2024-09-30

Selamat berpisah dari anak-anak


Rupanya last week student start mendaftar Uni, ya? Semalam banyak update mak bapak hantar anak masuk UiTM. Tahniahlah semua, ya. Selamat berpisah dari anak-anak. Aku dah 2 minggu melayan emosi. Korang start hari ni, kan? Mbhahahahaha.

Ni aku nak komen sikit some people yang komen pada post-post kawan-kawan yang sedih, sebak dan berpeluk-pelukan menangis masa hantar anak masuk Uni. 

"Oh Melaka. Dekat je. Silap-silap hujung minggu depan balik"

"Dekat je, seminggu sekali boleh pi tengok"

"Takpe Kak, tiket bas banyak. 4 jam sampailah rumah"


Hello?? Bila mak bapak berpisah dengan anak, bukan jauh atau dekat yang jadi isu. Isunya adalah melepaskan anak duduk jauh. Luar dari rumah. Jauh dari pandangan mata. 

Ramai yang tak faham emosi sebenar mak bapak. Tak faham maksud sebenar perpisahan antara parents dengan anak. Perpisahan ni bukan soal jarak, tapi soal perasaan. Walaupun anak belajar hanya beberapa jam perjalanan dari rumah, the reality is that they have started living independently, without the daily care of their parents. Anak-anak yang dulu sentiasa di rumah, tiba-tiba tak ada di depan mata. Kau rasa apa perasaan mak bapak tu? Dah takde lagi bunyi bising kelentung kelentang kat dapur. Takde lagi sembang-sembang masa dinner. Takde lagi yang whatsapp "Ma, malam nanti nak pakai kereta boleh. Nak main volley" Kehidupan berubah. And even though it's temporary, the change has a big impact on parents.

Bukan mak bapak tak happy anak masuk Uni, further studies, tapi ada perasaan sedih yang terpendam because that means they have to let their child step into a new world, full of challenges and responsibilities. Anak tu tak lagi duduk serumah, tak lagi sama-sama makan malam, atau tak ada lagi nak minta itu ini macam biasa. Perpisahan tu bukan sekadar fizikal, tapi juga emosional. So bila ada orang cakap “Dekat je, boleh balik selalu,” dorang lupa that time won’t be the same anymore. Walaupun anak balik hujung minggu, rutin harian yang sebelum ini membentuk keluarga dah berubah. Anak dah mula berdikari. Lama kelamaan anak semakin kurang bergantung pada parents kerana lebih banyak habiskan masa pada kawan. Sila-silap jadi macam En Wan. 5 tahun kat Jepun, elok je grad, balik Malaysia tak dan sebulan terus kawen. Dahhhhh duduk dengan bini pulekkk. Eh seram pulak aku membayangkan.

Lagi satu, janganlah guna modal "Alah dekat je pun.." as if kena duduk different benua baru boleh bersedih. Abis tu kalau belajar lain negeri tak valid ke nak bersedih? 

Masa Redza masuk Langkawi dulu, En Wan menangis. Agak besar impak pada En Wan ketika tu. Maunya tak, dari Redza lahir sampai umur 12 tahun, dorang belajar sama, lepak mamak sama, tengok bola kat stadium sama, makan sama. Bayangkan dari Redza umur 3 tahun dah rutin budak study setiap malam dengan dia, pegi sekolah dengan dia, sampailah ke umur 12 tahun. Tup-tup anak masuk asrama, rutin bapaknya berubah. Boleh imagine tak emosi En Wan? Padahal Langkawi je pun. Orang kata setiap minggu pun boleh naik, bukannya jauh sangat.

Masa tu, aku terpaksa jadi strong sebab bapaknya lembik. Belum lagi yang kat rumah. Si Rayyan every day menangis "Adik nak abang. Adik nak abang". Suruh aku pindah Langkawi lah. Beli rumah kat Langkawi lah. Aku terpaksa pendam air mata and berlagak macam ok, padahal aku pun sedih time ni. Tapi disebabkan En Wan over nau sedihnya, aku beralah. So jangan ingat walau anak belahar dekat, dalam negara, mak bapak tak boleh sedih. Kau tak tahu betapa rapatnya dorang anak-beranak. Nak membiasakan diri dengan rutin yang baru selepas anak takde, sangat susah. Aku tengah alami sekarang.

Walaupun Redza dulu 5 tahun di Langkawi, kemudian 2 tahun di KMB, aku ingatkan aku ok. Sebab dah biasa anak jauh. Tapi this time it hits different. Especially sejak Redza ada di rumah selepas raya puasa hari tu, sampailah 2 minggu lepas dia fly, aku dah terbiasa dia di rumah. Hari pertama dia takde hari tu, pintu bilik dia terbuka pun dah buat airmata aku meleleh. Masa Rayyan kat STAR dulu pun sama. Padahal Ipoh je. Masuk bilik dia aku melalak. Terpandangkan mug yang dia selalu guna, melalak lagi. Tengok susu Goodday Full Cream pun boleh termenangis (his everyday drink). Terpandangkan tongkat dia, lagilah mengongoi-ngongoi aku menangis.

Ni dah 2 minggu Redza takde, emosi aku masih belum sepenuhnya stabil. But slowly ok, better than Day 1. Cuma kadang-kadang terkehel. Terpandang sotong, mulalah airmata ni nak keluar. Terpandangkan shiitake mushroom, teringat sup mushroom yang dia suka. Tengok mushroom pun boleh sedih. Memang lambertttt lagi kau nak tengok aku buat sup tu.


2024-09-29

Dari 5.8 mmol ke 4.9 mmol.

Another testimoni for Nutrijuice. Dari 5.8 mmol ke 4.9 mmol. Tahap normal total kolesterol adalah 5.2 mmol dah ke bawah. Lebih dari itu, dianggap tinggi kolesterol. However, selain total kolesterol, korang kena tengok tahap triglycerides juga. Some people, total kolesterol normal, tapi triglycerides dah sipi-sipi nak cecah 1.7. Ini bahaya.

Triglycerides ni sejenis lemak yang ada dalam darah. Bila kita makan lebih kalori dari yang badan perlu, lebihan tu akan disimpan sebagai triglycerides. Kalau tahap triglycerides tinggi, arteri berisiko untuk tersumbat. Bila tersumbat, maka risiko serangan jantung pun tinggi. So, even total kolesterol normal, kalau triglycerides tinggi, itu warning sign yang badan dah mula kumpul lemak berlebihan.

Another thing yang orang mungkin tak tahu, triglyceride yang tinggi adalah tanda awal kencing manis. Triglycerides yang terlalu tinggi menyebabkan rintangan insulin. Badan tak dapat guna insulin untuk kawal paras gula dalam darah. Bila badan dah mula rintang pada insulin, gula dalam darah mula meningkat, dan ini membawa kepada pra-diabetes. Eventually akan jadi diabetis. So, kalau korang sekarang dah di tahap pre-diabetis, cepat-cepat turunkan triglyceride.

Hari tu ada orang tanya total kolesterol dia normal, tapi triglyceride tinggi. Kalau ambil Nutrijuice boleh ke?

Ya, boleh. Memang itulah fungsi Nutrijuice pun. However, memandangkan total kolesterol normal dan hanya triglyceride tinggi, korang kena buat lebih dari sekadar ambil Nutrijuice. Sebab triglyceride ni petanda badan korang ada lebihan lemak. That's why aku cakap kalau badan susah sangat nak kurus, pegi check kolesterol. Boleh jadi triglyceride culpritnya. So at the same time, kena turunkan berat badan. Setiap kilogram berat yang hilang boleh bagi kesan positif pada tahap lemak dalam darah (triglyceride).

Tu pasal dulu kita ada buat Basic Value Pack. Dalam tu ada Nutrijuice and GC Plus. Ini kombo untuk weight loss. Sekaligus turunkan kolesterol and bodyfat. Tapi pakej ni dah takde. However boleh je beli asing-asing. Ni tengah anniversary sale, bolehlah beli. Save banyak. Kalau beli, jangan beli sebotol je. Dah alang-alang ada sale, beli sekali banyak. Itulah tujuannya sale. Kalau setakat beli 1-2 botol, takkan dapat turunkan kolesterol dengan cepat. Semau bergantung pada reading kolesterol sekarang. Kalau tinggi bacaannya, lebih lama nak turunkan. Roughly aku boleh cakap, try konsisten selama 6 bulan dulu. Selepas 6 bulan pegi check kolesterol lagi, insyallah memang turun.

Yang ada diabetis, boleh je ambil Nutrijuice. No problem. Dah tested pada patient kencing manis, takde kenaikan sugar pun. Kita guna stevia dalam tu. Yang takde masalah berat badan tapi nak ada masalah kolesterol, aku suggest ambil Nutrijuice and Maaltyd together. Sebab Maaltyd rich in fiber. Sebab fiber helps ikat kolesterol dan keluarkannya dari badan.


2024-09-28

Gloei boleh tak hilangkan lenguh and sakit lutut?

Semalam FB memories tunjuk history post tahun 2021. Testimoni pengguna Gloei & Cleansing Gel. Dulu, sesekali kita ada keluarkan pakej Gloei & Cleansing Gel. Ini pakej seasonal sahaja. Sebab Gloei & Cleansing Gel sama-sama untuk skin health. Satu makan, satu lagi apply pada kulit. A good combo.

Bila nampak balik testimoni rasa happy sangat. Bukan apa, terbayang-bayang aku bertekak dengan En Wan masa nak buat Gloei. En Wan tak yakin dengan formula aku sebab dia kata idea aku menongkah arus. Selalunya suplemen untuk skin orang masukkan kolagen haiwan, tapi aku taknak masukkan. So En Wan kata aku ni macam typical researcher yang syok sendiri yang suka keluarkan new idea, pastu menang award sana sini, tapi produk takleh jual. Kau tahulah laki aku tu kan kaki kondem. Kaw-kaw dia kondem idea aku. Bladihel.

Gloei ni antara produk GreenAard yang lama buat testing. Sebab kulit aku tak bermasalah sangat. Aku memang takde jerawat. Susah nak tengok perubahan pada kulit. Jadi, bila testing ke atas diri sendiri, aku fokuskan pada kesan pada stamina, kesan pada penghadaman, dan kesan pada tumit. Sebab tumit kita semua kalau tak merekah pun, mesti keras kulitnya, betul tak? After a few months try Gloei with some changes here and there, alhamdulillah, takde cirit-birit, warna kencing and stool ok, takde rasa letih atau mengantuk dan slowly tumit lebih merah.

Bila sesekali pengguna sudi share testimoni bergambar macam ni, rasa happy dan syukur sangat. Macam nak tepek testimoni ni kat dahi En Wan pun ada. Kahkahkahkah. Geram aku tau. Mengkondem aku je kerjanya. Tapi maybe itulah fungsi dia dalam hidup aku. Dia kaki kondem so that aku akan pastikan formula aku memberi manfaat. Actually masa aku submit formula kat kilang, team kilang suggest untuk tambah kolagen haiwan. Dorang cakap kalau tak tambah kolagen takut nanti kesannya lambat nampak. Aku refuse. Aku yakin kolagen badan sendiri lebih baik sebab hanya badan kita saja tahu tahap optimum penghasilan kolagen. Badan akan hasilkan kolagen sesuai dengan keperluannya. Kalau pakai kolagen haiwan, ada possibility supply melebihi demand dan akhirnya akan diflush out dari badan.

Alhmdulillah, dah 6 tahun Gloei dalam senarai produk GreenAard. Masih kekal sampai sekarang. Pengguna semakin lama semakin ramai. Cuma tu lah, MAHAL. Yang ni aku tak boleh nak ubah. Kalau boleh pun, aku usaha untuk maintainkan harga. Setakat ni, harga masih RM139 sebotol selama 6 tahun, takde perubahan selling price walaupun harga kos sepanjang 6 tahun ni dah meningkat RM14 dari harga asal. Sis cuba ya untuk maintain. Doakan sis.

Kepada yang belum faham kenapa harganya mahal, memang akan fokus ada harga. Tapi insyallah bila nampak kesan pada kulit, mungkin soal harga dah jadi nombor dua. Lagi satu orang tanya kenapa sachet kecil sangat, 2.5 gram. Kenapa tak buat 10 atau 15 gram. Ok gini, ya. Ada sebab kenapa sachet Gloei kecil. Kat dalam tu ada ekstrak Roman Chamomile. Roman Chamomile sangat powerful pada skin dan TAK BOLEH melebihi dos tertentu. Zaman-zaman Cleopatra dulu, dorang guna Roman Chamomile untuk treat skin problems yang severe macam bisul, dermatitis, insect bites, dan dysmenorhea. Bukan untuk treat masalah kulit manja-manja macam jerawat nasi ni semua. Sebab itu kita tak letak banyak. Kebanyakan produk yang ada kolagen haiwan memang sachetnya besar-besar sebab dia banyak letakkan pergantungan produk tu pada kolagen haiwan.

Aku tak nak guna kolagen haiwan bukan kerana tak bagus, tapi bukan semua badan manusia boleh terima jumlah protein (kolagen) yang sama. Kolagen yang ada dalam badan kita TAKKAN bertambah once dah dah berkurangan. Maka, salah satu cara untuk tambah kolagen adalah dengan ambil supplement berkolagen. Tak ada yang salah pun kalau korang nak ambil produk yang ada kolagen haiwan. Bentuk tablet atau powder, semuanya boleh. Cuma my concern is, bukan semua orang serasi dengan kolagen haiwan. Ada yang sensitif - jadi diarrhea, naik ruam, pening kepala, etc. Jadi, untuk kurangkan alergi ni, aku buang kolagen haiwan. Atas sebab itulah Gloei gunakan konsep 'stimulate own collagen'. Bila kolagen dari badan sendiri yang di-produced, itu lebih baik sebab sah-sah badan badan tahu keperluan kolagen yang ia perlukan. Lagipun, mustahil ada badan yang alergi dengan kolagen badan sendiri, kan?

Ada yang tanya "Gloei boleh tak hilangkan lenguh and sakit lutut?"

Aku tak berapa suka produce one-for-all product. Aku suka specifickan fungsi setiap produk. Produk ini untuk A. Produk tu untuk B. Sebab setiap bahan-bahan yang dimasukkan dalam setiap produk, 80% bertujuan untuk menjalankan fungsi yang khusus. Lagi 20% adalah kesan-kesan bonus yang korang bakal dapat. Contohnya, Gloei khas untuk skin glowing. 80% bahan-bahan yang digunakan tujuannya untuk stimulate kolagen. Tetapi kolagen juga adalah sejenis protein yang tempatnya ada dalam otot, tulang, kulit, saluran darah, sistem pencernaan dan tendon. Maka bila badan start produce it's own kolagen, secara tak lansung membantu menjadi "gam" yang memegang sendi dan tendon. Maka sebagai bonusnya, bila makan Gloei, terasa lutut lebih kuat, tak sakit-sakit lagi. However, itu kesan bonus tau. Jangan pula beli Gloei untuk hilangkan sakit lutut. Salah faham dah tu.

By the way, HARI NI LAST untuk collect voucher. Siapa beli GreenAard bulan September, akan dapat voucher. Setiap RM10 yang korang spend, akan dapat RM1 voucher. Kalau beli sebotol Gloei bulan ni, RM127 (sebab harga aniversary sale), korang bakal dapat RM12 voucher. Bulan depan boleh guna voucher ni untuk beli sebotol lagi Gloei, jika mahu. Dari harga RM139, korang boleh beli dengan harga RM127 lagi sekali. Boleh whatsapp nombor di bawah ok?


2024-09-27

Bila bekerja dengan ahli keluarga, ada banyak hal yang kita terpaksa tutup sebelah mata kerana banyak hati nak dijaga.


Semalam layan bersembang kat whatsapp ngan sorang reader/blogger. Dia buat bisnes juga. Now tengah ada masalah pengurusan company sebab 3/4 staff adalah keluarga sendiri -- adik-beradik dan cousin. Senyum aku baca. Kerana sesungguhnya, inilah perkara pertama aku elakkan dari awal bukak company. No family allowed. Payah.

Bila bekerja dengan ahli keluarga, ada banyak hal yang kita terpaksa tutup sebelah mata kerana banyak hati nak dijaga. Terlampau banyak yang kena ditolak-ansurkan sebab "KITA KAN FAMILY". Ujung-ujung kau bos, kau yang buat rules, tapi kau je yang ikut rules tu. Ujung-ujung penat. Penat nak melayan karenah keluarga dalam company.

Orang bisnes bukan sahaja kena cekal. Kena tabah. Tak mudah giveup. Dan paling penting, kering hati. Kalau rasa-rasa tak mampu nak kering hati, jangan ambil keluarga masuk dalam company, tak kira sekecil mana company tu. Inilah sebenarnya perkara yang awal-awal kena fikir sebelum run bisnes.

Aku pernah blog about this dulu. Share-partner dan dengan siapa kita bekerja adalah sangat penting. Kerana kita habiskan banyak masa bersama-sama pekerja. Selain dari memastikan pekerja boleh diharap, dia juga mestilah tak menyakitkan hati. Sebab melayan perangai manusia adalah perkara paling memenatkan. Dapat pulak sedara-mara yang mengambil kesempatan, suka-suka dia nak datang, nak balik, nak cuti, nak MC. Parah.

Sebagai pekerja, kita kena tahu yang kita dibayar untuk buat kerja. Kita bukan dibayar sebab company tu bapak kita punya. Kau anak CEO Megah Holdings? Yes, masih perlu bekerja supaya syarikat terus hidup. Bukannya buat kerja sambil lewa macam duit syarikat tu kau punya sorang.

Jangan salah faham. Bukan tak boleh ambil ahli keluarga bekerja dalam company kita. Boleh je, cuma orangnya mestilah someone yang kita percaya. Percaya buat kerja, percaya bertanggungjawab, percaya amanah. Sebenarnya lebih bagus kalau dapat bekerja dengan keluarga sendiri. At least masalah trust tu dah boleh tolak tepi. Sebab secara lojik, lebih susah nak trust orang luar. Lega sikit kalau boleh letakkan trust pada keluarga sendiri. However, keluarga pun berpotensi datangkan masalah yang lebih besar. Nak-nak lagi bila bersangkut-paut dengan duit, masalah akan timbul.

This follower cakap, yang bekerja dengan dia adalah di kalangan adik-beradik. Gaji jalan. But at the same time adik-adik nak jadi agen dia. Yang tak best tu, gi jual pada customer company. Maknanya dia pakai customer database company. Apo?? Patutnya bila jadi agen, kau carilah customer sendiri. Customer company is company punya. Amboii senangnya nak buat duit. Ambil stok bayar installment, tak macam agen lain bayar lumpsum. Dah tu pakai customer database company. Tu bukan sell namanya, dik. Tu namanya kutip order.

Macamana company nak untung kalau kau jadi competitor? Patutnya menjadi agen menambahkan pendapatan company. Agen cari customer yang company tak boleh capai. Itu tujuan hire agen. Dah kalau kau agen tapi kau jual kat customer company, mana nak berkembangnya pendapatan syarikat. Dahlah margin keuntungan berkurang sebab bagi kau harga agen, pastu kau lenjan customer dorang. Dahlah gaji bulan-bulan tetap jalan. Eh pelik.

Dia kata pernah tegur adik-adik, hasilnya, sentap. Tambah lagi mak bapak masuk campur.

"Kau ni dengan adik-adik pun nak berkira!"

Ingat tak hari tu aku ada buat post pasal faraid? Kisah arwah suami letakkan penama KWSP nama mak, bukan nama isteri? Aku tulis "Kalau maknya jadi pentadbir, risiko pertikaian antara isteri dan keluarga suami lebih tinggi. Sebab kepentingan ibu berbeza daripada keperluan isteri dan anak-anak".

Serupalah tu. Kepentingan mak bapak berbeza dengan keperluan syarikat. Sebab mak bapak tak duduk dalam syarikat jadi dorang tak nampak senario sebenar. Mak bapak aku pun gitu juga. Rajin Mak Aji bertanya pasal bisnes, tapi aku malas jawab. Bukan apa, mak bapak kita punya imaginasi tentang bisnes tu adalah UNTUNG UNTUNG UNTUNG UNTUNG UNTUNG. Dia membayangkan anak dia banyak nau duit. 

Itulah yang jadi pada follower yang mengadu hal ni. Mak bapak ingatkan dia banyak duit semata-mata kerana dia ada syarikat sendiri dan mampu menggajikan pekerja. Segala benda mak minta tolak-ansur dengan adik-adik. Sorry girl but I must tell you. Itulah yang membezakan awak dengan adik-adik. Sebab tu awak berjaya, adik-adik tak. Sebab adik-adik suka ambil kesempatan dan takde drive macam awak. Kalau kerja dengan majikan lain, mau seminggu je tahan.

Inilah sebenarnya masalah dihadapi bila bawa keluarga masuk dalam bisnes. BLURRED BOUNDARIES omputih kata. Susah nak bezakan hubungan peribadi dengan peranan profesional. Akhirnya tanggungjawab tak jelas. Nak buat keputusan pun payah kerana ada mainan emosi yang berlebihan. Ujung-hujung bisnes kau dah macam khidmat masyarakat. Buat bisnes untuk bagi orang lain untung. Yang kau macam nak menggila carik sale supaya terus dapat "tolong" lebih ramai orang.

Sikit masa dulu, bila mak mertua atau Mak Aji bercerita pasal sedara tu takde kerja, sedara ni menganggur, aku diam kan diri je. Takde de aku nak offer kerja dalam company aku. Bukan berlagak. Just malas nak sesakkan kepala di kendian hari.

Bukan senang ya nak bagi arahan pada kaum keluarga. Some people tak tahu beza waktu berkerja dengan waktu tak berkerja. Masuk kerja ikut suka. Rehat ikut suka. Time kerja nak keluar pi bank lah, pi bayar bil letrik lah. Suruh ambil cuti tak nak. Kita yang bos pun sampai lagi awal balik lagi lambat dari dia.

Kadang tu nak mintak stay back pun takut. Kita yang bos ni takut nak minta dia stay back. Padahal terang-terang kerja tak siap. Karang dia bagitau mak bapak dia yang kita suruh stayback. Pastu mak bapak dia call mak bapak kita mengadu hal kenapa sesama cousin takde tolak-ansur. Eh malas aku. 

Kalau boleh elakkanlah ambil sedara-mara berlonggok dalam company. Kalau jadi apa-apa hal kat kampung, kita dan dia konfem sama-sama kena balik kampung. Dah kalau dalam opis tu penuh dengan keluarga saja, bila jadi hal kat kampung, satu opis pun balik kampung? Dah tu ofis tutup?

Sometimes mudah untuk orang lain bercakap "Nama je ada bisnes, tapi tak nak ambik sedara sendiri bekerja. Taknak tolong adik-beradik".

Eh sukati akulah.

To me, nak tolong orang ada banyak cara. Kalau kau ank aku tolong kau, meh jadi agen produk aku. Tak pun jadi dropshipper. Jadi affiliate. Jadi streamer. Tak perlu datang ofis pun. Makan komisyen. Kau rasa??

Percayalah cakap aku. Berapa kerat je yang nak ambik offer ni. Semua taknak. Semua nak kerja senang. Nak kerja tak stress. Tapi nak duit masuk banyak. Kau kalau pemalas, tak payah nak sembang sedara tak nak tolong sedara. Takyah mengaku sedara pun takde. Menyampah aku.

Aku ni kalau boleh, dalam company ni nak penuhkan dengan keluarga. Tapi bila pikir-pikir balik, susah. Sebab kalau dorang sentap ngan kita sorang je takpe. Ni karang tak pasal-pasal laki bini dorang ikut sentap dengan kita. Dahlah kita sefamili. Kalau dah 7 lapis keturunan sentap dengan aku karang, macamana kita nak berjumpa dalam satu rumah time raya nanti?

Eh, dah lah. Aku lagi rela dituduh "Nak senang sorang-sorang" daripada kepala aku serabut kendian hari. Yang penting, kita tau apa kita buat. Keluarga tahu kita tolong dorang dalam cara yang lain. Itu dah memadai. Lain-lain hal mohon benarkan aku buat-buat pekak.


2024-09-26

Adakah lelaki dengan lelaki tak biasa berkongsi masalah rumah tangga hinggakan it has to be another woman?


Kes Fazura-Fatah rupanya dah masuk mahkamah, ya? Aku ingatkan tak jadi cerai sebab macam senyap takde kecoh apa-apa. Tup tup semalam bersepah lalu kat IG aku pasal ni. Kesian pulak. Macam kena aniaya pun ada dorang berdua ni.

Ada satu komen tu menarik perhatian aku. Dia kata "Aku tak percaya Fatah curang sebab dia ni jujur orangnya. Berlakon pun kayu, mana pandai menipu orang macam ni" Binawe. Dalam pada kau menyokong, kau libas juga eh? 

Then dia sambung "Rasanya Fatah cuma bercerita pada hijab stylist Fazura tentang masalah dorang memandangkan hijab stylist is close friend. Mungkin Fazura dapat tahu dan kecewa. Bukannya Fatah curang". Hmmm make sense juga. Sebab Fazura tak kata pun suaminya curang, kan?

Aku tak katalah Fatah mengadu hal rumah tangga kat kawan. But to me, bercerita masalah rumah tangga pada kawan yang kita percaya, that's normal. Every spouse, at some point, needs an outlet. Life is not perfect, and neither is marriage. Ada kalanya segalanya terasa terlalu berat untuk dipikul sendiri. Wajar untuk cari someone yang boleh offer fresh perspective atau pinjamkan telinga untuk mendengar. Aku pun ada kawan-kawan yang selesa untuk bercakap pasal masalah-masalah yang mungkin kita tak selesa nak berbincang dengan keluarga sendiri. This is normal.

Tak pasti kalau lelaki macamana. Adakah lelaki dengan lelaki tak biasa berkongsi masalah rumah tangga hinggakan it has to be another woman? 

Kitorang perempuan dengan perempuan biasa berkongsi cerita-cerita. Sebab tu kitorang perlu ME TIME untuk healing. Nanti balik rumah, fresh. How about lelaki? Korang kalau ada masalah memang pendam ke? Rasa tak macho bila bercerita masalah, gitu? Nak orang nampak korang sentiasa gagah dan cool? 

No, we are not being insecure or jealous kalau suami bercerita masalah dengan kawan perempuan lain. It’s about the respect and trust that should exist between us (husband and wife).

Memang betul, ada logiknya bila lelaki minta pandangan kawan perempuan tentang masalah rumah tangga. Mungkin pandangan dari seorang perempuan lebih tepat, sebab hanya perempuan saja boleh memahami perasaan dan perspektif perempuan lain. Perempuan lebih memahami emosi, keperluan, dan cara berfikir perempuan lain, and this can give men a different and possibly more accurate perspective. However, there are some important things to consider.

Yang pertama, even though women might have a better understanding, masalah boleh timbul bila suami kongsi hal-hal yang terlalu dan sensitif macam badan isteri berbau, atau isteri tak berhias, atau dah tak ketat lagi. To me yang ni over sangat. You didn’t approach your wife first to resolve the problem tapi memilih untuk mengadu dengan orang lain. Kalau aku jadi perempuan yang mendengar the masalah, benda pertama aku cakap adalah apa function kau kat rumah sampai benda macam tu takleh settlekan? Badan wife berbau, ada kau belikan perfume atau deodoran atau mandian yang wangi-wangi for her? Isteri dah tak cantik, ada kau belikan skincare atau barang-barang mekap? Ada kau bawa wife pi make over? Ada kau ajar dia berpakaian macam yang kau suka?

Isteri dah tak ketat lagi pun nak cerita kat orang. Benda kau sendiri nak pakai kot, settlekanlah sampai kau puas hati. Bawak pi treatment ke, belikan supplement ke. Ni tak, komplen banyak, usaha takde. Masa belum dapat, bukan main lagi bini tu cantik semenggah sampai kau tergila-gilakan dia. Dapat je kat kau, dah macam bibik rupa bini tu. Sebab kau tak maintain dia dengan baik. Nak pakai lama, kenalah maintenance bagus. 

Sometimes, suami tu sendiri yang tak kisah. Takpe bini tak berhias. Takpe bini tak bergaya. Takpe tak bermekap. Konon nak isteri tu solehah. Kecantikan isteri hanya untuk dirinya saja. Tapiiiii kat luar dapat peluang pandang perempuan cantik, bijik mata kau macam nak terjojol tenung. Pastu tanya apesal bini orang semua cantik, bini aku tak? Eh kau tanyalah laki orang tu camana dia jaga bini dia!

Adakah aku jealous bila suami bercerita hal rumah tangga kat kawan perempuan? No. Tak jealous tapi akan ada rasa discomfort. Walaupun niat suami mungkin ikhlas kerana nak mencari jalan penyelesaian, it can still be seen as pengkhianatan emosi sebab kau tak berbincang dengan aku dulu untuk selesaikan masalah kita. 

Aku tak tahu orang lain macamana. Aku dengan En Wan kalau tak puas hati memang jam-jam tu juga sound. Biarlah bertekak keluar "Kau-Aku", nevermind. Janji settle. Sebab kalau tak settle, akan jadi burden pada emosi and fikiran. Satu kerja tak jalan nanti. Memang kena kasi lepas. Gasaklah terpekik menjerit macamana pun.

I is kenot merajuk. Contoh, En Wan puji perempuan lain cantik. Aku respond "Yelah, Di dah tak gojes macam dulu. Dah tak cantik. Dah tak sexy. Kalau dah tak suka kat Di, cakap je lah". Memang taklah kau nak dengar aku cakap gini. En Wan kalau dengar aku cakap gini mampus dia hentak aku dengan bantal agaknya. Kahkahkah. 

Tak kuasa aku nak acah-acah merajuk minta suami pujuk, "Tak. Dia tak cantik. Di lagi cantik. Still cantik macam dulu". Tak payahhhh. Takde de aku nak merajuk-rajuk macam ni. Kau puji pompuan lain? Silakan. Aku akan cakap "Mampu tengok je la. Bukan boleh dapat pun. Perempuan tu pun reti nak cari laki hensem kaya bergaya". Done.

Kedua, walaupun nasihat and pandangan dari perempuan lain mungkin berniat baik, it can cause more confusion if it's not taken in the right context. Because every relationship is unique, dan nasihat tak terpakai untuk semua orang dan situasi. Advice that works for one couple may not work for another. 

Lagi satu yang paling bahaya adalah, pandangan dan nasihat yang diberi bersifat biased, especially if the woman does not know the whole story sebab si lelaki cerita part buruk isteri je. Part buruk dia, simpan. This is one of the biggest concerns for me, iaitu motive behind his actions. Adakah kau menceritakan masalah rumah tangga kerana mahukan nasihat or is it something more? Atau kau hanya nak mencari validation, atau simpati from someone else? Because selalunya bila lelaki start berkongsi masalah dengan kawan perempuan, it is actually a part of him that is looking for something he feels is missing between he and his wife, and that missing part ada pada perempuan yang dia kongsikan masalah tu. And that thought is terrifying.

Yang ketiga, komunikasi. Bila suami pilih untuk berkongsi masalah dengan perempuan lain, sometimes itu petunjuk bahawa between them, tiada transparency. Boleh jadi isteri jenis tak boleh terima teguran. Suami dah banyak kali tegur tapi takde perubahan. Jalan terakhir, suami bercerita dengan kawan. Kebetulan si kawan pulak cun dari bini. Hah apa lagi. Memang cantek sangatlah tu. 

It’s one thing to talk to close friends to help work through marriage issues, but even then, there is a risk. Kena ada boundaries. Hal-hal yang terlalu sensitif tak payahlah bercerita. Orang boleh berniat baik, tapi orang juga boleh bagi nasihat yang tak membantu. Kalau dapat kat kawan yang genuine, yang fair dan tak bias, maybe masalah kau selesai. But if a wrong person hears the wrong thing, masalah jadi bertambah serabut.

2024-09-25

Kawan lelaki


Tadi pagi aku upkan video. Kawan aku takde kerja gi compilekan video-video aku tengah bercakap sambil tepuk tangan. Aku share kat FB. Tak lama pastu ada sorang ni PM, "En Wan tak kisah ke Kak Di gurau-gurau dengan lelaki?"

Link: KLIK SINI

Soalan ni dari zaman aku start ber-blogging lagi, banyak kali aku dapat. Aku tak sure kenapa ramai yang concern pasal ni. Yang bertanya ni mesti orang yang baik-baik. Dia tak biasa berkawan macam cara aku berkawan. 

Sama lah juga aku bahasakan diri dengan anak-anak 'Kau". Kadang-kadang tulis kat blog "Kau ni kan Redza..." orang ingat aku memang bahasakan diri dengan anak as kau-aku. Bila tulis kat FB "Kau ni kan, bang" (referring to En Wan) pun sama. Orang ingatkan aku bahasakan diri aku dengan En Wan, kau-aku. Ramai ustazah komen "Tak baik panggil suami Kau". Lahhhhh.

Berbalik pada berkawan dengan lelaki, dari zaman sekolah lagi kawan-kawan aku lagi ramai lelaki dari perempuan. Jangan kata En Wan, mak bapak aku pun tahu dan kenal kawan-kawan aku. Dorang ni semua dulu rajin datang rumah, lepak depan rumah, lepak sama-sama kat padang, bergayut kat fon sama-sama. Kadang tu aku tumpang naik motor dorang untuk balik rumah. Kalau kawan lelaki call, Mak Aji akan tanya "Siapa call tu? Anak siapa?". Dan aku akan bagitau supaya next time kalau dorang datang rumah, mak aku can recall nama-nama ni semua.

Kalau aku tumpang motor dorang pun aku akan bagitau "Tadi balik rumah tumpang moto si polan si polan". Bukan apa, kalau mak aku dapat tahu dari mulut orang lain, lagi teruk. Padahal dia tak kisah, tapi bila orang luar menyampaikan, atmosphere tu jadi lain. Mak Aji tahu aku takkan naik moto berdua dengan lelaki saja-saja tanpa sebab. Dan aku pun belum gila lagi nak merayap berdua dengan lelaki tak tentu arah. Tapi bila orang luar menyampaikan cerita, cara dia menyampaikan tu macamkan aku beromen atas motor!

Memang dari dulu aku mudah attract kawan lelaki sebab aku ni kasar orangnya. Kau baca blog aku pun boleh tahu macamana, kan. Perempuan tak berapa suka perangai gini melainkan dorang pun tiga suku macam aku. En Wan kenal kawan-kawan lelaki aku. Baik yang dari sekolah, dari uni, dan zaman kerja. Aku pulak pesen suka bercerita. Apa-apa hal, dengan siapa aku keluar, dengan siapa aku jumpa, dengan siapa aku berkawan, dengan siapa aku bekerja, end up En Wan akan tahu sebab aku suka bersembang semua hal dengan dia.

Kawan-kawan lelaki aku, sama ada En Wan juga kenal, atau mak bapak aku kenal, atau dua-dua pun kenal. Aku suka kenalkan kawan-kawan pada dorang supaya senang nak bersembang nanti. Jadi, jangan pelik kalau aku nampak close dengan kawan lelaki. Kitorang habis kat situ je. Takkan ada next level. Tapi ye lah, to some people cara aku tu pelik di mata dorang. Maybe dorang tak biasa berkawan macam tu. So aku tak salahkan kalau ada sesiapa yang curious. I can explain, jangan risau.

En Wan pun tak sembarangan nak jealous. Sebab aku always bercerita dengan siapa aku jumpa, dengan siapa aku berkawan. Dia pun macam tu. Kalau kawan perempuan tumpang kereta, nanti dia bagitahu "Tadi kawan abang [nama] tumpang kereta, nak pi jumpa client", atau "Tadi abang bawak client [nama] pi medical check up naik kereta sama". Memang agreement-nya gitu -- apa-apa hal kena inform each other supaya tak dengar dari mulut orang lain. Mulut orang ni lain sikit tonasinya. Benda takde apa-apa pun boleh jadi serius.

Apa yang En Wan report, aku percayakan aja. Malaslah nak bersangka-sangka. Buat serabut kepala. Jadi, aku memilih untuk percaya. En Wan pun aku pesan gitu. "Jangan nak bersangka-sangka ada lelaki lain suka kat bini awak, ya. Jangan perasan bini awak hot". Haa gitu aku pesan dia.   

Pernah dulu badan aku naik gegata. Dulu kat Bangi, ada SATU je klinik panel UKM. Namanya Klinik Ng, kat fasa 1. Sedangkan rumah Mak Aji kat fasa 3. Kalau sakit, memang ke klinik tu. Bila badan aku naik gegata, kalau nak tunggu Pak Aji balik kerja petang baru ke klinik, mampus jadi beruk aku karang tergaru-garu. Jadi, aku jalan kaki berpayung meredah panas dari Fasa 3 ke klinik. 

Nak patah balik dari klinik ke rumah tu berasa nak pitam tengah-tengah panas. Kebetulan terserempak dengan kawan lelaki naik motor. Aku tahan dan mintak dia hantar aku balik. Lantaklah kalau ada orang nampak and report kat Mak Aji, janji cepat sampai. Memang ada pun rupanya yang mereport. Tak sempat mak aku balik kerja, dah ada yang menyampaikan cerita kat dia. Dasar kepoh. Nasib ada bukti ubat dari klinik.

Aku berjogging berdua dengan kawan lelaki pun ada yang menyampaikan kat mak bapak aku. Terang-terang aku jogging hari Ahad, waktu pagi, tengah-tengah dunia. Bukannya jogging dalam kolong ke apa. Sah-sah rakyat jelata boleh nampak aku tengah berjogging. Kau tak payah nak menyampaikan kat mak bapak aku patutnya, sebab aku jogging siang-siang hari. Takkkkk. Nak jugak menyampaikan cerita. Nasib baik kawan sekelas aku tu memang biasa datang rumah. Bila aku bagitahu dengan siapa aku berjogging, mak aku kenal. Benda takde isu pun, tapi bila orang lain menyampaikan cerita, macamkan hal besar.

Kadang aku rasa macam tak lojik pun ada. Dah sah-sah kita bersekolah di sekolah campur laki perempuan, dah tentulah ada kawan opposite gender. Balik sekolah bersama pun nak dijadikan isu. Makan aiskrim sambil jalan berdua balik sekolah pun nak report mak aku. Balik sekolah makan aiskrim apa benda yang teruknya? Just because kebetulan balik jalan berdua terus cop aku bercinta. Alahaiiii. Ngarut sungguh.


2024-09-24

Kenapa saya tak pernah kenal Leslie?


Masa aku up post pasal Leslie, ada yang DM tanya "Kak kenapa saya tak pernah kenal Leslie ni? Saya kenal Aaron Kwok, Leon Lai and Andy Lau".

Aha! Good question. Meh sini hakak nak story.
Bila kau sebut "Aaron Kwok, Leon Lai" tu pun akak dah tahu kau dari zaman mana. Hahaha.

Macam ni cerita dia. Tahun 80-an, gap antara artis hebat dengan suam-suam kuku sangat besar di Hong Kong. Kalau hebat tu hebat sampai pegang Asia. Kalau tak pegang Asia, kau dikira artis suam-suam kuku. Tahun 80-an, Cantopop pegang Asia. Cantopop bermakna Hong Konglah. Waktu tu yang betul-betul power cuma 3 orang je - Leslie Cheung, Alan Tam and Anita Mui. 3 orang ni saja yang terkenal. Masa ni Andy Lau dah ada, Jacky Cheung pun dah ada tapi ke-famous-an dorang tak setanding dengan 3 orang tadi sebab tu dorang terbenam dalam Hong Kong saja. Tapi antara 3 orang tadi, Leslie paling outstanding sebab tu dia digelar Gor Gor (Big Brother). Achievement dia sangat luar biasa. Tahun 80an dia punya tahap popular kat Korea and Japan, mengalahkan artis Korea dan Japan sendiri. Sebab itu sampai sekarang walau selepas 21 tahun mati, nama Leslie masih strong kat sana.

Masa Sudirman menang kat Royal Albert Hall London dulu, dia berjaya kalahkan Leslie. Sebab tu kemenangan dia sangat di-celebrate dengan meriah. Because pada waktu tu Leslie dah pegang Asia. Bayankan kau kalahkan penyanyi yang famous di Asia? Even masa di London, orang jangka Leslie yang akan menang. Pertandingan tu berlangsung Mac 1989. Leslie tak sepatutnya participate sebab dia dah dalam final concert tour tahun tu. Tahun 1989 Leslie umumkan nak bersara dan pindah Canada. Dia busy preparing his last concert. Tapi Hong Kong takde star yang benar-benar outstanding pada waktu tu selain Leslie, so Leslie still have to go, unprepared.

Aku tengok performance Leslie kat Royal Albert Hall tu pun rasa memang tak sepatutnya menang ni, sebab he look very tired and unprepared. Sedangkan Sudirman and Anita Sarawak bukan main all out. Wajarlah Sudirman menang. Tapi tu la satu kelemahan kita. Sudirman menang penyanyi terbaik Asia malam tu, tapi hakikatnya dia tak pegang Asia. Yang pegang Asia tetap Leslie. Patutnya bila Sudir dah menang, Malaysia usahakan market lagu-lagu Sudirman ke luar negara, atau arrange for his performance atau apa-apa show di luar negara. Ini tak, habis kat menang je. Lepas tu senyap. Sayang je talent kita terkubur macam tu je tak benar-benar dikenali.

Ok berbalik pada kenapa tak pernah dengar nama Leslie. Kerana Leslie aktif hingga 1989 saja. Dari 1990 sampai 1996 dia berada di Canada. Dari tahun 1990-1996 inilah baru nama Aaron Kwok, Leon Lai, Jacky Cheung and Andy Lau naik. 4 orang ni digelar 4 HEAVENLY KINGS. Kenapa mesti 4 orang pegang title King? Kenapa bukan sorang je?

Sebabbbbb, dorang 4 orang ni takde yang lebih baik antara satu sama lain. Level dorang sama je. Tak sampai ke tahap benar-benar outstanding. Berlakon ok, menyanyi ok. Tapi tak sampai ke level achievement Leslie. Sebab tu empat-empat ni dapat title yang sama.

Leslie memang mendonia di zamannya. Menyanyi sampai pegang Asia. Berlakon pun sampai nominated dan menang di luar negara. Leslie quit singing tahun 1990 sampai 1996. Takde album dah takde kelibat dia dalam mana-mana acara nyanyian atau award. Sebab tu dari 1990-1996, kerjaya Aaron Kwok, Leon Lai and Andy Lau berkembang. Kalau tak, abang kawasan je sapu semua award. Tapi dalam tempoh 7 tahun tu, Leslie aktif berlakon. Tahun 1991 dia menang Best Actor kat Asia Pacific Film Festival. Dia menang melalui filem yang dak BTS dok copy dia menari tu. Tahun 1993, 1996 and 1997 dia nominated Best Actor di Cannes Film Festival. Tahun 1994 dia nominated Best Actor di Venice Film Festival. Leslie ni baka rare. Bukan semua orang ada rupa, ada bakat dan outstanding at the same time. That's why after 21 years, birthday and death anniversary dia masih lagi Hong Kong celebrate.

Ini 4 HEAVENLY KINGS bagi penghormatan dan tribute untuk Leslie semasa Hong Kong Film Awards. Aaron Kwok, Jacky Cheung, Andy Lau and Leslie Cheung. Dorang yang menyanyi ni keluar airmata, aku lagilah merembes teruk. Boleh cari kat YouTube.

Leslie mati beberapa minggu sebelum film award ni berlansung. Yang paling sedih, dia menang Best Actor for the last time tahun tu. Memang dari awal dah jangka dia akan menang sebab lakonan dalam Inner Senses sebagai orang yang depress akibat dirasuk, sangat real. Little that we know, dia memang sedang berperang dengan depression. Patutlah dia carry watak tu dengan sangat baik. Ada orang cakap dia terlalu menjiwai watak depression tu akhirnya dia start hearing voices. Tapi anak sedara dia cakap Leslie dah dapatkan treatment long before berlakon filem tu. Maknanya dia dah sakit depression lama.

Kalau korang minat Leon Lai, korang WAJIB minat Leslie sebab Leon Lai banyak dapat tunjuk ajar dari Leslie. Masa Leon Lai baru-baru jadi penyanyi, Leslie dah bersara. Oen day Leslie dijemput untuk sampaikan award for "Most Welcomed Singer’. Leslie cakap dia berharap sangat malam tu nanti award tu dia dapat sampaikan pada Leon Lai. That night, the winner was indeed Leon Lai. Terkabullah impian Leslie. Leon Lai macam tak percaya Gor Gor is a fan of him.

Leslie had always secretly supported Leon. Dulu pernah viral dalam magazine Galaxy satu kejadian. Waktu tu Leon lai masih newcomer. Dia beli satu suit kat kedai. Leon tanya suit ni satu je ke atau ada lain. Sales tu cakap ada 2. Leon pesan, kalau ada celebriti lain nak beli bagitau dia dah beli the same suit sebab taknak nanti sama pulak dengan another artist at the same occasion. Tapi sale assistant tu responded to him very rudely. Dia cakap kalau siapa nak, dorang akan jual je. 

Ye lah, betullah kalau siapa nak beli, jual je. Tapi the way dia cakap tu sangat rude padahal Leon mintak baik-baik. It so happened, masa kejadian dalam kedai, assistant Leslie ada sekali untuk collect suit Leslie. Dia ceritalah kat Leslie kejadian tu. On hearing that, Leslie immediately pergi kedai tu and beli the other suit. Bukan untuk dipakai, tapi nak simpan so that takde orang pakai suit yang sama dengan Leon. He did that to defend and protect Leon Lai. So fans Leon Lai, plis ya. Masukkan lagu Leslie dalam playlist anda bermula sekarang! Hahahahaha.


2024-09-23

Penama KWSP adalah mak mentua

Makin banyak cerita-cerita macam ni keluar. Rasanya dah macam-macam awareness dari lawyer, dari pakar perunding keluarga dan dari masyarakat share knowledge pasal ni tapi entahlah, macam tak sampai ke sasaran.

Kisah-kisah suami tak percayakan isteri menguruskan harta peninggalan ni bukan benda baru. Kadang pelik pun ada. Kenapa suami yang hidup bersama isteri hingga ke akhir hayat tak letakkan isteri sebagai pentadbir harta? Kalau takde kepercayaan pada isteri, tak payahlah hidup bersama. Sedih jadi si isteri. Lepas suami meninggal barulah dia tahu yang selama ni suami tak percayakan dia.

Kalaupun si suami menganggap alah isteri aku berkerja dan ada duit sendiri, tak payahlah letak nama dia as penama KWSP -- you are wrong! Mak tu tahu ke hutang-hutang anaknya? Mak tahu ke tanggungan isteri selepas kematian suami? Sedangkan isteri yang akan terus menjaga dan membesarkan waris kuat, iaitu anak-anak. Kenapa mesti mak yang menjadi pentadbir harta?

Ya, aku tahu penama hanyalah pentadbir harta, bukan penerima mutlak. Tetapi, bila berlaku kematian, segala harta si mati termasuk KWSP perlu DIFARAIDKAN. Dalam kes ini, kalau mak mentua dinamakan sebagai penama, dia bertindak sebagai PENTADBIR untuk menguruskan pengagihan harta kepada waris-waris. However dari sudut praktikal, meletakkan isteri sebagai penama adalah lebih logik sebab isterilah yang bertanggungjawab ke atas anak-anak dan kebajikan keluarga. Isteri lebih tahu menguruskan harta ni. Ini pandangan lojik akal akulah.

Kita semua tahu pengurusan faraid boleh ambil masa yang lama, especially kalau pertikaian antara waris. Dalam situasi di mana si isteri tak ada kuasa langsung atas harta peninggalan suami, lagilah menyulitkan keadaan, lebih-lebih lagi kalau keperluan kewangan mendesak. Sebab itu, jangan tinggalkan isteri dengan harta faraid semata. Kau tak tahu keadaan boleh bertukar macam nak kiamat bila ramai yang pertikaikan hak ke atas harta peninggalan kau yang tak banyak tu nanti. 

Aku bukan nak mendengki kat mak-mak mentua. Tapi berapa ramai keluarga mentua yang aware bahawa bila anak lelakinya mati, bukan faraid yang mesti dibuat terlebih dulu. Berapa ramai aware pasal ni? Jangan kata oranglah, masa arwah ayah En Wan meninggal dulu pun, semua pun fokus kat pengagihan harta terlebih dulu. Maksudnya, awareness pasal faraid masih kurang.

Bila suami meninggal dunia dan meninggalkan harta, pembahagian harta pusaka TAK BOLEH terus difaraidkan. Ada beberapa peringkat kena lalu sebelum harta boleh diagihkan mengikut faraid. Kos pengurusan jenazah macam kos pengebumian, mandi jenazah, kafan, dan semua expenses berkaitan pengebumian pun perlu diambil kira. Kos ni siapa tanggung? Isteri sorang-sorang tanggung? Hat ni boleh ambil dari harta peninggalan si mati.

Pastu, selesaikan hutang si mati dulu. Ini termasuklah hutang dengan Allah macam zakat tertunggak, fidyah, nazar yang belum lunas atau denda (kaffarah). Siapa yang lebih tahu bab hutang-hutang ni kalau bukan isteri? Tu belum cerita hutang dengan manusia macam bank dan pinjaman pelajaran. Mak mentua tahu ke hutang-hutang anaknya?

Pastu, kalau si mati ada tinggalkan wasiat, wasiat kena buat sebelum faraid. Dah settle wasiat kepada bukan waris, ambil dulu harta sepencarian. Isteri boleh buat tuntutan harta sepencarian sebelum harta itu dibahagikan secara faraid. Tapi bab ni panjanglah prosesnya sebab melibatkan pengesahan mahkamah syariah. Kena tunjuk bukti bahawa harta yang dituntut adalah harta sepencarian. Lepas settle semua ni, BAKI HARTA barulah boleh difaraidkan kepada waris yang berhak. So kau nampak tak betapa tak lojiknya penama harta dan duit letak nama orang lain selain isteri? 

Yang banyak berlaku sekarang, hari ni suami meninggal, esok orang dah bertanya rumah isteri duduk tu nama siapa? Kereta nama siapa? Takaful ada ke tak? ASB ada ke tak? Bab hutang si mati ada ke tak, sorang tak tanya. Oh yelah, hutang tu bini dia settelkan. Harta yang tertinggal ni kaut dulu.

Proses pembahagian harta selepas kematian ni sangat rumit especially kalau waris-waris jenis tak berduit. Terlampau banyak pertikaian akan berlaku. Ujung-ujung putus silaturrahim. Padahal harta yang direbutkan tak banyak mana pun. 

Pada pandangan aku, berbanding mentua, isteri lebih praktikal menjadi pentadbir harta. Sebab isteri biasanya lebih memahami keperluan keluarga, terutamanya anak-anak. Oleh kerana isteri yang akan menjaga anak-anak lepas suami dah tak ada, dia lebih sesuai menguruskan harta untuk kepentingan anak-anak. Dan sebagai waris terdekat, isteri ada kepentingan langsung dalam menguruskan harta, sebab dia dan anak-anak yang akan bergantung pada harta tu untuk kelangsungan hidup.

Yang paling penting sekali, isteri lebih arif tentang harta suami sebab dorang hidup bersama. Dia lebih tahu sejarah harta tu. Jadi, bila isteri yang mentadbir, posesnya insyallah lebih mudah dan telus. Bukan nak kata mentua tak telus, tapi kita kena faham. Kalau maknya jadi pentadbir, risiko pertikaian antara isteri dan keluarga suami lebih tinggi. Sebab kepentingan ibu berbeza daripada keperluan isteri dan anak-anak.

Sekarang alhamdulillah dah ada hibah. Ini penyelamat untuk waris terdekat (isteri dan anak-anak) sekiranya proses faraid berjalan dengan panjang. Tak kiralah siapa yang mati dulu, sama ada suami atau isteri, hibah menjadi penyelamat kestabilan kewangan. Sementara nak tunggu proses harta sepencarian selesai, at least hibah ada untuk bagi perlindungan tambahan. Jadi sementara nak tunggu semua proses faraid settle, kepala kau tak serabut. 

Dulu ya, agak serabut sebab dah lah proses faraid memakan masa, isteri dapat 1/8 je pulak tu. Now, some isteri, suaminya dah siapkan hibah. Jadi, kalau faraid dalam 1/8 saja pun, tak gaduh. To me, ini lebih baik. Sebab bila kita dah dapat bahagian kita bulat-bulat, kita lebih berlapang-dada nak ikut hukum faraid. Mudah-mudahan dengan cara ni, takde gaduh-gaduh. Takde masam-masam muka. Dan hubungan antara mertua-menantu masih baik walaupun suami dah takde.

Ada isteri yang nak buat hibah tapi suami taknak bayarkan. Takpe, tak semestinya suami bayar. Korang boleh buat hibah tu dari suami kepada isteri, tapi kau yang bayar setiap bulan. Kalau suami mati, duit hibah tu dapat kat kau. Walaupun kau kata "Tapi saya yang bayar". Ye, memang kau bayar. Kau bayar pun berapa je, RM100 sebulan. Agak-agak kalau simpan RM100/bulan dalam bank sampai umur 90 tahun, ada berapa terkumpul? Habis kuat pun RM60-70K terkumpul. Tapi kalau bayar hibah RM100 sebulan, minimum RM350K esok dapat. 

Yang tanya "Kalau saya bayar caruman hibah, tapi saya yang mati dulu. Macamana?" Tak perlu risau. Duit tu tak dpaat kat dia pun. Suami akan dipanggil oleh agen untuk letak penama baru. Dan selepas tu dia yang kena sambung bayar. 


2024-09-22

Ace Troops Review


Ok, masa untuk me-review. Aku ambil masa 3 bulan nak menghabiskan drama Ace Troops. Drama tahun 2022. Bukan sebab panjang sangat. Aku yang meleweh. Mana nak sempat hadap 40 episod straight weh. Hari ni tengok 1 jam, esok tengok 30 minit, lusa tengok 3 jam. Gitulah.

Cerita ni bukan romance genre. Siapa yang hanya nak melayan romance and love story drama, boleh pusing tempat lain. Ini PURE military drama. Asalnya drama ni 60 episod, tapi diedit menjadi 40 episod. Ini pun jenuh aku nak habiskan. Tak tahulah kalau dia kekalkan 60 episod, 2 tahun agaknya baru aku dapat habiskan. Tapi kerana meain lead is Johnny Huang Jingyu, ku gagahi juga. Walaupun sehari dapat layan 30 minit je, takpe. Janji konsisten. Ni kalau Mak Aji baca ni ayat dia "Kalau bab cerita cina konsisten aje. Macamkan paham nau!" Udah-udahlah Mak Aji. Dari umur 12 sampai 47 tahun tak habis-habis nak sabotaj cerita cina aku. Givap je lah. Kahkahkah.

Disebabkan dari 60 cut to 40 episod, ada banyak terrible editing kat sini. Tiba-tiba je, eh apesal scene ni? Eh tadi aku kat mana? Eh, kenapa jump pi scene ni? Macam kau missed a couple of episodes padahal tak. Mula-mula aku blur-blur gak, tapi lepas aku menkaji drama ni, barulah tahu rupanya episod asal 60. Imaginelah dari 60 ke 40 je, 20 episod cut, that explains why editing dia agak teruk.

Aku impress betul dengan China boleh buat drama military hebat macam ni. Tak, masalahnya, ini kategori DRAMA je kot. Bukan movie. Kalau kat tempat kita, drama ni stok-stok biasa je. Balik-balik pengambaran dia dalam rumah dengan dalam ofis. Tapi China punya drama memang another level. Budget besar betul dorang ni. Tak rugi aku subscribe Iqiyi.

Karakter Gao Liang (Johnny) - lahir dalam keluarga miskin (pelombong). Abangnya mati masa perang menyebabkan dia join tentera sebab rindu abang. Dalam kem, dia kenal dengan Gu Yiye (Xiao Zhan). Dia sebenarnya suka Gu Yiye sebab Gu Yiye ni bijak. Disebabkan suka, dia jadikan Gu Yiye goal supaya dia jadi lebih berjaya. Gao Liang lebih success with his excellent ability. After berdekad-dekad, dia dinaikkan pangkat ke kolonel dan jadi Timbalan Dekan Special Operations Army College.

Karakter Gu Yiye (Xiao Zhan) - lahir dalam keluarga tentera. Dia join tentera dengan dah ada ilmu kententeraan. Dalam satu war, ketua dia mati sebab nak selamatkan dia. Sejak dari tu suffer from post-traumatic stress syndrome. Kerana tanggungjawab, Gu Yiye berkahwin dengan balu ketua dia. Girlfren yang dia compete dengan Gao Liang masa dalam army akhirnya dapat kat Gao Liang. After decades, dia macam Gao Liang juga, promoted ke pangkat besar.

Drama ni genre realistic military drama. Ada 2 male lead dalam cerita ni - Johnny Huang and Xiao Zhan. Disebabkan drama ni keras, karang orang tak nak tengok pulak. Jadi dia letakkan Xiao Zhan seketul sebagai pencuci mata. Boleh tahanlah muka dia ni. 

The story is about new recruit askar yang jalani latihan dalam kem dan kemudian jadi tentera dan terlibat dengan perang. Gao Liang (Johnny) and Gu Yi Ye (Xiao Zhan) adalah rivals in love and competitors in army, tapi dalam perang they cherish each other as comrades-in-arms. Basically 40 episod ni about young heroes that grew and for nearly four decades to become the heroic Ace Troops.

Drama ni banyak tunjuk tentang confrontation, competition, war, dan berkongsi suka duka. Dorang jadi opponents dalam kem je, tapi kat war dorang cherish each other. Dalam ni banyak tunjuk major events macam pemusnahan periuk api di Guangxi, bertugas di Hong Kong, OPS Banjir tahun 1998, and banyak lagi. Aku rasa event-event dalam drama ni semuanya true events yang berlaku tahun 80-90an. At the same time dua male lead ni masing-masing ada masalah keluarga and cinta. Jadi agak banyak konflik and drama diceritakan.

Kalau orang yang tak kenal Johnny, mesti bengang apesal Johnny jadi favourite by everyone dalam drama ni. The favoritism of karakter Johnny over karakter Xiao Zhan was ridiculous. Konfem ada yang tak faham dah kenapa si Gao Liang (Johnny) jadi the best. Terang-terang Gu Yiye (Xiao Zhan) was better, but for some reason, he was not. Even every superior suka Gao Liang. Padahal Gu Yiye tu hensem dan baik. Patutnya jadilah hero. Tapi kenapa Gao Liang yang kasar dan playfull jadi favourite karakter?

Haaaa gitu. Sebab itu adalah JOHNNY HUANG, ya! Itu je reasonnya. Mbhahahahaha. Kan aku dah cakap, kau letaklah actor hensem mana pun, kalau dalam movie tu kau pair dengan Johnny, mintak mahaplah. Kau tetap jadi second lead. Johnny punya aura, makam dia tinggi sikit.

Drama ni heavy dan tak tenang. Kalau nak bertenang-tenang sambil senyum-senyum sorang-sorang, boleh tengok cerita lain, ya.
 




2024-09-21

Rimas suami ada

Inilah yang aku pernah tulis dulu. Perempuan yang independent, suami jangan lepas tangan sangat. Mentang-mentang dia independent, kau serah bulat-bulat untuk dia handle. Perempuan macam ni, especially kalau dia bekerja, duit suami bukan something yang dipandang sebab dia sendiri ada duit. Walaupun tiap-tiap bulan suami bagi nafkah cukup dan duit shopping yang banyak, belum tentu boleh buat dia happy. Kerana perempuan macam ni, dia value more than just money. Maka, kalaulah duit yang suami jadikan modal untuk menambat isteri macam ni, I'm sorry, kau dah buat kesilapan besar. 

Bukan semua perempuan suka jadi decision maker all the time. Aku kat ofis adalah decision maker. Penat dah everyday menjadi orang yang menentukan apa boleh, apa tak boleh. So at home, aku appreciate kalau suami ambil role tu sesekali. Kalau balik-balik "terserah awak", "terpulanglah, saya ikut je", alahaiiii rimas. Sesekali bolehlah. Kalau selalu, lama-lama jadi bosan. Seolah-olah isteri yang lead the relation. Si suami lead masa nak mengote je. 

Memanglah nampak macam wow sportingnya husband, ikut je apa cakap wife. NOPE! We women, tak suka kalau selalu sangat jadi decision maker. Kami nak ada contribution of ideas. Kami nak sesekali di-lead. We love masculine man. Memang betul we enjoy the opportunity to make decisions from time to time. It gives us a sense of independence, control, and empowerment. Tapi, sesekali saja kami suka. Selalu-selalu taknak. Contoh, menentukan baju raya tema apa. Ok, yang ni kami suka kalau suami bagi kebebasan untuk kami pilih. Atau, nak makan kat mana. Ini pun kami suka bagi kebebasan kami decide (tapi kaulah yang bayar. Mbahahaha). 

But kalau selalu sangat lepaskan kami buat semua decisions, it start to feel overwhelming and exhausting! Apalah guna hidup bersama kalau segala-galanya sorang je handle? Penat tau tak semuanya atas batu jemala patik. Isteri ni sifatnya feminine. Kalau kau bagi dia buat semua benda dengan alasan "Awak lebih baik dalam menguruskan hal rumah tangga", jangan terperanjat if one day her masculine side mengatasi her feminine side. Masa tu jangan pulak kau kata dia bossy, ya. 

Again aku cakap, especially kalau isteri tu berkerja dan boleh cari duit sendiri, dia perlukan lebih dari sekadar nafkah dari seorang suami. They need attention! Kau masa bercinta kemain nak girlfren terpelajar, yang berjaya, yang outstanding. Ingat perempuan-perempuan macam ni lepas kawen boleh dibiar gitu je ke? Jangan, ya. Jangan. Sebab apa aku cakap jangan? Sebab, a woman who works AND manages household responsibilities alone, is likely to experience burnout. Bila dah burnout, macam-macam boleh berlaku.

Balik kerja, nak memasak, nak mengemas, nak menguruskan anak, nak help anak dengan homework -- this can be overwhelming. Lama-kelamaan, dia drained. Kau pulak lepas tangan. She is emotionally neglected, which can lead to stress, frustration, and dissatisfaction. Masa tu nanti her way out is, bercerai. Buat apa nak stay kalau semuanya dia boleh buat sendiri. Kau tak bantu pun. Bantu menghulurkan kote je. 

Sekali pandang nampak macam this lady (dalam confession) ego. Actually tak. Perempuan yang bekerja, akan expect suami turut share her burden menguruskan keluarga. Ini bukan tentang house hold chores saja. Kalau mengemas rumah tu boleh je hire daily maid. Tapi dalam marriage it is more than that. Look, kita sama-sama kerja, kita sama-sama penat. Anak sama-sama buat, kenapa aku sorang yang kena check homrwork anak? Kenapa aku sorang yang kena monitor progress sekolah anak? Kenapa asyik aku yang berurusan dengan cikgu kepada anak? Ha gitu pemikiran seorang perempuan yang bekerja. Kau tak boleh guna alasan "Apa awak nak saya provide. Duit saya bagi. Nafkah cukup. Nak shopping saya bagi duit" No, ya. Kalau duit dijadikan sandaran, takde kau pun dia boleh cari duit. 

Shared responsibilities boleh mengukuhkan perhubungan. When one partner is disconnected, emotional intimacy akan slowly hilang. Like perempuan tu cakap, lama-lama dia dah terbiasa buat sendiri. Bila tiba-tiba suami nak ambil tahu, dia jadi rimas. Macam menyemak. Memang wujud ya isteri tak selesa bila suami ada. Dia lebih suka kalau suami tak balik rumah. 

Oh, please. Jangan bila jadi macam ni, semua nak tuduh isteri ada lelaki lain. Belum tentu. Kadang-kadang isteri dah suffocated dengan sikap suami. Dah terlampau lama bertolak-ansur, akhirnya jadi rimas bila suami ada dekat. Hujung-hujung bertukar jadi geli. 

Aku sembang dengan En Wan pasal isu ni. En Wan kata boleh selamatkan lagi tu, try bagi suami lagi satu peluang. Aku cakap, 12 tahun kot bersabar. Bukan 12 bulan. Tak cukup peluang lagi ke 12 tahun tu? Nak bagi lagi 12 tahun peluang? 

Kalau aku sebagai penasihat, aku akan cakap RUN! Jangan stay. Lelaki macam ni, dia sibuk-sibuk nak involve bukan sebab berminat nak ambil tahu tapi semata-mata nak kau stay saja. Dia main tarik tali. Esok kau dah decide untuk bagi dia peluang lagi, slowly dia buat balik habit lama. Bukan kejap ya 12 tahun bersabar. Kalau sampai dah hilang rasa sayang dan cinta, kau boleh imagine tak betapa dalam luka isteri ni? Kalau dia bagi kau peluang pun, belum tentu dia boleh bagi kau cinta. Hati dah tawar sangat-sangat. Larat kau nak mengorat balik orang yang dah tawar hati? So, tak payahlah selfish. Dia dah taknak tu, lepaskan je. Selama ni pun dia macam tak wujud je kau buat, so apa bezanya kalau berpisah pun?


2024-09-20

Redza dah selamat sampai Birmingham


Selagi aku tak update perkembangan Redza, selagi itulah DM aku sentiasa masuk "Kak Di ok ke? Redza dah sampai?" Begitulah ya kalau banyak mak 😆.

Semalam demam-demam pun aku kerah diri masuk ofis macam biasa. Padahal semalam tido 4.30 pagi, bangkit pukul 6 pagi. Tak pasti semalam tu tido ke, nap. Macam tido tapi tak. Last-last bangun je, mandi and bersiap pi ofis. Kalau aku duduk rumah nanti merembes lagi. 

Lepas balik dari airport semalam, naik ke bilik lalu depan bilik Redza, aku hampir-hampir nak panggil "Jaaa?". Sebab Redza ni bilik dia sentiasa bertutup. Kalau terbuka, maknanya dia kat bawah makan. Selalunya kalau aku nampak pintu bilik terbuka, otomatik aku panggil "Jaaa? Makan ke?" Nanti dia menyahut dari bawah "Redza kat dapur, Ma". Bila aku realized Redza dah takde kat rumah, merembesssss lagi pukul 2.30 pagi dalam bilik air. 

En Wan nampak cool. Buat-buat cool depan aku je dia ni. Malam semalam aku intai dia masuk bilik Redza and duduk atas katil anak dia. Aku malas nak bertanya, karang aku yang nangis.

Hari ni sambung kerahan tenaga masuk ke ofis. Selalunya Jumaat, En Wan masuk ofis Putrajaya. Nanti tengahari dia balik untuk ambil Redza and Rayyan solat Jumaat. Lepas solat sama-sama hantar Rayyan ke sekolah, lepas tu dorang tapau nasi kandar, then ambil aku di ofis. Aku syak hari ni En Wan tak beli nasi kandar. Hari ni pun dia tak masuk ofis Putrajaya. Aku syak dia sengaja tukar schedule untuk tukar rutin Jumaat dia. Kalau tak mesti dia menangis. Aku agak la.

Alhamdulillah Redza dah sampai semalam. Dia update bila landing, tengah beratur imegresen, tengah collect baggage, dalam train....sampailah ke rumah kawan dia. Kunci unit baru boleh collect today. Jadi semalam tumpang tido rumah senior. Senior yang jemput dorang di airport. 

Terpikir macamana anak aku angkut 3 beg besar dalam train. Jenuh. En Wan kata "Jangan pikir. Dia tau nak handle. Dah besar". Ya, aku tahulah anak aku dah besar, tapi boleh tak jangan kacau seorang mak punya kerisauan? Aku tahulah bapak-bapak kalau berpikir ayik nak pakai lojik. Anak dah besarlah. Anak bujanglah. Anak tahu nak handlelah. Ya, aku tahu anak aku boleh handle. Tapi boleh tak bagi aku melayan emosi nak risaukan anak? Mencik aku tau.

Yang paling lega sekali adalah - beg semua lepas! Takde yang sangkut. Hari tu sebelum berangkat agak kecoh jugalah kami mak bapak sebab student ke Birmingham naik Emirates. Emirates bagi 35 kg je. MAS, Qatar, Turki, and KLM dapat 45 kg. Manalah cukup 35 kg untuk first timer. Banyak barang nak angkut. Makanan saja 20 kilo. Mujur anak lelaki. Kalau anak perempuan lagilah banyak baju and peralatannya. Aku cakap kat En Wan, no way. Apa yang kita dah sediakan untuk Redza, semua kena angkut. Especially makanan.

Batch KMB dah start fly sejak 7 Sept. Jadi kitorang yang hujung-hujung ni dah tahu what to expect based on feedback mak-mak yang anaknya dah berlepas lebih awal. Dorang advice makanan kena bawak. Jangan tak bawak sebab bila sampai sana, banyak urusan dorang kena handle, takkan sempat nak ke sana sini mencari makanan. Plus, mahal. Sesekali bolehlah. Kalau setiap kali meal nak beli makanan, kopak. Budak-budak yang dah sampai UK bagitau bila sejuk cepat lapar. Lagilah aku sumbat macam-macam makanan untuk Redza. Last minute, tambah another 5 kg. Bayar RM300+. Lantaklah. Pejamkan mata je. Janji barang Redza semua dapat masuk dalam beg.

Bila dah masuk dalam beg, masa nak check in ada satu lagi issue. Emirates tak allow 2 hand carry. Laptop bag dikira 1 hand carry. Beg kecil dikira 2. 

Aik?? Baruuuu je aku pi Paris hari tu naik Emirates. Takde pulak gini. Last-last kitorang gamble. Check in 2 bag besar. Beg laptop Redza pegang. Lagi satu beg hand carry, sorok jap. Masa check in seolah-olah hanya ada 2 bag besar dan 1 hand carry. Dah nak turun balai berlepas baru aku pass ke Redza bag hand carry tu. Lepas. Semalam masa Redza kata dia dah ada dalam train dan beg semua clear tak perlu declaration, aku YEAYYYYYYYYYY kat rumah. Begitulah seorang Diana. Apa-apa hal, makanan selamatkan dulu.

Di sana, unit yang Redza duduk ada 4 bilik. Dia managed untuk dapatkan kesemua 4 orang ni student Malaysia. 3 daru Kolej MARA Seremban, dia dari Kolej MARA Banting. Masalahnya, student KMS next week baru berlepas. Jadi, Redza akan tido sorang-sorang dalam unit tu sampailah next week. 




Ini batch Xanthrons Langkawi, SPM 2021. Some of them akan berlepas ke UK juga next week. Some sedang balik bercuti. Salah sorang housemate adalah kawan baik dia masa kat Langkawi. Hari tu masa kat airport, geng-geng Langkawi datang hantar. Aku tanya "Zamri tak datang, Redza?" Redza jawab "Takyah. Zamri kata jumpa kat rumah minggu depan". Gitu kau 😆.

Ok, bab Redza dah lepas. Selagi tak fly hari tu selagi tu tak senang duduk nak settlekan preparation. Ya lah, bukannya belakang rumah. Kalau ada barang tertinggal tak ke naya. Sebelum fly hari tu bapak dia belikan new laptop. Redza kata tak payah. En Wan kata ingat Malaysia-UK ni dekat? Pegi tanya senior spec apa yang sesuai untuk course kat sana nanti. Dah dapat spec, terus belikan baru. Si Rayyan dah menjeling-jeling laptop lama abang dia sekarang. Karang tau-tau je ada dalam bilik dia. Hari tu masa tengok balik video, aku tanya Rayyan "Apa yang adik cakap kat abang masa peluk abang? Mama nampak adik senyum-senyum bisik kat abang?" Dia jawab "Adik cakap - your room is now mine". Kuang hasam.

Yang tanya Rayyan ok ke? Rayyan ok je. Dia dah biasa abang takde kat rumah. Sejak umur dia 7 tahun abang dah di Langkawi. Dah biasa jauh. Tapi kali ni lama jugalah dia terpisah. At least kat Langkawi dulu, every 2 months mesti balik. Takpelah, Rayyan pun dah besar. Dia pun boleh whatsapp abang dia.

Mok paling sedih. Kalau tengok dalam video yang aku share, moklah paling kuat peluk Redza malam tu. Dia tinggal dengan kitorang dari Redza umur 6 tahun (semenjak Rayyan lahir), sampailah Redza umur 20 tahun ni. Maunya tak sedih. Demam mok semalam. Hari ni kebah sikit. Mujurlah Rayyan ada kat rumah. Kalau Rayyan kat STAR hari tu, aku rasa murung mok kat rumah ni. 

Ni next week dah start sekolah, aku plan nak work from home 2-3 hari. Sebab taknak bagi dia terasa sunyi sangat bila kat rumah sunyi takde orang. Terpaksala aku buat kerja kat hall sambil menemankan dia bersembang. Begitulah pengorbanan seorang menantu hantu.



 


2024-09-19

Isteri TIDAK dipertanggungjawabkan untuk keluar se-sen pun duit dalam perbelanjaan rumah tangga.



Semalam ada orang send kat aku video ni. Dia minta aku bagi pandangan sebab katanya aku and En Wan berkongsi perbelanjaan dalam rumah tangga.

Ok, dalam video ni apa yang aku faham dia cakap dalam Islam sememangnya tugas menafkahi adalah tanggungjawab suami. Isteri TIDAK dipertanggungjawabkan untuk keluar se-sen pun duit dalam perbelanjaan rumah tangga. Perhatikan ayat dia "IT'S NOT A MUST FOR HER..". Maksudnya, bukan kemestian. Tetapi bukan haram kalau isteri nak berkongsi.

Memang kita semua tahu dalam Islam, isteri tak perlu keluar duit sendiri untuk menanggung anak. Tapi, kalau isteri sudi berkongsi, takde masalah. Itu dianggap sedekah dari isteri.

Yang jadi hujah speaker tu adalah bila suami pandai-pandai menetapkan kau bayar apa, aku bayar apa. Semata-mata nak hidup senang, isteri disuruh share expenses. Hat ni yang tak betul. Kalau pendapatan suami cukup-cukup untuk cover absolute essentials (bare minimum), tetapi isteri nak kehidupan yang lebih selesa, tak salah pun kalau isteri nak chip in. Itu maksud dia.

Some isteri nak hidup selesa. Dia mengharapkan suami buat lebih supaya kehidupan mereka jadi lebih baik. Tapi, kalau dah nampak suami buat OT macam nak rak, buat part time business lagi sampai rebeh bahu, takkan takde sekelumit rasa kesian pada suami. Dah kalau memang habis kat situ je dia boleh pergi, nak paksa jauh mana lagi. 

Ada suami boleh bagi sekadar yang basic. Maksudnya, rumah, makan pakai dan keperluan asas yang lain. Jalan-jalan takde. Holiday takde. Enjoy-enjoy makan luar takde. Kalau isteri taknak chip in, isokay. Tunggu lah lagi 5-6 tahun gaji suami naik, maybe kehidupan boleh jadi lebih baik. Kalau rasa 5-6 tahun terlalu lama, keluarkanlah duit sendiri untuk sama-sama rasa selesa. Kalau tak nak, maka perlukan korbankan banyak perkara.

Masa belum kerja dulu, aku korbankan rasa nak bershopping. No makeup, no skincare. Just moisturiser yang dibeli dari Watson. Seketul. Itu pun beli paling kecil dan pakai sikit-sikit. Sebab beli bukan pakai duit aku. Bra pun beli yang Scarlett. Dulu bra Scarlett boleh dapat RM10/helai. Panties beli yang longgok-longgok, 3 helai satu ikat. Makan pun sekali je waktu malam. Siang, berpuasa. Segalanya basic untuk diri sendiri. 

Apa yang En Wan bagi dah baik, cuma aku tak mahu berlama-lama hidup macam tu. Aku nak lebih selesa. Aku nak enjoy makan makanan yang aku suka tanpa perlu tunggu suami belikan. Aku nak beli baju yang aku suka. Aku nak ada better skincare. Aku nak bagi duit kat parents. Aku nak belanja adik-adik. Aku nak bercuti.

Bukan En Wan tak boleh provide, cuma limited. Umur 24 gaji dia baru RM2,500. Untuk tanggung basic needs pun dah paras-paras hidung. Belum boleh nak mewah-mewah. Kalau aku tak share gaji, boleh. Kena bertahanlah hidup seadaanya untuk 5-6 tahun. Tunggulah kenaikan gaji dia yang RM200 setahun tu. Tunggu sampai 5 tahun, dapatlah naik RM1000. Sementara nak tunggu naik RM1000 tu, dah 5 kali inflasi. Hujung-hujung tetap lalui kehidupan yang sama. Jadi, aku decide untuk berkongsi. Aku halalkan duit gaji aku. Takpelah, dah alang-alang berjanji hidup sama-sama, aku share duit gaji so kita sama-sama dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Bukan takde mulut-mulut jahat di kalangan kawan-kawan yang kononnya bergurau dengan En Wan "Patutlah boleh beli rumah muda-muda. Bini kerja". Hahaha. Kesian. Yang benaunya masing-masing bengkek bila bini taknak share duit. Pastu dia bitter dengan life orang lain pulak. 

Tapi En Wan bukan lelaki yang ego bab-bab ni. Dia tak kisah pun kena bahan gitu sebab dia tahu bukannya dia memaksa bini dia chip in. Aku yang willing. Kalau sharing boleh ringankan beban, why not? Some lelaki konon nak menjadi lelaki sejati dapat tanggung isteri 100%, tapi at the same time bitter bila life member lebih baik dari dia. Mencari-cari sebab kenapa member boleh hidup lebih selesa. Ohhhh bini kerja rupanya. Barulah dia rasa lega sebab merasa diri masih menang. Kahkahkah. Kesian. Bertanding sendiri-sendiri ke bro?

Aku tak terasa hati pun video-video macam ni lalu depan aku. Apa yang speaker cakap tu betul. Duit isteri adalah duit isteri. No such thing as 50/50. Tapi aku yang pilih untuk berkongsi. Bukan En Wan tak mampu, tapi aku nak lebih. Rezeki setiap orang berbeza, especiallly dalam kehidupan berkeluarga. Ada yang bernasib baik dapat suami yang boleh tanggung semua keperluan keluarga, on top of that dapat bagi kemewahan dan keselesaan yang cukup. Ada isteri yang perlu berkongsi beban kewangan dan tanggungjawab. Kita lalui saja bahagian kita, dengan acuan kita.

Yang buat stress tu bukannya kerana tak cukup, tapi kerana membandingkan nasib dengan orang lain. Kalau nak banding, sampai ke sudah kau always rasa nasib kau malang. Because akan sentiasa ada orang yang rezekinya lebih baik. Just hadapi rezeki dan keadaan yang dah ditentukan untuk kita. Sometimes, berkongsi beban dan tanggungjawab boleh wujudkan ikatan yang lebih kuat. Kita akan lebih faham spouse dari perkongsian ni.

Aku dan En Wan for example. Kitorang ni berjumpa express. Buat decision untuk jadi couple pun express. Bertunang pun express. Persiapan kawen pun aku buat sendiri sebab dia tak balik-balik. Kad kawen tempah sendiri. Baju fitting sendiri. Makeup tempah sendiri. Dahlah tak berpeluang nak rasa momen-momen bercinta macam couple lain, preparation kawen pun buat sorang-sorang. Dari tahun 1998 mula kenal sampailah ke sehari sebelum kawen tahun 2001, tak sampai 10 keping gambar berdua. Sebab, orangnya takde kat Malaysia. Surat lagi banyak dari gambar berdua 🤣. Bila dah berkahwin dan segalanya berkongsi, itu rupanya peluang untuk saling mengenali dan memahami. Cumanya, kalau ada yang tak berkenan kena sit down, bergaduh, bincang, berbaik, dan jalan terus. Sebab dah kawen, kan. Takleh nak break sesuka hati macam couple bercinta.

Kita dah blend sangat dengan cerita Cinderella dari kecil. Bila dah remaja melayan novel cinta anak CEO kawen dengan marhaen. Dah tua disogokkan pula dengan cerita CEO Megah Holdings kawen dengan gadis penjual karipap. Tu pasal kepala otak always imagine nak magical berlaku bila bercinta dan berkahwin. Nak hidup senang tanpa perlu keluar se-sen. 

Ya, aku pun pernah berimaginasi gitu. Nak kawen lelaki kaya, hensem, bergaya, romantik. Tapi tak semua berezeki gitu. Asal kita tak dapat suami yang takde function kerjanya ayun telur 24 jam kat rumah, atau biawak hidup, atau narsistik, atau kaki kelepet - ini pun dah besar rahmat. Setakat nak kongsi duit sikit-sikit tu boleh lagi. Tapi suami tetap kena bayar lebih. Bukan apa, sekadar tak nak bagi dia berlebih duit. Karang panjang pulak langkahnya.


2024-09-18

Vijay last film


Terima kasih yang respond pada review filem G.O.A.T. Tak sangka ramai yang kagum dengan knowledge aku pasal movie-movie Vijay. Hahahaha. Aku pun tak sangka begitu banyak movie Vijay aku dah tengok. Masa tengok G.O.A.T tersenyum-senyum aku bila coleh spot ohh ini dari scene filem apa, ohh itu dari dialog filem apa.

Sedihlah lepas ni Vijay dah tak main filem. Tapi bagus juga dia join politik. Pengaruh dia besar. Personaliti pun bagus. Silap-silap boleh jadi Perdana Menteri terus.

Sebenarnya aku lagi banyak layan filem Telugu dari Tamil. Tamil ni aku tengok kalau pelakonnya Thalapathi Vijay, Vijay Sethupathi dengan Danush je. Tapi antara semua, filem Thalapathi yang paling banyak aku layan. Rajinikanth tu kau jangan tanya la. Itu makam dah tinggi sikit. Kalau Telugu banyakkkkkk. Hero-hero Telugu lebih hensem, dan cerita dorang lagi cantik. Tamil ni banyak fokus kisah rakyat. Jalan cerita best, tapi selalunya cerita tak cantik. Telugu punya filem macam moden sikit sebab Hyderabad bandarnya moden dan cantik.

Kalau tengok movie dari 3 hero Tamil tu, aku tak kisah jalan cerita sangat. Aku tengok sebab nak tengok dorang berlakon. Tiga-tiga ni cara dorang carry watak tak cliche lansung. Cara dorang carry watak tu lain dari expectation. Sebab tu kalau bab menari pun aku tak skip. Especially Vijay kalau menari smart, sebab body dia in shape betul. Kalau korang belum pernah layan movie Vijay, aku suggest try Sarkar dulu. Pastu boleh layan Thalaivaa. Then Thupakki. Kau layan 3 ni, pastu konfem kau nak layan filem lain.

Kalau Telugu aku suka Nani and Prabhas. Ini dua lakonan bersahaja, dan jarang muncul dalam media. Dua-dua low profile. Persamaan 2 hero Telugu ni dengan 3 hero Tamil favourite aku tadi adalah, dorang semua bukanlah kategori hensem sangat. Kalau kau nak layan actor hensem Telugu, kau boleh layan Mahesh Babu, Ram Charan, Vijay Devarakonda, atau Naga Chataiya. Ini semua stok-stok muka jambu.

Kalau Malaysia, aku akan tengok kalau Beto and Eman Manan punya cerita. Dua-dua ni pun bukan kategori hensem tau. Hari tu masa aku cakap Beto tak hensem mana, ada yang argue. Ye lah, aku tahulah kau minat. Aku pun minat Beto, tapi kita kena be realistik. Beto tu makan dia lain. Dia bukan makam actor jambu. Dia makan A list actor, just like Eman Manan. Hari tu aku tengok Lahad Datu sebab nak tengok Eman tau. Kat poster movie pun gamba Eman paling besar. Padahal bukan watak hero pun. Dan scene dia tak banyak mana. Tapi producer pun tahu kekuatan dan tarikan Eman macamana, sebab tu gamba dia paling besar.

Cuba tengok Istanbul Aku Datang. Secara lojiknya, antara Tomok dengan Beto, siapa lebih hensem? It is Tomok. Bukan Beto. Kalau orang luar tengok filem tu pun akan wonder kenapa Beto yang jadi hero? Sebab selalunya yang hensemlah jadi hero. Tapi we Malaysian tahu Beto takkan boleh jadi watak sampingan. Dia memang hero. Alangkan dalam Mat Kilau pun dia lagi menonjol dari Adi and Fatah, walaupun dua-dua ni lebih jambu.

Kalau China, aku suka Huang Jingyu (Johnny) and Wang Ziqi. Persamaan dua-dua ni pun sama macam nasib hero-hero India tadi - tak hensem sangat. Tapi berlakon A class. Kat mana-mana poll Top 10 Handsome Actor, atau Top 10 The Most Hot Actor, atau Top 10 Gorgeous Actor kat China, kau takkan nampak nama dua orang ni. Jauhhhhhhh. Tapi, kalau kau letak Johnny and Ziqi dengan actor-actor jambu, yang jambu tu 6 feet under skill lakonannya. Sumpah tak tipu. Now aku tengah layan latest drama Johnny - The First Shot. Teruja gila sebab drama ni ada Johnny and Ziqi. Jackpot betul rasanya. Boleh subscribe Youku. Kat Iqiyi, WeTV and Netflix takde.

Johnny ni antara actor yang underrated kat China sebab dia idoklah hensem mana. Tapiiiii, director sanggup tunggu 4 tahun untuk dapatkan dia berlakon dalam The First Shot. Drama Bright Eyes in the Dark yang aku bengang dia mati tu, hat ni pun director tunggu 4 tahun peram skrip semata-mata nak tunggu jadual Johnny free. Memang dia je layak carry watak tu. Tapi director bongok. Kau tunggu 4 tahun nak dapatkan Johnny pastu ending cerita kau buat Johnny mati. Merempan satu China. Rasakan kau. Ni The First Shot aku baru half way. Best gila. Harap-harap hero tak mati. Kalau buat hero mati, matilah kerjaya kau sebagai director lepas ni.

Persamaan kedua antara Johnny dengan kesemua hero India and hero Malaysia kegemaran aku tadi adalah - dorang semua ni kalau kau bagi watak tanpa skrip, memek wajah dorang sahaja dah boleh menyampaikan cerita. Dan lakonan dorang tak cliche. Contohnya kalau watak tu sinonim dengan mengamuk menjerit-jerit, sampai kat dorang, dia carry dengan cara lain. Aku kalau tengok Eman berlakon, aku tenunggggg je dia Word by word aku dengar dengan teliti sebab nak menikmati cara dia lontarkan skrip. Sebab tu dorang ni walau tak meriah keluar dalam tabloid, sentiasa ada job. Know-know keluar movie. Know-know keluar drama.

Susah aku nak pilih aktor Malaysia yang berlakon bagus, watak versatile dan ada rupa. Palinggggggg close maybe Remy Ishaklah. Leslie Cheung adalah baka rare. Ada rupa, ada suara, dan boleh berlakon. Jadi penyanyi sampai pegang Asia. Jadi pelakon pun sampai nominated at Cannes Film Festival. Muka pun hensem. Ini rare. Sebab tu sampai sekarang Hong Kong takde replacement.


2024-09-17

G.O.A.T Vijay


Semalam aku tengok movie terbaru Vijay, G.O.A.T. (Greatest of All Time), yang dikatakan movie terakhir sebelum dia jump into politics. Bila dengar dia nak join politics, terbayang-bayang Sarkar. Semoga dia sehebat wataknya dalam Sarkar bila jadi wakil rakyat nanti. 

Macam biasa, filem Vijay always ada combo action and emotion yang mantap. Dalam G.O.A.T, dia main 2 watak. Yang pertama Gandhi, seorang government servant dalam Special Anti-Terrorism Squad (SATS). Yang kedua, Jeevan. 

Gandhi ada sorang isteri yang sedang mengandung dan anak lelaki umur 5 tahun, Jeevan. Semasa bertugas/bercuti di Bangkok, isteri dia terbersalin. Di hospital, masa Gandhi tengah sign document hospital, anaknya Jeevan kena culik dan kereta orang yang menculik accident. Jeevan mati dalam accident tu. Sejak dari hari tu dia and isteri tinggal berasingan for 16 years sebab isteri dia anggap Jeevan mati sebab Gandhi careless. 

One day Gandhi kena outstation ke Moscow. Di sana Kedutaan India kena serang dengan pengganas local. Dalam serangan tu, Gandhi noticed sorang lelaki yang sebijik muka macam dia. Rupanya itu Jeevan yang diculik di Thailand oleh musuh Gandhi. Jeevan ni dah kena brainwashed dari kecil untuk benci dan bunuh Gandhi bila besar nnanti. Aku cerita sampai sini jelah. Movie tengah showing lagi. Pegi beli tiket, tengok. 

In terms of storyline, really engaging dari mula sampai habis. The last 40 minutes absolutely gripping. Takyah beli popcorn la. Konfem tak habis. Dari segi lakonan, eh Vijay kot. Tak payah disangkal lagi. Tapi tu la. Muskil aku tengok si Vijay dalam cerita ni. Dia main 2 watak - Gandhi and Jeevan. Watak Jeevan tu serious nampak macam muda betul. Dengan gaya rambut, gaya pakaian. Bab menari memang nampak in shape betul badan Vijay. Konfius aku kau ni betul ke lahir 1974? Takde rupa 50 tahun lansung. 

Dari segi muzik, lagu-lagu tak begitu menonjol, tapi aku tetap tengok. Aku kalau cerita Tamil, part nyanyi selalunya aku skip. Tapi kalau movie tu Vijay, part menyanyi aku tengok sebab Vijay dance smart wooiii! Dalam filem ni bila Gandhi dah found out anaknya Jeevan jadi pembunuh (eh ter-spill pulak), terus keluar phrase “ILAYA THALAPATHY vs THALAPATHY”. Kalau korang tak follow movie-movie Vijay, mesti tak faham. For many years, fans and media kat sana gelarkan Vijay "Ilaya Thalapathy" (which means "Young Commander"). Bila dia dah semakin popular dan kerjaya makin established, he eventually digelar “Thalapathy" (meaning "Commander"). Bila phrase tu keluar dalam G.O.A.T, itu symbolizes the clash between Vijay's past and present personas. Sebab dia play younger and older version of Vijay. Secara directly, this movie celebrates Vijay's journey and his growth from a young star into one of Tamil cinema's greatest icons​ ❤️. 

Dalam G.O.A.T. ada a few cameo. Cameo ni muncul untuk bagi penghormatan kepada karya-karya Vijay yang dulu. Kalau biasa tengok movie Vijay, boleh notice watak cameo. Contohnya Sivakarthikeyan. Dia muncul as dirinya sendiri. Dia pernah berlakon dengan Vijay dalam BEAST. 

Pastu ada cameo Trisha Krishnan. Dalam G.O.A.T dia muncul sebagai penari dalam lagu. Trisha ni ada sejarah panjang berlakon dengan Vijay dalam Ghilli and Thirupaachi​. Pastu ada Vijayakanth. Ini dah mati tapi dalam G.O.A.T dia dihidupkan semula (secara digital) untuk mengenang collaboration dia dengan Vijay. Pastu ada watak MS Dhoni, pemain kriket India. MS Dhoni ada personal and professional connection dengan Vijay. Lagipun Vijay is a fan of cricket, dan Dhoni is the captain of Chennai Super Kings (CSK). 

 Cameo-cameo ini bukan dibawa masuk bodoh-bodoh takde function. Kalau follow growth Vijay, korang akan tahu cameo-cameo ni bawa nostalgia, especially fans Vijay yang grow bersama evolusi karier dia. Tua bersama Vijay aku ni sebenaunya. 

To me, G.O.A.T. sengaja masukkan elemen-elemen serta watak-watak yang merujuk pada filem-filem Vijay yang dulu. Ada banyak reference and ‘easter eggs' yang respect karier Vijay. Contoh, action scene and dialog yang mengingatkan kita pada watak-watak ikonik Vijay dalam Ghilli, Thuppakki, dan Mersal. In fact awal-awal movie dah ada skrip kononnya dia nak create new party dalam kerajaan — which ini adalah scene filem Sarkar. 

G.O.A.T punya reference disusun dengan halus and smooth dalam plot dan dialog, you can easily teringat filem-filem lama Vijay. Kalau betul ini filem last dia, aku personally rasa G.O.A.T. berjaya bawa penghormatan yang sempurna pada karier Vijay.


2024-09-16

Kalau menyampah sangat dengan kerja sekarang, BERHENTI.


Aku tak pasti apa isu terkini sekarang sebab aku masih menetap di China. Tadi nampak orang share post berkenaan bekas pekerja Speedmart, yang aku tak tahu apa isu original. Ini aku dapat point of view dari orang lain saja. Jadi, aku taknak ulas pasal isu bekas pekerja Speedmart. Aku tertarik dengan point 2 & 3.

Some pekerja, dia hari-hari komplen. Ada je yang dia tak suka pada boss dan company tempat dia bekerja sekarang, tapi masih lagi kat situ tak resign-resign pun. Tahu pula tu nak dapat secure job dulu baru resign. Maknanya ada la juga benefit company yang kau tak suka tu, kan? Kalau tak, mesti regardless apa pun kau resign saja.

Boleh tak, macamana tak suka sekalipun, selagi kau masih bekerja di sana, BUAT KERJA BETUL-BETUL. Ini tak, belum apa-apa dah kerja sambil lewa. Buat kerja asal siap. Banyak main. Banyak berehat. Padahal kau masih attached lagi dengan company tu. Patutnya, selagi kau masih bekerja di situ, kau kena jalankan tanggungjawab sebaik mungkin, walau tak suka. Kalau betul-betul menyampah, hantar surat resign. Jangan jadi bacul. Ni tak. Datang kerja menghabiskan letrik and air company. Kerja tak up to standard lansung. Pastu berangan nak kerja company besar.

Hari last aku bekerja makan gaji, aku masih lagi cuba untuk close deal dengan Malaysia Genome Institute. Laju-laju minta bos signature untuk letter of agreement. Padahal itu last day aku. Boleh je kalau aku nak bersantai-santai on last day. Buat apa nak pulun, bukan komisyen dapat kat aku pun. Betul tak? Tapi aku buat juga sampai habis because I believe the way we work today reflects what our future will look like.

Setiap kali kita ambil pendekatan untuk bekerja dengan integriti, kita sebenarnya sedang membina reputasi. Orang akan nampak kita as someone yang bertanggungjawab dan berdedikasi, walaupun takde insentif jelas pada masa tu. It’s not just about the commission or getting praise. It’s about who we are as individuals. Dalam jangka masa panjang, things like this will come back to us. Mungkin dalam bentuk peluang baru, greater trust dari bakal majikan baru, atau respect from the people around us.

seorang kenalan aku pernah bekerja dalam satu projek besar sebelum dia berhenti untuk fokus kepada bisnes sendiri. Walaupun dia tahu projek itu takkan memberi kesan langsung kepada dia selepas dia tinggalkan syarikat, dia terus berusaha keras untuk memastikan projek berjalan lancar hingga akhir. Beberapa tahun kemudian, bekas bosnya menghubunginya untuk projek kerjasama baru kerana dia masih ingat bagaimana komitmen yang ditunjukkan oleh kenalan aku dulu. Pendek kata, reputasi yang kita bina sekarang akan membuka pintu untuk masa depan.

Ex-colleague aku di company yang sama pernah involved dalam major project sebelum quit untuk run own business. Aku satu team dengan dia. Dia resign lebih awal. Walaupun dia tahu major project yang dia tengah handle tu would not affect him after leaving the company, dia tetap guide the team untuk buat project hingga last day dia bekerja. Dia bekerja on his last day tu seolah-olah besok dia masih masuk ofis lagi. Padahal esok dah takde. Disebabkan itu, selepas dia resign, bos aku hire dia untuk buat training and commissioning.

Lepas aku resign pun, ex-bos aku hire company aku untuk distribute special kit ke makmal. Walaupun kit tu dorang punya, tapi disebabkan selama ni aku yang jual the kit, dia hire aku untuk teruskan jual kit. Sebab customer dah kenal aku, dan aku pun dah pernah training customer. Segala urusan jual beli in future lebih mudah kalau hire aku, berbanding hire new employee. Win-win situation. Dia tak perlu train new staff. Dan aku pula, sementara nak bina nama company in the market, at least aku ada income dari company ex-bos. Long story short, cara kita bekerja now will open doors for the future.

So, kalau kau menyampah sangat dengan kerja sekarang, BERHENTI. Besok terus kerja lain. Biar ada maruah sikit. Ni tak. Tak suka, tapi muka kau ada lagi kat situ. Pastu buat kerja macam tak pakai otak. People like yang memekak 24 jam tapi tak resign-resign sebenarnya nak attention je. Nak orang simpati dengan their frustrations. Yang benaunya bukan nak berhenti sangat sebab dia tahu the job that they hate tu provides security, financial stability, or other benefits they don’t want to lose! Orang-orang macam ni takut untuk berubah. Dia suka comfort zone.

Tahun pertama ok. Masuk tahun kedua bila gaji naik dan job scope berubah, dia mulalah perangai. I mean, how can you expect a salary raise but still have the same job responsibilities as last year? Aku takleh brain ada orang yang menyangka kenaikan gaji setiap tahun tu memang perlu. Tapi job scope kena sama. Kahkahkah. Dey! It's a natural part of career growth when your salary increases, so do the expectations and scope of your job, hanat! Mana ada orang bagi gaji lebih tapi kerjanya tak lebih. Sebab itulah kerja lebih masa dibayar OT. Same goes to job scope bertambah, kerja pun bertambah.

It’s about growth in your role. You must understand inilah cara company reward people who have shown potential. Caranya, dia bagi more challenging tasks or larger roles. Takkan kau nak stuck dengan position and skill yang sama bertahun-tahun? Taknak ada progress ke? Kalau setakat nak income bertambah tapi taknak growth in your role, kau pi main TikTok.

A pay increase means the company trusts you with more responsibilities. Contohnya, kau dapat naik ke senior position. Kena manage team. Kena oversee bigger projects. Kena handle kerja yang lebih complex. Kau takleh expect higher salary tanpa ada perubahan dalam kerja. The two go hand in hand. Dulu, aku kerja buat sale. Sale je aku buat. Hari-hari pikir camana nak hit sales target. Itu. Bila naik Sales Manager, on top of pikir nak hit monthly target, kena pikir sama anak-anak buat punya monthly target. Nak memantau prestasi lagi. Nak bagi arahan. Nak bagi bimbingan. Nak buat strategik planning. Nak set long-term sales goals. Nak analyze market trends. Kalau kau nak gaji lebih, kau kena ready ambil tanggungjawab lebih. Jangan mulut je bising lebih.

Bukan nak perlekehkan. Tapi selalunya yang mengkondem ni adalah pekerja-pekerja ground level. Sebab dorang tak faham that career growth requires ADAPTATION. Growth in ANY CAREER tak kiralah Speedmart ke, Petronas ke - means taking on more challenges, expanding skillset, and sometimes even stepping out of your comfort zone. Takde kerja rileks melainkan gajinya pun rileks. If you want the rewards, you have to accept the increased responsibilities that come with them.

Sebab itulah, kerjaya sales paling mudah nak dapat reward. Kau hit that monthly target, right awak komisyen kau masuk. Tapi ramai yang tak hungry. Takde inisiatif nak cari more sales. Sangat selesa dengan gaji basic. Aku dulu everytime AGM yang ditunggu adalah new komisyen scheme. Gaji tak naik, isokay. Asal komisyen scheme available, I know lah what to do. Kalau dia kata 1% komisyen pun aku dah berbahagia. At least kalau hit hanya RM80K sales, komisyen RM800 dah dalam tangan. Dulu basic gaji aku as sales RM1600 je. Minimum komisyen dapat RM800, dah RM2400 dapat bulan tu (gross). Bulan depan buat lebih, lebihlah dapat.

Ni tak. Komplen nak gaji lebih, tapi company dah buka peluang untuk buat duit lebih, kau tak rebut pun. Pastu komplen gaji sikit. Aku kadang malas nak percaya kalau setakat viral kat media sosial keluhan sana sini kata gaji sikit kerja banyak. Ntah-ntah komisyen skim tu ada, OT tu pun ada, tapi kau yang MALAS.


2024-09-13

27% murid Tahun 1 tak boleh membaca

27% budak Tahun 1 tak boleh membaca. Itu statistik. Sangat risau kalau anak kita termasuk dalam 27% ni. Kita tak boleh samakan zaman kita sekolah dulu dengan zaman sekarang. Aku Darjah 1 tahun 1984. That was 40 tahun dulu. Lojik ke nak samakan syllabus 40 tahun dulu dengan sekarang? Dalam masa 40 tahun ni negara pun dah berubah, PM pun dah bertukar banyak kali, takkan syllabus nak stay yang sama. Nak tak nak, syllabus sekarang, Tahun 1 dah start belajar macam-macam. The world has changed drastically.

Masa aku Darjah 1 dulu, things were simpler. There was less academic pressure, and the syllabus was more basic. Jangankan kata syllabus, everything pun simpler dulu. Segalanya macam tenang dan slo-mo, perasan tak? Now dah berbeza. Segalanya laju dan cepat, seiring dengan perubahan dunia. Digital revolution dah ubah cara kita access information dan cara anak-anak sekarang belajar. Anak-anak sekarang membesar dalam dunia yang demand new skills dan critical thinking. That's why sistem pendidikan juga perlu disesuaikan dengan landskap baru ni. Bermakna, sukatan pelajaran mestilah lebih maju, walaupun untuk sekolah rendah.

Berangin juga aku baca some komen dalam post tu.

"Tujuan pergi sekolah untuk jadi pandai, atau kena jadi pandai sebelum ke sekolah?"

Ya betul. Sekolah tempat untuk belajar dan jadi pandai, TAPI ada asas-asas yang mesti dimiliki oleh anak-anak sebelum masuk sekolah. Year 1, reading ability is one of the most important basic skills. Kerana, banyak subjek lain macam maths, sains, dan PAI bergantung kepada kebolehan membaca dan memahami arahan. Dalam konteks pendidikan moden, sekolah tak harap anak-anak jadi pandai sepenuhnya sebelum masuk sekolah, but they should have a certain foundation. 

Mastering asas membaca adalah perkara yang sepatutnya NORMAL and expected, especially prasekolah kat Malaysia dah bersepah. Itulah tujuannya masukkan anak ke pra-sekolah, supaya anak-anak dapat the basics of literacy and numeracy sebelum masuk Darjah 1. Kau jadi mak bapak boleh tak jangan lepas tangan sangat? Kau beromen bukan main laju lagi keluar anak berderet-deret, tapi bab bagi anak belajar nak serah bulat-bulat kat orang. Akai ada?

One thing yang kita kena faham, education system works in the form of progressive learning. Maknanya setiap tahun akademik dibina di atas asas yang telah dipelajari sebelumnya. Kalau anak-anak masih tak boleh membaca di Tahun 1, this will affect their ability to follow other subjects yang mana arahan dan masalah perlu dibaca dan difahami sebelum diselesaikan (maths sebagai contoh). Subjek-subjek lain macam sejarah, agama islam and sains pun perlu kebolehan membaca dan memahami teks. That's why pandai membaca sebelum masuk Darjah 1 adalah KEMESTIAN.

Jangan nak banding dengan 40 tahun lepas punya cerita. Even 40 tahun lepas pun, yang pada ketika tu sekolah tadika belum jadi satu yang normal, aku yang dah bersekolah tadika jadi bosan dalam kelas. Why? Sebab kat tadika, aku dah belajar matchkan words dengan gambar. Which one is father. Which is mother. Which one is sister. Masuk Darjah 1 cikgu baru nak ajar A for Apple. B for Ball. C for Cat. Memang selayaknya aku dapat hadiah english terbaik hujung tahun 🤗. Dapat jadi lead female dalam english teater Little Miss Muffet juga. Sebab cikgu kata english fluency aku dah setaraf Naomi Campbell masa ni. Darjah 1 aku dah jadi heroin, ya. Respek sikit! Kulit itam nevermind. Janji heroin. Kesian hero aku. Kahkahkah.

About Maths pulak. Ramai yang ingat maths hanyalah nombor. Hakikatnya, maths sekolah rendah ada melibatkan penyelesaian masalah berbentuk ayat. Anak-anak perlu baca arahan dan soalan berbentuk pemahaman sebelum boleh selesaikan masalah matematik. Just imagine kalau membaca pun tak boleh. Dan konfem-konfem ketinggalan dalam subjek ni. Pastu kau merempan kata syllabus maths susah. Padahal anak kau tak dapat menguasai pemahaman kerana baca pun tak lancar. 

Contohnya, soalan "Ali ada 7 epal. Dia beri 2 kepada Ahmad. 2 lagi kepada Siti. Manakala 1 biji jatuh ke dalam longkang dan busuk. Berapa baki epal pada Ali?" Simple je ni, tapi anak-anak perlu kebolehan membaca dan memahami soalan sebelum boleh buat pengiraan. Subjek maths Darjah 1 dah tak se-simple syllabus kita 40 tahun dulu. Masuk bab 2 dah belajar pecahan pulak. Kita dulu pecahan masuk Darjah 2 baru start belajar. Sifir pun start belajar Darjah 2. Now, sifir pun dah start belajar masa Darjah 1. Nak tak nak kita kena terima perubahan sistem pendidikan.

Ok. Ni kalau aku cakap ni jangan kecil hati tau. Aku bercakap ikut pengalaman sendiri. Apa yang aku nampak, those yang serah bulat-bulat pada sekolah untuk jadikan anaknya "pandai", dulu semasa dia kecil, mak bapaknya pun buat gitu juga. Mak bapak tak ambil tahu sangat pelajaran dia, let alone mengajarnya di rumah. Sebab itu bila dia dah ada anak, dia merasa takde keperluan untuk dia bimbing anak di rumah sebab itu kerja cikgu.

Masa aku sekolah dulu, Mak Aji and Pak Aji pun tak ambil tahu sangat hal pelajaran aku. Sekadar tanya "Takde homework?" Atau "Bila exam?". Dorang nak tahu result saja. Aku belajar sendiri. Buku latihan extra pun aku takde. Semuanya dengan buku teks saja. Kalau tak faham, belajar sendiri atau tanya kawan. No such thing tanya mak bapak atau minta mak bapak ajarkan. Sebab aku yang akan kena balik "Kau kat sekolah buat apa? Melangok? Cikgu ajar kat depan kau bersembang kat belakang?" Aaa itu yang aku dapat balik.

Tapi, kawan-kawan aku yang mak bapaknya pensyarah, jenis yang kecik-kecik dah duduk banglo tu semua, mak bapaknya bimbing anak di rumah. Jangankan kata boleh mengajar anak buat homework, siap hantar lagi anak ke tusyen. Tak cukup dengan tusyen, anak-anak dorang dihantar pula ke kelas piano and kelas ballet. Biar ada kemahiran. Anak-anak inilah bila membesar menjadi parents yang sangat ambil tahu hal pelajaran anak-anak. Parents kelompok inilah yang anak-anaknya kuasai 3M dengan baik sebelum masuk Darjah 1. Parents kelompok inilah yang anak-anaknya menguasai kemahiran bermain muzik, public speaking and macam-macam lagi di sekolah. Pastu bila anak kau tak dapat peluang, kau kata anak orang tu pakai kabel. Kahkahkah. Shallow!

Aku bersyukur jodoh aku adalah anak orang have-have. Sebab kitorang punya upbringing lansung takde overlap. Totally berbeza. Disebabkan perbezaan itulah, anak-anak aku dapat bimbingan yang berbeza dari apa yang aku dapat dulu. Kalaulah jodoh aku sekufu dengan aku dari segi sosio-ekonomi, rasanya aku akan biarkan Redza and Rayyan belajar sendiri, buat homework sendiri dan maybe tak terfikir nak hantar dorang ke kelas tusyen dan kemahiran. Mesti modal aku, "Mama dulu takde pun tusyen-tusyen ni. Helok je pun dapat masuk boarding school".

En Wan membesar dalam keluarga yang education semua power-power. Cousins dia belajar USA ada, UK ada, Australia ada. Kakak dia sendiri grad USA. Kalau beraya kat Tganu tu, macam sekufu je semua. Yang doktor, yang lawyer, yang akauntan, yang engineer. Environment dia dah terbiasa dengan cemerlang dalam pelajaran. Mok dengan arwah ayah walaupun tak belajar tinggi, tapi sebab berduit, dorang bantu provide tusyen, belikan banyak buku rujukan and latihan. Jadi bila En Wan ada anak, dia repeat kebiasaan dia semasa kecil. Redza dulu masa nak SPM, soalan Fizik masih lagi boleh rujuk En Wan kalau stuck tak jumpa jawapan. Bapak dia boleh jawab kau! Kalau tanya aku, sadaqallah.
 


Parents, please. Kesian kat anak-anak kalau tak boleh membaca sebelum masuk Darjah 1. Usahakan. Ya, aku tahu penat. Siang kerja, malam nak ajar dorang membaca. But, itu memang amanah kita. Ini video Rayyan, tahun 2016. Tahun 2017 Rayyan Darjah 1. At age 6 dia masih lagi belum boleh membaca. Bukan tak lancar tau, tapi TAK BOLEH. Masa ni kitorang tak tahu yang dia ada disleksia. Pelik juga kenapa tak boleh membaca. Tapi kitorang cuba juga ajar everyday. Aku tambah duit pada sekolah tadika dia (Genius Aulad) extra 1 jam untuk membaca saja. Orang lain balik pukul 12, dia balik pukul 1. Kat rumah, bimbing lagi membaca. Alhamdulillah, dia lancar membaca sebelum masuk Darjah 1.

Jangan ingat membaca ni hanya requirements untuk masuk Darjah 1 saja. Membaca is not only important for academics but also for everyday life. Umur 7 tahun, anak-anak dah mula berkawan and berinteraksi dengan lebih banyak di sekolah. Kalau bukan kat sekolah pun, dorang akan terdedah dengan lebih banyak teks sama ada dalam bentuk tanda jalan, buku cerita, arahan permainan, atau televisyen. Kalau dorang tak boleh membaca, jangankan di sekolah, di luar sekolah pun they will have difficulty functioning well.

Memang perlu ke anak-anak tahu membaca sebelum masuk Tahun 1?

YA. MESTI.

Ini exam Rayyan masa Darjah 1. Dari someone yang menulis tunggang terbalik dan umur 6 tahun masih belum tahu membaca, dan masuk kelas ke-3, dia akhirnya dapat nombor 1 dalam kelas dan nombor 23 seluruh darjah. The rest is history.

Bayangkan setiap murid masuk Darjah 1 tanpa asas membaca. The burden nak memastikan semua murid boleh membaca will put great strain on teachers. Kekangan ni akan sekat perkembangan anak-anak lain yang dah ready nak belajar konsep yang lebih tinggi. Bukan saja budak-budak yang dah ready ni akan bosan ke sekolah, but will lower the quality of education as a whole. 

Salah satu tujuan utama prasekolah is to prepare children academically and emotionally sebelum berdepan cabaran pendidikan formal. Jangan ingat hantar pi tadika tu takde function, ya. Jangan tunggu masuk Darjah 1 baru terkial-kial anak nak kenal ABC. Pastu bila anak masuk kelas belakang, kau merempan minta mansuhkan streaming class. Bila anak orang lain dapat boarding school kau merempan kata pakai kabel. Exam UPSR and PT3 dimansuhkan, kau yang lebih seronok dari anak. Hujung-hujung, "Tak kisahlah tak pandai, janji solat 5 waktu". Saiko.