2009-05-30

Kaspersky ohhh Kaspersky apesal ko kecik-kecik takmo mampos..



Mula-mula nak say thank you to Azuan Sabri yang tetiba muncul emailkan wallpaper Leslie Cheung.

Thank you so much!!!

Agak-agak kalau rajin lagi, tolong la buatkan wallpaper yang indah-indah penuh gamba-gamba Leslie ok? So ni bukti wallpaper yang you bagi, I dah naik tarafkan ia sebagai penghias desktop.

Today, aktiviti dimulakan dengan bangun pukul 8.30 pagi. Weekend sebegini bila lagi nak bergulung-gulung ngan En Wan kan. Selalunya aku baru menggeliat, dia dah keluar (nampak nau tak pernah siapkan breakfast untuk laki).

Jadi hari-hari cuti sebegini janganlah kita membuang masa dengan bangun pagi-pagi, kerana peluang bergulung secara jemaah begini adelah tidak selalu kita dapati.

Lepas breakfast, which hari ni aku tak rasa nak makan lansung. Minum je.
Then pergi finalizedkan kitchen cabinet aku ngan interior designer.
Then, pi membeli -belah.
Hari ni aku beli external harddisk sebab Kaspersky cilaka babi ni dah buatkan laptop aku lembab nak mampos. Kalau mampos terus pun lagi baik aku rasa. Semalam memang satu hari aku hangin. Tetiba je Kaspersky Internet Security tak function, so firewall and anti-virus aku on-off. Sikittt je lagi penumbuk aku nak sampai kat monitor.

Actually Kaspersky ni menatang apa huh?
Ni sistem pemusnah virus ke sistem penaik darah aku??

Lepas aku install Kaspersky hari tu aku nyer laptop jadi astagaaaaaaaaaaaa lembab!!
Nak tunggu dia settledown tu sempat aku gi mandi sidai baju dua baldi gosok baju segala.

Belum sampai sebulan aku install dah buat hal.
Semalam aku download trial bitdefender which sejak malam tadi aku guna...so far ok la.
Ada sesaper nak bagi tutorial free apa aku nak buat ngan Kaspersky binawe ni? Aku dah uninstall dah.

So now aku tengah transfer semua docs kat harddisk dengan harapan dia menjadi fast and furious selepas ini. Jika tidak fast-fast jugak, kita hempas aje la.

Tapi dalam pada bengang-bengang semalam sempat gak la aku melegakan ketegangan dengan seseorang. Heheh...jeng jeng jengggggggggggggggggg.

Bila orang yang tersangat la overnya menunjukkan rasa minat yang mendalam terhadap seseorang individu yang lain sehingga menyebabkan medula oblongata aku bertindak di luar kawalan lalu meransang salur darah perut bertindakbalas dengan asid-asid secara tidak teratur dan menyebabkan terhasilnya rembesan cecair yang dinamakan muntah belahak.

Tetapi muntah sekali-sekala ada baiknya.
At least asid-asid toksik pun bebas, tol tak?

Ada la this one guy which aku kenal kat FB.
He is a fren of a fren kot..entah la. Dia yang kenalkan diri macam tu.
(dia tak tau aku ada blog and tolong jangan bagi url aku okkk)

Memula dia rajin hanta comment sampai member-member aku hantar komen pun dia tukang reply.
Pastu sibuk tanya,

'Yang tadi tu saper?'
'Yang cakap macam ni tu saper?'
'I tak suka la you kawan ngan dia, dia tu cam kuang ajar je ngan you. I tak suka'.

Pebenda siallll.

Takat ada member-member laki aku yang bagi komen cam cilaka-cilaka manja pun ko yang nak sentap. Kot diorang kuang ajar pun ngan aku, yang ko pehal pulakkkkkk.

Memula tu aku biarkan je la lagi.
Kasik can aku kenal dia dulu, kot la dia ni memang jenis yang ambik berat.
Elok jugak ada yang ambik berat.
I likeeeeeee.

Dush dush dush
kena tendang ngan En Wan.

Alih-alih dua tiga hari ni, asik la sms aku dengan kata-kata jiwang taraf ya ampun babi punya geli. Aku saje je tak delete sms dia biar kalau awek dia ke, bini dia serang aku, aku leh tunjukkan bukti sms pastu sue diorang kat court 100 juta.

Pelik gak ngan orang yang tau guna FB tapi tak tau baca relationship status : MARRIED.

Atau mungkin jugak FB kena tambah another option :
MARRIED BUT AVAILABLE FOR GELI-GELI.


Bodo.

2009-05-27

Sorry la..tadi tu aku bukan sengaja update macam tu, series aku bizi


Apa ko ingat aku gi Singapore tu nak gi attend parti liar yang semua asal YM aku je
'Best tak gi Singapore?'
'Banyak shopping?'

Tengkorak korangggg.

Aku keje okkkk.
Kejeeeee.

Aku gerak Ahad lepas dengan ditemani oleh En Wan ke airport diiringi dengan sedu-sedan dari aku sendiri. Sendiri pergi sendiri nangis. Laki aku takde efek bini nak pergi berjuang, siap bleh layan Lady Gaga lagi.

Asal nak kena pi outstation je mula la aku stress, nak ngamok je. Semua benda tak betul. Cuba kalau laki aku ikut sekali. Dan-dan pantat aku panasss je takleh dok lelama kat rumah. Time-time tu gak aku semangat nak pi outstation.

Dah la kat flight tu aku berpeluh-peluh nak maintainkan diri sendiri.
Biasalakan kalau dah kena naik katerbang, agak menyerupai beruk jugak la keadaan aku kat atas tu.
Series tak tentu raba aku rasa nak menghabiskan 50 minit.
Dah la bumpy.
Boleh jadik gila aku dok lelama kat atas.

Sampai je kat Grand Copthorne Waterfront Hotel, letak beg, terus bukak laptop.
Presentation tak siap.
Dah la aku yang kena present.
Tapi apa-apa hal kita pekena dulu apa-apa yang patut.

Ni pun satu hal jugak.
Selama ni pi Spore lepak rumah makcik, ni dah kena pi keje satu hal pulak nak carik makanan.
Hotel tu memang tak certified halal, the only hotel yang certified halal kat Spore is Royal Plaza hotel, tu pun sebab Brunei Royalty punya.

Seb baik semua fastfood kat sana dah ada logo HALAL, so kita seranggggggggggggg....McD.

Pastu malam tu aku cirit birit.
Seb baik collegue aku takde apa-apa.
Kalau dia pun sama naik cirit, konfem toilet tu berkepam.

Aku pun tak sure if aku salah makan memang mustahil. Terlebih makan, ada possibility.
Ataupun aku stress pikir pasal presentation.

Apa-apa pun aku tetap melangkah masuk ke bilik meeting dengan langkah yang agak konfiden walaupun aku berdoa supaya aku terberak-berak sampai pengsan so takyah present. Ahh, best.


Itu adelah nama saya.
Nama penuh saya adelah Diana Montana Ishak.




Tapi kalau anda melihat gamba ini boleh lah juga memanggil saya Diana Montel-a Ishak.

Baju ni babi okk, series aku nampak cam mengandung 4 bulan setengah.

Yang muka kaler pink tu adelah collegue aku. Tak payah la mukanya disiarkan di sini.


Ni geng-geng yam senggg.


Aku tak sempat nak snap satu mamat dari India, Rahoul Mehra. Dah tempias-tempias artis dah tang nama tu. Muka bleh tahan cuma bulu dada dia sampai ke tengkuk. Geliiii.
Dia punya English takde bunyi slumdog lansung! Series British. Terkesima aku kejap. Tapi statement tak boleh bla 'Do you familiar with Indian movies?'

'Quite. Why?'

'Do you think you know Kajol?'

Erghhhhhhhhhhhhhhh. Plis, not again.

Aku jawab 'NO'.


Allicia Hall yang jakun tak penah makan soft shell crab, tak pernah makan shrimp broth, tak penah makan ikan siakap stim, let alone bila aku suruh dia rasa rambutan.


Ni Monday nite, dinner kat apa ntah nama restaurant tu. Tapi Chinese restaurant la. Walaupun tak serve pork tapi kembang-kuncup jugak la anak tekak aku. Tetiba je aku transform jadik vegetarian. Seb baik aku dah terer makan sayur.

Minah Australian ni punya slang betul-betul menyusahkan aku. Aku memang struggling with her accent. Gila exaggerate. 'Ai kam iye to dai' (I come here today).

Pebenda dowhhh, aku tampa kangggg.

Mat Salleh yang Scottish tu pun aku leh faham lagi.

Tapi kira ok la ngan accent aku yang sangat jawa rangers ni.
Ah, tak kisah la.

Yang laki baju putih tu ye ye je aku speaking ngan dia sampai berbuih-buih terbabas-babas grammar aku, ingatkan dia dari HK ke, Taiwan ke, sekali dia cakap 'Enggak makan ketam?'.

Terdiam aku kejap.
Dari Indon rupanya.
Patut la masa aku borak ngan collegue aku dia senyum-senyum je. Seb baik aku tak mengutuk.

Apa-apa pun meeting went well.
Makan best.
Hotel best.
Front desk takde yang hensem.
Banquet pun takde yang hensem.
Tilam dia tinggi, best.
Yang tak bestnya takde saper peluk aku masa tido.

Tapi skang dah pukul 1 setengah pagi, aku pula yang tak tido-tido lagi padahal tukang peluk dah standby je ni.

Ok la....

Penat dan busy juga lapar






Tengah busy ni, later aku update.






























Ok tak update camni?

2009-05-21

Tag kesekian kalinya....dah aku nak tido

Have you ever cried during a movie?

Banyak gak movie yang berjaya buatkan air mata duyung aku ni merembes-rembes.
Tapi paling tak boleh blah TITANIC la.
Seploh kali tengok pun aku nangis beria-ia macam first time tengok.
Tapi love story ni kekadang bukannya best sangat jalan cerita. Yang penting actor ngan actress tu. Mana-mana love story pun kalau dah actor dia hensem wahhhh best aje cerita tu. Titanic ni pun seb baik la hero dia Di Caprio. Cuba kalau hero dia Herman Tino.



Do you have any pets?

Ada.
Dua ekor burung belaan.
Juga beberapa ekor ikan yang dibela oleh burung tersebut.

Wakakakakak.



Have you ever had sex in a public place?

Tebiat nak mampossssss???
Takde keje gila de aku nak menonggeng kat khalayak ramai.

Eh, apesal menonggeng pulak eh?

Hahaha.

Tapi aku memang takde de nak buat kat public, becoz I mementingkan keselesaan okkkk.
Aku tak paham camne orang leh buat projek kat tangga.
Tak risau ke tengah sedap-sedap ko memantek, sekali orang lalu 'Bang, rumah nombor patplohdua tingkat berapa?'

Come on la, kalau ko tak tau hukum hakam sekalipun, tolongla sensitif sket ngan masyarakat sekeliling. Get a fucking room.

Tapi aku pernah dapat satu clip budak buat projek kat tangga. Kira kat public la jugak tu kan walaupun dia rasa tangga tu takde orang. Dah la buat kat tangga, pastu dia sendiri gi ambik video tu. Kot ko hensem semangat jugak la aku nak check anakonda kau. Dah la muka berkerak ada hati nak tunjuk gengster gi acu kote kat kamera 'Nak konek?? Nak konekkk??'

Aku jentik konek ko kangggg.



Do you speak fluent English?

"I dont speak fluent English, I speak British English."

Percaya atau tak, ada budak sama-sama interview ngan aku jawab macam tu bila interviewer tu tanya.

Terus hilang semua benda aku nak cakap jap lagi.
Aku tak sure samada dia bangang atau pun dia pekak tak dengar soalan.
Tapi yang aku respek muka dia macam takde efek je masa jawab tu.
Muka gila konfiden.

So aku buat kesimpulan dia pekak la kot.

Yang lagi sorang member sebelah aku boleh pi gelak kuat-kuat.
Tak agak-agak ok kalau nak gelak pun.
Kot ye pun ko lagi bijak blaja la sket hormat dengan situasi persekitaran.
Semorang tengah series, ko leh bantai gelak.
Aku pun sebenarnya nak gelak gak, tapi aku tahan.
Sebab kalau aku gelak konfem aku terkencing kat situ gak.
Gila gabra okkk kena interview, dah la masa tu third stage, tiga orang ni je yang shorlisted, kena masuk serentak lak tu.
Kat depan tu berderet empat orang muka semua muka series bak bunuh orang.

Tapi aku tak dapat post ni.
Mungkin dia tengok aku macam tengah tahan sembelit je gayanya.
Tak berkaliber lansung.

Mau tak gabra, ni first time aku interview ngan private sector, siap ada omputih dua orang lagi kat depan.

Dulu tu kalau ada omputih kira dah hebat sangat la kalau dapat keje sekali.
Piiirahhhhh.



Have you ever stolen anything?
Of cossssssssssssss.

Duit tabung adik aku itu sudah pasti.
Sebab masa dia kecik dia amat bodoh mengira.
Jadi kita mesti pandai menggunakan peluang itu, bukan kah begitu?
Tapi aku takde la pencurik yang kejam.
Aku curik duit tabung dia untuk beli ABC yang boleh dimakan bersama-sama.
Kira macam dia belanja aku tanpa sedar.



Have you ever had a one nite stand?

La, one nite je ke bang??
Kalau nak bagi tu bagi la sampai four nite sekali.
Takat one nite, I tak sempat nak rasa apa-apa.



Favourite person in your life?

Wan Mohd Ridzuan.
Kalau dia tak jadi favourite takkan aku leh bertahan hadap muka dia hari-hari, tol tak?

Macamana aku angau ngan Leslie pun tak dapat mengalahkan angau aku kat En Wan lebih-lebih lagi kalau aku kena outstation. Ni Ahad sampai rabu depan aku kat Singapore memang hazab la aku nak tido malam kalau tak dapat bau ketiak dia. Cara-cara sekarang pun aku dah takde mood, presentation slide satu hapah tak start lagi. Tak suka gila gi outstation kalau laki aku tak ikut.

Masa berchenta dulu pun aku buat-buat cool je tengok housemate aku sorang-sorang kuar ngan balak malam-malam naik moto. Padahal rasa cam nak nangis apesal la balak aku jauh sangat. Dah la call pun seminggu sekali je. Yang si cibai-cibai ni pun sengaja je press-press motor depan aku saje nak bagi aku berbulu. Pantekk.

Tapi takpela pakwe jauh, dapat pakwe dekat balik-balik aku makan pelempang pun buat apa.


Do you prefer boxers or briefs?
Aku suka telanjang.
Sangat bebas dan sungguh segarrrrr.

2009-05-19

Walaupun kulit novel gamba Kamal Adli, belum tentu hero dalam novel macam Kamal Adli jugak, mungkin macam kamal Hassan aje

Tajuk entry saya di atas adelah elaboration dari quote bahasa Inggeris 'Don't judge a book by it's cover'.
Sekian.

Tadi kan aku ada appointment ngan customer.
So, sementara nak tunggu customer tu lepak la jap kat tempat menunggu.

Ada la sorang pegawai ni (kot), aku pun malas nak tanya apa jawatan dia.
Memang dari before aku masuk dia dah memang dok kat situ.
So, aku pun bagi salam and duduk kat sofa.

Pastu dia pun mula la mukadimah apa benda ntah aku pun lupa sebab aku tengah gabra menghafal notes apa nak cakap ngan Pengarah jap lagi, akak ni sibuk lak ajak sembang.

Yang aku heran tu, terang-terang aku bagi salam and pakai baju kurung lagi.
Muka pun agak kedesaan hari ni sebab aku sakit perut so mood nak bermekap adelah kensel.

Dia boleh tak cakap melayu ngan aku, tapi bantai cakap omputih.

Ok la takpe.
Ko nak practisekan English ko ngan aku, aku layan je la.
Sebab aku tau surat-menyurat dan segala memo kat government agency pakai bahasa melayu, maybe dia nak praktikkan bahasa inggeris dia kot.
Maka kita husnulzan saja.

Memula tu biasa la kan, dari company mana, nama apa, carry produk apa, bla bla bla bla.

Cara tanya tu memang kerek la kan.
Tapi itu perkara biasa yang aku dah tempuh sejak 6 tahun lepas.
So, takpe, aku buat dek.
Jawab macam biasa tapi dalam hati aku memaki jugak la.

Pastu dia nak tunjuk terer ke apa ke aku pun tak tau.
Tetiba dia tanya 'Do you have electrophoresis buffer ?'

'Ada. How large is your fragments?'

'Huh? What fragments? I am looking for some buffer. Electrophoresis buffer. Running buffer'

La, betul la apa yang aku tanya.
Apehal ko nak tinggi suara ngan aku?

Belum sempat aku nak jawab 'Please polish your product knowledge before you come to see customer. Make sure you know what you sell'.

Whoaaaaaaaaaaa.
Berdesup darah arteri pulmonari aku dengar dia sound macam tu.
Pundekkkkkkkkkk punya makcik.

Apa tak betul ke apa aku soal dia?
Dia tanya pasal electrophoresis buffer kan?
Of course la aku akan tanya fragment yang dia nak separate tu, large ke tak so that aku leh suggest ko kena pakai TAE or TBE buffer.
Apa salah ke soalan aku?
Ke aku tanya kat orang yang salah?

Berlagak cam pandai tapi bangang.
Siap nak suruh aku polish product knowledge.
Aku polish satu badan ko ngan kapur barus baru ko tau.

Tapi takpela, ko lagi terer, sebab ko RESEARCHER.
Aku ni PENJUAL BARANG je.

Pastu dia up lagi soalan.

'What about real time PCR product, do you carry any?'

'Ada'

'What do you offer?'

'Anything to do dengan qPCR and qRT-PCR kita ada. A wide range of product, both consumables and equipments'.

This is ayat yang aku ajar kat budak-budak baru. Kalau tak familiar dengan product ko kena jawab macam ni. Jawapan selamat namanya.

Actually boleh je kalau aku nak list down semua product yang aku carry, tapi saje je aku nak bagi dia naikkan lagi tocang kerek dia. Seronok ok tengok tebiat orang yang suka tunjuk terer macam ni. Lagipun orang kerek camni ko jangan tunjuk terer sangat apetah lagi kalau ko ada big deal on the way, kasik close the deal dulu baru ko leh tembak dia.

'Wide range like?'

Pastu senyum-senyum.
Ni bukan senyum biasa tau.
Dia senyum macam nak kenakan aku.
Macam dia tau apa produk tu tapi saje nak test aku tau ke tak product real time tu apa.
Kimak kan?

Come on la cibai.
Kalau ko faham dengan jawapan aku, ko takkan tanya soalan general like 'Apa productnya?'

Dah terang-terang aku cakap wide range of qPCR and qRT-PCR.

Kalau ko faham konsep wide range tu, ko akan tanya direct 'You ada 2 step RT-PCR kit tak?
Or 'You ada real time machine 4 colours tak?

Kalau ikut hati, memang aku terus buat Basic PCR Training depan dia time-time tu jugak. Tapi sebab kepala aku masih boleh berfungsi, takpelah aku guna kepala je.
Kang kalau aku dah start guna hempedu aku untuk berfikir, ada pulak yang kena simbah ngan phosphoric acid kat situ.

Dia punya kerek memang tak boleh bla.
Sambil memerli aku sambil baca magazine tutup muka cam buruk sangat la muka aku ko taknak pandang.

Tengah-tengah aku 'polish product knowledge' aku depan dia, one of the pegawai kat situ panggil aku masuk bilik Pengarah.

'Diana, Puan ******** dah sampai, meh masuk bilik'.

To my surprise, makcik kerek tu pun join sekali.
Fuhhh, seb baik aku tak kerek ngan dia, ntah-ntah dia ni one of the committee yang akan evaluate proposal aku.

Dalam bilik Pengarah tu ada 4 orang join sekali.
Semua aku kenal, but this makcik.
Entah mana datang pun aku tak tau.

Masa presentation ni semua macam biasa la takde banyak soal (macam aku jugak la kalau dengar training, buat-buat paham je).

Tapi masa aku present tu aku pun agak konfius gak, apehal lak training ni about Basic PCR and Bioinformatics tapi makcik ni ada sekali?

Bukan dia dah advance pegi ke real time PCR ke?
Ye ye je tanya aku pasal real time PCR tadi.

Tapi kalau dia buat real time apekejadah dia mintak electrophoresis buffer?

Konfius sket di di situ.
Yang pastinya, kenapa dia nak join Basic PCR Training?

Then Pengarah cakap 'Since Cik Diana (cik okkkkk) akan conduct the training untuk kita so, saya harap you all boleh bagitau dia apa topik yang you all nak dia train selain dari topik-topik yang dia dah propose. ****** (nama makcik tu), you punya blood sample bila masuk?'

'Friday'

'Why don't you discussed dengan Cik Diana if she can help you with your DNA sample? Diana, this ******* (refer to that makcik) is currently doing PCR using DNA yang kita dah extract. I am not sure kenapa results tak consistent, maybe DNA dah lama sangat kot. And nanti you discussed dengan dia if you ada any kit untuk blood extraction, ok? Kit we all guna skarang tak suitable'


Kemain lagi tadi ko berlagak dengan aku.
Rupanya ko buat standard PCR je.
Tu pun DNA extraction.
Tak lepas lak tu.
Ada hati nak tunjuk bagus.

Dengan penuh sopan tapi nak tunjuk aku punya bagus pulak, aku reply Pengarah 'DNA is stable, not like RNA senang nak degrade. Maybe technical error kot. (Padahal aku nak cakap human error!!) Macam ni la, apa kata bagi saya DNA sampe tu sikit, saya try run PCR kat lab. Kalau dapat result, nanti saya bagi my protocol.'

DNA you dapat tu purity ok tak?
Even purity tak ok, sometimes boleh di-PCR-kan.
Tapi kalau tak boleh PCR, maknanya you kena extract baru la.

Tapi aku tak la tanya dia tu, kang tak close lak deal aku.
Takpe, yang ni nanti aku hajar dia kat training sok.

Lepas half an hour bla bla bla lebih kurang, aku balik.

Elok je aku kuar bilik, makcik ni panggil aku.

'Eh, Cik Diana nak sample DNA sikit kan? Jom la masuk lab'

Ohhhh, boleh cakap melayu rupanya kau.
Aku ingatkan aku sorang je tau cakap melayu.

Nak mintak tolong aku runkan sample baru la manis mulut ko.
Kalau tak, level aku tadi macam kat bawah tapak kaki ko je.

Bila la manusia-manusia nak berubah jangan judge orang dari segi luarannya?

Sebab tittle ko researcher maka ko bijak.
Sebab tittle ko cikgu maka gaji ko kecik.
Sebab ko keje kilang maka secara otomatik jawatan ko adelah operator kilang.
Sebab ko bawak Alphard maka ko kaya. Kalau ko bayar cash takpela jugak, kalau hutang boleh jalan dahhh.

Bila la mentaliti macam ni nak berubah.
Serabut kepala aku layan orang macam ni.

Pastu aku pi lab lain nak deliver SYBR Green.
Aku memang tak suka gila masuk lab ni.
Sebab ada satu mamat ni suka benar nak malukan aku.
Nak kata menyakat tu boleh la kot, tapi aku tak suka okkkk.

Wah, cam pakar ok cara mamat ni.
Angkat vial SYBR Green kat lampu konon nak tengok benda ni elok ke tak. Macamkan produk aku tu ada virus selsema babi je gayanya.
Ko tak reti baca kat depan tu ada tulis shelf life???

Pastu nak test product knowledge aku.
Samada dia betul-betul nak test atau pun dia betul-betul tak tau.

'This is SYBR Green? But this is red!' pastu senyum-senyum.

'SYBR Green is not necessary green'

'Habis tu kenapa panggil SYBR Green?'

'Habis tu kalau cucur badak, dalam tu kena ada badak lah?'

Kan dah geram aku.

Pastu dia gelak-gelak.
Apa ko ingat aku buat lawak???

2009-05-18

Maka dengan ini saya berikrar akan terus blogging sebab suami saya amat merestui aktiviti senggang saya ini.

Alhamdulillah, 24 April lepas aku advertised rumah kat blog, and today this house has been sold.

Tapi aku dok sini lagi sampai semua document settle.
Lagipun rumah baru tengah renovate, tu pun contractor kata makan dua bulan gak nak siap.
Tak kisah la, janji ko tak lari and aku nak masuk rumah baru before puasa.
Kalau rumah aku tak siap-siap gak, mungkin aku akan sambut raya korban awal sikit tahun ni.

And to the buyer, THANK YOU SO MUCH.
Hopefully transaction semua clear and we both sama-sama raya kat rumah baru, ok?

To those yang hantar email tanya pasal rumah, thank you for your interest.
Bukan taknak reply tapi masa tu this buyer dah booked the house so aku pun stop semua promo.

See??
Blogging adelah medium terbaik untuk berbisnes.
Bukan setakat jual brooch, baju, beg malah boleh juga nak jual rumah.

Bak kata En Wan 'Berapa tahun awak dah blogging, baru hari ni abang rasa blogging tu bagus'.

Tu ntah-ntah sibuk nak blogging gak.
Kena monitor laki aku nih.
Silap-silap sok tetiba je dia advertise jual keta aku.

Blogging juga sesuai untuk menjual barang-barang terpakai ataupun barang yang tersilap beli seperti beli kasut Ninewest secara online jauh-jauh kat US pastu tak muat kat kaki (sambil memandang Cheq).

Juga sangat sesuai mencari kawan-kawan baru. Ni siapa la yang hantar kad kawen kat aku nama NORHAYANI BINTI HAMID dengan pasangannya FAZLI BIN SEMAN.
[Hanie] ke?
Insyallah ye Hanie, kalau kat Shah Alam tu sampai la kot..:)
Akak ni segan nak mengenalkan diri, tapi kalau ko tengah bersanding tetiba dengar suara pompuan terpekik panggil nama Redza tu maka tu petanda akak datang majlis ko ye.

Okeh, kasik aku lepak dulu.
Aku ni buat-buat cam larat je padahal tak larat okkk.
Period pain ni.
Otak pun dah jammed walaupun aku ada banyak presentation slide tak siap nak present kat Singapore Ahad ni. Proposal untuk meeting esok pun baru siap empat perkataan je.

Kalau tak siap jugak malam ni, mungkin aku hanya akan berstriptease ajelah depan customer esok.

2009-05-14

Tidak bernas idea itu sebenarnya.

Barulah En Wan sedar bahawa dengan membawa aku berjumpa kekasih hati di Hong Kong adelah tindakan yang tidak bijak.

Sangat-sangat tidak bijak.

Walaupun aku suka dengan ketidakbijaksanaan dia itu.

Alangkan tak gi 'jumpa' Leslie pun aku angau macam nak mati kat sini everytime tertengok movie dia or terdengar lagu dia. Tu baru TER belum SENGAJA dengar lagu dia, pun aku dah termenung setengah hari.

Inikan pi bawak aku mengadap Leslie siap berpeluk bagai.

Aku sudah kronik.





Inilah kerja saya hari-hari.
Dah tak reti tengok cerita lain.
Kereta pun dah takde lagu lain selain mp3 kekasih hati.

Tolong la azankan telinga aku sikit.

2009-05-10

HK- Finale


Kitorang duduk Disney Hollywood Hotel.
Very nice hotel.
Tak tau la macam Hollywood ke tak sebab aku lom sampai sana lagi, tapi memang cantik.
And macam yang kita semua jangka semua benda dalam tu melibatkan katun or kepala Mickey.






Lepas En Wan snap gamba aku ni dia kata 'Hmphh, hitam!'
Memang la hitammmmmm, abis tu ko tak pasang flash sape suruhhh.


Sama gak hitamnya ko, bukan aku soranggg!!


Bilik dia ok la, selesa.
Tak paham kenapa ada orang yang ye ye je bgtau aku semua hotel kat HK bilik kecik nak mampos. Agaknya dorang dah biasa dok suite room kot.

Malam tu terpaksa tidokan Redza dulu baru En Wan beralih kat katil sebelah.
Of course la nak tido bersama isteri kannnnnnnnnn.
Tapi takleh lasak-lasak sangat sebab Pak Aji punya bilik kat sebelah.
Wakakaka TETTTTTTTTT.
Tetiba je aku ni.

Tapi bila aku celik mata pagi, tengok elok je laki aku sama naik bergulung dalam selimut ngan Redza.
Ni apa kes ni ha??
Bila masa pulak dia beralih kat katil sebelah pun aku tak perasan.
Patutla aku sejuk je malam tu.
Apa tak best ke tido ngan aku?


Cute je bila dia sedikan robe utnuk Redza sekali sebab we all register 2 adults with a kid. Dan-dan Redza kata tu baju taekwando dia.


Redza la paling suka sekali bila channel kat sini kebanyakkannya katun.
Tak kisah la, kalau ko letak Astro sekalipun aku tak larat nak tengok.
Asal balik bilik je maknanya TIDO.



Ni view belakang hotel from bilik aku.
Dari mula sampai aku dah pasang niat nak berendam kat pool ni, tapi tak sempat akhirnya.
Lagipun dari aku mandi baik aku tido, tak pun mandi besama En Wan kat bathtub.
Nguahnguahnguahnguah.


Lepas mandi-mandi semua, keluar balik pi Disneyland.
Rugi wooooo kalau tido.


Ni kat rumah Mickey. Cantik gila and cute je rumah Mickey ni. Punyala selama ni Redza payah nak bergamba alih-alih terus banyak lak gamab dia kat sini. Memang die hard fans Mickey anak aku ni. Macam makkkkk dia gak. Tapi macam biasala anak aku, bergamba dengan muka yang takde efek.


Nampak tak muka Pak Aji ngan Ibal yang agak tak befrapa nak redha?? Terus terkepit je kaki Ibal.
Disebabkan katil Mickey ni looks like a real bed, terus diorang menghempaskan ponggong mereka tanpa menyedari bahawa katil itu adelah KAYU.
Dan aku pun taknak bertanyakan dengan lebih lanjut apakah khabarnya ponggong mereka selepas itu.


Ibal memang sentiasa ada idea-idea mengarut time nak ambik gambar.
Ambik air sembayang kat rumah Mickey la konon. Tunjuk alim la konon kot-kot mak mertua baca blog aku. Hampehhhhh.




 


Aku pun nak la jugakkkkk.



Aku snap dari album je.
Siapa ye aku dah lupa ntah budak blog la jugak bagitau aku yang Mickey ni sombong, dia marah kalau kita pegang-pegang dia. So, time ni aku beranikan diri peluk dia. Ok je pulak dia tak marah. Tapi dia angkat tangan dia ke dada. Maybe sebab glove tu putih takut kotor. Tak pun, dia takut kulit aku yang hitam ni melekat kat tangan dia.


Kesian okkk aku tengok muka anak aku. Cam sengsara je kena ambik gamba ngan Mickey.





Aku ngan Ibal yang over kan? Biasa la dulu kecik-kecik tak dapat pendedahan, takat tengok magic show S.A Bakar kat kantin skolah je.




Tengok, aku mana ada dalam ini gambar?
Aku takde de nak join dorang shopping-shopping ni semua. Kalau part shopping memang dua ni la yang kedepan dulu. En Wan siap ngan bakul okkk. Aku rasa Mak Aji gila memborong cookies semata-mata nak tin dia.


Pastu, FIREWORKS show!!



Memula dia warm up dulu. Kasik tukar-tukar kaler je







Chantek bukan kahhhh???? Tengok real laaaagi chantek. Sila pegi Hong Kong.



Aku diet okkkkk. Malam-malam ratah serunding je. Sebat Mak Aji punya. Seb baik la Disney ni takde halal resturant, kalau tak aku dulu yang kedepan tapau.



Ni kat hotel, bahagian belakang dia. Cantik. Cam peaceful and serene gitu. Tapi masuk je anak aku kat garden dia terus tak peaceful dah. Aku tengok anak orang lain elok je sopan dok setempat, anak aku siap berkuntau lagi.

Ok la , tu je cerita HK.
Nak tau cerita lagi korang pi sendiri la, aku baca cerita korang pulak.

Aku suka sangat gamba candid ni. Muka En Wan pandang aku tu macam dia amat mengagumi kecantikan bini dia kan?
Ngeh ngeh ngeh.

2009-05-08

Ni pun aku letak sikit je, total semua aku snap 395



Depan castle.


Alhamdulillah tercapai impian aku nak masuk Disney castle.
Nak dok istana betul takde anak raja nak kat aku.

'Eh, tapi kan, keturunan WAN keturunan bangsawan tau'

Dan-dan ko mengaku ko darah raja.
Takpela bang, tak anak raja pun tak kisah.
Memang taraf-taraf abang selayaknya dapat orang kebanyakkan tetapi mempersonakan seperti Di.

Muahahahha.

Feeling-feeling Rapunzel je bila aku melangkah masuk castle ni.
Rasa cam tak percaya ada kat Disneyland.
Tak kisah la kalau Disney Hong Kong pun, janji ada bunyi Disney.



Dalam castle ni ada rumah Pooh.
Naik cam kereta gitu pastu dia bawak kitorang tour dalam World of Pooh.
Tapi tak banyak gamba kitorang snap sebab masing-masing kekaguman tengok ramai rupanya kawan-kawan Pooh. Aku kenal Tiger sekor tu je.

Kat dalam ni Redza la jadi pemandu pelancong. Abis dah dia je yang kenal character Pooh, so dia la bagitau aku ni apa, itu apa.

Seb baik ko ada menunjukkan peningkatan dalam memahamkan watak-watak Pooh, kalau tak aku cut Cartoon Network.



Alah, Mak Aji nak terkencing pulak.
Terpaksa tunggu depan toilet, tak pasal kena snap depan toilet nak hilangkan boring.

Bendalah yang kat tangan aku tu atuk dia belikan.
Ni la masalahnya kalau dah sah-sah masuk tempat budak.
Kiri kanan kedai jual mainan.

Tapi memang solid la semua mainan dia.
Harga pun harga Disney la.
Seb baik atuk dia bermurah hati belikan.

Tapi heran aku, apesal kalau dah jadik atuk ngan nenek ko akan rasa apa cucu nak, 'Takpelah, budak-budak Diana. Kalau ko marah pun bukan dia paham'.

Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Bukan dia paham yeeeeeeeee.

Apesal dulu masa aku kecik asal aku merengek je mesti dia sound aku 'Ni apesal nangis je keje? Diam! Diam aku kata! Tak paham? Tak paham bahasa?'
Panggggggg kena tampa.

Itu cara-cara aku belum jawab lagi aku paham ke tak, pun kena cop mohor kat kepala. Apalagi kalau aku menjawab konfem dapat cop sarjan kat betis.



Then, kitorang gi It's A Small World.

Aku pun tak paham apesal kitorang nak menonggeng kat tengah-tengah dunia ni.
Yang menonggengnya aku anak beranak, tapi Mak Aji ngan Pak Aji sibuk nak menonggeng sama.
Seb baik tak terkehel urat pinggang tu kalau tak dah satu hal aku nak mengusung dua-dua balik hotel.





Cute gilaaaaaaaaaaaaa kat sini.
Memang pandai diorang buat.
Sanggup diorang create patung kecik-kecik ni.
Bukan sikit okkkk, banyak gila, and ada category.
Ada category marine, rain forest, Asia, Mexican, wedding, bla bla bla.






Budak-budak sure suka masuk sini.
Aku yang dah tua bangka ni pun suka apa lagi yang kecik.

Macam satu benda yang mengagumkan bila masuk Small World ni.
Menatang ni semua kecik-kecik tapi diorang buat dengan cukup teliti.
Dari segi pakaian dia, surrounding dia semua lengkap.
Takde cincai-cincai buat.

Patung-patung Hawaian Girls tu bergelek macam real je, siap ngan bontot ngan tetek sekali bergoyang-goyang.
Macam hidup.

Kalau nak yang lagi hidup meh ambik aku letak situ.
Teringin lak aku nak jadi salah satu patung tu.
Masukkan aku kat category African Dancing Girl.
Kulit dah lulus.

Terbayang-bayang aku bergelek ngan pakai sarung tetek tempurung kelapa.
Konfemmmm mana yang masuk situ nampak aku bergelek, keluar-keluar terus tobat nasuha.






 

Tomorrowland pun fun tapi untuk yang adventurous je.
Agak-agak penakut macam aku toksah masuk la.

Aku kena tipu ngan En Wan ngan Ibal masa masuk Space Traders.

Diorang kata ni just ronda-ronda kat dalam bangunan sambil tengok planet-planet.

Masa time beratur tu aku dah perasan apesal dia ukur tinggi Redza and siap distribute kertas warning yang Space Traders ni takleh naik kalau ko pregnant, kalau high blood semua.

Aku pulak jenis yang malas baca risalah-risalah ni.
Aku datang nak bercuti bukan nak membaca segala macam flyers unsur nasihat ni semua.

Pastu masa nak sampai pintu masuk, aku nampak kereta dia sebijik cam roller coaster siap ngan secure seat belt.

Eh, ni apa benda ni?
Hati aku dah berkata-kata dah.

Tapi Ibal kata mana ada, kalau roller coaster takkan Redza leh naik.
Lagipun ni Disney la, tempat budak kecik la.
Pantek ko lah.

Elok je dia close kan pintu depan, Ibal buat statement paling cibai 'Ehhhhhhh, ada rail la Diana. Hahahahaha'

Tengkorak kauuuuu!!!




Satu kereta boleh naik enam orang, so just nice la kitorang satu family.
Aku suruh En Wan ngan Redza dok depan, aku and Ibal dok tengah, Pak Aji dan isterinya dok blakang.

Seb baik kamera kat dalam tu tak function.
Sepatutnya diorang akan snap gamba kitorang naik roller coaster kat dalam tu. Ada hidden camera.
Kalau la kamera tu function konfem muka aku la yang paling buruk sekali.

Tapi kalau dah nama penakut tu kan, kereta tu lom gerak aku dah tutup mata, and selitkan kepala aku celah ketiak Ibal. Tak cukup ngan tu, aku tarik baju dia serkup muka aku.
Kalau boleh aku nak benamkan muka aku kat celah kangkang dia terus biar selamat kepala aku kot-kot bendalah ni terbabas langgar dinding ke.

Punya la bertahun aku elakkan diri dari naik roller coaster tapi kecundang di HK.
En Wan kata Redza pun berani bukak mata.
Apa pedulik apa kalau dia bukak mata, yang dia bukak pun mata dia bukan mata aku.

Diorang kata kat dalam tu cantik, masa kereta tu terbuang ke tepi ke tengah keadaan dia macam diorang tengah mengelak asteroid and planet.
Adventurous la kononnnn.
Pundekkkkk.

Diorang tengah terpekik 'wooooo waaaaa wooooo waaaaaa' kat atas tu, sempat la aku habiskan ayat Qursi lapan kali. Sekuat-kuat ada aku baca, sampai Ibal jerit 'Ko ni apehal mengaji lak nih????'

Aku memang tak ingat apa dah. Memang ingat mati je.
Kot ye pun nak mati, kasik la aku sempat ngaji dua tiga surah dulu.
Biar dalam iman.
.......tapi memakai skirt pendek.

Kira ok la aku azan marhaban mengaji semua kat atas tu.
Nampak gak bersopan dalam kegabraan.
Abis nak suruh aku buat apa? Nak terpekik 'Kow meng ngaaaaaaaaaaaaaaa! Lo konggggg, kow meng ngaaaaaaaaaaaaa'
Silap-silap dia baringkan aku atas rail tu terus.
Dah tu memekak sangat.

Tetiba sayup je aku dengar suara Pak Aji 'Kejang mata...kejang mata'.
La hai, orang tua ni masa ni lah dia nak kejang.
Camne pulak aku nak suruh dorang bentikan keta ni?

Rupanya dia jerit kat aku 'Pejam mata! Pejam mata!'

Tssskkk.
Apa nak jadik ngan aku ni.
Dah la penakut, pekak pulak tu.

Ringan je sendi-sendi aku lepas turun dari roller coaster.
Rasa cam jantung aku tertinggal kat atas.
Sampai kena papah aku kuar dari Space Traders tu.
Yang tengah beratur tunggu turn tu semua insaf tengok aku kena papah.


Robot ni pandai cakap cina okkkkkkk


En Wan berkali-kali say sorry kat aku.
Tapi say sorry sambil gelak-gelak.
Yang Ibal lagi cam kimak.

'Caya lah Diana. Ko memang adventurous la'

Kepala lutut kauuu.



Laki aku ingat Parade dia waktu malam just like Tokyo Disneyland, rupanya siang.
Kitorang nak balik hotel dah nak jamak, terus stay kejap tengok Parade.
Kebetulan aku dapat spot baik punya betul-betul tepi jalan, memang puas hati la.
Mana yang lambat macam Pak Aji ngan Mak Aji sila lah berdiri atas tembok.



Mickey ni bapakkkkkk besar dan tinggi melangit.
Lagu-lagu yang diorang mainkan masa parade ni yang wajib haruslah M.I.C.K.E.Y.M.O.U.S.E.
Tu je la yang aku leh sing along, yang lain tu aku nyanyi gak, tapi ambik hujung je.



Aku tak tau apa nama katun ni




Walt Disney Studios





Ni set-set wanita-wanita dambaan En Wan masa kecik. Snow White, Cinderella and Rapunzel. Tapi Cinderella dia memang cantik, sweet je.

Dulu masa kecik, asal baca buku-buku fantasi ni mesti aku berangan nak jadi heroin tu sama. Nak lagi Cinderella.

Time kena dera ngan Mak Aji mop lantai kat dapur tu kan, mula la aku wat drama, tetiba je kang aku nak lap lantai guna kain, taknak guna kayu mop.
Dah la belakang umah Mak Aji dulu rumah bujang brader-brader UKM.
Memang dah masuk sangat la drama aku tu kan.

Tengah feeling-feeling Cinderella mengelap lantai tetiba kang Mak Aji tercegat kat pintu.
'Yang ko menyeksa diri pi lap ngan kain tu apesallllll? Dah tak reti guna mop????'

Dah la cakap sekuat-kuat ada.
Potong je aku baru nak jek-jek brader UKM.

Tapi macamana sekalipun aku berangan, aku masih berpijak di bumi yang nyata.
Belum pernah lagi seumur hidup aku berangan nak jadi Snow White.
Kalau aku tawar diri nak jadik Snow White, mau setahun hujan batu kat Bangi.





Pastu keluar pulak set-set Alice In the Wonderland.
Pun cute je si Alice ni.
And character-character dalam Wonderland tu pun semua cute-cute.
Tapi aku leh bayangkan betapa berlendirnya diorang pakai suit tu.



Ada ke Redza lari bila nampak pokok ni.
Sebab pokok ni tinggi sebenarnya pastu dia boleh bergerak, sengaja lak tu jalan kat arah Redza, mau tak mencecet budak tu lari.
Seb baik tak ngigau malam.

Aku cakap kau, tengok kat gamba tak best, tengok real baru best sebab ia adelah seperti real.
Dah, semua semua yang baca blog aku ni esok pi Hong Kong.
Aku cakap pegi, pegi!



Alice and the gang



Ni pulak group The Little Mermaid.
Pun cantik gak kereta dia.
Memang world of colors la kalau masuk Disney ni.




Yang aku muskil, punya la tadi Cinderella melintas, Snow White melintas, takde pun dia nak zoom.
Tang si duyung ni keluar elok pulak zoomnya.
Ni entah sapa la punya keje, kalau tak Ibal, konfem laki aku.
Takkan Pak Aji kotttttt.

Tapi bentuk badan duyung ni macam jantan lak aku tengok.
Macam tegap je.
Bapuk ke nih?



Aku lupa ni katun apa. Toy Soldier, eh?


Yang ditunggu-tunggu oleh Redza dan emaknya.




Ni penutup parade.
Masa kereta Mickey and frens keluar, En Wan tak panggil Redza tau.
Tapi dia panggil aku.
Sebab aku yang rajin tengok 'Miska. Muska. Micket Mouse!!!!!



Banyak lagi gambar masa parade tapi takkan aku nak upload semua kot. Yang special-special aku simpan. Hahaha.

Gambar aku peluk Mickey esok-esok aku letak.

Ataupun aku buat-buat lupa nak letak je la. Habis cerita.