2021-07-30

Nurul


Aku rasa kita sekarang sangat beruntung hidup di zaman FB.
Walaupun FB sekarang dah macam hape je aku tengok, medium untuk orang bertekak, mengutuk, menfitnah, dan sebagainya, aku suka kalau kita pandang dari sudut positif.

Bukan apa, hari tu bersembang dengan kawan sekolah.
Kawan sekelas, partner in crime, saling berselang-seli lepak-melepak dan tido-mentido di rumah, saling cover-mencover kalau terkantoi dan saling tiru-meniru homework.
Masalahnya, kitorang sama-sama tak faham pun, tapi biarlah tiru homework orang yang tak faham, kalau kena marah pun sama-sama. Gitu konsepnya.
Boleh katakan selama 2 tahun aku sekelas dengan dia, semua benda buat sama.
Dalam kelas pun duduk sebelah-menyebelah.
Berjaya jugak aku men-cina-kan dia dengan lagu-lagu Beyond and Leslie.

Periuk Tefal ni datang dengan satu set, ada 4 pcs. Hadiah wedding aku.
Aku pakai periuk ni sampai sekarang.
Sampai dah naik lunyai, tapi sedap pakai sebab periuk ni sesuai dengan portion masakan aku.
Kalau nak masak sikit, ada sizenya, kalau nak masak banyak, ada sizenya.
Masa dapat hadiah ni, belum tengok kad lagi aku dah agak mesti dia yang beli.

21 tahun lepas, Tefal belum gah mana kat Malaysia.
Orang kalau pi Langkawi tak beli Tefal, semua sibuk beli Pyrex lagi.
Tapi sebab Nurul study kat UK, jadi brand-brand ni dia dah biasa nampak agaknya.
Bila aku bukak hadiah nampak TEFAL, aku dah agak ni mesti Nurul.

Tergerak hari tu lepas basuh-basuh periuk nak snap gambar bagitau dia aku masih pakai hadiah yang dia belikan.
Banyak pahala kau Nurul, bertahun-tahun aku masak guna periuk-periuk kau.
Kitorang jarang jumpa, but itulah aku cakap tadi, kita ni beruntung hidup zaman internet - ada whatsapp, ada FB.

FB memang connecting people especially old friends.
Sampaikan kita tak perasan kita dah tua, kan?
Sebab hari-hari kita masih connect dengan kawan-kawan lama.
Bersembang huhahuha sama macam dulu.
Tak perasan umur dah 4 series.
Berbeza dengan mak bapak kita dulu.

Aku ambik contoh Mak Aji and Pak Aji lah.
Zaman dorang lepas habis blaja, masing-masing berpecah haluan masing-masing.
Kalau jumpa, jumpalah. Kalau hilang, hilanglah gitu je.
Zaman dulu mana ada henfon.
Nak tulis surat? Takde masa dah bila masing-masing dah berkeluarga.
Itu yang kalau kita tengok dorang bila sesekali jumpa berpeluk menangis macam taknak lepas.

Tahun 1988, Pak Aji outstation ke utara, berjumpa dengan kawan lama dia masa kat Maktab Perguruan.
Masa tu uncle Nordin mengajar di UUM, kalau tak salah aku.
Sebelum tu kitorang duduk Penang.
Di Penang, 1-2 malam tido rumah another kawan dia masa kat Maktab.
So this friend bagi contact number uncle di Kedah tu oada bapak aku.
Dorang set untuk berjumpa di pintu gerbang UUM.
Aku ingat lagi uncle tu datang dengan motor.
The moment Pak Aji keluar dari kereta, dorang berpeluk sakan menangis-nangis.
Mesti dorang rapat sangat masa blaja dulu.
Bayangkan, last jumpa masing-masing masih bujang, blaja sama-sama di maktab.
Lepas tu berjumpa semula, aku dah 11 tahun.
Bapak aku kawen 3 tahun baru dapat aku.
Maksudnya ada lebih kurang 15 tahun kot dorang tak jumpa.

Mak Aji pun sama.
Bila FB connecting old friends, barulah dapat jumpa balik kawan-kawan sekolah kat Tampin.
Jumpa-jumpa pun masing-masing dah 60an.
3-4 tahun lepas kalau tak salah, Mak Aji balik Tampin, day trip semata-mata nak beraya rumah kawan dia selepas berpuluh tahun tak jumpa.
Kesian, kan? Boleh imagine betapa rindunya masing-masing dengan good old days.

Kita ni bersyukur sangat, walau tak jumpa kawan-kawan, tapi disebabkan ada FB, terasa macam masing-masing masih ada kat skolah.
Kalau bersembang dengan kawan skolah, rasa macam umur 17 tahun.
Kalau bersembang dengan kawan Uni, rasa macam umur 20an.
Kalau bersembang dengan ofis mate lama, terasa zaman pakai baju nampak cleavage. Eh.

Sampai sekarang, kalau melepak dengan Dusty Pink Tits, lupa pulak aku dah ada laki.
Bersembang macam nak rak.
Tak campur dengan suami, ya.
Suami pandai-pandailah bergaul sesama sendiri kat meja lain.
Kitorang meja lain.

Terasa beruntung 2 kawan baik - satu masa sekolah dan satu masa Uni - ada di majlis nikah aku, 21 tahun lepas.
Kitorang masih berkomunikasi and rapat until now.
Masa En Wan sarungkan cincin, Ina ada belah kiri aku, Nurul belah kanan aku. Happy.

Nurul dengan aku kalau bersembang banyak benda kitorang boleh relate.
Padahal masa sekolah rendah aku tak kenal dia sebab dia kelas lain.
Masa sekolah menengah pun aku tak berapa perasan dia.
Rupanya dia pun sama macam aku, masuk asrama kejap lepas tu quit.
Aku cuma notice dia masa kitorang Form 2.
Masa Form 1 dia quit from Mozac, tu pasal tak nampak muka kat sekolah.

Yang best tu, masa Form 4, dah pertengahan tahun, dia pindah masuk sekolag asrama kat Kuantan.
Sedih jugaklah aku masa tu.
Sebab dia paling gila dalam kelas.
Aku memang sesuai dengan yang gila je.
Sedih tengok meja sebelah kosong.
Tapi tak lama, 3-4 hari lepas tu aku dapat reverse call dari dia.
Dia cakap dia dalam plan nak larikan diri dari asrama. Hahahaha.
Once dah quit dari asrama, forever akan quit dari asrama. Gitulah perumpamaanya.

Esoknya masuk sekolah aku balik.
Tapi dia tak masuk kelas Sains.
Dia tukar ke kelas Perakaunan.
Sedih, tapi takpelah, at least time rehat or after school boleh jumpa.
Sebulan lepas tu dia mohon tukar masuk kelas Sains.
Sesuka hati dia je kan?
Nasib baik meja sebelah aku kekal kosong.
Maka duduklah dia balik sebelah aku sampai tamat skolah.

Aku tak tahulah macamana kitorang boleh dipilih jadi ahli tertinggi pengawas.
Dia Naib, aku Setiausaha.
Yang aku heran tu, sepanjang aku jadi Setiausaha aku tak pernah buat minit mesyuarat pun.
Agaknya Timbalan aku buatkan kot.

Kebetulan aku and Nurul sama-sama terpilih ke BTN kat Kem Terendak Melaka.
Budak 'bijak' katakan, memang licik sikitlah kat sana.
Kat kem tu, masa orientasi kitorang patutnya tak dapat duduk sebilik (dorm), tapi menggunakan skill kitorang, berjaya kitorang memperdayakan fasilitator kat situ.

Kitorang masing-masing kena beratur dalam beberapa barisan.
Setiap orang nanti bergilir-gilir ke depan ambik kad.
Kad tu ada nombor dorm.
Kad tu pulak fasilitator dah susun ikut urutan - Dorm 1, 2, 3, 4.
Kitorang beratur 4 baris.
Dia dah bagi arahan orang pertama setiap baris akan go straight ambil kad.
Selepas tu orang kedua dalam setiap barisan pula akan ambik kad tetapi bersilang ke kanan.
Then orang ketiga dari setiap barisan pula akan ambik kad secara bersilang ke kiri pulak.
Bila dah bersilang-silang gitu, ramai yang mudah confuse.
Atau lebih tepat lagi "mudah untuk diconfusekan oleh kitorang". Hahaha.
Eh, kata budak rajin fly and quit dari asrama, dah tentulah panjang akal sikit. Gitewww.

Lepas SPM, aku ke Kuching, Nurul ke Nottingham.
Masih berutus-utus surat.
Pakwe masing-masing ketika tu nama yang sama!
Bezanya, dia kawen dengan pakwe tu, aku tak.
Aku cakap, kalau tak kerana laki kau pun nama tu, aku tak kuasa nak sebut.
Tapi sebab member baik punya pasal, kucampakkan rasa menyampah itu.

First time aku jumpa En Wan tahun 1998, esoknya aku kenalkan pada Nurul.
Jadi, antara kawan-kawan aku, Nurul orang pertama jumpa En Wan.
Masa tu bulan puasa, En Wan and Nurul sama-sama berbuka kat rumah aku.
Nurul cakap "Bolehlah Diana, kira jadiklah dengan yang ni. Budak ni nampak baik, aku rasa kau boleh makan ni". Hahahaha.

Masa dia mula nak bercouple dengan suami dia, dalam surat dia kata "Aku ada a few spare tyre ni. Tapi sorang je yang nampak ada future sikit. Budak engine. Aku rasa aku ambik tu lah".
Bongok gila perangai, kan?
Macam pilih kain kat Jakel.

Mak-mak kitorang kenal each other.
Mak bapak Nurul both Dr (PhD).
Aku pernah join Biotech Syposium kat KL tahun bila ntah, tapi zaman free hair.
Mak bapak dia pun bukak booth jual produk research dorang.
One thing aku suka dengan mak Nurul, dia sangat sporting dan treat anak dia macam friends.
Dia anggap aku macam anak jugak. Dia nak sound, dia sound je.
Mak dia bawak kitorang pi library hujung minggu supaya kitorang study.
Lepas study, dia siap tanya soalan untuk make sure kitorang memang betul-betul study.
Lagi seram dari mak aku ni.

Muka anak pertama kitorang ikut muka kitorang, yeayyyy!!!
Deena ikut muka Nurul, Redza ikut muka aku.

Bila hari tu Nurul bagitau Aunty Zaidah (mak dia) meninggal (last year), sedihnya hati aku.
Sedih bila orang-orang yang pernah wujud dalam chapter hidup kita dah mula meninggalkan kita sorang demi sorang. 
Terasa macam mak sendiri pula yang dah takde.
Last jumpa Aunty Zaidah di Giant Putra Heights, sebab dulu dia duduk dengan adik Nurul kat sini.

"Kau ni apesal kecik je tak besar-besar?"

"Kau ni bila nak besar?"

"Anak kau skolah mana, Diana? MRSM? Ohh bagusssss. Anak kau macam Deena. Deena kat SSP dulu tapi ikut macam Nurul, quit. Macam kaulah jugak".

Allah sedihnya, bila ingat balik.
Rasa macam baru sangat kitorang satu kelas, lepak padang tiap-tiap petang, study sama, tido sama, menganjing bersama-sama...now dah 44 tahun.
Sekarang, anak-anak pula sedang melalui fasa kitorang dulu.
Menangis jugaklah aku sesekali bila teringat.
Zaman 90an memang serba takde apa, but the memories tu yang tak ternilai.


2021-07-29

Kenapa masak sikit.


Percaya atau tak, aku kerap dapat pertanyaan kat IG, kenapa aku masak sikit.
Kau ada sampai portion masakan pun diperhatikan? Ada?
Takde, kan?
Aku adaaaa. Hahahahah.

Aku masak almost everyday, tetapi hanya sekali.
Kalau breakfast kadang-kadang je masak. Selalunya beli.
Breakfast hanya dibuat untuk Rayyan, itupun En Wan yang prepare.
Malas nak masak 2-3 kali sehari.
Kalau rajin baru aku masak banyak kali, tapi selalunya tak rajin.
Benda ni ada kait rapat dengan kebiasaan semasa kecik.

Masa kecik dulu, Mak Aji masak sekali sehari je.
Dia masak pagi-pagi sebelum Subuh.
Itulah lauk lunch, itu jugalah lauk dinner.
Kalau ada tambahan time dinner pun, sayur.
Kalau lauk-lauk utama memang dah masak siap-siap dari pagi.

Ada kebaikan cara tu.
Mengajar kitorang adik-beradik makan beringat sikit belakang-belakang.
Sebab dah tahu mak kau memang takkan masak lain dah untuk hari tu, jadi apa yang ada dalam periuk, pandai-pandai tinggalkan untuk makan malam.
Atas faktor tak berapa kaya, aku dah terbiasa dengan lauk-pauk yang small portion.
Ikan goreng tu kadang 3 ekor je.
Ibal tak makan ikan.
Ima memang out of the storylah sebab dia sekolah asrama.
Jadi, tinggal aku je kat rumah nak mentekedarah ikan goreng tu.
Memandangkan ikan tu ada 3 ekor je, aku patahkan dua, sebelah aku makan lunch.
Nanti lagi sebelah makan malam.
Lagi 2 ekor tu tinggalkan untuk mak bapak aku.
Even mak aku masak asam pedas ikan tenggiri pun, aku tak biasa ambik sekeping walaupun ikan tu kecik.
Tetap ambil separuh je.
Sebab seram, nanti mak aku balik takde benda nak makan.
Kalau dia merajuk lari kat Batu Belah Batu Bertangkup takpe (hahahah).
Dibuatnya aku kena libas karang, takde ampun dapat 3 calit pangkat sarjan kat betis.

Kebiasaan ni membawak sampai ke sekarang.
Dulu, masa awal-awal kawen, sementara nak menunggu panggilan interview kerja, aku duduk rumah je tak keje.
Ada la kot dalam 2-3 bulan gitu.
Dalam tempoh tu memang tak buat apa sangat, kecuali En Wan hantar aku belajar kereta.
Selebihnya aku macam maid - kemas rumah, masak, membasuh, mengemop.
Celik mata, itu je lah kerja aku.
Tapi bab masak tetapppp sekali sehari.
Takde de aku raji nak masak siang lain malam lain.
Kalau En Wan balik lunch (which is jarang), baru aku masak 2 kali.
Kalau tak, sekali je.
Dan aku pun tak makan lunch, tunggu makan dinner sekali harung dengan En Wan.

Bila dah ada bibik barulah rumah aku ada berjenis-jenis lauk.
Bibik rajin masak 2-3 kali sehari.
Kadang tu dia yang kejap-kejap tanya aku nak makan apa lagi.
Agaknya bosan tak tau nak buat apa.
Bila dah takde bibik, aku take over dapur, maka kebiasaan lama kembali lagi, iaitu masak sekali sehari.

Punca aku masak sekali sehari adalah sebab kat rumah ni rakyatnya tak berapa nak makan nasi.
Mok makan nasi, tapi tak makan lauk-pauk.
Lauk dia sayur je.
Yang Redza and Rayyan bukan hantu nasi.
Masing-masing suka mee, atau spageti, atau macaroni, atau kek-kek.
Jadi, aku ni kalau masak lauk untuk aku and En Wan.
Kau imagine nak masak lauk-pauk untuk 2 orang makan, berbaloi tak?
Tak berbaloi okeh.
That's why aku macam malessssss je nak masak.
Walaupun almost everyday memasak, tapi lauk tu simple-simple je.
Takde de nak nampak aku masak lauk rare yang beria sebab takde sape makan pun.

Memandangkan makan 2 mulut, portion masak pun kecik.
Kadang aku goreng ayam 4 ketul pun tak habis, membawak sampai ke besok.
Last-last ayam tu aku carik-carik buat nasi goreng untuk breakfast esoknya.
Tu pun kadang nasi goreng tu tak habis.
Nak habis camana kalau balik-balik yang makan aku and En Wan je.

Menu aku kalau memasak (follower IG mesti perasan benda ni), balik-balik sup, kari, lemak cili api, asam pedas, masak kicap, sup lagi, kari lagi, sup lagi, lemak cili api lagi....pusing-pusing itu je.
Takde de kau nak jumpa aku masak kerutup ke, kuzi ke, laksa Penang ke, rendang ke...memang tak.
Sebab renyah berejam kat dapur tapi nak makannya 2 orang. Memang tak lah.
Terasa nak makan laksa, order.
Terasa nak makan nasi Arab, order.
Terasa nak makan nasi beriyani, order.

Walau macamanapun, aku suka shopping barang basah.
Walaupun lauk aku balik-balik itu je, tapi bila barang basah ada, sedikit sebanyak mendatangkan kerajinan nak masak.
Mak-mak kan memang macam tu, masak tak masak belakang cerita.
Yang penting bahan nak masak ada.
Kalau tetiba saka memasak sampai, barangnya dah ada.
Jadi, masa atau tak, ayam tetap sekali beli 2 ekor.
Sotong sekali beli 2kg.
Udang sekali beli 2 jenis.
Ikan tenggiri tetiap minggu wajib beli sekor.
Beli je dulu, bab masak kita pikir kendian.

Sebut pasal ikan tenggiri, pernah orang tanya aku pasal ni.
Dia kata tetiap minggu mesti lauk aku ada ikan tenggiri.
Yup, betul. Ikan tenggiri ni must have.
Orang kata ikan ni ikan orang have-have, sebenarnya tak, ya.
Ikan tenggirilah paling jimat.
Aku kan kalau malas nak beli ikan yang lain, ikan tenggiri mesti mau ada.
Sebab dengan ikan tenggiri aku boleh buat fishball soup, bergedil ikan, asam pedas ikan, ikan masak asam, masak balado, kari, masak kicap, sweet sour, singgang....banyak macam jenis.
Kalau ikan lain mana boleh buat fishball? Mana sedap buat bergedil?
Tak percaya, kau beli sekor ikan tenggiri and masak pelbagai resepi.
Ikan tenggiri ni tak macam ikan lain.
Rasa ikan tu berubah ikut resepi.
Kalau ikan cencaru kau masak kari atau balado, rasanya sepesen je.

Hari tu ada follower kat IG cakap aku kerap beli kek kat Gula Cakery.
Ya, memang setiap minggu ke sana.
Kalau tak ke sana pun, aku tetap beli kek di tempat lain.
Sebab Redza suka makan kek.
Dia kalau dah jumpa kek, memang bernyawa.
Sekali harung kalau beli kek kat Gula Cakery tu 10 kotak terus.
Simpan kat freezer, nak makan baru alihkan ke fridge supaya tak beku.
Kalau Rayyan pulak suka makanan yang ringan-ringan macam roti canai, roti telur (roti Gardenia celup telur), kepok lekor, nugget, fries, spageti.
Nak suruh Rayyan makan nasi macam nak bagi makan ubat gegat!

Jadi, kalau tengok kat IG aku apesal masakan aku cuma secubit-secubit je, maka itulah explanationnya.
Orang je sampai 5 dalam rumah ni, tapi yang makan nasi berlauk 2 orang.
Itupun kalau siang dah makan lauk A, malam En Wan takleh makan lauk A.
Selalunya malam beli - kuey tiaw, nasi lemak, roti cheese naan, burger atau kalau dah malas sangat masak maggi je.
Nama aku nak masuk dapur bersilat lagi sekali, kem salammmmm.

Ok, now aku nak turun masak.
Sambal udang, sayur kobis goreng, sup ikan merah and goreng ikan masin.


2021-07-28

Kali ketiga mimpi orang yang sama.

Ini conversation aku and kawan aku pada 11 July baru-baru ni.
Kalau sesiapa pernah baca kisah hijrah aku, aku ada cerita mimpi-mimpi yang sama dalam conversation atas ni.
Actually inilah kawan aku, orang pertama yang aku cerita tentang mimpi-mimpi aku tadi.

Lama dah aku tak mimpi 'orang' tu, tapi sesekali aku teringat dia.
Rasa macam nak sangat jumpa lagi.
Aku berazam kalau orang ni muncul lagi dalam mimpi, aku nak tanya dia siapa.
Sekali hari tu aku mimpi dia lagi.

Just like aku tulis dalam whatsapp tu, aku berada di tempat yang greeny, cantik and fresh.
Sama macam 2 mimpi sebelum ni.
Bezanya, 2 mimpi yang lepas aku jumpa dia dia tempat yang sama, di spot yang sama (bawah pokok tepi sungai).
But this time aku berada di kawasan yang luas, menghijau, ada air terjun and sungai yang cantik.
Keadaan kat situ sangat fresh.

Mula-mula aku berada di tempat yang luas and hijau. Sorang.
Then baru nampak ada sorang, dua orang, tiga orang...tapi semua aku tak kenal.
Until sampai kat satu rumah yang besarrrrrrrrr sangat.
Ramai orang dalam tu. Tak sesak tapi ramai.
Masing-masing bersantai-santai, semuanya tenang-tenang je.
Aku pun buat hal sendiri sambil pandang-pandang keliling.
Dalam mimpi tu aku realize aku ada di tempat yang lebih kurang sama macam mimpi aku sebelum ni.
Even dalam mimpi tu aku macam tahu this guy mesti ada kat sini.
Sekali aku nampak dia. The thing is, dia sedang pandang aku.

Lepas dia perasan aku dah ternampak dia, dia datang kat aku.
Kan tadi aku cakap kalau aku jumpa dia lagi dalam mimpi aku nak tanya dia siapa, kan? Tak jadi weh.
Kau tau tak situasi bilamana orang tu ada depan mata tapi kau pulak rasa macam tak sopan nak bertanya dia siapa, boleh faham tak situasi tu?
Tak tahu apesal.
Maybe figura dia yang special di mata aku, dengan polite-nya, maybe juga aku segan sebab dia macam 'alim'.

Mimpi kali pertama aku jumpa dia, dia ajar aku baca Al-Fatihah.
Kali kedua mimpi, dia tak cakap apa-apa tapi mendengar bacaan Al-Fatihah aku.
Kali ketiga dia datang and senyum tapi tak cakap apa-apa, but somehow dalam senyuman tu aku faham apa dia nak sampaikan.
Macam ada benda yang dia sampaikan tapi dia tak bercakap pun.

Aku tersedar dari mimpi dalam keadaan frust.
Frust sebab tak tahu dia ni siapa.
Tu yang aku cari kawan aku tu.
So kawan aku explain panjang lebar.
Dia kata dia tak berapa pandai mentakwil mimpi.
Tapi dia pernah bertanya soalan yang sama pada ustaz-ustaz.

Yang pertamanya, kalau mimpi dengan orang yang alim, atau orang soleh, atau orang yang dekat dengan Allah seperti wali DAN dalam mimpi dia mengajarkan atau menyampaikan sesuatu yang baik, maka mimpi itu mimpi yang baik, yang membawa petanda akan datang keberkahan dan ketenangan dalam jiwa.
Hikmahnya pelbagai, maybe Allah nak aku berada dalam majlis ilmu bersama orang alim tu, atau nak aku ambil ilmunya, atau nak aku belajar sesuatu darinya.

Kawan aku tanya aku kenal tak lelaki tu. Aku cakap tak.
Dia kata itu mungkin moyang-moyang aku yang terdahulu dari keturunan aku, yang aku tak pernah jumpa.
This moyang mungkin adalah orang-orang alim, yang mana orang-orang alim ni memang ada keistimewaan Allah berikan untuk muncul dalam mimpi.
Boleh jadi this moyang favor pada aku.
Agaknya aku yang paling setan sekali kot, so dia nak memperbetulkan aku. Agaknya la.

Tapi aku bagitau kawan aku, sebenarnya aku selalu doa minta Allah hantarkan someone yang alim-alim untuk bagi aku pentunjuk apa-apa, samada bagi nasihat, bagi ilmu, bagi apa-apa je lah asalkan boleh bagi aku kesedaran.
Aku rasa aku yakin yang aku mimpi ni mungkin salah sorang moyang aku.
Tak tahu lah dari keturunan yang keberapa.

Dan lagi, boleh jadi juga mimpi itu petanda aku akan bebas dari perkara yang mengelisahkan aku.
Contohnya maybe selama ni aku takutkan sesuatu, sedihkan sesuatu, kecewa kerana sesuatu, gelisahkan sesuatu - maka mimpi itu akan membawa keluar semua perasaan itu.
Kerana orang-orang yang soleh tak ada rasa takut selain dari Allah.

Yang ni pun boleh jadi. Sebab aku takut mati.
Looking back those years, days of being wild - lojiklah kalau aku takut mati.
Banyak nau dosa. Amalan tak banyak mana.
Aku always kira berapa balance hidup atas dunia.
Aku letakkan benchmark umur aku 62-63 (Umur Rasulullah wafat).
En Wan always cakap aku merepek sebab selalu mention "Umur saya ni kalau mati macam umur Rasulullah, tinggal berapa belas tahun je lagi".

Itu tadi kemungkinan yang pertama.
Kemungkinan yang kedua, petanda masa untuk pulang dah dekat.
Tapi ini ada kaitan dengan siapa kita jumpa.
That's why kawan aku tanya aku kenal ke tak orang yang aku mimpi tu?
Ada tak sesiapa dalam ramai-ramai tu aku kenal?
Dia kata kalaulah dalam mimpi tu terdiri dari orang-orang yang kita kenal dan orang tu pula mengajak kita ikut dia, mungkin itu petandanya.
Tak, sorang pun aku tak kenal dalam ramai-ramai tu.
Tapi mana lah tau kan, kot aku mati bersama-sama dengan orang yang aku tak kenal, siapa tahu, kan?

Apa-apa pun, aku happy sebab sekian lama menunggu, akhirnya aku jumpa balik dengan orang yang sama, dalam mimpi.
Biarlah, aku dah taknak tahu siapa nama dia, siapa dia.
Sebab dah 3 kali aku mimpi, semuanya yang baik-baik tentang dia.
Boleh jadi itu moyang aku dari keturunan yang dulu.


2021-07-26

Makin kurus semasa tua, makin nampak macam orang sakit.

Semalam nampak Zulin Aziz up reel dia.
Aku letakkan side by side macam ni:

Turun 20kg. Kagum.
Itulah untungnya orang yang start dengan gemuk, bila turun badan walaupun ke 57kg, orang dah nampak dia kurus.
Aku yang 52-53kg, tetappp nampak gemuk.
Itulah nasib bila bermula dengan underweight.
Walau berat badan sekarang sebenarnya ideal, tetap nampak gemuk forever.

Actually aku pernah 'gemuk' zaman matrik.
Berat aku masa tu 58kg.
Yang sebenarnya 58kg ni masih BMI normal.
Cuma dah hujung-hujung dah.
Tapi memandangkan kawan-kawan aku yang lain tak segemuk aku, maka nampaklah aku ni gemuk.
Tapi masa 2nd year matrik, berat badan aku turun kaw-kaw ke 43kg.
15kg turun mendadak dalam tempoh 3 bulan.
Aku buat strict diet masa semester break - hanya makan biskut Hup Seng and teh O tanpa gula EVERYDAY. Tak sentuh nasi.

Masa tu umur baru 19 tahun, muda.
Sebenarnya kalau aku makan nasi sepinggan sehari pun masih boleh turun berat sebab metabolisme masih laju waktu ni.
Tapi, jangankan tidak, nak membuktikan sesuatulah konon.
Aku strict diet gila-gila, sampaikan masa kat airport nak balik ke Kuching, kawan-kawan pandang aku dengan muka pelik.
One of kawan aku cakap "Diana, budak-budak rumah aku cakap tak sangka Diana boleh kurus".
Nampak nau selama ni hari-hari mengeji aku gemuk, kan? Hahaha.

Berat badan aku kekal begitu sampailah aku kawen.
Actually masa kawen berat aku makin turun, 41kg.
41kg untuk ketinggian 155cm ialah underweight, ya.
Masa tu aku perasan muka aku cantik nau.
Sekarang bila tengok balik album kawen, baru perasan muka aku cengkung macam jerangkung.
Tapi walaupun berat aku 41kg, baju aku tak semuanya size S (dulu belum ada size XS lagi).
Kalau kemeja butang depan, aku kena pakai size M.
Dada aku tak sepadan badan.
Ini diakui oleh kawan-kawan se-uni.
Dari zaman matrik lagi dorang cakap tetek aku selambak. Kahkahkah.
Sebab itulah aku kekal sebagai Presiden Dusty Pink Tits.
Sebab tetek aku masih relevan untuk memegang jawatan tu.
Menang tanpa bertanding u olls.

Walaupun aku pernah gemuk sebelum kawen, tetapi masa first ber-blogging, berat aku underweight.
Aku start blogging tahun 2006, 2 tahun selepas bersalin Redza.
Berat badan aku masih underweight waktu ni, range 44-45kg.
Jadi, orang kenal aku di blog semasa berat badan underweight.
Walaupun aku underweight, tak nampak se-slim mana sebab bentuk badan aku straight.
Aku takde lekuk pinggang sangat.
Beza pinggang and bontot aku hanya 8 inci.
Waktu aku mengandung Redza, Dr Rafi dah cakap awal-awal kemungkinan aku akan bersalin secara c-sect sebab pinggul kecil.
Tapi aku nak cuba normal juga.
Ujung-ujung kena bedah juga sebab takut baby lemas.

Hari akhir aku mengandung Redza, berat aku 58kg, masih dalam range ideal weight.
Lepas bersalin, berat aku naik sikit ke 44-45kg.
Slowly menaik dan menaik.
Tahun 2010, masa aku mengandung Rayyan berat aku 50kg. Masih ideal weight.
Tapi masa ni orang dah start tegur aku "Gemuk, eh sekarang?". Hahahaha.
Hari akhir aku bersalin Rayyan berat aku 58-59kg.
Itupun sebab Rayyan keluar awal.
Kalau cukup 9 bulan mahu 65kg kot.

Selepas bersalin Rayyan, berat aku turun ke 50-51kg.
Lama aku kat range ni, until tahun 2014 berat aku menaik ke 58kg.
Still ideal weight tapi berisi la sikit.
Kau dah kenapa kan, tak mengandung pun badan boleh naik.
Tapi masa ni aku dah 37 tahun.
Metabolisme dah berkurangan, kira lojiklah berat menaik.
However dalam tempoh setahun aku dapat turunkan ke 52kg.

Tahun 2017 berat aku mencanak naik ke 61-62kg.
Inilah berat paling tinggi aku pernah capai.
Ok hat ni baru betul overweight.
Dia punya naik tu bukan hanya kat muka, tapi kat pinggang!
First time terpaksa beli seluar size 30 inci.
Muka aku jangan cakaplah dia punya kembang satu macam sampai hidung aku jadi pesek dek kerana pipi tu tembun sangat sampai tarik hidung.

At the same time aku sendiri boleh rasa perubahan dalaman - cepat mengah and cepat mengantuk.
En Wan terperanjat aku dah mula berdengkur masa tidur.
Actually masa ni aku takde pilihan lain melainkan biarkan diri aku gemuk sebab masa ni aku tengah RnD 2 produk GreenAard.
Tahu jelah bila tengah RnD, setiap batch of produk aku yang test ke atas diri sendiri.
Badan start jadi haywire sebab kejap aku try ni, kejap aku try itu.
Masa ni aku terpaksa biarkan badan aku kau nak gemuk ke, kembang ke, lantak.
Lepas dah settle, produk pun dah release, barulah slow-slow berat aku kembali ke sekarang.
Now 52-53kg range. Masih ideal weight tapi tetap nampak gemuk.

Itulah yang aku cakap tadi, untung orang-orang yang memperkenalkan diri di media sosial ketika badan overweight.
Berat turun 5kg pun orang dah nampak kurus.
Yang start dengan underweight, berat naik 3kg pun orang kata gemuk.

Ini carta berat badan berdasarkan ketinggian.

Yang sebenarnya, nak kurus tak susah.
Yang susah tu bila kita nak diri nampak kurus di mata orang lain.
Nak orang notice kita kurus.
Nak orang approve kita dah kurus.
Nak jadi paling kurus antara yang lain.
Nak kerempeng.
Hat ni la yang orang kata "Susahnya nak kurus!"

Sebenarnya tak susah mana.
Aim saja ideal weight.
Ambik dulu hat paling hujung.
Kalau tinggi kau 155cm macam aku, kau aim dulu berat 58kg.
Barulah tak stress.
Dah berjaya cecah 58kg nanti, aim for 57kg pulak.
Gitulah cara terbaik untuk weight management.
Bukannya dari 70kg terus aim nak 50kg, memang nangis.
Tu pasal ramai giveup.
Bukan give up sebab tak kurus-kurus, tapi give up sebab journey weight loss tu seksa sangat.
Dah kau yang nak menyeksakan diri siapa suruh.

Lagi satu yang kita kena pikir, jangan hanya pikir nak nampak slim tapi pikir sama kesan akibat terlampau kurus.
Especially bila umur dah 40an, jangan aim untuk jadi kurus, tetapi aim for ideal weight.
Ingat ya, umur 40an ni umur yang menghampiri menopause.
Being underweight or to skinny boleh menyebabkan early menopause.

Lagi satu bab muka.
Struktur muka kita memang akan berubah bila umur bertambah, that's why orang yang too skinny di usia 40an ke atas, lebih cepat nampak tua.
Manusia memang bangga kalau umur 40-50an masih kurus.
The thing is sepatutnya fokus nak dapat ideal weight, bukan kurus because being too thin will age your face.
Untuk orang berumur BAWAH 40-AN, makin kurus, nampak muda.
Makin berat, nampak berusia.
But for those OLDER THAN 40, it's the other way around.
Semakin kurus, nampak semakin tua dari usia sebenar.

Ini keraba, umur 40an, semakin kurus, muka akan loss volume.
Loss volume akan menyerlahkan rahang and kedut pada muka (especially tepi mata) semakin obvious.
Semakin kita tua, our face gets depleted.
Jadi bila semakin kurus, perubahan pada muka akan nampak dulu.
Muka nampak macam orang sakit sebab jaw mula timbul dan mata lebih nampak tersembul (sebab sarung mata tenggelam).
Struktur muka kita masa muda (20-30an) lebih kepada heart shape, atau bujur.
Tapi semakin tua, struktur muka slowly berubah jadi persegi.
That's why kalau kurus di usia 40 ke atas, muka nampak berpetak sebab rahang keluar.

Yang dah 40an ke atas tu, hati-hatilah.
Aim for ideal weight je sudey.
Dah tua dah pun, takkan di usia tua ni kau masih nak bertanding siapa lebih kurus, siapa lebih gemuk?
Dah tak sesuai dah.
Zaman muda dulu tak puas lagi compete?
Aim for ideal weight lebih mudah dah baik untuk diri sendiri, baik dari segi penampilan dan kesihatan, insyallah.


2021-07-24

Jangan start kalau susah nak minta maaf.

Perasaan tak sukakan seseorang are common.
Setiap orang ada standard tertentu to determine whether dia suka atau benci sesuatu (seseorang).
Alasan seseorang tak sukakan orang lain, ada pelbagai.
Adakalanya, takde alasan yang kukuh.
Hat yang tak kukuh ni selalunya disebabkan dengki atau iri hati.

Iri hati adalah perasaan tak senang tengok orang lain ada atau dapat kelebihan berbanding diri sendiri.
Antaranya, dengki bila tengok orang lain bahagia, dengki bila orang lain dapat sesuatu, sementara kita tak dapat, dengki bila kita nak dapat sesuatu harus lalui kerja keras dan susah-payah sedangkan orang lain dapat dalam sekelip mata.

Peringkat yang lebih teruk adalah bila kita berharap orang yang dapat kelebihan tu akhirnya hilang kelebihan tersebut, orang yang ada apa yang kita tak ada akhirnya hilang apa yang dia miliki, dan orang yang dapat apa yang kita tak dapat akhirnya hilang hak ke atas perkara yang dia dapat.
Dari perasaan tak senang, akhirnya bertukar menjadi benci, walaupun orang yang dibenci tak buat apa-apa salah yang jelas.

Dari sudut ilmiah (saintifik), sebahagian besar punca kebencian tanpa sebab yang jelas ni adalah kerana survival.
Perasaan tak suka tu wujud sebagai langkah menyelamatkan diri dari ancaman.
Bila someone rasa tergugat dengan kehadiran seseorang/sesuatu yang lain, secara otomatik dia seek refugee dalam kelompoknya.
In other words, dia akan cari kelompok yang boleh menyokongnya.
Kerana dia takde alasan yang jelas untuk membenci, maka dia perlu cari sokongan dan kekuatan dengan membina kelompok atau alliance yang boleh bagi dia nampak strong sikit.
Effort inilah yang wujud disebabkan mekanisme survival tadi.

Selalunya kelompok ni akan mencari sekecil-kecil point untuk dikutuk.
Why sekecil-kecil point?
Sebab, dia takde point yang jelas kenapa dia benci.
Jadi, untuk mem-validkan mereka terus mengutuk, jalan paling senang adalah mencari sekecil-kecil kesalahan untuk diperbesarkan supaya momentum mengutuk tu dapat dikekalkan.

Aku pernah rasa keadaan ni.
Bila mana out of no where kau kena kutuk berjemaah.
Ok ni lagi satu point yang best tentang isu followers yang aku tulis pagi tadi (kat IGS).
Kau akan sedar rupanya ramai yang ambik tahu and follow kau, hanya apabila kau dikutuk.
Sumpah, tak tipu.
Kau tengok je la hat-hat famous yang kena hencap berjemaah selama ni.
Berderet komen, ramai-ramainya mengutuk.
Padahal selama ni yang komen nama-nama yang familiar.
Kau tunggu lah bila kau kena hentam, baru kau tahu sebenarnya 'followers' kau lebih ramai dari yang kau biasa nampak.

Itulah maksud aku dalam post IGS pagi tadi, bilangan followers tak bermakna ramai suka.
Boleh jadi half dari bilangan followers adalah haters.
Dan boleh jadi yang tak suka kau lebih ramai kat luar tu.
Dorang tunggu masa je orang petik nama kau, siaplah.
Berduyun masuk tambah nasi.
Ramau yang perati ni. Tunggu masa je. 
Ada peluang je siaplah, macam tentera Bahuubali dia datang serbu berjemaah dari mana datang tak taulah. Tau-tau je ramai.

Aku pernah kena dah benda ni.
Tetiba je nama aku kena petik.
Entah dari mana hujung pangkal cerita, entah kisah siapa yang dia babitkan aku.
Yang memetik tu aku tak kenal pun, let alone jumpa.
Kalau selisih sebelah pun aku tak tahu.
Kecoh benau la time tu.
Yang aku ni terpinga-pinga, dah kenapa aku kena petik.

Itu satu hal, satu hal lagi berduyun rupanya yang mengutuk aku.
Mana datang tak tahu.
Yang peliknya, bila ada peluang mengutuk habis post aku 2-3 tahun lepas pun dia jadikan topik mengutuk.
Yang takde sangkut-paut dengan topik asal pun terkeluar sekali.
Hujung-hujung aku tak tau apa benda yang dorang tak puas hati sebab macam bercampur-aduk sangat.
Last-last kan alasan pertama aku dikutuk tu ilang macam tu je, tapi yang tak de kaitan dengan topik pulak yang masing-masing bahaskan.

Tapi satu benda yang aku nampak is sebenarnya ramai yang baca blog ni.
Cuma dalam pada dia tak suka tu, semua post aku dia baca sampai habis.
Bagus juga, at least dia suka membaca.
Hat ni dia ada satu kelebihan yang aku takde, iaitu mampu memfollow orang yang dia tak suka.
Sebab aku jenis yang kalau dah tak suka, aku tak ambik tahu dah, let alone nak stalk hari-hari.

Ya, aku dah maafkan. Dia pun tahu aku dah maafkan.
Tapi yang sama-sama join mengutuk menyepiiiii.
Time join kutuk ramai. Time minta maaf sorang je. Hahaha.

Aku tak tanya why you did that to me, rasanya tak perlulah.
Dia nak mengaku silap tu pun agaknya dah satu beban yang berat.
Jadi, tak perlulah aku korek why this why that.
Lagipun aku tak kenal orangnya.

Cuma satu bendalah yang aku terfikir bila hal-hal macam ni jadi.
Bila kita sama-sama join mengutuk sedangkan kita hanya kenal di online, ujung-ujung malu sendiri.
Antara si A dan B dah settle atas dunia.
Yang menambah nasi kat belakang-belakang tu apa cerita?

That's why aku cakap, membenci orang tanpa sebab yang kukuh ni membuka banyak ruang fitnah.
Bila kita dah tak sukakan seseorang, kita terdorong mencari-cari perkara untuk diperbesarkan.
Tak mustahil benda yang tak ada pun di ada-adakan.
Lebih baik, kalau dah tak suka, jangan ambil tahu.
Jangan follow, jangan stalk, jangan peduli.

Sebenarnya, tak perlu nak mencari-cari salah sebab manusia fitrahnya memang tak lari dari kesalahan.
Seorang nabi pun, selama hidupnya tanpa sengaja pernah buat salah.
Boleh refer Al-Kahfi, kisah Nabi Musa dengan Nabi Khaidir.
Atau baca kisah Nabi Yunus.
Mereka pun pernah buat salah tanpa sengaja.
Itu Nabi tu, lagikan kita manusia biasa.
Bila kau sengaja cari kekurangan dan kesilapan orang, memang kau akan jumpa punya.
Sama juga bila kau mencari-cari kebaikan orang, dah tentu jumpa.
Jadi kenapa tak cari kebaikan saja?
Bukan minta dipuji, tapi kalau boleh cari yang baik, kenapa nak cari yang buruk?
Umpama, kalau boleh makan nasi, kenapa nak makan bangkai?

Manusia kalau dah tak suka dengan someone, apa orang tu buat semua nampak salah di mata.
Walhal orang lain rasa biasa je.
Bila ditanya apa alasan membenci, tak dapat bagi jawapan yang konkrit pun.
Dan selalunya orang macam ni hatinya jadi tak tenang, gelisah dan akhirnya hilang fokus.
Hujung-hujung yang sakit pun diri sendiri juga.
Lebih baik sebelum kita benci someone, tanya balik diri, kita benci dia sebab apa.
Adakah dia memang jahat?
Kalau jahat, apa kejahatan yang dia buat?
Atau kita ke yang iri hati?
Bukan apa, kerana manusia susah nak mengaku salah.
Jangan nanti bila kita tersedar kita dah salah, berat pulak mulut nak minta maaf.
Maka kalau rasa diri jenis payah nak minta maaf, better don't start.


2021-07-23

Kita pernah muda.


Last week aku share video En Wan di PPKTJ, tahun 1996.
Dia sendiri tak tahu kewujudan video tu until kawan dia share.
Dapatlah aku tengok keremajaan wajah beliau satu masa dulu.
Ni videonya.
Kebetulan si kamera man ni pi zoom pulak kat muka En Wan pada minit 1:39.

 

First time aku jumpa En Wan Dec 1998.
Masa jumpa tu, muka dia dah matang sikit.
Dalam video ni muka dia innocent sangat sampai aku tak percaya wajah innocent ni kuat mengkondem aku.
Moralnya, yang muka baik tu belum tentu baik.
Yang obvious jahat macam aku selalunya baik-baik. Kahkahkah.

Senyum je Redza and Rayyan tengok muka bapak dia masa umur 19 tahun.
Rayyan lagi konfiden, "Ma, kenapa papa macam muka adik?".
Konfiden betul bapak dia yang tiru muka dia, ya.
Dah nampak kan, hawa-hawa ikut perangai bapak?
Cuma aku berharap Rayyan tak se-annoying bapak dia lah.

Bila aku tenung-tenung En Wan dalam video tu, memang sahih nampak dia sangat pemalu.
Sebenarnya masa our first met dulu, En Wan sangat berbeza dari sekarang.
Dia pemalu, pendiam, dan pentakut.
Pentakut dalam erti kata kalau dia sesat, dia takut nak berhenti tanya orang arah jalan.
Kalau dia masuk mall nak cari restoran, dia segan nak tanya kat kaunter pertanyaan.
Kiranya aku terpedayalah dengan wajah innocent dia tu.

Yang aku pulak memang awal-awal kenal dalam surat (sebelum jumpa face-to-face), dia akui aku macam gengster.
In fact, dia panggil aku "Lanun".
Sebab perangai aku brutal sangat katanya.
Tak kisahlah tu, yang aku kisahkan sekarang, kenapa dia dah tak innocent macam dulu?

Aku tanya dia "Apesal dalam video ni abang macam shy sangat? Sebab awek Jepun ramai ke kat depan tu?"

Dia kata banyak faktor yang buatkan dia jadi sangat pemalu and pendiam.
Yang masuk PPKTJ (Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun) 90% budak sekolah asrama, budak pandai-pandai.
Padahal dia pun pandai juga, tapi tetap rasa rendah diri.
Dia kata dia hanya dari sekolah kampung.
Nama kampung pun tak glamour, kalau sebut tak kenal.
Lainlah kalau dari Kampung Majidee JB tu.
Tak pun Kampung Baru KL ke.
Ini, Kampung Pulau Bahagia. Mana tu?
Bila kawan tanya "Kau skolah mana dulu?", rasa segan nak jawab sena nama skolah tak gah macam sekolah berasrama.

En Wan cakap masa mula-mula sampai sana, budak-budak lain nampak sangat berwibawa.
Dengan gaya masing-masing smart-smart, pandai berkomunikasi, pandai-pandai pulak tu - buatkan dia rasa rendah diri.
Lojiklah kan, budak asrama, dah duduk sendiri sejak umur 13 tahun, dah tentulah pembawakan diri berbeza.
Dia tu sampai habis sekolah duduk dengan mak bapak, pulak tu segalanya orang gaji buatkan, mana la tak comel je muka.
Sampai ke umur 45 tahun ni duduk dengan mok lagi. Eh.

Bab ni kan, aku teringat Redza.
Masa dia Form 1, cuti akhir tahun, dia ajak kawan-kawan masa Darjah 6 keluar jumpa kat mall.
Jumpa untuk gathering la, kan.
Sorang pun tak dibenarkan pegi sebab parents kata "baru umur 13 tahun".
Redza macam pelik la jugak.
Tapi aku bagitau Redza, maybe kawan-kawan dia masih duduk dengan mak bapak.
Parents tak biasa anak-anak keluar sendiri.
Budak-budak asrama ni pula dari umur 13 tahun dah outing sendiri, beli keperluan makanan sendiri, shopping toiletries sendiri, etc.
Jadi, kita nak lepaskan anak gathering kat mall kurang rasa curiga sebab memang di asrama dorang ke mall pun tanpa kita.
Barulah Redza "Oh, ok faham".

En Wan kata, kat PPKTJ dulu kawan-kawan panggil dia "Muka Jambu".
Maybe sebab muka innocent macam nak nangis. Hahahaha.
Tapi aku akui, muka dia dalam video ni sangat budak-budak.
Sekali pandang nampak macam lambat nau nak matang budak ni.
Siapa sangka hanya 2 tahun selepas tu, dia jadi macam ni:

That's why aku tak pelik bila dia kata kawan-kawan dia masa mendaftar kat PPKTJ nampak sangat matang dan pandai bawa diri.
Bila kita duduk di luar comfort zon, environment baru akan mengubah gaya kita dari semua sudut - cara berpakaian, gaya bercakap, dan sikap.
Kiranya En Wan adapt well di Jepun.
Itulah pertama kali dia berjauhan dengan family.
Keluar dari kampung terus ke Jepun.

Agak drastik perubahan environment dia.
Tapi disebabkan Kak Ngah dia pun dulu belajar kat US (Wisconsin), jadi En Wan ada contoh untuk diikut.
Bezanya, Kak Ngah sekolah MRSM Kuantan, bukan sekolah dari kampung.
Jadi Kak Ngah dah biasa berdikari dari awal.

Tapi, masa kitorang kenal, En Wan masih ada sifat pemalu, pentakut dan pendiam.
Selama bertahun-tahun aku kawen, until dah ada Rayyan, aku masih tak kenal siapa kawan-kawan sekampung dia.
Sepanjang 10 tahun pertama kitorang kawen, everytime balik Tganu, sorang kawan dia aku tak pernah jumpa.
Aku pelik. Dia ni menyombong ke hape masa sekolah dulu sampai takde kawan kat kampung?
Ada la sorang budak tu sama umur, bekas jiran.
Nama budak tu Bad, now duduk Kedah.
Everytime raya kitorang mesti pi beraya rumah Bad.

Macam aku pulak memang penuh dengan kawan.
Dari zaman nikah, sampai ke sekarang, En Wan kenal kawan-kawan aku.
Bukan kenal rapatlah, tapi kalau open house, dia boleh bersembang dengan kawan aku.
Aku memang angkut dia pi jumpa kawan-kawan aku kalau raya atau majlis kawen.
Geng Dusty Pink dah tentu-tentu dia kenal.
Kawan sekolah aku pun dia kenal.
Kawan sekerja aku pun dia kenal.
Kawan-kawan FB aku pun tak memasal jadi kawan dia jugak.
Memang dasar menumpang kawan-kawan aku, kan? Hahaha.

FB dia tu pun aku yang desak suruh create.
Kalau tak, dia hanya hidup dengan dunia mesin kilang.
Sumpah! Tak tipu.
Hidup dia dulu dengan kerja je.
Kau tanya pasal mesin, pasal production, pasal chemical - insyallah dia boleh jawab.
Cuba kau tanya pasal kawan-kawan dia, harammmmmm.
Tapi tu dulu la.
Tak salah dalam 8 tahun lepas, sejak ada FB, dia mula connect dengan kawan-kawan sekolah lama.
Barulah aku nampak ohhh ada jugak orang kenal dengan laki aku ni.

Alhamdulillah dia berjumpa balik dengan kawan-kawan sekolah setelah dia matang, ketika dia dah pandai bersembang dan pandai bergurau.
Kalau dulu ya ampunnnn, kejung!
Kak Long pernah cakap En Wan ni banyak bercakap lepas kawen dengan aku.
Kau nampak kan, pengaruh environment memainkan peranan? Hahaha.
Tinggal serumah dengan pompuan yang banyak cakap and gelak non-stop, memang terbanglah segala penyakit pendiam kau.

Masa mula-mula En Wan datang rumah, mak bapak aku tercongok kat depan, dia tak sembang apa-apa pun.
Dia banyak menunggu ditanya soalan.
Macam tu sekali dia punya tahap pemalu.
Dah la bercakap pun tunduk je.
Ya ampunnn sopan nau nau!
Mak aku tak konfiden nak lepaskan aku kat En Wan.
Halah halahhh mak aku ni pun, dia tak tau mok tu pun tak konfiden agaknya nak lepaskan anak bujang dia kat aku.
Nasiblah mok jumpa aku first time on hari bertunang.
Kalaulah mok kenal aku sebelum bertunang agaknya tak jadi bertunang.

Bab ni aku teringatkan Ima and Azrul.
Azrul pun PPKTJ, study Jepun juga cuma Azrul baya aku.
Ima and Azrul also kenal melalui chat.
Dorang pun sama gak berjumpa kali pertama kat stesen komuter.
Aku jumpa En Wan di stesen komuter Bangi.
Ima and Azrul di stesen komuter Kajang.
Sama-sama pulak tu first time jumpa Mak Aji and Pak Aji ikut.
Yang best tu, Ima and Azrul lansungggg tak pernah tengok rupa.
At least aku dah pernah bertukar gambar.

Ni Ibal la yang cerita.
Ibal teman Ima nak jumpa Azrul.
Dorang dah perasan dah ada satu mamat dengan jaket jeans, rambut panjang (ikat) tengah diri kat tiang.
Si Ibal cakap "Yang tu kot".
Ima denial wehhhh. "Takkanlah!". Hahahahaha.
Kau bajet mamat yang kau bakal jumpa ni rupa Wong Ka Kui??

Si Ibal beranikan diri approach "Awak Azrul ke?"

Azrul kata "Ya".

"Kakak saya tunggu kat sana".

Aku dengar Ibal cerita sambil gelak tepuk-tepuk lantai.
Betapa gamble-nya dua orang manusia ni nak berjumpa tapi tak kenal rupa.
Yang bestnya tu, Mak Aji ni on the way balik Tampin.
Terus Mak Aji ajak Azrul ikut masuk kereta balik Tampin sekali.
Haa, kau ada gitu?

Seperti awal-awal Mak Aji tak berkenan dengan En Wan, begitu jugaklah dengan Azrul.
Biasalah mak-mak, kan.
Yang En Wan tu Mak Aji tak konfiden sebab pertamanya, En Wan belajar overseas.
Orang dulu-dulu kan, asal duduk overseas je konon banyak pengaruh tak baik, entah-entah pernah minum arak, suka berpoya-poya.
Member pakai kereta sport pulak tu, lagilah mak aku suspicious.
Ye lah, dalam filem melayu kan lelaki yang pakai kereta sport ni suka tukar-tukar perempuan. Hahaha.

Yang si Azrul pulak, sama lah, sebab blaja overseas.
Imej Azrul pulak ranggi and rambut panjang.
Mau orang tua tu tak berpikir-pikir nak serahkan anak dia?

Tapi tu lah kan, macamana pun penampilan seseorang, itu adalah pilihan mereka ketika itu.
Biasalah, tengah muda.
Orang muda ni seleranya lain.
Gaya ranggi dah semestinya.
Orang kata usia 20an ni sedang mencari identiti.
Bila mak bapak aku dah kenal-kenal bakal menantu, dah kenal mak bapaknya, barulah nampak ada ciri-ciri yang boleh diharapkan pada dua-dua menantu ni.

Aku cakap kat En Wan, kita pernah muda, kita pernah lalui moment-moment bercinta, pernah rasa berdebarnya nak jumpa dengan bakal mertua.
Satu hari nanti kita akan lalui fasa ni semula tapi kali ni kita yang jadi orang tua.
Tak lama dah ni....entah-entah 10 tahun lagi.
Tapi kalau Redza ikut langkah bapak dia, 7 tahun lagi kot.
Tak kisahlah, yang penting aku dah pesan kat Redza kalau berkenan dengan mana-mana perempuan, nama bapaknya kau tanya dulu. Eh.


2021-07-21

Raya Haji 2021

Ada 2 benda aku nak tulis hari ni.
Dua-dua untuk menjawab soalan follower di IG.

Yang pertama, pasal aku order makanan raya, semalam.
Soalannya "Mak mertua dan suami tak kisah ke tak masak lansung untuk raya?"

Jawapannya, TAK.
Sebab mak mertua dah duduk bersama selama 11 tahun.
Selama 11 tahun ni dia tahu menantu hantu dia ni always masak.
Idok le terer mana memasak, tapi takde la terkibai-kibai sangat masuk dapur.
Dalam rumah ni, takde siapa kisah aku masak ke tak.
Yang penting ada makanan ke tak.
Itu lebih utama untuk dipikirkan.

Kalau siapa follow IGS aku tahu aku selalu memasak (Nah, ni bukti).
IG aku lagi banyak gambar makanan daripada gamba aku.
Raya puasa baru-baru ni pun aku masak sambal goreng and kuah lodeh.
Takde la sampai tak reti masak lauk raya lansung.
Cuma, raya semalam aku memang dah plan untuk tak memasak that's why awal-awal lagi aku dah order kat Aisyah.

Ahad baru ni (18 July), aku submit final project aku.
Jadi, sepanjang minggu aku busy mem-final-tune-kan writing aku.
Isnin esoknya (19 July) aku ada back-to-back meeting.
Seawal 8.30am aku dah start meeting dengan UPSI, kemudian aku ada 2 lagi meeting sampai 3.45pm.
Semua ni dah ada dalam jadual awal-awal lagi sebab tu aku tak plan untuk memasak.

Aku bukan promote isteri-isteri untuk tak perlu memasak, ya, let alone mempromosikan budaya mengorder makanan.
Jangan salah faham, ya (read : jangan sengaja mencari-cari kekurangan aku).
Memasak bukan satu pertandingan apetah lagi jadi kayu pengukur untuk menilai samada seorang perempuan/isteri tu rajin atau tak.
To me, as long as atas meja ada benda nak makan di pagi raya, ada lauk-pauk raya - semua happy.
Takde siapa persoalkan aku masak ke tak.
Kalau pun memasak ni satu pertandingan, aku rela kalah.
Because memasak is not my game.
Aku bukan jenis yang pandai masak.
Setakat boleh masak je. I let u win, no problem.

Hidup ni jangan sulitkan perkara yang boleh dimudahkan.
Bukan makna kata kena ambil mudah perkara, tapi kalau benda boleh buat mudah, nak buat apa sulitkan?
In my case, kebetulan menjelang hari raya aku kena prepare untuk submit project dan a few meetings.
Kalau semua benda nak diletakkan atas batu jemala patik, memang burn out la jawabnya.
Supaya aku tak serabut, aku ambil keputusan serahkan hal masak-memasak pada yang lebih pakar.
Untungnya, musim PKP ni masing-masing tak boleh balik beraya, jadi on hari raya pun ada yang buat delivery, so why not aku order je.

Look, aku tahu masing-masing lama nau terkurung, sampai hal masak-memasak raya pun boleh jadi bahan nak argue.
Macam ni lah, kalau kita rasa penat gila nak memasak, bincang dengan suami boleh tak dia pulak jadi chef, atau tapau je makanan kat luar.
Atau masak simple-simple like maggi goreng?

Kalau kita penat memasak seharian untuk raya sekali tengok orang lain punya lauk raya lagi meriah dan mereka tak perlu berpenat-penat (sebab order), why not next time kita order saja?
Buat apa lah nak banding-bandingkan aku kena masak, kau hanya order, kau ada bibik tolong....OMG, whyyyyyy.

Rasanya hal masak-memasak ni tak perlu jadi bahan argumentlah.
Ni semua small people punya topic tau.
Jangan jadi small people nak argue benda-benda kecik macam ni.
Paling tak pun, jangan cari kekurangan aku dengan hal masak-memasak, because I don't care.
Aku tak kisah pun siapa lebih rajin ke dapur, siapa lebih pandai memasak.
Aku lagi seronok kalau ada yang lebih pandai masak dari aku so that aku boleh order dari dia.

Ok soalan kedua.
Actually yang ni bukan soalan tapi aku terpanggil nak explain pasal ni.
So ada sorang follower ni follow aku di semua channel - IG, FB and Blog.
Dia kata baru-baru ni aku banyak highlite kisah aku dengan kawan-kawan.
Dan kawan-kawan aku respond pada post-post aku.

"Sebab tu saya follow Kak Di sebab cerita Kak Di valid sebab Kak Di ada kawan real".

Aku tanya dia apa maksud "kawan real".
Dia kata bila aku post cerita, kawan-kawan zaman sekolah, universiti and zaman bekerja 'muncul' di ruangan komen untuk bagi respond.
In other words, these real friend adalah bukti apa yang cerita tu wujud.
Menunjukkan bahawa aku ada 'real friends' yang mengesahkan kisah-kisah yang aku tulis.
Dia kata ada a few people post-postnya takde pengesahan dari 'real people' selain follower semata.

To me, it depends.
Tak semestinya orang-orang tu takde real friends.
Tapi boleh jadi juga dia memang tak ramai kawan and that explains kenapa dia lebih menonjol dalam online.

Boleh jadi juga dia lebih selesa 'hidup' dalam online.
Maybe di dunia sebenar dia seorang yang pemalu atau reserve.

Boleh jadi juga dia taknak expose kawan-kawan dia atau kawan-kawan yang tak mahu diexpose.
Biasalah, ada orang tak suka diri dikenali.
Aku ada kawan yang kenal dari zaman My Space yang akhirnya jadi 'real friend'.
Aku juga ada kawan yang bermula dari blog reader, now jadi good friends sampai mak bapak aku pun kenal.
Tetapi dorang ni aku tak pernah exposekan di blog atau medium media sosial sebab dorang tak mahu dikenali.

Jadi, tak adil untuk kita judge orang berdasarkan people's validation.
Tapi aku setuju bila kita ada real friends, sedikit sebanyak menunjukkan kita sendiri benar-benar 'hidup' - tak hanya hidup di dunia online saja.

Dapat ramai followers on social media bukan petanda kita ramai pengikut yang genuine ya.
Followers is not necessary kawan.
Kebanyakkannya adalah haters yang follow sebab nak spy.
Jadi jangan samakan followers and friends.
Belum tentu ramai followers ramai yang suka.
Alangkan kawan pun boleh jadi backstabber, lagikan yang kau tak kenal di dunia nyata.

Vying for attention on social media pun natural.
Siapalah yang tak suka bila ramai orang suka.
Siapalah yang tak suka kalau dapat LIKE?
Takde yang salah in getting excited about social media engagement.
Yang salahnya bila kita terlalu mencari-cari sebab untuk dapat attention and LIKEs dan mem-value-kan diri berdasarkan how many followers and likes kita dapat.

Deretan lauk yang dibeli sempena Hari Raya Haji 2021.

Nasi dagang dari nasidagangganushahalam.

Rendang paru dari frozenlauk.

Lain-lain dari geng Dusty Pink Tits, kawan aku Aisyah.


2021-07-17

Positif toksik.

Rakyat Malaysia sedang beremosi.
Menjak terkurung on and off sejak tahun lepas, macam-macam ‘penyakit’ keluar.

Hari tu nampak kawan aku (A) menenangkan kawan yang lain (B) dengan kata-kata positif.
Si A kemudiannya kena kecam.
Kononnya A takde empati.
Dia kata A tak berada di tempat dia.
Di kala dia sedang merempan kena potong gaji due to company nak cut cost, tak perlu sesiapa bagi kata-kata positif.

Begitu sekali impak Covid hinggakan kata-kata positif pun dah tak valid, dikatanya pula tiada empati. Adehh.
Aku PM tepi A, cakap “Biarkan dia. Jangan layan”.
Kadang aku rasa bagus juga bila aku always ketinggalan keretapi dalam kebanyakan isu yang sedang viral.
Malas rasanya nak ambik tahu banyak benda, especially cerita dan masalah manusia.
Bukan menyombong, tapi perkara yang melibatkan manusia ni, 1 + 1 tak semestinya jawapan 2.
Maksud aku, kita nak jawab yang betul salah, jawab salah lagilah salah, tak menjawab karang dikata tak ambil peduli.
Entah, susah nak explain.

Tengok je la kawan aku tadi.
Kau tengah kecewa dan marah bila gaji kena potong.
Kau merempan-rempan kat FB.
Pastu bila orang bagi kata-kata semangat, kau marah.
Kau kata orang tu toksik positif.
Kau ni sakit ke hape?

Sejak Covid ni, macam-macam benda yang mengkonfiuskan aku.
Up gamba anak-beranak makan eskrim, dikatanya kurang empati.
Up gamba shopping groceries, kurang empati.
Up gamba buat birthday party anak sekeluarga di rumah, kurang empati.
Up gamba beli pokok orkid baru, kurang empati.
Up gamba masak udang galah lemak cili api, kurang empati.

Tak dik, bukan orang yang kurang empati, tapi awak yang sakit hati.
Awak nak semua orang jaga hati awak supaya awak tak terasa looser, kan?

Aku faham pandemic ni menyebabkan perubahan besar pada hampir setiap aspek kehidupan kita.
Memang penting untuk melatih empati pada waktu-waktu sekarang tetapi kita kena faham pada situasi yang bagaimana.

Masa aku kecik dulu, everytime beraya di Muar, Pak Aji tak kasi kitorang pakai kasut raya pi berjalan raya.
Pak Aji kata kesian nanti orang-orang kampung tengok kita berkasut cantik sedangkan dorang baju pun takde (padahal kasut kitorang pun beli yang paling murah).
Apa yang Pak Aji ajarkan tu adalah empati.
Belajar untuk hormat emosi tuan rumah dan merasakan rasa susah yang dia alami.

At the same time kitorang juga beraya ke rumah orang have-have.
Takde pulak tuan rumah simpan pinggan mangkuk mewah dan hidangkan kitorang dengan pinggan mangkuk pakai buang.
Malah aku rasa proud and seronok bila kitorang dijemput datang beraya rumah dia.
Berpusing kepala aku 360° tengok rumah orang cantik. Termotivasi.

Boleh faham tak analogi aku ni?
Macam tak masuk akal semua benda kita nak suruh orang ada empati sedangkan kita yang menyibuk hendap hal dia.

Look, bukan kau sorang je stress.
Semua orang dalam keadaan stress cuma stress kita tak sama.
Kita rasa masalah kita besar padahal orang yang nampak macam takde masalah tu ada stressnya, bezanya dia kurang mengeluh kat media sosial.

Dalam keadaan semua orang terganggu mental dan emosi, as much as kita nak orang jaga emosi kita, let them jaga emosi diri mereka juga.
Dorang up gamba masakan untuk melepaskan sedikit tekanan.
Dorang up gamba shopping groceries untuk meredakan ketegangan.
Dorang up gamba makan udang galah, kau kata tak menghormati perasaan orang yang sedang dalam kesusahan.
Now berapa kali dalam setahun ni kita nampak dia mentekedarah udang galah?
Setahun tak sekali, so let them be.
Masing-masing sedang cuba mengimbangi tekanan dengan mencari sekecil-kecil perkara untuk dinikmati.
Bukan kita sorang je tertekan!

Sometimes orang yang ada perasaan iri suka memanipulasikan emosi sendiri.
Padahal dia yang tak puas hati orang lain tak ‘terseksa’ seperti dia, tapi dia twist kata orang lain tak tahu menjaga hati. Aduiyaiiii.
Banyak-banyak muhasabah, ya.
Kalaulah si happy tu bentangkan ‘seksa’ yang dia sedang tanggung, entah kita mampu carry ke tak bebanan dia.
Bak kata someone kalaulah Allah campakkan semua ujian manusia ke bumi dan manusia boleh ambil mana-mana ujian yang dia suka, pasti manusia tetap berlari mendapatkan ujian diri sendiri.
Tak mahunya kita ambil ujian orang lain, kerana belum pasti boleh tanggung.

Tapi takpelah, maybe buat masa sekarang to be on the safe side supaya tak dicop kurang empati, kita up je lah cerita yang bodoh-bodoh saja.
Quote-quote nasihat and motivasi buat masa ni orang tak berapa boleh terima.
Positif toksik katanya.


2021-07-15

Pengorbanan

Nampak post ni semalam kat FB. Menarik.
Tentang gaji seorang pekerja J&T, bersih RM7K.
Ada yang terpegun, ada juga yang kondem (itu biasalah).

"Tengoklah kerja macamana pulak. Teruk"

"Kerja sampai 18 jam, memanglah"

"Basic rendah je"


Orang 1
Bersengkang mata pulun study supaya dapat result bagus.
Alhamdulillah, dapat position yang bagus with handsome pay, atas penat-lelah belajar.

Orang 2
Keluar kerja gelap, balik rumah gelap.
Pulun kerja 18 jam, kurang rehat, kurang masa dengan family.
Alhamdulillah, dapat penuhi perbelanjaan keluarga hasil kerja keras.

Orang 3
Dari celik mata sampai tido malam adalah kerja.
Keluar jumpa customer, demo, presentation, close sale, marketing - kerja kerja kerja.
Hidup terasing dari kawan-kawan.
Alhamdulillah, at age 35, sudah boleh slowly retire.
Financial freedom.
Kerja di pejabat ada pekerja uruskan.
Dah banyak masa dengan keluarga.

Orang 4
Ikat perut dari bershopping dan holiday.
Alhamdulillah, umur muda-muda dah beli rumah sendiri.

Itu antara contoh-contoh kisah kejayaan.
Percayalah, di sebalik apa juga kejayaan seseorang, ada pengorbanan besar yang dibuat.
Tak kiralah besar atau kecil kejayaan tu, pasti ada pengorbanan yang bukan semua orang sanggup.

13 years ago, I went through one of the most difficult times of my life - berhenti kerja sebab nak run own company.
Takde perancangan yang jelas.
Hanya bergantung kepada pengalaman semata.
Memandangkan busines yang aku start tu sama dengan nature of work semasa makan gaji, aku yakin boleh convert customer ke produk aku.

Tapi aku lupa masa tu aku dah ada loan kereta, loan rumah, credit card, dan ada perbelanjaan rumah yang tetap.
Aku punya calculation masa tu - jual barang --> dapat payment bayar nanti balik cost --> lebihannya adalah gaji.

Mudah calculation aku, kan?
Little that I know, business is more than just selling and buying.
Yang pertamanya adalah pembahagian kerja.
Masa makan gaji, aku buat kerja sales and marketing je.
Orang HR buat kerja HR.
Orang akaun buat kerja akaun.
Orang admin buat kerja admin.

Bila start kerja sendiri, semua benda aku kena buat sampai kurang masa buat sales.
Sedangkan sales talian hayat aku.
Kalau takde sales, tak guna buat benda-benda lain.
Aku jadi serabut teruk nak juggle time buat sales, learn new products, cari new leads, at the same time mencari brand-brand baru untuk aku carry.
Tak tahu nak pegang mana satu.
Last-last aku pilih untuk jual je dulu barang brand orang lain.
Pelan-pelan nanti cari new brand untuk diri sendiri.

Aku tie an agreement dengan ex-bos aku yang Devil Wears Prada tu supaya aku jadi local agent untuk brand dia.
Sebab semasa aku kerja dengan dia, aku adalah orang yang setup Molecular Department.
Jadi aku tahu kelemahan department tu di mana.
Department tu takde orang bole buat sales untuk high-end project kecuali aku.
So, aku minta dia hire aku sebagai local agent untuk specific project.
Aku akan jual barang dia untuk semua high-end project.
Dia akan bagi 'harga agent' kat aku.
Selama beberapa bulan, aku hidup dengan cara tu.
Barulah kurang sikit serabut aku.
Itupun aku ambil gaji RM1500 je sebulan.
Imagine dah sedap gaji banyak tiba-tiba ambik RM1500, agak sakitlah sebab nak bayar kereta, nak bayar rumah, nak share expenses dengan En Wan lagi.
Pulak tu, kitorang baruuuuuu je sign up untuk second house (rumah yang aku duduk sekarang).
Entah macamana aku boleh lupa aku dah beli second house sebelum aku buat keputusan nak resign hari tu.

Sakit rupanya bisnes ni.
Walaupun montly sales nampak macam banyak, tapi bila dah bayar balik kos barang, tolak duit minyak and tol jumpa customer hari-hari, tolak duit prepare free sample, tolak duit outstation, bayar letrik, api, internet, sewa photostate machine (ini wajib ada wehh sebab nak print and copy tender and sebutharga) - itulah yang aku dapat, RM1500 je mampu ambik gaji setiap bulan.

Dulu zaman fresh grad gaji RM1500 tahanlah lagi.
Henfon takde, rumah mak bapak, makan sorang.
Tapi kali ni RM1500 dengan dah ada hutang kereta, hutang rumah, nak bayar bibik, dah ada anak lagi - agak sakit.
Disebabkan itulah Redza banyak terabai oleh aku.
Aku takde pilihan waktu tu.
Until now, bila aku terpandangkan Redza, bergenang air mata.
Dia memang anak yang sangat berdikari.
Membesar di tangan bibik.
Dia jadi mangsa pengorbanan aku.

Masa makan gaji rutin aku setiap pagi bawak dia pi kedai sebelum ke ofis.
Lepas aku run bisnes, dia belum bangun aku dah keluar ke ofis.
Masa itu emas konsepnya.
Aku kena kejar masa and pastikan kerja aku betul-betul ikut jadual.
Dan jadual aku sangat padat.
Dulu aku tulis blog ikut sempat.
Dalam kereta sementara nak tunggu customer keluar pun sempat.
Bila customer sampai, stop kejap.
Nanti kat traffic light sambung lagi menulis blog tak habis.
Menulis blog pun masuk dalam jadual, ya.

Pernah sekali aku leka baca tender, bibik call bagitau Redza belum balik.
Aku lupa nak ambil dia kat sekolah.
By the time aku sampai sekolah, dia tengah duduk bersandar kat guard post, keletihan.
Penat menunggu agaknya.
Dah pukul 2.30pm masa tu. Menangis aku.
Menangis sebab lupa ambil anak, menangis sebab aku terlampau sibuk, menangis sebab aku takde pilihan melainkan kena hustle gila-gila.
Terus bawak dia pi makan KFC takut dia lapar.
Terasa bersalah sangat-sangatnya.

I had broken sleep for months and still bangun awal pagi untuk siapkan kerja.
Outstation balik hari pun pernah because I can't afford to cancel my appointment dengan customer lain nanti payah nak set another appointment.
Pernah meeting kat UPM Bintulu habis awal, aku cancel flight yang sepatutnya esok, semata-mata nak balik hari tu juga supaya boleh jumpa another customer di KL.
Kena bayar balik sikit duit flight masa tu. Takpelah.
Bila teringat balik sekarang, dah kenapa aku hustle sangat dulu?
Sekarang kalau meeting habis awal, aku balik hotel qada' tidur.

Awal-awal bisnes dulu, there are weeks in which sales berjujuk masuk.
Kerja aku asyik la pi sana sini untuk collect Purchase Order.
But there are also weeks in which I have no sales at all.
Masa tu aku belajar jadi creative, menggunakan ilmu and pengalaman yang ada untuk buat workshop (lab).
Propose workshop ajar orang cara nak analisis DNA, ajar cara nak sintesis primer, ajar student cara nak extract DNA dari darah, etc.
It’s not the most ideal way to live my life, but it’s a sacrifice I have to make to move my career forward.
Aku kena deal dengan instability and financial.
Tapi balik rumah muka maintain cool.
Life aku macam rollercoaster dulu.
But the good news is, roller coasters go down but they also come back up.

Waktu aku run own company, umur aku 31 tahun.
Baru berkahwin 7 tahun.
Usia perkahwinan masih muda.
Orang kata waktu-waktu ni la senang nak bercerai.
Silap sikit je cerai.
There are times where I have sacrificed time dengan En Wan semata-mata nak siapkan kerja.
Laki aku ajak tidur, aku cakap "Kejap, 10 minit".
Aku punya 10 minit tu, sejam. Tak sedar.
Toleh-toleh laki aku dah berdengkur.
Mujurlah En Wan jenis tak berapa kisah.
Dia punya konsep asal bini ada depan mata, kira oklah tu.

There are times aku asyik postpone bila Redza ajak main sama.
Kadang tu bila rasa bersalah muncul, Redza tengah tidur, aku kejut ajak main.
Mainlah dengan dia sampai 1 pagi, esok aku pontengkan dia skolah (tadika).

Menangis pula aku baca balik FB memories ni.
Waktu ni aku tengah RnD GC Plus, first product GreenAard.
Dah macam orang nomad aku - kejap ada sana, kejap ada sini.

I made many sacrifices to follow my dreams.
And every single one of them alhamdulillah, have paid off in the end.
Kalau nak cakap samada aku bangga dengan apa yang aku dah lalui, tak juga.
Ada juga kekesalan here and there, after all that's life.
Tapi kalau nak kata samada aku happy dengan life aku, yes, I am happy.
Happy dengan cara aku.
Aku happy aku start early dikala umur masih muda, tenaga masih banyak.
Hustle macam nak gila ke sana sini.
Now, tempoh bertenang.
Masih buat kerja lagi tapi banyak dibantu staff.

In order to achieve what we really want in life, we have to make sacrifices.
Dan bukan semua pengorbanan tu kita puas, ada yang kita kesali.
Tapi semuanya jadi pelajaran berharga, insyallah.


2021-07-14

Hoarding

Hari ni tak terasa nak masak.
Aku plan lepas buat kerja opis sikit, aku nak duduk bertenang-tenang start menulis sikit-sikit untuk final project aku.
Around 10am cadangnya turun bawah cuma nak ambik susu je.
Biasalah kan, orang perempuan bila dah masuk dapur ada je la benda yang dia perati.

Aku susun pinggan mangkuk dulu, lap-lap kaunter, bukak periuk nasi nampak nasi aku masak malam tadi tak berusik.
Ingatkan Redza turun makan nasi, rupanya dia perangat pizza je.
Nasi tak bersentuh pun.
Lalu, aku pun kaut-kaut, buat nasi goreng.

Masa bukak freezer nak ambil ikan bilis (aku simpan kat freezer), nampak isi ayam.
Terfikir, buatlah sikit bubur ayam ala-ala bubur McD untuk Rayyan.
Terus rebus ayam.

Sementara ayam nak direbus, aku bukak fridge nak ambil halia, terpandangkan cendawan beli last week masih dalam plastik lagi tak berusik.
Keluarkan. Terus potong-potong.
Tengah-tengah potong aku cakap ah baik masak terus lunch.
Terus keluarkan ikan and udang.
Pukul 12pm settle masak sambal udang, ikan goreng, sup cendawan, nasi goreng and bubur ayam.

Dah siap-siap kilatkan dapur bagai, aku bukak kabinet nak cari span basuh pinggan mangkuk yang baru sebab span lama aku baru buang tadi.
Tarik je drawer, BAMMM!
Bersepai jatuh tipuware and penutup tipuware dari bawah drawer.

Drawer yang aku maksudkan ni storage shelf dalam kitchen kabinet.
Dia macam ada space sikit bawah drawer tu.
Shelf ni aku jarang buka sebab itu tempat simpan benda-benda stok like span, zip-lock plastik, sabun, lilin, etc.
Rupanya mok pi sorok (read: sumbat) segala tok nenek tipuware dan penutup tipuware kat celah bawah drawer tu.
The thing is, tipuware tu semua takde penutupnya, and penutup yang ada pula takde pasangannya.

Siapa kat sini perangai macam ni?
Jenis yang sayang nak buat barang padahal dah tahu barang tu macam takleh guna pun but "just in case"..?

Bila bersepai-sepai tipuware ni jatuh, terus aku capai plastik hitam, kaut semua humban ke dalam.
Dah alang-alang plastik tu besar, apa lagiiiii, semua drawer aku bukak, apa yang aku tak berkenan semua sadaqallahulazim.
Bekas lilin, table runner, table mat, segala tok nenek tuppwerware free dapat kat Giant, botol air Rayyan masa skolah tadika, botol susu Rayyan pun ada lagi dalam tu masalahnya!
Semua aku kaut kasi clear.

Bukak lagi satu drawer, hat ni lagi best.
Aku jumpa satu woven bag besar yang berikat.
The woven bag tu berat, tapi macam dah kuning-kuning.
Buruk dalam simpanan orang kata.
Aku pelik apa benda yang berat ni.
Bukak-bukak, hah kau.
Satu beg tu penuh dengan sudu garfu yang aku beli kat Langkawi selama ni.

Sepanjang Redza kat Langkawi, aku asiklah membeli sudu garfu.
Berasa macam tak cukup-cukup sudu garfu aku ni.
Rupanya setiap kali balik, mok simpan semua sudu-sudu tu dalam satu bag.
Agaknya dek kerana terlampau menyimpan sampai dia pun lupa mana dia letak.

Terasa macam jumpa harta karun tadi.
Now terasa macam melambak-lambak pulak sudu garfu aku dalam rumah ni, dah macam nak buat bisnes catering.
Dah satu hal pulak mana aku nak susun sudu garfu ni semua.
Tak tahulah nak sedih ke, nak gembira ke, nak marah ke.
Tapi yang pasti rasa puas sebab aku sempat buat plastik hitam tadi sebelum mok balik dari HUKM.
Sempat buang satu blender sekali.

Blender tu dah rosak.
Kalau pi baiki boleh lagi tu rasanya, tapi dah lama dah pun.
Aku dah beli baru dah.
Rupanya blender lama tu mok simpan.
Simpan buat apa aku tak tahulah.
Tapi dah selamat blender tu dibuang juga.

Yang bestnya, masa mok sampai rumah tadi, aku tengah panjat kerusi kemas-kemaskan kabinet.
Boleh mok aku tu berjalan ke dapur nak check aku buat apa. Hahaha.
Gigihkan beliau? Sanggup dia sakit-sakit tu berjalan ke dapur semata-mata nak check aku buang apa.
Selamatttt dia tak nampak apa yang aku dah humban kat tong.

Ni tadi masa susun-susun barang aku dah perati kabinet dapur belah atas.
Macam ada banyak benda aku boleh buang ni.
Plan malam karang bila mok dah tidur aku nak buat kerahan tenaga sikit.
Buang dulu apa yang ada siap-siap, nanti esok bibik datang tinggal lap-lap je dalam kabinet tu.

Rumah ni memang rumah aku, tapi tahu je lah kan, bila ada orang tua dalam rumah ni, otomatik kau tak boleh buat sesuka hati.
Dalam kes aku - dapur.
Dapurlah benda yang aku paling tak boleh buat sesuka hati selain dari memasak.
Masa mok masih boleh begerak, aku hanya prepare benda nak masak and memasak saja.
Membasuh pinggan mangkuk kuali periuk and mengelap-ngelap dapur lepas memasak aku tak boleh buat.
Mok tak kasik sebab dia nak buat.
Agaknya dia rimas tengok aku kalau membasuh tuang Glo sebanyak-banyak ada.
Pastu kalau lap dapur guna Cif tu aku spray sebanyak-banyak ada.
Kalau spray glass cleaner atas kaunter pun sehendak-hendak hati aku spray.
Jadi dia tak kasi aku buat semua tu.
Aku hanya memasak.
Lepas memasak, nyah kau keluar dari dapur tu konsepnya.

Sebab itulah banyak 'kejadian' berlaku kat dapur aku tak tahu.
Tau-tau je penuh barang (read: sampah).
Kadang-kadang malam sebelum tidur aku turun bawah, check balik pinggang mangkuk yang mok basuh.
Mana-mana yang masih berminyak, aku basuh balik.
Sometimes, pan yang dah berguna pun mok simpan gitu je dalam drawer sebab dia tak nampak pan tu berminyak, belum berbasuh.
Ada la hikmahnya mok sakit ni, banyak benda aku dapat clearkan dalam rumah ni.
Inipun aku tak puas lagi ni, kalau ikut hati sekarang jugak aku overhaul rumah tapi tak boleh sebab mok ada kat bawah.
Karang dia "Toksah buang tu, mok ok bagi Kak Long", "Toksah buang tu, mok nak bawak balik Tganu", "Toksah buang tu, mok nak beri bibik".
Masalahnya, barang tu kat situ jugak bertahun-tahun tak gerak pun.
Ini kali, kita kasi licin.

Aku tak tahu nak kategorikan itu sebagai hoarding disorder ke tak.
Macam tak, sebab selalunya hoarding sinonim dengan tempat tinggal yang cramp - dalam sink, atas kaunter, atas katil, hall, porch.
Tapi kalau ikut pemerhatian aku, mok macam ada sikit-sikit la.

Penyakit sayang nak buang barang ni semua orang pun ada sebenarnya, contohnya suka simpan paper bag, simpan botol perfume kosong, etc.
Kalau itu saja yang disimpan, maybe kita boleh kategorikan sebagai hobi.
Tapi kalau dah sampai segala benda nak disimpan for the sake of "just in case"...itu bukan hobi, tu namanya penyakit.

Kalau nak tahu samada ada tak penyakit ni, yang pertama sekali - sayang nak buang barang padahal dah tahu barang tu kau tak pasti bila nak guna pun tapi at the same time korang yakin barang tu akan diperlukan suatu masa nanti.

Yang kedua, barang tu ada emotional significance, walaupun dah pecah.
Contohnya, sikat yang dah patah dua.
Ok fine, bahagian yang ada comb tu masih boleh dipakai.
Tapi, yang pemegang tu kau nak buat apa simpan?
But untuk seorang hoarders, pemegang tu dia tetap simpan, tapi dia tak buat apa-apa pun.
Kalau nak glue semula pada comb tu lainlah cerita kan, ni tak.
Dia simpan je sampai ke sudah.

Yang ketiga, memang tak suka buang apa-apa.
Contoh, surat khabar lama.
Dah menambun punya tinggi, tapi tak buat apa-apa.
Nak kata digunakan pun tak, dijual semula ke recycle centre pun tak.
Dia just nak simpan sebab tak nak buang.

Aku takde tiga-tiga point ni.
Sejenis kuat membuang barang sebab tak suka semak.
Baju dalam lemari pun kalau dah 6 bulan tak bersentuh, aku bagi orang.
Lojiklah la kan, kalau dah sampai 6 bulan baju tu kat dalam tu tak berpakai, asal keluar pakai baju yang sama je, maknanya aku taknak la baju tu.
Better bagi orang.

Tak memasal je turun ke dapur pukul 10am nak ambik susu konon, penyudahnya pukul 1pm baru aku naik atas semula.
Hilangkan nak start menulis final project, aku merempan dalam blog pulak.
Dah, aku nak mandi, pastu tidur.
Perlu tenangkan fikiran baru boleh menulis.


2021-07-12

Mak-mak sangat

Malam tadi lepak kat hall bertiga dengan mok and En Wan.
Mok tanya Rayyan dah makan ke belum.
Aku cakap makan, tapi kena bersuap.
Kalau tak, tahan dia taknak makan.
Hari Ahad apak dia bagi kelonggaran hadap komputer 24 jam.
Punyalah sayang nak tinggalkan komputer tu sampai makan pun tak nak.
Takut nanti kot tetiba hujan petir dah kena tutup komputer.
Jadi sementara terang-benderang ni jangan dipersia-siakan waktu kekdahnya.
Main sampai lebam sampai sanggup tak turun makan punyalah taknak tinggalkan komputer tu.

Punyalah aku bersilat pagi-pagi siapkan lauk lunch, sampai dah Asar dia tak makan lagi.
Aku sendukkan nasi, bubuh sup ayam, naik atas duduk sebelah dia.
Sambil dia main tu aku suapkan nasi.
Habis sepinggan! Kau tak geram?
Padahal lapar tu tapi tahan dia membatukan diri depan komputer.

Tapi one thing yang nampak perbezaan menjak mok aku tak boleh berjalan ni, bila dapur aku kontrol.
Bila dapur aku yang kontrol, Rayyan dah jarang makan nugget, sosej, apetah lagi maggi.
Memang lunch and dinner aku sumbatkan nasi.
Barulah nampak dia kenyang.
Kalau tak dulu kejap-kejap mok komplen "Rayyan ni sejam sekali mintak makan. Kejap goreng nugget, kejap goreng fries, kejap mintak maggi, mintak roti".

Aku sebenarnya dah tau dah puncanya, tapi mok aku tak percaya.
Mok aku ni dia suka mengoffer benda-benda lain kat Rayyan.
Padahal aku dah masak, tapi dia offer "Nak nugget? Nak fries?"

Mana lah budak tu nak kenyang. Tu pasal kejap-kejap mintak makan.
Hah, now, aku handle dapur 24 jam, memang tak jumpa dah nugget and fries bergoreng dalam kuali tu.
Sebulan dah mok takleh berjalan, fries and nugget tak berganjak.
Maggi apetah lagi.
Every time waktu lunch and dinner aku jerit panggil makan.
Kecuali weekend ni agak payah la sebab dia kenyang makan komputer.
Tapi takpe, aku sanggup suapkan, janji dia makan nasi.

Another thing yang aku nampak perubahan, Rayyan hanya makan di dapur.
No more makan depan TV.
Kalau tak, asyik makan depan TV.
Sebab apa?
Sebab neneknya menghidangkan makanan depan TV.
MNEGHIDANGKAN, ya.
Siap angkut tray dari dapur berisi air, maggi, nugget - bawak ke depan cucu nak makan depan TV.
Ni nenek kau dah sakit, jangan harap kau nak bersenang-lenang makan terlentang tertiarap depan TV tu.
Masuk dapur, duduk, makan!
Selagi tak licin pinggan tu kau jangan bangun.
Setiap kali Rayyan makan kat dapur, mok gigih kayuh wheelchair dia ke dapur nak perati cucu dia.
Takut nau aku dera cucu kesayangan dia ni.
Bila jadi macam ni aku semakin yakin dengan statement - "Jangan bagi atok nenek jaga cucu nanti cucu jadi spoil". Hahaha.

Pening sebenarnya mikir apa nak dimasak everyday.
Rakyat dalam rumah ni bukan reti nak makan ikut apa yang aku masak.
Semuanya ada taste sendiri.
Redza kalau sotong baru laju.
Rayyan kalau sup-sup baru laju.
En Wan kena lauk kering-kering.
Abis tekak aku takde sape nak kira?
Asik aku nak follow tekak orang je.

Mok macam biasa la, mem-backup cucu-cucu dia.

“Redza kata kat mok kalau kat skolah takde pilihan. Kalau memilih, kekgi lapar. Sebab tu kat rumah dia memilih. Kat rumah banyak pilihan. Rasa-rasa taknak makan nasi, boleh makan benda lain”.

“Rayyan memang payoh nak makan lauk-lauk kering. Kalau nak suruh makan kena masok sup ayam atau mihun sup”.


Eh takde keje aku nak masak benda yang sama hari-hari.
Korang ni mujurlah mak korang tak payah masuk opis on time, dapatlah jugak melayan tekak masing-masing.
Kalau aku dulu demand macam ni kat Mak Aji, samada aku berlapar tak makan atau aku kenyang makan penampar.
Antara dua tu je pilihan dia.

Dulu masa Redza kecik, ada bibik. 
Walaupun ada bibik, Redza tak pernah makan demand-demand. 
Apa yang aku masak (atau aku minta bibik masakkan), itu saja yang Redza makan. 
Sebab konsepnya, bibik tu dihire untuk memudahkan tugas majikan, bukan memudahkan anak majikan.
Jadi, takde istilah mak makan lain, anak makan lain. No. 
Apa yang aku minta bibik masak untuk aku makan, itu jugaklah makanan untuk Redza.
 
Tapi sejak Rayyan lahir, mok duduk sekali.
Walaupun ada bibik, tapi bila aku pi kerja, mok jadi majikan di rumah.
Padahal bibik dah masak, mok akan bagi Rayyan makan benda lain.
Lama-lama budak tu terbiasa demand makanan sebab dia tahu dia tak wajib makan makanan yang dah dimasak, dia boleh request makanan lain.
Membawaklah perangai tu sampai ke sekarang.
Aku kadang berbuluuuuu je tengok perangai Rayyan.
Pernah sehari tak makan nasi, asyik makan fries and nugget.
Lepas tu tak kenyang.
Kejap-kejap mintak scramble egg. Sampai 4-5 biji sehari makan telur!
Now, dah nampak jelas puncanya kat mana.
Puncanya sebab nenek melayan.

Mak-mak kalau mengasuh anak memang kejam.
Macam kem tentera - time makan kena makan.
Makan pulak jangan request apa-apa.
Yang aku masak tu kau telan.

Bila aku cakap macam tu, mok kata En Wan dulu pun memilih bab makan.
Tak suka makan kuah-kuah.
Nak makan lauk goreng-goreng je.
Tapi kena panas-panas.
Lauk kena masak fresh tak boleh makan hat perangat.

Aku kata “Takpelah mok, dulu mok ada orang gaji sampai 3 orang. Dapat le nak melayan sorang makan itu, sorang makan ini. Nak masak 14 kali sehari pun takpe. Diana dulu kalau mintak macam ni kat mama, tak kena lempang dah besar rahmat”.

Yang sebenarnya aku nak cakap "Tu pasal abang jadi gitu, mok. Sampai ke tua makan tak boleh yang sejuk, tak boleh lauk semalam. Orang pesen ni kalau kena campak kat Palestine tu dia yang mati dulu. Mati sebab memilih makan."
Geram aku.

Seriousla aku tak faham kenapa nak demand makan itu tak boleh, makan ini tak boleh.
Dulu masa aku skolah asrama kejap, bab makan aku suka.
Walaupun ada yang komplen lauk tak sedap, tapi aku sedap aje.
Dalam pada merempan tak nak duduk asrama tu makan tetap habis.
Aku rasa makanan kat asrama sedap-sedap. Banyak pulak tu portion.
Maunya tak, kalau ikan tu nah sekor!
Kalau ayam tu besar-besar bahagian dia potong. Puas makan.
Kat rumah, kena catu-catu sebab Mak Aji masak sekali je sehari.
Itulah makan lunch, itulah makan malam.
Jadi lauk jangan nak enjoy-enjoy sangat makan time lunch sebab mak bapak aku blom makan lagi.

Kalau kat asrama, lunch makan lain, dinner karang lauk lain pulak. Mau tak best?
Tu belum kita breakfast, pukul 10.30am ada snek, tea time pun ada, supper lepas prep pun ada.
Walaupun supper tu kadang roti and biskut je tapi ada la jugak benda nak mengunyah.
Kalau kat rumah bab nak kudap-kudap ni payah sikit dulu.
Tu yang asik ratah milo je 😆.

Maybe sebab itulah aku rileks je masa kena duduk ward 29 hari.
Dah la 29 hari, makanan aku semua tanpa garam (sebab aku HPT).
29 hari siang malam makanan tanpa garam, tapi HABIS! 😆😆
Orang lain konfius tengok tray aku mesti licin.
Kau bagilah aku lauk kurma ke, lauk asam pedas cair ke, lauk cencaru sumbat tak buang perut ke - semua aku balun.
Jangankan takde garam, air sirap aku gula pun dia tak letak. Pun habisssss.

Aku tanya En Wan masa duduk Jepun dulu makan apa je?
Maklumlah orang yang memilih makan ni selalunya payah nak survive kalau duduk overseas.
Nak pulak kat Jepun.
Tahun 90an Jepun punya halal market belum meriah lagi, ya.
En Wan kata dia masak.
Nak tergelak aku dengar.
Kau masak?? Nak buat scramble egg pun tanya aku. Pirahhhhhh.

En Wan kata dia boleh hari-hari makan nasi lauk ikan masin. Takde hal.
Kadang-kadang tu nasi goreng everyday (pakai perencah segera).
Dia tak kisah lauk yang sama makan sebulan asalkan lauk kena kering.
Tepuk dahi dengar 🤦‍♀️.
Baru aku teringat masa kitorang belum kawen, Mak Aji selalu pernah 2 kali hantar lauk sambal ikan bilis (1kg setiap kali hantar).
Dia kata everyday dia makan lauk sambal bilis dengan nasi sampai bilis tu habis.
Aku ingatlah aku dah lejen boleh makan lauk perangat, boleh makan lauk tanpa garam and gula, rupanya dia lagi lejen.
Hadap lauk yang sama non-stop.
Aku dengar pun rasa nak muntah.
Maknanya kalau aku dengan dia kena campak ke Palestine, sehidup sematilah jawabnya.
Yang sorang mati sebab takleh makan lauk semalam, yang sorang lagi mati sebab takleh makan lauk yang sama berbulan-bulan. Hahah.
Tapi aku punya lojikla jugak kan, sape tak jemu makan sambal bilis yang sama berbulan-bulan oi!

Kalau bab makan ni aku gagal membentuk family aku menjadi seorang Diana Ishak yang boleh makan lauk perangat, boleh makan lauk 2 hari lepas, boleh makan lauk sejuk, boleh makan apa je tanpa demand.
Bab ni aku memang respect Mak Aji macamana dia boleh ajar kitorang makan apa yang ada.
Jangan banyak bunyi konsepnya.

Every morning breakfast aku dulu hanyalah roti with butter.
Sesekali je dia buat nasi goreng.
When I say “sesekali” bermakna sangat jarang.
Setahun tak sampai 10 kali breakfast nasi goreng on weekdays.
Kitorang dah biasa makan roti for breakfast.
Dulu aku agak pelik bila kawan cakap dia breakfast mee goreng.
Mee goreng kalau kat rumah aku jumpa waktu petang pada hujung minggu sahaja.
Itupun setahun 10 kali je 😆.

Masa aku sekolah rendah, jiran sebelah rumah aku namanya Fahmi.
Mak dia suri rumah.
Ada satu hari tu lepas makan kitorang main kejap.
Aku tanya dia makan apa tadi, dia jawab mee goreng.
Aku terasa “Bestnya, dia boleh makan mee goreng waktu lunch”.

Waktu tu siapa yang makan mee goreng kat rumah (masakan ibu), aku anggap bertuah.
Because makanan lunchnya pelbagai.
I mean dia ada pilihan untuk tak makan nasi. Boleh makan mee.
Aku pulak menu agak tetap.
Breakfast = roti with butter.
Lunch = nasi with lauk.
Tea = teh O with biskut, kadang-kadang Pak Aji bawak balik goreng pisang.
Malam = nasi with lauk yang sama macam lunch.

Menu tu dah tetap.
Kau takkan jumpa mee goreng on weekdays kat rumah aku. Let alone for lunch.
Agak boring sebenarnya tapi dah terbiasa.
Sehingga aku di U, pagi masih breakfast roti.
Tapi masa tu aku dah pandai olah sikit buat french toast, roti with scramble egg with cheese - bukan sebab dah pandai tapi sebab dah ada pilihan sikit dalam fridge tu.
Jadi bolehlah dianggap, kalau barangnya ada, maka pelbagailah sikit menunya.
Awal-awal dulu barang terhad maka terhad jugalah pilihannya.
Cuma tu lah, kitorang adik-beradik macam tak banyak songeh tak macam anak-anak aku sekarang ni.
Kitorang dulu tak berani nak tanya “Makan apa hari ni, Ma?”.
Jangannnnnnnnn. Apa dia masak kau makan je.

Soalan “Ini je ke lauk kita?” laaaaaaagilah tak pernah kedengaran dalam rumah tu.
Karang dia memetir mau beralih paksi bumi.
Tapi agak surpriselah dengan diri aku mampu nak melayan tekak sorang-sorang sekarang.
Dalam pada aku membebel yang sorang nak makan itu yang sorang nak makan ni, tetap jugak aku siapkan.
Mak-mak ginilah agaknya.


2021-07-09

Memahami makna rezeki

Rupanya budak-budak yang SPM tahun lepas dah dapat tawaran ke matrik semalam.
Kat newsfeed aku tak banyak update pasal ni, maybe aku yang tak perasan.
Ada sorang kawan ni update anak dia dapat matrikulasi.
Tidaklah rapat sangat, tapi memang kenal lah.

Tiba-tiba aku yang excited.
Ye lah, kita pernah berkawan, pernah muda sama-sama, pernah huhahuha sama-sama.
Now giliran anak-anak pulak.
Terasa macam anak sendiri pula yang nak ke Uni.
Lalu aku pun mesej dia minta nombor akaun. Terasa nak contribute something.
Bukan apa, memori dapat tawaran ke matrik tahun 1995 masih clear kat kepala.
Belanjanya besar, walaupun program matrik aku 100% under biasiswa MARA, tapi persiapan sebelum berangkat tu semua nak kena keluar duit sendiri.
Nampak macam simple tapi nak mati stem pakai duit, nak mintak cop sana sini pakai duit, nak mengepos borang pakai duit.
Belum lagi persiapan beli itu ini.
Nak pulak macam aku yang jenis shopping baju setahun selali (time raya je).
Bila nak ke matrik, banyak baju yang kena beli.
Itupun baju kurung nak pakai hari-hari aku rembat baju kurung Mak Aji.
Baju T shirt mana ada sangat, selama ni pakai baju T shirt free je - T shirt Milo, Nestle, Anti-dadah - ni semua ihsan Pak Aji.
Pejabat Pak Aji banyak buat program untuk sekolah-sekolah, maka T Shirt free is a must :).
Memang banyak duit pakai.
Mujurlah makcik-makcik aku hulur sorang sikit.
Mak aku tak minta, tapi dorang seronok-seronok anak sedara pertama ke Universiti. Gitewww.

Bila kawan aku share anak dia ke matrik aku mintak nombor akaun.
Aku cakap “Nanti kau gunakanlah apa-apa dengan duit tu. Belikan buku dia, top up yuran ke”.
Aku takde niat lain.
Just nak “tumpang” saham budak-budak menuntut ilmu.
Menuntut ilmu ni kan umpama berjihad.
Semoga ada la sikit bahagian aku.

Kawan aku tu reply “Terima kasih, Di. Aku tak tau nak excited ke tak anak aku dapat sambung blaja. Laki aku sejak Mac dah berhenti kerja. Company dia gulung. Aku sorang je kerja. Semua expenses atas aku sekarang”.

Terdiam kejap aku.
Baru je hari tu aku tulis pasal “meminta-minta”.
Inilah contoh orang yang sesak dan memerlukan tapi masih lagi tak mahu membebankan orang lain.
Orang pun tak tahu dia sedang susah.

Kawan aku ni bukannya orang yang susah sangat dari pandangan mata kasar.
Macam kita-kita juga - ada kerja, ada rumah, ada kereta, sesekali makan di luar - tapi tu lah, kita pun tak tahu siapa yang memerlukan siapa yang tak sekarang ni, kan?
Kita selalu nampak yang meratap meratib tu saja yang susah.
Yang rumah senget nak roboh tu yang susah.
Yang bersempit-sempit 8 beranak dalam satu bilik tu yang susah.
Yang ambil makanan kat food bank tu yang susah.
Padahal, tepi-tepi kita ni ada je yang sedang susah.

Yang tepi-tepi kita ni memang ada rumah, tapi masih dalam loan.
Nak jual rumah?
Siapa nak beli tengah-tengah gawat ni?
Lagipun, tak berbaloi jual rumah.

Ada kereta, tapi masih dalam loan.
Nak jual kereta? Tak berbaloi.
At least ada kereta ni ada la jugak kaki nak bergerak.
Kalau esok lusa tergerak nak buat bisnes, mudah nak ke sana sini bila ada kereta.

Nak suruh jual semua barang kemas?
Entah dah berapa utas rantai dia dah jual mana kita nak tahu.
Entah dah berapa banyak savings dihabiskan, kita pun tak tahu.
Biarlah dia nak simpan sikit barang kemas yang masih ada untuk diri sendiri.

Sedih aku tadi.
Berdebar-debar lagi dada ni.
Terperanjat, macam tak percaya di kalangan kawan-kawan ada yang tengah sesak.
Sebak sampai bergenang air mata.
Ye lah, kita remaja bersama-sama. 
Pernah seronok sama-sama. 
We did stupid things together. 
Now kawan tengah susah, sebak sangat rasa. 
Nak-nak lagi bila kita pun ada anak yang dah besar.
Banyak belanja. 
Mak bapak mana yang nak anak-anak rasa susah.
Kalau boleh anak-anak tak perlu tahu beban kewangan yang kita tanggung.

Mungkin pada pandangan kawan aku, rezeki aku ni besar sampai boleh ‘suka-suka’ nak bagi duit untuk celebrate anak dia masuk matrik.
Selalunya macam tu, kan?
Bila kita nampak orang lain lebih dari sudut duit and harta, "Hebat dia, duit banyak".
Tapi tadi lepas bersembang dengan dia, mendengar cerita dia, sungguh dari pandangan aku rezeki kawan aku ni sangat besar.
 
Bayangkan dari bulan Mac suami hilang kerja.
Banyak benda yang dia dah cut demi nak cukupkan belanja.
Selama tempoh tu Allah bagi dia rezeki menanggung keluarga.
Dalam tempoh tu dia diberi rezeki bersabar dengan dugaan.
Bukan calang-calang orang boleh bersabar selama tu.
Apetah lagi bila dah biasa ada sumber kewangan yang selesa, tiba-tiba hilang separuh.
Sedangkan loan nak kena bayar and perbelanjaan tetap masih perlu disediakan.
Entah berapa banyak airmata dia tumpah semasa bersolat.
Entah berapa tinggi tangan dia angkat semasa berdoa.
Entah berapa lama dia bersujud mohon pertolongan Allah.
Orang yang tengah senang happy happy jarang boleh bersujud lama-lama.
Besar sungguh rezeki yang Allah selitkan dalam ujian dia.

Sumbangan aku tak banyak tapi itu bukti Allah mendengar doa dia.
Hish, meremang bulu roma aku.

Rezeki kita Allah pakejkan dalam banyak cara.
Orang yang diberikan kelebihan harta dan duit, belum tentu itu menjadi rezeki.
Boleh jadi musibah.

Orang yang disempitkan duit dan harta, boleh jadi itu bukan musibah tetapi rezeki yang sangat barokah.
Dalam keadaan sekarang ni rezeki kita sebenarnya menjadi ujian buat diri sendiri.
Musibah orang lain adalah ujian untuk kita.
Allah sedang memerhati.

Last week ada satu post tentang ibu yang share pengalaman bersalin c-sect.
Komen-komen yang aku baca mula-mula tu semuanya positif.
Semua kongsi pengalaman yang lebih kurang sama.
Hujung-hujung dah jadi competition.
Yang sorang kata tak sakit.
Yang sorang kata hari ni c-sect, lusa dah boleh mengemop lantai.
Yang sorang cakap c-sect tak payah berpantang elok je sampai sekarang. Yada yada yada yada.

Inilah yang kita namakan rezeki.
Kita sangka yang sihat sejahtera selepas c-sect tu hebat.
Sedangkan yang melepek selepas bedah tu pun hebat.
Hebat macamana?

Yang hari ni bedah, esok dah boleh mengemop, dia diberi rezeki cepat sihat, badan kembali segar, kurang rasa sakit.
Yang melepek tu Allah bagi rezeki berehat, sambil menahan sakit sambil ingat Allah, bertasbih, bertahmid, beristighfar.
Kerana lumrah manusia bila sakit baru ingat Allah.
Maka itu adalah rezeki.
Masing-masing Allah dah bagi rezeki.
Tak perlu nak compete-compete siapa lebih hebat.
Kerana belum tentu yang nampak hebat tu adalah rezeki.
Salah cara, boleh jadi anugerah yang tersia-sia saja.
Carilah makna rezeki dalam setiap perkara, insyallah hilang rasa nak bersaing 24 jam.

Teringat ceramah dari seorang ustaz.
Dia kata tahap rezeki paling bawah (level biasa-biasa) adalah rezeki berbentuk material - duit, makanan, harta, jawatan, bahkan keluarga pun merupakan rezeki yang paling rendah.
Tapi yang inilah yang kebanyakan kita berusaha mendapatkannya bermati-matian.

Rezeki level tengah adalah sihat.
Sihat badan dan fikiran.
Sihat jasmani dan rohani.
Sihat ni tak terlihat sebab non material, malah tak ramai yang nampak kepentingannya melainkan dah sakit esok.
Tetapi tanpa rezeki sihat, rezeki yang paling bawah (point pertama tadi) tak akan terasa!
Orang yang terbaring sakit tak merasa nikmatnya makanan, nikmatnya duit, nikmatnya jawatan, bahkan nikmatnya ada isteri cantik dan seksi pun tak terasa.

Dua tahap rezeki ni, yang bawah and tengah, Allah bagi kat semua samada beriman atau tak, samada Islam taua tak.
Disinilah sifat Rahman Allah, sifat Pengasihnya Allah.
Bahawa Allah bagi rezeki kepada semua tanpa melihat siapa.
Siapa yang berusaha sesuai dengan sunatullah maka diberi rezeki tahap rendah dan tengah ini.
Walaupun perangai macam Firaun, tetap akan dapat.

Rezeki tahap tinggi - iman, ilmu dan amal soleh.
Orang yang diberi ilmu dan pemahaman dapat membezakan mana wajib, mana sunah, mana rezeki, mana musibah, mana hikmah.
Sebab tu tadi aku cakap rezeki kawan aku tu jauh lebih besar.
Allah tarik sikit rezeki tahap bawah dia sebab Allah nak bagi dia rezeki tahap paling tinggi.

Yang kita?
Dok bersaing siapa yang paling tak merasa sakit bersalin.
*tepuk dahi*