2020-10-30

Jujur dengan intention



Cerita lama. Tahun lepas.
Tapi aku baru tersedar yang aku tertipu.
Eh, tak. Sebenarnya aku belum pasti lagi ini cerita tipu atau betul.
Sebab last month, among kawan-kawan ada yang cerita pasal ni "Akhirnya dia dapat PhD betul-betul".
Dan aku pun merasa kagum kejap dengan Azizan Osman sebab akhirnya berjaya jadikan all negative comments menjadi pembakar semangat.
Ini baru betul pakar motivasi!
Lepas tu plot twist, kawan aku bagitau ini pun FAKE juga rupanya. Adehhh!

Aku tak buat reading lagi pasal ni, tentang macamana dorang boleh tahu PhD yang paling latest ni also a fake certificate.
Ada la tu agaknya yang dah buat pencarian. Kalau betul, good job.
Kalau Azizan kantoi lagi this time, entahlah, maybe betul dia ni seorang yang persistent.
Kegigihan dan kecekalan dia mendapatkan "PhD" tu wajar dicontohi.
Tapi, persoalannya, UNTUK APA?
Untuk apa dia nak dapatkan PhD tu. Untuk apa nak pakai title Dr tu.
Kat situ yang aku tak faham. Untuk apa?

Bagi aku, tak ada keperluan.
Aku sendiri tak nampak apa keperluannya ambil PhD sampai 7-8 jenis kalau dah ada own company, dah run the business.
Kalau kau nak ambil pekerja yang ada PhD, that's ok.
Tapi kalau as business owner, kau dah hala tuju yang pasti dah kot, seriously aku tak nampak keperluannya, kecuali ada requirement yang kita kena follow.

Dalam subjek Food Safety and Assurance, kebanyakkannya lecturer adalah dari kalangan orang-orang industri yang tak ada title Dr pun.
Kalau ada pun hanya 1 pensyarah universiti yang sama-sama mengajar subjek tu.
Yang tu standardlah, sebab itu program Universiti of course lah dia letak tenaga kerja dia sendiri, tetapi yang mengajar kebanyakan topik tu nanti adalah orang-orang industri sendiri.

Why?

Sebab hanya orang yang ada dalam industri yang berpengalaman dalam food safety, yang duduk universiti mana hands on proses dalam food safety.
Lecturer lebih arif dari sudut teori tetapi practical-wise memang orang dalam industri.
Disebabkan mereka berpengalaman, mereka dijadikan Adjunct Fellow [ala-ala Adjunct Prof] untuk megajar.
Jadi, aku tak nampak apa tujuannya orang macam Azizan Osman nak ambil fake PhD.
Dia ada banyak testimoni kejayaan kot.
Bersepah-sepah testimoni katanya boleh buat ramai melayu jadi jutawan.
So kalau kau betul-betul bagus, ramai yang nak ambil kau jadi tenaga pengajar untuk share ilmu.
Tak perlu pakai title Dr pun.

However, kalau nak sambung belajar for personal fulfillment, go ahead, tetapi buatlah cara betul.
Kata nak personal fulfillment, why not ambil course dengan cara yang diiktiraf, kemudian masuk kelas, belajar, buat assignment, buat case study, buat kuiz, buat projek, kemudian grad.
Itu barulah kekdah yang betul.
Ini nak dapat recognition tapi buat cara back door.
Sebenarnya nak personal fulfillment ke, nak show off?

Memang seronok kalau dapat sambung belajar, especially untuk orang yang tak ada peluang untuk sambung belajar sewaktu muda.
Dulu sibuk membina kerjaya, now bila kewangan dah stabil, business dah boleh serah ke staff untuk jaga, masa pun dah banyak, teringin pula nak sambung belajar.
That's good! Aku suka semangat ini.
Aku sendiri suka enroll diri aku untuk dapatkan profesional certificate, some ambil masa 10-12 minggu.
Kena buat assignment, kena buat presentation.
Penat, tapi sebab aku nak, jadi aku buat.
Dulu aku ambil certificate not only to get myself certified oleh badan bertauliah tapi sebab aku ada GreenAard, jadi aku perlu tambah ilmu. 
Now aku dah slowly nampak kat mana profesional certificate ni bawa aku.
Aku dah start dapat invitation untuk bagi talk tentang Halal in Biotech, Issues in Food Safety, and Public Health.

Aku takde title Dr, dan certificate aku semua tak membawa apa-apa title. Hanya ilmu.
Tapi percayalah, kalau kita honest dengan intention kita menuntut ilmu, insyallah akan datang banyak peluang kepada kita.
Tak perlu nak purak-purak dapat PhD padahal kau tak lalui pun the process.
Tapi kalau ada peluang sambung belajar, why not!
Sambunglah sampai PhD, complete the learning circle. Lebih baik.
Sebab aku faham, ada orang keinginan untuk sambung belajar cukup tinggi.
Dulu hanya ada SPM, bukan tak pandai tapi duit tak ada.
Now duit ada, tapi masa pula takde.
Tapi janganlah kerana kekangan masa kita jadikan alasan untuk beli sijil.
Banyak program doploma, bachelor, masters yang khas untuk golongan bekerjaya, dan diiktitaf oleh universiti.
Tinggal nak dengan taknak je.

Bak kata Confucius - "Do not be concerned that you have no position, be concerned that you have what it takes to merit a position. Do not be concerned that no one recognises you, seek that which is worthy of recognition".

To be fair, memang nowadays, it is all about show.
Kalau tak tunjuk, orang tak tau.
Kalau orang tak tau, nanti orang pandang lekeh.
Maybe itulah yang jadi punca kenapa ramai yang beli sijil, sebab nak gain trust dari orang lain.
Kerana di zaman sekarang, menjadi cantik saja tak cukup, mesti pandai.
Dah jadi pandai pun belum cukup, mesti jadi kaya.
Dah kaya pun belum memadai, mesti ada title.
.....sambung lah kau sampai bila pun tak habis.
Susah nak cari makan sekarang ni, semua benda kena perfect.
Tu pun belum tentu lagi orang kagum, kalau perfect sangat silap-silap kena kecam. Pun boleh.


2020-10-28

Perempuan dan Persaingan


Mula-mula aku nak korang baca conversation ini. Dari DM aku.

Aku tak berapa kisah sangat bab overweight tu sebab overweight di pandangan mata orang adalah subjektif.
Yang aku tak berkenan tu bab mengejek, perli, dan asyik meng-compare berat badan.
Kalau ada yang tak tahu, ini adalah ciri-ciri orang insecure.
Maybe dorang ni membesar dalam persekitaran atau keluarga yang suka membanding-bandingkan dorang dengan orang lain.
Orang yang perangai gini, sebenarnya dorang membesar dengan situasi diri dorang selalu dibandingkan dengan orang yang lebih baik.
Dorang tak biasa dipuji, boleh jadi kerana orang-orang terdekat tak endahkan kewujudan dorang, ataupun dorang memang lack of many things.
Generally people like this tak ada keyakinan pada diri sendiri, they need to blow out people's candle in order to make their's shine brighter.

"Gemuk sikitlah kau sekarang.."

"Mak aiiii, bukan main bulat lagi pipi kau!"

"Apesal sihat sangat ni?"


Seriously, aku tak berkenan dengan orang macam ni.
Selalunya orang-orang gini, aku buat bodoh je.
Especially kalau dia bukanlah dikalangan kawan rapat, aku buat dek.
Aku anggap je la dia nak mengendeng, as if dia kenal rapat dengan aku.
Eloklah, semoga dengan pikap line tu dia sedar kenapa dia tak pernah jadi kawan rapat aku.
Kalau orang macam ni adalah di kalangan followers, lagi senang kerja aku, takyah reply terus.

Semakin kita membandingkan diri kita dengan orang lain, hanya menyerlahkan rendahnya keyakinan kita.
Ini memang 'rumus' biasa.
Orang yang tak ada konfiden dengan diri sendiri of course akan justify it.
Caranya, dia akan create false image pada orang lain do that orang tu nampak lagi teruk dari dia.
Padahal dia pun gemuk juga, tapi maybe bagi dia "Aku memang dari dulu pun gemuk tapi badan aku maintain tak berubah, Kau tu dulu kurus, sekarang gemuk. Maknanya kau semakin teruk, sebab tu aku tegur kau". You get me?

Orang yang tak sedar diri gini lain kali kau reply "Ha'ah, aku dah gemuk sekarang. Kau tak berubah-ubah dari dulu sampai sekarang maintain. Macamana kau buat sampai boleh maintain gemuk gini?"
Biar dia tahu di pandangan orang lain, dia juga gemuk.

Aku bermula dengan UNDERWEIGHT.
Gambar belah kanan tu adalah antara gambar terawal aku di blog.
Kalau nak ikutkan sebelum kawen dulu berat aku 41kg, jauh lebih jerangkung dari tu.
Bila orang kenal kau semasa kau underweight, automatically bila berat badan kau dah jadi ideal weight macam sekarang (gambar tengah), SEMUA ORANG akan cakap kau dah gemuk sebba kau pernah terlajak kurus.

What if kalau orang kenal aku semasa aku OVERWEIGHT (gambar kiri)?
Dah tentu sampai sekarang tak berenti orang puji aku dah kurus, padahal gambar kanan atas ni sama je beratnya dengan gambar tengah atas tadi.

This is TRUE story aku tau.
Memang ada je yang tegur "Gemuknya sekarang! Tembamnya pipi sekarang!"
Tapi luckily yang menegur aku ni pun bukannya aku kenal sangat, jadi aku buat dek je.
That's why aku cakap 'gemuk' ni subjektif.

Ada orang membezakan kita sekarang dengan kita yang dulu.
Ada yang membandingkan kita dengan dia.
Ada juga yang membandingkan diri kita dengan orang disekeliling kita.
Contoh, kau berada di tengah-tengah kelompok model bersaiz S, yang kau size M.
Otomatik akan nampak kau gemuk punya.

Bab pipi lagi best, tapi aku boleh consider lagi sebab bukan semua orang mendalami ilmu sains.
Some of them tak tahu yang pipi tends to be one of the first parts of the face yang akan berubah bila umur meningkat.
To some people, semakin berusia, fat di pipi jadi lebih visible walaupun dia tak put on weight.
Sebab tu ada orang tak suka selfie sebab muka dia macam pinggan padahal pinggang bak kerengga.
Apetah lagi kalau dulu underweight, now ideal weight, dah tentu pipi sekarang lebih tembam dari zaman underweight. Itu lojiklah.
Takkan badan naik berat, muka maintain the same.
Lagi satu lagi, bila umur meningkat, facial muscle dan bone structure turut berubah.
Muka boleh nampak lebih full.

'Wanita vs Competition' memang tak boleh dipisahkan, especially di kalangan perempuan yang takde great achievement.
Takde apa yang dia nak proud dengan diri sendiri, jadi dia pick small-small things like jari siapa lagi gemuk, pipi siapa lagi tembam, dagu siapa lebih runcing, betis siapa lagi besar....
Kelompok yang discuss small-small things like this kita boleh bajet apa je lah vision dia selain dari suka berdengki, membandingkan dan menjatuhkan antara satu sama lain.
Istilah persaingan sihat tu tak pernah ada.
Dorang nak menang sorang, famous sorang, berjaya sorang.
Dan selalunya orang macam ni susah nak menang, payah nak berjaya dan tak terkenal pun.
I mean bukanlah tak terkenal dalam erti kata dikenali ramai tapi orang tak endah.
Takde sape kesah pun pasal dia.
Tu pasal dia berusaha nak highlite diri dengan dengan cara mengkondem dan menjatuhkan orang lain.



2020-10-26

Jangan buat-buat busy

Isnin-Sabtu lepas aku mengharungi satu lagi moment-moment 'hazab' dalam hidup.
Aku dah sampai ke tahap burn out.
Everyday bangkit at 4.30am, dan tido selewat 1-2am.
Sabtu paling peak, bangun 4.30am, tido at 3.30am.
Zombie kalau terserempak dengan aku pun dia gostan balik.
Konfius dia siapa yang zombie sekarang ni.
Tapi bak kata En Wan "This is your choice, jadi jangan komplen".
Inilah yang dikatakan mahu mencabar diri, akhirnya tercabar. Kahkahkah.
Alhamdulillah, minggu hazabedah itu sudah berakhir.
Dan harapnya itu menjawab sikit pertanyaan-pertanyaan "Kenapa Kak Di tak update blog?"

Bila bercakap pasal busy, manusia mudah mengaitkan BUSY dengan PRODUKTIF.
Just like masa di sekolah kita ambil exam, siapa yang banyak kali mintak extra writing pad maknanya dia tahu jawab soalan.
Kita yang tak pernah minta extra writing pad ni gelabah beruk dah.
"Apesal dia tulis panjang-panjang, aku tak? Aku tak menjawab soalan ke? Ada point yang aku tertinggal ke?". Betul tak?
At least itulah aku dulu.
Menggelabah betul tengok member kiri kanan kejap-kejap mintak extra paper, yang aku rilek je.
Lepas tu mulalah aku merepek-repek menambahkan jawapan yang tak perlu.
Hujung-hujung masa suntuk, soalan lain banyak lagi tak jawab.
Penyudahnya, soalan lain jawab ringkas-ringkas je asalkan tak kosong. Tak ke bangang namanya tu?
Padahal jawapan untuk soalan yang atas-atas tu semua dah perfect mengikut skema jawapan.
Tapi disebabkan gelabah tengok orang lain jawab panjang berjela, aku dah habiskan masa kat soalan-soalan tu untuk menambahkan jawapan yang tak perlu pun.

Gitulah juga kita sekarang.
Asal sebut BUSY je, kita sangka kita sedang produktif. Ntah ye ntah tak.
Many of us are good at being busy but not productive pun.
Masa kerja sales dulu, ramai colleague aku yang 'busy'.
Of course sebagai sales executive, kita semua tak sepatutnya berada dalam ofis.
Nama pun SALES, tempat kau sepatutnya di luar ofis mencari sales, bukan duduk dalam ofis.
Maka berdedailah semua sales exec lepas breakfast terus keluar jumpa customer.
Tapi hujung bulan tetap kena tibai dek boss sebab keluar bukan main rancak tapi takde Purchase Order masuk pun.
Ada yang 'bijak', pi issue quotation demi quotation nak membuktikan yang dia ada jumpa customer.
Sekali bila boss contact customer-customer tu untuk follow up quotation, customer kata takde request pun.
Hah, padan muka. Lagi teruk kena tibai dalam meeting sekali pakej warning letter.

Ada juga colleague yang kejap-kejap outstation.
Jenis yang suka outstation padahal tak perlu pun.
Contohnya, hari ni ke Melaka, lusa karang pegi lagi Melaka.
Minggu depan ke Penang. Balik dari Penang 2 hari, pegi Kedah pulak.
Aku sampai pelik, apesal kau kejap-kejap nak pi negeri yang sama?
Kau tak reti nak susun jadual ke apa.
Kalau aku dulu, bila dah plan next week akan ke USM, aku akan call semua customer belah utara, start dari customer kat UPSI, VRI, MKAI, USM, IPP Batu Maung, NaFISH, AIMST dan UniMAP.
Dari customer di Perak sampai Perlis, aku call bagitau aku akan ke sana next week, kalau dorang free aku nak jumpa.
Kadang tu aku create purpose supaya boleh jumpa dorang.
Barulah berbaloi duit minyak, duit tol, dengan penat men-drive sekali harung jumpa semua customer.
Orang yang work hard memang always busy, tapi those yang work smart adalah produktif.

Aku tak katalah aku produktif, tapi aku believe aku work smart.
At least itulah yang ex-bosses pernah bagitau aku dulu "You work smart".
Semua pengalaman tu memang membantu aku sekarang bila aku run own company.
Tak, ini bukan bragging tapi aku geram sebenarnya dengan orang yang katanya BUSY tapi tak nampak apa hasilnya.
Ujung-ujung kerja dia nanti kita kena buat.
Kita dah buat 2-3 task, dia tak habis-habis dengan dia punya busy yang tak nampak progress.

To be fair, orang yang sibuk ada great work ethics, that's why dorang always busy.
Masalahnya dorang kerja keras, tapi tak berkerja dengan bijak.
The way dorang bekerja hanya satu arah tanpa mempertimbangkan samada ada cara yang lebih baik untuk buat kerja tu atau tak.
Berbeza dengan orang yang produktif, dorang bagi tumpuan untuk jadi efektif terlebih dahulu, baru efficient.
Dorang always cari jalan terbaik untuk dapatkan hasil yang sama.
Bila kita cekap tetapi tak efficient, somehow kecekapan kita tak memberi makna apa-apa.
Contoh, kita ada idea untuk buat marketing.
In order nak menterjemahkan idea tu, kita perlu buat satu design/flyer/poster.
Bukan kita tak boleh buat design, boleh.
Banyak apps yang boleh siapkan design dalam masa 30 minit.
Tapi kalau upah orang untuk buatkan part design, maknanya kita ada extra 30 minit untuk create another marketing plan.
By the time design dah siap, kita dah ada one more marketing idea untuk diterjemahkan ke dalam bentuk design yang lain.

Itu maybe contoh untuk orang yang ada bisnes with pekerja yang berkemahiran.
Aku bagi contoh lain.

Masa aku sales exec dulu, aku upah student di universiti untuk jadi 'dropshipper' aku.
Mana-mana lab yang dah beli produk aku, aku appoint sorang student di situ untuk promotekan barang aku kepada student lain.
Itu lebih mudah dari aku yang kena promote and demo barang.
Biasalah, kalau kita nampak kawan kita guna satu barang dan barang tu nampak berkesan pada dia, dah tentu kita akan percaya bukti depan mata, betul tak?
Jadi, aku hire them. Aku bagi komisyen.
Tak ada paksaan, tak ada sales target.
Motivation yang aku bagi adalah money.
Kalau ada orang beli, you get komisyen.
Lagipun barang tu kau memang guna, dah alang-alang kau guna, buatlah demo sekali kat member-member dalam lab tu.

"Mana Kak Di dapat duit nak bagi komisyen sedangkan masa tu akak makan gaji?"

Aku bagi dari duit gaji aku.
Nanti hujung bulan aku depat gak komisyen dari company sebab hit sales.
That's why aku always hit monthly sales, sebab aku guna cara ni.
Dalam masa yang sama aku dapat siapkan paperwork aku di ofis sebab ada orang lain tolong jualkan barang untuk aku.
Masa yang lapang tu aku gunakan untuk cari new customer atau create new marketing plan pulak.
Jadi, most of the time kerja aku adalah mencari new customer.
Maybe sebulan 3-4 kali aku akan follow up customer-customer lama just to keep the friendship warm, up date dorang apa produk terbaru, sembang-sembang kosong, etc.

Ceritanya, ada banyak cara untuk kita bekerja.
Tidak terhad pada kaki dan tangan, otak kena jalan sama.
Bukanlah kata yang work hard ni tak guna otak, cuma kalau ada cara senang untuk siapkan kerja, kenapa nak guna cara hard.

Berbalik pada buat appointment dengan customer tadi, jangan main angguk je bila customer suruh datang esok, kau pun datang.
Kalau ofis kau kat Subang Jaya, customer kat UPM, takpe lagi.
Ini kau kat Subang Jaya, customer kat UMT.

"Saya nak beli gel documentation system, boleh tak datang esok untuk buat demo?"

Kebanyakkan colleague aku dulu akan jump terus "BOLEH!"
Sebab masing-masing excited customer tu berminat dengan gel documentation system yang berharga RM60K.
Hello...? Dia baru BERMINAT, belum tentu lagi beli, so kau boleh tak bertenang?

Busy people never say no - they say yes to everything.
Dan akibatnya, jadual dorang padat dengan perkara-perkara yang buatkan dorang sibuk tetapi kesibukan don't change their life.
Itulah yang terjadi pada some of colleague aku dulu.
Jadual dia memang padat. Hari ni dia pi USMKK, pastu balik tak sampai 4 hari nak pi UIA Kuantan pulak.
Aku cakap kejadahnya dah alang-alang kau naik Kelantan, apesal tak buat appointment ke UIA Kuantan sekali, satu kali jalan.
Dia kata yang customer UIA tu tak available hari yang dia nak datang.

Kalau customer tak available, FIND WAYS SUPAYA DIA MAKE HIMSELF AVAILABLE.
Come on lah, customer takkan kejam, dia tau kau dari KL.
Dia tau kau bersusah payah drive jauh-jauh. 
Kalau kau bagitau kebetulan kau akan ke east coast that week, selalunya customer akan susun jadual.
Ataupun kau kena cari jalan untuk jumpa customer-customer lain di east coast sepanjang 4 hari tu hinggalah hari kau ke UIA.

Aku pernah ke Sabah Sarawak 5 hari, dari Kuching-Bintulu-Labuan-KK-Tawau.
Padahal yang kat Bintulu tu takde apa appointment pun (UPM Bintulu), tapi aku create free talk mengajar budak-budak topik Biochemistry.
Aku bagitau Ketua Program yang aku ada KPI kena meet, salah satunya adalah teaching,.
Jadi, aku nak bagi free teaching. Padahal takde pun syarat tu dalam KPI aku.
Aku cuma nak cari reason supaya ada something yang berbaloi untuk aku and customer, ada pengalaman untuk aku dan ada benefit untuk customer.
Dari situ jugalah nanti customer akan nampak kelebihan company aku (company majikan) berbanding company lain.

It works okeh! Start dari situ banyak sales aku dapat dari UPM Bintulu.
Ada sorang lecturer tu berpindah ke UPM Serdang, masih cari aku untuk supply barang-barang lab projek dia.
Kalau ada simple-simple topik yang dia nak explain pada student masters dia, dia akan minta aku create satu slot untuk mengajar sebab dia tau aku boleh buat.
Aku bagi free service je bab ni sebab aku rasa ini peluang untuk aku buktikan pada them aku bukanlah sales person yang sekadar menjual barang but ada knowledge dalam bidang tu.

Jadi, jangan konfius antara BUSY dengan PRODUKTIF.
Benda ni hanya kita saja yang boleh nilai.
Tak boleh tipu diri sendiri bab ni.
Kalau terasa busy, penat, cuba check balik, kepenatan dan kebizian kita tu kerana apa.
Kadang kita banyak ke hulu hilir tapi hakikatnya tak jadi apa pun. Jadi penat je.

Nanti aku sambung lagi cakap pasal ni.
Take care everyone!

By the way, PAY DAY OFFER bulan ni kita pilih tarikh today. SATU HARI SAJA. Whatsapp sini.



2020-10-20

Spesis bengap


Lately ni banyak pulak aku nampak orang dok share meme-meme yang tak berapa kelakar macam :

"Ada lagi ke perempuan yang gaul kunyit dengan tangan?"
"Ada lagi perempuan yang sanggup terima lelaki ada moto kapcai?"
"Ada lagi ke perempuan yang nak dating kat warung?"


Kau dah kenapa saitan.
Kalau tak gaul kunyit dengan tangan kau nak aku gaul dengan apa. Dengan tumit?
Ni semalam nampak meme yang ni pulak.




Alahaiii comel nau, tapi tak kelakar, ya.
Lain kali kalau nak berjenaka tu biar yang klako sikit.
Ni karang kalau kita balas balik, dia kata "Kau takkan boleh menang dengan perempuan".
Yang sebenarnya ada je lelaki yang tak boleh terima kenyataan dorang pun 2x5..

Ada banyak tulisan yang membeza-bezakan perempuan dulu dengan sekarang.
Katanya perempuan dulu berpakaian sopan, duduk rumah pun bukan main rapi lagi baju and rambut, bercakap pun lembut, akhlak sangat feminin.
Kalau nak keluar rumah tak sah kalau tak dapat izin mak bapak, balik pun sebelum senja, malam lansung tak berani keluar.
Mak bapak zaman dulu menjaga anak perempuan macam menjaga intan berlian katanya, sorok selagi boleh, kalau boleh tak nak bagi orang nampak lansung kelibat anak perempuan.
Tak macam perempuan zaman sekarang, seminit duduk dalam rumah macam kena penjara setahun katanya.
Belum lagi cerita bab adab, gelak terbahak-bahak, lepak dengan boys, hang out beramai-ramai seharian, balik malam, etc.
Padahal melayu, patutnya kaya dengan adab dan adat.

Halah halahhhhhh.
Dia senang cerita ginilah, toksah perati sangat anak orang.
Esok kau ada anak perempuan, didik baik-baik macam yang kau nak.
Tengok kau boleh jadi macam mak bapak dulu-dulu ke tak, peram anak dara kat rumah.

Aku tak sure dia nak perempuan sekarang jadi macam perempuan zaman dulu tu, zaman yang mana.
Setahu aku zaman Mak Aji pun perempuan dah ke sana sini.
Mak Aji dulu sportswoman, wakil sekolah main hoki, pakai short bagai.
Dah kerja kat UKM masih lagi main hoki, tour satu Malaysia suka antara universiti.
Mak aku lahir tahun 50an, masa dia bersekolah maknanya tahun 60an.
Maksudnya tahun 60an lagi wanita dah terbiasa ke sekolah, main sukan, berpolitik, berpesatuan.

Tahun 60an wanita dah mula independent.
Kalau zaman arwah nenek aku dulu, yes. Memang kena kurung.
Itupun dia sempat bersekolah [belajar agama] tapi setakat umur 12 tahun. Umur 14 dah kawen.
In fact, mok mertua aku pun kawen umur belasan tahun.
Aku tanya mok aku, kenapa orang zaman dulu kawen awal-awal?
Mok aku cakap, "Doh takkan nok duduk rumoh sesaje, kije pun dop buleh, takkan mok ayoh nak bela sampai sudoh. Bagi nikoh doh le".
SETLLE.

Ada betulnya jugak.
Perempuan zaman dulu, orang tak expect banyak.
Kau pandai membaca lebih kurang, boleh masak - cukup syarat.
Sebab zaman dulu, mencari rezeki letaknya pada bahu seorang suami a.k.a lelaki.
Tapi, zaman sekarang, boleh tahan ramai juga yang malas belajar, malas kerja, tapi selera besar.
Bab mengote memang rajin.
Dia menyetan takpe, tapi kalau nak buat bini mesti nak stok-stok perempuan lindungan Kaabah.

Kalau dah suami isteri sama-sama bekerja, sama-sama put money on the table, takkan kau tak boleh consider untuk sama-sama memasak kat dapur?
Atau paling tak, kau sediakan segala bahan memasak, isteri masakkan.
Ini tak, sama-sama pegi bekerja, tapi bila balik kerja isteri check-in dapur, yang kau membongkang atas sofa.
Bangun tido nak mencekik terus.
Seb baik laki aku tak spesis gini, kalau tak dah lama kena cekik ngan aku.

To be fair, sebenarnya En Wan masa awal-awal kawen pun expectation dia gitu.
Sebab dia membesar dengan maknya surirumah.
Walaupun mok terlibat sama berniaga dengan arwah ayah tapi kat rumah ada 3 orang bibik.
Jadi kalau mok kerja, keadaan rumah masih lagi terjaga.
Sebab tu En Wan tak biasa makan lauk repeat.
Kalau tengahari lauk tu, malam tak boleh makan lauk yang sama, mesti lauk fresh.
Berbeza dengan aku, membesar dengan mak bapak bekerja.
Most of the time Mak Aji je yang ada kat rumah sebab Pak Aji kerap outstation.
Jadi Mak Aji yang banyak menguruskan hal rumah.
Dia hanya masa SATU KALI je, waktu pagi.
Mak Aji bangun 5am, terus masak untuk lunch supaya anak-anak balik skolah ada benda nak makan.
Dengan pesanan "Kau jangan tala lauk ni sampai habis pulak, ini sampai malam karang".

Kalau dia rajin, dapatlah pagi tu breakfast nasi goreng atau scramble egg.
Kalau tak, dia memang masak untuk lunch je, breakfastlah kau makan roti selet butter.
Sepanjang aku skolah, tak sampai 50 kali breakfast makanan lain, selalunya hadap roti je.
Dah terbiasa makan lauk perangat.
Even now, kalau lauk tu simpan dalam peti sejuk, aku boleh rilek je keluarkan dan terus makan dengan nasi.
Nak panaskan balik dalam microwave pun aku malas.
Begitu sekali tahap immune aku.
Kalau En Wan, jangan.
Dia kalau lauk fresh masak panas-panas, tapi nasi tak panas pun dia takleh makan. Apa jenis tekak pun aku tak tau lah.

Masa tahun-tahun awal kawen dulu En Wan punya expectation adalah isteri kena masak, kena kemas rumah, kena siapkan segala keperluan suami.
At the sama time dia nak isteri blaja tinggi, bekerja, bergaya.
Eh cantik muka? Kau hensem nau ke? Bagus sangat keje engineer tu? Kau ingat kau pakai sport car kau boleh letak syarat macam-macam kat aku?
Dulu dia selalu gak bandingkan aku dengan isteri kawan-kawan dia [aku tak tau lah isteri siapa yang dia bandingkan].
Kejap-kejap "Bini kawan abang tu kerja jugak, tapi balik boleh masak".
Uiiii hanginnnnn aku dengar.
Aku jawab "Bini kawan awak tu keje apa? Balik pukul berapa? Ada dia serah semua duit gaji dia kat suami macam saya buat? Berapa sen dia contribute kat rumahtangga? Apa je yang dia masak? Laki dia jenis makan apa je yang bini masak. Awak boleh kalau saya masa cincai? Kalau tak boleh, DIAM!"

Memang sungguh dia diam. Tak berani dah dia ungkit.

Bukan aku nak ajar korang buat macam tu tapi sometimes ada lelaki tak sedar kalau kita tak ungkit.
Nak kena "diketuk" baru dia nampak "Ohhh, betul. Bini aku at least begini, begini, begini.."
Kau nak bini berpelajaran tinggi, berkerjaya bagus, bergaji besar, bergaya, pandai masak, boleh jaga makan pakai anak dan suami, abis yang kau buat apa je agak-agak?
Tak cukup sekadar bagi duit belanja dapur dan nafkah ya.
Some lelaki cakap lebat, bab duit nafkah "Terimalah seadaanya, dalam hadis pun ada cakap suami bagi nafkah setakat yang mampu.."
Fuh, kalau bab ni, petik hadis terus.

Bendanya simple je, kalau nak isteri berlebih kurang, suami pun kena berlebih kurang.
Isteri tu bukan robot, ada harinya dia masak sedap, ada harinya dia kepenatan masak pun ala kadar.
Ada harinya dia balik kerja masih ada tenaga mengemop lantai, basuh toilet.
Ada harinya dia balik nak tanggal tudung pun takde mood.
Halaahhh, time bujang dulu mentekedarah maggi siang malam takde pulak masalah, now sesekali kena hadap maggi dia punya mengungkit macamkan kena makan nasi basi.
Menyampah betul aku lelaki jenis gini. Bengap.


2020-10-18

Influencer Marketing


Istilah influencer sangat popular sekarang [3-4 tahun kebelakangan ni].
In fact, boleh dikatakan perkataan "influencer" tu tergolong di antara keyword popular.
Influencer Marketing dah jadi salah satu strategi paling berkesan.
Dulu orang beli sebab features, sebab benefits, now boleh dikatakan sebahagian besar orang beli kerana pengaruh influencer.

People look up to influencers dan berangan-angan nak hidup seperti dorang.
Hidup dalam dunia glamor, mewah, selalu dapat free gifts, selalu dapat perhatian, all make the grass seem greener on their side.
Walaupun hakikatnya hidup sebagai influencer ni tidaklah 24 jam happy, tapi takde orang tau sebab benda-benda tak best siapa yang nak tunjuk, jadi orang pun takkan tahu.

Menjadi seorang influencer memang banyak kelebihan, itupun kalau dia menggunakan kelebihan ke jalan yang betul.
Aku tak sure if aku adalah seorang influencer, tapi yang pasti aku ada tribe aku sendiri.
Maksudnya, followers aku. Those are my tribe.
Kalaulah itu boleh dianggap sebagai influencer, maybe aku juga seorang influencer.

Becoming an influencer in your industry can have immense benefits.
Kita boleh gunakan pengalaman dan kredibiliti untuk mempengaruhi pendapat orang lain, membina kepercayaan, mengembangkan brand dan banyak lagi.
Dengan kata lain, people recognize you as an expert [atau paling tak pun berpengetahuan tinggi] in your industry and kau ada followers tersendiri.
Followers boleh jadi pembaca blog atau followers media sosial yang lain.
Tak perlu jadi influencer pada skala besar untuk bagi impak.
Ramai je mikro-influencer yang tak dikenali secara besar-besaran tapi masih banyak pengaruh.

Pendek kata, influencer ada kewibawaan, dan apa yang mereka kata/tulis is as good as gold.
People value apa yang influencer katakan, lakukan, tuliskan, and they are genuinely interested in what the influencer have to say.
That's why jangan pelik bila ramai influencer seolah-olah perlu "bagitau" apa yang mereka buat and nak buat.

Contohnya ada orang pelik "Apesal dah bertudung nak kena bagitau? Apesal dah berniqab nak kena buat announcement? Nak pakai, pakai je lah".

Haaa, itulah bezanya kita dengan influencer.
Kita ni takde sape nak follow, takde sape kisah pun.
Tapi influencer ada tribe dia sendiri, orang dok berebut follow dia, tertunggu-tunggu update dari dia.
That's why apa dia buat [atau nak buat], dia akan announce because dia ada tanggungjawab terhadap tribe.
Umpama nak pi umrah, kita bagitau ahli keluarga, paling tak pun makcik-pakcik terdekat akan diberitahu untuk minta doakan perjalanan menunaikan umrah ni selamat pergi selamat balik, betul tak?

Apesal kena bagitau? Nak pergi, pergi je lah.

Becauseeeeeeee, itu adalah tribe kita, that's why kita bagitau.
Same goes to influencer, dia announce apa yang dia buat bukan sebab nak show-off tapi kerana dia ada tanggungjawab untuk update her tribe.

Menjadi influencer adalah ujian.
Allah 'lantik' certain orang jadi influencer adalah sebagai ujian, belum tentu nikmat.
Menjadi influencer bermakna ada tanggungjawab sosial yang perlu digalas.
Siapa saja yang menjadi pengikut kita tu sekarang memanglah buat main lagi dorang sayang, ampu kita, puji kita - tapi tunggu esok di akhirat, semua followers tu akan tuntut macam-macam dari kita.

"Ya Allah, aku follow Diana Ishak selama 15 tahun lamanya. Tapi sikit pun dia tak pernah ingatkan aku pasal kau. Sikit pun dia tak pernah ajarkan aku ilmu yang mendekatkan aku pada Kau". 

"Ya Allah, Diana Ishak pandai menulis blog. Aku baca blog dia hari-hari tapi takde satu pun tulisan dia yang mewujudkan keinginan aku untuk beramal soleh."
 
 
"Ya Allah, Diana Ishak ni influencer. Dia bertudung tapi dia tak pernah mengajak dan menimbulkan kesedaran aku tentang aurat".

Nak jawab apa, Diana?

Ini yang sedang membaca tulisan ni pun bakal menuntut dari aku di akhirat kelak.
Jadi, biarlah tulisan yang sama ini juga menjadi hujah kuat aku di sana.

Sebab itu jangan bersangka buruk bila public figure/celebrity/influencer always announcekan apa juga yang mereka buat di media sosial.
Kalau kita adalah tribe dia, pasti kita suka apa yang dia update.
Kalau kita bukan tribe dia, dah tentu kita mengeji, maka sila back off.
Dia nak show off ke, tak ikhlas ke, attention seeker ke, drama queen ke, takde sangkut-paut dengan kita pun.
Beri peluang dia jalankan tanggungjawab, tak usah kita nak persoalkan apa pun niat dia.
Niat dia, itu antara dia dengan Allah.

Menjadi influencer adalah ladang amal sekiranya menggunakan peluang dan medium itu dengan baik, dan boleh menjadi sebaliknya.
Ada juga orang yang kata "Ekstrim sangat hijrahnya, mengalahkan Ustazah Norhafizah Musa. Padahal ustazah tu lagi tinggi ilmunya".

Look.
Bukan semua orang nak baca tulisan ustazah-ustaz.
Bukan semua orang nak dengar ceramah ustaz-ustazah.
Ustazah-ustaz tu dah ada tribe dia sendiri.
Tetapi ada sekelompok yang lain yang kecenderungannya bukan pada ustaz-ustazah tetapi pada influencer media sosial dan celebrity.

Katakanlah sorang influencer dah berhijrah, tak mustahil dia mampu menimbulkan kesedaran pada tribe dia untuk berhijrah sama.
Some people tak tersentuh dengan ceramah 1 jam ustaz tapi tersentuh dengan tulisan 3 minit dari influencer kerana approachnya berbeza.
Allah bagi hidayah dari arah yang tak sangka.
Mudah-mudahan kita menjadi punca hidayah seseorang.

Orang yang dah berhijrah ni, kecenderungan akan berubah.
Bila dah bertudung, barulah datang rasa "confident" nak dengar ceramah ustaz-ustazah di You Tube pulak.
Tak mustahil satu hari nanti mereka-mereka ini akan jadi tribe ustaz-ustazah asbab dari influencer tadi.
So boleh nampak tak impak being an influencer ni sangat besar dan boleh menjadi ladang amal yang berpanjangan pahalanya hingga ke akhirat?

Kadang-kadang aku senyum sendiri bila baca komen "Kau tengoklah nanti, lepas hijrah mesti jual tudung".

"Tudung and jubah harga Tel Aviv. Baik beli kat ******, murah, kain pun sedap. Yang penting tutup aurat".

Dik, bukan semua orang beli sebab features.
Memang betul, perlu ambil kira features - fabrik jenis apa, senang gosok ke tak, mudah renyuk ke tak, panas ke tak, senang basuh ke tak, mahal ke tak.
Tetapi, bukan semua orang beli sebab features, masih ramai yang membeli sebab pengaruh dan pride.
Kalau tak, takkanlah iPhone tu berjujuk orang beli.
Walaupun harga iPhone lagi mahal dari gaji dia 2 bulan, tetappppp dia beli.
Ramai je beli iPhone tapi hanya guna FB/IG and Whatsapp. Features lain tak reti. Why?
Kerana masih ramai yang membeli bukan kerana features tapi PENGARUH.

Menjadi influencer memang sangat memudahkan urusan perniagaan kerana yang pertama sekali, kebanyakkan yang membeli adalah tribe sendiri.
Tak perlu susah-payah buat marketing ads beribu-ribu macam orang lain.
Sesekali buat ads tu bolehlah untuk "kacau" timeline.
Tapi percayalah cakap aku, yang membeli mostly dari tribe sendiri.
Because, tribe adalah orang yang trust kita, yang sayangkan kita, yang jadi supporters kita.
That influencer tak curi customer sesiapa. Memang yang beli dari dia adalah tribe dia.
Jadi kalau bisnes kita tak bagus, it is because kita tak berada di tribe yang betul, atau kita cuba jual pada semua orang.

I can talk about this all day, tapi aku kena masak. Karang laki aku menjerit.
Yang sebenarnya aku tengah prepare material untuk aku punya upcoming talk and forum kat universiti tajuk Personal Branding.
Insyallah, kalau ada yang ambil video talk tu nanti, aku share kat sini.
Tolong doakan aku dapat deliver dengan baik.

Oh by the way, ni aku share video aku pasal koleksi skin care.





2020-10-17

Ladang dakwah Neelofa


Sebolehnya aku taknak ulas tentang penghijrahan Neelofa yang sekarang dah berniqab.
Tapi aku tau ramai yang mempersoalkan penghijrahan dia, tak kurang yang mengecam.
Ada juga yang dah start counting days nak tengok sejauh mana dia bertahan dengan imej baru.
To me, benda ni tak perlu jadi bahan argumen pun sebab niqab itu sendiri tak jatuh hukum wajib dalam mazhab kita.
Jadi, apa yang dia pilih sekarang adalah something extra yang dia nak buat untuk diri sendiri.
Umpama kita solat dan puasa sunat, tak buat tak dosa, tapi kalau buat dapat pahala.
Andai kata one day dia pilih untuk buka niqab, masih tak menjadi kesalahan.
Jadi, tak perlulah kita menghitung hari menunggu masa nak tengok lama mana dia bertahan.
Effort kita tu bolehlah alihkan kepada misi 1 hari hafal 1 ayat.
Hat ni pun tak wajib buat, aku bagi cadangan je, tapi kalau buat dapat pahala. Tak gitu?

Ada juga yang predict perubahan Neelofa adalah untuk tujuan bisnes.
Katanya now dia dah keluarkan niqab, kalau pakai model biasa takkan jalan.
Orang nak tengok Neelofa yang pakai, sebab itu dia berniqab. Katanya lah.

Dia macam ni lah, toksah susah-susah nak kaji kenapa dia buat.
Ambil saja mana yang boleh dipakai, yang rasa-rasa tak boleh pakai, jangan ikut.
Aku takde masalah pun kalau dia buat untuk bisnes sebab itu lebih baik daripada dia promote turban.
Kerana walaupun ber-turban dan pakai inner neck yang melekap, itu namanya membalut.
Bahagian badan yang dibalut melekap, maka bererti aurat belumlah tertutup walau kelihatan macam masih cover rambut.

Katanya dia dah takde hati dengan urusan dunia.
Tak sure apa yang dimaksudnya dengan ini.
Kalau dia dah made up her mind, it's still her choice, takpelah.
Tapi kalaulah cadangan aku boleh dipertimbangkan, aku nak Neelofa terus berada dalam dunia fashion.
Bukan menggalakkan dia atau wanita lain ber-tabarruj, tapi ini adalah satu ladang dakwah.

Neelofa bukan saja satu nama yang besar, malah dia juga adalah ikon fashion.
Dia sangat pandai bergaya dan ada taste dalam memilih gaya.
Kalaulah dia boleh produce pakaian yang syari'i yang kelihatan fresh and modern, tak nampak 'kolot', aku yakin dia mampu tarik lebih ramai berpakaian syari'i.

Contohnya ni.
Ini gambar sebelum dia berniqab, sebagai menghormati imej dia sekarang, aku mosaickan muka dia sikit.

Pakaian dia ni sangat syari't, tapi masih bergaya, kan?
Inilah maksud aku tadi, dia masih boleh berdakwah dengan cara ini.
Aku harap sangat dia tak tinggalkan dunia bisnes dan fashion.
Aku yakin Neelofa kini lebih arif dalam soal tabarruj, sebab dia sendiri dah memilih untuk jadi modest.
Kalau dia nak teruskan dengan bisnes fashion, aku percaya dia faham apa yang aku maksudkan.
Tolonglah sesiapa kalau boleh sampaikan pada Neelofa cadangan aku ni.
Ini adalah ladang dakwah yang besar untuk dia.
Sebab dia ada nama, ada gaya, ada crowd yang huge.
Aku yang crowd cinonet pun masih ada yang berterima kasih sebab ter-influence dengan tulisan aku, inikan pula Neelofa.

Dakwah is not just an attribute.
Masyarakat Islam di Malaysia umumnya anggap bahawa sifat berdakwah mestilah berjubah, kalau yang lelaki mesti pakai serban, bawak tasbih dan lain-lain.
Cara pemikiran begini dah lama wujud.
Maklum je lah, kalau kita tengok gambar-gambar ulamak terdahulu hampir semua pakai jubah dan serban.
Dan pemikiran serta andaian seperti itu masih berlaku sampai sekarang - kalau nak berdakwah mesti pakai begini begini - barulah layak berdakwah.

Kalau kita tengok pendakwah Indonesia, Ustaz Muzammil Hasballah contohnya, pakaiannya masih gaya anak-anak muda, pakai cap, penyampaian dakwahnya pun santai, gaya bahasa pun gaya bahasa anak-anak muda yang mudah faham.
Ya, aku tahu itu lelaki.
Maksud aku, dakwah itu boleh datang dalam apa juga bentuk dan cara, asalkan tak bertentangan dengan syariat.

Dah sampai masanya kita ubah mindset dan sudut pandang tentang hakikat dakwah yang sesungguhnya.
Dakwah tidak harus menggunakan atribution atau berada di lokasi yang khusus untuk berdakwah.
Apetah lagi di era milenial macam sekarang, content dan lokasi dakwah mesti diselaraskan dengan keperluan zaman.
Berdakwah itu tujuannya untuk mengubah sesuatu yang buruk menjadi baik. Ini konsep yang mesti dipegang.

Manusia mencontohi manusia lain.
Dulu pernah viral kat Indonesia sorang pendakwah yang berdakwah dalam kelab malam.
Caranya, dia masuk kelab tu, dia berselawat dan berqasidah sampaikan semua dalam tu akhirnya ikut.
Mula-mula memang pendakwah ni kena kecam, tapi rupanya dakwah itu berkesan.
Bila ditanya kenapa dia berdakwah cara tu, dia kata kalau yang dalam kelab malam tu dipaksa ke masjid, mereka akan rasa mereka dihina dan tak layak masuk masjid.
Jadi, kalau mereka tak mahu datang masjid, apa salahnya kita yang datang kepada mereka.
Wow, masa aku dengar tu meremang bulu roma.
Just like Ustaz Ebit Liew buat, kan?

Hakikat berdakwah adalah mengajak manusia berubah menjadi lebih baik dan mencegah mereka melakukan perkara buruk.
Dakwah berhak diberikan kepada sesiapa sahaja, walaupun dia seorang pelacur atau pakar maksiat.
Dia berhak menerima dakwah, mudah-mudahan dengan cara itu Allah beri petunjuk kepadanya.
Jadi berbalik pada isu Neelofa ni, aku berharap dia tak tinggalkan dunia bisnes fashion.
Kelebihan yang dia ada dalam bidang tu adalah ladang dakwah untuk dia.


2020-10-16

Jangan berhijrah kerana manusia.


Motif hijrah semestinya kerana ALLAH. Sayangnya, sering kali hijrah disalahgunakan untuk motif lain.

Pertama, hijrah kerana “ikut-ikut”. Dianggap menjadi trend, orang pun ramai-ramai berhijrah.
Gaya berpakaian, cara bercakap dan gesture berubah akibat ikut-ikutan.
Hijrah seolah-olah telah menjadi lifestyle, bukan semata kerana Allah. Ini berbahaya.
Bayangkan, kalau one day hijrah dah tidak popular lagi, boleh jadi pelakunya kembali seperti dulu.
Inilah yang banyak terjadi.
Terinspirasi dengan hijrah orang lain itu boleh, tapi niat kena perbetulkan. Jangan lari.

Kedua, hijrah kerana paksaan.
Ini juga berbahaya.
Contohnya, orang yang mengaku sudah berhijrah memaksa orang lain untuk berhijrah seperti dirinya.
Hijrah bukanlah paksaan, tapi panggilan hati. Tulus ikhlas, tanpa paksaan.
Walau bagaimanapun, jika hijrah itu hukumnya wajib, ia mesti dipaksa.
Maksudnya empunya diri yang mesti memaksa dirinya untuk berhijrah.
Contohnya, bertudung. Ia wajib dan tak perlu menunggu hidayah kerana hidayah adalah pentunjuk.
Petunjuk sebenarnya sudah lama ada, cuma kita yang menolaknya.

Ketiga, hijrah kerana mencari perhatian dan pujian.
Ini lebih teruk lagi. Sudah jelas keikhlasannya rosak.
Ramai orang berhijrah hanya mahukan dirinya dianggap baik, alim, islamik, dan layak diinspirasikan.

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” [An-Nisaa, 100].

Di dalam ayat di atas, Allah berjanji kepada orang-orang yang berhijrah.
Janji itu paling tak akan mencakupi dua perkara.
Yang pertama, tempat hijrah yang luas dan kedua, rezeki yang banyak.

Janji pertama yang diterjemahkan sebagai tempat hijrah yang luas ini, boleh jadi bukan sebuah tempat dalam erti kata yang sesungguhnya.
Ia boleh menjadi orang yang berhijrah dari tempatnya menuju tempat lain, kemudian dia menjadi sukses di tempat baru itu, serta banyak mendapat rezeki.

Janji yang kedua dalam ayat itu adalah mendapatkan rezeki berupa kekayaan harta yang banyak.
Boleh jadi rezeki yang dimaksukan bukan berupa harta, tetapi berupa jalan kebenaran dan petunjuk dari Allah.
Dengan kata lain, luas dan banyaknya rezeki yang dijanjikan Allah, boleh jadi berupa harta atau nikmat Allah yang lain.

Bila sebut tentang hijrah, selalunya digambarkan sebagai dari tak bertudung kepada bertudung.
Ataupun digambarkan sebagai perubahan penampilan.

Berhijrah yang sebenarnya adalah menjadikan diri lebih baik dari sebelumnya.
It could be dari sisi agama, kehidupan, tutur kata, cara berpakaian, sikap, cara berfikir dan masih banyak lagi.
Dari malas menjadi rajin, dari kurang baik dalam bertutur kata menjadi baik dalam berbicara, dari yang berpakaian masih sesuka hati mengikut trend menjadi sesuai dengan syariat islam, dan sebagainya.

Setiap orang pasti ada history masa lalu yang baik ataupun buruk.
Seburuk apapun masa lalu tidak boleh menjadikan kita manusia yang terus kekal di dalamnya.
Kerana orang baik/alim sekalipun pasti ada kisah hitam masa lalu.
Belum tentu dia yang memiliki masa lalu yang paling buruk akan memiliki masa depan yang buruk juga, begitulah sebaliknya.
Boleh jadi dia yang memiliki masa lalu paling buruk memiliki masa depan yang baik yang tak pernah terlintas difikiran.

Tips hijrah?
Ini bukan tips kerana aku juga masih belajar. Tapi sekadar berkongsi pengalaman.

Pertama, NIAT.
Semua bermula dari niat.
Bukan sekadar pasang niat untuk berhijrah tapi mesti always ada niat yang kuat untuk berhijrah menjadi lebih baik lagi, setelah mula berhijrah.
Niat adalah alasan yang kuat kenapa kita mampu istiqomah.

Contohnya ada yang berhijrah kerana ikut-ikut orang lain.
Kalau satu hari nanti orang itu ada melakukan khilaf, pasti hijrah jadi goyah kerana punca kita berhijrah adalah kerana melihat ‘kesempurnaan’ orang tersebut di mata kita.
Rupanya dia juga buat silap.
Manusia tidak pernah sempurna, maka hijrahlah kerana Allah.
Ada yang berhijrah kerana nak dapat jodoh yang baik.
Itu pun bagus tetapi sebaik-baiknya niat berhijrah adalah kerana ingin mendapat redha Allah semata.

Kedua, Al-Quran.
Al-Quran selalu dilupakan oleh mereka yang sedang stres, gelisah, atau ditimpa musibah.
Mereka bermati-matian mencari solution sedangkan apapun masalahnya semua solution tersedia dalam Al-Quran.
Tinggal lagi kita nak memanfaatkan atau tak.
Semakin kita mendekatkan diri kepada Al-Quran, semakin dekat kita dengan hidayah Allah, semakin mudahlah kita berhijrah kerana Allah.

Ketiga, berkawan dengan orang soleh.
Ini rumus standard.
Dengan siapa kita berkawan, itulah kita akan jadi.
Kawan dengan orang pandai, pandailah jadinya.
Kawan dengan orang yang suka bercantik, cantiklah jadinya.
Kawan dengan orang berjaya, berjayalah kita.

Kadang kala niat dah tulus, niat dah solid tetapi masih susah untuk start.
Maka periksalah lingkungan kita.
Boleh jadi lingkungan kita yang kurang supportive atau tak membantu jalan hijrah.
Jadi, hijrahlah kita mencari orang-orang yang soleh dan berkumpullah bersama mereka insyaallah Allah mudahkan jalan hijrah dan lebih mudah istiqomah.

Kebanyakan gagal hijrah kerana menunda-nunda, padahal kita tidak tau berapa balance umur kita di dunia ini.
Setiap kebaikan mesti disegerakan.
Nak sedekah, buat sekarang. Jangan tunggu esok.
Tergerak nak mengaji, buka henfon sekarang dan mengaji 10 minit [kalau lebih lagi bagus].
Mengubah kebiasaan lama dan meninggalkannya memang berat, tapi tak harus menunggu atau bertangguh baru nak dikerjakan.
Inilah yang dikatakan mesti dipaksa. PAKSAKAN!
Insyallah lama-kelamaan jadi terbiasa, dan akhirnya jadi biasa lalu menjadi kebiasaan.

Hijrah untuk mencari pujian, samalah seperti jual-beli dengan Allah.
Kita menjual hijrah, berharap Allah membelinya dengan pujian. No way.
Semoga kita tak termasuk dalam kelompok hijrah yang sebegini.
Buat yang sudah berhijrah atas nama Allah, tahniah.
Kerana sesungguhnya hijrah itu mudah, konsistennya yang susah.


2020-10-15

Certified Trainer

Memandangkan ada yang request nak tengok full video presentation aku, maka aku share di sini.

Aku mencabar diri sendiri untuk ambil course ni.
Walaupun aku tak ada keperluan pun untuk ambil this course, tapi saja nak cabar diri.
Sekarang memanglah tak nampak keperluan, tapi kita tak tahu esok lusa.
Zaman sekarang ni segalanya cepat berubah, setahun 3 kali bertukar PM [eh!].
Jadi tak ada yang boleh menjamin apa yang bakal berlaku di masa depan.
Kalaulah one day Certified Trainer menjadi satu syarat wajib untuk mengajar di mana-mana atau mengajar program technical, masa tu aku dah ada certificate.

Bayaran course ni RM1450 untuk 5 hari.
Hari ke-5 semua students kena buat 15 minits presentation depan para penilai yang semuanya terdiri dari Certified Trainers.
Macam aku hari tu, 3 orang menilai.
Memang seram, tapi come to think of it, selepas ni pun aku akan bercakap depan ramai orang juga, jadi apa bezanya.
Tapi ye lah, bezanya depan aku sekarang adalah Certified Trainers, orang yang lebih expert dalam program ni.
Kalau selama ni aku bercakap di depan takde siapa yang arif untuk menilai keberkesanan penyampaian aku, this time ada yang akan menilai.

Aku buat keputusan mendadak-dadak.
Masa aku di Langkawi jumpa Redza hari tu, baru realized yang ada course ni, esok hari.
Aku ada kat Langkawi Jumaat, esoknya dah start kelas.
Memang tak sempat nak pikir panjang, aku terus register.
Bunyinya macam senang je kan? Sebenarnya tak, ya tuan dan puan sekalian.

Remember aku cakap aku duduk serumah dengan kaki kondem?
Walaupun apa je yang dia kondem aku dapatkan buktikan I am doing the right thing, beliau masih tak serik, ya.
Beliau istiqomah mengondem. Aku pun tak tau apa benda yang dia jaki sangat kat aku.
Sorrylah, aku kalau dah buat decision, memamg no turning back.
Gasak kau situ nak kondem sampai berbuih pun.


Kenangan dalam kelas.
Ingatkan nak simpan gambar 5 hari kat kelas untuk kenangan, apakan daya, 2 hari je face-to-face.
Selebihnya online class sebab Klang dah start lock down.
Pihak penilai tak mahu ambil risiko, jadi for the first time program ni dibuat online.

Online class lebih mencabar sebab hari ketiga masing-masing dah start kena buat Lesson Plan.
Lesson Plan ni adalah cara kau susun penyampaian kau nanti.
Kat sini Lesson Plan ajar kita untuk create tajuk yang betul, apa yang perlu ada sebelum memulakan presentation, how to tenangkan audience.
Lesson Plan ni akan guide kita supaya objektif kita sampai, dan student faham dan boleh absorb maklumat yang kita sampaikan.
Nampak macam simple, tapi sebenarnya mencabar.
Nak lagi untuk aku yang selama ni kalau buat presentation tak pakai guideline, barulah nampak how tak tersusunnya presentation aku selama ni.

Hari 1-3 teori, tapi hari ke-3 tghri dah start buat Lesson Plan.
Tak semestinya kau kena bentangkan tajuk bersifat ilmiah, kalau kau cerita pasal sukan, memasak, semua boleh, yang penting apa yang kau akan present tu mesti diterjemahkan dalam proper Lesson Plan. 

Lesson Plan ni portion marks yang paling tinggi, jadi kat sini plan sembarangan sebab kau punya objektif, penyampaian and learning outcome kena tally.
Mula-mula agak kalut nak susun jadual untuk hari 3 & 4 sebab En Wan balik Tganu.
Kelas start 8.30am, aku kena keluar at least 7.30am, siapa pulak nak jaga Rayyan.
Jadi terpaksa minta Mak Aji & Pak Aji datang tido rumah.
Sekali Klang PKPB, terus dorang tukarkan program jadi online.
Lega jugaklah, at least aku tak perlu keluar dari rumah.
Aku dah plan dah bangun Subuh terus kena masak bfast and lunch terus so that Rayyan senang nak makan, tak payah ganggu aku punya zoom class.
Alhamdulillah Mak Aji and Pak Aji willing untuk tido juga satu malam kat rumah, jadi, settlelah bab makan minum aku. Hehe.

Aku dapat concentrate siapkan Lesson Plan aku on Day 3.
Day 4, dorang anjakkan presentation lebih awal, patutnya Isnin tapi start Ahad 3pm dah start 1st group.
Memandangkan Isnin aku ada another meeting untuk siapkan modul program universiti, aku tekan gear 5 siapkan semuanya so that aku boleh present Ahad tu jugak.
Aku pilih sebagai presenter ke-2.

Nak dijadikan cerita, presenter pertama line tak berapa ok, jadi dorang panggil aku present dulu.
Inilah cabaran bila buat online - kalau line tak ok, memang segalanya jadi kalut dan serabut.
Silap-silap persentation jadi tak best.
Nak kawal audience online pun satu hal jugak, jadi aku sengaja pilih tajuk yang 'dekat di hati', yang boleh semua orang senang hadam dan faham - Pemalsuan Makanan.
Kalau ikut hati aku, aku nak cakap pasal DNA Analysis je. Pikir-pikir balik, tak payah la.
Karang orang serabut dengar terms-terms yang pelik-pelik.
Tak pasal presentation aku terus jadi boring nanti.




So ini presentation aku hari tu - Pemalsuan Makanan.
Aku kongsikan di sini kot la ada yang nak buat rujukan.

Dia punya gabra sama macam viva.
Tapi alhamdulillah para penilai bagi komen yang positif dan memberansangkan.
Ada minor here and there yang perlu diperbetulkan, overall aku lulus.
Teori 83/100, presentation 95/100. Markah lulus 75% guys. Tinggi gila.
Tapi ye lah, nama pun program Certified Trainer, haruslah markah lulus kena tinggi supaya trainer yang dihasilkan berketerampilan.

Bila dapat video ni dari dorang baru aku tersedar video Adulterated Honey tu tak bunyik. 
Apesal ntah, aku dengar dari laptop aku ok je ada bunyik.
Maybe kat sinilah kurangnya 5% markah presentation. Mbahaha.

Part menjawab soalan tu yang seram.
Setiap presentation DIWAJIBKAN membuka soalan apada audience.
So, adalah penting juga kau pilih topik yang kau arif, kalau tak, jenuh nak gorenggggg.
Silap-silap hangus kau situ.

The moment settle je persentation aku, barulah terasa lapar. Hahahah.
Standardlah kan, dah settle gemuruh baru terasa nak mencekik macam-macam.
Esoknya one more group lagi, tapi aku sign off awal sebab nak kejar pi meeting.

En Wan senyum meleret bila aku kata "I am now a Certified Trainer".
Lain kali jangan kondem, ya bang.
Aku ni spesis lagi kau kondem, lagi aku pulun sampai jadi.
Insyallah, dengan achievement ni paling tak menambahkan lagi konfiden aku deliver upcoming talk and class dengan lebih baik and jelas.

By the way, sempatlah membancuh seketika sehari sebelum PKPB.

Kalut sungguhlah berlari mencari stok botol, sebab Isnin tu lepas PM announce Selangor-KL-Putrajaya PKPB, regular customer Pure Effective dah start restock.
Menggelabah jugaklah sebab Isnin tu aku berkampung menyiapkan learning module sampai ke malam.
Esoknya berdedai mencari bahan menyiapkan stok.
Semalam, terus aku demam.
Tapi hari ni ok dah, membuta sepanjang hari semalam, apa taknya. Penat agaknya.
Ok, those yang nak restock, sila WHATSAPP SINI.
Aku suggest, korang kalau dah ada botol yang kecik tu, beli je terus stok 1L atau 5L.
Yang 5L tu, kalau korang beli, bila transfer ke botol 120ml, kosnya hanya RM6+ je.
Jimat banyak.


2020-10-14

Hantar 'barang'

Aku ada update kat IGS tentang kawan aku kena 'follow' dek kejahatan manusia lain.
Ada orang hantar 'barang' kat dia.
Kawan aku ni yang aku kenal, dia bukan someone yang suka show off harta benda atau achievements dia.
Takde tayang barang dia beli, takde tayang result exam anak, takde tayang achievements dia dalam academic. 
Basically takde apa yang dia tayang, kecuali dia share di FB gambar-gambar dia sedang bekerja.
Kadang dia share gambar dia tengah bagi talk kat students, tengah berceramah depan crowd yang besar, meeting dengan orang itu, orang ini, sign MOU sana, sign MOU sini.
Apa yang dia share di media sosial hanyalah pure work.

Rupanya ada juga yang sakit hati.
Bila nampak orang tu success - outstation sana sini, ada projek sana sini, ber-meeting dengan orang-orang besar - benda tu pun jadi bahan sakit hati dia.
Tiba-tiba je kawan aku tak larat nak kerja, always penat, always rasa badan melayang, nak rebah, makan pun kuis-kuis je.
Segalanya macam tak bermaya untuk dia.
Dah buat medical checkup 3 kali, everything semua ok - urine ok, blood test ok, jantung ok - semua fine.

Aku minta dia consider pi jumpa ustaz. 
Rupanya betul, ustaz kata ada benda pada dia.
Tapi biasalah ustaz-ustaz ni mana nak bukak aib orang, dia tak bagitaulah samada benda tu dihantar atau 'sesat' menyinggah.
Cuma ustaz kata dia cuba untuk ubatkan.
Alhamdulillah, nampaknya dah sihat.

Aku pelik betul manusia yang dah tau diri tu bodoh, tapi tak nak improve diri jadi pandai.
Dah tau diri tu belum berjaya, tapi tak nak improve diri sampai berjaya.
Tahan dia menghantar 'barang' nak bagi orang lain tak boleh bekerja.
Masalahnya, kalau orang tu tak boleh bekerja dek perbuatan setan kau, kau boleh berjaya ke? 
Kau boleh jadi kaya ke? 
Kau boleh jadi bijak ke? 
Kau ambik SPM tak?

Ini first time aku tengok ada orang jeles tengok orang lain success dengan kerjaya yang tak melibatkan tayang duit kepuk-kepuk, tayang kereta, tayang rumah, atau tayang branded items.
Kawan aku ni, TAK PERNAH share lansung pasal family dia di media sosial, let alone nak share pasal apa yang dia ada.
Apa yang dia share hanyalah tentang kerja.
Rupanya itu pun boleh mendatangkan khianat manusia.

Kelakar pun ada bila pikirkan spesis manusia-manusia bangang ni.
Masa dia bersusah-payah dulu kau kondem, kau nafikan usaha dia.
Bila dia dah berjaya buktikan dia berjaya, kau menggelupur.
Selalunya gitulah, ramai yang nak berjaya tapi tak sanggup nak kerja keras.
Aku ada masa kawan aku tu masih NOTHING, dari zero kepada hero.
Aku tengok dengan mata kepala how hard dia bekerja dari takde title sampai sampai now ada 3-4 title academic and dah jadi subject matter expert pun.

Time kau tengah membuta, dia masih mengadap kerja.
Time kau holiday dengan family, dia meeting di pejabat.
Time kau beraya ke sana sini, dia study jurnals and research articles.
Now bila dia dah grow, dah berjaya, kau sakit hati.
Akai letak mana? Dalam kerandut?

Tak sangka betul di tengah-tengah dunia kalut dengan Covid-19, kematian seolah-olah mengejar kita, masih ada manusia yang tak takut mati.
To some people, impak kematian ni tak mendatangkan kesan pada dia pun.
Tu yang takde rasa takut, sempat pulak dia mensyirikkan Allah, hantar 'barang' sana sini nak jatuhkan orang lain.
Betul lah kan, ujian Allah tu datang tak sama.
Sometimes kita rasa bila kita miskin dan sakit, itu adalah ujian.
Sedangkan ujian senang tu jauh lagi susah nak kendalikan.
Tak boleh tengok orang lain lebih senang dari dia.
Tak boleh tengok ada yang lebih hebat dari dia.
Tak boleh tengok orang lain dapat perhatian lebih dari dia.

Jalan mudah, santaukan orang. Hantar guna-guna.
Biar orang lain jadi lembik tak boleh bekerja.
Lepas dia hilang daya berkerja, kau jadi apa? Kau jadi berjaya ke?
Tak.
Kau jadi setan.

Hati-hati guys, setan zaman sekarang dah advance.
Dia rajin follow kau kat media sosial.
Nampak macam dia tak peduli padal kau, walhal dia kisah guysss.
Obses nau dia kat kau.
Lepas tu meroyan sorang-sorang. Bodoh.


2020-10-08

Cerita pasal makan

Hari ni aku nak cerita pasal makanan je.
Dah terlampau banyak gambar makanan dalam henfon aku ni.
Jap lagi pun nak keluar makan lagi, jadi sebelum henfon aku jem dengan gambar makanan dan pergi makan, aku simpan sini satu rekod.



Kalau Dolly Dimsum ni ada sistem point, dah banyak agaknya point aku sekarang.
Padahal aku baru je kenal Dolly Dimsum tahun ni masa melepak dengan kawan-kawan aku.
Aku rasa kawan yang memperkenalkan Dolly Dimsum ni pun tak masuk Dolly sekerap aku sekarang.

Setiap kali pergi aku akan cuba menu baru di samping ada menu biasa yang wajib aku ambil.
Kali ni menu baru aku try - egg tart [bawah kanan] and meat ball [atas kiri].
Egg tart dia ok lah boleh makan tapi aku pernah lagi sedap dari ini, jadi mungkin lepas ni aku takkan order lagi.
Yang meat ball tu TAK SEDAP SANGAT.
Maybe sebab dia kukus kan, jadi semacam je bila lalu kat tekak.
Kalau goreng mesti sedap.
Lagipun rupa meat ball tu sendiri tak menyelerakan. 

Nasi goreng ikan masin tu memang real punya chinese nasi goreng.
Nasi goreng cina yang sebenar mana ada kering macam yang biasa kita makan kat restoran/warung melayu.
Kalau pi Guangzhou, try order nasi goreng dia, memang nasi lembik sikit [basah].
Dolly Dimsum pun sama, nasi goreng dia style macam tu.
Selalunya aku akan ambil 3-4 sudu, yang the rest En Wan habiskan.
Dia memang nasi-person.

Yang fried fish cake with telur masin tu memang kena sangat dengan tekak kitorang berdua.
Belum pernah missed order lagi setiap kali datang sini.



Yang atas kiri tu favourite aku and En Wan.
Now kalau pi Dolly tak boleh share tau, sorang satu order benda ni, sebab sedap sangat.
Lagi satu yang bawah kiri, yang tu pun order sorang satu, taknak share, sebab sedap jugak.
Yang atas kanan tu baru makan 2 kali, memang akan kekal diorder lagi lepas ni sebab sedap jugak.



Waktu ni kitorang pergi last week, balik dari Bangi, singgah IOI City Mall, dah alang-alang melintas tu kan.
Mula-mula dia bagi meja lain.
Kitorang duduk je kat meja tu terus bau telur. Nak muntah aku.
Panggil staff dia bagitau nak tukar meja sebab meja ni bau hanyir.
Pelik aku jenis yang lalu-lalang kat tepi meja tu kau tak bau hanyir ke?

Inilah benda yang buatkan beg tangan aku always penuh dan berat, sebab banyak benda yang aku angkut.
Hand sanitizer, surface disinfectant, tisu basah, hand sanitizer BBW [tujuan nak bagi wangi meja and tangan in case takde sabun].
Tu belum cerita lagi power bank, purse, henfon, tisu kering, note book dan segala tok nenek lain.

Hari tu pi Dolly kebetulan aku bawak hand sanituzer aku je, yang lain semua tinggal.
Kalau ada hand sanitizer BBW tu dah lama aku curahkan atas meja.
Tu pasal kalau aku pi restoran, benda pertama aku curah atas meja tu adalah hand sanitizer BBW sebab nak bagi wangi.
Orang kiri kanan kadang pandang-pandang gak aku, mesti dia kata "Mengadanya pompuan ni."
Tak kisahlah, janji aku nak makan dengan tenang bau wangi-wangi.



Ini kejadian Ahad lepas, En Wan jemput aku balik kelas, terus pi makan kat KOTAK.
Rupanya member tu tak makan lagi seharian.
Ini kali kedua aku makan kat KOTAK, cawangan yang sama.
Tapi satey dah takde :(.
Satey Indo best, dulu aku pernah makan kat sini.
Tak tau lah apa sebabnya dah takde, tapi ada new menu seperti Risoles Ayam.

Masing-masing lapar tapi tak terasa nak makan nasi, so we ordered indomi tapi aku punya without ayam.
En Wan punya indomi ayam tu punyalah pedas berdesing, padahal level standard ya, belum order level 10 punya.
Aku ni dah tentu-tentulah tak tahan pedas, yang En Wan punya kuat pedas pun surrender awal.
Masa makan tu dia pasang sekali kat TV review-review dari celebriti and instafemes.
Aku pernah buat juga review ni atas jemputan KOTAK sendiri.
Makan cepat-cepat, sebelum video revire aku keluar kat TV tu aku blah.
Malu I nak tengok muka sendiri.



.....tapi kalau tepek muka sendiri banyak-banyak kat blog takpe.



Selasa baru ni aku ada meeting di UPM untuk another collaboration.
Sentimental sungguh la pi sini.
Sebab lebih 10 tahun yang lepas, aku pernah ke sini escort bos aku untuk projek halal.
Masa tu kitorang baru berjinak-jinak nak buat halal projek, jadi pi sini untuk discuss collaboration.
Alhamdulillah, ditakdirkan aku and bos aku akhirnya tubuhkan company bersama-sama [company aku sekarang] dan kitorang run our own halal project.

Now, aku datang lagi ke sini, the ketua pun dah bertukar ganti orang lain.
Yelah, dah lama kot.
Tak sangka akan ke sini lagi, kali ni dengan perancangan untuk collaboration yang baru yang insyallah, lebih solid.
Seronok dapat bekerjasama dengan orang-orang yang ada background yang sama.
Semoga diizinkan Allah.



Lunch kat IOI City Mall lah, apa lagi. Dah sah-sah baru keluar UPM, kan.
Aku ni kalau kerja kat UPM mau hari-hari muka aku je kat IOI tu.
Aku suka pi sana sebab tempat makan banyak, and hampir semua brand yang aku suka ada kat sana.
Tapi selalunya aku pi sana untuk makan je, bukan shopping pun.

Kali ni dah taknak lepak Dolly Dimsum dah.
Selalunya pi sini akan lepak Dolly, kali ni kita ke Sepiring pulak.
Aku rindu nak makan Hainanese Chicken Rice dia, jadi aku order itu.
Lepas tu nampak ada baked macaroni cheese pulekkkk, just nice lah. 
Order yang tu juga tapi size kid's meal.
Sedapppp baked macaroni cheese dia, memang boleh pergi lagi ni.

Kawan aku order laksa asam, rojak buah and dessert apa ntah, tak tau.
Aku ni kalau dapat member yang enjoy food, memang ngam lah.
Kalau suruh aku pilih antara bershopping dengan makan, aku pilih makan.
Memang terapi betul kalau dapat makan, especially good food with great place.
Kerja penat-penat, apa salahnya treat diri dengan good food.
Tapi bak kata En Wan "Masalahnya awak tu manjang je nak makan sedap". Kahkahkah.
Eh kisah pulak kau kan aku yang nak makan.

Aku ni layan mamak 2-3 kali seminggu pun ok, layan pasar malam pun ok, warung pun takde hal.
Yang penting the FOOD tu mesti sedap.
Kalau tak sedap, memang payah aku nak enjoy.
Macam kat Westin hari tulah, great place tapi food tak kena kat tekak. Hancussss.



Gaya orang jumpa makanan.

Kawan aku cakap aku kalau dapat makanan, memang tak pandang tempat lain.
Muka bersimpang-siur pun tak pedulik.
Ya, memang aku kalau dah nampak makanan, fokus aku hanya tertumpu pada makanan.
Sebab tu dulu masa aku free hair, time makan je, aku akan keluarkan segala cekak and sepit dari dalam beg.
Aku sengkakkan rambut aku ke belakang, sepit rambut-rambut yang terurai, dah settle segala rambut takde terjuntai menghalang pandanga aku, baru aku start makan.
Makan kena serius, rambut jangan kacau. 
Lepas habis makan, baru touch up balik rambut, sikat balik dan flip hairrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Settle makan kat Sepiring hari tu, round kejap, aku and kawan nak beli barang sikit.
Pastu ingat nak balik dah, sekali kawan aku terpandangkan Dotty's.

"Eh ada Dotty's kat sini?"

Aku peghak, tak tau apa benda si Dotty's ni.

Rupanya cafe family S.M. Nasarudin. Cafe orang have-have gitu.
Baru launch rasanya sebab bunga masih penuh lagi.
Kebetulan the family ada di sana juga tengah makan, tapi bukan semua lah, but ada family members dorang tengah makan beramai-ramai.
Aku tak kenal, sumpah. Kalau lalu sebelah pun aku maybe macam rasa pernah nampak tapi tak tau kat mana.
Tapi kalau Marion Caunter ada, aku boleh cam.

So kawan aku ajak masuk Dotty's.
Kau bayangkan baru keluar Sepiring dia ajak masuk Dotty's pulak?
Serius aku tak pernah lagi lepas makan, masuk cafe lain makan lagi. Ni first time. Kahkahkah.
Layankannnnnnn.
Bila lagi nak try cafe macam ni kan, kalau dengan En Wan mapuh keras dia takkan masuk.
Cafe macam ni memang bukan kegemaran dia.

Disebabkan masing-masing kenyang lagi [tapi gatal jugak nak masuk], kitorang order dessert saja.
Masa ni terserlahlah kepeghakkan masing-masing.
Kau bayangkan orang yang biasa lepak mamak tetiba nak feeling masuk cafe have-have? Sure menggelupur.



Nak cerita kegelupuran ni kena tunjuk gambar baru senang paham.
Ini gambar selepas settle makan, tapi aku nak tunjuk entrance ni.
Kitorang scan kat depan ni, pastu berdiri kat situ tunggu orang pelawa masuk.
Tunggu punya tunggu siap melambai-lambai lagi, tapi takde orang tengok pun.
Yang customer duduk kat depan tu just pandang-pandang kitorang je, takde pun tolong panggilkan staff.
Aku dah rasa nak ajak balik je, kecik hati la ni kan, mentang-mentang la aku tak bawak henbeg Dior, kau buat tak pandang je aku kat depan ni.

Rupanya salah pintu! Bodoh pulak terasa.
Boleh kitorang tak perasan depan tu dah letak palang tutup entrance.
Pintu masuk dia sebenarnya kat tepi, kena keluar dari pintu mall and masuk ikut tepi.



Dia punya entrance kat sini, bodoh. Kahkahkahkah.
Nampak nau tak pernah sampai.
Apa korang ingat mentang-mentang pakai mask Jovian dah nampak ada class?? Dasar desa!

Mula-mula kena beratur ya, sebab ramai rupanya rakyat Malaysia yang suka makan tempat ber-class macam ni.
Seriusly, cafe ni penuh!!
Yang waiting list punyalah panjang.
Kitorang sanggup beratur ni, punyalah nak rasa apa sedap sangat ke makanan kat dalam tu.

Bak kata kawan aku yang lain, sebenarnya jual barang mahal lebih senang, sebab yang beli memang orang berduit.
Dia tak cakap banyak, kau offer, dia terus bayar.
Kalau jual barang murah, makin kau bagi murah, makin dia minta diskaun.
Ada betulnya juga.
Maybe sebab itulah cafe-cafe macam ni sometimes lebih ramai orang datang.
Lagipun orang sekarang macam yang aku cakap, you work hard, treat yourself with good food.



Akhirnya dapat masuk. Dapat pulak tempat duduk betul-betul tepi entrace yang kitorang salah tadi.
Menu book sampai, aku selak dengan perasaan teruja.

"Fuiyoo...doughnut fries...sizzling brownies...doughnut S'mores....Onde-Onde croissant...."

Pastu kawan aku cakap "Tak payahlah spell out menu tu kuat-kuat. Desa, ngokkk."

Kahkahkahkahkah.
Teruja nau masuk tempat best sampai tak perasan aku baca menu kuat-kuat.
Dah macam baca intisari rancangan.

Aku order doughnut S'mores. Tak baca pun apa menatangnya, nampak perkataan doughnut terus order.
Rupanya doughnut ni ada chocolate and marshmallow - dua benda yang aku tak berapa makan.
Aku makan dua cuit je lepas tu tolak kat Ayda suruh habiskan.
Ayda order sizzling brownies, tapi bukannya sizzling pun tu. 
Dia hidang je atas sizzling plate tapi tak panas pun. Siap ada eskrim kat atas, sizzling apa bendanya.
Tapi sedap. Bolehlah makan lagi.

Makanan lain ada, western ada, asian food pun ada tapi takdelah banyak.
Dotty's ni lebih kepada cake and pastry.
Jadi, kalau pi sini, makanlah dessert saja. Memang itulah selling point-nya pun.



Tapi yang aku paling teruja sekali dia punya cawan teh.
Dah macam besen besornya. Boleh buat basuh muka.
Masa minum terasa macam nak termasuk muka aku dalam cawan tu.

Entah kat mana silapnya, makanan kitorang sampai lambat, aku rasa dorang tertinggal order kitorang.
Sampai air dah sejuk, makanan tak sampai lagi.
Padahal kitorang order dessert je, tak sepatutnya lambat macam tu sekali.
Si Ayda sejenis gangster, panggil staff datang check order, selamba je dia "Ni patut you all bagi I free one more coffee ni sebab air I sampai dah sejuk dah tunggu makanan I tak sampai".

Rupanya dapat betul! Kawan aku acah-acah je.
Dua cawan sekali dia bagi, tapi memandangkan aku tak minum kopi, Ayda angkutlah semua.



Ayda dan kopi free beliau.

Masa ni gelak tak habis lagi.
Puncanya. kitorang salah pintu keluar, boleh?
Dah la pintu masuk salah, pintu keluar pun salah.

Kan tadi aku cakap nak masuk ke Dotty's kena guna pintu tepi.
Nak ke pintu tu kena keluar dari mall.
Jadi, bila nak balik kena masuk balik pintu mall.
Masalahnya pintu mall dengan dinding mall sama-sama kaca.
Kitorang konfiden je jalan sampai kat 'pintu' kaca tu tunggu apesal pintu ni tak bukak-bukak.
Siap lambai-lambai lagi depan pintu tu nak cari sensor. Ingatkan sensor rosak.
Aku kan konfiden, siap sound pintu tu balik "Apa benda sensor tak detect ni?".
Masalahnya, kat tepi Dotty's tu ada je customer lepak, sikit dorang tak tegur "Cik, ni dinding. Pintu belah sana".
Tapi agaknya dorang terkesima kot dengan kekonfidenan aku.

Adalah dalam 15 saat baru kitorang sedar yang itu dinding.
Macam nak mati kitorang gelak.
Dah masuk dalam lif tak abis lagi gelak. Gelakkan diri sendiri padahal.
Ayda cakap boleh gila dia jalan dengan aku. Dah lah desa, konfiden pulak tu.



Semalam birthday En Wan.
Macam biasa, kalau birthday En Wan celebration tak segempak birthday aku sebab dia tak suka aku buat surprise untuk dia.
Jadi, selalunya celebration birthday dia, dia yang arrange sendiri.

Tahun lepas dia celebrate dengan wagyu. Tahun ni pun nak wagyu jugekkkk.
Semalam kitorang ke SAMURAI YAKINIKU di Setia Alam.
Restoran Jepun ni kawan dia punya, sama-sama blaja masa kat Jepun dulu.
Support bisnes member, kita pi makan Japanese food semalam.

Beruntungnya kitorang, tokey kedai dah siap tunggu.
Bukan saja tunggu, tapi tolong bakarkan makanan lagi.
Dari mula sampai habis makan, tokey yang masakkan. Best betul.

Gambar atas kiri, wagyu.
Pilhan wagyu tak sebanyak macam Wagyu Kokoro aku pergi tahun lepas, tapi ada.
Yang aku ambil tu harga dia RM80 sepiring.
Makanan kat sini MURAH!
Kitorang ambil wagyu, ambik big platter [daging], scallop and salmon, tak sampai RM160 je.
Itu cara-cara aku ambik wagyu tau, kalau aku tak ambik wagyu, memang tak sampai RM100.
Dah la daging tu banyak gila!
Serius, big platter tu banyak gila daging dia, sampai tak habis bakar, aku tapau bawak balik yang mentah.
Nanti esok lusa aku nak try bakar.

Aku rasa konsep restoran dia adalah untuk bagi feeling Japan kepada orang yang nak merasa Yakiniku.
Berapa kerat sangat orang yang nak makan wagyu.
Setakat sepiring wagyu harga RM80 tu tak boleh bagi kau kenyang.
Berapa banyak kau nak spend untuk satu kali makan. Tak berbaloi.
So SAMURAI YAKINIKU punya konsep, dia bagi kau feeling-feeling Japan tu dengan pilihan daging tempatan yang dihiris nipis-nipis [big platter].
Sedap jugak walaupun daging local, sebab the ambience tu dah macam kau kat Jepun dah.
Cuma kalau kau terasa nak makan wagyu, silakan order. Wagyu memang ada pun.
Miso soup, green tea, shabu shabu, nasi - makanan standard Jepun semua ada kat sini.



Boleh pegi lagi tempat ni, tak jauh mana pun dari rumah aku.
Bak kata En Wan, makan yakiniku ni tak boleh rush-rush.
Selalu orang makan sini lepak-lepak sambil bakar-bakar sambil bersembang.
Memang hari tu berbaloi pegi, En Wan nampak seronok sangat jumpa kawan lama.
Sesekali cakap melayu pastu tetiba masuk cakap Jepun pastu gelak-gelak.
Tu ada la tu ntah cerita pasal awek lama ke apa ntah. Eh tak kuasa pulak aku nak bertanya.

Semoga bisnes kawan En Wan ni maju dan terus maju.
Aku suka betul tengok orang-orang berniaga especially food business.
Bila banyak pilihan makanan barulah tak boring.
Orang-orang yang malas masak macam aku memang appreaciate food business.
Siapa yang pandai masak tu, buatlah food business, aku sokong!




Yang ada premis makanan, tak kiralah kantin, cafe, restoran, food court, kilang makanan - ada keperluan untuk belajar tentang SERTU ya.
Especially kalau kita pindah masuk premis baru atau premis yang kita ambil alih dari penyewa sebelumnya, eloklah sertu.
Pindah masuk rumah, atau menyewa rumah, atau beli perkakas dapur terpakai, elok kalau boleh disertu terlebih dulu.
Boleh belajar cara-cara sertu yang betul, macamana nak sertu karpet, macamana nak sertu perabot, macamana nak sertu perkakas dapur, macamana nak sertu ruang sempit, ruang luas, ruang yang tersorok - insyallah akan diajar oleh pakar sertu.
Akan diajar sekali pemilihan tanah yang betul.

By the way, masa aku kat Institut Halal UPM hari tu, rupanya dorang ada kajian tentang tanah sertu.
Aku tanya apa benda yang dianalisa dari tanah tu nanti.
Dr tu jawab nak kaji mineral dalam tanah-tanah sertu yang berbeza untuk tengok kenapa elemen yang menjadikan tanah itu sesuai untuk dibuat sertu.
Memang surprise betul aku dengar betapa sains dan Islam itu saling berkait.
I wish I am a part of the research team.
Insyallah, tak lama lagi. Amin.