2018-05-31

Duit


Bestnya staff kerajaan yang dapat bonus (untuk certain gred). Tahniah.
Aku tak pernah lagi merasa bonus kerajaan walau sempat kerja kerajaan setahun 7 bulan.
Maklumlah, kerja kontrak, bonus tak layak dapat.

Masa kerja swasta pun tak merasa bonus raya.
Sebab company yang aku kerja semua bukan company melayu.
Tetap tak pernah rasa terpinggir walau tak pernah merasa bonus raya.
Kerja je macam biasa.

Terkilan pulak semalam tengok masih ada yang komplen bila layak dapat bonus.
Tu cara-cara dah dapat tu. Kalau tak dapat tak tau la macamana dia punya bingit.
Yang tak dapat bonus komplen kenapa tak dapat sedangkan dulu boleh dapat.
Yang dapat bonus pun komplen jugak apesal sikit, sedangkan dulu dapat banyak.

Allah...
Kenapa ada yang berperangai macam ni.

Mintak maaf ya, tapi aku rasa aku perlu cakap benda ni.

Raya tu bukan datang mengejut tau.
Tetiap tahun pun ada raya.
Patutnya dah tau dah tetiap tahun memang akan jumpa raya, maka seharusnya persediaan menyimpan untuk sambut raya kena ada.
Kalau tiba-tiba majikan bagi bonus, alhamdulillah.
Kalau tak dapat pun takpe, sebab kita dah ada saving untuk raya.
Bila kita tak ada plan untuk put aside keperluan beraya dan mengharapkan bonus untuk tambah-tambah duit poket raya kita, itulah yang jadi punca kita emosi.

Duit memang always jadi 'masalah'.
Banyak pun masalah, sikit pun masalah, ada pun masalah, kalau takde lagi masalah.
Kena keluar duit pun marah, dapat duit pun marah.

Kepada yang katanya bonus raya sikit.
Sikit-sikit pun, sape nak bagi sampai RM400?

Kepada yang tak dapat bonus raya.
Gaji masing-masing  dah tinggi dari dorang yang dapat bonus, patut berbangga.
Kalau sebulan put aside RM50, lagi 10 bulan dah ada 'bonus' RM500.

Isu bonus ni buatkan aku realize banyak perkara.
Antaranya, bak kata Saidina Ali "Aku telah banyak kecewa tapi yang paling kecewa adalah bila meletakkan harapan pada manusia".

Memang betul pun.
Dah terbukti dalam isu pemberian bonus semalam.
Bila terlalu mengharap dan yakin pada makhluk, boleh jadi itulah punca kenapa kita jadi sangat emosi bila tak dapat bonus/bonus tak banyak.

At the same time hikmahnya mengajar kita untuk bersedia, kemudian baru berharap.
Bila kita bersedia, insyallah tak rugi apa-apa.
Tapi bila kita letakkan berharap dulu sebelum bersedia, inilah jadinya.
That’s why ada formula "usaha + doa + tawakal".
Usaha (bersedia) dulu, baru doa (berharap).

Kadang-kadang kita rasa orang tu hidup senang sebab dia banyak duit.
Padahal dia hidup senang kerana dia banyak bersyukur.

Pernah tak kita renung-renungkan rezeki kita ketika hidup tengah serabut?
Waktu tu rezeki lancar atau sangkut?

Jawapannya, sangkut.
Malah ada yang stop terus untuk beberapa ketika.
Kenapa jadi macam tu?

Kerana rezeki bergantung pada kehidupan.
Kalau fikiran serabut, hati asik nak marah, dendam, akhlak jahanam - maka rezeki takkan dimudahkan.
Sebaliknya, ketika hati tenang, fikiran lapang, rezeki akan datang tanpa diundang.
Akan ada je ‘kebetulan-kebetulan’ yang menggembirakan.

Kita fikir bila rezeki (duit) tak cukup, hidup jadi serabut.
Padahal disebabkan hidup serabutlah maka rezeki selalu sangkut.

Rahsia rezeki lancar adalah hati yang tenang.
Bila hati tenang, mudah datang rasa syukur.
Bila syukur tinggi, Allah kata "Kalau kau bersyukur, nanti Aku tambah lagi".

Orang yang bersyukur dengan perkara-perkara kecil dalam hidupnya, pastu jadi orang yang sangat bersyukur bila dapat lebih banyak nikmat.
Sebaliknya, orang yang tak bersyukur dan tak berterima kasih pada hal-hal yang kecil, dia juga susah nak bersyukur untuk perkara-perkara yang lebih besar.
Sebab bagi dia, semua benda masih kecil, walaupun pada orang lain sudah cukup besar.

Orang yang susah nak bersyukur, bahkan kufur terhadap nikmat-nikmat yang kecil, selalunya susah nak berterima kasih pada Allah.
Kalau dapat sikit dia merungut, kalau dapat banyak dia claim itu memang patut pun sebab dia berusaha.

Ustaz pernah cakap, kalau kita tak dapat apa yang kita nak, kena tetap bersyukur.
Kerana mungkin Allah dah tukarkan apa yang kita nak tu dengan keselamatan, dengan kesihatan, dengan panjang usia, dengan anak yang bijak, dengan pasangan yang setia, etc.

"Sesungguhnya Allah menyayangi hambaNya yang beriman yang miskin, yang tidak suka meminta-minta sedangkan dia mempunyai anak yang ramai." (Riwayat Ibnu Majah).

Itu hadis untuk orang yang miskin.
Dah jelas miskin tetap Allah tak suka dia meminta-minta.
Kita ni kerja. Kerja tetap pulak tu. Tiap-tiap bulan konfem ada gaji.
Takkan kita lagi teruk dari orang miskin?

Baca doa ni hari-hari, mudah-mudahan Allah bagi kita semua petunjuk :

"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Kau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Kau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh." (An Naml 19).





Yang minta buatkan tutorial shawl panjang, ok ni salah satu contoh ikatan shawl di pagi raya.
Model guna shawl panjang kod Amethyst Purple.
Masih ada stok kalau berminat :)



2018-05-30

Bukti kesanggupan


Ni entry respond kepada sorang reader pompuan.

Kisah rumahtangga.
Tapi yang ni menarik sikit jalan ceritanya.
Aku ringkaskan je.

Reader ni kawen tahun lepas, tapi belum cecah setahun lagi.
Raya tahun ni first time beraya sebagai isteri.
Dorang berdua kawen pilihan orang tua.

Walaupun kawen pilihan orang tua, tapi bukan paksaan.
Masing-masing setuju.
Tapi sejak berkahwin masing-masing tak berapa mesra to each other.

This lady assume yang suami kecewa bila dia tak secantik yang dia imagine.
Sebab masa takruf, suami tak tengok muka dia, just makbapak mertua je (this lady pakai niqab).
Dia kata boleh jadi juga they both sebenarnya tak love each other, kahwin sekadar ikut sunah dan menjaga hati mak bapak je, that's why tak mesra.

Tapi one thing yang bagusnya dorang ni, masing-masing masih jalankan tanggungjawab.
Dia kata suami dia tolong kerja-kerja rumah, tak payah suruh pun suami tolong.
Tapi segalanya macam ikut buku dan teori, hakikatnya tak dapat merasa bahagia.

Well, bahagia memang perkara penting dalam hidup berumahtangga.
Tapi ada juga yang tak bahagia beria-ia tapi disebabkan masing-masing ikhlas dan menjaga rumahtangga, maka perkahwinan itu kekal.
Kalau perkahwinan yang berlandaskan cinta sama cinta, selalunya, kalau berdepan dengan kesusahan, lebih mudah masalah tu diatasi because ada teamwork kat situ.
Selalunya macam tu lah.
Tapi ada juga yang kawen suka sama suka tapi hanyut akhirnya.

Ada banyak consequences yang akan dihadapi bila memilih untuk berkahwin tanpa cinta.
Antaranya macam kes blog reader ni - hidup rasa kosong. Hambar.
Tanggungjawab sebagai suami dan isteri lama-lama akan menjadi beban.
Mudah nak bertekak pun ya jugak.
Kerana perkahwinan membawa dua individu yang berbeza sikap, tinggal bersama-sama.
Kalau tak kerana cinta, susah sikit nak bertolak-ansur.
Selalunya kalau ada rasa sayang, mudah sikit nak berlebih-kurang bila ada benda yang kita tak puas hati pada pasangan.

Tak semua orang anggap perkahwinan yang bermula tanpa cinta akan menderita.
Sesetengah orang tetap pilih untuk kawen dengan orang yang dia tak cinta.
Selalunya ada sebab.
Antaranya pilihan orang tua, faktor pendidikan atau ekonomi yang merupakan standard rujukan bagi mencari pasangan, atau faktor umur.
In their view, love will come with time.
Dorang menjangkakan kalau dah hari-hari berjumpa (sebab duduk dalam rumah yang sama), lama-lama cinta tu muncul jugak.
Pandangan tu tak salah, sebab cinta memang boleh muncul bila-bila masa.

The question is, BILA.

Bila agaknya cinta tu akan muncul?
Esok?
Lagi 6 bulan?
Lagi 3 tahun?
Mampu ke kita bertahan hidup dengan pasangan tanpa cinta untuk tempoh 3 tahun lagi?

Aku teringat kisah perkahwinan Rasulullah saw dengan Zainab.
Pada awalnya, Allah perintahkan Rasulullah saw nikahkan Zainab dengan anak angkat baginda, Zaid.
Rasulullah saw pun datang melamar Zainab untuk orang lain.
Tapi Zainab kata dia tak cintakan Zaid.

Ketika itulah turun ayat yang mengatakan "tak boleh seseorang yang beriman mengatakan tidak pada perintah Allah".
Bila Zainab tau itu adalah perintah Allah, terus Zainab kata "sami'na wa ato'na".
Proceed, walaupun tak cinta.

Rupanya dalam masa yang sama, si Zaid pun taknak Zainab sebab Zainab ni cantik, kaya dan bijak sedangkan dia biasa-biasa je.
Dia kesian kat Zainab dapat suami macam dia, so dia kata kat Rasulullah biarlah Zainab dapat orang yang lebih baik.
Rasulullah saw kemudian bacakan ayat yang sama, then anak angkat dia pun setuju nikah dengan Zainab.

Bila sama-sama tak berminat each other, rumahtangga susah nak bertahan.
Dorang terfikir untuk bercerai, walaupun tempoh kawen belum sampai setahun.
Tapi sebelum tu Zaid nak refer pada Rasulullah dulu.
Masa Zaid on the way jumpa Rasulullah, bff Rasulullah iaitu malaikat Jibrail dah bocorkan rahsia.
Jibrail kata kat Rasulullah, "Jap lagi Zaid datang nak bincang masalah rumahtangga dia. Katakan padanya, ceraikan saja Zainab kerana selepas itu Allah akan jodohkan Zainab dengan kau".

Rupanya itulah 'permainan' Allah dalam menguji hambaNya.
Sebenarnya, Allah tau Rasulullah saw tertarik pada Zainab dan Zainab ada hati kat Rasulullah.
Tapi fall in love bukan segala-galanya bagi mereka.
Bagi mereka, iman adalah segala-galanya.
Sebab tu dorang pasrah bila kena kawen dengan orang lain, atas perintah Allah.

Rasulullah pulak bila dengar Jibrail cakap macam tu, baginda jadi risau.
Dia risaukan perasaan Zaid dan macamana pulak nak bagitau semua tu.
Rasulullah taknak nanti bila dia kawen dengan Zainab, si Zaid terasa hati.
Karang Zaid kata "Patutlah suruh aku berpisah rupanya ku tunggu jandamu gitu".

Bila Zaid datang mengadu, Rasulullah tak bagi dia bercerai.
Baginda suruh Zaid bersabar dan berdoa mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan keluar.

Nampak tak akhlak Rasulullah macamana?

Padahal bff dia dah bocorkan rahsia, tapi Rasulullah masih tak mau memandai-mandai.
Dia yakin kalau perceraian itu mesti terjadi, ia tetap akan terjadi walaupun bukan dia yang suruh Zaid ceraikan Zainab.
Eh sekali betul.
Zaid tetap bercerai akhirnya.

Ok dah settle satu ujian.

Bila dah habis edah, Allah perintahkan pulak Rasulullah melamar Zainab.
Lagi sekali Rasulullah risau.
Ye lah, Zaid mesti cakap apa pulak nanti, "eh dia ni rupanya berminat dengan isteri aku dulu. Elok je habis edah terus masuk line".

Then Allah turunkan ayat pada Rasulullah "Kau merasa tak sedap hati dengan kata-kata manusia padahal kau sepatutnya merasakan itu kepada Aku (Allah)".

Terus Rasulullah saw beristighfar, then nikah dengan Zainab.

Nampak tak macamana Rasulullah punya ujian?
Mula-mula diuji dengan cinta yang tak kesampaian dengan Zainab.
Lepas tu diuji pula dengan disuruh berkahwin dengan bekas isteri anak angkatnya sejurus selepas habis edah.
Oi, ni kalau kena kat kita ni, tak cukup bawang 5 tan.
Konfem orang merewang kupas bawang sampai hujung tahun.

Kisah Rasulullah dan Zainab ni sebenarnya memberikan jawapan kepada masalah rumahtangga mereka-mereka yang ada masalah yang sama.
Aku takde sebarang pandangan peribadi, cuma ambillah pengajaran dari kisah Rasulullah saw ni.
Anggaplah apa yang Rasulullah pesan kat Zaid tu umpama dia pesan kat kita "Bersabar dan berdoalah, semoga Allah tunjukkan jalan keluar".

Dan untuk those yang bertakruf (atau bercita-cita nak bertakruf), janganlah serah bulat-bulat pada mak bapak.
Ambik tanggungjawab sikit untuk pilih dan kenal-kenal isteri.
Bertakruf bukannya tak payah tengok muka and kenal bakal isteri lansung.
Jangan esok isteri teraniaya tanpa sedar.
Memang la kita tak pukul isteri tapi mendera emosi dan perasaan tu lebih teruk kesannya.

Dia ibarat ko beli rompers baby yang 5 helai dalam satu karung tu.
Korang main ambik je ke atau bukak dulu untuk check?
Nak taknak, mesti nak bukak tengok dalam macamana rupanya, kan?
Sebab kita nak confirmation if isi dalam tu cantik ke tak, jahitan kemas ke tak, ada kotor ke tak, etc.

Maksudnya kat sini kita kena be selective.
Kalau bershopping pun kena selective, apetah lagi pilih jodoh.
Tapi bukanlah memilih sampai jadi perfectionist.
Kerana, ibadah yang paling lama dalam hidup adalah perkahwinan.
You will really need struggle, patience, sincerity yang berterusan sepanjang hidup bersama.
Mempertahankan rumahtangga bukan kerja senang, but when both are committed together then anything goes together.
Sebab itulah penting untuk be selective dalam memilih pasangan supaya ibadah ini bertahan lama.
Rupa paras walaupun bukan jadi satu kepentingan tapi tak menjadi salah pun kalau nak memilih.
Yang nak hidup bersama 50 tahun esok, kita. Bukan orang lain.
Jadi biarlah muka tu sempurna di mata kita.

Yang bertakruf dengan perempuan yang berniqab pun dibenarkan tengok wajah bakal isteri sebelum kawen.
Betapa Islam nak tunjuk penting tak pentingnya to be selective.
Bila dah dibagi peluang, jangan jual mahal pulak.

"Takpelah, saya tak memandang rupa, yang penting hati".

Ha'ah, ye sangat pakai hati.
Memang iman tu sentiasa naik je ke, tak pernah turun?

Iman kita ni naik turun, jangan nanti first nite merudum iman kau jatuh melepek lepas tengok muka wife sendiri.
Ada peluang tengok muka masa bertakruf, tengok.
Jangan kerana ego nak pertahankan yang kita ni tak memilih rupa sampai kita deny kemahuan diri sendiri.
Kalau kita jenis pasrah takpe, ini acah-acah je lebih.
Lepas tu tak selera dengan wife sendiri. Merana hamba Allah tu.

Yang lelaki-lelaki bujang kalau ada baca entry ni, please jangan aniaya anak dara orang gini.
Biar sama-sama suka each other walaupun kawen pilihan orang tua.
Ambik masa untuk kenal-kenal.
Itulah namanya takruf.
Takruf jangan lama-lama, 3-4 bulan je pastu kawen.
Kalau sampai 4 tahun tu bukan bertakruf ya, tu namanya bercouple.

Ramadhan sebenarnya satu 'exercise' untuk yang masih blom kawen.
Bulan puasa macam ni menjadi bukti keseriusan kita.
Kerana nikah adalah ibadah yang paling lama.
Kalau terawikh 11 rakaat je dah mengeluh, yakin ke sanggup berumahtangga?

Ha, jawablah akak tanya ni.




Siapa lagi belum ada matching tudung with baju raya?
Kita ada a total of 46 shades of color.

2018-05-29

Jual mahal sangat?


Tadi pagi dapat PM dari follower bagi aku satu link untuk aku baca and bagi pandangan.
Tentang satu brand famous (kalau tau brand apa mohon jangan mention di ruangan komen) yang dikatakan re-branding produk dari China, kemudian jual dengan harga jauh lebih mahal tahap tak masuk akal.

Aku tak pasti sejauh mana tuduhan tu.
Tapi boleh jadi juga dia yang initiate the design dan tempah di China.
Kemudian pihak kilang sana jual semula the design to open market without nama brand.
Kalau kes macam tu, takde isu dia membeli produk dari China kemudian menjual semula di sini.
It is their product, their design, cuma pihak China yang re-produce the product dan jual sendiri-sendiri open market.

Sebab benda ni pernah jadi kat aku.

Kalau sesiapa yang follow blog ni tahun 2012 mesti ingat kes baju peplum aku?
Bila gambar baju tu tersebar, berjujuk-jujuk orang jual.
Katanya dorang buat di kilang Vietnam.
Lepas tu ada orang kata aku beli baju tu kat Indo pastu jual balik dengan harga cekik darah sedangkan mereka-mereka jual dengan harga tak sampai RM100 sepasang.

Ya, silakanlah beli dengan mereka-mereka, yang ko tetap masuk FB aku dah kenapa?

Masa tu Fleur by Mrs Him masih belum dikenali (sekarang pun tak terkenal mana).
Waktu tu hanya yang baca blog aku je kenal brand tu dan tau itu memang design aku.
Jadi bila ramai yang bash, aku tak dapat nak pertahankan yang itu sememangnya design aku.
Bila semua mengutuk, aku lebih banyak diamkan diri.
Begitulah nasib bila brand tak power.
Orang tak percaya kita.
Orang tak percaya kita yang design baju secantik tu (ya ampunnn bragging mak mati. kahkahkah).

Jadi, bila that brand dikecam teruk sekarang di media sosial, aku tak pasti samada tuduhan tu betul atau tak.
Kalaupun betul dia re-branding dari China, generally, tak menyalahi undang-undang kalau dia jual semula kerana dia beli that item secara sah.
Once you have purchased something at retail it is yours to do with as you choose.
Even kilang pun have litle or no control at all ke atas produk yang dah dijual kepada pelanggan.
Kita nak jual berapa harga pun sukahati sebab that product is ours now.

Tapi persoalannya sekarang, kenapa dijual dengan harga yang melampau-lampau mahal?

Ok, macam ni lah.
Pernah tak terfikir kenapa mineral water yang dijual kat hotel dan airport harganya cekik darah?
Padahal kat luar harga cuma RM1.50 je sebotol.
Tapi kat hotel harga sembelih orang.
Airnya sama je, mineral je pun. Cuma tukar label hotel, terus jadi RM5.90.
Ada sesape pernah viralkan benda ni? Tak.

Harga mineral water kat airport dan 5 star hotel jauh lebih mahal kerana kos menjalankan perniagaan biasanya 2 kali ganda lebih besar dari tempat-tempat lain.
Yang pertama adalah sewa ruang (tapak).
Yang kedua, cost of acquiring bisnes. Yang ini termasuklah marketing cost dan ianya sangat competitive.

Tapi percaya atau tak, those yang buat bisnes kat airport, 5 star hotel dan mall-mall besar macam KLCC and Pavi makes more money dari yang jual kat Kenanga atau Jalan TAR.
Ini kerana majoriti yang naik flight dan yang duduk 5 star hotel mampu bayar harga yang tinggi untuk produk dan perkhidmatan di sana.
Orang berpendapatan sederhana jarang membeli belah kat big mall, atau stay kat 5 star hotel.
That's why those yang buat bisnes kat tempat-tempat ni lebih senang buat duit sebab customernya semua di kalangan yang tak kisahkan harga.
Customer-customer dorang ni semua membeli bukan untuk dapatkan barang semata-mata tapi the whole package - kualiti, layanan, packaging, dan keselesaan.
Sedangkan kita yang biasa-biasa ni sekadar nak dapatkan produk je, betul tak?

Inilah sebenarnya yang membezakan harga satu produk with another.
Produk yang dibeli di China memang lebih murah kerana factory cuma manufacture and sell.
Marketing tak hebat mana.
Tapi produk yang di-re-branding selalunya guna modal marketing yang tinggi.
Sebab itu harganya lebih mahal.
Kalau dia tak buat marketing kaw-kaw kita pun tak terpikir nak gugel tentang sumber produk tu.
Entah-entah tak terpikir pun produk tu wujud.

Semua ni ada kaitan dengan branding.

Contoh paling mudah Bata.
Sape ajelah yang terpikir nak beli selipar Bata raya-raya ni?
Tapi lepas gambar Tun M pakai selipar Bata tu, mencicit semua mencari selipar yang sama.
Tun dah re-branding the selipar.
Lepas ni kalau Bata nak rebrand the slipar as "Tun M sandal" dengan harga dari RM12 ke RM35 pun aku jamin masih laku walaupun design dia very the kampung.

It's all about branding.

Lagi satu, iPhone.
Padahal henfon je. OPPO pun henfon, Samsung pun henfon.
Aku pernah pakai tiga-tiga ni.
Untuk sejenis manusia yang guna henfon untuk whatsapp, email and update media sosial, tiga-tiga ni ok je untuk aku.
Cuma kalau pakai iPhone tu nampaklah 'kaya' sikit.
Maka pandangan orang pada kita pun berbeza.
Tu pasal student-student menggeletis beli iPhone dengan duit PTPTN.
Kerana iPhone bukan sekadar henfon tapi satu statement.

Bila branding dah mantap, company ada kelebihan create their own price tanpa perlu ambil kisah berapa harga standard market.
Company boleh jual pada harga maksimum yang customer boleh bayar.
We called this "market-will-bear-price".

Maksudnya, bila branding dah power, harga bukan lagi dikira berdasarkan kos tapi berdasarkan berapa customer willing to pay.
Big-big brands macam ni selalunya ada rekod regular customer dan selalunya bila they start selling at "market-will-bear-price" cost, harga bukan saja tak masuk akal, tapi stock pun terhad (limited edition).
Ini kerana company fokus untuk jual pada regular customer dan orang yang mahukan lebih dari sekadar produk.
Strategy ni always works to those yang bukan price sensitive people.

That's why powerful brands like Apple, Starbucks, Chanel lebih senang menjual walaupun harga mahal.
Because they sell product + style.
Dan zaman media sosial macam sekarang, bisnes-bisnes macam ni lebih senang buat duit sebab kebanyakkan orang tend to show off (no offense).
Menggeletis-geletis nak share gambar with branded items.

That brand yang tengah viral sekarang ni, aku pernah beli sekaligus 5-6 produk dia.
Tapi aku tak pakai.
Aku nak tengok material je.
Apa yang aku boleh katakan, material dia ada yang ok ada yang tak berapa kena dengan aku.
Tapi order aku datang dengan solid box. Box siap beriben.
Dalam bos ada wrapping paper, ada style card, ada extra label and benang yang sama dengan warna fabric untuk kita jahit sekiranya label tertanggal.
Disebabkan aku beli banyak, jadi semua tu dimasukkan lagi dalam another solid box.
Plastik pos laju pun dia guna brand sendiri punya.
That's where they put all the cost.

Kan ada pepatah cakap "Yang mahal itu bukan hidup tapi gaya hidup".

Kebanyakkan yang jual dengan harga mahal tu sebenarnya menjual gaya sekali, bukan sekadar produk.
Kalau nak beli sekadar produk, boleh la beli kat pasar malam atau direct kat China.
Katanya tak kisah brand, kan?

Yang peliknya, kalau pi Vietnam, produk yang ada brand ni jugak lah yang dicari dulu.
Takde pulak nak beli yang takde brand.
Siap tanya lagi tokey kedai dapat plastik yang sama tak? Kahkahkah.

Tak caya, gi skodeng mana-mana IG yang jual un-authentic product macam Chanel and LV.
Kau akan jumpa orang yang tanya "Dapat box tak?"

Eh, cantik muka kau.
Dah beli murah siap nak kotak bagai.

Some people nak produk gempak tapi taknak bayar lebih untuk service.
Nak beli barang siap nak ada kotak, nak ada kad, pastu nak free pos bagai.
Tapi nak murah. Akai ada?

Sebenarnya di sudut hati kita, kita pun teringin nak pakai brand dia, betul tak?
Tapi kita jadi bitter bila tak mampu beli.
Terasa diri miskin nau bila tak mampu beli sehelai sedangkan orang lain dah penuh 3 laci.
Bila ada kesempatan macam ni, kita pun seronok membawang tanpa kita berfikir secara adil kenapa dia letak harga mahal.

Kalau dia re-branding sekalipun tak salah, sebab dia beli the produk secara legal.
Kalau dia nak jual dengan harga lebih mahal, kita sebagai pembeli kan ada pilihan, why so bitter?
Kalau kita taknak support, just don't buy. But don't condemn, that's not nice.


p/s : Again diingatkan, jangan mention nama that brand di ruangan komen baik kat IG atau FB aku. Kalau tau, dendiam. Simpan dalam hati sudah.




Gambar atas ni sebahagian je.
Bawal chiffon, satin and shawl masih available.
Boleh KLIK SINI.


2018-05-28

Shawl panjang



Bulan puasa ni kita banyak release plain shawl.
Sebab aku tau sure ramai tengah cari plain shawl untuk matching dengan baju raya, kan.
Hari ni kita launch SHAWL PANJANG pulak.
Disebabkab ramai request untuk buat shawl yang lebih panjang, jadi untuk plain shawl ni kita buat sampai 2m.
Kalau tak cukup panjang gak, aku bagi satu kayu kain terus. Lilit satu badan.

Material : Heavy chiffon
Measurement : 180cm x 60cm

Warna-warnanya adalah :







Untuk pengetahuan, bawal plain chiffon and satin masih ada lagi cuma inventori kat website kita tak tambah.
Mana yang dah sold out di website, kita biarkan sold out.
Sebenarnya masih ada lagi stok (tak semua warna), tapi kena whatsapp admin untuk check warna apa masih available.

Jangan tunggu lama-lama, nanti warna habis. WHATSAPP SINI UNTUK BELI SHAWL.


2018-05-27

Berbaik-baik dengan ex.


Tadi pagi aku up STATUS NI kat FB.

"Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (Al-A'raf 56).

Dalam ertikata yang lain, tak sempurna iman seseorang jika dia tidak menyambung silaturrahim dengan orang yang menyakitinya.
Maknanya puncak keimanan adalah bila membalas kejahatan dengan kebaikan.

Sebenarnya memaafkan tak susah.
Yang susah adalah melawan ego.

Tapi persoalannya sekarang, patut ke kita sambung silaturrahim dengan exbf/exgf?

Jawabnya, TAK PAYAH.

Yang dah habis tu biar habis.
Jangan kau sengaja kelebet FB/IG dia untuk check life dia sekarang pastu gatal tangan pi like post-post dia.
Kalau tak ada keperluan, tak payah.
Apetah lagi sengaja whatsapp untuk tanya khabar. Tak payah.

Walaupun niat kita hanya nak bersilaturrahim, tapi niat baik kita tu sebenarnya ditunggangi oleh setan.
Setan nak munculkan balik fitnah dalam hidup kita.
Boleh jadi nanti akan muncul balik perasaan-perasaan yang tak sepatutnya kita rasa towards ex kita.
Dan yang paling teruk, takut nanti akan berlaku konflik dalam rumahtangga kita.

Rasulullah saw membenarkan kita menipu dalam bab ni tau.
Pada hakikatnya menipu tu haram.
Tapi menipu dibenarkan dalam 3 hal.

Yang pertama, menipu dalam perang (taktik/strategi).
Taktik semasa berperang mana boleh jujur.

Yang kedua, semasa meleraikan pergaduhan.
Contoh, kalau ada orang yang bergaduh sampai keluar pisau parang kapak bagai.
Orang A lalu depan kita "Ada nampak tak orang B lalu sini?"
Kita jawab "Takde".
Menipu yang macam ni boleh untuk mengelakkan pembunuhan berlaku.

Yang ketiga, seorang suami/isteri menipu to each other tentang masa lampaunya dengan niat untuk melupakan.
Jangan jujur dengan masa lampau kalau ia boleh menyakitkan hati suami/isteri.
Tapi dengan syarat kita menipu kerana nak melupakan, bukan kerana nak sorok-sorok supaya boleh start again dengan ex bila-bila ada peluang.

Just imagine.
Kalau berkata jujur tentang ex kita pada suami/isteri saja dah tak boleh, apetah lagi bersilaturrahim dengan ex.
Nak bersilaturrahim, ramai lagi orang yang kita boleh silaturrahim.
Dengan ex tak payah.
Semoga ushaa kita untuk menjauhi ex menjadi modal untuk Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu.
Fokus je silaturrahim kita dengan orang yang ikhlas mengambil kita secara sah dengan nama Allah.

Selalunya manusia gitulah.
Yang ada dibuat bodoh.
Yang tak ada tu lah yang diingat-ingat.
Yang tak ada tu lah diharap-harap.
Belum tentu yang tak ada tu bila diberikan pada kita akan menjadi kebaikan untuk kita.
Belum tentu.

Yang penting, jangan membanding-bandingkan.
Kalau kita asyik membandingkan dengan masa lampau, kita akan jauh dari rasa syukur.
Dan kalau kita tak mampu bersyukur dengan masa sekarang, kita akan jauh dari rasa bahagia.

Apa yang boleh kita buang, kita buang.
Contact number dia, barang pemberian dia, gambar-gambar dia, surat-surat cinta, unfollow dari media sosial, etc.
Semoga Allah nilaikan ini sebagai ibadah atas usaha kita menjauhi fitnah.

And please, jangan berharap one day akan terserempak balik dengan dia.
Bukan apa, bila kita start berharap, dalam secara tak sedar kita berusaha mencari peluang untuk berjumpa.
Nanti mulalah kita nak singgah makan kat tempat kita selalu makan dengan dia dulu.
Mulalah kita nak lepak kat tempat kita selalu datang berjumpa dia dulu.
Last-last betul terserempak.
Mulalah bunga-bunga cinta bebas di angkasa raya.

Kalau dia ajak jumpa, cuba ingat balik apa punca korang break.
Selalunya, kalau kedua-dua ni bersama semula, akan lebih banyak bertekak sebab masing-masing ego dan saling mengungkit masa lalu dan saling banding-membandingkan dengan pasangan halal kat rumah tu.

Tapi yang tu warning untuk those yang dah kawen.
Kalau yang masih single, salah tak kalau nak berbaik-baik dengan ex?

Boleh.

Tapi jangan kali ni biar cerdik sikit, jangan jadi bodoh.
Bukan apa, manusia bila start bercinta kadang-kadang jadi bodoh.

Pasangan yang baik adalah pasangan yang complete each other.
Tak perlu jadi pasangan yang mempunya karakter yang sama.
Asalkan kelebihan dan kekurangan tu saling melengkapi, itulah namanya pasangan yang baik.
Selagi kita rasa selesa, itu dah petanda baik.

The good side of re-relationships dengan ex adalah kita dah kenal perangai masing-masing.
Tapi dah tentu ada benda yang buatkan kita break dengan dia dulu.
Jadi, sebelum kita re-establish relationship kita dengan ex, please consider point-point yang membuatkan korang berpisah dulu.

Contoh, kalau punca berpisah kerana dia ada orang ketiga, kali ni make sure you are the only one for him/her.

Kalau punca kita berpisah adalah kerana financial, pastikan kali ini tak berlaku lagi.
Bukan apa, dah tentu kita taknak dia datang balik kat kita kerana ada niat tertentu.
For that, sebelum kita establish-kan hubungan ni untuk kali yang kedua, we must be selective.
Kenalpasti dulu apa puncanya dia nak kita balik.
Bukan taknak husnuzon, tapi sebab kita dah pernah bersama dia, jadi kita kena berhati-hati.
Jangan jadi bodoh 2 kali.

Kadang-kadang kita ni tak sedar-sedar.
Dulu masa bercouple dengan dia, hidup kita sengsara dia buat.
Asyik bertekak, menangis, bertekak, menangis.
Tapi bila dia datang merayu, kita terima semula.
Dengan harapan things change, malangnya tak.

Cubalah, once dah break tu, beri peluang orang lain pulak kenal kita.
Dari situ baru boleh buat perbandingan.
Kalau putus hanya untuk menunggu orang yang sama datang balik pada kita, baik takyah putus dari awal.
Mengada-ngada namanya.




"Kak Di asik keluar bawal je, shawl takde ke?"

Ada ni ha.
Memang dah standby nak release ESOK.

2018-05-26

Gaji minimum


Usaha untuk letakkan minimum wage ni bagus tapi tak bagi apa-apa benefit to society pun.
As a business owner, apa yang aku nampak, setiap kali minimum wage meningkat, akan bertambahlah bilangan penganggur dalam negara.

Ini fakta, bukan auta.

Kerana fresh grad lack of skills.
Dan majikan selalunya takde masa nak provide training.
Kalau gaji dah tinggi, experience pun ada, better ambik yang ada skill ni je.

Macam company aku, once aku ambil pekerja, aku tak provide training.
Kau masuk hari ni, hari ni jugak aku bagi task, kau buat.

Kalau budak graphic, aku terus bagi kerja buat design.

Kalau clerical, aku ajar cara guna software saja, tu pun hands on.
Aku ajar sambil kau terus buat jam-jam tu jugak.

Kalau operation, hari ni kau masuk, hari jugak kau kena buat packing, kira inventory, and susun stock.

Aku tak provide training and teori apetah lagi minggu perkenalan.
Oh sorry, tak sempat. Banyak lagi benda nak kejar.

Nak minimum wage?

Boleh.

Tapi mesti ada give and take kat sini.
Employer dah bagi gaji tinggi (min wage), so employee kena bersedia untuk terima task.
Jangan nanti hari ketiga je dah mengeluh penat lah, kena stay back lah, tak sempat nak check FB lah.
Lepas tu menganjing employer kat internet.

Pandai kalau bab bercakap tentang gaji minimum.
Kerja dengan gaji rendah umpama jadi hamba katanya.
Kita kata seseorang perlu dibayar certain wage.
Tapi bukan ke kita juga ada hak untuk pilih kerja?

Kita semua ada hak untuk dapatkan gaji yang setimpal dengan kerja kita, at the same time majikan juga ada hak to give however much they want in exchange. Get it?

Meningkatkan gaji minimum, hanya membawa kepada kos sara hidup yang lebih tinggi.
Yang miskin akan kekal miskin, sila-silap fresh grad pun jadi miskin.
Bila majikan diminta untuk menaikkan gaji minimum, ini menyebabkan harga barang dan perkhidmatan meningkat sebab company kena cover kenaikan gaji pekerja mereka.
So katakan gaji kita dulu RM30/day dapat beli nasik berlauk ikan 3 untuk kali makan.
Bila gaji naik ke RM50/day, boleh jadi kita tetap hanya boleh beli nasik lauk ikan 3 kali makan.
Tak berubah.
Sebab apa?
Sebab tokey restoran tu pun akan naikkan harga lauk-pauk untuk cover kos kenaikan gaji pekerja dia.
Jadi, your purchasing power is not going up.
Your REAL wage is still the same.
Dan secara efektifnya kita dah menjadikan kehidupan kita lebih mahal.

Without minimum wage, at least fresh grad atau pekerja yang takde kemahiran tertentu masih ada peluang untuk buat duit.
Something is better than nothing lah kan.
Kalau nak lebih, then kena kerja lebih (overtime maybe), atau negotiate better pay bila dah setahun berkerja.
Kalau after a year bekerja, company tak menaikkan gaji seperti yang kita harapkan (naik RM20 je), then go find another job.
Masa tu maybe lebih senang untuk kita dapatkan kerja sebab dah ada pengalaman setahun bekerja.

The thing is, takde siapa kata "Kena beli ikan minimum 3kg baru boleh dapat harga RM6/kg."
Atau "Kena beli beras minimum 10kg baru boleh dapat harga RM2/kg".

No one forcing minimum purchases so why is there a minimum wage?

Aku tak nampak kat mana kaitannya ekonomi berkembang seiring dengan kenaikan minimum wage.
Yang aku nampak inflasi akan go out of control dan banyak orang semakin hilang pekerjaan.
Robot and machines akan start do all the work.
Pekerja asing akan semakin melambak sebab these laws tak apply to them.
Akan lebih banyak produk Made in China, Made in Bangladesh, Made in Vietnam lepas ni.

Perlaksanaan gaji minimum ni ada baik dan buruknya, tergantung pada individu.
Dapat kat orang yang bersedia untuk kerja kuat, kerja lebih masa, kerja dalam pressure, berbaloi lah.
Dapat kat pekerja yang masuk opis bukak FB, layan IG, layan YT, kerja tak up to expectation, asik nak kena betulkan errors manjang, tapi nak gaji RM2K starting, memang masaklah majikan.

Bagi aku, company mesti bayar gaji pekerja sesuai dengan kerjanya.
Sebab ada pekerja yang datang kerja cuma nak tunjuk dia datang kerja je tapi kerjanya hampeh.
Kerja mesti dinilai berdasarkan perfomance.
Bayar lebih bila untung lebih, bayar kurang bila untung kurang.
Atau bayar lebih jika kerja bagus, dan bayar kurang jika kerja sambil lewa.

Dan majikan perlu kekalkan pekerja yang bagus dengan cara menaikkan gaji manakala yang mengabihkan boreh tu, lepaskan je lah.
We are doing bisnes here, bukan buat charity.
Takde masa nak simpati, atau nak kesian-kesian dah nak raya kena buang kerja, bla bla bla bla.
Kalau dia sayangkan kerja dia, dia kena kerja betul-betul.
That's the way we work.

Kau ingat jadi majikan ni kaya nau?
Orang tak tau kadang-kadang majikan telan airliur semata-mata nak pastikan semua pekerja dapat gaji on time.
So jangan nak play victim.




Ni nama je minimum pembelian mesti RM50, padahal semua produk pun harga lebih dari RM50.
Maknanya semua layak dapat keychain ni.
Takde due date untuk promosi ni.
Promosi habis bila gift habis. Itu je kekdahnya.



2018-05-25

Saqil



Semalam aku naikkan teaser ni kat IG.
Mintak mahap la, ni je gamba 'model' yang available untuk collection bawal satin.
Sebab bulan-bulan puasa ni aku taknak keje malam.
Siang dah cukup pack.
Kalau hari-hari biasa boleh je masuk studio malam-malam.
Jadi aku snap satu gambar aku pakai bawal satin, harap memadai lah ya.
Karang snap banyak-banyak muka aku tepek kat sini, meletup pulak PC sorang-sorang.

Ok cut story shot, bawah ni semua warna Saqil Bawal.

Material : Dull satin
Cutting : Square (bawal)
Size : 45" x 45"











2018-05-24

Bayar, jangan tak bayar.


Isu PTPTN kembali lagi.

Kali ni kerajaan bagi kelonggaran untuk bayaran balik hanya apabila gaji dah exceed RM4K.
Boleh tahan ramai yang bersorak bila kerajaan bagi kelonggaran.
Sorak untuk apa pun tak tau lah.

RM4K tu jauh lagi nak sampai, especially untuk fresh grad.
Aku masa kerja kat MOSTI dulu, starting gaji RM1400 (gross).
Masa tu RA je.
Pegawai-pegawai sangkut kat situ pun tak cecah RM2K gaji.
Even after aku left MOSTI for 3-4 tahun, kawan-kawan aku yang masih di sana, gajinya belum cecah RM3K pun lagi.
Agak-agak nak tunggu RM4K tu sampai kita umur berapa?

Tu cara-cara bujang.
Dibuatnya dalam tempoh 3-4 tahun tu terkahwin, terberanak, dah tentu perbelanjaan makin meningkat.
Makin susah nak bayar hutang.

Aku grad tahun 2001 dengan starting gaji RM1400.
Bulan terakhir aku makan gaji Sept 2008, gaji gross aku RM5K.
Ni tak masuk komisyen.
Tapi jangan kiralah komisyen tu sebab itu sesuatu yang tak pasti dan amountnya tak tetap setiap bulan.
Aku just nak tunjuk betapa lamanya kita nak naik tangga gaji (basic).
Apetah lagi kalau starting rendah, makin jauh la nak tunggu cecah RM4K tu.
7 tahun kerja baru cecah RM5K.
Ada orang lebih bernasib baik, macam En Wan.
Starting dah tinggi.
Tak jenuh nak menunggu untuk cecah RM4K tu (kalau dia ambik PTPTN).

Nasib kita semua memang tak sama.
Tapi tanggungjawab kita sama.
Kalau kita dah ambil tanggungjawab untuk membuat berhutang, maka bertanggungjawablah untuk membayar.

Kalau kita boleh istiqomah bayar duit sewa rumah setiap bulan, bayar hutang rumah, bayar hutang kereta, bayar bil-bil setiap bulan, kenapa kita tak boleh istiqomah bayar hutang pelajaran?
Hutang rumah pun ada interest. Hutang kereta pun ada interest. Kenapa boleh?

Kelonggaran yang kerajaan bagi tu patutnya buatkan kita bersorak lega sebab boleh bayar sikit-sikit mengikut kemampuan setiap bulan.
Bukannya bersorak sebab tak perlu bayar lansung, nak tunggu gaji cecah RM4K esok baru start bayar.

Ini tak.
Dah dibagi kelonggaran untuk bayar bila gaji dah RM4K, dimintak pulak untuk hapuskan interest.
Esok kalau dimansuhkan interest, melalak-lalak mintak hapuskan terus loan.

Jangan macam tu.
Ini sebenarnya kelonggaran yang Allah bagi pada kita, disampaikan melalui kerajaan.
Allah nak bantu kita kurangkan beban.
Bulan ni ada lebih, bayar lebih.
Bulan depan pendapatan kurang, bayar sikit. Bukan tak bayar lansung!
Disiplinkan diri untuk tetap bayar walaupun sikit.
Kita tak tau bila tahun gaji kita cecah RM4K.
Ntah-ntah mati dulu sebelum sempat habis hutang.
Kalau mati esok, atas dunia ni boleh la kerajaan strike off nama.
Kat 6 kaki bawah tanah tu tak strike off ya, hutang tetap akan ditanya.
Habis bayar ke, tak abis bayar ke, wallahualam lah macamana Dia kira.
Yang penting Allah tahu kita ada usaha untuk membayar.

Duit ni kalau nak kata cukup, memang always tak cukup.
Kerana cukup tak cukupnya duit bukan terletak pada berapa banyak kita dapat, tapi berapa banyak kita spend.

Aku bukan tak pernah shopping barang mekap kat Watson/Guardian.
Yang follow blog ni dari awal mesti tau aku pernah pakai segala tok nenek Ponds, Revlon, Syahirah, etc. Set-set produk Guardian semua ni.

Aku pun pernah pakai henbeg beli kat kiosk depan Giant.

Aku pernah beli bra/panties kat longgok-longgok.
Tak berani nak selak bra yang kat hanger.

Aku pernah merasa zaman beli barang dapur kat kedai runcit.
Tak berani nak masuk Giant.

Aku pernah pakai kereta Kancil.
Boleh je ha lenjan Kancil tu buat sales sampai ke Tganu.
Panjat Genting pun larat tau Kancil tu.

Aku pernah merayap pi One Utama just window shopping, masuk kedai pegang-pegang sikit, selak-selak sikit, pastu keluar.
Then masuk kedai lain, pegang-pegang, selak-selak, keluar.

Kalau starting kita tak tinggi, kita berbelanjalah cara starting tak tinggi.
Tak payah ikut-ikut orang, tak payah nak bertanding sape lebih hebat.
Menang gaya je buat apa. Janji praktikal.
Ada duit lebih sok baru bergaya lebih. Tengah takde duit ni buat cara sederhana.

Hari tu masa balik dari beli baju-baju raya budak-budak, lalu depan satu tapak medan selera.
Tak sure medan selera tu masih wujud ke tak sebab kitorang lalu waktu siang.
En Wan tanya aku "Ingat lagi tempat ni Di?"

Aku cakap kat Redza "Redza tau tak, tempat ni dulu malam-malam ada warung. Papa dengan Mama dulu kalau malas nak masak, selalu makan kat sini".

Redza tak percaya, "Ye ke?"

Dia ingat mak bapak dia tak layan warung agaknya.

Pastu lalu kat Seksyen 7, depan Restoran Khalifa, restoran mamak.
Aku cakap kat Redza "Ni pun salah satu restoran Papa Mama selalu makan. Asal masuk sini je Nasi goreng ayam".

Then lalu depan Carlos.
Nama je gempak padahal restoran kat shop lot biasa je. Datang sini untuk makan kueytiaw kerang.

Pastu Redza cakap "Hari-hari makan luar? Banyaknya duit mama".

En Wan jawab "Papa makan kat sini kalau dapat gaji, Ija".

Ternganga anak aku.

Betul, aku dengan En Wan dulu kalau dapat gaji, port kitorang - Carlos atau Khalifa.
Tu lah port paling best kalau dapat gaji.
Bayangkan hari gaji baru dapat makan kueytiaw kerang dengan nasik goreng ayam?

Kalau nak ikutkan, kitorang waktu tu takde hutang pelajaran.
En Wan scholar JPA, aku pulak dapat convert loan MARA kepada scholar.
Tapi tetap kitorang 'ikat perut'.
Sebab waktu tu kitorang istiqomah 2 benda.
Pertama, bayar hutang kereta En Wan.
Kedua, simpan duit nak beli rumah.

En Wan balik dari Jepun bawak balik kereta.
Tapi nak release kereta dari port kena bayar berapa ribu ntah aku lupa.
Kebetulan, lepas kawen, kereta tu sampai.
Jadi, En Wan pinjam duit salam kaut masa kawen kitorang, dari Mak Aji.

Kalau nak ikutkan, boleh je bayar rilek-rileks. Alah, duit mak sendiri, bukan orang lain. Takde interest pulak tu kan.
Tapi kitorang istiqomah bayar RM980 sebulan.
En Wan letak target setahun mesti settle hutang kereta sebab nak start fokus simpan duit untuk beli rumah pulak.

Bayangkan waktu tu sewa rumah RM820.
Hutang kereta RM980.
Gaji aku baru RM1600 masa tu. En Wan RM2500.
Itu gross tau. Kalau clean, tak sampai RM4K pun.
Dua orang punya gaji pun tak sampai 4K.

Tapi Allah dah kata, siapa yang niat nak bayar hutang, Allah akan permudahkan.
Tak tau lah macamana jalannya, tapi alhamdulillah.
Aku kawen 2001, tahun 2002 hutang kereta pun settle.
Tahun 2004 dah pindah masuk rumah sendiri.

Masa tu rumah baru RM250K.
Walaupun rumah waktu tu masih murah, tapi gaji kitorang tak tinggi.
Pulak tu kitorang dah ada Redza, ambikkan bibik pulak. Nak bayar gaji bibik lagi.
Bulan-bulan kadang-kadang duit belen cuma ada RM1500 (campur 2 orang).
Itulah duit groceries, itulah duit utilities, itulah duit saving, itulah duit emergency.
Aku simpan ASB RM10 sebulan pun pernah.
Janji simpan. Banyak pun namanya simpan, sikit tetap namanya simpan.

Semua orang nak gaji besar supaya dapat memenuhi keperluan dan keinginan.
Takde siapa nak gaji kecik.
Tapi banyak mana pun duit yang kita ada, tetap kita dengar orang mengeluh itu mahal, ini mahal, barang tu naik harga, barang ni naik harga.
Tetap kita dengar keluhan gaji yang diterima tak cukup.
Setakat boleh bayar keperluan asas je.

Bukan tak boleh bergaya.
Time aku makan gaji dulu, aku tetap bergaya.
Tapi gaya ikut poket sendiri orang kata.
Orang beli baju, aku pun beli baju gak.
Tapi aku tak beli kat Zara. Aku beli kat Aeon je.
Orang beli kasut, aku pun beli kasut gak.
Tapi aku tak beli kat Clark, aku beli kat Vincci.
Orang makan steak, aku pun makan gak.
Tapi aku tak makan kat Victoria Station, aku makan steak warung medan selera.

Hukum menunda pembayaran hutang adalah termasuk dosa besar.
Kalau orang yang berhutang mampu membayar hutang dan tak memiliki uzur yang dibenarkan oleh agama,  bila jatuh tempoh pembayaran, dia wajib bayar.
Orang yang menunda pembayaran hutang berhak dicela dan dipenjarakan kerana menunda pembayaran hutang adalah salah satu bentuk kezaliman.
Zalim sebab dah mampu bayar hutang tapi sengaja melambat-lambatkan bayar.

Bayangkan ya.
Zakat yang merupakan rukun Islam tu pun kalah dengan hutang.
Kalau kita hanya ada satu pilihan antara zakat dan hutang, secara syar'i, kena bayar hutang dulu.
Kalau ada lebihnya baru bayar zakat.

Ambiklah peluang kelonggaran yang kerajaan bagi ni untuk bayar sikit-sikit.
Ini cara kita untuk belajar istiqomah.




Yang dah tengok teaser bawal satin kat IG aku semalam, ok hari ni kita release.
Bidang 45.
Bukan satin lunyai ya, ini satin premium. Nak tengok aku pakai, masuk IG tuan tanah.


2018-05-23

Berjaya!



Gambar belah kiri tu bukan gambar yang di-stretch-kan.
Bukan juga gambar lepas bersalin (sebab lepas bersalin aku masih free hair).

Berat sebelum puasa hari tu 51.3kg (kalau tak salah).
Selepas seminggu puasa berat baru turun 1kg.
Walaupun aku mentekedarah macam nak rak (siapa follow IG aku tau la camne lauk aku berbuka), alhamdulillah berat tak banyak naik.
Dan aku bukan sejenis yang exercise beria-ia.
Cuma buat sit ups 100 times everyday je. Sit ups 100 kali ni tak lama ya, 10 minit je.
Walaupun 10 minit je, tu pun semenjak puasa ni dah tak buat sebab aku rasa isyak + terawikh + witir = 100 sit ups (kahkahkah).

Masa bila berat badan aku cecah 61kg?

Last year, tak ingat bulan berapa.
Aku saja naikkan berat badan aku sebab nak try effect makan 6 biji GC Plus.
Sebab aku belum pernah makan 6 biji sekaligus.
GC Plus ni, kalau overweight makan 4 kapsul.
Kalau obese, makan 6 kapsul.
Jadi, aku perlu tau sejauh mana keberkesanannya makan 6 biji ni dan apa efek yang aku bakal dapat kalau makan sampai 6 biji.
Bukan apa, senang sikit aku nak explain kat staff-staff aku kalau ada customer tanya.

Walaupun berat badan aku tak mencecah obese, tapi body fat aku 34% tu adalah body fat obese.
So aku nak try apa effectnya makan 6 kapsul.

Apa yang aku boleh cakap, masa berat badan aku 61kg, aku mudah mengah.
Bila mengah, senang nak jadi malas.
Bontot macam ada pemberat.
Once dah duduk, malas nak bangun.
Bila dah gemuk, selera makin lama makin bertambah.
Padahal baru lepas makan, tapi masih nak mencari jajan untuk kunyah-kunyah.
Biasa la tu kan, bila size perut dah besar sikit, makin banyak la ruang kosong.
That's why sentiasa nak makan sebab ruang-ruang kosong tu tak diisi lagi.

Yang paling menyampah sekali bila duduk tahiyat akhir.
Boleh terasa berlipat-lipat kulit kat pinggang belah kanan.
Bila berdiri nak solat, boleh terasa betis kanan bersentuh betis kiri.
Betis ok, betis!
Bukan peha,
Kalau peha tu biasa kita dengar, tapi ni betis.
Selama ni aku solat, time berdiri tu tak pernah betis aku bersentuh each other.
Bila dah jadi macam ni mulalah stress everytime nak solat.
Rasa nak marah je.
Nak marah kat sape tak tau.
Just imagine tengah solat tapi nak marah, setan jenis apa tu agak-agak?
Kepala dok mikit pasal lemak terlebih kat pinggang. Setan lemak agaknya.

Letih dan berat badan memang saling berkait.
Sebab, bila badan jadi berat, maknanya kita kena kerja lebih untuk buat pergerakan walaupun simple movements like naik tangga atau berdiri lama.
That's why orang yang badan besar tak larat nak solat lama-lama.
Sebab berdiri lama je pun dah jadi penat.
Bayangkan nak terawikh lama-lama camana.
Masa ni aku dah terpikir takleh jadi camni.
Kalau dah mengah and penat like this, mesti nanti aku sentiasa buat alasan untuk tak terawikh bulan puasa nanti.

Aku start makan balik GC Plus beberapa bulan lepas, 6 kapsul sekali ambik.
Alhamdulillah, takde apa-apa efek negatif pada badan.
Lebih kurang 3-4 minggu macam tu, body fat aku turun ke 32%.
Jenuh jugak nak turun lemak ni.
Sebulan baru turun 2%.
Lepas body fat cecah 31%, baru aku ambil 4 kapsul macam biasa.
Now, kembali ke berat badan ideal.

Jangan biarkan badan kita cecah overweight.
Sebab nak turunkan lemak bukan senang.
Turunkan berat badan memang simple, seminggu maybe dah lose 5kg, tapi boleh jadi itu berat air saja, sedangkan lemak masih belum berkurang.
Nak tau lemak kau berkurang atau tak, ukurlah pinggang.

Aku tak bercadang nak turun 45kg sebab body fat aku dah cecah ideal body fat for women.
Ok la kan, dah dalam range ideal ko nak apa lagi, ye tak?
Range ideal/healthy body fat untuk perempuan from 25%-31%.
So kalau body fat korang range 30% pun kira ok lagi.

Yang penting BODY FAT ya, bukan berat pada penimbang tu.
Ada orang, berat pada penimbang tak menunjukkan dia over weight tapi dia punya body fat 32%.
Pinggang kerengga tapi peha besar.
Badan sekeping tapi perut buncit.
Itu bermakna, lemak dalam badan banyak tapi otot mengecut.

Kalau ada penimbang yang boleh check body fat, lagi bagus.
Tapi kalau takde pun takpe, just ukur pinggang.

Untuk someone yang malas bersenam macam aku ni, berat 50.3kg dah ok dah.
Habis tu, dah kau malas jogging tapi berangan nak berat 45kg. Lempang mau?




Hari ni dan sehingga gift ni habis, setiap pembelian RM50 ke atas, dapat free keychain Mr GC Plus.
Maknanya semua produk pun layak, kecuali Makeup Remover size kecil sebab yang tu harga dia cuma RM39. 



2018-05-22

Serahkan saja pada Dia


Siapa pun yang nak naik satu level baru, akan melalui test.
Nak naik kelas, perlu ada ujian.
Nak masuk U kena diuji dulu.
Nak dapat kerja, pun diuji dulu.
Dah dapat kerja, nak naik pangkat, mesti lalu exam.
Nak naik gaji, kena tempuh exam.
Nak dapat lesen memandu pun kena lulus ujian.

Tak kiralah samada ujian bertulis atau tak, yang pastinya, setiap kali kita nak berganjak ke tingkat yang lebih tinggi mesti diuji terlebih dulu.
Samada diuji secara bertulis.
Atau diuji dengan keberhasilan kita menyelesaikan task-task yang diberikan oleh majikan.
Atau diuji dengan bersoal jawab dengan pakar/ahli.

Sudah sunatullah, siapapun yang nak naik level, mesti melalui ujian dulu.
Maknanya, ujian adalah something yang kita kena nikmati, bukan ditakuti.
Kerana menghadapi ujian adalah satu petanda bahawa kita sudah bersedia untuk jadi lebih baik dari sebelumnya.

Ujian yang kita terima sebenarnya sikit.
Cuba tengok masa kita sekolah dulu.
Sepanjang bersekolah, cuma 3 kali je exam besar - UPSR, SRP and SPM (time aku dulu pakai SRP).
Setiap tahun pun cuma 3 kali je exam - awal tahun, mid and final.
The rest hanya belajar saja. Tu pun kalau blaja lah.
Maknanya ujian yang kita terima cuma sikit je berbanding waktu-waktu yang tak diuji.

Dan setiap ujian ini dah di-measure kemampuannya.
Mustahil soalan untuk student engineering dibagi kat budak Darjah 3, kan?
Maknanya, ujian yang diberi tu sesuai dengan kemampuan.

Kadang-kadang kita rasa beratnya ujian yang kita terima.
Ujian orang berat, tapi ujian kita jauh lebih berat rasanya.
Tapi sebenarnya ujian yang kita terima Allah dah measure.
Belum tentu ujian orang lain yang ringan pada pandangan mata kita boleh dipikul sekiranya diberikan pada kita.
Kalau Allah ambil ujian semua manusia kemudian dicampakkan semula untuk kita ambil, pasti kita tetap ambil ujian masing-masing.
Taknak rasanya ambil ujian orang lain, kerana belum tentu kita boleh carry.

Allah kenal si Diana ni macamana orangnya.
Allah tau apa ilmu yang Diana ada.
Allah tau level iman si Diana.
Allah tau kekuatan fizikal dan mental Diana jauh mana.
Dan Allah tau keperluan si Diana ni banyak mana.
Ujian yang bakal diterima semuanya akan diukur berdasarkan apa yang telah Dia beri.

Contoh paling mudah nak faham - sambung blaja.
Semakin kita sambung blaja, ujiannya semakin susah.
Tekanan meningkat.
Tapi oleh kerana kita tau apa yang bakal kita dapat sekiranya lulus, maka kita bertahan dan redah jugak.

Malangnya, kita (aku) kadang-kadang mengeluh pulak bila dapat ujian dari Allah.
Entah kenapa susah sangat rasanya nak tune kepala ni bahawa akan ada benefit kalau ujian tu berjaya ditempuh.
Tapi kalau dapat nikmat, kemain lagi syukur alhamdulillah, masa tu lah feeling blessed segala.
Time diuji, lembik.

Sikap.

Sebenarnya bukan ujian yang buatkan kita lembik, tapi respon kita terhadap ujian.

Contoh, dalam exam, apa je soalan atas kertas tu kita kena jawab.
Bila dapat result, tak seperti yang kita harapkan.
Adekah salah soalan?
Tak.
Kita tak lulus exam bukan kerana soalannya, tapi kerana salah menjawab soalan.
Begitulah dengan ujian kehidupan.
Kita stress dengan ujian Allah bukan kerana ujiannya tapi kerana tak tau nak handle the ujian.

Ujian Allah bukan semuanya susah, ada juga ujian kesenangan.
Manusia selalu tafsirkan kesenangan sebagai nikmat.

Sejujurnya, ujian kesenangan jauh lebih berat.
Aku dah pernah melaluinya.

Dulu, masa aku makan gaji, takde masalah besar untuk aku siapkan task mahupun kejar target.
Tapi kesenangan buatkan aku semakin jauh dari kebenaran.
Kerana bila semua benda aku buat menjadi, aku tak rasa ada perkara yang perlu diperbetulkan lagi.
Maka, pakaian aku kekal singkat.
Pergaulan aku kekal takde batas.
Buat amalan pun yang basic-basic je - solat 5 waktu, itupun dah hujung-hujung waktu, cukupkan syarat.
Mengaji kalau sempat.
Puasa bulan Ramadhan only.
Done.

Aku tak rasa ada keperluan untuk tambah amalan.
Sebab aku dah ok macam tu.
Buat amalan ala kadar  pun urusan dunia aku masih lancar.
Kenapa nak buat amalan sunat, ye tak?
Why bother why bother why bother gitu.

Kesenangan menjadikan aku buta dalam memahami konteks nikmat.
Bila dah senang macam tu, aku tak nampak apa keperluannya aku berubah, apa keperluannya aku solat sunat, apa keperluannya aku berdoa, berzikir, beristighfar.
Tak nampak apa motif aku nak buat semua tu sebab I was blessed with a good job and good pay.

Macam tu lah beratnya ujian kesenangan.
Menjadikan aku leka dan merasa serba ok.
Aku rasa aku tak buat jahat kat orang, itu dah memadai.
Lagupun Tuhan sayang aku that's why hidup aku lancar je.

Rupanya itulah konsep ujian Allah yang aku tak sedari.
Kerana ujian datang dalam perbagai bentuk.
Kita menyangka kepelbagaian ujian itu datang dalam bentuk mati anak, rumah terbakar, kereta accident, bisnes bankrup, kena buang kerja, rumah kena lelong, rumah kena rompak, etc.
Sedangkan kepelbagaian ujian itu boleh juga datang dalam bentuk kesenangan.
Hanya kita saja yang tak nampak.

Akhirnya aku faham, senang atau susah masih lagi sebuah ujian, bukan nikmat.
Apa pun yang kita terima baik susah atau senang, ianya hanya akan menjadi nikmat kalau ia membawa kita semakin mendekati Allah.

Semakin banyak susah yang diterima, kalau semakin menjadikan kita bersujud memohon bantuanNya = nikmat.
Semakin banyak senang yang diterima, menjadikan kita semakin berlama-lama di atas sejadah sebagai tanda syukur padaNya = nikmat.
Itulah nikmat sebenar.

Kerana jarang kita nak berlama-lama atas sejadah bila tengah senang hati.
Habis kuat pun up status "feeling blessed" #alhamdulillah #syukur.
Apetah lagi kalau dipuji dan dikagumi orang.
Terus hati ni terpesong sikit.
Mulalah lepas tu cari jalan macamana nak mengekalkan pujian.
Yang takde pun diada-adakan.
Yang sikit ditokok-tambah.
Asalkan nampak gah.
Dalam tak sedar kita semakin menjauhi redha Allah kerana obses dengan redha manusia.

Macam tu la aku dulu.
Bukan nak buka aib sendiri.
Tapi kalau aku tak cerita pengalaman sendiri, pengajaran itu mungkin susah nak disampaikan.
Masa aku free hair dan serba daring, semakin orang puji aku sexy, semakin terdedah baju-baju aku.
Semakin orang kata "Wow! Macam anak dara, tak sangka dah ada anak rupanya!", semakin singkat skirt aku beli.
Semakin banyak pujian bos pada performance aku, semakin galak aku bekerja lebih masa.

Nampak macam takde salah, sebab aku tak kacau orang, kan?
Tapi itulah ujian yang sangat besar, dan aku telah gagal dengan ujian tu iaitu ujian mencari redha manusia namanya.
Semua tu buatkan aku hampir terus hanyut.
Mujurlah Dia kejutkan aku dari leka yang panjang.

Hati-hati lah dengan pujian.
Especially orang perempuan yang dipuji "Wah, dah semakin kurus!", "Wah, macam anak dara!".
Kalau itu membuatkan kita tergedik-gedik nak pakai baju sendat ketat, itulah waktunya kita sedang diuji.

Ustaz pesan 2 perkara.

Yang pertama, kalau kita tengah senang, sujud kena lama.
Mintak kat Allah janganlah kita diuji dengan rasa leka.
Waktu inilah mesti berhati-hati supaya tidak bertukar menjadi ujub.
Kerana selalunya bila kita merasa kesenangan itu datang dari usaha dan kerja keras kita, waktu itulah ujub sampai.

Yang kedua, ketika dipuji, menangislah banyak-banyak pada Allah kerana Allah telah tutup aib kita.
Jangan sampai pujian buatkan kita terdetik rasa bangga dan sombong.

Tapi satu kebaikannya ujian Allah ni, dia tak sama macam kita ambik exam kat skolah.
Kalau exam kat skolah, dapat soalan susah, nak taknak kena jawab jugak.
Tak boleh kita nak suruh cikgu tolong jawabkan.

"Wahai cikgu yang baik hati, sesungguhnya kau lebih cerdik dari aku, jadi saya serahkan soalan ini untuk cikgu uruskan dengan bijaksana".

Boleh buat gitu?

Tapi kalau ujian kehidupan, memang sepatutnya kita serahkan pada Allah untuk settlekan semua masalah kita.

"Ya Allah, dengan rahmatMu, perbaikilah urusanku seluruhnya, dan jangan biarkan aku menyelesaikan masalah ini dengan sendiri walaupun sekejap".

Itulah bezanya ujian skolah dengan ujian hidup.
Kalau ujian skolah kita selesaikan sendiri.
Tapi ujian hidup, serahkan pada Allah.
Nanti Allah yang guide kita, hati ditenangkan, fikiran dilapangkan, percakapan kita dibimbing, akhlak kita diperbetulkan, didatangkan dan dipertemukan dengan seseorang untuk membantu.
Allah akan atur semua cantik tersusun sehingga kita dapat selesaikan masalah.

Jadi, untuk yang 2-3 hari ni hantar email pada aku, tak banyak yang aku boleh tolong.
Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa, tapi ini sajalah balasan aku pada email korang semua.
Semoga sedikit sebanyak menjawab persoalan dalam masalah yang dihadapi.







2018-05-21

Bawal pertama.


Hari ni Fleur by Mrs Him launch its first bawal tudung.
Setiap kali kita keluarkan shawl, mesti ada yang request "Takde bentuk bawal ke?".
After so many years, hari ni kita release our first bawal.
Kita start dengan plain bawal dulu, guna material favourite aku - chiffon georgette.

Chiffon georgette ni bukan jenis chiffon yang lembik melempai-lempai tu ya.
Ini heavy chiffon, senang bentuk and at the same time tak kejung.
Last week kita dah release 10 warna sebagai free item untuk those yang beli GreenAard.
Sebenarnya, bukan 10 warna, tapi kita ada 17 warna.
Saje je taknak release semua untuk free gift sebab nak spare surprise untuk yang nak beli bawal ni.



"OUR 1st BAWAL" - nama dia.
Memandangkan ada 17 warna, aku takkan letak semua muka model ni kat sini. 
Karang jenuh nak scroll. 
Gambar model ni kita letak di website, www.fleurbymrshim.com.



Ini harga dan pakej istimewa sempena our first bawal.
Kod warna ada di bawah.
[free pos tu sekitar semenanjung sahaja]








Ok dah tau warna, dah tau harga, dah tau pakej, kan?

Nak tengok 14 warna shawl, KLIK SINI.

Nak tengok 26 warna bawal satin, KLIK SINI.



2018-05-20

Bila orang tua berperangai macam budak tadika.


Straight to the point.

Kita semua tau keadaan politik Malaysia sekarang tengah panas dengan isu bekas PM dan isterinya.
Siasatan sedang dijalankan dan setiap hari news makin 'panas'.
Penjualan popcorn pun semakin laris nampaknya.

I am not a fan of both of them.
Tapi, terkilannya tengok ramai yang dah umur-umur macam aku ni, mengutuk both of them macam tak ingat mati.
Pandai pulak kata kat dia "Rumah kata pergi, kubur kata mari", tapi dalam masa yang sama menghina kaw-kaw macamkan kau tu hidup lagi 100 tahun.
Entah-entah mati dulu sebelum dia.

Eh tapi pandai pulak cakap "Tuhan tu Adil....".

Hah, tau pun Tuhan tu adil.
'Adil' bukan hanya bermaksud kalau buat jahat akan dapat balasan jahat.
Itu hanya manusia punya takrif 'adil'.
Maksud adil tu lebih dari yang kita sangkakan.

Kita lupa bahawa Allah adil dan bijaksana dalam dosa hamba-hambaNya.
Mana-mana pendosa berhak untuk jadi orang yang lebih baik in future kerana Allah selalu membuka pintu taubat.
Itulah maksud 'adil' di sisi Tuhan.

Kalau nak benci, bencilah saja pada apa yang dia dah buat.
Kenapa perlu sampai menghina fizikal?
Dah macam perangai budak-budak tadika bila sorang-sorang start kutuk badan orang tu gemuk, badan macam lembu bunting, muka plastik, muka macam ahli sihir, muka ketat - macam-macam.
Benci pada kesalahan dia, go head. Bencilah.
Tak perlu sampai nak jadi budak-budak, ejek rambut dia, ejek penampilan dia.
Apa ntah kaitan fizikal dia dengan apa yang tengah kecoh dalam negara sekarang?
Aku jadi konfius, selama ni kesalahan dia ke atau fizikal dia yang dah menyusahkan kita semua?

"Mesti mak dia sedih anak dia perangai macam tu, kan?".

Bukan mak dia je nokkk.
Mana-mana mak pun sedih kalau tengok perangai anak-anak tak serupa orang.
Apetah lagi anak-anak yang dah berbulu atas bawah masih lagi mengejek-ejek orang.
Tu mujur mak kau tak tau kau macam tu.
Kalau dia tau, entah-entah mati awal dah orang tua tu.

Sedap mulut je hina rupa bentuk orang.
Ingat sikit, yang kita hina tu orang yang dah berusia lebih dari 60 tahun.
Zaman dia muda dulu, dia pun sama bergetah macam kita.
Kulit dia sama tegang macam kita.
Muka dia sweet macam kita.
Badan dia kurus macam kita.
Malah dia jauh lebih cantik dari kita!

Kita belum sampai lagi di usia dia sekarang.
Tunggu esok bila masing-masing dah cecah 60 tahun, cuba tengok masih sama ke tak rupa kita waktu tu dengan zaman kita 30-40an ni.
Time tu nanti tunggulah anak kita balik rumah menangis-nangis sebab kawan-kawan ejek rupa bentuk mak bapak dia.
Waktu tu entah kepala kita dah botak.
Entahkan badan kita dah memboyak.
Entahkan kulit lemak peha kita terkibai-kibai.
Entah-entah lutut pun tak berapa nak kuat, dah duduk atas wheelchair.
Waktu tu baru kita nak istighfar banyak-banyak mengingatkan balik perangai buruk kita zaman muda menghina rupa bentuk orang.

Faham semua tengah marah, aku pun marah juga.
Tapi tak payah sampai biadap panggil nama yang pelik-pelik.
Kurang ajar sangat masing-masing kat ruangan komen dia.

Yelah, tengah ada peluang ni, elok hentam ye tak?
Bila lagi nak hentam.
Tapi jangan lupa, setiap kezaliman yang kita buat pada orang lain, Tuhan akan balas di dunia lagi.
Itu janji Tuhan.
Dua dosa yag akan dibalas di dunia - derhaka pada ibubapa dan zalim pada manusia.

Kalau apa yang berlaku sekarang adalah balasan pada kezalimannya, itu bahagian dia.
Tapi kezaliman kita mengutuk dan mengejek, itu masuk akaun lain tau.
Yang tu Allah tengah simpan.
You are on waiting list.
Tunggu nanti turn kau sampai.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (Al-Hujarat 11)

Kita dok kata dia zalim, padahal kita pun sama naik zalimnya.
Jangan ingat hanya kerana kita tak buat macam dia buat maka kita baik. Belum tentu!
Kerana bila kita menghina fizikal orang, maknanya kita terang-terang sedang berdebat dengan Allah.

Selalunya, dalam kehidupan, manusia cenderung melampaui batas melakukan sesuatu yang buruk tanpa disedari.
Mulut yang berfungsi sebagai alat untuk bercakap, makan dan minum selalu disalahgunakan untuk menghina dan mengejek orang.
Kita ejek badan orang gemuk tapi dalam masa yang sama mulut kita sama buruk, malah jauh lebih hodoh dari badan orang yang kita hina tu.

Jangan perasan kita sedang berjihad melawan kemungkaran.
Jihad apanya kalau sampai menghina ciptaan Allah?

Bila kita menghina dan mengejek-ejek orang lain, ia hanya akan membuatkan orang lain tahu tentang diri kita.
Apa yang keluar dari mulut kita, itulah bagaimana kita.
Tanpa kita sedar, orang lain sedang melihat siapa kita.
Bukan sahaja orang melihat tetapi para malaikat juga akan mencatat.

Tak boleh ke kita bercakap tanpa mengejek?
Tak boleh ke berdiscuss tanpa menghina?
Kalau bercerita, tak perlu usik fizikal orang tak boleh?

Kita takkan boleh ubah keadaan dengan cara menghina.
Apetah lagi nak menampakkan diri kita lebih baik dari orang yang kita hina.
Sedangkan kita sedang membuatkan diri kita sendiri nampak hina.


2018-05-19

Official gambar



Terlupa lansung nak naikkan official gambar shawl ni.
Padahal next week dah nak start bawal plain pulak.
Hari tu masa start jual tak sempat-sempat nak tunggu official fotoshoot.
Dah difoto terlupa pulak nak naikkan.

Shawl ni harga early bird RM68/pc.
Cadangnya nak bagi special price kat yang beli awal, lepas 2 hari baru jual dengan harga sebenar.
Tapi shawl pun dah tak banyak dah ni, so aku tak jadi la bagi harga actual.
Kekalkan je la harga RM68 ni biar habiskan stok terus.

Yang paling best warna biru. Tak sampai 1 hari dah habis.
Aku rasa tahun ni ramai orang buat baju raya warna biru la.
Aku sorang je ke baju raya kaler kuning?

Baju kebaya Gurindam Jiwa tu pun yang kaler biru yang sampai 2 kali stok.
Insyallah 4 atau 5 Jun kita start pos kebaya re-stock kat korang yang order.

Ni kat bawah 8 warna shawl.
Yang biru dah habis tapi aku letak gak la gamba kat sini buat cuci-cuci mata.

Material : Chiffon (shawl, bukan bawal)
Measurement : 190 x 65cm










Kalau berminat shawl ni, WHATSAPP SINI.


2018-05-18

Bila gen 'nosy' terlebih.


Tak berapa terasa sangat bahang puasa kali ni.
Masih berbahang dengan isu politik.
Kat newsfeed aku masih ramai yang update and share artikel-artikel politik.
Maklumlah, benda tengah panas. Kalau boleh kunyah popcorn siang-siang ni lagi best agaknya.

Yang tak bestnya bila some people menjadikan media sosial ruang berdebat dan berprasangka lebih dari connecting people and sharing information.
Nowadays, surfing kat sosial media often brings bad thought.
Especially those yang suka kepoh and stalking, sifat ingin tahu yang berlebihan selalunya mengundang prasangka.
Kita mudah menganggap orang lain riak, sedangkan kita sebenarnya yang 'stuck' dengan penyakit hati.

Sometimes status tu cuma bersifat pandangan peribadi je tapi ada orang salah tafsir, "Tu up status sebab nak perli aku la tu!".

Oh, you are that important, really?

The reality is, kita ni tak besar mana, kerdil je.
Ada banyak benda yang terjadi kat media sosial lansung takde kaitan dengan kita.
Jangan ingat semua status orang lain ada sangkut-paut dengan kita.

Contoh, kawan up satu status.
Kita rasa kawan tu perli kita.
Padahal entah ya ntah tak orang tu perli.
Ujung-ujung kita sentap sorang-sorang.

Memang susah nak kawal diri dari merespond status-status berunsur provokasi.
Nak-nak lagi jenis yang up status provoke 10 minit sekali.
Lama-lama berbulu je kita tengok, kan?

Aku pun bukannya jenis yang sabar sangat.
Disebabkan tak penyabar lah maka aku banyak hide status fren dalam FB.
Balik-balik aku nampak status orang yang sama je, dah macam takde orang lain update status FB.
Then baru aku teringat aku yang hide status orang, macamana nak nampak yang lain.

Actually, dalam Islam, sabar level paling rendah adalah sabar menghadapi ujian hidup.
Itulah sabar level paling bawah.
Tapi inipun ramai yang terbabas.
Kalau dapat bersabar dengan ujian hidup ni pun dah hebat.

Sabar level atas dari tu adalah sabar meninggalkan dosa.
Dosa tak tutup aurat, dosa mengumpat, dosa bercakap, dosa melihat, dosa mendengar, etc.
Kalau ikut pemahaman aku, inilah sabar level-level orang yang sedang berhijrah/bertaubat.
Selepas kita berhijrah, akan masuk phase istiqomah.
Inilah levelnya yang kita kena tempuh.
Patut la istiqomah itu sangat berat.
Kerana meninggalkan dosa itu tak mudah.

Di zaman media sosial, bukan senang kita nak elakkan diri dari dosa lisan (menulis).
Nak bersabar dari menyampai-nyampaikan cerita, menulis yang bukan-bukan, provakasi, debat - payah.
Apetah lagi kalau kita nampak orang lain dipuji-puji sedangkan kita tau dia bukan orang yang selayaknya dipuji.
Membuak-buak rasanya nak bagitau semua orang.
Senang tak bersabar dalam keadaan macam ni?

Selalunya, nak tutup aib sendiri senang, tapi nak tutup aib orang lain susah gila.
Pelik juga eh bila pikir-pikir balik.
Kita boleh tutup aib sendiri tapi bila part tutup aib orang tak tau lah kenapa, payah nau rasanya.

Kebanyakkan kita suka buat dosa fahsyar.
Fahsyar tu dosa membuka aib orang yang bersifat peribadi.
Contoh, tengok cerita blue.

"Dia tu hari-hari tengok cerita blue".

"Dia bercerai sebab bini dia ada skandal dengan lelaki lain"

"Laki dia tak pernah solat pun"

Fahsyar ini memang dosa tapi dosa yang bersifat peribadi, yang tak menyusahkan ramai orang.
Dosa sendiri-sendiri namanya.
Yang ni tak payah buka aib dia.
Kalau kita tau, simpan je lah sorang-sorang.
Kalau perlu tegur, tegur secara private.
Bukan semua benda kita kena komen kat sosial media ni.
Sia-sia je Mark buat button mesej tapi tak reti guna.

Tapi dosa yang dibolehkan bercerita adalah dosa mungkar, iaitu dosa yang menyebabkan mudarat pada orang lain.
That's why ada ayat "nahi mungkar", takde ayat "nahi fahsyar".
Peliknya kita ni, dosa fahsyar kemain suka hebahkan tapi dosa mungkar pulak yang dikatakan membuka aib.

Nak cerita aib orang tengok dulu, itu fahsyar atau mungkar.
Tapi mungkar pun ada etikanya.
Mentang-mentang itu mungkar maka kita tabur sesedap hati. Tak boleh.

Ada kisah Rasulullah diminta pendapat oleh seorang wanita yang dilamar oleh 2 lelaki.
Rasulullah saw cakap "Lelaki A tu malas bekerja. Lelaki B suka memukul".
Maknanya Rasulullah pun mengumpat dan mengaibkan, kan?
Tapi mengumpat yang dibolehkan kerana ia adalah perkara mungkar.
Maksudnya kat sini, menceritakan hal orang itu boleh tapi pastikan ianya kategori mungkar.
Macam kes perempuan ni, itu adalah kategori mungkar sebab ia boleh memudaratkan perempuan tu kalau berkahwin dengan salah seorang darinya.
Dan yang paling penting, Rasulullah tak hebahkan pada semua orang, hanya pada perempuan itu saja.
Maknanya, ada etika dalam membuka aib mungkar.

Tak ada manusia yang sempurna. Selalu ada kekurangan.
Muka cantik, tapi mulut macam bawang.
Boleh kuasai ilmu dengan baik, tapi tak boleh kuasai emosi.
Kuat di satu sudut, tapi lemah di sudut lain.

Dengan pertimbangan yang adil, insyallah, our judgments can be proportional.
Boleh jadi ada punca kenapa orang itu jadi begitu.
Even if we are in the same position and situation, we are no better than the person we value.

Ego manusia cenderung untuk kata "aku lebih baik dari dia".
Inilah yang membuatkan judgement so unfair.
Kesalahan dan kekurangan orang lain sangat jelas, tapi kekurangan diri tak pernah dilihat. Sebenarnya, kalau bukan kerana rahmat Allah tutup buruk kita, dah tentu orang akan nampak aib kita kat mana.

Sesetengah dari kita, ada yang boleh tahan diri dari membuka aib dan bercakap hal-hal memalukan orang lain.
Tapi ada jugak yang susah nak jauhkan diri dari korek dan ambik tau cerita-cerita sensasi.
Lepas tu, susah pulak nak kawal diri dari menyampaikan pada orang lain.
Maybe gen-gen 'nosy' terlebih dalam badan.

Di sinilah ujiannya.
To choose what needs to be rumored and what is not.
Memang betul lah, ujian meninggalkan dosa lebih susah dari ujian tak dapat beli henbeg baru.




10 warna ni shawl Bawal Chiffon yang akan release next Monday.
Tapi pengguna GreenAard boleh dapat free kalau beli sehingga 22 May ni.
Tertakluk pada syarat.
Masa whatsapp bagitau "nak free bawal".