2018-09-29
Internet trolls
Semenjak aku mula kerja, dari zaman di Kementerian Sains, Prudential, sampailah ke biotech business, dealing with customer complaints adalah perkara biasa.
Maksudnya perkara tu adalah normal.
Di Kementerian Sains kadang-kadang dapat call dari researchers tanya apesal lambat sangat dapat keputusan geran, apesal proposal ditolak, apesal geran yang di-approved sikit sangat, etc.
Kat Prudential kadang-kadang dapat call dari agen tanya apesal proposal customer dia lambat sangat approve, kenapa tak diapprove, kenapa perlu medical report, etc.
Biotech business lagilah.
Kenapa barang lambat sampai, kenapa barang sangkut kat kastam, kenapa order kena put on hold, kenapa takde diskaun, kenapa pakej tu dah discontinued, kenapa free gift habis, etc.
Bertahun-tahun berurusan macam ni, I can say that I'm an "expert" in responding to customer complaints.
Tapi dealing with complaints via social media tak sama ya, selalunya jauh lebih disaster.
Nak handle komen negatif di media sosial perlukan skill yang berbeza dari menangani aduan "biasa" yang diterima thru phone, chat and emails.
Komplen dari media sosial sangat senang bertukar jadi malapetaka sebab selalunya di 'balik tabir' manusia jadi lebih berani.
Bila berdepan-depan, masing-masing polite.
Sebenarnya, boleh je nak buat bodoh dengan komen-komen negatif ni.
Kau nak maki balik pun boleh.
Kau nak block pun boleh.
Sukati kau lah nak buat apa pun.
Dari zaman aku buat biotech lagi kadang-kadang ringan je mulut aku nak sound balik customer.
Especially customer yang jenis tak bayar-bayar invoice nak dekat 2 bulan pastu nak sound aku pulak apesal hold order dia.
Siap ugut nak bawak ke meeting untuk blacklist company aku.
Patutnya company aku yang blacklist dia sebab tak bayar-bayar invoice. Ntah hape-hape.
Tapi bak pesan bos aku dulu - respond politely.
That's why setiap kali respond pada customer otomatically aku akan tercakap omputih sebab kalau cakap melayu bunyinya akan jadi kasar.
Lagipun aku punya vocab memaki dalam english tak banyak.
Memaki dalam bahasa melayu lagi puas.
So nak mengelakkan aku termaki customer, lebih baik aku cakap english awal-awal.
Kadang-kadang terus pi opis customer.
Tapi selalunya keberanian dorang ni dalam email je, bila aku datang opis nak ajak discuss, kelibat pun tak nampak, pastu hantar wakil. Ceh!
Kita semua tau it's hard not to take it personal bila orang bagi bad komen atau review di media sosial.
It's get even harder bila kita dah cuba yang terbaik untuk puaskan hati semua orang and make our business awesome.
Of cos kita tak dapat puaskan hati semua orang tapi ada satu perkara yang perlu kita tahu.
Dalam setiap negative komen, kita akan jumpa 2 kelompok.
Yang satu dah tentulah customer yang tak berpuas hati tadi.
Yang lagi satu adalah internet trolls.
Yang internet trolls ni yang selalunya melebih-lebih padahal dia takde kena mengena lansung dengan masalah tu, tapi dia yang paling over mengkondem dan mengapi-apikan.
Nak kata dia ada kaitan dengan customer yang bagi bad review tadi, tak.
Nak kata dia berdepan masalah yang sama pun tak.
Tapi dia yang beria-ia sekali macamkan paham benar hujung pangkal cerita.
Pulak tu menghalalkan cara dengan kata "this is freedom of speech".
Freedom of speech is a totally different concept than trolling somebody, okeh?
Tak ada siapa berhak untuk merendah-rendahkan sesiapa pun.
Memanglah troll tak menyebabkan kecederaan fizikal tapi bila kita wishing bad for a person, it may not effect that particular person tapi yang pasti hidup kita TAKKAN SELAMAT.
Mana dalilnya?
Ada.
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Bukhari dan Muslim)
Dari hadis tu kita boleh nampak hati kita ni adalah raja.
Hatilah yang menentukan baik atau buruknya diri.
Akal hanyalah sebagai menteri penasihat.
Ketenangan tu berpusat di hati.
Bila hati tak tenang, kita cenderung untuk mengeluh, susah sabar, dan senang marah.
Buat apa pun serba tak kena.
Dalam erti kata lain, kalau hati tak baik, hidup konfem jadi tunggang-langgang.
Bila kita review negative online comments, perhatikan dulu motif komen tu.
Identify samada komen tu dari unhappy customer atau unhappy media social user.
Sebab ada beza kat situ.
Selalunya komen dari unhappy customer tak seteruk internet trolls.
Unhappy customer akan express rasa kecewa, bukan benci.
Komen dorang pun berkisar tentang ketidakpuasan hati tentang produk atau service.
Dorang akan explain in detail as to what happened and kenapa dorang kecewa.
Dan selalunya dorang appreciate our respon because they want to be heard dan dorang nak masalah tu diselesaikan.
Tapi kalau trolls, komen-komennya lebih tertumpu kepada menghasut, mengapi-apikan dan lebih kepada inciting anger.
Kau explain apa pun dia tetap macam tu jugak because they are not interested in menyelesaikan masalah.
Dorang just nak engage kita with aggressive post je.
Dan dorang takkan berhenti unless di-blocked or removed.
Kalau dilayan, lama-lama kita yang akan berubah jadi negatif.
Yelah sape tak penat kan kalau dah explain baik-baik masih lagi taknak terima pastu nak trigger kesabaran pulak.
Karang bila kita naik hantu dia kata mindset kita "everybody is wrong, and you're smart".
Dah lah.
Our job is to explain, dia nak terima atau tak, itu di luar kuasa kita.
Kalau memekak sangat, block je sudah.
Masalahnya kita yang taknak block.
Takut dikatakan 'kalah' kalau block.
Adoilaaa.
Dapat apa pun kalau menang bertekak?
Dah la kau bertekak dengan internet trolls.
Sah-sah motifnya hanya untuk troll.
Explain apa pun dia takkan hadam.
Buat letih jari je menaip.
Social media gives us power to control lot of other things.
Boleh unfren, boleh block, boleh hide status, so gunakanlah kemudahan tu.
Aku sendiri gunakan peluang tu untuk block stalkers, spammers, annoying people, etc.
The things is, anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?
Takde, ya.
Merempanlah kau situ.
Kita semua dah tau perdebatan dengan internet trolls (read : haters), takkan ada penghujungnya.
Haters and internet trolls ni spesis yang kita explain apa pun dia TAKNAK faham (bukan takkan faham).
Tapi dek kerana nak menjaga ego, kita layankan jugak.
Takut sangat dikatakan kalah.
Yang sebetulnya masing-masing pun kalah sebab tak mampu nak kalahkan ego sendiri.
Secara peribadi, yes, aku rasa tindakan 'memblock' tu tak matang.
Tapi tengoklah jugak keadaan.
Kalau kau tak bayar hutang lepas tu kau block orang yang menagih hutang, itu baru dikatakan tak matang.
Tapi kalau someone repeatedly harassing you without showing any signs of stopping dan kau tak block, tu namanya bodoh.
Those who disrespect us need to be blocked!
Kalau nak cakap pasal immature and childdish, agak-agak antara bertekak dengan block, which among the two kau rasa lebih matang?
I leave it up to you now.
2018-09-28
Hindi Medium
Baru-baru ni sembang dengan blog reader.
Dia tanya aku where else dia boleh hantar anak dia just in case anak tak dapat SBP atau MRSM tahun depan (Form 1).
Kalau boleh taknak anak dia masuk skolah menengah harian.
Buatkan aku teringat cerita ni, Hindi Medium :
Cerita ni tentang a couple yang kaya tapi duduk di kawasan middle class kerana mewarisi perniagaan orang tua.
Orang tua dorang dulu ada kedai kain jadi now the anak (husband) mewarisi perniagaan tu.
The husband memang kampung-kampung tapi the wife agak bandar and pandai cakap omputih sikit.
Di sana (India), parents berebut nak masukkan anak-anak ke skolah elite.
Baik orang kaya atau miskin, semua nak masukkan anak ke skolah terbaik.
So this couple sanggup pindah ke bandar supaya layak masukkan anak ke skolah tu (sebab perlukan alamat tetap yang berhampiran).
Sekolah kat sana examine kaw-kaw background semua mak bapak yang buat permohonan.
Kalau mak bapak tu tak well-educated, walaupun kaya, tetap takde peluang anak nak blaja kat situ.
Kalau parents tak reti cakap omputih lagilah dorang tak pandang.
Kat situ je dah nampak how language divides their society.
English-speaking Indians dianggap premium class.
Yang tak pandai cakap omputih atau tak fluent, tak kira kau kaya macamana pun, kau tetap lowbrow walaupun sebenarnya kau berskolah.
Cuma tak fasih cakap english je.
Tak jauh beza dengan culture negara kita gak, kan? Hahaha.
Disebabkan dorang tau pentingnya untuk bersekolah di skolah elit yang menggunakan english as teaching medium, this couple bersungguh-sungguh ubah lifestyle.
They do everything they can sampai sanggup pindah keluar dari rumah pusaka kat kawasan kampung tu dan pindah ke kawasan perumahan mewah.
Mula-mula tu agak akward lah sebab dorang dah biasa hidup sederhana tapi dek kerana nak membiasakan diri sebagai orang kaya-kaya, dorang terpaksa mingle dengan kejiranan yang poyo.
Padahal dorang pun kaya gak, bawak BMW gak, cuma dah biasa hidup seadanya.
Unfortunately, permohonan dorang ke skolah tu was rejected.
Bukan sebab anak tak layak tapi background mak bapak tak strong.
Padahal kaya tu.
Kiranya that school tak pandang kau kaya ke tak, kalau kau tak meyakinkan, kau takkan boleh enroll anak kau kat situ.
Rupanya skolah ni ada kuota untuk rakyat miskin.
So this couple sanggup pindah ke kawasan rakyat miskin pulak.
Bukan miskin macam kampung dorang dulu tapi kali ni kawasan pertempatan set-set yang terima bantuan makanan.
Memang kawasan daif gila.
Sanggup dorang buat tu semua just for the sake of nak bagi anak lepas masuk skolah elit tu.
Kat sini dorang berkenalan dengan kejiranan yang taught them a few lessons - none that need language to comprehend.
Waktu ni lah baru dorang realize how harmoni dan baiknya orang-orang miskin ni.
Padahal kelompok ni makan sendiri pun tak lepas, tapi masih berebut nak bersedekah and contribute apa-apa yang patut kalau ada jiran-jiran yang kesusahan.
Skolah tu hantar pegawai and teachers untuk check keluarga miskin yang buat permohonan.
Dorang nak pastikan those families betul-betul miskin and layak.
Terpaksalah si husband kerje kat kilang buat roti semata-mata nak bagi kulit kasar, nampaklah sikit kerja berat.
Dengan macam-macam kegigihan yang dorang lalui, at last dapat jugak anak masuk ke skolah tu.
Dalam masa yang sama, ada another couple dari kawasan daif tu yang sama-sama mohon jugak, tapi tak dapat.
Kerana pemilihan untuk kuota rakyat miskin ni bukan berdasarkan background tapi cabutan nama.
Kiranya based on luck.
So the husband rasa guilty sebab dorang sebenarnya ikut laluan yang salah.
The husband terasa macam tempat anak dia tu sepatutnya dapat kat anak couple yang lagi satu.
So dia buat plan untuk pastikan anak orang tu dapat masuk ke sana juga.
......eh takkan aku nak cerita sampai habis kot.
Penat aku tengok 2 jam setengah tau.
Pegi download and tengok sendiri.
Lepas tengok cerita ni aku terasa yang kegigihan mak bapak nak anak-anak blaja di skolah yang terbaik bukan hanya berlaku kat Malaysia, malah seluruh dunia.
Takde mak bapak yang nak anak masuk skolah lekeh-lekeh.
Kalau ada peluang, semua pun nak masukkan ke skolah yang terbaik menurut pandangan masing-masing.
Tak kisahlah boarding school ke, skolah cluster ke, private school ke, asalkan yang terbaik sesuai dengan kehendak.
Kalau kat Malaysia, kebanyakkan mak bapak nak anak ke boarding school.
Some people ada perception yang berbeza bila ada mak bapak yang beria-ia nak masukkan anak-anak ke boarding school.
Ada yang terasa hati seolah-olah sekolah harian tak bagus.
Tak kurang juga yang sakit hati dengan mak bapak yang nak anak blaja kat boarding school.
Sebenarnya, kebanyakkan mak bapak yang hantar anak ke skolah berasrama ni bukan tabah sangat berjauhan dengan anak.
Maksudnya, kalau boleh dorang pun taknak anak skolah jauh.
Biar anak duduk depan mata.
Tapi anak kita semua tak sama.
Ada yang tak payah diketuk tau nak blaja.
Ada yang nak kena ketuk baru blaja (ni anak aku).
Ada yang dah diketuk pun tak blaja-blaja.
Macam aku, aku tak pernah bagi syarat apa-apa kat Redza.
In fact masa tawaran sampai, aku ambik langkah untuk taknak tanya-tanya.
Taknak influence apa-apa kat dia sebab kalau boleh aku nak dia skolah dekat rumah je.
Tapi En Wan nak sangat Redza ke skolah asrama.
Dia kata dia yang ajar Redza selama ni, so dia tau kelemahan dan kekuatan anak dia kat mana.
Anak aku tu bukannya rajin blaja sangat.
Kalau dia jenis boleh belajar sendiri, takdelah aku spent seribu sebulan untuk home tuition dia sorang.
Tapi memandangkan dia ni sejenis yang nak kena ketuk baru blaja, jadi apaknya memang berharap dia masuk boarding school.
Biar semenggah sikit waktu blajanya.
Ko tau masa dia nak UPSR dulu, sepanjang tahun iPad tak lekang dari tangan.
Everyday iPad, melayan katun.
Esok nak paper UPSR, malam ni boleh mengadap iPad lagi, kau tak hangin?
Si Rayyan pun sama gak.
Apa kejenya nak hantar tusyen umur 8 tahun, ye tak?
Tapi aku hantar sebab nak bagi dia blaja je.
Kalau kat rumah takde maknanya nak blaja.
Kalau boleh subjek PJK pun aku nak hantar pi tusyen asal dia blaja.
Nak kata boarding school bagus, aku rasa semua benda ada pros and cons.
Kalau nak cakap pasal baik dan buruk, skolah mana-mana pun ada kelebihan dan kekurangan.
Bila kita ada peluang untuk memilih, pilihlah yang berisiko kecil mengikut kesesuaian kita.
Kerana baik atau buruknya pilihan, semuanya masih mempunyai risiko.
Kalau nak kata di boarding school pelajar kurang terdedah dengan aktiviti yang tak elok, betul juga.
Kerana dorang banyak habiskan masa kat blaja, riadah pun dalam kawasan skolah je, tak bercampur dengan orang luar, semuanya terikat dengan disiplin skolah 24 jam, no TV, no internet, no smartphone.
Maka lojiknya, akhlak adalah lebih baik.
Tapi jangan lupa, aku pernah masuk boarding school.
Akhlak aku tetap ke laut, siap ada percubaan untuk fly malam.
Nasib je pak guard tu terjaga, kalau tak, mau sampai Singapore aku fly.
Kalau nak kata blaja skolah harian anak-anak lebih leka bermain dari blaja, pun betul juga.
Sebab aku pun gitu dulu.
Tetiap petang datang skolah nak study katanya.
Study tepi padang, bawah pokok.
Sambil study sampai tengok budak laki training olahraga.
Study 20 minit, melanguk 2 jam.
However, masih ada yang berskolah harian, result tetap flying colors.
Tak payah jauh-jauh nak bagi contoh.
Pakwe aku tu skolah kampung je.
Helok pun SPM 9 agg. Siap boleh fly ke Jepun bagai.
Kawan aku Sang Nila Utama lagi sorang.
Tu pun skolah kampung je, tapi SPM helok 8 agg.
Jadi benda-benda ni sebenarnya atas inisiatif pelajar tu sendiri, dengan dibantu oleh pengaruh persekitaran.
Cuma kelebihan skolah asrama ni pelajar terikat dengan jadual blaja yang ketat.
Nak taknak, kalau dah sekeliling kau bukak buku, kau pun akhirnya bukak buku jugak sebab takde geng nak melanguk sama-sama.
Kalau duduk rumah karang, asik melanguk je pulak sampai tak sempat bukak buku.
Kena hempok pulak dengan buku tu karang.
Pada pandangan aku, hantar anak-anak ke sekolah asrama ada positif outcome jugak.
Especially kat pelajaran, they have far more time and resources untuk blaja.
Cikgu-cikgu 24 jam ada kat kawasan maktab.
They can oversee perkembangan anak-anak ni secara holistik dan tak terganggu.
Lagipun bukannya kita hantar budak-budak ni ke kem tahanan sampai tak boleh contact lansung.
Si Redza tu hari-hari call bagi laporan.
Dah la kejap-kejap balik.
Insyallah, tak kurang kasih sayang mak bapak untuk anak-anak yang berskolah jauh ni.
Satu lagi positive outcome yang aku nampak bila anak-anak dihantar ke sekolah asrama, dorang berpeluang disiplinkan diri dan berdikari.
Ini adalah dua skill paling penting that a person will need in life.
Kat rumah pun boleh disiplinkan anak-anak, bukan tak boleh.
Tapi boleh merekahlah anak tekak aku.
Some anak-anak, kalau orang lain suruh baru dia patuh, kalau mak bapak suruh dia ingat aku nyanyi-nyanyi kat telinga dia.
Tu pasal selalu kena libas.
Padahal bukannya tak boleh buat tapi dia macam tak puas hati kalau tak dengar suara mak dia terpekik.
Nak kena aku pekik jugak baru nak buat.
Lama-lama pitching aku lagi tinggi dari Ziana Zain.
Selain tu, selalunya sekolah berasrama yang baik akan provide anak-anak dengan suasana yang peaceful untuk bantu dorang tumpukan pada akademik dan kegiatan kurikulum.
Pendedahan pada program luar pun banyak.
Biorlah dia duduk situ, blaja jadi orang sikit.
Karang duduk dengan aku lama-lama jadi anak Tarzan.
Habis tu maknya asik terpekik je kan.
Satu perubahan paling besar aku nampak kat Redza adalah solat.
Kalau dulu solat kemain laju, habis solat terus bangkit nak kejarkan apa pun aku tak tau.
Kadang sampai aku sound "Bangun ni nak ke mana? Kau tak doa lagi kan? Duduk balik, doa!"
Haaa gitu arahan.
En Wan kata kalau jiran ingat aku mak tiri pun memang patut.
Now ni kemain tertib dengan to'maninah, dengan sunat rawatib, dengan sujud yang panjang, dengan doa lepas solat, puasa sunat Isnin Khamis pun rajin. Alhamdulillah.
At least itu perubahan yang aku dah nampak hasil dia duduk di Langkawi.
Kat sana solat sentiasa berjemaah, solat pulak hanya di surau jadi dah tentu semua solat di awal waktu, program agama pun banyak.
Moga-moga berkekalan hendaknya.
Hah lagi satu bab makan.
Kalau dulu, jenuh la aku nak suruh makan.
Padahal kemain sedap aku masak.
Kalau aku tak masak pun, makanan tetap ada, samada beli atau bawak makan kat luar.
Punnnnnn liat nak makan.
Sebab kenyang makan iPad!
Lagipun kat dapur tu apak dia dah sediakan macam-macam - aiskrim, cokelat, maggi, jajan - tak pernah putus stok.
Nenek pulak kemain rajin bawak kepok lekor, roti canai frozen, karipap frozen.
Macam-macam makanan ada tu pasal bila suruh makan nasik, taknak.
Banyak sangat mencekik benda merepek, dah kenyang.
Ni bila dah ke boarding school, berani la kau makan tak ikut time, kebulur kau nanti.
Now, si Redza hanya makan 3 kali sehari walaupun balik bercuti kat rumah.
Lapar macamanapun dia hanya akan tunggu waktu makan - pagi, tengahari and malam.
Kalau aku goreng kepok lekor petang-petang, dia akan mintak aku simpankan sampai dinner baru makan.
Dah terlajak berdisiplin la pulak.
Patutlah kurus.
Patutnya aku yang duduk asrama baru boleh kembali langsing.
Entahlah, nak debate pasal skolah-skolah ni aku rasa tak patut.
Benda ni kita sendiri pun lalui dulu.
Jadi berdasarkan pengalaman sendiri, kita decide apa yang baik untuk anak-anak sendiri, itu je.
Takyah gaduh-gaduh siapa lagi bagus, siapa tak.
Kalau pilihan aku ni menjadikan aku mak yang tak bagus sebab nampak macam melepaskan tanggungjawab membesarkan dan mendidik anak pada skolah, terpulang.
Masing-masing entitle to their own opinion, silakan.
Ramai pulak yang tanya boleh ke tak sempena 3rd Anniversary ni beli 1 NJ and 1 CG dengan harga RM100 sebab dua-dua ni harganya sama je tapi kalau nak dapat RM100 kena beli setiap satu 2 botol.
Ok lah, big bos dah keluarkan arahan untuk pakej ni available sehingga 5 Oct.
Bleh beli 1NJ and 1CG dengan harga RM100. Yeay!
2018-09-27
Kentut yang bijak
Nice quote.
Penuh dengan sarcasm.
Which mengingatkan aku tentang kenapa orang berlumba-lumba nak jadi kaya dan berjaya.
Salah satu sebabnya inilah.
Kerana bila kita ada sesuatu yang tak semua orang ada, kita akan lebih disegani.
Dari kecik lagi aku nampak kejayaan ada kaitan dengan kaya, akademik cemerlang atau jadi pemimpin (contohnya jadi bos).
Selain dari tiga point ni was considered a waste of time.
Walau macamanapun, konsep ni tak terpakai pada semua orang, di semua negara.
Kat negara-negara yang sangat maju, earning respect has little to do with money or wealth.
Mula-mula tu aku percaya dengan konsep ni sebab they made sense.
Kerana untuk mengagumi seseorang, kita perlu ada bukti yang yang kita boleh nampak.
Mungkin dari kereta yang dia pakai.
Mungkin dari rumahnya atau area mana dia tinggal.
Dari jenama pakaiannya.
Dari jawatan yang disandang.
Dari title yang dia pegang.
Semua tu lambang success.
Aku pernah cerita dulu tentang kawan baik aku yang satu masa dulu he has nothing to offer.
Bukanlah takde apa lansung, dia bijak tapi dia takde proof untuk meyakinkan orang dia adalah bijak.
Apa yang dia cadangkan dalam meeting memang make sense tapi disebabkan dia bukan siapa-siapa, apa yang dia cadangkan orang dengar gitu-gitu je.
Now dia dah ada title, ada jawatan besar and ada company sendiri.
Dalam meeting walaupun dia diam tak cakap apa-apa, orang masih anggap dia bijak dan faham padahal ada kalanya memang dia tak paham pun.
Dulu, walau dia faham angguk-angguk masih ada orang tanya dia balik "Faham ke tak?"
Dari situ dah nampak beza treatment yang dia dapat dulu dan sekarang.
Bezanya ada pada title yang dia pegang sekarang.
Aku pun ada pengalaman yang lebih kurang sama.
Tapi taknak cerita kat sinilah sebab aku tau orang tu baca blog aku.
Mungkin dia pun masih ingat atau boleh jadi tak ingat apa yang dia pernah buat dulu.
Tapi aku tak lupa.
Cukup aku simpan sendiri.
Tapi ingat, aku tak pernah lupa! [dah macam saiko pulak. kahkahkah].
Pangkat, kuasa dan kaya lebih mudah untuk diukur dan dibuat perbandingan, that's why senang nak klasifikasi whether or not you are success.
Contoh, kalau A kata dia sangat bahagia, orang akan tanya "apa buktinya?".
Tapi kalau disertakan dengan bukti gambar-gambar vacation, shopping, bergambar depan kereta besar, rumah besar, baru orang akan percaya.
Jadi tak heranlah zaman sekarang ramai yang cuba mengeluarkan 'bukti-bukti' ni.
Bukan kerana mereka nak tunjuk sangat, tapi it has become a trend and demand.
Dan bukan sikit-sikit juga orang yang stress hidupnya kerana bersusah-payah nak mengimpress orang lain demi nak earn respect.
Hari-hari pikir cara apa lagi yang boleh dibuktikan kepada orang bahawa dia benar-benar success.
Some people define success dengan harta.
Some people define success dengan #relationshipgoals.
Some people define success dengan apa yang mereka capai.
Some people define success dengan apa yang mereka mampu bagi.
People view their success in many other ways.
Terpulang pada kita bagaimana kita define success.
Tak semestinya kena jadi millionaire baru dikatakan success.
Tak semestinya masuk boarding school baru dikatakan success.
Tapi kalau ada yang nak definasikan itu sebagai success, tak apa. Tak salah pun.
Yang salahnya bila kita allow orang lain memaksa diri kita untuk percaya bahawa definisi success adalah itu dan itu saja.
When we let somebody else impose their view of success on us, situlah bermulanya bunga-bunga stress.
Sebagai contoh, kalau kita percaya anak kita boleh berjaya walau bersekolah di skolah harian, then be happy with our decision.
Tak perlu kondem parents yang berangan-angan nak hantar anak ke sekolah berasrama.
Itu impian dia, biarkan.
Kalau kita percaya anak kita tetap ada masa depan yang cerah walau berskolah tahfiz, then tak perlu naik angin bila orang kata budak-budak tahfiz takde future.
You have decided to enroll your child kat situ, then be confident with your own decision.
Kalau ada orang kata jadi kaya barulah dikatakan berjaya, that is completely their right.
The point is, everyone is entitled to believe what they want.
Masa aku blaja dulu, ada satu 'kepercayaan' only certain-certain course saja yang dianggap success.
Kalau ambik course medic and engineering, dikira bijak.
Kalau ambik course kaji tumbuhan, dikira so and so je.
Needless to say, these people were all smart, tak dinafikan yang ambik course law, account, engine ni semua memang bijak.
Tapi kalaulah kita semua wajib percaya pada formula tu, maknanya aku ni was a complete failure.
Sebab aku budak biotek je, keje pun sales je bukan profesional pun, gaji berapa sen sangat starting dulu.
At 31 years old orang lain dah sibuk naik level manager, aku pulak was basically starting from scratch (sebab baru nak setup company sendiri).
Stress?
Of cos stress sebab sampai bila-bila pun kerjaya aku takkan dianggap success.
Keje jual barang je kot, celah mana success-nya, ye tak?
Ingat tak aku pernah cakap En Wan dulu suka kondem aku?
Setiap masa aku cuba untuk buktikan pada dia aku juga se-success dia walaupun aku bukan engineer.
Until at some point, aku terpaksa give up dengan definisi kejayaan orang lain.
Itulah perkara yang paling susah sekali untuk aku buat sebab benda ni dah so deeply embedded in our culture sampaikan dah jadi satu standard untuk ukur kehidupan kita.
Kalau orang lain tetap nak kata success tu adalah kaya, pakai Merz, travel the world, engineer, doctor, etc - biarlah.
Aku dah penat nak membuktikan kat orang yang aku juga success.
Even dalam dunia bisnes dan keusahawanan pun, being rich and famous adalah penanda kejayaan.
Kalau kau kaya tapi tak dikenali ramai, kau masih belum boleh dianggap berjaya.
Bila aku give up that definition of success, aku realized that aku jadi lebih bebas berekspresi of who I am and what matters to me.
Bila aku give up kerisauan of being judge by material, assets, money and title, keupayaan aku bekerja berubah secara drastik.
Trust me, kita akan jadi lebih present, produktif, and senang nak keep the momentum kerana kita lebih tertumpu pada proses, bukan habuan atau approval manusia.
Dari situ nanti, insyallah kita mula nampak progress towards the life yang kita nak.
Nampaknya hari ketiga, stock mug dah semakin menyusut.
Kalau tak salah ada 200 biji saja lagi.
Rasa macam tak sempat nak jumpa 5 Okt.
Tapi takpe, diskaun tetap valid until 5 Okt regardless ada mug atau tak.
2018-09-26
Makin berisi makin tunduk
"Saya dan suami blaja sampai menengah je. Alhamdulillah anak-anak saya dua-dua habis sampai Masters, cadang nak sambung blaja lagi. Tapi saya heran, anak-anak saya ni bersekolah di sekolah agama, ilmu dunia dan agama sama-sama belajar tapi kenapa mereka tak macam hubungan saya dengan orang tua saya dulu. Saya dulu ibarat padi, makin berisi makin tunduk. Tapi anak-anak saya lain, kalau bercakap dengan kita mak bapak ni seolah-olah kita bodoh sangat. Salah pendidikan ke?"
Tu bukan email untuk aku, itu cerita yang pernah ustaz aku ceritakan.
Ada orang menyangka bila kita berpengetahuan tinggi, akhlak dan adab secara otomatik jadi lebih baik.
This assumption is based on kepercayaan bahawa ilmu sentiasa mempengaruhi tingkah laku seseorang, yang mana orang yang blaja tinggi, akhlaknya baik dan tindakannya cerdik manakala orang yang tak blaja tinggi kelakuannya buruk dan tindakannya asal boleh.
Kalau nak ikutkan formula tu, sepatutnya orang zaman sekarang jauh lebih beradab kerana pendedahan terhadap ilmu lebih meluas.
Malangnya apa yang kita nampak, sebaliknya.
To be fair, masih ada orang yang berpendidikan tinggi, berpengalaman luas, berjaya, tapi dalam masa yang sama adabnya baik, akhlaknya bagus.
Tapi tak boleh dinafikan, ada jugak yang semakin tinggi ilmu, semakin 'terkehel' adabnya.
Kes kakak kat atas tu, salah satu punca terkehelnya adab dan akhlak adalah kerana anak-anak menjadikan pendidikan sebagai satu kesombongan.
Aku nak share satu pengalaman yang buatkan aku terfikir tentang value formal education or what we called "book smarts".
Aku berpeluang untuk masuk ke sekolah yang (dan masih) terkenal dengan kualiti pendidikan dan pelajarnya yang bijak-bijak.
Walaupun masa tu aku agak terkejut dapat masuk ke skolah tu, at the same time aku bangga juga sebab Mak Aji always ugut aku "Muka kau tu dah lah kemek, kalau blaja bodoh, takde sape nak kat kau".
Jadi aku bangga bila dapat masuk skolah tu setidak-tidaknya aku masih ada harapan nak ada boifren [Ya Allah, gediknya. Dah la kemek].
Rupa-rupanya there were students in the school with far more intelligence dari aku.
Tapi, walaupun dorang bijak-bijak belaka, SOME of them didn't have enough common sense and sombong pulak tu, membuatkan aku wonder kenapa dorang macam ni sedangkan bijak.
Orang bijak sepatutnya boleh pikir mana yang betul mana yang tak.
Then aku realized, ini bukan salah pendidikan, bukan juga salah skolah.
It was the student's placement of priorities.
Dek terlalu fokus dengan education and nak excel in academics boleh buatkan kita terlepas pandang nilai-nilai yang lebih penting seperti emosi.
Kita mudah jadi hati kering, lupa diri dan sombong.
Mungkin inilah yang terjadi pada anak-anak kakak tu (atas).
Diberikan ilmu yang tinggi, bijak, ada jawatan besar, ada pangkat besar, terkenal - ini semua habuan dunia.
Bak kata ustaz aku, habuan dunia ni kalau dibagi, kita ambik je lah.
Tetapi segala apa yang kita dapat, Allah tak bagi sesaje.
Semuanya dipakejkan bersekali dengan ujian.
Jadi berhati-hatilah dengan apa yang kita ada, belum tentu itu adalah satu anugerah.
Kalau tak carry dengan betul-betul, boleh menjadi punca kita ke neraka Allah.
Kerana Allah dah kata walau ada sebesar zarah sifat sombong, tidak akan cium bau syurga.
So don't let your education, your title, your salary or your stuff become arrogance.
Memang sepatutnya orang yang blaja tinggi should be at the same time berakhlak baik kerana bila seseorang ada pengetahuan yang tinggi, fikirannya jadi semakin luas, cerdas dan mampu berhujah dengan baik.
But in reality this is not always the case kerana semua ni hanya boleh didapati melalui sekolah, kolej, universiti, atau melalui penyelidikan, reading dan discussion.
Tetapi akhlak dan adab yang baik hanya boleh diperolehi dengan memperbanyakkan zikir, memperbanyakkan doa, merenung kekurangan diri, mensyukuri nikmatNya, bermuhasabah dan banyak mengingat mati.
Ni dalam Quran pun ada sebut :
"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman." (Al Ahzab, 41-43).
Tingkah laku, akhlak dan adab yang mulia sangat dipengaruhi oleh zikir.
Semakin baik kualiti zikir seseorang, semakin banyak dia berzikir, maka akan semakin sempurna akhlaknya.
Orang yang zikirnya ala kadar, paling-paling pun hanya akan berakhlak saja, tak mencapai kesempurnaan dan kemuliaan akhlak.
Sangat susah kita nak jadi orang yang pandai bersyukur kalau tak rajin zikir kerana tak ada 'reminder' yang mengingatkan kita sesungguhnya segala nikmat dan apa yang kita miliki berasal dari Allah.
Cuba amati zikir-zikir, bukan ke semuanya memuji kebesaran Allah?
Sebab itulah semakin banyak kita memuji Allah, semakin menjadikan kita sedar bahawa kita tak punya apa-apa kalau Allah tak tolong.
Jadi, orang yang kurang zikir akan kurang sempurna akhlaknya, dan tinggi pula kesombongannya.
Walaupun dia boleh buat baik, tapi tidak akan mencapai pada kemuliaan akhlak.
Even Rasulullah saw ada bersabda :
Maukah kamu aku khabarkan orang yang paling aku cintai dan yang paling dekat tempatnya denganku pada hari kiamat?"
Para sahabat jawab "Ya".
Rasulullah saw sambung "Orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian" (HR. Ahmad).
Dari hadis tu dah jelas cakap orang yang paling dekat dengan Rasulullah saw di hari akhirat esok bukanlah orang yang paling bijak atau paling tinggi taraf pendidikannya, apetah lagi yang besar jawatannya, tetapi yang baik akhlaknya.
Dah tentu lagi bagus kalau kita kaya, kita bijak, kita ada nama at the same time kita ada akhlak yang bagus.
Orang Islam yang baik akhlaknya boleh menjadi da'i tanpa perlu keluarkan sepatah perkataan pun.
Kerana manusia lebih cepat dipengaruhi dengan perbuatan dari perkataan.
Oleh sebab itu, tak kira apa pun yang kita katakan, sejauh mana kebenaran fakta yang kita jelaskan dalam berhujah, jangan ketepikan adab dan akhlak.
Explaining facts and logic should be included with manners.
Kerana sesungguhnya akhlak yang baik mampu mengangkat darjat di mata manusia, mengangkat keimanan pemiliknya dan meletakkannya di syurga yang tinggi.
Yang tanya "Mug ada lagi tak?"
Setakat pagi ni insyallah ada lagi.
Kita dah allocate mug yang cukup sehingga 5 Okt.
Tapi kalau habis awal, tak janji.
Yang pasti kalau tak dapat mug, at least dapat harga promo.
Tapi kalau boleh collect la mug GreenAard satu :)
2018-09-25
Happy 3rd Anniversary
HAPPY 3rd ANNIVERSARY GREENAARD!
September 2018 genap 3 tahun aku with GreenAard.
Insyallah Oktober bulan depan genap 10 tahun aku dengan XZIZ Biotech.
Technically, GreenAard is a brand under XZIZ.
Dulu XZIZ distribute biotech lab supplies dari brand-brand overseas.
Now, XZIZ Biotech distribute GreenAard.
Bak kata omputih, a journey begins with a single step.
Tak kira betapa besar impian, kalau tak initiate langkah permulaan, impian akan tinggal impian.
Just like orang yang mendaki gunung paling tinggi kat dunia.
Dorang tak terus-terus tuju kat puncak tapi memulakan perjalanan at the base of the mountain.
Salah satu sebab kenapa kita mudah putus asa atau malas nak mulakan langkah adalah kerana kita aim nak berjaya cepat, aim nak habiskan cepat dan aim nak buat semua benda besar serentak sekaligus.
Tak payah jauh-jauh, satu contoh ada dalam opis aku ni.
Dia punya plan nak buat bisnes tu aku dah dengar dari mula aku kenal dia lagi, tapi tak start-start pun.
Sebab dia always plan to start big.
Nak ada premis dulu baru boleh start bisnes katanya.
Kalau takde, taknak start.
Impian besar tu bagus, tapi impian yang terlampau besar can actually ruin your chances of success.
By the way, ini bukan post tunjuk-ajar-ku-sifu.
Aku belum layak lagi nak ajar orang.
Tapi aku nak sedekah pengalaman selama 10 tahun dalam bisnes.
Baru 10 tahun je pun.
Kalau boleh pakai, pakailah.
Kalau tak boleh, jangan pakai.
Melalui pemerhatian dan pengalaman, apa yang aku boleh kata, orang yang bercita-cita terlalu besar selalunya ketagih pujian, terlampau ingin dikenali, dahagakan kuasa, cintakan duit secara berlebihan dan tend to spend more.
To be fair, actually ini semua kualiti yang bagus dan perlu ada untuk orang yang berbisnes sebab secara lojiknya bila kita aim untuk jadi kaya, powerful and dikenali, kita akan terdorong untuk berusaha kuat bagi mencapai impian kita tu, betul tak?
Hakikatnya, tak macam tu pun.
In fact, in some cases, impian yang terlampau besar can do more harm than good.
Bila impian terlampau besar dan membuak-buak, dalam tak sedar kita jadi terlampau cepat nak grow.
Bila terlampau cepat nak grow, kita end up spend duit recklessly.
Tak ada keperluan ambil pekerja, kita ambik.
Tak ada keperluan tambah pekerja, kita tambah.
Tak ada keperluan beli peralatan, kita beli.
Kita tend to invest kat sesuatu padahal kita belum perlukannya lagi.
Tapi dek kerana too eager to grow dan untuk kelihatan gah, kita buat.
Lama-lama internal structure jadi chaos.
Masa mula-mula aku setup XZIZ 10 tahun lepas, aku start kat rumah je.
Takde keperluan untuk aku cari ofis sebab nature of bisnes aku tak memerlukan customer datang cari aku tapi aku yang keluar cari customer.
Untuk kick start the bisnes aku hanya perlukan alamat tetap untuk urusan surat-menyurat, fax, printer untuk print invoice and DO, dan laptop untuk buat kerja.
Cukuplah itu untuk start bisnes.
Yang penting start dulu.
Kalau nak tunggu semua benda ready dengan gah baru nak start, entah bila nak startnya.
Samalah juga macam 3 tahun lepas setup GreenAard.
Guna apa yang ada penting dulu.
Sebab aku tau takde keperluan untuk bukak kedai sedangkan nature of bisnes adalah online bisnes.
Tapi, pakwe aku always kondem.
"Susah nak berjaya kalau takde ofis khas untuk buat GreenAard, takde semangat nak buat kerja nanti".
"Perlu buatkan ofis ni nampak macam ofis, barulah semangat nak buat kerja"
"Perlu buat signage, barulah orang nampak kedai kita"
Pakkal la dia ni seorang pakwe, kalau tak, dah lama kena tengking dengan aku.
Entah apalah keperluannya nak beli workstation untuk staff sedangkan masa tu takde staff lagi.
Buat menyemak ofis je letak workstation memenuhkan ruang.
Tapi tu lah kan, dah nama kerja dengan suami, gitulah.
Jarang nak jumpa suami yang boleh bezakan role sebagai suami dan role sebagai bisnes partner.
24 jam dia anggap diri dia suami baik kat rumah mahupun kat opis.
Nak taknak, aku ikutkan jugak kehendak dia beli segala barang yang takde keperluan (pada waktu tu).
Kes malas nak bertekak la ceritanya ni.
Boleh jadi jugak asbab ikut cakap suami, walaupun sakit hati, Allah permudahkan juga.
Kalau nak ikutkan prinsip, memang aku takkan spend pada benda yang tak perlu sebab aku tau aku jenis macamana.
Kalau aku kata nak buat, tak perlu ada ofis pun insyallah aku boleh buat kerja.
Isunya kat sini, impian besar tu boleh, provided kau punya resources berlebih.
Kalau resource pun seciput, simpan dulu angan-angan yang besar tu.
Isolate mana yang penting and jalankan dulu.
Jangan sibuk nak buat benda-benda yang less important hanya untuk nampak cantik, nampak gah, nampak berjaya padahal kau sendiri tau condition bisnes kau macamana.
Tak apa start small.
Start small or big bukan isunya, tapi sejauh mana kita konsisten.
Jangan berangan nak tackle the world overnight, nanti kau akan rasa terbeban, hilang fokus dan cepat give up.
Umpama kita nak buat bangunan yang tinggi, konkrit kena kuat.
Nak pasakkan konkrit ambil masa yang lama.
Nak buat dinding yang kukuh takkan boleh dengan dinding pasang siap, tak kukuh mana.
Mesti kena lay one brick a day.
Samalah dengan attend class and seminar.
Ada orang rajin nau gi kelas itu ini, kejap-kejap attend seminar sana sini.
Katanya nak bagi momentum motivasi tu kekal.
Ujung-ujung bisnes tak jalan juga.
Nak tau kenapa?
Because you are facing information overload.
Terlampau banyak sangat information dari orang tu, orang ni, kelas tu, kelas ni, seminar tu, seminar ni, sampai kau rasa nak buat semua benda serentak.
Bila kepala ada terlampau banyak idea dan plan untuk buat macam-macam, you're giving your brain too many things to think about.
Akhirnya jadi penat, tak tau mana dulu nak start, last-last tak start apa pun.
Dia umpama kau masuk kedai makan, tengok buku menu sampai 18 lampir, punyalah macam-macam makanan tulis dalam buku tu tapi kau tak tau nak makan apa.
Last-last kau pilih makanan yang kau sebenarnya tak teringin pun nak makan.
Kau pilih sebab tajuknya macam sedap.
Sekali tak sedap.
Tapi kalau sebelum masuk restoran kau dah tau apa kau nak makan, kau terus tuju apa yang kau nak and pasti kau puas hati.
The point is, being ambiotious in one thing.
The other thing is courage.
Terlampau bercita-cita tinggi tapi takut nak mulakan langkah akan buatkan kita selalu cipta alasan.
Alasan like "nak kena ada ofis dulu baru boleh start", "nak kena ada meja kerja yang proper dulu baru boleh start", etc.
Just pick satu benda and buat.
Lepas tu baru pick another and buat.
Jangan bagi otak letih mikir benda yang tak patut pikir.
Sebenarnya kita tak perlukan motivasi sangat.
Apa yang kita perlukan adalah the right habits.
Motivation is overrated.
Jangan buang masa dengan banyak kat mencari motivasi.
Ada sorang customer GC Plus, guna GC Plus selama 4 bulan.
Berat dia turun 5kg, kiranya roughly sebulan hanya turun 1kg lebih je.
She expect berat akan turun dengan lebih banyak sebab ambil GC Plus with routine work out 3 kali seminggu kat gym.
Bulan ke-5 dia stop ambil GC Plus and only continue with gym only.
Tapi takde perubahan banyak, kali ni lebih teruk, berat dia turun naik sekitar 1kg selama 3 bulan.
Lama-lama dia stop gym sebab give up.
Dia rasa memang dia dilahirkan untuk jadi gemuk.
Sept 2017, dia start ambil semula GC Plus sebab katanya termotivasi dengan testimoni aku.
Aku bagitau dia dengan jelas, motivasi ni bersifat turun naik, it fluctuates over time.
Those fluctuations depend on banyak benda.
Bergantung pada mood dan bergantung pada apa yang kita buat.
Yang akan mengubah impian adalah right habits.
Lose weight ni sama macam membina perniagaan.
Nak perniagaan bertahan, usaha perlu konsisten.
Jangan aim nak berjaya cepat sangat, nanti kau cepat penat dan mudah giveup.
Same goes to losing weight, terlampau aim nak turun 5-6kg sebulan akan buatkan kau cepat putus asa dan semangat luntur separuh jalan.
This lady start again with GC Plus and work out, aku ada bagi sikit tips pilih makanan, alhamdulillah, raya tahun ni, dia adalah salah sorang pembeli kebaya Gurindam Jiwa bersize L.
Dulu badan dia XXL!
Samalah macam some readers yang tanya aku macamana cara nak rajin ibadah, macamana cara nak khatam Quran setiap bulan, macamana cara nak konsisten puasa sunat setiap minggu, macamana cara nak istiqomah bangun Tahajud.
Dalam banyak keadaan, kita gagal istiqomah dalam ibadah sebab kita panjang angan-angan.
Nak buat semua benda serentak.
Kalau nak mengaji nak 2 helai terus sehari.
Kalau nak tahajud nak 12 rakaat terus.
Kalau nak Dhuha nak 8 rakaat terus.
Bukan tak boleh, tapi Allah tak suka kita tahajud 12 rakaat setiap malam selama sebulan, lagi 11 bulan tak buat-buat lansung.
Allah lagi suka kita buat konsisten walaupun sikit.
Mulakan dengan satu istighfar sehari.
Mulakan dengan satu selawat sehari.
Mulakan dengan satu doa sehari.
Mulakan dengan membaca satu ayat Quran sehari.
A journey starts with one step.
Tak apalah, tak salah kalau ada yang berbeza pandangan dengan aku.
Silakan kalau ada cita-cita besar, atau nak start big, atau nak spend big.
No problem. Please teruskan.
Apa yang aku kongsi kat sini dari pengalaman sendiri je.
Apa-apa pun, dengan rendah hati bagi pihak GreenAard, aku minta doakan supaya GreenAard terus sukses dan dapat hasilkan produk yang beri manfaat dan menyelesaikan masalah pengguna.
Sehingga hujung tahun ni, aku dah stop membaca jurnal, kasik rest otak kejap dari buat new produk.
Insyallah tahun depan kalau ada rezeki baru start with new one.
Kalau ada cadangan, sila kemukakan.
Terima kasih untuk semua yang support GreenAard sepanjang 3 tahun ni.
Hari ni hingga 5 Oktober kita launch harga ulangtahun ke-3 GreenAard.
Semua produk ada diskaun.
Yang baru nak try, this is your chance untuk dapatkan produk GreenAard dengan harga promosi.
Yang pengguna tegar, ini waktunya simpan stok.
Setiap pembelian RM130 atau lebih, dapat thermo mug GreenAard.
Refer harga di bawah and WHATSAPP SINI untuk order.
2018-09-24
Langkawi Adya
Khamis sampai Sabtu lepas, kitorang ke Langkawi (again) untuk majlis solat hajat budak-budak skolah Redza nak exam.
Patutnya minggu tu takde pulang bermalam, tapi sebab dah buat surat perlepasan, jadi dapatlah angkut Redza keluar tido hotel 2 malam.
Rayyan macam biasa la, dipontengkan.
Kemain senang lagi bangun pagi kalau tak payah gi skolah.
Cuba kalau kena pi skolah, dari katil nak ke bilik air sampai 10 pit stop dia.
Mula-mula bangun pastu duduk.
Pastu menonggeng.
Pastu termenung.
Jalan kejap benti tepi TV, termenung.
Jalan lagi sikit, benti termenung.
Macamana aku tak bertempik pagi-pagi.
Tapi kalau diajak berjalan, nak-nak lagi naik flight, wah kemain lain kejut pukul 4 pagi sekali cuit je dah berlari mandi.
Aku letak gambar ni kat IG, ada yang tanya kenapa pencil case Rayyan warna pink?
Jangan speku ya.
Itu 'pencil case' maknya.
Aku beli tu buat isi segala tok nenek barang biar henbeg aku tak bersepah.
Ni barang-barang yang mesti dibawak kemana-mana.
Sebab tu tak leh pakai clutch-clutch ni semua, banyak khazanah yang aku kena angkut.
Tisu kering, tisu basah, hand sanitizer, power bank, cable.
Hand sanitizer tu selalunya tak guna kat hand tapi untuk lap-lap meja makan restoran bagi wangi.
Sometimes meja makan tak cukup wangi, jadi sebelum hidung aku kembang-kempis kat situ menahan bau-bau yang memualkan, aku akan lap meja guna hand sanitizer.
Kalau boleh angkut mop, aku angkut sekali.
Sekali harung mopkan lantai bawah meja aku duduk tu.
En Wan selalu bising "Apa ni, beg berat-berat?"
Ha'ah, memang.
Mak-mak ni dah macam Doraemon.
Nanti kejap ada yang tanya "Ma, nak tisu".
"Ma, nak power bank"
"Mak, nak wet wipes"
"Ma, tangan adik busuk la, sink tu takde sabun"
Semua masalah ni mak-mak nak kena settlekan, ok?
Jadi jangan cuba-cuba tanya kenapa henbeg berat.
Sampai skolah Redza pukul 1pm.
Just nice budak-budak pun baru turun nak berkumpul dalam dewan.
Dewan pun masih belum penuh, senang nak ambik tempat.
Mata aku melilau cari Redza.
Tak lama lepas tu nampak Redza and kawan-kawan dia jalan masuk dewan.
Dia sorang je tak pakai songkok.
Dalam hati aku dah bajet ni mesti kes songkok hilang (lagi).
Sekali betul, hilang.
Majlis habis pukul 4pm.
Dimulakan dengan Zuhur, then taubat then hajat.
Lepas tu ada ceramah sikit dari ustaz dari masjid berhampiran, YDP, pengetua and wakil guru.
Ada makan-makan juga tapi kitorang puasa hari tu, jadi tapau untuk Rayyan je.
Waktu ni dah habis program, nak check in hotel.
Alhamdulillah, walaupun skolah ni nun kat Langkawi, tapi tak menghalang mak bapak yang duduk kat KL and Selangor untuk datang.
Skolah Redza ni pulak kebanyakkannya memang budak-budak KL/Selangor.
Hari tu ramai mak bapak yang willing ambik cuti untuk datang.
Yang satu flight dengan aku je dah nak dekat 10 family.
Redza kata kalau balik cuti semester, half of the flight budak skolah dia.
Jadi, mak bapak dari KL/Selangor yang nak plan hantar anak ke Langkawi, don't worry, sana ramai 'orang kita'.
Very nice room.
Pilih bilik besar sikit sebab nak letakkan 1 extra bed untuk Redza.
Lagipun En Wan nak kan space yang selesa untuk dia bukak kelas tusyen kat dalam tu.
Bilik ni memang spacious tapi bilik air kecik.
Tapi takpelah, bukan kau nak duduk 24 jam dalam bilik air kan.
Memandangkan puasa, takde aktiviti apa sangat nak dibuat, melainkan tengok tv and baca buku.
Adya ni islamik sikit hotel dia.
Dalam banyak-banyak hotel aku pegi, tak pernah lagi aku jumpa hotel yang semua staff kat dalam tu rajin bagi salam setiap kali berselisih dengan guest, kecuali kat Adya.
Baik receptionist, baik house keeping, room service, porter, pak guard - semua rajin bagi salam.
Aku rasa the management dah train dorang untuk always bagi salam.
Kita biasa tengok orang hias towel bentuk angsa atas katil, kan?
Kat Adya ni, dia gubah sejadah letak atas katil.
Tepi katil ada tafsir Quran, Yasin and rehal sekali.
Kalau tak mengaji gak tak tau lah nak cakap apa. Hahaha.
Nak makan tak boleh, jom lah kita kill the time dengan swimming.
Untung-untung boleh telan air sekali. Eh.
Kat sini ada 3 kolam - kids, adult and female.
Female punya kolam in door.
Aku tak pergi jadi tak dapat snap gambar.
Around 7pm, keluar pi Wan Thai untuk berbuka dengan harapan janganlah ramai orang.
Nasib baik tak ramai sangat, tapi biasanya yang pi Wan Thai ni pergi dengan family yang ramai jadi walaupun nampak macam banyak meja kosong tapi lauk-pauk yang diorder banyak jugak tu.
Dalam 20 minit jugak menunggu.
Sebenarnya takde la lama sangat pun tapi sebab puasa, terasa la macam lama.
Merasa la bukak puasa minum air sejuk, pukul 7.50pm baru jumpa nasi.
Siakap 3 rasa
Seafood tomyam
Ayam pandan
Sotong goreng tepung
Food kat Wan Thai aku takyah explain satu-satu dah sebab dah banyak kali pi sini and rasanya semua pun tau Wan Thai memang sedap.
Apa yang aku order kat Wan Thai semuanya kena kat tekak and memang puas hati walaupun mahal sikit.
Aku ni kalau bab makan biar mahal takpe asal sedap.
Kalau dah tau sedap, mahal pun aku datang lagi.
Nak-nak lagi kalau puasa berbuka dengan makanan tak sedap, boleh zero markah puasa aku memakikan makanan yang tak sedap tu nanti.
Si Rayyan mengalahkan orang yang berpuasa.
Enam ketul ayam pandan dia hadap sorang.
Lapar gamaknya.
Aku pun lupa, mentang-mentang puasa, tak teringat lansung nak offer dia Milo ke, biskut ke, rilekkk je aku biarkan dia tak makan dari pagi sampai petang. Hahaha.
Yang dia pun tak cakap lapar ke apa, senyap je. Rupanya kebulur.
Sengaja aku tak tambah nasi walaupun ada rasa macam nak tambah sebab aku dah plan aku nak makan kek Choc Brulee.
Ya ampunnnnn sedap yakmat!!
Ni second time aku makan.
First time aku makan 2 minggu lepas (ada cerita pasal ni kat IG).
Disebabkan kesedapannya tak terkata, aku beli lagi malam tu kat Langkawi.
Tak tau nak explain camana tapi memang sedap sangat-sangat.
Nikmatilah sendiri.
Lepas makan-makan kat Wan Thai tu kitorang terus balik hotel sebab kelas tusyen nak bermula.
Around 10 malam macam tu masing-masing terasa lapar balik.
Aku orderkan Club Sandwich.
SEDAP.
Roti dia sangat lembut.
Nampak aje macam sikit ni, padahal kitorang makan bertiga (En Wan tak join).
Morning!
Jumaat di Langkawi.
Memang takde plan nak berjalan atau bershopping.
Sebab dah macam kerap sangat ke sana, Redza pun setiap kali balik cuti belikan coklat, sampai aku pun dah takde rasa nak beli apa-apa.
Kali ni ke Langkawi memang untuk lepak-lepak spent time dengan anak-anak je.
Lagipun En Wan nak intensif tusyen untuk Redza, so most of the time memang lepak dalam bilik sampai lebam.
Breakfast kat sana not bad.
Takde la mewah sangat macam kat Sunway Resort, tapi alhamdulillah semua makanan dia aku boleh makan.
First round aku makan nasi hujan panas with ayam masak merah.
Rupanya kat luar ada roti canai.
Ini aku tak ambik, tapi En Wan sangat kenal bini dia suka roti canai, so dia pi ambikkan.
Tau-tau dah ada atas meja je complete dengan kari.
Third round, bubur nasi.
Lepas breakfast En Wan and Redza keluar pi cari barang-barang Redza, pi mendobi, pi kedai buku, and pi cyber cafe nak print kerja projek Redza, lepas tu terus solat Jumaat.
Sepanjang pagi tu sampailah dorang balik around 2.30pm, aku tinggal dengan Rayyan dalam bilik, mentusyenkan beliau dengan homework Kumon.
Dah settle homework baru bagi tablet.
Apa ko ingat dah memonteng skolah, takyah blaja?
Tengahari tu aku tak lunch, malas.
Sengkak perut aku makan breakfast banyak sangat.
Disebabkan aku tak lunch, jadi apaknya pun takde mood nak makan tempat best-best, lalu membawa anak-anak beliau makan KFC je sudah.
Around 6pm baru keluar untuk cari makan malam.
Makan kat hipster cafe - Uncle Jai Cafe.
Ini kali kedua aku makan Uncle Jai tapi cawangan lain.
This is new port.
Nampaknya Uncle Jai semakin hipster.
Dulu minum kat gelas, now dia up sikit.
Siapa mintak air buah dia bagi minum terus dalam botol air 1L ni.
Aku mintak ice water je sekali hah kauuu daam cawan je dia bagi.
Besar lagi gelas Rayyan minum Coke.
En Wan makan sizzling yee mee.
Aku dengan Redza makan nasik goreng sotong besar.
Boleh tahan besar sotong dia, rempah dia goreng sotong ni pun sedap juga cuma termasin sikit.
Or maybe aku yang tak tahan masin sebab dah biasa masak tawar-tawar.
Sebelum order aku tanya dulu sotong besar tu sejenis sotong putih ke sotong kering.
Sebab selalu terpedaya dengan sotong.
Ye ye je kata besar sekali yang datang sotong kering.
Tapi kat Uncle Jai ni, dia punya Nasi Goreng Sotong Besar memang sotong yang besar dan pakai sotong putih.
Rayyan punya chicken grill.
Just imagine nak minum 1L air buah sekali hadap, memang jenuh!
Tak abis dua-dua ni minum.
Masing-masing kenyang air buah.
Tapi sedap air tembikai dia.
Malam tu sekali lagi kelas tusyen dimulakan.
Aku ni berdoa je janganlah En Wan ni mengajar sambil naik hantu.
Karang anak tak apa-apa, aku yang stress.
En Wan ni kalau mengajar anak, pitching dia lagi tinggi dari aku, tu pasal aku stress.
Nasib baik mood dia hari tu baik sepanjang kelas tusyen berlansung.
Morning!
Sabtu.
Hari ni memang takde ke mana dah sebab flight kitorang 12.55.
Jadi lepas makan terus siap-siap and hantar Redza balik skolah.
Pagi Sabtu, menu aku nasi lemak.
Round 2.
Takde plan nak makan ni pun tapi En Wan tetina hulur cheese omelette, maka terpaksa lah aku ambik 2 roti.
"Terpaksa" katanya tapi ambik sampai 2 keping.
Another 2 bulan, insyallah Redza tamat Form 2 di sini.
Rasa macam baru je aku berbonding-bondong anak beranak gi hantar dia mendaftar kat sana, tup-tup dah 2 tahun.
Nampaknya macam dah selesa and seronok.
Asal seronok dah la, kalau tak seronok karang serabut kepala aku mikir.
Rayyan pun dah biasa berjauhan dengan abang tapi sesekali jumpa memang bergumpal je kerjanya.
Alhamdulullah flight pegi balik smooth je, walaupun Langkawi hujan tapi takde gegar-gegar sangat.
Boleh pulak aku tetido 10 minit.
Kalau dah boleh tetido tu kira ada peningkatan la kan? Hahaha.
Turun-turun je flight terus ke Restoran Rebung Chef Ismail.
Memang park kereta kat airport sebab dah plan dari airport nak rush ke majlis akikah anak kepada cousin En Wan.
Just nice sampai sana pun dah pukul 4pm, terus dinner je lah.
Nampak pulak sambal tempe, memang situ aku tuju dulu.
En Wan pelik tengok pinggan aku.
"Apeni? Makan nasi beriyani tapi ambik lauk asam pedas pari dengan sambal tempe?"
Entah, aku main cedok je nasi apa yang ada depan mata.
Asalkan namanya nasik, jalannnnnn.
Tapi seriously, sambal tempe dia sedap!
The family with tuan rumah.
Aku baru try barkTHINS.
Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Dia ad a few flavour tapi yang aku ambik ni Dark Choc Blueberry with Quinoa.
Memang sedap tak tipu.
Ini sejenis makan jangan pelawa orang sebab kat dalam tu sikit je.
Nasib baik En Wan memang tak makan coklat sangat, jadi puas aku hadap ni sorang-sorang.
Ok so now list Redza bertambah.
Selalunya Ferrero Roche, Haribo, Daim, Kinder, Lindt je.
Lepas ni tambah satu lagi barkTHINS :)
Terima kasih yang respond to our offer Jumaat lepas.
Ramai yang dah beli awal sebab nakkan keistimewaan pilih warna mug sendiri.
Ok offer untuk pilih warna mug dah tamat.
Tapi jangan risau, offer harga Ulangtahun ke-3 GreenAard akan bermula ESOK.
Dari 25 Sept sampai 5 Okt semua produk GreenAard akan dapat harga diskaun sempena 3rd Anniversary.
Esok, mug akan tetap di bagi tapi kita bagi random colors.
Nak tau harga dan syarat?
WHATSAPP SINI.
Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Dia ad a few flavour tapi yang aku ambik ni Dark Choc Blueberry with Quinoa.
Memang sedap tak tipu.
Ini sejenis makan jangan pelawa orang sebab kat dalam tu sikit je.
Nasib baik En Wan memang tak makan coklat sangat, jadi puas aku hadap ni sorang-sorang.
Ok so now list Redza bertambah.
Selalunya Ferrero Roche, Haribo, Daim, Kinder, Lindt je.
Lepas ni tambah satu lagi barkTHINS :)
Terima kasih yang respond to our offer Jumaat lepas.
Ramai yang dah beli awal sebab nakkan keistimewaan pilih warna mug sendiri.
Ok offer untuk pilih warna mug dah tamat.
Tapi jangan risau, offer harga Ulangtahun ke-3 GreenAard akan bermula ESOK.
Dari 25 Sept sampai 5 Okt semua produk GreenAard akan dapat harga diskaun sempena 3rd Anniversary.
Esok, mug akan tetap di bagi tapi kita bagi random colors.
Nak tau harga dan syarat?
WHATSAPP SINI.
2018-09-21
3 isu and 3rd anniversary
Ada 3 isu nak highlite kat sini. Kalau ada sesape rasa dia pun macam nak tanya soalan yang sama, sila baca explanation di bawah :
1. GC Plus and breastfeeding
Ni soalan dari customer to admin GreenAard yang kemudiannya di-forward oleh admin kepada aku untuk aku jawabkan.
Dah explain sikit kat situ, tapi aku nak explain panjang lebar kat sini.
It's quite common kalau cepat lapar dan cepat haus bila breastfeeding sebab breastfeeding guna banyak tenaga.
Menetek memang bukan satu kerja keras tapi penghasilan susu tu yang banyak guna kalori.
That's why this customer rasa extra lapar bila breastfeeding at the same time ambil GC Plus.
Itu adalah bukti bahawa GC Plus also burn calorie, bukan sekadar bagi lawas berak semata-mata.
Proses-proses protein yang dipecahkan kepada asid amino.
Lemak yang dipecahkan kepada asid lemak.
Karbohidrat yang dipecahkan kepada glukosa.
Akibat semua proses pemecahan ni, mesej dihantar ke otak bahawa badan perlukan tambahan kalori (food).
That's why kita berasa cepat lapar walaupun tak buat apa-apa kerja berat.
Tapi, jangan keliru dengan rasa lapar.
Kerana badan kita bagi signal yang sama bila dia nakkan sesuatu.
Belum tentu rasa lapar tu sebab betul-betul lapar, boleh jadi badan nak air.
Cuba minum 2 gelas air dulu.
Then tunggu kejap see if rasa lapar tu masih ada.
Ada kemungkinan lepas minum air 2 gelas, lapar pun hilang.
Tapi kalau masih rasa lapar, itu maknanya memang kena makan lagi.
Ok, bab 'kena makan lagi' ni tricky sikit.
Bila lapar, jangan sebarang-sebarang makanan kau sapu.
Ramai orang buat silap.
Asal lapar je, makan.
Asal lapar, makan.
Makan pulak sambar je apa yang ada.
Salah.
Badan kita bagi signal yang sama kalau dia nakkan sesuatu.
Sometimes, badan bagi signal lapar kerana dia mahukan makanan tertentu kerana kekurangan zat tertentu.
Pernah tak lepas makan burger, kita rasa macam tak kenyang lalu kita makan jajan.
Dah habis jajan, masih tak puas, kita pun ambik aiskrim.
Pernah?
Perut kita sebenarnya bukan lapar sangat, cuma zat yang diperlukan oleh badan je tak cukup.
Kita hanya perlu makan makanan yang badan perlukan untuk stop-kan rasa lapar ni.
The issue is kita sendiri tak tau apa zat yang kurang dalam badan.
That's why penting makan makanan seimbang supaya zat-zat yang badan perlukan complete.
Diet bukan bermaksud berlapar.
Diet bermaksud kawal pengambilan makanan.
Kita boleh mati kalau tak makan.
Tapi kita takkan mati kalau tak makan fast food.
Maksudnya, instead of makan fast food, makanlah nasi.
Instead of minum teh tarik, minumlah teh o tanpa gula.
Those yang breastfeeding, badan memang senang nak bagi signal 'lapar'.
Ini kerana badan sebenarnya bekerja sepanjang masa untuk mencukupkan susu.
Badan kita burn roughly 500 kalori sehari hanya untuk produce susu.
Itu baru buat susu, belum kira lagi kalori yang burn bila buat aktiviti lain.
Jadi tak hairanlah kalau mak-mak yang menyusu cepat slim badannya.
Kalau breastfeeding mothers ambil GC Plus, badan akan burn kalori lebih banyak.
Kerana GC Plus berfungsi untuk tambah jisim otot.
Semakin bertambah jisim otot, semakin banyak calorie akan dibakar naturally each day on its own.
Secara mudah faham, GC Plus bergerak 2 cara :
1. mula-mula dia tambahkan jisim otot. Pertambahan otot menggunakan banyak kalori.
2. bila otot bertambah, lemak akan dibakar dengan lebih banyak.
Kalau korang breastfeeding + GC Plus, ada 2 sumber bakar kalori.
Kalau breastfeeding + GC Plus + senaman, ada 3 sumber bakar kalori kat sini.
Jadi, those yang ada simpanan lemak yang banyak, makanlah sikit je semasa menyusu supaya badan cepat slim.
Tapi kalau jenis aktif (sempat bersenam bagai), perlu makan lebih banyak to keep up with the caloric demands.
Rasa panjang dah ni aku explain, kalau perlukan explanation lebih, boleh ke www.greenaard.com and klik LIVE CHAT.
2. Keputihan masih ada lepas makan Herba Rahsia Rimba.
Ramai yang bagi feedback lepas ambil Herba Rahsia Rimba keputihan berkurang dan dah tak berbau and gatal-gatal lagi.
Tapi kebanyakkannya expect keputihan hilang terus.
Jangan keliru.
Faraj kita memang akan hasilkan discharge.
Faraj memang keluarkan lendir untuk tujuan melembabkan faraj at the same time to prevent and fight infections.
Jangan panik kalau discharge masih ada.
Dan jangan tambah panik kalau discharge berubah warna.
Ini perkara biasa untuk warna, tekstur, dan jumlah discharge berubah-ubah pada waktu-waktu tertentu dalam sebulan kerana kita ada kitaran haid.
As long as tak banyak, tak gatal dan tak berbau - that's ok.
Kalau discharge tu tak berketul, tak tebal, tak berwarna selain putih/jernih, maknanya itu normal discharge.
Kita tak boleh expect faraj kering terus dari lendir. Tak boleh.
Paling-paling pun mesti ada secotet keluar.
3. Herba Rahsia Rimba boleh kuruskan badan tak?
BOLEH, tapi bukan secara directly.
Caranya gini :
Bila kita makan, gula darah jadi meningkat.
Bila gula darah meningkat, insulin pun datang.
Insulin berfunsi kawal gula darah dengan cara simpan ke 3 tempat berlainan :
- hantar small amount gula ke hati.
- hantar big amount gula ke otot untuk diguna sebagai tenaga.
- hantar sikit (atau maybe takde lansung) ke tempat simpanan lemak.
Tapi, bila paras estrogen tak menentu, insulin akan jadi haywire.
Patutnya dia hantar sikit gula ke lemak, tapi dia hantar banyak gula ke sini.
Patutnya dia hantar banyak gula ke otot, tapi dia hantar sikit (atau maybe takde lansung) gula ke otot.
Bila gula dihantar sikit ke otot, maknanya aliran darah akan tinggi dengan gula.
Akhirnya gula-gula yang tak digunakan ni akan ditukar menjadi lemak.
Lemak pun bertambah, bertambah dan bertambah.
So apa kaitannya dengan Herba Rahsia Rimba?
Herba Rahsia Rimba fungsinya membantu stabilkan hormon estrogen.
Bila paras estrogen dalam level yang sihat, insulin akan berfungsi dengan baik.
Secara tak lansung, membantu mengelakkan berat badan dari betambah.
Faham tak agak-agak?
Kalau nak penjelasan lebih, tekan LIVE CHAT ok?
Aku ada kat Langkawi dari semalam, tapi insyallah boleh respond to live chat.
Aku tak dapat nak attach gamba dengan betul bila update pakai henfon.
Ni je paling senonoh dapat upload tak tau apesal.
Nanti esok aku balik aku up gamba lain.
Anyways, 25 September depan ulangtahun ke-3 GreenAard.
Ni je paling senonoh dapat upload tak tau apesal.
Nanti esok aku balik aku up gamba lain.
Anyways, 25 September depan ulangtahun ke-3 GreenAard.
Ada sikit free gift untuk pengguna GreenAard.
Syaratnya kena beli samada di email, FB atau whatsapp dan minimum RM130 serta tak boleh pilih warna mug.
Tapi aku buka peluang untuk sesiapa yang nak beli today, korang boleh pilih warna mug.
Harga promosi boleh mintak pada admin, KLIK SINI.
Subscribe to:
Posts (Atom)