Showing posts with label Medical Card. Show all posts
Showing posts with label Medical Card. Show all posts

2026-07-20

Medical Card: Sepatutnya kau tak layak lansung dapat medical card.


En Wan ada satu new kes yang mana client dah ada high blood pressure (HBP), tapi medical-nya lulus!

Cerita dia gini. This client dah ambil medication HBP. Tak tahulah macamana dia tergerak nak apply medical card. Kalau ikut kebiasaan, yang ada HBP memang payah nak lulus. Tapi En Wan kata takpe kita cuba, tengok underwriter cakap apa. Kalau boleh appeal, kita appeal.

Bila submit proposal, underwriter tak terus reject, tapi dia bagi requirement. Minta client buat medical check up and some questionnaires untuk doktor fill up.

Her medical report tunjuk BP under control dan pengambilan ubat pun tak heavy, seminggu 2 kali saja. Maknanya tak high risk. Jadi underwriter terus luluskan with some loading.

Ok ini aku nak cakap pasal LOADING.

Loading bermaksud kenaikan caruman dari harga standard. Semasa agen bagi quotation, itu adalah harga standard. Contoh, kalau umur 40, female, sihat carumannya RM200. Selepas underwriter buat underwriting, dia dapati kau agak berisiko, jadi caruman kau RM280. Kenaikan RM80.

Selalunya orang tak nak ambil. Mati-mati nak yang harga standard.

DENGAR SINI AKU CAKAP.

Kau kena sedar diri, ya. Kau tak sihat macam orang lain. Kau ada penyakit. Kau dah start makan ubat. Kau dah ada rekod doktor. Kau dah ada risiko. Sepatutnya kau tak layak lansung dapat medical card. 

Some underwriter lebih strict. Dia bagi kau medical card tapi exclude segala yang berkaitan dengan HBP. Maksudnya if on day kau dapat heart attack, treatment tu tak ditanggung oleh medical card sebab ada sangkut-paut dengan HBP.

Tetapi kalau kau dapat medical card with loading, tolong jangan reject!!

Loading without exclusion bermaksud, medical card kau akan tanggung semua sakit walaupun yang ada kaitan dengan HBP. This is a very rare case. Selalunya underwriter yang berani bagi loading without exclusion adalah undewriter senior. Dia undewrite berdasarkan pengalamannya bertahun-tahun. Dia dah tahu nak buat risk calculation.

Jangan hanya kerana kena bayar extra RM80 kau tolak that medical card. RUGI!

Tanyalah orang yang berpenyakit. Kalau boleh dorang nak ada medical card. Ini kau dah dapat, tapi berkira-kira nak ambik ke tak, nak ambil ke tak. Hello..?? Kau dah ada penyakit tau. Kena ingat tu. Payah nak lulus medical card kalau dah ada penyakit.

Underwriter dah tengok keseluruhan risiko. Dia dah tengok umur, keadaan kesihatan, sejarah penyakit, result medical check-up, jenis ubat yang kau makan, and dah buat kira-kira kemungkinan future claim. Maybe from there dia buat decision "Ok, risiko dia lagi tinggi daripada orang yang sihat. Kita terima, tapi dengan loading"

Maksudnya?

Kau masih diberi peluang untuk ada medical card.

Yes, kau bayar lebih. Tapi kau masih ada protection. Itu yang kita nak.

Loading bukan bermaksud kau kena denda. Itu cara untuk sesuaikan harga caruman dengan risiko kau sekarang. Umpama beli kereta baru tak pernah accident VS kereta second hand yang dah ada rekod claim. Logik ke harga insurans-nya sama?

Macam tu lah dengan medical card. Insurans menilai RISIKO.

Kalau dah dapat medical card tapi tak nak accept semata-mata tak nak tambah RM80, aku nak tanya apa sebenarnya yang kau tengah protect? Protect RM80 sebulan and abaikan risiko medical treatment ratusan ribu ringgit in future?

Kadang-kadang kita terlalu fokus kepada harga yang kita kena bayar hari ni, tapi lupa kos yang mungkin kita perlu tanggung kalau berlaku hospitalization nanti.

Kalau underwriter bagi peluang walaupun dengan loading, jangan tengok loading as beban. Tengok dia sebagai your second chance.

Now Prudential tengah buat offer untuk orang-orang yang ada polisi lama yang nilainya sikit (less than 100K). Orang-orang ini boleh ambil new polisi TANPA PERLU CHECK KESIHATAN. Dengan syarat, polisi lama belum pernah claim.

Salah sorang yang lulus, is anak sedara aku, Mirza.

Mirza ni sebelum dia di-detect dengan autisme, mak bapak dia dah buat medical card. Autism boleh detect seawal 5-6 tahun. Jadi, dia dah sempat buat medical card dan tak pernah claim apa-apa lagi setakat ni. Mirza bagus, tak pernah masuk hospital, kecuali bersunat. 

Maka, laju-laju Palong dia call, mintak Azrul tambah polisi baru. Sebab Mirza sebenarnya tak layak untuk buat new polisi because dia dah ada rekod autism. Tapi disebabkan offer Prudential yang baru ni, sesiapa yang belum pernah buat claim boleh buat new polisi tanpa tengok rekod kesihatan. Terus bapaknya beli new polisi. Polisi lama cuma RM50K je. Yang baru ni RM200K terus.

Korang kalau ada polisi lama yang protecion less than RM100K, dan polisi Prudential, dan tak pernah claim, walaupun sekarang dah ada sakit, silakan laju-laju call En Wan. Buat new polisi. Undewriter terus luluskan tanpa ada sebarang checkup. Jangan lambat-lambat. Karang dia tutup offer ni, nangis lagi.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)   



2026-07-07

Medical Card: Dalam memilih agen, achievement agen tu penting.


Ini satu lesson untuk semua yang nak ambil medical card. Jangan pilih agen semata-mata sebab dia kawan atau kita rasa kesian nak support bisnes dia.

Takaful bukan purchase yang kita buat sekali saja. This is a komitmen yang kita nak pakai maybe 20-30 tahun lagi. Dalam tempoh tu, akan ada macam-macam urusan. Nak review polisi, nak ubah penama, nak tambah protection, nak buat claim, nak tanya tentang hibah, nak confirmkan polisi masih aktif atau tak, etc.

Kalau agen yang kita pilih susah nak di-contact, follow up lambat atau tak lama dalam industri, payahlah. Memanglah kalau agen hilang, polisi kita tak hilang. Polisi kita akan diletakkan bawah leader/manager si agen tadi. Tapi kita kenal ke managernya? Manager tu pun faham ke health condition kita? Entah-entah dia tak study pun polisi kita, dia park bawah dia je.

As client, dah tentulah kita lagi selesa berurusan dengan agen yang kenal polisi kita and boleh respond dengan cepat. Itu yang membezakan between “sekadar ada polisi” dengan “good service”.

Dalam memilih agen, achievement agen tu penting. Kalau tengok key person mencari polisi, dorang memilih agen. Dorang hanya nak MDRT agen saja. Bukan dorang nak flex “Ohh agen aku MDRT”. Bukan. Tapj achievement agen menunjukkan agen tu aktif, konsisten and serius dalam industri ini. Agen ni betul-betul nak kekal lama, bukan sekadar menyinggah nak cari extra money.

Key client sejenis yang tak kisah bajet, asalkan agen can give good service and take care of their policy. Lagipun dorang tahu kes-kes under MDRT agen akan di-treated as priority oleh company because MDRT agen ada customer service sendiri. Segala urusan lebih cepat.

Kalau sesiapa nak cari extra income, toksahlah pilih untuk jadi agen takaful. Because kerjaya as agen takaful ni bukan boleh santai-santai buat kerja. Kau kena fokus betul-betul, rajin cari new client. Because kalau appointment kau terlalu sikit, kau punya presentation takkan sharp. Sebab kau jarang buat. Macamana nak convincekan client?

Kalau sekadar nak cari side income, carilah job yang boleh buat santai-santai. Not with takaful. Dengan takaful kena serious. Orang yang serious jadi agen takaful usually lebih jaga reputasi, lebih banyak knowledge, lebih banyak experience buat claims, dan lebih banyak handle kes pelik-pelik.

Kalau agen konsisten dapat reward and award setiap tahun, itulah agen yang kita kena hire sebenarnya. Tapi biasalah, orang kita ni pelik sikit. Kalau agen tu perform, hat tu yang dia jaki. Jaki amende tak tahulah. Bukannya company yang bayar gaji agen. Nak bodek company untuk naik gaji pun tak dapat. 

Agen yang banyak recognition tu agen yang perform. Tak perform kalu, memang kena terminate. Idoklah maksudnya kalau agen tu masih baru, jangan ambil. Semua agen yang hebat hari ni pernah jadi agen baru. Cuma, kalau dia baru, pastikan kita memang kenal perangai dan etika kerjanya.

Jenis bertanggungjawab ke tak?
Jenis teliti ke tak?
Jenis fokus ke tak?
Whatsapp reply ke tak?
Mudah dihubungi?
Jujur ke tak?

Ini semua lagi penting daripada sekadar boleh jual polisi.

Kalau sebelum sign pun whatsapp lambat reply, soalan dijawab ala kadar, muncul hanya bila nak close sale — jangan harap after sales servis lebih baik. Selalunya pattern service before and after tu kekal.

Salah sorang key client En Wan, sebelum dia hire En Wan as agen, banyak soalan dia tanya. Berapa lama dalam industri, buat full time ke part time, apa recognition yang pernah dapat….berpeluh nak menjawab kalau tak konfiden.

Ini biasa. Mana-mana key client sangat pentingkan servis. Duit takde masalah to them. Dorang nak servis tip-top. Key client En Wan kebanyakkan owner company. Bila dorang puas hati, dorang promote staff-staff ambil dengan En Wan jugak.

Nak pilih company takaful mana?

Bagi aku, company mana-mana pun takpe. Polisi plan tak jauh beza. Asalkan agen trusted. Kalau agen bagus, hilang satu serabut.

Tolonglah jangan ambil polisi yang takde agen. Ada company jual takaful tanpa agen. Murah memang murah, tapi hazabedahnya Allah je yang tahu bila nak buat claim. Banyak dah aku tengok orang mengeluh kat Thread salahkan company. Susah nak respond, lambat, GL tak approve. Macam-macam.

Itulah fungsinya agen. Agen ni perantara antara client dengan company. Agen tahu flow untuk approve GL, approve claim, appeal. Company lebih senang nak berurusan dengan agen berbanding client sebab agen lebih faham dengan polisi client. Ni kau dahlah takde agen, polisi pun kau tak berapa faham. Pastu bila berurusan dengan company macam ayam dengan itik bercakap. Company tanya kau tak tahu nak explain apa. Berbaloi ke ambil polisi tanpa agen sebab nak murah, ujung-ujung hassle?

Tips nak buat medical card:

(1) Pilih pelan yang sesuai bajet
(2) Pilih agen yang profesional, responsif dan ada good service record.

En Wan kata selalunya dia akan tanya client berapa bajet. Daripada bajet tu baru dia propose pelan. Selalunya dia akan bagi 2 jenis pelan. Satu yang sesuai bajet client. Satu lagi yang up sikit tapi dengan benefit yang lebih. Selalunya client end up pilih yang benefit lebih.

Maksudnya kat sini, bajet bukanlah isu. Bila client tengok agen explain why Pelan A begini, why Pelan B begitu, client nampak VALUE di sebalik harga yang dibayar. Bila client faham beza benefit antara dua pelan tadi, dorang sendiri akan menilai samada bayar extra tu berbaloi atau tak.

Support kawan tu bagus, tapi pastikan kawan tu serious. Kalau dia buat part time, elakkanlah. Takaful sebenarnya bukan kerjaya yang boleh buat part time sebab kerjanya banyak. Pilihlah agen sebab kita yakin dengan integriti, knowledge, komitmen and kemampuan dia untuk jaga polisi kita. Anything happen esok, kita perlukan someone yang profesional yang really boleh menolong.

Aku rasa ramai yang salah faham konsep takaful.

Kita mencarum bukan untuk kumpul point. Kita mencarum sebab nak pindahkan risiko kewangan kepada company takaful.

Bila kita tak pernah buat claim selama 7 tahun, itu sebenarnya good news. Maksudnya kita sihat, tak ditimpa musibah besar yang buatkan kita perlu guna that protection. Dah lama bayar dan tak pernah claim, ini company takde keperluan untuk bagi reward. Sebab caruman takaful bukan savings atau customer loyalty program.

Caruman kita bagi every month tu dikumpul dalam tabung dana risiko yang bila sesiapa ditimpa musibah, dana tu lah yang akan digunakan. Hari ini maybe we don't need that dana. But who knows esok lusa? Takde siapa nak sakit. Tapi kita perlu ada back-up plan. Samada dengan savings sendiri atau medical card.

“Tak pernah claim tapi caruman naik. Patutnya bagilah diskaun macam insurans kereta”

Hello? Nilai kereta makin lama makin susut. Kalau beli kereta RM100K, lagi 10 tahun nilainya maybe tinggal RM40K. Kalau tak buat claim, memang dapat diskaun.

Medical card takde konsep aset yang susut nilai. In fact, risikonya makin tinggi sebab makin umur bertambah, makin tinggi risiko dapat sakit. Kos rawatan dan ubat makin mahal. Teknologi rawatan makin lama makin canggih. 

Tu pasal setiap 3 tahun please review polisi dengan agen. Sebab sometimes company tambah benefit untuk cover rawatan guna new technology. Kalau kau tak review polisi, one day jatuh sakit, penyakit tu pulak treatmentnya dah guna new technology, tapi polisi tak cover that technology. Dahhhhh kena bayar sendiri. Padahal kalau review polisi, boleh masukkan that benefit, takyah bayar sendiri.

Isunya bukan kita pernah claim atau tak, tapi how much cost yang perlu untuk bayar segala kos-kos perubatan hari ni berbanding kos perubatan 10 tahun lepas. Kalau company nak bagi hadiah atau token of appreciation, itu adalah inisiatif saja. Ada, bagus. Takde, bukan kewajipan pun.

That’s why some agen ambil inisiatif untuk provide client dengan gifts. Planner, payung, calendar, tabung. Ini semua tak wajib, inisiatif saja. 

Nilai sebenar medical card bukan pada berapa banyak kita dapat balik, tapi pada financial protection. Bila kita tak payah risau bil hospital ratusan ribu because company takaful cover, itu sebenarnya benefit yang paling besar.

Ini kes client En Wan. Claim approved RM30K. Ini client yang aku teman En Wan visit Ahad lepas. Alhamdulillah, cepat urusan claim. Dia accident masa En Wan outstation ke Penang. Semalam En Wan ada di Surabaya. Today approved dah.

Tak sangka main-main bola pun boleh accident. Hari tu aku pernah buat post, kalau ada anak yang join sports macam bola atau rugby, buatlah medical card untuk anak tu. Sebab risiko nak cedera tu tinggi.

En Wan masih di Surabaya, tapi dia bawak iPad ke mana-mana. Kalau nak send request boleh je whatsapp dia 012-4407757. Dia masih boleh bekerja.


2026-06-18

Medical Card: Patut ke saya terminate medical card?


Izinkanlah aku buat appreciation post to manusia paling annoying dalam hidup aku selama 25 tahun ni, Wan Mohd Ridzuan.

Semalam dia achieved one more recognition, iaitu Executive Wealth Planner.

Sepanjang dia jadi agen, dia achieved KESEMUA 4 stage ni setiap tahun:

Wealth Planner
Executive Wealth Planner
Senior Executive Wealth Planner
Premier Wealth Planner

So now dia ada lagi 2 more level to go. MDRT dia dah dapat last month. MDRT pun setiap tahun achieved, alhamdulillah.

Aku tanya dia antara reward and award, mana dia lagi suka. Dia cakap award. Sebab tu dia lebih suka share award (recognition) yang dia dapat berbanding reward. Reward ni dia kata tak perform pun, asal ada duit boleh je dapat apa yang reward tu offer.

Hari tu En Wan dapat random new client yang signup RM600K Critical Ilness and RM2M hibah (kalau tak silap aku ini figurenya). Aku tanya mana dia jumpa client ni? Dia cakap client ni yang approach dia lepas nampak FB. This client specifically nak cari agen MDRT untuk jaga polisi-polisi dia.

Dulu aku ingatkan MDRT ni just another recognition. Rupanya tak, ya. MDRT ni world recognition. Only 2% financial planner achieves MDRT every year. No wonder client En Wan tadi specifically cari agen MDRT. Sebab MDRT ni petunjuk that agen konsisten. Bila konsisten maknanya that agen memang nak kerja lama dalam bidang ni. Aku rasa orang yang serious nak dapatkan medical card atau hibah kena consider this point dalam memilih agen.

Memandangkan MDRT tu payah nak capai, maybe susah juga kalau nak cari agen MDRT saja. Tapi, janganlah rembat sebarang-sebarang orang as agen. Especially yang hire agen sebab itu kawan atau saudara.

Aku faham benda ni. Even dalam business apa-apa pun, yang support kita awal-awal adalah stranger. Sebab stranger nampak value yang kita carry. Tapi family and friends nampak kita dari old lense. Dia tak nampak kita as experts atau entrepreneur yang ada value. Bila dah berjaya, baru dorang support sebab masa tu dorang nak nampak sisi kita yang lain.

Masa En Wan jadi agen takaful, client-client pertama dia bukan dari orang yang dia kenal. Semuanya dari blog reader aku yang kenal En Wan melalui apa yang aku share selama 20 tahun berblogging. Orang-orang ni kenal En Wan as engineer, manager, business owner. Maknanya dorang kenal En Wan dan nampak value-nya di mana.

Tapi family and friends masih nampak En Wan as member, ex-schoolmate, member lepak, geng main bola, cousins, anak sedara…etc. Takde yang gah kat situ. Jadi logiklah kalau awal-awal dorang tak support. Later, bila En Wan dah buktikan dia berada dalam level yang serious dengan banyak recognition dapat, barulah family and friends sign-up. This is normal, takde apa yang nak di-bitter-kan.

En Wan punya game dah berbeza now. Dulu dia agen. Kalau ada sebarang competition pun dari kalangan agen-agen saja. Now dah dalam group leader. Game berbeza. Now competition dia dari kalangan leaders. Apa-apa pencapaian dikira dalam bentuk group. Memang tak tercompete dia kata sebab manager-manager lain dah ada ramai agen di bawahnya. En Wan baru ada 4 orang 😄.

Aku cakap kat dia takyah compete dengan orang. Buat stress je. Dah tua-tua ni takyah stress. Just hit recognition yang important macam Wealth Planner and MDRT sebab recognition ini semua dinilai based on personal performance, bukan by group. Tahun ni nampaknya dia masih capai MDRT and semalam Exec Wealth Planner. Another 2 more stage to go untuk completekan cycle ni.

En Wan nak cuba pertahankan MDRT tahun depan sebab MDRT ni banyak bantu client-client dia. MDRT ada line khas. Any claims and proposal laju berdesup customer service buat. Aku rasa ramai big clients especially key clients yang nak signup polisi berjuta memang cari MDRT agen only. Jadi, sangat worth kerja keras untuk maintain that recognition.

JANGAN TERMINATE!!

Dengar cakap aku, jangan terminate. Pergi mintak agen review and kurangkan benefit supaya caruman rendah sikit.

Yang baru nak signup polisi, aku sarankan, sebelum buat komitmen besar, signup medical card dulu. Ini pengalaman sendiri.

Aku and En Wan sebelum beli rumah sendiri, kitorang signup medical card dulu. Sebab apa? Sebab bila komitmen lain dah banyak, dah ada anak, ada kereta, ada rumah, duit kau akan spend ke semua ni. Dah takde left untuk savings pun. Jadi, better buat komitmen dengan medical card dulu. Inilah investment untuk hospitalization nanti.

Selalunya, yang decided nak stop medical card adalah bila medical card bukan komitmen dia yang utama. Dia ambil medicl card setelah ada komitmen besar yang lain. Jadi bila keadaan financial teruk, dia mudah nak buang medical card sebab rasa itu bukan komitmen penting.

Katakan medical card RM360 sebulan. Dia merasa lega bila bulan-bulan dah jimat RM360. Tapi dia tak sedar dia dah hilang protection RM360 tu sekiranya dia jatuh sakit.

In realiti, berapa ramai yang buang medical card dan gantikan caruman bulanan tu ke dalam savings di ASB? Aku boleh jamin tak ramai. Yang ramainya, buang medical card, dan terus tak replace that dalam bentuk savings. Sebab tu jangan terminate, tetapi kurangkan benefit supaya boleh murahkan caruman. Pergi jumpa agen dan mintak dia review balik.

Selalunya orang yang buat post macam ni dia sebenarnya dah pun buat decision nak terminate. Sebab tu dia dah ada macam-macam reason ready. Orang macam ni selalunya taknak cari information tapi validation.

Selalunya hoping ada komen yang cakap:

“Saya dah terminate lama dah”
“Government hospital dah cukup”
“Saya tak ada pun ok je”


… so that dia rasa lebih yakin dengan keputusan yang dia dah pun buat. Bila ada orang cakap “Pertimbangkan downgrade”, sometimes jawapan tu tak dapat respond yang sama sebab that jawapan tak mengesahkan keputusan yang dah pun dia decide.

But as someone yang kerjanya agen, your tugas bukan bagi jawapan yang orang nak dengar. Your tugas is bagi maklumat yang dorang PERLU DENGAR.

Next time kalau dengar orang tanya “Patut ke saya terminate medical card?” ATAU “Patut ke saya ada medical card?”

Cakap je “Saya tak tahu. Awak kena check apa status kesihatan awak sekarang, apa tanggungan awak sekarang (keluarga), berapa banyak emergency fund ada (atau savings) and apa sebenarnya protection yang GL bagi”

Pandai-pandailah dia pikir sendiri.

Yang rasa terbeban dengan caruman, please jumpa balik agen mintak kurangkan benefit. Tapi please jangan terminate.


Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)   

2026-06-07

Medical Card: Collect medical report tu semua bukan kerja agen. Itu client yang kena collect.


Aku tak tahulah nak kesian ke, nak sengih ke bila baca post ni kat Thread:

Ceritanya dia bengang bila agen tak uruskan her Pay & Claim. Maybe dia ingat collect dokumen and segala resit-resit ni kerja agen. Aku rasa ramai salah faham tugas agen takaful, especially melibatkan proses claim.

Setiap kali nak buat claim, syarikat takaful akan mintak dokumen yang berkenaan macam medical report, questionnaire dari doktor yang merawat atau resit tertentu. Medical report and resit ni CLIENT YANG KENA MINTAK DARI HOSPITAL, BUKAN AGEN.

BUKAN AGEN
BUKAN AGEN
BUKAN AGEN

Mesti terkejut tahu ni, kan?

Ya, dik. Collect medical report tu semua bukan kerja agen. Itu client yang kena collect. Masalahnya sekarang tahu tak kenapa client tak nak collect and suruh agen?

Sebabbbbbbb nak collect medical report kena bayar! Hat ni yang client taknak. Dia rasa agen tu yang kena keluarkan duit agen sendiri sebab agen makan komisyen dia. Hahahahha. Lawak apekah ini???

Dear all, agen bukan pekerja hospital. Dan agen BUKAN staff syarikat takaful. Agen ni kerja sendiri. Tugas agen lebih kepada perantara yang membantu client memahami proses. Agen tolong semak dokumen, pastikan submission lengkap. Pastu agen hantar dokumen ke syarikat. Then agen follow up status. Agen tolong explain mana-mana perkara yang perlu explanation.

Agen BUKAN pihak yang kerjanya ambil medical report client, atau collect any official dokumen bagi pihak client. Collect medical report, collect resit — ini semua client kena buat. Cuma memang ada some agen yang willing to buatkan. Nama agen ni Wan Mohd Ridzuan 😆.

Kadang aku marah gak bila some client yang banyak cengkadak nak appeal kes, tapi medical report tak nak collect. Dahlah tak nak collect, tak nak bayar pulak tu! Konon macam “Kalau kau nak polisi aku lulus, kaulah kena buat semua”.

Aku memang mengamuk dengan En Wan kalau kena client jenis bangang macam ni. Aku cakap kat dia macam ni punya client pun nak jaga ke? Dia yang berpenyakit, dia yang nak medical card, tapi taknak bagi kerjasama. Kau sakit sebelum ada medical card kot, patutnya kaulah collect semua sendiri. Jenis client ginilah yang paling susah nak handle besok.

Aku pernah mengamuk sampai En Wan drop satu prospek. Ceritanya client ni nak medical card tapi dah ada history masuk hospital. Proposal dia declined. Aku buatkan appeal letter. Dari proposal tu decline, aku appeal 2 kali sampai lulus. Tapi ada exclusion. Dah kau berpenyakit, mana boleh dapat clean case. Wahh merentan cakap taknak proceed. Dia ingat dia sorang je prospek En Wan kot nak acah-acah ugut gitu.

Pastu medical report dia kena kutip dari 3 tempat, tapi dia taknak bayar. Laki aku ni pun satu tebiat, baik tak bertempat. En Wan kata takpelah nak tolong sebab orang ni dah sakit. Dia bayarkan medical report. Aku melayankan permintaan En Wan buatkan appeal. Bukan sekali, tapi DUA kali! Memang betul-betul nak tolong dia dapat medical card.

Bila dia dah start ugut-ugut gitu, aku keluarkan kata dua dengan En Wan.

“Kalau awak proceed dengan customer ni, saya calarkan kereta awak. I don’t care!”

Memandangkan En Wan tahu aku pernah buat kerja gila, dia drop that case. Aku cakap kat En Wan dengarlah cakap aku, client tu takkan jumpa agen yang boleh handle kes dia. Aku faham sangat tebiat bangang macam ni. Sekali betul TAKDE, GAIS! TAKDE. After beberapa bulan, En Wan kata client tu contact balik sebab nak re-appeal. Aku bagi side-eyes kat En Wan.

“Siapa yang nak appealkan? Buatlah sendiri kalau nak”

Pastu En Wan ceritalah kat aku why client tu cari dia balik. Sorry the morry. Malas aku layan bangsa mengkulikan orang ni. Aku cakap kat En Wan “Kalau berani ambiklah that client, I tell you awak takkan dapat new case dah pasni sebab menyakitkan hati bini”

Wahhh drama aku gaisssss 😆. En Wan declined her request dengan berhemah. Dapat kat laki aku memanglah berhemah. Dapat aku as agen, taulah nasib kau. Tu pasal aku takleh jadi agen. Terbakor semua kang.

Analogi agen takaful ni kalau nak senang faham umpama kau buat loan bank. Pegawai bank bagitau dokumen apa yang bank perlukan. Pegawai bank boleh tolong semak dokumen kau. Dorang tolong submit proses permohonan.
 
Kau takkan nampak pegawai bank datang ofis untuk collect slip gaji kau. Ada?

Pegawai bank takkan pergi LHDN untuk print penyata cukai kau. Ada?

Dorang takkan keluarkan duit sendiri untuk dapatkan dokumen-dokumen kau tu semua. Ada?

Macam tu lah dengan claim insurans. Medical report BUKAN dokumen percuma, ya. Hospital caj. Ada hospital caj puluh ringgit. Ada yang ratus! Pernah En Wan collect medical report dari 4 hospital, totalnya RM500! Setiap report lain caj depends on jenis report yang syarikat takaful request.

Bila syarikat mintak medical report, itu bukan suka-suka nak susahkan client. Medical report tu penting untuk sahkan diagnosis, tengok balik apa bentuk treatment yang dah dibuat, date of diagnosed, date of treatment, health history, etc. Ramai client ingat nak claim ni cuma tunjuk resit je. NOPE. Dari sudut claim, tak semua maklumat yang diperlukan ada pada resit. That’s why syarikat takaful request dokumen tambahan.

En Wan cakap, ramai sebenarnya agen yang taknak jual medical card. Dorang lebih suka jual hibah and investment sebab tak payah buat servicing. Sebab malas nak layan perangai manusia. Jual hibah and investment takde hassle nak uruskan GL, admission ke ward, claims, etc. Most agen yang dah lama-lama taknak pegang client medical card. Leceh. Nak pulak kalau dapat client yang mindset hauk. Banyak cengkadak. Jenuh nak melayan.

Lagi satu jangan terkejut kalau agen korang taknak buat appeal. Itu memang bukan tugas agen.

Agen TAK WAJIB tulis appeal letter dan berjuang sampai claim diluluskan. Proses appeal sebenarnya adalah hak pemegang polisi. Yang kena appeal ialah client sendiri. Agen hanya tolong bagi guideline apa nak tulis dan apa dokumen yang mungkin diperlukan. Tapi agen BUKAN tukang buat semua tu.

Selama aku buatkan appeal client En Wan, itu adalah bagi pihak client. En Wan mintak aku appealkan bagi pihak client. Aku willing “buang masa” kelebet medical report berhelai-helai and baca questionnaire doktor untuk tulis appeal letter kau. Yang kau perangai macam siapalis. Kau rasa aku nak proceed? Memang taklah. Kita nak tolong dia, dia banyak cengkadak pulak. Sebab tu kalau client tu menyusahkan, aku paksa En Wan drop the case. Kau ingat kau je ada perangai? Kau tak tengok aku punya perangai pulak.

Pelik aku client yang rasa agen tu orang suruhan dia. Suruh itu ini. Padahal kerja tu dia kena buat.

En Wan pernah masuk wad minor surgery kat perut. That was tahun Covid, 2020. Masa tu dia belum jadi agen. GL approved, claim OK. Semua takde masalah. Tapi agen takde datang visit, cuma notify masa nak bagitau pasal GL and claim saja. Cara-cara tak nampak agen buat kerja pun En Wan tetap hantar coklat kat agen say thank you. Sebab tahu agen ada buat kerja di balik tabir.

I tell you. Bukan nak puji laki sendiri. Tapi effort En Wan as agen memang A+. Dia punya effort untuk tolong client memang tinggi, walaupun terpaksa menyusahkan bininya sendiri 🙄. Eh tapi pengeras aku tak murah, ya. Aku tekan kaw-kaw.

That’s why kalau beli medical card ke, beli hibah ke, kau boleh beli dari mana-mana company tapi yang penting adalah AGENnya. Kau kena pilih agen yang MAHU BUAT KERJA. Aku rasa maybe inilah punca kenapa En Wan manjang busy. Manjang melekat je iPad kat tangan. Sebab dia suka buat benda-benda yang dia tak payah buat sebenarnya.

Maybe orang akan tanya “Dah tu apa kerja agen kalau dokumen semua client uruskan?”

Kerja sebenar agen adalah di belakang tabir yang client tak nampak. Client maybe nampak diri dia kena beratur menunggu lama kat hospital nak collect medical report dan kena bayar kos dokumen. Tapi client tak nampak agen semak SETIAP muka surat dokumen untuk make sure takde maklumat tertinggal. Kalau ada missing dokumen, agen akan call hospital untuk readykan that dokumen supaya client boleh collect. Kau tak tahu betapa hasslenya nak semak dokumen-dokumen ni. Aku dulu medical underwriter, aku tahu macamana dokumen ni nanti appear dalam sistem in order. Tak lengkap kalu, medical underwriter tak layan appeal kau.

Sebelum client collect report, agenlah yang akan call hospital berkali-kali follow up. Nak follow up dengan doktor paling susah sebab doktor always busy, sedangkan dokumen tu banyak. Memang selalunya doktorlah yang menyebabkan dokumen submisson delay, bukan agen tak buat kerja.

Aku pernah beberapa kali teman En Wan collect medical report kat hospital kerajaan. Dia bawa aku untuk jaga kereta sebab parking payah. Dah la parking takde, menunggu lama, duit parking sendiri, nak berurusan dengan pegawai-pegawai kat dalam tu pernah masa menunggu sampai 1 jam. Itu semua makan masa dan modal. Tu belum kira duit tol, duit minyak.

Medical card antara produk yang paling banyak kerja lepas close case. Ramai orang ingat kerja agen habis lepas polisi lulus. Sebenarnya lepas luluslah kerja sebenar bermula. Everytime client nak masuk hospital, agen dah start kerja dia, tapi belakang tabir. Client tak nampak. Aku wife agen aku tahulah busynya En Wan everytime client sakit. Dia akan sentiasa follow up dengan customer service nak tahu status GL. Client sakit tak tunggu siang, ya. Pukul 2 pagi pun client call. Weekend. Public holiday. Agen berkerja waktu-waktu ni. Semua ini TAK MASUK dalam komisyen. Elaun khas pun takde. Overtime apetah lagi.

“Takkan agen tak boleh buat semua sekali?”

Boleh, tapi bukan semua perkara dalam kuasa agen. And tak munasabah agen kena keluarkan duit sendiri bagi pihak client. Kita punya medical report, kitalah kena bayar. Kita collect. Nanti agen compile and submit serta follow up. Tak pun, kalau takde masa nak collect, hulurlah duit bayar collect dokumen tu kat agen. Cubalah ada budi bahasa sikit. Hulurlah sekotak coklat Beryl’s ke, buah epak 4 biji ke. Nak mintak tolong orang, kan. Agen kau akan jadi seronok nak tolong. Silap-silap dia tolong lebih dari tu.

Client bukan kena buat semua sendiri. Tapi agen pun bukan buat semua kerja sendiri. Tak dinafikan ada bad agents, jenis lepas tangan. Tapi tengok apa yang dia lepas tangan tu.

Kalau agen yang tak monitor payment sampai polisi kau lapse tanpa sedar — ok ini lepas tangan.

Kalau dia tak follow up claims dengan syarikat — ok ni lepas tangan.

Tapi kalau agen tak collect dokumen kat hospital, ini kau as client yang lepas tangan!

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)  

2026-06-05

Medical Card: JANGAN SEMATA-MATA COMPARE HARGA.


Kat Thread orang dok membandingkan harga-harga hibah and medical card antara syarikat takaful. Pastu tanya "Apesal saya umur 35, tapi coverage company A dengan company B tak sama? Kenapa harga caruman tak sama?"

Dik, dia umpama kau book hotel room. Sama-sama hotel 5 star, tapi adakah semua bilik harganya sama?

Tak.

Ada bilik standard, ada deluxe, ada suite.
Ada yang inclusive of breakfast, lounge access, airport transfer, etc.
Kau tak boleh tengok harga semata-mata without tengok apa yang kau dapat.

Takaful pun gitulah. Your caruman depends on the benefits you choose. Berapa jumlah coverage, coverage period, syarat claim, rider (benefit tambahan), annual limit, lifetime limit, manfaat hibah, etc. That's why dua orang yang sama umur belum tentu bayar caruman yang sama untuk coverage yang sama. JANGAN SEMATA-MATA COMPARE HARGA. Tengok dulu apa yang kau dapat dengan harga yang kau bayar.

Contohnya yang kata Takaful A, B dan C murah. Takaful D, E, F mahal. Berbondong-bondonglah orang percaya, padahal tak tengok lagi apa sebab mahal, apa sebab murah.

Contoh, PruBSN ada pilihan RM0 deductible. Ada juga pilihan bayar RM300 atau RM500 (deposit untuk masuk hospital). Yang pilihan berbayar ni caruman bulan-bulannya lebih murah. Tapi, bila kau masuk hospital, kenalah bayar RM300 atau RM500 duit sendiri as deposit. Kalau nak zero deductible pun ada, cuma caruman bulanannya tinggi sikit. Sikit je.

Tak payah zero deductible pun takpe sebab bila nak masuk hospital nanti bayar je lah deposit tu. Kau orang yang bayar medical card setiap bulan kot, takkan time nak masuk hospital RM500 pun takde.

Pelan yang zero deductible tu dia sebenarnya serap kos tu siap-siap. Bukannya kos tu hilang or company tanggung. Dalam insurans dan takaful, every risk covered under the plan has to be funded by participants' contributions. Kalau client tak perlu bayar deductible, kos tu usually dah diambil kira lebih awal dalam caruman.

Memanglah RM0 deductible bunyinya sedap. Tak payah keluarkan duit sendiri bila masuk hospital. But that doesn't automatically mean the plan offers better value. Sebab setiap manfaat ada kosnya. Kalau client pilih pelan tak bayar deductible, kos tu tetap kena ditanggung oleh someone else. In insurance or takaful, the risk fund is basically built from participants’ contributions. Maksudnya, RM0 deductible usually usually means higher contributions.

Soalan yang lagi sesuai ditanya bukan "Ada deductible or not", tapi "Berapa jumlah caruman yang saya bayar berbanding benefit yang saya dapat?"

Sometimes, plans with RM300 or RM500 deductible offer lower premiums for many years. Bila kau kira-kira balik, penjimatan caruman tu lagi banyak dari deductible yang kau kena bayar bila masuk hospital sekali-sekala. That's why bila menilai medical card, jangan tengok surface je, especially yang rage bait kat Thread. Tu semua bangsa takde etika buat kerja.

Kenapa untuk coverage yang sama, umur yang sama dan tempoh protection yang hampir sama, carumannya berbeza? Why?

Aku bagi contoh hibah.

Company A offer hibah RM500K, caruman RM140 sebulan.
Company B offer hibah RM500K, caruman RM300 sebulan.

These differences are often misunderstood by ramai orang. Nanti ramailah yang kata company B nak untung lebih sebab nak bayar komisyen agen-agen dorang. Ha’ah kau pegilah jadi agen kalau macam tu. Tengok berapa sen komisyennya.

Ramai ingat kalau ambil hibah RM500K, harga caruman bulanan tak kira dari mana-mana company akan jadi sama.

TAK. Nilai hibah is just a small part of the overall contract value. Yang kau beli sebenarnya is satu pakej protection WITH...

+ syarat
+ benefit tambahan
+ kaedah claim
+ tempoh perlindungan
+ financial structure

Semua ni berbeza antara satu company dengan company yang lain.

Serupa kau beli kereta 2.0 cc, mana ada semua brand keluar spec yang sama, safety sistem yang sama, warranty period yang sama, apetah lagi harga yang sama. Walaupun orang kata beli je mana-mana kereta, janji sampai. Yes, sampai memang sampai, tapi keselesaan dan manfaat tak sama.

Caruman berbeza because the way each company evaluates and prices risk berbeza. Every syarikat ada team aktuari sendiri yang responsible for calculating risiko kematian, risiko penyakit and kebarangkalian claim dibuat. Semua ni dorang calculate berdasarkan DATA yang dorang ada.

Aku bagi contoh gini.

Syarikat X
- ada 1 juta polisi aktif
- 10,000 claim setahun

Syarikat Y
- ada 100,000 polisi aktif
- 2,000 claim setahun

Walaupun dari segi percentage Syarikat X dapat banyak claim, yang lebih penting is dorang ada lebih ramai client. Lebih ramai client means lebih banyak data kesihatan, lebih banyak data kematian, lebih banyak data lapse/cancellation, lebih banyak data ikut umur, jantina, pekerjaan, etc. Disebabkan client ramai, team aktuari dapat buat polisi yang lebih stabil.

Apa maksud lebih ramai client, lebih stabil?

Bila syarikat ada lebih ramai client, team aktuari boleh nampak pattern siapa yang berisiko tinggi/rendah, boleh buat estimation kematian & penyakit dengan lebih tepat, boleh kurangkan error dalam pricing dan dapat stabilkan caruman untuk jangka panjang.

Perasan tak lately ni ramai komplen pasal takaful plan from one company tu. Ramai kata company tu payah nak claim, pastu caruman naik sampai lebih 50%. Itulah impak daripada caruman yang terlampau murah. Bila murah, pastu claim masuk, tabung dorang tak mampu tanggung. Tu pasal caruman naik sampai 50% and claim makin payah.

Ingat senang-senang ke takaful nak murahkan caruman kalau risiko tinggi?

Katakanlah kau sekarang 35 tahun, ambil hibah until 70 tahun. Takaful kena kira possibility berlaku claim dalam tempoh 35 tahun tu. Dorang kena kira maybe akan berlaku perubahan jangka hayat, inflasi, ekonomi berubah, etc.

Industri takaful ni bawah BNM. Dikawal selia oleh BNM. Dorang tak boleh sesuka hati letak harga without aktuari yang kukuh. Every argument kena ada proven data. That’s why differences in pricing usually have their own technical and financial justification, based on their data collection. Selalunya company yang solid dalam industri, caruman dia tak murah sebab client dia dah ramai, jadi dorang punya data banyak, dorang dapat buat penilaian risiko dengan lebih tepat.

Some plan bagi basic coverage. Ada plan comes with benefit tambahan. Benda-benda ni kau kena tengok. Jangan tengok harga je. Walaupun orang kata “Alah lebih kurang je”...nope. TAK SAMA. Aktuari team dari Syarikat X takkan bodoh-bodoh nak kalah harga dengan Syarikat Y kalau takde reason kuat. Ada beza benefit dan penilaian risiko yang kau tak nampak walau kau cakap “Alah lebih kurang je”.

Jangan buat price comparison kat media sosial. Data kat media sosial ni selalunya too surface. Selalunya argument dorang “Umur sama, nilai hibah sama tapi caruman berbeza”. Tu jelah tahap argument dorang.

Yes, price matters. But it shouldn’t be the only factor when making a decision. When it comes to personal finance, VALUE is always more important than price. Harga is jumlah yang dibayar. Value is apa yang diterima sebagai balasan. The two are not always the same thing.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  



2026-05-23

Medical Card: Prudential BSN Takaful dah announce yang Medic TotalCare (MTC) dengan Step-up Contribution akan DIHENTIKAN bermula 1 Jun 2026.


Ramai still belum aware yang Prudential BSN Takaful dah announce yang Medic TotalCare (MTC) dengan Step-up Contribution akan DIHENTIKAN bermula 1 Jun 2026.

Agen-agen dah tahu since 7 May lagi. Semua proposal untuk pelan ni dorang kena submit sebelum 31 May. First payment pun kena buat SEBELUM 31 May to avoid sebarang gangguan dalam proses application. Tu pasal pak incik aku iPad berjahit kat tangan orang nak raya ni. Dia sibuk mengadap quotation.

This announcement maybe nampak biasa-biasa je to some people, but it actually carries significant implications, especially for those yang tengah pikir-pikir nak ambik ke tak, nak ambik ke tak.

Bila sesuatu pelan distopkan, bukan bermakna produk tu dah takde. Selalunya bermaksud benefit, harga, contribution ataupun konsep protection dalam pelan tu takkan ditawarkan lagi dalam bentuk yang sama in the future. Ada possibility pelan baru akan menggantikannya, tapi belum tentu benefitnya sama, contributionnya masih mampu milik, atau syarat applicationnya semudah sekarang.

Hari tu ada satu podcast cakap inflation kat Malaysia sekarang makin agresif. Kos private hospital naik berkali-kali ganda berbanding kenaikan gaji. Dulu masuk wad maybe beberapa ribu ringgit je. Now satu prosedur kecik pun dah cecah puluh ribu. Kalau melibatkan ICU, surgery, treatment by specialist, MRI, CT scan, atau treatment penyakit kritikal macam cancer and jantung, jumlahnya boleh pergi lagi tinggi.

That’s why sekarang medical card bukan optional luxury lagi dah. Dah jadi keperluan asas especially yang ada tanggungan. Tak salah ak, pernah terbaca Ustaz Kazem kata medical card ni dah boleh jadi sebahagian dari nafkah suami kepada tanggungannya sebab dah jadi keperluan di masa akan datang.

Tadi aku pergi Batik Exclusive kat Chendering. Tempat aku beli baju kurung batik memang kat sini. Dia ada kilang di Taman Perindustrian Cendering tapi showroom dia adalah di rumah sendiri. Sejak lebih 10 tahun lepas memang kat situlah aku shopping baju batik.

Tadi anak sulung dia yang layan kitorang. Dah ambil alih role mak dia. Sembang-sembang lebih kurang, dia tanya kitorang kerja kat mana apa semua. En Wan introducelah diri as agen takaful. Pastu anak dia cakap dia punya medical card pun PruBSN. Dia sebut nama agen sekali. Tapi En Wan tak kenal. Dia kata dari kecil lagi parent dah buatkan medical card untuk anak-anak semua.

En Wan kata orang kaya-kaya ni selalunya ada medical card, sebab dorang taknak guna duit sendiri for hospitalization padahal sah-sah banyak duit. Tokey kedai batik tadi siap ada kilang sendiri and doranglah tailor and supplier untuk batik staff Exxon Mobil.

Orang-orang macam ni lebih tahu bil hospital and treatment boleh ranapkan bisnes yang dah dibangunkan bertahun-tahun. Orang-orang macam ni lebih menjaga income. Selalunya dorang ada medical card, hibah and critical illness sekaligus supaya kalau jadi apa-apa, business masih selamat. Income masih diprotect.

Ramai orang yang berkira-kira nak ambil medical card actually bukan takde duit, tapi dorang rasa takde keperluan sebab masih sihat. Kebanyakannya merasa rugi kalau ambil tapi tak guna. Tapi orang yang faham apa yang sebenarnya perlu diprotect akan nampak kenapa medical card itu sebab yang diprotect bukan sekadar penyakit. Kita protect our savings, kewangan keluarga kita, masa depan anak-anak kita dan peace of mind bila emergency happens.

Takaful bukan diambil waktu dah sakit. Takde sape nak terima kita bila dah sakit. Takaful diambil waktu kita masih sihat dan masih layak untuk diprotect. Bila dah ada diabetes, darah tinggi, slip disc, masalah buah pinggang atau apa saja medical condition, application akan jadi sangat susah. That’s why timing is important.

Yang nak distopkan ni is Pelan Step-up Contribution. This plan actually sesuai diambil untuk orang yang baru mula kerja, nak ada medical card but may not yet be able to afford high contributions at the early stage. This plan allows caruman bermula dengan rendah dan slowly meningkat berperingkat ikut tempoh tertentu. For some people, this is really helpful sebab dorang boleh ada medical card tanpa terbeban nak bayar mahal awal-awal.

One of the biggest mistakes people make is being OVERLY CONFIDENT dengan duit savings. Kebanyakan ingat duit savings cukup nak bayar cash kalau berlaku emergency. Aku tahu ramai yang umur-umur macam aku ni at least dah ada RM200K dalam ASB. But just imagine kalau hospitalization kena bayar RM80K. Memanglah ada duit, tapi kau tak rasa terduduk ke after bertahun menyimpan, alih-alih sekejap gone RM80K? Tu belum campur treatment selepas sakit, kos ulang-alik hospital, unpaid leave, ubat after discharge, and komitmen bulanan yang masih berjalan.

Sebab tu takaful bukan sekadar claim hospital, tapi protection sewaktu hidup sedang diuji. It helps prevent your savings from hilang sekelip mata.

Announcement tentang Step-up Contribution yang nak distopkan ni dah nampak yang produk hari ini belum tentu still available esok. Sama macam Hibah Orang Sakit dulu. Dah takde dah sekarang. Aku cakap kau memang untung siapa yang ambil masa dorang offer dulu. Kau ingat siapa nak bagi kau ambil hibah dengan keadaan kau dah berpenyakit? Takde. Now produk tu dah takde dah. Ramai client En Wan tanya hibah orang sakit. Tapi memang dah takde. Tak dapat nak offer dah.

Step-Up contribution lepas ni dah takde dah. Maksudnya? Maksudnya kalau caruman Step-Up contribution ni RM150/bulan, maybe pelan baru yang menggantikannya akan start dengan RM200/bulan. Apa yang masih affordable sekarang maybe akan jadi lebih mahal akan datang.

So sesiapa yang memang dah lama considering nak ambil medical card, this is the right time untuk ambil. Dapatkan penerangan yang betul from agen. Jangan tunggu sampai pilihan tu dah takde.

Ni bukan nak takutkan sesiapa. Tapi sebab aku dah nampak ramai orang menyesal tak ambil Hibah Orang Sakit dulu. Janganlab repeat the same mistake. Sometimes kita terlampau selesa delaykan something sampailah peluang tu terlepas.

Ni sama je dengan everytime buat promo GreenAard. Dah tamat, barulah tanya “Offer ni valid lagi tak?”. Padahal panjang masa kita bagi offer tu.

Boleh terus wasap En Wan pasal pelan yang nak stop ni. 5 hari je lagi tinggal.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
Wan Mohd Ridzuan
(MDRT 2024, 2025, 2026)


2026-05-10

Medical Card: Orang yang paling senang dapat medical card ialah orang sihat. Tapi orang sihat selalu rasa dorang tak perlukan medical card.


Ramai orang ada satu mindset yang nampak macam logik, tapi sebenarnya sangat berisiko. Aku nampak orang bersembang kat satu post di Thread pasal insurans company. Macam-macamlah yang dorang cakap.

“Company dah provide medical benefit”
“HR cakap coverage dah bagus”
“Tak payah ambil medical card sendiri sebab company punya unlimited”


Aku sekadar baca je, malas nak menyampuk. Saja baca ambik input so that aku boleh explain panjang kat sini.

Ok macam ni. Aku faham kenapa ramai fikir macam tu. Takyah ambil medical card sendiri sebab company punya dah ada. Ini mindset yang sama macam those yang kata tak perlu medical card sebab bukannya sakit, masih kuat, masih sihat, masih bekerja, every month gaji masuk. Kita rasa semuanya stabil. Rasa benda buruk tu jauh lagi. Cerita-cerita like masuk hospital, penyakit kronik, duduk ICU — tu semua cerita orang lain. Bukan cerita kita.

Aku rasa kat sini the issue bukan takde protection, tapi bila kita rasa kita dah cukup protected, padahal protection tu bersifat sementara.

Itulah beza paling besar antara company insurance dengan personal medical card.

Ramai orang tak realise sebenarnya company insurance tak protect sepenuhnya. Company insurance tu untuk protect liability company terhadap pekerja semasa kita masih bekerja kat situ.

Maksudnya apa?

Maksudnya protection tu DIPINJAMKAN kepada kita. BUKAN milik kita.

Hari kita resign, hari kita kena buang kerja, hari di mana company downsizing, retrenchment, bisnes tutup, performance drop, ekonomi meleset, atau kita sendiri decide nak berehat daripada berkerja, HARI ITU JUGA PROTECTION ITU HILANG.

And life is just so weird sometimes. Time kita tak perlukan, benda tu lalu-lalang depan mata. Tapi time kita nak, time itulah takde. Protection pun sama. Banyak dah kejadian berlaku. Waktu paling memerlukan medical card selalunya ketika kita takde benda tu. Atau ketika kita dah tak berkerja. Itulah realiti yang ramai tak terfikir.

“Nanti dah takde kerja kat sini baru ambil medical card sendiri.”

NOOOO.
Ini kesilapan paling besar.

Insurance/takaful bukan macam beli phone. Bukan macam beli kereta. Bukan macam beli barang rumah. Tu semua tak bergantung pada keadaan kesihatan kau. Tapi medical card bergantung pada keadaan kesihatan waktu kau apply.

Kalau kau sihat, underwriting takde masalah. Takde exclusion. Takde loading. Caruman bulanan lebih murah. Coverage lebih besar. Chance lulus lebih tinggi.

Tapi kalau sepanjang kau bergantung pada company insurance, tiba-tiba kau develop diabetes, hypertension, gout, slip disc, asthma, fatty liver, thyroid, kidney issue atau apa-apa chronic condition baru nak beli personal medical card, hmmm… welcome to reality.

Ada kemungkinan penyakit tertentu kena exclude, loading 50%-200%, waiting period lebih ketat atau terus reject.

And honestly, the most painful part is not even getting rejected. Yang paling sakit ialah bila kau realised kalaulah kau apply lebih awal, masa tengah sihat dulu.

Lagi satu kan, orang bila sebut medical card orang lebih ingat ni pasal “claim”, padahal medical card lebih kepada insurability. Iaitu kebolehan untuk masih layak di-protect. Ini sebenarnya ASET yang orang muda selalu sia-siakan sebab dorang rasa sihat tu kekal selamanya.

Dengarlah cakap acik yang dah 49 tahun ni. Badan kita berubah ikut umur. Kawan-kawan aku and En Wan nampak je kuat sihat. Tapi ada yang dah develop diabetis, dah start makan ubat darah tinggi, yang gout, yang heart problem, yang sakit lutut. Rabun dekat tu jangan cakaplah. Ramai.

Ceritanya, badan kita berubah. Penyakit lebih mudah dapat. Kalau tak dapat penyakit pun, tenaga kita dah tak sama macam zaman muda dulu. Sebagaimana kita bersedia dengan simpanan, KWSP dan pencen, bersedialah sama dengan health protection.

Company insurance SELALUNYA ada limit dan syarat yang ramai pekerja tak tahu. Cubalah tanya random kat pekerja.

“Berapa annual limit company kau?”
“Room & board berapa?”
“Ada cover cancer drugs?”
“Ada cover outpatient?”
“Ada lifetime limit?”
“Panel hospital mana?”
“Ada co-payment?”
“Ada exclusion tertentu?”


MAJORITI TAK TAHU.

Sebab kebanyakan orang hanya tahu “Company cover medical”
Finished.

Ada company yang coverage-nya memang bagus. Itu tak dinafikan. Tapi KEBANYAKANNYA basic. Ada yang annual limit RM30K. Ada yang RM50k. Ada yang hanya panel tertentu. Ada yang cover pekerja sahaja, family tak termasuk. Ada yang tak cover penyakit tertentu. Ada yang tak cover treatment dengan technology baru.

Zaman sekarang pulak kos perubatan naik macam nak gila. Satu admission boleh cecah ribu-riban.

Denggi saja can easily hit RM5-15K depending pada komplikasi dan berapa hari warded.

Appendix?
Tak belas ribu tak appendix lah.

Minor surgery?
Nama je minor, harga tetap riban.

Cancer treatment?
Hat ni paling tak RM300K.

ICU?
Kadang sehari pun dah ribu.

Hospital inflation lagi laju daripada increment gaji. That’s why medical card bukan semata produk. It’s actually a tool to transfer financial risk. Kalau takde protection, SATU medical emergency boleh makan kita punya savings. Dah la simpan ASB pun RM1K je sebulan. Nak cecah RM50K makan 4 tahun. Sekali dapat accident. Buat surgery kena caj RM40K. Habis gitu je ASB. Kau rasa??

Middle class M40 sebenarnya paling vulnerable. Sebab kelompok ni ada komitmen tinggi. Ada lifestyle commitment, ada anak, ada parents nak ditanggung. Tapi cash reserve belum kuat. One major emergency can mess up cash flow for years.

Sebab itu orang kaya sangat obses dengan medical card. Kadang sampai 3-4 medical card untuk diri sendiri.

Ni bukan cerita takut mati. Dorang takut wealth leakage. Tak nak aset cair sebab kena bayar bil hospital.

Tapi orang biasa-biasa punya style “Kalau sakit pergi government hospital je.”

Well, your point is valid. Malaysia memang masih ada sistem healthcare kerajaan yang membantu rakyat. Itu kita patut syukur.

But the reality, waiting time panjang for certain treatment. Specialist appointment lambat. Elective surgery kena queue. Hospital sesak ya ampun. Kes emergency sekarang makin bertambah.

Tapi kau tengoklah, bila family sendiri sakit, emosi tiba-tiba berubah. Tiba-tiba semua nak cepat. Tiba-tiba nak selesa. Nak privacy. Nak specialist cepat. Nak treatment yang the best. Masa tu baru ramai start faham kenapa orang sanggup bayar medical card bertahun-tahun.

Medical card ni pelik. Waktu kita bayar tetiap bulan, rasa macam rugi. Tapi bila diuji dengan sakit, baru nampak value dia.

Masalahnya ramai judge medical card based on berapa kali claim.

“Aku bayar 10 tahun tak pernah guna pun”

Tak pernah gunalah bagus, dik. Sebab tujuan utama ambik medical card bukan untuk memastikan kita untung daripada claim. Tujuannya is to make sure one disaster doesn’t destroy your finances. Itu fungsi sebenar.

Satu lagi benda yang aku rasa ramai terfikir.

Dunia pekerjaan sekarang tak se-stabil it used to be. Dulu orang kerja satu company sampai pencen. Sekarang? Layoff sana sini. Ekonomi tak menentu. Company banyak restructuring. Contract basis makin banyak. Freelance culture meningkat.

Maksudnya the chances of someone losing their company coverage before old age are getting higher. Dan kadang-kadang kita sendiri yang pilih untuk quit. Nak berniaga. Nak freelance. Nak jadi content creator. Nak berehat. Nak jaga family. Nak tukar career.

Bila dah keluar daripada sistem employment tu, baru panik nak pikir pasal medical protection. Sedangkan the easiest time to apply is when your income is still stable.

Sebenarnya aku buat post ni salah satunya sebab En Wan cakap ada sorang ni pernah approach En Wan mintak quotation. Lama dah tahun 2024 lagi. Tapi dia senyap takde respond apa-apa lepas En Wan bagi quotation.

Tup-tup today nak proceed. Disebabkan dah lama, jadi En Wan kena bagi new price sebab umur dah berubah.

Rupanya awal tahun hari tu kena mild stroke. Payahlah jawabnya. En Wan dah bagitau susah nak lulus. Tapi En Wan kata takpe submit je dulu kalau nak bagi puas hati, nanti tengok underwriter cakap apa.

Aku cakap kat En Wan - KONFEM REJECT.

Seriously. Akan direject. Sebab baru sangat kena stroke. Paling tak kena tunggu 2 tahun lagi untuk di-review. Itupun PASTI ada loading. 2 tahun tu macam-macam boleh jadi. Jadi kena bertahan sajalah dulu.

Insurance company assess risk. Kalau risiko tinggi, caruman tinggi. Kalau risiko terlalu tinggi, mungkin reject. Stroke adalah risiko yang terlalu tinggi. Sebab tu orang yang dah ada diabetes, obesity, hypertension, sleep apnea atau heart issue selalu struggle nak dapat coverage. Kadang dapat, tapi mahal. Kadang kena exclude condition tertentu.

Protection kena buat SEBELUM risiko berlaku. That’s why orang yang paling senang dapat medical card ialah orang sihat. Tapi orang sihat selalu rasa dorang tak perlukan medical card. Nampak irony dia?

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  



2026-04-28

Medical Card: Nampak macam tak logik bila dah bayar medical card tapi tak boleh guna.

Ya, dik. Akak faham kenapa awak rasa geram. Memang nampak macam tak logik bila dah bayar medical card tapi tak boleh guna.

Tapi akak pun nak bagi perspektif akak as ex-medical underwriter. Sebenarnya dalam dunia insurans/takaful, benda ni sangat bergantung pada APA YANG DOKTOR TULIS, bukan semata-mata apa yang client (patient) rasa.

Dalam kes cik adik ni, takaful tak menilai berdasarkan "abang takde keluar setitik darah tapi dia sakit". Dan takaful tak kira samada abang awak bayar tiap-tiap bulan tanpa culas. 

Medical undwerwriter luluskan GL berdasarkan report doktor. Kalau doktor kata takde darah, takde patah, takde koyak, bermakna keadaan abang awak tak cukup serius untuk dimasukkan ke wad. Kalau dalam report doktor kata vital signs stabil, kes akan dianggap sebagai tak perlukan admission. Underwriter boleh approve rawatan outpatient sahaja.

Aku rasa ramai yang ingat asal sakit je boleh pakai medical card. Tak, ya. Bukan macam tu. 

Medical card ni untuk HOSPITALIZATION only. Maksudnya bila ada keperluan untuk masuk hospital, warded, atau rawatan yang memang memerlukan admission, baru boleh guna medical card. Kalau sakit biasa, tak perlu wad, walaupun kau sakit, tetap tak boleh guna medical card. Setakat ambil ubat, itu bukan fungsi medical card. Itu outpatient, dan kebanyakan pelan tak cover bahagian tu.

Jadi kalau report tu tak cukup kuat untuk justify warded case, besar kemungkinan GL direject, walaupun pesakit rasa sakit atau tak selesa. Sebab itu bila GL ditolak, agen selalunya akan tanya underwriter apa yang doktor tulis. Kadang-kadang client takde history darah tinggi, takde kencing manis. Tapi bila doktor buat scan, rupanya blood sugar tinggi sikit. Doktor pun tulis kat findings. Medical underwriter akan take note semua yang doktor tulis. Tu pasal GL kena reject sebab underwriter kena buat investigation.

This cik adik kata bila dia pergi KK kena refer ke GH untuk CT scan. That’s actually the right approach from a medical standpoint. Maksudnya doktor nak pastikan dulu samada ada kecederaan dalaman yang serius sebelum decide perlu admit ke tak. In many cases, CT scan and further tests memang lagi sesuai buat kat hospital kerajaan because it’s based on clinical need, bukan permintaan semata-mata.

It's frustrating actually, bila sakit tapi tak dapat first class treatment kat private hospital. Tapi macam yang aku cakap tadi, medical card is NOT a free pass to get admitted anytime. Dia cuma cover bila ada keperluan yang jelas untuk admission. Kalau reason tak cukup kuat dari segi diagnosis dan justification, GL akan direject. 

Kalau nak try submit GL lagi, kena fokus pada report doktor. If doktor rasa kes tu patut admit, pastikan dia tulis dengan jelas kenapa perlu warded, apa risiko kalau tak admit, dan apa yang dia suspect. From there baru ada chance nak lulus GL.

Bingit juga aku baca Thread ni balik-balik netizen komplen pasal GL kena reject. Nak je aku suruh semua follow blog aku. Meh follow blog acik, baca apa acik tulis. Geram pulak haihh. Masalahnya yang komen macam palatao tu pun takde medical card. Tak faham cara sistem ni bekerja, tapi sibuk nak bagi pendapat.

Ni lagi sorang, mintak yang bukan-bukan. 

Medical card yang betul-betul ok tu apa, dik? Yang bagi first class treatment, yang bagi unlimited coverage tapi harganya RM80/bulan tak naik-naik sampai mati ke? 

Ya, semua orang nak medical card yang perfect. Coverage tip-top, harga murah, tak naik, senang bayar. Tapi benda ni tak wujud dalam mana-mana sistem insurans. Sebab insurans based on risk dan kos perubatan semasa. 

Kos hospital every year naik. Treatment, ubat, teknologi, semua makin mahal. Jadi bila kos rawatan naik, takkanlah caruman kekal tak naik? Of coslah caruman akan ikut naik. Bukan sebab company cekik darah, tapi sebab dorang kena tampung kos claim yang makin tinggi.

Hari tu ada sorang chinese saman Bank Negara sebab kenaikan medical card, kan? Aku tak tahu apa progressnya sekarang. Aku setuju dengan chinese tu. Dia menang maybe payahlah, but at least BNM bukak mata dengan perangai some hospital yang charge tinggi bila orang bayar pakai medical card. Hospital ambil kesempatan sebab medical card coverage tinggi.

Sebenarnya ada je pelan yang murah dan tak naik-naik. Tapi jangan nampak luarannya saja, ya. Pelan yang murah dan tak naik usually ada benda yang dikompromi. Ini bisnes, dik. Mana ada orang bagi free item gitu-gitu je? You nak free item, you must hit certain amount. You nak discount you kena beli banyak. Ini standard.

Same goes to medical card. Awak nak yang murah tapi protection tinggi? Takkan jumpa. 

Nak yang murah, ada. Tapi balasannya, coverage rendah, ada banyak limit, ada syarat tertentu yang korang tak perasan masa sign-up. Masa muda tengah sihat ni ye lah tak kisah ambil pelan murah dan protection rendah. Bila umur dah banyak esok atau bila betul-betul sakit, baru nampak gap dia.

Ramai orang buat BIG MISTAKE bila dia ingat beli medical card ni macam shopping barang kat TikTok. Cancel yang lama, ambik yang baru yang lagi murah. Dia tak tahu bila tukar pelan baru, semua benda reset balik. Waiting period mula balik. Kalau ada condition yang dah wujud sekarang, ada risiko tak dicover atau kena loading. Masa tu baru rasa menyesal.

Konsep paling penting yang orang kena faham bila ambil medical card is, jangan cari yang paling murah atau paling senang bayar. Tapi cari yang boleh cover risiko besar yang kita sendiri tak mampu tanggung. Tengok sustainability jangka panjang. Bukan setakat boleh bayar atau tak. 

Kalau rasa current pelan mahal, jangan cancel polisi sekarang tapi mintak agen REVIEW polisi. Tengok samada boleh adjust coverage, atau tukar ke pelan yang lebih sesuai dengan budget, atau restructure supaya masih ada protection tanpa membebankan. You all ada agen, kan. Pergi tanya agen untuk review.

Kalau takde agen, agen dah meruyup, polisi pun dah lama, boleh contact En Wan untuk mintak tolong reviewkan. Polisi yang dah lebih 3 tahun please review, sebab dalam tempoh 3 tahun kadang-kadang syarikat takaful ada tambah new benefit. Tengok samada benefit tu ada ke tak dalam polisi korang. Kalau takde, maybe boleh add-on. 

Ingat tak kes claim client Singapore yang tak lepas tu? Yang AIA cover tapi Prudential tak cover? Itulah akibat tak review polisi. Polisi AIA tu dia baru ambik. Polisi Prudential tu dia dah ambil lama. Jadi, ada banyak new benefit yang dia tak tahu sebab tak pernah review. Kalau dia review, mesti claim Prudential tu dia dapat.

Dah dikatanya medical card ni scam pulekkk. However, soalan ni valid sebenarnya, sebab ramai orang selalu dengar cerita kononnya claim tak lepas sampai rasa macam scam. 

Kadang aku pelik juga, apesal cerita-cerita yang negatif ni mudah sangat dapat perhatian. Korang yang claim lepas, yang GL lulus, please riakkan sikit kat media sosial biar orang tahu masalah claim tak lepas dan GL kena reject ni masalah terpencil. Kebanyakannya GC lulus dan claim lepas.

Medical card bukan produk scam. Ini adalah produk yang berada di bawah Bank Negara Malaysia. Segala kenaikan caruman semua di bawah kelulusan Bank Negara. Tak logik bila dikatanya medical card adalah scam. Yang jadi masalah biasanya expectation tak sama dengan cara sistem tu berfungsi.

Medical card ni bukan asal kau bayar je confirm semua cover. Tak. It works based on very specific conditions. Setiap claim akan dinilai berdasarkan laporan doktor dan samada treatment tu betul-betul perlu dari segi perubatan. Kalau tak capai kriteria ni, memang akan kena reject. Bukan syarikat suka-suka reject, tapi itu memang rule dalam polisi.

Contoh paling common, orang ingat bila sakit boleh terus masuk wad, guna card. Tapi kalau doktor tak justify kenapa perlu admission, insurans akan anggap kes tu boleh dirawat sebagai outpatient. Jadi bila kena reject, orang rasa kena scam, padahal insurans buat decision based on diagnosis doktor.

Lagi satu, banyak kes melibatkan benda yang orang tak sedar dari awal macam waiting period, pre-existing condition, atau limit dalam polisi. Masa sign up semua nampak macam dicover, tapi bila claim baru nampak detail tu sebenarnya penting. 

“Detail” maksudnya spesific terms dalam polisi. Apa yang sebenarnya cover vs tak cover. Syarat kelayakan claim. Waiting period. Exclusion (penyakit yang tak dilindungi). Protection limit.

Contoh 1: “Benefits shall only be payable provided that the hospitalization is medically necessary and not for convalescence, custodial, preventive or elective purposes, as determined by the Company upon review of medical reports”
Maksudnya, card tu tak valid untuk semua jenis admission. Dia hanya cover bila hospital admission sekiranya betul-betul perlu untuk rawatan penyakit yang aktif dan serius, bukan admit sebab saja-saja nak pantau.

Contoh 2: "No benefits shall be payable for any illness, disease, or injury arising directly or indirectly from pre-existing conditions, congenital abnormalities, or complications thereof, unless expressly covered under the policy schedule”
Maksudnya, takaful tak akan bayar apa-apa kos rawatan kalau penyakit atau kecederaan berpunca dari penyakit sedia ada (pre-existing condition), atau kecacatan sejak lahir (congenital), atau komplikasi daripada dua benda tu sekali. Kecuali kalau dalam polisi tu memang ada tulis secara jelas (“expressly covered”) yang condition tu dilindungi.

Ayat-ayat macam nilah “detail” yang menentukan sama ada claim lulus atau tak.

Bila expectation semua boleh claim, tapi realitinya ada syarat, kat situlah timbul rasa di-scammed. Hakikatnya, medical card is legit and really helpful, especially for big cases involving high hospital bills. Bukan untuk cover semua situasi atau ikut kehendak kita. Dia hanya cover bila kes tu memenuhi kriteria. That's why penting untuk faham bukan semua claim yang tak lepas tu scam. Selalunya itu mismatch antara apa yang kita expect dengan apa yang sebenarnya polisi cover.

I get what she’s feeling, and aku setuju.

Ramai orang cuma sedar pentingnya medical card bila dah start rasa badan dah tak macam dulu. Aku pernah cakap dulu, masa muda generally kita kuat dan sihat. Kebal dari penyakit. Jarang sakit. Jarang MC. Tapi bila dah masuk mid 30s, kita dah mula rasa perubahan tu. 

Apetah lagi umur macam aku dah nak masuk 50s ni. Boleh terasa perubahannya. Walaupun alhamdulillah masih takde apa-apa sakit atau makan sebarang ubat, tetap rasa perubahan dari segi tenaga.

Dulu threadmill 1 jam pace 5.5, sap sap soi. Lepas threadmill sambung cycling kat sebelah. 

Now, dapat threadmill pace 5.0 30 minit pun dah besar rahmat. Badan dah mula berasa cepat penat. Lasak masih lasak. Balik kerja terus masak. Malam atas threadmill. Menggosok baju, melipat baju, mengemas. Tapi terasalah perbezaan tenaga zaman muda dengan sekarang. Jadi aku faham bila this lady kata sepatutnya dia ambil medical card ni lebih awal.

Sebab part waiting period tu yang real struggle. Sistem insurans memang ada fasa waiting period untuk tapis risiko awal. Tapi dari perspektif client akan asa serba tak kena bila dah ada medical card tapi belum boleh guna. That feeling of “Aku dah bayar, tapi belum fully protected” of cos buat orang anxious. Sebab bila semakin berusia, risiko nak sakit tu lebih tinggi.

Dia bukan apa tau. Bila kita makin tua, kita nak less stress. Jangan cakap pasal medical card. Kita cakap pasal travelling cukuplah. Aku dulu zaman umur 20s-30s, kalau holiday tak kisah duduk hotel ceruk mana pun, tak kisah berjalan naik bas turun bas, atau menapak jalan kaki jauh. Masa gi Hong Kong, semua jenis transportation aku naik. Dari feri, train, bas, taxi, jalan kaki - complete. Sambil pimpin Redza and galas beg susu dia. Takde hal.

Now? Aku nak percutian yang tenang. Hotel kena lebih best dari bilik tido aku. Kalau bilik tido and bilik air aku lebih selesa dari hotel, kau jangan ajak aku pi bercuti. Kalau boleh nak makan pun dalam hotel. Less hassle dan dah tentu-tentu sedap dan banyak pilihan. Transportation biar senonoh dan tak memenatkan.

Even kalau aku drive sendiri ke mall, aku terus pi valet parking je. Tak kuasa nak pusing-pusing cari parking. Tu beza perspektif bila dah berusia. Nak yang tenang-tenang dan tak nak serabut.

Pasal GH vs private hospital, itu valid. Ini bukan nak pandang rendah atau tak, tapi lebih kepada keselesaan. Bila sakit, kita bukan perlukan rawatan semata. Tapi nak rasa tenang, selesa dan ada support system dekat dengan kita. 

Environment main peranan besar dalam proses recovery. Ada orang ok dengan GH, ada orang lebih secure kat private. Dua-dua valid. Yang penting bila sakit, tak nak pikir kos atau bayar apa-apa. Nak fokus kat heal saja. Kos biar medical card settlekan. Maka, sign up medical card awal sebenarnya lebih baik.

Apa yang dia rasa tu sebenarnya highlight satu benda penting iaitu medical card ni bukan sekadar nak ada, tapi timing pun penting. Lagi awal ambik, lagi banyak benda dah clear termasuk waiting period. 

At the same time, it’s a reminder that even with a medical card, we still need to manage our expectations. Medical card bukan instant protection from Day 1, tapi lebih kepada long-term safety net. Sesiapa yang sama macam that lady yang rasa menyesal ambil lambat, at least you all dah start. Itu jauh lebih baik daripada langsung takde.

Tahniah En Wan, masih mengekalkan spot di sini.
Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)


2026-04-25

Medical Card: Agen makan gaji buta?


Semalam aku baca satu komen kat Thread. Seorang client cakap "Agen makan komisyen buta-buta. Dah la tak pernah tanya khabar. Planner pun tak pernah dapat"

Then sorang agen balas post dia. Tak surelah agen company mana. Dia reply "Agen tak wajib pun bagi gift. Tanya khabar pun tak wajib. Yang wajib is buat servis bila client nak guna medical card"

Aku tanya En Wan, betul ke apa orang tu cakap.

Surprisingly En Wan kata, ya betul. 

Memang betul agen tak wajib pun bagi payung, bagi planner, bagi tabung, bagi mug. Hantar hamper and gift kat hospital waktu client sakit pun tak wajib. Tapi bak kata En Wan, apa salahnya buat servicing. Tanyalah khabar, wish birthday, wish selamat hari raya, bagi planner, kalau client sakit pi ziarah. Tak dapat ziarah, hantar buah tangan.

Baru-baru ni aku dengar En Wan punya talk kat Kuantan. Dalam talk tu dia kata agen is a businessman. Sebagai businessman, kena allocate budget untuk marketing/servicing. 20% dari pendapatan mesti asingkan untuk marketing/servicing, jangan masuk poket semua. 

20% inilah buat beli planner, buat beli gift, buat beli hamper untuk bagi kat customer. Macam En Wan, 20% tu jugaklah dia buat Client Appreciation Day (Open House) setiap tahun untuk client.

En Wan pernah bagitahu aku, sebenarnya ramai agen tak nak jual medical card. Ramai agen nak jual hibah je. Sebab menjual medical card ni banyak kerjanya. 

Setiap kali client sakit, agen kena uruskan. Itu baru sakit. Belum lagi bab nak uruskan claim. Kalau claim tu ada dispute, banyak lagi kerja kena buat. Kena collect report dari hospital, kena mintak doktor jawab form, kena bawak client buat test, etc. Dan semua tu pakai duit, pakai masa dan tenaga.

Tanyalah En Wan, sometimes menunggu kat hospital setengah hari. Memang buang masa. Lebih baik jual hibah, takyah servicing. Tunggu client mati je baru buat kerja. Tapi tu lah, sebenarnya medical card-lah produk sebenar takaful. Kita ambil takaful main reasonnya adalah untuk medical card. Walaupun prosesnya rumit, some agen masih mahu jual medical card. Puas dapat servicing client.

En Wan salah sorang yang suka buat medical card. Dia kata jual medical card ni buatkan dia belajar banyak benda. Dari perangai client, sakit client, berurusan dengan customer service, medical underwriter, sampai ke staff medical report department pun boleh cam muka En Wan.

Kadang-kadang prospek nak buat medical card, tapi dah banyak medical history. Agen kena dapatkan medical report dari semua hospital yang prospek pernah buat rawatan. Satu medical report sometimes RM150. Prospek tak nak keluarkan duit, tapi nak apply medical card. Medical underwriter perlukan medical report untuk luluskan medical card application. Bila prospek tak nak keluar duit, abis camno? Kalau agen tu nak close deal, terpaksalah agen keluarkan duit. Padahal belum tentu lagi jadi client.

Kalau aku sorry. Kau nak protection, kau kenalah keluar duit untuk underwriter investigate sejarah kesihatan kau. Aku awal-awal dah pesan kat En Wan, jenis prospek gini, jangan jadikan client. Ini early sign culas bayar caruman. Serabut kepala kau nak handle esok.

Ni aku cakap based on facts, ya. Mana-mana bisnes, kalau kau dapat customer yang berkira dari awal, tak nak invest walaupun untuk diri sendiri, banyak alasan and expect everything free, usually akan jadi payment lambat, banyak komplen, susah cooperate dan menambahkan stress. Ini bukan judgement. Ini pattern.

Dalam bisnes, kita belajar kenal cara seseorang buat small decision mencerminkan cara dia handle benda besar. Kalau benda kecil pun dia buat teruk, suka bertangguh, buat ala kadar, maka jangan terkejut bila benda besar pun dia buat dengan mindset yang sama. Sebab habit tak pernah berubah. 

Orang yang jaga small detail, biasanya bila pegang tanggungjawab besar dia lebih teliti, lebih accountable, dan lebih boleh diharap. Tapi orang yang selalu bagi alasan untuk benda kecik, sebenarnya dia tengah training diri dia untuk gagal bila pegang benda besar.

Dalam berurusan dengan manusia, kita bukan tengok siapa paling pandai bercakap. Kita tengok siapa yang konsisten buat benda kecil dengan betul. Jenis yang hari ni bagi alasan lewat 5 minit, esok alasan tak siap kerja, lusa alasan salah faham arahan, tak payahlah kau berharap apa-apa. Larikan diri awal-awal lagi bagus. Sebab jenis macam tu dia dah biasa justify benda silap/salah. Mindset dia dah set untuk membagi alasan sokmo.

Kerjaya agen takaful ni ramai orang nampak surface je, tapi tak nampak belakang tabir. Ramai ingat kerja agen senang. Jumpa client, sign, lepas tu duduk goyang kaki, tunggu komisyen masuk. Realitinya? Jauh beza. 

Aku tak tahulah agen lain camana cara kerjanya, tapi En Wan aku nampak macamana dia kerja, macamana dia jaga client. Jadi aku tahu jadi agen takaful sangat sibuk.

Industri takaful memang tapis orang. Bukan semua orang boleh survive lama. Ramai masuk, tapi ramai juga keluar. Kenapa? Sebab agen takaful bukan sekadar jual produk. Ini sebenarnya bisnes relationship jangka panjang.

Ramai suka guna ayat “agen makan komisyen buta-buta”. Tapi cuba fikir logik. Komisyen tu datang daripada apa?

Dari servis.
Dari tanggungjawab.
Dari risiko yang agen ambil.

Bila seorang agen close deal, dia bukan sekadar jual satu polisi. Dia sebenarnya sign up untuk jadi first contact bila client sakit. Dia jadi orang tengah dengan hospital dan syarikat insurans. Dia jadi tempat client mengadu bila claim reject. Dia jadi orang yang kena explain benda yang client tak baca. Itu semua bukan kerja sekali. Itu kerja bertahun-tahun.

Dan dalam banyak keadaan agenlah tempat client hamburkan segala marah bila client sendiri buat silap. Nak mengaku salah sendiri malu, jadi salahkan agen. 

En Wan pernah beberapa kali dapat client gini. Jenis client yang bila jatuh sakit tak contact agen, main pandai-pandai buat sendiri. Tak discuss dulu dengan agen apa yang do's and dont's bila jumpa doktor.

Bila GL kena reject, merentan. Padahal GL kena reject berpunca dari diagnosis doktor. Bukan salah agen dan bukan salah company. Kau kena tengok apa doktor tulis kat permohonan untuk dapatkan GL. Sebab itu penting untuk contact agen terlebih dahulu sebelum ke hospital. Agen akan advise.

Tak payah takut kacau agen tido ke apa ke. Call je. Client-client En Wan kalau sakit pukul 2 pagi, pukul 2 pagilah dia call. En Wan akan angkat punya. Sebab tu penting ambil takaful yang ada agen. Kalau agen kau dah meruyup, pastikan tahu siapa take over polisi kau.

Bukan apa, sesetengah client tak realised yang sakit dia tu under waiting period lagi. Ini pun boleh menyebabkan GL tak lulus. Jangan merentan salahkan agen. Kau yang tak consult agen siapa suruh? Kat Thread ramai jumpa client merentan gini. Balik-balik argument dia "Bayar tiap-tiap bulan tapi GL tak lulus". 

Tapi dia tak cerita tak lulus sebab apa. Kau tanyalah doktor kau tulis apa. Medical underwriter buat decision based on apa doktor tulis. Bukannya medical underwriter and agen ada sebelah kau masa doktor diagnose. Pastu ugut-ugut nak terminate polisi. Kalau aku jadi agen, aku sound tegak je "SILAKAN TERMINATE. IT'S YOUR LOSS, NOT MINE!"

Tu pasal aku takleh jadi agen. Agen hanya orang-orang yang sabar je. Yang darah Laksaman Bentan cam aku ni jangan.

Handle difficult client adalah salah satu servicing yang orang tak nampak. Handle client yang suka marah-marah. Yang tak nak bayar medical report sendiri. Yang setiap bulan nak diingatkan bayar caruman. Ini semua servicing, ya. Bukan agen tak buat kerja.

Yang orang nampak agen ni kerjanya sign form and ambil komisyen. Yang orang tak nampak, agen call hospital tanya status GL (Guarantee Letter). Agen call customer service company mintak expedite approval GL. Agen follow up claim yang sangkut. Agen explain benefit berulang kali. Agen handle client panic tengah malam. Agen tunggu berjam-jam kat hospital.

Dan yang paling penting, mental load. Bila client sakit, dorang bukan dalam keadaan rasional. Takut, stress, confuse, penat, marah. Waktu ni agen kena jadi problem solver. Ini semua orang tak nampak.

Takaful sebenarnya is a business relationship. Trust business. Bukan produk semata. Produk semua company lebih kurang je. Yang membezakan cuma siapa handle kau.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)   


2026-04-22

Client Appreciation Day a.k.a. Open House 2026


Alhamdulillah settle dah Client Appreciation Day 2026, majlis En Wan untuk client-clientnya. Ini tahun ke-4 En Wan celebrate client. Tapi tahun ni pertama kali buat kat event space. Dah tak larat nak host kat rumah.

Bukan apa, every year ada pertambahan khemah. Tahun lepas 5 khemah. Tahun ni kalau buat konfem 6 khemah. Dah macam kawenkan anak pulak. Lama-lama esok jiran bising. Tetiap tahun balik-balik kau je block jalan buat open house. Jadi sebelum majlis beliau diviralkan oleh netizen, tahun ni dia decided buat kat event space pulak. 

Tahun ni lebih ramai client En Wan yang respond pada form kedatangan. 500 orang! Kau imagine kalau aku pacak khemah depan rumah? Takkan satu jalan tu aku nak block. Ni pun cara-cara client outstation ramai takleh datang. Ada jugalah yang datang dari Kuantan, Melaka, Johor, Ipoh. Terima kasih banyak-banyak. Kalau semua 1000+ client hadir, aku sewa PICC-lah. Kahkahkah.

Event space ni ada bahagian indoor and outdoor. Yang indoor can fit 20 tables. Outdoor lagi banyak. Disebabkan majlis En Wan ramai, dorang bukak space sampai ke belakang.

LEGA! Ya Allah, tak tahu nak kata aku punya lega tahun ni tak buat kat rumah. Bukan apa gais, kalau buat kat rumah, kurang-kurang 3-4 hari persiapannya. 2 hari sebelum, dapur aku tu dah penuh dengan segala air mineral bercarton-carton. Pastu dengan bahan-bahan masak sebab paling tak 2-3 menu aku masak sendiri. Tu belum lagi dengan sehari sebelum majlis dah pasang khemah. Porch dah berderet meja and kerusi bersusun.

On the majlis day itself aku lagilah macam penanggah majlis. Kejap-kejap ke depan ke belakang nak check apa lauk nak ditambah, apa yang kurang, apa yang kena ganti. Berlendir ketiak. By the time 3pm selalunya aku dengan En Wan dah start migrain. Sebab berpanas kat luar.

Tahun ni alhamdulillah. Dengan tak penatnya, dengan tak messy-nya, dengan tak payah berpikir-pikir. Selalunya, everytime nak buat open house, pak incik aku tu siap basuh porch, siap cat pagar bagai! Ntah siapa nak kelebet pagar rumah dia tak tahulah. This year, on hari majlis boleh santai-santai bangun pagi gi breakfast kat kedai dulu. Kalau tak, celik je mata dah kena susun kerusi meja and start menggoreng aglio olio, buat mashed potato, goreng ketupat palas, etc.

Kitorang buat kat Nurul Sate Batang Pinang. Ini port breakfast kitorang. Famous tempat ni sebab laksa Johor and satey batang pinang dia sedap. Kawan-kawan aku yang duduk kat KL sanggup datang sini untuk breakfast. Semalam pagi kitorang gi breakfast kat sini juga. Sambil-sambil tengok persiapan majlis. Dia ada dewan untuk buat majlis. Semalam ada majlis bertunang, so pagi semalam masa kitorang tengok-tengok, dorang tengah bukak pelamin. Staff yang lain tengah susun-susun pinggan mangkuk kat meja catering untuk majlis aku.

Staff dia function. Sentiasa standby kat tepi untuk replenish lauk and kemaskan meja. Dorang tahu apa nak dibuat. Ada sorang staff tu kata ramai betul ya orang yang datang. Maybe sebab dorang sentiasa ke depan ke belakang tambah lauk. Hehe. Begitilah hakak dulu dik zaman buat kat rumah. Kali ni tidak lagi. Hakak nak bercantik-cantik saja bergambar dengan guest.

Lepas breakfast kitorang balik rumah kejap, around 11 pagi ke dewan. Client pertama yang sampai adalah adik aku sendiri, Ima and Azrul. Ni client hibah En Wan. Kebetulan Ima saja balik Bangi. Kena pulak dengan tarikh majlis. Semalam dorang nak balik Johor semula jadi kena keluar awal takut jalan jem. Nasib baik dorang sampai tu makanan memang dah ready. Dapatlah dorang makan sebelum gerak balik.

Syukur ramai yang bagi respond makanan top-notch. Alhamdulillah. Kitorang berani ambil Nurul Sate Batang Pinang catering ni sebab dia memang berniada kedai makan bertahun-tahun. Dan makanan dia sedap. Orang yang dah biasa berniaga makanan ni kita tak risau sangat nak ambil catering sebab konfem-konfem masakan dia sedap. Ini lauk-pauk catering yang kita ambil dari dia:

Kuih 3 jenis tu kuih melayu. Tapi aku tengok semalam dia bagi 4 jenis. Terima kasih.

Yang kitorang tambah - kiosk apam balik kering, kiosk aiskrim and dessert spread dari kawan se-DPT, Aisyah. Tahun ni sebab buat kat event space, En Wan hire busking untuk bagi vibe meriah sikit. Sedap suara dia. Goreng pulak lagu-lagu 90-an, memang kena je la kat telinga aku. Lagi 5 tahun aku pakai ahli klorga sendiri je lah. Gabungan Acu + Redza + Rayyan. Murah sikit. Mbhahahaha.

Dessert spread dak Aisyah tak pernah mengecewakan. Aku regular customer, bukan sebab dia kawan tapi sebab dia masak memang sedap. Kek-kek dia semua sedap. Biskut raya laaaaaaaaagi sedap.

Aku tambah 200 pcs roti jala on top of pakej yang aku ambil from Aisyah. Kek aku tambah 1 lagi jenis. Ya, aku memang tamak. Kahkahkah.

Table Aisyah yang selesai dulu dari table lain. Sebab dah lah cantik-cantik kuihnya, sedap pulak tu. Alhamdulillah, Aisyah bawak balik meja je. Makanan dia semua settle. Insyallah ada rezeki tahun depan kita order lagi.

Satu benda yang aku request kat En Wan, tolonglah next year consider hire fotographer pulak. Kesian semalam nak bergambar terpaksa mintak orang lain ambilkan. Pastu dengan halfway henfon pulak low battery sebab asyik bergambar. Yang best tu kan, yang datang nak bergambar dengan "Kak Di". Padahal majlis En Wan. Baru dia tahu siapa aku. MBAHAHAHAHAHAHAHA.

Gambar majlis KLIK SINI.