2022-10-31

Peluang akhir, jangan disia-siakan.


Sepanjang minggu lepas, berjujuk-jujuk soalan aku dapat dari potential client En Wan.
Aku tanya kenapa tak whatsapp En Wan, dia lebih tahu.
Mostly jawapan, "Segan".

Kenapa nak segan, sayanggggg.
If you don't ask questions, you're not going to find out what the answer is.
Don't be afraid of asking them, because people will appreciate your curiosity.
Aku boleh je setakat nak jawab yang basic-basic, tapi kalau ada peluang tanya direct dengan orang yang lebih kenal produk, itu lebih baik.
Pergi call En Wan terus.

Hari ni dah last day, maybe dia takkan ada masa sangat nak membalas whatsapp sebab hari ni dia nak jumpa 3 orang customer.
Tiga-tiganya blog reader aku katanya.
Ada sorang dah DM aku tadi "Kak Di, saya minta izin jumpa En Wan, ya. Saya ada appointment dengan dia hari ni".
Alah, comel betul minta izin. Ya, silakan.

Yang duduk jauh memang En Wan takkan sempat nak jumpa.
But you can call.
Dia ada 4 orang client yang dah sign up, yang duduk di luar KL/Selangor.
Aku tak tahu macamana dia buat, tapi settle semuanya.

Aku cakap dengan En Wan, "Tak sangka, after 19 tahun saya tinggalkan Prudential, abang pulak join".

Bagus juga bila aku ada pengalaman melulusan polisi.
Boleh share experience dengan En Wan.
Contohnya merokok.
En Wan kata one of his client merokok, tapi tak heavy.
Nak apply medical card.

Kes ni nampak simple je.
Merokok, tapi takde penyakit apa-apa buat masa sekarang.
Secara lojiknya, kita mesti ingat polisi lulus.
Sebenarnya tak, ya.
Aku dulu banyak handle simple cases like overweight and HPT.
Proposal yang takde sakit tetapi merokok pun banyak kami dapat.
Nak lulus bukan semudah itu.
Kena identify berapa batang rokok dia hisap seminggu.
That's how detailnya Medical Underwriter nak luluskan polisi seseorang.

Reasonnya mudah.
If you’re a smoker, you’re probably well aware of the fact that it can impact your health.
Kita semua tahu tembakau is a proven health risk and impacts life expectancy.
Your life expectancy is a major cost factor when life insurance companies set their rates.
Sebab itu medical underwriter perlu tahu. 
Pernah dulu aku call client malam-malam nak pastikan berapa batang rokok dia ambil seminggu.
Sekarang memanglah tak sakit.
Karang helok je polisi activate, seminggu selepas tu dah muncul simptom-simptom penyakit.
Sebab itu penting untuk medical underwriter identify dari se-simple-simple kebenaran dari client.

Itu baru tentang merokok.
Apetah lagi kalau dah sedia ada penyakit.
Lagilah case tu akan diteliti betul-betul.
Kerana semua tu ada impact pada life insurance rates.

Masa En Wan jadi engineer dulu, premium rate dia kelas 3. Tinggi.
Walaupun masa tu dia masih muda dan takde penyakit.
Sebab? Sebab dia bekerja dengan high-end machine dan segala macam powder (chemical).
Risiko terdedah kepada penyakit. Maka premium dia tinggi.

Aku punya premium rendah sebab kerja aku takde risiko yang besar.
Setakat ni aku and En Wan ada 3 polisi each, Redza and Rayyan sorang satu.
Semua dengan Prudential.
Kenapa ambil 2 medical card?
Sebab yang pertama dulu conventional.
Zaman tu belum ada islamik lagi.
Bila dah wujud islamik insuran baru aku and En Wam sama-sama ambil lagi satu.
Sebab bukan semua hospital accept conventional insuran.
Contohnya Avisena tak accept concentional. Dia nak islamik saja.
Jadi, aku tambahlah.

Satu lagi faktor yang buatkan premium En Wan tinggi adalah kerana dia LELAKI.
Premium lelaki lebih tinggi dari perempuan sebab faktor jangka hayat.
In science, purata jangka hayat lelaki lebih pendek, sebab itu premiumnya tinggi.

Setakat hari ni, aku and Redza belum lagi gunakan medical card kami.
En Wan and Rayyan dah pernah.
Ok ini lagi satu dilemma.
Ramai yang nak ambil medical card dan hibah tanya soalan - "Kalau saya tak sakit, atau kalau saya tak mati dalam sekian-sekian tempoh, boleh dapat balik tak duit carumah saya?"

Ok, look.
Hibah bukan investment untuk diri sendiri.
Konsep hibah adalah pemberian kasih sayang kepada seseorang. Bukan kepada diri sendiri.
Kalau kita faham konsep ini, maka soalan itu tak sepatutnya timbul. 
Pencarum TAK AKAN DAPAT BALIK caruman hibah kecuali nak surrender maka akan dapat surrender value.
Yang akan dapat hibah adalah waris (penama yang korang letak sebagai penerima).
Itupun dia akan terima setelah you mati.

Aku tahu ramai nampak macam buang masa invest kat hibah sebab duit tu tak dapat kat kita. Ok, fine.
Tapi aku nak korang pikir.
Bila kita mati, duit-duit simpanan kita dibekukan.
Perlu macam-macam dokumen untuk releasekan semua.
Itu belum lagi dengan pembahagian faraid dan segala tok nenek hutang yang kita tinggalkan.
Dalam keadaan ahli keluarga meninggal (dalam kes ini, kita yang meninggal), keluarga akan diselubungi kesedihan.
Mereka jadi demotivated, hilang semangat, sentiasa dalam kesedihan, silap-silap boleh bawa murung.
Hibah inilah yang akan menyelamatkan keadaan.
Hibah akan release 2-3 minggu selepas agen (En Wan) submit segala dokumen pada Prudential.
Dengan duit hibah itulah ahli keluarga dapat teruskan hidup sementara menunggu hal-hal lain settle.

Kita ni dah mati, dah tentu habis dah urusan atas dunia.
Yang kita tinggalkan tu janganlah sampai merana hidupnya pula.
Dengan duit hibah tu at least tak gelap masa depan dorang.
Bukan nak katalah ya, bila orang tersayang meninggal, duit pula takde, sedangkan hidup perlu diteruskan, hutang masih perlu dibayar - boleh gelap pandangan ni.
Boleh tak nampak jalan keluar.
Itu yang silap haribulan, mati jalan terakhir yang dipilih.

Memang boleh kita nak hibahkan duit ASB, duit Tabung Haji kat pasangan.
My question now - banyak ke simpanan dalam ASB tu? Berbeza dengan hibah takaful, katakanlah you ambil 200K, bulan-bulan maybe RM100-150 sebulan bayar (depending pada usia).
You simpan RM150 sebulan kat ASB selama 10 tahun, baru RM18K dalam tu.
Sedangkan dengan hibah, kalau tahun ke-10 you mati, RM200K waris dapat.
Kalau mati eksiden, Prudential bagi double - RM400K.
Bukan nak mintak mati awal, tapi sekadar bersedia.

Ada orang kata "Takyahlah, insuran hibah ni semua. Tawakkal je"

Ya, betul. Tawakkal itu paling penting.
Tapi, sebelum datang tawakkal, mesti datang usaha dulu.
Usaha yang terbaik.
Nak tawakkal tapi usaha nak berhenti merokok pun takde.
Tapi sembang tawakkal. Contohhhh.

Lagi satu medical card.
Aku tahu ramai yang rasa rugi bayar bulan-bulan kalau tak guna.
Dalam ertikata lain, rugi bayar kalau tak sakit.

Dah kenapa nak apa minta sakit.
Kita bayar sebagai persediaan sekiranya sakit.
Kalau tak sakit bukan ke itu lebih baik?
Takkanlah kerana dah bayar setiap bulan dan tak mahu rugi maka kita minta sakit baru berbaloi. Jangan macam tu.
Health is the greatest wealth.
Tetapi kita mahu bersedia sekiranya dapat sakit, sedikit sebanyak insurans meringankan beban.
Sakit, yang ditambah dengan takde duit untuk bayar kos rawatan, boleh jadi bertambah-tambah sakitnya.

Aku and Redza belum pernah menggunakan medical card.
Rugi? Tak.
Aku harap aku tak perlu guna pun medical card tu.
Sekiranya premium bulan-bulan yang aku bayar boleh membantu orang lain yang memerlukan, semoga itu Allah nilaikan sebagai ibadah.
Sebab kita tahu konsep takaful adalah pertolongan bersama peserta-peserta Takaful menyumbang dana yang memberi manfaat kepada peserta-peserta Takaful atau waris sekiranya berlaku musibah.
Kalau aku takde rezeki untuk guna medical card, hanya ada rezeki membayar tiap-tiap bulan, maknanya itu lebih untuk aku.
Kalau boleh dianggap sedekah, alhamdulillah.

Yang ada penyakit mesti tahu how sulitnya syarikat insurans nak luluskan polisi.
Aku pernah jadi antara orang yang meluluskan polisi insurans.
Dulu kalau waktu-waktu hujung bulan macam ni, jangan harap nak dapat balik awal.
Kalau boleh stay back sampai 11 malam lebih baik.
Aku boleh imagine hari ni betapa sibuknya Prudential bila offer Hibah Lestari (hibah untuk orang sakit) akan ditutup malam ni.
Aku tengok En Wan mengadap iPad setiap masa pun aku tahu stress levelnya. Sebab aku pernah lalui dulu.

Hari ni hari yang sibuk untuk En Wan dan teamnya.
Kalau korang nak grab offer Hibah Lestari, silakan do it now.
Kuota ni aku tak jamin Prudential akan buka lagi.
Belum pernah berlaku hibah dibuka untuk orang sakit tanpa perlu medical check up. Ini peluang.

Contact En Wan DI SINI



2022-10-29

Kisah cinta yang semua orang suka.


FB post aku pagi ni.
Cerita ni kalau fiksyen, nampak macam biasa-biasa je.
Tapi disebabkan ini cerita benar, dan abang tu menyahut kat ruangan komen - terus cerita ni jadi syok.
Ada satu komen tu cakap "Hensem kak abang tu. Patutlah kawan akak tak percaya cerita akak".

😭😭😭😭

Begitulah nasib bila muka tak berapa nak mendonia. 
Kita cakap cerita betul pun orang kata kita tipu. 
Tapi jangankan kata kawan-kawan, aku sendiri pun tak percaya abang tu yang tolong.
Abang paling famous at skool pulak tu.
Begitulah, pertolongan Allah datang dalam pelbagai cara.
Di kala ramai wanita bersiap cantik ke sekolah supaya noticeable, aku hanya bermodalkan rantai beskal tertanggal je. Hahahaha.

Kita semua memang suka cerita-cerita gini, kan?
Ala-ala drama pukul 7 - CEO muda, bergaya, baik, ada rupa --- tapi dalam kisah aku this CEO ni taken, ya.
Sila kembali ke tempat duduk masing-masing.

Truth is kita (wanita) semua mesti pernah wish women wish they were Cinderella in a fairy tale, betul tak?
Jumpa Prince Charming. Sleeping Beauty pun boleh. Snow White pun boleh.
Asal dapat husband yang pakej "Megah Holdings".
Aku tak terkecuali. Walaupun wajah tu kedesaan tapi apa salahnya berangan, khennn.
Bukan orang tahu pun aku berangan nak kawen anak raja.
Cuma tu lah, anak raja tak dapat. Jadi Cinderella kat rumah ej yang aku dapat.
Dapat mop lantai, basuh baju, kemas rumah.
Nak sangat feeling Cinderella, amek kau.

Dari zaman aku remaja sampailah dah ada anak remaja - wanita masih suka cerita love story.
Suka layan kisah cinta yang indah-indah.
Sampai bila-bila pun cerita macam ni valid.
Sebab itulah novel cinta tak pernah tak laku.
Sebabnya mudah. We crave a deep and lasting bond.
Kita mahukan someone yang kita boleh percaya, somene yang boleh melindungi, someone yang boleh diharap, someone yang sayang kita sorang, someone yang boleh jadi tempat bermanja.
To cut it short kita nak that someone buatkan life kita happy.
Kalaupun kita tak dapat semua tu in real life, at least our beloved fictional characters ada semua kriteria tu.
Maka tak hairanlah dalam setiap novel dan drama cinta, hero selalunya digambarkan sebagai hensem, kaya, bijak, baik, penyayang, setia, etc.
Yang penting nama. Nama tu kalau tak rare tak sah. Kalau ada Tengku lagi bagus. 

"Heroin" yang pernah plagiat gambar rumah aku dan curi personaliti aku, kau tahu nama dia apa?
ZARA ZARITH SOFEA kauuu.
Gitu panjang dan indahnya nama beliau.
Siap buat blog tepek SEMUA blog post aku.
Blog post aku dulu jenis huhahuha.
Dia enjoy agaknya baca blog aku dan mahukan personaliti macam tu.
Lalu dia create satu figura dengan nama Zara Zarith Sofea.
Aku tak sure kalau nama penuh dia ada Tengku 🙄.

Dia create satu blog, plagiat post-post aku.
Siap gambar rumah aku pun dia kata rumah dia.
Aku tak sure dia pernah letak gambar muka dia ke tak.
Tak salah aku macam ada, tapi gambar tu pun cilok artis Indon/Filipina (tak ingat negara mana).

Kat blog dia letak chat box.
Dulu kan orang selalu letak chat box kat blog so boleh sembang-sembang dengan author.
Aku tak pernah letak. Malas.
Budak Zara ni letak.
Maka ramailah yang bersembang dengan dia.
Ada yang jatuh cinta siap nak pi merisik dah.
Teruk betul, naya perasaan orang je.
Memang personaliti aku ni mampu menggoyangkan jiwa lelaki ke? [kahkahkah. Matilanakk En Wan baca ni].

Yang inform aku tentang kewujudan budak ni adalah kawan aku.
Dia tanya bagi link and tanya "Ni bukan rumah kau ke?"
Aku masuk blog dia wah wah wahhhh kemain meriah dengan blog post aku.
Konfiden tinggi betul mengaku rumah aku rumah dia.
Ada satu gambar tu kelibat bibik Yani (bibik aku yang pertama).
Dia kata Itu Kak Zu (maid rumah dia). Kahkahkah.
Seram sejuk aku baca. Sebab dah macam saiko betul perangai.
Create watak-watak baru dalam "dunia" dia.

Aku pun apa lagiiiii, aku seru kat blog.
Berjujuk blog readers melawat blog dia.
Tapi blog readers aku baik-baik tau.
Dorang tak hamun.
Antara yang aku ingat dorang tulis kat chat box:

"Hi, bestnya blog awak"

"Mesti awak tak tahu lagi ni kan?"

"Awak ni bestlah, jom jumpa?"


Sopan kan blog reader aku? Takde pun maki-maki. Sarkastik je ada sikit. Hahaha.

Berjujuk-jujuk chat masuk.
Mula-mula dia macam pelik jugak lah.
Aku nampak dia tulis "Ramainya..macamana you all tahu blog i ni?"

Kesian pulak dia terpinga-pinga kat situ.
Mesti dia ingat misi dia nak mendonia tercapai.
Aku tak ingatlah apa jadi lepas tu.
Beberapa orang avid readers blog dia masuk blog aku lepas tu.
Rasanya blog readers aku bagi link.
Some of them jadi friends.
Kesian ada beberapa orang bagitau sorang mamat ni dah cinta habis kat Zara, dah plan nak masuk merisik.
Tapi tak pernah berjumpa depan-depan. Boleh?
Apalah jadi dengan mamat tu. Semoga jumpa yang lebih baik.

Itu bukti bahawa bukan saja perempuan, lelaki pun suka karakter heroin yang sebegitu.
Cuma tak ramai lelaki layan cerita cinta atau baca novel cinta.

Baca novel cinta sebenarnya memberi kita satisfying taste of what we are missing from our life.
Betul, tak tipu.
Masa aku semester 2, praktikal di SIRIM.
Depan SIRIM ada Kompleks PKNS yang banyak jual buku cinta.
Zaman tu Ahadiat Akasyah paling popular.
Aku terjebak dengan novel cinta waktu ni lah.
Orang lain sementara tunggu lab result keluar, buat report. Aku lepak baca novel.
Takpe, lab report kendian boleh buat.

Terjebak betul aku dengan Ahadiat Akasyah.
Masa tu aku baru break dengan exbf.
Tahu je lah kisah cinta aku dengan ex, jauh panggang dari api nak disamakan dengan kisah Cinderella.
Masa pratikal tu pula aku dah kenal dengan En Wan, tapi masih kenal-kenal lagi. Belum bertunang apa pun.
Jadi itulah ketikanya aku dalam dunia imaginasi membayangkan kisah cinta yang too good to be true.
Like aku cakap tadi, kita suka baca novel cinta because apa yang ada dalam novel tak berlaku dalam hidup kita (yet).
Maka layankan sajalah perasaan baca kisah cinta fiksyen sambil berharap manalah tahu kot-kot dapat rasa kisah cinta macam tu in real life.

En Wan selalu cakap aku beruntung jumpa dia sebab dia macam karakter dalam novel cinta.
Hensem, pandai, kaya, bawa kereta sport, setia, baik.
Ya Allahhh bernanah telinga aku dengar.
Ya, aku akui dia ada karakter tu.
Tapi tu lah, bila dia bercakap je, bunyi hawa Tganu dia yang pekat tu terus hilang khayalan indah aku semua 😆.


2022-10-28

Bisnes belum jalan, hutang dah besar.


Semua business perlukan duit untuk bermula.
Walaupun kita kerja sorang (self-employed), kita masih perlu keluarkan duit untuk buat daftar perniagaan, create simple-simple website, dan beli equipment yang perlum - contohnya laptop dan internet.
Apetah lagi bisnes macam aku yang kena simpan stok. Lagilah perlu modal yang besar.

Sejak PKP 2020, beberapa orang dari kalangan blog reader bagitau terpaksa tutup bisnes.
Ada yang suami kena tutup bisnes.
Ada yang stok melambak tak terjual.
Ada yang dah berbulan tak dapat gaji tapi dek kerana kesiankan bos teruskan juga bekerja.
Macam-macam cerita.
2 hari lepas sorang blog reader bagitau bisnes dah tak boleh sustain, tapi loan bank dah maksimum.
Tak tahu macamana nak hadap.
Komitmen dah tinggi. Tak nampak jalan keluar.
Dia tanya pandangan aku.

Aku tak pandai bab-bab ni.
Sebab aku tak ada buat sebarang bank loan untuk business.
Personal loan pun tak pernah buat.
Maybe boleh jumpa orang bank tanya macamana cara nak bayar balik.
Aku yakin dorang akan cadangkan satu structure pembayaran yang tak membebankan.
Bank adalah orang berniaga. Dia pun taknak rugi.
Asalkan peminjam boleh bayar balik ok dah tu. Cuma nak tahu cara saja.

Business aku dulu adalah lab supplies.
Nak tak nak kena letak duit untuk start bisnes.
Awal-awal aku run bisnes, pengalaman run business memamg tak ada.
Tahun aku start business umur aku 31, very young.
Tak ada pengalaman buat online business atau sebarang business sebelum tu.
Hanya ada pengalaman kerja dengan majikan yang jual lab supplies.

Awal-awal start business memang agak kalut sikit sebab baru nak hadap benda baru.
Tapi syukur duit hasil komisyen bekerja aku tak joli sangat, dapatlah jadikan modal nak start.
Average cost untuk mulakan business adalah sekitar RM30K.
Disebabkan company ni asalnya partner dengan ex-bos aku, maka kitorang letak sorang RM20K saja. Total RM40K.
Pandai-pandailah guna RM40K ni sampai jadi 4 juta. Kahkahkah.
Memang kitorang (aku and partner dulu) taknak libatkan bank.

Dengan RM40K ni lah sewa kedai untuk buat ofis, beli meja and kerusi untuk kerja (betul-betul meja dengan kerusi je tau, bukan workstation yang gempak).
Beli pun kat kilang secondhand.

Sewa mesin fotostet yang siap ada printer and scanner.
Sebulan RM80 je.
Mesin ni sangat penting dalam hidup kitorang sebab banyak dokumen sebutharga and tender nak kena fotokopi.

Utilities selagi boleh jimat, jimat.
Aircond beli sebijik je.
Bayangkan ruang ofis yang besar tapi aircond cuma sebijik.
Hazab nak merasa aircond. Sepoi-sepoi je anginnya.
Nasib baik kitorang jarang ada kat ofis sebab berkeliuaran buat sales.
Balik ofis untuk buat quotationn and print invoice saja.
Kuranglah sikit merasa hazab panas dalam tu.

Punyalah ofis tu takde apa, sampaikan brader yang deliver barang kat ofis konfius bila masuk ofis kitorang "Saya ingatkan surau" dia kata.
Kureng hasam.
Redza masuk ofis boleh main kereta control dalam tu punyalah luas.
 
Sebelum start bawa masuk stok dari overseas, kitorang jadi re-seller dulu.
Maknanya jual produk orang lain.
Belum mampu jadi sole distributor masa ni.
Profile belum cantik.
Jadi, kita create revenue dengan menjual produk orang lain.
Kalau ikut lojik, susah nak dapat sale bila jual produk orang lain.
Dah tentu harga kami lebih mahal sebab kena mark up.
Tapi some sales people malas merayap jumpa new customer.
Dorang selesa menjual dengan existing customer saja.
Jadi kami ada kelebihan. Kami approach new customer.

Some sales people tak strong in product knowledge.
Dorang menjual pada repeat customer saja.
Yang pertama, jual dengan existing customer lebih senang sebab customer dah kenal dia.
Yang kedua, dorang tak pandai nak explain product pada new customer.
Maka ini jadi kelebihan kat kitorang juga.

Kebanyakan sales people pada waktu tu fokus pada menjual produk.
Takde yang nak come out with training, workshops atau seminar.
Ini jadi kelebihan terbesar kami waktu tu bila kami ketuk satu makmal ke satu makmal offer DNA analysis service.
Kami collab dengan private lab untuk guna lab dia for halal testing.
This plan memang boom.
Semua Jabatan Perikanan seluruh Malaysia punya sample ikan and udang masuk ke company kami untuk buat testing.
Pernah aku dipanggil ke JAKIM untuk bentangkan report DNA analysis.
Masa ni isu beri ikan makan tulang babi baru nak berjinak-jinak muncul kat Malaysia.

Alhamdulillah dari RM40K tu Allah cambahkan menjadi satu lagi angka kosong di belakangnya.
Bila profile dah strong, barulah konfiden sikit buat proposal untuk carry brand bawa masuk Malaysia.
Brand pertama sebagai sole distributor adalah KAPA Biosystem dari Cape Town (tapi operating office di USA).
Customer pertama yang beli produk ni adalah seorang post-graduate student from Thai yang study kat UPM.
Kit paling murah KAPA adalah RM3500. Aku jual kit ni seketul.
Menangis dalam kereta bawa balik Purchase Order.
Proud moment betul masa ni.
Padahal masa kerja dengan majikan terdahulu, sap sap soi je jual 350K sekali jalan.
Company sendiri dapat jual RM3500, dia punya feeling berbeza.
The rest was history.

Boleh sebenarnya kita nak start business tanpa pinjaman dari bank. Cuma kurang gah.
Awal-awal ofis tak dapat buat cantik.
Facilities pun tak megah macam Megah Holdings.
Gaji pun ambil sekadar boleh bernafas.
Nak ambil staff pun tak berani. Naya anak orang kalau tak dapat bayar gaji karang.
Claim-claim ni semua takde. Absorb semuanya.
Jangan ceritalah bergaya.
Memang tak terpikir nak hidup bergaya.
Waktu ni coli pun pakai Scarlet RM10 sehelai. Spender RM15 dapat 3. Hahahaha.
The good old days.

Tapi tak semua mahu mulakan bisnes dengan guna apa yang ada.
Zaman sekarang online.
Orang lagi banyak berniaga di media sosial berbanding physical shop.
Orang lebih banyak "hidup" dalam dunia internet berbanding realiti.
Maka perlu tonjolkan yang the best untuk dapat attention.
Maka, ada yang belum apa-apa dah berhutang dengan bank maksimum demi nak raih trust and attention.
Bisnes belum jalan, hutang dah besar.
Bila memulakan perniagaan dengan menonjolkan kemewahan, nak tak nak, gaya hidup itu perlu diteruskan untuk maintain trust.
Terpulanglah. Kalau rasa pinjaman itu mesti dibuat, kalau tak buat bisnes tak jalan - buat.
Tak salah. Yang salah tu bila tak bayar. Itu saja.

Satu cara lagi, adalah cari orang untuk invest.
Venture capitalists and angel investors would likely be happy to give you an injection of cash - tapi sebagai balasannya kenalah bagi dorang kepentingan dalam syarikat.
Ini standard lah. Duit dia bagi, dah tentu dia mahukan sesuatu.
Kalau aku, ok je sebab aku memang suka buat kerja.
Dia nak jadi Chairman, I no hal.
Janji kekalkan aku as CEO supaya senang aku run company.
Kau inject je duit, pandai-pandailah nanti aku nak expand the business.

Kawan aku buat bisnes dapat capital injection a few hundres thousands dari majikannya sendiri.
Macam-macam dia buat dengan duit tu - sewa premis, renovate, sediakan merchandise untuk customer, travel the nation untuk promote produk tak risau nak claim sebab duit company banyak.
Dan dia berjaya create revenue sampai millions.
Ini satu contoh bagus menggunakan capital injection dengan cara yang betul.
Tapi kebanyakan orang taknak cara ni.
Sebab, tak boleh 'merompak' duit dari company.
Bila ada capital injection, duit takleh ambil sesuka hati, duit tak boleh belanja sesuka hati, nak increase gaji pun kena dapat kelulusan BOD.
Tak best katanya, penat-penat buat kerja tapi duit takleh enjoy.

Aku lebih suka ada capital injection berbanding pinjaman.
Sebab at least expenses untuk tahun seterusnya dah secure sebab duit ada orang lain pump every year.
Hujung tahun bentang belanjawan kat BOD.
List apa plan kita tahun depan, berapa banyak tempat kita nak tour untuk promote sales, berapa banyak gaji kita nak minta untuk pekerja, apa yang nak ditambah dalam ofis - semua bentang kat BOD.
Kita tinggal kerja kuat cari sales saja. Duit dia pump in.
Lega banyak wei.

Company aku buat masa ni, belum ada capital injection dari sesiapa dan belum ada keperluan untuk buat loan.
Semuanya bermula dengan modal RM40K 14 tahun lepas.
Tambah-tambah income syarikat dari sale.
Alhamdulillah, tak banyak. Tapi ada.
Kalau perlu capital injection, aku harap En Wan inject.
Yang ni kalau inject duit takyah ajak meeting. Ajak mating je. Eh.


2022-10-27

Berbanding dengan perempuan, lelaki so less of drama.


Tersedak aku tengok gambar sendiri.
Patutlah dulu always kena double standard.
Muka selenga habis 😆. Rambut dah macam Karen.
Tunjuk kat En Wan, dia cakap kalau macam ni dia pun tak pandang.
Halah halahhhh macamkan kau hot sangat.
Aku ni pakkal nak melarikan diri dari exbf, kalau tak, tu ha Prince Mateen tu aku sambar.
Kau, bye bye.

One thing yang best bila kita tak ada rupa adalah, takde expectation.
Nak buat apa pun mudah sebab takde orang pandang.
Orang tak ambik kisah kat kita (aku).
Berbeza dengan orang cantik, buat apa pun orang kisah.
Kau lalu tepi kelas pun satu kelas pandang.
Kalau aku, 10 kali lalu-lalang pun orang tak perasan.

Pergi sekolah bawak basikal buruk pun takde orang kisah.
Cuba kalau cun. Semua benda kau kena jaga.
Tudung kena on point, beg sekolah kena cantik, nak pi kantin pun touchup betulkan rambut dulu.
Kawan aku siap bawak compact powder and sikat rambut pi sekolah.
Sebelum turun rehat, buh bedak sikit and sikat-sikat rambut dulu.
Satu hal, kan? Sebab dia cantik.
Ramai orang nak tengok dia. Maka, penampilan harus dijaga.

Orang macam aku, takde siapa pandang.
Pi kantin beli karipap dengan air sirap pun orang tak tengok.
Tapi, yang cun-cun ni, nak beratur beli makanan pun segan sebab orang perati dia makan apa.
Nak beli karipap pun aku yang kena beraturkan.
Segan nak beli karipap katanya. Bladihel.
Tu baru beli makanan. Belum makan lagi.
Makan pun ayu bukan main.
Lagi banyak lap mulut dengan tisu dari makan. Aku tengok pun letih.

Lagi satu yang best, orang tak cantik selalunya ramai kawan lelaki.
Aku dulu kat sekolah lagi ramai kawan lelaki dari perempuan.
Berkawan je pun.
Why? Because aku tak cantik.
Lelaki kalau berkawan dengan awek cantik, nanti awek tu ingat lelaki tu nak ayat dia.
Lelaki yang ada awek pula bila nak bersembang dengan kawan perempuan karang awek merajuk.
Maka bersembanglah dengan aku. Selamat sikit.
Awek pun tak jealous. Orang ramai pun tak gossipkan.
Ye lah, takkanlahhhhh lelaki tu jatuh chenta dengan awek hitam berkerak macam aku khennnn.

Kawan-kawan aku yang lelaki bila minat kat mana-mana awek, dorang sembang dengan aku.
Nanti akulah jadi posmen.
Aku dapat apa?
Selalunya aku dapat dengar luahan hati doranglah.
Masalah dorang dengan awek masing-masing semua kat tangan aku.
Dorang ada awek at the same time ada skandal lain pun dorang cerita kat aku.
Dorang dah ada awek tapi nak try ayat awek lain pun dorang cerita kat aku. Hahahaha.
Lagi satu, aku dapat berkawan dengan lelaki-lelaki hot sini semua 😆
Kau nak bercakap dengan dorang terpaksa tarik perhatian.
Nak kena bersiap cantik baru dia notice kewujudan kau.
Dorang pun terpaksa memikir strategi kat mana nak bawak kau bersembang, apa yang nak disembang, etc.
Aku tak payah. Sebab aku tak cantik.
Disebabkan ketidakcantikan itu, dorang anggap aku kawan saja dan lebih santai diajak bersembang.
Sembang kat depan bilik guru pun selamat. Cikgu takkan syak apa-apa.

Kesian Mak Aji.
Dia ingat kawan-kawan lelaki aku yang ramai tu semua bersaing sesama sendiri nak kat anak dia. Kahkahkah.
Tinggi betul pengharapan seorang ibu 😆.
Maunya tak kalau dah tiap-tiap petang budak-budak ni bersidai depan rumah.
Kadang-kadang mak aku join bersidai sekali 😁.
Tapi aku cakap, aku ni berkawan je.
Dorang pun taknak dengan aku.
Pastu Mak Aji marah "Habis, yang kau melayan buat apa kalau dah tahu dorang taknak kat kau?"
Lah, dah semuanya memang kawan sekolah, memanglah aku melayan.
Takkan nak menyombong dengan kawan kot.

Disebabkan aku baik dengan kawan-kawan lelaki ni dan always jadi tempat dorang luahkan masalah, aku 'dijaga'.
Masa aku bercouple untuk pertama kalinya, aku share happy news ni kat kawan-kawan lelaki aku.
Time semester break, aku kenalkan bf (ex) aku to them.
Hanya lelaki yang kenal lelaki, betul tak?
Pertama kali jumpa dorang dah bagitau aku "Jangan proceed dengan budak ni, Diana".
Tapi disebabkan aku pertama kali nak merasa bercinta, aku tak ambik port nasihat dorang.
Aku ingatkan dorang jealous.
Aku fikir dorang taknak aku tumpu pada bf and lupakan dorang.
Begitulah akal bengapku berfikir.

Tak terfikir pulak aku masa tu wadehel dorang nak jealous sedangkan dorang semua ada awek. Takde sebab dorang nak jealous.

"Oh, maybe dorang jealous sebab aku dah kurang bergaul dengan dorang lepas ni?" --- Aku pernah terfikir macam ni.
Kelakar pulak bila aku ingat balik.
Macamana aku boleh terfikir dorang dengki aku dah tak spend time dengan dorang macam dulu?
Kau ingat kau penting dalam hidup dorang, Diana? Kahkahkah.

Later baru aku realized, because dorang sayang aku as kawan.
Dorang nak aku dapat the right man.
3 orang kawan lelaki yang close dengan aku tak datang majlis kawen aku sebab dorang ingat aku kawen dengan ex.
Later bila they found out aku kawen dengan orang lain, barulah kitorang berbaik semula macam dulu.

Reason kenapa most kawan-kawan aku adalah lelaki - because it is so much better.
Bukan kata kawan-kawan perempuan tak best.
Geng tetek aku tu semua perempuan.
Cuma, berbanding dengan perempuan, lelaki so less of drama (tapi ada je lelaki yang penuh dengan drama, macam si saiko tu).
You can take all the freedom.
Sesekali menjadi tempat throw tantrums pun boleh.
Lagi satu, you can get a great wingman.
Lepas aku berpisah kejap dengan kawan-kawan aku sebab aku berkeras nak teruskan dengan ex, aku realized that boyfriends are temporary.
Kalau kau break up, it is hard to go back.
Tapi dengan kawan lelaki, somehow boleh berbaik semula.
It's always easier to make amends with them.

A male best friend can give best advices. Yang ni aku boleh jamin.
Sebab dia faham kita without generalizing.
Kau tengok je Leo and Kate.
Kate tu bercerai 3 kali, Leo tu dah berapa puluh kali putus cinta.
But dia dengan Kate bertahan as kawan baik berpuluh tahun. Tak putus pun.
Malah, Leo pernah walk Kate down the aisle.
Kawan, kalau dah memang baik, payah nak putus.
Because they understand each other.
Itu bukti bahawa in friendship, there will be no drama and your bond will be enduring.
Whereas in relationships there are drama. Bertabah je lah.


2022-10-26

Sales is the best profession in the world.


Semalam post aku pasal En Wan jump into sales tu, mengundang banyak response dari orang-orang sales & marketing.
Ada yang memang pure marketing dari zaman belajar hingga kerja.
Ada yang macam aku, belajar lain, kerja sales & marketing.
Ada yang macam En Wan, from professional line jump ke sales & marketing.
SEMUA yang respond to that post agreed dorang dipandang lekeh hanya kerana kerjaya bidang sales and marketing.

Bayangkan ya, yang ada degree in Marketing pun kena lekeh, apatah lagi yang takde degree.
That's how rendahnya pandangan orang terhadap anything to do with sales & marketing - be it academic mahupun career.
Ada yang kecil-kecil hati dengan parents bila dibanding-bandingkan dengan kerjaya adik-beradik yang lain.
Ada parents yang sorok kerja anak, taknak orang tahu anaknya kerja jual barang.
Ini rasanya typical Asian parents, kan?
Parents Asia kat macam ni - belajar kena pandai gila, kerja kena samada doktor, lawyer, engineer, akauntan.  

Tetapi dalam company, kerjaya yang paling ditatang oleh bos adalah budak-budak sales.
You know why?
Because those sales people are the people creating revenue for literally any company you work at.
They literally make your paycheck possible.
Kalau orang sales takde, gaji pekerja lain - be it engineer, accountant - takde.
Kat IPTS nun, kalau takde orang sales & marketing yang mempromote the universiti, uni tak mampu nak bayar gaji lecturer bertaraf PhD tu semua.
Serious. Bukan sombong, tapi ini fakta.
Tak percaya cakap aku, fire all the sales people and see what happens.

Deal paling tinggi aku close adalah pada tahun 2008, RM5.2M worth of instruments untuk 1 akaun.
Bengkak-bengkak mata aku menangis sorang-sorang dalam toilet ofis bila dapat that good news.
Aku ingat aku dah hilang deal tu bila customer tu tiba-tiba buat u-turn taknak jumpa aku.
Padahal awalnya dah set appointment untuk jumpa.
Aku drive alone dari KL untuk that appointment.
Sampai sana dia kata "I have made up my mind. We already decided which spec to follow".

Aku cakap "Dr, I drove all away from KL. Please give me just 5 minits"

Dr to setuju.
That 5 minutes turned to 1 hour.
Aku present specs dari company aku (majikan aku).
Dalam 1 jam tu Allah bolak-balikkan hati dia untuk setuju dengan specs aku pulak.
Aku dapat that RM5.2M deal.
Beberapa bulan lepas tu aku resign sebab nak buka company sendiri.
Tak sompek nak merasa komisyen.
Kalau tak, RM41K dalam tangan.

Sales is a very tough job.
Not everybody has the mentality for it.
Tak semua orang tahan hadap karenah orang yang memandang kita lekeh.
Aku pernah pergi satu uni di pantai timur, students pun pandang lekeh kat aku.
Student ok? Grad pun belum.
Aku masuk lab nak hantar barang, dia buat endah tak endah je.
Disebabkan aku pun budak lab, jadi aku terus ke freezer untuk simpan cold item.
Sorang student tu berlari datang kat aku "Hey hey, nanti kejap saya tengok dulu itu cold item ke tak. Salah simpan nanti rosak, siapa nak ganti? Awak nak ganti?"

'HEY' dia panggil aku. No manners lansung.
Jenis macam ni aku boleh imagine macamana dia layan makcik cleaner.
Cara dia marah aku tu, macamkan aku no idea lansung apa aku jual.
Dah tentu-tentu aku jaga produk ni, of course aku tahu mana nak simpan.
Kalau tak, aku takkan bawa cool box datang lab.
Tapi, aku senyum je la, dah dia nak sangat tunjuk pandai, aku bagiiiii.
Mungkin dengan aku je dia dapat tunjuk pandai. Kasi chan la.

To be fair, aku tahu kenapa orang pandang rendah kerjaya sales.
Tak dinafikan some sales people ada perangainya.
Contoh, ada yang sleazy.

Ada sales yang lepas jual, terus senyap. Takde after sales service.

Ada juga sales yang jenis “do anything for a commission”.
Yang ni mostly nak hit quota je.
Minda dah dipasakkan dengan "jual jual jual".
Kejar award ni, kejar reward tu.
Tu yang jadi gitu tu.

Ada sales suka spin fakta.
Hat ni bersepah sekarang.
Jual produk bantai semua boleh ambik, boleh sembuhkan 140 jenis penyakit, boleh itu, boleh ini.
Semua pun boleh.
Kalau hidupkan orang mati tu boleh buat, agaknya dia mengaku produk dia boleh hidupkan orang mati.
Perangai spin fakta ni la yang buatkan kerjaya sales dipandang lekeh.

Lagi satu, kerjaya sales ni tak technical.
Tak profesional. Title pun tak ada.
Kalau kau jump into sales, kau kena ada salah satu untuk orang pandang kau.
Yang pertama, kau kena kaya.
Kaya sampai kau boleh tayang kekayaan kau.
Yang kedua, kau kena ada title.
Tak kisahlah Dato' ke, Dr ke.
Tu pasal ramai founder kejar antara 2 ni - sama ada Dato, atau Dr.
Bukan dorang nak sangat pun title ni sebab dorang dah kaya.
Tapi sebab orang-orang kat luar tu yang demand those credentials and recognition, maka hadaplah Dr dan Dato' yang bersepah-sepah entah ye entah tak ni.

Disebabkan pandangan rendah dari ramai orang ini jugalah, budak-budak muda sekarang tolak kerja sales.
Padahal kita nak ambil dia buat online sales je.
Tak perlu ketuk dari satu makmal ke satu makmal macam aku dulu.
Punnnnn taknak. Malu. Takde standard.

Aku akui, kerjaya sales ni tak standard mana.
Orang tak pandang.
Kalau mak mertua nak terima menantu, kelat-kelat je muka dia bila dengar bakal menantu salesman.
Aku pun faham, pusing ikut mana pun, kerjaya sales & marketing takkan sampai setara dengan kerjaya profesional yang lain.
I mean if you want sales should get more respect compared to other jobs like marketing and regular business management, sure.
Tapi kalau nak sales get as much respect as engineering, medicine or law, memang takkan dapatlah.
Hat ni kita kena faham dan terima.
I don't have problem with this. I am ok.

Tak semua orang mahu jadi sales kerana nak help people.
Bersepah-sepah sekarang jadi sales sebab tawaran komisyen.
Look. If you are just selling for the commission check, you are feeding into the perception of everything that is wrong about selling.
If you are selling because you believe that your product or service can make a difference for the right customer, then you are doing it right and should be commended - because it’s tough work, packed with integrity.
Itulah sebabnya segalanya bermula dengan mencari produk atau perkhidmatan yang betul until you find one you’re passionate about.
Kalau tak jumpa passion, you'll end up jump from one brand to another brand.
Tu pasal ada jadi agen untuk 10 jenis brand yang ada fungsi yang sama.

Bila ditanya "Ada tak produk untuk hilangkan parut?"

"Yang ni boleh. Yang brand ni pun boleh. Brand ni kawan saya pakai pun menjadi".

End up you tak jumpa passion, tetapi cederung menjual untuk dapat untung saja.
Sales is the best profession in the world when done right, and one of the worst when done wrong.


2022-10-25

Bukan merancang untuk mati cepat, tapi merancang untuk keselesaan waris.


Banyak betul orang tanya pasal En Wan.
Aku rasa macam dah bagitau hari tu En Wan dah join Prudential.
Maybe ada yang tak perasan post aku hari tu (hari tu = 2 minggu lepas).

Ok, aku ceritalah, ya.
Dah alang-alang orang tanya. Ceritanya gini..

En Wan dah resigned dari company aku on 7th Oct.
Ini official date.
Saja dia nak sign off pada birthday dia yang ke-46.
Sebelum tu lagi dia dah start dengan Prudential.
Tapi, idok le En Wan resign sepenuhnya.
Dia masih one of the director.
Now, dia jadi managing director sahaja.
Urusan company aku take over.
Dulu bahagian operation dia pegang.
Aku handle sales & marketing.
Now semua aku handle seperti mana dulu.
Tapi staff aku dah berpengalaman dalam operation.
Dorang boleh carry task yang dihand-over oleh En Wan.

Seorang keluar, alhamdulillah Allah gantikan dengan 3 orang terus bulan ni.
Alhamdulillah 3 new staff masuk XZIZ Biotech.
Maybe workload En Wan selama ni bersamaan dengan 3 orang kot, tu yang Allah ganti 3 orang terus 😆.
Apa-apa pun alhamdulillah.

En Wan join Prudential di bawah team senior dia sama-sama belajar kat Jepun dulu.
Senior dia ni pula adalah agen insurans kitorang. Agen pertama.
Kitorang ada 2 lagi polisi dengan Prudential - one more life insurans (dengan agen lain) dan hibah (agen lain).
Senior dia ni mula-mula ajak isteri En Wan (ehem) untuk join.
Maybe sebab aku pernah jadi Medical Underwriter dan background sales menjadi kelebihan.
Tapi aku tak dapat nak accept the offer sebab aku nak tumpu pada company aku.

2 tahun lepas dia ajak En Wan pula.
Reason dia satu - kesemua geng-geng Jepun yang dia ambil, semuanya 'menjadi'.
Dia sangat percaya pada cara kerja orang-orang yang pernah kerja dengan Jepun katanya.
Maka setelah diajak berkali-kali, En Wan pun join him.

Ada orang tanya En Wan "Tak rasa backwards ke dari engineer jadi agen insurans?"

Bila En Wan cerita kat aku, aku jawab dengan senyuman "Welcome to my world".

Selama ni aku sorang je rasa orang pandang rendah kerjaya sales, kan.
Kali ni biar dia pulak rasa 😆.
Aku cakap, "Apa saja kerja yang melibatkan sales, orang akan pandang rendah. Buktinya, awak. Orang anggap awak jdowngrade sebab awak pernah jadi engineer".

Itu kata orang.
To me, En Wan bukan downgrade, tapi dia mencari environment yang baru.
Dia dah puas 15 tahun jadi engineer.
And dia buktikan dia success as engineer hingga naik pangkat jadi Assistant Manager.
Bukan Assistant Manager company 50 orang, ya. Tapi Hitachi Chemical.
Position dia dah sedap ketika dia resign untuk join aku sebab stress yang dia takleh nak bear.
Jaga production kilang dengan kapasiti orang bawahan 400 orang, sangat buatkan dia drained setiap kali balik kerja.
Enough as engineer katanya.

Jawatan maybe kelihatan seperti downgrade, tapi he is financially strong.
Dari duli lagi dia lebih financially strong dari aku sebenarnya.
Cuma dia memang suka buat muka sengkek tidak berdaya 🙄.

Aku happy tengok dia now.
Sebab aku memang nak dia kerja berjumpa orang. Penat memang penat.
Aku dah lalui buat kerja jumpa orang ni dulu. Tapi, seronok.
Jumpa orang, bersembang, sambil-sambil share produk kita.
Aku cakap kat dia, tengoklah nanti, kerjaya baru dia ni akan bagi dia lebih dari sekadar sale.
Network, confidence, motivation, knowledge - BANYAK.
Aku dah lalui zaman jadi sales dulu. Besar benefit dia.
Sebab tu aku pelik apesal budak-budak sekarang dengar post sales and marketing je gelabah.
Dorang ingat aku suruh dia jual minyak urut tepi jalan ke hape.

Tadi lepas aku up post kat IGS, ramai pulak yang DM aku bertanya.
Taknak whatsapp En Wan, segan katanya.
Laaaa...nak segan apa. Whatsapp je.
Dia takkan paksa kau beli punya.
Aku dah train dia buat sale cara aku. Sembang je dulu. Hahaha.
Penyudahnya aku pulak yang kena menjawab and explain pasal insurans.
Ni karang, aku pulak yang jadi agen.

Ok, camni. Aku nak cerita tak pandai sangat.
Tapi aku cerita sikit ikut apa yang aku tahu sebab aku pun ambil hibah.
Aku and En wan sama-sama ambil hibah lama dah.
Hibah ni memang untuk orang sihat walafiat je ambil.
Yang sedang sakit dan pernah ada history sakit, tak lulus punya kalau apply.
Bulan ni je Prudential buka offer, sesiapa yang ada sakit, boleh apply, TAK PERLU MEDICAL CHECK UP.

Again, aku tulis TAK PERLU MEDICAL CHECK UP.

Korang boleh apply up to RM250K.
Kalau yang sihat walafiat boleh apply lebih dari amount tu.
Tapi untuk yang sakit, dia bagi limit dari 50K hingga 250K sahaja.

Nasihat aku - AMBIK!

Aku bukan nak takut-takutkan sesiapa.
Kepantangan aku bisnes menakut-nakutkan orang.
Tapi, apa yang aku cakap ni fakta.

Hibah ni pampasan yang akan dibagi pada waris bila kita dah mati.
Aku and En Wan sama-sama buat hibah RM***K.
Kalau aku mati, hibah aku dapat kat dia.
Apa manfaatnya?
Dia boleh guna untuk bayar balance hutang rumah.
Rumah ada 2 nama.
Kalaulah aku mati esok, at least bahagian aku dia boleh bayar lumpsum kat bank.
Dia bayar part dia je.
Kat sini dah ringan beban.
Sebab itu agen hibah aku dulu cakap nak ambil hibah sebaik-baiknya kira hutang kita yang masih tertunggak.
Nilai itulah kita ambil.
Kalau mati esok, waris tak terbeban menanggung hutang kita.

Itu satu. Satu lagi, kalaulah kata pasangan mati, nak menunggu faraid settle dan segala tuntutan dan hutang disettlekan, jenuh!
Hibah inilah yang akan bagi kelegaan sikit pada waris.
Hibah ni takde dakwa-dakwi. Memang bulat-bulat dapat kat kita.
Sorang pun takleh tuntut.
Hibah tu nanti masa korang apply, boleh letak nama pasangan, atau anak-anak.
En Wan kata semalam close sale, dia suggest client letak 50% pasangan, 25% anak 1, another 25% anak 2.
Tak nak bagi semua-semua kat pasangan pun boleh.
Tak semestinya semua letak kat pasangan.
Tapi hibah En Wan aku suruh dia letak 100% kat aku. Hahahaha.

Kalau korang sedang sakit, atau ada history sakit, inilah peluang untuk ambil hibah.
Bukan hari-hari Prudential buka tawaran ni. Ini je la pun sekali.
Tarikh tutup 31 Okt ni. Ada 6 hari je lagi.
Jangan sia-siakan peluang ni.

Takde budget? Mustahil.
Semalam En Wan cakap client dia operator kilang ambil RM50K paling minimum.
Umur dah 46 tahun, lelaki. Bulan-bulan bayar RM52 sahaja.
Mampu punya. Mesti mampu.
Dia letak semuanya atas nama anak dia sebab anak dia baru umur 6 tahun.
Sedih pulak aku dengar. Sayang dia kat anak dia.
Another client En Wan kencing manis.
2 kali apply hibah sebelum ni kena reject sebab ada penyakit.
Semalam sign up dengan En Wan, lulus terus.

Aku kalau bab life insurans ni aku tahu ramai yang rasa tak penting.
Boleh pakai gomen hospital je.
Tak apa. Itu pilihan korang.
Tapi kalau hibah, buatlah.
Please usahakan ketepikan duit bulan-bulan untuk hibah.
Kita banyak dengar cerita-cerita pasangan meninggal mengejut, waris terkapai-kapai.
Belum lagi kisah tuntutan faraid yang panjang.
At least hibah ni bagi waris bernafas sikit.
Bukan merancang untuk mati cepat, tapi merancang untuk keselesaan waris.

Ok aku cerita takat sini je.
Sebab aku ambil hibah jadi aku tahu bab ni.
Selebihnya boleh tanya En Wan.
Be it hibah atau life insurans, sila berurusan dengan dia.
Tapi aku suggest AMBILLAH HIBAH.
Tak mampu ambil banyak, ambil yang minimum.
Ada kira-kira dia. En Wan tahu macamana nak kira.
Gi lah sembang dengan dia.
Jangan malu-malu kalau dia ajak jumpa.
Jumpa je, biar dia explain kasi terang.
Bila lagi kau nak dengar sleng ganu dia. Eh.

Klik sini untuk bersembang dengan En Wan


2022-10-21

Kerjaya sales ni orang tak pandang.


Barulah nak buat post THANK YOU. Bukan main diva ya kau, Diana.
Dah 3 hari baru nak say thank you.

TERIMA KASIH kepada semua yang wish dan mendoakan sempena anniversary XZIZ BIOTECH yang ke-14, 3 hari lepas.
Ya, aku baca semua wish di ruangan komen, dan private messages di FB dan IG.
Cuma tak berkesempatan nak reply satu-satu.
Tidaklah busy mana pun, cuma ada a few things yang aku kena prioritizekan.

Ada satu DM tu dia cakap "Kak D doesn't look like someone yang serious sebab sangat sempoi. Tak sangka akak run company for 14 years already".

Komen ni buat aku terfikir kejap.
Ya tak ya, aku tak banyak cerita tentang kerja aku kat media sosial.
Kat media sosial merepek je kerja aku.
Habis kuat pun cakap pasal GreenAard.
Other than GreenAard tak pernah cerita.
Aku bagi talk ke, aku run wokrshop ke, aku buat online class ke, aku buat custom biotech project with universiti ke - jarang aku cerita.
Bukan apa, sebab macam takde apa nak dikongsikan pun.
Kebanyakan masa aku bergerak sorang.
Siapa la yang aku nak harap ambil gambar aku.
Lagipun, tak sompek nak snap gambar.
Sesekali kalau jadi fasi untuk mana-mana program barulah dapat paw gambar 1-2 keping.

Alhamdulillah 14 tahun dah.
Aku pun tak pernah kira bilangan tahun.
Tahu-tahu je dah banyak umurnya, sebanyak umur aku 😆.
Takde dapat award apa-apa pun company aku ni. Biasa-biasa je.
Dapat sustain, ada kerja hari-hari, dapat bayar gaji pekerja, bonus sikit - jadilah.
Orang kata kalau takde aim untuk dapat sebarang award, seolah-olah takde impian, takde achievement, takde drive untuk jadi the best.
Bukan tak ada cita-cita, tapi path bisnes aku berbeza.
Semua orang ada target sendiri, kan.
Yang penting, business tak stagnant dan keep on growing.

Kerjaya sales ni orang tak pandang.
Sumpah, orang tak pandang.
Dari aku involve in sales tahun 2003, sampai sekarang, orang tak pandang kerjaya sales, no matter how good you are.
Orang anggap sales ni semua orang boleh buat.
Kerja yang tak teknikal dan tak perlu belajar tinggi.
Melainkan kau pakai kereta besar, rumah besar, wear luxury items - baru orang nak pandang kau.
Maka tak heranlah berlumba-lumba scammer dan founder tayang gaya hidup. Untuk gain trust.

Hanya yang berada dalam kelompok sales saja tahu macamana dunia sales ni yang sebenarnya.
Aku dalam field biotech.
Dalam company majikan lama aku dulu, semua budak salesnya adalah bio-based background.
Tak kisahlah, biotech ke, biomedic ke, biology ke - yang penting kau ada basic bio.
Sebab company buat biotech supplies.
Kalau knwoledge in bio out, payah nak fahamkan produk.

Dalam company tu juga ada lab.
Selain dari jual biotech instruments, kami ada lab untuk produce small kits.
Kits ni dijual.
At the same time kami buat workshop and service untuk DNA testing.
Yang ni kerja budak-budak lab lah.
Tetapi, yang promote service lab ni adalah budak-budak sales.
Imagine kalau sales exec tak faham what is DNA analysis, macamana nak promote pada customer?
Sebab itu perlu graduates yang bio background kerja sebagai sales.

Boss pertama aku dulu graduate Microbiology from Manchester Uni.
Boss kedua aku graduate Biotechnology from Manchester Uni.
Boss terakhir aku graduate Chemical Engineering from USA.

Tapi apa kerja dorang?

Ketuk satu pintu makmal ke satu pintu makmal yang lain, explaining products.

Bukan semua orang boleh carry task ni. Kalau orang anggap kerjaya sales ni sebarang-sebarang orang boleh buat, trylah buat biotech bisness.
Nak bersembang dengan researcher dan academician bukan boleh sembang kosong.
Kalau datang jumpa semata-mata nak cakap "Dr belilah ni...belilah ni...", memang itulah pertama dan terakhir kali kau dapat buat appointment dengan dia.

Last week aku attend satu talk di Fakulti Sains Makanan, UPM.
Ada talk dari pensyarah from India, dorang explain teknik extract herba.
Aku nak belajar jenis-jenis teknik ni, kot-kotlah ada new teknik yang lebih baik untuk future product atau penambahbaikan produk yang ada sekarang.
Dalam tu rata-rata students yang ambil course food.
Ada juga dari industri.
Seronok bila berada dalam crowd yang sealiran, semua nampak faham dan berminat dengan teknik yang diajar.

Tapi, di luar sana, di dunia aku sekarang - produk-produk herba dikatakan produk sampah.
Produk yang bawa penyakit. Produk timbang kilo.
Sedangkan kami-kami perah otak pikir teknik dan formula terbaik untuk keluarkan produk.
Maybe they thought kami release produk macam buat air sirap.
Tuang sirap, tuang air, rasa - done. Hidang.
Tak, ya. Dalam setiap tahap ada food safety testing yang kena lalu.
Ada toxicology testing yang kena dibuat.
Tapi ye lah, dek kerana bersepahnya produk timbang kilo dan founder-founder yang fokus untuk jadi kaya semata, maka orang-orang yang really work hard to help people turut jadi mangsa kecaman.
Nasib baik aku dah jadi sales bertahun-tahun sebelum produce produk sendiri.
Dah prektis dikecam dan dipandang lekeh.

Kau nak jadi kuat, meh jadi sales.
Nanti kau tengok dengan mata kepala macamana orang look down on you, macamana orang anggap kau nobody sebab kau kerja jual barang, macamana orang anggap kau tak sekufu dengan dia sebab kerjaya kau "biasa-biasa".
Semua respond negatif ni buatkan kau rasa "it's either I do or I die".
Tapi susah betul nak cari budak-budak yang nak jadi sales.
Staff aku sekarang, semua asalnya admin and HR. Takde sorang pun sales.
Slowly aku train and instill minat dalam sales. Akhirnya pandai pun.
Tapi dorang semua bukan bio background.
Takpelah, aku ada insyallah boleh support dari belakang.
Ni pun dorang dah faham dah basic-basic food science.
Aku cuma nak mereka grow supaya dorang tahu potential diri dorang sebenarnya jauh dari sekadar buat administrative work.

Ni semalam, follower bagitau orang guna gambar aku jadikan testimoni produk dorang.
Ni semua punca-punca produk macam aku kena hencap berjemaah.
Sebab wujudnya orang-orang macam ni.
Yang tak tahu pasal food science, tapi nak produce supplement.
Akhirnya, jual testimoni tipu.
Ujung-ujung promote pasang agen untuk tambah jadi kaya.
Pusing-pusing gitu je lah.

Setelah involve dalam biotech sales, produce product, produce academic programs, jadi product specialist and advisor untuk 2 brand lain (company orang lain), aku harap aku boleh expand lagi kerjaya aku. 
Aku tak tahu apa lagi aku akan buat in future. 
I want to add something else tapi related dengan biotech atau food atau nutrition. 
Aku harap akan ada peluang-peluang lain untuk aku terokai. 
I am open to new opportunity and challenges. Semoga Allah izinkan.


2022-10-19

Dia ada, tapi macam takde.



Semalam aku letak video ni kat IGS.
Ramai betul yang respond, menceritakan kisah masing-masing.
Boleh tahan ramai juga followers aku di kalangan yang muda-muda rupanya, sebab masing-masing share kisah cinta yang tak kesampaian.
So I pressume dorang ni around late 20s to early 30s, kot.
Jadi, hari ni aku nak layan feeling.
Cuaca pun mendung-mendung je kat ofis aku.
Memang kena sangatlah aku nak tulis pasal sakit hati bila putus cinta.
Post hari ni memang ada follower request melalui IGS.
Oh by the way, korang yang follow IG aku tu, rajin-rajinlah klik IGS aku sama.
Sebab aku tak hari-hari update IG post, tapi kalau IGS konfem aktif.

Putus cinta memang sakit, lebih-lebih lagi kalau cinta tak berpihak kat kita.
Contohnya, kau yang kena tinggal, dah tentulah sakit.
Tapi kalau cinta tu putus sebab kau yang meninggalkan, kurenglah sikit sakitnya.
Maybe tak sakit lansung.
Ye lah, sebab kau yang tinggalkan orang, kan.

Mana yang lagi sakit:

1. Dia tinggalkan kita sebab orang lain.
2. Dia tinggalkan kita tanpa sebab, tau-tau menjauh.
3. Dia ada, tapi macam takde.

To me, semua pun sakit.
Aku pernah rasa nombor 1.
Tapi dia tak tinggalkan aku.
Kiranya dia pasang 2 terus.
Dengan aku pun jalan, dengan si anu pun jalan.
Tapi yang bestnya, aku tak tahu aku diduakan.
Atau maybe si anu tu yang diduakan.
Selepas break baru aku tahu rupanya dia telah men-aku-cinta-kau-dan-dia konsepnya.

Yang nombor 2 pun sakit.
Pernah rasa, tapi bukan boifren. Hanya kawan.
Dia punya transition from rapat kepada tak rapat tu berlaku sekelip mata.
Macam tahu-tahu je masing-masing semakin menjauh. So sudden.
Bila berjumpa balik selepas 10 years, aku pandang dia senyum, dia pandang aku senyum. Dan berlalu.
It hurts juga sebenarnya, because we were friends but now we are strangers with some memories.

Tapi, lebih sakit nombor 3.
Kalau dia tinggalkan kita sebab ada orang lain, at least nampak gak puncanya.
Yang nombor 2 tadi macam bahabi juga sebenarnya feeling tu sebab tak tahu hujung pangkal kena tinggal.
Takde reason, takde apa. Tau-tau habis gitu je.
Boleh jadi ini percintaan syok sendiri.
Kau je rasa tengah bercouple padahal yang sorang lagi anggap kau bestfren je. Boleh jadi, kan?

Tapi ni pun satu perangai juga.
Dah tahu kau tak nak ada komitmen, tak payahlah layan si anu lebih-lebih.
Tak payah buat dia rasa special.
Bila dia broken, kau kata dia syok sendiri.
Padahal kau yang saitan.
Kalau bukan kau yang bagi dia harapan, kalau bukan kau yang obviously buat dia look special to you, takkanlah dia boleh jatuh hati.

Ya, aku tahu memang some friends mesra, tapi bukan couple.
Dari zaman aku sekolah menengah lagi, konsep teman tapi mesra ni dah ada.
Minum berkongsi gelas, naik motor sama-sama, makan kek suap-menyuap bagai.
Padahal takde apa pun.
Bezanya, zaman aku dulu kitorang habis kat situ je.
Takde duduk berdua-duaan merendek tepi tasik, bersenggayut kat phone lama-lama. Itu bezanya.
Aku dulu dengan kawan lelaki yang sekelas, memang rapat.
Air sirap ikat tepi tu boleh berkongsi straw.
Kadang-kadang hantar aku balik rumah naik moto berdua.
Tapi, habis kat situ je.
Jadi, masing-masing tahu we are teman tapi mesra.

Yang kau, claim teman tapi mesra.
Tapi siang berkepit. Malam berkepit.
Weekend layan cinema berdua. Makan berdua. Study berdua.
Orang keliling tahu korang datang dalam bentuk pakej.
Sesekali berjalan sorang-sorang, mesti ada yang tanya "Mana lagi separuh?" 😆.
That shows how obviously you both are more than friends.
Tapi bila dia simpan perasaan, you dare to say "Saya tak pernah cakap awak girlfren saya".
Eh kau ni karangggg.

Situasi nombor 3 adalah terpaling hurt.
Dia ada, tapi macam tak ada.
6-7 bulan kau bercinta, everything went well.
Tiba-tiba tak tau kenapa, dia dah mula jarang call, balas whatsapp pun liat.
Busy katanya.
Sesekali whatsapp dia muncul dengan mesej "I love you today". Pastu senyap seminggu.
Then masuk balik mesej "I sayang you". Pastu senyap 2 minggu.
Kau faham tak? Dia ada, tapi macam takde.

Orang kata dalam mana-mana perhubungan, trust is very important.
Tapi bagi aku, komunikasi jauh lebih penting.
Biar tak berjumpa, jangan takde komunikasi.
Dalam keadaan kita berjauhan, apa lagi yang tinggal kalau bukan komunikasi?
Nak jumpa hari-hari tak sempat.
Takkan nak whatsapp sehari 3 minit pun tak sempat jugak. Eh, melampau.
Kot ye pun busy, takkan sampai whatsapp pun tak sempat.
Takkanlah tak berhenti kerja lansung sepanjang hari.
Paling tak, mesti stop untuk solat.
Stop untuk makan. Mustahil sangat busy non-stop.

Nobody is too busy.
It’s just a matter of priority.
Kita semua pernah buat alasan ni.
Member ajak lepak for coffee, kita kata takde masa because we are too busy we don’t have time for kopi-kopi.
Oklah fine. Yang tu boleh dimaafkan sebab maybe kebetulan that day kau memang busy.
Tapi kalau kau bercouple, but almost everyday menggunakan alasan "busy", kamonlah.
I don’t think that your boss gave you so much work that you need to work more than 10 hours per day.
Kalaupun kau kena kerja 12 jam, you have at least 2 hours to spend doing whatever you want.
Takkan dalam masa 2 jam ni tak boleh selit 5 minits call?
Eh kau keje apa saitan, kira bulu kambing?

It’s ok, maybe kau nak spend that 2 hours dengan family, atau dengan kawan, atau nak membaca buku or do something else.
Tapi memberi statement "I busy" - that’s so wrong.
Masalahnya kat sini, bukan kau takde masa.
The problem is, your girlfrend/boifren is not important to you anymore. Kan?
You have more important things to do than to talk with her/him, kan?
Long story short, kau taknak allocate masa kau untuk dia lagi tapi kau takut nak berterus-terang sebab kau tak nak dilihat seperti bad person.

And to you yang selalu kena tipu bahawa dia always buys, this is maybe something that you do not want to hear, but I am telling you the truth.
YOU ARE NOT THEIR PRIORITY.
It’s brutal, but it is honest.
Ayat "I sangat busy" is just a lie and that is an indicator untuk kau ditinggalkan.
Dia umpama seorang majikan yang tak nak pekerjanya lagi tapi tak berani nak terus-terang sebab taknak nampak jahat.
Jadi majikan akan buat sampai emosi and mental pekerja koyak, lama-lama pekerja giveup dan berundur dengan sendiri.
Samalah macam konsep "I am busy" tu.
Kau dah takde kepentingan lagi dalam hidup dia, tapi dia tak berani nak buang kau sebab taknak dicop sebagai tak mengenang budi.
So that's the game he play. Main tarik-tali.
Hakikatnya dia tak busy seperti yang dikata.
Cuma kau bukan nombor 1 dalam hidup dia lagi. Mungkin nombor 11.

Bila kurang komunikasi, keburukannya akan timbulkan banyak unwanted problems.
Kebaikan bila berkomunikasi, it will somehow strengthen trust.
Look. Boleh ke kita bersangka baik pada bf/gf bila mereka senyap takde khabar berita?
Boleh kita ke kita percaya bila bf/gf kejap-kejap missing in action?
Alasan BUSY dah tak boleh pakai ya.
Kau ingat kau sorang je busy dengan kerja? Orang lain menganggur?

No such thing as busy.
It depends on what number you are on their list.
Aku ada terbaca satu quote, dia tulis - "When a man wants you, he's never busy".
Somehow betul quote tu, kan?
Kenapa dulu masa nak mengorat dulu boleh ada masa?
Bercakap kat phone sampai panas telinga.
Dah takde nombor lain yang appear kat skrin henfon balik-balik nombor kau siang malam.
Alih-alih bila dah bercouple, 3 hari sekali nak call pun payah.
Tapi whatsapp status 'online' memanjang 🙄.

That's why KOMUNIKASI tu penting.
Jangan buat senyap.
Bila kau senyap, orang di sana pasti akan pikir bukan-bukan.
Bila si dia pikir yang bukan-bukan, kau kata dia merepek.
Padahal it all started with you!
Kalau kau bukan jenis yang caring and loving, jangan mengorat someone dengan sesuatu yang bukan diri kau.
Contohnya, masa nak mengorat bukan main call 2 jam sekali.
Whatsapp toksah cakap lah, dah takde mesej lain masuk balik-balik mesej kau je.
Bila dah 1 tahun bercouple, 3 minit pun susah nak dengar suara.
Lagi satu, masa belum dapat, bukan main rajin belikan hadiah.
Bila dah dapat, kelibat pembalut hadiah pun tak nampak.

Bukan apa, bila kau dah biasakan dengan cara yang romantik lovey dovey sebelum dapatkan dia, maka kau patut teruskan dengan cara yang sama selepas kau dapat.
Jangan bila dah dapat, kau jadi orang lain.
Bila dia bengang, kau cakap dia demand.
Ni bukan masalah demand, tapi bila memulakan sesuatu dengan cara A, maka teruskan dengan cara A.
Kalau dari awal-awal kau mengorat dia dengan cara B, teruskan sampai bila-bila dengan cara B.
Ini tak. Masa nak mengorat bukan main macam Zul Aripin dia punya romantik.
Dah dapat, Zul ke mana, Ripin ke mana.
Sampai pompuan tu jadi konfius, apesal dia tiba-tiba berubah?
Sebenarnya dia tak berubah pun.
Dia yang sebenar-sebenarnya adalah begitu. Jenis kejung.
Cuma dia buat-buat loving romentik masa nak mengayat kau je dulu.

Zaman sekarang, semuanya di hujung hari.
Tinggal nak dengan taknak je.
Kalau dulu, boleh la pakai alasan takde kredit nak call.
Ni dah ada whatsapp free call pun takkan malas lagi.

Masa aku couple dengan En Wan dulu, aku takde henfon.
Jadi tak tau nak call dia macamana.
Sakitnya jiwa menunggu dia call aku.
Dari sehari, sehari menunggu call.
Memanglah dia bagitau akan call seminggu sekali, tapi hari apa? Nak call pukul berapa?
Bagitaulah spesifik, takdelah aku tertunggu-tunggu.
Karang kalau tetiba Mak Aji yang angkat call tu, dia pulak yang layan bersembang dengan bakal menantu 2 minit, pastu turn aku cakap seminit je.
Kau tak hangin?

Pernah terjadi dulu.
Mak Aji angkat call tu pastu dia bertanya khabarlah apalah, bila turn aku bercakap tinggal 1 minit je.
Macam ribut aku bercakap dengan En Wan nak kejarkan seminit tu.
Pastu aku tension sebab dapat cakap kejap je.
Nak marah mak aku tak boleh, so aku marahlah dia. Kahkahkah.

Komunikasi sangat penting.
Kalau jarang berjumpa, tapi masih ada komunikasi, at least kita tau hubungan tu tak mati.
Ni tak. Senyap 3 hari, pastu masuk mesej "I love you today".
Pastu diam 4 hari.
Pastu masuk lagi mesej sayang sayang bagai.
Pastu missing in action seminggu.
Jenis yang macam ni, dia hanya jadikan kau OPTION.
You are not the one.
You are just an option to fill the gap.
Di kala dia boring, kau ada. Dikala dia perlukan seseorang, kau ada.
Tapi bila dia dah jumpa mission sebenar, kau bye bye.
Tapi dia taknak kau hilang tau.
Kira kau macam backup je.
That's why dia hanya akan mesej sekali-sekali just to keep the relation warm.
Membuatkan kau ni tertanya-tanya, aku ni masih ada relation lagi ke tak?

The thing dengan orang macam ni, dia tak nak kau, tapi dia takut hilang kau.
Maksudnya, dia taknak lepaskan kau supaya kau boleh move on.
Dia perlukan kau untuk fill the gap.
Hidup dia walau nampak macam perfect, sebenarnya incomplete.
Ada ruang dalam diri dia yang tak settle sebab tu dia perlukan kau to fill that space when needed.
You read me - WHEN NEEDED.
In other words, you will never be the one. You are only an option.
So, kalau kau sedang melalui situasi nombor 3 tadi, boleh dah berhenti jadi option.
Pegilah buat pusingan ke tempat lain.
Jangan torture emosi kau dengan menunggu call dari dia, menunggu perhatian dari dia, because benda tu takkan berlaku.


2022-10-17

Mustahil sangat dah cuba macam-macam produk tapi berat gitu juga.


Ada new customer nak beli GC PLUS Dia bagitau kat staff aku "Saya dah try banyak produk kurus tapi tak jalan. Now saya nak cuba GC Plus".
Dia beli 2 botol terus. Oklah takpe.
Sebab staff aku cakap condition dia semua ok untuk ambil GC PLUS - tak ada darah tinggi, tak pakai birth control, tak ada PCOS, BMI pun memang obese.
 
Cuma, kalaulah aku yang handle request tu, aku tanya "Pernah jumpa doktor tak untuk check kenapa berat susah nak turun?"
Bukan apa, bila someone kata dia dah cuba macam-macam - diet dah, puasa dah, work out dah, makan diet supplement pun dah - tapi berat masih liat nak turun, there must be something yang buatkan berat susah nak turun.
Mustahil sangat dah cuba macam-macam produk tapi berat gitu juga.
Kerana secara lojik, kalau semua produk kurus dah dicuba tapi tak berkesan, agak-agak salahnya produk atau our body yang salah?
Atau maybe bukan masalah body, tetapi gaya hidup.
That's why sebelum produk aku jadi mangsa pukul rata, aku kena identify dulu apa sebab berat kau susah turun.

Pernah aku attend satu class, this speaker terkejut bila aku cakap aku buat basic background check kat customer before aku allow dorang beli GreenAard (GC Plus especially).
Speaker tu tanya “Apesal Puan nak halang orang beli produk Puan? Dia nak beli, bagi dia beli. Jangan tanya-tanya apesal nak beli, apesal nak itu ini. Kerja kita cuma fokus untuk marketkan produk".

Tipulah kalau aku tak happy if GC PLUS tu semua orang guna.
Tetapi, GC Plus bukan makanan tambahan.
Ia kategori ubat-ubatan. Bukan semua orang boleh ambil.
Kalau boleh ambil pun, if takde keperluan, tak payahlah ambil.
GC Plus bukan produk OEM.
GC Plus aku bina dengan formula sendiri.
Ke hulu hilir cari info.
Banyak baca tentang macam-macam jenis tumbuhan.
Masa nak produce dulu, aku lagi banyak spend time dengan researcher dari spend time dengan laki sendiri, untuk cari formula yang terbaik.
I risked my own life untuk jadi 'tikus makmal' test produk ni.
Banyak yang aku dah lalui sebelum produk ni di-released. Sweat and tears.
Belum lagi kena adegan perli dengan En Wan "Apa benda awak buat? Ada orang nak beli ke?".
Semuanya aku harung dan telan.
Jadi, aku tak boleh semata-mata nak jual kerana aku tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh.
That's why aku 'kerek' sikit menyoal macam-macam sebelum anyone beli GreenAard, especially GC Plus.

Point aku nak cakap kat sini, jangan pukul rata semua produk kurus tak menjadi hanya kerana ia tak berkesan ke atas badan kita.
Sometimes people hanya bagitau tentang how banyaknya produk yang dah dicuba tetapi tak menjadi.
Yang dia tak bagitau, betapa dia mencekik macam takde besok.
Makan fast food makan junk food, minum manis.
Yang dia tak cakap, family memang berketurunan badan besar.
Yang dia tak cakap, ada ambil ubat hormon.
Yang dia tak cakap, dia sedang stress.

GreenAard ada reason kenapa kami provide weight loss tracker card.
Ada reason n kenapa kami buat pakej Combo GC Plus & Nutrijuice.
Bukan saja-saja buat tu untuk lakukan produk. Bukan, ya.

Reason kita bagi weight loss tracker card tu adalah untuk tengok how well badan you berkerjasama dengan weight loss program.
Be it makan GC PLUS, atau bersenam, atau berpuasa, berat badan pasti turun.
Penurunan badan yang normal (expected) adalah sekitar 580g in 10 days.
You start mana-mana diet program, inilah angka berat badan yang mesti turun dalam masa 10 hari.
AT LEAST 580 GRAM. Why?
Sebab dalam masa 10 hari, air akan turun dulu.
Kalau in 10 days, air pun tak turun (atau turun less than 580g), itu maknanya badan you menakung air (water retention).
Antara sebab water retention - duduk atau berdiri terlalu lama, atau makan banyak garam (junk food and fast food banyak garam), atau masalah hormon.

Lagi satu, pada weight loss tracker card ada ruang untuk catat inch loss, kan?
Yang ini adalah indicator body fat.
Kalau dalam masa 10 hari pinggang tak berkurang size, itu tandanya you ada metabolic problem.
Most overweight people have metabolic problem tanpa dia sedar, especially yang dah lama dalam keadaan gemuk dan susah nak turunkan berat badan.
Ini adalah keadaan di mana otot dah jadi resistant terhadap insulin, lemak badan berlebihan di sekeliling pinggang dan paras kolesterol atau trigliserida tak normal.
Reason kita buat pakej Combo GC PLUS & Nutrijuice tu pula sebab berat badan yang liat nak turun mungkin ada kaitan dengan kolesterol yang tinggi.
Trigliserida yang tinggi buatkan weight loss jadi payah.

Some pengguna GC Plus (yang baru start guna) akan rasa sakit kepala, pening, atau loya.
Yang ni normal, jangan risau.
Especially untuk those yang metabolisme rendah.
Kalau korang ada tanda-tanda ni maknanya badan korang dulu memang sejenis 'malas' bekerja.
GC Plus akan ransang otak untuk activate pembebasan serotonin.
Serotonin ni bantu kawal rasa lapar.
Tetapi pembebasan serotonin yang banyak dari biasa dan mendadak akan buatkan badan penat.
Efeknya, badan jadi letih, mengantuk, pening atau loya.
Kalau sesiapa dapat kesan yang sama, kurangkan dos kepada 2 kapsul dulu. See if ada perubahan.
Lepas tu slowly naikkan ke 4 kapsul sehari.

Macam pengguna dalam screeshot tadi cakap, dia suka GC PLUS sebab buatkan dia kurang lapar.
Yang ni memang expected sebab ada kaitan dengan serotonin.
Serotonin is nature's own appetite suppressant.
Dia boleh kurangkan rasa lapar walaupun kita tak makan sangat.
Hasilnya, dengan sendirinya kita kurang rasa nak makan.
Secara tak lansung berat badan berkurangan disebabkan kurang makan.
Kan aku pernah bagitau GC PLUS punya mekanisme tindakan berbeza dengan weight loss lain.
Antaranya inilah. GC PLUS tak bakar lemak, tetapi dia blok enzim yang terlibat dalam pembentukan lemak.
At the same time dia stimulate serotonin.
Bila serotonin banyak terbebas, secara semula ajdi rasa kurang lapar.
Bila kurang lapar, kuranglah makan.

Tapi, ada juga yang bertanya "Tapi saya tetap rasa nak makan".

Yang itu bukan sebab badan tu nak makan, tapi HABIT kita makan pada waktu-waktu tertentu. HABIT mengunyah.
Contoh, selama ni pukul 10 am kita mengunyah.
Padahal tak lapar, tapi sebab dah jadi habit, badan tu macam sudah dijadualkan untuk mengunyah setiap kali pukul 10 am.
Ini semua habit.
Pelik tak, bulan puasa kita boleh tahan lapar? Why?
Sebab kita terpaksa ikut jadual puasa hanya malam selepas Maghrib.
Boleh pun tak mengunyah, kan?
So when you dah makan GC tapi masih ada rasa nak makan, percayalah, itu bukan kerana lapar tetapi HABIT.

Jangan expect makan GC PLUS boleh bagi kenyang sampai ke malam.
"Kurang rasa lapar" kat sini bermaksud kurang rasa lapar dari kebiasaan.
Tak bermaksud kita rasa kenyang sepanjang hari.
Kalau selera makan meningkat, check balik apa yang dimakan.

Pernah tak sometimes satu hari tu kita rasa asyik nak makan?
Itu tandanya kita tak makan apa yang badan perlukan.
Perut 'mintak' makanan, tapi kita makan makanan yang perut tak perlukan.
Kita kunyah biskut and jajan. Lapar lagi.
Makan burger pulak. Lapar lagi.
Ini kerana apa yang dimakan tak mengandungi nutrien yang badan mahukan sebab itu tak kenyang-kenyang.
Kena pandai kenal pasti korang lapar atau bosan.
Kalau lapar, eloklah makan nasi.
Lagipun otak kita prefer karbo dari protein.
Ada orang, bila dia sedang berdiet, dia tend to kurangkan ambil makanan berat.
Dia ambik roti sekeping untuk bfast.
Tengahari minum sup.
Petang kepok lekor 2 batang.
Malam nasi sejemput and lauk sesudu.
Pastu kau expect kau takkan lapar, gitu?
Jangan main-main naaa, poor diet can result in cravings tau.

Lagi satu part berak-berak.
Sama macam yang berlive-chat dengan GreenAard ni, dia risau bila tak dapat effect ke tandas sedangkan kawan dia dapat effect tu.
Ramai ingat bila kerap buang air besar maknanya lemak dah start dipecahkan. Sebenarnya tak.
Tak semestinya kau kena berak-berak selepas makan GC Plus.
GC Plus ni fungsinya untuk block new fat.
Sebab tu kena ambik GC Plus pagi-pagi supaya dia 'standby' untuk block makanan-makanan berlemak yang bakal korang makan.
Kalau selepas ambil GC Plus kau mencekik roti canai, besar harapan 5-6 kali kau ulang-alik ke jamban.
Sebab dalam sekeping roti canai ada lemak kanji (dari tepung), ada gula (fruktosa yang ditukar jadi lemak) dan lemak LDL (butter).
Kau try sekeping je cukuplah, lepas tu bersedialah melecet jubo.
Tapi, kalau kau tak makan makanan yang ada high trace of fat and carbs (glucose), memang takde la kejadian berak-berak tu.
Jadi secara tak lansung, kalau kau taknak kejap-kejap ke jamban, kau dengan sendirinya akan pilih healthy food for breakfast.
Nampak tak betapa GC Plus mengajar kau pilih makanan yang sihat?

"Kenapa kena tunggu 30 minit baru boleh makan?"

Kerana, badan perlukan 30 minit untuk lepaskan serotonin yang cukup supaya boleh cover perut dari rasa lapar.
Jadi, selepas ambil GC Plus, tolong bersabar 30 minit.
Lepas tu kau nak makan, makanlah.

Dieting is hardwork, ya.
Walaupun dah kurangkan kalori dan bersenam macam nak rak, sometimes lemak dalam badan tak kurang-kurang pun.
Kalau kurang pun, sangat slow.
Kalau too slow (1kg sebulan pun susah turun), go and check doktor.
At the same time check apa yang dimakan.
Sometimes kita yang sabotaj badan sendiri dengan sumbat makanan yang tak sepatutnya.
Those yang badan sangat overweight, please identify korang gemuk sebab keturunan ke apa.
Reality hurts, I know.
Tetapi suka atau tidak, memang ini kena accept.
Sebab body weight ada strong genetic component.
Bukan tak ada harapan nak kurus dengan GC Plus, tetapi perlukan usaha lebih.

Dalam badan kita ada beratus-ratus gen yang berfungsi untuk kawal berat badan.
Kebanyakan gen ni memastikan badan ada kelangsungan hidup.
That's why jangan tahan makan melampau.
Kalau badan sense kita menahan makan, dia akan anggap kita diancam kebuluran.
Lalu badan akan stop pecahkan lemak sebab dia nak simpan lemak tu sebagai sumber tenaga.
At this stage, exercise siang malam pun lemak tak turun-turun sebab badan stop guna lemak untuk reserve energy.
Paling last sekali, jangan kurang tido. Jangan stress.
Sometimes kita rasa kita tak stress, tetapi badan stress.
Bila tak dapat tidur yang berkualiti, badan jadi stress.
Once kurang tido, benda pertama yang jadi dalam badan adalah hormon kortisol start kumpulkan lemak kat perut.
Bila lemak dah start kumpul kat perut, get readylah beli spender baru.


2022-10-15

Jangan tunggu orang jaga hati kita.


Reader ni merasa dia tak bahagia.
Apa yang aku nampak, isunya bukan tak bahagia tetapi tak boleh move on.
Email ni panjang, tapi aku letak sikit je.
This girl keliru.
Dia kata dia tak boleh move on kerana masih sayang.
Sedangkan dia tahu lelaki ni suka main tarik-tali.
Kejap ok, kejap tak ok.
Dari penceritaannya, pada pandangan aku, this girl bukan masih sayang tetapi lebih kepada sakit hati buang masa 6 tahun bercinta ujung-ujung tak jadi apa.
This is the big reason kenapa dia tak boleh move on.
Jangan tanya "Macamana akak boleh kata gitu?".
Aku pakar bab ni. Fullstop. *gituuu*

Menerima hakikat yang kita dah buang masa dengan orang yang salah sebenarnya jauh lebih perit dari hakikat pakwe kita seorang playboy.
Dia suka main perempuan, itu another story.
In this case, this girl tahu lelaki ni womanizer tapi masih tak boleh move on.
You know why? Sebab jantan ni kerjanya main tarik tali.
Dia memberi pengharapan.
Time dia nak kau, dia meleseh-lesehlah buat macam kau tu penting dalam hidup dia.
Dia rayu kau, dia pujuk kau.
Masa tu dia kelihatan seperti sangat mem-priority-kan kau dari segala-galanya.
Bila kau lembut hati dan datang balik kat dia, fulfilled apa yang dia nak --- BAM! Dia missing in action semula.
Inilah punca kenapa susah nak melupakan, sebab kau telah digula-gulakan.

Look. Being a playboy, that is his problem.
Tetapi, membuang masa bertahun-tahun setia dengan orang yang salah, itu adalah masalah you.
Apetah lagi dalam tempoh bercinta tu dah nampak bayang-bayang 'something wrong' dengan boifren but you decided not to 'ambik port' sangat.
You was hoping he will someday berubah, he will someday realized that you are the right girl, he will someday sayangkan you as much as you sayangkan dia.
Bila dah break off macam ni, of couse yang rasa sakit adalah kau.
Sakit yang kau rasa tu bukannya sakit sebab kena tinggal, tetapi sakit sebab menyesal dan terkilan kerana kau dibodohkan berkali-kali tetapi masih memilih untuk letak harapan.
Dah beberapa kali dimain tarik-tali tapi masih bertahan.
Hat ini yang bagi rasa sakit.

You are not alone.
Aku pernah melalui fasa-fasa kebodohan yang sama.
Bukan dia (exbf) yang bodoh, tapi aku.
Dia tu bijak sebab berjaya buatkan aku stay walaupun macam-macam perangai dia buat.
Aku ni je yang bangang dah tahu makin lama dia makin annoying, aku tetap stay.
Berkali-kali dia main tarik-tali, tetap aku bagi peluang demu peluang.
Bukan sekali dua, ya. Banyak kali.
Tapi entahlah, nak kata aku stay sebab dia hensem, tak juga.
Nak kata aku stay sebab dia baik, pun tak juga.
Nak kata kerana dia ada apa yang aku harap dari seorang lelaki, lagilah tak.
Itulah yang aku cakap tadi, bertahan kerana merasa rugi nak break off.
Terasa membuang masa.
End up aku yang sakit hati berkali-kali.
Aku yakin inilah sebenarnya yang reader ni rasa.
Bukan sakit hati kena tinggal, tapi sakit hati sebab terasa bodohnya diri buang masa bagi effort kat lelaki yang salah.

Jangan bertahan hanya kerana "Si dia pandai ambil hati orang tua". DON'T!
Yang hadap perangai dia hari-hari adalah kau. Bukan orang tua.
Some people are very good at potraying diri baik depan orang tua, baik dengan colleagues, baik depan pekerja.
Segala-galanya dia baik dan hebat.
Sampai orang takkan percaya dia adalah seperti yang dia buat pada kita.
Dengan kita dia buat macam kain lap je.
Nak guna, ambik. Taknak guna, campak.
Esok tiba-tiba nak guna, baru cari kita balik.
Dan yang bodohnya kita ni, always bagi peluang demi peluang.
You know why? Because kau ikhlas dengan dia.
Kau betul-betul sayangkan dia. Kau tak main-main dengan dia.
You give full effort and energy bila dalam relationship.
Sebab itulah kau tak serik bagi peluang pada dia berkali-kali.

He knows kau sayangkan dia.
Dia tahu anytime dia boleh pujuk kau sebab tu dia tak kisah sakitkan hati kau berkali-kali.
Because he knows macamana dia buat pun, kau akan mengalah sebab kau sayang dia lebih dari dia sayang kau.
You read again - KAU SAYANG DIA LEBIH DARI DIA SAYANG KAU.
Atas sebab inilah dia masih 'simpan' kau.
Main tarik tali. Nak, tarik. Taknak, lepaskan.
Dia nak buang kau terus, memang takkan.
Because kau adalah OPTION.
One day kalau tiba-tiba dia perlukan someone to talk to, someone to teman makan -- kaulah orangnya.

Kedudukan kau dalam hidup lelaki macam ni adalah - katakan dalam sebuah bilik.
Dalam bilik tu ada dia, ada orang-orang yang dia sayang, ada family, ada kerja, ada kawan-kawan.
Kau kat mana? Kau kat luar pintu bilik.
Bila dia rimas dengan keadaan dalam bilik, dia keluar bilik jumpa kau kejap.
Tapi kau tak pernah dapat masuk bilik tu tau.
Kau selamanya kat luar. You get it?

Satu cara nak move on adalah dengan MOVE.
Betul-betul angkat bontot and move. It hurts, I know.
Aku dah pernah rasa ni. It really hurts to the core.
But it didn't kill me. I cried. I grieved. I survived.
Aku tahu not everyone lucky like me.
For some people, they are cut to the bone and never recover.
Tapi cubalah.
Sebagaimana kau bertahan menghadap perangai dia yang sangat menyakitkan hati selama ni, cubalah bertahan untuk sabar dan have a strong determination to let him go.
Tak payah nak bertanya khabar, tak payah nak menjawab khabar.
Tak payah jadikan ex kita kawan, atau BFF, atau abang angkat ke. TAK PAYAH.

I know awal-awal nanti dia akan cuba bermacam-macam cara to get your attention back.
Macamlah kau tak biasa, kan.
Selama ini itu jugak yang dia buat, tapi endingnya apa?
Kau tak pernah jadi priority dia pun.
So apa bezanya kalau dia start memujuk kau semula nanti. Takde beza.
Kau keringkan je lah hati kau tu. Jalan terus.
Because, kalau dia benar-benar nak tunjuk effort yang dia mahukan kau to stay, kenapa perlu sampai kau buat kering hati baru dia nak tunjuk effort?
Apa tak cukup ke effort kau selama ni berkali-kali mengalah untuk dia? Alah, bullshitlah.

Nak betul-betul move on, kena jauhkan diri biar hati tu 'dioverhaul'.
Kalau diri masih dekat dengan dia, kejap-kejap berselisih, kejap-kejap terserempak, kejap-kejap baca mesej-mesej lama - memang takkan boleh move on.
Makin sakit lagi ada.
Hati yang tak tenang, akan nampak di wajah.
Orang yang baru nak datang kenal-kenal pun tak jadi nak berkenalan tengok muka kita yang tak redha.
Lagipun, bila hati kita masih ada orang lama, secara tak sedar kita sedang menolak dari menerima orang baru.
Bukan takde orang yang nak, tapi kita yang tak bersedia nak menerima.

Janganlah terpedaya bila sesekali si anu call tanya khabar.
Orang perempuan ni hati memang lembut. Cepat cair.
Sesekali ex-bf whatsapp tanya khabar, mulalah hati rasa berbunga.
Terasa macam ada harapan cinta nak berputik kembali.
Kau pun feeling konon si anu masih ingat kat kau lagi.
Padahal Hamba Allah tu saja je main whatsapp nak isi masa lapang sementara tunggu girlfren dia pilih coli kat kedai.
Halahhh, aku faham sangat dah perangai gini.

Look. Benda ni boleh pikir lojik.
Kalau dia benar-benar letakkan kau as priority, tak payah tunggu sebulan, dari hari pertama lagi dia dah do whatever he can to get you back.
Apetah lagi setahun dah break tapi laki tu takde effort nak datang balik pujuk kau, apa tandanya?
Tandanya dia dari awal lagi dah move on.
Yang tak move on lagi adalah kau.

Orang perempuan memang macam ni.
Dia punya feeling tu terbawa-bawa.
Crush tegur "Excuse me" pun dah angau.
Padahal orang tu bukan nak tegur kau, dia nak suruh kau ketepi sikit nak lalu.
Abang angkat yang lama tak jumpa tetiba call ajak minum-minum, dah mula tak tentu arah pikir nak pakai baju apa.
Rupanya abang angkat tu ajak jumpa sebab nak kenalkan tunang dia kat kau. Kahkahkah. Ni lagi sedih.

Some ex-es suka datang balik kat kita bukan sebab dia nak kita balik.
Tapi dia tau kita kenal dia, jadi kita adalah orang terbaik untuk dia bersembang and be him/herself.
Mungkin dia belum boleh jadi diri sendiri dengan orang lain.
Jadi kita adalah tempat untuk dia jumpa dirinya sendiri.
Tak bermakna dia nak balik kat kita pun.
Kalau dia nak kita balik, dah lama dia cari kita, dikkkkk.
 
My advice, sekali dua dimain tarik tali, fine.
Masuk kali ke tiga keompek dan seterusnya, itu adalah gambaran betapa bodohnya kita mengharap pada yang tak sudi.
Toksah dikenang sangatlah budi baik dia yang sikit tu.
Bukannya dia sorang pernah berbudi, kau pun berbudi juga, ada dia ingat budi kau? Takkkk.
Dia jalan terus.
Kalau dia boleh pilih untuk letakkan kau as option dan bukan priority, pelase do the same.
Bukan untuk get even, tapi kerana hati kita ni kita punya.
Jadi jagalah baik-baik.
Jangan bagi hati tu tanggung derita lama sangat.
Kalau kita tak jaga hati sendiri, siapa lagi nak jaga? Ahmad Albab jaga?


2022-10-12

Happiness tak sama untuk semua orang.


Happiness tak sama untuk semua orang.
Ada orang, duduk rumah seminggu tak keluar berjalan pun happy.
But to some, duduk rumah adalah sesuatu yang tak produktif.
Everyone has a different definition of happiness, and that’s ok.
Yang pastinya, happiness tak limited pada certain things sahaja.
Kalau happiness tu hanya pada certain things, umpamanya happiness adalah bila kita ada simpanan satu juta baru boleh happy -- itu maknanya ramai manusia sedang depress sekarang.

Someone's idea of happiness mungkin menjadi someone's idea of stupidity.
Macam blog reader ni (email di atas) merasa main-main dengan kucing adalah perkara yang sia-sia, walaupun dia happy main dengan kucing.
Aku takut kucing.
Jadi kalau kau tanya aku, dah tentu aku cakap "Apa benda kau main-main dengan kucing?" -- sebab aku tak jumpa happiness dengan kucing.
Aku jumpa happiness dengan reading books.
But to some people, membaca buku adalah boring dan sejenis ubat tidur.

Look. There will always be people who try to squeeze you into their molds and pressure you into being who they want you to be.
Sedangkan kita semua ada path masing-masing.
Apa yang kita miliki sekarang - physically, emotionally, passion, desire, fokus -- semuanya bukan saja-saja ada pada kita, ya.
Itu semua adalah pakej untuk kita lalu path kita.

Aku tak diequipped dengan ketinggian dan kecantikan bak model, kerana menjadi model bukan path aku.
Aku tak diequipped dengan kepakaran dan passion memasak, kerana itu juga bukan path untuk aku.
Maka kalau aku sama sibuk nak follow the trend buat video memasak sedangkan aku tak minat -- walaupun masakan tu simple, pasti terasa susah (dan menyusahkan) untuk aku siapkan.

Pernah tengok tak, orang buat video mekap-mekap?
Sambil mekap, sambil menceceh.
Tapi dia lakukan dengan smooth je.
Sebab passion dia kat situ.
Benda kalau seronok, apa buat pun ok.
Lantaklah kalau orang kata tak berpekdah pun, dah dia suka itu.
Apetah lagi yang dia buat tu boleh menjana duit. Lagilah suka.

Contoh paling senang, blogging.
Aku start blogging in year 2006.
Masa tu blogging masih belum berkembang lagi kat Malaysia.
Tak ramai bloggers waktu tu.
En Wan selalu kutuk aku "Awak tulis-tulis ni ada orang baca ke?"
Maybe dia ingat aku buat blog untuk orang baca.
Tak, aku blogging sebab aku perlukan tempat untuk merempan.
Tak percaya, selak blog post aku awal-awal dulu.
Penuh dengan kata-kata maki hamun.

Tapi slowly blog aku ada pembaca. Itu adalah bonus.
Tak cukup dengan pembaca, plagiat pun ada 😆.
Tapi ramai orang tak tahu dari blogging ni aku dapat banyak connection dengan orang-orang hebat.
Aku banyak dapat pendedahan yang aku tak pernah terfikir what blogging can do.
Job advertisement, orang panggil aku untuk buat talk, jadikan aku endorser produk, collabs dengan lecturer untuk buat akademik program di universiti, etc.
Aku pernah apply grant biotech pun sebab blog reader aku recommend.
Aku pun tak sangka aku layak apply.
Blogging, to some people adalah aktiviti yang sia-sia, but when I do with passion sebab seronok, lama-lama jadi contribution pada kerjaya aku.

Same goes to whatever you do.
If people don't understand you, that is ok.
Kadang-kadang kita spend so much time berfikir sama ada kita buat benda yang betul atau tak.
Masa aku actively buat biotech supplies dulu, sometimes aku sendiri question kat diri aku "Apa benda aku buat ni? Apa kerja aku outstation drive jauh-jauh setiap bulan? Sanpai bila nak kerja macam ni?"
Banyak yang aku questionkan.
Tu belum lagi pak incik aku punya soalan aku kena jawab.
Dia kan kaki mengkondem aku.
But aku teruskan juga because di samping itu adalah kerjaya, aku juga sangat suka biotech.
I love biotech so much, at the same time aku suka educate people.
Jadi, menjadi seorang biotech sales adalah combo yang tepat untuk aku.

We try to gain people's approval, kita wonder if kerjaya kita up to standard atau tak, etc.
Kalau orang bisnes lagi lah.
Sekarang ni trend -- kalau sales tak hit juta-juta maknanya belum berjaya.
Kalau tak pakai sports car, belum berjaya.
Kalau tak dapat award, maknanya belum berjaya.
Trend punya pasal, sanggup sewa kereta mewah nak tunjuk betapa "berjayanya".
Tak sampai 3 tahun, bisnes melingkup.

Tuhan tak jadikan kita untuk jadi imitation of someone else.
Jadikan orang yang berjaya sebagai inspirasi, wajar.
Tapi kalau nak jadi macam dia baru kita boleh happy dan tenang -- besar harapan takkan tenang.
RUN YOUR OWN RACE.
Don't go around feeling guilty because you don't fit into other people's boxes.
Tetapi, RUN WITH PURPOSE.
Main-main dengan kucing tak salah.
Benda yang buat kita happy, teruskan.
Siapa tahu one day kau bukak kedai pet ke, atau hotel kucing ke, atau vet clinic ke. Siapa tahu, kan?

Aku sendiri tak sangka aku end up dengan producing suplements.
Dulu kerja aku buat biotech supplies, buat DNA analysis, buat halal testing.
Nampak macam kerja yang tak profesional.
"Siapa-siapa pun boleh jadi sales" katanya.
11 years of experience doing biotech, akhirnya aku jump into producing own product using biotech approach.
And after 5-6 years producing own product, now aku join producing academic programmes berkaitan food.
Semua benda ni aku tak pernah terbayangkan dan tak nampak pun.
The opportunity comes just like that.

Ikut-ikut orang travel, tak salah.
Sometimes, kita kena cuba banyak benda sebelum jumpa something yang sparks our minat.
Macam En Wan, aku tak pernah terfikir yang dia nak jump into jadi Prudential Agent.
Masa dia kata dia nak jadi Prudential Agent, aku macam "Huh?"
Siapa sangka, graduates from Japan, kemudian jadi engineer for 15 years.
Dah naik Assistant Manager, berhenti untuk help me run XZIZ Biotech.
After 7 years, dia decided untuk quit.
Aku tak nampak apa yang dia nampak.
Tetapi aku percaya dia nampak apa yang dia pilih.
Knowing him yang sangat teliti dengan apa yang dia buat, aku rasa dia tahu apa dia buat now.
Maybe ketelitian dia sebagai engineer, dan organizing skill as manager di department dia dulu dan some sales experience semasa di XZIZ menjadikan dia ada pakej yang strong as Prudential Agent.
Pulak tu kat XZIZ aku asyik cakap pasal disease-related things, bonuslah untuk dia.
To some people maybe nampak En Wan macam downgrading himself dari engineer ke insurans agent.
Tapi dah kalau ini happiness untuk dia, why not?

A friend of mine also was an engineer.
Dia sambung belajar and teach engineering subject di Uni.
Beberapa tahun selepas tu dia buka training academy yang engineering-related.
Nampak macam downgrading juga ni - dari engineer ke lecturer ke bukak training company,
Bersepah-sepah kot training academy dalam Malaysia ni, buat apa nak bukak lagi.
Kan bagus kerja makan gaji, ye tak?
But, he is doing great.
Rupanya menjadi engineer dan kemudian academician adalah 'equipment' yang Allah prepare sebelum dia dapat run his own training academy dengan baik.

Wanted people's approval adalah fitrah manusia.
Kita ni kalau tak dapat pujian melambung, rasa down sungguh.
Rasa macam hidup tak bermakna sebab to us, bila dipuji, bila dipandang hebat, barulah lega.
Barulah terasa "Ohh, I am doing the right thing".
Yang benarnya, semua orang ada pendapat sendiri.
Even you (blog reader yang email aku ni) memandang orang lain dengan pandangan hebat.
Walhal kita tak tahu apa sengsara yang si polan sedang lalui.

People will always tell you how to run your life.
They will have opinions on what you should wear, what you should drive, how you should spend your money, etc.
Kalau kita try to bentuk diri kita berdasarkan apa orang lain kata, apa pencapaian orang lain, apa orang lain buat kita nak buat -- I can guarantee you 100% you will be confused and frustrated.
Macam aku cakap tadi, terinspirasi itu bagus.
Tapi tak perlu follow 100% jadi macam orang tu.

Jangan compare dengan orang lain.
Biarlah kalau kita nampak macam tak seberjaya atau sehebat si anu.
Matlamat hidup ni kita set sendiri.
Big goals ke, small goals ke, itu smeua stepping stone to a happier life.
Jalan ke arah matlamat tak selaunya smooth.
That's why kita always rasa apa yang kita buat semua sia-sia because we expect fast result.
Hakikatnya matlamat tak selalunya berjalan lancar atau mudah.
Tetapi mempunyai matlamat, sama ada besar atau kecil, adalah sebahagian daripada apa yang menjadikan hidup lebih baik.
It gives us a sense of meaning and purpose supaya kita nampak arah nak pergi dan datangkan minat supaya kita dapat teruskan apa yang kita sedang buat.
Which are good for our overall happiness.