2020-06-30

Arguments yang takde penghujung.



Tergerak nak tulis pasal ni kat LinkedIn semalam bila terbaca satu artikel pasal working moms.
Personally, menjadi seorang ibu itu tak susah.
Tak kisahlah kau seorang ibu yang bekerja di pejabat atau stay-at-home mother.
Yang menjadikan susah adalah bila kau seorang ibu DAN seorang blogger [atau someone yang dikenal di media sosial].

Ever since I became a blogger, I have been bombarded with messages about what kind of mother I should be, padahal blog aku bukan tentang parenting pun, let alone aku nak bagi parenting tips.
Tetapi nampaknya, ramai ada pendapat yang strong tentang how I should spend my time, sekolah yang macamana aku kena hantar anak-anak aku belajar, makanan apa yang aku bagi anak-anak aku makan, kenapa aku biarkan anak-anak habiskan masa dengan bibik --- semua tu dikupas satu demi satu.

Redza paling kesian.
Dia always jadi modal untuk orang menghentam aku.
Yang menghentam tu pun aku tak tau dorang ada anak ke tak, dah berapa tahun ada anak, and anak-anak dorang jadi apa skarang. No idea.

Aku start blogging tahun 2006-2007.
Waktu ni blog aku banyak cerita pasal lifestyle aku, jadi cerita tentang Redza always ada.
Bayangkan, aku share video Redza baca buku sekolah [English] pun ada yang komen "Jangan bangga sangat anak pandai speaking, cukup-cukuplah kau sorang je yang jahil, Kesian budak tu takde didikan agama".

Boleh brain?

Sometimes aku kagum dengan cara 'berfikir' some people.
Aku syak orang-orang macam ni time skolah dulu kalau cikgu suruh ulas imej dari sebuah gambar, konfem merepek-repek ulasannya.
Just imagine, video tu Redza tengah baca buku English, dia boleh kaitkan dengan jahil agama. Haihh. Very the desa.

Bawak Redza pi mamak, kena kondem.
Redza minum teh ais, aku kena hentam.
Aku pasang kolam ikan kat rumah pun kena hentam sebab kolam ikan tu bahaya katanya kalau Redza terjatuh dalam tu. Allahhhh.
Itu belum lagi cerita aku outstation ke sana sini, tinggalkan Redza di rumah dengan bibik.
Hanya disebabkan itu, aku dikatanya hamba duit.
Sanggup lepaskan peluang jadi ibu untuk tengok anak-anak membesar depan mata.
Orang lain menangis nak dapat anak, aku dapat anak, tinggalkan dengan bibik katanya.
Bagi anak and suami makan masakan bibik.
Itu belum lagi bab aku tak menyusukan anak [susu badan].
Pehhh, dia punya hentam boleh beralih paksi bumi.

Aku pilih untuk diam.
Biarlah orang nak cakap apa pun.
Lagipun waktu tu aku berada di posisi yang tak baik.
Ye lah, aku kan free hair.
Free hair adalah lambang kejahilan.

Aku pakai seksi.
Seksi adalah lambang seorang ibu yang tak baik.

Aku kerja siang malam.
Workaholic adalah lambang isteri yang lepas tangan hal rumahtangga.

Takde satu point strong point pada aku untuk aku buktikan I am doing my best to be a mother and a wife.
Jadi, aku pilih untuk bagi ruang dorang bercakap apa saja. Sukatilah janji kau bahagia.

Just like apa aku tulis kat post LinkedIn tu, we judge others based on what we feel insecure about.

Contohnya, someone nampak kita barang mahal, kemudian dia judge kita sebagai boros dan apa yang dibeli tu tak mendatangkan kebaikan selain untuk bermegah-megah.
Hakikatnya, dia sangat insecure dengan penampilan sendiri dan jealous kita lebih beruntung [banyak duit] dari dia.

Dalam kebanyakkan kes debate kat FB tentang working moms vs stay-at-home moms, beranak normal vs c-sect, menetek anak vs susu formula, sekolah agama vs skolah omputih - sebahagian besar punca bertekak adalah kerana masing-masing takut salah pilih.
We are afraid of being rejected.
Jadi, kita mengkritik orang lain so that we feel secure with our choice.

Another example of this, bila ada orang lebih bagus dari kita.
Immediately kita rasa tak measure up.
Jadi apa kita buat?
Kita jadikan dia idola dan usaha sungguh-sungguh untuk jadi sebaik dia. Gitu ke?

Harammmmm.

Sebaliknya, kita start to pick apart at the person.
Kita cari sekecil-kecil khilaf dia dan kita perbesarkan.
Tak cukup dengan tu, kita spread this judgement dengan fitnah.
Itulah cara kita buang insecurities.

Bad news is, kita tak akan jadi lebih baik pun dengan cara ni.
Kita je feeling macam kita the best, padahal maintain di takuk yang sama walau 10 tahun dah berlalu.

It looks like mak-mak yang berdebat ni sebenarnya nak menonjolkan kehebatan diri, not really about the kids.
Nak berlawan siapa lebih penyayang, siapa lebih pandai jaga anak, siapa lebih pandai jaga laki, ujung-ujung, berlawan pulak anak siapa lagi pandai, anak siapa lagi cepat khatam Quran, etc.
Ni mujur tahun ni takde exam, kalau tak, berbangkit lagi isu yang sama tiap-tiap tahun - anugerah kecemerlangan.

Tak boleh ke kita sepakat that we are all so different but there is one thing we have in common, iaitu we are all amazing mothers?
Tak kiralah kita ibu yang bekerja di opis atau tak, yang penting usaha yang kita buat untuk jadi parents, untuk membesarkan anak.
Only you know what is best for you and your child.
Everyone should just mind their own business.
Ini bukan satu perdebatan yang berbaloi untuk didebatkan because at the end, tak ada yang betul atau salah.
Kalau ada pun, hanya yang betul dan yang lebih betul.
This isn't a one-size-fits-all situation.
Arguments ni dah so yesterday, tak perlu nak dibahaskan lagi kat mana-mana media sosial.
Just support mothers and their choices, instead.


2020-06-28

Kes rogol puncanya?


Rogol secara khususnya tidak ada kaitan dengan hijab.
Rogol terjadi bukan kerana “perempuan berpakaian seperti telanjang” atau “berposing berahi”.
Aku perhatikan ada sebilangan kelompok apabila membahaskan kes rogol dan cabul, selalu menyalahkan perempuan sebagai punca masalah.
To them, kes rogol terjadi kerana kesalahan perempuan yang tak menjaga aurat.
Akal singkat dorang mengatakan kalau semua perempuan menutup aurat dengan sempurna dan tidak beraksi manja depan kamera, maka rogol tidak akan terjadi.

Fine.

Tetapi kalau memang akar masalah dari kes rogol adalah disebabkan perempuan membiarkan auratnya terbuka dan tak berhijab, dah tentu kes rogol di negara-negara Barat-lah paling tinggi.
Dorang tu lagi lah dengan macam-macam fesyen yang pelik-pelik.
Berpakaian selagi tak terkeluar tetek, tak sah.
Pergi mall pakai seluar jean and bra tutup dengan cardigan [cardigan tu buat syarat je].

Negara-negara yang selama ini terkenal sangat ketat dalam melaksanakan syariat Islam, termasuk syarat berpakaian bagi perempuan, jangan tak tahu, negara-negara ni kes rogolnya sangat tinggi.
Afganistan, Mesir, Pakistan - ini sebahagian negara yang tak sepatutnya kes rogol terjadi.
Arab Saudi sendiri, negara yang terkenal dengan sangat konservatif dan super-ketat dalam cara berpakaian, pernah ada kes rogol beramai-ramai tahun 2005-2007. Ingat lagi kes ni?
Seorang perempuan dirogol beramai-ramai oleh 7 lelaki Saudi juga. Saudi kot!
Perempuan Saudi semua keluar dengan bertutup-litup! Apa lagi yang kurang tutupnya?

Hakikatnya, hijab, jilbab, abaya, burqa, niqab atau apa pun nama pakaian syariat untuk perempuan ternyata tak mampu membendung nafsu lelaki kalau dah memang mengote je kerjanya.
Walau bagaimanapun tak dinafikan faktor penampilan dan cara berpakaian juga mempengaruhi.
Tapi jangan anggap ia adalah penyebab utama.
Pada umumnya kes rogol berlaku di kalangan mereka sama sendiri.
Maksudnya, ada pengaruh faktor lingkungan.
Maybe di kalangan darah daging, kawan, jiran atau guru. Seseorang yang mangsa kenal.
Selebihnya faktor kesempatan dan sikap perogol.

Tak adil nak salahkan perempuan saja.
Please explain negara-negara Timur Tengah yang majoriti kaum wanitanya menutup aurat?
Adakah di sana tak berlaku kes rogol?

Lelaki dan perempuan dicipta dengan characteristik unik masing-masing.
Perempuan ada aurat, lelaki ada syahwat.
Perempuan dicipta dengan aurat yang lebih banyak daripada lelaki dan lelaki dicipta dengan syahwat yang besar bila berdepan dengan aurat perempuan.
Dua-dua point ni kalau bertembung bertemu akan menghasilkan daya tarik dan respon bergantung kepada orangnya.

Aurat adalah kelemahan bagi perempuan.
Setiap inci badannya yang termasuk kategori aurat adalah ujian bagi lelaki.
Manakala syahwat terhadap aurat perempuan adalah kelemahan lelaki.
Maka, sangat tak bijaknya orang yang mengatakan kes rogol berpunca dari wanita yang tak menutup aurat.
Dan dalam masa yang sama tak bijak juga kalau menyalahkan lelaki yang tak mampu menahan syahwat. Perlu ada kerjasama kat sini.

Anyways sebagai orang beriman, menutup aurat adalah wajib.
Islam tak pernah memerintahkan sesuatu yang tak jelas manfaat dan alasannya.
Begitu juga dengan larangan.
Ada sebab kenapa timbulnya larangan.
Menutup aurat bagi perempuan adalah perintah Allah dan Rasul.
Pasti ada manfaat besar di sebalik perintah tu.
Baik manfaat di dunia dan akhirat.

Secara psikologi, perempuan yang menutup aurat terhindar dari gangguan dan kejahatan lelaki yang tak berakhlak.
Selain tu bila kita menutup aurat dengan sempurna, secara tak lansung memberikan self control yang baik.
Kata-kata lebih terpelihara, sikap dan kelakuan lebih terjaga.
Secara otomatik, kalau kita memahami hakikat menutup aurat yang sebenar, kita lebih dihormati dan disegani oleh siapapun juga.

Tak perlu extreme sangat pun tak apa, cukuplah buat yang basic dulu.
Sometimes penampilan yang extreme yang tak didasari dengan ilmu yang benar juga akan membawa pelakunya tersasar dari kebenaran.
Ingatlah, kita bukan saja dinilai dari penampilan tapi seluruhnya.
Bak kata ustaz aku, penampilan adalah level hijrah yang paling bawah.
Ia bukan petanda bahawa kita sudah baik tetapi PERMULAAN untuk menjadi lebih baik.
Jadi, jangan ter-carried away dengan penampilan sendiri.

Ketika kita berhijrah, kita sedang membawa diri untuk berada di jalan Allah dengan melakukan segala perintahNya dan menjauhi larangannya.
Jadi tetaplah merendah diri dan tidak merasa diri kita paling betul.
Penampilan yang menurup aurat tak menjamin kita sudah “maksum”.
Ada ujian lain yang menanti.
Salah satunya adalah merasa diri lebih baik dan selalu benar. Ini ujian.

Kebelakangan ni, ketika seseorang sudah berhijrah, dia selalu merasa dirinya lebih baik dari orang lain maka rasa ke 'aku-an' jadi semakin tinggi dan cenderung memandang orang yang belum berhijrah penuh dosa.
Sebagai contoh, orang yang dah menutup aurat memandang yang belum seperti orang yang tidak taat pada agama, memandang rendah orang lain, dan merasa diri manusia yang paling betul dan tak pernah lagi salah.
Rasa ke 'aku-an' ni adalah ujian untuk mereka yang dah berhijrah.
Perlu sedar, semakin berilmu seharusnya semakin menunduk bukan menunjuk diri dan memandang dirinya lebih baik dari orang lain.
Kalau setelah hijrah sikap kita berubah begini, nampaknya takde beza kita sebelum dan selepas hijrah.
Kerana kesombongan takkan membawa kita cium bau syurga.

Hakikatnya semua ilmu dan hidayah datangnya dari Allah dan kita hanyalah makhluk yang sangat lemah dan tak berhak menyombongkan diri sesama manusia.
Ketika kita diberikan kesempatan untuk menyambut hidayah, hendaknya kita bersyukur dan menjaga ikhtiar kita tanpa memandang orang lain hina dan kita ahli syurga.
Kalau kita tak mampu membantu dalam hal duniawi, maka doa adalah hadiah yang terbaik untuk kebaikan seseorang.

Personally, my request, Muslimah dimanapun berada, bersegeralah menunaikan perintah Allah dalam hal penampilan.
Ambil yang ringkas dulu tetapi perindahkannya dengan ilmu yang benar.
Ilmu yang benar akan membawa kita kepada akhlak yang lebih baik.
Jangan terprovokasi dengan kata-kata “Lebih baik tak bertudung tetapi hati baik daripada bertudung tetapi hati busuk.”
Ingatlah, hati yang baik adalah hati yang kaya dengan iman.
Hati yang baik dapat dilihat dari pertuturan yang berhikmah.
Tak mungkin seorang Muslimah yang mengaku beriman dalam masa yang sama mengabaikan perintah Allah.
Allah perintah kita menjaga aurat [penampilan dan perilaku] agar terjaga jiwa.
Mengaku beriman tetapi masih berkeras taknak menutup aurat, selain dari di dunia hidupnya kurang terhormat, di akhirat nanti akan diminta bertanggung jawab.


2020-06-26

Kalau nak isteri taat, perlu ada modal.



Terima kasihlah follower IG yang DM aku screenshot ni ðŸ‘†.
Pagi-pagi Subuh mood aku dah blow baca 'aduan' di atas.
Tapi to be fair, sebab aku pun tak tahu cerita sebenar dua-dua pihak, tak adil pulak rasanya nak judge based on status beberapa kerat ni [walaupun mendidih juga baca].

Adakah semua suami layak ditaati isteri?
Takpe, kita bincang slow-slow dulu...

Dia senang cerita ginilah.
Perkahwinan umpama pintu masuk syurga untuk perempuan, at the same time menjadi ladang amal untuk lelaki mendapat syurga.
Allah penuh dengan sifat keadilan.
Dia takkan bagi one-way. Both ways kena bergerak smaa-smaa.
Syurga hanya boleh didapatkan kalau kedua-dua suami dan isteri buat semua yang menjadi kewajiban dan tanggungjawab.
Takde de maknanya isteri kena buat SEMUA benda yang suami suruh.
Allah bagi akal, guna.
Bukan makna kau kawen je maka akal campak tepi. Tak.
Common sense tu bawak sampai mati.

Rasulullah saw kata, "Setiap dari kamu adalah pemimpin dan masing-masing akan diminta untuk bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya. Seorang Imam adalah pemimpin dan ia akan diminta bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan diminta untuk bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya, dan dia akan diminta untuk berrtanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang khadam [pembantu] adalah pemimpin pada harta tuannya [majikannya], dan dia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya." [Bukhari dan Muslim].

Nak sangat jadi ketua?
Ingat Allah bagi jawatan ketua tu untuk bermegah-megah semata-mata?
Alangkan khadam pun kena bersoal-jawab atas apa yang dia buat, lagikan kita yang ketua ni.
Macam-macam nak kena bersoal-jawab nanti.
Nak bersoal-jawab tentang orang bawahan, samada kita adil atau tak, samada kebajikan orang bawahan terjaga atau tak, itu belum lagi nak bersoal-jawab dengan rasa ujub dan sombong kita dengan jawatan yang kita pegang.
Hat tu satu hak lagi nak kena bersoal-jawab.
Jadi, jangan buat sesuka hati bila dapat pegang ranking tinggi. Lama hisabnya esok.

Bagi seorang isteri, salah satu yang dituntut adalah mentaati suami.
Tetapi, suami juga ada peranannya supaya isteri boleh taat kepada dirinya.
Kerana ketaatan terhadap suami bukan bersifat mutlak, tetapi BERSYARAT.
Ketaatan mutlak Hanya pada Allah dan Rasul, sedangkan terhadap manusia selalu ada syarat, termasuklah taat terhadap suami.

"Wajib bagi seseorang untuk dengar dan taat dalam apa yang dia suka dan benci, kecuali dia diperintahkan berbuat maksiat. Maka bila dia diperintahkan berbuat maksiat, dia tidak boleh taat." [Al-Bukhari, 2955 & Muslim 1839].

Maksudnya, Tuhan bagi akal tu silakan gunakan.
Jangan main taat dan patuh tak tentu hala. Itu namanya bodoh.
Dalam erti kata lain, sekiranya ada percanggahan dengan apa yang kita percaya/mahu, duduklah berbincang.
Kalau dengan majikan pun kita boleh duduk berbincang, takkanlah dengan pasangan hidup tak boleh.
Patut dengan pasangan hidup lagi senang nak berbincang.
Kadang-kadang tu, isteri yang taat tak bertempat.
Nak jadi mithali sangat kekdahnya sampai dah jadi hamba dalam rumah sendiri.
Ujung-ujung stress and depress bila suami keras hati katanya.
Dah kau yang memanjakan suami sampai dia naik lemak, lepas tu kau nak acah-acah stress.

Memang isteri yang baik adalah isteri yang menyejukkan hati suami.
Yang patuh, yang membahagiakan, yang bila memandangnya hati suami jadi tenang.
Tetapi, Rasulullah saw juga bersabda "Sebaik-baik suami adalah yang sikapnya paling baik terhadap isteri" [Tirmidzi)].

Maksudnya apa, guys?

Seorang suami yang mengharapkan memiliki isteri yang taat, selain suami perlu memenuhi kewajibannya sebagai seorang suami seperti bagi nafkah, suami juga perlu ada ketauladan yang baik untuk keluarganya [isteri dan anak-anak].
Standardlah kan, kita nak orang baik pada kita, kita kenalah jadi baik dulu pada orang.
Mana nak dapat baik kalau kita sendiri tak reti buat baik.
Sikap, perbuatan dan kata-kata tu biar isteri merasa diterima, dihormati dan dicintai.
Walaupun kita suami yang ada hak ke atas isteri, kot ye pun nak mintak isteri buatkan air secawan, perlu ke bagi arahan macamkan isteri ada hutang dengan kau? Cakap baik-baik tak boleh?

Allah tak bagi jawatan sebagai ketua keluarga tu untuk dibuat sesuka hati pada orang yang dipimpin.
Suami kena pandai create interaksi dan komunikasi yang menyenangkan, barulah isteri rasa seronok dan tenang bersama suami. 
Bila isteri seronok, kau tak payah mintak tolong pun dia buat.

Kita ni kalau jadi ipar yang nak mintak tolong adik ipar jagakan anak kita, takkan pakai modal air liur je.
No, ini bukan berkira, tapi soal budi bahasa.
Nak mintak tolong orang tak reti ke hulur coklat Cadbury barang 2-3 bar atau hulur se--packet biskut Love Letter untuk anak-anak sedara?
Mintak tolong orang pandai, tapi common sense takde.
Pastu bila adik ipar buat muka, cakap adik ipar tu berkira.
Yang kita berkira nak free service jaga anak, takpe pulak?

Cubalah sambil-sambil hantar anak tu, hulur sekali apa-apa yang patut.
Tukang jaga pun tak berkira nak menjaga anak kita.
Toksah questionlah ikhlas tak ikhlas.
Bukannya dia yang offer diri nak jaga anak kita, kita yang mintak dia jagakan, so nak expect orang tu ikhlas?
Bawak keluar kita punya adab mintak tolong tu dulu baru bincang pasal ikhlas.

Aku pernah tulis dulu, kebanyakkan punca suami isteri bertengkar adalah kerana "orang ketiga", bukan kerana masalah suami dan isteri tu sendiri.
Disebabkab mak bapak, bergaduh.
Disebabkan adik-beradik, bergaduh.
Disebabkan babi sondol, yang ni lagi la boleh kiamat dunia kalau bergaduh.

Suami, please berusaha faham condition and perasaan isteri.
Aku tahulah itu adik-beradik kau, mak bapak kau, tapi jangan kerana kau kena taat pada mak and adik-beradik, maka kau hambakan isteri sendiri.
Oh pandai cakap "mak tu syurga aku". 
Dah tu, apesal bukan kau je picit badan mak kau tu? Kau punya syurga kan, kau jagalah. Pandai sangat bercakap!

Tahun ni, aku jadi isteri untuk tahun yang ke 19.
Sebagai isteri, aku rasa perasaan isteri ni sangat mudah dijaga.
Jiwa perempuan ni sangat lembut, tak keras mana pun.
Kalau suami pandai berinteraksi dengan baik, isteri mudah lembut hati.
Kalau suami memahami, that is already "something" untuk isteri.
Isteri ni kalau nampak suami tolong cuci pinggan mangkuk, dia ada rasa bersalah sikit dalam hati.
Hati dia tak semena-mena jadi lembut, jadi semakin sayang suami.
Tau-tau je karang dia buatkan kopi. Dia buatkan breakfast sedap-sedap esok pagi.

Isteri yang menghentak-hentak bila suami mintak tolong picit mak mertua ni, salahnya pada suami.
Mana ada orang nak bengkek tak tentu pasal? Mesti ada sebab.
Maybe cara suami mintak tolong macam memberi arahan.
Atau isteri sedang kepenatan buat kerja sorang-sorang [sebab mak mertua sakit of cos dia tak tolong, kan?], tak dan nak berehat kau suruh picit mak kau pulak.

Suami yang bijak memahami situasi dan perasaan isteri akan buatkan isteri merasa diterima dan dihormati.
Situasi ini yang akan buat isteri mudah jadi taat pada suami sebab dia yakin suaminya sangat memahami.
Bila isteri seronok dengan suami, apa yang suami nak tak perlu diluahkan dalam bentuk perintah.
Isteri dengan senang hati buat apa yang suami mahukan.
Senang cakap, apa-apa pun akan berbalik pada adab.
Kalau bahasa kita menyenangkan, tutur kata lembut, percayalah, ayat perintah pun tak nampak macam perintah.


2020-06-24

My unpopular opinion


Awas! Ini adalah unpopular opinion.
Tapi, bacalah dengan nada lemah-lembut bagi mengelakkan tersentap.

1-2 hari ni aku perasan ramai share gambar Sugu Pavitra [harap-harap nama ni betul, sebab aku memang pakar memetik nama orang ikut sedap aku je].
Gambar dia dah di-makeover-kan.
Manis. Nampak berseri-seri.

Maka, bermulalah era dia menerima komen-komen negatif.
Dah start orang pertikaikan kenapa suami dia berhenti kerja, kenapa nak harap kat duit You Tube saja, begitu, begini.

Telahan aku betul.

Dulu, masa dia mula viral, ramai yang suka.
Berebut-rebut orang nak follow dia dengan alasan dia pandai memasak.
Aku pun cuba tengok video-video masakan dia.
Pandangan peribadi aku, masakan dia biasa-biasa je.
Kalau nak kata pandai masak, rasanya Khairulaming lagi pandai.
Faradiya lagi pandai. Eina Azman pandai. Lagi macam-macam resepi dia ajar.
Sheila Rusly lagi sedap-sedap masakan dia.
Kalau nak kata Pavitra buat demo memasak senang faham, aku rasa Eina Azman punya juga senang nak faham.

Hati aku terdetik sesuatu.
No, ini bukan kerana pandai masak atau tak.
Tetapi ada perkara yang jauh lebih menarik.

Pertama, dia berbangsa India tetapi pandai berbahasia Malaysia dengan sangat rapi.
Orang melayu suka kalau bangsa lain pandai cakap bahasa melayu.

Kedua, katanya Pavitra cakap dengan beradab.
Eh, tapi Eina Azman pun beradab juga.
Soft je suara dia tunjuk cara masakan.
Nak-nak lagi tang closing tu "...is doneeeeeeee".
Kemain lembut dan manja lagi.
Eina Azman tu ada pakej lengkap - kaya, cantik, pandai masak, keluarga bahagia, suami sayang dia.
Tapi orang tak berapa minat nak kisahkan dia, sebab dia ada segalanya.

Pada pandangan aku, Pavitra lebih disukai kerana point ketiga, iaitu - kerana hidupnya serba sederhana.
Not really because of dia pandai masak.
Manusia memang suka dan mudah simpati pada orang yang kurang bernasib baik.
Kalau orang tu orang kampung, orang susah - kita lebih mudah merasa suka.

Buktinya?

Buktinya sekarang, bila dia bagitau pendapatan YouTube dia sekian sekian, dah pindah rumah baru, dapat perhatian sana-sini, slowly dah nampak feedback-feedback yang negatif muncul.
Apa yang aku predict sebelum ni ternyata betul.
Sebenarnya Pavitra disayangi ramai orang bukan kerana dia pandai masak sangat, tetapi kerana dia lebih susah dari kita!
Kita tak rasa tergugat kerana dia bukanlah pesaing.

Standardlah manusia, masa orang lain di bawah, kita suka.
Kita rasa selesa sebab dia bukanlah rival.
Bila orang tu dah mula menaik, masa tu lah banyak benda yang tak kena kat mata.
Ini sebenarnya cycle yang sama untuk semua orang.
Ketika kita lebih bawah dari dia, apa yang kita buat semua ok di mata dia.
Cuba nanti bila kita mula dikenali, dah tak nampak dah segala baik.
Yang nampak semua buruk kita di mata dia.
Apa yang kita buat mula diperhatikan semata-mata untuk cari kesilapan.

Contoh paling mudah si Pavitra ni lah.
Apa salah dia tiba-tiba kena kecam? Dia ada usik pantat kau ke.
Dia bukan buat salah apa pun.
Salahnya, dia dah terkenal.
Salahnya, dia yang bukan siapa-siapa tiba-tiba earn income lagi tinggi dari kita yang kerja 9-5.
Salahnya, dia yang tak blaja tinggi tapi hidupnya bakal senang dari kita yang ada 8 PhD. Eh.

Bak kata omputih "It is not enough to succeed; others must fail".
Inilah sejenis penyakit emosi yang senang tengok orang lain susah dan susah bila tengok orang lain senang.
Manusia yang emosinya stabil biasanya seronok tengok orang lain bahagia dan sedih lihat orang lain susah.
Hanya orang yang tak bahagia dengan hidupnya saja yang tak suka melihat orang lain bahagia.
Zaman sekarang ni, kau tak payah buat jahat kat orang untuk buat orang benci kau.
Cukup kau jadi lebih hebat dari dia, kau akan dibenci 7 keturunan.

Pernah dengar "Schadenfreude"?
Ini adalah penyakit suka tengok orang lain susah.
Mempermainkan nama bapak orang atau make fun of situasi orang lain, itu juga termasuk dalam penyakit Schadenfreude.

Tak susah kalau nak tahu samada kita ada penyakit ni atau tak. Contoh :

1. Selalu sinis dengan pencapaian orang lain,
"Alah, dia berjaya sebab bapak dia kaya!"
Selalu gini, kan?

2. Diam-diam berharap orang lain jatuh susah.
Selalunya jenis ni stalker. Sanggup create fake akaun atau purak-purak jadi follower padahal haters. Sentiasa ambil tahu orang yang dia tak suka just to find flaws dan secretly wish one day orang tu jatuh.

3. Ada niat nak bersaing secara tak sihat.
Makin orang tu berjaya, makin dia gelisah. Mulalah nanti dia guna segala cara jahat untuk buatkan orang lain jatuh.

Kepada yang berkenaan, sedarlah yang setiap orang ada pencapaian masing-masing.
Ada yang cepat, ada yang lambat.
Ada yang berjaya, ada yang gagal.
Sedangkan kita suka kalau diri kita berjaya, apa salahnya dia pun berjaya juga.
Takkan kita sorang je boleh berjaya, orang lain tak.
Kita dah bertahun-tahun hidup senang, orang tu baru nak merasa.
Aku always percaya orang yang sakit hati tengok orang lain senang ni sebenarnya dia sendiri tak pernah benar-benar senang.
Dia potray hidupnya senang, tapi hakikatnya tak.
That's why bila tengok orang lain bahagia, dia sakit hati.
Orang yang betul-betul senang dan bahagia dengan hidupnya takkan kisah kalau ada yang lebih hebat because dia dah cukup content dengan lifenya.

Yang sebenarnya mereka-mereka yang ada penyakit tak boleh tengok orang lain senang ni, sifat iri hatinya dah berakar dalam hati.
Kau sebenarnya menyeksa diri kau sendiri.
Orang tu dah tentu-tentu tengah happy meniti kejayaan, yang kau sibuk nak torture diri sendiri.
Kau sedar tak makin kau follow orang yang kau benci, kau sebenarnya tengah sabotaj perasaan kau sendiri.
Lama-lama kau sakit jiwa.
Tak ada untungnya mengharapkan orang lain jatuh susah.
Lebih baik fokus untuk bahagiakan diri sendiri daripada sibuk memikirkan bila orang lain akan merana [macam kau].

Orang yang tak bahagia ni sebenarnya takde apa yang kurang dalam hidup dia pun.
Dia cuma kurang bersyukur je.
Belajar-belajarlah bersyukur dengan apa yang kau dah ada.
Kalau dah takde benda sangat nak disyukurkan, at least bersyukurlah yang kau masih hidup, sebelum orang lain rasa bersyukur kau dah mati.

Pandangan aku ni very unpopular, aku tahu.
But I really have to say this.
Bukan masakannya tak sedap. Aku percaya masakan Pavitra sangat sedap.
Cuma kita ni. Kita ni yang tak jujur dengan diri sendiri.
Kita kata Pavitra ada pakej boleh memasak, beradab, dapur bersih, that's why kita suka dia.
Habis tu dapur Sheila Rusly tu tak cukup bersih?
Eina Azman tak cukup pandai memasak?
Khairulaming tak cukup beradab?

No, bukan sebab tu.
Kita suka Pavitra bukan kerana dia pandai masak.
Kita sebenarnya suka Pavitra sebab hidupnya sederhana.
Kita sebenarnya suka dia sebab dia bukan senang.
Kita sebenarnya suka dia sebab dia bukan pesaing.
Kita tak jujur dengan diri sendiri.

Anyways, Pavitra membuktikan bahawa mudah je kalau nak orang sayang kita.
Tak perlu bergaya macam nak rak.
Tak peru kaya-raya tayang itu ini.
Tak perlu ada kabel network dengan orang sana sini.
Dan mungkin juga tak perlu ada degree.
Kerana kalau kita BERADAB, orang pasti suka.
Thank you Pavitra kerana membuktikan bahawa manners precede everything.


2020-06-22

Fake degree


Semalam nampak ada orang share artikel tahun lepas [2019] tentang sorang pakar motivasi yang katanya kantoi lagi sekali dapat "PhD".
Terus aku tanya En Wan pasal ni sebab tak salah aku En Wan pernah tunjuk kat aku satu video majlis convocation motivator ni.
Rupanya certificate tu tak legal.
Universiti tempat dia belajar tu pun katanya bangunan bus station.
Benda dah pernah terkantoi sekali, of course rakyat jelata buat pencarian hingga ke lubang cacing bila kali ni kau kata kau benar-benar dapat PhD.
Cuma kali ni agak convincing ada majlis convocation yang boleh tahan grand sebab ambil scroll atas stage bagai.

Satu je aku tertanya-tanya - dah kenapa beria sangat nak ada "PhD" ni?
Not only that motivator, tapi kebanyakkan founder produk pun aku tengok ramai yang ada PhD, ntah ye ntah tak.
Kalau dulu title Dato' orang pandang.
Agaknya sejak artis-artis bersepah-sepah dapat Dato, the title dah tak ekslusif lagi.
Benda kalau dah bersepah-sepah dapat, dah tak nampak prestijnya kat mana.
Tu yang now people go for academic title. Agaknya lah.
Lagipun kalau ada academic title nampaklah bijak sikit.
Yang dia tak tahu, people without academic title pun bukannya semua bodoh.
Sekilas ikan di air pun dah tau academic title kau tu ori ke beli.

Yang peliknya, orang-orang ini selalu menjadikan diri dia sebagai contoh kejayaan.
Selalu mencanangkan di mana dia berada sekarang adalah kerana hard work.
Logically, kalau sekarang berjaya kerana hardwork [katanya], dah tentu takde masalah untuk obtain legal PhD cert because hardwork is your middle name, kan?
People who work very hard generally manage to get real diplomas, tak payahlah risau sangat.
Apetah lagi kalau selama ni kita dah biasa bermula dari bawah, from scratch, katanya bermula dari zero, dah tentu no sweat nak lalui kepayahan sambung blaja. Benda dah biasa katanya.
Tapi bila jadi gini, people akan start question bukan saja academic cert yang fake tu malah cara kau membangunkan bisnes tu juga diragui.

Kat luar negara, motivator/life coach kebanyakkannya takde powerful academic background, let alone title Dr.
Helok je pun seminar full house. Why?
Because dorang letakkan experience dan content di depan.
Yang kita ni letakkan gaya hidup di depan.
Banyak menjual lifestyle untuk tarik pembeli - tayang branded items, tayang kereta besar, tayang duit berkepuk, potray diri gah macam dah berjaya last-last pinjam duit aku. Eh.
Tak cukup dengan tu, bubuh macam-macam title kat diri sendiri nak bagi orang impress.
Nampak sangat diri tak bahagia.
Orang yang bahagia tak menggelabah nak impress semua orang dengan cara cheap gitu.
Hanya orang yang tak bahagia je kelam-kelibut nak impress orang luar dengan macam-macam pe'el mengarut.
Tu ciri-ciri orang tak bersyukur namanya, tu pasal sentiasa tak puas.

Aku boleh fahamlah kalau yang beli academic cert ni yang takde apa-apa to offer.
Contohnya tak ada kelulusan yang tinggi, maybe duit nak sambung blaja takde.
Jadi now nak cari kerja pun susah.
Boleh jadi dengan fake cert dia boleh dapat better job and higher pay.
Ataupun pernah ada satu kes dulu sorang student Malaysia di Australia yang failed masa final year sebab patah hati dalam bercinta.
Disebabkan taknak kecewakan mak bapak, dia beli fake degree.
Siap boleh kerja 10 tahun dah, tapi kantoi masa dia interview untuk kerja lain.
Kes-kes macam ni maybe kita boleh faham why they go for fake degree.
Of course ia masih illegal, cuma punca tu kita boleh faham.

Tapi yang dah jutawan mawan ni, kejadah apa kau ambik fake degree?
Kau nak buktikan apa lagi kat dunia?
Duit yang Allah bagi banyak-banyak tu patutnya guna untuk apply the best Uni in the world [kalau betul teringin nak sambung blaja], bukannya beli fake degree!

Memang sijil akademik tak bawa ke mati, tetapi tindakan menipu semua orang dengan title fake tu, rezeki dari title fake tu akan jadi darah daging yang dibawa ke mati.
Bukan nak mengagungkan kelebihan title akademik atau sijil akademik, tetapi kena faham yang IJAZAH adalah sesuatu yang berharga.
Ia adalah stepping stone kepada banyak perkara.
Kita kena akui ada banyak kelebihan kalau kita blaja tinggi.
Belum menjamin dapat kerja bagus, but at least peluang kau lebih besar berbanding takde.
Aku tertarik dengan skrip Zul Ariffin dalam movie Sangkar.
Scene dia meleraikan budak-budak skolah bergaduh.
Ada sorang budak tu kena bully, then Zul cakap "Kalau kau pandai, kau tak payah jadi kuat. Tapi kalau kau tak kuat, kau kena jadi pandai lah!"
In life, kalau kau bukan street smart, kau kena jadi book smart.
Tak payah nak bajet book smart sangat dengan fake degree.
Dari cara kita bercakap, bekerja, berfikir pun orang boleh tahu kita bijak ke tak, so tak payah gigih sangat nak beli fake degree.

Macam sorang celebriti, siapa ntah namanya aku lupa.
Tapi dia pun katanya artis, dan banyak juga title tu.
Dulu pernah viral kes dia share gambar majlis konvo atas pentas ada hiasan belon-belon.
Kesian pula aku tengok, nak buktikan apa tak taulah.
Nak kata belum berjaya, rasanya dia pun dah berjaya dah.
Tapi tengok cara dia bercakap pun aku fishy dengan academic and titles yang dia pegang.

Entahlah, maybe ini gaya hidup orang berduit.
Terlampau banyak sangat duit tak tau nak buat apa, marilah beli fake degree agaknya.
Kumpul selagi ada title dalam dunia ni.
Hiduplah kau dengan title tu, tengok jauh mana boleh pergi.
Dia ingat kalau ada title Dr tu orang respect agaknya.
Dia tak tau yang betul-betul ada title Dr pun ramai yang kena hencap. Why?
Because adab takde.
Ilmu kalau tanpa adab, memang tak ke mana.
Ini lagikan pulak yang ambil fake degree.
Ilmu dah tentu-tentu fake, adab terang-terang takde. Heh.





2020-06-19

Susah nak maintain positif


Whatsapp group aku penuh dengan amazing people yang do amazing things.
Walau bagaimanapun, when it comes to media sosial, orang-orang amazing macam ni kadang-kadang 'terbabas' juga.
Dalam erti kata lain, sehebat mana pun orang tu, dia masih perlu dipimpin dan dikawal.
Aku tak terkecuali.

Sebenarnya, positif adalah benda paling susah nak maintain especially in a large group, contohnya dalam media sosial bila friendlist and followers ramai.
Atas sebab-sebab tertentu, kita always terdorong untuk tulis apa je yang terlintas nak ditulis.
Bila duduk di balik skrin komputer, selalunya kita kurang consider impak dari apa yang kita tuliskan.
Nak pulak yang pakai fake account, bukan meriah lagi dia menulis.

Aku percaya pada creating and maintaining a culture of positivity, tapi benda ni tak mudah nak dibuat especially online.
One of my rules for my business, apa-apa saja complaint need to be directed up to the person who can actually can do something about them, melainkan segala channel dah diusahakan tapi takde respond, then baru pikir cara lain.
Selagi boleh settle dengan pihak berkenaan, aku akan settlekan.

Tapi takdelah aku suruh kau pendam and simpan segala-galanya dendiam and act as if hidup kau happy-happy sentiasa when you are actually blue and depressed. Bukan macam tu.
Kau boleh je nak jadi diri sendiri dan cakap jujur ​​tentang perkara yang kau tak berkenan tapi, ruang media sosial kita tak sepatutnya sentiasa penuh dengan keluhan.
Some people celik je mata mencari peluang and ruang untuk mengeluh, mengutuk, mengkondem...tak habis-habis.
Everyday ada je orang yang dia benci, yang dia nak kutuk, yang dia tak tahan tengok.
Tapi dia follow dan ambik tahu. Macamana tu?

Walaupun aku value positivity, tak bermakna aku orang yang positif. At least not all the time.
Bak kata En Wan, aku ni degil sebenarnya. Kalau aku rileks, memang rileks betul.
Tapi kalau aku dah kata A, jarang aku nak tukar ke B.
And bila aku tengah bengang, the last thing I want to be is positive and rational.

Trust me, as a business owner, kadang-kadang aku tak lari dari dapat complaint.
Kadang-kadang complaint tu 'melemaskan' because some people won't read directions, they will skip steps, they forgot to do important stuffs and I really want to help them, but I can only take so much.
Aku nak tolong, at the same I have so much on my plate.
Aku punya nature pulak bila nak explain things, aku tak reti nak explain sikit-sikit.
Explanation aku always panjang [tengok je lah blog post aku panjang mana].
Jadi, nak spend time panjang-panjang untuk explain satu-satu kat setiap orang memang takde masa.
Ini yang buat aku kecewa. Marah kat diri sendiri. Terus mood bertukar jadi negatif.
Dan bila aku jadi negatif macam ni, aku akan buat post panjang-panjang explaining lots of things related to business aku [atau produk].
Masa ni lah aku menjawab semua soalan-soalan yang aku dapat.
Aku namakan ni - making negative moods right ðŸ˜‚.

Siapa yang pernah rasakan benda yang sama, welcome to the world of entrepreneurship!
Kadang-kadang sepositif mana pun kita cuba kendalikan business and customers, at some point krisis tetap timbul.
It could be someone leaves a bad review, atau chain supply sangkut, atau ada downturn in the market, atau ada orang sailang business deal.
Memang susah nak maintain positif bila kena macam ni.
Tapi inilah challenge-nya - to deal with the crisis the right way.



Tapi adakalanya kita berada dalam situasi yang bila dah explain sungguh-sungguh, masih ada yang pertikaikan.

Semalam aku naikkan post ni kat IG story, ramai yang minta aku elaborate, sebab katanya point yang nombor 2 tu payah nak dibuat.

Point nombor 2 tu bak kata Ali bin Abi Talib "Orang yang suka pada kamu tak perlukan penjelasan kamu. Dan orang yang bencikan kamu, takkan mahu dengar apa-apa penjelasan".

Jadi, kalau kita rasa kita pihak yang betul, tak payah explain apa-apa.
Kalau dia ikhlas nak dengar penjelasan kita, dia akan cari kita.
Tapi orang-orang yang tak suka ni, tak kira betapa kita bersikap baik kepada dia, dia tak akan tengok kebaikan yang kita dah buat.
Itu kalau kita kenal dia lah.
Ada yang kita tak kenal pun dia, tetap apa je kita buat semua tak kena kat mata dia.
Dan orang-orang macam ni dia akan ajak orang lain untuk sama-sama benci kita.
Because you know why?
Because kalau dia sorang je yang benci kita, dia terasa diri dia loser.
Jadi, untuk menyakinkan dia adalah bukan loser, dia perlu cari sokongan untuk yakinkan diri dia sendiri.

Bukanlah bermakna kita tak perlu explain apa-apa.
Kalau explanation kita boleh clear the air, silakan.
Tapi dalam masa yang sama kena bersedia bahawa tak semua orang nak percaya.

Kebanyakkan orang-orang yang benci tanpa sebab ni tak berani berdepan dengan kita.
Kerana dia sebenarnya takde alasan kukuh untuk sabitkan kita dengan 'kesalahan' yang dia canangkan.
Secara lojik, orang yang rasa dia benar takkan takut untuk berdepan dengan 'orang salah', betul tak?
Tapi bila dia hanya berani cakap-cakap belakang, maka itu hanyalah semata-mata kerana benci for no reason.
Kalau bawak masuk mahkamah pun tak boleh menang.
Memandangkan dia berani belakang-belakang je, jadi kita tinggalkanlah saja dia kat blakang.
Jalan terus.

But the good news is, tak ada sorang pun dalam dunia hidup tanpa dibenci oleh orang lain.
Akan ada je orang yang benci kita.
Orang yang membenci kita tu pun sebenarnya dibenci oleh orang lain.
Bukan semua yang benci kita tu sebab diri kita. Ada yang membenci kerana busuk hati.
Yang penting, jangan terbawa oleh emosi terhadap orang yang membenci kerana itulah yang dia  mahukan.
Dia nak tengok kita beremosi dan akhirnya we lose control of the situation.
Bila kita hilang kesabaran, dia seronok.
Dalam dunia ni, ada orang berseronok dengan melihat orang lain sakit hati.
Itu memang cara dia berseronok, nak buat macamana.
Jadi, biorkan. Dah itu je jalan dia nak bahagia, kau bagi je lah.





By the way ini video aku explain tentang Back to School pack.
Luangkan masa 2.37 minit untuk dengar aku explain pasal pack ni, because ada mak bapak yang berminat nak beli untuk diri sendiri tapi takut size mask hanya untuk kids.
Whatsapp sini

2020-06-17

Kad kredit



Hari ni aku nak cerita kejadian yang berlaku bulan puasa hari tu.

29 April, kad kredit CIMB aku kena guna.
3 May, kad kredit MBB aku pula kena.

Yang CIMB tu, sekali dia ambik AUD42, equals to RM123.
Dia ambik sampai 19 kali.

Yang MBB tu sekali dia ambik PGK200-250, bersamaan RM247-RM309.
Dia ambik sampai 17 kali.

Silakan kira berapa banyak hamlau ni dah pakai duit aku.
Memang musibat.

CIMB tu berlaku tengah malam, tapi masa tu aku dah bangun.
Cepat-cepat aku call CIMB untuk block kad.
Yang MBB tu masa aku tengah masak kat dapur.
Tergerak nak ambik phone kat bilik.
Elok je aku masuk bilik, dengar sms bertalu-talu.
Terus call MBB untuk block kad.

Alhamdulillah aku dapat bertenang-tenang masa jadi hal ni.
Cuma aku tak berapa tenang mikirkan apa cara nak bagitau En Wan.
Aku perlu kekuatan untuk bagitau dia.
En Wan ni tak boleh benda-benda melibatkan duit hilang ni, nanti satu hari mood dia lari.
Aku tak suka kalau mood dia lari, nanti semua benda dia taknak buat, padahal aku tak bersalah pun.
Walaupun yang kena tu kad aku, tapi dia tetap akan lari mood.
Kau bayangkan kalau kad dia yang kena?
Aku yang tuan punya kad siap boleh bertambah lagi makan buka puasa hari tu.
Benda kita tak buat kan, buat apa nak takut.

Aku memang tak berapa guna kredit kad untuk shopping [sebab nak shopping pun kena mintak izin u olsss].
CIMB tu aku khas untuk insuran, henfon, Netflix and petrol.
MBB tu aku khaskan untuk ofis, contoh kalau nak order barang dari luar Malaysia.
Tak banyak pun guna untuk sebulan, jadi limit both kad memang banyak.
Tu pasal kemain laju si babi tu swipe duit aku.
Jadi moralnya, shoppinglah banyak-banyak sampai habis limit kad biar takde orang boleh guna. Kahkahkah.

Lepas buat report, aku kensel semua kad kredit aku.
Now insurans, phone, dan segala tok nenek benda yang aku subsribe aku mula bayar dengan online banking.
Maka, planner aku sekarang dah ada satu column list benda yang perlu dibayar sebelum due date.
Dah sebulan dah aku bayar semua benda manually, guna online banking.
Untuk langkah keselamatan, aku tinggalkan setakat RM40-RM50 je dalam akaun bank.
Bila dah nak sampai hari nak membayor baru aku masukkan some amount of money dalam tu untuk pihak-pihak berkenaan auto-deduct.
Best juga gini, walaupun menyusahkan tapi at least tak menserabutkan isi perut aku bila orang guna kad kredit aku.

Alhamdulillah, semalam CIMB dah kreditkan kembali duit aku dalam akaun.
MBB masih belum respond lagi, insyallah settle.

Aku start guna kad kredit tahun 2005, itupun sebab nak memudahkan urusan book hotel time outstation.
Awal-awal dulu kad limit RM3K pun dah rasa kaya gila, maklumlah gaji baru RM1600, mau tak rasa kaya dapat RM3K?
Tapi kad kredit tak memberi apa-apa erti untuk aku sebab nak bershopping tetap kena minta izin En Wan.
That's why aku tak kisah semua kad-kad aku En Wan pegang, sebab kalau aku pegang bukan boleh guna pun.

Sebenarnya ada kad kredit ni bagus.
Biar ada rekod dengan bank.
Bila bank nampak transaksi kad kredit, maknanya kita golongan yang 'mampu' kalau nak buat loan.
Kalau kita terlampau elak dari ada rekod hutang dengan bank, susah kalau kita nak mohon loan kemudian hari.

Yang jadi tak bagusnya pakai kad kredit ni bila kau berhutang tapi tak reti bayar.
Kau dah pakai kad kredit tu, bayarlah.
Jangan bayar minimum saja, mana nak habisnya.
Kalau tak mampu bayar semua, bayar lebih dari minimum.
Barulah tak terbelit dengan hutang lapuk.

Lagi satu, berpada-padalah guna kad kredit ni.
Bagi aku, kad kredit ni puas pakai kalau nak beli amount yang besar-besar dan tahan lama, contohnya set sofa RM10K, swipe, done!
Insyallah by the time hutang kau habis, sofa tu masih lagi kukuh.
Janganlah buat beli kasut, melainkan kau memang boleh bayar, silakanlah beli kasut RM3K dengan kad kredit.
Ini karang, kasut dah nyawa-nyawa ikan, hutang kad tak langsai lagi. Tak berbaloi gitu.

Post aku pasal beli ketam tu, ada follower IG tanya aku tak rasa terkongkong ke bila duit aku En Wan control?

Aku dapat soalan ni banyak kali dah.
Aku rasa maybe aku jenis tak kisah sangat kot bab ni.
Hari tu masa kad kredit aku kena guna tu, En Wan kata dia pelik aku siap boleh terfikir nak buat macaroni bakor lagi malam tu.
Dia kata kalau dia, makan pun tak lalu, silap-silap tido awal sebab takde mood.
Aku rasa maybe aku jenis yang kalau ada duit, belanja. Kalau takde duit, buat cara takde.
Boleh jadi juga aku dah terbiasa dengan keadaan yang tak berapa senang dari kecil.
Dah biasa makan seadanya, dah biasa baju baru setahun sekali, dah biasa baju kongsi-kongsi dengan adik, dah biasa tak melancong and dah biasa pakai barang-barang murah.
Jadi, bila ada duit, happy. Takde duit, dah lah.
Benda melibatkan dunia ni jangan pikir sangat sampai pusing kepala.
Biar dunia yang pusing pikirkan kita.

Aku ni mujurlah kawen dengan En Wan, kalau tak, sampai sekarang aku pakai Kancil lagi agaknya.
Masa aku jual Kancil aku dulu pun bukannya sebab Kancil tu bawa masalah tapi sebab En Wan nak aku beli Aveo supaya sedap sikit aku nak outstation.
Padahal aku dah lenjan Kancil tu sampai Tganu dah pun, sikit takde masalah.
Bagus juga ada pasangan hidup yang cerewet, sesuailah dengan aku yang semua benda belasah tak kisah.
Tak kisah pakai satu jenis kasut je selama 4 tahun.
Tak kisah pakai henbeg yang sama 4-5 tahun.
Tak kisah takde barang kemas.
Tak kisah pakai warna tudung yang sama berkali-kali [tapi of cos la tudung hitam aku lebih dari 5 helai].
Yang aku kisah, kalau nak ajak aku pi overseas tapi nak aku tong-tong duit.
Ok yang ni aku kisah sebab aku tak nak pegi.
Sape nak pegi sangat, dia kena keluarkan duit. Gitewww.

Honestly, aku dah terbiasa "dikongkong" oleh En Wan.
Rela dikongkong dari menjawab soalan-soalan dia. Rimas aku ðŸ˜‚.
Kalau aku nak beli barang-barang, kena pandai-pandailah.
Just like aku beli ketam hari tu.
Yang follow IG aku taulah apa benda yang aku dah beli selain ketam. Hehe.
Hari ni pun lori Tesco sampai.
Apa yang aku beli? Tungguuuuuuu aku up gambar kat IG.


2020-06-15

Aku gelabah


Ya Allah, hari ni ruin seharian emosi aku.
Tunggang-langgang aku punya schedule.

*ambik nafas kejap*

Ok ceritanya gini.
Last week, aku order ketam size L and kerang, online.
Aku kan dilarang beli barang pasar oleh En Wan.
Dia kata biar dia je yang buat kerja beli-membeli ni. Ok fine.

Tapi Jumaat lepas aku terjebak tengok ketam-ketam and kerang yang besar-besar kat You Tube.
Tengok orang masak, lalu terliur.
Aku pikir-pikir balik, ni kalau mintak En Wan belikan mau aku kena bentang 10 sebab.
En Wan ni tak kisah bab membeli barang basah tapi dia cerewet.
Nak tunggu dia jumpa size ketam yang kena dengan mata dia, memang lambetttt lah nampaknya.
Kerang pun macam tu jugak, kalau size tak kena dengan mata dia, memang dia takkan beli.
Yang aku ni teringinlah kat rumah tapi terpaksa tunggu dia jumpa yang dia berkenan.

Jumaat lepas, aku tak kira, aku pilih-pilih online, bayar.
Aku mintak arrange delivery hari Isnin, morning. Jangan lebih dari waktu ni.
Seller kata ok, dia arrange 11am-12pm.
Seller ni pun satu hal, dah aku cakap morning, anjak lah awal sikit 10am ke apa ke.
Lagiiiii mau mention pukul 12. Tak taulah aku kalau tempat dia pukul 12 tu masih pagi.

Sekali semalam mok cakap hari ni ada orang Forte [kitchen hood] datang nak ganti motor.
Aduiiiii. Menggelabah aku.
Aku try tanya En Wan pukul berapa technician sampai, dia kata "Around 3pm".
Phewww, lega!
Bukan apa, hari ni aku puasa.
Selalunya kalau hari aku puasa En Wan takkan balik rumah sebab tau aku tak masak lunch [ya, hari yang aku puasa, semua orang mesti berlapar].
Jadi, kalau dia tak balik lunch maknanya settlelah masalah aku.

So pagi ni tadi aku bertenang-tenang buat kerja.
Pukul 11.45am aku teringat nak follow up dengan seller pukul berapa dia sampai.
Sekali dia jawab rider baru nak pick up. Kau rasa???
Aku benganglah kan. Baru nak bertenang-tenang, tak pasal-pasal kena gelabah balik.

Pastu pukul 12pm, dengar bell bunyi. Ok lega.
Dah sampailah tu.
Aku tunggu mak mertua aku panggil untuk bagitau barang basah dah sampai.
Mak mertua aku tahu rahsia aku beli barang basah ni.
Tapi mak mertua aku tak panggil-panggil.
Aku turun bawah tengok technician Forte sampai!!
Pucat kejap muka aku.
Pastu nampak mok tengah cakap kat phone.
Aku tanya "Mok call sape?"

"Call abang, bagitau orang betulkan dapur dah sampai".

ALLAH!
Berpinar mata aku kejap.
Yang pi call tu kenapa lah, aku kan ada kat rumah ni boleh tengokkan.
Nampak segala bulan bintang dan beburung berlegar-legar atas kepala.
Serius macam nak rebah.

Ni mesti anak dia pesan kalau Forte sampai call dia.
Aduiiiiii aku dah gelabah campur bengang dah ni sebab rider tak sampai-sampai lagi.
Aku check henfon, seller mesej "Puan boleh tunggu, ETA 12.30pm".

Kepala hangguk dia!
Laki aku ada kat rumah ni, hanattttt.

Tak, aku memang salahkan dia.
Tak ikut arahan.
Dah dibagitau deliver pada sekian-sekian waktu, sukahati mak bapak dia je nak deliver pukul berapa.
Kalau dibuatnya orang takde kat rumah waktu tu, camne?

Aku mesej dia "I am not at home now. No one is at home. U are late!"

Wahh, gitu speaking London Diana kalau marah.
Lebih baik cakap London, kalau aku marah in Malay, dasyat bunyinya nanti.
Aku cakap aku kena keluar ada appointment, come back at 3pm atau deliver esok at 10am.
Kena ajor sikit ni biar ikut masa.
Jangan sesuka hati dia ubah jadual penghantaran, dah lah tak inform customer.
Kalau aku tak tanya, sampai ke sudah dia tak update.

Time aku menaip ni, En Wan masih di bawah.
Aku dah kurang gelabah sikit sebab dah settlekan dengan seller.
Cuma aku harap En Wan keluarlah sebelum 3pm, just in case kalau seller datang waktu tu.
Aku baru berangan nak masak sambal ketam buka puasa hari ni. Hamlau betul.

Terus tak tenang jiwa aku nak buat kerja, hilang fokus-fokus aku semua hanya kerana nak sorokkan barang pasar dari En Wan.
Ni baru cara-cara beli ketam, belum lagi aku beli henbeg.
Oh tapi aku pernah lalui kegelabahan beli henbeg ni.

First time beli 3 biji Coach sekaligus dari kawan aku.
Barang sampai, aku sorokkan semua beg tu dalam almari kat guest room.
Almari tu takde apa, tempat simpan jaket-jaket and coat En Wan je.
Tak sepatutnya dia nak kelebet lemari tu.
Entah kenapa tetiba malam tu dia pi selak pulak jaket-jaket dalam almari tu sebab kawan dia nak pi overseas nak pinjam jaket.
Ya Allah, aku punyalah menggigil.
Lebih baik pitam 2 hari dari mengadap soalan-soalan dia kalau terjumpa henbeg aku. Mampus!

Ok aku jumpa blog post pasal beli Coach ni : KLIK SINI 

Masa dia selak-selak jaket tu, aku mengintai dari balik pintu sambil berzikir janganlah dia nampak henbeg aku.
Memang berdebar gila-gila. Nasib baik lepas.
Tapi lepas tu dia dapat tahu jugak sebab nampak aku pakai.



Ini masa beli Chanel.
Sorok kat opis 3 minggu u ollsss.
Hari-hari pi opis sangat bersemangat sekali, sebab ada Chanel. Kahkahkah.
Hari-hari kat opis pakai depan cermin je.
Dalam bilik aku dulu ada cermin panjang, memang aku sengaja beli untuk berselfie.

Last-last terpaksa jugak bagitau.
Tu lah kali pertama and last aku beli Chanel.
Takde dah pun beg ni sebab kena curi masa rumah aku kena pecah masuk beberapa tahun lepas.
Pandai pulak perompak tu kaut henbeg Chanel, beg Coach taknak pulak.

Letih buat kerja menyorok barang dari suami ni.
Sampai satu masa kena hadap juga.
Tu pasal aku malas dah nak beli henbeg-henbeg ni semua, tak larat aku nak berdebar.
Karang nak menjawab soalan dia lagi. Halahhh, lemas aku.
Tu cara-cara tak pakai duit dia. Kalau pakai duit dia lagi panjang soalannya.
Agaknya aku kena buat proposal 5 helai.

Ok sekarang aku tengah berdebar sebab seller kata dia akan hantar 2.30-3pm.
Mak baru lepas masuk bilik aku bagitau "Diana, abang dah pegi. Pukul berapa orang tu nok mari?"

Haaa...kau nampak kan, betapa mak mertua sangat menyokong aktiviti penyeludupan barang dapur ni.
Doakan aku selamat, guys.
Dan berjaya masak sambal ketam today.




Customer Reward kembali!

Whatsapp untuk check point : 
013-7557424
012-7728976 


2020-06-12

Rezeki yang berkah adalah pilihan



Aku nampak komen ni masa kes Jakel tengah hangat bulan puasa yang lepas.
Bila baca ni, aku macam "WOWWW!".
Tak pernah terlintas dalam kepala aku ada orang marketing murahan macam ni.
Upah orang serbu kedai/booth semata-mata nak tunjuk kedai dia laku?
So that orang lain pun serbu beli?

Ada satu lagi tektik murah yang aku dapat tahu dari sorang follower aku di FB.
Dia cerita dulu company tempat dia bekerja recruit ramai orang untuk jadi "tukang komen" kat FB post.
Dorang ramai-ramai komen "PM plis", "Dah try dah produk ni, bagus sangat", "Saya nak beli urgent, mana agen?" - lebih kurang macam ni.
Bila komen banyak, ramailah teruja nak beli.
Padahal tak ramai pun yang nak beli. Propa lebih.

Satu je aku nak tahu.
Yang buat tektik macam ni, dah kaya ke belum?

Sumber rezeki sangat luas, perlu ke sampai kena menipu macam tu sekali?
Letih buat kerja macam ni.
Dengan penat tenaga, penat emosi, penat otak - kerana kita letakkan keupayaan mencari rezeki tu atas diri sendiri.
Kan lebih mudah fahamkan kosep keberkahan rezeki.
Tapi tu lah, manusia mana puas dengan yang sedikit.
Padahal yang sikit tu kalau barokah, boleh dibagi-bagi.
Yang banyak, kalau tak barokah, terasa tak cukup-cukup.
Tu pasal sampai kena menipu macam tu sekali.
Itupun aku jamin, masih tak cukup.

Kalau kita yakin setiap makhluk yang diciptakan ada cara hidupnya yang tersendiri, maka kita kena percaya Allah dah sediakan pelbagai rezeki untuk manusia, tinggal lagi macamana kita nak ambil rezeki itu dengan cara yang benar.
Some people lebih mementingkan selera peribadi dalam memilih sumber rezeki.
Lebih suka cara cepat.

Cara Islam, formula cari rezeki ada 2 step je.
Islam sangat menekankan kita cari rezeki menggunakan semua potensi dan kekuatan yang kita ada dengan syarat ada 2 perkara yang perlu di pertimbangkan.

Yang pertama, rezeki yang kita nak cari tu adalah rezeki yang baik.
Maksudnya rezeki tu jelas bersih.

Yang kedua, dalam mencari rezeki, proses tu juga mesti dengan cara yang baik juga.
Jangan zalim dalam mencari rezeki.
Jangan ada unsur riba, penipuan, judi, rasuah dan maksiat.

Bak kata ustaz, bila keluar bekerja, sebenarnya kita mahu berurusan dengan pemilik rezeki, iaitu Allah.
Jadi, adab berurusan dengan Allah mesti ada - niat mesti betul, pakaian mesti menutup aurat, cara bekerja kena betul.
Kerana setiap rezeki yang kita dapat akan menjadi darah daging.
Setiap yang masuk ke dalam badan akan bagi pengaruh baik secara fizikal, emosi, psikologi, mahupun spiritual.
Jangan pelik kalau semakin banyak dapat, semakin tak cukup.
Semakin banyak dapat, semakin banyak yang keluar.
Asal dapat, habis. Asal dapat, habis.
Tak nampak ke mana perginya, tau-tau je tak cukup.
Itulah cara Allah nak tunjuk kat kita bahawa ketenangan hati dan kebahagian tu tak dapat dibeli.
Dia boleh bagi kita selambak duit, harta, jawatan, kemasyuran, tapi kalau Dia tak bagi tenang, kita hanya akan dapat penat.

Ada perkara yang jauh lebih penting dari bekerja, yang kita terlepas pandang [atau maybe tak pernah terfikir pun], iaitu, rezeki yang halal akan menghadirkan ketenangan jiwa.
Hidup jadi lebih terarah bila hati tenang.
Pintu-pintu keberkatan akan terbuka luas.
Selain itu, rezeki yang halal adalah syarat diterimanya setiap doa.
Jangan ambil mudah proses mencari rezeki.

Rasulullah saw bersabda,"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Allah dan berbuatlah baik dalam mencari harta kerana sesungguhnya jiwa manusia tidak akan puas atau mati hingga terpenuhi rezekinya walaupun dia mampu mengekangnya, maka bertaqwalah kepada Allah dan berbuat baiklah mencari harta, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram [HR Ibnu Majjah].

Berat tak beratnya urusan mencari rezeki ni sampaikan 2 kali Rasulullaw saw sebut dalam satu hadis - "berbuat baiklah dalam mencari harta".

Proses mencari rezeki mesti dengan cara yang baik pula.
Islam tak pernah melarang kita jadi kaya, cuma jangan zalim pada diri sendiri.
Penat kita bekerja dari pagi sampai ke petang, rupanya kita sedang menzalimi diri sendiri sebab hanya dapat penat, tanpa barokah.
Sesungguhnya rezeki yang barokah itu adalah pilihan.
Kita yang pilih, nak atau taknak.



Ini lagi satu yang aku nak share.
Nak tulis semalam tak sempat.

Yang baru berjinak-jinak dengan bisnes, tak perlulah berhabis duit untuk tunjukkan bisnes kita besar.
Untuk apa?
Mem-potray bisnes kita gah adalah teknik yang so yesterday.
5-6 tahun lepas boleh la pakai tektik ni - tayang kereta, tayang duit, tayang barang-barang jenama.
Now kalau buat macam ni dah macam darat terdesak je rupanya.

Awal-awal berbisnes, investlah pada ilmu.
Fahamkan produk sendiri.
Belajar, membaca, bertanya pada yang lebih tahu.
Jangan main sondol je, orang tu buat ini kau buat, orang ni buat itu, kau buat.
Tapi tak tahu hujung pangkal keperluannya.
Tau-tau duit habis kat marketing, sales tak jalan juga.
Kalau ada duit, buat.
Ini cerita kalau takde duit.

"Oh trend sekarang kena banyak keluar majalah, kena pakai duta, kena buat iklan tv, kena pasang billboard, kena banyak pi coffee session untuk networking."

Buat networking dengan online friends dulu, tengok boleh pegi ke tak.
Jangan ikut trend melulu-lulu. Bawak bertenang.

Kita ni kadang nak networking-networking sangat, tapi tak tahu apa benda networking tu.
If it is to build your business, then it's all about building a relationship with people.
Jadi binalah relationship dengan online friends dulu.
Impress them with your genuine interest [bukan selling].
Cara ni maybe nampak pelik, but this is the best way to start building a relationship.
Kalau nak ber-bisnes online, kena faham yang people buy because of trust.
Kalau orang tak trust kita, macamana dia nak beli.
Jadi, build relationship dengan online friends dulu, dah mantap baru pergi step lain.
Jangan sampai online masih huyung-hayang, kita dah sibuk nak capai yang jauh.
Biar kita ada story to share, baru sedap nak lepak mengopi.
Kalau takde story lagi, don't go for kopi-kopi session, tapi pergilah seminar/talk.
Melainkan kau bayar personal coaching. Ha tu takpe.

Awal-awal berbisnes jangan banyak sangat show off.
Walaupun nampaknya trend sekarang ramai yang suka method ni, tapi boleh ramai juga yang tersungkur bila modal habis buat showing off je.
Kalau kita duit banyak, buatlah kalau nak buat.
Tapi kalau kita start bisnes sebab nak cari duit, kena bijak.
Duit banyak semua orang boleh manage, tapi bukan semua orang bijak manage duit yang sikit.
Kalau kita boleh lulus step ni, insyallah bisnes boleh jalan laju nanti.



By the way, ini pek Back to School.
Kalau nak mask saja pun boleh.


2020-06-10

Nak tolak-ansur, susahnya!



Rasanya soalan macam ni tak pernah putus aku dapat dari blog readers and followers.
Memang ramai yang tanya macamana aku boleh tahan duduk serumah dengan 'orang luar'.
Maybe ada yang terlupa sejak dari tahun 2004, aku dah izinkan orang luar duduk sekali dengan aku, iaitu bibik.
Dari tahun 2004 hingga 2010, rumah aku memang ada bibik.
Tahun 2010, tambah sorang lagi dalam rumah, iaitu mak mertua [mok].
Jadi, aku dah terbiasa ada orang lain duduk sekali dalam rumah aku.

Mok datang pun sebenarnya tak ada plan untuk duduk sekali.
Mok datang sebab aku bersalinkan Rayyan.
Rayyan lahir tak cukup bulan, aku pula c-sect, jadi kitorang lebih prefer tangan-tangan orang yang berpengalaman untuk handle Rayyan selama aku tempoh berpantang.
Jadi, mak offer diri untuk datang jaga.
Lagipun mok memang dah biasa jaga cucu, dia lebih berpengalaman berbanding Mak Aji.
Tapi aku tak serahkan tugas bulat-bulat kat mok.
Kitorang ambil juga bibik.
Bibik untuk jaga Rayyan was bibik Jamilah [sebelum aku tukar tugas dia sebagai tailor].
Bila bibik Jamilah jadi tailor, aku ambil sorang lagi bibik, Lenny.
Maknanya, dulu rumah aku ni pernah ada 2 bibik and mok tinggal sekali.
Dan aku pernah ambil sorang lagi tailor [lupa dah nama dia], duduk dalam rumah ni juga.

Aku punya perangai, aku tak berapa cerewet sangat.
Maybe itu salah satu sebab kenapa aku boleh bertahan duduk dengan mak mertua [dan juga bibik].
As long as rumah aku tak bersepah, tak bising, tak ganggu waktu-waktu rehat aku - that's fine.
Sebab itulah aku tak kisah sangat keluarga En Wan nak datang tidur rumah atau nak singgah, walaupun tiap-tiap minggu, sebab aku always buat hal sendiri.
Memang aku takkan layan sangat dorang kat bawah, aku just turun jumpa kejap then aku naik bilik buat hal aku.
Orang yang tak faham maybe nampak pelik "Apehal tetamu datang rumah tapi kau duduk dalam bilik?"
Because aku tahu yang datang tu semua nak jumpa mok, bukan jumpa aku.
Jadi, takpelah kalau aku nak lepak bilik.
Biar dorang bersembang anak-beranak. Karang kalau aku terconggok kat situ tak selesa pulak.

Bab balik raya, alhamdulillah masih lagi ikut turn setakat ni.
Ada 1 kali raya yang sepatutnya aku boleh minta 'gantirugi' sebab aku tak dapat beraya puas dengan adik-beradik aku.
Tahun tu patut aku beraya di Bangi, terpaksa dipendekkan masanya sebab anak sedara En Wan nak bertunang.
En Wan orang kuat dalam famili, apa-apa hal kakak-kakak dia nak En Wan ada dalam majlis.
That's why tahun tu aku beralah.
Walaupun aku boleh balik beraya di Bangi anytime, tapi tak sama sebab adik aku Ima ada di Johor.
Aku perlukan turn beraya tu sebab kitorang nak kumpul adik-beradik.
Kalau sabit nak jumpa Pak Aji and Mak Aji je, every week aku boleh balik.

Ber-alah, berbincang dan tolak ansur penting dalam rumahtangga.
Aku and En Wan, dalam apa pun keadaan, mementingkan keputusan and keselesaan kitorang berdua [sefamili] berbanding kecaman dan sok-sek-sok-sek orang luar.
We don't care. I don't care.

Contohnya, 2 tahun lepas keluarga En Wan buat family day di Janda Baik.
Semua join, kecuali aku. Aku balik Bangi sorang.
Sekali pandang mesti orang nampak aku lah yang jahat dan pelik.
Orang lain boleh join, apesal aku tak join, betul tak?
Tapi aku and En Wan tak bergaduh, in fact, hari yang dia nak berangkat ke Janda Baik tu, dia sendiri yang hantar aku balik Bangi.
Dan aku orderkan risolles satu kotak besar untuk dia bawa ke Janda Baik, makan-makan dengan family kat sana.

Kisahnya, dorang semua nak berfamily day kat Janda Baik, tapi duduk di tempat yang takde aircond.
Masa En Wan tunjuk keadaan bilik yang bakal duduk tu, aku bagitau aku taknak duduk tempat macam ni.
Bukan berlagak, tapi aku kenal keadaan diri aku.
Alangkan rumah mak yang 10x lebih cantik dari Janda Baik tu pun aku boleh melepek migrain.
Inikan dengan tempat yang sempit hidup segan mati tak mahu.
Aku boleh imagine aku akan migrain and berpeluh-peluh panas kat situ.
Sebelum aku susah dan menyusahkan orang lain, lebih baik aku tak join.
Aku happy, korang pun happy.

Orang yang tak faham memang akan assume macam-macam.
Bagi aku, LANTAK nak cakap apa.
Yang penting, aku and En Wan sama-sama agree pasal ni.
Orang yang suka assume-assume ni, dorang memang suka cerita-cerita yang boleh dijadikan sensasi.
Yang peliknya, tak mahu mencari tahu cerita sebenar.
Suka nau membawang benda yang tak pasti.
Pastu nanti meleret-leret lah cerita hal yang tak perlu, tokok tambah sikit bagi sedap jalan cerita. Eh, kisah pulak aku?

Sejak kebelakangan ni, kitorang balik Tganu, aku dah tak tido rumah mak lagi.
Sejak kena migrain attack yag teruk raya tahun lepas, aku dah tobat taknak tido rumah mak lagi.
Nak aku balik Tganu, syaratnya mesti bawak aku tido hotel atau book homestay.

Bunyinya macam berlagak sangat, kan?
Macamkan kau tu lahir-lahir dah ada dalam istana!

The thing is, aku laki bini dah duduk berbincang.
Aku bagitau En Wan, rumah mak tu dah kategori rumah tinggal.
Rumah yang dah ditinggalkan bertahun-tahun. Balik pun sesekali.
Kadang-kadang mak kemas-kemas hall nampak kulit ular.
Maknanya rumah tu ular dah keluar masuk sampai boleh jadi tempat bersalin kulit, ko rasa?

Rumah mok pakai air pam dari tanah.
Disebabkan lama sangat tinggal, jadi pam tu pun dah tak berapa well-functioned.
Raya tahun lepas, pam dah start buat hal.
Kejap-kejap dia stuck. Bila stuck, air tak boleh dipam naik ke tangki.
Nak mandi kena bercatu-catu.

Masak-memasak pun dah takde dah kat rumah tu.
Ye lah, mok dah tak duduk sana, apa je lah yang ada.
Everytime balik memang makan kat luar.
TV lagi lah, setiap kali balik sana kitorang angkut play station and decoder Astro sendiri.

Aku cakap kat En Wan, now kalau balik Tganu is no more "Balik Kampung".
Dah macam pi jalan-jalan ke Tganu sebab rumah tu hanya tempat untuk tido.
Most of the time kitorang berjalan sebab kat rumah takde apa.
Nak makan pun takde apa, nak tengok tv pun tv rosak, nak tido pun panas.
So what's the point tido rumah mok.
Kan lebih baik book hotel, kita anak-beranak tido mandi dengan bertenang-tenang di hotel.
Tapi every day balik la duduk rumah mak tu jumpa adik-beradik yang lain kat sana, apa salahnya.
Tapi time tido, balik hotel.

Alhamdulillah En Wan ni punya common sense boleh tahan juga.
Apa aku cakap tu maybe make sense, jadi dia setuju.
Lantaklah orang lain nak cakap apa pun, nak kata aku berlagak ke, En Wan lupa daratan ke, seriously WE DON'T CARE.
Kadang-kadang memang ada orang yang bukan tak boleh memahami tapi dia tak mahu memahami.
Padahal bendanya simple je.
Kau nak aku balik kampung, ok aku balik.
Kau nak aku ikut beraya dari pagi sampai petang, ok aku ikut.
Tapi, kau pun kena tolak-ansurlah dengan aku.
Aku nak duduk di tempat yang selesa supaya aku selesa, happy dan we can sama-sama enjoy our raya. Simple, kan?

Same goes to rumah ni.
Sebelum MRO, rumah aku ni every week kakak and anak-anak sedara En Wan datang.
Kalau bagitau awal, aku sediakan makanan.
Kalau tak, pandai-pandailah nanti mok hidang apa-apa.
Nak datang, datanglah.
Tapi janganlah expect aku duduk melayan bersembang sampai ke sudah.
Aku sembang sikit lebih kurang, pastu aku duduk atas.
Tolong jangan kecik-kecik hati because I am like this.

Ikut pengalaman aku, suami isteri kalau bergaduh, sebahagian besarnya kerana orang luar, bukan kerana mereka berdua.
Tak kiralah orang luar tu adalah skandal, mertua, ipar duai, jiran, kawan atau adik-beradik.
Yang pasti, suami isteri boleh bergaduh teruk kalau bawa orang ketiga masuk dalam rumahtangga.
Ada yang bergaduh puncanya ipar duai letak anak kat rumah kita untuk 'ditengok-tengokkan'.
Ada yang bergaduh bila adik-beradik duduk bersama tapi tak hulur duit bil api air.
Ada yang bergaduh bila mak mertua kontrol segalanya dalam rumah.
In fact, ada yang bergaduh pasal balik raya kerana adik-beradik buat plan nak beraya bersama-sama tanpa pengetahuan pasangan.

Husband and wife,

Serapat mana pun kita dengan keluarga masing-masing, kita kena faham yang kita sudah ada keluarga sendiri.
Now bukan lagi waktu untuk kita buat kepala kita sendiri.
Jangan buat plan berkumpul raya dengan adik-beradik tanpa berbincang dengan pasangan terlebih dahulu.
Jangan suka-suka pelawa mak bapak duduk sekali dengan kita tanpa berbincang dengan pasangan.
Tak cukup-cukup lagi ke zaman kecik dulu korang berlonggok serumah sampaikan dah kawen masih lagi nak feeling macam masing-masing takde keluarga sendiri?
Sebagai pasangan suami isteri, kita hanya ada each other yang memahami diri kita masing-masing.
Kalau ada masalah dengan 'orang luar', boleh jadi kita tak mampu nak sound orang luar tu, tapi kita ada each other untuk berbincang.
Siapa yang nak jaga rumah tangga kita kalau bukan kita sendiri?
Aku sampai sekarang, dah masuk 20 tahun kawen, setiap kali mak bapak and adik-beradik aku nak datang, aku akan tanya En Wan dulu.
Walaupun aku tahu dia takde halangan, tapi biar ada adab sikitlah, ini pun rumah dia juga.

Ok aku bagi contoh mak mertua aku.
Duduk dengan mak mertua memang tak mudah, tapi kita ada suami. Bincang.
Mak mertua aku ni sangat sayangkan En Wan.
Apa-apa yang dia beli and dia masak mesti untuk En Wan.
Everytime aku masak, dia akan tegur "Toksah banyak-banyak masak ayam, abang tak makan sangat".

"Toksah masak sayurlah, abang tak makan"

"Masak sekor je ikan ni jadilah, untuk abang sorang. Mok taknak makan".

Aku kadang-kadang macam "Eh, habis aku takyah makan ke?" Hahahaha.
Biasalah kan, mak-mak memang macam ni especially dengan anak lelaki.
Sama je lah macam Mak Aji tu, apa-apa pun kalau masak "Ibal nanti tak makan lauk ni".
Abis tu kalau dia tak makan, anak lain pun takyah makanlah? ðŸ˜‚😂

Aku nak tegur mok, tak boleh. Aku tak rasa sesuai nak tegur.
Jadi apa yang aku buat, aku bagitau En Wan.

"Bang, mok kan, apa-apa Di nak masak mesti dia suruh kurangkan sebab abang tak makan. Memang abang sorang je ke yang makan dalam rumah ni? Di takyah makan?"

Esoknya, time aku masak, En Wan purposely duduk dapur sambil baca paper.
Dia dengar sendiri mok cakap macam tu kat aku, then dia cakap "Takpe mok, masak je lebih. Nak simpan-simpan buat apa mok. Nanti dah habis, adik gi beli lagi".

Settle.

Kalau ada masalah, BINCANG.
Jangan pendam and makan hati sorang-sorang.
Kau ingat ni drama pukul 7 ke kena bambu dengan mertua pun nak senyap nangis sorang-sorang kat bucu katil.
Pastu bila suami tanya apa masalah, kau kesat airmata "Takde apa, mata masuk habuk je".
Eh cibailah. Jangan feeling sangat, boleh?
Benda boleh bincang, kita bincang.
Insyallah, kalau bincang betul-betul, pasangan kita boleh faham.

Tak, aku tak marah. Aku nasihat je.
Siapa ada masalah tak nak balik rumah mertua ke, tak suka mertua duduk sekali ke, tak apa.
Benda tu salah pun.
Cuma kita kena suarakan pandangan kita dengan betul.
Duduk berbincang sama-sama. Sama-sama bagi pendapat, jangan pula kita berkeras sangat dengan pandangan kita je.
Cari jalan sepakat. Ada give and take.


2020-06-08

Raya 2020


Raya Aidilfitri tahun ni aku purposely tak buat blog post.
Ini sesuatu yang sangat luarbiasa bagi seorang Diana Ishak.
Aku tak pernah gagal update raya story kat blog semenjak wujudnya blog ni.
Tapi memandangkan tahun ni sambutan raya agak hambar, jadi aku pun takde mood nak update.

However, insiden semalam buatkan aku decided kena update juga, untuk jadikan bahan bukti.
Sebab aku dapati En Wan selalu diserang amnesia setiap kali nak dekat raya.
Asal nak raya je, asyiklah dia kata turn raya kat Tganu. Hangin betul aku.
Dah lah mak dia duduk serumah, sibuk je nak balik Tganu beraya.
Entah hape nak cari tak tahu.
Patutnya bila mak duduk sekali, bagi la peluang aku beraya dengan mak bapak aku tetiap kali raya pertama.
Pastu raya ketiga balik la Tganu.
Ini tak, sibuk dia sama naik nak beraya Tganu raya pertama.

Semalam, bila PM umum boleh rentas negeri, bukan main lagi plan nak balik raya haji. Ewah?
Tak sedar tu tahun lepas raya haji celebrate kat Tganu.
Ada hati nak argue dengan aku "Tahun lepas bukan raya haji kat Bangi ke?"
Silap besarlah bini ada blog.
Memang aku korek habis-habis bahan bukti.
Bukan calang-calang bukti ni. Bukti bergambar aku bagi. Terus terkelat-kelat muka.

Maka, hari ni aku kena update cerita Raya 2020, walaupun tak berapa meriah, tak kisahlah.
Janji ada bahan bukti kalau tahun depan kena serang amnesia.
Aku tak kira, tahun depan turn raya Bangi dulu.
Kalau raya haji tahun ni dia berkeras nak balik Tganu jugak, aku qada' raya puasa 2021 and 2022 di Bangi. Hah pilih, mana satu nak?

Raya tahun ni rasanya kebanyakkan kita semua raya kat rumah masing-masing.
Kalau yang balik kampung pun, maybe senegeri.
Ada juga yang beraya kat kampung tapi yang pastinya tak semeriah selalu.
Yang beraya kat kampung berbondong-bondong tu mesti stress nak up gambar raya karang kena kecam. Hahaha.

Kalau ikutkan hati aku, memang plan asalnya aku taknak ke mana-mana dan juga taknak allow sesiapa datang rumah beraya.
2 hari sebelum raya, En Wan tanya aku boleh tak kalau family dia nak datang beraya ke rumah sebab masing-masing nak jumpa mak.
Aku takde hal nak datang cuma syaratnya jangan berkumpul ramai-ramai.
Cuma, datanglah pada waktu-waktu tertentu. Jangan serentak semua nak datang.
No point kalau selama ni kita beria-ia social distancing alih-alih time raya berlonggok serumah.
Raya tahun ni bukan masanya untuk kita berlonggok beramai-ramai macam selalu.
Kalau tahun-tahun yang sudah, aku buat open house, semua akan kumpul di rumah aku.
Yang sedara-mara jauh masa ni lah nak berjumpa antara satu sama lain.
Aku jadikan rumah aku tempat korang berkumpul, tak payah susah-susah nak ke sana sini.
Datang je open house aku, boleh jumpa semua sekaligus. Settle.

Tetapi, raya 2020 kita tak boleh buat macam tu.
No more berlonggok 4-5 keluarga serentak.
Kau nak jumpa dengan si A, silakan ke rumah A.
Nak jumpa si B, silakan ke rumah si B.
Because kali ini siapa nak datang rumah aku kena ikut time.
Tak susah kot nak ikut peraturan ni kan, melainkan kepala batu.

Petang raya [30 Ramadhan], mak mertua aku dah start masak gulai nasi dagang, rendam beras, potong acar timun segala.
Aku pula buat rendang and sambal goreng sikit.
Tak buat banyak sebab mak kata orang Tganu [keluarga dia] tak pandai makan rendang and lontong.
Tu pasal everytime beraya kat Tganu aku stress tak jumpa lontong.
Bukan tak boleh buat, tapi mak tak bagi buat sebab memang takde siapa makan.
Dorang lebih prefer nasi dagang and nasi minyak di pagi raya.
Jadi, bila tahun ni beraya di rumah aku, dapatlah aku masak makanan raya aku, hanya untuk tekak aku. Hahaha.



Inilah menu raya yang aku paling proud sekali - sambal goreng.
Ini bukan sambal goreng Jawa sebab aku tak pakai suhoon.
Ini orang panggil sambal goreng pengantin.
Walaupun aku sorang je nak makan ni, tetap aku buat banyak sebab aku tahu aku ini akan menjadi 'jajan' aku di pagi raya.
Tak sempat jumpa 3 Syawal. 2 Syawal je aku dah selesaikan sambal goreng ni.

Kemeriahan nak sambut raya tetap ada bila tengok masing-masing kat newsfeed update lauk-pauk yang dah siap masak.
Kitorang pulak adik-beradik berwhatsap-whatsapp update persiapan raya masing-masing. Happy.
Memandangkan raya tahun ni di rumah saja, orang pun tak akan datang ramai-ramai, maka persiapan pun ala kadar je.
Asal ada benda nak makan.
Kuih raya memang aku tak beria beli.
Beli yang aku nak makan je, bukan nak hidang kat orang.
Aku beli tart, kuih bakar and butter raisins dari blog reader yang dah disahihkan kesedapannya.



Yang kiri tu butter raisin cookies [ala-ala Danish cookies].
Aku dah berkali-kali beli biskut ni dari dia, memang kena dengan selera tekak aku, adik-adik aku, cousin aku pun suka biskut ni.
Tetty : 012-3153310

Yang kanan tu abang sado punya air tangan.
Kuih tart dia aku dah penah rasa jadi aku tak takut untuk repeat order.
Tahun ni aku nak rasa kuih bakar dia. Ya Allah sedap gila!
Memang air tangan dia ni sesuai nau dengan kuih-kuih tradisional aku rasa.
Puas hati kuih bakar dia.
Lang : 019-6437721



Ini lauk-pauk di pagi raya.
Kuah lontong takde dalam gambar.



...tapi kejadian dalam mangkuk adalah begini lontongnya.


Sebenarnya tahun ni aku puas hati dapat beraya kat rumah sendiri.
The feeling beraya kat rumah sendiri tu walaupun kurang meriah tapi kurang penat sebab kita ad di rumah sendiri.
Tak payah nak tergesa-gesa siapkan itu ini, packing baju nak balik kampung segala.
Slow and steady je masak kat dapur bertenang-tenang.
Esok paginya pula bertenang-tenang bangun, taking sweet time mandi, bergambar raya, bersalam raya, makan.
Tak payah nak kecoh terkejar-kejar.
Kau tau je lah kan selalunya pagi raya semua orang kecoh.
Semua pun nak mandi, semua nak bersiap, yang nak mandikan anak, yang nak gosok baju.
Time nak bersalam raya tu lah orang kampung bagi salam nak beraya.
Nak bergambar raya pun tak tenang.
Semua kena buat cepat-cepat. Ujung-ujung stress.

Kalau raya kat Bangi pulak, jangan haraplah lepas Subuh nak tido balik.
Mampuih kena pekik dek Mak Aji.
Masa tu lah kitorang adik-beradik nak siapkan kuah lontong, potong ketupat, panaskan sambal goreng and rendang.
Mana nak kejutkan anak, nak mandikan anak, nak siapkan meja makan.
Ujung-ujung, orang lelaki dah balik solat raya, yang bin-bini kat rumah mandi pun tak lagi.

Tapi ada satu yang buatkan aku syahdu di malam raya adalah - tahlil. 
Everytime turn beraya di Bangi, ini adalah something yang kitorang tak pernah tinggalkan, dari zaman arwah atuk, arwah nenek, hingga sekarang.
Petang raya, at 6.30pm semua dah duduk standy untuk bacaan Yasin, kemudian tahlil, dan barulah berbuka sama-sama.
That's why kalau beraya kat Tganu aku syahdu sikit.
Bukan sebab sedih tak beraya di Bangi, tapi suasana macam tu tak ada di sana.
Biasalahkan, beraya tempat orang, takkan nak bawa kebiasaan kita pulak.
Kalau beraya di Tganu, malam raya aku sorang-sorang dalam bilik baca Yasin and buat tahlil sendiri-sendiri sambil mengenang nasib diri di perantauan.



Tahun ni, tahlil petang raya tetap diteruskan. Kali ni kita buat e-tahlil.
Seronok juga bila masing-masing masih attend bacaan Yasin walaupun jauh.
Tapi agak mencabar sesi tahlil bila kamera kat Bangi tu kena hijack dek Widad.
Kejap-kejap dia lalu depan kamera, sengetkan henfon, langgar stand dengan moto dia. Adehhh.
Alhamdulillah, lepas settle bacaan, masing-masing wish Selamat Hari Raya dari perantauan, dan buka puasa.

Malam raya selalunya kalau di Bangi kitorang lepak-lepak layan movie raya.
Tahun ni, layan Netflix.
Meriah dengan cara yang tersendiri.
Goreng kepok lekor, bancuh teh tarik, bercuddle-cuddle dengan suami di depan tv.



Pagi raya yang penuh dengan ketenangan.
Sempat meng-up-kan reminder kat pengguna GC Plus untuk tak payah ambil GC Plus kalau nak beraya dengan tenang.
Bukan apa, kalau dah makan rendang lontong nasi dagang segala, potensi nak ke jamban tu tinggi.
Karang tak memasal lagi banyak duduk dalam toilet dari duduk depan tv.

Bangun pagi at 4.30am, lepak-lepak atas sejadah, rasa syahdu sangat.
Betapa besarnya hikmah Ramadhan 2020.
Tahun ni aku merasa solat terawikh berjemaah.
Selama ni, aku solat terawikh sorang je at home but this year dapat sekeluarga because Redza ada kat rumah.
Lebih manis, tahun ni solat terawikh berimamkan anak sendiri.
Every night rotate dengan apak beliau.
Kalau today En Wan imam Isyak, Redza akan take over terawikh.
Kalau today Redza imam Isyak, En Wan take over terawikh.
Mak pun seronok dapat terawikh berjemaah complete 30 hari.
Aku tak lah, aku start puasa hari ke-7, tapi tahun ni aku berpuasa hingga ke hujung Ramadhan.
Kalau tak, selama ni aku asyik raya awal je.
Barulah feel raya bila sama-sama berpuasa di petang raya macam orang lain, kan.

Tahun ni juga, asbab tak payah ke sekolah, Rayyan berpuasa dengan mudah.
Walaupun ada satu hari tu tak bersahur, dia tetap bertahan untuk puasa.
Tahun ni pun Rayyan lengkap 30 hari berterawikh.
Bukan tu saja, dia ambik job jadi tok siak dan bilal sepanjang Ramadhan, without failed!




Bila nak bersiap-siap solat sunat raya, aku telah dicutikan oleh Allah dari bersolat.
Maka, betul-betul 'raya' aku pagi Syawal tu.
Jadi, dapatlah aku jadi fotografer orang bersolat raya di rumah.

Ini kenangan yang mesti di-documentedkan.
Belum tahu lagi dapat peluang ni tahun depan.
Satu Malaysia bersolat sunat Aidilfitri di rumah dengan ketua keluarga masing-masing membacakan khutbah raya.
Memang tenang dan aman je aku rasa pagi raya kali ni.
Bertenang-tenang masing-masing ambil masa untuk bersiap and bersolat.

Baju raya dorang pakai tu adalah baju raya baru.
Aku je yang tak beli baju raya tahun ni, malas.
Dah 42 kali sambut raya, sampai dah tak tahu nak pilih warna apa dah untuk baju raya, jadi aku cuma matchkan baju kurung lama dengan warna baju melayu dorang tahun ni.




Bila beraya kat rumah dalam keadaan bertenang-tenang, maka ada lah masa nak berganbar macam-macam.
Salah satunya buat balik aksi-aksi Redza masa kecik dulu.
Masa dia kecik dulu kan dia selalu buat darah aku naik pagi raya.

Bila tengok balik gambar then and now, sedih pulak rasanya.
Cepat betul masa berlalu.
Aku masih lagi terbayang-bayang saat-saat baru kawen dengan En Wan, still fresh lagi macam baru last year kawen, tau-tau anak aku dah bujang dah.
Raya tahun ni puas rasanya dapat duduk serumah dengan anak-anak.
Kalau dulu, walaupun cuti sekolah, tetap takde masa luang sangat nak melepak dengan anak-anak sebab aku kena masuk ofis.
Tahun ni sampai tak larat nak melepak dah, naik lebam anak-anak aku kena duduk rumah tak jumpa cahaya matahari.




Tetamu pertama yang sampai adalah anak sedara En Wan [sorang], kemudian family Kak Ngah.
Ini kategori wajib sampai sebab kat Puchong je pun rumahnya.
En Wan memang dah stanby mak buat nasi dagang 2kg.
Itupun sikit je tu, kalau semua datang beraya memang kena buat lebih.

Ini kali kedua dorang beraya ke rumah aku di pagi Syawal.
Kali pertama beberapa tahun lepas masa anak sedara En Wan nak bertunang dengan orang Johor pada raya ketiga.
Jadi, semua orang pakat jangan balik Tganu sebab raya kedua semua dah nak gerak ke JB.
Maka tahun itu, patutnya aku ber-huhahuha dengan family aku di Bangi [sebab tahun tu turn raya Bangi], terpaksa aku beralah [read : makan hati dendam kesumat sampai mati].
Pagi raya pertama tu balik Bangi, malam tu juga balik semula ke Putra Heights siapkan apa-apa yang patut because esoknya nak gerak ke JB pula.

Hutang raya tu blom bayar lagi tau sampai sekarang.
Saje je lah nak bagitau.

Tahun ni patut turn aku berhuhahuha kat Bangi, tapi apekan daya Covid19 pula.
Dah tu dia pulak tetiba nak beraya haji tahun ni kat Tganu.
Ewahhh, banyak cantekkk.
Hutang raya yang dulu pun blom bayar lagi, berani beliau suggest raya haji tahun ni balik kampung dia, ya?
NO WAYYYYY.



13 orang di dalam rumah, di pagi raya.
Tahun ni aku rasa gambar raya cantik sangat, walau tak cukup korum.
Sebab semua dapat bersiap bertenang-tenang kat rumah sendiri, pulak tu tak berapa busy di pagi raya, jadi semua pun tak berlendir. 
Helok je mekap masing-masing terletak cantik.



Dengan bibik Yani, bibik pertama aku ambil untuk jaga Redza masa umur Redza 43 hari.
Alhamdulillah dapat bibik yang boleh buat kerja, tak buat perangai, tahu jaga anak, tahu mengemas, tahu memasak.
Memang sesuai benarlah tinggal dengan aku yang malas ni.
Sejak habis kontrak 2 tahun dengan aku dulu, Yani masih lagi datang bekerja kat Malaysia.
Pernah kerja jadi bibik Kak Ngah, lepas tu kerja di restoran pula sampai sekarang.
Kebetulan restoran dia kerja tu kat Puchong, bulan puasa tutup.
Jadi sepanjang bulan puasa hari tu dia kerja di rumah Kak Ngah.
Tu yang pagi raya dapat datang beraya rumah aku tu.
Bukan main suka dia dapat jumpa Redza.
Berselfie macam nak rak dengan Redza, nak hantar kat keluarga katanya.
Nak tunjuk anak yang dia jaga dulu sekarang udah ganteng gitu.

Pertama kali dia jejak Malaysia tahun 2004, untuk kerja dengan aku.
Mula-mula tu dia macam homesick juga, tapi lama-lama ok.
Pengalaman pertama kerja dah ok, tu yang dia tak serik untuk datang Malaysia lagi.
Tapi rasanya lepas ni dia nak balik for good.
Dah ada cucu dah Yani ni.
Anak dia yang paling bongsu pun dah remaja, so just about time untuk dia balik duduk di rumah pula.
Dah lama sangat dia cari rezeki kat tempat orang.




Lepas rumah aku clear, En Wan ajak aku balik Bangi kejap.
Kesian atuk and nenek nak jumpa Redza.
Sejak Redza balik cuti sekolah hari tu tak sempat-sempat nak balik Bangi, sampai dah kena perintah berkurung.
Aku dah sound awal-awal "Jangan salam atuk nenek. Tak boleh".

Atuk and nenek nampak cucu datang, dia pulak yang berpeluk-pelukan dengan cucu. Alahaiiii.
Seram aku. Alhamdulillah, takde apa-apa. Sihat nampakmya semua sampai sekarang.
Dorang ni bila dah penat beraya kat rumah, songkok ke mana, sampin ke mana.
Penyudahnya dah sampai Bangi baru masing-masing perasan tak pakai sampin and tak bawak songkok.
Jadi, bergambar je lah apa adanya.

Tahun ni Pak Aji and Ibal konsep bangsa Johor sangat pakaiannya. Terkesima I.




Menyelongkar henbeg maklong cari henfon.

Mak Long sebenarnya nak jumpa dia ni.
Rindu sangat-sangat dengan Widad.
Aku punya private IG penuh dengan gambar Widad je.
Ingatkan buat private IG nak letak gambar selfie diri sendiri, tak jadi.
Dah jadi macam IG Widad dah.
Tapi tu lah, sampai sekarang tak dapat nak dokong and peluk dia ketat-ketat, tak berani.

Kesian pulak tengok Widad hari tu.
Dah lama agaknya tak jumpa orang, hari tu nampak Rayyan dia macam tercengang lama sangat.
Pastu senyum and mata bersinar-sinar jumpa kawan.
Terus mak bapak atuk nenek semua tak laku, dok mengejar abang Rayyan and Redza main.
Maka dapatlah atuk makan dengan aman.
Kalau tak, atuk makan sambil meriba dia.




Mak tak ikut kitorang ke Bangi sebab ada trip-trip seterusnya nak datang ke rumah kitorang.
Anak-anak sedara En Wan yang lain datang ikut trip.
En Wan kata takpelah, dorang tu datang nak jumpa mak, jadi izinkan kami ke Bangi sebentar.

Kat Bangi, aku macam tak pernah jumpa lontong.
Makan lagi satu round.
Padahal kat rumah aku pun ada lontong, tapi the feeling makan di rumah mak tu berbeza, ya.
Mak mertua aku pulak kirimkan nasi dagang, memang heavenlah orang Bangi dapat makan nasi dagang.

Agak aman rumah mak aku raya tahun ni sampai rasa pelik pulak.
Jarang raya pertama senyap macam ni.
Takde orang lalu-lalang kat depan, takde hiruk-pikuk kat luar. 
Memang sangat-sangat berbeza.
Tapu kat dalam rumah tetapppppp beraya.



Siap buat birthday celebration Mak Su [Siti].
Kebetulan hari raya pertama tu birthday Siti.
Kitorang sampai Bangi, Ibal baru balik dari beli kek Baskin n Robbin.
Memang kenduri aiskrim terussss.

2 jam je aku kat Bangi hari tu, tak berani nak lepak lama-lama.
Tak berapa yakin dengan diri sendiri.
Tahun ni takde salam-salam raya, takde peluk-peluk.
Dapat jumpa kejap pun dah lega.

Maka sekianlah cerita raya 2020.
Tak pernah-pernah cerita raya aku hanya satu post, selalunya 3-4 post.
Nampak nau kehambarannya.
Takpe, ini semua kenangan yang mesti disimpan [dan dijadikan bahan bukti] supaya kita tak mudah diperkotak-katikkan oleh suami kita yang asik-asik nak balik kampung dia. Kahkahkahkahkahkah.




p/s : Esok last day promo GreenAard with free hand sanitizer. Apa ko ingat PKPP dah tak payah pakai hand sanitizer? Lagi kena pakai selalu ya sebab dah ramai umat terlepas kat luar. Whatsapp sini.