2014-02-27

It will never change you.


Good news to customer-customer Ephyra di Brunei.
Pasni takyah beli dari aku dah ya. Kesian korang kena bayar pos mahal-mahal.
Beli je dari FB : Ephyra Brunei (under ZZ Enterprise)
Contact details +6738772778 +6737115726


Tadi kan, aku buat keje yang bertahun aku tak buat - blog hopping.
Hahahaha.
Kajian kesnya sebenar nak buat reading pasal jellyfish, entah camana melencong baca blog-blog orang. Ramai gila bloggers baru. Tak tau la samada baru, atau aku je yang baru tau.

Ada satu entry tu sangat menarik.
Sorang budak ni buat entry pasal "blogger otai hanya letakkan blogger-blogger otai jugak dalam bloglist mereka".

Tak tau pulak aku sampai ke tahap situ orang akan pandang.
Maksud aku, gila bapak teliti dan mendalamnya kajian reader terhadap blogger sampaikan bloglist pun dorang leh boleh buat andaian whether blogger tu sombong atau tak. Haih...

Benornya gini dik.
Blogger-blogger lama ni bukannya memilih nak letak link blog-blog otai je dalam list dorang.
Blogger otai ni, 10 tahun dulu pun adelah kategori blogger baru nak naik jugak. Kategori suam-suam kuku gitu. Entry pun merepek meraban je.
MC pun nak cerita.
Beli roti kat Shell pun cerita.
Aku pun penah buat entry meraban macam tu. Tak caya ce check balik entry lama-lama aku dulu. Aku kalau baca balik entry lama rasa cam nak kelar leher sendiri.

Selepas 10 tahun, blogger-blogger otai ni dah ada geng-geng dia sendiri.
Geng-geng dorang tu pun asalnya suam-suam kuku jugak.
Tapi sebab dorang dah lama berblogging, selama 10 tahun tu dorang 'membesar' bersama-sama, ada yang dah penah melepak sama-sama pun, of cos dalam bloglist otai tu akan ada nama-nama blogger otai-otai jugak. Macam blogger-blogger baru. Sekarang dalam list korang ada nama blogger-blogger seangkatan. Tunggu la esok lagi 10 tahun, mesti korang pulak kena kondem sebab dalam list korang hanya ada blogger otai. Tak caya tunggu lagi 10 tahun eh.

Yes, dorang memang otai.
Tapi dorang bukannya memilih.
Nama-nama otai tu ada dalam list sebab dorang dah kenal 10 tahun lepas. Tu je.
No such thing pasal pilih kasih, or memilih. Toksah pikir yang pelik-pelik lah.
Jangan create sesuatu yang akan menyusahkan diri sendiri boleh. Tak pasal je mengundang kontroversi.

Manusia ni, kalau dah tak suka tu, memang ada je la point-point yang pelik-pelik muncul.
Benda yang kita tak pernah terfikir like bloglist pun akan jadi issue pada some people.
Padahal kalau nak ikutkan lojik akal, terpulanglah pada blogger tu nak letak link sape pun dalam list dia. Kalau letak sampai 100 link pun tapi dia singgah blog kau dua tahun sekali, ujung-ujung kau pertikaikan jugak blogger tu kerek taknak singgah blog kau.

Kadang-kadang aku pelik.
Bila tak letak link dia kat list, dia kata kita memlih kawan.
Bila kita letak link, dia expect kita masuk blog dia hari-hari.
Bila kita masuk blog dia, dia mintak tinggalkan jejak (komen) pulak.
Eh macam-macam pulak permintaan kau ni.
Ingat orang lain takde keje nak buat ke.

Janganlah cepat nau buat assumption yang merepek-repek.
Kalau tak kenal, buat cara tak kenal.
Jangan nak memandai-mandai assume orang tu gini, orang tu gitu, hanya kerana kau RASA dia seperti yang ko sangkakan. Not good. Not good.

Yes, aku tau perasaannya sangat best bila orang yang glemer tu notice kewujudan kita.
Sape tak suka tetiba blog chedet ada link comatosewithbraindamage.blogspot.com kan.
Gila hape Tun M nak baca blog aku. Baik dia tido.
Jangan kata orang lain, aku pun seronok kalau somebody yang well known tetiba baca blog aku.
Tapi takyah la menggagau sangat. Sebab bila kau menggagau sangat, pastu kewujudan kau dia tak nampak pulak, yang sakit jiwa pun kau jugak akhirnya.
Maka bermulalah episod mengada-adakan cerita - blogger tu kerek, blogger tu poyo, blogger tu macam bagus. Tak puas buat cerita, try pulak pinpoint kekurangan yang ada pada blogger tu untuk dijadikan bahan penyedap entry. Padahal orang lain yang baca tak rasa apa-apa pun, tapi sebab dalam kepala tu dah set nak carik kesalahan, memang kesalahan je la yang kau jumpa.

You just have to give up blaming la der.
Blame is just a waste of time. Tak kisah la banyak mana kau kutuk orang tu, it will never change you. Remember that! IT WILL NEVER CHANGE YOU.
Because you are the one who thought the thoughts, you created the feelings, you said the words, and that's the reason why you are where you are now.







2014-02-26

Game


Semalam aku ada appointment dengan sorang new customer.
Kitorang discuss tentang nak buat satu workshop pasal Biotech.
Masa tengah discuss tu, ada sorang lagi mintak if aku boleh organize the same workshop untuk small scale - for students and lab technician only, di tempat lain pulak.
Great.
Target aku menepati sasaran nampaknya. Alhamdulillah.

Benda biasa je pun ni.
Benda yang selama ni aku buat.
Tapi kali ni aku puas hati sebab aku berjaya aplikasikan teknik 'kalah untuk menang'.

August tahun lepas, aku ada join satu bid untuk tender.
Customer yang nak pakai barang tu aku memang dah paham sangat. Dia ni jenis yang malas nak serabutkan kepala. Kalau product-wise ni, dia tak tau banyak benda sebab dia gunakan brand A dari menjak undergrad sampai la sekarang dah bertittle Dr. Kiranya sales exec dari brand A tu takyah susah-susah nak buat sales sangat la. Kau duduk kat opis dendiam tunggu request masuk je pun boleh. Takyah merayap jumpa customer. Sebab tu aku jarang terserempak dengan sales-sales dari brand ni, melainkan kat convention-convention. Brand ni antara brand yang terawal enter market Malaysia. Dulu-dulu biotech ni mana gah sangat macam skarang pun. So tak banyak player dulu. Jadi kebanyakkan orang pun akan guna brand A ni jugak. So bila brand A ni dah well known and establish, sales-sales skarang ni malas merayap jumpa customer. Kau nak tengok muka dorang, tunggu time Lab Asia ke, Malaysia Biotech ke...masa tu baru kenal sape budak-budak sales dari brand ni.

So this Dr, memang aku tau jenis yang mati-mati takkan tukar brand lain walaupun brand lain dah proven bagi result yang sama with lower price. Nama dia nak try pun taknak. Bukan suruh kau tukar pun, nak suruh kau try free sample pun taknak. Apa jenis orang pun aku tak tau. Ada satu kali tu, aku approach student dia, aku bagi free sample. Student tu try and dia puas hati sangat-sangat. So lepas dia tengok quotation semua dia kata dia mintak aku sama-sama ada sekali masa dia propose kat supervisor dia. Dia cakap brand yang selama ni dorang guna mahal gila. Kalau guna brand aku ni, boleh jimat almost 60K setahun. Memang la brand yang kau guna tu mahal sebab brand tu jual nama sebenarnya. Nama dah gah. Menjak aku kat Sarawak lagi brand ni dah ada. Biasa la kan, bila dah glemer, of cos la jual nama je lebih. Tapi Dr tu taknak. Dia kata dia selesa ngan brand lama. Walaupun dah ada bukti result kit aku sebagus brand A and lebih menjimatkan pun dia taknak.

Before aku join the bid aku dah check sape competitor-competitir lain.
Ada 4 rupanya yang attend - aku, brand A, and lagi 2 competitor.
Aku syak company lain pun malas nak datang sebab tau dah Dr ni memang dah tau apa dia nak beli, cuma buat presentation sebagai syarat je. Prosedur biasa la ni.
Tapi aku tetap attend and buat presentation semata-mata untuk KALAH.
Seriesly, aku memang datang untuk KALAH dalam bid tu.
Aku pun tak hingin nak meleseh-leseh kat customer macam ni.
Cuma yang buatkan aku datang sebab aku tau dalam meeting room akan ada lecturer lain. Hahahahaha...so this is the time!!

Aku present macam biasa, mula-mula present pasal product yang that Dr nak.
Ujung-ujung aku cakap pasal product yang boleh diaplikasikan untuk project-project lain dengan secara tak lansung 'meng-attack-kan' product-product tu pada lecturer-lecturer lain yang ada dalam room tu. Aku siap prepare sekali flyers untuk dorang redeem free kits. Aku memang dengan konfidennya buat platform presentation bid tender tu as platform untuk aku promote brand aku. Hahahahha. Nasib kau la.

Alhamdulillah.
Aku tak menang bid tu. Memang aku dah bajet kalah. Aku datang pun memang untuk kalah the bid. Tapi aku aim untuk menang kat tempat lain.
That week, aku berjaya dapat 6 customer baru yang otai-otai. And semalam, 2 dikalangan otai tu nak buat 2 workshop menggunakan kit-kit aku sepanjang tempoh workshop. Insyallah participants yang join workshop nanti akan jadi my new customer and boleh la dorang guna kit-kit aku dalam future project dorang pulak. Expand expand expand.

So, did I lose the game?

NO :)

So, jangan takut untuk kalah. 

Mari start buat quotation.

Happy working.




2014-02-25

Rumah untuk disewa


Iklan 1







Sesape yang tengah carik rumah untuk disewa, ni ada rumah yang tengah nak cari tenant area Puncak Alam. Details :

- 4 bilik, 3 bilik air, rumah complete dengan lampu, kipas, grill and water heater.
- dekat ngan kedai, skolah, surau and playground.
- close tu TESCO Puncak Alam.
- berhampiran masjid.
- 10 minit ke UiTM Puncak Alam.
- 15 minit ke pekan Meru.
- 30 minit ke pusat bandar Shah Alam.
- 15 minit access dari LATAR/Guthrie/Batu Arang.

Berminat kalu, boleh call/sms/whatsapp : 019-6166169 (Marsyita)


Iklan 2



Iklan 3



Iklan 4



Iklan 5



Iklan 6



Iklan 7



Iklan 8




*kalau tak clear, klik pada gambaq bagi besaq*





Clear and clean



Oh bukan!
Objek yang dibulatkan itu bukanlah hantu.
Tetapi Mak Lampir yang masuk opis malam-malam nak siapkan keje dengan hanya berbaju tido kaftan. Bebas. Senang nak bersila atas kerusi. Dan berangin.
Motif snap gamba sebab nak tunjuk meja dah clearrrrrrrrr!!!
Gigih aku mengemas and mengclearkan segala backlogs supaya bersemangat la konon nak buat keje tetiap hari. Kita tengok je la berapa hari semangat aku ni boleh bertahan. Yang pastinya, meja kat opis agak clear. Tapi meja kat rumah dah nak rebeh muat-muat letak tangan aku nak menaip keybord je.

Sebenarnya, dari menjak aku mula keje tahun 2000, aku tak berapa suka meja yang clear.
Aku tak berapa gemar letak folder, and tray jauh-jauh dari capaian tangan. Kalau boleh semua benda aku nak kumpul keliling aku. Sebab aku ni pemalas okeh. Malas nak bangun. Contohnya, printer and fax betul-betul depan bilik aku je. Bukak pintu bilik dah ada printer and fax. Tapi dek kerana pemalasnya, aku sanggup beli sebijik lagi printer and fax letak betul-betul tepi meja.
Sape leh celen tahap pemalas aku?
Pastu komplen badan gemuk.
Dah kau yang pemalas nak bangun kan. Jangankan kata nak exercise, nak bangun pi kencing pun malas sebab kena menapak sampai hujung baru jumpa toilet.

Tapi disebabkan En Wan suka nau offer diri jadi interior designer, dan dia jenis kemas, maka dengan opis-opis aku sekali nak kena ikut selera dia. Dia la yang rajin susunkan kotak letak sini, file letak sini, meja susun cenggini....aku konfius kejap.

So today, rasa fresh masuk opis, meja cam bersih je.
Dek kerana terlampau bersih aku jadi bengong kejap tak tau nak start keje apa.
Maka aku rilek-rilekkan diri browse lab-lab convention untuk tahun 2014. Ntah macamana termasuk satu blog cerita pasal ASB. Budak ni kata dia masukkan ASB dari CIMB Clicks 2-3 minggu lepas, pastu bila update buku ASB, duit tu takde masuk dalam rekod. So duit tu pi mana??

Dem!
Aku dah bertahun kot tak update buku ASB. Kalau dapat yearly statement pun aku tak pernah nak check sangat sebab statement pun sampai kat rumah Mak Aji. Kang Mak Aji call "Diana, surat ASB kau sampai". Ye la. Biorkan lah dia sampai.
Tapi lepas terbaca blog tadi aku betul-betul cuak sebab selama ni aku main masukkan duit je kot. Menjak MBB dah boleh buat ASB top up lagila menjadik-jadik perangai malas aku. Segalanya di hujung jari la katakan. Main top up online je. Tak tunggu dah. Terus zassss pi MBB. Sambil berdoa jangan lah duit aku tak dapat dikesan.

Alhamdulillah, duit semua masuk.
Tapi tak best. Sebab bila dah lama tak update buku, dia cuma keluar jumlah simpanan tahunan je. Aku tanya gak kenapa tak nampak detail top up setiap kali aku masukkan duit.
Dia kata leh nampak top up start dari tahun ni je.
Tapi last update aku sebelum ni tahun 2006, elok je nampak rekod transaksi bulan-bulan. Skarang tak eh?

Sesiapa yang masukkan duit ASB secara online, rajin-rajinkan diri mengupdate buku.
Jangan jadik pemalas macam aku. Nanti ujung-ujung gabra.
ASB ni tak macam Tabung Haji. Tabung Haji best, boleh check balance online.


Sekali tokey Aroma Ikan Bakar ada dalam frenlist aku rupanya.
Sangat ignorant betul aku ni.
So pada sesiapa yang nak booking tempat untuk Aroma Ikan Bakar kat Jeram, boleh mesej Ms Ainaa Bella. Aku mosaic nombor phone dia sebab aku tak berani nak publish nombor henfon orang sebarangan. Nak kalu, pi mintak sendiri. Hahaha.



Untuk penrequest-penrequest yang nak gamba the latest Rayyan.
Hambik ni.
Ni petandanya dah sihat sangatlah. Sebab tu terjadinya peristiwa di atas. Memang kalau sihat, macam ni la perangai dia. Dia yang akan buli semua orang dalam rumah tu. Bukan abang dia je, tapi semua orang. But alhamdulillah la, dia dah sihat. Setelah 3 minggu tak skolah, semalam Rayyan start sekolah balik.

Oh yes, banyak email aku dapat berkenaan brand apa aku guna untuk hair.
Aku guna inai saje. Henna. Aku beli sendiri and bawak ke salon untuk dorang pakaikan. Sebab aku tak reti pakai and aku takut bilik air aku berselerak. Cuma kalau pakai inai ni memang limited la sikit colour dia. Takde la sebanyak hair dye yang ada kat Guardian tu. Tak kisah la, janji inai. Boleh pilih di sini : http://hennacolorlab.com ATAU https://www.morroccomethod.com/raw-store/natural-hair-color. Aku punya color aku beli kat http://hennacolorlab.com.







Dah sampai


Update cepat. 
Sebab aku kat luar. 
Baru dapat call new powerbank dah sampai. Yang pending Ephyra delivery, insyallah semua pos today. 

(powerbank yang sama cuma hari tu punya dah habis, ni replenish stock) 

Diana Ishak
Sent from Samsung Mobile

2014-02-24

Pitam




Cantik kan?
Boleh buat button badge sekali kalau nak. Skarang kan pesen orang buat button badge for birthday party and kendarat orang kawen. So boleh la consider untuk tempah ni kat dia. Aku suka pulak tengok dia edit-edit gamba aku ni like yang gamba kat Mekah tu - Together Till Jannah kauuu. Insyallah :)

Bagus la korang ni semua otak kreatif.
Tetiba aku pun rasa macam ada idea apa nak bagi untuk customer-customer Biotech aku. Bagi magnet besar-besar logo company aku untuk ditepek kat freezer lab. Nampak sangat nak melobi lecturer. Gituu.

Tapi nama Ruhil Hayati ni macam hmmm....macam pernah dengar and penah dapat email.
Macam customer kat UMT...ke UMK.


 

Tembam kan Redza skarang?
Skarang ni dia pemakan. Apa ada je bedal.
Tapi gamba ni bukan nak tunjuk ketembaman dia, tapi nak tunjuk baju yang Ibal and Redza pakai.
Ibal beli kat HRC Penang, Redza beli kat Melaka.
Sebenarnya, design ni memang untuk kids. Takde untuk orang tua. Tapi adik aku tu kan macam tak berapa nak betul sikit kepala otak dia, dia mati-mati nak gak design tu, lalu dia beli size paling besar for kids. Muat! Aku sumpah tak paham apakejenis manusia la dia ni. Rilek je pakai kids design. Tapi memang cantik pun design ni. Masa aku nampak kat HRC Melaka tu, aku memang terus berkenan.

Kalau sesape rasa nak ikut perangai Ibal tu, silakan.



Menjak En Wan ada kat Penang 2 minggu, dah 3 kali aku pitam.
Tau-tau je rebah.
Sekali tu dalam bilik air.
Sekali tu time dalam bilik.
Sekali lagi tu, time drive. Yang time drive ni memang aku rasa aku bawak 40km/h je kot. Berpeluh-peluh nak sampaikan kat depan rumah. Elok je cecah porch, aku hon suruh bibik keluar sebab tak larat dah. Macam nak abis nyawa. Berpapah keluar dari kereta.

Kalau keje rebah-merebah ni memang menjak dulu lagi dah ada.
Tau-tau je tertonggeng. Sebab aku memang ada penyakit pun - minor thalassemia. Alhamdulillah, panjang umur aku sampai skarang. Harap-harap, sempat tengok anak-anak aku kawen. Oh jangan risau, anak-anak aku bebas dari thalassemia. Tima kasih kepada En Wan kerana tak inherit apa-apa penyakit genetik. Hehe...

Selalunya kalau kepenatan sangat baru terjadinya kejadian menonggeng ni. Kalau tak heavy sangat kepenantan tu, insyallah ok je.
Balik dari Penang hari tu tengahari aku dah start nak pitam balik.
Maybe sebab aktiviti aku kat Penang hari tu terlalu pack. Seharian ke sana-sini, pastu besoknya dah berangkat balik. En Wan dah susah hati, lalu semalam dia bawak kitorang pi seafood kat Jeram semata-mata nak kasik aku makan kerang bakar. Buat ubat katanya. Aku ni kalau kata MAKAN, memang hilang pitam aku segala. Nak pulak seafood, insyallah sihat walafiat.


Macam biasa, be it kat Muara Klang, atau Jeram, kalau dah nama seafood tu, mana tempat yang tak penuh. Beratuq gila bapak panjang. Seb baik semua yang aku nak, ada. Kesian aku tengok ikan kembung. Tray dia macam tak bersentuh. Orang datang sini semua bedal kerapu, tilapia ngan siakap. Kembung dipandang sepi...


Servis dia cepat sikit dari Muara.
Muara tu aku consider lembab dah.
Jeram ni ok lagi.



Nak lepak dalam pondok-pondok ni tak dapat. Penuh.




Tapi kerang dia tak besar.
Kecik-kecik je. So tak berapa nak feel makan. Tapi abis gak.


Kailan masak apa tak tau, En Wan yang order sebab masa dia order, aku tolong beratur.


Butter prawn.
Tapi agaknya sebab tak sempat kan, orang ramai nau. Aku syak dia tak kosek udang ni ngan garam, so macam hanyir sikit rasa dia. Tapi kalau ko cecah ngan sambal kicap, baru tak terasa hanyir.


Feveret Redza.
Tapi aku rasa lagi best sotong goreng tepung kat LINDA, Jeti Kuala Perlis.


Ok, this tomyam is super best.
Pedas tapi aku belasah 3 mangkuk. Sebab dia pedas tapi sedap.



Ikan ni winner.
Lembut, manis. Fresh dari laut agaknya.
Tamak okeh, pilih yang paling besar. Pastu sekerat je jalan sebab masing-masing dah kekenyangan. Nak turunkan muak, En Wan pi beli eksrim goreng.
Aku macam...huh??? Seriesly nak turunkan muak gi makan eksrim??
Kalau aku, mau terbelahak terus kat situ.
Tapi dorang semua makan eskrim goreng, lepas tu, semua boleh continue balik makan seafood dengan lancarnya. Aku sangat muskil sampai skarang.

Kalau tanya aku antara Jeram, Muara ngan LINDA, aku pilih LINDA dari segi makanan.
Tapi kalau dari segi persekitaran LINDA lah yang paling fail. Tapi takpe, so far aku makan sana belum penah cirit-birit lagi.

Jeram lebih ok dari Muara. Surau pun besar. Parking pun lebih senang.










2014-02-22

Penang


Sangat tak penat lansung rupanya sesekali naik Penang ngan flight.
Apesalla aku rajin nau drive ke Penang every month selama ni?
Tapi disebabkan gelabah nak kena naik flight, elok je cecah Penang aku lupa semua powerbank yang sepatutnya aku bawak untuk customer USM aku. Patut la aku rasa apesal cam rileks sangat aku melenggang bawak planner and henbeg je ni. Tak memasal kena pos satu-satu powerbank next week. Sangat fail!

Alhamdulillah, semua berlaku just nice and on the right time.
Cecah je airport, kereta sewa aku dah standby. Kereta viva new. Cuma kereta tu ringan, so bila aku tekan minyak dia cam meluncur sangat. Kejap-kejap aku brek. Stress je keta belakang follow aku. Ingat nak pegi breakfast, tapi selama ni aku breakfast kat hotel. So tak tau nak breakfast kat mana pagi semalam, rilek je aku masuk Queensbay kul 9 pagi. Tak terfikir lansung dia bukak pukul 10.30. Vodo gila terasa. Patut la lengang je parking. Last-last aku keluar pi USM Bertam. Dah settle kat lab sana, patah balik masuk USM pulau. Settle tengahari, aku masuk Queensbay balik. Saje nak ringankan kepala, makan KFC sorang-sorang sambil baca buku. Sangat blissful terasa dapat lepak bertenang-tenang baca buku.

Pastu shopping sikit apa-apa yang patut.
Yang best time shopping ni, apa yang aku pegang semua padan ngan size.
Macam tau-tau je aku nak cepat.
Then baru ke Evergreen Laurel Hotel. Ni En Wan yang book. Aku mana penah lepak Gurney. Selalu kalau pi USM aku lepak Vistana je, senang sikit masuk USM. Seb baik waze aku semalam pandai tunjuk jalan, and aku pun tak gabra. Dapat pulak parking cun-cun depan pintu masuk lobby. Pehh. Smooth je perjalanan aku dari pagi sampai tengahari. Terasa dirahmati. Hahahah.


The room.


Pandangan dari tingkap bilik.


Nice view

Rupanya kondo En Wan duduk langkau 2 bangunan je dari hotel ni.
Tapi En Wan pagi-pagi lagi keluar pi keje dah siap pack beg. Dari kilang terus driver dia hantar ke hotel. Gila melampau. Padahal langkau dua bangunan je, apa salahnya ko balik rumah aku dulu baru pack beg kan. Taknakkkkk. Nak jugak berangkut dari pagi.



Konon tunggu En Wan balik nak makan sama-sama.
Lite-lite meal sementara nak tunggu malam.
Dah lambat sangat kau sampai bilik, settle aku bedal semua. Aku tinggalkan 2 keping je club sandwich. Nasib lah. Sape suruh lambat.

Tapi aku suka sangat mushroom soup dia.
Ni la pertama kali aku makan mushroom sup sambil mengunyah.
Sebab mushroom dia tak halus sangat. So macam best sikit.

Budak yang hantar order ni sangatlah polite.
Aku bukak pintu bilik, dia siap bagi salam lagi "Assalamualaikum Cik. Saya mintak izin masuk. Tray ni berat sikit kalau cik nak bawak".
Sila..sila....cik ni pun bukan rajin nau nak ngangkat tray. Masuklah.


En Wan bawak aku pi apa ntah mall tu yang baru. Paragon kot nama dia.
Tapi aku rasa lagi best Queesbay kot. Gurney Mall pun best lagi.
Maybe sebab baru lagi.
Aku ni plan nak makan pasemboq kat depan tu, tapi En Wan ajak masuk TGI. Nak makan lamb sangat. Layankan.



Takde selera nak makan benda lain sebab kepala memang dah tune pasemboq sotong.
So aku ambik lite-lite je - Friday's Shrimp.
Pun tak abis jugak.


Yang nak sangat makan lamb ni pun tak abis jugak.
Dia kata gravy tak sedap.
Lagi sedap Mr Food.




Lepas pekena TGI, masuk balik dalam mall round abis sampai tingkat atas.
Kate Spade akan bukak soon. Sape minat Kate Spade, silakan. Aku belum datang minat lagi.
Tapi MK sangatlah gojessssssss.
Mampu lalu je depan MK sambil melambai-lambaikan tangan.

Dah habis pusing atas bawah atas bawah, agak-agak lauk TGI tadi dah jatuh ke perut, barulah kitorang gi gerai depan. Tapi berlengas okeh. Panas gila cuaca skarang. Dah la dari Paragon nak ke gerai tu boleh tahan jauh. Tapi elokla, biar terbakor sikit lelemak-lelemak tepu aku ni.



Kemain terang lagi shawl aku kan.
Dari jauh dah leh spot aku kat gerai pasemboq.
Aku sebenarnya buykan reti makan sangat benda ni.
Mintak pun kuah asing. Takat celup-celup sipi-sipi je.
Tapi aku suka sebab dia ada sotong and seafood lain.
But semalam, aku cum aambik tauhu and sotong je.
En Wan geleng kepala tengok plate aku. "Sotong je?????"
Eh sukatila, perut aku.

Tapi kitorang sampai sana pun bole kata lambat gak.
Mamak tu dah tak menari dah.Ussually dia naik syeh sikit menari sambil tuang sos.
Lagu gila rancak la semalam jahnam jahnam jahnam jahnam sikit punya bergoyang aku makan pasemboq layan industan, mamak tu kaku je. Penat dah kot dari siang menari.


Padahal kul 6pm makan club sandwish ngan mushroom suop.
Lepas Maghrib bedal TGI.
Pastu kul 10pm sambung pasemboq ngan ABC.
Terer kan aku? Kau mampu?
Terima kasih saya ucapkan kepada suami yang memberi sokongan.


First time aku makan ABC ada letak hirisan mangga.
Macam best la pulak. Rasa masam-masam sikit.
Balik hotel, lepak jap, sembang, pastu tido.
Best dapat tido nyenyak.
Selalunya kalau travel sorang ni, mata aku terkebil-kebil sampai pagi. Pastu bilik cerah je semua lampu aku bukak. Semalam, best. Tido dengan tenang.



Breakfast kat airport je sudah.

Flight balik, aku book sendiri.
En Wan punya, kilang dia bookkan.
So tak dapat duduk sebelah-menyebelah. Terpaksa la aku kontrol sawan aku sorang-sorang.

Okeh, mau keluar jalan. Bye.







2014-02-20

update


Update :

1. Ephyra yang bayar today, aku akan deliver Monday ya. Today aku full. Sorry, sebab esok di Penang pulak.

2. Yang nak COD Ephyra kat rumah, kepada YANG AKU DAH REPLY saje boleh ambik. Yang belum direply, harap tunggu sehingga aku email ya.

3. Those yang rasa nak Ephyra without shaker and gift, please email aku ya. I am helping someone untuk clearkan Ephyra dia. Tapi takde shaker.

4. Sorry yang email pasal nak pinjam duit. Otak aku belum boleh bertenang-tenang nak fikir pasal ni. I am sorry.

5. Yang mintak aku review iklan, sorry buat masa ni aku tak buat review. Tak sempat. Tapi kalau nak aku tepek iklan, insyallah boleh.

6. MOHAMED KAMAL HUSNI (RM390), NURFAKHARIAH ISMAIL (RM390), AILEEN ISMA (RM500) - Aku tak dapat trace ni untuk siapa. Yang aku pasti ni order untuk Ephyra. Please email aku before Monday.

7. Aku dapat a few printscreen from 4 orang yang email capture insta + FB orang "bercerita" tentang aku pasal entry aku semalam. *smile*. Jangan susah-susah. Biarkan dorang. I am okeyy :)



2014-02-17

Jangan selesa lama sangat



Ni highlite untuk minggu ni - CARDIGAN.
Tapi yang ni aku printscreen dari weBsite.
Website ni sebenarnya untuk display stock dengan lebih sistematik and untuk kitorang update inventory. Kalau nak order, sila ke FB Fleur Closet (KLIK)


Ok, now entry ala-ala Kak Sri Siantan.
Tapi aku tak dapat nak publishkan email atas permintaan reader sendiri.
Aku memang tak pandai sangat pun bab-bab rumahtangga, aku kawen pun baru 13 tahun.
Nak bagi nasihat memang tak pandai, nak bagi pandangan pun takut salah.
Yang aku boleh share, apa yang aku praktikkan je.
Walaupun sebenarnya apa yang aku and En Wan praktikkan pun tak 100% ikut apa yang disarankan, tapi kitorang pilih cara kitorang sendiri. Ikut sendiri selesa. Kalau boleh memang nak sangat ikut betul-betul syariat yang Islam dah tetapkan, tapi aku rasa cara yang kitorang pilih pun takde salahnya. Wallahualam.

Kebanyakkan yang email ni semuanya lebih kepada masalah tanggungjawab a.k.a financial issue.
Sebenarnya memang ni je la pun masalah sebenar rumahtangga.
Masalah lain tu semua kecik je. Kalau ada pun, semua tu asal-asalnya dari masalah kewangan jugak.
Masa aku kursus kawen dulu pun, ustaz tu dah kata, masalah kewangan ni kena settlekan dalam masa 5 tahun pertama perkahwinan. Sebab kalau tak settle dalam tempoh 5 tahun tu, akan timbul masalah kendian hari. Dalam kes-kes yang ustaz tu handle, tak sampai 1% marriage yang survive atas sebab kewangan yang melebihi tempoh 5 tahun (tahun 2000). Semuanya samada berkecai atau huru-hara berpanjangan.

True.
Lecturer aku dulu pun penah bagitau, kalau you survive the first 5 years, insyallah, you boleh bertahan tahun-tahun seterusnya sebab selepas 5 tahun selalunya kita lebih bersabar dan dah lebih memahami.



Rumusan bergamba.
Boleh print and tampal depan meja masing-masing.
Ni aku ambik kat newsfeed, ntah sape letak, aku save.

Kalau tengok pembahagian tanggungjawab tu, aku rasa tanggungjawab isteri tu sangatlah berat. Maklumlah, orang pemalas masak and jaga anak macam aku ni memang konfem la terasa berat kan.
Kalau dapat isteri yang jenis rajin tu, alhamdulillah.
Disebabkan aku malas, maka aku pilih untuk ambik pembantu and aku pilih untuk ambik sikit tanggungjawab suami.

Salah ke?
Bagi aku, aku tak salah.

First, aku tau aku tak mampu nak handle hal-hal rumah and dapur sepenuhnya, jadi aku buat mana yang mampu. Yang tak mampu, aku ambik pembantu and mintak dia tolong. Disebabkan tanggungjawab sebagai isteri (seperti dalam gamba), ada yang aku tak dapat buat, jadi aku pilih untuk ambk sikit tanggungjawab suami (seperi dalam gamba), dengan harapan dapat cover tanggungjawab yang lain yang aku tak dapat buat. Moga Allah ampunkan.

Second, En Wan izinkan.
Dia pun tak kisah kalau aku tak sempat nak memasak atau mengemas. Dia sendiri yang suruh aku rehat kalau aku too tired, and leave the rest to bibik buatkan. Mungkin dia pun faham, aku tak perlu keluar bekerja. Tapi disebabkan aku willing to share the expenses burden, dia jadi ada give and take dalam urusan tugas isteri. 
Tak larat masak, jom makan luar. 
Tak larat kemas, kita gajikan maid.
Aku respect wife yang boleh buat semua keje.
Aku, no. Takleh buat semua benda. Banyak masa aku habiskan ngan keje ofis. Jadi, aku kalah kat situ.

Kalau suami kurang contribute sebab punca pendapatan dia pun tak banyak, that is another story. Benda tu tak heavy sebenarnya. Sebab kita boleh rancang perbelanjaan. Tapi kalau suami LANSUNG takde hati perut, aku rasa, jangan rujuk aku. Lebih baik rujuk Pejabat Agama sebab dorang lebih arif kes-kes macam ni.

Tapi kan, some email yang aku dapat, sorry to say la, kebanyakkannya mengharapkan suami tanggung sepenuhnya perbelanjaan rumah. Semuanya seolah-olah nak suami buat 100% seperti dalam gamba. Kiranya, 100% suami bayar, wife tak campur. Duit suami, isteri punya. Duit isteri, isteri punya.
Betul.
Sepatutnya begitulah.
Sape taknak weh. Aku pun kalau dibagi peluang untuk takyah keluarkan sesen duit pun aku tak tolak. Manusia mana yang suka tanggungjawab?
Bak kata En Wan, boleh je kalau nak dia bayar semua benda. 
Nak dia bayar rumah, kereta, insurans, makan minum, barang pasar, skolah anak, medical, bills, nak letak savings tabung haji, asb aku pun boleh. No problem.
TAPIIIIII....
Dia hanya mampu sediakan 1 kereta. 
Dia hanya mampu sediakan rumah yang RM250K ke bawah (ada lagi rumah gini?) .
Dia hanya mampu bawak melancong setahun 2 kali je.
Dia mampu sediakan telefon kat rumah je, no henfon untuk aku.

Aku tanya dia why?
Dia jawab, dia hanya boleh sediakan keperluan setakat yang mampu.

Nak ke sana-sini berjalan, tak perlu naik bas. Dia boleh sediakan kereta, tapi cuma sebijik je untuk kegunaan sekeluarga. Kalau aku nak kereta untuk aku sendiri, dia boleh beli takat kereta 20-30K. Janji kereta.

Nak henfon, dia boleh sediakan henfon. Tapi not smartphone la. Janji henfon kan?

Nak tempat tinggal yang selesa?
Boleh. Aku tak perlu duduk kat setinggan.
Paling selesa dia boleh provide rumah bajet RM250K ke bawah.
Nak atas dari tu, jom sama-sama bayor.

Aku paham.
Semua perempuan ada fairytales dream dia.
Semua bajet esok dah kawen, suami tanggung semua, semua sediakan macam-macam.
Hoihhh...ni la bahananya banyak sangat tengok Ariana Rose okeh.
Kita tend to mengaharapkan tido atas duit.
Memang ada yang diberi rezeki untuk tido atas duit.
Tapi MAJORITI tak dapat keistimewaan tu.
Yang peliknya, kita suka sangat jadi minoriti. Ape daaa...

Sebenarnya, apa yang aku perati melalui email-email yang aku terima, kebanyakkan suami tak mampu nak penuhi kehendak isteri. Keperluan tu insyallah semua suami memang boleh. Setakat makan minum pakai ala kadar tu aku rasa suami masing-masing mampu. Tinggal lagi banyak benda yang dah jadi keperluan like henfon, kereta sebijik lagi....ni semua dah jadi satu keperluan untuk keselesaan. Yang ni mungkin ada suami yang belum mampu. Yang bini pun tak agak-agak, nak mintak semua yang the latest version aje. Agak-agak la...

Benda-benda macam ni dulu pun aku tak paham.
Lama-lama aku dah boleh paham and ikut konsep En Wan.
Dia boleh sediakan, tapi kena kongsi.
Beli satu kereta, aku pakai the kereta. Dia naik van kilang.
Tapi, tak gamak aku nak tengok laki aku kuar awal pagi balik dah nak malam sebab tumpang van kilang.

Dia boleh belikan henfon, tapi beli yang cikai-cikai je.
Tapi ko nak ke Diana pakai henfon buat baling anjing tu?
Kau taknakkkkkkkk. 
Eksennnnn. 
Nak sematfonnnnnn.

  

Pahamkan baik-baik carta kat atas ni.
Mudah-mudahan dapat pencerahan.

Please jangan terlalu harapkan laki masing-masing macam Tengku Adam ya.
Dan lelaki pulak, please jangan terlalu lama di tahap ala kadar. Jangan terlalu selesa bila isteri boleh share perbelanjaan. Kalau isteri nak berkongsi, takpe. Tapi jangan jadikan satu paksaan atau kemestian every month isteri kena cover ni ni ni ni sampai ke mati.

Aku pernah dengan ceramah satu ustaz ni, dia kata, orang kita kebanyakkannya terlalu selesa dengan perkataan "Biarlah bersederhana" sampaikan konsep tu disalah pakai.
Dia cakap ada orang yang bangga bila tak layak bayar zakat.
Sebenarnya tak boleh.
Orang Islam mesti berusaha sampai layak bayar zakat.
Maksudnya, kita kena sentiasa pastikan punca pendapatan kita meningkat setiap tahun.
Cuba aim untuk layak bayar zakat lebih setiap tahun. Something like that.

Konsep ni boleh digunapakai oleh suami isteri sebenarnya.
Takyah drastik sangat. Slow-slow pun boleh.
Masalahnya kebanyakkan kita nak perubahan tu berlaku dengan cepat.



Ni pun lagi satu artikel boleh dijadikan panduan.
Panduan je ya, bukan dijadikan senjata atau alasan untuk fire suami.