2021-09-30

Pening kepala dengan customer macam ni.



Berdasarkan pengalaman aku doing sales sejak 2003 sampai sekarang, be it secara offline mahupun online, customer di atas memang wujud.
Masa aku buat biotech supplies, selalunya yang beli instrument takde pun minta-minta diskaun atau free gift.
Tapi aku memang akan bagi free gift berupa kit-kit biotech.
Takkan nak bagi TV pulak, dah sah-sah dia beli pakai duit grant.
Maka, free gift pun biarlah yang boleh benefit project dia.

Tapiiiii, yang beli sekadar RM1-2K ni lah yang kejap-kejap mintak diskaun.
Tak cukup diskaun, mintak pulak free gift.
Free gift memilih pulak tu. Nak pipettor!
Kau beli barang baru RM2k, tapi nak free pipettor yang harga RM500?
Ingat kita dapat untung separuh dari harga jual ke apa.

Tahun 2003-2005 Malaysia masih lagi membudayakan beri free hamper on festive season.
Sekarang takde dah, kan?
Tak salah aku government pernah keluarkan polisi no hamper.
Ada satu kali tu aku pergi deliver barang kat customer, dia tanya "Orang lain datang saja-saja nak bagi buah oren (sempena CNY). Company you datang hantar barang berlenggang tak bawak apa pun. Taknaklah beli lagi macam ni".

Of course dia berlawak bab taknak beli lagi tu (tapi tak klaka. Huh!), tapi bab buah oren tu aku rasa dia really mean it.
Aku pelik yang meminta-minta ni melayu.
Customer Chinese sikit tak minta apa-apa.
Hanya mahukan barang yang diorder cepat sampai sebab nak buat kerja sebelum bercuti panjang.
Itu satu. Yang satu hal lagi, yang meminta-minta ni dia perasan beli banyak gila.
Dah lah setiap kali beli mintak diskaun.
Pastu expect nak hadiah macam-macam lagi.
Ni mesti bangsa yang shopping masa ada sale je.

Bos aku yang Devil Wears Prada pernah 'tembak' sorang customer pasal diskaun.
Customer tu nak beli instrument.
Dia yang approach kitorang (aku) untuk beli the instrument.
Katanya masa dia training kat overseas pakai intrument tu, so now department dia nak beli brand yang sama.
Ok fine. Aku pun buat presentation, buat proposal and bawa satu demo unit untuk dorang cuba for 1 whole day.
Nampaknya semua berpuas hati.
So dia mintak quotation. Harga aku bagi RM90k. 
Dia minta kurang.

Semua manager level boleh bagi diskaun up to 5%. 
Aku pun bagi terus 5% diskaun, malas simpan-simpan.
Takpelah komisyen aku kurang sikit janji dapat park satu instrument kat lab tu.
RM4500 diskaun kot. Dia taknak.
Boleh pulak dia kata "Ada competitor lain offer RM75k belum diskaun".

Aku cakap "Tapi Puan yang insist our brand at the first place, kan? Brand ni kami sole distributor. Kalau beli dari compertitor lain maknanya bukan brand yang Puan nak".

"Takpelah, sama je mana-mana brand pun. Asal tahu guna".

Kau nampak tak dia punya ego tingkat berapa?
Padahal kau yang cari aku nak beli this instrument.
Kau yang beria nak our brand sebab tempat kau training kat oversea tu pakai brand yang sama.
Alih-alih spin taknak beli kerana harga.
Patutnya bila kau yang insist nak brand tu, kau dah patut tahu harga dia range berapa.
Aku pulak memang paling menyampah nak fight price.
To me, fight price ni untuk orang yang tak berwibawa.
Kerjanya asik nak turunkan harga, janji produk terjual.
Aku lebih suka fight dari sudut teknikal.

Bos aku berapi bila aku bagitau progress deal ni sangkut sebab harga.
Terus bos aku ajak pi jumpa the customer, dia nak tolong close deal.
Masa jumpa tu mati-mati dia nak harga at least RM75K.
Bos aku cakap "If you want RM75k, we have one refurbished unit, but one month warranty only and 6 months after sales service".

Customer taknak.
Sekali bos aku cakap "You only buy things when they are on sale, right?".
Aku yang tadi duk selak-selak planner terus terangkat kepala aku pandang bos.
Dalam hati aku "Kau biar betul tembak dia gitu?".

Tapi bos aku tanya dalam nada gelak-gelak la.
Tapi sakit tu di siniiiii.
Tak tahulah kalau customer tu jenis takde perasaan.
Tak lama lepas tu dia beli jugak dengan harga RM90k.
Tak payah bagi diskaun. Selamat komisyen aku.
Maybe dia rasa tercabar dengan soalan bos aku tu.

Ada juga customer yang beli barang harga RM60K, minta laptop.
Actually memang kitorang bagi free komputer pun sebab instrument yang dia nak beli tu kena connect dengan komputer.
Tapi kita idok le jual komputer.
Komputer sendiri lah beli.
Lagipun lab kan ada komputer. Cucuk la dekat instrument tu nanti.
Tapi, sebagai inisiatif, kitorang offer free DESKTOP.
Memang sengaja kita bagi desktop supaya customer tak salah gunakan duit kerajaan untuk kepentingan sendiri.
Paham-paham aje lah kan, karang beli instrument dengan duit kerajaan tapi laptop free gift tu jadikan hak sendiri.

This one customer dah lah request aku gantikan desktop dengan laptop, minta pulak spesific brand.
Siap pesan "Nanti free gift ni jangan masukkan dalam quotation tau".
Nampak nau nak kelepet buat harta sendiri, kan?
Memang taklah. Aku bagi desktop jugak. Take it or leave it.
Kau beli dengan duit kerajaan tapi ada hati nak demand.

Pengalaman buat online sales pun ramaiiiii yang perangai gini.
Percayalah cakap aku, semakin murah barang kau, semakin ramai kau jumpa customer macam ni.
Jenis yang dah murah, nak murah lagi.
Lepas tu nak free delivery.
Kalau boleh nak free gift jugak.

Masa awal-awal aku jual candy jeans and cardigan, ramai yang macam ni.
Padahal sehelai candy jeans tu baru berapa je.
Sanggup aku order banyak-banyak semata-mata nak dapatkan harga paling murah supaya boleh jual murah.
Dah jual murah pun tetap dia nak lagi murah.
Bila kita suggest belilah 3 helai, ada diskaun.
Dia counter offer pulak "Ni beli 2 takkan tak dapat diskaun?". Pulakk.
Tak, ni sekarang siapa punya barang ni?

Ada yang lagi best, beli dah ok dah 3.
Aku bagi diskaun.
Dia minta hantar ke 2 address berbeza tapi taknak bayar kos pos sebab "Saya dah beli 3 dah tu".
Dia rasa 3 tu dah banyak sangat dah.

Memang letih layan request macam ni.
Bila aku start dengan own product like shawl, baju and kurta, harga dah tak murah.
Aku cari sendiri material dan design sendiri, maka harga dah tak boleh murah sangat.
Shawl aku paling mahal harga RM82/helai.
Aku buat 150 helai saja waktu tu.
Ingatkan takde sambutan agak mahal sebab aku gunakan material macam shawl satin Duck.
Sekali habis shawl tu.

RM82 tu tak mahal kalau banding shawl Ariani.
Tapi, kesemua yang beli tak minta diskaun dan tak berlengah membayar.
Jenis yang memang nak beli.
Selalunya gitulah.

Contohnya aku kalau lalu depan kedai designer, aku lalu dan toleh je.
Habis kuat pun tengok dari luar. Tak masuk pun.
Itu adalah contoh orang yang takde duit.
Dia sedar dia takde duit, maka dia bertanya pun tak sebab dia tahu dia tak mampu. Hahahah.
Tapi kalau orang yang berduit dan memang nak beli, dia straight masuk kedai tu. Tanya dan bayar.

That's why aku cakap tadi semakin murah harga barang, semakin banyak karenah manusia kau kena handle.
Tapi bila harga barang kau mahal, kurang sakit kepala kerana customer-customer yang datang terdiri dari yang memang nak beli.
Contohnya Makeup Remover GreenAard.
Harga dia mahal kalau kau bandingkan dengan harga kat Guardian atau Watson.
Tapi try la dulu Makeup Remover aku tu 😁.
Aku suka sangat tengok list pembeli Makeup Remover GreenAard.
Constant every 2-3 bulan mesti nama-nama yang sama return.
Masa PKP 1.0 hari tu aku dah bajet mesti drop sales Makeup Remover sebab orang tak keluar, tak bermekap.
Rupanya tak. Tetap customer repeat.
Ni tengah anniversary sale lagilah.
Orang dah ramai start masuk ofis and bergerak bebas, kan.

Aku sangat percaya tak perlu fight harga.
Fight dari sudut teknikal. The right customer will come.


2021-09-28

Rumah tangga kita, kita yang uruskan.



Kalau tengok pembahagian tanggungjawab tu, aku rasa tanggungjawab isteri tu sangatlah berat.
Maklumlah, orang pemalas masak and malas jaga anak macam aku ni memang konfem lah terasa berat kan 😆.
Kalau dapat isteri yang jenis rajin, alhamdulillah.
Disebabkan aku malas, maka aku pilih untuk ambil bibik and ambil sikit tanggungjawab suami.

Sikit hari dulu, masa awal-awal En Wan join company aku, ada yang bertanya adakah itu dikira sebagai aku menggajikan suami?
Seakan-akan aku menjadi ‘tuan’.

Entahlah, aku tak terfikir pulak sampai ke situ.
To me, asal bil takde yang tertunggak, hutang lunas, food on the table - cukup.
Dari awal lagi aku tak pernah mengharap aku ditanggung sepenuhnya oleh suami.
Malah masa awal-awal kawen dulu, aku berhenti kerja dalam setahun lebih sebab nak sambung blaja.
Dalam tempoh tu aku takde pocket money yang tetap.
Dalam bahasa mudahnya tiada cash money yang En Wan bagi.
Tapi, sewa rumah (dulu masih menyewa) dia bayar, groceries and barang basah dia provide, utilities semua dia bayar.
Kalau aku perlu deodorant, pad atau mosituriser, dia belikan.
Tapi beli kat Watson je lah.
Agak backwards pula life aku ketika tu.
Masa berkerja boleh pakai full set toner, day and night cream, cleansing gel segala.
Tapi bila dah tak kerja, aku minta belikan aku krim muka Ponds je.
Itu je la seketul skin care aku. Pastu compact powder.
Memang hidup dengan 2 ketul ni saja.
Jelita je pun aku. Mbahahaha (matilanakkk).

Dalam tempoh tak berkerja tu aku tak berani minta lebih dari apa yang dia provide.
Nak ajak balik Bangi pun tak berani sebab nak ke Bangi kena pakai tol and minyak.
Walaupun dekat, tapi tetap duit namanya.
Kalau dia kata "Jom, balik Bangi", baru aku bersiap.
Kalau tak, aku tak cadang.
Let alone nak minta cash money.
Apa yang dia dah provide, itulah nafkah yang dia mampu ketika tu and aku ok dengan sistem tu.
Tak perlu kot aku nak ikut-ikut orang.
Laki orang tu bagi cash, aku pun nak cash.
Laki orang tu belikan baju, aku pun nak mintak baju.
Kalau laki aku mampu takpe.
Aku pula jenis segan nak minta-minta walau dengan suami sendiri.
Dalam kepala otak aku dah set, apa nak beli sendiri.

Oklah tu dalam keadaan dia kerja seorang masih letakkan aku duduk di apartment yang guarded.
Keselamatan terjaga.
Aku takde henfon, tapi rumah ada phone.
Kalau apa-apa hal dia masih boleh call, aku pun boleh call dia.
Dalam tempoh tu juga dia belanja aku pegi driving class.
Nak apa lagi kan, cukuplah tu.

6 tahun lepas bila En Wan nak resign, aku tak ambil masa yang lama untuk berfikir untuk bersetuju.
15 tahun dia jadi engineer, penat dah kot.
Stress aku tengok dia kerja tak tentu masa.
Mesin rosak tengah malam pun kena masuk kilang walaupun dah tido waktu tu.
Rasanya tak banyak perbezaan dari segi expenses sebab dari awal pegang gaji kitorang share expenses.
Rumah bayar sama-sama.
Kereta masing-masing bayar.
Groceries, barang basah, gaji bibik, skolah Redza, bercuti dan segala tok nenek miscellaneous semuanya berkongsi.

Mula-mula dulu En Wan yang banyak cover sebab gaji dia lebih tinggi.
Tahun 2007 aku start earn more jadi aku cover lebih.
Dia macam ni lah, tak kisahlah la siapa yang cover lebih, asalkan masing-masing happy.
Bukannya pasangan kita tak contribute lansung.
Kalau rezeki kita lebih, apa salahnya kita cover lebih.
Rasanya zaman sekarang ni ramai yang berkongsi pendapatan.
Maka tak perlu merasa diri tak istimewa bila terpaksa berkongsi duit dengan suami.

Perkongsian dalam rumahtangga bukan setakat material tetapi tenaga.
Kalau bab tenaga En Wan paling banyak contribute.
Boleh dikatakan hal pelajaran anak-anak dia yang ambil berat.
Aku ni cuma tengok subjek agama and english je.
Yang lain semua En Wan tapau.
Kalau dia berbangga dengan achievement anak-anak dia pun aku bagi dia ambil full credit sebab dia memang cukup rajin and teliti uruskan anak-anak.
Redza tu dari kecik sampai dah masuk asrama, setiap kali lepas mandi, En Wan yang siapkan baju apa nak dipakai. Letak atas katil.
Rayyan pun sama.
Aku kem salam nak buat macam tu.
Kau ada tangan kaki kan, cari baju sendiri 😆.
 
Aku tak mampu nak handle hal-hal rumah and dapur sepenuhnya, jadi aku buat mana yang mampu.
Yang tak mampu, aku serahkan pada bibik.
Disebabkan aku tak dapat buat tanggungjawab sebagai isteri (seperti dalam gambar), aku pilih untuk ambil sikit tanggungjawab suami (seperti dalam gambar) dengan harapan dapat cover tanggungjawab yang lain yang aku tak dapat buat.
Moga Allah ampunkan aku.

En Wan tahu aku enjoy working.
Dia tahu aku 'hidup' bila dapat berkerja.
Aku mudah drain kalau tak dapat berkerja ikut kapasiti yang aku dah set.
Katakan hari tu aku dah set list to do (kerja ofis) sekian sekian sekian.
At the same time aku nak kena prepare breakfast and lunch, melipat baju and mengemas.
Mood aku akan lari, aku jadi down tersangatnya sampai menangis.
En Wan pula tak boleh kalau mood aku lari.
Dia punya happiness adalah kalau aku happy.
Kalau aku lari mood, dia akan hilang selera makan dan apa dia buat semua salah 😆.
Jadi sebab tu dia banyak ambil alih tugas-tugas yang melibatkan tenaga seperti menyapu laman, sidai baju, angkat baju, buatkan breakfast anak, uruskan pelajaran anak, siapkan keperluan anak, etc.
Biar aku buat lebih sikit kerja ofis.

Aku anggap pembahagian tanggungjawab tu balance walaupun mungkin tak mengikut "skema pembahagian tanggungjawab suami isteri" yang asli.
Like I said, asalkan happy.
Rumah tangga kita, kita yang uruskan.
Kalau nak ikut buku sangat tapi akhirnya membebankan sampai bergaduh pun nak buat apa.

Rezeki kita semua tak sama.
DIA sengaja atur rezeki kita begitu kerana itulah sebenarnya yang kita perlu.
 
DIA tak takdirkan kita jadi suri rumah kerana skill kita lebih diperlukan untuk orang di luar sana.
 
DIA tak takdirkan kita berpenghasilan tinggi boleh jadi kerana kalau kita lebih kaya dari suami maka kita akan sombong.

DIA tak takdirkan kita bersuamikan CEO Megah Holdings boleh jadi kerana DIA mahu kita yang jadi CEO.

At the end of the day, bagaimana kita uruskan apa yang kita miliki. Itu saja.

Sorang ustaz berkata "Kalau menjadi kurus tak mengubah seseorang mempamerkan lekuk tubuh (pakai pakaian ketat), maka kurus menjadi ibadah buatnya. Jika setelah kurus dia mula berpakaian ketat, maka kurus telah membawa dia keluar dari barokah".

Maksudnya kat sini, apa yang kita dapat, yang dikira esok adalah bagaimana kita memanfaatkannya.
Be it badan yang kurus, muka yang awet muda, suara yang lunak, skill yang mantap, duit yang banyak, jawatan yang tinggi, anak yang bijak.
Semua yang best ni hanya akan jadi best kalau dimanfaatkan dengan baik.
Samalah macam tanggungjawab suami dan isteri.
Isteri yang lebih berpenghasilan dari suami, tak salah.
Isteri bayar gaji suami pun, tak salah.
Yang salah bila isteri berlaku sombong dan menjadi tuan kepada suami.
Yang salah bila suami serah buta-buta tanggungjawab pada isteri.

Syukurlah dengan rezeki kita.
Kalau letakkan piawai rezeki berdasarkan pada apa yang orang lain ada, sampai matilah hidup stress.


2021-09-27

Tinggal dengan orang tua


Jumaat lepas weekly bibik datang kemas rumah.
Dia cakap "Madam, Rayyan sudah gemuk sikit ya sekarang? Saya tengok mukanya ada isi".

Then, the next day, Sabtu balik Bangi.
CT pulak komen "Tangan Rayyan berisi sekarang. Dulu pegang kurus je".

Maka izinkan amma flip hair *libas*.

Itulah penangan bila amma jaga rumah.
Atau dengan tepat lagi - jaga dapur.
Bila aku yang kontrol what to eat, maka gemuklah badan anak-anak, insyallah.
Terasa puas hati bila tengok Rayyan makan solid food sejak akhir-akhir ni.
Rimas aku kejap-kejap minta nugget, minta sosej, minta telur.
Pernah sehari makan sampai 6 biji telur (3 trip).

Mak mertua aku rajin ambil order makanan.
Padahal aku dah masak.
Tapi everytime Rayyan turun bawah, dia ambil order.

"Nak makan apa?"

"Nak sosej? Nak nugget?"

"Nak roti bakar?


Dia pulak yang membagi pilihan makanan.
Dah tentulah Rayyan akan pilih dari pilihan yang dia bagi.
Kalau aku tak. Kau turun je, aku terus "Makan nasi ok? Lauk ayam ada. Kalau taknak ayam, mama goreng telur. Tapi kena makan dengan nasi".
Itu je pilihannya.
Pusing kau mana pun kau kena makan nasi juga.

It works, ok.
Nugget, sosej, roti dan telur tak beli sekerap dulu.
Kalau dulu every week mesti kena topup.
Dah itu je balik-balik yang dia makan.
Kadang aku hangin gak.
Tapi mok biasalah, dia akan membacking.
Dia cakap "Adik taknak makan nasi".
Ini aku jaga dapur, helokkkk je pun makan nasi. Licin lagi.

Itulah antara cabaran bila duduk dengan orang tua (parents).
Bukan apa, orang tua-tua ni especially mak-mak merasa insecure bila dia takde role yang jelas dalam rumah.
That's why dia kontrol cucu.
Bila cucu mahu makan makanan yang dia offer, nampaklah macam dia berpengaruh ke atas cucu.
Padahal cucu tu helok je boleh telan nasi.

Dah 3 kali bibik datang kemas rumah sejak mok balik Tganu.
Baru-baru ni bibik bersuara.

"Madam tak masak di rumah ke?"

"Masak. Kenapa?"

"Rumahnya bersih. Dapur bersih. Saya tak tahu nak kemas apa"

Lagiiii sekali, beri laluan nak libas rambut *flip hair*.

Jangankan kata bibik, En Wan pun perasan dapur sangat kemas.
Actually dapur memang bersih cuma selama ni kurang kemas.
Bukan nak kata apa la.
Ini lumrah duduk dengan orang tua.
Tengok je la rumah-rumah mak bapak kita.
Rumah dorang bersih tapi tak kemas.
Semua benda dia nak simpan.
Segala benda dia susun kat ruang yang dia senang nak capai.
Maka bersusunnnnnnnlah segala botol air, balang, tipuware kat ruang dapur tu.
Bila kita susun dalam lemari, esok dah ada balik kat depan.
Dapat kat aku semua benda aku campak dalam tong.

Sabtu lepas aku buang tong sampah ke dalam tong sampah.
Geram betul aku.
Dapur aku memang agak besar tetapi taklah perlu sampai 2 tong sampai kat dapur.
Satu bakul sampah standard letak berdekatan sinki.
Bagi aku, cukup dah tu.
Mok pegi letak another bakul sampah berdekatan meja makan.
Aku pernah tanya, nak buat apa letak tong sampah kat sini?
Mok cakap senang kalau sesiapa nak buang sampah tak perlu bangun dari meja nak ke sinki, terus buang dalam tong yang kat tepi meja.
Aku macam, huh??

Ini semua punca-punca nak membentuk keturunan yang pemalas.
Sumpah aku cakap, inilah punca kenapa seseorang boleh jadi pemalas.
Bila dimanjakan dengan hal yang tak perlu.
Apa yang susahnya nak bangun ke sinki buang sampah di situ?
Dah sah-sah lepas makan memang ke sinki, kan.
Aku buang dah tong sampah tu. Jangan disimpan.
Karang dia jumpa balik tong tu, terus ada kat tepi meja balik.
Jadi, humbankan terus ke luar.

Lagi satu perasan tak orang-orang tua suka campak atau buang barang kat laman belakang?
Kadang kupas 1-2 bawang, curr dia campak laman belakang.
Makan limau, biji lempar ke laman belakang.
Mok mertua aku lagi legend.
Dia buang minyak terpakai dalam longkang. Boleh? *nangis*
Dulu, dia buang dalam sink.
Bila saluran sink tersumbat dek minyak, dia buang pulak kat longkang.
Aku dah ajar "Mok, minyak yang nak buang tu masuk dalam plastik ni, ikat. Buang dalam tong sampah".
Taknak. Dia kata membazir plastik.
Ya ampunnn, plastik pun dia sayang nak pakai.
Ni dah hampir sebulan mok kat kampung, lega longkang aku.

Sebenarnya rumah aku ni tak perlukan bibik pun.
Anak-anak dah besar. Tak bersepah pun rumah aku.
Most of the time kitorang semua duduk atas dalam bilik.
Turun bawah hanya untuk makan.
Kalau bersembang pun kat meja makan.
Takde de nak duduk berlonggok kat hall atau depan TV.
Anak-anak aku jenis tak tengok TV.
Yang tengok TV aku and En Wan je, maka hanya TV dalam bilik kitorang je yang berfungsi.
Kalau nak kemas pun dapur.
Itupun hari-hari berkemas, menyapu and mengemop sebab setiap kali lepas masak memang kena kemas dapur.
Tak perlu bibik pun.

Aku ambil bibik sejak aku tengok bilik air mok aku berlendir.
Dulu, semua bilik air dalam rumah ni aku basuh setiap minggu.
Rumah akun ada 6 bilik air. Kesemuanya ada shower and toilet.
Tapi hanya 5 sahaja aku dapat settlekan.
Mok tak pernah kasi aku basuh bilik air dia.
Dia kata dia basuh setiap kali mandi. Ok fine.

One day dia balik Tganu, Mak Aji and Pak Aji datang tido sini.
Mak Aji masuk bilik air mok and marah aku "Kau ni tak basuh ya bilik air mok? Kalau orang tua tu jatuh macamana? Lantai licin berlendir!".
Kau tau la mak aku kalau pekik, abis jiran-jiran aku dengar sekali.
Tak memasal orang ingat aku pemalas.

Aku masuk bilik air mok, mengucap panjang.
Terus aku cakap dengan En Wan, kita kena ambil bibik.
Itu saja caranya nak pastikan rumah ni betul-betul bersih.

Aku faham mok mesti segan kalau menantu yang basuhkan bilik air dia.
Seolah-olah macam dia tak reti buat kerja padahal kerja mengemas ni sinonim dengan orang perempuan.
Itu sebabnya dia tak kasi aku kemas dapur, kemas bilik tido dia, basuh bilik air dia.
Tapi, dia kan dah tua. Memang aku tak harap pun dia buat kerja.
Tapi tulah, some orang tua begitulah.
Agaknya dia takut menantu kata dia jadi beban tak membantu kerja rumah.
Padahal, aku dah biasa mengemas sejak kecik jadi aku ada piawai aku sendiri.
Lebih baik biar aku settle sorang daripada ada orang lain buat tapi tak meet aku punya piawai.
Itu lagi buat aku baran.

Ini next week En Wan hantar Redza ke Langkawi, aku dah ada list panjanggggggg untuk dia beli senduk and periuk kuali Tefal.
Senduk and kuali aku banyak dah hancur.
Mok aku pakai kuali Tefal dengan sudip besi oiii *nangis lagi*.
Periuk aku pulak kalau dia masak dia sengetkan ke api, jadi handle cair. *kuat lagi nangis*
Semua tu perlu dibuang sebelum mok balik.
Tapi sebelum buang, kena beli baru dulu.

Kadang kan bila aku kenang-kenangkan balik those cerita-cerita anak hantar mak bapak ke rumah orang tua-tua, selalunya orang akan salahkan anak.
Like pepatah kata "Seorang mak boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak tak boleh jaga satu mak".
Ya, betul pepatah tu.
Tapi pikirkan sama, anak-anak kalau degil tak dengar cakap boleh dipukul.
Kalau orang tua degil, boleh ke dipukul? Tak, kan?
Sebab itu 10 orang anak pun mak boleh jaga sebab boleh dimarah dipukul kalau degil.
Maka aku rasa boleh jadi inilah sebabnya kenapa ada anak-anak yang "sanggup" hantar parents duduk rumah orang tua.
Bukan kerana memang tergamak, tapi dah tak sanggup nak menahan sabar dengan karenah orang tua.

Cabaran duduk dengan orang tua sememangnya bukan cabaran yang biasa-biasa.
Sentiasa perlu menjaga hati, sabar dan belajar untuk tutup mata pada hal yang kita tak berkenan.
Sifat ketika orang tua muda akan menjadi sifatnya pada usia tua.
Kalau di usia muda sikap asal boleh, asal bolehlah jugalah pada usia tua nanti.
Kalau pemalas di usia muda, pemalas jugalah pada usia tua nanti.
Kalau degil di usia muda, bersedialah untuk jadi orang tua yang annoying.



2021-09-24

Kawan biar ikhlas.


Orang kata, petua berkawan di alam internet ni, jangan cerita semua. Cerita 20% je.
Kerana kita tak tau dengan siapa kita bercerita.
Terutamanya di blog. Jangan terlampau transparent katanya.

Kat blog nampak macam aku cerita banyak benda kan?
Yang sebenarnya tak.
Aku berblogging dah 15 tahun.
Sepanjang tempoh ni konsisten menulis.
Walau tak everyday, tapi selang sehari, atau selang 2 hari insyallah aku menulis.
Dek kerana terlampau banyak menulis kelihatan macam aku dah bercerita banyak benda.
Macam takde apa yang aku simpan untuk diri sendiri, kan?

Aku boleh bercerita (menulis) panjang lebar.
Tapi kalau ajak berjumpa, malas.
Antara sebab utama, aku tak kenal ramai orang di kalangan bloggers and readers.
Kalau nak jumpa semata-mata nak sembang, minta maaf, aku tak berapa enjoy doing that.
Tapi kalau terserempak kat mana-mana, stop kejap 5 minit bersembang, yang ni ok.
Mungkin salah satu sebabnya adalah aku tak banyak tahu hal orang.
Bila banyak yang aku tak tahu, aku no idea nak bersembang.
Melainkan aku kena bercakap tentang sesuatu yang aku suka like kerjaya, business, movie Tamil, hehehe.
Alangkan kalau dengan DPT (Dusty Pink Tits) pun aku selalu ketinggalan cerita.
Ada je yang aku tak tahu.
Kejap-kejap “Apesal?”, “Yang mana satu?”, “Siapa eh?”, “Apesal aku tak tahu?”

Dah satu hal orang nak kena ulang cerita.
Pernah sekali dua tengok orang kecoh-kecoh komen kat FB, semua orang macam tau apa situasi tu.
Aku makan asap.
Bila tanya "Apesal?”.
Kesian Hamba Allah tu disebabkan aku yang bertanya dia kena explain balik panjang lebar.
Padahal cerita tu orang lain dah follow 2 minggu.

Ada tak sesiapa kat sini yang ramai kawan, tapi sekadar kenal?
Bila orang tanya "Kau kenal tak dia?"

"Kenal".

"Dia keje apa eh?"

"Entah"

Ok, aku jenis ni.

Aku pernah keluar dengan internet friend yang sama 2-3 kali, tapi dah 3 kali tapi masih tak tau dia kerja apa.
Tak tahu nama anak-anak dia.
Dia asal mana pun aku tak tau.
Kadang-kadang dah masuk kali ketiga jumpa barulah tahu “Ohh, akauntan rupanya”.
Tu pun sebab dia tercerita tentang kerja.
Kalau tak, mampus sampai ke sudah aku blur.

Aku punya style jumpa orang sama macam pi shopping.
Kalau nak shopping aku masuk kedai, dan balik.
Habis kuat pun stop untuk makan dan lepas tu keluar.
Paling tak suka pusing-pusing tak tentu arah dalam mall.
Jarang aku berpeleseran dalam mall.
Selalunya masuk mall terus ke tempat yang dituju, kemudian cari tempat makan. Lepas tu balik.
Selalunya on the way nak balik tu la baru mata tu jeling-jeling kedai kiri kanan.
Nama aku nak tawaf satu mall memang tak lah.
En Wan faham sangat dah ni.

Begitulah kalau jumpa orang.
Jumpa for a reason - discuss project, atau kerja.
Tapi kalau nama keluar melepak untuk bersembang, kebarangkalian tu hampir takde.
Melainkan dengan DPT.
Itupun setahun sekali je hang out dengan dorang ni.

Tapi sepanjang 15 tahun berblogging ni aku ada a few friends yang bermula dengan kenal di internet, dan jadi kawan yang kerap berwhatsap and we talk about so many things.
Mostly lelaki.
Ada juga 2-3 orang perempuan.
Yang lelaki-lelaki ni selalu we talk heavy like politics, isu semasa, kerja, business.
Kalau dengan perempuan tu kalau tak gosip, kita merempan bersama-sama di whatsapp 😆.

Selalunya, kalau kawan tu di kalangan minat yang sama akan merapatkan lagi persabahabatan.
Cuba tengak orang yang suka berfashion, mesti kawan-kawannya dikalangan yang ada interest yang sama.
Yang suka shopping mesti kawan-kawannya di kalangan punya minat yang sama.
Yang minat parenting, mesti topik perbincangan banyak tentang hal anak-anak.
Yang suka travel, kawan-kawannya di kalangan yang enjoy travelling dan selunya they holiday together.

Aku pernah berkawan dengan seorang cyber fren, lelaki.
Tak pernah berjumpa, tapi setahun jugaklah bersembang.
That was like 11-12 tahun yang lepas. Kenal kat MySpace.
Selalu sembang pasal kerja and bisnes.
Dia supply engineering product, jadi keserasian dalam berkawan tu ada sebab aku pun dari nature of work yang sama.
Kitorang banyak discuss cara nak siapkan tender and win deal. Seronok.
Tapi, persahabatan jadi renggang bila one day dia bagitau nak kawen lagi satu dengan staff dia sendiri.
Dia minta pendapat aku.
Aku tak menafikan hak dia untuk kawen lagi, tapi aku tak menyokong.
Kau nak kawen, kau kawenlah, jangan minta sokongan aku sebab mana-mana pompuan pun takkan sokong laki nak kawen lagi satu.
Aku tak halang kau nak kawen lagi satu pun dah cukup baik.
Tapi kalau expect nak aku sokong, memang taklah.

Berpunca dari situ aku jauhkan diri sebab aku nak elakkan tersound dia pasal kes nak menikah lagi ni.
Biasalah pompuan kan emosi bab-bab poligami.
Dulu umur tengah muda, darah cepat panas.
Now, bila pikir-pikir balik, rugi pula aku yang tinggalkan persahabatan tu. Sebab dia memang baik.
Kalau tak, mesti now aku selalu discuss dengan dia pasal kerja.
Dulu aku too emotional bila dengar ada lelaki nak kawen dua tiga.
Ntah mana la dia now.

Cyber friend atau tidak, namanya tetap friend.
Kalau orang kata cyber friend tak boleh dipercayai, mungkin pengalaman yang membawa seseorang kepada persepsi yang berlainan.
The truth is, everyone is going to hurt you.
Yang penting, bak kata Ustaz Kazim, carilah kawan yang tidak membuka aib kita walaupun kita dah tak berkawan lagi dengan dia.

Tang menjaga aib kawan yang kita dah tak berkawan lagi ni yang payah nak buat.
Dah tak jaga aib tu satu hal, pegi buat kawan baru dengan hasil menjaja aib kawan lama pulak tu.
Dunia sekarang ni dunia kejar LIKES, kejar approval and attention.
Dunia mencari followers.
Tak hairanlah sana sini orang aib-mengaibkan.
Benda ntah ya ntah tak.
Selalunya yang suka cerita-cerita gini adalah orang yang sama-sama bencikan orang yang diaibkan tu.
Seronok bukan main dapat cerita aib. Terasa lega benau.

Tahun 2008-2009 aku pernah berkawan dengan seorang artis.
Dulu suam-suam je. Now dah famous.
Masih simpan lagi history conversation.
Bukan simpan untuk tujuan apa-apa.
Dah benda tu ada dalam simpanan biarlah dia duduk situ.

Biasalah zaman muda, bersembang pun cara orang muda.
Hu ha hu ha. Merepek meraban, bergosip pasal artis and politik.
Seronok dengar cerita dia yang dalam industri hiburan.
Bijak dia ni bila berfikir, tapi gila-gila.
Sesuailah dengan usia yang muda waktu tu. 

Guys pula memang synonim dengan naughty talk.
Setakat mengayat-ayat ni biasalah.
Tapi aku tahu dia tak maksudkan apa-apa.
Setakat “Hi, baby. How’s work today?” benda biasa.
Aku pun tak kuasa nak perasan kalau orang panggil aku Baby ke, Darling ke, gasak kau situ.
Di kalangan customer yang lecturer-lecturer lelaki muda-muda dulu pun rajin nau panggil Sayang.
“Sayang, I nak mintak quotation tabung uji”. Hahaha.

Aku tak tau pandangan orang lain tentang ni.
Sejak skolah aku ramai kawan lelaki.
Word “Sayang” ni tepi bibir budak-budak laki. Takde makna dah.
Jenis yang panggil gitu sebab nak panggil suka-suka. Tak berbekas di hati.
Sampai sekarang ada je kawan skolah yang lelaki kalau whatsapp “Selamat Hari Raya Darling”.
Aku “hmmm” kan aje.
Kalau kenal rapat aku memang tak kisah.
Yang aku kisah kalau dah tak rapat, tapi nak panggil kita Sayang, Darling, Baby. 
Allah, geli nau rasanya.

Berbalik pada artis lelaki tadi.
We chat dengan agak kerap.
Kadang kalau aku nak merempan dengan customer pun aku cari dia. 
Now dah famous.
Aku pun dah lama tak sembang dengan dia.
Hanya tengok dia kalau sesekali keluar kat TV.
Aku agak kalaulah ada orang lain di tempat aku dan orang tu nak tempias glamour artis tu sekarang, dah lama conversation tu tersebar.
Sekarang kan trend gitu.
Asal someone dah famous je, mesti cerita-cerita lama tersebar.
Padahal itu cerita lama.

Hari tu aku terjumpa conversation lama, nak tergelak pun ada.
Pelik macamana kitorang boleh click dulu.
Maybe sebab dia belum busy seperti sekarang, ada masa nak melayan.
Dan boleh jadi dia tak sangka dia akan jadi famous.
Kalau dia sangka dia jadi terkenal aku rasa dia pun takut nak sebarang-sebarang panggil aku darling sayang and sembang noty-noty.

Dia tak perlu risau.
Aku simpan je conversation tu semua.
Biarlah, itu zaman muda dia.
Semua orang pernah nakal.
He’s ok nampaknya now. Dah tua dah pun 😁.
Aku pun taknak tegur-tegur dia di IG atau FB “Hi, ingat I lagi tak?”.
To me, tak perlu create sesuatu yang tak perlu.

Berkawan ni kena ikhlas.
Kalau one day dah tak serapat dulu, dah lah.
Tak perlu nak sebarkan aib dia semata-mata nak cari attention dari kawan-kawan baru.
Kebaikan dia kau sembunyikan, yang buruk dia kau canang.
Kalau rasa berat nak cerita hal baik tentang dia, diam terus lagi bagus.


2021-09-20

Keluarga sendiri, sendiri bentuk.


Someone tanya aku kat IG since when aku ubah panggilan aku pada En Wan kepada 'Abang'.
Dia kata dah hampir 5 tahun berkahwin, tetap masing-masing bahasakan diri 'aku-kau' sebab macam geli bila nak tukar panggilan kepada yang lebih mesra.

Ya, betul.
Memang agak menggelikan 😆.
Aku pun payah juga nak tukar panggilan dari 'kau' kepada 'Abang', dulu.
Seingat aku, kitorang ber'kau-aku' dalam surat saja.
First time jumpa, En Wan otomatik bahasakan diri dia 'Wan' and panggil aku 'Di'.
Aku pun follow je lah.
Tak lama before kitorang nak bertunang, ada satu malam tu dia call bahasakan diri dia 'Abang'.
Konfiden, kan? Hahahaha.
Disebabkan panggilan 'Abang' tu dah bermula sejak sebelum kawen, jadi selepas kawen dah tak kekok.
Panggilan untuk aku kekal 'Di'.

Ada je orang yang masih kekal 'kau-aku' walau selepas kawen.
Contohnya, makcik-pakcik aku.
Ada yang masih panggil each other 'kau-aku'. Ok je.
Maybe sebab aku dah biasa dengar panggilan suami-isteri begitu, jadi bila that follower cerita dia tak reti nak ubah panggilan selepas kawen, takde yang pelik pun untuk aku.
In fact, teruskan je lah.
Kalau suami dan isteri tak kisah dengan panggilan 'kau-aku' selama dah 5 tahun, maknanya ok la tu.

Manusia ni kadang-kadang pelik.
Dia rasa macam semua orang wajib tukar panggilan kepada yang sweet-sweet selepas kawen.
Even pengertian 'sweet' tu pun berbeza ikut penerimaan masing-masing tau.
Macam aku, aku tak suka dengan panggilan 'Ayang', jadi aku takkan panggil laki aku 'Ayang'.
But kalau orang lain nak panggil, sukati dia lah.
Dah dia rasa itu yang sweet.

Masyarakat kita memang suka kelebet hal-hal rumahtangga orang.
Lepas tu dia mencari salah.
Panggilan suami isteri pun jadi masalah kat dia.
Sikit hari dulu ada orang kata tak elok panggil isteri dengan panggilan 'Ibu', dah seumpama menganggap isteri sebagai ibu sendiri.
Ya ampunnn, habis tu kalau aku pegi Indonesia panggil driver taxi 'Bapak', semua tu jadi bapak aku lah?

Sikit masa lagi, kau dapat esok, dia question pula apesal suruh anak kau panggil kau 'Mama'.
Kenapa tak panggil 'Umi'. Lebih Islamik gitu.

Anak kau dah boleh makan makanan solid nanti dia question, kenapa tak buatkan sendiri makanan from scratch?
Kenapa nak beli yang ready-made?

Anak kau dah pandai bercakap nanti dia question pulak kenapa ajar anak cakap omputih.
Kan lebih baik ajar anak bahasa Arab? Ahgitewww.

Nanti anak kau masuk tadika, dia tanya pulak kenapa masukkan tadika omputih?

Yang ni aku kena dah dulu.
Hanya kerana tepek gambar Redza masuk tadika CEC, kena kecam.
Nak pulak masa tu amma free hair, rambut karat, daftar anak pakai skirt pendek, sahihlah katanya merosakkan masa depan anak.
Hanya kerana aku pilih tadika yang bukan 'islamik' maka aku merosakkan masa depan anak? Alahaiii.

Kena pulak time tu aku letak anak dibawah jagaan bibik, makin tambahlah point nak hencap aku.
Ye lah, letak anak kat jagaan bibik boleh bagi pengaruh tak baik.
Entah apa yang bibik tu ajar anak katanya.
Tapi masa dulu, aku tak berpeluang nak argue.
Kalau sekarang cakap macam tu kat aku, aku pandang je atas bawah atas bawah pastu tanya "Anak kau dah jadi apa je sekarang?".

Sumpah aku cakap.
Kalau semua cakap orang kau nak dengar, life kau jadi miserable.
Dulu masa zaman aku ada bibik, manjang je nak membash aku.
Aku serahkan tanggungjawab pada bibiklah.
Aku nak jadi mak yang hidup senanglah.
Keluar tengok late night movie dengan En Wan pun jadi modal aku bukan ibu yang baik sebab sanggup tinggalkan anak dengan bibik malam-malam.

Orang kita ni bila sebut 'letakkan anak bawah jagaan bibik', dia ingat kita serah buta-buta anak kita sampai tak ambik tahu lansung.
Dia tak tahu, walau kita seharian berkerja, ada masa terluang kita teman anak kita baca buku, kita ajar anak kita buat homework, kita ice-cream time dengan anak, etc.
Walaupun hanya 10-15 minit aku tetap bagi masa pada Redza.
Ada je yang beria mengutuk mak bapak yang tak menjaga anak sendiri ni mak bapak yang nak kerja senang.
Tapi aku tengok anak dia yang macam pelesit bila datang rumah orang.
Terkinja sana, terloncat sini.
Pastu bangga cakap membesarkan anak depan mata. Hoh, fail!

Dua-dua orang anak aku, aku tak pernah buatkan puree.
Semua aku bagi makan baby food Heinz.
Berbotol-botol kat rumah sekali beli.
Padahal aku ada bibik, boleh je dia buatkan.
Tapi takpe, aku prefer bagi anak aku makanan yang pelbagai.
Sebab aku malas nak belajar dan ajar bibik how to prepare puree.
Itupunnnnn jadi modal kena kecam.
Apa dia ingat food producer tu semua takde Nutritionist ke?
Penat-penat food technologist dia perah otak buat formula untuk baby food.
Kau pulak yang terlebih pandai mengondem.

Tu belum lagi letak anak kat stroller.
Tak cukup bonding katanya.
Kena lilit anak kat badan biar melekap barulah bonding.
Halah halahhhhhh. Yang pelik-pelik aja manusia modern punya petua.

Honestly, aku memang tak cenderung untuk menjaga anak.
Hari tu En Wan tanya esok kalau ada cucu, nak jaga tak? NO WAY!
Anak-anak aku sendiri aku suruh bibik jagakan, nak suruh aku jaga anak orang pulak? Memang tak lah.
Pandai beranak, pandai jaga.
Masa tu aku dah tua dah.
Bukan umur aku 50an esok nak jaga anak kecik.
Dah macam beranak kecik pulak tua-tua mengendong, memandikan, bagi makan, mengejar cucu. Eh, takde lah.
Alangkan umur aku sekarang pun dah tak kuasa nak melayan budak kecik.
Lagikan esok dah 50-60an.
Bukan kederat kita lagi dah waktu tu nak menjaga budak.
Walaupun nampak macam gagah lagi, tapi sebenarnya tenaga tu dah tak sehebat waktu muda.

Ada orang kecenderungan dan jiwanya lebih pada keluarga.
Dia lebih grow bila menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Ada orang yang lain jiwanya lebih pada kerjaya.
Dia akan lebih tenang bila dapat berkerja.
Aku adalah orang yang ini.
Aku jadi kusut dan mudah nak marah kalau orang kacau schedule kerja aku.
Dari mula kawen lagi kitorang dah ada kesepakatan bila ada anak nanti, kena ambil bibik.
Sebab aku memang nak 'kerja senang'.
Aku tak suka terkejar-kejar nak siapkan kerja ofis at the same time nak uruskan rumahtangga.
Jadi, aku pilih untuk ada bibik supaya boleh tolong uruskan urusan rumah.
Tapi tak bermakna anak terbiar lansung tak ditengok.

Yang muda-muda ni maybe rasa tercabar bila orang kata macam-macam tentang pilihan yang korang buat untuk keluarga sendiri.
At my age, aku dah tak kuasa nak kisah cakap-cakap orang.
Dah puas dah aku telan apa orang cakap kat aku dulu. Time will tell.
Kalau kita tahu apa yang kita buat itu betul dan baik untuk masa depan keluarga kita, segalanya akan terbukti juga nanti.

So, nak panggil isteri 'Anje', silakan.
Nak panggil suami 'Kau', silakan.
Nak anak panggil 'Daddy', silakan.
Nak anak menyusu formula milk, silakan.
Nak anak cakap omputih at home, silakan.

Keluarga sendiri, sendiri jaga, sendiri bentuk.


2021-09-15

Bila mata dah biasa memandang maksiat.


Selama ni aku dok lenjan baju longgar and besar.
Sesekali pakai baju berpinggang ada je orang cakap “Kurusnya Kak Diiii".
Padahal dari dulu gitu la jugak badan aku.
Dulu masa zaman free hair, hari-hari aku lenjan pakai baju ketat.
Takde pulak yang kata aku kurus, padahal zaman tu berat aku 47kg.
Tiba-tiba berat 52kg ni ramai pulak nampak aku kurus. Chait!


Yang belah kiri tu tahun 2007, zaman kurus, 47-48kg.
Ini aku snap dalam bilik (ofis) masa kerja dulu.
Yang kanan hari Isnin, lepas meeting.
Sebelum basuh mekap selfie dulu barang 7-8 keping.
Rugi mekap untuk 2 jam saja. Maka, kena manfaatkan.
Berat aku sekarang memang takkan dapatlah angka 40an.
Kalau muka memang jelas nampak 40-an.
Berat now 52.6kg.

Tahun 2007 aku masih makan gaji.
Tu pasal sempat bersiap macam nak rak sebab masa ni kepala kurang serabut.
Tak banyak benda nak pikir.
Bila dah start run own business mekap ke mana, aku ke mana.
Dalam gamba tu siap dengan earrings bagai.
Siap maskara segala.
Baju of course pakai tube. Trademark.
Kulit aku dulu sememangnya lebih gelap dari sekarang sebab dulu selalu ke sana sini, terdedah dengan panas.
Tapi kau tengoklah betapa beraninya aku.
Kulit gelap pun berani pakai baju pink.
Lipstik pun pink u olsss!
Sekarang mati hidup balik tak gamak aku nak pakai lipstik pink.
Maybe sebab dah 40an, tak suai nau rasanya lipstik pink kat muka aku ni.

Bulu mata sikit punya lentik dulu.
Tapi itu ori bukan pelesu.
Bulu mata aku memang panjang tapi tak lentik.
Bila mekap macam ni barulah nampak lentik.
Manalah aku jumpa masa nak melentik bulu mata dulu?
Pukul berapalah agaknya aku bangun bersiap dulu.
Sekarang, dapat pakai eyeliner je pun dah lega.

Rambut tu rambut.
Rambut aku dulu ke ofis macam-macam style.
Ya ampunnn seriously, pukul berapa kau bangun bersiap ni, Diana?
Aku tak boleh brain kenapa aku cukup rajin bersiap ke kerja.
Tapi boleh jadi sebab dunia aku dulu kerap berjumpa orang.
Secara tak lansung diri pun terdorong nak bersiap lengkap everyday.

Dulu berlumba-lumba nak kuruskan badan.
Alasan aku - senang nak cari baju kalau kurus.
Which is true juga sebenarnya, especially baju office.
Kadang-kadang diskriminasi juga aku tengok bidang fashion ni.
Kalau baju untuk orang kurus bukan main lagi macam-macam pesen.
Tapi baju untuk orang berbadan besar, ntah hape-hape pesennya.
Asal jadi baju je konsepnya.

Mungkin sebab itulah ramai orang berlumba nak kuruskan badan.
Baju untuk orang berbadan besar tak banyak pilihan yang ada.
Cutting pun straight.
Tapi kalau berbadan besar, pakai pakaian yang melekap kat badan dah nampak macam hape je pulak.
Maybe sebab itulah producer pakaian tak menitikberatkan pilihan fashion untuk yang berbadan besar.
Tapi kalau nak yang cantik sikit, boleh try Ms Read. Kain dia cantik.
Tapi potongan tetap besar gitu jugak.

Bila aku decide nak bertudung and tukar cara berpakaian, kurus or gemuk dah takde beza bagi aku.
Gemuk dah tentu pakai baju longgar. Kurus pun tetap kena pakai baju longgar.
Bila dah bertudung aku realized mencari baju yang patuh syariah - longgar dan labuh - memang banyak, tapi tak secantik baju-baju semasa aku free hair.

Actually nak teruskan pakai baju-baju macam dulu pun boleh. Bukan tak boleh.
Tapi bak kata ustaz - boleh, tetapi kurang tepat.
Mencari yang TEPAT tu yang payah kerana selalunya yang TEPAT itu kurang cantik di mata.

Tapi pelik juga ya bila ke Mekah, sesekali ternampak jemaah wanita pakai blouse labuh dan jeans, terasa pelik dan termalu sendiri.
Padahal menutup aurat juga tu.
Muungkin kerana di sana berjubah dan berbaju longgar, labuh dan besar adalah kebiasaan. Sesekali ternampak wanita berseluar dan berblouse (tunic), tetap terasa pelik, padahal masih menutup aurat.
Mungkin inilah yang dikatakan “bila mata dah biasa memandang maksiat, sesekali terpandang yang syari’i terasa pelik”.

Boleh jadi itulah kita di sini (akulah tu bukan orang lain).
Dah terbiasa pakai baju ketat singkat melekap, bila kena bertukar ke pakaian longgar dan labuh, terasa segalanya nampak pelik dan jelik.
Padahal ok je.
Perkara seremeh itu pun menjadi dugaan yang berat ketika berhijrah atau ketika mahu berhijrah.
Hanya masalah pemilihan pakaian membuatkan kita berkira-kira untuk berubah.
Dah akhirnya kita mencipta satu piawai - “jangan pandang luaran, yang penting hati”, untuk menyedapkan hati sendiri.
Aku macam ni lah juga 😢.

Betul kata ustaz, apabila seseorang itu berhijrah, yang pertama sekali kena buat adalah belajar.
Pegi enroll diri ke kelas agama.
Masuk kelas agama bukan kerana kita tak pernah belajar agama tetapi percayalah, hijrah itu susah nak dipertahankan tanpa ilmu.

Aku mula bertudung pertengahan 2011.
Awal 2013 aku ke umrah buat kali pertama.
Dalam tempoh lebih kurang setahun lebih tu aku masih tak mengisi apa-apa dalam hijrah aku.
Yang berubah cuma tudung.
Selepas balik umrah aku start join kelas agama. Kelas feqah dan Quran.

Berada dalam kelompok orang-orang ni, the AURA tu yang ‘mahal’.
Bukan apa, untuk aku yang semasa zaman free hairnya dah biasa pakai skirt pendek, skirt belah sampai pangkal paha, dengan tube, dengan baju see thru nampak warna bra, pakai 2-piece kat pool selamba tepek kat blog - bukanlah sesuatu yang senang untuk aku pertahankan penampilan bertudung. 
Kerana aku dah terbiasa dengan penampilan yang berani orang kata.
Even customer-customer aku terperanjat aku bertudung.
Maybe tak pernah terlintas dalam kepala dorang seorang Diana Ishak boleh terfikir nak bertudung.
Siap ada yang tanya “What happened?” 😆.

Aku sengaja mencari satu port baru untuk bantu aku mencari keselesaan dengan imej baru.
Caranya, masuk kelas agama.
Aku nak mencari kelompok yang auranya boleh membantu hijrah aku.
Bila join kelas agama, melihat orang kiri-kanan saling menjaga aurat, lama-lama jadi selesa dengan penampilan baru diri.
Pulak tu everyday di-branwashed dengan ceramah ustaz, terjaga jugaklah sedikit hati ni.
Manusia kan mudah berubah dengan persekitaran.
Sebab itu dengan siapa kita berkawan, apa yang kita baca, apa yang kita tonton boleh mempengaruhi sikap dan cara kita berfikir.

Aku join kelas agama ni bukan satu tempat. Banyak kelas.
Habis kelas ni, aku join kelas tu.
Habis kelas tu, aku join kelas lain pulak.
Apa je kelas yang aku rasa boleh join, aku join sebab saja nak cari jalan biar berada dalam aura yang boleh membiasakan aku dengan imej yang baru.
Kelas hafazan, kelas feqah, kelas tajwid - apa-apa je lah.
Asalkan aku duduk di persekitaran tu.
Bukan apa, di awal-awal hijrah itulah hati ini mudah nak berbolak-balik.
Apetah lagi selak almari masih banyak baju-baju daring yang belum puas pakai.

Dalam tempoh ke kelas agama tu, dah mula rasa selesa dengan imej baru.
Dah mula berasa tak kisah nampak baju- baju yang cantik melekap, takde rasa cemburu lagi bila kawan bergaya dengan penampilan ranggi, tak ada rasa terkilan lagi tak dapat tayang rambut yang cantik.
Bukan tak mahu, tapi dah mula merasa selesa dengan imej baru.
Payah sebenarnya mempertahankan hijrah kalau persekitaran kita tak menyokong hijrah kita.
Sebab itu bukan sikit-sikit orang yang bila bertudung, kemudian melepaskan tudung kembali.
Kerana persekitaran sangat memainkan peranan.
Maka kalau persekitaran kita tak membantu hijrah, kitalah yang kena cari persekitaran yang boleh membantu.
Tak perlu buang persekitaran lama, hanya perlu tambah persekitaran baru saja.

Proses mempertahankan hijrah ni non-stop, hinggalah mati nanti.
Takde jaminan aku boleh pertahankan apa yang aku sedang usahakan ni.
Tapi bak kata ustaz aku dulu, iman turun naik itu WAJAR, tetapi jangan sampai berhenti terus.
Usahakan ubah sikit-sikit, usahakan tambah ilmu sikit demi sikit, usahakan amal apa yang kita sudah tahu sikit demi sikit.
Yang penting jangan patah balik.


2021-09-13

Business partner tak wajib 'sekepala'.


Hari tu aku tulis pasal aku work with 2 competitor, ramai yang tanya pasal ni.
Tapi tak sempat nak tulis. Janji nak tulis, tau-tau lupa.
Terpandangkan gamba bawah ni, baru teringat lupa nak menjawab soalan-soalan pen-DM.


Ni ofis lama. Ofis kedua XZIZ Biotech sebelum ofis sekarang.
Ofis ni dulu di Putra Heights juga tapi row lain.
Sebelum ofis ni, asalnya di Seri Kembangan sebab dulu partner aku duduk Nilai so we set up ofis tengah-tengah.
Lepas setahun setup ofis, dia pi UK dan resign.
Jadi aku pindahkan ofis ke Putra Heights, senang nak buat kerja.
Dekat, tak perlu tol dan tak rempuh jem.

Ofis yang kedua ni dari 2010 hingga 2014.
Aku sayang gila dengan ofis kedua ni sebab karpet dia cantik 😆.
Karpet tu asalnya dari ofis lama. Kitorang (aku and partner) beli dengan sweat and tears, ya.
Mati-mati nak karpet tu jugak walaupun mahal.
Sebab kitorang nak feeling-feeling Megah Holdings karpet mahal. Mbhahahaha.
Dari awal beli karpet lagi dah plan if one day berpindah, karpet tu wajib angkut sekali sebab mahal.
Jadi kitorang lapik karpet tu dengan satu layer yang tebal biar karpet tak melekap ke lantai.
Senang nak bukak bila pindah nanti, like new gitu.
Tu yang bila pindah Putra Heights, karpet tu aku angkut sekali.


Maybe ini tahun 2008.
Ofis pertama takde banyak gambar.
Yang ada satu ni je gamba aku berselfie.
Nampak tak karpet tu sama dengan karpet gambar tadi ofis kedua?
Saja je la nak tunjuk bukti karpet tu memang dari asal ofis pertama.
Selalunya kalau aku letih, sofa belakang tu tempat aku membongkang.
Tak tau apesal aku tak terfikir nak ambik gamba banyak-banyak masa tu.
Maybe terlampau fokus membina kerjaya. Kahkahkahkah.

Ofis pertama partner aku yang design. Aku malas nak campur.
Tapi ofis kedua yang warna oren tu aku design.
Penuh sebenarnya ofis tu aku hias, siap ada pokok bagai.
Tapi masa aku snap gambar tu selepas most of barang-barang dah disimpan dalam kotak.
Masa tu dah nak jual ofis sebab aku perlukan gap sebelum pindah ke new ofis (sekarang).
Row yang aku duduk dulu secluded sikit.
Ofis aku sekarang di row yang meriah.
Tak jauh pun dari ofis lama.
Tak pindah pun takpe tapi saja gatal nak pindah jugak.

Ok meh masuk ke topik - berkerjasama dengan competitor.
Tapi aku nak cakap dulu tentang bisner partner.
Sepanjang penglibatan aku dengan ber-bisner partner sejak tahun 2008, insyallah share sikit pengalaman ni.

Some people bila berbisnes always go for partner yang sekepala.
Lebih senang nak berbincang katanya.
Hakikatnya, run a bisnes tak sesimple cari partner yang kita boleh get along with.
Dari pengalaman aku, partner dalam bisnes biarlah yang ada skill set dan kelebihan yang berbeza.
Biar saling melengkapi orang kata, tak semestinya mesti cari yang sekepala.
Kadang-kadang yang sekepala belum tentu boleh buat kerja, hanya sabit boleh sekepala saja.

Mula-mula sekali kena tahu kenapa nak ambil seseorang sebagai bisnes partner?
Ada orang ambil bisnes partner kerana sama-sama glamour.
Gah gila dia punya shout out - "Gabungan 5 celebriti popular!”.
Tak sampai setahun meruyup.

Dalam bisnes bukan hanya mencari kekuatan partners tetapi mesti tahu apa kekurangan diri.
Kalau kita famous, maknanya kekuatan kita adalah crowd.
Jadi untuk cari bisnes partner, jangan cari yang famous jugak.
Carilah yang tahu manage bisnes development, atau cari yang bagus in operation and planning, atau cari yang ada good network.
Mencari bisnes partner yang ada persamaan dengan kita maybe lebih selesa tetapi maybe bukan itu sebenarnya yang kita PERLU.

Contoh, kalau kita ada kelebihan dari segi crowd iaitu bila follower kita ramai, maka partner kita tak ada follower ramai pun takpe.
Kalau satu bisnes ada 4 partner, selalunya orang nampak “Wow! Empat-empat orang ni nama besar, sure gempak bisnes ni”.
Yes, kelihatan gempak but in the long run akan menimbulkan masalah.
Partner dalam bisnes tak perlu semua-semua nak ada kelebihan yang sama because ujung-ujung bisnes tu nak run macamana?
Bisnes akan lebih secure jika setiap seorang ada kelebihan berbeza.

Katakan dalam satu company ada 4 partners.
A ada kelebihan managing people.
B ada kelebihan dari segi follower yang ramai.
C ada kelebihan dari sudut marketing and business development.
D ada kelebihan dari operation and financial management.

Skill set yang pelbagai sebenarnya jauh lebih utama.
Yang penting, partner mestilah RELIABLE.
Maksudnya, yang tahu meletakkan kepakarannya di tempat yang betul.
Dia tahu bila masa nak order stok.
Dia tahu apa yang perlu disiapkan untuk exhibition.
Dia tahu how to conduct training.
Dia tahu bila perlu kemas-kini rekod finance and submit for auditing.
Dia tahu bila marketing material perlu ready.
Dia tahu waktu bila perlu hard sell.

Kalau setiap seorang ada skill set berbeza, tidak akan ada kecelaruan yang remeh-temeh dalam company.
Tapi kalau semua-semua ada skill set yang sama, akan ada masalah hujung hari.
Masing-masing hanya tahu benda yang sama dan akhirnya bersaing sesama sendiri untuk tunjuk siapa lebih power buat kerja atau siapa lebih banyak buat kerja.
Kerana bila semua ada skill set yang sama, dah tentu masing-masing nak tunjuk dia terpaling banyak buat kerja.
Berbeza kalau ada skill set yang berlainan, tak ada comparison remeh-temeh untuk diperdebatkan sebab A takde skill B, B takde skill C, C takde skill D.
Masing-masing saling bergantung pada skill antara satu sama lain.
Sebab itu penting untuk cari yang REALIABLE berbanding SEKEPALA.

Lagi satu - equal role.
Most partner demand each other to have equal role.
Kalau ada product photoshoot kat studio, semua partner ABCD kena datang sekali.
Kalau meeting dengan client, semua ABCD kena hadir.
Kalau ada exhibition, semua ABCD kena berumah bertangga kat booth.
Equal role tak semestinya begitu.
Kat sinilah pentingnya skill set yang berbeza tadi.

C ada kelebihan dari sudut marketing and business development, maka C penting untuk hadir ke product photoshoot.
Maybe A boleh join sekali.
Yang lain tak payah datang pun takpe.
Nak memenuhkan studio nak buat apa.

Time exhibition nanti maybe A and B saja attend sebab A boleh manage crowd manakala B can pull crowd.

Time meeting dengan client maybe C and D sahaja yang attend because they are somehow technical people.

Most business yang ada kepala lebih dari sorang ni, asal ada meeting dengan client, semua kena join.
Asal buat apa pun semua kena join berlonggok sekali.
Nak buat apa? Just to be equal?

A good bisnes partner adalah yang ada perfect combination of complementary traits.
Dia ada apa kita tak ada. Kita ada apa yang dia tak ada.
Barulah takde ungkit-mengungkit bab kerja.
Bila semua-semua ada skill set yang sama, tu pasal ada yang lekas tak puas hati bila datang meeting “Aku kena datang, apesal dia boleh takyah datang?”

Berkerja dengan competitor selalunya nampak macam akan berakhir dengan perselisihan pendapat sebab masing-masing head of company jadi masing-masing nak tunjuk kepala.
Yes, perkara tu boleh terjadi.
Tetapi boleh jadi berkerja dengan competitor adalah yang paling kita perlukan.

Masa aku buat biotech supplies aku banyak work dengan competitor especially masa awal-awal setup company.
Waktu tu company aku masih baru. Modal aku pun belum besar.
Aku start dengan jual kits and reagent saja.
Belum berani nak jual instrument.
Takut tak terjual, nanti semuanya jadi aset yang membebankan.

Nak jual instrument perlu ada engineer untuk buat installation dan after sales service.
Aku takde modal untuk hire engineer pada waktu tu.
Tapi, sampai bila nak jual kits and reagent, kan?
Berapa sangat untungnya.
Kalau jual instrument lebih besar untung dan lebih banyak yang aku boleh buat.
Jadi, aku work dengan competitor.

Caranya adalah dengan buat workshop.
Kelebihan aku, aku boleh buat kerja lab and conduct lecture.
Kebanyakan competitor yang jual biotech supplies, dia hanya menjual barang. Dia tak ada skill untuk conduct kerja-kerja lab ataupun organize lab training.
Jadi, bila aku organize workshop, aku invite competitor yang jual instrument untuk pinjamkan instrument dorang for that workshop.
Perserta akan guna kit aku dan instrument competitor dalam workshop tu.
Kalau buat demo saja tak best, sebab hanya aku yang mendemo.
Kalau buat workshop macam ni, di samping dorang dapat training, dorang juga dapat guna sendiri the kits and intruments.
Bila customer dah selesa guna kit and instrument tu, senang untuk aku buat proposal untuk dorang beli the instrument.

Bila instrument tu terjual, aku dah ada agreement dengan competitor untuk buatkan installation and free after sales service selama 1 tahun (yang ini memang standard sesiapa beli instrument dapat free warranty 1 tahun).
Jadi, aku dah save duit menggajikan engineer.
Competitor pun dapat free promotion dari aku sebab aku promote and jualkan bagi pihak dia.
Kira dia tumpang workshop aku untuk ‘promote’ instrument dia, dan aku ‘tumpang’ instrument dia untuk pairkan dengan kit-kit aku. Win-win.

Selalunya bila sebut COMPETITOR kita terfikir satu benda je - kalahkan dorang.
Jarang terfikir nak berganding bahu dengan pesaing.
Memang tak masuk akal pun sebenarnya.
Kedengaran susah nak buat tapi itulah kebenarannya.
You can actually work with competitors and even benefit from the partnership.
Cuma kena prepare satu je lah - BERLAPANG DADA dan OPEN MINDED.
Selalunya inilah yang paling payah nak dibuat.
Sebab bila competitor bergabung dengan competitor, ujung-ujung jadi berlawan nak pulun sale sorang-sorang.
Sebab itulah berlapang dada sangat penting.

Selalu nampak orang kata “Saya suka join group-group bisnes sebab nak tambah network. Nak networking”.
MOST people expect dengan join grup-grup bisnes boleh dapat lubang bisnes untuk diri sendiri.
Sebenarnya networking ni tak perlu rutin berjumpa dan bersembang pun tak apa.
Networking is all about connecting with people, including conpetitors.
Kalau ada peluang connect dengan competitors, don't lose the opportunity.
It can be an excellent opportunity for growth.
Jangan takut nak work with competitor.
The market is big enough for all businesses.
Ada banyak ruang untuk kita grow.

Pepatah omputih cakap, “if you can't beat them, join them”.
Daripada tak dapat apa, better to get at least some part of the pie.
Untung sikit takpe, janji pengalaman bertambah, dapat belajar sesuatu and business grow.
Be open to working on a project together.


2021-09-10

Normalizekan dosa?


Tadi aku nampak kat explore IG artikel pasal Janna Nick pakai baju kurung tapi nampak belahan dada kat lubang kancing baju kurung.
Pastu ada satu komen tu tulis "When people already normalize dosa, ia jadi perbuatan yang biasa" -- lebih kurang macam ni lah ayat dia.
Maksudnya bila seseorang dah biasa mendedahkan aurat, apalah sangat setakat tunjuk belahan dada.

Bila tengok gambar tu, aku ada 2 pandangan.
Yang pertama, pandangan aku sebagai seorang Diana Ishak 15 tahun dulu.
Yang kedua, pandangan dari kaca mata Diana Ishak, sekarang.

Kalau gamba dak Janna tu ditunjukkan pada aku 15 tahun lepas, aku punya pandangan tertumpu pada muka dia dan baju kurung yang dia pakai.
Aku tak tengok pada belahan kancing baju kurung dia.
15 tahun lepas, aku sendiri pakai tak cukup kain.
At least si Janna tak pernah lagi aku nampak dia up baju dia pakai 2-piece.
Aku bukan main konfiden lagi beberapa keping gamba tengah try swimming suit dalam fitting room, up kat blog untuk minta vote mana yang patut aku beli.
That was year 2007. Redza dah umur 3 tahun masa tu.
Aku nak beli new swimming suit untuk company trip ke Langkawi.

Dari pandangan mata aku dahulu, seseorang yang pakai baju nampak belahan dada, aku anggap takde apa.
Pemahaman aku dulu, orang tu berbaju lengkap.
Tapi kenapa belahan dada yang secotet tu yang kau fokuskan.
Haaa..itu cara aku berfikir dulu. Cara berfikir orang jahil.
Aku tak kata Janna ni jahil, tapi aku berfikir cara itu jadi mungkin cara pandang Janna terhadap pakaian dia juga begitu. Agaknya lah.

Dulu aku pelik kenapa orang kecam cara berpakaian aku sedangkan aku pakai pakaian yang ok (aku rasa ok dah tu).
Contoh, aku up gamba team building company di Langkawi.
Team building tu dibuat atas boat.
The girls semua pakai swimming suit siap-siap sebab ada adegan terjun laut.
Aku up kat blog gamba aku dengan the girls atas boat - semua pakai swimming suit termasuk aku.
Teruk gila aku kena kecam.
Masa tu aku confuse, dah kenapa aku kena kecam?
Aku bukannya pakai baju mandi kat dalam mall.
Aku pakai di tengah laut.
Bukan ke baju mandi memang untuk dipakai mandi kat laut?

Ada satu lagi gamba aku bercuti dengan family kat Penang.
Gamba aku naik kuda pantai dengan En Wan.
Aku pakai baju mandi waktu tu. Up kat blog.
Again, kena kecam.
Lagi sekali aku tak paham.
Kenapa aku dikecam? Bukannya aku pakai baju mandi pi kenduri arwah.

So, boleh faham tak cara pandang aku waktu tu?
Aku merasakan baju yang aku pakai tak salah kerana aku pakai di lokasi yang betul.
Bila aku dikecam kerana pakaian yang aku pakai, aku tak tau kat mana silapnya.

Dulu kat blog, banyakkkkk gila gamba aku post.
Boleh dikatakan everyday ada je gambar aku. Selalunya selfie.
Tapi dulu kitorang tak panggil selfie, kita panggil Camwhore. Hahahaha.
Rajin aku up gambar aku OOTD, dan selalunya gambar aku kalau tak tayang cleavage tak sah orang kata.
Padahal aku bukan sengaja tayang.

Memang pilihan baju-baju aku waktu tu kebanyakkannya adalah V-neck.
Breast aku ni bukan bentuk nasi lemak segitiga. Dia bentuk epal.
Orang yang breast berbentuk epal ni, cleavage dia jelas.
Pakai low cut neck sikit je dah nampak lurah.
The thing is, untuk orang yang breast bentuk epal, kalau pakai round neck boleh nampak gemuk.
Because beban terletak pada breast, bukan pinggang atau perut.
Untuk nampakkan ilusi dada kecil, sesuai pakai V-neck.
Tapi bila pakai V-neck akan nampak lurah.

Pada ketika tu, aku prefer nampak kurus dari nampak gemuk, jadi aku belasah pakai V and low-cut neck.
Sebab itulah gambar-gambar aku dulu mostly nampak lurah dendam.
Sedangkan aku bukan sengaja nak tayang, tapi cutting baju aku serta dada aku menyebabkan lurah sentiasa nampak.
Sekarang pun kalau aku berbaju kurung tanpa tudung, aku kena pakai brooch tambahan untuk kancing tengah belahan baju kurung sebab cleavage boleh nampak walaupun berbaju kurung.
Aku syak Janna punya breast macam tu sebab tu dia pakai baju kurung masih nampak lurah.
Aku dapat rasakan cara Janna berfikir adalah seperti aku dulu.

Yes, salah memang salah.
Kita sama-sama doa supaya dia dan kita sama-sama diberikan kefahaman agama.

Dulu macam tu lah aku.
Aku tak rasa itu salah sebab aku pakai baju yang betul di tempat yang betul.
Kalau pi kenduri aku berbaju kurung, berselendang.
Kalau pi kerja memang aku pakai skirt pendek, kadang-kadang seluar tetapi hari Jumaat aku pakai baju kurung (walaupun some baju kurung aku pakai tu see thru).
Di swimming pool aku pakai baju mandi.

Maybe silapnya aku dulu sebab aku kurang sensitiviti.
Aku up semua gamba aku di blog.
Dulu blog aku umpama online diary.
Apa benda aku buat seharian, aku tulis situ.
That's why dulu blog aku banyak gambar.
Now, aku banyak menulis saja.
Tak kuasa nak tepek banyak gambar.

Berbalik pada ayat ni -- "When people already normalize dosa, ia jadi perbuatan yang biasa" -- maaf, bukan normalize dosa tetapi belum faham yang mana boleh mana tak boleh.

Begitulah aku dulu.
Aku tahu dedah aurat itu salah, tapi belum cukup faham.
Tahu dan Faham adalah dua benda berbeza.
  
Aku tahu tak pakai tudung itu salah, tapi belum cukup faham.
Aku tahu bersentuhan dengan lelaki ajnabi itu salah, tapi belum cukup faham.

Samalah juga kita tahu mengumpat itu dosa, tapi kita buat juga.
Sebab kita belum cukup faham.

Kita tahu memakai tudung perlu dilabuhkan menutup dada, tapi kita lilit juga kat tengkuk.
Kerana kita belum cukup faham.

Kita tahu kaki juga aurat, tapi kita belum mahu pakai socks kerana belum cukup faham.

Tapi ketika kita sudah benar-benar faham, tengoklah nanti.
Apa juga trend yang datang, tudung tetap maintain labuh cover dada.
Stoking tetap kita pakai.
Baju ketat kita takkan pakai lagi.

Tahniah jika kita adalah orang-orang yang dah faham dan sudah tidak "normalize dosa" lagi.
Tetapi, berubah itu mudah.
Yang susah adalah menambahbaikkan perubahan. Selalunya bila dah berubah (bertudung), perubahan tu habis kat situ saja.
Tiada pertambahan ilmu.
Mempertahankan perubahan dan menambahbaik perubahahanlah yang paling susah.
Semoga kita semua semakin membaik.


2021-09-09

Orang macam ni mana pikir tentang orang lain?


Ini menjawab soalan pen-DM pen-DM semalam.
IGS semalam pasal purse kena kelepet dek ex-bf rupanya menarik minat ramai nak tahu lebih lanjut kenapa dia ambik purse aku, adakah dia nak curi duit aku, kenapa aku stay walaupun tahu dia pernah kelepet, kenapa aku tak elakkan diri setiap kali dia ajak keluar.
Macam-macam soalan sampai aku malas nak reply.
Bukan malas reply sebab tak suka pada soalan tu tapi terlampau banyak benda yang kena cerita balik menyebabkan malas sangat.

Cuma yang boleh aku cakap, berurusan dengan orang saiko tak semudah berurusan dengan orang normal.
Aku ni kalau ikutkan hati memang aku angkat kaki betul-betul dulu.
Tapi aku fikirkan banyak benda. Tak semudah tu nak break and jalan terus. Tak.
Dengan orang saiko ni approach kena lain.
Itu pun kadang-kadang aku terkehel.
Orang macam ni jenis yang dia akan buat apa saja untuk tarik perhatian, ujung-ujung kau (aku) jugak yang nampak jahat dan kejam.
Itulah yang terjadi kat aku.

Tanyalah kawan-kawan aku. Tak mudah.
Tu pasal masa aku balik bertunang budak-budak Dusty Pink Tits zip mulut rapat-rapat.
Orang macam tu pelik sikit.
Malam tu dah agree nak brek, tiba-tiba esok tengahari dia terpacul depan kau ajak makan sama.
Mula-mula dia kata "Kita kawan je lah".
Dan kau (aku) pun bodoh bersetuju sebab anggap oklah kita berkawan je.
Janganlah macam budak-budak bila dah break terus bermasam muka gitu.
Tau-tau je dia anggap kau awek dia balik tanpa persetujuan kau.
Bila kau (aku) taknak, dia canang kat member-member dia aku tinggalkan dia.
Orang of course lah percaya sebab baru siang tadi nampak kitorang makan sama kat cafe.
Maka tersebarlah cerita Diana jahat tinggalkan bf yang setia.
Padahal dia yang setan.

Bila aku buat keras hati taknak keluar dengan dia, dia buat gila kat rumah.
Kelar tanganlah, telan panadol 2 papanlah, ugut nak minum araklah.
Kawan-kawan dia gelabah dan jumpa aku pujuk untuk terima dia balik. Babi tak perangai?
Aku tahu bia aku cerita pasal ni ramai susah nak percaya kenapa orang macam aku boleh jadi bodoh.
Ikut hati aku, pegi mampuslah kau sana. Tapi tak boleh.
Dia akan menggila sampai menyusahkan orang lain, ujung-ujung orang tuju aku jugak.
Konon punca dia gila sebab aku tinggalkan dia.
Padahal dia tak gila pun.
Dia ok je sebenarnya tapi dia suka buat hal biar attention tu dapat kat dia.
Biar orang kesian kat dia.
Biar orang kata "Kesian dia, dia ni dulu pandai tapi sebab Diana dia jadi macam ni".
Oh, memang cukup suka dia kalau orang cakap macam tu. Aku kalau orang cakap macam tu, malu wei!
Malu sebab hanya masalah cinta boleh jadi sewel.
Kau tak malu ke orang kata gitu?
Lainlah kalau orang kata "Even dia ada masalah cinta, tapi dia tetap success!".
Haaa ini baru betul survivor, bangang!

Pernah satu masa tu aku ada class full sampai petang.
In between classes aku taknak makan sebab nak jumpa lecturer kat lab.
Itu pun jadi hal besar pada dia.
Boleh pulak ugut aku kalau tak lunch dengan dia, dia taknak ambik kuiz petang nanti. Biar dia fail.
Tak ke binawe perangai?
Aku boleh je biarkan dia fail. Gasaklah situ yang fail kau, bukan aku.
Tapiiiii, ini orang tak normal ya.
Modus operandinya kau takkan jangka.
Aku tahu dia dah plan bila fail nanti, of course kena panggil dek Dekan.
Bila Dekan bertanya, konfem dia petik nama aku.
Tak memasal karang aku terbabit sama.
Aku dah boleh bajet dah susun atur plannya.

Benda ni pernah jadi dulu.
Datang jumpa aku semata-mata nak tunjuk slip result exam. Fail.
Pastu? Aku nak buat apa dengan slip ni?
Rupanya nak suruh aku bertanggungjawab.
Disebabkan aku break dengan dia, maka dia fail exam sebab takleh study.
Halah halahhhh. Kau yang bangang, aku pulak yang salah.
Tak cukup dengan aku, dia email pulak Mak Aji.
Dia suruh mak aku bertanggungjawab sebab aku yang menyebabkan dia macam tu.
Pandai pulak dalam email tu bagitau dia orang susah, anak harapan keluarga.
Hah, tau pun orang susah. Tau pun anak harapan.
Dah tu, yang kau menggila siapa suruh?
Aku pun bukan orang senang, aku lagilah anak sulung tempat mak bapak letak harapan.
Bezanya otak aku kat kepala, otak dia kat buah pelir.

Kalau aku tak pikir hal orang lain, memang awal-awal lagi aku buat bodoh.
Tapi aku cuba nak minimizekan damage pada dia.
Setidak-tidaknya aku nak dia jangan kena buang uni. Itu je aim aku.
Sebab dah bertahun kat sana, kalau aku report dia harass aku, memang konfem awal-awal dia kena kick.
Tapi aku cuba bertahan sebab aku kesian mak bapak dia.
Dia bukan orang senang.
Aku tahulah sebab aku pernah couple dengan dia.
Aku pernah datang rumah dia.
Aku tahu keadaan keluarga dia macamana.
Jadi aku cuba taknak sampai dia kena buang U.
That's why bila dia tetiba terpacul kat depan rumah ajak aku keluar, aku takde pilihan lain melainkan layankan je.
Trust me, kau taknak tahu apa yang bakal dia buat kalau aku tak layan kehendak dia.

Masa final year, dia offer letakkan komputer dia kat rumah aku sebab aku kan takde PC.
Padahal dia pun sama-sama final year.
Aku tanya abis tu dia nak buat projek pakai PC apa?
Dia cakap takpe, faculty dia ada computer lab boleh pakai.
Faculty aku mana ada komputer lab, lab bacteria ada lah.
Kawan-kawan aku dah syak itu hanya alasan dia untuk jumpa aku hari-hari.
Tapi aku allow dia letak PC tu kat aku sebab aku malas nak layan karenah gila dia nanti.

Betul bak sangkaan kawan-kawan aku.
Sejak PC dia park kat rumah aku, ada aje alasan dia nak tumpang print kejap, nak install new software kejap, nak cofy file kejap.
Tak pun kejap-kejap hantar CD movie kat aku untuk aku tengok.
Semua benda tu, pada pandangan mata orang luar nampak kegigihan beliau menjaga aku.
Nampak kesetiaan dia tu.
Aku on the other hand orang nampak macam sedang mempergunakan 'kebaikan' dia.
Kau faham tak dilema aku waktu tu?

Tak. Aku tahu, kalau korang berada pada tahun tu, korang juga jadi sebahagian dari makcik-makcik bawang yang mengutuk aku. Konfem!
Sebab pada pandangan mata kasar, memang nampak aku yang jahat memperbodoh dan menggunakan dia.
Yang dalam rumah aku tu je yang tau hakikat sebenar.
Pulak tu, aku sejenis happy.
Bukan perangai aku nak tunjuk aku tengah susah hati, tengah sedih, atau tengah ada masalah.
Dari kecik aku dah biasa simpan rasa sedih.
Aku tak biasa tunjuk sedih aku kat orang.
Tapi dia cukup suka tayang rasa sedih (yang dibuat-buat!).
Dia suka orang nampak dia serabut, selebet, tak terurus, sedih, frust menonggeng.
Sebab dia nak buka peluang orang bertanya "Kau apesal macam ni?".
Haaaa, masa tu nanti dia bukaklah cerita.
Orang jadi makin menyampahlah kat aku.
Bila orang tengok pulak aku happy, gelak terbahak-bahak macam takde masalah - sohih la aku yang jadi punca katanya.
Bijak kan, dia?

Orang macam ni kalau segala cara dia dah buat tapi tak berjaya, kau tengoklah last resort dia akan guna keadah MATI.
Jenis saiko macam ni cukup suka dengan perkataan mati.
Sikit-sikit nak mati. Sikit-sikit nak mati.
Tapi orang macam ni la yang paling payah nak mati.
Sebab dorang sebenarnya paling takut mati. Cakap je lebat.
Asal tak reply call ugut nak terjun jambatan.
Asal tak balas sms ugut nak bunuh diri.
Asal terkehel sikit je ugut nak pi mati.
Kau kalau nak mampos sangat pegi je la.
Boleh tak jangan memekak?
Tapi takde maknanya. Helok je pun hidup tegak.

Manusia yang suka menakut-nakutkan orang ni sebenarnya dia tu sendiri penakut.
Kau janganlah percaya jenis yang kejap-kejap cakap nak bunuh diri, nak mati, nak minum cuka getah segala.
Orang kalau sungguh nak mati takde de nak kompang kat orang lain dia nak mati.
Jenis yang kuat mengompang ni nak perhatian je.
Konon kalau kita dengar dia nak bunuh diri kita akan pujuk dia "Janganlah, kita semua masih perlukan kau, tolonglah jangan pergi plisss".
Nanti bila dia tengok kita macam perlukan dia, dia tak jadi lah nak mati.
Esok bila terancam sikit, dan-dan sebut nak mati nak mati nak mati.
Tapi matinya tak jugak.
Toksah layan orang macam ni.
Karang dia elok je hidup, kita yang melayan karenah dia ni yang mati awal.

Exbf aku dulu pun suka acah-acah nak mati.
Sampai tulis nota terakhir bagai.
Tapi nota tu dia suruh kawan dia pass kat aku sebelum dia gi mati. Kahkahkahkah.
Orang lain tinggalkan surat supaya surat tu dijumpai selepas mati, dia sebelum mati dah bagi aku surat.
Saje nak bagi aku menggelabah.

Sebenarnya aku tidaklah menggelabah dia nak mati, tapi aku gelabah kalau dia mati karang aku pulak yang bersabit kena naik court segala.
Aku dah final year ni.
Aku dah plan macam-macam lepas grad nanti.
Tak kuasa aku nak serabut turun naik court.
Yang paling aku taknak, karang dia mati, aku pulak kena bersoal-jawab dengan pihak U sampai kena buang pulak.
Memang boleh gila melayan tebiat dia dulu.

Actually susah sebenarnya nak spot seseorang tu saiko kecuali kita kenal in and out.
Kalau setakat kenal-kenal gitu memang kau takkan perasan ciri-ciri tu.
Jadi, nak salahkan orang-orang yang pernah mengutuk aku kejam dan jahat dulu pun tak boleh.
Sebab aku tahu dorang takkan perasan ciri saiko yang ada pada ex aku melainkan dorang berada di tempat aku.
Bila kau bercinta dengan seseorang, kau berpeluang kenal orang tu dengan sangat rapat.
Bila dah rapat, somehow true colors akan keluar.

Aku sendiri tak sangka dia ada ciri tu.
Sebelum aku rapat dengan dia, roommate dia terlebih dahulu rapat dengan dia.
Even roommate dia sendiri pun tak perasan.
Jadi tak ada sesiapa warning aku tentang perangai dia.
Actually pernah ada beberapa kejadian dia kolej lelaki and the guys suspect him tapi tau je lah budak lelaki mana macam perempuan.
Dorang takkan bercerita apa-apa.
Sesama dorang je tahu and senyap.
Boleh jadi masa aku bercouple tu some of them tengah tunggu nak gelakkan aku je.
Entah, I don't know.

Tapi seriouslah, orang macam ni memang pelakon hebat.
Dia punya sembang tu, orang yang tak percaya boleh jadi percaya.
Nak bawak gambar aku jumpa bomohlah, nak bela hantu, siap cakap nak convert agama.
Dia nak tunjuk kat orang betapa takde hati perutnya aku ni tinggalkan dia sampai dia jadi gila.

A few years back kawan aku tanya "Si ex tu apa agama dia sekarang?"

Aku tanya "Agama Islamlah, kenapa?"

"Takdelah, dulu dia pernah kata nak convert".


Tahik dialah nak convert!
Kena pelempang dengan bapak dia (dah arwah) karang baru tahu.
Banyak bunyi pulak nak convert apa segala. Kau rasa dia berani?
Berani cakap je.

Hebatkan drama seorang saiko?
Sebab tu aku cakap orang saiko ni sebenarnya tak gila.
Dia cuma buat-buat gila.
Kita ni je yang boleh jadik gila melayan perangai dia.

Aku ingat lagi lebih kurang 7 tahun lepas kawan setetek pink kematian suami.
Dusty Pink semua turun menziarah.
Lepas ziarah kitorang lepak mamak.
So this on guy, kawan kitorang juga sama-sama join melepak.
Sembang punya sembang terbukaklah cerita cinta lama aku ni.
Kawan lelaki tu terperanjat bila dengar cerita sebenar.
Dia kata "Kau tau tak, masa kes tu jadi nama kau busuk kat kalangan budak-budak lelaki".

Aku senyum je. Dah biasa.
I mean aku dah biasa dah telan apa orang kata sebab aku malas nak menceritakan hal sebenar.
Sebab orang tak tanya.
Orang lebih suka buat andaian and bergosip berbanding bertanya sendiri hal sebenar.
Sampailah ke zaman blog awal-awal dulu everytime kena kecam aku buat dek je. Gasak kau situ.
Kau yang nak berandai-andaian, silakan.
Esok kalau dah tersedar buat silap pandai-pandailah masing-masing senyap.


2021-09-06

Konflik agen and HQ


Semalam post aku pasal hukum jual barang tak sempurna milik tu, tiba-tiba aku jadi macam kaunter pertanyaan.
Ni silap-silap kena kecam jap lagi.
Senang cerita ginilah, dalam post aku tu, hadis Rasulullah saw jelas.
Pandai-pandailah buat decision.
Aku juga ada share pandangan aku tentang ni, maka terpulang.
Ikutlah apa yang dirasakan betul dan terpakai untuk diri sendiri.

Dalam banyak-banyak pertanyaan, aku nak menulis pasal ni.

Konflik antara agen dan HQ di Shopee.
Untuk pengetahuan (kalau yang belum tahu), GreenAard juga ada di Shopee.
Baru setahun lebih kitorang join sana.
Selama ni segala urusan samada di website ataupun whatsapp.

Berbalik pada soalan pen-DM di atas, yang ni terpulang pada perjanjian antara agen dan HQ masing-masing.
Kalau perjanjian ada disebutkan HQ tidak akan menjual di mana-mana portal, bolehlah fight.
Kalau tak dinyatakan, maknanya takleh fight.

GreenAard boleh dikatakan tak ada agen.
Ada 3-4 orang yang rutin membeli secara pukal, kami bagi harga agen.
Tetapi secara management, dia bertindak sendiri-sendiri.

Maksudnya macamana?

Ok, sejak dari awal lagi GreenAard tak pernah direct mana-mana customer ke agen-agen GreenAard.
Nama-nama agen memang diletak di website, tetapi kalau ada orang beli direct dari kami, kami tak akan direct them to agen-agen.

Why?

Aku follow style biotech distributorship aku dulu.
Cara aku dapatkan sole-distributor untuk Malaysia adalah dengan cara buat proposal to them.
Dalam proposal tu aku senaraikan achievement company, big deals (RM500K above) yang aku berjaya closed, workshop-workshop yang aku conduct and apa plan serta sales projection aku sekiranya aku dapat hak sole-distributor dari mereka.
Bila berjaya dapatkan distributorship, baru aku start cari customer, buat marketing, dan promote sana sini.
Sample produk kalau setakat 5 packs, dia bagi free.
Tapi lebih dari tu aku kena beli.
Dah dapat hak sole-distributor mestilah satu Malaysia aku nak round untuk promote, kan?
Mana cukup dengan setakat 5 keping sample.
Nak tak nak, kena keluar modal untuk beli sample semata-mata nak bagi percuma customer cuba.

Maksudnya kat sini, ketika aku jadi agen (distributor), aku kena cari customer sendiri.
To me, jadi agen tak boleh nak duduk tunggu principal bagi lead.
In biotech business, sekiranya customer dari Malaysia nak beli direct dengan principal di USA, boleh.
Dia boleh beli direct.
Principal tak akan kata "Oh, kami ada agen di Malaysia. Sila masuk website kami untuk dapatkan contact number dia".
No, benda tu tak selalu berlaku macam tu.
Siapa yang approach them directly, dorang akan handle.

Tetapi selalunya customer akan berurusan dengan agen sebab apa-apa hal contohnya instrument rosak, payah dorang.
Nak tunggu principal respond bukannya cepat.
Lagipun susah nak troubleshoot problem jauh-jauh.
Lebih baik berurusan dengan aku, apa-apahal call je, esok aku sampai.

Kalaulah sebagai distributor aku hanya menunggu HQ bagi lead, apalah perlunya kejap-kejap aku naik USM, naik UMT, pergi VRI, pergi UMK, dan merayap sana-sini non-stop?
Apa perlunya aku join exhibition bukak booth sana sini untuk perkenalkan biotech supplies aku?
Apa perlunya aku buat demo sana sini?
Baik aku duduk je opis layan Tamil sambil tunggu customer call nak beli barang.
Minyak kereta aku pun jimat tak payah hari-hari keluar.
Badan pun tak penat kejap-kejap nak catch appointment sana sini.
Duduk je ofis, tunggu HQ bagi customer, buat quotation, terima payment, hujung bulan kira untung. Tak gitu?

Begitulah sebenarnya tanggapan kebanyakan agen di Malaysia.
Mungkin itulah juga perjanjian yang HQ bagi pada agen masing-masing di awalnya.
Yang mana sebagai agen, sekiranya ada inquiry masuk dari certain-certain negeri, HQ akan pass the lead to them.
One day bila HQ masuk Shopee, dah jadi konflik kat situ sebab HQ and agen sama-sama menjual.

Sebenarnya, konsep agen-HQ bukan macam tu.
Menjadi agen bukan tunggu HQ bagi lead untuk beli produk.
Kalau macam tu punya senang, semua agen boleh berjaya in business.
Yang teruk adalah HQ sebab produce product keluarkan modal, produce marketing material keluarkan modal, tapi tak boleh jual direct pada customer, hanya boleh jual pada agen dengan harga diskaun.
Tapi HQ kena buat kerja marketing kaw-kaw.
Tapi bila customer approach, HQ kena bagi lead pada agen yang tak buat kerja sekeras HQ.
Tell me, lojik apa kat sini?

That's why dengan GreenAard aku tak buat macam ni.
Siapa yang nak beli dengan banyak, kita ada a few packages (boleh contact staff aku, aku lupa pakej-pakejnya).
Brochure kita bagi ikut bilangan product yang di beli.
Kalau beli 40 botol GC Plus, akan dapat 40 helai brochure.
Nak extra, boleh download dari website.
Setiap hari di FB dan IG GreenAard ada marketing material tentang the science of every produk (aku selalu share di IGS aku).
Korang boleh baca untuk dapatkan idea how to promote pada customer.
Atau, paling mudah, share je post kami tu di FB masing-masing.
Kalau ada pertanyaan dari customer yang tak sure nak dijawab, you can always pass the question pada our staff.
Kitorang TAK AKAN tanya details customer korang.


Ni contoh marketing aku buat masa buat biotech supplies dulu.
Sample yang principal bagi tak cukup.
Nak beli sample banyak nau pakai modal.
Lalu aku beli actual product, kemudian re-pack dalam tube-tube kecik macam ni untuk dijadikan trial pack.
Segala tok nenek sample penuh dalam boot kereta.
Kalau ke Penang tiba-tiba tergerak nak singgah UPSI, terus je sauk sample kit, masuk mana-mana lab, promote.
Takdelah nampak bodoh-bodoh je melenggang jumpa customer, kan.
At least bila kita carry something barulah sedap sikit nak bersembang.

Sometimes, ada orang tak tau apa yang dia perlukan sehinggalah kita datang kepada dia and tunjukkan satu produk.
Bila kita tunjukkan pada dia that product barulah "Ah! I think I need this".
Customer aku selalu macam tu.
Bila aku tunjuk trial pack ni barulah dia teringat macam-macam "Eh, Diana, kejap I call my student. Ada sorang student I tengah buat genomic study, nanti I call dia suruh datang sini jumpa you".



Bila engagement dengan customer strong, one day bila aku nak propose academic program dengan universiti, dia jadi macam conversation atas ni. 
Urusan lebih mudah. 
Padahal yang aku bercakap ni Dekan. 
Dulu masa aku kerja sales, nak jumpa taraf-taraf Dekan memang lambertttt lah. 
Tapi sekarang, alhamdulillah. Senang nak buat appointment.

Sebab itu kalau nak berbisnes, kena BANGUN and CARI CUSTOMER.
Jangan tunggu HQ pass lead.
Jangan bersaing dengan HQ untuk dapatkan sales.
Kena cari sales sendiri.
Bila kita tunggu HQ pass customer bermakna kita dan HQ berada di laluan yang sama.
Itu yang membuatkan kita rasa macam terpaksa bersaing dengan HQ.
Padahal HQ dah bagi kita sales margin.
Dengan sales margin tu sepatutnya boleh jadikan kita lebih creative untuk buat sale.

Masa buat biotech supplies, itulah yang aku lalui but I am ok with that arrangement.
Kerana dengan menjadi agen, aku dapat good price.
Dengan profit margin yang ada, aku create my own program.

Principal aku tak create promotion 'Buy 10 free 1'. Aku buat.
 
Principal aku tak create 'Buy a minimum of RM2000 and get Jusco voucher worth RM150'. Aku buat.

Principle aku tak create 'Buy gel documentation system worth RM45K and get free gel doc printer'. Aku buat.

Walaupun keuntungan aku kurang bila aku provide semua free gift tu, tetapi engagement aku dengan customer sangat strong.
Lama-kelamaan semua tu balik modal.
Principal sangat sayangkan aku sebab every month aku hit sales target.
Semakin lama pricelist aku semakin berbeza dari distributor lain.
Aku dapat harga yang benar-benar special.

Ada satu hari tu aku kena deliver satu instrument kat Lembaga Koko Malaysia.
Aku terlampau penat nak buat installation hari tu jadi aku mintak En Wan ambil EL and follow aku untuk deliver the instrument.
Pakwe aku tu kan engineer, setakat mesin lab ni sap sap soi je dia handle.
Aku siap kenalkan kat customer "Ini engineer saya, Ridzuan. Dia yang akan buat installation today".
Ahgitewwww gaya seorang bos.
Lepas habis installation, dalam kereta aku bayar terus En Wan RM500 cash untuk kerja dia yang tak sampai sejam tu.
That is how besarnya profit margin aku waktu tu sampai boleh upah RM500 kat En Wan buatkan untuk aku padahal aku boleh buat kerja tu sendiri.

Percayalah cakap aku, bila kau ada lane kau sendiri, kau tak kuasa agen lain buat apa.
HQ buat apa pun kau tak kisah. Sebab kau ada jalan kau sendiri.


Ini antara inisiatif aku sendiri untuk bagi pada customer Ephyra, semasa aku carry this product dulu.
HQ pun tak ada gift ni, aku create sendiri menggunakan margin yang dia beri pada aku.
Pegilah tanya founder, dia terlibat tak bila aku bagi gift-gift ni?
Pernah tak dia bagi customer kat aku?
Tak. Gift aku buat sendiri.
Customer aku cari sendiri, HQ tak pass apa-apa.

Seingat aku dulu harga jual RM197.
Margin yang semua orang dapat adalah sekitar RM167 kalau tak salah.
RM30 sales margin. Banyak tu.
Aku ambik RM10 untuk buat free gift.
Lagi RM20 simpanlah. Banyak apa.
Nak kaut semua-semua RM30 nak buat apa.
Lama kelamaan bila aku hit sales target, HQ bagi special price.
Maka bertambahlah margin aku.

Jadi agen produk kat Malaysia ni bagi aku takde beza dengan masa aku jadi distributor biotech supplies.
Ada beberapa brand yang aku tak dapat jadi sole-dustributor tetapi co-distributor.
Maksudnya, ada 2-3 company lain dalam Malaysia yang jual brand yang sama.
Biotech dalam Malaysia ni tak besar mana.
Kalau 3 company distribute brand yang sama, memang tak bergerak la sales aku nak harap principal hulur lead.
Sedangkan sewa ofis jalan, bil nak kena bayar, gaji staff nak kena bayar.

So, what did I do??
Bangun and keluar cari customer.
Buat demo.
Bagi free kit.
Offer free gift.
Bagi package deal.
Bagi discount voucher.
Bagi free training.


Ni aku extract dari company profile aku.
Antara projek yang aku buat atas inisiatif sendiri untuk bagi orang nampak kewujudan company aku berbanding company lain.
Semua ni bukan principal yang bagi lead.
Aku ketuk dari satu pintu makmal ke satu pintu makmal kenalkan diri, kenalkan produk, tebalkan muka kena perli, etc.
Tapi semua ni pengalaman yang sangat berharga dan berbaloi.
Tak kuasa nak pening-pening kepala pikir apesal HQ jual direct, apesal HQ tak pass customer, apesal HQ lantik ramai agen dalam satu negara.
Lantak kau situ.
I created my own path instead. Lebih senang untuk aku bergerak.

One thing kita kena tahu, HQ adalah orang bisnes.
Orang bisnes ni aim dia untuk dapatkan sale.
Kalau agen ramai tapi tak mencapat sales projection HQ, that's why ujung-ujung HQ terpaksa jual direct dengan customer and masuk platform macam Shopee and Lazada.

Katakan setiap agen kena ambil produk RM1000/sebulan.
Kalau ada 50 agen, HQ expect sales projection RM50K sebulan dari semua agen.
RM50K ni dia dah plan untuk buat macam-macam dah in future.
Sebab tu selalu kita dengar agen mengeluh HQ paksa ambil stock.
Stock kat HQ manjang sold out padahal kat agen berlambak-lambak lagi.
Jadi kalau 50 agen tadi hanya contribute RM30K je bulan-bulan, terpaksalah HQ masuk Shopee.
That's why agen tak boleh mengharap lead dari HQ, tetapi keluar cari customer.
Bila agen hit target setiap bulan, HQ takkan jual direct punya.

That's why awal-awal lagi sesiapa nak jual GreenAard, aku buat style biotech principal.
You buy in bulk from us and sell.
Apa tak faham, tanya.
Nak marketing material, kita bagi.
But I tak expect you punya sale every month.
Maknanya kalau bulan depan kau tak ambil produk dari kami pun tak apa.
Kalau nak harga murah, beli banyak.
Itu saja perjanjiannya.