2019-01-31
Point
Ok gambar kat atas tu antara screenshot yang aku ambik dari salah satu whatsapp admin GreenAard.
Aku nak tunjuk kat pengguna GreenAard, betapa pentingnya create akaun dengan GreenAard because you will never know bila waktunya you will benefit from it.
Contohnya mereka-mereka ini (gambar) antara yang merasa benefit create akaun dengan GreenAard.
Ada yang dapat beli GC Plus dengan harga RM37 saja sebab tebus 2400 point.
Ada tu yang point dia kurang 100 point untuk tebus RM10, tapi aku bagi juga [ada syaratnya].
Kalau korang baca whatsapp kat atas ada yang aku instruct staff aku untuk "Tambah dulu point, kemudian tolak".
Ada yang aku instruct "Tolak point, then tambah".
Ada beza tu.
Yang mana aku suruh tambah dulu point, itu maknanya point dalam akaun tak cukup tapi kerana aku nak bagi juga diskaun, ada syarat yang dorang kena follow.
Jadi, korang yang belum ada akaun, silalah create akaun dengan GreenAard.
Tak rugi.
Meh aku extract customer ni punya weight loss journey dengan GC Plus.
Hari pertama : 59.4kg
Hari ketiga : 57.8kg
Ukur lilit pinggang sebelum guna GC Plus : 36 inch
Ukur lilit pinggang selepas guna GC Plus : 32 inch
[yang ni aku anggap perubahan ambil masa 17 hari].
Berat berkurangan 1.6kg dalam masa 3 hari.
Sejujurnya, ini adalah berat air.
I mean dari 1.6kg yang hilang ni, 70% adalah berat air.
Selebihnya adalah lemak.
Kerana lemak tak akan hilang dalam tempoh sekejap.
Lemak akan ambil masa yang lebih lama untuk hilang berbanding air.
Yang best tu adalah bab ukur lilit pinggang.
Aku pressume dia hilang 4 inch dalam tempoh 17 hari.
Sebenarnya, berat badan yang kita nampak kat penimbang tak mewakili berat lemak.
Berat yang kita nampak tu adalah berat lemak + berat air + berat otot + berat tulang.
Tetapi ukur lilit pinggang mewakili berat lemak.
Jadi, jangan risau kalau berat badan statik (pada penimbang), yang lebih penting adalah ukur lilit pinggang kerana ia mewakili berat lemak alone.
Yang kita nak turunkan sekarang adalah lemak, bukan air ataupun otot.
Berat pada penimbang tu perlu diambil juga sebab kita nak tengok samada badan kita berfungsi dengan baik atau tak.
Kerana, bila you start mana-mana program diet, berat badan MESTI berkurangan at least 580g dalam tempoh 10 hari.
Jadi kalau berat tak turun atau turun less than 580g, itu bermakna something wrong with your body sampaikan air pun tak turun dari badan.
Itu fungsi kenapa GreenAard supply weight loss card, untuk korang monitor berat badan and ukur lilit pinggang.
Losing 580g-1kg dalam tempoh 10 hari is the general recommendation for safe and sustainable weight loss.
Walaupun nampak macam "Apekey sikit sangat turun tak sampai 1kg dalam tempoh 10 hari?", please look at the bigger picture.
Any weight loss is better than none.
Perlu tahu yang setiap 480g = 3500 kalori.
Nak hilangkan 500 kalori seminggu (seminggu ya!), kita kena makan less 500 kalori sepanjang 7 hari tau.
Nasi goreng sepinggan dah 230 kalori.
Katakanlah sehari kita makan 3 pinggan nasi (pgi, tghri and malam), bermakna untuk kurangkan 480g seminggu, setiap hari kita kena makan kurang 2 pinggan.
Maknanya kau makan sekali je lah nasi sehari.
Kena skip 2 kali meal time.
Sanggup?
Jangan letak pressure pada diri.
Bila letak pressure, badan kau akan slowkan metabolisme badan.
That's why ada orang kata pi gym hari-hari seminggu pun berat turun 1-2kg ke.
Bukan sebab gym tu tak bagus tapi sebab kita letakkan pressure pada diri untuk kurus cepat.
Badan kita dapat rasakan pressure tu jadi dia pun 'mogok'.
Dia slowkan metabolisme.
Ujung-ujung dapat penat je.
Some people think that if they don't lose 2kg in a week, they are a failure. Salah tu.
Bila kita sebut 'nak turunkan berat' biasanya kita maksudkan nak kurus sampai betul-betul kurus.
Kita aim nak turunkan berat sekitar pinggul, peha, perut, dan lengan.
Hakikatnya, turun berat tak bermaksud semua ni akan turun sebab ia bergantung juga kepada lokasi sel-sel lemak.
Ada orang sel lemak banyak di peha, sebab itulah walau berat dan turun peha dia masih besar lagi (tak berapa nak turun sangat) sebab sel lemak banyak di situ.
Ada orang badan kurus tapi muka size XL, tembam, kerana sel lemak banyak di kawasan muka.
Abang body (body builder) kalau ditanya berat pada penimbang berapa, konfem nilainya overweight, tapi adekah dia overweight?
Tak pun.
Badan dia solid, yang buatkan nilai penimbang nampak tinggi adalah kerana berat ototnya, bukan lemak.
It may sound strange, tapi memang ada possibility untuk berat badan kita berkurang without actually seeing a change in our weight.
Macam kes pengguna GC Plus ni, berat badan memang statik selepas 3 hari guna GC Plus.
Tapi ukur lilit pinggang dia berkurang 4 inci.
Kau ingat 4 inci tu sikit?
Bayangkan sekarang kau pakai seluar jeans size 30, lagi 3 minggu boleh pakai size 26. Kau rasa?
Rupanya berat dia dah masuk range ideal weight.
Tinggi 154cm with berat 57.8kg is normal weight ya.
That explains kenapa berat liat sangat nak turun.
Sebenarnya berat badan dia tetap menurun cuma tak nampak sangat pada penimbang, tetapi pada inch loss.
"Tapi ada inch loss, kenapa berat pada penimbang tak berganjak?"
This happens when you lose body fat while gaining muscle.
GC Plus increase muscle mass.
Takde la sampai tambah otot kau berketul-ketul macam abang body.
Tapi dia GC Plus punya konsep ni sama macam Atkin Diet - menambahkan otot.
Bila otot bertambah, lemak akan dibakar dengan lebih cepat.
Sebab itulah dalam kes pengguna GC Plus di atas, dalam tempoh yang sama dia makan GC Plus, berat penimbang tak berganjak tapi pinggang mengecil.
Itu bermaksud lemak berkurang dan dalam masa yang sama otot bertambah.
That's why berat kat penimbang tak berubah tapi size pinggang nampak perubahan.
If your weight stay the same, even as at the same time you lose inches, itu adalah petunjuk bahawa you're moving in the right direction.
Masalahnya ialah, kita ni suka tumpu kat penimbang.
We believe if the number doesn't change maknanya kita takde progress.
Salah ya.
Kita kena tahu apa beza losing weight and losing body fat.
Yang kita nak hilangkan ni adalah lemak.
Apa yang aku boleh kata, I'm happy with result pengguna GC Plus di atas.
Ukur lilit pinggang berkurang sebanyak 4 inci, menandakan lemak berkurang.
Semoga GC Plus dapat banyak contribute lebih banyak manfaat dan menyelesaikan masalah penggunanya.
Hari ni LAST DAY untuk check if you're entitleg to get diskaun RM10, RM25 atau RM60.
Refresh blog ni and kli pada pop out window.
2019-01-30
Jemputlah dengan cara yang baik
"Tidak ada satu binatang yang melata di bumi melainkan Allah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat duduk binatang itu dan tempat penyimpanannya (rezeki)." (Hud, 6).
Dalam ayat kat atas jelas cakap semua makhluk dah ada rezeki.
Tempat di mana rezeki tu disimpan pun dah ada.
Secara lojik, bila rezeki itu disimpan, bermakna benda tu dah ada.
Tak perlu dicari dah, sebab dah ada.
Kita hanya perlu jemput.
Dan apa saja yang dijemput mesti melibatkan ikhtiar/usaha.
That's why kita perlu ubah statement "mencari rezeki" kepada "menjemput rezeki".
Kerana kalau "menjemput" bermakna rezeki tu dah ada, tinggal di jemput je.
Tapi kalau "mencari" bermakna rezeki tu belum tentu ada.
Memandangkan dalam ayat di atas Allah dah kata rezeki memang dah ada, jadi kita tak perlu cari dah.
[nak sebut "cari rezeki" pun takpelah, asalkan pemahaman kita terhadap rezeki tu jelas, iaitu rezeki memang dah ada]
Memang ada rezeki yang tak payah dicari (jemput), tau-tau je datang depan mata.
Sebagai contoh, bayi dalam rahim.
Tak payah keluar ke mana-mana pun, tapi makanan tetap sampai ke dia.
Bila baby keluar ke dunia, everytime dia lapar pun dia tak perlu cari makanan.
Hanya perlu menangis, nanti mak dia suapkan susu.
Menangis adalah sebuah ikhtiar oleh bayi.
Bermakna, bayi masih perlu berbuat sesuatu baru rezeki (makanan) tu sampai kepada dia.
Kalau dia senyap membuta 24 jam, konfem mak dia pun tak teringat nak bagi susu.
Nak cari (jemput) rezeki sebetulnya tak susah sebab bendanya dah ada.
Kita hanya perlu jemput dengan cara yang Allah redha kerana inilah yang menentukan keberkahan rezeki yang kita dapat.
Inilah yang menentukan samada usaha kita jadi ibadah atau tak.
Bisnes adalah ibadah.
Jujur, bertanggungjawab, tak ambil kesempatan, memberikan informasi yang betul tentang servis/produk - ini adalah bentuk-bentuk usaha dalam berbisnes.
Kalau usaha ini semua berlandaskan niat kerana Allah, insyallah Allah akan kirimkan barokahnya dalam bentuk kemudahan mendapat idea dan inspirasi sehingga bisnes kita semakin berkat, bermanfaat dan bernilai ibadah.
Seseorang yang memiliki keyakinan bahwa hanya Allah yang berkuasa memberi rezeki, dia akan menjalankan bisnesnya (marketing) dalam cara yang berbeza dengan orang yang sekadar bisnes biasa.
Kerana bagi orang yang mencintai akhirat, baginya bisnes adalah ibadah.
Sedangkan bagi pencinta dunia, dia menganggap rezeki datang dari makhluk (manusia), kerana itulah dia sanggup buat apa saja demi untuk melakukan produk/servisnya.
Tak perlu buat marketing merepek-repek sampai nak kena menonggeng, meniarap, mengangkang, yang laki sibuk nak pakai macam perempuan, etc.
Tu belum lagi dengan ayat-ayat copywriting yang tak jejak ke tanah.
Patut padanlah sikit.
Jangan over sangat menjual ayat, menjual imej.
Takkanlah kita terdesak macam tu sekali.
Rezeki kita semua dah ada, tinggal nak jemput, maka jemputlah dengan cara baik.
Rezeki yang dijemput dengan baik, barokahnya berpanjangan, insyallah.
Kalaupun tak datang dalam rupa duit yang berkepuk, dia akan datang dalam bentuk yang lain.
Dia datang dalam bentuk keluarga yang harmoni.
Rumahtangga yang aman.
Anak-anak yang bijak.
Badan yang sihat.
Kemudahan beribadat.
Keseronokan beribadah.
Dihindarkan dari malapetaka.
Ini semua rezeki.
Tak semua rezeki datang dalam bentuk duit, perlu faham itu.
Jemputlah rezeki dengan cara yang Allah redha kerana itu semua bakal menjadi darah daging dan keturunan.
Maka, kalau kita faham tujuan, tidak akan ada istilah "tawar hati dengan urusan dunia bila dah kenal akhirat" - no such thing.
Bila kita faham bahawa urusan dunia boleh menjadi ibadah, maka itulah yang membuatkan kita semakin mahu berusaha, hanya perlu pastikan usaha itu berlandaskan niat yang betul.
Jika niat kita lurus dan cara kita betul, maka kita akan berjumpa dengan rezeki yang menjadi hak kita dalam keadaan barokah.
Hati kita akan tenang, keperluan kita akan dicukupkan, dan kerjaya kita akan bernilai ibadah di sisi Allah.
Tetapi, kalau niat kita salah dan ikhtiar kita juga tak sesuai dengan apa yang Allah suka, maka tengoklah nanti.
Kita akan sentiasa diselubungi dengan rasa gelisah, panik pikir duit tak cukup, malah sentiasa rasa apa yang dah dimiliki masih sikit.
Mulalah masa tu rasa nak bersaing dengan rezeki orang lain pulak.
Bila dah sampai ke tahap tu bemakna kita dah semakin jauh dari keyakinan terhadap jaminan Allah bahawa setiap orang sudah ada rezekinya masing-masing.
Ikutlah cara Rasulullah.
Baginda adalah seorang yang usahanya sangat maksimum dan tawakalnya tinggi.
Baginda sangat serius dalam menjemput rezeki.
Tengok macamana baginda berniaga.
Jujur, amanah dan penuh tanggungjawab.
Padahal dia tahu dah Allah jamin rezeki setiap orang.
Kalau dia pegang pada itu boleh je dia tak payah kerja, tunggu je rezeki turun.
Tapi tak.
Dia tetap usaha kerana dia tahu Allah menilai usaha.
Di akhirat esok yang ditanyakan bukan tentang banyak mana rezeki kita dapat tapi apa usaha kita dalam menjemput rezeki.
Rasulullah kalau nak pegi berperang, dia siapkan pasukan dia dengan perisai and baju perang, padahal dia tahu tak ada yang dapat mencederakan dia kalau Allah tak izinkan tapi dia tetap usaha pakai baju perang.
Ceritanya sekarang adalah apa usaha kita dan bagaimana cara kita berusaha.
Rezeki bukan ceritanya.
Rezeki hak Allah, Allah punya kerja.
Kerja kita adalah menyempurnakan ikhtiar.
Siti Hajar tu sangat yakin dengan janji Allah.
Tapi dia tetap membuktikan keyakinannya dengan berusaha lari di antara dua bukit (Safa dan Marwah) nak bagi jumpa air.
Sampai waktunya, Allah keluarkan air.
Oleh sebab itu, kalau terjadi sesuatu keadaan yang tak kita harapkan, contohnya sales tiba-tiba menurun atau susah, maka periksalah diri kita.
Jangan buruk sangka pada Allah.
Boleh jadi usaha yang kita lakukan belum sungguh-sungguh atau tak sesuai dengan apa yang Allah redha.
Letakkan pergantungan hanya padaNya.
Berusahalah hanya kerana Dia redha.
Tak perlu kejar perhatian manusia semata-mata nak rezeki kita bertambah tapi kejarlah cinta Allah agar Allah sayang dan Dia cukupkan segala keperluan kita dengan caraNya yang luar biasa.
*tulisan untuk ingatkan diri sendiri yang kadang-kadang terbabas juga*
2019-01-29
Denda atau Penjara
Semalam keluar kat paper, front page lagi - amaran tentang kewajiban anak-anak mendapat pendidikan formal.
Kalau anak-anak tak dapat (atau dinafikan hak) mendapat pendidikan formal, ibubapa akan didenda.
By the way, home-school adalah sejenis pendidikan formal juga provided ia mengikut syarat khusus yang mesti dilengkapi dan student mesti ambil test.
Maksudnya, taknak pegi skolah tetapi belajar di rumah mengikut silibus pendidikan formal dan time exam, kena ambik juga exam.
Ini namanya pendidikan formal.
Home-school yang tak mengikut syarat khusus, yang mana student tak dididik ikut ujian tertentu, tak ada kurikulum tertentu dijalankan, proses pendidikan pula tak mengikut waktu (sukati nak start pukul berapa, sukati nak blaja ke tak), dan tak ada management yang jelas dalam proses pembelajaran tersebut - yang ini tak dikira sebagai pendidikan formal.
Kalaupun hantar anak belajar agama saja, tapi kalau sistemnya formal, silibusnya diiktiraf, anak-anak diberikan ujian - ini masih lagi dinamakan pendidikan formal.
Ada orang konfius bila bercakap tentang ilmu dunia dan akhirat.
Ditolaknya mentah-mentah ilmu dunia, tak penting katanya.
Siapa kata ilmu dunia tak penting?
Kalau nak dibandingkan dengan ilmu akhirat memang ilmu akhirat yang kita kena lebihkan tetapi tak bermakna ilmu dunia tak perlu sentuh lansung.
"Carilah negeri akhirat pada nikmat yang diberikan Allah kepadamu, tapi jangan kamu lupakan bahagianmu dari dunia". (Al-Qasas, 77).
Dah terang lagi bersuluh dalam Quran pesan, jangan lupa bahagian dunia.
Bila Quran cakap macam tu mestilah ada kebaikannya (urusan dunia) cuma jangan berlebih-lebihan sampai hal akhirat kita ambil mudah.
Ilmu akhirat tu umpama padi.
Ilmu dunia tu umpama rumput.
Kalau kita tanam padi, rumput mesti akan tumbuh sekali.
Tapi kalau kita tanam rumput, tak mungkin akan tumbuh padi.
Maknanya, kalau kita tumpu pada ilmu akhirat, suka atau tak, ilmu dunia akan datang juga dalam satu pakej.
Ustaz aku pernah cerita.
Dulu ada seorang lelaki tanya pada Rasulullah kalau-kalau ada ibadah yang simple-simple yang dia boleh buat dan kerana amalam itu dia boleh masuk syurga.
Rasulullah saw kata "Ada. Buatlah yang fardu sahaja, tak perlu buat yang sunat dengan syarat tinggalkan maksiat".
Maknanya boleh je kalau nak masuk syurga dengan hanya buat amalan fardu tapi jangan buat jahat lansung.
Cakap hanya yang baik-baik, jangan mengumpat, jangan marah-marah, jangan buat jahat, jangan buat perkara yang sia-sia, jangan derhaka, jaga aurat dengan tepat, jaga pandangan, jaga pendengaran, jaga silaturrahim, etc.
Pendek kata semuanya buat yang baik saja.
Kalau boleh laksanakan itu, maka buatlah ibadah fardu saja, Rasulullah kata.
The question, boleh ke?
Sedangkan hati kita kalau berkata-kata sendiri tanpa menyebutnya pun boleh megundang dosa.
Masih perlu beristighfar.
The thing is, kita takkan boleh mengharap yang fardu saja untuk ke syurga kerana dosa kita terlalu banyak.
Sebab tu kita kena banyak top up amalan sunah dan kebaikan-kebaikan lain.
Asalkan namanya ibadah kerana Allah, maka insyallah berpahala.
Di sinilah gunanya ilmu dunia.
Mempelajari ilmu dunia bukannya perbuatan sia-sia.
Kalau ia mendatangkan kebaikan untuk umat Islam, hukum mempelajari ilmu dunia dah jadi fardu kifayah.
Ilmu kedokteran, ilmu kejuruteraan, ilmu bisnes - memang ini tak termasuk dalam ilmu agama kerana dalam subjek tu tak diajarkan Al-Quran dan As-Sunah.
Tetapi, ilmu tu termasuk dalam ilmu yang diperlukan oleh manusia.
That's why mempelajari ilmu-ilmu ini dikira sebagai fardu kifayah kerana ia mampu menyelesaikan masalah manusia jika digunakan dengan betul.
Ni karang ada orang kata "Ilmu agama pun boleh ubatkan orang sakit, tak perlu blaja sampai jadi dokter".
Ya, betul.
Tapi the issue here bukanlah method apa yang lebih bagus untuk bagi sembuh penyakit.
Kau nak baca Quran saja pun silakan, tapi kalau orang lain nak seek for dokter's opinion pun tak salah, kan?
The point is ilmu itu mesti digunakan dengan betul tak kira ilmu akhirat atau dunia.
Apa-apa ilmu pun kalau digunakan untuk menyelesaikan masalah dan memberi manfaat, adalah baik di sisi Allah.
Ilmu akhirat semua betul tapi kalau disalahguna boleh jadi huru-hara umat.
Ramai je yang guna ilmu akhirat untuk tujuan yang salah.
Kan banyak penonggeng agama yang menonggeng-nonggeng zaman skarang ni?
Asal bercakap syurga neraka tak lepas dari bibir tapi dia sendiri tak memahami dan mempraktikkan agama.
Taunya memanipulasikan fakta agama bikin konfius ramai orang.
Tu lah jadinya bila tak menggunakan ilmu dengan betul.
Janganlah sombong sangat kata ilmu dunia tu tak guna kalau kita sendiri 24 jam henfon tak lepas dari tangan.
Keluar rumah tertinggal henfon pun dah menggelupur, lagi mau kata ilmu dunia tak penting.
Tak baca Quran sehari tak pulak menggelupur.
Henfon tu salah satu bukti kepandaian orang-orang yang blaja ilmu dunia, diterjemahkan dalam bentuk henfon.
Allah takkan jadikan henfon buta-buta gitu jatuh depan mata tanpa Dia ciptakan ilmu untuk manusia cari, kemudian belajar menghasilkannya.
Siapa pernah tengok cerita Swades (lakonan Shah Rukh Khan)?
Dalam cerita tu dia ni seorang engineer yang bekerja kat US, kembali ke India untuk cari pengasuh yang asuh dia masa kecil.
Kampung pengasuh tu ada masalah sumber eletrik.
Dia gunakan kepakaran dan ilmu dia sebagai engineer untuk alirkan elektrik ke kawasan tu sehingga satu kampung dapat manfaat.
Swades adalah satu contoh untuk kita memahami kewajiban menuntut ilmu dunia.
Kerana dalam Islam pun dah kata kalau dalam kelompok tu tak ada orang yang boleh menyelesaikan masalah tersebut (dalam cerita Swades ini isu eletrik), maka hukum mempelajari ilmu letrik dah jadi fardu kifayah.
Kalau tak ada sorang pun yang nak melaksanakan kewajipan mempelajarinya sedangkan ada kemampuan untuk belajar, maka berdosa.
Jadi, jangan mudah kita kata ilmu dunia tak penting.
Hukum mempelajari ilmu dunia (contohnya sains) sangat dependant on tujuan.
Apa tujuan kita blaja?
Adakah untuk kebaikan atau keburukan.
Samalah dengan blaja mengaji.
Kalau tujuannya untuk ibadah, maka bermanfaatlah.
Tapi kalau tujuan sekadar nak khatam macam orang lain, besar harapan itulah punca kenapa kita liat nak mengaji kerana niat asal kita belajar cumalah nak khatam.
Lepas khatam, done.
Oleh sebab itu, ketika ilmu dunia dituntut kerana nak menegakkan kewajiban dalam agama, maka hukum mempelajari ilmu tersebut juga wajib.
Dan ketika tujuannya untuk menegakkan perkara yang hukumnya sunah dalam agama, maka hukum mempelajarinya juga sunah.
Ramai orang anggap kalau nama zuhud tu maknanya segala apa yang bersifat keduniaan kena jauhkan.
TV buang.
Radio buang.
Kereta buang.
Mesin basuh buang.
Peti sejuk buang.
Skolah takyah hantar.
Salah faham tu.
Tak semua perkara dan benda tentang dunia ni kena kena jauhkan demi nak mencapai zuhud.
Kalau perkara dunia tu bersifat tercela, yes, jauhkan.
Tapi kalau perkara tu boleh memberi kepentingan untuk akhirat, nak buang untuk apa?
Lalu muncullah satu pemahaman bahawa seseorang itu tak akan selamat akhiratnya kecuali dia meninggalkan dunia dan seisinya.
Kalau perlu duduk kat tempat terceruk, terasing dan terpencil khusus untuk buat ibadah 24 jam lebih bagus.
Kebanyakkan dari kita anggap inilah zuhud yang hakiki.
Persepsi macam ni dangkal namanya.
Zuhud tak semata-mata tak nak memiliki harta dan tak fikirkan urusan dunia.
Zuhud dalam erti yang sebenarnya adalah mental yang tak terpengaruh oleh harta dan benda walaupun dia ada segalanya.
Harta benda adalah sekadar tujuan bukan satu kepentingan.
Gunakan internet untuk mencari dan menyebarkan kebaikan.
Gunakan TV untuk menonton program-program ilmu.
Pasang aircond dalam bilik supaya lebih selesa nak beribadat.
Maksudnya, menggunakan dunia dan kekayaan atas tujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah, dan menggunakan harta tersebut untuk mendekatkan diri dan beribadah kepada Allah - ini namanya zuhud.
Bukannya buang TV, buang aircond, buang emas, buang kereta.
Zuhud itu bukan pada memiliki atau tak memiliki harta, tetapi zuhud itu dalam hati.
Selalu membelanjakan harta di jalan Allah - ini zuhud.
Tak bermewah-mewahan secara berlebihan - ini zuhud.
Selalu berusaha untuk berpenampilan sederhana, dan tidak sombong serta membanggakan diri - ini zuhud.
Lebih mencintai Allah daripada kehidupan dunia - ini zuhud.
Tapi kalau kita dah decide memang taknak hidup macam orang lain - taknak ada rumah, taknak ada harta, taknak ada duit, taknak ada pendidikan formal, terpulanglah.
Mungkin itu cara kita.
Cuma janganlah sampai zuhud yang kita cari akhirnya menjadi penganiyaan pada anak-anak pula.
Berpatut-padanlah.
Allah sendiri tak suruh kita pikirkan akhirat saja, tetapi dunia juga harus kita raih dengan sebaik-baiknya.
Yang Allah suruh adalah jangan sampai hal dunia mengelabui mata kita sehingga menjadikan urusan akhirat kita huru-hara.
2019-01-28
Tak ada burung balik malam.
Rezeki, berbeza dengan gaji.
Gaji ni semacam upah.
Kena buat kerja dulu baru boleh dapat gaji.
Tak kerja, takde gaji.
Tapi rezeki tak macam gaji.
Rezeki datang dalam bentuk yang kita tak sangka.
Tak ada kaitan dengan kerja atau tak.
Takde kaitan dengan usaha atau tak.
Dan takde kaitan dengan beriman atau tak.
Maksudnya kat sini, gaji dijemput dengan usaha.
Tapi rezeki dijemput dengan takwa.
Bila Allah kata "Barangsiapa yang bertakwa pada Allah, Allah akan berikan jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tak diduga" (Al-Talaq, 2-3), maka percayalah yang Dia akan mencukupkan kita.
Mustahil Allah bagi perintah untuk manusia patuh pada perintah itu kalau Dia tak berikan sekali jalan untuk mendapatkannya.
Kalau Allah dah perintahkan hutang wajib dibayar, mesti Dia akan permudahkan kalau kita benar-benar ada usaha untuk membayar.
Tapi kalau memang takde ikhtiar untuk membayar, of course lah akan rasa berat dan susah sampai bila-bila.
Dah kalau tak dicuba, mana nak tau susah ke tak, betul tak?
Begitu juga dengan nafkah.
Kalau Allah dah perintahkan seorang suami wajib bagi nafkah pada isteri (semampunya), dah tentu Allah akan mudahkan jalan rezeki itu sampai supaya kewajipan itu dapat suami laksanakan.
Kalau kita memahami ayat 2-3 Al-Talaq tu, tak mungkin terkeluar dari mulut kita "Gaji saya sikit, saya tak mampu bagi isteri saya nafkah bulanan".
Sengaja aku boldkan perkataan takwa dan rezeki (dalam surah di atas).
Kalau kita fahamkan terjemahan surah tu, kita boleh faham yang rezeki tak kaitan dengan kerja-keras.
Rezeki adalah takwa.
Allah dah perintahkan kita beri nafkah.
Kalau kita orang yang bertakwa, kita pasti patuh kerana orang yang bertakwa yakin rezekinya dijamin Allah.
Tapi kalau kita tak patuh, bermakna kita tak yakin dan kita bukanlah orang yang bertakwa.
"Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu seperti Allah memberikan rezeki kepada seekor burung. Ia pergi (dari sarangnya) di pagi hari dalam keadaan perut kosong (lapar), dan kembali (ke sarangnya) di petang hari dalam keadaan perut yang penuh (kenyang)". (Tirmidzi)
Hadis kata atas ni, Rasulullah saw cakap burung keluar pagi dan balik petang.
Dia tak cakap burung balik malam.
Memang tak pernah nampak kot burung balik sarang pukul 12 malam.
Burung balik petang.
Dan dia balik dalam keadaan kenyang serta bawa pulak makanan untuk anak-anaknya.
Maksudnya, rezeki takde kaitan dengan kuantiti usaha.
Berapa jam kita bekerja tak menentukan berapa banyak rezeki yang akan kita dapat.
Burung steady je keluar pagi, balik rumah petang.
Kita?
Balik rumah, sambung buat kerja sampai 1 pagi.
Kadang-kadang stayback kat opis sampai 10 malam.
Sekali bonus tak banyak, terus kecewa.
Sebab apa?
Sebab kita letakkan rezeki tu pada kuantiti usaha.
Sedangkan rezeki takde kaitan pun dengan usaha.
Tapi kita disuruh untuk usaha kerana usaha adalah ibadah.
Pahala diberi kerana ikhtiar kita dalam mencari rezeki, bukan atas berapa banyak rezeki kita dapat.
Hadis di atas tak kata pun kita kena pasrah berserah atas sejadah tunggu rezeki sampai.
Usaha tetap kena usaha tapi jangan sampai hilang rasa takwa.
Kadang-kadang bila kita kerja terlampau aim imbuhan, ketakwaan boleh hilang tanpa kita sedar.
Dalam tak sedar kita jadi percaya bahawa hanya dengan kerja keras maka rezeki dapat lebih.
Pada hakikatnya, gaji je bertambah, tapi rezeki tak bertambah pun kerana ketakwaan itu dah hilang apabila kita meletakkan keyakinan pada usaha dan slowly lupa bahawa rezeki takde sangkut-paut dengan usaha.
Benda-benda macam ni kita boleh terlupa dengan cara tak sengaja.
Aku pun tak terkecuali.
Kadang-kadang terlupa.
Sebab itulah hari-hari kena buat solat taubat.
Ye lah, bila dah sibuk cari duit, lama-lama kita jadi yakin bahawa hanya dengan kerja keras maka rezeki akan bertambah.
Hakikatnya, berapa ramai orang yang semakin gaji bertambah semakin susah pula nak keluarkan sedekah, semakin susah nak bagi isteri nafkah, dan semakin bertangguh nak menabung ke Mekah.
*iklan*
Ustaz aku pernah perli kitorang.
Dia kata "Sempat atau tak sempat ke Mekah itu bukan urusan kita. Tapi kalau menabung pun tak, maknanya memang kita tak taknak pegi la tu..."
*iklan tamat*
Itulah bezanya gaji dan rezeki.
Ia ada sangkut-paut dengan takwa.
Usaha maksimum tak bermakna harus bekerja sampai larut malam, sampai takde masa untuk keluarga, sampai takde masa rehat hujung minggu sehingga kita lupa ibadah, lupa menambah amal.
Ini tak barokah namanya.
Kalau kita bertakwa, jangan risau menafkahi isteri dan keluarga.
Kalau Allah dah suruh, pasti ada jalan keluar.
Cubalah dulu walaupun terpaksa.
Sememangnya ibadah itu harus dipaksa dulu.
Sama macam puasa.
Selagi tak cuba, selagi tu kita kata tak mampu nak buat.
Tapi paksakan diri untuk buat, lama-lama jadi terbiasa malah jadi sangat mudah.
Dan bila kenikmatan berpuasa tu sudah terasa, bila tak berpuasa rasa tak sedap pulak.
Macam tu lah juga dengan nafkah.
Tak biasa buat, memang rasa berat sangat.
Rasa tak cukup je.
Tapi percayalah, cukup.
Cubalah buat.
"Tak ada makhluk melata di muka bumi kecuali Allah yang menjamin rezekinya." (Hud, 6).
Kalau kita tergolong dalam golongan orang yang risaukan masalah rezeki, itu sebetulnya kita dah jauh dari Allah.
Keyakinan pada Allah menjadi kurang dan keyakinan kita pada dunia bertambah.
Di antara tanda kelalaian dan pendeknya akal ialah ketika kita merasa risau dengan sesuatu yang belum pasti, serta takut jatuh miskin sebelum kemiskinan itu tiba.
Sedangkan mati yang dah pasti tiba kita tak takut padahal sah-sah itu pasti.
Kita takut duit tak cukup kalau bagi nafkah kat isteri.
Padahal kita tak bagi lagi tu tapi dah imagine yang bukan-bukan.
Padahal menafjahi isteri tu wajib.
Tak pulak kita takut esok dalam kubur ditanya tentang tanggungjawab menafkahi isteri yang kita sengaja tinggalkan.
Padahal soal jawab kubur tu pasti berlaku.
Kita takut duit tak cukup kalau bayar hutang.
Padahal kita tak cuba untuk membayar pun tapi dah imagine bukan-bukan.
Padahal membayar hutang tu wajib.
Tak pulak kita takut esok dalam kubur ditanya pasal hutang yang tertunggak.
Padahal dah tau dah seksanya meninggalkan hutang.
Bodohnya la hai bila panik dengan hal yang kecik dan melupakan hal yang lebih besar.
Bila kita bercakap tentang urusan akhirat, ia bukanlah semata-mata solat, puasa, mengaji dan sedekah.
Tapi nafkah dan hutang juga adalah urusan akhirat kita.
Jangan takut sangat nak bayar nafkah.
Jangan takut sangat nak bayar hutang ansur-ansur RM50 sebulan.
Orang yang risau dengan urusan dunia dan lalai terhadap urusan akhirat (nafkah/hutang) adalah umpama orang yang di depannya ada singa dah ready nak terkam tapi dia sibuk halau-halau lalat yang lalu depan muka.
Kan bodoh namanya tu?
Ada benda yang lebih seram menanti depan kau tapi kau sibuk kisahkan lalat yang tak menggigit tu.
Faham ke tak ni?
2019-01-26
Adore?
It can be very difficult to deal with someone yang constantly meniru apa yang kita buat.
Meniru personaliti, tiru penampilan, tiru gaya penulisan, tiru konsep bisnes, etc.
Sebagai mangsa yang ditiru, kita perlu faham bahawa that has nothing to do with you.
It is them yang bermasalah.
Kalau kita yang ditiru ni yang bermasalah, dah tentu kita tidak akan ditiru, betul tak?
Tapi tak dinafikan it can be very annoying.
Selalunya kalau kes tulisan aku diplagiat, aku akan tepek screenshot kat blog/FB je.
Somehow dia akan tau jugak yang aku dah tau.
Itu cara 'halus' nak tunjuk kat pentiru bahawa "I now what you did last summer".
Tapi, untuk kes-kes orang yang imitate gaya penulisan, aku always buat dek je.
Aku anggap dia admire aku.
Dulu, zaman aku ber-blogging dengan cara yang rebel, ada a few new bloggers yang came up with the same sytle.
Despite getting complaints, aku biarkan je.
Aku anggap itu adalah cara dorang menulis.
Kebetulan je kot sama.
Alah, dalam dunia ni ramai pelanduk dua serupa.
Bagi aku, kalau muka pun boleh sama, takkan gaya menulis takleh sama, ye tak.
Jadi aku biorkan.
Then ada yang start guna nama 'green apple' jugak.
Macam-macam version apple keluar.
Pun aku biarkan je.
Alah, setakat nick name je kot.
Nak sangat guna nama green apple? Ambiklah.
Then, isi penulisan.
Topik yang sama, isi yang sama, gaya yang sama, olahan je sikit berbeza.
Again, aku biarkan.
Aku hanya akan meloncat kalau kes plagiat.
Meh, aku bagitau why aku tak fight imitation (except extreme copycat).
Kalau kau dapat trace someone cuba meniru apa kau buat, dalam kes aku, dia meniru gaya penulisan.
Walau macamana annoying pun, kau jangan fight because you can't win imitation game.
Imitation ni umpama cermin atau kamera 360.
Cermin dan kamera 360 hanya akan memantulkan apa yang ada di depannya saja (without depth or back side).
Even kita punya kiri and kanan pun jadi reversed di depan cermin.
Kerana cermin hanya pantulkan balik apa yang kita buat dan apa yang dia nampak.
Kalau kita bergerak, dia pun bergerak.
Kalau kita tak bergerak, there's nothing to mirror, kan?
So let's be practical here.
That person hanya boleh tiru apa yang dia nampak dari kita but they can't imitate your intelligence.
Dia tak ada skill yang sama, including your knowledge. Takde.
Education and IQ adalah salah satu faktor yang bagi impak pada kecenderungan seseorang untuk meniru orang lain.
Orang yang cenderung untuk imitate others tak ada daya berfikir yang mantap.
Bila kita tulis A, dia pun tulis A kerana kita adalah pembekal idea untuk dia.
Tapi takpe, kita teruskan menulis yang baik-baik kerana kalau dia imitate us, insyallah berpanjanganlah pahala kita.
Allah kan lebih tahu.
Tak dinafikan benda ni sometimes annoying juga especially bila balik-balik kita dapat komplen dari readers yang that person constantly imitate kita.
Kaau rasa nak take action silakan.
Tapi kalau pikir-pikir balik, nak buat apa.
Kita take it as a compliment je lah sudah.
Aku tau it can be very frustrating, tapi itu adalah petanda bahawa we are pretty great.
Kalau kita tak great takkan lah balik-balik dia tiru kita, betul tak?
That's why dia imitate personality kita.
Tapi kalau apa yang dia tiru tu adalah punca periuk nasi kita, then that doesn't sound like something you should let go.
Contoh ofismate tiru idea kita.
Yang ni pi bawak jumpa boss atau HR ya.
Bagi aku ini dah more like a legal issue.
Orang kata bila ada orang tiru kita, itu tandanya dia adore kita dalam diam.
Tapi hati-hati juga ya.
Because boleh jadi itu adalah petanda dia sebenarnya mahu compete dengan kita.
Tapi yang ni senang je nak detect.
Those yang nak compete dengan kau secara diam-diam selalunya bersifat boastful.
Dia akan exaggerate their capabilities, achievements, and talents.
Walaupun dia tak compare directly dengan kau tapi the way dia boast tu rasanya orang lain pun boleh nampak with whom they trying to compete with (read : they trying to be).
Ni ciri-ciri insecurity sebenarnya.
Kadang-kadang bila aku baca 'aduan-aduan' dari followers and blog readers, aku realized that sebenarnya orang lain tau what is going on.
Kebanyakkan orang tak mudah tertipu.
They know exactly who is copying whom.
Agak-agak kau rasa annoying tahap menyampah gila dah, apa kata pi komen je la terus kat ruangan komen dia.
It doesn't have to be direct.
Just say something light yang boleh buatkan dia tahu yang kau notice the 'coincidence'.
Maybe dengan cara tu dia akan stop imitate kau.
However, kalau tahap dah melampau sangat sampai gaya penulisan, gambar, cara bersembang dan mengaku pulak diri dia adalah kau, ok ni kes extreme.
Kes macam ni memang kau kena be upfront.
Tak semestinya kau kena hencap dia dengan maki hamun, just simply state that kau dah lama notice dia banyak tiru kau.
Besar harapan, dia akan stop.
2019-01-25
Ujian
Our new permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tak sure apa gelaran baru selepas ni).
Anak murid Pak Aji semasa mengajar kat Sekolah Tun Fatimah dulu.
Aku suka sangat style dia bertudung.
Cover habis sampai ke bawah perut.
Hanya dengan satu gambar ni, banyak yang kita boleh belajar dari dia.
Kalau kita tengok betul-betul, bawah selendang dia tu ada rantai yang sangat cantik, loketnya besar, bersinar-sinar.
Ini kalau kita, memang takde lah nak sorok bawah tudung, wajib pakai kat luar tudung. Haha.
Ye lah, bawak keluar barulah orang nampak kita pun mampu pakai barang kemas, ye tak?
Baju Tunku tu pun bukan calang-calang baju kurung.
Sikit punya meriah dia punya bling-bling tapi tertutup dengan tudung.
Nampak samar-samar je.
Again, kalau kita-kita dapat pakai baju gini, jangankan nak tutup litup habis macam ni, silap-silap tudung pun jadi singkat.
Maklumlah, kalau labuhkan tudung karang tak nampak pulak labuci-labuci tu.
Beli mahal-mahal tapi orang tak nampak, rugilah. Kan?
Tapi Tunku Azizah mengajar kita (maybe secara indirectly) bahawa takde apa-apa dengan perhiasan.
Sekadar untuk kita seronok-seronok pakai sendiri, bukan untuk ditayang-tayang apetah lagi berbangga-bangga kat orang.
Sejujurnya aku pun belum tentu boleh jadi rendah diri macam dia.
Dari pandangan mata kasar aku sebagai orang awam yang melihat, aku boleh katakan Tunku Azizah 'lulus' dalam ujian ini (ampun tuanku).
Gaya dia bersahaja, tak berlebih-lebihan, gaya bertudung sangat 'rare' bagi seorang yang berkedudukan sepertinya dan penampilannya alhamdulilah.
Kita toksah bandinglah dia dengan permaisuri-permaisuri lain atau dengan isteri-isteri menteri yang lain.
Cukup jadikan Tunku satu pelajaran untuk kita memahami makna sebuah ujian kesenangan.
Selalunya bila sebut pasal kaya dan kedudukan, kita anggap itu adalah satu anugerah Allah.
Hakikatnya, itu adalah ujian.
Ujian kekayaan, ujian kedudukan, ujian pangkat - ini jauh lebih susah nak dikendalikan.
Kerana selalunya, bila kita mendapat nikmat, kita selalu menganggap "we are blessed".
Yang kita tak tau itulah ujian yang paling besar.
Kerana ketika kita senang dan seronok, jarang kita banyak ingat Allah.
Ujian keseronokan jauh lebih susah daripada ujian penderitaan.
Bila manusia diuji dengan penderitaan, mereka sangat terkesan dengan kesushan tu lantas banyak sujud, menangis dan berdoa.
Pada waktu tu kebergantungan pada Allah sangat tinggi.
Tapi, ketika diuji dengan keseronokan, kita akan sibuk menjaga dan menikmati keseronokan itu sehingga mengabaikan Allah.
Solat pun bertangguh-tangguh.
Lepas solat nak duduk kejap berwirid pun berkira-kira.
Nak capai Quran pun makin payah.
Kalau berdoa pun "Ya Allah, ampunkan aku kerana solat hujung waktu sebab aku terpaksa jawab dulu whatsapp-whatsapp customer yang nak dapatkan harga sale last day hari ni..."
Nampak tak dia punya doa pun dah lain macam, nada-nadanya dah penuh dengan nafsu.
Samalah macam naik pangkat.
Jarang kita anggap naik pangkat sebagai ujian.
Jarang kita anggap berwajah cantik/hensem itu adalah ujian.
Tapi kalau hidung pesek, kulit hitam barulah kita kata ini ujian.
Padahal berwajah cantiklah ujian yang lebih berat.
Cuba imagine saat-saat kita takde duit, at the same anak-anak nak masuk skolah.
Ketika inilah sujud kita sangat panjang.
Bukan sekadar doa saja panjang tapi khusyuk sangat sampai menjejes-jejes airmata.
Kesusahan yang membuatkan kita semakin ingat dan dekat pada Allah adalah nikmat.
Bukanlah maksudnya kita tajyah usaha perbaiki hidup dan kekal miskin.
Itu sekadar panduan untuk kita memahami apa yang dimaksudkan dengan ujian.
Kesenangan, jika tak dicermati dengan baik, akan menjadikan kita terperangkap dalam kesenangan yang menjauhkan kita dari redha Allah kerana tak semua yang Allah bagi tu Dia redha.
Jangan sampai kita terperangkap dalam membezakan mana satu "blessed" dan mana satu ujian.
Kalau kesenangan yang menjadikan ibadah kita semakin bagus, sedekah kita semakin banyak, kita semakin merendah diri - barulah ini dikatakan nikmat.
Kalau kesusahan menjadikan kita semakin malas ibadah kerana merasakan yang Allah tak pedulikan kita, ini baru betul musibah berganda.
Ustaz aku cakap "Esok kalau dah berjaya hafal banyak surah, jangan bangga. Kerana itu adalah ujian. Kerana kita baru hafal, belum faham pun bahasa Arab. Maknanya belum mampu memahami maksudnya pun."
Tadi pagi kat IG aku tepek IG Story ni :
Betul cakap ustaz.
Ini ujian.
Bila ramai yang DM aku ucap tahniah, puji, tanya tips, etc, terus aku teringat pesan ustaz tadi.
Pujian adalah ujian.
Yang sebetulnya, aku hanya tahu hafal, tapi tak tahu bahasa Arab pun.
Kena baca terjemahan baru faham apa benda yang aku hafal tu.
Kena belajar tafsir baru faham huraian surah tu.
Bila belum mampu memahaminya bermakna kita belum mengamalkan apa yang diajar dalam surah tu.
Jadi, aku sebenarnya belum apa-apa pun lagi, setakat hafal je.
Hafal, semua orang boleh hafal.
Tapi mengamalkannya tak perlu tunggu hafal.
Tak menghafal pun kita boleh mengamalkannya, betul tak?
Jadi, yang penting amalkanlah bukan hafalkanlah.
Tapi kalau nak hafal, silakan.
Samalah macam dulu, aku terima undangan untuk berceramah.
Berat rasanya nak terima ujian tu.
Padahal Allah lebih tahu setakat mana ajelah ilmu yang aku ada, apetah lagi amalan selalu tak seiring dengan apa yang nak diceramahkan.
Tolonglah, ya Allah. Jangan sampai aku tertipu dalam menghadapi ujian ini. Astaghfirullah.
Apa saja yang Allah bagi, baik senang atau susah sepatutnya membuatkan kita lebih banyak istighfar dan menangis.
Kerana baik ujian susah atau senang, itu adalah amanah yang harus kita pertanggungjawabkan.
Semuanya akan ditanya kembali.
Jangan sampai kita lupa, apetah lagi tak mahu mengaku bahawa kesenangan adalah ujian.
Apa pun bentuk ujian kesenangan yang diberikan Allah, itu suka-suka Allah nak bagi.
Takde kaitan dengan usaha, ibadah mahupun iman.
2019-01-24
Bila isteri dah tak lagi peduli
Sesetengah lelaki tak hidup dalam dunia nyata tau.
Dorang hidup dalam dunia fantasi.
Dan salah satu fantasi tu adalah mendapatkan isteri yang tak banyak cakap and tak reti membangkang.
Atau dalam bahasa mudahnya, tak suka bising-bising.
Orang lelaki always anggap wanita yang ideal adalah yang senyap, tak banyak cakap dan pendiam.
Suka nau bercita-cita nak cari perempuan yang goes along with everything they say, yang tak pernah menjawab atau question apa-apa yang lelaki buat.
Well, tak dinafikan perempuan macam tu memang ada, tapi tak ramai.
Sebagaimana tak ramainya lelaki yang benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan baik, begitulah juga dengan kuantiti perempuan yang jenis angguk-senyap-anggup-senyap.
Kelompok ni tak ramai.
Lelaki always anggap perempuan yang senyap adalah petanda perempuan tu seorang yang patuh, taat, dan sayangkan suami sepenuh hati.
Manakala perempuan yang bingit dan suka membebel adalah perempuan yang kurang ajar, suka melawan dan tak hormatkan suami.
Tanyalah mana-mana perempuan ayu sekalipun, kalau di rumah dengan suami, ada waktu-waktunya dia bising-bising juga.
Cuma mungkin tak high pitch macam aku, tapi bising tetap bising ikut cara masing-masing.
Itu lumrah dalam mana-mana hubungan.
Jadi, kalau kau anggap isteri itu adalah yang diam, hangguk kepala 24 jam pada apa yang kau cakap - berangan lah.
The thing is, itu memang 'trademark' perempuan.
Dari zaman Rasulullah saw sendiri sifat ni ditunjukkan oleh isteri-isteri Nabi.
Aku tak ingat hadis nombor berapa, tapi ada dalam hadis Muslim.
Satu hari tu Umar and Abu Bakar datang menziarah Rasulullah di rumah dan dorang nampak Rasulullah sedang duduk atas lantai sambil menundukkan wajah, dan di depan baginda adalah isteri-isterinya.
Umar nampak Hafsah (anaknya) and Abu Bakar nampak Aisyah (anaknya) pun ada sekali duduk depan Rasulullah.
So, Abu Bakar tanya "Kenapa ni Rasulullah?"
Rasulullah sambil senyum lalu berkata "Mereka ini mempersoalkan kesenangan yang belum dapat aku berikan". (aku tak sure exact ayat dia apa, tapi lebih kurang gitulah).
Pastu Umar terus pi kat Hafsah, dia pukul Hafsah and marah "Kau tau tak dengan siapa yang kau meminta ni?"
Tapi Rasulullah saw cakap "Tak apa, mereka hanya menuntut hak mereka" (kerana Rasulullah kan Rasul, jadi dorang question-kan kenapa seorang Rasul lebih miskin dari orang lain).
"Menuntut hak mereka".
Nampak tak macamana Rasulullah saw isolate intipati dari trajedi tu?
Rasulullah tau isteri-isteri dia tengah bising-bising tapi dia faham isteri tu bukan bising 24 jam.
Dia bising kerana ada sebab.
Dan betapa bijaksananya Rasulullah, dia lebih fokuskan pada topik yang didebatkan, bukan pada high pitch suara isteri.
Oh orang kita tak boleh bab-bab ni.
Kalau bini bising-bising cakap duit dapur tak cukup, bil itu belum bayar, duit skolah anak tak settle - mampus kena lempang.
Sebab apa?
Sebab ada certain suami TAK MAHU fahamkan intipati dari apa yang isteri bisingkan tu.
Dia lebih fokuskan pada suara isteri kerana dia nak lari dari nampak bersalah.
Dia spin situasi supaya orang lain nampak punca dorang bertekak adalah kerana isterinya suka bising-bising.
Yang orang lain pun sama naik bangang, tak nak pulak bertanya apa sebab isteri tu bising.
Cuba kita fikir balik, takkanlah isteri tu tetiba je memekik?
Dah tentu mula-mula dia akan cakap baik-baik "Bang, barang dapur banyak dah habis", "Bang, yuran anak belum bayar".
Dah kalau kau takde tindakan, lama-lama pitching tu naik lah apa lagi.
Satu lagi melibatkan Rasulullah saw juga di mana satu hari depan tetamu, Aisyah hempaskan pinggan yang berisi makanan kiriman isteri Rasulullah yang lagi satu (tak sure siapa).
Dia hempas depan-depan tetamu.
Tapi Rasulullah cool, dia kutip bekas yang berderai and pujuk Aisyah.
Rasulullah saw tau Aisyah cuma cemburu.
Kalau bukan kerana cemburu dia takde de nak hempaskan pinggan tiba-tiba.
Hoihhh, ini kalau kita yang buat, jangankan kata hempas pinggan, kita hempas pintu je mampus kena tengking ngan laki.
Sila-silap penampar sekali dapat.
2 cerita tu adalah bukti bahawa orang perempuan memang sifatnya suka bising.
Kau jangan berangan la nak dapat perempuan yang senyap and ikut je telunjuk kau membabi buta.
Bersyukurlah kalau isteri-isteri ni masih nak membebel, masih nak bertegang-urat, itu tandanya isteri masih peduli.
Kadang-kadang orang lelaki ni aku pelik.
Cara dia membaca istilah 'sayang' tu salah.
Orang perempuan kalau sayang, takdenya dia dia ikut telunjuk kau 24 jam.
Apa yang tak betul pada kau, dia pasti akan tegur.
Kau pakai baju tak matching dengan seluar, dia tegur.
Style rambut kau tak sesuai, dia tegur.
Taik mata kau berselepet dia tegur.
Taik hidung kau bersenggayut tepi lubang hidung, dia tegur.
Tindakan kau salah, dia tegur.
Pendapat kau kurang tepat, dia tegur.
"Mandilah banggggg. Dah pukul berapa ni tak mandi lagi"
Tu maknanya badan kau berbau.
"Bangggggg! Subuh nak habis niiii"
Kan bagus dapat isteri yang ingatkan kau tentang solat?
Cuma ye lah, cara dia tegur tu tidaklah selalu dengan nada mendayu-dayu.
Adat manusia, kalau cakap baik-baik taknak dengar, mau kena pekik sekali baru meloncat.
Tapi itu tak bermakna dia tak sayang.
Tak bermakna dia kurang ajar.
Itulah tanda isteri sayang.
Sebab dia sayanglah maka dia tegur.
Cuma suami always anggap teguran isteri tu adalah sama dengan membebel.
Kau nak dia senyap kan?
Ok kau tunggu kalau satu hari nanti dia dah penat dengan karenah kau, dia dah kecewa dengan sikap kau, dia give up nak hidup dengan kau lagi, masa tu nanti kau tengok dia akan jadi perempuan paling senyap pernah kau jumpa.
Apa kau buat dia tak peduli dah.
Kau balik keje lambat ke, tak balik ke, dia tak ambik tau. Call tanya kau kat mana pun tak.
Kau dah makan ke, belum makan ke, lantak.
Kau balik keje penat ke, tak penat ke, sukatilah.
Benang baju kau terburai, lantak.
Taik mata kau berselipat keluar rumah, lantak, biar kena gelak.
Ketiak kau berbau, biar biar biar.
Masa tu nanti baru kau realize yang dulu, masa bini kau "semua benda nak bising", itu adalah tanda dia sayang.
Orang perempuan ni, kalau dia sayang, dia memang akan 'cari pasal' dengan kau.
Nampak macam dia melawan, tapi sebenarnya she fight for you.
Dia nak kau jadi the best.
Dia nak suami dia jadi the best.
Dia membebel sebab dia nak kau consider juga pandangan dia.
Jangan pandangan kau je kau nak orang dengar.
Pandangan isteri mesti kena consider juga.
Dengar dulu pandangan dari perspektif dia.
Jangan kau ingat kau bijak sangat semua keputusan kau nak buat sendiri.
Isteri tegur for a reason and that reason is usually for your own good!
Mana ada isteri nak bersuamikan suami yang selekeh, tak berjaya and poyo?
Orang perempuan ni when they see problem, they find solutions right away.
Sebab tu nampak macam perempuan ni menggelupur dan tak tenang macam lelaki.
Memang perempuan adalah sejenis yang suka settlekan masalah cepat dan tak suka create masalah apetah lagi membiarkan masalah tak settle-settle.
Jadi, kalau kau jenis berlengah memang forever lah kau dengar dia bising.
Bila dia kata "Bang, tolong buang sampah jap"
Sekarang jugak kau bangun angkat itu sampah pi buang.
Kalau kau bernanti-nanti, nak habiskan newspaper dululah, nak habiskan lap keretalah, memang selagi sampah tu tak berangkat kau akan dengar dia membebel.
So balik rumah nanti check, adakah isteri anda kat rumah masih "peduli" dengan anda?
Kalau dia masih "peduli", bagus.
Nikmatilah moment-moment kepedulian tu dengan senyuman.
Because when she doesn't care, she'll save her breath.
Waktu tu kau akan tersedar yang duduk rumah besar pun takde makna apa-apa because it is just a house, no more a home.
Berminat?
Good remuneration package.
2019-01-23
Ambik duit faraid tau, tanggungjawab tak tau.
Inilah realitinya.
Pernah berlaku pada kawan aku.
Suami mati, habis harta suami tu mak bapak and adik-beradik ambik.
Selagi boleh korek habis dikoreknya.
Padahal ada cucu.
Takde ke rasa kesian kat cucu?
Sampai sekarang kalau aku ingat balik, aku yang over hot sebab kawan aku ni sejenis pasrah-berserah type.
Nasib baik mak bapak sendiri masih bekerja waktu tu.
Dapatlah menumpang rumah mak bapak sambil-sambil nak bangkit balik bina hidup baru.
Mujur jugak kawan aku ni bekerja, kalau surirumah?
That's why aku always beringat pepatah ni "Menantu hanya dianggap keluarga masa menantu tengah senang. Bila menantu susah, otomatik menantu jadi orang luar".
Walaupun pepatah ni bersifat negatif, tapi aku pegang untuk mengingatkan diri sendiri supaya buat harta sendiri.
Mesti ada simpanan sendiri.
Orang perempuan mesti ada duit sendiri.
Kalau korang tak bekerja, usahalah supaya dapat simpan duit sendiri.
Kadang-kadang tu suami kita baik, tapi keluarganya belum tentu lagi baik.
Bab-bab harta ni jangan main-main, sekejapan je boleh terbang serban and jubah!
Jadi, sementara suami masih ada simpanlah duit nafkah tu sikit.
Bodek-bodeklah suami belikan rantai and gelang sesekali (sesekali je, jangan selalu!).
Ini sebagai investment.
Kalau suami ada duit lebih, mintaklah suami belikan kereta murah-murah sebiji letak nama kita.
Esok-esok itulah yang jadi 'kaki' kalau suami dah takde.
Yang tak reti bawak kereta, mintak suami hantar masuk skolah memandu.
Benda-benda ni semua penting, kena equip siap-siap.
Bukan harap suami mati awal.
Tapi itu semua preparation.
Abis tu kita tak bekerja kan, dibuatnya keluarga mertua buat U-turn tak mengaku kita menantu lepas anak dia mati, camne?
Tercangak-bangak kau kat situ.
Jangan harap orang akan kesian dan simpati kat kita.
Lumrah manusia, masa kita tengah senang ramai la mengaku sedara.
Yang tak pernah datang rumah pun sibuk nak 'menziarah' time-time macam ni.
Cuba esok kita tengah susah, macam hape je dia buat kau.
Tapi cuba kalau kita kata nak bagi duit, dan-dan tu datang menyembah.
Harta and duit ada 'kuasa' untuk mengubah karakter seseorang sekelip mata.
Nak tengok karakater yang alim-alim pendiam berubah jadi agresif, masa ni lah.
Masa tu baru kau tau yang mulut celupar kau selama ni rupanya takde lah jahat mana.
Rupanya ada yang lagi jahat dari tu.
Masa ni la kau nak tengok ramai rupanya yang 'concern' dengan arwah suami kau.
Time ni lah masing-masing nak bercerita penat lelah dia besarkan anak banyak keluar duit belanja maka dia berhak dapat hak tu semua.
Masa laki kau terlantar sakit, muka-muka yang nak rebut harta ni tak nampak bayang pun.
Takde pun kata nak hulur bantuan ke, sumbangan ke, belikan ubat ke, belikan barang-barang dapur ke, takde.
"Dia ada bini. Biar bini dia jaga. Apa guna ada bini kalau tak boleh jaga suami?"
Ha'ah memang ya.
Bini-bini ni memang tugasnya jaga orang sakit.
Adik-beradik cuma tolong tanya khabar je tu pun kalau teringat.
Bila suami dah takde, tugas bini agih-agihkan harta suami pulak kat keluarga supaya masing-masing boleh berjimba-jimba.
Let's face realiti lah.
Berapa kerat sangat keluarga suami yang bila dah dapat harta based on faraid berani pikul tanggungjawab ambik alih tugas menjaga keluarga si mati?
Padahal itulah alasannya kenapa harta si suami layak dapat kat keluarga dia.
Bila suami meninggal, tanggungjawab menjaga cucu dan menantu terletak pada bahu keluarga suami - datuk dan pak sedara.
Itulah fungsinya kenapa dorang ni dapat hak faraid.
Malangnya ramai yang lepas dapat duit/harta faraid, terus meruyup tak nampak muka.
Helok je lepas tu beli tanah, besarkan dapur, beli kereta baru bagai.
Ni lah dia pesen manusia bak kata Kassim Selamat "Kenapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia? Bukanlah elok kau jadi haiwan?"
Haaa....gitulah pesen orang macam ni,
Jenis tuntut harta faraid pandai, tapi pegang tanggungjawab tak pandai.
Kalaulah keluarga suami semua celik agama, nescaya tak ada kes balu-balu teraniaya dalam dunia ni.
Macam kawan aku tu, jangankan kata bapak mertua, adik-beradik lelaki arwah suami dia ada tiga orang.
Sorang pun tak nampak muka sampai sekarang.
Nampak muka time nak bincang pasal harta je.
Sekarang ni insurans pun dah bahagi-bahagi ikut faraid tau.
Baik-baik ya.
Sementara hidup lagi ni, pegi arrange wasiat.
Aku kan kalau ingat-ingat balik cerita kawan aku, boleh terkeluar susuk aku ni karang.
Bayangkan KWSP arwah suami dah letak nama dia (kawan aku) and anak-anak sebagai penerima melalui wasiat (bukan penama).
Boleh si bapak mertua ni kejap-kejap call tanya pasal KWSP, bukannya call nak tanya khabar menantu ngan cucu.
Yang boleh keluarkan waktu tu cuma bahagian kawan aku je, bahagian anak takleh keluar sampai umur 18 tahun.
Si bapak mertua ni mintak kawan aku bagi bahagian dia tu pada adik-beradik arwah suami sorang sikit.
Nak bagi adik-adik rasa duit arwah katanya.
Tengkorak dia.
Yang buat aku lagi hangin kawan aku ni pi bagiiiiiiii.
Ya ampunnnn aku tak tau aku nak sekeh siapa.
The issue here is bukan duit semata-mata.
Tapi perangai tu.
Kalau kau dapat duit at the same time kau ambik jugak tanggungjawab takpe, kita pun bukan hadap sangat semua duit tu.
Kita pun tau dia orang tua, mesti nak 'pampasan' kehilangan anak.
Takpe kita faham.
Kita pun kalau boleh taknak hidup sebatang kara.
Dapat teruskan hubungan dengan keluarga mertua lagi bagus.
Tapi kalau perangai gini, tak jadi keluarga pun takpelah.
Ni entah-entah esok habis duit arwah anak, duit raya cucu pun dia sebat dengan alasan darah daging.
Eh mana nak tau kan, spesis gini unpredictable sikit perangainya.
Kawan aku cakap, bab hutang-hutang suami, bila ada yang bertanya, keluarga mertua mintak jumpa dia (kawan aku) untuk settlekan.
Aku gelak je dengar.
Bab settlekan hutang, sorang taknak mengaku mak bapak.
Bila bab faraid, kemain lagi masing-masing mencanang penat lelah membesarkan anak.
Ni pakkal aku takde di tempat kejadian.
Kalau tak, mau rebeh bulu sorang-sorang aku tarbiyahkan.
Yang kes mertua nak rebut rumah anak (gambar atas) tu dah kenapa lah.
Takde ke rasa kesian kat cucu and menantu.
Bukannya orang lain, cucu tu darah daging.
Dah la menjaga cucu taknak, nak direbutnya pulak rumah yang dia duduk.
Kan ke bagus kalau kau biar je menantu terus stay situ, dapat jugak tetiap minggu kau datang jenguk tido dengan cucu.
Ini tak, nak dikeruk segalanya.
Benda ni kalau kita cakap, orang kata kita ni macamkan gila harta sangat.
Tapi biarlah, yang kita mintak tu pun harta suami kita, harta sepencarian.
Kalau mak bapak mertua tu takde anak lain, that's another story.
Ini anak kemain berderet-deret tapi anak yang mati ni lah jugak nak dikeruk hartanya sampai licin.
Abis anak lain yang ramai-ramai tu apa kejenya?
Belai bulu?
Apa-apa jadi esok, orang cuma bersimpati dan bagi takziah 2-3 minggu je, pastu semua dah balik ke kehidupan asal.
Dorang pun ada life masing-masing.
Yang kita ni kena teruskan hidup.
Kalau satu sen duit takde kat tangan, harta pun takde, kau rasa ada yang nak hulur bantuan?
Mimpi lah.
Isteri-isteri yang berkerja, make sure simpan duit.
ASB simpan.
Tabung Haji simpan (yang ni simpan takat cukup modal nak pi haji dah la).
Kalau ada duit lebih pi campak RM1000 kat fixed deposit.
Kereta busuk-busuk pun biar kita punya (nama kita).
Rumah pi bubuh wasiat siap-siap.
Harap-harap keluarga mertua kita semua baik-baik dan timbang rasa.
Tapi tak salahkan kalau kita nak prepare?
Yang baru beli Halal in Home kit semalam, manual ada dalam kit.
2019-01-22
Rahsia makanan sedap
Inilah yang aku maksudkan kenapa Halal in Home Kit aku penting untuk dibawa ke mana-mana especially kalau nak makan di luar.
That's why aku fokuskan Halal in Home kit ni to those yang selalu travel atau suka makan di luar.
Artikel atas ni terang-terang dia confess rahsia kesedapan their resepi laksa adalah kerana fresh pig's blood.
Mengingatkan aku dengan meeting aku dengan Fisheries Penang last month, the Dr kata dia nak darah babi pun takde stok sebab darah babi pun dah ada takers even sebelum babi tu disembelih.
Betapa lakunya babi.
Baik daging, organ, kulit malah darah dia sekalipun 'berjasa'.
Ok, kita anggap je lah resepi Penang's famous laksa ni hanya famous di kalangan non-Muslim.
Insyallah di kalangan penjual dan pembikin laksa untuk orang Islam, bahan-bahan babi ni tak ada.
Walau macamanapun kita kena ingat, walaupun secara direct tak ada dumber babi tapi siapa tahu ingredients ready-made yang diguanakan untuk masak laksa ada bahan-bahan terlarang.
Mintak-mintak tak ada lah.
Buat masa ni, our Halal in Home kit hanya boleh detect pig contamination.
Alkohol tak boleh.
Tapi korang boleh check ingredients di bawah ni. Ni semua non-halal and forbidden :
- gelatine
- lipase
- pepsin
- alcohol
- vanilla extract (sebab extract tu contains alcohol)
- animal fats
- animal blood
- animal rennet
- mono and diglycerides dari haiwan
- whey powder
- sodium stearoyl lactylate (SSL)
Hari tu kecoh kejap pasal pau Yik Mun, kan?
Tak salah aku, ke-famous-an pau Yik Mun ni dari zaman aku ulang-alik buat kerja kat UPSI lagi aku dah dengar nama pau ni, cuma aku tak nampak pulak kat mana kedainya.
Memandangkan aku pun bukan peminat pau jadi aku tak kuasa nak mencari.
Alih-alih last week, kecoh kejap katanya kedai (premis) pau Yik Mun tu takde sijil halal.
Yang ada sijil halal cuma pau-nya.
Meloncat sekejapan peminat pau.
Ada 2-3 orang penduduk Tanjung Malim PM aku, dorang kata even dorang sendiri tak pernah beli makanan kat situ.
Ramai yang beli cuma orang luar.
Sebenarnya restoran tak wajib apply sijil halal pun, yang wajib apply adalah makanan sahaja.
Tapi sebagai pengguna, kita was-was juga dengan the handling procedure.
Adakah dia gunakan kitchen yang berbeza, utensils yang berbeza, freezer yang berbeza.
Pihak kerajaan (Jakim) pun tak kejam.
Dorang tau nak mewajibkan restoran dapatkan sijil halal, banyak melibatkan kos.
Kesian pada peniaga.
Kalau kita nak kedai tu asingkan segala kelengkapan halal dan non-halal, bermakna pengusaha kedai perlu naikkan harga produk/makanan untuk cover balik kos equipment.
Karang bila makanan naik harga, kita komplen.
Kita ni kan spesis semua benda nak murah.
Jadi, gunakan kebijaksanaan kita.
Kalau rasa yakin, belasah.
Kalau tak yakin, jangan masuk.
Itulah juga tujuan aku produce Halal in Home kit.
Salah satunya adalah untuk kurangkan was-was lebih-lebih lagi bila kita makan kat luar atau makan di negara orang.
Kadang bila pi negara orang kita rasa macam "Alah, kopi je kot".
Teringin nak try kopi-kopi yang rare yang jarang nampak kat negara sendiri.
Hati-hati ya, some of the coffee ni pemprosesannya menggunakan lard (lemak babi).
Maybe sebab tu lah ia 'rare'.
Angkutlah Halal kit aku ni masa minum kopi tu.
Test dulu sebelum minum, kalau ok, telan.
Kalau tak ok, sedekah kat meja sebelah.
Many cuisines use lard as a cooking fat or shortening.
Kadang-kadang dia buat macam butter je.
Bak kata artikel dalam paper tu la (gambar atas), pig's blood tu lah rahsia kesedapannya.
Sama macam lard, ia dijadikan ingredients dalam pelbagai masakan yang sedap-sedap macam sosej, puding dan tepung.
Especially dalam bahan membuat pastry, memang banyak lard digunakan sebab dia mencantikkan bentuk pastry.
Tau tak the highest grade of lard datang dari part mana?
Dari visceral fat babi.
Tau tak visceral fat tu apa?
Tu ha, lemak kat perut kau tu.
Perut kita ni kalau buncit bahaya sebab itu lemak visceral.
Lemak visceral ni sama macam lemak yang membalut buah pinggang.
Kalau dah banyak sangat, boleh mudarat.
Babi punya lemak visceral jadi the highest grade of lard okeh?
Lemak visceral kau boleh jadi apa? Kahkahkah.
Adehh.
Salah seorang yang beli Halal in Home kit ni adalah pengusaha bakery somewhere in KL.
Dia buat bisnes home-based katanya.
Bukan blog reader aku sebab dia beli direct dari FB Halal in Home.
Dia cakap kebanyakkan ingredients yang dia guna bought from overseas, so bila ada Halal in Home kit ni boleh la dia test ingredients dia tu dulu.
Dia cakap bahan-bahan overseas ni mahal tapi menjadikan kek/pastry lebih sedap and cantik, jadi dia perlu pakai kit aku ni untuk yakinkan diri sendiri and customer dia.
Lega rasanya bila ada baker yang nampak kepentingan halal ingredients dalam makanan yang dia jual.
Lega lagi rasanya bila Halal in Home kit dapat bagi manfaat, alhamdulillah.
Aku ada create Page Halal in Home (FB) and @halalinhome (IG).
Feel free to follow.
Everyday ada updates pasal halal news, halal fact and also pasal kit Halal in Home ni.
Kalau nak beli kit, please klik HERE.
2019-01-21
Salah kawan atau salah sendiri?
Last week ada reader mintak aku ulas isu Dewi Remaja kena pulangkan balik title Juara.
Tapi aku tak tahu-menahu pasal kes tu so aku perlu ambil masa sikit nak baca apakeheynya isu tersebut.
Hari ni baru rasa nak ulas tapi since kes dah pun settle, dah tak panas lagi, jadi aku rasa aku taknak sentuh bab tu dah.
Cuma aku nak bagitau itulah impaknya pengaruh persekitaran pada diri kita.
Yang ni dah banyak kali aku highlite dalam blog.
Pengaruh persekitaran banyak mempengaruhi diri kita.
Contoh, bulan Ramadhan.
Bila Ramadhan tiba, semua orang akan terikut-ikut dengan suasana Ramadhan.
Those yang biasanya liat nak bangun awal, tiba-tiba boleh pulak bangkit sebelum Subuh.
Walaupun hakikatnya ada je yang lepas sahur tido balik sampai terlajak Subuh, tapi itu masih membuktikan bahawa kita sebenarnya boleh bangun menunggu Subuh, cuma kita je yang pilih untuk taknak bangun.
Bulan Ramadhan, yang selama ni liat nak ke masjid dengan macam-macam alasan, tiba-tiba jadi rajin solat Maghrib and Isyak kat masjid.
Walapun hakikatnya dia ke masjid sebab bulan Ramadhan ramai orang sedekah makanan best-best kat masjid, moreh pun macam-macam makanan ada, tapi itu menunjukkan bahawa kita sebenarnya mampu bersolat jemaah di masjid cuma selama ni kita pilih untuk tak nak pergi.
Yang selama ni liat sungguh nak berpuasa sunat, elok je tiba Ramadhan boleh pulak berpuasa sebulan penuh.
Kerana apa?
Kerana persekitaran juga berpuasa.
Restoran tutup, member pun takde yang ajak pi makan, gerai goreng pisang pun tak bukak, eksrim Mat Cool pun tak lalu-lalang.
Yang selama ni seminggu sekali payah nak pegang Quran, masuk je bulan Ramadhan boleh khatam dalam masa sebulan.
Kerana sana-sini orang sibuk buat majlis tadarus.
Kita jadi terpengaruh untuk membaca.
Fenomena kedua adalah ketika ibadah umrah/haji.
Kat sana bertudung-litup dengan sempurna siap boleh istiqomah 2 minggu pakai niqab.
Balik je Malaysia start balik pakai ketat sendat.
Hilang semua niqab and jubah.
Niqab and jubah tu oklah fine, tak penting untuk dipakai.
Pakai baju kurung, blouse longgar-longgar pun boleh.
Tapi stokin?
Takkan stokin pun hilang jugak?
Ketika berada di rumah Allah, semua manusia berubah dengan drastik.
Yang payah nak menangis jadi murah airmatanya saat melihat Kaabah dan saat bersujud di Masjidil Haram kerana mengingatkan dosa dan takutkan seksaan akhirat.
Yang selama ni masjid 500m dari rumah pun payah nak jengah, tiba-tiba di Mekah dapat hotel jauh dari 500m dari masjid pun sanggup jalan kaki semata-mata untuk bersolat.
Di sana, berbuka dengan 2 biji kurma dan segelas zam zam pun dah memadai.
Tapi kat sini habis satu pasar malam nak dibelinya, tu pun tak cukup lagi.
Apakah sebab di sebalik semua ni?
Jawapannya adalah kerana kekuatan pengaruh persekitaran.
Bagaimana dan dimana kita meletakkan diri kita sangat penting untuk membentuk akhlak diri sendiri.
Kalau kita tak emotionally and spritually strong, maka carilah persekitaran dan lingkungan yang baik supaya perkara baik yang kita dapat lakukan ketika bulan Ramadhan dan ketika di Mekah dapat kita teruskan.
Tak dapat cari kawan yang baik, carilah guru agama yang baik kerana pergaulan sangat mempengaruhi kehidupan seseorang.
Akibat bergaul dengan teman-teman yang perangai buruk, lama-lama kita akan terikut-ikut jadi buruk.
Sebaliknya bergaul dengan orang-orang yang baik selalunya kita akan dapat manfaat yang besar.
Contoh, kalau kita berada di kalangan perkitaran yang menggunakan waktu rehat tengahari untuk bersolat, insyallah kita akan terikut-ikut dengan cara tu.
Tapi kalau kita berada di persekitaran yang bersolat selepas waktu rehat lunch, dah pukul 2pm baru nak terhegeh-hegeh ambik wuduk, besar harapan kita akan ikut cara tu kerana menganggap itu adalah normal.
Ramai orang tersasar ke lembah maksiat dan buat perkara-perkara yang salah adalah kerana silap pilih kawan.
Silap pilih kawan bermakna kita lah yang salah, bukan kawan tu yang salah.
Kita yang salah kerana kita sendiri memilih untuk berada di lingkungan itu.
Bila kita jadi jahat, jangan salahkan orang lain tapi salahkanlah diri sendiri.
Kerana kita sentiasa ada pilihan untuk jadi baik tetapi kita sendiri pilih untuk jadi jahat.
Ni bukan aku punya teori ya, tapi Rasulullah saw sendiri kata "Kawan yang baik dan kawan yang buruk adalah ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Penjual minyak wangi akan memberimu minyak wangi, atau engkau membeli minyak wangi darinya, dan kalau pun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan tukang besi, boleh jadi (percikan apinya) terkena pakaianmu, dan kalau pun tidak terkena percikan api, engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap." (Bukhari 5534 & Muslim 2628).
Hadis ni takde cakap "jangan kawan dengan orang yang berperangai buruk", kan?
Tapi kalau kita bijak, kita dapat mentafsir kata-kata Rasulullah bahawa hadis ini sebenarnya melarang kita berkawan orang yang boleh merosakkan agama atau dunia kita.
Hadis ini menggalakkan kita berkawan dengan orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia kita.
"Agama seseorang sesuai dengan agama teman dekatnya. Hendaklah kamu melihat siapakah yang menjadi teman dekatnya." (Abu Daud & Tirmidzi).
Siapa kawan-kawan kita, itulah diri kita.
Sebab itulah ada pepatah "jodoh kita adalah cerminan diri kita", kerana jodoh adalah kawan kita yang paling rapat.
Begitu juga dengan kawan, nak tahu bagaimana akhlak kita, tengok saja akhlak kawan baik kita.
Jarang kita nampak sepasang BFF yang satunya jahat, yang satunya baik.
Dalam banyak keadaan kita boleh tengok kalau yang sorang tu kaki clubbing, yang sorang lagi mesti kaki clubbing juga.
Katakanlah seorang bernama C ada kawan yang ramai.
Kita boleh tengok, kalau untuk makan-makan dia ada set of kawan yang berbeza.
Kita namakan set A.
Kalau dia pi clubbing, ada set of kawan yang berbeza pulak.
Kita namakan set B.
Jarang nak nampak kawan-kawan set A berada di tempat kawan-kawan set B.
Most of the time, kawan-kawan set B adalah muka-muka yang sama.
Tetapi si C ni sentiasa ada di set A mahupun set B.
Ini bermakna C ada hak sepenuhnya dalam membuat pilihan.
Kalau jadi apa-apa semasa dia bersama-sama set B, bolehkah dia salahkan kawan-kawan set B?
Tak.
Kerana dia yang pilih untuk berada di situ.
Padahal dia ada kawan set A tapi dia juga memilih untuk berada dalam set B.
Persekitaran dan pengaruh kawan yang tidak baik sangat mempengaruhi kualiti iman.
Oleh itu, di antara tanda-tanda taubat yang benar adalah penghijrahan persekitaran.
Kita perlu memahami dalam usaha kita bertaubat, meninggalkan persekitaran dan kawan-kawan yang buruk dan mencari persekitaran sosial yang lebih baik adalah langkah pertama dalam usaha untuk bertaubat.
Mana mungkin kita boleh berubah kalau masih lagi berada di lingkungan kawan-kawan yang sama.
Dulu, ada seorang pembunuh.
Dia membunuh 100 orang yang tak bersalah.
Ketika dia mahu bertaubat, sorang ulama menasihatkan "Pergilah ke kampung itu kerana di sana terdapat orang-orang yang beribadah kepada Allah. Beribadahlah kepada Allah bersama mereka. Jangan kembali ke kampungmu kerana kampungmu adalah lingkungan yang buruk" (Muslim, 7184).
Macam tu sekali pentingnya pengaruh lingkungan terhadap diri kita.
Maka apa yang perlu kita lakukan adalah mempertahankan persekitaran baik dengan mencari lingkungan pergaulan yang baik.
Kalau kita emotionally strong, maka kita boleh jadi 'magnet' untuk create persekitaran yang baik dan menarik pengaruh baik datang.
Sesungguhnya ketika kita hidup di suatu komuniti, hanya ada dua kemungkinan yang terjadi.
Iaitu mempengaruhi atau dipengaruhi.
Kalau kita tak mempengaruhi lingkungan kita maka pasti kitalah yang akan terpengaruh oleh lingkungan yang ada.
2019-01-19
Isteri boros
"Suami saya kedekut. Tak pernah nak beli keperluan asas saya. Tapi kalau family dia bukan main pemurah. Kalau saya, apa yang saya nak semuanya dia kata tak perlu membazir".
Dalam situasi yang lain, ada juga suami yang kata "Isteri saya boros orangnya. Semua benda dia nak beli. Banyak sangat permintaannya".
Nampaknya hampir semua perkahwinan ada masalah ni.
Yang suami kata isteri pemboros, yang isteri kata suami kedekut.
Boros dan kedekut sebenarnya subjektif.
Kalau orang tu jenis kedekut, apa je yang kau beli dah tentu dia anggap pembaziran.
Kalau orang tu jenis boros pulak, mudah untuk dia anggap kau kedekut bila kau berjimat-cermat.
Masalah macam ni muncul sebab ada yang tak faham the obligations and rights that must be fulfilled.
Ya, sekali imbas memang nampak isteri ni banyak spend.
Beli barang kemas, beli tudung, beli baju, beli kasut, beli henbeg.
Tapi, sebelum cakap isteri boros, aku nak tanya.
Yang kau sibuk kata bini kau boros ni, ada ke kau belikan bini kau semua benda tu? Ada?
Setahun berapa kali kau belikan coli and spender dia?
Setahun berapa kali kau belanja dia beli sepasang baju?
Setahun berapa kali kau belikan dia tudung?
Bukan aku tak tau ada suami yang jangankan setahun, sepanjang perkahwinan pun tak pernah belikan spender and coli isteri walau yang berharga RM15!
Jangankan kata nak belikan sepasang baju kurung raya untuk isteri, baju melayu dia pun bini yang bayarkan.
Nak belikan tudung? Jangan harap.
Dia nak teman isteri masuk kedai tudung pun tak.
Takut benar dia bini mintak bayarkan tudung.
Rela dia menung tunggu dalam kereta.
Lepas tu ada hati cakap isteri boros.
Kalau kita ada belikan isteri kita baju, tudung, kasut, henbeg - ni lain cerita.
Ini, belikan pun tak, ada hati nak cakap isteri boros bila isteri bila guna duit dia sendiri.
Aku tak faham ada suami yang kata isteri boros bila isteri bershopping.
Walhal bukan isteri guna duit suami pun.
Tapi dia punya tuduh bini dia boros macamkan bini tu ada ambik duit dia.
Padahal isteri bukan boros, suami je yang kedekut taik idung masin.
Kadang tu isteri dah contribute perbelanjaan rumah, sanggup berkerja untuk tambah pendapatan, sanggup pulak share tanggungjawab untuk expenses rumah.
Tapi bila isteri tu bershopping dia kata isteri boros.
Sebenarnya isteri dia tak boros pun.
Si suami taknak isteri spend duit sebab suami nak guna duit tu untuk penuhi impian dia pulak!
Memang ada je spesis suami yang 'bercita-cita' besar.
Nak beli kereta besar, nak beli itu ini, tapi nak isteri sama-sama contribute untuk dia.
Jadi isteri pun terpaksa sama-sama ikat perut untuk penuhi impian suami.
Tapi nanti bila impian dia dah achieved, dia claim itu hak dia sorang.
Beli rumah besar pastu canang itu rumah dia.
Ada reader tu cakap, kalau dorang laki bini bergaduh, balik-balik suami halau keluar dari rumah sebab katanya rumah tu dia punya.
Padahal sah-sah rumah tu pakai nama both of them.
Tapi suami kata dia yang lebih banyak bayar loan rumah berbanding isteri.
Isteri dia cakap, memang rumah tu suami yang lebih banyak bayar tapi separuh gaji suami dah habis kat membayar rumah.
Jangan haraplah suami nak ada duit untuk beli keperluan lain sebab gaji memang habis bayar rumah and kereta.
Maka perbelanjaan makan minum si isteri yang ambil alih.
Yang tu suami tak pikir pulak.
Dia tak pikir yang isi tembolok dia pagi petang tu dari duit isteri.
Kalau bukan duit isteri yang beli barang dapur, kau jadi tengkorak hidup dalam rumah besar tu.
Pernah dengar statement "Duit suami, duit isteri. Tapi duit isteri adalah duit isteri"?
Orang lelaki always salah tafsir statement ni.
Seolah-olah pompuan ni menghabiskan duit suami je kejenya.
Takut benar dia bini kejap-kejap mintak duit.
1. Duit suami, duit isteri.
Statement ni ada kaitan dengan ayat "Kamu semua adalah penanggung dan akan ditanya tentang apa yang kamu pertaggungjawabkan. Wanita menjadi penanggungjawab di rumah suaminya, dan dia akan ditanya tentang apa yang dia pertanggungjawabkan (Bukhari, 2409).
Maksudnya, boleh je suami serahkan semua gaji dia pada isteri untuk isteri pegang.
Tapi perlu diingat bahawa gaji itu adalah hak suami.
Isteri hanya pengelola.
So isteri mesti berusaha pegang amanah.
Gunakan duit suami bagi tu dengan cermat.
Dahulukan keperluan rumah dan anak-anak.
Ada lebih, tanya suami dulu kalau nak guna.
Tak boleh ambik macam tu je sebab itu masih duit suami.
2. Duit isteri, adalah isteri punya.
Maksudnya, sukatilah dialah nak shopping apa pun, itu duit dia.
Kalau dia boros pun bukan pakai duit kau!
2019-01-18
#10yearschallenge
Ini IG Story aku.
Macam sentap lah pulak baca, kan?
Jangan risau.
Aku pun main gak #10yearschallenge ni kat IG 2 hari lepas.
Tapi tak letak gambar sendiri.
Manalah aku ada gamba yang decent 10 tahun lepas.
Semuanya gamba selambak. Eh.
Tak kisah kalau sesape nak main challenge ni, bukan aku nak perli pun.
Cuma aku nak ajak kita semua berfikir.
Kebanyakkan kita (aku juga) sangat concern dengan perubahan fizikal dalam tempoh 10 tahun.
Samada kita semakin kurus, semakin chubby, semakin cantik, semakin cerah, semakin nampak muda, atau masih maintain.
Seronok rasanya bila sekarang kita nampak lebih "sedap mata memandang" dari dulu.
Tapi itu kan perubahan fizikal.
10 tahun adalah wajar untuk fizikal kita berubah.
Kalau makin cantik, itu adalah bonus.
Kalau makin berusia, itu adalah lojik.
Tak ada apa yang perlu dirisaukan bila kita nampak semakin berusia.
Kalau nampak berusia tu menjadikan kita lebih ingat pada kematian lantas menjadi lebih taat, itu menjadikan kita hambaNya yang lebih baik.
Tapi kalau dengan bertambahnya usia tidak mengingatkan kita pada kematian malah lebih berlumba-lumba bersaing siapa yang nampak lebih gorgeous, this is so sad.
Bak kata ustaz aku, ada orang bila nampak uban tumbuh sehelai membuatkan dia semakin dekat dengan Allah.
Tapi ada juga orang pantang nampak uban sehelai terus cari solution nak warnakan rambut.
Orang kata hidayah itu milik Allah.
Katanya kalau Allah tak bagi, macamana nak ada perubahan dalam tempoh 10 tahun ni.
Betul, hidayah memang milik Allah.
Tapi Allah Maha Adil, semua orang Dia bagi hidayah.
Hanya kita saja yang menolak hidayah.
Uban adalah hidayah dari Allah.
Ia adalah tanda kemantian.
Nabi Yaakub didatangi oleh malaikat maut, lalu Nabi Yaakub tanya "Kau datang ni untuk jumpa-jumpa macam selalu ke?"
Malaikat maut jawab "Tak, aku datang untuk mencabut nyawa engkau"
Nabi Yaakub tanya balik "Bukan ke aku dah pesan, hantar reminder dulu sebelum nyawa aku kau ambik?"
Malaikat maut jawab "Ya, aku dah kirimkan isyarat yang kau tunggu-tunggu. Bukan setakat satu tapi tiga kali. Yang pertama, uban. Yang kedua, tubuh kau makin lemah. Yang terakhir, badan kau membongkok. Itulah isyarat yang telah kukirimkan kepada semua manusia sebelum aku datang untuk cabut nyawanya."
Uban.
Ini salah satu bentuk hidayah Allah yang mengingatkan kita bahawa kematian semakin mendekat.
Tapi kita anggap tumbuh ubah adalah perkara biasa.
Tak mendatangkan apa-apa makna.
Hanyalah indicator bahawa umur dah makin meningkat.
"Biasalah tu tumbuh uban umur 40 tahun".
Kerana sangkaan kita rambut perlu memutih dulu baru kematian sampai.
Setakat tumbuh 1 helai, belum apa-apa lagi.
Padahal Allah tak janji pun syarat mati rambut kena putih seluruhnya baru malaikat maut sampai.
Entah-entah sempat tumbuh 2 helai je, esok dah ajal.
Allah...
Jadi siapa kata hidayah itu Allah pilih-pilih?
Hidayah itu memang milik Allah, tapi Allah dah bagi pada semua orang.
Tingal kita saja yang tak ambik kisah.
Al-Quran.
Ini pun satu bentuk hidayah.
Sebab di dalamnya terang-terang dah tulis "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa" (Al-Baqarah, 2)
Baca ayat yang aku bold-kan tu saja (supaya lebih senang faham).
Al-Quran adalah hidayah yang Allah bagi pada semua.
Tapi, hanya orang yang HENDAK bertakwa saja yang ambik.
Yang TAKNAK, dia tak peduli pun dengan Quran.
Dia malas blaja Quran.
Dia malas baca Quran.
Dia malas nak selak Quran pun.
Padahal ada je Al-Quran 2-3 bijik dalam rumah tu.
Jadi tak adil kalau kita anggap kita tak berubah sebab Allah yang tak hantar hidayah.
Padahal kita yang buta hidayah.
Majlis ilmu/taklim/ceramah agama.
Itu pun hidayah.
Tapi yang NAK hidayah saja yang dengar.
Yang TAKNAK memang takkan dengar.
Nasihat.
Ini lagi lah.
Jangankan nak dikata hidayah, malah dikecamnya tukang bagi nasihat.
Bajet ustazah katanya.
"Kau pun belum tentu lagi masuk syurga, takyah nak nasihatkan orang".
Kalau kita orang yang faham ilmu, dah tentu kita maklum semua manusia ada dosa.
Manusia yang maksum berapa orang je, dik. Tak ramai.
Dan dorang pun dah takde, dah lama meninggal.
Kalaulah hanya yang maksum saja layak berdakwah, dah tentu kita semua ni jadi manusia yang jahil-sejahil-jahilnya!
Tapi dek kerana ada yang ikhlas menyampaikan nasihat, berdakwah, menyebar dan mengajak kebaikan, maka itu peluang kita untuk berubah.
Itu pun kalau kita nak.
Hidayah ni tak datang selepuk depan mata kita dengan lebal "HIDAYAH".
Kita bukan nabi sampai Allah nak hantar malaikat persembahkan hidayah depan mata.
Kita kena usaha cari dan ambil.
Orang yang rajin berdakwah dan menyampaikan kebaikan ni pun bukannya petanda dia sudah baik, jauh sekali alim.
Tapi dia tau Allah dah bagi dia ilmu, maka wajib untuk dia menyampaikan setakat yang dia tahu.
Dia tak harap pun orang akan ikut nasihat dia.
Dia cuma nak menyampaikan supaya at least di akhirat esok bila Allah tanyakan "Apa yang kau dah buat dengan ilmu yang Aku bagi?", maka dia dengan lega boleh berkata "Aku dah sampaikan kepada kawan-kawanku".
Orang yang berduit, ujiannya adalah pada duit.
Orang yang berharta, ujiannya adalah pada harta.
Orang yang bijak, ujiannya adalah pada kebijaksanaannya.
Orang yang berilmu, ujiannya adalah pada ilmu yang dia tahu.
Semua tu nanti Allah tanya ke mana dan bagaimana kita kendalikan amanah yang Dia bagi.
10 tahun ni kalau datang dalam bentuk hukuman penjara, tempohnya terasa sangat panjang.
Tapi kalau dalam tempoh 10 tahun menjadikan dia lebih mendekat pada Allah, maka penjara adalah kebaikan buat dia.
10 tahun ni kalau datang dalam bentuk sakit, sangat menyiksakan.
Tapi kalau dalam tempoh 10 tahun menyebabkan airmata taubatnya mengalir tanpa henti, maka sakit adalah kebaikan buat dia.
10 tahun ni kalau datang dalam bentuk kemasyuran, selalunya tempoh terasa singkat.
Kalau dalam tempoh 10 tahun ni menjadikan dia semakin leka dan semakin 'longgar' ketaatan pada Allah, maka 10 tahun itu bukanlah nikmat, tetapi musibah buatnya.
Tengok balik 10 tahun yang lepas, bagaimana kualiti ibadah kita.
Bagaimana kualiti solat kita.
Kualiti sedekah kita.
Kualiti ilmu kita.
Jangan hanya sekadar mencapai dunia.
Kalau umur kita setakat 45, maka pencapaian dunia kita setakat 45 tahun sahaja.
Siapa tahu kita akan berada dalam liang lahad selama 100 tahun.
Apa sajalah bekal yang dah disiapkan.
Allah...
2019-01-17
Serotonin
Memang ada some pengguna yang beli GC Plus bagitau dorang rasa pening lepas ambil 4 biji.
Selalunya GreenAard akan minta dorang kurangkan dos kepada 2 kapsul saja.
Kalau ok, ambil dulu 2 biji sampai seminggu, lepas tu slowly naikkan ke 3 biji then 4 biji.
Bukan apa, ada certain badan yang tak boleh tolerate dengan penghasilan serotonin secara mendadak.
Penerimaan badan kita tak sama untuk semua orang.
Ada yang makan 4 biji masih ok.
Ada yang kena kurangkan ke 2 biji.
Ada yang sama sekali tak boleh, like this lady (gambar di atas).
Serotonin ni bukan datang dari GC Plus ya, dia memang dah ada naturally dalam badan kita.
Serotonin berfungsi untuk melancarkan pergerakan usus dan mengurangkan selera makan.
Apa yang GC Plus buat adalah to stimulate penghasilan serotonin dalam badan sebab ada badan yang kandungan serotoninnya sangat rendah.
Kita perlu ransang badan untuk hasilkan serotonin dengan lebih banyak.
That's why those yang ambil GC Plus kata masalah sembelit hilang.
Bila serotonin dihasilkan dengan banyak, pergerakan usus jadi lebih lancar jadi kita jadi lebih lawas.
Dalam masa yang sama serotonin mengurangkan selera makan.
That's why dulu ada budak-budak gym tanya boleh tak guna GC Plus as fat burner, aku cakap tak boleh.
GC Plus bukan fat burner.
Kalau ambil fat burner, lepas makan tu kena bersenam baru ada effect.
GC Plus tak perlu bersenam sebab cara dia bertindak sangat berbeza.
Tapi kalau kau nak bersenam silakan, lagi bagus.
Masa buat formula GC Plus ni, aku memang elakkan bahan yang secara directly menyebabkan berak lancar, kencing lawas atau badan kurus.
Aku nak konsep men-trigger apa saja substance yang naturally dah ada dalam badan untuk meransang weight loss.
Sama macam konsep Gloei, aku guna tumbuhan yang boleh meransang hyaluronic acid (naturally ada dalam badan) untuk hasilkan kolagen (naturally ada dalam badan).
GC Plus pun begitu.
Serotonin ni dah ada dalam badan kita semua.
Kita hanya perlu ransang supaya badan hasilkan lebih banyak supaya pergerakan usus jadi lebih lancar dan kurangkan rasa lapar.
Kalau kita faham pathways bagaimana badan kita 'berkomunikasi' antara satu sama lain, kita boleh develop safer anti-obesity product tanpa perlu letak bahan-bahan merepek kat dalam tu.
Macam serotonin, kalau kandungan serotonin dalam badan mencukupi (normal), ia akan mengaktifkan beberapa neuron dan reseptor untuk menyekat selera makan.
At the same time, dia block neuron lain yang berfungsi untuk meningkatkan selera makan.
Cool kan serotonin?
Badan kita ni Allah dah bekalkan dengan segala substance yang bermanfaat, tinggal kita nak kaji and gunakan sebaik mungkin.
Just like serotonin, fungsinya untuk weight loss sangat banyak.
Kita hanya perlu ransang penghasilan dia supaya dia boleh berfungsi dengan baik.
Itulah yang buatkan aku create GC Plus - fungsi utamanya stimulate penghasilan serotonin.
Tetapi, badan kita semua tak sama ketahanan.
Ada yang tak boleh terima too much serotonin.
Bila serotonin banyak, dia akan rasa pening, sakit kepala, dan loya.
Kalau ini terjadi, kurangkan dulu dos kepada 2 biji.
Kalau ok dengan 2 biji, slowly naikkan ke 3 then 4.
GC Plus perlukan 30 minit untuk 'kumpulkan' serotonin.
Kandungan serotonin yang normal diperlukan barulah fungsi weight loss ni berjalan dengan baik.
That's why lepas ambil GC Plus, selama 30 minit pertama jangan makan apa-apa.
Biarkan serotonin betul-betul cukup diransang.
Serotonin yang cukup akan block rasa lapar, akan lancarkan pergerakan usus and perbaiki mood.
Haaa.....jangan tak tau ya, serotonin boleh perbaiki mood.
Sebenarnya ia taklah perbaiki mood secara directly, cuma dari segi saintifik those yang mengalami depression berpunca dari level serotonin yang sangat low dalam badan.
So by right bila serotonin level is high, mood akan jadi better lah, betul tak?
Walaumacamanapun the cause of depression is still not completely understood.
Pakar-pakar masih lagi tak jumpa punca sebenar macamana depression boleh wujud.
Tapi salah satu point yang mereka kenalpasti adalah kerana kurangnya serotonin dalam badan.
Tapi jangan pulak anggap GC Plus ni ubat depression ya, aku terajang sorang-sorang karang.
So, apa jadi bila mood kita baik?
Bila mood baik, kita lebih lena tidur sebab mood tengah baik kan, otak pun tak banyak memikir.
Bila mood baik, kita less stress.
Bila less stress, hormon kortisol akan disekat dari keluar terlalu banyak.
Hormon kortisol yang banyak dalam badan akan ransang pula hormon ghrelin keluar.
Hormon ghrelin akan buatkan kita lapar!
That's why orang kata bila stress kita makan dengan banyak.
Tu semua asalnya berpunca dari kurang serotonin dalam badan.
Kurang serotonin akan ransang hormon kortisol.
Hormon kortisol akan ransang pula hormon ghrelin.
Hormon ghrelin akan buatkan kita makan banyak tapi tak kenyang-kenyang.
Bila asik makan, jadilah weight gain.
Kau exercise lah banyak mana pun kalau badan dalam keadaan stress, berat takkan turun.
Sebab itulah ada orang komplen "Saya exercise banyak dah tapi berat tak turun gak".
Itulah jadinya kalau kita exercise dalam keadaan stress.
Ada orang exercise sebab nak aim turun berat dengan cepat.
Dia tak tahu itu akan meransang stress dalam badan.
Penyudahnya exercise sampai lembik, berat tak berubah pun.
Bersenam ni kena buat rileks-rileks, jangan letakkan tekanan untuk kurus dengan cepat.
Bersenam bukan untuk kurus, tapi untuk sihat.
Kalau nak kurus mesti jaga diet.
Nak jaga diet dengan berlapar adalah salah.
Sebab bila kita menahan lapar, badan akan stress.
Bila badan stress, hormon kortisol akan dihasilkan.
That's why ada yang kata "Apesal dah makan GC Plus tapi tetap lapar?"
Itu adalah kerana kita letakkan pressure pada diri kita untuk kurus cepat.
Kita sebenarnya sedang create stress.
Sebab tu jangan main-main dengan hormon kortisol.
Bila dia banyak dalam badan, bukan saja badan kau naik, tapi dia boleh sebabkan kulit jadi fragile and dry, rambut gugur and period kacau-bilau.
Kebanyakkan yang ambil GC Plus akan bagi feedback "Period saya jadi normal".
Itulah jadinya bila serotonin level mencukup.
Bila serotonin level cukup, hormon kortisol akan diblock.
Mood jadi baik, level estrogen and progstrone pun kembali normal, lalu period akan kembali lancar.
GC Plus takde bahan yang boleh turunkan berat sekelip mata.
Dia cuma ada bahan yang meransang serotonin.
Serotonin ni yang akan berfungsi untuk perbaiki mood, kurangkan rasa lapar and perbaiki bowel movement.
So please jangan stress untuk weight loss.
Sebab itulah setiap orang yang beli GC Plus, kita bagi weight loss tracker card.
Selama 10 hari berat mesti turun at least 580g (tak sampai 1kg pun).
Tapi kalau 10 hari berat turun less than that, ada something wrong with your body.
Besar kemungkinan kau letakkan pressure too much.
Terima kasih yang hantar review ini.
Aku tak pasti siapa orangnya tapi bila dia mention "Diana", maybe ini blog readers yang juga pengguna GreenAard.
Terima kasih banyak-banyak.
Aku pressume dia ada sakit lutut.
2 tahun lepas dapat testimoni dari sorang pengguna yang beli berbotol-botol sekaligus masa di Mood Republik.
Katanya dia ada gout tapi lepas ambil GC Plus gout dia jadi better.
Gout ni sejenis auto-immune disease, muncul secara tiba-tiba dan takde ubat.
Hanya boleh kurangkan sakit je.
Aunty aku dokter, dia kena sakit lutut.
Nak kurangkan sakit, dia ambik steroid.
Bila ambil steroid, badan jadi gemuk.
Bila gemuk, aku tak rasa ia membantu memperbaiki lutut tu sebab beban menanggung berat tu dah bertambah.
So aku rasa dia pusing-pusing kat situ jugak.
Bila ada customer bagitau gout jadi better lepas ambil GC Plus, alhamdulillah.
Aku pun tak expect boleh relieve gout and sakit lutut.
Aku pun tak sure how dia jadi boleh jadi better.
Maybe sebab berat badan dah reduce jadi beban berkurangan, thus lutut jadi lebih ringan.
Maybe dalam GC Plus tu sendiri ada bahan yang minor benefitnya berfungsi untuk pulihkan joints.
Ntah, I don't know.
Aku taknak orang guna GC Plus semata-mata untuk sakit lutut sebab itu bukan fungsi GC Plus.
Anggap sajalah itu bonus.
Apa-apa pun bersempena dengan entry ni, aku nak bagi korang special offer untuk GC Plus.
Offer ni valid kalau korang ada akaun dengan GreenAard.
Kalau korang ada point sebanyak 320 points, aku bagi diskaun RM10.
Maknanya dari RM90, korang boleh beli dengan harga RM80 only dengan syarat potong 320 points.
Yang takde point (takde akaun), korang kena beli 2 botol dengan harga RM160.
Dari RM160 ni korang akan dapat 320 points.
So kita akan tolak siap-siap 320 point dari situ supaya korang layak dapat diskaun.
Sama je nilai diskaun tu cuma bezanya yang cukup points boleh beli sebotol tapi yang tak cukup point kena beli 2 botol baru layak dapat the same diskaun.
Ok kalau boleh, sila isi form di bawah :
Subscribe to:
Posts (Atom)