku buat.
Kan hilangkan nak promote kit, terus aku jadi penjual tudung kat USM.

Jadi, aku cakap je la aku lupa beli kat mana.
"Tapi kalau nak, saya ada extra sehelai lagi. Saya pos next week la ye, sebab saya nak ke Tganu Kelantan pulak pasni. Rabu baru ada ofis".

"Ha, ok. Boleh. Boleh. Saya confirm order 3 kit ni sekali. Pos sekali la tudung tu dengan kit ni".

Yeahhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Close deal RM7K dengan umpan sehelai shawl. Hehe.

Pasni aku boleh buat promotion flyer Buy 3 kits and get free shawl at your choice.

Oh btw, ada sorang lagi from USM beli tudung yang sama, so lepas ni tudung ni aku takleh bawak masuk USM dah, takut nanti ada team boria.

2012-04-24

Aku ke ni???


Aku ni dah naik stress apesal kejap-kejap ada je masuk mesej dari lelaki-lelaki kat FB nak berkenalan. Aku macam pelik la jugak. Mana datang semua ni. Kalau nak kata reader, kejadah apa kau nak kenal-kenal lagi dah sah-sah kau kenal aku kat blog. Tapi aku just reply-reply je la mesej-mesej tu. Dorang cakap "Boleh berkenalan?"

"Boleh"

Takat berkenalan boleh je.
Ujung-ujung dorang tanya "Awak minat bola eh?"

Dem!!!!!!
Apesal aku boleh asik terlupa yang En Wan guna akaun FB aku untuk layan Ganusoccer?????!!

Pastu kan aku kelebet-kelebet dan terjumpalah ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 

2 sec ago.
Kantoi layan ganusoccer.

Ko leh imagine aku yang tulis camni?
Gigih aku buat muka innocent nak snap gamba biar nampak cam muslimah sejati sekali En Wan  memperkotak-katikkan ke-innocen-nan aku dengan menjadikan aku gedebe-gedebe. Keji gila.

Pada yang tanya aku adekah En Wan mengamuk Tganu kalah, jawapannya OF CROSSSSSSSSSSSS!!

Gila kau dia tak merempan kat rumah?
Aku naik stress.
Kalau tengok berita or channel Arena, asal ada news pasal team Tganu je memang siapla macam-macam dia ulas sorang-sorang depan tv. Aku tak paham apesal ada manusia yang boleh gila sangat kat bola camni.
Kalau takat tengok bola pastu dah, takpela jugak.
Ni siap follow gila-gila perkembangan team.
Siap amukan-amukan yang tak tahan.

Bila aku baca balik apa dia tulis kat atas tu nak tergelak pun ada.

MUSIN.
DENGOR.
DOK RETI.


Gila pekattttttttttttttttttttttttttttttttttt.
Dok reti.
Dok reti.
Dok pahang setabokkkkkkkkkkkkk!

2012-04-22

Limited


Shawl ni tak payah book.
 Dah ada kat tangan aku.
Kalau nak, terus email aku kat : aveo757[at]yahoo[dot]com

Aku start outstation Rabu ni (25/4) sampai Isnin (30th) depan, so kalau nak, cepat bgtau jadi aku can pos on Selasa 24th.
STOCK ADELAH LIMITED.


Material : silk voile 
Size : 165 x 80cm 
Pattern : Gradient 

Price : RM47/pc 
Bulk purchase price : RM41/pc (min purchase 5 pcs) 


 






D1
available 2pcs


D2
available 1pc


D3
SOLD OUT


D4
available 3pcs


D5
available 1pcs



D6
SOLD OUT


D7
SOLD OUT


D8
SOLD OUT


D9
available 2pcs


D10
SOLD OUT


D11
available 1pc


D12
available 4pcs

D13
SOLD OUT

Takpayah nak gelabah sangat

Sejak bulan lepas, tak abis-abis email and FB aku masuk mesej yang tanyakan pasal petua diet la, jamu diet la, pandangan tentang berat badan la apa semua. Aku nak cakap panjang-panjang pun dah malas. Sebab sometimes ada jenis orang yang dia mintak pendapat kita tapi bila apa yang kita cakap tak seperti yang dia harapkan, dia akan tetap rasa down. Jadi aku pun tak paham kejadah apa ko mintak pendapat orang. Pendapat tu cuma option yang mungkin boleh bagi kita idea. Taknak ikut takpe, memang tujuan mintak pandangan orang lain tu bukannya untuk kita ikut 100%. Juat buah fikiran je. Tapi kalau ko mintak pandangan orang pastu ko mati-mati nak aku setuju gak dengan pandangan kau, baik ko takyah tanya pendapat aku lansung.

Cenggini je la.
Masalah berat badan ni bergantung pada penerimaan individu tu sendiri.
Kalau kau rasa 43kg tu adelah gemuk just because dulu berat badan kau 35kg, maka sukati kau lah.
Kalau kau rasa berat badan kau 65kg tu gemuk sedangkan ideal weight kau cumalah 58kg, itu hak masing-masing.
Yang nak pikul badan tu kehulu hilir pun bukannya orang lain. Kau jugak. So, apa nak kisah orang lain cakap apa kalau kau sendiri rasa selesa dengan badan kau.

Berat ideal kau adelah dalam lingkungan 48-56kg.
Tahun lepas kau 49kg.
Tahun ni kau 54kg.
Still dalam range yang ideal kan?

Orang lain mungkin nampak kau gemuk sebab dulu dorang biasa tengok kau 48kg. So bila kau dah 54kg, adekah kau gemuk?

Tu bukan gemuk namanya, tu namanya berisi.

Jangan ambik ati kalau kawan-kawan kau tegur kau "Eh, tembam eh kau skarang?" walaupun berat kau baru naik 2 kilo. Maafkan la dorang. Dorang just tak tau beza GEMUK, BERISI dan BOROI.

Aku pernah tanya En Wan "Bang, Di gemuk tak skarang?"

Dia cakap "Bukan gemuk, tapi berat bertambah".

Walaupun jawapan dia macam sakastik, tapi sebenarnya betul.

Dulu aku pakai baju saiz S.
Aku tak tau siaz 6 tu jatuh kategori apa ada baju aku dulu saiz 6.
Now kebanyakkan baju aku M, sometimes aku kena ambik L sebab kat dada tak boleh butang.
Adekah sebab dulu aku pakai S, now aku pakai M, maka aku perlu stress sebab aku dah GEMUK?

NO.
Tu bukan gemuk
Tu namanya berisi.
Berisi tak semestinya gemuk.

Gemuk tu macam ni :

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. . .
 
 Aku terpaksa memperdajalkan gambar sendiri supaya korang faham apa yang aku nak tarbiyahkan.

Nak gelak?
Sila..sila...
Ambik sorang sikit.

 Aku rasa semua orang mesti ada satu gamba sendiri yang telah digemukkan macam kat atas. Simpan dalam purse masing-masing.

Pastu, cuba tengok muka korang yang present.
Mesti korang akan cakap rasa "Ohhhh...badan aku masih ok lagi"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. .
Wah, terasa gojes dah super slim.
Padahal perut berlipat-lipat jugak.

So, senang paham tak apa aku nak sampaikan?

Toksah concern macam nak gelabah la kalau berat naik takat 3-4 kilo.
Baby fat namanya tu.

By the way, sampai bila sangat ko nak pakai saiz S?

Pffttt.




p/s : Hmm..I wonder. Adekah produk-produk slimming menggunakan teknik gemukkan muka like aku buat tu utk tunjukkan produk dorang berkesan??

2012-04-20

Iklan



Kepada yang tanyakan stock SHAWL 10, aku lom sempat nak upload available stock kat FB Fleur.

Aku bagitau kat sini je la ye.

Korang leh klik kat link SHAWL 10 kat side bar aku.
Aku dah update available stock.
Tapi limited.

Thank you.

Benda yang sengaja diundang

Terima kasih la kepada reader-reader aku yang sangat concern pasal sakit kat kaki aku tu. Dah ok dah. Takde sakit dah. Alhamdulillah. Aku rasa urat terpeleot kot. Aku kan bangsa yang suka terkinja-kinja. Tengah mandi pun aku boleh shuffle. Biasa la...kuat berangan.

Macam-macam petua and pandangan aku dapat from readers. Tima kasih.

Ada satu reader tu boleh la pulak terbabas-babas cerita pasal hantu, saka, puaka segala. Buatkan aku teringat zaman sekolah menengah dulu tengah hot trend panggil roh duit syiling. Spirit of the coin bak kata Robert Pattison.

Sape kat sini penah buang tebiat main bendalah ni?

Aku tak heran sangat part roh tu.
Yang aku heran kejadah apa manusia-manusia ni panggil hantu tu??
Tebiat nak mampos ke apa?

Aku rasa game spirit of the coin ni dah lama tersebar sampai dah nak basi baru aku tau kewujudan game bangang ni. Tu pun sebab ada satu kawan aku (aku tak kenal sangat pun tapi dia kawan kepada kawan sekelas aku. Tapi kitorang semua satu skolah yang sama) ceria yang dia sampai tak pergi sekolah sebab roh yang dia panggil tu taknak balik-balik. Bodo ok game ni. Elok-elok kau nak release tension kononnya, terus kau boleh heart attack kalau roh tu terlebih nak bermesra dengan kau.

Budak ni cakap dia boring pagi tu (time ni kitorang skolah petang) takde apa nak buat kat rumah so dia main spirit of the coin sorang-sorang dalam bilik. Budak ni pulak jenis gatal bijik, main spirit of the coin sebab nak tengok sape nama bakal suami. Gatal bijik tak namanya?
Kau skolah lagi kot.
Bagilah bijik kau tu membesar dulu baru nak pikir pasal bakal suami ke apa.

Aku sebenarnya tak berapa tau camne dia panggil roh tu tapi dia kata ada jampi-jampi jugak. Tau-tau nanti duit syiling tu bergerak sendiri. Yang aku lagi takleh terima tu dia kata bila coin tu dah bergerak kita janganlah terus tanya roh tu apa yang kita nak. Roh ni pun nak berkawan jugak, so kita kena tanya nama roh tu dulu. Apa kepundek????

Tak tau la dia tipu ke tak, tapi dia cakap bila dia tanya sape nama roh, coin tu gerak ...... Y............A...........P...........A.........H........L......O........Y

Boleh????

Meremang bulu tengkuk aku masa dia cerita. Boleh la pulak cakap 'Slow gila coin tu, roh orang tua katakan'.

Rasa nak taboh je.

Dah bagus la roh tu gerak slow.
Kalau slow-slow dia muncul depan kau? Baru kau tau nasib.

Dia kata macam-macam dia tanya roh tu.
Nama.
Macamana mati.
Macamana life kat kubur.

Adoiyaii.
Berdasarkan soalan yang dia tanya pun aku macam "Hmm...patut la kau main benda bodoh ni".

Aku tak sure if game bangang ni masih lagi orang main.
Tapi tu time skolah.
Time aku kat matrik, budak rumah aku (junior) kena sampuk dek hantu sebab main benda ni lah. Budak ni dari awal dia masuk rumah kitorang lagi macam tomboi-tomboi sikit attitude. Macam cool selamba gitu. Kira kalau takat hantu-hantu ni takde hal la. Dia selalu tanya kitorang (senior) pasal cerita hantu. Asik-asik tanya 'Kat sini takde hantu ke?', 'Takde orang nampak hantu ke kat kolej ni?'. Macam pelik la jugak aku apehal pompuan ni asik tanya pasal hantu? Macam nak sangat jumpa hantu. Kang hilangkan nak nampak hantu, aku yang naik hantu kang.

Satu malam tu aku and Rozie (roommate) terjaga dari tido sebab dengar ada bunyik sesuatu cakar dinding bilik dari luar. Rumah kitorang ada satu bilik je kat bawah. Lagi empat bilik kat atas. Do kat atas ada 6 junior and 2 kawan aku. Aku and Rozie duduk bilik bawah. Masa dengar bunyik cakar tu otomatik dua-dua terjaga. Masa tu kitorang tido hadap-mengadap. So bila dengar cakar tu mata masing-masing terbukak serentak. Pelik masa tu sebab rumah kitorang tu macam rumah kayu resort style. Dia bukan atas tanah betul-betul. So kalau anjing yang cakar sangatlah tak lojik. Kalau orang yang cakar, kejadah apa cakar dinding pukul 2 pagi?

Lima minit lepas kitorang terjaga tu dengar junior kat atas menjerit. Rupanya budak tomboi tu dah kena sampuk. Puncanya, dia rajin main spirit of the coin. Bila kerap sangat panggil, gamaknya bendalah tu dah naik syok and datang sendiri tanpa dipanggil. Masa aku naik bilik tu aku nampak budak tu tengah duduk bersila tengah-tengah bilik sambil kepala dia pusing-pusingkan macam pak dukun jampi serapah.

Dalam rumah tu semua pompuan sape ajela yang berani. Aku lagi la tak berani. Masuk toilet pun aku berteman. So kitorang pi ketuk rumah budak lelaki yang alim-alim tu mintak tengokkan. Kes ni memang hot kat kolej kitorang tahun tu. Rasanya sebulan dua jugak kes ni tak bersettle-settle sebab Pengetua Kolej tak percaya benda-benda mistik macam ni. Ada ke patut dia arahkan driver gi hantar budak ni ke hospital? Sah-sah nampak budak tu menurun menghempas, lagi kau nak bawak dia pi hospital. Tak sampai setengah jam pi hospital, van patah balik sebab pakcik driver nampak dari side mirror ada benda melayang atas van.

Memang masa tu kitorang dalam rumah tu sentiasa dalam keadaan stress. Nak blaja kat rumah memang tak dapat la sebab masing-masing on standby mode. Kau baru bukak buku belum sempat baca separuh muka, dah dengar orang terpekik kat atas. Macam-macam la kitorang lalui. Hadap budak ni makan 4 bungkus nasik. Teman budak ni petik bunga sebab dia kata "kawan" dia suruh tido atas bunga. Peratikan budak ni bersolat berkiblatkan bilik air. Orang tahiyat angkat jari telunjuk, dia angkat jari kelingking. Ohhh, stress pulak aku kalau ingat-ingatkan balik.

Semuanya berpunca dari gatal bijik pi panggil roh-roh. Apa best ke buat member dengan hantu? Sumpah tak paham. Aku harap sangat game ni dah berlalu and tak valid dah zaman skarang. Sebab aku taknak esok lusa anak-anak kita lak pi panggil segala benda-benda ni masuk rumah. Nauzubillah!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2012-04-19

SSM

Semalam aku tido senyenyak-nyenyaknya sebab terlampau penat.
Pagi tu siapkan tempahan cookies.
Tengahari tu aku check balik shawl-shawl yang sampai and busy mempacking.
Semalam aku sempat release 62 address je. Sorry ye, series tak sempat sebab tengah-tengah packing tu customer aku call mintak quotation urgent siap dengan specs sekali. Tunggang langgang kejap aku buat.
Pastu malam habiskan sikit lagi adunan cookies or makan-makan sendiri punya.
Gila tak larat la okk buat 3 keje berbeza dalam satu hari.
Tu belum masuk lagi masak la, keje ter-pause kejap sebab melayan Rayyan and Redza segala. Aku settlekan cookies pukul 12.15 pagi. Tu pun aku mintak bibik-bibik aku tolong susun dalam balang and basuhkan segala tok nenek tray. Aku dah tak larat.

Hajat di hati tu nak consider ambik a month off nak concentrate kat cookies for raya tahun ni. Nak jemaah dengan Mak Aji buat cookies. Hmm..kalau cenggini la caranya, aku memang serahkan kat Mak Aji je la yang buat cookies. Nak harap aku tolong, setakat tolong susun kuih pagi-pagi raya boleh la.

Respek aku kat akak-akak yang kejenya pulun buat kuih raya untuk bisnes.
Aku memang tak boleh keje duduk setempat ni.
Kau suruh aku hari ni pi Penang balik hari, esok ke Johor, lusa ke Kelantan, insyallah aku sanggup. Aku memang jenis suka keje yang tak duduk diam. Tapi kalau suruh aku duduk depan oven check kuih dah masak ke belum, pastu duduk setempat menggentel eh sorryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. Zaman aku menggentel kuih dah lama berlalu.

Seawal umur 13 tahun aku dah conquer dapur everytime nak raya.
Asal puasa sampai je, Mak Aji akan tanya tahun ni aku nak buat kuih apa.
Mak Aji tak cakap "KITA nak buat kuih apa ye tahun ni?" 
Dia cakap "KAU nak buat kuih apa tahun ni?"

Aku okkk.

13 tahun.

Aku tak tau la anak aku esok umur 13 tahun boleh buat apa.
Jangan dia ikut perangai bapak dia sudah.
Apa pun tak boleh.

Sejak Form 1 aku dah ambik alih kerjaya menggentel dan menerap kuih, so bila dah semakin tua ni aku dah naik malas. Memang la dulu tu aku pemalas gak, kalau Mak Aji tak kerah ke dapur memang tak jalan. Tapi sekarang ni dia punya malas tu lain macam sikit la. Maybe sebab dah busy fokus kat kerja lain. Pastu zaman sekarang orang datang raya taknak makan kuih raya, semua nak makan nasi dagang la, nasi impit la, satey segala, so aku dah malas nak buat kuih untuk diri sendiri. Beli je la sudah. Jadi tahun ni rasa-rasanya aku bakal beli kukis dari mak sendiri kot.


Semalam busy mem-pack and mem-pos shawl ni (Shawl 10).
Tengahari kang aku balik untuk selesaikan lagi sikit. Kasik aku selesaikan keje-keje kat opis ni dulu.

Cerita pasal shawl kan, aku masih konfius lagi saperkah mahkluk yang call aku Sabtu lepas, pagi pulak tu, and claimed diri dari SSM?

Tak kisah la SSM nak call aku pagi subuh ke, malam-malam buta ke, takde hal.
Cuma pelik jugak la bila aku jadik pilihan SSM untuk dorang check if aku jalankan online bisnes secara sah.

Tapi disebabkan aku memang dah ada ROC, jadi aku memang dah tambah bidang dalam MOF siap-siap untuk tailoring. Jangan tak tau, MOF aku siap ada tambah bidang Bahan Keperluan Memasak. Boleh?

Yang best tu bila orang tu tanya, "Kami dapat informasi yang cik ada jalankan perniagaan secara online. Ada ROC?"

Padahal aku bukan blogshop pun.
Aku cuma ada blog yang takde unsur-unsur ilmiah. Penuh dengan kemerepekkan.
Pun jadi bahan gak??

Tapi aku bagi je la ROC company aku.
Kau nak sangat check kan. Silakan lah check.

So aku nak bagitau kat korang, sape yang belum daftar SSM untuk online bisnes, daftar cepat. Eventho korang rasa bisnes yang korang buat ni cikai-cikai or takde apa sangat dibanding dengan bisnes yang gempak-gempak, jangan pandang remeh. Asalkan ada urusan jual beli and transaksi duit berlaku, plis declare ok? Jangan rasa ala aku ni bukan sape-sape pun, takde sape nak pedajal. Skarang maybe korang rasa takde orang nak spot korang. Tunggu esok kalau bisnes dah semakin maju, siapla. Yang pelik-pelik datang.

So, please.
Daftar SSM.

*tetiba aku rasa aku beria-ia promote SSM ngalahkan iklan si Johan tu*

Doa buat adik Edrian

From: "watie" watie@ukm.my
Date: Thu, 19 Apr 2012 08:34:04 +0800
To: aveo757@yahoo.com
Subject: oa buat adik Edrian
Salam Kak Di,

Mohon Kak Di share kt blog akk berkenaan keadaan anak kawan sy yg sedang bertarung nyawa. Diharapkan dengan DOA dari kite semua akan meringankan beban dan penderitaan Edrian.Tengs Kak Di...

Kepada semua kawan-kawan yang terbaca post ini, mohon diluangkan sedikit sahaja masa anda untuk mendoakan kesejahteraan anak kawan saya EDRIAN.

EDRIAN (1 tahun 4 bulan) anak kepada Ernie Zulkiff masih lagi dlm keadaan koma.

Edrian telah mengalami kecederaan dalaman yang serius akibat terjatuh didlm bilik air di rumah babysitter. Pembedahan tidak dapat dilakukan Sekiranya otak yang membengkak masih tidak surut. Mohon budi baik semua sahabat utk terus berdoa demi keselamatan Edrian. Semoga Edrian kembali sehat seperti sediakala.

"Ya Allah, sembuhkanlah Edrian dari segala penyakit dan permudahkanlah segala urusannya. Amin" .

Semoga sahabat yg mendoakan kesejahteraan Edrian akan sentiasa dilindungi Dan dirahmati Allah swt. Edrian kini masih lagi dalam keadaan kritikal di Wad Pediatrik, HKL.

Ini berita yang terkini saya dimaklumkan oleh ibu Edrian:

Berita Terkini Edrian : 19 April 2012, jam 7 pagi, BP Edrian sudah di tahap paling rendah..doc said what we can do is pray for him and redha..kalau itulah fitrahnya buat Edrian,sama-samalah Kita menerima dgn berlapang dada..Kita dah buat dan ikhtiar yang terbaik.. Teruskan DOA demi kesempurnaan Edrian.

2012-04-18

Share

Soalan ni sebenarnya panjang, jadi aku just share-kan jawapan je.
Mana yang very complicated and very very very personal, aku akan tolong forwardkan reply from kawan ini directly to your email.

Oh yes, those yang mintak aku sampaikan email kepada dia, aku dah buat. Dia kata insyallah dia akan cuba reply and bantu mana yang boleh. Tetapi dianjurkan tanya juga pendapat ustaz/ustazah yang lain.






FB Page


Hi kawan-kawan.
Aku baru je create FB page for Fleur by Mrs. Him.

Lepas ni all aku akan update new shawl kat page ni.

Mohon LIKE ye?
Klik HERE

Thank you

2012-04-17

Hantu kaki

Kaki aku belah kiri sakit tau.
Dari last week lagi.
Tapi aku ni jenis yang suka menahan sakit.
Actually bulan lepas pun jadik macam ni gak.
Area sakit dia tu kat bahagian permukaan ibu jari kaki kiri.
Mula-mula aku ingatkan gout. Tapi jadah apa gout kat situ.
Lepas 3-4 hari tak baik-baik jugak, aku pi jumpa dokter.
Dokter pun tak tau camana nak check sebab takde bengkak pun. Masalahnya kan kalau kau picit kaki aku tu aku tak jumpa point sakit tu kat mana.
Selalunya kalau terseliuh urat ke apa ke, kalau kita picit mesti kita akan jumpa kat mana punca sakit tu kan? Yang ni tak. Dia punya sakit tu berdenyut-denyut tapi bila tekan-tekan tak jumpa sakit tu kat mana. Dah la bengkak pun takde. So dokter kata nak X-ray pun macam takde motif, jadi dia ambik darah. Alhamdulillah darah normal. Aku pun pelik ni sakit apa ni??

Pastu teringat 2 bulan lepas pun Rayyan kena benda yang sama.
Pun kat kaki jugak.
Tapi tak jumpa bengkak ke apa ke, asik merengek je dia pastu jalan terhencut-hencut.
Masa tu mak mertua aku ada sekali so dia kata entah-entah ada benda "singgah" sebab petang sebelum dia kena tu bibik ada bawak dia pi playground. Aku ni bukan taknak percaya benda-benda macam ni. Kalau boleh tu aku memang taknak ada sangka-menyangka dengan benda-benda macam ni. Malas lah.

So bila kaki aku sakit macam ni En Wan asik la dok cakap "entah-entah ada benda tengah senggayut kat kaki awak". Siap buat lakonan semula benda tu tengah pegang peha aku and mengesot-ngesot kat lantai macam Ju-on. Sialpalis.

Dulu En Wan pun penah jadi kes benda "melekat" kat kaki jugak.
Tapi dah lama dah, ada la dalam 7 tahun lepas kot.
Masa tu reception kat rumah Azrul (adik ipar aku).
Kitorang tunggu rombongan semua sampai, so kitorang park kat satu surau ni sebab ada garaj jadi teduhla sikit kereta.
Lama sangat tunggu kereta-kereta lain sampai, En Wan masuk toilet jap gi kencing.
Balik dari kenduri tu terus kaki dia takleh gerak. Dia kata sakit and berat macam batu sampai ke satu tahap dia kena seret je kaki dia. Pastu kaki dia penuh tompok-tompok merah. Aku macam cuak la jugak ni apehal macam tompok-tompok pecah darah ni.

Panggil Pak Aji tengokkan.
Pastu Pak Aji kata ni macam benda lain ni jadi dia bawak kitorang gi rumah kawan dia kat Shah Alam. Masa kitorang sampai rumah pakcik tu, pakcik tu tengah kemas laman dia. The moment kitorang masuk kawasa rumah dia je, Pakcik tu tanya Pak Aji "Benda apa yang kau bawak sekali ni sampai meremang bulu roma aku".

Dan-dan la bulu roma aku pulak meremang.
Mau tak meremang, dah 3-4 malam jugak la "benda" tu tido sekatil, makan semeja dengan aku gamaknya. Oh dem!

Aku tak ingat pakcik tu baca apa tapi dia ada bagi aku something serbuk kemenyan kot) yang dah dibaca ayat Quran pastu dia suruh aku sapu kat kaki En Wan. Alhamdulillah lepas sapu serbuk tu, En Wan terus boleh jalan macam biasa.

Kaki aku ni...hmmm....aku tak tau lagi nak kategorikan sebagai sakit apa.
Dah la aku tengah period so memang sedap sangat la kalau ada benda nak melekat pun tapi aku masih yakin takde benda hinggap. Maybe urat terkehel or otot koyak or terseliuh or apa-apa je lah (cubaan untuk tak menjadi takut). Tapi sebenanya takut jugak ni. Dah la next week aku plan nak pi outstation. Jangan lah benda-benda merepek ni semua buat aku makin takleh tido kat hotel.


 ...ni namanya baik ada maknaaaaaa....

2012-04-16

Entry sebelum ni ada tertinggal satu lagi design. Ni yang betul.

Kepada yang order Shawl 10, sila check email masing-masing. Aku dah emailkan pada semua pagi tadi. Yang dah bagi respond, terima kasih.

Shawl yang bawah ni ETA sampai 25th of April.
Hanya 10pcs setiap shawl saje yang available untuk reader blog ni.




SHAWL A
Material : 100% silk
Size : 180cm x 80cm
Pattern :Gradient

Price : RM89/pc
Bulk purchase price : RM83/pc (min purchase 5pcs)

 S1
SOLD OUT


 S2
SOLD OUT


S3
SOLD OUT


 S4
SOLD OUT


 S5
SOLD OUT


 S6
SOLD OUT


S7
SOLD OUT




SHAWL B

Material : 100% silk
Size : 180cm x 65cm
Pattern : Checkered

Price : RM64/pc
Bulk purchase price : RM58/pc (min purchase 5pcs)
*boleh campur dengan Shawl C*

SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT




SHAWL C
Material : 100% silk
Size : 180cm x 65cm
Pattern : Gradient

Price : RM64/pc
Bulk purchase price : RM58/pc (min purchase 5pcs)

SOLD OUT


AVAILABLE 1PC


available 1pc


SOLD OUT



  SOLD OUT



AVAILABLE 1PC


SOLD OUT

Bra

Semalam petang aku gi AEON Bukit Tinggi. Just nak carik new bantal je sebab macam dah tak sedap bantal yang kitorang guna untuk tido ni. Selain dari tu aku aim nak carik bra and panties. Sampai kat area ladies, terus berpecah. Biasa la kan dah tua-tua ni dah tak berapa nak selera teman bini pi pilih bra. Apa barang takat dapat tengok bra kan? Lain la time blom kawen dulu. Bergasak-gasak nak teman girlfren beli spender.
Dah tua ni, malas nak berteman-teman beli bra. Elok la kau pegi tempat lain biar tenang sikit aku nak pilih bra. Tengah-tengah pilih bra ada orang tegur aku. Reader rupanya. Agaknya dia memang pembaca blog aku dari awal so dia tau selera aku terhadap bra and panties memang kat brand Scarlet.
"Kak Di dari dulu sampai skarang suka dengan Scarlet eh? Ok eh?"
Of crossssssssss.
Murah, sebab tu aku suka! Aku kan cheapskate. Ngahaha.
Nak kata OK sangat, tak berani cakap. Maybe ok pada aku, pada orang lain tak.
Dulu masa aku baru berjinak-jinak dengan bra, aku cenderung untuk pakai bra yang ada harga beratus like Wacoal la, Mark n Spenser la, Audrey la sampai Victoria Secret pun aku sanggup beli online punyalah terpengaruh dengan model-model yang pakai bra tu semua. Konon macam kelas gila pakai bra mahal ni.
Model-model lingerie ni semua pakai macam cantik je so aku pun imagine tetek aku pun akan menjadi selambak macam tu kalau pakai brand yang kaw-kaw ni semua. Padahal tetek omputih ni besar mana sangat pun, besar sikit dari cekodok ikan bilis je. Tapi dia punya cara ambik dari angle yang tepat buatkan tetek masing-masing nampak gojes. Kalau kau tengok model-model yang pakai VS semua dada macam kena tarah. Kalau dorang ni tetiba esok kena rogol aku takkan paham apa yang perogol nampak kat dorang ni. Flat dan plank ok?
Dulu macam terpesona jugak la bila orang kata bra mahal ni sedap pakai. Maka aku pun beli la bra mahal.
.......errr apa yang sedap???
Takde apa yang sedap pun selain dari kau terasa tetek kau gojes bila berdiri depan cermin. Benda baru, biasala.
Lama-lama aku rasa kebodohan apekah ini bila aku realized bra and spender aku lagi mahal dari baju yang aku pakai. Watde???
So aku try beli bra RM10. Jadi aku beli Scarlet. Sebab Scarlet je brand murah dan senonoh. Yang lain aku tengok tak semenggah dek arah. Berselirat-selirat tali. Ni hilangkan nak seksi and wild terus jadi bergaduh laki bini sebab tak jumpa-jumpa hook. Berselirat sangat. Hodoh gila! Ada satu brand tu alahaiiii cup B dia pun muat-muat ibu jari kaki aku je. Ada lagi satu brand tu bra dia macam nak tutup nipple je. Baik takyah pakai terus.
Bra apa cenggini?? Bra kuang hajar namanya.
Now dah bertahun-tahun aku pakai Scarlet. Aku tak nampak apa beza pun. Scarlet takde la cantik macam Audrey tapi sepadan la dengan harga dia yang RM10 tu pun. Of cos harga dia murah, Scarlet ni mana ada embroidery-embroidery. Semuanya plain. Kalau ada pun yang mahal harga RM25 je tu pun ada lace. Bra-bra mahal tu semua sebab fabric yang dia guna. Satin. Silk. Takde kena mengena dengan boleh menampung/membentuk tetek or not. As long as kau pakai saiz yang betul percayalah tetek kau takkan jatuh melainkan ada unsur-unsur tekanan luaran yang mengganggu tumbesarannya samada secara paksaan atau paksarela.
Aku penah beli bra Mark n Spenser harga RM170 sehelai (bukan sepasang) sebab promoter tu beria-ia melobi aku suruh rasa kain bra tu. Memang la best. Satin. Mau tak best? Raso sojukkkkk yo. Bila aku pikir-pikir balik, promoter tu takde pun emphasize-kan pada wire bra. Dia beria-ia suruh aku rasa fabric je. Rasa bangang jugak la beli bra mahal hanya disebabkan fabric dia best padahal tujuan beli wired bra tu sebab taknak bagi tetek terbuai-buai je. Sejak dari tu aku taknak dah beli bra mahal-mahal. Boleh la kalau ada yang nak beli. Mana yang suka bra ada sulam-sulam, kain satin, silakan lah beli. Bukan tak boleh beli. Belilah. Tapi aku taknak. Aku sangat berpuas hati dengan bra seploh hinggit ni.
Dulu aku beli kemain lagi bra berlace-lace konon seksi la. Padahal laki aku tak sempat nak tengok pun. Aku pakai siang, dia takde rumah. Malam sorry la aku nak pakai bra. Tak bernapas tetek aku.
Seb baik En Wan memberi sokongan padu agar aku beli je bra seploh ringgit ni. Lagipun dia cakap dia bukan nak tengok bra. Lalalala...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Vacancy

Jawatan Kosong/Job Vacancy
 
Sebuah syarikat penyelenggaraan menara telekomunikasi beroperasi di Subang Jaya, Selangor sedang mencari individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1 ) Eksekutif sumber manusia/pentadbiran
- Kelayakan ijazah/diploma/stpm.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Mahir menggunakan Microsoft Office dan email.

2) Kerani pentadbiran (2 kekosongan)
- Kelayakan diploma/stpm/spm.
- Mahir menggunakan Microsoft Office dan email.

3) Pembantu akaun.
- Kelayakan diploma/stpm/spm.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan.
 
Jika berminat, hantar resume/CV di alamat emel : syuhada_1806@yahoo.com.my
 
Tajuk emel : Jawatan Kosong : _______________
Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui emel di atas.
 
 
 
 
p/s : bukan company aku.

2012-04-14

Hutang

Dah naik muak pulak aku tengok puak-puak dalam FB yang menyokong PTPTN dihapuskan. Sangat seronok aku menremove orang-orang macam ni dalam list aku. Aku boleh tahan lagi orang berlagak. Tapi kalau orang yang dah la berlagak, bodoh pulak tu memang payah la aku nak ngaku member. Aku ni pun bukannya bijak sangat so kalau boleh jangan lah aku dapat tempias-tempias bodoh piang dari dorang pulak.
Jadi, brambosssssss.

Boleh bajet dah orang-orang camni gaya dia camana. Yang pastinya set-set ni bangsa nak senang dengan cara mudah. Tebiat-tebiat manusia yang selalu kena hentak dek ahlong-ahlong ni semua yang macam puak yang beria-ia nak hapuskan PTPTN ni la. Memang patut pun kalau kena hentak. Time pinjam, time sign agreement semua ok je. Dah dapat duit, duit pun dah selesai buat beli henfon, buat beli baju, pi shopping sana sini, ada yang siap melancong bagai, pastu taknak bayar. Lain kali kalau dah tau tak mampu bayar, jangan berhutang. Orang yang berhutang ni semua orang yang mampu bayar. Kalau semuanya kau nak free, len kali blajo biar pandai boleh dapat biasiswa. Ni dah la tak berapa nak pandai, berlagak pulak tu. Time dapat duit kemain lagi batak pi joli. Bila time bayar hutang terus labelkan PTPTN as PTPTipu la apa la. PTPTipu tu tak penah menipu. Kau je yang bangang tak pahamkan agreement.

Agak klaka la jugak bila kita nak berdemo berarak nak mansuhkan PTPTN hanya setelah kita kerjakan duit tu cukup-cukup. Time nak mohon bantuan takde pulak kau fikir if PTPTN tu cekik darah ke tak. Tetiba time nak membayor baru la masing-masing nak buat kajian segala. Setau aku PTPTN ni ada je skim convert. Kalau kau score kau dikecualikan pembayaran. Tapi tak salah aku berapa kerat je la orang kita yang dapat pengecualian ni. Bangsa lain berlumba-lumba aim nak convertkan pinjaman ke biasiswa, bangsa kita? Bangsa kita berlumba-lumba carik point untuk takyah bayar hutang. Taik apekah ini??

Aku bukan PTPTN. Aku dulu MARA. Tapi aku berjaya convertkan pinjaman kepada biasiswa (masa 1st degree). It's not an easy thing to do but possible! Just like pepatah melayu 'Nak seribu daya, kalau dah taknak tu memang banyak la cengkadak kan'. Masa korang nak mohon pinjaman, sanggup bersusah payah isi borang, mintak pengesahan sana sini, kumpul dokumen-dokumen segala semata-mata nak dapatkan pinjaman sebab semua gatal pantek nak masuk universiti. Bila semua dah bekerja, dah sedap pegang duit, orang beli henfon harga 3 ribu, dia pun nak. Orang lain dah keje baru nak buat harta, dia time blaja lagi dah sibuk nak beli motor. Orang melancong kau pun nak melancong. Orang lain bayar hutang, kau ngelat!

Kalau dah bijak sangat nak mansuhkan itu ini, apa kata kau pi berarak sekali depan bank pi mintak dorang mansuhkan loan-loan rumah, loan kereta semua. Baru puas hati.

Beb, hutang walau macamana pun kau kena bayar. Jangan nak putar belit fakta and hukum agama la. Dah kau berhutang tu kau bayar je la. Apa yang susah sangat. Hutang ni tak sesusah mana pun nak dibayar kalau kita jenis yang sedar diri. Tapi percayalah kebanyakkan yang beria-ia nak mansuhkan hutang ni ko tengok la gaya hidup dorang camana. Semua bangsa yang berlagak orang kaya. Padahal duit gaji masing-masing paras-paras hidung je tapi dia punya selera berbelanja ngalahkan orang yang gaji sebulan RM50K.

Manusia ni kalau dia betul banyak duit, dia tak kisah bayar hutang. Apetah lagi hutang PTPTN yang sebulan bayar celah gigi je. Yang selalu ngelat bayar hutang ni sebenarnya bukan berduit sangat pun tapi bergaya macam banyak duit sangat. Trust me, those yang mengelak bayar hutang ni spesis yang takde saving pun. Let alone nak ada saving kat Tabung Haji. Ingat ada ke orang yang plan nak pegi haji tapi dengan selambanya taknak settlekan hutang? Kalau masih berhutang lain citer, ini TAKNAK bayar hutang tapi plan nak pi haji??? Seriesly??

Orang macam ni macamana nak ada saving, duit dia memang habis kat berjoli je. Janji bergaya. Sebab tu bila kena bayar hutang PTPTN semua glabah. Apesal la korang takleh anggap bayar hutang pendidikan ni macam korang bayar hutang credit card, hutang rumah, hutang kereta. Apa bezanya?? Hutang jugak kan? Bila PTPTN blacklist nama korang, korang kata dia kejam. Sape sebenarnya yang kejam??

Aku pun penah je kena blacklist ngan MARA sebab tak bayar ikut jadual (loan MSc). Aku merempan-rempam kat blog tapi aku bayar jugak. Dah settle dah pun selepuk aku bayar. Sebab aku rasa takde point untuk aku salahkan MARA (selain dari sebab dorang tak hantar jadual pembayaran kat aku) sebab orang lain boleh je bayar apesal aku tak boleh kan? So sama je la ngan peminjam-peminjam lain. Apesal kau takleh bayar sedangkan orang lain boleh? Kalau nak salahkan orang lain gaji besar maka dorang boleh bayar, itu bukan salah PTPTN, tu salah kau.

Isu ni aku rasa sama je la macam kes bantuan rumah pertama tu. Bila tak dibantu, terhegeh-hegeh menyembah mintak dibantu. Dah dibantu, masing-masing macam barua banyak cengkadak nak itu nak ini. Yang pelik-pelik dimintaknya.

Those yang ngelat bayar hutang ni, aku percaya gaji dia takkan pernah cukup walau banyak mana sekalipun dorang earn every month. Macamana nak cukup kau masih ada 'sisa' yang belum diselesaikan. Orang yang bayar zakat pendapatan takkan lupa bayar hutang. Tapi orang yang tak bayar hutang kau rasa dia ada terfikir ke nak bayar zakat?



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2012-04-13

Sakit

Sape laki dia kat sini gila sangat dengan bola??

Adekah laki korang ada penyakit-penyakit macam ni :

1. Balik rumah terus bukak Channel Arena.
2. Lepas habis tengok berita terus bukak balik Channel Arena.
3. Hanya makan malam pukul 11malam sekiranya ada siaran lansung bola kat TV.
4. Kalau pasukan pilihan kalah terus tak makan sampai besok pagi.
5. Hari-hari bukak website bola.
6. Kalau pasukan pilihan kalah terus seminggu tak tengok TV.

Ada tak???

Kalau takde, bersyukurlah.
Suami anda masih sihat.

Tapi laki aku ni dah kronik.
Aku ada rasa macam nak bagi air jampi pun ada jugak kat En Wan ni.
Aku tak tau semenjak bila dia jadi terlampau gila bola sampaikan tengok bola Rayyan pun aku dah naik menyampah.

En Wan ni memang minat bola, in fact dia main bola masa kat sekolah and U. Masa kat ofis lama pun dia aktif dengan futsal. Tapi menjak-menjak kepala lutut makin longgar ni kemain menjadik-jadik pulak dia dengan bola. Agaknya nak main bola dah pancit, so dapat layan bola kat TV jadiklah. Tapi tak agak-agak. Sampai aku takde chan lansung nak tengok cerita aku. Dah la TV bawah bibik-bibik aku conquer tengok cerita dorang. Aku ni terpaksa la hadap iPAD. Tu pun kalau Redza tak pegang. Kalau semuanya dah di-booked, aku ni hadap lah Blackberry tot tet tot tet layan FB. Ni pun skarang Rayyan dah pandai terkam henfon aku. Aku bagi henfon-henfon lama aku kat dia, oh pandaiiii. Memilih. Nak BB gak. Lama-lama sok aku ni melopong tak tau nak buat apa. Duduk la aku sorang-sorang terkuis-kuis.

En Wan punya tahap gila bola, sampai semua ciri-ciri yang aku list kat atas tu semua dia ada.

 
Sms aku and En Wan Sabtu lepas



Sabtu lepas kan ada game Tganu lawan Selangor kan?
Actually masa tu kitorang tengah short holiday, takde la jauh mana. Kat Sepang tu je.
Masuk-masuk je room dia check dulu ada tak channel bola.
Bila tengok takde, terus decide malam tu nak pi stadium. Kau tak hangin??????
Padahal kita tengah bercuti, susah-payah aku book hotel siap tempah spa segala tetiba dia nak pi tengok bola kat stadium. Gila berbulu aku atas bawah.

Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kalah.
Pahadan muhuka hengkau!!
Aku malam tu dok layan FB. Memang sedap la aku bahankan En Wan bila tengok budak-budak ni update keputusan kat newsfeed.
Dengan senang hatinya aku tunggu dia balik sebab nak nyanyi-nyanyi lagu negeri Selangor kat dia.
Bukan selalu aku dapat berlagak macam ni wei.
Selalunya kerek gila kata Tganu menang. Sesekali negeri aku pulak menang memang aku tak kasik kau chan. Dah la kau punahkan impian aku nak berspa-spa  berjakuzi segala kan? Hambikkk!

Esoknya tu Ahad, selalunya kitorang beli 2 paper.
Hari tu dia tak beli lansung!!
Dia kata seminggu taknak beli paper and taknak tengok Arena.
Time berita sukan pun dia tukar channel lain.
Gila ke apa dia ni???


Tapi best jugak la sebab seminggu ni kul 9.30 je dia dah tido.
Sebab taknak tengok Arena kan, so silakan lah tido.
Biar aku punyakan TV ni.

Tapi nasib baik last week tu kitorang tengah bercuti. So takde la dia nak merempan macam selalu.
Kalau la hari tu kitorang kat rumah, aku rasa mau berlapar aku malam tu.
Selalunya Sabtu memang kitorang makan kat luar.
So sejak bola sibuk nak main hari Sabtu ni aku ada sikit cuak.
Kot la tetiba pasukan dia kalah malam tu, memang aku jawabnya masak meggi je la.

Kepada kaun Hawa yang suami-suaminya belum sampai ke tahap penyakit macam laki aku, bersyukurlah.
Kepada yang suaminya seperti laki aku, bertabahlah!



Yang pakai BB (ladies), ada tak application ni?
Kalau belum ada, sila ada kan dengan kadar segera sebab sangat best.
Untuk yang selalu lupa bila tarikh period, elokla pakai application ni.

Kalau korang masih plan nak ada anak, boleh click button CONCEIVE sebab dia akan bagi guide hari apa korang patut conceive untuk dapatkan anak laki and anak perempuan (ikut kaedah saintifik). Macam aku dah memang taknak anak lagi, so aku click button AVOID PREGNANCY. Jadi sebab tu dengan semua tarikh-tarikh yang berkaler ijo tu dia ketakkan tanda "NO ENTRY" sebab itu zon-zon subur. Yang tarikh kaler merah tu semua adelah laluan bendera Jepun.

Tapi this month aku datang period lambat gila.
Patutnya 4, tapi datang 7. Tu pun lepas kena urut kat spa.
Tapi alahai....sejemput je.
Pastu dah takde dah.
Esoknya lepas Asar, dia datang balik.
Pastu esok takde dah.
Ntah apa2. Sampai skarang macam tu.
Kebengongan apekah ini pun aku tak tau. Nak menopos ke apa?

2012-04-12

Puteri

Dari kecik aku suka sangat tengok majlis yang ada sangkut-paut dengan raja-raja. Biasa la kan zaman budak-budak dulu banyak sangat tengok cerita melayu lama like Raden Mas, Bawang Putih Bawang Merah, Dandan Setia, Dayang Senandung yang semuanya set-set dapat kawen dengan anak raja, so aku pun sama naik la berangan kot-kot la ada anak raja yang teringin dengan muka aku ni. Standard la tu kan, perempuan kalau muka berkeladak time berangan je mesti nak yang best-best.

Seingat aku, majlis anak raja yang aku ingat sampai skarang adelah wedding Tengku Mahkota Pahang dengan Tengku Azizah. Masa tu aku rasa alahai bestnya dapat kawen dengan anak raja. Dah la wedding sah-sah grand. Pastu takde de kau takat jadi raja sehari. Berhari-hari pun boleh nak jadi raja. Majlis pertabalan Agong antara yang aku mesti takkan lepaskan peluang untuk tengok. Bukan aku nak tengok Agongnya, tapi aku nak tengok permaisuri-permasurinya. Walaupun dorang dah berusia tapi kalau dah kata nama orang berduit tu, apa je la dia pakai konfem cantik!

Semalam masa pertabalan Agong antara yang cantik is Sultanah Pahang.
Gila gojes!!!!!!
Seriesly ternganga mulut aku tengok Sultanah Pahang. Series lawa.
Tapi aku takde gamba dia. Nak tengok kalu, pi google. Tak salah semalam Sultanah Pahang pakai baju songket putih.

Tapi kan aku jarang tengok puteri-puteri raja kat Malaysia ni.
Ada ke takde eh?
Macam takde je.
Sama macam princess-princess yang luar negara.
Mana meruyup aku tak tau.
Balik-balik prince mesti kawen dengan rakyat jelata.

Sama la macam cerita melayu dulu-dulu.
Anak raja mesti nak kena kawen dengan orang kebanyakkan.
Tak penah la nak kawen dengan puteri raja.
Disebabkan terdedah dengan cerita dongeng macam ni lah maka ramai rakyat jelata yang gedik-gedik berangan nak kawen dengan kerabat. Termasuklah aku.
Asalkan nama laki tu ada Tengku, masing-masing gelupur pi kejar.
Kot ye Tengku sebenar-benar Tengku.
Kalau dapat Tengkurak?

En Wan dulu masa awal-awak kawen dengan aku dia baru tau aku suka sangat tengok puteri-puteri raja.
Bila aku cakap aku dari kecik berangan nak jadi puteri, dapat kawen dengan anak raja terus dia bagi statement "Eh, keturunan WAN ni pun sebenarnya keturunan bangsawan tau!"
Dan-dan kau nak ngaku kau pun kerabat raja.
Tuiiiiiiiii.



 Princess Grace

Owhhh. Ni adelah puteri palingggggggggggggggg cantik di mata aku. Even kalau dibandingkan gambar ni dengan puteri-puteri lain yang seusia dengan sewaktu gamba ni diambik, still Princess Grace menang lagi. Memang selayaknya orang cantik macam ni bukan jadi pelakon tapi puteri.


 Queen Rania

Alololo comelllll. Mata bersinar-sinar macam mata katun Jepun. Kalau orang sebarang-sebarang dapat bini cantik macam ni aku rasa mau berenti keje jadi bodyguard bini sendiri. Sebab tu la orang cantik-cantik macam ni konfem dapat kat anak raja. Rakyat jelata boleh la sambung berangan saje.



 Princess Diana

Sape tak kenal Princess Diana aka Lady Di aku sumpah badan dia tumbuh babat lapan kilo.
Aku rasa masa kecik-kecik dulu ada movie lakonan semula (or was it memang siaran lansung wedding dia) kat TV and masa tu aku ter-tengok. Maka bermulalah impian aku nak kawen atas kereta kuda pulak. Rasa macam best gila naik kereta pusing town sambil lambai-lambai "Hello".."Hi..".."Thank you, thank you!"
Sejak dari hari tu la, everytime cikgu pendidikan seni kata "Ok hari ni tajuk lukisan BEBAS" aku mesti akan lukis gamba orang kawen. Tak main la pakai tanjak-tanjak ni. Mesti pakat coat. Pastu bride kalau veil tak berjela tu namanya pengantin tak siap. Mesti kena berjela! Aku rasa sampai skarang belum ada bride dalam dunia boleh lawan wedding dress Lady Di.



 Princess Masako

Masa dia kawen pun aku tengok. Tapi tak berkenan tang wedding pakai kimono tu. Scary. Tapi dah adat dorang kan, kita nak kata apa. Dorang tengok kita pakai cucuk sanggul bertempek-tempek inai pun rasa ngeri agaknya. Tapi Princess Masako ni sweet sangat. Aku rasa dia ni jelmaan Lady Di Asia.



 
 Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah

Semalam pun Pengiran Anak Sarah datang. Sweet! Tapi kamera tak zoom dekat-dekat but boleh tau la yang tu dia sebab dia yang paling muda antara permaisuri-permaisuri kat dalam bilik tu. Pakai baju hijau kot semalam.



Tu antara puteri-puteri (tak kisah la ada noble blood ke tak) yang selalu jadi perhatian aku. Sebab cantik gila!!! Tapi bila tenung-tenung puteri-puteri omputih ni, aku rasa still takleh celen permaisuri kita. Tetiba patriotik ala-ala Zed Zaidi pulak aku ni.

Tapi tu la, aku tak berapa nak kenal mana puteri kat Malaysia ni.
Bagus betul puteri-puteri Malaysia ni, semua dijaga rapi sampai aku tak kenal mana satu puteri. Tau-tau sok kawen je. Sorang permaisuri yang dari mula aku kenal dia sampai now, memang takkan jemu memandang. Even dah berusia, dia tetap cantik. Semalam, time Buletin Utama kamera ada ambik gambar dia kejap. Ya Allah, kenapa la cantik sangattttttttt. Aku rasa permaisuri ni palinggggggggggggggggggggggggggg cantik.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sultanah Johor, Y.A.M. Raja Zarith Sofea

Muka Sultanah Johor sangat prominent kan?
Macam semuanya jelas and tajam menikam.
Like kalau kau cover muka dia tinggalkan mata je pun kau boleh tau dia cantik.
Kalau kau tutup muka dia and tinggalkan hidung je pun kita tau dia cantik.

Tapi sape tak tengok Sultanah Johor semalam memang rugi. Cantik.
Cepat pegi google.