2019-02-28

Masak pagi raya


Petang semalam aku up kat status FB pasal masak-masak di pagi raya pertama.
Boleh KLIK SINI kalau nak baca komen.

Memang sengaja aku nak buat survey kat FB sebab aku nak tengok respond orang ramai adakah sama dengan apa yang aku pikir atau aku sorang yang pelik.
Alhamdulillah, semua kata tak wajar kalau pagi raya takde makanan (menu raya) di rumah sendiri.

Betul dah tu.
Kot pemalas sangat, paling bangsat pun kau beli la lemang 2 batang, hidang untuk breakfast sekeluarga.
Ini tak.
Helok je cakap takyah buat apa-apa pagi raya sebab nanti boleh makan kat rumah orang time ziarah raya.

Bagi aku hari raya mesti ada makanan raya.
Ni toksah cerita hat yang tak mampu lah ya, kita cakap pasal standard practice untuk orang-orang bishe-bishe macam kita.
Kebiasaannya mana-mana rumah di pagi raya memang ada menu sendiri.
Bukan nak suruh buat yang gempak-gempak, just buat untuk makan anak-beranak jadilah.
Nasi lemak pun boleh.
Nak special sikit goreng ayam ke, puyuh ke.
Dah habis special dah untuk aku hat ni.

Tapi bila ada yang kata tak payah masaklah pagi raya sebab hari raya pertama selalu pi berjalan raya nanti kenyang - ini aku takleh terima.
Memang masing-masing pi beraya tu nak mencekik je ke?
Sorry to say, tapi jenis perangai ginilah yang selalu harap tuan rumah muliakan tetamu tapi dia sendiri tak faham adat bertamu.

Sebab apa?

Sebab dia tak pernah menjadi host menerima tetamu.
Jadi dia tak tau apa perasaannya pagi-pagi orang baru balik solat raya belum sempat berkumpul bersalam-salam dengan ahli keluarga, kau anak-beranak dah sampai depan pintu rumah.
Agak-agak lah weh.
Takyah la tunjuk sangat kat semua orang rumah kau takde makanan nak mencekik pagi-pagi.
Tuan rumah tu entah nak bergambar dulu ke ramai-ramai sekeluarga sementara mekap belum cair, sementara baju anak-anak masih senonoh, yang kau muka sardin dah sampai depan gate.

Aku tak faham mentaliti macam ni.
Memanglah hari raya tu kita beraya, tapi takkanlah kerana kau nak berjalan raya maka tak payah siapkan apa-apa makanan kat rumah.
Memang nak harap makan kenyang-kenyang kat rumah orang pastu balik nanti terus tido sampai eosk pagi ke hape.

Sampah sangat mentaliti macam ni.
Karang tetiba ada orang datang rumah dia mengejut, barulah menggelabah masing-masing "nak hidang apa, nak hidang apa".
Abis tu kau ingat kau je tau berjalan raya, abis orang lain tak reti berjalan raya?

Itu satu.

Satu lagi bab meraikan tetamu.

Ada je spesis yang pandai-pandai dia je kategorikan orang ini kita bagi makan apa, orang itu kita bagi makan apa.
Kalau orang tu nampak gah sikit, kita bawak keluar kek and biskut raya yang sedap-sedap.
Kalau orang biasa-biasa, bawak keluar yang second grade punya makanan.
Kadang tu bawak keluar je lah apa yang ada.

Pinggan mangkuk pun sama gak.
Kalau orang yang ada-ada sikit, habis dibawak keluar segala pinggan yang cantik and mahal.
Kalau orang biasa-biasa datang beraya, dibawak keluar pinggan simple-simple je, tak cukup set pun takpe, janji sorang satu dapat pinggan.

Kau rasa tetamu yang kaya tu ada masa nak kagum dengan pinggan mangkuk kau?
Pinggan mangkuk dia lagi mahal.
Kadang yang kaya-kaya ni datang bukan nak makan pun, rumah dorang lagi makanan sedap-sedap.
Dorang dah makan siap-siap kat rumah sebelum datang biar jangan nampak macam kebulor sangat.

Dulu pernah keluar artikel viral pasal sorang Hamba Allah ni cakap tuan rumah menjemput tetamu datang maka kenduri kawen tapi lauk habis awal.
Katanya ada tetamu datang dari jauh drive 5 jam sampai-sampai tempat kenduri lauk tinggal 2 jenis je, itupun sisa-sisa daging berkecai.
Ya ampunn, memang sepanjang 5 jam tu takde rasa nak menyinggah Select beli air ke, roti untuk alas perut?
Memang drive jauh-jauh aim untuk makan?

Ewah, ada hati nak marahkan tuan rumah, dia dah jemput kau datang pun dah besar rahmat tau.
Orang lain ada yang kecik-kecik hati tak dapat jemputan.
Kau dapat jemputan lagi mau bising.
Bagi dia "Kalau dah jemput orang datang makan, lauk mesti banyak. Kalau tak banyak, lain kali tak payah jemput".

Memang ada orang yang datang jemputan aim nak makan sampai kenyang-kenyang.
Bawak pulak suku-sakat yang sama pelahap macam dia.
Mungkin ini adalah orang yang sama yang mengamalkan konsep pagi raya takyah masak, gi makan rumah orang kenyang-kenyang.

Benda-benda macam ni kalau kita cakap direct kat orang tu, dia spin, dia kata kita tak menghargai tetamu.
Dia keluarkan segala dalil-dalil tentang adab menerima tetamu.
Padahal kalau tuan rumah tak beradap dengan tetamu, dah lama dia hambat kau keluar.
Tapi tak, dia terima je kau datang walaupun hati berkata-kata.
Dia terima je kau bertandang dari breakfast santak ke lunch walaupun sebenarnya dia berdoa bila la kau ni nak balik rumah.
Tuan rumah dah betul dah bab memuliakan tetamu.
Dia simpan rapat-rapat apa yang dia tak puas hati.

Yang tak reti bertamu tu kau!

Tau tak kalau bertamu tu jangan lepak lama-lama?
Tak tau kan?
Bukan tak tau, tapi taknak ambik tau.

Kalau kita cakap pasal ni dia spin katanya lain kali kalau taknak terima tetamu takyah jemput.
Agak-agak kalau tepek ni depan pintu dia nak kata apa :

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali bila kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak makanannya! Namun, jika kamu diundang, masuklah! Dan bila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa memperpanjang percakapan! Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi. Lalu, Nabi malu kepadamu untuk menyuruh kamu keluar. Dan Allah tidak malu menerangkan yang benar." (Al Azab, 53).



2019-02-27

Bincang atau bahas?


Pernah tak korang berada dalam situasi di mana apa benda yang kau cakap mesti ada someone yang sentiasa nak argue.
Arguments are ok, tapi yang kelakarnya perkara yang dia argue tu bukan kerana isu yang kau ketengahkan tapi because she/he is very bad at understanding points of view.

I have found myself in these types of situations few times and it can be frustrating bila arguments dia lari dari topik.
Dah satu hal aku nak tunjukkan dia jalan yang benar.
Kalau jenis read to understand takpe gak, ni bangsa yang read to reply.
Memang jenuh nak melayan.
Last-last aku biarkan je la.

Lately, Malaysia sukakan arguments, kan?
Especially bila ada program tv buat macam-macam topik untuk dibincangkan [bincang ya, bukan bahas so menang atau kalah takde dalam list].
Ada juga yang tak sokong program-program macam ni diketengahkan sebab menyebabkan banyak perpecahan katanya.

Audience kena faham bahawa itu adalah satu medium untuk gain knowledge dan mendapat pencerahan, bukan mencari siapa kalah siapa menang.
Sadly, ada yang anggap itu medan perdebatan - ada kalah and menang sedangkan ia tak berlaku pun.
Perlu faham program begini adalah medium mencari sesuatu yang lebih baik dari segi pemahaman dan perlaksanaan.
Malangnya, ramai yang lagi concern nak menghakimi siapa menang.
Bila diprovokasi dengan "siapa bakal menang", sedikit sebanyak tumpuan kita lebih terarah kepada mencari point untuk membash.
Pihak sana cari point nak bash pihak sini, pihak sini cari point nak bash pihak sana.
Faktanya sampai tapi berat kerana yang lebih sampai adalah emosi.
Last-last jadi personal attacks. Emosi sangat-sangat.

Ada beza antara debate and discussion.

Kalau debate, kita berusaha membuatkan audience agree dengan kita.
Dan dalam tempoh berdebat, kita takkan tukar our opinion, dari awal sampai habis kita kekal dengan satu opinion yang sama.
And of couse dalam debate kita fokus untuk menang.

Berbeza dengan discussion, kita mencari kesepakatan dan dalam mencari kesepakatan opinion kita boleh berubah.
Dalam discussion takde istilah siapa menang atau kalah.

Jadi, kita pilih mencari kemenangan atau kesepakatan?

Seorang ustaz pernah cakap, kalau ada 2 pendapat yang berbeza dari segi hukum feqah, maka anak murid jangan bergaduh tetapi ambil mana yang baik ikut kesesuaian.
The thing is, anak murid selalu bergaduh mencari SIAPA lebih betul, bukan mencari APA yang lebih baik.
Padahal pendapat yang banyak adalah lebih menguntungkan kerana kita ada pilihan untuk memilih ikut kesesuaian yang terpakai untuk diri kita.

Macam mazhab juga. Mazhab kita ada 4.
Solat cara Syafie lain.
Solat cara Hanafi lain.
Solat Maliki lain.
Takde yang solat hanya 3 waktu, semua mazhab bersetuju solat tetap 5 waktu, rukun pun sama.
Yang berbeza hanyalah cara perform solat.

Perbezaan inilah yang dijadikan kelebihan bukan arguments.
Bila ada pelbagai pendapat, kita sebagai orang awam ada banyak pilihan untuk pilih mana yang lebih baik.

Ok, ini cerita 10 tahun lepas.
Waktu tu aku rasa apa yang achieve adalah kerana usaha dan pengalaman aku.
Lojik akal manusia memang kata macam tu - "kau usaha, kau dapat".
Until one day, aku usaha tapi aku tak dapat.
Aku anggap aku tak cukup berusaha, jadi aku tambah ilmu, ubah cara, tapi masih tak dapat gak.
Aku tanya pendapat orang ni, dia ajar aku buat macam ni. Aku ikut.
Aku tanya pandangan orang tu, dia ajar aku buat macam tu. Aku ikut.
Pun tak berjaya.

Dalam keadaan stress, aku luahkan masalah ni kat sorang kawan.
Dia ni sorang je yang bagi pendapat lain.
Dia cakap "Apa yang kau buat tu dah betul dah sebab aku pun buat benda yang sama. Maybe niat kau salah".

DANGGGGGGG!!!

Macam ada bunyi petir kat telinga aku.
Pedih.

Lama aku fikir, akhirnya aku setuju, memang niat aku lari.
Disebabkan selama ni apa aku buat serba menjadi, pergantungan aku pada Allah tu hampir takde.
Buta-buta aku letakkan keyakinan pada usaha.
Jadi satu hari Allah tahan rezeki aku, Dia jadikan usaha aku serba gagal.
Bukan kerana usaha aku tak cukup tapi Dia nak aku beringat bahawa ada yang lebih besar dari usaha iaitu tawakal.

Selama ini Dia 'luluskan' apa aku buat bukan kerana usaha tapi kerana kesungguhan aku berusaha. Maybe.
Aku jadi lupa Tuhan kejap bila semuanya serba menjadi.
Jadi, Dia tahan kejap rezeki supaya aku muhasabah.

Maksudnya, kadang-kadang perbezaan pandangan tu boleh menyebabkan kita berfikir semula.
Kalau ia boleh membawa kita kepada sesuatu yang lebih baik, why not.
Cuma itulah, dalam kepala tu kena set - perbincangan bukan perdebatan.
Kalau dalam kepada dah tune debat, susah nak cari kesepakatan.

Itu aku, yang terlampau percaya pada usaha.
Those yang terlampau percaya pada tawakal pun perlu faham bahawa usaha mesti maksimum baru kendian datang tawakal.
Bukan usaha ala kadar tapi tawakal lebih.
Itu salah.

So, berbaloi ke berdebat?

Bagi aku it depends.
If you learned something you didn't know before, it was worth it.
Kalau isu tu menjadi keharusan dari segi moral, eloklah dibincangkan.
Kalau someone pegang kepercayaan yang salah dan merosakkan atau memudaratkan orang lain, maka someone else must step up untuk bagi kesedaran and lead them away from harmful ideas.
Some ideas are absurd dan memperbetulkan idea-idea yang tak masuk akal ni adalah penting.

Cuma berilah peluang setiap panel bentangkan apa yang mereka percaya dan faham.
Bagi dorang kupas setiap soalan yang diberi dengan tenang.
Kita bukan nak tengok siapa menang tapi kita nak fahamkan apa inti di sebalik topik yang dibincangkan supaya kita boleh decide apa yang betul apa yang salah, mana yang baik dan mana yang lebih baik.

I support the right to free expression of anyone, asalkan jangan menyentuh bab agama dan fizikal.
Various of pendapat kadang-kadang membawa kita untuk berfikir kembali adakah tindakan kita selama ni betul.
Tapi freedom of expression does not guarantee your expression will be respected.
Kalau apa yang kita praktik tu sangat-sangat bertentangan dengan norma masyarakat, masih perlu diperbetulkan.

Kalau diberi pilihan antara debate and discussion, aku lebih suka discussion [walaupun dulu aku tak suka study group sebab ramai-ramai yang datang tu tak ready for discussion pun].
Because debates are win-lose oriented.
Walaupun masing-masing ada point tapi lebih cenderung pada menang-kalah.
Apa pun keputusannya mesti ada "rumah siap pahat berbunyi".
Adat menang kalah kan memang macam tu.

Tapi a good discussion membincangkan masalah, mewujudkan pelbagai pandangan, dan mensintesis minda yang akan produce greater outcome, insyallah.




Beli GreenAard minimum purchase RM130 dapat free gift ni.
Kalau nak beli free gift saja please refresh blog and whatsapp.



2019-02-26

Mengikhlaskan seseorang pergi memang berat



Siapa ingat lagi post tentang MaWie and MaWiNoe?
Rupanya dah setahun post ni.
Terima kasih this lady ingatkan aku yang aku pernah tulis post tentang move on.

Semalam siang aku tepek post ni kat IG, then ada follower buat luahan hati susah nak move on.
Masih teringat kat exbf.
Dah cuba lupakan tapi masih tak boleh move on.

Memang susah nak lupakan orang yang kita sayang especially kalau kena tingga bodoh gitu je ataupun takde angin takde ribut tau-tau bf mintak putus.
Hat ni memang selalunya susah nak move on sebab part of us masih lagi dok mikir apa salah kita - kat mana silapnya, apa yang kurang lagi kat kita sampaikan dia mintak putus.

Kalau masih teringat-ingatkan ex, itu wajar apetah lagi kalau baru je break.
Yelah, kita dengan dia bukan sekejap.
Selama tempoh bersama macam-macam kenangan kita create bersama, dah siap-siap plan impian untuk hidup bersama bagai, alih-alih putus, memanglah patut kalau merana.
Wajarlah kalau still terbayang-bayangkan dia.
Tapi tak wajar kalau kita letakkan pengharapan.
Yang menyebabkan susah nak move on bukanlah kecewa tapi kerana kita masih berharap.
Itu yang menambahkan sakit.

Ada yang gigih stalk ex nak check camana life dia skarang, bahagia ke dia, dah ada pengganti ke belum, makin cantik/hensem ke tak.
Allah, inilah antara punca susah nak move on.
Kita dok suap fikiran kita dengan new tentang ex, dah tentulah makin susah nak lupa.
Nak move on kena lupakan dia.
Cara nak lupa, berhentilah sogok kepala otak tu dengan sesuatu yang boleh mengingatkan kita lagi pada dia.
Berhenti cari tau segalanya tentang dia.

Kenangan tu memang kita tak boleh halang dari terlintas kat fikiran.
Dah tau nak melupakan kenangan pun cukup perit, yang kau pi stalk lagi akaun FB/IG hamba Allah tu nak buat apa.
Biarkanlah dia nak bahagia ke, nak terlungkup ke, nak kawen lain ke.
Masa kita dengan dia dah habis, terimalah hakikat.
Kadang-kadang jalan paling mudah adalah berdamai dengan takdir Allah.
Melawan takdir hanya akan menambahkan pedih.

Nak ikhlaskan dia pergi dari hidup kita memang perlukan masa.
Ikhlas itu sendiri dah berat nak dibuat apetah lagi mengikhlaskan orang yang kita sayang pergi.
Tak ada orang yang ikhlas lepaskan ex, esok bangun pagi terus lupa. Takde.
Ikhlas perlukan pengorbanan.

Pengorbanan yang macamana?

Hari ni delete nombor henfon dia.
Hari ni block semua akaun media sosial dia.
Hari ni buang semua chat history dengan dia.
Hari ni buang semua gambar-gambar dia.

Kalau kita boleh buat semua di atas and kekalkan begitu, insyallah boleh move on.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii, kalau hari ni delete nombor, esok add balik.
Pagi ni block akaun media sosial dia, petang karang kau pinjam henfon member untuk stalk.
Create pulak fake account semata-mata nak check her/his whereabouts.
Kalau gitulah gayanya, memang patutla pun merana.
Ni namanya self torture.
Kebanyakkan orang yang menderita jiwanya selalu buat gini.
Dia sendiri yang torture diri sendiri pastu bila jadi stress, salahkan ex-lah punca dia jadi gila.
Padahal orang tu sikit tak kacau dia.

Ramai je yang suka self-torture macam ni.
Ya, aku tau memang susah.
Aku pun pernah gagal bercinta jugak, memang aku faham sangat payahnya nak move on.
Tapi kalau tak dicuba lagilah payah.
Kena latih diri kita untuk melupakan.
Ada buat latihan, pastilah harus gagal dulu.
Takkan terus-terus berjaya.
Tapi belajarlah lawan perasaan.
Belajar untuk jangan ambil peduli.
Dalam proses ni menangis pasti ada, kenangan memang kejap-kejap datang.
Tapi itu bukan alasan untuk kita give up.

Blog reader yang bagi email kat atas tu adalah buktinya.
Dalam masa setahun, macam-macam berlaku pada dia.
Dia boleh lupakan ex, dia dapat new job, dia jumpa pengganti ex, dan dia dah nak kawen dah pun.
Tahun lepas mesti dia sendiri tak jangka how tempoh 1 tahun boleh ubah hidup dia.
Tapi itulah janji Allah.
Dia takkan ubah nasib kita kalau kita sendiri takde rasa nak ubah.

Orang-orang seperti blog reader (email) adalah antara yang pernah went thru moment-moment sedih dalam hidup.
Ramai lagi yang pernah gagal bercinta tapi akhirnya boleh move on.
Boleh jadi ada yang masalahnya lebih berat dari kita.
Now, it is our turn.
Move on-lah kerana kita mahu berubah dan jadi lebih baik.
Jangan move on semata-mata nak tunjuk kat ex kita tak heran dia tinggalkan kita.
Itu low class punya move on.

Move on yang high class adalah move on yang membuatkan kita jadi jauh lebih baik dari sewaktu kita dengan dia.
Lebih baik dari segi emosi.
Lebih baik dari segi cara berfikir.
Lebih baik dari segi prestasi.
Lebih bersemangat.
Lebih berjaya.
Lebih baik dari segi pembawakan diri.
Bukan setakat "Eleh, aku pun ada boifren baru la. Lagi hensem lagi kaya dari kau".
This is sooooooooooooooo shallow [tapi kalau memang dapat yang lagi hensem apa salahnya].

Ambil hikmah dari kegagalan bercinta supaya kita jadi lebih baik dan memilih pasangan yang lebih baik.
Selalunya orang yang gagal bercinta akan lebih selektif dalam memilih partner yang seterusnya.
Tak demand cuma dah lebih bijak dalam membuat 'saringan'.
Kalau dulu ex sejenis pisau cukur, insyallah yang baru ni dia takkan pilih macam tu.
Kalau dulu ex panas baran, dah tentu kali ni dia cari yang penyabar.
Itulah hikmah gagal bercinta.
Jangan pulak dah tau perangai ex kau buruk, kau cari pengganti pesen gitu juga.
Memang bakal merana kali kedualah jawabnya.

Bersabar dalam melupakan.
Time will heal orang kata.
Belajar mengikhlaskan orang yang kita sayang pergi memang berat, sebab itulah proses nak melupakan ambil masa.
That's why pelik kalau ada orang yang ikhlasnya cepat.
Boleh jadi dari awal lagi dia memang tak pernah cinta.




Free gift ini bermula today.
Nak dapatkan, caranya refresh blog ni and klik button pada pop out window.




2019-02-25

Self esteem


Semalam aku upload video Obama kat FB.
Obama cakap pasal confident.
Antaranya dia kata, kalau kita confident dengan kekuatan dan kelebihan yang ada dalam diri maka diri kita sendiri dah cukup untuk untuk buat orang kagum dan percaya.
Which is true, bak omputih kata action speaks louder than words.

Nora bagi ompek bintang kat Obama sebab Nora setuju sangat kat dia.

In order to survive, kita kena konfiden dengan apa yang kita buat.
It's something you absolutely cannot fake.
Konfiden adalah sesuatu yang orang boleh nampak samada melalui personal experience, atau bahasa badan, memek muka, ton suara, atau kepetahan berkata-kata.
Yang pasti, kalau kita tak konfiden, orang boleh tau kita tak yakin dengan diri sendiri no matter how gard kita cuba sorokkan hakikat tu.
Ini kerana, self esteem bukanlah datang dari apa yang difikirkan oleh orang lain tentang kita tapi apa yang kita fikir tentang diri sendiri.
Kalau kita yakin dengan diri, keyakinan tu terserlah dengan sendirinya.
Kalau kita tak yakin dengan apa yang kita buat, perasaan tu akan diterjemahkan dalam bentuk kegabraan dan kepanikan.

Ada beza konfiden and sombong.

Orang yang konfiden, dia support their confidence dengan action and facts.
Tapi orang yang sombong they believe they know it all, pung pang pung pang takde hasil apa pun.
Air liur je bersembur.

Orang yang sombong always nampak salah orang lain sebab they themselves pun takde apa-apa kekuatan dan kelebihan yang jelas, jadi they tend to korek buruk dan cari salah orang lain supaya dia kelihatan lebih bagus.
Basically orang yang sombong ni cuma nak perbaiki bagaimana orang lain melihat diri dia.
Dia tak peduli kat orang lain pun, their focus is always tentang bagaimana persepsi orang lain terhadap dia dan dia je.

And these people are judgemental.
Doang bukan je suka cari salah orang lain tapi terpaksa menipu untuk selamatkan diri demi nak sorokkan kesilapan sendiri.

Actually, being judgemental bukanlah semuanya teruk.
Bila akal dan hati kita seimbang, kita dapat menghakimi dengan lebih baik.
Kita juga jadi lebih kreatif, lebih bersedia dan mampu berfikir di luar kotak.
Tapi ada beza antara making judgements and judgemental.
Making judgements adalah dari minda yang seimbang and neutral tapi judgmental mindanya "sakit" dan always bertindak secara reaktif, taknak berdepan dengan kebenaran (read : takutkan kebenaran) dan kerjanya tepis, elak, tepis, elak.

Sebaliknya, orang yang konfiden, they motivate people sebab mereka ada kepakaran yang jelas, dan dengan kepakaran itulah they support and educate people.
Confident people always try to improve the world around them dan always nakkan persekitaran jadi lebih baik.

Ramai ingat bila someone tu low self esteem, dia ada sejarah silam yang buruk.
Maybe pernah jadi mangsa buli, dera, ejek, atau always dimalukan.
Yes, memang ada tapi kebanyakkan yang kurang keyakinan diri bukan berpunca dari sejarah silam tapi berpunca dari sikap tak jujur pada diri sendiri.

Contohnya, nak sentiasa kelihatan presentable dan hebat padahal in real life takdelah sehebat yang dia potray tu.

Bukan nak kata semua yang sentiasa nampak cantik dan bergaya tu low self esteem.
Kalau kau nak berjalan-jalan kat mall bercantik-cantik takpelah jugak.
Ini nak keluar pi beli telur dengan roti kat Speedmart99 pun bersiap macam nak rak satu jam, tak ke pelik namanya tu.
Nak pi beli telur je pun.
Beli telurnya tak sampai 15 minit, tapi dia punya bersiap macamkan nak jadi model pegang telur.
Ni semua jenis yang uncomfortable berdepan dengan public.
Dia perasan orang yang lalu-lalang kat supermarket tu dok peratikan dia.
Padahal takde sape nak tengok dia pun, orang kat situ sibuk nak cari barang, lepas bayar balik.

Orang yang low self esteem memang obses dengan appearance.
Selalu try hard to be someone they are not sebab dorang always rasa orang di sekeliling observe and judge them.
Kau ingat orang lain takde keje lain asik nak peratikan kau je?
Percayalah, jenis orang yang dressed up kaw-kaw semata-mata nak pi isi minyak, orang tu jugaklah yang akan jadi the first to judge someone yang pakai seluar track and T shirt to the same place.

Itu hat offline.
Kalau hat online pun ada gak pesen ni.

Dapat beli something yang mahal and rare pun masih tak happy, melainkan dapat likes and comments dari 300 orang, barulah dia puas.
Orang lain asal dapat shopping pun dah seronok, kau dapat beli barang limited edition pun tak puas-puas lagi, nak kena tunggu orang respond dulu baru datang seronok.
Tu mujur kalau orang tumpang happy, kalau ramai-ramai datang komen tu sebab tumpang maki, camne?
Elok-elok jiwa dah tenang dapat beli barang, tak memasal jadi jiwa kacau melayan maki hamun orang.
Dah la zaman sekarang ni ramai yang tak boleh tengok kau lagi kaya dia dia, memang mengundang kecaman jawabnya.

Orang yang tak puas dengan apa yang dia ada adalah sejenis self esteem sebab they see real value bukan pada apa yang mereka ada tapi how much orang lain respond pada apa yang dia ada.
Kalau dapat banyak likes and comment banyak, baru dia rasa she/he has done something right.
Kalau respond bak teratai layu di tasik madu, kau tengok je lah.
Dalam 1 jam tu berapa kali dia update status.
Selagi tak dapat respond yang dia nak, selagi tu dia tak puas.
Penyakit betul.

One thing yang dia tak tahu, dia ingat kalau dapat banyak respond positif kat online, maknanya in real world pun macam jugak.
That explains kenapa orang macam ni pi Speedmart pun bersiap bagai nak rak.
Because they assume respond yang banyak kat online tu menggambarkan respond yang sama dorang akan dapat di luar.
Padahal in real world people don't care pun.
Trust me. They don't.

Ni lah jadinya bila terlampau spend masa kat online sampai takleh beza mana satu real life mana satu virtual.
They take online too seriously.
Maybe kat situ je dia dapat perhatian, kat luar tak, that's why sejam sekali update kat media sosial.
That's why orang yang hidupnya lagi banyak kat dunia cyber sentiasa perlukan sokongan and support bila berada di luar sebab di dunia online dia dah terbiasa nampak orang like and comments.
Bila dia berada di luar, dia tak berapa nak reti dah nak bawak diri.
Nak bercakap pun tak berapa lepas.
Bahasa badan pun pelik semacam.

Sebab apa?

Kerana, di luar, dia tak nampak feedback yang biasa dia nampak di online jadi dia hentam je buat apa pun asalkan dapat perhatian.

Lagi satu perangai orang self esteem, dia hanya gah bila berteman.
Segala-galanya nak berteman, kalau boleh nak berbondong-bondong orang ada dengan dia barulah rasa alive.

Yang sebenatnya, kalau kita konfiden dengan diri sendiri and your confidence is genuine, kita tak perlukan sokongan ramai orang.
You only seek approval only from the people who really matter.

50K followers? Good.

500K followers? Cool. *gaya Sivaji the Boss please*

Tapi semua ni tak sama dengan trust and respect yang kita dapat dari orang-orang terhampir dengan kita, yang mungkin bilangannya tak sampai 20 orang.
Bila kita dapat kepercayaan dari orang-orang yang sejemput ni, tak kiralah apa kita buat, mana kita pergi, you do it with true confidence sebab orang-orang ni terima kita tanpa syarat, dari zaman bersememeh sampai la ke taraf world *sebut macam Mawi*


2019-02-23

Kenapa Bloggers Caj untuk Post yang Ditaja


Boleh tahan hangat isu ni minggu ni, entah apa lah puncanya tiba-tiba ramai pulak persoalkan caj review yang blogger/insta-famous/twitter-famous/YouTube-famous.
Maybe ada orang perasan some of them kaya sekejapan kot.

Ok, aku takdelah famous mana, tapi pernahlah ada pengalaman buatkan sponsored post dulu. Dulu laaa...
Caj review mahal atau murah bergantung pada banyak benda, bukan main letak je.
Tapi tak taulah kot ada yang main letak je.

Brands tend to be super-picky.
Dorang nak blogger buat banyak perkara penting tentang produk.
Dorang nak produk dorang diiklankan dengan cara tertentu.

Zaman aku buat sposored post Nuffnang dulu (that was bila eh, yang paling last tahun 2014 kot), ada some clients go back and forth dengan aku (via Nuffnang) 3-4 kali sebelum post tu aku publish.
Ussually clients dah siapkan apa point yang blogger kena highlitekan.
Sometimes aku ubah the points menggunakan bahasa sendiri.
Kalau client tu jenis cerewet, dia return balik the draft siap highlite warna merah lagi mintak aku tulis sebijik-sebijik macam point yang dia dah bagi, tu yang kadang sampai 3-4 kali email pung pang pung pang.
Itu baru ayat, belum cerita gamba lagi.
Kadang kalau gamba tu tak menarik, dia minta aku snap lagi sekali, so that’s a lot of time spent ok.
Selalunya kalau dia offer RM3K ke atas, siaplah, itu konfem cerewet punya client.
Ye lah kan, dia dah bayar banyak, terpaksa la ikut, jangan banyak bunyik.

Antara reason kenapa aku stop buat sponsored post adalah ini lah – bila ada di antara produk tu aku tak rasa ia beri manfaat bagai dikata tapi terpaksa jugak turutkan.
Yang paling aku fedap ada satu brand ni buat susu coklat.
Brand ni kita biasa dengar, dari zaman tok kadok lagi dah ada.
Aku dah la tak minum coklat so aku mintak Redza and bibik tolong rasa.
Dua-dua orang kata tak sedap.
Kalau bibik kata tak sedap maybe boleh diterima tapi Redza tu hantu coklat, bila dia kata tak sedap, aku percaya susu tu memang tak sedap.
Lepas tu terus rasa malas dah nak buat sponsored post.
Rasa macam tak best bila pulak bila tak jujur dengan diri sendiri.

Ya, aku faham, client hire blogger untuk buat review bukan nak test kejujuran kita.
Dia nak gunakan medium dan pengaruh kita untuk promote their product, jadi kita sebagai ‘pekerja’ kena ikut je lah cakap boss.

Ada juga di kalangan blog readers yang mintak aku buat review.
Mula-mula tu aku tak mintak bayaran pun, aku just mintak bagi gambar, bagi caption sendiri nanti aku tepek je kat blog.
Kiranya aku tak buat review, aku cuma bukak peluang untuk orang promote bisnes kat blog aku.
Tapiiiiiiii, lama-lama aku dah tak terbuat sebab terlampau banyak.
Takkan hari-hari blogpost aku tepek bisnes orang je kan, jadi aku letakkan harga.
Bila letak harga, kurang sikit yang nak.

Ramai blogger hire photographer untuk ambik gambar cantik-cantik for review.
Some bloggers pentingkan gambar yang cantik sebab bukan saja dia mempromote produk orang lain tapi juga mempromote service.
Gambar-gambar yang cantik sangat mempengaruhi orang untuk beli, at the same time ia melambangkan how telitinya blogger ni buat kerja, so in a way blogger ni mempromotkan review service juga.

Jangan ingat kerja ambil gambar ni cuma ambil je and done. Tak.
Dah ambik gamba, then there's editing.
Lepas edit, baru menulis.
Menulis bukan sikit-sikit, kalau banyak points kena highlite bermakna banyak masa yang nak difikirkan untuk menulis.
Tu belum lagi bab buat video demo bagai.
Ini bukan kerja 30-40 minit, sometimes took days to complete.

Masa aku buat Olay dulu, kerjanya berminggu-minggu!
Weekend pagi-pagi lagi dah masuk studio.
Kena pakai, kena buat iklan, kena buat review, kena promote.
Masa tu aku dah start guna Clinique, terpaksa berhenti Clinique semata-mata nak try Olay Regenerist.
Pasrah je kulit muka sendiri, nasib baik kulit jenis tak high maintenance.
Masa aku buat Exora (Proton), aku kena attend talk Exora, test drive bagai, kena fahamkan tentang sistem and technology [which this is something yang heavy untuk aku sebab aku cuma tau isi minyak kereta je], tapi bila aku accept the offer nak tak nak aku kena buat research and fahamkan.

All of those task munasabah untuk bayaran yang dikenakan.
Most of the people have no idea how much time goes into these posts.
Tapi kalau dah tau apa bloggers buat bila review produk, maybe akan setuju caj tu munasabah.

Blogger yang ada kelompok pembaca yang ramai selalunya jadi perhatian brand.
Salah satu cara dorang check how well is the blogger doing adalah melalui bahagian komen.
Komen yang banyak menunjukkan post blogger tu 'connected' dengan pembaca.
Macam blog aku sekarang, aku dah tutup komen, lama dah aku tutup, menjak aku stop buat Nuffnang tahun 2014, aku tutup ruangan komen sebab takde keperluan dah.
Kalau buat iklan mesti kena bukak ruangan komen sebab brands nak tengok respon pembaca.

Sebelum blogger-blogger caj khidmat review, dorang dah kerja keras untuk melakukan blog and they do that for free.
Bila blog dah dikenali, this is the time they start charging, why not?

Tapi orang-orang kita ada yang pandang lekeh kerjaya blogger as if  "bukan buat apa pun, menulis je tapi caj nak letak mahal".
Caj yang dibayar bukanlah harga masa dan tulisan blogger tu saja ya, tapi medium blog dia.
Itu sebenarnya yang mahal.

It is so sad bila ada brands yang bayar blogger dengan produk, padahal that blogger dah pernah terima bayaran ribu-ribu, yang dia just nak tukarkan khidmat dengan 3 helai blouse, seriously?
Ini bukan rekaan ya, ini kisah sendiri.
There's one brand pernah offer aku untuk pilih sepasang persalinan (baju and seluar) untuk aku promote brand dia.
Aku tengok harga seluar dia RM60.
Aku tolak tawaran tu baik-baik.

Sekali imbas nampak macam aku berlagak but some brands tak faham dunia marketing.
Dia nak medium besar untuk iklankan produk tapi dia taknak keluar duit untuk marketing.
Nak untung dia je.

Another thing rasanya those brands tak tau the volume of requests that even the mid-sized bloggers are getting.
Aku bukan blogger besar sangat, tapi masa zaman aku buat iklan, everyday aku dapat email around 50-60 [yes, everyday!] dan semua ni aku tapis dulu samada berbaloi tak untuk aku iklankan.
Nak baca email saja pun dah makan masa, belum lagi nak menulis.
Dah la aku bukan full time blogger, mana nak kerja, mana nak menulis lagi.

When you start considering the amount of time you take to sift through 50-60 emails, you' will realize that only special emails with good opportunities yang akan dapat perhatian that blogger, let alone a reply.
Ussually yang dapat reply aku adalah yang tak pernah aku buat (iklan) lagi.
Kadang-kadang tu aku pilih sebab email dia best - berbudi bahasa, full of information and profesional.
Ini tak, ada yang "Kak, saya silent reader akak. Akak ada buat review kan, berapa akak caj? Saya bisnes kecil-kecilan je kak".

Yang ni ayat default aku rasa.
Selalunya, email macam ni aku pun dengan defaultnya tak reply.
Bukan sebab sombong tapi kandungan email pun tak menarik.
Ya, aku tau selama ni aku mesra kat blog dan nampak macam sporting tapi when you want to do bisnes please make it profesional.
Gunakan proper greetings, lepas tu bagitau produk/service apa yang you buat, baru kemudian bagitau berapa harga you tawarkan.
Kalau budget rendah, let us know your budget nanti blogger akan suggest what service we can offer to meet your budget.

Sekarang pun masih ramai yang tanya kot-kot aku buat lagi produk review.
Jawapannya tak.
Aku buat pro-bono [free review], tapi ada syarat.
Kalau produk tu aku try and best, aku cerita kat blog, kalau tak, aku akan bagitau balik kat the brand aku tak boleh buat.
Tapi kalau masih nak aku tepek kat blog jugak, baru aku kenakan caj iklan, bukan review.

Anyway, ramai yang bengang bila bloggers [and other influencers] letak harga mahal sedangkan apa yang dipromote macam tak perlukan apa-apa effort especially yang just tepek gamba berselfie dengan produk.
Ok, that makes sense tapi macam yang aku cakap tadi, some influencers tak jual review, they jual tapak.
That's why selfie saja dah ratus-ratus sebab modal dorang hanyalah followers yang ramai.

Nasihat aku, kalau nak create awareness, setakat nak tunjuk kewujudan your produk, bolehlah guna influencer yang buat servis selfie-selfie ni.
Tapi kalau nak review, please hire quality blogger to endorse your product.
Quality dalam erti kata they know what they are doing, ada experience doing iklan, understand marketing, and of course ada crowd yang besar.
Bayar blogger jenis ni memang mahal sikitlah but you're not just paying their hours and populariti tapi juga for the years they have spent growing their very targeted audience.

Tapi kalau budget ciput, macam aku cakap tadi, try your luck discuss dengan blogger kalau-kalau they can come out with service yang mampu milik.
Tapi kau pun janganlah melampau nau, nak bayar RM100 tapi nak guna khidmat blogger gempak. Agak-agak le...




Takde orang nak promote produk akak, biarlah akak promote sendiri di blog sendiri.
Ni ha, LIMITED EDITION MAKEUP REMOVER dari GreenAard.
Kita ada size 50g and 125g, kali ni kita keluarkan size 100g dalam kuantiti terhad dan design berbeza.
Hari Senin esok kita launch.
Tapi kalau nak book, sila refresh blog ni and klik pada pop out window.


2019-02-22

Allah dah cukup membagi


Cerita 1

Was a blogger.
Stop blogging sebab sibuk dengan bisnes.
Bisnes pernah berjaya, jadi famous sekejapan sebab ramai suka tengok life dia yang serba mewah.
Setakat nak beli henbeg berjenama seminggu sekali bukan satu masalah, tak payah kumpul duit pun.

Slowly bisnes jatuh sampai dia jatuh terduduk.
Kawan-kawan hilang [kawan takut dia nak pinjam duit agaknya].
Dia tak pernah terbayang yang dia boleh jatuh sampai macam tu sekali.
Kalau tengokkan pada pendapatan bulanan, dia sendiri tak jangka one day dia akan jatuh.

Dia kata dah cuba untuk bangkit balik tapi tak menjadi.
Aku tak sure apa yang dia expect dengan "menjadi".
Maybe nak jadi kaya raya macam dulu agaknya.


Cerita 2

Ini blog reader, tak berblogging tapi ramai follower kat media sosial.
Buat bisnes juga.
Katanya, bila semakin berjaya, haters pun ramai.
Apa yang dia buat serba tak kena.
Segala apa yang dia beli and share kat akaun media sosial akan jadi bahan kecaman.
At the same time dia hilang kawan sorang demi sorang.
[aku syak kawan-kawan jeles dia semakin berjaya].


Cerita 3

Blog reader, tak berkerja, aku panggil dia kakak.
This reader sebenarnya ada isu lain yang dia nak highlite kat email - isu anak-anak, tapi aku tarik sebahagian kisah dia untuk post kali ni.
Hat anak-anak tu aku cerita kat post lain, insyallah.

This kakak sangat kaya, suami dia adalah somebody dalam dunia perniagaan.
Dah pusing satu dunia, kereta, rumah semua beli cash.
Dalam erti kata lain, duit bukan masalah.
Tapi tahun lepas keluarganya diuji.
Bisnes suami jatuh teruk sampai ke tahap terpaksa jual rumah yang dia duduk sebab nak kecikkan expenses.
Now duduk kat salah sebuah rumah yang dibeli asalnya untuk disewakan.
Dah banyak barang-barang berharga yang dia jual ke kawan-kawan untuk teruskan hidup.
Dia cerita dia punya level susah now, mesin basuh rosak nak beli baru pun tak mampu.
Memang sekarang betul-betul kena berjimat sebab nak settle loan [maybe hutang perniagaan].


Ok cukup 3 cerita [memang ada 3 ni je pun].

Kisahnya, baru-baru ni aku kepenatan.
Biasalah kan, banyak benda nak buat bila masuk tahun baru.
Marketing planning and sales projection nak kena pikir.
Bila dah penat tu mulalah mulut celupar.
Aku terkeluar cakap "Bilalah agaknya nak betul-betul lepak goyang kaki takyah pi keje dah?"

Zassssss!
Allah hantar 3 orang ni, untuk berkongsi cerita.
Tiga cerita ni betul-betul buka mata hati aku.

Aku percaya kita semua nak kan life macam tu - senang and mewah.
Paling tak pun biar tak perlu bersusah-payah, tak payah kerja.
Kalau dapat jadi kaya duit makan tak habis lagi bagus.

Tapi apa yang aku nampak dari kisah tiga orang ni, hidup berlimpah duit and harta tak menjanjikan hati tenang dan seronok.
Yang tak pernah hidup mewah mesti membayangkan bila banyak duit, hati pun lapang.
Rupanya belum tentu.

Kisah dari Cerita 2 bukti bahawa belum tentu bila senang, terkenal dan mewah hidup kau aman.
Dia dikelilingi dengan haters yang istiqomah mengutuk.
At the same time she's lonely, kawan-kawan pun tak ada.

Memang kalau kita successful, ada 3 benda kita kena tempuh.

Yang pertama, ramai musuh yang tak puas hati dengan our success.

Yang kedua, kawan-kawan jauhkan diri.
Samada kawan-kawan segan atau menyampah tengok kita lebih berjaya.
Time belum berjaya dulu helok je bergendengan bersama-sama.

Yang ketiga, tiba-tiba ramai mengaku sedara.

Semua ni tak bagi kita rasa tenang pun.
Yang menyakitkan hati ramai, yang tak ikhlas berkawan pun ramai.
Akhirnya, kesenangan yang dimiliki hanya bawa masalah untuk diri sendiri.

Kisah dari Cerita 1 and 3 pulak bukti bahawa kesenangan tu bila-bila boleh berakhir.
Kalau ikut lojik akal, takkanlah boleh jatuh teruk sekali macam tu.
Paling tak pun mesti dah ada simpanan yang banyak boleh cover at least untuk 2 tahun sementara nak tunggu bangkit balik.
Kadang kita rasa bila simpanan dah banyak, harta pun banyak, risiko nak susah tu nipis.
Tapi itulah, benda-benda ni semua di luar kemampuan kita.
Kalau Dia kata jatuh, memang jatuh.
Yang kita boleh buat cuma ikhtiar semaksima yang boleh.

Boleh jadi kita terlalu yakin simpanan dan harta yang banyak boleh menyelamatkan kita.
Bukan nak kata kita lebih yakinkan kuasa duit dari kuasa Allah, tapi lumrah manusia kadang-kadang keliru antara yakin dengan Allah dan ikhtiar.
Bila nampak usaha kita menjadi, tanpa sedar kita jadi over confident dengan ikhtiar berbanding keyakinan pada Allah.
Contoh paling mudah - bila kita berjaya achieve sesuatu, terus rasa bersemangat nak kerja kuat lagi, betul tak?
Kat situ sebenarnya keyakinan dah terkehel sikit sebab kita konfiden achievement tu adalah kerana usaha kita.
Keliru kan?
Tipu daya syaitan tu sangat kuat.

Bila jadi kes-kes macam ni, boleh jadi Allah nak kita benar-benar kembali yakin pada Dia jadi Dia tahan kejap rezeki kita.
Ikut lojik akal, kalau dulu boleh berjaya, kenapa sekarang apa yang dibuat serba tak menjadi?
Bukan ke dulu pun dia usaha? Apa beza dengan sekarang?

Itulah bukti bahawa rezeki Allah yang bagi, takde kaitan dengan usaha.
Usaha hanyalah satu bentuk ibadah saja.
Allah nak tengok sejauh mana kita berikhtiar.
Tapi tang rezeki banyak atau sikit itu hak mutlak Allah.
Dia rasa nak bagi banyak, kau usaha sikit pun tetap dapat banyak.
Dia rasa taknak bagi, kau usaha sampai melepek lembik kepenatan tetap Dia takkan bagi.

Yang kita penat-penat cari siang malam tu bukan rezeki, tapi duit.
Bila kita dok fokus cari duit, kita hilang fokus dalam mencari rezeki.
Sedangkan kalau kita jumpa rezeki, insyallah kita senang jumpa duit.
Jumpa duit, belum tentu kita jumpa rezeki kerana duit belum tentu jadi hak kita tapi rezeki dah pasti hak kita.

Ustaz aku pernah bagi satu statement deep.
Dia kata "Kalau berusaha, jangan hanya banyak guna otot tapi mesti banyak sujud".
Kerana bila lebihkan otot (usaha) tapi kurang beribadah, maka keinginan bertambah dan rasa syukur berkurang.
Bila rasa syukur kurang maka kita mudah melihat apa yang tak ada dan lupa pada apa yang dah ada.

Kita semua bersaing untuk hidup.
Kita ukur semua bentuk kejayaan dan kebahagiaan dengan nilai pendapatan, aset dan kekayaan.
Kita korbankan masa, tenaga, fikiran, bahkan kepercayaan dan iman demi menambahkan harta dan duit.
Akibatnya, rasa syukur semakin jauh.
Setiap masa terasa banyak lagi yang kurang, perlu tambah, tambah dan tambah.
Duit dah jadi matlamat utama.
Jangankan masa sihat, masa sakit pun masih sibuk fikir cari duit.

Tak ada yang salah dalam mencari kesenangan supaya kehidupan kita tak dipandang sebelah mata.
Cuma ada beberapa perkara yang mesti diluruskan, bahawa menjadi kaya bukan segalanya walaupun segalanya perlukan duit.
Kita hidup bukan sekadar nak kaya tapi nak bahagia.
Apalah ertinya mewah kalau hati tak bahagia, tido tak nyenyak, kiri kanan orang asyik cari salah, tak ada kawan nak diajak bersembang, nak kongsi kejayaan pun takut orang hentam.
Semua serba tak kena.

Kalau usaha dah maximum tapi tak nampak-nampak jalan nak jadi senang, anggaplah memang itu paling terbaik untuk kita.

Pandang anak, sihat tak dia?
Rajin solat tak dia?
Mudah faham ilmu tak dia?

Tengok suami, bertanggungjawab tak dia?
Jaga hati isteri tak dia?
Sayang keluarga tak dia?

Tengok diri, sihat?
Masih ada kerja?
Makan cukup?
Tido nyenyak?
Silaturrahim dengan ofismate ok?

Tengok dapur, masih ada beras?
Masih ada lauk nak masak malam karang?

Tengok jiran, masih bertegur sapa?
Komuniti tempat tinggal baik-baik?

Tengok persekitaran, kawan-kawan baik?
Bos baik?

Tengok adik-beradik, ipar-duai, harmoni tak?
Timbang rasa tak?
Saling menghormati tak?

Kalau semua ok, alhamdulillah.
Mungkin kat situlah Allah lebihkan rezeki kita.

2019-02-21

Udah-udah la tu jadikan stupid people famous.


Ambil contoh video prank.
Video prank jadi sumber hiburan ramai orang.
Basically what these guys are doing, dorang buat perkara bodoh ke atas orang lain untuk bagi orang lain ketawa, tu pun kalau kelakarlah.

Sejujurnya, buat video prank semata-mata nak bagi orang ketawa adalah satu tindakan yang tak normal.
Ini bukan soal sporting atau tak.
Tapi sengaja prank orang dan anggap itu satu bahan lawak, normal ke tu?
Orang-orang macam ni pernah terfikir tak kalaulah benda tu berlaku kat dorang, apa dorang rasa.
Masih boleh gelak?

Dulu pernah ada rancangan TV Malaysia, program prank.
Tak sure apa nama rancangan tapi aku tengok satu episod lepas tu tak sanggup tengok dah.
Kesian ada, segan pun ada.
Episod yang aku tengok tu scene warung nasi lemak tepi jalan.
Time orang tengah makan tiba-tiba nanti datang sorang lelaki selamba tarik pinggan orang yang tengah makan tu, bawak pi meja lain and makan.
Ada juga yang sengaja ambik lauk atas pinggan orang tu and makan.

Ada satu brader ni bengang gila.
Walaupun pengacara rancangan dah bagitau itu adalah program TV and siap minta maaf tapi brader tu tak nak layan.
Cuak kejap muka pengacara.
Hah, tau pun cuak kan.
Time kau pekena hamba Allah tu kau tak pikir boleh menaikkan darah orang ke tak.
Kalau aku pun aku marah.
Tengah makan kot.
Tak semua orang suka diganggu time makan, sometimes itu je la masa yang dia ada untuk bertenang-tenang kunyah makanan, yang kita pi prank, mau tak hangin?

Tapi rasanya dah takde program prank macam ni kat TV kita, kan?
Kat media sosial banyak.
Sometimes aku terfikir takkan lah semua yang kena prank ni sporting sangat.
Rela je diperkotak-katikkan.
Ini melibatkan maruah.
Dah la kau pedajal orang tu tak tentu arah, lepas tu kau share pulak kat media sosial jadikan modal lawak.

Entahlah, maybe ada orang tak kisah kot satu dunia gelakkan.
Bagi aku, those yang suka prank people ni kategori stupid people.

Ada juga jenis manusia yang men-stupid-kan diri untuk jadi famous.
Create isu-isu merepek semata-mata nak dapat attention.
Nak kata bangang, takkanlah bangang sampai macam tu sekali.
Lapar perhatian sangat.
Masalahnya, dapat banyak maki hamun je tapi masih seronok.
Makin galak dia punya bodoh aku tengok.
Entahlah, boleh jadi bagi dorang takpe kena maki, as long as popular sekali harung "I dapat free pahala" katanya! Tengkorak dia.

Yes, kadang-kadang kita tak sedar kita ada buat benda bodoh tapi kalau berkali-kali kebodohan yang sama dibuat, itu kira tak sedar ke atau sengaja jadi bodoh?

Nak identify stupid famous people tak susah.
They are the ones yang tak offer whatsoever content pun dalam percakapan atau perbuatan.
Mostly percakapan dan perbuatan dia rely on kata-kata dan kelakuan yang bodoh dan bertentangan dengan norma masyarakat.
It is really sad bila orang-orang macam ni dapat attract large audiences in social media.
Entah hape ajelah modal dia.
Tak taulah siapa yang 'sakit' kat sini samada dia atau kita.

Orang bodoh zaman dulu bersungguh sorokkan bodoh taknak orang lain tau dia bodoh.
Tapi orang bodoh zaman sekarang berebut-rebut tayang bodoh.
Yang bertambah pelik, dapat perhatian ramai pulak tu.
Zaman aku skolah dulu, kalau jadi bodoh takde orang nak layan kau, sebab tu ramai berebut nak jadi pandai.
Zaman sekarang ramai berebut jadi bodoh sebab yang bodoh lagi famous.
Lagi banyak kau punya bodoh, lagi banyak limelight kau dapat.

Berbuih sana sini orang mintak STOP MAKING STUPID PEOPLE FAMOUS, tapi bak kata pepatah, kalau kita nak ubah sesuatu, mulakan dengan mengubah diri sendiri dulu.
Nak ubah orang payah.
Mulakan dengan unfollow these people.

So, berapa ramai agaknya yang willing to unfollow those stupid social media "celebrities"?

Jawapannya maybe tak ada.
Atau ada, tapi tak ramai.

Sebab apa?

Sebab kita semua basically tertekan dengan kehidupan dan perlukan hiburan and kita anggap melayan orang-orang macam ni adalah satu bentuk hiburan.

Oklah fine, kalau kita anggap dorang tu hiburan, go ahead.
Tapi kena ingat yang dorang tu tak faham kita sebenarnya jadikan dorang stok gelak je.
Dorang ingatkan kita suka sebab tu tak abis-abis dia tunjuk bodoh lagi dan lagi dan lagi.

Mula-mula tengok, rasa segan.
Lepas tu dah banyak-banyak kali tengok kebodohan yang sama, terbit rasa kesian pulak.
Kesian okeh.
Sebab yang buat keje-keje ni bukan level budak-budak je, ada yang dah jadi mak bapak budak pun tapi bodohnya tak berkurang.

Kita kena let them know apa yang dia buat tu sangat bodoh that they should stop.
Stop bagi dorang attention.
Biar dorang tau we are tired with their stupid acts.
Confirm lepas tu slowly dorang start gunakan otak untuk cari ilham buat benda-benda yang bijak sikit sebab dorang dah sedar kelaku bodoh dorang dah tak laku.

Tapi tu cadangan aku je, pilihan ditangan masing-masing.
Kalau rasa nak terus jadikan dorang bahan breakfast, go ahead tapi jangan bagi komen, jangan bagi likes.
Tengokkan je jauh mana dia nak pergi.
Bila kita bagi komen walaupun bersifat kondem, dia tetap suka.
Bagi dia, as long as ada perhatian bermakna I am doing something right.

The saddest thing about this whole issue is ramai lagi orang kat dunia ni yang ada bakat dan kemahiran yang luar biasa yang tak diketahui umum yang mungkin menyumbang lebih kepada masyarakat than the typical one-hit wonder.
Orang-orang macam ni lah yang patut kita kongsikan biar jadi motivasi.
Tapi itulah, orang-orang macam ni cuma akan jadi terkenal bila dah mati esok.
Masa tu barulah bersepah caption "hero yang tak didendang", "hilangnya sebuah permata", bla bla bla.
Alahai. Tahi sungguh.

These are the ones who actually deserve the attention.
True talent and berpotensi untuk memberi inspirasi and do great things samada di tahap national, international atau tahap peribadi.
Tapi tu la kan, orang-orang macam ni tak berapa expose-kan diri, kalau ada pun tak ramai yang berminat nak bagi perhatian sangat.
Yang pasti orang-orang yang memberi manfaat ni wujud, cuma kita tak berapa minat nak follow them.
Sangat-sangat "mengagumkan" bila ada orang become famous for contributing nothing good. Heh.

I am not in any position to judge but I have to admit ada contoh-contoh yang baik dari social media celebrities yang offer good content dan orang-orang macam ni kalau terkenal pun tak apa lah.
Dia layak sebab dia informatif.
Orang-orang macam ni bijak sebab menggunakan media sosial to set a good example.
Ada jugak video yang kelakar yang dalam masa yang sama selitkan mesej positif.
Hat ni dapat berjuta views pun takpe, sebab ada mesej yang nak disampaikan.
But those yang buat video muka senget-benget, video prank orang, mempersoalkan bentuk bumi bla bla bla bla - aku tak rasa they deserve thousand views.

It is people like us yang "melahirkan bintang-bintang" ni semua.
Melayan sangat kat deme-deme inilah jadinya.
Cuba fikir, apa orang lain akan cakap bila spesis-spesis ni dianggap seperti selebriti.
Ada yang invite them to public occasions lagi.
Secara tak langsung kita bagi mesej kat generasi muda especially yang senang dipengaruhi tu that this is the quick route to become famous, tak kisahlah kau buat benda bodoh, atau kurang ajar atau offensive, as long as jadi terkenal nanti orang jemput kau datang merasmikan majlis.

Kita boleh stopkan populariti kebodohan ni.
Konsepnya demand and supply.
Kalau kita stop bagi attention dan melayan kelompok ni, nak tak nak, one day dorang terpaksa ubah jugak cara and start produce something yang lebih bijaksana.

Bukan nak menjatuhkan dorang.
Kita bukan benci.
Kita cuma nak menjatuhkan kebodohan yang dibuat-buat tu je.


2019-02-20

Bully


Sejak minggu lepas our media sosial dibanjiri dengan isu-isu yang mengundang komen yang panas-panas.
Bermula dengan isu flat earth (aku tak faham macamana orang boleh terfikirkan ni), lepas tu isu vaksin and 2 hari lepas isu graviti pulak.
Akal jahat aku terpikir gak apake benak sangat bentuk muka bumi and graviti ni aku dah blaja tahun 1987 subjek Alam Dan Manusia.
Takkan lah sekolah-sekolah kat Malaysia ni silibus berbeza-beza, melainkan tak pi skolah lah. Eh.

Tapi on the positif side bagus jugak bila ada isu-isu ilmiah berbangkit macam ni.
Terbuka sikit minda dari tak tau menjadi tahu.
Itupun kalau niat nak menambah ilmulah.
Ada juga orang yang read to reply, bukan read to understand.
Hat ni memang takleh buat apa. Kita boleh buat dek je.

Bila benda ni dah jadi satu isu di media sosial, siaplah.
Memang mengundang kritikan.
Actually, kritikan, dikritik atau mengkritik adalah perkara biasa.
Kita semua dah didedahkan dengan kritikan, paling tak pun masa membentangkan proposal tesis and hasil tesis, kaw-kaw punya kena basuh.
Tapi kritikan yang membina jauh beza dengan kritikan kat media sosial.
Dia punya jauh beza tu umpama flat earth dengan sphere earth jugaklah.
Kat media sosial kritikan lebih kepada bully.

On a surface level, it seems pretty simple.
Kalau komen tu bersifat memberi pencerahan, atau to provide information or to help someone improve something, kita boleh nampak (dan rasa) melalui cara penyampaiannya.
Negative criticism, on the other hand lebih kepada merendah-rendahkan, memalukan, atau merosakkan reputasi seseorang.
That's why aku lebih suka berblogging.
Kat blog, aku boleh tulis pandangan aku sepanjang-panjangnya.
Orang yang berkenaan tak baca pun takpe, I write because I want to write.
Berbeza dengan kebanyakkan orang yang menulis kritikan negatif (yang menghina dan mengejek) di ruangan komen, they write because they want to be heard.
Itulah punca kenapa komen-komen tersebut jadi kesat dan kurang ajar kerana objektif asal tu dah lari when the intentions turn from feedback to a personal attack.

Zaman aku kecik dulu aku ingatkan bully ni akan berakhir bila aku dah besar.
Setiap kali aku dibuli, aku akan ingatkan diri aku, this are all temporary.
Once dah kerja, dah berjaya, ejek-mengejek ni semua takkan berlaku dah sebab masing-masing dah besar.
Rupanya aku silap.
Orang dewasa lagi teruk membuli, cuma dorang tak seberani budak-budak kutuk orang depan-depan.
Segalanya dibuat 'di balik tabir'.
Yang berani sikit tu pakai original account, yang takut-takut-berani tu gigih buat fake account.

Banyak juga kes aku kena buli time kecik dulu.
Tak semua, tapi kebanyakkannya aku masih ingat.


Buli 1 : Baju raya buruk

Masa aku form 3, umur 15 tahun, aku ingatkan kita semua dah cukup matang dari mengutuk penampilan orang.
Sadly, ada some people tak boleh move on lagi, dia masih lagi perlu kutuk penampilan orang sebab maybe itu aset paling hebat dia ada.
Nak lawan tang IQ agaknya tak boleh pergi.
Aku dah sedaya-upaya tolak ajakan kawan-kawan se-tusyen untuk tak pegi open house sorang budak ni sebab aku tau dia ni jenis have-have punya orang.
Lagipun aku tak rapat dengan dia sebab dia golongan have-have kan, tapi memandangkan dia dah invite all kat tempat tusyen (yang tak sampai 10 orang tu) untuk datang open house, dah tentu semua pun nak datang.
Lagipun dia have-have, siapalah yang tak excited nak tengok rumah dia.
Dalam group tusyen tu aku lah yang paling 'miskin', jadi aku segan nak ke rumah dia.
Bukan segan apa pun, segan sebab aku takde baju yang cantik.
Baju raya tu ada lah, tapi tak cantik mana.
Aku risau baju raya aku tu buruk sangat untuk ke majlis rumah dia, karang dia malu pulak.
Tapi sebab kawan-kawan lain dah ajak nak pegi sama-sama lepas tusyen, aku takde alasan dah.

Masa kat tempat tusyen dia tanya siapa yang nak ikut dia terus lepas balik and siapa yang nak datang sendiri.
Kitorang semua cakap ikut sekali.
Depan-depan muka aku dia cakap "Ni apa ni pakai baju buruk?"
Omigod, aku tak tau nak reply apa sebab dia tanya depan-depan semua orang.
Nasib baiklah itu bukan kali pertama penampilan aku kena kutuk, jadi aku dah boleh buat muka seposen.
Aku lupa apa aku reply, tapi aku pergi la jugak sebab aku taknak burukkan keadaan.
Kalau aku tak pergi nanti dah jadi satu scene lain pulak.
Dah akward pulak nanti nak pergi next class.

Memang betul, kat rumah dia aku rasa baju aku paling buruk.
Tapi itulah baju raya aku - blouse hitam bunga oren with long skirt oren.
Pada pandangan mata aku cantik dah walaupun beli kat tempat longgok-longgok tapi still dalam Metrojaya (kahkahkah, nak jugak mention).

Masa kat rumah dia, member-member aku menayang baju raya.
Lawa-lawa baju dorang.
Ada sorang kawan aku tu baju dia aku ingat lagi warna shocking pink.
Macam ofis suite, lawa sangat.
Aku tanya berapa harga ni, kot-kot lah boleh cadang ke Mak Aji.
Sekali dia jawab "RM100 tepat-tepat".
Fuhhh, macam angin lintang lalu kat telinga bila dia sebut harga tu.
Ni kalau aku cadang ke Mak Aji ni, bukan takat angin lintang je, pemukul lalat konfem singgah sekali.
Jangan haraplah weh nak dapat baju RM100.
Tahun 1992 baju RM100 kira mahal tau.

Tengah-tengah orang dok main games, aku mintak diri nak balik.
Aku cakap mak aku pesan balik sebelum 6pm, walhal aku yang nak keluar dari majlis tu.
Yang pertamanya, aku kecik hati.
Second, aku tak rasa itu tempat aku.

Kalau tengok aku dulu, orang mesti tak jangka yang aku (and adik-beradik) hanya beli baju baru 2 kali je setahun.
Pertama, awal tahun masa nak masuk skolah beli baju baru.
Kedua, masa nak raya, itupun sepasang kurung and sepasang baju jalan.
Tahun 1989 aku dapat extra baju jalan 2 pasang sebab tahun tu aku wakil ke Jepun, so dapatlah extra baju cantik.
Baju tido aku just 3-4 helai je, itulah yang aku rotate everday selagi tak ketat.
Maknanya aku pakai baju tido yang sama untuk tempoh lebih dari 2 tahun.
Dari kain tu tebal sampai menipis dek kerana basuh-kering-pakai-basuh-kering-pakai.
Masa aku nak ke Jepun, mak aku tempahkan baju tido 2 helai dari kain pasang.
Merasa ada baju tido baru yang senonoh sikit.


Buli 2 : Jual kuih tart

Arwah nenek aku pandai buat kuih.
Masa dia kat Singapore dulu, memang dia buat kuih untuk jual.
Jadi bila raya, mak aku suggest kat nenek buat tart, dia tolong jualkan.
Agaknya kawan-kawan opis dia penah rasa kuih tart nenek aku so dorang mintak jual.
Zaman 80-90an, mana wujud lagi trend jual kuih raya.
Belum ramai lagi buat bisnes kuih raya.
Semua pun buat sendiri, paling hebat pun beli kat kedai.

Disebabkan dari kecik aku dah biasa nampak mak aku collect kuih tart dari nenek untuk jual kat opis berplastik-plastik, aku tak rasa itu satu benda yang patut aku malu.
Rupanya ada orang malu kalau kena jual kuih atau mak dia jual kuih.
Masa aku Form 1, ada kawan yang maknya sama-sama kerja kat UKM tau mak aku jual kuih tart.
Dia ejek aku kat skolah "Dah la mak jual kuih!"
Mula-mula tu aku tak dapat tangkap lagi maksud dia.
Aku macam...dah kenapa kalau mak aku jual kuih?
Sebab kita dah terbiasa nampak mak kita jual kuih so tak faham bila orang ejek gitu.

Pastu benda tu tersebar.
Bila aku lalu tepi kelas, ada budak ejek pastu gelak ramai-ramai "Mak awak keje apa ya?"

"Nak order kuih boleh?"

"Hari ni ada jual kuih apa?"

Barulah aku tau orang pandang lekeh kalau parents kita berniaga.
Zaman 80-90an dulu kan kerja-kerja profesional lebih dipandang tinggi.
Mak bapak kita kalau nasihatkan kita pun mesti "Blaja rajin-rajin, esok besar jadi dokter".
Mana ada dorang nasihat "Blaja rajin-rajin, besar esok jadi bisnesman". Takde.
Jadi bila mak aku jual kuih, secara otomatik orang anggap aku ni keluarga bodoh sebab tak blaja tinggi, takde keje profesional, patut la baju buruk.
Jual kuih katakan. Gitulah lebih kurang.


Buli 3 : Warna kulit

Apa ajelah yang aku tak pernah kena dulu.
Dari baju, kerja mak aku, and fizikal aku - semua aku dah tapau.
Korang ada sehebat ini dari kecik orang dah bagi attention? Mbahaha.

Warna kulit ni memang isu yang tak berakhir.
Kulit aku memang sangat gelap pun dulu tapiiiiiii aku tak mintak dilahirkan itam.
Kau ejek lah aku sampai penat pun, takkan boleh ubah apa-apa.
Warna kulit is something yang aku tak mampu ubah dulu, dan aku takkan ubah sekarang pun.
I am happy with my color oready.
Cuma sekarang kalau orang yang dah lama tak jumpa aku akan cakap "Putihnya you sekarang!".
Aku macam...deyyy, kau ni kenal tak kaler putih?
Kalau makin cerah yes, tapi tak putih pun, masih lagi kelam.

Aku kena ejek kulit itam ni dari aku Darjah 1.
Just imagine dari darjah 1 dah kena ejek.
Yang ejek pun budak-budak jugak.
Aku tak faham macamana budak umur 7 tahun boleh pandai klasifikasikan hitam itu buruk, putih itu cantik.
Mesti yang mengajar orang tua kan.

Aku  sanggup balik rumah ikut jalan jauh sebab menyampah lalu kat sekelompok budak-budak senior yang asal aku lalu je ejek kulit aku.
Ada satu brader senior tu panggil aku "Milo".
Sekarang bila aku ingat-ingat balik memang kelakar lah.
Padahal dulu nak nangis pun ada.
Dah la kena pusing ikut jauh nak mengelak kena ejek, bila sampai rumah lambat kena sound pulak dengan Mak Aji, kena tuduh menyimpang singgah kedai.
Adehhh.
Tapi aku tak bagitau pun mak aku yang aku kena buli kat skolah.
Nak mampus? Kena tambah lagi ada karang.

Bila orang kata those yang suka bagi personal attack macam ni sebenarnya takde modal lain dah nak menang dengan kita, memang ada betulnya.
Mungkin jugak dorang nak alihkan kekurangan dorang kat orang lain.
Brader yang ejek aku tu lagi lah, nak kata putih memang tak, gemuk pulak tu tapi tak sedar diri nak ejek orang, padahal aku tak kenal dia pun.

Tu belum lagi "Diana mana? Tak nampak pun. Ohhh ada situ ha, terlindung dengan bayang, tu pasal tak perasan". Pastu gelak-gelak. Alahaiii jenakalah sangat.


Buli 4 : Basikal.

Arwah atuk aku ada basikal.
Bukan basikal tua tapi basikal biasa yang tak bergaya pun.
Alah, basikal untuk guna kat kampung, takkan atuk aku nak pakai basikal racing pulak pi kedai. Kahkahkah.

So this basikal dah tersadai lama kat kampung.
Form 1, lepas quit dari boarding school, aku ambik basikal ni dari kampung sebab skolah menengah aku jauh gak dari rumah.
Orang yang takde basikal bila dapat basikal, kita cuma pikir untuk mudahkan urusan kita je.
Tapi orang yang kepala otaknya pikir nak bergaya je, memang tak nampak pun basikal ni sesuatu yang memudahkan urusan, bagi dia basikal adalah satu lambang kemewahan.

Kisahnya, aku pi skolah bawak basikal buruk ni (memang buruk pun).
Ada kawan aku, sanggup jalan jauh dari aku semata-mata taknak orang lain nampak dia berkawan dengan makhluk berbasikal buruk ni.
Ya ampunnn, sabar je lah perangai.
Aku ni tahanlah membodohkan diri tak naik basikal, sorong je basikal tu semata-mata nak teman dia berjalan sebab dia jalan kaki pi skolah.
Basikal tu tempat letak buku kitorang je.
Lagi beberapa langkah nak sampai sekolah, dia ambik barang-barang dia and menonong jalan ke depan tinggalkan aku.
Dia cakap dia malu orang nampak basikal aku buruk.
Yang punya basikalnya aku, dah kenapa kau pulak yang nak malu?
Tak boleh brain aku.

Tapi bukan nak katalah, sepanjang pengalaman aku kena ejek kena hina ni, those yang mengejek aku ni semua yang bab memikir memang tak boleh pegi jauh.
Bukan nak perlekeh dorang, tapi kat situ kita boleh tengok betapa akal dan fikiran saling bergandingan.
Ada akal tapi kemampuan berfikir takde, memang kau payah nak educate this kind of people.
Payah set-set ni nak diajak berbincang pasal lojik.
Bincang pasal benda lojik pun payah lagikan benda berfakta.
Belum tentu boleh hadam.
Jangan ceritalah benda-benda tersirat, terus blank dia karang.
Aku sampai sekarang tak faham kenapa basikal aku tapi dia yang malu?
Tapi benda-benda macam ni jangan dibawak pikir sangat karang tak pasal-pasal jadi bangang.

Apa-apa pun semua kutukan, hinaan and ejekan ni memang aku tak layan.
Dari yang ejek baju aku, kulit aku, pekerjaan parents aku, basikal aku - semua aku tak layan.
Orang kata people can insult you only when you let them do that, tapi aku memang pilih untuk tak nak layan bukan sebab pasrah, tapi kita boleh tahu samada sesuatu perkara tu worth dilayan atau tak.
Some people memang perlukan memang mudah macam tu untuk dia rasa diri dia ada nilai, so bagi je lah dia menang.
Takat tu je pun dia mampu pergi.



2019-02-18

Barokah


"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, (penuduh) akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar" (An-Nur, 23).

Atau dalam erti kata lain, sesiapa pun yang menfitnah orang yang baik-baik (yang tak buat seperti yang difitnahkan), yang menuduh akan dapat laknat dunia dan akhirat.
Laknak akhirat tu kita dah boleh bajet apa dia.
Tapi laknak kat dunia ni apa agaknya.

The word laknat itself dah membayangkan sesuatu yang dasyat.
Orang yang dilaknat hidupnya jauh dari rahmat Allah.
Kalau hidup dah jauh dari rahmat, maka apa pun rezeki yang ada padanya tak akan ada barokah.
Kalau tak ada barokah maka rezeki yang dia dapat sebenarnya merupakan malapetaka, musibah, penyakit dan kesulitan pada dirinya, tanpa dia sedar.
Inilah yang terjadi bila keberkahan pada sesuatu telah Allah cabut.

Rasulullah saw pernah doakan salah seorang sahabatnya "Ya Allah, berkahilah kulit dan rambutnya."
Sejak dari tu, rambut and kulit sahabatnya tak pernah berubah walaupun umur bertambah.
Aku lupa apa nama sahabat baginda tapi dikatakan masa dia meninggal umur 70 tahun, rambut dia macam umur 17 tahun.

Tu tahap advance dah tu.
Kita boleh cuba dengan beginner dulu.
Katakanlah sebelum makan kita berdoa dan berniat supaya makanan itu bagi manfaat pada tubuh badan dan ibadah.
Maka makanan yang barokah akan buatkan badan kita bukan saja sihat tapi bertenaga untuk kerja-kerja yang bermanfaat dan ibadah.
Kuantiti dan bentuk makanan tak berubah, begitu juga rasanya, tapi kesan positif selepas memakannya tu yang menjadi bukti makanan itu barokah.

Just like berpuasa kat Tanah Haram.
Selama ni aku ingat kalau berbuka mesti makan yang berat sikit supaya ada tenaga nak solat terawikh.
Berialah aku tala kuih, nasi, pastu kuih lagi.
Tapi lepas makan tersandar, nak berdiri solat pun kadang-kadang tak larat.
Penat makan punya hal.
Jangan ceritalah terawikh.
Kalau ikut lojik akal manusia, semakin kenyang, semakin banyaklah tenaga, betul tak?

Hakikatnya kat Mekah, Allah jawab.
Berbuka dengan kurma and air zam-zam saja (kalau ada jemaah hulur kopi dapatlah minum kopi), tapi helok je bersolat mengaji berzikir bagai, siap larat lagi nak buat tawaf sunat lepas tu.
Dah settle semua ibadah barulah cari nasi.
Itulah petanda makanan yang jadi barokah.
Sebaliknya, kalau makanan tu buatkan kita jadi berat nak bersolat, mengantuk and berkira-kira nak buat seusatu yang bermanfaat, itu petanda makanan yang kita makan tak ada barokah.
Bukan tak halal ya.
Karang ada orang ingat tak halal pulak.
Tak barokah, bukan tak halal.

Tiba-tiba aku teringat mitos "makan nasik lemak nanti jadi mengantuk".
Ni ntah sape-sape je lah yang mulakan mitos ni.
Nak salahkan nasik kan, entah-entah tak barokah tu pasal mengantuk.
Takdelah kata semua yang mengantuk lepas makan nasik lemak tu semuanya tak barokah tapi that is something to ponder.

Bab-bab makan ni ramai orang lagi risau termakan daging babi dari makan sumber rezeki yang tak barokah.
Padahal rezeki yang tak barokah pun boleh bagi effect pada ibadah, kelakuan, keturunan dan hati.

Rezeki yang barokah indikatornya bukan dengan harta yang banyak, duit yang berlimpah, mampu beli benda-benda mahal, atau anything yang boleh dibeli dengan duit.
In fact, badan yang sihat tak pernah kena penyakit pun bukan indicator rezeki yang barokah.

Sesuatu yang kita miliki hanya akan jadi barokah jika niatnya dan perlaksanaannya untuk cari redha Allah.
Semua mahluk Allah limpahkan rezeki tanpa pandang bulu, tanpa tengok siapa dan di mana makhluk tu berada.
Jangan rasa annoyed dengan orang yang duitnya banyak atau boleh beli shopping barang puluh-puluh ribu seolah-olah kejenya cop duit.
Itu bukan indicator barokah.
Itu namanya rezeki.

Dulu pun aku ingat barokah ni hanya berkisarkan tentang rezeki duit dan harta.
Rupanya efek dari hilang barokah ni boleh nampak kat akhlak and hati juga.

Tak semestinya barokah datang dalam bentuk harta/duit.
Kadang-kadang datang dalam bentuk ketenangan dan ketenteraman menjalani hidup.
Takde orang kacau, takde orang kecam, takde orang sakitkan hati kita, tetap rasa tenang walaupun persekitaran tak enak, disayangi ramai orang - ini salah satu bentuk barokah, insyallah.

Tetapi, kalau apa yang kita buat serba tak kena, serba tak jadi, susah nak datang rasa syukur, selalu mengeluh, selalu bersangka-buruk dengan manusia dan Allah - boleh jadi (belum tentu, tapi boleh jadi) ada yang salah dan tak barokah dalam perbuatan kita.
Benda ni kita boleh tipu orang tapi kita tak boleh tipu diri sendiri.
Kita sendiri boleh rasa tak sedap hati atau tak tenang lepas buat satu-satu perkara yang bertentangan dengan niat yang Allah redha.

Contohnya mengata.
Ada yang claim apabila dia mengata itu adalah bertujuan untuk berpesan-pesan.
Ok fine, takpe.
Tapi tanyalah diri sendiri.
Adakah kita rasa tenang lepas "berpesan-pesan"?
Kalau tak, maka betulkanlah niat.
Mungkin ada yang tak betul dengan cara kita.

Bagi yang dapat rezeki barokah tak semestinya rezeki tu datang dengan banyak.
Boleh jadi jumlahnya sikit tapi manfaat dan kualitinya berlebih.

Lagi satu petanda barokah adalah bila kita nak buat jahat tapi tak jadi, atau berbelah bagi.
Contoh, kita beli sesuatu, dan terdetik nak share apa yang kita beli tu kat orang tapi hati tu rasa tak sedap je.
Macam berbelah-bagi kerana kita sendiri tak pasti samada kita benar-benar nak berkongsi atau sekadar show off.
Ok ini juga satu bentuk keberkahan pada rezeki tu, bila Allah nak selamatkan niat kita dari tersasar niat.

Paling penting, sebagai orang luar, toksah bersangka buruk dengan rezeki orang lain.
Kalau semua yang orang lain ada kita nak berdengki dan bersangka-buruk, mungkin ada yang salah pada rezeki kita sendiri.
Kerana rezeki akan menjadi darah daging dan rezeki yang salah guna akan membusuk membentuk hati yang busuk.

"Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan bukakan atas mereka pintu-pintu barokah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya."(Al A'raf, 96 ).

Baca ayat yang aku bold untuk senang faham.

Rupanya kunci keberkahan itu ada dalam bentuk iman dah takwa seorang kepada Allah.
Iaitu mengikut perintah Allah dalam setiap aspek hidup dan isi hari-hari dengan rasa malu bahawa kita sentiasa dalam pengawasan Allah.
Sama-sama pegang ayat tu, fahamkan, insyallah sama-sama kita dapat barokah Allah.



2019-02-16

Jagalah airmuka isteri tu sikit.


Jujur, aku tak kenal siapa pun SS.
Aku start kenal dia masa kes taknak vaksinkan anak, that was bila eh?
2-3 tahun lepas ada kot.
Masa tu barulah aku tau dia ni penyanyi (itu pun sebab dia bagitau dia penyanyi) and suami ex-Mawi.
Pernahlah jugak masuk FB dia 3-4 kali masa kes vaksin and home-school, saja je nak tengok apa kisahnya supaya aku ada benda nak ulas kat blog.

Malam semalam, aku masuk lagi sekali FB dia.
Ya ampunnnnn, macam medan perang.
Bertalu-talu komen masuk tapi 99% komen kecaman.

Ok, aku taknak elaborate further pasal dia atau pasal komen-komen yang dia dapat, aku tak berminat.
Cuma aku jatuh kesian kat wife dia.
Terbayang apelah agaknya perasaan isteri dia semalam bila suami kena kecam.
Rasanya satu Malaysia kecam kot.

Teringat dulu aku pernah dapat satu email from a wife.
Wife ni mengadu hal suami.
Macam-macam dia komplen.
Aku pun reply email dia, aku kutuk husband dia kaw-kaw.
Then dia reply "Tapi suami saya takdelah macam tu kak, at least dia....."
Terus aku reply "Hah, ada pun kebaikan suami. Ingatkan takde lansung".
Dan itulah email terakhir aku dapat dari reader tu.
Mesti dia dah jadi haters aku sekarang. Mbhahaha.

Suami-suami sekalian, ketahuilah, tak ada isteri yang suka bila suaminya dikutuk.
Sedih tau tak, sedih!
Mau tak sedih kalau suami pilihan sendiri, ayah kepada anak-anak kita dikutuk oleh ramai orang?

That blog reader adalah buktinya.
Dia kondem suami dia macam-macam, bila suami dia kena kutuk dek orang luar (aku), dia pertahankan.
Maknanya, macamana teruk pun suami tu, hanya isteri saja boleh kondem, orang lain jangan.
Boleh naik hantu isteri bila suami kena kutuk.

Just imagine macamana keadaannya bila satu negara kutuk suami kita?
Aduii, boleh tak tido malam mikir.
Tu belum pikir lagi nak keluar rumah mengadap muka jiran, muka keluarga, muka masyarakat.
Kalau jiran tu jenis buat dek tahanlah lagi.
Dibuatnya dapat jiran yang jenis nampak je muka kita terus "sok sek sok sek" berbisik?
Kalau kena bawang dalam media sosial habis kuat pun tutup ruangan komen, tutup laptop.
Abis kalau berdepan dengan real people out there, takkan kejap-kejap nak pindah-randah je keje.

Suami-suami, kalau nak cari pasal dengan orang, buatlah kalau itu boleh memuaskan hati.
Buatlah perangai sebangsat mana pun kalau itu boleh membahagiakan.
Tapi pandang-pandanglah isteri sama.
Kesiankanlah isteri.
Jagalah perasaan dia.
Jagalah airmuka dia.
Isteri pun ada perasaan malu.
Cuma dia tak mampu nak luahkan atas dasar hormat dan taat.
Ada isteri yang terlampau hormatkan suami sampai nak tegur and nasihat suami pun tak pandai, jadi dia telan semua pedih yang dia rasa.

Orang lelaki lain, dia 'dibekalkan' dengan ego yang tinggi supaya dia lebih berani, konfiden dan tabah serta kuat melindungi keluarganya, bukannya ego tu letak atas kepala jadi batu!
Disebabkan ego pada lelaki ni lah orang lelaki tak kisah kena kutuk.
Setakat orang menganjing tu dia takde rasa apa pun.
Lagipun kau yang cari pasal kan, so kaulah tanggung.
Tapi isteri?
Isteri tak memasal terbabit sama tanggung aib yang bukan berpunca dari dia.

Ingat tugas suami tu cuma cari duit je ke?
Menjaga perasaan isteri pun tugas suami.
Aku tak faham bila suami sanggup ketepikan perasaan dan airmuka isteri semata-mata nak jaga ego sendiri.
Ego tu nak junjung sampai ke mana agak-agak, ke hujung dunia?
Dunia ni bulat ya, takde hujung (eh!).

Esok kalau kau sakit, bukan orang luar tu yang nak cuci kencing berak kau, adik-beradik pun belum tentu, tapi isteri!
Isteri jugaklah yang nak kena hadap kau siang malam.
Jadi tolonglah jaga hati isteri.
Kalau tak boleh jadikan isteri permaisuri, tolonglah jangan jadikan dia hamba yang boleh diperkotak-katikkan (wah, vocab bangsawan).

Isteri mana yang tak sedih dan malu bila cinta hati dan tunggak utama keluarga kena hina, kena perlekeh, kena hamun.
Isteri malu sebenarnya, cuma tak mampu nak cakap yang dia malu.
Mungkin dia terpaksa pendam rasa sakit dan buat muka tebal as if she is ok sebab nak bagi sokongan kat suami di saat suami kena kecam beramai-ramai.
Padahal dia sendiri kalau boleh nak kecam balik suami tapi apelah pilihan yang dia ada selain taat.

Ada yang question apesal sebagai isteri tak nasihatkan suami, apesal nak stay, apesal tak mintak cerai je.

Yes, kalau isteri tu adalah aku, memang aku angkat kaki dah sebab aku sejenis rebel.
Kalau aku tak puas hati aku stand up for my rights.
Tapi tak semua perempuan ada keberanian nak sound suami.
Selama ni, berderet-deret email aku dapat dari isteri yang mengeluh sikap suami, tapi semuanya masih stay.
Bukan tak pernah cuba nasihat, cuma tak jalan.
Jadi, jalan yang paling senang adalah bertahan.
Especially untuk perempuan yang tak bekerja, anak pulak berderet, apelah daya.
Bagi perempuan macam ni, lebih baik ada suami walaupun menyakitkan hati asalkan anak-anak ada bapak dan dia ada tempat nak menumpang kasih.

Please lah para suami.
Kalau nak buat hal pun, tolong jaga perasaan isteri.
Tak boleh ke sebelum buat perangai tu, pikir-pikirkan sama impaknya pada isteri?
Kadang suami-suami ni dia pikir kepala dia je.
Dia rasa puas bila dapat buat hal.
Dah macam perangai budak-budak padahal berbulu atas bawah.

Suami-suami jangan ingat menyakitkan hati isteri tu hanya berlaku bila kita berselisih pendapat saja.
Tak.
Kalau kau berselisih pendapat dengan orang lain yang membuatkan isteri rasa malu dan sedih dengan sikap kau, itu juga namanya menyakitkan hati isteri.
Tahu apa hukumnya kalau seorang suami buat isterinya menangis?
Pintu rezekinya tertutup.

So bila buat itu tak kena, buat ini tak menjadi, kerja itu tak lekat, kerja ini tak berhasil - apa kata duduk kejap and pikir apa benda salah yang kita dah buat yang mungkin dah melukakan hati isteri.
Isteri ni kadang-kadang dia sakit hati tapi dia pendam sebab dia tahu kalau bersuara karang makan penampar pulak.
Jadi dia pilih untuk berdiam.
Diam tak bermakna setuju.
Kadang-kadang diam untuk menjaga hati suami je.
Taknak burukkan keadaan maka dia berdiam.
Hakikatnya dia kecewa, dia menangis dalam diam, dan dia mengadu kat Allah.
Cara Allah nak suami berpikir adalah dengan menyekat rezekinya.
Biar suami penat cari rezeki tak dapat-dapat, supaya akhirnya dia berfikir dan muhasabah diri.
Tu pun kalau teringat nak memikir lah.
Ada jugak yang jenis kepala batu masih ingat dia betul sokmo.
Hat ni harus kena panah petir terus baru sedar.

Ustaz aku cakap, membahagiakan isteri membuka pintu rezeki keluarga.
Nak bahagiakan isteri tak wajib lambakkan duit and harta.
Cukuplah jaga perasaannya dan jangan buat dia menangis akibat sikap kita (suami).
Insyallah Allah akan jaga rezeki suami sampai bila-bila.



2019-02-15

Dunia nak kiamat dah, baru nak bincang pasal bumi ke


Dunia ni dah nak sampai ke penghujungnya tapi kita masih lagi nak bertekak pasal bentuk bumi.
Dah lah, jangan dilayan.

Kita perlu tahu beza antara orang yang mahu belajar dengan yang tak mahu belajar.
Kalau orang yang mahu belajar, dia pasti tahu adab menuntut ilmu haruslah berlapang dada.
Orang yang berlapang dada sifatnya suka bertanya dan berbincang, bukan memprovok.
Ada keikhlasan dan adab dalam setiap statement-nya.
Tapi kalau orang yang ada niat lain, tak perlulah kita bersusah payah lawan hujah.
Cukup sekadar kita berikan fakta, done.
Lepas tu tinggalkan.
Jangan letakkan harapan lansung untuk seseorang berubah, kerana bila kita letakkan expectation yang tinggi pada manusia, kita yang akan kecewa.

Isu perdebatan tentang flat earth ni bagi banyak hikmah (atau maybe perpecahan?).
Aku taknak komen pasal flat earth atau sphere earth.
Tapi aku tertarik dengan hikmah di sebalik isu ni, untuk kita berfikir bahawa :


1. Ilmu yang tak disandingkan dengan adab, tak guna.

Ada 2 hadis yang popular tentang ni.

Yang pertama, "Sesungguhnya seorang hamba mencapai darjat yang tinggi di hari akhirat dan kedudukan yang mulia kerana akhlaknya baik walaupun lemah dalam ibadah." (Thabrani).

Yang kedua, "Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya" (Ahmad).

Adab ada kedudukan sangat istimewa dalam agama Islam.
Ia bukan sekadar kelakuan tapi juga kesihatan jiwa dan akal.
Ulama terdahulu lebih pentingkan adab daripada ilmu, mereka belajar adab lebih lama dari menuntut ilmu kerana adab yang baik akan meningkatkan darjat dan menjadi ukuran keimanan.

Kualiti seorang manusia sebagai hamba Allah tak hanya diukur oleh kehebatan pengetahuan semata-mata atau kepakaran semata-mata, tapi juga oleh adab dan akhlak.
Dalam bahasa yang lebih mudah faham, ilmu yang tinggi tapi tak disertai dengan adab, akan jadi sia-sia.
Nak berdakwah dengan orang awam tak perlu pakai bahasa tinggi.
Cukup dengan tunjuk akhlak yang baik, berlembut, penyampaian yang tak bersifat provokatif, tak sombong, insyallah ilmu tu akan lekat di hati pembaca.
Percayalah, ilmu mana-mana pun, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat selalu letakkan adab sebagai perlaksanaan akhlakul karimah.


2. Ego takkan bawa kita ke mana-mana.

There’s a big difference between confidence and ego.
Konfiden adalah sesuatu yang sihat, tapi ego akan menghancurkan diri.

Ada satu quote yang sangat famous tentang ego, iaitu "Too much ego will kill your talent".
Tapi bagi aku, bukan setakat talent je yang hancur tapi akan bunuh kerjaya, hubungan sesama manusia dan juga your own happiness kerana fitrah manusia suka mendekat pada orang yang lift them up, yang memberi motivasi, yang menaikkan semangat, yang memberi inspirasi.
Orang-orang ini semuanya bercas positif, saling memberi semangat antara satu sama lain.
Tapi kalau kita hidup dengan ego, yang datang pada kita semuanya yang tak membantu emosi dan hidup kita jadi lebih baik.
Bila yang datang semuanya jenis tak membantu, you stop growing.
Once you stop growing, you're done.

Boleh tahan ramai orang yang alami sindrom stop growing ni tapi mereka tak sedar.
Mereka rasa mereka hidup bersederhana tapi sebenarnya they have stop growing and they didn't realize pun hakikat tu.

Bersederhana tu lain ya.
Bersederhana tu bila kita buat sesuatu dengan cara yang betul tanpa melampaui batas dan tak juga sambil lewa.
Kalau tak mampu buat dengan sempurna, maka buatlah apa yang mendekat kepada kesempurnaan.
Itu maksud bersederhana.
Tapi kalau kita pilih untuk tolak dan tak mahu buat banyak benda pada kebiasaan fitrah manusia normal, itu bukan sederhana.
Itu namanya you are dying.


3. Letakkan pengharapan pada manusia, kita akan kecewa.

Salah satu kesalahan terbesar manusia adalah berharap pada manusia.
Bila kita meletakkan pengharapan pada manusia lain, kita mudah sakit hati dan kecewa.
Nak harap orang berubah?
Susah.
Lebih senang kalau kita ubah diri sendiri.

Jadi, kalau kita dah bagi nasihat dan pandangan, cukuplah takat situ je.
Jangan expect orang akan terima nasihat dan pandangan kita.
Dia nak follow atau tak, bukan urusan kita dah.
Esok yang ditanya pun apa ikhtiar kita dalam memperbetulkan keadaan bukan berapa ramai yang dah berjaya kita betulkan.
Kalau kita expect pandangan kita orang lain mesti setuju, takut nanti lama-lama jadi sombong.
Kalau rasa-rasa pandangan tu boleh dipakai, ikut.
Kalau rasa tak, tinggalkan.

Jangan expect lansung pandangan kita dihargai sebab orang lain pun ada pendapat masing-masing.
Tak semua orang berfikiran sama dengan kita.
Pendapat dia berbeza dengan kita, tak apa.
Kalau kita yakin dengan apa yang kita percaya, then follow your intuition.
Setidak-tidaknya kita dah kongsi pandangan ikut apa yang kita percaya, terpulang pada dia untuk terima atau tak, kita tak rugi apa-apa.

Aku teringat ex-colleague aku pernah cakap kat aku bila aku nak tegur sorang lagi kawan yang terang-terang buat benda tak betul.
Selama ni orang hint-hint dia tak paham-paham.
Aku ingat nak pi slow talk terus, pastu another fren halang aku, dia kata "Jangan tegur dia, biar dia tak improve". Kahkahkah.

Bila pikir-pikir balik ada bagusnya jugak.
Dah kalau payah sangat nak dibentuk, kau buat dek je lah, jangan dikomen apa-apa pun, kau pun tak sakit hati, dia pun tak sakit hati. Settle.


4. Kecaman takkan mengubah apa-apa.

Nasihat yang lembut belum tentu boleh mengubah pendirian manusia, apetah lagi kalau dikecam dengan bahasa kesat, jauh sekali.
Takyah la kecam sangat, tak pernah terjadi lagi manusia berubah jadi lebih baik dek dikecam, takde.
Kita ni pun kalau hari-hari kena tengking dek bos pun kita jadi menyampah dan berdendam.
Jadi tak payah la buat benda yang sama kat orang kalau kita pun tak suka orang buat kita macam tu.
Bila kita mengecam bermakna kita ada hidden agenda.

Allah kadang-kadang saja bagi jalan tu susah.
Dia bagi kita rasa "Apesal payah sangat dia nak paham?".
Sebenarnya Allah nak tengok sejauh mana kita nak selesaikan masalah tu.
Samada kita nak settlekan sendiri atau kita pulangkan balik masalah tu kat Dia.
Seeloknya, serahkan pada Allah.
Kita doa pada Allah mintak kita dan dia sama-sama dibagi petunjuk.
Kita pun tak sure apa sebenarnya ilmu yang Allah nak bagi kat kita melalui kepayahan ni.
Jadi, mintak kat Allah banyak-banyak supaya dibukakan jalan keluar dari kesulitan ni biar kita semua nampak kat mana hikmahnya.

Tadi kawan aku dengan sardinnya bagitau "Di, aku rasa aku dah nampak hikmah isu ni. Walaupun suami aku tua dan tak hensem tapi sekurang-kurangnya dia tak gila".

Well, itu mungkin hikmah yang dia (kawan aku) dapat, untuk dia lebih hargai apa yang dia ada supaya memandang segalanya dengan rasa syukur.
Bukan ke Allah bagi pengajaran melalui macam-macam cara?


5. Hidayah milik Allah.

Sungguh betul, yang boleh mengubah manusia hanyalah Allah.
Manusia serba lemah, habis kuat pun kita boleh bagi nasihat dan teguran je.
Takde upaya kita nak ubah hati manusia lain untuk patuh pada kita.

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk". (Al-Qashash, 56)

Ayat ni bersempena dengan bapak sedara Rasulullah yang gagal masuk Islam walaupun dah dipujuk oleh Rasulullah saw.
Kat sini dah terbukti, Rasulullah saw yang hebat, yang maksum, yang dah dijanjikan syurga tu pun boleh gagal menasihati bapak saudaranya.
Kita ni siapa?
Syurga belum pasti, dosa pun banyak, apelah daya kita nak ubah manusia lain?
Kita cuma boleh bagi pencerahan je.

Petunjuk dan kefahaman ilmu itu datang dari Allah.
Dalam satu kelas 40 orang, tak semua orang dapat A untuk subjek BM.
Itu adalah bukti kefahaman ilmu tu tak semua orang dapat.

Tahu dan faham adalah berbeza.
Jadi kalau kita faham bahawa kita miliki keterbatasan dalam mengubah manusia, maka berpatut padanlah bila menegur.
Jangan sampai menghina fizikal, keluarga, dan mak bapak yang takde sangkut-paut pun dalam isu pokok.
Kadang-kadang bila kita marah habis semua kita kaut nak kondem. Hati-hati.
Ujian untuk dia jangan sampai jadi musibah untuk kita pulak.


6. Tugas mendidik itu berat.

Kalau selama ni kita kata kerja cikgu senang. Mengajar je.
Now kita tahu kan bahawa nak mendidik bukan senang.
Kerana mendidik bukan sahaja mengajar atau memberi bahan belajar supaya pelajar jadi bijak, tetapi juga harus mengubah kepribadian pelajar.
Bayangkan kau nak betulkan yang sorang tu pun jenuh satu Malaysia berhempas-pulas, imagine seorang cikgu nak 'betulkan' 40 orang?


2019-02-14

Waktu


Post semalam tentang blaja agama, ada reader cakap dia stress sebab nak sangat join orang surau dengar ceramah tapi anak-anak kecik lagi,  payah sebab nanti anak bising dalam taklim.
Balik keje sibuk mengemas, memasak, by the time boleh rest, mata pun dah mengantuk.
Pegang Quran pun tak sempat.

Ok, dia macam ni tau.
Aku punya post tu sekadar encourage saja.
Kita pun tau kan mana yang fardu mana yang sunat.
Dapat buat yang fardu pun dah bagus.
Rasulullah pun kata kalau buat fardu pun boleh masuk syurga asalkan jangan buat dosa lansung.
Tapi manusia biasa macam kita tak lepas dari dosa, jadi nak tak nak kena gagahkan juga top up dengan ibadah lain.

Tapi, jangan kecikkan skop ibadah tu hanya pada amalan akhirat.
Amalan dunia pun boleh jadi ibadah kalau kena dengan niat dan cara.

Dulu aku pun always rasa macam tu.
Tengok orang lain ada free time, aku pun serabut nak ada free time juga.
Tapi bila aku ada free time, takde apa perkara manfaat pun yang aku buat melainkan gi jalan-jalan mall, tengok TV, makan, tak pun membuta.

Sekarang waktu Subuh lambat, 6.10am.
Pukul 6.30am aku dah dengar jiran aku start enjin kereta nak pi kerja.
Aku 6.30am masih lagi kat rumah, mandi pun belum kadang-kadang.

Sekali imbas mesti ramai yang nak dapat peluang macam aku - boleh bangun lambat, lepas solat tido balik, tak huru-hara keluar awal tempuh jem bagai, tak kelam-kabut nak bersolat nak bersiap segala.
Yes, nampak macam best je bila kita boleh berilek-rilek pagi-pagi sedangkan orang lain huru-hara nak pi ofis.

Hakikatnya yang ramai orang tak nampak adalah, susah atau senang masih lagi sebuah ujian.
Jangan ingat bila kita ada free time atau flexible time, kita beruntung.
Belum tentu lagi waktu yang flexible tu bernilai ibadah di sisi Allah.
Free time/flexible time bukanlah anugerah, tetapi ujian.
Sejauh mana kita manfaatkan masa yang terluang tu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Dulu Allah uji aku dengan kesibukan.
Aku gunakan 3/4 setiap hari untuk dunia.
Solat sekadar fardu.
Nak tunggu nampak warak sikit bulan Ramadhan, tu pun puasa je.
Mengaji kalau sempat.
Terawikh kalau tak penat.
Terdetik jugak di hati nak macam orang lain Subuh sempat mengaji, lepas solat sempat zikir, boleh buat dhuha.
Tapi setakat terdetik je lah.
Bila weekend tak kerja, aku tak buat jugak semua tu.
Helok je merewang ke mall cuci mata.

Now Allah uji aku dengan kelapangan waktu.
Rumah aku dekat dengan ofis, 5 minit dah sampai.
Kalau mandi pukul 8.30am pun sempat lagi sampai sebelum waktu kerja start.
Hari aku puasa, aku balik awal, sometimes 4pm dah sampai rumah, sempat tido kejap, 5.30pm start masak.
Dah ada staff yang boleh tolong kerja-kerja ofis.
Anak pun dah besar-besar semua boleh buat sendiri.
Sorang anak Allah letak kat asrama, dah kurang sorang kat rumah.
Ada hari-hari yang aku rasa lemau nak masuk opis, aku just stay at home buat kerja depan TV.

Best.
Tercapai impian aku banyak masa untuk diri sendiri.

Hakikatnya itulah ujian untuk aku.
Allah sebenarnya nak tengok aku buat tak apa yang aku pernah terdetik satu masa dulu.
Dulu sibuk bingit nak free time.
Now dah ada free time, apa agaknya yang aku buat.

Orang lain lepas Subuh dah berdesup pi kerja.
Aku opis sebelah rumah takkan lepas Subuh terus nak laju-laju lipat sejadah gak?

Orang lain kul 8.30am dah ada dalam train.
Aku 8.30am masih di rumah takkan masih tak sempat Dhuha kot?

Dulu alasan tak dapat mengaji sebab sibuk dengan kerja.
Sekarang waktu dah kerja flexible, masih tak boleh khatam Quran sebulan sekali?

Dulu jadi jadi pekerja, sibuk siapkan kerja, nak tambah ilmu agama tak sempat.
Now dah jadi majikan, flexible working hours takkan masih tak sempat join taklim?

Rupanya free time pun satu ujian.
Itupun kalau kita mahu berfikir.

Yang sebenarnya, kita semua boleh beramal soleh walau dalam keadaan sibuk.
Sebab Allah dah cakap dalam surah Al-Asr :

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar"(Al-Asr).

Dalam ayat atas Allah dah bagitau 4 kriteria manusia yang tak akan rugi dengan masa.
Yang beriman.
Yang beramal soleh.
Yang mengajak kebenaran (berdakwah).
Yang bersabar dalam menasihati.

Simple je requirements dia.
Dia tak kata pun orang yang rugi adalah orang yang tak mengaji, atau tak berzikir.

Jadi, kalau kita tak dapat nak mengaji sebab kekangan masa (kerja) dan tanggungjawab di rumah, tak apa.
Kita ganti dengan ibadah lain.
Sambil masak pun boleh selawat.
Sambil mengemop boleh istigfar.
Jangan aim yang berat-berat dulu.
Ibadah yang sikit tapi konsisten lebih Allah suka.
Insyallah kalau kita bersungguh dalam melaksanakan amalan yang simple-simple ni nanti Allah buka sikit demi sikit kelapangan waktu untuk kita buat ibadah lain.

Allah nak bagi ujian tak payah tunggu susah.
Dia bagi free time yang banyak pun boleh jadi satu ujian kalau tak dikendalikan dengan baik.
Yang penting bukan banyak atau sikit masa, tapi bagaimana kita manfaatkan masa.

Diuji dengan kesibukan wajarlah kalau kurang cenderung dengan akhirat.
Tapi diuji dengan kelapangan waktu kalau tetap tak membawa kita dekat pada Allah, itu namanya musibah.