2018-11-29

Kenapa nak malu?

Entry semalam tentang 'period', ada a few blog reader tanya if aku tak rasa kecewa bila tak dapat masuk Raudhah.
Dorang cakap kalau dorang tak dapat masuk Raudhah, dorang takkan bagitau public sebab malu.

Malu?

Nak malu sebab apa?

Sebab kononnya sesiapa yang tak dapat masuk Raudhah tu seolah-olah Allah tak terima merasa aura syurga?

😂😂😂😂😂😂😂

Ok to be fair, this is not the first time aku tak dapat ke Raudhah.

First umrah tahun 2013 pun aku tak dapat masuk ke Raudhah.

Second umrah tahun 2015 aku dapat masuk.

Third umrah now, tak dapat masuk.

Ok, look.

Ini adalah ibadah.
Ibadah kita bukan untuk dinilai oleh orang lain.
Kalau nak suruh orang nilai ibadah kita, kau forever takkan dapat full marks sebab piawai dan standard manusia menilai manusia lain selalunya tak boleh lebih dari achievement dia.

Ibadah utama kita semua ke Mekah adalah menunaikan umrah dan ibadah umrah ni hanya berlaku di Mekah saja.
Di Madinah kita hanya menziarahi Rasulullah.
Menziarahi Rasulullah bukan syarat wajib umrah dan haji.
Cumanya, sebagai umat Rasulullah saw, dah alang-alang sampai Saudi ni, biadap sangat lah kalau kita tak ziarah Baginda sekali.

Inilah yang aku cakap dalam salah satu post yang lepas.
Bagaimana bani Melayu selalu bersangka buruk dengan ujian Allah.

Ada sorang reader bagitau dia ke Mekah beberapa tahun lepas hanya dapat melancong je, tak dapat berumrah lansung sebab sepanjang waktu dia period.
Satu masjid pun dia tak dapat bersolat.
Dia malu and terasa diri banyak sangat dosa sebab tu terhalang dari buat umrah.

Heloo...?

Kenapalah begitu 'bijak' sekali menyingkapi takdir Allah?
Kalaulah haid itu satu musibah, bermakna semua perempuan adalah celaka sebab semua perempuan Allah takdirkan ber-haid.

Tahu tak haid adalah bukti kasih sayang Allah pada perempuan?

Kalau kita didatangi haid dan kita akur dengan larangannya iaitu tak boleh bersolat dan tak boleh ke masjid, kita dapat pahala iaitu pahala akur pada larangan Allah.
Dah Allah kata bila haid tak boleh ke masjid, tak boleh bertawaf, tak boleh baca Quran - kalau kita akur pada perintah tu, itu semua pahala buat kita.

Wanita yang didatangi haid tu normal.
Yang tak normal adalah bila tak datang-datang haid.
Kenapa bila di Mekah/Madinah kita didatangi haid barulah terasa diri banyak dosa?
Apesal kat Malaysia bila datang haid kemain seronok lagi boleh bangun pagi lambat.
Kenapa di Malaysia bila didatangi haid kita rasa biasa je, tak merasa berdosa pun tak dapat bersolat?

Ini semua persepsi buruk manusia pada takdir Allah.
Kita je yang memandai-mandai jatuh hukum.

Kalau orang tu di Mekah tetiba sakit kaki tak boleh berjalan dikatanya dosa banyak sangat.

Kalau orang tu di Mekah demam sampai masuk hospital pun dikatanya sebab banyak dosa.

Kalau orang tu hilang sesat tak jumpa jalan balik ke hotel pun dikatanya banyak dosa jugak.

Amboi bangganya bila terselamat dari sesat.
Dia tak tau yang dia tu sedang sesat dalam kesombongan diri sendiri.

Janganlah sedih kalau di Mekah/Madinah ada halangan dari memasuki masjid (haid).
Ada banyak lagi amalan yang kita boleh buat.
Amat dangkal fikiran kalau kita beranggapan bila terhalang ke masjid bermakna Allah tak terima kita.

Bila haid tak boleh baca Quran.
Waktu inilah peluang untuk kita baca terjemahannya.

Bila haid tak boleh bersolat.
Waktu inilah kita perbanyakkan zikirnya.

Bila haid tak boleh berumrah, tapi kita kan berada di tanah haram.
Asalkan berada di tanah haram, segala amalan adalah sama pahalanya dengan beramal di Masjidilharam walaupun kita duduk di hotel saja.

Kadang-kadang nikmat boleh menjadikan kita sombong tanpa kita sedar.
Ujian pula selalu membuatkan kita salah sangka pada Allah.
Seolah-olah kalau Allah bagi ujian tandanya Dia tak suka kat kita.
Padahal ujian Allah menunjukkan betapa Allah sedang 'mengkhususkan' pandanganNya ke kita.
Di situ Dia sedang bagi attention untuk melihat sejauh mana kita menyingkapi hikmah di sebalik ujian yang Dia bagi.
Samada kita kecewa dan give up atau kita menggunakan "kekurangan" itu untuk mencari kelebihan.

Macam yang aku cakap tadi, ketika haid inilah waktunya kita berpeluang membaca terjemahan Al-Quran.
Aku boleh jamin, berapa ramai di kalangan kita yang ada masa nak baca terjemahan ketika membaca Quran?
Kebanyakkannya hanya baca je sebab berebut nak khatam.
Jadi, waktu tak boleh solatlah peluang untuk kita baca terjemahan.

Takde yang buruk kalau Allah bagi ujian, tinggal lagi kita je yang salah menyingkapi ujian.
One thing kita kena akui kita semua memang membawa sebeban dosa.
Jangan ingat kita ni baik sangat bila kita tak diuji.
Boleh jadi nikmat itu adalah salah satu ujian yang kita dah salah memahaminya.

Bila kita diuji dan ujian itu membuatkan kita bermuhasabah dan memperbaiki diri, itulah waktunya darjat kita diangkat.
Boleh jadi hanya dengan diuji kita jadi rajin beribadah.
Contohnya, semakin banyak masalah semakin buatkan kita rajin tahajud.
Ini baru betul.

Allah tu bagi ujian bukan kerana Dia berdendam.
Ingat Allah tu macam kita ke kalau sakit hati kat orang terus nak bagi orang tu teraniaya seumur hidup?
Tak, bila Allah sayang pada hambaNya, dibaginya nikmat dan ujian.
Tergantung bagaimana respond kita terhadap semua nikmat dan ujian tu.
Kalau dengan nikmat buatkan terdetik rasa bangga, di situlah kegagalan pertama.
Kalau dengan ujian membuatkan kita muhasabah dan semakin mendekati Allah, itulah kejayaan yang sebenar.

Berapa ramai ahli agama, ahli Quran, orang soleh yang hidupnya ujian bertimpa silih berganti?
Kurang apa lagi ibadah dorang sampaikan hidup sentiasa diuji?

Jangan letakkan piawai kasih sayang Allah macam cara manusia berkasih sayang.
Manusia kalau berkasih sayang, makin sayang makin dilambakkan dengan nikmat.
Tapi Allah tak macam tu.

Tak perlu nak rasa malu dengan "apa kata orang nanti bila aku ke sini rupanya tak dapat pun buat umrah, tak dapat masuk Raudhah".

Manusia kalau nak bercakap, pak ustaz pun dia nerakakan.
Sedangkan apa guna berumrah dan berhaji 10 kali kalau yang bertambah cuma kekerapan ke Mekah je tapi takde peningkatan dari segi kefahaman ilmu dan amalan?

Apelah gunanya kalau dengan kekerapan ke umrah/haji tak menjadikan kita hambaNya yang lebih baik luar dan dalam?

Apelah ertinya ke sini berkali-kali kalau hanya di sini saja kita bersungguh-sungguh beramal tapi sekembalinya ke rumah kita kembali ke kita yang dulu?

Salah seorang jemaah yang satu group dengan aku di sini, anak lelakinya umur 16 tahun meninggal jatuh motor.
Kitorang berlepas ke Mekah Isnin 19 Nov, anak dia eksiden the next day.
Tapi melalui video yang saudara-mara kirim semasa proses memandikan and kebumikan jenazah, menitik air mata aku.
Imam tu cakap selama 26 tahun dia memandikan jenazah, itulah pertama kali jenazah masih mengalirkan air mata walau dah dikafankan and aku tengok dengan mata aku sendiri akak tu tunjuk gamba jenazah dalam keadaan senyum!

Budak tu tak sampai lagi ke Mekah tau.
So kita nak kira macamana tu?
Arwah tak sempat berumrah dan berhaji, adekah dia banyak dosa maka dia tak layak jejak kaki ke sini?
Sedangkan kita belum tentu mati dalam keadaan tersenyum macam tu.

Dah lah.
Jangan buruk sangka dengan takdir Allah.
Allah bukan macam kita.
Kita ni kalau dah benci orang, selagi boleh kita nak biarkan orang tu merana.
Tapi Allah tak.
Cubalah cari kasih sayang Allah di sebalik ujian.

Pernah dengar nama Zinnirah?
Dia ni dulu hamba kepada Umar Al-Khattab masa Umar belum beriman.
Masa Umar tahu Zinnirah ikut ajaran Rasulullah saw, mata Zinnirah ni dicucuk dengan besi panas sampai buta.
Tapi Zinnirah kata apa?
"Ya Allah, ini aku lakukan untukMu. Kerana aku tahu nak dapatkan syurgaMu bukan mudah. Aku sanggup terima ujian ini untuk balasan syurga".

Sampai buta mata dia diuji Allah.
Kita baru datang period takleh masuk masjid dah meraban buruk sangka kat Allah.
Aduiiii, tak segan ke dengan Zinnirah?

Abaikan apa orang nak bagi persepsi apa pun.
Patutnya kita lebih risaukan samada amalan kita ni Allah terima atau tak, bukannya pikir apa orang kata.

Tapi kalau kita nak jadikan kata-kata orang tu sebagai medium kita memperbaiki diri, itu lebih bagus.
Kita perlukan naysayers sebegini sebagai pendorong kita jadi lebih baik dari semalam.
Kerana kadang-kadang bila ditampar baru kita sedar.
Kalau kena puji je lama-lama tinggi diri.

Dah, aku nak kemas beg.
Malam karang nak balik.
Doakan aku selamat sampai Malaysia.
Yang penting flight jangan bergegar.



By the way, esok 30 Nov LAST DAY untuk :

1. Redeem discount code Gloei.
2. Triple point untuk pembelian GC Plus.
3. Kupon untuk menang sejadah Raudhah.

Nak tau apa-apa pasal ni contact admin 0127728976 atau 0137557424.

Sent from my iPhone

2018-11-28

Umrah 2018 - Part 1

Aku type ni pukul 6pm di Madinah, 27 Nov 2018.
Tatkala semua gi masjid, aku lepak dalam bilik.
Sebab.....sebab apa lagi lah kan kalau orang perempuan tak ke masjid ni 😭.

Rezeki aku dibagi cuti.
Maka kita gunakan waktu ni untuk update blog.

Ada yang tanya "Ada masa ke Kak Di update blog kat Mekah?"

Sebenarnya, entry dari 19 Nov (hari aku berangkat ke Jeddah tu) sampailah ke tarikh 27 Nov, semuanya auto-publish.
Aku dah siapkan 7 blogposts lebih awal before aku datang sini.
Takde keje aku nak update blog kat Mekah weh.

Helok pulak cun-cun blogpost yang aku siapkan sampai 27 Nov, hari ini jugak aku uzur.
Maknanya boleh lah tulis apa-apa yang patut demi kelansungan sebuah blog.

Sebenarnya aku takde plan nak tulis blog malam ni tapi memandangkan aku period jadi aku nak share something tentang period ni.

Sebenarnya tarikh ke umrah ikut plan asal adalah 3 Jan tahun depan.
Tapi pikir punya pikir macam kalut sangat jadinya sebab budak-budak baru masuk skolah.
Lagipun kesian pulak kat mak nak kena uruskan Rayyan sorang-sorang.
Kalau pergi musim cuti skolah at least Redza ada kat rumah.
Rayyan ni kalau dengan nenek dia kemain banyak cengkadak.
Karang mau 10 hari tak gi skolah.
Kalau abang dia ada, dia takut sikit.

Kitorang plan untuk tukar tarikh, anjak awal sikit ke 19 Nov.
Masa ni Redza dah cuti.
Rayyan pun dah habis exam, kalau rasa-rasa taknak gi skolah pun takde hal sangat (tapi akhirnya dia pegi juga sebab abang dia paksa).
Cuma, aku punya period dijangka datang 15 Nov.
Selalunya samada 2 hari awal atau 2 hari akhir.
Kalau 2 hari awal, at least aku masih sempat buat umrah.
Tapi kalau dia datang lewat 2 hari maknanya harapan nak buat umrah memang melebur sebab aku punya cycle selalunya 9-10 hari.
Tak pernah less than that.

Tapi itu saja tarikh yang kitorang rasa fit dengan jadual kitorang.
Kalau nak stick pada plan asal 3 Jan, kesian kat mak.
Kalau nak pospone ke bulan seterusnya, memang payah sebab Feb selalunya kitorang dah start dengan production raya.
Lepas bincang dengan En Wan aku kata takpelah, ambik je trip 19 Nov, aku try ambik ubat delaykan period.

2 bulan sebelum berangkat aku dah jumpa doktor.
Doktor calculate cycle aku, dia cakap just nice aku start ambik ubat ni sekarang.
Beli 2 kotak terus harga beratus juga.
Tapi balik dari klinik aku tanya anak sedara En Wan pulak (also a doctor).
Dia kata tak perlu pun takpe, just banyakkan aktiviti seminggu sebelum period datang.
Sebenarnya aku yang berat hati nak ambik sebab pil perancang ni akan slowkan metabolisme badan menjadikan badan akan senang naik, tu yang aku taknak.

Ubat tu aku letak kat tepi katil tak bersentuh.
2 minggu sebelum tarikh period aku buat macam-macam exercise, angkat barang sana-sini, setiap hari minum air nenas - punyalah nak cepatkan period datang.
Tapi tak datang-datang pun, siap delay lagi!

Sabtu, 17 Nov aku datang period.
CUAK!
Sebab kalau ikut cakculation aku, aku takkan sempat berumrah.
Jadi terus ke farmasi.
Bukan satu, tapi 2 farmasi aku pegi, the pharmacists cakap kalau period dah keluar dia takkan boleh stop.
But kalau nak try, boleh. Takde masalah.
Lagipun pil tu RM11 je untuk 7 hari makan.
Cuma dorang kata chances are low sebab period dah datang.
Kalau aku makan 3 hari sebelum due date maybe boleh 'diselamatkan' lagi.

Oklah takpe, aku beli je.
RM11 je pun.
Nama pil NOCULUT.

Petang tu aku makan the pil.
Period masih keluar.

Selalunya kalau aku period aku akan off alarm untuk bangun solat malam.
Aku set 3am.
Tapi malam tu aku terjaga dengan sendirinya pukul 1.40am.
Pejam mata balik, tak boleh tido.
Aku syak aku gelabah nak naik flight sebab tu takleh tido.
Aku bangun, salin pad, mandi and duduk atas sejadah.

Lama aku duduk, tak buat apa-apa pun.
Setengah jam kot aku bersimpuh, macam-macam aku pikir tapi tak sure nak luahkan ke tak.

Pada ketika ni lah aku teringat ustaz aku pernah cakap "Kita ni jangankan nak yakin pada kebesaran Allah, nak mintak pun tak berani sebab tak sure boleh dapat ke tak. Sedangkan dapat atau tak dapat bukan urusan kita. Yang jadi urusan kita adalah ikhtiar. Sempurnakan ikhtiar dulu."

Then aku realized yang aku dah usaha habis-habisan.
Aku dah jumpa dokter.
Aku dah mintak nasihat dokter.
Aku dah usaha nak cepatkan period dengan buat macam-macam aktiviti.
And aku dah start makan pill (walaupun dah terlambat sangat).
Semua ikhtiar aku dah buat and now aku dikejutkan dari tidur mesti ada sebab.
So aku mintak sungguh-sungguh dengan cara bertawassul.

Kan malam tu aku salin pad kan.
Esok pagi bangun nak mandi tengok hanya ada stain sikit je.
Hati tu dah rasa macam nak happy juga tapi at the same time aku cakap maybe sebab aku tido.
Dalam keadaan baring dan tak bergerak banyak maybe period tak keluar sangat.
So aku tunggu 3 jam.
Dalam masa 3 jam tu aku buat macam-macam kerja nak bagi aktif sikit.

After 3 jam, check, memang clean!
Aku tak tunggu dah.
Terus mandi wajib, buat Dhuha.
Lepas Dhuha, check lagi, still clean.

Esoknya aku berangkat ke Mekah.
Kat airport tu aku dah start baca Juz 1.
Aku doa aku nak khatam Quran di sana, jadi izinkan aku habiskan bacaan ini.
Dalam erti kata lain, tahan period aku sepanjang ada kat sana.
Walaupun period dah stop tapi disebabkan ini tak pernah terjadi, hati ni masih tak yakin.
Kejap-kejap aku ke toilet check.
Buruk kan perangai manusia.
Dah dibagi pun masih lagi tak yakin.

Atas flight punya cerita.
Ok yang lagi best.

Ceritanya, aku ke sini ambil business class.
Aku cakap kat En Wan meh la kita ambik business class kali ni sebab aku nak baca Quran kat atas tu, selesa sikit boleh belunjur kaki.
Lagipun 9 jam flight, biarlah tempat duduk selesa sikit.

Lojik akal manusia takkan boleh mengatasi kehendak Allah.

Aku nak bisnes class ni aku doa siang malam.
Aku cakap aku nak ke sana dengan pakej penerbangan yang selesa sebab aku nak baca Quran.
Boleh jadi masa aku berdoa tu aku memang ikhlas cakap nak baca Quran, jadi Allah perkenankan aku ambil business class.

Business class dia makbulkan.
Tapi keselesaan Dia tak perkenankan aku merasa.

9 jam kat atas tu, dengan tempat duduk yang selesa, dengan segala macam equipment yang boleh menselesakan, orang lain boleh bantai membuta dengan amannya, aku sorang yang tak boleh nak selesa.
Asal aku lunjurkan kaki, mesti bontot aku sakit.
Asal aku bak cuba baring mesti tulang belakang aku sakit.
Akhirnya, aku duduk business class dengan keadaan tak selesa walaupun secara lojiknya business class mestilah selesa, ye tak?
Rupanya, Allah nak aku mengaji sepanjang 9 jam kat atas tu.
Kau mintak nak business class sebab kau kata nak mengaji kan, so now Aku nak tengok kau mengaji ke tak. Dah apehal lak kau nak tido?
Agaknya inilah yang Allah kata.

Alhamdulillah, asbab ketidakselesaan itu, 5 juz tamat kat atas.
Dan sepanjang 9 jam itulah kejap-kejap aku ulang alik ke tandas untuk check pad aku.
Masih clean walaupun perut sakit macam senggugut.

Dah niat ihram semua, alhamdulillah imegresen pun clear.
3 kali pengalaman pergi umrah, inilah proses paling cepat sekali.
Turun-turun je bas, aku and En Wan pulak yang dapt barisan depan.
5 minit settle check imegresen.
Terus pi toilet check lagiiiiiii.
Masih clean.
Dah boleh jadi maskot toilet aku hari tu.

Sampai kat hotel, Safwah Orchid, check in then ambik wuduk (sambil check pad lagi), then terus buat umrah.
Settle umrah around 4.15am.
Perut memang sakit macam senggugut tapi dah dalam masjid kan, aku malas nak ke toilet bawah tu.
Tawakkal je la tunggu Subuh.
Settle Subuh, naik bilik terus check pad.
Alhamdulillah clean!
Syukur, umrah dapat buat.
Menangis-nangis aku dalam toilet sebab tak sangka nampak kebesaran Allah depan mata.

Bayangkan period dah keluar tapi boleh berhenti.
Perut sakit macam senggugut tapi tak keluar apa-apa.

Bukan 1 hari Dia bagi aku peluang sempirnakan ibadat tapi sepanjang 8 hari aku di Mekah, Allah izinkan aku benar-benar bersujud dalam rumahNya.
8 hari di sana, aku tamat 21 juzuk.
Mungkin juga ini asbab amanah yang aku pikul - doa-doa yang korang kirimkan.
Aku memang berhajat nak bacakan doa kiriman dengan solat hajat.
Alhamdulillah Allah bagi kemudahan untuk aku baca kiriman doa korang.
Terima kasih setiap kiriman doa ada doa untuk aku sekali.
Aku selalu mintak kat Allah "Dekatkan aku dengan perkara-perkara dan orang-orang yang membuatkan aku semakin dekat padaMu dab jauhkan aku dari perkara-perkara dan orang-orang yang akan buatkan aku semakin jauh dariMu".

Itulah dia agaknya, doa-doa korang kirimkan tu yang bantu aku jadi lebih 'dekat' pada Dia.
Kali ni kiriman doa sangat banyak.
Aku terpaksa compilekan setiap 20-25 doa dengan 1 solat hajat.
Aku tak dapat buat satu-satu.
Insyallah, korang jangan berhenti doa.
Takde yang mustahil kalau Allah berkehendak.
Dia dah tunjukkan bukti kat aku.
Dia delaykan period aku walaupun aku melantak nenas hari-hari.
Dan dia stopkan period aku macam tu je walau dah keluar satu hari.
Itu bukti yang kalau Dia berkehendak, mudah bagiNya.
Kita ikhtiar dan doa.
Doa adalah senjata yang paling ampuh.

Pagi tadi aku dah jumpa Rasulullah.
Aku dah sampaikan salam semua.
Habis dah semua amanah ni, just nice period aku datang balik.
Aku cepat-cepat makan ubat yang beli kat farmasi tu dengan harapan stop kejap sebab aku nak masuk Raudhah malam ni.
Nampaknya bukan rezeki aku nak masuk Raudhah.
Period tak stop pun walau makan ubat yang sama.
Beli karpet Raudhah je la nampaknya 😂.

Itu sebenarnya bukti jelas, rezeki kita bukan bergantung pada ikhtiar kita.
Ikhtiar kita menentukan pahala kita.
Tapi hasil dari ikhtiar adalah urusanNya.

En Wan tanya aku frust ke tak dapat masuk Raudhah trip kali ni?

Layak ke aku frust setelah Dia perkenankan hajat aku untuk berumrah?

Layak ke aku kecewa setelah Dia bagi kemudahan aku tamatkan 21 juzuk dalam masa 8 hari, yang mustahil aku berjaya buat kalau aku di Malaysia?

Layak ke aku nak menangis tak dapat ke Raudhah sedangkan aku dapat jadi tetamuNya lagi sekali ketika ramai yang belum berkesempatan datang walaupun sekali?

Takkan semua yang kita nak, kita dapat.
Boleh jadi itu caranya Allah mendidik aku untuk redha.

Pada yang kata "Saya nak sangat ke sana Kak Di tapi macam tak cukup je duit. Ni pun jenuh nak settlekan hutang".

Kita ke Baitullah bukan sebab kita ada duit.
Kita ke sini kerana dijemput oleh Dia.
Redza dan Rayyan adalah bukti dapat ke ke Mekah dengan tak perlu keluarkan duit.
Berangan pun tak pernah.
Tau-tau je sampai.

Ada sorang jemaah dalam group kitorang ni, pakcik dari Sarawak.
Datang sini dia kata anak-anak yang hantar.
Barang-barang anak-anak yang siapkan.
Siap bekalkan duit SAR1000.
Dia cakap nak beli apa pun tak tau.
Menangis pakcik tu cerita.
Itu pun contoh datang ke sini tak perlu pakai duit sendiri.
Rezeki datang dari arah yang tak disangka-sangka.

Sedangkan ada orang duit memang banyak, ke mana-mana dah pergi tapi ke Mekah belum jugak sampai.
Jadi, jangan ingat kita ke sini perlukan duit semata-mata.
Ada yang jauh lagi besar kita perlukan - jemputanNya.
Dan semoga Dia menjemput kita dan jadikan kita tetamuNya yang istimewa.
Kalau sekembalinya dari haji/umrah menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya, itulah haji/umrah mabrur dan itulah sebenarnya yang kita nak, bukan sekadar "dah sampai".

Inilah antara hikmah yang aku nampak umrah kali ni.
Aku bersyukur sangat Dia ajar aku untuk yakin dan percaya kebesaranNya.

"Sesungguhnya keadaanNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah!" maka terjadilah ia". (Yasin, 82).

~Concorde Taibah, Madinah~

Sent from my iPhone

2018-11-27

Susah tinggalkan dunia - Part 2


Ok ni sambung post semalam.

Point yang kedua yang buatkan kita bertangguh dalam hijrah adalah lingkungan yang salah, kawan-kawan yang tak salah, dan sokongan yang tak membantu hijrah.

Cuba tengok Abu Talib.
Dia ni bapak sedara Rasulullah saw.
Kalau nak ikutkan lojik patutnya dia antara yang awal beriman pada Allah tapi malangnya sampai me akhir hayat kekal bukan Islam.

Kerana apa?

Kerana dia selalu join Abu Jahal ke mana-mana.
Sampaikan ke saat-saat nazak pun, Abu Jahal ada kat tepi dia, dah tu camana.
Padahal Rasulullah dah berulang-ulang mintak dia bersyahadah tapi sebab dia lebih terpengaruh dengan kawan yang buruk, akhirnya dia mati dalam keadaan syirik.

That's why dalam entry aku yang lepas aku ada sebut, kalau kita nak berhijrah tetapi kelompok kita sekarang tak dapat membantu kepada hijrah kita, tinggalkan kejap.
Tak payah nak mikir "Nanti apa pulak dorang kata.."

Tak.

Kalau dorang kawan yang baik, yang berkawan dengan ikhlas, dia akan faham bila kita bagitau kita terpaksa kurangkan gathering sebab ada kelas agama, ada kelas tajwid, nak attend ceramah, etc.
Manusia ni kalau dia nak kata, dia akan kata.
Tak kira apa pun kita buat, dia tetap kata.
Sebab dia ada mulut.
Tapi jangan lupa, kita ada telinga, jadi buat-buat je lah tak dengar.

Manusia punya persepsi memang berbeza-beza.
Kadang apa yang baik bagi Allah, bagi dia semuanya buruk.
Tak payah jauh la, kalau pi umrah/haji pun macam-macam cerita yang tak best kadang kita dengar hasil dari persepsi manusia.

Hamba Allah tu sesat tak jumpa pintu keluar, dikatanya "Ada la tu yang salah dia buat dulu..."

Hamba Allah tu sakit, dikatanya "Ada la tu yang tak selesai kat sana hari tu..."

Kita tak sedar ucapan kita tu adalah ujian untuk diri kita.
Boleh jadi ketika kita ucapkan tu, hati timbul bangga dapat beribadat dengan mudah.
Sayangnya, itulah yang boleh menghapuskan penat kita berumrah beribadat berjam-jam.

Boleh jadi yang diuji dengan sesat dan sakit tu Allah ampunkan dosanya bila dia berdoa "Ya Allah, kalau ini kifarah dosa-dosaku aku redha.."

Betul kata ustaz.
Di syurga nanti, dipenuhi dengan ahli maksiat yang sudah bertaubat.
Tapi di neraka, dipenuhi dengan ahli ibadah yang sombong dalam ibadahnya.
Nauzubillah.

Apa pun kata orang, biarlah.
Itu persepsi mereka.
Kalau kita percaya apa yang kita buat ni, hijrah kita ni, semata mencari redha Allah, teruskan.
Laluan hijrah memang tak pernah mudah.
Setakat kena perli, kena cop bajet alim - tu biasa.
Tu memang wajib ada dalam mana-mana history hijrah, jadi jangan sedih-sedih sangat.

Yang ketiga, punca lambat hijrah adalah ketika kita merasa umur kita panjang lagi.
Panjang angan-angan orang kata.
Terlampau banyak hal-hal duniawi dalam wishlist yang di-aim, sampaikan bertangguh-tangguh untuk berhijrah kerana nak fulfill wishlist dulu.

Jangan salah faham.
Pasang angan-angan tu tak salah, tapi jangan sampai lupa yang mungkin kita akan jumpa maut dulu sebelum jumpa impian.
Orang kata berpatut-padanlah.

Hal dunia ni kita jangan terlampau banyak angan-angan.
Orang mukmin itu memandang dunia dengan bersahaja.
Kalau dapat, syukur.
Kalau tak dapat, takpelah, memang bukan itu tujuan kita hidup di dunia ni.
Jangan sampai mati-matian sebab nanti kita akan terus mengejar dunia tanpa habisnya.
Bila angan-angan terlampau besar, itu menjadi punca kita lupa nak bertaubat dan hijrah pada Allah.

Orang kata berhijrah ni tak menarik.
Semuanya jadi tak menarik.
Penampilan tak menarik.
Pergaulan tak menarik.
Aktiviti pun tak menarik.

Betul, aku setuju.
Memang bila berhijrah semua benda jadi tak menarik.
Dulu boleh buat, sekarang tak boleh
Ada je benda yang salah.

Kerana apa?

Kerana kita dah terlalu lama melakukan yang salah, jadi bila melakukan yang benar, semuanya rasa janggal.
Kerana mata kita terlalu banyak melihat yang haram, jadi bila melihat orang bertutup litup kita terasa pelik.
Kerana telinga kita terlalu banyak mendengar gosip, jadi bila mendengar ceramah agama kita terasa boring.

Semua tu takkan jadi menarik kalau kita masih berada di kelompok adan persekitaran yang asal.
Kita akan merasa left out dan terasing serta 'pelik'.
Tapi kalau kita berada di kelompok yang betul, insyallah hijrah tu akan jadi sangat menarik.



2018-11-26

Susah tinggalkan dunia


Lambatnya kita berhijrah kerana 3 perkara.

Yang pertama, susah tinggalkan dunia.
Kita merasakan kalau berhijrah nanti rezeki kita jadi sikit.
Ini pengalaman sendiri.
Inilah aku dulu.
Keinginan nak hijrah tu ada dah tapi nak melaksanakan tu bertangguh sebab dok memikirkan nanti kalau aku bertudung litup camana aku nak buat sales?
Ada ke orang yang nak jumpa dengan aku kalau gaya aku macam extreme?

Oh by the way, masa aku terpikir nak berhijrah dulu, aku dok membayangkan yang extreme terus.
Maksudnya, kalau aku bertudung, biarlah tudung tu yang menutup dada.
Kalau nak berpakaian, biarlah yang longgar dan labuh.
So kalau dah kalau aku bertudung labuh, berbaju longgar and labuh, aku takut takde customer nak jumpa aku.
Dorang pun segan tengok aku macam extreme sangat.

Dalam erti kata lain, aku takut takde sales.
Takde sales maknya takde duit.
Dalam bahasa senang paham, aku ni takut takde duit sebenarnya.
Itulah punca kenapa hijrah tu tertangguh.
Aku berani cakap kebanyakkan yang lambat hijrah, salah satu punca terbesar adalah kerana takut hilang dunia.
Takut rezeki sangkut, takut hilang perhatian, takut tak dapat boifren, takut nampak tak cantik, etc.
Akhirnya, ketakutan terhadap hilangnya nikmat dunia inilah yang menbuatkan aku (dan mungkin ramai lagi), menerima 'tawaran' syaitan untuk bertangguh-tangguh dalam hijrah.

Ciri-ciri ni pernah terjadi dalam sejarah Islam dulu.
Masa Rasulullah berhijrah ke Madinah, ada some orang Islam yang taknak ikut sebab takut takde kerja di Madinah.
Jadi, dorang stay di Mekah dan pura-pura jadi orang musyrik padahal dorang orang beriman.
Bila terjadi perang, dorang terpaksa berada dalam barisan orang musyrik sebab nak elakka orang Mekah tau dorang adalah Islam.
Ditakdirkan dorang mati dalam perang, dan mati mereka bersama barisan orang musyrik.

Rupanya sejarah ni berlanjutan ke zaman sekarang, di mana ramai orang takut nak hijrah bukan kerana menafikan perintah Allah tapi takut takde rezeki.
Sedangkan Allah yang menjamin urusan dunia.
Yang belum Allah jamin adalah urusan akhirat.

Contohnya, kita nak masukkan anak ke sekolah pilihan.
Kita mintak sokongan dari orang atasan.
Orang atasan kata "Ok, takyah risaulah pasal ni. Kira jadi dah ni. Anggap je la dah dapat".

Lega kan dengar?

Confirm lega.

Dengan orang atasan yang berjawatan pun kita dah lega dengan jaminan tu.
Tapi heran bila Allah Yang Maha Besar sendiri dah janji bahawa urusan dunia Dia aturkan dan rezeki pun Dia jaminkan, tetap tak boleh meyakinkan kita.
Teruk betul kita ni rupanya.

Ustaz aku ada cakap, kalau Allah dah tetapkan rezeki kita dapat RM2 juta, kita tak akan mati selagi kita belum dapat 2 juta tu.
Maksudnya kat sini, kita hijrah atau tak hijrah, Allah dah tetapkan rezeki kita untuk dapat RM2 juta.
Bukan ke lebih bagus kita hijrah?
RM2 juta pun dapat, redha Allah pun dapat.

Jadi maksudnya kat sini, rezeki kita takde kaitan dengan usaha kita pun.
Itu sindiran Allah nak bagi kat kita.
Punnnnnn kita masih tak faham-faham.

Sepatutnya kita malu, umur dah mencecah 4 abad masih lagi tak konfiden dengan konsep rezeki.
Sedangkan janin dalam perut tak pernah takut takde makanan.
Kemain konfiden lagi duduk dalam rahim mak 9 bulan taknak keluar-keluar, sampaikan kena induce suruh keluar.
Tu cara-cara belum sekolah tu, konfiden dia lagi tinggi dari kita yang 40 tahun hidup ni.

Pernah tak bila kita scan baby, dokter kata "Puan, baby puan ni nampak cemas. Cemaskan rezekinya".

Takde kan?

Mengingatkan aku dengan kes Rayyan dulu.
Masa scan, baru dokter perasan yang baby (janin) tak dapat supply apa-apa dari ibu (food) sejak kandungan 5 bulan.
Amazingly, masih hidup dan aktif.

Aku pernah baca satu buku, katanya semasa baby dilahirkan dia akan menangis.
Dia menangis kerana dia tahu Allah dah tutup saluran rezekinya (uri).
Tapi bila ibu rangkul, dia berhenti nangis sebab dia tahu bahawa rezekinya sekarang berpindah ke dada ibu (susu), dan dia kembali tenang.

Bila anak tu membesar ke umur 3-4 tahun, kerjanya main je.
Apa mintak dapat.
Kadang yang tak mintak pun dapat.
Hidupnya tenang sebab dia yakin rezekinya ada pada mak bapak.
Tak pernah lagi kita nampak budak umur 4 tahun duduk termenung dan bila kita tanya kenapa, dia jawab "Saya tengah mikirkan hutang mak saya".

Takde.

Lantak kau situ kau punya hutang, yang aku tau apa aku nak dapat dia kata.
Eskrim lalu, aku mintak, dapat.

Peliknya, bila kita dah semakin dewasa, dah belajar macam-macam, dah pandai serba-serbi tapi masih risau rezeki hilang kalau berhijrah.
Kita takut miskin.
Sedangkan miskin itu hanyalah sukatan Allah.
Allah memang dah plan nak bagi takat tu je, takde kena-mengena dengan hijrah kita pun.

Bagaimana kita boleh takut miskin kalau kita adalah hamba kepada Yang Maha Kaya?


p/s : Patut ada lagi point nak tambah tapi tak sompek pulak, esok je lah sambung 😂.


2018-11-23

Takruf


Dapat pulak email dari blog reader lelaki tanyakan pasal jodoh.
Ceritanya dia ni taknak couple-couple.
Taknak bercinta.
Nak kenal proses taaruf ala-ala Ayat-Ayat Cinta, lepas kenal, terus kawen.

This guy kata tak kisah rupa, yang penting hati.

Hoih!

Proses taaruf tu bukan macam beli barang dalam karung guni ya.
Sebab tu lah taarif perlukan orang tengah.
Orang tengah ni yang akan selidik perempuan tu camana orangnya, apa kelulusannya, apa kepandaiannya, apa salasilahnya, etc.

Dalam proses taaruf, ada proses nadzor.
Nadzor ni proses melihat.
Apa ingat kalau pilih jodoh guna kekdah taaruf tak payah tengok dulu orangnya?

Jangan buat pasal weiii.
Tergamak ke nak kawen terus tanpa tengok orangnya dulu.
Islam tu tak zalim.
Proses nadzor ni membolehkan kita tengok dulu perempuan tu cantik ke idok.
Kalau dia pakai niqab, boleh dimintak bukak niqabnya, bukannya salah.

Islam sendiri yang membenarkan kita (lelaki) tengok wajah bakal isteri sebelum kahwin.
Jangan pulak kita jual mahal, "Ah tak payah. Saya tak kisah rupa, yang penting hati".

Ewahhhh.
Memang selamanya iman kita ni naik tak turun-turun ke camne ceritanya ni?

Iman kita ni kadang naik, kadang turun, bang.
That's why Islam bagi green lite kita tengok dulu rupa bakal isteri kerana dengan melihat rupanya insyallah memudahkan hubungan rumahtangga.
Kerana wajah termasuk dalam perkara yang boleh kita jadikan prioriti dalam memilih teman hidup.
Walaupun yang utama dan pertama sekali adalah agamanya, tapi wajah boleh pertimbangkan.
Bukan nak cantik sangat, asalkan sedap mata kita memandang cukuplah.

Tapiiiii ada syarat!
Bukan boleh sesuka hati nak kejap tengok muka perempuan tu, kejap tengok muka perempuan ni.
Lelaki hanya dibenarkan tengok rupa perempuan yang ditakruf kalau dia betul-betul nak kahwin.
Kalau takde plan nak kawen, tak dibenarkan.

Janganlah sampai kata rupa lansung tak penting.
Rupa penting, cuma tak boleh dijadikan prioriti, tapi mesti dimasukkan sekali dalam checklist, jangan sampai takde lansung.

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Ar Rum, 21).

Bukan ke punca hati kita tenteram tu ada pelbagai?
Ada yang kerana dari percakapan yang lemah lembut.
Ada yang kerana dari kesabaran dan tolak ansur.
Ada yang kerana dari wajah yang sedap mata memandang.

Jadi, rupa pun kena ambik kira.
Tak payah la demand sangat nak macam supermodel of the year, kau pun hensem sangat ke. Hahaha.

Sebenarnya aku kagum dengan those yang berkahwin tanpa cinta, yang melalui proses takruf.
Bertambah kagum bila dorang boleh je bahagia.
It turns out that bukan semua yang kahwin tanpa cinta tu akan menderita.
Some tetap teruskan perkahwinan walaupun bukan dengan orang yang dia suka.

Pada pandangan dorang, cinta akan datang seiring dengan masa.
Bila dah kawen of cos tiap-tiap hari berjumpa dalam rumah, so kekerapan berjumpa ni lambat-laun akan membibitkan rasa cinta [gitu ayat aku].
Pandangan ni tak salah sebab cinta boleh datang bila-bila masa.
Those yang kawen dengan kaedah takruf ni aku boleh kata tahap yakin dia pada Allah sangat tinggi sebab dorang betul-betulkan serahkan Allah tentukan pasangan hidup dia.

Lainlah macam aku ni dulu, semua benda nak cari sendiri.
Jangankan kata nak serahkan Allah pilihkan, mak bapak aku nak pilihkan pun aku taknak.
Konon nak pilih sendiri, hambik kau dapatlah rasa sakitnya putus cinta kejap.
Tu cara-cara dapat tengok rupa, dapat merendek tiap-tiap malam, dapat makan sama-sama, dapat dating tetiap minggu - punnnn ke laut dalam kisah cintanya.
Jadi sebetulnya kita boleh usaha je, tapi Allah yang tentukan.
Boleh jadi jalan cinta aku yang dulu banyak salahnya dari betul, jadi aku dan exbf sama-sama dipisahkan supaya kitorang sama-sama jumpa dengan yang lebih baik.

Eh, tetiba cerita pasal kisah cinta sendiri pulak kan. Hahaha. Ok bye.


2018-11-22

Triple point



Thank you so much untuk yang emailkan testimoni ni.

Belum sampai 2 bulan, berat dah turun almost 9kg.
Tapi yang paling aku suka sekali bila pinggang dia dari 35 inch turun jadi 33 inch.

2 inch beza dalam masa tak sampai 2 bulan.

Nak turunkan berat (skala penimbang) tak susah sangat sebab badan kita ada air.
Boleh jadi kita banyak hilang air berbanding lemak.
Tapi ukuran pinggang menunjukkan berat lemak.
Bila pinggang berubah inchi, itu tandanya ada pengurangan berat lemak, bukan berat air.

Bukan senang nak turunkan lemak.
Hilang 2 inci kat pinggang tu dia punya happy tak tau lah nak cakap apa.
Aku ni sekarang pinggang 26 inch lebih.
Benchmark aku sebenarnya adalah seluar jeans Giordano yang aku beli 10 tahun lepas kat Hong Kong, bersaiz 25 inch.
Nak turunkan 1 inchi je pun hazab nau rasanya.

Berat pada penimbang memang senang je nak turun.
Kau puasa 2 hari, konfem turun.
Tapi hakikatnya yang turun tu air saja, lemak belum turun lagi.
Tu pasal GreenAard bagi weight lost tracker card untuk korang catat kehilangan inci dalam selepas tempoh 10 hari.
Hilang inci tu sebenarnya lebih penting dari hilang berat badan (penimbang).

Ok, aku try explain satu-satu point yang pengguna ni highlite dalam testimoni dia :


Semput vs overweight.

Salah satu cara nak tau samada kita overweight atau tak, cubalah naik tangga.
Macam pengguna GC Plus ni sendiri cakap, sebelum ni dia mengah bila naik tangga.
Kalau masa naik tangga atau beberapa minit selepas naik tangga kita rasa mengah satu macam, kemudian slowly reda, ok itu tanda badan kita out of shape.
Tapi kalau tak naik tangga pun boleh mengah, ok yang tu maybe ada penyakit lain.
Silakan jumpa dokter.
But in some cases, dengan menurunkan berat badan boleh bantu atasi masalah semput.


Sakit lutut vs overweight

Lagi satu sakit lutut.
Ini memang one of the complicatios yang paling biasa untuk orang overweight.
Kalau kita dah memang dah sedia ada sakit lutut, just a small weight loss dah boleh legakan sikit sakit lutut tu.
Tak percaya, cubalah.
Dapat turunkan sikit berat jadilah, insyallah hilang sakit lutut tu.
Sebab, berat badan yang berlebihan akan bagi tekanan pada lutut.
Tekanan yang berterusan akan bagi macam-macam complications lagi.

Yang pertama sekali, bila berat badan berkurang, of cos sakit lutut pun akan berkurang kerana setiap 400g berat yang kita berjaya turunkan akan kurangkan tekanan pada lutut sebanyak 1.6kg.
Cuba bayangkan kalau berjaya turunkan berat 2kg, tu bermakna dah reduce 8kg tekanan pada lutut.
That's why this pengguna kata lutut dia dah tak sakit selepas turun almost 9kg, tu bermakna tekanan pada lutut dah berkurang sebanyak......??? [kira sendiri, aku kalau bab mengira ni fail].

Yang kedua, bila sakit lutut berpanjangan [akibat berat badan], lama-lama boleh datang komplikasi yang lebih teruk, selalunya osteoarthritis and rheumatoid arthritis.
Rheumatoid arthritis (RA) ni paling ramai orang dapat.
Awal-awal masa aku distribute sample GC Plus, ada sorang pengguna tu kata dia dah biasa ambil steroid untuk kurangkan sakit kaki sebab dia ada RA.
After ambil GC Plus 10 hari, dengan izin Allah, dia dah tak perlu ambil steroid.
Dia kata doktor pernah mintak dia kurangkan penggunaan steroid tapi sebab tak tahan sakit, dia ambik juga.
Alhamdulillah lepas guna GC Plus tu, dia slowly tak ambil steroid.

Actually memang ada kaitan antara RA and weight loss.
RA ni menyebabkan badan kita menyerang tisu badan sendiri dan menyebabkan inflammation and koyakan pada tisu.
Walaupun lemak penting juga untuk badan tapi bila badan terlalu banyak lemak, boleh menyebabkan sel-sel lemak release bahan kimia secara berlebihan.
Bahan kimia inilah yang buatkan sendi dan tisu koyak.
So by reducing weight, kita boleh kurangkan risiko untuk dapat RA.

Dia punya flow nak mudah paham gini.

Berat badan bertambah akan menyebabkan sakit lutut.
Sakit lutut yang berpanjangan akan menyebabkan RA.
RA ni bukan sakit kaki yang biasa-biasa ya, ini dah masuk kategori kronik disease.


Gastrik vs overweight

Sebenarnya aku dah letak reminder siap-siap dalam website GreenAard that those yang ada gastrik tak boleh ambil GC Plus.
Tapi nampaknya GC Plus ni terlepas jugak kat orang yang ada gastrik.
Bukan apa, gastrik ni berpunca dari sistem digestive yang lemah.

Ada some pengguna kata bila guna GC Plus dia dapat gastrik.
Dalam erti kata lain, dia nak cakap yang GC Plus menyebabkan dia dapat gastrik.
Ok aku bukan nak menangkan produk sendiri tapi this is fakta.
Yang menyebabkan punca gastrik adalah digestive sistem yang lemah.

Ramai orang salah faham antara food allergy and food sensitivity.

Food allergy melibatkan tindakbalas protein.
Food sensitivity pula melibatkan tindakbalas bukan protein.
Selalunya, food sensitivity akan mengakibatkan kesan yang teruk, antaranya gastrik.

So bila orang kata lepas makan GC Plus jadi gastrik, itu bukan tanda alergik pada bahan-bahan dalam GC Plus tapi sensitif pada bahan-bahan dalam GC Plus.
Dan sensitiviti ni bukan berpunca dari bahan-bahan GC Plus tapi kerana digestive sistem dia tak boleh tolerate dengan bahan-bahan tersebut.
The problem in within you, bukan dari produk.

Bunyinya macam nak menangkan produk sendiri, kan.
Tapi this is fakta yang aku perlu jelaskan.
Kalaulah puncanya adalah produk, bermakna orang yang paling awal kena adalah aku sebab aku paling lama guna GC Plus menjak dari zaman RnD lagi.

Alhamdulillah, this pengguna come out with testimoni yang katanya gastrik berkurang selepas ambil GC Plus.
Itu adalah bukti bahawa GC Plus bukan punca gastrik.
Tapi gastrik itu terhasil sebab sistem penghadaman you lemah dan tak boleh bertindakbalas dengan bahan-bahan dalam GC Plus,
Dalam bahasa mudahnya, you have food sensitivity that you aren't aware of until you took GC Plus.

Harap-harap boleh faham penjelasan aku ni ok.
Kalau rasa nak explanation lanjut maybe boleh email health[at]xzizbiotech[dot]com.

Oh by the way, ada yang follow tips calorie counting aku bagi dulu.
Ingat tak aku ada bagi tips kalau makan below 1500 kalori selama 1 minggu, berat lemak akan turun 400g?

So ada sorang pengguna GC Plus kata memang cepat berat dia turun guna tips aku tu plus ambil GC Plus sekali.
So dia dengan bijaksananya kurangkan makanan bawah dari 1000 kalori selama 2 minggu tapi hasilnya berat dia naik 1.3kg sepanjang 2 minggu tu.
Lepas tu dia kata badan dia dah immune dengan GC Plus, tak boleh turun dah, makin naik.

Ok dengar sini ya.

Kita tak boleh makan kurang dari 1000 kalori.
Kalau kita makan kurang dari nilai ni, badan akan anggap kita berada dalam zon kebuluran so dia stop terus bakar lemak sebab nak simpan tenaga.
On top of that, badan akan gunakan otot untuk dapatkan tenaga.
Jadi otot makin lama makin mengecut.

Otot fungsinya untuk membakar lemak.
Jadi bila one day korang start makan dengan normal semula (melebihi 1000 kalori), berat akan naik mendadak.

Why?

Sebab otot kan berfungsi untuk bakar lemak.
Kalau otot dah mengecut, maknanya lemak akan dibakar dengan sangat slow.
Nak tunggu otot bertambah baik kena tunggu masa la nampaknya.
Sementara nak tunggu otot bertambah sempat la badan naik sampai 10kg kot 😂😂.

Jadi, jangan memandai-mandai sekat makan melampau-lampau ok?
Binasa masa depan. Haha.

Ok memandangkan aku dah cerita pasal GC Plus, sesiapa yang beli GC Plus HARI INI, akan dapat 270 points (3 kali ganda) DAN dapat free Cleansing Gel 25ml.
On top of that, korang berpeluang menang sejadah di bawah.

Sila whatsapp SINI.




2018-11-21

Redza : History



Rabu lepas [seminggu lepas punya cerita] aku up gambar kat IG hantar Redza ke KLIA untuk trip dia ke Cambodia.
Ramai yang surprised Redza dah sama tinggi dengan aku.
Sebenarnya bukan sama tinggi ya, tapi sama pendek.
Aku tak tinggi mana, 155cm je.
Tapi insyallah by the time Redza umur 21 nanti dia dah jauh lebih tinggi dari aku.

Tak sangka ramai yang masih ingat Redza as "budazah".
Di kalangan followers IG ada yang tanya budazah tu apa 😂😂.
Aku rasa followers IG are new blog readers.
Ni mesti ramai-ramai datang lepas artikel aku viral pasal Fazura-Fattah tu.

Macam ni, masa Redza umur 4 tahun, dia dah ke tadika.
Kat tadika tu ada subjek mengaji jugak.
So one day Redza balik rumah bagitau aku yang ustazah dia pesan something.
Dia masih pelat waktu tu, dia sebut ustazah = budazah.
Aku ceritakan ni kat blog.
From that on ramai pulak yang panggil Redza = budazah.
Sampai sekarang orang ingat pulak tu.

Bila aku tengok gamba ni, alahaiii, memang dah besar rupanya anak aku.
Suara pun dah serak-serak basah.
Kalau dia bercakap kat phone aku always ingatkan dia batuk, padahal itu memang suara dia sekarang.

Memandangkan ramai yang berminat nak tau pasal budazah ni, aku highlite mana yang penting je la ya.



Persiapan nak menyambut Redza.
Ini je baju-baju Redza yang kitorang beli.
Semua baju tido sebab katanya baby sejuk kan, elok pakai seluar and lengan panjang.
Padahal ini je pun baju yang ada tapi hari-hari aku bukak katup laci, punyalah excited nak dapat baby.



Redza lahir 3 September 2004 ikut tingkap.
Ni la dia budak yang taknak keluar-keluar walau dah 3 kali Dr induced mak siap korek-korek nak bukakkan jalan tapi tetap tak bukak-bukak.
15 jam tahan sakit sampai biru kuku kaki, last-last Dr bedah saja.



Ya, saya memang berketak-ketak sejak dari lahir.
Patut la payah nak keluar. Gemuk rupanya. 
Keluar-keluar je dah kencingkan nurse dulu.



Tahun 2005.



Pertama kali berendam dalam kolam.
Ini kat Awana Kijal, first time Redza duduk hotel.
Biasala kan, orang baru ada anak, nak pergi bercuti dalam negara pun dah kecoh buat persiapan untuk anak.
Beli pelampung dia la, beli bola dia la, beli sunblock dia la.
Ibu-ibu muda memang macam ni, menggelabah lebih. Kahkahkah.



Mahap la, henfon ahkak dulu samsung flip cokia tu je.
Kamera pun berkabus 😂.
Ini rutin Redza everyday, berendam 1 jam dalam besen.
Perangai ni membawak sampai ke besar ni.
Kalau mandi kemain lama lagi.
Kalau dalam bilik air tu kebetulan ada baldi, main dengan baldi pun jadik anak aku ni.
Tau-tau je bergendang dari dalam.



Dan setiap Mahgrib dia akan mengimamkan bapak dia 😂.
Rutin harian Redza, lepas Maghrib dia akan bawak flash card dia duduk depan En Wan untuk study.
Kadang tu kalau bapak dia lupa, dia yang ingatkan "Pa, study!"



Sesiapa follow cerita Rayyan mesti ingat Rayyan ke hulu-hilir bawak 'anak kera', kan?
Redza pun sama, kalau nak tido atau pi jalan mesti masukkan menatang tu dalam kereta.
Rambut Temenggung Jugah tu wajib.



Berjahit kat kepala 2 kali.
Satu kat depan, satu kat belakang.



2008, hari pertama masuk skolah CEC, at age 4 years old.
Nampak tu kemeja dah shirt sleeves pun masih nak lipat lagi, ala-ala Berverly Hills 90210.
Masa ni mak berada kat zaman jahiliah, pastu masukkan anak kat skolah omputih pulak, memang mak kena kecam kaw-kaw kat blog lah 😂.



2008, performance Redza yang pertama.
Disco mode ON.
Masa ni suara mak dia yang paling kuat sekali dalam dewan bersorak masa anak keluar ke pentas.
Macam orang lain takde anak, dia sorang je ada anak. Hahaha.



2010, konsert Redza yang terakhir cum graduation tadika.
Masa ni aku mengandungkan Rayyan.
Tak lama lepas konsert ni, aku pun tersadai kat jadi maskot wad bersalin 28 hari.



2011, Redza mendaftar ke skolah rendah.
Pagi tu cium adik dulu sebelum pi skolah.
Aku tak dapat hantar sebab tengah berpantang Rayyan.



2017, Redza mendaftar ke MRSM Langkawi.



2018, gambar paling latest, Jumaat lepas masa dia ke Cambodia untuk program skolah.
Dalam tempoh setahun dia boleh kurus.
Jadi marilah kita sama-sama masuk skolah asrama, mana tau boleh kurus macam Kate Moss.

Itu sejarah ringkas Redza.
Banyak sebenarnya gamba-gambar Redza dalam blog ni.
Nasib baik la mak rajin menceceh dalam blog, ada la jugak kenangan.
Apaknya dulu time aku sibuk memblogging dia membebel.
Buang masa lah, takde manfaat lah.
Now dia pulak yang rajin kelebet blog aku nak retrieve gamba-gamba lama.

Dulu masa aku start blogging, niatnya suka-suka je sebab kawan aku yang encourage aku blogging.
Dia kata aku kuat bercakap.
Asal lepak dengan dia, dia cakap sikit je, balik-balik aku yang bercakap.
Dia kata aku ni terlampau banyak idea nak bercakap so apa kata aku menulis.
Bila banyak yang aku dah tulis mungkin kurang sikit aku bercakap dia kata. Hahahaha.

Nan ado!!
Tulis is tulis.
Bercakap tetap lajuuuu.

Rupanya ada juga manfaat blog aku ni.
Boleh gak mengimbau memori lama.
Maklumlah makin tua ni banyak benda yang tak berapa ingat.
Bila ada blog ni, selak-selak entry lama baru teringat kisah dulu-dulu.


2018-11-20

Move Up


Dalam entry yang lepas-lepas [kalau tak salah dalam entry hijrah], aku ada mention yang bila kita nak berhijrah kepada kebaikan, seeloknya kita tinggalkan kawan-kawan yang tak menyokong/membantu hijrah kita, dan kita perlu mencari kelompok yang lebih baik.

Aku risau ada yang salah faham maksud sebenar.

Ini tak bermaksud kita dah jadi baik dan kawan-kawan lama kita jahat.
Bukan macam tu.

Kalau kawan-kawan yang sedia ada ni boleh membantu hijrah kita, tak apa.
Katakanlah kawan-kawan sekarang jenis yang tak membantu, hat ni yang kita jauhkan diri kejap.
Maksud 'tak membantu' kat sini ialah ada kemungkinan hijrah akan sangkut dek pengaruh yang datang dari kebiasaan lama.

Dia macam ni tau.

Kita menjauhi kawan-kawan lama bukanlah bermakna kita nak tinggalkan dorang terus.
Kita cuma nak kurangkan berkumpul macam dulu, bukannya menghilangkan diri terus.
Bukan apa, kita nak kuatkan iman kita dulu.
Bila iman dah kuat, baru kita patah balik ke mereka dan ajak mereka hijrah.
Kerana kalau hijrah kita masih baru, ada potensi untuk kita berpatah balik ke kita yang dahulu sekiranya kita kembali ke kebiasaan yang lama.
Tau je lah kan bila kita berkumpul dengan kawan-kawan yang jenis tak membantu hijrah ni, kita akan terbawa-bawa perangai lama.

"Alah, rilek lah. Takat sesekali tinggal kelas mengaji, bukannya kau tak pandai mengaji, mengaji kat rumah pun boleh apa...".

Selalunya bila kawan cakap macam ni, dah tentu kita pun meng-iya-kan je.
Tak sampai hati nak reject, takut dikata "bajet ustaz".
Rasa bersalah pun ya jugak menjauhkan diri dari kawan.
Lama-lama naik seronok pulak kembali ke kebiasaan lama.
Bye-bye hijrah.

Dunia celebriti/artis, contohnya.
Dorang ni semua baik-baik.
Ada di antaranya nak berhijrah penampilan tapi tak dapat buat lagi.
Ada yang dah berubah penampilan, tapi tak dapat buat sepenuhnya.
Bukan sebab tak nak tapi sebab persekitaran yang tak membantu.
Dunia mereka kurang membantu ke arah hijrah yang lebih baik.
Godaannya kuat.
Memang aku respect those yang nekad keluar dari dunia glamour untuk cari redha Allah.

That's why persekitaran sangat penting dalam hijrah.
Ini bukan sekadar hijrah penampilan, tapi jiwa.
Penampilan belum memberi apa-apa makna lagi.
Tetapi jiwa dekat dengan Allah, kita boleh nampak bukan setakat dari penampilan tapi juga akhlak.

Dari pengalaman aku sendiri, bila aku berada di persekitaran yang sama macam dulu, aku tak nampak kekurangan aku di mana.
Aku nampak aku 'normal', tak buat salah pun.
Aku nampak aku sama macam orang lain.
Sama-sama pakai tudung pendek.
Sama-sama pakai jeans ketat.
Sama-sama solat asal buat.
Sama-sama mempraktikkan agama dengan ala kadar.

Dah tentu semakin hari terdetik nak jadi semakin baik, semakin nak faham agama, semakin nak istiqomah dalam ibadah dan semakin nak memperbaharui iman.
Jadi, aku paksa diri untuk tukar persekitaran.

Rupanya seronok bila kita dapat kawan-kawan yang membantu hijrah.
Aku tak pernah sangka dorang ni berdakwah dengan cara pukul 3.30 pagi call aku untuk bangun solat malam.
Berdakwah dengan cara whatsapp  aku untuk remind baca Al-Mathurat.
Sesape yang habis hafalan akan bantu mana yang masih merangkak untuk tamatkan hafalan [aku la yang merangkak tu].
Siap tanya lagi berapa ayat lagi kita pending, meh dia tolong.

Masa tu baru aku realized aku ni belum hijrah apa-apa pun lagi.
Takat hijrah pakai stokin je.
Tapi dorang sampai kejutkan orang bangun sahur, bangun solat, mengaji.
Betul-betul taknak masuk syurga sorang-sorang dorang ni.

Tapiiiiiiiiiiiiiiii, set-set ni kalau menegur memang pedih.
Walaupun teguran pedih, tapi menyedarkan.
Bak kata orang, ada yang membelai tapi membuatkan kita lalai.
Ada yang menampar tapi membuatkan kita sedar.
So this kelompok yang baru ni adalah set-set yang 'menampar'.

Ustaz aku kata istiqomah itu memang payah.
Tapi ia akan lebih susah kalau kita tak bersedia.

Kita kena bersedia untuk MOVE UP, barulah Allah permudahkan jalan hijrah.
Kerana Allah hanya akan memberi kepada orang yang bersedia.
Dia akan beri sesuai kemampuan kita.
Tindakan kita membuktikan keseriusan kita.
Doa kita dikabulkan sesuai dengan kesediaan kita.
Allah tak pernah mengabulkan doa dimana hati kita tidak ada keseriusan.

Contoh, kita doa setiap hari "Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dan hidayah".
Tapi kita tetap belum berubah.
Lalu kita salahkah hidayah - "Belum dapat hidayah lagi".

Sedangkan kita yang takde usaha ke arah tu.
Hanya sekadar doa, tapi tak serius mencari hidayah.
Hanya harapkan hidayah terjun depan mata.

Samalah macam orang yang berangan nak jadi kaya.
Kalau tak serius berusaha, takde maknanya kaya nak datang kat kita.

Salah satu bukti kesediaan kita untuk berhijrah adalah mencari persekitaran yang membantu hijrah.

Kawan-kawan mencerminkan diri kita.
Cuba cari kawan yang boleh membantu memotivasikan kita untuk berhijrah.
Macam aku cakap tadi, bukan meninggalkan kawan lama.
Boleh je kita nak kawan dengan sesiapa pun asalkan niat untuk berhijrah tak jatuh.
Tapi kalau kita detect ada di kalangan kawan boleh buatkan semangat kita down, lebih baik jauhkan diri dulu.
Honestly, berkawan dengan orang yang have the same vision and mission, sangat berbeza.




Silakan beli GreenAard banyak-banyak dalam tempoh ni.
Setiap pembelian RM50 akan dapat satu kupon berisi nama korang.
So kalau beli RM200, kitorang akan masukkan nama korang 4 kali dalam balang. Whatsapp 012-7728976 atau email health[at]xzizbiotech[dot]com.


2018-11-19

Buat je




Semalam aku naikkan teaser ni kat IG Story.
Insyallah ini new book yang akan release, awal Jan 2019.
Baru nak start proof read Jumaat lepas, mana sempat nak release next month, ye tak? 😂
Lagipun next month quite pack, especially aku dah susun schedule untuk 'road tour' for Halal in Home Kit.
Rasanya January just nice lah untuk aku release buku ni.

Kali ni buku ni 100% fresh ideas, belum pernah appear dalam mana-mana status FB and IG aku.
Dalam blog pun tak pernah.
Memang semua quote dalam ni khas untuk buku saja.
Lali ni tulisan-tulisan aku lebih panjang.
Doakan lah semua berjalan lancar, ok?

Actually bukan nak cakap pasal buku ni tapi nak menjawab pertanyaan follower IG yang men-DM aku selepas dia tengok IG Story ni.
Dia tanya macamana aku susun jadual sampai sempat tulis buku, sempat update blog, sempat keluarkan Halal kit, sempat produce shawl, sempat join hafal Quran and at the same time handle GreenAard.

Jawapannya, start.

Apa yang kita nak buat, kita kena start.
Tak dinafikan, aku tak buat kerja ni sorang-sorang.
Kerja-kerja ni banyak dibantu oleh staff.
Bab teknikal and ideas boleh jadi aku lebih kedepan tapi urusan marketing and distribution orang lain ambil alih.
Kalau nak buat semua sendiri matilanakkkk, boleh jadi stress.
Jadi, kita jangan stress sorang-sorang.
Kita pass-passkan stress tu biar semua merasa 😂😂.

Nak bagi tips, aku tak reti.
Sejujurnya, aku takde tips hebat macam orang lain.
Apa yang aku buat cuma START.
Jangan pikir apa nak jadi atau apa bakal jadi.
Terlampau banyak pikir kadang-kadang buatkan kita takut nak mulakan.
Selalunya bila idea datang, masa tu la semangat kita berada di tahap paling tinggi, jadi masa tu start terus.
Nanti along the way kita akan jumpa banyak lompong and lubang, masa tu lah kita perbaiki.
Jangan sebelum start lagi kau dah pikir mana lubang, mana lompong.
Memang konfem terbantut plan kau nanti.

Honestly, jangan terlampau banyak tanya tips walaupun kepada orang yang dah berjaya.
95% yang follow tips orang berjaya akhirnya kecewa bila dah ikut semua tips tapi tetap tak berjaya.
Siap dah hafal tips dah, tetap gitu gak tak jadi apa.

Perasan tak, everytime ada cerita tentang kejayaan seseorang, kita semua seronok nak baca.
Kita cuba ikut apa yang dia buat.
Rasa macam dah buat semua, tapi apesal tak jadi macam dia.
Kan?

To be fair, dulu aku pun macam ni.
Selalu wonder macamana ada orang boleh belajar sambil bekerja siap boleh beranak 2 kali lagi in between.
Kita nampak macam erghhhhhh struggle gila kot.

Tapi percayalah cakap aku, cerita sebenar orang berjaya tak seperti yang dia ceritakan.
Cerita dia tu betul, tapi hakikat sebenarnya jauh lebih perit dari apa yang kita bayangkan.
Orang-orang yang berjaya ni pun sebenarnya tak pasti kenapa dia berjaya.
Bila dah berjaya je baru dia bagi tips.
Cuba ko tanya tips masa dia tengah sibuk berhempas-pulas membina hidup dulu, konfem dia have no idea kerana waktu tu dia sendiri tak pasti apa penyudah perjuangan dorang, samada berjaya atau tak.

Bila dah berjaya, kita mintak dia kongsikan tips.
Of cos dia akan cuba ingat dan mula bercerita.
Nah! Kat sini lah masalah mula timbul.

All the stories they shared are stories yang dia ingat saja.
Dan dia akan fokuskan juga pada cerita yang dia nak cerita.
Of cos ada cerita yang dia ingat tapi dia taknak cerita.
Yang hat dia tak cerita ni la selalunya yang kita tak sangka kita akan jumpa dalam proses kita nak berjaya.

Tak semua cerita dia nak cerita.
Kerana dia tau tak semua benda yang dia cerita tu menyumbang kepada kejayaannya.
Sebenarnya ada perkara lain yang membantu kejayaannya tapi dia sendiri tak sedar dan tak tahu.
Yang dia tahu, dia kongsikan.
Yang dia ingat, dia kongsikan.
Yang dia ingat, tapi dia taknak ceritakan.
Yang dia tahu, tapi dia sorokkan.
Yang dia tak tahu menahu.
Tu semua ada dalam sebuah kejayaan seseorang.

Yang dia tak tahu menahu tu apa?

Boleh jadi 30% sahaja usahanya yang membawa kepada kejayaan, lagi 70% adalah dia ibubapa.

Boleh jadi 20% sahaja usahanya yang membawa kepada kejayaan, lagi 80% dibantu oleh hubungan baiknya dengan Allah dan manusia.

Kadang-kadang yang membuatkan kita boleh buat 10 projek dalam satu masa bukan kerana kita super woman atau iron lady, tetapi kerana kita start.
Selebihnya nanti Allah uruskan.
Kerana Allah akan beri ketika kita sudah bersedia.
Kalau kita start, bermakna kita sudah bersedia.
Tapi kalau kita tak start maknanya kita belum bersedia jadi pertolongan itu takkan sampai.

That's why, bila kita bertanyakan tips, bukan tak boleh.
Boleh.
Tapi jangan berharap 100% tips tu akan bagi kita hasil yang sama macam dia.
Tips tu sebagai guideline saja, bukan syarat.

Apa yang aku nak cakap adalah, apa juga yang kita rancangkan, please buat.
Jangan habis kat merancang je tapi buatnya tak.
Jadi ke tak jadi, itu cerita lain.
Yang penting buat.
Kalau kita buat, ada kemungkinan berhasil, ada kemungkinan tak berhasil.
Tapi kalau tak buat, sah-sah takde hasil.



Ini salah sorang yang ada bertanyakan hal yang sama baru-baru ni.
Siapa nama dia lupa pulak aku nak tanya.

Bisnes yang paling meletop?

Bisnes yang meletop adalah bisnes yang dimulakan.

Apa-apa bisnes atau idea yang tak dimulakan, konfem takkan meletop sampai bila-bila.
Jadi, tipsnya adalah - MULAKAN.
Dia jadi ke tak jadi ke, jangan pikir dulu, tapi kena start dulu.

Salah satu punca ramai takut nak mulakan adalah kerana terlalu fokuskan pada hasil.
Belum start apa-apa lagi dah bayangkan hasil dulu.
Lepas tu aim untuk bersaing dengan orang lain.
Belum apa-apa dah plan nak bersaing.
Berangan pandai, start tak mahu.

Selalunya bila kita minta tips, kita jadi bergantung pada tips tu dan percaya dengan tips-tips tu kita boleh jadi seberjaya dia.
Bila tak dapat achieve target, kita salahkan pemberi tips.

Tugas kita adalah berusaha.
Hasilnya samada cepat atau lambat, jadi atau tidak, itu bukan urusan kita.
Setiap kali kita minta tips, pastikan fokuskan kepada perlaksanaan tips bukan fokus pada hasil.

Rasulullah saw diangkat ke kedudukan Nabi hanya apabila baginda berumur 40 tahun.
Tahun-tahun sebelumnya Rasulullah saw diuji secara berterusan..
Bukan kerja 1-2 tahun nak jadi Nabi.

Nabi Nuh lagi lah.
950 tahun hidup dan berdakwah tapi pengikutnya 70 orang je.
Tapi dia ok je, sebab dia fokus pada usaha bukan pada hasil.

Walaupun hanya 70 orang je followers, Nuh tetap mulia, kan?
Nama Nuh tu 43 kali disebut dalam Quran.
Itu bukti bahawa Allah menilai usaha bukan hasil.
Dan setiap usaha jika diniatkan kerana Allah, akan dinilai sebagai ibadah.

Contoh paling mudah, hafal (Quran).
Tips ustaz aku ajar simple je - satu hari satu ayat.
Kalau ikut tips ni, 110 ayat surah Al-Kahf boleh dihafal dalam tempoh 3 bulan setengah je.
Tapi ada juga yang terbabas sampai 8 bulan, ada juga yang cepat boleh hafal 2 bulan je.
Walau macamanapun, semua akhirnya dapat habiskan.
Kerana tujuannya adalah menghafal, bukan berlumba siapa dapat hafalkan dulu.

Dalam urusan dunia pun begitu.
Kalau kita nak buat sesuatu, buat saja.
Bila Allah datangkan idea, itu maknanya Allah nak bagi kita peluang buat ibadah.
Kerana sepanjang kita melaksanakan idea tersebut, kita akan berdepan dengan macam-macam ujian yang memerlukan kita bersabar, bertolak-ansur, berlapang dada, redha, dan tenang.
Itu semua ladang amal untuk kita, peluang kutip bekal untuk akhirat.
Allah bagi kita idea untuk buat sesuatu bukan untuk kita buat sampai jadi tapi Dia nak tengok bagaimana kita merespon setiap ujian sepanjang kita melaksanakannya.




Ada yang tanya Halal in Home Kit ni boleh test untuk detect sembelihan sekali ke?

Tak boleh.

Kalau untuk sembelihan tak boleh pakai kekdah rapid-test.Yang tu kena buat protein expression, maknanya kena diuji dalam makmal juga. Hanya dari protein expression saja kita boleh detect method of sembelihan samada secara renjatan, tembak atau sembelih. Kit aku ni rapid test untuk detect pork dalam makanan - canned food, meatball, sosej, cooked food, tepung, roti, etc.


2018-11-16

Pilihan akhir


Dapat email dari blog reader.
Dia ni follower FB aku juga.

Minggu ni kan minggu skolah buat penyampaian hadiah.
Anak dia dah nak masuk Darjah 4 next year.
Dia kata prestasi anak tak memberansangkan.
Nombor makin merosot, tahun depan jangkaannya akan berpindah ke kelas terakhir, jadi dia plan nak hantar anak ke tahfiz.

Ok, sejujurnya hat ni aku tak berkenan.
Bukan tak berkenan dengan skolah tahfiz, tapi tak berkenan dengan jalan penyelesaian yang di nak diambil.

Aku perasan ada some parents letak anak kat tahfiz sebagai last resort.
Katanya nak anak pandai agama, walhal dari awal lagi taknak enroll kat situ.
Bila anak takleh catch up dengan standard school silibus, barulah nak masukkan ke tahfiz.
Masa tu la baru terasa yang ilmu agama ni penting dari segala-galanya.

Bak kata ustaz aku, ramai parents hantar anak ke tahfiz dengan niat baik.
Tetapi ramai di kalangan parents ni anggap hanya belajar di skolah agama dah memadai untuk masa depan.

Itu ustaz aku sendiri yang cakap, dia seorang ilmuwan agama.
Tapi dia sendiri kurang bersetuju kerana bimbangkan tujuan hantar anak ke tahfiz tu dah lari dari niat asal.

Dan aku setuju dengan apa yang ustaz aku cakap.
Some parents tak faham tafaquh (mendalami agama dalam ertikata sebenar).
Mereka anggap pandai Quran, done.
Hafal Quran, done.
Senang masuk syurga.

Even Dr Maza sendiri ada cakap yang belajar agama bukan sekadar menghafal.

Di zaman fitnah berleluasa dan macam-macam perangai pelik muncul, kita perlukan sesuatu yang lebih dari sekadar menghafal.
Zaman kita hidup ni dah penuh dengan cabaran terhadap agama dan menuntut kemampuan kita untuk memahami agama dalam konteks yang betul.
Pendidikan agama memang wajib, tak boleh tidak.
Tetapi mesti diseimbangkan dengan keperluan cabaran zaman sekarang.

Again, aku bukan menafikan kepentingan agama.
Aku sendiri masuk kelas agama, belajar agama, belajar tafsir dan kelas menghafal Quran.
Agama memang penting, tapi untuk men-enrolled anak-anak ke tahfiz sebagai last resort, this is unfair.

Pada pandangan aku, mak bapak yang anaknya kurang memberansangkan di sekolah sepatutnya kaji dulu kecenderungan anak.
Jangan menilai prestasi anak berdasarkan nombor dalam exam.
Zaman sekarang ni budak pandai dah ramai, nombor tak memberi makna.
Peratusan akademik yang kita kena tengok dulu.

Kalau perlu hantar tusyen, kita hantar dulu.
Kalau perlu kita ajar di rumah, ajar dulu.
Minta pandangan cikgu.

Bagi aku budak umur sekolah rendah ni masih keliru dalam memahami kepentingan belajar.
Dorang masih cenderung dengan bermain.
Mesti dipaksa-paksa pegang buku.

Cuba try hantar anak ke skolah montessori macam kelas drawing, kelas mewarna, atau seminar-seminar yang offer self-directed activity and hands-on learning.
Tengok if kecenderungan dia ada di situ.
Some budak bab belajar ni dia tak berapa sangat, tapi benda-benda yang melibatkan skill dia excellent.
Kalau dah nampak dia minat ke arah itu, maybe boleh usahakan masuk skolah Vokasional masa skolah menengah nanti.
Entah, aku tak sure apa flownya untuk masuk skolah ni, tapi mesti ada cara untuk tempatkan anak-anak yang lebih sukakan praktikal berbanding teori.
Budak-budak ni macam kita juga, kalau dah minat kat sesuatu benda tu, macamana payah pun dia akan buat jugak.

Jangan salah faham, ya.
Aku bukan anti-tahfiz.
Tapi aku rasa sebelum kita jadikan tahfiz sebagai pilihan akhir untuk letak anak, mungkin kita boleh consider pendekatan lain juga.
Jangan terus-terus jump into fahaman bahawa kalau dia takde rezeki di skolah biasa, maybe dia ada rezeki di skolah tahfiz.
Bukan macam tu kita nilai prestasi.

Sorry to say, tapi kalau subjek di skolah pun anak susah nak ingat, apa jaminannya dia boleh mengingat dan menghafal Quran yang jauh lebih perlukan disiplin yang tinggi.
Aku faham 'kepayahan' menghafal Quran kerana aku sedang melaluinya.
Bukan setakat perlu disiplin tapi banyak yang kena dikorbankan.
Jadi, jangan ambik mudah 'mencampakkan' anak ke tahfiz sebagai pilihan akhir tanpa kenalpasti dulu di mana kelebihan anak kita.

Seorang ahli agama bukan sekadar mesti hafal Quran dan Hadis, tapi mesti mampu memahami apa yang dihafal dan menghuraikan maknanya selaras dengan tuntutan semasa.
Seperti yang kita sama-sama tahu, tak semua sahabat Rasulullah menghafal Quran.
Tak semua sabahat hafal ribuan hadis.
Tak semua sahabat alim dalam ilmu agama.
Tap kenapa semua sahabat Rasulullah Allah puji?

Kerana, semua sahabat Rasulullah mempraktikkan hadis dan berakhlak seperti Quran.

Sahabat Rasulullah lebih banyak habiskan waktu meng-amali-kan hadis.
Walk the talk omputih kata.
Dorang lebih banyak berdakwah fisabilillah.

"Setiap orang mengerjakan sesuai dengan kecenderungan atau bakat yang dimiliki" (Al-Isra, 17).

This shows bahawa kebijaksanaan manusia berbeza- beza.
Tak perlu terasa 'terhina' bila anak kita tak sebijak orang lain.
Setiap anak tak harus memiliki level yang sama dalam akademik.

Aku tahu kita semua tertekan dengan demand persekitaran.
Zaman sekarang, parents berlumba-lumba menjadikan anak produk terbaik.
Sebab tu setiap kali hujung tahun, ramai parents yang share keputusan peperiksaan anak-anak.
Yang anaknya berjaya of cos bangga.
Yang anaknya kurang cemerlang, terasa tersisi dan sakit hati.

Sebenarnya yang membuatkan kita rasa 'terhina' bukanlah keputusan peperiksaan anak, tapi sebab kita tak dipuji.
Kita rasa 'terhina' kerana tak dapat join the club menge-share result anak yang cemerlang.

Betul tak?

Ok meh aku cerita sikit pasal Rayyan.

Rasanya yang baca blog aku tau Rayyan di-diagnosed dengan mild disleksia.
Awal tahun lepas, masa exam penempatan kelas, dia dapat keputusan yang teruk juga.
Dia hanya dapat masuk kelas ketiga dari empat kelas.
Takde la teruk sangat, tapi sebab aku membandingkan dengan abang dia yang sepanjang tahun kelas pertama, so terasa agak teruk jugalah keputusan Rayyan tu.

Waktu tu aku tak tahu yang dia ada disleksia.
Lepas dah tau dia ada disleksia, aku and En Wan sama-sama ambik pendekatan bantu dia mana yang dia lemah.
Mula-mula ajar dia prektis menulis atas garisan (dia menulis asyik condong ke atas sebab nampak garisan bergerak).
Dalam masa sebulan, alhamdulillah masalah ni selesai.

Lepas tu aku fokus prektis gabungkan titik (sebab dia always nampak titik-titik bergerak-gerak).
Sampai sekarang ini masih jadi masalah dia tapi tak seteruk dulu.
Sekarang masih lagi prektis.

Dia selalu nampak huruf-huruf bergerak.
Jadi hari-hari aku layan dia membaca.
Mula-mula merangkak-rangkak kejap dia besarkan mata, kejap dia kecikkan mata.
Takpe, aku layankan je sebab aku tau dia nampak huruf bersimpang-siur.

Alhamdulillah, last year dia dapat nombor 2 dalam kelas dan tahun ni dia dapat pindah ke kelas kedua.
Walaupun orang kata nombor 2 dalam kelas ketiga, dan hanya nombor 39 dari seluruh Darjah 1, takpe.
Tak sehebat anak orang lain, takpe.
Nombor tak penting.
Peratusan that matters.
Asalkan ada peningkatan.
Konsep aku, kau jangan bawak balik C, cukup.
A tanda kau faham.
B, kau boleh buat tapi belum menguasai.
Tapi kalau C memang kau sebenarnya tak blaja dan tak faham apa yang kau blaja.

Tahun ni, dia tak dapat naik pentas.
Tapi dia balik bawa result dapat nombor 6 dalam kelas dan nombor 30 seluruh Darjah 2.
Peratusan 91%, maknanya yang nombor 1 tu entah-entah 100%.
See?
Budak-budak pandai dah ramai sekarang, jadi jangan terasa kecewa dengan nombor anak.

Masa En Wan tunjuk result Rayyan, aku syukur sangat-sangat.
At the same time rasa malu sangat dengan Allah.
Betapa selama ni aku banyak mendahului takdir.
Sedangkan terlalu banyak Allah tunjuk keajaibanNya pada aku melalui Rayyan.

Dari awal kelahiran lagi bila dokter kata chances adalah 50-50, Allah tunjuk kekuasaanNya, Rayyan selamat.

Bila dia dikenalpasti ada mild disleksia, aku terasa mungkin anak aku jadi lembab.
Tapi again Allah tunjuk keajaibanNya, Rayyan boleh duduk sebaris dengan budak-budak 'normal' di sekolah dia.
Kalau sistem pengkelasan masih on next year, insyallah rezeki dia ke kelas pertama.
Dia mungkin tak se-cream Redza yang dari Darjah 1 dah kelas pertama.
Tapi Rayyan buktikan perlahan-lahan dia satu level dengan abang dia, insyallah.

Prestasi manusia tak sama.
Asal ada peningkatan, bersyukurlah.

Kita ni, kalau nak bersaing dengan orang, selama-lamanya kita akan kalah dan takkan pernah menang.
Kerana kita akan sentiasa jumpa dengan orang yang lebih berjaya dari kita.
Akhirnya kita tertekan dan hilang tujuan serta fokus.

Sepatutnya kita fokus untuk bersaing dengan diri kita yang dulu, bukan dengan orang lain.
Jadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi, bukan sebagai saingan.
Kalau nak bersaing, bersainglah dengan diri sendiri.
Pastikan setiap hari kita ada peningkatan.
Bukan dari segi ilmu sahaja tapi dari segi amalan juga.
Kalau dulu kita sedekah RM1 seminggu, sekarang kita sedekah RM5 seminggu.
Kalau dulu pointer kita 2.9, next sem perbaiki.

Dengan Redza aku selalu pesan, jangan stress kalau ada kawan-kawan lebih bijak dari kita.
Sebaliknya, kena bersyukur ada kawan yang bijak dan berada di kalangan yang bijak.
Gunakan peluang tu untuk korek ilmu dari dia, mintak dia ajar mana-mana yang tak faham.
Jadikan keputusan exam dia inspirasi untuk kita perbaiki keputusan kita, bukan bersaing.
Aku always ingatkan Redza jangan bersaing dengan kawan.
Kau duduk jauh dari mak bapak dah cukup men-stress-kan, jadi jangan tambah stress dengan compete keputusan exam.
Cukup hanya perbaiki keputusan diri sendiri.
Pastikan pointer and gred meningkat, cukup.

Orang kata budak-budak skolah rendah sekarang dah macam budak Uni, soalan susah-susah.
Sebenarnya bukan soalan yang susah, tapi kita yang nak bersaing dengan orang lain.
Bersekolah, dibekalkan dengan homework dan diuji dengan exam takkan menjadikan budak-budak stress.
Yang menjadikan budak stress adalah bila kita mak bapak ni nak dia bersaing untuk jadi the best.

Kita dulu pun skolah juga, dilambakkan dengan homework juga, hadap exam juga.
Adakah kita stress?
Tak pun.
Main tetap main.
Tapi blaja tetap kena blaja, kan?

Dihormati, dikagumi, dipandang special - memang menyeronokkan.
Tapi kalau tak berhati-hati dan tak kuat iman, kita akan jadi hamba pujian.
Kita akan jadi macam orang mabuk - cara berfikir, cara bercakap, kelakuan dan cara kita buat keputusan - semua jadi 'tak normal'.
Semuanya macam dibuat-buat.
Tu semua sebab nak me-mantain kekal dapat pujian demi pujian.

Bila dah terbiasa dengan pujian, hati akan hilang sensitiviti, jadi lekas marah dan mudah tersinggung bila takde orang puji.
Hidup pun jadi fake sebab risau takde orang nak perhatikan dia lagi.
Dan kemuncaknya bila hubungan dengan Allah semakin menjauh.
Walaupun banyak ilmu dan rajin ibadah tapi hatinya menjauh dari Allah kerana dalam hatinya sibuk mencari penilaian manusia.

Bakat, potensi, kebijaksanaan adalah anugerah.
Tetapi akhlak adalah hasil dari usaha.
Intipati pendidikan adalah menyempurnakan akhlak.
Dan akhlak itu adalah Al-Quran.
Kita perlu membangun akhlak Al-Quran, bukan sekadar menghafal.

Ustaz aku pernah cakap kebanyakkan ibubapa sekarang hantar anak ke tahfiz kerana nakkan syafaat masuk syurga.
Nak jalan singkat ke syurga katanya.
Nak anak selamatkan kita.
Nak anak tebus dosa-dosa kita.
Sepatutnya mak bapak pun sama-sama menghafal supaya boleh bagi syafaat Quran kepada mak bapak mereka pulak.
Oh, memang pedih ustaz aku bagi tazkirah. Terasa ai.

Dah tentu syafaat becomes an important factor tapi kita semua ahlus sunnah.
Ahlus sunnah sediakan komponen syafaat tu.
Tapi menjadi obses dengan itu by simply placing heaven in such a simple way without any other effort, that is really menyedihkan.

By the way, pernah dengar nama Abdur rahman bin Muljam?

Dia ni seorang yang rajin ibadah, rajin puasa, rajin solat malam.
Dia seorang penghafal Quran dan mengajarkan pulak orang baca Quran.
Tapi amalannya tak membuatkan dia faham tentang agama.
Bila tak faham agama, dia mudah terpesong.
Akhirnya dia membunuh Ali Abi Talib.
Bayangkan seorang penghafal Quran jadi pembunuh?

Menghafal adalah cara, sedangkan berakhlak Al-Quran adalah tujuan.
Menjadi seorang penghafal Quran bukanlah tujuan utama, tetapi itu adalah salah satu cara untuk seseorang dapat berakhlak seperti Al-Quran.
Yang penting adalah kefahaman tentang agama.
Jadi, jangan salah faham dengan skolah aliran biasa dan tahfiz.
Kedua-duanya bagus, dan salah satu tak boleh dijadikan pilihan terakhir.
Jadikan ia pilihan kerana kita mahukan manfaatnya, bukan kerana kita dah takde pilihan lain.


p/s :

Semalam ramai yang email kat yahoomail aku bertanya tentang Halal in Home kit.
Ramai yang tanya berapa kali boleh guna kit tu.
Aku dah tulis dalam form, single use [satu kali guna only].
Kalau nak tanya please email sini ya : halal[at]xzizbiotech[dot]com



2018-11-15

Halal in Home by XZIZ Biotech



Semalam aku upkan gambar ini di both FB and IG.
Alhamdulillah, banyak respond yang aku terima, siap ada yang nak jadi sole-distributor kat Australia (kerja kat sana katanya).

Sejak dulu lagi bila aku share DNA analysis untuk projek Halal kat blog ni, aku dah nampak keperluan kit ni, especially untuk yang duduk di luar negara dan yang kerap travel, it comes in handy.
Tapi macam yang aku cakap, nak release this kit kepada orang awam memerlukan waktu bertenang untuk fikir habis-habisan.
Kerana tak semua orang awam tau keperluan kit ni.
Nak lagi di zaman media sosial ni, ramai yang suka create attention dengan isu-isu yang tak pasti kesahihannya.

Sejarah nak menghasilkan kit ni panjanggggggg.
Yang follow blog ni dari zaman aku keluar masuk lab dulu memang tau dah this is kerja hakiki aku.
GreenAard tu 'anak terbaru'.
Amma-nya adalah XZIZ Biotech.

Oh, by the way ada yang tanya camana nak sebut nama XZIZ Biotech ni.
Ada yang sebut X.Z.I.Z.
Tak payah bersusah-payah sampai macam tu sekali ya. Hahaha.
Sebutannya adalah EXIST = XZIZ.
This company will always exist konsepnya. Aminnn.

Tahun 2011 dulu pernah kecoh sekejapan katanya sosej abang Ramly ada babi.
Waktu tu, ada some readers tanya aku "Betul ke? Betul ke?"

Nak tau betul ke tak, memang kena test dulu.

Tahun 2009-2010 aku pernah buat satu Halal Workshop.
Kat situ aku ada buat silap sikit.
Aku pi keluarkan sosej dari pek yang ada nama brand.
Patutnya aku asingkan sosej tu masuk dalam clear plastik, jangan tunjuk brand.
Waktu tu aku sangat konfiden yang sosej tu halal sebab kat pek ada tanda halal.
Sekali bila dan run DNA, result menunjukkan positif ada babi.
Cuak gila muka semua orang, dengan aku aku sekali terkesima.
Sebab dorang nampak sosej tu dari brand apa.

Isu halal ni sensitif.

Dah beberapa kali ada outbreak dalam negara berkenaan dengan isu halal.
Sikit masa dulu coklat Cadbury.
Gempar kejap tiba-tiba ada trace of babi dalam coklat tu.
Rupanya lepas dibuat testing yang lebih menyeluruh, itu adalah cross contamination.
Maksudnya, bukan sumber babi sengaja ditambah ke dalam produk tetapi produk itu dicemari oleh sumber babi.

Cross contamination boleh datang dari handling (tukang bancuh tepung lupa bersihkan tangan).
Boleh juga datang dari tools yang digunakan untuk mengadun produk.
Counters atau surface yang tak bersih.
Macam-macam boleh terjadi.

Sebab itulah bila sesuatu produk dikatakan ada sumber babi, testing yang lebih mendalam mesti dibuat untuk cari puncanya.
Jangan serkap jarang tudung manufacturer sengaja masukkan sumber babi dalam tu.
SENGAJA dan TAK DISENGAJAKAN adalah dua benda yang berbeza.
Walau macamanapun, kedua-keduanya mesti dielakkan selagi boleh.



Ini adalah proposal XZIZ Biotech 10 tahun lepas semasa membentangkan report untuk kes kolam ikan yang contaminate dengan makanan babi, somewhere in Perak. 
Company aku dulu adalah panel Halal untuk semua Jabatan Perikanan seluruh Malaysia.
Kitorang handle raw meat halal screening.
Processed food aku tak buat, sebab leceh.
Aku nak buat keje senang-senang je. Hahaha.



Aku pernah letak gambar ni kat blog beberapa tahun lepas, waktu tu aku sangat berahsia dengan nama company sebab taknak paparazzi datang opis minta signature [gitewwww].
XZIZ Biotech adalah panel lab yang dilantik oleh Jabatan Perikanan untuk bantu buat screening  sample ikan dari kolam ikan kat Perak tu.



Bila ditanya "Kita hanya jual ikan di luar Perak".

Ewahhh kemain lagi jawapan.
Orang Perak taknak makan ikan ada sumber babi, jadi biarlah orang negeri lain makan.
Gitu kot konsep farmers ni.

Aku rasa ini antara kes terawal tentang isu halal yang menggemparkan Malaysia.
Masa tu sample ikan and udang banyak masuk ke company.
Kejap-kejap Fisheries hantar sample ikan. Kejap-kejap hantar.
Kebanyakkan sample yang masuk memang positif ada DNA babi.
Tu yang sampai kena sit down semeja dengan orang-orang gomen and Jakim membincangkan apa benda yang kita boleh buat, sebab rasanya lagi banyak tak halal dari halal.

Waktu tu ramai researcher mula hasilkan makanan ikan dari sumber halal.
Tapi, tak berjaya pun.
Sebab sumber makanan halal ni mahal.
Yang murah memang hat tu la, masuk dari Thailand melambak-lambak.
Yang tu jugak la yang farmers guna sebab murah.
Bila murah, ikan pun dapat jual murah.
Kalau guna makanan mahal (halal), nanti ikan kena jual mahal, sape nak beli.
Kita ni mana nak beli ikan mahal, semua benda nak murah.
Mahal sikit komplen. Mahal sikit viral.
Hah penyudahnya, hadap la ikan and udang yang dibagi makan sumber babi.



Tahun 2011 kalau tak salah, aku dapat 10 sample makanan ikan dari Terengganu.
Ini adalah makanan-makanan ikan yang digunakan oleh some penternak ikan di Terengganu.
Daripada 11 sample, 1 je yang takde sumber babi, selebihnya semua positif ada sumber babi.

Bila kerja kau memang hari-hari mengadap result yang macam ni, sampai satu tahap, bila terjadi kes viral makanan ada babi, kau takde rasa apa dah.
Macam rasa biasa.

Itulah yang aku rasa masa kes Cadbury dulu.
Di saat satu Malaysia kecoh pasal ni, aku dan mungkin those yang biasa buat halal screening merasa biasa je.
Sebab sebenarnya kebanyakkan sample yang kitorang terima memang lebih banyak positif babi dari negatif.
Cuma, kami tak mahu viralkan kerana itu adalah etika.
Yang kami buat cuma tulis report and hantar pada pihak berwajib nanti dorang akan selesaikan dengan pengusaha sendiri.
Semuanya dilakukan dengan senyap dan fokus pada matlamat.
Tiada matlamat untuk create attention.

Yang boleh men-confirm-kan samada makanan tu halal atau non-halal, hanya Jakim.
Malangnya ramai di kalangan kita yang suka jatuhkan hukum pada sesuatu yang belum pasti.
Itu jugaklah punca kenapa aku sangat contemplating untuk release-kan this kit kepada market orang awam.



Kit ni menggunakan konsep rapid-test kit.
Bermakna, ini hanya untuk pengesanan awal.

Konsepnya sama macam pregnancy test kit.
Sekiranya positif mengandung, masih perlu ke klinik untuk pemeriksaan doktor sebagai pengesahan.

So our Halal Kit pun macam tu.
Sekiranya terbukti positif, apa yang perlu dibuat adalah jangan makan that makanan. Stop.
Kalau rasa nak confirmation, boleh hantar ke lab untuk further detection.
Di lab nanti dorang akan identify punca sumber babi tu, samada memang sengaja di letak sebagai salah satu ingredients atau ianya cuma cross-contamination.

Cross contamination ni macam kau balik kenduri kawen, cirit-birit.
Mustahil tuan rumah tu sengaja letak julap dalam lauk kenduri, betul tak?
Boleh jadi tercemar dengan air yang kotor, daging yang dah tercemar dengan bakteria, atau tukang potong daging tu tak cuci tangan lepas korek hidung, atau pisau potong daging tu tak dibasuh bersih.
Macam-macam.

Semalam, kebetulan aku nak gorengkan Rayyan sosej, maka aku buatkan kejap test ni.
Saja nak tunjuk kat korang how it works.

Takde yang susah, masukkan sample makanan yang dicincang kecil (0.1-0.2g).
Then, masuk dalam tube yang ada solution khas.
Goncang dengan kuat selama 30 saat -1 minit
Then dip the stick.

Kit ni sensitif.
Bila dia kata cincang kecil, means kecil.
Bila dia kata 0.1g, means 0.1g.
Bila dia kata goncang kuat selama 30 saat -1 minit, jangan memandai nak goncang sampai 2 minit.
Sebab tu kerja-kerja lab ada specific method.
Kau kena follow.
Kerana kalau tak follow, result pasti berbeza.

Ramai yang tanya bila nak jual kit ni.
Actually kit ni dah diguna dah pun oleh customer-customer biotech aku.
Those yang buat halal projek memang dah start guna.
It helps them untuk check sample in-situ (sampel yang belum dipindahkan dari tempat asal).
Yang aku belum jual lagi adalah pada orang awam.

Kit ni masih new, jadi kita belum ada plan untuk buat mass-production lagi.
Nak kena tengok permintaan dulu.
Lagipun setakat ni penggunaan terhad pada kerja-kerja research saja.
Tak sure la lepas aku release ni camne kan.

Solution dalam tube tu kita prepare fresh.
Jadi buat masa ni stock hanya untuk existing biotech customers.
Kalau sesiapa nak order, silakan isi form di bawah.
We have to prepare this roughly 10-14 hari.
Aku akan prepare the solution untuk yang order saja.

How much?

Dari hari tu lagi orang dok tanya harga.

Harga memang tak murah sangat lah.
Sebab nak mencipta solutionnya pun bukan kerja 1-2 tahun.
Projek ni peram lama dah ya.

Kebetulan pulak tahun ni genap 10 tahun XZIZ Biotech.
Mungkin inilah celebrationnya - our halal kit.

Siapa patut ada kit ni?

Those yang kerap travel dan buat food bisnes.
Yang buat food bisnes especially makanan yang tak berapa 'kemelayuan' tu, maybe ini boleh digunakan sebagai marketing tools untuk promote your product sebagai halal.
Kot yang buat kek and kuih tu nak test tepung korang guna ke :)
Yang duduk overseas and kalau nak distribute this kit sangat dialu-alukan.
Yang kat Malaysia, beli direct dengan XZIZ Biotech.

Boleh isi form di bawah untuk pre-order.
Pre-order ni untuk tujuan menyiapkan solution dan dibuka sehingga 30 Nov.


1. Nama
2. Email
3. Saya mahu: Halal in Home Kit (Processed Food), single use, RM40
4. Kuantiti
4. Alamat penuh beserta poskod
5. No Tel
6. Maklumat tambahan atau soalan (jika ada)