2015-05-28

Untung dalam kerugian




Siapa penah tengok video pompuan ni makan banyak?
Aku dah tengok berpuluh kali kot. Seronok pulak tengok dia makan banyak.
Nak pula bila dia masukkan makanan dalam mulut. Aku tak tau camne dia simpan makanan yang banyak-banyak tu dalam mulut dia. Samada dia boleh adjust rahang dia jadi lebih besar ataupun dia sumbat terus dalam anak tekak sebab the moment dia masukkan makanan dalam mulut, terus telan.
Konfius aku dia ni kunyah ke tak.

Rata-rata yang komen video ni cakap "Untungnya makan banyak tapi tapi tak gemuk".

Aku taknak cerita pasal video ni tapi nak cakap pasal UNTUNG.



"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar" (Al-Asr ayat 1-3)

Sebenarnya, UNTUNG tu tak semestinya apabila mendapat sesuatu.
Ramai yang selalu kaitkan keuntungan tu dengan sesuatu yang boleh dimiliki like dapat bonus raya 7 bulan, dapat BRIM, dapat kereta baru, dapat cabutan bertuah.

"Untungnya kau, kerja kat company tu, bonus sampai 19 bulan"

"Untungnya jadi orang cantik, pakai baju terbalik pun masih lagi nampak gojes"

Sedangkan UNTUNG itu jauh lebih besar maknanya. Cuma ramai yang tak memerhati dengan mata hati. Termasuklah yang menulis entry ni kadang-kadang terbabas sama.

Contohnya kita berjalan di bawah sebatang pokok dan di saat kita melepasi pokok itu dalam 0.1 saat, dahan pokok sebesar peha Hulk Hogan jatuh ke tanah. Kalau kita lambat 0.1 saat, konfem dahan tu hempap kepala.

Ini dikira untung atau rugi?

Selalunya dalam kes-kes begini kita akan kata "Phewwww! Mujur tak kena kepala".
Atau "Fuhh, nasib baik!"
Tapi masing-masing lupa itu juga adalah satu keberuntungan.
Cuma fitrah manusia, suka mengaitkan 'untung' itu dengan sesuatu yang boleh dimilki dan 'rugi' itu sesuatu yang hilang dari genggaman.
Sedangkan asalkan ianya bukan suatu yang merugikan, bukan suatu kecelakaan, namanya sudah untung.
Tak kena timpa dengan dahan pun dah kira untung.
Tak semestinya kena memiliki. Melainkan kau nak simpan dahan tu, itu sukati kau lah.

Dulu kan, kalau tarikh-tarikh macam hari ni, 28, 29 haribulan, aku dah stress kalau sales tak hit target.
Katakan target bulan tu RM300K, tapi 28 haribulan sales masih 280K.
Aku dah stress dah time ni.
Padahal kurang 20K je tapi terasa rugi macam tak cukup 200K.
Luar biasa kan?
Luar biasa tamak namanya ni.
Hanya kerana dah letak target 300K, maka bila hit only 280K saja dah dianggap tak untung.
Astaghfirullahazim.

Aku ambik masa yang terlampau lama nak memahamkan konsep untung-rugi ni.
Sebab selama ni aku fahamkan konsep untung-rugi menggunakan standard duniawi.
Tapi kalau kita gunakan konsep untung-rugi dengan standard surah Al-Asr, sure ada pemahaman yang berbeza.

Ibnu Qayyim pecahkan konsep untung dari surah Al-Asr ini kepada 4 :

1. Orang yang faham kebenaran.
Jika setiap masa kita faham kebenaran, ini namanya untung.

2. Orang yang mengamalkan kebenaran.
Kerana ada yang tahu, tapi tak mengamalkan. Jika kita tahu dan amalkan, maka kita beruntung.

3. Mendakwahkan kebenaran.
Siapa yang terlibat dalam dakwah dengan ikhlas, dia orang yang beruntung.

4. Bersabar ketika memahamkan, mengamalkan dan mendakwahkan kebenaran.


Kalau faham konsep ni, manusia takkan terasa rugi jika tak memiliki sesuatu.
Terlepas dari kesusahan dan kesempitan, asalkan tidak rugi, dah dirasakan untung.

Seorang ustaz pernah kata, hanya orang yang kurang yakin dengan Allah saja yang selalu merasakan rugi apabila tak memiliki sesuatu yang menjadi idaman semua orang (yakni wang, harta, kecantikan).
Kerana apabila dia kurang yakin dengan Allah, maka dunia dirasakan cukup besar.
Tapi sekiranya dia yakin dengan Allah, dunia ni dah macam takde apa sangat bagi dia.

Ada salah sorang sedara-mara aku yang bukan berasal dari latar-belatang keluarga yang senang.
Ditakdirkan Allah, dia dapat duit terpijak.
Selalunya, fitrah manusia apabila hidup serba sederhana, bilamana dapat duit yang banyak, tentu macam-macam benda terasa nak beli.
Tapi this cousin, selamba letakkan duit tu kat rumah anak yatim.
Masyallah. Kagum aku.
Betapa dia rasa dunia ni takde apa bagi dia.
Bukan calang-calang orang Allah kurniakan perasaan macam ni.
Dia sederhana serba serbi tapi kaya jiwa sehinggakan tak terkagum lansung dengan nikmat duit yang banyak.
Tapi ada manusia yang dah dapat 100K pun masih lagi rasa tak cukup, next month nak lebih, next month nak lebih.
Aku la tu kot.

Betapa rendahnya iman.
Tatkala material bertambah, iman menurun.
Tatkala duit bertambah, keyakinan pada Allah menurun.
Nilah namanya RUGI.
Memiliki, tetapi dalam kerugian.

Benarlah kata orang.
Kaya belum tentu rasa tenang.
Susah belum tentu rasa kusut.

Kadang-kadang Allah turunkan kita musibah sehinggakan kita terpaksa habiskan wang simpanan bukan kerana Allah tak sayang tapi DIA nak kita tahu bahawa jaminan itu datang dari Allah, bukan dari simpanan.

Kadang-kadang suami dipalingkan hatinya oleh Allah kepada wanita lain, supaya kita sedar kebahagiaan dan cinta itu datang bukan dari suami, tapi dari cinta Allah.

Kadang-kadang kita dihina, dijauhi dari rakan supaya kita akhirnya faham bahawa tiada yang boleh kita letakkan sandaran selain dari Allah.

Manusia biasa akan merasa semua ini kerugian kerana kehilangan.
Tapi manusia yang dibukakan hijab hati akan kata inilah keberuntungan kerana di saat musibah melanda, ada dosa yang sedang dihapuskan.

Ya Allah, betapa kurang celiknya mata hati ini nak memahamkan semua.
Ampunkanlah kami semua.




 

2015-05-24

Kat dunia takkan jumpa perkara yang best-best saja.


Entry aku yang lepas membuatkan mailbox aku jem.
Sehingga hari ni masih ada lagi 700 lebih email yang aku belum baca pun.
Tengok subject pun aku dah tau orang respond kepada entry Gaji Isteri Lebih Dari Suami.
Sorry, tapi aku tak rasa aku boleh balas semua sebab baca pun tak sempat habis.
So far aku dah baca dalam 30+ email.
Some say thank you for the wake up call, tapi ramai jugak yang ceritakan masalah yang dihadapi dengan suami.
Again, aku dah lama tinggalkan role sebagai Cik Sri Siantan.
However, terima kasih sebab sudi share cerita dengan aku.



Antara email yang aku terima (ini contoh email saja)

Sebenarnya, aku dapat banyak email macam ni dari dulu lagi.
Jadi, aku tak rasa terperanjat bila dapat email macam ni again and again.
Sememangnya memang ada suami yang macam ni, yang naik lemak bila isteri boleh membantu.
Sama lah juga dengan isteri yang berlemak-lemak everytime suami dapat gaji atau terima bonus.
Tak ada beza sebenarnya. Kita pun sama je.
Cuma pemahaman kita orang perempuan ni always merasakan yang kita sememangnya boleh mintak suami sediakan segalanya kerana itu memang tanggungjawab suami.

Masalah macam ni bukan boleh diselesaikan dengan sesi kaunseling 3-4 kali, atau dengan mintak aku jawabkan email.
Masalah ni perlukan kefahaman dan tolak ansur dua-dua pihak.
Bukan campur tangan orang luar.
Kerana tak semua nasihat orang luar boleh digunapakai untuk selesaikan masalah kita.
Adakalanya nasihat mereka hanya terpakai untuk mereka dan 2-3 orang yang lain.
Mungkin tak terpakai untuk kita.

Sebenarnya ramai yang tak sedar, suami dan isteri adalah rakan yang paling senang untuk dibawa berunding kalau kena dengan caranya.
Apa-apa yang kita buat, mesti ada komunikasi yang betul.
Bila tak ada komunikasi yang betul, mesej tak sampai, dan akan berlaku salah faham, seterusnya bertekak siang malam.
Tak percaya, cuba tengok mana-mana perbalahan tak kira dengan kawan, ofismate, asik-beradik, semuanya disebabkan komunikasi yang tidak tepat.
Kerana masing-masing memilih untuk cakap-cakap belakang, pilih untuk senyapkan diri (merajuk), pilih untuk mengamuk - masalah takkan selesai pun dengan cara ni.

Ada juga yang berani bersuara, tapi suara tu disalurkan pada tempat yang salah.
Ada masalah dengan suami pi cerita kat member, ada masalah dengan majikan pi cerita kat facebook, ada masalah dengan jiran pi cerita kat makbapak, ada masalah dengan kawan A tapi pi cerita kat kawan B.
Hello, seriesly??
Masalah kau boleh settle ke buat macam tu?

Masalah dengan suami, settlekan dengan suami.
Masalah dengan isteri, settlekan dengan isteri.
TALK.
Jangan buat senyap.
Tak semua orang faham bahasa tubuh.
Kau ingat bila kau buat senyap, dia faham kau tengah sentap ngan dia?
Kang bila dia buat dek, kau jugak yang mendidih.
Pastu kau sound "Awak ni tak perasan ke saya tengah bengang dengan awak?"
Eh, dah kau yang start the silent game kan. Dia pun senyap la jugak.
Bila kau senyap takpe. Dia senyap, tak boleh?

TALK!

Ada sesetengah isteri yang berhasrat nak jadi isteri mithali.
Maka apa yang suami suruh, semua dia buat tanpa banyak soal.
Bagus.
Yang tak bagusnya bila dia sebenarnya taknak buat tapi dek kerana nak taat, dia ikut je cakap suami tapi ujung-ujung mengumpat and mengungkit.

Bukan ke kita boleh berbincang?
Kalau suami mintak belanja dia kasut baru tapi kita tak ada duit, cakap je la kita tak ada duit.
Apa yang susahnya.
Dia boleh buat apa pun kalau kita tak ada duit.
Dia nak jual kita semata-mata nak beli kasut baru?

Aku faham dilema isteri sebab aku pun isteri juga.
Kebanyakkan isteri, bila suami mintak belikan itu ini, kita rasa that's wrong.
Yang patut keluar duit adalah kau (suami), bukan aku (isteri).
Sebab minda kita memang dah diprogramkan macam tu - suami belikan isteri barang, suami sediakan isteri keperluan, suami kena support lebih, suami bagi isteri duit.
Jadi, bila suami mintak isteri belikan apa-apa, kita rasa pelik "Eh, laki jenis apa ni mintak isteri belikan barang, mintak isteri bayarkan duit kereta?"
Padahal tak salah pun cuma benda tu tak biasa kita dengar.
Yang kita biasa tengok kat TV, isteri mengendeng kat suami mintak belikan rantai, belikan henbeg, belikan kereta sport.
Jarang kita tengok kat TV cerita suami mintak isteri belikan hadiah kan?
Jadi, bila tak biasa tengok/dengar, maka kita rasa perkara tu salah dan tak sepatutnya berlaku.

Sebab tu perlu BERCAKAP.
Bincang.
Runding.
Biar ada sefahaman dan kesepakatan dalam membina keluarga.
Zaman dulu, nenek-nenek kita memang tak bekerja. Jadi segala keperluan atuk yang sediakan.
Bila sekarang isteri ramai yang dah bekerja, takkan nak ikut jugak zaman nenek-nenek kita dulu di mana duit kita takleh kongsi dengan suami sebab ...err....sebab....sebab nenek kita tak buat macam tu.
Tapi jangan lupa tanya nenek kita jugak dia ada tak mintak atuk kita belikan barang kemas, henbeg, baju tetiap tahun?

Aku pun dulu terlalu pegang kata-kata "Duit suami, kita punya. Duit kita, kita punya sorang".
Which memang betul pun.
Tapi kalau kita ada lebih, apa salahnya kita keluar lebih.

"Kalau sekali sekala takpelah jugak. Ini tetiap bulan pun kita bayar lebih, apa kes??"

Perasaan tak puas hati ni terjadi bila kita bekerja.
Bila kita terasa yang kita penat mencari duit tapi akhirnya duit tu terpaksa dishare-share dengan suami, maka kita tak seronok.
Bayangkan sekiranya Tuhan pilih kita untuk jadi surirumah sepenuh masa, dan kita dipilih olehNYA untuk hanya menerima duit dari suami.
Pernah tak kita bayangkan apa perasaan suami pulak bila dia bekerja siang malam dan kena tanggung segalanya seorang diri, at the same time kena hulur pulak duit kat kita.
Kita jarang fikirkan perkara tu kan?
Sebab kita masih dengan ego kita "Kan dah memang tugas suami bagi nafkah"

Sebab tu aku pernah cakap dulu, kita ni (isteri) banyak sangat terpengaruh dengan novel cinta and cerita melayu like Ariana Ross, Teman Lelaki Upahan, Rindu Awak 200% ...... (just to name few).
Bukan tak ada lelaki/suami sweet macam tu dalam dunia ni.
Ada.
Tapi tak ramai.
Disebabkan tak ramai lah maka sesekali kita tengok cerita macam tu kita rasa teruja, pastu masing-masing berangan dapat suami macam tu.
Yang dah bersuami mulalah comparekan suami masing-masing dengan karakter cerita tu.
Karakter suami yang kaya gila, sweet nak mampus, hot, gentleman, baik hati, romantik, hensem maut...PANGGGGGGGGGGG!!!!
Boleh tolong bangun dari mimpi tak?

Cuba tanya pulak diri kita, kita ni layak ke nak dapat lelaki macam tu?
Lelaki macam tu pun ada taste.
Kalau kita pandai berangan nak bersuamikan lelaki macam tu, kau ingat lelaki tu semua tak pandai berangan nak isteri macam mana pulak?

Mengimpikan suami/isteri yang setia.
Suami yang boleh memenuhi semua keperluan kita.
Suami/isteri yang elok paras rupa.
Anak-anak yang comel dan bijak-bijak.
Ipar duai yang menyenangkan hati.
Rumah bak mahligai.
Duit berkepuk-kepuk.
Itu semua mimpi saja.
Mimpi-mimpi yang kita boleh jumpa di syurga kelak.
Hakitkatnya di dunia ni, hidup kita berwarna-warni.

Perkara yang melibatkan hubungan suami dan isteri, alam perkahwinan, rumahtangga, ini semua tak boleh disettlekan dalam masa sehari dua.
Ini semua kita akan belajar melalui pengalaman dan kesilapan.
Banyakkan hadiri kelas-kelas agama, motivasi, cari bahan-bahan bacaan yang boleh bantu kita kenal diri kita dan role kita sebagai suami/isteri.

Selalunya, kalau dapat email-email luahan perasaan isteri, aku akan respond dengan cara yang paling mudah, dengan harapan isteri boleh fikir semula baik-baik.

Pemahaman aku senang.
Berkahwin dituntut, bercerai pun tak dilarang.
Tanya diri kita, kalau kita masih sayangkan perkahwinan dan masih nak pertahankannya, maka teruskan, pertahankanlah.
Kita diberi akal, gunakan akal itu sebaiknya.
Berunding dengan baik, cari jalan penyelesaian yang menguntungkan dua-dua pihak.

Kalau rasa tak boleh bertahan, ada jalan keluar. Pilihlah jalan tu.
Nak stay pun kalau kita terus-terusan jadi derhaka pun tak guna.
Kita berkahwin sebab nak kumpul pahala.
Dah kalau hari-hari tambah dosa pun tak jadik gak.

Mengubah orang memang payah.
Aku selalu percaya, apabila kita mengubah diri kita, persekitaran akan turut berubah sama.
Kalau kita berkeras, orang lain akan berkeras juga.
Kalau kita bertolak ansur, lama-lama orang lain akan lembut hati juga.

Sekiranya Tuhan pilih kita keluarkan belanja lebih untuk keluarga, anggap saja lah Tuhan nak beri kita pahala sedekah.
Sebaik-baik sedekah adalah pada keluarga sendiri.
Dan sedekah yang paling baik adalah ketika kita berat nak memberi.

Tuhan Maha Halus untuk menilai segalanya.
DIA dah janji sebesar-besar perbuatan sehingga sekecil-kecil perbuatan semuanya pasti ada balasan.
Dan DIA tak akan menipu.
Ada masalah, tak puas hati dengan pasangan, mengadulah pada DIA.
Semua orang punya bahagian.
Semua orang ada ujian.
Dan kita memang perlukan ujian sebagai tanda kasih kita kepada Tuhan.
Tuhan sedang memerhati dan mengadili.
Pastikan kita lulus ujianNYA.
Biarpun terpaksa jatuh bangun berkali-kali.
Kerana syurga Allah itu mahal harganya.




 

2015-05-18

Apabila gaji isteri lebih dari suami



Hari tu aku attend satu ceramah.
Dalam ceramah tu ustaz tu ada sebut yang sekarang ni ramai isteri-isteri bekerja.
Dan bila disebut pasal bisnes je, nampaknya sekarang ramai isteri dari suami yang beria-ia buat bisnes.
Bagus, kalau ada niat pendapatan tu nanti untuk bantu suami.

Dulu, dia kata kebanyakkan sessi kaunseling yang dia handle, bila suami isteri nak bercerai, reasonnya hampir standard iaitu kebanyakkan suami ada hubungan dengan orang lain (kes nak kawen lagi satu).
Tapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ni, kebanyakkan yang hadiri sessi kaunseling mempunyai alasan yang hampir sama iaitu suami kurang menunaikan tanggungjawab menyara keluarga.

Aku yang duduk kat blakang dengar macam "Hmm...ni macam kes-kes yang aku selalu terima kat email je ni.."

Agak boring jugak la aku nak continue dengar sebenarnya sebab email aku pun belambak-lambak orang share pasal ni sampai aku tak larat nak respond, inikan nak dengar penceramah share story yang lebih kurang sama.

Tapi, aku stay jugak sebab aku nak gak tau pandangan dari seorang lelaki pulak.

Ustaz kata salah satu elemen yang menyumbang kepada kebahagian sesebuah rumahtangga adalah faktor ekonomi.
Bukan maksudnya sebuah kekuarga itu perlu jadi kaya baru boleh bahagia, tetapi sebuah kecukupan.
Masalah kewangan dalam keluarga kalau tak ditangani dengan betul memang akan jadi konflik yang besar.

Dan atas dasar ingin membantu, maka isteri menawarkan diri untuk sama-sama bekerja.
Islam sendiri tak pernah melarang kaum wanita keluar bekerja samada makan gaji atau menjalankan bisnes.

Rasulullah saw sendiri mempunyai isteri (Siti Khadijah) yang aktif dalam dunia bisnes.
Bahkan sebelum baginda menikahinya, Siti Khadijah pernah berbisnes sampai ke Syam.
Setelah berkahwin, Siti Khadijah masih lagi berkesempatan menguruskan bisnesnya meskipun waktu itu sudah memiliki anak.

Maksudnya di sini, suami dan isteri masih boleh meneruskan bekerja untuk menambahkan pendapatan, dan ada kemungkinan Tuhan menganugerahkan pendapatan isteri jauh lebih banyak dari suami.
Dan di sini, ustaz tadi tanya balik audience, betul ke suami kurang menunaikan tanggungjawab menyara keluarga atau adakah isteri yang sudah lupa diri?

PANGGGGGG!!!

Bagai penampar hinggap di pipi.
Dulu pipi aku tirus lagi, jentik pun dah tersedar.
Skarang dah tembun, memang harus dibagi penampar sekali-sekala baru sedar.

Ini mengingatkan aku dengan kata-kata seorang kenalan dalam dunia bisnes, dia sangat berjaya, di mana pendapatan bisnesnya kini menjangkau RM2 juta sebulan.

Masa aku nula-mula start berbisnes back in year 2008, aku cakap kat diri aku esok kalau bisnes aku dah stabil, aku taknak banyak-banyak sangat lah. Sebulan ambik gaji RM12K jadiklah.
Lepas 2 tahun, aku lupa diri kejap. Aku ubah gaji aku. Dah mula pasang angan-angan nak ambik lebih.
Masa tu aku pikir, this is why aku kerja kuat, sebab aku nak tulis gaji aku sendiri. Apa salahnya ambik lebih?
Aku dah jadi 'menggila' write my own salary and benefits.

Pastu this kenalan cakap "Kita orang perempuan ni Diana, biarlah tak pegang duit banyak sangat".

Eh?
Apesal lak?

Dan dia ceritakan tentang kisah dia.
Aku taknak cerita detail kat sini, tapi dia cakap orang perempuan ni memang tak boleh pegang duit banyak.
Dugaannya hebat.
Keinginannya banyak.
Borosnya menjadi-jadi.
Dan yang paling teruk adalah egonya akan meninggi dengan suami.
Bila isteri berpendapatan lebih dari suami, akan selalu ada perasaan yang suami tak bagi sara yang mencukupi.
Walhal bukan tak cukup, tapi isteri yang expect terlebih-lebih.

Benar, suami dituntut untuk menjadi seorang lelaki yang berwibawa dalam menerajui sebuah keluarga, dan salah satunya adalah memiliki penghasilan yang tetap dan mencukupi.
Dan hidup di zaman sekarang, dengan banyak perkara dah menjadi satu keperluan, "mencukupi" sahaja sebenarnya tidak cukup.

Dulu, orang kata duduk kat kampung kurang sikit kos.
Maka berhijrahlah manusia dari bandar duduk ke kampung atau kawasan perkampungan.

Tapi kita lupa, bila kita kurangkan sesuatu, maka kita perlukan lebihkan sesuatu yang lain pula.

Antaranya, kurangkan makan di luar.
Tapi kena tambah tenaga dan tambah kerajinan untuk memasak.

Then, car pool dengan member atau naik public transport.
Kos minyak memang berkurang tapi kos masa pulak bertambah.
Nak kena beratur tunggu train, nak kena berdiri sepanjang perjalanan, nak kena berlaga-laga tetek dalam train.

Atas sebab tak mahu melalui perkara-perkara yang menyesakkan kepala macam ni, wanita (isteri) selalunya sanggup buat keje macam-macam, jual sambal, buat kek, ambik upah menjahit, jadi agen macam-macam produk, jual baju, untuk tambahkan pendapatan.

Kenapa isteri/wanita beria buat benda macam ni?
Kenapa bukan suami?

En Wan pernah bagitau aku, lelaki ni hidupnya simple, keinginannya tak banyak.
Bukan maksudnya lelaki ni ambik mudah banyak perkara tapi lelaki ni tak kisah gi keje 40km naik kapcai, berhujan berpanas pi keje, makan nasik lauk ikan kering ngan sambal belacan kat cafe pun takde hal, gi keje balik-balik lenjan baju yang sama pun kisah apa dia.
Tapi perempuan lain.
Keinginannya banyak.
Dan isteri pulak bukan sahaja nak memenuhi keinginan diri tapi juga untuk anak-anak dan suaminya sendiri.
Dia kesian tengok anak-anak teringin nak iPAD macam anak orang lain, maka dia berusaha cari duit lebih untuk belikan.
Dia kesian tengok suami dia asik lenjan baju melayu yang sama tetiap tahun, dia berusaha keje biar satu keluarga dapat baju raya warna sedondon macam orang lain.

Kalau tanya suami, dia bukan kisah pun ada baju melayu raya ke tak.
Bagi suami material bukannya perkara penting.
Yang penting bil letrik bayar, bil air bayar, rumah tak kena lelong, anak-anak pi sekolah, family cukup makan pakai. Cuti sekolah ada duit nak balik kampung.

Betul cakap kenalan aku tadi.
Orang perempuan tak boleh pegang duit banyak.
Kerana dalam keadaan tak berduit pun perempuan masih ada banyak keinginan dan angan-angan nak beli itu ini, apetah lagi bila duit ada kat tangan.
Dan bak kata ustaz, banyak kes penceraian dan pergaduhan suami isteri sekarang bukan disebabkan suami takde duit, tapi sebab isteri terlampau banyak duit!

Bila isteri mula berpendapatan lebih, munculnya ego di pihak isteri.
Kerana dia merasakan sudah tak perlu bergantung kepada suami.
Dan akhirnya kerap mempersoalkan kewibawaan suami menyara keluarga.

Waktu isteri masih bergaji RM3K dan suami RM7K, isteri rasa hidupnya mewah.
Terasa suami sangat bertanggungjawab sekali.
Dan rasa betapa dia sangat bergantung pada suami.
Masa tu suami tak belikan henbeg baru pun takpelah, janji suami masih ada lagi bersama dia.
Marah benar kalau ada mata-mata yang pandang suami dia.

Bila gaji isteri dah tinggi dari suami, dan-dan "saya nak hidup macamana takat gaji awak 7 ribu je??"
Wah, eksyen.
Sebab pendapatan kau dah RM30-40K, jam tu la tak pandang RM7K.
Kalau tak, dulu yang RM7K tu la kau hadap sebab gaji kau ciput blom tengah bulan dah habis.

Bila aku ingat balik zaman awal-awal kawen.
Aku sangat terhutang budi kat En Wan sanggup sara aku di zaman-zaman aku gatal nak sambung blaja dulu.
Walhal gaji dia masa tu cuma RM2500 je.
Aku benti keje nak sambung blaja.
Takde sape aku nak harap, memang kat En Wan je.
Masa tu restoran paling hebat untuk aku adalah Restoran Seri Melur (mamak) and satu lagi restoran mamak kat USJ7 (lupa nama).
Dah best sangat rasanya kalau En Wan dapat gaji ajak "Jom, makan luar".
Padahal mamak je. Tapi seronok!

Hujung minggu, En Wan ajak gi IKEA, 1-U, MidValley untuk window shopping.
Dapat makan Kenny Rogers, sedap sangat dah ni.
Walaupun balik tak bawak apa-apa tapi dapat la release tension.
Pergi IKEA nak beli lilin kecik tu pun kejap pegang kejap lepas.
Pikir 24 kali perlu ke tak beli barang ni, perlu ke tak, perlu ke tak, last-last letak.
Hati tu teringin nak mendeko rumah, letak lilin-lilin bagai, tapi duit takde.
Masa tu apa je benda yang aku nak beli, aku akan comparekan dengan makanan.
"Ni kalau pegi pasar dapat ikan lagi sekilo"

Bila aku dapat keje, aku janji kat diri aku, aku akan bagi En Wan pegang semua gaji aku sebab aku rasa aku banyak menyusahkan dia.
Walaupun memang tanggungjawab dia membela isteri, tapi aku tak sampai hati.
Aku nak balas budi dia balik. Dulu, masa aku belim kerja, aku tau banyak benda yang dia nak beli tapi tertangguh sebab duit tak cukup.
Jadi, bila aku dah kerja, ada gaji, aku serahkan gaji aku seluruhnya.
Sehingga ke gaji akhir aku (sebelum aku run own company), En Wan masih lagi pegang kad ATM aku.
Dia bagi aku seminggu RM50.
Apa jadi dengan the rest of duit gaji aku, aku tak tau.
Dia manage semua.
Sehingga tahun 2008, aku tak pernah bagi Mak Aji and Pak Aji duit bulanan.
Hati tu nak sangatttttt bagi, tapi aku tersepit diantara niat aku nak balas jasa suami and keinginan nak bagi makbapak duit.
Aku cuma boleh berdoa je one day, aku ada kekuatan untuk mintak kat En Wan sikit duit nak bagi Mak Aji and Pak Aji.

Dan Tuhan Maha Mendengar.

Akhirnya setelah aku run bisnes sendiri, apa yang aku impikan tu tertunai.
Dan Allah 'pulangkan' balik kad ATM aku.
DIA buka pintu hati En Wan untuk percaya yang aku dah boleh pegang duit sendiri.

Bila gaji dah makin besar, betullah, keinginan pun besar.
Suami takleh belikan, takpe.
Tak mintak pun dia belikan.
Semua aku beli sendiri. Aku cuma mintak permission untuk beli that barang je.
Lama-lama jadik boros.
Beli benda yang tak perlu dan tak akan pakai pun.
Tapi sebab duit tu berlebih, jadi datang penyakit gatal tangan. Sikit-sikit nak beli, sikit-sikit nak beli.
Beli henbeg yang berbelas-belas ribu ringgit.
Beli pefume berbotol-botol tapi tak pakai.
Beli baju melambak-lambak tapi tak bersentuh, ada yang sampai ke hari nak buang pun masih ada price tag.
Beli groceries main beli je tak check pun keperluannya ada ke tak, pastu main sauk sauk sauk tak tengok harga pun, terus bayar.
Bila balik rumah tengok masih ada 3-4 botol lagi Softlan dalam kabinet, beras masih ada 2 kampit lagi, minyak ada lagi 2 botol, etc.

Setiap kali bershopping dengan En Wan, aku dah mula rasakan yang En Wan ni berkira.
Bila aku nak beli ni, dia kata takyah.
Bila aku nak beli tu, dia kata takyah.
Semua dia kata takyah.
Aku rasa leceh gila bershopping dengan dia ni. Baik aku shopping sendiri.

Dan aku perlahan-lahan mula tak berharap apa-apa dari En Wan.
Kalau dulu, apa-apa aku nak beli, aku tanya En Wan.
Lama-lama aku dah tak tanya sebab aku rasa aku tak pakai duit dia pun, buat apa tanya.
Dulu, sekecik-kecik benda semua aku tanya dulu before beli.
Now, masuk Ariani dah habis RM1000 kat dalam tu pun aku tak bagitau laki aku.
Tau-tau je nanti En Wan nampak aku pakai shawl baru "Bila beli?"

Dan slowly aku dah pandai 'menggajikan' suami sendiri.

"Bang, boleh tak tolong follow Di jumpa customer. Abang ambik cuti la. Di bayar abang RM500 today".


Bila En Wan plan nak bawak aku berjalan, aku mula ragu-ragu dengan pilihan dia.
Aku mula susah hati hotel mana la dia nak bawak aku tido ni. Best ke tak makanan yang dia nak bawak aku makan ni.
Segala benda aku rasa tak berkenan dek mata.
Lama-lama En Wan dah kurang nak berjalan kemana-mana.
Nak ajak aku makan pun malas.
Dia kata dia takut tempat yang dia nak ajak tu aku tak suka.
Walhal sebenarnya mana yang dia nak bawak tu bukannya teruk sangat.

Tapi macam yang kenalan aku cakap tadi, bila isteri dah pegang banyak duit, keinginan jadi tinggi dan expectation jadi melampau.
Dia kata dia pernah sampai ke tahap, bila balik kampung suami, dia tido hotel sebab rumah mak mertua takde aircond (padahal dulu boleh je tido bertimpa-timpa ngan suami).
Suami balik naik kereta, dia balik naik flight selamatkan diri sebab penat duduk dalam kereta. Kalau jem lagi lama kena duduk dalam kereta.

Keseronokan ada duit ni bukan kerana kita boleh beli apa yang kita nak.
Keseronokkannya adalah apabila kita mampu beli apa kita nak, tapi kita hanya beli apa yang kita perlu saja.
Dan lebih seronok bila kita mampu beli untuk diri sendiri, tapi kita memilih belikan untuk orang lain. Inilah yang aku dah mula praktikkan sejak 2-3 tahun lepas.
That's happiness, betul.

Macam Ustaz Abdullah Khairi (gambar) tu cakap, bila kita ada rezeki banyak (lebih) dan kita gunakan pada tempat yang betul, cara yang betul, di situlah keberkatannya.
Ada sebab kenapa Tuhan beri kita rezeki lebih.
Tak semuanya untuk kita, tapi untuk melihat adakah kita pandai kongsi dengan orang lain.

Untuk isteri yang berpendapatan lebih tinggi dari suami, jangan menilai kesempurnaan seorang suami berdasarkan kemampuannya untuk memewahkan.
Kalau dia sekadar boleh mencukupkan pun dah bagus supaya kita tak perlu meminta-minta.
Jangan menyindir sekiranya suami tak boleh berikan kita kemewahan.
Dan jangan mengungkit apabila kita boleh sediakan kekayaan.
Sedangkan kita tak tau kemewahan yang kita sangka kita usahakan itu mungkin adalah rezeki suami, yang mana kita isteri hanya saluranNYA saja.




 

2015-05-15

Ephyra : Penyebab cyst?



Dah 2 hari aku melepek kat rumah, demam punya pasal.
Hari ni Jumaat, badan macam dah ok sikit cuma batuk-batuk. Jadi, tetap aku melepek di rumah jugak.
Kebetulan Mak Aji and Pak Aji duduk rumah aku dari Ahad lepas sebab mak mertua aku gi Sabah and balik Tganu, memang nasib baik la. Sebab kalau tak, haru biru anak aku kat rumah bila aku demam kelmarin. Series punya terlepek. Pagi semalam lepas muntah-muntah baru la lega sikit badan.

Tadi aku terima buah harum manis.
Lupa pulak aku sape nama reader ni. Bila baca nota tu, eh aku ada promote bisnes harumanis orang ye tahun lepas? Ok, lupa. Anyways, terima kasih sebab poskan harumanis. Memang dah plan nak ke utara next week nak cari buah ni. Alhamdulillah dapat awal :)



Ok, ni aku rasa ada ramai yang excited nak tunggu feedback aku pasal kes ni.
Actually aku dapat tau masa kes ni seawal benda ni viral kat FB lagi, rasanya 2-3 minggu lepas kot.
Pagi-pagi Sabtu lagi 2-3 whatsapp masuk bagi printscreen pasal tuduhan sorang pengguna supplement yang claim diri dia ada cyst ovari disebabkan makan supplement.

Tapi, harus baca dengan teliti dan fahami.
Dia tak kata pun dia makan Ephyra dapat cyst.
Dia kata dia makan PesonaSuri dapat cyst.
Dia cuma mention nama Ephyra, nama Shaklee, nama Maixara, and a few big names yang lain.

Ok, kita extract satu persatu.

Nama PersonaSuri tak pernah lansung aku dengar selama ni.
Kalau Shaklee, Maixara, Aurawhite, Qu Puteh tu biasa la dengar.
PersonaSuri??? Hmmm...tak penah dengar until la budak tu viralkan kisah dia kononnya dapat cyst ovari disebabkan makan PersonaSuri.

Well, aku tak kata produk PersonaSuri ni penyebab kepada ketumbuhan yang dia dapat.
Tapi cuba fikir, berapa ramai yang dah makan PersonaSuri?
Aku tak sure since when produk ni in the market, mungkin ada pengguna lain.
Adekah semua pengguna PersonaSuri dapat cyst?

Budak tu cakap yang semua health supplement ni buat di kilang yang sama.
Soalan aku, mana dia tau?

Memang berlambak sekarang produk-produk OEM yang dibuat di kilang.
Kau ada duit, pi mintak kilang buatkan produk, dan kilang akan keluarkan produk untuk kau.
Memang ramai guna kaedah ni.

Tapi tak semua brand gunakan keadah tu.
Ephyra especially, not in the list.
Ephyra ada team pharmacist and microbiologist sendiri.
We do RND.
Sebab tu every year, ingredients Ephyra kita adjust menjadi lebih baik.
Dulu pakai gula, now pakai stevia.
Dulu kurang astaxanthin, now ditambah. Sebab tu warna Ephyra dulu orange, now kemerahan.
Dulu takde salmon extract, now ada.

Kena fahami apa itu cyst dan apa penyebab cyst.
Jangan mudah sangat nak percaya tuduhan-tuduhan secara melulu.

Ovarian cyst sehingga sekarang masih lagi tak diketahui apa puncanya (secara spesifik).
Ussually it grows dengan perlahan dan kebanyakkannya adelah benign. Kalaupun ianya menjadi malignant adalah apabila umur kita dalam range 45 tahun ke atas.
Tak semua cyst menyebabkan mudarat.
Some cyst mengecut dan hilang dengan sendiri.
Dan some lagi memang boleh membesar dan akan menjadi kanser.

Penyebab cyst ada pelbagai kemungkinan.
Antaranya faktor infection, tumor, kecederaan yang pernah menyebabkan vessel pecah, kelenjar yang tersumbat, and genetik.
Cyst selalunya hadir tanpa simptom. Pesakit dapat tau kehadiran cyst apabila dia buat checkup.
Tapi, dalam kes ovarian cyst, kalau korang selalu dapat menstrual pain, ini mungkin tanda-tanda awal kehadiran cyst.
Sebab tu kalau tetiap kali period datang senggugut yang teruk, please buat checkup.
Kalau ada rasa sakit di bawah abdomen, mungkin itu menunjukkan ada cyst dan cyst dah mula membesar.
Try buat pap smear setahun sekali.
Aku ni pun sejak bersalinkan Rayyan tak buat-buat lagi pap smear. Bila buat entry ni baru teringat aku sendiri dah 5 tahun delay buat pap smear.

Lagi satu selalunya orang cakap kalau ada ovarian cyst, tak boleh pregnant.
Kena ingat yang kita ada a pair of ovary.
Kalau satu disrupted, kita masih ada satu lagi. Jadi, korang masih boleh pregnant, insyallah.
Dengan lebih tepat lagi boleh dikatakan yang cyst ni interfere pregnancy, bukan fertility.

Bila budak tu cakap dia disahkan ada cyst, aku tak rasa dokter dia yang bagitau cyst tu disebabkan oleh supplement yang dia makan.
Tak mungkin dokter sahkan macam tu sebab punca cyst memang sampai skarang tak dapat dipastikan. Possibility dia banyak.

Lojik akal, kalau dia kata makan supplement menyebabkan cyst, aku rasa database Ephyra aku ada lebih 4000 nama, agaknya semua empat ribu ni dah ada cyst.

Tuduhan yang dilemparkan oleh that user of PersonaSuri tentang makan supplement korang boleh dapat cyst adalah sama seperti mitos meniarap angkat kaki nanti mak mati.
Hanya disebabkan kebetulan mak kau mati lepas kau meniarap angkat kaki, maka semua mak pun akan mati kalau buat benda yang sama?

Secara saintifiknya, kehadiran cyst ni tak diketahui apa penyebab. Jadi, makanan pun belum tentu lagi menjadi punca.
Tetapi, bila kita dah tau kita ada cyst, ada makanan yang perlu kita avoid.
Antaranya, stay away from fatty foods.
Kalau kita makan terlampau banyak makanan berlemak dan kurang pulak makanan berfiber, badan akan lebih susah nak break down excess fat. Dan ini akan menyebabkan hormon disruption.

Lagi satu, stop terus fast food sebab fast food ni banyak lemak.
Aku tak tau la ayam goreng MekDi, KFC, Texas Chicken (just to name a few), ni ayamnya disuntik steroid ke tak.
Selalunya ayam-ayam fast food ni diambik dari ayam yang dah disuntik steroid sebab nak ayam tu besar cepat sebab nak kejar market demand.
Dan selalunya steroid dia dorang injek kat leher atau kepak.
Sebab tu kalau makan ayam, elakkan makan dua bahagian ni, kerana di bahagian ni contains steroid yang tinggi. Streoid ni akan buatkan badan kita pulak macam dipam-pam.
Bila yang makan tu pulak wanita, ia akan bagi impact pada hormon yang mungkin akan stimulate pembesaran uterine cyst.
Cyst ni 'makanan' dia adalah fat, so avoid je lah makanan berlemak tinggi, abis cerita.

Kepada yang risau nak teruskan ambik Ephyra or not, aku tak paksa.
Terpulang pada korang.
Aku cuma share apa yang aku makan, apa yang aku rasa ok kat diri aku, dan apa yang aku tau.
Pilihan di tangan anda.
Cuma nasihat aku, jangan melatah sangat bila dapat apa-apa informasi.
Kalau kita tak tau, cuba cari informasi yang boleh bagi clear, bila dah clear baru buat keputusan.
Jangan terus melompat-lompat.

Aku cuma ambik kes ni sebagai satu yang positif.
Aku tak penah dengar nama PersonaSuri.
Tapi dia pernah dengar nama Ephyra, sebab dia tu sebut dalam tuduhan dia.
Itu menunjukkan Ephyra memang antara player yang dikenali.
Alhamdulillah, besar jugak nama Ephyra ni ya. Hehe.

Ok lagi satu, Promo Hari Ibu Ephyra tamat pada pukul 1159 malam ni.
Esok, offer Ephyra kembali pada yang asal.
Dan lagi satu, kepada yang dah dapat nombor discount pada bulan lepas, boleh gunakan nombor discount tu untuk pembelian bulan ni.
Yang commit pada pembelian bulan lepas, tunggu email aku, aku akan email apa special price korang this month.

Ok, nak makan ubat and tido.




 

2015-05-12

Wedding anak Dato' Jalaludin Hasan by Sanggul Event


Ahad lepas aku attend majlis resepsi anak Dato Jalaludin Hasan.
Bukan sebagai kenalan apetah lagi sedara, cuma atas kapasiti blogger je.
Disebabkan aku sebagai pemerhati saja, jadi haruslah datang awal sebab nak snap gambar sebelum majlis. Tapi kamera henfon aku ni tak se-best henfon En Wan. Terpaksa la harapkan henfon dia jugak.
(lepas rumah aku kena masuk pencuri, aku tak beli-beli new kamera lagi).
Tapi En Wan ni pulak buat hal.
Aku dah suruh charge henfon dia wat dek je. Ujung-ujung majlis belum apa-apa, bateri dah semput, terpaksa la ambik gamba guna henfon aku yang mahal ni. Jadi, some of the gamba tak berapa cantik.BIasa la, henfon mahal memang gamba tak berapa clear. Blur blur gitu, bagi menjaga eksklusiviti wajah pengantin.

Majlis nikah and berinai dibuat kat Pullman Putrajaya.
Dapatlah aku intai-intai persekitaran Pullman ni ok ke tak sebab next shooting Fleur by Mrs Him aku nak buat kat hotel, so tengah consider beberapa hotel around Putrajaya. Nampak macam ok jugak Pullman ni.
 


Majlis resepsi tema garden wedding, buat kat Marina Putrajaya.
Aku sampai awal sikit petang tu sebab aku bawakkan table tag untuk media/Astro/TV3/RTM.
Tetiba je kan datang bawak table tag. Seb baik printer kat rumah ni masih ada kaler.
Tapi bila sampai aku tengok wedding planner pulak yang duduk kat meja receptionist.
Rupanya dia standby takut ada VIP sampai sebab guest list tak dapat-dapat lagi.
Memandangkan dia planner jadi dia je la yang tau who is who.
Nak harap aku memang takleh harap la.
Laki aku sendiri kadang-kadang aku tak perasan.


Ni photobooth dari AWESOMEKLICKS.
Rate dia aku tak sure la berapa tapi standard rate lah, dalam RM1000+ untuk 4 jam.
Kalau berminat boleh contact dorang at 019-3472217 or email awesomeklicks@gmail.com.
FB & IG : awesomeklicks


Ni contoh gambar dari Awesomeklicks.


Anak Dato Jalal yang perempuan - Nurul Izzati, husband dia Mohd Hafiz.
Macam iras-iras muka Nabil Mentor TV3.




Buat garden wedding konsep sebenarnya memang berisiko.
Sebab kelancaran majlis sebahagian besarnya bergantung pada keadaan cuaca.
Alhamdulillah, malam tu cuaca ok, cuma panas. Macam takde angin lansung. Maybe hawa panas dari tasik agaknya.
Tapi pagi tu hujan. Jadi bayangkan, malam sebelumnya semua dah setup tetiba pagi hujan, terpaksa the whole team kena re-setup. Ni bukan calang-calang planner boleh tahan. Kalau aku, dah nangis dah ni kena setup balik semula.

Berbelas tahun yang dulu, kawan skolah aku ada buat resepsi kat Marina Putrajaya jugak.
Dia pun buat malam.
Plannya pengantin akan sampai dengan boat.
Sekali hujan selebat-lebat yang ada.
Eh tau-tau pengantin masuk ikut pintu, yang tetamu sibuk terjengah-jengah ke tasik.
Ni sape tunggu sape sebenarnya ni?

Bila aku tengok balik gamba ni, boleh terasa kepenatannya team Sanggul nak memasang langsir-langsir ni semua. Memasang satu hal. Nak membukak balik msatu hal lagi.


Inilah wedding planner, blog reader turned friend - Ms Zawiah Aziz.
Dia also wedding planner majlis kawen adik aku, Ibal.
Also planner untuk majlis kawen Sharifah Sakinah, Hanis Suraya, soon Lana Nordin.
And tak lama lagi majlis akikah anak Nabil Meletop.

Kalau tak salah aku, aku macam terperasankan dia punya promo pelamin RM4000 jadi RM2000 only. Tak sure if promo ni masih on ke tak.
Try la contact dia kalau berminat.


Dah takde keje tu kan, aku bersidai je la kat meja reception ni ngan Chef Yang Jamil.
Terus dia mintak aku promo kat blog sekali harung Majlis Minum Petang bersempena Hari Ibu.



Program ni adalah untuk kutipan derma untuk 2 kanak-kanak :

Nur Farisha Muhd Firdaus - berusia belum 2 tahun tapi menghidap kanser mata.
Mohd Khalid - dilahirkan tanpa tempurung kepala.

Boleh gugel untuk info yang lebih lanjut tentang status kanak-kanak ni. Memang kesian.
So, kalau korang nak berhibur sambil menderma, boleh la join Majlis Hari Ibu ni.
Antara artis yang aku kenal yang akan hadir is Amelina, and of cos Chef Yang Jamil sendiri and Dato' Jalal.


Ni meja tetamu biasa.
Makan buffer.
Kalau VIP, celebriti and media makan berhidang.


Nama pun garden wedding, konsep pelamin pun ada elemen bunga bunga dan pokok pokok segar.






Ni semua gamba yang kitorang sempat snap sebelum Maghrib.
Aku kan ye ye je datang pakai mekap segala.
Lepas Maghrib nak bersiap baru perasan tak bawak beg mekap, hmm...pasrah berserah je la attend wedding orang dengan muka tak siap.
Nasib baik malam ok. Tak nampak sangat la muka aku ni walau mekap pun. 


Seating dia berbeza-beza, ada meja bulat, ada meja panjang macam ni.
Tapi semua ni untuk tetamu biasa macam aku.
Cuma yang meja panjang ni bukan dalam khemah.
Kalau meja bulat dalam khemah.
So sape duduk kat meja panjang, risiko tanggung sendiri kalau hujan ke apa ke.
Luckily tak hujan tapi panas sebab kurang angin bertiup petang tu.


Ni area celebriti, media and VIP.
Aku nampak la sorang dua artis yang aku kenal termasuklah Dato Yusuf Haslam.
Yang lain tu aku perasan muka je tapi nama tak tau.


Meja pengantin.
Pengantin makan berdua je.
Candle light gitu.


Akhirnya dapat jugak aku jumpa Tan Sri Dato Haji Hassan Azhari (bapak Dato' Jalaludin).
Pakkal la aku ni bukan keluarga, kalau tak aku dah kedepan cium tangan.
Kalau sape yang tak kenal, dia ni la yang mengajar dalam rancangan Muqaddam kat RTM time aku kecik-kecik dulu. Sihat lagi Tan Sri ni. Peramah, seronok tengok dia bersembang dengan keluarga, cuma mungkin dah tak kuat jalan banyak, tapi badan segar lagi.


Ni Tan Sri waktu muda, orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara 31 Ogos 1957.


Pukul 9pm, baru pengantin masuk, dimulai dengan kedatangan pengantin lelaki bersama mak bapak dia dulu.



Lepas tu baru pengantin perempuan and ayah dia masuk ke kawasan majlis.


Simbolik ayah 'menyerahkan' anak perempuannya kepada suami.


Masa sampai petang tu aku dok la tertanya sendiri khemah kecik ni untuk sape?
Patut la takde kerusi, rupanya tempat 'pertemuan' pengantin.
Alahaiii....maapkan lah makcik nak. Makcik dulu kawen takde bendalah ni.



Walaupun tema modern tapi majlis ada selawat.
Kang ada pulak orang cakap artis kawenkan anak bajet omputih takde nilai-nilai Islam.
Jangan speku sangat ya. Time selawat dibaca tu semua tetamu diminta berdiri.


Dato Yusuf Haslam sedondon kaler blur dengan wife.



Ni je la gamba bersama yang sempat snap sebab muka tak semenggah sangat macam orang lain, jadi nak snap muka sendiri pun tak selera. Tapi one thing datang majlis yang penuh dengan VIP and celebriti ni, yang terlebih bergaya bukannya VIP, tapi tetamu biasa. Series tak tipu, yang ladies kemain lagi ada yang baju merelip, mekap dah macam artis, aku ni follow je dengan pandangan mata nak tengok dorang ni saper sebenarya, eh sekali duduk sebelah meja aku je. La, ingatkan retis.

Tapi pandai bergaya betul la dorang ni semua. Dah macam model sorang-sorang aku tengok. Bergaya-gaya cantik-cantik semua. Ni yang aku malas attend majlis orang kaya-kaya ni. Jadi segan aku.


Aku tak kenal dorang ni sape, tapi suara dorang sedap.

Aku balik awal malam tu sebab kebetulan khemah aku duduk black out. Khemah aku je, khemah lain ok. Ni pun antara risiko yang perlu diambil kalau buat majlis outdoor. Kesian jugak la yang duduk kat khemah blackout, cara-cara dengan kipas pun badan aku dah berlengas, apetah lagi blackout.

Tapi apa-apa pun yang paling penting dalam majlis besar macam ni guest list kena ada.
Kesian jugak kat planner hari tu quite menggelabah jugak la sebab guest list takde, jadi camne nak tau siapa VIP, siapa media, siapa tetamu biasa, siapa keluarga pihak pengantin lelaki semua.
Mujurlah planner ni cam muka VIP and media.
Pastu yang celebriti tu kebetulan ada Chef Yang Jamil, so dia yang peratik-peratikan muka celebriti.
Tapi aku perasan ada wakil Mahligai Cinta datang buat cover. Ada la kot nanti keluar TV.

Ok pasal Ephyra, ada sedikit delay dalam penghanataran.
Tak lama, paling lambat pun esok sebab stok skin bar aku sekejapan dah habis gara-gara promo Hari Ibu. Stok Ephyra ada, yang takde skin bar. Jadi insyallah aku kena hantar batch by batch. Paling lewat esok pos ya. Yang dah dapat tu dapat lah. Yang belum, harap bersabar.




 

2015-05-10

Pilih Kasih dan Kaki Bodek


Situasi pilih kasih di tempat kerja atau dalam urusan-urusan lain memang tak dinafikan boleh berlaku.
Bila sebut tentang pilih kasih, kebanyakkan kita mesti kaitkan dengan "kaki bodek".

Memang wujud pun kelompok-kelompok kaki bodek ni, especially kalau nak dapatkan tender.
Tapi aku taknak cerita la pasal kaki bodek tender ni. Ni kes besar.
Kita cerita kes yang kecik-kecik je dulu.
Sebab selalunya kes-kes yang kecik ni yang paling banyak kemerepekkannya.
Dan selalunya yang menimbulkan kemerepekkan ni terdiri dari small people yang fokusnya lebih kepada mengira untung orang lain instead of create sales projection sendiri.

Perkara ni pernah berlaku kat aku dalam urusniaga barang-barang biotech.
Masa aku setup the company year 2008, kitorang (aku and partner) bermula dengan re-sell produk orang lain sebab kitorang takde produk sendiri.
Selama 2-3 bulan kitorang dapatkan sale bergantung penuh kepada customer service.
Memang kitorang betul-betul jaga customer service.
Bayangkan, customer duduk kat UPSI beli barang setakat RM480 pun aku buat hand delivery.
Sanggup ni drive jauh-jauh ke UPSI sebab nak jaga service.
Sebab kitorang belum ada produk sendiri, harap dengan menjual brand orang lain je.
Dan tentu-tentu kitorang tak boleh lawan harga produk orang lain, apetah lagi kalau sole distributor brand tu sendiri compete dengan kita. Konfem kalah punya.
Kalau dia jual ke customer RM1000, dah tentu kitorang jual lebih dari RM1000 sebab kena ambik margin dari situ.
Potensi nak kalah tu memang ada.
Tapi kitorang gunakan pendekatan jaga customer.
Bila customer call "Diana, kit ni ada tak instock?"
Aku jawab "Ada, nak sekarang ke? Saya hantar now".

Walaupun customer tu nunnnnn kat Ipoh, aku tetap hantar time time tu jugak.
Company kitorang baru bertapak waktu tu, jadi kitorang gunakan kelebihan tu untuk dapatkan sales sebab company besar takde keje nak buang masa drive jauh-jauh semata-mata untuk kit yang hanya bernilai RM480. Company besar selalunya malas nak buat keje-keje menyembah customer macam ni, nak pulak kalau customer beli barang setakat RM480.
Tapi di situlah indahnya perancangan Allah.
Disebabkan ada orang yang taknak buat keje macam tu, takpela. Biar kitorang yang buat.
Dari situlah kitorang build relationship dengan customer.

Dalam masa awal 2-3 bulan tu kitorang pulun sale kaw-kaw dengan hanya menjual brand orang lain semata-mata nak bagi statement bank cantik.
Bila statement bank dah cantik, barulah berani nak hantar proposal untuk jadi sole distributor.
Ingat senang ke nak yakinkan omputih-omputih ni yang kita layak untuk mewakili brand dorang kat Malaysia? Dorang ni kerek okeh, banyak sangat TNC-nya.
Brand pertama yang kitorang fight adelah brand from US.
A very good brand. Pricy tapi itu belakang cerita, yang penting dapatkan this brand dulu.
Present punya present, alhamdulillah, kitorang berjaya dapatkan hak sole-distributor for Malaysia.

Dan bermulalah langkah baru untuk stop re-sell brand orang lain and start selling own brand.
Nak sell brand sendiri sebenarnya lagi susah sebab ni brand baru.
Kalau jadi reseller lebih mudah sebab brand tu dah dikenali, kita cuma perlu highlite kepada customer saja yang kita jugak jual that brand.

Perit menjadi reseller kitorang dah rasa.
Perit sell own brand pun kitorang dah rasa.

Bila brand yang kitorang carry ni dah semakin dikenali and mendapat tempat, setahun selepas tu, muncullah 2-3 company yang nak fight for this brand jugak.
Selalunya macam tu lah.
The hardwork kita yang buat.
Bila produk dah glemer, barulah ada player lain nak meleseh-leseh ambik hak distributor jugak.
Tapi, kitorang fikir positif.
Sebab apabila ada player lain yang fight untuk dapatkan hak distributor, itu menandakan kitorang memang buat kerja sampaikan the brand jadi terkenal dan ada orang yang nak 'ajak bergaduh'. *tepuk tepuk bahu sendiri*

Selalunya, yang sibuk nak rampas hak distributor ni terdiri dari company yang besar-besar.
Dorang dah malas nak buat keje berat. Jadi dorang gunakan kapasiti dorang sebagai big company untuk pancing big brands supaya ambik dorang jadi distributor.
Of cos bila ada big company berminat nak pasarkan their brand, sape nak tolak kan?
Principal ni orang berniaga jugak, kalau ada yang boleh beri sales lebih pada dia, kenapa mesti dia tolak, betul tak?

Tanpa aku sedar rupanya aku dah ada co-distributor.
Entah bila masa dorang meterai perjanjian ntah.
Ok fine, aku buat keje macam biasa.
Sebab walaupun now ada 2 company yang menjual the same produk, selling price tetap sama.
Bila selling price tetap sama, aku tak risau sangat.

Beberapa bulan lepas tu principal call, dia nak reduce sikit role aku sebagai distributor.
Kalau dulu aku boleh jual semua produk dalam brand tu (kit, reagents, chemicals), now aku cuma boleh jual simple reagents je.
Aku hangin la. Apehal nak reduce role aku, aku tak buat keje ke apa? Setau aku everymonth aku hit minimum stock.
Jadi distributor ni bukan senang ya. Every month kau kena beli stok barang dari dia at least USD5000 (lebih kurang RM16,000 waktu tu).
Every month aku spent RM16K untuk bawak stok masuk.
Tu belum lagi brand-brand lain yang aku carry.

Rupanya, one of the co-distributor buat report kat principal yang company aku jual harga murah pada customer.
Konon aku tak ikut selling price yang ditetapkan.
Kira aku main kotor la ni.
Aku tanya balik apa maksud dia aku jual murah? Apa bukti dia?
So this principal cakap that co-distributor kata semua tempat yang dia pergi semua reject quotation dia, semua beli dari company aku.
So dia suspect aku jual murah.
Aku gelak je.

Nampak sangat tak buat keje.
Ni pun aku pelik jugak konsep menjual barang kepada customer orang.
Patutnya bila kau yang beria nak menjual the same brand, kau sepatutnya dah ada siapa customer yang kau nak attack, dah buat market research, dan study the trends, etc.
Ni tak.
Kat customer mana aku jual, customer tu jugak la dia nak jual.
Tak reti nak cari new customer. Nak keje mudah.
Padahal sebenarnya banyak lagi lab-lab lain yang aku blom cover, tapi dia takde pulak pegi lab-lab tu semua.
Dah berbulan dia dok menjual kat lab yang aku selalu jual, aku fedap, aku try masuk lab lain.
Lepas 3 minggu, dia pun datang gak lab tu.
Punyalah selama ni lab tu ada tertonggok kat situ kau tak masuk-masuk, bila aku start masuk kau pun ikut sekali. Ntah hape-hape.

Aku explain kat principal.
Aku cakap aku tak bodoh nak jatuhkan reputasi aku dengan main kotor.
Betapa susah payahnya aku prepare proposal untuk dapatkan hak sole-distributor, dan betapa susah payahnya aku ketuk pintu lab satu satu untuk promote new produk, ingat aku bangang sangat biarkan hak distributor ni ditarik balik hanya kerana aku jual kit dengan harga lebih murah? Murah berapa? RM10?
Oh, plis.

Aku mintak 7 orang customer aku emailkan quotation dari both aku and that company ke principal untuk dorang nilaikan sendiri.
Terbukti memang betul.
Harga dia and harga aku sama. Bila masa aku turungkan harga?

Co-distributor tu buat assumption je sebenarnya.
Dah tak dapat jual tu kan, mulalah nak bikin cerita.
Contohnya, kalau customer nak beli barang harga RM20K, dia quote customer RM20K bodoh camtu je.
Aku pulak dalam setiap purchase yang bernilai RM20K ke atas, aku akan bagi macam-macam added value.
Aku bagi free sequencing analisis (bernilai RM100)
Aku packagekan dengan lab product yang lain.
Aku bagi kemudahan untuk dia ambik barang dulu, walaupun Purchase Order tak keluar lagi (ni kena ada black and white).
Aku bagi same day delivery walaupun kena drive ke Penang (RM20K punya deal kot, apa salahnya hand delivery. Duit minyak berapa sangat nak bandingkan dengan RM20K tu).
Aku even pernah stay halfday kat lab tolong dorang run the sample menggunakan produk aku. Dah macam aku pulak yang jadi student.

Dia pelik camana aku boleh offer macam-macam kat customer sedangkan masing-masing dapat harga kos yang sama, dan terpaksa jual selling price yang sama.

Di sinilah selalunya orang start come out with terms "kaki bodek" and "pilih kasih".
Orang ingatkan kita dapat special price sebab kita kuat bodek principal.
Dan principal pulak dikatanya pilih kasih sebab bagi special price kat kita sorang, not to all.
Biasa la kan, dah tak boleh jual tu, masing-masing mula la assume yang bukan-bukan.

Principal adalah orang berniaga juga.
Dia pun ada sales projection untuk jual produk-produk keluaran dia.
Jadi, apabila ada distributor yang lebih menyerlah berbanding distributor lain, of cos dia akan treat that successful distributor special.
Mungkin principal akan bagi lower price, akan waive shipping charges, akan bagi longer credit.
Ini bukan pilih kasih.
Ini namanya REWARD.
Pilih kasih tu adalah apabila kau tak layak untuk dapat special treatment, tapi kau dapat.
Reward pulak adalah special treatment yang diberi disebabkan kau layak.
Di situ perbezaannya.

Dan untuk seseorang distributor tu dapat special treatment ni bukan satu kerja yang easy-peasy ya.
It takes a lot of hard work.
Kena always hit sales target.
Kena selalu come out with macam-macam campaign to boost up sales.
Kena constantly membaca dan fahami produk sepaya boleh educate customer.
Kena aware dengan competitor-competitor dari brand lain dan kaji kekurangan dan kelebihan produk mereka.
Kena keep warm relation dengan customer.
Kalau rajin tunjuk muka kat customer (requires a lot of travel).
Bukan mengangkang tunggu orang datang mintak order ya.
Dan menjadi seorang sole-distributor, kontrak kau hanya akan disambung kalau kau perform.
Kalau tak, tahun depan kau kena kick.
Kau larat nak buat keje lama balik menyembah orang mintak kau ambik distributor and start do all over again, promote new brand, resell brand orang??
Oh, sorry, aku penat.

Jadi, apabila that successful agen berjaya dapat perhatian dari principal, dapat macam-macam reward, kita yang tak dapat ni sepatutnya ambik itu sebagai pendorong untuk kita berjaya seperti dia. Bukan jadikan dia sebagai musuh.
Di situlah ruginya kita.
Sepatutnya kita blaja dari orang yang berjaya.
Tapi ada orang, dah tau tak berjaya, tapi taknak blaja dari orang yang berjaya.
Dah la taknak belajar, pegi buat cerita macam-macam pulak tu.
Hello..?? In business, kalau service ok, product bagus, harga reasonable, people don't give a damn about the rest.
Jadi, jangan buat keje yang boleh menambahkan saham neraka.
Lebih baik fokus kepada bisnes yang kita sedang usahakan ni.

Reward ni satu benda yang normal.
Anak sulung dapat 5A UPSR, kita bagi hadiah.
Adekah kita bagi jugak kat anak kedua yang baru darjah 4?
Tak.
Kita bagi pada abang/kakak dia je sebagai hadiah kecemerlangan, mudah-mudahan reward tu jadi pemangkin semangat untuk adik-adik jadi sebagus dia juga.
Lepas 3 tahun nak ambik PMR, dia demand kat mak bapak, kalau dia dapat straight As dia nak beskal paling mahal.
Bapak pun kata, fine.

Normal lah tu.
Bila kita buktikan kita boleh buat, apa yang salahnya kalau kita demand?

Macam kawan kau bagus dalam kerja, dia demand gaji lebih dari bos.
Kalau bos rasa dia layak kerana dia memang bagus, konfem bos akan consider.
Bila dia dapat kenaikkan gaji, kita yang tak dapat ni jangan pulak nak kata bos pilih kasih.
Dah kalau betul dia bagus.
Kalau kau bagus, kau demand lah.

Perasan tak dulu aku selalu bagi gift powerbank, cosmetic bag, MP3, MP4 untuk customer Ephyra?
Ko rasa aku keluarkan duit sendiri ke nak beli semua tu?
Takdenya!
Tu semua aku demand dari principal aku kat China (principal lain).
Setiap bulan aku jual kit dia sampai beribu ringgit, takkan aku takleh demand kan?
So aku mintak gift.

Aku mintak dia MP3, MP4, buatkan mug.
Mula-mual dia hesitate sebab aku mintak bukan-bukan sangat. Distributor lain dapat planner je.
Aku buat perjanjian dengan pricipal.
Kalau next month aku boleh increase sales aku kepada 5%, aku demand powerbank.
Rezeki aku agaknya, next month aku memang hit extra 5% sales.
Terpaksa la kau bagi kan.
Dan semua tu aku bagi kat customer Ephyra.

Nampak tak apa aku cuba sampaikan kat sini?

Pandangan mata kasar dan hati benak akan mengatakan ini adalah pilih kasih dan kaki bodek.
Padahal ini adalah situasi GIVE and TAKE.
You do me a favor, and I'll do the same in return.
In business, kita tak panggil orang begini sebagai "kaki bodek".
Kita panggil ini KEY CUSTOMER atau KEY ACCOUNTS.
Dan selalunya principal akan jaga key accounts baik-baik kerana key accounts ni la yang contribute sale yang banyak.

Orang kita yang aku tengok, suka sangat buat assumption.
Kalau tengok orang tu boleh jual banyak sikit dari dia "Ohhh, dia dapat harga lain ni dari principal".
Itu sebenarnya hanya alasan-alasan untuk menafikan kelemahan diri sendiri yang gagal menjual.

Betul, memang dia dapat harga special dari principal.
Tetapi kaji kenapa dia dapat dan aku tak dapat. 
Adakalanya kita yang tak faham konsep berbisnes.
Kalau kita nak demand sesuatu, kita kena provekan yang kita layak untuk demand.
Kalau kita nak diberi special treatement, kita kena buktikan kita layak untuk dapatkan that special treatment.
Buktikan.
Tunjuk bukti.

Sama la macam kau nak buat loan.
Kalau kau nak buat loan RM100K, bank perlukan macam-macam bukti yang boleh meyakinkan them yang kau layak untuk dapat pinjaman sebanyak tu.
Ini tak.
Kita nak orang bagi kita special treatment tapi kita takde usaha nak buktikan kita layak.
Asik nak mengharap je.
Bila tak dapat, salahkan orang lain.
Salahkan orang yang berjaya pulak tu.

Same goes to flight seat.
Yang bayar seat mahal diberi keistimewaan masuk dulu.
Padahal nombor seat dah ada dah, takkan ada sape ambik seat kau punya.
Tapi kenapa masih diberi keistimewaan?
Kerana dorang provekan yang dorang layak untuk dapatkan layanan sebegitu.
Bayar seat mahal.
Yang ekonomi, mohon bertenang dulu ya.

Pinjaman pelajaran pun camtu gak.
Nak convert ke biasiswa, ada syaratnya.
Kalau tak hit syarat, bayar la kau sampai abis.
Mana boleh nak convert or burn macam tu je.
Di mana keadilannya pulak pada yang bertungkus-lumus membuktikan yang dorang layak untuk dapat pengecualian.

Semua orang ada potensi untuk dapat special treatment.
Tapi kena tunjukkan yang kita adalah someone yang berbaloi untuk diberi layanan istimewa.

Lebih kurang macam tu la anologinya.
Kalau faham baguslah.
Kalau tak faham pegi lah attend apa-apa seminar ya.




 

2015-05-08

Hungry people



Percayalah cakap aku, tak semua orang suka melihat kejayaan orang lain.
Tak semua orang suka dengar cerita bagaimana kita berjaya.
Tak percaya, pergilah tengok mana-mana cerita kejayaan yang di-share-kan kat FB (especially), akan ada yang kondem.

Sebab tu aku up status ni.
Bukan tak boleh share cerita kejayaan. Boleh.
Tapi nanti korang jugak yang tak boleh terima bila dapat komen-komen negative.
Nanti diri sendiri yang sentap.
Elok-elok badan kau penuh dengan positive vibes, bila dapat komen-komen macam ni terus down. Pastu give up.

Aku pernah attend a few seminars dari speaker yang berbeza.
Tetapi semua speaker ni beri petua yang sama iaitu jangan kongsikan kisah kejayaan anda kepada orang yang bukan 'se-mazhab', kerana dikhuatiri penerimaan mereka berbeza yang kemudiannya akan menyebabkan semangat kita untuk terus berjaya menjadi luntur.

Contoh, dalam seminar Dr Azizan, dia pesan hari-hari kena cakap kat diri sendiri "I am a money magnet!"

Everyday.

Kerana dia kata apa yang kita cakap, kita fikirkan, kita buat, semua adalah suatu doa.
Dan badan kita ni, terdiri dari sel-sel badan yang ada roh.
Apabila kit buat/kata sesuatu yang diulang-ulang, lama-kelamaan roh-roh pada sel badan ini akan mula 'berkerja' untuk merealisasikan apa yang kita buat/kata tadi.

Tau tak, masa aku kat UNIMAS dulu, ada satu subject matematik.
Masa daftar new semester tengok subjek yang kena cover that sem adelah maths, aku down sangat.
Aku takut subjek ni akan menjunamkan CGPA aku.
Apa yang aku buat, setiap pagi aku masa bersiap nak pi kelas, aku cakap kat cermin "Aku boleh buat".
I tell you, matematik adelah susah (untuk orang bangang macam aku).
Tapi tak sangka aku jadi satu-satunya student melayu yang dapat A untuk subject ni. I even got A+!
Padahal masa sekolah aku boleh dikatakan bangang maths.
Aku dapat A dalam maths time UPSR and SRP je.
SPM aku maths dapat C3.
Aku tak tau di mana keajaibannya yang membolehkan aku score kaw-kaw maths time Uni.
Tapi aku percaya ada sangkut paut dengan usaha and doa juga dengan semangat 'aku boleh buat' yang aku ucap hari-hari.

Cubalah.
Insyallah berkesan.

Tapi Dr Azizan pesan, jangan sesekali cuba letakkan status "I am a money magnet" ni kat FB.
Insyallah, status kau bakal diviralkan dengan penuh kata-kata caci maki dan tazkirah 7 petala langit.
Akan ada yang komen :

"duit tak boleh dibawa mati".
"taksub sangat dengan duit, esok mati kena hempap dek duit"
"belagak"
"bersederhanalah"
"zuhudlah!"

Memang tak salah kalau nak bersederhana.
Tapi nak jadi kaya pun tak salah kan?

Orang kita bila bercakap pasal sederhana membayangkan someone yang pakai kereta kecik, duduk rumah kecik, makan kat warung, shopping baju raya kat Mydin, pendek kata semua yang murah-murahlah.
Bila ada yang makan buffet Ramadhan RM100/pax, ok yang ni membazir.
Bila ada yang travel duduk bisnes class, yang ni pun membazir.
Sampaikan wedding anak Sultan Brunei pun ada yang kata membazir.
Kita nak tazkirahkan orang pasal kesederhanaan boleh, tapi cuba bandingkan dulu diri kita dengan orang tu.
Kalau orang tu pendapatan dia sama macam kita tapi berbelanja besar, lain citer.
Dah kalau orang tu memang kaya gila, mampu buat wedding RM60 juta tapi dia memilih untuk cuma buat wedding bernilai RM5 juta, adekah itu tak cukup lagi sederhana bagi dia?

Kaya tak pernah salah.
Yang salah adelah apabila kita menggunakan kekayaan pada jalan yang tak betul.
Tapi bila kita mengejar kekayaan, ada orang menganggap kita terlalu mengejar dunia sehingga lupakan akhirat.
Sedangkan akhirat juga boleh dicapai dengan kekayaan di dunia.

Ni aku nak ceritakan 2 kisah benar.

Cerita pertama tentang co-writer blog ni iaitu Sang Nila Utama.
Ramai reader blog ni ingatkan Sang Nila Utama tu ustaz.
Ada yang email aku "Kak, boleh tak tolong tanyakan kawan akak yang ustaz tu..."
Sang Nila Utama bukan ustaz.
Dia adalah seorang big player dalam engineering industry, a CEO, endorser untuk a few companies, dan dia juga kerap bagi talk tentang motivasi dan agama di government agencies and universities.
Cukuplah aku bagitau signature dia je bernilai RM3K.
Signature saja ya. Belum air liur dia lagi. Tu belum lagi aku nak kira gaji dia and director fees serta imbuhan-imbuhan lain yang dia dapat dari beberapa company lain.

Dia nampak seperti someone yang mengejar dunia sebab aku tengok banyak sangat company yang ambik dia jadi endorser.

Tapi hujung minggu dia habiskan masa ikuti kelas agama pondok.
Kalau bersembang pasal hal agama, mulut dia lancar je lafazkan potongan ayat Quran and hadith.

Ada satu time tu kitorang bersembang pasal the power of sedekah.
And dia nak tercakap something tapi pastu dia pause.
Aku paksa jugak dia cerita. Mula-mula dia taknak cerita, dia taknak ikhlas dia pecah. Tapi aku pujuk-pujuk dia until dia cerita kisah ni.

Dia cerita ada satu masa tu masjid di sekitar rumah dia nak buat renovation.
Maka buatlah kutipan dari satu rumah ke satu rumah.
Dapatlah, tapi tak banyak mana sedangkan nilai yang nak diguna tu banyak lagi.
So dia kata dia bagi RM50K sebab nilai tu kebetulan ada dalam bentuk cash di rumah.
Hujung bulan dia tergerak nak kira petty cash dia, lepas dia hitung kira akaun, duit 50K tu masih ada dalam tangan.
Beberapa kali dia kira, tapi dia tak jumpa di mana loop hole-nya.
Dia masih ada extra 50K tu.
Last-last dia giveup, terus tak kira. Dia anggap itu kerja Tuhan.

Dia cakap kita sememangnya perlu jadi kaya.
Kena ada impian untuk bayar zakat lebih setiap tahun.
Kerana bila kita lebih kaya dari tahun ke tahun, bermakna kita layak untuk bayar lebih.
Keseronokkan untuk layak membayar zakat lebih tu perlu ada dalam diri.
Tapi ada orang yang lega bila tak layak bayar zakat.

Banyak benda yang kita boleh buat bila kita ada duit.
Zaman Nabi pun salah satu sebab Islam berkembang kerana ada bantuan-bantuan dana dari para sahabat yang kaya raya.
Cerita klise melayu je yang selalu buat ayat "duit tak menjamin mati esok masuk syurga".
Betullah tu.
Tapi tak ramai sedar yang kadang-kadang bila takde duit pun boleh bawak ke neraka kalau tak kena gaya, asik meminjam je manjang tapi bayarnya tak.

Lagi satu cerita sorang lagi kawan aku yang aku kenal melalui Sang Nila Utama.
Dia ni pengusaha pakej travel umrah haji.
Tapi takde la besar mana. Belum lagi.
Jemaah umrah dia adalah dalam satu grup 50 orang macam tu. Dia suka ambik jumlah yang kecik sebab dia pentingkan pengisian rohani. Kalau grup-grup kecik ni banyak sikit pengisian rohani dia boleh bagi sebab jemaah tak ramai, tak banyak karenah.

Dia kata satu ketika tu, dia tergerak nak bawak 10 orang budak-budak tahfiz ke umrah, for free.
Selepas dah balik dari umrah, dia kira balik akaun dia.
Nilai yang dia dah keluarkan untuk belanja bawak 10 orang budak tahfiz ni ke Mekah, masih ada dalam akaun.
Demam terus dia.
Sebab dia tak tau macamana nilai yang dia spent tu masih ada dalam akaun, beberapa kali kira pun tak jumpa mana silapnya.

Menakjubkan kan?

Betapa dengan duit, dengan kekayaan, kalau diguna dengan cara yang betul, insyallah ada pahala di sisi-NYA.
Tak perlulah kita mempertikaikan usaha orang lain untuk mengumpul kekayaan atau menjadi kaya kerana kita sendiri tak tau apa yang bakal dibuatnya dengan kekayaannya tu.

Masalah masyarakat kita ni, bila orang tu bersemangat cerita tentang kejayaannya, mesti ada nasihat-nasihat yang menjatuhkan semangat.
Seolah-olah buat apa la nak kaya sangat, bukan boleh bawak mati.
Nanti kalau kaya kita senang jadi sombong.
Kalau dah kaya lupa diri, jadi takbur.

Kalau nak cerita pasal sombong, pasal takbur, yang belum jadi kaya pun belambak yang sombong.

Sombong dan takbur ni penyakit hati.
Puncanya pula pelbagai, bukan semata-mata kekayaan.
Kecantikan pun boleh bawa kepada kesombongan.
Anak bijak pun mak bapak boleh jadi sombong.
Dapat husband penyayang pun isteri boleh jadi sombong.
Dapat invitation dinner dengan Dato CT pun boleh terbit sombong.
Toksahlah babitkan kekayaan dengan kesombongan.
Chances nak jadi sombong bila kaya tu memang ada, tapi kenapa kita fokus pada sesuatu yang negative?
Kenapa tak fokuskan pula kepada chances yang dia akan jadi pemurah bila kaya?

Sebab tu aku tulis supaya pilih dengan siapa untuk kita kongsi kisah kejayaan kita.
Bukan maksudnya kita perlu pilih kawan dengan orang berjaya saja.
Kawan dengan orang kaya saja.
Kawan dengan orang pandai je.
Bukan macam tu.
Kawanlah dengan semua orang.
Tapi kalau kita ingin jadi orang berjaya, kawanlah dengan orang berjaya.
Nak jadi kurus and fit, kau kawanlah dengan orang yang rajin exercise and take healthy food.
Ia belum menjamin lagi kita juga akan jadi seperti dia kerana pokok pangkalnya adalah usaha dari diri sendiri, tapi bila kita bersama-sama dengan mereka ni, dorongan tu akan selalu ada bagi mengekalkan momentum semangat kita tadi.

Bak kata Jim Rohn - You are the average of the five people you spend the most time with.

Macam kita buat study group zaman Uni dulu lah.
Kalau nak buat study group matematik, pastikan dalam group tu ada kawan yang betul-betul terer dalam matematik supaya dia boleh bimbing kita.
Ni kau pegi study group dengan set-set kau yang matematik pun paras-paras hidung, memang tak kemana la jawabnya.
Patutnya seronok bila ada orang yang boleh bimbing kita.
Ni tak. Rasa sakit hati bila ada yang lebih pandai dalam grup tu. Nak berjaya, tapi sombong.

Pilihlah kawan untuk menjaga positive vibes.
Aura positive ni susah nak dibina sebenarnya.
Kena banyak baca Quran, kena banyak zikir, kena banyak solat sunat, kena banyak bersangka baik, kena banyak redha, kena banyak ikhlas, kena banyak senyum.
Proses ni ambik masa yang lama kerana ia mencuci hati dan jiwa.
Dan semua benda ni bukan senang untuk dibuat, sebab kita ada nafsu.
Kita berlawan dengan nafsu sendiri yang sentiasa terbitkan perasaan sombong, riak, ujub, belum lagi dengan bisikan syaitan-syaitan yang selalu suruh kita berenti buat benda-benda baik.
Dah susah payah mencuci hati, pastu kau sibuk nak bersidai dengan orang-orang yang negative lagi.
Ujung-ujung positive vibes kau gone macam tu je.
That's why, kalau nak kongsi kejayaan, carilah kawan-kawan yang can lift you up.

Berbalik pada status FB aku tadi, ia lansung tak membawa maksud kepada pilih kawan as if berkawan enggang dengan enggang, pipit dengan pipit.
Bukan itu maksudnya.
Maksudnya adelah, kalau kita nak bercerita tentang kejayaan, lebih baik bercerita pada mereka yang 'semazhab' dalam perjuangan kerana mereka juga adaleh kategory 'hungry people', they'll understand your 'hunger'.




 

2015-05-07

Krabi Last



Sebelum aku perabiskan cerita Krabi ni, nak buat announcement sikit pada yang belum buat payment Jubah Ardhani.
Setiap order, kita akan hold for 24 hours only.
Jadi, mana-mana yang dah place order pagi semalam, cuba check balik order anda, rasanya kita dah masukkan kembali order anda dalam inventory. Kalau masih berminat, place order semula ya.
Sebab nak be fair to other customer juga.
Tadi ada agen yang call bagitau dah ada customer yang contact her tanyakan Jubah Ardhani sebab dalam website size yang dia nak dah sold out. Kesian kat orang yang nak beli tetiba dalam website dsah takde size.
So, kalau place order, pastikan dalam masa 24 hours buat payment ya.
Kepada yang nak check if size yang korang nak ada kat website ke tak, boleh la check, maybe dah ada.

And thank you so much kepada yang dah buat payment. Rasanya dah dapat tracking number kan?



Ni malam pertama sampai, yang aku keluar pi makan kat Bamboo tu.
Ni bergamba dengan staff-staff kat front office.
Kitorang tak plan nak keluar pun. Patutnya malam tu aku nak siapkan keje.
Tapi cam sardin sangat muka laki aku ni, jadi aku loyankan je la permintaan dia nak pi makan seafood. 
Budak dua orang ni suggest makan kat Lemon Restaurant. Tapi aku pi Bamboo, sebelah dia.


Sekali imbas, coffer house Phu Pi Maan ni dah macam warung-warung zaman pendekar, warung kayu and buluh dicelah-celah hutan. Kan?


Transport takde masalah, call je bila-bila masa nak pergi and nak pickup, Phu Pi Maan bagi free ride.


Makanan nak Krabi ni takdelah murah sangat. Lebih kurang kat Malaysia je, cuma pilihan seafood lebih banyak and udang gila bapak besar mana dia dapat pun tak tau lah.
Even nasik goreng dia pun lebih kurang harga kat Malaysia je.



Ni la Bamboo restaurant.
Kerusi dia punyalah berat aku nak tolak. Pikir 3-4 kali pencuri nak curik kerusi meja kat sini.
Sebab dari bamboo semuanya.

Tak salah aku, ada follower FB aku cakap Krabi hujan, kena plan kalau nak keluar berjalan.
Tapi time aku datang, Krabi seterik-terik yang ada, sampai ke malam panasnya.
Berminyak-minyak muka aku. Macam takde angin pulak aku tengok Krabi ni.
Tapi seronok la cuaca cerah macam ni sebab plan nak ke mana-mana pun tak sangkut, cuma berlendir la ketiak.

Tak lama kitorang merayap, sebab macam takde apa je kat Krabi ni.
Maybe jugak sebab last week aku baru balik dari Bandung, dah puas membeli, so kat sini dah takde mood nak beli apa-apa.



Breakfast pagi esoknya kat hotel je.
Tapi kitorang breakfast lewat sebab macam kenyang je lagi. Lauk semalam tak abis hadam lagi kot.
Jadi, bila dah lambat tu, makanan pun apa yang ada je la.
Nasik-nasik semua habis dah.




Dua gambar di atas aku nak tunjuk yang Jubah Ardhani ada full lining, sebab tu aku sengaja selak kain.

Gigih benar aku bawak jubah gi Krabi semata-mata nak outdoor shoot.
Ko ingat aku nak kehulu-hilir kat Krabi pakai jubah? Nehii.
Pakai blouse pun lecak ketiak, inikan jubah.

Sebut pasal jubah ni, semalam aku dapat a few mesej and email yang kecewa kenapa Jubah Ardhani pendek sangat.
Aku buat 54 inci, they requested biar labuh sampai 57 inci.
Sebetulnya memang nak buat sampai 57 inci.
Dari menjak aku buat jubah lagi memang teringin nak buat sampai 57 inci labuh tapi setakat ni semua jubah aku ada design di kaki jubah.
Macam Jubah Ardhani ni kalau perhatikan betul-betul, design depan and belakang tak sama (kaki jubah). Kalau aku buat labuh sampai 57 inci, ada kemungkinan, si pendek si pendek seperti aku akan potong jubah bagi pendek. Bila potong, KONFEM design belakang akan terhapus terus. Dah tak cantik dah.

Jangan risau, kepada yang tinggi-tinggi, next jubah insyallah labuh sebab takde design di kaki jubah.

Pagi Isnin kitorang tak kemana-mana pun.
En Wan bagi chan kat aku siapkan keje sebab nak keluarkan pun panas.
Jadi, aku siapkan keje sebab dah janji petang nanti baru keluar.
Tapi aku tengok omputih kat hotel aku selamba je bersidai dari kul 12 tengahari sampai 3 petang.
3 jam berjemur tepi kolam sambil baca novel. Kalau aku jangankan terbakor, siap pakej ngan migrain sekali aku dapat.


Petang, baru keluar.
Sangap pulak lama-lama dalam bilik.


Keluar pi makan kat Restoran Audha ke apa ntah nama dia. Lupa aku.
Tapi ni la restorannya.
Restoran ni glemer dengan steamboat, tapi kitorang makan nasik goreng je.


Aku makan nasik goreng Thai.


En Wan makan nasik goreng Pattaya.
Baru lah betul dua-dua menu ni kan. 
Selama ni makan Thai fried rice ngan nasi goreng Pattaya kat Mamak Anuwar Maju. Ape kelessss.


Sumpah tak tipu. 
Tomyam seafood ni best gila bahabs!!!
Walaupun dia pedas hamat, aku gahakan jugak hirup sebab memang sedap.


Lepas makan En Wan ajak aku pi beach.
Layankan je la.
Sesekali naik taxi moto ni best gak. Takyah pakai helmet lak tu.
En Wan plan nak sewa moto petang tu, dah konfiden dah pilih moto semua, sekali orang tu mintak passport, alamak tertinggal kat hotel. Naik je la taxi moto ni sudeyy.



Beach dia biasa je.
Kalau nak ambik-ambik gamba memang wajib pi island hopping sebab beach dia ni lebih kurang Port Dickson je aku tengok.
Pakkal panas je ni. Kalau tak panas aku tunggu sunset.


Masa aku check IG, ada orang komen supaya jangan lupa cari pancake nutella.
Aku tak tau pulak sememangnya kat beach ni ada gerai-gerai jual pancake.
Bila nampak gerai ni terus stop and order nutella pancake, walaupun sebenarnya aku tak makan cekelat.
Dah lama aku tak makan nutella, menjak sekolah rendah lagi. Lepas tekak aku takleh terima cekelat, aku tak sentuh nutella dah walaupun kat rumah aku sentiasa ada nutella.



Boleh tahan sedap.
Tapi takkan beli lagi, sebab aku tak makan cekelat sangat.
Maybe lepas ni try pancake lain pulak.



Ni jugak yang win!
Dah dia tahan aku kan, aku tadah je la bergambo sama, apa ada halll.
Dorang ni distribute flyer untuk cabaret show malam tu. Nak tengok cabaret show tak gamak, maka kita bergamba je lah.
Gila putih bapuk-bapuk ni, jelas bersuluh kelabunya kulit aku. Berapa lapis bedak la agaknya dia tenyeh.
Tapi cantik, and sangat soft spoken.
Yang aku bengkek tu, tang tetek tu. Besar dia pulak dari aku yang ori ni.

Tapi sukanya aku tengok kulit dorang.
Cantik sangat!
Bapuk-bapuk ni aku tengok dorang lagi jaga bab kecantikan dari kita yang pompuan asli.
Maybe sebab dorang terpaksa berhabis untuk jadi wanita, jadi dorang sangat menghargai nilai kecantikkan tu.
Yang kita ni sebab menjak kecik lagi dah pompuan, jadi banyak benda yang kita take for granted.
Contohnya cam aku ni la, keluar rumah muka berselipat pun takde hal.
Buat manicure pedicure seingat aku ada la 2 kali seumur hidup.
Rambut pun setahun sekali je pi salon.
Facial lagi laaaaaaaaaaaaa, main tenyeh kat rumah je.
No wonder la bapuk-bapuk ni lagi cantik.

Nak bergamba ngan dorang kena bayar, tapi sebab dorang yang tarik aku, jadi dia kata berapa-berapa je la. En Wan bagi 100 baht je. Gila kedekut weii. RM10 je???


Jalan-jalan lalu depan kedai pantings.
100% aku pasti En Wan akan stop. Memang betul pun!


Bukan setakat stop, tapi terus beli lukisan ni.
En Wan sangat sangat sangat sukakan lukisan.
Sampai aku rimas rumah aku banyak sangat frame kat dinding. 
Lama-lama sok rumah aku jadi geleri.
Tapi lukisan ni memang cantik.
Harga bargain dapat RM250. Balik sini tempah frame je RM480. 
Padan muka. Sape suruh beli lukisan besar-besar.


Nyaris dia nak beli ni.
Sebab dia kata mainan warna pelukis ni sangat menarik.
Memang la menarik tapi aku takut esok ramai taknak datang rumah aku takut terkenan ngan gamba beruk ni. Tapi memang cantik lukisan ni.


Malam, try makan kat Lemon Restaurant pulak.


Beria muka aku pilih udang.

Sebenarnya aku nak repeat udang goreng bawang putih yang aku makan kat Bamboo.
No wonder la Lemon ni tak seramai Bamboo, dia punya seafood tak se-gah Bamboo.
Tapi dia ada kerang. Bamboo takde.
Jadi aku pilih Lemon sebab aku nak makan kerang bakar.


Boleh tahan, cuma ada kerang yang half cook.
Aku tak sure if half cook lagi sedap dari well done (kering), tapi sebab aku tak penah makan half cook kerang, jadi perasaannya sangat geli geleman.


Sotong dia pun masih basah-basah.
Tak kering.


Udang ni aku ambik 8 ekor.
Aku belasah sorang, En Wan kenyang makan sotong.
Tapi rasa dia tak sama macam Bamboo. Bamboo lagi best.
Tapi udang sama-sama sedap, fresh.


Inilah Lemon itu.

Malam tu kitorang tengok movie apa ntah tapi cerita Will Smith.
Best jugak. Cuma aku tak tengok sampai habis sebab dah padam dulu. Pukul berapa En Wan tido pun aku tak sure, aku sedar-sedar dah pukul 4 pagi.
Aku rasa trip kali ni aku kurang berdebar nak naik flight sebab malam tu aku dapat tido dengan nyenyaknya. Maybe sebab perjalanan sejam je, secara saikologinya aku rasa macam balik Tganu.
Ataupun sebab baru je last week naik flight, so dah tak gabra sangat.

Insyallah hujung bulan aku ke Jakarta.
Lagi 3 minggu lebih kurang, maybe masa tu kegabraan datang balik.


Breakfast the next day awal sebab kul 8am taxi airport dah datang ambik.
Disebabkan awal, makanan masih banyak, maka dapatlah aku rasa kueytiaw with kari ayam, omellete, chicken ham, and tomyam.
Pagi-pagi makan tomyam okeh.




Kitorang sampai KLIA around 11am.
Mula-mula dari airport Krabi lagi dah plan, nanti lepas ambik beg kita pi Toys R Us sebab aku dah janji nak belikan Lego kat budak-budak ni.
Pastu baru teringat kitorang naik MAS. KLIA mana ada Toys R Us.
Terminal kitorang turun tu ada Kidszone kalau tak salah. Tapi Lego out of stock.
En Wan ajak pi sateliite terminal, naik tren macamkan kau nak pi overseas lagi, padahal nak pi cari Lego je. Nasib baik ada Lego.

Asal tinggalkan budak-budak ni, aku kena denda belikan Lego.
Ni macam kalau tetiap bulan kena fly, rumah aku bakal jadi Legoland kedua.